TIKTOK? KENAPA TIDAK.
DR MUHAMMAD MAJID dan DR MOHAMAD FAIZAL RAMLI
Pandemik COVID-19 yang melanda telah memberi impak kepada setiap lapisan masyarakat.
Tambahan pula, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sebagai inisiatif
bagi mengurangkan penularan virus ini turut mengubah landskap pengajaran dan pembelajaran di
negara ini. Oleh itu, para pendidik perlu lebih kreatif dalam menyediakan bahan-bahan mengajar dan
memaksimumkan penggunaan platform atas talian bagi memastikan ilmu dapat disampaikan kepada
para pelajar dengan lebih santai dan berkesan.
Terdapat pelbagai aplikasi atas talian yang boleh diterokai atau dimanfaat oleh para pendidik dalam
menyampaikan ilmu kepada pelajar. Penggunaan aplikasi ini dapat menarik minat generasi muda,
dengan penghasilan video-video yang kreatif. TikTok merupakan aplikasi yang sedang berkembang,
terkini aplikasi ini mempunyai 689 juta pengguna aktif (sehingga Julai, 2021) di seluruh dunia.
Kebanyakan pengguna aplikasi ini (41%) berumur diantara 16 hingga 24 tahun. Pelbagai pengisian
kreatif boleh dihasilkan melalui aplikasi TikTok, seterusnya berpotensi untuk digunakan sebagai
medium pendidikan secara atas talian.
Dulu, video yang dihasilkan melalui TikTok ini mempunyai durasi yang pendek iaitu tidak melebihi 15
saat, namum kini video TikTok berdurasi sehingga 3 minit. Video TikTok yang berinformatif dan
kreatif ini boleh dihasilkan dengan pelbagai cara antaranya dengan penggunaan elemen tarian,
nyanyian, lakonan dan sebagainya. Kreativiti seperti ini dapat menarik minat pelbagai lapisan umur
pengguna TikTok, malah ilmu dan mesej bermanfaat dapat dikongsi dengan lebih mudah dan efisen.
Sebagai contoh “SIRpuloh” adalah barisan pendidik yang menggunakan medium TikTok secara
berinovatif untuk mengajar. Akaun TikTok ini dikenali sebagai SIRpuloh (@sirpuloh), mempunyai
174,000 pengikut dan lebih dari 3 juta suka “likes”, sehingga Ogos, 2021. Video-video TikTok yang
dihasilkan sangat ringkas tetapi padat disamping mempunyai maklumat yang lengkap, mudah
difahami dan menarik.
95
Kini, aplikasi ini turut digunakan oleh figura korporat besar seperti Tan Sri Tony Fernandez yang
merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia. Beliau aktif berkongsi berkenaan nilai kepimpinan, cara
urus kerja dan motivasi. Banyak maklumat dan pengetahuan boleh didapati dari menonton video-
video TikTok yang dikongsi oleh beliau.
Pada zaman serba moden ini, pelbagai teknologi baru dihasilkan dan boleh dimanfaatkan oleh para
pendidik dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Penyampaian ilmu bukan sahaja tertumpu di bilik
kuliah, malah aplikasi atas talian boleh digunakan bagi penyampaian ilmu secara lebih meluas tanpa
mengira sempadan. Walaubagimanapun, tidak dinafikan bahawa keberkesanan pembelajaran
secara atas talian bergantung kepada kolaborasi diantara semua pihak, antaranya para pendidik, ibu
bapa dan pelajar itu sendiri.
96
SISA ELEKTRONIK SATU ANCAMAN DIMASA HADAPAN
Siti Farrah Shahwir, Shafiee Md Tarmudi, Siti Masnah Saringat,
Muhamad Ismail Pahmi & Ros Hasri Ahmad
Adakah anda seorang yang gemar bertukar telefon bimbit dan sentiasa menjadi pembeli terawal
apabila model baru diperkenalkan?. Pernah kah anda terfikir bahawa anda merupakan seorang
penyumbang kepada satu masalah yang sukar untuk diatasi di masa hadapan dan bakal
membahayakan nyawa generasi di masa hadapan?
Elektronik, atau kategori e-waste boleh digambarkan sebagai barang elektrik atau elektronik yang
memerlukan bateri atau perlu dipasang untuk berfungsi. Tahukan anda bahawa objek ini tidak
termasuk dalam tong penutup merah atau tempat pembuangan sampah?. Ia merangkumi item
seperti telefon bimbit atau handphone dan peralatan hiburan, seperti televisyen, pemain DVD, alat
kawalan jauh, kamera, pembesar suara dan stereo, komputer riba, tablet, komputer, monitor, cakera
keras, tikus, papan kekunci, pencetak, pengimbas, dan banyak lagi.
Berdasarkan artikel dari Mstar yang ditulis oleh Nurbaiti Hamdan menyatakan Ketua Pembangunan
Teknologi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Badaruzzaman Mat Nor berkata
kebanyakan alat elektronik mempunyai jangka hayat purata antara 18 dan 24 bulan. "Berjuta-juta
telefon mudah alih sama ada hanya terbiar di rumah kerana tidak digunakan atau lebih teruk lagi di
tapak pelupusan selepas dibuang. Lebih parah angka itu tidak termasuk telefon bimbit yang tidak
berdaftar atau 'underwater'.
Terdapat kira-kira 65.7 juta telefon bimbit dalam pasaran Malaysia sehingga 2014 - angka yang
dicatatkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau Sirim. Mengikut kajian
dari ahli alam sekitar itu berkata alatan elektronik mengandungi bahan-bahan toksik seperti
plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan berilium yang perlu diuruskan dengan betul bagi
mengelakkan pencemaran tanah dan air dan seterusnya mengancan kesihatan manusia sekirannya
manusia menyentuh atau memegangnya dalam tempoh yang panjang.
97
Pengurusan sisa elektronik bermaksud pemungutan,pengangkutan,pemprosesan, pengitaran semula
atau pembuangan,dan pengawasan bahan sisa. Biasanya dikaitkan dengan bahan yang dihasilkan
oleh kegiatan manusia,dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk mengurangkan kesannya
terhadap kesihatan,persekitaran atau estetik .Pengurusan sisa boleh membabitkan pepejal,
cecair,gas,atau bahan radioaktif,dengan kaedah dan kepakarannya berbeza-beza.Namun,pada era
globalisasi ini,negara kita masih belum menemui sistem kitar semula yang konsisten dan efektif
berbanding negara-negara yang lebih maju seperti Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan
manusia tidak dapat mengamalkan amalan kitar semula dengan terancang.Tambahan pula,sikap
pengguna yang kurang prihatin tentang tatacara pembuangan sisa elektronik menyebabkan
pelupuasan sisa eletronik tidak dapat dilakukan dengan baik.
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan),Reuse (Penggunaan
Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan asas dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen
3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R dalam kalangan
masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan
terus ke tapak pelupusan.
Berikut adalah tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan sisa eletronik ini:
1. Menggunakan barang elektronik sebaik yang mungkin dan tidak melakukan pembaziran dengan
sering bertukar membeli baru hanya kerana mengikut “trend” semasa.
2. Membaiki barang eletronik yang rosak sekiranya dapat dibaiki dan digunakan semula.
3. Jika ingin membuat pembelian barang eletronik, pastikan anda memilih produk yang berkualiti tinggi
yang mampu bertahan lebih lama bagi mengelak dari membeli baru barang eletronik dalam jangka
masa pendek. Adalah disyorkan untuk membeli produk eletronik yang memberi jaminan sekurang-
kurangnya lima tahun untuk pembelian yang lebih berbaloi.
4. Terdapat juga syarikat seperti kitar semula yang mempunyai drop-out e-waste yang diperakui,
seperti ERTH: E-waste Recycling yang terletak di Cyberjaya ( https://erth.business.site/).
Oleh itu sebagai individu, kita perlu mempunyai kesedaran tinggi bagi mengurangkan pencemaran dan
kesan buruk keatas bumi dan manusia dimasa hadapan.
98
PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN TIDAK
MENARIK?
DR MUHAMMAD MAJID dan DR MOHAMAD FAIZAL RAMLI
Coronavirus atau kini lebih dikenali sebagai Pendemik COVID-19 telah memberi kesan terhadap
kehidupan kita dari pelbagai sudut. Pendemik ini juga telah memberi impak termasuklah dalam
sistem pendidikan di Malaysia dan tidak terkecuali di peringkat pengajian tinggi.
Dengan pelaksanaan penjarakan fizikal, kebanyakan kelas tradisional yang dijalankan secara
bersemuka perlu ditangguh atau ditukar kepada sistem pembelajaran secara maya. Pendemik
COVID-19 juga telah membuka mata kita semua tentang kepentingan pembelajaran secara atas
talian. Perubahan kaedah pembelajaran secara drastik ini memerlukan para pelajar dan pensyarah
bersedia dari segi mental dan fizikal. Terdapat pelbagai cabaran atau halangan yang perlu dihadapi
bagi memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.
Walaupun pembelajaran secara atas talian mempunyai kelebihan dari segi fleksibiliti dan tiada
halangan geografikal, namun terdapat beberapa cabaran atau halangan dalam proses pembelajaran
menggunakan kaedah ini. Antaranya ialah interaksi sosial di antara para pelajar, pensyarah
memerlukan masa yang lebih lama bagi menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
serta kekangan masa pensyarah dalam memberi bantuan dalam proses pembelajaran. Malah, ada
dalam kalangan para pelajar yang mempunyai kesukaran dari segi akses internet dan kekurangan
data. Selain itu, para pelajar juga berisiko mengalami masalah gangguan emosi, terasa terasing dan
kurang berminat untuk memahami sesuatu subjek.
Analisa yang diperoleh berdasarkan perspektif para pelajar menunjukkan bahawa komunikasi
merupakan cabaran utama dalam pembelajaran secara atas talian. Batasan dan kekangan dalam
komunikasi sesama rakan sekelas menjadi antara faktor penting dalam keberkesanan pembelajaran
secara maya. Kebiasaannya, para pelajar, mempunyai kelebihan berkomunikasi dua hala dan boleh
mendapat maklum balas yang cepat daripada para pensyarah dan rakan sekelas bagi memahami
subjek dan menyiapkan tugasan yang diberi.
99
Justeru, apakah peranan dan tanggungjawab para pensyarah bagi membantu dan mengubah
persepsi pelajar terhadap pembelajaran secara maya?
Pertama, pensyarah boleh menambah baik kandungan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan ia menarik, sebagai contoh penggunaan infographic mungkin mampu mengatasi
masalah ini. Kedua, isu kesukaran untuk memahami sesuatu subjek. Perkara ini dapat diatasi
dengan menggunakan “analogi” dan menyampaikan cerita yang bersesuaian dengan masalah
sebenar. Ini sekaligus dapat membantu pelajar memahami objektif pembelajaran dengan lebih baik.
Ketiga, dengan kaedah penggunaan video iaitu penggunaan video secara langsung atau animasi,
sedikit sebanyak mampu menarik perhatian pelajar, ditambah lagi dengan suara, gambar dan warna
yang digunakan. Malah, video yang dihasilkan bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga
bermaklumat sebagai alternatif pembelajaran yang lebih baik dan berkesan.
Keempat, pensyarah perlu menyampaikan kandungan pembelajaran, penggunaan istilah yang tepat
dan mudah difahami oleh pelajar. Hal ini sangat penting untuk berkomunikasi dengan mereka.
Terdapat pelbagai jenis komunikasi yang diperlukan dalam keadaan ini. Sebagai contoh, pelajar
perlu tahu apa yang perlu dilakukan, bagaimana pensyarah mahu mereka melakukannya, cara
menyerahkan tugasan dan bagaimana mendapatkan maklum balas daripada pensyarah.
