PERUBAHAN SOSIAL DAN EMOSI KANAK-
KANAK DI NORMA BAHARU
Aidarohani Samsudin, Diana’ Mazan, Bazri Abu Bakar, dr. Azizul Hakim Samsudin, Mahasin Saja@Mearaj
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk melandaikan penularan wabak
Covid-19 sedikit sebanyak telah mengubah rutin harian dan norma hidup masyarakat di
negara ini, termasuk golongan kanak-kanak. Tambahan pula kanak-kanak adalah
golongan yang mudah terjejas dari segi emosi dan tingkah laku kerana keupayaan mereka
untuk menangani tekanan adalah tidak sama seperti orang dewasa.
Fitrah kanak-kanak, mereka gemar bermain, meneroka perkara baru, bergaul dan belajar
bersama kawan-kawan. Namun, apabila PKP dilaksanakan, ia membataskan pergerakan
dan pergaulan mereka. Mereka kini tidak lagi bebas seperti keadaan sebelumnya. Norma
baharu ini membuatkan mereka merasa janggal, bosan dan gelisah kerana terlalu lama
terkurung di rumah. Lantaran itu, kebosanan, kegelisahan dan tekanan yang tidak dapat
diluah dan diatasi ini akan memberi kesan kepada emosi kanak-kanak hingga
menyebabkan mereka cenderung untuk memberontak atau bertindak di luar kawalan.
Kehidupan di norma baharu ini bukan sahaja membataskan pergerakkan dan aktiviti anak-
anak malahan mengekang pertumbuhan idea mereka membuatkan kanak-kanak kerap
mengulangi aktiviti yang sama setiap hari. Ruang menginterpritasikan idea mereka terbatas
di dalam rumah sahaja. Hal ini, boleh menyebabkan mereka mengalami keletihan emosi
dan mental yang melampau. Perkara ini dapat dilihat melalui perubahan sikap kanak-
kanak yang mana mereka akan menjadi tidak bermaya, murung dan hilang rasa seronok
untuk meneruskan rutin harian mereka.
Tekanan ini ditambah pula dengan proses pembelajaran dari rumah (PDPR), sama ada
secara dalam talian atau luar talian. Namun, kaedah pembelajaran dalam norma baharu
ini dilihat menyebabkan wujudnya kekangan bersosial pada kanak-kanak. Kanak-kanak
pada dasarnya telah terbiasa dengan pembelajaran bersemuka di sekolah dari sekolah
tadika lagi. Dimana pelbagai aktiviti dilakukan bersama rakan-rakan dan guru. Dengan
norma baharu ini mereka terpaksa melakukannya bersendirian tanpa rakan-rakan dan guru
menyebabkan motivasi diri menurun akibat dari gangguan emosi ini. Kanak-kanak
memerlukan rangsangan persekitaran yang positif seperti melakukan aktiviti bersama rakan-
rakan dan guru kerana itu merupakan salah satu cara mereka bersosial dengan orang lain.
Justeru, pembelajaran dalam norma baharu bagi tempoh yang lama akan menjejaskan
kemahiran interpersonal atau keterampilan sosial mereka, menyebabkan kanak-kanak
kurang keyakinan diri untuk berinteraksi.
145
Selain itu, penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet atau komputer menjadi salah satu
peralatan penting untuk menyokong pembelajaran norma baharu. Pelbagai aplikasi
digunakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran mereka lebih interaktif bagi
menarik minat pelajar. Tetapi pendedahan kepada gajet dalam tempoh yang lama serta
bebanan informasi di platform maya boleh mengakibatkan risiko ‘technostress’ di kalangan
kanak-kanak. Ia menjadikan kanak-kanak mudah hilang fokus, hilang kepuasan belajar
serta sukar untuk bertenang.
Sumber: Internet
Menangani perubahan sosial dan emosi kanak-kanak di norma baharu merupakan satu
cabaran yang besar kepada ibu bapa. Namun ia bukanlah satu perkara yang mustahil. Ibu
bapa perlu kreatif mencipta aktiviti untuk kanak-kanak agar mereka tidak mengalami situasi
burn out dan sekaligus dapat membentuk emosi yang positif kepada mereka. Dalam masa
yang sama ibu bapa juga perlu memperuntukkan masa yang mencukupi untuk sama-sama
melakukan aktiviti yang dapat menghilangkan kebosanan dan keresahan kanak-kanak.
Ibu bapa harus peka dengan perubahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Belajarlah
menjadi pendengar yang baik. Nasihatilah kanak-kanak dengan cara yang lembut dan
penuh empati. Dengan cara ini, kanak-kanak akan merasa lebih yakin untuk berkongsi
perasaan dan tekanan yang mereka alami kerana emosi yang baik dapat melahirkan fizikal
yang sihat dan pertumbuhan pemikiran yang baik bagi kanak-kanak.
Jika tidak keberatan, ibu bapa juga boleh memberi keizinan kepada kanak-kanak untuk
menghubungi kawan-kawan mereka seminggu sekali. Cara ini dapat mengubat kerinduan
mereka kepada kawan-kawan, meningkatkan semula keyakinan diri dan kemahiran sosial
mereka dan yang paling penting adalah kestabilan emosi kanak-kanak.
146
TARIF AIR DAN KRISIS YANG KIAN
MERUNCING
Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir, Kursimah Harun
Kerajaan pada tahun 2019 merancang untuk menilai semula kadar tarif air setelah hampir
20 tahun kadar utiliti itu tidak disemak. Justeru, isu kenaikan tarif air sering diperkatakan
selaras usaha kerajaan menstruktur semula industri air negara. Mantan Menteri Air, Tanah
dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier menyatakan tarif air perlu dinaikkan untuk menjamin sumber
air berkualiti dapat diberikan kepada pengguna. Tidak dinafikan sumber air merupakan
keperluan asas dan rutin harian akan terganggu jika terputusnya bekalan ini walaupun
seketika.
Kajian menyeluruh telah dijalankan dengan mengambil inisiatif penetapan kadar baru yang
tidak membebankan isi rumah dan tumpuan diberikan kepada industri berskala besar.
Kerajaan negeri telah diberi mandat untuk menetapkan kadar yang bersesuaian. Johor,
Sabah dan Perlis tidak bercadang untuk menaikkan kadar baru manakala negeri lain seperti
Melaka, Negeri Sembilan dan Perak masih dalam proses kajian dan Pulau Pinang telah
mengesahkan kadar kenaikan sehingga 20 peratus. Dalam pada itu, kadar tarif pada tahun
2019 adalah RM11.00 bagi 20 meter padu dan akan diselaraskan kepada RM12.40 bagi
penggunaan yang sama mengikut cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Dikatakan kos operasi dan penyelenggaraan semakin tinggi seperti kos rawatan air, kos
penggantian paip usang serta kos pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan
empangan baru. Malah terdapat juga keperluan untuk membeli sumber air dari negara
jiran. Kos pengurusan semakin meningkat akan mengakibatkan air yang ditawarkan rendah
kualiti dan berlakunya krisis air pada masa hadapan jika tidak diatasi.
Kajian terperinci oleh kerajaan negeri adalah perlu bagi melihat impak akan ditanggung
oleh pengguna dan cara untuk membendung masalah tersebut. Tambahan pula kadar
utiliti berbeza di setiap negeri dan pelbagai faktor lain seperti ekologi, sumber air bawah
tanah dan jumlah empangan turut memberi output yang tidak selaras jika kajian hanya
dilakukan di peringkat persekutuan.
Bagaimanapun caranya, harga yang dibayar oleh pengguna perlulah setimpal dengan
bekalan air berkualiti yang diterima. Pengguna terutamanya golongan B40 kebiasaannya
akan lebih terkesan dengan sebarang kenaikan harga barang mahupun tarif. Pun begitu,
tidak ketinggalan kesan yang sama turut dirasai oleh M40 di bandar. Selain tarif tinggi akan
membebankan pembekal dan peniaga di pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian,
domestik, industri, perladangan dan lain-lain.
147
Walau bagaimanapun, penetapan kadar baharu tarif tersebut sunyi seketika pada tahun ini
memandangkan pertukaran portfolio dalam kerajaan. Penularan pandemik Covid-19
memberi kesan kepada rakyat justeru segala semakan penetapan tarif air kini mengambil
kira kepentingan pengguna dan isi rumah. Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan
Ibrahim Tuan Man, bebanan kos ditanggung kerajaan akibat tarif air rendah ini perlu
dimanfaat oleh rakyat dengan tidak terlalu bermewah dalam pengggunaan sumber
tersebut. Rakyat disaran berjimat-cermat dalam menanggani krisis air, di samping kerajaan
bercadang membina loji baharu di beberapa tempat antaranya di Melaka dan Negeri
Sembilan bagi menjamin bekalan sumber mencukupi pada masa hadapan.
Sumber: Internet
Pada masa yang sama, krisis bekalan air yang berlaku di Sungai Gong, Selangor pada 3
September 2020 berikutan isu pencemaran air memberi kesan kepada hampir 5 juta
pengguna di 1292 kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur. Pelepasan bahan pelarut
berbahaya ke dalam alur air sungai dari premis perindustrian menyebabkan logi rawatan air
(LRA) terpaksa ditutup. Pengguna menanggung kesan putusnya bekalan air bersih selama
beberapa hari untuk kerja pemulihan nyah cemar di sungai terbabit. Isu sebegini tidak harus
berulang selepas pencemaran sisa kimia dan toksik berbahaya di Sungai Kim Kim pada
Mac 2019. Kerajaan perlu bertindak tegas dalam menanggani isu yang kian meruncing ini
demi menjaga kepentingan seluruh isi rumah, peniaga dan rakyat amnya, jangan pula
rakyat dibiar terkapa-kapa tetapi gergasi tepian sungai bermaharajalela.
148
JENAYAH SIBER
Bazri Abu Bakar, Diana’ Mazan, Aidarohani Samsudin
Jenayah penipuan samada secara terancang atau tidak telah berlaku semenjak
permulaan peradaban manusia. Tidak diketahui secara tepat manusia pertama yang
melakukan jenayah penipuan tetapi sekiranya kisah Habil dan Qabil diteliti, terdapat unsur
penipuan apabila Qabil menyembunyikan mayat saudaranya si Habil. Sekali pun ibrah atau
pengajaran dari kisah moyang kita ini sebenarnya adalah jauh lebih besar khususnya
mengenai hawa nafsu manusia yang tiada hadnya, terdapat juga teladan lain yang boleh
dihayati berkenaan unsur-unsur penipuan di dalam kisah ini. Sekiranya Qabil membunuh
Habil disebabkan merebut saudara perempuannya yang lebih cantik, jenayah penipuan
juga disebabkan si penipu ingin merebut apa yang bukan haknya.
Sumber: Internet
Menyembunyikan pelakuan jenayah sepertimana di dalam kisah Qabil dan Habil menjadi
semakin mantap dengan kelahiran internet di mana pasaran jenayah menjadi semakin luas,
tiada lagi jurang jarak dan masa di antara benua dan negara, kampung dan bandar,
miskin atau kaya. Jenayah penipuan tidak mengenal mangsa bahkan sifat ehsan
diketepikan sama sekali. Objektif jenayah ini adalah terang lagi jelas, kaut sebanyak
mungkin dan bersembunyi sediam mungkin.
Akhbar Malay Mail, berdasarkan laporan Truecaller, melaporkan bahawa pada tahun 2019
peratusan panggilan spam dialami penduduk Malaysia telah meningkat sebanyak 24
peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun yang sama juga Malaysia turut
menduduki tangga ke-19 daripada 20 negara yang paling terdedah kepada panggilan
spam di dunia. Daripada keseluruhan panggilan spam tersebut, 63 peratus pula di
kategorikan sebagai panggilan berbentuk penipuan yang dikelaskan sebagai yang
tertinggi di dunia! Adakah sikap rakyat Malaysia yang terlalu mudah percaya kepada
perkara-perkara yang tidak masuk akal, atau adakah rakyat Malaysia terlalu alpa dengan
persekitaran semasa menyebabkan penjenayah penipuan menjadikan Malaysia seperti
semut memerhatikan gula? Hanya Cik Tipah tertipu boleh menjawab….
149
Peningkatan ketara penggunaan internet sebagai salah satu cara pembelian membuka
peluang yang lebih besar kepada penjenayah siber. Situasi pandemik yang menampakkan
kesan lebih ketara sekitar awal tahun 2020 sehingga kini juga menyebabkan penyangak
siber semakin berleluasa dengan kadar penyamaran yang lebih canggih dan lebih sukar
dikesan. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melaporkan
bahawa laporan kes penipuan dalam talian telah meningkat secara mendadak semasa
tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) di mana para penipu atas talian
menggunakan kaedah yang lebih canggih dan kompleks menyebabkan kerugian bukan
sahaja kepada golongan kurang berpendidikan malah yang berpendidikan dan
berjawatan tinggi. Sepertimana kisah Qabil dan Habil di atas, asset utama penjenayah siber
ini adalah penyamaran dan penyembunyian menyebabkan mangsa tidak lagi dapat
membezakan antara perniagaan yang halal dan sebaliknya. News Straits Time melaporkan
anggaran kerugian sebanyak RM2.23 billion sepanjang tahun 2017 sehingga Jun 2021 akibat
penipuan atas talian. Jumlah kerugian sebenar hasil penipuan tersebut dijangkakan jauh
melebihi nilai laporan disebabkan tiada laporan dibuat mangsa atas alasan-alasan seperti
malu, rehda, malas, dan sebagainya.
Di antara jenayah penipuan popular di Malaysia yang menghasilkan kerugian besar
termasuk “love scam”, “Macau scam”, “parcel scam”, “investment scam”, pinjaman tidak
wujud, “black money”, “MLM scam” dan lain-lain penipuan secara kecil-kecilan yang
kurang melibatkan penggunaa teknologi canggih dan kurang kompleks. Walaupun strategi
jenayah siber ini agak berbeza dari sudut pendekatan terhadap bakal mangsa, tujuannya
adalah tetap sama iaitu mengaut keuntungan wang tunai bakal mangsa sebanyak
mungkin sebagai pilihan utama walaupun ada ketikanya, barangan berharga juga turut
terpilih. Di samping aset bernilai, maklumat peribadi mangsa turut menjadi sasaran
penjenayah siber bagi digunakan samada untuk tujuan penyamaran atau untuk kegunaan
pencerobohan perbankan atas talian mangsa.
