ii. Semakan Audit mendapati setiap hotel TH ada mengedarkan borang maklum
balas kepuasan pelanggan bagi menilai ulasan pelanggan terhadap
perkhidmatan THHR. Selain itu, komen dan ulasan pelanggan di laman
sesawang pelancongan juga dinilai oleh THHR. Lawatan Audit mendapati
borang maklum balas kepuasan pelanggan dikumpul dan disemak oleh Front
Office. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati THHR tidak menyediakan
SOP berkaitan pengurusan maklum balas kepuasan pelanggan
antaranya tiada keseragaman penggunaan borang maklum balas kepuasan
pelanggan, tiada penetapan bahagian yang bertanggungjawab serta tiada
peruntukan tempoh memberi maklum balas dan mengambil tindakan terhadap
aduan pelanggan. Perkara ini menyebabkan wujudnya perbezaan borang
maklum balas kepuasan pelanggan yang digunakan antara hotel TH dan
pelaporan yang disediakan.
iii. Maklum balas pelanggan merupakan antara elemen penilaian penting bagi
industri perhotelan dan pelancongan bagi menambah baik kualiti
perkhidmatan. Semakan Audit juga mendapati tiada proses penilaian
dan analisis terperinci terhadap maklum balas kepuasan
pelanggan dibuat oleh hotel TH bagi tujuan tindakan penambahbaikan. Bagi
tempoh tahun 2017 hingga 2019, THHR telah menerima sebanyak
750 maklum balas pelanggan. Semakan Audit mendapati sebanyak
150 (20%) borang maklum balas pelanggan yang tidak berpuas hati dengan
kualiti perkhidmatan hotel TH tidak diambil tindakan oleh hotel TH.
Berdasarkan maklum balas pelanggan tersebut, antara perkara yang perlu
diberi perhatian oleh THHR adalah berkaitan penyenggaraan luar dan dalam
bilik penginapan, kebersihan bilik dan bilik air, keadaan perabot dalam bilik
penginapan serta kemudahan peralatan yang disediakan. Butiran lanjut
seperti dalam Jadual 11.
JADUAL 11
ANALISIS MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN
BAGI TAHUN 2017 HINGGA 2019
KATEGORI MAKLUM BALAS PELANGGAN
HOTEL PENYENGGARAAN KEBERSIHAN KEADAAN KEMUDAHAN
DI LUAR DAN BILIK DAN PERABOT PERALATAN
DALAM BILIK BILIK AIR DALAM BILIK
THKJ 21 20 18 25
THHP 26 13 8 28
THKK 15 18 0 5
Sumber: Borang Maklum Balas Kepuasan Pelanggan Tahun 2017 hingga 2019
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -13-333
T HTHHo tHeolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
b. Pemeriksaan Kesihatan Kakitangan F&B
i. Perkara 30(1) dan 31(1) Akta Makanan 1983 - Peraturan-peraturan
Kebersihan Makanan 2009 menyatakan setiap pengendali makanan wajib
menjalani latihan pengendalian makanan dan diperiksa daripada segi
kesihatan serta diberikan vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar. Perkara
31(3) Akta sama menyatakan denda tidak melebihi RM10,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun sekiranya
pengendali makanan tidak mematuhi perkara 30(1) dan 31(1).
ii. Seramai 56 kakitangan yang terlibat dengan perkhidmatan F&B di THKJ
(12 orang), THHP (16 orang) dan THKK (28 orang). Semakan Audit mendapati
kesemua kakitangan perkhidmatan F&B telah mendapatkan suntikan vaksin
typhoid untuk mengelakkan penyebaran bakteria yang dikenali Salmonella
Typhii yang boleh menyebabkan demam kepialu.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020
SOP berkenaan maklum balas dan aduan pelanggan sedang dikemas kini dengan
mengambil kira keperluan semasa dalam industri perhotelan dan perkhidmatan yang
diamalkan di Malaysia. SOP tersebut dijangka dikemukakan untuk kelulusan EXCO
pada 31 Oktober 2020.
Pendapat Pengurusan maklum balas dan aduan pelanggan oleh THHR
Audit adalah tidak berkesan. Ketiadaan SOP memberi kesan kepada
kaedah penilaian dan analisis maklum balas pelanggan bagi
membolehkan THHR meningkatkan kualiti perkhidmatan dan
menambah baik kualiti perkhidmatannya. THHR telah
mengambil langkah yang berkesan dalam memastikan
kakitangan yang terlibat dengan perkhidmatan F&B mendapat
suntikan vaksin.
1 -13-434 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
6.2.6. Pengurusan Penghutang
a. Seksyen 246 (1), Akta Syarikat 2016 menetapkan syarikat hendaklah mempunyai
satu sistem kawalan dalaman yang memberi jaminan munasabah supaya syarikat
dilindungi daripada kerugian dan semua transaksi yang perlu direkodkan. Pada
7 Februari 2017, Jawatankuasa Kawalan Kredit THHR telah meluluskan beberapa
garis panduan pengawalan kredit antaranya setiap hutang yang melebihi 30 hari
hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kawalan Kredit untuk tujuan
pemantauan.
b. Semakan Audit terhadap Penyata Tunggakan Penghutang mendapati penghutang
THHR pada 31 Disember 2019 adalah berjumlah RM0.76 juta. Tunggakan
penghutang tahun 2019 menunjukkan penurunan sejumlah RM97,899 (11.4%)
berbanding tahun 2018. Analisis Audit terhadap pengumuran penghutang
mendapati tempoh kutipan hutang mencapai purata 21 hari. Namun, masih
terdapat tunggakan yang melebihi 90 hari berjumlah RM204,427
(26.8%) daripada jumlah keseluruhan penghutang. Tunggakan ini
merupakan hutang lama termasuk tunggakan hutang sejumlah RM156,307
(76.5%) yang gagal dikutip melebihi 360 hari. Kategori penghutang paling tinggi
tunggakan adalah daripada syarikat induk iaitu TH sendiri berjumlah RM67,477
(33%) daripada jumlah keseluruhan. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 12.
JADUAL 12
PENGUMURAN PENGHUTANG SETAKAT 31 DISEMBER 2019
HOTEL <30 HARI TUNGGAKAN (RM) >90 HARI JUMLAH
30 HARI 60 HARI 90 HARI (RM)
Kafe Hajj 17,596 37,654 2,166 203 33,908 91,527
THKJ 88,696 126,869 31,290 14,431 131,237 392,523
THHP 59,864 15,294 7,540 44,995 340 128,033
THKK 48,503 44,479 9,571 8,700 38,942 150,195
JUMLAH 214,659 224,296 50,567 68,329 204,427 762,278
Sumber: Penyata Tunggakan Penghutang Tahun 2019
c. Semakan Audit mendapati THKJ mencatat tunggakan paling tinggi sejumlah
RM131,237 dan THHP pula hanya mempunyai tunggakan sejumlah RM340 sahaja.
Semakan seterusnya mendapati THHR tidak mempunyai polisi kutipan hutang.
Namun, THHR ada mengambil tindakan bagi mengutip hutang antaranya
mengeluarkan surat peringatan dan notis tuntutan daripada peguam kepada
penghutang yang berkenaan.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -13-535
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
d. Semakan Audit mendapati agenda berkaitan penghutang ada dibincangkan pada
Mesyuarat Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah telah menyarankan pihak
pengurusan membuat tindakan susulan dengan penghutang yang terlibat bagi
memastikan syarikat tidak menanggung kerugian. Lembaga Pengarah juga turut
meminta pihak pengurusan mempercepatkan kutipan hutang terutamanya bagi
hutang-hutang yang telah melebihi 90 hari. Jawatankuasa Audit dan Risiko yang
tidak berfungsi dan ketiadaan Audit Dalam secara tidak langsung memberi kesan
kepada pengesanan kelemahan kawalan penghutang syarikat.
Maklum balas THHR yang diterima pada 17 Jun 2020 dan 6 Ogos 2020
Pengurusan sedang menyemak dan meneliti secara menyeluruh berkenaan dokumen
sokongan bagi tujuan kutipan semula hutang tertunggak yang lama sebelum amaun
hutang ragu dihapus kira. Senarai penghutang yang gagal menjelaskan tunggakan
akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah THHR untuk tindakan perundangan.
Pendapat Pengurusan penghutang THHR belum mencapai kecekapan
Audit yang tinggi kerana sebanyak 26.8% tunggakan hutang
melebihi 90 hari masih belum dapat dikutip. Ketiadaan SOP
kutipan hutang menunjukkan kelemahan pengurusan
syarikat walaupun perkara ini telah dibangkitkan oleh
Lembaga Pengarah THHR.
6.3. Kedudukan Kewangan
6.3.1. Penyata kewangan THHR bagi tahun 2016 dan 2017 telah diaudit oleh
Tetuan KPMG manakala penyata kewangan 2018 pula diaudit oleh Tetuan Ernst
& Young dan telah diberi sijil tanpa teguran bagi tiga (3) tahun tersebut. Analisis
terhadap kedudukan kewangan THHR bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 telah
dilaksanakan merangkumi pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; aset dan
liabiliti; serta tunai dan kesetaraan tunai seperti dalam Jadual 13.
