Gerakan Pan-Islamisisme yang mendapat tajaan penuh daripada Kerajaan Turki
Uthmaniyah ini mendapat perhatian semua negara-negara Islam termauklah Tanah Melayu.
Pada saat ini masyarakat Melayu melihat gerakan ini akan menjadi benteng kuat untuk menjaga
kedudukan orang Melayu dan raja-raja Melayu daripada ancaman penjajah. Apabila gerakan ini
dilancar Sultan Abu Bakar telah menyambut baik gerakan ini dan mengadakan lawatan rasmi ke
Turki. Sekolah agama ditubuhkan di Tanah Melayu berikut semangat terhadap gerakan Pan-
Islamisisme bahkan akhbar-akhbar Melayu seperti al-Imam, Desa Nesan, Lengkongan Bulan,
Neracha dan Tunas Melayu membuat penulisan secara luas terjemahan artikel dari akhbar luar
negara yang kemudiannya memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu mengenai gerakan
tersebut. Penulisan dalam akhbar ini juga jelas membela gerakan yang diasaskan Kerajaan
Turki Uthmaniyah dengan dakwaan bahawa kerajaan Turki adalah kerajaan yang kuat selain
mempunyai masyarakat yang berperibadi mulia dan menjadi kewajipan kepada semua umat
Islam untuk mentaati khalifah Turki kerana saat itu Barat sentiasa cuba memburukan nama
Turki Uthmaniyah kerana mahu menggagalkan gerakan Pan-Islamisisme dan menjatuhkan
kerajaan Islam tersebut. Akhbar-akhbar Melayu juga seringkali membela tuduhan Barat
terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyah agar umat Islam tidak terpedaya dengan tuduhan Barat.
Melalui penyebaran gerakan Pan-Islamisisme ini orang-orang Melayu mula bangkit untuk
menentang penjajah di Tanah Melayu. Pengaruh gerakan ini dilihat begitu kuat dalam jiwa
orang Melayu dan boleh dilihat jelas seperti pemakaian orang Melayu berunsurkan Turki
Uthmaniyah seperti pemakaian fez atau tarbus berwarna merah dalam kalangan masyarakat
Melayu yang dilihat mempunyai kaitan dengan gerakan Pan-Islamisisme. Penggunaan bendera
seperti warna merah jambu, bulan sabit dan bintang bewarna perak menyamai bendera Turki.
Ramai pemimpin-pemimpin Melayu bangkit menentang penjajah antaranya Dato’ Bahaman, Tok
Gajah dan Mat Kilau bahkan terdapat sebagian pemimpin yang lain menghantar surat
permohonan kepada ketua tentera Laut Turki Uthmaniyah yang singgah di Singapura agar
memberikan bantuan ketenteraan untuk menentang British di Tanah Melayu tetapi usaha
terebut gagal kerana berjaya dihidu pihak British. Tetapi sayangnya, akhbar-akhbar yang
banyak melaporkan tentang Turki Uthmaniyah dilarang daripada diterbitkan yang akhirnya
berjaya menyekat maklumat daripada terus sampai kepada masyarakat Melayu. Kesan
daripada sekatan ini masyarakat Melayu mula hilang keghairahan terhadap semangat ke atas
Turki Uthmaniyah sehingga kejatuhan khilafah tersebut.
342
Tabayyun: Selidik Dahulu
Sebelum Sebar
Munirah Zakaria, Sidek Abdullah, Siti Hanisah Mohd. Amin, Dr. Nurul Badriyah Ali
Amalan tabayyun sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Seringkali kita mendengar
orang ramai memperkatakan sesuatu perkara tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan
sesuatu berita yang diterima. Sikap sebegini boleh menimbulkan pelbagai implikasi buruk
kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Islam sebagai sebuah agama yang damai dan sejahtera sangat menekankan aspek
tabayyun dalam kehidupan kerana ia boleh menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.
Konsep tabayyun yang dianjurkan oleh Islam menuntut kita agar lebih berhati-hati apabila
menerima sesuatu berita daripada orang awam, dan menangguhkan dahulu penyebaran
berita tersebut sehingga benar-benar dipastikan kesahihannya. Maksud Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (49:6)
Jika elemen tabayyun diabaikan oleh anggota masyarakat, ianya dikhuatiri boleh
melahirkan prasangka buruk, menimbulkan fitnah, menyuburkan budaya mengumpat dan
boleh melahirkan budaya penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat. Malah lebih
teruk lagi, jika perkara ini dipandang remeh dan dibiarkan berleluasa dalam kalangan
masyarakat, umat Islam akan kehilangan identiti sebagai satu umat yang mempunyai sifat
integriti dan amanah.
343
Justeru, fikir dahulu sebelum sebar. Kata orang tua-tua, menyesal dahulu pendapatan,
menyesal kemudian tidak berguna. Ayuh kita sama-sama membanteras budaya penyebaran
berita palsu dalam kalangan masyarakat dengan membiasakan diri menyelidik kesahihan
sesuatu berita sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Jangan kerana keghairahan kita
berkongsi maklumat di media sosial seperti Instagram, facebook, twitter dan sebagainya
menjadikan kita pembawa berita palsu atau maklumat yang tidak sahih kepada orang lain.
344
Dahsyatnya Kalimah Basmalah
Nazrudin Hashim
Basmalah terdiri daripada 19 huruf merupakan kalimat agung yang diwahyukan Allah SWT
kepada hambaNya. Ia adalah pesanan Allah SWT kepada manusia agar memulai setiap aktiviti
dengan menyebut namaNya. Malah Basmalah menjadi ikrar dari seorang hamba dalam
penyerahan dirinya secara mutlak kepada Allah SWT ketika melaksanakan segala aktiviti. Ia
juga merupakan adab dan bimbingan yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah
SAW melalui perintahNya, Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk).
Para ulama bersepakat bahawa penulisan 114 surah di dalam al-Quran dimulai dengan
Basmalah secara lengkap kecuali surah al-Baraah. Amalan ini telah dilakukan oleh Zaid bin
Tsabit r.a ketika menulis Mushaf pertama berdasarkan perintah Saidina Abu Bakar r.a. Malah
diteruskan ketika penulisan Mushaf semasa pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a. Ulama
juga bersepakat bahawa Basmalah adalah salah satu ayat dari surah al-Naml (ayat30).
Amalan membaca basmalah di dalam kehidupan seharian mempunyai pelbagai
kelebihan. Pertama, mendapat keberkatan dalam setiap amalan yang dilakukan. Ini
berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Semua ucapan atau perkara yang ada tujuan (ia dilakukan) yang tidak dimulakan
dengan zikrullah maka ia terputus (dari keberkatan)”.
Kedua, menjadi penghalang antara pandangan jin dan aurat manusia. Ini berdasarkan
hadis riwayat dari Ali r.a, ia berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Penghalang
antara jin dan aurat anak Adam adalah mengucapkan 'bismillah' ketika ingin masuk ke kamar
mandi."
345
Ketiga, mendapat perlindungan daripada gangguan syaitan ketika makan. Ini
berdasarkan hadis Nabi SAW dari Jabir bin Abdullah ia mendengar Nabi SAW bersabda
yang bermaksud: "Apabila seseorang memasuki rumahnya dan menyebutkan nama Allah
ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata, 'Tidak ada tempat bermalam bagi
kalian dan tidak ada makan malam'. Dan apabila seseorang masuk rumah dan tidak
menyebutkan nama Allah ketika masuk maka syaitan berkata, 'Kalian mendapatkan tempat
bermalam'. Kemudian apabila ia tidak menyebutkan nama Allah ketika makan maka syaitan
berkata, 'Kalian mendapatkan tempat bermalam dan makan malam’.”
Keempat, menghalang syaitan daripada mengganggu barang berharga. Hadis
riwayat Jabir r.a dari Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud: "Tutuplah oleh
kamu semua bekas air, rapatkanlah tempat-tempat minuman, tutuplah pintu-pintu, dan
matikanlah lampu, karena syaitan tidak dapat membuka ikatan tempat minum, pintu dan
bekas air. Jika kamu semua tidak mendapatkan penutupnya kecuali dengan melintangkan
sebatang kayu di atas bekas airnya dan menyebut nama Allah, maka lakukanlah kerana
seekor tikus dapat merosak pemilik rumah dengan membakar rumahnya.
Kesimpulannya, Islam merupakan agama yang membimbing manusia menuju
kebahagiaan dunia dan akhirat. Amalan membaca Basmalah merupakan satu kaedah untuk
yang amat berkesan untuk mendapat keberkatan dan menjauhi gangguan syaitan dalam
kehidupan manusia.