Sumber: Internet
150
Senjata utama bagi penipu atas talian untuk mendapatkan habuan daripada mangsa
ialah dengan memanipulasi kelemahan mangsa itu sendiri. “Love scam’ contohnya
menggunakan emosi di dalam kegiatan mereka manakala “Investment scam”
memfokuskan sifat tamak bakal mangsa bagi menjayakan kelicikan mereka. Kelemahan-
kelemahan lain turut juga diaplikasikan oleh para penjenayah siber dengan melahirkan
‘sense of urgency’ terhadap urusniaga menyebabkan mangsa menjadi gopoh dan terjerat.
Bagi memerah segala aset yang mangsa miliki, teknik ‘pancing’ turut digunakan oleh
penipu sehinggalah mangsa sedar akan kebodohan mereka.
Pandemik Covid-19 yang menyaksikan pembelian secara atas talian menyebabkan risiko
keselamatan pembelian menjadi semakin tinggi. Secara mudahnya, apa-apa pembelian
secara atas talian memerlukan awasan yang lebih teliti oleh para pembeli. Penipuan boleh
berlaku hatta di atas platform yang bersekuriti tinggi seperti Lazada, Shopee, dan
sebagainya. Sebagai contoh, pembelian yang sepatutnya dilakukan di dalam platform di
Lazada, dilakukan secara peribadi kerana dijanjikan harga tak masuk akal mengakibatkan
ciri-ciri sekuriti diabaikan oleh pembeli itu sendiri.
Harimau tidak pernah lupa kepada pelanduk dan jerat tidak mengenal mangsa. Bagi
mengelakkan atau mengurangkan risiko kerugian akibat penipuan secara atas talian, kita
perlu menjadi kritikal apabila melakukan urusniaga di atas talian. Verifikasi terhadap penjual
wajib dilakukan bagi menurunkan risiko ‘Tipah tertipu”. ¬Mengharapkan pihak berkuasa
semata-mata selepas kejadian berlaku untuk mengambil tindakan bukanlah jalan
penyelesaiannya. Terdapat pelbagai kaedah dan tempat di mana verikasi boleh dilakukan.
Penggunaan aplikasi Truecaller contohnya dapat memberikan sedikit petunjuk siapakah
kemungkinan bakal penjual. Begitu juga aplikasi yang telah dibangunkan oleh pihak Polis
Diraja Malaysia (PDRM) iaitu aplikasi CCID yang memungkinkan pengguna menyemak
maklumat berkaitan bakal urusniaga. Bagi pengguna aplikasi popular facebook pula,
terdapat puluhan kumpulan anti penipuan di mana pengguna boleh melakukan semakan
di samping turut menyumbang maklumat penipuan atas talian untuk manfaat semua.
151
Sumber: New Straits Times
PERANAN IBU BAPA TERHADAP KESIHATAN
MENTAL ANAK-ANAK - BEBANAN ATAU
TANGGUNGJAWAB?
Dr. Nur Fatihah Shaari, dr. Fatin Farazh Ya’acob
Kesihatan mental biasanya disamakan dengan penyakit mental seperti gangguan mental,
penyakit jiwa, atau gangguan jiwa. Ramai yang masih tidak memahami definisi sebenar
kesihatan mental yang merujuk kepada ekspresi emosi, tahap kesejahteraan psikologi atau
ketiadaan penyakit mental. Ianya merupakan asas kepada kesejahteraan individu dan
kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Sering
kali kita dikhabarkan bahawa kesihatan mental hanya dihidapi oleh individu dewasa, tetapi
kita kurang sedar bahawasanya kanak-kanak dan remaja juga antara golongan yang
berisiko dengan masalah ini.
Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak atau dikenali sebagai ‘wabak
tersembunyi’ sudah tidak asing lagi menyerang kanak-kanak dan remaja di Malaysia kini.
Semakin membimbangkan apabila statistik dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan
Morbiditi (NHMS) menunjukkan hampir setengah juta kanak-kanak di negara ini dikesan
berdepan dengan masalah mental. Keadaan ini lebih merunsingkan apabila negara
dilanda dengan wabak pandemik Covid-19, menyebabkan bilangan kes gangguan mental
kanak-kanak semakin bertambah akibat tekanan dengan pembelajaran secara dalam
talian dan “demam kabin”, atau pengasingan yang berlaku.
Dewasa ini, aspek yang harus dititikberatkan adalah dari segi kesihatan mental kanak-kanak
dan remaja. Perhatian yang sewajarnya perlu diberikan oleh seluruh anggota masyarakat.
Walau bagaimanapun, untuk memperolehi dan memiliki tahap kesihatan mental yang baik
perlulah bermula dengan insan terdekat seperti ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam memahami keperluan dan tahap kesihatan mental
anak-anak dengan mengenali mereka dengan lebih rapat. Kanak-kanak adalah golongan
yang sangat mudah terdedah kepada masalah kesihatan mental kerana masih mentah
dalam mengatasi tekanan yang dihadapi.
Umum mengetahui bahawa proses untuk mendapatkan tahap kesihatan mental yang baik
adalah tidak sama di antara kumpulan dewasa dan kanak-kanak. Pendekatan yang
sewajarnya harus diambil oleh kedua ibu bapa dalam mengatasi gangguan mental ini dari
terus berpanjangan kerana jika ianya tidak dirawat boleh memberi kesan negatif kepada
kanak-kanak seperti kemurungan yang membawa kepada keinginan membunuh diri.
152
Terdapat beberapa faktor yang perlu diketahui oleh ibu bapa berkaitan isu kesihatan
mental seperti gangguan emosi, tekanan mental serta masalah tingkahlaku antaranya
masalah dalaman anak atau konflik yang melibatkan ibu bapa di rumah. Di samping itu,
masalah keluarga seperti faktor kemiskinan, tekanan pembelajaran serta sejarah ibu bapa
yang mempunyai gangguan mental dan emosi. Ibu bapa perlulah lebih peka terhadap
perubahan sikap dan emosi anak-anak kerana ianya merupakan salah satu petanda
bahawa kesihatan mental anak-anak mula terjejas. Setiap anak mempunyai tahap
kemampuan yang berbeza dan seharusnya dibentuk mengikut kemampuan mereka, bukan
acuan prestasi ibu bapa.
Kunci utama kebahagiaan sesebuah keluarga adalah kasih sayang dan belaian ibu bapa
kepada anak-anaknya. Kasih sayang dan belaian yang diberikan oleh ibu bapa kepada
anak-anak akan meningkatkan lagi kematangan dan keyakinan si anak dalam proses
kehidupan untuk menjadi dewasa. Sokongan yang hebat dari ibu bapa seperti kemesraan
dengan anak-anak dan hubungan kasih sayang yang erat amat berkesan dalam
mengurangkan tekanan mental dan emosi anak-anak. Selain itu juga, didikan dan
kefahaman aspek keagamaan juga haruslah didedahkan kepada anak-anak dari kecil
kerana runtuhnya keharmonian sesebuah keluarga jika tiada pegangan agama yang kukuh
dalam kekeluargaan.
Secara keseluruhan, ibu bapa memainkan peranan dan tanggungjawab yang amat besar
dalam memastikan kesihatan mental anak-anak dalam keadaan yang baik melalui usaha
dan pendekatan yang sewajarnya. Anak-anak berhak mendapat didikan yang sebaiknya
daripada ibu bapa supaya mereka dapat membesar dan hidup dalam keadaan sihat dan
bahagia. Selain itu, ibu bapa juga perlulah mengamalkan cara hidup yang harmoni kerana
ibu bapa berperanan dalam mencorakkan diri dan sahsiah anak-anak. Anak-anak
bukanlah satu bebanan kepada ibu bapa tetapi merupakan satu amanah dan
tanggungjawab. Sabda Rasulullah s.a.w: “setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci
bersih, maka kedua ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi.”
153
MEDIA SOSIAL MENJADIKAN
GENERASI Z RENTAN KESIHATAN MENTAL -
MENGAPA IA TERJADI?
Siti Nordiyana Isahak, Zailati Ahmad, Aidarohani Samsudin
Umum mengetahui demografi penduduk di seluruh dunia terbahagi kepada beberapa
kelompok generasi. Don Taspcott (2008), dalam bukunya Grown Up Digital: How the Net
Generation is Changing Your World mengklasifikasikan kelompok demografi penduduk
kepada 6 generasi iaitu:
i) Pre Baby Boom (lahir pada tahun 1945 dan sebelumnya)
ii) The Baby Boom (lahir antara tahun 1946 - 1964)
iii) The Baby Bust - Generasi X (lahir antara tahun 1965 - 1976)
iv) The Encho of The Baby Boom - Generasi Y (lahir antara tahun 1977 - 1997)
v) Generation Net - Generasi Z (lahir antara tahun 1998 - 2009)
vi) Generation Alpha - Generasi A (lahir pada tahun 2010 dan seterusnya)
Setiap generasi mempunyai keunikan dan ciri-cirinya yang tersendiri. Kebiasaannya setiap
kelompok generasi akan melalui tempoh tahun tertentu, di mana ia mengambarkan
keadaan dan situasi berdasarkan pengalaman hidup individu tersebut. Oleh itu, jurang
antara generasi memerlukan satu sistem pengurusan yang baik bagi memahami perbezaan
dan persamaan antara setiap generasi. Kaedah komunikasi, cara pemakaian, cara
bertutur, gaya hidup dan sebagainya merupakan jurang antara generasi yang sering dilihat
dengan mata kasar. Hakikatnya, terdapat pelbagai faktor lagi yang mampu membentuk
perbezaan antara generasi seperti penghayatan kecintaan kepada negara, adab, jati diri
seseorang individu dan pelbagai aspek yang lebih abstrak untuk diperhalusi.
Generasi Z merupakan generasi yang dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran yang
pantas serta terdedah dengan pelbagai kemungkinan. Juga dikenali sebagai Generasi Net,
di mana penggunaan teknologi digital seperti internet dan jaringan media sosial yang amat
meluas. Pendedahan kepada dunia yang penuh keganasan, masalah persekitaran, dan
keterbukaan media yang luas merupakan antara faktor yang menyumbang kepada
pembentukan perbezaan dengan generasi terdahulu. Kepelbagaian media sosial kini
menjadi pengganti kepada kehidupan sosial normal yang menyeronokkan bagi generasi
ini. Jika dahulu perkembangan rakan sebaya dapat diikuti apabila mereka bertemu mata,
namun kini ia diganti dengan hanya sentuhan di atas papan kekunci sahaja. Akibatnya
norma kehidupan manusia mula berubah sedikit demi sedikit, ia tentunya akan
mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Generasi ini dilihat mudah terkesan untuk
bersaing dengan rakan sebaya sehingga mampu mencetuskan tekanan perasaan. Rasa
seronok, marah, ketidaksenangan hati dan rutin seharian hanya diluah begitu sahaja di
media massa tanpa memikirkan rasa malu serta perasaan orang di sekeliling mereka.
Adakah pendedahan dan keterbukaan sebegini mendorong kepada generasi ini rentan
kesihatan mental?
154
Kesihatan mental
Tiada istilah rasmi atau satu definasi yang tetap berhubung dengan kesihatan mental.
Perbezaan budaya, penilaian yang subjektif dan teori profesional telah mempengaruhi
takrifan kesihatan mental. Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi
dan sosial kita. Ia mempengaruhi bagaimana kita berfikir, merasa dan bertindak. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental adalah “keadaan kesejahteraan di
mana individu menyedari keupayaan sendiri, dapat mengatasi tekanan normal kehidupan,
dapat bekerja dengan produktif dan bermanfaat serta mampu memberi sumbangan
kepada komuniti”.
Manakala masalah mental pula dapat didefinisikan sebagai keadaan kesihatan yang
mengubah cara berfikir, perasaan atau perilaku seseorang individu (atau mana-mana
gabungan semua ini) yang menyebabkan kesulitan dalam menjalani kehidupan seharian
mereka. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada tahun 2015 menunjukkan 4.2
juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas (merangkumi 29.2%) bergelut dengan
masalah kesihatan mental. Jika dibuat perbandingan dengan laporan pada tahun 2006,
angka ini amat membimbangkan di mana peningkatan sebanyak 11.2%. Penyakit ini
dijangka akan menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang membahayakan rakyat
negara ini selepas penyakit jantung. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada
permasalahan ini dan seharusnya dipandang serius oleh segenap lapisan masyarakat.
Dalam arus kehidupan yang amat pantas berlalu, cabaran generasi Z pada hari ini dilihat
jauh berbeza dengan apa yang dialami oleh generasi terdahulu. Malahan penyakit ini turut
mendapat pelbagai stigma negatif sehinggakan tahap kesedaran masyarakat amat
rendah dan menyebabkan pesakit mental menderita dalam senyap, sering diketepikan
masyarakat dan tiada harapan walaupun mendapat sokongan, melalui pemulihan. Satu
tinjauan yang dikeluarkan oleh American Psycological Association pada Oktober 2018 yang
bertajuk Stress in America-Generation Z menyatakan antara penyumbang kepada tekanan
remaja dan golongan dewasa muda adalah isu-isu berprofail tinggi seperti keganasan
senjata api, pemisahan keluarga dan serangan gangguan seksual. Tinjauan ini juga
mendapati generasi Z lebih cenderung untuk mendapatkan bantuan profesional bagi
masalah kesihatan mental.
Kesan negatif perkembangan media sosial yang tidak terkawal
Media sosial bukanlah faktor utama yang mendorong kepada penyakit mental. Terdapat
pelbagai faktor yang boleh menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan statistik
penyakit ini. Antaranya faktor pergaulan bebas, nilai moral yang rendah, faktor genetik,
kurang perhatian disebabkan kesibukan kerja ibu bapa dan sebagainya. Namun, akibat
kepesatan teknologi yang telah membawa bersama kebanjiran maklumat yang belum
tentu dapat disahkan kesahihannya menyebabkan sedikit sebanyak peranan media sosial
mula mengambil tempat sebagai faktor penyumbang utama. Budaya menerima lebih dari
mengkaji mampu menjadikan situasi ini lebih parah. Analoginya cukup mudah, cuba kita
lihat bagaimana cara didikan ibu bapa dewasa ini. Gajet dan media sosial kini mula
mengambil alih beberapa fungsi dalam kehidupan manusia. Lihat sahaja bagaimana ibu
bapa memanfaatkan masa tumbesaran anak-anaknya.
155
Akibat kesibukan dan kurang prihatin, gajet dijadikan fungsi gantian terhadap peranan
mereka sendiri. Anak-anak diberikan masa menonton dan melihat video-video, bermain
permainan dalam talian, menggunakan media sosial dengan banyak dan tanpa
pemantauan yang baik. Tidaklah semua ibu bapa yang bersikap sedemikian, tetapi
dengan statistik yang ada kini, satu tindakan yang konkrit harus dibuat dengan segera bagi
memastikan generasi ini membesar dengan lebih baik.
