The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cgu Erdha Jamal, 2022-04-09 01:46:25

MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS KPM TAHUN 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS ii

KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

KATA ALU-ALUAN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana
memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada
kumpulan Pembina Modul Kaunseling Berfokus kerana berinisiatif dan proaktif menyediakan
alternatif program dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan
1Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’
Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1Malaysia ialah
membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan.

Justeru, jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, seperti
mana Modul Kaunseling Berfokus yang diilhamkan oleh kumpulan Guru Bimbingan dan
Kaunseling, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat
diperkukuhkan dengan memanfaatkan Modul Kaunseling Berfokus ini.. Kementerian
Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan
perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan.

Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap Guru Bimbingan dan Kaunseling
dapat memainkan peranan yang penting dan melaksanakan modul yang dihasilkan
seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme,
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri
murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS iii

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian atas penerbitan Modul Kaunseling Berfokus ini. Saya percaya penerbitan
modul ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua Guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah dalam membantu menangani permasalahan disiplin pelajar masa kini.

Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam mengharungi
cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mencabar, para Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah perlu dilengkapi dengan kemahiran kaunseling yang lebih berfokus.
Justeru, peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sekian lama telah diperjuangkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dengan lebih jelas dengan pelaksanaan
Program Kaunseling Berfokus di sekolah kelak. Sumbangan Modul Kaunseling Berfokus ini
dapat merealisasikan hasrat KPM untuk melihat permasalahan dan disiplin murid dapat
ditangani oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bahkan menjadi wahana kepada
kecemerlangan murid..

Sehubungan itu, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan
Guru Bimbingan dan Kaunseling yang terus mengambil langkah aktif dan proaktif
menghasilkan Modul Kaunseling Berfokus ini demi manfaat diri, keluarga, masyarakat dan
negara.

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGU

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS iv

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdullilah, saya
bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat
bersama-sama dengan Kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, dalam sebuah buku yang
sangat memberi makna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Modul Kaunseling
Berfokus.

Sesungguhnya, Modul Kaunseling Berfokus yang dihasilkan kumpulan Guru Bimbingan
Kaunseling yang merangkumi bidang akademik, disiplin dan pendidikan pencegahan dadah
dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menangani isu-isu displin murid yang
agak genting ketika ini. Justeru, saya sangat percaya, menyediakan masyarakat 20 tahun akan
datang yang berteraskan 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, adalah
bermulanya dari pelaksanaan Modul Kaunseling Berfokus yang dibina oleh kumpulan Guru
Bimbingan dan Kaunseling yang sangat dedikasi.

Saya ingin menegaskan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah sebagai warga
pendidik telah terbukti memainkan peranan utama dalam membina negara bangsa.Guru
Bimbingan dan Kaunseling perlu berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan
menjadikan modul yang dihasilkan sebagai wadah untuk membentuk warganegara dengan
ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Justeru, negara akan hilang daya saing dan
ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak
menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Akhir kata, ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan menghasilkan Modul Kaunseling
Berfokus ini.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS v

ISI KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA ii

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Error! Bookmark not
defined.i

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN iii

ISI KANDUNGAN v

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PROGRAM AKADEMIK CEMERLANG 2

2.1 PANDUAN PELAKSANAAN 4
2.1.1 PENDAHULUAN 4
2.1.2 MATLAMAT 4

2.1.3 OBJEKTIF 4
2.1.4 SASARAN 4
2.1.5 PELAKSANAAN 5

2.1.6 PENILAIAN 5
2.1.7 PENUTUP 5

2.2 PROSES KERJA 6

2.3 CARTA ALIRAN KERJA 8

2.4 PROGRAM CEMERLANG MILIKKU 9
2.4.1 AKTIVITI 1 9

2.4.2 AKTIVITI 2 13

2.4.3 AKTIVITI 3 15
2.4.4 AKTIVITI 4 16

2.4.5 AKTIVITI 5 17

2.4.6 AKTIVITI 6 19

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS vi

2.4.7 AKTIVITI 7 22
2.4.8 AKTIVITI 8 24
2.4.9 AKTIVITI 9 29
2.4.10 AKTIVITI 10 33
40
3.0 PROGRAM AKADEMIK GALUS 41
41
3.1 PANDUAN PELAKSANAAN 42
3.1.1 PENDAHULUAN 42
3.1.2 MATLAMAT 42
3.1.3 OBJEKTIF 43
3.1.4 SASARAN 43
3.1.5 PELAKSANAAN 44
3.1.6 PENILAIAN 44
3.1.7 PENUTUP 45
46
3.2 PROSES KERJA 47
3.3 CARTA ALIRAN KERJA 51
3.4 PROGRAM YAKIN BOLEH 53
56
3.4.1 AKTIVITI 1 57
3.4.2 AKTIVITI 2 59
3.4.3 AKTIVITI 3 61
3.4.4 AKTIVITI 4 62
3.4.5 AKTIVITI 5 64
3.4.6 AKTIVITI 6
3.4.7 AKTIVITI 7
3.4.8 AKTIVITI 8
3.4.9 AKTIVITI 9