346
WASPADA TANDA KIAMAT KECIL
Dr Mohd. Ali Muhamad Don
Akhir-akhir ini tanda-tanda kiamat Kawasan Bukit Umar, Bukit Abi Qubaisy
seperti yang digambarkan oleh Nabi dan Bukit Qainiqian yang mengelilingi Kota
Muhammad SAW dalam riwayatnya Mekah juga tidak terlepas daripada arus
seakan mula kelihatan satu persatu. pembangunan. Banyak hotel-hotel baharu
Adakah benar kejadian tersebut sebagai mula dibina di kawasan ini bagi
tanda kiamat atau sekadar fenomena alam menampung keperluan penginapan jutaan
semulajadi, ia kekal menjadi rahsia milik jemaah yang bertali arus sepanjang tahun
Allah SWT yang Maha Mengetahui bila apatah lagi di waktu kemuncak akhir
berlaku Hari Kiamat yang sebenar. Ramadan dan musim haji. Situasi yang
Sungguhpun begitu tanda-tanda yang sama turut terjadi di negara kita. Dimana
dinampakkan pada ketika ini sepatutnya atas nama pembangunan bukit-bukit
tidak dipandang remeh oleh setiap ditarah dan diratakan lalu diganti dengan
Muslimin kerana segala sesuatu tidak bangunan dan kawasan perumahan.
berlaku sia-sia melainkan ada iktibar dan Namun begitu peringatan Nabi SAW
pedoman buat semua. bahawa tidak akan berlaku hari kiamat
Berdasarkan pemerhatian penulis apabila bukit bukau beralih daripada
yang baru-baru ini berkunjung ke Tanah tempatnya cukup menginsafkan.
Suci didapati padang pasir dan kawasan Baginda Nabi SAW juga pernah
gersang di sekitar Mekah dan Madinah ditanya oleh Malaikat Jibril tentang tanda-
sudah mula ditumbuhi rumput-rumput dan tanda kiamat antara lain Baginda
menjadi belukar di sesetengah tempat. menjawab apabila engkau melihat orang
Kawasan bukit bukau yang dahulunya miskin yang berkaki ayam, tidak
hanya bukit batu yang gondol kini mula berpakaian dan papa kedana yang hanya
menguning dengan rumput liar dan menjadi pengembala kambing (berbangga-
terdapat anak sungai yang mengalir. bangga) menegakkan dan meninggi-
Keadaan ini cukup menakutkan apabila ninggikan bangunan. Kelihatan perlumbaan
dalam sebuah riwayat Nabi bersabda beberapa buah negara membina bangunan
mafhumnya tidak akan terjadinya hari pencakar langit pada masa kini seperti
kiamat sehingga bumi Arab kembali mengiyakan kenyataan Nabi SAW ini. Di
menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai Jeddah kini sedang di bina sebuah
dan sehingga pengembara dalam bangunan yang apabila siap akan
perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak mencecah ketinggian 1008 meter dengan
merasa takut kecuali takut tersesat jalan. 200 tingkat. Mercu tanda baharu itu
Dan terjadi banyak haraj. Mereka bertanya dikenali sebagai Kingdom of Tower yang
apakah haraj ya Rasulullah? Jawab akan menempatkan hotel, pusat
baginda, pembunuhan. (Riwayat Ahmad perniagaan dan juga ruangan pejabat
dan Muslim). menjadikannya ketiga tertinggi di dunia
Selain itu aktiviti meratakan bukit selepas cadangan pembinaan Bionic
bukau di sekitar Kota Mekah juga giat Tower di Shanghai China (1128 meter) dan
dijalankan bagi memberi laluan kepada Nakheel Tower Dubai (1200 meter).
pembesaran Kompleks Masjidilharam.
347
Tanda kiamat kecil juga kemungkinan kesibukan melayan aplikasi sosial dan
mula kelihatan di mana-mana. Terutama teknologi masa kini masa semakin pantas
apabila banyak pusat membeli belah, dan tidak menunggu sesiapa.
gedung perniagaan dan pasaraya dibina tak Sehubungan dengan itu masyarakat
ubah seperti cendawan yang tumbuh di Islam diajak benar-benar beriman dengan
musim hujan. Malah kedudukannya yang Hari Kiamat yang pasti akan terjadi dengan
saling berdekatan antara satu sama lain mula membuat persiapan sebelum tiba
seolah-olah mengiyakan sabda Nabi yang tanda kiamat yang besar lalu menyesal
bermaksud tidak akan berlaku Kiamat tidak sempat berbuat apa-apa. Terutama
sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak sekali apabila matahari sudah terbit
pembohongan dan pasar-pasar saling daripada Barat dan pintu taubat juga sudah
berdekatan. (Riwayat Ahmad). Terdapat tertutup.
dikalangan ulama yang mentafsirkan hadis Justeru di kesempatan masa aman
ini sebagai mudahnya perhubungan dan sebelum berlaku huru-hara akhir zaman dan
kecanggihan teknologi sehingga proses fitnah Dajjal berleluasa ayuhlah semua
membeli belah menjadi mudah dan bertaubat dan meninggalkan perbuatan
pantas.Ini seperti perniagaan di pasar-pasar dosa maksiat. Penuhi waktu yang ada
atas talian yang mudah diakses dan dekat dengan memperbanyak amal ibadah agar
dihujung jari. bahagia hidup di dunia dan akhirat.
Selain itu pergerakan masa yang Kemungkinan ada yang pernah tidak
cepat juga merungsingkan. Tak terasa berpuasa di Bulan Ramadan ataupun
begitu cepat masa berlalu kini kita sudah mengabaikan solat fardu yang diwajibkan
berada di Bulan Februari Tahun 2020 eloklah diganti dengan segera. Begitu pula
Miladi. Baharu sahaja rasanya berpuasa di jika ada kewajipan zakat harta yang belum
Bulan Ramadan tahun lalu dan tak berapa dilunaskan elok dikeluarkan zakatnya
bulan lagi Ramadan akan muncul kembali. sebelum terlambat. Dalam pada itu jika ada
Perasaan seperti ini pernah digambarkan dosa sesama manusia eloklah segera
oleh Nabi SAW dengan sabdanya tidaak bermaaf-maafan agar tidak dituntut di hari
akan berlaku hari Kiamat kecuali apabila kemudian.
masa cepat berlalu setahun seperti sebulan, Sebenarnya terdapat puluhan tanda
sebulan seperti seminggu, seminggu, kiamat kecil seperti dinyatakan dalam
seminggu seperti sehari dan sehari seperti riwayat Nabi SAW yang mengajak umat
seseorang menyalakan pelepah kurma. Ini manusia untuk melihat dengan pandangan
boleh jadi disebabkan oleh kesibukan mata hati seraya membuat persiapan rapi
manusia lalu tidak terasa hari sudah petang. untuk menghadapinya. Atau setidak-
Terdapat juga dikalangan ulama yang tidaknya bersedialah untuk menghadapi
mentafsirkan sebagai hilang keberkatan mati yang merupakan kiamat yakni
masa apabila tidak diisi dengan perkara penghabisan kehidupan di dunia.
kebajikan dan amal soleh. Malah dengan
348
KARYA KREATIF
349
Sepi
Prof Madya Ahmad Nawawi Yaakob
Sepi. Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan sunyi dan sepi. Semenjak Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) diistiharkan, jemaah tiada yang dating ke surau. Hanya yang ada imam,
bilal dan noja. Biasanya bertiga, sesekali berempat. Pintu pagar surau ditutup rapat, notis
PKP diletakkan sebagai ingatan kepada orang ramai.
Meriah. Sebenarnya surau kami meriah. Ramai yang datang berjemaah, 60 orang itu
biasa pada solat malam. Majlis ilmu berjalan terus, sidang dewan rakyat di bawah corong
atap surau sentiasa ada ADUN yang mengambil bahagian, rakan-rakan tepi dinding
melunjurkan kaki sambil mendengar kuliah ada sahaja yang diusik. Apabila disebut ‘satu
jam tiga minit’, sudah tahu apa maknanya! Tuan Malik suka mengusik CikguShikin yang
mudah melatah. Meriah.
Pada malam Jumaat bertambah meriahsurau kami. Yasinan dan tahlilan selepas
Maghrib dan jamuan yang terhidang, tidak pernah mengecewakan. Banyak dan lumayan.
Pak Rahman cekap menghidangkan lauk pauk sesuai dengan bilangan jemaah dan
makanan yang disedekahkan. Encik Razak dan kawan-kawan segera membasuh pinggan
mangkuk seusai jemaah makan, sebelum kami solat Isyak berjemaah. Biasanya ada lebihan
makanan yang kami bawa pulang. Bontrot
Kini sayu dan pilu. Sayu dan pilu ketika takbir diangkat, hanya dua orang jemaah
yang ada. Sayu dan pilu kehilangan sebuah nikmat besar daripada senyum tawa anak-anak
kariah dek Covid 19. Bilakah akan berakhir?
350
Jip Suzuki Jimny berusia 26 tahun bergerak meninggalkan kesepian surau. Tiga
orang jemaah menuruni tangga surau, pulang ke rumah seusai solat Isyak berjemaah. Jip
kecil terkedek-kedek meredah deretan kedai dan jalan-jalan lengang seakan tiada
berpenghuni. Supermarket Worldcome diterangi limpahan cahaya, sepi berkunci. Dataran
Taman Yayasan tempat menjamu selera dengan char koi teaw terbaik Segamat, Mail
Burger, Sup Gear Box Syukri, Nasi Arab Rose Bistro semuanya tidak beroperasi. Sepi.
Lampu isyarat yang biasanya berbaris panjang kenderaan, kini lengang tiada
pengguna. Hanya jip kecil berusia 26 tahun meredah lampu merah, meredah lampu kuning
bersendirian. Kiri kanan deretan kedai bertutup rapat. Kedai dua ringgit, cendol Segar Amat,
kedai telefon, malah semuanya ditutup sepi.
Jip bergerak lagi. Taman Yayasan yang sentiasa hidup malam siangnya, kini diragut
kesepian. Jam baharu menunjukkan pukul Sembilan malam. Masih terlalu awal. Gerai
makan Sham Highway, sepi dan gelap gelita. Malah dua kedai mamak yang beroperasi 24
jam, kini ditutup siang dan malam. Restoran Al-Ihsan dan Al-Mashur menjadi lokasi terbaik
lepak-lepak dan makan-makan, kini tersentap diragut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ngeri bersendirian meredah malam yang masih muda. Hanya sebuah jip Jimny
masih bergerak pada jalan-jalan lengang, pada rumah dan kedai-kedai sepi membawa
batang tubuh tuannya, seorang imam! Ngeri.
351
Imam Tarawih
Prof Madya Ahmad Nawawi Yaakob
Ramadan tiba. Kali ini Ramadan disambut dengan rentak yang berbeza dek PKP. Semua
penduduk dikehendaki solat di rumah, termasukah solat tarawih. Tentunya satu pengalaman
baharu kepada para suami, ataupun anak-anak yang boleh diharapkan sebagai imam.
Tentunya ada hikmah besar PKP pada Ramadan. Ia seakan memaksa suami untuk
menjadi imam di rumah. Mahu atau tidak, suka atau tidak, imam tetap terletak pada bahu
suami. Maka tentunya ramai imam baharu yang dilantik secara automatik di rumah masing-
masing. Bergegar tulang rusuk suami, bergemuruh debaran sang suami mahu
mengimamkan jemaah, walaupun hanya jemaah di dalam rumah sendiri.
Ini barangkali pengalaman pertama kepada sesetengah orang. Bagi mereka yang
biasa menjadi imam, ia tidak menjadi masalah. Malah mungkin itu pilihan lebih baik kerana
berimam dan berjemaah di dalam rumah sendiri. Alangkah manisnya ibadah yang diketui
oleh imam yang sebenar-benarya iman, diikuti makmum yang sebenar-benarnya makmum!
Pada solat tarawih, para imam di rumah akan memilih surah yang mudah dibaca.
Mungkin surah Al-Asr, jika tidak pun surah al-Kafirun. Tiba pula pada solat witir, mereka pun
sama berwitir tiga rakaat.
“Usallisunnatan WIRID rak’atainilillahitaala”…
“Abang, WITIR lah, bukan WIRID…”
Dan Pak Imam membetulkan semula lafaz niatnya. Allahu Akbar!
Jauh di sudut hati, Pak Imam tertanya; “Kenapalah aku silap tadi.”
352
Anugerah Terindah
Munirah Zakaria, Radhiah Zakaria, Siti Hanisah Mohd Amin, Noor Nasuha Zakaria, Nurfarhana
Mohd Daud, Nurul Izzati Zakaria
Lewat petang itu aku lihat tangan tua itu mengusap lembut kakinya. Ada kesan tusukan di
bawah tapak kaki itu. Darahnya sudah berhenti mengalir. Namun balutannya masih kemas
di situ.
Tangan kanan dihulur mencapai bantal. Kepala pun direbah sambal menutup mata.
Kedengaran nafas halus di sisiku. Agaknya kalau tidak kerana terpijak kaca tadi, saat ini
Ayah masih aktif di kebun kecil miliknya. Begitulah rutin beliau setiap hari sejak pencen tujuh
bulan lalu. Mengisi masa lapang dengan menanam sayur-sayuran di sekeliling rumah.
Aktiviti sihat katanya bila ditanya kenapa berkebun.
Begitulah semangat Ayah yang diterapkan dalam minda kami sejak dahulu. Kata
beliau, bila melakukan sesuatu, tidak kira kecil atau pun besar, pastikan ianya dikerjakan
dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga
sahaja sebab setiap ketekunan akan membuahkan hasil yang lumayan. Kepuasan diri yang
diperolehi juga berbeza apabila kita tekun dalam melakukan sebarang pekerjaan.
Ayah dan Mama, nama yang terpahat di hati setiap daripada kami. Tanpa mereka,
mustahil kami boleh berdiri di mana kami berada sekarang. Sokongan demi sokongan
beserta doa daripada mereka sejak dari kecil sehingga dewasa begitu besar maknanya
dalam hidup kami.
Melihat Ayah sudah lena, perlahan-lahan aku menurunkan bidai di sebelah penjuru
kanan katil. Langkah kaki diatur keluar dari bilik menuju ke dapur, membiarkan Ayah berehat
secukupnya. Moga diringankan semua beban kesakitan yang Ayah rasa. Moga Allah
memberikan sebaik-baik ganjaran untuk Ayah dan Ibuku yang tiada galang ganti di dunia
dan di Akhirat. Moga Allah menghimpunkan kami di Akhirat nanti di sebaik-baik tempat
kembali.
353
Seringkali aku terfikir, tidak mungkin aku dapat memberi sebesar apa yang Ayah dan
Mama beri dalam hidup kami. Kasih sayang yang mereka berikan selama ini membuatkan
kami berasa cukup dengan apa yang kami ada. Berada di sebelah mereka membuat kami
berasa selamat untuk menempuh apa sahaja dugaan hidup. Maha Suci Allah yang
mengurniakan kami sebaik-baik ibubapa.
Jauh aku termenung sambil tangan laju menyiang ikan untuk hidangan makan
malam nanti. Hari ini ikan keli kesukaan Ayah menjadi pilihan. Ulam-ulaman yang dipetik
daripada kebun kecil Ayah cukup membuka selera kami sekeluarga. Suasana hidup di
kampung memang merupakan sesuatu yang mengujakan. Udara segar dan pemandangan
indah yang tidak terdapat di bandar cukup mendamaikan perasaanku setiap kali berpeluang
pulang bercuti ke kampung. Semoga semua ini tidak hilang ditelan arus pemodenan zaman.
Usai memasak, aku membuang pandang ke luar tingkap. Hujan renyai-renyai
menambah kesyukuranku kepada Yang Maha Esa. Terima kasih Allah di atas segala nikmat
kurniaanMu. Terima kasih kerana mengurniakanku ahli keluarga yang berlaku baik terhadap
diriku. Teringat pesan Mama, kadang-kadang kita tak perlukan sesuatu yang besar untuk
membuat kita berasa gembira. Cukup dengan hanya meluangkan masa dengan ahli
keluarga dan melakukan apa yang disukai bersama. Itu lebih besar maknanya dan lebih
indah untuk dikenang di hari tua. Di sini, untuk ke sekian kalinya, aku panjatkan doa untuk
kesejahteraan hidup kedua ibubapaku di dunia dan di Akhirat. Moga rahmat Allah melimpahi
hidup kami sebanyak air hujan membasahi bumi. Amin.
354
Rapuhnya Sebuah Tamadun
Siti Noor Ain Aziz, Dr. Syaimak Ismail
Terbentang luas sawah padi
Burung terbang dipipis lada
Kajilah semua tauladan ini
Supaya tiada di zaman kita
Kaifa haluka apa khabar
Ana bil khoir alhamdulillah
Semoga pembentangan jadi iktibar
Pemimpin alpa perintah Allah
Angin sepoi dari barat
Hujan turun bumi pun basah
Nasiruddin al-Tusi seorang pengkhianat
Jatuh Baghdad Tamadun Abbasiyyah
Ombak memukul pantai berubah
Digigi air pasir bergerak
Pabila diganti konsep Khilafah
Tadbir urus negara jadi berantak
Gubahan indah si bunga ros
Selang dengan si bunga lili
Punca mundur korup dan boros
Penjawat pula yang tidak ahli
Awan bergerak dari utara
Angin bertiup hingga ke petang
Zaman Umayyah tauladan kita
Syiah dan Khawarij jadi penentang
355
Cari pohon tempat berteduh
Lebat buah, lebat daunnya
Demikian sesuatu tamadun jatuh
Dari kerakusan pemimpinnya
Ayat 27 al-Anfal surahnya
Makna berkisar hal kepmpinan
Jika al-Quran jadi panduannya
Nescaya pemimpin orang beriman
Bacalah al-Ra’du ayat tiga belas
Al-Rum tiga puluh carilah makna
Kenyataan diberi tersangat jelas
Kerosakan disebabkan tangan siapa??
An-Nisa lima puluh lapan itulah ayat
Serah amanah pada ahlinya
Pengakhiran tamadun merempat rakyat
Hilang terus kegemilangannya….
