The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PSB LLM Buku Final 730am 28 julai 2021 edit (BLEED MARK) (1) edit 4 flip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by baharulisa, 2021-08-23 05:21:44

PSB LLM Buku Final 730am 28 julai 2021 edit (BLEED MARK) (1) edit 4 flip

PSB LLM Buku Final 730am 28 julai 2021 edit (BLEED MARK) (1) edit 4 flip

Tujuan Idea :
Menyediakan satu kertas kerja Lembaga, kertas Memorandum
Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan dasar pelaksanaan
CTA di Malaysia. Kertas kerja ini juga mengandungi model bisnes
bagi infrastruktur cadangan pelaksanaan CTA di Malaysia.

Keadaan semasa:

i. Clearance House (CH) bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya di
Malaysia di kawal oleh pihak Touch n’ Go Sdn. Bhd.

ii. Tiada peruntukan perundangan dan penguatkuasaan bagi pesalah tol
iii. Tiada platform yang diwujudkan bagi membolehkan penyedia skim

pembayaran yang lain mencebur ke dalam industri tol di lebuh raya

4. Strategi Pelaksanaan :

1 Mewujudkan ahli jawatankuasa 2 Penyediaan pelan pelaksanaan
pelaksanaan MLFF / CTA MLFF secara terperinci

3 Penyediaan spesifikasi tender 4 Memuktamadkan Akta dan
MLFF/CTA penguatkuasaan sistem kutipan tol

5 Penamatan penggunaan lorong 6 Pelaksanaan SLFF dan seterusnya
Touch ‘n Go dan SmartTAG. MLFF
/ CTA

Tempoh Pelaksanaan: 5 Tahun.

198

5. Sasaran (Outcome/Desired State)
CTA akan memastikan kelancaran pengurusan sistem kutipan tol di lebuhraya
dapat dilaksanakan di samping menjalankan hal - hal berkaitan
penguatkuasaan bagi pengguna yang melakukan kesalahan pembayaran tol di
setiap lebuh raya.
Selain itu juga dengan adanya CTA ini LLM akan bertindak sebagai One Stop
Center kepada semua syarikat pengendali lebuhraya, skim penyedia
pembayaran dan juga pembekal teknologi yang mendukung pelaksanaan
MLFF di Malaysia.
CTA juga akan menawarkan kepelbagaian pilihan kepada pengguna dalam
memilih skim pembayaran yang ingin digunakan bagi tujuan pembayaran tol
kepada setiap syarikat pengendali lebuh raya seterusnya dapat menghapuskan
elemen monopoli dalam sistem pembayaran tol.

6. Kesimpulan Idea
Pelaksanaan CTA merupakan model baharu dalam pengurusan segala aktiviti
di lebuhraya terutama dari segi pengurusan kutipan tol.

Bahagian Sokongan:
i. Bahagian Undang-Undang
ii. Bahagian Pengawasan Tol
iii. Bahagian Ukur Bahan & Kontrak

199

FOKUS : PELAKSANAAN MULTI LANE FREE FLOW (MLFF)
IDEA : RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION (RFID)
1. Pendahuluan

Radio Frequency Identification (RFID) adalah merupakan satu mod
pembayaran kutipan tol baru berasaskan kepada penggunaan teknologi RFID.
Lorong sistem kutipan tol berasaskan kepada teknologi RFID ini adalah hampir
sama dengan teknologi lorong SmartTAG yang menawarkan kutipan tol secara
tanpa henti / non stop berbanding lorong kad Contactless Smart Card (CSC)
Touch ‘n Go yang memerlukan pengguna untuk berhenti dan menyentuh kad
CSC pada pembaca/reader bagi melakukan transaksi bayaran tol.

Rajah 1: Logo papan tanda lorong RFID
Komunikasi transaksi bayaran kutipan tol teknologi RFID ini adalah
menggunakan tag RFID/transponder yang dipasang pada kenderaan sama
ada pada cermin hadapan atau lampu hadapan kiri kenderaan.

Rajah 2: Lokasi pemasangan tag RFID pada kenderaan kelas 1

200

Tag RFID ini akan berkomunikasi dengan pembaca RFID yang dipasang pada
lorong semasa melalui lorong RFID di plaza tol. Bayaran tol akan ditolak
daripada baki pengguna yang telah dikenalpasti melalui tag ID pengguna yang
didaftarkan dan transaksi RFID ini adalah dilaksanakan secara masa nyata/real
time.

Rajah 3: Gambaran lorong RFID berpalang di plaza tol
Penggunaan sistem kutipan tol teknologi RFID adalah selaras dengan
pelaksanaan MLFF yang akan berasaskan kepada penggunaan teknologi ini
bersama dengan teknogi kamera Automatic Numbe Plater Recognition
(ANPR)/Video Analytic Vehicle Classification (VAVC) bagi merekodkan
kesalahan atau pengguna dengan tag RFID yang tidak dapat dikesan atau
tidak mempunyai tag RFID.

201

2. Isu/Penyataan Masalah
Terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti di dalam pelaksanaan RFID ini,
antaranya adalah seperti berikut:-

Berdasarkan kepada isu yang telah dikenalpasti, terdapat 1 idea strategik yang
telah dikenalpasti yang dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang
sederhana/lama bagi menangani isu yang dibangkitkan seperti berikut:-
i. Pewujudan Jawatankuasa PEMANDU khas bagi mengkaji dan

membincangkan cadangan penyelesaian isu teknikal dan operasi lorong
RFID berpalang, kertas laporan blue print cadangan penyelesaian dan
pelaksanaan penambahbaikan oleh syarikat konsesi lebuh raya;

3. Pelan Pelaksanaan Cadangan Idea
Cadangan :
Pewujudan Jawatankuasa PEMANDU khas bagi mengkaji dan
membincangkan cadangan penyelesaian isu teknikal dan operasi
lorong RFID berpalang, kertas laporan blue print cadangan
penyelesaian dan pelaksanaan penambahbaikan oleh syarikat
konsesi lebuh raya.
Tujuan Idea :
Menyediakan cadangan penambahbaikan terhadap isu teknikal dan
operasi lorong RFID berpalang untuk pelaksanaan oleh syarikat
konsesi lebuh raya.

202

Keadaan semasa :
i. Pelaksanaan lorong RFID bagi kenderaan Kelas 1 di lebuh raya
sistem tol terbuka telah dilaksanakan
ii. Pelaksanaan lorong RFID di lebuh raya sistem tol tertutup
sedang dalam peringkat Pilot Program
iii. Pelaksanaan Proof Of Concept bagi pemasangan lorong dan tag
kenderaan pelbagai kelas.

4. Strategi Pelaksanaan :
i. Melaksanakan Proof Of Concept bagi pemasangan lorong RFID
Multiclass – Disember 2021
ii. Pembangunan akaun Kerajaan dan Korporat - Disember 2021
iii. Roll out penggunaan RFID bagi kenderaan pelbagai kelas –
Disember 2022
iv. Penambahbaikan lorong dengan menggunakan teknologi
ANPR/VAVC bagi sistem tol tertutup – Disember 2023
v. Penamatan berperingkat lorong TnGo dan SmartTag - 2023

Tempoh Pelaksanaan :
2020 – 2023 (4 tahun).

203

5. Sasaran (Outcome/Desired State)
Pelaksanaan menyeluruh teknologi RFID di semua lebuhraya bagi semua jenis
kelas kenderaan dapat dilaksanakan. Dengan perluasan pelaksanaan ini dapat
membantu meningkatkan kadar penembusan pengguna menggunakan tag
RFID ini dalam tujuan pembayaran tol di lebuh raya seterusnya dapat
membantu menyegerakan pelan pelaksanaan MLFF.

6. Kesimpulan Idea
Pelaksanaan RFID ini dapat memberi pengalaman baru kepada pengguna
dalam membuat pembayaran tol di lebuhraya.