Kelima, salah satu kaedah yang mampu membantu meningkatkan motivasi pelajar dalam
pembelajaran secara atas talian adalah dengan menghubungkan mereka dengan "dunia nyata". Ini
dapat dilakukan dengan membincangkan perkara yang sedang mereka hadapi ketika ini. Aktiviti
yang boleh dilakukan sebelum memulakan sesi pembelajaran adalah seperti membincangkan berita
terkini dengan menghubungkan sesuatu yang relevan dalam berita dengan pembelajaran semasa.
Sama ada anda seorang pendidik di universiti atau di institusi pengajian tinggi, teruskan berusaha
untuk memainkan peranan kita dalam mendidik dan memastikan bahawa para pelajar terus belajar
dan sebagai pendidik, kita terus menjadi harapan untuk menerangi masa depan mereka.
100
SIKAP TANGGUH KERJA
MUHARRATUL SHARIFAH BINTI SHAIK ALAUDEEN, FARIZA BINTI MAMAT@MD NOR
& KHAIRUNNISA RAHMAN
Kadang kala seorang individu tidak dapat menolak dari bersikap untuk menangguh kerja.
Sikap ini bukan sahaja merugikan individu tersebut malah boleh memerangkap diri mereka
dalam tekanan kerana mereka akan berasa cemas untuk menyiapkan tugasan tersebut
apabila menghampiri tarikh akhir hantar tugasan.
Sikap tangguh kerja ditakrifkan sebagai suka melewatkan atau menunda untuk menyiapkan
sesuatu tugasan. Antara punca sikap tangguh kerja, individu mendapati tugasan tersebut
sukar dan tiada bantuan ataupun tiada rakan sekerja yang dapat dirujuk. Akhirnya
menyebabkan mereka mengenepikan tugasan tersebut dan tertangguh. Selain itu, perasaan
tidak minat terhadap tugasan juga menyebakan meraka sambil lewa dan menunda untuk
melaksanankan tugasan tersebut. Namun ada juga individu yang sangat pentingkan
kesempurnaan dalam pelaksanaan tugasan sehingga mengambil masa yang lama untuk
persediaan sehinga pelaksanaan tugasan tertangguh. Kadangkala pekerja juga berdepan
dengan tugasan yang banyak dan dalam memilih tugasan yang perlu disiapkan, mereka
mengenepikan suatu tugasan kerana merasakan ia tidak penting. Bukan itu sahaja,
perasaan malas dan tiada disiplian dalam melaksanakan tugas menyebabkan individu
tersebut tangguh kerja. Ada juga pekerja yang berasa takut sekiranya tugasan yang
diamanahkan kepada mereka gagal dan mereka akan dipersalahkan oleh itu menyebabkan
mereka bersikap untuk menunda dalam menyiapkan tugasan tersebut.
Bagi individu yang telah lama dengan amalan sikap tangguh kerja, kadangkala memang
mereka ingin mengubah tabiat tersebut namun menghadapi kesukaran untuk berbuat begitu.
Apakah cara terbaik untuk mengubah sikap ini? Individu boleh menetapkan satu tarikh akhir
untuk hantar tugasan, seeloknya letak awal sehari supaya tidak kelam kabut dalam
menyiapkan tugasan dan semakan dapat dibuat. Selain itu, individu tersebut harus
memecahkan tugasaan yang besar kepada tugasan kecil dan menyiapkannya supaya tidak
berasa sukar atau rasa terlampau banyak yang perlu disiapkan.
Akhir sekali tanamkan sikap positif dan ubah minda untuk laksanakan tugasan tanpa
bertangguh. Apabila dapat kekalkan minda yang positif dan jadikan laksanakan kerja tanpa
bertanguh sebagai satu tabiat.
101
FAMOUS CONTEMPORARY LEADERMARK
ZUCKERBERG
Nur Natasha Husna Binti Hasbullah, Muruga Chinniah & P. Siva Shamala Palaniappan
Figure 1: Mark Zuckerberg Gives Speech at Facebook Event
Mark Zuckerberg is a young successful American computer programmer. He is a famous leader for
being the key founder of Facebook’s widely known for social networking site, where he serves as the
chairman and CEO of Facebook.
Originally hailed from New York city, Mark Elliot Zuckerberg was born on 14,1984. He was raised in a
well-educated family background which entice him to indulge in computer programming since young.
According to Biography (2019), when he was 12, Zuckerberg had an idea of creating a messaging
program called Zucknet that he executed as an inter-office communication system for his father’s
dental office. He then made ever each of the computers connected with one another and permitted to
transfer messages between the house and dental office.
When he proved his success from early on, while he is still in high school his parents further
supported his interest by hiring a computer programming tutor. His parents also enrolled him into a
preparatory school in New Hampshire. After graduating from prep school, Zuckerberg got enlisted at
Harvard University.
Traits and Behavioral Models of Leadership
Mark Zuckerberg’s personal and leadership traits have a large amount of determination this is
because he had the willingness to put the effort in making Facebook what is it today.
102
According to Robbins & Coulter (2005), managers with conceptual skills can see the organization,
conceptualize abstract and complex situations and think strategically. As for Zuckerberg, he always
thinks for a long-term objective critically for Facebook. For instance, he could foresee the capability of
an achievement by utilizing the internet to connect with people widely and globally in an effective
way.
He then created Facebook in 2004 and it has become one of the largest social networking sites with
many worldwide users. Zuckerberg can use his general and crystallized cognitive ability to
demonstrate his critical thinking and knowledge skills to show effective leadership.
Contingency Models of Leadership
Next is Mark Zuckerberg’s leadership behaviour. He is considered a task-oriented leader where he
used a directive approach towards his team members by giving guidance and establishing the goal.
Back in his prime, he had 3 main goals that he needed to achieve. His primary goal was to create
Facebook to make friends and family abroad easier to communicate with one another. He then
decided to extend Facebook membership to the entire world and finally to open the site to web
developers and encouraging them to construct Facebook application. Zuckerberg encouraged the
team to work hard at accomplishing these tasks (Fred Vogelstein, 2007). Moreover, to help build
Zuckerberg’s leadership style, he would search out some mentors that could inspire him into creating
an exact direction for his company’s vision and mission (Nisha Samson, 2014). Andrew Bosworth
who is a current software engineer Facebook described Zuckerberg’s leadership as a bold, vigorous,
and challenging leader, however, all his attitude comes with good reasons to achieve the goals of the
company. As the results of his leadership, it an expose unimaginable talent within the employees
(Andrew Bosworth 2012).
The Key Power of Mark Zuckerberg
According to French & Raven (1962), in the taxonomy of social power, expert, referent, legitimate,
reward, and coercive powers are five types of power. This indicates that Zuckerberg have both
powers which is position powers and personal powers. The first power that he conquers is legitimate
power which the authority a manager has by virtue of his company in an organization’s hierarchy.
103
This indicates Zuckerber’s behaviour is highly influenced by one’s official position. He tends to treat
everyone is beneath him as if they are less important or do not contribute to the company. Since he is
the CEO of his company and he refuses to accept an IPO (Initial Public Offering). Therefore, he will
always remind his employees to remain focused on their tasks and not the pay-out. He had the full
control of his own company (Tom Foremski, 2012).
Second, is the reward power where it is an ability of a manager to give or withhold tangible and
tangible reward. In this case, Zuckerberg shows respect and delegacy for his employee by evaluating
the quality of their work and not criticize the idea or the way they dress or decorate his employee’s
workspace (Steve Kux, 2019).
Next, the expert power where it is a based on the special knowledge skills, expertise that a leader
conquers. This is supported when he acts on his ideas independently, if necessary, because of his
skills and expertise. His behaviour appears to be a positive inspiration to all worker of Facebook
(Chris Bell, 2017). Lastly, Zuckerberg also has referent power that is an informal power as it is
function to the personal characteristics of a leader. Since Zuckerberg is a firm and visionary leader
who has invented Facebook a billion-dollar company by himself without anyone’s help. He strictly has
a vision for Facebook and his goals for the company have come true. Thus, his co-workers are truly
being inspired by his successful spirit journey.
In conclusion, a leader as Mack Zuckerberg who is not afraid of challenges and consistently being
positive and motivated to likely lead the company to be successful. In a nutshell, he has approved to
us that with an extraordinary leadership trait plays an important role in the success of a company
which for Mark Zuckerberg was Facebook’s milestone. He has a remarkable work wisdom for his
company where he has his own unique way in management tips; knows how to solve problems
quickly; solve a problem in a critically thinking; he knows to treat he subordinates fairly and to lead
the progress of the entire team to make what Facebook is today. The learning of Zuckerberg’s
leadership is totally worth as this is to ensure that in the future, choosing the right style is key to our
success.
104
CABARAN PELAJAR IPT YANG MENJALANI LATIHAN
INDUSTRI SECARA BEKERJA DARI RUMAH (BDR)
Hairiani Abdul Hamid, Noraishah Kamarolzaman dan Zurina Omar
Pandemik Covid-19 yang bermula pada penghujung 2019 masih lagi belum berkesudahan.
Peningkatan kes yang semakin mendadak sejak akhir-akhir ini masih menghantui semua penduduk
negara Malaysia khususnya dan umumnya seluruh dunia. Ianya menyebabkan pelbagai aktiviti
sosial, ekonomi, politik dan pendidikan terutamanya terkesan dengan teruk. Di sekolah pelajar dan
cikgu terpaksa melalui fasa pengajaran dan pembelajaran di rumah iaitu PdPR. Tidak ketinggalan
mahasiswa di institusi pengajian tinggi dan kolej-kolej swasta merasai bahang penyebaran Covid-19
ini juga perlu menjalani kuliah secara atas talian. Paling terkesan kepada mahasiswa tahun akhir
sama ada diploma atau ijazah sarjana muda yang perlu melalui semester terakhir dengan menjalani
latihan industri. Mahasiswa ini paling terkesan kerana tujuan menjalani latihan industri adalah untuk
mendapat pengalaman dan pengetahuan yang baru di dunia sebenar pekerjaan. Tetapi pandemik ini
menjadikan hampir 80% mahasiswa yang menjalani latihan industri ini terpaksa mendapat
pengalaman dan pengetahuan baru itu secara atas talian di mana mereka juga perlu bekerja di
rumah (BDR) bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 secara berleluasa.
Ini menjadikan satu cabaran baru untuk mahasiswa yang berlatihan industri melalui fasa perubahan
yang mendadak ketika ini. Organisasi yang menawarkan latihan industri juga agak terjejas teruk
akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil. Justeru itu, kebanyakan mereka mengambil mahasiswa
untuk menjalani Latihan industry dalam jumlah yang kecil dan terhad. Ini menjadikan peluang
semakin kecil dan saingan yang sengit di kalangan mahasiswa yang berada di kawasan bandar kecil
terutamanya untuk mendapat peluang ini. Tujuan utama untuk memberikan Latihan industri adalah
untuk memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa tentang realiti dunia sebenar pekerjaan
yang sebenar. Di samping itu untuk mencapai sasaran utama negara menjadi mahasiswa sebagai
modal insan yang berketrampilan dan berkemahiran tinggi.
Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh mahasiswa adalah penggunaan teknologi secara
menyeluruh seperti pertemuan secara atas talian seperti Google Meet, Microsoft Teams, Whatsapp,
Zoom, Webex, Live dan Skype.
105
Ada di kalangan mahasiswa masih kurang mahir dalam penggunaan platform-platform sebegini.
Penggunaan platform tersebut pula perlukan sokongan daripada penggunaan data internet yang
banyak dan baik. Pengalaman mahasiswa menjadi terhad apabila terdapat kemahiran yang tidak
dapat ditunjukkan secara langusng kepada organisasi hanya dengan menghantar laporan kerja
harian secara harian. Ini secara tidak langsung memberikan cabaran kepada mahasiswa yang
mengikuti kursus kejuruteraan yang mana mereka memerlukan peralatan atau mesin untuk
menunjukkan kemahiran mereka dalam bidang itu. Untuk mereka yang menjalani Latihan industri
dalam bidang pengurusan pejabat dan pemasaran serta jualan, bekerja dari rumah ini adalah satu
cabaran yang baik kerana mereka banyak terdedah dengan cara pengurusan masa dan kerja
mengikut sasaran kerja yang tetapkan oleh organisasi.