1 -13-636 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
JADUAL 13
KEDUDUKAN KEWANGAN THHR BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018
BUTIRAN 2016 2017 2018
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Pendapatan 17.69 18.68 17.62
Pendapatan Lain 7.69 105.89 1.10
JUMLAH PENDAPATAN 25.38 124.57 18.72
Kos Jualan (9.61) (8.67) (8.26)
Perbelanjaan Pentadbiran Dan Pengurusan (11.24) (10.49) (14.34)
Lain-lain Perbelanjaan (1.80) (1.58) (1.45)
Kos Kewangan (0.02) --
JUMLAH PERBELANJAAN (22.67) (20.74) (24.05)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI 2.71 103.83 (5.33)
Cukai (1.23) --
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SELEPAS CUKAI 1.48 103.83 (5.33)
Dividen - (104.50) -
Pelarasan Cukai Bersih (MFRS 9) - - (0.89)
KEUNTUNGAN TERKUMPUL 7.33 6.66 0.44
JUMLAH ASET 119.09 217.94 132.38
JUMLAH LIABILITI 11.76 111.28 31.94
JUMLAH EKUITI 107.33 106.66 100.44
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 119.09 217.94 132.38
TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 11.46 14.45 9.21
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018
6.3.2. Pendapatan utama THHR diperoleh daripada sewaan bilik penginapan,
perkhidmatan F&B serta sewaan dewan dan bilik seminar. Pada tahun 2018, jumlah
pendapatan utama mengalami penurunan iaitu sejumlah RM1.06 juta (5.64%)
berbanding tahun 2017. Penurunan ini disebabkan oleh penurunan dalam pendapatan
sewaan bilik kerana kadar penginapan yang rendah berikutan promosi dan pemasaran
yang kurang berkesan oleh pihak pengurusan serta faktor persaingan. Pendapatan
lain THHR pula terdiri daripada terimaan dividen daripada syarikat subsidiari dan
pendapatan pelaburan.
6.3.3. Pada keseluruhannya, jumlah pendapatan THHR pada tahun 2018
mengalami penurunan yang amat ketara berbanding tahun 2017
iaitu sejumlah RM105.86 juta (84.9%) disebabkan THHR tidak menerima
sebarang dividen daripada syarikat subsidiarinya iaitu TH Travel & Services Sdn. Bhd.
(THTS) pada tahun 2018. THHR menerima dividen daripada THTS berjumlah
RM104.5 juta pada tahun 2017 dan RM7 juta pada tahun 2016. Pendapatan dividen
ini seterusnya akan dibayar balik kepada TH. Bagaimanapun, pendapatan aktiviti
utama THHR masih mampu menampung perbelanjaan utama yang berkaitan
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -13-737
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
pengurusan hotel untuk tempoh tiga (3) tahun tersebut. Trend pendapatan bagi tiga
(3) tahun berkaitan adalah seperti dalam Jadual 13 dan Carta 5.
6.3.4. Perbelanjaan utama THHR terdiri daripada kos jualan, perbelanjaan
pentadbiran dan pengurusan. Kos jualan yang merupakan perbelanjaan utama terdiri
daripada kos langsung berkaitan dengan perkhidmatan sewaan bilik serta
perkhidmatan F&B. Perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan merupakan
perbelanjaan tertinggi THHR meliputi 59.6% daripada perbelanjaan keseluruhan.
Antaranya kos kakitangan, perbelanjaan sewa dan rosot nilai terhadap kerugian
pelaburan syarikat subsidiari. Pada tahun 2018, perbelanjaan THHR mengalami
peningkatan sejumlah RM3.31 juta (15.9%) berbanding tahun 2017 dan sejumlah
RM1.38 juta (6.1%) berbanding tahun 2016. Sebab utama peningkatan ialah rosot
nilai terhadap penghutang dan pelaburan dalam syarikat subsidiari. Trend
perbelanjaan bagi tiga (3) tahun berkaitan adalah seperti Jadual 13 dan Carta 5.
6.3.5. Jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan telah mengakibatkan THHR
mengalami kerugian sebelum cukai pada tahun 2018. Manakala bagi tahun 2016 dan
2017, trend jumlah pendapatan melebihi perbelanjaan telah menyumbang kepada
keuntungan sebelum cukai. Pada tahun 2018, kerugian sebelum cukai dicatat
sejumlah RM5.33 juta berbanding sejumlah RM103.83 juta keuntungan sebelum cukai
pada tahun 2017 iaitu pengurangan sebanyak 105%. Pada keseluruhannya, kerugian
sebelum cukai pada tahun 2018 telah mengakibatkan penurunan keuntungan
terkumpul syarikat kepada RM441,576 berbanding RM6.66 juta pada tahun 2017.
Trend keuntungan/kerugian bagi tiga (3) tahun berkaitan adalah seperti dalam
Jadual 13 dan Carta 6.
CARTA 5 CARTA 6
TREND PENDAPATAN TREND KEUNTUNGAN/KERUGIAN
DAN PERBELANJAAN
BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018 SEBELUM CUKAI SERTA
KEUNTUNGAN TERKUMPUL
RM Juta BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018
160
RM Juta 103.83
120 110
90
124.57 70
80 50
40 25.38 20.74 18.72 30 7.33 6.66 0.44
22.67 24.05 10 2.71 (5.33)
(10)
0
2016 2017 2018 2016 2017 2018
Pendapatan Perbelanjaan Keuntungan Terkumpul
Keuntungan/ (kerugian) Sebelum Cukai
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2016, 2017 dan 2018
1 -13-838 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd. .
6.3.6. Analisis Audit terhadap kedudukan aset dan liabiliti syarikat mendapati THHR
mempunyai aset yang mencukupi dan mampu menampung obligasinya pada masa
yang diperlukan berdasarkan jumlah aset melebihi liabiliti bagi tiga (3) tahun
berturut-turut. Pada tahun 2018, aset syarikat berjumlah RM132.38 juta berbanding
liabilitinya berjumlah RM31.94 juta. Keadaan ini menunjukkan sebanyak 24.1% aset
syarikat dibiayai oleh hutang dan baki sebanyak 75.9% pula dibiayai secara dalaman
oleh THHR. Nisbah semasa bagi tahun 2018 pada kadar 1.35 menunjukkan syarikat
masih mampu untuk menampung obligasi jangka pendeknya. Tempoh masa yang
diambil bagi mengutip balik hutangnya juga adalah baik kerana mengambil masa
antara 18 hingga 21 hari.
6.3.7. Analisis juga telah dijalankan terhadap aliran tunai THHR bagi menilai
keupayaan syarikat untuk menjana aliran tunai daripada aktiviti operasi, pelaburan
dan pembiayaan serta penggunaannya untuk menampung perbelanjaan syarikat. Baki
tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun 2018 menunjukkan penurunan sejumlah
RM5.24 juta (36.3%) kepada RM9.21 juta berbanding sejumlah RM14.45 juta pada
tahun 2017. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan penggunaan tunai dalam
aktiviti operasi dan penurunan dalam pendapatan.
Maklum balas THHR yang diterima pada 2 Jun 2020
Usaha meningkatkan jualan dan mengurangkan pemberian kredit jualan sedang
dipraktikkan oleh THHR pada tahun 2020 memandangkan strategi jualan dan
pemasaran tertumpu kepada bidang F&B.
Pendapat Berdasarkan kepada analisis kewangan yang dijalankan,
Audit secara keseluruhannya kedudukan kewangan THHR adalah
stabil.
7. RUMUSAN AUDIT
Secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan THHR masih
belum tercapai sepenuhnya. Pencapaian output berdasarkan prestasi kadar pengisian bilik
dan pendapatan adalah tidak cekap kerana tidak mencapai sasaran ditetapkan.
Pencapaian outcome syarikat tidak ditetapkan namun penarafan yang diterima melalui
laman sesawang pelancongan bagi keseluruhan aspek yang dinilai adalah baik. Selain itu,
wujud kelemahan dari aspek pengurusan fasiliti premis hotel, promosi dan pemasaran
serta polisi kutipan hutang yang perlu diberi perhatian. Amalan tadbir urus korporat THHR
adalah kurang memuaskan berdasarkan lapan (8) aspek yang tidak diamalkan
sepenuhnya. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan THHR adalah stabil.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 1 -13-939
T HTHHo Ht eolte&l R&e sRiedseidnec ne cSedSnd. nB.hBdh. d.
Kedudukan aset syarikat masih mampu menampung liabiliti jangka pendeknya dalam
tempoh tiga (3) tahun yang dinilai dan kedudukan tunai pada akhir tahun 2018 juga
masih positif. Namun, keuntungan terkumpul syarikat mengalami penurunan kesan
kerugian yang dicatat pada tahun 2018.
8. SYOR AUDIT
Bagi memantapkan keupayaan tadbir urus korporat dan meningkatkan pengurusan hotel
supaya selaras dengan objektif penubuhannya adalah disyorkan pihak Lembaga Pengarah
THHR dan pengurusan THHR mengambil perhatian perkara berikut:
i. mempertingkatkan amalan tadbir urus korporat berkaitan komposisi Lembaga
Pengarah yang seimbang bagi mengelakkan risiko konflik kepentingan serta
mempertimbangkan pelantikan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai
pengalaman dan latar belakang industri berkaitan. Selain itu, jawatan Ketua
Pegawai Eksekutif perlu segera diisi bagi memastikan kelancaran pengurusan dan
operasi syarikat;
ii. mempertingkatkan pendapatan syarikat melalui usaha promosi dan pemasaran
yang lebih efektif secara berterusan bagi memastikan hotel di bawah pengurusan
THHR mampu bersaing dengan hotel yang lain;
iii. mengambil tindakan segera terhadap semua kerosakan yang berlaku supaya bilik
penginapan dan peralatan dapat digunakan secara optimum seterusnya
meningkatkan pendapatan syarikat; dan
iv. mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi mengutip balik hutang daripada
pelanggan yang melebihi 90 hari bagi mengurangkan risiko hapus kira serta
menyediakan polisi kutipan hutang.
