PELAN
STRATEGIK
BISNES
PELAN
STRATEGIK
BISNES
Hak Cipta Terpelihara
© LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
PELAN STRATEGIK BISNES LLM 2021 - 2025
ISI KANDUNGAN
PERUTUSAN DAN PRAKATA
Perutusan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia 3
Prakata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia 5
RINGKASAN EKSEKUTIF 7
PELAN STRATEGIK BISNES 9
10
Perancangan
Matlamat 11
13
FAKTA NOMBOR
15
Hubungkait Matlamat - Fokus Utama - Idea 17
18
PENGENALAN
19
Latar Belakang LLM 21
Punca Kuasa dan Akta 23
Hubungkait Pemegang Taruh 24
STRUKTUR ORGANISASI 28
33
Ahli Lembaga LLM 41
Pengurusan LLM 53
Visi 57
Misi 71
75
FOKUS UTAMA 84
98
Fokus 1
Fokus 2 119
Fokus 3 120
Fokus 4 121
Fokus 5 122
Fokus 6 123
Fokus 7
Fokus 8
Fokus 9
PENUTUP
Struktur Jawatankuasa Pemandu
Struktur Jawtankuasa Panel Penasihat
Struktur Jawatankuasa Kerja
Penghargaan
Rujukan Fokus Utama
PERUTUSAN PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya Pelan Strategik
Bisnes Lembaga Lebuhraya Malaysia 2021-2025 (PSB LLM 2021-2025) telah berjaya
dibangunkan dengan hasil partisipasi seluruh warga LLM secara amnya. Syabas dan
tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama berusaha dengan
gigih menjayakan PSB LLM ini bagi memantapkan peranan LLM. Pembangunan PSB
LLM ini dapat membantu LLM untuk terus dinamis sebagai sebuah organisasi yang
bertanggungjawab secara sepenuhnya terhadap pembangunan lebuh raya bertol di
Malaysia.
Landskap dan ekosistem pembangunan negara telah berubah seiring dengan
kepesatan pembangunan teknologi digital menjadikan fungsi dan peranan LLM dalam
mengimbangi keperluan pemegang taruh LLM yang melibatkan Kerajaan, Syarikat
Konsesi dan rakyat semakin mencabar. Seiring dengan peredaran masa, organisasi
LLM perlu ditambahbaik bagi meningkatkan mutu dan kefungsian jabatan agar terus
releven dalam arus perubahan dan cabaran mendatang.
PSB LLM merupakan titik tolak ke arah pemerkasaan LLM dalam merancang,
membangun dan memantau lebuh raya bertol di Malaysia. Untuk menjadikan LLM
sebagai sebuah organisasi yang lebih cemerlang dan efisien, perancangan dan
pelaksanaan yang strategik di semua peringkat amat diperlukan. Berpaksikan kepada
sasaran matlamat yang meliputi aspek teknikal dan bukan teknikal,
diharapkan pembangunan PSB LLM ini dapat dijadikan sebagai
pemandu arah kepada LLM dalam menilai, mengukur keberkesanan, merebut
peluang, mengadaptasikan penyesuaian dan menangani cabaran untuk mencapai visi
dan misi LLM.
PSB LLM ini mencakupi kepentingan semua pihak yang terlibat dalam industri lebuh
raya. Ia merupakan satu usaha yang padu dan kerjasama pintar perlu digembleng
bagi mencapai matlamat utama PSB LLM. Wadah ini memerlukan komitmen yang
tinggi daripada semua pihak khususnya warga LLM. Saya percaya seluruh warga
kerja LLM mempunyai keazaman dan iltizam yang tinggi untuk menjadikan LLM
sebagai sebuah organisasi yang lebih cemerlang dan berdaya saing. LLM akan terus
memainkan peranan sebagai pemacu dalam perancangan, pembangunan,
pemantauan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia.
3
Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merangka dan
membangunkan dokumen PSB LLM 2021-2025 yang bakal menjadi tunjang kepada
organisasi kita. Semoga usaha murni menyediakan Pelan Strategik Bisnes ini akan
menjadikan LLM sebagai sebuah agensi tunggal yang benar-benar dinamik dalam
mentadbir urus lebuh raya bertol di Malaysia dalam mempersembahkan
perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi ekspektasi semasa.
Datuk Abdul Rashid Asari
Pengerusi
Lembaga Lebuhraya Malaysia
PRAKATA KETUA PENGARAH
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Industri lebuh raya bertol merupakan salah satu penyumbang kepada perkembangan
ekonomi negara dan secara langsung mampu memberi impak positif atau ‘multiplier
effect’ kepada industri lain seperti kewujudan bandar dan kawasan perindustrian
baharu. Dalam usaha memacu industri lebuh raya bertol ke arah meransang ekonomi
negara, di samping menjadi sebuah badan yang bertanggungjawab mengawalselia
pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia, Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM) lebih komited memperkasakan peranannya. Adalah menjadi
keutamaan kepada LLM untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan
menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala
kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan
jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya.
