The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cgu Erdha Jamal, 2022-04-09 01:46:25

MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS KPM TAHUN 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 184

2. Guru kaunseling meminta murid membuat satu ‘trade mark’ peribadi
kemudian rakan-rakan yang lain akan meniru ‘trade mark’ tersebut secara
bergilir sehingga akhir.

3. Guru kaunseling meminta murid bersalaman dengan rakan di sebelah kiri dan
kanan dengan tangan yang bersilang.

4. Guru kaunseling memberi arahan kepada murid dan berkata ‘Anda Hebat’
kepada rakan di sebelah.

5. Kemudian leraikan tangan yang bersalam tadi,dan setiap murid diminta
berkata pada diri sendiri ‘Saya Hebat’

6. Guru kaunseling meminta murid untuk salam dan berpelukan (mengikut
jantina) dan lagu ’Teman Sejati’ dimainkan.

7. Saranan-setiap kali perjumpaan, lagu tersebut dimainkan sebagai satu langkah
untuk menerapkan perasaan kasih sayang sesama mereka dalam jangka masa
yang panjang.

Penilaian :
1. Guru kaunseling akan memerhati gerak geri murid terutama dari aspek
perasaan mereka terhadap rakan-rakan dari semasa ke semasa.

RUMUSAN :

1. Murid dapat merasai kasih sayang bersama rakan walaupun mengambil masa
yang agak lama.

FALSAFAH :

1. Ramai diantara kita yang memerlukan kasih sayang dalam hidup
mereka,namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana ingin membina kasih
sayang dan memberi kasih sayang sempurna.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 185

7.4.5 AKTIVITI 5

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Graf Garis Kehidupan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Meneroka masalah murid

2. Mengenal pasti faktor-faktor atau situasi yang boleh
mencetuskan pergaduhan

MASA : 60 minit

SASARAN : 10 orang murid (Kumpulan Bergaduh)

BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

Mengedarkan kertas A4

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 186

1. Murid membina graf garisan kehidupan
2. Murid diberi peluang untuk menerangkan graf garis kehidupan yang dibuat.
3. Guru kaunseling membuka peluang kepada ahli kumpulan lain untuk bertanya
4. Guru Kaunseling membuat kesimpulan

Penilaian :
1. Murid dapat berkongsi pengalaman dan mengambil pengajaran

Rumusan :
1. Murid dapat mengenali diri sendiri dengan lebih dalam.

Falsafah :
1. Setiap manusia mempunyai pengalaman berbeza. Pengalaman membantu
individu menjadi lebih matang

7.4.6 AKTIVITI 6

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Program Bersama Ibubapa

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Murid mengetahui bahawa ibubapa menyayanginya.

2. Ibubapa menyedari tentang kepentingan peranan mereka
dalam membentuk keperibadian anaknya.

MASA : 90 minit

SASARAN : 10 orang murid (Kumpulan Bergaduh) dan ibubapa mereka.

BAHAN : Edaran bahan ceramah

LANGKAH :

1. Guru kaunseling menjemput ibubapa untuk menghadiri sesi ceramah

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 187

2. Murid duduk bersama ibubapa masing-masing

3. Selepas sesi ceramah ibubapa dan murid diberi peluang untuk meluahkan
perasaan masing-masing.

4. Guru kaunseling menjadi moderator untuk kelompoknya

5. Ahli kelompok dibiarkan menghayati perasaan dan suasana kasih sayang
kekeluargaan.

Penilaian : -

Rumusan :

1. Murid dan ibubapa saling memahami dan kehendak hati masing-masing.

Falsafah :

1. Perhubungan dan sentuhan perasaan di antara ibubapa dan anak perlu dalam
proses pembentukan kemenjadian anak.

7.4.7 AKTIVITI 7
7.4.7.1 AKTIVITI 7.1

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Pengurusan Emosi (Kemarahan)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

MASA 1. Mengawal emosi kemarahan semasa bergaul dengan rakan-
rakan.

2. Mengenalpasti kesan dari kemarahan yang wujud dalam
kalangan murid.

3. Berfikir secara rasional apabila wujud sebarang konflik di antara
mereka.

: 60 minit

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 188

SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh)

BAHAN : Edaran situasi (Lampiran 4)

LANGKAH :

1. Guru kaunseling mengedarkan bahan edaran situasi kepada murid

2. Murid dibahagikan kepada 5 pasangan.

3. Setiap pasangan diberikan masa selama 15 minit untuk membincangkan cara
untuk menghadapi situasi

4. Setiap pasangan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka.

5. Pasangan-pasangan yang lain memberi pendapat dan komen.

6. Guru kaunseling memberi ulasan daripada aktiviti dijalankan.

Penilaian : Murid dapat mengawal emosi dan kemarahan dengan bijaksana.

Rumusan :
1. Murid boleh bertindak secara bijaksana dalam menangani setiap konflik yang
dihadapi.