1 -14-040 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTHH HHootteell && RReessiiddeennccee SSddnn.. BBhhdd..
2 KEMENTERIAN KEWANGAN
MALAYSIA
MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN)
Amanah Raya Berhad
Small Medium Enterprise
Development Bank Malaysia Berhad
Technology Park Malaysia
Corporation Sdn. Bhd.
UDA Holdings Berhad
2-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Amanah Raya Berhad
AMANAH RAYA BERHAD
2-4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Amanah Raya Berhad
RINGKASAN EKSEKUTIF
AMANAH RAYA BERHAD
Apa yang Perkara Utama
diaudit?
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) bertanggungjawab
menguruskan dana amanah yang diterima dalam akaun
berasingan iaitu Akaun Kumpulan Wang Bersama (KWB)
berdasarkan Seksyen 25 Akta 532.
Penilaian terhadap sembilan (9) amalan terbaik tadbir urus
korporat iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat,
Pengarah Urusan Kumpulan, Standard Operating Procedures,
Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Jawatankuasa
Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan
bagi tempoh tahun 2016 sehingga bulan Februari 2020.
Dua (2) bidang utama Audit ialah prestasi dan pelaksanaan
pengurusan dana KWB serta pengurusan amanah dan pusaka.
Bagi prestasi aktiviti, dua (2) perkara yang dinilai ialah pencapaian
output berdasarkan KPI; dan pencapaian outcome berdasarkan
agihan pendapatan KWB dan Akta 532 (tanggungjawab sosial dan
keuntungan).
Tiga (3) perkara yang dinilai dalam pengurusan dana KWB ialah
prestasi pelaburan KWB; agihan pendapatan daripada KWB; dan
prestasi pelan tindakan pemulihan KWB. Manakala bagi
pelaksanaan pengurusan amanah dan pusaka, penilaian dibuat
terhadap tiga (3) perkara iaitu perekodan dan penyimpanan
maklumat; aktiviti pengesanan benefisiari amanah; dan
pengurusan dana tertangguh.
Analisis terhadap tiga (3) tahun penyata kewangan beraudit iaitu
tahun 2016, 2017 dan 2018 merangkumi analisis pendapatan,
perbelanjaan, aset, liabiliti serta aliran tunai.
Mengapa ia Menilai prestasi AmanahRaya dalam melaksanakan pengurusan
penting dana KWB serta pengurusan amanah dan pusaka. Setakat tahun
untuk 2019, modal dana KWB berjumlah RM5.898 bilion.
diaudit?
AmanahRaya merupakan syarikat subsidiari milik penuh Menteri
Kewangan (Diperbadankan).
Apa yang Amalan tadbir urus korporat adalah memuaskan namun terdapat
kelemahan yang perlu ditambah baik. Antaranya pindaan polisi
ditemui tanpa kelulusan Lembaga Pengarah adalah bertentangan dengan
Audit? Piagam Lembaga Pengarah.
Prestasi dana KWB adalah tidak cekap kerana dana modal telah
mengalami trend defisit sejak tahun 2008. Kemerosotan dana ini
berterusan sehingga tahun 2019 disebabkan keuntungan tahun
semasa tidak dapat menampung jumlah agihan pendapatan
LapLoarpaonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 22- -11
A mAamn aanhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
kepada pendeposit pada setiap tahun menjadikan kerugian
terkumpul KWB mencapai RM1.023 bilion.
Pencapaian output pengurusan amanah dan pusaka bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2019 adalah cekap antara 87.9% hingga
98.9%.
Pencapaian outcome pelaburan KWB berdasarkan agihan
pendapatan kepada pendeposit amanah antara 4.71% hingga
4.89% dalam tempoh tahun 2016 hingga 2019.
Pencapaian outcome berdasarkan prestasi kewangan syarikat pula
adalah semakin meningkat daripada 64.8% pada tahun 2016
kepada 96% pada tahun 2019.
Pengurusan dana KWB adalah tidak cekap kerana prestasi
pelaburan yang mengakibatkan kerugian nyata sebanyak 64.9%
dalam kerugian terkumpul KWB. Pengagihan pendapatan kepada
pemegang dana KWB juga dibayar melebihi pendapatan bersih
bagi tujuh (7) tahun kewangan. Selain itu, kadar kos pelaburan
melebihi kadar pulangan diperoleh bagi tahun 2016 dan 2018
mengakibatkan defisit dana. Keadaan ini memerlukan
AmanahRaya mendapatkan jaminan Kerajaan bagi menampung
defisit sejak tahun 2010.
Pelaksanaan pengurusan amanah dan pusaka adalah berkesan
kerana aktiviti lawatan sosial berjaya mengenal pasti benefisiari
yang memerlukan pengeluaran wang amanah.
Pengurusan fail serta maklumat amanah dan pusaka masih belum
mencapai tahap kecekapan yang optimum kerana sistem dan
kaedah penyimpanan yang diamalkan berisiko kehilangan
maklumat serta menyukarkan pemantauan kemajuan
penyelesaian kes.
Pengurusan dana tertangguh pula adalah kurang cekap dengan
peningkatan dana sehingga 59.8% bagi tempoh tahun 2016
hingga 2019.
Kedudukan kewangan syarikat berada pada tahap stabil namun
AmanahRaya bergantung kepada jaminan Kerajaan bagi defisit
KWB sejak tahun 2010.
22- -22 LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNiteNgaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN)
1. AMANAH RAYA BERHAD
FAKTA UTAMA AMANAHRAYA
29.05.1995 RM6 Juta RM5.898 bilion
Tarikh pengkorporatan Modal berbayar Modal dana Kumpulan Wang Bersama
Objektif penubuhan setakat tahun 2019
Aktiviti utama Menerima semua urusan yang dibenarkan oleh Akta Perbadanan Amanah Raya
Jenis syarikat 1995;
Menjalankan amanah berkaitan pembahagian harta benda;
Bertindak sebagai peguam atau ejen berkaitan wang, ejen harta tanah, ejen
pelaburan dan kewangan;
Mengurus pelbagai dana; serta
Memberi khidmat nasihat dan perundingan
Perkhidmatan perwarisan - pengurusan wasiat, amanah dan pusaka
Syarikat berhad menurut syer
1. LATAR BELAKANG
1.1. Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) ialah syarikat berhad menurut syer milikan
penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] dengan modal berbayar sejumlah
RM6 juta. AmanahRaya dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang AmanahRaya dan
Pegawai Pentadbir Pusaka telah ditubuhkan sejak tahun 1921, kemudiannya
dikorporatkan pada 29 Mei 1995 dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1995. AmanahRaya
sebelum ini dikawal selia oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal
Ekonomi kini telah diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF).
1.2. Objektif penubuhan AmanahRaya berdasarkan Perlembagaan Syarikat adalah
menerima semua urusan yang dibenarkan oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
[Akta 532]; menjalankan dan melaksanakan amanah berkaitan pembahagian harta
benda; bertindak sebagai peguam atau ejen berkaitan wang, ejen harta tanah, ejen
pelaburan dan kewangan; mengurus pelbagai dana; serta memberi khidmat nasihat dan
perundingan. Akta 532 pula menyatakan objektif utama syarikat ialah untuk menjalankan
tanggungjawab sosial kepada komuniti Malaysia dan mencapai keuntungan.
1.3. Aktiviti utama AmanahRaya ialah menawarkan perkhidmatan perwarisan kepada
masyarakat iaitu pengurusan wasiat, amanah dan pusaka seperti dalam Jadual 1. Selain
itu, AmanahRaya bertanggungjawab menguruskan dana amanah dan pusaka yang
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2-3
Laporan Ketua Audit NegarAamTaanhauhnR a2y0a19B eSr hiraid1
2-3
Amanah Raya Berhad
diterima dalam akaun berasingan iaitu Akaun Kumpulan Wang Bersama dan Akaun Pusat
Pusaka berdasarkan Seksyen 25 Akta 532. Pelanggan AmanahRaya terdiri daripada agensi
atau syarikat dan individu. AmanahRaya mempunyai 21 cawangan di seluruh Malaysia,
17 syarikat subsidiari dan tiga (3) syarikat bersekutu yang menjalankan perniagaan dalam
bidang pasaran modal, pengurusan peramanahan, perkhidmatan perwarisan dan
hartanah. Pelaksanaan aktiviti perkhidmatan perwarisan dilaksanakan di peringkat
AmanahRaya manakala pelaburan dana Kumpulan Wang Bersama (KWB) dilaksanakan
melalui syarikat subsidiarinya.
JADUAL 1
PERKHIDMATAN PERWARISAN AMANAHRAYA
AKTIVITI BUTIRAN
UTAMA
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian harta pusaka berbentuk arahan kepada wasi (orang
Pengurusan yang dilantik untuk menunaikan wasiat) untuk menyempurnakan segala hasrat pelanggan.
Wasiat AmanahRaya akan bertindak sebagai wasi menyediakan perkhidmatan dalam bentuk penulisan,
penyimpanan dan pelaksanaan wasiat. Proses penyediaan wasiat dilaksanakan mengikut undang-
Pengurusan undang Islam (mengikut wasiat atau mengikut faraid jika tanpa dokumen wasiat) dan Sivil
Amanah (mengikut wasiat atau mengikut Akta Pembahagian 1958 jika tanpa dokumen wasiat).