Pelan Strategik Bisnes Lembaga Lebuhraya Malaysia 2021 – 2025 (PSB LLM 2021 –
2025) telah dirangka dan dihasilkan dengan pendekatan yang lebih signifikan dan
strategik berteraskan lima (5) matlamat halatuju LLM untuk mencapai sasaran atau
‘desired state’ dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. PSB LLM ini
merupakan instrumen yang efektif bagi mencapai matlamat dan hala tuju menjadikan
LLM sebagai sebuah organisasi unggul, pakar rujuk, melestarikan sumber kewangan
yang berdaya tahan. PSB LLM ini juga menjadi tunjang hala tuju LLM dalam
pengambilalihan pengoperasian lebuh raya yang tamat tempoh konsesi serta
mengatasi kekangan dan halangan yang merencatkan peranan LLM untuk
memperkasa pengawalseliaan lebuh raya. Di samping itu, PSB LLM ini juga
merupakan benteng persediaan LLM menghadapi perubahan persekitaran dan
teknologi yang semakin mencabar serta mempengaruhi gelombang pembangunan
infrastuktur dalam dan luar negara.
Sembilan (9) fokus utama telah menjadi tonggak dalam pembangunan PSB LLM ini
bagi mendukung 23 idea strategik yang telah digarap dari hasil perahan idea di
semua bahagian LLM. Saya percaya penjanaan idea dan input melalui penglibatan
menyeluruh warga LLM telah menjadikan dokumen ini lebih unggul dan berkualiti.
Besar harapan saya agar seluruh idea yang diutarakan dalam PSB LLM 2021-2025
ini akan sentiasa disusuli dengan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa
agar pelaksanaannya dapat mencapai matlamat yang ditetapkan sejajar dengan
objektif PSB LLM.
5
Asas bagi kejayaan pelaksanaan PSB LLM ini adalah komitmen dan kerjasama
seluruh warga yang mempunyai peranan dan tanggungjawab secara bersama untuk
merealisasikan segala inisiatif yang digariskan dengan jaya. Saya berharap agar
seluruh warga LLM dapat memberi penekanan kepada PSB LLM 2021-2025 yang
telah dihasilkan ini supaya menjadi pemangkin dalam memantapkan peranan LLM, di
samping melaksanakan anjakan dalam menempuhi pelbagai cabaran dan halangan
semasa serta memberi manfaat terutamanya kepada pemegang taruh secara
menyeluruh, inklusif dan berterusan. LLM
akan sentiasa berdiri teguh dan
menerapkan keazaman yang tinggi
untuk memastikan pembangunan
lebuh raya bertol di Malaysia terus utuh
dan seterusnya menjadi pemacu ke arah
negara maju dan mampan di persada global.
Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan
Ketua Pengarah
Lembaga Lebuhraya Malaysia
RINGKASAN EKSEKUTIF
Mesyuarat Pengurusan Lembaga Lebuhraya Malaysia Bil. 30/2020 pada 24
November 2020 telah memutuskan supaya dokumen Pelan Strategik Bisnes
Lembaga Lebuhraya Malaysia 2021 – 2025 (PSB LLM 2021 – 2025) dibangunkan
melalui perbincangan dan kolaborasi melibatkan sokongan daripada bahagian-
bahagian di LLM merangkumi aspek teknikal dan bukan teknikal. Dokumen ini
juga berpandukan kepada Kajian Halatuju Lebuh raya Bertol di Malaysia yang
telah dilaksanakan oleh Perunding KPMG PLT.
PSB LLM secara umumnya ditakrifkan sebagai keutamaan yang penting untuk
memberi panduan di dalam melaksanakan fungsi LLM dengan menilai, mengukur
keberkesanan, merebut peluang, mengadaptasikan penyesuaian dan menangani
cabaran dalam mencapai visi dan misi LLM.
Berdasarkan kepada Kajian Halatuju Lebuhraya Bertol di Malaysia, Perunding
KPMG PLT telah melaksanakan penilaian terhadap fungsi LLM dan telah
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan termasuklah peluang penambahbaikan
merangkumi tumpuan yang lebih strategik kepada bidang-bidang di bawah
kawalan LLM berdasarkan keutamaan, paling kritikal dan juga tahap relevan.
Idea-idea penjanaan pendapatan telah diberi penekanan yang khusus untuk
menjadikan LLM sebagai financially independent and sustainable.
Selain daripada itu, percambahan idea-idea baharu daripada bahagian – bahagian
utama di LLM juga diperolehi bagi menyediakan PSB LLM dengan mengambilkira
keadaan sedia ada (current state) dengan menetapkan sasaran, program dan
tempoh pelaksanaan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan (desired state).
Sembilan (9) fokus utama dengan 23 idea strategik telah dibangunkan dalam PSB
untuk menjadi tonggak utama bagi merealisasikan desired state yang melibatkan
lima (5) matlamat utama mencakupi organisasi unggul, sumber kewangan
berdaya tahan, pakar rujuk, menghapuskan kekangan dan operasi lebuh raya.
Idea-idea yang dikenalpasti hasil daripada komitmen bahagian-bahagian LLM
telah mengambilkira cabaran-cabaran semasa dan halangan akan datang dalam
memacu ke arah impak yang positif dalam mengimbangi keperluan pemegang
taruh LLM melibatkan kerajaan, syarikat konsesi dan pengguna.
7
7
PSB 2.0
PSB 1.0
PELAN STRATEGIK BISNES
PERANCANGAN
PELAN STRATEGIK BISNES
Pelan Strategik Bisnes (PSB) ini meletakkan matlamat dan sasaran LLM untuk
dicapai dalam tempoh 10 tahun sebagai sebuah organisasi yang cemerlang,
berwibawa, unggul dan pakar rujuk serta trend setter di dalam semua perkara
berhubungkait dengan lebuh raya bertol yang merangkumi kelestarian sumber
kewangan, perundangan berlandaskan prinsip dan operasi yang profesional.