Yvonne Kelly dan rakan-rakan (2018), menyatakan, kecelaruan jadual tidur, gangguan atas
talian (online harassment), kurang keyakinan dan imej diri merupakan antara beberapa
aspek yang mengaitkan penggunaan media sosial dan kemurungan. Memetik tulisan Dr
Ahmad Nabil Md Rosdi, dalam The Malaysia Medical Gazette 2019, beliau menyatakan
“Menurut bancian elektronik yang diusahakan oleh organisasi Hootsuit dan We Are Social
pada awal 2018, dianggarkan sebanyak 24 juta penduduk di Malaysia adalah pengguna
aktif media sosial. Secara purata, penduduk Malaysia menatap alat peranti elektronik
selama 3 jam sehari bagi melayari berita, gosip, video, atau berkenalan dengan rakan-
rakan di media sosial. Daripada jumlah ini, 1.5 juta (3%) pengguna media sosial jenis biru-
putih, terdiri daripada anak-anak remaja yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun”.
Laporan Sinar Harian dalam talian menyebut, “Menurut Presiden International Association
for Suicide Prevention, Prof Ella Arensmen, pembulian media sosial kini berada pada tahap
melampau dan mendatangkan impak negatif yang besar. Antaranya ialah mewujudkan
penyakit-penyakit mental yang sebelum ini belum pernah didengari. Paling menakutkan,
ramai dalam kalangan kita tidak menyedari terkena 'sindrom' berkenaan. Laporan ini juga
menyediakan beberapa anekdot kes kematian akibat media sosial dan penggunaan gajet
antaranya:
i) 13 Mei 2019 - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut digilis lori gara-gara ibunya
yang leka melayan media sosial menggunakan telefon bimbit di Samut Prakan, tengah
Thailand.
ii) 27 Mac 2019 - Bernama melaporkan, Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia terhadap 300 pemandu di sekitar Lembah Klang pada 2016 mendapati 43.4
peratus daripada responden mengaku menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Sementara, 61.9 peratus menggunakannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Penggunaan telefon bimbit ketika memandu atau menunggang motosikal dikenal pasti
menjadi antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini.
iii) 28 Mac 2019 - Seorang gadis berusia 15 tahun maut ketika berswafoto berhampiran
landasan kereta api. Dalam kejadian di bandar Orsk, Rusia itu, tubuh Karina
Baymukhambetova, 15, 'berkecai' apabila dia dilanggar oleh kereta api barang yang
bergerak laju.
156
Kesimpulan
Sememangnya media sosial memberikan pelbagai manfaat terhadap kehidupan seharian
seseorang individu. Perkembangan dan kepesatan medium perhubungan digital ini telah
mengubah corak kehidupan masyarakat di seluruh dunia menjadi lebih pantas dan
terbuka. Perubahan yang berlaku juga seimbang, ada yang bersifat negatif dan juga positif.
Malahan status sosial seseorang individu juga terkesan akibat pendedahan yang berlaku.
Lihat sahaja berapa ramai jutawan-jutawan muda yang mampu dilahirkan dengan menjadi
YouTube content creator atau lebih dikenali sebagai YouTuber, TikTok
Influencer,InstagramIinfluencer dan sebagainya.
Tetapi harus diingat, kajian mendapati banyak perubahan tingkahlaku berlaku seiring
dengan kepantasan media sosial ini. Kandungan media sosial oleh rakan-rakan boleh
menimbulkan perasaan iri hati dan kepercayaan bahawa orang lain menjalani kehidupan
yang lebih bahagia dan lebih berjaya. Maka mulalah rasa rendah diri, kurang keyakinan
terhadap persekitaran dan sikap iri hati yang boleh membawa kepada masalah kesihatan
mental berlaku. Golongan remaja terutamanya, mudah beremosi dengan persekitaran
mereka dan menjadikan medium ini sebagai tempat untuk melepaskan beban di dada.
Bukannya tidak boleh, tetapi pendedahan yang melampau boleh membawa lebih banyak
kesan negatif berbanding positif. Sebagai contoh, mereka mudah merasa gelisah dan
tertekan sekiranya tidak mempunyai gambar yang sempurna, tidak dapat bertindak balas
dengan cepat dalam talian, jawatan atau status sosial yang tidak ditulis dengan baik,
semuanya boleh mencetuskan kecemasan buat mereka. Oleh itu, berpada-padalah dalam
menggunakan media sosial ini. Ingatlah setiap catatan yang kita buat akan tersimpan elok
sekiranya tidak dipadam. Pelbagai lapisan masyarakat akan melihatnya. Jadi gunalah
media sosial sebaiknya.
Bibliografi
Taspcott, Don (2008). Grown up digital: how the net generation is changing your world. McGraw-Hill.
American Psychological Association (2018). Stress in America: Generation Z. Stress in America™ Survey.
CDC. Learn About Mental Health - Mental Health. https://www.cdc.gov/mentalhealth/learn/index.htm
Accessed on 1st October 2018.
World Health Organization. Mental health: strengthening our response. https://www.who.int/en/news-room/fact-
sheet/detail/mental-healthstrengthening-our-response. Accessed on 1st October 2018.
Institute for Public Health. National Health and Morbidity Survey (2015).
Yvonne K., Zilanawala A., Booker C., Sacker A. “Social media use and adolescent mental health: findings from
the UK Millennium Cohort Study.” EClinical Medicine 6 (2018), 59–68. https://doi.org/10.1016/j.eclinm.2018.12.005
Dr Ahmad Nabil Md Rosli (2019). Media Sosial dan Kesihatan Mental Remaja. The Malaysian Medical Gazette.
Azimah Ghazali, 2019. Banyak kajian bukti media sosial punca isu kesihatan.
https://www.sinarharian.com.my/article/32135/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/kesan-buruk-media-sosial
157
DEMAM KABIN DALAM KALANGAN KANAK-
KANAK DAN REMAJA.
APAKAH PUNCA DAN SOLUSINYA
Norfariza Mohd Ali, Rosmah Abdul Ghani
Apabila disebut kabin, kita akan membayangkan suatu ruang yang dijadikan sebagai bilik
dalam kapal atau binaan sementara untuk dijadikan tempat tinggal atau bilik tidur. Tetapi
tahukah kita apabila disebut demam kabin? Demam kabin atau demam terperuk
dimaksudkan sebagai perubahan emosi individu apabila terkurung atau terperuk berada di
suatu tempat dalam jangka masa yang lama. Mereka akan menunjukkan perubahan emosi
negatif akibat terperuk hingga terlalu lama. Demam ini bukanlah demam yang baru
muncul dalam dunia perubatan kerana ia selalunya berlaku semasa bencana alam,
peperangan dan situasi yang terbaru iaitu pandemik Covid-19 yang melanda dunia
sekarang. Ia bukan sahaja terjadi kepada golongan dewasa malah ia boleh juga terjadi
kepada golongan kanak-kanak dan remaja.
Kesan pandemik Covid-19, manusia tidak bebas untuk bergerak ke mana-mana sahaja
seperti dulu. Kanak-kanak tidak bebas untuk berlari riang di taman bersama kawan-kawan
mereka. Mereka turut terkurung di dalam rumah. Ini menyebabkan mereka tertekan. Gaya
hidup sosial mereka tidak lagi seperti dulu. Ketidakupayaan mereka untuk menangani
tekanan adalah tidak sama dengan keupayaan orang dewasa. Mereka masih belum
mengerti untuk mengurus emosi mereka menyebabkan berlakunya perubahan tingkah laku
seperti tantrum, hiperaktif, murung, diam menyendiri, mengasingkan diri, ketakutan dan
terlalu sensitif.
Pelaksanaan Pergerakan Kawalan (PKP) menimbulkan satu norma baharu apabila sistem
persekolahan secara bersemuka ditukar kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) secara talian. Pada awal PKP, mereka menerima perubahan pembelajaran ini tetapi
setelah beberapa bulan, ada yang sudah menolak untuk tidak lagi meneruskan
pembelajaran. Capaian internet yang rendah, kemudahan pembelajaran yang tidak
lengkap seperti terpaksa berkongsi data internet, komputer, telefon bimbit, tiada alat
pencetak menyebabkan kanak-kanak dan remaja ini hilang motivasi untuk belajar.
Selain daripada itu, rutin dan interaksi dengan orang yang sama setiap hari menyebabkan
fitrah manusia untuk bersosial itu terhad. Kanak-kanak dan remaja ini memerlukan interaksi
sosial yang lebih luas untuk meningkatkan perkembangan interpersonal mereka. Kemahiran
interpersonal mereka akan lambat berkembang kerana terhadnya pergaulan bersama
orang lain.
158
Ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting untuk mengurangkan demam kabin
ini di kalangan kanak-kanak dan remaja. Rutin harian di rumah perlu dijadualkan antara
masa belajar dan masa bermain yang lebih fleksibel supaya mereka tidak bosan dengan
rutin yang sama di rumah. Selitkan sesi bersama keluarga agar mereka tidak berasa
keseorangan dan berupaya meningkatkan tahap responsif mereka terhadap orang
sekeliling. Kepelbagaian aktiviti seperti membasuh kereta bersama, mengemas rumah,
mengecat, menanam bunga dapat mengajar mereka meneroka aktiviti yang baru dan
mengelak mereka daripada terperuk di dalam bilik bermain gajet. Mungkin daripada sini,
ibu bapa dapat mencungkil bakat atau hobi baru anak-anak mereka seperti melukis dan
memasak.
Walaupun berada terhad di kawasan rumah sahaja, jangan hadkan komunikasi kanak-
kanak kecil dan remaja ini bersama ahli keluarga yang sama sahaja di rumah. Luaskan
komunikasi mereka rakan-rakan sebaya atau ahli keluarga lain yang jauh melalui panggilan
telefon, panggilan video atau aplikasi atas talian seperti Gmeet, Whatsapp dan Telegram.
Mereka perlukan komunikasi bersama dengan orang lain selain ahli isi rumah supaya
mereka dapat luaskan pergaulan dan menyokong emosi antara satu sama lain dengan
orang luar yang juga menghadapi masalah yang sama.
Kesimpulannya, demam kabin akan menyebabkan berlakunya perubahan emosi kepada
semua orang termasuklah kepada kanak-kanak dan remaja. Ibu bapalah yang paling
utama perlu memberi bantuan kepada kanak-kanak dan remaja ini untuk mengatasi kesan
demam kabin. Sekiranya bantuan dan perhatian yang diberikan masih tidak menunjukkan
tanda-tanda pengurangan demam kabin, bolehlah memohon pertolongan secara
profesional.
Bibliografi
https://www.utusanborneo.com.my/2021/02/04/pandemik-covid-19-masalah-kesihatan-mental-kanak-kanak-
dan-implikasinya
https://ms.evidentista.org/cabin-fever-2598
https://iluminasi.com/bm/cabin-fever-kesan-buruk-perintah-kawalan-pergerakan-pada-kita.html
https://ms.reoveme.com/adakah-anda-mempunyai-demam-kabin/
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/671231/bersikap-terbuka-positif-atasi-demam-terperuk
https://www.merdeka.com/sehat/5-cara-mencegah-terjadinya-cabin-fever-akibat-terlalu-lama-di-
rumah.html?page=2
http://www.harnas.co/2020/04/07/mengurai-rantai-demam-kabin
159
KARYA KREATIF
160
SUARA HATI BARISAN HADAPAN
Dr. Tan Yan Ling
Embun pagi berseri,
Cahaya mentari menyinari,
Telefon berbunyi,
Perlu pergi.
Tangisan bayi pecah sunyi,
Air mata mengaliri ke pipi,
Ibubapa belum sempat berjumpa lagi,
Nama dipanggil sana sini.
Sedih hati muka masih berseri,
Segala tidak kedugaan dihadapi,
Terpisah jauh untuk bermimpi,
Malah harus terus perjuangi.
Sampai bila penat ni boleh pergi,
Sampai bila boleh bertahan lagi,
Moga diminta jauhi,
Jaga diri semua dalam Covid ini.
161
162
Profil Penulis-Penulis
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah
Syamsyul Samsudin
Nik Nur Shafika Mustafa
Zuraidah Ahmad
Nur Liyana Mohamed Yousop
Zuraidah Sipon
Oswald Timothy Edward
Karya Akademik dan Umum
Tay Bee Hoong
Rohanizan Md Lazan
Nor Haliza Hamzah
Nik Nur Shafika Mustafa
Syamsyul Samsudin
Zaibedah Zaharum
Mohamad Azwan Md. Isa
Ruziah A. Latif
Dr. Nor Hazila Ismail
Dr. Maizura Md Isa
Oswald Timothy Edward
Nur Liyana Mohamed Yousop
Zuraidah Ahmad
Zuraidah Sipon
Wan Mohd Farid Wan Zakaria
Aflah Isa
Kamal Fahrulrazy Rahim
163
LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN PENSYARAH
164
PROJEK SULAM UiTM JOHOR MEMENANGI PINGAT EMAS
Syamsyul Samsudin & Nik Nur Shafika Mustafa
Salah satu kod kursus daripada Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
(Kepujian) Pengurusan Pelaburan (BA 251) telah dipilih sebagai kod kursus SULAM bagi
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Kod kursus yang terpilih untuk menjalankan aktiviti
SULAM ini ialah kod kursus Applied Investment Management (INV 621). SULAM ini
merupakan satu inisiatif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti. SULAM adalah
singkatan bagi Service Learning Malaysia – University for Society. SULAM adalah kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus
dengan khidmat komuniti di mana nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat komuniti
diambil kira sebagai jumlah jam pembelajaran bagi kursus yang berkaitan.
Inisiatif SULAM ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang berhubungkait
dengan teori, praktis dan penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti yang
berteraskan Kasih Sayang, Kegembiraan dan Saling Menghormati. Kementerian Pengajian
Tinggi mengharapkan dengan cara ini pendidikan akan menjadi satu perubahan kepada
kehidupan sosial dalam masyarakat majmuk pasca moden ini.
Memandangkan pandemik Covid-19 masih lagi belum selesai, SULAM bagi kursus ini akan
dijalankan secara dalam talian. Projek e-SULAM bagi kursus ini dirancang dan dilaksanakan
bermula Oktober 2021. Projek ini dinamakan “Komuniti Bijak Pelaburan”. Pelajar-pelajar
yang mengambil kursus ini akan mengajar dan melatih (coaching) secara langsung ilmu
pelaburan saham kepada golongan B40, komuniti dan belia di Johor. Melalui ilmu
pelaburan saham, mereka boleh membuat pelaburan saham dan menjadikannya sebagai
sumber pendapatan tambahan. Projek ini juga bertepatan dengan Dasar Kerajaan
Malaysia yang inginkan penguasaan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus menerusi
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB30) menjelang tahun 2030.