Akaun amanah merujuk kepada akaun yang dibuka oleh orang perseorangan atau badan korporat
bagi manfaat benefisiari (orang yang menerima manfaat) tertentu melalui Surat Ikatan Amanah.
AmanahRaya bertindak sebagai pemegang amanah dan bertanggungjawab melindungi benefisiari.
Pengurusan Bertindak sebagai pentabir harta pusaka (harta peninggalan si mati) bagi memastikan harta
Pusaka berkenaan dapat diagihkan kepada pihak yang berhak menurut undang-undang. Ia terdiri daripada
Harta Pusaka Berwasiat dan Harta Pusaka Tidak Berwasiat.
Sumber: Portal AmanahRaya
1.4. Aktiviti AmanahRaya tertakluk kepada Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
[Akta 532], Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208], Small Estates (Distribution)
Act 1955, Probate and Administration Act 1959 dan Wills Act 1959. AmanahRaya dan
subsidiarinya, AmanahRaya Trustees Berhad menerima dana berserta fi daripada
pelanggannya bagi perkhidmatan perwarisan yang diberikan. Dana yang diterima
kemudiannya dilaburkan melalui KWB yang diuruskan oleh subsidiarinya iaitu
AmanahRaya Investment Management Sdn. Bhd. dan AmanahRaya Kenedix-REIT
Manager Sdn. Bhd.. Hasil pelaburan akan dipulangkan kepada pelanggan (waris atau
benefisiari) melalui pembayaran agihan pendapatan (dividen). Secara amnya, model
perniagaan AmanahRaya adalah seperti dalam Carta 1.
2 -24- 4 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
CARTA 1
MODEL PERNIAGAAN AMANAHRAYA
Sumber: Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan AmanahRaya
sebagaimana mandat diberikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Bersama
(KWB) serta pengurusan amanah dan pusaka dengan cekap, berkesan dan berhemat;
amalan tadbir urus korporat yang baik; serta prestasi kedudukan kewangan syarikat yang
kukuh.
3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini melibatkan sembilan (9) aspek tadbir urus korporat bagi tahun
2016 hingga bulan Februari 2020. Pengauditan aspek pengurusan aktiviti pula meliputi
pengurusan dana KWB serta pengurusan amanah dan pusaka bagi tempoh yang sama.
Berdasarkan penilaian risiko, aktiviti pengurusan dana KWB dipilih kerana trend
kemerosotan dana KWB sejak tahun 2008 melibatkan jumlah dana yang signifikan. Hasil
fi pengurusan dana KWB juga adalah penyumbang utama kepada pendapatan operasi
syarikat. Aktiviti pengurusan amanah dan pusaka pula dipilih kerana hasil fi menyumbang
kepada pendapatan operasi kedua tertinggi syarikat. Aspek kedudukan kewangan pula
meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2016, 2017 dan 2018.
3.2. Dua (2) bidang utama yang dinilai bagi pengauditan pengurusan aktiviti adalah
prestasi dan pelaksanaan aktiviti. Bagi prestasi aktiviti, dua (2) perkara yang dinilai iaitu
pencapaian output dan pencapaian outcome. Manakala perkara yang dinilai dalam
pelaksanaan aktiviti ialah pengurusan dana KWB serta pengurusan amanah dan pusaka.
Tiga (3) perkara yang disemak dalam pengurusan dana KWB ialah prestasi pelaburan
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2-5
Laporan Ketua Audit NegarAamTaanha hunR a2y0a1B9e Sr hiraid 1
2-5
Amanah Raya Berhad
KWB; agihan pendapatan daripada KWB; dan prestasi pelan tindakan pemulihan KWB.
Manakala bagi pelaksanaan pengurusan amanah dan pusaka, semakan dibuat terhadap
tiga (3) perkara iaitu perekodan dan penyimpanan maklumat; aktiviti pengesanan
benefisiari amanah; dan pengurusan dana tertangguh.
3.3. Pengauditan telah dijalankan di Ibu Pejabat AmanahRaya yang terletak di Jalan
Ampang, Kuala Lumpur. Selain itu, semakan telah dibuat terhadap empat (4) cawangan
yang mempunyai bilangan fail pusaka backlog yang tinggi. Cawangan yang terlibat ialah
di Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Lawatan Audit turut dijalankan
terhadap sampel benefisiari Orang Kelainan Upaya melibatkan akaun amanah kategori
mandatori.
4. METODOLOGI PENGAUDITAN
4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang
dikemukakan oleh pengurusan AmanahRaya serta menganalisis data amanah dan pusaka.
Analisis terhadap KWB dilaksanakan melibatkan prestasi kedudukan kewangan, pelaburan
dan agihan pendapatan. Lawatan terhadap penerima manfaat amanah juga dijalankan
antara 20 Januari hingga 7 Februari 2020 bertujuan untuk menentukan pengurusan
amanah telah dilaksanakan berdasarkan Standard Operating Procedures dan akta
berkaitan. Selain itu, borang soal selidik telah diedarkan kepada seramai 117 pelanggan
bagi menentukan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan
AmanahRaya.
4.2. Pengesahan dengan pihak ketiga iaitu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
(JKPTG) Negeri Johor dan Pulau Pinang serta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah
dilaksanakan bagi mendapat maklum balas berkaitan kelewatan penyelesaian kes pusaka.
Perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat juga dijalankan untuk mendapatkan
penjelasan lanjut. Bagi aspek kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan berdasarkan
penyata kewangan AmanahRaya yang telah diaudit oleh Tetuan Ernst & Young. Penilaian
ini melibatkan analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; analisis trend
aset dan liabiliti; analisis nisbah kewangan; serta analisis aliran tunai.
5. RUMUSAN AUDIT
5.1. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2019 hingga Februari 2020
merumuskan perkara seperti berikut:
2 -26- 6 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
a. Tadbir Urus Korporat
Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat AmanahRaya adalah
memuaskan. Namun, penambahbaikan perlu dilaksanakan dalam aspek Standard
Operating Procedures serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan selaras
dengan amalan terbaik yang disyorkan.
b. Pengurusan Aktiviti
i. Prestasi Pengurusan Dana Kumpulan Wang Bersama serta
Pengurusan Amanah dan Pusaka
Prestasi dana KWB adalah tidak cekap kerana dana modal telah mengalami
trend defisit sejak tahun 2008 menjadikan kerugian terkumpul KWB
mencapai RM1.023 bilion setakat tahun 2019. Selain itu, kadar kos
pelaburan melebihi kadar pulangan diperoleh bagi tahun 2016 dan 2018
turut meningkatkan defisit dana. Keadaan ini menyebabkan AmanahRaya
memerlukan jaminan Kerajaan sejak tahun 2010 bagi menampung defisit
dana sekiranya dituntut oleh pemegang dana amanah. Pencapaian output
pengurusan amanah dan pusaka bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019
pula adalah cekap antara 87.9% hingga 98.9%. Pengurusan penyelesaian
kes didapati cekap dengan kes backlog amanah hanya 2.9% dan kes
backlog pusaka 36.4% setakat 31 Disember 2019.
Pencapaian outcome pelaburan KWB berdasarkan agihan pendapatan
kepada pendeposit amanah ialah antara 4.71% hingga 4.89% dalam
tempoh tahun 2016 hingga 2019. Manakala pencapaian outcome
berdasarkan prestasi kewangan AmanahRaya pula adalah semakin
meningkat daripada 64.8% pada tahun 2016 kepada 96% pada tahun
2019. Selain itu, tahap kepuasan pelanggan yang tinggi (94%) terhadap
perkhidmatan AmanahRaya menunjukkan keberkesanan perkhidmatan
perwarisan yang dijalankan.
ii. Pengurusan Dana Kumpulan Wang Bersama
Pengurusan dana KWB adalah tidak cekap kerana pelaburan telah merekodkan
kerugian nyata sebanyak 64.9% dalam kerugian terkumpul KWB. Pengagihan
pendapatan kepada pemegang dana KWB juga dibayar melebihi pendapatan
bersih bagi tujuh (7) tahun kewangan. AmanahRaya sedang melaksanakan
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa Tahuunn 22001199SiSrir1i 1 2 2- 7- 7
A mAamn aanhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
pelan tindakan pemulihan dana KWB. Namun, pencapaiannya masih belum
dapat diukur kerana pelaksanaan pelan berkenaan baru bermula pada tahun
2019.
iii. Pengurusan Amanah dan Pusaka
Pelaksanaan pengurusan amanah dan pusaka adalah berkesan kerana
aktiviti lawatan sosial berjaya mengenal pasti benefisiari yang memerlukan
pengeluaran wang amanah.
Aspek pengurusan fail serta maklumat amanah dan pusaka pula masih
belum mencapai tahap kecekapan yang optimum kerana sistem dan
kaedah penyimpanan yang diamalkan mewujudkan risiko kehilangan
maklumat serta menyukarkan pemantauan kemajuan penyelesaian kes.
Pengurusan dana tertangguh juga adalah kurang cekap dengan
peningkatan dana sehingga 59.8% dalam tempoh tahun 2016 hingga
2019.
c. Kedudukan Kewangan
Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan AmanahRaya adalah stabil
berdasarkan trend peningkatan keuntungan terkumpul dan aliran tunai bagi
tempoh tahun 2016 hingga 2018. Namun, keupayaan AmanahRaya menampung
defisit KWB bergantung kepada kedudukan aset bersih syarikat dan jaminan
Kerajaan.