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS vii

3.4.10 AKTIVITI 10 66
3.4.11 AKTIVITI 11 68
3.4.12 AKTIVITI 12 69
77
4.0 PROGRAM DISIPLIN PONTENG 78
78
4.1 PANDUAN PELAKSANAAN 78
4.1.1 PENDAHULUAN 78
4.1.2 MATLAMAT 79
4.1.3 OBJEKTIF 79
4.1.4 RASIONAL 79
4.1.5 SASARAN 80
4.1.6 PELAKSANAAN 80
4.1.7 PENILAIAN 81
4.1.7.1 GRAF KEHADIRAN 82
4.1.7.2 GRAF PRESTASI DIRI 83
4.1.8 PENUTUP 84
85
4.2 PROSES KERJA 85
4.3 CARTA ALIRAN KERJA 87
4.4 PROGRAM PONTENG SIFAR 91
93
4.4.1 AKTIVITI 1 94
4.4.2 AKTIVITI 2 95
4.4.3 AKTIVITI 3 96
4.4.4 AKTIVITI 4
4.4.5 AKTIVITI 5
4.4.6 AKTIVITI 6
4.4.7 AKTIVITI 7

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS viii

4.4.7 AKTIVITI 8 98
4.4.9 AKTIVITI 9 99
4.4.10 AKTIVITI 10 100
102
5.0 PROGRAM DISIPLIN TINGKAH LAKU DEVIAN 103
103
5.1 PANDUAN PELAKSANAAN 103
5.1.1 PENDAHULUAN 104
5.1.2 MATLAMAT 104
5.1.3 OBJEKTIF 104
5.1.4 SASARAN 105
5.1.5 PELAKSANAAN 105
5.1.6 PENILAIAN 106
5.1.7 PENUTUP 107
108
5.2 PROSES KERJA 108
5.3 CARTA ALIRAN 110
5.4 PROGRAM PERMATA KASIH 112
114
5.4.1 AKTIVITI 1 116
5.4.2 AKTIVITI 2 118
5.4.3 AKTIVITI 3 119
5.4.4 AKTIVITI 4 121
5.4.5 AKTIVITI 5 123
5.4.6 AKTIVITI 6 125
5.4.7 AKTIVITI 7
5.4.8 AKTIVITI 8
5.4.9 AKTIVITI 9
5.4.10 AKTIVITI 10

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS ix

6.0 PROGRAM DISIPLIN SEKSUAL 132
133
6.1 PANDUAN PELAKSANAAN 133
6.1.1 PENDAHULUAN 133
6.1.2 MATLAMAT 133
6.1.3 OBJEKTIF 134
6.1.4 SASARAN 134
6.1.5 PELAKSANAAN 135
6.1.6 PENILAIAN 137
6.1.7 PENUTUP 138
139
6.2 PROSES KERJA 140
6.3 CARTA ALIRAN KERJA 140
6.4 PROGRAM JALINAN KASIH 143
144
6.4.1 AKTIVITI 1 146
6.4.2 AKTIVITI 2 147
6.4.3 AKTIVITI 3 150
6.4.4 AKTIVITI 4 152
6.4.5 AKTIVITI 5 155
6.4.6 AKTIVITI 6 156
6.4.7 AKTIVITI 7 159
6.4.8 AKTIVITI 8 162
6.4.9 AKTIVITI 9 163
6.4.10 AKTIVITI 10 165
6.4.11 AKTIVITI 11
6.4.12 AKTIVITI 12
6.4.13 AKTIVITI 13

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS x

6.4.14 AKTIVITI 14 167
6.4.15 AKTIVITI 15 168
170
7.0 PROGRAM DISIPLIN GADUH 171
171
7.1 PANDUAN PELAKSANAAN 171
7.1.1 PENDAHULUAN 171
7.1.2 MATLAMAT 172
7.1.3 OBJEKTIF 172
7.1.4 SASARAN 173
7.1.5 PELAKSANAAN 173
7.1.6 PENILAIAN 174
7.1.7 PENUTUP 175
176
7.2 PROSES KERJA 176
7.3 CARTA ALIRAN KERJA 178
7.4 PROGRAM TEMAN SEJATI 182
183
7.4.1 AKTIVITI 1 185
7.4.2 AKTIVITI 2 186
7.4.3 AKTIVITI 3 187
7.4.4 AKTIVITI 4 187
7.4.5 AKTIVITI 5 190
7.4.6 AKTIVITI 6 195
7.4.7 AKTIVITI 7 204
7.4.7.1 AKTIVITI 7.1
7.4.7.2 AKTIVITI 7.2
7.4.7.3 AKTIVITI 7.3
7.4.7.4 AKTIVITI 7.4

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xi

7.4.7.5 AKTIVITI 7.5 205
7.4.8 AKTIVITI 8 206
7.4.9 AKTIVITI 9 207
7.4.10 AKTIVITI 10 208
7.4.11 AKTIVITI 11 210
215
8.0 PROGRAM DISIPLIN BULI 217
217
8.1 PANDUAN PELAKSANAAN 218
8.1.1 Pendahuluan 218
8.1.2 Matlamat 218
8.1.3 Objektif 218
8.1.4 Sasaran 219
8.1.5 Pelaksanaan 219
8.1.6 Penilaian 220
8.1.7 Penutup 221
222
8.2 PROSES KERJA 222
8.3 CARTA ALIRAN 224
8.4 PROGRAM SIFAR BULI 227
233
8.4.1 AKTIVITI 1 235
8.4.2 AKTIVITI 2 238
8.4.3 AKTIVITI 3 240
8.4.4 AKTIVITI 4 242
8.4.4.1 AKTIVITI 4.1
8.4.5 AKTIVITI 5
8.4.5.1 AKTIVITI 5.1
8.4.5.2 AKTIVITI 5.2

