PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 332
a. Ponteng
b. Vandalisma
c. Gangsterisma
iii. Menjejaskan prestasi akademik
iv. Stamina menurun dan kurang minat dalam aktiviti sekolah
v. Menjejaskan penampilan diri • Gigi kuning
• Selekeh • Batuk-batuk
• Comot • Memencilkan diri
• Nafas berbau
vi. Mengidap penyakit-penyakit akut
• Penyakit gusi
• Jangkitan saluran pernafasan
vii. Mengidap penyakit-penyakit kronik • Ulser peptik
• Kanser paru-paru • Kanser esophagus
• Penyakit jantung iskemia • Kanser pancreas
• COPD (enfisima & bronkitis) • Strok
• Kanser pundi kencing • Pneumonia
• Kanser kerongkong • Crohn’s disease
• Artherosclerosis
• Kanser mulut & tekak
viii. Mempercepatkan proses penuaan
• Kelihatan tua - Kulit cepat berkedut
- Rambut cepat beruban
ix. Pendek umur
(secara purata, perokok kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa)
LAMPIRAN 6
Demi Masa
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 333
Melainkan…
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah…
( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Ah…
(Ulang korus)
10.4.5 AKTIVITI 5
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Lukisanku Kehidupanku
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Berkomunikasi dan berinteraksi antara ahli dan lebih
berkeyakinan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 334
2. Menghilangkan rasa malu serta menimbulkan suasana mesra.
3. Meluahkan emosi melalui lukisan
MASA : 40 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : Kertas lukisan/A4 dan pensel
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid
muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar.
2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan
membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif.
3. Guru Kaunseling mengedarkan sehelai kertas lukisan dan pensel kepada ahli.
4. Ahli diminta melukis tiga objek iaitu gambar orang yang signifikan, rumah dan
pokok.
5. Masa diberi kepada ahli kelompok untuk menyiapkan lukisan ini ialah selama
15 minit.
6. Setelah selesai setiap ahli kelompok dikehendaki membentangkan hasil lukisan
mereka. Guru Kaunseling perlu membuat penerokaan lanjut berdasarkan hasil
lukisan yang dikaitkan dengan pengalaman hidup ahli.
7. Setiap ahli kelompok digalakkan untuk bertanya kepada ahli kelompok yang
siap membuat pembentangan.
8. Seterusnya, Guru Kaunseling merumuskan tentang aktiviti ini secara
keseluruhan.
Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian.
Rumusan :
1. Orang yang signifikan dapat mengubah tingkahlaku seseorang individu
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 335
Falsafah :
1. Setiap perkara yang berlaku merupakan warna kehidupan manusia, maka
corakkanlah ia dengan seindah mungkin.
10.4.6 AKTIVITI 6
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Eksplorasi
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Merokok adalah satu amalan yang mesti dielakkan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 336
MASA 2. Merokok menyebabkan ketagihan
SASARAN 3. Merokok membawa padah yang buruk
BAHAN 4. Merokok mendatangkan banyak keburukan.
: 60 minit
LANGKAH : Murid yang terlibat dengan rokok
: Nota guru (Lampiran 7), Silangkata (Lampiran 8 dan 9), Bahan
guru (Lampiran 10), Kebaikan tidak merokok (Lampiran 11 dan
12)
:
Aktiviti : Stesyen 1 : Teka silangkata merokok
Stesyen 2 : Menyenaraikan kebaikan tidak merokok
Stesyen 3 : Mencantum gambar – ikut kesesuaian guru
1. Guru kaunseling memulakan aktiviti dengan menerangkan keburukan tentang
bahaya merokok dan akibatnya.
2. Guru kaunseling membahagikan kumpulan untuk memulakan aktiviti
explorace dari satu stesyen ke stesyen yang lain mengikut Masa-masa yang
ditetapkan.
3. Guru kaunseling berbincang tentang pengalaman melaksanakan aktiviti
explorace.
Penilaian :
Murid dapat menjawab soalan bertulis dalam lampiran yang disediakan.
Rumusan :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 337
Belajar mendapat maklumat melalui aktiviti permainan adalah sesuatu yang
menyeronokkan
Falsafah :
Untuk mendapatkan sesuatu kejayaan memerlukan strategi dan kepintaran.
LAMPIRAN 7
MEROKOK ADALAH AMALAN YANG MESTI DIELAKKAN
Rokok dan Ketagihan
Rokok Mengandungi Nikotin
Nikotin
1. Sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 338
2. Nikotin bertindak terhadap otak merangsang dan menimbulkan keseronokan
Putaran Ketagihan
Peringkat 1 Peringkat 2
TOLERAN
MEROKOK
MERASA
SERONOK
Peringkat 3 Peringkat 4
UNTUK GEJALA
MENGHILANGKAN TARIKAN
GEJALA TARIKAN
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 339
LAMPIRAN 8
TEKA SILANGKATA MEROKOK
1 11 13 12
2 14
35
16
15 4
17
18 6
19
7
20
8 9 21
10
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 340
LAMPIRAN 9
Melintang
1. Sejenis gas berbahaya yang dikeluarkan oleh asap rokok.
2. Amalan merokok menjadi satu ketagihan akibat dadah ini yang terdapat di dalam
rokok.
3. Perokok yang ketagihan merokok akan sentiasa .....................
4. Amalan merokok boleh menyebabkan perokok terjebak dengan gejala ini.
5. Merokok boleh menyebabkan ............... menjadi kuning.
6. Kurang .................. merupakan salah satu ciri seorang yang sudah lama.
7. Merokok juga boleh menyebabkan ................... udara.
8. Merokok boleh mengakibatkan sakit .....................
9. Merokok juga boleh ..................... kan wang.
10. Perokok juga mempunyai ................... yang busuk.
Menegak
1. Penyakit kronik ini adalah salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dikaitkan
dengan asap rokok.