5.2. Penemuan utama Audit yang perlu diberi perhatian dan tindakan adalah seperti
berikut:
i. pindaan polisi tanpa kelulusan Lembaga Pengarah adalah bertentangan
dengan Piagam Lembaga Pengarah yang menetapkan tanggungjawab
Lembaga Pengarah untuk menyemak semula dan meluluskan polisi syarikat;
dan
ii. tiada spesifikasi bilik fail ditetapkan serta bilik fail tidak dilengkapi dengan
kawalan keselamatan dan alat pencegahan atau pengesan kebakaran yang
sesuai.
2 -28- 8 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
6. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT
Perkara yang ditemui dan maklum balas AmanahRaya telah dibincangkan dalam exit
conference pada 11 Jun 2020 serta pengesahan fakta melalui confirmatory letter diterima
daripada AmanahRaya bertarikh 5 Ogos 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan
yang dinyatakan dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:
6.1. Tadbir Urus Korporat
6.1.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan
kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan
lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Sebagai sebuah syarikat MKD,
pengurusan AmanahRaya perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan menurut Akta Syarikat 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
Perlembagaan Syarikat, Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532], Garis
Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan)
[MKD Handbook] Disember 2014, Standard Operating Procedures (SOP) serta
peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Selain itu, rujukan
juga boleh dibuat terhadap amalan terbaik tadbir urus korporat seperti Malaysian
Code on Corporate Governance (MCCG) 2017, The Green Book - Enhancing Board
Effectiveness (Green Book) April 2006 dan panduan tadbir urus korporat daripada
Chartered Institute of Internal Auditor.
6.1.2. Pengurusan AmanahRaya diketuai oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan
dibantu oleh tiga (3) Ketua Pegawai daripada Perkhidmatan Korporat Kumpulan,
Operasi Kumpulan dan Kewangan Kumpulan. Bilangan perjawatan AmanahRaya
sehingga bulan Februari 2020 ialah seramai 551 orang dengan 95.1% pengisian
jawatan. Struktur organisasi AmanahRaya pada 29 Februari 2020 adalah seperti
dalam Carta 2.
LapLoarpaonraKneKteutauaAuAdudititNNeeggaarraa Tahun 22001199SSiriir1i 1 2 2- 9- 9
A mAamnaanhaRhaRyaayBaeBr herahdad
CARTA 2
STRUKTUR ORGANISASI AMANAHRAYA PADA 29 FEBRUARI 2020
LEMBAGA PENGARAH
PENGARAH URUSAN
KUMPULAN
KETUA PEGAWAI KETUA PEGAWAI KETUA PEGAWAI
PERKHIDMATAN OPERASI KUMPULAN KEWANGAN
KORPORAT KUMPULAN KUMPULAN
Bahagian Bahagian Bahagian Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Bahagian Kewangan & AMANAHRAYA
Kesetiausahaan Perundangan Operasi Cawangan Perkhidmatan Kumpulan TRUSTEES
Syarikat Kumpulan BERHAD
Kumpulan Jabatan Pentadbiran Cawangan Wilayah Unit Akaun
Bahagian Amanah Zon Tengah Korporat AMANAHRAYA-
Audit Dalam Bahagian KENEDIX REIT
Kumpulan Pemasaran & Jabatan Pentadbiran Cawangan Wilayah Unit
Komunikasi Wasiat Zon Utara Perbendaharaan & MANAGER
Bahagian SDN. BHD.
Pematuhan, Kumpulan Jabatan Pengurusan Cawangan Wilayah Kustodian
Integriti & Dana Tertangguh Zon Selatan AMANAHRAYA
Pengurusan Bahagian INVESTMENT
Modal Insan & Jabatan Pengurusan Cawangan Wilayah MANAGEMENT
Risiko Perhubungan Zon Pantai Timur
Kumpulan Pentadbiran Pelanggan SDN. BHD.
Kumpulan
AMANAHRAYA
Bahagian HARTANAH
Teknologi SDN. BHD.
Maklumat
Kumpulan
Jabatan Cawangan Wilayah
Pembangunan Produk Zon Borneo
Sumber: Bahagian Modal Insan dan Pentadbiran Kumpulan AmanahRaya
6.1.3. Peranan utama tiga (3) bahagian utama AmanahRaya iaitu Perkhidmatan
Korporat Kumpulan, Operasi Kumpulan dan Kewangan Kumpulan adalah seperti
dalam Jadual 2.
JADUAL 2
PERANAN BAHAGIAN UTAMA AMANAHRAYA
BAHAGIAN UTAMA PERANAN
Perkhidmatan Bertanggungjawab untuk merumuskan serta melaksanakan strategi dan inisiatif yang
Korporat Kumpulan memberi tumpuan kepada menangani perubahan pesat dalam pasaran atau industri,
transformasi dan merangkumi automasi atau digitalisasi, menekankan kepada
pembangunan orang ramai dan memperkukuhkan jenama AmanahRaya.
Operasi Bertanggungjawab untuk pengurusan yang berkesan dan cekap bagi pentadbiran
Kumpulan amanah, harta pusaka dan wasiat dengan matlamat untuk mencapai jualan produk
dan perkhidmatan syarikat yang menguntungkan.
Mengurus perkhidmatan operasi keseluruhan termasuk memastikan kualiti
perkhidmatan adalah standard tertinggi dan memenuhi jangkaan pelanggan.
Kewangan Membantu memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan Kumpulan yang
Kumpulan cekap, berhemat dan berkesan.
Sumber: Bahagian Modal Insan dan Pentadbiran Kumpulan AmanahRaya
2 -21-010 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
6.1.4. Sehingga bulan Februari 2020, Lembaga Pengarah AmanahRaya terdiri
daripada seorang Pengerusi dan tujuh (7) ahli Lembaga Pengarah dengan komposisi
empat (4) Pengarah berstatus bebas. Selain itu, sebanyak enam (6) jawatankuasa
ditubuhkan di peringkat Lembaga Pengarah bagi memastikan keberkesanan fungsi
Lembaga Pengarah iaitu Jawatankuasa Audit dan Semakan; Jawatankuasa Pelaburan,
Jawatankuasa Pemilihan dan Imbuhan; Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Risiko
dan Integriti; Jawatankuasa Tender; dan Majlis Penasihat Syariah.
6.1.5. Semakan Audit mendapati AmanahRaya telah mengamalkan tujuh (7)
daripada sembilan (9) aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu aspek
Pengerusi, Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan Kumpulan, Setiausaha Syarikat,
Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama, Jawatankuasa Audit serta Audit Dalam.
Dua (2) aspek amalan terbaik tadbir urus korporat yang didapati tidak diamalkan
sepenuhnya iaitu aspek SOP serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan
diterangkan seperti penemuan Audit berikut:
a. Standard Operating Procedures
i. MKD Handbook perenggan 1.9(c), 2.2(f) dan 3.25 hingga 3.28 menyatakan
syarikat hendaklah mempunyai SOP lengkap dan menyeluruh yang diluluskan
oleh Lembaga Pengarah. Piagam Lembaga Pengarah AmanahRaya turut
menyatakan tanggungjawab Lembaga Pengarah untuk menyemak semula dan
meluluskan polisi korporat. Selain itu, Lembaga Pengarah perlu mewujudkan
dan menilai polisi, proses dan prosedur AmanahRaya selaras dengan misi dan
visi syarikat. Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Risiko dan Integriti pada
20 Jun 2014 juga telah memutuskan semua polisi yang diwujudkan perlu
diluluskan di peringkat jawatankuasa sebelum pengesahan Lembaga
Pengarah.
ii. Semakan Audit mendapati pindaan perenggan 3.4, Polisi Arahan Syarikat
(URUS 01) yang merupakan rujukan utama dalam menggubal sesuatu polisi
syarikat tidak dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengarah.
Pindaan tersebut menetapkan polisi yang perlu dibentangkan untuk makluman
atau kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Lembaga Pengarah
hanya boleh ditetapkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan melalui syor
Jawatankuasa Arahan Syarikat. Jawatankuasa Arahan Syarikat merupakan
jawatankuasa peringkat pengurusan yang berperanan menyemak dan
mengesyorkan polisi syarikat. Pindaan ini juga didapati tidak selaras
dengan Piagam Lembaga Pengarah AmanahRaya berkaitan
LapLoarpaonraKneKteutauaAuAdudititNNeeggaarraa Tahun 22001199SSiriir1i 1 2 2- 1- 111
A mAamnaanhaRhaRyaayBaeBr herahdad
tanggungjawab Lembaga Pengarah bagi mewujud, menilai dan menyemak
semula polisi syarikat.
iii. Semakan selanjutnya mendapati sebanyak tujuh (7) pindaan polisi
berkaitan kewangan, sumber manusia dan korporat yang
disyorkan oleh Jawatankuasa Arahan Syarikat supaya
dikemukakan kepada Lembaga Pengarah masih belum
diluluskan.
iv. Semakan Audit juga mendapati sebanyak dua (2) pindaan polisi melibatkan
kenaikan kadar Fi Perkhidmatan Amanahraya (KEW008) pada tahun 2016
telah berkuat kuasa pada tahun 2017. Bagaimanapun, pindaan polisi ini
tidak mendapat pandangan dan kelulusan Lembaga Pengarah
sebelum dilaksanakan meskipun masih di bawah kadar maksimum yang
diluluskan Menteri pada tahun 2006 dan 2019. Perkara ini disebabkan
Jawatankuasa Arahan Syarikat (peringkat pengurusan) berpandangan pindaan
kadar fi adalah melibatkan operasi syarikat. Pindaan kadar fi perkhidmatan
AmanahRaya yang tidak diperhalusi oleh Lembaga Pengarah berisiko
menyebabkan kenaikan kadar yang tidak wajar kepada pelanggan dan tidak
selaras dengan tanggungjawab sosialnya.