Bagi pelajar yang mengambil jurusan pemasaran, mereka boleh mempelajari banyak kemahiran
membuat pemasaran secara atas talian yang mana sejak bermulanya pandemic Covid-19, jualan
atas talian sangat mendapat sambutan yang baik dan memberansangkan. Mahasiswa dapat
meneroka bagaimana rancaknya penggunaan jualan atas talian ini dan strategi yang digunakan
untuk mendapatkan pelanggan secara berkesan dan meningkat jualan. Ada mahasiswa yang pandai
mengambil peluang ini dengan menambahkan kemahiran mereka mengambil kursus atas talian
untuk mendalami ilmu yang mereka inginkan tidak bergantung kepada organisasi semata-mata
adalah satu tindakan yang bijak. Mahasiswa tidak boleh bergantung harap dengan arahan dari
organisasi sahaja. Perlukan inisiatif sendiri untuk meneroka kemahiran dan kemampuan diri sebagai
persediaan selepas tamat Latihan industri.
Cabaran lain yang perlu dihadapai oleh mahahsiswa yang menjalani Latihan industri ini adalah dari
sudut komunikasi dengan pekerja organisasi. Ini kerana mereka hanya berhubung memlaui atas
talian tidak secara berhadapan. Maka kemahiran yang berbeza diperlukan dalam menguruskan
tugasan semasa berhubung secara atas talian.
106
Selain itu juga, organisasi sukar untuk menilai sejauh mana kebolehan dan kemahiran mahasiswa
secara teknikalnya menguruskan kerja mereka di rumah. Hanya berdasarkan laporan dan
pembentangan yang dibuat secara atas talian. Oleh yang demikian, organisasi sukar untuk menilai
mahasiswa ini. Kerjasama antara mahasiswa dan pekerja juga sukar untuk dinilai kerana ianya
hanya berlaku secara whatsapp dan mungkin melalui email. Apabila menggunakan mod bekerja di
rumah, ia menjadikan organisasi terlepas pandangan dengan waktu bekerja. Oleh kerana itu, setiap
masa mahasiswa perlu peka dengan arahan kerja dan juga tugasan yang diberikan dari masa ke
semasa. Teknologi hari ini menyebabkan manusia lupa dengan keterbatasan waktu kerja yang sedia
ada dan kadangkala melanggar etika normal kehidupan manusia yang perlu berehat pada waktu
malam.
Bersandarkan keadaan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara dan dunia hari ini, sebagai
seorang mahasiswa, institusi pengajian tinggi, organisasi dan kerajaan perlu sama-sama cuba untuk
mengatasi masalah penempatan latihan industri ini kerana mahasiswa perlu diberi peluang untuk
menjadikan mereka modal insan yang berkemahiran tinggi dan berpotensi untuk bekerja di dunia
sebenar pada masa akan datang. Sebagai mahasiswa juga, pemilihan organisasi adalah sangat
penting kerana ianya memberikan impak kepada kemahiran dan pengalaman serta peluang kerja
masa hadapan. Perlu diingatkan juga, mahasiswa perlu menjauhkan sifat terlalu memilih atau hanya
mengambil hal latihan industri ini sebagai satu perkara yang mudah kerana ianya mengambil masa
yang lama untuk organisasi membuat pilihan dan keputusan. Soal mendapat elaun juga perlu
diketepikan kerana ianya hanyalah satu bonus atau cenderahati dari organisasi kepada mahasiswa.
Jangan jadikan ianya sebagai satu sandaran dalam pemilihan organisasi. Pengalaman dan
pengetahuan yang diberikan oleh organisasi itu akan menjadi satu nilai terhadap mahasiswa dalam
mematangkan dan menjadikan mahasiswa berdaya saing di dalam industri.
107
Mampukah PKS bertahan lagi?
JANNAH MUNIRAH BINTI MOHD NOOR, AFLAH ISA & NORHAFIZAH AZIZAN
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kemerosotan perdagangan, memperlahankan
pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan pengangguran yang tinggi. Oleh itu, kerajaan
Malaysia telah mengambil langkah drastik untuk mengatasi penularan wabak ini dan
melaksanakan pelbagai program bagi mengurangkan kesan terhadap ekonomi.
Pandemik COVID-19 telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap statistik ekonomi
dan sosial oleh kerajaan untuk mempermudahkan usaha meringankan cabaran dalam situasi
semasa. Sementara itu, orang ramai juga berminat untuk menilai dan memahami krisis luar
biasa ini bagi mengatasi masalah kelangsungan hidup
Pada suku pertama (ST1) 2020, imbangan dagangan Malaysia mencatatkan lebihan dengan
nilai RM37.0 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding suku yang sama
tahun lepas. Jumlah dagangan pada ST1 2020 menunjukkan momentum positif pada kadar
1.2 peratus kepada RM440.4 bilion, disumbangkan oleh peningkatan eksport dan import
pada suku semasa, yang naik masing-masing sebanyak 1.1 peratus dan 1.3 peratus.
Namun, berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP), kadar pertumbuhan eksport Malaysia berdasarkan jangkaan pihak BNM akan jatuh
sebanyak 13.6 peratus (krisis kewangan 2009: eksport: -16.7%; import: -16.4%; jumlah
perdagangan: -16.5%). Kebanyakan negara rakan dagangan Malaysia juga masih bergelut
dengan wabak COVID-19, permintaan eksport juga akan terkesan. Eksport akan terus kekal
merosot dan memberi impak kepada ekonomi Malaysia. World Trade Organization (WTO)
meramalkan perdagangan dunia merosot di antara 13.0 ke 32.0 peratus, di mana eksport
dan import Malaysia diramal jatuh masing-masing 4.0 peratus dan 6.0 peratus.
Situasi yang sukar ini dan serba mencabar ini sebenarnya banyak mengajar PKS untuk
melakukan anjakan paradigma dan tampil dengan kepelbagaian idea dan invoasi bagi
memastikan kelansungan operasi syarikat. Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN
yang telah dibentangkan oleh mantan YAB Menteri pada 27 Mac 2020 dilihat sebagai
langkah yang proaktif bagi mengurangkan impak COVID19 dan membangunkan semula
pertumbuhan ekonomi negara.
Diantara inisiatif yang membantu perniagaan kecil dan sederhana adalah Program
Penyambung Mikro adalah salah satu inisiatif pembangunan berterusan SME Corp. Malaysia
untuk syarikat mikro dan inklusif termasuk belia, wanita, B40 dan komuniti lain di negara ini.
108
Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan peringkat awal yang disederhanakan bagi
perusahaan mikro untuk menubuhkan dan menjalankan perniagaan serta melatih kumpulan
inklusif termasuk belia, wanita, B40 dan komuniti lain untuk mendapatkan kemahiran baru
untuk menjana pendapatan melalui keusahawanan. Program ini dirancang untuk
melengkapkan idea perniagaan terkini dalam ekosistem permulaan dengan memfokuskan
pada segmen pasaran baru dan akan datang dan kreativiti dalam menjalankan perniagaan
terutama bagi usahawan yang bercita-cita tinggi. Skop Liputan adalah untuk memudahkan
perusahaan mikro menjalankan perniagaan mereka dengan berkesan dan cekap. Aplikasi
dalam talian, e-dagang mudah alih dan aplikasi e-pembayaran & ICT, begitu juga latihan
kemahiran untuk meningkat produktiviti seperti perkhidmatan penyelangaraan dan pebaikan.
Pertanian dan akuakultur serta seni kraf tangan seperti menjahit, tukang yang berasaskan
kayu dan tukang berasaskan batu permata.
Pusat Perdagangan Antarabangsa (International Trade Centre, ITC) menerusi Kaji Selidik
Kesan COVID-19 ke atas Perniagaan — merangkumi 4,467 syarikat di 132 negara —
melaporkan bahawa 55% responden sangat terjejas dengan pandemik dan langkah
pembendungan. Hampir dua pertiga PKS menyatakan bahawa operasi perniagaan mereka
sangat terjejas berbanding kirakira 40% syarikat besar. Satu perlima daripada PKS
menyatakan bahawa mereka berisiko untuk menutup perniagaan secara kekal. Kesan
pandemik ini tidak sekata merentas semua sektor. Firma yang terlibat dalam perkhidmatan
adalah yang paling teruk terjejas, dengan syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan
penginapan dan makanan menerima kesan terbesar, diikuti oleh pembuatan bukan
makanan, perdagangan borong dan runcit serta pelancongan dan pengangkutan. Terdapat
banyak PKS dalam kebanyakan sektor ini. Daripada mereka yang terlibat dalam perniagaan
perkhidmatan penginapan dan makanan, 76% melaporkan bahawa mereka sangat terjejas
dengan COVID-19 disebabkan oleh sekatan pergerakan secara sebahagian dan
keseluruhan, manakala 75% mengalami pengurangan penjualan. Walau bagaimanapun,
penularan ini juga telah mencipta peluang kepada beberapa perniagaan dalam sektor
pembuatan seperti pemprosesan agromakanan yang telah mencatatkan peningkatan jualan
sekitar 10%.
Berdasarkan analisis oleh Organisation for Economic Co-operation and Development
(OECD), bilangan PKS dalam sektor yang paling teruk terjejas oleh COVID-19 adalah
melebihi purata, iaitu pengangkutan darat dan udara, pembuatan, pembinaan, perdagangan
borong dan runcit, perkhidmatan penginapan dan makanan, hartanah, perkhidmatan
profesional dan lain-lain perkhidmatan peribadi. Data terkini menunjukkan bahawa walaupun
PKS merangkumi lebih daripada 50% guna tenaga merentasi negara OECD dalam ekonomi
perniagaan pada umumnya, bahagian PKS bagi guna tenaga dalam sektor yang terjejas.
109
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi bagi
memastikan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan perniagaan yang terjejas akibat
pelanjutan langkah pembendungan pandemik. Pakej rangsangan tersebut adalah Pakej
Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) bernilai RM20 bilion diikuti oleh Pakej Ekonomi
PRIHATIN Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM230 bilion, Pakej PRIHATIN Tambahan untuk
PKS bernilai RM10 bilion, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35
bilion dan pakej Kita Prihatin bernilai RM10 bilion. Inisiatif ekonomi yang diperkenalkan di
bawah pakej rangsangan bertujuan menangani isu-isu penting berkaitan pandemik yang
dihadapi oleh perniagaan, terutamanya PKS, seperti pembiayaan, kos menjalankan
perniagaan dan mengurangkan cabaran aliran tunai, pengekalan pekerjaan, pembangunan
modal insan, pembangunan infrastruktur dan penerapan teknologi dan digitalisasi. Berikut
adalah ringkasan beberapa inisiatif utama daripada pelbagai pakej rangsangan.
Sehingga kini, hasil daripada pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dilaporkan secara
berkala oleh Menteri Kewangan menerusi beberapa siri laporan LAKSANA. Setakat 11
Disember 2020, antara hasil utama berkaitan dengan sokongan kewangan bagi perniagaan
dan langkah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi adalah: Sebanyak RM11.24 bilion
telah diluluskan oleh bank tempatan dan dipersetujui oleh 23,875 PKS di bawah Dana
Pinjaman Mudah PKS yang ditadbir oleh BNM. Jumlah ini merangkumi SRF, Kemudahan
Automasi & Digitalisasi (Automation & Digitalisation Facility, ADF), AES dan Kemudahan
Agromakanan (Agrofood Facility, AF). Peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi SRF telah
digunakan sepenuhnya yang memberi manfaat kepada 21,000 PKS dan membantu
menyelamatkan lebih daripada 450,000 pekerjaan; Program Subsidi Upah menyalurkan
sebanyak RM12.61 bilion dalam pemberian subsidi upah bagi memanfaatkan 322,177
majikan dan 2.64 juta pekerja. Usaha ini untuk memastikan PKS mampu bertahan selepas
pasca pademik.