FALSAFAH :
1. Setiap konflik dapat dihindari jika murid mempunyai kemahiran yang khusus
bagi mengawal emosi mereka

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 189

LAMPIRAN 4

SITUASI 1
Rakan anda suka menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur ejekan

kepada anda. Apakah perasaan anda dan bagaimana anda menanggani perkara
tersebut?

SITUASI 2
Rakan anda yang sedang dalam keadaan tergesa-gesa telah melanggar anda

dan menyebabkan anda terjatuh. Apakah perasaan anda ketika itu dan bagaimana
anda mengawal emosi?

SITUASI 3

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 190

Rakan anda yang kerap meminjam buku dan barang-barang lain kepunyaan
anda serta tidak memulangkan kembali barangan anda. Apakah perasaan anda dan
bagaimana anda mendapatkan semula barangan tersebut.

SITUASI 4

Anda terdengar beberapa orang rakan bercerita tentang diri anda yang kurang
menyenangkan anda. Apakah reaksi anda dan bagaimana menangkis gossip dan
tohmahan tersebut?

SITUASI 5

Teman rapat anda tiba-tiba menjauhkan diri dari anda. Dari pemerhatian anda,
didapati teman anda tersebut telah mempunyai kawan lain yang baru berpindah ke
sekolah anda. Apakah perasaan anda dan bagaimana anda mengatasinya.

7.4.7.2 AKTIVITI 7.2

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Pengurusan Stress (Terapi Muzik)

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengetahui tahap kebimbangan/stress yang dialami.

2. Mengurus stress melalui aktiviti fizikal yang sesuai.

MASA : 60 minit

SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh)

BAHAN : Muzik, alat bantuan lain yang sesuai dengan aktiviti.

LANGKAH :

1. Perbincangan situasi stress

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 191

2. Guru Kaunseling mengukur dan menginterpretasi tahap kebimbangan/ stress
yang dialami oleh murid dengan menggunakan Senarai Semak Mengukur
Kebimbangan II. (Lampiran 5)

3. Guru Kaunseling mentafsir tahap kebimbangan murid berdasarkan Senarai
Semak Mengukur Kebimbangan II. (Skor melebihi 40 menunjukkan murid
berada dalam keadaan stres)

4. Murid duduk dalam bulatan besar
5. Muzik instrumental dimainkan, contohnya muzik sentimental, Kitaro dan

seumpamanya.
6. Murid memejam mata dan mendepa tangan sambil menarik nafas dalam

bilangan 10 satu pernafasan
7. Murid menghembus nafas dan merehatkan seluruh badan dan otot.
8. Ulang tarikan nafas pada bilangan yang sama dan fokus minda ke bahagian

badan yang perit/ tegang satu persatu sehingga keseluruhan bahagian badan
berasa selesa dan relaks
Penilaian :
Setiap murid dapat mengenalpasti emosi masing-masing dan belajar bagaimana untuk
mengawal dan menenangkan hati serta emosi

Rumusan :

Murid dapat membina kekuatan dalaman dan mengetahui kawalan emosi dan
simptom yang berkaitan dengan stress.

Falsafah :

“Ketenangan Adalah Kedamaian Hati.Kedamaian Adalah Kebahagiaan”

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 192

LAMPIRAN 5

SENARAI SEMAK MENGUKUR KEBIMBANGAN II

KADAR KEPANTASAN HIDUP
Tandakan dengan mengikut penilaian anda sendiri pernyataan di bawah mengikut
skala yang telah diberikan. Tandakan / dalam petak berkenaan.

1. Jarang / Tidak Pernah
2. Kadang-kadang
3. Selalunya

BIL ITEM 123
1 Adakah anda selalu bercakap dengan laju?

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 193

Adakah anda selalu mendorong percakapan orang supaya lebih
2 cepat dengan mencelah dengan ”umha”, “umhm” atau dengan

melengkapkan ayat yang sedang mereka ucapkan

3 Adakah anda tidak suka untuk menunggu beratur

4 Adakah anda merasakan anda tidak mempunyai cukup masa
untuk menyiapkan banyak perkara

5 Adakah anda sangat benci membuang masa

6 Adakah anda makan dengan laju

7 Adakah anda memandu melangkaui had laju ketika rasa marah
atau geram?

8 Adakah anda cuba untuk melakukan lebih daripada satu kerja
dalam satu masa

9 Adakah anda menjadi tidak sabar jika orang lain melakukan
sesuatu dengan sangat perlahan

10 Adakah anda mempunyai masa yang sedikit untuk bertenang
atau menikmati masa rehat

11 Adakah anda mendapati diri anda terlalu mementingkan diri
sendiri?

Adakah anda mencebik/menggerakkan lutut/mengetik
12 jari/membalas secara sepontan apabila diejek atau diperli oleh

rakan-rakan.

