The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cgu Erdha Jamal, 2022-04-09 01:46:25

MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS KPM TAHUN 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 86

Penilaian : Murid dapat mengenal diri sendiri.

Rumusan :

1. Dengan borang maklumat peribadi yang dikumpulkan kita dapat mengumpul
maklumat dan mengenal latar belakang murid

Falsafah : Tak Kenal MakanTak Cinta

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 87

4.4.2 AKTIVITI 2

Bidang : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Diari Hidupku)

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang jadual aktiviti seharian

2. Merekod aktiviti dalam jadual seharian murid

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Pen dan lampiran 1 dan 2

LANGKAH :

1. GBKSM mengumpul murid yang telah dikenalpasti terlibat lanjutan dari aktiviti
yang telah lepas

2. GBKSM menerangkan tujuan perjumpaan aktiviti kelompok

3. Murid-murid diminta menceritakan aktiviti kehidupan seharian secara bergilir-
gilir

4. Murid-murid diminta mencatat aktiviti dalam jadual “ Sehari Dalam Hidupku”

i. Hari Persekolahan

ii. Hari Cuti

5. GBKSM mengumpul hasil murid untuk tujuan penilaian

Penilaian :

1. GBKSM mengenalpasti dan menganalisa aktiviti murid-murid untuk tujuan
pembaikan masalah ponteng di kalangan murid.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 88

Rumusan :
1. GBKSM dapat mengenalpasti punca ponteng dan menggunakan pendekatan
yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid

Falsafah : Hargai Masa Kerana Masa Tidak Akan Berulang-Masa Itu Emas

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 89

LAMPIRAN 1

Aktiviti Hari Persekolahan

Masa Aktiviti
6.00 -7.00 pg
7.00 - 8.00 pg
8.00 - 9.00 pg
9.00 -10.00 pg
10.00 -11.00 pg
11.00 -12.00 tgh
12.00 -1.00 ptg
1.00 - 2.00 ptg
2.00 - 3.00ptg
3.00 - 4.00 ptg
4.00 - 5.00 ptg
5.00 - 6.00 ptg
6.00 - 7.00 mlm

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 90
LAMPIRAN 2

Aktiviti Hari Cuti

Masa Aktiviti
6.00 -7.00 pg
7.00 - 8.00 pg
8.00 - 9.00 pg
9.00 -10.00 pg
10.00 -11.00 pg
11.00 -12.00 tgh
12.00 -1.00 ptg
1.00 - 2.00 ptg
2.00 - 3.00ptg
3.00 - 4.00 ptg
4.00 - 5.00 ptg
5.00 - 6.00 ptg
6.00 - 7.00 mlm

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 91

4.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Ponteng (Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. mengurangkan kes ponteng kelas dan ponteng sekolah
2. meningkatkan jati diri murid-murid
3. meningkatkan hubungan yang baik dengan GBKSM

MASA : Setiap waktu pagi hari persekolahan

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Borang prestasi kehadiran

LANGKAH :

1. Murid-murid berjumpa dengan GBKSM setiap pagi sebelum perhimpunan

2. GBKSM akan menandakan kehadiran

3. GBKSM memberi sentuhan mesra dan nilai murni

4. Kehadiran murid-murid akan membuat melalui graf kehadiran setiap
minggu/bulan

Penilaian :

1. Murid-murid merasakan kehadirannya ke sekolah amat diperlukan kerana
adanya keprihatinan daripada GBKSM

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 92

Rumusan :

1. Program ini akan dapat melihat analisa kehadiran murid melalui catatan
kehadiran dan graf peningkatan kehadiran

Falsafah :

1. Masa Depan Itu Di Beli Oleh Masa Depan Sekarang “Samuel Johnson”

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 93

4.4.4 AKTIVITI 4

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Luahan Rasa)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengeluarkan isi hatinya

2. Dapat mengetahuai masalah murid

3. Membantu murid mengatasi masalahnya

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

1. Murid ditanya tentang masalah yang dihadapi

2. Murid diminta meluahkan rasahatinya pada kertas A4

3. GBKSM mengutip dan membaca luahan hati murid

Penilaian : GBKSM prihatin terhadap luahan rasa murid

Rumusan :

1. Dapat memberi nasihat dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah murid

Falsafah : Tiada Masalah Yang Tidak Dapat Diselesaikan

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 94

4.4.5 AKTIVITI 5

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Ponteng (Kaunseling Individu/sentuhan kendiri)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mempunyai inisiatif diri untuk mengurangkan masalah ponteng
2. Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupannya

MASA : 40 minit

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Soal selidik kehadiran murid

LANGKAH :

1. GBKSM membuat temujanji dengan murid

2. GBKSM mengetahui perkembangan kehadiran murid melalui soal selidik
kehadiran murid

3. GBKSM memberi galakan dan sokongan

4. GBKSM membuat pemantauan sepanjang masa

Penilaian : Murid dapat menangani masalah ponteng dengan yakin

Rumusan :

1. Kasih sayang daripada pihak sekolah membantu murid mengarah ke hala tuju
yang positif

Falsafah : Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 95

4.4.6 AKTIVITI 6

BIDANG : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Paparan Slaid Masalah Tingkahlaku)

