Sumber : Prolintas Sdn Bhd
Pelan Tindakan 2
Menambahbaik perjanjian konsesi berkaitan aspek reka bentuk bagi
meningkatkan lagi elemen keselamatan, kualiti dan penyenggaraan lebuh
raya
Keadaan Semasa (Current State)
i. Kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan tanpa kelulusan reka bentuk.
a) Terdapat beberapa kes berkenaan kerja-kerja yang dilaksanakan di
tapak tanpa kelulusan reka bentuk oleh pihak LLM terlebih dahulu.
b) Tiada tindakan yang jelas di dalam perjanjian konsesi yang dapat
dilaksanakan terhadap syarikat konsesi terbabit selain Stop Work Order
dan ketidakpatuhan (NCR) dikeluarkan oleh pihak LLM di tapak bina.
c) Satu tindakan yang lebih spesifik dan jelas perlu dijelaskan di dalam
perjanjian konsesi bagi mengatasi perkara ini terus berulang.
ii. Peranan juruperunding bebas (Independent Consulting Engineering - ICE)
terutama melibatkan aspek rekabentuk.
a) Berdasarkan perjanjian konsesi sediada, peranan pihak ICE yang
dilantik oleh syarikat konsesi tidak dijelaskan dengan terperinci
terutamanya di dalam membantu pihak LLM/Kerajaan di dalam aspek
reka bentuk.
b) Di samping itu juga, pihak ICE hanya boleh berhubung terus dengan
pihak LLM berkaitan kerja-kerja pembinaan sahaja (Construction
Works).
iii. Penyerahan bangunan-bangunan tanpa Sijil Penyiapan & Pematuhan
(Certificate of Completion and Compliance – CCC) oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).
a) Terdapat beberapa kes bagi lebuh raya yang telah siap dibina di mana
bangunan-bangunan yang dibina seperti kawasan rehat, hentian
sebelah, plaza tol tidak mendapat Sijil Penyiapan & Pematuhan
(Certificate of Completion and Compliance – CCC) oleh PBT.
b) Syarat kelulusan dan Sijil CCC ini merupakan syarat mandatori yang
perlu dipatuhi oleh setiap pemaju yang membina bangunan sepertimana
yang ditetapkan di dalam Uniform Building By Laws (UBBL) oleh PBT.
c) Tiada klausa yang jelas dan tiada tindakan yang khusus bagi kes ini
dinyatakan dalam perjanjian konsesi sediada.
49 PSB LLM
Sasaran Menyediakan deraf 1
(Desired State) cadangan
Aspek pengurusan dan penambahbaikan
pemantauan kerja - kerja klausa-klausa di dalam
pembinaan lebuh raya dapat
dipertingkatkan melibatkan lebuh perjanjian konsesi
raya baharu yang akan terutamanya dalam
dilaksanakan kelak. aspek reka bentuk dan
dikemukakan kepada
Peranan LLM dan syarikat Bahagian Perancangan
konsesi dapat dipertingkatkan
melibatkan elemen keselamatan, sebagai urusetia.
kualiti dan aspek penyenggaraan.
Membentangkan cadangan 2
Kemudahan kepada syarikat penambahbaikkan klausa-
konsesi dalam memastikan
proses kerja dapat dilaksanakan klausa terlibat kepada
dengan teratur dan mematuhi Jawatankuasa
setiap peraturan /akta serta
piawaian yang ditetapkan oleh Penambahbaikan dan
agensi-agensi yang terlibat. Pemurnian Perjanjian
Konsesi dan Pengurusan
Peningkatan aspek pengurusan
pembinaan dan imej LLM sebagai LLM.
badan pengawalseliaan lebuh
raya bertol. Pelaksanaan klausa-klausa 3
baharu di dalam Perjanjian
Konsesi bagi lebuh raya
baharu yang akan
dilaksanakan.
Tempoh Pelaksanaan : Mac 2021 – Disember 2021
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
50
Pelan Tindakan 3
Penyeragaman Formula Pampasan Bagi Perjanjian Konsesi Baharu .
Keadaan Semasa (Current State)
Pengurusan operasi tol menghadapi cabaran di dalam pelaksanaan dasar – dasar
baharu Kerajaan yang tidak dinyatakan dengan jelas semasa Perjanjian Konsesi
ditandatangani.
Terdapat pelbagai formula pengiraan bayaran pampasan yang digunapakai merujuk
kepada formula yang terdapat di dalam Perjanjian Konsesi masing-masing.
Sebahagian perjanjian konsesi memperuntukkan klausa pendahuluan bayaran
pampasan mengikut peratusan dan formula bayaran yang ditetapkan.
Sasaran (Desired State)
Memperkasakan perjanjian konsesi baharu
dengan menyeragamkan formula pampasan
kepada satu formula sahaja.
50
51
PSB LLM
Sesi libat urus secara Semakan ke atas deraf klausa
dalaman di antara bahagian- 1 formula pampasan yang
bahagian berkaitan di LLM dikemukakan oleh syarikat
bagi mendapatkan ulasan ke 2 pencadang bagi tujuan
penyeragaman.
atas cadangan
penyeragaman formula Sesi libat urus bersama agensi-
3 agensi berkaitan bagi
pampasan di dalam
perjanjian konsesi. mendapatkan ulasan ke atas
cadangan penyeragaman
formula pampasan di dalam
perjanjian konsesi.
Kemukakan deraf formula 4
pampasan baharu kepada
Bahagian Perancangan
untuk dimasukkan ke dalam
cadangan penambahbaikan
perjanjian konsesi & teknikal
appendik.
52
BAHAGIAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL
53
PSB LLM
Pelaksanaan Multi Lane Free Flow
Pengenalan
Multi Lane Free Flow (MLFF) adalah merupakan sebuah sistem kutipan tol tanpa
henti yang telah mula digunakan di negara-negara maju.
Pelaksanaan MLFF di lebuh raya dapat membantu mengurangkan kesesakan trafik
di plaza-plaza tol yang berlaku pada masa sekarang akibat dari pengguna berhenti
bagi tujuan membuat pembayaran tol.
Pelaksanaan MLFF ini adalah melibatkan pemasangan struktur Gantry di lebuh raya
bagi menggantikan kanopi plaza tol sedia ada dengan gabungan teknologi-teknologi
seperti Radio Frequency Identification (RFID) dan juga penggunaan Automatic
Number Plate Recognition (ANPR) atau Video Analytic Video Classification (VAVC)
bagi melaksanakan sistem kutipan tol di lebuh raya.
