The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cgu Erdha Jamal, 2022-04-09 01:46:25

MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS KPM TAHUN 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 136
6.1.6.2 Borang Soal Selidik Jalinan Kasih (Ujian Pra dan Post)

Kenyataan-kenyataan di bawah memperihalkan bagaimana anda melihat
persekitaran anda. Disebabkan perkara ini adalah sekadar sudut pandangan peribadi,
maka tiada jawapan yang benar atau salah. Sila jawab sejujur yang mungkin.

Sila beri respon terhadap item-item di bawah mengikut darjah persetujuan anda
berdasarkan skala pilihan jawapan berikut. Bulatkan pilihan jawapan anda bagi
setiap item yang memperihalkan apa yang anda fikirkan ketika ini:

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Tidak Pasti (TP) 3

Pencegahan

1 Saya selesa membincangkan masalah seksual saya bersama dengan 1 2 3 4 5

guru kaunseling

2 Saya selesa membincangkan masalah seksual saya dengan rakan yang 1 2 3 4 5

dipercayai

3 Saya akan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk 1 2 3 4 5

menghindarkan diri memikirkan aktiviti seksual

4 Pendidikan seksual membantu saya mengetahui implikasi 1 2 3 4 5

penyelewengan seksual

5 Saya menyedari betapa pentingnya menghargai kehidupan 12345

Pembangunan Diri

1 Saya yakin untuk berubah 12345

2 Saya boleh mengurangkan penglibatan saya dalam tingkahlaku

seksual

3 Saya dapat mengukuhkan sifat-sifat positif dalam diri 12345

4 Saya bertanggungjawab ke atas perasaan dan tindakan sendiri 12345

5 Saya percaya setiap yang saya lalui ada hikmahnya 12345

Rawatan

1 Saya belajar dari kesilapan 12345

2 Saya dapat mengawal perasaan saya terhadap aktiviti seksual 12345

3 Saya dapat memberi tumpuan kepada perancangan masa depan saya 1 2 3 4 5

4 Saya merasakan kehidupan saya lebih bermakna 12345

5 Saya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan 12345

Setuju (S) 4

Sangat Setuju (SS) 5

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 137

6.1.6.3 Borang Kehadiran Jalinan Kasih

Bil Nama No IC Tarikh

6.1.7 PENUTUP

Semoga dengan pelaksanaan program ” Jalinan Kasih” ini diharapkan dapat membina
sahsiah terpuji dalam kalangan murid untuk kehidupan yang lebih bermakna.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 138

6.2 PROSES KERJA

Bil Pross Kerja Tempoh Personalia Catatan
Januari
Mengesan dan Januari
1. mengenalpasti murid
Februari
berdasarkan maklumat.
Senarai murid mengikut Februari
2. kumpulan sasaran. Februari

Mengadakan sesi pertemuan Mac
Mac
dengan murid yang terlibat April
Mei-Jun
3. dan rasionalkan mereka Julai-Ogos
September
mengapa terpilih dalam Oktober
Oktober
Program Jalinan Kasih. November 1. Pengetua.

4. Dapatkan maklumat November 2. Penolong Kanan
peribadi murid yang terlibat.
3. GPK HEM
5. Hantar maklumat awal
pelajar kepada Pengetua dan 4. GPK Koku

GPK HEM 5. GPK Ting. 6

Menyediakan Modul Latihan 6. GPK Petang

6. Berstruktur Program Jalinan 7. Guru Disiplin/
Warden
Kasih
8. Guru kelas/guru
7. Menjalankan ujian pra berkenaan/
sebelum aktiviti. mentor

Murid mengikuti proses 9. GBKSM/
GBKSR
8 aktiviti-aktiviti dalam

Program Jalinan Kasih.

9. Menjalankan ujian post
selepas aktiviti

10. Membuat analisis ujian
pra/post.

11. Menyediakan pelaporan
keberkesanan.

Berbincang dan bentangkan

12. laporan kepada pengetua

dan GPK HEM

13. Hantar laporan kepada PPD
SPPK

14. Hantar Laporan kepada Unit
HEM JPN

15. Tindakan susulan.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 139

6.3 CARTA ALIRAN KERJA

MULA Berbincang antara GBKSM, Guru Disiplin / Warden serta guru-guru
berkenaan yang ada di sekolah

Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana
Mengesan murid berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber

Objektif Menyenaraikan kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti.
tercapai
Kumpulkan murid dan berikan penerangan dan rasionalkan mereka.
Murid menjalani Ujian Pra Jalinan Kasih
Edarkan Borang Profail Murid
Mengumpulkan maklumat awal untuk simpan Unit HEM dan Unit
Bimbingan dan Kaunseling.
Murid menjalani aktiviti-aktiviti dalam Program Jalinan Kasih

Murid menjalani Ujian Post Jalinan Kasih.

--------- Tidak tercapai objektif – Sesi Kaunseling Individu/Kelompok

Sediakan laporan dan catatan

Bentang dan hantar laporan kepada Pengetua, GPK HEM, PPD dan JPN

Tindakan Susulan

TAMA
T

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 140

6.4 PROGRAM JALINAN KASIH

6.4.1 AKTIVITI 1

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Membina Hubungan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Memulakan hubungan, membina kepercayaan dan kemesraan
sesama murid bersama guru kaunseling.