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xii

8.4.6 AKTIVITI 6 245
8.4.6.1 AKTIVITI 6.1 247
8.4.6.2 AKTIVITI 6.2 248
8.4.6.3 AKTIVITI 6.3 249
8.4.6.4 AKTIVITI 6.4 250
8.4.7 AKTIVITI 7 251
8.4.8 AKTIVITI 8 253
8.4.9 AKTIVITI 9 255
8.4.10 AKTIVITI 10 256
8.4.11 AKTIVITI 11 258
260
9.0 PROGRAM DISIPLIN VANDALISME 261
261
9.1 PANDUAN PELAKSANAAN 262
9.1.1 PENDAHULUAN 262
9.1.2 MATLAMAT 262
9.1.3 OBJEKTIF 262
9.1.4 SASARAN 263
9.1.5 PELAKSANAAN 263
9.1.6 PENILAIAN 264
9.1.7 Penutup 266
267
9.2 PROSES KERJA 267
9.3 CARTA ALIRAN 270
9.4 POGRAM KATAKAN TIDAK PADA VANDALISME 273

9.4.1 AKTIVITI 1
9.4.2 AKTIVITI 2
9.4.3 AKTIVITI 3

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xiii

9.4.4 AKTIVITI 4 275
9.4.5 AKTIVITI 5 277
9.4.6 AKTIVITI 6 280
9.4.7 AKTIVITI 7 285
9.4.8 AKTIVITI 8 287
9.4.9 AKTIVITI 9 289
9.4.10 AKTIVITI 10 291
9.4.11 AKTIVITI 11 293
9.4.12 AKTIVITI 12 295
9.4.13 AKTIVITI 13 297
9.4.14 AKTIVITI 14 300
310
10.0 PROGRAM PPDa ROKOK 311
311
10.1 PANDUAN PELAKSANAAN 312
10.1.1 PENDAHULUAN 312
10.1.2 MATLAMAT 313
10.1.3 OBJEKTIF 313
10.1.4 SASARAN 313
10.1.5 PELAKSANAAN 317
10.1.6 PENILAIAN 317
10.1.7 PENUTUP 318
319
10.2 PROSES KERJA 319
10.3 CARTA ALIR 322
10.4 PROGRAM NAFAS SEGAR

10.4.1 AKTIVITI 1
10.4.2 AKTIVITI 2

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xiv

10.4.3 AKTIVITI 3 327
10.4.4 AKTIVITI 4 328
10.4.5 AKTIVITI 5 333
10.4.6 AKTIVITI 6 335
10.4.7 AKTIVITI 7 344
10.4.8 AKTIVITI 8 349
10.4.9 AKTIVITI 9 350
10.4.10 AKTIVITI 10 352
356
11.0 PROGRAM PPDa PENAGIHAN DADAH 356
357
11.1 PANDUAN PERLAKSANAAN 357
11.1.1 Pendahuluan 357
11.1.2 Matlamat 358
11.1.3 Objektif 358
11.1.4 Sasaran 359
11.1.5 Pelaksanaan 359
11.1.6 Penilaian 360
11.1.7 Penutup 361
362
11.2 PROSES KERJA 362
11.3 CARTA ALIRAN 367
11.4 PROGRAM SINAR HARAPAN 369
371
11.4.1 AKTIVITI 1 374
11.4.2 AKTIVITI 2
11.4.3 AKTIVITI 3
11.4.4 AKTIVITI 4
11.4.5 AKTIVITI 5

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xv

11.4.6 AKTIVITI 6 377
11.4.7 AKTIVITI 7 379
11.4.8 AKTIVITI 8 381
11.4.9 AKTIVITI 9 383
11.4.10 AKTIVITI 10 385
11.4.11 AKTIVITI 11 388
11.4.12 AKTIVITI 12 389
11.4.13 AKTIVITI 13 392
11.4.14 AKTIVITI 14 393
396
12.0 LAMPIRAN 396
399
12.1 JAWATANKUASA INDUK 402
12.2 SEKALUNG PENGHARGAAN
12.3 SENARAI NAMA GBKSM HULU LANGAT

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 1

1.0 PENDAHULUAN

Kajian buli dan ponteng yang menjurus kepada kemenjadian pelajar telah dibuat di
pusat pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin
membimbangkan. Salah laku ini juga menyumbang kepada salah laku negatif yang lain
seperti bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah. Amalan
buruk yang dilakukan oleh pelajar ini patut dibendung dengan segera. Wujudnya
jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang lebih dari seorang di sekolah diharap
dapat membantu menangani masalah disiplin ini secara lebih profesional.

Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk
membangunkan satu modul khusus agar Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat
menjadikannya sebagai satu panduan dalam melaksanakan Program Kaunseling
Berfokus dengan lebih berkesan di sekolah.

Rasionalpembinaan Modul Program Kaunseling Berfokus di yakini mampu
membantu memantapkan tugasan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam
melaksanakan Program Kaunseling Berfokus di sekolah-sekolah dengan lebih
terancang.

Fokus pelan tindakan program inimengikut kategori yang disenaraikan melalui
pemerhatian, laporan disiplin, Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM), buku catatan,
soal selidik, maklumat rakan sebaya dan lain-lain. Semua kumpulan murid yang telah
dikenal pasti ini ini hendaklah disenaraikan mengikut tiga Bidang utama iaitu, Bidang
Akademik; Bidang Disiplin; dan Bidang PPDa.

Fokus penghasilan modul hendaklah melibatkan ke tiga-tiga bidang. Bidang
Akademik wajib iaitu merangkumi kumpulan Cemerlang dan Halus . Kemudian pilih
tiga kumpulan sasaran dari dua bidang yang berikutnya mengikut keperluan sekolah.
Jumlah murid yang terpilih dalam setiap kumpulan minimum 10 orang dan maksimum
20 orang murid untuk setiap satu kumpulan sasaran.