6. Tempat bersukan yang dilarang merokok.
11. Jangan terpengaruh dengan iklan pengeluar produk ini.
12. Bahan penyebab kanser yang terdapat di dalam rokok.
13. Nikotin menyebabkan perokok ......................
14. Bahan kimia bahaya di dalam rokok yang digunakan dalam pembinaan jalanraya.
15. Ahli ............. remaja yang tidak merokok lebih cemerlang.
16. Jangan sekali-kali .................. merokok.
17. Jauhi rokok, .................. wang.
18. Merokok tidak pernah melambangkan ........................
19. Merokok melanggar peraturan ...........................
20. Hidup lebih ................... tanpa rokok.
21. ............... rokok mencemarkan udara.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 341
LAMPIRAN 10
BAHAN UNTUK GURU
1 11 12 12
DA
K A R B O N MO N O K S I
AO ED
2 14
NI K O T I N TT
SO
AA
EK 3 5
RE S AH GI GI
R 16
IC
15 4
S DADAH U
17
U JB
18 6
K K S T A MI N A
19
SA E T M
7
P E N C E MA R A N A
K AD T
20
O TI C
LA U MB 21 I E
8 9 AZ R
J ANT UNG ME
HG SG
A AA
10
NAF AS P S
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 342
LAMPIRAN 11
Sila senaraikan kebaikan-kebaikan tidak merokok.
1. ___________________________________________________
2. ___________________________________________________
3. ___________________________________________________
4. ___________________________________________________
5. ___________________________________________________
6. ___________________________________________________
7. ___________________________________________________
8. ___________________________________________________
9. ___________________________________________________
10. ___________________________________________________
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 343
LAMPIRAN 12
PANDUAN GURU
Tidak Merokok : Banyak Kebaikannya
• Lebih segak
• Matang
• Berketerampilan
• Keyakinan diri tinggi
• Perawakan yang menarik
• Kecemerlangan akademik
• Lebih cergas dan berstamina
• Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit
• Sentiasa disenangi orang lain
• Lebih wang saku dan berjimat cermat
• Sentiasa ceria
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 344
10.4.7 AKTIVITI 7
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Keluarga Bahagia – Role Play
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Memperkasa (empower) seorang anak untuk melarang ayah
merokok melalui ibunya.
2. Merokok menyebabkan ketagihan
3. Merokok membawa padah yang buruk
MASA : 45 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : Kad Watak (Lampiran 13), alat tulis, Kad Peranan (Lampiran
14), Tape lagu Keluarga Bahagia (Seni kata –Lampiran 15)
LANGKAH :
Main peranan “Merokok Membawa Padah Yang Buruk”
Masa : 30 minit
Setting : Bilik Kelompok
1. Kad Peranan (Lampiran 13) ditunjukkan kepada kumpulan pelajar.
2. Perbincangan bersama pelajar berkenaan senario yang dilakonkan dengan
merujuk kepada Kad Peranan Lampiran 1 (10 minit).
3. Kumpulan pelajar dibahagi kepada kumpulan kecil
4. Mereka diminta melakonkan senario tersebut ( 10 minit ).
5. Guru kaunseling akan membuat pemerhatian terhadap main peranan yang
dijalankan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 345
6. Guru kaunseling merumuskan bahawa amalan merokok membawa padah
yang buruk dan ahli keluarga akan membantu ahli lain untuk berhenti merokok
PERINGATAN :
1. Pilih pelakon watak secara sukarela. Sekiranya tiada, guru kaunseling
menggunakan budi bicara untuk memilih pelakon.
2. Pelakon watak diingatkan mengenai peranan sementara yang mereka
lakonkan dan tidak terbawa-bawa dengan watak tersebut. (melalui proses
“role” dan “de role”)
3. Pastikan pemerhati mengambil bahagian dengan perbincangan.
i. “role” -peserta melakonkan watak tertentu untuk sementara.
ii. “de-role” -penatar membantu peserta kembali kepada diri asalnya.
Penilaian :
1. Pelajar menunjukkan kefahaman yang betul mengenai bahaya merokok
semasa ia meluahkan hasratnya kepada ibu dan memperlihatkan
kesungguhannya untuk menyakinkan ibu mengenai bahaya merokok melalui :
a. gerak geri badan
b. mimik muka
c. bercakap dengan penuh perasaan
Rumusan :
Pengalaman semasa menjalankan aktiviti main peranan memberi kefahaman yang
lebih mendalam kepada pelajar.
Falsafah :
Menunjukkan keluarga memainkan peranan penting untuk mencegah anak-anak
daripada menghisap rokok.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 346
LAMPIRAN 13
KAD PERANAN (WATAK)
. MEI LING
Adalah seorang pelajar yang berumur 11 tahun.
Merupakan seorang pelajar yang sederhana tetapi peka
. dengan persekitaran. Beliau amat menyayangi kedua- dua ibu-bapa.
Merupakan seorang anak yang sentiasa
mendengar nasihat ibu-bapa
PUAN CHONG
Seorang suri rumah tangga yang aktif dan merupakan
seorang komunikator yang baik. Beliau amat
menyayangi Mei Ling dan merupakan seorang ibu dan isteri yang
amat bertanggungjawab terhadap keluarga
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 347
LAMPIRAN 14
KAD PERANAN
Senario
Watak*
: Ibu -Puan Chong
: Anak -Mei Ling
Encik Chong adalah seorang yang kuat merokok. Dia mempunyai seorang anak
perempuan, Mei Ling, berumur 11 tahun dan belajar di darjah lima.