Fasa pelaksanaan telah dibahagi kepada 2 peringkat:
*PSB 1.0 : 2021 Hingga 2025 – Fokus kepada elemen jangka pendek
(Quick-Win).
**PSB 2.0 : 2026 Hingga 2030 – Fokus kepada elemen jangka panjang.
* Semakan pencapaian PSB 1.0 dilaksanakan setiap tahun bermula 2022.
** Perancangan pelaksanaan PSB 2.0 dijadualkan bermula tahun 2024.
9
MATLAMAT
PELAN STRATEGIK BISNES
1Menjadi sebuah organisasi yang unggul,
memacu dan menerajui industri lebuh raya bertol
di Malaysia serta disegani di peringkat antarabangsa.
2Menjadi pusat pakar daripada peringkat
perancangan, rekabentuk, pembinaan,
operasi & tol dan penyenggaraan lebuh raya.
3Memperkasakan peranan LLM dalam
pengawalseliaan lebuh raya.
4Mengoperasikan lebuh raya yang telah tamat
tempoh konsesi.
5Melestarikan sumber kewangan.
10
10
FOKUS
UTAMA
11
Menjadi sebuah organisasi
MATLAMAT yang unggul, memacu dan
menerajui industri lebuh raya
01 bertol di Malaysia serta
disegani di peringkat
antarabangsa
MATLAMAT Menjadi pusat pakar
daripada peringkat
02 perancangan, rekabentuk,
pembinaan, operasi & tol
dan penyenggaraan lebuh
raya
MATLAMAT Memperkasakan peranan
LLM dalam
03 pengawalseliaan lebuh
raya
MATLAMAT Mengoperasikan lebuh
raya yang telah tamat
04 tempoh konsesi
MATLAMAT Melestarikan sumber
kewangan
05
13
FOKUS UTAMA IDEA
Memantapkan peranan
LLM di dalam penilaian Model penstrukturan lebuh raya
model penstrukturan
lebuh raya Toll Highway Network Master Plan:
Pembangunan HNDP 2030 / Tingkat Kepakaran /
Highway Master Plan Master Plan R&R
Pemerkasaan Perjanjian Penambahbaikan Perjanjian
Konsesi (CA) & Teknikal Konsesi & Teknikal Apendik
Appendik (TA)
Hala Tuju Pelaksanaan MLFF:
Pelaksanaan Radio-frequency identification
Multi Lane Free Flow (RFID) / Penguatkuasaan /
(MLFF) Perundangan Kesalahan Tol/ Warta
Perundangan Subsidiari / Central
Pemerkasaan Tolling Agency (CTA)
IR 4.0 &
Pendigitalan - IR 4.0/ Pendigitalan.
- Mewujud dan menguruskan sistem maklumat
Pembentukan
Mekanisma Kawalan digital pengurusan lebuhraya secara holistik
bermula daripada peringkat perancangan,
reka bentuk, pembinaan dan operasi &
penyelenggaraan menggunapakai Sistem
Building Information Modelling (BIM).
- Pemerkasaan geographic information
system (GIS) lebuh raya.
Mengenal pasti mekanisma bagi
menyelesaikan isu ketidakpatuhan
terhadap perjanjian konsesi
Meningkatkan Kompetensi Pembangunan
& Kecemerlangan Industri Pusat Kecemerlangan
lebuh raya
Pengoperasian lebuh raya
Mengoperasikan dan Pajakan/Sewa (Land leasing)
memanfaatkan sumber Pengurusan organisasi dalam
lebuh raya
pembangunan komersil di
sepanjang lebuh raya.
Pemantapan Kaedah 11 garis panduan
Pengurusan Lebuh Raya
14
PENGENALAN
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
adalah sebuah badan berkanun yang telah
ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut
Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan
penubuhan LLM adalah untuk menyelia dan
melaksanakan rekabentuk, pembinaan,
pengawalan, pengendalian dan
penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya,
mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-
peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Objektif penubuhan LLM pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju,
mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap
dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian
pengangkutan jalan raya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara
keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta
kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta
perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya
awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara di samping melatih
kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan
dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya.
15
Berdasarkan Akta 231, fungsi penubuhan LLM adalah seperti berikut:
❑ Menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh
raya - lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh kerajaan.
❑ Menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan
kawasan-kawasan rehat dan rawat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu
di sepanjang lebuh raya.
❑ Memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain bayaran dari
kemudahan di sepanjang lebuh raya, merancang dan menjalankan penyelidikan
untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain kemudahan
di sepanjang lebuh raya.
❑ Pada amnya melakukan apa-apa juga perkara untuk memajukan lagi lebuh raya
dan menggunakan dengan wajar lebuh raya dan lain-lain kemudahan di
sepanjang lebuh raya.
Walau bagaimanapun, selepas Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan pada
tahun 1983, peranan LLM sebagaimana yang telah digariskan oleh Akta 231 masih
kekal sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas lebuh
raya bertol dengan pertambahan tanggungjawab sebagai badan pengawalseliaan,
pembangunan dan pengurusan lebuh raya bertol di Malaysia. Ianya bagi
memastikan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sentiasa memberikan
perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan selesa kepada pengguna-pengguna
lebuh raya.
16
Mesyuarat Lembaga LLM Mesyuarat
Bil. 1/2021 pada 18 Pengurusan LLM Bil.