2. Membina dan menyediakan suasana penghargaan seperti
empati, kemesraan dan hormat.

3. Mendedahkan murid tentang langkah awal untuk membentuk
perubahan dan meyakinkan bahawa melibatkan diri dalam
kelompok memungkinkan murid mencapai matlamat
perubahan tingkahlaku positif.

MASA : 45 minit sehingga 60 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salah laku

seksual

BAHAN-BAHAN: Segulung Benang Bulu Kambing (Aktiviti 1), Buku Catatan dan
pen (Aktiviti 2)

LANGKAH :

Aktiviti 1- Boleh Saya Kenal Anda?

1. Murid diminta duduk dalam bentuk bulatan.

2. Guru kaunseling memulakan aktiviti dengan sosial talk ringkas di samping
memperkenalkan diri dengan nama panggilan.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 141

3. Setiap ahli dikehendaki memperkenalkan diri dengan nama panggilan secara
bergilir-gilir.

4. Setelah selesai memperkenalkan diri, guru kaunseling memegang hujung
benang sambil menghulurkan bola benang kepada murid di sebelah kanannya.
Setiap murid mesti memegang benang sehingga bola benang sampai kepada
guru kaunseling semula.

5. Murid yang menyambut bola benang tersebut akan menyatakan ‘terima kasih
(nama guru kaunseling) dan memperkenalkan dirinya. Sambil memegang
hujung bola benang, murid memberi bola benang kepada murid di sebelahnya
dan berkata ‘terima kasih - (nama guru kaunseling) dan nama rakan yang
memberi bola benang tersebut. Murid yang menerima bola benang akan
melakukan proses yang sama sehingga semua murid mendapat giliran.

Aktiviti 2- Membina Etika Kelompok
1. Guru kaunseling membuat penekanan tentang pentingnya kerahsiaan.
2. Murid diminta membincangkan etika lain yang perlu dipersetujui bersama
sepanjang proses kaunseling kelompok tersebut.
3. Murid diminta mencatat dalam buku catatan etika yang dipersetujui.

Penilaian :
1. Murid-murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kumpulan

Rumusan :
1. Perkara yang disebut berulang-ulang kali akan lebih mudah diingati.
2. Kemesraan dalam hubungan bermula apabila ahli dalam kumpulan saling
mengenali

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 142

3. Setiap murid perlu memahami dan mematuhi etika kelompok yang
dipersetujui

4. Kesediaan dan kepercayaan sesama ahli adalah penting dalam kelompok.

Falsafah :

1. Setiap orang berasa kehadirannya dihargai apabila ada orang ingin
mengenalinya.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 143

6.4.2 AKTIVITI 2

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Membina Hubungan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Murid-murid menimba ilmu pengetahuan Pendidikan kesihatan
secara langsung tentang seksual

2. Murid-murid dapat membina gaya hidup sihat dan pengukuhan jati
diri.

MASA : 2 jam

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: LCD, Laptop, kertas A4

LANGKAH :

1. Guru kaunseling menyediakan surat jemputan ceramah :

i. Pegawai kesihatan

ii. Polis

2. Murid-murid dikumpulkan di tempat yang sesuai untuk ceramah yang bertajuk
“ Apakah seksual, amalan budaya tidak sihat dan risiko-risiko yang dihadapi
akibat penyelewengan seksual.

3. Soal jawab antara murid-murid dan penceramah.

4. Murid-murid menyenaraikan risiko-risiko penyelewengan seksual dalam
kertas A4.

Penilaian :
1. Senarai risiko-risiko penyelewengan seksual dan amalan hidup sihat.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 144

6.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Lawatan ke Rumah Tunas Harapan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Mengetahui risiko melibatakan diri di dalam salah

2. Memahami keadaan sebenar realiti kehidupan.

3. Menanam kesedaran di dalam diri tentang betapa pentingnya
untuk menghargai kehidupan.

MASA : 4 jam

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Kertas A4, alat tulis, lampiran 1

LANGKAH :

1. Guru kaunseling membahagikan setiap kumpulan kepada ada dua orang.

2. Setiap kumpulan akan diberi seorang penghuni sinar harapan untuk
ditemuramah.

3. Murid akan berkongsi dan bertukar pengalaman.

4. Murid akan membuat catatan hasil daripada perbincangan sebagai peringatan
diri.

5. Guru Kaunseling membuat perbincangan dengan pelajar.

6. Guru kaunseling mengedarkan lampiran 1 dan murid diminta menjawab
soalan tersebut.

7. Guru kaunseling membuat refleksi berdasarkan jawapan murid.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 145

Penilaian :
1. Murid diminta menyatakan semula isi hati mereka daripada hasil lawatan

Rumusan :

1. Murid seharusnya berupaya untuk membezakan tingkahlaku yang positif dan
negatif.

Falsafah :

1. Sayangilah dirimu lebih dari segalanya kerana dirimu amat berharga.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 146

LAMPIRAN 1

1. Apakah pengajaran yang boleh didapati daripada program ini?

2. Sanggupkah anda menjadi sebahagian daripada penghuni tempat tersebut?
Kenapa ?

3. Bagaimana perasaan anda setelah mendengar pengalaman penghuni tempat
tersebut

6.4.4 AKTIVITI 4
Manual Sekolah Selamat(Gangguan Seksual) Rujuk dalam Bilik Kaunseling

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 147

6.4.5 AKTIVITI 5

BIDANG : Disiplin
TAJUK
OBJEKTIF : Garisan Kehidupan

: Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Mentafsir dan menilai diri sendiri dan situasi di kalangan murid
dalam kelompok

2. Memperoleh latar belakang personal dan sosial setiap murid

3. Mentafsir perkara-perkara yang mendorong kepada masalah
secara ekologikal. Contohnya keluarga, rakan-rakan, sekolah
dan kejiranan.

4. Menyemak faktor-faktor penyebab bukan psikologikal seperti
keadaan fizikal, perubatan, rawatan, penyalahgunaan bahan,
cara hidup dan faktor-faktor persekitaran.

5. Merangsang murid untuk menghayati semula pengalaman
kehidupan sendiri dalam suasana masing-masing

6. Menggalakkan murid membuat pendedahan kendiri dalam
kelompok

MASA : : 45 minit – 60 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Graf garisan kehidupan, kertas A4 dan pen

LANGKAH :

1. Guru kaunseling mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap murid dan
meminta murid memikirkan serta mencatatkan seberapa banyak pengalaman
seksual yang dilalui. Masa yang diperuntukan selama 10 minit.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 148

2. Guru kaunseling mengedarkan boring graf kehidupan kepada setiap murid
dan memberikan penerangan untuk membentuk graf garisan.

3. Dalam masa 5 hingga 10 minit, murid diminta membentuk graf garisan
kehidupan masing-masing.

4. Murid diminta membuat pembentangan graf garisan kehidupan masing-
masing.

5. Ketika murid membuat pembentangan, murid-murid lain digalakkan untuk
membuat pertanyaan, perbincangan dan berkongsi pengalaman yang sama.

Penilaian :

1. Murid-murid dapat memahami seterusnya menghormati pengalaman rakan-
rakan

Rumusan :

1. Pengalaman yang dilalui oleh murid memberikan implikasi terhadap perasaan
dan perlakuan.

2. Mendedahkan kepada murid bahawa rakan-rakan, sekolah dan jiran
mempengaruhi kehidupan.

Falsafah :

1. “Menghargai perasaan orang lain seperti menghormati perasaan sendiri”

PROGRAM KAUN
GRAF

Peristiwa Manis

Peristiwa Pahit

NSELING BERFOKUS 149

LAMPIRAN 2

F KEHIDUPAN

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 150

6.4.6 AKTIVITI 6

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Cermin Diri dan Kenal Diri

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Supaya murid dapat berfikir dan bertukar pendapat tentang
sifat-sifat seorang kawan yang mereka suka dan tidak suka.

2. Supaya murid sedar bahawa sifat-sifat positif akan membantu
mereka menjadi seorang murid yang mempunyai jati diri yang
tinggi

MASA : 45 minit – 60 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Pen marker dan kad manila

LANGKAH :

1. Murid-murid diarah memilih pasangan

2. Setiap murid bagi setiap pasangan diminta menceritakan tiga sifat positif dan
tiga sifat negatif kepada pasangannya.

3. Pasangan yang mendengar dikehendaki menulis dengan huruf besar tiga sifat
negatif dan tiga sifat positif pada kad manila yang dibahagikan kepada 2 ruang

4. Secara bergilir-gilir, setiap murid dikehendaki berdiri dan menerangkan semua
sifat itu kepada murid lain dalam kelompok

5. Murid-murid lain digalakkan untuk bertanya atau memberi komen

Penilaian :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 151

1. Murid-murid dapat membaiki diri melalui pandangan dan kritikan murid dalam
kelompok secara terbuka

Rumusan :

1. Murid-murid dapat memupuk dan mengukuhkan sifat-sifat positif yang ada
serta mengurangkan sifat-sifat negatif dalam dirinya

Falsafah :

1. Murid-murid diberikan kesedaran bahawa dalam dirinya ada kuasa yang boleh
diperkuatkan dengan mencari motivasi dalaman dan luaran untuk membantu
dirinya mengatasi rintangan hidup.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 152

6.4.7 AKTIVITI 7

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Pemikiran Rasional

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Murid-murid dapat melihat sistem pemikiran rasional secara
lebih objektif.

2. Murid-murid dapat merasakan kesan akibat sistem pemikiran
yang rasional dalam penerimaan diri dan orang lain.

MASA : 45 minit – 60 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Borang Rajah Biopsikologikal positif (Lampiran 3)

LANGKAH :

1. Murid-murid duduk dalam bentuk bulatan. Murid-murid diminta membuat
perkongsian tentang tugasan yang telah diberikan iaitu guru kaunseling
membuat penilaian tentang fikiran, perasaan mereka. Sekirannya positif, guru
kaunseling merumus hasil perkongsian tersebut dengan mengaitkan borang
Rajah Biopsikologikal Positif sebagai peneguhan.

2. Dijangkakan, tidak semua murid-murid dapat menyempurnakan tugasan
tersebut, oleh itu, guru kaunseling memberi ruang kepada murid berkenaan
menyemak semula tugasan tersebut. Dalam masa yang sama, murid-murid
yang telah berjaya melaksanakan tugasan digalakkan untuk lebih banyak
membuat perkongsian tentang kejayaan mereka bagi mendorong dan
meningkatkan kekuatan murid yang kurang berjaya untuk bertindak
seterusnya.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 153

Penilaian :
1. Murid-murid dapat mengenali emosi dan perlakuan positif yang terhasil

Rumusan :
1. Setiap murid perlu bertanggungjawab ke atas perasaan dan tindakan sendiri.
2. Emosi yang selesa dan perlakuan yang berfungsi lahir daripada pemikiran
rasional.
3. Setiap murid boleh mempelajari pandangan yang lebih realistik dengan cara
mengamalkan emosi dan perlakuan positif.

