GUGURNYA BUNGA CINTA
Siti Aisyah Koestiardy
Sebelum munculnya Covid-19 yang telah melanda dunia sekarang ini, wabak influenza A jenis
H1N1 telah merebak di Malaysia sekitar Mei 2009 dan telah merekodkan sejumlah 88 kematian
di seluruh negara. Arwah Aisyah telah dijangkiti virus H1N1 semasa lawatan ke pameran
kerjaya pada bulan Ogos 2009 di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur (di mana penulis juga
turut serta). Semua yang mengikuti lawatan tersebut dikenakan perintah kuarantin.
Walaubagaimanapun, hanya arwah Aisyah sahaja yang dijangkiti H1N1 dan meninggal pada 7
Ogos 2009. Arwah Aisyah merupakan pelajar yang sangat berkemimpinan. Antara pencapaian
arwah adalah menjadi ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), exco Persatuan Pelajar Ijazah
Sarjana Muda Perakaunan (BACCSA) serta menjadi ketua projek BACCSA untuk ceramah
motivasi oleh personaliti Aznil Haji Nawawi.
Muhammad Ashraf Jamal
(https://www.facebook.com/aashrafjamal92)
Dikenali dengan panggilan Labu, arwah sangat aktif di dalam aktiviti
ko-korikulum di mana beliau merupakan salah seorang exco Persida
(Persatuan Pelajar Diploma Perakaunan). Di samping itu, arwah Labu
juga pernah mewakili UiTMCJ dalam sukan golf. Selepas graduasi
dari UiTM, beliau terlibat di dalam perniagaan berasaskan haji /
umrah serta bidang hartanah. Penyakit kanser yang menyerangnya
menyaksikan arwah menerima beberapa siri rawatan kemoterapi.
Akibat kesan kesakitan yang melampau, arwah terpaksa
menghentikan rawatan kemoterapi dan telah mencuba rawatan
alternatif. Seorang yang teramat manja dengan kakak – kakak senior,
pemergian arwah Labu pada tahun 2018 memberi kesan yang amat
mendalam, terutama kepada ibu arwah, seperti yang dicoretkan di
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1003205479834134&id
=100004340741915,
Fatema Razali (https://www.facebook.com/fariza90uk)
Turut kalah dalam pertarungannya dengan kanser adalah arwah
Fatema yang meninggal pada tahun 2014. Seorang yang amat ceria
serta meminati artis Korea, pemergian arwah mengejutkan kerana
sakit yang ditanggungnya terjadi secara tiba – tiba.
Al-Fatihah dititipkan kepada semua pelajar yang telah pergi
meninggalkan kita, Semoga mereka berada di kalangan hamba Allah
yang beriman, diangkat siksa kubur serta dirahmati sebagai ahli
syurga.
142
MUHASABAH DIRI KOREKSI PERIBADI
DAMBAAN FIRDAUSI
Prof. Madya Dr. Raja Adzrin Raja Ahmad
Muhasabah Diri
Dalam menempuh kehidupan, sudah pasti akan ada liku dan onak yang perlu ditempuh. Duka
dan bahagia silih berganti. Jika kejayaan dan kemenangan yang diraih, sudah pasti, hati akan
merasa bahagia. Sebaliknya, jika musibah yang melanda, sudah tentunya, hati akan merasa
sedih. Pasang-surut kehidupan yang ada kalanya manis dan ada kalanya pahit sudah pasti
berlaku tanpa kita rancang. Hadapi dengan hati yang tenang dan minda yang lapang.
Cabaran dan dugaan yang dihadapi sudah pasti ada hikmah disebaliknya. Lumrah kehidupan
umpama roda yang berputar tak kira masa. Ada masanya di atas, ada masanya di bawah. Apa
pun yang berlaku, kita harus hargai setiap saat yang dikurniakan kepada kita. Ia mengajar kita
erti syukur dan berterima kasih. Ia mendidik hati agar redha dengan ketentuan Ilahi. Terima ujian
dengan sabar dan hati yang terbuka. Ini kerana ujian merupakan tarbiyah untuk meningkatkan
keimanan kita.
Dalam menempuh kehidupan yang semakin dinamis, kita perlu sentiasa melakukan intropeksi
diri. Ia merupakan satu proses penilaian diri sendiri di mana kita mengamati pemikiran dan
perasaan diri sendiri. Natijahnya adalah supaya kita dapat mengungkap kelemahan diri dan
teruskan koreksi diri ke arah yang lebih baik.
Koreksi Peribadi
Dalam memperbaiki kesilapan diri, tanamkan sikap rendah diri dan tidak cuba untuk sentiasa
menyalahkan orang lain. Hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik. Kita bukan
hanya perlu berprasangka baik terhadap manusia, yang lebih utama adalah kita perlu
berprasangka baik terhadap Allah SWT. Ini adalah di mana kita bersikap redha dengan setiap
musibah yang menimpa.
Terkadang, lain yang kita harapkan, lain yang kita dapat. Ini sebenarnya mengajar kita untuk
redha dengan setiap ketentuan Ilahi. Kita perlu sedar bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa
yang lebih baik untuk kita. Sudah pasti di setiap ketentuan tersebut terdapat seribu satu hikmah
yang sediakan oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui.
Berfikiran positif turut melahirkan aura yang baik di dalam diri yang seterusnya mendatangkan
rasa ikhlas dan bersyukur. Ia merupakan kunci kepada kebahagian dan kesejahteraan.
Keikhlasan akan melahirkan hati yang lebih tenang dan redha dengan ketentuan Ilahi. Ia turut
membantu untuk kita berhadapan dengan ketentuan yang telah digariskan. Di keheningan
malam, kita menadah tangan, menangis bukan untuk menyesali apa yang disuratkan. Namun,
memohon agar menjadi hamba yang ikhlas menerima kenyataan.
143
MUHASABAH DIRI KOREKSI PERIBADI
DAMBAAN FIRDAUSI
Dambaan Firdausi
Ambil ketika untuk menyendiri, diam di sudut yang sepi, mengadu kepada Ilahi, dan
berkomunikasi atau mungkin bermonolog sendiri. Sedarilah diri, bukan hanya harta dan wang
ringgit sahaja rezeki, kesihatan yang baik itu rezeki, diberi kelapangan itu rezeki, mendapat
rakan yang baik itu rezeki, ketenangan jiwa itu pun rezeki. Terjemahkan nilai syukur dengan
memperbanyakkan amalan yang baik serta gunakan kurniaanNya ke jalan yang diredhai.
Sesungguhnya, insan yang bersyukur bukan sahaja akan memuji Tuhan yang Maha Pengasih,
akan tetapi akan menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Sekiranya
kita menjadi hamba yang bersyukur, sudah pasti Allah SWT akan melipatgandakan lagi
nikmatNya kepada kita. Ini diungkapkan di dalam surah Ibrahim ayat 7:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Syurga yang dirindukan dambakan hati yang sentiasa bersyukur dalam kesabaran, melihat
setiap ujian itu indah. Syurga yang penuh kenikmatan rindukan insan yang menghayati erti
kehambaan diri serta tidak pernah putus asa dengan rahmat Ilahi. Keakraban kita dengan
Tuhan yang Maha Mengasihi, menjadi perisai diri dari pelbagai penyakit hati yang boleh
merosakkan diri. Dengan petunjuk yang diberi, kita mampu membimbing diri agar tidak
terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Sesungguhnya, cinta yang agung akan membawa
kita kepada kebahagiaan sejati yang kekal abadi.
144
BICARA SEKEPING HATI
Prof. Madya Dr. Raja Adzrin Raja Ahmad
Duhai diri
Di tubir mata ini
Lihat kesalahan sendiri
Banyak tidak terperi
Kejayaan terbisa dikagumi
Tiada yang dapat menyaingi
Tegak angkuh berdiri
Sombong dibuai mimpi
Mengata seoalah diri sendiri suci
Duhai diri
Tenung kata-kata ini
Jangan ingat tiada mati
Kematian suatu yang pasti
Tidak berpaling lagi
Tatkala jantung terhenti
Layu kering mati
Larilah ke sana sini
Tak mungkin untuk cabut lari
Takkan kembali lagi
Duhai diri
Tidak tegar lagi
Menggamit kembali memori
Jangan berdalih lagi
Umpama satu persinggahan hidup ini
Ke perkampungan yang kekal abadi
Sampai di sini
Dikau akan mengerti
Pinjaman semata dunia ini
Susunlah langkah berhati-hati
Nanti tersungkur tak bangun lagi
145
BICARA SEKEPING HATI
Duhai diri
Tatkala malam yang hening menggamit sunyi
Ditikam sepi
Tembusi kewarasan akal bestari
Perbetul kesilapan diri
Tadahlah tangan mohon kehadrat Ilahi
Tenteramkanlah hati
Duka tiada lagi
Lembaran kumal ditinggal pergi
Duhai diri
Dari sumur sampai ke kali
Tabuh berbunyi tanda mulanya hari
Di hening pagi
Buat kesekian kali
Jangan dihitung perkara yang tiada di sisi
Tapi syukurilah dengan apa yang dimiliki
Jangan biarkan hati menjadi mati
Beritakan keseluruh tujuh petala langit
Dan tujuh petala bumi
Selautan rindu ini
Keagungan kasih Ilahi
Tenteramlah hati
Menjadi kesaktian cinta abadi
Sesungguhnya syurga yang diimpi
Rindukan diri yang mahu peduli
Akan kesalahan diri sendiri
Muhasabah diri
Koreksi peribadi
Dambaan Firdausi
146
FAKULTI SAINS KOMPUTER
DAN MATEMATIK
147
Ketua Pusat Pengajian
Puan Yusnita Sokman
Mesin paling cekap dihasilkan oleh teknologi
ciptaan manusia ialah buku. Jadi teruskan
menulis untuk manfaat bersama.
Koordinator Kursus
Dr Shamsatun Nahar Ahmad
Setiap hari yang datang membawa permulaan
baru dalam hidup kita. Mulakan hari dengan
penuh bermakna melalui pembacaan dan
penulisan yang baik.
Ghazali Bin Semil @ Ismail
Semakin meningkatnya usia kita tidak
bermakna kita akan menjadi lebih bijaksana.
Kebijaksanaan terlahir daripada tindakan kita
yang senantiasa positif dan progresif.