356
Perjuangan Haiwan Kecil
Munirah Zakaria, Nurul Izzati Zakaria, Nurfarhana Mohd Daud, Sidek Abdullah,
Dr. Syazwani Abd. Rahim
Hidup jadi indah bila bekerjasama
Seperti wonder pet dan kawan-kawan
Sentiasa dalam keadaan bersedia
Tak kira masa atau pun keadaan
Walau diri tak besar dan tak kuat
Semangat membantu tak pernah pudar
Itu petanda hubungan erat
Bukti kasih sayang sentiasa mekar
Tak kira siapa ditimpa kesusahan
Wonder pet datang menghulur bantuan
Niat bukan mengharap ganjaran
Hanya membantu meringankan beban
Walau berbeza saiz dan rupa
Itu semua bukan ukuran
Hamster, kura-kura dan itik gembira
Membantu kawan yang dalam kesusahan
Ayuh teladani perjuangan haiwan ini
Mungkin terlihat kecil di mata kita
Namun jika disuluh minda dan hati
Semua jadi mudah bila bekerjasama
357
Atuk dan Alif
Mohd Zainodin Mustaffa, Mahasin MearajA, tSuikti dNaonoAr lAifin Aziz
Mohd Zainodin bin Mustaffa, Mahasin binti Mearaj dan Siti Noor Ain binti Aziz
Atuk!
Boleh tak kita
baca komik?
Boleh.
Kenapa?
Kalau jenaka yang Kan komik tu ada kartun
memberi nasihat dan dan cerita lawak. Tak
pengajaran, tak salah. melalaikan ke?
Kalau camtu, boleh la
atuk belanja Alif satu
komik… hihi
Bertuah
punya
cucu…
358
Kasih Dan Tugas
Dr. Mohamad Zaim Isamail
Aku seorang pendidik
Duduk berjauhan dengan kamu semua
Setiap hari aku menadah tangan semoga kita akan disatukan seperti dulu
Kadang-kadang hati ini begitu rindu
Perasaan rindu yang tidak dapat digambarkan
Mana tidaknya, 5 tahun kita mengharungi susah senang bersama
Hanya doa dan air mata sentiasa mengiringi diri ini
Tapi aku perlu kuat
Kuat melawan dugaan dan ujian dari Maha Pencipta
Demi amanah dan tanggungjawab, pengorbanan dan cita-cita
Aku punyai teman di sisi ibarat keluargaku
Aku mengadu kepada mereka
Aku mohon pertolongan kepada mereka
Kamu
Aku tahu kamu seperti diriku
Memerlukan diriku sebegai panglima dan ketua keluarga
Aku juga tahu, setiap hari juga kamu mendoakan untuk kita semua
Semoga kita akan disatukan kembali dengan segera
Antara kerjaya, cita-cita, dan juga cinta
Siapa kamu?
Kamu lah isteri dan anak-anak tercinta
359
JABATAN
UNDANG-UNDANG
360
PROFIL KOORDINATOR
“Dunia adalah tempat berpenat
dan akhirat adalah tempat
untuk kita berehat. Tulislah
sesuatu yang baik, mudahan
pahalanya setinggi bukit.
Titipkanlah bait-bait yang
cantik, mudahan ada hati yang
tercuit.”
SITI MARIAM ATAN
Koordinator Undang-Undang
Jabatan Undang-Undang
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off KM12, Jalan Muar
85009 Segamat, Johor Darul Takzim
Malaysia.
Email : [email protected]
Phone No : 07 – 935 2458
361
PROFIL PENULIS
Alizah Ali
Noraini Ismail
Norintan Wahab
Rahmawati Mohd Yusoff (Dr.)
Rosnani Mohd Salleh
Siti Mariam Atan
Zuramaznum Sainan
362
LAPORAN AKTIVITI
JABATAN DAN PENSYARAH
363
Perjalanan Menuju Ke Jurnal Q1
Alizah Ali, Rohani Jangga, PM Ahmad Nawawi Yaakob
Pada 21 dan 22 Julai 2020, kami bertiga telah diundang oleh
Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan
Pahang Kampus Jengka untuk mendengar taklimat berkenaan
Jurnal Q1. Bengkel dua hari satu malam ini bertempat di Dewan Al-
Farabi dan Rumah Tamu UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.
Program dimulakan dengan taklimat yang telah disampaikan oleh
Yang Mulia Dr Tengku Intan Suzila Tengku Sharif.
Artikel kami yang terpilih untuk ke Jurnal Q1
bertajuk ‘Tok Biah’. Artikel ini berkisarkan tentang
seorang tokoh daripada kalangan orang asli yang
menjadi dukun di dalam suku jakun kaum orang asli di
Bekok, daerah Segamat. Keunikan kajian kami ialah
tentang latarbelakang seorang dukun perempuan yang
menjadi tulang belakang kepada pendokongan adat
budaya orang asli di kampung tersebut.
Peranannya signifikan dalam menjayakan pelbagai ritual dan adat resam budaya
orang asli. Antara ritual yang menggunakan khidmat Tok Biah ialah Adat Mandi Tepung,
Upacara Pembukaan Rumah Baru dan sebagainya.
Kami berasa sangat bersyukur dan gembira diatas peluang dan pengalaman yang kami
tempaKami berharap di masa akan datang, akan banyak lagi peluang untuk kami menempa
sejarah dalam penerbitan artikel di jurnal yang berimpak tinggi seperti ini.
364
Bengkel Pemantapan
Pengajaran dan Pembelajaran
Kursus Undang-Undang Siber Komersial
(LAW448)
Noraini Ismail
Undang-Undang Siber Komersial atau LAW448 merupakan salah satu subjek baru yang
akan ditawarkan oleh Jabatan Undang-Undang untuk pelajar-pelajar bagi program Ijazah
Sarjana Muda Pemasaran Digital. Oleh itu, bagi memantapkan lagi ilmu supaya boleh dikongsi
dengan pelajar apabila semester bermula, kami mengambil inisiatif untuk menjemput Yg.
Berbahagia Dr Zaiton Binti Hashim, seorang yang pakar dalam bidang undang-undang siber
untuk menjadi fasilitator kami di dalam Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran
Subjek Undang-Undang Siber Komersial.
Bengkel ini telah diadakan sebanyak 3 siri, dan siri pertama adalah pada 7 Julai 2020.
Siri berikutnya pula adalah pada 9 Julai dan 3 September 2020. Apa yang lebih istimewa pada
penganjuran bengkel ini adalah, ianya dilaksanakan mengikut norma baharu, iaitu secara
webinar melalui aplikasi Google Meet. Kami sangat berbesar hati dengan kesudian Yg
Berbahagia Dr Zaiton, kerana beliau sudi untuk berkongsi ilmunya.
Kini kami sedang didalam proses menyiapkan manual untuk pelajar-pelajar baru yang
akan mengambil kursus ini. Kami tidak sabar untuk berjumpa dengan pelajar-pelajar
baru pada semester akan datang!
365
Menang ODL e-Learning
Norintan Wahab
Siapa yang tidak terkejut sekiranya
dinobatkan sebagai pemenang! Begitulah
perasaan Puan Zuramaznum Sainan yang telah
memenangi Pertandingan Siri 1 ODL e-Learning
anjuran Jawatankuasa E-learning UiTM Johor.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan kaedah
penyampaian yang pelbagai serta menggunakan
mana-mana aplikasi atau teknologi yang mudah
dan fleksibel untuk pelajar.
Sebenarnya pertandingan santai ini dianjurkan untuk
meraikan usaha yang dibuat oleh semua pensyarah yang
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan
diseluruh negara. Ianya juga bagi menggalakkan pensyarah agar
sentiasa kreatif dan inovatif dalam melaksanakan kaedah
pengajaran yang mudah dicapai oleh pelajar-pelajar terutamanya
bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah capaian internet.
Memetik kata-kata Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik,
Dr Ahmad Razi Bin Ramli, “Kriteria pemenang adalah, pensyarah
yang menjalankan ODL menggunakan mod penyampaian pelbagai
serta menggunakan teknologi yang mudah dan fleksibel.” Apa yang
diharapkan dari penganjuran pertandingan ini adalah agar para
pensyarah dapat menyediakan platform pengajaran yang terbaik
dan mudah dicapai bagi pelajar untuk semester akan datang.
366
Kursus Pengukuhan Staf Baharu
UiTM Cawangan Johor Tahun 2020
Dr. Rahmawati Mohd Yusoff
Pada 21 – 23 September 2020 yang
lalu, saya telah dijemput untuk menghadiri
Kursus Pengukuhan Staf Baharu UiTM
Cawangan Johor untuk tahun 2020. Kursus
ini dianjurkan bukan sahaja bertujuan untuk
memberikan pendedahan tentang sistem
UiTM amnya dan UiTM Cawangan Johor
khasnya.
Kursus yang diadakan di Dewan Sri Temenggong ini dirasmikan oleh Yg Berbahagia
Prof Dr. Hj Ismail Ahmad. Kursus ini dipenuhi dengan taklimat oleh Timbalan Pendaftar Kanan,
Penolong Rektor Kampus Pasir Gudang, Timbalan Rektor HEP, BPJIA dan juga HEA. Selain itu
taklimat dari Tibalan Bendahari Kanan dan Timbalan Pengarah Pengurusan Fasiliti & ICT juga
turut diberikan. Pelbagai input diberikan kepada kami sebagai staf baharu di Kampus Simfoni
Alam Bestari & Digital ini.
Kami berharap, agar kami mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang
diberikan kepada kami dengan sebaik mungkin untuk menjadikan UiTM Cawangan Johor
sebagai salah satu kampus cawangan UiTM yang tersohor.
367
Majlis Perpisahan Pensyarah PTFT
Jabatan Undang-Undang
Rosnani Mohd Salleh
Pada 27 Julai 2020 yang lalu, Biro Kebajikan Jabatan Undang-Undang telah
menganjurkan suatu majlis perpisahan untuk 2 orang pensyarah sambilan sepenuh masa
(PTFT) iaitu, saudara Zulhazmi Yusof dan saudari Nur Akmal Adnan. Majlis pada hari itu juga
dibuat bagi meraikan kedatangan seotrang pensyarah tetap di Jabatan Undang-Undang iaitu
Dr. Rahmawati Mohd Yusoff.
Majlis yang dianjurkan di rumah Puan Zuramaznum itu dipenuhi dengan suasana yang
harmoni diringi gelak tawa semua pensyarah, maklumlah bukan mudah untuk berkumpul
terutamanya dalam suasana norma baharu. Menu yang dihidangkan juga sangatlah istemewa,
nasi beryani dan air sirap bandung! Bukan itu sahaja, pelbagai menu yang dibawa secara
potluck juga turut dihidangkan dan ini menjadikan ianya suatu majlis yang tidak dapat dilupakan
kerana kepelbagaian menu dan hidangan.
Kami berharap agar, saudara Zulhazmi dan saudari Nur Akmal tidak akan melupakan
kami di UiTM Cawangan Johor. Kami berdoa agar mereka mendapat kerjaya yang mereka
idamkan suatu hari nanti dan agar pengalaman yang ditimba serta kenangan yang tercipta di
UiTM Cawangan Johor ini kekal terpahat di hati mereka.
368
Kursus Academic Management
(Pentadbir Akademik)
Siti Mariam Atan
Sebagai salah seorang Pentadbir Akademik yang
dilantik oleh Pihak Pengurusan UiTM Cawangan Johor,
Puan Siti Mariam Atan telah diminta untuk menghadiri
satu kursus untuk semua Pentadbir Akademik UiTM
Cawangan Johor pada 23 dan 24 September yang lalu.
Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada
semua Pentadbir Akademik di UiTM Cawangan Johor
berkenaan dengan pengurusan yang berkaitan dengan
hal ehwal akademik.
Kursus tersebut telah di adakan di Institut Kepimpinan
dan Pembangunan (ILD) di Bandar Enstek. Peserta dari
Kampus Segamat telah bertolak pada petang 22 September
2020 dengan menaiki van. Namun suatu kejadian yang tidak
disangka telah berlaku, apabila van tersebut rosak sewaktu
dalam perjalanan. Mujurlah, rakan peserta dari Kampus Pasir
Gudang juga sedang dalam perjalanan untuk menghadiri
kursus yang sama. Kami menunggu peserta dari Pasir Gudang
sampai ke tempat tersebut agar kami boleh menumpang
kenderaan mereka.
Sepanjang 2 hari kursus itu berlangsung, kami didedahkan dengan pelbagai sistem
pengurusan bagi memudahkan urusan pentadbiran terutamanya yang melibatkan hal ehwal
akademik. Banyak ilmu yang kami timba di sana, dan kami berharap agar kami mampu
melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami dengan sebaik
mungkin.
369
Gangsa Lagi Di Sarawak!
Zuramaznum Sainan
Pada 9-16 Februari yang lalu, seorang pensyarah dari Jabatan Undang-Undang
telah mewakili UiTM Cawangan Johor pada salah satu acara sukan tahunan yang
berprestij di UiTM iaitu, KARISTA atau Karnival Sukan Staf UiTM. Pensyarah yang
dimaksudkan adalah Puan Norintan Wahab yang mewakili UiTM Cawangan Johor dalam
acara catur berpasukan.
Siapa sangka, seorang pensyarah undang-undang akan mewakili acara sukan
terutamanya catur, yang dilihat sebagai salah satu sukan yang mencabar minda dan
menguji keupayaan pemain dalam mengatur strategi. Beliau pergi dengan harapan
menggunung untuk mengutip pingat emas yang diidam-idamkan kerana setelah 2 kali
menyertai acara tersebut, beliau hanya memperolehi pingat gangsa. Namun, setelah
berjuang habis-habisan beliau dan pasukannya terpaksa akur dengan kilauan gangsa
untuk kali ketiga.
Besar harapan kami agar pada edisi yang
akan datang beliau akan meneruskan
kecemerlangannya, dan kami berdoa agar beliau
akan memperolehi pingat emas yang menjadi
dambaan. Tahniah dan syabas Puan Norintan!
370
KARYA AKADEMIK
DAN UMUM
371
Jenis-jenis Hakmilik / Geran Tanah
Norintan Wahab, Zuramaznum Sainan
Tahukah pembaca bahawa hakmilik atau lebih dikenali sebagai geran adalah
merupakan satu dokumen yang menjadi bukti bahawa sebidang tanah itu adalah milik
seseorang? Dokumen ini, dalam bahasa mudahnya adalah kad pengenalan untuk sebidang
tanah. Melalui hakmilik kita boleh mendapatkan maklumat tentang keluasan serta kategori
penggunaan tanah tersebut.
Sebenarnya, menurut Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa jenis hakmilik
atau geran iaitu:
1. Hakmilik Sementara
- Hakmilik jenis ini membawa maksud bahawa pemilikan tanah telah diberi
kepada pemilik tanah, namun proses ukur halus untuk keluasan tanah tersebut
masih lagi belum dilaksanakan.
2. Hakmilik Tetap
- Hakmilik yang mana ukuran keluasan tanahnya adalah muktamad.
3. Hakmilik di Bawah Undang-Undang Terdahulu
- Hakmilik ini adalah hakmilik yang dikeluarkan oleh undang-undang tanah
terdahulu.
- Contohnya hakmilik yang dikenali sebagai EMR (Entry in the Mukim Register)
4. Hakmilik Sambungan
- Terdapat beberapa keadaan yang mana hakmilik sambungan ini dikeluarkan
oleh pihak Pendaftar atau Pejabat Tanah contohnya apabila Hakmilik Kekal telah
dilaporkan hilang atau musnah, atau apabila ruangan urusan untuk Hakmilik
Kekal telah penuh atau hakmilik tersebut secara fizikalnya sudah tidak boleh
digunakan lagi.
372
5. Hakmilik Pendua
- Hakmilik Pendua adalah suatu dokumen yang dikeluarkan bagi menggantikan
hakmilik kekal yang telah dilaporkan hilang, rosak, penuh atau keadaan
fizikalnya tidak lagi boleh digunakan oleh pemiliknya.
6. Salinan Dokumen Hakmilik Keluaran
- Salinan Dokumen Hakmilik Keluaran berlaku apabila sebidang tanah itu dimiliki
oleh lebih dari seorang pemilik. Permohonan hendaklah dibuat di Pejabat Tanah
dan suatu Salinan Dokumen Hakmilik Keluaran akan diberi kepada setiap
seorang pemilik DENGAN SYARAT dokumen Hakmilik asal di serahkan kepada
Pendaftar atau Pejabat Tanah bagi mengelakkan kesukaran untuk melakukan
urusniaga ke atas tanah tersebut contohnya pindahmilik, gadaian dan juga lien.
7. Hakmilik Gantian
- Ianya adalah hakmilik yang dikeluarkan bagi menggantikan hakmilik yang telah
hilang atau musnah samada sebahagian atau sepenuhnya.
Untuk makluman pembaca, terdapat 2 pihak yang bertanggungjawab untuk
mengeluarkan hakmilik iaitu, Pejabat Tanah (bagi setiap Daerah dalam sesebuah Negeri) di
bawah Seksyen 159 Kanun Tanah Negara 1965 dan juga Pendaftar Negeri (Untuk setiap
Negeri di Malaysia) di bawah S.158 KTN. Untuk setiap jenis hakmilik terdapat 2 jenis
pegangan iaitu Pegangan Kekal (Freehold) ataupun Pegangan Pajakan (Leasehold).
373
Bagaimanakah caranya untuk kita tahu samada hamilik yang kita miliki itu berada
dalam rekod Pejabat Tanah Daerah kita atau di Pejabat Tanah & Galian Negeri kita? Di sini
saya akan berikan caranya. Jika pembaca lihat pada anak panah di dalam gambar di bawah,
terdapat perkataan H.S.(D) huruf-huruf tersebut beraksud, H (Hakmilik) S (Sementara) dan D
adalah Daerah. Oleh itu, Hakmilik ini dikeluarkan oleh Pendaftar Negeri yang mana segala
rekod urusan berkenaan tanah ini adalah disimpan di Pejabat Tanah & Galian Negeri.
Selain itu, hakmilik yang tersebut di atas adalah hakmilik sementara yang mana
ukuran keluasan tanahnya belum lagi dibuat ukur halus. Sekiranya ukur halus telah
dilaksanakan, maka perkataan HAKMILIK SEMENTARA pada gambar tersebut akan menjadi
Geran Negeri sekiranya pegangan hakmilik tersebut adalah pegangan kekal dan menjadi
Pajakan Negeri sekiranya pegangannya adalah pegangan pajakan.
Diharapkan dengan perkongsian ini pembaca dapat
Sumber Rujukan:
1. https://www.instun.gov.my/index.php/ms/docman/kursus
2. Kanun Tanah Negara 1965
374
Kontrak Jualan Barang-barang:
Tujuh Terma Tersirat Yang Perlu Dipatuhi
Oleh Penjual
Siti Mariam Atan & Rosnani Mohd Salleh
Pernahkah anda membuat kontrak jualan barang-barang? Apabila anda menjual atau
membeli barangan, anda telah membuat kontrak jualan barang-barang (dengan syarat,
kesemua elemen kontrak jualan barang-barang telah dipenuhi). Di Malaysia Barat, kontrak
jualan barang-barang ditadbirkan oleh Akta Jualan Barangan 1957 (AJB 1957). AJB 1957
memperuntukan tujuh (7) terma tersirat yang perlu dipatuhi oleh setiap penjual.
Definasi kontrak jualan barang-barang di bawah seksyen 4(1) AJB 1957 adalah satu
kontrak di mana penjual memindahkan atau bersetuju untuk memindahkan hak terhadap
barang kepada pembeli dengan suatu harga yang tertentu.
Barang-barang yang tertakluk kepada AJB 1957 adalah seperti yang dinyatakan di
dalam seksyen 2 iaitu setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan dan wang dan termasuk
stok dan saham, tanaman, rumput dan barang yang tercantum kepada tanah atau menjadi
sebahagiannya yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan di bawah
kontrak jualan.
Berikut adalah tujuh terma tersirat yang perlu dipatuhi oleh penjual:-
1. Syarat tersirat mengenai hakmilik
Seksyen 14(a) AJB 1957 memperuntukan dua situasi syarat tersirat mengenai
hakmilik. Pertama, penjual hendaklah mempunyai hakmilik yang sah terhadap barang yang
dijual. Kedua, penjual akan mempunyai hakmilik yang sah terhadap barang yang dijual pada
masa barang itu akan berpindah milikannya kepada pembeli.
2. Waranti tersirat mengenai milikan aman barangan
Terdapat waranti tersirat bahawa pembeli hendaklah mempunyai dan menikmati
milikan aman barangan itu sebagaimana yang diperuntukan di bawah seksyen 14(b) AJB
1957.
375
Pelanggaran waranti tersirat ini oleh penjual akan memberikan hak kepada pembeli untuk
menuntut gantirugi tetapi tidak berhak untuk menolak barang-barang atau menamatkan
kontrak berdasarkan peruntukan Seksyen12(3) AJB 1957.
3. Waranti tersirat bahawa barangan bebas daripada sebarang bebanan atau
gadaian
Berdasarkan seksyen 14(c), terdapat waranti tersirat bahawa barangan yang dijual
hendaklah bebas daripada sebarang bebanan atau gadaian yang memihak kepada mana-
mana pihak ketiga yang tidak diketahui oleh pembeli sebelum atau pada masa kontrak
ditandatangani.
4. Syarat tersirat mengenai jualan mengikut perihalan / deskripsi
Sekiranya jualan barangan dilakukan mengikut perihalan/deskripsi, maka penjual
hendaklah memastikan bahawa barangan sebenar yang dijual bersamaan atau bertepatan
dengan deskripsi yang diberikan seperti mana yang diperuntukan di bawah seksyen 15 AJB
1957. Sekiranya penjual melanggar syarat ini, pembeli berhak untuk menamatkan kontrak
jualan tersebut di bawah seksyen 12(2) AJB 1957.
5. Syarat tersirat bahawa barang yang dijual hendaklah sesuai / memenuhi maksud
tertentu pembeli.
Di bawah seksyen 16(1)(a) AJB 1957, penjual hendaklah memastikan barang yang
dijual sesuai / memenuhi maksud tertentu pembeli. Contohnya penjual menjual pelbagai jenis
kasut sukan. Pembeli hendak membeli kasut sukan yang sesuai digunakan untuk bermain
badminton. Penjual hendaklah memastikan kasut yang dijual kepada pembeli sesuai
digunakan untuk bermain badminton.
Namun demikian, pembeli mestilah telah terlebih dahulu memberitahu penjual tentang
maksud / tujuan dia mengkehendaki sesuatu barang itu dan bergantung kepada kepakaran
dan penilaian penjual ketika membuat belian. Barang itu pula mestilah daripada jenis barang
yang biasa dibekalkan oleh penjual atau sememangnya dari kategori barangan
perniagaannya. Sekiranya barang itu dibeli berdasarkan paten / jenama barang tersebut,
syarat tersirat ini tidak terpakai.
376
6. Syarat tersirat bahawa barang yang dijual hendaklah mempunyai kualiti yang
boleh dagang.
Seksyen 16(1)(b) AJB 1957, memperuntukkan terdapatnya syarat tersirat bahawa
barang yang dijual mestilah mempunyai kualiti yang boleh dagang. Iaitu ianya mestilah
memiliki kualiti / kebaikan yang sesuai untuk didagangkan serta barang yang dijual tidak
mempunyai sebarang kecatatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk dijual.
Terdapat 2 syarat yang perlu dipenuhi untuk membolehkan pembeli bergantung pada
seksyen 16(1)(b) iaitu:-
i. Pembeli membeli barangan secara deskripsi
ii. Barangan itu dibeli daripada penjual yang biasa menjual barangan itu
7. Syarat tersirat mengenai jualan mengikut sampel / contoh
Seksyen 17(2) memperuntukkan bahawa terdapat syarat tersirat bagi jualan barang
mengikut sampel di mana keseluruhan barangan sebenar hendaklah bersamaan dengan
sampel dari segi mutu.
Penjual barangan perlu mengetahui dan seterusnya mematuhi tujuh terma tersirat
yang diperuntukkan di bawah AJB 1957. Pelanggaran terhadap syarat-syarat tersirat
memberikan hak kepada pembeli untuk menamatkan kontrak jualan barang. Manakala
pelanggaran waranti pula memberikan hak kepada pembeli untuk menuntut gantirugi daripada
penjual, tetapi pembeli tidak berhak untuk menamatkan kontrak.
Rujukan:
1. Sale of Goods Act 1957
2. http://onlyyoumylaw.weebly.com/topik-5-undang-undang-jualan-barang-barang.html
3. https://www.slideshare.net/hattamahfar/bab-2-akta-jualan-barangan-1957-slide
377
Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan
2011: Apa Yang Penjual Online Perlu Tahu
Zuramaznum Sainan & Norintan Wahab
Semenjak negara dilanda pandemik Covid-19, disusuli dengan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia, perniagaan secara dalam talian semakin rancak
berlangsung.
Namun demikian, dalam meraih tarikan pelanggan dengan barangan jualan mereka,
sering terdapat iklan-iklan yang tidak disertakan dengan harga oleh penjual. Jika pembeli
berminat untuk membeli, peniaga akan meminta pelanggan untuk “pm tepi” atau berhubung
dengannya melalui Faceboook Messenger, Whatsapp atau mana-mana media komunikasi
yang lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga barangan tersebut. Tanpa mereka
sedari, mereka telah melakukan suatu kesalahan di bawah undang-undang dan menyukarkan
pelanggan. Sebenarnya memang telah menjadi isu dan bualan hangat di kalangan pelanggan
bahawa keengganan peniaga meletakkan tanda harga pada iklan mereka adalah
menyusahkan pelanggan.
Dari segi undang-undang, mana-mana usahawan mahupun peniaga kecil-kecilan
adalah dikehendaki untuk mempamerkan senarai harga barangan yang dijual.
Merujuk kepada Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011; Seksyen 9 (1)
mempuntukkan bahawa barangsiapa yang menawarkan untuk menjual atau menawarkan
untuk membekalkan apa-apa perkhidmatan , beliau hendaklah mempamerkan senarai
harga bagi barangan atau caj bagi perkhidmatan dalam kedudukan yang mudah
dilihat dan senang dibaca oleh mana-mana pelanggan.
Arahan Ini termasuklah bagi iklan-iklan yang dimuatnaik di media-media sosial bagi
tujuan perniagaan. Perkara ini sering diingatkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bahawa setiap peniaga dalam talian (“online”) mesti
memaparkan senarai harga barangan yang perlu dibayar oleh pengguna.
378
Berdasarkan seksyen 150 Akta Perlindungan Pengguna 1999, Menteri di bawah
Kementerian ini berkuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan pendedahan
maklumat yang berhubungan dengan harga pembekalan barang atau perkhidmatan.
Justeru, dalam Jadual di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Perlindungan
Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ada dinyatakan bahawa setiap
peniaga atau penyedia perkhidmatan di laman web atau mana-mana pasar dalam talian
hendaklah mendedahkan maklumat berkaitan harga penuh barang atau perkhidmatan
termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain yang perlu dibayar oleh pelanggan.
Kegagalan atau keengganan penjual meletakkan harga pada iklan mereka di media
sosial adalah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Di bawah Seksyen 145 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999, mereka yang gagal
meletakkan harga di dalam iklan mereka boleh disabitkan atas suatu kesalahan dan boleh
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit (RM50,000) atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau
kali kemudiannya boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit (RM100,000) atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.