Namun, dengan kepelbagai inisiatif yang di dilakukan oleh pelbagai pihak, persoalan kini
mampukah PKS bertahan? Menerusi laporan Prospek Daya Saing PKS 2020 menekankan
empat citi utama yang perlu dimiliki oleh firma PKS untuk kekal dalam dunia pasca pademik
ini iatu ketahan, keterangkuman, digitalisasi dan kelestarian. Dengan, itu, strategi yang
mampan dan Analisa risiko secara berkala haruslah dilakukan demi kebaikan semua pihak.
110
KAJIAN KES COPAQUE ASIA: CABARAN DAN KEKUATAN
RANTAIAN BEKALAN MENGHADAPI GELOMBANG PANDEMIK
COVID19
JANNAH MUNIRAH BINTI MOHD NOOR, PROF. MADYA AKMAL AINI OTHMAN & DR. AZARIAH
Copaque Asia merupakan syarikat bumiputera mempunyai keunikan tersendiri dalam
pengeluaran jenama dan rekaan dalam percetakan pakaian sukan. Dimiliki oleh En Shukor
bin Saad yang telah lebih 10 tahun di Pasir Gudang kini boleh berasa bangga dengan hasil
pencapaian syarikat beliau setelah mengembangkan perniagaan dari percetakan baju ke
percetakan yang lebih berdaya saing iaitu dengan penghasilan papan tanda syarikat 3
Dimensi, percetakan bunting, sepanduk dari saiz yang kecil hingga saiz mega.
Copaque Asia tidak terkecuali dengan cabaran pandemik Covid 19 ini. Sepanjang
pembabitan beliau dalam dunia perniagaan risiko yang datang ini tidak terduga. Pelbagai isu
dan permasalahan berlaku di luar jangkaan dari permintaan pelanggan yang berubah
hinggalah kepada keselamatan dan kesihatan pekerja. Covid 19 adalah suatu penularan
wabak yang belum pernah dialami di Malaysia begitu juga dunia. Tiada kajian atau
pengalaman seperti ini dalam mentadbir urus perniagaan apatah lagi berhadapan dengan
polisi dan dasar kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan operasi
seharian pengeluaran. Sedikit sebanyak perlaksanaan ini merencatkan perjalanan oeprasi
syarikat.
Isu utama kajian kes di Copaque Asia adalah bagaimana menghadapi cabaran dan apakah
langkah pencegahan beliau untuk mengurangkan risiko yang dihadapi terutama di dalam
rantaian bekalan.
Rantaian bekalan amat penting bagi sesebuah syarikat bermula dari mendapatkan bahan
mentah hinggalah kepada pelanggan ia memerlukan jaringan dan proses yang menyeluruh.
Selain daripada masalah operasi di dalam organisasi, masalah rantaian bekalan jugan
merupakan antara isu utama yang dihadapi oleh usahawan. Isu ini hangat diperkatakan
sepanjang musim pandemic ini kerana seandainya rantaian ini terputus maka seluruh pihak
yang berkepentingan juga akan terjejas.
Bermula dengan PKP yang pertama pada Mac 2020, perintah untuk penutupan operasi
perniagaan dalam tempoh 2 minggu merupakan cabaran yang paling besar selain harus
memahami dasar standard operasi kerajaan.
111
Lambakan tempahan dan rungutan pelanggan yang menyebabkan prestasi syarikat
terbantut. Selain itu, masalah rantaian bekalan juga berlaku apabila tempahan barang
mentah dari pihak pengilang tidak dapat dihantar kerana masalah pengangkutan dan
pentutupan operasi kilang utama kerana jangkitan wabak ini di kalangan pekerja
mereka.Bagi Copque Asia isu utama dalam syarikat mereka adalah isu penyimpanan
bekalan, isu mengatur logistik dan infrastruktur syarikat,serta tidak mempunyai suatu
standard operasi di dalam pembungkusan dan pengeluaran produk. Maka, ia lebih memberi
kesan kepada prestasi syarikat terutama dalam penghantaran serta kualiti dikalangan para
pelanggan.
Menurut Menteri Pembangunan usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tunku Jaafar
mendedahkan sebanyak 9875 menutup operasi dalam tempoh perintah kawalan Gerakan
(PKP) bermula 18 Mac sehingga 9 Jun 2020 manakala penamatan operasi syarikat semakin
meningkat pada bulan Ogos dengan 17 800 dicatatkan berikutan perintah kawalan
pergerakan bersyarat (PKPB ). Statistik ini adalah berdasarkan daripada suruhanjaya
Syarikat Malaysia ujar beliau lagi. Walaupun 8.85 peratus usahawan menutup operasi
perniagaan berbanding jumlah keseluruhan PKS, namun ianya agak mebimbangkankan
kerana 79.53 peratus adalah merupakan usahawan mikro.
Menurut Professor Stephen Marx (2020), setiap organisasi dalam perniagaan seharusnya
mengenal pasti 5 dimensi risiko dalam pengoperasian perniagaan iaitu risiko permintaan,
risiko pembekal, risiko perundangan dan birokrasi, risiko infrastruktur dan seterusnya risiko
malapetaka atau lebih kepada risiko bencana.
Menurut beliau juga, tinjauan yang dijalankan kepada pengoperasian perniagaan kepada 270
syarikat 38% mereka mengatakan mereka tidak mampu cara mengendalikan risiko dengan
baik. Maka dengan itu, penting setiap syarikat memastikan pengendalian risiko dari segi
strategi mengatasi dan mengurangkan risiko agar organisasi mampu bertahan berdepan
dengan pelbagai cabaran.
112
Walaupun berdepan dengan cabaran pandemik, Copaque Asia menggunakan segala
kekuatan syarikat untuk bertahan demi kelangsungan operasi syarikat. Di Antara kekuatan
syarikat yang menyebabkan daya tahan syarikat adalah mempunyai pekerja yang sentiasa
positif dan mengikut segala procedur yang telah ditetapkan walaupun dengan norma baharu
dan yang paling penting syarikat menggunakan medium digital bagi pemasaran yang efektif
serta kepelbagaian perkhidmatan penghantaran pesanan produk kepada pelanggan.
Covid 19 adalah risiko wabak yang tidak terduga, dia mampu melumpuhkan sesebuah
organisasi yang besar merapuhkan sistem pertahanan sesebuah negara, Namun, ia bukan
sebagai pematah semangat juang usahawan dan bukan juga lawan,. Cara yang terbaik
adalah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengurangkan risiko dan patuhi segala
yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi kelangsungan syarikat.
Rujukan
Marx, D. (25 June, 2020). How Printers Are Navigating The Coronavirus Pandemic.
Retrieved from Printing Empressions: https://www.piworld.com/article/printersnavigating-
coronavirus-pandemic/
113
ADAKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPI MASA TUA?
Nur Amalina Aziz, Nur Fatihah Shaari & Nor Hidayah Hassim
Adakah anda bersedia menghadapi masa tua? Apabila ditanya tentang persiapan masa tua,
ramai yang teragak-agak untuk memberi jawapan. Ini adalah disebabkan, kita masih tidak
bersedia dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menghadapi masa tua. Ada satu
gambaran yang boleh kita kaitkan dengan persediaan masa tua iaitu “merancang percutian
ke destinasi pelancongan”. Apakah perkara pertama yang akan kita fikirkan? Kita akan
membuat persiapan yang secukupnya bagi mengelak sebarang masalah di perjalanan
seperti merancang kewangan, membuat checklist barang untuk dibawa, memeriksa keadaan
dan kondisi kenderaan dan menyediakan dokumen perjalanan. Persediaan yang cukup amat
penting agar kita dapat melalui segala cabaran dan liku-liku halangan sepanjang perjalanan
ke tempat destinasi. Tambahan itu, kita juga akan bersedia dengan alternatif lain bagi
menghadapi perkara yang tak diingini seperti tayar pancit, masalah kenderaan atau perkara
emergency. Jadi, persoalan utama yang ingin diketengahkan, adakah anda mempunyai
alternatif lain bagi menambah simpanan wang anda untuk menghadapi masa tua ?
Statistik yang dikeluarkan oleh KWSP telah menunjukkan bahawa hampir 90% pesara tidak
mempunyai wang simpanan selepas 5 tahun bersara pada umur 60 tahun (Astroawani,
2021). Menurut kajian, hal ini disebabkan ramai responden tidak mempunyai sebarang
simpanan wang selain daripada simpanan wang seperti KWSP (Ubaidillah and Mohd Adib,
2020). Kajian lain juga menunjukkan majoriti 50% pencarum wang simpanan KWSP hanya
mempunyai wang simpanan kurang daripada RM 50, 000 di akaun simpanan KWSP. Antara
faktor yang menyebabkan kekurangan wang simpanan KWSP adalah kerana kelonggaran
dan fleksibiliti dalam pengeluaran wang simpanan yang dibenarkan pada umur 55 tahun
untuk pendidikan dan pembelian aset perumahan. Hal ini telah menyebabkan, simpanan
wang di KWSP telah berkurang dan tidak cukup untuk menampung hidup selepas 5 tahun
bersara daripada sektor pekerjaan. Hal ini banyak diperdebatkan dalam kalangan akademia
kerana pengeluaran awal wang simpanan akan mengurangkan wang simpanan pencarum
KWSP.
Tambahan itu, kajian lain juga menunjukkan pencarum simpanan wang KWSP menikmati
keuntungan yang lebih rendah berbanding dengan orang lain kerana dipengaruhi oleh latar
belakang akademik yang rendah dan jenis pekerjaan skil rendah. Secara tidak langsung,
wang simpanan di KWSP di akaun mereka tidak cukup untuk menyara kehidupan mereka
apabila bersara pada umur 60 tahun.
114
113
Apakah solusi yang harus diambil bagi menjamin masa tua kita? Antaranya ialah kita boleh
mengambil beberapa contoh yang terbaik daripada negara luar seperti Jepun dan Singapura.
Misalnya di negara Jepun, peningkatan warga emas telah memberi impak yang besar
kepada ekonomi negara mereka. Negara Jepun telah merekodkan bilangan warga emas
yang tertinggi berbanding dengan negara lain. Di negara Jepun, umur persaraan adalah
seawal pada umur 60 tahun berbanding dengan negara lain. Malahan, persara hanya
dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan selepas 5 tahun bersara pada umur 65
tahun (Yamamoto, 2020). Ini telah menyebabkan ramai warga emas di Jepun mengalami
kesukaran hidup sebelum mencapai umur 65 tahun.
Hal tersebut telah mendidik rakyat Jepun untuk mengamalkan sikap suka menabung dan
bekerja lebih keras untuk menyimpan wang dengan sebaiknya. Sikap suka menabung dan
mempunyai kesedaran awal dalam mencari alternatif lain untuk menambah wang simpanan
haruslah diterap dan disemai pada setiap individu pada peringkat awal. Manakala di negara
Singapura, kerajaan Singapura telah menambahbaik default pension system Central
Provident Fund (CPF) dengan menyediakan alternatif tambahan kepada rakyatnya untuk
menambah lebih wang simpanan untuk persaraan seperti Supplementary Retirement
Scheme (SRS) dan Housing Pension System (HPS) (Ministry of Finance Singapore, 2021).
Inisiatif ini telah membantu rakyat Singapura terutamanya warga emas di negara mereka
untuk membuat perancangan yang lebih baik dan simpanan wang yang mencukupi untuk
menanggung kos sara hidup selepas bersara.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah mengembleng usaha bersama-sama kerajaan bagi
menghadapi status negara tua pada 2030. Amalan suka menabung dan mencari alternatif
lain untuk menambah wang simpanan amatlah penting bagi menjamin masa hadapan yang
lebih cerah. Seperti gambaran di atas iaitu merancang percutian, biarlah kita dapat sama-
sama menikmati momen-momen indah dengan membuat persediaan rapi dan terancang. Hal
ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri kita malah dapat membantu orang lain
dengan meringankan beban mereka.