Pihak kerajaan sedang mengkaji bagi meluluskan dasar pelaksanaan MLFF di
Malaysia dengan mengambilkira pindaan/penggubalan akta bagi mewujudkan
peruntukan perundangan yang berkaitan termasuklah penguatkuasaan dalam
memastikan pelaksanaan MLFF ini berjalan lancar.
Keperluan kepada perkara
perundangan dan
penguatkuasaan ini adalah
penting di mana tiada lagi palang
tol akan digunakan bagi
menghalang pengguna yang tiada
peranti bagi tujuan pembayaran
tol.
Ketiadaan palang tol ini dikhuatiri
akan menyebabkan ledakan kes
pencerobohan tol dan seterusnya
menyebabkan ketirisan hasil
kutipan tol.
54
Kadar penembusan masih Tiada peruntukan
rendah di kalangan perundangan yang jelas
pengguna RFID. bagi pelaksanaan MLFF.
4
2 Tiada kelulusan Insfrastruktur sedia
dasar bagi ada tidak sesuai
Penggunaan
teknologi RFID pelaksanaan MLFF untuk pelaksanaan
sebagai medium di Malaysia. MLFF.
bagi kutipan tol.
5
1 RFID 3 MLFF
Keadaan Semasa (Current State)
53
55
Sasaran
(Desired State)
Pengalaman baharu kepada pengguna lebuh raya dalam kaedah pembayaran tol di
lebuh raya dapat direalisasikan dengan menambahbaik kaedah atau sistem kutipan tol
di semua lebuh raya di Malaysia.
Pelaksanaan MLFF akan lebih efektif kerana penguatkuasaan kesalahan tol
dilaksanakan oleh LLM dan seterusnya akan dapat meminimakan kes kesalahan tol.
Selain itu, pelaksanaan penguatkuasaan kesalahan tol akan lebih jelas, teratur dan
spesifik di bawah perundangan subsidiary dan seterusnya memberi imej yang positif
kepada negara di samping dapat membantu pengguna dari segi penjimatan masa dan
wang ringgit semasa melakukan perjalanan di lebuh raya. Selanjutnya LLM selaku
agensi pelaksana akan dilihat sebagai satu organisasi pakar rujuk dalam pelaksanaan
MLFF di Malaysia.
STRATEGI
01 02 03 04 05 06
Mewujudkan Penyediaan Penyediaan Memuktamadkan Penamatan Pelaksanaan
spesifikasi
Jawatankuasa pelan akta dan penggunaan Single Lane
tender penguatkuasaan lorong Free Flow
Pelaksanaan pelaksanaan MLFF/CTA. (SLFF) dan
sistem kutipan Touch ‘n Go seterusnya
MLFF / MLFF tol. dan
Central Tolling secara
Agency (CTA). terperinci. SmartTAG. MLFF.
Tempoh Pelaksanaan : Mei 2021 – Disember 2025
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
56
FOKUS 5
PEMERKASAAN
IR 4.0 &
PENDIGITALAN
BAHAGIAN PENGURUSAN REKABENTUK &
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
57
Pemerkasaan IR4.0 & Pendigitalan
Revolusi Industri 4.0 atau dikenali IR4.0 merubah landskap proses pembuatan
dalam menjana ekonomi negara ke arah yang lebih mampan. Proses pembuatan
yang lebih kompleks dapat dihasilkan dengan kolaborasi teknologi terkini dan
berdaya saing untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik. Faktor pemangkin
kepada kejayaan IR4.0 merupakan tunjang utama dalam merealisasikan ambisi
negara untuk menjadi negara ASEAN yang berkeupayaan bergerak seiring dengan
IR4.0.
IR4.0 berperanan membentuk keseimbangan dalam industri untuk menghasilkan
sesuatu dengan lebih efisien dan komprehensif. Peluasan IR4.0 juga secara tidak
langsung membantu sedikit sebanyak dalam pembangunan industri lebuh raya
dalam penghasilan pembuatan teknologi yang terkini seterusnya menjadikan lebuh
raya di Malaysia adalah berkualiti dengan piawaian yang lebih baik dalam
mancapai status bertaraf antarabangsa.
Dalam konteks ini, pelaksanaan IR4.0 di dalam industri lebuh raya merupakan titik
tolak peralihan teknologi yang holistik dalam menyediakan infrastruktur yang lestari
dengan penerapan teknologi tinggi. Secara tidak langsung, ini memberi manfaat
yang berpanjangan kepada pengguna khususnya orang awam untuk
menggunapakai infrastruktur/fasiliti yang disediakan.
Teknologi-teknologi utama
industri revolusi 4.0 (IR 4.0)
58
❑ Pengadaptasian IR4.0 & pendigitalan.
❑ Mewujud dan menguruskan sistem maklumat digital pengurusan
lebuhraya secara holistik bermula daripada peringkat perancangan,
reka bentuk, pembinaan dan operasi & penyelenggaraan
menggunapakai Sistem Building Information Modelling (BIM).
❑ Pemerkasaan GIS lebuh raya.
59
Idea 1 : Pengadaptasian IR4.0 & pendigitalan.
Pelan Tindakan 1
Pendigitalan Pengurusan Sumber Manusia.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Sistem sedia ada perlu ditambah baik bagi mengambil kira pertambahan
kelayakan tangungan Tiada sistem penjawatan yang merangkumi semua
aspek bermula dari permohonan hingga ke pemakluman kepada
pemohonan.
ii. Kesukaran memperolehi data – data berkaitan dengan pegawai dan
kakitangan kontrak dengan cepat.
Sasaran
(Desired State)
Pelaksanaan pendigitalan pengurusan
sumber manusia disasarkan dapat
meningkatkan produktiviti pengurusan
perjawatan, data maklumat sumber
manusia dan pengurusan perubatan
yang optimum.
60
Memperkemas sistem yang berkaitan pengurusan sumber
1 manusia sedia ada serta menilai keberkesanan sistem
yang sedia ada bagi penambahbaikan.
Memperkemas data/maklumat
perjawatan yang sedia ada.
2
3 4
Membangunkan dan menambahbaik sistem Meningkatkan ilmu
digital pengurusan sumber manusia : pengetahuan dan
a) Sistem Pengurusan Perubatan kemahiran ICT di
kalangan pegawai dan
- Modul Pesara kakitangan.
b) Sistem E-Perjawatan
c) Sistem Pengurusan Pegawai &
Kakitangan Kontrak
Tempoh Pelaksanaan :
Januari 2021 – Disember 2025
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh
pelaksanaan terperinci.
61
IDEA 1:
Pengadaptasian
IR4.0 & pendigitalan.