Bahagian Sokongan :
i. Bahagian Pengawasan Tol
ii. Bahagian Undang-Undang

204

TEMPLATE BAGI CADANGAN IDEA PSB
BAHAGIAN : MEKANIKAL & ELEKTRIK

FOKUS UTAMA : PELAKSANAAN MULTI LANE FREE FLOW

MATLAMAT : MENJADI SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL, MEMACU DAN MENERAJUI INDUSTRI LEBUH RAYA
BERTOL DI MALAYSIA SERTA DISEGANI DI PERINGKAT ANTARABANGSA

CADANGAN IDEA : MULTI LANE FREE FLOW (MLFF)

CURRENT STATE i. Penggunaan teknologi RFID sebagai medium bagi kutipan tol
(KEADAAN ii. Kadar penembusan masih rendah di kalangan pengguna RFID
SEMASA) iii. Tiada kelulusan dasar bagi pelaksanaan MLFF di Malaysia
iv. Tiada akta dan perundangan yang jelas bagi pelaksanaan MLFF
v. Insfrastruktur sedia ada tidak sesuai untuk pelaksanaan MLFF

205 PELAKSANAAN TIMELINE TAGLINE
(Immediate/Medium/Long Term)
i. Penyediaan kertas kerja Lembaga, kertas Mac 2021 –
Memorandum Jemaah Menteri bagi Disember Medium term
mendapatkan kelulusan dasar pelaksanaan
MLFF; 2021

STRATEGI ii. Penyediaan kertas kerja Lembaga, kertas
kajian perundangan, kertas Memorandum
Jemaah Menteri bagi mendapatkan Mac 2021 – Long term
pewartaan pelaksanaan penguatkuasaan ke Feb 2024
atas pesalah tol dapat dilaksanakan;
Pembentangan rang undang-undang hingga
mendapat kelulusan untuk melaksanakan
penguatkuasaan

iii. Mewujudkan Jawatankuasa kerja bagi Jan 2022 – Immediate term
merancang pelaksanaan MLFF – Jun 2022 Long term
memuktamadkan model pelaksanaan
Jan 2023 – Dis
iv. Pemantauan pelaksanaan MLFF 2025

Pengalaman baru kepada pengguna lebuhraya dalam kaedah pembayaran tol dilebuhraya dapat

direalisasikan dengan menambahbaik kaedah atau sistem kutipan tol di semua lebuh raya di Malaysia.

DESIRED STATE Pelaksanaan MLFF ini akan memberikan impak imej kepada negara di samping dapat membantu
(SASARAN)
pengguna dari segi penjimatan masa dan wang ringgit semasa melakukan perjalanan di lebuh raya
TINDAKAN
dan LLM selaku agensi pelaksana akan dilihat sebagai satu pakar rujuk dalam pelaksanaan MLFF di

Malaysia.

206 TKP(B)/BME/BUU/BUBK/BPTol

FOKUS UTAMA : PELAKSANAAN MULTI LANE FREE FLOW

MATLAMAT : MELESTARIKAN SUMBER KEWANGAN

CADANGAN IDEA : CENTRAL TOLLING AGENCY (CTA)

CURRENT STATE i. Clearance House (CH) bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya di Malaysia di kawal oleh
(KEADAAN pihak Touch n’ Go Sdn. Bhd.
SEMASA)
ii. Tiada peruntukan perundangan dan penguatkuasaan bagi pesalah tol

iii. Tiada platform yang diwujudkan bagi membolehkan penyedia skim pembayaran yang lain

mencebur ke dalam industri tol di lebuh raya

207 PELAKSANAAN TIMELINE TAGLINE
(Immediate / Medium / Long Term)
i. Penyediaan kertas kerja Lembaga, kertas Mac 2021 –
Memorandum Jemaah Menteri bagi Disember Medium term
mendapatkan kelulusan dasar pelaksanaan
CTA; 2021

STRATEGI ii. Penyediaan kertas kerja Lembaga, kertas
kajian perundangan, kertas Memorandum
Jemaah Menteri bagi mendapatkan Mac 2021 – Long term
pewartaan pelaksanaan penguatkuasaan ke Feb 2024
atas pesalah tol dapat dilaksanakan;
Pembentangan rang undang-undang hingga
mendapat kelulusan untuk melaksanakan
penguatkuasaan

iii. Mewujudkan Jawatankuasa kerja bagi Jan 2022 – Immediate term
merancang pelaksanaan CTA – Jun 2022

memuktamadkan model pelaksanaan

iv. Pemantauan pelaksanaan dan pembangunan Jan 2023 – Dis Long term

CTA 2025

208 DESIRED STATE i. CTA akan memastikan kelancaran pengurusan sistem kutipan tol di lebuhraya dapat dilaksanakan di
(SASARAN) samping menjalankan hal-hal berkaitan penguatkuasaan bagi pengguna yang melakukan kesalahan
pembayaran tol di setiap lebuh raya.
TINDAKAN
ii. Selain itu juga dengan adanya CTA ini LLM akan bertindak sebagai One Stop Center kepada semua
syarikat pengendali lebuhraya, skim penyedia pembayaran dan juga pembekal teknologi yang
mendukung pelaksanaan MLFF di Malaysia.

iii. CTA juga akan menawarkan kepelbagaian pilihan kepada pengguna dalam memilih skim pembayaran
yang ingin digunakan bagi tujuan pembayaran tol kepada setiap syarikat pengendali lebuh raya
seterusnya dapat menghapuskan elemen monopoli dalam sistem pembayaran tol.

TKP(B)/BME/BUU/BUBK/BPTol

FOKUS UTAMA : PELAKSANAAN MULTI LANE FREE FLOW

MATLAMAT : MENJADI SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL, MEMACU DAN MENERAJUI INDUSTRI LEBUH RAYA
BERTOL DI MALAYSIA SERTA DISEGANI DI PERINGKAT ANTARABANGSA

CADANGAN IDEA : RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION DEVICE (RFID)

CURRENT STATE i. Pelaksanaan lorong RFID bagi kenderaan Kelas 1 di lebuh raya sistem tol terbuka telah
(KEADAAN dilaksanakan
SEMASA)
ii. Pelaksanaan lorong RFID di lebuh raya sistem tol tertutup sedang dalam peringkat Pilot
Program

iii. Pelaksanaan Proof Of Concept bagi lorong dan kenderaan pelbagai kelas.

209 PELAKSANAAN TIMELINE TAGLINE
i. Melaksanakan Proof Of Concept bagi (Immediate / Medium / Long Term)
STRATEGI Mac 2021 –
pemasangan lorong RFID Multiclass Jun 2021 Immediate term

ii. Pembangunan akaun Kerajaan dan Korporat Mac 2021 – Immediate term
Disember
iii. Roll out penggunaan RFID bagi kenderaan Medium term
pelbagai kelas 2021

Jun 2022

iv. Penambahbaikan lorong dengan Jun 2021 – Long term
menggunakan teknologi ANPR/VAVC bagi Jun 2024
sistem tol tertutup

v. Penamatan berperingkat lorong TnGo dan Jan 2023 – Long term
SmartTag Disember

2024

Pelaksanaan menyeluruh teknologi RFID di semua lebuhraya bagi semua jenis kelas kenderaan dapat

DESIRED STATE dilaksanakan. Dengan perluasan pelaksanaan ini dapat membantu meningkatkan kadar penembusan
(SASARAN)
pengguna menggunakan tag RFID ini dalam tujuan pembayaran tol di lebuh raya seterusnya dapat
TINDAKAN
membantu menyegerakan pelan pelaksanaan MLFF.