Falsafah :

1. Murid-murid boleh mengalami penerimaan sepenuhnya ke atas diri sendiri
dan kepuasan sepenuhnya dalam kehidupan

.

PROGRAM KAUN

CONTOH: `RAJAH BIOPS
B
A
Sistem Kepercayaan
Kejadian Yang Berlaku  Fikiran terbuka
Penyelewengan Seksual  Tidak mendesak
1. Keluarga tidak berfungsi/ gagal  Berfikiran positif
- Pertengkaran  Menerima pandangan ora
- Berceraian
- Ibu bapa panas baran (REDHA)
- Penderaan
2. Miskin
- Pendapatan keluarga rendah
- Keluarga tiada pendapatan rendah
- Ibu bapa penganggur
- Persekitaran miskin
3. Masalah dalam interaksi sosial
- Di marahi
- Kegagalan
-Kematian
- Dikecewakan
-Perpisahan
- Dilupakan
- tidak dihargai

NSELING BERFOKUS 154

LAMPIRAN 3

SIKOLOGIKAL POSITIF C
n Positif Emosi Positif Terhasil

ang lain

Perlakuan Positif Terhasil

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 155

6.4.8 AKTIVITI 8

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Potensi Diri

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Mengenal potensi diri

2. Menggilap potensi diri

3. Menghargai maruah diri

MASA : 45 minit – 60 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Laptop, LCD, CD pelbagai potensi diri

LANGKAH :

1. Guru Kaunseling memulakan perjumpaan dengan kata-kata aluan.

2. Guru Kaunseling menayangkan CD yang menunjukkan contoh-contoh kejayaan
pelbagai individu yang berjaya mengasah potensi diri mereka.

3. Guru Kaunseling meminta murid-murid mencari pasangan masing-masing.

4. Murid-murid diminta memberi maklumbalas tentang kelebihan atau
keistimewaan pasangannya.

5. Guru Kaunseling memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk memberi
maklumbalas tentang potensi diri pasangannya.

Penilaian : Hasil maklumbalas daripada setiap pasangan.
Rumusan : Potensi diri perlu digilap demi kejayaan dalam hidup.
Falsafah : Manusia dilahirkan mempunyai potensi diri.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 156

6.4.9 AKTIVITI 9

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ketegasan Diri

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Memahami maksud ketegasan diri

2. Mengenalpasti ciri-ciri ketegasan diri

3. Meningkatkan tingkah laku ketegasan diri

MASA : 80 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Bahan edaran skrip dialog

LANGKAH :

1. Guru Kaunseling mengedarakan skrip dialog dan meminta pelajar melakonkan
watak-watak dalam dialog tersebut. (Rujuk lampiran 3)

2. Guru Kaunseling menerangkan definisi ketegasan diri Guru Kaunseling
menerangkan perbezaan sikap ketegasan diri dan sebagainya.

3. Guru Kaunseling menerangkan perbezaan ketegasan diri dan sebagainya.

4. Murid-murid diminta memain peranan bagi peneguhan sikap ketegasan diri
dalam bentuk dialog.

5. Guru Kaunseling menerangkan ciri-ciri orang yang bersikap ketegasan diri.

Penilaian :
1. Murid diminta menyatakan semula definisi serta ciri-ciri sikap ketegasan diri
dan melakonkan tingkah laku tersebut.

Rumusan :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 157

1. Murid seharusnya berkeupayaan untuk meluahkan perasaan
2. Keperluan dan buah fikiran secara jujur dan berterus terang.
3. Pada masa yang sama, murid juga perlu menghormati keperluan dan perasaan

orang lain.

Falsafah :

1. Tegas diri membantu meningkatkan keyakinan diri dan melahirkan rasa
hormat-menghormati.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 158
LAMPIRAN 4

Kemahiran Ketegasan Diri
Situasi :Salahlaku Seksual

SENARIO PERTAMA

Alif : Ani, awak bincang apa tu dengan Siti?
Ani : Kami bincang mengenai folio sejarah?
( Tiba-tiba Alif duduk di tepi Ani )
Ani : Eh, Kenapa awak duduk di sebelah saya ni? Kan ada banyak kereusi
yang lain
Alif : Alah, Ani kan kita kawan satu kelas semenjak sekolah lagi. Takkan itu
pun kau malu ( sambil memegang bahu Ani )

Ani : ( Sambil menepis tangan Alif ). Eh, apa kau buat ni, aku tak sukalah.
Kau tahu tak sikap kau ni menunjukkan kau tidak menghormati aku.

SENARIO KEDUA

Abu : Sani, Jom petang ni, kita pergi tempat biasa.
Said : Kali ni Sani, baik punya stok la
Sani : Emm, aku rasa petang ni, aku malaslah nak pergi.
Abu : Rugi, ini best punya.
Sani : Aku rasa apa kita buat selama ni, adalah salah dan berdosa pulak tu.
Zaid : Sejak bila kau jadi baik ni?
Sani : Sebenarnya, aku sudah lama memikirkan mengenai apa yang kita
lakukan ni. Aku minta maaflah kerana tidak dapat ikut dan aku
berharap kau orang akan faham

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 159

6.4.10 AKTIVITI 10

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Kesedaran Kerohanian

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Menyedari betapa pentingnya cara hidup sihatdari segi fizikal
dan mental

2. Mengukuhkan kefahaman murid bahawa sebarang dugaan
yang dihadapi perlu merujuk kembali kepada tuhan.

3. Mengamalkan kehidupan menurut tuntutan agama.

MASA : 60 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Laptop, LCD, contoh muzik latar, contoh gaya hidup sihat,

Surat “Wasiat Iman”

LANGKAH :

1. Guru kaunseling memberikan maklumat pelbagai gaya hidup sihat.

2. Guru kaunseling menayangkan CD berunsur keinsafan penghujung kehidupan
seseorang insan.

3. Diringi muzik latar, Guru Kaunseling menyediakan suasana yang bersesuaian
untuk membuat refleksi diri ( imbas kembali ) dan seterusnya membuka minda
untuk membina keyakinan diri demi mencapai kejayaan dalam hidup.

4. Murid-murid diminta menulis surat ”Wasiat Iman” yang disediakan oleh Guru
Kaunseling.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 160
Surat ”Wasiat Iman”
Penilaian :

Rumusan : Pengukuhan Kerohanian

Falsafah : Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 161

LAMPIRAN 5

WASIAT IMAN

IBU

AYAH

GURU

Saya dengan penuh keinsafan, Tarikh:
.........................
................................................
()

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 162

6.4.11 AKTIVITI 11

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Pengiktirafan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

Merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh warga sekolah.

Mengukuhan kehebatan diri masing-masing.

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Sijil Penghargaan

LANGKAH :

1. Guru Kaunseling meminta semua murid meluahkan perasaan dan berkongsi
pengalaman di sepanjang sesi yang telah dilalui.

2. Guru Kaunseling memberi pengukuhan ke atasperubahan tingkah laku murid-
murid.

3. Pentadbir sekolah memberi pengiktirafandengan menyampaikan Sijil
Penghargaan kepada murid-murid.

Penilaian : Sijil Penghargaan

Rumusan : Pengukuhan kepada perubahaan tingkah laku positif.

Falsafah : Kalau tak pecahkan ruyung manakan sagunya

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 163

6.4.12 AKTIVITI 12

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Amazing Race

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Memupuk semangat kerjasama di kalangan Murid.

2. Mematuhi arahan untuk membentuk disiplin

3. Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

MASA : 90 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Epal dan tali rafia (stesen 1), Pinggan kertas, bawang putih

(stesen 2), Belon (stesen 3), Guni ( stesen 4 ),

LANGKAH :

1. Guru kaunseling menyediakan 5 stesen yang berlainan aktiviti.

2. Guru Kaunseling menyediakan fasilitator bagi setiap stesen.

3. Murid-murid dibahagikan dalam kumpulan, setiap kumpulan seramai 5 orang.

4. Guru Kaunseling menyediakan bahan-bahan bagi setiap stesen.

5. Guru kaunseling menyediakan 5 set klu pelbagai warna.

6. Murid-murid menjalani aktiviti bagi setiap stesen dengan menggunakan klu-
klu yang disediakan

Penilaian : -

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 164
LAMPIRAN 6

PEMBAYANG

Ikan Di laut, asam di darat (kolam)
Ke Garisan, sedia, Go! (padang)
Pohon Beringin...daunnya rendang (Pokok Besar)
Kutanam pokok bunga, bunga mawar namanya (Taman Bunga)
Bapaku pulang dari kota..... bapaku belikan kereta ( tempat letak kereta

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 165

6.4.13 AKTIVITI 13

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Penamatan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Memberi peluang kepada ahli-ahli menyemak semula proses
yang dilalui sepanjang terlibat dalam sesi kelompok.

2. Memberi peluang setiap ahli memperolehi peneguhan positif
dan pengharapan yang membina daripada ahli-ahli lain.

MASA : 60 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Kertas A4 dan alat tulis

LANGKAH :

1. Murid-murid duduk dalam bentuk bulatan dan guru kaunseling menjelaskan
kepada murid bahawa tiba di peringkat terakhir dalam proses kaunseling
kelompok.

2. Guru kaunseling hanya perlu menyemak semula setiap peringkat kelompok
yang telah dilalui oleh murid-murid.

3. Murid-murid membuat perkongsian tentang perasaan dan fikiran yang dialami
secara lisan dari peringkat awal kelompok sehingga masa kini.

4. Guru kaunseling mengedarkan kertas A4 dan meminta setiap ahli menulis
nama masing-masing. Seterusnya, mengutip kertas tersebut semula dan
mengedarkan kertas tersebut kepada murid lain. Tanpa diketahui oleh penama
dalam kertas tersebut, setiap murid diminta untuk mencatatkan 3 peneguhan
positif.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 166

5. Guru kaunseling mengutip semula kertas tersebut dan menyerahkan semula
kepada penama yang tercatat. Seterusnya meminta setiap murid berkongsi
apa yang tercatat daripada ahli yang tidak diketahui dengan murid-murid
dalam kelompok.