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Membuat perbandingan melalui slaid salah laku

2. Menilai salah laku yang baik dan buruk

3. Mendapat iktibar daripada salah laku yang ditayangkan

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Slaid salah laku, kertas A4,LCD

Langkah :

1. Murid ponteng dibawa ke dalam bilik kaunseling

2. Murid ditayangkan dengan slaid salah laku

3. GBKSM meminta murid memberikan pendapat tentang slaid salah laku yang
ditayangkan

Penilaian :

1. GBKSM memberi kertas A4 kepada murid untuk mencatat baik dan buruknya
slaid yang ditayangkan

Rumusan :

1. Melalui tayangan slaid tadi, murid dapat membandingkan tingkah laku-tingkah
laku yang baik dan tidak baik dan menilaikannya semula kepada masalah
mereka

Falsafah : Hidup Penuh Dugaan Dan Cabaran

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 96

4.4.7 AKTIVITI 7

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Program Lawatan Ke Pusat Pemulihan Akhlak-

universiti)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti lawatan murid dapat:

1. Pendedahan tentang akibat tindakan salah laku murid

2. Kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan

3. Menghargai masa seharian dan masa hadapan

MASA : 1 hari

SASARAN : Murid ponteng

BAHAN : Pengangkutan dan sumber kewangan

Langkah :

1. GBKSM merancang dan menetapkan tarikh lawatan

2. GBKSM memohon kebenaran lawatan daripada pihak PPD

3. GBKSM membuat temujanji program dengan pusat yang dilawati

4. GBKSM membawa murid-murid ponteng ke pusat pemulihan akhak

5. Murid-murid menyaksikan aktiviti dan bersoal jawab dengan penghuni pusat
pemulihan akhlak

6. GBKSM membuat “post moterm” lawatan bersama murid ponteng

Penilaian :

1. Murid-murid dapat menyaksikan dan menginsafi diri bahawa betapa ruginya
ponteng sekolah, membuang masa dan terlibat dengan akiviti salah laku

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 97

Rumusan :
1. GBKSM dapat memberi kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan
dikalangan murid ponteng agar tidak terlibat dengan tindakan salah laku

Falsafah : Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu ( Peribahasa Cina)

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 98

4.4.7 AKTIVITI 8

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Prestasi Akademik)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Dapat melihat perbandingan dan membuat analisa prestasi
akademik

2. Dapat idea bagaimana untuk meningkatkan prestasi
akademik

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Markah ujian bulanan

Langkah :

1. GBKSM membuat perbandingan antara 2 markah ujian bulanan

2. GBKSM membuat analisa markah bagi setiap mata pelajaran dengan
melukis graf

3. GBKSM meminta murid memberi sebab berdasarkan graf yang dibuat

4. GBKSM meminta murid memberi cadangan bagaimana untuk
meningkatkan prestasi akademik pada ujian akan datang

Penilaian :

1. Murid sedar bahawa tingkah laku pnteng menyebabkan prestasi akademik
menurun

Rumusan : Kehadiran yang konsisten dapat meningkatkan prestasi akademik
Falsafah : Kejayaan Tidak Datang Kepada Manusia Yang Leka

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 99

4.4.9 AKTIVITI 9

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Ponteng (Ceritaku)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. menilai pentingnya sayang akan diri dan keluarga

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid ponteng

Bahan : Cerita pendek, album keluarga

Langkah-Langkah :

1. GBKSM bercerita “cerita pendek” berkaitan kasih sayang dan menunjukkan
album keluarga

2. Murid menyatakan sejauh mana dia menyayangi dirinya dan keluarganya

3. GBKSM menerangkan bagaimana murid boleh menunjukkan kasih sayang
kepada orang-orang yang berkaitan

4. GBKSM mengaitkan perilaku ponteng telah mengugat kasih sayang dan cita-
cita yang diharapkan

Penilaian :

1. Murid lebih menyayangi diri dan keluarganya dan mengurangkan tingkah laku
ponteng

Rumusan :

1. Kasih sayang sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid

Falsafah : Sayangi Diri Anda Dan Keluarga Anda

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 100

4.4.10 AKTIVITI 10

Bidang : Disiplin

Tajuk : Ponteng (Riadah/ Appresiasi )

Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Dapat mendekati murid-murid ponteng secara lebih Mesra

2. Dapat mengembirakan hati murid

3. Dapat menghilangkan stres murid

4. Penghargaan

Masa : 2 hari 1 malam

Sasaran : Murid ponteng/ibubapa/komuniti

Bahan : Sumber kewangan, pengangkutan, tajaan

Langkah :

1. GBKSM mendapat senarai nama murid

2. GBKSM menetapkan lokasi riadah

3. GBKSM menguruskan borang pelancongan dan kebenaran ibu bapa

4. GBKSM mencari sumber kewangan dan tajaan

5. merancang aktiviti riadah

6. Penglibatan Ibu Bapa dan komuniti

Penilaian :

1. Murid merasa seronok kerana mereka rasa dihargai dan tidak akan ponteng
lagi

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 101

Rumusan :
1. Riadah ini dapat memberi peluang kepada murid-murid lebih mesra dan
berkongsi maklumat dengan GKSM tanpa ada rasa rendah diri untuk mengatasi
masalah yang mereka hadapi

Falsafah :

1. Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding
Kurangya Kebijaksanaan Atau Kemahiran (Flower A. Newhouse)

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 102
5.0 PROGRAM DISIPLIN TINGKAH LAKU DEVIAN

PROGRAM

PERMATA

KASIHBIDANG DISIPLIN – TINGKAH LAKU DEVIEN

AKTIVITI

BIL TAJUK
1 Ice Breaking
2 Matlamat dan Etika Kelompok
3 Muhasabah Diri
4 Main peranan
5 Pendedahan Kendiri
6 Simulasi
7 Kisah Benar (Tayangan Video)
8 Kemahiran Komunikasi
9 Seikhlas Hati Seluhur Budi
10 Sehati Sejiwa

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 103

5.1 PANDUAN PELAKSANAAN

5.1.1 PENDAHULUAN

Masalah tingkah laku devian dalam kalangan remaja sekolah semakin berleluasa
amatlah membimbangkan pihak sekolah. Kebanyakan mereka ini melakukan tingkah
laku negatif ini kerana terpengaruh dengan rakan sebaya atau mengikut ‘trend’ terkini
serta mementingkan keseronokan duniawi semata-mata tanpa memikirkan kesan
buruk yang akan berlaku. Golongan murid ini juga sebenarnya tidak mendapat
sokongan daripada individu yang hampir dengan diri mereka dalam membentuk
tingkah laku yang baik.

Sehubungan dengan itu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran
Malaysia telah merancang satu program iaitu Program Permata Kasih yang
diharapkan dapat membantu murid ini agar lebih menghargai diri sendiri dan orang
lain. Adalah diharapkan program ini mampu menyentuh fitrah dan jiwa nurani mereka
supaya murid ini mampu berubah bermula dari dalam diri mereka sendiri.

5.1.2 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang menghargai diri sendiri dan seterusnya cemerlang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 104

5.1.3 OBJEKTIF
5.1.3.1. Mengurangkan tingkah laku devian dalam diri murid.
5.1.3.2. Memberi kesedaran kepada murid tentang tanggungjawab dalam
membentuk keperibadian yang mulia dan berwibawa.
5.1.3.3. Membina dan mengukuhkan lagi peribadi murid dengan pelbagai teknik
untuk meningkatkan kualiti diri melalui motivasi.
5.1.3.4. Menanamkan semangat mencapai kecemerlangan dan berjaya dalam
semua lapangan hidup termasuklah pembelajaran.
5.1.3.5. Melahirkan kumpulan murid yang mampu menjadi contoh kepada murid
bermasalah lain.

5.1.4 SASARAN
Kelompok murid yang bermasalah tingkah laku devian.

5.1.5 PELAKSANAAN MASA BULAN
Bil MODUL 40 MINIT JANUARI
1 Ice-Breaking 40 MINIT FEBRUARI
2 Matlamat Dan Etika Kelompok 40 MINIT
3 Muhasabah Diri 45 MINIT MAC
4 Main Peranan 40 MINIT APRIL
5 Pendedahan Kendiri 40 MINIT MEI
6 Simulasi 40 MINIT JUN
7 Kisah Benar (Tayangan Video) 40 MINIT JULAI
8 Kemahiran Komunikasi 45 MINIT OGOS
9 Seikhlas Hati Seluhur Budi 60 MINIT SEPTEMBER
10 Sehati Sejiwa OKTOBER

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 105

5.1.6 PENILAIAN

5.1.6.1. Borang Soal Selidik Skala Sikap – Lampiran 2
5.1.6.2. Instrumen Penilaian program – Lampiran 3

5.1.7 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat berjalan seperti yang dirancang. Semoga objektif
untuk menghasilkan kumpulan murid yang mempunyai sikap dan akhlak yang baik dan
dapat membuat perubahan dalam diri mereka akan tercapai dan seterusnya dapat
menjadi contoh kepada pelajar lain.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 106

5.2 PROSES KERJA

PROSES KERJA TEMPOH PERSONALIA CATATAN

Mengenal pasti masalah murid berdasarkan 1 minggu GBKSM
maklumat melalui Unit Disiplin Guru Disiplin

Klasifikasikan jumlah murid dalam kumpulan kecil 2 hari GBKSM

Dapatkan data murid yang terkini daripada guru 1 hari GBKSM
disiplin 1 hari Guru Disiplin
Murid mengisi Borang Profil Murid
GBKSM
Ujian Pra
Ice-breaking dan memberikan rasional program 1 hari GBKSM
yang akan dijalani kepada murid
Menjalankan modul Permata Kasih (Tingkah Laku 1 bulan GBKSM
Devian)
Pelajar mengikuti proses kaunseling individu, 9 bulan GBKSM
kelompok / program khas.
5 bulan GBKSM
Ujian Pos 1 hari GBKSM

Mengadakan temubual soal selidik terhadap guru 2 hari GBKSM
kelas mengenai perubahan tingkah laku pelajar
berkenaan. 1 hari GBKSM
Membuat analisis ujian pos 2 hari GBKSM
Menyediakan laporan lengkap bagi setiap kali 1 hari GBKSM
perjumpaan 1 hari GBKSM
Bentang laporan kepada pengetua 1 hari GBKSM
1 hari GBKSM
Hantar laporan kepada Unit HEM

Hantar laporan kepada PPD

Tindakan susulan

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 107

5.3 CARTA ALIRAN

Mula
Mengadakan Mesyuarat jawatankuasa pelaksana Program Kaunseling Berfokus.

