LAPORAN
KETUA
2019AUDIT NEGARA
SIRI 1
PENGURUSAN SYARIKAT
KERAJAAN PERSEKUTUAN
JABATAN AUDIT NEGARA
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
MALAYSIA
LAPORAN
KETUA
2019AUDIT NEGARA
SIRI 1
PENGURUSAN SYARIKAT
KERAJAAN PERSEKUTUAN
JABATAN AUDIT NEGJAARBAATAN AUDIT NEGARA
MALAYSIA
MALAYSIA
ii Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Kandungan
KANDUNGAN
ii Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Kandungan
KANDUNGAN
Muka Surat
PENDAHULUAN A-1
1 JABATAN PERDANA MENTERI 1-1
x Lembaga Tabung Haji
- TH Hotel & Residence Sdn. Bhd.
2 KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 2-1
x Menteri Kewangan (Diperbadankan)
- Amanah Raya Berhad
- Small Medium Enterprise Development 2 - 49
Bank Malaysia Berhad
- Technology Park Malaysia Corporation 2 - 97
Sdn. Bhd.
- UDA Holdings Berhad 2 - 141
3 KEMENTERIAN KERJA RAYA 3-1
x Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
- CIDB E-Construct Services Sdn. Bhd.
4 KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA 4-1
- Talent Corporation Malaysia Berhad
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 iii
Kandungan
Muka Surat
5 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 5-1
- Malaysian Industry-Government Group For
High Technology
- National Institutes of Biotechnology 5 - 39
Malaysia
PENUTUP B-1
AKRONIM C-1
iv Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Kandungan
PENDAHULUAN
vi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Kandungan
PENDAHULUAN
1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki
Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti
Kementerian/Jabatan/Agensi serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan
mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan
Rakyat.
2. Pengauditan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan Negeri dilaksanakan
selaras dengan mandat Audit di bawah Seksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957 yang memberi
kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan
di bawah Akta Syarikat 1965 (Pindaan 2016) yang menerima pemberian geran atau
pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Perkara ini juga termasuk
sesebuah syarikat yang lebih daripada separuh modal syer berbayar dipegang oleh
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan. Selain itu, satu Perintah
Audit (Akaun Syarikat) 2017 [P.U(A) 294] telah diwartakan pada 30 September 2017 bagi
menyenaraikan syarikat-syarikat yang boleh diaudit.
3. Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan syarikat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri merangkumi tiga (3) aspek yang memfokuskan kepada
pencapaian objektif penubuhan syarikat seperti perkara berikut:
i. menilai elemen tadbir urus korporat syarikat supaya selaras dengan amalan terbaik
tadbir urus korporat;
ii. menilai prestasi pengurusan program/aktiviti utama syarikat dilaksanakan dengan
cekap, berkesan dan berhemat; dan
iii. membuat analisis kedudukan kewangan syarikat bagi penyata kewangan beraudit
untuk tempoh tiga (3) tahun berturut.
4. Laporan ini mengandungi hasil pengauditan terhadap sembilan (9) pengurusan
syarikat Kerajaan Persekutuan. Pemerhatian Audit telah dikemukakan kepada Ketua
Pegawai Eksekutif syarikat yang berkenaan. Pihak pengurusan syarikat juga telah
dimaklumkan mengenai isu yang dibangkitkan semasa exit meeting diadakan di samping
surat pengesahan (confirmatory letter) diterima daripada mereka sebelum laporan ini
dimuktamadkan. Dalam laporan ini hanya penemuan Audit yang penting sahaja
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 A-1
Pendahuluan
dilaporkan untuk memaklumkan tentang kelemahan yang dikesan. Bagi meningkatkan
lagi pencapaian objektif penubuhan syarikat dan menambah baik perkara yang
dibangkitkan, saya telah mengemukakan syor yang boleh diambil tindakan oleh syarikat
Kerajaan Persekutuan berkenaan. Perkara ini adalah bagi mengelakkan perkara yang
sama berulang.
5. Sistem Auditor General’s Dashboard (AGD) telah dibangunkan bagi memaparkan isu
dan status terkini tindakan Laporan Ketua Audit Negara. Mekanisme ini berjaya
membantu Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan untuk menyalurkan maklum balas
dengan cepat dan pantas. Hal ini membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan
dalam menjelaskan kedudukan terkini isu Laporan Ketua Audit Negara serta menyalurkan
status tindakan yang telah diambil untuk makluman pihak awam.
6. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pegawai syarikat Kerajaan Persekutuan yang telah memberikan kerjasama kepada
pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan
penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan Audit Negara yang telah
bekerja keras serta memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan laporan ini.
(DATO’ NIK AZMAN NIK ABDUL MAJID)
Ketua Audit Negara
Malaysia
Putrajaya
7 Ogos 2020
A-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Pendahuluan
PENGURUSAN
SYARIKAT
KERAJAAN
PERSEKUTUAN
1 JABATAN
PERDANA MENTERI
LEMBAGA TABUNG HAJI
TH Hotel & Residence Sdn. Bhd.
1-d Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
TH Hotel & Residence Sdn. Bhd.
TH HOTEL & RESIDENCE SDN.BHD.
1-f Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
TH Hotel & Residence Sdn. Bhd.
RINGKASAN EKSEKUTIF
TH HOTEL & RESIDENCE SDN. BHD.
Perkara Utama
Apa yang Mandat TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (THHR) ialah mengurus
diaudit? dan mengendalikan rangkaian hotel milik TH. Selaras dengan
mandat, tiga (3) rangkaian hotel telah diuruskan oleh THHR
iaitu TH Hotel Kelana Jaya, TH Hotel Penang dan TH Hotel
Kota Kinabalu.
Penilaian terhadap sembilan (9) aspek tadbir urus korporat
meliputi aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai
Eksekutif, Setiausaha Syarikat, Standard Operating Procedures,
Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama, Jawatankuasa Audit,
Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan bagi
tempoh tahun 2016 hingga bulan Februari 2020.
Penilaian terhadap pengurusan aktiviti hotel yang menyumbang
kepada pendapatan operasi syarikat bagi tempoh tahun 2016
hingga bulan Februari 2020. Aspek yang dinilai meliputi prestasi
aktiviti hotel; pengurusan fasiliti premis hotel; pengurusan
promosi dan pemasaran; pengurusan penghutang; serta
pemantauan.
Analisis terhadap tiga (3) tahun penyata kewangan beraudit iaitu
tahun 2016, 2017 dan 2018 merangkumi analisis pendapatan,
perbelanjaan, aset, liabiliti serta aliran tunai.
Mengapa ia Penglibatan TH dalam sektor hospitaliti dan perkhidmatan melalui
penting penubuhan THHR iaitu syarikat milik penuh TH dengan modal
untuk berbayar sejumlah RM100 juta. Pengurusan THHR yang cekap dan
diaudit? berkesan dapat memberi pulangan pelaburan TH.
Menilai prestasi pengurusan THHR terhadap pengendalian tiga (3)
hotel TH sebelum pengambil alihan operasi dua (2) daripadanya
oleh Urusharta Jamaah Sdn. Bhd..
Apa yang Amalan tadbir urus korporat THHR adalah kurang memuaskan.
ditemui Penambahbaikan diperlukan dalam aspek berkaitan Pengerusi,
Audit? Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha Syarikat,
Standard Operating Procedures, Pelan Strategik dan Petunjuk
Prestasi Utama, Jawatankuasa Audit serta Audit Dalam.
Pencapaian output bagi kadar pengisian bilik (Occupancy Rate) dan
pendapatan adalah tidak cekap kerana tidak mencapai sasaran
yang ditetapkan. Prestasi purata kadar pengisian bilik penginapan
hanya mencapai antara 37% hingga 45.9% berbanding sasaran
dalam tempoh yang dinilai. Prestasi pendapatan keseluruhan pula
hanya mencapai 56.9% hingga 62.8% daripada sasaran
ditetapkan.
LapoLraapnorKanetKueatuAauAduitdNiteNgeagraaraTaTahhuunn22001199 SSiirrii 11 11- -11
TTHHHHo toetel l&&R Re seisdideennccee SSddnn. . BBhhdd. .
Fasiliti premis hotel yang mengalami kerosakan dan masih belum
diperbaiki menyebabkan bilik hotel tidak dapat digunakan
seterusnya menjejaskan pendapatan syarikat.
Pengurusan promosi dan pemasaran tidak dilaksanakan secara
berkesan. Strategi jualan dan pemasaran dilaksanakan melibatkan
kos yang kecil berbanding bajet.
Tunggakan hutang melebihi 90 hari berjumlah RM204,427 masih
belum dapat dikutip.
Kedudukan kewangan THHR adalah stabil. Kedudukan aset
syarikat masih mampu menampung liabiliti jangka pendeknya
dalam tempoh tiga (3) tahun yang dinilai dan kedudukan tunai
yang positif. Namun, keuntungan terkumpul syarikat mengalami
penurunan kesan kerugian yang dicatat pada tahun 2018.
1 1- 2- 2 LLTaaHpoproHarnoatKneetlKu&aetAuRuadeistAiNudedeginatrcaNeTeaSghdaunrna.2TB01ah9hdSu.inri 21 019 Siri 1
TH Hotel & Residence Sdn. Bhd.
LEMBAGA TABUNG HAJI
1. TH HOTEL & RESIDENCE SDN. BHD.
FAKTA UTAMA THHR
07.09.1984 RM18.72 Juta RM441,576
Diperbadankan di bawah Pendapatan tahun 2018 Keuntungan terkumpul tahun 2018
Akta Syarikat 1965
Mengurus dan mengendalikan rangkaian hotel milik Tabung Haji
Objektif penubuhan dan
Aktiviti utama Lembaga Tabung Haji
Syarikat berhad menurut syer
Syarikat induk RM100 juta
Jenis syarikat
Modal berbayar
1. LATAR BELAKANG
1.1. TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (THHR) merupakan syarikat subsidiari milik
penuh Lembaga Tabung Haji (TH). THHR ditubuhkan pada 7 September 1984 di bawah
Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar berjumlah RM100 juta. Pada awal
penubuhannya, THHR dikenali sebagai Parameter Management Sdn. Bhd.. Kemudian
namanya ditukar kepada LBI Sdn. Bhd. pada 13 April 1987 dan pada 12 Mei 2010 ditukar
pula kepada THHR. Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, objektif penubuhan THHR dan
aktivitinya adalah untuk mengurus dan mengendalikan rangkaian hotel milik TH.