148
LAPORAN AKTIVITI FAKULTI DAN PENSYARAH
YUSNITA SOKMAN SITI NOR AIN AZIZ
Ts AHMAD KAMALRULZAMAN OTHMAN FOO FONG YENG
CT MUNNIRAH NIESHA MOHD SHAFEE KAMARIAH KASMIN@BAJURI
WAN NOR HAFIDZAH WAN MOHD AZRINA SUHAIMI
NURULZULAIHA SA’UDAH@SUHADAK NUR INTAN SYAFINAZ AHMAD
PM DR SAUNAH ZAINON DR. NG SET FOONG
NOR HALIZA HAMZAH
CHE’ KHALILAH MAHMOOD
KARYA AKADEMIK DAN UMUM
Ts NUR HUDA JAAFAR RUSNANI MOHAMAD KHALID
ZURIATI ISMAIL NURUL AIEN ABD AZIZ
SHAHERAH ABD MALEK
Ts Dr RASHIDAH MOKHTAR
AHMAD KHUDZAIRI KHALID
MAZLYDA ABD RAHMAN NORBAITI TUKIMAN
NOOR SYAZANA NGARISAN
FOO FONG YENG
DR NOOR SUFIAWATI KHAIRANI DR NG SET FOONG
DR NURUL ‘AINI HARUN NOR KAMARIAH KASMIN @
PM DR ZAMALI HJ TARMUDI BAJURI
ASLINA OMAR
NOR FAUZIAH ABU BAKAR
DR AHMAD FAIZ GHAZALI NOREEN NOOR ABD AZIZ
MOHAMMAD NAZRI ALI
KARYA KREATIF
DR SHAMSATUN NAHAR AHMAD WAN NORHAFIDZAH WAN MOHD
MOHAMMAD NAZRI ALI DR AHMAD FAIZ GHAZALI
NOOR SYAZANA NGARISAN
CT MUNNIRAH NIESHA MOHD SHAFEE
149
LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN PENSYARAH
150
Program Pembangunan Bakat
Analitik Data Raya@UiTM Johor
Yusnita Sokman, Ts Ahmad Kamalrulzaman Othman, CT Munnirah Niesha Mohd Shafee
Seramai 10 orang pelajar Diploma Sains Komputer daripada Fakulti Sains Komputer
dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat (UiTMCJKS) telah berjaya
menamatkan Program Pembangunan Bakat Analitik dengan trek Python Programmer
(DataCamp) siri kedua anjuran FSKM dan Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTMCJKS.
Program ini bertempat di Big Data Lab, UiTMCJKS dan dirasmikan oleh Puan Yusnita
Sokman, Ketua Pusat Pengajian FSKM, UiTMCJKS. Tujuan pelaksanaan program ini
adalah untuk melahirkan lebih ramai penganalisis data profesional yang akan menyumbang
kepada keperluan industri negara di samping memberi nilai tambah kepada para graduan
UiTM dalam bidang analitik data raya.
Melalui trek Python Programmer, pelajar dilatih kaedah menggunakan kemahiran
pengaturcaraan untuk data wrangling dan tool development untuk menganalisa data.
Mereka perlu melengkapkan 10 modul di laman sesawang DataCamp dengan bantuan
fasilitator yang dilantik iaitu Ts. Ahmad Kamalrulzaman bin Othman dan Nafisah binti
Jamingan.
Pada akhir program, tiga orang pelajar berjaya melengkapkan kesemua modul
dengan markah tertinggi iaitu Nur Iqbal Amali bin Alias (71236 xpoints), Dayangku Nur
Farhana Bt Awg Hattahary (58299 xpoints) dan Nur Anis Aina bt Shah Rizal (58086 xpoints).
Dayangku Nur Farhana Bt Awg Hattahary telah berjaya melengkapkan kesemua 10 modul
dengan masa terpantas. Hadir sama pada majlis penutup dan penyerahan sijil tamat
program ini ialah Puan Yusnita Sokman dan juga sebahagian pensyarah yang menjadi
fasilitator dan ahli jawatankuasa pelaksana sepanjang program ini berlangsung.
151
Taklimat BITCOM
di UiTM Cawangan Johor
Wan Nor Hafidzah Wan Mohd, Nurulzulaiha Sa’udah@suhadak, Pm Dr Saunah Zainon, Nor
Haliza Hamzah, Che’ Khalilah Mahmood, Siti Nor Ain Aziz
Amanat Naib Canselor UiTM bagi tahun 2020 telah menekankan Perancangan
Strategik UiTM 2025 yang menggariskan 21 KPI (Key Performance Index) untuk dicapai
oleh warga UiTM. Salah satu KPI ini ialah penjanaan pendapatan sebanyak RM 1 billion.
Justeru, pada 15 Julai 2020, UiTM Cawangan Johor telah menerima kehadiran tenaga pakar
dari Business Innovation and Technology Commercialization Centre (BITCOM) yang
diketuai oleh Pengarah Urusannya iaitu Dr. Mohd Azman Zainul Abidin.
BITCOM merupakan sebuah organisasi yang didedikasikan untuk menyokong aktiviti
Penyelidikan, Perundingan dan Inovasi UiTM. Penerangan berkaitan fungsi BITCOM dalam
membantu UiTM bagi tujuan penjanaan pendapatan serta aktiviti pengkomersialan dan
perundingan melalui ekosistem perniagaan yang lestari telah disampaikan oleh Dr. Mohd
Azman sendiri. Seterusnya, Profesor Madya Ir. Dr. Rozita Jailani selaku Ketua
Pengkomersialan BITCOM turut menyampaikan taklimat berkenaan tatacara penubuhan
syarikat di UiTM dan aktiviti pengkomersialan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh
warga UiTM.
Program yang julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Eksekutif
Negeri (JKEN), para koordinator unit di bawah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan
Alumni (BPJIA), Koordinator Komunikasi Korporat, Koordinator Undang-Undang serta
Pengarah dan Timbalan Pengarah Unit Projek Khas. Program ini juga telah diadakan secara
telesidang bersama penyelaras di Kampus Pasir Gudang. Informasi terkini yang diperolehi
melalui program ini banyak membantu dalam penjanaan idea bagi merangka aktiviti UiTM
Cawangan Johor yang boleh menjana pendapatan dengan lebih baik. Pihak UiTM
Cawangan Johor juga telah membentangkan projek khas yang sedang dan bakal
dilaksanakan di UiTM Cawangan Johor bagi tujuan penambahbaikan daripada segi
prosedur dan pelaksanaannya.
152
AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR
AWAM (EKSA) FSKM UITM PASIR GUDANG
Foo Fong Yeng, Kamariah Kasmin@Bajuri, Azrina Suhaimi, Nur Intan Syafinaz Ahmad,
Dr. Ng Set Foong
Pelaksanaan EKSA diperkenalkan Kesemua pensyarah telah
oleh MAMPU untuk menambahbaik amalan bekerjasama dalam membersihkan Bilik
5S yang sedia ada dan mewujudkan Gerakan FSKM sekaligus memurnikan bilik
persekitaran kerja yang selesa dan teratur. tersebut mengikut kriteria pelaksanaan
Pada tahun 2019, UiTM telah menggantikan EKSA. Audit dalaman telah dilakukan oleh
amalan 5S dengan amalan EKSA. Fakulti pasukan audit dalaman EKSA FSKM pada
Sains Komputer dan Matematik (FSKM) 14 November 2019 dengan memeriksa
UiTM Pasir Gudang telah menyambut dan kebersihan, penyusunan peralatan, inisiatif
membudayakan amalan EKSA dikalangan tindakan penjimatan/kempen hijau dan
warga FSKM dengan menjalankan sudut EKSA di dalam bilik Gerakan FSKM.
beberapa aktiviti pada tahun 2019. Aktiviti Laporan audit menunjukkan hampir
pertama adalah taklimat Pengenalan dan kesemua kriteria EKSA telah dipenuhi oleh
Penyediaan Dokumen EKSA oleh FSKM.
Penyelaras EKSA UiTM Kampus Pasir
Gudang, Puan Nor Azelea binti Mohd
Azahar pada 16 Oktober 2019. Penceramah
telah menerangkan perbezaan utama
amalan 5S dan EKSA, dokumen-dokumen
berkaitan EKSA dan elemen-elemen
penting yang perlu diwujudkan untuk
memenuhi kriteria pelaksanaan EKSA.
FSKM telah mengambil langkah proaktif
dengan melaksanakan lawatan penanda
aras ke Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK)
pada 23 Oktober 2019. FKK merupakan Gambar 1: Sesi penerangan
fakulti yang cemerlang dalam pengamalan
5S. Cik Nor Fadilah Mohamad selaku wakil
FKK menunjukkan contoh hiasan dalaman
pejabat yang bersesuaian, tatacara
penyusunan fail yang betul di dalam bilik
fail, contoh amalan kitar semula dan
seterusnya melawat ke bilik-bilik pensyarah
FKK yang memenuhi kriteria pelaksanaan
5S. Gotong-royong yang melibatkan
keseluruhan pensyarah FSKM merupakan
aktiviti kemuncak yang telah dijalankan Gambar 2: Penyediaan Dokumen EKSA
pada 24 Oktober 2019.
153
BENGKEL PEMANTAPAN KENDIRI
iV-STEM 2020
Ahmad Khudzairi Khalid, Norbaiti Tukiman
Seramai 13 orang ahli iV-STEM supaya berupaya mendorong murid-murid
daripada 15 orang mahasiswa dan bermula dari peringkat sekolah rendah
mahasiswi UiTM Cawangan Johor Kampus untuk meminati dan mencintai ilmu
Pasir Gudang telah menyertai Bengkel terutamanya STEM.
Pemantapan Kendiri iV-STEM yang Melalui bengkel yang telah berjaya
berlangsung selama 4 hari 3 malam pada dilaksanakan ini, ahli iV-STEM telah
16 Ogos 2020 sehingga 19 Ogos 2020 di mendapat kefahaman yang jelas berkaitan
Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM program yang akan dilakukan oleh iV-STEM
Johor Kampus Pasir Gudang. Bengkel selepas ini. Selain itu, ahli iV-STEM telah
anjuran iV-STEM dan Fakulti Sains mengetahui tugas masing-masing yang
Komputer dan Matematik (FSKM) ini telah diagihkan oleh ketua projek serta
bertujuan untuk meningkatkan lagi faham akan tugasan yang telah diberikan.
keyakinan diri ahli iV-STEM, memperoleh Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan
penerangan yang jelas tentang aktiviti- semasa bengkel ini yang melibatkan
aktiviti yang akan dilakukan selepas ini kemahiran berkomunikasi dan kerjasama
serta mengeratkan lagi hubungan antara antara ahli kumpulan. Antara aktivitinya
ahli iV-STEM sendiri. ialah aktiviti pemantapan pengurusan projek
Untuk makluman para pembaca, dan kewangan iV-STEM, bengkel
kumpulan iV-STEM atau sukarelawan pemantapan modul STEM dan sesi
STEM ini akan menjalankan aktiviti pembentangan aktiviti. Melalui aktiviti-aktiviti
pendidikan STEM secara atas talian ini, ahli iV-STEM telah meningkatan
menerusi latihan amali dan eksperimen. keyakinan yang tinggi dalam diri mereka
Mereka ialah kumpulan sukarelawan yang serta mendapat kefahaman yang jelas
perlu mempunyai pengetahuan mengenai berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang akan
pengurusan pentadbiran, pengurusan dilakukan pada masa akan datang.
kewangan, kekuatan fizikal dan mental
Gambar 1: Gambar peserta iV-STEM Gambar 2: Gambar peserta iV-STEM
bersama dua orang pensyarah FSKM
154
KARYA AKADEMIK
DAN UMUM
155
Skil dan Kebolehpasaran
Graduan: Mencari atau Dicari
Ts Nur Huda Jaafar, Zuriati Ismail, Ts Dr Rashidah Mokhtar, Mazlyda Abd Rahman
Masalah pengangguran dalam kalangan para graduan telah menjadi salah satu isu
yang merisaukan di peringkat nasional. Berdasarkan maklumbalas mantan Menteri Sumber
Manusia, Yang Berhormat M. Kulasegaran, kadar pengangguran dalam kalangan belia pada
tahun 2019 adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kadar pengangguran semasa
negara bagi tahun 2018 iaitu pada kadar 3.3 peratus. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah
dibuat termasuklah daripada pihak pengurusan universiti. Antaranya ialah menjalinkan
hubungan baik dengan pihak industri melalui beberapa memorandum persefahaman (MoU).
