JALINAN KASIH AIDILFITRI UiTM CAWANGAN JOHOR 2020
Aidarohani binti Samsudin, Zanariah binti Abdul Rahman, Mahasin binti Mearaj, Puteri Nur
Hidayah binti Kamaludin, Sofwah binti Md. Nawi
Pada 20 Mei, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor (UiTMCJ) telah menganjurkan
majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri yang bertempat di Hospital Segamat, Johor. Program ini
telah dihadiri oleh Rektor UiTMCJ, Profesor Dr. Hj. Ismail bin Ahmad dan Timbalan Rektor
Penyelidikan, Jaringan Industri dan Masyarakat UiTMCJ. Turut hadir pada majlis tersebut ialah
wakil Pengarah Hospital Segamat dan wakil dari Pejabat Penerangan Daerah Segamat.
Program yang diinspirasikan oleh pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan ini dibantu
oleh sukarelawan dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari dan Akademi Pengajian Bahasa
UiTMCJ. Ia merupakan sebahagian daripada program khidmat sosial universiti bagi
mengeratkan hubungan antara universiti dan masyarakat setempat.
Sumbangan ikhlas ini telah disampaikan oleh Rektor UiTMCJ kepada 8 buah keluarga yang
kurang berkemampuan dan 30 kanak-kanak di wad pediatrik. Ternyata mereka amat gembira
dan terharu di atas pemberian yang tidak disangka-sangka ini terutama sekali dalam kesukaran
berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Dana yang diterima merupakan hasil sumbangan ikhlas pensyarah UiTMCJ dan orang
perseorangan. Melalui kutipan ini, penganjur dapat menyediakan sumbangan berbentuk
barangan dapur, persediaan Aidilfitri dan duit raya kepada penerima. Program ini secara tidak
langsung memberi peluang kepada pesyarah universiti untuk meringankan sedikit bebanan
golongan yang memerlukan dalam menjalani kehidupan seharian dan menceriakan sambutan
Aidilfitri mereka.
Menurut wakil pihak hospital, program yang dianjurkan oleh UiTMCJ ini merupakan program
pertama pada tahun ini dalam menyantuni dan menceriakan pesakit kanak-kanak di Hospital
Segamat. Justeru, pihak hospital berbesar hati dan berterima kasih kepada UiTMCJ di atas
kebaikan dan keprihatinan pihak universiti kepada masyarakat. Beliau juga berharap agar
program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
92
KARYA AKADEMIK
DAN UMUM
93
GUNA TENAGA DAN KESAN PERLAKSANAAN PERINTAH
KAWALAN PERGERAKKAN PEMULIHAN
Diana’ binti Mazan, Aidarohani binti Samsudin, Bazri bin Abu Bakar
Kerjasama dan usaha keras rakyat Malaysia membantu Kementerian Kesihatan
membanteras penularan wabak Covid-19 membuahkan hasil. Bilangan jangkitan menurun
dari hari ke hari sehinggalah kerajaan membuat keputusan untuk hanya melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) di mana semua sektor boleh beroperasi
seperti sediakala. Namun perlaksanaan operasi haruslah mengikut prosedur operasi
standard (SOP) seperti yang ditetapkan.
Justeru itu, dengan perlaksanaan PKPP ini dapat meningkatkan semula bilangan penduduk
bekerja. Statistik menunjukkan bilangan peratusan penduduk bekerja terus meningkat
sebanyak 0.6 peratus pada bulan Julai 2020 berbanding Jun 2020. Malaysia mencatatkan
peningkatan penduduk bekerja seramai 15.07 juta orang pada bulan Julai 2020 berbanding
15 juta orang pada bulan Jun 2020 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia). Ini sekaligus
dapat mengurangkan kadar pengangguran akibat perlaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakkan (PKP) kesan dari pandemik Covid-19.
Carta 1 : Penduduk bekerja dan nisbah guna kepada penduduk,
Januari 2018 - Julai 2020
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
94
Peningkatan ketara bilangan penduduk bekerja ini adalah di dalam sektor perkhidmatan
seperti hotel dan restoran, makanan dan minuman (beverages) dan pengangkutan.
Terdapat juga peningkatan kecil bilangan penduduk bekerja dalam sektor seni, hiburan dan
rekreasi. Manakala kadar pengangguran menurun kepada 4.7 peratus pada bulan Julai
berbanding 4.9 peratus pada bulan Jun 2020 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia). Ini
menunjukkan pertanda positif terhadap perkembangan ekonomi dan diharap dapat
mengurangkan kadar pengangguran.
Carta 2 : Kadar Pengangguran di Malaysia bagi tahun 2019- 2020
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Bagi memastikan ekonomi berkembang, rakyat Malaysia digesa untuk sentiasa mematuhi
SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini dapat membenteras pandemik Covid-19 malah
dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan bilangan
penduduk berkerja sekaligus dapat meningkatkan KDNK negara pada suku tahun akan
datang.
95
PENJAWAT AWAM DAN KESIHATAN MENTAL: SERIUSKAH?
Fatin Farazh binti Ya’acob, Nurul Fahana Aini binti Harun
Mutakhir ini, seringkali berita memaparkan tentang masalah kesihatan mental yang semakin
menular di seluruh dunia. Kesihatan mental merangkumi dari segi kesejahteraan emosi,
psikologi dan sosial. Situasi ini mampu mempengaruhi bagaimana individu itu berfikir, tahap
kebolehdayaan untuk menguruskan stres kehidupan dan juga tahap produktiviti semasa
bekerja. Terdapat lebih daripada 200 jenis penyakit mental yang boleh dikelaskan dan yang
paling sinonim di kalangan masyarakat sekarang adalah Depression, Anxiety, Bipolar
Disorder dan Skizofrenia.
Di Malaysia sahaja pada tahun 2017, dilaporkan terdapat 20,000 penjawat awam yang
bersara awal disebabkan oleh tekanan di tempat kerja. Cuepacs juga mendedahkan lebih
daripada 400,000 penjawat awam tertekan dengan kerja sehingga mengalami tekanan jiwa.
Sehingga kini dianggarkan 25 hingga 30 peratus daripada 1.67 juta penjawat awam
mengalami tekanan, malahan trend ini tidak menunjukkan sebarang penurunan sejak
beberapa tahun lepas. Akibatnya, segelintir penjawat awam berhadapan dengan tekanan
kerja dalam usaha menghasilkan mutu sistem penyampaian terbaik kepada rakyat.
Antara beberapa punca yang menyebabkan kesihatan mental penjawat awam terjejas
adalah jenis pekerjaan, tempoh bekerja yang panjang atau faktor persekitaran. Konflik di
kalangan teman sekerja atau ketua adalah antara sebab yang paling kerap ditemui. Ini
menyebabkan berlakunya jurang komunikasi serta menjejaskan produktiviti di tempat kerja.
Fenomena buli di tempat kerja turut menjadi punca. Adakalanya pekerja bukan sahaja dibuli
oleh ketua tetapi juga oleh rakan sejawat yang lebih senior. Ada pekerja yang tidak
diberikan kuasa autonomi serta tiada peluang untuk kenaikan pangkat atau kemajuan
kerjaya. Selain daripada buli, ada pekerja yang didera dalam bentuk emosi seperti disindir
atau diherdik serta mengalami gangguan seksual.
96
Selain daripada itu, persekitaran kerja yang toksik, terpaksa berjauhan dengan keluarga
bagi pasangan yang sudah berkahwin, waktu bekerja yang panjang serta sukar mengambil
cuti turut menjadi antara punca stres. Tambahan pula, faktor gaji, keperluan kerja yang tidak
sepadan dengan kebolehan menyebabkan tekanan ini semakin teruk seperti api yang
disimbah minyak. Akan tetapi golongan ini sering mendapat stigma masyarakat bahawa
mereka hanya memakan gaji buta dengan memberi perkhidmatan yang ala kadar sahaja. Di
samping itu juga, kos sara hidup yang tinggi terutama di kawasan kawasan bandar juga
menjadi faktor kepada tekanan, lebih parah terdapat sebilangan penjawat awam yang
terpalit dengan kadar hutang yang tinggi.
Tanda-tanda tekanan boleh dibahagikan kepada gejala fizikal, tingkah laku dan psikologikal.
Antaranya ialah sakit kepala, tegang otot, cepat letih, berdebar-debar, kurang selera makan,
beremosi serta sukar tidur. Rentetan dari tekanan yang dihadapi, jika masalah ini tidak dapat
ditangani dengan baik, kesannya, menyebabkan penjawat awam tersebut sukar fokus dalam
perkerjaan harian dan menurunkan produktiviti serta daya kreativiti. Di samping itu, akan
menyebabkan penjawat awam tersebut tidak dapat hadir bekerja, tidak bermaya, hilang
minat, cepat marah serta sukar membuat keputusan. Malah golongan ini juga cenderung
untuk mengalami kemalangan di tempat kerja. Keadaan ini menjadi lebih serius sehingga
ada segelintir penjawat awam yang mengalami masalah tekanan jiwa yang teruk
mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
Sehubungan dengan itu, dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan trend kesihatan
mental itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan pelbagai
perkhidmatan kesihatan mental antaranya, menubuhkan sebanyak 1,001 klinik kesihatan
dan lebih 200 orang Pakar Perubatan Keluarga memberikan perkhidmatan promosi,
saringan dan intervensi kesihatan mental, empat buah institusi mental, 60 hospital kerajaan
dan 25 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh Malaysia. Selain itu
terdapat juga Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti The Befrienders, Malaysian Mental Health
Association (MMHA) dan Mental Illness Awareness Support Association (MIASA) yang turut
bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha menangani masalah ini. Di samping itu
langkah langkah dalaman yang proaktif seperti semakan semula elaun sara hidup perlu di
kemaskini terutama yang bekerja di kawasan bandar pesat menangani masalah kos sara
hidup yang tinggi. Selain itu, sekiranya terdapat kekurangan pekerja akibat dari persaraan,
perpindahan dan berhenti, majikan perlu memohon untuk mendapatkan tenaga sumber
manusia yang baharu bagi mengurangkan bebanan kerja pekerja yang sedia ada.
Tambahan lagi, ketua ketua jabatan perlu mengambil peranan untuk mengurangkan
persekitaran kerja yang toksik dan budaya berat sebelah. Kerajaan dan khususnya majikan
juga perlu mempermudahkan proses pertukaran penjawat yang berjauhan dengan
pasangan dan memberi keutamaan kepada staf yang mempunyai kes kes kritikal seiring di
dalam pekeliling perkhidmatan awam bagi mengurangkan kes tekanan perasaan yang
berlaku akibat berjauhan dengan pasangan. Konklusinya, setiap langkah perlulah
diperhalusi oleh kerajaan dan juga semua agensi perkhidmatan awam perlu bekerjasama
dalam menangani masalah kesihatan mental di kalangan penjawat awam dan justeru dapat
memastikan mutu kerja mereka dapat dipertingkatkan.
97
DUNIA DALAM KEADAAN BERISIKO
Tan Yan Ling; Nur Adilah Binti Saud, Azman Bin Ali @ Saip
Dalam keadaan dunia semakin maju terutamanya di dalam sektor perubatan, penyakit
berjangkit masih membawa ancaman besar kepada masyarakat. Penularan wabak penyakit
serantau yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, melumpuhkan ekonomi dan
mewujudkan kekacauan dalam keteraturan sosial. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh mikroorganisma patogen seperti
bakteria, virus, parasit atau kulat yang boleh merebak secara langsung atau tidak langsung.
Contohnya ialah SARS, selesema biasa, batuk kering (tuberculosis, TB), Hepatitis A dan B.
