PEMANTAPAN KAEDAH
PENGURUSAN LEBUH RAYA
FOKUS 9
BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR & KERJASAMA TEKNIKAL
98
Pemantapan Kaedah Pengurusan Lebuh Raya
Fungsi dan peranan LLM dalam menguruskan lebuh raya adalah bagi memastikan
pematuhan syarikat konsesi terhadap obligasi sebagaimana Perjanjian Konsesi dan
juga selaras dengan kehendak kerajaan di bawah dasar penswastaan lebuh raya.
Disamping itu, LLM juga perlu mengimbangi antara keperluan kerajaan,
pengguna/rakyat/orang awam dan syarikat konsesi dalam pelaksanaan konsesi
lebuh raya.
Pelaksanaan konsesi lebuh raya adalah berdasarkan kepada Perjanjian Konsesi
yang telah dimeterai. Walau bagaimanapun, di dalam Perjanjian Konsesi peruntukan
tersebut hanya dinyatakan secara umum dan tiada kaedah yang jelas dinyatakan
bagi pelaksanaannya.
Idea cadangan pemantapan kaedah pengurusan lebuh raya dihasilkan dengan
mengambilkira isu-isu yang seringkali dibangkitkan dalam pelaksanaan konsesi
lebuh raya bermula daripada peringkat perancangan, pembinaan sehingga operasi
& penyenggaraan. Isu-isu yang dikenalpasti akan ditambah baik agar pengurusan
konsesi lebuh raya dapat dilaksanakan dengan lebih efisen dan bersistematik.
Manakala bagi beberapa garis panduan sedia ada, pengurusan pengoperasian dan
penyenggaraan lebuh raya telah berubah secara dinamik dengan mengikut
perkembangan masa. Oleh yang demikian, manual–manual dan garis panduan ini
perlu disemak semula dan ditambah baik selaras dengan matlamat memantapkan
pengurusan dan pemantauan lebuh raya serta mengadaptasikan teknologi terkini.
lebuh-lebuh raya yang diswastakan.
99
Beberapa garis panduan perlu diwujudkan atau ditambah baik bagi
memastikan isu-isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan panduan
rujukan yang jelas. Garis panduan/tatacara yang perlu diwujudkan atau
ditambah baik adalah seperti berikut:
❑ Tatacara Pemprosesan Cadangan Projek Penswastaan Lebuh Raya.
❑ Tatacara Pengurusan Penarikan Bon Di Lebuhraya Sedang Beroperasi
Dan Dalam Pembinaan.
❑ Mewujudkan Garis Panduan Arahan Berhenti Kerja (Stop Work Order).
❑ Penambahbaikan Terhadap Garis Panduan Mendirikan Struktur Paparan
Iklan.
❑ Mewujudkan Tatacara Pengemukaan Maklumat / Laporan Bagi Hal Luar
Jangka Selaras Dengan Keperluan Semasa Dan Perjanjian Konsesi.
❑ Mewujudkan Tatacara Semakan Ke Atas Permohonan Lanjutan Masa
(EOT) dan Construction Work Programme (CWP).
❑ Garis Panduan Penyediaan Data Geospatial Lebuh Raya.
❑ Arahan Pengurusan Sistem Tol.
❑ Penambahbaikan Terhadap Standard Operasi dan Penyenggaraan
(O&M) Lebuh Raya.
❑ Mewujudkan Tatacara Pembukaan Lebuh Raya.
❑ Garis Panduan Permohonan Pembangunan Tepi Lebuh Raya.
100
Idea 1 : Tatacara pemprosesan cadangan projek penswastaan lebuh raya.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 2020
melalui Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Halatuju Industri Lebuh
Raya Bertol di Malaysia bahawa telah dipersetujui supaya bagi unsolicited
proposals, ianya perlu melalui Kementerian Kerja Raya dan tertakluk
kepada kriteria dan garis panduan yang ditetapkan.
ii. Terdapat keperluan untuk menyediakan kriteria dan garis panduan seperti
carta alir yang seragam dan terkini bagi pelaksanaan kaedah
penswastaan lebuh raya khususnya proses mendapatkan kelulusan
prinsip kerajaan, rundingan terma dan syarat Perjanjian Konsesi
seterusnya membawa kepada pemeteraian Perjanjian Konsesi.
iii. Garis panduan yang disediakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta JPM
untuk mendapatkan kelulusan prinsip tidak lagi sesuai dengan proses
kerja di Kementerian Kerja Raya/LLM dalam meneliti cadangan
penswastaan lebuh raya baharu.
iv. Kaedah penilaian keperluan dan kebolehlaksanaan bagi cadangan projek
penswastaan lebuh raya baharu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
akibat daripada kekurangan maklumat yang dikemukakan oleh syarikat
pencadang.
v. Ketiadaan proses penilaian oleh Jawatankuasa Teknikal di mana LLM
sebagai urusetia bagi merundingkan isu-isu yang melibatkan teknikal dan
pengurusan nilai (Value Management).
101
Sasaran (Desired State)
Dokumen rujukan carta alir bagi proses penswastaan
lebuh raya bagi tujuan untuk mendapatkan kelulusan
prinsip kerajaan berdasarkan Pelan Pembangunan
HNDP dan seterusnya sehingga proses diserahkan
untuk pelaksanaan LLM.
Tempoh Pelaksanaan :
Februari 2021 – Oktober 2021
*Sila rujuk lampiran bagi
tempoh pelaksanaan terperinci.
102
Idea 2: Menambahbaik “Tatacara Pengurusan
Penarikan Bon Di Lebuhraya Yang Sedang Beroperasi
Dan Dalam Pembinaan”
Keadaan Semasa (Current State)
i. Berdasarkan kepada pemantauan di tapak dan aduan
yang diterima, pelaksanaan kerja-kerja
penyenggaraan di tapak tidak dilaksanakan dengan
kadar segera dan memenuhi spesifikasi pembaikan.
ii. Prosedur penarikan bond perlu melalui bank yang
terlibat dan akan mengambil masa sedangkan kerja-
kerja pembaikan perlu dilaksanakan segera di tapak.
iii. Garis panduan sedia ada tidak mengambilkira bagi
penarikan bon terhadap syarikat konsesi yang tidak
membayar penalti dan lain-lain tuntutan
110033
103
Sasaran (Desired State)
Menambahbaik garispanduan penarikan bon dengan mengambilkira
penambahbaikan terhadap Garis Panduan Tatacara Pengurusan
Penarikan Bon sedia ada akan menghasilkan tatacara kerja yang lebih
sistematik dan komprehensif dengan mengambilkira keperluan
perjanjian konsesi terkini.
LLM dapat mengambil tindakan dengan teratur dan berkesan ke atas
sebarang ketidakpatuhan.
Kepentingan pihak Kerajaan terpelihara melalui pematuhan ke atas
semua obligasi di dalam perjanjian konsesi.
Tempoh Pelaksanaan :
Ogos 2021 – Mei 2022
*Sila rujuk lampiran bagi
tempoh pelaksanaan
terperinci.
104
104
IDEA 3: Mewujudkan garis panduan arahan berhenti kerja
(Stop Work Order).