TKP(B)/BME/BPTol/BUU

210

CARTA PERBATUAN BAGI STRATEGI PELAKSANAAN CADANGAN IDEA

Immediate term Medium term Long term
Tahun 2021 Tahun 2022 Tahun 2023-2025

NO AKTIVITI Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis

1 Penyediaan kertas kerja
Lembaga, kertas Memorandum
Jemaah Menteri bagi
mendapatkan kelulusan dasar
pelaksanaan MLFF;

2 Penyediaan kertas kerja

211 Lembaga, kertas Memorandum

Jemaah Menteri bagi

mendapatkan kelulusan dasar

pelaksanaan CTA;

3 Penyediaan kertas kerja

Lembaga, kertas kajian

perundangan, kertas

Memorandum Jemaah Menteri

bagi mendapatkan pewartaan

pelaksanaan penguatkuasaan

ke atas pesalah tol dapat

dilaksanakan; Pembentangan

rang undang-undang hingga

mendapat kelulusan untuk

melaksanakan

penguatkuasaan

4 Mewujudkan Jawatankuasa

kerja bagi merancang

pelaksanaan MLFF –

memuktamadkan model

pelaksanaan

5 Mewujudkan Jawatankuasa

kerja bagi merancang

pelaksanaan CTA –

memuktamadkan model

pelaksanaan

6 Pemantauan pelaksanaan

MLFF dan CTA

212

CARTA PERBATUAN BAGI STRATEGI PELAKSANAAN CADANGAN IDEA

NO AKTIVITI Immediate term Medium term Long term
Tahun 2021 Tahun 2022 Tahun 2023-2025

Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul

1
Melaksanakan Proof Of Concept bagi
pemasangan lorong RFID Multiclass

213 2 Pembangunan akaun Kerajaan dan
Korporat

3
Roll out penggunaan RFID bagi
kenderaan pelbagai kelas

4 Penambahbaikan lorong dengan
menggunakan teknologi ANPR/VAVC
bagi sistem tol tertutup

5 Penamatan berperingkat lorong TnGo
dan SmartTag

FOKUS 5 :
PEMERKASAAN IR4.0
DAN PENDIGITALAN

214

FOKUS : PEMERKASAAN IR4.0 DAN PENDIGITALAN
IDEA : PENGADAPTASIAN IR 4.0 DAN PENDIGITALAN
1.0 PENDAHULUAN

Revolusi Industri 4.0 atau dikenali IR4.0 merubah lanskap proses pembuatan
dalam menjana ekonomi negara ke arah yang lebih mampan. Proses
pembuatan yang lebih kompleks dapat dihasilkan dengan kolaborasi teknologi
terkini dan berdaya saing untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik.
Faktor pemangkin kepada kejayaan IR4.0 merupakan tunjang utama dalam
merealisasikan ambisi negara untuk menjadi negara asean yang berkeupayaan
bergerak seiring dengan IR4.0.

Faktor Kejayaan Ke Arah IR4.0

IR4.0 berperanan dalam membentuk keseimbangan sesuatu industri dalam
menghasilkan sesuatu dengan lebih efisien dan komprehensif. Perluasan IR4.0
juga secara tidak langsung membantu sedikit sebanyak dalam pembangunan
industri lebuh raya dalam penghasilan pembuatan teknologi yang terkini
seterusnya menjadikan lebuh raya di Malaysia adalah berkualiti dengan
piawaian yang lebih baik dalam menggapai status bertaraf antarabangsa.
Faktor teknologi yang mendorong perluasan IR4.0 adalah seperti rajah berikut.

215

Komponen Utama IR4.0

Dalam konteks ini, pelaksanaan IR4.0 di dalam indusrti lebuh raya merupakan
titik tolak peralihan teknologi yang holistik dalam menyediakan infrastruktur
yang lestari dengan penerapan teknologi tinggi. Secara tidak langsung, ini
memberi manfaat yang berpanjangan kepada pengguna khususnya orang
awam untuk menggunapakai infrastruktur/fasiliti yang disediakan dengan baik.

2.0 CABARAN SEMASA
Pelaksanaan IR4.0 sedikit sebanyak mengubah gaya kerja di dalam industri
lebuh raya dalam menghasilkan perkhidmatan yang bermanfaat untuk negara.
Ini dapat dilihat dengan memfokuskan kepada pelaksanaan proses kerja yang
berlandaskan teknologi IR4.0 di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan
perincian seperti berikut:

i. Pendigitalan pengurusan sumber manusia di LLM.
ii. Pendigitalan prosidur kerja di dalam pemantauan operasi lebuh raya.
iii. Pewujudan Sistem Maklumat Pengurusan Rekabentuk yang berinovasi

dan sesuai dengan keadaan tapak bina menggunakan Sistem Building
Information Modelling (BIM).

216

3.0 IDEA
3.1 Pendigitalan Pengurusan Sumber Manusia Dengan Membangunkan

Sistem Maklumat Personel Yang Komprehensif, Dinamik Dan Berinovasi
Dalam usaha untuk mewujudkan pengurusan sumber manusia yang
komprehensif, dinamik dan terancang, Bahagian Sumber Manusia Dan
Korporat perlu menambahbaik proses kerja sedia ada dengan mengadaptasi
teknologi terkini yang semakin berkembang pesat.
3.2 Pendigitalan Prosidur Kerja Di Dalam Pemantauan Operasi Lebuh Raya
Dalam usaha untuk memperkasakan aspek pemantauan operasi lebuh raya
selaras dengan keperluan perjanjian konsesi dan meneruskan usaha
mendigitalisasikan prosidur/proses kerja sedia ada bagi menjaga kepentingan
Kerajaan/Syarikat Konsesi.
3.3 Pewujudan Sistem Maklumat Pengurusan Rekabentuk yang berinovasi dan
sesuai dengan keadaan tapak bina menggunakan Sistem Building
Information Modelling (BIM)
Dalam usaha untuk mentrasformasikan projes kerja biasa menggunakan 2D
kepada kaedah digital yang melibatkan penggunan model 3D serta penyediaan
data yang sistematik bagi tujuan analisa, rujukan dan pemantauan lebuh raya
dalam pembinaan dan telah beroperasi.

217

218

FOKUS : PEMERKASAAN IR 4.0 & PENDIGITALAN
IDEA : PENDIGITALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1.0 PENGENALAN

Kemunculan Industri 4.0 akan membawa bersama peluang dan cabaran kepada
pengurusan sumber manusia. Dasar Kerajaan ke arah Kerajaan digital
memerlukan sumber manusia yang kejat, tangkas, malar segar, sihat fizikal,
sihat mental, individu seimbang dan produktif. Oleh itu, strategi-strategi
pengurusan sumber manusia perlu dilaksanakan secara sistematik dan efisien
untuk menjana dan mengekalkan sumber manusia yang produktif.

Selain itu, fungsi pengurusan sumber manusia seperti pengambilan dan
pemilihan, latihan dan pembangunan, dan pengurusan prestasi perlu
diselaraskan agar selari dengan keperluan Industri 4.0.

2.0 ISU/PENYATAAN MASALAH

Dalam melaksanakan pengurusan sumber manusia yang efisien, isu dan
masalah yang telah dikenal pasti adalah keperluan perancangan dan
pengurusan sumber manusia yang progresif dan dinamik, keperluan
meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan, keperluan
meningkatkan pembangunan sumber manusia, keperluan meningkatkan
persekitaran kerja yang kondusif dan keperluan meningkatkan penghayatan
budaya organisasi cemerlang. Semua keperluan ini perlu seiring dengan
keperluan Industri 4.0 dalam mewujudkan pendigitalan pengurusan sumber
manusia.

Oleh yang demikian berikut adalah isu dan permasalah yang telah dikenalpasti
iaitu:
i. Berlaku peningkatan terhadap bilangan tanggungan
ii. Sistem perubatan sedia ada perlu ditambah baik bagi memenuhi

keperluan dan peningkatan bilangan tanggungan.
iii. Sistem penjawatan sedia ada sedia ada hanya melibatkan penerimaan

permohonan.
iv. Tiada penyimpanan data permohonan perjawatan yang boleh digunakan

untuk analisa.
v. Tiada sistem pengurusan personel bagi pegawai dan kakitangan kontrak.

3.0 CABARAN SEMASA

Buat masa ini terdapat 3 cabaran utama yang melibatkan Pengurusan Sumber
Manusia di Lembaga Lebuhraya yang boleh dipertingkatkan dengan
pengaplikasian pendigitalan iaitu:

219

i. Sistem sedia ada perlu ditambah baik bagi mengambil kira pertambahan
kelayakan tangungan tiada sistem penjawatan yang merangkumi semua
aspek bermula dari permohonan hingga ke pemakluman kepada
pemohonan.

ii. Kesukaran memperolehi data - data berkaitan dengan pegawai dan
kakitangan kontrak dengan cepat.

IIssuu/PPeennyyaattaaMnaMsalsaahlah CCaabbaarraann Semasa

 peningkatan terhadap bilangan  Sistem sedia ada perlu
tanggungan ditambah baik bagi
mengambil kira pertambahan
kelayakan tangungan.

Idea:
Membangunkan dan Menambahbaik system digital
pengurusan sumber manusia - Sistem Perubatan - Modul
Pesara.

Isu / PennyyaattaaaMn aMsaaslahlah CCaabbaarraann Semasa

 Sistem sedia ada hanya  Tiada sistem penjawatan yang
dinamik dan menyeluruh
melibatkan penerimaan

permohonan. data
 Tiada penyimpanan

permohonan yang boleh

digunakan untuk analisa.

Idea:
Membangunkan dan Menambahbaik system digital
pengurusan sumber manusia - Sistem E-Perjawatan

220

Isu / PennyyaattaaaMn aMsaaslahlah CCaabbaarraann Semasa

 Tiada sistem bagi pengurusan  Kesukaran memperolehi data
– data berkaitan dengan
personel pegawai dan pegawai dan kakitangan
kontrak dengan cepat.
kakitangan kontrak.

Idea:

iii. Membangunkan dan Menambahbaik sistem digital

pengurusan sumber manusia - Sistem Pengurusan

Pegawai & Kakitangan Kontrak

4.0 CADANGAN IDEA

PENDIGITALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DENGAN
MEMBANGUNKAN SISTEM DIGITAL PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
YANG KOMPREHENSIF, DINAMIK DAN BERINOVASI

Bagi mewujudkan pengurusan sumber manusia yang komprehensif, dinamik dan
terancang, Bahagian Sumber Manusia Dan Korporat perlu menambahbaik
proses kerja sedia ada dengan mengadaptasi teknologi terkini yang semakin
berkembang pesat.

Secara khusunya konsep pendigitalan pengurusan sumber manusia ini
memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran dalam melaksanakan proses
pendigitalan. Kepimpinan pihak pentadbir, komitmen pengurusan profesional
dan sokongan juga merupakan tunjang utama dalam mentransformasi sistem
sedia ada ke arah pendigitalan. Ini kerana, dengan adanya sokongan dan
komitmen pihak pengurusan, ianya menjadi anjakan dalam budaya kerja yang
berteraskan konsep digital. Sehubungan dengan itu, proses pendigitalan ini
boleh dimantapkan melalui latihan dan kursus ICT kepada pegawai dan
kakitangan dalam meningkatkan kecekapan pegawai dan kakitangan yang
terlibat.

Selain itu, bagi menyahut seruan Kerajaan ke arah penyampaian perkhidmatan
awam yang lebih berkesan melalui teknologi digital, adalah dicadangkan LLM
melaksanakan pendigitalan sumber manusia dengan membangunkan sistem
maklumat personel yang komprehensif, dinamik dan berinovasi.

221

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Pelan Tindakan Dan Tempoh Pelaksanaan
i. Memperkemas dasar/sistem yang berkaitan pengurusan sumber
manusa sedia ada serta menilai keberkesanan sistem yang sedia ada
bagi penambahbaikan
Tempoh pelaksanaan : Januari – Julai 2021
ii. Memperkemas data/maklumat perjawatan yang sedia ada.
Tempoh pelaksanaan : Ogos - Disember 2021
iii. Membangunkan dan menambahbaik sistem digital pengurusan sumber
manusia.
- Sistem Perubatan - Modul Pesara (Januari – Disember 2021)
- Sistem Pengurusan Pegawai & Kakitangan Kontrak (Julai 2021 –
Disember 2025)
- Sistem E-Perjawatan ( Januari 2022 – Disember 2022)
Tempoh pelaksanaan : Januari 2021 - Disember 2025

222

Julai 2021 – Disember 2025 Januari - Disember 2022
Membangunkan dan Menambahbaik Membangunkan dan Menambahbaik
sistem digital pengurusan sumber sistem digital pengurusan sumber
manusia - Sistem Pengurusan manusia - Sistem E-Perjawatan
Pegawai & Kakitangan Kontrak
pengurusan sumber manusia - Sistem

Disember 2022 Disember 2025

223 i. Jan – Julai 2021 Ogos - Disember 2021

i. Memperkemas dasar/sistem yang berkaitaMnemperkemas data/maklumat

pengurusan sumber manusa sedia ada serta perjawatan yang sedia ada

menilai keberkesanan sistem yang sedia ada

bagi penambahbaikan
ii. Jan – Dis 2021

ii. Membangunkan dan menambahbaik sistem

digital pengurusan sumber manusia - Sistem

Perubatan - Modul Pesara

223

6.0 SASARAN (OUTCOME/DESIRED STATE)
Pelaksanaan pendigitalan pengurusan sumber manusia disasarkan dapat
meningkatkan produktiviti pengurusan perjawatan, data maklumat sumber
manusia dan pengurusan perubatan yang optimum.

7.0 KESIMPULAN
Selaras dengan dasar Kerajaan Digital adalah wajar LLM mengambil langkah
menambahbaik pengurusan sumber manusia bagi mendokong aspirasi LLM
menjadi sebuah organisasi yang mampu menjana pendapatan sendiri melalui
pendigitalan proses kerja sedia ada. Langkah ini dapat meningkatkan
produktiviti ke tahap optimum dan penyampaian perkhidmatan yang lebih
efisien.

224

TEMPLATE BAGI CADANGAN IDEA SBP
BAHAGIAN : SUMBER MANUSIA DAN KORPORAT

FOKUS : PEMERKASAAN IR 4.0 & PENDIGITALAN

MATLAMAT : PENGHASILAN KERJA YANG LEBIH BERSISTEMATIK MEMANDANGKAN BAHAGIAN INI MENYEDIAKAN
KHIDMAT SOKONGAN YANG PENTING KEPADA OPERASI LLM.
CADANGAN IDEA : PENDIGITALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Keperluan perancangan dan pengurusan sumber manusia yang progresif dan dinamik, keperluan

meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan, keperluan meningkatkan pembangunan sumber

manusia, keperluan meningkatkan persekitaran kerja yang kondusif dan keperluan meningkatkan

penghayatan budaya organisasi cemerlang adalah perkara yang perlu diberi perhatian dan ditambah baik

bagi memastikan produktiviti dan khidmat sokong kepada organisasi dapat dipertingkatkan.. Semua

225 keperluan ini perlu seiring dengan keperluan Industri 4.0 dalam mewujudkan pendigitalan pengurusan

sumber manusia.

CURRENT STATE Oleh yang demikian berikut adalah keadaan semasa yang telah dikenalpasti iaitu:
(KEADAAN i. Berlaku peningkatan terhadap bilangan tanggungan
SEMASA)

ii. Sistem perubatan sedia ada perlu ditambah baik bagi memenuhi keperluan dan peningkatan

bilangan tanggungan.

iii. Sistem penjawatan sedia ada sedia ada hanya melibatkan penerimaan permohonan.

iv. Tiada penyimpanan data permohonan perjawatan yang boleh digunakan untuk analisa.

v. Tiada sistem pengurusan personel bagi pegawai dan kakitangan kontrak.

PELAKSANAAN TIMELINE TAGLINE
(Immediate/Medium
i. Memperkemas dasar/sistem yang
/Long Term)
berkaitan pengurusan sumber manusa
Immediate term
sedia ada serta menilai keberkesanan Januari 2021 – Julai 2021
sistem yang sedia ada bagi

penambahbaikan

226 ii. Memperkemas data/maklumat Ogos 2021 - Disember Immediate term
Immediate term
STRATEGI perjawatan yang sedia ada 2021 Long Term term
TINDAKAN
i. Membangunkan dan Menambahbaik

sistem digital pengurusan sumber Januari – Disember 2021
manusia.