Pelan Tindakan 2
Pendigitalan prosedur kerja
di dalam pemantauan operasi
lebuh raya.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Perbezaan kandungan klausa operasi dan penyenggaraan di dalam Perjanjian
Konsesi untuk 29 buah lebuh raya memerlukan penyelarasan bagi tujuan
pemantauan LLM.
ii. Peningkatan jumlah trafik di lebuh raya menyebabkan berlakunya kesesakan
dan memerlukan langkah atau tindakan proaktif dalam aspek pengurusan
trafik untuk memastikan keselesaan pengguna lebuh raya.
iii. Perbandingan jumlah pegawai dan kakitangan LLM dengan lebuh raya yang
perlu dipantau adalah ketara di mana penambahbaikan atau keperluan sistem
/ teknologi terkini perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pemantauan.
iv. Sistem yang digunapakai dalam tujuan pemantauan operasi dan
penyenggaraan serta pelaksanaan daripada syarikat konsesi perlu dikemaskini
selaras dengan keperluan semasa.
62
Pemantauan pematuhan klausa dalam
Perjanjian Konsesi lebuh raya yang lebih
sistematik agar kepentingan
kerajaan/syarikat konsesi terpelihara.
1
Imej lebuh raya dipertingkatkan menerusi
pendigitalan prosidur/proses kerja supaya
penyaluran maklumat lebuh raya kepada
pengguna lebih informatif dan interaktif
serta aset lebuh raya sentiasa dalam
keadaan terpelihara.
2
Sasaran
(Desired State)
3
Pendigitalan prosedur kerja di dalam pemantauan operasi lebuh raya boleh
diterjemahkan kepada pelarasan teknologi terkini dalam prosedur kerja di
LLM.
Pendigitalan ini dapat memudahkan LLM dalam memantau dan menganalisa
maklumat operasi dan penyenggaraan di lebuh raya secara digital. Ini dapat
meningkatkan imej lebuh raya dalam menyampaikan maklumat lebuh raya
yang lebih informatif dan interaktif kepada pengguna.
63
Menjenamakan dan membina 01
bangunan baharu untuk menempatkan
Pusat Pengurusan Trafik LLM lengkap
dengan pembangunan aplikasi sistem
pengoperasian.
02 Mengintegrasikan Sistem
Pemantauan Penyenggaraan dan
Aset Lebuhraya termasuk
penggunaan Internet of Thing (IOT)
dalam pemantauan penyenggaraan
lebuh raya.
Mengintegrasikan keperluan 03
yang dinyatakan dalam
Perjanjian Konsesi dalam Sistem
Pemantauan Penyenggaraan dan
Aset Lebuhraya.
Tempoh Pelaksanaan :
Jun 2021 – Disember 2025
*Sila rujuk lampiran bagi
tempoh pelaksanaan
terperinci.
64
Idea 2: Mewujud dan menguruskan sistem maklumat digital pengurusan
lebuh raya secara holistik bermula daripada peringkat perancangan, reka
bentuk, pembinaan dan operasi & penyelenggaraan menggunapakai Sistem
Building Information Modelling (BIM).
Keadaan Semasa (Current State)
i. Dokumen-dokumen berkaitan lebuh raya dikemukakan secara
berasingan bermula daripada peringkat perancangan lebuh raya
sehingga keseluruhan jajaran lebuh raya beroperasi kepada setiap
bahagian yang terlibat.
ii. Sistem Pengurusan Lukisan Rekabentuk adalah berdasarkan lukisan 2D
melibatkan kertas lukisan hardcopy dan softcopy.
iii. Penyediaan sebarang dokumen/laporan berkaitan reka bentuk di
peringkat syarikat konsesi hanya berpandukan arahan daripada LLM dan
berlandaskan klausa dalam Perjanjian Konsesi. Tiada garis panduan dari
segi format dalam bentuk softcopy.
iv. Panduan prosedur pengurusan rekabentuk lebuh raya berdasarkan
Sistem Kualiti Pengurusan Bersepadu (SPB), Perjanjian Konsesi, garis
panduan dan senarai semak dalaman.
65
Peningkatan tahap kecekapan Proses kerja melibatkan
Sistem Pengurusan Pembinaan pihak LLM, syarikat konsesi
Lebuhraya seiring dengan dan agensi-agensi yang
transformasi digital untuk kekal terlibat dalam industri lebuh
berdaya saing di mana raya dimantapkan dan
mencakupi pelbagai teknologi dipermudahkan.
dan sistem baharu.
1
2 Transformasi daripada
kaedah konvensional kepada
3 digital dengan
menggunapakai kaedah
4 Building Information
4 Modelling (BIM) di dalam
pelaksanaan pembangunan
Pewujudan Sistem Maklumat lebuh raya di peringkat
Pengurusan Rekabentuk yang perancangan, reka bentuk,
berinovasi dapat dilaksanakan dengan operasi dan penyenggaraan.
mewujudkan kaedah Buildling
Information Modelling (BIM) dari Sasaran
peringkat perancangan, reka bentuk, (Desired State)
operasi dan penyenggaraan. Kaedah
ini dapat memudahkan LLM
mengurus maklumat lebuh raya
secara digital dan berpusat. Ini
sekaligus dapat mewujudkan
repositori maklumat lebuh raya secara
bersepadu untuk panduan dan
rujukan dalam pembinaan,
pengoperasian dan penyenggaraan
lebuh raya yang lebih baik kepada
pengguna pada masa akan datang.
46
66
Menetapkan dasar pelaksanaan 2 Pelantikan Juruperunding
BIM dalam industri lebuh raya 1 BIM dalam membangunkan
dalam menggalakkan
penerimaan pemain industri dokumen BIM sebagai
lebuh raya. rujukan utama pihak
konsesi.
Makluman kepada pemain 4 Menyediakan latihan
industri lebuh raya untuk kepada pegawai LLM dan
3 menyasarkan kompetensi
penglibatan dalam pelaksanaan sebagai Pengurus dan
BIM melalui roadshow, Koordinator BIM.
knowledge sharing dan
technology transfer. 5 Pelaksanaan BIM secara
berperingkat.
Penyediaan Infrastruktur 6
(Fasiliti dan Teknologi). Tempoh Pelaksanaan :
2021 – 2025
*Sila rujuk lampiran bagi
tempoh pelaksanaan terperinci.
67
IDEA 3: Pemerkasaan GIS lebuh raya
Keadaan Semasa (Current State)
Pembangunan geographic information system (GIS) di LLM kini adalah secara
berpusat dengan menempatkan keseluruhan maklumat GIS di dalam satu portal
untuk kemudahan akses secara atas talian. Ini membolehkan pengguna yang
berkepentingan seperti agensi kerajaan, syarikat konsesi dan badan berkepentingan
berkongsi maklumat GIS untuk pemanfaatan bersama. Selaras dengan Teras
Strategik 1 di dalam Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) LLM 2021-2025, LLM
berhasrat untuk menyalurkan maklumat lebuh raya kepada orang awam dan agensi
kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan industri lebuh raya.