Keadaan Semasa (Current State)
i. Berdasarkan perjanjian konsesi, “Arahan Berhenti Kerja” (SWO) dijelaskan
dalam klausa Pelan Pengurusan Trafik (TMP). Sehingga kini, tiada tatacara
jelas berkaitan pelaksanaan SWO.
ii. Disamping itu, perjanjian konsesi turut menyatakan sebarang ketidakpatuhan
terhadap terma perjanjian adalah dikategorikan sebagai “Default during
Construction Period”, Klausa 37.2 (tertakluk kepada klausa perjanjian konsesi
setiap lebuh raya).
iii. Jika berlaku, syarikat konsesi perlu membuat semula (remedy the said
default) dalam tempoh yang ditetapkan (Remedy Period).
iv. Jika syarikat konsesi gagal membuat semula dalam tempoh yang ditetapkan,
Kerajaan mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian konsesi.
v. Memandangkan situasi ini berlaku semasa kerja pembinaan sedang
dijalankan, berkemungkinan terdapat satu tindakan (seperti SWO dikenakan
kepada syarikat konsesi) yang boleh dilaksanakan sebelum syarikat konsesi
dikategorikan sebagai “Default during Construction Period”.
105
Sasaran (Desired State)
Garis Panduan Arahan Berhenti Kerja ini akan menghasilkan tatacara
kerja yang lebih sistematik dan komprehensif termasuk aspek
perundangan yang memberi impak positif terhadap proses kawalan LLM
selaras dengan obligasi di dalam Perjanjian Konsesi.
Memperkasakan imej LLM yang memberi fokus kepada aspek
keselamatan, alam sekitar dan aspek teknikal yang merangkumi amalan
kejuruteraan yang baik.
Tempoh Pelaksanaan :
April 2022 – September 2023
*Sila rujuk lampiran bagi
tempoh pelaksanaan terperinci.
106
IDEA 4: Memantapkan pengurusan paparan iklan melalui penambahbaikan
Garis Panduan Mendirikan Struktur Paparan Iklan Di Dalam Rezab Lebuh
raya.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Syarikat konsesi/Syarikat pihak ketiga akan mengemukakan
permohonan mendirikan struktur paparan iklan di dalam rizab lebuh
raya.
ii. Permohonan berdasarkan Garis Panduan Mendirikan Struktur Paparan
Iklan Di Dalam Rizab Lebuh raya yang dikeluarkan pada tahun 2015
dan addendum kepada Garis Panduan Mendirikan Struktur Paparan
Iklan Di Dalam Rizab Lebuhraya yang dikeluarkan pada tahun 2017.
iii. Permohonan bagi mendirikan struktur paparan iklan diproses secara
manual. Sistem Pengurusan Paparan Iklan (SPPI) telah mula
berkuatkuasa pada 1 Julai 2018. Garis panduan sedia ada tiada
menyatakan proses permohonan mendirikan struktur paparan iklan
secara atas talian (online); dan
iv. Ulasan tapak oleh Pejabat Wilayah dan pertimbangan permohonan di
peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Paparan Iklan (MJKPI) adalah
terhad kepada syarat-syarat teknikal berdasarkan garis panduan tahun
2015 dan Addendum Garis Panduan Tahun 2017.
101
107
Sasaran (Desired State)
Penambahbahbaikan terhadap Garis Panduan
Mendirikan Struktur Paparan Iklan ini akan
menghasilkan tatacara kerja yang lebih
sistematik dan komprehensif di mana memberi
impak positif terhadap proses kawalan LLM
selaras dengan obligasi di dalam Perjanjian
Konsesi.
Memperkasakan imej LLM yang memberi fokus
kepada aspek keselamatan, aspek teknikal
yang merangkumi amalan kejuruteraan yang
baik serta teknologi terkini ke arah mewujudkan
pengurusan industri paparan iklan di lebuh raya
yang lebih efisien.
Tempoh Pelaksanaan :
Februari 2021 – Jun 2022
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh
pelaksanaan terperinci.
108
Idea 5:
Mewujudkan tatacara pengemukaan maklumat / laporan bagi hal luar jangka selaras
dengan keperluan semasa dan perjanjian konsesi.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Syarikat Konsesi gagal mengemukakan maklumat berkaitan hal luar jangka yang
melibatkan pembinaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga isu menjadi
tular di media massa.
ii. Kegagalan syarikat konsesi memaklumkan hal luar jangka mengakibatkan tindakan
lewat diambil di peringkat LLM.
Sasaran (Desired State)
1 Tatacara Pengemukaan 2 LLM dapat mengambil
Maklumat / Laporan Hal Hal Luar tindakan dengan teratur dan
Jangka ini akan menghasilkan berkesan berdasarkan
tatacara kerja yang lebih maklumat yang diperolehi.
sistematik dan komprehensif
untuk memastikan maklumat yang 3 Kepentingan Kerajaan/ LLM
tepat dan betul dapat disampaikan dan pengguna dari aspek
dalam tempoh yang ditetapkan. keselamatan dan keselesaan
dapat dipertingkatkan.
Tempoh Pelaksanaan : September 2021 – Jun 2022 109
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
Idea 6:
Mewujudkan Tatacara Semakan Ke Atas Permohonan Lanjutan Masa (EOT) dan
Construction Work Programme (CWP).
Keadaan Semasa (Current State)
i. Berikutan tiada tempoh penghantaran permohonan EOT yang jelas, terdapat
situasi dimana syarikat konsesi telah mengemukakan permohonan EOT hampir
dengan tarikh siap yang telah diluluskan.
ii. Hal ini telah mengakibatkan pihak LLM tidak mempunyai masa yang mencukupi
untuk menyemak punca dan kesahihan asas kelewatan serta menentukan
tempoh lanjutan masa yang wajar diberikan.
iii. Terdapat dimana syarikat konsesi telah menambah tempoh pembinaan sesuatu
aktiviti yang dijangka akan mengalami masalah sehingga membolehkan EOT.
Lanjutan itu, tempoh EOT yang dipohon adalah berdasarkan tempoh penyiapan
aktiviti tersebut.
iv. Syarikat konsesi perlu merancang CWP dengan mengambilkira aktiviti yang
memerlukan keperluan yang ditetapkan oleh bahagian lain pengambilan tanah,
kelulusan reka bentuk dan lain-lain.
Sasaran (Desired State)
1. Tatacara Semakan ke atas permohonan lanjutan
masa (EOT) dan Construction Work Programme
(CWP) ini akan menghasilkan tatacara kerja yang
lebih sistematik dan komprehensif sebagai panduan
kepada LLM/ syarikat konsesi.
2. LLM dapat memproses permohonan dalam tempoh
yang ditetapkan.
3. Syarikat konsesi mematuhi semua keperluan dan
ketetapan yang digariskan.
4. Lebuh raya disiapkan mengikut tempoh CWP yang
diluluskan dan permohonan EOT berdasarkan
alasan yang kukuh dan munasabah.
Tempoh Pelaksanaan: Julai 2022 – Jun 2023
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
110
Idea 7: Garis Panduan Penyediaan Data Geospatial Lebuh raya.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Kepelbagaian format dan kaedah serahan data lebuh raya kepada LLM.
ii. Penyediaan dan serahan data lebuh raya tidak “GIS Ready”.
iii. Data lebuh raya yang tidak mematuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan
akan menggangu proses integrasi kepada GIS LLM dan sistem teras di LLM.
iv. Menambahkan beban kerja kepada LLM untuk menguruskan data lebuh
raya yang tidak mengikut format dan spesifikasi piawaian yang ditetapkan.