1.2. Pengurusan dan pengendalian tiga (3) rangkaian hotel milik TH oleh THHR
meliputi TH Hotel Kelana Jaya (THKJ), TH Hotel Kota Kinabalu (THKK) dan TH Hotel
Penang (THHP). Selain itu, THHR juga mengurus dan mengendali tiga (3) rangkaian hotel
iaitu TH Hotel Alor Setar, TH Hotel & Convention Centre Terengganu dan TH Hotel
Sarawak. Ketiga-tiga hotel tersebut diuruskan oleh syarikat subsidiari THHR iaitu
TH Hotel Alor Setar Sdn. Bhd., TH Hotel Terengganu Sdn. Bhd. dan TH Hotel Sarawak
Sdn. Bhd.. Namun, TH Hotel Sarawak masih belum beroperasi.
1.3. Pada 7 Disember 2018, Jemaah Menteri telah meluluskan Pelan Pemulihan dan
Penstrukturan untuk menangani kedudukan kewangan TH. Sehubungan itu, mulai
28 Disember 2018, lima (5) hotel TH di Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuala
Terengganu dan Kuching telah dipindah milik kepada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.
(UJSB), syarikat bertujuan khas (SPV) milikan penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan)
(MKD). Pengambilalihan operasi hotel di Pulau Pinang dan Sabah oleh UJSB menjadikan
tumpuan perniagaan THHR hanya mengurus dan mengendali operasi satu (1) hotel
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -13- 3
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
sahaja iaitu TH Hotel Kelana Jaya. Pengambilalihan sepenuhnya operasi lima (5)
rangkaian hotel tersebut oleh UJSB bermula pada 1 April 2020.
1.4. THHR memperoleh hasil pendapatan melalui sewaan bilik penginapan, sewaan
dewan dan bilik seminar, serta jualan makanan dan minuman (F&B). Model perniagaan
THHR adalah seperti dalam Carta 1.
CARTA 1
MODEL PERNIAGAAN THHR
Lembaga Tabung Haji
TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. TH melantik THHR
sebagai pengurus dan
Dividen diterima Syarikat Subsidiari pengendali rangkaian
daripada syarikat hotel TH
subsidiari Hasil utama diperoleh
melalui:
Tempahan bilik
penginapan
Sewaan dewan
dan bilik seminar
Jualan makanan
dan minuman
Akaun Subsidiari
disatukan di
peringkat TH
Sumber: Maklumat Aktiviti dan Operasi Syarikat THHR
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan THHR iaitu
mengurus dan mengendali tiga (3) rangkaian hotel milik TH secara cekap, berkesan dan
berhemat; amalan tadbir urus korporat yang baik; serta kedudukan kewangan syarikat
yang kukuh.
3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini melibatkan sembilan (9) aspek tadbir urus korporat dan
pengurusan aktiviti hotel bagi tahun 2016 hingga bulan Februari 2020. Berdasarkan
penilaian risiko, pengurusan aktiviti hotel dipilih kerana merupakan aktiviti utama syarikat
yang menyumbang kepada pendapatan operasi syarikat. Aspek kedudukan kewangan
pula meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2016, 2017 dan 2018.
3.2. Dua (2) bidang utama yang dinilai bagi pengauditan pengurusan aktiviti ialah
prestasi pengurusan hotel dan pelaksanaan aktiviti tersebut. Prestasi pengurusan hotel
1 -14- 4 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
dinilai dari aspek pencapaian output dan outcome. Manakala pelaksanaan aktiviti pula
dinilai dari aspek pengurusan fasiliti premis hotel; pengurusan promosi dan pemasaran;
pengurusan hasil dan penghutang; serta pengurusan maklum balas dan aduan
pelanggan.
4. METODOLOGI PENGAUDITAN
4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang
dikemukakan oleh pengurusan THHR serta menganalisis data berkaitan. Pihak Audit juga
membuat semakan fizikal terhadap aktiviti pengurusan hotel. Perbincangan dan temu
bual diadakan dengan pegawai yang bertanggungjawab berkaitan dengan aktiviti yang
diaudit. Lawatan Audit untuk menilai keadaan bilik dan penyenggaraan premis hotel turut
dibuat ke tiga (3) hotel TH iaitu THKJ, THHP dan THKK.
4.2. Analisis terhadap tahap kepuasan pelanggan dilaksanakan berdasarkan penarafan
oleh tiga (3) laman sesawang pelancongan iaitu Agoda.com, Booking.com dan
Trivago.com. Selain itu, sebanyak 150 borang maklum balas pelanggan (20%) yang tidak
berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan hotel daripada 750 borang yang diterima
daripada pelanggan hotel turut dianalisis. Pengesahan dengan pihak ketiga iaitu
TH Universal Builders Sdn. Bhd. (THUB) juga dijalankan bagi aktiviti penyenggaraan yang
dilaksanakan di THKJ, THHP dan THKK.
4.3. Bagi kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan berdasarkan penyata
kewangan THHR yang telah diaudit oleh Tetuan KPMG PLT bagi tahun 2016 serta
Tetuan Ernst & Young bagi tahun 2017 dan 2018. Penilaian ini melibatkan analisis trend
pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi, analisis trend aset dan liabiliti, analisis nisbah
kewangan serta analisis aliran tunai.
5. RUMUSAN AUDIT
5.1. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2019 hingga Februari 2020
terhadap THHR merumuskan perkara seperti berikut:
a. Tadbir Urus Korporat
Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat THHR adalah kurang
memuaskan. Terdapat keperluan untuk penambahbaikan terhadap lapan (8)
aspek amalan tadbir urus korporat terbaik yang tidak diamalkan sepenuhnya.
Aspek yang perlu diberi perhatian adalah aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Setiausaha Syarikat, Standard Operating
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -15- 5
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
Procedures (SOP), Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI),
Jawatankuasa Audit serta Audit Dalam.
b. Pengurusan Aktiviti
i. Pencapaian Output dan Outcome
Pencapaian output bagi aspek kadar pengisian bilik dan pendapatan adalah
tidak cekap kerana sasaran yang ditetapkan tidak tercapai. THHR tidak
menetapkan outcome yang perlu dicapai namun sambutan terhadap hotel TH
masih positif berdasarkan maklum balas pelanggan.
ii. Pengurusan Fasiliti Premis Hotel; Promosi dan Pemasaran;
Pemantauan; serta Pengurusan Penghutang
Terdapat kelemahan yang perlu diberi perhatian kerana memberi kesan
kepada tahap kecekapan dalam pengurusan dan pengendalian hotel TH.
Antaranya kerosakan bilik penginapan dan kebocoran yang masih belum
diperbaiki, belanja promosi dan pemasaran yang rendah berbanding bajet,
ketiadaan SOP pengurusan borang kepuasan pelanggan serta tunggakan
hutang melebihi 90 hari.
c. Kedudukan Kewangan
Secara keseluruhannya kedudukan kewangan THHR adalah stabil. Kedudukan
aset syarikat masih mampu menampung liabiliti jangka pendeknya dalam tempoh
tiga (3) tahun yang dinilai. THHR masih mencatat keuntungan terkumpul pada
akhir tahun 2018 sejumlah RM441,576 juta walaupun mengalami kerugian pada
tahun 2018.
5.2. Penemuan utama Audit yang perlu diberi perhatian dan tindakan adalah seperti
berikut:
i. hanya seorang daripada empat (4) Lembaga Pengarah berstatus bebas. Tiada
Lembaga Pengarah mempunyai pengalaman dalam industri perhotelan yang boleh
membantu dalam pengurusan operasi THHR dengan lebih berkesan;
ii. kekosongan jawatan KPE masih belum dilantik sejak 1 Mei 2019. Pemangku KPE
yang merupakan Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Operasi THHR
menjalankan dua (2) tugas dalam masa yang sama;
1 -16- 6 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
iii. Jawatankuasa Audit diwujudkan tetapi tidak mengadakan mesyuarat dan
melaksanakan peranannya. Audit Dalam pula tidak diwujudkan di peringkat THHR.
Fungsinya dilaksanakan oleh syarikat induk namun hanya sekali pengauditan
dilaksanakan dalam tempoh empat (4) tahun;
iv. prestasi purata kadar pengisian bilik penginapan hanya mencapai antara 37%
hingga 45.9% manakala prestasi pendapatan hotel pula hanya mencapai 56.9%
hingga 60.9% berbanding sasaran;
v. kelemahan dalam aspek pengurusan fasiliti premis bangunan seperti kerosakan
bilik penginapan dan kebocoran; dan
vi. tunggakan hutang melebihi 90 hari berjumlah RM204,427 (26.8%) daripada
jumlah keseluruhan penghutang.
6. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT
Perkara yang ditemui dan maklum balas THHR telah dibincangkan dalam exit conference
pada 12 Jun 2020 serta pengesahan fakta melalui confirmatory letter diterima daripada
THHR bertarikh 6 Ogos 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan yang dinyatakan
dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:
6.1. Tadbir Urus Korporat
6.1.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan
kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan
lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Sebagai syarikat subsidiari Kerajaan
milikan TH, pengurusan THHR perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
Perlembagaan Syarikat, SOP serta peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Selain
itu, rujukan boleh dibuat terhadap amalan terbaik daripada Malaysian Code on
Corporate Governance (MCCG) 2017, The Green Book - Enhancing Board
Effectiveness (Green Book) dan Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan
Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD Handbook).