6. Guru kaunseling merumuskan apa yang telah berlaku sepanjang aktiviti ini.

Penilaian :
Murid-murid dapat mencari rakan-rakan yang boleh membantu ke arah kebaikan

Rumusan :

Kawan yang baik adalah kawan yang boleh memberi gambaran diri kita yang sebenar
untuk kebaikan pada masa akan datang.

Falsafah :

Kawan diperlukan untuk membantu kita dan ada masanya kita memerlukan masa
yang sendiri untuk menggunakan segala potensi yang ada demi mencapai kejayaan.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 167

6.4.14 AKTIVITI 14

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Rujukan Kesihatan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Murid-murid dapat menangani tahap kesihatan.

2. Murid-murid dapat meningkatkan rasional kesihatan kendiri

MASA : 120 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Ulasan sesi kaunseling

LANGKAH :

1. Guru kaunseling akan membuat laporan bersama pihak pentabdir dan merujuk
kepada Jabatan kebajikan Masyarakat.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 168

6.4.15 AKTIVITI 15

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Pameran Gaya Hidup SIhat

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

1. Murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan pelbagai
gaya hidup sihat.

2. Murid-murid membina pengukuhan diri untuk mengekalkan
gaya hidup sihat fizikal dan mental

MASA : 180 minit

SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan salahlaku

seksual.

BAHAN-BAHAN: Borang Gaya Hidup Sihat (Lampiran 7)

LANGKAH :

1. Guru kaunseling menyediakan surat pemohonan untuk mengadakan pameran
kepada Kementerian Kesihatan dan PDRM

2. Guru kaunseling menyediakan pameran

3. Murid-murid mengadakan soal jawab untuk maklumat bersama dengan
pegawai kebajikan dan polis

Penilaian : Borang Gaya Hidup Sihat

Rumusan :
1. Murid-murid bertanggungjawab menjalani gaya hidup sihat untuk dirinya

Falsafah : Kesihatan Mahkota Kehidupan

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 169

LAMPIRAN 7

BORANG GAYA HIDUP SIHAT

1) Amalan Gaya Hidup Sihat

i)_______________________________________
ii)_______________________________________
iii)_______________________________________
iv)_______________________________________

2) Risiko Amalan Gaya Hidup Tidak Sihat

i)_______________________________________
ii)_______________________________________
iii)______________________________________
iv)______________________________________

3) Wawasan Saya Ke arah Gaya Hidup Sihat

i)_______________________________________
ii)______________________________________
iii)______________________________________
iv)______________________________________

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 170

7.0 PROGRAM DISIPLIN GADUH

PROGRAM
TEMAN SEJATI

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 171

7.1 PANDUAN PELAKSANAAN

7.1.1 PENDAHULUAN

Murid-murid sekarang mudah menghadapi konflik dalam kalangan mereka yang
mengakibatkan pergaduhan. Justeru itu program ini dirangka supaya pelajar terlibat
dapat menghadapi situasi dan berupaya menanganinya dengan berkesan.

BIDANG DISIPLIN - GADUH

AKTIVITI 7.1.2 MATLAMAT

BIL TAJUK Melahirkan murid yang
1 Aktiviti Suai Kenal mempunyai jati diri, ketrampilan
2 Kenal Diri dan sahsiah diri yang positif dan
3 Kendiri positif - negatif meninkatkan data bilangan murid
4 Teman Sejati yang telah berubah tingkah
5 Garis Kehidupan lakunya serta memperolehi
6 Program Bersama Ibu Bapa kecemerlangan akademik.
7 Kem Jati Diri EQ
7.1.3 OBJEKTIF
Pengurusan Emosi Kemarahan
Pengurusan Stress 7.1.3.1 Murid boleh
Komunikasi Berkesan
Kerja Berpasukan mengaplikasikan sikap hormat
Malam Appreasiasi
8 Lawatan ke Lokap Polis menghormati dalam kalangan
9 Pertandingan Persahabatan
10 Warkah Talian Kasih mereka dan juga dengan orang
11 Warkah Untuk Tersayang
lain.
pergaduhan.
7.1.3.2 Mengurangkan kadar
penglibatan murid dalam kes

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 172

7.1.3.3 Memupuk kemesraan dan mengurangkan ketegangan emosi dalam
kalangan murid.

7.1.4 SASARAN
10 hingga 20 murid yang terlibat dengan kes pergaduhan.

7.1.5 PELAKSANAAN
7.1.5.1. Suai Kenal / Ice breaking
7.1.5.2. Kenal diri
7.1.5.3. Kendiri positif-negatif
7.1.5.4. Teman Sejati & Garis Kehidupan
7.1.5.5. Program Bersama Ibubapa
7.1.5.6. Kem Jati Diri EQ
7.1.5.6.1. Pengurusan Emosi Kemarahan
7.1.5.6.2. Pengurusan Stress
7.1.5.6.3. Komunikasi Berkesan
7.1.5.6.4. Kerja Berpasukan
7.1.5.6.5. Malam Appresiasi
7.1.5.7. Lawatan Ke Lokap Polis
7.1.5.8. Pertandingan Persahabatan
7.1.5.9. (boling/futsal/bola sepak/bola baling – Mengikut kesesuaian dan
situasi)
7.1.5.10. Warkah Talian Kasih
7.1.5.11. Warkah Untuk Tersayang