Konsep pelaksanaan projek SULAM bagi kursus INV 621 ini telah menyertai pertandingan
inovasi di Penang International Innovation, Invention and Design (PIID 2021) dan
memenangi pingat emas. Projek SULAM bagi kursus INV 621 ini dianggotai oleh 6 orang
pensyarah kewangan dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Johor,
Kampus Segamat yang terdiri daripada Encik Syamsyul Samsudin, Puan Rohanizan Md
Lazan, Puan Nik Nur Shafika Mustafa, Cik Nurul Haida Johan, Encik Ferri Nasrul dan Dr.
Maizura Md Isa.
Semoga perancangan Projek SULAM – Komuniti Bijak Pelaburan ini berjaya dilaksanakan
mengikut perancangan dan objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan agar lebih banyak
lagi kejayaan yang bakal dicipta oleh kumpulan ini di masa akan datang. Ianya bukan
sekadar pemindahan ilmu dan kemahiran daripada universiti kepada komuniti bahkan ia
mampu membantu komuniti untuk mendapat pendapatan tambahan. Dan sekaligus
dapat membantu negara dalam mencapai dasar pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30
peratus menjelang tahun 2030 melalui Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030).
165
FiSA ANJUR PROGRAM CAREER HUNTING
Zuraidah Ahmad, Nur Liyana Mohamed Yousop & Zuraidah Sipon
pihak organisasi luar turut diberi penekanan.
Pelajar perlu bijak untuk menyusun dan
mengupas teknik-teknik pemasaran diri yang
tepat dalam mempersiapkan diri untuk
digunakan oleh para graduan semasa
menulis resume.
Pandemik Covid-19 mengakibatkan
ekonomi negara terjejas dan sedikit
sebanyak telah menutup dan
mengurangkan peluang pekerjaan kepada
para graduan. Kita juga sedia maklum
betapa ramai di luar sana yang telah
diberhentikan pekerjaan, dicutikan tanpa
Pada 17 Jun 2021, Finance Student bergaji dan ada juga yang bekerja tetapi
Association (FiSA) UiTM Kampus Segamat
telah menganjurkan webinar ‘Career dengan potongan gaji bulanan. Selain itu,
Hunting: You Are Your Resume’.
Perbincangan ini dijalankan secara dalam beberapa sektor yang sebelum ini turut
talian dari jam 2.30 petang sehingga 4.30
petang melalui aplikasi Zoom. Program ini membuka peluang pekerjaan seperti
telah menyasarkan mahasiswa dan
mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran pelancongan, perkhidmatan dan beberapa
dan Perniagaan (Kepujian) Kewangan, UiTM
Kampus Segamat. Bilangan pelajar yang sektor lain turut ditutup untuk sementara
menyertai webinar ini amat menggalakkan
dan dianggarkan seramai 250 orang pelajar waktu. Dengan situasi sedemikian, ia telah
telah terlibat bagi menjayakan program ini.
mengecilkan lagi peluang pekerjaan yang
Tujuan utama program ini dijalankan adalah
untuk memberi peluang dan ruang kepada sedia ada. Justeru, saingan untuk
pelajar bagi mengupas pelbagai
pengetahuan, isu dan tips yang sangat memperolehi sesuatu pekerjaan adalah
berguna dalam mendepani dunia
pekerjaan sebenar terutamanya ketika sangat sengit.
situasi pandemik Covid-19 ini. Pelbagai tips
yang berguna telah turut dikongsikan Para graduan perlu lebih bijak
bersama oleh penceramah kepada menggunakan teknik yang betul dan
mahasiswa dan mahasiswi sebagai memfokuskan kelebihan diri yang lebih
persediaan awal dalam melangkah ke alam
pekerjaan. Selain itu, program ini dapat relevan dengan kriteria yang dicari oleh
membantu mahasiswa dan mahasiswi majikan agar lebih menyerlah dari calon
bersedia bukan sahaja daripada aspek yang lain ketika mencari pekerjaan. Justeru,
mental dan fizikal malah aspek pemasaran dengan program career hunting ini, para
dan kebolehan diri para pelajar kepada graduan didedahkan dengan teknik-teknik
menulis resume yang betul untuk memberi
gambaran jelas tentang potensi diri,
kelebihan diri yang lebih positif dan
keyakinan diri untuk melangkah kaki ke
dunia pekerjaan yang sebenar.
166
‘GLOBAL LEARNING’ MEMBUKA RUANG PELAJAR MENGHAYATI
PENGALAMAN BERBEZA
Oswald Timothy Edward & Nadiah Thanthawi Jauhari
Bagi mendokong aspirasi pelaksanaan penyampaian fleksibel dan Education 5.0 di Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan (FPdP), UiTM Cawangan Johor, 14 sesi ‘Global Learning’ yang
melibatkan 14 penceramah dari 9 buah negara, telah berjaya dianjurkan oleh pensyarah
FPdP. Dengan penglibatan lebih kurang 380 pelajar berserta 5 orang pensyarah FPdP yang
menganjurkan sesi Global Learning, UiTM Cawangan Johor telah diangkat sebagai kampus
cawangan teraktif. Melalui pendekatan Global Learning ini, pelajar telah dapat mendengar
dan menghayati pengalaman berbeza (different worldviews) tentang sesuatu topik sebagai
instrumen tambahan (supplementary) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
UiTM Johor dinobatkan cawangan paling aktif
menganjurkan program Global Learning
Global Learning atau pembelajaran global adalah salah satu inisiatif yang diketengahkan
dalam Education 5.0 di UiTM. Perihal ini turut dibukukan dalam ‘Education 5.0@UiTM
Navigating the Future’ yang menekankan konsep pembelajaran lebih bermakna
(meaningful learning) bagi pelajar. Ianya terkandung dalam salah satu dari lima tonggak
utama Education 5.0 ini iaitu: i) coherent & relevant curriculum, ii) innovative delivery &
assessment, iii) meaningful learning experience, iv) transformative learning environment dan
v) inspiring educators. Inisiatif ini turut mendokong pekeliling Akademik bilangan 4 Tahun
2019 Pelaksanaan Penyampaian Fleksibel di UiTM bersama syarat dan tatacara berkaitan
penyampaian pengajaran bagi memastikan aspirasi Education 5.0@UiTM tercapai dan
kualiti akademik sentiasa terjamin.
Objektif utama pelaksanaan penyampaian fleksibel adalah untuk mempelbagaikan
penyampaian tanpa kekangan ruang/ lokasi, masa dan mod. Dalam konteks pendidikan
tinggi, fleksibiliti penyampaian dikategorikan kepada tiga:
i) Keanjalan mod atau flexibility of mode. Ini termasuk pencapaian hasil pembelajaran
melalui pembelajaran kolaboratif dan kooperatif seperti pembelajaran berasaskan
projek, pembelajaran dalam talian, flipped classroom dan sebagainya yang tidak
terhad kepada pengajaran pembelajaran bersemuka antara pensyarah dan pelajar.
ii) Keanjalan lokasi atau flexibility of location. Ini termasuk sesi pengajaran yang
lokasinya dijalankan di luar bilik kuliah yang melibatkan pengajaran on-site.
iii) Keanjalan masa atau flexibility of time. Ini termasuk memanjangkan sesi pengajaran/
pembelajaran, menyingkatkan sesi bilik dalam kuliah dan menambah pengajaran di
platform lain. 167
Pelaksanaan Global Learning di UiTM Johor bermula apabila pensyarah FPdP mengambil
peluang pengajaran dan pembelajaran atas talian mod ODL (Open & Distance Learning)
dalam tempoh PKP/PKPD/PKPP/PKPB untuk bersama tetamu jemputan luar negara secara
maya (virtually). Seterusnya, kandungan silibus kursus Fakulti Pengurusan & Perniagaan akan
diperhalusi untuk melihat apakah isu yang boleh dibincangkan semasa sesi Global Learning
tersebut. Tentunya terdapat beberapa topik menarik dalam silibus yang akan menjadi lebih
bermakna (meaningful learning) dan menarik jika pelajar dapat turut mendengar kupasan
idea dan diskusi semasa sesi Global Learning daripada mereka yang berpengalaman luas
dalam bidang berkaitan yang didatangkan daripada institusi dan organisasi luar
negara/antarabangsa.
Sesi perkongsian Global Learning ini mendokong aspirasi universiti melalui pelaksanaan
penyampaian fleksibel serta Education 5.0@UiTM serta pembelajaran yang bermakna
(meaningful learning). Program ini telah memberi manfaat kepada pelajar-pelajar atas
sokongan dan kelulusan dari pihak pengurusan fakulti/kampus.
Antara program Global Learning yang dianjurkan oleh
pensyarah Jabatan Kewangan FPdP
168
KARYA AKADEMIK
DAN UMUM
169
KEPENTINGAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DALAM
MEMACU EKONOMI BARU
Tay Bee Hoong & Rohanizan Md Lazan
Dunia kini sedang dibelenggu oleh suasana negatif susulan VUCA di mana V (volatility)
merujuk kepada kemeruapan, U (uncertainty) untuk ketidakpastian, C (complexity) untuk
kerumitan dan A (ambiguity) untuk kekaburan yang membawa pelbagai ketidaktentuan.
Ketidaktentuan akibat daripada pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif kepada
ekonomi dunia dan tempatan. Antara lain, ekonomi negara turut tertekan dengan
kelemahan permintaan dalaman dan penurunan pelaburan asing secara langsung.
Pada tahun 2020, Bank Dunia telah mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.5 peratus. Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan
KDNK negara menguncup 3.4 peratus untuk suku keempat 2020 dan KDNK untuk
keseluruhan Malaysia menyusut 5.6 peratus pada tahun 2020 berbanding 4.3 peratus pada
2019. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan keadaan ekonomi
negara berada di atas paksi agar ianya dapat kembali pulih pada tahun 2021. Namun,
kerisauan gelombang baharu pandemik COVID-19 terus mencengkam ekonomi dunia dan
negara. Justeru itu, peralihan ekonomi ke arah negara maju seperti yang disasarkan dalam
Wawasan 2025 tentunya penuh dengan cabaran. Walau bagaimanapun, sasaran ini
adalah penting untuk memastikan supaya negara mencapai status negara
berpendapatan tinggi, sejajar dengan peningkatan peluang pekerjaan dan daya saing
yang tinggi.
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2021, sebanyak RM69 billion daripada keseluruhan
RM322.5 billion KDNK diperuntukkan bagi tujuan perbelanjaan pembangunan
(development expenditure, DE) berbanding RM56 billion dan RM297 billion semasa
Belanjawan 2020. DE yang diperuntukkan pada tahun 2021 adalah 23 peratus lebih tinggi
daripada tahun 2020. Penambahan DE adalah penting bagi mempercepatkan
pelaksanaan projek yang berimpak tinggi terutamanya penambahbaikan infrastruktur jalur
lebar di kawasan luar bandar yang dapat merapatkan jurang infrastruktur antara bandar
dan luar bandar serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Ini adalah perlu bagi mencapai
objektif untuk merancakkan ekonomi negara ke arah negara maju.
Jika ditinjau, DE negara merangkumi kurang daripada 20 peratus secara purata sebelum
tahun 2020 daripada jumlah keseluruhan belanjawan tahunan. Namun begitu, DE turut
menawarkan sumbangan yang lebih tinggi kepada peningkatan kapasiti produktiviti
negara untuk disalurkan ke projek yang berimpak tinggi. Menurut laporan Kementerian
Kewangan, peruntukan DE akan disalurkan ke program dan projek yang mempunyai kesan
berlipat ganda untuk mempromosi pertumbuhan ekonomi. Ianya termasuklah peruntukan
berbentuk langsung, pinjaman dan subsektor kesihatan. Lantaran daripada pandemik
COVID-19, sebahagian daripada perbelanjaan telah difokuskan kepada subsektor
kesihatan bagi mewujudkan sistem penjagaan kesihatan nasional yang lebih berkesan.
Peningkatan kualiti penyelenggaraan dan penjagaan kesihatan dari segi pencegahan,
rawatan dan pemulihan penyakit fizikal mahupun mental adalah penting. Selain
memperbanyakkan pembinaan hospital dan klinik baru, perbelanjaan juga fokus kepada
peningkatan dan penyelenggaraan hospital dan klinik serta pembelian kenderaan dan
peralatan perkhidmatan perubatan. 170
Selain daripada itu, mengenalpasti sektor ekonomi yang berpotensi adalah penting supaya
hasrat untuk mencapai negara maju boleh dipenuhi. Jika ditinjau, sebahagian besar
daripada perbelanjaan pembangunan telah disalurkan ke sektor ekonomi yang
merangkumi pengangkutan, industri, tenaga dan kemudahan awam. Namun, era Industri
4.0 memperlihatkan keperluan peningkatan di dalam perbelanjaan aset modal
terutamanya modal insan, teknologi, penyelidikan dan pembangunan dapat menaikkan
keupayaan produktiviti dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi
negara.
Justeru, sasaran kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur yang
diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia adalah sesuatu yang amat digalakkan. Ianya
dapat direalisasikan dengan pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan
Negara (National Fiberisation and Connectivity Plan, NFCP) yang dirangka dalam tempoh
lima tahun. Pelan tersebut dilihat dapat memenuhi objektif peralihan ekonomi negara
kepada ekonomi digital yang dapat menyelenggara perkhidmatan ICT di seluruh negara
dan seterusnya menyokong syarikat tempatan untuk menerapkan elemen teknologi baru.
Usaha tersebut dapat meningkatkan daya saing syarikat tempatan dan membantu mereka
untuk menyertai rantaian nilai global yang rumit.
Bagi merealisasikan Tansformasi Malaysia kepada Ekonomi Digital, kerajaan telah
mempromosi wawasan Masyarakat Digital yang memberi tumpuan di dalam melatih
usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi meningkatkan potensi mereka dalam
menjana pendapatan dan seterusnya memberi impak kepada ekonomi negara. Selain
daripada itu, tidak lupa juga peruntukan untuk mempromosi kelestarian alam sekitar yang
melibatkan produk tenaga yang diperbaharui mahupun teknologi pertanian hijau yang
dapat menyokong usaha untuk membendung pemanasan global dan perubahan iklim.
Dengan unjuran belanjawan yang terancang dan efisien, langkah kerajaan dalam
meletakkan fokus di dalam perbelanjaan pembangunan (DE) pasti mampu meningkatkan
dan menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan dan seterusnya merangka hala tuju ke
arah prestasi ekonomi negara yang lebih cemerlang.