v. Di samping itu, polisi pelaburan didapati tidak dikemas kini
dengan lengkap. Polisi pelaburan KWB yang diguna pakai adalah
berpandukan Perjanjian Pengurusan Portfolio tahun 2009 dan mandat agihan
aset pelaburan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan pada
tahun 2014.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
Polisi Arahan Syarikat (URUS 01) adalah dokumen bagi merekodkan semua dasar
syarikat. AmanahRaya akan meminda URUS 01 dengan menyatakan secara jelas
tindakan bagi proses pengesahan atau kelulusan dasar syarikat yang bersifat strategik
dan tugas tadbir. Jawatankuasa Arahan Syarikat memutuskan hanya pindaan dasar
syarikat bersifat strategik perlu kelulusan Lembaga Pengarah manakala yang bersifat
tugas tadbir akan diluluskan oleh pihak pengurusan. Mana-mana dasar syarikat yang
belum diluluskan oleh Lembaga Pengarah termasuk pindaan URUS 01 akan
dikemukakan untuk kelulusan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.
2 2- 1-212 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n01290S1i9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
Polisi pelaburan pula akan dikemas kini setelah agihan aset pelaburan dinilai semula
sebaik sahaja pelaburan dalam Goldman Sach Notes dicairkan pada tarikh matang
14 Julai 2022 dan setelah pemulihan pinjaman kepada syarikat subsidiari iaitu
AmanahRaya Development Sdn. Bhd..
Pendapat Pindaan polisi tanpa kelulusan Lembaga Pengarah adalah
Audit bertentangan dengan Piagam Lembaga Pengarah yang
menetapkan tanggungjawab Lembaga Pengarah untuk
menyemak semula dan meluluskan polisi syarikat. Pindaan
polisi melibatkan kadar fi perkhidmatan signifikan mendapat
kelulusan Lembaga Pengarah bagi mengimbangkan implikasi
kewangan dan tanggungjawab sosial AmanahRaya.
b. Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan
i. Menurut MCCG 2017, Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan hendaklah
dianggotai sepenuhnya oleh Pengarah Bukan Eksekutif dan majoriti adalah
Pengarah Bebas. Green Book perenggan 1.2.3 pula menetapkan
Jawatankuasa Imbuhan hendaklah dipengerusikan oleh pengarah berstatus
bebas.
ii. Semakan Audit mendapati hanya seorang (33%) pengarah
berstatus bebas menganggotai Jawatankuasa Pemilihan dan Imbuhan
AmanahRaya. Manakala Pengerusi dan seorang lagi ahli adalah berstatus
bukan bebas. Keadaan ini disebabkan AmanahRaya kekurangan Pengarah
Bebas Bukan Eksekutif serta penglibatan setiap Pengarah untuk menganggotai
Lembaga Pengarah dan jawatankuasa di bawah Kumpulan AmanahRaya
dihadkan kepada enam (6) jawatan. Menurut Bahagian Kesetiausahaan
Syarikat Kumpulan, penilaian tahunan dan semakan semula komposisi
Lembaga Pengarah dibuat pada setiap hujung tahun. Pembentangan terkini
kepada Lembaga Pengarah dibuat pada bulan Februari 2020.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
Seorang Pengarah Bebas telah dilantik sebagai ahli tambahan jawatankuasa pada
24 Februari 2020. Bagaimanapun, AmanahRaya perlu melantik seorang lagi Pengarah
Bebas bagi memastikan majoriti keanggotaan adalah bebas. AmanahRaya akan
meneliti kembali keahlian jawatankuasa dan terma rujukan menjelang akhir tahun
2020 agar selaras dengan amalan terbaik.
LapLoarpaonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa Tahun 22001199SSiriir1i 1 2 2- 1- 313
A mAamnaanhaRhaRyaayBaeBr herahdad
Pendapat Status kebebasan anggota Jawatankuasa Pemilihan dan
Audit Imbuhan adalah penting bagi memastikan setiap keputusan
yang dibuat adalah telus tanpa konflik kepentingan.
6.2. Pengurusan Aktiviti
Aktiviti utama AmanahRaya ialah menyediakan perkhidmatan perwarisan iaitu
pengurusan wasiat, amanah dan pusaka. AmanahRaya juga menguruskan dana amanah
melalui Kumpulan Wang Bersama (KWB) . Hasil semakan Audit bagi kedua-dua aktiviti ini
melibatkan aspek prestasi dan pelaksanaan diterangkan seperti penemuan berikut:
6.2.1. Pencapaian Output
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi pengurusan amanah dan pusaka ditetapkan
berdasarkan pematuhan kepada kualiti ISO dengan sasaran pencapaian KPI
pengurusan amanah sebanyak 100% dan pentadbiran pusaka sebanyak 95%.
Manakala bagi pengurusan dana KWB, tiada KPI ditetapkan bagi menilai pencapaian
dana.
a. Dana Kumpulan Wang Bersama
i. Akaun KWB ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
[Akta 532]. Seksyen 25 Akta tersebut menetapkan pembentukan KWB
antaranya termasuk segala wang modal yang ada bagi pelaburan yang
dipegang oleh AmanahRaya selepas tarikh yang ditetapkan hendaklah
dilaburkan dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang
bagi pelaburan wang amanah.
ii. Prestasi dana KWB dipantau oleh Lembaga Pengarah melalui pelaksanaan
Pelan Tindakan Pemulihan KWB sebagai satu daripada pelan utama Pelan
Strategik Lima (5) Tahun (2017 – 2022) AmanahRaya. Namun semakan Audit
mendapati pengurusan dana KWB tidak diambil kira sebagai KPI
tahunan syarikat dan korporat AmanahRaya.
iii. Berdasarkan Laporan bulanan Jawatankuasa Pelaburan serta Prestasi Dana
dan Kumpulan, AmanahRaya mensasarkan kadar pulangan pelaburan dana
KWB antara 5.47% hingga 6.45% bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019.
Analisis Audit mendapati kadar pulangan tidak mencapai sasaran
2 -21-414 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
bagi setiap tahun yang dinilai. Analisis Audit selanjutnya mendapati
kadar kos dana KWB juga adalah melebihi kadar pulangan bagi
tahun 2016 dan 2018. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 3.
CARTA 3
KADAR PULANGAN DAN KOS DANA KWB
BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
Kos dana KWB Pulangan pelaburan direalisasi Sasaran pulangan
7.00 6.45
6.50 5.97 5.86
6.00 5.58
5.50 5.47
Kadar (%) 4.89 4.85 4.79 4.94
5.00
4.50 4.65 4.71
4.00
3.50 3.56
3.00 2018
2016 2017 2019
Sumber: Laporan bulanan Jawatankuasa Pelaburan oleh Bahagian Kewangan 2016 hingga 2018 dan Prestasi
Dana dan Kumpulan AmanahRaya pada 31 Disember 2019
Nota: Kos dana KWB = kadar agihan pendapatan (kadar efektif pulangan amanah yang ditawarkan
+ kadar tahunan fi pengurusan oleh AmanahRaya)
iv. Kos dana KWB yang melebihi kadar pulangan pelaburan ini telah
menyebabkan kerugian terkumpul dana KWB mencapai RM1.023 bilion setakat
tahun 2019. Semakan Audit selanjutnya mendapati modal dana
pemegang akaun amanah KWB telah mengalami trend defisit
mulai tahun 2008 akibat kerugian. Defisit ini berlaku disebabkan
pendapatan bersih tidak dapat menampung jumlah agihan pendapatan
kepada pemegang dana setiap tahun. Bermula pada tahun 2010, KWB telah
diberi laporan tanpa teguran dengan emphasis of matters oleh juruaudit
bertauliah kerana wujud ketidakpastian material dalam usaha berterusan KWB
berikutan dana KWB mengalami kerugian terkumpul setiap tahun yang
menjejaskan modal dana.
v. AmanahRaya menjelaskan kerugian yang direkodkan sejak tahun 2008
berpunca daripada rosot nilai beberapa pelaburan apabila KWB mengguna
pakai pendekatan perakaunan mark-to-market mulai tahun 2008; pulangan
pelaburan yang rendah; dan kadar agihan pendapatan yang tinggi. Trend
modal pemegang akaun amanah dan kerugian terkumpul bagi tempoh tahun
2008 hingga 2019 ditunjukkan dalam Carta 4.
LapLoarpaonraKneKteutauaAAududititNNeeggaarraa Tahun 22001199SSiriir1i 1 2 2- 1- 515
A mAamnaanhaRhaRyaayBaeBr herahdad
CARTA 4
TREND MODAL PEMEGANG AKAUN AMANAH DAN KERUGIAN TERKUMPUL
BAGI TEMPOH TAHUN 2008 HINGGA 2019
8.000 7.418 7.142
7.000
6.000 6.885 6.729 6.715 6.732 6.379
5.000
5.777 5.613 5.454 5.898
5.131
RM Bilion 4.000
3.000
2.000
1.000
0.000
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
SAIZ DANA KWB KERUGIAN TERKUMPUL MODAL PEMEGANG AKAUN AMANAH
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit KWB Bagi Tempoh Tahun 2008 hingga 2018 dan Akaun Pengurusan Bagi Tahun 2019
Nota: Saiz Dana KWB = Modal Pemegang Akaun Amanah – Kerugian Terkumpul
vi. Bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019, nilai dana KWB telah mengalami trend
penurunan dalam tempoh dua (2) tahun berjumlah RM602.52 juta (12.1%)
kepada RM4.4 bilion pada tahun 2018 berbanding RM5.003 bilion pada tahun
2016. Namun, nilai dana telah menunjukkan peningkatan sejumlah
RM474.15 juta (10.8%) pada tahun 2019 kepada RM4.874 bilion berbanding
tahun 2018. Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan bersih modal baharu
oleh pendeposit amanah dan faedah berbanding pengeluaran sejumlah
RM459.02 juta. Pendapatan bersih tahun 2019 juga telah meningkat
berbanding tahun 2018 disebabkan purata kadar pulangan pelaburan yang
diterima lebih tinggi iaitu sebanyak 4.94% berbanding 3.55% pada
tahun 2018. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 3.
JADUAL 3
KEDUDUKAN KEWANGAN KUMPULAN WANG BERSAMA
BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
BUTIRAN 2016 2017 2018 2019
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Pendapatan 263.44 262.92 10.54 254.57
Perbelanjaan (36.29) (49.54) (27.12) 6.47*
PENDAPATAN /(RUGI) BAGI TAHUN SEMASA 227.15 213.38 (16.58) 261.04
KERUGIAN TERKUMPUL (774.51) (805.18) (1,053.56) (1,023.25)
JUMLAH ASET 5,032.77 4,823.16 4,407.59 5,077.10
JUMLAH LIABILITI 29.94 15.05 7.27 202.63
MODAL PEMEGANG AKAUN AMANAH 5,777.35 5,613.29 5,453.88 5,897.72
JUMLAH NILAI DANA PEMEGANG AKAUN 5,002.83 4,808.11 4,400.32 4,874.47
AMANAH (SAIZ DANA KWB)
TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA 475.69 423.42 439.28 816.40
AKHIR TAHUN
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit KWB Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018 serta Akaun Pengurusan Bagi Tahun 2019
Nota: (*) – Hasil pemulihan pelaburan melebihi jumlah perbelanjaan tahunan menyebabkan perbelanjaan positif
2 -21-616 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
vii. Berdasarkan Seksyen 28 Akta 532, AmanahRaya bertanggungjawab untuk
membayar sebarang tuntutan modal atau pendapatan oleh pendeposit yang
tidak dapat dijelaskan daripada dana KWB. Kerugian KWB secara
langsung mengakibatkan defisit dalam modal dana amanah.
MOF bagi pihak Kerajaan telah memberikan jaminan kepada
KWB meneruskan operasi dan AmanahRaya sebagai pemegang
amanah menjalankan fungsinya secara berterusan sejak
tahun 2010. Perkara ini diperincikan dalam perenggan Kedudukan
Kewangan 6.3.1.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
Elemen pemantauan prestasi KWB akan diambil kira semasa penetapan KPI syarikat
bermula tahun 2021. Syarikat akan mencadangkan pengukuran prestasi dana KWB
iaitu pulangan dana perlu melebihi kos dana bagi tahun kewangan tersebut dan
meletakkan 5% pemberat di bawah perspektif kewangan.
Pendapat Prestasi pencapaian output dana KWB yang dinilai berdasarkan
Audit prestasi kedudukan kewangan adalah tidak cekap kerana telah
mengalami defisit dana dengan kerugian terkumpul berjumlah
RM1.023 bilion setakat tahun 2019.
b. Pengurusan Amanah dan Pusaka
i. Pengurusan Amanah
Laporan kualiti ISO menetapkan tiga (3) sasaran KPI pengurusan amanah
dengan pencapaian sebanyak 100%. Analisis Audit mendapati pencapaian
output bagi pengurusan amanah untuk tempoh tahun 2016 hingga 2019
ialah antara 87.9% hingga 98.9%. Bagaimanapun, penutupan fail amanah
tidak dapat dijadikan pengukuran KPI bagi pengurusan amanah kerana
tarikh matang adalah berbeza mengikut Surat Ikatan Amanah atau umur
benefisiari. Fail amanah yang tidak ditutup mengikut tempoh matang
menyebabkan fail backlog (belum diselesaikan). Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 4.
LapLoarpaonraKneKteutauaAuAdudititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 2 2- 1- 717
A mAamnanhaRhaRyayBaeBr herahdad
JADUAL 4
PENCAPAIAN OUTPUT PENGURUSAN
AMANAH BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
PENCAPAIAN (%) 2019
KPI 96.1
2016 2017 2018 98.9
98.2
Penyediaan draf Surat Ikatan Amanah dan Perisytiharan 94.8 87.9 95.4
Amanah
Penyediaan salinan bersih Surat Ikatan Amanah 92.8 89.0 96.2
dan Perisytiharan Amanah
Penyediaan bayaran dalam tempoh 14 hari 97.5 95.2 97.1
Sumber: Jabatan Pentadbiran Amanah
Analisis Audit terhadap data akaun amanah (pelanggan individu)
mendapati sebanyak 1,049 akaun (2.9%) telah matang setakat
31 Disember 2019 daripada 35,986 akaun aktif namun masih belum
diselesaikan. Fail backlog ini melibatkan harta amanah berjumlah RM21.80
juta sejak tahun 1900. Analisis Audit selanjutnya mendapati 81% kes
backlog daripada 1,049 akaun adalah daripada punca Amanah Mandatori
iaitu pentadbiran pusaka kecil, pentadbiran pusaka, perisytiharan amanah
dan perintah mahkamah. Manakala baki 19% kes backlog adalah daripada
pelbagai punca amanah termasuk Amanah Sukarela. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 5.
JADUAL 5
STATISTIK BACKLOG AKAUN AMANAH
MENGIKUT TEMPOH SETAKAT TAHUN 2019
BILANGAN JUMLAH
TAHUN BENEFISIARI HARTA AMANAH
(Akaun) (RM Juta)
2011-2019 710 10.67
2001-2010 85 1.81
1991-2000 114 4.89
1981-1990 20 0.71
1971-1980 18 0.23
1961-1970 15 0.07
1951-1960 18 0.08
1941-1950 14 0.07
1931-1940 21 0.10
1921-1930 17 0.17
1911-1920 8 0.13
1900-1910 9 2.87
JUMLAH 1,049 21.80
Sumber: Bahagian Teknologi Maklumat AmanahRaya
AmanahRaya menjelaskan sebahagian besar fail backlog adalah berpunca
daripada faktor pihak ketiga. Analisis Audit seterusnya terhadap senarai
145 backlog akaun amanah setakat bulan November 2019 oleh Bahagian
2 -21-818 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
Perkhidmatan Cawangan mendapati kesemua punca backlog disebabkan
faktor pihak ketiga. Faktor ini berkaitan dengan masalah ketiadaan salinan
kad pengenalan benefisiari, dokumen tidak lengkap, benefisiari tidak dapat
dikesan, benefisiari Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pihak ketiga tidak
atau lewat memberikan kerjasama.
Selain itu, terdapat kes lampau melibatkan Amanah Mandatori di mana
maklumat penting benefisiari seperti nombor kad pengenalan, alamat dan
nombor akaun tidak dibekalkan. Ketiadaan maklumat tersebut boleh
menghalang proses pembayaran dan penutupan fail. Keadaan ini
menyebabkan tanggungjawab AmanahRaya terhadap penyelesaian kes
tidak dapat dilaksanakan. Temu bual Audit mendapati antara tindakan
yang diambil bagi menangani kelewatan penyelesaian kes ialah dengan
pemantauan berterusan melalui surat-menyurat dan perjumpaan secara
langsung bersama pihak terlibat.
Analisis Audit selanjutnya terhadap data akaun amanah (pelanggan
individu) mendapati sebanyak 4,520 benefisiari (12.6%) daripada
35,986 akaun yang masih aktif tidak mempunyai maklumat tarikh matang.
Akaun ini melibatkan harta amanah berjumlah RM105.35 juta. Maklumat
data yang tidak lengkap dengan tarikh matang berisiko menjejaskan
pemantauan kes amanah. AmanahRaya memaklumkan akaun amanah ini
sebahagiannya berpunca daripada akaun amanah benefisiari OKU bawah
umur. Selain itu, arahan penderma menyatakan tempoh peramanahan
adalah sehingga penderma meninggal dunia dan bagi kes Amanah
Mandatori di mana maklumat lengkap berkenaan tarikh lahir atau salinan
surat beranak benefisiari tidak dibekalkan.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
AmanahRaya akan mengambil tindakan penyelesaian terhadap fail amanah
backlog dengan mengesan benefisiari. Sekiranya benefisiari tidak dapat dikesan
atau meninggal dunia, wang amanah akan dihantar ke Pengurusan Dana
Tertangguh sehingga tuntutan sah diterima. Sehingga bulan Mei 2020, sebanyak
418 (39.8%) daripada 1,049 fail backlog telah ditutup. Tempoh penyelesaian bagi
baki fail backlog adalah sehingga bulan Disember 2020.