Walaubagaimanapun, usaha mahasiswa itu sendiri lebih memberi impak yang besar
dalam mengatasi masalah ini. Berdasarkan laporan daripada The National Graduate
Employability Blueprint 2012-2017, antara faktor yang menjurus kepada masalah
kebolehpasaran graduan masa kini adalah ketidakmampuan mereka untuk menyelesaikan
masalah dan kurang pengetahuan mendalam mengenai bidang yang diceburi. Sehubungan
itu, para graduan perlu lebih proaktif dan tidak hanya bergantung pada pembelajaran di
dalam kelas semata-mata. Kemahiran mereka perlu diasah bukan sekadar melalui projek
dan tugasan yang diberi oleh para pensyarah tetapi juga melalui platform lain seperti kursus
pendek dan juga pertandingan yang boleh mengimplementasikan ilmu yang telah diperolehi.
Persatuan pelajar juga boleh membantu dengan mengadakan kursus-kursus pendek
sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka. Selain itu, persatuan pelajar boleh
menganjurkan pertandingan yang dapat mengasah kemahiran teknikal dalam kalangan
mahasiswa. Pertandingan seperti membuat video pendek, projek inovasi dan hackathon
adalah antara contoh pertandingan yang dapat membuka minda para mahasiswa dalam
mengadaptasi ilmu yang dipelajari.
Para mahasiswa juga digalakkan menyertai pertandingan anjuran pihak industri
kerana ini adalah salah satu pendekatan yang diguna pakai oleh pihak industri untuk
mencungkil bakat para mahasiswa dalam mencari pekerja yang berpotensi. Antara
pertandingan yang dianjurkan oleh pihak industri adalah The Grand Challenge anjuran
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), CIMB 3D Conquest anjuran CIMB Berhad
dan juga HSBC Malaysia Business Case Competition anjuran Bersama Enactus Malaysia
dan HSBC Bank Malaysia Berhad. Pertandingan seumpama ini bukan sahaja menjadi
medium untuk para mahasiswa mengadaptasi segala ilmu teknikal yang diperolehi, malahan
juga dapat meningkatkan daya pemikiran kritikal dan kemahiran insaniah mereka.
156
Tambahan lagi, para mahasiswa boleh menggunakan sepenuhnya peluang
menyertai aktiviti sebegini untuk mengenalpasti keperluan yang dikehendaki oleh pihak
industri. Secara tidak langsung, ini dapat membantu para mahasiswa menyiapkan diri
mereka supaya lebih bersedia untuk menceburi dunia industri kelak.
Sumber rujukan:
1. Norliana Hashim, Chang Peng Kee & Mat Pauzi Abd. Rahman, “Stops: Mengungkai Isu
Kebolehpasaran Graduan Di Malaysia),” Malaysian Journal of Communication. vol. 32
(2), 2016, muka surat. 139-164.
2. Penyata Rasmi Parlimen ke-14 Penggal ke-2 (12 Mac 2019). Dicapai dari
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/KKDR-12032019.pdf.
157
Ph.inisheD@Johor
Kecil tapi Signifikan
Noor Syazana Ngarisan, Dr Noor Sufiawati Khairani, Dr Nurul ‘Aini Harun
Memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) di dalam bidang kepakaran tertentu merupakan
hasrat majoriti ahli akademik seperti para pensyarah UiTM. Namun, ramai sedia maklum
perjalanan bagi menggenggam segulung ijazah bukanlah perkara yang mudah. Terdapat
pelbagai cabaran, halangan dan dugaan yang bakal dan harus ditempuhi. Akibatnya,
samada pengajian dijalankan secara sepenuh masa atau separuh masa, ramai pensyarah
tidak berjaya menyempurnakan pengajian PhD masing-masing di dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
Sehubungan itu, UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) telah melaksanakan program
Ph.inisheD@Johor. Ph.inisheD@Johor - dengan nama asalnya PhD Potential, telah
diluluskan pelaksanaannya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) Bil.
71/2019 paa 11 Februari 2019. Ia merupakan inisiatif khusus UiTMCJ di bawah strategi
intervensi kampus negeri ini bagi membantu para pensyarahnya menamatkan pengajian
PhD masing-masing setelah melebihi jangkamasa yang dijadualkan. Mengambilkira
pelbagai kekangan yang wujud di kampus negeri ini, Ph.inisheD@Johor mensasarkan
hanya kumpulan pensyarah UiTMCJ yang menepati ciri-ciri berikut: (i) sedang melanjutkan
pengajian di peringkat PhD, (ii) cuti belajar bergaji penuh samada dengan atau tanpa
biasiswa, (iii) telah kembali melapor diri untuk bertugas, dan (iv) masih berstatus aktif
sebagai pelajar.
Para pensyarah UiTMCJ yang layak dibenarkan mengikuti program untuk tempoh
maksimum 24 bulan atau 2 tahun. Walaubagaimanpun para pensyarah tersebut perlu
memohon untuk menyertai Ph.inisheD@Johor pada setiap semester. Para peserta
Ph.inisheD@Johor ini antaranya layak diberikan Amanah Tugas Syarahan (ATS) mengikut
jumlah jam minimum kontek syarahan (KS) berdasarkan gred jawatan peserta, beroleh
kelonggaran pemberian satu kod pengajaran sahaja untuk setiap semester namun
bergantung kepada keperluan fakulti, tidak memegang sebarang jawatan pentadbiran serta
diberi kelonggaran daripada terlibat dengan mana-mana jawatan kuasa termasuk sebagai
pensyarah sumber (Resource Person) sepanjang mengikuti program ini.
158
Setiap peserta Ph.inisheD@Johor juga akan diberikan seorang mentor daripada
kalangan pensyarah UiTMCJ yang berkelayakan untuk bertindak sebagai pembimbing.
Perjumpaan berkala di antara mentor dan mentee (peserta Ph.inisheD@Johor)
dilaksanakan bagi tujuan pemantauan terhadap perkembangan pengajian peserta. Mentor
juga akan memberi motivasi, khidmat nasihat serta panduan yang bersesuaian demi
membantu para peserta menamatkan pengajian PhD dengan jayanya. Selain itu, sesi
pembentangan kemajuan pengajian turut dijalankan pada setiap semester di bawah
kendalian Ketua Pusat Pengajian Siswazah dengan pemantauan Rektor UiTMCJ.
Pembentangan kemajuan pengajian PhD ini merupakan satu platform saringan calon yang
benar-benar layak untuk kemasukan ke Program Ph.inisheD@Johor bagi sesuatu semester.
Ia juga penting bagi memastikan para peserta program benar-benar memanfaatkan
penyertaan ke dalam program Ph.inisheD@Johor menerusi pembentangan perkembangan
pengajian yang baik.
Meskipun hanya mensasarkan kumpulan pensyarah yang menepati ciri tertentu
sahaja, program Ph.inisheD@Johor ini merupakan satu pelaburan modal insan UiTMCJ
yang dilihat mampu menjana kecemerlangan kesarjanaan para pensyarahnya. Sehingga
kini, terdapat beberapa peserta yang menunjukkan kemajuan pengajian yang amat
cemerlang dan bakal menamatkan pengajian PhD masing-masing. Sewajarnya usaha murni
yang hanya terdapat di UiTMCJ ini disambut baik oleh para pensyarahnya yang menepati
syarat demi mengurangkan bilangan pensyarah yang masih belum berjaya menamatkan
pengajian PhD masing-masing. Semoga usaha kecil tetapi signifikan ini dapat menyumbang
kepada pemartabatan UiTMCJ sebagai sebuah entiti pengajian tinggi yang relevan,
berdikari serta berdaya saing sebaris dengan institusi pengajian tinggi lain.
159
Data Raya:
Mengejar atau Ditinggalkan
Zuriati Ismail, Mazlyda Abd Rahman, Ts Nur Huda Jaafar, Ts Dr Rashidah Mokhtar
Mutakhir ini bidang penyelidikan diperkenalkan dengan satu terma yang sering
digembar-gemburkan dan menjadi perhatian iaitu Data Raya. Antara bidang-bidang yang
menumpukan penyelidikan melibatkan Data Raya adalah bidang Sains Komputer,
Matematik, Kejuruteraan dan Statistik. Pembangunan penyelidikan berkaitan Data Raya
berusaha membabitkan bidang-bidang di luar ruang lingkup Sains Komputer, Matematik,
Kejuruteraan dan Statistik dengan menyediakan latihan-latihan selain penerangan-
penerangan dan promosi untuk menarik lebih ramai pakar penyelidik pelbagai bidang.
Walaubagaimanapun kadangkala usaha ini berakhir dengan persepsi yang sama. Latihan-
latihan yang dijalankan untuk memperkenalkan alatan yang sesuai untuk penyelidikan
melibatkan Data Raya seperti pengaturcaraan R atau Python akan berakhir dengan
persoalan ‘kenapa perlu mempelajari pengaturcaraan tersebut jika ia boleh diselesaikan
dengan peralatan sedia ada yang lebih mesra pengguna dan mudah?’. Sebelum itu,
persoalan pokoknya ialah kenapa perlu Data Raya sebagai set data?
Jika melihat kepada definisi, Data Raya merupakan set data yang memiliki ciri-ciri
(sebahagian atau kesemuanya) yang disebut 6V. Enam ‘V’ tersebut ialah ‘Volume’, ‘Variety’,
‘Velocity’, ‘Variablity’, ‘Veracity’ dan ‘Value’. Dalam bidang penyelidikan, terutamanya yang
melibatkan sebab dan akibat memerlukan data yang mencukupi untuk tujuan generalisasi.
Tambahan lagi jika lebih banyak data digunakan untuk analisis, maka lebih tepat keputusan
yang diperolehi selain lebih banyak persoalan dapat dijawab. Dengan keperluan
dokumentasi dan merekod yang sangat tinggi masa kini, pengumpulan data-data sekunder
yang banyak (volume) dan pelbagai (variety) boleh diperolehi. Data yang ada ini semakin
besar dan disimpan secara automatik dan digital bagi mewujudkan peluang untuk
memberikan nilai (value) yang tinggi jika dijalankan analisa yang bersesuaian. Selain
melibatkan kes yang banyak, ia juga mempunyai pembolehubah (dimensi) yang besar.
Kebanyakan alatan yang mesra pengguna seperti SPSS mempunyai kekangan dari segi
jumlah kes dan juga pembolehubah selain cara analisa yang terhad dan ini dapat diatasi
dengan menggunakan pengaturcaraan.
160
Pengaturcaraan R dan Python bukanlah pengaturcaraan khusus untuk Data Raya,
tetapi ia lebih fleksibel kerana kita boleh memasukkan formula kita sendiri dan lebih mudah
untuk dimanipulasi jika data yang terlibat terlalu besar. Walaubagaimanapun, data-data ini
juga adalah dalam pelbagai bentuk (variety) dan melibatkan pra-pemprosesan sebelum
boleh dijalankan analisa ke atasnya. Tambahan lagi melaksanakan analisis data ini juga
akan semestinya memerlukan mesin berkemampuan tinggi dan melibatkan kemahiran
khusus. Namun begitu, mesin berkemampuan tinggi ini semakin mudah diperolehi dengan
kos yang lebih rendah berbanding sebelumnya dan memperolehi kemahiran juga bukan
sesuatu yang mustahil.