6.1.2. Pengurusan THHR diketuai oleh KPE merangkap Pengarah Urusan
Kumpulan. Namun, jawatan tersebut tidak diisi sejak perkhidmatan mantan KPE
berakhir pada 30 April 2019. THHR mempunyai lima (5) jabatan iaitu Jabatan Sumber
Manusia, Jabatan Kewangan dan Pentadbiran, Jabatan Jualan dan Pemasaran,
Jabatan Perkhidmatan Fasiliti & Teknikal serta Jabatan Operasi Rangkaian Hotel.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -17- 7
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
Jabatan Operasi Rangkaian Hotel diketuai oleh seorang Pengurus Hotel yang
bertindak untuk mengawal selia setiap hotel. Struktur organisasi THHR sehingga
31 Januari 2020 adalah seperti Carta 2 dan peranan setiap jabatan adalah seperti
dalam Jadual 1.
CARTA 2
STRUKTUR ORGANISASI THHR PADA 31 JANUARI 2020
Pengarah Urusan Kumpulan &
Ketua Pegawai Eksekutif
Pengurusan Anak Syarikat & Operasi dan Pembangunan
Pembangunan Perniagaan Perniagaan
Sumber Kewangan dan Perkhidmatan Operasi
Manusia Pentadbiran Fasiliti dan Rangkaian
Teknikal
Hotel
Jualan dan *TH Hotel *TH Hotel
Pemasaran Kota Terengganu
Kinabalu *TH Hotel
Alor Setar
*TH Hotel
Penang
TH Hotel
Kelana Jaya
Sumber: Ketetapan Bertulis Lembaga Pengarah Bilangan 10 Tahun 2019
Nota: (*) - Aset telah dipindahkan kepada UJSB pada 28 Disember 2018 dan operasi mulai 1 April 2020
JABATAN JADUAL 1
Sumber Manusia PERANAN JABATAN DI THHR
Kewangan dan Pentadbiran
FUNGSI/PERANAN
Jualan dan Pemasaran
Menyelia, mengarah atau merancang dan menyelaras pelbagai fungsi
berkaitan sumber manusia meliputi pelantikan kakitangan, gaji, cuti dan
latihan.
Bertanggungjawab terhadap keseluruhan kewangan dan pentadbiran
rangkaian hotel.
Meliputi pentadbiran, perakaunan, kewangan, pelaporan, analisis, bajet dan
lain-lain berkaitan.
Bertanggungjawab mengatur, membuat dan melaksanakan strategi
pemasaran.
Menyediakan mesej yang berkesan melalui perkataan, idea dan gambar.
Melaksanakan penyelidikan pemasaran, pelan pembangunan promosi dan
menguruskan strategi penjualan.
1 -18- 8 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
JABATAN FUNGSI/PERANAN
Perkhidmatan Fasiliti & Bertanggungjawab terhadap semua operasi hotel meliputi kerjasama,
Teknikal
sokongan dan bimbingan dengan pengurus operasi hotel.
Memastikan pelaksanaan SOP di semua jabatan.
Operasi Rangkaian Hotel Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi hotel meliputi kaunter
hadapan, housekeeping, dapur, makanan dan minuman serta penyenggaraan
dan pembaikan. Operasi Rangkaian Hotel diketuai oleh Pengurus Hotel.
Sumber: Maklumat Aktiviti dan Operasi Syarikat THHR
6.1.3. Bagaimanapun, pada 27 Februari 2020, Lembaga Pengarah THHR telah
meluluskan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) bagi menumpukan kepada
operasi perniagaan THKJ. Perkara ini dilaksanakan selepas penguncupan operasi
THHR selepas pemindahan aset dan operasi rangkaian hotel TH dan pelan
pembangunan semula tapak THKJ. Struktur organisasi THHR pada 29 Februari 2020
adalah seperti dalam Carta 3.
CARTA 3
STRUKTUR ORGANISASI THHR PADA 29 FEBRUARI 2020
LEMBAGA PENGARAH THHR
JAWATANKUASA EKSEKUTIF
Unit Kumpulan
Shared Services TH
Bahagian Hotel Bahagian
Kafetaria
Sumber: Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Bilangan 2 Tahun 2020
6.1.4. Semakan Audit mendapati THHR hanya mengamalkan sepenuhnya satu (1)
daripada sembilan (9) aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Jawatankuasa
Pencalonan dan Imbuhan. Manakala lapan (8) aspek amalan terbaik tadbir urus
korporat yang tidak diamalkan sepenuhnya iaitu aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha Syarikat, Pelan Strategik Perniagaan dan KPI,
SOP, Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam diterangkan seperti penemuan berikut:
a. Pengerusi
Berdasarkan MCCG 2017 amalan 1.2 dan 1.3 serta Green Book perenggan 2.1.3,
tugas dan tanggungjawab Pengerusi untuk memupuk amalan tadbir urus korporat
yang baik, kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah hendaklah
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -19- 9
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
dinyatakan secara jelas. Semakan Audit mendapati wujud pengasingan peranan
antara Pengerusi dan KPE. Namun, semakan terhadap surat pelantikan Pengerusi
mendapati tugas dan tanggungjawab Pengerusi tidak dinyatakan
secara jelas.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020
Peranan Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah sedang ditambah baik daripada terma
lantikan sedia ada oleh Bahagian Pelaburan Strategik, TH. Jangkaan akan dibentang
kepada Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan TH pada bulan Jun 2020.
Pendapat Tugas dan tanggungjawab yang tidak dinyatakan secara jelas
Audit boleh menimbulkan kekeliruan terhadap kuasa dan
tanggungjawab Pengerusi serta timbulnya risiko konflik
kepentingan.
b. Lembaga Pengarah
i. MCCG 2017 amalan 4.1 menyarankan sekurang-kurangnya separuh daripada
komposisi Lembaga Pengarah berstatus bebas. Semakan Audit mendapati
sehingga bulan Februari 2020, tiga (3) daripada empat (4) Lembaga
Pengarah THHR berstatus tidak bebas. Pengerusi Lembaga
Pengarah THHR merupakan Lembaga Pengarah TH manakala
tiga (3) Lembaga Pengarah yang lain merupakan pegawai yang
sedang berkhidmat di TH. THHR menerima pelantikan Lembaga
Pengarah berdasarkan surat lantikan yang dikeluarkan oleh TH. Keadaan ini
tidak selaras dengan amalan terbaik dan boleh menimbulkan risiko konflik
kepentingan dalam membuat keputusan.
ii. MCCG 2017 amalan 2.1, panduan 2.1 menetapkan Lembaga Pengarah perlu
mempunyai piagam yang jelas menyatakan peranan dan tanggungjawab
Lembaga Pengarah secara keseluruhan dan secara individu, pengurusan
syarikat serta isu dan keputusan yang tertakluk kepada Lembaga Pengarah.
Semakan Audit mendapati Piagam Lembaga Pengarah THHR tidak
disediakan. THHR mengguna pakai terma rujukan Lembaga Pengarah
namun ianya tidak dinyatakan secara terperinci.
iii. Seksyen 213, Akta Syarikat 2016 menetapkan Lembaga Pengarah hendaklah
mempunyai kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian dengan perniagaan
1 -11-010 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd..
syarikat. Semakan Audit mendapati sebahagian Lembaga Pengarah yang
dilantik oleh syarikat induk pada tahun 2019 tidak mempunyai pengalaman
pengurusan operasi hotel. Semakan seterusnya mendapati bidang kepakaran
Lembaga Pengarah meliputi aspek pentadbiran awam, perakaunan dan
sumber manusia. Perkara ini mempengaruhi keupayaan Lembaga Pengarah
memberi pandangan dan nasihat bersesuaian terhadap operasi syarikat yang
tidak mencapai sasaran dan penetapan pengurusan risiko dalam pelan
perniagaan syarikat. Ketiadaan pengarah bebas yang mempunyai latar
pengalaman industri perhotelan boleh memberi kesan kepada perancangan
hala tuju syarikat dalam mencapai objektif penubuhannya. Antara kelemahan
yang ditemukan ialah kadar pengisian bilik dan prestasi pendapatan hotel
secara keseluruhannya masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Penemuan Audit yang berkaitan diperincikan dalam bahagian Pengurusan
Aktiviti perenggan 6.2.1.a. dan 6.2.1.b.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020 dan 6 Ogos 2020
Bahagian Pelaburan Strategik TH telah menyediakan Rangka Kerja Pengawasan,
Pengurusan dan Pemantauan Syarikat Pelaburan Strategik TH - Pengarah Nomini
yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan TH yang
dijangkakan pada 17 Jun 2020. Komponen-komponen utama yang terkandung dalam
Piagam Lembaga Pengarah sesebuah syarikat ada dipusatkan di TH antaranya
Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dan Jawatankuasa Audit, Risiko dan Tadbir
Urus. TH juga akan melantik seorang ahli Lembaga Pengarah bebas pada
bulan September 2020 setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Penamaan dan
Saraan TH.
Pendapat Lembaga Pengarah berstatus bukan bebas boleh
Audit mewujudkan risiko konflik kepentingan dan ketelusan dalam
membuat keputusan penting. Ketiadaan latar belakang dan
pengalaman Lembaga Pengarah dalam industri perhotelan
berisiko memberi kesan kepada prestasi syarikat.
c. Ketua Pegawai Eksekutif
i. Menurut Seksyen 212, Jadual Ketiga perenggan 22 Akta Syarikat 2016,
Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa boleh melantik seorang Pengarah
Urusan bagi suatu tempoh dan menentukan terma pelantikan serta boleh
membatalkan pelantikan tersebut.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -11-111
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
ii. Pengurusan THHR diketuai oleh KPE merangkap Pengarah Urusan Kumpulan.