Dalam konteks ini, penyediaan maklumat GIS yang komprehensif merupakan
elemen penting dalam penyampaian perkhidmatan kepada pengguna. Beberapa
perkara / faktor yang mengekang faktor kejayaan penyampaian maklumat yang
bermanfaat kepada pihak berkepentingan telah dikenalpasti dengan perincian
seperti berikut:
i. Penyediaan infrastruktur GIS yang efisien untuk penggunaan bersama.
ii. Pengenalpastian maklumat asas GIS lebuh raya untuk perkongsian
bersama.
iii. Pengenalpastian maklumat berperingkat GIS untuk tujuan komersial.
iv. Penentuan kadar harga mengikut maklumat berperingkat GIS.
68
Infrastruktur dan Data GIS lebuh raya dimantapkan dan
diperkasakan bagi tujuan perkongsian secara bersepadu.
Kerjasama strategik melalui usahama perkongsian
maklumat GIS dipertingkatkan secara efektif.
Sasaran
(Desired State)
Pengukuhan pengurusan dan penyelarasan GIS lebuh raya
Malaysia ke arah lebih mampan setaraf dengan piawaian
antarabangsa bagi menjamin ketersediaan infrastruktur dan
fasiliti penyenggaraan & operasi lebuh raya pada tahap yang
optimum.
Pemerkasaan GIS lebuh raya di Malaysia akan menghasilkan
pengelasan maklumat GIS komprehensif serta dapat meningkatkan
kerjasama strategik melalui usahasama perkongsian secara efektif ke
arah mewujudkan kemudahan GIS yang mampan setaraf dengan
piawaian antarabangsa. Selain itu, ianya juga dapat menyokong
penyediaan infrastruktur dan fasiliti penyenggaraan dan operasi lebuh
raya yang lebih baik.
69
3 4
Mengadakan mesyuarat Memuktamadkan
secara berkala untuk melapor maklumat GIS di
dan menyediakan pengelasan lebuh raya.
maklumat GIS berdasarkan .
perancangan yang telah .
ditetapkan.
2 .
.
Mengadakan perbincangan
awalan bagi mengenalpasti
skop dan maklumat yang
terlibat dan membuat
perancangan bersama
bahagian lain yang terlibat.
.
1
Mewujudkan
Jawatankuasa bagi
menyediakan
pengelasan maklumat
GIS di LLM.
70
MEKANISMA
KAWALAN
FOKUS 6
71 BAHAGIAN UNDANG UNDANG
Mekanisma Kawalan
Pengenalan
Kerajaan telah memasukkan klausa penalti dalam beberapa perjanjian konsesi lebuh
raya sebagai suatu mekanisma untuk memantau dan mengawal pelaksanaan
obligasi syarikat konsesi dalam perjanjian konsesi agar operasi lebuh raya bertol
berjalan lancar.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perjanjian konsesi yang tidak mempunyai
klausa penalti. Ini menimbulkan kesukaran kepada Kerajaan/LLM untuk memantau
dan mengawal obligasi syarikat konsesi sebagaimana yang termaktub dalam
perjanjian konsesi.
Sekiranya klausa penalti dimasukkan dalam perjanjian konsesi, klausa
AMENDMENT memperuntukkan sebarang pindaan terma-terma perjanjian
hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan dimaktubkan secara bertulis
melalui perjanjian konsesi tambahan. Sekiranya syarikat konsesi tidak bersetuju,
maka suatu mekanisma lain perlu dikenalpasti bagi menggantikan klausa penalti
tersebut.
Justeru itu, satu idea baharu yang akan dibangunkan berkaitan mekanisma bagi
menangani isu kelompongan dalam beberapa perjanjian konsesi sedia ada yang
tiada klausa penalti hingga menyukarkan Kerajaan/LLM memantau dan mengawal
pelaksanaan obligasi syarikat konsesi. Mekanisma ini hendaklah dipersetujui oleh
kedua-dua pihak dalam perjanjian konsesi.
Aktiviti yang melanggar peraturan
76
72
Idea:
Mengenalpasti mekanisma (selain klausa penalti) bagi menyelesaikan isu
ketidakpatuhan/keingkaran terhadap tanggungjawab dan syarat-syarat dalam
perjanjian konsesi.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Ketiadaan kaedah/cara untuk Kerajaan/LLM memantau dan mengawal
pelaksanaan obligasi syarikat konsesi dalam perjanjian konsesi sebahagian
lebuh raya.
ii. Keperluan mendapatkan persetujuan syarikat konsesi bagi penetapan klausa
penalti/lain-lain mekanisma.
S N
A A
S R
A
(Desired State)
Suatu mekanisma ditetapkan untuk memastikan pematuhan terma
perjanjian konsesi. Antara mekanisma yang dicadangkan adalah
tolakan pampasan, penalti secara pentadbiran, demerits point
(laporan ketidakpatuhan/keingka7r7an dikemukakan kepada KKR),
deposit penyenggaraan, penarikan bon atau peraturan.
Penetapan mekanisma yang sesuai akan dapat membantu
Kerajaan/LLM mengawalselia syarikat konsesi dalam mematuhi
obligasi di bawah Perjanjian Konsesi.
73
Mengadakan sesi 1
libat urus
(engagement)
bersama syarikat
konsesi.
Pembentangan 3 Mengkaji dan
cadangan mekanisma merangka idea
2 cadangan
selain klausa penalti mekanisma selain
kepada syarikat klausa penalti.
konsesi melalui sesi Pindaan perjanjian
Town Hall bagi 4 konsesi bagi
mendapatkan
memaktubkan
persetujuan syarikat mekanisma yang
konsesi ke atas dipersetujui.
cadangan mekanisma Tempoh Pelaksanaan :
LLM. 2021 – 2023
Pelaksanaan 5 *Sila rujuk lampiran bagi
mekanisma yang tempoh pelaksanaan terperinci.
dipersetujui bagi
mengawalselia
ketidakpatuhan
terma perjanjian
oleh syarikat
konsesi.