115
Rujukan
Astro Awani (2021). 90 peratus rakyat M'sia tiada simpanan mencukupi untuk usia persaraan
– Khairy. Retrieved at August 10, 2021 from https://www.astroawani.com/berita-bisnes/90-
peratus-rakyat-msia-tiada-simpanan-mencukupi-untuk-usia-persaraan-khairy-166699
Ministry of Finance Malaysia (2020). Budget 2020. Retrieved at July 10, 2021 from
https://www.mof.gov.my/arkib/budget/2020/bs20.pdf
Yamamoto, K. N. (2021). Exploring Retirement Planning in Japan. Review of Integrative
Business and Economics Research, 10 (2), 123-140.
Ubaidillah, M., Ismail, M. A., & Noor, M. (2020). The waqf integrated financial instrument of
pension model in Malaysian social security: A conceptual proposition. The Journal of
Muamalat and Islamic Finance Research.
116
7 LANGKAH MENGURUS KEWANGAN SECARA BIJAK &
BERSISTEMATIK DI MUSIM PANDEMIK
MUHAMAD KHODRI BIN KHOLIB JATI & SUZANA BINTI HASSAN
Pandemik Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya telah menggegarkan dunia dan
telah memberi impak yang sangat besar kepada keseluruhan aspek kehidupan manusia
seperti kesihatan, sosial, ekonomi & kewangan.
Salah satu pelajaran terpenting daripada krisis ini adalah keperluan untuk merancang dan
mengurus kewangan peribadi seseorang dengan cara yang betul dan bersistematik untuk
membina masa depan yang lebih baik.
Selagi mana pandemik ini belum berakhir ianya akan terus mempengaruhi perancangan
kewangan peribadi anda. Tidak kira berapa tahap pendapatan seseorang, anda perlu
mengambil langkah untuk memperbaiki kedudukan kewangan seperti:
1. Rancang dan uruskan kewangan secara bijak dan bersistematik: Perancangan
kewangan peribadi sangat penting. Pendapatan, perbelanjaan, simpanan, pelaburan dan
hutang kredit perlu diselaraskan dengan keperluan, kehendak dan tujuan hidup jangka
pendek dan jangka panjang sesebuah keluarga. Dalam persekitaran ekonomi global yang
mendesak, adalah penting untuk memanfaatkan segala peluang dan juga bersiap sedia
untuk keperluan yang tinggi. Perancangan kewangan yang baik akan membantu
seseorang agar lebih bertanggungjawab dalam kedua-dua keadaan ini. Adalah penting
seseorang itu secara berterusan mengurus, meninjau dan menyemak semula
perancangan kewangan, dan melaksanakan perubahan selaras dengan perubahan
keperluan, kehendak dan senario ekonomi yang senantiasa berubah.
2. Insurans Hayat dan Insurans Kesihatan adalah pelaburan penting: Kehidupan masa
depan adalah sesuatu yang tidak pasti. Pandemik Covid 19 ini tidak hanya membuktikan
ini kepada dunia, tetapi juga menunjukkan kepada kita betapa kehidupan yang tidak
dapat diramalkan. Oleh itu anda perlu memastikan keselamatan kewangan untuk
keluarga adalah keutamaan.
117
Pelaburan dalam pelan insurans nyawa harus dilakukan untuk memastikan perlindungan
yang mencukupi untuk keluarga, iaitu jumlah yang akan menjaga keluarga daripada segi
kewangan sekiranya terjadi sesuatu musibah yang tidak diingini terutamanya kepada
ketua keluarga.Insurans Kesihatan untuk keluarga juga harus diberi keutamaan,
memandangkan peningkatan penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup dan kenaikan
kos penjagaan kesihatan. Kesihatan yang baik menjadi keperluan asas, kos ini tidak
boleh diabaikan atau dirundingkan. Oleh itu, adalah penting untuk mendapat
perlindungan kesihatan yang memuaskan untuk seisi keluarga.
3. Sediakan dana kecemasan: Dana kecemasan dapat menolong seseorang untuk
bertahan ketika menghadapi krisis kewangan. Dana sedemikian mestilah minimum
pendapatan keluarga 6 - 12 bulan. Dana kecemasan ini harus tersedia dengan cepat dan
mudah sebagai wang tunai jika diperlukan. Dan yang paling penting, dana tersebut
harus tersedia dan boleh digunakan hanya sekiranya berlaku kecemasan sahaja.
4. Mengelakkan perangkap hutang jahat: Dalam era peningkatan pola pembelian
dikalangan pengguna yang didorong oleh gabungan faktor seperti kuasa beli yang lebih
baik, inovasi produk, strategi pemasaran dan pilihan serta kemudahan kredit peribadi
yang mudah, seseorang itu boleh berakhir dengan perangkap hutang jahat. Perangkap
hutang ini bukan sahaja merugikan perancangan kewangan tetapi boleh menjadi
bebanan yang berat bila tiba krisis ekonomi dengan peningkatan faedah pada hutang
yang belum dibayar dan menambah lagi liabiliti peminjam.
5. Mempelbagaikan instrumen pelaburan: Prinsip asas pelaburan yang berjaya adalah
mempelbagaikan jenis pelaburan seperti ekuiti, saham amanah, emas, harta tanah dan
lain-lain. Ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko tetapi juga untuk
mengoptimumkan pulangan kepada pelabur. Adalah penting untuk mengetahui jangka
masa sesebuah pelaburan dan matlamat pelaburan semasa memilih instrument
pelaburan.
6. Bersederhana di dalam kehidupan: Penting untuk kita sedari bahawa sesebuah
kehidupan tidak memerlukan banyak perkara untuk menjalani kehidupan yang bahagia.
Perbelanjaan yang berlebihan seperti rumah yang lebih besar, pakaian dan kenderaan
mewah, peralatan elektronik terkini dan lain-lain hanya mendorong keinginan kita ke
tahap seterusnya. Menjalani kehidupan yang sederhana, dengan memberi tumpuan
kepada keperluan, mengurangkan keinginan dan berbelanja secara sihat bukan sahaja
menjamin kesejahteraan kewangan tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan
mental dan emosi.
118
6. Berzakat, bersedekah & membayar cukai. Zakat dan sedekah merupakan suatu
tuntutan di dalam agama Islam. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta,
melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini
sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah seperti yang dijanjikan Allah
SW.T. Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta daripada sumber haram kita perlu
bersihkan 100%. Manakala cukai pula ia adalah kewajipan seorang rakyat kepada
sesebuah negara. Daripada duit cukai yang kita bayar, maka ia membolehkan kerajaan
memberikan kemudahan yang pelbagai contohnya infrastruktur asas seperti jalan raya,
sekolah, hospital dan keperluan lainnya.
Ringkasnya, disiplin kewangan secara bijak dan bersistematik diperlukan untuk menjalani
naik turunnya kehidupan. Pandemik Covid 19 yang melanda adalah tidak dapat dipastikan
bila ianya akan berakhir tetapi jika kita dapat menyediakan perancangan kewangan yang
teratur pasti ianya dapat membantu dalam menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa
akan datang.
119
ADAPTASI TERHADAP KEHDUPAN NORMA BARU
FARIZAH BT MAMAT @ MOHD NOR & MUHARRATUL
SHARIFAH BINTI SHAIK ALAUDEEN
Di kala dunia mengalami situasi pandemik, kita semua perlu berubah dengan
gaya hidup norma baharu yang sedikit sebanyak mempengaruhi rutin harian kita. Suka atau
tidak kita semua perlu membiasakan diri dengan setiap norma baharu ini demi menjaga
keselamatan dan kesihatan diri sendiri mahupun orang sekeliling kita.
Bekerja dari rumah serta pembelajaran secara talian adalah situasi baru bagi
semua orang perlu lalui di saat ini. Norma baharu ini memberi kesan kepada kita semua dan
sekaligus mengubah corak hidup kita seharian.
Ada yang selesa dengan bekerja dari rumah (BDR) ini dan ada juga yang tidak dapat
menyesuaikan diri dengan konsep BDR ini. Bekerja dari rumah kadang kala menjadikan
seseorang itu semakin tertekan dengan tugasan – tugasan lain yang terpaksa dipikul di
rumah.
Ada yang tertekan dengan pembelajaran dirumah anak-anak yang berlangsung
serentak. Bila kita berlumba menyiapkan tugasan, anak-anak juga perlukan perhatian untuk
kelas secara talian mereka. Perhatian yang lebih perlu diberikan untuk anak-anak
terutamanya yang masih bersekolah rendah. Ini menjadikan suasana pembelajaran dan
bekerja di rumah ini menjadi tertekan kepada ibubapa terutamanya.
Anak – anak juga ada yang suka dan ada juga yang sebaliknya dengan
pembelajaran secara talian. Ada yang berpendapat tidak mendapat input yang sewajarnya
bila berdepan dengan pembelajaran secara talian. Mereka lebih suka belajar secara
bersemuka.
Begitu juga dengan yang bekerja di rumah kadang kala momentum bekerja
juga tidak memuaskan berbanding bekerja di pejabat. Berbagai pendapat dari sudut yang
berbeza. Apa pun alasan, sebab yang diluahkan, masing – masing berdepan dengan situasi
yang berbeza. Dikala pandemik ini, kita terpaksa menghadapinya dengan tenang untuk
sama – sama berganding bahu melawan virus ini.
120
119
Namun, secara positif, keberkesanan nya terlihat bila hubungan
kekeluargaan itu terbentuk semasa kita mengharungi situasi pandemic ini. Hubungan
ibubapa dengan anak lebih akrab rentetan perhatian yang diberikan kepada anak- anak
dalam menghadapi pengajian secara talian. Masa ibu bapa juga banyak tertumpu kepada
anak- anak walaupun dalam masa yang sama tanggungjawab bekerja di rumah juga
terpaksa dipikul. Secara tidak sengaja kita melihat perkembangan anak-anak di depan
mata kita.
Apapun pengalaman yang dialami oleh setiap orang dalam menghadapi
norma baru di kala pandemik ini mungkin berbeza, pahit manis pengalaman tersebut
mampu untuk dikenang oleh semua orang dengan cara masing – masing. Sudah tentu
toleransi terhadap kehidupan norma baru perlu dipraktis sehingga penyakit Covid19
hilang dari muka bumi ini.
121
KARYA KREATIF
122
DEMI SEBUAH RASA CINTA HATI..
Jannah Munirah Mohd Noor
Ceritera asal sekeping hati
Yang bersih lagi nurani
Dilahirkan tanpa ada hasad dengki
Apatah lagi iri hati.....
Ia tak perlu disirami
Kerana Allah sentiasa menemani
Demi sebuah cinta di hati
Manusia tidak pernah rasa puas
Merobek meratah tanpa belas
Kerana nafsu melebihi segala yang jelas
Tidak pernah cukup dengan seulas
Maka sang pemalu terus nampak buas...
Demi sekeping hati
Kadang tidak bisa untuk dijagai
Bila mahu diri disayangi
Rela ia disakiti walau retak menanti
Rela untuk di robek walau berulang kali
Sakitnya hati kau saja yang rasai
Kadang rasa jasad ada namun rohnya mati
Mengapa demi sebuah hati
Kau sanggup menjadi korban manusiawi
Yang rakus tanpa simpati
Membiarkan hatimu merosak sendiri
Hati adalah dalaman mu yang paling suci
Kotor ia maka kotorlah peribadi
Indah ia maka indahlah nurani
Ia bukan untuk di sakiti
Tapi untuk sentiasa dilindungi
Jagalah hatimu
Demi sebuah cinta yang murni
Untuk bertemu Pencipta Abadi
Kerana di sana DIA menanti…..
123
LOCKDOWN DI TAMAN HARMONI
Jaslin Md Dahlan
Kita sering rasa kehilangan bila tiba-tiba tersedar yang kita keseorangan. Bila bersama
dengan rakan di pejabat, kita jarang teringat masalah di rumah. Begitu juga ketika berada
bersama anak-anak dan suami, kita tidak terfikir masalah dan bebanan kerja yang menanti.