Semakan Audit mendapati sehingga 29 Februari 2020, jawatan KPE masih
belum diisi oleh THHR sejak perkhidmatan mantan KPE tamat
pada 30 April 2019. Tanggungjawab KPE dilaksanakan oleh pemangku
KPE yang juga merupakan Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Operasi
Hotel THHR. Pihak THHR memaklumkan tiada pengisian untuk jawatan KPE
dibuat disebabkan penstrukturan semula organisasi THHR selepas
pengambilalihan operasi hotel oleh UJSB. Tugas KPE yang dijalankan oleh
pegawai yang sama boleh memberi kesan kepada pelaksanaan tugas hakiki
pegawai tersebut dan menjejaskan kelancaran pengurusan dan operasi
syarikat.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020 dan 6 Ogos 2020
Pemangku KPE telah menamatkan perkhidmatan di THHR berkuat kuasa 31 Mac 2020
berikutan pemindahan aset dan sebahagian anggota THHR ke UJ Property
Management Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik penuh UJSB. Projek pembangunan
semula THKJ dijangka bermula dalam tempoh tiga (3) tahun dari sekarang dan
Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) telah diwujudkan bagi mengambil alih peranan dan
tanggunjawab KPE dan Pengarah Urusan.
Pendapat KPE merupakan satu jawatan penting yang perlu diisi bagi
Audit memastikan keberkesanan pengurusan sesebuah syarikat.
d. Setiausaha Syarikat
i. Seksyen 235 hingga 242, Akta Syarikat 2016 menetapkan peraturan-peraturan
berhubung pelantikan Setiausaha Syarikat. Peranan utama Setiausaha
Syarikat adalah membimbing, memberi panduan dan nasihat berkaitan
peraturan dan peruntukan yang termaktub bagi sesuatu syarikat kepada
Lembaga Pengarah. Selain itu, Setiausaha Syarikat juga hendaklah mematuhi
Kod Etika Setiausaha Syarikat yang dikeluarkan oleh SSM dalam memenuhi
peranan dan tanggungjawabnya kepada Lembaga Pengarah, pemegang
saham dan syarikat.
ii. Setiausaha Syarikat THHR telah dilantik oleh Lembaga Pengarah pada
23 Julai 2019. Semakan Audit mendapati secara keseluruhannya Setiausaha
Syarikat telah menasihati Lembaga Pengarah mengenai tanggungjawab dan
peranan serta memantau perkembangan tadbir urus korporat syarikat.
1 -11-212 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd..
Bagaimanapun, Setiausaha Syarikat tidak menasihati Lembaga
Pengarah berkaitan dengan status komposisi Lembaga
Pengarah THHR yang tidak mencapai 50% berstatus bebas.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020
Setiausaha Syarikat telah berperanan menasihati Lembaga Pengarah mengenai
tanggungjawab dan peranan serta memantau perkembangan tadbir urus korporat.
Pendapat Fungsi Setiausaha Syarikat dalam menasihati Lembaga
Audit Pengarah mengenai peranan dan tanggungjawab mereka
sepenuhnya mampu membantu Lembaga Pengarah
meningkatkan kawalan dalaman pelaksanaan tadbir urus
syarikat.
e. Standard Operating Procedures
i. Seksyen 246, Akta Syarikat 2016 menyatakan syarikat hendaklah mempunyai
suatu sistem kawalan dalaman yang memberi jaminan munasabah bagi
melindungi aset syarikat daripada kerugian akibat penggunaan dan pelupusan
serta memastikan semua transaksi yang direkodkan adalah betul. MKD
Handbook perenggan 1.9 (c) dan 2.2 (f) menyatakan Lembaga Pengarah
hendaklah memastikan Standard Operating Procedures (SOP) merangkumi
proses, prosedur dan polisi yang lengkap serta menyeluruh terhadap aspek
kewangan dan aktiviti dalam menguruskan syarikat bagi mencapai
objektifnya.
ii. Semakan Audit mendapati THHR telah menyediakan sebanyak 38 SOP meliputi
aspek kewangan, sumber manusia dan aktiviti utama syarikat. Bagaimanapun,
tiada bukti menunjukkan SOP yang diguna pakai telah
mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Selain itu, semakan Audit
mendapati THHR tidak menyediakan SOP berkaitan pengurusan
maklum balas kepuasan pelanggan dan kutipan hutang.
Ketiadaan SOP yang menyeluruh boleh memberi kesan kepada keberkesanan
operasi dan kedudukan kewangan syarikat. Penemuan berkaitan perkara ini
diperincikan di bahagian Pengurusan Aktiviti perenggan 6.2.5.a. dan 6.2.6..
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -11-313
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020
Proses mengemas kini SOP sedia ada sedang disediakan merangkumi kewangan,
sumber manusia dan operasi. Syarikat juga sedang membangunkan SOP baharu
dengan mengambil kira keperluan semasa dalam industri perhotelan dan
perkhidmatan yang diamalkan di Malaysia. Jangkaan dibentang untuk kelulusan pada
31 Oktober 2020.
Pendapat Kelulusan Lembaga Pengarah terhadap SOP yang diguna pakai
Audit penting bagi memastikan pelaksanaan operasi adalah selaras
dengan dasar syarikat yang ditetapkan.
f. Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama
i. MCCG 2017 amalan 1, panduan 1.1 menyarankan antara tugas Lembaga
Pengarah adalah meneliti dan meluluskan pelan strategik yang dicadangkan
oleh pengurusan syarikat serta memantau pelaksanaannya.
ii. THHR telah menyediakan Pelan Lima Tahun Perniagaan Tahun 2017 hingga
2021. Pelan perniagaan ini telah dijadikan asas bagi penyediaan bajet tahunan
THHR dengan mengambil kira keadaan sebenar tahun semasa dan
dibentangkan kepada Lembaga Pengarah. Namun, tiada bukti pelan
perniagaan diluluskan dalam minit Mesyuarat Lembaga
Pengarah.
iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati pelan perniagaan tersebut merangkumi
rancangan lima (5) tahun kewangan syarikat bagi tempoh yang sama. Namun,
didapati pelan perniagaan tersebut tidak mengambil kira aspek
penilaian risiko. Penilaian risiko adalah penting bagi mengenal pasti risiko,
mengukur potensi impak dan tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan
risiko sekiranya berlaku perkara yang luar jangkaan.
iv. Green Book Bahagian 1, perenggan 3.2 menyarankan peranan Lembaga
Pengarah adalah memantau prestasi dan pencapaian syarikat serta
memastikan syarikat diuruskan dengan baik dan berkesan. Kaedah yang
paling berkesan adalah dengan mengukur pencapaian dan prestasi syarikat
melalui penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI). KPI ini juga hendaklah
diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Semakan Audit mendapati THHR tidak
menyediakan KPI syarikat yang menyeluruh di mana penekanan
1 -11-414 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
pengukuran prestasi syarikat tertumpu kepada aspek pendapatan dan kadar
pengisian bilik atau Occupancy Rate (OCC). Penetapan KPI yang tidak
menyeluruh menyebabkan pihak pengurusan tidak mempunyai hala tuju yang
jelas terhadap pencapaian syarikat berdasarkan strategi pelan perniagaan
syarikat.
Maklum balas THHR yang diterima pada 6 Ogos 2020
Pelan Strategik Perniagaan yang baharu termasuk penetapan KPI dan pengurusan
risiko dijangka siap dan akan dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah THHR
pada 31 Oktober 2020. Pelan ini mengambil kira penguncupan operasi dan
pembangunan semula tapak hotel di Kelana Jaya.
Pendapat Pelan Strategik Perniagaan dan KPI yang tidak terperinci dan
Audit menyeluruh boleh menjejaskan pelaksanaan serta
keberkesanan operasi syarikat dalam mencapai objektifnya.
g. Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam
i. MCCG 2017 hasil yang disasarkan 8.0 dan Green Book perenggan 1.2.1
menyarankan Lembaga Pengarah mewujudkan Jawatankuasa Audit yang
bertanggungjawab menilai dan memberi syor terhadap kualiti kawalan
dalaman operasi syarikat kepada Lembaga Pengarah untuk meningkatkan
integriti, akauntabiliti dan ketelusan syarikat.
ii. MCCG 2017 panduan 10.1 menyatakan Audit Dalam hendaklah melaksanakan
pengauditan bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan
risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus korporat serta menyarankan
penambahbaikan yang dapat membantu nilai tambah aktiviti syarikat.
iii. Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) THHR ditubuhkan pada tahun 2017.
Tindakan dibuat selepas mengambil kira keputusan Jawatankuasa Audit TH
yang menghendaki semua syarikat subsidiari TH mewujudkan Jawatankuasa
Audit dan Audit Dalam masing-masing. Sebelum ini, peranan dan
tanggungjawab JKAR dilaksanakan di peringkat TH.
iv. Semakan Audit mendapati seramai tiga (3) ahli JKAR termasuk Pengerusi telah
dilantik. Namun, Jawatankuasa ini tidak mengadakan mesyuarat dan
tidak melaksanakan peranannya sejak ditubuhkan pada tahun 2017.
Perkara ini menyebabkan penyata kewangan beraudit syarikat tidak
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -11-515
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
dibincangkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada Lembaga
Pengarah serta tiada penilaian kawalan dalaman dan pemantauan operasi
syarikat.
v. Semakan Audit juga mendapati fungsi Audit Dalam dilaksanakan melalui
Bahagian Audit Dalam di peringkat TH. Namun bagi tempoh tahun 2016
hingga 2019, THHR hanya sekali diaudit oleh Bahagian Audit Dalam TH iaitu
pada tahun 2017. Pengauditan tersebut hanya melibatkan aspek pengurusan
operasi TH Alor Setar dan TH Hotel Terengganu. Semakan selanjutnya
mendapati sehingga bulan Februari 2020, Audit Dalam THHR masih
tidak ditubuhkan. Ketiadaan fungsi Audit Dalam di peringkat THHR
menyebabkan kelemahan kawalan dalaman operasi syarikat tidak dapat
dikesan antaranya seperti diperincikan dalam bahagian Pengurusan Aktiviti
perenggan 6.2.3. dan 6.2.6. berkaitan pemantauan terhadap penyenggaraan
premis hotel yang tidak sempurna dan ketiadaan polisi kutipan hutang.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020
Peranan Jawatankuasa Audit dan Risiko serta Audit Dalam dipusatkan di peringkat
kumpulan iaitu TH. Semua penemuan audit dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit
dan Risiko TH untuk perhatian dan tindakan sewajarnya. Selain itu, peranan untuk
memantau operasi syarikat termasuk pengurusan audit, risiko dan kawalan dalaman
akan dilaksanakan oleh unit Kumpulan Shared Services TH.