74
FOKUS 7
MENINGKATKAN KOMPETENSI &
KECEMERLANGAN INDUSTRI LEBUH RAYA
BAHAGIAN KHIDMAT PAKAR &
KERJASAMA TEKNIKAL
75
75
Meningkatkan kompetensi & Pelan Tindakan :
kecemerlangan industri lebuh raya
Penubuhan
Pengenalan Pusat Kecemerlangan
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
berhasrat melahirkan sumber manusia lebuh raya
yang kompeten, mahir dan profesional di
dalam industri lebuh raya seiring dengan Pendaftaran produk
matlamat mewujudkan lebuh raya bertaraf oleh pembekal bagi
dunia. Selain daripada itu, kontraktor- kegunaan di lebuh raya
kontraktor yang terlibat di dalam industri bertol di Malaysia
lebuh raya terutamanya kontraktor
bumiputera perlu mencapai tahap prestasi Pelaksanaan program
yang ditetapkan bagi menjamin kualiti pengiktirafan kemampuan dan
kerja pembinaan, penyenggaraan dan
perkhidmatan lebuh raya adalah yang keupayaan kontraktor
terbaik. Begitu juga dengan produk- bumiputera yang
produk yang digunakan di lebuh raya
perlu mencapai standard yang ditetapkan. berpengalaman di dalam
elemen – elemen pembinaan
Oleh yang demikian, LLM perlu
meningkatkan bilangan kontraktor lebuh raya penswastaan
bumiputera yang berprestij tinggi dalam
industri lebuh raya. Manakala pemilihan
produk yang ingin digunakan di lebuh raya
mesti mencapai tahap piawaian dan
mendapat pengiktirafan dari LLM sebelum
ianya boleh digunakan di lebuh raya.
Sumber manusia yang terlibat juga perlu
dilatih dan perlu dibentuk bagi
menjayakan hasrat utama tersebut.
76
Idea: Meningkatkan kompetensi dan kecemerlangan industri lebuh raya.
Pelan Tindakan 1:
Penubuhan Pusat Kecemerlangan Lebuh raya
Keadaan Semasa (Current State)
Terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti sering berlaku semasa pembinaan,
penyenggaraan dan pengoperasian lebuh raya seperti berikut:
i. Isu penyenggaraan jalan atau lebuh raya tidak mematuhi tahap kualiti yang
ditetapkan.
ii. Isu keselamatan pekerja ketika melaksanakan kerja-kerja di lebuh raya.
iii. Kualiti perkhidmatan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh LLM.
iv. Isu pelaksanaan obligasi syarikat konsesi terhadap Perjanjian Konsesi
yang telah dimeterai.
Pelan tindakan 1a:
Pembangunan Pusat Kecemerlangan Lebuh raya
Mewujudkan jawatankuasa bagi Membangunkan modul-modul
latihan. Modul-modul akan
menyediakan cadangan dibangunkan dalam tempoh
penubuhan Pusat 1 masa beriringan atau
2 staggered.
Kecemerlangan Lebuh raya
Pelaksanaan kursus
Menyediakan fasiliti dan 3 4 kompetensi bagi tenaga
infrastruktur yang merangkumi
kerja industri lebuh raya dan
penyediaan kakitangan, pensijilan.
renovasi bilik latihan serta
kemudahannya dan melatih
tenaga pengajar.
Pembinaan bangunan Pusat 5
Kecemerlangan dengan
penubuhan bahagian
pengurusannya sendiri.
Tempoh Pelaksanaan : Jun 2021 – Disember 2024
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
77
Pelan Tindakan 1b:
Penyediaan khidmat perundingan lebuh raya.
Mengenalpasti subjek 1 Mengenalpasti pakar-pakar di
kepakaran yang boleh 2 LLM dan membuat pelantikan
ditawarkan pegawai pakar.
Mengkaji keperluan 3 4 Membentuk (grooming)
caj perkhidmatan pegawai-pegawai pakar.
yang bersesuaian
Tempoh Pelaksanaan : Jun 2021 – Februari 2022
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
Sasaran (Desired State)
Penubuhan Pusat Kecemerlangan bertaraf
dunia dilaksanakan secara berperingkat
sehingga mencapai matlamat utama.
Pusat Kecemerlangan lebuh raya menjadi
satu sub-organisasi LLM yang lestari
dengan pengurusan dalaman serta
kompleks bangunan sendiri.
78
Pelan Tindakan 2:
Pendaftaran produk oleh pembekal bagi kegunaan di lebuh raya bertol di
Malaysia.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Tiada satu badan yang menguruskan pendaftaran produk untuk
kegunaan di dalam industri lebuh raya (produk Sivil dan M&E).
ii. Pembekal hanya menyatakan produk mereka mematuhi spesifikasi
yang ditetapkan dan berdaftar dengan Electrical Material Approves List
(EMAL) Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi produk M&E.
Sasaran (Desired State)
Satu badan di LLM yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan
pendaftaran dan pensijilan sesuatu produk untuk digunakan di dalam
industri lebuh raya di Malaysia.
Satu sumber rujukan kepada setiap syarikat konsesi bagi memastikan
pemilihan produk yang ingin digunakan di lebuh raya telah melepasi
piawaian dan mendapat pengiktirafan dari LLM sebelum ianya boleh
digunakan di lebuh raya.
Salah satu sumber kewangan kepada pihak LLM.
79
Mewujudkan 1
Jawatankuasa yang
mengkaji pelaksanaan
dengan menggunakan
Bisnes Model EMAL JKR.
Memaklumkan 3 Penetapan kriteria produk
pendaftaran kepada yang perlu berdaftar, kos
semua pihak pembekal 2 pendaftaran, kos
produk di Malaysia. pembaharuan dan
perbincangan dengan agensi
lain yang terlibat contoh:
SIRIM.
Penyediaan Bahagian/Unit
4 bagi menguruskan proses
pendaftaran.
Membuat Memorandum 5
of Agreement (MOA)
dengan pihak yang
dikenalpasti bagi
pengujian produk.
Tempoh Pelaksanaan : Jun 2021 – Mac 2022
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
80
Pelan Tindakan 3: Pelaksanaan program pengiktirafan kemampuan dan keupayaan
kontraktor bumiputera yang berpengalaman di dalam elemen – elemen pembinaan
lebuh raya penswastaan.
Keadaan Semasa Sasaran (Desired State)
(Current State)
Peningkatan bilangan kontraktor
i. Tiada perincian kaedah bumiputera yang berprestij tinggi
dalam projek pembinaan lebuh
pelaksanaan penglibatan raya dan penjanaan pendapatan
kepada LLM melalui:
kontraktor bumiputera dinyatakan
Pengiktirafan kontraktor
di dalam perjanjian konsesi.
ii. Pelaksanaan dibuat hanyalah
dengan mengikut perancangan
syarikat.
iii. Agihan penglibatan kontraktor Pembaharuan
pendaftaran kontraktor
bumiputera adalah tidak seimbang Maklumat kontraktor
kepada pihak ketiga
di mana kontraktor yang sama
Kursus dan Latihan
dilantik dengan alasan kekangan
dalam mengenalpasti kontraktor
bumiputera yang boleh
melaksanakan elemen-elemen
kerja pembinaan lebuh raya,
digunapakai kerana tidak mahu
mengambil risiko.