Gambar hiasan 171
Sumber: http://freepik.com
GENERASI MUDA PERLU ADA ILMU UNTUK JADI USAHAWAN
Nor Haliza Hamzah & Che Khalilah Mahmood
Merujuk kepada laporan statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya 40
peratus daripada 1 juta syarikat yang didaftarkan dimiliki oleh usahawan Bumiputera. Ini
menunjukan penglibatan Bumiputera masih kurang dalam bidang keusahawanan.
Walaubagaimanapun, kejayaan yang telah dikecapi oleh usahawan Bumiputera ini
sememangnya sangat membanggakan. Kisah mengenai segala jerih perih mereka yang
bermula dari peringkat bawah untuk membangunkan empayar perniagaan masing-masing
sesungguhnya amat memberikan inspirasi terutamanya kepada mereka yang baru ingin
berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan. Selain itu, gaya hidup mewah yang sering
dipaparkan di laman media sosial peribadi milik mereka juga menjadi pendorong kepada
masyarakat khususnya generasi muda untuk menjadi usahawan yang berjaya dan kaya.
Namun, apa yang membimbangkan adalah apabila terdapat segelintir generasi muda
yang berpendapat tidak perlu untuk belajar bersungguh-sungguh sewaktu di bangku
sekolah apatah lagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi mereka,
tidak lulus SPM pun masih mampu untuk berpendapatan besar dan hidup mewah dengan
merujuk kepada sesetengah usahawan selebriti yang dijadikan sebagai idola. Fahaman
sebeginilah yang perlu dibuang dari minda generasi muda sekarang memandangkan masa
depan negara adalah terletak di tangan mereka. Benar, tidak perlu belajar tinggi pun masih
boleh berjaya dan kaya, asalkan rajin berusaha dan tidak pernah kenal erti putus asa.
Alasan sebegini sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai tiket untuk malas belajar dan
menuntut ilmu. Lebih parah apabila tiada sebarang matlamat dan usaha dibuat pada
masa ini untuk kejayaan di masa hadapan.
Masyarakat terutamanya generasi muda harus faham bahawa ilmu pengetahuan itu amat
penting untuk mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ketua Pengarah Institut
Koperasi Malaysia, Ariffin Mamat berkata “Untuk menjadi usahawan jangan terikut-ikut
tetapi perlu ada ilmu. Mereka perlu mencari peluang tanpa disuruh dan bijak cari peluang
itu," katanya dalam Wacana Sinar Siri ke-121 bertajuk Dasar Keusahawanan Nasional (DKN)
2030: Pemangkin Usahawan Negara. Mengambil contoh Warren Buffet sebagai salah
seorang manusia terkaya di dunia, di usia 90 tahun, beliau masih lagi meluangkan masa
untuk membaca dan menuntut ilmu selama beberapa jam sehari bagi mengikuti
perkembangan semasa dan memantau apa yang berlaku di dalam perniagaannya.
Pendek kata, di usia selanjut itu dan dengan segala harta dan kemewahan yang ada,
beliau masih lagi berusaha menambah ilmu pengetahuan untuk berjaya di dalam bidang
pelaburan.
Menurut mantan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk
Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin pula, selain ilmu pengetahuan yang baik, daya usaha
dan inisiatif sendiri dalam merebut peluang dan ruang juga amat perlu meskipun terdapat
banyak sokongan yang sedia ada daripada pihak kerajaan. Ianya menjadi kegusaran
kepada kerajaan apabila golongan muda Bumiputera hari ini kurang menunjukkan minat
untuk menerokai bidang keusahawanan.
172
Pelbagai usaha telah dijalankan di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi untuk melahirkan lebih ramai
usahawan muda Bumiputera selain
membudayakan keusahawanan melalui
program outreach, bimbingan, latihan
serta mempromosikan keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan kepada golongan
belia Bumiputera.
Justeru, ilmu pengetahuan yang
bermanfaat, sama ada yang didapati
secara formal mahupun tidak formal
adalah merupakan modal utama untuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan
sebagai seorang usahawan. Ini selari
dengan wahyu pertama Allah SWT yang
diturunkan kepada Rasulullah SAW, "Iqra
(bacalah)" di mana pentingnya ilmu
pengetahuan melalui pembacaan. Orang
yang berilmu itu sangat beruntung kerana
bukan hanya dipandang tinggi oleh
masyarakat, bahkan ilmu yang dituntut itu
juga merupakan harta yang tidak akan
hilang dan habis, jauh lebih bernilai dari
wang ringgit sebenarnya. Generasi muda
Bumiputera hari ini perlu terus menuntut
ilmu kerana dengan ilmu pengetahuan
ianya mampu memberi makna dan tujuan
kehidupan, yang membolehkan seseorang
itu mengenal potensi diri dan pergi lebih
jauh seterusnya menjadi usahawan
Bumiputera yang lebih berjaya.
Gambar hiasan
Sumber: http://freepik.com
173
MEMILIH SAHAM YANG BAIK MELALUI KAEDAH CANSLIM
Nik Nur Shafika Mustafa & Syamsyul Samsudin
Setiap orang yang melabur pasti mahukan Kaedah CANSLIM ini merungkai 7 elemen
keuntungan daripada pelaburan yang utama dalam proses membuat penilaian
dibuat. Tidak kira apa jua jenis pelaburan. kepada syarikat atau saham yang ingin
Bagi pelabur yang ingin melabur dalam pelabur pilih. 7 elemen itu ialah:
pelaburan saham, pelabur perlu membuat C : Current Earning
analisa dan kajian terhadap saham-saham A : Annual Earning
yang ingin dibeli sebagai pelaburan. Pelabur N : New Product, New Service, New
perlu membuat analisa yang betul supaya
dapat memilih saham yang baik dan Management
berkualiti di samping mengurangkan risiko S : Supply and Demand
kerugian mereka. Terdapat banyak cara L : Leaders
dan kaedah yang boleh digunakan untuk I : Institutional Support
memilih salam yang baik dan berkualiti. M : Market Direction
Kaedah CANSLIM yang di asaskan oleh
William J. O'Neil boleh dijadikan salah satu C-Current Earnings
kaedah untuk mencari saham yang Dalam kaedah CANSLIM, C yang pertama
berpotensi untuk dipilih sebagai pelaburan. merujuk kepada Current Earnings. Current
Earnings merujuk kepada keuntungan
William J. O'Neil merupakan orang yang syarikat semasa. Untuk melihat kepada
memperkenalkan kaedah CANSLIM ini. Mari keuntungan semasa syarikat, pelabur boleh
kita kenali siapa William J. O'Neil. Beliau merujuk kepada keuntungan syarikat bagi
dilahirkan pada 25 Mac 1933 dan suku tahun terkini. Untuk mengetahui sama
merupakan seorang penulis, usahawan dan ada Current Earnings syarikat itu baik atau
broker saham Amerika yang terkenal serta pun tidak, keuntungan syarikat mestilah
sebagai pengasas Investor Business Daily melebihi sekurang-kurangnya 10 hingga 20
iaitu pesaing kepada The Wall Street peratus pada setiap suku tahun (setiap 3
Journal. William J. O'Neil telah menulis bulan), dan ianya mestilah mampu menjana
beberapa buah buku termasuk How to keuntungan untuk tiga suku tahun berturut-
Make Money in Stocks, The Successful turut daripada suku terkini.
Investor dan 24 Essential Lessons for
Investment Success. A-Annual Earnings
Penilaian kedua yang boleh dilakukan oleh
Sistem pelaburan CANSLIM telah pelabur adalah dengan melihat Annual
dikembangkan oleh William J. O'Neil semasa Earnings syarikat. Pelabur boleh membuat
beliau menjadi broker saham pada akhir penilaian dengan melihat kepada
1950-an dan kaedah ini masih relevan dan keuntungan tahunan syarikat dan
digunapakai sehingga ke hari ini. William J. keuntungan ini mestilah mencatatkan
O'Neil telah membincangkan teknik ini peningkatan sebanyak 20 hingga 25 peratus
melalui buku yang ditulisnya bertajuk How to selama tiga tahun berturut-turut. Jika syarikat
Make Money in Stocks yang telah terjual mencatatkan peningkatan keuntungan
sebanyak 2 juta naskhah sejak dicetak. Bagi sebanyak 20 hingga 25 peratus untuk 3
pelabur di luar sana yang ingin mengetahui tahun berturut-turut, syarikat ini boleh
dengan lebih mendalam kaedah CANSLIM disenaraikan di dalam wishlist pelabur untuk
ini, wajib membeli buku How to Make Money pemilihan saham di dalam pelaburan
in Stocks supaya pelabur dapat membaca mereka.
apakah hasrat yang ingin disampaikan oleh
William J. O'Neil. 174
N-News, New High, New Product, New I-Institutional Support
Service, New Management Institutional Support merujuk kepada saham
Elemen ketiga ialah News, New High, New syarikat tersebut dimiliki oleh siapa. Jika
Product, New Service, New Management. saham syarikat dimiliki oleh syarikat-syarikat
Pelabur boleh melihat kepada sebarang yang besar atau “jerung” maka syarikat
news tentang syarikat atau tentang tersebut memiliki Institutional Support yang
pemegang saham. Selain itu, syarikat yang baik. Ini kerana, saham syarikat yang dimiliki
sentiasa menghasilkan produk dan oleh syarikat institusi yang besar sudah
perkhidmatan yang baharu boleh pastinya merupakan syarikat yang kukuh dan
dipertimbangkan kerana syarikat ini memiliki harga saham yang agak stabil.
merupakan syarikat yang sentiasa Dengan sokongan Institutional Support ini
melakukan penambahbaikan daripada segi pastinya saham syarikat tersebut berpotensi
produk atau perkhidmatan mereka. untuk berkembang dengan baik pada masa
Pengurusan yang baharu juga dipercayai akan datang. Elemen ini boleh dijadikan
akan menghasilkan idea baharu kepada kayu ukur juga bagi menilai syarikat yang
syarikat yang akan membawa kepada berkualiti untuk dipilih oleh pelabur.
pekembangan yang lebih baik. Jika dilihat
dalam senario syarikat-syarikat di Malaysia, M-Market Direction
perubahan pengurusan yang baharu Pemilihan syarikat yang baik apabila syarikat
kebiasaannya membawa perubahan yang berada dalam keadaan Market Direction –
baik kepada syarikat. uptrend. Jika pelabur memilih syarikat yang
berada dalam fasa uptrend ini, pelabur tahu
S-Supply and Demand saham syarikat ini dalam fasa menaik. Walau
Pastinya Supply and Demand ini merupakan bagaimanapun, masa yang sesuai untuk
perkara asas dalam pergerakan harga membeli saham dalam fasa ini perlu
saham. Bagi melihat elemen ini, pelabur dibandingkan dengan isyarat teknikal bagi
boleh memerhatikan berapa banyak memastikan pelabur membuat keputusan
penawaran saham yang ditawarkan oleh yang tepat pada masanya.
syarikat tersebut. Jika jumlah penawaran
kurang 200 juta; ianya dikira sebagai ringan, Kesimpulanya, apa pun kaedah yang
200 juta hingga 2 bilion sebagai ideal dan digunakan oleh pelabur, objektifnya tetap
melebihi 2 bilion sebagai berat. Permintaan sama iaitu pelabur mahukan pulangan yang
terhadap saham boleh dilihat melalui jumlah baik daripada pelaburan yang dibuat.
volume yang didagangkan setiap hari. Walaupun ada risiko kerugian dalam setiap
pelaburan yang dibuat, sekurang-kurangnya
L-Leaders dengan membuat analisa yang baik ke atas
Leaders bermaksud syarikat yang menjadi sesebuah syarikat atau saham dengan
peneraju atau syarikat yang menguasai menggunakan kaedah CANSLIM ini dapat
pasaran dalam sesebuah industri atau sektor mengurangkan risiko kerugian pelabur.
tertentu. Banyak kaedah yang boleh Kaedah ini juga membantu pelabur
menentukan sama ada sesebuah syarikat itu mahupun pengurus dana dalam memilih
Leaders atau tidak. Pelabur boleh melihat syarikat atau saham yang baik dan berkualiti.
melalui market share syarikat dalam industri, Jika syarikat atau saham yang dipilih baik,
atau melalui asset capitalization untuk risiko kerugian juga akan rendah bagi
menentukan syarikat ini Leaders atau tidak. pelabur.
Mengapa pentingnya syarikat ini menjadi
Leaders atau pun tidak dalam industri 175
mereka? Ini kerana syarikat Leaders ini boleh
menentukan harga dan mendapat banyak
kelebihan dalam industri mereka.
MENABUNG ATAU MELUNASKAN HUTANG?
Zaibedah Zaharum, Mohamad Azwan Md. Isa & Ruziah A. Latif
Yang mana satu perlu didahulukan dan menjadi keutamaan, menabung atau melunaskan
hutang? Ia merupakan satu keputusan penting yang harus dibuat sekiranya anda mahukan
financial freedom. Walaupun menabung merupakan satu cara untuk merancang masa
hadapan, namun membebaskan diri daripada hutang adalah strategi yang sangat
berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang lebih stabil.
Penumpuan dalam keseimbangan kewangan peribadi anda merupakan cara yang terbaik
untuk menangani isu tersebut. Oleh itu, melunaskan hutang sekaligus menabung
merupakan senario yang paling ideal. Walaupun secara praktik tidak mudah untuk
dilaksanakan, namun terdapat beberapa cara untuk mencapai keseimbangan itu.
Pertama, anda harus fokus pada aliran tunai sedia ada. Anda perlu mengautomasikan
aliran tunai yang diperlukan dan perbelanjaan statik yang harus dilunaskan setiap bulan
seperti sewa, insurans, ansuran bayaran balik pinjaman dan simpanan. Perbelanjaan statik
ini haruslah diutamakan terlebih dahulu dan diambil kira dalam perisian kewangan peribadi
anda. Sekiranya anda telah menganggarkan jumlah hutang dan perbelanjaan serta dapat
mengenepikan sejumlah wang simpanan, maka anda telah melaksanakan langkah
pertama dengan baik.
Kedua, anda perlu mewujudkan dana kecemasan untuk digunakan ketika anda betul-betul
memerlukannya. Tidak kira sama ada anda seorang yang baharu ingin menyimpan duit
atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang
mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana anda
sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya sekiranya berlaku perkara-perkara luar
jangka. Harus diingat bahawa dana kecemasan ini hanya digunakan dalam keadaan yang
terdesak sahaja dan bukannya untuk perkara-perkara yang tiada kepentingan.
Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan
perhatian kepada teras masalah iaitu hutang. Anda perlu bijak mengkategorikan jenis
hutang anda. Senaraikan hutang dengan kadar faedah tertinggi seperti kad kredit,
pinjaman peribadi dan pinjaman kereta sebagai hutang yang harus dilunaskan dahulu.