Mei Ling telah menghadiri satu sesi program “Anti-Merokok” yang dianjur-kan oleh
Jabatan Kesihatan di sekolahnya.
Keluarga ini tidak tahu akan kesan merokok. Tetapi selepas Mei Ling menghadiri dan
mendengar sesi program “Anti-Merokok”, dia sedar bahawa bapanya sedang
membahayakan kesihatan diri serta ahli keluarga.
Mei Ling membuat keputusan untuk menegur bapanya supaya berhenti merokok,
tetapi ia tidak berani untuk memberitahu kemudaratan merokok kepada bapanya
secara langsung. Oleh ynag demikian, ia ingin menyampaikan hasratnya melalui
ibunya.
Mei Ling :
“Ibu, pagi tadi saya telah menghadiri sesi pameran dan ceramah mengenai bahaya
merokok. Dalam pameran tersebut ada menunjukkan gambar-gambar yang
menerangkan mengenai akibat merokok dan kakitangan kesihatan ada menyebut
bahawa merokok boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan seperti kanser”.
Ibu :
“Oh, begitu bahaya merokok. Jadi bapa kamu dalam keadaan membahayakan dirinya
dan keluarga. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Mei Ling :
“Dalam ceramah tersebut ada diberitahu cara-cara dan perkhidmatan yang sediada
untuk berhenti merokok .... tetapi emak, Mei Ling takut untuk memberitahu perkara
ini terus terang kepada ayah. Lebih baik emak sahaja yang memberitahu ayah”.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 348
LAMPIRAN 15
Keluarga Bahagia
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia
Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu
(Saujana)
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 349
10.4.8 AKTIVITI 8
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Kebanggaanku
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Menyemai semangat cinta pada sekolah
2. Memberi sumbangan tenaga melalui khidmat bakti
3. Menghasilkan satu karya seni (lukisan grafiti)
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : ’Spray paint” pelbagai warna, kertas lukisan, alatulis
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid
muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar.
2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan
membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif.
3. Setiap ahli diminta untuk melakarkan satu lukisan yang menarik dengan
bertemakan ”Hidup Indah Tanpa Rokok”.
4. Guru Kaunseling dan ahli kelompok akan memilih lakaran terbaik untuk
dilukiskan pada dinding sekolah menggunakan teknik semburan cat.
5. Setiap ahli diminta bekerjasama membuat lukisan grafiti tersebut sehingga
selesai.
Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian.
Rumusan : Murid berperanan untuk menjaga persekitaran sekolah
Falsafah : Tuhan suka sesuatu yang indah dan cantik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 350
10.4.9 AKTIVITI 9
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Pelan Tindakan dan Penilaian
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Membina pelan tindakan untuk tidak mengulangi tabiat
merokok
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN : Pelan Tindakanku (Lampiran 16)
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid
muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar.
2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan
membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif.
3. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 16.
4. Setiap ahli diminta melengkapkan tindakan yang perlu diambil dalam
menangani beberapa situasi yang mungkin menjadi halangan dalam membuat
perubahan untuk berhenti merokok.
5. Setiap ahli dikehendaki membentangkan pandangan masing-masing dengan
bimbingan Guru Kaunseling
6. Seterusnya, Guru Kaunseling merumuskan tentang aktiviti ini secara
keseluruhan dan setiap ahli dikehendaki membuat penilaian lisan tentang
keseluruhan program yang telah dijalankan
Penilaian :Guru Kaunseling membuat pemerhatian.
Rumusan :
1. Manusia yang berjaya adalah manusia yang merancang hidupnya dengan baik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 351
LAMPIRAN 16
PELAN TINDAKAN KU
BIL. SITUASI TINDAKAN
1. Saya rasa teringin untuk meroko
2. Kawan-kawan mengajak saya merokok
3. Bapa saya merokok di hadapan saya.
4. Bapa menyuruh saya membeli sekotak
rokok
5. Saya terjumpa sekotak rokok
6. Saya berada dalam kumpulan rakan-
rakan yang sedang merokok
7. Saya dicabar oleh kawan supaya
merokok.
8. Saya merokok untuk menghilangkan
stress.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 352
10.4.10 AKTIVITI 10
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Fantasi Kejayaan
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Meningkatkan kefahaman konsep kendiri
2. Menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan
MASA : 40 minit
SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok
BAHAN :-
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid
muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar.
2. Guru Kaunseling menyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan
membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif.
3. Guru Kaunseling mengarahkan semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik
nafas dan hembuskan (beberapa kali) – cuba bertenang
4. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup
anda. Tumpukan perhatian kepada satu kejayaan waktu itu.
5. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku? Adakah anda
mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain? Adakah
anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan?
6. Sekarang, sedarkan diri anda.
7. Minta ahli kelompok berkongsi kejayaan masing-masing.
8. Di akhir aktiviti, Guru kaunseling menerangkan rumusan aktiviti kepada ahli
kelompok.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 353
9. Sebagai penghargaan, ahli yang telah berjaya diminta memberi ucapan selama
lima minit untuk berkongsi rahsia kejayaan dalam kelas atau dalam
kelompoknya.
Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian
Rumusan :
Individu perlu yakin berjaya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh
Falsafah : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 354
LAMPIRAN 17
NOTA TAMBAHAN
11 TIPS BERHENTI MEROKOK
Setelah Anda memotivasi hati dan fikiran Anda dengan kata-kata “Saya sudah berhenti
merokok”, kini mari kita lihat apa saja yang dapat membantu Anda untuk bebas rokok
lebih cepat:
1. Buang semua rokok Anda, jika perlu bakar sampai menjadi abu. Jika Anda
sanggup untuk membakar dan melihatnya hangus terbakar sampai habis tanpa
merasa rugi, sedih, atau menyesal, maka Anda lebih siap sedia untuk bebas
dari rokok sepenuhnya
2. Analisa kebiasaan merokok Anda selama ini, kemudian bicarakan dengan
doktor untuk mengatur strategi Anda vs. Rokok yang terbaik. Jangan menyerah
kalah sama benda kecil itu!
3. Cari kegiatan atau pekerjaan yang dapat mengalihkan perhatian Anda dari
rokok, contoh paling mudah saat keinginan merokok tiba-tiba menggoda Anda,
beli sekantung permen mint atau permen karet atau mungkin es krim, apapun
yang rasanya manis dan enak
4. Hindari suasana atau acara yang membuat Anda ingin merokok atau mungkin
ikut-ikutan merokok karena orang-orang di sekitar Anda merokok
5. Kurangi jatah merokok Anda secara bertahap jika Anda benar-benar tidak
sanggup untuk berhenti langsung
6. Beritahu semua orang terdekat Anda bahwa “sudah” berhenti merokok.
Mereka dapat menjadi pengawas Anda di masa-masa perjuangan Anda
melawan rokok, dan tujuan Anda akan lebih cepat tercapai
7. Tentukan tanggal spesial sebagai “Hari Saya Berhenti Merokok”, bisa tanggal
ulangtahun Anda, tanggal hari jadi, atau Hari Bebas Tembakau Sedunia.
8. lokasikan dana rokok Anda selama ini untuk membeli permen sebanyak-
banyaknya, atau membeli buku bacaan, atau yang paling baik diamalkan
(hitung-hitung dapat pahala), sehingga Anda tidak pernah punya uang
nganggur yang bakal Anda jajankan untuk rokok
9. Selama sebulan pertama, cobalah untuk selalu mengkonsumsi rendah kalori
dan perbanyak minum air putih, sehingga tidak ada alasan bagi Anda untuk
merokok setelah makan
10. Selalu cari informasi tentang bahaya rokok lewat media cetak maupun
elektronik.
11. Sharing dengan para mantan perokok dan minta saran yang membantu Anda
menjadi mamtan perokok seperti mereka. Mereka telah berpengalaman dan
percayalah, jika mereka bisa, Anda juga pasti bisa
PROGRAM KAUN
Boran
PROGRA
PERKHIDMATAN BIM
BORANG RUMUSA
1. NAMA SEKOLAH : 2
4
3 NAMA GURU BESAR :
MAC
5. BIDANG DISIPLIN : MEROKOK
BIL. NAMA MURID JAN. FEB.
Bil.
RokokSebulan
sebelum progran
SENARAI PROGRAM : Masih ada yang sayang
Disediakan oleh : Menggengam Impian
Bahaya Merokok
Perkongsian Pengalaman – Lawatan
Lukisanku / Kehidupanku
NSELING BERFOKUS 355
ng Rumusan LAMPIRAN 18
AM BERFOKUS
MBINGAN DAN KAUNSELING OKT. Jumlah
AN PROGRAM MEROKOK Pengurangan
2. DAERAH :
4. NAMA KAUNSELOR :
APR. MEI JUN JULAI OGOS SEPT.
6. Ekosplorasi
7. Keluarga Bahagia
8. Kebangganku
9. Pelan Tindakan
10. Fantasi Kejayaan
Disahkan oleh
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 356
11.0 PROGRAM PPDa PENAGIHAN DADAH 11.1 PANDUAN PERLAKSANAAN
PROGRAM
SINAR
BHIDAANRG PAPDPa –APENNAGIHAN DADAH
AKTIVITI
BIL TAJUK
1 Ice Breaking
2 Rumahku Syurgaku
Jenis-Jenis Dadah dan
3 Keburukannya
4 Penagihan Dadah
5 Konsep Kendiri Positif
6 Permainan Minda
7 Nilai-nilai Spiritual
Berkongsi Pengalaman dengan
8 Bekas Penagih
9 Tindakan untuk Berubah
10 Membuat Keputusan
11 Sihat Cergas
12 Hala Tuju Diri
13 Penilaian Kendiri
14 Kejayaan Bekas Penagih
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 357
11.1.1 Pendahuluan
Kebelakangan ini, golongan remaja semakin mendapat perhatian segenap lapisan
masyarakat. Media massa sering kali menyiarkan pelbagai isu berkaitan kenakalan remaja
yang masih bersekolah dan masalah sosial yang melanda mereka. Zaman remaja yang
penuh dengan pergolakan emosi hasil daripada pelbagai tekanan merupakan penyumbang
utama remaja melibatkan diri ke kancah dadah.Penyalahgunaan dadah di kalangan remaja
yang masih bersekolah semakin meningkat pada masa ini dan bermula pada tahap umur
yang masih muda.
Kajian bagi menentukan jumlah sebenar murid atau remaja yang menyalahgunakan
dadah adalah sukar dilakukan. Hal ini menimbulkan kesukaran untuk menentukan bilangan
sebenar yang menggunakan dadah. Remaja yang terbabit dalam gejala seperti ini selalunya
berlatarbelakangkan keluarga yang miskin atau yang tidak stabil. Seringkali keruntuhan
rumahtangga membawa kesan yang mendalam kepada anak-anak yang sedang membesar
dan memerlukan keprihatinan serta kasih sayang. Kesannya remaja tersebut mencari
ketenteraman dan arah tuju dengan melibatkan diri kedalam kancah sosial yang
membinasakan diri.