81
Mendapatkan senarai inventori 1 Mengenalpasti modul kursus /
latihan yang akan
kontraktor Bumiputera Gred G1 2 dilaksanakan kepada
kontraktor bumiputera.
yang berpengalaman dalam
elemen – elemen pembinaan
lebuhraya daripada konsesi.
Penentuan kriteria penilaian, Penubuhan Unit Khas
skema pemarkahan dan 3 Bumiputera di LLM dan
4 Jawatankuasa Penilaian
pemberat. Kontraktor Bumiputera LLM.
Fasa I – Memulakan program 5 Fasa II – Melaksanakan program
penilaian kemampuan dan penilaian kemampuan dan
keupayaan kontraktor yang keupayaan kontraktor yang
berpengalaman di dalam elemen-
berpengalaman di dalam elemen- 6 elemen pembinaan lebuh raya
elemen pembinaan lebuh raya penswastaan di bawah seliaan
penswastaan di bawah seliaan LLM (kontraktor bumiputera gred
G1 dan G2) oleh pihak syarikat
LLM dengan kontraktor bumiputera konsesi, juruperunding dan
gred G1 oleh pihak syarikat kontraktor utama seterusnya
konsesi, juruperunding dan menentukan tahap kemampuan
kontraktor utama seterusnya kontraktor.
menentukan tahap kemampuan
kontraktor.
Pelaksanaan kursus / latihan 7 Pengiktirafan kontraktor
kompetensi kepada kontraktor bagi bumiputera yang berprestij
8 tinggi dalam elemen-elemen
sesi Program Penilaian Fasa I. pembinaan lebuh raya bagi
sesi Program Penilaian Fasa I.
Fasa III – Melaksanakan program 9
penilaian kemampuan dan keupayaan Pelaksanan kursus / latihan
10 kompetensi kepada kontraktor
kontraktor yang berpengalaman di
dalam elemen-elemen pembinaan bagi sesi Program Penilaian
lebuh raya penswastaan di bawah Fasa II.
seliaan LLM (kontraktor bumiputera
gred G2 dan G3) oleh pihak syarikat
konsesi, juruperunding dan kontraktor
utama seterusnya menentukan tahap
kemampuan kontraktor.
Pengiktirafan kontraktor bumiputera Pelaksanan kursus / latihan
yang berprestij tinggi dalam elemen- 12 11 kompetensi kepada kontraktor
elemen pembinaan lebuh raya bagi bagi sesi Program Penilaian
sesi Program Penilaian Fasa II. Fasa III.
Tempoh Pelaksanaan : Pengiktirafan kontraktor
Januari 2021 – Disember 2025 13 bumiputera yang berprestij
tinggi dalam elemen-elemen
pembinaan lebuh raya bagi
sesi Program Penilaian Fasa
III.
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
82
MENGOPERASIKAN &
MEMANFAATKAN SUMBER LEBUH RAYA
FOKUS 8
BAHAGIAN PEMANTAUAN OPERASI
84
Mengoperasikan &
memanfaatkan sumber lebuh raya
Idea 1
Pengoperasian lebuh raya yang
tamat tempoh konsesi.
Idea 2
Pembangunan sama ada secara
pajakan/penyewaan terhadap
tanah-tanah di dalam rizab lebuh
raya antara Lembaga Lebuhraya
Malaysia dan Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan (PTP).
Idea 3
Memantapkan pengurusan
organisasi dalam
pembangunan komersil di
sepanjang lebuh raya.
85
Idea 1: Pengoperasian lebuh raya yang tamat tempoh konsesi.
Pengenalan
Pada masa ini, lebuh raya bertol di Malaysia telah dilaksanakan secara
penswastaan melalui kaedah build-operate-transfer (BOT). Setiap lebuh raya yang
beroperasi akan diuruskan oleh syarikat konsesi dengan tertakluk kepada suatu
tempoh operasi tertentu dan obligasi yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian
Konsesi yang ditandatangani di antara kerajaan dengan syarikat konsesi.
Sekiranya sesebuah lebuh raya telah tamat tempoh konsesi seperti yang ditetapkan
di dalam Perjanjian Konsesi, kerajaan mempunyai pilihan untuk melantik syarikat
konsesi sedia ada atau pihak lain sebagai operator untuk meneruskan kutipan tol
dan operasi lebuh raya atau pun mengambilalih lebuh raya tersebut dan
menyerahkan kepada LLM untuk menguruskan kutipan tol serta operasi dan
penyenggaraannya.
Selaku sebuah agensi tunggal yang mengawalselia lebuh raya bertol di negara ini,
LLM wajar diberi peranan untuk menguruskan kutipan tol serta operasi dan
penyenggaraan bagi mana-mana lebuh raya yang telah tamat tempoh konsesi. LLM
merupakan satu-satunya agensi yang berpengalaman di dalam operasi dan
penyenggaraan lebuh raya bertol di Malaysia.
LLM telah mempunyai pengalaman dalam operasi kutipan tol sejak penubuhannya
pada tahun 1980 sehingga kerajaan menswastakan lebuh raya bertol pada tahun
1988. Sepanjang tempoh tersebut LLM telah berjaya membina dan mengoperasikan
sebanyak lima (5) projek lebuh raya sepanjang 319 kilometer. LLM juga mempunyai
pengalaman mengendalikan kutipan tol, operasi dan penyenggaraan Lebuhraya
Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) untuk tempoh lima (5) tahun sebelum ianya
diswastakan pada Julai 2016.
Keupayaan LLM ini juga telah disokong oleh Perunding KPMG di mana di dalam
kajiannya menerusi Laporan Kajian Halatuju Lebuhraya Bertol Di Malaysia Final
Report 2 – Volume 2 bertarikh April 2020, KPMG telah membuat beberapa
cadangan yang boleh dilaksanakan oleh LLM bagi mengambilalih kerja-kerja operasi
dan penyenggaraan lebuh raya yang dijangka akan tamat tempoh konsesinya dalam
masa terdekat.
Laporan tersebut menyatakan bahawa pengoperasian dan penyenggaraan lebuh
raya wajar diteruskan sendiri oleh LLM untuk memastikan standard lebuh raya dari
aspek keselamatan, keselesaan pengguna lebuh raya, kelancaran trafik sentiasa
pada tahap terbaik dan selaras dengan piawaian
antarabangsa.