Seterusnya, senaraikan pinjaman perumahan dan pinjaman pendidikan sebagai yang
terakhir kerana pinjaman-pinjaman sebegini biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih
rendah dan dianggap sebagai “hutang yang baik”. Pembayaran melebihi minimum
bulanan adalah digalakkan supaya bebanan hutang dapat dikurangkan dengan kadar
segera.
Setelah melunaskan hutang-hutang yang penting, anda perlu menjadikan simpanan
jangka panjang sebagai perhatian utama. Amalkan prinsip “bayar diri sendiri dahulu” di
mana anda perlu ketepikan sejumlah wang setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun
simpanan anda. Lakukan pemotongan gaji bulanan secara automatik agar anda tidak
terlupa untuk memindahkan wang tersebut.
176
Selain daripada itu, membina mudah tunai dan menyumbang secara konsisten ke dalam
akaun persaraan juga sangat membantu. Anda juga boleh menggunakan sebahagian
daripada wang simpanan untuk dilaburkan bagi menghasilkan pulangan. Inilah masanya
dan peluang untuk melihat bagaimana wang bekerja untuk anda dan bagaimana
pulangan dihasilkan, iaitu dengan melaburkan wang yang ada. Walaubagaimanapun,
aktiviti pelaburan ini haruslah sentiasa dipantau agar ianya tidak tersasar dari matlamat dan
objektif anda.
Oleh itu, dengan langkah-langkah yang telah dinyatakan, keseimbangan antara
menabung dan melunaskan hutang akan dapat dicapai. Perlu diingatkan bahawa cara
hidup anda dan komitmen-komitmen kewangan lain turut memberi kesan jangka panjang
dan pengaruh untuk anda menabung dan melunaskan hutang. Apa yang perlu dilakukan
adalah mengubah cara hidup anda bagi mencapai keseimbangan antara menabung dan
melunaskan hutang dan sudah pasti ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Kesimpulannya,
jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, kuncinya adalah
keseimbangan antara menabung dan melunaskan hutang.
“Jika seorang Muslim memiliki hutang & Allah SWT mengetahui bahawa dia berniat ingin
melunasi hutang tersebut. Maka Allah SWT akan memudahkan baginya untuk melunasi
hutang tersebut di dunia”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Gambar hiasan
Sumber: http://freepik.com
177
PEMBANGUNAN LESTARI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Dr. Nor Hazila Ismail & Dr. Maizura Md Isa
Konsep Pembangunan Lestari (Sustainable Development) mendapat sorotan dipersada
antarabangsa apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerbitkan Laporan
Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (WECD) pada tahun 1987
yang sering disebut sebagai Laporan Brundtland (1987). Usaha tersebut diteruskan dengan
Deklarasi Milenium (Millennium Declaration), yang ditandatangani oleh 189 negara pada
bulan September 2000, dan melahirkan Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium
Development Goals, MDGs) yang merupakan satu peralihan konsep dari "pembangunan
ekonomi" ke "pembangunan manusia”.
Pembangunan Lestari adalah "konsep integratif yang menunjukkan bahawa setiap
penilaian kemajuan menuju kelestarian juga harus merupakan proses integratif dengan
kerangka kerja yang sesuai untuk membuat keputusan" (Pinter et al, 2012). Menurut Hasan
(2006) definisi pembangunan lestari secara menyeluruh masih samar kerana konsep ini
masih berkembang di dalam usaha menggabungkan dinamika proses perubahan yang
tidak boleh mengabaikan keprihatinan dan keperluan kemanusiaan.
Pembangunan Lestari dipercayai terdiri daripada tiga dimensi utama; (i) pembangunan
ekonomi, (ii) pembangunan sosial, dan (iii) perlindungan alam sekitar. Pembentukan
indikator atau penunjuk aras pembangunan lestari bagi kebanyakan negara dan institusi,
merupakan aspek penting di dalam menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial di samping
isu-isu alam sekitar. Indikator pembangunan lestari juga berperanan dalam mempromosikan
konsep kemakmuran bersama dengan cara yang lebih jelas yang dapat dicapai melalui
aktiviti ekonomi yang lestari dan inklusif.
Menariknya, konsep Kontemporari Pembangunan Lestari ini bertepatan dengan maqasid
atau objektif Syari'ah. Islam adalah agama sejagat dan menangani seluruh umat manusia.
Objektif utama undang-undang Islam secara umum adalah untuk mencapai kesejahteraan
seluruh umat manusia merangkumi keimanan (din), manusia (nafs), akal (aql), keturunan
(nasl) dan harta (maal)” (Hasan, 2006). Objektif kesejahteraan manusia dari perspektif Islam
ini juga harus dicapai sesuai dengan visi tauhid yang mana untuk mewujudkan martabat
manusia (karamah).
Al Jayyousi (2014) menegaskan empat pendekatan pembangunan lestari menurut Islam
berdasarkan pendekatan daya dukung (mizan), pendekatan nisbah (Ihsan), pendekatan
Sosio (Arham) dan pendekatan Eco (Tasbeeh). Dia menekankan bahawa pembangunan
lestari harus dilihat sebagai kemajuan dan bukan sebagai projek atau produk di dalam
menangani dan menghadapi realiti masalah kemanusiaan yang kompleks yang
memerlukan banyak penyelesaian dan perspektif.
178
Jelas menunjukkan penerapan ajaran Al-Quran dan Sunnah dalam konsep pembangunan
lestari, bukan hanya untuk umat Islam tetapi juga untuk dunia secara adil dalam mencapai
pembangunan yang mampan. Perspektif Islam mengenai kelestarian dapat dipahami lebih
lanjut melalui ajaran dan gaya hidup Nabi Muhammad (saw) dan bagaimana ajarannya
menjadi asas bagi perkembangan peradaban manusia.
Pembangunan Lestari didefinisikan dari perspektif Islam, "sebagai proses multi-dimensi yang
bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan sosial yang
mendorong manusia untuk menggunakan sumber dengan cara yang terbaik. Konsep
pembangunan lestari ini dianggap merujuk kepada "realisasi keseimbangan di dalam
penggunaan, kecekapan ekonomi, keadilan sosial, dan keseimbangan ekologi yang
seimbang dan serentak dalam kerangka model interaktif sosial berasaskan pengetahuan
yang evolusi". Terdapat beberapa elemen dari perspektif Islam yang unik dalam
menyelesaikan masalah masyarakat dan elemen-elemen ini diperlukan untuk kesatuan
sosial. Unsur-unsur ini adalah petunjuk utama pembangunan lestari untuk kemajuan individu
dan masyarakat yang mana terdiri daripada tanggungjawab (Faradh),
penglibatan/partisipasi (Shura), keseimbangan (Al'adl wal ihsan), Wakaf (Al-Wakaf) dan
Sedekah (Zakat)".
Secara keseluruhannya, dari perspektif Islam, kelestarian merangkumi pembelajaran dan
hikmah, komitmen, tanggungjawab institusi keagamaan dan kewarganegaraan, dan
sejauh mana kepercayaan dan kerohanian diamalkan secara menyeluruh dalam
masyarakat. Jelas bahawa pembangunan yang lestari mampu memberikan kesan positif
terhadap pengurangan kemiskinan dan menyumbang kepada kemakmuran bersama.
Rujukan:
Al-Jayyousi, O. R. (2015). Rethinking Sustainability: Islamic Perspectives. Climate Change,
EcoIslam, Sustainable.
Pintér, L., Hardi, P., Martinuzzi, A., & Hall, J. (2012). Bellagio STAMP: Principles for sustainability
assessment and measurement. Ecological Indicators, 17, 20-28.
Hasan, Z. (2006). Sustainable development from an Islamic perspective: Meaning,
implications, and policy concerns. Islamic Economics, 19(1).
179
PERKUKUHKAN BISNES DENGAN PERKASAKAN PENGURUSAN
RISIKO PERNIAGAAN
Oswald Timothy Edward
Setiap perniagaan pasti akan menempuhi cabaran dan risiko, baik
dari dalaman organisasi mahupun dari luar organisasi. Antara
cabaran dalaman yang dihadapi organisasi adalah seperti
kelemahan tadbir urus, kelemahan komunikasi, kurang
bersemangat dan lain-lain lagi. Cabaran luaran yang dihadapi
mungkin dari segi persaingan perniagaan, perubahan citarasa
pelanggan, keadaan ekonomi semasa, situasi politik dan lain-lain
lagi. Untuk itu, satu perkongsian ilmu bersama koresponden
BERNAMA telah bersiaran di Astro 502 bagi membincangkan
beberapa persoalan, antaranya seperti berikut:
1) Sejauhmana pentingnya untuk kita mengambil kira risiko
perniagaan sebelum kita memulakan bisnes?
Secara asasnya, risiko merupakan sesuatu kemungkinan atau ketidakpastian sesuatu kejadian
yang mungkin berlaku di masa hadapan dan akan memungkinkan kerugian dialami oleh
usahawan atau peniaga. Perlu ditekankan di sini, impak atau kesan risiko adalah bersifat
negatif. Oleh itu, dalam konteks perniagaan - risiko adalah kegagalan, kerugian, ataupun
terdedahnya usahawan ataupun peniaga ini kepada liabiliti akibat daripada kepincangan
barang dagangan atau ‘product defect’. Secara spesifiknya, risiko perniagaan merujuk
kepada ancaman yang ditimbulkan kepada perniagaan fokal yang berpunca daripada
persekitaran politik, ekonomi, masyarakat dan perkembangan teknologi. Risiko ini mungkin
berpunca daripada perubahan yang tidak dijangka dalam dasar dan tindakan pihak
berkuasa atau firma pesaing. Cabaran luaran yang dihadapi mungkin dari segi persaingan
perniagaan, perubahan citarasa pelanggan, keadaan ekonomi semasa, situasi politik dan
lain-lain lagi. Dari sudut jenis risiko, mungkin melibatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan
politik, isu silang budaya (cross-cultural), mata wang serta risiko gangguan perdagangan dan
rantaian bekalan. Oleh itu, sudah semestinya kita perlu mengenalpasti apakah risiko-risiko
yang mungkin akan mendedahkan peniaga atau usahawan kepada kerugian atau pun
kegagalan tersebut.
2) Setelah kita mengenalpasti risiko bisnes kita, apakah langkah seterusnya?
Risiko perniagaan telah mencetuskan keperluan untuk sumber dan kepakaran unik untuk
bertindak balas, dalam usaha meneruskan kelangsungan perniagaan. Oleh itu, kita perlu
menguruskan risiko tersebut. Pengurusan risiko adalah ciri penting keusahawanan serta dalam
pembangunan perniagaan. Sepanjang abad ini, pelbagai ancaman baru dan lama seperti
serangan siber, keganasan, keselamatan produk makanan di negara membangun dan
jenayah siber telah muncul atau diwujudkan semula. Oleh itu, ianya telah mencetuskan
keperluan untuk sumber dan kepakaran unik untuk bertindak balas, dalam usaha meneruskan
kelangsungan perniagaan. Pengurusan risiko perniagaan yang lemah sering membawa
kepada kehilangan daya saing akibat kegagalan perniagaan.
180
Perniagaan yang mempunyai nilai modal insan yang tinggi berupaya menangani
permasalahan ini, manakala perniagaan yang kurang mempunyai nilai modal insan
mengganggap tekanan daripada persekitaran perniagaan ini sebagai ancaman lantas
gagal untuk menangani krisis ini. Oleh itu pemahaman terhadap risiko persekitaran
perniagaan ini amat penting kepada usahawan.
3) Jika kita lihat sekarang ini, semakin ramai orang berbisnes menggunakan pemasaran
secara dalam talian (online). Apa yang akan terjadi sekiranya usahawan terlalu bergantung
kepada tekonologi maklumat sedia ada?
Tidak dinafikan, ketika ini dunia perniagaan semakin bergantung kepada ledakan
perkembangan teknologi yang membawa kepada longgarnya halangan perdagangan
serta penurunan kos komunikasi, maka risiko perniagaan semakin melangkaui sempadan
negara. Dalam erti kata yang lain, dengan kebergantungan kepada teknologi maklumat
yang semakin meningkat untuk kebanyakan perniagaan, risiko siber merupakan
penyumbang terbesar keterdedahan usahawan kepada risiko perniagaan. Hanya dengan
satu insiden seperti gangguan teknikal, kesilapan manusia atau serangan siber, akan
mengakibatkan gangguan perniagaan yang teruk, kejatuhan nilai saham dan kerosakan
kepada reputasi syarikat.
Sebagai contoh, pada tahun 2017, ‘IT meltdown’ yang disebabkan oleh kesilapan manusia
menyebabkan gangguan perjalanan untuk 75,000 penumpang British Airway. Pada tahun
yang sama, serangan siber 'ransomware' - Sistem Kesihatan Kebangsaan (NHS) di United
Kingdom mengalami gangguan tahap kritikal yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Ianya
turut menjejaskan banyak organisasi lain di seluruh dunia termasuk FedEx, Renault dan
jaringan keretapi Jerman. Justeru, kebergantungan kepada teknologi maklumat sedia ada
akan menjadi pemangkin kepada krisis kegagalan perniagaan.
4) Kita dapat lihat ramai usahawan gagal menguruskan perniagaan, boleh tuan kongsikan
tip?
Ramai usahawan gagal menguruskan perniagaan dalam persekitaran perniagaan yang
mencabar dan sentiasa berubah oleh kerana kurangnya keupayaan dalam menangani
situasi seperti ini. Justeru, usahawan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran, amat
di perlukan di pasaran kerana ianya adalah keperluan bagi usahawan ini untuk membuat
keputusan yang cepat serta tepat dan ianya bergantung kepada tahap kompetensi
seseorang usahawan itu.
Kompetensi atau kemampuan diri wujud, hasil daripada pengaruh desakan dalaman diri
seseorang itu, pengaruh nilai-nilai hidup, sikap dan pendorongan untuk melakukan
tugasnya dengan sempurna dan penghasilan kerja yang cemerlang. Kopetensi
keusahawanan ini bertunjangkan kepada tiga dimensi utama iaitu nilai inovatif, proaktif dan
pengurusan risiko. Oleh itu, bersesuaian dengan matlamat ke arah keupayaan ini,
dicadangkan bahawa seseorang yang ingin menceburi bidang keusahawanan perlu
memperkasa 3 dimensi ini tadi.
181
5) Kerajaan turut memberi dorongan dan sokongan dalam banyak bantuan yang
disediakan, namun mengapa masih lagi ramai gagal untuk bangun dalam bisnes. Apakah
sebabnya?