13 Adakah anda berasa marah sekiranya teman wanita/lelaki anda
tidak mahu menjawab panggilan telefon?

14 Adakah anda berjalan dengan pantas

15 Adakah anda benci berlengah selepas makan

16 Adakah anda menjadi lekas marah jika terpaksa menunggu

17 Adakah anda benci untuk kalah dalam sukan atau permainan

18 Adakah anda mendapati diri anda menggenggam penumbuk dan
tegang bahu

19 Adakah tumpuan anda merayau ketika anda memikirkan
kemungkinan yang akan berlaku selanjutnya

20 Adakah anda seorang yang suka bertanding

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 194

INTERPRETASI

45 - 60 = TINGKAHLAKU JENIS A YANG TINGGI
35 - 44 = TINGKAHLAKU JENIS A YANG SEDERHANA
20 - 34 = TINGKAHLAKU JENIS A YANG RENDAH

TINGKAHLAKU JENIS A
1. Mempunyai kebiasaan menggunakan perkataan-perkataan tertentu atau
bahasa yang keterlaluan.
2. Sentiasa bergerak, berjalan dan makan dengan pantas atau laju.
3. Sering menunjukkan tingkahlaku kurang sabar dan selalu memintas
percakapan orang lain.
4. Sentiasa mencuba untuk melakukan dua atau lebih kerja dalam masa yang
sama.
5. Lebih menumpukan kepada diri sendiri apabila bercakap.
6. Merasa bersalah sekiranya tiada kerja atau kelihatan releks.
7. Kurang memberi perhatian kepada perkara-perkara mengenai keindahan dan
keharmonian semulajadi.
8. Cuba untuk melakukan berbagai aktiviti dalam masa yang singkat.
9. Mempunyai tingkah laku agresif dan perasaan bermusuhan terhadap individu
yang mempunyai personaliti jenis A.
10. Mempunyai tingkah laku atau perlakuan yang kelihatan agresif atau tergesa-
gesa.

TINGKAHLAKU JENIS B
Mempunyai ciri-ciri perlakuan selain daripada jenis A.
Menunjukkan tingkah laku yang menggambarkan kesabaran dan kurang
menunjukkan kesegeraan.

PANDUAN BAGI MENGURANGKAN TINGKAHLAKU JENIS A

1. Nilai semula kejayaan anda :
Anda akan mendapati bahawa kejayaan anda bukan disebabkan oleh
Tingkahlaku Jenis A. Perasaan tidak sabar, kasar dan agresif melampau tidak
menyumbang kepada kejayaan tetapi menjauhkan anda daripada kejayaan.

2. Percaya terhadap keupayaan anda untuk berubah:

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 195

Tingkahlaku Jenis A adalah tingkahlaku yang dipelajari oleh itu tingkahlaku
tersebut boleh diubah.

3. Membuat muhasabah diri:
Berhati-hati dengan sifat intrapersonal yang bersifat negatif yang menjurus
kepada rasa tidak selamat, desakan untuk bersegera atau ketidak sopanan.

4. Hidupkan seluruh personaliti anda:
Aktifkan semula bahagian otak kanan dengan menghargai sastera, muzik, seni
dan menhargai seni dan keindahan alam semula jadi. Ambil sedikit waktu
untuk menghayati keindahan di sekeliling anda.

5. Libatkan diri anda dengan metos, amalan dan tradisi :
Cuba cari rutin tertentu dalam keluarga atau kawan. Letakkan nilai yang tinggi
terhadap perhubungan jangka panjang. Buat amalan dan berdoa untuk
mendapatkan kekuatan dalam diri anda.

7.4.7.3 AKTIVITI 7.3

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Komunikasi Berkesan
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyiapkan tugasan secara berkumpulan dalam jangkamasa
yang ditetapkan tanpa perbincangan.

2. Membuat keputusan dengan cepat dan tepat dengan
perancangan yang teliti.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 196

3. Mendengar dan mematuhi arahan dengan teliti sebelum
melakukan sesuatu tugasan.

MASA : 60 minit

SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh)

BAHAN : Penutup mulut ( masking tape ) dan "jigsaw puzzle ",

LANGKAH :

1. Guru Kaunseling memberi arahan/ taklimat kepada peserta yang mulut
mereka ditutup dengan "masking tape".

2. Setiap murid diberikan 10 bahagian "jigsaw puzzle" dan mereka dikehendaki
mencantumkan gambar tanpa perbincangan. (Lampiran 6)

3. Peserta hanya boleh menggunakan bahasa isyarat atau bahasa badan.

4. Guru kaunseling memberikan 10 kepingan jigsaw puzzle kepada salah seorang
daripada mereka dan mengasingkan daripada kumpulan tersebut.