Pendapat Peranan Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam penting dalam
Audit menambah baik proses yang ada dan memberi nilai tambah
kepada pengurusan aktiviti syarikat dengan lebih cekap dan
berkesan. Disamping itu, adalah penting proses pengauditan
dalam dibuat secara lebih kerap bagi memastikan wujud
kepatuhan dan mengurangkan risiko ketidakpatuhan
pengurusan kewangan dan prosedur.
6.2. Pengurusan Aktiviti
6.2.1. Pencapaian Output
THHR telah menyediakan pelan perniagaan THHR merangkumi Bajet Kewangan
Tahun 2016 dan Perancangan Kewangan Syarikat untuk setiap lima (5) tahun. Pelan
perniagaan terkini meliputi perancangan bagi tempoh tahun 2017 hingga 2021.
1 -11-616 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
Perancangan Kewangan Syarikat yang disediakan memfokuskan dua aspek iaitu kadar
pengisian bilik atau Occupancy Rate (OCC) dan pendapatan dan yang perlu dicapai.
a. Prestasi Kadar Pengisian Bilik
i. OCC merujuk kepada peratusan jumlah bilik yang dijangka dapat disewakan
berbanding jumlah keseluruhan bilik yang ada bagi setiap tahun berkenaan.
Bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019, sasaran OCC yang ditetapkan adalah
antara 50.9% hingga 61.7%.
ii. Analisis Audit terhadap pencapaian OCC adalah berdasarkan kepada purata
bilangan bilik tiga (3) hotel TH iaitu THKJ, THHP dan THKK. Bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2019, purata bilangan bilik yang boleh ditawarkan setiap
tahun antara 36,788 hingga 38,887 bilik. Analisis Audit seterusnya mendapati
purata OCC bagi tiga (3) hotel TH hanya mencapai antara 37%
hingga 45.9% sahaja seperti di Jadual 2. Secara keseluruhannya, THKK
mencatat OCC paling tinggi iaitu antara 46% hingga 57% berbanding hotel
TH yang lain. Butiran pengisian sebenar bilik penginapan setiap hotel bagi
tempoh tahun 2016 hingga 2019 adalah seperti dalam Jadual 3.
JADUAL 2
PERBANDINGAN PURATA SASARAN DAN PENCAPAIAN SEBENAR
KADAR PENGISIAN BILIK PENGINAPAN DI TIGA HOTEL (THKJ, THHP
DAN THKK) BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
KADAR PENGISIAN BILIK
TAHUN BILANGAN SASARAN PENCAPAIAN PERBEZAAN
BILIK (%) (%) (%)
2016 38,887 61.7 45.9 (15.8)
2017 36,788 61.4 42.4 (19.0)
2018 36,788 50.9 37.0 (13.9)
2019 38,812 52.9 37.9 (15.0)
Sumber: Kertas Pembentangan Bajet dan Laporan THHR Tahun 2016 hingga 2019
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -11-717
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
JADUAL 3
PENCAPAIAN SEBENAR KADAR PENGISIAN BILIK PENGINAPAN
BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
KADAR PENGISIAN BILIK
TAHUN/HOTEL BILANGAN SASARAN SEBENAR
BILIK (%) (%)
THKJ 28,105 62.3 41.2
2016 THHP 49,137 60.0 39.7
THKK 39,420 62.8 57.0
PURATA 38,887 61.7 45.9
THKJ 21,900 57.4 40.7
2017 THHP 49,044 56.1 34.6
THKK 39,420 70.8 52.0
PURATA 36,788 61.4 42.4
THKJ 22,034 53.4 28.5
2018 THHP 48,910 45.0 36.6
THKK 39,420 54.3 46.0
PURATA 36,788 50.9 37.0
THKJ 28,105 51.2 28.2
2019 THHP 48,910 56.4 34.6
THKK 39,420 51.2 51.0
PURATA 38,812 52.9 37.9
Sumber: Kertas Pembentangan Bajet dan Laporan THHR Tahun 2016 hingga 2019
iii. Pencapaian OCC paling tinggi dicatat pada tahun 2016 iaitu 45.9% berbanding
sasaran pada kadar 61.7%. Pencapaian yang rendah ini antaranya disebabkan
pemasaran yang kurang agresif, keadaan premis hotel dan kemudahan yang
disediakan. Faktor persaingan seperti perkhidmatan Airbnb turut memberi
kesan kepada industri hotel. OCC yang rendah telah menyebabkan
pengurangan pendapatan berbanding sasaran ditetapkan.
iv. Semakan terhadap minit mesyuarat tahun 2016 hingga 2019 mendapati
Lembaga Pengarah sentiasa mengingatkan pihak pengurusan untuk
meningkatkan pemasaran dan jualan bilik penginapan. Semakan Audit
terhadap Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 3 Tahun 2016
mendapati Lembaga Pengarah THHR telah mencadangkan kumpulan
pengurusan yang berpengalaman dan berkepakaran dilantik dalam
memantapkan pengurusan THHR dan meningkatkan prestasi jualan. Namun,
usaha yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan tidak menunjukkan
peningkatan pendapatan yang disasarkan.
1 -11-818 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
b. Prestasi Pendapatan
Berdasarkan pelan perniagaan THHR merangkumi Bajet Kewangan Tahun 2016
dan Perancangan Kewangan Syarikat untuk setiap lima (5) tahun (2016 hingga
2019), sasaran pendapatan yang ditetapkan adalah antara RM26.07 juta hingga
RM28.02 juta. Pendapatan utama THHR diperoleh daripada pendapatan bilik
penginapan, sewaan dewan dan bilik seminar serta F&B. Secara keseluruhannya
prestasi sebenar pendapatan bagi tahun 2016 hingga 2019 tidak
mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagi tempoh tersebut, pendapatan
sebenar dicapai oleh tiga (3) hotel iaitu THKJ, THHP dan THKK antara sejumlah
RM16.48 juta hingga RM18.68 juta (56.9% hingga 60.9%) berbanding sasaran.
Kadar pengisian bilik yang rendah memberi kesan kepada hasil pendapatan
syarikat. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 4.
CARTA 4
PERBANDINGAN SASARAN DAN PENCAPAIAN SEBENAR PENDAPATAN
BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
RM Juta 70 59.4 60.9 60 56.9
60
30.69 29.47 28.94
50 18.68 17.62 16.48
40 2017 2018 2019
%
30
29.8
20
10 17.69
0
2016
Sasaran Sebenar
Sumber: Kertas Pembentangan Bajet dan Penyata Kewangan Beraudit
i. Pendapatan Bilik Penginapan
Sewaan bilik penginapan merupakan aktiviti utama THHR. Walaupun
demikian, pendapatan yang diperoleh daripada sewaan bilik penginapan
lebih rendah berbanding pendapatan aktiviti F&B serta sewaan dewan dan
bilik seminar. Bilangan bilik hotel yang ditawarkan keseluruhannya
sebanyak 302 bilik tetamu dan suite. THHP mempunyai bilangan bilik
paling banyak iaitu 134 bilik tetamu dan suite dengan menawarkan
10 kategori bilik berbanding dengan THKJ dan THKK. Harga bilik
ditentukan berdasarkan kategori bilik seperti superior twin, superior
queen, dan executive suite.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -11-919
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
Analisis Audit mendapati tiada hotel TH yang berjaya mencapai
sasaran yang ditetapkan. THKK pula merupakan penyumbang
terbesar pendapatan sewaan bilik penginapan iaitu melebihi 70%
berbanding sasarannya setiap tahun. Butiran pencapaian pendapatan
daripada sewaan bilik penginapan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019
adalah seperti dalam Jadual 4.
JADUAL 4
PENCAPAIAN PENDAPATAN SEWAAN BILIK PENGINAPAN
BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
SEWAAN BILIK PENGINAPAN
TAHUN/HOTEL BAJET SEBENAR (%)
(RM Juta ) (RM Juta)
61.8
THKJ 2.12 1.31 65.0
90.0
2016 THHP 3.49 2.27 73.5
86.1
THKK 3.31 2.98 58.6
77.8
JUMLAH 8.92 6.56 71.4
67.6
THKJ 1.73 1.49 53.9
72.1
2017 THHP 4.08 2.39 63.9
38.1
THKK 4.19 3.26 56.0
74.5
JUMLAH 10.00 7.14 59.3
67.0
THKJ 1.73 1.17
2018 THHP 4.08 2.20
THKK 4.19 3.02
JUMLAH 10.00 6.39
THKJ 2.15 0.82
2019 THHP 3.52 1.97
THKK 3.80 2.83
JUMLAH 9.47 5.62
JUMLAH KESELURUHAN 38.39 25.71
Sumber: Kertas Pembentangan Bajet 2016-2019 dan Laporan THHR Tahun 2016 hingga 2019
ii. Pendapatan Sewaan Dewan dan Bilik Seminar
Aktiviti sewaan dewan ballroom dan bilik seminar merupakan aktiviti kedua
penting kepada THHR dan menjadi penyumbang kedua tertinggi kepada
pendapatan THHR. Sasaran pendapatan ini dibuat berdasarkan prestasi
pendapatan sewaan dewan ballroom dan bilik seminar pada tahun-tahun
sebelumnya. Setiap hotel TH mempunyai dewan ballroom dan bilik
seminar untuk disewakan. THHP mempunyai tiga (3) dewan ballroom yang
mampu memuatkan seramai 1,300 orang. THKK pula mempunyai satu
dewan ballroom dan 16 bilik seminar.
