The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK FPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2021-10-22 00:03:53

e-Dinamik 2020

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK FPM

Keywords: e-dinamik,uitm johor,majalah digital

MDAIJGAILTAHAL Kampus
SimfoniAlam
AKADEMIA
Digital
Bestari

LAPORAN KARYA
AKTIVITI KREATIF
JABATAN KARYA
AKADEMIK
DAN UMUM

SUMBER

MAKLUMAT

EdisiKedua2020

Perutusan Rektor

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dengan rahmat Allah swt, majalah digital
akademia UiTM Cawangan Johor iaitu e-DINAMIK keluaran
kedua dapat diterbitkan pada tahun ini.
Syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi e-DINAMIK di
bawah Unit Penulisan & Penerbitan Bahagian Penyelidikan,
Jaringan Industri & Alumni UiTM Cawangan Johor. Penerbitan
e-DINAMIK merupakan usaha yang baik di dalam
menyemarakkan hasil tulisan serta menambah bilangan
karya-karya bermutu para pensyarah dari pelbagai genre
seperti penulisan kreatif, akademik dan umum. Selain dari itu,
ia juga mengandungi laporan aktiviti - aktiviti yang dijalankan
sepanjang tahun yang dapat memberi pendedahan meluas
kepada warga UiTM dan juga masyarakat luar tentang
pencapaian serta perkembangan terkini setiap jabatan dan
fakulti di Kampus Segamat serta Pasir Gudang UiTM Cawangan
Johor.
Dengan tulus ikhlas saya mendoakan agar segala usaha yang
dilakukan ini diberkati Allah swt. Semoga ianya dapat
memberi motivasi kepada setiap pensyarah untuk terus
berkarya dan menyumbang idea serta hasil penulisan yang
bermutu.
PROFESOR DR. HAJI ISMAIL AHMAD
Rektor
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor

i

Bingkisan Timbalan Rektor

(Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salawat dan salam kepada Baginda Nabi Muhammad serta ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Pertamanya, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan izinNYA dapat saya menyusun bait-bait kata
untuk ditatapi para pembaca. Jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Profesor Dr. Haji Ismail Ahmad, Rektor, UiTM
Cawangan Johor yang sentiasa menyokong penuh aktiviti-
aktiviti penulisan dan penerbitan di Bahagian Penyelidikan,
Jaringan Industri dan Alumni (BPJI&A), UiTM Cawangan Johor.
Pada kesempatan yang berharga ini saya dangan rasa sukacitanya mengucapkan syabas dan
tahniah kepada Prof. Madya Dr. Noriah Ismail, Koordinator Unit Penulisan dan Penerbitan,
BPJI&A serta ahli jawatankuasa yang telah berusaha mengumpul dan menyusun manuskrip
menjadi artikel untuk dipersembahkan menjadi tatapan pembaca. Juga jutaan terima kasih
kepada semua penulis yang telah menyumbangkan artikel ke dalam e-Dinamik Edisi Kedua
ini. Saya juga mengharapkan agar ilmu yang telah dimuatkan oleh penulis-penulis ini dapat
dimanafaatkan oleh para pembaca melalui gaya bahasanya yang bukan sahaja ringkas
malahan mudah untuk difahami.

Saya rasa amat berbesar hati dan gembira dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh
Unit Penulisan dan Penerbitan, BPJI&A untuk menerbitkan e-Dinamik Edisi Kedua ini yang
dikira sebagai karya akademik yang menjadi rujukan kepada ilmu-ilmu yang luas. Di atas
daya usaha ini, UiTM Cawangan Johor telah melangkah ke satu era penyebaran ilmu yang
tidak terbatas dengan kepelbagaian bidang, semoga usaha seperti ini berpanjangan dan
diberkati Allah.
Sekian, Wassalam.
Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon
Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor

ii

Kata Aluan Ketua Editor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
rahmat limpah kurnia-NYA saya dapat merakamkan sepatah
dua kata dalam penerbitan edisi kedua e-DINAMIK. Majalah
digital akademia UiTM Cawangan Johor ini merupakan wadah
yang sesuai bagi para pensyarah mengasah bakat serta
menerbitkan karya dan hasil penulisan yang terdiri dari
pelbagai genre iaitu penulisan akademik dan umum, karya
kreatif serta laporan aktiviti penglibatan pensyarah bagi setiap
fakulti dan jabatan sepanjang tahun.

Tahun 2020 telah hampir melabuhkan tirainya. Saya bersyukur kerana walaupun

menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan akibat dari pandemik COVID-19 yang mana
memaksa pensyarah melalui norma dan cabaran baharu di dalam pengajaran serta aktiviti
akademia, bilangan penghasilan karya dan penulisan mereka yang menyumbang kepada
edisi kedua majalah ini tetap bertambah dengan ketaranya. Ini memberi petunjuk
terhadap pertambahan minat, semangat dan iltizam yang kuat dari semua pensyarah
untuk menjadi penulis yang prolifik serta memupuk budaya intelek yang positif.

Akhir kata, terima kasih kepada Yang Berbahagia Profesor Dr. Haji Ismail Ahmad, Rektor,
UiTM Cawangan Johor serta Prof. Madya Dr. Saunah Zainon, Timbalan Rektor
Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni yang sentiasa menyokong dan memberi galakan
terhadap penerbitan majalah ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan syabas kepada
Sidang Redaksi yang terdiri dari wakil editor dari semua fakulti dan jabatan di UiTM
Kampus Segamat dan Pasir gudang yang telah bertungkus-lumus mengumpul dan
menyunting hasil karya dan penulisan pensyarah UiTM Cawangan Johor sehingga
penerbitan majalah digital akademia ini dapat diterbitkan sekali lagi dengan jayanya pada
tahun ini. Semoga ianya memberi manfaat dan saham kepada kita di dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.

PROF. MADYA DR NORIAH ISMAIL
Koordinator Unit Penulisan Dan Penerbitan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor

iii

Isi Kandungan

PERUTUSAN REKTOR i
Bingkisan Timbalan Rektor (Penyelidikan, Jaringan Industri Dan Alumni) ii
Kata Aluan Ketua Editor iii
Isi Kandungan iv
SIDANG REDAKSI v
FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN 1
Profil Ketua Pusat Pengajian dan Koordinator 2
Jabatan Pengurusan dan Pemasaran 3
4
Profil Penulis-penulis 5
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah 12
Karya Akademik dan Umum 47
Karya Kreatif 54
Jabatan Kewangan 55
Profil Penulis-penulis 56
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah 59
Karya Akademik dan Umum 81
Karya Kreatif 85
Jabatan Ekonomi 86
Profil Penulis-penulis 88
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah 93
Karya Akademik dan Umum 110
Karya Kreatif 114
FAKULTI PERAKAUNAN 115
Profil Ketua Pusat Pengajian dan Koordinator 116
Profil Penulis-penulis 117
Laporan Aktiviti Fakulti dan Pensyarah 124
Karya Akademik dan Umum 134
Karya Kreatif

iv

Isi Kandungan 147
148
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK 149
Profil Ketua Pusat Pengajian dan Koordinator 150
155
Profil Penulis-penulis 180
Laporan Aktiviti Fakulti dan Pensyarah 187
Karya Akademik dan Umum 188
Karya Kreatif 180
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT 192
Profil Ketua Pusat Pengajian 196
Profil Penulis-penulis 217
Laporan Aktiviti Fakulti dan Pensyarah 223
Karya Akademik dan Umum 224
Karya Kreatif 225
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM 226
Profil Ketua Pusat Pengajian 236
Profil Penulis-penulis 245
Laporan Aktiviti Fakulti dan Pensyarah 246
Karya Akademik dan Umum 247
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL 248
Profil Ketua Pusat Pengajian 253
Profil Penulis-penulis 259
Laporan Aktiviti Fakulti dan Pensyarah 260
Karya Akademik dan Umum 262
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK 262
Profil Ketua Pusat Pengajian
Profil Penulis-penulis
Karya Akademik dan Umum

iv

Isi Kandungan

FAKULTI SAINS GUNAAN 264
Profil Koordinator 265
266
Profil Penulis-penulis 267
Karya Akademik dan Umum 271
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA 272
Profil Ketua Pusat Pengajian 274
Profil Penulis-penulis 276
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah 285
Karya Akademik dan Umum 299
Karya Kreatif
315
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI 316
Profil Ketua ACIS 318
320
Profil Penulis-penulis 328
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah 349
Karya Akademik dan Umum 360
Karya Kreatif 361
JABATAN UNDANG-UNDANG 362
Profil Koordinator 363
Profil Penulis-penulis 371
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah 388
Karya Akademik dan Umum
Karya Kreatif

v

Sidang Redaksi

PROF. MADKYeAtuDaRENdOitRoIrAH ISMAIL
PenoloISnMg AKIeStHuAaKEditor

Editor-editor

Ahmad Marzuki Amiruddin Othman Dr. Juliana Mohamed Abdul Kadir
Ahmad Naufal Adnan Juyati binti Mohd. Amin

Azura Abdul Jamil@Kamarudzzaman Lim Yoon Chong
Che Khalilah Mahmood Mohamad Albar bin Bakar

Dr. Abdul Hadi bin Abdol Rahim @ Ibrahim Mohamad Azwan Bin Md. Isa
Dr. Kamariah Md Isa Muharratul Sharifah Shaik Alaudeen
Dr. Nurul ‘Aini Harun Munirah Zakaria
Dr. Saidin Wan Ismail Noor Syazana Ngarisan

Dr. Suhadiyana Hanapi Norintan Wahab
Dr. Syaimak Ismail Rohayu Ahmad

Fairuz Husna Mohd Yusof Rosmah Abd Ghani@Ismail
Farhana Idris Ruziah A. Latif

Fazdilah Md. Kassim Suhaila Osman
Hjh. Zaibedah Zaharum Zuraidah Sumery

Jaslin Md Dahlan Zuramaznum Sainan

vi

vii

FAKULTI PENGURUSAN
& PERNIAGAAN

1

KETUA PUSAT PENGAJIAN

Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul
Mardziyana Mohamad Malom

KOORDINATOR PROGRAM

Semua orang Success is not Allah (God) “But they
membaca. final; failure does not plan and
Kita is not fatal; it intend to Allah plans
membaca, is the courage make and Allah is
mereka juga to continue difficulty for the best of
membaca. that counts you, but He planners” (Al-
Tapi beza kita intends to Anfal:30)
dengan Muruga a/l purify you
mereka ialah Chinniah, and complete Jaslin Md
kita menulis Koordinator His favor Dahlan,
usai Program upon that you Koordinator
membaca... BA111 & may grateful. Program
BA117 BA240,
Norfariza Syamsyul BA249 &
binti Mohd Samsudin, BA252
Ali, Koordinator
Koordinator Program
Program BA242 &
BA114 & BA251
BA119

2

3

PROFIL PENULIS-PENULIS

LAPORAN KARYA KREATIF
Akmal Aini Othman Farizah Mamat @ Mohd Nor
Farizah Mamat @ Mohd Nor Khairunnisa Rahman
Hairiani Abdul Hamid Muharratul Sharifah Shaik Alaudeen
Jaslin Md Dahlan Roha Mohammad Noah

Khairunnisa Rahman Rohani Jangga
Muhammad Majid Siti Farrah Shahwir
Muharratul Sharifah Shaik Alaudeen
Norshahniza Sahari
Roha Mohamed Noah

Zurina Omar

KARYA AKADEMIK & UMUM Nur Adilah Saud
Ahmad Fuzi Md Ajis Nureyliawati Japelus
Akmal Aini Othman Nurul Huda Md Yatim
Che Faridah Che Mahmood Nurulashikin Romli
Che Khalilah Mahmood Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman

Farizah Mamat @ Mohd Nor Roha Mohamed Noah
Hairiani Abdul Hamid Ros Hasri Ahmad
Hazila Ismail Rudza Hanim Mohamed Anuar
Jannah Munirah Md Noor Shafiee Md Tarmudi
Jaslin Md Dahlan Shaherah Abdul Malik

Mahasin Mearaj Siti Farrah Shahwir
Maizura Isa Siti Masnah Saringat
Mazida Ismail Siti Noor Ain Aziz
Mazlina Ismail Siti Nuur-Illa Mat Kamal
Muhamad Ismail Pahmi Suhana Mohamed

Muhamad Khodri Kholib Jati Suzana Hassan
Muharratul Sharifah Shaik Alaudeen Syaimak Ismail
Nazihah Omar Tan Yan Ling
Nor Farehan Omar Wan Haslin Aziah Wan Hassan
Nor Haliza Hamzah Wan Nor Hafidzah Wan Mohd

Noraishah Kamarolzaman Zainuddin Ibrahim
Noreen Noor Abd Aziz Zanariah Abd Rahman
Norlina M. Ali