5. Murid perlu menyiapkan tugasan tersebut dalam jangkamasa 15 minit sahaja.

6. Guru Kaunseling hanya memerhatikan gelagat dan tingkah laku murid samada
berjaya atau tidak sehingga akhirnya.

7. Guru Kaunseling meminta murid berkongsi pengalaman dan input berkaitan
dengan tugasan tersebut.

Penilaian :

1. Murid mengetahui bahawa kemahiran berkomunikasi adalah penting dan
komunikasi yang baik dan berkesan boleh mengelakkan pergaduhan

Falsafah :

1. Mendengar arahan dengan teliti dan perancangan yang rapi dapat membantu
menyelesaikan sesuatu masalah dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

2. Komunikasi tanpa lisan, bahasa isyarat dan bahasa badan juga penting untuk
menyampaikan sesuatu maklumat.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 197

LAMPIRAN 6

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 198

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 199

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 200

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 201

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 202

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 203

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 204

7.4.7.4 AKTIVITI 7.4

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Kerja Berpasukan
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Mewujudkan kerjasama di dalam satu pasukan.
2. Mengekalkan perasaan kasih sayang dan membina hubungan

yang lebih erat di antara mereka.
3. Memahami pentingnya kesepakatan dan bertolak ansur dalam

setiap perkara yang dilakukan.
4. Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 205

MASA : Mengikut kesesuaian masa

SASARAN : 10-20 orang murid kumpulan bergaduh

BAHAN : Kemudahan track aktiviti

LANGKAH :

1. Fasilitator membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memberi
penerangan tentang aktiviti lasak yang akan diadakan.

2. Setiap murid perlu menempuh halangan secara berkumpulan yang telah
disediakan seperti monkey hang,wall climbing,jungle tracking,river cross dan
yang difikirkan perlu.

3. Murid akan membuat aktiviti tersebut mengikut arahan dari semasa ke
semasa.

4. Fasilitator dan guru kaunseling akan memantau pergerakan dan tingkah laku
murid.

Penilaian : Murid dapat melaksanakan aktiviti lasak dengan baik dan memupuk

sikap kerjasama sepertimana yang diharapkan.

Falsafah : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

7.4.7.5 AKTIVITI 7.5

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Malam Appresiasi
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. Merasai dirinya dihargai dan telah mendapat penghargaan oleh
pihak sekolah.

2. Mengekalkan perasaan kasih sayang dan membina hubungan
yang lebih erat di antara mereka dan guru.

3. Meraikan murid-murid yang telah berjaya mengikuti Program
Jati Diri EQ.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 206

MASA : 180 minit

SASARAN : 10-20 orang pelajar (kumpulan bergaduh)

BAHAN :-

LANGKAH :

1. Guru Kaunseling bersama AJK pelaksana merancang untuk mengadakan satu
majlis makan malam untuk murid.

2. Guru memberikan hadiah kepada murid cemerlang seperti peserta
terbaik,kumpulan terbaik dan sijil penghargaan kepada semua peserta.

3. Murid di minta membuat satu persembahan selingan sempena majlis tersebut
yang berunsur patriotik.

4. Jamuan makan dimulakan diselangi dengan nyanyian karaoke daripada murid.

5. Majlis diakhiri dengan salam ‘Satu Malaysia’

Rumusan : Murid berasa gembira kerana dihargai oleh warga sekolah.

Falsafah : Setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan sendiri.

7.4.8 AKTIVITI 8

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Lawatan ke lokap polis

OBJEKTIF : Pada akhir aktivitii murid dapat:

Mewujudkan kesedaran terhadap kesan dari kes bergaduh.

Mewujudkan keinsafan agar murid tidak mengulangi perbuatan bergaduh.

MASA : 360 minit

SASARAN : 10 orang murid (kumpulan bergaduh)

BAHAN : Surat kebenaran lawatan ke balai polis yang berdekatan,

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 207

Kertas kerja, Surat kebenaran ibu bapa.
LANGKAH :

1. Menyediakan kertas kerja lawatan.
2. Mendapatkan kelulusan pengetua.
3. Menghubungi dan memaklumkan kepada balai polis berdekatan.
4. Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa.
5. Membuat lawatan.

PENILAIAN :
1. Murid dapat melihat sendiri situasi sebenar pesalah yang berada di dalam
lokap.

RUMUSAN :
1. Dengan pendedahan ini sekurang-kurangnya murid dapat berfikir dengan baik
bagi mengelakkan diri daripada bergaduh.

FALSAFAH :
1. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

7.4.9 AKTIVITI 9

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Pertandingan Persahabatan
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

Masa 1. Mewujudkan hubungan mesra yang sebelum ini mengalami
konflik bergaduh di antara satu sama lain.

2. Memperbaiki hubungan yang sedia ada bersama rakan-rakan
baru (kelompok baru)

: Mengikut kesesuaian

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 208

Sasaran : 10-20 orang kumpulan bergaduh

Bahan : Mengikut kesesuaian permainan

Langkah :

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Murid mengambil posisi masing-masing

3. Permainan dimulakan

4. Kumpulan pemenang diberi hadiah dan saguhati

Rumusan :

1. Melalui pertandingan yang diadakan semangat kekitaan lebih harmoni dan
keserasian dapat diwujudkan dengan lebih erat.

Falafah :

1. Kesepaduan dalam membina matlamat menjadikan kelompok lebih
bersefahaman dan akrab.

7.4.10 AKTIVITI 10

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Warkah Talian Kasih
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :

MASA 1. Membina hubungan yang lebih rapat dan mesra.
SASARAN 2. Mewujudkan semangat setia kawan yang lebih erat.
: 2 minggu
: 10 orang murid (Kumpulan Bergaduh)

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 209

BAHAN : Kertas A4, sampul surat.

LANGKAH :

LDK 1

1. Guru Kaunseling menerangkan tentang aktiviti warkah talian kasih.

2. Guru Kaunseling meminta murid menulis nama masing-masing pada cebisan
kertas.

3. Kertas tersebut dimasukkan ke dalam kotak.

4. Murid-murid mengambil kertas tersebut dan merahsiakan nama yang tercatat
pada kertas yang diperolehi.

5. Guru Kaunseling meminta murid saling menulis surat kepada ahli dalam
kumpulan tanpa pengetahuan masing-masing. Isi surat mestilah sesuatu yang
positif.

6. Murid diminta mengirim beberapa pucuk surat dalam tempoh dua minggu
yang diletakkan di bilik kaunseling untuk penerima tanpa mengetahui siapa
pengirimnya.

LDK 2
1. Murid mendedahkan identiti pengirim surat.
2. Murid berkongsi perasaan tentang surat yang mereka terima.
3. Guru Kaunseling merasionalkan murid-murid yang menerima kesan negatif
daripada aktiviti ini (jika ada)
4. Guru Kaunseling menjelaskan bahawa terdapat pelbagai sikap manusia yang
perlu kita hadapi ketika membina hubungan.

Rumusan :
1. Membina hubungan adalah suatu yang lumrah bagi murid jika diberi peluang.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 210

Falsafah : Jiwa manusia itu sangat lembut dan perlu sentiasa disentuh.

7.4.11 AKTIVITI 11

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Warkah Untuk Tersayang
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :

MASA 1. Mewujudkan kesedaran tentang perubahan kendiri yang
dialami setelah mengikuti program yang dijalankan.

2. Menunjukkan kesungguhan diri untuk berubah kepada orang
tersayang.

: 90 minit

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 211

SASARAN : 10 orang murid (Kumpulan Bergaduh)

BAHAN : Kertas A4, sampul surat, borang akujanji

LANGKAH :

1. Guru Kaunseling mengedarkan borang akujanji kepada murid dan
mengarahkan murid mengisi borang tersebut.

2. Guru Kaunseling meminta murid membaca akujanji dengan jelas secara
individu.

3. Guru Kaunseling mengedarkan kertas A4 kepada murid

4. Guru Kaunseling meminta murid untuk menulis surat/ warkah kepada insan
tersayang.

5. Warkah tersebut hendaklah mengandungi luahan perasaan berkaitan dengan
perubahan diri yang dialami setelah mengikuti sembilan sesi perjumpaan
sebelum ini.

6. Guru Kaunseling mengarahkan murid memasukkan borang akujanji dan surat
/ warkah ke dalam sampul dibekalkan dan menulis alamat orang yang
tersayang.

7. Guru Kaunseling mengumpulkan semua sampul untuk dikirimkan ke alamat
yang berkenaan.

Penilaian :

1. Murid diharapkan mendapat kesedaran selepas mengikut pakej modul yang
disediakan.

Rumusan :

1. Perubahan pada diri murid boleh berlaku jika dapat mengikut suatu program
yang teratur dan dipantau secara berterusan.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 212

Falsafah :

1. Manusia mampu berubah jika diberi ruang dan peluang yang secukupnya.

LAMPIRAN 7

BORANG PENILAIAN KENDIRI PELAJAR

Nama : _________________________________ Jantina : __________________
Tingkatan : ______________________

Bil. Item Ya Tidak

1. Program ini dapat membantu saya mengenali diri .

2. Program ini dapat membantu saya mengubah tingkahlaku suka
bergaduh

3. Program ini sungguh membosankan saya

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 213

4. Saya sudah dapat mengawal emosi kemarahan saya

5. Saya menyayangi kawan-kawan saya

6. Peraturan sekolah adalah suatu yang perlu dipatuhi.

7. Program ini hanya membuang masa saya

8. Bertimbang rasa satu amalan yang mulia

9. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang

10. Mulai sekarang saya perlu berfikir dan bertindak secara rasional

11. Saya masih ada perasaan marah, dendam dan benci pada seseorang

12. Ada kalanya saya tidak dapat menahan perasaan marah

13. Sesekali terasa juga ingin bergaduh dengan kawan yang tidak
sehaluan

14. Saya menyayangi diri saya

15. Saya menyesali semua perbuatan sia-sia saya

Tanda tangan Tarikh

.............................. ....................................

LAMPIRAN 8

BORANG MAKLUBALAS PERUBAHAN TINGKAHLAKU
(GURU TINGKATAN/MATAPELAJARAN & GURU DISIPLIN)

Nama Guru / Penilai : ..............................................