Kesimpulannya, dalam keghairahan berniaga di dalam talian, peniaga-peniaga online
perlulah peka dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Amalan
mengiklankan barangan atau perkhidmatan tanpa meletakkan harga penuh yang perlu dibayar
oleh pembeli adalah menyusahkan pelanggan dan menjadi suatu kesalahan di sisi undang-
undang serta boleh dikenakan tindakan undang-undang. Beringatlah, jika ada pelanggan yang
membuat aduan kepada KPDNHEP atas keingkaran anda meletakkan harga, anda bakal
menghadapi hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
• Gambar dari sumber
rasmi Facebook dan
Instagram @kpdnhep
379
Ulasan Buku: Tuhfah Al-Mawdud Bi
Ahkam Al-Mawlud
Karangan Imam Ibn Qayyim
Dr. Rahmawati Mohd Yusoff
Buku Tuhfah Al-Mawdud bi Ihkam Al-Mawlud yang dikarang dan ditulis oleh Shams
Al-Din Abi 'Abdillah Muhammad ibn Qayyim Al-Jawziyyah boleh dikategorikan antara karya
Islam terawal yang secara eksklusifnya ditulis untuk menangani pelbagai isu, peraturan dan
permasalahan dalam mendidik anak-anak. Penulis buku ini yang lebih dikenali sebagai Imam
Ibn Qayyim telah menggunakan pendekatan deskriptif dan analisis dalam membincangkan
hadis-hadis Nabi SAW dan hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan cara mendidik anak-
anak secara jelas dan terperinci.
Dalam membincangkan hukum-hukum Islam, Imam Ibn Qayyim dilihat banyak
mengikut pendapat daripada Mazhab Hanbali. Buku ini mempunyai 17 bab, dan antara isi
kandungannya ialah adab-adab yang dianjurkan Islam semasa menyambut kelahiran bayi.
Imam Ibn Qayyim menganalisa dengan terperinci hak-hak seorang bayi ketika baru dilahirkan
sebagai contoh mengalunkan bacaan zikir di telinga sebelah kanan bayi, tahnik, aqiqah,
mencukur kepala bayi, memberikan nama yang baik, berkhatan, menyusu, menjaga, dan
mengasuh seseorang bayi itu sehinggalah dia mencapai usia akil baligh.
Dalam mencapai pengakhiran hidup yang baik, seorang itu harus memulai hidupnya
dengan amalan Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW seperti yang diceritakan di dalam
buku ini. Pada penghujung buku ini, Imam Ibn Qayyim telah menekankan mengenai kematian
yang merupakan tujuan utama bagi seluruh umat manusia. Buku ini adalah sebuah buku
yang amat menarik dan bermanfaat untuk dibaca.
380
Namun, bagi mana-mana pembaca yang ingin menambahkan lebih banyak lagi
pengetahuan mengenai hak-hak anak, saranan saya adalah untuk membaca rujukan lain
juga, kerana buku ini hanya menngetengahkan pandangan Mazhab Hanbali sahaja dan
perbincangannya tidak merangkumi semua hak anak-anak yang sepenuhnya.
381
Pendidikan Tahfiz, Pilihlah Yang Berdaftar
Noraini Ismail
Pendidikan tahfiz buat anak-anak merupakan satu pilihan lazim di kalangan ibubapa
Muslim Malaysia. Keutamaan diberi kepada pengukuhan spiritual terlebih dahulu sebelum
melanjutkan pendidikan akademik yang lebih formal dan bersifat kebangsaan. Kesedaran
mengenai kepentingan menghafal Al-Quran yang begitu tinggi membentuk keperluan
penubuhan pusat tahfiz oleh kerajaan dan pihak swasta.
Memandangkan perkara mengenai pendidikan agama Islam berada di bawah bidang
kuasa kerajaan negeri, maka pendaftaran dan pengendalian pusat tahfiz adalah bukan di
dalam kawalan Kementerian Pendidikan. Pengusaha tahfiz persendirian perlu mendaftar di
Jabatan Agama Islam Negeri sebelum menjalankan operasi mereka. Namun,ada segelintir
pengusaha pusat tahfiz yang memilih untuk tidak mendaftar kerana tidak mahu campur
tangan dari pihak berkuasa. Mereka juga ingin mengekalkan sukatan konvensional dan tidak
berminat dengan perkembangan teknologi dalam bidang pembelajaran tahfiz. Bagi
pengusaha yang berdaftar, beberapa peraturan wajib dipenuhi untuk tujuan kawalan dan
seliaan.
Berikutan tiada kawalan terus dari Kementerian Pendidikan, beberapa pendekatan
pembelajaran dan rekabentuk kurikulum tahfiz yang berbeza ditawarkan untuk ibubapa
membuat pilihan yang bersesuaian dengan impian dan kehendak mereka. Antara rekabentuk
sukatan yang ditawarkan pengusaha tahfiz ialah yang mengunapakai pendekatan tradisional
atau moden dan samada beraliran sains, agama atau qiraat. Bangunan pusat tahfiz juga
bergantung kepada faktor kewangan pengusaha tahfiz dan kesediaan ibubapa untuk
membayar yuran bulanan. Keadaan penempatan pelajar atau tempat tinggal turut berbeza.
382
Ada pengusaha tahfiz yang menyediakan rumah banglo lengkap dengan pelbagai fasiliti dan
ada juga yang memilih rumah kampung yang jauh dari bandar. Begitu juga dengan kelayakan
akademik para guru tahfiz. Sebahagian pengusaha lebih cenderung menggaji tenaga pendidik
dari Timur Tengah dan ada pula yang lebih berpuas hati dengan lulusan negara Asia Tenggara
terutamanya dari Thailand dan Indonesia.
Di sebalik semua perbezaan antara pusat tahfiz ini, objektif utama penubuhan pusat
tahfiz, harapan ibubapa yang menghantar anak mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran, juga
kesejahteraan para pelajar sendiri, haruslah diberi keutamaan. Oleh yang demikian ibubapa
disarankan untuk memilih pusat tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Ini
bagi memudahkan kerajaan serta Jabatan Agama Islam Negeri memantau segala kegiatan
kurikulum, kokurikulum serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan agar mengikut piawaian pendidikan
kebangsaan. Keselamatan, kesejateraan dan kebajikan pelajar juga akan lebih terjamin.
Apabila sesebuah pusat tahfiz itu mendaftar mengikut perundangan negeri, beberapa tindakan
penyeliaan dan pengawalan terhadap keselamatan bangunan dan warga pusat tahfiz,
kesihatan, kualiti pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan oleh pihak
bertanggungjawab. Antaranya ialah Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan, Pihak Berkuasa
Tempatan dan Majlis Agama Islam Negeri. Sekiranya pusat tahfiz gagal memenuhi syarat
minimum pihak berwajib, maknanya pusat tahfiz tersebut belum bersedia secara mutlak untuk
memulakan misi mulia mereka.
Walaupun ibubapa mempunyai hak ke atas pemilihan pendidikan anak mereka, tuntuan
agama agar kita menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat perlulah diambil kira. Kualiti
pendidikan agama anak kita haruslah mampu melahirkan individu yang berfikiran holistik dan
berjaya hidup di dalam dunia yang semakin mencabar. Institusi pendidikan yang dikawal selia
dengan baik membantu pembentukan individu cemerlang.
383
Syukurlah Apa Yang Kita Ada!
Rosnani Mohd Salleh & Siti Mariam Atan
Ucaplah Alhamdulillah…
Syukur kita kepada Allah…
Selawat ke atas Nabi…
Muhammad Ya Rasulullah…
Rangkap di atas adalah antara bait-bait kata yang dialunkan oleh Kumpulan Nasyid
Raihan dalam lagu nasyid mereka yang bertajuk ‘Syukur’. Ya, ucaplah ‘Alhamdulillah’ tanda
kita bersyukur dengan semua rahmat dan juga nikmat dari Allah. Janganlah kita hanya syukur
bila kita hanya sedang gembira tapi bersyukurlah pada setiap masa. Sama ada kita sedang
bergembira atau berduka dengan rahmat atau ujian dariNya, syukur hendaklah sentiasa ada
dengan kita. Itu tanda kita reda dan berlapang dada dengan setiap ketentuanNya pada diri
kita.
Kita selalu melihat lebihnya orang dan kurangnya kita. Kadang-kadang kita lupa
nikmat yang telah Dia hadiahkan kepada kita tak terkira banyaknya. Tidakkah kita merasai
akan nikmat yang Dia kurnia? Tidakkah kita rasa betapa bertuahnya kita dengan rezeki yang
kita punya? Bersyukurlah! Sebenarnya, bersyukur membuat hidup kita menjadi terasa lebih
indah. Syukur juga akan membuat yang sedikit terasa cukup. Dengan rasa syukur, ia mampu
mengubah apa yang kita miliki menjadi lebih berharga, mengubah masalah yg kita hadapi
menjadi hikmah yang tiada nilainya.
Sebab itulah, syukur adalah sifat yang mesti ada dalam diri setiap manusia yang
bergelar hamba pada Yang Esa. Mungkin kita pernah mendengar istilah orang berkata,
‘rumput tetangga itu kelihatan jauh lebih indah dan lebih hijau dari rumput di pekarangan
rumah sendiri.’ Ya, inilah perumpaan bagi mereka yang tidak tahu bersyukur dan tidak pernah
puas dengan apa yang dia punya.