Masalah?
Bila kita diperintah untuk berada di rumah, tidak terbayang betapa seronoknya. Tak perlu nak
masuk ke pejabat. Anak-anak tak perlu ke sekolah. Selepas dua kali lanjutan rasa seronok
semakin pudar. Ditambah dengan perasaan sayu terpaksa beraya di perantauan, bukan
seberang laut. Masalah?
Alhamdulillah selepas hampir empat bulan, kita mula dibenarkan untuk kembali bertugas di
pejabat. Namun ramai kawan-kawan yang masih di rumah. Masih tidak dapat makan dan
berbual bersama. Sekurang-kurangnya waktu kuliah dijalankan atas talian, masih ada aktiviti
sepanjang hari. Namun, ada yang terpaksa melayan anak-anak yang menjalani Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah Kami bukan dilatih mengajar matapelajaran mereka. Ada yang
kata, subjek Tahun 1 pun tak dapat ditolong. Silibus dan metod pembelajaran sekarang
berbeza dengan zaman kita. Masalah?
Sepanjang tempoh tersebut, banyak kita belajar tentang kehidupan. Ada yang kuat
mengeluh. Ada yang ultra positif. Ada yang terpaksa, seperti saya. Ianya mencerminkan
tahap ketahanan masing-masing. Yang penting, sokongan keluarga walaupun jauh di mata.
Video call menjadi pengganti perjumpaan bulanan kami. Kadang-kadang sampai tak tahu
apa nak cakap. Pada masa-masa seperti ini, tiada masa nak bergaduh atau berselisih
pendapat. Tiada satu pun yang sempurna, hanya Allah yang sempurna. Tapi jangan sampai
mencari helah. Masalah?
124
Kini. PKP 3.0 masih berjalan di Johor. Ada antara kita yang dah hampir lapan bulan tidak
berjumpa keluarga. Rindu adik beradik dan kawan-kawan di sana. Pusara Mak, Babah, Pa
dan suami sudah lama tidak dikunjungi. Masalah?
Bersabar dan bertabah wahai sahabat. Kita semua dalam ribut yang sama. Namun, kita
semua dalam bot yang berbeza. Kita SEMUA ada Allah s.w.t.
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu” (Al-Baqarah: 185).
Di hujung catatan rasa ini, saya memanjatkan rasa Syukur kepada Allah swt kerana
dijauhkan dari bala penyakit, kesusahan yang melampau dan kekurangan makan dan
minum. Ianya bukan masalah, pasti ada HikmahNYA.
125
NASI LEMAK AYAHKU
Muruga Chinniah, P. Siva Shamala Palaniappan & Mohamad Fridaus Bin Ab. Aziz
Terhidang menyelerakan,
Ayam goreng rangup,
Ikan bilis goreng,
Kacang goreng,
Timun yang bulat,
Dengan sambal tumis yang merah dan pedas,
Serta yang paling penting sekali nasi lemak yg enak diperbuat daripada perahan santan,
Begitu sedap yg ayah buatkan,
Kerna nasinya rasa seperti bersusu,
Kerangupan ayam, bilis dan kacang goreng melazatkan lagi masakan itu,
Sambal tumis yang pedas itu melonjakkan lagi deria rasaku,
Tak dilupa rasa berjus timun yang ibu potongkan itu menyejukkan mulutku,
Oh nasi lemak,
Kaulah makanan kegemaranku,
Rasamu sungguh enak pabila dibungkus dengan daun pisang,
Apabila ku buka daun yang menyelimuti dirimu,
Aromanya menusuk hati dan menggembirakanku.
126
Catatan Madinah Al Munawarrah :
Ziarah Secara Persendirian
Oleh : Hj Shafiee Hj Md Tarmudi & Muhamad Ismail Hj Pahmi
Menjejakkan kaki menziarahi ke Kota Suci Madinah merupakan impian bagi
semua umat Islam. Ini memandangkan di Kota Suci Madinah ini mengandungi banyak
tempat bersejarah yang berkaitan dengan perkembangan syiar Islam. Namun demikian,
bagi jemaah umrah, kekangan masa di Kota Madinah amatlah terhad bergantung pada
jadual perjalanan yang telah ditetapkan oleh agensi pengendali umrah.
Dengan kekangan jadual perjalanan yang telah disusun, maka kebiasaannya
jemaah umrah mahupun haji hanya berpeluang sekali sahaja untuk menziarahi tempat-
tempat bersejarah disekitar kota suci ini di dalam program yang dipanggil Ziarah Luar.
Oleh yang demikian, di sini kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman semasa kami
berada di Kota Suci Madinah bagi membantu pembaca sekiranya ingin melawat tempat
bersejarah di Kota suci Madinah secara sendirian.
Seusai sarapan pada hari kedua di Kota Suci Madinah, mutawwif memaklumkan
bahawa progam ziarah luar pada hari itu ditunda kepada keesokkan harinya. Salah
seorang dari kami (Hj Shafiee) telah memaklumkan bahawa disebabkan penundaan
program ziarah luar, beliau telah meminta semua ahli keluarga kami untuk bersiap dan
menunggu di lobi hotel dengan siap berwudu’. Setelah semuanya berada di lobi hotel,
maka beliau menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk menempah
kenderaan bagi program ziarah kami.
127
Oleh yang demikian, di sini kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman
semasa kami berada di Kota Untuk ziarah persendirian ini, kami memilih van dan 2
tempat lawatan sahaja iaitu Masjid Quba’ dan Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat)
sebagai lokasi ziarah. Ini memandangkan ganjaran solat di Masjid Quba’ dan juga
sejarah penukaran arah kiblat yang mana Masjid Qiblatain ini tidak termasuk di
dalam jadual perhentian oleh agensi pengendali umrah. Bukit magnet terpaksa
dilupakan untuk kali ini.Untuk perjalanan hanya ke Masjid Quba sahaja, tambang van
kebiasaannya adalah SR10/orang untuk perjalanan pergi balik manakala SR
100/kenderaan jika menaiki Toyota Inovva atau GMC. Setelah dirunding oleh Hj
Shafiee maka pemandu bersetuju untuk hanya mengenakan bayaran SR170 bagi
satu van untuk perjalanan pergi dan balik sampai ke pintu hotel dari harga asal
SR200 untuk ziarah kami ke dua masjid ini. Maka dengan ini kami berjaya
melakukan ziarah persendirian dan esok menaiki bas untuk ziarah luar kali ke 2
tetapi kini dibawah kendalian agensi.
Selain daripada van dan kereta, difahamkan pada hari ini sudah terdapat
kemudahan bas jika ingin melakukan ziarah persendirian ke Masjid Quba’ dengan
tambang SR5/orang. Namun jemaah perlulah pergi berjalan ke tempat bas
menunggu sama ada dipintu 7, 22 atau 37. Apa pun nasihat dari kami selaku
penulis, sekiranya ingin melakukan ziarah persendirian, seeloknya dilakukan secara
berkumpulan dan jika dilakukan secara berkumpulan, pastikan ada ahlinya yang ada
pengetahuan dan pengalaman.
128
Sampai bila...
Che Faridah Che Mahmood, Mahasin Mearaj,
Nurul Huda Md Yatim & Siti Noor Ain Aziz
Teringat ungkapan salah seorang sahabat Rasulullah SAW, "Bekerjalah kamu untuk
duniamu seakan kamu hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seakan
kamu mati esok hari".
Terdiam seketika bila minda cuba memahami ungkapan ini. Bermacam tafsiran muncul.
Teringat perjalanan hidup ini disusun sebegitu rupa samada kita sedar atau sebaliknya.
Sewaktu usia meningkat dewasa, tiba masa bertatih keluar dari kepompong keluarga untuk
berdikari dan bekerja tapi persoalannya bekerja sampai bila? Ketika usia mencecah 40an,
waktu prima untuk menikmati segala yang telah diusahakan namun masih ada lagi yang
perlu dicari tapi sampai bila? Bila usia semakin senja di mana dunia sudah mula jemu
melihat penghuninya, kubur pula memanggil-manggil saban hari, masih tetap ada yang
mengejar dunia, akhirat dilupa tapi sampai bila? Terdetik di hati, walau diri ini di peringkat
usia mana pun, mungkin dunia akan terus dikejar selagi diri masih bernafas dan masih
banyak benda belum dicapai. Hakikatnya, kelangsungan hidup perlu digarapi meskipun
kematian itu pasti.
Dalam mengharungi kehidupan ini, ada yang berusaha keras dari muda untuk berjaya.
Berjaya mencapai apa yang dicita dan menikmati kesenangan sampai hari tua. Ada pula
yang terkandas, namun bangkit berusaha dan berjaya akhirnya. Malah ramai juga yang
gagal dari awal sampai ke penghujung nyawa. Dalam apa jua situasi, definisi berjaya atau
gagal itu subjektif. Antara kita, apa yang diperolehi hari ini dah memadai. Pakaian yang ada
cukup untuk menutupi sekujur tubuh, makanan terhidang hanya mengalas perut seadanya,
dan bumbung berteduh dari hujan dan panas. Sebahagian kita pula tegar mengejar untuk
menambah harta dan mencukupkannya untuk ahli keluarga.
Jadi di manakah berakhirnya tuntutan keinginan ini? Antara jawapan “cliché” tidak lain
hanyalah, “sampai mati!”. Salahkah andainya terlintas jawapan sebegini? Mungkin ada
benarnya kerana semua harus berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mengejar
apa yang diinginkan dengan cara yang tersendiri. Ada ketika cara yang dilaksanakan
mengikut acuan yang betul, Selebihnya, digunapakai bermacam kaedah – al Quran dan
Sunnah ditolak ke tepi asalkan tercapai jua apa yang dihajati.
129
Bekerja “sampai mati’ itu bernada sedikit lantang tetapi bergantung juga kepada niat dan
peringkat kehidupan. Seawal dewasa, pelbagai keinginan dalam pemikiran. Berusaha
bermati-matian dengan bermacam peluang jadi rebutan, ditambah pula persaingan
sesama rakan. Bila sampai umur pertengahan, gaya hidup merentasi perubahan, hasil
titik peluh di usia muda mula dikecapi, tetapi keinginan lain pula membuak di hati. Tiba
masa bila usia melangkah ke senja, meskipun harta benda melimpah ruah dengan ahli
keluarga penuh serumah, keupayaan diri mula tersekat dengan beberapa penyakit
menghinggap. Itulah kitaran kehidupan, mengajar insan untuk terus berusaha sampai ke
garis penamat.
Tetapi mengajar insan dalam erti bagaimana? Menyingkap kembali ungkapan sahabat
Rasulullah SWT di atas, hakikatnya kita akan bekerja seakan kita hidup selamanya tetapi
biarlah ianya seiring dengan tuntutan agama. Malah bekerja itu adalah ibadah apabila
diniatkan dengan penuh ikhlas kerana mengharapkan rahmatNYA di dunia dan akhirat.
Sememangnya mengejar dunia itu tidak salah tapi ada batasannya. Seluruh juzuk
kehidupan ini mestilah berasaskan ajaran agama meskipun menghadapi bermacam
cabaran dan dugaan. Beruntung sekali yang bermula di usia muda, menimba ilmu
duniawi selari ilmu ukhrawi, ikhlas dan istikamah dalam bekerja, beribadah dan tetap
teguh akidah. Namun, segelintir bekerja untuk dunia semata, seolah-olah akan terus
menghela nafas selamanya tetapi alpa beribadah untuk akhirat. Yang dikhuatiri dalam
mengejar duniawi, harta benda yang dicari tidak sempat dinikmati; maut pula menanti dan
bekalan akhirat tiada disisi. Dalam surah Al-Hasyr:18, Allah SWT telah mengingatkan
kita: "... Dan hendaklah setiap manusia itu melihat dan memperhatikan apa yang dia telah
sediakan (daripada amalannya) sebagai bekalan hari esok (Hari Akhirat). Dan diingatkan
lagi, Bertakwalah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT amat meliputi
PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
Justeru, selagi badan sihat dan berkudrat, bekerjalah untuk kelangsungan hidup di dunia
dan untuk bekalan akhirat dengan berpaksikan “Bismillahi tawakkaltu alallah” dan
bermindakan "amal makruf nahi mungkar”. Hasilnya kelak berkat dan rahmat. Yang pasti,
pekerjaan sia-sia mana mungkin meraih keampunan Ilahi di alam abadi.