Sasaran (Desired State)
Sasaran keseluruhan adalah pihak LLM
dan syarikat konsesi lebuh raya akan
menggunapakai Garis Panduan
Penyediaan Data Geospatial Lebuhraya
yang jelas serta memudahkan
penyediaan, pengurusan dan perkongsian
data GIS antara LLM dengan syarikat
konsesi lebuh raya. Garis Panduan
Penyediaan Data Geospatial Lebuh raya
akan menjadi rujukan utama penyediaan
data GIS lebuh raya di Malaysia.
Tempoh Pelaksanaan :
Jun 2021 – Januari 2022
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh
pelaksanaan terperinci.
111
Idea 8: Arahan Pengurusan Sistem Tol
Keadaan Semasa (Current State)
I. Kepelbagaian prosedur kerja di peringkat syarikat konsesi telah
mewujudkan ketidakseragaman pelaksanaan pengurusan operasi tol.
II. Ketidakmampuan syarikat konsesi dalam merealisasikan arahan-arahan
yang telah ditambahbaik.
III. Kepentingan dan kebajikan pengguna masih belum mencapai tahap yang
memuaskan di dalam memberi pengalaman terbaik (best user experience)
kepada pengguna semasa menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan
di lebuh raya.
Sasaran (Desired State)
Memperkasakan peranan LLM dalam
mengawalselia syarikat konsesi lebuh raya untuk
melaksanakan pengurusan operasi tol yang
seragam dan bertaraf dunia. Syarikat konsesi
mampu memberikan kualiti perkhidmatan yang
terbaik dan memberi best user experience kepada
pengguna.
Tempoh Pelaksanaan : Oktober 2020 – Disember 2022
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
112 112
112
IDEA 9: Penambahbaikan terhadap Standard Operasi Dan
Penyenggaraan (O&M) Lebuh raya.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Perbezaan kandungan klausa operasi dan penyenggaraan di dalam
Perjanjian Konsesi untuk 30 buah lebuh raya memerlukan penyelarasan
bagi tujuan pemantauan LLM.
ii. Garis Panduan atau Manual Expressway Maintenance System (EMS)
sediada yang telah pun mencapai usia 30 tahun.
iii. Ketidakseragaman proses kerja di peringkat syarikat konsesi, jurutera
perunding, dan kontraktor.
Sasaran (Desired State)
Satu Standard/Manual Operasi dan Penyenggaraan (O&M)
Lebuh raya baharu yang mana mengadaptasikan kaedah dan
teknologi terkini melalui pendekatan pengurusan nilai ke arah
mewujudkan lebuh raya di Malaysia yang dioperasi dan
diselenggara setaraf dengan piawaian antarabangsa.
Strategi perolehan terbaik untuk lebuh
raya–lebuh raya.
Tempoh Pelaksanaan :
Jun 2021 – April 2025
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
113
Idea 10: Mewujudkan tatacara pembukaan lebuh raya.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Panduan prosedur pembukaan lebuh raya hanya berdasarkan Sistem
Pengurusan Bersepadu (SPB) sahaja dan terhad kepada pegawai dan
kakitangan LLM.
ii. Tiada tatacara yang diselaraskan bagi setiap projek yang akan dibuka.
iii. Penyediaan di peringkat syarikat konsesi adalah berpandukan arahan
daripada LLM.
iv. Pembukaan adalah berdasarkan klausa yang diperuntukkan dalam
perjanjian konsesi dan keperluan agensi yang berkaitan.
Sasaran (Desired State)
1. Tatacara Pembukaan Lebuh Raya akan menghasilkan
panduan kerja yang lebih sistematik dan komprehensif kepada
LLM/ syarikat konsesi.
2. LLM dapat memproses keperluan dokumentasi dengan teratur untuk
mencapai tarikh pembukaan lebuh raya.
3. Syarikat konsesi mematuhi semua keperluan dan ketetapan yang
digariskan.
4. Lebuh raya yang dibuka adalah selamat dan selesa kepada pengguna.
Tempoh Pelaksanaan :
Oktober 2021 – September 2022
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh
Pelaksanaan terperinci.
114
Idea 11: Garis Panduan Permohonan Pembangunan Tepi Lebuh Raya.
Keadaan Semasa (Current State)
Proses kerja pada masa ini adalah secara dalaman LLM sahaja dan tidak
menyeluruh yang melibatkan pemohon dan syarikat konsesi, pemohon seringkali
keliru dengan peringkat pengurusan permohonan pembangunan tepi lebuh raya.
Selain itu, tiada tempoh masa yang jelas dengan kos yang terlibat dalam sesuatu
permohonan pembangunan.
Di samping itu, syarat kelulusan sedia ada tidak jelas mengenai tempoh sah,
keperluan teknikal, syarat-syarat tanah, syarat tambahan oleh syarikat konsesi yang
perlu dipatuhi.
Selain proses kerja di LLM, syarikat konsesi juga mempunyai proses kerja yang
tersendiri. Ketidakseragaman proses kerja syarikat konsesi telah menyukarkan
pihak pemohon untuk melaksanakan sebarang pembangunan.
Sasaran (Desired State)
Penambahbaikan terhadap Garis Panduan Pembangunan Tepi
Lebuh Raya akan menghasilkan satu garis panduan yang lebih
komprehensif sebagai rujukan kepada LLM, syarikat konsesi dan
pihak ketiga.
Sistem Pembangunan Tepi Lebuhraya (ePTL) yang lebih efisien selaras
dengan perkembangan teknologi terkini agar proses pengurusan
pembangunan tepi lebuh raya dapat dilaksanakan lebih sistematik,
cepat dan cekap.
Tempoh Pelaksanaan :
Ogos 2021 – Disember 2022
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh
pelaksanaan terperinci.
.
115
STRATEGI
1 Mewujudkan jawatankuasa untuk
penyediaan garis
panduan/SOP/tatacara.
Mengadakan perbincangan awalan bagi 2
mengenalpasti skop, elemen yang terlibat
dengan merujuk kepada terma-terma dan
obligasi syarikat konsesi dalam Perjanjian
Konsesi dan kebolehlaksanaan garis
panduan tersebut. Membuat perancangan
penyediaan garis panduan/SOP/tatacara.
3 Mengemukakan cadangan
penyediaan garis
Mengadakan mesyuarat bagi panduan/SOP/tatacara kepada
membincangkan penyediaan deraf pihak Pengurusan LLM.
garis panduan/SOP/tatacara.
4
5
Membentangkan deraf garis
panduan/SOP/tatacara kepada
pihak Pengurusan LLM.
Memuktamadkan garis 6
panduan/SOP/tatacara.
7 Garis panduan/SOP/tatacara akan
dijilidkan dan diedarkan kepada
kesemua syarikat konsesi.
Strategi pelaksanaan fokus 9 melibatkan pewujudan/penambahbaikan garis
panduan/SOP/tatacara. Secara keseluruhannya, strategi pelaksanaan dapat
digunasama untuk semua idea selaras dengan tatacara penyediaan garis
panduan LLM.