Nama Pelajar : .............................................

Tingkatan : ............................................

Bil. Item Ya Tidak
1. Saya sungguh mengenali pelajar ini

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 214

2. Pelajar ini telah menunjukkan perubahan tingkahlaku yang
positif

3. Pelajar ini berjaya mengekalkan mata penalty sepanjang
tahun

4. Saya masih mendapat maklumat pelajar ini bergaduh

5. Saya yakin pelajar ini telah berubah

6. Pelajar ini masih tidak dapat mengawal emosi marah

7. Saya percaya pelajar ini boleh berubah dengan baik

8. Pelajar ini berpotensi dari segi akademik dan ko-kurikulum

9. Pelajar ini mempamerkan sikap positif di dalam kelas

10. Saya bangga dengan perubahan pelajar ini.

Tanda tangan Tarikh
.............................. ....................................

LAMPIRAN 9

BORANG MAKLUBALAS PERUBAHAN TINGKAHLAKU
(PENGAWAS/RAKAN SEBAYA & PRS)

Nama Pelajar/ Penilai : ..............................................

Nama Pelajar : .............................................

Tingkatan : ............................................

Bil. Item Ya Tidak
1. Saya sungguh mengenali kawan saya ini

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 215

Kawan saya telah menunjukkan perubahan tingkahlaku
2. yang positif selepas mengikuti Program Kaunseling

Berfokus.

3. Dia seorang yang baik hati sesama rakan-rakan

4. Dia suka berkawan dengan saya

5. Saya yakin kawan saya ini telah berubah

6. Kadang-kadang kawan saya ini masih tidak dapat mengawal
emosi marahnya terhadap rakan lain.

7. Saya percaya kawan saya ini boleh berubah dengan baik

8. Saya suka berkawan dengan dia

9. Kawan saya ini mempamerkan sikap positif di dalam kelas

=10. Saya bangga dengan perubahan kawan saya ini.

11. Kekerapan dia bergaduh sesama rakan semakin
berkurangan

12. Kadang-kadang kawan saya menimbulkan suasana yang
kecoh di kelas/kantin atau persekitaran sekolah

Tanda tangan Tarikh

.............................. ....................................

8.0 PROGRAM DISIPLIN BULI

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 216

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 217

8.1 PANDUAN PELAKSANAAN

8.1.1 Pendahuluan

Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang

berlaku disekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah merupakan perkara biasa

pada hari ini dan merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini.

Terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang

PROGRAM dilaporkan dalam tempoh lima
tahun ini iaitu dari 1999 hingga

SIFAR BULI 2003 (Berita Minggu, 14 Julai
2005). Kebanyakan kes-kes ini
BIDANG DISIPLIN - BULI berpunca daripada perbuatan buli.

AKTIVITI Para pengkaji telah
mengenal pasti tiga jenis tingkah
BIL TAJUK laku buli yang terdapat dalam
1 Aktiviti Suai Kenal kalangan pembuli iaitu fizikal,
2 Mencari Diri verbal dan antisosial. Jenis tingkah
3 Kad Prestasi Diri laku buli fizikal, verbal dan anti
4 Jom Sembang Tentang Buli sosial termasuklah tindakan-

Jom Menikmati Keindahan Taman
5 Botani Putrajaya

6 Kem Sahsiah Diri tindakan seperti mengejek,
7 Kelompok Anjakan Paradigma pemulauan dan memukul (Olweus,
8 Konsultensi Ibu Bapa 1991;Thompson dan Sharp, 1998).
9 Gotong Royong di Surau Sekolah Tingkah laku buli fizikal dan verbal
10 Ziarah – menziarahi merujuk kepada tingkah laku buli
11 Refleksi Diri secara langsung. Tingkah laku buli

anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Definisi yang

dinyatakan mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan Farrington, 1996;

Espelage et al. (2000) iaitu jenis tingkah laku buli termasuklah serangan fizikal seperti

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 218

menumbuk, menendang dan menolak. Jenis tingkah laku buli verbal adalah seperti
cemuhan, hinaan, panggilan nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku
buli antisosial (secara psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan
memanipulasikan hubungan sosial.

Oleh itu, Program Sifar Buli telah dirangka bagi membantu pelajar yang terlibat
dalam salah laku buli supaya mereka diberi pendedahan serta maklumat mengenai
kesan negatif tentang salah laku ini. Program ini juga menjurus untuk mencegah dan
membenteras gejala buli.

8.1.2 Matlamat
Mewujudkan Sekolah yang bebas daripada gejala buli.
8.1.3 Objektif

8.1.3.1. Membenteras gejala buli dalam sekolah.
8.1.3.2. Mengurangkan salah laku buli di sekolah.
8.1.3.3. Memberi kefahaman kepada murid tentang kesan daripada

melakukan kesalahan salah laku buli.