Manakala penyakit berjangkit yang lain ialah penyakit zoonosis. Penyakit ini merupakan
penyakit berjangkit di antara haiwan dan manusia. Penyakit zoonosis merangkumi Severe
Acute Respiratory Syndrome (SARS), influenza AH1N1, influenza Avian (H5N1) dan H7N9,
Middle-Eastern Respiratory Syndrome (MERS), Middle East Respiratory Syndrome
Coronavirus (MERS-CoV), Ebola Virus Disease (EVD) dan yang paling terkini Coronavirus
(COVID-19). Perbezaan antara epidemik dan pandemik ialah epidemik merupakan penyakit
berjangkit yang merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan, komuniti atau populasi
manakala pandemik merupakan penyakit berjangkit yang tersebar di seluruh dunia.
Mengikut Fan, Jamison dan Summers (2018), anggaran kematian yang membabitkan wabak
influenza adalah sebanyak 720 000 setahun. Turut dianggarkan kerugian tahunan akibat
daripada risiko pandemik adalah US$500 billion atau nilainya adalah bersamaan dengan
0.6% daripada pendapatan dunia setahun. Kajian yang sama turut melaporkan bahawa
kerugian dialami oleh negara berpendapatan sederhana ke bawah boleh mencecah 1.6%
jauh lebih tinggi berbanding dengan negara maju iaitu sebanyak 0.3% daripada pendapatan
negara tahunan kerana pandemik influenza.
Pada tahun 2003 wabak SARS telah menjejaskan beberapa buah negara. Kos ekonomi
global akibat daripada SARS adalah sekitar US$40 billion (Lee & McKibbin, 2004). Selain
SARS, EVD 2014-2016 yang berlaku di Afrika Barat telah mengakibatkan kerugian
sebanyak US$53.19 billion. Antara negara-negara yang terjejas serius akibat daripada
wabak EVD adalah Guinea, Liberia dan Sierra Leone. Ketiga-tiga negara mengalami
kemerosotan KDNK sebanyak US$2.2 billion pada 2015 dan purata KDNK per kapita
menguncup sebanyak US$125 seorang (GPMB, 2019). Kajian lain juga melaporkan Liberia
telah menyaksikan penurunan pertumbuhan KDNK sebanyak 8 mata peratus antara 2013
dan 2014 (Bloom & Canning, 2018).
98
Kini, dunia dilanda dengan wabak COVID-19. Sehingga 16 August 2020, jumlah
keseluruhan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia telah mencecah lebih 21 juta kes dengan
statistik jumlah kematian yang direkodkan sebanyak 761 779 kes. Amerika Syarikat kekal
menjadi negara paling teruk dilanda penyakit berjangkit ini dengan kes jangkitan yang
dilaporkan lebih 5.2 juta manakala sebanyak 167 201 kes kematian dilaporkan. Berdasarkan
unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jun 2020, pertumbuhan ekonomi
global dijangkakan akan menyusut kepada -4.9% tahun ini daripada 2.9% pada tahun 2019
(IMF, 2020). IMF turut mengunjurkan ekonomi negara maju, negara membangun dan negara
berpendapatan rendah masing-masing akan merosot kepada -8.0%, -3.0% dan -1.0%.
Beberapa sumber atas talian melaporkan krisis wabak ini merupakan krisis global yang
terburuk sejak perang dunia kedua. Pengangguran global kerana pendamik COVID-19
mencatatkan kadar pengangguran tertinggi sejak 1965.
Kesimpulannya, walaupun dunia semakin maju bukan bermakna kita bebas dari sebarang
risiko. Malah kita terdedah dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin berlaku.
Bibliografi
Bloom, D. E., & Canning, D. (2018). Epidemics and economics. Finance and Development,
55(2), 46–49.
Fan, V. Y., Jamison, D. T., & Summers, L. H. (2018). Pandemic risk: How large are the
expected losses? Bulletin of the World Health Organization, 96(2), 129.
GPMB. (2019). A world at risk : Annual report on global preparedness for health
emergencies.
IMF. (2020). World Economic Outlook ppdate, June 2020 : A crisis like no other, an uncertain
recovery. Retrieved August 17, 2020, from
https://www.imf.org/en/Publications/WEO/Issues/2020/06/24/WEOUpdateJune2020
Lee, J.-W., & McKibbin, W. J. (2004). Estimating the global economic costs of SARS. In
Learning from SARS: preparing for the next disease outbreak: workshop summary (pp. 92–
109). National Academies Press Washington, DC. Retrieved from
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK92473/
99
COVID-19: TERKESANKAH SEKTOR
PELANCONGAN NEGARA?
Siti Nordiyana binti Isahak, Zailati binti Ahmad, dan Shahira binti Abd Jabar
Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-
19 sebagai pandemik atau wabak dan senario di Malaysia ketika itu telah memasuki
gelombang kedua. Mengambil langkah proaktif seiring dengan saranan oleh WHO,
pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac 2020 telah
menyebabkan negara berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak itu,
negara melalui beberapa fasa PKP dan telah mengambil semua langkah yang perlu bagi
memastikan tahap kesihatan rakyat berada dalam situasi yang terbaik. Pengumuman
perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei 2020, sedikit
sebanyak memberi kelegaan kepada banyak pihak apabila kerajaan mula membuka lebih
banyak sektor ekonomi yang sekaligus membantu merancakkan sektor domestik negara
yang semakin tenat ekoran kesan limpahan negatif pendemik COVID-19. Kesemua sektor
yang dibuka perlu memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pandemik COVID-19 akan
mencetuskan kemelesetan dan penguncupan ekonomi global untuk tahun 2020 dengan
kesan buruknya boleh menyamai krisis kewangan yang berlaku sekitar tahun 2008 malahan
mungkin lebih buruk lagi. Bank Dunia pada April lepas telah menurunkan unjuran
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 Malaysia daripada 4.5 peratus
kepada -0.1 peratus di tengah-tengah penularan COVID-19. Malahan, ekonomi Malaysia
dijangka berkembang dengan lebih perlahan iaitu antara 0.4 peratus hingga 2.5 peratus
tahun ini, dengan potensi untuk mengalami penguncupan pertumbuhan atau kemelesatan
teknikal untuk separuh tahun pertama adalah tinggi. Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam
Laporan Tambahan Prospek Pembangunan Asia yang dikeluarkan baru-baru ini
menjangkakan ekonomi Malaysia menyusut sebanyak 4.0 peratus dan pertumbuhan
merosot kepada 0.7 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2020. Memandangkan
pandemik COVID-19 telah menjejaskan rangkaian bekalan global pada suku pertama, ADB
juga menjangkakan eksport barangan dan perkhidmatan susut sebanyak 7.1 peratus,
pelaburan turut merosot berikutan pelaburan awam dan swasta, masing-masing turun 11.3
peratus dan 2.3 peratus.
Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara
Malaysia seperti yang diketahui umum merupakan antara negara yang paling tegas di
rantau Asia dalam membendung penularan COVID-19 dengan perlaksanaan PKP dan
PKPB. Sehingga tulisan ini dibuat, situasi COVID-19 masih lagi menghantui rakyat Malaysia
malahan sempadan antarabangasa negara masih lagi ditutup untuk sebarang aktiviti kecuali
dengan kebenaran pihak berwajib. Penutupan ini telah menyukarkan pertumbuhan ekonomi
negara dan antara sektor yang terjejas teruk adalah sektor pelancongan, memandangkan
sektor ini adalah industri paling awal yang terjejas dan paling lambat untuk pulih akibat
penularan COVID-19.
100
Industri pelancongan telah menyumbang RM84.1 billion kepada pertumbuhan ekonomi
negara menerusi ketibaan 25, 832 354 pelancong antarabangsa pada tahun 2018 dan
RM86.14 billion dengan kehadiran 26, 100 784 pelancong antarabangsa pada tahun 2019.
Manakala pendapatan sektor pelancongan domestik negara mencecah kepada RM103.2
billion yang berjaya direkodkan pada tahun 2019 berbanding RM92.6 billion pada tahun
2018. Belanjawan 2019, melaporkan industri pelancongan merupakan antara penyumbang
utama kepada sektor perkhidmatan negara dengan sumbangan kepada KDNK sebanyak
14.9 peratus atau RM201.4 billion di mana ia menjadi penyumbang ketiga terbesar. Oleh itu,
kepentingan dan sumbangan sektor pelancongan terhadap ekonomi negara sememangnya
tidak dapat disangkal lagi.
Kesan pandemik COVID-19 kepada sektor pelancongan negara
Umum mengetahui Malaysia telah mendapat pelbagai pengiktirafan dunia melalui sektor
pelancongan daripada pelbagai pihak. Euromonitor International yang berpengkalan di London,
United Kingdom melalui agensi kajiannya menyenaraikan Malaysia sebagai 10 negara destinasi
pelancongan terbaik dunia pada tahun 2018. Anugerah BrandLaurete, Best Brand 2017-2018 bagi
kategori Kecemerlangan Jenama Negara, Bandar Di-Raja Muar – Bandar Pelancongan Paling Bersih
ASEAN, lima tahun berturut-turut skor tertinggi bagi Islamic Economy Ecosystem termasuk
Pelancongan Halal, Makanan dan Rekreasi oleh Thomson Reuters melalui Global Islamic Economy
Report 2018/2019. Melalui pelancongan kesihatan pula, Malaysia muncul sebagai No. 1 World’s Best
Healthcare pada tahun 2019 dan Four Countries with The Best Healthcare in The World pada tahun
2017 oleh International Living. Pengiktirafan sebegini sudah cukup untuk membuktikan kemampuan
negara menyediakan fasiliti terbaik untuk pelancongan domestik dan antarabangsa.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganggarkan industri pelancongan dan
kebudayaan negara mengalami kerugian sekitar RM45 billion dalam tempoh enam bulan pertama
tahun ini. Antara yang terjejas teruk adalah tenaga kerja dalam sektor perkhidmatan seperti
penyediaan makanan dan minuman, penginapan, seni, hiburan dan rekreasi. Menteri Pelancongan,
Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, bagi membantu sektor ini bangkit
semula, pihaknya melalui Tourism Malaysia akan memperkukuhkan inisiatif di bawah pelancongan
domestik melalui kempen Cuti-Cuti Malaysia dan memperhebatkan lagi aktiviti promosi selain
bekerjasama dengan syarikat korporat dan berpengaruh. Pihak kerajaan telah memperkukuhkan
pelbagai inisiatif bagi membantu pemain pasaran tempatan untuk terus berdaya saing dalam industri
pelancongan antaranya melalui geran padanan Galakan Melancong Malaysia dan kementerian juga
memperkenalkan Dana Khas bagi Pelancongan atau SFT yang menyokong pembangunan usahawan
kecil dan sederhana (PKS) menerusi pinjaman mudah antara RM50,000 sehingga ke RM10 juta
bergantung kepada potensi projek. Malahan kerajaan juga turut menawarkan potongan cukai
sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik yang diumumkan dalam pelan
ransangan ekonomi ekoran penularan pandemik COVID-19.
101
Berkshire Media melalui tinjauan awam melibatkan 15,340 responden melaporkan majoriti
rakyat Malaysia memilih untuk tinggal di rumah, serta meminimakan pendedahan dari luar
sebaik mungkin. Sekiranya pandemik ini berpanjangan, tentunya pemulihan ekonomi akan
mengambil masa yang panjang dan dianggarkan sektor pelancongan mungkin mengambil
masa lebih lama sehingga ke 10 bulan untuk kembali ke paras normal. Melihat kepada trend
penularan COVID-19, pelancongan domestik adalah pilihan terbaik untuk memulakan
pemulihan kepada industri pelancongan negara. Manakala industri yang berkaitan dengan
pelancongan seperti perhotelan dan penerbangan perlu memikirkan kaedah terbaik bagi
menarik minat pelancong tempatan untuk mendapatkan perkhidmatan mereka seperti
menawarkan sistem meminda tarikh tempahan yang lebih mudah dan meyakinkan.
Pemain-pemain pasaran pula perlu memastikan perkhidmatan serta produk mereka berkualiti tinggi
terutamanya dari sudut kebersihan, keselamatan kesihatan dan produk-produk hiliran yang
ditawarkan. Hal ini bagi memastikan pelancong tempatan dapat menyesuaikan diri dengan normal
baru dan meningkatkan keyakinan mereka untuk tinggal lebih lama dan banyak berbelanja.
Walaupun pembatalan Tahun Melawat Malaysia 2020 telah diumumkan oleh pihak kerajaan, dana
berjumlah RM1.1 billion termasuk RM960 yang diberikan kepada MOTAC boleh disalurkan ke arah
usaha mempromosi pelancongan tempatan. Dengan fasa PKPB yang diumumkan, keyakinan rakyat
serta minat melancong telah mula menampakkan hasil dan tentunya pelancongan domestik menjadi
pilihan. Situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang tidak menampakkan proses pemulihan,
memberikan sedikit kesan positif kepada industri pelacongan domestik. Rakyat Malaysia tentunya
merasa lebih selamat untuk berada dalam negara dan ini juga merupakan salah satu cara bagi rakyat
menzahirkan solidariti mereka kepada negara dengan mengekalkan aliran wang dalam ekonomi
domestik.
102
U VS U-TERBALIK
Tan Yan Ling, Nur Adilah binti Saud, Siti Nuur-Ila binti Mat Kamal
Dalam konteks matematik, terdapat beberapa jenis fungsi (functions). Fungsi yang sering dijumpai
ialah fungsi linear, kuadratik, kubik, eksponensial, logaritma dan lain-lain. Fungsi kuadratik
merupakan salah satu jenis fungsi polinomial darjah dua. Dalam bahasa algebra, fungsi kuadratik
(parabola) ialah f(x) = ax2 + bx + c, di mana a, b, dan c adalah nilai tetap dan a≠0 Nilai a di fungsi
kuadratik yang akan menentukan arah parabola iaitu terbuka ke atas (open upward) atau terbuka
arah ke bawah (open downward). Jika a>0, maka grafik parabola terbuka arah ke bawah dan
sebaliknya, jika a<0, grafik parabola terbuka arah ke atas. Dalam erti kata lain, grafik parabola
terbuka arah ke bawah juga lebih dikenali sebagai keluk berbentuk-U manala grafik parabola
terbuka arah ke atas juga dikenali sebagai keluk berbentuk U-terbalik.
Sekiranya konsep fungsi kuadratik diaplikasikan dalam dalam konteks ekonomi, terdapat beberapa
kajian yang melibatkan hubungan berbentuk U-terbalik sejak 1950an. Kuznets (1955) mengkaji
hubungan antara ketidaksamaan pendapatan dan proses pembangunan ekonomi. Konsep ini lebih
dikenali sebagai hubungan berbentuk U-terbalik, atau keluk Kuznets (Kutznets curve). Keluk Kuznets
menunjukkan bahawa peningkatan pendapatan per kapita akan membawa kepada ketidaksamaan
pendapatan pada peringkat awal, tetapi selepas titik tertentu, peningkatan pertumbuhan ekonomi
akan mengurangkan ketidaksamaan pendapatan. Selanjutnya, kajian diteruskan oleh Grossman dan
Krueger (1991) atau lebih dikenali sebagai keluk alam sekitar Kuznets (environmental Kuznets curve,
EKC) yang membincangkan hubungan antara pencemaran alam sekitar dan pembangunan ekonomi.
Kajian ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal pembangunan ekonomi akan menyebabkan
kemerosotan alam sekitar; setelah pertumbuhan ekonomi mencapai sesuatu tahap, pencemaran
alam sekitar akan menurun.
103
Selain kajian berkaitan hubungan berbentuk U-terbalik, kajian ekonomi tingkah laku seperti
Clark, Oswald, dan Warr (1996) membuktikan bahawa terdapat hubungan berbentuk-U di
antara kepuasan bekerja dan usia di kalangan pekerja. Hubungan ini menjelaskan bahawa
tahap kepuasan bekerja di kalangan pekerja adalah rendah pada peringkat awal bekerja
dan kepuasan bekerja akan meningkat apabila usia semakin meningkat. Ini bermaksud
tahap kepuasan seseorang pekerja bukan sentiasa berada ditahap yg sama sepanjang
berada di sesebuah organisasi.
Secara amnya fungsi kuadratik bukan sahaja penting di dalam bidang matematik malahan
ianya boleh diaplikasi dalam bidang lain.
Bibliografi
Clark, A., Oswald, A., & Warr, P. (1996). Is job satisfaction U-shaped in age? Journal of
Occupational and Organizational Psychology, 69(1), 57–81. https://doi.org/10.1111/j.2044-
8325.1996.tb00600.x
Grossman, G. M., & Krueger, A. B. (1991). Environmental impacts of a North American free
trade agreement (Working Paper No. 3914). Cambridge, MA: National Bureau of Economic
Research.
Kuznets, S. (1955). Economic growth and income inequality. The American Economic
Review, 45(1), 1–28. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/1811581
https://www.emathzone.com/tutorials/calculus/types-of-functions.html
https://www.konsep-matematika.com/2015/07/ciri-ciri-grafik-fungsi-kuadrat-atau-
parabola.html
104
KEBIMBANGAN KESIHATAN MENTAL RAKYAT MALAYSIA
Nor Hamiza binti Mohd Ghani, Prof Madya Dr Saunah binti Zainon, Siti Nordiyana binti Isahak
Sejak kebelakangan ini, isu kesihatan mental bukanlah isu yang asing lagi malahan amat dititikberatkan
oleh pihak kerajaan. Banyak tumpuan dan usaha yang telah dijalankan oleh agensi kerajaan seperti
ceramah kesedaran, pemeriksaan kesihatan mental, khidmat nasihat dan lain- lain kepada masyarakat
umum. Hal ini kerana masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia semakin lemah dan
amat membimbangkan. Percaya atau tidak secara purata setiap 40 saat kes bunuh diri dilaporkan di
seluruh dunia? Gejala bunuh diri ini tidak dapat tidak akan dikaitkan dengan tahap kesihatan mental
seseorang individu.
Takrifan kesihatan mental
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah kesihatan mental? Menurut takrifan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental adalah kesempurnaan dari segi fizikal, mental
dan sosial serta ketiadaan penyakit. Umumnya individu yang sihat mentalnya adalah individu yang
memiliki kesejahteraan pemikiran dan emosi. Individu tersebut dapat mengendali tekanan yang dihadapi
dengan baik, menyedari keupayaan diri, dapat bekerja secara produktif serta menyumbang kepada
masyarakat. Menurut Dasar Kesihatan Mental Malaysia, kesihatan mental ialah kemampuan individu,
kelompok dan persekitaran berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosi kesejahteraan subjektif
serta fungsi optima dan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke arah pencapaian
matlamat individu dan kumpulan selari dengan keadilan. Berbeza dengan individu yang mempunyai
masalah penyakit mental di mana individu tersebut tidak dapat menjalankan fungsi harian dengan baik.
Laporan WHO menunjukkan, penyakit mental merupakan antara lima penyakit utama yang
menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia.
Secara umumnya, terdapat dua faktor utama yang menyebabkan peningkatan masalah kesihatan
mental rakyat Malaysia iaitu faktor diri dan faktor hidup. Faktor diri adalah individu itu sendiri
menghadapi masalah mental melalui permasalahan personaliti diri, keturunan serta cita-cita dan
harapan yang tidak realistik. Manakala faktor hidup adalah seperti faktor kewangan, perhubungan di
tempat kerja, kehilangan orang yang disayangi dan lain-lain. Kesihatan mental yang lemah akan
memberi kesan yang buruk kepada individu sama ada kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Situasi
terkini negara yang sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 misalnya, telah memberikan
impak negatif kepada semua lapisan masyarakat. Banyak industri yang telah lingkup dan berdepan
dengan situasi kewangan yang genting di mana dianggarkan lebih 951,000 orang kehilangan pekerjaan
di Malaysia sahaja dan dianggarkan lebih RM41 billion pendapatan hilang akibat pandemik ini. Malahan
di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 195 juta pekerja dijangka hilang mata pencarian pada suku
kedua tahun ini.
105
Bagi ibu bapa yang bekerja sendiri seperti berniaga, bekerja dengan pihak swasta dan seumpamanya,
ia memberi tekanan kepada mereka kerana pendapatan mereka semakin berkurang untuk
menanggung kos hidup. Tambahan lagi usahawan-usahawan Perindustrian Kecil dan Sederhana
(PKS) yang baru bermula terpaksa mengurangkan pekerja bagi mengurangkan kos operasi syarikat,
malahan yang telah lama bertapak dalam industripun tidak mampu bertahan dan terpaksa gulung
tikar. Kehilangan pekerjaan merupakan tamparan hebat bagi keluarga yang berpendapatan bulanan
penegah seperti B40. Sekiranya pengurusan emosi dan pengendalian stress tidak dilaksanakan
sebaik mungkin, keadaan lebih sukar akan dihadapi apabila anggota keluarga pula tidak memberikan
sokongan. Malahan peluang penyakit mental akan lebih tinggi sekiranya individu tersebut hanya
berdiam diri dan memendam emosi apabila mereka tidak mempunyai cara untuk meluahkan masalah.
Dasar Kesihatan Mental Malaysia
Memandang serius isu kesihatan mental, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kesihatan
Mental Malaysia yang bermatlamat melahirkan suatu masyarakat yang seimbang dan sihat dari segi
psikologi, memberi penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah
psikososial. Antara kandungan di dalam dasar ini adalah memastikan rakyat Malaysia diserapi oleh
nilai- nilai moral dan etika yang tinggi, masyarakat yang penyanyang, bertoleransi, maju, berdaya
tahan dan berupaya menjamin kesejahteraan semua lapisan masyarakat. Objektifnya adalah untuk
menyediakan asas bagi menzahirkan strategi dan perlaksanaan program bagi memastikan kesihatan
mental rakyat dapat diperbaiki serta mencapai kesejahteraan hidup.
Statistik kadar kesihatan mental rakyat Malaysia
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) yang merupakan tinjauan
persampelan rawak yang dilaksanakan secara berperingkat melibatkan semua negeri dan wilayah
persekutuan. Seramai 14,965 individu telah menjawab tinjauan permintaan jagaan kesihatan. Hasil
daripada NHMS 2019 mendapati sebanyak 15.9 peratus respondan telah didiagnosa menghidapai
hipertensi, sebanyak 14.1 peratus tidak tahu bahawa mereka menghidapi hipertensi dan jumlah
keseluruhan prevalens adalah sebanyak 30 peratus. Walaupun angka ini dilihat semakin bertambah
setiap tahun, namun sehingga kini masih tiada garis panduan rasmi berhubung prosedur operasi
standard (SOP) dan latihan untuk pihak di barisan hadapan seperti pegawai polis, jururawat dan
anggota bomba untuk mendekati pesakit mental dengan cara yang lebih baik dan menjaga hak asasi
mereka. Wajarlah tindakan segara diambil untuk menangani isu-isu sebegini bagi mengelakkan
stigma dan diskriminasi terhadap pesakit mental.
Kadar bunuh diri di Malaysia
10 Oktober setiap tahun merupakan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang mula disambut
pada tahun 1992 dan telah diperkenalkan oleh World Federation of Mental Health (WFMH) dengan
tema yang berbeza-beza setiap tahun. Pada tahun 2019, temanya adalah “Sayangi Nyawa hidupkan
Harapan” yang memberi fokus kepada memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan
kesihatan mental dan mencegah tingkah laku bunuh diri. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
melaporkan antara 10 penyebab utama kematian di dunia adalah bunuh diri dan merupakan penyebab
kedua tertinggi bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun. Secara purata, satu (1) kematian
berlaku setiap 40 saat menjadikan 800,000 orang mati akibat bunuh diri setiap tahun. Menjelang 2020
dan tahun berikutnya diramalkan kadar membunuh diri akan meningkat setiap 20 saat bagi satu
kematian.
106
Di Malaysia, NHMS mendapati tingkahlaku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17
tahun menunjukkan tren peningkatan iaitu prevalen idea bunuh diri adalah 7.0 peratus pada tahun
2012 meningkat kepada 10 peratus pada tahun 2017. Kajian yang sama juga mendapati 18.3 peratus
(1 daripada 5 remaja) mengalami gejala kemurungan, 2 daripada 5 remaja mengalami keresahan dan
1 daripada 10 remaja mengalami stress. Statistik yang dilaporkan di atas cukup memberikan
gambaran yang jelas tentang kebimbangan negara berdepan dengan tahap kesihatan rakyat Malaysia
yang semakin meruncing saban tahun. Jika diperhalusi, kebanyakan individu yang terlibat dalam
cubaan membunuh diri atau mati akibat bunuh diri mempunyai beberapa faktor pendorong antaranya,
mempunyai sejarah cubaan bunuh diri sebanyak beberapa kali, mengalami kemurungan, penyakit
mental, berada dalam keadaan luar sedar (penyalahgunaan dadah dan alkohol), mempunyai sejarah
keluarga yang membunuh diri, penyakit kronik, sering berasa kesunyiaan dan pelbagai faktor lain lagi.
Malahan kemajuan teknologi dan perkembangan penggunaan media sosial turut menjadi faktor
kepada penyumbang tertinggi masalah kesihatan mental yang dialami oleh remaja dewasa ini.
Kejadian buli siber, tidak dapat disangkal lagi dan menunjukkan tren peningkatan saban tahun.
Kesannya bukan sahaja kepada orang yang dibuli yang boleh menghadapi tekanan jiwa tetapi si
pembuli juga telah membuktikan peningkatan tingkah laku ganas yang juga berkaitan dengan tahap
kesihatan mental.
Justeru, sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersatu hati bagi turut serta menangani permasalahan
ini. Kesihatan mental tentunya bermula dari rumah. Masalah yang berlaku boleh dirawat sekiranya
setiap individu memainkan peranan yang penting dan sentiasa peka dengan keadaan pesakit dalam
usaha mendapatkan rawatan awal. Bagi ibu bapa, senantiasalah peka dengan situasi anak-anak,
sekiranya bermasalah rujuklah pakar psikiatri dan janganlah malu dengan situasi tersebut.
107
TUAH SEREMBAN BANDAR ‘VISION VALLEY’
Juliana binti Mohamed Abdul Kadir, Kursimah binti Harun
Sungai Ujong kaya dengan lombong bijih timah. Dahulunya ia menjadi rebutan pemimpin
dan penjajah. Kini, sekali lagi ia menempa sejarah. Seremban semakin menjadi tumpuan di
mata Malaysia. Di samping telah menjadi sebuah bandaraya pada tahun 2019, Seremban
juga dipilih sebagai ‘Malaysia Vision Valley’.
Seremban kini menjadi tarikan. Ia bukan sahaja dihuni oleh penduduk asal negeri itu malah
ramai yang bekerja di ibu kota lebih tertarik untuk menetap di Seremban. Jarak sejauh 69
kilometer dari Kuala Lumpur bukan dirasakan sesuatu yang membebankan mereka.
Malah ia cuma mengambil masa kurang lebih satu jam perjalanan dari ibu kota. Seremban
juga terletak di lokasi strategik yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa
KLIA.
Terdahulu projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan jarak sejauh 350
kilometer di antara dua buah negara telah dirancang. Projek yang dijangka siap pada tahun
2026 itu, hanya berjarak 20 minit untuk ke ibu kota dan 60 minit ke Singapura menjadikan
lebih mudah untuk akses ke bandar ini.
108
Projek berimpak tinggi ini dijangka akan membawa tuah kepada bandar ‘Vision Valley’.
Peluang pekerjaan, perniagaan, pelaburan dan pelancongan tersedia luas. Pelbagai projek,
syarikat multinasional dan kilang di kawasan sekitar stesen HSR mula dibina dan membuka
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Tetapi akhirnya projek HSR ini tidak dapat
direalisasikan.
Namun begitu, peluang perniagaan telah bertambah selaras dengan adanya pembangunan
di negeri ini. Budaya dan warisan unik masyarakat juga dapat diperkenalkan melalui sektor
pelancongan. Pelancong dapat melihat sendiri keunikan adat perpatih dan hidangan
tempatan istimewa seperti masak lemak cili api daging salai, masak lemak telur itik pucuk
ubi, rendang maman, rendang pucuk ubi dan sebagainya.
Pangkalan udara TUDM yang lengkap dengan insfrastruktur moden juga telah berpindah ke
Sendayan. Seremban juga telah membuka bandar-bandar baharu yang indah dan terancang
seperti Seremban 2, Bandar Ainsdale dan Bandar Enstek.
Jika dilihat secara teori, projek pembangunan akan membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk sekitar. Dapat dilihat, kilang Coca-Cola bernilai berbilion ringgit telah dibina di
Bandar Enstek. Sebuah projek infrastuktur mega seperti ini akan meningkatkan taraf sosio-
ekonomi setempat.
Selain itu, nilai hartanah di negeri ini juga dijangka melonjak tinggi kesan daripada projek
dan pembangunan yang giat dijalankan. Ia bakal menghasilkan sesuatu yang lumayan
kepada negeri ini. Inilah tuah bandar ‘Vision Valley’ yang rezekinya akan dinikmati dan
dirasai oleh seluruh rakyat jelata.
Ramai yang bercadang untuk memiliki aset di bandar ini. Malahan ramai juga telah membeli
hartanah di sini dek kerana daya tarikan Seremban yang menawarkan kawasan perumahan
atas tanah yang sesuai dan selesa kepada masyarakat Malaysia.
Menteri Besar Negeri Sembilan menggalakkan masyarakat di negeri ini tinggal dan bekerja
di sini. Usaha ini dapat mengurangkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur dan dilihat
dapat mengurangkan jurang miskin bandar. Melalui inisiatif ini, penyediaan perumahan
harga mampu milik kepada penduduk setempat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar
negeri ini bukan sahaja menjadi tempat untuk dilawati, malah tempat untuk diduduki.
109
KARYA KREATIF
110
KESUKAAN IBU
Norfariza binti Mohd Ali
Ibu paling suka
Anaknya pulang ke kampung
Dijamu masakan aneka
Penuh meja hingga ke hujung
Ibu paling suka
Melihat anaknya riang
Berkongsi ceritera
Tidak sedar hari sudah siang
Ibu paling suka
Pokoknya berbunga rimbun
Dibelai, disiram, dibaja
Mekar segar menjadi kebun
Ibu paling suka
Menonton siri sinetron
Usah diganggu waktu dia leka
Bebelan menjadi berkaton-katon
Ibu paling suka
Mencuba pelbagai resipi
Anaknya lagilah suka
Kenyang perut lena mimpi
Tapi anaknya tidak tahu
Bilakah waktu ibu tidak suka
Ibu sembunyi perasaan selalu
Tidak mahu sesiapa terluka
Itulah ibu
Tunjuk suka simpan duka
Sayangi ibu
Selagi ada hayat mereka
Fariza
PKP 8/4/2020
12.08pm
111
KU PULANG
Rosmah binti Abd Ghani @ Ismail
Ku pulang
Dirimu begitu gembira
Setelah sekian lama tidak bersua
Makan berselera
Lebih bertenaga dan ceria
Memerhati gelagat anak cucu di depan mata
Ku pulang
Dirimu kini tidak bermaya
Hanya mampu mengedipkan mata
Memandang kami bersama linangan air mata
Merintih kesakitan tanpa suara
Ku pulang
Namun kepulanganku adalah kepulangan duka
Mengiringi lambaian kepulanganmu “ke sana”
Meninggalkan kami hiba buat selamanya
Mak
Pergimu pasti sentiasa dirindui dan tiada ganti
Tenanglah di sana duhai bidadari
Terima kasih untuk segalanya, mak.
Al fatihah.
29/8/2020
112
RESIPI KEK PISANG COKLAT MUDAH
Nor Hamiza binti Mohd Ghani
Bahan-bahan:
7-8 biji pisang emas.
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan gula (boleh kurangkan lagi manis)
½ cawan coklat urai (chocolate rice)/ coklat chip
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
¾ cawan minyak masa
**Membuat kek pisang sangat mudah dengan hanya menggunakan pengisar (blender).
Cara- caranya adalah:
ü Sediakan blender yang kering.
ü Masukkan pisang, gula dan minyak masak.
ü Kisar bahan- bahan selama 3-5 minit.
ü Di dalam bekas lain, ayak kan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
ü Masukkan bahan- bahan kisar tadi (langkah 1) di dalam bekas tepung. Gaul
sehingga sebati.
ü Masukkan cok lat rice/ coklat cip dan gaul lagi sehingga sebati.
ü Oleskan minyak masak/ marjerin di dalam loyang .
ü Masukkan adunan kedalam loyang dan hiaskan dengan hirisan pisang atau coklat
rice/ ciklat chip.
ü Bakar dengan suhu 125 -130C (mengikut oven masing-masing) dengan masa 30
minit. Siap
113
FAKULTI
PERAKAUNAN
114
Insan berharga di sisi pencipta adalah mereka
yang memberi manfaat kepada
persekitarannya. Berinfaqlah walau sepatah
kata, mudah mudahan keberkatannya
membawa kita ke syurga
DR. NORAIZAH ABU BAKAR
[email protected]
07-9352304
Membaca ibarat pengembaraan
ilmu,menulis seperti jurnal travelog. Apabila
seiring, lengkaplah sebuah penceritaan
PUAN NORHIDAYAH ABDULLAH
[email protected]
07-9352183
115
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah
Prof. Madya Dr. Rahimah Mohamed Yunos, Dr. Noor Sufiawati Khairani, Nur Eyliawati Japelus, Syed
Khusairi Tuan Azam, Juyati Mohd Amin, Khadijah Yahya, Fatimah Hashim, Musmailina Mustafa Kamal,
Dr. Noraizah Abu Bakar, Mohamad Albar Bakar, Muhamad Ashaari Sukar, Ahmad Marzuki Amiruddin
Othman, Norfizah Othman, Zarina Abu Bakar, Zakiah Baharin, Fairuz Ramli, Nadzira Yahya, Filouz
Hashim, Fazrul Hanim Abd Sata, Mas Ervina Samsudin, Nini Suhana Mastini Razi
Karya Akademik dan Umum
Dr. Noor Sufiawati Khairani, Nor Hafizah Abd Mansor, Norhidayah Abdullah, Nurul Azlin Azmi, Noor
Hidayah Ab Aziz, Fazrul Hanim Abd Sata, Mohamad Albar Bakar, Prof. Madya Dr. Rahimah Mohamed
Yunos, Prof. Madya Dr. Syahrul Ahmar Ahmad, Ahmad Marzuki Amiruddin Othman, Norfizah Othman,
Fatimah Hashim, Filouz Hashim, Dr. Siti Masnah Saringat
Karya Kreatif
Siti Rahayu Sarman, Mas Ervina Samsuddin, Musmailina Mustafa Kamal, Ahmad Marzuki Amiruddin
Othman, Prof. Madya Dr. Raja Adzrin Raja Ahmad
116
LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN PENSYARAH
117
MISI AKADEMIK KE KOLEJ MATRIKULASI
JOHOR (KMJ)
Prof. Madya Dr. Rahimah Mohamed Yunos
Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan
Johor (UiTMCJ) memenuhi jemputan
dari pihak KMJ untuk berkongsi
mengenai program Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan (AC220) pada 5
Disember 2019. Seramai 150 orang
pelajar matrikulasi perakaunan
semester akhir dan tujuh (7) orang
pensyarah perakaunan KMJ hadir di
program ini. Pelajar ini mengikuti dua
semester di dalam bidang perakaunan
di KMJ, di mana dua kursus
perakaunan iaitu asas perakaunan,
Accounting 1 (AA015) diambil pada
semester 1; dan asas perakaunan kos,
Accounting 2 (AA025) di semester
2. Antara topik yang dikongsi kepada
KMJ ialah sejarah Fakulti Perakaunan,
syarat kemasukan ke UiTM dan khusus
ke program AC220, tips memohon
UiTM, prospek kerjaya untuk graduan
perakaunan dan pelan pengajian
AC220. Berikut adalah respon peserta
ke atas ‘survey’ yang diberikan di akhir
program.
Hasil tinjauan dari program ini, 95%
peserta lebih jelas tentang pilihan
mereka samada akan memilih
perakaunan di peringkat universiti
kelak. Kebanyakan peserta
menyatakan mereka ingin mendapat
pekerjaan yang baik selepas tamat
pengajian di peringkat Ijazah, dan
terdapat juga yang menyatakan hasrat
ingin melanjutkan pelajaran ke
peringkat profesional dan menjadi
seorang akauntan.
118
PROGRAM UITMCJ’S POSTGRADUATE INTENSIVE
RETREAT 2020
Dr. Noor Sufiawati Khairani, Nur Eyliawati Japelus, Syed Khusairi Tuan Azam, Ts. Dr. Rashidah
Mokhtar, Dr. Syaimak Ismail, Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir, Dr. Nurul ‘Aini Harun, Aidarohani
Samsudin, Juyati Mohd Amin, Jannah Munirah Mohd Noor, Noor Syazana Ngarisan, Isma Ishak,
Noraisyah Abdl Aziz
Pusat Pengajian Pascasiswazah UiTM
cawangan Johor telah menganjurkan program
UiTMCJ’s Postgraduate Intensive Retreat
2020 pada 4 hingga 6 Februari 2020 di
Institute of Leadership and Development (ILD),
Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Program ini
adalah berkonsepkan ‘2 in 1’, di mana ia
menggabungkan dua program yang berjalan
serentak iaitu PhD Research Proposal
Development Workshop dan Thesis Boot
Camp.
PhD Research Proposal Development
Workshop dilaksanakan untuk memberi Secara keseluruhan, para peserta yang
mengikuti program PhD Research Proposal
dorongan dan bantuan kepada warga UiTMCJ Development Workshop didapati telah
berusaha memanfaatkan bengkel sebaik -
bagi mengorak langkah untuk memulakan baiknya. Tempoh waktu yang diberikan
sepanjang bengkel membolehkan para
pengajian PhD menerusi bimbingan peserta fokus kepada cadangan
penyelidikan pengajian PhD masing -
penyediaan proposal penyelidikan pengajian masing. Melalui program ini para peserta
telah didedahkan dengan cara-cara
PhD. Sementara itu, Thesis Boot Camp (TBC) penyediaan proposal penyelidikan secara
komprehensif.
adalah merupakan satu wadah bagi
Program TBC secara keseluruhan
membantu peserta Program mendapati para peserta telah berusaha
memanfaatkan TBC sebaik - baiknya.
Ph.inisheD@Johor untuk menyempurnakan Tempoh waktu yang diberikan sepanjang
TBC membolehkan para peserta fokus
penulisan tesis masing - masing. kepada penulisan tesis pengajian PhD
masing-masing.
119
‘A GIFT OF LOVE 3’ DATANG LAGI!!
Khadijah Yahya, Ahmad Marzuki Amiruddin Othman, Dr. Noor Sufiawati Khairani, Fatimah Hashim,
Musmailina Mustafa Kamal, Juyati Mohd Amin, Norfizah Othman, Dr. Noraizah Abu Bakar,
Mohamad Albar Bakar, Zarina Abu Bakar, Zakiah Baharin, Muhamad Ashaari Sukar, Fairuz Ramli,
Nadzira Yahya
Ajaibnya sedekah, semakin kita bersedekah, semakin
kita kaya. Bertitik tolak dari aspirasi ini, amalan
bersedekah dizahirkan melalui ‘A Gift of Love 3’ (AGOL
3), sebuah program amal yang telah sebati sebagai
acara tahunan Fakulti Perakaunan, bertunjangkan
konsep pemberian dari hati oleh para penderma,
Walaupun telah memasuki usia '3 series' (3 kali
penganjuran program), ahli jawatankuasa (AJK) tetap
menampilkan semangat kerjasama yang tinggi.
Jualan amal telah dianjurkan dengan jayanya bertempat
di Speakers Corner, UiTMCJ pada 6 November 2019.
Sebanyak RM5,476 telah berjaya diraih dari hasil jualan
ini. Sumbangan disampaikan kepada golongan sasaran
melalui dua fasa:
1) Program agihan pada penerima zakat terdiri dari
41 orang pelajar Fakulti Perakaunan telah
diadakan pada hari Rabu 4 Disember 2019. Setiap
pelajar telah menerima RM50.
2) Sebanyak 60 buah hamper berisi barang
keperluan harian, seperti beras dan minyak
masak, telah diagihkan oleh pembekal Halal
Centre kepada ketua kampung Kampung Paya
Pulai. Ketua kampung pula telah menyampaikan
sumbangan tersebut secara terus kepada
keluarga asnaf terbabit tanpa acara rasmi
memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) sedang berlangsung ketika itu.
Semoga usaha kecil ini diterima Allah dan memberi
manfaat kepada kita di hari Akhirat kelak. Untuk AGOL
4 pula, harapan tersemat agar program ini dapat
dikembangkan serta diperluaskan lagi, mungkin pula di
peringkat antarabangsa.
120
‘ENT300 SUMMIT’ FAKULTI PERAKAUNAN
Ahmad Marzuki Amiruddin Othman, Musmailina Mustafa Kamal, Khadijah Yahya, Filouz Hashim
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Fakulti Perakaunan UiTMCJ telah mengambil
keusahawanan telah dikenalpasti sebagai inisiatif untuk mengadakan pembentangan
penyumbang ekonomi melalui aktiviti penilaian akhir Pelan Perniagaan ENT300
berteraskan pengetahuan dan inovasi. berkonsepkan ekspo keusahawanan
Sehubungan dengan itu, subjek ENT300 bertempat di Dewan Sri Temenggong,
Fundamentals of Entrepreneurship UiTMCJ pada 15 Disember 2019 yang
memberi pendedahan kepada pelajar dinamakan sebagai ‘ENT300 Summit’ Fakulti
serta melatih mereka di dalam bidang Perakaunan. Sebanyak 70 kumpulan telah
keusahawanan, bertepatan dengan hasrat menampilkan idea perniagaan mereka yang
kerajaan untuk melahirkan graduan dinilai oleh seramai 24 orang pensyarah.
bercirikan keusahawanan dan holistik Hasil dari ‘feedback’ yang diterima, ramai
seperti disasarkan di bawah Pelan yang memuji idea keusahawanan yang
Pembangunan Pendidikan Malaysia dihasilkan yang bersifat unik dan berpotensi
(Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025. Sebagai untuk dikomersilkan. Program diakhiri dengan
tugasan akhir, pelajar – pelajar ENT300 penyampaian hadiah oleh KPP Fakulti
diminta untuk membentangkan pelan Perakaunan, Dr. Noraizah Abu Bakar kepada
perniagaan yang dirancang. Ianya dinilai 5 kumpulan yang menampilkan booth paling
oleh pakar merangkumi kejituan idea menyerlah. Semoga minat yang berputik
perniagaan, potensi pemasaran, dalam aspek keusahawanan akan terus
kekukuhan kewangan, kemampuan disuburkan oleh pelajar di dalam mencari
operasi dan berdaya saing. Penilaian dari peluang untuk menjana pendapatan serta
segala segi ini melatih pelajar untuk mendayakan ekonomi masyarakat setempat.
berfikir sebagai seorang usahawan serta
membentuk minda kreatif di dalam
menawarkan produk yang boleh
dipasarkan.
121
BENGKEL PENTAKSIRAN, PEMILIHAN DAN
MEMUKTAMADKAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR JUN
2020 PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN (AC 110)
Fazrul Hanim Abd Sata, Zarina Abu Bakar, Syed Khusairi Tuan Azam
UiTM Cawangan Johor telah dilantik secara Bengkel ini juga telah dihadiri oleh empat
orang pensyarah dari Akademi Pengajian
rasminya sebagai Kampus Tunjang bagi Bahasa untuk penyuntingan bahasa bagi
set-set soalan peperiksaan akhir AC110.
Program Diploma Perakaunan (AC110)
Sepanjang tiga hari mesyuarat ini
bermula dari 1 Mac 2012 bagi tempoh lantikan berlangsung, sekurang – kurangnya 31 set
soalan peperiksaan akhir telah disediakan,
selama lima tahun dan kemudiannya diberi dinilai dan dijana untuk 14 kod baru bagi
peperiksaan akhir Jun 2020 Diploma
mandat sebagai Pengurus Utama (PU) yang Perakaunan.
mengelolakan program Diploma Perakaunan Secara keseluruhannya, perjalanan bengkel
pada kali ini adalah sangat baik serta
(AC110) bermula Mac 2016. Sehubungan itu, mendapat kerjasama yang sewajarnya
daripada pihak pentaksir. Ini penting
Fakulti Perakaunan UiTMCJ bagi memastikan semua kertas – kertas
soalan peperiksaan akhir telah mencapai
bertanggungjawab untuk menyelaras garis panduan penyediaan, penilaian dan
penjanaan set soalan peperiksaan akhir
penyediaan, penggubalan. pengumpulan dan seperti yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Peperiksaan, UiTM Malaysia.
penjanaan kertas soalan peperiksaan akhir.
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pada
tahun ini juga Bengkel Pemilihan, Pentaksiran
dan Memuktamadkan Kertas Soalan
Peperiksaan telah diadakan pada 17 hingga 19
Februari 2020 bertempat di Aras 2,
Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI) 1,
UiTMCJ. Para Pentaksir adalah terdiri
daripada pensyarah sumber untuk kod – kod
kursus Diploma Perakaunan, pensyarah –
pensyarah Kampus Johor seperti yang telah
ditentukan oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP)
dan juga pensyarah – pensyarah Kampus
Melaka, Terengganu, Kedah, Perak dan
Kelantan.
122
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA APB 2020
Juyati Mohd Amin, Mohamad Albar Bakar, Fazrul Hanim Abd Sata, Ahmad Marzuki Amirrudin
Othman, Norfizah Othman, Syed Khusairi Tuan Azam, Mas Ervina Samsudin, Nini Suhana
Mastini Razi, Musmailina Mustafa Kamal
Pada 10 Februari 2020 yang lalu, Fakulti
Perakaunan telah menerima kunjungan
daripada AJK EKSA Akademi Pengajian
Bahasa (APB) UiTM Cawangan Johor terdiri
daripada Koordinator APB, Puan Haryati
Ahmad, serta beberapa orang pensyarah
APB. Lawatan itu bertujuan untuk menjalin
kerjasama dan perkongsian pintar dalam
usaha mendapatkan pendedahan dan
sumber rujukan untuk mewujudkan
persekitaran EKSA di APB.
Sempena lawatan itu, pengerusi Unit Kualiti
Fakulti Perakaunan bersama AJK EKSA
Fakulti Perakaunan telah menyampaikan
taklimat ringkas kepada peserta lawatan
mengenai EKSA serta pencapaian Fakulti
Perakaunan. Di samping itu, peserta lawatan
juga turut dibawa melawat papan kenyataan
EKSA di bilik kualiti, sudut ‘Go Green’, sudut
bacaan dan kawasan sekitarnya.
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan,
Dr Noraizah Abu Bakar berharap lawatan
seumpamanya diteruskan bagi mengeratkan
lagi hubungan silaturahim dan kerjasama
antara kedua - dua pihak, bukan sahaja
melibatkan program EKSA, tetapi juga boleh
diperluaskan ke bidang lain seperti
perkongsian amalan terbaik dari aspek
penyelidikan, inovasi dan lain – lain bidang.