- Sistem Perubatan - Modul Pesara

-

- Sistem Pengurusan Pegawai & Julai 2021 – Disember
Kakitangan Kontrak 2025

- Sistem E-Perjawatan Januari 2022 – Disember Medium term
2022

Pelaksanaan pendigitalan pengurusan sumber manusia disasarkan dapat meningkatkan produktiviti
pengurusan perjawatan, data maklumat sumber manusia dan pengurusan perubatan yang optimum.

PKP/BSMK/BTM

CARTA PERBATUAN STRATEGI PELAKSAAN CADANGAN IDEA

Immediate term Medium term Long term
Tahun 2021 Tahun 2022 Tahun 2023
Tahun 2024 Tahun 2025

NO AKTIVITI Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis

Suku1
Suku 2
Suku 3
Suku 4
Suku1
Suku 2
Suku 3
Suku 4
Suku1
Suku 2
Suku 3
Suku 4
Suku1
Suku 2
Suku 3
Suku 4

1 Memperkemas

dasar/sistem yang berkaitan

pengurusan sumber

manusa sedia ada serta

menilai keberkesanan

sistem yang sedia ada bagi

penambahbaikan

227 2 Memperkemas
data/maklumat perjawatan
yang sedia ada

3 Membangunkan dan
Menambahbaik sistem
digital pengurusan sumber
manusia:
- Sistem Perubatan -
Modul Pesara

- Sistem Pengurusan
Pegawai & Kakitangan
Kontrak

- Sistem E-Perjawatan

FOKUS: PEMERKASAAN IR 4.0 & PENDIGITALAN
IDEA: PENDIGITALAN PROSIDUR KERJA DI DALAM PEMANTAUAN

OPERASI LEBUH RAYA

1. Pendahuluan

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ditubuhkan pada tahun 1980 untuk
menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan,
pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya - lebuh raya, mengenakan dan
mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan - peruntukan
berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Projek penswastaan lebuh raya di Malaysia adalah merupakan inisiatif yang
dilaksanakan meningkatkan rangkaian perhubungan jalan raya menerusi
penglibatan pihak swasta untuk membangunkan infrastruktur lebuh raya bertol.
Sejak penswastaan Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1988,
peranan dan tanggungjawab LLM telah berubah dari sebuah badan yang
bertanggungjawab ke atas lebuh raya bertol menjadi sebuah badan yang
bertanggungjawab mengawalselia pembangunan dan pengurusan operasi lebuh
raya bertol di Malaysia. Ianya bagi memastikan syarikat - syarikat konsesi lebuh
raya sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan selesa
kepada pengguna – pengguna lebuh raya.

Selaras dengan saranan pihak Kerajaan ke arah persediaan bagi menghadapi
Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) yang melibatkan teknologi automasi,
memberi cabaran baharu kepada semua sektor termasuk pelaksanaan operasi
dan penyenggaraan aset lebuh raya. Pendigitalan proses pemantauan operasi
dan penyenggaraan aset lebuh raya harus dilaksanakan seiring dengan
transformasi digital untuk memastikan aset lebuh raya dalam keadaan baik dan
perkhidmatan yang baik diberikan kepada pengguna.

2. Isu / Penyataan Masalah

Pelaksanaan operasi dan penyenggaraan lebuh raya dilaksanakan oleh Syarikat
Konsesi berdasarkan kepada klausa dalam Perjanjian Konsesi dan
garispanduan/prosidur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh LLM.
Selaras dengan tempoh masa, LLM telah menambahbaik klausa dalam
Perjanjian Konsesi untuk aspek operasi dan penyenggaraan agar dapat
meningkatkan tahap penyampaian kepada pengguna lebuh raya. Selain
daripada itu, pemantauan dan pelaksanaan daripada syarikat konsesi
dilaksanakan melalui sistem - sistem yang telah dibangunkan di LLM.

228

Antara isu - isu berbangkit dalam melaksanakan operasi dan penyelenggaraan
lebuh raya sedia ada adalah :-

i. Perbezaan kandungan klausa operasi dan penyenggaraan di dalam
Perjanjian Konsesi untuk 30 buah lebuh raya memerlukan penyelarasan
bagi tujuan pemantauan LLM.

ii. Peningkatan jumlah trafik di lebuh raya menyebabkan berlakunya
kesesakan dan memerlukan langkah atau tindakan proaktif dalam aspek
pengurusan trafik untuk memastikan keselesaan pengguna lebuh raya.

iii. Perbandingan jumlah pegawai dan kakitangan LLM dengan lebuh raya
yang perlu di pantau adalah ketara di mana penambahbaikan atau
keperluan sistem/teknologi terkini perlu dilaksanakan bagi meningkatkan
kualiti pemantauan.

iv. Sistem yang digunapakai dalam tujuan pemantauan operasi dan
penyenggaraan serta pelaksanaan daripada syarikat konsesi perlu
dikemaskini selaras dengan keperluan semasa.

3. Cabaran Semasa

Untuk aspek kawalselia operasi dan penyenggaraan aset lebuh raya, LLM telah
menyediakan sistem atas talian untuk pemantauan operasi dan kerja
penyenggaraan aset termasuk pemantauan tindakan pembaikan untuk
kerosakan yang dikesan. Antara aplikasi yang telah dan sedang dibangunkan
oleh LLM bagi lebuh raya dalam operasi adalah seperti berikut :-

i. Expressways Performance Indicator (EPI)
ii. Tollroads and Evaluation Monitoring System (TEAMS)
iii. Highway Development & Maintenance (HDM-4)
iv. Sistem Permohonan Pembangunan Tepi Lebuhraya (ePTL)
v. Highway Road Accident Analysis & Database System (MHROADS)
vi. Advance Highway Management System (AHMS)

Manakala untuk aspek kawalselia trafik di lebuh raya, cadangan menaiktaraf
aplikasi yang digunakan oleh Pusat Pengurusan Trafik LLM adalah diperlukan
bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan dalam memantau status
pergerakan atau aliran trafik di semua lebuh raya yang beroperasi. Proses
pendigitalan telah sedia ada namun menjadi cabaran untuk memperkemaskan
aplikasi sedia ada agar menepati keperluan semasa dan masa hadapan

229

4. Idea

i. Memperkasakan aspek pemantauan operasi lebuh raya selaras dengan
keperluan perjanjian konsesi dan meneruskan usaha mendigitalisasikan
prosidur atau proses kerja sedia ada bagi menjaga kepentingan kerajaan
atau syarikat konsesi

ii. Mendigitalisasikan prosidur atau proses kerja dengan mengintegrasikan
atau menyeragam aplikasi sedia ada serta yang akan dibangunkan oleh
LLM bagi memudahkan tadbir urus dan penyenggaraan aplikasi berkenaan
oleh LLM.

iii. Pengukuhan peranan dan fungsi Traffic Management Centre (TMC)
sebagai pusat pentadbiran dan kawalan trafik di Malaysia (National Traffic
Management Centre, NTMC)

Isu / Penyataan Masalah Cabaran Semasa
Isu / Penyata Masalah Cabaran Semasa

❖ Perbezaan kandungan klausa ❖ Proses pendigitalan telah
operasi dan penyenggaraan di
dalam Perjanjian Konsesi untuk 30 sedia ada namun menjadi
buah lebuh raya
cabaran untuk
❖ Peningkatan jumlah trafik di lebuh
raya memperkemaskan aplikasi

❖ Perbandingan jumlah pegawai dan sedia ada agar menepati
kakitangan LLM dengan lebuh
raya yang perlu di pantau adalah keperluan semasa dan masa
ketara.
hadapan.
❖ Sistem yang digunapakai dalam
tujuan pemantauan operasi dan
penyenggaraan perlu dikemaskini
selaras dengan keperluan
semasa.

Idea:
Pendigitalan Prosidur Kerja Di Dalam Pemantauan Operasi

Lebuh Raya

230

5. Strategi Pelaksanaan

Strategi pelaksanaan adalah seperti berikut:-

i. Pelan Tindakan
a. Menjenamakan dan membina bangunan baru untuk menempatkan
Pusat Pengurusan Trafik LLM lengkap dengan pembangunan aplikasi
sistem pengoperasian.
b. Mengintegrasikan sistem pemantauan penyelenggaraan dan aset lebuh
raya termasuk penggunaan internet of thing (IOT) dalam pemantauan
penyelenggaraan lebuh raya.
c. Mengintegrasikan keperluan yang dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi
dalam sistem pemantauan penyelenggaraan dan aset lebuh raya.

ii. Tempoh
Januari 2021 – Disember 2025

Jan 2022 – Dis 2025

Menjenamakan dan membina

bangunan baru untuk

menempatkan Pusat

Pengurusan Trafik LLM

lengkap dengan

pembangunan aplikasi sistem

pengoperasian

Jan 2021 – Dis 2025 Jan 2021 – Dis 2025

Mengintegrasikan sistem Mengintegrasikan keperluan yang

pemantauan penyelenggaraan dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi

dan aset lebuh raya termasuk dalam sistem pemantauan

penggunaan internet of thing penyelenggaraan dan aset lebuh

(IOT) dalam pemantauan raya.

penyelenggaraan lebuh raya.

231

6. Sasaran (Outcome/Desire State)
i. Pemantauan pematuhan klausa dalam Perjanjian Konsesi lebuh raya yang
lebih sistematik agar kepentingan Kerajaan/Syarikat Konsesi terpelihara
ii. Imej lebuh raya dipertingkatkan menerusi pendigitalan prosidur/proses kerja
supaya penyaluran maklumat lebuh raya kepada pengguna lebih informatif
dan interaktif serta aset lebuh raya yang sentiasa dalam keadaan
terpelihara.
iii. Pendigitalan prosidur kerja di dalam pemantauan operasi lebuh raya boleh
diterjemahkan kepada pelarasan teknologi terkini dalam prosidur kerja di
LLM

7. Kesimpulan Idea
Menerusi inisiatif dan tindakan yang digariskan akan memastikan LLM
melaksanakan fungsi dan tanggungjawab dalam memastikan lebuh raya
beroperasi dan diselenggara dengan baik berdasarkan kepada garispanduan
atau SOP yang ditetapkan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh
raya.

232

TEMPLATE BAGI CADANGAN IDEA SBP
BAHAGIAN PEMANTAUAN OPERASI

FOKUS UTAMA : PEMERKASAAN IR.4.0 DAN PENDIGITALAN

MATLAMAT : MENJADI SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL, MEMACU DAN MENERAJUI INDUSTRI LEBUH RAYA
BERTOL DI MALAYSIA SERTA DISEGANI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
CADANGAN IDEA : PENDIGITALAN PROSIDUR KERJA DI DALAM PEMANTAUAN OPERASI LEBUH RAYA

CURRENT STATE Proses pendigitalan telah sedia ada dan keperluan untuk memperkemaskan aplikasi sedia ada agar
(KEADAAN menepati keperluan semasa dan masa hadapan
SEMASA)

PELAKSANAAN TIMELINE TAGLINE
(Immediate/Medium/Long Term)
233 i. Mengintegrasikan sistem pemantauan Januari 2021 –
Disember 2025 Long term
penyelenggaraan dan aset lebuh raya
Januari 2021 – Long term
termasuk penggunaan internet of thing Disember 2025
Long term
(IOT) dalam pemantauan penyelenggaraan Januari 2022 –
Disember 2025
lebuh raya

STRATEGI ii. Mengintegrasikan keperluan yang

DESIRED STATE dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi dalam
(SASARAN)
sistem pemantauan penyelenggaraan dan

aset lebuh raya.

iii. Menjenamakan dan membina bangunan

baru untuk menempatkan Pusat

Pengurusan Trafik LLM lengkap dengan

pembangunan aplikasi sistem

pengoperasian

i. Pemantauan pematuhan klausa dalam Perjanjian Konsesi lebuh raya yang lebih sistematik agar
kepentingan Kerajaan/Syarikat Konsesi terpelihara

TINDAKAN ii. Imej lebuh raya dipertingkatkan menerusi pendigitalan prosidur/proses kerja supaya penyaluran
maklumat lebuh raya kepada pengguna lebih informatif dan interaktif serta aset lebuh raya yang
sentiasa dalam keadaan terpelihara.

iii. Pendigitalan prosidur kerja di dalam pemantauan operasi lebuh raya boleh diterjemahkan kepada
pelarasan teknologi terkini dalam prosidur kerja di LLM

BPO/BUBK/BKPKT

234

CARTA PERBATUAN BAGI STRATEGI PELAKSANAAN CADANGAN IDEA

AKTIVITI Immediate term Long term
Tahun 2021 Tahun 2022 – Dis 2025

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis 2022 2023 2024 2025

Mengintegrasikan sistem

pemantauan

penyelenggaraan dan

aset lebuh raya termasuk

penggunaan internet of

thing (IOT) dalam

pemantauan

penyelenggaraan lebuh

raya

Mengintegrasikan

keperluan yang

235 dinyatakan dalam

Perjanjian Konsesi

dalam sistem

pemantauan

penyelenggaraan dan

aset lebuh raya.

Menjenamakan dan

membina bangunan baru

untuk menempatkan

Pusat Pengurusan Trafik

LLM lengkap dengan

pembangunan aplikasi

sistem pengoperasian

FOKUS : PEMERKASAAN IR 4.0 DAN PENDIGITALAN

IDEA : MEWUJUDKAN DAN MENGURUSKAN SISTEM MAKLUMAT DIGITAL
PENGURUSAN LEBUHRAYA SECARA HOLISTIK BERMULA DARIPADA
PERINGKAT PERANCANGAN, REKABENTUK, PEMBINAAN DAN
OPERASI & PENYENGGARAAN MENGGUNAPAKAI SISTEM BUILDING
INFORMATION MODELLING (BIM)

1.0 PENGENALAN

1.1 Revolusi Industri Keempat (IR 4.0)

Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) adalah salah satu agenda utama dunia yang
dibawa oleh World Economic Forum yang melibatkan kemajuan teknologi yang
berterusan untuk mencapai kecerdasan pembuatan atau artificial intelligence.
Untuk mencapai kemajuan tersebut, pelbagai cabaran baharu akan dihadapi
semua sektor, terutamanya sektor pembinaan di Malaysia, di mana memerlukan
industri lebuh raya melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk
kekal berdaya saing. IR 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu
seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis big data, simulasi, integrasi
sistem, penggunaan robotik, dan cloud yang akan merancakkan kemajuan
landskap dunia moden.

Teknologi - teknologi utama industri revolusi 4.0
(IR 4.0)
236

Di samping IR 4.0, terdapat satu lagi agenda dunia yang ditetapkan oleh
Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), iaitu ‘matlamat pembangunan
mampan’ atau sustainable development goals (SDGs). Dari perspektif global,
kedua-duanya agenda adalah sangat penting untuk pembangunan ekonomi di
mana IR 4.0 menggabungkan 11 teknologi utama manakala SDGs meninjau 17
matlamat utama.

Dalam kontek pengurusan infrastruktur seperti pembangunan lebuhraya di
Malaysia, IR 4.0 akan membantu industri lebuh raya negara untuk mencapai 17
SDGs tersebut. Impak IR 4.0 ke atas industri lebuh raya negara termasuk:

 Matlamat 8 - Pekerjaan Yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi

IR 4.0 dapat dimanfaatkan dalam mendorong pertumbuhan ekonomi
melalui teknologi- teknologi inovasi yang berkaitan. Teknologi - teknologi
IR 4.0 dapat mengurangkan pembaziran di samping meningkatkan kualiti
pembinaan lebuh raya. Penambahbaikan ini akan mengurangkan kos
pembinaan infrastruktur lebuh raya melalui perkembangan ekonomi yang
mampan dan menyeluruh, pekerjaan yang penuh dan produktif, dan
pekerjaan yang lebih layak untuk semua.