Contoh :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 2

Bidang Akademik (WAJIB) 10-20 orang murid
10-20 orang murid
Kumpulan Cemerlang :

Kumpulan Halus :

Bidang Disiplin (PILIHAN)

Kumpulan Ponteng : 10-20 orang murid
10-20 orang murid
Kumpulan Divien : 10 – 20 orang murid
10 – 20 orang murid
Kumpulan Gejala Sosial : 10 – 20 orang murid
10-20 orang murid
Kumpulan Bergaduh :

Kumpulan Vandalism :

Kumpulan Buli :

Bidang PPDa (PILIHAN) : 10-20 orang murid
Kumpulan Merokok : 10-20 orang murid
Kumpulan Dadah

2.0 PROGRAM AKADEMIK CEMERLANG

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 3

PROGRAM CEMERLANG
MILIKKU

BIDANG AKADEMIK - CEMERLANG

AKTIVITI

BIL TAJUK
1 Jalinan Mesra - Suai kenal

Penerokaan Kerjaya - Pencarian
2 Maklumat dan Perkongsian Ilmu

3 Pengurusan Diri Dan Masa
4 Kemahiran Membuat Nota
5 Teknik Membuat Peta Minda
6 Kemahiran Mengingat
7 Kemahiran Membuat Ulangkaji
8 Belajar Berkumpulan
9 Pengurusan Stress

Persediaan Menghadapi
10 Peperiksaan

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 4

2.1 PANDUAN PELAKSANAAN

2.1.1 PENDAHULUAN
Program Cemerlang Milikku adalah satu program untuk murid cemerlang dalam
bidang akademik. Murid cemerlang inilah yang akan meningkatkan kualiti dan prestasi
sekolah. Oleh itu, mereka perlu dibimbing untuk membina dan memupuk tahap
motivasi yang sedia ada dalam diri mereka bagi memperkasakan sekolah ke arah
kecemerlangan akademik. Maka, program ini dibina khas dengan kandungan aktiviti-
aktiviti yang membantu murid-murid ini untuk terus maju, cemerlang dan terbilang
dalam bidang akademik.

2.1.2 MATLAMAT
Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik.

2.1.3 OBJEKTIF
Di akhir program ini, murid dapat:
2.1.3.1 Menguasai teknik belajar yang betul dan berkesan.
2.1.3.2 Mempunyai hala tuju masa depan.
2.1.3.3 Cemerlang dalam semua mata pelajaran.

2.1.4 SASARAN
Murid-murid cemerlang akademik. 10 orang murid dari Tingkatan 3 dan 10 orang
murid dari Tingkatan 5.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 5

2.1.5 PELAKSANAAN

2.1.5.1. Jalinan Mesra - Suai kenal
2.1.5.2. Penerokaan Kerjaya - Pencarian maklumat
2.1.5.3. Penerokaan Kerjaya - Pengkongsian ilmu
2.1.5.4. Lawatan Kerjaya
2.1.5.5. Pengurusan Diri dan Masa - Geraf diri
2.1.5.6. Pengurusan masa
2.1.5.7. Teknik membuat peta minda
2.1.5.8. Kemahiran mengingat
2.1.5.9. Pengurusan stress
2.1.5.10. Persediaan menghadapi peperiksaan

2.1.6 PENILAIAN
2.1.6.1 Ujian Pra
2.1.6.2 Ujian Pos

2.1.7 PENUTUP
Melalui program ini, diharapkan agar murid-murid cemerlang akan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan mereka tempuhi.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 6

2.2 PROSES KERJA

PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

Bil Proses Kerja Tempoh Personalia Catatan
Disember
Mengesan dan mengenalpasti Penyelaras
tingkatan/setiausaha
1 murid berdasarkan senarai peperiksaaan.
keputusan peperiksaan akhir GBKSM

tahun.

Mengadakan aktiviti
pertemuan dengan murid yang
terlibat
Merasionalkan mereka
mengapa terpilih dalam
Kumpulan akademik
cemerlang Program Kaunseling
Berfokus.

2 Mengedarkan borang Januari GBKSM
maklumat peribadi murid

untuk simpanan kaunselor.

Memberi taklimat kepada
murid-murid yang terpilih
tentang tujuan dan matlamat
program.

Menentukan tarikh- tarikh Januari GBKSM
perjumpaan dengan murid.
Menjalani ujian pra sebelum
3 aktiviti 1- Jalinan Mesra (Suai
Kenal).

Murid mengikuti proses Aktiviti 4 -
Lawatan
4 program “Cemerlang Milikku” Februari – Guru ICT Kerjaya
mengikut tarikh yang telah September Guru Tingkatan dijalankan
diluar tempoh
ditetapkan. perjumpaan

5 Menjalani ujian post selepas Akhir bulan GBKSM
aktiviti. September

6 Membuat analisis ujian Oktober GBKSM
pra/post. (minggu
pertama)

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 7

Perjumpaan dan perbincangan Oktober
(minggu
7 dengan murid selepas kedua) GBKSM
keputusan peperiksaan
Oktober Pengetua
percubaan. (Minggu GBKSM
ketiga) GBKSM
8 Membentangkan laporan Oktober
kepada pengetua. (Minggu GBKSM
Keempat)
9 Menyediakan pelaporan
November
keberkesanan program.

10 Hantar laporan kepada PPD
SPPK

11 Hantar Laporan kepada Unit November GBKSM
HEM JPNS

Perjumpaan dengan murid Mengikut
Kumpulan
12 pada hari keputusan peperiksaan GBKSM
peperiksaan sebenar (PMR/SPM)

diumumkan.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 8

2.3 CARTA ALIRAN KERJA

MULA PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

Mengesan dan mengenalpasti murid berdasarkan senarai
keputusan peperiksaan akhir tahun.

