Sup Keropok Atuk Wahab!
Norintan Wahab & Zuramaznum Sainan
“Mama, sup apa ni?” pertanyaan daripada anak sulungku membuatkan aku tersentak.
“Oh...Masa mama kecil-kecil dulu, sup ni arwah atuk Wahab selalu masakkan untuk mama.”
jawabku.
“Macam mana? Sedap tak abang?” tanyaku pada anak sulungku.
“Aaaahh! Sedap sangat ni mama...kenapa dulu mama tak pernah pun masak sup macam ni?”
soalnya pula. Dalam masa yang sama, dia tak henti-henti menghirup kuah sup yang terhidang
di hadapannya itu..Aku hanya tersenyum kecil melihat kelakuannya.
Tiba-tiba dia bangun dan berlari ke biliknya. Aku yang terkejut dengan perbuatannya terus
menegur,
“Eh, abang nak pergi mana tu? Ni nasinya belum habis lagi?” panggilku. Hailah, anak!
“Sekejap ya mama...” jeritnya.
Tidak lama kemudian dia datang semula ke dapur sambil membawa pensil dan buku notanya.
Sedang aku pula terkebil-kebil memandang kelakuannya dan berasa amat hairan dengan
tindakannya.
Walaubagaimanapun, dia lantas bersuara setelah melihat aku mungkin pelik dengan aksinya.
“Maaf mama, tadi abang ambil buku nota ni sebab nak minta mama beritahu abang resepi
sup ni.” Ujarnya membuatkan aku tergamam.
“Sedap sangatkah sup yang aku masak ni hinggakan dia sanggup meminta aku resepinya?”
Soalan ini bermain-main dibenakku. Tapi belum sempat aku membuka mulut,dia bersuara lagi
dengan nada yang sangat girang. Aku pula yang teruja melihat gelagatnya.
392
“Abang nak resepi ni jadi nanti bila mama teringat arwah atuk Wahab, abang boleh buatkan
untuk mama sup ni. Tadi kan mama kata sup ni arwah atuk Wahab selalu buatkan untuk
mama…”
Dengan bersahaja dia berkata. Tiba-tiba mataku digenangi air. Terharu sungguh aku dengan
niat baik anak sendiri. Aku terus mendakapnya dan mengucapkan rasa syukur pada Yang
Esa.
“Alhamdulillah...terima kasih abang...terharu mama abang cakap macam tu.” Dia tersenyum
lantas meminta untuk ditambah sup dan nasi ke dalam pinggannya. Sedang aku
mencedokkan nasi dan sup itu aku berkata,
“Okay, abang habiskan makan dulu....nanti bila dah siap mama beritahu abang resepinya
dan abang tulis ya.” Aku lihat dia mengangguk sambil mulutnya mengunyah sayur sawi
dalam sup tersebut.
Aku melabuhkan punggung di kerusi betul-betul bertentangan dengannya sambil fikiranku
menerawang jauh mengenangkan peristiwa dan saat-saat manis ketika aku sebaya dengan
anakku.
Aku masih terngiang-ngiang perbualanku dengan arwah abahku…
“Abah...nanti abah masakkan adik sup keropok yang adik suka tu ya.” Pinta aku pada abah
yang sedang mendukungku di belakang badannya. Sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya abah berkata,“Ai...baru 2 hari lepas kita makan sup tu...takkan adik nak abah
buatkan sup tu lagi? Tak jemu ke nanti?”
“Mana adik penah jemu makan sup abah buat...sup abah tu sup paling sedap di dunia tau!”
Ucapku sengaja memuji abah. Saat abah membongkok untuk menurunkan aku dari
belakangnya, abah berkata, “Kali ni adik nak letak sayur apa? Abah rasa dalam peti ais kita
ni cuma ada sawi dengan lobak je.”
393
Sambil tangannya pantas mencari-cari di dalam laci sayuran di dalam peti ais.
“Ala...lobak ke? abah letak sawi je la...tak suka la lobak tu.” Aku sudah menarik muka.
“Eh...letak lobak la sedap...adik kata nak mata sihat...lobak ni bagus untuk mata tau, nanti
mata adik jadi bersinar-sinar.” Abah cuba memujukku. Termakan dengan pujukannya, aku
mengangguk tanda faham dan tersenyum. Hari itu, seperti hari-hari yang lain aku setia
menemankan abah memasak.
Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila terdengar suara abang memanggilku.
“Mama...mama...termenung ke? Abang dah siap makan ni mama. Boleh kita mula menulis
resepi sup tu?.” Aku tersenyum dengan kesungguhan anakku itu.
“Ok, tapi abang bawa pinggan ni ke sinki dan cuci dahulu. Nanti mama beritahu abang
resepinya ya.”
Usai mencuci pinggan dan mengelap tangannya yang basah, dia terus duduk di hadapanku
sambil bersedia memegang pensil untuk mencatat.
“Ok. Macam ni ya resepinya. Mula-mula abang kena kupas lebih kurang 2-3 ulas
bawang putih, nak letak lebih pun tak apa sebab bawang putih ni mengandungi bahan
anti-oksida. Kemudian, bawang putih tu abang tumbuk bersama dengan lada hitam.”
“Abang panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang dan lada hitam yang
ditumbuk tadi.”
“Kemudian, bila dah naik bau,abang letak air, ikut la abang nak kuah sup tu banyak ke
sikit.”
“Selepas itu, abang masukkan keropok ikan keping tu tapi abang masukkan dalam
beberapa keping sahaja, jangan terlalu banyak. Kemudian, abang tunggu air tu
mendidih.”
“Sambil abang tunggu air mendidih tu, abang potong sawi bunga dan cuci bersih-
bersih ya.”
394
Dia ku lihat tekun menulis di dalam buku notanya. Aku tersenyum, kemudian menyambung
kata,
“Bila air da mendidih, abang masukkan sawi bunga dan perasakan dengan garam dan gula.
Siap!”
“Eh, mama!..tak kan lah itu aje ramuannya?” Mukanya nampak terkejut.
“Iya abang, itu aje ramuannya.” Balasku pula.
“Habis tu kenapa sedap sangat, abang rasa…”
“Oh, itu sebab mama masukkan seluruh kasih sayang dalam kuali tu tadi. Itulah sebab sup
mama tu abang rasa lagi sedap.” Ujarku sambil tergelak kecil. Mengekek-ngekek dia
ketawa.
“Apa nama sup ni mama?”
“Sup keropok la. Entah la abang, mama pun tak pernah tanya nama sup ni dengan arwah
atuk Wahab dulu.”
“Kalau macam tu, abang bagi nama sup ni….Sup Keropok Atuk Wahab.” Ujarnya sambil
tersengih. Aku turut tersenyum dan mengangguk tanda setuju.
Aku yakin, selepas ini mesti dia akan cuba memasak menu baru, iaitu Sup Keropok Atuk
Wahab!.
395
Pantun Kata-kata Hikmah
Dr. Rahmawati binti Mohd Yusoff
Badan sihat bila bersukan, Pergi ke UiTM menaiki Kancil,
Badan sakit bila asyik makan, Singgah di Kampung Parit Besar,
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan, Rebutlah peluang kesempatan yang kecil,
Jika disalahguna membawa kecelakaan. Sebagai permulaan usaha yang besar,
Subuh hari ayam jantan berkokok, Budak-budak berlari-lari,
Antara kampung sahut-menyahut, Asyik berlari sampai rebah,
Adab dan akhlak diibaratkan Ilmu dan kemahiran dalam diri,
seperti sebuah pokok, Semakin diguna semakin bertambah.
Kemasyhuran pula hanyalah bayang-bayang
yang mengikut.
Seharian bekerja sakit badan, Pagi-pagi makan roti,
Balik ke rumah mencari bantal, Roti dimakan bersama susu,
Kekuatan sebenar bukan daripada badan, Bila mana berkata sakiti hati,
Namun daripada semangat yang kental. Lebih baik kau, diam membisu.
396
Asam Pedas Daging
Siti Mariam Atan & Rosnani Mohd Salleh
Setiap orang ada menu kegemaran, begitu juga dengan aku. Asam pedas daging
merupakan salah satu daripada lauk kegemaran aku sekeluarga. Menu ini adalah menu
yang sangat dekat di hati. Menu ini membuatkan aku menambah nasi berkali-kali tanpa
disedari.
Aku belajar memasak asam pedas daging dari ibu mertuaku. Namun masakan asam
pedas daging daripada air tanganku tidak dapat menandingi keenakan asam pedas daging
yang disediakan ibu mertuaku.
Ya! Itulah komen yang anak-anakku selalu berikan apabila ditanya tentang rasa asam pedas
daging yang aku masak. “Mak masak sedap. Tapi nenek masak lagi sedap,” Begitulah
jawapan Danial dan Sarah berikan apabila mereka menikmati asam pedas daging yang ku
sediakan.
Setiap kali kami balik ke rumah ibu mertuaku, beliau pasti akan memasak lauk
kegemaran kami ini. Di sini ingin aku kongsikan resepi asam pedas daging resepi istimewa
ibu mertuaku.
Bahan-bahan yang diperlukan:
• Daging 1 kg • Serbuk kunyit 2 sudu teh
(dihiris kecil dan direbus) • Halia 2 inci - dititik
• Cili kisar 2 senduk • Lengkuas 2 inchi - dititik
• Bawang kecil 10 biji • Kerisik 3 sudu makan
• Bawang putih 5 biji • Serai 10 batang - dititik
(kedua-dua jenis bawang dikisar) • Daun limau purut 10 helai
• Halba campur 1 sudu makan • Asam jawa secukup rasa
• Jintan manis 2 sudu makan • Garam secukup rasa
• Jintan putih 1 sudu makan
397
Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak
2. Tumis helba campur, daun limau purut dan serai hingga naik bau.
3. Masukkan bawang kecil dan bawang putih yang telah dikisar.
Tumis sehingga kering dan naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga kering sedikit.
5. Masukkan serbuk kunyit dan tumis sehingga kering.
6. Masukkan jintan manis dan jintan putih dan tumis
7. Masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati
8. Masukkan daging serta air rebusan daging
9. Masukkan halia dan lengkuas
10. Masukkan air asam jawa
11. Masukkan garam secukup rasa.
12. Biarkan kuah mendidih. Setelah itu boleh matikan api.
Begitulah cara-cara penyediaan untuk resepi Asam pedas daging. Selepas kuah
asam pedas daging ini mendidih, bolehlah api dapur gas dimatikan dan menu ini bolehlah
dinikmati bersama keluarga.
Memasak asam pedas daging menggunakan resepi ibu mertuaku ini memerlukan
kesabaran yang tinggi kerana bahan-bahan yang digunakan perlu ditumis satu persatu.
Tapi orang kata, alah bisa tegal biasa kan, jadi untuk menikmati resepi asam pedas yang
enak perlulah bertabah untuk menyediakannya. Buat semua pembaca, aku ucapkan
selamat mencuba.
398