Mendapatkan maklumat pelajar bertingkah laku devian melalui unit disiplin.

Mengumpul pelajar yang telah dikenalpasti sebagai devian dan rasionalkan mereka

Mengedarkan borang profil pelajar

Mengadakan ujian pra tingkah laku devian
Laksanakan program (Permata Kasih) tingkah laku devian

Dapatkan laporan prestasi disiplin dan akademik murid daripada Guru disiplin dan guru kelas
Mengadakan Ujian Pos dan Penilaian
Tidak Capai

Sesi Kaunseling Individu/Kelompok
Capai

Sediakan laporan program

Bentangkan laporan program
Tamat

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 108

5.4 PROGRAM PERMATA KASIH
5.4.1 AKTIVITI 1

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

TAJUK : Ice-Breaking

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Mewujudkan satu kelompok yang mempunyai rasa
tanggungjawab dan bekerjasama.

2. Mengeratkan hubungan sesama ahli kelompok

3. Membina kepercayaan dan kekuatan bagi mempertahankan
kelompok.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang murid berkelakuan devian

BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

1. Set Induksi : GBKSM bertanya khabar kepada murid dan memperkenalkan diri
beliau.

2. Setiap ahli kumpulan akan memperkenalkan diri masing-masing secara
sukarela.

3. Setiap ahli akan mengingati dan mengulangi biodata ahli disebelah kiri dan
kanan masing-masing.

4. GBKSM akan meminta setiap ahli menerangkan matlamat, tujuan dan peranan
mereka di dalam kelompok.

5. GBKSM akan menerangkan matlamat, tujuan dan peranan SEBENAR ahli di
dalam kelompok.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 109

Penilaian :
1. Murid berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan.

Rumusan :

1. Murid dapat mengetahui tentang peranan dan matlamat mereka mengikuti
aktiviti yang dijalankan.

Falsafah : Bantu diri untuk membantu orang lain.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 110

5.4.2 AKTIVITI 2

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

TAJUK : Etika dan Matlamat Kelompok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Menyenarai dan mempersetujui satu garis panduan tatacara
disiplin kumpulan.

2. Mewujudkan perasaan saling mempercayai dalam kalangan ahli
kumpulan

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 murid yang berkelakuan devian

BAHAN : Kertas A4 dan pen

LANGKAH :

1. Murid-murid diminta berbincang sesama ahli kumpulan dan menyenaraikan
langkah satu garis panduan tatacara disiplin ahli kumpulan dan ditulis di atas
kertas A4.

2. GBKSM meminta murid-murid menandatangani satu perjanjian ,mematuhi
tatacara disiplin kumpulan.

3. Perjanjian ini diguna pakai dalam semua aktiviti kelompok.

Penilaian :

1. Murid-murid mempercayai ahli kumpulan kerana tatacara disiplin sudah
dibincang bersama.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 111

Rumusan :
1. Setiap kelompok mengandungi etika dan tatacara disiplin kumpulan yang
harus dipatuhi.

Falsafah :
1. Murid-murid mendapati berada dalam kelompok adalah berbeza dengan
pengalaman di dalam kelas.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 112

5.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

TAJUK : Muhasabah Diri

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa
setiap individu mempunyai sifat untuk melakukan kebaikan.

2. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti emosi masing-
masing.

3. Membimbing ahli kelompok mengawal emosi dalam pelbagai
situasi.

4. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa
setiap individu mempunyai sifat untuk melakukan kebaikan.

5. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti emosi masing-
masing.

6. Membimbing ahli kelompok mengawal emosi dalam pelbagai
situasi.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 murid yang berkelakuan devian

BAHAN : Kertas A4 dan pen

LANGKAH :

1. Set Induksi : GBKSM bertanya kepada murid siapakah individu yang paling
mereka sayang.

2. Ahli kelompok diminta duduk dalam bulatan.

3. GBKSM mengedarkan kertas A4 kepada murid.

4. GBKSM meminta pelajar melukis wajah orang yang paling disayangi dan paling
dibenci.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 113

5. GBKSM meminta murid mengoyakkan gambar orang yang paling dibenci
kemudian gambar orang yang paling disayangi.

6. GBKSM membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Penilaian :

1. Murid melakukan aktiviti melukis gambar / potret individu yang dibenci dan
disayangi.

Rumusan :

1. Mendidik murid supaya lebih menghargai individu yang paling hampir dengan
mereka dan menjauhi perasaan benci dan dendam sesama manusia

Falsafah :

1. Kalau seorang yang benci pada diri kita, ramai lagi orang yang akan sayang
pada kita.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 114

5.4.4 AKTIVITI 4

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

TAJUK : Main Peranan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Mendapat kesedaran mengenai peri pentingnya tutur kata dan
tingkahlaku yang sopan dalam kehidupan seharian.

2. Menyedari pentingnya budi bahasa dan adab sopan.

MASA : 45 minit

SASARAN : Murid yang berkelakuan devian

BAHAN : Dua buah kerusi

LANGKAH :

1. GBKSM menyapa murid dan bertanyakan khabar mereka.

2. GBKSM bercerita tentang cerita terkini di pawagam.Contohnya ‘Transformers’

3. GBKSM memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut iaitu
aktiviti main peranan.

4. GBKSM memberikan masa selama 10 minit kepada murid-murid dan meminta
mereka memikirkan konflik yang pernah berlaku di antara mereka dengan
orang yang rapat dengan mereka seperti ibu bapa, abang,makcik,pakcik dan
sebagainya.

5. Setelah tamat tempoh yang diberikan,murid-murid akan diminta bergilir-gilir
melakonkan kembali konflik yang pernah dialaminya.

6. Setelah semua murid selesai menjalankan aktiviti tadi, GBKSM akan membuat
rumusan .

Penilaian :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 115
1. Murid-murid menjalankan aktiviti main peranan.

Rumusan :

1. Pengalaman murid-murid melakukan aktiviti main peranan akan dapat
memberi kesedaran serta merta tentang perasaan orang terhampir dengan
mereka yang pernah disakiti

Falsafah :

1. Buang yang keruh , ambil yang jernih.

2. Air dicincang takkan putus.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 116

5.4.5 AKTIVITI 5

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

TAJUK : Pendedahan Kendiri

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Berkongsi maklumat, pengalaman, iktibar dan pengajaran.

2. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa
setiap individu mempunyai peluang untuk berubah.

3. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan diri masing-masing

MASA : 45 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian

BAHAN :-

LANGKAH :

1. Set Induksi : GBKSM bercerita mengenai pengalaman masa lampau diri beliau
kemudian bertanya kepada murid siapakah diantara mereka yang ingin
berkongsi pengalaman hidup.

2. Murid diminta untuk duduk di dalam bulatan.

3. GBKSM memberi tajuk ‘Mengapa saya perlu berubah’. Murid-murid diminta
berfikir sejenak.

4. Setiap murid secara sukarela memberi pendapat diri beliau tentang tajuk yang
dibincangkan dari sudut positif dan negatif.

5. Ahli kumpulan digalakkan memberi respon terhadap apa yang diceritakan oleh
ahli kelompok.

6. GBKSM membuat rumusan berdasarkan pandangan murid

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 117

Penilaian :
1. Murid berkongsi pengalaman dan maklumat

Rumusan :

1. Menggalakkan murid-murid supaya berani berkongsi pengalaman sesama ahli
kelompok

Falsafah :

1. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 118

5.4.6 AKTIVITI 6

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

TAJUK : Simulasi

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Membezakan tingkahlaku negatif atau positif semasa murid
berinteraksi

2. Memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain.

3. Membina kemahiran berkomunikasi.

4. Menjalinkan hubungan yang mesra antara rakan.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian

BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

1. Set Induksi : Guru bertanya kepada pelajar tentang gaya bahasa remaja terkini.

2. Murid duduk dalam bulatan dan dikehendaki mencari pasangan masing-
masing.

3. GBKSM memberi taklimat kepada murid tentang aktiviti yang akan dijalankan.

4. GBKSM menyediakan beberapa situasi yang sering berlaku dalam kehiduan
pelajar. (Lampiran 1)

5. GBKSM meminta wakil pasangan untuk membuat cabutan untuk memilih
situasi yang akan dilakonkan nanti.

6. Setiap pasangan perlu melakonkan mengikut situasi dan watak yang
diperolehi.

7. GBKSM meminta pelajar yang lain untuk menilai sama ada tingkah laku atau
komunikasi murid sesuai digunakan atau tidak dalam kehidupan harian
mereka.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 119

8. Seterusnya GBKSM menerangkan kepada murid sebenarnya mereka tidak
sedar tentang percakapan yang digunakan dalam kehidupan harian mereka
adalah agak kasar dan tidak bersesuaian dengan norma-norma masyarakat
kita.

Penilaian :
1. Murid melakonkan watak dalam situasi yang dihadapi.

Rumusan :

1. Saling menghargai dan hormat menghormati sesama manusia serta
mengamalkan komunikasi yang berkesan.

Falsafah :

1. Rasa hormat dan penghargaan akan lebih bermakna apabila kita mengamalkan
cara berkomunikasi yang baik.

5.4.7 AKTIVITI 7
BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 120

TAJUK : Kisah Benar (Tayangan Video)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Melahirkan murid yang menghargai individu yang banyak
berjasa kepada mereka.