Januari 2021 30/2020 pada
24 November 2020
Pelan Strategik
Lembaga Lebuhraya Pelan Strategik
Malaysia 2021-2025 Organisasi Kementerian
Kerja Raya Malaysia
Dasar Pembinaan 2021-2025
Negara 2030
Akta Lembaga
Lebuhraya Malaysia
(Perbadanan) 1980
Akta-akta lain
yang berkaitan
PUNCA
KUASA
DAN AKTA
17
HUBUNGKAIT PEMEGANG
TARUH (STAKEHOLDER)
Kerajaan : K
Memberikan persetujuan atau kelulusan sewajarnya dalam memastikan syarikat
konsesi melaksanakan obligasi dan tanggungjawab sebagaimana Perjanjian
Konsesi dalam membina seterusnya menyediakan lebuh raya yang mematuhi
spesifikasi yang ditetapkan, selamat dan selesa kepada pengguna.
Lembaga Lebuhraya Malaysia yang dilantik sebagai wakil kerajaan
bertanggungjawab dalam menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan
penyenggaraan lebuh raya-lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan,
menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan-
kawasan rehat dan rawat dan lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu di sepanjang
lebuh raya, memungut tol daripada pengguna-pengguna lebuh raya dan lain-lain
bayaran dari kemudahan di sepanjang lebuh raya, merancang dan menjalankan
penyelidikan untuk memastikan penggunaan lebuh raya yang cekap dan lain-lain
kemudahan di sepanjang lebuh raya dan pada amnya melakukan apa-apa juga
perkara untuk memajukan lagi lebuh raya berdasarkan kepada Akta 231.
Syarikat Konsesi : SK
Melaksanakan kesemua obligasi dan tanggungjawab sepertimana yang termaktub
dalam Perjanjian Konsesi dalam mereka bentuk dan membina lebuh raya yang
lengkap dengan kemudahan kepada pengguna serta mengoperasikan dan
menyenggara lebuh raya agarnya ianya selamat dan selesa kepada pengguna
dengan mengenakan bayaran tol yang berpatutan dalam menyediakan
perkhidmatan berkaitan.
Pengguna : P
Menggunakan lebuh raya serta
kemudahan yang disediakan dalam
keadaan selamat dan selesa dengan
kadar tol yang berpatutan.
18
18
AHLI LEMBAGA
Datuk Abdul Rashid Asari
Pengerusi
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Dato’ Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Sulaiman
Ketua Pengarah
Jabatan Kerja Raya
Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan
Ketua Pengarah
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Dato’ Adrian Ching Kok Suang
Wakil Kepentingan Khas
19
YM RAJA
Datuk Badrul Hisham Mohd
Wakil Kementerian Kerja Raya
YM Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad
Wakil Kementerian Kewangan
Tuan Manoj Kurup
Wakil Kepentingan Khas (Jabatan Peguam Negara)
Dato’ Ir. Hj. Zulakmal Hj. Sufian
Wakil Kepentingan Khas
*Masih belum dilantik sehingga 13 Julai 2021 : Dato’ Ir. Mohtar Masri
1. Ahli Lembaga mewakili Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi
Wakil Kepentingan Khas
20
22 20 18 19 21
17 16 14 12 10 11 13 15
9 75 68
43 1 2
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
21
21
1. Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan 2. Ir. Abdullah Hashim
Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes)
3. Ir. Sazali Harun 4. Haslina Hashim
Timbalan Ketua Pengarah Pengarah Kanan Pengurusan
(Pembangunan)
5. Zahratul’ula Mohd Ibrahim 6. Azman Mohd Jais
Pengarah Pemantauan Operasi Pengarah Khidmat Pakar Dan
Kerjasama Teknikal
7. Sr. Abdul Rahim Md. Zahid 8. Abu Bakar Hashim
Pengarah Ukur Bahan Dan Kontrak Pengarah Mekanikal Dan Elektrik
9. Ir. Mohd Hadzmir Yusoff 10. Noor Fuziah Ismail
Pengarah Pengurusan Projek Pengarah Undang Undang
11. Ts. Ir. Dr. Nadzrol Fadzilah Ahmad 12. Ts. Noriha Derin
Pengarah Pengurusan Rekabentuk Pengarah Perancangan
13. Noradibah Ramli 14. Junaidah Jamni
Pengarah Pengawasan Tol Pengarah Pengurusan Tanah
15. Suzaitee Yusoff 16. Farah Ziza Mohamed Fawzi
Pengarah Kewangan Dan Pengurusan Pengarah Sumber Manusia Dan
Aset Korporat
17. Norzuriati Zainol Rashid 18. Ts. Husain Osman
Pengarah Teknologi Maklumat Pengarah Wilayah Tengah
19. Mohd Shahrir Amin Ahmad 20. Ir. Khairul Anuar Muhari
Pengarah Wilayah Selatan Pengarah Wilayah Timur
21. Azleen Jaludin 22. Zaimasnizam Maspur
Pengarah Wilayah Utara Ketua Audit Dalam
STRUKTUR ORGANISASI
22
Menjadikan LLM
bertaraf dunia
dalam
pembangunan,
pengurusan
dan kawalseliaan
lebuh raya
23
Melaksanakan pembangunan, pengurusan dan
pengawalseliaan lebuh raya meliputi perancangan, reka
bentuk, pembinaan, operasi dan penyenggaraan lebuh raya
tol yang berkualiti mengikut piawaian antarabangsa.
Memberikan perkhidmatan lebuh raya
yang cekap, selesa dan selamat serta
memenuhi kepuasan pelanggan.
Memastikan keperluan sosial
dan alam sekitar dipenuhi.
Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan
dan pengurusan lebuh raya bertol.
24
25
FOKUS
UTAMA
26
Masa terbaik untuk permulaan adalah
SEKARANG
FOKUS 1
MEMANTAPKAN PERANAN
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
DI DALAM PENILAIAN MODEL
PENSTRUKTURAN LEBUH RAYA
BAHAGIAN PENGAWASAN TOL
28
Pengenalan
Dalam merealisasikan objektif ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember
2020 telah bersetuju untuk menstrukturkan semula kadar tol yang akan dirunding
secara bersama dengan syarikat konsesi dan akan dimuktamadkan sebelum tahun
2023. Semasa proses rundingan, kadar tol semasa yang telah diwartakan akan
dikekalkan dan penangguhan kenaikan kadar tol diteruskan sehingga tahun 2022.
Kerajaan pada masa ini sedang melaksanakan proses rundingan bersama beberapa
syarikat konsesi lebuh raya dengan hasrat mengurangkan kadar tol lebuh raya dan
mengambil kira kepentingan kerajaan, syarikat konsesi serta rakyat sebagai
pengguna.
Selain meminimakan bebanan kewangan kerajaan, rundingan juga akan turut
memastikan standard piawaian operasi dan penyenggaraan lebuh raya sedia ada
tidak terjejas serta lebuh raya terus berdaya maju.
29
PSB LLM
Idea: Model Penstrukturan Lebuh Raya
Keadaan Semasa (Current State)
i. Syarikat konsesi akan menghadapi masalah kewangan sekiranya kadar tol tidak
dinaikkan dan pampasan tidak dibayar oleh kerajaan.
ii. Sekiranya hasil syarikat konsesi tidak mencukupi, ianya akan menjejaskan prestasi
pembayaran balik sukuk / pinjaman baharu / pembiayaan semula oleh syarikat
konsesi dan kualiti operasi dan penyenggaraan termasuk penambahbaikan lebuh
raya akan turut terjejas.
iii. Kerajaan terpaksa membantu syarikat konsesi untuk memastikan syarikat terus
berdaya maju.
iv. Sekiranya lebih banyak syarikat konsesi menghadapi masalah kewangan, kerajaan
tidak mampu untuk mengambilalih lebuh raya - lebuh raya tersebut kerana ianya
akan melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan
v. Pertimbangan kerajaan untuk minimum tolerable rate ke atas sesebuah lebuh raya
sukar ditentukan kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kos projek, kos
kewangan, kos operasi dan penyelenggaraan, unjuran trafik serta tempoh konsesi.
vi. Penentuan minimum tolerable rate ke atas pengguna juga sukar ditentukan kerana
ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti:
a) Tujuan dan kekerapan perjalanan.
b) Perbelanjaan tol dan tahap pendapatan.
c) Tahap kepuasan menggunakan lebuh raya tol.
d) Kesedaran mengenai kelebihan lebuh raya.
e) Kos sara hidup.
vii. Pengguna terpaksa membayar kadar tol yang tinggi tetapi masih berhadapan
dengan kesesakan trafik.
viii. LLM sukar untuk membuat penilaian kebolehlaksanaan (feasibilty) dan daya maju
(viability) cadangan penstrukturan semula yang dikemukakan oleh syarikat konsesi
kerana tidak mempunyai kepakaran dan pegawai yang kompeten di dalam meneliti
model kewangan dan unjuran trafik.
30
Sasaran (Desired State)
i) Meneruskan kutipan tol dengan kadar tol yang munasabah bagi
mengekalkan tahap operasi dan penyenggaraan lebuh raya
mengikut standard yang ditetapkan.
ii) Keyakinan pelabur dikembalikan serta mengekalkan syarikat
konsesi dalam industri yang melibatkan lebuh raya sedia ada,
lebuh raya dalam pembinaan dan lebuh raya baharu yang telah
diluluskan secara prinsip.
2
iii) Menghasilkan kadar tol yang munasabah dan mesra pengguna
serta rundingan bersama syarikat konsesi dimuktamadkan
sebelum tahun 2023.
iv) Memastikan parameter yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 18 Disember 2020 seperti berikut dijadikan asas di
dalam penilaian cadangan penstrukturan semula kadar tol oleh
syarikat konsesi :
a) Kerajaan boleh menimbangkan pelanjutan tempoh konsesi
yang munasabah.
b) Tiada bayaran pampasan tunai, bantuan kewangan dan
jaminan Kerajaan sekiranya tempoh konsesi dilanjutkan.
c) Komitmen lebuh raya kekal kepada syarikat konsesi sedia
ada atau cadangan model perniagaan baharu tanpa
penglibatan/komitmen kerajaan.
v) Rungutan pengguna lebuh raya dikurangkan dan pengguna dapat
menikmati fasiliti /perkhidmatan yang berkualiti di sepanjang lebuh
raya setanding dengan kadar tol yang dibayar.
vi) Meningkatkan kompetensi dan kepakaran pegawai LLM dalam
menilai kebolehlaksanaan (feasibilty) dan berdaya maju (viability)
sesuatu cadangan penstrukturan semula lebuh raya.
vii) Penubuhan satu Jawatankuasa Khas Penilaian Penstrukturan di
peringkat LLM yang bertindak untuk mengkaji dan meneliti setiap
cadangan penstrukturan semula lebuh raya yang diterima oleh
LLM daripada syarikat konsesi.