11.1.2 Matlamat
”Merealisasikan sekolah bebas dadah menjelang tahun 2012”
11.1.3 Objektif
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 358
Di akhir program ini, murid dapat :
11.1.3.1. Membentuk jati diri yang mantap
11.1.3.2. Memupuk nilai kerohanian yang utuh
11.1.3.3. Menyedari tentang potensi diri
11.1.3.4. Menjauhi diri dari dadah
11.1.4 Sasaran
Murid-murid yang dikenalpasti terlibat dalam penagihan dadah secara tidak langsung.
11.1.5 Pelaksanaan
Bil Aktiviti / Modul Tarikh Tindakan Peringkat
1 Ice Breaking Pelaksanaan
GBKSM Proses
2 Rumahku Syurgaku Januari Membina
3 Jenis-jenis Dadah dan Keburukannya GBKSM Hubungan
4 Penagihan Dadah Januari GBKSM
5 Konsep Kendiri Positif Februari GBKSM Proses
6 Permainan Minda GBKSM Penerokaan
7 Nilai-nilai Spiritual Mac GKBSM,
April GBKSM Proses
8 Perkongsian Pengalaman (Lawatan) April GBKSM, Guru Penasihat Mengambil
Mei Kelab Pencegahan Jenayah. Tindakan
9 Tindakan Untuk berubah GBKSM
10 Membuat Keputusan Jun GBKSM Penamat/
Julai GBKSM, Guru Penasihat Khidmat
11 Sihat Cergas Julai Permainan Susulan
GBKSM
12 Penilaian Kendiri Ogos GBKSM
13 Hala Tuju Diri
September GBKSM, pentadbir
14 Kejayaan Bekas Penagih ( Recovery September
Addict )
Oktober
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 359
11.1.6 Penilaian
11.1.6.1. Ujian Pra dan Ujian Pos
11.1.6.2. Pencapaian Akademik
11.1.6.3. Soal Selidik Minat Kerjaya(SDS)
11.1.7 Penutup
Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sempurna bagi membasmi
penyalahgunaan dadah dikalangan murid sekolah. Selain itu, sokongan daripada semua
pihak amat diperlukan supaya dapat merealisasikan hasrat yang diinginkan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 360
11.2 PROSES KERJA
Bil Proses Kerja Pegawai Yang Catatan
Meluluskan /
3 Minggu (Januari)
Dirujuk
Januari
Mengesan murid berdasarkan Januari
Borang A
1. maklumat daripada guru disiplin dan Borang A
Urine Test. Sepanjang tahun
Borang Rumusan
Senarai murid mengikut BIDANG
A dan B
2. kemudian senarai mengikut Borang Rumusan
kumpulan sasaran. A dan B
Buat perjumpaan dengan murid yang
3. terlibat dan rasionalkan mereka 1. Pengarah
mengapa terpilih dalam Program Pelajaran.
Kaunseling Berfokus. 2. Timbalan
Pengarah
4. Dapatkan maklumat peribadi murid Pelajaran
yang terlibat.
3. KS SPPK
5. Hantar maklumat awal pelajar 4. KU HEM SPPK
kepada PPD (HEM) dan Unit HEM
JPN.
Murid mengikuti proses kaunseling 5. PPD (HEM)
6. individu, kelompok atau program 6. Pengetua
khas.
7. Menyediakan laporan keberkesanan
8. Berbincang / bentengkan laporan
lepada pengetua.
9 Hantar laporan kepada PPD ( HEM )
10 Hantar Laporan kepada Unit HEM
JPN.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 361
11.3 CARTA ALIRAN
MULA Berbincang antara Guru Bimbingan dan Kaunseling yang ada
di sekolah
.
Berbincang dengan pengetua dan guru disiplin
Mengesan murid berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber
(e.g: Urine Test)
Kategorikan murid mengikut bidang dan kumpulan sasaran.
Kumpulkan murid dan berikan penerangan dan rasionalkan
mereka.
Edarkan Borang Profail murid.
Hantar maklumat awal ke PPD (HEM) & Unit HEM JPN.
Murid menjalani proses kaunseling dan program khas
Tidak mencapai objektif
Murid di hantar menjalani sesi kaunseling individu
Sediakan laporan dan catatan.
TAMAT Bentangkan laporan kepada pengetua dan hantar kepada PPD (HEM)
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 362
11.4 PROGRAM SINAR HARAPAN
11.4.1 AKTIVITI 1
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Ice Breaking
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. Mewujudkan rasa selesa dalam persekitaran yang baru
2. Mempercepatkan proses kenal mesra.
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan
Dadah/Inhalan.
BAHAN : Kertas A4, Pen Marker, Pita Pelekat, Borang Ujian Pra, Borang
Maklumat Diri (Borang A ), Borang B
LANGKAH :
1. Setiap murid diminta duduk dalam bulatan dengan selesa.
2. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan memperkenalkan dirinya kepada
murid.
3. Guru Kaunseling mengedarkan kertas A4 dan Pen Marker kepada setiap murid.
4. Semua murid dikehendaki untuk melukis wajah mereka di atas kertas A4 yang
diberikan.
5. Setelah selesai, Guru Kaunseling mengedarkan kad kepada murid.
6. Mereka dikehendaki untuk menulis nama timangan mereka pada kad tersebut
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 363
7. Kemudian, setiap murid diminta untuk memperkenalkan diri mereka dengan
menunjukkan gambar yang telah dilukis tadi serta kad nama mereka. Selepas itu,
mereka diminta untuk menampal gambar serta kad tersebut diruangan yang telah
disediakan.
