The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mizan Gme, 2020-08-24 21:16:46

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

tempoh dan menentukan terma pelantikannya. MCCG 2017 amalan 1.3 dan
Green Book perenggan 1.1.3 menyarankan jawatan Pengerusi dan KPE
mestilah disandang oleh individu yang berbeza.

ii. Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp telah dilantik oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia berkuat kuasa 12 September 2019. Semakan Audit
mendapati melalui keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah
bertarikh 4 November 2019, beliau telah diberi peranan untuk
dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif. Pelantikan ini menyebabkan
peranan Pengerusi dan KPE dilaksanakan oleh orang yang sama.

iii. Keadaan ini berlaku disebabkan jawatan KPE masih belum diisi pada
tempoh tersebut manakala kedua-dua Timbalan KPE pula diarahkan bercuti
rehat bermula 5 November 2019 berikutan penglibatan mereka dalam syarikat
Malaysia Expatriate Services Centre Sdn. Bhd. (MYXpats).

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

Pengerusi TalentCorp telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif pada
26 Februari 2020 semasa Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah. Mesyuarat tersebut
juga telah menubuhkan Jawatankuasa Exco Pengurusan yang diketuai oleh Pengarah
Belanjawan Negara merangkap ahli Lembaga Pengarah TalentCorp dan dianggotai
oleh seorang wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan KSM.

Pendapat Pengerusi yang mempunyai kuasa eksekutif boleh

Audit mempengaruhi keberkesanan fungsi Lembaga Pengarah.

Tahap akauntabiliti dan kebebasan adalah penting bagi

memastikan ketelusan dalam membuat keputusan serta

mengelak risiko konflik kepentingan.

b. Lembaga Pengarah

i. MCCG 2017 amalan 4.1 menyarankan sekurang-kurangnya separuh daripada
komposisi Lembaga Pengarah adalah Pengarah berstatus bebas. Berdasarkan
Perlembagaan Syarikat, Lembaga Pengarah TalentCorp hendaklah dianggotai
oleh tidak kurang daripada dua (2) orang dan tidak lebih daripada 15 orang.
TalentCorp boleh mendaftar dengan SSM atas kelulusan YAB Perdana Menteri
untuk menambah atau mengurangkan bilangan tersebut.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -41-111
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

ii. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Februari 2020, Lembaga Pengarah
TalentCorp dianggotai oleh dua (2) orang ahli. Komposisi Lembaga
Pengarah TalentCorp adalah 100% bukan bebas iaitu terdiri
daripada Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas. Manakala seorang lagi Lembaga
Pengarah berstatus bukan bebas dan bukan eksekutif ialah YB Timbalan
Menteri di KDN.

iii. MCCG 2017 amalan 2.1 panduan 2.1 menyatakan Lembaga Pengarah perlu
mempunyai Piagam Lembaga Pengarah yang jelas menyatakan peranan dan
tanggungjawab Lembaga Pengarah, jawatankuasa Lembaga Pengarah, ahli
Lembaga Pengarah secara individu dan pengurusan syarikat serta isu dan
keputusan yang tertakluk kepada Lembaga Pengarah.

iv. Semakan Audit mendapati TalentCorp tidak menyediakan Piagam
Lembaga Pengarah sejak penubuhannya. Ketiadaan Piagam
Lembaga Pengarah mengakibatkan fungsi Lembaga Pengarah tidak jelas dari
segi perwakilan kuasa Pengerusi, kekerapan mesyuarat, perwakilan kuasa
kepada pihak pengurusan dan tugas serta tanggungjawab Lembaga Pengarah
dan jawatankuasa di bawahnya. Semakan Audit juga mendapati mesyuarat
Lembaga Pengarah hanya diadakan sekali dalam tempoh
setahun bagi tahun 2016, 2017 dan 2019 serta tiada
mesyuarat pada tahun 2018.

v. Green Book perenggan 1.4.4 menyarankan Lembaga Pengarah memastikan
ahlinya mempunyai akses kepada program pembelajaran berterusan.
Tujuannya adalah bagi memperkasakan diri dalam pembangunan perniagaan
yang dinamik dan kompleks serta mengekalkan penyertaan yang aktif semasa
mesyuarat. Semakan Audit mendapati TalentCorp tidak menyediakan
sebarang pelan latihan dan peruntukan kepada program
pembelajaran berterusan bagi tahun 2016 hingga bulan Februari 2020.

vi. Pada 23 April 2012, satu (1) memorandum persefahaman (MOU) antara
Kerajaan Malaysia (iaitu KDN) dan TalentCorp berkenaan Penubuhan Joint
Working Committee – Expatriate (JWC-E) telah dibuat. Memorandum ini
diwujudkan untuk menyelaras usaha Kerajaan melalui JWC-E dalam menarik
dan mengekalkan golongan ekspatriat berkemahiran tinggi. Artikel 6
Memorandum tersebut menetapkan mana-mana pihak boleh mengundang
penglibatan pihak ketiga dalam aktiviti bersama, projek dan/atau program
yang dijalankan di bawah MOU ini dengan persetujuan pihak yang satu lagi.

4 4- 1-212 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

vii. Majlis Ekonomi pada 8 Disember 2014 pula antaranya telah memutuskan
TalentCorp menubuhkan Pusat Perkhidmatan Ekspatriat bagi memproses
permohonan individu dengan sokongan kakitangan JIM. Bagaimanapun,
semakan Audit mendapati Lembaga Pengarah pada 23 Februari 2015 telah
memutuskan satu (1) syarikat hendaklah ditubuhkan sebagai subsidiari
TalentCorp untuk menjalankan fungsi ini.

viii. Selain itu, semakan Audit mendapati MYXpats yang merupakan
sebuah syarikat sendirian berhad telah menjalankan fungsi
Pusat Perkhidmatan Ekspatriat tersebut mulai 1 Jun 2015.
Semakan lanjut mendapati MYXpats bukan syarikat subsidiari
milik TalentCorp memandangkan syer syarikat telah dipegang atas nama
individu. Perkara ini bertentangan dengan keputusan yang dibuat
oleh Lembaga Pengarah TalentCorp pada 23 Februari 2015.
Keadaan ini menimbulkan risiko pengendalian data dan maklumat Kerajaan
berkaitan ekspatriat.

ix. Semakan Audit juga mendapati penubuhan MYXpats telah dilaksanakan
melalui perakuan pemerbadanan atas pertukaran nama syarikat.
Bagaimanapun, pertukaran nama telah dibuat pada
9 Februari 2015, iaitu sebelum keputusan Lembaga Pengarah
dibuat.

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

TalentCorp memaklumkan tiga (3) calon ahli Lembaga Pengarah telah dicadangkan
kepada YB Menteri Sumber Manusia melalui KSM dan pelantikan dijangka pada bulan
Ogos 2020. Piagam Lembaga Pengarah disediakan oleh Setiausaha Syarikat bagi
kelulusan Lembaga Pengarah pada bulan September 2020. Setiausaha Syarikat juga
akan menyelaraskan dokumentasi untuk menunjukkan Lembaga Pengarah sentiasa
meningkatkan kapasiti melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli
Lembaga Pengarah dan dijangka selesai pada bulan September 2020.

Syarikat MYXpats telah dipindah milik menjadi syarikat subsidiari TalentCorp pada
27 April 2020. Tindakan pentadbiran terhadap pihak pengurusan terlibat masih belum
dimuktamadkan dan akan dibincangkan bersama pihak KSM.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -41-313
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

Pendapat Komposisi Lembaga Pengarah yang tidak bebas dan ketiadaan
Audit Piagam Lembaga Pengarah menjejaskan tanggungjawab
pengawasan Lembaga Pengarah. Mandat TalentCorp adalah
penting dilaksanakan oleh TalentCorp sendiri atau syarikat
miliknya yang berstatus syarikat Kerajaan bagi menjamin
kerahsiaan dan kepentingan Kerajaan.

c. Standard Operating Procedures

i. Seksyen 246, Akta Syarikat 2016 menyatakan Pengarah bagi sebuah syarikat
awam hendaklah mempunyai suatu sistem kawalan dalaman bagi melindungi
syarikat daripada kerugian dan memastikan semua transaksi yang direkodkan
adalah betul. MKD Handbook perenggan 1.9(c), perenggan 2.2(f), perenggan
3.25 hingga 3.28 menetapkan syarikat hendaklah mempunyai SOP yang
lengkap dan menyeluruh merangkumi urusan kewangan dan aktiviti utama
syarikat yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

ii. Semakan Audit terhadap SOP TalentCorp mendapati sebanyak sembilan (9)
dokumen berkaitan SOP meliputi manual, pekeliling, garis panduan, prosedur
dan arahan kerja telah dikeluarkan berkaitan aktiviti utama serta pengurusan
kewangan syarikat. Kesemua dokumen tersebut telah diluluskan oleh KPE.
Bagaimanapun, didapati SOP tersebut tidak dibentangkan untuk
kelulusan Lembaga Pengarah. Antara kesan SOP tidak mendapat
kelulusan Lembaga Pengarah menyebabkan ia tidak dapat dijadikan dokumen
rujukan rasmi syarikat dan dikuatkuasakan penggunaannya.

iii. Selain itu, semakan Audit mendapati SOP Permohonan REP yang disediakan
tidak lengkap. Kesannya, pemprosesan permohonan REP tidak dipantau dan
mengambil masa yang lama seperti dibangkitkan dalam perenggan 6.2.6.

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

TalentCorp akan mengemas kini dan membentangkan SOP untuk kelulusan Lembaga
Pengarah pada bulan September 2020.

Pendapat SOP yang tidak merangkumi proses, prosedur dan polisi yang
Audit lengkap dan menyeluruh terhadap aspek pemantauan dan
kajian keberkesanan aktiviti utamanya memberi kesan kepada
operasi syarikat.

4 4- 1-414 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaararaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

d. Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam

i. MCCG 2017 hasil yang disasarkan 8.0 dan Green Book perenggan 1.2.1
menyarankan Lembaga Pengarah mewujudkan Jawatankuasa Audit (JKA).
JKA bertanggungjawab menilai dan memberi syor terhadap kualiti kawalan
dalaman operasi syarikat kepada Lembaga Pengarah untuk meningkatkan
integriti, akauntabiliti dan ketelusan syarikat. Semakan Audit mendapati
TalentCorp tidak mewujudkan JKA sejak penubuhan syarikat
pada tahun 2011.

ii. MCCG 2017 panduan 10.1 menyatakan Audit Dalam hendaklah melaksanakan
pengauditan bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan proses
pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus serta menyarankan
penambahbaikan yang dapat membantu nilai tambah aktiviti syarikat.
Semakan Audit mendapati TalentCorp tidak mewujudkan Audit Dalam
sejak penubuhannya. Ketiadaan fungsi Audit Dalam menyebabkan tiada
penilaian dibuat terhadap kawalan dalaman syarikat. Risiko terhadap
pengurusan kewangan dan pelaksanaan aktiviti syarikat juga tidak dapat
dikenal pasti seperti isu penubuhan syarikat MYXpats yang dibangkitkan
dalam perenggan 6.1.4.b.

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

TalentCorp akan mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam
kepada Lembaga Pengarah pada bulan September 2020.

Pendapat Ketiadaan Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam menyebabkan

Audit kawalan dalaman operasi syarikat tidak dinilai dan kelemahan

tidak dapat dikesan.

e. Pengurusan Kewangan

i. MKD Handbook perenggan 3.18 dan 3.20 menyatakan Lembaga Pengarah
perlu memastikan syarikat mempunyai polisi pembayaran bonus kepada
kakitangan dan memperakukan cadangan bonus tahunan untuk
pertimbangan dan kelulusan kementerian. Bagi syarikat yang tidak menjana
keuntungan, cadangan pembayaran bonus boleh diperakukan oleh Lembaga
Pengarah sebelum dikemukakan kepada kementerian untuk pertimbangan
dan kelulusan dengan mengambil kira pencapaian KPI tahunan syarikat.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -41-515
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

ii. Semakan Audit mendapati keputusan pembayaran bonus dan kenaikan gaji
bagi tahun 2016 dan 2017 telah dibincangkan dan dipersetujui dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah. Bagaimanapun, kelulusan bagi tahun
2018 hanya dibuat berdasarkan memorandum yang diluluskan
oleh YB Menteri Sumber Manusia. Jumlah bonus dan kenaikan gaji
yang dibayar bagi tahun 2016 hingga 2018 berjumlah RM1.76 juta seperti
dalam Jadual 3.

JADUAL 3
PEMBAYARAN BONUS DAN KENAIKAN GAJI BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2018

TAHUN 2016 (RM) 2017 (RM) 2018 (RM) JUMLAH (RM)

Bonus 917,627 400,250 249,485 1,567,362

Bonus Raya 47,000 TB TB 47,000

Kenaikan Gaji 41,571 85,852 17,254 144,677

JUMLAH 1,006,198 486,102 266,739 1,759,039

Sumber: Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, TalentCorp
Nota: TB – Tidak Berkenaan

iii. Pihak Audit selanjutnya mendapati sumber pendapatan TalentCorp adalah
daripada geran pembangunan dan geran mengurus sahaja. Bagi tahun 2016
hingga 2018, TalentCorp telah membuat pembayaran kenaikan gaji
dan bonus kakitangan menggunakan wang geran mengurus
sedangkan geran mengurus pada setiap akhir tahun tersebut
berbaki negatif. Selain itu, pencapaian KPI TalentCorp adalah tidak cekap
bagi tempoh yang sama seperti dibangkitkan dalam perenggan 6.2.1.

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

Secara amnya, hasrat dan mandat utama TalentCorp semasa penubuhan adalah
untuk menjalankan fungsi Kerajaan dalam pengurusan bakat negara. Justeru,
pengoperasian TalentCorp bergantung kepada peruntukan Kerajaan. Sehubungan itu,
tidak mustahil bonus dibayar menggunakan sebahagian geran. Bagaimanapun,
kelulusan bonus tahun 2018 telah diratifikasi dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah
pada 4 November 2019.

Pendapat Pembayaran bonus sebelum kelulusan Lembaga Pengarah dan
Audit tanpa mengambil kira kedudukan kewangan syarikat adalah
tindakan tidak berhemat. Pencapaian KPI tahunan syarikat
sepatutnya diambil kira sebelum menetapkan pembayaran
bonus.

4 4- 1-616 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaararaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTlea nl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

6.2. Pengurusan Aktiviti

6.2.1. Pencapaian Output TalentCorp

a. Berdasarkan Talent Roadmap 2020, tiga (3) teras strategik TalentCorp telah
ditetapkan iaitu menarik dan mengoptimumkan bakat Malaysia; memudah cara
bakat antarabangsa; dan membina rangkaian bakat terkemuka. Selaras dengan
teras ini, TalentCorp telah mewujudkan 11 program dalam tempoh tahun 2011
hingga 2017.

b. Matriks pengukuran prestasi program tersebut ditetapkan antaranya berdasarkan
bilangan kelulusan, bilangan pelajar, bilangan organisasi dan peratusan.
Berdasarkan matriks tersebut, semakan Audit mendapati pada tahun 2016,
TalentCorp telah mencapai tujuh (7) KPI tahunan (70%). Namun, trend
pencapaian KPI tahunan menurun setiap tahun iaitu enam (6) KPI (54.5%) pada
tahun 2017, empat (4) KPI (36.4%) pada tahun 2018 dan satu (1) KPI (9.1%)
pada tahun 2019.

c. Analisis keseluruhan untuk empat (4) tahun pula mendapati sebanyak
15 (34.9%) daripada keseluruhan 43 KPI1 tahun 2016 hingga
2019 tidak mencapai sasarannya. Di samping itu, pencapaian
tidak dapat ditentukan terhadap 10 KPI (23.2%) bagi tempoh
empat (4) tahun tersebut kerana sasaran tidak ditetapkan. Hanya
18 (41.9%) daripada keseluruhan 43 KPI telah mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pencapaian KPI sebenar berbanding sasaran bagi tahun 2016 hingga 2019 adalah
seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA SEBENAR
BERBANDING SASARAN BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

2016 (KPI) 2017 (KPI) 2018 (KPI) 2019 (KPI) PURATA

BIL. PROGRAM S P%S P%S P%S P%S P%

1. REP 800 398 49.8 400 272 68.0 400 309 77.3 1,000 276 27.6 650 314 48.3
(Bilangan)

2. STAR 1,200 1,217 101.4 1,200 1,206 100.5 1,200 856 71.3 1,000 571 57.1 1,150 963 83.7
(Bilangan)

3. CCP 150 168 112.0 100 206 206.0 300 200 66.7 1,000 996 99.6 388 393 101.3
(Bilangan)

4. WLP 30 32 106.7 40 40 100.0 50 57 114.0 1,000 460 46.0 280 147 52.5
(Bilangan)

5. COL 100 100 100.0 100 100 100.0 100 100 100.0 100 100 100.0 100 100 100.0
(%)

6. NEXT 7,000 5,885 84.1 8,000 7,998 100.0 8,000 51,736 646.7 TB 67,869 TB 7,667 33,372 435.3
(Bilangan)

1 Keseluruhan 43 KPI dikira berasaskan 10 KPI tahun 2016 dan masing-masing 11 KPI bagi tahun 2017 hingga 2019.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -41-717
T a l e n tTaCleonr pt oCroartpi oonratMioanl a My sailaayBseiar hBaedrhad

BIL. PROGRAM 2016 (KPI) 2017 (KPI) 2018 (KPI) 2019 (KPI) PURATA
S P% S P% S P% S P% S P%

7. SIP 15,000 16,452 109.7 TM TM TM TM TM TM 10,000 1,212 12.1 12,500 8,832 70.7
(Bilangan) 65 68 104.6 60 55 91.7 60 14 23.3 50 28 56.0 59 41 69.5

8. MAI 1,200 1,234 102.8
(Bilangan)

Expatriates/

9. RP-T 900 1,049 116.6 1,000 1,009 100.9 1,000 719 71.9 1,025 1,003 97.8

(Bilangan)

10. KNOWMADS * TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM

Perkongsian TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM TM
11. dengan

Industri

JUMLAH KPI 10 KPI 11 KPI 11 KPI 11 KPI 43 KPI

KPI TERCAPAI 7 KPI (70%) 6 KPI (54.5%) 4 KPI (36.4%) 1 KPI (9.1%) 18 KPI 41.9%

KPI TIDAK 2 KPI (20%) 2 KPI (18.2%) 4 KPI (36.4%) 7 KPI (63.6%) 15 KPI 34.9%
TERCAPAI

KPI TIDAK 1 KPI (10%) 3 KPI (27.3%) 3 KPI (27.2%) 3 KPI (27.3%) 10 KPI 23.2%
DITETAPKAN

Sumber: Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2015 Hingga 2019

Nota: (*) - Program KNOWMADS Mula Dilaksanakan Pada Tahun 2017

S - Sasaran P - Pencapaian TB - Tidak Berkenaan TM - Tiada Maklumat

d. Analisis selanjutnya mengikut tahun mendapati tujuh (7) KPI yang dicapai pada
tahun 2016 ialah STAR, CCP, WLP, COL, SIP, MAI dan RP-T. Namun, menurun
kepada enam (6) KPI dicapai pada tahun 2017 iaitu STAR, CCP, WLP, COL, NEXT
dan RP-T. Manakala pada tahun 2018, hanya empat (4) KPI dicapai iaitu WLP,
COL, NEXT dan RP-T. Seterusnya pada tahun 2019, hanya program COL mencapai
sasaran KPI yang ditetapkan.

e. Seterusnya berdasarkan Jadual 4, analisis Audit mendapati purata
pencapaian sasaran keseluruhan mengikut program adalah
antara 48.3% hingga 435.3% bagi tempoh tahun 2016 hingga
2019. Enam (6) program iaitu REP, STAR, WLP, SIP, MAI dan
RP-T tidak mencapai sasaran yang ditetapkan antara 48.3%
hingga 97.8%. Pencapaian terhadap program KNOWMADS dan Perkongsian
dengan Industri pula tidak dapat ditentukan kerana sasaran tidak ditetapkan.
Hanya tiga (3) program iaitu CCP, COL dan NEXT telah mencapai sasaran yang
ditetapkan antara 100% hingga 435.3%.

f. Semakan Audit selanjutnya terhadap Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah ke-6
(Bilangan 1/2016) dan ke-7 (Bilangan 1/2017) mendapati sebab kegagalan
pencapaian KPI tidak pernah dibincangkan atau dilaporkan dalam Mesyuarat
Lembaga Pengarah. Selain itu, kekosongan jawatan KPE sejak bulan Jun 2018
hingga Februari 2020 (tempoh 21 bulan) dan mesyuarat Lembaga Pengarah yang
tidak diadakan pada tahun 2018 telah menjejaskan pemantauan pencapaian KPI
TalentCorp pada tahun 2018 dan 2019.

4 4- 1-818 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

KPI program CCP tidak dapat dicapai kerana kekurangan sambutan oleh pihak
majikan akibat kelewatan mewartakan insentif pengecualian cukai yang diumumkan
pada tahun 2017. KPI program STAR bagi tahun 2018 dan 2019 tidak dicapai
disebabkan oleh perubahan penetapan dasar mengenai pematuhan bon ikatan
perjanjian oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) daripada pemberian
biasiswa penuh kepada pemberian pinjaman boleh ubah.

Selain itu, KPI tidak ditetapkan bagi program KNOWMADS dan Perkongsian dengan
Industri kerana merupakan aktiviti menyokong dan menyumbang kepada pencapaian
program lain. KPI program NEXT tahun 2019 tidak dibuat memandangkan due
diligence sedang dilaksanakan pada tahun 2019 sebelum keputusan mengenai hala
tuju inisiatif ini dibuat.

Pendapat Pencapaian sasaran/KPI oleh TalentCorp bagi tempoh tahun

Audit 2016 hingga 2019 secara keseluruhannya adalah tidak cekap.

6.2.2. Pencapaian Output Returning Expert Programme

a. Sasaran Bilangan Permohonan/Kepulangan Pakar

i. Mesyuarat Jawatankuasa REP Bilangan 1 dan 2/2017 bertarikh
24 Februari 2017 telah memutuskan perubahan matriks ukuran prestasi KPI
REP bermula tahun 2017. Matriks ukuran prestasi KPI REP telah diubah
daripada bilangan REP yang diluluskan kepada bilangan pakar yang pulang.
Pakar yang pulang merupakan rakyat Malaysia yang memohon REP dan
diluluskan serta telah menuntut Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK).

ii. Berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2015 Hingga 2019 dan
Laporan Annual Review Tahun 2017 dan 2018, didapati TalentCorp tidak
mencapai KPI bilangan permohonan yang diluluskan bagi
tahun 2016 dan KPI kepulangan pakar yang menuntut SATK
bagi tahun 2017 hingga 2019. Pencapaian KPI REP pada tahun 2019
pula menunjukkan penurunan ketara iaitu hanya 27.6% berbanding 77.3%
pada tahun 2018 kerana sasaran yang lebih tinggi (150%) telah ditetapkan.
Pencapaian KPI REP bagi tahun 2016 hingga 2019 adalah seperti dalam
Jadual 5.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -41-919
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

JADUAL 5
PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA
RETURNING EXPERT PROGRAMME BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

TAHUN 2016 2017 2018 2019

Sasaran (Bilangan) 800 400 400 1,000
TB TB
Pencapaian Permohonan 398 TB
Diluluskan (Bilangan) 49.8 309 276
77.3 27.6
Pencapaian (%)

Pencapaian Kepulangan TB 272
Pakar (Bilangan) 68.0

Pencapaian (%)

Sumber: Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2015 Hingga 2019
Laporan Annual Review Tahun 2017 dan 2018

Nota: TB - Tidak Berkenaan

iii. Trend penurunan bilangan pakar yang pulang adalah selaras dengan hasil
kajian oleh Agensi Pekerjaan Hays (Malaysia) Sdn. Bhd. pada tahun 2019.
Kajian tersebut mendapati antara cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia
dalam pasaran pekerjaan di Malaysia apabila pulang ke negara adalah gaji
yang tidak sesuai (45%), ketidakbiasaan dengan pasaran pekerjaan tempatan
(42%) dan peluang pekerjaan yang tidak sesuai (42%). Butiran lanjut adalah
seperti dalam Rajah 1.

RAJAH 1
CABARAN DIHADAPI RAKYAT MALAYSIA YANG PULANG KE NEGARA

Ketidaksesuaian Gaji
Ketidakbiasaan Pasaran Pekerjaan Tempatan

Ketidaksesuaian Peluang Pekerjaan

Sumber: The 2019 Hays Asia Overseas Returnees Report

b. Padanan Penempatan Pakar

i. Berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah ke-5 (Bilangan 1/2015)
bertarikh 23 Februari 2015, satu (1) kerangka bagi memudah cara
kepulangan pakar Malaysia telah diluluskan di bawah Pelan Perniagaan tahun
2015. Kerangka ini diwujudkan bertujuan memadankan pakar kepada majikan
sehingga berakhir dengan mendapat tawaran pekerjaan.

ii. Di samping itu, The World Bank melalui Laporan Improving the Effectiveness
of TalentCorp’s Initiatives – Assessment of Returning Expert Programme
& Residence Pass-Talent yang diterbitkan pada bulan Jun 2015 juga
mengesyorkan TalentCorp untuk memadankan pakar kepada tawaran
pekerjaan di Malaysia. Hal ini kerana REP adalah lebih berkesan bagi pakar
yang telah mendapat pekerjaan dalam Malaysia semasa permohonan dibuat.

4 4- 2-020 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

iii. Sehubungan itu, TalentCorp telah menetapkan sasaran sebanyak
100 penempatan dalam memadankan pakar kepada tawaran pekerjaan.
Bagaimanapun, pencapaian padanan penempatan pakar hanya
berjaya mencatatkan sembilan (9) daripada 100 penempatan
(9%) yang disasarkan bagi tahun 2016. Pencapaian padanan
penempatan pakar bagi tahun 2017 dan seterusnya tidak
dapat ditentukan. Berdasarkan Laporan Annual Review 2017 dan 2018
pula, didapati TalentCorp gagal melaporkan pencapaian dan
status/kedudukan inisiatif baharu ini. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 6.

JADUAL 6
PENCAPAIAN PADANAN PENEMPATAN PAKAR KEPADA

TAWARAN PEKERJAAN BAGI TAHUN 2016 DAN 2017

TAHUN 2016 2017

Sasaran (Padanan Penempatan) 100 50

Pencapaian (Padanan Penempatan) 9 Tiada maklumat

Pencapaian (%) 9 Tiada maklumat

Sumber: Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah ke-6 (Bilangan 1/2016) dan ke-7 (Bilangan 1/2017)

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

Trend penurunan pencapaian KPI terutamanya pada tahun 2019 adalah disebabkan
usaha Lembaga Pengarah baharu yang tertumpu pada urusan tadbir urus di samping
pelaksanaan penjajaran mandat baharu KSM. TalentCorp sedang dalam perbincangan
untuk menambah baik pengurusan REP secara keseluruhan. Cadangan
penambahbaikan akan dikemukakan kepada Lembaga Pengarah pada
bulan September 2020.

Pendapat Pencapaian output REP oleh TalentCorp adalah tidak berkesan.

Audit KPI bilangan permohonan yang diluluskan dan kepulangan

pakar mencatatkan pencapaian pada kadar 27.6% hingga

77.3% bagi tahun 2016 hingga 2019. Pencapaian padanan

penempatan pakar bagi tahun 2016 tidak berkesan kerana

TalentCorp hanya berjaya mencatatkan 9% padanan

penempatan dan bagi tahun seterusnya tidak dapat

ditentukan. Namun, inisiatif TalentCorp memadankan pakar

yang diperlukan oleh Malaysia dengan tawaran pekerjaan

adalah baik dan wajar diteruskan.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -42-121
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

6.2.3. Pencapaian Outcome TalentCorp

a. Talent Roadmap 2020 telah menetapkan matlamat menjadikan Malaysia hab
pakar global menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, aspirasi TalentCorp adalah
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pakar global 20 teratas dalam senarai
Global Talent Competitiveness Index (GTCI) menjelang tahun 2020.

b. Berdasarkan Laporan GTCI Tahun 2019, tujuan GTCI adalah untuk menyediakan
instrumen kuantitatif bagi Kerajaan, perniagaan dan pelbagai pihak utama yang
berkepentingan (stakeholders). Instrumen ini seterusnya memaklumkan
keputusan (sebagai pelabur, majikan, pekerja atau pencari kerja) serta membantu
pihak tersebut untuk mereka dan melaksanakan polisi yang lebih berkesan dalam
sektor seperti pendidikan, penggajian dan imigrasi.

c. Semakan Audit terhadap Laporan GTCI Tahun 2013 hingga 2020 mendapati
Malaysia merekodkan trend kedudukan yang bertambah baik bagi tempoh tahun
2013 hingga 2018 dari kedudukan ke-37 kepada ke-27. Malaysia mengekalkan
kedudukan ke-27 pada tahun 2019 dan meningkat kepada kedudukan ke-26 pada
tahun 2020.

d. Di samping itu, Laporan GTCI Tahun 2019 dan 2020 menyatakan Malaysia
merupakan satu-satunya negara bukan berpendapatan tinggi yang disenaraikan
sebagai negara prestasi tinggi (top-performing country). Namun, aspirasi
TalentCorp untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pakar
global 20 teratas dalam senarai GTCI menjelang tahun 2020
didapati tidak tercapai. Hal ini disebabkan TalentCorp tidak menetapkan

sasaran tahunan bagi mencapai outcome yang ditetapkan

menjelang tahun 2020. Selain itu, semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat
Lembaga Pengarah mendapati agenda berkaitan aspirasi TalentCorp tidak pernah
dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah. Keadaan ini mengakibatkan
program yang dilaksanakan oleh pengurusan TalentCorp tidak menjurus kepada
pencapaian aspirasi tersebut.

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

Pencapaian GTCI adalah hasil usaha pelbagai pihak merentasi kementerian dan
agensi. TalentCorp memberi fokus kepada pelaksanaan program intervensi bakat
yang tidak dilaksanakan oleh pihak lain bagi mengurangkan jurang pencapaian GTCI
sama ada secara langsung atau tidak langsung. TalentCorp akan menyelaraskan

4 4- 2-222 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

penetapan KPI berasaskan GTCI di samping menyelaraskan pelaksanaan kajian impak
bagi setiap inisiatif berdasarkan petunjuk GTCI.

Pendapat Aspirasi TalentCorp tidak tercapai. Namun, prestasi

Audit kedudukan Malaysia dalam senarai GTCI bagi tahun 2013

hingga 2020 menunjukkan kedudukan Malaysia yang positif

dalam konteks persaingan antarabangsa. Kelebihan ini

menunjukkan Malaysia berdaya saing untuk menjadi destinasi

pakar, menarik pakar yang diperlukan dan mengekalkan pakar

berkenaan yang menyumbang kepada pertumbuhan negara.

6.2.4. Pencapaian Outcome Returning Expert Programme

Berdasarkan kertas pembentangan penubuhan TalentCorp dan Minit Mesyuarat Majlis
Ekonomi Bilangan 28/2010 bertarikh 26 Oktober 2010, objektif penubuhan TalentCorp
ialah menarik, memupuk dan mengekalkan pakar yang diperlukan untuk menjadikan
Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, antara mandat
TalentCorp ialah untuk memudah cara kepulangan rakyat Malaysia yang berstatus
pakar dan tinggal di luar negara.

a. Pendapatan Negara Kasar

i. Berdasarkan Talent Roadmap 2020, REP diperkenalkan untuk memudah cara
kepulangan pakar Malaysia supaya mewujudkan tenaga kerja bertaraf dunia
dalam Malaysia, terutamanya dalam konteks Economic Transformation
Programme (ETP). ETP merupakan usaha komprehensif untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. Berdasarkan Laporan ETP yang dikeluarkan oleh Performance
Management and Delivery Unit (PEMANDU), ETP akan meningkatkan
Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita daripada RM23,700 pada
tahun 2009 kepada melebihi RM48,000 pada tahun 2020.

ii. Semakan Audit mendapati TalentCorp tidak menetapkan sebarang
mekanisme penilaian outcome REP dalam konteks GNI. Oleh itu,
tiada matriks ukuran pencapaian outcome ditetapkan yang menjurus kepada
sumbangan ETP dan GNI negara. Sehubungan itu, keberkesanan REP
tidak dapat dinilai dan sumbangan REP kepada GNI tidak
dapat ditentukan.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -42-323
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

iii. Walaupun sumbangan kepada negara oleh pakar Malaysia yang pulang dalam
konteks GNI tidak dapat ditentukan, namun pihak Audit telah membuat
analisis untuk menilai sumbangan peserta REP kepada pendapatan negara.
Analisis ini dibuat memandangkan sekiranya peserta REP tidak pulang
ke Malaysia, mereka masih bekerja di luar negara dan tidak membayar cukai
kepada negara. Oleh itu, pengiraan sumbangan dibuat berdasarkan cukai
yang dibayar pada kadar 15% bagi tempoh lima (5) tahun dengan mengambil
kira enam (6) perkara seperti berikut:

 peserta REP menuntut cukai insentif pada tahun kepulangan;

 purata gaji tahunan peserta REP digunakan untuk analisis;

 gaji dalam data REP adalah muktamad dan tidak berubah untuk tempoh
lima (5) tahun;

 pengecualian duti/cukai kenderaan maksimum RM150,000 dituntut oleh
setiap peserta REP;

 peserta REP terus bekerja di syarikat yang sama dalam Malaysia dan
mengemukakan borang taksiran secara berterusan lima (5) tahun; dan

 kos fiskal dan faedah lain tidak diambil kira.

iv. Berdasarkan enam (6) perkara tersebut, analisis Audit terhadap peserta REP
yang menuntut SATK bagi tahun 2016 hingga 2019 menunjukkan sumbangan
peserta REP dianggarkan berjumlah RM93.91 juta bagi tempoh lima (5) tahun
kepada pendapatan negara. Analisis ini menunjukkan kepulangan pakar
Malaysia memberi sumbangan yang positif kepada negara. Butirannya adalah
seperti dalam Jadual 7.

4 4- 2-424 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

JADUAL 7
SUMBANGAN PESERTA RETURNING EXPERT PROGRAMME

KEPADA PENDAPATAN NEGARA BAGI TAHUN TAKSIRAN 2016 HINGGA 2019

TAHUN BILANGAN PURATA GAJI CUKAI 15% JUMLAH PENGECUALIAN SUMBANGAN
PESERTA TAHUNAN UNTUK CUKAI DUTI/CUKAI BERSIH
SETIAP 5 TAHUN DIBAYAR KENDERAAN
REP PESERTA1 (RM) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
(RM)

(a) (b) (c)=(b)*15%*5 (d)=(c)*(a) (e)=150,000*(a) (f)=(d)-(e)

2016 112 343,885 257,914 28.89 16.80 12.09

2017 272 353,742 265,307 72.16 40.80 31.36

2018 309 313,886 235,415 72.74 46.35 26.39

2019 276 316,287 237,215 65.47 41.40 24.07

JUMLAH 969 995,851 239.26 145.35 93.91

Sumber: Analisis Jabatan Audit Negara
Nota: (1) Maklumat Purata Gaji Tahunan Setiap Peserta Diperoleh Daripada TalentCorp

b. Kepuasan Peserta Returning Expert Programme

i. Bagi menilai kepuasan peserta REP terhadap aktiviti mudah cara yang
dilaksanakan oleh TalentCorp, pihak Audit mengedarkan borang soal selidik
kepada 375 peserta REP yang menerima SATK dalam tempoh tahun 2016
hingga 2019. Analisis Audit terhadap maklum balas daripada 142 peserta REP
menunjukkan seramai 37 peserta (26.1%) berpendapat TalentCorp sangat
membantu mereka pulang ke Malaysia dengan lebih mudah. Seramai
59 peserta (41.5%) pula berpendapat TalentCorp telah membantu mereka
pulang ke Malaysia dengan lebih mudah. Butirannya adalah seperti
dalam Jadual 8.

JADUAL 8
TAHAP KEPUASAN PESERTA TERHADAP
AKTIVITI MUDAH CARA KEPULANGAN KE MALAYSIA

SKALA KEPUASAN PESERTA BILANGAN PESERTA PERATUS (%)

Sangat Membantu 37 26.1

Membantu 59 41.5

Agak Membantu 28 19.7

Tidak Begitu Membantu 11 7.8

Langsung Tidak Membantu 7 4.9

JUMLAH 142 100.0
Sumber: Analisis Borang Soal Selidik, Jabatan Audit Negara

ii. Maklum balas peserta REP adalah selaras dengan Laporan Improving the
Effectiveness of TalentCorp’s Initiatives - Assessment of Returning Expert
Programme & Residence Pass-Talent oleh The World Bank pada bulan Jun
2015. Laporan ini menyatakan REP berkesan dalam menarik kepulangan
rakyat Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan, tetapi lebih berkesan
bagi pakar yang telah mendapat pekerjaan dalam Malaysia semasa

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -42-525
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

permohonan dibuat. Laporan tersebut juga menunjukkan dari segi kewangan,
faedah fiskal bersih dianggarkan berjumlah RM27,000 bagi seorang peserta
REP yang pulang ke Malaysia.

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

Antara cadangan penambahbaikan yang telah dikenal pasti dan akan dibentangkan
kepada Lembaga Pengarah pada bulan September 2020 termasuk:

 laporan yang lebih sistematik berkaitan jumlah sumbangan peserta REP yang
telah pulang ke Malaysia daripada agensi berkaitan;

 kaji selidik tahap kepuasan peserta REP secara berkala; dan

 menilai pakej insentif secara berterusan mengikut trend semasa dan perubahan
ekonomi dari semasa ke semasa.

Pendapat Walaupun TalentCorp tidak menilai pencapaian outcome REP

Audit daripada aspek sumbangan kepada GNI, analisis Audit

menunjukkan kepulangan pakar Malaysia membawa impak

yang positif daripada aspek pendapatan kepada negara. Selain

itu, aktiviti mudah cara TalentCorp juga membantu

kepulangan pakar ke Malaysia.

6.2.5. Prestasi Penggunaan Geran

a. Penggunaan Keseluruhan

i. Sejak penubuhannya hingga bulan Disember 2019, TalentCorp menerima
geran berjumlah RM492.42 juta terdiri daripada geran pembangunan
berjumlah RM367.57 juta dan geran mengurus berjumlah RM124.85 juta.
Sehingga bulan Disember 2019, geran pembangunan berjumlah
RM260.13 juta (70.8%) dan geran mengurus berjumlah RM148.07 juta
(118.6%) telah dibelanjakan. Maklumat terperinci mengenai terimaan dan
perbelanjaan geran pembangunan serta geran mengurus mengikut tahun
adalah seperti dalam Jadual 9.

4 4- 2-626 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaararaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

JADUAL 9

TERIMAAN DAN PERBELANJAAN GERAN PEMBANGUNAN

DAN GERAN MENGURUS BAGI TAHUN 2011 HINGGA 2019

TERIMAAN PERBELANJAAN BAKI TERKUMPUL

TAHUN (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

DE OE DE OE DE OE

2011 55.17 30.00 32.95 7.19 22.22 22.81

2012 103.69 20.00 32.73 14.88 93.18 27.93

2013 80.29 15.00 70.68 21.40 102.79 21.53

2014 49.71 18.00 42.04 25.65 110.46 13.88

2015 42.41 10.00 33.85 23.75 119.02 0.13

2016 27.30 8.95 24.79 18.70 121.53 (9.62)

2017 5.50 12.40 17.59 17.26 109.44 (14.48)

2018 2.50 10.50 4.10 13.12 107.84 (17.10)

2019 1.00 - 1.40 6.12 107.44 (23.22)

JUMLAH 367.57 124.85 260.13 148.07

Sumber: Bahagian Kewangan, TalentCorp
Nota: DE – Geran Pembangunan; OE – Geran Mengurus

ii. Semakan Audit mendapati TalentCorp tidak mengasingkan
perbelanjaan geran pembangunan dan geran mengurus
mengikut program. Hal ini disebabkan geran pembangunan diberikan
secara sekaligus dan TalentCorp mengakaunkan perbelanjaan mengikut jenis
perbelanjaan dan bukannya jenis program. Kesannya, perbelanjaan bagi
setiap program (termasuk REP) tidak dapat dikenal pasti.

iii. Semakan selanjutnya mendapati antara aktiviti utama yang menyokong
kepada REP adalah aktiviti outreach. Aktiviti ini akan menemukan pasukan
REP dengan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara untuk
mempromosikan REP.

b. Penggunaan Geran untuk Promosi

i. Berdasarkan Talent Roadmap 2020, aktiviti outreach menyasarkan rakyat
Malaysia yang tinggal di luar negara dengan dua (2) objektif. Objektif pertama
adalah untuk meningkatkan kesedaran peluang pekerjaan dalam Malaysia
manakala objektif kedua adalah untuk mempromosi peluang kolaborasi dan
sumbangan sementara rakyat Malaysia berada di luar negara.

ii. Semakan Audit mendapati peruntukan berjumlah RM1.17 juta telah
dibelanjakan untuk melaksanakan 18 aktiviti outreach bagi tahun 2016 hingga
2019. Antara program yang terlibat dengan aktiviti outreach adalah REP,
STAR, NEXT, MAI dan Perkongsian dengan Industri. Aktiviti outreach telah

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -42-727
T a l e n tTaCleonr pt oCroartpi oonratMioanl a My sailaayBseiar hBaedrhad

dilaksanakan di negara seperti United Kingdom, Australia, Indonesia, China,
India, Perancis, Kanada dan Rusia.

iii. Semakan Audit selanjutnya terhadap 18 aktiviti outreach mendapati 11 aktiviti
outreach yang melibatkan REP telah dilaksanakan dengan perbelanjaan
berjumlah RM1.01 juta (86.3%). Namun, sasaran bilangan peserta

REP tidak ditetapkan bagi setiap sesi aktiviti outreach REP. Hal

ini menyebabkan analisis kos faedah promosi tidak dapat diukur.

iv. Berdasarkan maklum balas borang soal selidik daripada 142 peserta REP yang
menuntut SATK bagi tahun 2016 hingga 2019 mendapati hanya tujuh (7)

peserta (4.9%) mengenali REP melalui aktiviti outreach.

Seramai 122 peserta (85.9%) pula mengenali REP melalui kawan/saudara-
mara, laman web dan peserta REP. Maklum balas ini menunjukkan aktiviti
outreach kurang berkesan dalam memperkenalkan REP berbanding
perbelanjaan berjumlah RM1.01 juta. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 10.

JADUAL 10
MAKLUM BALAS PESERTA MENGENALI RETURNING EXPERT PROGRAMME

CARA MENGENALI RETURNING EXPERT PROGRAMME BILANGAN PESERTA PERATUS (%)

Kawan/Saudara-mara 58 40.9

Laman Web TalentCorp 42 29.6

Peserta REP 22 15.5

Surat Khabar/Majalah 8 5.6

Aktiviti Outreach 7 4.9

Pameran Kerjaya 1 0.7

Lain-lain 4 2.8

JUMLAH 142 100.0
Sumber: Analisis Borang Soal Selidik, Jabatan Audit Negara

v. Semakan Audit juga mendapati pelaksanaan aktiviti outreach tidak
menjurus kepada empat (4) negara utama yang mempunyai
bilangan rakyat Malaysia yang ramai seperti yang dilaporkan oleh

The World Bank melalui The Heat Maps dalam Laporan Improving the
Effectiveness of TalentCorp’s Initiatives – Assessment of Returning Expert
Programme & Residence Pass-Talent. The Heat Maps disediakan berdasarkan
banci populasi dan data kaji selidik tenaga buruh antara tahun 2007 hingga
2012.

vi. Analisis Audit selanjutnya mendapati 11 aktiviti outreach REP bagi tahun 2016
hingga 2019 hanya dilaksanakan di dua (2) negara yang disenaraikan dalam

4 4- 2-828 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

The Heat Maps iaitu Australia dan United Kingdom. Kekerapan aktiviti
outreach di Australia pula hanya dua (2) kali iaitu 18.2% bagi tempoh yang
sama walaupun negara tersebut mempunyai bilangan rakyat Malaysia
tertinggi berbanding United Kingdom yang mana kekerapan lawatan adalah
sebanyak lima (5) kali. Oleh itu, kewajaran pelaksanaan aktiviti

outreach tidak selari dengan bilangan rakyat Malaysia di
negara yang dilawati. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
PERBANDINGAN MAKLUMAT THE HEAT MAPS
DENGAN PELAKSANAAN AKTIVITI OUTREACH MELIBATKAN
RETURNING EXPERT PROGRAMME BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

THE HEAT MAPS AKTIVITI OUTREACH MELIBATKAN REP

NEGARA BILANGAN NEGARA KEKERAPAN PERATUS SASARAN
DILAPORKAN RAKYAT DILAWATI BILANGAN
(Bilangan) (%) PESERTA REP
MALAYSIA

Australia 116,193 Australia 2 18.2 Tidak Ditetapkan

United Kingdom 69,939 United Kingdom 5 45.4 Tidak Ditetapkan

Amerika Syarikat 61,765 Amerika Syarikat - - TB

Kanada 23,530 Kanada -- TB

Indonesia 1 9.1 Tidak Ditetapkan

Korea Selatan 1 9.1 Tidak Ditetapkan

China 1 9.1 Tidak Ditetapkan

India 1 9.1 Tidak Ditetapkan

JUMLAH 271,427 JUMLAH 11 100.0

Sumber: Analisis Jabatan Audit Negara
Nota: TB – Tidak Berkenaan

vii. Berdasarkan maklumat dan analisis Audit yang dijalankan, kelemahan
perancangan dan pelaksanaan aktiviti outreach telah menjejaskan usaha
untuk mempromosi REP seterusnya menarik kepulangan pakar. Hal ini
disebabkan sasaran bilangan peserta REP tidak ditetapkan dengan
berasaskan kepada banci populasi dan data kaji selidik tenaga buruh negara
lain dari semasa ke semasa. Seterusnya, pulangan pelaburan terbaik
(return of investment) bagi aktiviti outreach tidak dapat diukur.

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

TalentCorp akan membuat perancangan aktiviti outreach yang lebih strategik dan
bersasar pada masa hadapan.

Pendapat Prestasi penggunaan geran adalah tidak cekap kerana tiada

Audit pengasingan perbelanjaan mengikut program. Pengurusan

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -42-929
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

aktiviti promosi melalui outreach juga tidak berkesan
disebabkan perancangan yang lemah. Kesannya, sumber
syarikat tidak digunakan secara cekap.

6.2.6. Pengurusan Permohonan Returning Expert Programme

a. Permohonan Baharu

i. TalentCorp telah mengguna pakai SOP yang berkuat kuasa pada
1 Januari 2018. SOP tersebut menetapkan pasukan REP memproses
permohonan REP dalam tempoh 14 hari. Keputusan permohonan dikunci
masuk dalam laman web REP dalam tempoh dua (2) hari selepas keputusan
Jawatankuasa REP dibuat.

ii. Namun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan permohonan REP diproses
dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan dalam SOP memandangkan
sistem REP tidak mempunyai medan berhubung tarikh
permohonan lengkap diproses. Selain itu, SOP yang sedia ada tidak
disediakan secara terperinci kerana tempoh masa pembentangan
syor oleh pasukan REP untuk kelulusan Jawatankuasa REP
tidak ditetapkan.

iii. Analisis Audit terhadap 112 kelulusan (15.1%) daripada 743 tuntutan SATK
bagi tahun 2016 hingga 2019 mendapati pasukan REP dan Jawatankuasa REP
mengambil masa antara dua (2) hingga 163 hari untuk meluluskan
permohonan REP. Tempoh kelulusan permohonan REP untuk sampel
112 kelulusan SATK bagi tahun 2016 hingga 2019 adalah seperti dalam
Jadual 12.

JADUAL 12
TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN
RETURNING EXPERT PROGRAMME BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

TAHUN TEMPOH MASA DIAMBIL UNTUK MELULUSKAN PERMOHONAN (Hari)

1-30 31-60 61-100 101-150 151-200

2016 22 6 1- -

2017 9 17 3 - -

2018 10 19 3 2 -

2019 - 5 393

JUMLAH 41 47 10 11 3

PERATUS (%) 36.6 42.0 8.9 9.8 2.7

Sumber: Analisis Jabatan Audit Negara

4 4- 3-030 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

iv. Semakan Audit selanjutnya mendapati antara sebab permohonan mengambil
masa yang lama untuk diluluskan ialah penangguhan pemprosesan borang
permohonan susulan daripada pengesahan pemohon berkaitan maklumat
pekerjaan semasa pemohon berada di luar negara.

v. Selain itu, analisis Audit terhadap 54 sampel kelulusan SATK pada tahun 2018
dan 2019 mendapati tiga (3) keputusan permohonan (5.6%) telah lewat
dikunci masuk dalam laman web REP untuk makluman pemohon. Tempoh
kelewatan adalah antara 14 hingga 32 hari berbanding
tempoh dua (2) hari yang ditetapkan dalam SOP. Butirannya
adalah seperti dalam Jadual 13.

JADUAL 13

KELEWATAN KEPUTUSAN DIKUNCI MASUK
DALAM LAMAN WEB RETURNING EXPERT PROGRAMME

BIL. NO. FAIL TARIKH TARIKH KUNCI KELEWATAN
LULUS MASUK (Hari)

1. TC(1)302-2018(03)-(0036) 03.04.2018 07.05.2018 32

2. TC(1)302-2018(06)-(0051) 18.07.2018 03.08.2018 14

3. TC(1)302-2018(08)-(0037) 04.09.2018 03.10.2018 27

Sumber: Laman Web REP dan Analisis Jabatan Audit Negara

vi. Kesannya, pemprosesan permohonan REP tidak dipantau dan mengambil
masa yang lama untuk diluluskan. Keadaan ini boleh menyebabkan pemohon
REP kehilangan motivasi untuk pulang ke Malaysia dan seterusnya
menyebabkan output dan outcome REP tidak tercapai.

b. Permohonan Rayuan

i. Berdasarkan SOP, pemohon boleh mengemukakan dokumen/maklumat
berkaitan untuk tujuan rayuan. Permohonan rayuan yang lengkap diterima
akan dibentangkan oleh pasukan REP untuk kelulusan Jawatankuasa REP.

ii. Semakan Audit mendapati tempoh proses permohonan rayuan
tidak ditetapkan dalam SOP. Permohonan rayuan dibuat susulan
daripada permohonan pertama ditolak. Antara sebab permohonan ditolak
ialah jumlah markah permohonan tidak mencapai markah minimum iaitu
60 markah; pemohon tidak berjawatan tetap sewaktu permohonan dibuat;
belum mencukupi tempoh minimum bekerja di luar negara; menerima
pendapatan di Malaysia dan pemohon ada kembali ke Malaysia dalam tempoh
tiga (3) tahun terkini.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -43-131
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

iii. Bagi tujuan pengesahan tempoh pemprosesan permohonan rayuan, pihak
Audit telah memilih 20 sampel (15.3%) daripada keseluruhan
131 permohonan rayuan bagi tahun 2016 hingga 2019. Bagaimanapun,
penilaian tidak dapat dijalankan kerana fail individu yang
dikemukakan tidak merekodkan tarikh permohonan rayuan.

iv. Semakan lanjut Audit mendapati lima (5) permohonan rayuan telah
diluluskan pada tarikh melepasi tarikh peserta REP kembali ke
Malaysia. Hal sedemikian berlaku kerana pemohon telah memperoleh
pekerjaan di Malaysia sebelum kelulusan permohonan rayuan REP diterima.
Bagaimanapun, pihak TalentCorp tetap mengambil kira tarikh pemohon
kembali ke Malaysia bagi melayakkan pemohon menerima insentif REP seperti
yang diwartakan dalam P.U. (A) 151 bertarikh 24 Mei 2012. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 14.

JADUAL 14

TARIKH KELULUSAN PERMOHONAN RAYUAN MELEPASI TARIKH PESERTA

RETURNING EXPERT PROGRAMME KEMBALI KE MALAYSIA

BIL. NO. FAIL TARIKH KELULUSAN TARIKH KEMBALI KE
PERMOHONAN RAYUAN MALAYSIA

1. TC(I)302-2016(05)-(0039) 29.06.2016 18.05.2016

2. TC(I)302-2016(06)-(0042) 29.08.2016 01.07.2016

3. TC(I)302-2017(04)-(0013) 06.09.2017 26.07.2017

4. TC(I)302-2017(09)-(0006) 07.05.2018 16.03.2018

5. TC(I)302-2017(12)-(0001) 28.02.2018 03.02.2018

Sumber: Laman Web REP dan Analisis Jabatan Audit Negara

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

TalentCorp akan menambah baik SOP REP dengan menetapkan tempoh masa yang
diperlukan bagi setiap proses kerja dan membentangkannya kepada Lembaga
Pengarah pada bulan September 2020. Tarikh permohonan rayuan tidak dapat
dikemukakan kerana sistem REP yang baharu telah diguna pakai dan data lama telah
hilang semasa proses migrasi sistem.

Pendapat Pengurusan permohonan REP adalah tidak cekap.

Audit Pemprosesan permohonan REP mengambil masa yang lama.

SOP REP yang tidak ditetapkan tempoh kelulusan

menyukarkan penilaian dibuat terhadap keberkesanan SOP

serta kecekapan pasukan REP. Kehilangan data lama semasa

migrasi sistem menimbulkan risiko integriti maklumat dan

memberi impak kepada penilaian output dan outcome REP.

4 4- 3-232 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaararaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

6.2.7. Pemantauan Peserta Returning Expert Programme

a. Minit Lembaga Pengarah Bilangan 1/2011 bertarikh 25 April 2011 antaranya
menetapkan KPI hendaklah diukur terhadap bilangan peserta REP yang dikekalkan
di Malaysia. TalentCorp telah memudah cara kepulangan seramai 969 peserta bagi
tahun 2016 hingga 2019. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati TalentCorp
tidak menyelenggara rekod berkaitan bilangan peserta yang
dikekalkan dalam negara semasa pengauditan dijalankan iaitu pada bulan
Februari 2020.

b. Pihak Audit turut mendapati mekanisme pemantauan lain terhadap
peserta REP berhubung kedudukan peserta juga belum selesai
atau tidak dilaksanakan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 15.

JADUAL 15

PEMANTAUAN TERHADAP PESERTA RETURNING EXPERT PROGRAMME

PEMANTAUAN CATATAN/ KESAN TINDAKAN
MAKLUM BALAS BELUM
BIL. SUMBER SEPATUT SEBENAR
SELESAI/TIDAK
DILAKSANAKAN

Kajian pengesanan (tracer Kajian

1. study) dilaksanakan bagi pengesanan Tiada bukti Kedudukan peserta
Surat mengenal pasti kedudukan belum selesai menunjukkan REP tidak dapat
peserta REP sama ada dilaksanakan susulan dibuat dikenal pasti.
masih bekerja dalam sehingga bulan oleh TalentCorp.

Kementerian negara. Februari 2020.

Kewangan Agenda ini tidak

Malaysia (MOF) Tiada bukti dibincangkan

bertarikh 8 Perincian Dasar Insentif perincian dasar dalam Minit Kekeliruan boleh

2. Disember 2016 Cukai REP dimaklumkan dimaklumkan Mesyuarat berlaku dalam
kepada semua ahli kepada ahli
Jawatankuasa REP melaksanakan dasar

Jawatankuasa REP. Jawatankuasa pada tahun 2016 insentif.

REP. dan 2017 (selepas

surat diterima).

Wakil Lembaga Hasil Dalam

Negeri Malaysia

Mesyuarat mencadangkan untuk Bengkel TalentCorp Dasar berhubung
Jawatankuasa menjejaki status peserta penambahbaikan memaklumkan penarikan balik
3. REP bertarikh REP bagi belum bengkel insentif daripada
23 Januari mempertimbangkan dilaksanakan. penambahbaikan peserta yang telah
2018 penarikan balik insentif akan diadakan kembali ke luar
daripada peserta yang telah pada 30 Jun 2020. negara tidak dapat
kembali ke luar negara dan ditentukan.

dibincangkan dalam bengkel

penambahbaikan.

Mesyuarat Pihak MOF memohon Tiada bukti Agenda ini tidak Kesinambungan REP
Jawatankuasa maklumat mengenai jumlah maklumat dibincangkan atau tidak dapat
4. REP bertarikh peserta REP yang telah ke berkenaan disusuli dalam ditentukan.
17 Januari luar negara bagi dikemukakan mesyuarat
2019 mempertimbangkan kepada pihak berikutnya.
kesinambungan REP selepas MOF.
tahun 2020.

Sumber: Surat MOF dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa REP

c. Pihak Audit telah mengedarkan borang soal selidik kepada peserta REP untuk
mengenal pasti kebarangkalian peserta terus tinggal di Malaysia selepas tamat

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -43-333
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

tempoh insentif. Analisis Audit terhadap maklum balas daripada 142 peserta REP
menunjukkan seramai 87 peserta (61.3%) yang menuntut SATK dalam tahun
2016 hingga 2019 telah memberi pandangan bahawa mereka berkemungkinan
terus tinggal di Malaysia walaupun insentif yang diberikan telah tamat tempoh.
Butiran adalah seperti dalam Jadual 16.

JADUAL 16
MAKLUM BALAS PESERTA RETURNING EXPERT PROGRAMME

MENGENAI TAHAP KEMUNGKINAN TERUS TINGGAL
DI MALAYSIA WALAUPUN TAMAT INSENTIF

TAHAP KEMUNGKINAN PESERTA REP AKAN BILANGAN PERATUS
TERUS TINGGAL DI MALAYSIA PESERTA (%)

Sangat Berkemungkinan 17 12.0

Berkemungkinan 87 61.3

Tidak Berkemungkinan 22 15.5

Sangat Tidak Berkemungkinan 16 11.2

JUMLAH 142 100.0
Sumber: Borang Soal Selidik, Jabatan Audit Negara

d. Bagi mengenal pasti kedudukan peserta REP yang menuntut SATK dalam tempoh
tahun 2011 hingga 2013 iaitu yang telah tamat tempoh kelayakan insentif,
pengesahan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah dibuat. Rekod
pergerakan keluar/masuk dalam Pangkalan Data Sistem Kawalan JIM pada
13 Februari 2020 menunjukkan seramai 1,015 daripada 1,414 peserta REP
(71.8%) telah merekodkan pergerakan masuk manakala seramai 399 peserta REP
(28.2%) merekodkan pergerakan keluar negara.

e. Daripada jumlah 399 peserta REP tersebut, seramai 32 peserta (8%) telah
merekodkan pergerakan keluar negara dan tiada rekod kembali
ke Malaysia dalam tempoh tahun 2011 hingga 2017. Berdasarkan
rekod tersebut, terdapat kemungkinan peserta tersebut telah bekerja di luar
negara. Kelemahan TalentCorp menyelenggara rekod yang lengkap boleh
menyebabkan tawaran insentif yang telah diberikan kepada peserta tidak ditarik
balik. Status keluar negara peserta REP mengikut pergerakan terakhir pada
13 Februari 2020 adalah seperti dalam Jadual 17.

JADUAL 17
STATUS KELUAR NEGARA PESERTA RETURNING EXPERT PROGRAMME

MENGIKUT PERGERAKAN TERAKHIR PADA 13 FEBRUARI 2020

TAHUN BILANGAN PESERTA REP

2018 - 2020 367

2015 - 2017 21

2011 - 2014 11

JUMLAH 399
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Pasport, JIM

4 4- 3-434 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

TalentCorp akan memastikan perkara yang dibincangkan diminitkan dan dilaporkan
hasil tindakan kepada ahli Jawatankuasa REP. Antara cadangan yang dikenal pasti
iaitu mewujudkan satu mekanisme pengumpulan data penilaian serta laporan secara
berkala berkaitan bilangan peserta REP yang masih berada di Malaysia dan telah
meninggalkan negara. Proses exit policy peserta juga akan diwujudkan untuk
penilaian. Penambahbaikan akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah pada
bulan September 2020.

Pendapat Pemantauan peserta REP adalah tidak berkesan kerana kajian
Audit pengesanan belum lengkap dijalankan serta pemantauan yang
lemah. Keadaan ini telah menyebabkan penilaian tidak dapat
dilaksanakan mengenai sejauh mana kejayaan REP dalam
mengekalkan peserta REP dalam negara yang seterusnya
memberi impak kepada outcome REP.

6.3. Kedudukan Kewangan

6.3.1. Penyata kewangan TalentCorp bagi tahun kewangan 2016, 2017 dan 2018
telah diberi sijil bersih tanpa teguran oleh Tetuan BDO Malaysia. Analisis terhadap
kedudukan kewangan syarikat TalentCorp bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 telah
dilaksanakan merangkumi pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; aset dan
liabiliti; serta tunai dan kesetaraan tunai seperti dalam Jadual 18.

JADUAL 18

KEDUDUKAN KEWANGAN TALENTCORP BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018

BUTIRAN 2016 2017 2018
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Pendapatan 41.68 33.62 16.49

Lain-lain Pendapatan 4.45 4.08 4.09

JUMLAH PENDAPATAN 46.13 37.70 20.58

Kos Projek (24.79) (17.59) (4.10)

Perbelanjaan Pentadbiran dan Lain-lain Belanja Operasi (18.70) (17.26) (13.12)

JUMLAH PERBELANJAAN (43.49) (34.85) (17.22)

LEBIHAN SEBELUM CUKAI 2.64 2.85 3.36

Cukai (1.06) (1.26) (1.10)

LEBIHAN SELEPAS CUKAI 1.58 1.59 2.26

JUMLAH LEBIHAN TERKUMPUL 10.16 11.75 14.01

JUMLAH ASET 139.89 123.37 116.80

JUMLAH LIABILITI 129.73 111.62 102.79

JUMLAH LEBIHAN TERKUMPUL DAN LIABILITI 139.89 123.37 116.80

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 22.69 107.70 70.93

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -43-535
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

6.3.2. Menurut By-Law R540.5 on Professional Ethics, Conduct and Practice of the
Malaysia Institute of Accountants, perkhidmatan juruaudit hendaklah dalam tempoh
tujuh (7) tahun berturut-turut sahaja. Semakan Audit mendapati Tetuan BDO
Malaysia telah menjadi juruaudit kepada TalentCorp selama sembilan (9) tahun
berturut-turut. Selain itu, Tetuan BDO Malaysia juga merupakan juruaudit luar kepada
MYXpats. Pelantikan juruaudit yang sama kepada TalentCorp dan MYXpats di samping
tempoh yang lama telah menjejaskan kebebasan juruaudit syarikat. Hal ini dikaitkan
dengan kelemahan yang berlaku iaitu penubuhan MYXpats yang bukannya syarikat
subsidiari TalentCorp didapati tidak dibangkitkan oleh juruaudit tersebut seperti
diterangkan dalam perenggan 6.1.4.b.

6.3.3. Pendapatan utama TalentCorp diperolehi daripada geran Kerajaan.
Pendapatan lain pula ialah pendapatan daripada faedah simpanan tetap dalam bank.
Secara keseluruhannya, pendapatan TalentCorp telah menunjukkan trend menurun
dari tahun 2016 hingga 2018. Penurunan ini disebabkan pengurangan geran
mengurus dan pembangunan yang diterima oleh TalentCorp. Perkara ini juga telah
menyebabkan perbelanjaan TalentCorp bagi tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan
trend menurun kerana TalentCorp mengawal perbelanjaan geran. Trend pendapatan
dan perbelanjaan bagi tiga (3) tahun berkaitan adalah seperti dalam Jadual 18 dan
Carta 3.

6.3.4. TalentCorp telah merekodkan lebihan sebelum cukai bagi tahun 2018, 2017
dan 2016 masing-masing berjumlah RM3.36 juta, RM2.85 juta dan RM2.64 juta.
Penyumbang utama kepada lebihan ini ialah pendapatan daripada faedah simpanan
tetap yang diterima sepanjang tempoh tahun 2016 hingga 2018 berjumlah RM12.56
juta. Faedah simpanan tetap tahunan membantu meningkatkan lebihan terkumpul
TalentCorp sepanjang tiga (3) tahun tersebut. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 18 dan Carta 4.

4 4- 3-636 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

CARTA 3 CARTA 4
TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TREND LEBIHAN SEBELUM CUKAI
DAN LEBIHAN TERKUMPUL BAGI
BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018
TAHUN 2016, 2017 DAN 2018
RM Juta
RM Juta
50
20 14.01
15 10.16
40 46.13 11.75
43.49
30 37.70 10
34.85 5 2.64
20 20.58 2.85
17.22
3.36

10

0 2017 2018 0 2017 2018
2016 2016

Pendapatan Perbelanjaan Lebihan Sebelum Cukai

Lebihan Terkumpul

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

6.3.5. Aset utama TalentCorp terdiri daripada tunai dan kesetaraan tunai, perisian,
hartanah, loji dan peralatan manakala liabiliti utama ialah geran Kerajaan tertunda.
Analisis terhadap aset dan liabiliti syarikat mendapati berlaku pengurangan pegangan
aset bukan semasa sejumlah RM243,418 (51%) bagi tahun 2018 berbanding tahun
2017. Bagi tahun 2017 pula, terdapat penurunan pegangan aset bukan semasa iaitu
sejumlah RM179,976 (27.7%) berbanding tahun 2016. Penurunan ini berlaku kerana
pelunasan terhadap perisian dan pelupusan hartanah, loji dan peralatan. Aset semasa
juga mencatatkan penurunan bagi tahun 2018 sebanyak 5.2% iaitu RM6.33 juta
berbanding tahun 2017. Keadaan ini disebabkan penurunan amaun terhutang
daripada MYXpats berjumlah RM4 juta kerana MYXpats masih belum menyelesaikan
pinjaman tersebut pada tahun 2017. Jumlah aset melebihi jumlah liabiliti bagi tahun
2018, 2017 dan 2016 menunjukkan TalentCorp mempunyai sumber yang mencukupi
bagi memenuhi obligasi liabilitinya pada tahun kewangan tersebut.

6.3.6. Pada akhir tahun 2018, TalentCorp mempunyai tunai dan kesetaraan tunai
berjumlah RM70.93 juta. Pengurangan sejumlah RM36.77 juta (34.1%) berbanding
RM107.70 juta pada akhir tahun 2017 kesan daripada penurunan aliran tunai bersih
daripada aktiviti operasi, aktiviti pelaburan dan aktiviti kewangan.

6.3.7. Berdasarkan anggaran aliran tunai lima (5) tahun iaitu 2019 hingga 2023
yang disediakan oleh Bahagian Kewangan, TalentCorp dijangka mempunyai baki tunai
berjumlah RM17.26 juta pada akhir tahun 2023 bagi menjalankan operasinya seperti
dalam Jadual 19. Anggaran ini menunjukkan TalentCorp akan menghadapi isu
kekurangan tunai dan kesetaraan tunai bermula tahun 2024 berasaskan anggaran

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -43-737
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad

perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM21.30 juta setahun. Hal ini
kerana TalentCorp bergantung sepenuhnya kepada geran Kerajaan yang mana
terimaan juga menunjukkan trend menurun. Namun, perbelanjaan mengurus dan
pembangunan menunjukkan status tidak berubah.

JADUAL 19
ANGGARAN BAJET ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2023

PERIHAL TAHUN (RM Juta)

2019 2020 2021 2022 2023

Tunai dan Kesetaraan Tunai (b/b) 111.00 93.29 75.25 56.58 37.26

Simpanan Tetap 3.89 3.26 2.63 1.98 1.30

Jumlah 114.89 96.55 77.88 58.56 38.56

Perbelanjaan Mengurus (10.60) (12.60) (12.60) (12.60) (12.60)

Perbelanjaan Pembangunan (11.00) (8.70) (8.70) (8.70) (8.70)

Tunai dan Kesetaraan Tunai (b/h) 93.29 75.25 56.58 37.26 17.26
Sumber: Bahagian Kewangan, TalentCorp

Maklum balas TalentCorp yang diterima pada 12 Jun 2020

Isu berkaitan cadangan penukaran juruaudit akan dibawa untuk keputusan Lembaga
Pengarah pada bulan September 2020. Selain itu, Bahagian Kewangan telah
membentangkan status Financial Stability dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Khas
pada 26 Februari 2020. TalentCorp akan sentiasa memantau rapi terhadap aliran tunai
dan akan memohon geran daripada MOF sekiranya aliran tunai menghampiri defisit.
Selain itu, langkah memperbetulkan kedudukan MYXpats sebagai subsidiari
TalentCorp akan membantu TalentCorp dalam menanggung sebahagian kos operasi.

Pendapat Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan TalentCorp
Audit adalah stabil. TalentCorp masih bergantung sepenuhnya
kepada geran Kerajaan. Pendapatan yang dijana sendiri
setakat ini tidak mampu menampung perbelanjaan operasi
syarikat. Keadaan ini adalah selaras dengan objektifnya yang
tidak berteraskan keuntungan.

7. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, TalentCorp masih belum mencapai sepenuhnya objektif
penubuhan utama syarikat berdasarkan penilaian terhadap aktiviti pengurusan REP.
Amalan tadbir urus korporat adalah kurang memuaskan. Ketiadaan Ketua Pegawai
Eksekutif menjejaskan kelancaran aktiviti syarikat. Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam
tidak ditubuhkan telah mempengaruhi tahap kawalan dalaman syarikat. Daripada aspek

4 4- 3-838 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaararaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

kedudukan kewangan pula, TalentCorp didapati masih bergantung sepenuhnya kepada
geran Kerajaan dan tidak menjana keuntungan sendiri.

8. SYOR AUDIT

Bagi membolehkan objektif penubuhan utama TalentCorp dicapai serta memantapkan
keupayaan tadbir urus korporat, pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah TalentCorp
perlu mengambil langkah proaktif dan berkesan bagi menangani perkara yang
dibangkitkan dalam laporan ini. Sehubungan itu, pihak Audit mengesyorkan TalentCorp
serta pihak lain yang terlibat memberi pertimbangan terhadap perkara berikut:

i. mempertingkatkan amalan tadbir urus korporat dengan memastikan separuh
daripada komposisi Lembaga Pengarah merupakan Pengarah berstatus bebas dan
mewujudkan Piagam Lembaga Pengarah;

ii. mewujudkan fungsi Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit bagi mempertingkatkan
keberkesanan kawalan dalaman dan pengurusan risiko;

iii. mengkaji semula hala tuju TalentCorp berikutan Talent Roadmap 2020 telah
mencapai tahun yang disasarkan;

iv. mengkaji semula kesesuaian/viable aktiviti outreach selaras dengan pencapaian
objektif REP;

v. mengkaji semula, merancang dan melaksanakan promosi REP dengan
menggunakan pelbagai sumber maklumat termasuk banci populasi dan data kaji
selidik tenaga buruh luar negara;

vi. mengambil tindakan susulan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat dalam
ketidakpatuhan berkaitan penubuhan dan pemilikan awal syarikat yang tidak
didaftarkan sebagai subsidiari TalentCorp;

vii. mengkaji semula Standard Operating Procedures REP supaya permohonan dapat
diproses dengan lebih cekap dan berkesan; dan

viii. menjalankan pemantauan terhadap peserta REP dengan menyelenggarakan data
dan maklumat REP supaya pencapaian objektif program dapat diukur.

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -43-939
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad



5 KEMENTERIAN SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI

Malaysian Industry-Government Group
For High Technology

National Institutes of Biotechnology
Malaysia



MALAYSIAN INDUSTRY-
GOVERNMENT GROUP FOR
HIGH TECHNOLOGY



RINGKASAN EKSEKUTIF

MALAYSIAN INDUSTRY-GOVERNMENT
GROUP FOR HIGH TECHNOLOGY

Perkara Utama

Apa yang  Penilaian terhadap sembilan (9) aspek tadbir urus korporat iaitu
diaudit? Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat,
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Operating
Procedures, Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama,
Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Imbuhan
bagi tempoh tahun 2016 hingga Februari 2020.

 Penilaian terhadap pengurusan aktiviti bagi tempoh tahun 2016
hingga 2019 meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan
pelaksanaan Program Penyelidikan Newton-Ungku Omar Fund
(NUOF) dan Program Pelaburan A-Bio.

 Program Penyelidikan NUOF adalah bagi menangani cabaran
kelestarian global dan perubahan iklim melalui penyelidikan dalam
bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Manakala Program
Pelaburan A-Bio memberi penekanan untuk menggalakkan lebih
banyak penyertaan syarikat Bumiputera dan institusi pelaburan
Bumiputera, syarikat milik Kerajaan serta agensi amanah
Bumiputera dalam pelaburan strategik dengan pulangan yang lebih
tinggi ke arah mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30%
pemilikan ekuiti korporat Bumiputera.

 Analisis terhadap tiga (3) tahun penyata kewangan beraudit iaitu
2016, 2017 dan 2018 merangkumi analisis pendapatan,
perbelanjaan, aset, liabiliti serta aliran tunai.

Mengapa ia  Malaysian Industry-Government Group for High Technology
penting (MIGHT) telah diberikan mandat oleh Kerajaan untuk berperanan
untuk menjadi prospek dan mempromosikan proses pembangunan
diaudit? industri melalui aplikasi strategik sains dan teknologi untuk
kepentingan pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.

 MIGHT menerima peruntukan geran dari Kerajaan bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2019, iaitu geran mengurus berjumlah
RM54.11 juta dan geran pembangunan berjumlah RM213.30 juta.

Apa yang  Bayaran elaun kepada Pengerusi Bersama sejumlah
ditemui RM5,000 sebulan dengan jumlah keseluruhan RM406,452 bagi
Audit? tempoh tahun 2016 hingga 2019 adalah tidak selaras dengan
Perlembagaan MIGHT yang menetapkan tiada imbuhan atau
faedah lain dalam bentuk wang atau nilai wang diberikan oleh
syarikat kepada mana-mana ahli Lembaga Pengarah.

 Perbelanjaan bagi penganjuran kejohanan golf yang berjumlah
RM84,587 tidak dirancang lebih awal dan hanya dibentang dalam
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi.

LapLoarpaonraKneKteutauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 55- -11
M a l aMy sailaanysIiannd uIsntdruys-tGryo-vGeorvnemrnemn tenGtr oGurpouFpo rFoHri gHhigThe cThenchonl oogloygy

 Peruntukan geran pembangunan bagi Program Pelaburan A-Bio
berjumlah RM6.50 juta digunakan sebagai pendahuluan bagi kerja
baik pulih dan ubah suai bangunan dan ianya tidak mendapat
kelulusan daripada EPU.

 Bayaran insentif prestasi diluluskan oleh Lembaga Pengarah
MIGHT walaupun laporan kewangan beraudit bagi tahun 2018
menunjukkan syarikat mengalami defisit sebelum cukai berjumlah
RM5 juta.

5 - 52 - 2 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
MMalaayl asyiasni a nInIdnudstursyt-rGyo-vGeorvnemrennmteGn rtoGurpo uFopr FHoirghH i gTehchTneoclhongoyl o g y

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

1. MALAYSIAN INDUSTRY-GOVERNMENT GROUP FOR HIGH TECHNOLOGY

FAKTA UTAMA MIGHT

15.10.1994 RM54.11 Juta RM213.30 Juta

Diperbadankan di bawah Geran Mengurus diterima Geran Pembangunan diterima
Akta Syarikat 1965 daripada Jabatan Perdana Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri
(tahun 2016 hingga 2019) (tahun 2016 hingga 2019)
Objektif penubuhan
Menjadi prospek dan mempromosikan proses pembangunan industri melalui
Aktiviti utama aplikasi strategik sains dan teknologi untuk kepentingan pembangunan
sosioekonomi Malaysia.
Jenis syarikat
Mengadakan kerjasama dan pakatan strategik, pengambilalihan teknologi
dan memupuk pembangunan kapasiti serta mengukuhkan pertumbuhan
industri teknologi tinggi melalui program flagship dan intervensi terhadap polisi.

Syarikat berhad menurut jaminan

1. LATAR BELAKANG

1.1. Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)
diperbadankan pada 15 Oktober 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. MIGHT merupakan
sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Namun pada 1 April 2020, MIGHT telah diletak di bawah kawal selia Kementerian Sains,
Teknologi Dan Inovasi (MOSTI). Objektif penubuhan MIGHT berdasarkan Perlembagaan
Syarikat adalah untuk menjadi prospek dan mempromosikan pembangunan industri
melalui aplikasi strategik sains dan teknologi untuk kepentingan pembangunan
sosioekonomi Malaysia. Tiga (3) peranan utama MIGHT adalah sebagai penasihat
strategik, perantara dan pembangunan kandungan digital berkaitan industri teknologi
tinggi.

1.2. Program dan aktiviti MIGHT merangkumi pengambilalihan teknologi, memupuk
pembangunan kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mengukuhkan
pertumbuhan industri teknologi tinggi melalui program flagship dan intervensi polisi.
MIGHT merupakan sebuah organisasi yang dibina atas kekuatan kerjasama pihak
Kerajaan dan swasta dengan keahlian sebanyak 58 ahli. Keahlian MIGHT terdiri daripada
agensi Kerajaan, syarikat awam tersenarai, PKS, universiti, institusi penyelidikan dan
syarikat multinasional.

1.3. Bagi tahun 2016 hingga bulan Disember 2019, MIGHT telah menerima peruntukan
geran mengurus dan pembangunan dari Kerajaan Persekutuan melalui JPM berjumlah
RM267.41 juta. Geran mengurus yang diterima berjumlah RM54.11 juta adalah untuk

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 5-3
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5-3
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

perbelanjaan operasi dan pentadbiran. Manakala geran pembangunan berjumlah
RM213.30 juta (75.9%) telah diterima daripada sejumlah RM281 juta yang diluluskan di
bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Ia bertujuan untuk membiayai
program penyelidikan dan pembangunan industri pengujian perisian serta pelaburan
dalam PKS bagi industri nilai tambah dan teknologi tinggi untuk tempoh lima (5) tahun
mulai dari tahun 2016 hingga 2020.

1.4. MIGHT menjana pendapatan melalui fi perundingan dan fi projek bagi aktiviti
berteraskan teknologi tinggi serta yuran keahlian. Pendapatan syarikat digunakan untuk
penganjuran seminar, persidangan, program latihan dan penerbitan majalah. Model
perniagaan MIGHT adalah seperti dalam Rajah 1.

RAJAH 1
MODEL PERNIAGAAN MIGHT

JPM MIGHT AKTIVITI OUTPUT OUTCOME

Geran  MyForesight  MyForesight  Polisi & Dasar Peningkatan
 One-Off Negara penggunaan
 Mengurus  Pembangunan  Perundingan Polisi teknologi tinggi
 Pembangunan Industri  Penerbitan Saintifik di Malaysia.
 Newton-Ungku  Modal Insan
Pendapatan  Pembangunan Omar Fund  Inovasi
 Fi perunding Teknologi  Teknousahawan
 Fi projek Mampan  Promosi  Produk Teknologi
 Dividen Teknologi Tinggi
 Strategi & Hal- Tinggi
Yuran Ehwal Korporat  Pelaburan A-Bio  Masyarakat
 Keahlian
 Tahunan Mampan

Sumber: Unit Strategi dan Hal Ehwal Korporat, MIGHT

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan MIGHT melalui
pengurusan program penyelidikan dan pelaburan dalam PKS bagi industri teknologi tinggi
dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berhemat; amalan tadbir urus korporat yang
baik; serta kedudukan kewangan syarikat yang kukuh.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini melibatkan sembilan (9) aspek tadbir urus korporat dan
pengurusan aktiviti bagi tahun 2016 hingga bulan Disember 2019. Bagi pengurusan
aktiviti, pengauditan dijalankan terhadap program utama MIGHT yang menerima
peruntukan tertinggi iaitu Program Penyelidikan Newton-Ungku Omar Fund (NUOF) dan

5-4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5-4
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Program Pelaburan A-Bio. Aspek kedudukan kewangan pula meliputi analisis penyata
kewangan beraudit bagi tahun 2016, 2017 dan 2018.

3.2. Dua (2) bidang utama yang dinilai bagi pengauditan pengurusan aktiviti adalah
prestasi pencapaian output dan outcome program serta pengurusan geran. Pelaksanaan
Program Penyelidikan NUOF dinilai daripada empat (4) aspek iaitu pemilihan program dan
penyelidik; pelaksanaan projek; penyaluran pembiayaan projek; dan pemantauan. Bagi
pelaksanaan Program Pelaburan A-Bio pula dinilai daripada empat (4) aspek iaitu
pemilihan syarikat; skim pelaburan; pulangan atas pelaburan dan pemantauan.
Pengauditan telah dijalankan di Pejabat MIGHT yang terletak di MIGHT Partnership Hub,
Jalan Impact, Cyberjaya, Selangor.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang
dikemukakan oleh pihak pengurusan MIGHT serta menganalisis data berkaitan.
Di samping itu, pemeriksaan fizikal Audit dilaksanakan terhadap penerima geran bagi
Program Penyelidikan NUOF dan syarikat yang menerima dana bagi Program Pelaburan
A-Bio. Perbincangan dan temu bual dengan pegawai yang terlibat juga telah diadakan
untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

4.2. Bagi kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan berdasarkan penyata
kewangan MIGHT yang telah diaudit oleh Tetuan BDO PLT bagi tahun 2016, 2017 dan
2018. Penilaian melibatkan analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi;
analisis trend aset dan liabiliti; analisis nisbah kewangan serta analisis aliran tunai.

5. RUMUSAN AUDIT

5.1. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos 2019 hingga Februari 2020
merumuskan perkara seperti berikut:

a. Tadbir Urus Korporat

Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat MIGHT adalah baik. Terdapat
keperluan untuk penambahbaikan dalam tiga (3) aspek tadbir urus korporat
berkaitan Pengerusi, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Imbuhan supaya
selaras dengan amalan terbaik tadbir urus korporat.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 5-5
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5-5
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

b. Pengurusan Program

i. Prestasi dan Pelaksanaan Program Penyelidikan NUOF

 Pencapaian prestasi Program Penyelidikan NUOF bagi tahun 2016 hingga
2019 adalah cekap dengan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
tahunan bagi sasaran output pada kadar 97.5% hingga 280%. Empat (4)
bidang sasaran output dinilai iaitu bilangan penyelidik, program kerjasama
Malaysia-United Kingdom (UK), syarikat berkolaborasi dengan UK dan
penerbitan jurnal.

 Program Penyelidikan NUOF yang dilaksanakan adalah berkesan kerana
telah mencapai outcome yang ditetapkan iaitu melahirkan penyelidik dan
syarikat tempatan yang bertaraf global serta produk teknologi yang
menyelesaikan isu masyarakat tempatan. Prestasi penggunaan geran
Program Penyelidikan NUOF adalah cekap kerana pembiayaan terhadap
projek penyelidikan adalah teratur dan tidak melebihi peruntukan yang
diluluskan.

 Secara keseluruhannya, pengurusan Program Penyelidikan NUOF
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Kesemua lima (5) projek
penyelidikan yang dilaksanakan telah siap selaras dengan syarat-syarat
perjanjian. Projek penyelidikan ini juga memberi manfaat kepada
masyarakat tempatan dan produk teknologi yang dibangunkan berupaya
menangani masalah perubahan iklim dan bencana alam. Pemantauan yang
berkala dapat memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan siap
dalam tempoh yang ditetapkan.

ii. Prestasi dan Pelaksanaan Program Pelaburan A-Bio

 Pencapaian prestasi Program Pelaburan A-Bio bagi tahun 2016 hingga
2019 adalah memuaskan dengan pencapaian KPI sasaran output bagi
tahun 2016 hingga 2019 pada kadar 50% hingga 150%. Secara
keseluruhannya, pencapaian output KPI adalah pada kadar 76.9%. Ini
kerana hanya 10 syarikat teknousahawan Bumiputera menerima
pelaburan dari Program Pelaburan A-Bio berbanding sasaran 13 syarikat
yang ditetapkan.

5-6 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5-6
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

 Pencapaian sasaran output program bergantung kepada peruntukan geran
yang diterima. Pencapaian outcome program pelaburan adalah berkesan
dengan peningkatan pendapatan agregat pada tahun 2019 kepada
RM483.14 juta dengan kadar 19% berbanding tahun sebelumnya dan
telah mewujudkan 1,931 peluang pekerjaan bagi golongan Bumiputera
dalam industri nilai tambah tinggi dan teknologi tinggi. Prestasi
penggunaan geran Program Pelaburan A-Bio bagi tahun 2016 hingga 2019
adalah berkesan kerana 10 syarikat teknousahawan Bumiputera menerima
manfaat daripada pelaburan dan menghasilkan produk berteraskan
teknologi tinggi.

 Secara keseluruhannya, pengurusan Program Pelaburan A-Bio
dilaksanakan dengan berkesan kerana risiko pelaburan dapat diuruskan
dan pelaburan dalam skim Mezzanine telah membantu syarikat
VentureTECH mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan 2018 dan
2019. Keuntungan ini membolehkan VentureTECH mengisytiharkan
dividen bagi tahun kewangan 2018 sejumlah RM300,000 dan sejumlah
RM1 juta pada tahun 2019 kepada MIGHT. Pemantauan berkala dapat
memastikan pelaburan dilaksanakan dengan teratur dan risiko pelaburan
dapat diuruskan dengan berkesan.

c. Kedudukan Kewangan

Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan MIGHT adalah stabil. Pada tahun
2018, tahap kecairan aset semasa berbanding liabiliti semasa pada kadar 1.03:1
menunjukkan syarikat masih berupaya memenuhi obligasi jangka pendek
menggunakan sumber dalaman. Baki tunai dan kesetaraan tunai MIGHT pada
akhir tahun 2018 menurun berbanding tahun 2016 dan 2017 namun masih berbaki
positif iaitu berjumlah RM3.87 juta. Bagaimanapun pada tahun 2018, MIGHT
mengalami defisit sebelum cukai sejumlah RM5 juta berbanding lebihan pada
tahun 2016 dan 2017 menjadikan defisit terkumpul syarikat berjumlah
RM19.39 juta.

5.2. Penemuan utama Audit yang perlu diberi perhatian dan tindakan adalah seperti
berikut:

i. bayaran elaun kepada Pengerusi Bersama sejumlah RM5,000 sebulan adalah
tidak selaras dengan Perlembagaan MIGHT yang menetapkan tiada imbuhan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 5-7
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5-7
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

atau faedah lain dalam bentuk wang atau nilai wang diberikan oleh syarikat
kepada mana-mana ahli Lembaga Pengarah;

ii. perbelanjaan bagi penganjuran kejohanan golf pada tahun 2018 yang
berjumlah RM84,587 tidak dirancang lebih awal dan hanya dibentang dalam
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi MIGHT;

iii. peruntukan geran pembangunan bagi Program Pelaburan A-Bio berjumlah
RM6.5 juta digunakan sebagai pendahuluan bagi kerja baik pulih dan ubah
suai bangunan dan ianya tidak mendapat kelulusan daripada Unit Perancang
Ekonomi (EPU); dan

iv. bayaran insentif prestasi diluluskan oleh Lembaga Pengarah MIGHT walaupun
laporan kewangan beraudit bagi tahun 2018 menunjukkan syarikat mengalami
defisit sebelum cukai berjumlah RM5 juta.

6. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Perkara yang ditemui dan maklum balas MIGHT telah dibincangkan dalam exit conference
pada 11 Jun 2020 serta pengesahan fakta melalui confirmatory letter diterima daripada
MIGHT bertarikh 5 Ogos 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan yang dinyatakan
dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:

6.1. Tadbir Urus Korporat

6.1.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mencapai
objektifnya dan membolehkan syarikat diurus dengan lebih sempurna, telus dan
bertanggungjawab. Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat yang
komited dalam amalan tadbir urus korporat yang baik dapat mengurangkan risiko
rasuah dan salah guna kuasa. Sebagai sebuah syarikat, MIGHT tertakluk kepada
undang-undang dan peraturan Akta Syarikat 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
Perlembagaan Syarikat dan Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan.
Selain itu, rujukan amalan tadbir urus terbaik yang boleh diguna pakai ialah Malaysian
Code on Corporate Governance (MCCG) 2017, The Green Book - Enhancing Board
Effectiveness April 2006 (Green Book), Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah
Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Disember 2014 [MKD - Handbook] dan
Panduan Tadbir Urus Mengenai Fungsi Audit Dalam daripada Chartered Institute of
Internal Auditors.

5-8 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5-8
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

6.1.2. Pengurusan MIGHT diketuai oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif.
Struktur korporat MIGHT terdiri daripada seorang Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif
serta Naib Presiden Kanan yang mengetuai empat (4) bahagian. Bilangan perjawatan
diisi adalah seramai 82 orang sehingga bulan Disember 2019. Struktur Korporat
MIGHT pada 28 Februari 2020 adalah seperti dalam Carta 1. Fungsi setiap pejabat
dan bahagian adalah seperti dalam Jadual 1.

CARTA 1
STRUKTUR KORPORAT MIGHT PADA 28 FEBRUARI 2020

LEMBAGA PENGERUSI
PENGARAH BERSAMA

LEMBAGA
PENGARAH

JAWATANKUASA JAWATANKUASA
AUDIT & RISIKO IMBUHAN

PRESIDEN/ PEJABAT UNIT
KETUA PEGAWAI PRESIDEN/
EKSEKUTIF (KPE) PENGURUSAN
KPE PROJEK

BAHAGIAN PERNIAGAAN
STRATEGIK
PEMBANGUNAN MYFORESIGHT PEMBANGUNAN STRATEGI &
INDUSTRI TEKNOLOGI HAL EHWAL ANALITIK &
MAMPAN KORPORAT DIGITAL

TEKNOLOGI KOMUNIKASI,
MEDIA &
ACARA

Sumber: Unit Strategi dan Hal Ehwal Korporat, MIGHT

PEJABAT/BAHAGIAN JADUAL 1
FUNGSI PEJABAT DAN BAHAGIAN
Pejabat Presiden/
Ketua Pegawai Eksekutif FUNGSI

Bahagian Pembangunan  Mengurus program dan Pejabat Pengerusi serta Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai
Industri Eksekutif.
Bahagian Pembangunan
Teknologi Lestari  Bagi urusan program dan projek, pejabat turut dibantu oleh Unit Pengurusan Projek, Unit
Perniagaan Strategik, Unit Digital dan Analitik serta Unit Komunikasi, Media dan Acara.
Bahagian MyForesight
 Kecerdasan teknologi, pembangunan industri perniagaan berasaskan teknologi dan
mobiliti.

 Pembangunan teknologi mampan di Bandar Pintar, penyelesaian pintar dan jangkauan
global.

 Penggunaan metodologi Foresight & Futures Thinking dalam pembangunan polisi dan
kertas strategik nasional.

Bahagian Strategi dan  Khidmat sokongan korporat termasuk strategi korporat, khidmat korporat, pengurusan
Hal Ehwal Korporat fasiliti dan kewangan.

Sumber: Unit Strategi dan Hal Ehwal Korporat, MIGHT

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 5-9
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5-9
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

6.1.3. Sehingga bulan Disember 2019, MIGHT mempunyai seramai 11 ahli
Lembaga Pengarah yang terdiri daripada dua (2) Pengerusi Bersama yang mewakili
pihak Kerajaan dan swasta. Komposisi keahlian Lembaga Pengarah terdiri daripada
wakil sektor awam yang dilantik oleh pihak Kerajaan, wakil Ahli Utama, wakil sektor
swasta dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT.

6.1.4. Semakan Audit mendapati MIGHT telah mengamalkan sepenuhnya enam (6)
daripada sembilan (9) amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu aspek Setiausaha
Syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif, SOP, Pelan Strategik dan KPI, Jawatankuasa Audit
serta Audit Dalam. Tiga (3) aspek yang tidak diamalkan secara menyeluruh ialah
aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Imbuhan seperti penemuan
Audit berikut:

a. Pengerusi

i. Seksyen 212, Akta Syarikat 2016 dan MCCG 2017 amalan 1.2 menyatakan
tempoh pelantikan bagi jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah
ditetapkan.

ii. Semakan Audit mendapati Pengerusi Bersama (mewakili Kerajaan) telah
dilantik pada 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2021 bagi tempoh lantikan selama
dua (2) tahun menggantikan Penasihat Sains yang telah tamat
perkhidmatannya. Bagaimanapun, artikel 32(i) Perlembagaan MIGHT,
menyatakan Penasihat Sains yang dilantik sebagai Pengerusi Bersama
dikecualikan daripada ditetapkan tempoh pelantikan sebagai
Pengerusi Bersama adalah tidak selaras dengan Seksyen 212,
Akta Syarikat 2016.

Maklum balas MIGHT yang diterima pada 2 dan 16 Jun 2020

Pelantikan Pengerusi Bersama (mewakili Kerajaan) pada 1 Julai 2019 ditetapkan
tempoh lantikan selama dua (2) tahun sehingga 30 Jun 2021. Bagaimanapun,
pelantikan Penasihat Sains sebagai Pengerusi Bersama (mewakili Kerajaan) tidak
ditetapkan tempoh selaras dengan Perlembagaan MIGHT kerana tertakluk kepada
tempoh pelantikan sebagai Penasihat Sains oleh Kerajaan.

5 - 10 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 10
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Pendapat Tempoh pelantikan Penasihat Sains sebagai Pengerusi Bersama

Audit tidak ditetapkan berisiko mewujudkan konflik kepentingan dan

ketelusan.

b. Lembaga Pengarah

i. MCCG 2017 amalan 3.1 menyarankan Lembaga Pengarah mewujudkan Kod
Tatalaku dan Etika untuk syarikat. Antara perkara penting dalam Kod Tatalaku
dan Etika adalah berkaitan konflik kepentingan, rasuah, salah guna kuasa dan
ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Semakan Audit mendapati Lembaga Pengarah MIGHT tidak
mewujudkan Kod Tatalaku dan Etika untuk Lembaga Pengarah
syarikat berisiko mewujudkan konflik kepentingan.

ii. Garis Panduan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) yang dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) [Garis Panduan SBMJ (SSM)]
menetapkan SBMJ hendaklah menggunakan keuntungan dan lain-lain
pendapatannya bagi mencapai objektif penubuhannya kecuali telah
mendapat kelulusan daripada Pendaftar.

iii. Semakan Audit mendapati hasil daripada pendapatan program dan
yuran keahlian adalah bagi mencapai objektif penubuhannya.
Bagaimanapun, pendapatan program dan yuran keahlian
berjumlah RM84,587 telah digunakan untuk penganjuran
kejohanan golf dalam tahun 2018. Pihak Audit dimaklumkan
penganjuran telah diadakan sebagai satu platfom networking untuk ahli-ahli
MIGHT, wakil industri dan Kerajaan. Semakan lanjut mendapati anggaran
perbelanjaan hanya dibentangkan di peringkat Mesyuarat
Pengurusan Tertinggi MIGHT dan Kertas Pengurusan yang
disediakan telah diluluskan oleh Presiden/Ketua Pegawai
Eksekutif.

iv. Garis Panduan SBMJ (SSM) menetapkan SBMJ dilarang membayar apa-apa
fi, gaji, elaun tetap atau apa-apa manfaat kepada pengarahnya kecuali telah
mendapat kelulusan daripada Pendaftar. Artikel 4(b) Perlembagaan MIGHT
menetapkan tiada anggota Lembaga Pengarah akan dilantik ke mana-mana
syarikat yang bergaji atau mana-mana syarikat yang dibayar dengan fi atau
selainnya dan bahawa tiada imbuhan atau faedah lain dalam bentuk wang

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 5 - 11
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 11
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

atau nilai wang akan diberikan oleh syarikat kepada mana-mana ahli
Lembaga Pengarah kecuali bagi pembayaran balik belanja yang sebenarnya
dilakukan bagi pihak syarikat.

v. Semakan Audit mendapati Pengerusi Bersama (wakil Kerajaan dan
wakil swasta) dibayar elaun sejumlah RM5,000 sebulan. Bagi
tahun 2016 hingga bulan Disember 2019, Pengerusi Bersama
(Kerajaan) telah menerima elaun berjumlah RM166,452 dan
wakil swasta telah menerima sejumlah RM240,000.

Maklum balas MIGHT yang diterima pada 2 dan 16 Jun 2020

Kod Tatalaku dan Etika untuk ahli Lembaga Pengarah dan staf akan dibentangkan
dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 2 Tahun 2020. MIGHT juga telah
membangunkan polisi khusus berkenaan anti-rasuah dan salah guna kuasa yang
dilaksanakan pada bulan Jun 2020 setelah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah.
Handbook Kod Tatalaku dan Etika akan diguna pakai mulai bulan Disember 2020.

Antara mandat utama MIGHT adalah memperkasa industri teknologi tinggi negara
melalui kerjasama erat awam-swasta (public-private partnership). Penganjuran
Kejohanan Golf setiap dua (2) tahun bertindak sebagai satu platfom networking untuk
ahli MIGHT, pemain industri dan Kerajaan. Kejohanan Golf MIGHT lazimnya menerima
tajaan ahli MIGHT. Bagi tahun 2018, tajaan yang diterima adalah berjumlah
RM61,000.

Pembayaran elaun bulanan tersebut adalah sebagai bayaran kepada perbelanjaan
oleh Pengerusi Bersama dalam menjalankan tugas termasuklah hadir ke mesyuarat
dan aktiviti syarikat. Jumlah pembayaran balik adalah dihadkan kepada RM5,000
sebulan sahaja. Oleh kerana kos sebenar perbelanjaan adalah melebihi had yang telah
ditetapkan, maka pembayaran RM5,000 dibuat bagi memudahkan operasi
pentadbiran. Artikel 4(b) Perlembagaan MIGHT berkenaan dengan pemberian
bayaran fi, elaun tetap atau apa-apa pemberian faedah kepada pengarah akan
disemak dan dikemaskini agar tiada percanggahan dengan operasi pentadbiran dan
akan dibentangkan kepada ahli-ahli MIGHT dalam mesyuarat agung.

5 - 12 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 12
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Pendapat Perbelanjaan bagi anjuran Kejohanan Golf dan bayaran kepada

Audit Pengerusi Bersama adalah tidak selaras dengan Perlembagaan

MIGHT serta tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam

Garis Panduan SBMJ (SSM).

c. Jawatankuasa Imbuhan

i. Seksyen 212, Jadual Ketiga perenggan 20 Akta Syarikat 2016 menetapkan
setiap jawatankuasa hendaklah melantik pengerusinya dan menentukan
tatacaranya. Terma Rujukan Jawatankuasa Imbuhan yang diluluskan oleh
Lembaga Pengarah telah menetapkan kuorum tiga (3) ahli bagi mesyuarat
jawatankuasa. Semakan Audit mendapati Jawatankuasa Imbuhan
hanya dianggotai oleh dua (2) Lembaga Pengarah kerana
seorang ahlinya telah meletak jawatan pada 28 Mac 2019.

ii. MCCG 2017 amalan 6.1 menyarankan polisi dan prosedur bagi menentukan
imbuhan ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan syarikat hendaklah
disediakan dengan mengambil kira kompleksiti, prestasi syarikat, kemahiran
dan pengalaman pegawai yang dinilai. Semakan Audit mendapati polisi dan
prosedur bagi menentukan imbuhan pengurusan kanan
syarikat tidak disediakan.

iii. Semakan lanjut mendapati kertas cadangan bayaran insentif prestasi tahun
2018 dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Imbuhan untuk
pertimbangan Lembaga Pengarah berdasarkan deraf penyata kewangan
MIGHT bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Berdasarkan draf
penyata kewangan tersebut, MIGHT mencatatkan lebihan sebelum cukai
berjumlah RM0.75 juta. Bagaimanapun, penyata kewangan
beraudit MIGHT bagi tahun 2018 telah mencatatkan defisit
sebelum cukai berjumlah RM5 juta. Namun, MIGHT masih
membayar insentif prestasi bagi tahun 2018. Bayaran insentif
prestasi bagi tahun 2018 berjumlah RM1.11 juta telah dibayar
pada 31 Mei 2019.

Maklum balas MIGHT yang diterima pada 2 dan 16 Jun 2020

Keahlian Jawatankuasa Imbuhan mulai 25 Februari 2020 telah mencapai tiga (3) ahli
dan mesyuarat dijalankan menurut kuorum. Ahli Jawatankuasa Imbuhan akan

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 5 - 13
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 13
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

ditambah sekiranya terdapat pengarah baharu yang menepati terma lantikan. Ahli
Lembaga Pengarah adalah digalakkan untuk melantik ahli Lembaga Pengarah Gantian
untuk memastikan kehadiran ke mesyuarat yang lebih baik.

MIGHT sedang menyediakan polisi khusus berkenaan pembayaran performance
incentive sebagai panduan ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan. Polisi berkenaan
Performance Incentive akan dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat Lembaga
Pengarah Bilangan 2 Tahun 2020.

Pendapat Keahlian Jawatankuasa Imbuhan selaras dengan kuorum yang

Audit ditetapkan adalah penting bagi memastikan setiap keputusan

mesyuarat adalah telus.

6.2. Pengurusan Program MIGHT

Objektif penubuhan MIGHT mengikut Perlembagaan Syarikat adalah menjadi prospek dan
mempromosikan pembangunan industri melalui aplikasi strategik sains dan teknologi
untuk kepentingan pembangunan sosioekonomi Malaysia. EPU telah meluluskan
peruntukan keseluruhan berjumlah RM281 juta dalam RMKe-11 bagi pelaksanaan tiga (3)
program utama MIGHT iaitu Program Penyelidikan NUOF, Program Pelaburan A-Bio dan
Program Malaysia Software Testing Hub (MSTH). Tempoh pelaksanaan program ini
adalah selama lima (5) tahun mulai tahun 2016 hingga 2020. Pengauditan secara
terperinci telah dibuat terhadap Program Penyelidikan NUOF dan Pelaburan A-Bio kerana
merupakan program utama yang menerima peruntukan tertinggi bagi mencapai objektif
penubuhan syarikat. Butiran lanjut program yang diluluskan adalah seperti
dalam Jadual 2.

JADUAL 2

PROGRAM UTAMA MIGHT

BIL. PROGRAM TEMPOH SKOP PROGRAM PERUNTUKAN
1. PELAKSANAAN (RM Juta)
2. Penyelidikan Fokus kepada menangani cabaran kelestarian
3. Newton-Ungku (Tahun) global dan perubahan iklim melalui 101
Omar Fund penyelidikan dalam bidang sains, teknologi
2016 - 2020 dan inovasi. 120
Pelaburan A-Bio Membangun daya saing PKS dalam industri
2018 - 2020 nilai tambah dan teknologi tinggi dengan 60
Malaysia Software memupuk kapabiliti dan pelaburan ekuiti. 281
Testing Hub 2016 - 2019 Pembangunan industri pengujian perisian
dalam industri pengangkutan, teknologi hijau
dan aeroangkasa serta bandar pintar.

JUMLAH

Sumber: Surat Jabatan Perdana Menteri [No. Rujukan Surat: JPM.600-15/1/162 Jld.2 (31)]

5 - 14 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 14
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

6.2.1. Pencapaian Output Program

a. Program Penyelidikan Newton-Ungku Omar Fund

i. Program Penyelidikan NUOF telah menerima peruntukan berjumlah
RM80.80 juta bagi tahun 2016 hingga 2019. KPI bagi Program Penyelidikan
NUOF telah menetapkan empat (4) sasaran output iaitu bilangan penyelidik,
program kerjasama Malaysia-UK, syarikat berkolaborasi dengan UK dan
penerbitan jurnal. Penerbitan jurnal merupakan KPI tambahan yang bermula
pada tahun 2017 bagi kerjasama penyelidikan Malaysia-UK dalam bidang
strategik.

ii. Semakan Audit terhadap Program Penyelidikan NUOF mendapati sasaran
output bagi tahun 2016 hingga 2019 adalah cekap dengan pencapaian pada
kadar 97.5% hingga 280%. Pencapaian KPI bagi empat (4) sasaran output
adalah melebihi sasaran disebabkan pemantauan yang berkala oleh pihak
MIGHT, MOSTI dan Innovate UK yang terlibat secara langsung dengan
program penyelidikan berkenaan. Butiran prestasi output Program
Penyelidikan NUOF bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019 adalah seperti dalam
Jadual 3.

JADUAL 3
PRESTASI OUTPUT PROGRAM PENYELIDIKAN
NEWTON-UNGKU OMAR FUND BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

KPI PENCAPAIAN OUTPUT TAHUNAN
TAHUNAN
KUMPULAN 2016 2017 2018 2019
SASARAN (Bil.) Bil. % Bil. %

Bil. % Bil. %

Penyelidik 60 125 208.3 120 200.0 TB
40 TB 40
100.0 40 100.0
120.0
Program
200.0
Kerjasama 5 6 120.0 13 260.0 6 120.0 6 202.5
10
Malaysia-UK 81

Syarikat

Berkolaborasi 5 5 100.0 14 280.0 200.0 10
202.5 81
Dengan UK

Penerbitan 40 TB 39* 97.5
Jurnal

Sumber: KPI MIGHT Bagi Tahun 2016 Hingga 2019

Nota: (*) KPI Tambahan Bagi Penerbitan Jurnal Bermula Pada Tahun 2017

TB – Tidak Berkaitan

Pendapat Pencapaian output Program Penyelidikan NUOF adalah cekap

Audit kerana mencapai melebihi sasaran yang ditetapkan antara

97.5% hingga 280%.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 5 - 15
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 15
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology

b. Program Pelaburan A-Bio

i. Program Pelaburan A-Bio telah menerima peruntukan berjumlah RM80 juta
bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019. Program ini merupakan program
berkepentingan nasional dengan objektif untuk membangun PKS yang
dinamik. Program ini dilaksanakan oleh syarikat subsidiari MIGHT iaitu
VentureTECH Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai A-Bio Sdn. Bhd.). KPI
Program Pelaburan A-Bio adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak EPU
dan JPM mengikut jumlah peruntukan geran yang diluluskan.

ii. Semakan Audit terhadap Program Pelaburan A-Bio mendapati sasaran output
untuk tempoh tahun 2016 hingga 2019 adalah memuaskan dengan
pencapaian pada kadar 50% hingga 150%. Secara keseluruhannya,
pencapaian output KPI pada kadar 76.9% kerana hanya 10 syarikat
teknousahawan Bumiputera menerima pelaburan dari Program Pelaburan
A-Bio berbanding sasaran 13 syarikat yang ditetapkan. Pencapaian sasaran
output program bergantung kepada peruntukan geran yang diterima. Pada
tahun 2016, pencapaian output program pada kadar 50% disebabkan
sebahagian geran yang diterima digunakan bagi tujuan lain. Manakala pada
tahun 2019, pencapaian output program pada kadar 66.7% disebabkan baki
geran sedia ada tidak mencukupi untuk pelaburan dalam syarikat yang telah
diluluskan. Butiran prestasi output Program Pelaburan A-Bio bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2019 adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
PRESTASI OUTPUT PROGRAM
PELABURAN A-BIO BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

OUTPUT PENCAPAIAN OUTPUT TAHUNAN (Bil.)

2016 2017 2018 2019 JUMLAH

Sasaran 62 2 3 13

Pencapaian 3 3 2 2 10
50% 150% 100% 66.7% 76.9%

Sumber: KPI Program Pelaburan A-Bio Bagi Tahun 2016 Hingga 2019

Maklum balas MIGHT yang diterima pada 2 dan 16 Jun 2020

MIGHT sentiasa memantau pencapaian output bagi memastikan sasaran yang
ditetapkan tercapai. Bagi memastikan pemantauan pencapaian Program Pelaburan
A-Bio adalah efektif, penyaluran geran dan pelaporan status program secara berkala
dan mengikut keperluan adalah dilaksanakan.

5 - 16 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 16
Malaysian Industry-Government Group For High Technology

Malaysian Industry-Government Group For High Technology


Click to View FlipBook Version