Sebagai analogi, seorang pengusaha nasi lemak yang bermula dengan khemah kecil
untuk menjual nasi lemak menggunakan dapur gas biasa dan periuk dan kuali biasa. Jika
permintaan nasi lemak semakin bertambah (volume), dia perlu menambah peralatan dan
mungkin mengupah pekerja untuk membantunya. Keadaan juga akan berubah jika dia mula
menambah produk-produk yang dihasilkan (variety). Semakin besar perniagaannya, dia
memerlukan strategi yang berbeza selain perlu menukar peralatan atau perkakasan yang
digunakan kerana peluang yang terbuka memberi tambahan nilai kepadanya. Samalah
dengan data, semakin besar dan semakin banyak nilai yang ingin kita kejar, maka banyak
perubahan yang perlu kita laksanakan. Pilihan kita adalah kekal dengan keadaan sedia ada
atau merebut peluang lebih baik?
161
Mengi(rCaodmepnugtainngPweirtkhaWtaaonrds)
PM Dr Zamali Hj Tarmudi
Permasalahan dunia kini dilihat semakin rumit dan amat bervariasi untuk
diselesaikan. Komponen utama yang mesti dilakukan adalah untuk mengenalpasti kaedah
yang sesuai, mudah serta berkesan untuk menilai sesuatu permasalahan. Justeru, kaedah
menilai sesuatu perkara atau situasi akan menjadi lebih mudah dan selesa sekiranya kita
dapat menilai menggunakan ucapan atau ungkapan seharian kita. Secara sedar atau tidak
sebenarnya kita boleh menilai sesuatu perkara menggunakan perkataan biasa yang kita
ucapkan seharian. Tujuannya tidak lain tidak bukan agar penilai dapat menilai secara
semulajadi dengan mudah dan dapat menggambarkan situasi, keadaan, atau sesuatu
perkara dengan lebih praktikal dan berkesan. Umpamanya, apabila seorang yang
berpotensi sebagai pembeli menguji sesebuah kereta baharu pilihannya, kebiasaannya si
pembeli akan menilai keselesaan kereta menggunakan perkataan seperti; ‘sangat selesa’,
‘selesa’, ‘agak selesa’, ‘kurang selesa’, atau ‘tidak selesa’ dan sebagainya. Sudah pasti si
pembeli tidak akan menilai kereta yang dipandu ujinya dengan skor seperti 90, 75, 50, atau
30 dan sebagainya bagi menggambarkan tahap keselesaan.
Oleh itu, ungkapan atau perkataan seperti di atas sebenarnya memadai dan ia
dapat mewakili tahap keselesaan sebenar sesebuah kereta yang dipandu uji. Kaedah ini
dinamakan pendekatan penilaian secara ungkapan atau perkataan yang telah diusulkan
oleh L. A. Zadeh sejak tahun 1975 lagi. Rajah di bawah menunjukkan satu lagi contoh realiti
bagaimana ‘ketepatan’ (precision) lawan ‘keberkesanan’ (significance) yang ungkapan atau
perkataan dapat memperihalkan situasi kecemasan tersebut dengan lebih praktikal dan
berkesan.
Sumber gambar : L. A. Zadeh (1975) daripada Google Images
162
Mekanisma pengiraan yang dinamakan pembolehubah linguistik dan pagaran
linguistik ini sering dimanfaatkan seperti contoh berikut:
1. Awas! objek terjatuh itu ‘sangat merbahaya’
2. Prestasi pelajar itu ‘agak lemah’
3. Petunjuk prestasi jabatan ABC pada tahap ‘sederhana’
4. Tahap kesihatan ulamak tersohor itu ‘semakin merosot’
Dalam 4 contoh di atas, ungkapan ‘sangat’, ‘agak’, ‘sederhana’, dan ‘semakin’
adalah pagaran linguistik yang menggambarkan situasi atau keadaan perkara yang dinilai.
Justeru itu, kaedah pengoperasian telah diperkenal bagi tujuan menggabungkan sesuatu
ungkapan dengan ungkapan penilaian yang lain. Namun kebiasaannya, sebelum sebarang
pengoperasian dapat dibuat, sesuatu ungkapan perlu diwakili antaranya oleh nombor kabur
segitiga yang mempunyai ciri ‘nilai kiri’, nilai tengah’, dan ‘nilai kanan’. Ciri nombor kabur
segitiga ini dapat menggambarkan ketakpastian atau kekaburan sesuatu perkara dan
kemudiannya boleh dikuantitikan ungkapan penilaian tersebut dengan berkesan. Contohnya
operasi penambahan antara ungkapan ‘sangat’ + ‘agak’ boleh dilakukan dengan mudah
berasaskan peraturan matematik yang terbukti secara saintifik dan logik.
Oleh itu, proses pengiraan antara ungkapan ini dipanggil pengiraan dengan
perkataan (computing with words). Kesan daripada idea ini, banyak aplikasi yang rumit
dalam hampir semua bidang kajian dan kehidupan seharian dapat dikira dan seterusnya
diselesaikan dengan lebih mudah lagi berkesan. Sesungguhnya penemuan idea ini amat
berpotensi untuk diteroka dengan lebih mendalam khususnya dalam kajian temporari. Untuk
mereka yang berminat memahami idea dan konsep ini, sila rujuk dan layari pautan berikut:
https://www.springer.com/gp/book/9783642274725
163
Mahu Diet? Baca ini
Nor Fauziah Abu Bakar
Menjadi kurus merupakan impian ramai orang terutamanya wanita. Memiliki bentuk
badan yang cantik dan penampilan menarik menjadi sebab keterujaan wanita-wanita masa
kini dalam mencari kaedah atau cara untuk tampil kurus dan bergaya dengan mengamalkan
pelbagai jenis diet yang digembar-gemburkan media. Menurut pakar, ramai penduduk di
Malaysia ingin cepat kurus, namun tidak mengamalkan diet yang sebetulnya. Bila berat tidak
turun, mereka mula rasa putus asa dan tidak mahu berusaha lagi.
Terdapat pelbagai kaedah yang popular wujud dikalangan masyarakat kita.
Sesetengah mereka memilih untuk menggunakan kaedah yang cepat dengan mengambil
produk pelangsing yang banyak terdapat di pasaran. Menggunakan kaedah ini hanyalah
indah khabar dari rupa. Ianya bukan sahaja merbahaya untuk kesihatan tetapi proses
penurunan berat badan hanyalah sementara sahaja. Ada antaranya yang hanya turun berat
badan apabila mengamalkan produk berkenaan tetapi apabila berhenti, berat kembali ke
berat asal malahan makin bertambah. Oleh itu, pengurusan berat badan yang betul tanpa
penggunaan produk merupakan kaedah yang paling selamat dalam usaha menurunkan
berat badan. Kaedah ini membantu kita supaya berat badan sentiasa pada aras ideal.
Menurut kajian, 80% kejayaan menurunkan berat badan adalah dari pemakanan dan
20% lagi melalui senaman. Oleh itu, bagi menurunkan berat badan kawalan pengambilan
makanan adalah penting. Bagi yang ingin mengamalkan diet mengikut gaya hidup sihat
dengan menjaga pemakanan, terdapat beberapa jenis diet yang popular di kalangan
masyarakat kita antaranya seperti diet intermittent fasting, diet atkins, diet kalori, diet eat
clean, diet suku-suku separuh dan dietfit. Setiap diet ini mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Bergantung kepada individu untuk memilih yang mana
bersesuaian dengan diri sendiri.
Bagi yang memilih untuk mengamalkan diet intermittent fasting (IF), diet ini
mempunyai pelbagai jenis protokol yang memerlukan seseorang untuk berpuasa kalori
dalam tempoh masa tertentu. Protokol IF 16/8 adalah kaedah yang paling mudah dalam diet
ini di mana 16 jam adalah waktu berpuasa manakala 8 jam lagi adalah waktu yang
dibenarkan untuk makan dalam kalori yang rendah. Dalam waktu 16 jam berpuasa,
pengamal hanya dibenarkan untuk minum air kosong untuk mengelakkan dari dehydrated.
Diet ini dapat menjimatkan masa kerana waktu makan yang terhad. Tetapi pengamalnya
perlu memastikan kalori makanan yang diambil tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah bagi
memudahkan proses penurunan berat berjaya. Jadual makan yang tidak menentu akan
mengganggu hormon badan dan mengurangkan prestasi penurunan berat badan. Diet ini
tidak sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan gastrik.
164
Diet atkin antara diet yang popular suatu ketika dulu yang menjadi buah mulut
dikalangan mereka yang berusaha menurunkan berat badan. Diet ini akan menghadkan
pengambilan karbohidrat mengikut fasa dan mengamalkan protein yang tinggi. Diet ini
merupakan diet yang paling cepat dalam penurunan berat badan dan tidak memerlukan
pengamal mengawal kalori makanan. Tetapi diet ini akan menyebabkan badan mengalami
ketosis yang menyebabkan lesu, loya, sakit kepala, nafas berbau, gout dan batu karang.
Diet ini juga sangat tinggi risiko kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan.
Diet kalori pula ialah diet yang menitikberatkan tentang pengambilan kalori dalam
makanan (defisit kalori) sebagai asas kepada penurunan berat badan. Pengamal diet ini
boleh memilih apa sahaja makanan tetapi perlulah tidak melebihi kalori yang telah dikira
bergantung kepada berat, tinggi, umur, jantina dan tahap aktiviti fizikal harian. Dengan
mengamalkan diet ini, penurunan berat badan akan lebih terancang kerana pengamalnya
boleh melaraskan pengambilan makanan mengikut keperluan kalori. Tetapi pengamal diet
ini perlu mempunyai ilmu mengira kalori setiap makanan dan memastikan makanan yang
diambil memenuhi nutrisi tertentu badan supaya tidak mendatangkan penyakit lain di
kemudian hari.
Diet eat clean adalah diet yang kini menjadi trend dalam masyarakat kita. Diet ini
hanya membenarkan makanan daripada sumber “real food” dan tidak diproses berlebihan.
Pengamal hendaklah memilih variasi makanan yang lebih sihat dalam setiap kumpulan
makanan dan mengelakkan makanan yang tinggi kandungan lemak, gula, garam dan
minyak. Amalan diet ini merangkumi makan makanan seimbang mengikut bahagian tertentu
berdasarkan Piramid Makanan Malaysia bagi mendapatkan gabungan nutrien penting dan
tenaga sempurna untuk melakukan aktiviti harian. Walaubagaimanapun, diet ini akan
menyebabkan pengamalnya cepat bosan kerana banyak makanan tidak boleh dimakan.
Diet suku-suku separuh merupakan diet yang disarankan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kaedah pinggan sihat iaitu suku karbohidrat, suku protein
dan separuh sayur dan buah. Konsep diet ini juga menggunakan kaedah defisit kalori tetapi
keperluan nutrisi yang seimbang. Ianya mudah dan murah untuk diamalkan sepanjang hayat
dan sesuai untuk seisi keluarga. Tiada protokol aneh diperlukan dan pengamal tidak perlu
mengelak daripada mengambil makanan tertentu. Walaubagaimanapun, bagi yang
mengimpikan untuk berat turun dalam kuantiti yang banyak akan merasa stress kerana
kadar penurunan berat bagi mereka yang mengamalkan diet ini adalah rendah.
Walaupun kita tahu kebaikan menjaga tubuh badan adalah demi menjaga kesihatan
malah penampilan juga, tetapi kita tidak faham menu untuk diet yang sesuai untuk kita
amalkan. Kita selalu berpendapat bahawa untuk diet, kita tidak boleh makan nasi sahaja.