8. Sebaik sahaja semua gambar dan kad nama telah ditampal, murid diberikan masa
sepuluh saat untuk memerhatikan gambar dan nama.
9. Guru Kaunseling mencabut gambar dan kad nama tadi dan memanggil seorang
murid secara sukarela.
10. Ahli tersebut dikehendaki untuk menyebut nama si pemilik gambar. Jika betul,
peserta tadi bersalam dengan pemilik gambar. Jika tekaan salah, Guru Kaunseling
memilih tiga calon bagi membantu ahli tadi. Murid itu dikehendaki untuk memilih
seorang daripada tiga calon tadi yang dirasakan betul si pemilik gambar tersebut
serta menyebut namanya.
11. Aktiviti dilakukan oleh semua murid sehingga selesai.
12. Guru Kaunseling mengucapkan terima kasih atas kerjasama setiap murid.
13. Guru Kaunseling mengedarkan ujian pra dadah dan borang maklumat diri untuk
penilaian.
Penilaian : Ujian Pra
Rumusan :
1. Semua murid dapat mengenali dengan lebih mesra antara satu sama lain.
Falsafah : Tak Kenal Maka Tak Cinta
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 364
LAMPIRAN 1
BORANG MAKLUMAT PERIBADI MURID
KATEGORI GAMBAR
TERKINI
NAMA GURU KELAS
: ____________________________________________________________
TINGKATAN
: __________________ Jantina : _________________
PERIBADI
: __________________ Tarikh Lahir : _________________
1.1. Nama
1.2. Umur : ___________________________________________________________
1.3. No. Kad Pengenalan
1.4. Alamat Rumah __________________________________________________________
1.5. No Telefon : (R) ___________________ (Bimbit) __________________
BUTIRAN BAPA : __________________________________ Umur : ________________
Nama
Pekerjaan : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________
Alamat Pejabat
: _________________________________________________________________
No. Telefon
_________________________________________________________________
: (P) _____________________ (Bimbit) ____________________
BUTIRAN IBU : __________________________________ Umur : ________________
Nama
Pekerjaan : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________
Alamat Pejabat
: _________________________________________________________________
No. Telefon
_________________________________________________________________
: (P) _____________________ (Bimbit) ____________________
BUTIRAN RAKAN / WARIS
Nama : __________________________________ Umur : ________________
Alamat Rumah : _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
No. Telefon : (R) _____________________ (Bimbit) ____________________
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
Tandatangan : _______________________ Tandatangan : ________________________
Nama : _______________________ Nama :_______________________
(GBKSM / BIMBINGAN (PENGETUA / GURU BESAR)
Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 365
LAMPIRAN 2
UJIAN PRA
NAMA :.........................................................................
TINGKATAN :...............................................................
SEKOLAH :....................................................................
ARAHAN: SILA TANDAKAN ( / ) MENGIKUT SKALA DI BAWAH
1: SANGAT TIDAK SETUJU
2: TIDAK SETUJU
3: TIDAK PASTI
4: SETUJU
5: SANGAT SETUJU
BIL SOALAN 1 SKALA 5
2 34
1 Saya tahu tentang keburukan penagihan dadah.
2 Saya mengetahui tentang jenis-jenis dadah yang merbahaya.
3 Saya menyedari pengambilan dadah adalah tidak baik terhadap
kesihatan.
4 Saya mengetahui bahawa pengambilan dadah boleh
membahayakan orang lain.
5 Saya mengetahui cara yang berkesan untuk tidak terlibat dalam
pengambilan dadah.
6 Saya dapat membantu rakan-rakan menjauhi dadah melalui
pengetahuan yang saya ada.
7 Saya mengetahui pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat
tanpa dadah.
8 Saya mempunyai keazaman untuk tidak terlibat langsung
dengan dadah.
9 Saya menyedari pengambilan dadah boleh menyebabkan
ketagihan.
10 Saya tahu bahawa dadah memberi kesan yang buruk kepada
diri, keluarga, masyarakat dan negara.
PROGRAM
1. Nama Sekolah : PROG
3. Nama Pengetua : PERKHIDMATAN BI
5. Bidang Disiplin :
SENARAI NA
2.
4.
BIL NAMA PERKARA TOV OTI 1 OTI 2
1.
CATATAN Take Off Value (Markah peperiksaan bulanan 1) P1
Operational Targeted Incremental (markah ujian bulanan/ P2
TOV - peperiksaan tengah tahun) P3
OTI - Expected Targeted Result KI
Actual Targeted Result KK
ETR - Peperiksaan Akhir Ca
ATR - Peperiksaan Percubaan.
PA -
PC -
KAUNSELING BERFOKUS 36
6
GRAM BERFOKUS LAMPIRAN 3
IMBINGAN DAN KAUNSELING
AMA MURID SASARAN CATATAN
Daerah :
Nama Kaunselor :
2 ETR ATR Kehadiran Program /
Bantuan
1 - Program 1
2 - Program 2
3 - Program 3
- Kaunseling Individu
K - Kaunseling Kelompok
atatan :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 367
11.4.2 AKTIVITI 2
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Rumahku Syurgaku
OBJEKTIF : Mengenalpasti ciri-ciri Keluarga Bahagia
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan
Dadah/Inhalan.
BAHAN : CD,Gambar,Senikata Lagu Keluarga Bahagia, Borang Ujian
Pra, Borang Maklumat Diri
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling membina hubungan dengan kumpulan murid.