31
Memastikan semasa proses Membuat penilaian terhadap
rundingan, kadar tol semasa 2 cadangan penstrukturan
yang telah diwartakan akan 1 semula lebuh raya yang
dikekalkan dan penangguhan dikemukakan oleh syarikat
kenaikan kadar tol diteruskan konsesi. Proses rundingan
bersama dijadual akan
sehingga tahun 2022. dimuktamadkan sebelum
tahun 2023.
Menganjurkan sesi latihan 4
intensif model kewangan Semasa proses penilaian,
3 kepentingan kerajaan,
untuk melahirkan pegawai
yang kompeten. Pegawai syarikat konsesi dan
berkebolehan, mahir dan pengguna diberi penekanan
dan menjadi elemen penting
cekap menggunakan dalam penilaian bagi
perisian model kewangan memastikan hasil rundingan
adalah situasi menang-
serta boleh bertindak menang (win-win situation).
sebagai pegawai pakar
rujuk di dalam penyediaan 5 Menganjurkan sesi latihan
ulasan aliran tunai dan intensif analisis trafik untuk
melahirkan pegawai yang
kebolehlaksanaan kompeten, berpengetahuan
sesuatu cadangan dan berkebolehan untuk
penstrukturan lebuh raya. dijadikan pakar di dalam
bidang trafik.
Tempoh Pelaksanaan
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
Disember 2022
32
PEMBANGUNAN
HIGHWAY MASTER PLAN
33
Pengenalan
Selaras dengan usaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan pengurusan,
pembangunan dan perancangan projek lebuh raya baharu khususnya pelaksanaan
secara penswastaan adalah penting kerana pembangunan jaringan lebuh raya
merupakan pemangkin kepada pembangunan kawasan baharu dan seterusnya
membantu memperkukuh dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.
LLM perlu memberikan fokus utama dalam memperkasakan peranan dalam
pengurusan proses pembangunan pembinaan lebuh raya. Perancangan
pembangunan lebuh raya bukan sekadar sebagai pemangkin ekonomi malahan
usaha untuk menambahbaik mutu dan keselesaan pengguna lebuh raya itu sendiri.
Keadaan semasa (Current State) bagi lebuh raya masa kini adalah ketersambungan
dan kebolehcapaian bagi infrastruktur lebuh raya semasa adalah bergantung kepada
kajian Highway Network Development Plan (HNDP) yang dibangunkan oleh
Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya dalam menghubungkan dan
menyambungkan semua lebuh raya dan jalan raya dengan bandar-bandar utama.
Sehingga kini, tiada pelan pembangunan yang khusus bagi pembangunan lebuh raya
bertol.
Selain itu, peningkatan populasi penduduk menyebabkan banyak kawasan bandar
menjadi padat dan memerlukan sokongan tambahan infrastruktur lebuh raya dan
jalan raya yang lebih cekap. Pertimbangan bagi pemohonan komersil seperti stesen
minyak dan restoran makanan segera di kawasan rehat & rawat (R&R) dan hentian
sebelah dibuat hanya berdasarkan kepatuhan kepada garis panduan teknikal sahaja
tanpa melihat kepada keperluan semasa.
34
PSB LLM
Idea 1
Pelan Induk Bagi Rangkaian Lebuh raya Bertol
(Toll Highway Network Master Plan)
Pelan
Tindakan
HNDP
Penyediaan Highway
Master Plan berdasarkan
HNDP 2030
Meningkatkan kepakaran
pegawai LLM berhubung
kebolehlaksanaan
pembangunan lebuh raya
(Kajian Kemungkinan
Feasibility Study)
Penyediaan Master
Plan bagi Kawasan
Rehat dan Rawat
35
PSB LLM
Pelan Tindakan 1
Penyediaan Highway Master Plan berdasarkan HNDP 2030
Keadaan Semasa (Current State)
i. Ketersambungan dan kebolehcapaian (connectivity & accessibility) bagi
infrastruktur fizikal lebuh raya yang kurang berkesan bagi memastikan
ketersambungan semua lebuh raya dan jalan raya dengan bandar-bandar
utama negara.
ii. Kurang mendapat perhatian terhadap kapasiti jalan yang semakin merosot
diakibatkan daripada pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya
sehingga menyebabkan kesesakan trafik di lebuh raya sedia ada terutama
pada waktu puncak pagi dan petang.
iii. Lebuh raya yang tidak mempunyai laluan alternatif lain apabila telah
mencapai/melebihi Level of Service C (LOS C) dapat dikenalpasti.
iv. Mengenal pasti kawasan yang populasi penduduknya semakin meningkat
yang menyebabkan banyak kawasan di bandar menjadi padat dan
memerlukan sokongan tambahan infrastruktur lebuh raya serta jalan raya
yang lebih cekap.
Sasaran (Desired State)
1
Dokumen rujukan
Highway Master Plan
yang lengkap bagi
lebuh raya bertol
berdasarkan HNDP 2030
3 2
Infrastruktur fizikal lebuh raya LLM sebagai pusat
rujukan bagi
yang berkesan yang perancangan lebuh
menghubungkan dan
ketersambungan semua lebuh raya bertol di Malaysia.
raya dan jalan raya dengan
bandar-bandar utama negara.
36
Mengkaji dan meneliti Mengumpul, meneliti dan
laporan akhir Highway mengenal pasti maklumat dan
Network Development 2 data yang perlu untuk lebuh
Plan 2030 (HNDP) yang raya sedia ada, lebuh raya
dalam pembinaan, cadangan
disediakan oleh KKR penswastaan lebuh raya yang
untuk diselaraskan 1 telah mendapat kelulusan
prinsip, cadangan lebuh raya
dengan lebuh raya yang yang telah mendapat
dikenalpasti berpotensi. kelulusan Economic Council
termasuk permohonan
Menyiapkan Highway 4 cadangan projek lebuh raya
Master Plan sebagai baharu yang diterima KKR.