 Matlamat 9 - Industri, Inovasi dan Infrastruktur

Pertambahan projek - projek pembinaan lebuh raya yang berasaskan
aktiviti-akitiviti konvensional akan meningkatkan pencemaran dan
pembaziran. Penggabungan teknologi - teknologi inovasi IR 4.0 akan
membantu Malaysia dalam membina infrastruktur yang lebih kukuh,
mempromosikan industri pembinaan lebuh raya yang menyeluruh dan
mampan, di samping merangsang inovasi.

 Matlamat 11 - Bandar dan Masyarakat Mampan

Pengeluaran berpusat sejak 300 tahun dahulu telah mewujudkan
kawasan kecil di luar bandar yang sering tidak dapat dilalui. IR 4.0 adalah
peluang untuk membalikkan keadaan ini dengan pembinaan jaringan
infrastruktur lebuh raya yang efisien. Ini menawarkan peluang kepada
masyarakat luar bandar dalam mengambil bahagian dalam aktiviti
produktif di mana sahaja dan mewujudkan penempatan manusia yang
menyeluruh, selamat, kukuh dan mampan.

237

 Matlamat 12 - Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab
Pembaziran sumber, termasuk air, tanah, tenaga, tenaga kerja dan modal
dan perlu mengeluarkan pelepasan gas rumah hijau, di dalam semua
sektor termasuk sektor pembinaan menyumbang kepada pemanasan
global dan perubahan iklim. Penggunaan teknologi - teknologi IR 4.0,
termasuk sensor, analisis data, kenderaan pintar, dan robotik canggih
dapat membantu mengurangkan jumlah pembaziran dan memastikan
corak pembinaan lebuh raya yang mampan.

238

Matlamat 8: Pekerjaan yang Sesuai & Pembangunan Ekonomi
Mempromosi perkembangan ekonomi mampan dan menyeluruh,
pekerjaan penuh dan produktif, dan pekerjaan layak kepada semua

Matlamat 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur
Membina infrastruktur kukuh, mempromosikan industri yang menyeluruh
dan mampan dan merangsang inovasi

Matlamat 11: Bandar dan Masyarakat Mampan
Menjadikan bandar dan petempatan manusia menyeluruh, selamat,
kukuh dan mampan

Matlamat 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab
Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran mampan

Impak IR 4.0 terhadap ‘matlamat pembangunan mampan’
atau Sustainable Development Goals (SDGs)

239

1.2 Pelaksanaan Building Information Modeling (BIM)
Pelaksaan pembangunan BIM adalah selari dengan Teras Strategik 3:
Kementerian Kerja Raya (KKR) – Pemantapan Industri Pembinaan
Berteraskan Pembangunan Lestari melalui aplikasi teknologi terkini dan
inovasi yang dapat meningkatkan nilai tambah. Selain daripada itu,
pembangunan ini sejajar dengan Program Transformasi Indusri
Pembinaan 2016 – 2020 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB).

BIM untuk National Specification for Construction (1 KPI)
Semua projek awam & swasta menggunakan BIM untuk
melaksankan Spesifikasi Pembinaan Kebangsaan

Pelaksanaan BIM (2 KPI)
Semua projek pembinaan awam JKR di atas RM 100 juta
menggunakan BIM dan BIM e-submission oleh semua PBT
bertaraf bandaraya

240

1.3 BIM Dalam Konteks Pengurusan Pembangunan Lebuhraya
Pelaksanaan pembangunan BIM di dalam seluruh kitaran projek
bermula di peringkat perancangan, rekabentuk, pembinaan, operasi,
dan penyelenggaraan lebuhraya dapat dimanfaatkan melalui struktur
yang digariskan dalam proses BIM. BIM mentrasformasikan projes kerja
biasa menggunakan 2D kepada kaedah digital yang melibatkan
penggunan model 3D serta penyediaan data yang sistematik bagi tujuan
analisa, rujukan, dan pemantauan lebuh raya dalam pembinaan dan
telah beroperasi. BIM mewujudkan satu format maklumat projek yang
standard dan sesuai serta tepat untuk digunapakai dikalangan penggiat
industri lebuhraya. Segala maklumat yang komprehensif dan berstruktur
membantu di dalam proses membuat keputusan yang tepat. Sebarang
keputusan yang dibuat sepanjang tempoh hayat projek dan aset lebuh
raya direkod dengan teratur dan sistematik bagi memastikan
penyelenggaraan aset yang cekap dan efisien.

Impak BIM terhadap seluruh kitaran projek

241

Penggunaan BIM akan meningkatkan kualiti dan produktiviti serta
konsep amalan terbaik dalam pengurusan projek bagi menghasilkan
projek yang berkualiti dengan kos yang lebih ekonomi di samping
mencapai konsep kelestarian. Tambahan lagi, penggunaan BIM
disyorkan di dalam projek-projek pembinaan sebagai salah satu inisiatif
penting untuk meningkatkan produktiviti sektor ini secara keseluruhan.
Sehubungan dengan itu, LLM sedang dalam usaha untuk
merealisasikan pelaksanaan transformasi proses kerja yang berkaitan
dengan perancangan, rekabentuk, pembinaan, dan penyelenggaraan/
penyeliaan rangkaian lebuh raya bagi menyahut saranan Kerajaan
dalam program transformasi industri pembinaan.

2.0 KEADAAN SEMASA – CURRENT STATE

Sistem pengurusan maklumat dan informasi di dalam pembangunan sesebuah
lebuhraya dibawah kendalian LLM sememangnya kini ke arah pelaksanaan
secara digitalize yang mana didapati sebahagiannya masih lagi terdapat
beberapa proses kerja yang terlibat menggunapakai kaedah konvensional.
Proses kerja ini boleh ditambahbaik dengan menerapkan dan menggunpakai
sistem - sistem pengumpulan dan pengurusan informasi yang terkini.

Dalam konteks proses kerja yang terlibat dengan pembangunan sesebuah
lebuhraya, pengurusan dokumen lukisan rekabentuk adalah elemen penting
yang perlu ditambahbaik bagi membolehkan proses kerja tersebut semakin
efisien dan mudah dikendalikan. Kedaan semasa (current state) yang dihadapi
pada masa ini berkaitan perkara ini adalah seperti berikut;

i. Dokumen - dokumen berkaitan lebuhraya dikemukakan secara
berasingan bermula daripada peringkat perancangan lebuhraya
sehingga keseluruhan jajaran lebuhraya beroperasi kepada setiap
bahagian yang terlibat.

ii. Sistem pengurusan Lukisan Rekabentuk adalah berdasarkan
lukisan 2D melibatkan kertas lukisan Hardcopy dan Softcopy

iii. Penyediaan di peringkat Syarikat Konsesi hanya berpandukan
arahan daripada LLM dan berlandaskan klausa didalam perjanjian
konsesi.

iv. Panduan prosedur pengurusan rekabentuk lebuhraya berdasarkan
Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) dan Perjanjian Konsesi

242

3.0 CADANGAN IDEA

Mewujudkan Dan Menguruskan Sistem Maklumat Digital Pengurusan
Lebuhraya Secara Holistik Bermula Daripada Peringkat Perancangan,
Rekabentuk, Pembinaan Dan Operasi & Penyenggaraan Menggunapakai
Sistem Building Information Modelling (BIM)

Dalam kontek pengurusan rekabentuk, cadangan menggunapakai BIM didalam
proses kerja pengurusan lukisan rekabentuk adalah wajar bagi
mentrasformasikan projes kerja biasa menggunakan 2D kepada kaedah digital
yang melibatkan penggunan model 3D serta penyediaan data yang sistematik
bagi tujuan analisa, rujukan dan pemantauan lebuh raya dalam pembinaan dan
telah beroperasi. Segala maklumat yang komprehensif dan berstruktur serta
sistematik berteraskan model dapat membantu di dalam proses membuat
keputusan yang tepat di dalam pengurusan lukisan rekebentuk.