2. Langkah Guru Kaunseling menayangkan CD Keluarga Bahagia atau
memperdengarkan Lagu Keluarga Bahagia.
3. Guru Kaunseling meminta murid membuat refleksi perasaan melalui tayangan
yang dipertontonkan atau lagu yang diperdengarkan.
4. Guru Kaunseling meminta murid menyenaraikan ciri-ciri Keluarga Bahagia.
5. Guru Kaunseling bertanyakan kepada murid ’Adakah keluarga mereka
mempunyai ciri-ciri tersebut.’
6. Guru Kaunseling membuat rumusan untuk sesi tersebut dan menetapkan
tarikh perjumpaan ketiga.
Penilaian :
Perbincangan guru dan murid secara pemerhatian serta komunikasi secara lisan.
Rumusan : Semua murid dapat mengenalpasti ciri-ciri Keluarga Bahagia.
Falsafah : Kebahagiaan Bermula Dari Rumah
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 368
LAMPIRAN 4
Ciri-ciri Keluarga Bahagia
1. Mewujudkan hubungan yang baik antara anak dengan ibu bapa
2. Membina kebahagiaan-
a. Niat dan perbuatan yang baik
3. Mewujudkan suasana kehidupan spiritual dan keharmonian dalam keluarga
a. Menghidupkan sembahyang berjamaah
b. Membaca Al Quran bersama di rumah
c. Makan bersama
d. Memberi salam
4. Mengekalkan kedamaian dan kerukunan rumah tangga
a. Tolong-menolong dalam keluarga
b. Hubungan kejiranan dengan baik
c. Mengadakan aktiviti rekreasi
5. Menjaga kesihatan dan kebersihan keluarga
a. Makan makanan yang halal, bermutu dan berkhasiat
b. Menjaga kebersihan diri
6. Berkomunuikasi dengan baik
7. Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 369
11.4.3 AKTIVITI 3
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Jenis-jenis Dadah dan Keburukannya
OBJEKTIF : Mengenalpasti jenis-jenis dadah, dan kesan-kesan
pengambilannya.
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti dengan Dadah atau
Inhalan
BAHAN : CD Video, Kertas Mahjong , Pamplet atau buku skrap
LANGKAH :
1. Guru kaunseling mengedarkan kertas Mahjong kepada murid untuk
menyenaraikan jenis-jenis dadah dan kesan pengambilannya.
2. Murid berbincang dan menyenaraikan maklumat tersebut pada kertas
mahjong yang disediakan.
3. Murid membentangkan hasil perbincangan kepada Guru Kaunseling.
4. Guru kaunseling membuat rumusan dengan mengunakan maklumat tambahan
(laman web http://www.adk.gov.my, powerpoint jenis-jenis dadah, pamplet
dan buku skrap) sebagai rujukan.
5. Guru kaunseling meminta setiap murid melakar sebuah poster yang
menggambarkan “ Say No To Drug”. Murid diberi pilihan untuk menggunakan
pelbagai tema yang dapat menunjukkan maksud tersebut. Murid perlu
menghantar poster tersebut pada sesi keempat.
Penilaian :
1. Murid membuat pembentangan dan berkongsi maklumat yang telah
dibincangkan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 370
Rumusan :
1. Murid mendapat maklumat mengenai kesan buruk pengambilan dadah ke atas
dirinya, keluarga dan masyarakat.
Falsafah : Dadah Durjana, Perosak Negara
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 371
11.4.4 AKTIVITI 4
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Penagihan Dadah
OBJEKTIF : Memberi ilmu pengetahuan dan keinsafan pada diri
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti dengan Dadah atau
Inhalan
BAHAN : CD Video, LCD, Laptop, Kertas Mahjong, Marker Pen.
LANGKAH :
1. Guru kaunseling mengumpulkan murid untuk menonton video PPDa berkaitan
penagihan dadah dan punca penagihan.
2. Guru kaunseling meminta murid menonton video yang ditayangkan dengan
teliti.
3. Guru kaunseling membuat refleksi isi mengenai video yang telah ditayangkan.
4. Guru kaunseling meminta murid menyenaraikan punca penagihan serta kesan
yang berlaku ke atas penagih dadah dikertas mahjung yang diberikan.
5. Guru kaunseling dan murid berbincang bersama-sama hasil yang telah
disenaraikan .
6. Guru kaunseling membuat kesimpulan untuk sesi yang keempat dan
menetapkan tarikh perjumpaan yang kelima.
Penilaian :
Murid membuat pembentangan dan berkongsi maklumat yang telah dibincangkan.
Rumusan :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 372
Murid mendapat maklumat tentang kesan penyalahgunaan dadah kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara
Falsafah : Jangan Biarkan Dadah Menguasai Diri Anda
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 373
LAMPIRAN 5
Faktor Penagihan dadah
1. Pengaruh kawan atau rakan sebaya
2. Mata pelajaran di sekolah terlalu susah
3. Pencapaian peperiksaan tidak baik
4. Guru terlalu garang
5. Keluarga yang berpecah belah
6. Ibu bapa bercerai
7. Terlalu banyak masalah dalam kehidupan
8. Tekanan daripada ibu bapa agar cemerlang
9. Mudah mendapat bekalan dadah
10. Banyak dadah di sekeliling kehidupan
11. Semua kawan menggunakan dadah
12. Ibu bapa menggunakan dadah
13. Tidak tahu dadah boleh membawa ketagih
14. Tidak merasa kesan negatif di peringkat awal penggunaan
15. Tidak percaya diri akan jadi penagih
Akibat/ Kesan Penagihan Dadah
1. Tingkahlaku diri – menjauhkan diri dari masyarakat dan hanya bergaul dengan
penagih sahaja. Kesannya mereka menjadi tidak bertanggungjawab terhadap
pembelajaran dan cenderung melakukan jenayah lain.