Dokumen Highway Menyediakan dokumen
Master Plan LLM 2021. Highway Master Plan yang
3 lengkap dengan jaringan
Mengkaji dan meneliti keseluruhan semua lebuh
Dokumen Highway raya
Master Plan LLM 2021 Mendapatkan halatuju
mengenalpasti projek- bagaimana Dokumen
projek lebuhraya yang 5 Highway Master Plan LLM
2021 boleh dipertingkatkan
berpotensi dan serta untuk ke arah menge5nalpasti
mengenalpasti jajaran projek-projek lebuhraya yang
berpotensi dan mengenalpasti
missing link samada jajaran missing link.
secara dalaman LLM atau
6
perlantikan konsultan.
Tempoh Pelaksanaan : April 2021 – April 2023
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
37
Pelan Tindakan 2
Meningkatkan kepakaran pegawai LLM berhubung kebolehlaksanaan
pembangunan lebuh raya (Kajian Kemungkinan Feasibility Study)
Keadaan Semasa (Current State)
i. Ketiadaan kaedah yang teratur dalam menyemak laporan penilaian
trafik.
ii. Kurang pendedahan/pengalaman dalam menyemak dan membuat
penilaian terhadap laporan trafik lebuh raya bertol.
iii. Kekurangan kepakaran di kalangan kakitangan LLM dalam membuat
penilaian terhadap laporan ulasan trafik lebuh raya bertol
Sasaran (Desired State)
LLM menjadi sebuah pusat rujukan dalam menilai
keperluan, kebolehlaksanaan dan keberkesanan bagi
cadangan pembinaan lebuh raya baharu terutamanya
yang membabitkan jumlah trafik semasa.
PSB LLM 38
Memohon kelulusan daripada 2 Mengenalpasti dan
pihak Pengurusan LLM menyenaraikan kakitangan
dalam melantik senarai LLM yang berkebolehan
1 dalam membuat penilaian
Jawatankuasa Penilaian bagi mewujudkan satu
Trafik LLM Jawatankuasa Penilaian
Trafik LLM
Membentuk silibus latihan 4
berkaitan pengetahuan trafik Mewujudkan gerak kerja
berdasarkan skop utama untuk 3 dalam mengkaji dan menilai
perancangan lebuh raya maklumat/dokumen yang
baharu, Kajian Semula diperlukan (required info)
dalam membuat semakan
Lebuhraya Semasa, Kajian Laporan Penilaian Trafik hasil
Impak Trafik (TIA), pengiraan daripada rujukan maklumat
kapasiti dan Level of Service sedia ada/ semasa
(LOS) serta lain lain. Membentuk satu kajian
terdiri dari laluan/koridor
Memberikan pendedahan 6 (alignment) lebuh raya
sebagai proses memantapkan baharu dan dalam
5 pembinaan yang
pengetahuan yang tinggi di berpotensi dari segi
dalam bidang trafik di kalangan project viability sebagai
pegawai LLM dari segi unjuran kes projek bagi tujuan
pembelajaran.
trafik pada masa hadapan
termasuk tumpuan terhadap
pemahaman kesan perubahan
kadar tol dan implikasinya
sehingga tamat tempoh
konsesi.
Tempoh Pelaksanaan : April 2021 – Disember 2021
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
39 PSB LLM
Pelan Tindakan 3
Penyediaan Master Plan bagi Kawasan Rehat dan Rawat
Keadaan Semasa (Current State)
i. Tiada pelan induk pembangunan kawasan rehat dan rawat (R&R) dan
hentian sebelah
ii. Permohonan komersil hanya tertumpu di sesebuah R&R atau hentian
sebelah tertentu di lebuh raya.
iii. Terdapat permohonan oleh pihak ketiga di laluan utama lebuh raya
selain dari R&R dan hentian sebelah.
iv. Tawaran melebihi permintaan.
KAWASAN Sasaran
REHAT (Desired State)
Pelan induk
pembangunan R&R
dan hentian sebelah
yang lengkap
merangkumi fasiliti dan
komersil.
Strategi
Pelaksanaan:
Menyediakan pelan induk
pembangunan yang lebih
komprehensif.
Tempoh Pelaksanaan : Ogos 2021 – Februari 2023
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
40
FOKUS 3
PEMERKASAAN
PERJANJIAN KONSESI & TEKNIKAL
APPENDIK
BAHAGIAN PERANCANGAN
41
PSB LLM
Pengenalan
Pelaksanaan dasar penswastaan lebuh raya bertol adalah melibatkan
persetujuan bersama antara pihak kerajaan dan syarikat konsesi melalui
perjanjian konsesi yang ditandatangani. Selaras dengan usaha menambahbaik
mutu perkhidmatan dan pengurusan lebuh raya mengikut trend semasa, pihak
LLM perlu memberikan fokus utama dalam memperkasa perjanjian konsesi dan
teknikal apendik sedia ada.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Perubahan keperluan dan kehendak serta kepesatan maklumat dan
teknologi lebuh raya masa kini yang mengalami perubahan pantas
memerlukan penambahbaikan terhadap klausa-klausa di dalam
perjanjian konsesi dan teknikal appendik.
ii. Masih terdapat ketidakseimbangan dan loop hole dari segi obligasi
dan tanggungjawab sama ada di pihak konsesi atau kerajaan sendiri
dalam terma perjanjian konsesi.