Mengadakan aktiviti pertemuan dengan murid yang terlibat.

Menjalankan ujian pra sebelum aktiviti 1 – Jalinan Mesra (Suai
Kenal)

Murid mengikut proses program “Cemerlang Milikku”
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Menjawab ujian post selepas aktiviti.

Membuat analisis ujian pra/post.

Perjumpaan dan perbincangan dengan murid selepas
keputusan peperiksaan percubaan.

Membentangkan laporan kepada pengetua.

Menyediakan pelaporan keberkesanan program.

TAMA Hantar laporan kepada PPD SPPk

Hantar laporan kepada Unit HEM JPN

Perjumpaan dengan murid pada hari keputusan peperiksaan
sebenar diumumkan.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 9

2.4 PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

2.4.1 AKTIVITI 1

BIDANG : Akademik

TAJUK : Jalinan Mesra (Suaikenal)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. mewujud kemesraan antara ahli.

2. menentukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

3. bekerjasama dalam mencapai matlamat kecemerlangan
akademik

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid-murid cemerlang

BAHAN-BAHAN: Ujian Pra, Borang maklumat peribadi

LANGKAH :

1. GBKSM menerangkan tentang matlamat perjumpaan kumpulan ini

2. Guru mengedarkan Ujian Pra (Lampiran 1) dan Borang Maklumat Diri
(Lampiran 2) kepada murid.

3. Murid-murid diminta mengisi Ujian Pra dan Borang Maklumat Diri dan
menyerahkan kepada GBKSM

4. Murid diminta duduk dalam satu bulatan dan memperkenalkan diri serta
berkongsi pengalaman /cara belajar yang mereka amalkan selama ini.

5. GBKSM memberi pandangan bagaimana menetapkan matlamat dan hala
tuju jangka pendek dan jangka panjang.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 10

PENILAIAN: Selepas aktiviti ini diharapkan murid:-
1. Mengenali rakan sekumpulan.
2. Menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
3. Bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain

RUMUSAN :
1. Murid dapat mewujudkan silaturrahim melalui pengenalan diri dan
perkongsian pengalaman.

FALSAFAH : `Kemesraan Membawa Kesejahteraan’.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 11

MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS LAMPIRAN 1
UJIAN PRA TIDAK

Nama : .................................................................................

Tingkatan : .................................................................................

BIL. ITEM YA

1 Saya amat mesra dan mudah didekati.

2 Gelagat rakan dalam kumpulan tidak membantu saya dalam
pembelajaran

3 Saya jelas dengan hala tuju kerjaya saya pada masa depan

4 Saya tahu tentang kepentingan mata pelajaran yang ada
kaitan dengan kerjaya yang saya pilih

5 Saya dapat melihat prospek kerjaya dengan jelas

6 Saya suka berkongsi maklumat kerjaya dengan rakan.

7 Saya mendapat banyak maklumat dari lawatan saya ke
institusi pengajian tinggi

8 Brosur yang diperolehi dari lawatan memberi banyak
maklumat kerjaya kepada saya

9 Saya sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri saya

10 Saya memerlukan bimbingan guru untuk meningkatkan
pencapaian akademik diri saya.

11 Saya perlukan bimbingan guru untuk mengurus masa
pembelajaran saya.

12 Saya dapat mengurus masa saya dengan baik dan berkesan.

13 Saya selalu membuat nota dengan menggunakan peta minda

14 Penggunaan peta minda banyak membantu meningkatkan
prestasi akademik saya

15 Saya menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang saya
baca

16 Saya kerap kali lupa apa yang saya baca masa menghadapi
peperiksaan.

17 Saya tertekan dengan harapan ibu bapa terhadap akademik
saya

18 Saya perlu mengurus tekanan yang saya alami

19 Saya selalu merancang dan membuat persediaan sebelum
menghadapi peperiksaan

20 Saya pasti saya akan berjaya dengan cemerlang

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 12

BORANG MAKLUMAT PERIBADI MURID LAMPIRAN 2

KATEGORI GAMBAR
NAMA GURU KELAS TERKINI
TINGKATAN

PERIBADI : ____________________________________________________________

1.1. Nama : __________________ Jantina : _________________
1.2. Umur
1.3. No. Kad Pengenalan : __________________ Tarikh Lahir : _________________
1.4. Alamat Rumah
: ___________________________________________________________
1.5. No Telefon
__________________________________________________________

__________________________________________________________

: (R) ___________________ (Bimbit) __________________

BUTIRAN BAPA

Nama : __________________________________ Umur : ________________
Pekerjaan
Alamat Pejabat : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________

No. Telefon : _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

: (P) _____________________ (Bimbit) ____________________

BUTIRAN IBU

Nama : __________________________________ Umur : ________________
Pekerjaan
Alamat Pejabat : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________

No. Telefon : _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

: (P) _____________________ (Bimbit) ____________________

BUTIRAN RAKAN / WARIS

Nama : __________________________________ Umur : ________________
Alamat Rumah
: _________________________________________________________________
No. Telefon
_________________________________________________________________

: (R) _____________________ (Bimbit) ____________________

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 13

Tandatangan : _______________________ Tandatangan : ________________________
Nama : _______________________
(GBKSM) Nama : _______________________
Tarikh : _______________________
(GURU BESAR)

Tarikh : _______________________

2.4.2 AKTIVITI 2

BIDANG : Akademik

TAJUK : Penerokaan Kerjaya (Pencarian Maklumat)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Menetapkan hala tuju kerjaya masa hadapan.