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 173

7.1.6 PENILAIAN
1. Mendapatkan dapatan rekod disiplin pelajar terkini
2. Borang penilaian kendiri (Lampiran 7)
3. Borang maklum balas perubahan tingkahlaku dari guru tingkatan/guru
disiplin (Lampiran 8)
4. Borang maklum balas perubahan tingkahlaku dari rakan
sebaya/pengawas/PRS (Lampiran 9)

7.1.7 PENUTUP

Diharapkan program ini akan mencapai objektif yang telah disasarkan dengan jayanya.
Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program
ini.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 174

7.2 PROSES KERJA

PROGRAM TEMAN SEJATI (KAUNSELING BERFOKUS)
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bil Proses Kerja Tempoh Pegawai Yang Catatan

Pelaksanaan Meluluskan / Dirujuk

1. Mengesan dan mengenalpasti murid Januari
berdasarkan maklumat. -

Menyenaraikan murid mengikut BIDANG Februari Pengetua
2. kemudian menyenaraikan mengikut

kumpulan sasaran.

Mengadakan sesi pertemuan dengan Penolong Kanan HEM
Ketua Guru Disiplin
3. murid yang terlibat dan merasionalkan Februari
mereka mengapa terpilih dalam Program - Unit B&K

Teman Sejati. Mac

4. Mendapatkan maklumat peribadi murid
yang terlibat.

5. Menghantar maklumat awal pelajar Penyelaras Tingkatan
kepada Pengetua dan Unit HEM Sekolah.

6. Menyediakan Modul Latihan Berstruktur April Guru Kelas
untuk Program Teman Sejati.

7. Menjalankan ujian pra aktiviti. Guru Matapelajaran

8 Murid mengikuti proses Program Teman April -
Sejati mengikut modul. Oktober

9. Menjalani ujian post aktiviti Oktober

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 175

10. Membuat analisis ujian pra/post.

11. Menyediakan pelaporan keberkesanan.

12. Berbincang / membentangkan laporan
kepada pengetua dan PK HEM.

13. Menyimpan satu salinan kepada Unit
B&K

14. Mengantar laporan kepada PPD

15. Menghantar Laporan kepada Unit HEM November
JPNS

16. Tindakan susulan.

7.3 CARTA ALIRAN KERJA

MULA Berbincang antara GBKSM dan Guru Disiplin yang ada di sekolah
MULA
Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana.
Mengesan pelajar berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber

Kategorikan pelajar mengikut bidang dan kumpulan sasaran
Kumpulkan pelajar dan berikan penerangan dan rasionalkan
mereka
Edarkan Borang Profil Pelajar

Simpan maklumat awal pelajar ke Unit HEM dan Kaunseling sekolah

Pelajar menjalani proses kaunseling dan program Teman Sejati

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 176

Hantar maklumat awal ke PPPD & Unit HEM JPNS
Sediakan laporan dan catatan

TAMAT Bentangkan laporan kepada pengetua dan hantar kepada PPD

TAMAT

7.4 PROGRAM TEMAN SEJATI

7.4.1 AKTIVITI 1

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ice-Breaking

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Membina hubungan mesra antara ahli dalam kelompok.

2. Mendapatkan maklumat biodata diri setiap ahli.

MASA : 60 minit

SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh)

BAHAN : Borang biodata diri (Lampiran 4), Pen

LANGKAH :

1. Guru Kaunseling meminta pelajar duduk dalam satu bulatan.

2. Guru Kaunseling mengedarkan borang biodata diri.

3. Setiap pelajar diminta mengisi borang biodata diri tersebut.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 177

4. Guru Kaunseling meminta pelajar memperkenalkan diri dan latar belakang
keluarga masing-masing.

5. Setelah semua selesai, guru kaunseling membuat kesimpulan tentang latar
belakang murid yang berbeza dan unik. Oleh itu, setiap murid perlu saling
hormat – menghormati di antara satu sama lain.

Penilaian :
1. Keterbukaan ahli kelompok berkongsi latar belakang diri dan keluarga.

Falsafah : Tak Kenal Maka Tak Cinta

BORANG MAKLUMAT PERIBADI MURID LAMPIRAN 1

KATEGORI GAMBAR
NAMA GURU KELAS TERKINI
TINGKATAN

PERIBADI : ____________________________________________________________

1.1. Nama : __________________ Jantina : _________________
1.2. Umur
1.3. No. Kad Pengenalan : __________________ Tarikh Lahir : _________________
1.4. Alamat Rumah
: ___________________________________________________________
1.5. No Telefon
__________________________________________________________

__________________________________________________________

: (R) ___________________ (Bimbit) __________________

BUTIRAN BAPA

Nama : __________________________________ Umur : ________________
Pekerjaan
Alamat Pejabat : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________

No. Telefon : _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

: (P) _____________________ (Bimbit) ____________________

BUTIRAN IBU

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 178

Nama : __________________________________ Umur : ________________
Pekerjaan
Alamat Pejabat : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________

No. Telefon : _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

: (P) _____________________ (Bimbit) ____________________

BUTIRAN RAKAN / WARIS

Nama : __________________________________ Umur : ________________
Alamat Rumah
: _________________________________________________________________
No. Telefon
_________________________________________________________________

: (R) _____________________ (Bimbit) ____________________

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
Tandatangan
Tandatangan : _______________________ Nama : ________________________
: _______________________
Nama : _______________________ Tarikh
(PENGETUA / GURU BESAR)
(GBKSM) : _______________________

Tarikh : _______________________

7.4.2 AKTIVITI 2

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Kenal Diri

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :

1. Mengenali diri ahli dalam kelompok dengan lebih dekat.

2. Mengetahui bahawa setiap orang mempunyai personaliti dan
sikap yang berbeza.

3. Meluahkan hal-hal yang berkaitan dengan dirinya.

MASA : 60 minit

SASARAN : 10 orang pelajar ( kumpulan bergaduh )

BAHAN : Ujian Pra (Lampiran 2) , Borang Senarai Semak Tingkah Laku

(Lampiran 3), Gambar wajah emosi manusia.