Wallahu a’lam.
130
FAKULTI
PENGURUSAN &
PENIAGAAN
(EKONOMI)
131
Profil Penulis
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah
Bazri Abu Bakar
Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir
Rosmah Abdul Ghani @ Ismail
Norfariza Mohd Ali
Azman Ali @ Saip
Dr. Tan Yan Ling
Aidarohani Samsudin
Siti Nordiyana Isahak
Karya Akademik dan Umum
Dr. Fatin Farazh Ya’acob
Dr. Nur Fatihah Shaari
Dr. Tan Yan Ling
Azman Ali @ Saip
Aidarohani Samsudin
Diana’ Mazan
Bazri Abu Bakar
Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir
Siti Nordiyana Isahak
Zailati Ahmad
Norfariza Mohd Ali
Rosmah bt Abd Ghani @ Ismail
Karya Kreatif
Dr. Tan Yan Ling
132
LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN
PENSYARAH
133
KEHENDAK ATAU KEPERLUAN - YANG MANA
PERLU DIDAHULUKAN?
Bazri Abu Bakar, dr. Juliana Mohd Abdul Kadir, Rosmah Abdul Ghani,
Norfariza Mohd Ali, Azman Ali @ Saip, dr. Tan Yan Ling
Jabatan Ekonomi telah diberi pengiktirafan untuk mengendalikan dua kumpulan di bawah
Special Interest Group (SIG) bagi memenuhi visi dan misi universiti bagi tahun 2021.
Kumpulan pertama dikendalikan oleh Tuan Bazri Abu Bakar dan kumpulan kedua telah
diamanahkan kepada Puan Zailati Ahmad.
SIG ini mensasarkan untuk menyemarakkan aktiviti pembangunan staf akademik dalam
memberi sumbangan kepada bidang kepakaran yang diceburi, di samping menyemai
kerjasama dan berkongsi pengalaman dengan industri dan masyarakat setempat.
Kumpulan yang diketuai oleh Tuan Bazri telah memilih untuk berkolaborasi dengan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor di mana satu
perkongsian yang menarik telah diolah dan diulas oleh panel jemputan. Isu yang
diketengahkan adalah isu pembiayaan pendidikan tinggi.
Kita sedia maklum bahawa pelajar yang berjaya ditawarkan ke Institut Pendidikan Tinggi
(IPT) selepas pengajian di peringkat SPM/STPM/STAM boleh memilih untuk membuat
pembiayaan di bawah tajaan MARA, JPA atau lain-lain institusi serta PTPTN sendiri. Terdapat
beberapa faktor turut mempengaruhi para pelajar dan ibu bapa dalam membuat
keputusan untuk memilih penaja atau pembiayaan yang sesuai. Ini mungkin didorong oleh
keputusan peperiksaan pelajar itu sendiri, bidang yang dipilih, universiti/institusi yang
ditawarkan dan mungkin juga negara yang dipilih serta jangkaan pekerjaan yang bakal
diceburi di masa mendatang.
134
Justeru, sebagai pensyarah dalam bidang Ekonomi dan seorang bapa yang turut sama
membantu anak-anak dalam membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian mereka ke
peringkat pengajian tinggi, Tuan Bazri adalah panel yang sesuai untuk membicarakan isu ini.
Tambahan pula, beliau juga adalah bekas pelajar tajaan MARA pada tahun 1994 yang
berjaya melanjutkan pengajian di University of Southern New Hampshire, USA dalam bidang
Ekonomi dan Kewangan. Ini memberi nilai tambah kepada beliau untuk membincangkan
topik yang sering menjadi persoalan ibu-bapa saban tahun iaitu - ‘Kehendak atau
keperluan, yang mana perlu didahulukan?. Tajuk ini telah dibahaskan dan dikupas dengan
begitu baik sekali.
Webinar yang telah diadakan pada 15 Februari 2021, jam 2.00 - 4.00 petang ini telah
disiarkan secara langsung di platform Facebook PTPTN Negeri Johor. Penyertaan adalah di
kalangan para guru, ibu bapa dan para pelajar ini telah mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan. Pihak PTPTN Negeri Johor menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Johor atas inisiatif dan
usahasama jitu yang diberikan. Turut disertakan beberapa keping gambar program sebagai
penyeri bagi laporan ini.
135
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UITM
CAWANGAN JOHOR KE RISDA DAERAH
SEGAMAT
Aidarohani Samsudin, Siti Nordiyana Isahak, pm. Dr. Saunah Zainon
Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak hanya menggalas tanggungjawab sebagai gedung
penerokaan ilmu tetapi ia turut berperanan sebagai sebuah pusat rujukan dan penyebaran
manfaat dari hasil penyelidikan, perundingan, inovasi, pengkomersialan, dan perkongsian
kepakaran dari warganya. Maka pengukuhan kerjasama strategik di antara UiTM dan pihak
industri menjadi salah satu elemen penting untuk memastikan UiTM dapat melaksanakan
amanahnya dengan baik.
Sehubungan itu, bagi meningkatkan jumlah kerjasama industri, Puan Aidarohani binti
Samsudin, pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ)
telah mengambil inisiatif untuk mangadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat RISDA Daerah
Segamat pada 08 April 2021. Kunjungan ini di ketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Hj. Ismail Ahmad,
Rektor UiTMCJ. Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Saunah Zainon (Timbalan Rektor
Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni), Encik Mior Hishamuddin Ariffin (Timbalan
Pendaftar Kanan), Cik Siti Nordiyana Isahak (Koordinator Keusahawanan) dan Dr. P. Siva
Shamala A/P Palaniappan (Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik).
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik di
antara UiTMCJ sebagai salah sebuah Institusi Pangajian Tinggi Awam dan RISDA Daerah
Segamat yang bertindak sebagai salah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Antara aktiviti yang dilihat berpotensi dalam
hubungan dua hala ini ialah aktiviti penternakan lebah kelulut. Melalui kerjasama yang
bakal dijalinkan, UiTMCJ dapat menyalurkan perkhidmatan berkaitan kaedah pemasaran
berkesan kepada usahawan lebah kelulut bimbingan RISDA.
136
Selain itu, dengan kepakaran para penyelidik UiTMCJ, ia bakal membantu lebih banyak
penghasilan produk hiliran seperti kosmetik, sabun dobi, makanan tambahan dan minuman
berasakan madu kelulut. Dengan kelengkapan infratsruktur yang tersedia di UiTMCJ,
bengkel penternakan madu kelulut turut boleh dilaksanakan kepada masyarakat setempat
bagi membantu mereka menjana pendapatan tambahan. Di pihak RISDA pula, sekiranya
perbincangan ini mencapai kata putus, ia bakal menyalurkan sumbangan bagi
penternakan lebah kelulut di UiTMCJ. Aktiviti penternakan tersebut dapat membantu
melatih pelajar-pelajar UiTMCJ yang berminat untuk mengusahakan lebah kelulut sebagai
sumber pendapatan mereka.
Dalam masa yang sama UiTMCJ turut mengambil kesempatan mewar-warkan
perkhidmatan yang disediakan oleh pihaknya. Antaranya ialah perkhidmatan penyelidikan
bagi membangunkan atau menambah-baik produk-produk RISDA dan ahlinya, peluang-
peluang pengajian di peringkat ijazah sarjana kepada kakitangan RISDA di UiTMCJ, serta
kemudahan infrastruktur yang tersedia di UiTMCJ yang boleh disewa oleh pihak RISDA untuk
menganjurkan kursus atau latihan. Delegasi UiTMCJ turut dibawa melawat ke projek
pembuatan tauhu dan penanaman cili fertigasi yang diusahakan oleh Encik Jeffri Md. Nasir,
pekebun kecil RISDA Daerah Segamat yang terletak di Kampung Paya Lang, Batu Anam.
UiTMCJ amat berharap agar jalinan kerjasama antara UiTMCJ dan RISDA Daerah Segamat
ini dapat dimerterai. Ini kerana hubungan dua hala yang terjalin dapat memberi peluang
kepada UiTMCJ untuk menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi, meningkatkan jumlah usahawan dalam kalangan pelajar,
meningkatkan bilangan penyelidikan, pengembangan ilmu dan pewujudan perkhidmatan
baru universiti yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekaligus memberi
sumbangan terhadap pertumbuhan dan pendapatan ekonomi.
137
KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK DAN
REMAJA.JOM CEGAH SEBELUM PARAH!
Rosmah bt Abd Ghani @ Ismail, Zailati Ahmad, Dr. Nur Fatihah Shaari
Special Interest Group (SIG) UiTM adalah kumpulan penyelidik yang mempunyai fokus
penyelidikan dan bidang kepakaran yang spesifik yang menyediakan platform kepada
pensyarah dan staf UiTM untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, penerbitan, inovasi dan
perundingan yang lebih fokus kepada bidang kepakaran tertentu.
Special Interest Group (SIG) UiTM Cawangan Johor yang diketuai oleh Puan Zailati Ahmad,
pensyarah kanan Ekonomi ditubuhkan bagi mengkaji dan mengenalpasti isu-isu yang
berkaitan dengan kesihatan mental. Webinar yang bertajuk “Kesihatan Mental Kanak-
Kanak dan Remaja “Jom Cegah Sebelum Parah” ini membincangkan mengenai dengan
kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di mana majoriti warga
kampus terdiri daripada pelajar dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak di peringkat
kumpulan sasaran ini.
Penceramah Puan Roslinda Mohd Subbian yang merupakan Konsultan Psikologi Organisasi
dari UiTM Selangor ini, turut membincangkan faktor yang menyumbang kepada masalah
mental dikalangan remaja dan kanak-kanak terutama di musim pandemic Covid-19.
Beberapa isu semasa berkaitan dengan kesihatan mental turut di ulas bagi memberi
kesedaran awal kepada ibu bapa. Pendekatan dan solusi yang terbaik turut diberi kepada
para peserta.
138
Sebanyak 368 peserta menyertai webinar yang terdiri dari warga UiTM Johor serta warga
UiTM dari kampus cawangan yang lain. Turut menyertai webinar ini adalah ibu bapa dari
sekolah di Sekitar Segamat serta kakitangan kerajaan dari seluruh Malaysia. Program ini
mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mendapat maklum balas yang
sangat positif. Webinar ini Berjaya memberi kesedaran kepada terutamanya golongan ibu
bapa mengenai pencegahan awal berkenaan masalah kesihatan mental dikalangan
kanak-kanak dan remaja.
Tarikh : 3 JUN 2021
Tempat: CISCO WEBEX dan YouTube.
Masa: 09.30 pagi hingga 11.30 pagi
139
KARYA AKADEMIK
DAN UMUM
140
DERITA DALAM SENYAP - MAMPUKAH IANYA
MEMBUNUH?
Dr. Fatin Farazh Ya’acob, dr. Nur Fatihah Shaari
Kemurungan ialah salah satu masalah mental dimana ia adalah penyumbang terbesar
kepada beban penyakit global. Penyakit ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira
usia, warna kulit, bangsa dan tahap pendidikan. Paling membimbangkan, kemurungan ini
dikategorikan sebagai gangguan biasa di kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 18
tahun. Ini jelas membuktikan kemurungan bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, malah
turut dirasai oleh golongan kanak-kanak.