8.1.4 Sasaran
Murid yang berisiko dalam salah laku buli.

8.1.5 Pelaksanaan

8.1.5.1 Aktiviti suai kenal
8.1.5.2 Mencari Diri
8.1.5.3 Kad Prestasi Diri
8.1.5.4 Jom Sembang tentang Buli
8.1.5.5 Jom Menikmati Keindahan Taman Botani Putrajaya

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 219

8.1.5.6 Kem Sahsiah Diri
8.1.5.7 Kelompok Anjakan Paradigma
8.1.5.8 Konsultansi Ibubapa
8.1.5.9 Gotong-royong di Surau Sekolah
8.1.5.10 Ziarah-menziarahi
8.1.5.11 Refleksi Diri

8.1.6 Penilaian

8.1.6.1 Fail peribadi / aktiviti murid
8.1.6.2 Kad Prestasi Diri
8.1.6.3 Graf Prestasi Diri

8.1.7 Penutup

Diharapkan program sekolah sifar buli dapat membenteras dan mengurangkan gejala
buli dalam kalangan murid di sekolah selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan modal insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sosial. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi
memastikan segala yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.

.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 220

8.2 PROSES KERJA

Bil Proses Kerja Pegawai Yang Catatan
Melukluskan / Dirujuk

Mengesan dan mengenalpasti murid 10. KPM
1. berdasarkan maklumat guru disiplin (data 11. JPN
12. PPD
SSDM). 13. Pengetua
14. Guru Besar
Mengumpul butir diri murid yang telah 15. GPK HEM
2. dipilih untuk proram ini dan mewujudkan fail 16. GBKSM/GBKSR

aktiviti untuk mereka.

Mengadakan aktiviti pertemuan dengan

3. murid yang terlibat dan rasionalkan mereka
mengapa terpilih dalam Program Kaunseling

Berfokus.

Memberikan Kad Prestasi Diri sebagai satu
4. borang penilaian sahsiah diri murid yang

akan diguna sepanjang tahun.

5. Menjalankan ujian pra/post sebelum dan
selepas aktiviti.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 221

Murid mengikuti proses kaunseling individu,
6. kelompok atau Program Kaunseling

Berfokus.

7. Membuat analisis ujian pra/post.

8. Menyediakan pelaporan keberkesanan.

9. Berbincang / bentangkan laporan kepada
guru besar

8.3 CARTA ALIRAN

MULA Mengesan dan mengenalpasti murid berdasarkan maklumat
guru disiplin (data SSDM)

Mengumpul butir diri murid yang telah dipilih untuk program
ini dan mewujudkan fail aktiviti mereka.
.

Mengadakan aktiviti pertemuan dengan murid yang terlibat dan
. rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam program ini.

Memberikan Kad Prestasi Diri sebagai satu boring penilaian
sahsiah diri murid yang akan digunakan sepanjang tahun.

Menjalankan ujian sebelum dan selepas aktiviti.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 222

Mencapai. Tidak capai objektif.

Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau
Program Kaunseling Berfokus.

TAMA Menyediakan laporan / Bentang Laporan kepada Pengetua /
T Guru Besar / Penolong Kanan HEM

8.4 PROGRAM SIFAR BULI
8.4.1 AKTIVITI 1

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Aktiviti Suai Kenal

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid akan dapat :-

1. membuat pendedahan kendiri.

2. berkenalan sesama sendiri.

MASA : 60 minit

SASARAN : Kumpulan Pembuli

BAHAN : Pen, Pensel, Kertas A4

LANGKAH :

1. GBKSM mengedarkan sekeping kertas A4 kepada setiap murid.

2. Murid diminta melukis 3 bulatan berasingan di atas kertas tersebut.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 223

3. Murid diminta melukis :
a) Bulatan 1 : satu simbol yang melambangkan pengalaman masa lampau.
b) Bulatan 2 : satu simbol yang melambangkan pengalaman masa sekarang.
c) Bulatan 3 : satu simbol yang melambangkan impian akan datang.

4. Setiap murid diminta menghuraikan simbol yang dilukiskan.
5. Semasa pembentangan murid lain digalakkan bertanya dan berkongsi

pengalaman.
6. Proses ini diteruskan sehingga murid terakhir.

PENILAIAN :
1. Melalui penceritaan yang disampaikan oleh murid.

RUMUSAN :
1. Ada murid yang tidak mahu menceritakan tentang dirinya
2. Apabila kita bertanya secara langsung tetapi dengan perantaraan simbol,
murid berasa lebih selesa dan terbuka untuk membuat pendedahan dirinya.
3. Berkongsi pengalaman dapat meningkatkan kepercayaan kita kepada orang
lain dan ini mewujudkan rasa kemesraan dan kekitaan.
4. Melalui pendedahan pengalaman diri dapat menggalakkan murid berinteraksi.
5. Manusia bersifat dinamik dan akan berubah dari masa ke masa kerana
perubahan adalah proses kehidupan.
6. Perkongsian maklumat adalah penting dalam kehidupan harian.
7. Mendengar secara aktif merupakan salah satu aspek yang penting dalam
membina perhubungan.