2. Mengumpul semua input berkaitan dengan kerjaya yang
diminati.

3. Memberi penekanan yang khusus dalam mata pelajaran yang
berkaitan dengan kerjaya mereka di masa hadapan.

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid cemerlang

BAHAN : Komputer di makmal ICT sekolah

LANGKAH :

1. Setiap murid diminta menyatakan cita-cita mereka.

2. GBKSM memberi edaran (Lampiran 3) kepada murid dan memberi penerangan
tentang tugasan.

3. Murid diminta menyelesaikan tugasan berdasarkan edaran yang diberi.

4. Murid diminta berkongsi tugasan dengan murid lain yang memilih kerjaya yang
sama.

5. Murid perlu mencetak hasil yang dicari untuk pembentangan pada aktiviti yang
akan datang.

PENILAIAN :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 14

1. murid mengetahui maklumat kerjaya yang mereka minati dengan lebih
mendalam.

RUMUSAN : Murid jelas tentang bidang kerjaya yang dipilih dengan aplikasi ICT.
FALSAFAH : Penerokaan ilmu di hujung jari.

LAMPIRAN 3

Nama : _______________________________
Tingkatan : _______________________________
Tarikh : _______________________________

Kerjaya yang dipilih:

1. Pengenalan kerjaya yang dipilih.
2. Bidang tugas kerjaya yang dipilih.
3. Ciri-ciri personalitI kerjaya yang dipilih.
4. Syarat dan kelayakan kerjaya yang dipilih.
5. Institusi yang menawarkan bidang yang dipilih.
6. Prospek kerjaya yang dipilih.

Tandatangan : ______________________________
Disemak oleh : ______________________________

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 15

2.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Akademik

TAJUK : Penerokaan Kerjaya (Perkongsian Ilmu)

OBJEKTIF : Pada akhir aktivit murid dapat:

1. Menyatakan maklumat tentang kerjaya.

2. Berkongsi maklumat tentang kerjaya.

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid cemerlang

BAHAN : Papan putih dan pen marker

LANGKAH :

1. Murid diminta duduk dalam kumpulan kerjaya masing-masing.

2. Wakil kumpulan diminta membentangkan laporan dan seorang murid lagi
diminta untuk mencatat maklumat di papan putih.

3. GBKSM memberi penjelasan tambahan tentang tajaan-tajaan (JPA, MARA,
PETRONAS dan sebagainya) dan peluang belajar di dalam dan di luar negara.

4. Murid diminta untuk menyerahkan tugasan yang lengkap kepada GBKSM.

PENILAIAN :

1. Berkongsi maklumat kerjaya yang dipilih.

2. Mengetahui penaja dan peluang belajar di dalam dan di luar negara.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 16

RUMUSAN : Murid jelas tentang hala tuju kerjaya masing-masing.
FALSAFAH : Penerokaan kerjaya penting untuk masa depan.

2.4.4 AKTIVITI 4

BIDANG : Akademik

TAJUK : Penerokaan Kerjaya (Lawatan Kerjaya)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. maklumat kerjaya dari institusi yang dilawati

2. Mengumpul brosur-brosur maklumat kerjaya sebagai rujukan.

3. menghasilkan buku skrap kerjaya.

MASA : 360 minit

SASARAN : Murid cemerlang

BAHAN : Buku nota

LANGKAH :

1. Guru memberi penerangan tentang tugasan yang dibuat oleh murid

2. Murid diminta mengumpul brosur

3. Murid diminta menampal brosur tersebut di sudut kerjaya Unit Bimbingan
Dan Kaunseling

4. GBKSM membawa murid cemerlang bersama murid-murid lain melawat
institusi yang dipilih.

PENILAIAN :
1. murid dapat mengumpul maklumat kerjaya dari institusi yang dilawati.

RUMUSAN : Murid mengetahui sumber mendapat maklumat tambahan

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 17
FALSAFAH : `Jauh perjalanan , luas pengetahuan’.

2.4.5 AKTIVITI 5

BIDANG : Akademik

TAJUK : Pengurusan Diri Dan Masa – Graf Diri

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. melihat kekuatan dan kelemahan diri

2. merancang strategi untuk mengatasi kelemahan diri

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid cemerlang

BAHAN : Kertas graf

LANGKAH :

1. Guru mengedarkan kertas geraf (Lampiran 4) kepada setiap murid.

2. Murid diminta mengisi geraf menggunakan keputusan. Peperiksaan Akhir
Tahun sebagai TOV dan Ujian Bulanan sebagai OTR.

3. Murid diminta membuat perbandingan.

4. GBKSM meminta murid menerangkan tentang aliran geraf yang diperolehi dan
menjelaskan tentang sebab turun/naik geraf berkenaan.

5. Di akhir aktiviti murid diminta menyerahkan geraf diri kepada GBKSM.

PENILAIAN :
1. Murid dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam P&P.

RUMUSAN :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 18

1. Murid dapat melihat keseluruhan prestasi akademik melalui geraf yang
dicipta.

FALSAFAH : `Belajar dari kegagalan’
LAMPIRAN 4

Graf Diri

BM BI MT SC GEO SEJ FIZIK BIO KIMIA ADD
MT

80 74 64 78 65 56 77 60 52 72

90

80 74 78 77
80
72

70 64 65 60

60 56
52

50

40

30

20

10

0
BM BI MT SC GEO SEJ FIZIK BIO KIMIA ADD MT

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 19

2.4.6 AKTIVITI 6

BIDANG : Akademik

TAJUK : Pengurusan Masa

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Merancang dan menggunakan masa dengan teratur dan
bermanfaat.

2. Merangka jadual belajar sendiri dan cuba menyesuaikannya
dengan aktiviti harian mereka.

3. menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan mendisiplin
diri mereka.