2. Fizikal – menjadi kurus, tenaga menjadi lemah, malas dan kelihatan berada
dalam khayalan, boleh hilang tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas,
rasa ketagihan berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana
pengambilan dadah berlebihan. Kesan jangka panjang kerosakan kepada otak.
3. Sumbangan Sosial – tidak berupaya memberikan sumbangan kepada keluarga
kerana menanggung beban kewangan yang serius sehingga menjadi bebanan
kepada keluarga dan menyebabkan porak poranda sistem kekeluargaan.
4. Keruntuhan sistem masyarakat- mewujudkan suasana tidak tenteram dalam
masyarakat seperti kejadian merompak, mencuri, dan sebagainya bagi
membeli dadah.
5. Ekonomi negara- kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk
memerangi dadah dengan membelanjakan sehingga 200 juta setahun. Antara
kos yang terpaksa ditanggung seperti kos menyediakan kemudahan rawatan
pemulihan dadah, kos menyelenggara, program pencegahan dan lain-lain.
6. Keselamatan dan pertahanan negara- pihak luar akan menggunakan dadah
untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 374
11.4.5 AKTIVITI 5
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Konsep Kendiri Positif
OBJEKTIF : Membentuk konsep kendiri positif dan nilai- nilai murni.
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan
Dadah/Inhalan
BAHAN : Gambar Pemimpin Terkenal/ Tokoh Berjaya
(Dr. Sheikh Muzaffar Shah – Angkasawan Negara atau Dato’
Yunus Pathi - Pengasas PENGASIH)
LANGKAH :
1. Guru Kaunseling menunjukkan gambar tokoh yang berjaya kepada murid.
2. Guru Kaunseling meminta murid membuat refleksi isi melalui gambar yang
ditunjukkan.
3. Guru Kaunseling meminta murid menyenaraikan ciri-ciri positif yang perlu ada
dalam diri seseorang supaya berjaya seperti tokoh tersebut.
4. Guru Kaunseling bertanyakan kepada murid ’Adakah keluarga mereka
mempunyai ciri-ciri tersebut.’
5. Guru Kaunseling membuat rumusan untuk sesi kali kelima dan menetapkan
tarikh perjumpaan keenam.
Penilaian :
Perbincangan guru dan murid secara pemerhatian serta komunikasi secara lisan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 375
Rumusan :
Semua murid dapat mengenalpasti ciri-ciri positif yang perlu ada di dalam diri masing-
masing untuk berjaya.
Falsafah : Kebahagiaan Bermula Dari Rumah
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 376
LAMPIRAN 6
Dr. Sheikh Muzaffar Datuk Yunus Pathi
(Angkasawan Negara) (Pengasas PENGASIH)
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 377
11.4.6 AKTIVITI 6
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Permainan Minda
OBJEKTIF : Menunjukkan bahawa sesuatu matlamat yang hendak dicapai
perlu diberi fokus untuk memastikan kejayaannya.
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan
Dadah/Inhalan
BAHAN : 3 Unit Sahibba, Kertas Dan Pen
LANGKAH :
1. Guru kaunseling membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan setiap
kumpulan mempunyai tiga atau empat ahli.
2. Guru Kaunseling memberikan setiap kumpulan satu unit Sahibba, pen dan
kertas.
3. Guru Kaunseling meminta murid membuat seberapa banyak perkataan yang
berkait dengan dadah.
4. Guru Kaunseling menyemak senarai perkataan yang disediakan dan memberi
markah.
5. Markah yang banyak dikira pemenang dan kumpulan tersebut akan diberikan
ganjaran.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan diatas aktiviti yang telah dijalankan
Penilaian :
1. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang
Rumusan :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 378
1. Untuk mencapai matlamat kita akan menghadapi banyak halangan
Falsafah :
1. Usaha Yang Disertai Dengan Kesungguhan Pasti Membuahkan Kejayaan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 379
11.4.7 AKTIVITI 7
BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah
TAJUK : Nilai-nilai Spiritual
OBJEKTIF : Menerapkan dan memantapkan nilai-nilai spiritual ke dalam
diri
MASA : 60 minit
SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan
Dadah/Inhalan
BAHAN : 2 Botol mineral 500ml, air, Yassin, CD cerita nilai-nilai murni
LANGKAH :
1. Guru kaunseling menyediakan 1 botol berisi air dan 1 botol kosong di atas
meja.
2. Guru Kaunseling memanggil murid secara rawak untuk meniup kedua-dua
botol tersebut.
3. Guru Kaunseling meminta penjelasan daripada murid mengenai aktiviti yang
telah dijalankan.(Botol kosong akan mudah jatuh manakala botol berisi air
tidak jatuh).
4. Guru Kaunseling menerangkan tentang nilai-nilai kerohanian.
a. Pelajar yang beragama Islam membaca surah Yassin yang dipimpin oleh
pelajar yang mahir dengan bacaan surah tersebut.
b. Pelajar bukan islam diberi penerangan tentang nilai-nilai murni atau
menonton CD mengenai nilai-nilai murni.
5. Guru Kaunseling mengalakkan murid menyertai kem, seperti kem ibadah/
lawatan kerumah kebajikan pada masa yang sesuai.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan untuk sesi kali ketujuh dan menetapkan
tarikh perjumpaan kelapan.