Tidak dinafikan, ternyata usahawan akan mengalami kesukaran untuk bersaing jika sesuatu
perniagaan itu hanya menjalankan inovasi terhad, walhal pesaing-pesaing telah mengorak
langkah dan memaksimumkan penggunaan teknologi terkini. Kehadiran Revolusi
Perindustrian ke-4 (Industri 4.0) yang membawa bersama perkembangan teknologi
pengkomputeran dan automasi baharu bukan sahaja akan merancakkan lagi perubahan
teknologi perkomputeran dan pengautomasian, malah meningkatkan lagi kebergantungan
manusia kepadanya. Oleh itu, dalam persekitaran yang dinamik ini, ianya memerlukan
kepantasan usahawan supaya berfikir dan bertindak segera terhadap peluang perniagaan.
Tindakbalas kreatif dan inovatif, yang pantas, dapat membantu perniagaan untuk
bergerak selari dengan atau lebih maju dari pesaing. Isu yang dibangkitkan semasa
perkongsian ilmu ini menjurus kepada beberapa rumusan.
Pertama, seringkali didengari bahawa permasalahan usahawan berkait rapat dengan
pengurusan kewangan yang lemah. Kedua, didapati kebanyakan usahawan mengalami
permasalahan dari segi pengurusan kredit disebabkan kelewatan pembayaran dari
penghutang. Selain itu, permasalahan-permasalahan yang lain adalah seperti pengurusan
sumber manusia, pemilihan lokasi, inovasi produk, pengurusan operasi. Oleh itu, usahawan
disarankan supaya meningkat pengetahuan terhadap permasalahan-permasalahan ini
melalui latihan, pendidikan dan kreativiti.
Kesimpulannya, setiap perniagaan tidak mengira saiz pasti akan menempuhi risiko
perniagaan, cuma bagaimana ianya dihadapi bergantung kepada kebijaksanaan
seseorang usahawan itu untuk merangka strategi mengurus serta menghadapi risiko
tersebut.
182
PENDIDIKAN ATASI KEMISKINAN
Dr. Maizura Md Isa & Dr. Nor Hazila Ismail
Kemiskinan selalu dikaitkan dengan kekurangan Pendidikan berkualiti amat diperlukan untuk
sumber kewangan untuk memenuhi keperluan melahirkan generasi yang berpengetahuan dan
hidup. Skop dan faktor kemiskinan adalah berkemahiran di masa akan datang. Di samping
sangat meluas dan bukan hanya bergantung itu, insan yang beretika juga dapat dilahirkan
daripada pendidikan yang berkualiti. Kita dapat
kepada sumber kewangan semata . Amartya saksikan dewasa ini orang yang beretika adalah
Sen, seorang ahli ekonomi dari India lebih rasional ketika membuat sesuatu penilaian
mencatatkan di dalam buku beliau, kekurangan dan mempunyai pandangan dan buah fikiran
dalam sektor pembangunan manusia juga yang luas.
merupakan faktor kepada kemiskinan. Di antara
faktor tersebut adalah peranan pendidikan. Tambahan pula, kemajuan ekonomi bagi
sesebuah negara bukanlah hanya bergantung
Pada tahun 2015, Persatuan Bangsa-Bangsa kepada ekonomi yang mampan malahan juga
bergantung kepada pembangunan modal
Bersatu (PBB) telah memperkenalkan Matlamat insan. Modal insan merangkumi aspek pelaburan
di dalam pendidikan, latihan serta kesihatan.
Pembangunan Lestari (SDG) yang Oleh itu kesungguhan seseorang individu itu
untuk membangunkan diri sendiri adalah amat
menggantikan Matlamat Pembangunan penting untuk menjadikan mereka lebih
produktif. Dengan adanya pendidikan yang
Millennium (MDG). Di dalam Matlamat berkualiti, majikan akan berbesar hati untuk
menawarkan pekerjaan beserta gaji yang
Pembangunan Lestari (SDG) terdapat 17 lumayan. Majikan berasa sangat yakin dengan
kebolehan yang ada pada diri kita. Ilmu
agenda yang disasarkan. Matlamat pertama pengetahuan dan kemahiran yang kita
tawarkan kepada mereka menjadi taruhan
yang disasarkan adalah tiada kemiskinan dalam untuk mendapatkan pekerjaan. Apabila
pekerjaan telah diperolehi, maka taraf
semua bentuk di mana-mana, manakala kehidupan juga akan meningkat dan sekaligus
menjauhkan jurang kemiskinan malahan taraf
sasaran yang ke-empat adalah pendidikan perbezaan kehidupan juga dapat dihapuskan.
berkualiti. Tidak semua orang yang tidak
mempunyai pendidikan hidup dalam kemiskinan
tetapi ramai penduduk yang miskin tidak
mempunyai pendidikan. Oleh itu, ramai juga di
antara mereka telah menghantar anak-anak ke
sekolah untuk mendapatkan pendidikan supaya
kemiskinan tidak terus diwarisi. Selain itu, mereka
percaya pendidikan dapat menghapuskan
jurang kemiskinan yang melanda di dalam
sesebuah institusi kekeluargaan.
Bagaimanakah pendidikan dapat mengatasi Untuk menentukan pendidikan berkualiti dicapai,
kemiskinan? Apakah kelebihan yang dapat pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan
memberikan bantuan dari segi kewangan
diperolehi daripada pendidikan? Jawapannya mahupun latihan kepada mereka yang
harus dilihat dari sudut asas pendidikan itu memerlukan. Usahasama dari pelbagai pihak
sendiri. Asas dalam pendidikan adalah sama ada kerajaan mahupun swasta amatlah
membaca, menulis dan mengira. Jika seseorang digalakkan. Matlamat pertama dan ke-empat
itu telah kukuh asas pendidikannya, SDG akan mustahil untuk dicapai sekiranya tiada
perjalanannya untuk meneruskan pencarian ilmu kerjasama dari pihak-pihak berwajib. Sebagai
menjadi sangat indah. Mereka akan lebih rumusan, dengan adanya pendidikan berkualiti,
berminat untuk mendalami perkara-perkara ia akan meningkatkan produktiviti serta
yang baharu dan cuba membangunkan diri pendapatan seseorang dan sekaligus dapat
sendiri supaya lebih berjaya. Sifat malas juga meningkatkan ekonomi dirinya serta mengatasi
kemiskinan.
akan terhapus daripada diri mereka. Mereka
akan menjadi seorang yang berdaya saing, 183
lebih bermatlamat serta berkeyakinan tinggi.
Justeru itu, pendidikan berkualiti yang disasarkan
oleh SDG haruslah tidak dipandang enteng.
E-MEL MENCEMARKAN ATMOSFERA?
Nur Liyana Mohamed Yousop, Zuraidah Ahmad, Zuraidah Sipon
& Wan Mohd Farid Wan Zakaria
Perkembangan pesat teknologi maklumat yang bergerak seiring dengan arus modenisasi
ketamadunan manusia membantu setiap pergerakan individu menjadi lebih cepat dan
efisien. Masa yang diperuntukkan bagi memperoleh dan menyampaikan sesuatu maklumat
menjadi lebih pendek dengan kos penghantaran yang lebih murah atau lebih tepatnya kos
sifar. Namun begitu, tidak ramai dalam kalangan kita yang sedar bahawa setiap teknologi
yang digunapakai akan mendatangkan kesan yang bukan hanya baik tetapi juga kesan
buruk kepada manusia mahupun alam sekitar.
Umum melihat e-mel sebagai suatu medium penghantaran dan penerimaan maklumat.
Namun, adakah kita sedar bahawa setiap e-mel yang dihantar, dipindahkan dan
dipaparkan dari satu pengirim kepada penerima yang lain memerlukan penggunaan
tenaga elektrik yang sangat besar? Umum juga sedia maklum bahawa sambungan
rangkaian (WiFi) diperlukan sepanjang proses tersebut dan ia memerlukan tenaga elektrik
untuk memastikan setiap e-mel sampai kepada penerimanya. Menurut Armstrong (2019),
setiap e-mel yang dihantar menghasilkan dalam anggaran 0.000001 tan karbon dioksida
(CO2). Secara kasarnya, ia tidak kelihatan seperti memberi impak yang besar, akan tetapi
sekiranya setiap daripada pengirim mengirim e-mel yang bersifat tidak perlu dan tidak
penting seperti membalas ucapan terima kasih, sama-sama dan e-mel spam pada setiap
hari mahupun setiap minggu, maka akan berlakunya peningkatan pelepasan karbon
dioksida (CO2).
Menurut satu laporan yang telah dibuat oleh McAfee, yang ditulis oleh sebuah syarikat
konsultansi ICF International, menyatakan bahawa setiap penghantaran mesej dari e-mel
spam melepaskan dalam anggaran 0.3 gram karbon dioksida (CO2) ke atmosfera. McAfee
telah menganggarkan bahawa sebanyak 62 trilion e-mel spam di seluruh dunia telah
dihantar pada tahun 2008. Bayangkan jumlah e-mel spam yang terkumpul sehingga 2021.
Setiap tahun ia menggunakan 33 billion kilowat jam elektrik yang mana ianya mampu
menjana kuasa kepada lebih dua juta rumah. Melvin (2015) telah menjelaskan jumlah
karbon dioksida (CO2) yang dilepaskan daripada penghantaran e-mel dan ia diringkaskan
menerusi Jadual 1 di bawah.
Jenis e-mel Jumlah karbon dioksida (CO2) yang dilepaskan
E-mel ringkas 0.14 auns
E-mel dengan lampiran besar 50 gram
E-mel biasa 0.4 gram
E-mel spam 0.3 gram
Jadual 1: Jenis e-mel dan jumlah karbon dioksida (CO2)
184
(i) Persoalannya bagaimanakah ia berlaku?
Secara asasnya, menurut Garg (2019), e-mel yang dihantar melalui internet akan disimpan
di suatu tempat. Ia biasanya disimpan di beberapa buah server di seluruh dunia. Server
disimpan di pusat data yang sangat besar dan menggunakan banyak tenaga elektrik pada
setiap hari. Tenaga elektrik pula dihasilkan oleh bahan bakar fosil yang menyumbang
kepada pelepasan karbon dioksida (CO2). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan
bahawa semakin meningkat penggunaan e-mel maka semakin banyak pelepasan karbon
dioksida (CO2) ke atmosfera. Apabila karbon dioksida (CO2) meningkat, maka akan
berlakunnya pemanasan global.
(ii) Bagaimanakah untuk mengurangkannya?
Salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) ialah
dengan mewujudkan kesedaran akan kepentingan menghapuskan e-mel yang tidak
digunakan, e-mel spam, mengurangkan penghantaran e-mel yang kurang penting dan
mengurangkan penghantaran fail bersaiz besar dengan menjalankan kempen secara
besar-besaran menerusi media sosial dan media masa. Di antara contoh ayat yang boleh
digunakan semasa kempen ialah: “Anda telah memelihara 16000 tan karbon dioksida
(CO2) daripada dilepaskan ke atmosfera dengan hanya tidak menghantar e-mel. Terima
Kasih”
Rujukan:
Armstrong, M. (2019, December). The carbon footprint of ‘Thank you’ emails. Retrieved
(March 7, 2021), from Statista website: https://www.statista.com/chart/20189/the-
carbon-footprint-of-thank-you-emails/
Garg, P., (2019). What if deleting emails could save our planet?. Retrieved (March 7, 2021), from
https://medium.com/@parthgarg19/what-if-deleting-emails-could-save-our-planet-
8667584367ee
Melvin, J. (2015). What’s the carbon footprint of an email?. Retrieved (March 7, 2021), from
Phys.org website: https://phys.org/news/2015-11-carbon-footprint-email.html
185
“CHAIYOK vs. JIAYOU”
Tay Bee Hoong & Toh Ling Ling
Encik A: Chaiyok kawan! Sebagai contoh, “Malaysia jiāyóu!” sering
dilaungkan dalam temasya sukan untuk
Saya: Terima kasih kawan. menyokong pasukan Malaysia di mana ianya
mempunyai makna yang sama dengan
Ini adalah perbualan atau pesanan antara saya “Malaysia boleh!”. Tambahan pula, ianya boleh
digunakan untuk menyatakan rasa simpati
dan rakan-rakan apabila mereka hendak
kepada seseorang atau sesuatu perkara.
memberi semangat kepada saya mahupun
mendoakan supaya urusan saya
dipermudahkan. Saya amat bersyukur kerana Di sebalik apa yang dibincangkan di atas,
“jiāyóu” juga boleh digunakan untuk memberi
mempunyai rakan-rakan yang sentiasa prihatin galakan kepada mereka yang menghadapi
masalah. Maksudnya, ia boleh digunakan untuk
dan menyokong di antara satu sama lain. menggalakkan seseorang itu supaya bekerja
dengan lebih keras atau meningkatkan usaha
Namun, apabila menerima pesanan seperti di untuk mencapai hasil yang lebih memuaskan
atas buat kali pertama, saya sebenarnya tidak pada masa akan datang. Contohnya, apabila
berapa pasti apakah yang dimaksudkan
dengan perkataan “chaiyok”. Setelah meneliti seorang anak memperolehi keputusan yang
kurang memuaskan pada semester ini, si ayah
seketika, saya berpendapat ianya merujuk berkata kepada anaknya, “Awak harus “jiāyóu”
kepada “jiāyóu” (加油) dalam bahasa Mandarin. supaya mendapat keputusan yang lebih
Ini adalah kerana perkataan “jiā” dan “yóu” cemerlang pada semester akan datang”.
dalam bahasa Mandarin merujuk kepada
“tambah” dan “minyak” jika difahamkan secara Selain daripada itu, istilah “jiāyóu” juga
berasingan. Sementara perkataan “chai” dan membawa maksud yang negatif apabila
“yok” bermakna “sayur” dan “minyak” dalam huraian sesuatu khabar angin yang ditokok-
bahasa Kantonis. tambah dengan elemen yang tidak benar ke
Perkataan “jiā” iaitu “tambah” adalah kata atas khabar angin tersebut. Contohnya, orang
ramai suka “jiāyóu jiajiang” berkenaan dengan
kerja, manakala perkataan “yóu” yang sesuatu perkara dan menyebabkan khabar
bermaksud “minyak” adalah kata nama. angin tersebut memberi kesan yang semakin
Apabila digabungkan kedua-dua perkataan buruk kepada seseorang.
tersebut, ia memberi maksud kata-kata yang
memberi semangat dan sokongan kepada
seseorang.