4

LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN PENSYARAH

5

PAC MENELUSURI ADAT DAN BUDAYA MINANG

Norshahniza Sahari & Hairiani Abdul Hamid

Bertemakan “Menelusuri Adat dan termasuklah tarian tradisional Zapin Johor di
Budaya Serumpun”, program mobiliti hadapan mahasiswa ISI. Malah, di akhir
pengantarabangsaan pelajar yang melibatkan persembahan, pelajar-pelajar ISI diundang
20 orang mahasiswa Diploma dan Ijazah bersama-sama peserta PAC untuk
Sarjana Muda dari Persatuan Performing Arts mempelajari dan menari tarian Kurik Kundi.
Club (PAC) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Johor, kampus Segamat beserta Program yang padat selama lima hari
seorang pegawai pengiring telah ke Bukit itu turut memberi peluang kepada peserta
Tinggi dan Padang Panjang, Sumatera Barat rombongan ini melawat rumah kelahiran dan
selama 5 hari. Muzium Buya Hamka atau Professor Dr
Hamka di Tasik Maninjau, selain itu, peserta
Tujuan utama program ini adalah turut berpeluang melawat Istana Besar Pagar
mengadakan kolaborasi pertukaran budaya Ruyung di Batu Sangkar untuk mengenali
dan persembahan antara dua institusi sejarah istana lama dan memakai pakaian
pengajian tinggi, UiTM Johor dengan Institut tradisi masyarakat Minang. Malah, lawatan ke
Seni Indonesia (ISI) Padang Panjang, Pusat Informasi dan Rumah Gadang juga
Sumatera Barat. Majlis perasmian telah memberi banyak ilmu yang manfaat tentang
dilaksanakan oleh Dekan Fakulti Seni adat budaya masyarakat Minang.
Pertunjukan iaitu Ferry Herdianto, S.Sn., M.
Sn. selaku mewakili Tuan Rektor ISI. Yang pasti lawatan lima hari ini, telah
membuka mata dan minda para peserta
Peserta dari UiTM diberi peluang untuk dalam memelihara adat dan seni budaya
mempelajari asas paluan gendang warisan lama agar tak lapuk dek hujan, tak
pendalaman Minang, dan gerak tari tarian lekang di telan zaman. Untuk rekod, program
tradisional Minanagkabau iaitu Tarian mobiliti peringkat antarabangsa ini adalah
Bagarau dan Tari Rantak. Kemuncak acara julung kali diadakan bagi Persatuan
adalah persembahan teater pendek oleh Performing Arts Club (PAC) agar para peserta
peserta PAC UiTM Johor di hadapan dapat meningkatkan ilmu dan menimba
mahasiswa mahasiswi jurusan seni Teater pengalaman baru tentang seni persembahan
bagi mengetengahkan bakat lakonan mereka dan ianya dijadikan sebagai satu platform
di pentas antarabangsa di ISI. Malah, lakonan yang baik untuk persediaan membuat
tersebut turut mendapat pujian dari para persembahan di luar negara
pensyarah dan penonton yang hadir. Sebagai
pertukaran budaya, peserta dari PAC turut
membuat empat persembahan tarian

6

LAPORAN SESI TAKLIMAT SARJANA MUDA
PEMASARAN DIGITAL

Jaslin Md. Dahlan & Akmal Aini Othman

Selari dengan perubahan teknologi dan kehendak pasaran, Fakulti Pengurusan dan
Perniagaan UiTM Johor bergerak proaktif dengan memperkenalkan program baru yang
dinamakan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Digital (BA251), bermula Oktober 2020. Namun
begitu, seperti sedia maklum, produk atau perkhidmatan baru ini memerlukan pengurusan yang
efektif agar pejalanan kitaran hidup produk (produck life cycle) selari dengan misi dan obejktif
universiti. Antara elemen penting yang perlu diuruskan dengan baik adalah dari segi
mempromosikan program baru ini. Merujuk kepada AIDA Model (Awareness, Interest, Desire,
Action), setiap individu biasanya akan melalui beberapa peringkat di dalam proses pemilihan
sesuatu produk. Ini termasuklah peringkat asas mengenali kewujudan produk atau program baru
tersebut. Seperti kata pepatah, ‘Tak kenal maka tak cinta’.

Justeru itu, pihak fakulti telah memperhebatkan aktiviti mempromosikan melalui pelbagai
platform komunikasi yang dianggap dapat membantu bagi memperkenalkan program baru ini.
Ianya termasuklah promosi melalui atas talian mahupun secara konvensional seperti ‘word-of-
mouth’. Apa yang penting adalah mesej tersebut dapat disampaikan kepada golongan sasaran
program baru ini yang terdiri daripada pelajar semester akhir Diploma, Lulusan STPM dan juga
Lulusan Matrikulasi.

Aktiviti promosi telah dijalankan oleh Unit Pembangunan Program Akademik (UPPA),
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Johor dengan merancang beberapa sesi taklimat
bersemuka ke beberapa kampus UiTM termasuk kampus Alor Gajah, Raub, Dungun dan Kuala
Pilah.
.

7

Sesi taklimat bersemuka dimulakan di kampus UiTMCJ sendiri pada 11 Mac 2020
bertempat di Dewan Sri Peria. Taklimat disampaikan oleh Koordinator Program BA252, Puan
Jaslin Md Dahlan. Program bermula pada pukul 9 malam. Turut serta ialah Jawatankuasa UPPA
iaitu Dr Akmal Aini dan Encik Muruga. Seramai 100 orang pelajar hadir. Mereka terdiri dari pelajar
semester akhir BA111, BA114, BA119 dan CS110.

Beberapa penerangan penting disampaikan termasuk: pelan pengajian program BA252,
kursus yang bakal diajar, keperluan industri terhadap graduan dan peluang pekerjaan selepas
graduasi. Para pelajar yang hadir memberi maklumbalas positif. Wakil UPPA bersetuju sesi
taklimat tersebut berjalan lancar.

Namun begitu, kita hanya mampu merancang, tanggal 18 Mac 2020, membawa kepada
titik awal kepada kehidupan normal baru. Lantas, peracangan merentas negeri bagi meluaskan
sebaran maklumat melalui taklimat bersemuka tidak kesampaian. Biarpun demikian, maklumat
program masih lagi dapat disalurkan kepada kampus-kampus tersebut melalui promosi atas talian
seperti ‘e-word-of-mouth’.

Dengan berbekalkan serta mempertaruhkan program yang dianggap memenuhi
keperluan masa kini, BA252 akhirnya melakar sejarah yang tersendiri dengan mencapai sasaran
bilangan pelajar untuk sesi pembelajaran pertama bermula Oktober 2020. Dengan respon yang
positif ini, program ini dianggap mampu untuk bersaing dengan program-program lain yang sedia
ada.

Program Ijazah Sarjana Muda Pemasaran yang bakal ditawarkan di UiTMCJ merupakan
program pertama ditawarkan di universiti awam di seluruh Malaysia. Ianya merupakan program
2u1i iaitu pembelajaran 2 tahun di Universiti dan 1 tahun di Industri (latihan praktik). Mod
pengajian sebegini juga adalah salah satu inisiatif baru dan berani yang diambil oleh
Jawatankuasa Induk Pembangunan Program yang diketuai oleh Dr Ahmad Razi Ramli, Timbalan
Rektor Hal Ehwal Akademik UiTMCJ (beliau merupakan Ketua Pusat Pengajian FPdP, pada
masa penubuhan program) pada tahun 2017.

8

LAWATAN KE INDUSTRI PERKUKUHKAN HUBUNGAN UiTM
JOHOR DAN MSC CYBERPORT

Muhammad Majid

9 Sep 2020, Seramai 4 orang Lawatan ini disambut oleh pihak
pengurusan tertinggi MSC Cyberport iaitu Encik
pensyarah dari Fakulti Pengurusan & Ramlee Jaafar (Ketua Pegawai Eksekutif),
Perniagaan (FPP) UiTM Johor Kampus Puan Amanda Tan (Pengurus Kanan) dan
Segamat telah mengadakan lawatan ke MSC Puan Nur Faizah Mohd Yusof (Eksekutif
Cyberport, Johor Bahru. Rombongan tersebut Korporat). Para delegasi juga berkesempatan
telah diketuai oleh Dr. Ahmad Razi Ramli yang mengadakan sesi soal jawab bersama Encik
Ramlee dan Puan Amanda.
merupakan Timbalan Rektor Akademik UiTM
Johor, Puan Jaslin (Koordinator Program Objektif lawatan ini merupakan platform
BA240 & BA249) dan turut disertai oleh Dr. untuk saling bertukar pendapat dan pandangan
Muhammad Majid dan Dr. Norashikin Ismail di antara pihak universiti bersama pihak MSC
yang merupakan pensyarah kanan dari fakulti Cyberport yang merupakan peneraju bidang
teknologi maklumat dan komunikasi di Johor.
tersebut. Selain itu, lawatan ini diharap dapat
mengukuhkan lagi jaringan diantara pihak
universiti dan industri. Program berakhir
dengan sesi fotografi dan lawatan ke Pusat
Inkubator MSC Cyberport.

Meraikan Inovasi Sosial, Mesyuarat Kolaboratif Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor dan
Sociopreneur Indonesia.

Muhammad Majid

Pada 22 September 2020, UiTM Indonesia), Encik Heru Wijayanto (Pengurus
Cawangan Johor telah menganjurkan Operasi, Sociopreneur Indonesia) dan Dr.
mesyuarat kolaboratif bersama Sociopreneur Muhammad Bin Majid (Pensyarah Kanan,
Indonesia. Pertemuan secara maya ini bakal Fakulti Pengurusan dan Perniagaan).
memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara
dua negara. Pertemuan ringkas secara maya ini
diharap dapat menjalinkan kolaborasi projek,
Mesyuarat kolaboratif ini telah diketui penyelidikan antarabangsa, pertukaran pelajar,
oleh Dr. Ahmad Razi Bin Ramli (Timbalan pembentukan usahawan social dan yang lebih
Rektor Akademik, UiTM Johor), Dr. Dessy penting inovasi sosial dalam masyarakat.
Aliandrina (Pengarah Eksekutif, Sociopreneur

9

MEMBANGUN MINDA KREATIF MELALUI AKTIVITI

Farizah Mamat @ Mohd Nor, Khairunnisa Rahman, Muharratul Sharifah Shaik
Alaudeen, Roha Mohamad Noah

Subjek pemikiran kreatif dan kritis MGT315 merupakan salah satu subjek yang wajib
diambil oleh pelajar BM111, subjek ini merupakan subjek yang mengetengahkan elemen –
elemen seperti inovasi, penyelesaian masalah, pembuatan keputusan dan melatih pelajar berfikir
diluar kotak.

Projek-projek yang dijalankan bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif pelajar melalui
program berbentuk persembahan kreatif serta kemahiran inovasi yang diterapkan menggunakan
elemen tambahan yang diwajibkan. Ianya jua bertujuan menerapkan elemen menyelesaikan
masalah dan membentuk pelajar menjadi lebih yakin dalam pembuatan keputusan. Aktiviti yang
dijalankan juga bertujuan untuk membentuk dan membimbing pelajar agar mampu berfikir secara
kreatif dan kritis serta mampu mengaplikasikannya melalui projek yang dihasilkan. Antrara lain
projek yang dilaksanakan juga mampu menggalakakan pelajar untuk bekerja dalam kumpulan
serta mencungkil ciri-ciri kepimpinan dalam kalangan pelajar. Setiap projek yang diberikan
biasanya mempunyai tema tertentu yang memberi nilai tambah kepada pendidikan serta
pemikiran kritis dan invoatif dalam kalangan pelajar.

Banyak program telah dilaksanakan, antaranya adalah program berbentuk tarian, projek
berbentuk pertunjukan fesyen, karya kreatif melalui penghasilan output dari barang buangan dan
banyak lagi. Antara projek kreatif pelajar yang pernah diadakan adalah ‘movie characters
costumes’ di mana pelajar mereka sendri pakaian dari karakter filem yang ditetapkan
menggunakan bahan-bahan terpakai. Daripada projek ini, pelbagai idea yang boleh dilihat hasil
dari output projek yang menampilkan idea kreatif dan keupayaan pelajar berfikir diluar kotak
dalam menghasilkan hasil kerja yang terbaik.

Projek secara luar bilik darjah seperti ‘kite competition’ pernah dilaksanakan di mana
projek ini memerlukan pelajar menghasilkan laying-layang mereka sendiri mengikut tema yang
ditetapkan. Hasil yang memberangskan oleh pelajar diluar jangkaan pensyarah bila pelajar
dengan usaha mereka sendiri bukan sahaja mampu menghasilkan hasilkan laying-layang yang
kretif tetapi juga dapat menerbangkan laying-layang dengan baik demi untuk mempamerkan hasil
kerja mereka sendiri.

Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja semata-mata bertujuan untuk memenuhi silibus yang
ditetapkan dalam pelan pembelajaran tetapi secara tidak langsung merangsang dan memupuk
idea kreatif dalam kalangan pelajar di mana mereka mampu memterjemahkan kerativiti masing-
masing melalui aktiviti dan projek yang dilaksanakan. Seterusnya kita juga dapat melahirkan
generasi yang mampu bertindak melalui pembuatan keputusan dan idea di luar kotak dan tidak
hanya terikat dengan buku semata-mata.

10

UKHWAH KAMI PDP

ZURINA OMAR
HAIRIANI ABD HAMID

Terdapat dua aktiviti penting yang telah dijalankan oleh Jabatan Pengurusan dan Pemasaran
UiTM Cawangan Johor sepanjang tahun 2020 ini. Pada 31 Januari 2020 yang lalu, Jabatan
Pengurusan dan Pemasaran telah mengadakan Hari Keluarga PDP yang bertempat di Lanjut Beach
Resort, Kuala Rompin Pahang.

Program santai selama 2 hari 1 malam ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi
hubungan sesama ahli keluarga jabatan di samping merehatkan minda selepas tamat peperiksaan
akhir. Seramai 23 buah keluarga yang menyertai program ini. Program dimulakan sejurus sahaja
selepas semua keluarga telah mendaftar masuk ke bilik masing-masing. Ia dimulakan dengan aktiviti
gotong royang menghias dewan utama Lanjut Beach Resort untuk jamuan makan malam. Tepat 8.00
malam semua keluarga besar PDP berkumpul di dewan utama bagi memeriahkan Majlis Makan
Malam PDP yang bertemakan “ White and Denim”. Majlis bertambah meriah dengan aksi
persembahan nyanyian dan pertunjukan pakaian beragam daripada anak-anak kecil yang comel.
Suasana malam bertambah hangat dengan cabutan bertuah yang membariskan hadiah-hadiah
menarik. Sebelah pagi hari terakhir pula,acara sukaneka keluarga diadakan. Banyak permainan yang
sesuai untuk anak-anak kecil dan keluaga dipertandingkan. Majlis sukaneka tamat sekitar jam 10
pagi dan selepas itu semua keluarga PDP menyambung aktiviti mandi kolam bersama keluarga
masing-masing sebelum mendaftar keluar pada tengah hari.

Aktiviti kedua pula berlangsung pada 18 Ogos 2020 bagi meraikan persaraan PM. Hj Mohd
Amin Ahmad yang telah pun bersara wajib pada 15 April 2020 dan meraikan perpindahan Dr. Noorita
ke UiTM Puncak Alam berkuatkuasa 01 September 2020. Sekalung penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada mereka berdua yang banyak menyumbang bakti mendidik anak bangsa.

11

KARYA AKADEMIK
DAN UMUM

12

PROGRAM AKADEMIK BAHARU UiTM CAWANGAN
JOHOR: SARJANA MUDA PEMASARAN DIGITAL
(KEPUJIAN)

Nazihah Omar, Che Faridah Che Mahmood, Jaslin Md. Dahlan
Bidang pemasaran digital dijangka menyediakan prospek kerjaya yang cerah
berdasarkan perubahan tren dan transformasi pantas teknologi digital yang memberi kesan
kepada landskap perniagaan semasa. Bakat dan kemahiran dalam pemasaran digital
menjadi aset penting bagi membolehkan perniagaan terus berdaya saing. Bagi mendokong
misi UiTM yang bermatlamat menjuarai pembangunan bumiputera profesional melalui
kurikulum terkehadapan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor
melakar sejarah dengan membangunkan program akademik baharu iaitu Sarjana Muda
Pemasaran Digital (Kepujian) yang merupakan program pemasaran digital pertama yang
ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Usaha dan gerak kerja bagi membangunkan program akademik ini yang telah
dimulakan sejak 2016 adalah bertepatan dengan inisiatif kerajaan dalam Lonjakan Pertama
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang berhasrat memantapkan
kurikulum agar graduan yang holistik, seimbang dan berciri keusahawanan dapat dihasilkan
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program yang ditawarkan dengan mod
pengajian 2u1i iaitu pembelajaran selama dua tahun di universiti dan setahun di industri
dengan pendekatan Work Based Learning (WBL) ini akan meningkatkan kolaborasi UiTM
dengan pihak industri, sementara pelajar pula berpeluang mengikuti pembelajaran sambil
menimba pengalaman luas dalam pemasaran digital.

13

Semester Oktober 2020 bakal menyaksikan hampir 60 orang pelajar mendaftar
sebagai kumpulan pertama pelajar Sarjana Muda Pemasaran Digital. Semoga penawaran
program baharu ini akan membantu merapatkan jurang bakat dalam pemasaran digital di
Malaysia, selaras dengan matlamat UiTM dalam melahirkan graduan yang memenuhi
keperluan pasaran bagi memacu pembangunan negara dan kemakmuran global.
Pencapaian ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kerjasama padu daripada ahli
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Undang-Undang dan seluruh warga UiTM,
selain sokongan penuh pihak pengurusan universiti. Pihak fakulti merakamkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan program ini, sama ada
secara langsung atau tidak langsung.

14

PERNIAGAAN SELEPAS PKP: PELUANG UNTUK
PERUBAHAN

Jaslin Md. Dahlan

Perniagaan Digital telah menyaksikan mewujudkan perkhidmatan penghantaran
ledakan besar dan telah menjadi sesuatu yang pesanan (delivery), menggunakan media sosial
kita tidak boleh abaikan tidak kira apa yang untuk mengambil pesanan atau membuat aliran
anda jual! Dari jenama kecil hingga besar, perniagaan yang sama sekali baru seperti
semua orang beralih kepadanya. Sekiranya menghasilkan topeng atau pembersih tangan.
anda tidak menyedari, lebih ramai orang
berniaga dalam talian sekarang berbanding Peniaga tepi jalan berubah ke mod
sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penghantaran melalui aplikasi Whatsapp.
yang dilaksana mulai 18 Mac 2020 yang lalu. Komuniti maya seperti “Jementah Delivery”
Trafik carian telah meningkat dengan ketara dan mendapat sambutan hangat di kalangan
akan terus meningkat, ketika kita menangani peniaga dan pengguna dalam masa yang
kemelut pandemik Covid-19 ini. Kita semua
terpaku pada telefon dan gajet untuk singkat. Penulis sendiri berpeluang merasai
mendapatkan maklumat terkini dan berusaha pelbagai juadah yang unik dengan harga yang
untuk terus berhubung melalui media sosial – sangat berpatutan hampir setiap hari terutama
tanpa mengira waktu. Malah, faktor pemilihan semasa bulan Ramadhan.
penyedia telekomunikasi tidak lagi bergantung
kepada harga langganan tapi berdasarkan PKP juga telah mengubah cara kita
kelajuan dan kestabilan capaian internet. berkomunikasi. Tidak menghairankan, lebih
banyak orang menggunakan video untuk
Usahawan dilihat mengubah model berkomunikasi dengan keluarga, rakan, rakan
perniagaan semalaman sebagai tindak balas sekerja, rakan kongsi, pelanggan dan benar-
kepada COVID-19 samada dengan mendirikan
kedai dalam talian dalam beberapa hari, benar semua orang dan sesiapa sahaja.
Halangan telah dihapuskan dengan teknologi
dan generasi yang sebelum ini mengabaikan
kaedah komunikasi seperti itu, sekarang lebih
yakin menggunakan panggilan video.

Masyarakat lebih selesa untuk menggunakan
kandungan video apabila membuat pilihan, tidak
bergantung pada data atau memerlukan fon
kepala semasa di dalam pengangkutan awam
atau tidak perlu menunggu sehingga kita pulang

dari tempat kerja; kerana ada lebih banyak masa
untuk menonton video.

15

Kini, apabila PKP mulai mereda dan industri kembali normal, kita masih melihat
perniagaan lebih terbuka untuk melabur dalam aset digital mereka. Namun, sebagai
peringatan untuk usahawan, pendekatan pantas dan tangkas terhadap pemasaran digital
semasa PKP bermaksud usahawan juga perlu memastikan saluran media yang digunakan
menunjukkan lokasi perniagaan dengan jelas, pastikan laman web ditanda untuk carian
tempatan dan pertimbangkan untuk menonjolkan kehadiran tempatan anda dengan kuat di
halaman utama melalui saluran pengiklanan.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda adalah salah seorang usahawan yang terkena
tempias dari kemelut ini dan anggaran pemasaran anda telah berkurangan atau berubah,
gunakan waktu henti (downtime) ini untuk menilai kembali rancangan pemasaran anda. Ini
adalah masa terbaik untuk usahawan menyusun semula dan memfokuskan kembali usaha
pemasaran untuk menjangkau pasaran yang baru dengan melaksanakan Pemasaran
Digital. Ianya merangkumi lebih banyak peranan dan kemahiran berbanding dengan
Pemasaran Tradisional; dan sifatnya yang fleksibel dan serba boleh menjadikannya sangat
menarik.

Dengan melengkapkan kemahiran Pemasaran Digital dan mendapatkan sijil akan
membuka pelbagai pilihan untuk individu. Terdapat banyak Webinar yang boleh disertai
secara percuma hampir setiap hari dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja, sama ada yang
bekerja dari rumah, ahli perniagaan, pelajar atau pencari kerja baru, hampir semua orang
boleh mendapat manfaat dengan perakuan (certification) pemasaran digital yang
ditawarkan. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk bermula sebagai usahawan
pemasaran digital; memasarkan produk atau perkhidmatan anda sendiri; atau
mempromosikan diri dan kemahiran atau pencapaian anda dan mengewangkannya
(monetize).

16

JATI DIRI YANG TERHAKIS

Rudza Hanim Mohamaed Anuar

Mutakhir ini, anak muda Melayu semakin tertarik dengan penerapan nilai-nilai baru dan
budaya asing yang dibawa dari Korea Selatan. Dari aspek fesyen pakaian, gaya dan warna
rambut, pertuturan, alunan muzik sehinggalah kepada makanan, semuanya hendak dikaitkan
dengan ‘Korean Style’. Keghairahan anak muda Melayu terhadap budaya asing ini sedikit demi
sedikit dibimbangi akan melenyapkan identiti jati diri bangsa Melayu dan Islam yang ditanam di
dalam diri mereka sejak kecil.

Jati diri bermaksud sifat-sifat atau ciri-ciri atau watak asli yang dimiliki oleh seseorang
atau sesuatu bangsa yang membentuk identiti serta perwatakan bangsa tersebut. Ia tidak hanya
diperlihatkan secara lahiriah tetapi turut merangkumi nilai-nilai pegangan mereka. Mengikut
catatan sejarah, sebelum era penjajahan bermula di Tanah Melayu, bangsa Melayu pada ketika
itu telah mempunyai jati diri mereka tersendiri yang terhasil kesan daripada kemasukan agama
Islam. Seterusnya, Islam juga menjadi teras utama pembentukan jati diri kebangsaan seperti
yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan
rapat antara budaya tradisi Melayu dan agama Islam dalam pembentukan jati diri kita.

Walau bagaimanapun, krisis jati diri berlaku apabila penjajah mula merubah struktur
pentadbiran politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu. Konsep pemerintahan monarki mutlak
diganti dengan demokrasi berparlimen ala barat. Bahasa Inggeris diperkenalkan, sistem
ekonomi mengikut pasaran terbuka atau laissez faire dan budaya barat dibawa masuk.
Kesannya, masyarakat Melayu yang selama ini berpegang teguh dengan jati diri Melayu Islam
semakin goyah pendiriannya.

Krisis ini terus berlaku dan berkembang walaupun penjajah telah berundur dari Tanah
Melayu. Situasi menjadi bertambah rumit apabila dunia globalisasi lebih mendekatkan kita
dengan dunia luar seolah-olah tiada penghujungnya. Lebih membimbangkan, globalisasi tidak
hanya menghubungkan maklumat yang dicari di hujung jari kepada pengguna tetapi juga nilai-
nilai asing yang boleh didapati secara percuma. Kesukaran menilai baik dan buruk sesuatu nilai
asing menjadikan mereka yang kurang berpengalaman dan pengetahuan mudah untuk
menerimanya terutamanya golongan muda.

Hal ini kerana keperibadian atau sifat seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor
alam, persekitaran, pengalaman sejarah dan kepercayaan. Anak muda yang dikelilingi
persekitaran asing akan terus kekok mengamalkan nilai-nilai tradisi Melayu Islam yang diwarisi
sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Ketaasuban melampau terhadap budaya asing seperti
Korea hanya akan melunturkan jati diri Melayu Islam dalam diri anak muda Melayu pada masa
kini. Jika dibiarkan, mungkin Melayu dan Islamnya nanti hanya tinggal pada namanya sahaja.

17

EMAS SEBAGAI PELABURAN SELAMAT?

Muhamad Khodri Bin Kholib Jati & Suzana Binti Hassan

Harga emas telah melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah di kala penularan
wabak pandemik Covid–19. Kemelesetan ekonomi di seantero dunia termasuk Malaysia
telah menyebabkan kejatuhan nilai mata wang dan menyebabkan berlakunya kenaikan bagi
harga emas itu sendiri.

Faktor ini juga disokong oleh sentimen pelabur yang melihat ianya adalah pelaburan
paling selamat di tengah ketidaktentuan ekonomi dunia akibat kejatuhan nilai matawang
USD Dollar, perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, masalah geopolitik yang
melanda segenap sudut dunia yang mana diburukkan lagi oleh pandemik Covid-19.
Pengalaman pelaburan di era kemelesetan ekonomi yang pernah melanda negara pada
tahun 1998 dan 2008 membuatkan para pelabur lebih cenderung memilih pelaburan emas
sebagai jalan yang paling selamat.

Sewaktu penulis menulis artikel ini, harga bagi segram emas adalah RM261.01
berbanding 60 tahun dahulu yang hanya sekitar RM5 bagi setiap gram. Merujuk laporan
yang dikeluarkan oleh AFP (2020), lonjakan harga emas juga disebabkan oleh penyusutan
nilai matawang dollar dan mereka menjangkakan ianya akan mencecah USD2,000
(RM8,503.50) untuk seauns atau kira–kira RM300 segram.

Justeru, ia adalah satu informasi yang jelas kepada kita semua pelaburan emas itu adalah
satu pelaburan yang selamat. Umum mengetahui, terdapat dua jenis emas utama iaitu
Emas Perhiasan dan Emas Jongkong.Sejak berkurun lagi, emas merupakan logam yang
paling berharga selain perak. Secara fitrahnya Allah S.W.T telah mejadikan manusia
cenderung untuk suka dan ingin memiliki emas sebagai perhiasan, hatta emas juga menjadi
simbol kekuasaan bagi raja-raja sejak dahulu lagi. Di dalam Al Quran juga banyak
disebutkan perhiasan-perhiasan di syurga yang diperbuat daripada emas. Firman Allah yang
bermaksud:

“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh ke
dalam syurga-syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi
perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah
sutera.’ (Surah Al Hajj: 23).

18

Persoalanya sekarang adakah emas itu sebagai pelaburan selamat? Ya, dengan
melihat lonjakan harganya dari semasa ke semasa, emas juga dilihat sebagai komoditi yang
kalis inflasi untuk tempoh jangka masa panjang tetapi tidak bagi jangka pendek. Melabur
sebahagian duit di dalam pelaburan emas seperti membeli dinar emas, jongkong emas atau
membuka akaun emas mampu menyediakan pelaburan selamat bagi masa hadapan
sebagai contoh persediaan untuk pendidikan anak-anak, simpanan hari tua dan sebagainya.
Hal ini adalah kerana duit yang ditukar kepada pelaburan berbentuk emas akan menjadi
pelaburan yang selamat kerana nilainya adalah kalis inflasi.

Jika dibandingkan dengan simpanan ataupun pelaburan dalam bentuk tunai seperti
di bank sama ada di dalam akaun simpanan, akaun semasa mahupun simpanan tetap (fixed
deposit) ianya akan mengambil masa yang sangat lama untuk menjadi satu kali ganda
kerana kadar dividen yang rendah. Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi menjadikan
simpanan tetap seperti di Tabung Haji sebagai medium utama untuk melabur dan
menyimpan berbanding pelaburan emas.

Dengan hanya serendah 1 gram emas kita sudahpun boleh melabur dalam komoditi
ini yang tidak menetapkan had maksimum pelaburan. Selain emas sebagai aset yang
melindungi kekayaan, pelaburan emas dapat menjamin pulangan mengikut masa yang
ditetapkan dan dapat ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa sekiranya diperlukan
berbanding simpanan tetap yang mana pelabur tidak akan menerima pelaburan sekiranya
pengeluaran dibuat sebelum tempoh matang. Pelaburan emas era baharu juga telah
dilindungi oleh skim insuran bagi memberikan keyakinan dan perlindungan kepada
pelaburan.

Oleh yang demikian emas mampu menjadi penyelamat ekonomi pada masa depan
kerana momentum positif nilainya dari semasa ke semasa. Juga kedudukan istimewa emas
itu sendiri sehingga telah disebutkkan berulang kali di dalam Al Quran mahupun hadis –
hadis sahih sebagai barangan yang berharga. Pelaburan emas sememangnya mempunyai
kelebihannya yang tersendiri, walaubagaimanapun ianya terpulang kepada objektif
pelaburan yang ingin dicapai, hanya yang celik pelaburan sahaja akan dapat
memanfaatkanya, Wallahualam.

19

DILEMA ANAK AUTISME

Che’ Khalilah Mahmood, Nor Haliza Hamzah, Wan Nor Hafidzah Wan Mohd

Pada pandangan mata kasar, sememangnya anak autisme tiada perbezaan dari segi
fizikal dengan kanak-kanak normal yang lain. Namun begitu, mereka sebenarnya
mempunyai isu dan cabaran tersendiri termasuklah kemahiran sosial, perkembangan
bahasa dan komunikasi dan juga tingkah laku berulang. Disebabkan perbezaan ini, mereka
sering kali di salah anggap sebagai anak yang mempunyai masalah disiplin dan tingkah
laku. Manakan tidak, ada di antara mereka yang sering berkelakuan ‘pelik’, melakukan
pergerakan fizikal yang agak janggal, serta suka menjerit.

Anak autisme yang mempunyai masalah perkembangan bahasa dan komunikasi
akan mengalami masalah untuk memberitahu sesuatu kepada ibu bapa mereka dan orang
lain tentang kemahuan atau perasaan mereka. Jika ini terjadi, mereka akan cenderung
untuk menjadi tantrum, di mana mereka akan menjerit, menangis, menendang dan
berkelakuan agak ganas sehingga kadang-kala mampu untuk mencederakan diri sendiri dan
orang lain disekeliling mereka. Hal ini menjadi cabaran kepada ibu bapa yang mempunyai
anak autisme apabila masyarakat sekeliling kurang memahami tingkah laku sebegini,
seterusnya membawa kepada pandangan negatif seperti mereka bukan ibu bapa yang baik
kerana tidak dapat mengawal dan mendisiplinkan anak-anak terutama ditempat awam.

Selain itu, terdapat juga anak autism yang mengalami kesukaran untuk bersosial dan
berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang ramai. Mereka menghadapi cabaran untuk
bergaul bersama rakan-rakan lantas merasa lebih selesa bermain secara bersendirian dan
kelihatan agak canggung jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang lain. Mereka
akan dilihat sebagai seorang yang pendiam dan pemalu kerana tidak dapat bergaul seperti
kebanyakan kanak-kanak lain. Seringkali yang terjadi, mereka akan disisihkan diejek dan
dijadikan sebagai bahan gurauan, bahkan lebih parah apabila dibuli hanya kerana di
sebabkan perbezaan mereka itu.

20

Disebalik isu dan cabaran yang dihadapi oleh anak-anak ini, ada juga di antara mereka yang
dikurniakan bakat dalam sesuatu bidang dan juga berkebolehan di dalam bidang akademik, setara
atau lebih lagi jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang lain. Namum begitu, mereka
perlu bekerja dengan lebih keras untuk membuktikan kemampuan diri, sekaligus menangkis
persepsi negatif dari pelbagai pihak yang sering mempunyai tanggapan tersendiri kepada anak
autisme yang diklasifikan sebagai “OKU” (Orang Kelainan Upaya).

Benar, anak autisme kelihatan sama sahaja dengan anak-anak normal. Namum begitu, kita harus
akui mereka mempunyai cabaran tersendiri yang terpaksa dihadapi. Masyarakat seharusnya
mempunyai kesedaran tentang terdapatnya anak-anak istimewa ini walaupun secara fizikal mereka
kelihatan normal. Ini amat penting dalam membentuk masyarakat yang berupaya untuk memahami
perbezaan individu dan akan membantu dari segi penerimaan ciri-ciri istimewa mereka dan tidak
dipandang negatif.

Kesedaran ini diharap dapat membantu anak-anak normal yang lain untuk memahami
perbezaan rakan-rakan mereka di sekolah lantas dapat mengelakkan perkara-perkara negatif seperti
di atas daripada berlaku. Didiklah anak-anak kita supaya bersedia menerima perbezaan rakan-rakan
kelainan upaya. Marilah kita bersama-sama menjadi masyarakat prihatin yang cakna dan mesra
autisme serta golongan kelainan upaya yang lain. Sesungguhnya kedudukan mereka istimewa disisi
Allah s.w.t..

21

TIPS MEMILIH MAKANAN SIHAT DI RESTORAN ATAU
KEDAI MAKAN

Noraishah Kamarolzaman

Makan di luar merupakan trend masyarakat Malaysia pada ketika ini. Kebanyakan
mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan di luar kerana ia mudah dan
menjimatkan masa, terutamanya bagi yang bekerja. Makan di luar juga merupakan salah
satu aktiviti sosial bagi masyarakat kini. Selain daripada itu, pertambahan restoran dan gerai
atau kedai makanan yang semakin pesat turut mempengaruhi corak pengambilan makanan
mereka. Makanan yang dibeli di luar kerap dianggap sebagai tidak sihat kerana terlalu
berminyak, tinggi kandungan lemak, atau mengandungi terlalu banyak garam, perasa dan
gula. Mengambil makanan tersebut dengan banyak sebagai sebahagian daripada diet
utama sering dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap obesiti dan penyakit-penyakit
tidak berjangkit berkaitan dengan diet (contohnya, diabetes, darah tinggi, penyakit jantung,
dan kanser).

Bukan bermakna kita tidak boleh langsung makan di luar tetapi pemilihan makanan
yang betul dan sihat dapat membantu kita untuk terus kekal mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Antara tips dan panduan mudah untuk memilih makanan yang seimbang dan sihat di
restoran atau kedai makan ialah:

1. Pilih makanan yang seimbang.
Pastikan mengambil hidangan yang mempunyai semua kumpulan makanan utama iaitu
karbohidrat (seperti nasi, bijirin, roti dan sebagainya), protein (seperti telur, ikan, daging dan
ayam) dan sayur-sayuran serta buah-buahan. Hidangan makanan perlulah seimbang
mengikut piramid makanan dan sukatan yang betul iaitu suku suku separuh seperti yang
dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Pilih cara memasak yang lebih sihat.
Pilih makanan yang menggunakan cara masak yang lebih sihat seperti kukus, rebus,
panggang atau tumis. Lauk-lauk bergoreng dijadikan pilihan yang terakhir sekiranya tiada
pilihan semasa memilih makanan di restoran atau kedai makan.

3. Minum air kosong.
Elakkan minum minuman bergula. Minum air kosong boleh menjimatkan kalori yang diambil
dalam makanan seharian kita. Air ksong membantu badan kita lebih hidrat malah 60%
peratus daripada tubuh kita terdiri daripada air.

22

4. Pilih buah sebagai pencuci mulut.
Ada restoran atau kedai makan yang menydiakan pelbagai pencuci mulut. Lakukan sedikit
perubahan dengan memesan atau mengambil buah-buahan sebagi pencuci mulu kerana ia
rendah kalori dan menjadikan kita lebih kenyang berbanding mengambil pencuci mulut
seperti kek, kuih-muih, puding dan sebagainya.
5. Tidak menambah garam dan gula
Jangan sekali-kali menambah garam atau gula pada makanan kerana kebanyakan
hidangan yang disediakan telah mengikut kadar garam dan gula yang ditetapkan.

Secara ringkasnya, makanan kita perlu ada 3S iaitu seimbang, sederhana dan
pelbagai. Seimbang iaitu kita perlu mengambil makanan dari pelbagai jenis kumpulan
makanan dengan seimbang,iaitu, karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sederhana iaitu jumlah makanan yang diambil perlulah sederhana mengikut keperluan
badan kita dan tidak berlebihan. Pelbagai iaitu kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan
daripada kumpulan makanan yang berlainan semasa makan. Ini akan memastikan bahawa
nutrisi yang diambil adalah mencukupi. Akhir sekali, walaupun kita membuat pilihan bijak
ketika makan di luar, kita harus juga cuba untuk memasak sekurang-kurangnya sekali
sehari untuk keluarga. Dengan ini kita boleh memilih bahan dan cara memasak

23

KEMBARA ILMU MICROSOFT TEAMS

Che Faridah Che Mahmood, Siti Noor Ain Aziz, Mahasin Mearaj,
Nurul Huda Md Yatim & Dr. Zainuddin Ibrahim

Dalam situasi sekarang ramai di kepompong kampus mampu membuka minda
kalangan pensyarah makin selesa menuntut dan menambah pengalaman serta meluaskan
ilmu atas talian. Namun masih ada yang lebih jaringan sosial. Kami teringat perjalanan jauh
berpuashati sekiranya mereka dapat Nabi Musa AS menyeberangi laut dan cekal
bersemuka dengan tenaga pengajar hati untuk menuntut ilmu laduni dengan Nabi

terutamanya untuk program berbentuk Khidir AS. Nabi Musa AS terburu-buru ingin
maklumat teknikal yang menjurus kepada mengetahui jawapan dengan bertanya soalan
demonstrasi. Keperluan tenaga pengajar kepada Nabi Khidir meskipun telah diberi
membuat demonstrasi setiap proses dan peringatan untuk tidak bertanya sehingga suatu
melihat reaksi serta raut muka peserta samada urusan yang dilakukan selesai. Baginda juga

mereka faham, bosan, musykil atau keliru lebih membuat keputusan dengan menjatuhkan
menyeronokkan dan berasa puas. Malah hukum ke atas peristiwa tanpa memahami
peserta yang tertidur memberikan banyak keadaan sebenar peristiwa tersebut. Walaupun
indikator berkaitan penjalanan program. perjalanan kami ke ILD hanya sekadar
Meskipun ramai telah menyertai beberapa menempuh beberapa kesesakan lebuhraya dan

taklimat mengenai pelbagai latihan secara atas pengalaman kami amat berbeza untuk
talian, roh menuntut ilmu dengan bertentang dibandingkan, namun ibrah kisah Nabi Musa
mata dan mendapat maklumbalas secara AS dan Nabi Khidir AS kami perolehi dan
“hands-on” adalah lebih berbekas di hati. terkesan di hati. Hakikatnya dalam mendalami
Apatah lagi persoalan yang diajukan pada sesuatu ilmu dan proses pengkongsian ilmu itu

masa tersebut dapat diselesaikan dengan lebih bermakna bila mana kami bersemuka
pantas dan jelas. Jika dibandingkan dengan dengan guru.
pembelajaran atas talian, pertanyaan kepada
sebarang permasalahan samada secara lisan Sesi Microsoft Teams bermula dengan
atau melalui “chat box” agak terhad. Ada ketika keadaan santai dan selesa, yang dikendalikan

soalan yang diajukan tidak difahami oleh oleh Dr. Zainuddin bin Ibrahim, nama yang
tenaga pengajar atau jawapan yang diberikan tidak asing lagi dalam arena perkongsian ilmu
tidak lengkap serta mengelirukan. platform Open-and Distance Learning (ODL) di
kalangan warga akademik. Sepanjang
Setelah beberapa bulan kebenaran semester lepas, antara platfom ODL pilihan

menyertai kursus di luar kampus dibekukan kami adalah Google Classroom, Google Meets,
atas kekangan situasi Covid-19, kami WhatsApp, Telegram dan UFuture. Mungkin
berpeluang menghadiri kursus Microsoft Teams ramai rakan pensyarah yang telah
di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) menggunakan Microsoft Teams, tetapi platform
di Bandar Enstek pada 14 hingga15 Sept 2020. ini adalah ilmu baru bagi kami.

Sekali sekala berkursus di luar daripada

24

Menuntut ilmu Microsoft Teams dengan tenaga Beberapa ibrah kami telah perolehi dalam
kembara menuntut ilmu Microsoft Teams ini.
pengajar mahir merupakan satu peluang Keikhlasan dan bersabar dalam proses PdPc
itu perlu ada agar tujuan menuntut ilmu itu
keemasan dan kami telah berusaha tercapai. Sebagaimana peringatan Nabi Khidir

memanafaat setiap sesi sebaik mungkin. AS kepada Nabi Musa AS dalam surah al-Kahfi
ayat 73-74 yang bermaksud: “Bukankah aku
Penyampaian tenaga pengajar dengan telah berkata, sesungguhnya kamu sekali-kali
tidak akan sabar bersamaku. Musa berkata
panggilan mesra Dr. Deen yang sangat janganlah kamu menghukum aku kerana

bersahaja dan mudah didekati memotivasikan kelupaanku." Selain itu, bak kata pepatah
Melayu, “malu bertanya sesat jalan, malu
kami sepanjang proses pembelajaran. berkayuh perahu hanyut” perlu tersemat di
minda dalam menguasai sesuatu ilmu. Sesi
Menggunakan kaedah bilhikmah, membantu soal-jawab juga ada adabnya. Jika dibenarkan

setiap pelajar sehingga dapat menyelesaikan bertanya pada bila-bila masa sepanjang sesi
syarahan, wajarlah penuntut terus bertanya.
permasalahan dan kaedah mauizah (dialog) Tetapi andaikata guru memohon sesi soal-
jawab ditangguhkan sehingga penghujung sesi,
dipermudahkan dengan sesi soal-jawab tanpa maka adab menghormati permintaan guru

menunggu berakhirnya satu-satu sesi. tersebut perlu dijaga.

Perkongsian nota dan enthusiasm Dr. Deen Kesimpulannya, benarlah pesanan
Luqman al-hakim, “Tuntutlah ilmu. Di saat
menyuntik semangat kami untuk kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat

mengaplikasikan platfom ini bermula ODL kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu”.
Ilmu yang diperoleh bukan sahaja dari aspek
semester Oct 2020. teknikal berkaitan Microsoft Teams, malah
pengalaman mahal kami adalah pengkongsian
Kami sempat meminta pandangan Dr. ilmu bersama rakan pensyarah daripada
Deen mengenai perbandingan mengadakan
kursus atas talian dan secara face-to-face. pelbagai fakulti dan kampus cawangan UiTM.
Menurut beliau, “proses pengajaran dan Yang pasti UiTM Microsoft Coach Channel
yang diwujudkan oleh Dr. Deen merupakan
pemudahcaraan (PdPc) memang mencabar satu alternatif baru untuk kami berusaha
dari aspek perbezaan penerimaan kaedah new menjadi kaya “ilmu dan sahabat”, sebagai
normal (ODL) di kalangan pelajar dan
pensyarah disebabkan faktor umur. Perbezaan sumber rujukan berkaitan ODL dan rangkaian
kefahaman terhadap maklumat atas talian yang sosial sepanjang hayat.

diterima dan stail pembelajaran juga menjadi
faktor penghalang ODL”. Dilihat dari sudut
keberkesanan, beliau lebih cenderung ke arah
PdPc secara face-to-face untuk kandungan
subjek yang teknikal manakala atas talian lebih

kepada kandungan kognitif.

25

DARI IMPIAN MENJADI KENYATAAN: SARJANA MUDA
(KEPUJIAN) PEMASARAN DIGITAL

Noreen Noor Abd Aziz

Tahun 2017 menjadi satu kenangan bila mana kami diberi tanggungjawab sebagai
Pensyarah Sumber bagi kursus baru dikenali sebagai Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran
Digital. Bermula dari satu idea kepada satu realiti bukanlah satu perjalanan yang cukup mudah.
Setiap seorang daripada kami diberi tanggungjawab untuk mewujudkan satu subjek baru
bersesuaian dengan kursus tersebut. Maka bermulalah perjalanan kami memerah idea siang
dan malam bagi merealisasikan impian ini.

7 Julai 2017 merupakan bengkel pertama yang kami hadiri bertempat di Intekma Resort,
UiTM Shah Alam. Selama tempoh dua hari satu malam kami berganding bahu bersama-sama
menyiapkan silibus berpandukan guru kami yang dikenali sebagai Dr. JJ. Seorang yang sangat
komited dan berpengetahuan luas di dalam bidang ini, beliau banyak membantu kami
menyiapkan silibus masing-masing. Masih ingat kenangan di Intekma bermula dari hari pertama
daftar hotel sehingga tengah malam kami bersama-sama bersengkang mata, saling membantu
bersama-sama menyiapkan amanah yang diberi. Inilah satu kenangan yang sungguh tidak
dapat dilupakan. Ketika itu juga kami masih bergelumang dengan kerja hakiki, lebih-lebih lagi di
musim peperiksaan akhir UiTM. Hanya senyuman manis di balik hati yang resah gelisah
mengenangkan amanah yang ditinggalkan nun jauh di Segamat bagi memenuhi tuntutan kerja
di Intekma Resort, Shah Alam.

Tanggal 26 Julai 2017 sekali lagi kami diminta meninggalkan seketika tugas hakiki kami
di kampus kerana perlu bersiap-sedia menghadiri ‘Roundtable Faculty and Industry’. Program
yang sangat menarik di mana hasil dari sesi perbincangan, kami telah mendapat input yang baik
dari pihak industri bagi menambahbaik keperluan silibus yang sedia ada. Ogos 2018 sekali lagi
kami dipanggil bagi menyiapkan keperluan MQA Universiti. Tugas yang sangat mencabar akan
tetapi Alhamdulillah ianya berjaya juga dilaksanakan. Akhirnya, pertemuan kedua terakhir kami
pada 25 Ogos 2020 berjaya menghimpunkan kesemua pensyarah sumber bersama-sama
Timbalan Rektor (HEA) bagi membuat persiapan akhir dan semak akhir sebelum ‘anak kecil
kami’ bakal dlahirkan pada Oktober 2020. Semoga pengalaman, kenangan dan pengorbanan
selama tempoh beberapa tahun ini bakal membuahkan hasil yang lumayan suatu hari nanti.

26

BASIKAL SEBAGAI SENAMAN BAGI GOLONGAN
PERTENGAHAN UMUR

Wan Haslin Aziah Wan Hassan
Setiap individu menginginkan kesihatan yang baik. Namun, ramai di antara golongan
pertengahan umur akan mula terjerumus ke dalam penyakit-penyakit yang lazimnya dihidapi
masyarakat dunia seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung. Tidak kurang juga
yang telah pun mendapati berat badan mereka sudah melebihi indeks jisim badan (BMI). Siapakah
mereka yang dikatakan golongan pertengahan umur ini? Di Malaysia, mereka yang berumur 40
tahun ke bawah digelar sebagai golongan belia, manakala mereka berumur 60 ke atas digelar
warga emas. Golongan pertengahan umur pula adalah mereka yang berada di antara 40 ke 60
tahun.
Sudah menjadi kelaziman manusia, apabila mulai disapa penyakit atau mendapati berat
badan telah naik, mula mendekatkan diri dengan senaman. Namun, adakalanya, kaki tidak lagi
begitu kuat untuk berlari mahu pun berjalan akibat berat badan yang perlu ditampung. Namun,
alternatif kepada berjalan atau berlari adalah berbasikal.
Mengapakah berbasikal lebih baik berbanding berlari atau berjalan? Dari sudut fiziknya,
berlari atau berjalan kaki, memerlukan kedua-kedua kaki untuk menampung berat badan. Maka,
jika kita mempunyai berat badan yang berlebihan, adalah menjadi suatu bebanan terhadap kaki
untuk melaksanakan tugas bergerak dan menampung berat badan. Selain dari itu, hentakan dari
pergerakan kaki di atas permukaan senaman semasa berjalan atau berlari akan memberikan
gegaran yang lebih ke atas tulang belakang dan tulang kaki akibat berat badan tersebut. Namun,
jika kita berbasikal, semua berat badan akan hanya ditanggung oleh punggung dan tulang
belakang seseorang kerana posisi duduk semasa mengayuh, bukannya berdiri. Manakala,
pergerakan kaki ketika mengayuh tidak membebankan kaki untuk menanggung berat badan.
Bebanan ke atas kaki hanyalah untuk memusingkan roda.

27

Persoalan seterusnya adalah, apakah jenis basikal yang sesuai untuk golongan
pertengahan dan warga emas? Jika kita meneliti, terdapat pelbagai jenis basikal di luar sana.
Antara nama-nama basikal yang biasa didengar adalah basikal gunung (mountain bike),
basikal jalan raya (road/racing bike) dan basikal lipat. Basikal gunung memberikan posisi
pengayuh yang lebih tegak dengan saiz tayar yang lebih lebar dan bunga tayar yang lebih
tebal. Ada juga model yang disiapkan dengan penggantungan tayar (tyre suspension) bagi
menyerap hentakan dan gegaran kayuhan. Basikal jalan memberikan posisi sedikit
membongkok bagi memperolehi kelajuan melalui kedudukan yang aerodinamik. Tayarnya
lebih nipis dan bunga tayar yang sangat sedikit bagi memperolehi rintangan bergolek (rolling
resistance) lebih kecil. Manakala basikal lipat memberikan posisi kayuhan menegak tetapi
saiz tayarnya adalah lebih kecil. Kelebihan basikal lipat adalah ianya mudah dibawa kemana-
mana bagi tujuan bersenam kerana ia boleh dilipat.

Untuk mendapatkan sebuah basikal, tidak perlulah kita berbelanja beribu-ribu ringgit.
Dengan harga RM300 kita sudah boleh mendapatkan sebuah basikal yang baik bagi tujuan
bersenam. Namun jika anda ada wang yang lebih, anda boleh mendapatkan basikal yang
lebih ringan dengan set gear yang lebih berprestasi yang berharga ribuan ringgit. Namun,
janganlah sehingga berhutang, kerana tujuan utama adalah untuk bersenam dan bukannya
untuk berlumba.

Kesimpulannya, berbasikal adalah satu bentuk senaman alternatif yang sangat sesuai
bagi mereka yang berumur empat puluh tahun ke atas. Ianya boleh dilakukan di kawasan
rumah, di atas jalanraya mahu pun di permukaan tanah. Ianya boleh dilakukan secara
berseorangan, berkumpulan atau bersama keluarga. Melalui senaman berbasikal, kita akan
dapat menyihatkan jantung, melancarkan aliran darah dan menurunkan berat badan.

28

TAMAN HIJAU DI TEMPAT KERJA

Dr Akmal Aini Othman & Zanariah Abdul Rahman

manfaat kepada manusia kerana boleh
digunakan dalam masakan dan dimakan
sebagai ulam.

Dewasa ini, menghijaukan kawasan sekeliling Selain daripada bermanfaat,
menjadi trend dikalangan masyarakat di bandar pokok yang ditanam juga memerlukan
serta di tempat kerja. Berbudi kepada tanah dan penjagaan yang paling minima dan mudah
menghijaukan kawasan sekeliling, sudah tumbuh. Hanya dengan menggunakan baja
menjadi slogan yang biasa didengari. Tanah organic dan mendapat siraman air yang
yang dianugerahi Allah, walaupun kecil adalah mencukupi, tanaman-tanaman di Taman Herba
tanah yang banyak memberi manfaat kepada tumbuh segar dan banyak.
manusia. Oleh itu, manusia haruslah
menghargai tanah yang ada di sekeliling kita. Dengan adanya Taman Herba
Kita boleh menanam tanaman yang ArRaudah, pensyarah dan pelajar telah banyak
mendatangkan hasil ataupun memberi manfaat mendapat ilmu dan info mengenai tanaman dan
yang lain. Walaupun dicelah-celah kesesakkan pertanian. Mengusahakan tanah bersama-sama
bangunan, sekeping tanah kecil, masih boleh seperti di Taman Herba ArRaudah, bukan
diusahakan. sahaja dapat menghijaukan kawasan dan
menceriakan kawasan kosong, tetapi dapat
Contohnya, di UiTM Segamat, mengeratkan silaturahim antara staf. Pelajar dan
terdapat sebidang tanah kecil yang sedang staf dapat pendedahan dan maklumat mengenai
diusahakan oleh Kelab Pensyarah. Tanah ini tanaman yang mungkin tidak mereka pernah
dinamakan Taman Herba. Antara tanaman yang terfikir untuk tanam dan pendedahan mengenai
diusahakan adalah tanaman renek, tanaman cara tanaman yang betul dengan pembacaan
pokok herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran dan dan perkongsian ilmu daripada rakan yang lain.
tanaman berjuntai. Di celah bangunan pejabat,
Kelab Pensyarah mengusahakan untuk Oleh itu, berbuat baiklah kepada
memberi kelainan untuk menghijaukan alam kerana dalam hadis yang diriwayatkan
kawasan. daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
Daripada tanaman pokok sebagai
hiasan, tanaman pokok herba, sayuran dan “Tidak ada seorang muslim yang menanam
buah-buahan akan memberikan lebih manfaat pohon, kecuali sesuatu yang dimakan dari
kepada manusia. Antara tanaman yang ada tanaman itu akan menjadi sedekah baginya, dan
ditanam di Taman Herba ArRaudah adalah yang dicuri akan menjadi sedekah. Apa sahaja
pokok cili, mint, kari, pandan, kadok, tenggek yang dimakan oleh binatang buas darinya, maka
burung, kacang botol, markisar, daun kunyit, sesuatu (yang dimakan) itu akan menjadi
cekur, buah beri, bunga talang, pokok butter, sedekah baginya. Apapun yang dimakan oleh
cilantro, basil, sayur bayam brazil, ginseng jawa, burung darinya, maka hal itu akan menjadi
bayam malabar dan banyak lagi. Tanaman- sedekah baginya. Tidak ada seorang pun yang
tanaman yang ada telah banyak memberi mengurangi, kecuali itu akan menjadi sedekah
baginya.” Riwayat Muslim (3945)

29

SENI PENULISAN KREATIF

Siti Farrah Shahwir

Anda pernah mencuba menulis mengikut polisi syarikat penerbitan. Bayangkan,
karya kreatif?. Menulis sebuah karya kreatif seorang sahabat baik yang memilih profesion
nampak seperti mudah dari penulisan ilmiah penulis kreatif sepenuh masa mampu menjana
atau akademik. Tetapi sekiranya anda pernah pendapatan lebih RM200,000 dengan jualan
mencuba menghasilkan sebuah karya cerpen satu novel beliau!. Oleh itu, dapatkah anda
(cerita pendek) anda akan merasa getaran
kesukarannya. Bukan kesukaran dari segi bayangkan berapa jumlah anggaran
tatabahasa, penggunaan perkataan yang sesuai pendapatan yang diperolehi beliau apabila
atau garapan bait-bait ayat yang tercantum menghasilkan lebih dari lima buah novel dan
menjadi satu cerita tetapi yang paling sukar kemudian novel beliau dipilih untuk diangkat
adalah membina “jiwa” didalam cerita rekaan menjadi sebuah drama bersiri di televisyen?.
anda. Jalan cerita yang punya “jiwa” mampu
menjentik emosi pembaca dan sekaligus Tetapi tahukah anda,
memahatkan cerita rekaan anda di benak fikiran
pembaca hingga adakalanya pembaca akan kebanyakan penulis karya kreatif bermotifkan
terbayang-bayang secara visual di kotak fikiran
pembaca sebelum melelapkan mata. cinta dan keluarga adalah terdiri dari kaum

Untuk menghasilkan sebuah wanita ?. Manakala penulis karya kreatif lelaki
novel komersil, seorang penulis perlu
mempunyai disiplin yang tinggi didalam diri dan biasanya lebih bermotifkan misteri dan seram.
mempunyai iltizam yang teguh untuk
menghabiskan sesuatu karya. Manuskrip yang Namun begitu ada juga penulis lelaki yang
akan ditulis dan dianggap mempunyai nilai
komersil adalah melebihi 350 muka surat. menyamar menggunakan nama samaran yang
Perancangan sangat penting dan sasaran siap
(target) perlu ada. Sekiranya penulis sendiri seakan-akan nama perempuan. Ini kerana,
telah menetapkan berapa helaian muka surat
didalam sehari yang perlu disiapkan, maka menurut penerbit novel, kaum wanita adalah
disinilah menuntut kesungguhan dan iltizam
yang tinggi dalam diri penulis. Kebanyakkan pembeli novel terbesar berbanding kaum lelaki.
penulis yang baru berjinak-jinak dalam arena
penulisan kreatif akan bersemangat menulis Pembeli perempuan mempunyai satu
namun apabila berada di pertengahan jalan,
ramai juga penulis yang baru berjinak dan kepercayaan bahawa sekiranya nama penulis
mencuba akan berhenti dan mengalah untuk
menghabiskannya. yang tertera di kulit muka buku adalah wanita,

Menulis dan menghasilkan karya maka jalan cerita novel tersebut adalah “best”
kreatif ini (novel secara khusus) mampu
menjana pendapatan senyap dengan agak dan menjentik emosi.
lumayan. Pembayaran royalti adalah berbeza
Titik tolak dari itu, dengan
suasana pentas digital, dan wujudnya pelbagai
sosial media seperti Twitter dan Facebook, anda

akan meyedari bahawa yang akan memuatnaik
status panjang dan ayat berjela adalah wanita
dan status pendek tetapi padu adalah lelaki.
Manakala yang memilih Facebook sebagai
platform menzahirkan penulisan kreatif biasanya

terdiri dari mereka yang telah atau menghampiri
usia 30-an manakala Twitter didominasi oleh
anak-anak muda bawah 30 kerana itulah yang
dinamakan kepuasan seni kreatif.

30

SELAMAT DATANG KE BATU PAHAT!

Noreen Noor Abd Aziz

Bandar Batu Pahat merupakan salah satu bagi mereka yang gemar berkongsi gambar
daripada bandar besar yang berada di dalam menarik di media sosial boleh singgah di Old
negeri Johor Darul Takzim. Rujukan daripada Street Batu Pahat dan D’Garden Batu Pahat
bacaan statistik tahun 2010 dari portal Majlis yang menyediakan suasana santai dan hiasan
Perbandaran Batu Pahat menunjukkan moden yang menarik berkonsepkan ‘Roof Top
penduduk Batu Pahat berjumlah 209, 000 lebih Garden’. Pastinya anak-anak muda gemar
orang yang terdiri daripada pelbagai kaum berada di sini sambil mengabadikan foto
mahupun etnik dari mukim yang berbeza. kenangan.

Jika sebut sahaja ‘Batu Pahat’ Buat mereka yang gemarkan
ramai yang terbayangkan nasi beriani gam suasana tenang sambil melihat keindahan alam
berlauk ayam mahupun kambing yang boleh juga singgah di Pantai Minyak Beku.
sememangnya popular di kalangan masyarakat Suasana lebih indah berlatarkan pantai sudah
Malaysia. Terdapat pelbagai kedai yang pastinya membuatkan kita merasa lebih tenang
menyediakan hidangan nasi beriani antaranya dan damai. Jom singgah ke Batu Pahat!
Nasi Beriani Md.Shah, Nasi Beriani Power dan
Nasi Beriani Pokok Sena. Selain dari makanan
utama ini, Batu Pahat juga terkenal dengan
hidangan mee racun tulang, asam pedas batu
pahat, bakso , soto dan nasi ambeng.

Melihat keindahan Batu Pahat, Sumber: Google
sudah pastinya ramai yang berminat ingin Lokasi: Pantai Minyak Beku
mendapatkan buah tangan yang sesuai di bawa
balik sebagai tanda kenangan. Batu Pahat
sangat terkenal dengan pelbagai jenis kerepek.

Antaranya kerepek ubi, kerepek pisang dan lain-
lain. Jika ke Batu Pahat, bolehlah singgah di
pekan Parit Raja. Di sana terdapat pelbagai
variasi kerepek dari pelbagai gerai-gerai jualan
industri kecil dan sederhana. Di samping itu,

Sumber: Google
Lokasi: Old Street Batu Pahat

31

NASI AMBENG

Siti Farrah Shahwir, Norlina M Ali & Hj Ros Hasri Ahmad

lima orang dewasa untuk setalam. Nasi
dimakan dengan memakai dengan tangan,
tanpa senduk dan garpu.

Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa Semasa penulis masih kecil,
berupa nasi putih yang diletakkan di atas penulis sempat merasai pengalaman kenduri
dulang atau talam dan di alasi dengan daun doa selamat yang menghidangkan nasi
pisang batu dan diberi lauk pauk di ambeng ini. Biasanya yang akan datang ke
majlis kenduri masyarakat jawa ini adalah
sekelilingnya. Bagi mereka yang berketurunan merupakan ketua setiap keluarga. Pada
jawa, hidangan ini di panggil “nasi ambeng” asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan.
dan bukan sebutan “nasi ambang”. Apabila Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja.
penulis, ke bazar ramadhan atau pun pasar Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus
malam sekiranya ada penjual yang menjual untuk dibawa pulang sebagai berkat (buah
tangan) kepada keluarga yang menunggu di
nasi ambeng tetapi mengeja dengan perkataan rumah. Simbolik dari penyediaan nasi ambeng
nasi ambang, secara automatik penulis dapat adalah untuk menjimatkan kos dan kerja
meneka si penjual bukan orang jawa. pengendalian majlis-majlis tersebut. Disamping
itu pengamal nasi ambeng percaya amalan ini
Lauk pauk asal nasi ambeng boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan
dalam keluarga.
adalah ikan asin goreng, rempeyek, sambal
goreng jawa, mee goreng, serunding kelapa, Pada mulanya penulis juga tidak
tauhu dan tempe goreng dan yang paling mengerti, tetamu yang datang hanya makan
utama adalah daging atau ayam masak semur sedikit sahaja dan tuan rumah akan
(seperti masak kicap pedas berempah ) yang menyelitkan beberapa helai plastik dicelah-
celah talam nasi ambeng. Selepas tetamu
diletakkan di tengah dan diatas hidangan nasi menjamah sedikit, tetamu akan membahagikan
yang ditelangkupkan menggunakan loyang nasi ambeng tersebut dan dimasukkan di
atau besen bagi nampak cantik dan kemas. dalam plastik dan dibawa pulang.

Nasi ambeng dikalangan Namun bagi kanak –kanak
seperti penulis, hidangan nasi ambeng ini
masyarakat Jawa biasanya dihidang di majlis sangat ditunggu-tunggu untuk disajikan kerana
keramaian ataupun kenduri tahlil mahupun di bawah alas daun pisang tersebut, tuan
kesyukuran. Hidangan nasi ambeng ini rumah akan bermurah hati meletakkan duit
sebenarnya adalah satu simbol kesepakatan, syiling,kertas atau gula-gula untuk di rebut
perpaduan dan tolak ansur penduduk sebagai tanda hadiah penghargaan kerana
menghabiskan nasi ambeng yang dihidangkan.
kampung, masyarakat atau keluarga,selain Rindu benar zaman itu !.
tanda berbesar hati tuan rumah kepada tetamu
yang menghadiri majlis kendurinya. Oleh yang
demikian, asalnya penyediaan nasi ambeng ini
sebenarnya dimasak secara bergotong royong

dan secara beramai-ramai dan dinikmati pun
secara beramai-ramai. Nasi ambeng ini
dimakan beramai-ramai oleh empat hingga

32

KHASIAT MINUMAN BERASASKAN ROSELLE

Hairiani Abdul Hamid & Noraishah Kamarolzaman

Oleh yang demikian, Sorrelicious
Legacy mengambil inisiatif menghasilkan
produk minuman yang mudah untuk diminum
serta tiada bahan kimia terkandung dalam
minuman ini. Selain daripada jus roselle,
Sorrelicious juga menghasilkan produk Kordial
Roselle. Kordial ini tidak mengandungi bahan
kimia. Harga juga sangat berpatutan dan
mampu dibeli berdasarkan saiz minuman dan
kordial tersebut.

Sejenis pokok yang mudah membiak, Penanaman pokok roselle ditanam
senang ditanam dan tidak memerlukan secara organik. Selain itu perusahaan ini
penjagaan yang rumit, Hibiscus Sabdariffa L. dijalankan secara manual dari penanaman
adalah dalam keluarga Malvaceae atau lebih sehingga ke prosess penyediaan jus tanpa
dikenali dengan nama Roselle. Tanaman menggunakan mesin dan hanya dilaksanakan
roselle di Malaysia kian berkembang bermula oleh usahawan dan pekerja wanita.
dari kawasan Pantai Timur, kemudian meluas
ke sekitar selatan tanah air dan kini di Siapa sangka hanya dengan
bahagian Lembah Klang. percubaan di rumah, tanaman roselle menjadi
salah satu punca pendapatan dan
Kajian saintifik menunjukkan roselle menyumbang kepada peluang pekerjaan serta
terbukti mengandungi khasiat dan nilai boleh diusahakan secara kecil-kecilan di atas
perubatan yang cukup tinggi. Roselle adalah tanah yang ada di sekitar rumah sahaja.
sejenis buah yang mengandungi vitamin C, Produk keluaran Sorrelicious ini boleh didapati
B1, B2 dan D. Penyalut bunga roselle ini boleh melalui ejen yang telah dilantik dan di kedai
diproses untuk dijadikan makanan atau sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Air jus
minuman seperti kordial, pati, jem, halwa, puri roselle dan kordial ini juga tahan lama dan
atau bentuk serbuk. Malahan ianya boleh juga ianya lebih sedap diminum apabila telah
dijadikan minuman kesihatan dan penjagaan disejukkan. Bagi mereka yang menjadikan
diri. Antara khasiat pengambilan buah roselle roselle sebagai minuman kesihatan, ianya
ini adalah membantu pencernaan, melancar sesuai diambil pada waktu pagi untuk
peredaran darah, mengubati luka luar dan melawaskan pencernaan dan menurunkan
dalam, mengubati masalah kulit, tekanan darah.
menghaluskan kulit, melambatkan proses
penuaan, memiliki zat anti bakteria dan Akhir kata, apa yang kita lakukan itu
antivirus, mencegah peradangan pada saluran bermula dari minat, pasti akan ada kejayaan
kencing dan pembentukan batu karang dan menanti. Minuman air roselle dapat membantu
mempunyai kesan anti kejang otot. memelihara kesihatan anda sekeluarga.

33

MICROSOFT OFFICE: ILMU ASAS YANG DIREMEHKAN

Mazida Ismail, Hazila Ismail, Maizura Isa

Secara amnya, umum mengetahui dan masih ada lagi pensyarah yang terpaku di depan
menggunapakai perisian Microsoft Office komputer berhari hari hanya kerana tidak tahu
khususnya Words, Powerpoint dan Excel dalam menukar formula untuk dimasukkan ke dalam
menyempurnakan kerja seharian. Akan tetapi, template markah pelajar yang tidak seragam
masih ramai yang meremehkan keupayaan dengan rubrik yang digunapakai. Dan akhirnya
terpaksa memohon bantuan orang yang lebih
penggunaan perisian ini. Di dalam arena mahir.
pendidikan, khususnya, masalah penguasaan
penggunaan perisian ini terjadi bukan sahaja Secara lazimnya, setiap kelemahan akan
kepada pelajar malah kepada para pendidik. diatasi oleh kelebihan orang lain. Bagi yang
berkemahiran, penguasaan mengendalikan
Majikan seringkali menyuarakan perisian ini boleh menjadi sumber pendapatan
yang mudah. Misalnya, dengan mengambil upah
ketidakpuasan hati tentang tahap penggunaan memformat thesis, menyediakan template excel,
memperbaiki slaid persembahan powerpoint
dan kecekapan pelajar praktikal terutamanya supaya menjadi lebih menarik, menyediakan
profil syarikat yang lebih mudah mendapat
dari Fakulti Pengurusan Perniagaan yang masih perhatian pembaca dan sebagainya.

lagi gagal mencapai tahap yang diinginkan. Dengan berlangsungnya pembelajaran
secara atas talian secara total pada musim PKP
Biarpun pelajar telah berulangkali mengunakan yang lepas, ramai pendidik dan pelajar telah
mula mencuba pelbagai perisian pembelajaran
perisian Microsoft Office dalam yang lebih canggih dan menarik.
Walaubagaimanapun, kita sering terlupa yang
menyempurnakan tugasan di universiti, secara kita masih lagi bergantung kepada perisian asas
seperti Microsoft Office. Jadi, marilah kita
umum, tahap penggunaannya boleh dikatakan mendalami ilmu dan mempertingkatkan
kemahiran penggunaan perisian ini agar kita
masih lagi pada tahap asas atau pertengahan. tidak lagi bergantung hanya kepada pendidik
atau pelajar jurusan teknologi semata-mata.
Misalnya, penghasilan resume yang tidak
‘’Bukan ilmu yang seharusnya mendatangimu,
menarik menjadi salah satu punca permohonan tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu’’
(Imam Malik r.a)
kerja tidak menarik perhatian bakal majikan.

Setelah diterima berkerja, graduan masih lagi

mempersembahkan sesebuah laporan

menggunakan Microsoft Powerpoint dalam

bentuk statik dan membosankan. Bagi yang

memulakan kerjaya dalam bidang perbankan,

mereka dihadapkan pula dengan penggunaan

pangkalan data yang besar dan berkaitan antara

satu sama lain. Disini, penguasaan Microsoft

Excel sangat diperlukan.

Dikalangan pensyarah juga, penggunaan
Microsoft Office sepatutnya berupaya membantu

proses pengajaran dan penyelidikan. Masih
ramai pensyarah yang terpaksa mengeluarkan
wang untuk membayar upah memformat thesis
kedoktoran mereka sedangkan mereka boleh
melakukannya sendiri sekiranya belajar

Microsoft Word dengan lebih mendalam. Malah

34

DI SEBALIK PKP

Nur Adilah Binti Saud, Tan Yan Ling, Siti Nuur-Ila Mat Kamal, Mazlina Binti Ismail

Wabak COVID-19 seolah-olah panggilan Abdullah et al. (2020) pula menjalankan
jam loceng untuk kita semua terus berada dalam kajian yang lebih menyeluruh terhadap
lingkungan jarak yang dihadkan. Wabak ini dan perubahan Fine Particulate Matter (PM2.5) di 68
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan stesen pemantauan kualiti udara sebelum dan
(PKP) telah mengubah cara hidup kita termasuk semasa pelaksanan PKP di Malaysia. Hasil
daripada kajian mendapati bahawa kepekatan
bekerja, berhibur, berehat dan juga cara PM2.5 menunjukkan penurunan yang signifikan,
ekonomi beroperasi dalam jangka masa yang sehingga 58.4% hasil pelaksanaan PKP.
singkat. Semasa PKP, hanya pekerjaan dan Beberapa kawasan zon merah juga
perkhidmatan terhad seperti sektor peruncitan, menunjukkan penurunan sehingga 28.3% dalam
sektor makanan, sektor kesihatan, sektor logistik perubahan kepekatan PM2.5.

dan sektor perbankan tertentu yang dibenarkan Dalam konteks global, kadar
beroperasi disebabkan penyekatan pergerakan pencemaran di sebilangn pusat COVID-19
di Malaysia. Dengan itu, hanya sebilangan kecil seperti Wuhan dah US telah menunjukkan
sahaja kenderaan dikesan di jalan raya hasil penurunan nitrogen dioksida (NO2) sehingga
sekatan. Selain itu, kebanyakan penerbangan 30%. Manakala negara-negara lain seperti
China, Eropah, Itali, Perancis dan Sepanyol pula
dibatalkan dan aktiviti pembinaan dan mengalami penurunan dalam lingkungan 20%
perindustrian terpaksa ditunda. hingga 30% semasa lockdown (Muhammad,
Long, & Salman, 2020). Pada masa yang sama,
Kita dapat menyaksikan kesan negatif Menut et al. (2020) menjalankan kajian terhadap
akibat daripada wabak COVID-19 terhadap kesan pandemik COVID-19 ke atas tahap kualiti
udara di negara-negara Eropah Barat. Kajian
sektor ekonomi, pendidikan, pengangkutan, mereka mendapati bahawa penurunan
sukan dan pelancongan. Namun disebalik kesan kepekatan NO2 yang besar (antara 30 hingga
negatif tersebut, PKP juga memberikan kesan 50%) dan penurunan yang kecil dalam
positif. Terdapat beberapa kajian terkini kepekatan PM (antara 5 hingga 15%).
dijalankan ke atas tahap kualiti pencemaran
Seperti yang kita ketahui, salah satu
udara semasa PKP di peringkat Malaysia atau penyebab pencemaran udara adalah
lockdown di peringkat antarabanga. Dalam disebabkan oleh aktiviti manusia. Ini adalah
konteks Malaysia, kajian terkini telah hasil dari kebergantungan kepada bahan bakar
menunjukkan bahawa tahap kualiti udara fosil dan industri berat, dan juga disebabkan
semasa PKP adalah lebih baik berbanding aktiviti pembuangan sampah dan aktiviti
manusia yang lain. Ini bermakna apa sahaja
sebelum PKP. Contohnya kajian yang aktiviti yang dijalankan mestilah ada batasnya
dilaksanakan oleh Mohd Nadzir et al. (2020) bagi memastikan kelestarian alam sekitar.
membuktikan bahawa kadar kepekatan bahan
pencemar udara menurun kepada 20 hingga
60% dikebanyakan lokasi sepanjang PKP yang

disebabkan pengurangan bilangan penggunan
kenderaan dan operasi industri. Kawasan
bandar sekitar Petaling Jaya yang dikaji
termasuk Bukit Gasing, bandar Petaling Jaya,
Kelana Jaya, Uptown Petaling Jaya dan Kota

Damansara. Pasa masa yang sama,

35

Kecerdasan Etika (Ethical Intelligence) Di Tempat Kerja

Zanariah Abdul Rahman

Umum tahu mengenai konsep hasil kecerdasan IQ (Intelligent Quotient) atau kecerdasan emosi EQ
(Emotional Intelligence). Bagamana dengan kecerdasan etika atau Ethical Intelligence? IQ
mengukur kepintaran seseorang dari segi kepandaian dalam menjawab ujian, EQ mengukur
kestabilan emosi seseorang dalam membuat penilaian, manakala, kecerdasan etika pula adalah
kemampuan dan berkeberanian dalam mempraktikkan dan melaksanakan sesuatu perkara secara
beretika.

Dr Bruce Weinstein dalam buku Ethical Intelligence telah menggariskan lima prinsip kecerdasan
etika. Dalam membuat keputusan sebagai pekerja atau ketua, keputusan anda haruslah:

1.Jauhi yang membahayakan. Keputusan yang diplih bukanlah sesuatu yang boleh
mendatangkan kecederaan atau membahayakan kepada fizikal dan emosi orang lain, ataupun
haruslah dalam keadaan yang paling minimum.

2.Jadikan keadaan lebih baik. Adakah keputusan yang diambil akan menjadikan keadaan lebih
baik? Keputusan yang dibuat haruslah bukan lagi memburukkan keadaan malahan akan
membuatkan situasi lebih aman dan selamat. Bersabar dan bertenang sebelum membuat
keputusan adalah jalan terbaik.

3.Hormati orang lain. Hormatilah orang lain sekiranya kita ingin dihormati juga. Maksudnya disini
adalah memberi maklumat yang benar dan telus dalam segala pekerjaan serta bijak menyimpan
rahsia dan menjaga air muka orang lain. Berkata dan sampaikan yang benar walaupun pahit.

4.Bersikap adil. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Setiap orang wajib
bersikap adil bergantung kepada kedudukan dan tanggungjawab yang digalasnya. Keadilan
dipecahkan kepada tiga iaitu keadilan dalam menyelesaikan masalah layanan yang tidak adil,
keadilan dalam memberi disiplin atau hukuman, dan keadilan dalam memberikan yang hak.

5.Bersikap kasih sayang. Antara sikap kasih sayang yang perlu ada pada semua orang adalah
sifat empati, berakhlak dalam perkataan dan berperilaku yang baik serta mengasihi antara satu
sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang itu,
sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". (Riwayat Muslim)
Nilai kasih sayang dalam pekerjaan membentuk hubungan yang baik sesama pekerja. Apabila
mengutamakan kasih sayang dalam pekerjaan, masalah akan mudah diselesaikan,

Secara kesimpulannya, sebagai pekerja dan sebagai seorang manusia, selain mempunyai
kepintaran dalam menjalankan tugas, kita haruslah mempunyai keupayaan dalam membentuk
kepintaran emosi kita. Walaupun begitu, kecerdasan etika dalam tindakan adalah sangan penting.
Kecerdasan etika memberikan panduan dalam mengenalpasti tindakan bermoral dalam membuat

keputusan.

36

Covid-19: Belajar untuk Gembira

Shaherah Abdul Malik dan Nor Farehan Omar

Ketika dunia sedang murung dilanda virus baru yang dikenali sebagai COVID-19, malangnya di
sebalik musibah yang melanda tiba-tiba ini, kita dikejutkan dengan peningkatan kes bunuh diri
akibat kemurungan melampau. Seorang doktor di Amerika Syarikat (AS) yang baru pulih dari
COVID-19 dilaporkan membunuh diri akibat tekanan kerja dan keletihan. Dr. Lorna Breen, 49,
merupakan salah seorang pegawai perubatan di wad kecemasan Columbia University Irving
Medical Center, New York (Astro Awani, 2020).

Para pejuang barisan hadapan semakin lumpuh kerana tertekan bekerja tanpa cuti. Tidak
mustahil semakin tinggi bilangan barisan hadapan yang memilih untuk menamatkan hidup
mereka lantaran tidak tahan berdepan dengan kematian setiap hari dan tiada rehat diberi. Di
negara kita, kita harus bersyukur kerana barisan hadapan kita sentiasa disokong penuh dan
mental mereka sentiasa cuba dijaga. Mungkin juga kerana budaya kita yang tidak terlalu
menekan dan tidak gemar mengadakan rusuhan terbuka membuatkan kita lebih mudah
menerima musibah ini.

Sukarkah untuk bergembira apabila kita berdepan dengan risiko kehilangan kerja? Berdepan
dengan kematian orang-orang yang tersayang akibat virus ini? Terpisah dengan keluarga
kerana disekat rentasi negeri? Semua orang pasti bersedih jika ditimpa nasib sebegini, tetapi
kuatlah. Belajarlah untuk bertenang dan bergembira dengan nikmat yang masih kita terima.
Musibah ini kita anggap sebagai satu teguran Tuhan untuk kita lebih menghargai apa yang kita
ada sebelum hilang semuanya. Kekangan sementara untuk kita keluar ke mana-mana secara
tidak langsung mengeratkan lagi hubungan sekeluarga. Manfaatkan lagi detik waktu bersama
sebelum hidup kita kembali seperti biasa. Sibuk tidak kira masa.

Bagi umat Islam, bersedih melampau merupakan perkara yang tidak diajar dalam Islam. Bahkan
ayat dari Surah At-Taubah 40 dan Ali ‘Imran:139 melarang kita untuk bersedih dan menyatakan
bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingati
bahawa Allah bersama kita. Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha
Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Untuk itu, kita disarankan agar
bersyukur.. Kesimpulannya, musibah yang melanda seluruh dunia ini haruslah dilihat dari sudut
positif juga. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat bagi meningkatkan lagi kualiti hidup
serta ketahanan daya tubuh kita. Jangan kita terus hidup dalam kesedihan dan sentiasalah
mencari ruang untuk bahagia.

37

PENGURUSAN KRITIKAN DI SOSIAL MEDIA PENGUSAHA PERNIAGAAN

Muharratul Sharifah binti Shaik Alaudeen, Suhana binti Mohamed, Farizah binti Mamat dan
Roha Md Noah

Pada masa kinI, semua organisasi dan syarikat anda.
pengusaha menggunakan sosial media dan
laman sesawang untuk menguruskan Seterusnya, gunakan ayat atau perkataan
perniagaan terutamanya dalam perintah yang mudah difahami oleh pelanggan dan
pergerakan kawalan musim Covid-19. masyarakat amnya pada sebarang komen di
media sosial. Lakukan penganalisaan
Kadangkala pengusaha memberi komen mudah terhadap penggunaan ayat ataupun
atau menyiarakan pendapat di laman sosial gambar sebelum disiarkan di ruang media
dan ianya mendapat kecaman dari netizen. sosial supaya tiada pihak yang tersinggung
dengan perkara tersebut.
Sebagai contoh isu penyiaran komen
Keempat, pengusaha boleh tawarkan
pengusaha Fashion Valet, Vivy Yusof bantuan dari pihak syarikat untuk
menyelesaikan masalah pelanggan. Berikan
terhadap maklumbalas sebagai tanda penyelesaian ataupun cadangkan alternatif
kepada pelanggan untuk memudahkan
sokongan terhadap rakan pengusaha mereka membuat keputusan terutamanya
jika anda mendapati pelanggan yang
mendapat pelbagai reaksi dan komen bermasalah dan tiada kesilapan berlaku dari
pihak syarikat anda. Ini kerana, pelanggan
negatif terutamanya dari masayarakat dan akan rasa dihargai dan diutamakan oleh
syarikat anda.
pelanggan syarikat tersebut. Beliau

mengambil masa selama 3 hari dengan

menutup ruangan komen di laman sosial

tersebut dan kembali membuat penyiaran di

laman sosial media mengenai kritikan

tersebut dalam keadaan yang sedih dan

tertekan.

Bagaimana seorang pengusaha perniagaan Akhir sekali, jangan lupa untuk maklumkan
perlu tangani teguran ataupun kritikan di tindakan penyelesaian yang telah diambil
media sosial?
dan jika perlu siarkan perkara-perkara positif
Pertama, sebagai seorang pengusaha yang telah dilaksanakan oleh syarikat anda
perniagaan, anda perlu bersiap sedia dari seperti kutipan dema, aktiviti kebajikan dan
sudut mental untuk menerima teguran dan kesukarelaan yang dijalankan oleh syarikat
kritikan pelanggan mahupun masyarakat anda. Paparkan sisi kebaikan dan sifat
terhadap pada pandangan anda ataupun
produk anda di media sosial. Pengusaha terbuka syarikat anda dalam menerima
perlu menenangkan diri dan hadapi keadaan teguran dan pandangan di media sosial.
tersebut dengan rasional.

Kedua, elakkan membalas kritikan tersebut
dengan maklumbalas yang beremosi seperti
berkata kesat atau memaki orang lain. Ini
akan mengeruhkan keadaan dan memberi

tanggapan imej yang kurang baik bagi pihak

38

IDENTITI UiTM JOHOR LEBIH BERSEMARAK LAGI DENGAN
POKOK JOHOR

Ros Hasri Ahmad, Siti Masnah Saringat, Shafiee Md Tarmudi,Muhamad Ismail Pahmi, Siti
Farrah Shahwir.

Pokok Johor atau dikenali juga dengan nama Ceri Terengganu, Perupuk, Kelelek dan Gegelek
mempunyai nama saintifik Lepisanthes alata. Panggilan Pokok Johor atau Ceri Terengganu diberikan
kepada pokok ini kerana ia mudah ditemui di sekitar negeri Johor dan Terengganu. Walaupun pokok ini
dinamakan Pokok Johor, sebenarnya tidak ramai warga Johor sendiri yang mengenali pokok ini.

Bagaimanakah rupa Pokok Johor? Ia tumbuh merendang, namun begitu ia boleh mencecah
ketinggian sehingga 10 meter. Ia boleh ditanam secara tut atau biji benih dan tumbuh dengan pucuk
berwarna ungu muda yang kemudiannya bertukar menjadi daun berwarna hijau. Ia akan berbuah selepas 2
tahun ditanam tanpa mengira musim dan boleh hidup sehingga 20 tahun.

Pokok Johor ditanam sebagai hiasan kerana buah pokok ini bergugus seperti buah anggur dengan
kulit serta bentuk buah seperti buah ceri. Setiap gugus buah boleh mengandungi sehingga 20 biji dengan
saiz buah di antara 2cm hingga 3cm, berbentuk bulat dan tajam dihujungnya. Ia berwarna hijau kemerahan
sewaktu muda, seterusnya merah dan kemudian menjadi merah kehitaman sebagai tanda ia benar-benar
masak. Jika buah ini dimakan sebelum masak rasanya kelat manakala setelah masak rasanya manis dan
berlemak. Untuk menikmati rasa yang lebih sedap, buah ini perlu digelekkan dengan menggunakan dua
tapak tangan sebelum dimakan.

39

Apakah kelebihan Pokok Johor? Kajian Pusat Penyelidikan Sumber Strategik Mardi mendapati
buah ini mengandungi pigmen merah yang berfungsi sebagai antosianin penting yang bertindak sebagai
antioksidan bagi mencegah pelbagai penyakit seperti kanser dan arterosklerosis. Ianya juga dapat
mengurangkan inflamasi atau keradangan, mencegah jangkitan bakteria, mengawal paras gula dalam
darah dan membantu menjaga kesihatan kulit dan masalah penuaan sebelum usia. Malah,ia turut
mengandungi sebatian fenolik yang lebih tinggi berbanding buah tempatan yang lain di mana ia dapat
membunuh radikal bebas dalam badan yang menjadi punca utama kepada pelbagai penyakit. Manakala
dalam satu kajian yang berbeza, daun Pokok Johor juga berpotensi untuk digunakan dalam rawatan
mencegah hyperglycaemia disebabkan oleh penyakit darah tinggi Type-II.

Melihat kepada pelbagai potensi penggunaan Pokok Johor maka pihak UiTM Johor boleh
menggunakan Pokok Johor ini sebagai identiti UiTM Johor dengan menanamnya secara meluas di
sekitar kampus Segamat dan Pasir Gudang. Selain ditanam sebagai tanaman hiasan, Pokok Johor ini
berpotensi untuk ditanam bagi menjana pendapatan kepada UiTM. Ini kerana, buah pokok tersebut boleh
diproses sebagai produk minuman berkhasiat dan dikomersialkan sebagai produk khusus negeri Johor.
Ini berasaskan kejayaan Mardi menghasilkan produk minuman dan jeli kesihatan dari Pokok Johor, tetapi
belum dikomersialkan.

40

PENUBUHAN PUSAT INKUBUTOR SPA DAN SAUNA SEBAGAI
PENJANA KEWANGAN UNIVERSITI

Jannah Munirah Md Noor, Che Faridah Che Mahmood, Ahmad Fuzi Md Ajis, Nurulashikin
Romli, Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman, Nureyliawati Japelus, Syaimak Ismail

Idea penubuhan Pusat Inkubator SPA dan Sauna (PIKSS) UiTM Johor bermula pada tahun
2013. Idea ini terhasil daripada pemerhatiaan penyelaras tentang masalah ibu tunggal di Johor
yang terputus sumber pendapatan selepas bercerai atau kematian suami. Untuk membantu
menjana pendapatan para golongan wanita maka lahirlah idea mobiliti spa yang diberi nama
Home Based Cosmetology Specialist System (HobCos) bagi mengatasi masalah ibu tunggal
yang tidak dapat keluar bekerja kerana kekangan untuk menjaga anak di rumah dan membantu
golongan ibu tunggal untuk menjana kewangan dari rumah.
Selain itu juga, ramai di kalangan ibu tunggal mempunyai masalah kewangan untuk memulakan
apa-apa aktiviti penjanaan pendapatan. Jadi melalui projek HobCos ini, hanya permulaan
modal sebanyak RM500 para ibu tunggal akan dibekalkan dengan sebuah beg yang lengkap
dengan peralatan spa seperti set rawatan wajah, kaki dan tangan akan digunakan oleh
golongan ibu tunggal untuk memulakan perniagaan dari rumah ke rumah. Hasil daripada
perniagaan yang dijalankan, kebanyakan ibu tunggal telah menjana pendapatan sekitar
RM2000 ke RM4000 sebulan.

41


Click to View FlipBook Version