116
FOCUS GROUP DISCUSSION @ PORT DICKSON
JAWATANKUASA
PEMANDU
Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan
Ir. Abdullah Hashim
Ir. Sazali Harun
Haslina Hashim
Zahratul’ula Mohd Ibrahim
Azman Mohd Jais
Sr. Abdul Rahim Md. Zahid
Abu Bakar Hashim
Ir. Mohd Hadzmir Yusoff
Noor Fuziah Ismail
Ts. Ir. Dr. Nadzrol Fadzilah Ahmad
Ts. Noriha Derin
Noradibah Ramli
Junaidah Jamni
Suzaitee Yusoff
Ts. Husain Osman
Farah Ziza Mohamed Fawzi
Norzuriati Zainol Rashid
Zaimasnizam Maspur
119
JAWATANKUASA
PANEL PENASIHAT
Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan
Ir. Abdullah Hashim
Ir. Sazali Harun
Haslina Hashim
Chong Wai Fatt - KKR
Ir. Mohd Hadzmir Yusoff
Sr. Rozidah Mohd Kamaruddin
Ts. Syed Mohd Faizal Said Ahmad
Ts. Ir. Ahmad Iskandar Abdul Kadir
Ts. Ir. Muhd Yusrizan Mohd Yusof
Ts. Dr. Rohaya Abdullah
Rafidah Mohamad Shapien
Norhaslinda Abu Yazid
Ir. Abdul Munir Muhammad Murit
Shahrizal Sharuddin
Tn. Syed Fahmi Al Junid Syed Shahrom
Gs. Mohd Sukri Shuib
120
JAWATANKUASA
KERJA
PENGURUS
PSB LLM
Ir. Sazali Harun
KOORDINATOR & URUSETIA SOKONGAN
Ts. Ir. Muhd Yusrizan Mohd Yusof Syed Fahmi Al Junid Syed Shahrom
Ir. Abdul Munir Muhammad Murit (Input Pelan Strategik Organisasi)
Mohd Khairul Azman Hambali
Noor Adlin Zurina Zulkufly Mohd Firdaus Ismail
Razlida Mohd Ghazali (Input Kajian Halatuju Lebuhraya Bertol)
Nur Adani Adnan
Asyraf Rohan
JAWATANKUASA KERJA PENYEMAK
Sr. Rozidah Mohd Kamaruddin Zahratul’Ula Mohd Ibrahim
Ts. Syed Mohd Faizal Said Ahmad Ir. Mohd Hadzmir Yusoff
Alina Deraman Ts. Ir. Dr. Nadzrol Fadzilah Ahmad
Norhaslinda Abu Yazid Junaidah Jamni
Ts. Dr. Rohaya Abdullah Farah Ziza Mohamed Fawzi
Ts. Ir. Ahmad Iskandar Abd Kadir
Anas Idris PROOFREADER
Rafidah Mohamad Shapien
Shahrizal Sharuddin Noor Nazatul Sheema Yusuf
Gs. Mohd Sukri Shuib Tn. Syed Fahmi Al Junid Syed Shahrom
Ahmad Kamil Abdul Halim Nithiyaa A/P Moorthy
Mohd Khairul Azman Hambali
Tn. Syed Fahmi Al Junid Syed Shahrom 121
PENGHARGAAN
Ahli Lembaga, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Pengurusan LLM
Penghargaan khas ditujukan kepada Kementerian Kerja Raya dan warga LLM
khususnya jawatankuasa kerja yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menyediakan dokumen Pelan Strategik Bisnes, Lembaga
Lebuhraya Malaysia ini.
122
RUJUKAN
FOKUS UTAMA
123
FOKUS 1 :
MEMANTAPKAN
PERANAN LLM DI
DALAM PENILAIAN
MODEL
PENSTRUKTURAN
LEBUH RAYA
124
FOKUS: MEMANTAPKAN PERANAN LLM DI DALAM PENILAIAN MODEL
PENSTRUKTURAN LEBUH RAYA
IDEA: MODEL PENSTRUKTURAN LEBUH RAYA
1. Pendahuluan
Pada masa ini, objektif hala tuju industri lebuh raya bertol di Malaysia yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan adalah meneruskan kutipan tol yang boleh
dipertimbangkan secara berasingan mengikut kesesuaian konsesi lebuh raya.
Dalam merealisasikan objektif ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember
2020 telah bersetuju untuk menstrukturkan semula kadar tol yang akan dirunding
secara bersama dengan syarikat konsesi dan akan dimuktamadkan sebelum
tahun 2023. Semasa proses rundingan, kadar tol semasa yang telah diwartakan
akan dikekalkan dan penangguhan kenaikan kadar tol diteruskan sehingga
tahun 2022.
Kerajaan pada masa ini sedang melaksanakan proses rundingan bersama
beberapa syarikat konsesi lebuh raya dengan hasrat mengurangkan kadar tol
lebuh raya dan mengambil kira kepentingan Kerajaan, Syarikat Konsesi serta
rakyat sebagai pengguna. selain meminimakan bebanan kewangan kerajaan,
rundingan juga akan turut memastikan standard piawaian operasi dan
penyenggaraan lebuh raya sedia ada tidak terjejas serta lebuh raya terus
berdaya maju.
2. Isu / Penyataan Masalah
Pengguna Lebuh Raya
Berdasarkan kajian sebanyak 61% responden
menyatakan kadar tol lebuh raya di Malaysia adalah
tinggi, walaupun 75.4% responden menyatakan
kesanggupan untuk membayar tol dengan syarat tiada
isu kesesakan trafik di lebuh raya. Oleh itu, kedua-dua
isu ini perlu ditangani.
Kerajaan
Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna lebuh raya dan
mengurangkan rungutan serta kemarahan rakyat (Public Out Cry), kerajaan
terpaksa menanggung bayaran pampasan yang tinggi dengan penangguhan
kenaikan kadar tol dan ianya semakin meningkat dari tahun
ke tahun. Kerajaan juga perlu mengembalikan keyakinan
pelabur serta mengekalkan syarikat konsesi dalam industri
lebuh raya bagi meneruskan Dasar Penswastaan Negara
dan mengurangkan komitmen kewangan kerajaan dalam
sektor ekonomi.
125
Syarikat Konsesi
Kebergantungan hasil syarikat konsesi adalah melalui
bayaran tol oleh pengguna lebuh raya. Semakin tinggi
kadar tol yang dikenakan maka semakin tinggi hasil
yang dicapai oleh syarikat konsesi. Hasil ini akan
digunapakai oleh syarikat konsesi untuk membayar
balik pinjaman/sukuknya serta melaksanakan operasi
dan penyenggaraan lebuh raya supaya sentiasa
berada pada standard yang ditetapkan.
Bagi menyokong polisi kerajaan supaya kadar tol
tidak membebankan rakyat sama ada melalui
penurunan atau tiada kenaikan kadar tol, hasil
syarikat konsesi akan terjejas. Secara tidak langsung
pengurangan jumlah hasil akan menjejaskan kualiti
operasi dan penyenggaraan lebuh raya serta
menurunkan prestasi pembayaran semula
pinjaman/sukuk oleh syarikat konsesi.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
LLM tidak mempunyai kepakaran dan kompetensi untuk
membuat penilaian terhadap cadangan penstrukturan
semula kadar tol yang dikemukakan oleh syarikat konsesi
terutamanya dari segi kewangan untuk menganalisa
cadangan model aliran tunai syarikat dan juga kajian
terhadap kadar pertumbuhan trafik serta pembangunan
ekonomi dipersekitarannya.