123
KARYA AKADEMIK
DAN UMUM
124
HOTEL PATUH SYARIAH: KEPERLUAN
TERHADAP TADBIR URUS HOLISTIK
Dr. Noor Sufiawati Khairani
‘Hotel Patuh Syariah’ atau ‘Hotel Mesra-Muslim’ dikenalpasti sebagai satu strategi peningkatan
daya saing hotel, khususnya di Malaysia (Battour, Hakimian, Ismail & Bogan, 2018). Para
pengusaha hotel tempatan telah mempraktikkan pelbagai inisiatif di dalam menawarkan
perkhidmatan yang menepati kehendak agama pada pelancong Muslim (Md Salleh, Abdul
Hamid, Hashim, & Omain, 2014). Perkembangan ini adalah seiring dengan matlamat kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub Halal Dunia. Hub Halal telah dikenalpasti
sebagai salah satu aktiviti pembangunan ekonomi teras di dalam Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030. Terdapat beberapa garispanduan berkaitan halal yang telah disediakan Jabatan
Standard Malaysia. MS 2610:2015 Muslim friendly hospitality services – Requirements
merupakan sebuah standard keperluan berasaskan Syariah khusus kepada para pengusaha
industri pelancongan negara dalam memastikan integriti perkhidmatan yang disediakan kepada
para pelancong Muslim. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan ‘Muslim-Friendly Hotel
Recognition’ yang merupakan akreditasi oleh Pusat Pelancongan Islam bagi mengiktiraf hotel -
hotel patuh Syariah di negara ini (The Star, 2019).
Hotel Patuh Syariah merupakan hotel yang memberikan pelbagai perkhidmatan yang mematuhi
prinsip - prinsip Syariah mencakupi keseluruhan operasi hotel. Wan Sahida, Ab Rahman,
Awang, & Che Man (2011) menyenaraikan lapan (8) amalan patuh Syariah hotel-hotel tempatan
iaitu: 1) tingkat khas untuk tetamu Muslim yang menawarkan perkhidmatan seperti surau, arah
qiblat di dalam bilik, telekung, Quran, Yaasin, paip air untuk berwudhu’ di dalam bilik air; 2) Azan
berkumandang di setiap bilik setiap kali masuk waktu solat; 3) ruang solat yang besar berserta
Imam sepenuh masa ; 4) kakitangan Muslim wanita yang berpakaian menutup aurat; 5)
kakitangan Muslim menunaikan solat pada waktunya; 6) makanan dan minuman halal disajikan
di restoran hotel yang turut diiktiraf halal; 7) penawaran perkhidmatan konferensi dan mesyuarat
yang mematuhi tuntutan Syariah; dan 8) kuliah agama khas untuk para kakitangan dan tetamu
hotel. Namun begitu, Jurattanasan & Jaroenwisan (2014) menyatakan bahawa inisiatif - inisiatif
mesra - Muslim ini adalah tidak bersifat holistik.
Meskipun di Malaysia terdapat standard - standard tertentu seperti MS 2610:2015 khusus untuk
sektor hospitaliti Islam, garispanduan ini bersifat umum dan tidak mandatori untuk dipatuhi
(Amer Nordin & Abd Rahman, 2018). Samori & Sabtu (2014) pula mengutarakan amalan Hotel
Patuh Syariah yang tidak holistik boleh mengundang kegagalan untuk menarik lebih ramai para
pelancong Muslim, khususnya daripada negara-negara Timur Tengah. Hotel Patuh Syariah
seharusnya bersifat holistik dan melibatkan pelbagai elemen organisasi yang saling
berhubungkait. Sehubungan itu, Hotel Patuh Syariah perlu mengintegrasi semua aspek
termasuklah matlamat, polisi, dan tindakan sebagai satu sistem yang menyeluruh.
125
PEMBAYAR CUKAI PERSEORANGAN: PELEPASAN
CUKAI DAN REBAT CUKAI DI MALAYSIA
Nor Hafizah Abd Mansor
Masih lagi terdapat pembayar cukai yang keliru tentang pelepasan cukai (tax relief) dan rebat
cukai (tax rebate). Kedua - dua elemen memainkan peranan penting kepada cukai pendapatan
pembayar cukai. Ini adalah kerana ia mampu mengurangkan cukai pendapatan kena bayar
(income tax payable). Rajah 1 menunjukkan kesan pelepasan cukai dan rebat cukai ke atas
cukai pendapatan.
Pelepasan cukai adalah potongan atau insentif cukai yang ditentukan kandungannya oleh
pihak berkuasa cukai. Pelepasan cukai bertindak secara lansung mengurangkan jumlah
pendapatan (total income) yang akan digunakan bagi pendapatan boleh cukai (chargable
income tax). Mengikut Bajet 2020,terdapat lebih kurang 20 pelepasan cukai yang boleh dituntut
oleh pembayar cukai perseorangan.
Pembayar cukai perseorangan perlu peka dengan syarat sesuatu pelepasan cukai. Kegagalan
mematuhi syarat tersebut menyebabkan ketidakpatuhan sekiranya audit cukai dilakukan.
Pembayar cukai perseorangan harus mengemaskini pengetahuannya tentang pelepasan cukai
kerana ada yang telah diluputkan, ditambah skopnya serta diubah jumlah pelepasan cukai.
Sebagai contoh, menerusi Bajet 2020, pelepasan sebanyak RM6,000 untuk rawatan perubatan
penyakit serius turut meliputi rawatan kesuburan. Rajah 2 menunjukkan panduan asas tuntutan
pelepasan cukai.
Asas Apa Siapa Bagaimana Berapa
Penerangan Apa pelepasan cukai Kepada siapa pelepasan Bagaimanakah Berapa jumlah
yang boleh dituntut? ini ditujukan? pelepasan ini boleh pelepasan? Jumlah
Contoh dituntut (keadaan)? penuh atau terhad.
Pelepasan jagaan Ibu atau bapa pembayar
ibubapa cukai Ibu atau bapa yang RM1,500 seorang, dan
berumur 60 tahun dan terhad kepada RM3,000.
ke atas serta pendapatan
tahunan sekurang-
kurangnya RM24,000.
Rebat cukai adalah potongan ke atas cukai kena bayar. Bilangan rebat cukai yang layak
dituntut adalah terhad kepada beberapa perkara sahaja. Menerusi Bajet 2020, terdapat kurang
lima (5) perkara sahaja yang boleh dijadikan rebat cukai termasuk rebat diri dengan syarat
pendapatan boleh cukai kurang RM35,000 serta zakat / fitrah yang dibayar. Secara
keseluruhannya, saban tahun pasti terdapat perubahan kepada pelepasan cukai mahupun
rebat cukai.
126
TAK SABAR MELANCONG SELEPAS PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN?
Norhidayah Abdullah, Nurul Azlin Azmi, Noor Hidayah Ab Aziz,Fazrul Hanim Abd Sata
DEFINISI CUKAI PELANCONGAN
Cukai pelancongan adalah cukai yang dikenakan dan dilevi ke atas pelancong yang menginap di
mana - mana premis penginapan yang disediakan oleh seorang pengendali atau pihak yang
menjalankan premis penginapan.
KADAR CUKAI PELANCONGAN
Kadar yang ditetapkan ialah RM10.00 sebilik semalam. Pelancong perlu membayar cukai
pelancongan yang dinyatakan di dalam invois bersama harga bilik dan caj-caj lain.
PENGECUALIAN CUKAI PELANCONGAN
Pelancong yang dikecualikan daripada pembayaran keseluruhan cukai pelancongan apabila
menginap di mana - mana premis penginapan di Malaysia ialah pelancong yang merupakan
warganegara Malaysia dan pelancong yang merupakan penduduk tetap Malaysia dan
memegang kad MyPR.
IMPLIKASI CUKAI PELANCONGAN KETIKA PANDEMIK WABAK COVID-19
Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di Malaysia pada 25 Januari 2020. Sektor
pelancongan antara yang terjejas teruk kesan daripada pandemik ini. Jesteru, sebagai langkah
untuk mengaktifkan semula sektor pelancongan, cukai pelancongan akan dikecualikan
sepenuhnya mulai Julai 2020 sehingga 30 Jun tahun depan. Selain itu, pengecualian cukai
perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan turut akan dilanjutkan mulai 1 September 2020
sehingga 30 Jun tahun hadapan.
Berita baik untuk pembayar cukai individu! Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM1,000 ke
atas perbelanjaan melancong dalam negara, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 seperti
diumumkan oleh Perdana Menteri. Jadi apa lagi? Marilah pergi melancong! Sokonglah industri
pelancongan Malaysia!
Sumber:
Panduan Am Cukai Pelancongan Penerbitan (17 Mei 2018),
Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Cukai pelancongan dikecualikan sehingga Jun 2021 – PM, Astro Awani.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cukai-pelancongan-dikecualikan-sehingga-jun-2021-
pm-245796
127
KOMUNITI JAWI PERANAKAN PULAU PINANG
Mohamad Albar Bakar
Jawi Peranakan atau Jawi Pekan, adalah salah satu komuniti yang mewarnai kepelbagaian
budaya di Malaysia, khususnya di Pulau Pinang. Menurut Wikipedia, masyarakat Jawi Pekan ini
terbentuk di zaman Malaya British apabila saudagar India berkahwin dengan wanita tempatan.
Pada hari ini, kebanyakannya telah berasimilasi dengan bangsa Melayu dan dikenali sebagai
Melayu.
Pembentukan masyarakat Jawi Pekan di Pulau Pinang bertitik tolak daripada adanya
perkahwinan campur antara lelaki Arab, Tamil, Benggali, Punjab, Gujerat dan Afghan dengan
wanita Melayu tempatan dan sudah berlaku sekian lama di gugusan pulau Melayu dan di Tanah
Melayu, iaitu di Kedah, di Melaka dan di Perak (Omar Yusoff, Noriah Mohamed, Abdul Jalil
Ramli & Zainab Ahmad, 2013). Disebabkan perkahwinan hibrid ini, golongan ini memiliki paras
rupa yang unik dan seringkali dikaitkan dengan etnik “Hindustan” atau “Bollywood”. Mereka juga
sinonim dengan panggilan “Anak Mami Tanjung”. Di Pulau Pinang, majoriti mereka ini menetap
di sekitar bandar Georgetown dan bekerja di sektor kerajaan dan juga terlibat dalam bidang
perniagaan. Mereka ini adalah golongan yang tekun bekerja dan kuat berusaha.
Komuniti ini juga mewarisi istilah - istilah yang unik dari nenek moyang mereka, umpamanya
nama panggilan untuk ahli keluarga iaitu Mamu (pakcik), Mami (makcik), Nana / Bai (abang), Aci
/ Bu (kakak), Nani (nenek) dan Dady (Tok). Pada masa sekarang nama - nama panggilan
tersebut semakin kurang digunakan disebabkan banyak perkahwinan campur dengan
masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Keunikan masakan Jawi Pekan pula terletak pada rempah ratus yang digunakan. Masakan
kegemaran mereka adalah kari atau lebih dikenali sebagai “gulai” di Pulau Pinang. Antara
masakan original (‘authentic’) Jawi Pekan adalah Nasi Lemuni yang menggunakan daun dari
pokok lemuni sebagai bahan utama, Nasi Kacang yang menggunakan kacang dhal serta Jawi
Bamieh iaitu sup tomato dengan campuran bendi dan daging (Harian Metro, 2015). Juadah -
juadah ini akan dihidangkan dengan air sherbet.
Kerapkali wujudnya kekeliruan dalam masyarakat Malaysia kerana tidak dapat membezakan
antara komuniti Jawi Pekan dan Mamak. Menurut Pengerusi Persatuan Jawi Peranakan Pulau
Pinang iaitu Datuk Dr. Wazir Jahan Abdul Karim, perbezaaan adalah melalui penggunaan
nama, wajah serta pertuturan. Etnik Mamak adalah campuran Melayu dengan India di bahagian
selatan dan mereka boleh bertutur dalam Bahasa Tamil. Komuniti Jawi Pekan pula adalah
campuran melayu dengan India di bahagian Utara dan tidak pandai bertutur Bahasa Tamil
(Harian Metro, 2015).
Bagi masyarakat Malaysia yang ingin mengenali dengan lebih dekat lagi sosio - budaya
komuniti Jawi Pekan ini, bolehlah berkunjung ke Pulau Pinang dengan menginap di Jawi
Peranakan Mansion House di Jalan Hutton, Georgetown. Bagi yang ingin menikmati masakan
original Jawi Pekan pula bolehlah berkunjung ke Jawi House Café Gallery di Lebuh Armenian,
Pulau Pinang.
128
GOOGLE CLASSROOM: CARA PENGATURAN BAHAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
Prof. Madya Dr. Rahimah Mohamed Yunos, Prof. Madya Dr. Syahrul Ahmar Ahmad
Google Classroom adalah satu platform pembelajaran atas talian di mana bahan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) boleh diakses oleh pelajar dengan mudah. Pelbagai bentuk bahan
PdP boleh dimuatnaik oleh pensyarah. Ini termasuk bahan penilaian bagi sesuatu kod
pengajaran seperti tugasan, kuiz dan projek pelajar. Walaubagaimanapun, sekiranya bahan-
bahan itu tidak disusun dengan baik, kandungan di dalam Google Classroom tersebut akan
kelihatan terlalu berlebihan dan tidak teratur. Akibatnya, minat para pelajar akan terkesan.
Oleh itu, dicadangkan dua kaedah penyusunan bahan - bahan pengajaran di dalam Google
Classroom:
Bahan pengajaran di kategorikan mengikut topik.
1. Sekiranya sesuatu kod pengajaran itu mengandungi lima (5) topik, maka dicadangkan
agar bahan - bahan pengajaran itu disusun mengikut jumlah topik yang sedia ada (dari
Topik 1 hingga Topik 5).
Bahan pengajaran di kategorikan mengikut minggu.
2. Bahan pengajaran boleh juga disusun mengikut minggu. Untuk lebih jelas, nyatakan
tarikh dan topik pada minggu tersebut. Hanya bahan yang relevan untuk minggu itu
sahaja akan diletakkan.
Samada anda menggunakan Kaedah 1 atau 2 di atas, masing-masing ada kelebihan dan
kekurangan tersendiri. Ianya bergantung kepada citarasa pensyarah tersebut serta
kesesuaian kod kursus. Tugasan, kuiz dan projek boleh diasingkan di bawah satu kategori
tersendiri, contohnya “On-Going Assessment”.
Apabila tamat semester kelak, kelas di dalam Google Classroom ini boleh dipindahkan
kepada bentuk arkib (archive). Archive bermaksud kelas ini akan disimpan dan tidak lagi aktif
untuk diakses oleh pelajar. Selain daripada itu, fungsi salinan (copy) kelas memudahkan
pensyarah yang masih mengajar kod kursus yang sama pada semester hadapan.
Kandungannya kekal tersedia dalam bentuk deraf untuk dikemaskini atau diguna sekali lagi
(re-post) oleh pensyarah.
Disertakan dua pautan Youtube berikut yang dapat menunjukkan dengan lebih jelas fungsi-
fungsi serta kaedah penggunaan Google Classroom secara lebih berkesan.
https://www.youtube.com/watch?v=W1e0NXnX5XU https://www.youtube.com/watch?v=sYJErrN0A8k
129
THIS YEAR IS OUR YEAR! JUARA EPL YANG
TERTUNDA: LIVERPOOL
Norfizah Othman, Ahmad Marzuki Amiruddin Othman, Fatimah Hashim, Filouz Hashim
Liverpool memulakan awal musim English Premier League (EPL) dengan langkah garang,
dengan mengutip 27 kemenangan dan hanya 1 seri dan 1 kekalahan di dalam 29 perlawanan
pada Februari 2020, menyaksikan perbezaan 25 mata berbanding seteru terdekat mereka
Manchester City. Piala sudah pun ‘berada di hujung jari’. Ketika itu, desas desus mula
kedengaran bahawa Liverpool mampu untuk menjulang trofi EPL seawal bulan Mac, dengan
memerlukan hanya dua lagi kemenangan.
Momentum kecemerlangan Liverpool bagaimanapun terhenti akibat serangan Covid-19, yang
telah menyebabkan hampir 392,000 orang dijangkiti dan kematian melebihi 17,000 orang di
serata dunia, seperti direkodkan pada bulan Mac. Akibat dari pandemik global tersebut, langkah
pencegahan yang amat ketat telah diambil. Semua acara sukan di peringkat antarabangsa dan
tempatan telah ditunda atau dihentikan secara serta merta, termasuklah semua perlawanan EPL,
liga yang menjadi acara paling diminati di seluruh dunia dengan tontonan sebanyak 4.7 billion.
Badan yang menguruskan EPL telah memikirkan beberapa cadangan sekiranya wabak Covid-19
berterusan. Yang paling menakutkan tentunya cadangan agar musim EPL 2019 / 2020 dibatalkan
(‘void’) dan semua perlawanan dibawa ke musim hadapan secara ‘clean sheet’, seperti mana
yang disokong oleh beberapa seteru Liverpool, terutamanya musuh ketat mereka, Manchester
United. Rio Ferdinand, bekas pemain United, berpendapat ini wajar untuk melindungi
keselamatan pemain dari jangkitan Covid-19.
130
THIS YEAR IS OUR YEAR! JUARA EPL YANG
TERTUNDA: LIVERPOOL
Penantian penuh siksa peminat the Reds akhirnya terubat bilamana perlawanan liga EPL 2019 /
2020 tetap diteruskan secara 'closed door' pada 17 Jun 2020. Akhirnya, 'not even coronavirus
and global lockdown could stop Liverpool from being crowned as the champion'. Liverpool
berjaya menamatkan badi 30 tahun untuk bergelar juara EPL buat pertama kali selepas 1989 -
90, mengakhiri penguasaan City selama dua tahun sebagai juara bertahan. Tentunya penonton
tegar the Reds (seperti penulis) menitiskan air mata kegembiraan menyaksikan kapten Jordan
Henderson menjulang piala walaupun kejayaan the Reds hanya dapat disambut di dalam
stadium kosong sahaja oleh kerana kepatuhan kepada amalan ‘social distancing’.
Kemenangan tertunda dikecap dengan penuh kemanisan oleh Liverpool dengan memecahkan
rekod kutipan mata sebanyak 99 mata. Skuad bimbingan Jurgen Klopp melakar sejarah sebagai
kelab paling awal mengesahkan kejuaraan dengan rekod baki 7 perlawanan, berbanding juara
EPL terdahulu, mengatasi rekod baki 5 perlawanan yang dikongsi bersama oleh City dan United
sebelum ini.
Gelaran juara EPL 2019 / 2020 merupakan kejuaraan yang ke-19 buat Liverpool dan yang
pertama sejak penjenamaan semula Liga Perdana Inggeris pada 1992. "You'll Never Walk
Alone" Liverpool!
131
TULIP DAN TESSELAAR TULIP FESTIVAL
Dr. Siti Masnah Saringat, Ros Hasri Ahmad
Bunga tulip, walaupun jarang didapati di Malaysia kecuali di tanah tinggi seperti Cameron
Highlands dan puncak Bukit Larut, Perak, tetap mempunyai tarikan tersendiri untuk menggamit
peminat bunga melihat keindahan ciptaan Ilahi ini. Bunga tulip dikatakan mula tumbuh secara
semulajadi dan liar di Turki yang kemudiannya menjadikan bunga tulip sebagai bunga
kebangsaan Turki. Pada kurun ke-17, bunga tulip telah ditanam secara komersial di
Netherlands dan dijadikan sebagai bunga kebangsaan Netherlands.
Bunga tulip atau Tulipa adalah sejenis bunga yang berbentuk seperti cawan dan lazimnya
mempunyai 6 kelopak. Ia tumbuh dalam pelbagai warna seperti merah, ungu, putih, kuning
dan hitam. Berasal dari keluarga botani Liliceae, terdapat lebih daripada 3,000 varieti tulip
yang telah didaftarkan. Kesemua varieti ini boleh dikategorikan kepada 15 kumpulan tulip
mengikut jenis bunga, saiz dan tempoh berbunga. Kumpulan tulip ini dikenali sebagai: Single
Early Tulip; Double Early Tulip; Single Late Tulip; Double Late Tulip; Triumph Tulip; Darwin
Tulip; Lily-Flowered Tulip; Fringed Tulip; Viridiflora Tulip; Rembrandt Tulip; Parrot Tulip;
Kaufmanniana Hybrid; Fosteriana Hybrid; Greigii Hybrid; dan Botanical Tulip. Bergantung
kepada kumpulan tulip, ketinggian bunga tulip boleh mencecah setinggi 70cm dengan saiz
bunga sebesar 25cm dan sebatang tulip boleh mempunyai hanya sekuntum bunga atau
pelbagai kuntum. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang menunggu-nunggu peluang untuk
melihat pelbagai varieti tulip berbunga.
132
TULIP DAN TESSELAAR TULIP FESTIVAL
Bagi peminat bunga tulip, jika anda melawat negara Netherlands, Turki, Kanada, India, Jepun,
Korea, Amerika dan Australia, jangan lepaskan peluang melawat festival tahunan bunga tulip.
Festival ini biasanya berlangsung semasa awal musim bunga. Di Australia, festival bunga tulip
ini dikenali sebagai Tesselaar Tulip Festival yang merupakan acara tahunan di Victoria sejak
1954. Tesselaar Tulip Festival berlangsung dari pertengahan September hingga pertengahan
Oktober di Silvan, Victoria yang terletak berhampiran Melbourne. Waktu lawatan Tesselaar Tulip
Festival adalah setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Tiket masuk boleh dibeli secara
atas talian atau di pintu masuk festival pada harga $29 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-
kanak berusia 16 tahun dan ke bawah. Untuk ke Tesselaar Tulip Festival, perjalanan berkereta
dari Melbourne mengambil masa selama 1 jam manakala sekiranya menaiki kenderaan awam,
perlu menaiki keretapi dari Stesen Flinders Street ke Stesen Lilydale dan seterusnya bas ke
Tesselaar Tulip Festival.
Apa yang menarik sepanjang Tesselaar Tulip Festival adalah selain menikmati keindahan
hampir 1 juta tulip yang ditanam di atas 5 ekar tanah, setiap hari anda akan dapat melihat
persembahan kebudayaan dari pelbagai negara berbeza mengikut minggu. Contohnya ada
Dutch week, Irish week dan Turkish week. Disediakan juga kiosk untuk membeli makanan,
cenderahati dan tumbuhan. Yang paling menarik, anda boleh berkelah dengan bekal yang
dibawa dan menikmati makanan sambil dikelilingi tulip kerana banyak kawasan rehat yang
disediakan dalam kawasan festival. Bagi mereka yang merancang untuk ke Tesselaar Tulip
Festival 2021, festival ini dijadualkan bermula dari 12 September 2021 hingga 11 Oktober 2021.
Sekiranya masih belum puas menikmati keindahan alam di Tesselaar Tulip Festival, Dandenong
Ranges National Park di Silvan juga menawarkan beberapa tempat menarik untuk dilawati.
133
KARYA KREATIF
134
RENUNGAN BUAT YANG BERNAMA ANAK
Siti Rahayu Sarman
Kehormatan dan darjat ibu bapa adalah yang
paling tinggi. Andainya seorang anak menemui
kesusahan untuk menjaga dan menanggung
kedua ibu bapanya yang telah tua, mereka
tetap wajib melaksanakannya sekadar terdaya.
Ini kerana kewajipan itu adalah kewajipan yang
paling asas dalam kehidupan kita.