Asal usul perkataan “jiāyóu” adalah daripada Pendek kata, istilah “jiayou” boleh digunakan
bahasa Kantonis. Kalau disebut dalam bahasa untuk memberi semangat dan sokongan
Kantonis, ianya berbunyi “gayao”. Menurut mahupun sebagai ungkapan motivasi kepada
sesuatu kumpulan atau secara peribadi. Istilah ini
sumber daripada South China Morning Post,
perkataan “gayao” dipercayai bermula boleh juga disamakan dengan istilah
daripada sorakan semasa Grand Prix Macau “ganbatte” dalam bahasa Jepun atau “keep it
pada tahun 1960-an. Istilah tersebut telah disorak up”, “don’t give up” atau “good luck” dalam
oleh penyokong supaya pemandu dalam bahasa Inggeris.
pertandingan tersebut dapat menambah lebih
banyak minyak untuk meningkatkan kuasa enjin Rujukan:
kenderaan mereka.
Ernest Kao (2018, Oct 17). ‘Add oil’ entry in Oxford
English Dictionary is just latest Cantonese
Selain membawa makna memberi sokongan, phrase to hit mainstream. South China
“jiāyóu” juga boleh digunakan sebagai MorningPost.https://www.scmp.com/news/
ungkapan yang membawa maksud “solidarity”.
hong-kong/society/article/2169018/add-oil-
entry-oxford-english-dictionary-just- latest-
cantonese 186
KEBIMBANGAN TREND OBESITI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA
Zuraidah Ahmad & Nur Liyana Mohamed Yousop
Pemakanan yang sihat sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pemakanan yang
sihat dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit serta mampu menyumbang kepada
kecerdasan badan untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
Walaubagaimanapun, faktor pemakanan rakyat Malaysia menjadikan trend obesiti di
negara Malaysia sangat membimbangkan. Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan
Morbiditi (NHMS) 2019 telah mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa mempunyai,
sama ada berlebihan berat badan atau obes, di mana 30.4 peratus adalah berlebihan
berat badan dan 19.7 peratus adalah obes. Sejak tahun 1975 dan sehingga kini,
permasalahan ini merupakan satu isu besar selepas meneliti data yang dikeluarkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunai (WHO), permasalahan obesiti yang mengubah struktur
badan seseorang itu didapati menjadi kebimbangan global.
Kerungsingan ini berasas kerana obes adalah pemula dan punca utama kepada
peningkatan pelbagai penyakit kronik yang mana bukan sahaja memberi masalah besar
kepada masyarakat, bahkan kesan kepada sesebuah negara. Negara yang mempunyai
ramai penduduk berobesiti tinggi terpaksa menanggung kos kewangan yang besar bagi
kos rawatan dan penyediaan rawatan bagi golongan tersebut. Selain itu, harus difahami
bahawa terminologi berlebihan berat badan dan obes adalah dua kategori yang berbeza.
NHMS 2019 mendefinisikan berlebihan berat badan bermaksud kadar Indeks Jisim Tubuh
(IJT) melebihi 25kg/m2 manakala untuk obes bermaksud kadar Indeks Jisim Tubuh (IJT)
melebihi 30kg/m2. Pada Februari 2020, merujuk laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) ia jelas memperlihatkan betapa kritikalnya permasalahan ini berikutan obesiti telah
mencapai peringkat epidemik secara global, dengan anggaran 2.8 juta orang meninggal
dunia setiap tahun kerana obes atau lebihan berat badan.
Oleh yang demikian, penemuan data ini jelas tidak begitu menggembirakan kerana ia
menunjukkan trend peningkatan bagi kategori berkenaan jika dibandingkan dengan kajian
yang sama pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2011, kategori berlebihan berat badan
hanyalah sekitar 29.4 peratus manakala untuk kategori obes pula 15.1 peratus. Selain itu,
data NHMS 2019 juga turut memperincikan tiga golongan tertinggi yang berhadapan
dengan permasalahan tersebut iaitu dari golongan etnik India sebanyak 63.9 peratus,
golongan wanita sebanyak 54.7 peratus dan golongan berumur 55-59 tahun dengan 60.9
peratus.
Faktor utama penyumbang kepada masalah obesiti dapat dibahagikan kepada empat
faktor iaitu pemakanan, aktiviti fizikal, persekitaran, genetik dan faktor lain seperti penyakit,
tekanan dan ubatan. Walaubagaimanapun, dua faktor utama adalah pemakanan dan
aktiviti fizikal. Faktor pemakanan yang kurang sihat menjadi punca utama obesiti
terutamanya di kalangan pelajar. Obesiti sering berpunca dari pengambilan kalori yang
terlalu banyak iaitu melebihi keperluan harian badan tanpa melakukan aktiviti yang sihat.
187
Tambahan pula, pengambilan kalori yang terlalu tinggi terhasil daripada sumber
karbohidrat dan lemak seperti nasi, tepung, roti, biskut, minuman manis dan makanan
bergoreng. Jika dilihat dari kalangan pelajar, kantin-kantin yang menjual makanan kurang
sihat seperti ayam goreng, nugget, sosej, keropok dan minuman air manis turut menjadi
penyebab utama kepada obesiti. Kemunculan pelbagai restoran makanan segera bak
cendawan tumbuh, yang menjual pelbagai makanan berkalori tinggi pada harga yang
rendah secara tidak langsung menjadi penyebab utama kepada peningkatan kadar
obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Jadi, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah bijak dan
berwaspada di dalam menentukan sajian hidangan yang sihat untuk seisi keluarga.
Makanlah untuk sihat!
Gambar hiasan
(Sumber: http://freepik.com)
Rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/garis-panduan-diet-malaysia-14-mesej-utama/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694197/39-juta-orang-berumur-18-
tahun-ke-atas-di-malaysia-hidap-diabetes
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/754146/jumlah-pesakit-diabetes-
meningkat-ketara-kp-kesihatan
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/04/kesedaran-rakyat-malaysia-terhadap-
diabetes-membimbangkan/
https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/06/702978/trend-obesiti-di-malaysia-
menggerunkan
https://www.doctoroncall.com.my/obesiti-kegemukan-obesity/penyebab#show
188
SENAMAN YANG BAIK DAN SESUAI UNTUK SEMUA!
Aflah Isa & NurHafizah Azizan
Senaman lompat tali atau skipping merupakan senaman yang terbaik dengan pakej yang
lengkap. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa, malahan memberi banyak manfaat bagi
kesihatan menyeluruh secara fizikal dan mental serta baik untuk meningkatkan koordinasi
badan. Pada waktu perlaksanaan PKP ini, skipping adalah antara senaman yang boleh
dilakukan tanpa memerlukan anda keluar dari rumah atau berkumpul dengan orang ramai.
Membakar Kalori Dengan Berkesan
Bagi yang nak cepat kurus, skipping ialah senaman yang paling bagus! Tahukah anda,
senaman skipping yang dilakukan dalam masa hanya 15 minit boleh membakar kalori
sebanyak 200 hingga 300 kalori. Senaman lain seperti berbasikal atau jogging tidak boleh
membakar kalori sebanyak itu dalam waktu yang singkat. Apabila kita melakukan
lompatan skipping, kebanyakan otot kita akan aktif. Haba yang dihasilkan akan membakar
lemak untuk menghasilkan tenaga, sebab itulah ia mampu membakar kalori dengan
banyak!
Gambar 1
(sumber: https://milled.com/crossrope/can-
jumping-rope-help-me-lose-weight-)
Baik Untuk Kesihatan Jantung
Memandangkan skipping boleh menaikkan kadar degupan jantung, ia mampu memberi
manfaat untuk kesihatan kardiovaskular. Senaman berintensiti tinggi seperti skipping amat
digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko penyakit seperti strok atau
lemah jantung.
189
Mampu Mengurangkan Lemak Pada Bahagian Perut
Berita baik bagi sesiapa yang berhasrat untuk membuang lemak pada bahagian perut! Jika
anda menggabungkan amalan pemakanan yang sihat dengan rutin senaman lompat tali,
anda akan dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat.
Menguatkan Tulang
Senaman lompat tali juga dilihat mampu untuk menguatkan tulang. Mengikut kajian,
seseorang yang bersenam lompat tali selama 10 minit setiap hari mempunyai ketumpatan
tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ini akan mengurangkan risiko kesihatan tulang
seperti osteoporosis, lebih-lebih lagi kepada golongan wanita.
Menajamkan Minda
Percaya atau tidak, senaman lompat tali juga memberi kebaikan kepada kesihatan minda!
Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan
aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran
seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.
Mengurangkan Risiko Kecederaan Kaki
Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam rutin sukan, senaman lompat tali adalah baik
untuk membina kekuatan pada bahagian kaki. Senaman lompat tali dapat menambahkan
kekuatan kaki terutamanya di sekitar buku lali serta melatih koordinasi pergerakan bahagian
atas dan bawah badan. Selain itu, anda akan mendapati badan anda mudah untuk
melakukan senaman atau aktiviti-aktiviti lasak.
Senaman dengan menggunakan tali skipping merupakan senaman yang terbaik untuk
diamalkan. Senaman ini nampak simple namun ramai orang tidak tahu akan kelebihan dan
kebaikannya. Tanpa memerlukan modal yang besar, senaman ini boleh dilakukan di mana-
mana serta baik untuk diamalkan setiap hari. Terdapat banyak perkongsian rakaman video
asas skipping untuk peringkat permulaan hingga ke peringkat mahir. Senaman indoor
merupakan senaman pilhan saya sejak setahun yang lalu memandangkan ia paling sesuai
diamalkan dalam situasi pandemik Covid-19 ini.
Gambar 2
(Sumber:https://myhealthyaddictions.medium.com/
benefits-of-jumping-rope
190
CARDOBA DAN AL-HAMBRA KESAN
PEMERINTAHAN ISLAM ANDALUSIA DI SEPANYOL
Kamal Fahrulrazy Rahim
Coretan perjalanan aku kali ini bermula di Sevilla, Sepanyol. Aku tiba di sini pada waktu Maghrib
dan terus ke hotel penginapan untuk bersiap solat jamak takhir. Perjalanan selama 15 jam
membuatkan aku kepenatan dan hanya berehat di bilik hotel sahaja. Keesokan paginya, aku
meninjau kawasan bandar yang berdekatan dan aku lihat ramai belia di Sevilla yang sangat
aktif, bermain bola dan bersukan. Sevilla bandar keempat terbesar di Sepanyol, memang
sinonim dengan kelab bola sepak “Sevilla FC”. Destinasi aku seterusnya ke Cardoba dengan
menaiki keretapi laju yang mengambil masa 42 minit sejauh 141 kilometer. Setibanya di
Cardoba aku mendaftar masuk ke hotel dan berehat sebelum memulakan pengembaraan
keesokan harinya.
Penulis bergambar di stesen keretapi Sevilla dan Cardoba
Menjejakkan kaki di Cardoba membuatkan perasaan aku bercampur-baur gembira dan
sedih dengan sejarah yang berlaku di bumi ini. Andalusia merupakan sebuah negara Islam
yang menjadi pusat pendidikan, budaya, senibina dan ekonomi termaju dalam dunia
Islam bermula dengan pemerintahan Khalifah Umayyah apabila tentera Tariq ibn-Ziyad
pertama kali menduduki Cardoba pada 711M sehingga kejatuhannya ke tangan Ratu
Isabella pada 1492M.
Antara sejarah peninggalan Islam adalah Mosque–Cathedral of Córdoba (Masjid Agung
Cordoba) yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Nama asalnya Masjid
Aljama yang dibina di atas tapak sebuah gereja Visigoth St.Vincent yang dibeli daripada
pihak gereja dengan bayaran yang tinggi. Pembinaan masjid bermula pada 784M di
bawah penyeliaan khalifah Cardoba yang pertama iaitu Abdul Rahman al-Dakhil (Abd ar-
Rahman I). Selepas kejatuhan kerajaan Islam, masjid ini diubah menjadi gereja semula
pada abad ke-13.
191
Penulis bergambar berlatarbelakangkan Mosque–Cathedral of Córdoba
Antara sejarah peninggalan Islam adalah Mosque–Cathedral of Córdoba (Masjid Agung
Cordoba) yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Nama asalnya Masjid Aljama
yang dibina di atas tapak sebuah gereja Visigoth St.Vincent yang dibeli daripada pihak gereja
dengan bayaran yang tinggi. Pembinaan masjid bermula pada 784M di bawah penyeliaan
khalifah Cardoba yang pertama iaitu Abdul Rahman al-Dakhil (Abd ar-Rahman I). Selepas
kejatuhan kerajaan Islam, masjid ini diubah menjadi gereja semula pada abad ke-13.
Keesokkan paginya, aku bertolak ke Al-Hambra di Granada
yang mengambil masa 1 jam 40 minit sejauh 201 kilometer
dari Cardova dengan menaiki keretapi laju. Al-Hambra
bermaksud Istana Merah yang terletak di atas bukit di
bandar Granada yang meliputi masjid, istana dan komplek
kota silam kerajaaan Moor Granada. Al-Hambra telah
diasaskan oleh Muhammed Ibn Al Ahmar, ianya dinamakan
Dar Al Amra yang bermakna Rumah Tuannya di antara
1248M sehingga 1354M. Kini, Al-Hambra telah dijadikan
muzium yang mempamerkan keindahan dan keunikan
struktur dan senibina Islam. Dinding di luar bangunan istana
dibuat dari batu kelikir dan tanah liat halus. Kecantikan
senibina, hiasan dan ukiran dalaman dianggap berkualiti
tinggi hasil karya daripada beberapa pemerintah Islam.
Selepas bandaraya itu jatuh kepada penaklukan Kristian
pada 1492M, kesenian bahasa arab dan tulisan jawi telah
dipadamkan, perabotnya dikotorkan, dikoyakkan atau
dialihkan. Kerosakan berterusan dan menjadi semakin teruk
pada 1821M akibat daripada gempa bumi. Pada 1828M,
Al-Hambra telah dibaik pulih oleh arkitek Jose Contreras
yang dibiayai oleh Raja Ferdinan VII. Pemuliharaan
diteruskan oleh Rafael dan Mariano iaitu anak dan cucu
Contreras.
Pemandangan di sekitar Kota Al-
Hambra
192
Alhamdulillah, selama beberapa hari menyelusuri sejarah perkembangan kerajaaan Islam
Andalusia di Cardoba dan Al-Hambra, Granada membuatkan aku sangat kagum dan bangga
dengan struktur dan senibina Islam dan banyak ilmu yang aku pelajari. Perpecahan dalam umat
Islam, pertukaran budaya dan sosial telah menyebabkan kejatuhan pemerintahan Islam
Andalusia.
Kesimpulannya, Malaysia perlu mengambil iktibar atau ibrah daripada peristiwa yang berlaku di
Andalusia di mana pemimpin-pemimpin Melayu Islam perlu bersatu untuk mengelakkan sebarang
perpecahan dan memacu ekonomi negara dari pandemik Covid 19.
Peta Negara Sepanyol
(Sumber: http://railpass.com)
193
194