LANGKAH :

1. Guru Kaunseling menunjukkan gambar wajah emosi manusia yang berbeza
dan bertanya kepada semua murid tentang emosi mereka ketika itu.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 179

2. Guru Kaunseling mengedarkan ujian pra kepada semua murid dan meminta
mereka mengisi borang tersebut.

3. Setelah selesai, guru kaunseling mengedarkan borang senarai semak tingkah
laku dan meminta murid mengisinya.

4. Kemudian, murid diminta untuk berkongsi tentang maklumat yang diisi dalam
borang senarai semak diri tersebut.

5. Murid-murid lain disaran untuk memberi respon.
6. Setelah semua selesai, guru kaunseling membuat kesimpulan tentang faktor-

faktor yang boleh mencetuskan pergaduhan dalam kalangan murid.

Penilaian : Kerelaan murid mengakui kesilapan lalu.
Rumusan :
Falsafah : Setiap manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 180

LAMPIRAN 2

UJIAN PRA

1-Setuju 2- Kurang Setuju 3- Tidak Setuju

Bil Item 1 23

1 Saya suka berada dalam kumpulan ini

2 Saya bersedia mendengar pendapat orang lain

3 Saya selalu menegur kesalahan orang lain

4 Saya tidak suka ditegur atau dikritik

5 Saya seorang individu yang panas baran

6 Saya bersedia untuk mengaku kesalahan saya

7 Saya selalunya boleh membuat pilihan yang betul

8 Saya mampu berhadapan dengan kemarahan orang lain dengan
sabar

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 181

9 Saya boleh bezakan antara gurauan dan perkara serius
10 Saya bersedia untuk berubah

LAMPIRAN 3

SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU

Nama : ____________________________________________
Tingkatan : _____________________

BIL. ITEM YA TIDAK

A. PERSONALITI
1 Saya seorang yang sensitif.
2 Saya tidak mudah terasa.
3 Saya mengambil berat tentang orang lain.
4 Saya cepat merajuk.
5 Saya seorang yang penyabar.
6 Saya seorang yang emosional.
7 Saya tidak mudah cemburu.
8 Saya suka bertindak tanpa berfikir panjang.
9 Saya suka menyendiri.
10 Saya tidak peduli dengan persekitaran saya.
B. PUNCA SALAH LAKU
1 Bapa saya seorang yang garang.
2 Ibu kurang memberi perhatian terhadap saya.
3 Guru pilih kasih.
4 Kawan-kawan tidak mengendahkan saya.
5 Saya tidak pernah dihormati.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 182

6 Pendapat saya sering tidak diterima.
7 Orang lain memandang rendah terhadap saya.
C. SITUASI SALAH LAKU
1 Saya bergaduh hampir setiap hari.
2 Saya kurang selesa sekiranya tidak bergaduh.
3 Saya mendapat perlindungan dan sokongan daripada

pihak luar.
4 Saya bangga dan megah apabila bergaduh.
5 Saya berasa puas hati apabila dapat melepaskan

kemarahan kepada orang lain.
D. KONSEP KENDIRI
1 Saya perlu dibantu.
2 Saya bersedia untuk berubah.
3 Saya yakin boleh berubah pada akhir tahun ini.
4 Saya bersedia memberi kerjasama yang sepatutnya.
5 Dalam situasi yang tertentu, saya seorang yang boleh

dipercayai.

7.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Kendiri Positif-Negatif

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Guru kaunseling dapat mengenal diri murid dari segi kelemahan
dan kekuatan.

2. Mewujudkan keyakinan diri dan menghargai diri sendiri.

MASA : 60 minit

SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh)

BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

1. Guru kaunseling mengedarkan kertas A4.

2. Guru kaunseling mengarahkan murid melukiskan wajah sendiri pada kertas A4.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 183

3. Guru kaunseling membuat provokasi ke atas murid berdasarkan lukisan yang
dibuat.

4. Guru kaunseling memastikan murid dapat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan sendiri.

Penilaian :

1. Murid dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing.

Rumusan :

1. Murid dapat menggunakan kekuatan dirinya untuk mengatasi masalah yang
dihadapi.

Falsafah :

1. Manusia perlu menerima kekuatan dan kelemahan diri masing-masing.

7.4.4 AKTIVITI 4

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Teman Sejati

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengenali dan menghargai rakan-rakan sekumpulan

2. Menimbulkan kemesraan dan saling menyayangi.

3. Menghayati erti kasih sayag yang sebenar

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh)

BAHAN : Lagu ’Teman Sejati’

LANGKAH :

1. Murid duduk dalam bulatan bersama Guru kaunseling


Click to View FlipBook Version