3. Cabaran Semasa
Pengguna Lebuh Raya
Pengguna terpaksa membayar kadar tol yang tinggi tetapi masih
berhadapan dengan kesesakan trafik.
Kerajaan
Pertimbangan Kerajaan untuk minimum tolerable rate ke atas sesebuah
lebuh raya sukar ditentukan kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor
seperti kos projek, kos kewangan, kos operasi dan penyelenggaraan,
unjuran trafik serta tempoh konsesi.
Penentuan minimum tolerable rate ke atas pengguna juga sukar ditentukan
kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti:
a) Tujuan dan kekerapan perjalanan;
b) Perbelanjaan tol dan tahap pendapatan;
126
c) Tahap kepuasan menggunakan lebuh raya tol;
d) Kesedaran mengenai kelebihan lebuh raya; dan
e) Kos sara hidup.
Syarikat Konsesi
Syarikat Konsesi akan menghadapi masalah kewangan sekiranya kadar tol
tidak dinaikkan dan pampasan tidak dibayar oleh kerajaan.
Sekiranya hasil syarikat konsesi tidak mencukupi, ianya akan menjejaskan
prestasi pembayaran balik sukuk/pinjaman baharu/pembiayaan semula
oleh syarikat konsesi dan kualiti operasi dan penyenggaraan termasuk
penambahbaikan lebuh raya akan turut terjejas.
LLM
Kesukaran untuk menilai kebolehlaksanaan (feasibility) dan daya maju
(viability) cadangan penstrukturan semula yang dikemukakan oleh syarikat
konsesi kerana tidak mempunyai kepakaran dan pegawai yang kompeten
di dalam meneliti model kewangan dan unjuran trafik.
4. Idea
i) Kerajaan boleh menimbangkan pelanjutan tempoh konsesi yang
munasabah;
ii) Tiada bayaran pampasan tunai, bantuan kewangan dan Jaminan
Kerajaan sekiranya tempoh konsesi dilanjutkan;
iii) komitmen lebuh raya kekal kepada syarikat konsesi sedia ada atau
cadangan model perniagaan baharu tanpa penglibatan/komitmen
Kerajaan;
iv) Pengguna dapat menikmati kadar tol yang lebih rendah dengan pelbagai
kemudahan yang disediakan di sepanjang lebuh raya;
v) Kualiti operasi dan penyenggaraan lebuh raya kekal berada pada
standard yang ditetapkan oleh LLM;
vi) Melatih pegawai LLM supaya menjadi pegawai yang berpengetahuan dan
kompeten dalam bidang trafik dan model kewangan bagi membolehkan
LLM terus signifikan sebagai agensi teknikal yang dirujuk dalam proses
penstrukturan syarikat konsesi lebuh raya; dan
vii) Mewujudkan satu Jawatankuasa Khas di peringkat LLM dalam membuat
kajian dan meneliti setiap cadangan penstrukturan semula lebuh raya
syarikat konsesi.
127
5. Strategi Pelaksanaan
i) Pelan Tindakan
a) Membuat penilaian terhadap cadangan penstrukturan semula lebuh raya
yang dikemukakan oleh syarikat konsesi. Proses rundingan bersama
dijadual akan dimuktamadkan sebelum tahun 2023;
b) Memastikan semasa proses rundingan, kadar tol semasa yang telah
diwartakan akan dikekalkan dan penangguhan kenaikan kadar tol
diteruskan sehingga tahun 2022;
c) Semasa proses penilaian, kepentingan kerajaan, syarikat konsesi dan
pengguna turut diberi penekanan dan menjadi elemen penting dalam
penilaian bagi memastikan hasil rundingan adalah situasi menang-menang
(win-win situation);
d) Menganjurkan sesi latihan intensif model kewangan untuk melahirkan
pegawai yang kompeten. Pegawai berkebolehan, mahir dan cekap
menggunakan perisian model kewangan serta boleh bertindak sebagai
pegawai pakar rujuk di dalam penyediaan ulasan aliran tunai dan
kebolehlaksanaan sesuatu cadangan penstrukturan lebuh raya; dan
e) Menganjurkan sesi latihan intensif analisis trafik untuk melahirkan pegawai
yang kompeten, berpengetahuan dan berkebolehan untuk
dijadikan pakar di dalam bidang trafik.
ii) Tempoh
a) Proses rundingan penstrukturan semula kadar tol dan syarikat konsesi
antara Kerajaan dengan syarikat konsesi sedang dilaksanakan mulai tahun
2021 hingga 2022;
b) Sesi latihan intensif model kewangan dijadual akan diadakan mulai Julai
2021 sehingga Disember 2021; dan
c) Sesi latihan intensif analisis trafik dijadual akan diadakan pada Julai 2021
sehingga Disember 2021.
128
129
129
6. Sasaran (Outcome / Desired State)
i) Meneruskan kutipan tol dengan kadar tol yang munasabah bagi
mengekalkan tahap operasi dan penyenggaraan lebuh raya mengikut
standard yang ditetapkan;
ii) Mengembalikan keyakinan pelabur serta mengekalkan syarikat konsesi
dalam industri yang melibatkan lebuh raya sedia ada, lebuh raya dalam
pembinaan dan lebuh raya baharu yang telah diluluskan secara prinsip;
iii) Menghasilkan kadar tol yang munasabah dan mesra pengguna serta
rundingan bersama syarikat konsesi dimuktamadkan sebelum tahun 2023;
iv) Memastikan parameter yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri
pada 18 Disember 2020 seperti berikut dijadikan asas di dalam penilaian
cadangan penstrukturan semula kadar tol oleh syarikat konsesi:
a) Kerajaan boleh menimbangkan pelanjutan tempoh konsesi yang
munasabah;
b) Tiada bayaran pampasan tunai, bantuan kewangan dan jaminan
Kerajaan sekiranya tempoh konsesi dilanjutkan; dan
c) Komitmen lebuh raya kekal kepada syarikat konsesi sedia ada atau
cadangan model perniagaan baharu tanpa penglibatan/komitmen
Kerajaan.
v) Mengurangkan rungutan pengguna lebuh raya dan memastikan pengguna
dapat menikmati fasiliti/perkhidmatan yang berkualiti di sepanjang lebuh
raya setanding dengan kadar tol yang dibayar;
vi) Meningkatkan kompetensi dan kepakaran pegawai LLM dalam menilai
kebolehlaksanaan (feasibility) dan berdaya maju (viability) sesuatu
cadangan penstrukturan semula lebuh raya;
vii) Penubuhan satu Jawatankuasa Khas Penilaian Penstrukturan di peringkat
LLM yang bertindak untuk mengkaji dan meneliti setiap cadangan
penstrukturan semula lebuh raya oleh syarikat konsesi.
130
7. Kesimpulan Idea
Secara keseluruhannya, penilaian terhadap cadangan penstrukturan semula
yang dikemukakan oleh syarikat konsesi perlu mengambilkira parameter-
parameter yang boleh dijadikan asas rundingan demi kepentingan semua pihak
iaitu Kerajaan, syarikat konsesi dan pengguna lebuh raya.
LLM selaku sebuah agensi teknikal yang memantau dan mengawalselia lebuh
raya bertol di Malaysia akan sentiasa dirujuk dalam penyediaan ulasan terhadap
cadangan penstrukturan semula kadar tol oleh syarikat konsesi. Oleh itu, LLM
perlu memperkasakan peranannya dengan mempunyai lebih ramai pegawai
kompeten dan mampu memberikan input yang berkualiti bagi kebolehlaksanaan
(feasibility) dan daya maju (viability) cadangan penstrukturan semula yang
dikemukakan.
131
TEMPLATE BAGI CADANGAN IDEA SBP
BAHAGIAN : PENGAWASAN TOL
FOKUS UTAMA : MEMANTAPKAN PERANAN LLM DI DALAM PENILAIAN MODEL PENSTRUKTURAN LEBUH RAYA
MATLAMAT : MENJADI SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL, MEMACU DAN MENERAJUI INDUTRI LEBUH RAYA BERTOL
DI MALAYSIA SERTA DISEGANI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
CADANGAN IDEA : MODEL PENSTRUKTURAN LEBUH RAYA
i. Pengguna terpaksa membayar kadar tol yang tinggi tetapi masih berhadapan dengan kesesakan trafik.
ii. Pertimbangan Kerajaan untuk minimum tolerable rate ke atas sesebuah lebuh raya sukar ditentukan
kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kos projek, kos kewangan, kos operasi dan
penyelenggaraan, unjuran trafik serta tempoh konsesi.
132 iii. Penentuan minimum tolerable rate ke atas pengguna juga sukar ditentukan kerana ia dipengaruhi oleh
pelbagai faktor seperti:
CURRENT STATE a) Tujuan dan kekerapan perjalanan;
(KEADAAN b) Perbelanjaan tol dan tahap pendapatan;
SEMASA) c) Tahap kepuasan menggunakan lebuh raya tol;
d) Kesedaran mengenai kelebihan lebuh raya; dan
e) Kos sara hidup
iv. Syarikat Konsesi akan menghadapi masalah kewangan sekiranya kadar tol tidak dinaikkan dan
pampasan tidak dibayar oleh kerajaan.
v. Sekiranya hasil syarikat konsesi tidak mencukupi, ianya akan menjejaskan prestasi pembayaran balik
sukuk / pinjaman baharu / pembiayaan semula oleh syarikat konsesi dan kualiti operasi dan
penyenggaraan termasuk penambahbaikan lebuh raya akan turut terjejas.
vi. LLM sukar untuk membuat penilaian kebolehlaksanaan (feasibilty) dan daya maju (viability) cadangan
penstrukturan semula yang dikemukakan oleh syarikat konsesi kerana tidak mempunyai kepakaran
dan pegawai yang kompeten di dalam meneliti model kewangan dan unjuran trafik.
132
PELAKSANAAN TIMELINE TAGLINE
(Immediate/Medium/Long Term)
i. Membuat penilaian terhadap cadangan
Immediate term
penstrukturan semula lebuh raya yang Januari 2021 – Immediate term
dikemukakan oleh syarikat konsesi. Disember
Proses rundingan bersama dijadual 2022 Immediate term
akan dimuktamadkan sebelum tahun
Immediate term
2023.
Immediate term
ii. Memastikan semasa proses rundingan,
kadar tol semasa yang telah diwartakan Januari 2021 –
akan dikekalkan dan penangguhan Disember
kenaikan kadar tol diteruskan sehingga 2022
tahun 2022.
iii. Semasa proses penilaian, kepentingan
STRATEGI kerajaan, syarikat konsesi dan
pengguna diberi penekanan dan menjadi Januari 2021 –
133
elemen penting dalam penilaian bagi Disember
memastikan hasil rundingan adalah 2022
situasi menang-menang (win-win
situation).
iv. Menganjurkan sesi latihan intensif model
kewangan untuk melahirkan pegawai
yang kompeten. Pegawai berkebolehan,
mahir dan cekap menggunakan perisian Julai 2021 –
model kewangan serta boleh bertindak Disember
sebagai pegawai pakar rujuk di dalam 2021
penyediaan ulasan aliran tunai dan
kebolehlaksanaan sesuatu cadangan
penstrukturan lebuh raya.
v. Menganjurkan sesi latihan intensif Julai 2021 –
analisis trafik untuk melahirkan pegawai Disember
yang kompeten, berpengetahuan dan 2021
133
134 DESIRED STATE berkebolehan untuk dijadikan pakar di
(SASARAN) dalam bidang trafik.
TINDAKAN i. Meneruskan kutipan tol dengan kadar tol yang munasabah bagi mengekalkan tahap operasi dan
penyenggaraan lebuh raya mengikut standard yang ditetapkan.
ii. Mengembalikan keyakinan pelabur serta mengekalkan syarikat konsesi dalam industri yang melibatkan
lebuh raya sedia ada, lebuh raya dalam pembinaan dan lebuh raya baharu yang telah diluluskan secara
prinsip.
iii. Menghasilkan kadar tol yang munasabah dan mesra pengguna serta rundingan bersama syarikat konsesi
dimuktamadkan sebelum tahun 2023.
iv. Memastikan parameter yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 2020 seperti
berikut dijadikan asas di dalam penilaian cadangan penstrukturan semula kadar tol oleh syarikat konsesi:
a) Kerajaan boleh menimbangkan pelanjutan tempoh konsesi yang munasabah;
b) Tiada bayaran pampasan tunai, bantuan kewangan dan jaminan Kerajaan sekiranya tempoh konsesi
dilanjutkan; dan
c) Komitmen lebuh raya kekal kepada syarikat konsesi sedia ada atau cadangan model perniagaan baharu
tanpa penglibatan/komitmen Kerajaan.
v. Mengurangkan rungutan pengguna lebuh raya dan memastikan pengguna dapat menikmati fasiliti
/perkhidmatan yang berkualiti di sepanjang lebuh raya setanding dengan kadar tol yang dibayar.
vi. Meningkatkan kompetensi dan kepakaran pegawai LLM dalam menilai kebolehlaksanaan (feasibility) dan
daya maju (viability) sesuatu cadangan penstrukturan semula lebuh raya.
vii. Penubuhan satu Jawatankuasa Khas Penilaian Penstrukturan di peringkat LLM yang bertindak untuk
mengkaji dan meneliti setiap cadangan penstrukturan semula lebuh raya oleh syarikat konsesi.
TKP (B) / TKP (P) / BPTol / BP / BPO / BUBK / BSMK
134
CARTA PERBATUAN STRATEGI PELAKSANAAN CADANGAN IDEA
Immediate term Medium term Long term
Tahun 2022 Tahun 2023
NO AKTIVITI Tahun 2021
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Dis
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
1 Membuat penilaian terhadap cadangan
penstrukturan semula lebuh raya yang
dikemukakan oleh syarikat konsesi.
Proses rundingan bersama dijadual
akan dimuktamadkan sebelum tahun
2023.
2 Memastikan semasa proses rundingan,
kadar tol semasa yang telah diwartakan
akan dikekalkan dan penangguhan
kenaikan kadar tol diteruskan sehingga
135 tahun 2022.
3 Semasa proses penilaian, kepentingan
kerajaan, syarikat konsesi dan
pengguna diberi penekanan dan
menjadi elemen penting dalam
penilaian bagi memastikan hasil
rundingan adalah situasi menang-
menang (win-win situation);
4 Menganjurkan sesi latihan intensif
model kewangan untuk melahirkan
pegawai yang kompeten.
5 Menganjurkan sesi latihan intensif
analisis trafik untuk melahirkan
pegawai yang kompeten,
berpengetahuan dan berkebolehan
untuk dijadikan pakar di dalam bidang
trafik.
135
FOKUS 2 :
PEMBANGUNAN
HIGHWAY MASTER
PLAN
136
FOKUS : PEMBANGUNAN HIGHWAY MASTER PLAN
IDEA : PENYEDIAAN HIGHWAY MASTER PLAN BERDASARKAN
HNDP 2030
1. Pendahuluan
LLM perlu memberikan fokus utama dalam memperkasakan peranan dalam
pengurusan proses pembangunan pembinaan lebuh raya. Perancangan
pembangunan lebuh raya bukan sekadar sebagai pemangkin ekonomi malahan
usaha untuk menambahbaik mutu dan keselesaan pengguna lebuh raya itu sendiri.
Keadaan semasa (Current State) bagi lebuh raya masa kini adalah ketersambungan
dan kebolehcapaian bagi infrastruktur lebuh raya semasa adalah bergantung kepada
kajian Highway Network Development Plan (HNDP) yang dibangunkan oleh Bahagian
Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya dalam menghubungkan dan
menyambungkan semua lebuh raya dan jalan raya dengan bandar-bandar utama.
Sehingga kini, tiada pelan pembangunan yang khusus bagi lebuh raya bertol semasa.
2. Isu/pernyataan masalah
Sistem rangkaian lebuh raya yang menyeluruh perlu disatukan bagi mengenal pasti
jajaran-jajaran lebuh raya yang tidak bersambung (missing link)
3. Cabaran semasa
1. Ketersambungan dan kebolehcapaian (Connectivity & accessibility) bagi
infrastruktur fizikal lebuh raya yang kurang berkesan bagi memastikan
ketersambungan semua lebuh raya dan jalan raya dengan bandar-bandar
utama negara.
2. Kurang mendapat perhatian terhadap kapasiti jalan yang semakin merosot
diakibatkan daripada pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya sehingga
menyebabkan kesesakan trafik di lebuh raya sedia ada terutama pada waktu
puncak pagi dan petang.
3. Lebuh raya yang tidak mempunyai laluan alternatif lain apabila telah
mencapai/melebihi Level of Service C dapat dikenalpasti.
4. Mengenal pasti kawasan yang populasi penduduknya semakin meningkat
yang menyebabkan banyak kawasan di bandar menjadi padat yang
memerlukan sokongan tambahan infrastruktur lebuh raya dan jalan raya yang
lebih cekap.
137
4. Idea
Penyediaan Highway Master Plan Berdasarkan HNDP 2030
5. Strategi pelaksanaan
Pelan tindakan & tempoh pelaksanaan
1. Mengumpul, meneliti dan mengenal pasti maklumat dan data yang perlu untuk
lebuh raya sedia ada, lebuh raya dalam pembinaan, cadangan penswastaan
lebuh raya yang telah mendapat kelulusan prinsip, cadangan lebuh raya yang
telah mendapat kelulusan Economic Council termasuk permohonan cadangan
projek lebuh raya baharu yang diterima KKR.
2. Mengkaji dan meneliti laporan akhir Highway Network Development Plan 2030
(HNDP) yang disediakan oleh KKR untuk diselaraskan dengan lebuhraya yang
dikenalpasti berpotensi (seperti di perkara 1 di atas).
3. Menyediakan dokumen Highway Master Plan yang lengkap dengan jaringan
keseluruhan semua lebuh raya (seperti di perkara 2 di atas).
4. Menyiapkan Highway Master Plan pada perkara 3 di atas sebagai Dokumen
Highway Master Plan LLM 2021.
5. Mendapatkan halatuju bagaimana Dokumen Highway Master Plan LLM 2021
boleh dipertingkatkan untuk ke arah mengenalpasti projek-projek lebuhraya yang
berpotensi dan mengenalpasti jajaran missing link.
6. Mengkaji dan meneliti Dokumen Highway Master Plan LLM 2021 mengenalpasti
projek-projek lebuhraya yang berpotensi dan serta mengenalpasti jajaran missing
link samada secara dalaman LLM atau perlantikan konsultan. Berdasarkan
keputusan pada perkara 5 di atas.
138
6. Sasaran (Outcome/desired state)
1. Dokumen rujukan Highway Master Plan yang lengkap bagi lebuh raya bertol
berdasarkan HNDP 2030.
2. LLM sebagai pusat rujukan bagi perancangan lebuh raya bertol di Malaysia.
3. Infrastruktur fizikal lebuh raya yang berkesan yang menghubungkan dan
ketersambungan semua lebuh raya dan jalan raya dengan bandar-bandar utama
negara.
7. Kesimpulan idea
Penyediaan dokumen Highway Master Plan yang lengkap dan komprehensif untuk
pembangunan jaringan lebuh raya yang mampan.
139
FORMAT STRATEGI CADANGAN IDEA BSP
BAHAGIAN: PERANCANGAN
FOKUS UTAMA: PEMBANGUNAN HIGHWAY MASTER PLAN
MATLAMAT: MENJADI PAKAR RUJUK DARIPADA PERINGKAT PERANCANGAN, PEMBINAAN, OPERASI DAN
PENYENGGARAAN LEBUH RAYA
CADANGAN IDEA : TOLL HIGHWAY NETWORK MASTER PLAN
PENYEDIAAN HIGHWAY MASTER PLAN YANG LENGKAP BAGI LEBUH RAYA BERTOL DENGAN MERUJUK KEPADA
HNDP 2030
1. Ketersambungan dan kebolehcapaian (Connectivity & accessibility) bagi infrastruktur fizikal lebuh
raya yang kurang berkesan bagi memastikan ketersambungan semua lebuh raya dan jalan raya
dengan bandar-bandar utama negara.
2. Kurang mendapat perhatian terhadap kapasiti jalan yang semakin merosot diakibatkan daripada
140 CURRENT STATE pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan trafik di lebuh
(KEADAAN
SEMASA) raya sedia ada terutama pada waktu puncak pagi dan petang.
STRATEGI 3. Lebuh raya yang tidak mempunyai laluan alternatif lain apabila telah mencapai/melebihi Level of
Service C dapat dikenalpasti.
4. Mengenal pasti kawasan yang populasi penduduknya semakin meningkat yang menyebabkan
banyak kawasan di bandar menjadi padat yang memerlukan sokongan tambahan infrastruktur
lebuh raya dan jalan raya yang lebih cekap.
PELAKSANAAN TIMELINE TAGLINE
(Immediate/Medium/Long Term)
Mengumpul, meneliti dan mengenal pasti
maklumat dan data yang perlu untuk lebuh
raya sedia ada, lebuh raya dalam pembinaan, April 2021 Immediate
cadangan penswastaan lebuh raya yang telah
mendapat kelulusan prinsip, cadangan lebuh
raya yang telah mendapat kelulusan
Economic Council termasuk permohonan Julai 2021 Immediate
cadangan projek lebuh raya baharu yang Ogos 2021 Immediate
diterima KKR. Immediate
Mengkaji dan meneliti laporan akhir Highway Immediate
Network Development Plan 2030 (HNDP)
yang disediakan oleh KKR untuk diselaraskan Immediate
dengan lebuhraya yang dikenalpasti
berpotensi (seperti di perlaksanaan 1 di atas).