86
PSB LLM
Keadaan semasa (Current State)
i. Tiada peruntukan / punca kuasa bagi menetapkan kadar tol baharu.
ii. Persepsi pengguna lebuh raya ke atas bayaran tol adalah secara percuma.
iii. LLM perlu meneliti dan menentukan strategi perolehan yang terbaik untuk
dilaksanakan dengan kos yang paling efektif dengan value for money.
iv. Ketiadaan maklumat dan data berkaitan kerja–kerja operasi dan
penyenggaraan lebuh raya.
v. Memantapkan pengurusan organisasi dalam menyelaras proses
penyerahan aset lebuh raya selepas penamatan tempoh konsesi.
Sasaran (Desired State)
I. LLM akan memastikan kualiti operasi dan penyenggaraan lebuh
raya yang telah tamat tempoh konsesi dikekalkan setara dengan
operasi dan penyenggaraan semasa dalam tempoh penswastaan.
Ini adalah untuk memastikan standard lebuh raya seperti kualiti
penyenggaraan aset lebuh raya, perkhidmatan rondaan,
pengurusan trafik, tempoh tindak balas terhadap sebarang insiden
di lebuh raya, perkhidmatan kemudahan kawasan rehat dan lain-
lain perkhidmatan yang berkaitan masih dinikmati oleh pengguna
lebuh raya dan freight mover.
II. Model penstrukturan lebuh raya baharu yang merangkumi
kebolehlaksanaan (feasibility) dan berdaya maju (viability) dengan
menetapkan kadar tol yang munasabah serta mesra rakyat bagi
membiayai kos operasi dan penyenggaraan lebuh raya supaya
kekal atau setara dengan lebuh raya dalam tempoh penswastaan
tanpa membebankan kewangan kerajaan.
III. LLM sebagai pengendali operasi lebuh raya yang akan tamat
tempoh konsesi seperti berikut:
TAHUN LEBUH RAYA TAMAT KONSESI
2021 – 2025 1) Lebuhraya Shah Alam (KESAS) – 2023/2028
2026 – 2030 2) Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR) – 2028
3) Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 2029
4) Lebuhraya Baru Pantai (NPE) – 2030
5) Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 2030
87
Pelan Tindakan
i. Mengenalpasti tindakan yang perlu dilaksanakan bagi membangunkan
prosedur untuk rujukan dalam melaksanakan operasi dan penyenggaraan
ke atas lebuh raya–lebuh raya yang telah tamat tempoh konsesi.
ii. Menentukan kadar tol yang paling munasabah serta boleh menampung kos
operasi dan penyenggaraan lebuh raya berdasarkan standard yang
ditetapkan LLM dan tidak membebankan pengguna.
iii. Menjadi technical and economic regulator bagi operasi dan penyenggaraan.
iv. Mengenalpasti keperluan melantik juruperunding/penasihat kewangan LLM
untuk menambah kepakaran dalam aspek kewangan dan komersil bagi
meneliti cadangan model kewangan yang dikemukakan oleh syarikat
konsesi dan meneroka peluang-peluang baharu bagi meningkat prestasi
kewangan LLM.
v. Mewujudkan kepakaran dalam bidang Financial Modeling bagi menilai
kebolehlaksanaan (feasibilty) dan berdaya maju (viability) sesuatu lebuh
raya untuk pengoperasian seterusnya.
vi. Penghasilan Laporan Penilaian dan Pengesyoran Juruperunding Penasihat
Kewangan yang dapat membantu LLM dalam menetapkan model
penstrukturan semula syarikat konsesi yang diambil alih dengan kadar tol
yang munasabah untuk menampung kos operasi dan penyenggaraan lebuh
raya.
88
PSB LLM
Mewujudkan bank data 1
penyenggaraan dan operasi
berdasarkan skop kerja
serta kos perbelanjaan
lebuh raya sedia ada.
Penyediaan dokumen 3 Mewujudkan pasukan khas
penyerahan aset lebuh raya 2 pengurusan pengendalian
dan lain-lain dokumen pengoperasian dan
berkaitan oleh syarikat penyenggaraan
konsesi serta pengauditan lebuh raya yang tamat
untuk penyerahan semula tempoh konsesi
aset lebuh raya dan Penyediaan data - data
penerimaan penyerahan 4 kutipan tol dan trafik
Memperkemaskan prosidur 5 sebenar.
proses penyelarasan
penstrukturan dan Strategi Perolehan:
6 Menyediakan satu
penentuan kadar tol baharu
bagi lebuh raya tamat dokumen cadangan
konsesi
Pengendalian lebuh raya
tamat tempoh konsesi 7
Tempoh Pelaksanaan :
Julai 2021 – Julai 2023
*Sila rujuk lampiran bagi
tempoh pelaksanaan terperinci.
89
Idea 2: Pembangunan sama ada secara pajakan/penyewaan terhadap tanah-
tanah di dalam rizab lebuh raya antara Lembaga Lebuh raya Malaysia dan
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
Pengenalan
Cadangan bagi pajakan/penyewaan tanah rizab lebuh raya adalah selaras dengan
hasil Kajian Hala Tuju Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) oleh Syarikat KPMG
Sdn. Bhd yang telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga melalui Mesyuarat Lembaga
Bil.1/2020 bertarikh 27 Februari 2020. Kategori tanah yang berpotensi untuk
dimajukan adalah seperti berikut :
Tanah
dalam rezab lebuh raya
Tanah – tanah yang hakmiliknya
didaftarkan atas nama Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan (PTP) / Seksyen
76 KTN 1965 – Tapak Komersil.
Tanah yang telah diambil balik menerusi
Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Borang
K didaftarkan di dalam dokumen hakmilik,
yang mana terletak hak kepada Pihak
Berkuasa Negeri (PBN).
Tanah-tanah yang dirizabkan di bawah
peruntukan Seksyen 62 Kanun Tanah
Negara (KTN) 1965 di bawah PTP.
90
Berdasarkan Laporan Kajian Hala Tuju Lebuh Raya Bertol di Malaysia oleh
Syarikat KPMG Sdn. Bhd, LLM berpotensi menjana pendapatan hasil daripada
pajakan kecil rizab lebuh raya kepada pihak konsesi/ketiga. Anggaran pendapatan
RM 20.4 juta/tahun.
Pada masa kini, aktiviti pajakan/penyewaan tanah-tanah di dalam rizab lebuh raya
adalah di antara pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan
syarikat konsesi lebuh raya serta pihak ketiga. Walau bagaimanapun,
permohonan untuk aktiviti tersebut telah dikemukakan kepada LLM sebagai
agensi kawalselia tanah rizab lebuh raya untuk penyediaan ulasan dan
pengesyoran. LLM tidak mengutip sebarang caj sewaan atau membuat pajakan ke
atas pihak ketiga dan syarikat konsesi yang telah mendapat kelulusan daripada
JKPTG bagi setiap aktiviti yang dipohon.