4.0 PELAKSANAAN STRATEGI

a) PELANTIKAN JURUPERUNDING BIM
Membantu pihak LLM dalam membangunkan dokumen BIM sebagai
rujukan utama pihak konsesi.

i) Pembangunan dokumen BIM
ii) Pelaksanaan Projek Rintis (Pilot Project)
iii) Bengkel dan latihan kepada Jawatankuasa BIM yang terlibat
iv) Mencadangkan Infrastruktur (Fasiliti dan Teknologi)
v) Menyediakan Strategi BIM Digital Framework

Tempoh pelaksanaan: Tahun 2020

b) POLISI DAN DASAR LLM
Menetapkan dasar pelaksanaan BIM dalam industri lebuhraya dalam
menggalakkan penerimaan pemain industri lebuh raya

i) Penambahbaikan dokumen perjanjian (CA) dan Teknikal
Appendiks (TA)

ii) Pelancaran BIM Digital Framework
iii) Pelancaran Dokumen BIM LLM
iv) Penyediaan Garis Panduan BIM

Tempoh pelaksanaan: Tahun 2021 - 2022

243

c) LATIHAN DAN KOMPETENSI
Menyediakan latihan kepada pegawai LLM dan menyasarkan
kompetensi sebagai BIM Manager dan BIM Coordinator kepada
pegawai LLM.
i) Mengadakan Bengkel BIM
ii) Melaksanakan Pembangunan Modul Latihan BIM
iii) Kompetensi (BIM Coordinator)
iv) Kompetensi (BIM Manager)

Tempoh pelaksanaan: Tahun 2021 - 2025

d) MARKETING AND AWARENESS
Makluman kepada pemain industri lebuhraya untuk penglibatan dalam
pelaksanaan BIM melalui roadshow, knowledge sharing dan
technology transfer.
i) Majlis Pelancaran Dokumen BIM dan Digital Framework

Tempoh pelaksanaan: Tahun 2021

e) PELAKSANAAN BIM BERPERINGKAT
Pelaksanaan BIM ke atas :-
i) Lebuhraya baru
ii) Lebuhraya dalam pembinaan
iii) Lebuhraya dalam operasi

Tempoh pelaksanaan: Tahun 2022 - 2025

f) INFRASTRUKTUR
Penyediaan Infrastruktur (Fasiliti dan Teknologi) seperti berikut :-
i) 'BIM Centralised Big Room'
ii) Mobile and PC workstation
iii) Perisian
iv) Storage (Cloud / Server)
v) Fasiliti Latihan
vi) Highway Component BIM Library
vii) Penubuhan Unit Pengurusan Data Digital LLM

Tempoh pelaksanaan: Tahun 2022 - 2025

244

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN KESELURUHAN

Tempoh pelaksanaan BIM di LLM adalah selama 5 tahun bermula tahun 2020
hingga 2025 yang mana dijangkakan selepas tahun 2025, sistem pengurusan
pembangunan lebuhraya bertol akan mengunapakai BIM keseluruhannya.

6.0 SASARAN OUTCOME (DESIRED STATE)

Sasaran (Desired State) secara keseluruhan bagi pelaksanaan idea ini adalah
seperti berikut.

a) Meningkatkan lagi tahap kecekapan sistem pengurusan pembinaan
lebuhraya seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya
saing dimana mencakupi pelbagai teknologi dan sistem baharu.

b) Memantapkan dan mempermudahkan lagi proses kerja melibatkan
pihak LLM, syarikat konsesi dan agensi - agensi yang terlibat di
dalam industri lebuhraya.

c) Transformasi daripada kaedah konvensional kepada digital dengan
menggunapakai kaedah Building Information Modelling (BIM) di
dalam pelaksanaan pembangunan lebuh raya di peringkat
perancangan, rekabentuk, operasi dan penyenggaraan.

7.0 KESIMPULAN

Selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Kerja Raya dan juga sejajar
dengan Program Transformasi Indusri Pembinaan 2016 – 2020 Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) maka cadangan
pelaksanaan BIM di Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah wajar terutamanya
didalam menguruskan segala maklumat dan informasi didalam pengurusan
lebuhraya bertol di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, LLM kini dalam usaha untuk merealisasikan
pelaksanaan transformasi proses kerja yang berkaitan dengan perancangan,
rekabentuk, pembinaan, dan penyelenggaraan/penyeliaan rangkaian lebuh
raya bagi menyahut saranan Kerajaan dalam program transformasi industri
pembinaan.Penggunaan BIM akan meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti
serta konsep amalan terbaik dalam pengurusan projek bagi menghasilkan
projek yang berkualiti dengan kos yang lebih ekonomi di samping mencapai
konsep kelestarian.

245

TEMPLATE BAGI CADANGAN IDEA PSB

BAHAGIAN PENGURUSAN REKABENTUK

FOKUS UTAMA : PEMERKASAAN IR4.0 DAN PENDIGITALAN

MATLAMAT : MENJADI SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL, MEMACU DAN MENERAJUI INDUSTRI LEBUH
RAYA BERTOL DI MALAYSIA SERTA DISEGANI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
CADANGAN IDEA : MEWUJUDKAN DAN MENGURUSKAN SISTEM MAKLUMAT DIGITAL PENGURUSAN
LEBUHRAYA SECARA HOLISTIK BERMULA DARIPADA PERINGKAT PERANCANGAN, REKA BENTUK,
PEMBINAAN DAN OPERASI & PENYELENGGARAAN MENGGUNAPAKAI SISTEM BUILDING INFORMATION
MODELLING (BIM)

246 CURRENT STATE i. Dokumen-dokumen berkaitan lebuhraya dikemukakan secara berasingan bermula
(KEADAAN daripada peringkat perancangan lebuhraya sehingga keseluruhan jajaran lebuhraya
SEMASA) beroperasi kepada setiap bahagian yang terlibat.

ii. Sistem pengurusan Lukisan Rekabentuk adalah berdasarkan lukisan 2D melibatkan
kertas lukisan Hardcopy dan Softcopy

iii. Penyediaan di peringkat Syarikat Konsesi hanya berpandukan arahan daripada LLM dan
berlandaskan klausa di dalam perjanjian konsesi.

iv. Panduan prosedur pengurusan rekabentuk lebuhraya berdasarkan Sistem Pengurusan
Bersepadu (SPB) dan Perjanjian Konsesi

PELAKSANAAN TIMELINE TAGLINE
a) PELANTIKAN JURUPERUNDING BIM (Immediate/Medium/Long

Term)

Membantu pihak LLM dalam 2020 Immediate Terms
membangunkan dokumen BIM sebagai
STRATEGI rujukan utama pihak konsesi.
i) Pembangunan dokumen BIM
ii) Pelaksanaan Projek Rintis (Pilot

Project)

247 iii) Bengkel dan latihan kepada 2021 - 2022 Immediate Terms
Jawatankuasa BIM yang terlibat 2021 - 2025 Long Terms

iv) Mencadangkan Infrastruktur (Fasiliti
dan Teknologi)

v) Menyediakan Strategi BIM Digital
Framework

b) POLISI DAN DASAR LLM

Menetapkan dasar pelaksanaan BIM
dalam industri lebuhraya dalam
menggalakkan penerimaan pemain
industri lebuh raya

i) Penambahbaikan dokumen
perjanjian (CA) dan Teknikal
Appendiks (TA)

ii) Pelancaran BIM Digital Framework
iii) Pelancaran Dokumen BIM LLM
iv) Penyediaan Garis Panduan BIM

c) LATIHAN DAN KOMPETENSI

Menyediakan latihan kepada pegawai
LLM dan menyasarkan kompetensi
sebagai BIM Manager dan BIM
Coordinator kepada pegawai LLM.

i) Mengadakan Bengkel BIM
ii) Melaksanakan Pembangunan

Modul Latihan BIM
iii) Kompetensi (BIM Coordinator)
iv) Kompetensi (BIM Manager)


Click to View FlipBook Version