FALSAFAH :
1. Semua manusia tidak sempurna.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 224

2. Mewujudkan kemesraan dan kepercayaan kepada individu terhadap individu
lain.

8.4.2 AKTIVITI 2

BIDANG : Disiplin

TAJUK : Mencari Diri

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid akan dapat:-

1. Murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri
sendiri.

2. Murid dapat memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi
kelemahan diri.

MASA : 60 Minit

SASARAN : Kumpulan Pembuli

BAHAN : Kertas A4, Pensel, Pen, Kad Prestasi Diri.

LANGKAH :

1. Murid duduk dalam bulatan.

2. GBKSM mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid dan meminta murid
melipat 2 kertas tersebut..

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 225

3. GBKSM meminta murid mencatat sifat-sifat negatif yang ada pada diri di
ruang kiri kertas. ( Merujuk LAMPIRAN MODUL 2)

4. Guru meminta murid mencatat sifat-sifat positif yang ada pada diri di ruang
sebelah kanan kertas. ( Merujuk LAMPIRAN MODUL 2 )

5. Murid menomborkan sifat positif dan negatif diri mengikut keutamaan.
6. Murid diminta meletakkan kertas di tengah bulatan. GBKSM memilih secara

rawak sekeping kertas untuk dibincangkan bersama.
7. Perbincangan meliputi reaksi murid terhadap sifat dan kekuatan yang

dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan
dengan sebaiknya.
8. Di akhir aktiviti ini murid-murid dibekalkan dengan kad prestasi diri untuk
dinilai setiap kali perjumpaan.

PENILAIAN :
1. Melalui tindak balas dan pengakuan yang diberikan oleh murid.

RUMUSAN :
1. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri.
2. Mengenali kelemahan dan kekuatan diri membolehkan individu merancang
untuk pembangunan diri.
3. Setiap insan adalah unik kerana :
a. Mempunyai kelebihan dan kekurangan.
b. Berkeupayaan untuk memperbaiki kekurangan dan memperkembangkan
potensi diri.

FALSAFAH :

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 226

1. Manusia mempunyai potensi dan kebolehan. Kita perlu mengenalpasti apakah
potensi diri kita.

LAMPIRAN1

CONTOH BORANG TUGASAN

SIFAT DIRI

CIRI-CIRI DIRI
1
2
3

4

5

6

7

KEBAIKAN KELEMAHAN

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 227

8.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Disiplin
TAJUK : Kad Prestasi Diri
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:-

MASA 1. Murid dapat memahami penggunaan dan tujuan kad prestasi
diri.

2. Murid menyedari kepentingan masa&mula menghargainya.
3. Murid dapat mengenalpasti aktiviti yang harus dilakukan

sebagai seorang pelajar.
: 60 minit

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 228

SASARAN : Kumpulan Pembuli

BAHAN : Kad prestasi diri (LAMPIRAN 2)

LANGKAH :

1. GBKSM mengedarkan kad prestasi diri kepada murid-murid.

2. GBKSM menerangkan kepada murid tentang penggunaan kad prestasi diri.

a. Kad tersebut akan diberikan kepada guru kelas untuk pemantauan mereka
terhadap murid-murid.

b. Setiap kali murid melakukan kesalahan, guru kelas, dan guru disiplin akan
mencatatkan kesalahan tersebut di dalam kad berkenaan.

c. Kad prestasi diri akan dibincangkan dengan pentadbir dan ibu bapa semasa
konferensi ibu bapa pada satu tarikh yang ditetapkan.

(Sekurang-kurangnya sekali setahun dan sekiranya memerlukan,
perjumpaan dengan ibu bapa dilakukan dengan lebih kerap).

d. Kad prestasi diri dinilai dalam tempoh sebulan, jika murid tidak melakukan
sebarang kesalahan pingat tahniah akan diberikan sebagai ganjaran. (
LAMPIRAN 3 )

e. Setiap sebulan sekali GBKSM akan mengumpulkan kad tersebut untuk
membuat rumusan dan laporan.

PENILAIAN :
1. Penilaian dijalankan berdasarkan Kad Prestasi Diri.

RUMUSAN :

1. Murid sedar akan kepentingan sahsiah diri yang baik menyumbang kepada
kecemerlangan akademik.

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 229

PROGRAM KAUN

NAMA KAD PRES
KELAS : _________________________________
: _________________________________
Bil.
Minggu Kesalahan Prestasi Peny

1

2

3

4
Di semak oleh,

NSELING BERFOKUS 230

LAMPIRAN 2

STASI DIRI SAYA BULAN : ____________________
yelesaian
Catatan T/tangan T/tangan ibu/bapa
Guru /penjaga

Di sahkan oleh,

PROGRAM KAUN

________________ ( Guru B&K )

NSELING BERFOKUS 231

_____________________ ( P/GB )


Click to View FlipBook Version