1 -12-020 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
Semakan Audit mendapati aktiviti sewaan dewan ballroom dan bilik
seminar menyumbang sejumlah RM4.85 juta kepada pendapatan THHR
bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019. Namun, jumlah tersebut
hanya mencapai 64% daripada RM7.58 juta sasaran bajet.
Pendapatan tertinggi dicapai pada tahun 2018 iaitu sejumlah RM1.33 juta
(74.3%) berbanding bajet manakala pendapatan terendah dicatat pada
tahun 2016 iaitu sejumlah RM0.94 juta (56.6%) berbanding bajet. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.
JADUAL 5
PENDAPATAN SEWAAN DEWAN BALLROOM DAN BILIK SEMINAR
BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
TAHUN BAJET SEBENAR (%)
(RM Juta) (RM Juta)
2016 1.66 0.94 56.6
60.0
2017 2.08 1.25 74.3
64.9
2018 1.79 1.33 64.0
2019 2.05 1.33
JUMLAH 7.58 4.85
Sumber: Kertas Pembentangan Bajet dan Laporan THHR Tahun 2016 hingga 2019
Analisis Audit mendapati secara keseluruhannya, pendapatan sewaan bilik
seminar mencatat sebanyak 73.5% (RM2.46 juta) dan sewaan dewan
ballroom pula mencatat sebanyak 56.3% berbanding bajet masing-
masing. Analisis Audit seterusnya terhadap prestasi setiap hotel mendapati
THKK mencatat pencapaian pendapatan sewaan dewan dan bilik seminar
paling tinggi iaitu sebanyak 76.3% (RM1.78 juta) berbanding bajet.
Namun, dari jumlah keseluruhan, THHP menjadi penyumbang tertinggi
pendapatan sewaan dewan dan bilik seminar iaitu sejumlah RM1.83 juta
walaupun pencapaian sebenar hanya 61.4% berbanding bajet. Pencapaian
ini disebabkan bilangan bilik di THHP lebih banyak berbanding hotel yang
lain. THKJ pula mencatat pencapaian paling rendah iaitu sebanyak 54.5%
berbanding sasaran. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -12-121
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
JADUAL 6
PRESTASI PENDAPATAN SEWAAN DEWAN BALLROOM DAN BILIK SEMINAR
BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
BALLROOM BILIK SEMINAR
TAHUN/HOTEL BAJET SEBENAR (%) BAJET SEBENAR (%)
(RM ) (RM) (RM) (RM)
THKJ 282,514 148,490 52.6 356,897 215,156 60.3
2016 THHP 435,000 182,003 41.8 223,000 114,531 51.4
THKK 159,933 115,618 72.3 198,889 162,222 81.6
JUMLAH 877,447 446,111 50.8 778,786 491,909 63.2
THKJ 282,997 82,672 29.2 206,400 263,814 127.8
2017 THHP 430,800 283,216 65.7 297,600 156,952 52.7
THKK 299,447 271,701 90.7 564,811 191,520 33.9
JUMLAH 1,013,244 637,589 62.9 1,068,811 612,286 57.3
THKJ 374,400 154,678 41.3 249,600 162,175 65.0
2018 THHP 445,000 296,131 66.5 155,000 198,198 127.9
THKK 345,000 248,687 72.1 230,000 266,551 115.9
JUMLAH 1,164,400 699,496 60.1 634,600 626,924 98.8
THKJ 210,000 89,345 42.5 315,000 124,928 39.7
2019 THHP 821,000 259,123 31.6 169,000 337,929 200.0
THKK 160,410 261,175 162.8 374,290 262,841 70.2
JUMLAH 1,191,410 609,643 51.2 858,290 725,698 84.6
2,456,817 73.5
JUMLAH 4,246,501 2,392,839 56.3 3,340,487
KESELURUHAN
Sumber: Kertas Pembentangan Bajet dan Laporan THHR Tahun 2016 hingga 2019
Berdasarkan temu bual dengan pengurus hotel yang berkenaan, sewaan
dewan ballroom dan bilik seminar masih mendapat sambutan yang baik
daripada agensi Kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan. Faktor
yang mempengaruhi tahap sambutan antaranya kemudahan dan kualiti
perkhidmatan yang baik, keselesaan premis serta harga pakej yang
ditawarkan berpatutan. Keadaan ini memberi impak kepada imej hotel di
bawah pengurusan THHR. Lembaga Pengarah pada tahun 2019
menyarankan pihak pengurusan meningkatkan lagi pemasaran dan
promosi penggunaan dewan ballroom dan bilik seminar.
iii. Pendapatan Makanan dan Minuman
Aktiviti Jualan F&B juga penyumbang kepada pendapatan THHR. Bagi
tempoh tahun 2016 hingga 2019, aktiviti F&B merupakan penyumbang
tertinggi kepada keseluruhan pendapatan syarikat. Sasaran pendapatan
ini juga ditetapkan berdasarkan prestasi jualan tahun-tahun sebelumnya.
Pendapatan ini diperoleh melalui hasil perkhidmatan dan jualan daripada
Kelana Cafe, bankuet, terrace cafe, perkhidmatan bilik, coffee house dan
souq garden.
1 -12-222 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
Analisis Audit mendapati pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti F&B
menunjukkan trend yang konsisten untuk tempoh empat (4) tahun iaitu
antara sejumlah RM8.03 juta hingga RM8.42 juta. Namun, pendapatan
sebenar yang diperoleh lebih rendah berbanding jumlah
disasarkan iaitu hanya antara 54.7% hingga 57.3%. THKK
pula mencatat pendapatan F&B tertinggi berbanding dengan THKJ dan
THHP. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7 dan Jadual 8.
JADUAL 7
RINGKASAN PENCAPAIAN PENDAPATAN F&B BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
TAHUN BAJET PENDAPATAN F&B (%)
(RM Juta)
SEBENAR
(RM Juta)
2016 14.92 8.16 54.7
2017 14.69 8.42 57.3
2018 14.39 8.22 57.1
2019 14.69 8.03 54.7
JUMLAH 58.69 32.83 55.9
Sumber: Kertas Pembentangan Bajet dan Laporan THHR Tahun 2016 - 2019
JADUAL 8
RINGKASAN PENCAPAIAN PENDAPATAN F&B MENGIKUT HOTEL
BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
TAHUN/HOTEL BAJET PENDAPATAN F&B (%)
(RM Juta )
SEBENAR
(RM Juta)
THKJ 4.26 1.89 44.4
2016 THHP 3.45 1.84 53.3
THKK 7.19 4.42 61.5
JUMLAH 14.9 8.15 54.7
THKJ 4.90 1.97 40.2
2017 THHP 3.30 1.87 56.7
THKK 6.49 4.58 70.6
JUMLAH 14.69 8.42 57.3
THKJ 4.90 2.00 40.8
2018 THHP 3.00 1.68 56.0
THKK 6.48 4.53 69.9
JUMLAH 14.38 8.21 57.1
THKJ 4.57 1.80 39.4
2019 THHP 3.34 1.59 47.6
THKK 6.79 4.64 68.3
JUMLAH 14.7 8.03 54.6
JUMLAH KESELURUHAN 58.67 32.81 55.9
Sumber: Kertas Pembentangan Bajet Tahun dan Laporan THHR Tahun 2016 hingga 2019
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -12-323
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
Analisis Audit seterusnya mendapati pendapatan daripada perkhidmatan
bankuet merupakan penyumbang utama kategori perkhidmatan F&B. Hasil
jualan perkhidmatan bankuet merangkumi jualan pakej kursus/seminar,
jamuan tahunan makan malam/tengahari/hi-tea, pakej perkahwinan,
majlis konvokesyen sekolah dan bufet Ramadan. Perkhidmatan bankuet
terdapat di ketiga-tiga hotel di bawah pengurusan THHR.
Bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018, pendapatan perkhidmatan bankuet
berjumlah RM18.34 juta. Walaupun pendapatan daripada perkhidmatan
bankuet menjadi penyumbang pendapatan terbesar namun jumlah yang
dicatat lebih rendah daripada yang disasarkan iaitu sebanyak 44.6%.
Keadaan ini dipengaruhi oleh penurunan tempahan pakej kursus/seminar
khususnya dari sektor Kerajaan.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020 dan 6 Ogos 2020
Pencapaian yang rendah selama tiga (3) tahun berturut–turut sejak tahun 2016
kerana Lembaga Pengarah THHR telah meletakkan sasaran bajet yang tinggi untuk
dicapai. Sasaran mengambil kira keadaan bangunan hotel, aset hotel dan sekeliling
yang telah lama dengan penyelenggaraan minimum. Pelan strategik baharu yang
lebih realistik dan tertumpu kepada bidang F&B dan sewaan bilik jangka panjang juga
mengambil kira pembangunan semula tapak THKJ dalam tempoh masa (3) tahun lagi.
Pendapat Pencapaian output dari aspek OCC dan pendapatan bagi
Audit tempoh tahun 2016 hingga 2019 adalah tidak cekap. Prestasi
purata OCC bagi tempoh tersebut hanya mencapai antara
37.0% hingga 45.9% berbanding sasaran. Prestasi
pendapatan keseluruhan pula hanya mencapai antara 56.9%
hingga 60.9% daripada sasaran yang ditetapkan.
6.2.2 Pencapaian Outcome
a. Perlembagaan THHR menetapkan objektif penubuhan syarikat adalah untuk
mengurus dan mengendali rangkaian hotel milik TH. Semakan Audit mendapati
THHR tidak menetapkan sebarang pengukuran outcome secara
khusus bagi menilai pencapaian objektif syarikat.
b. Analisis Audit terhadap laman sesawang pelancongan iaitu Agoda.com,
Booking.com dan Trivago.com setakat bulan Februari 2020 mendapati secara
keseluruhannya penarafan yang diberikan adalah baik oleh pelancong iaitu antara
1 -12-424 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
7.1 bintang hingga 8.1 bintang seperti dalam Jadual 9. Namun, kriteria
pemberian penarafan berbeza mengikut laman sesawang tersebut. Penarafan ini
diberi berdasarkan ulasan yang diterima daripada seramai 5,363 pelanggan.