Tanda kemurungan dapat dikenali menerusi perubahan dalam tingkah laku individu
dengan menunjukkan wajah yang sedih, mendiamkan diri, menyendiri, tidak mahu
melakukan aktiviti harian yang menjadi kebiasaan, tiada selera makan, tidak seronok, resah,
merasa tersisih dan terbeban dengan diri sendiri. Manakala bagi golongan kanak-kanak
pula, tanda kemurungan mungkin agak berbeza dengan golongan dewasa seperti
perubahan tingkahlaku, kerap mengadu sakit, mudah kecewa, tidak boleh bertolak ansur,
kerap bergaduh, kurang selera makan, mudah takut dan panik. Kemurungan dan masalah
mental tidak sama dengan istilah gila, akan tetapi ia mampu menjerumus kepada tingkah
laku bunuh diri jika tidak diberi rawatan yang betul. Mengikut laporan, kes bunuh diri
meningkat setiap tahun terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
disebabkan oleh pandemik Covid-19. Pada tahun 2020, kes bunuh diri meningkat sebanyak
3.61% iaitu 631 kes berbanding tahun 2019 iaitu 609 kes, manakala sehingga Mac 2021,
sejumlah 336 kes bunuh diri telah dilaporkan.
Seringkali kita dikejutkan berita di dada-dada akhbar dan juga televisyen dengan kematian
seperti bunuh diri disebabkan oleh kemurungan yang melampau. Kes kemurungan ini
semakin bertambah di seluruh dunia apabila pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia
dimana ramai masyarakat mengalami masalah kewangan, kehilangan kerja, tidak bebas
melihat dunia luar, bebanan kerja yang melebihi kapasiti minda dan sebagainya. Mereka
menghadapi kemurungan yang melampau disebabkan tekanan hidup dimana mangsa ini
merasakan kematian adalah cara untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, antara sebab
terjadinya masalah mental ini adalah sejarah kemurungan diri atau keluarga, ubat-ubatan
yang digunakan untuk merawat penyakit tertentu, trauma, tekanan atau perubahan besar
dalam hidup seseorang dan buli siber yang keterlaluan di media sosial.
Mengikut doktor-doktor pakar mental, kemurungan boleh menjadi penyebab bunuh diri
dimana tanda-tandanya adalah individu itu sering bercakap mengenai membunuh dan
menderakan seseorang, asyik berfikir tentang kematian, bertindak terburu-buru seperti
mereka ingin mati, mengekspresikan perasaan yang kuat tentang putus harapan atau
diperangkap dan sebagainya.
141
Oleh itu, masyarakat kita perlu lebih cakna terhadap orang di sekeliling jika terdapat
perubahan ketara pada tingkah laku individu tersebut. Selain itu, kita perlulah memberi
sokongan berterusan terhadap individu yang mengalami masalah ataupun tekanan.
Jangan sesekali kita merasakan iman mereka rapuh untuk menghadapi masalah
kehidupan. Perkara ini bukan sepenuhnya bergantung kepada iman seseorang, tetapi
kemurungan dan masalah mental ini adalah sejenis penyakit yang perlukan rawatan seperti
penyakit lain sebelum ia menjadi lebih parah sehingga membunuh diri. Bagi golongan
kanak-kanak, ibu bapa perlu memberi perhatian dan meluangkan lebih banyak masa untuk
mendalami perasaan anak-anak mereka dengan cara komunikasi yang berkesan. Dengan
cara ini dapat membantu membina kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa di
samping merapatkan hubungan kekeluargaan.
Hentikanlah persepsi dengan menganggap individu yang mengalami kemurungan
ataupun masalah mental sebagai gila dan mempunyai iman yang rapuh. Jika mereka tidak
dirawat dan masyarakat tidak memberi sokongan moral yang kuat kepada mereka,
penyakit ini mampu membunuh mereka. Penyakit ini tidak boleh dilihat seperti penyakit-
penyakit lain dan ia adalah derita dalam senyap yang mampu membunuh.
142
BIODIVERSITI
Dr. Tan Yan Ling, Nur Adilah Saud, dr. Siti Nuur-Ila Mat Kamal, Azman Ali @ Saip, Mazlina Ismail, dr. Chen Jen Eem
Konsep biodiversiti atau nama singkatan “kepelbagaian biologi” mendapat perhatian
dalam akhir tahun 1980-an. Secara amnya, biodiversiti merujuk kepada keseluruhan dan
kepelbagaian organisma hidup di bumi. Biodiversiti juga boleh dirujuk sebagai gabungan
konsep tumbuhan dan haiwan sebagai sumber genetik, kepelbagaian spesies dan habitat
di mana mereka tinggal (Ministry of Natural Resources and Environment (MNRE), 2006). Asia
Tenggara merupakan salah satu biodiversiti hotspot di dunia. Wilayah ini terdiri daripada
tiga buah negara yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti iaitu Indonesia, Malaysia
dan Filipina. Walaupun Asia Tenggara hanya menduduki 3 peratus permukaan dunia, ia
merangkumi sekitar 20 peratus spesies tumbuhan, haiwan dan laut (Braimoh, Subramanian,
Elliot, & Gasparatos, 2011).
Sementara itu, Malaysia diiktiraf sebagai salah satu antara 17 negara megadiversiti di dunia
(Salikha, 2018) dimana negara megadiversiti adalah negara-negara yang memiliki species
majoriti di bumi. Adalah dianggarkan bahawa terdapat lebih kurang 15,000 spesies
tumbuhan vaskular di Malaysia, dengan lebih kurang 8,300 spesies di Semenanjung Malaysia
dan sekitar 12,000 di Sabah dan Sarawak. Malaysia juga mempunyai kepelbagaian fauna,
iaitu sebanyak 307 spesies mamalia, 785 spesies burung, 242 spesies amfibia, 567 spesies
reptilia dan 2,068 spesies ikan air tawar dan laut (Ministry of Natural Resources and
Environment (MNRE), 2016).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan tarikh 22 Mei pada setiap tahun
sebagai Hari Antarabangsa untuk Kepelbagaian Biologi (atau Hari Biodiversiti Sedunia)
dalam mempromosikan isu-isu biodiversiti. Tema Hari Biodiversiti Sedunia bagi tahun 2020
adalah 'Penyelesaian Kita Ada Dalam Alam Semulajadi'; manakala tema bagi tahun ini
(2021) dikekalkan sepertimana yang diperkenalkan pada tahun sebelumnya (2020) iaitu
“Kita Adalah Sebahagian Daripada Penyelesaian #Untuk Alam Semulajadi”. Kedua-dua
tema ini disambut dalam suasana dunia yang masih bergelut dalam krisis pandemik. Secara
tidak langsung, tema ini memberi kesedaran kepada lapisan masyarakat dalam menjaga
dan mengekalkan kepelbagaian alam sekitar (Abdul Rahman, 2020).
Biodiversiti merupakan bahan asas untuk kehidupan yang lebih lestari. Antara kepentingan
biodiversiti adalah mengekalkan kitar hidrologi, modifikasi iklim, mengawal hakisan tanah,
menyelenggara kitaran oksigen dan nitrogen, mempunyai nilai perubatan, membekalkan
bahan mentah kepada manusia dan menjadi tempat riadah. Menurut Laporan Risiko Alam
Semula jadi Forum Ekonomi Dunia, lebih daripada separuh KDNK dunia sangat bergantung
pada alam semula jadi. Oleh itu, banyak perniagaan berisiko disebabkan oleh peningkatan
kehilangan alam semula jadi. Antara sektor yang terjejas adalah bidang perubatan dan
pelancongan. Penjualan farmasi global berdasarkan bahan asal semula jadi bernilai sekitar
$75 bilion setahun.
143
142
Biodiversiti sangat penting di dalam bidang perubatan, kerana seperti yang umum ketahui
kebanyakan ubat-ubatan adalah berasal dari tanaman semula jadi. Ini bermakna bahawa
setiap kali berlakunya kepupusan spesies, kita akan kehilangan ubat baru yang berpotensi.
Dalam sektor pelancongan pula biodiversiti yang luar biasa dan persekitaran semula jadi
yang indah telah berjaya dipromosikan sebagai ekopelancongan dan destinasi
pelancongan yang berorientasikan alam semulajadi dalam beberapa tahun
kebelakangan. Contohnya di Pulau Redang, menyelam adalah rekreasi berbentuk
pelancongan bernilai tinggi yang menarik pelancong dari seluruh dunia. Sebahagian besar
kepelbagaian kehidupan di bumi menjadikan destinasi pelancongan seperti hutan tropika,
pantai dan taman negara begitu menarik. Pada masa yang sama, dengan mengunjungi
dan melawat alam sekitar, ia dapat meningkatkan kesedaran di kalangan pelancong
mengenai nilai intrinsiknya dan juga memberi pendapatan dan insentif kepada penduduk
setempat untuk memelihara persekitaran semula jadi mereka. Ini bermaksud sektor
pelancongan yang berkaitan dengan alam merupakan penjana pendapatan yang
signifikan.
Kepelbagaian biodiversiti menjadikan bumi dapat dihuni. Dengan adanya ekosistem yang
baik, kita terhindar daripada bencana alam seperti banjir dan ribut, juga dapat menyaring
air dan menjana semula tanah. Ekosistem semula jadi menyediakan asas bagi pertumbuhan
ekonomi, kesihatan manusia dan kemakmuran. Oleh kerana ekosistem semakin terancam
oleh aktiviti manusia, masyarakat kini lebih peka dengan kepentingan menjaga biodiversiti.
Sekarang, sebagai masyarakat, kita harus melindunginya alam semula jadi kerana dengan
berbuat demikian kita melindungi kepentingan jangka panjang kita sendiri. Perlu diingat
berjuta-juta orang juga bergantung pada alam dan spesies untuk kehidupan mereka
seharian. Hal ini berlaku terutama bagi masyarakat yang sedang berjuang di negara-
negara membangun yang mana sumber makanan, bahan bakar, ubat-ubatan dan produk
lain yang dibuat dari bahan semula jadi untuk kegunaan mereka sendiri dan dijadikan
sebagai sumber pendapatan. Malah ekosistem seperti taman dan kawasan perlindungan
juga dijadikan kawasan rekreasi dan sumber pengetahuan bagi para pengunjung. Dengan
itu, tahap kesedaran masyarakat dalam menjaga sumber alam sekitar perlu dipupuk dan
ditingkatkan dari masa ke semasa supaya khazanah yang tidak ternilai ini menjadi warisan
kepada generasi akan datang.
Bibliografi
Abdul Rahman, A. A. (2020, June 11). Atasi kemusnahan biodiversiti tangani pandemik COVID-19. Berita Harian.
Retrieved from https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/06/699014/atasi-kemusnahan-biodiversiti-tangani-
pandemik-covid-19
Braimoh, A. K., Subramanian, S. M., Elliot, W., & Gasparatos, A. (2011). Climate and human-related drivers of
biodiversity decline in Southeast Asia. United Nations University. Yokohama. Retrieved from
https://unu.edu/publications/articles/unraveling-the-drivers-of-southeast-asia-biodiversity-loss.html#info
Ministry of Natural Resources and Environment (MNRE). (2006). Biodiversity in Malaysia. Putrajaya, Malaysia:
Ministry of Natural Resources and Environment.
Ministry of Natural Resources and Environment (MNRE). (2016). National policy on biological diversity 2016 - 2025.
Putrajaya, Malaysia: Ministry of Natural Resources and Environment. Retrieved from
https://www.mybis.gov.my/pb/590
Salikha, A. (2018). Meet the 10 megadiverse countries in the world. Retrieved February 27, 2018, from
https://seasia.co/2018/01/29/meet-the-10-megadiverse-countries-in-the-world
https://www.ikim.gov.my/index.php/2007/09/14/biodiversiti-dan-peranannya-terhadap-keseimbangan-alam-
sekitar/
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/5-reasons-why-biodiversity-matters-human-health-economies-
business-wellbeing-coronavirus-covid19-animals-nature-ecosystems/ 144
https://sainsk6.wordpress.com/about/