Menyediakan dokumen Highway Master Plan
yang lengkap dengan jaringan keseluruhan
semua lebuh raya (seperti di perlaksanaan 2
di atas).
Menyiapkan Highway Master Plan sebagai
Dokumen Highway Master Plan LLM 2021 Disember 2021
141 Mendapatkan halatuju bagaimana Dokumen
Highway Master Plan LLM 2021 boleh
dipertingkatkan untuk ke arah mengenalpasti April 2022
projek-projek lebuhraya yang berpotensi dan
mengenalpasti jajaran missing link.
Mengkaji dan meneliti Dokumen Highway April 2023
Master Plan LLM 2021 mengenalpasti projek-
projek lebuhraya yang berpotensi dan serta
mengenalpasti jajaran missing link samada
secara dalaman LLM atau perlantikan
konsultan. Berdasarkan keputusan pada
perkara 5 di atas.
DESIRED STATE Mewujudkan dokumen rujukan Highway Master Plan yang lengkap bagi lebuh raya bertol berdasarkan
(SASARAN) HNDP 2030
BP
TINDAKAN
TAGLINE : : 0 – 12 bulan (0 – 1 tahun)
: 12 - 26 bulan (1 – 3 tahun)
Immediate Terms : 36 – 60 bulan (3 – 5 tahun)
Medium Terms
Long Terms
142
FORMAT CARTA PERBATUAN BAGI STRATEGI PELAKSANAAN CADANGAN IDEA
AKTIVITI Immediate term Immediate term Immediate term SASARAN
Tahun 2021 Tahun 2022 Tahun 2023
Mengumpul, meneliti Mewujudkan
dan mengenal pasti 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q dokumen rujukan
maklumat dan data yang Highway Master
perlu untuk lebuh raya Plan yang
sedia ada, lebuh raya lengkap bagi
dalam pembinaan, lebuh raya bertol
cadangan penswastaan berdasarkan
lebuh raya yang telah HNDP 2030.
mendapat kelulusan
143 prinsip, cadangan lebuh
raya yang telah
mendapat kelulusan
Economic Council
termasuk permohonan
cadangan projek lebuh
raya baharu yang
diterima KKR.
Mengkaji dan meneliti
laporan akhir Highway
Network Development
Plan 2030 (HNDP) yang
disediakan oleh KKR
untuk diselaraskan
dengan lebuhraya yang
dikenalpasti berpotensi
(seperti di aktiviti 1 di
atas).
AKTIVITI Immediate term Immediate term Immediate term SASARAN
Tahun 2021 Tahun 2022 Tahun 2023
1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q
Menyediakan dokumen
Highway Master Plan
yang lengkap dengan
jaringan keseluruhan
semua lebuh raya
(seperti di aktiviti 2 di
atas).
Menyiapkan Highway
Master Plan sebagai
Dokumen Highway
Master Plan LLM 2021
144 Mendapatkan halatuju
bagaimana Dokumen
Highway Master Plan
LLM 2021 boleh
dipertingkatkan untuk ke
arah mengenalpasti
projek-projek lebuhraya
yang berpotensi dan
mengenalpasti jajaran
missing link.
Mengkaji dan meneliti
Dokumen Highway
Master Plan LLM 2021
mengenalpasti projek-
projek lebuhraya yang
AKTIVITI Immediate term Immediate term Immediate term SASARAN
Tahun 2021 Tahun 2022 Tahun 2023
1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q
berpotensi dan serta
mengenalpasti jajaran
missing link samada
secara dalaman LLM
atau perlantikan
konsultan. Berdasarkan
keputusan pada perkara
5 di atas.
145
FOKUS : PEMBANGUNAN HIGHWAY MASTER PLAN
IDEA : MENINGKATKAN KEPAKARAN PEGAWAI LLM
BERHUBUNG KEBOLEHLAKSANAAN PEMBANGUNAN LEBUH
RAYA (KAJIAN KEMUNGKINAN FEASIBILITY STUDY)
1. Pendahuluan
Bagi tujuan penambahbaikan dan pemantapan penilaian trafik, Pihak LLM telah
merangka beberapa langkah bagi memantapkan keupayaan LLM dalam membuat
penilaian trafik lebuh raya bertol
2. Isu/pernyataan masalah
Proses untuk memantapkan keupayaan LLM dalam membuat penilaian trafik
lebuhraya bertol.
3. Cabaran semasa
1. Ketiadaan kaedah yang teratur dalam menyemak laporan penilaian trafik.
2. Kurang pendedahan/pengalaman dalam menyemak dan membuat penilaian
terhadap laporan trafik lebuh raya bertol.
3. Kekurangan kepakaran di kalangan kakitangan LLM dalam membuat penilaian
terhadap Laporan ulasan trafik lebuh raya bertol.
4. Idea
Meningkatkan kepakaran pegawai LLM berhubung kebolehlaksanaan pembangunan
lebuh raya (kajian kemungkinan feasibility study)
5. Strategi pelaksanaan
Pelan tindakan & tempoh pelaksanaan
1. Mengenalpasti dan menyenaraikan kakitangan LLM yang berkebolehan dalam
membuat penilaian bagi mewujudkan satu jawatankuasa penilaian trafik LLM.
2. Memohon kelulusan daripada pihak Pengurusan LLM dalam melantik senarai ahli
Jawatankuasa Penilaian Trafik LLM.
3. Mewujudkan gerak kerja dalam mengkaji dan menilai maklumat/dokumen yang
diperlukan (required info) dalam membuat semakan laporan penilain trafik hasil
daripada rujukan maklumat sedia ada/semasa.
146
4. Membentuk silibus latihan berkaitan pengetahuan trafik berdasarkan skop utama
untuk Perancangan Lebuhraya Baharu Kajian Semula Lebuhraya Semasa, Kajian
Impak Trafik (TIA), Pengiraan kapasiti dan LOS dan lain-lain.
5. Membentuk satu kajian terdiri dari laluan/koridor (alignment) lebuhraya baharu
dan dalam pembinaan yang berpotensi dari segi project viability sebagai kes
projek bagi tujuan pembelajaran.
6. Memberikan pendedahan proses asas mengenalpasti potensi lebuhraya semasa
dari segi unjuran trafik pada masa depan yang tertumpu terhadap pemahaman
kesan perubahan tol dan implikasinya terhadap unjuran trafik sehingga tamat
tempoh konsesi.
6. Sasaran (Outcome/desired state)
LLM menjadi sebuah pusat rujukan dalam menilai keperluan, kebolehlaksanakan dan
keberkesanan bagi cadangan pembinaan lebuh raya baharu terutamanya yang
membabitkan jumlah trafik semasa.
7. Kesimpulan idea
mewujudkan serta meningkatkan kepakaran pegawai LLM berhubung
kebolehlaksanaan pembangunan lebuh raya (kajian kemungkinan feasibility study).
147