384
Janganlah kita hanya melihat lebihnya orang sampai kita rasa tak senang. Janganlah
kita sakit hati dengan kejayaan dan kelebihan orang yang ada di sekeliling kita. Belajarlah
untuk berlapang dada dan bersyukur dengan kita ada. Jangan sesekali kita bandingkan
kehidupan kita dengan orang sekeliling kita sebab setiap orang itu aturan perjalanan hidupnya
tidak sama.
Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda: "Sekiranya anak Adam memiliki satu
lembah daripada harta, nescaya dia mahu yang kedua dan sekiranya dia mempunyai dua
lembah, nescaya dia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan
tanah dan ALLAH sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat." (Riwayat Ahmad)
Jadi, sentiasalah kita bersyukur dan berbaik sangka dengan Allah. Setiap sesuatu
yang berlaku pasti ada pelajaran dan hikmah. Buangkan rasa sakit hati, dendam dan amarah.
Pupuklah rasa syukur agar kita menjadi hambanya yang sabar dan tabah. Apa sebenarnya
yang kita mahu? Harta yang berjuta atau simpanan emas yang tidak ternilai? Walau apa
keadaan sekalipun, ajarilah hati untuk reda dan berlapang dada dengan nikmat yang diberi.
Jangan sebab kita tak dapat apa yang hajat di hati, janganlah kita mengadu domba dan
dengki sesama sendiri.
Hidup ini sebenarnya sangat singkat umpama kerdipan mata yang sangat sekejap.
Oleh yang demikian, teruskanlah kehidupan kita secara bersederhana dan paling penting,
berdoalah supaya kehidupan kita yang sederhana akan menjadikan kita insan yang bersyukur
sepanjang masa.
385
Buah Kristal
Alizah Ali
Sekiranya anda ke Negeri Sarawak, jangan lupa untuk mencari buah Kristal. Buah ini
sangat unik dan jarang ditemui di Semenanjung Malaysia. Buah Kristal ini dikenali juga
dengan nama buah matoa dan buah kasai. Nama saintifik untuk buah Kristal ini ialah
pometia pinnata dan dikategorikan sebagai buah nadir dan mudah hidup di kawasan tepi
sungai.
Sekali pandang, buah kristal seperti buah
pinang kerana ianya tumbuh bertandan. Ketika
mentah, buah ini berwarna coklat keorenan dan
bertukar menjadi merah kehitaman apabila sudah
masak. Struktur kulitnya yang keras memerlukan
kaedah yang khusus untuk memecahkan buah
ini, iaitu dengan menggenggam sekuat hati dua
biji buah Kristal pada satu tangan sekaligus
sehingga salah sebiji diantaranya pecah.
Isi buah ini dilihat seperti buah laici atau
buah longan tetapi saiznya lebih besar. Rasanya
lemak manis sehingga ada yang menggelarnya
buah tiga rasa, iaitu hasil gabungan manis dan
lemak daripada buah durian, buah rambutan dan
buah laici. Lemak manisnya datang daripada isi
buah yang berjus. Sedapnya bukan kepalang.
Makan sebiji mesti tidak cukup. Buah ini banyak
manfaatnya kepada kesihatan kerana kaya dengan
khasiat dan vitamin.
386
Pokok buah Kristal dikatakan mudah untuk ditanam dan tahan lasak. Pokoknya
boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter dan mampu berbuah seawall usia tiga
tahun dan boleh menghasilkan beberapa tangkai besar buah dalam satu-satu masa.
Di negeri Sarawak, ianya dijual dengan harga RM12 sekilo. Pastikan buah ini
menjadi antara buah-buahan yang mesti dirasa apabila berkunjung ke negeri Sarawak
dan ianya boleh dijadikan ole-ole apabila pulang ke kampung halaman.
*Gambar-gambar adalah dari sumber Google Images.
387
KARYA KREATIF
388
Coretan Pensyarah @ Isteri Hujung Minggu
Noraini Ismail & Alizah Ali
Menjadi pensyarah memang impian kami. Mendapat tawaran daripada UiTM adalah
peluang keemasan yang tidak mampu ditolak. Cabaran bermula apabila terpaksa berpindah
ke Segamat dan suami pula tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai di bumi Puteri
Gunung Ledang ini. Maka bermulalah perjuangan kami, pensyarah wanita dan juga sering
dirujuk sebagai isteri hujung minggu. Membawa anak-anak berpindah ke Segamat dan
menguruskan kehidupan sekeluarga seorang diri. Demi merealisasikan impian serta
membantu mengukuhkan ekonomi keluarga, kami akur dengan tuntutan hidup.
Kebanyakan suami mencari rezeki di Kuala Lumpur atau di kota besar yang lumayan
peluang dan gajinya. Maka kami pun ditinggalkan suami demi tanggungjawab masing-masing.
Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila cuti hujung minggu kami tidak sama. Suami
berhujung minggu pada hari Ahad manakala hari Ahad adalah hari bekerja bagi kami di negeri
Johor. Sekiranya suami ada dua hari untuk cuti hujung minggunya, dapatlah kami merasa
tinggal bersama pada hari Sabtu. Hanya pada hari Sabtu kami dapat meluangkan masa
bersama dan membuat aktiviti berkualiti bersama anak-anak. Ya, hanya pada hari Sabtu.
Di hari yang lain, seawal pukul 5 pagi atau paling lewat pukul 6 pagi, anak-anak dikejut
dari tidur lena mereka. Cabaran terbesar ialah untuk menyiapkan persiapan persekolahan.
Andai anak peringkat sekolah menengah, tidak perlu lagi dipantau daripada bangun tidur
hingga siap berpakaian. Namun bagi anak pra sekolah atau yang bersekolah rendah,
kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Ada yang menangis sebaik membuka mata, berpura-
pura tidak sihat, mengamuk kerana terlupa membeli barang keperluan lukisan, merengek
sebab tidak sempat siapkan kerja sekolah dan ada juga yang tertidur semasa sedang mandi.
389
Ada antara kami yang gigih membekalkan sarapan pagi daripada rumah dan ada yang lebih
selesa membeli makanan daripada gerai yang menyediakan pelbagai kuih muih. Sambil
menyiapkan anak-anak seorang diri, sempat pula memikirkan suami yang mungkin masih lena
di atas tilam empuk di sana.
Kebanyakan isteri hujung minggu ini memohon kerjasama ketua program untuk
memulakan kuliah pukul 8 pagi sehingga 12 atau 1 tengahari dan bersambung kuliah semula
pukul 4 hingga 6 petang. Kami perlu mengambil anak dari sekolah kebangsaan dan dihantar
pula ke sekolah agama. Kami juga perlu membeli makanan tengahari namun tidak kurang
juga yang telah siap memasak lauk tengahari sebelum subuh. Jika dipanggil mesyuarat yang
berlarutan hingga ke pukul 1 tengahari, kami akan meminta bantuan rakan atau jiran yang
boleh menguruskan pergerakan anak ke sekolah agama. Di sini dapat dilihat betapa perlunya
hubungan yang baik dengan jiran tetangga kerana mereka menjadi tempat untuk kami
mengadu dan meminta pertolongan apabila berlaku kecemasan.
Itu baru cerita tentang pengurusan sekolah anak, belum lagi cerita apabila ada anak
yang sakit. Semuanya akan jadi huru hara dan serba tidak kena. Apabila anak terpaksa
dimasukkan ke hospital, bagaimana pula dengan nasib anak-anak yang lain. Prioritinya tetap
anak. Badan sendiri sudah tidak dikisahkan lagi.
Cerita pengurusan rumah juga tidak kurang misterinya. Hal kecemasan selalu tidak
dijangka. Sekiranya berlaku paip air bocor, lampu rumah rosak, rumah dimasuki ular dan
pelbagai lagi kemungkinan yang tidak dijangka, kami harus sentiasa peka dan bijak
menyelesaikan tugasan sang suami ini. Bagaimana pula sekiranya kereta rosak ditengah jalan
atau tayar kereta pancit? Kami lah juga yang perlu menjawab soalan ini.
390
Walaupun hati masih gigih mengharungi cabaran demi cabaran, ada saatnya
keletihan melanda emosi dan jiwa. Hinggalah satu ketika, sebahagian besar kami dengan hati
yang berat, terpaksa memohon berpindah kampus untuk kembali tinggal sebumbung dengan
suami. Tidak kurang juga yang tersungkur, lalu menghantar notis untuk berhenti kerja. Kami
terpaksa walaupun kami amat selesa dengan persekitaran pekerjaan kampus Segamat dan
dikelilingi sahabat, majikan dan jiran yang sangat membantu.
Namun ketiadaan suami di sisi adalah satu keadaan yang sukar. Ada yang telah
memohon berpindah sehingga 8 kali tanpa putus asa. Ada yang terpaksa melanggar kontrak
skim pensyarah muda dan perlu membayar penalti ratusan ribu. Namun, atas dasar
kepentingan membesarkan anak-anak bersama suami dan demi kesihatan mental dan emosi
sendiri, apabila permohonan pindah diluluskan, keluarlah kami dari bumi Segamat dengan
seribu kenangan manis yang tidak dapat dibeli.
Buat rakan pensyarah wanita @ isteri hujung minggu yang masih berjuang di bumi
Segamat, semoga terus gagah dan kebal mendidik anak bangsa. Alah bisa tegal biasa.
391