JADUAL 9
PENARAFAN OLEH LAMAN SESAWANG PELANCONGAN
HOTEL AGODA.COM PENARAFAN BILANGAN
BOOKING.COM TRIVAGO.COM ULASAN
THKJ 7.1 7.4 7.3 708
(Sangat Baik) (Baik) (Baik) 3,412
1,243
THHP 7.2 7.1 7.3
(Sangat Baik) (Baik) (Baik)
THKK 8.1 7.9 8.0
(Cemerlang) (Baik) (Sangat Baik)
Sumber: Laman Sesawang Agoda.com, Booking.com dan Trivago.com
c. Berdasarkan penarafan tersebut, perkara yang dinilai antaranya aspek
kebersihan, lokasi, kemudahan yang disediakan, perkhidmatan, kakitangan,
makanan dan value for money. Penarafan tersebut menunjukkan THKK mendapat
penilaian paling tinggi antara 7.9 bintang hingga 8.1 bintang. Manakala THKJ dan
THHP pula mendapat penarafan antara 7.1 bintang hingga 7.4 bintang. Tahap
penilaian yang tinggi bagi THKK disumbangkan oleh usaha menaik taraf THKK
yang memberi kelebihan kepada hotel tersebut berbanding hotel TH yang lain.
Selain itu, THKK telah menerima anugerah dan pengiktirafan daripada agensi
pelancongan seperti Best Guest Experience in Service, Guest Review Award, dan
Loved By Guest Award.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020
EXCO dan pengurusan THHR sedang merangka pengukuran outcome yang khusus,
menyeluruh dan bersesuaian dengan Pelan Strategik Perniagaan bagi memastikan
misi dan objektif syarikat yang baharu tercapai memandangkan prestasi syarikat pada
masa kini terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Pengukuran outcome serta
prestasi akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah bersama Pelan Strategik
Perniagaan baharu.
Pendapat Sambutan terhadap hotel di bawah pengurusan THHR masih
Audit positif berdasarkan penilaian baik yang diterima oleh
ketiga-tiga hotel tersebut secara keseluruhan. Namun,
penetapan sasaran outcome sewajarnya diberi perhatian
untuk mencapai objektif syarikat.
LapLoarapnoraKnetKueatuAauAduitdiNt eNgeagraaraTTaahhuunn22001199 SSiirrii 11 1 1- -2525
T HTHH oHtoetlel& &R eRseisdiednenc eceS Sd dnn. .BBhhdd. .
6.2.3. Pengurusan Fasiliti Premis Hotel
a. Pengurusan fasiliti bagi tiga (3) hotel THHR dinyatakan dalam Perjanjian
Pengurusan Fasiliti yang ditandatangani pada 24 Februari 2014 antara TH dan
THP Sinar Sdn. Bhd. (THPS) dan tamat pada tahun 2016.
b. Pada 15 Ogos 2017, THUB telah dilantik sebagai syarikat pengurusan fasiliti di
tujuh (7) rangkaian hotel TH. THUB merupakan syarikat subsidiari kepada
TH Properties Sdn. Bhd.. Tempoh penyenggaraan adalah selama enam (6) tahun
mulai 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2023. Perjanjian Pengurusan Fasiliti
antara TH dan THUB ditandatangani pada 24 Disember 2018
tanpa melibatkan THHR. Kos kontrak pengurusan fasiliti keseluruhan bagi
tempoh tersebut berdasarkan Surat Setuju Terima berjumlah RM64.42 juta bagi
penggal pertama (4 tahun). Kos ini yang melibatkan THKJ, THHP dan THKK
berjumlah RM20.42 juta bagi penggal yang sama atau sejumlah RM5.11 juta
setahun.
c. Semakan Audit terhadap minit Mesyuarat Lembaga Pengarah bertarikh
27 September 2017 mendapati Lembaga Pengarah THHR tidak bersetuju dengan
pelantikan THUB bagi mengendalikan pengurusan fasiliti hotel TH. Pelantikan ini
bertentangan dengan arahan Lembaga Pengarah THHR kepada pengurusan THHR
untuk melaksanakan sendiri penyenggaraan semua hotel TH. Lembaga Pengarah
THHR berpandangan kos yang dikenakan oleh THUB terlalu tinggi dan kos dapat
dijimatkan sekiranya pengurusan fasiliti dilaksanakan sendiri oleh THHR.
d. Semakan selanjutnya mendapati pihak pengurusan THHR telah memaklumkan
kepada Lembaga Pengarah bahawa pelantikan kontraktor pengurusan fasiliti telah
ditentukan oleh TH. Skop kerja THUB dan THHR ada dinyatakan dengan jelas
dalam Service Level Agreement antara TH dan THUB. Ketiadaan kontrak
penyenggaraan yang melibatkan THHR menyebabkan
pemantauan secara langsung oleh THHR terhadap kerja
penyenggaraan tidak dapat dilaksanakan. Antara skop kerja adalah
penyenggaraan berkaitan bilik penginapan, lantai koridor, sistem lif, sistem
penyaman udara, kawasan lobi, peralatan bangunan dan gimnasium.
e. Lawatan Audit pada bulan Januari 2020 di tiga (3) hotel mendapati terdapat
kerosakan bilik penginapan yang belum diambil tindakan
pembaikan menyebabkan sebanyak 29 bilik di THHP dan 15 bilik
di THKJ tidak boleh digunakan. Masalah ini berlaku disebabkan masalah
1 -12-626 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
penyaman udara, kebocoran paip dan kerosakan siling seperti dalam Gambar 1
hingga Gambar 2. Semasa lawatan Audit juga mendapati keadaan
persekitaran premis tidak kondusif seperti melibatkan ruang lobi dan
stor. Keadaan yang tidak kondusif ini mempengaruhi tahap kebersihan dan
keselamatan persekitaran hotel seperti dalam Gambar 3 hingga Gambar 6.
GAMBAR 1 GAMBAR 2
TH Hotel Penang TH Hotel Penang
- Penyaman Udara Jenis Berpusat - Siling Pecah dan Bilik Air Tidak Boleh Digunakan
yang Tidak Berfungsi (23.01.2020)
(23.01.2020) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) GAMBAR 4
GAMBAR 3
TH Hotel Penang
- Kesan Bocoran di Ruang Lobi Hotel Disebabkan oleh Kerosakan Sistem Saluran Paip Penyaman Udara
(23.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -12-727
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
GAMBAR 5 GAMBAR 6
TH Hotel Penang TH Hotel Kelana Jaya
- Kesan Bocoran di Stor Penyimpanan Barang Kering - Stor yang Tidak Disusun Atur dengan Kemas
Disebabkan oleh Kerosakan Sistem Saluran Paip (30.01.2020)
Penyaman Udara (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(23.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
f. SOP Breakdown Emergency & Corrective Maintenance menyatakan THUB boleh
menerima aduan daripada pihak hotel melalui telefon, e-mel atau secara lisan.
Setiap aduan akan direkodkan dalam Borang Arahan Kerja dan aduan akan diambil
tindakan dalam tempoh waktu ditetapkan. Tindakan yang telah selesai
dilaksanakan akan disahkan oleh pihak hotel.
g. Semakan Audit mendapati pihak THUB ada merekodkan aduan setiap kes
penyenggaraan dalam Borang Arahan Kerja. Bagaimanapun, didapati tiada
salinan dokumen berkaitan penyenggaraan atau pembaikan yang
dilakukan oleh pihak THUB direkod atau disimpan oleh pihak hotel. Perkara ini
berlaku disebabkan ketiadaan pegawai dilantik oleh THHR bagi menyelaras kerja
penyenggaraan dan pembaikan yang dilaksanakan oleh THUB. Ketiadaan pegawai
penyelaras penyenggaraan antara THHR dan THUB menjejaskan penyimpanan
rekod penyenggaraan dan pemantauan keberkesanan kerja penyenggaraan yang
dilaksanakan oleh THUB.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020 dan 6 Ogos 2020
Pelantikan kontraktor bagi pengurusan penyenggaraan dan fasiliti premis hotel
ditentukan oleh TH memandangkan premis hotel tersebut milik TH. Sebagai Kumpulan
TH, THHR sebagai anak syarikat milik penuh TH terlibat dalam aktiviti cross-selling
perkhidmatan yang ditawarkan oleh THUB sebagai penyedia fasiliti aset milik TH yang
akan memberi pulangan secara keseluruhan kepada TH.
Satu perbincangan lanjut antara THHR, THUB dan TH berkenaan isu dan
permasalahan ini akan diadakan selewatnya pada akhir bulan Julai 2020. Mulai
1 April 2020, operasi rangkaian TH Hotel di THHP, THAS, THHT dan THKK telah
diambil alih oleh UJ Property Management Sdn. Bhd. (UJPM). Sebagai pemilik dan
1 -12-828 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
operator hotel, UJPM bertanggungjawab terhadap penyenggaraan bagi empat (4)
rangkaian hotel tersebut. Manakala bagi premis THKJ yang di bawah penyenggaraan
TH, tindakan membaiki kerosakan tersebut dijangka diselesaikan pada bulan
Disember 2020.
Pelan Pengubahsuaian bangunan THKJ sedang dirangka dan dijangka dibentangkan
dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada akhir bulan Ogos. Pelan ini bertujuan
untuk membaikpulih kerosakan yang ada memandangkan tapak THKJ akan
dibangunkan semula dalam jangka masa tiga (3) tahun lagi. Antara Pelan
Pengubahsuaian bangunan THKJ ialah membaikpulih kerosakan di bilik, fasiliti dewan
dan bilik seminar, lanskap hotel dan kawasan awam.