Hakikatnya, kita perlu mengamalkan diet seimbang dengan makan makanan pada tahap
semula jadi. Ini bermakna, kita perlu mengelak dari makanan yang diproses, makanan
dengan pengawet, makanan yang banyak gula dan makanan dengan lemak jahat atau
berkolestrol tinggi. Selain itu, sokongan daripada rakan-rakan sekeliling serta tekad yang
kuat perlu dalam proses menurunkan berat badan.
165
Dilema Pelajar Berdepan
Covid-19
Dr Ahmad Faiz Ghazali
Kebimbangan pelajar terhadap peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan
selepas tamat pengajian tidak dapat dinafikan. Isu tekanan pelajar tidak seharusnya
dipandang remeh terutamanya dari kalangan pelajar yang mempunyai sejarah
kecemerlangan pelajaran sebelum ini tetapi tidak dapat mengatasi kesukaran ketika dilanda
COVID-19. Sikap naif sesetengah pelajar yang tidak bersedia mendepani cabaran perlu
diatasi. Lebih membimbangkan, bukan hanya seorang pelajar yang terfikir untuk bunuh diri.
Terdapat pelajar dari institusi pendidikan tinggi yang kurang bersikap kritis dan kreatif di
dalam mencari penyelesaian dan tidak berani mendepani cabaran. Mereka tidak sewajarnya
dikutuk sebaliknya patut dibimbing terutamanya oleh rakan sebaya yang lebih dekat dengan
mereka. Cabaran menghadapi COVID-19 membuktikan kebenaran tahap ketahanan pelajar
namun ianya telah dijadikan alasan oleh sesetengah pihak di luar sana. Ibu bapa hendaklah
menyedari hakikat perubahan dunia yang begitu drastik dan sangat berbeza cabarannya
berbanding masa lalu.
Revolusi industri 4.0 seolah-olah dengan sendirinya telah dipercepatkan dengan
merebaknya pandemik ke seluruh dunia. Para pelajar yang bertuah di Malaysia seharusnya
dimotivasikan dengan bersungguh-sungguh agar menyedari bahawa inilah peluang untuk
mengangkat martabat tanah ini semula di mata dunia sebagaimana keagungan Melaka
pada suatu masa yang telah jauh berlalu. Teknologi perkapalan dan teknologi senjata
seperti pistol diakui oleh negara-negara luar pada masa tersebut. Pada masa kini,
penguasaan teknologi dan kekentalan minda haruslah dibina secara seiring dengan
keberanian menghadapi cabaran mendatang.
Peluang dan penawaran pekerjaan akan berubah, namun persediaan minda
sepatutnya menjadi keutamaan berbanding kemahiran dan penguasaan teknikal dan
praktikal yang sangat cepat berubah apatah lagi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia
disebabkan penularan COVID-19. Contoh-contoh perniagaan tempatan yang telah berjaya
dan syarikat-syarikat kecil dari pelbagai bidang terutamanya yang dibangunkan oleh
golongan lebih muda seharusnya turut dibawa ke hadapan berbanding syarikat-syarikat
gergasi luar negara yang mungkin tidak mudah untuk dimasuki oleh para graduan baru.
Tahap pendidikan pelajar tidak seharusnya menjadi ilusi kayu pengukur potensi kejayaan
mereka dalam mendepani cabaran terutamanya melalui norma baharu kehidupan yang
masih belum terlihat penghujungnya.
166
3Panduan Mudah Memulakan
Perniagaan Atas Talian
Mohammad Nazri Ali
Perniagaan atas talian adalah suatu bentuk perniagaan masa kini yang tidak kurang
mencabar kerana proses jualan dilakukan secara maya. Walaupun ada sebahagian peniaga
yang merasakan jualan secara atas talian lebih mudah, tetapi ada di antara mereka yang
masih melakukan kesilapan sewaktu melakukan urus niaga.
Perkara utama yang perlu diambilkira adalah memulakan perniagaan dengan
menjual produk orang lain atau produk yang sedia ada di pasaran. Hal ini bertujuan bagi
mendapatkan pengalaman dan lebih memahami selok-belok urus niaga atas talian. Modal
yang besar tidak menjanjikan pulangan keuntungan yang besar sekiranya tiada pengalaman
dalam menjalankan sesuatu perniagaan terutamanya secara atas talian. Pada peringkat
permulaan, peniaga perlulah mencari dan memilih produk atau perkhidmatan yang
mempunyai latar belakang yang bagus, berkualiti dan berkesan. Dengan adanya kriteria
tersebut, pelanggan akan merasa yakin untuk membeli produk berkenaan.
Perkara kedua adalah berkaitan margin keuntungan jualan bagi sesuatu produk atau
perkhidmatan perlulah tinggi. Perniagaan secara atas talian seharusnya mengambilkira
beberapa kos seperti kos pengiklanan, kos penghantaran dan lain-lain yang harus
ditanggung oleh peniaga. Dengan memperoleh margin keuntungan yang tinggi, peniaga
boleh menggunakan sebahagian keuntungan untuk menanggung kos-kos yang berkaitan.
Perkara ketiga adalah menghindari dari berfikir tentang mudahnya berniaga untuk
memperoleh keuntungan yang besar. Ini bagi mengelakkan berlakunya tekanan perasaan
sekiranya sesuatu perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Peniaga yang baru berniaga
seharusnya memulakan sesebuah perniagaan dengan mengikut kemampuan kewangan
sendiri atau modal yang kecil. Apabila perniagaan yang dijalankan sudah semakin maju dan
mendapat permintaan tinggi, barulah perniagaan tersebut boleh dikembangkan secara
berperingkat.
167
Ibra’ 35 ‘Surat Cinta’
PM Dr Zamali Hj Tarmudi
Tanggal 16 Februari 2020 adalah tarikh yang sedikit memilukan namun rupanya
punya hikmah tersendiri di sebaliknya. Perjalanan saya sekeluarga dari Kuala Terengganu
pulang ke Segamat adalah merupakan hari terakhir percutian kami menjelajah seluruh
Semenanjung Malaysia melalui arah utara hingga ke Jeti Kuala Perlis dan seterusnya
merentas banjaran Titiwangsa menuju ke Jeli, Kota Bahru dan terus ke Kuala Terengganu.
Hari terakhir percutian kami adalah perjalanan dari Kuala Terengganu melalui LPT2
ke LPT1 dan Gambang. Selepas lampu isyarat Gambang di persimpangan menghala ke
Segamat, sebuah lori dengan sarat muatan bergerak di hadapan kereta kami dengan sangat
perlahan sehingga kami tidak sabar lagi untuk setia menunda di belakangnya. Justeru, saya
mengambil keputusan untuk memintas lori tersebut meskipun di garisan berkembar dengan
penuh yakin sekali. Tanpa disedari sebuah kereta yang sekian lama setia di belakang kereta
saya adalah sebuah kereta anggota polis. Sebaik kami berjaya memotong lori tersebut, tiba-
tiba kereta polis yang asalnya di belakang kereta kami telah meluru dan memintas kereta
kami dan mengarahkan agar kami berhenti di tepi jalan. Ketika itu saya sudah
menjangkakan satu ‘surat cinta’ akan diterima daripada PDRM. Setelah menerima dengan
perasaan kesal namun redha, kami teruskan perjalanan hingga selamat sampai ke
Segamat. Alhamdulillah.
Esoknya saya menyemak status ‘surat cinta’ yang diterima. Alangkah terkejutnya
apabila mendapati saya punyai keseluruhan 35 ‘surat cinta’ atas beberapa kesalahan jalan
raya. Kebanyakannya adalah kerana memandu melebihi had laju sejak setahun yang lalu.
Pada mulanya saya tidak percaya dengan maklumat tersebut, namun setelah diteliti dengan
terperinci seperti lokasi, masa, tarikh, jenis kesalahan dan nombor pendaftaran kereta,
barulah saya sedikit percaya walaupun masih bersisa rasa ragu.
Untuk lebih memuaskan hati, beberapa hari kemudian saya pergi ke PDRM
(Bahagian Trafik) di bandar Segamat. Setelah disemak oleh staf yang bertugas, mereka
terkejut dengan cetakan komputer yang berterusan agak lama dan panjang. Lalu mereka
sedikit kehairanan dan sempat tersenyum dengan hasil cetakan komputer tersebut sambil
meyerahkannya kepada saya. Berdasarkan daripada cetakan komputer tersebut, barulah
saya percaya sepenuhnya bahawa 35 ‘surat cinta’ itu adalah sememangnya kepunyaan
saya. Sejak dari itu, saya sentiasa menantikan pengumuman daripada pihak PDRM untuk
tawaran potongan bagi bayaran kompaun.
168
Akhirnya pada 13 Mac 2020 saya berjaya melangsaikan semua kompaun saya di
kaunter bayaran dengan tawaran potongan sehingga 50 peratus sempena MATTA di PWTC
Kuala Lumpur. Alhamdulillah segala kekusutan selama ini telah dapat diselesaikan dengan
sebaiknya walaupun wang sebanyak itu sewajarnya dimanfaatkan untuk perkara yang lebih
berfaedah. Semoga kisah ini dapat memberi ibra’ atau teladan yang berguna kepada saya
dan kita semua terutamanya daripada aspek berikut:
1. Sentiasa patuhi undang-undang jalan raya
2. Sentiasa menyemak kompaun sekerap yang mungkin
3. Tidak membazir wang semata-mata untuk membayar kompaun yang boleh dielakkan
4. Sentiasa beringat akan keselamatan diri dan keluarga semasa memandu
Saya merasa kesal dan jauh sekali berbangga dengan apa yang telah berlaku.
Peristiwa ini menjadi rekod peribadi terburuk semenjak saya mempunyai lesen memandu
yang sah bermula tahun 1994. Berdasarkan kisah ini, saya berasa insaf dan berazam untuk
memandu dengan lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang jalan raya di masa depan
agar perkara sebegini tidak kerap kali berulang dalam kehidupan saya. Aamiin, Insya Allah.
169
#cookiesbymamirose
Rusnani Mohamad Khalid, Nurul Aien Abd Aziz, Noreen Noor Abd Aziz, Shaherah Abd Malek
Masih segar di ingatan ketika penghujung Ramadhan bertanggal 12 Mei 2020,
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa aktiviti perayaan adalah
dibenarkan dengan syarat tidak merentasi negeri dan daerah semasa dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu Mami Rose bercadang untuk pulang ke
kampung walaupun niat asalnya adalah untuk beraya di rumah sendiri. Terdetik di hati,
“biskut raya belum ada lagi, macam mana nak beraya di kampung nanti?” Mami Rose tahu,
Aidilfitri kali ini adalah raya yang hanya duduk di rumah, tetapi raya tetap perlu disambut.
Mami Rose terfikir untuk membuat biskut raya viral yang telah dicuba beberapa kali
dan sering menerima pujian daripada suami, anak-anak dan ipar. Kata mereka rasanya
sedap dan rangup. Pada masa itu juga Mami Rose perasan tidak ramai yang mengambil
tempahan kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini merupakan satu peluang baik yang
harus direbut. Ayat dikarang dan iklan tempahan kuih raya dimuat naik ke status Whatsapp.
Tidak lama kemudian, bertalu notifikasi diterima daripada rakan sekerja dan kawan
sekampung yang ingin membuat tempahan memandangkan mereka hendak pulang beraya
di kampung. Mami Rose menjadi panik, mana tidaknya, mereka belum pernah mencuba lagi
biskut raya tersebut. Sedap atau tidak? Itu yang paling dirisaukan.
Walaupun pada ada awalnya tempahan dibuka hanya untuk 5 balang sahaja, tanpa
dijangka dalam tempoh semalaman Mami Rose telah menerima tempahan 20 balang biskut
raya. Perasaan seronok membuatkan Mami Rose berani untuk menerima lebih banyak
tempahan lagi. Akhirnya, setelah 2 hari, sebanyak lebih 50 balang tempahan biskut raya
diterima.
Semakin hari, semakin bersemangat Mami Rose menyiapkan tempahan kerana
yakin yang air tangannya telah mendapat tempat di hati para pelanggan. Kerana berani
mengambil risiko dan peluang, hasil jualan empat angka berjaya diperolehi semasa Hari
Raya Aidilfitri yang lalu dan menerima maklum balas positif daripada para pelanggan.
Tempahan yang tidak putus dan bertambah saban hari membuatkan Mami Rose
bersemangat untuk meneruskan perniagaan. Bermula Mei sehingga Ogos 2020, lebih 300
balang biskut raya telah terjual dan membuahkan hasil pendapatan sampingan keluarga
mencecah empat angka. Alhamdulillah.
Kini, #cookiesbymamirose telah mempunyai lingkungan peminatnya yang tersendiri
dan menambat hati sesiapa yang merasainya. Dengan izin Allah, diharapkan agar
perniagaan kecil ini boleh menjadi batu loncatan untuk diperkembangkan lagi di masa akan
datang.
170
ILMUAN ISLAM BIDANG MATEMATIK
PALING TERSOHOR DI DUNIA
Ahmad Khudzairi Khalid
Al-Khawarizmi atau nama sebenarnya
Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi
merupakan seorang ilmuan Islam dalam
bidang Matematik yang paling tersohor di
dunia. Al-Khawarizmi lahir dalam keluarga
Parsi di Uzbekistan. Dalam pendidikan telah
membuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah
seorang ilmuan Islam yang berpengetahuan
luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau Gambar 2: Perpustakaan Bodlein, Oxford,
bukan sahaja meliputi bidang syariat, akan England.
tetapi meliputi bidang falsafah, aritmetik,
geometri dan lain-lain. Pencapaian Al- Al-Khawarizmi sangat disanjungi oleh
Khawarizmi yang paling diingati ialah beliau sarjana-sarjana barat dan Islam kerana
telah mencipta satu evolusi ilmu Matematik kepintarannya. Beliau diangkat oleh dunia
dengan meletakkan angka pada angka ‘0’
barat sebagai Bapa Algebra. Asal perkataan
atau sifar yang sebelum ini tidak algebra diambil daripada perkataan Al-
mempunyai angka yang mana pengiraan Jabra iaitu sebuah buku yang ditulis oleh Al-
dalam Matematik sebelumnya hanya Khawarizmi yang bermaksud penyelesaian
sehingga angka ‘9’. Bayangkan jika tidak sistem persamaan. Penghasilan buku Al-
ada angka sifar, bagaimana pula jika kita
Jabra ini ada kaitannya dengan masalah
ingin menghasilkan nombor sepuluh, umat Islam yang dikaitkan dengan Faraid
seratus, seribu dan lain-lain? umpamanya ataupun pembahagian pusaka,
zakat dan pengiraan arah kiblat. Contoh-
contoh permasalahan ini merupakan
permasalahan yang dihadapi oleh umat
Islam ketika itu.
Al-Khawarizmi terus mencipta dan
menyelesaikan pelbagai masalah nombor
dan pengiraan dalam Matematik. Beliau
juga memberi ilham kepada kod binari yang
digunakan hingga ke hari ini. Pakar ilmuan
Barat turut mengiktiraf Al-Khawarizmi
Gambar 1: Al-Khawarizmi dan Angka ‘0’ sebagai tokoh Islam yang tersohor dalam
hingga ‘9’. bidang Matematik. Buku agungnya tentang
algebra tersimpan rapi di Perpustakaan
Bodlein, Oxford, England dan masih lagi
diguna pakai sebagai rujukan.
171
ILMUAN ISLAM BIDANG MATEMATIK
PALING TERSOHOR DI DUNIA
Ahmad Khudzairi Khalid
Sumbangan beliau memang tidak Al-Khawarizmi: Jikalau orang itu banyak
dapat disangkal lagi dalam bidang aljabar harta dalam hidupnya di dunia, maka anda
atau Algebra sehinggakan nama algorithm tambah lagi satu angka kosong dan ia
juga diambil sempena nama beliau, Al- bersamaan dengan angka 100.
Khawarizmi. Bagaimana Al-Khawarizmi
menyifatkan manusia secara pemahaman Ahli Matematik: Baiklah Al-Khawarizmi.
nombor dalam Matematik? Soalan saya yang terakhir, bagaimana pula
(Fahami ilustrasi dialog perbualan antara apabila seseorang individu itu telah hilang
seorang ahli Matematik dan Al-Khawarizmi) nilai akhlak mulianya?
Al-Khawarizmi: Apabila seseorang individu
Ahli Matematik: Apakah pandangan anda itu telah hilang nilai akhlak mulianya, maka
tentang nilai manusia? hilanglah segala-galanya kerana apabila
Al-Khawarizmi: Jikalau orang itu berakhlak angka 1 itu hilang daripada angka 100,
mulia, maka ia bersamaan dengan angka 1. sudah semestinya nilai individu itu menjadi
KOSONG.
Ahli Matematik: Bagaimana pula jikalau
orang itu kacak? PENGAJARAN DARIPADA DIALOG DI
Al-Khawarizmi: Jikalau orang itu kacak, ATAS: Akhlak merupakan nadi utama dalam
maka anda hanya tambahkan dengan satu pembangunan manusia dan kriteria yang
angka kosong dan ia akan bersamaan paling penting dalam penilaian seseorang
dengan angka 10. individu.
Ahli Matematik: Jikalau orang itu banyak
harta pula?
Gambar 3: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Gambar 4: Bangunan Al-Khawarizmi, Johor
Alor Gajah, Melaka. Kampus Pasir Gudang, Masai, Johor.
172
KALKULATOR SAINTIFIK, ADAKAH ALAT BANTUAN
MATEMATIK?
Foo Fong Yeng
Tidak dapat dinafikan bahawa generasi yang lebih berumur dapat memberi
matematik adalah asas kepada semua jawapan dengan pantas tanpa bantuan
subjek yang melibatkan pengiraan. Akan kalkulator. Kebanyakan mereka yang di
tetapi, tahap penguasaan matematik di kalangan generasi muda hanya dapat
kalangan generasi muda adalah kurang memberi jawapan dengan menggunakan
memuaskan. Majoriti pelajar akan mengeluh kalkulator.
bahawa matematik adalah satu subjek yang Kenapa generasi yang lebih berumur
sukar dikuasai. Persoalannya, kenapa lebih mahir pengiraan aritmetik berbanding
dengan adanya penggunaan kalkulator generasi muda? Pada pendapat penulis, ia
saintifik dan aplikasi matematik yang disebabkan pengenalan kalkulator di
canggih, tahap penguasaan matematik di peringkat awal sekolah menengah. Dengan
kalangan pelajar masih tidak meningkat? bantuan kalkulator, pelajar tidak perlu
Mungkin ada ramai yang akan berpendapat memahirkan diri dalam prinsip-prinsip asas
tahap dan kandungan subjek matematik matematik. Mereka tidak perlu berfikir
zaman sekarang adalah lebih sukar secara mendalam bagaimana jawapan
berbanding dengan zaman dahulu. Adakah tersebut boleh diperolehi, mereka hanya
itu salah satu dari faktor utama? Mungkin. perlu memahirkan diri dengan cara
Tetapi, penulis ada pandangan lain, penulis menekan kalkulator. Secara tidak langsung,
berpendapat bahawa penyebab lain kita melatihkan pelajar menjadi seorang
kelemahan penguasaan matematik adalah robot.
disebabkan kelemahan pelajar dalam Melihat kepada zaman di mana
menguasai prinsip-prinsip atau kemahiran kalkulator tidak wujud lagi, generasi ini
asas matematik. Sekiranya meneliti sillabus boleh dikatakan lebih pantas dan mahir
sekarang, prinsip-prinsip asas matematik dalam bab matematik. Di zaman
seperti BODMAS/BIDMAS* masih diajar di persekolahan penulis, kalkulator telah
sekolah. Maka apa yang menyebabkan diperkenalkan di peringkat sekolah
majoriti pelajar masih tidak dapat menengah. Kalkulator biasa dan buku sifir
menguasai kemahiran tersebut berbanding digunapakai masa tingkatan 4 dan 5,
zaman dahulu? manaka kalkulator saintifik digunapakai
Cuba lontarlah soalan matematik yang masa tingkatan 6. Penulis sendiri boleh
melibatkan operasi tambah, tolak, darab merasa ada sedikit perbezaan sekiranya
dan bahagi (pengiraan aritmetik) yang membandingkan diri dengan generasi yang
mudah kepada generasi yang berbeza, lebih berumur berbanding penulis, mereka
anda akan dapat respons yang sangat adalah lebih pantas dalam pengiraan
berbeza. Kebanyakan mereka daripada matematik aritmetik.
173
KALKULATOR SAINTIFIK, ADAKAH ALAT BANTUAN
MATEMATIK?
Foo Fong Yeng
Di zaman sekarang, pelajar Tingkatan kalkulator di peringkat sekolah. Sekiranya
1 telah diperkenalkan dengan penggunaan boleh, penggunaan kalkulator saintifik tidak
kalkulator saintifik dan buku sifir tidak lagi perlu diperkenalkan terlalu awal di sekolah
digunapakai. Maka secara tidak langsung, menengah. Kalkulator saintifik hanya perlu
kemahiran tertentu dalam matematik telah diperkenalkan di peringkat akhir sekolah
hilang. Mungkin kebanyakan orang akan menengah seperti di tingkatan 4, 5, 6 atau
berpendapat penggunaan buku sifir adalah matrikulasi. Berilah masa kepada generasi
tidak relevan dan ketinggalan zaman. muda untuk melatih minda mereka supaya
Adakah ia diperlukan jika jawapan boleh pemikiran logik boleh dibina.
diperolehi dengan kalkulator? Anda perlu
tahu matematik adalah berkait rapat dengan
pemikiran logik. Ia hanya boleh dilatih
apabila kita sentiasa menyoal dan memikir *Nota: BODMAS/BIDMAS merujuk kepada
bagaimana sesuatu penyelesaian boleh mengutamakan susunan operasi Bracket
diperolehi. Pengunaan kalkulator yang (B), Orders(O)/Indices(I), Division(D),
banyak hanya akan mendorongkan Multiplication(M), Addition(A) and
penggunanya malas memikir kerana Subtraction(S) dalam langkah
jawapan mudah diperolehi. menyelesaikan persamaan matematik.