Keadaan semasa
(Current State)
I. Tiada punca kuasa atau peruntukan sedia ada
yang membolehkan LLM mengutip sewa atau
membuat perjanjian pajakan dengan PTP/syarikat
konsesi/pihak ketiga bagi sebarang aktiviti
pembangunan tanah di dalam rizab lebuh raya.
II. Mendapatkan kelulusan dan persetujuan Jemaah
Menteri untuk LLM membuat pajakan terus dengan
PTP dan memajak kecil atau menyewa tanah rizab
lebuh raya kepada syarikat konsesi/pihak ketiga.
III. Mendapatkan persetujuan PBN untuk memajak
tanah-tanah yang telah selesai pengambilan
(Borang K) - carve out.
IV. Mendapatkan persetujuan PTP untuk memajak
tanah-tanah yang telah selesai proses Seksyen 62
KTN melalui Seksyen 63 KTN.
91
Sasaran (Desired State)
Pemberian hak kepada LLM untuk membuat pajakan dan
seterusnya melaksanakan pembangunan tanah secara
pajakan kecil/sewaan kepada syarikat konsesi/pihak
ketiga akan memberi impak positif kepada LLM sebagai
agensi pemantau tanah-tanah rizab lebuh raya selaras
dengan obligasi di dalam Perjanjian Konsesi.
Kebenaran pajakan ini juga dapat memperkasakan
peranan dan imej LLM dalam membangunkan tanah-
tanah di sepanjang lebuh raya secara lebih komprehensif,
sistematik, optimum dan berstrategik di samping dapat
menjana pendapatan sendiri yang lebih konsisten kepada
organisasi.
Melaka
Johor
Pulau Pinang
92
92
Menyediakan Memorandum 1
Jemaah Menteri (MJM) bagi
mendapatkan kelulusan
Mesyuarat Jemaah Menteri
untuk membenarkan LLM
membuat pajakan ke atas tanah
rizab lebuh raya milik PTP.
Melaksanakan Kajian 3 Menilai dan
Kemungkinan Pembangunan 2 menganalisa tanah-
yang sesuai dijalankan dan tanah yang berpotensi
menyediakan model untuk dibangunkan.
perniagaan yang berdaya Mengadakan
saing untuk menjamin 4 perjanjian pajakan
penjanaan serta pulangan dengan PTP sebelum
kewangan/pelaburan yang memajak kecil kepada
syarikat konsesi/pihak
menguntungkan LLM. ketiga.
Menyediakan 5 Mengurus, memantau
perancangan bagi 6 serta mengutip hasil
permohonan daripada pembangunan
pajakan/penyewaan dan yang dilaksanakan.
rancangan pembangunan
di dalam rizab lebuh raya.
Tempoh Pelaksanaan : April 2021 – Julai 2024
*Sila rujuk lampiran bagi tempoh pelaksanaan terperinci.
93
Idea 3: Memantapkan pengurusan organisasi dalam pembangunan komersil di
sepanjang lebuh raya.
Selaras dengan penambahbaikan jaringan lebuh raya dan pembangunan yang
pesat di sepanjang lebuh raya, LLM telah menerima impak di mana permohonan
bagi pembangunan tepi lebuh raya dan permohonan mendirikan struktur paparan
iklan telah meningkat. Pembangunan-pembangunan di sepanjang lebuh raya ini
telah menyumbang dan meningkatkan ekonomi negara. Selaras dengan itu, pihak
LLM perlu memberi perkhidmatan yang terbaik sejajar dengan peningkatan
pembangunan semasa.
Keadaan Semasa (Current State)
i. Jumlah permohonan baharu bagi pembangunan tepi lebuh raya,
penganjuran acara dan permohonan mendirikan struktur paparan iklan di
dalam rezab lebuh raya yang diterima oleh LLM meningkat dari semasa
ke semasa.
ii. Tiada punca kuasa bagi pengenaan bayaran permohonan pembangunan
tepi lebuh raya, penganjuran acara dan bayaran fi proses dan caj
permohonan mendirikan struktur paparan iklan, caj pemasangan visual
serta caj penalti tunggakan sewa paparan iklan di bawah Akta Lembaga
Lebuhraya Malaysia.
iii. Terdapat kekurangan kakitangan dalam menguruskan permohonan
pembangunan tepi lebuh raya, penganjuran acara dan permohonan
mendirikan struktur paparan iklan.
iv. Desakan pemohon agar pengurusan permohonan diproses dengan cepat.
94
1
Unit Pembangunan Komersil
yang akan menjadi pusat
sehenti ( One Stop Center – 2
OSC ) dalam pengurusan
pembangunan tepi lebuh raya, Peraturan bayaran kemudahan di
pengurusan paparan iklan, sepanjang lebuh raya yang akan
penganjuran acara dan lain- menjadi panduan kepada LLM, syarikat
lain aktiviti yang berkaitan konsesi dan pihak ketiga dalam proses
sepanjang rizab lebuh raya. permohonan pembangunan tepi lebuh
110+raya serta pengurusan paparan iklan di
sepanjang rizab lebuh raya. Peraturan
ini akan memberi impak positif terhadap
operasi dan kawalan LLM sebagai
agensi kawal selia lebuh raya di
Sasaran samping memperkasakan imej LLM
dalam kedua-dua industri tersebut bagi
(Desired State) meningkatkan hasil LLM untuk
kemajuan organisasi.
95
Perbincangan dan 1
penyediaan deraf
Peraturan Bayaran
Kemudahan Lebuh raya.
Perbincangan Dan 2
Penyediaan Deraf Kertas
Kerja Pengwujudan Unit
Pembangunan Komersial.
Bengkel Berhubung Skop dan
Tanggungjawab Unit 3
Pembangunan Komersil.
Penyediaan Deraf Akhir 4 Perbincangan Deraf Akhir
Kertas Kerja Peraturan 5 Kertas Kerja
Bayaran Kemudahan Pengwujudan Unit
Lebuhraya kepada KKR. Pembangunan Komersial.
Terima Keputusan Dasar Penyediaan Kertas Kerja
6 Mesyuarat Lembaga Bagi
7 Penstrukturan Unit/
daripada KKR. Pengwujudan Unit
Pembangunan Komersil.
Peraturan Diwartakan. 8
Tempoh Pelaksanaan :
Penyediaan dan Kelulusan 9 Ogos 2021 – April 2023
Kertas Kerja Penstrukturan *Sila rujuk lampiran bagi
Unit Kepada KKR dan Jabatan tempoh pelaksanaan terperinci.
Perkhidmatan Awam (JPA)
untuk kelulusan.
Penubuhan Unit
Pembangunan Komersil. 10
96