Pendapat Pengurusan fasiliti adalah kurang cekap. Penyenggaraan dan
Audit pembaikan yang tidak dilaksanakan secara berkala
menyebabkan keadaan bilik penginapan dan fasiliti hotel tidak
kondusif. Perkara ini memberi kesan kepada operasi hotel di
samping menjejaskan imej hotel dan daya tarikan kepada
pelanggan.
6.2.4. Pengurusan Promosi dan Pemasaran
a. Strategi promosi dan pemasaran yang dirancang oleh THHR telah dibentangkan
kepada Lembaga Pengarah syarikat setiap tahun melalui cadangan bajet
kewangan modal tahunan. Bahagian yang bertanggungjawab bagi tujuan ini ialah
Bahagian Jualan dan Pemasaran. Objektif strategi pemasaran THHR bertujuan
memperkenal dan mempromosikan pakej yang ditawarkan oleh rangkaian hotel
TH kepada masyarakat tempatan dan luar negara bagi meningkatkan jualan dan
prestasi kewangan syarikat.
b. Semakan Audit terhadap bajet tahunan mendapati antara strategi dan kaedah
pemasaran yang ditetapkan ialah jualan dan promosi, kerjasama dengan
perunding perkahwinan, eco-tourism dan promosi bulan Ramadan. Semakan Audit
juga mendapati setiap hotel melaporkan prestasi masing-masing semasa
Mesyuarat Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah dalam Minit Mesyuarat
Bilangan 1 Tahun 2019 bertarikh 23 Julai 2019 ada menyarankan THHR
menyediakan program untuk menarik lebih ramai pengunjung. Antaranya Loyalty
Program bagi menarik pengunjung lama untuk menginap semula di rangkaian
hotel TH.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -12-929
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
c. Semakan Audit terhadap bajet tempoh tahun 2016 hingga 2019 mendapati
sejumlah RM1.71 juta telah diperuntukkan oleh THHR untuk tujuan promosi dan
pemasaran bagi tiga (3) hotel di bawah pengurusannya. Semakan Audit
mendapati strategi jualan dan pemasaran telah dilaksanakan
melibatkan kos yang kecil berbanding bajet. Semakan lanjut mendapati
jumlah sebenar yang telah dibelanjakan bagi tujuan promosi dan pemasaran
hanya berjumlah RM368,390 (21.5%) seperti dalam Jadual 10.
JADUAL 10
PERBELANJAAN PROGRAM PROMOSI DAN PEMASARAN
BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
TAHUN/HOTEL BAJET JUMLAH PERBELANJAAN (%)
(RM)
SEBENAR 8.8
(RM) 53.6
52.0
THKJ 162,489 14,327 34.5
2016 THHP 96,540 51,788 0.9
8.8
THKK 134,050 69,668 15.2
8.2
JUMLAH 393,079 135,783 17.3
12.3
THKJ 198,353 1,822 45.1
18.8
2017 THHP 336,000 29,428 10.9
87.1
THKK 177,179 26,946 35.8
40.5
JUMLAH 711,532 58,196 21.5
THKJ 36,000 6,241
2018 THHP 238,234 29,419
THKK 60,000 27,067
JUMLAH 334,234 62,727
THKJ 84,000 9,119
2019 THHP 66,000 57,453
THKK 126,000 45,112
JUMLAH 276,000 111,684
JUMLAH KESELURUHAN 1,714,845 368,390
Sumber: Laporan Akaun Pengurusan Akaun Tahun 2016 hingga 2019
d. Berdasarkan penjelasan KPE pada Mesyuarat Lembaga Pengarah
Bilangan 1 Tahun 2017, perkara ini berlaku kerana promosi dan pemasaran yang
kurang agresif dan langkah penjimatan kos pemasaran yang dilaksanakan oleh
pihak pengurusan THHR. Pada 1 Jun 2018 melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah
Bilangan 1 Tahun 2018, Lembaga Pengarah telah dimaklumkan seorang Pengurus
Pemasaran dan Komunikasi telah dilantik pada 23 Mac 2018. Peranan beliau ialah
melaksanakan pelan pemasaran dan promosi untuk meningkatkan prestasi jualan.
Selain itu, semakan Audit juga mendapati THHR turut menggunakan kaedah
pemasaran yang menjimatkan kos melalui media sosial seperti Facebook dan
Instagram.
1 -13-030 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
e. Semakan Audit mendapati ketiga-tiga hotel TH iaitu THKJ, THHP dan THKK telah
membelanjakan sejumlah RM368,390 (21.5%) berbanding bajet iaitu sejumlah
RM1.71 juta bagi melaksanakan program promosi dan pemasaran. Analisis Audit
mendapati perbelanjaan bagi tujuan promosi dan pemasaran tertinggi berjumlah
RM111,684 (40.5%) direkodkan pada tahun 2019. Manakala perbelanjaan jualan
dan pemasaran tahun 2017 pula mencatat perbelanjaan paling rendah berjumlah
RM58,196 (8.2%). Analisis Audit terhadap perbandingan antara hotel mendapati
bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019, THKK merekodkan perbelanjaan tertinggi
sejumlah RM168,793 (33.9%) berbanding hotel yang lain. THHP pula mencatat
perbelanjaan kedua tertinggi sejumlah RM168,088 (22.8%) walaupun jumlah
peruntukan diterima lebih tinggi berbanding hotel yang lain. Perbelanjaan promosi
dan pemasaran paling rendah sejumlah RM31,509 (6.6%) dicatat oleh THKJ
berbanding peruntukan sejumlah RM480,482.
f. Perbelanjaan promosi THKJ paling rendah kerana program promosi dilaksanakan
bersekali dengan perbelanjaan ibu pejabat yang melibatkan kos di peringkat
THHR. Antara program tersebut ialah penyertaan pameran Malaysian Inbound
Tourism Association (MITA) dan Malaysian Association of Tour and Travel Agents
(MATTA) serta pencetakan risalah. Berdasarkan temu bual dengan pegawai THKJ,
kaedah elektronik yang lebih jimat dalam memasarkan perkhidmatan mereka
melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram telah digunakan oleh THKJ.
g. Program promosi dan pemasaran dilaksanakan oleh unit jualan di setiap hotel bagi
meningkatkan lagi pendapatan antaranya promosi jualan (bilik penginapan, bilik
seminar dan F&B), pameran dan promosi bulan Ramadan. THKJ telah
mempromosikan pakej rumah terbuka Aidilfitri di akhbar tempatan, melaksanakan
program tanggungjawab sosial korporat, promosi bufet Ramadan, promosi hari
kemerdekaan, promosi retreat cuti sekolah serta promosi sajian promosi pakej
perkahwinan dan pakej graduasi. THHP telah melaksanakan sebanyak
140 promosi jualan ke jabatan Kerajaan, sekolah, universiti dan syarikat korporat.
Selain itu, sebanyak 21 promosi jualan dan pameran perkahwinan juga telah
diadakan.
h. Semakan Audit terhadap minit Mesyuarat Lembaga Pengarah mendapati
Pengerusi THHR pada tahun 2016 telah mencadangkan jawatan Ketua Pegawai
Operasi diwujudkan. Jawatan ini dicadangkan bagi memastikan peningkatan
jualan melalui aktiviti promosi dan pemasaran kesemua sektor termasuk ke luar
negara. Lembaga Pengarah juga menyarankan kepada pengurusan THHR supaya
lebih inovatif dan agresif dalam mengadakan promosi bagi menarik lebih ramai
pengunjung ke hotel TH.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -13-131
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
i. Agenda strategi pemasaran sentiasa dibangkitkan oleh Lembaga Pengarah
semasa pembentangan oleh KPE. Bagaimanapun, pihak pengurusan THHR
gagal merealisasikan saranan Lembaga Pengarah berkaitan
pemasaran. Lembaga Pengarah berpandangan ketiadaan kerja berpasukan
memberi kesan kepada operasi dalam merancang strategi pemasaran yang
berkesan. Kelemahan pemasaran dan promosi menyebabkan prestasi pendapatan
sebenar THHR tidak mencapai sasaran ditetapkan.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020 dan 6 Ogos 2020
Mulai 1 April 2020, operasi rangkaian TH Hotel di THHP, THAS, THHT dan THKK telah
diambil alih oleh UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM). Sebagai pemilik dan
operator hotel, UJPM bertanggungjawab terhadap aktiviti promosi dan pemasaran
bagi empat (4) rangkaian hotel tersebut. Manakala aktiviti promosi dan pemasaran di
THKJ sedang giat dijalankan bagi menaikkan semula imej syarikat sebagai sebahagian
daripada pelan strategik baharu yang lebih realistik dan tertumpu kepada bidang F&B
dan sewaan bilik jangka panjang. Pelbagai saluran promosi dan pemasaran secara
berterusan digunakan antaranya Facebook, Instagram, kolaborasi bersama agensi
Kerajaan dan Kementerian serta lantikan agen luar yang berkepakaran tinggi dengan
tawaran insentif yang menarik.
Pendapat Pengurusan promosi dan pemasaran yang dilaksanakan
Audit adalah kurang cekap dan berkesan bagi meningkatkan
pendapatan syarikat. Syarikat hanya membelanjakan 21.5%
bajet yang diperuntukkan bagi tujuan promosi dan
pemasaran.
6.2.5. Pemantauan
a. Maklum Balas dan Aduan Pelanggan
i. Pelan Strategi Perniagaan THHR menetapkan kepuasan pelanggan perlu
diambil kira bagi tujuan penambahbaikan dan meningkatkan kualiti
perkhidmatan. Borang maklum balas digunakan sebagai medium bagi
mendapatkan maklum balas pelanggan. Lembaga Pengarah memberi
perhatian terhadap keperluan penyediaan borang maklum balas kepada
pelanggan bagi tujuan kajian kepuasan pelanggan pada mesyuarat bertarikh
15 Februari 2016.
1 -13-232 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .