The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK FPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2021-10-22 00:03:53

e-Dinamik 2020

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK FPM

Keywords: e-dinamik,uitm johor,majalah digital

Selepas kejayaan program bersama ibu tunggal di sekitar Segamat, idea penjanaan
pendapatan ini diperluaskan ke universiti dengan mengekalkan konsep spa dengan idea baharu
iaitu PIKSS UiTM Johor yang berpusat di Kolej Zamrud, Kolej Sektor C UiTM Johor. Terdapat 3
kategori perkhidmatan utama di PIKSS iaitu bengkel latihan kepada pelajar dan masyarakat
setempat, spa rawatan wajah kecantikan dan badan dan butik vendor yang diberi nama sebagai
Butik Vendor Pelajar Mall (BoVesMALL) dan Butik Vendor Komuniti (BoVesCo).

Butik vendor adalah projek terbaru dimana pelajar dan komuniti setempat boleh menyewa
ruang untuk menjual produk di spa. Oleh demikian, pelanggan yang datang membuat rawatan
wajah dan badan boleh membeli barangan yang dipamerkan. Melalui butik vendor ini keuntungan
yang berjaya diperolehi oleh pelajar dan komuniti adalah sebanyak RM1200 sebulan. Keuntungan
dipihak PIKSS pula adalah hasil daripada penyewaan ruang dan komisen jualan. Manakala purata
keuntungan daripada spa rawatan wajah kecantikan dan badan pula adalah RM200 sehari.

Penubuhan PIKSS ini memberikan sumbangan yang besar kepada kewangan universiti,
warga UiTM Johor yang terdiri daripada kakitangan akademik, kakitangan sokongan dan pelajar
UiTM Johor. Moga usaha ini terus kekal istiqamah dan sentiasa mendapat sokongan daripada
semua pihak. PIKSS juga sangat berbesar hati kerana dapat menyumbang kepada penjanaan
pendapatan universiti selain daripada membantu dalam pembangunan masyarakat setempat.

42

PENUBUHAN PUSAT INKUBUTOR SPA DAN SAUNA SEBAGAI
PENYUMBANG KEPADA MASYARAKAT

Jannah Munirah Md Noor, Nurulashikin Romli, Che Faridah Che Mahmood, Ahmad Fuzi Md
Ajis, Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman, Nureyliawati Japelus, Syaimak Ismail

Penubuhan Pusat Inkubutor Spa dan Sauna (PIKSS) UiTM Johor sebagai penyumbang
kepada masyarakat setempat tidak dapat disangkal lagi kerana PIKSS telah berjaya
berkerjasama dengan Pusat Dalaman Komuniti (PDK) dan memperolehi dana sebanyak
RM7,000 daripada KhindStarfish Foundation dan tajaan dana sebanyak RM1,500 daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengajar golongan orang kelainan upaya (OKU)
bagi mempelajari teknik urutan kaki dan tangan. PDK adalah badan yang berperanan dalam
membantu golongan remaja, orang kelainan upaya dan belia untuk mempelajari pelbagai
kemahiran seperti bakeri, kecantikan, urutan dan sebagainya untuk menjadi bekalan pelajar
untuk meneruskan kehidupan mereka dengan menjana pendapatan sendiri hasil daripada
kemahiran yang disediakan oleh pihak PDK. Untuk usahasama ini, seramai 30 orang OKU telah
diberikan latihan bagi memantapkan kemahiran mereka.

Seterusnya, projek kemasyarakatan PIKSS diteruskan melalui program CABCOS 2.0
Cube dimana PIKSS membawa seramai 20 orang OKU yang berkemahiran dan terlatih kepada
staf UiTM yang berminat untuk mendapatkan rawatan secara pejabat ke pejabat. Hasil daripada
program yang berlangsung selama 2 hari tersebut, jumlah pendapatan mereka adalah sebanyak
RM1,800 dengan purata hasil individu sebanyak RM90 seorang. Program ini telah membuahkan
hasil yang positif kerana berjaya membantu golongan OKU untuk menjana pendapatan selain
berjaya meningkatkan tahap keyakinan golongan ini untuk berhadapan dengan masyarakat.
Usaha ini juga berjaya membuka minda serta mengubah persepsi masyarakat terhadap
golongan OKU.

Projek kemasyarakatan diteruskan lagi tetapi pendemik melanda dunia menjadikan tahun
2020 adalah tahun yang mencabar kepada mereka yang menceburi bidang perniagaan akibat
daripada penularan virus Covid-19 sehinggakan peratusan keuntungan syarikat dan perniagaan
jatuh mendadak pada ketika ini. Jadi, untuk memastikan jualan diteruskan pada musim
pendemik ini, kaedah perniagaan sedia ada perlu bertukar corak kepada perniagaan secara di
atas talian. Selain daripada itu, pemasaran secara digital juga perlu dititik beratkan bagi
memastikan kelangsungan dan kelestarian perniagaan yang sedia ada.

43

Sejajar dengan persekitaran norma baru didalam dunia perniagaan selepas pendemik
melanda, PIKSS juga mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan melalui kaedah
pendigitalan. Buat pertama kalinya, PIKSS telah melangkah setapak di hadapan dengan
menyediakan pakej latihan rawatan spa secara digital dengan menawarkan latihan kepada
komuniti yang ingin mempelajari teknik kemahiran rawatan spa yang betul. Selain daripada itu,
PIKSS juga mengajar komuniti yang berminat untuk mempelajari teknik dan kemahiran
pemasaran secara digital dengan menggunakan platform sosial media yang sedia ada seperti
Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp. Hasil daripada latihan ini, mereka mampu untuk
mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan melalui media sosial dengan menawarkan
pakej rawatan yang menarik kepada pelanggan. Penglibatan peserta didalam latihan yang
disediakan, mereka mampu untuk berdikari, membina empayar perniagaan dalam bidang
kecantikan dan meneruskan kelangsungan hidup dalam situasi mencabar pada masa akan
datang.

Diharapkan dengan penubuhan PIKSS ini dapat membantu masyarakat dalam menjana
pendapatan juga membentuk jalinan dan hubungan silaturahim yang baik diantara PIKSS yang
mewakili pihak universiti dengan masyarakat setempat.

44

Catatan Masjid Quba’ : Sekadar Solat 2 Rakaat Ganjaran
Seumpama Pahala Umrah

Hj Shafiee Hj Md Tarmudi & Muhamad Ismail Hj Pahmi

Untuk ruangan ini, kami akan membawa pembaca sekalian ke sebuah masjid yang sangat
istimewa selepas Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan juga Masjidil Aqsa iaitu Masjid Quba’.
Masjid Quba’ dibina pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal 1 Hijriah bersamaan 23 September 622M
di atas sebidang tanah seluas 1.200 meter persegi milik keluarga Kalsum bin Hadam dari
Kabilah Amru bin Auf. Ia terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira lima
kilometer dari Masjid Nabawi. Lazimnya, masjid ini menjadi lokasi pertama dalam setiap
ziarah luar di kalangan jemaah haji mahu pun umrah.

Sahl ibn Hunaif RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ٍ‫َﻣ ْن ﺗَ َط ﱠﮭ َر ﻓِﻲ َﺑ ْﯾ ِﺗ ِﮫ ﺛُ ﱠم أَﺗَﻰ َﻣ ْﺳ ِﺟدَ ﻗُ َﺑﺎ ٍء ﻓَ َﺻﻠﱠﻰ ﻓِﯾ ِﮫ َﺻﻼَةً َﻛﺎ َن َﻟﮫُ َﻛﺄَ ْﺟ ِر ﻋُ ْﻣ َرة‬

Maksudnya: Sesiapa yang bersuci di rumahnya, dan datang ke masjid Quba’ kemudian solat,
maka pahalanya seumpama pahala mengerjakan umrah.
Riwayat Ibn Majah

Namun demikian, seperti majoriti jemaah haji dan umrah yang lain, kekangan masa di Kota
Madinah dan bergantung pada jadual perjalanan yang telah ditetapkan oleh agensi
pengendali umrah, hanya segelintir jemaah yang dapat merebut peluang untuk menziarahi
masjid ini lebih dari sekali. Oleh yang demikian, sekiranya ada kemampuan, maka kami amat
galakan kepada para pembaca sekalian untuk merebut ganjaran yang besar ini berulang-
ulang kali.

Kepada yang ingin membeli buah tangan khususnya buah kurma, berdasarkan kepada
pemerhatian dan pengalaman kami, di sini juga kita boleh mendapat harga yang lebih murah
seperti kurma Ajwa (kurma nabi) yang ditawarkan sekitar SR25 – SR40, Safawi SR15 –SR20
dan pelbagai jenis lagi yang mana harga seperti ini tidak dapat diperolehi dikedai-kedai
disekitar bangunan hotel penginapan. Oleh sebab itu kebiasaanya semasa ziarah
persendirian, seusai solat di dalam masjid, kami akan menggunakan masa yang ada untuk
sesi bergambar kenangan manakala semasa ziarah dengan agensi pengendali umrah pula,
sewaktu rakan jemaah yang lain sibuk mengabadikan kenangan dengan bergambar, kami
sudah mula sibuk untuk membeli buah tangan.

45

Untuk ruangan ini, kami akan membawa pembaca sekalian ke sebuah masjid yang dikenali
dengan Masjid Dua Kiblat iaitu Masjid Qiblatain. Masjid Qiblatain di Jalan Khalid bin Al Walid,
barat laut Kota Madinah adalah salah satu dari tiga masjid paling awal dalam sejarah Islam,
selain Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Masjid Qiblatain ini terletak di atas sebuah bukit kecil di
sebelah utara Harrah Wabrah, Madinah. Masjid Qiblatain pada mulanya dikenali dengan nama
Masjid Bani Salamah kerana dibina di atas bekas rumah Bani Salamah. Masjid ini terletak sejauh
7 kilometer dari Masjid Nabawi di Madinah.
Masjid ini dikenali dengan nama Qiblatain kerana ketika Nabi Muhammad SAW sedang solat
Zohor berjemaah bersama para sahabat dirakaat kedua, turunnya Malaikat Jibril menyampaikan
Wahyu Allah yang memerintahkan mengubah arah kiblat dari menghadap Baitul Maqdis ke arah
Kaabah di Masjidil Haram, Makkah lalu Nabi Muhammad SAW terus mengubah arah solat ke
Kaabah dan meneruskan solat sehingga tamat. Semenjak itu, arah kiblat umat Muslim pun
berubah ke Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.
Dalam Alquran Allah berfirman: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit
maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu
ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan
sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al-Kitab (Taurat dan Injil) memang
mengetahui bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Allah dan Allah sekali-kali
tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan (Al-Baqarah: 144

46

KARYA KREATIF

47

India oh India

Rohani Jangga

Aku berkunjung ke India bersama-sama ini kami mengambil keputusan untuk solat di
dengan seorang anak perempuan dan empat kawasan yang agak tersorok dari pandangan
lagi kenalan pada bulan Februari 2018. Antara orangramai secara bergilir-gilir.
bandar-bandar yang dilawati adalah New Delhi,
Srinagar, Agra dan Jaipur. Kami sepakat memilih Selepas menunaikan solat subuh, kami
bulan ini kerana ada cuti akhir semester yang menghampiri boarding gate dan duduk di
panjang dan kami ingin menikmati pengakhiran beberapa kerusi yang kosong. Kami ternampak
musim sejuk di Srinagar. beberapa orang pelancung perempuan yang
seakan-akan orang Malaysia. Setelah kami
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke New menegur mereka dan mengesahkan bahawa
Delhi mengambil masa lima jam lima puluh minit mereka adalah orang Malaysia, maka kami pun
dengan syarikat penerbangan MAS. Kami tiba di mulalah berbual mesra. Rupanya mereka juga
New Delhi International Airport pada waktu mahu ke Srinagar walaupun dengan
tengah malam. “Connecting flight” ke penerbangan berlainan. Sedang kami rancak
Srinagar/Kashmir pada pukul 7.30 pagi berborak, kami terdengar pengumuman yang
keesokkan harinya. Kami tidak berani untuk menyebut bahawa penerbangan kami ke
keluar dari kawasan lapangan terbang untuk Srinagar dengan Air India ditangguhkan untuk
berehat di mana-mana hotel yang berdekatan beberapa jam. Kami berpandangan antara satu
kerana kami takut terlepas penerbangan akibat sama lain. Setahu kami jika penerbangan
tiada pengangkutan awam ataupun terkandas ditangguhkan untuk beberapa jam, penumpang
disebabkan oleh pemeriksaan bagasi oleh boleh mendapat makanan percuma dari syarikat
tentera Kerajaan India di luar lapangan terbang. penerbangan yang terlibat. Kami berpakat untuk
Jadi kami terpaksa ‘bergelandangan’ di ruangan bertanya kepada pegawai syarikat penerbangan
menunggu di dalam lapangan terbang. yang bertugas di kaunter berdekatan.
Malangnya, semua kerusi di situ dipenuhi oleh
penumpang-penumpang yang sedang tidor. Maka mulalah pengalaman kami
berkomunikasi dengan pegawai syarikat
Sementara menunggu pengawal penerbangan yang tidak begitu fasih berbahasa
bertugas membenarkan kami masuk ke ruangan Inggeris. Selesai bercakap dengan pegawai
dalam, aku mencari tempat di sebalik sebuah tersebut, kami diarahkan untuk pergi ke satu lagi
tiang besar dan baring di atas lantai. Kawan- kaunter. Kami ulang balik permintaan kami.
kawanku yang lain hanya berlegar-legar di Beliau menyuruh kami duduk dulu dan beliau
kawasan tersebut sehingga pukul 4.00 pagi akan cuba untuk mendapatkan kupon makanan
sebelum kami dibenarkan untuk masuk ke dalam percuma dari pegawai lain. Sedang kami
untuk proses pendaftaran masuk. Di ruangan ini menunggu, tiba-tiba ada pengumuman yang
terdapat lebih banyak kerusi untuk kami menyatakan gate berlepas kami telah bertukar.
menunggu sehingga waktu berlepas.
Disebabkan tiada surau di kawasan menunggu

48

Apa lagi, dengan pantas kami Tanpa ku sedar rupanya hampir empat
mencapai bag masing-masing dan berjalan puluh lima minit drama perebutan tempat
menuju ke gate berlepas yang baru. Selepas duduk berlaku tadi. Apa yang unik tentang
menunggu lebih dua jam dan tiada tanda- penerbangan ke Srinagar adalah semua
tanda yang kami akan mendapat kupon anak kapal adalah terdiri dari pramugara

makanan percuma, nombor penerbangan sahaja. Kami dijamu dengan makanan
kami dipanggil. Alhamdulillah. Kami berjalan ringan sahaja kerana tempoh penerbangan
masuk ke dalam perut pesawat yang hampir adalah selama satu jam 15 minit.
penuh dengan penumpang bangsa India.
Setelah semua penumpang duduk, kami Aku mendapat tempat duduk di bahagian

menunggu pesawat berlepas. Tiba-tiba kami tingkap dan sangat teruja apabila buat
terdengar suara beberapa penumpang pertama kalinya dapat melihat keindahan
sedang bercakap dengan kuat dari arah banjaran Himalaya yang terbentang luas
belakang kapal terbang. Kami menoleh ke dan diselaputi dengan salji. MasyaAllah.
belakang untuk mengetahui apa yang Kami tiba di Srinagar hampir pukul 12

sedang berlaku walaupun tidak memahami tengahari. Sekali lagi aku teruja dengan
apa yang sedang diperkatakan. kehadiran salji di luar bangunan lapangan
terbang Srinagar yang agak kecil. Kami
Kelihatan beberapa orang dijemput oleh pemandu dari agensi
pelancongan yang telah kami tempah
penumpang dan pramugara sedang berjalan
sebelum ini, Ashraf namanya.
ke hadapan. Tidak lama selepas tu, mereka Memandangkan kami kelaparan, dia
membawa kami terus ke hotel untuk
ke belakang semula. Kemudian ke depan mendaftar masuk dan kemudiannya kami
makan tengahari. Sudah tentu menu yang
semula. Penumpang-penumpang yang lain
disediakan adalah menu tempatan yang
termasuk kami, mula bercakap sesama banyak menggunakan sayur-sayuran segar
dan kurang berminyak. Berselera kami
kami. Kawan aku bertanya kepada menghadapi rezeki tengahari itu.Selepas itu
kami dibawa melawat ke taman bunga
penumpang bangsa India yang duduk di
berhampiran yang tiada bunga kerana ia
sebelah dia. Rupanya ada masalah adalah penghujung musim sejuk. Suasana
bandar Srinagar agak nyaman. Walaupun
perebutan tempat duduk di antara dua orang sesekali ada kedengaran bunyi hon kereta
tetapi secara keseluruhannya pemandu-
penumpang tempatan. Tiba-tiba aku
pemandu di sini yang hampir semua adalah
terdengar suara perempuan yang agak kuat lelaki, membawa kenderaan dengan
berhemah kerana jalanraya di sini agak
dan tegas dari arah depan pesawat. sempit.

Rasanya perempuan itu adalah pegawai

atasan Air India. Dia bergegas ke bahagian

belakang dan terjadilah perbualan yang

boleh didengari oleh semua penumpang di

dalam pesawat itu di antara dia dan

beberapa orang penumpang yang terlibat.

Tidak lama selepas itu beliau berjalan ke

hadapan. Selepas itu baru ada

pengumuman yang menyatakan pesawat

akan berlepas ke Srinagar. Alhamdulillah.

49

Kami berjalan menyelusuri Tasik Dal yang masyhur dengan ‘boathouse’. Sangat
cantik dan tenang pemandangan di keseluruhan kawasan tasik yang bersaiz lebih kurang
lapan belas kilometre persegi. Beberapa sampan kecil (shikava) sedang bergerak tenang di
atas permukaan air Tasik Dal. Ada yang membawa penumpang dan ada yang penuh berisi
dengan barang-barang untuk dijual kepada pelancong seperti ‘fridge magnet’, pokok bunga,
tudung pashmina dan sebagainya. Kami tiba di sebuah gerai kecil yang menjual ‘chai’ iaitu
teh susu yang dimasak di atas dapur. Harga secawan kecil ‘chai’ agak murah jika
dibandingkan dengan harga secawan teh tarik di Malaysia. Pada mulanya kami agak
keberatan untuk membeli ‘chai’ ini kerana kurang yakin dengan tahap kebersihan air yang
digunakan untuk membuat ‘chai’. Tapi…kami beli juga dan duduk di situ. Satu pengalaman
yang tak akan dilupakan di mana kami minum ‘chai’ panas sambil menikmati pemandangan
Tasik Dal dalam cuaca dingin yang menyegarkan.

50

BICARA SEORANG HAWA

Siti Farrah Shahwir

Kata si adam makhluk bernama hawa sangat sukar difahami
Kata si adam bicara hawa dibibir tidak seumpama bisikan di hati
Kata si adam salah cakap terjentik lah luka dihati
Jadi serba salah di buatnya setiap kali lontaran pandangan menjadi salah
tafsirannya

Tidak susah si adam untuk memahami hawa!
Kalau hawa bertanya cantik kah, okey kah sesuatu pertanyaan
Jangan terus membalas cantik !
Jangan pula berkata okeylah!
Maksudnya itu berbeza sama sekali
Jawapan pendek “cantik” zahirnya di mata hawa seperti tidak punya keikhlasan
Jawapan pendek “okeylah” maksudnya tidak cantik
Jika di jawab tidak cantik maka panjanglah muncung si hawa
Jadi perlu jawab apa?
Pujilah si hawa dengan kiasan manis yang panjang
Pandang matanya dan sempurnakan pandangan walaupun sendiri tak pasti
Katakan cantik dan padan warna dan bentuk dengan si hawa
Pasti senyum sampai ke telinga
Kalau si hawa membelek harga dan teragak-agak untuk memilikinya
Nah
Ini masanya si adam untuk menghadiahkannya kepada hawa
Kerana itulah masa yang tepat untuk memenangi hatinya.

51

֍ Kompilasi Penenang Jiwa ֍

Farizah Mamat, Khairunnisa Rahman, Muharratul Sharifah Shaik Alaudeen,
Roha Mohammad Noah

֍ “ Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka Allah akan
meneranginya dengan cahaya antara dua jumaat” – Riwayat al-Baihaqi –

֍ Rasulullah SAW bersabda: ‘siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa
billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah
kebimbangan’. – Hadis Riwayat Tabrani –

֍ solat bukanlah “tayar ganti yang ditarik keluar Ketika dilanda masalah.. tapi ia adalah
“stereng” yang menunjukkan jalan benar – Tazkirah Ustaz Kazim –

֍ Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki
amalannya.” – Surah al-A’raf --

֍Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah
mengampunimu?” – Surah an-Nuur:220 –

֍ “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka
tanpa batas.” – Surah az-Zumar:10 –

52

֍Kecemburuan seorang wanita adalah kekufuran, sedangkan kecemburuan seorang
lelaki itu adalah keimanan. – Sayidina Ali bin Abi Thalib –
֍ .Orang yang suka berkata jujur akan mendapatkan 3 hal, iaitu: KEPERCAYAAN,
CINTA DAN RASA HORMAT. – Sayidina Ali bin Abi Thalib –

֍ Hati -hati dalam berbicara.. ia mungkin boleh dimaafkan, tapi belum tentu dapat
dilupakan - Tazkirah Ustaz Kazim –

֍ Ingatlah kesalahan-kesalahan sendiri sebelum menyalahkan orang lain. -Nabi
Muhammad SAW

֍ “ Kita sangka apa yang kita nak itu yang terbaik, Tapi apa yang Allah SWT beri
itulah yang terbaik.” – Ustaz Ebit Lew –

֍ Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, dan akan
Kembali ke tanah. Lalu kenapa masih bersifat langit? – Hamka –

֍ “Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.” – Imam as-Syafi’e –
֍ “ Istighfar untuk masa lalu, bersyukur untuk hari ini, berdoa untuk hari esok.” -
Tazkirah Ustaz Kazim -

53

54

PROFIL PENULIS-PENULIS

LAPORAN AKTIVITI JABATAN DAN PENSYARAH

Maizura Md Isa
Nik Nur Shafika Mustafa

Nor Hazila Ismail
Nur’Asyiqin Ramdhan
Nur Liyana Mohamed Yousop
Syamsyul Samsudin

KARYA AKADEMIK DAN UMUM

Aflah Isa
Ehsan Fansuree Mohd.Suri (Dr., UiTM Cawangan Selangor)

Ferri Nasrul
Jannah Munirah Mohd Noor

Kamal Fahrulrazy Rahim
Mardziyana Mohamad Malom

Mohamad Azwan Md Isa
Nazaria Md. Aris (UNIMAS)

Nik Nur Shafika Mustafa
Norhasniza Mohd Hasan Abdullah

Nur’Asyiqin Ramdhan
Nur Liyana Mohamed Yousop

Nurulashikin Romli
Oswald Timothy Edward
Roslina Hj. Mohamad Shafi (Dr.)

Ruziah A. Latif
Shashazrina Roslan
Syamsyul Samsudin

Tay Bee Hoong
Wan Mohd Farid Wan Zakaria

Yuslizawati Mohd Yusoff
Zaibedah Zaharum
Zuraidah Ahmad
Zuraidah Sipon

KARYA KREATIF

Husnizam Hosin
Mohamad Azwan Md Isa
Oswald Timothy Edward

55

LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN PENSYARAH

56

UiTM JOHOR DAN SECURITIES INDUSTRY
DEVELOPMENT CORPORATION (SIDC) METERAI MOU

Syamsyul Samsudin & Nik Nur Shafika Mustafa

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan SIDC
telah diadakan pada 26 November 2019. Memorandum ini telah ditandatangani oleh Tengku
Zarina Tengku Chik, Ketua Pegawai Eksekutif SIDC manakala bagi pihak UiTM pula diwakili
oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar, Rektor UiTM Johor ketika itu. Majlis yang
dihadiri oleh 1,000 orang pelajar dan 50 orang kakitangan dan jemputan luar ini telah
diadakan di Dewan Sri Temenggung UiTM Johor. MoU ini bertujuan memantapkan program
akademik Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan
di UiTM Johor. Jalinan yang termeterai ini dapat memberikan lebih banyak peluang dan
ruang untuk warga UiTM Johor meningkatkan lagi imej UiTM demi menuju ke arah universiti
yang berprestij. Selain itu, bersempena majlis menandatangani MoU ini telah diadakan
Program Bicara CEO (CEO Talk) yang merupakan Inisiatif Rektor bagi tahun 2019. Program
ini sejajar dengan salah satu seruan Inisiatif Naib Canselor 2019, iaitu mempergiatkan
Program CEO@Faculty. Program Bicara CEO ini amat bernilai kepada warga UiTM Johor,
khususnya para pelajar kerana dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan Tengku
Zarina Tengku Chik selaku Ketua Pegawai Eksekutif SIDC. Beliau merupakan individu yang
berperanan penting dalam menjayakan sebuah organisasi yang menentukan peraturan dan
garis panduan dalam pasaran ekuiti. Semoga lebih banyak kerjasama terjalin antara SIDC
dan UiTM melalui MoU ini.

57

PELAJAR BBA (HONS) INVESTMENT MANAGEMENT
MELAKAR SEJARAH

Nur’Asyiqin Ramdhan, Nur Liyana Mohamed Yousop,
Nor Hazila Ismail, Maizura Md Isa & Syamsyul Samsudin

UiTM Johor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
dengan Securities Industry Development Corporation (SIDC) pada 26 November 2019.
Bertitik tolak daripada kerjasama ini, pihak UiTM Johor dan SIDC telah bersetuju
menganjurkan Peperiksaan Professional License: Dealing in Securities License.
Peperiksaan ini mengandungi dua modul iaitu Modul 6: Stock Market and Securities Law
dan Modul 7 : Financial Statement Analysis and Equity. Peperiksaan ini telah dijalankan
pada 6 Mac 2020 bertempat di CGS-CIMB Trading Room UiTM Johor. Seramai 3 orang
pelajar dari Program BA 251 telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Mereka
ialah Muhammad Mu’az Manor, Najmi Hasif Anuar dan Muhammad Iqbal Isham. Kejayaan
mereka telah melakar sejarah baharu buat UiTM Johor di mana ia merupakan kali pertama
pelajar UiTM Johor yang masih dalam pengajian lulus peperiksaan profesional ini. Tahniah
diucapkan kepada semua pelajar-pelajar ini. Sijil profesional ini akan menjadi nilai tambah
kepada pelajar untuk bersaing dalam pasaran kerjaya kelak.

58

KARYA AKADEMIK
DAN UMUM

59

TABUNG

Zaibedah Zaharum, Mohamad Azwan Md Isa,
Mardziyana Mohamad Malom & Yuslizawati Mohd Yusoff

Menabung merupakan satu amalan proaktif berpaksikan kesedaran seseorang
dalam membuat persediaan dan perancangan kewangan bagi menjamin masa depan yang
cerah. Namun, ramai dalam kalangan masyarakat kita sebenarnya tidak memahami konsep
asas menabung. Apakah sebenarnya maksud tabung itu sendiri? Mengikut kamus Melayu,
terdapat dua definisi tabung. Pertama, tabung sinonim dengan bekas: celengan, bumbung
tukil, tarkes, kupi, bacuk, pacuk, botol, balang, geleta, takar, kendi, buyung, gurih, sulang,
silinder. Kedua, tabung sinonim dengan dana: pura, rizab, simpanan, kumpulan wang.

Sejak kecil lagi kita biasa mendengar pepatah mengenai kepentingan menabung
iaitu “simpan sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit”. Sepatutnya aktiviti menabung ini telah
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian kita. Pendidikan kewangan
semenjak usia muda adalah sangat penting bagi memupuk budaya menabung dalam
kalangan kanak-kanak. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik untuk menabung dan ini
boleh mendorong anak-anak menjauhi pembaziran, bak kata pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Amalan menabung ini perlu dijadikan instrumen dalam mendepani kos
hidup yang semakin kompleks dan mencabar. Anak-anak perlu didedahkan dengan budaya
hidup sihat dan mengenali pengurusan dunia kewangan dan impaknya kepada ekonomi diri,
keluarga dan kepentingannya di peringkat sarwajagat.

Pada zaman yang serba canggih dengan kepesatan kemajuan sains dan teknologi
ini memaksa kita mendapatkan pendidikan yang sempurna agar dapat bersaing di pentas
global. Walaupun amalan menabung ini merupakan perkara yang positif, masih ramai rakyat
Malaysia terutamanya golongan remaja yang memandang sepi akan faedah menabung
kepada mereka. Melalui tabiat menabung, kita akan mendapat pelbagai limpahan nikmat.
Pelbagai pihak perlu membuka mata akan faedah menabung kepada seseorang apatah lagi
dalam era ledakan maklumat dan bahang industrialisasi kini.

Sebenarnya masih belum terlewat untuk menyegarkan kembali budaya menabung,
walaupun ada yang beranggapan ekonomi sudah di ambang tahap gawat. Menabung boleh
dijadikan benteng untuk mendepani realiti dunia baharu yang pantas berubah dan
berkembang. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi
memastikan obligasi terhadap amalan menabung terus subur dalam diari ekonomi setiap
individu agar kemakmuran diri dan negara dapat dikekalkan momentumnya.

60

RISIKO PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Oswald Timothy Edward & Dr. Ehsan Fansuree Mohd.Suri

Prestasi sesebuah perniagaan perlu mengambilkira risiko persekitaran perniagaan
di mana ianya beroperasi. Kehadiran Revolusi Perindustrian ke-4 (Industri 4.0) yang bakal
membawa bersama perkembangan teknologi pengkomputeran dan automasi baharu bukan
sahaja akan merancakkan lagi perubahan teknologi perkomputeran dan pengautomasian,
malah turut meningkatkan kebergantungan manusia kepadanya. Tiada siapa yang boleh lari
daripada menerima tempias teknologi ini.

Pendedahan media massa berkaitan Industri 4.0 sedikit sebanyak memberi
kesedaran tentang peri pentingnya hal ini kepada semua lapisan masyarakat. Pendedahan
tersebut juga tidak kurang menimbulkan perasaan bimbang, cemas dan takut dalam diri
individu untuk menghadapi perubahan yang bakal berlaku disebabkan oleh Industri 4.0.

Dalam persekitaran perniagaan yang semakin kuat dan mencabar ini, usahawan
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran amat diperlukan di pasaran kerana ianya
adalah keperluan bagi usahawan ini untuk membuat keputusan yang cepat dan tepat.
Walaubagaimanapun, ramai usahawan gagal menguruskan perniagaan dalam persekitaran
perniagaan yang mencabar dan sentiasa berubah oleh kerana kurangnya keupayaan dalam
menangani situasi seperti ini.

Dalam perbincangan ini, persekitaran perniagaan yang dimaksudkan adalah
persekitaran luaran yang berkemungkinan mempengaruhi perjalanan operasi sesuatu
perniagaan. Faktor-faktor luaran tersebut terdiri daripada pesaing, pengguna, peranan
kerajaan, peranan institusi kewangan dan peluang pemasaran. Cabaran luaran yang
dihadapi mungkin dari segi persaingan perniagaan, perubahan citarasa pelanggan,
keadaan ekonomi semasa, situasi politik dan lain-lain lagi.

Oleh itu, untuk kekal bersaing, setiap perniagaan perlu memberi perhatian terhadap
perubahan persekitaran perniagaan ini. Tindakbalas yang pantas dapat membantu
perniagaan untuk bergerak selari atau lebih maju daripada pesaing.

Persekitaran dinamik mempercepatkan perangkaan strategi untuk memberi saingan
terhadap pesaing. Selain itu, kerjasama antara satu perniagaan ke perniagaan yang lain
akan memberi impak yang positif dan lebih efisien.

Berdasarkan penyelidikan, persekitaran dinamik merupakan perubahan yang
terdapat di dalam persekitaran perniagaan. Para penyelidik berpendapat bahawa konsep
persekitaran dinamik ini adalah sama seperti konsep persekitaran bergolak.

61

Perniagaan yang beroperasi di dalam persekitaran dinamik ini memerlukan kadar
inovasi supaya dapat berdaya saing. Oleh itu, sarjana-sarjana ini berpendapat setiap
usahawan perlu mempersiapkan diri dengan pendidikan, pengetahuan dan skil untuk
membolehkan mereka bergerak pantas dalam perniagaan.

Persekitaran dinamik memerlukan kepantasan usahawan supaya berfikir dan
bertindak segera terhadap peluang perniagaan. Ini kerana, hasil daripada pengetahuan dan
skil yang diperolehi dari latihan dan pendidikan membolehkan usahawan meningkatkan
daya kreativiti untuk melakukan inovasi.

Ternyata usahawan akan mengalami kesukaran untuk bersaing jika sesuatu
perniagaan itu hanya menjalankan inovasi terhad, walhal pesaing-pesaing telah mengorak
langkah dan memaksimumkan penggunaan teknologi terkini.

Ketidakpastian pengaruh persekitaran perniagaan akan mempengaruhi prestasi
perniagaan. Bagi perniagaan yang berkeinginan untuk berjaya, perniagaan tersebut
perlulah berupaya untuk menangani pengaruh persekitaran perniagaan ini. Sebagai contoh,
setiap perniagaan akan mengalami situasi ketidaktentuan terhadap nilai jualan tahunan dan
juga persaingan.

Setiap perniagaan tidak mengira saiz pasti akan menempuhi cabaran-cabaran ini,
cuma bagaimana ianya dihadapi bergantung kepada kebijaksanaan seseorang usahawan
itu untuk merangka strategi menghadapi cabaran tersebut.

Perniagaan yang mempunyai nilai modal insan yang tinggi berupaya menangani
permasalahan ini, manakala perniagaan yang kurang mempunyai nilai modal insan
menganggap tekanan dari persekitaran perniagaan ini sebagai ancaman lantas gagal untuk
menangani krisis ini. Oleh itu, pemahaman terhadap risiko persekitaran perniagaan ini amat
penting kepada usahawan.

62

RETAIL APOCALYPSE: MENDEPANI CABARAN
BAHARU SEKTOR PERUNCITAN

Ferri Nasrul, Ruziah A. Latif,
Mohamad Azwan Md Isa & Nazaria Md. Aris

Beberapa tahun kebelakangan ini industri peruncitan fizikal antarabangsa
dibelenggu fenomena yang dikenali sebagai retail apocalypse atau kehancuran runcit. Ia
merupakan gelombang penutupan premis-premis peruncitan yang terbesar pernah
berlaku dalam dunia perniagaan. Kita dikejutkan dengan penutupan premis-premis
perniagaan beberapa jenama terkenal seperti Crocs dan Macy di Amerika Syarikat
manakala di United Kingdom pula seperti Marks and Spencers dan Mothercare.
Penutupan gedung-gedung ternama tersebut adalah sebahagian usaha mengecilkan
operasi perniagaan secara fizikal bertujuan mengurangkan kerugian. Di samping itu,
berita kemuflisan peruncit permainanan kanak-kanak yang tersohor iaitu Toys ‘R Us dan
beberapa peruncit antarabangsa yang telah memfailkan muflis seperti Payless dan
Gymboree juga dikaitkan dengan fenomena ini. Walau bagaimanapun, istilah retail
apocalypse ini mengundang pelbagai pandangan daripada penganalisa pasaran.

Salah satu penyebab utama fenomena retail apocalypse ini adalah berlakunya
gelombang perniagaan dalam talian atau e-dagang. Perniagaan secara online ini
banyak merubah lanskap perniagaan seperti persaingan yang lebih terbuka dan
tentunya pada kos yang lebih rendah. Mereka tidak memerlukan kedai berbentuk
bangunan fizikal dan ini mengurangkan kos pengoperasian. Malah, lingkup pasaran
secara online lebih luas dari segi capaian kawasan. Demografi budaya membeli-belah
pelanggan kini telah beralih kepada pembelian dalam talian dengan menggunakan
pelbagai peranti dan saluran. Kaedah ini bukan sahaja memudahkan pembeli tetapi juga
dilihat lebih kompetitif daripada aspek promosi dan harga. Oleh itu, peruncit yang
enggan atau lambat untuk mengadaptasi saluran digital ini dalam operasi jualan mereka
akan mengalami kesan buruk dan gagal untuk bersaing.

Selain itu, kemunculan terlalu banyak gedung membeli-belah juga dikatakan
antara penyumbang kepada fenomena retail apocalypse ini. Di Amerika Syarikat, kadar
pertumbuhan gedung membeli-belah ini dikatakan dua kali ganda daripada kadar
pertumbuhan populasi mereka. Tambahan pula kadar pengunjung ke gedung membeli-
belah sedia ada telah pun mengalami penguncupan dari tahun ke tahun. Generasi
milenial juga dikatakan lebih menghargai sekiranya wang mereka digunakan untuk
aktiviti dan menimba pengalaman mereka bersama alam semulajadi berbanding
membelanjakan wang untuk membeli-belah barangan di kedai-kedai.

63

Sumber: www.statisca.com

Fenomena retail apocalypse ini menyaksikan pelbagai kisah jenama-jenama fesyen
yang sebelum ini mempunyai rangkaian di segenap benua telah menggulung tikar. Pada
tahun 2019 sahaja di Amerika Syarikat terdapat lebih 9,000 kedai yang terpaksa ditutup.
Sudah tentu ini akan menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran dan mereka
yang hilang punca pendapatan ini pula sudah tentu tidak lagi berbelanja di kedai-kedai
rangkaian runcit yang lain. Ini boleh menjadi cabaran kesan domino kepada ekonomi
sesebuah negara. Di samping itu, sekiranya semakin banyak rangkaian kedai yang
menutup operasi mereka, semakin banyak ruang niaga dikosongkan seterusnya akan
memberi kesan kepada pemilik hartanah gedung membeli-belah dan juga aktiviti pelaburan
REITs (real estate investment trusts) dalam sektor ini.

Perniagaan yang cepat mengadaptasi kepada perubahan demografi budaya
membeli-belah semasa dan bijak mengambil kesempatan untuk mengukuhkan operasi
dalam keadaan sukar ini terutama impak daripada pandemik Covid-19 dilihat sebagai yang
terselamat atau survivor. Penganalisa ekonomi juga berpendapat tindakan mengurangkan
bilangan kedai dalam rangkaian perniagaan sesebuah syarikat sebagai strategi berkesan
untuk mengurangkan kos keseluruhan dan seterusnya memulihkan kadar keuntungan
syarikat. Dalam suasana industri peruncitan yang mencabar ini, IKEA dilihat sebagai jaguh
kerana mereka bukan sahaja dapat bertahan malahan berjaya meningkatkan jualan.
Mereka antara peruncit berskala besar yang membuat pelaburan yang sewajarnya untuk
mewujudkan kombinasi kaedah offline, online dan mobile solutions serta menggunakan
teknologi Artificial Intelligence (AI) serta pelbagai aplikasi yang menarik kepada pelanggan.
Untuk kekal bersaing dengan peruncit online, para peruncit offline sepatutnya bukan hanya
memberi keselesaan kepada pelanggan dengan kedai fizikal mereka, tetapi
menggabungkan teknologi bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli-
belah yang menyeronokkan.

64

KEPERCAYAAN MASYARAKAT JEPUN DAN CINA
MENGENAI HARI BERTUAH DI DALAM KALENDAR

Nur Liyana Mohamed Yousop, Wan Mohd Farid Wan Zakaria,
Tay Bee Hoong & Zuraidah Ahmad

Kepercayaan masyarakat Jepun dan Cina mengenai interpretasi terhadap nombor-
nombor dan feng shui dijangka mampu memberi kesan yang baik terhadap pasaran saham.
Feng Shui bermaksud angin dan air yang mana kedua-dua faktor ini merupakan dua bentuk
asas yang memberi tenaga dalam kehidupan. Feng shui merupakan sebahagian daripada
metafizik dan falsafah kuno masyarakat Cina. Ilmu feng shui sering digunakan untuk
memahami pergerakan tenaga dalam persekitaran manusia dan bagaimana ia memberi
pengaruh terhadap rekabentuk sesuatu bangunan dan hiasan dalamannya. Feng shui
menggunakan ‘chi’ yang positif untuk meningkatkan kebertuahan seseorang individu serta
kejayaannya. Nama lain untuk ‘chi’ yang membawa tuah di panggil ‘Sheng Chi’ yang mana
selain daripada tuah, ia juga membawa kegembiraan dan lain-lain peluang baru serta segala
yang membawa makna kebaikan dalam hidup. ‘Sha Chi’ pula merupakan ‘chi’ yang
membawa nasib malang. ‘Chi’ ini akan menyebabkan tenaga menjadi tidak stabil serta akan
menimbulkan masalah seperti masalah kesihatan dan segala hal yang dirancang akan
tergendala.

Masyarakat Jepun telah menggunakan kalendar lunar yang kompleks sehingga abad
yang ke 19. Menurut kalender tersebut, dalam sebulan terdapat 28 hari dan dalam sebulan
juga terdapat 5 minggu dan seminggu ada 6 hari. Hari-hari dalam seminggu dikenali sebagai
Taian, Butsumetsu, Senpu, Tomobiki, Shakko, and Sensho. Semua hari-hari ini pula dikenali
sebagai Rokuyo. Kini, orang Jepun tidak lagi menggunakan kalender lunar akan tetapi
mereka telah beralih menggunakan kalender Geograrian iaitu kalender yang berasaskan
solar.

65

Masyarakat Jepun percaya bahawa hari Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan
merupakan salah satu hari yang membawa nasib malang, begitu juga halnya di barat.
Nombor empat pula dikatakan merupakan nombor tidak bertuah kerana sebutannya dalam
bahasa Jepun seolah-olah sama dengan perkataan yang memberi makna akan ‘kematian’
manakala nombor sembilan pula disebut sebagai ‘ku’ iaitu bermaksud ‘kesakitan’. Jadi
sekiranya tarikh pada bulan tersebut jatuh pada 4 haribulan 4 (4 April ) dan 9 haribulan 9 (9
September), maka hari-hari tersebut dikatakan hari yang malang. Namun yang demikian
sebaliknya pula berlaku sekiranya tarikh tersebut jatuh pada 7 haribulan 7 (7 Julai) dan 8
haribulan 8 (8 Ogos), hari-hari ini dikatakan amat bertuah.

Seperti masyarakat Jepun, masyarakat Cina juga percaya bahawa nombor 4
membawa nasib malang manakala nombor 3 dan nombor 8 pula membawa tuah kepada
mereka. Tambahan pula, perayaan mereka juga terbahagi kepada perayaan kehidupan dan
juga perayaan kematian. Menerusi kepercayaan masyarakat Jepun dan Cina terhadap
“kebertuahan” dan “kemalangan” terhadap nombor, maka ia dapat disimpulkan bahawa
tingkahlaku kedua-dua masyarakat ini di dalam pelaburan saham mungkin sedikit sebanyak
dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut dan mereka mungkin akan lebih berhati-hati semasa
membuat keputusan pelaburan. Ini boleh dilihat semasa “Perayaan Hantu”, kaum Cina di
Filipina contohnya percaya yang pelaburan yang dibuat pada masa perayaan (dari hujung
bulan Julai sampai pertengahan bulan September) tidak memberi keuntungan kepada
mereka. Ini berdasarkan kepercayaan mereka yang kemungkinan nasib malang akan
menimpa mereka jika melakukan pelaburan dalam tempoh perayaan tersebut. Bagi pemilik
perniagaan yang berjaya disenaraikan di bursa saham, mereka juga mengelak untuk
syarikat mereka disenaraikan sepanjang perayaan ini. Ini dibuktikan dengan indeks
komposit seperti Indeks Hang Seng, indeks Shanghai Composite dan juga indeks PSEi
yang menunjukkan prestasi yang memuaskan semasa perayaan tersebut. Sebaik perayaan
berakhir, indeks ini semua kembali menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Sumber: www. ezcalendars.com

66

“5 MAGIC NUMBER” YANG PELABUR PERLU TAHU

Nik Nur Shafika Mustafa & Syamsyul Samsudin
Bagi menganalisa saham, pelabur perlu mengambil kira dua analisa iaitu analisa asas
kewangan dan analisa teknikal. Kedua-dua analisa ini akan membantu pelabur untuk membuat
keputusan yang tepat dalam menganalisa saham dan mengharapkan pulangan yang baik.
Analisa asas kewangan adalah bertujuan untuk mengkaji nilai sebenar sesuatu saham, banyak
kaedah-kaedah yang digunakan seperti nisbah kewangan yang mengukur peratusan kecekapan
syarikat dalam menggunakan asset dan liabiliti untuk menjana pendapatan. Keputusan yang
dibuat oleh pelabur untuk membeli saham tersebut atau pun tidak adalah berdasarkan nilai
sebenar saham yang dibandingkan dengan harga semasa. Antara pelabur-pelabur terkemuka
yang menggunakan analisa fundamental sebagai asas dalam membuat keputusan dalam
pelaburan saham ialah Warrant Buffet, Peter Lynch, Jole Grenblatt dan Benjamin Graham.
Dalam analisa asas kewangan ini, pelabur perlu mengambil kira 5 nisbah kewangan yang
sangat penting yang dipanggil sebagai 5 Magic Number. Kelima-lima Magic Number ini akan
membantu pelabur untuk membuat keputusan dalam pelaburan mereka. Pertama, Earning Per
Share (EPS), ialah mengukur jumlah keuntungan atau nilai wang per saham yang akan
diperolehi oleh setiap pemegang saham berdasarkan jumlah saham yang dimiliki oleh seseorang
pelabur. Hal ini sangat penting bagi pelabur untuk mengetahui nilai EPS setiap saham sebelum
membuat keputusan untuk membeli sesuatu saham. Bagaimanakah pelabur perlu membuat
keputusan berdasarkan Magic Number pertama ini? Pelabur perlu memilih syarikat yang
menawarkan EPS yang positif sahaja kerana pelabur perlu melabur di dalam syarikat yang
mendapat keuntungan sahaja dan pastinya tidak mahu melabur di dalam syarikat yang sedang
mengalami kerugian.
Kedua, Return on Equity (ROE), yang merupakan nisbah keuntungan yang mengukur
sejauh mana kemampuan syarikat dalam menghasilkan keuntungan bersih bagi pelabur atau
pemegang saham sesebuah syarikat. ROE biasanya diukur dalam ukuran peratus yang
membawa maksud, semakin ROE mendekati jumlah 100 peratus, semakin bagus pulangan yang
diperolehi oleh pemegang saham. Maka pelabur boleh melihat peratusan ROE ini sebelum
membuat keputusan untuk membeli atau tidak sesuatu saham. Ketiga, Net Asset Value (NAV)
yang merujuk kepada nilai buku atau nilai ekuiti sesebuah perniagaan. NAV adalah jumlah ekuiti
yang dibahagikan dengan bilangan saham yang dipegang oleh seseorang pelabur. Justeru itu,
NAV ini mewakili nilai bersih aset sesaham. Bagi pelabur yang ingin menganalisa sesuatu
saham, pelabur perlu memastikan nilai sebenar aset sebaik-baiknya lebih tinggi daripada harga
semasa saham tersebut. Apabila melihat nilai sebenar aset jika dibandingkan dengan harga
semasa, pelabur akan mengetahui saham tersebut di bawah nilai (undervalue) atau terlebih nilai
(overvalue). Pekara ini yang menjadi pertimbangan bagi pelabur bagi membuat keputusan yang
baik dan tepat.

67

Magic Number keempat yang perlu dianalisa oleh pelabur sebelum membuat keputusan
ialah Price Earnings Ratio (P/E Ratio). Ia adalah satu cara untuk menilai sesebuah syarikat
dengan membandingkan harga saham kepada keuntungannya. P/E Ratio bersamaan dengan
harga sesebuah saham dibahagi dengan keuntungan sesaham syarikat. Nisbah P/E Ratio
rendah atau tinggi tidak semestinya melambangkan baik atau buruk sesebuah syarikat. Apabila
P/E Ratio rendah, ini bermakna pelabur hilang keyakinan dan menjual saham di mana
menyebabkan harga menurun sementara keuntungan stabil. P/E Ratio juga boleh menjadi
rendah jika pendapatan syarikat berkembang dengan baik sebelum pelabur perasan dan mula
membeli saham dan menyebabkan peningkatan harga. Sama juga situasi jika P/E Ratio tinggi, ia
boleh menyebabkan peningkatan harga saham walaupun pendapatan rendah atau P/E Ratio
yang tinggi mungkin juga menunjukkan bahawa syarikat tersebut di dalam pertumbuhan. Perkara
inilah yang perlu diambil perhatian oleh para pelabur sebelum membuat keputusan dalam
pelaburan mereka.

Kelima, Dividend Yield (DY), merupakan dividen saham secara tahunan yang dinyatakan
secara peratusan daripada harga saham pasaran terakhir. DY sama seperti Amanah Saham
Bumiputera (ASB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di mana
syarikat ini juga boleh memberi dividen sekali ataupun lebih daripada sekali dalam setahun.
Lagi tinggi nilai peratusan DY, menunjukkan prestasi syarikat dalam keadaan yang baik.
Maka pelabur juga perlu mengambil kira DY sebagai salah satu Magic Number dalam
analisa fundamental. Kesimpulannya, pelabur perlu menganalisa kelima-lima Magic Number
ini bagi membantu mereka membuat keputusan yang tepat dan membolehkan mereka
mendapat pulangan yang baik dalam sesuatu pelaburan saham.

68

KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP e-DAGANG

Ruziah A.Latif & Nazaria Md. Aris

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan ancaman penularan pandemik COVID-19 bermula 25
Januari 2020. Akibat peningkatan drastik kes positif setiap hari selepas itu, Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula
18 Mac hingga 9 Jun 2020. Kesan daripada kawalan pergerakan tersebut, landskap ekonomi
Malaysia turut berubah serta merta. Ramai usahawan dan peniaga kecil tidak dapat
menjalankan operasi seperti biasa. Ini bermakna persekitaran perniagaan telah berubah
menjadi persekitaran yang lebih dinamik dan kompleks kerana peniaga terpaksa mengenal
pasti peluang dan ancaman perniagaan untuk kekal bertahan di tengah pandemik. Akibatnya,
para peniaga telah beralih kepada platform atas talian atau e-dagang seperti Facebook,
Instagram dan aplikasi pesanan Whatapps sebagai satu saluran jualan ketika penularan
pandemik COVID-19.

Kejayaan perniagaan dalam talian seperti Lazada, Mudah.com, Shoppe, Grab,
Foodpanda dan bermacam lagi adalah bukti bahawa COVID-19 telah membawa kepada
lonjakan perniagaan e-dagang di Malaysia. Tambahan pula, dengan rangkaian teknologi dan
komunikasi yang canggih pada masa ini menjadikan para peniaga lebih mesra pelanggan
dengan menyediakan platform pencarian produk yang lebih mudah, sistem pembayaran
elektronik yang selamat dan kaedah penghantaran produk yang lebih terjamin. Malahan,
slogan perniagaan juga berubah menjadi slogan yang menggambarkan bahawa peniaga amat
peka terhadap perubahan semasa. Sebagai contoh, Syarikat JOCOM MShopping Sdn Bhd,
pengendali aplikasi kedai runcit dalam talian yang berstatus MSC Malaysia menggunakan
slogan ‘stay home’, ‘stay safe’ dan ‘don’t panic’ menerusi platform media sosial mereka
manakala Lazada Malaysia yang juga merupakan rakan strategik MDEC turut tampil
menggunakan slogan ‘Keep Calm and Shop From Home’.

Kadar penyertaan aktiviti ekonomi bersifat maya yang menggunakan aplikasi digital ini
meningkat secara mendadak kerana pelanggan memilih untuk berbelanja atas talian bagi
mendapatkan keperluan harian mereka dengan lebih cepat dan efektif. Menerusi perkhidmatan
e-dagang, pelanggan dapat mengelakkan diri daripada kesesakan orang ramai dan
mengurangkan risiko penularan jangkitan. Berdasarkan kaji selidik oleh Commerce.Asia Group
of Companies (Commerce.Asia), ekosistem teknologi dan penyelesaian data raya e-dagang ,
Volum Barangan Kasar (GMV) melonjak sebanyak 149 peratus dalam suku pertama 2020
sejak PKP bermula. Commerce.Asia juga menjangkakan perubahan kekal dalam tabiat
berbelanja menerusi platfom digital walaupun selepas PKP tamat. Kebiasaan baharu ini
menyaksikan pertumbuhan ketara dalam jualan pelbagai kategori produk seperti makanan,
peralatan mandian, produk bayi, serbuk gelatin, kuali dan sebagainya. Apa yang paling
menarik, satu kajian menunjukkan jualan produk pakaian dalam wanita meningkat 900 peratus
dalam masa sebulan tempoh PKP. Ini berkemungkinan pembelian atas talian menyediakan
lebih banyak pilihan khususnya kepada wanita Malaysia. Perniagaan sarung tangan lateks pula
mencatatkan pertumbuhan jualan 888 peratus kerana kebimbangan untuk melindungi diri
sendiri daripada dijangkiti wabak COVID-19. Jualan peralatan kecergasan rumah pula
meningkat sebanyak 200 peratus kerana setiap keluarga melakukan aktiviti riadah bersama di
dalam rumah masing-masing sewaktu PKP.

69

Kesimpulannya, dalam persekitaran yang dinamik, ekonomi digital atau e-dagang dapat
menjadi salah satu penyelesaian terbaik bagi peniaga untuk kekal berdaya saing dan menjana
pendapatan. Perubahan ini berlaku kerana corak berbelanja pelanggan sudah bertukar
daripada membeli belah secara tradisional kepada norma baharu iaitu melalui platfom atas
talian,e-dagang. Oleh itu para usahawan dan peniaga kecil-kecilan haruslah peka dengan
sebarang perubahan semasa supaya dapat bertahan dan sekaligus mengambil peluang di atas
sebarang perubahan yang berlaku dalam pasaran.

Sumber: www.lazada.com.my

Sumber: www.shopee.com.my
Sumber: www.foodpanda.my

70

LOGIK ATAU MANTIK

Nur Liyana Mohamed Yousop, Wan Mohd Farid Wan Zakaria, Zuraidah Sipon &
Shashazrina Roslan

Secara umumnya, di dunia ini telah wujud pelbagai cabang ilmu. Manusia pula bebas
untuk menghayati dan mendalami ilmu tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan norma-norma
keagamaan, kemasyarakatan dan juga nilai moral. Di dalam dunia penyelidikan contohnya,
sesuatu ilmu itu secara asasnya bermula dengan teori-teori yang dibina dan diakhiri dengan
pelaksanaan teori-teori tersebut secara amali. Ilmu yang diterapkan biasanya disusun dan diatur
dengan teliti sebelum ia disebarkan dan dibincangkan secara umum. Walau bagaimanapun,
aturannya mendalami dan mempelajari sesuatu ilmu itu bakal menjadikan kita sebagai manusia
yang berpengetahuan.

Logik atau mantik merupakan dua perkataan yang membawa makna yang setara.
Perkataan logik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘logos’ yang membawa maksud ‘kata-
kata’. Manakala, perkataan mantik pula berasal daripada perkataan Arab ‘nut’q’ atau ‘natoqa’
yang juga membawa maksud ‘kata-kata’. Dalam bahasa Greek, logik juga bermaksud ‘idea,
hujah atau buah fikiran tentang prinsip kesahihan sesuatu perkara’. Ilmu logik telah mula
dibicangkan sejak awal kurun sebelum masihi, namun ia lebih hangat dibincangkan oleh ahli
falsafah Yunani yang tersohor iaitu Aristotle (384 sebelum masihi – 322 sebelum masihi). Oleh
sebab itu, Aristotle telah dilabelkan sebagai “Bapa Logik” atau guru terawal yang mendalami ilmu
logik atau mantik. Ahli-ahli falsafah Islam mula memberi perhatian terhadap ilmu mantik selepas
agama Islam dipeluk secara meluas daripada timur ke barat. Di antara ahli-ahli falsafah Islam
terawal yang mendalami ilmu mantik ialah al-Khindi, al-Farabi dan Ibnu Sina.

Immanuel Kant (1724-1804) merupakan seorang profesor dalam bidang logik dan
metafizik di Universiti Königsberg. Beliau juga merupakan seorang ahli pemikir yang
berpengaruh di Eropah. Penglibatan beliau dalam ilmu logik hanya bermula pada tahun 1762,
iaitu sewaktu usianya 38 tahun. Pada awal eksplorasi beliau dalam mendalami ilmu logik, Kant
berpendapat bahawa logik merupakan ilmu tentang hukum-hukum yang menjelaskan kefahaman
dan penghujahan berasaskan pemikiran. Beliau juga setuju dengan pendapat yang menyatakan
bahawa logik merupakan sains bagi sesebuah pertimbangan. Hal ini kerana pemikiran tepat lagi
sahih datangnya daripada pemikiran yang berasaskan kepada pertimbangan.

Menurut Kant, ilmu logik atau mantik terbahagi kepada dua cabang iaitu formal logic dan
transcendental logic. Formal logic merupakan undang-undang yang berkaitan dengan pemikiran
yang berpegang kepada apa sahaja objek yang difikirkan untuk menjadikan ia sebagai suatu
pemikiran yang semulajadi. Dalam erti kata lain, ia merupakan pemikiran yang abstrak.
Disebabkan faktor inilah kritikan logik yang dibangunkan bukanlah berlandaskan kebenaran
tetapi lebih kepada fakta kesahihan yang formal. Ia hanya menerima pendapat atau ilmu yang
diberikan tanpa menyelidiki atau menyoal siasat akan sumber perolehannya. Berbeza daripada
formal logic, transcendental logic pula menolak pertimbangan yang bersandarkan kognisi
semata-mata. Oleh itu, kandungannya hanya berlandaskan kajian dan eksperimen (empirik) dan
tidak bergantung sepenuhnya kepada teori. Pemikiran secara logik kerap digunakan dalam
merancang sesuatu perkara dengan menggunakan bukti bagi menjelaskan sesuatu yang tidak
jelas pada asalnya.

71

Dari sudut pandangan Islam, ilmu logik atau mantik merupakan suatu kaedah yang
mana dengan menguasai kaedah tersebut, akal seseorang itu akan terpelihara daripada
kesilapan berfikir. Al-’Atthar menakrifkan ilmu mantik ini sebagai satu ilmu yang diketahui
samada pemikiran itu benar atau salah. Kepentingan ilmu mantik diketahui sebagai satu ilmu
yang digunakan di dalam memahami kitab-kitab turath dan lain-lain. Ilmu mantik bagi akal ibarat
ilmu nahu bagi lisan (Imam al-Akhdhari 1512-1575 M). Imam al-Ghazali juga turut menyatakan
kepentingan mempelajari ilmu mantik di dalam kitab al-Mustafa. Kata Imam al-Ghazali, “Dan
barangsiapa yang tidak menguasai (ilmu mantik), maka ilmunya adalah diragukan dan tidak
dipercayai kesahihannya”.

Manusia mempunyai idea dan hujah tersendiri dalam berfikir samada menurut nafsu
atau akal sebagai asas lumrah hidup. Dengan mempelajari ilmu mantik, cara berfikir dapat
disusun dengan baik dan menghasilkan natijah yang benar dan tepat. Di antara tujuan ulama’
Islam mempelajari ilmu mantik adalah untuk memperkukuhkan hujah dan perdebatan terhadap
golongan-golongan yang tidak mengakui akan kewujudan Allah dan mengatakan bahawa alam
ini tercipta dengan sendirinya tanpa kuasa sesiapa. Namun, terdapat khilaf bagi pandangan
tentang hukum mempelajari ilmu mantik, terutamanya ilmu mantik yang telah bercampur
dengan unsur falsafah yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Persoalan samada boleh atau
tidak mempelajari ilmu mantik atau logik, adalah bergantung kepada kenyataan fatwa yang
telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Menurut kenyataan fatwa tersebut,
hukum mempelajari ilmu mantik yang tidak diresapi fahaman falsafah yang menyeleweng
adalah harus. Bahkan, disunatkan juga agar membolehkan kita membezakan antara elemen
haq dan batil dalam ilmu tersebut dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

72

TERIMA KASIH ‘FRONTLINERS’: HERO KITA!!

Zuraidah Ahmad, Nur’Asyiqin Ramdhan,
Norhasniza Mohd Hasan Abdullah & Zuraidah Sipon

Dunia telah dikejutkan dengan wabak ‘corona virus’ (COVID-19) yang telah meragut
lebih sejuta nyawa manusia di seluruh dunia. Setiap hari, kita disajikan dengan berita kematian
di seluruh dunia tanpa mengira usia tua, muda mahupun kanak-kanak. Pemerintah di serata
dunia juga turut mengalami tekanan dalam menghadapi krisis menangani wabak ini. Sebagai
contoh, Menteri Kewangan Hesse, Thomas Schaedar dari Jerman dipercayai membunuh diri
selepas melihat terlalu bimbang akan krisis ekonomi susulan penularan wabak COVID-19 ini.
Dalam keadaan sebegini, Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena tempias penularan
wabak COVID-19 ini di mana penularannya begitu cepat dan sangat membimbangkan semua
pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tambahan lagi, bilangan kematian
di negara kita juga saban hari turut meningkat di mana ramai warga emas telah menjadi mangsa
korban akibat wabak COVID-19 ini. Pihak KKM telah berusaha dan berikhtiar bersunguh-
sungguh dalam mendidik masyarakat untuk sama-sama membendung wabak COVID-19 ini.
Pihak KKM menyeru semua rakyat Malaysia berganding bahu untuk turut serta memberi
kerjasama yang padu dalam usaha membanteras wabak COVID-19 ini.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang tidak prihatin, tidak
peka dan bersikap ambil mudah dengan arahan daripada KKM ini. Terdapat segelintir pihak
yang masih berdegil, tidak mahu memberi kerjasama malahan turut memperlekeh dan
mempersenda usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak frontliners kita ini. Wahai
masyarakat semua, marilah kita tanamkan sifat prihatin dalam diri, sikap ambil peduli dan
kasihanilah wira frontliners kita yang sanggup bergadai nyawa dalam situasi negara kita yang
sangat getir pada saat ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kita terjamin dan
dihindari dari wabak yang sangat merbahaya ini. Syabas dan tahniah kepada hero negara kita
iaitu barisan wira frontliners yang terdiri daripada kakitangan hospital terutamanya petugas
perubatan dan jururawat.

73

Tidak dilupakan juga pihak berseragam yang lain seperti polis, askar dan bomba yang
turut serta mengawal selia keadaan negara agar semua rakyat dapat mematuhi Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan pihak bomba yang turut membantu pihak KKM dalam
menjalankan semburan sanitasi ke seluruh negara. Jika dilihat, betapa besarnya jasa
pengorbanan mereka ini dengan ketiadaan rehat yang mencukupi, bergadai nyawa dalam
membendung COVID-19 agar terhindar wabak ini dari bumi Malaysia demi mensejahterakan
dan menjaga keamanan negara. Mereka ini terpaksa meninggalkan keluarga, ibubapa, anak-
anak, isteri dan suami bagi menggalas tanggungjawab yang sangat berat dan besar pada
negara walaupun nyawa mereka sendiri dalam keadaan bahaya. Pengorbanan mereka ini,
amatlah dihargai.

Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita segera bebas dari wabak COVID-19 ini
dan jadilah kita insan yang mempunyai sikap ambil peduli dan prihatin kepada masyarakat
sekitar. Ingatlah, NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA!!!

Sumber: freepik.com

74

GELANDANGAN

Dr. Roslina Hj. Mohamad Shafi

Tahukah anda berapa ramai golongan gelandangan di serata dunia? Mengikut statistik
terkini kajian global oleh United Nations (UN), pada tahun 2005 sahaja terdapat kira-kira 100
juta gelandangan di serata dunia. Seramai 1.6 billion orang pula kekurangan kemudahan asas
tempat tinggal. Namun demikian, terdapat kesukaran dalam mengumpul maklumat jumlah
gelandangan yang tepat. Antara faktor utama ialah definisi gelandangan yang berbeza di antara
negara. Pihak UN mengesahkan bahawa metodologi dan strategi adalah berbeza di setiap
negara kerana gelandangan diterjemah bersandarkan konsep seperti tempat tinggal atau
piawaian minimum perumahan komuniti. Lain-lain faktor termasuklah kekurangan sumber
kerajaan untuk melaksanakan tinjauan berskala besar, tanggapan terhadap isu gelandangan
seperti memalukan serta streotype, dan kurangnya kerjasama daripada kalangan gelandangan
itu sendiri.

Isu gelandangan adalah isu global; samada di negara maju mahupun di negara dunia
ke-3. Di German misalnya, terdapat kira-kira 337,000 orang gelandangan pada tahun 2018,
USA seramai 552,000 orang (2018), 2.5 juta orang di China (2011) dan 3 juta orang di Indonesia
(2004) (Sumber pelbagai: OECD, 2020; YaleGlobal, 2017). Di Malaysia sahaja, terdapat sekitar
7,000 orang gelandangan (JKM, 2020). Lebih menggusarkan, golongan gelandangan ini
bukanlah hanya terdiri daripada individu dewasa, malah termasuk kanak-kanak, warga emas,
dan gelandangan berkeluarga.

Jumlah gelandangan ini dijangka melonjak kesan daripada pandemik COVID-19 yang
melanda dunia. Kesan daripada pandemik ini menyebabkan pengusaha dan pemilik syarikat
terpaksa mengurangkan kos operasi, termasuklah jumlah kakitangan. Ini membawa kepada
peningkatan pengangguran dan dikhuatiri penganggur ini menjadi gelandangan kerana hilang
punca pendapatan dan tidak mendapat sokongan emosi.

Bagaimanakah cara yang berkesan untuk menangani isu gelandangan? Finland - antara
negara yang merekodkan index kebahagiaan tertinggi di dunia; menangani isu gelandangan
dengan sangat radikal. Kerajaan Finland menawarkan polisi perumahan kepada rakyat
geladangannya berlandaskan model anak tangga (staircase model). Perumahan diberi tanpa
syarat. Dimulakan sejak tahun 2008, jumlah gelandangan yang menumpang untuk jangka masa
yang panjang telah menurun lebih daripada 35%. Di Jepun misalnya, gelandangan akan diberi
khidmat nasihat kerjaya secara percuma, manakala Kanada memberi perumahan kekal kepada
rakyat geladangannya. Walau bagaimanapun, penulis berpendapat sokongan emosi adalah
kaedah sebenar untuk menangani masalah gelandangan. Seseorang insan yang mendapat
kasih sayang, dihargai dan dihormati secara dasarnya mempunyai emosi yang lebih stabil.
Emotional intelligence (EQ) atau kecerdasan emosi amatlah perlu terutamanya dalam
mendepani kehidupan yang kian mencabar.

75

Sewaktu kecil, penulis pernah berbual pendek dengan ‘Mary’. Beliau gelandangan anak
orang berada. Hampir semua penduduk di bandar dimana penulis tinggal mengenali ‘Mary’.
Dikhabarkan beliau membawa diri kerana anaknya meninggal sewaktu dilahirkan. Kini tiada
lagi kelibat ‘Mary’ bersama anak patungnya, mungkin beliau sudah meninggalkan alam fana ini.

Memang benar wang bukanlah segalanya. Memang sukar difahami, namun begitulah
hakikatnya.

Sumber: freepik.com

76

BAHAGIA

Aflah Isa, Jannah Munirah Mohd Noor & Nurulashikin Romli

“Jika ada manusia yang berkata alangkah bahagianya kalau aku tidak
bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan
fitrah semula jadi setiap manusia.”

Tidak ada manusia yang tidak inginkan kebahagian. Bahkan apa-apa sahaja
yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia. Wang
ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda dan cahaya mata yang cemerlang bukanlah
kayu pengukur sebuah kebahagiaan.

Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua
kemewahan sekiranya hati tidak tenang? Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri
sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama
ada untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.

Lumrah kehidupan masa kini membuatkan semakin ramai manusia lebih
mementingkan kebendaan, memandang kemewahan berbanding ketenangan, memilih
untuk diri disanjungi walaupun hakikatnya jauh di sudut hati tidak ada sedikit pun rasa
tenang dan bahagia.

Semuanya hanya berpura-pura, demi mendapatkan kemewahan dunia ramai
yang sanggup mengorbankan kebahagiaan diri dan insan sekeliling. Bekerja siang dan
malam, masa hanya dihabiskan dengan memenuhi tuntutan dunia, kebajikan diri dan
keluarga terabai hinggakan ada yang menyatakan hidup ini hanya untuk mengumpul
harta benda.

Tuntutan hidup masa kini menjadi penyebab utama mengapa ramai individu
memilih untuk menghabiskan masa dengan mengumpul kekayaan material walaupun
jauh di sudut hati sangat terseksa. Amat menyedihkan apabila manusia semakin hilang
pedoman dengan menghambakan diri kepada harta benda hanya disebabkan takut
tidak dapat menjalani kehidupan sebaik mungkin atau setara orang lain terutama
apabila memikirkan masa depan anak-anak.

Semuanya bergantung kepada pilihan sendiri, mungkin masih ramai yang tidak
sedar betapa pentingnya berasa bahagia dan tenang. Ia tidak boleh dibeli dengan wang
ringgit namun nilainya lebih tinggi jika dibandingkan dengan sejumlah wang yang
banyak. Disebabkan itu, ramai individu yang mengakui jiwa mereka terasa kosong
sedangkan mempunyai kemewahan tidak ternilai.

77

Malangnya keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini
disebabkan ramai manusia tidak tahu makna bahagia yang sebenarnya dan mereka
juga tidak tahu bagaimanakah cara mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang
tidak diketahui dan dikenali sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh sebab itu,
usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan
itu terlebih dahulu.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Bukanlah kekayaan itu
dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apabila kita melakukan sesuatu sepenuh jiwa, tanpa disedari sebenarnya kita
membina satu fasa gembira. Dalam fasa ini, kita tidak kisah apa orang lain fikir
mengenai diri kita. Malah kita juga tidak terkesan dengan perkara yang kurang penting
di sekeliling kita termasuk kata-kata yang tidak membina!

Muhasabah diri, hargai diri dan insan terdekat terutama ahli keluarga, isteri dan
anak-anak kerana ia adalah cara terbaik untuk kita mula belajar erti bahagia. Walaupun
tampak mudah, hakikatnya untuk mendapatkan kebahagiaan diimpikan itu sangat susah
dan perlukan satu pengorbanan.

78

TRAVELOG: PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI
DI BUMI LISBON, PORTUGAL

Kamal Fahrulrazy Rahim
Aku mulakan catatan travelog ke Lisbon, Portugal untuk menghadiri dan membentang
kertas kerja di 3rd Conference of the International Network of Business and Management
Journals (INBAM) di Universidade Technica De Lisboa yang berlangsung dari 17 hingga 19 Jun
2013.
Dahulunya aku seorang yang tidak suka pergi bermusafir, banyak menghabiskan cuti
rehat dan hujung minggu melepak di rumah kerana selesa di comfort zone bersesuaian dengan
pepatah melayu “rumahku, syurgaku”. Tetapi, selepas beberapa kali bermusafir ke negara luar,
membuatkan minda aku berfikir tentang keindahan dan keajaiban ciptaan Allah dan mengambil
pelajaran daripada setiap pengembaraanku. Ini juga telah menaikkan semangatku untuk
bernusafir lagi.

Penulis bersama ahli jawatankuasa pendaftaran persidangan INBAM 2013
15 Jun 2013: Aku berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
pada pukul 11.15 malam dengan menaiki Turkish Airline selama 8 jam ke Artatuk International
Airport, Istanbul Turkey. Aku transit selama 5 jam di Istanbul sebelum meneruskan perjalanan
pada pukul 10.55 pagi selama 5 jam lagi menuju ke Lisbon.
16 Jun 2013: Aku tiba di Lisbon Portela Airport, Portugal pada pukul 2.40 petang. Dari
lapangan terbang, aku menaiki metro ke stesen Marques de Pombal berhampiran hotel
penginapanku. Ketika ini musim panas di Eropah, masa siang lebih panjang daripada waktu
malam dan aku lihat ramai pelancong yang datang ke Lisbon.
17 Jun 2013: Makanan halal sangat terhad dan aku hanya menjamah roti dan biskut
sahaja untuk sarapan di hotel. Aku membuat keputusan untuk berjalan kaki bersama beberapa
peserta yang lain ke tempat persidangan dan ia mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Sejurus tiba, kami ke kaunter pendaftaran di tingkat 3 bangunan universiti tersebut. Terdapat
ramai delegasi di persidangan tersebut yang kebanyakannya dari negara-negara Eropah.
Delegasi dari negara Asia boleh dibilang dengan jari. Sesi pembukaan disempurnakan oleh
presiden persidangan dari Universiti Teknikal Lisbon diikuti sesi pembentangan kertas kerja
secara serentak di bililk-bilik yang disediakan.

79

18 Jun 2013: Aku membentangkan kertas kerja pada hari kedua bertajuk “Integrating
Agency Theory into Cross Border Mergers and Acquisitions Value Creation in Advanced
Emerging Market”. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan mendapat maklumbalas yang
positif daripada editor jurnal dan peserta-peserta persidangan untuk penambahbaikan.

19 Jun 2013: Aku menghadiri sesi penutup, makan tengahari dan penyampaian sijil
persidangan. Selepas persidangan berakhir, aku berkesempatan melawat bandaraya Lisbon
dengan menaiki bas merah “hop on hop off” berharga €18.00 untuk tempoh 24 jam di Parque
Eduardo VII. Subhanallah, Alhamdulillah, Alllahu Akbar, aku bernasib baik menemui Mesquita
Central De Lisboa. Usai solat zohor, aku mengambil gambar bahagian dalam masjid yang
sangat cantik, unik dan merasa kagum dengan senibinanya yang mempunyai 4 menara dan 2
kubah. Bahagian bawah masjid menempatkan dewan masyarakat Islam Lisbon untuk aktiviti
kesatuan ummah. Terdapat juga sebuah restoran makanan halal yang turut menyajikan nasi
beryani kambing. Aku turut mencuba nasi beryani tersebut hingga licin pingganku dek kelaparan
kerana sudah tiga hari hanya menjamah roti dan serunding. Kemudian, aku menaiki bas semula
untuk ke destinasi seterusnya sebelum ke airport untuk berlepas pulang ke tanahair.

Jemaah di Mesquita Central De Lisboa
Sumber: Penulis

80

KARYA KREATIF

81

MENGAPA AKU DIBULI?

Oswald Timothy Edward

Taatkala fajar menuju senja
Susuk merelop mulai meroda
Tika angan-angan menapaki fikiran
Begitu nikmat setiap lamunan.
Lontar kenang di seliri kusam
Jeritan di hati tidak terungkapkan
Derai airmata membasahi pipiku
Terkelebak pakaian putihku.

Hati rabik jiwa melarah
Andai tubuh ini bisa menjerit
pasti ia akan menjerit kesakitan
Andai saja hati bisa merintih
pasti ia akan merintih kesakitan.
Hanya kerana aku miskin dan cela
Aku terima kekerasan dan celaan
Aku juga insan punyai cita-cita
Namun aku terima hanyalah kekerasan.
Niatku ingin menuntut ilmu
Demi masa depanku yang indah
Namun kini, semuanya punah

Bertanya diri pada hati
“Mengapa aku dibuli?”.

82

PULANGLAH!

Husnizam Hosin

Kau sudah mengelilingi dunia
Tentu kau sudah penat
Semua sudah tahu siapa engkau
Semua sudah bercakap mengenai engkau

Semua menjadi gerun pabila namakau meniti dari bibir ke bibir masyarakat.

Terlalu banyak pengajaran yang telah kauberi
Tentang peri pentingnya menjaga kebersihan
Tentang peri pentingnya tidak bersentuhan bagi yang bukan mahram

Bahkan peri pentingnya untuk berdiam diri di rumah bersama keluarga tersayang.

Kami tahu
kami terlalu sibuk mengejar dunia
Kami tahu
Kami sentiasa alpa dan leka dengan urusan dunia

Tanpa mengingati ada yang tersayang menunggu di rumah
Dan paling menyedihkan
Kaabah menjadi sunyi kerana kehadiranmu.

Kami sangka kami hebat

Kami sangka teknologi yang serba maju mampu menentangmu
Tapi kini baru kami sedar
Kami hanyalah insan kerdil ciptaan yang Maha Esa.

Terima kasih atas segala pengajaran yang telah kauberi

Terima kasih kerana membuat kami sedar
Bahawa sang penciptalah yang mengawal segalanya
Terima kasih.

Sebentar lagi

Kami akan memasuki bulan suci Ramadhan
Kami mohon
Pulanglah engkau
Jangan pernah kembali
Kami ingin berpuasa dengan tenang

Kami ingin bertarawih tanpa rasa takut
Kami ingin berkumpul bersama keluarga
Kami ingin berjabat tangan dengan saudara mara serta rakan taulan
Kami ingin semuanya kembali seperti sediakala.

Kami rindu masjid yang ramai 83
Kami ingin terus menyambung silaturahim
Kami ingin dunia yang kelam ini berlalu
Tanpa saling menyalahkan
Dan memberi kami banyak erti kehidupan

Pulanglah! semoga Tuhan lekas memanggilmu.

RIWAYAT INSANI

Mohamad Azwan Md Isa

Dari cantuman sepasang nutfah Besarnya kesalan Adam dan Hawa
Terpancar ke rahim segumpal darah Termakan pujukan iblis durjana
Tercipta mudghah bak daging dikunyah Maghfirah Tuhan sahaja dipinta
Terbentuk temulang supaya ampuh Bermulalah hidup di dunia fana
Disaluti daging bertambah kukuh Habil dan Qabil lahirlah zuriat
Sempurnalah jasad indera di tubuh Saling usaha serta muafakat
Ditiupkan ruh pinjaman ar-Rahman Syaitan dan iblis kembali merapat
Maha benarlah kalam suci Tuhan. Pertumpahan darah mahu dilihat.

Bumi nan usang tiada berpenghuni Sumpah iblis sudah terjadi
Terciptalah Adam bidayah hayat insani Habil dibunuh dek hasad dengki
Firman Tuhan ‘akan Kujadikan khalifah’ Sengketa berputik dendam kesumat
Asal usulnya daripada debuan tanah Hidup bermusuh petanda musibat
Malaikat dan isi bumi diselubungi sangsi Membiaklah insan pentingkan diri
Apakah bahana kan berulang kembali Luputnya kasih saling membenci
Hanya sang Pencipta yang maha tahu Kezaliman memuncak menindas ummat
Hikmah di sebalik yang bakal berlaku. Apakah dunia makin hampir kiamat?!

Bersemayamlah Adam di dalam syurga
Tiada berteman sebatang kara
Dijadikan Hawa sebagai pasangan
Dari rusuk kiri Adam dia dilahirkan
Sejahtera di syurga sementara waktu
Hasutan si iblis kerana cemburu
Larangan Tuhan tidak dipeduli
Tercampaklah keduanya ke muka bumi.

84

85

PENULIS

Aidarohani binti Samsudin
Azman bin Ali @ Saip
Bazri bin Abu Bakar
Diana’ binti Mazan

Fatin Farazh binti Ya’acob
Juliana binti Mohamed Abdul Kadir

Norfariza binti Mohd Ali
Nor Hamiza binti Mohd Ghani
Nurul Fahana Aini binti Harun
Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail

Siti Nordiyana binti Isahak
Tan Yan Ling

Zailati binti Ahmad

86

LAPORAN AKTIVITI

MAJLIS PERSARAAN DR AZIZAH DAUT
Norfariza binti Mohd Ali, Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail, Juliana binti Mohamed Abdul Kadir

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK AZFAR HELMI BAHARUDIN
Juliana binti Mohamed Abdul Kadir, Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail, Norfariza binti Mohd Ali,

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEMARAK KASIH
Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail, Norfariza binti Mohd Ali, Juliana binti Mohamed Abdul Kadir

JALINAN KASIH AIDILFITRI UiTM CAWANGAN JOHOR 2020
Aidarohani binti Samsudin, Zanariah binti Abdul Rahman, Mahasin binti Mearaj, Puteri Nur Hidayah

binti Kamaludin, Sofwah binti Md. Nawi

KARYA ILMIAH

GUNA TENAGA DAN KESAN PERLAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN PEMULIHAN
Diana’ binti Mazan, Aidarohani binti Samsudin, Bazri bin Abu Bakar

PENJAWAT AWAM DAN KESIHATAN MENTAL: SERIUSKAH?
Fatin Farazh binti Ya’acob, Nurul Fahana Aini binti Harun

DUNIA DALAM KEADAAN BERISIKO
Tan Yan Ling; Nur Adilah Binti Saud; Azman bin Ali @ Saip

COVID-19: TERKESANKAH SEKTOR PELANCONGAN NEGARA?
Siti Nordiyana binti Isahak, Zailati binti Ahmad, Shahira binti Abd Jabar

U VS U-TERBALIK
Tan Yan Ling, Nur Adilah binti Saud, Siti Nuur-Ila binti Mat Kamal

KEBIMBANGAN KESIHATAN MENTAL RAKYAT MALAYSIA
Nor Hamiza binti Mohd Ghani, Saunah binti Zainon, Siti Nordiyana binti Isahak

TUAH SEREMBAN BANDAR ‘VISION VALLEY’
Juliana binti Mohamed Abdul Kadir, Kursimah binti Harun

KARYA KREATIF 87

KESUKAAN IBU
Norfariza binti Mohd Ali

KU PULANG
Rosmah binti Abdul Ghani @ Ismail

RESIPI KEK PISANG COKLAT MUDAH
Nor Hamiza binti Mohd Ghani

LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN PENSYARAH

88

MAJLIS PERSARAAN DR AZIZAH DAUT

Norfariza binti Mohd Ali, Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail, Juliana binti Mohamed Abdul Kadir
Pada tarikh 5 Ogos 2020, satu majlis persaraan untuk Dr Azizah Daut telah diadakan di Bilik
Sekretariat UiTM Johor. Beliau telah berkhidmat di UiTM selama 26 tahun. Dr Azizah telah
memulakan perkhidmatannya di UiTM Johor kampus Segamat pada 1hb Disember 1994.
Kemudian pada tahun 2014, beliau telah berpindah ke UiTM Johor kampus Pasir Gudang
dan berkhidmat di sana sehingga pada tarikh persaraan beliau iaitu pada 8hb November
2020.
Majlis persaraan beliau telah bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir sekitar pukul
5.30 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembukaan majlis dan diikuti doa
selamat bacaan ringkas daripada Encik Azman Ali. Kemudian diikuti ucapan kata aluan
daripada Cik Norfariza Mohd Ali selaku Koordinator Program dan wakil daripada Jabatan
Ekonomi untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada Dr Azizah.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan persaraan daripada Dr Azizah dan diikuti
pemberian hadiah daripada Jabatan Ekonomi dan persendirian sebagai tanda kenangan
kepada beliau. Majlis kemudian diakhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar
bersama ahli Jabatan Ekonomi.

89

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK AZFAR HELMI BAHARUDIN

Juliana binti Mohamed Abdul Kadir, Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail, Norfariza binti Mohd Ali

Setelah 7 tahun berkhidmat sebagai Pensyarah Ekonomi, iaitu bermula di UiTM Cawangan
Kedah pada tahun 2013, dan seterusnya melaporkan diri di UiTM Segamat pada 2014,
Encik Azfar kini berada nun jauh di bumi Uncel Sam untuk melanjutkan pengajian Doktor
Falsafah (Ph.D).
Tanggal 5 Ogos 2020 jam 3 petang, Jabatan Ekonomi telah mengadakan sebuah majlis
untuk meraikan kejayaan dan perpisahan beliau. Perasaan bercampur-baur, suka dan sedih
dapat dilihat daripada hati setiap rakan-rakan seperjuangan.
Ramai yang hadir pada majlis tersebut termasuklah rakan-rakan dari Pasir Gudang malahan
pensyarah yang telah bersara dan yang sedang cuti belajar turut sama meraikan beliau.
Juadah yang dihidangkan juga tidak kurang hebatnya seperti laksa Johor, bihun goreng, roti
jala, pelbagai jenis kek dan cendol.
Jika dikisahkan semula perjalanan pengajian anak kelahiran Kuala Lumpur ini, beliau
sebenarnya sangat komited untuk melanjutkan pelajaran di United States. Beliau telah
menyusun strategi awal dengan mendapatkan Ijazah Sarjana kedua (Matematik) daripada
Universiti Teknologi Malaysia; selepas Ijazah Sarjana pertama (Ekonomi) di Universiti
Malaya untuk melayakkan diri sebagai pelajar Ph.D di sana. Kini, beliau berjaya melanjutkan
pelajaran di University of Illinios, Chicago dalam bidang Ekonomi.
Jabatan Ekonomi ingin mengucapkan selamat maju jaya, dan kami ingin menyatakan yang
anda seorang yang berkaliber. Dengan ucapan yang diberikan oleh Ketua Jabatan Ekonomi
dan disusuli oleh ucapan Encik Azfar, hadiah dan cenderahati tanda kenangan turut bertukar
tangan. Kami mengambil gambar bersama dan majlis bersurai tepat jam 5.30 petang.

90

MAJLIS SEKALUNG BUDI SEMARAK KASIH

Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail, Norfariza binti Mohd Ali, Juliana binti Mohamed Abdul Kadir

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Pada 18 Ogos 2020, Jabatan Ekonomi telah kehilangan seorang staf yang berdedikasi
dan amat disayangi. Satu Majlis perpisahan sempena pertukaran kampus oleh Puan Nor Hamiza binti
Mohd Ghani telah diadakan di Bilik Sumber Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Johor kampus
Segamat. Beliau akan meneruskan khidmat di kampus yang baru bertempat di UiTM Terenganu
kampus Dungun bermula pada 1 September 2020.
Majlis bermula pada jam 10 pagi dan dihadiri oleh rakan-rakan seperjuangan yang menambahkan
lagi seri majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan alunan doa dari En Bazri bin Abu Bakar dan diiringi
dengan ucapan kata aluan dari wakil jabatan iaitu Koordinator program Cik Norfariza Mohd Ali.
Suasana bertukar hiba apabila yang diraikan Puan Nor Hamiza bt Mohd Ghani memberi ucapan.
Dalam ucapannya, beliau menyampaikan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan –
rakan seperjuangan yang banyak membantu, bekerjasama serta memberi tunjuk ajar sepanjang
berada di kampus Segamat. Jelas kelihatan sedih di raut wajah beliau ketika menyampaikan ucapan.
Puan Nor Hamiza bt Mohd Ghani mula melapor diri di UiTM Johor kampus Segamat pada 14
Disember 2009. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat disayangi dan disenangi oleh
pelajar. Namun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, semestinya negeri
kelahiran menjadi pilihan hati. Usaha saban tahun untuk pulang ke negeri kelahiran bersama
keluarga tercinta akhirnya membuahkan hasil. Rasa penuh kesyukuran dizahirkan walaupun hati
sayu ingin meninggalkan rakan sejawatan.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan jamuan makan, sesi bergambar dan pemberian hadiah sebagai
tanda ingatan dari Jabatan Ekonomi. Jabatan Ekonomi mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan
Nor Hamiza bt Mohd Ghani dan terus cemerlang di tempat baru kelak.

91


Click to View FlipBook Version