Ibu bapa adalah insan yang sentiasa kasih dan
sayang kepada anak - anaknya sejak dari kecil
hinggalah anak itu dewasa. Mereka sentiasa
menjaga kesihatan, makan minum dan pakaian
anaknya malah mengorbankan diri mereka
siang dan malam untuk menjaga anak -
anaknya supaya menjadi orang yang baik,
lebih berjaya daripada dirinya, mulia di dalam
kehidupan pada hari muka serta sentiasa
dikasihi oleh Allah. Tidak kurang juga ibu bapa
yang mengharapkan anak - anaknya menjadi
pemimpin besar yang berkorban kerana
agama, bangsa dan negara. Oleh yang
demikian, kita hendaklah sentiasa menjaga
hati kedua ibu bapa daripada menjadi marah
dan terkilan kerana sikap anak-anak. Ingatlah
bahawa murka Allah berserta dengan
kemarahan kedua ibu bapa. Sesiapa yang
dimurkai oleh Allah dan kedua ibu bapanya
akan rugilah hidupnya di dunia, lebih lebih lagi
di akhirat. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa
taat kepada suruhan kedua ibu bapa dan
janganlah sekali-kali menderhaka kepada
mereka melainkan apabila mereka menyuruh
membuat maksiat dan kufur kepada Allah.
Pada ketika itu, seorang anak tidak harus taat
kepadanya kerana Allah tidak menyuruh taat
kepada manusia dan derhaka kepada Allah.
135
RENUNGAN BUAT YANG BERNAMA ANAK
Bagaimana pula caranya kita boleh berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang telah meninggal
dunia sedangkan sewaktu hidupnya kita pernah menderhaka kepada mereka? Apabila kita insaf
dengan perbuatan kita, kita hendaklah selalu menziarahi kubur ibu bapa kita dan membacakan
ayat-ayat suci Al-Quran. Selain itu, kita juga boleh berjumpa semula kawan- kawan baik atau
jiran - jiran ibu bapa kita yang masih hidup dan berbuat baik terhadap mereka. Adalah amat
digalakkan untuk kita bersedekah ke masjid atas nama ibu bapa. Walaupun ibu bapa sudah
meninggal dunia, kita masih boleh meminta maaf berkali-kali dengan penuh penyesalan serta
meletakkan harapan ibu bapa kita redha dan Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita
kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan sangat luas rahmatnya kepada
hamba - hamba yang bertaubat.
Kesimpulannya, sebagai anak kita seharusnya sedar bahawa orang yang paling sayang kepada
kita ialah kedua ibu bapa kita kerana merekalah yang mendidik dan memberi pelajaran kepada
kita sejak kecil lagi. Merekalah insan mulia yang memandu kita ke jalan petunjuk hingga kita
berpegang dengan agama Islam. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menerima nasihat daripada
kedua ibu bapa kita kerana keduanya lebih tahu tentang perihal kita sama ada memberi manfaat
atau mudarat. Berterima kasihlah dan berdoalah agar keduanya berada di dalam selamat,
bahagia di dunia lebih lebih lagi di alam akhirat.
136
MENTALITI YANG PERLU DIUBAH
Mas Ervina Samsuddin
Allah detikkan untuk mendengar kata-kata semangat oleh sahabat, Fazzral yang juga
merupakan pengasas Fizzie Collection di FB live beliau mengenai “Cara Fikir Kita Berubah”.
Ilmu yang bermanfaat perlu dipanjangkan. Rakan - rakan, tulislah impian kita supaya kita jelas
dengan apa yang kita mahu capai kerana dari impian itu akan menjadi matlamat yang akan
membuatkan kita lebih berusaha mengejar matlamat tersebut. Walau kita punya idea mahupun
ilmu, sekiranya tiada tindakan yang di ambil, maka tiada apa yang akan berubah atau
mengubah kehidupan kita. Tindakan pula perlu mengutamakan keputusan kerana keputusan
itu datang daripada tindakan. Sekiranya kita merasakan tindakan itu sudah sehabis baik tetapi
masih tidak berhasil, ia adalah kerana mentaliti kita. Cara kita berfikir sebenarnya akan
mengubah keputusan kita, mengubah apa yang kita akan dapat dan capai, cara fikir kita akan
mengubah tindakan kita.
Bangun sahaja tidur pagi kita sudah tahu apa yang kita kena buat. Sekiranya kita dah lakukan
dengan sebaiknya tetapi kenapa masih tidak mencapai apa yang diinginkan maka kita perlu
ubah cara kita berfikir. Kita saja tahu apa yang kita sasarkan untuk dilakukan dalam sehari.
Contohnya datang ke pejabat hari ini, nak siapkan satu artikel. Banyak masa diambil tetapi
masih tidak sempurna seperti apa yang kita bayangkan. Jadi bagaimana? Pertamanya, kita
perlu ubah cara kita berfikir kerana itu yang mengubah tindakan, hasil dan keputusan yang
diperolehi. Kadang terfikir adakah apa yang kita lakukan itu sudah sehabis baik? Kenapa masih
tidak berhasil? Sekiranya ini pernah berlaku, kita perlu ubah cara berfikir seperti menggunakan
strategi baru dalam penulisan dengan merujuk kepada pakar - pakar dalam bidang kajian.
Keduanya adalah mentaliti kita yang terlalu lemah dengan apa yang kita nampak dan dengan
apa yang kita rasa. Kalau mindset kita masih ada kata-kata “susah lah”, “payah lah”, “tak reti
lah”, “malas nya”, “nak tulis, tapi …” Inilah mentaliti yang akan menghalang anda membuat
tindakan yang sepatutnya. Ia menghantui minda kita.
137
MENTALITI YANG PERLU DIUBAH
Mindset kita perlu sentiasa positif. Bangun pagi, kita syukur apa yang Allah tetapkan dan
teruskan buat sehabis baik apa yang kita fikir untuk lakukan. Jangan pernah merungut,
bertangguh dan putus asa. Orang yang hebat adalah orang yang akan sentiasa betulkan
tindakan. Gagal itu biasa tetapi jangan ikut hati, teruslah bangkit untuk mencapai apa yang kita
mahu. Tidak semestinya apa yang kita harapkan akan berhasil. Mungkin juga perkara yang kita
tak pernah cuba selama ini yang akan mendatangkan hasil yang sangat luar biasa. Kerana
semua bermula daripada mentaliti atau mindset kita. Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam dirinya.
Sentiasa beri yang terbaik dan konsisten. Kejayaan datang dari konsistensi kita dalam
melakukan sesuatu perkara. Buang kan kata - kata “tidak”, “tak reti, “cukup la” dan apa jua
kata-kata negatif dan terapkan dalam diri mindset atau mentaliti yang betul dan sihat. Teringat
kata-kata sahabat “semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda… esok adalah khayalan
yang masih belum pasti… hari ini adalah kenyataan yang menentukan siapa diri kita… Apa
yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita ucap, apa yang kita lakukan itu semua adalah
doa”. Justeru, rakan - rakan, berfikirlah secara positif, berniatlah yang baik - baik, impikanlah
perkara yang indah - indah, Insha Allah semoga Allah buka pintu rezeki dan merapatkan kita
dengan orang-orang yang punya sama matlamat. Jangan mudah putus asa. Buat sahaja apa
yang kita mahu, fikir dan bertindak. Jangan bertangguh.
138
RESEPI WARISAN: RENDANG MAMAN
Musmailina Mustafa Kamal
Rendang maman merupakan hidangan warisan Negeri Sembilan yang sangat terkenal
terutama di pekan Gemencheh dan Kuala Pilah. Sayur maman pahit rasanya sekiranya
dimakan mentah. Biasanya sayur ini dijeruk atau dimasak rendang untuk menghilangkan
rasa pahitnya. Sebagai anak jati Negeri Sembilan, rendang maman semestinya menjadi
hidangan wajib terutama pada perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha. Rendang maman sedap
dihidangkan bersama nasi, lemang pulut atau ketupat. Memasak rendang maman juga ada
cara dan petuanya supaya ianya kurang rasa pahitnya. Di sini saya kongsikan cara
memasak rendang maman dengan ayam.
Rendang Ayam dan Maman
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (seeloknya ayam kampung atau ayam tua)
1 kilo sayur maman (ambil daun dan batang lembut)
Santan kelapa dari 3 biji kelapa
5 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Bahan untuk dikisar:
Secawan cili padi (ikut kepedasan)
Sedikit kunyit
139
RESEPI WARISAN: RENDANG MAMAN
Cara memasak:
1. Masukkan bahan yang dikisar bersama ayam. Masakkan sehingga ayam mengecut dan
megeluarkan air. Sekiranya ayam kampung / ayam tua, tambah sedikit air dan masak
sehingga ayam separa lembut.
2. Masukkan santan dan masak sehingga santan hampir pekat. Masukkan sayur maman dan
asam gelugur. Setelah itu masukkan garam secukupnya.
3. Masak sehingga rendang menjadi pekat dan hampir kering.
Petua:
Untuk mengurangkan rasa pahit maman, sayur maman hendaklah di cuci dan ditoskan
sehingga benar-benar kering. Setelah dimasukkan sayur maman jangan selalu dikacau untuk
mengurangkan air dari sayur keluar dan meresap dan menyebabkan rasa pahit pada rendang
ayam. Setelah sayur maman layu barulah boleh dikacau. Santan yag pekat dan manis rasanya
akan mengurangkan rasa pahit dan membangkitkan rasa rendang.
140
GUGURNYA BUNGA CINTA
Ahmad Marzuki Amiruddin Othman
Kematian Chadwick Boseman, aktor prolifik pendukung watak King T' Challa melalui filem 'the
Black Panther' amat mengejutkan dunia. Ini kerana ramai beranggapan Chad pergi terlalu awal 'in
his prime years'. Walaupun aktor tersebut menanggung penyakit kanser usus, sikap mendiang
yang merahsiakan penyakitnya serta komitmen yang begitu tinggi dalam menzahirkan watak yang
dilakonkannya membawa impak yang besar ke seluruh dunia. 'The Black Panther' menjadi filem
Marvel pertama yang berjaya merangkul Anugerah Academy serta berjaya mengutip box office
melebihi USD$1.3 billion. Laungan 'Wakanda Forever' akan tetap menjadi sebutan di bibir
peminat beliau walaupun mendiang sudah tiada.
Closer to home, sayu rasanya hati bilamana pelajar dijemput oleh Ilahi, ibarat kehilangan seorang
anak yang pergi lebih awal dari ibu bapanya. Kesedihan tentunya amat dirasai dengan berita
pemergian ini di kalangan pensyarah serta rakan – rakan yang banyak menghabiskan masa
bersama - sama. Di sini, disenaraikan pelajar - pelajar dari Fakulti Perakaunan, UiTMCJ yang
telah pergi di usia yang terlalu muda.
Nurul Amirah Rosely (https://www.facebook.com/amirah.rosely)
Seluruh tetamu yang hadir pada majlis Konvokesyen ke-89 di
Dewan Sri Temenggong, UiTMCJ, menitiskan air mata dengan
kisah pemergian arwah Amirah. Majlis yang sepatutnya meraikan
kegembiraan graduan sebaliknya bertukar hiba. Ketika nama arwah
dipanggil untuk menerima skrol, ianya diwakili oleh ayah arwah.
Gadis pemalu tapi cemerlang dari segi akademik serta aktif di
dalam kelab 'Performing Arts' tewas dengan penyakit 'Systemic
Lupus Erythematosus' (SLE), penyakit ‘autoimmune’ yang
menyerang tisu serta organ dalamannya. Video majlis konvokesyen
yang menyayat hati boleh dilihat di Facebook kakak arwah, Bella
Rosley
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1503477843129751&i
d=100004026499403. Baca juga nukilan syahdu pensyarah Bahasa
Inggeris, Mohd Izuan Ismail, mengenai majlis tersebut di
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2851572601535275&i
d=100000476899555.
Syuhana Yusof (https://www.facebook.com/syue.wana)
Semasa artikel ini ditulis, arwah Syuhana baru sahaja
meninggalkan suami serta anak tercinta akibat masalah
‘autoimmune’, komplikasi hati, buah pinggang dan kanser. Arwah
Syu mempamerkan semangat juang yang tinggi di dalam melawan
penyakitnya dan sentiasa mendokumentasi perjalanan rawatannya
di hospital melalui FBnya. Perkongsian FB graduan Diploma serta
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ini sentiasa mendapat respon
yang positif serta kata - kata semangat dari rakan FB.
Bagaimanapun, perjuangan arwah melawan sakitnya terhenti pada
26 Julai 2020.
141