2. Menyedarkan murid pengorbanan ibu yang telah melahirkan
mereka.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian

BAHAN : Klip video kelahiran dan Klip video Jasa Bonda

LANGKAH :

1. GBKSM menayangkan klip video proses kelahiran kepada murid.

2. Murid diminta memberikan pandangan tentang apa yang ditonton.

3. GBKSM membincangkan pengorbanan ibu dalam melahirkan anak.

4. GBKSM seterusnya memperdengar kepada murid lagu Jasa Bonda untuk
dihayati.

5. Murid seterusnya meluahkan perasaan dan keazaman mereka setelah
mendengar lagu Jasa Bonda.

6. GBKSM memberikan pedoman untuk menjadi anak dan murid yang berjasa.

7. GBKSM mengajarkan kepada murid doa untuk diamalkan oleh murid. (untuk
pelajar Islam)

Penilaian :

1. Murid akan menghargai jasa ibu bapa atau individu yang berjasa dalam hidup
mereka.

Rumusan :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 121

1. Seorang murid hendaklah belajar menghargai individu banyak berkorban
kepada mereka.

Falsafah :

1. Menghargai jasa ibu bapa dan guru.

5.4.8 AKTIVITI 8

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 122

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

TAJUK : Kemahiran Komunikasi

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Mempelajari tatacara berkomunikasi yang betul dan` tertib
dengan individu yang lain.

2. Memahami cara komunikasi yang betul dapat mewujudkan
suasana yang harmonis sesama insan.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian

BAHAN : Kertas A4 dan pen

LANGKAH :

1. GBKSM akan berinteraksi dengan murid-murid menggunakan laras bahasa
yang biasa digunakan oleh murid-murid. Contoh : Apa punya barang belajar
rajin-rajin.

2. GBKSM meminta murid-murid memberikan contoh laras bahasa yang biasa
digunakan oleh murid-murid.

3. GBKSM menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.

4. GBKSM akan mengedarkan kertas arahan yang mengandungi beberapa laras
bahasa yang biasa dituturkan oleh murid-murid.

5. GBKSM meminta murid-murid supaya menterjemahkan laras bahasa tersebut
kepada bahasa yang lebih sopan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6. Setelah tamat tempoh , GBKSM akan meminta ahli kelompok memberikan
jawapan secara bergilir-gilir.

7. GBKSM akan membuat rumusan tentang penggunaan laras bahasa yang betul.

Penilaian :
1. Murid-murid akan menulis laras bahasa yang betul.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 123

Rumusan :
1. Murid-murid dapat mempelajari laras bahasa yang betul dan sopan

Falsafah : Bahasa Jiwa Bangsa

5.4.9 AKTIVITI 9

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)
TAJUK : Seikhlas Hati Seluhur Budi
OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 124

1. Menyedari tentang kesilapan yang telah dilakukan

2. Mendapat ruang dan peluang memohon kemaafan

3. Memperbetulkan tingkahlaku yang negatif

MASA : 45 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian

BAHAN : Manila Kad,Gunting,gam,kertas warna,riben, marker pen

LANGKAH :

1. Set induksi: GBKSM mengedarkan sekeping kad yang bersampul kepada setiap
ahli kelompok.

2. Ahli kelompok diminta membuka dan membaca kad tersebut .

3. GBKSM bertanya apakah perasaan ahli kelompok setelah membaca kad
ucapan tersebut.

4. GBKSM meminta murid-murid supaya duduk di dalam bulatan.

5. GBKSM mengedarkan sekeping kertas warna A4 kepada semua murid

6. Murid-murid diminta membuat sekeping kad ucapan untuk diberikan kepada
mana-mana individu yang dirasakan perlu memohon maaf atas kesalahan
yang telah dilakukan.

7. Guru meminta murid membacakan isi kad yang ditulis.

8. Kad tersebut hendaklah diserahkan kepada guru,ibu bapa atau sesiapa sahaja
yang pernah dikasari.

9. GBKSM membuat rumusan tentang aktiviti tersebut.

Penilaian :

1. Murid dapat menyediakan kad dan menyerahkan kepada pihak yang
berkenaan

Rumusan :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 125

1. murid-murid akan menyedari bahawa mereka perlulah berani untuk
memohon maaf apabila melakukan kesalahan

Falsafah :

2. Setiap manusia perlu diberi ruang dan peluang untuk memperbetulkan
kesilapan.

5.4.10 AKTIVITI 10

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)

TAJUK : Sehati Sejiwa

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 126

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Menerima kekuatan dan kelemahan diri.

2. Memberikan pandangan yang membina kepada rakan-rakan.

3. Menilai keberkesanan aktiviti kelompok secara keseluruhan.

MASA : 60 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian

BAHAN : Kertas A4, pen

LANGKAH :

1. Murid-murid diminta duduk di dalam bulatan.

2. GBKSM mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid.

3. Setiap murid dikehendaki menulis nama sendiri di atas sehelai kertas A4.

4. Kertas A4 diserahkan kepada rakan yang duduk bersebelahan untuk menulis
komen mengenainya.

5. Selepas komen itu ditulis, kertas itu dilipat supaya kandungannya tidak dilihat
oleh rakan-rakan lain.

6. Kertas A4 itu diserahkan kepada rakan yang seterusnya untuk menulis komen
sehingga kertas A4 itu balik semula kepada empunya kertas A4 tersebut.

7. Murid-murid diminta membaca komen yang ada pada kertas tersebut.

8. Murid-murid boleh mengemukakan soalan kepada mana-mana rakan
mengenai komen mereka.

9. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua murid tidak ada soalan yang hendak
ditanya.

10. GBKSM membuat kesimpulan. Setiap murid menilai keberkesanan aktiviti
kelompok.

Penilaian :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 127

1. Murid-murid seharusnya mampu memberi komen yang membina tanpa
membiarkan emosi mempengaruhi diri.

Rumusan :
1. Kita harus menerima komen orang lain dengan hati yang terbuka.

Falsafah :

1. Menghargai apa yang berlaku di dalam kelompok selama 10 sesi.

LAMPIRAN 2

SOAL SELIDIK SKALA SIKAP

Arahan :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 128

Sila masukkan skor diruangan yang disediakan berdasarkan skala berikut :

1. Selalu
2. Kadang-kadang
3. Jarang-jarang
4. Tidak pernah

Bil Item 1 2 3 4

AKADEMIK

1 Masa untuk saya belajar tidak mencukupi

2 Saya sukar memahami pengajaran guru

3 Saya tidak tahu membuat kerja rumah

4 Terdapat tajuk-tajuk mata pelajaran tidak saya minati

5 Saya tiada rakan untuk diajak belajar bersama

6 Saya sukar mengingati isi pelajaran

7 Saya berasa malu hendak bertanya kepada guru tentang pelajaran
yang saya tidak faham

8 Saya ponteng kelas atau ponteng sekolah

9 Saya tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar

10 Saya berasa minat saya terhadap pelajaran semakin berkurangan

11 Saya suka meniru kerja sekolah kawan-kawan saya

12 Saya berasa malas mengulangkaji

13 Matlamat belajar saya berubah-ubah

14 Saya tidak yakin boleh mencapai cita-cita saya

15 Saya tidak pasti apakah kerjaya yang sesuai dengan masa depan saya

EMOSI / SOSIAL

16 Saya berasa susah hati, runsing, sedih atau murung tanpa sebab
tertentu

17 Saya mengalami gangguan penyakit/badan tidak sihat

18 Saya tidak yakin pada diri sendiri

19 Saya berasa sekolah, guru atau ibu bapa tidak berlaku adil

20 Saya kurang gembira jika berada di sekolah /kelas

21 Saya menghadapi masalah dengan teman perempuan saya

22 Saya menghadapi masalah dengan teman lelaki saya

23 Saya takut dan malu bertanya kepada guru

24 Saya berasa kurang gembira jika berada di rumah

25 Saya tidak berasa senang dengan sikap ibu bapa saya

26 Saya tidak tahu bagaimana hendak berbakti kepada kedua ibu bapa
saya

27 Saya rasa berdosa terhadap kedua ibu bapa saya

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 129

28 Saya kurang senang terhadap beberapa orang guru yang mengajar
saya

29 Saya berasa seronok apabila ada pelajar yang berbuat nakal terhadap
guru-guru

30 Saya berasa jemu dengan rutin hidup sebagai pelajar

31 Saya mendapat gangguan daripada pelajar lain

32 Saya dimarahi oleh ibu bapa apabila melakukan kesalahan

UNSUR SOKONGAN

33 Wang saku saya tidak mencukupi

34 Pakaian sekolah saya yang lusuh atau koyak tidak diganti

35 Saya tidak sarapan pagi sebelum ke sekolah

36 Ibu bapa saya tidak merungut apabila meminta wang tambahan bagi
membeli bahan atau keperluan belajar

37 Ibu bapa tidak mempedulikan sama ada saya lulus atau gagal dalam
ujian atau peperiksaan

38 Ibu bapa tidak bertanggungjawab terhadap diri saya

39 Saya berasa tersinggung dengan sikap rakan-rakan saya

40 Saya tahu rakan-rakan saya yang merokok

41 Saya tahu rakan-rakan saya terlibat dengan dadah

42 Saya tahu rakan-rakan saya terlibat dengan perkara-perkara yang
tidak baik

43 Saya tahu rakan-rakan yang menconteng / merosakkan harta benda
sekolah

44 Saya rasa saya tidak mempunyai sahabat karib

LAMPIRAN 3

INSTRUMEN KEBERKESANAN PROGRAM

Nama Peserta :
Nama Program :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 130

Tarikh dan tempat :

Arahan :
Sila masukkan skor diruangan yang disediakan berdasarkan skala berikut :

1. Sangat tidak bersetuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 131

Bil Item Skor

1 GBKSM sentiasa membantu saya

2 Ahli kumpulan memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan

3 Aktiviti yang dijalankan membantu membina keyakinan diri saya.

4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberikan kesan yang positif.

5 Tempoh masa sesuai untuk program yang dijalankan.

6 Dapat mengenalpasti bakat dan potensi pada diri saya

7 Dapat memperolehi kemahiran-kemahiran yang dipelajari
sepanjang program.

8 Saya dapat menguruskan masa dengan baik

9 Aktiviti yang dijalankan memberi pengalaman yang baru kepada saya

10 Saya lebih menghargai diri sendiri dan orang lain

Apakah perasaan anda apabila berjaya menamatkan program ini?