Penulis tidak membantah penggunaan
174
PERMULAAN KEHIDUPAN SEORANG MAHASISWA
Ahmad Khudzairi Khalid
Setiap orang mempunyai sejarah semua rezeki datang daripada Allah
kehidupan mereka sewaktu sebelum, S.W.T.”. Rahman mengiakan semua kata
semasa dan selepas bergelar seorang ibu bapanya. Rahman menyalam tangan
mahasiswa. Begitu juga dengan Rahman. dan memeluk ibu bapanya yang akan
Pada suatu ketika dahulu, Rahman telah bertolak balik ke Kedah. Sebelum ibu bapa
melakukan kesilapan disebabkan tidak Rahman bertolak pulang, mereka memberi
mengikuti nasihat ibunya. Para pembaca wang sejumlah RM150 kepada Rahman
yang budiman, mari kita sama-sama hayati untuk pembiayaan makan dan minum
kisah Rahman. Pada suatu hari, Rahman Rahman di universiti. Rahman tahu wang itu
duduk di tangga rumahnya sambil bermain tidak mencukupi tetapi dia tetap bersyukur
gitar. Dia terkejut apabila terdengar jeritan dengan wang yang ibu bapanya berikan.
ibunya dari dapur. Lalu dia bergegas Suasana di dalam kelas sewaktu
mendekati ibunya. “Rahman kamu dah minggu awal perkuliahan…
tengok keputusan panggilan ke universiti?”, Mata pelajaran pertama yang
tanya ibunya. Lalu Rahman menjawab, dipelajari Rahman ialah ELC121. Rahman
“Belum, ibu”. “Sebaiknya kamu pergi periksa mendapat tugasan iaitu dia perlu untuk
sekarang”. “Yalah, ibu”. Rahman terus menyediakan satu video berkenaan
bergegas membuka komputer di dalam kehidupan di universiti. Tugas ini
biliknya. Lima minit kemudian, ucapan memerlukan pasangan kerana tugasan ini
“Alhamdulilah” keluar daripada mulut merupakan tugasan berkumpulan. Lalu
Rahman. Alangkah gembiranya Rahman pensyarahnya menentukan pasangan
kerana permohonan UPUnya telah berjaya. masing-masing. Rahman mengharapkan
Dia akan melanjutkan pelajarannya di UiTM pasangannya adalah seorang lelaki.
Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan Namun angan-angannya menjadi musnah
mekanikal. Dia sangat gembira kerana apabila pensyarahnya menentukan agar dia
impiannya tercapai untuk melanjutkan berpasangan dengan seorang perempuan.
pelajaran di UiTM. Rahman berasa kurang selesa kerana dia
3 bulan kemudian… kekok apabila berpasangan dengan
Tepat pada pukul 2.00 petang, seorang perempuan. “Hai, nama saya
Rahman dan keluarganya selesai Rahman. Nama awak siapa?” Rahman
mengemas barang di dalam bilik kolej. mencuba untuk bertegur sapa dengan
Hampir dua jam mereka berada di dalam pasangann Saya harap awak dapat
bilik kolej. Sudah tiba masanya keluarga memberikan kerjasama dalam menjalani
Rahman meninggalkannya. “Rahman, tugasan ini”. Rahman pun mengangguk dan
ingatlah kita bukan keluarga yang senang. tersenyum. Lama kelamaan Rahman dan
Ibu harap Rahman dapat menumpukan Sarah menjadi rapat dan selesa antara satu
pelajaran di sini. Jadilah contoh yang baik sama lain. ya. “Nama saya Sarah. Tanpa
kepada adik-adik kamu”, pesan ibunya. Lalu sedar Rahman mendapati dia telah ada hati
ayahnya pula menyampuk, “Rahman belajar dengan Sarah kerana Sarah mempunyai
pun belajar juga tapi ilmu akhirat kamu keperibadian yang baik.
jangan lupa. Solat jangan tinggal. Ingatlah
175
PERMULAAN KEHIDUPAN SEORANG MAHASISWA
Ahmad Khudzairi Khalid
Sarah juga seorang yang rendah diri Selepas kejadian tersebut, Rahman
walaupun dia berasal daripada keluarga lebih kerap menggunakan duit PTPTN untuk
yang berada. Rahman mendapat berita Sarah. Sarah berasa tidak selesa kerana
bahawa permohonan pinjaman PTPTN nya Rahman terlalu boros dalam
telah diluluskan. Lalu, dia terus menelefon perbelanjaanya. Sarah menasihatinya untuk
ibu nya. “Hello ibu, Rahman nak bagitahu tidak terlalu boros dalam perbelanjaan.
PTPTN dah lulus”. Ibunya lalu menjawab Pada suatu hari, kelasnya diarahkan untuk
“Alhamdulillah, berjimat cermat lah bila guna membayar jaket fakulti, kasut serta
duit tu ya Rahman”. “Baiklah ibu”. Rahman peralatan lab yang berjumlah RM180.
sedang menyiapkan kertas kerja nya tiba- Kemudian, Rahman terus ke ATM untuk
tiba alarm telefon bimbitnya berbunyi mengeluarkan sejumlah wang untuk
menandakan bahawa esok ialah hari lahir membayar peralatan tersebut. Namun, dia
Sarah. Rahman bermonolog. ‘Aduh macam mendapati bahawa wang simpanannya tidak
mana aku boleh lupa esok hari lahir dia. Apa mencukupi. Rahman berasa gelisah kerana
yang aku nak beli untuk dia ni’. Tiba-tiba dia dia langsung tiada duit untuk digunakan.
teringat skrin telefon bimbit Sarah telah Kemudian, dia terus teringat akan pesanan
retak, jadi dia berhasrat untuk membeli ibunya agar dia berjimat cermat dalam
telefon bimbit baru untuk Sarah dengan perbelanjaan. Rahman termenung di dalam
menggunakan duit pinjaman PTPTN. Tiba- biliknya kerana dia ingin mencari jalan
tiba dia teringat pesanan ibunya agar dia bagaimana untuk mendapatkan duit dalam
tidak menggunakan duit pinjaman tersebut masa terdekat. Tiba-tiba Rahman menerima
ke arah perkara yang tidak berfaedah akan panggilan daripada ibunya yang
tetapi dia tetap dengan pendiriannya. ‘Alah, membuatkannya terus menitiskan air mata.
tak pe sekali je, lepas ni aku dah tak buat “Rahman, ibu mahu kamu balik dengan
dah’. Rahman bertekad untuk membelikan segera.” Rahman mengambil keputusan
iPhone sebagai hadiah untuk Sarah. Pada untuk balik pada petang itu juga.
keesokan harinya, Rahman menemui Sarah Seminggu berlalu, Sarah berasa
di Medan Selera. Dia mengucapkan selamat hairan kerana panggilannya tidak dijawab
hari lahir kepada Sarah dan Rahman terus oleh Rahman. Sarah terus mengambil
menghulurkan satu bungkusan yang sangat keputusan bertemu dengan penasihat
cantik kepada Sarah. Sarah membuka akademiknya (En AKK) untuk mengetahui
bungkusan tersebut lalu terkejut dengan isi keadaan Rahman. Dia berasa ingin tahu
bungkusan tersebut kerana telefon bimbit apa yang telah terjadi ke atas Rahman. En
impiannya telah menjadi miliknya. AKK menceritakan segala-galanya kepada
Sarah.
176
PERMULAAN KEHIDUPAN SEORANG MAHASISWA
Ahmad Khudzairi Khalid
Sarah terkejut apabila mengetahui apa berjimat cermat dalam perbelanjaan.
yang berlaku ke atas keluarga Rahman di Dengan sikapnya yang boros telah
mana adiknya sakit teruk. En AKK menyebabkan dia tidak dapat membantu
memaklumkan juga bahawa Rahman ibunya menampung kos perubatan adiknya
mengambil keputusan untuk manangguhkan dengan wang PTPTNnya.
pembelajarannya selama setahun. Rahman
terpaksa mengambil keputusan ini kerana 5 tahun kemudian…
dia ingin bekerja sementara untuk Rahman berjaya untuk mencapai cita-
membantu keluarganya mengumpul wang citanya sebagai seorang Jurutera yang
bagi membiayai kos perubatan adiknya. berjaya. Kini, dia mampu untuk
Sarah berasa sebak dengan apa yang menanggung keluarganya tanpa
berlaku. Pada keesokkan harinya, mengharapkan bantuan daripada orang lain.
Sarah terus menghubungi ibu bapanya Pengajaran: Kita seharusnya
berkenaan dengan masalah yang mengutamakan pelajaran daripada bercinta
dihadapi oleh Rahman. Alhamduliah, ibu dan berjimat cermat dalam setiap
bapa Sarah bersetuju untuk membantu pembelanjaan agar kita tidak susah
keluarga Rahman. Akhirnya, Rahman dapat dikemudian hari. Bak kata pepatah,
meneruskan pelajarannya di UiTM semula. ‘sediakan payung sebelum hujan’.
Dia bertekad untuk berubah dan cuba untuk
177
PELAKSANAAN PEMIKIRAN POSITIF
BUMERANG
Dr Ng Set Foong, Nor Kamariah Kasmin @ Bajuri, Aslina Omar
Virus COVID-19 telah menyebabkan Senyum boleh menjadi sumber positif
kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah kita dan bukan hanya hasil daripadanya.
Kawalan Pergerakan secara holistik di Kita boleh mengambil inisiatif untuk
seluruh negara. Senario sebegini telah memberi senyuman. Jika kita mudah
mengubah cara hidup dan cara kerja setiap melebarkan senyuman, orang di sekeliling
orang. Ia juga dikenali sebagai norma kita juga akan turut tersenyum. Maka,
baharu. Ramai orang terpaksa menjalankan senyuman adalah seperti bumerang dan
rutin harian yang berbeza dan mungkin perasaan positif yang dihasilkan daripada
menjadi perkara baharu kepada senyuman akan kembali kepada kita.
masyarakat. Banyak cabaran perlu Mensyukuri dan menghargai apa yang
ditangani dan banyak kemahiran baharu kita miliki juga akan meningkatkan
seperti kemahiran berkaitan dengan pemikiran positif kita. Perasaan positif akan
teknologi perlu dipelajari. Ini telah dijanakan jika kita bersyukur bahawa kita
menimbulkan kerisauan dan keluhan di mempunyai tempat tinggal dan makanan
kalangan masyarakat. Namun jika kita setiap hari. Jauh sekali ingin
berfikiran positif, kita akan menghadapi membandingkan apa yang dimiliki dengan
krisis ini dengan hati yang tenang dan orang lain. Apabila kita bersyukur dan fokus
penuh rasa tolak ansur. pada keupayaan diri maka kita akan
Seperti yang kita sedia maklum, sentiasa berusaha untuk menyumbang
bumerang ialah alat permainan yang akan kepada masyarakat dengan kelebihan yang
kembali ke arah kita setelah kita kita miliki. Maka, bersyukur juga adalah
melontarnya ke luar. Pemikiran positif boleh seperti perwatakan bumerang dan ia adalah
dicapai jika kita mengikut perwatakan sumber pemikiran positif .
bumerang. Dalam artikel ini, beberapa
panduan yang diberikan untuk
melaksanakan pemikiran positif seperti
permainan bumerang. Pemikiran positif
adalah cara pemikiran yang menumpukan
ke arah keupayaan dan bukan
ketidakupayaan. Ia penting untuk setiap
orang dan ia akan membawa kesan yang
positif dalam kehidupan kita. Pada asasnya
ialah kita melihat pada aspek yang baik bagi
sesuatu perkara.
178
Walau bagaimanapun, sebagai manusia
biasa kita mungkin mempunyai perasaan
negatif. Perasaan negatif sebenarnya
mempunyai fungsi tertentunya. Seperti
contoh, jika kita tidak pernah sedih dan
risau dalam keadaan susah, maka kita tidak
akan tahu perasaan gembira semasa kita
berada dalam keadaan yang bahagia. Akan
tetapi, kita boleh sentiasa mengekalkan
emosi positif jika kita ubah mindset ke arah
yang lebih positif.
Kesimpulannya, jika kita sentiasa berfikiran
positif, maka hubungan kita dengan ahli
keluarga, rakan-rakan serta rakan sekerja
kita akan bertambah baik. Dengan ini, kita
akan hidup dengan lebih gembira dan
mempunyai kerjaya yang mantap. Maka kita
perlu sentiasa melontar “bumerang
pemikiran positif” ke luar untuk kebaikan
orang lain. Secara tidak langsung, tenaga
positif ini akan kembali kepada diri kita
sendiri. Sekiranya semakin ramai orang
yang bersikap positif, masyarakat akan
harmoni dan dapat menangani krisis ini
dengan baik. Akhir kata, semoga
“bumerang pemikiran positif” ini juga boleh
membantu mengawal emosi semasa
menangani penularan wabak COVID-19 .
179
KARYA KREATIF
180
OH COVID
Dr Shamsatun Nahar Ahmad
Mentari suram bersama lenyapnya kebebasan.
Suasana meresahkan para pemimpin,
nyawa rakyat dan keselamatan negara,
terpinga-pinga, terkejut ramai yang tumbang,
bagai inilah Perang Dunia Ketiga
Barisan hadapan tidak kenal erti lelah,
juga para pesara kembali menyumbangkan tenaga,
walaupun telah dimamah usia.
Tidak terhitung hilangnya nyawa yang muda dan tua,
Bahkan air mata sang waris tidak lagi bererti.
Hebatnya senjata Covid menyerang bagai orang minyak,
rasa diserang musuh halimunan.
Kini, tiada lagi bersalaman sesama sahabat dan kenalan,
apatah lagi bebas ke kedai di seberang jalan.
Resah, adakah kita mangsa seterusnya?
Namun, masih ada yang mementingkan diri sendiri.
peraturan tidak dipatuhi membuat perkara sesuka hati,
menyangka diri mustahil terkena virus Covid.
Tidak peduli penjarakkan sosial, apatah lagi memakai topeng,
sukar bernafas, lemas, leceh kata mereka.
Ah, begitu hebat Tuhan menguji.
Terlalu banyak nikmat diberi tetapi sedikit yang bersyukur.
Dalam sekelip mata sirna segalanya.
Kepada siapa lagi kita berharap?
Jika bukan kepada Sang Pencipta.
Sesungguhnya Dialah pemberi Dialah pelindung.
Ayuh kita bersatu memerangi virus puaka.
Saranan kerajaan kita dituruti.
Tidak mengapa berpayah sekejap,
rantaian Covid 19 mesti diputuskan.
181
Pantun Warisan Berzaman
Mohammad Nazri Ali
Merimbun redup pohonan kekarang, Hinggap nuri tepian perigi,
Tumbuh pedada beranting losong, Pohonan rambai tepian sena,
Hinanya hidup dipandang orang, Ke hulu rugi ke hilir pun rugi,
Jika di dada ilmunya kosong. Malang si Lebai diri merana.
Sekawan talang menuju ke barat, Pohonan langsat rehat si gadis,
Di laut dalam beriang ria, Melihat merbah riang kedidi,
Ilmu dijulang pastikan berkat, Berbaja hasad benihkan prejudis,
Barulah alam memandang mulia. Tercalar maruah tersungkur budi.
Hinggap serindit pohonan pulasan, Singgah kedidi tepian titi,
Tumbuhnya lada tepian kedangsa, Duduk bersantap si nasi rendam,
Usaha pendidik tiada balasan, Serambi budi bertiang pekerti,
Cukup sekadar kenangkan jasa. Binasa lah atap berhujankan dendam.
Terbang merbah rimbunan delima, Pohonan cermai hujung Kerinci,
Dihujung atap hinggap kenari, Sekawan camar bertingkah pekaka,
Laksamana Hang Tuah teguh panglima, Budi disemai berbaja benci,
Tak gentar berentap membela negeri. Bahasa tercemar musnahlah etika.
Berdahan bengkok pohonan pulasan, Tuju ke Juaseh memburu rusa,
Ranting tercalar pohon kuini, Sekawan landak balik pulasan,
Bendahara Tepok membuka kawasan, Waktu berkasih lupakan dosa,
Segamat digelar sehingga kini. Dibuang anak tanpa kasihan.
Rumpunan rotan lebah bersarang, Menghijau pandan ditengah hutan,
Tepian dahan pohon berangan, Indah kemboja tepian titi,
Titahnya sultan tuah menyerang, Terputus jalinan padah hasutan,
Jebat pertahan kasih hubungan. Ringgit beraja sanggup bermati.
Puhonan kucai seri terserlah, Renang si pari ke laut dalam,
Kukuh kekabu hinggapan kenari, Diatas rakit pancing gelama,
Pintar si Luncai mencari helah, Rezeki dicari pagi ke malam,
Menghanyut labu selamatkan diri. Walau sedikit berbagi sama.
182
TER PILIH
CT Munnirah Niesha Mohd Shafee
Mereka kata kau terpilih
Terpilih?
Ya terpilih!
Memandangmu sahaja menimbulkan iri
Hah! Dasar manusia!
Benar,
kau dilihat begitu sempurna
Sayapmu lebar gagah
Tapi sayang, terikat ketat
Tanganmu bisa melakar potret indah
Malang! Tergari rapi
Kakimu tegap kuat
Namun bagai dirantai kejap
Ya kau indah terpilih!
Dek kasih sayang
Kau terbelenggu dalam bingkai kaca
Ibarat rangka tak bernyawa!
183
Abah
Wan Nor Hafidzah Wan Mohd
Di saat tiada apa yang mampu mengubati penderitaanmu
Maka kembalilah dikau kepada sang Pencipta
Di saat tiada apa yang mampu mengubati kesedihanku
Maka daku mengadu kepada sang Pencipta
Maghrib yang hening
Bersulam air mata pilu
Di saat menerima berita itu
Perit dan sukar diluahkan rasa yang terbuku
Redha dan tabah
Redhalah di atas nama Tuhan Yang Maha Esa
Tabahlah demi kehidupan yang masih bersisa
Kehilangan
Kita pernah kehilangan
Seorang adinda, kekanda yang kita cinta
Di kala usia begitu muda, bertahun untuk menyembuh duka
Kini, kehilangan menduga lagi
Seorang 'abah' yang kita sayangi
Maka bertautlah kita sekeluarga kembali
Moga duka tidak begitu perit untuk diratapi
Duhai abah
Anakmu ini kembali
Kali ini bukan dengan ucapan 'abah, jaga diri'
Tapi untuk terakhir kali 'abah, selamat kembali' kepada Penciptamu
Momen indah menjadi kenangan
Bekalan nasihat menjadi pegangan
Kiriman doa tidak pernah dilupakan
Abah sentiasa mekar dalam ingatan
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Al-fatihah untuk abah tersayang, Almarhum Wan Mohd bin Abdullah
184
BERDIRI
Dr Ahmad Faiz Ghazali
Semenjak kecil kau diajar bertatih
Jatuh dan bangun berdiri lagi teruskan berjalan
Wahai pelajar jangan abaikan kemahiran dan teruskan berlatih
Jangan biarkan dirimu berterusan dalam kegagalan
Pemimpin membelamu
Namun sampai bilakah kamu
Perlu dipimpin dan dijamu
Lupakah kepada saudaramu yang masih terbelenggu
Datuk nenek serta moyangmu hanyalah petani dan nelayan
Tetapi mereka lebih berdiri sendiri dan cukup makan
Apa guna menerima anugerah kecemerlangan
Namun graduan berterusan mengharap bantuan kerajaan
Tidak mampu untuk berdiri menjana pendapatan
Apa guna bergunung pengetahuan
Namun masih ketinggalan
Di tanah air sendiri yang penuh persaingan
185
Menjadi Aku
Noor Syazana Ngarisan
Terlihat kau di situ
Inginku seru namamu
Senyum dan merisik khabar
Namun lidahku kelu
Terkaku dan beku
Seperti semalam
Aku cuba dan masih gagal
Bukanlah sesuatu yang baru
Tanpa berkesudahan
Remuk hatiku, resah jiwaku
Maafkan aku tidak mampu menatap matamu
Tiada upaya menzahirkan apa yang di fikiranku
Pantas aku berpaling
Berjalan laju terus berlari
Menyorok agar tiada siapa tahu
Terperangkap dalam sangkar
Ciptaanku sendiri
Takut untuk terbang
Tidak berani untuk bebas
Belum bersedia berdepan realiti
Ampuni segala kekuranganku
Jangan difikir yang terburuk tentang aku
Aku cuba sedaya dengan apa yang aku punya
Bertahan dengan apa jua cara
Jika tetap salah, aku redha menjadi aku
186
FAKULTI PENGURUSAN
MAKLUMAT
187
PROFIL KETUA PUSAT PENGAJIAN
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
PUAN NURHAFIZAH BINTI AZIZAN
‘’Penulisan bermulanya daripada hati yang
penuh keikhlasan dalam menyampaikan
perkongsian bermanfaat .’
ʻPreserving the past
Valuing the present
Enriching the futureʼ
188
PROFIL PENULIS-PENULIS
Laporan Aktiviti Pensyarah dan Pelajar
Program Wisdom Net Talk: Transformative Learning
Siti Hajar binti Baharin
Pertandingan Tilawah Al-Quran
Rohayu binti Ahmad & Siti Hajar Baharin
Pertandingan Ramadhan Cuisine & Dessert Videography
Rohayu binti Ahmad & Siti Hajar Baharin
189
PROFIL PENULIS-PENULIS
Karya Akademik dan Umum
Covid-19 Tingkat Kepentingan Program Pengurusan Rekod
Siti Nuur-Ila Mat Kamal, Jafalizan Md Jal, Tan Yang Ling,
Nur Adilah Saud
Hati-hati Di Laman Sosial
Azura binti Kamarudzzaman
Adab Persahabatan
Rohayu binti Ahmad
e-KubSis: Ke arah pengurusan kubur yang sistematik
Nor Diana Abd Rahman, Isma Ishak, Dr Siti Nuur-Ila Mat Kamal, Suhaila
Osman
Catatan Jabal Uhud: Kepatuhan Kepada Ketua
Muhamad Ismail Hj Pahmi & Hj Shafiee Hj Md Tarmudi
Wanita Sebagai Isteri, Ibu dan Pekerja
Suhaila binti Osman
Dari Segar Amat Ke Segamat
Nor Ezan bin Omar
Detik Ilmiah Dalam Tempoh PKP
Nurhafizah binti Azizan
Yang manakah anda: Kentang, Telur, atau Biji Kopi?
Siti Noorsiah binti Jamaludin
E-CourseFiles UiTM Cawangan Johor
Isma bin Ishak
190
Karya Kreatif
Hanya Kerana Aku
Azura binti Kamarudzzaman
Satu Hari Nanti
Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman
Monolog Hidup
Nurul Huda Binti Md Yatim dan Che Faridah Binti Che
Mahmood
Nota Perpisahan Puan Hazila Timan
Azura Kamarudzzaman dan Rohayu Ahmad
191