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid Cemerlang

BAHAN : helaian jadual belajar dan kertas A4

LANGKAH :

1. Edaran helaian jadual (Lampiran 5) dan kertas A4 kepada setiap pelajar.

2. Murid diminta mencatat aktiviti-aktiviti berikut pada helaian kertas A4:

a. Aktiviti yang ingin dibuat selepas waktu sekolah.

b. Aktiviti belajar untuk malam hari.

c. Aktiviti belajar pada hujung minggu.

d. Aktiviti utama pelajaran dan bukan akademik lain yang terlibat.

3. Setelah itu, murid diminta memindahkan maklumat aktiviti-aktiviti yang telah
dicatat ke atas helaian jadual belajar masing-masing.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 20

PENILAIAN :
1. Pelajar dapat menyediakan jadual belajar dengan baik.

RUMUSAN :
1. Menyedarkan pelajar tentang perkara yang paling mustahak dalam mencapai
segala matlamat yang telah dirancang ialah kebolehan mereka untuk
merancang atau menggunakan masa dengan baik.

FALSAFAH : Setiap detik masa tidak boleh dibeli dengan timbangan emas.
(Falsafah Cina)

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 21

LAMPIRAN 5

CONTOH

JADUAL BELAJAR MINGGUAN

HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
MASA
PEMBELAJARAN SEPERTI BIASA
0600 – 1300
MAKAN TENGAH HARI
1300 – 1400
RIADAH/ BERSUKAN/ MAKAN MALAM
1430 – 1700

1700 – 1900

1900 - 2200

AGIHAN MASA BAGI SETIAP MATA PELAJARAN

Jam Jam Jam Jam
23 2 2
23 3

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 22

2.4.7 AKTIVITI 7

BIDANG : Akademik.

TAJUK : Teknik MembuatPeta Minda

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. mengetahui cara yang betul membuat peta minda mengikut
kesesuaian tajuk dan mata pelajaran.

2. menyediakan contoh peta minda berdasarkan tajuk yang
diberikan.

3. memudahkan kemahiran membuat nota dan membantu proses
mengulangkaji mata pelajaran.

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid cemerlang

BAHAN : Contoh peta minda, kertas A4, pen berbagai warna.

LANGKAH :

1. GBKSM menerangkan tentang kepentingan menyediakan peta minda.

2. Setiap murid diberi contoh peta minda (Lampiran 6) dan GBKSM menerangkan
kaedah menyediakannya.

3. Setiap murid diminta menyediakan satu contoh peta minda berdasarkan tajuk-
tajuk yang telah ditetapkan.

4. Setiap murid diminta menerangkan peta minda yang telah disediakan.

PENILAIAN :

1. Peta minda yang disediakan oleh setiap murid.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 23

RUMUSAN :

1. Pendedahan kepada setiap pelajar kepentingan mengulangkaji matapelajaran
dengan menggunakan peta minda.

FALSAFAH : “Kreativiti Cabang Kejayaan”

LAMPIRAN 6

JADUAL RIADAH TIDUR MASA Riwayat
BELAJAR /REHAT BERSAMA hidup
SENDIRI KELUARGA
YAN

CUKUP

PENGURUSAN
MASA

CIRI PELAJAR CEMERLANG AKONIM

KEMAHIRAN KEMAHIRAN TEKNIK IMBAS
BELAJAR MENGINGAT KEMBALI

KATA KUNCI MEMBACA BACA
CEPAT BERULANG-
ULANGKAJI
KEMAHIRAN ULANG
KUMPULAN BUAT NOTA
BELAJAR
PENCARIAN
MAKLUMAT

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 24

2.4.8 AKTIVITI 8

BIDANG : Akademik.

TAJUK : KemahiranMengingat.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. mengetahui bagaimana cara mengingat sesuatu tajuk di dalam
mata pelajaran.

2. memahami bagaimana menggunakan beberapa kaedah
mengingat yang sesuai di dalam proses mengulangkaji.

3. menggunakan kaedah mengingat semasa proses pembelajaran.

MASA : 40 minit

SASARAN : Pelajar cemerlang

BAHAN : Modul kaedah mengingat – kaedah neumonik, hafalan,

cangking dan hubungkait, kertas latihan.

LANGKAH :

1. GBKSM menerangkan tentang kepentingan kemahiran mengingat di dalam
proses pembelajaran.

2. Setiap murid diberi beberapa contoh kaedah mengingat dan menghafal.

3. GBKSM menerangkan kaedah neumonik, hafalan, cangking dan hubungkait.

4. Setiap murid diminta melengkapkan helaian latihan kaedah mengingat
berdasarkan kaedah yang telah dipelajari.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 25

5. GBKSM bersama murid-murid menyemak helaian latihan dan membetulkan
kesilapan jika ada.

PENILAIAN : Helaian latihan murid-murid.

RUMUSAN :

1. Pendedahan kepada setiap pelajar kepentingan kaedah mengingat di dalam
proses pembelajaran.

FALSAFAH : “Hendak Seribu Daya, Mahu Seribu Cara”

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 26

LAMPIRAN 7

KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang

diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru

disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik

mengingat:

1. HAFAL isi yang dibaca

Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.

Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan

bagaimanakah pelangi terbentuk?”

2. Isi DISUSUN dengan betul
Sebutkan isi yang kamu hafal
Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu
hafal.

3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
Pastikan turutan isi betul
Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan
Disember.

4. UJI kemampuan daya ingatan
Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i. Penyoal
ii. Penjawab
Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 27
Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
i. Sebelum tidur
ii. Selepas tidur
Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.

7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK

Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.

Contoh: Jenis Kata: Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan,
Kata Tugas, Sandang

Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana

8. Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN

Gantikan fakta kepada bentuk cerita

Contoh: Kelas Makanan Lemak, Vitamin, Pelawas, Air,

Garam Mineral, Protein, Karbohidrat

Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral
dalam Tin Karat

9. Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 28

Contoh: 654…..320……789

(654320789)

10. Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
Pilih lagu yang paling kamu gemari.
Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan
kamu.

11. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.

12. Menggunakan KAEDAH AKRONIM.
Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu
diingat.
Contoh: Pengelasan Haiwan

Reptila, Ikan, Mamalia, RIMBA
Burung, Amfibia

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 29

2.4.9 AKTIVITI 9

BIDANG : Akademik

TAJUK : Pengurusan Stress

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyatakan perasaan yang dialami dengan jelas dan betul.

2. Mengetahui bahaya stress dalam kehidupan.

3. Menyatakan maklumat-maklumat yang diperolehi berkaitan
dengan stress.

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid cemerlang

BAHAN : Belon, kad tugasan

LANGKAH :

1. Setiap murid diberi sebiji belon yang tidak ditiup.

2. Murid diminta untuk meniup belon tersebut sehingga besar dan meletup.

3. Murid diminta untuk menyatakan perasaan masing-masing setelah
menjalankan aktiviti tersebut.

4. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan pengurusan masa.

5. GBKSM memberi penerangan tentang stress melalui carta peta minda.
(Lampiran 7)

6. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.

7. Murid diberi tajuk untuk berbincang sebagai tugasan.

i. Kumpulan 1 – Ciri-ciri murid yang stress.

ii. Kumpulan 2 – Punca-punca berlakunya stress.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 30

iii. Kumpulan 3 – Kesan-kesan stress.
iv. Kumpulan 4 – Teknik-teknik pengurusan stress.
v. Kumpulan 5 – Kata-kata motivasi menghilangkan stress.
8. Guru memberikan renungan bersama dengan kata-kata motivasi. (Lampiran 8)

PENILAIAN : Melalui tugasan yang diberi.

RUMUSAN : Murid akan dapat mengurus stress dengan berkesan.
FALSAFAH : ”Hidup bahagia dan ceria tanpa STRESS”

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 31

Rumusan LAMPIRAN 8
Apa itu stress?

Teknik-teknik pengurusan stress

Kesan-kesan stress

Ciri-ciri murid yang
stress

Punca-punca stress

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 32

LAMPIRAN 9

Definisi terbaik bagi rehat ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan
daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.

(Dr Frank Boyal)

Kegembiraan selalunya nampak kecil ketika anda menggenggamnya, tetapi sekiranya anda
melepaskannya anda akan belajar betapa besar dan bernilainya ia.

(Maxim Gorky)

Sekira anda ingin hidup tanpa menyahut sebarang cabaran, anda telah memutuskan bahawa
anda tidak mahu lagi.

(Shirley Hufstedler)

Kebahagiaan bukannya suatu destinasi tetapi, ia adalah cara mengendalikan sesuatu
kehidupan.

(Burton Hilis)

Lebih baik anda lupakan sahaja dan bergembira daripada anda mengingati dan berduka.
(Christina Georgina Rossetti)

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 33

2.4.10 AKTIVITI 10

BIDANG : Akademik

TAJUK : Persediaan Menghadapi Peperiksaan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. mengetahui kepentingan membuat persediaan sebelum
menghadapi peperiksaan.

2. menyatakan strategi-strategi sebelum, semasa dan selepas
peperiksaan.

3. membina keyakinan diri dengan menandatangani ikrar
perjanjian.

4. Membuat penilaian ke atas keseluruhan aktiviti kelompok.

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid cemerlang

BAHAN : Carta, kad tugasan, lembaran ikrar, ujian pos.

LANGKAH :

1. GBKSM memaparkan sekeping gambar dan peribahasa Bahasa Inggeris
menggunakan slaid power point kepada murid. (Lampiran 10)

2. Murid diminta untuk menceritakan apa yang dilihat dan mesej yang tersirat
dalam gambar tersebut dan cuba kaitkan dengan peperiksaan.

3. GBKSM membimbing murid untuk menjawab dengan betul.

4. GBKSM memberi penerangan tentang persediaan sebelum, semasa dan
selepas peperiksaan.

5. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 34

6. GBKSM mengedarkan kad tugasan kepada setiap kumpulan.
7. Murid diminta untuk berbincang dan menuliskan isi-isi penting berdasarkan

tajuk yang diberi dalam kad tugasan. (Lampiran 10)
8. Setiap kumpulan diminta untuk menyatakan hasil perbincangan mereka.
9. GBKSM meminta murid menuliskan lagi isi-isi tambahan kepada tajuk-tajuk

yang diberi sebagai tugasan.
10. GBKSM mengedarkan satu lembaran ikrar perjanjian menghadapi

peperiksaan. (Lampiran 11)
11. Murid diminta untuk membacakannya dengan lantang dan

menandatanganinya dengan rasa keyakinan.
12. Murid diminta melengkapkan ujian pos sebelum aktiviti berakhir sebagai satu

penilaian ke atas keseluruhan aktiviti kelompok.

PENILAIAN : Melalui hasil perbincangan kumpulan dan hasil ujian pos.

RUMUSAN :

1. Pelajar akan dapat mengetahui strategi tepat menghadapi
peperiksaan dengan cemerlang.

FALSAFAH : ”Bersusah-payah dahulu, bersenang-lenang kemudian”

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 35

LAMPIRAN 10


Click to View FlipBook Version