Apakah keazaman anda selepas mengikuti program ini?

Nyatakan komen / pandangan anda secara keseluruhan terhadap program ini ?

Tuliskan cadangan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program ini pada masa akan datang.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 132

6.0 PROGRAM DISIPLIN SEKSUAL

PROGRAM

JALINAN KASIH

BIDANG DISIPLIN - SEKSUAL

AKTIVITI

BIL TAJUK
PENCEGAHAN

1 Membina Hubungan
Ceramah Pegawai Kesihatan dan

2 Polis (PDRM)
3 Lawatan ke Rumah Tunas Harapan

Manual Sekolah Selamat
4 (Gangguan Seksual)

PEMBANGUNAN DIRI
5 Garisan Kehidupan
6 Cermin diri dan kenal diri
7 Pemikiran rasional
8 Potensi diri
9 Ketegasan diri
10 Kesedaran kerohanian
11 Pengiktirafan
12 Amazing Race
13 Penamatan

RAWATAN
14 Rujukan Kesihatan
15 Pameran Gaya Hidup Sihat

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 133

6.1 PANDUAN PELAKSANAAN

6.1.1 PENDAHULUAN

Gangguan seksual bukan hanya melibatkan halangan-halangan fizikal yang
menyebabkan ketidakselesaan dalam menjalani kehidupan seharian tetapi ianya
merupakan pelakuan yang tidak bermoral mengakibatkan kesengsaraan dari sisi
psikologi, emosi dan tingkah laku.

Penyelewengan seksual boleh terjadi kepada murid-murid sekolah. Faktor-
faktor yang mempengaruhi masalah seksual ialah media massa, rakan, pesekitaran
dan sebagainya. Keadaan ini memberi impak kepada pembangunan insan. Justeru
itu, program berterusan pembangunan insan khasnya kepada murid yang
dikenalpasti dengan penyelewengan seksual adalah signifikan dan perlu
diperbanyakkan agar dapat meningkatkan nilai jati diri remaja. Atas justifikasi ini,
satu program “ Jalinan Kasih ” telah dirangka yang meliputi aspek pencegahan,
pembangunan diri dan rawatan kepada murid-murid tersebut. Diharapkan agar
program ini dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia berasaskan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6.1.2 MATLAMAT

Membina sahsiah murid yang positif dalam membentuk emosi, fizikal dan mental
yang seimbang dalam kalangan murid.

6.1.3 OBJEKTIF
Murid-murid akan dapat:

6.1.3.1. pendedahan tentang pendidikan seksual dengan jelas.
6.1.3.2. memahami risiko-risiko penyelewengan seksual.
6.1.3.3. Mengetahui sifat positif yang dapat membantu mengekalkan jati diri.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 134

6.1.3.4. membentuk sistem kepercayaan emosi dan pelakuan positif.
6.1.3.5. mengamalkan gaya hidup sihat berteraskan tuntutan agama.

6.1.4 SASARAN
Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan penyelewengan seksual.

6.1.5 PELAKSANAAN
6.1.5.1 Pencegahan : Memberi pendedahan awal tentang penyelewengan seksual:

6.1.5.1.1. Membina hubungan
6.1.5.1.2. Ceramah pegawai kesihatan dan polis (PDRM)
6.1.5.1.3. Lawatan ke Rumah Tunas Harapan
6.1.5.1.4. Manual Sekolah Selamat (Gangguan Seksual) –Rujuk di bilik

kaunseling setiap sekolah

6.1.5.2 Pembangunan Diri: membina keyakinan diri untuk mengekalkan jati diri:
6.1.5.2.1. Garisan Kehidupan
6.1.5.2.2. Cermin diri dan kenal diri
6.1.5.2.3. Pemikiran rasional
6.1.5.2.4. Potensi diri
6.1.5.2.5. Ketegasan diri
6.1.5.2.6. Kesedaran kerohanian
6.1.5.2.7. Pengiktirafan
6.1.5.2.8. Amazing Race

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 135

6.1.5.3 Rawatan: Pengukuhan kendiri kepentingan kesihatan dalam Kehidupan:
6.1.5.3.1. Rujukan Kesihatan
6.1.5.3.2. Pameran Gaya Hidup Sihat

6.1.6 PENILAIAN
6.1.6.1 Borang Biodata Jalinan Kasih

Borang Biodata Murid
“Jalinan Kasih”

Nama :_____________________________________

Kelas/tingkatan:_____________________________________

Umur : __________Jantina :___________________

Tarikh lahir : ___________________Tempat lahir : _____________________

Alamat rumah :____________________________________________________

____________________________________________________

Jarak rumah ke sekolah :___________________________

Bil. adik beradik :_______________Anak ke berapa :_______________

Nama bapa/penjaga : ___________________________________________

Pekerjaan bapa :______________________________

Alamat pejabat : __________________________________________

__________________________________________

Pendapatan bapa :___________________

No. tel bapa :___________________

Nama ibu/penjaga : ___________________________________________

Pekerjaan ibu :______________________________

Alamat pejabat : __________________________________________

___________________________________________

Pendapatanibu :_______________________

No. tel ibu :_______________________


Click to View FlipBook Version