42
Klausa-klausa di dalam perjanjian konsesi dan teknikal
1 appendik ditambah baik seiring dengan perubahan
zaman dan kesesuaian masa kini.
Terma rujukan bagi pembangunan dan
pengoperasian lebuh raya bertol yang
inklusif diwujudkan merangkumi segala
aspek mengikut trend semasa bagi
2
menyampaikan mutu perkhidmatan
yang terbaik kepada pengguna.
Sasaran
(Desired State)
43
Idea
Pemerkasaan perjanjian konsesi & teknikal appendik.
Pelan Tindakan
1. Menilai dan menyemak semula terma dan klausa perjanjian konsesi dan
teknikal appendik bagi aspek keselamatan dan alam sekitar semasa
peringkat pembinaan lebuh raya.
2. Menambahbaik perjanjian konsesi berkaitan aspek reka bentuk bagi
meningkatkan lagi elemen keselamatan, kualiti dan penyenggaraan
lebuh raya :
a) Penambahbaikan Klausa Dan Pelaksanaan Inisiatif Bagi Kerja-
Kerja Pembinaan Yang Dilaksanakan Tanpa Kelulusan
Rekabentuk.
b) Meningkatkan Dan Menambahbaik Peranan Juruperunding
Bebas (Independent Consulting Engineering – ICE) Terutama
Melibatkan Aspek Rekabentuk.
c) Penambahbaikan Klausa Dan Pelaksanaan Inisiatif Terhadap
Penyerahan Bangunan - Bangunan Tanpa Sijil Penyiapan &
Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC)
Oleh Agensi Kerajaan Tempatan.
3. Perjanjian konsesi berkaitan operasi tol.
PSB LLM
44
Pelan Tindakan 1
Menilai dan menyemak semula terma dan klausa perjanjian konsesi dan
teknikal appendik bagi aspek keselamatan dan alam sekitar semasa peringkat
pembinaan lebuh raya
Keadaan Semasa (Current State)
Berdasarkan perjanjian konsesi, tiada penalti di peruntukkan bagi ketidakpatuhan
terhadap aspek keselamatan dan alam sekitar. Pada masa ini, pemeriksaan
bersama (joint inspection) agensi penguatkuasaan dilaksanakan bagi melaksanakan
pemeriksaan dan saman akan dikeluarkan terhadap sebarang ketidakpatuhan yang
ditemui.
Sebagai agensi pelaksana, pihak LLM perlu memastikan pihak syarikat konsesi /
kontraktor mematuhi semua aspek perundangan. Keadaan semasa yang
dikenalpasti adalah seperti berikut:-
i. Panduan prosedur pemantauan aspek keselamatan dan alam sekitar
berdasarkan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) dan terhad kepada pegawai
dan kakitangan LLM.
ii. Tiada garis panduan yang menetapkan implikasi terhadap Syarikat Konsesi /
Kontraktor jika tidak melaksanakan pematuhan terhadap aspek keselamatan dan
alam sekitar.
iii. Pihak LLM memantau aspek keselamatan dan alam sekitar berdasarkan
prosedur sedia ada (SPB-BPP-01).
iv. Sebarang ketidakpatuhan (aspek keselamatan dan alam sekitar) di tapak bina
dikenakan tindakan (denda / penalti) oleh agensi yang terlibat seperti CIDB,
JKKP, JAS dan lain-lain setelah isu menjadi serius dan didapati menyalahi
peraturan sedia ada di bawah akta / peraturan yang berkaitan.
v. Penguatkuasaan oleh agensi terlibat seperti CIDB, JKKP, JAS dan
lain-lain hanyalah bersifat case-by-case event yang telah berlaku.
45
Sasaran (Desired State)
Kawasan pembinaan yang mampan kepada
pengguna masa kini dan generasi akan
datang dengan memastikan aspek
keselamatan dan alam sekitar diimbangi
bagi meningkatkan imej dan persepsi positif kepada pihak kerajaan
dan syarikat konsesi dalam pelaksanaan pembinaan lebuh raya.
Aktiviti pembinaan PSB
dijalankan tanpa LLM
menjejaskan aspek
keselamatan terhadap
orang awam,
pengguna jalan raya
dan pekerja terjamin.
Aspek alam sekitar
terpelihara dengan
meminimumkan kesan
aktiviti pembinaan serta
menjalankan kawalan
alam sekitar.
Terma dan klausa
perjanjian konsesi dan
teknikal appendik
mengambilkira
kepentingan kerajaan
dan syarikat konsesi.
46
Mengenalpasti klausa 1
dalam Perjanjian Konsesi
Mengadakan perbincangan
dan Teknikal Appendik 2 secara dalaman (Bahagian
yang boleh ditambahbaik
Pengurusan Projek, BPP).
dari aspek keselamatan
dan alam sekitar. Menerima maklumbalas
4 daripada BP berkaitan
Mengemukakan klausa yang 3
terlibat dengan penambahbaikan yang
telah dikemukakan.
penambahbaikan kepada
Bahagian Perancangan (BP). Penyelarasan
6 penambahbaikan CA dan
Menambahbaik dan 5
mengemukakan semula TA dengan BP.
cadangan penambahbaikan
kepada BP.
Tempoh Pelaksanaan : Januari 2021 – Disember 2021
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
47