Pihak pengurusan akan mengenal pasti fail yang melibatkan 4,520 benefisiari yang
tidak mempunyai maklumat berhubung tarikh matang dan akan mengambil
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SiSriir1i 1 2 2- 1-919
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
tindakan mengikut Garis Panduan Bagi Tempoh Matang Pengamanahan bertarikh
3 Januari 2018. Tempoh penyelesaian adalah sehingga bulan Disember 2020.
Pendapat Prestasi pencapaian output pengurusan amanah bagi
Audit tempoh tahun 2016 hingga 2019 adalah cekap antara 87.9%
hingga 98.9%. Selain itu, penyelesaian kes amanah telah
diuruskan dengan cekap dengan hanya 2.9% kes backlog
setakat 31 Disember 2019. Namun, sebanyak 24.2% kes
antara tahun 1900 hingga 2000 masih backlog sehingga kini
menunjukkan harta amanah benefisiari yang telah mencapai
tempoh matang masih belum dapat diserahkan.
ii. Pengurusan Pusaka
Laporan kualiti ISO menetapkan sasaran pencapaian KPI pengurusan
pusaka sebanyak 95%. Analisis Audit mendapati pencapaian output bagi
pengurusan pusaka iaitu penutupan fail dalam tempoh piawaian telah
melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu mencapai antara 95% hingga
97.3% untuk tempoh tahun 2016 hingga 2019.
Analisis Audit selanjutnya terhadap data fail pusaka mendapati sebanyak
5,367 fail (36.4%) daripada 14,737 fail aktif setakat 31 Disember 2019
masih belum diselesaikan (backlog) mengikut tempoh. Fail backlog yang
terlibat dibuka sejak tahun 1950 hingga 2019 dengan nilai harta pusaka
berjumlah RM637.30 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.
JADUAL 6
STATISTIK BACKLOG FAIL PUSAKA
MENGIKUT TEMPOH SETAKAT TAHUN 2019
TAHUN BILANGAN JUMLAH HARTA
FAIL DIREALISASI
(RM Juta)
2011-2019 5,134 369.45
2001-2010 130 129.08
1991-2000 46 118.67
1981-1990 23 12.79
1971-1980 22 3.39
1950-1970 12 3.92
JUMLAH 5,367 637.30
Sumber: Bahagian Teknologi Maklumat AmanahRaya
Analisis Audit terhadap laporan prestasi KPI Bahagian Perkhidmatan
Cawangan AmanahRaya setakat 31 Disember 2019 mendapati sebanyak
2 2- 2-020 LLaappoorraann KKeettuuaaAuAduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n01290S1i9ri 1Siri 1
AA mm aannaahh RR aayyaa BBeerrhhaadd
96.9% kelewatan penyelesaian fail pusaka backlog adalah disebabkan oleh
faktor pihak ketiga. Semakan lanjut terhadap 155 sampel fail pusaka
backlog yang disebabkan oleh kelewatan pihak ketiga bagi cawangan
Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang mendapati empat (4)
fail backlog sebenarnya adalah disebabkan kelewatan pentadbiran
dalaman AmanahRaya. Manakala baki 151 (97.4%) fail backlog berpunca
daripada kelewatan pihak ketiga. Antaranya kelewatan pengeluaran
perintah pembahagian harta pusaka oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian (JKPTG) Negeri; waris bertelingkah atau kurang kerjasama;
waris tidak membayar fi; dan dokumen tidak lengkap. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 7.
JADUAL 7
PUNCA KELEWATAN BAGI SAMPEL FAIL BACKLOG PUSAKA
CAWANGAN BILANGAN KELEWATAN KELEWATAN
AMANAHRAYA SAMPEL FAIL PIHAK KETIGA PENTADBIRAN
DALAMAN
Kuala Lumpur 46 46 0
Johor Bahru 34 34 0
Ipoh 36 34 2
Pulau Pinang 39 37 2
JUMLAH 155 151 4
Sumber: Data Fail Backlog Pusaka dan Analisis Jabatan Audit Negara
Berdasarkan semakan fail berkenaan, pihak Audit telah mendapatkan
pengesahan pihak ketiga bertujuan mengenal pasti punca kelewatan di
mana tiada maklum balas pihak ketiga bagi tempoh yang lama dan
mendapatkan status tindakan terkini kes. Pihak Audit mendapati sehingga
bulan Februari 2020, tiada maklum balas (kelewatan) pihak ketiga bagi
tempoh antara empat (4) hingga 48 bulan. Faktor kelewatan ialah seperti
kelewatan bayaran oleh pihak waris yang mengakibatkan perintah tidak
dapat dikeluarkan oleh JKPTG, serahan dokumen yang tidak lengkap dan
penyaluran maklumat yang tidak tepat. Butiran maklum balas pihak
terlibat adalah seperti dalam Jadual 8.
JADUAL 8
PENGESAHAN AGENSI BAGI KELEWATAN PROSEDUR
AGENSI TARIKH TEMPOH JUSTIFIKASI STATUS SETAKAT
PERMOHONAN KELEWATAN KELEWATAN BULAN
JKPTG
Negeri OLEH (Bulan) MAC 2020
Johor AMANAHRAYA
16.10.2019 4 Dokumen tidak dilengkapkan. Dokumen tidak
lengkap.
Oktober 2019 4 Menunggu Unit Pengurusan Pusaka Kes selesai.
Segamat mengeluarkan perintah.
02.03.2016 48 Perintah diserah pada 12.02.2020. Kes selesai.
15.02.2017 36 Tiada bayaran. Tiada resit bayaran.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SiSriir1i 1 2 2- 2-121
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
AGENSI TARIKH TEMPOH JUSTIFIKASI STATUS SETAKAT
PERMOHONAN KELEWATAN KELEWATAN BULAN
OLEH (Bulan) Perintah telah dikeluarkan. MAC 2020
AMANAHRAYA
16 Kes selesai.
10.10.2018
Tiada resit bayaran.
07.03.2017 36 Tiada bayaran.
Tiada resit bayaran.
05.07.2016 44 Tiada bayaran.
Dokumen surat perjanjian jual beli
dan Trust Deed diterima pada
JKPTG 03.05.2018 22 10.10.2019 dan bayaran perintah Perintah
Negeri lewat diterima iaitu pada pembahagian harta
Pulau 23.12.2019. pusaka telah
Pinang Borang Persetujuan Bagi Waris dikeluarkan.
24.07.2019 7 Tidak Hadir hanya diterima pada
24.07.2019.
Pengesahan baki wang simpanan Bayaran telah
20.04.2017- atau saham belum diperoleh selesai
30.03.2018 34 disebabkan permohonan dilaksanakan
(7 surat
Bank penutupan akaun melalui waris. kepada waris si
Kerjasama peringatan) Waris tidak memberi salinan surat mati.
Rakyat kuasa AmanahRaya.
Malaysia Bayaran telah dibuat kepada Akaun Tidak perlu
30.10.2019 4 CIMB AmanahRaya pada tindakan lanjut dari
27.08.2019 namun transaksi tidak pihak bank.
wujud menurut AmanahRaya.
Sumber: Surat Maklum Balas Pengesahan Agensi Terlibat
AmanahRaya menjelaskan pengurusan syarikat sentiasa berhubung
dengan pihak ketiga yang terlibat dengan proses pentadbiran pusaka bagi
mencari jalan penyelesaian dan menambah baik proses sedia ada.
Daripada 11 fail yang dibuat pengesahan dengan pihak ketiga, satu (1) fail
telah ditutup manakala baki 10 fail masih dalam proses penyelesaian.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
Langkah yang diambil bagi mengurangkan dan menutup fail backlog pusaka
adalah dengan menjadikannya KPI bagi cawangan dan membuat pemantauan
secara berterusan terhadap pencapaian penutupan fail. Pengurusan juga telah
mewujudkan Backlog Task Force di Ibu Pejabat bermula pada bulan Ogos 2019
bagi mengkaji isu berkaitan fail backlog serta mengenal pasti dan mencadangkan
tindakan penyelesaian. Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi
menyelesaikan dan menutup fail backlog. Sehingga bulan Mei 2020, sebanyak
2,123 (39.6%) daripada 5,367 fail backlog telah ditutup. Tempoh penyelesaian
bagi baki fail backlog adalah secara berperingkat sehingga bulan Disember 2022.
Pendapat Prestasi pencapaian output pengurusan pusaka bagi tempoh
Audit tahun 2016 hingga 2019 adalah cekap antara 95% hingga
97.3%. Selain itu, penyelesaian kes pusaka telah diuruskan
dengan cekap berdasarkan 36.4% kes backlog setakat
2 -22-222 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
31 Disember 2019 dengan punca utama kelewatan
melibatkan pihak ketiga. Bagaimanapun, keadaan ini
menyebabkan waris lewat menerima agihan harta pusaka
dan kes boleh menjadi lebih rumit serta mengambil masa
lebih lama kerana kematian waris asal.
6.2.2. Pencapaian Outcome
a. Dana Kumpulan Wang Bersama
i. Kadar agihan pendapatan telah dijamin kepada pemegang dana amanah
semasa dana didepositkan berdasarkan kadar yang ditentukan oleh
Jawatankuasa Aset dan Liabiliti mengikut jenis produk amanah. Kadar
pulangan baharu yang ditawarkan berkuat kuasa pada 1 Jun 2019 ialah
maksima 4.75% (sebelum maksima 5%).
ii. Berdasarkan laporan bulanan Jawatankuasa Pelaburan, pihak Audit mendapati
pelaburan KWB telah memberi pulangan dalam bentuk agihan pendapatan
kepada pendeposit amanah sebanyak 4.89% (2016), 4.85% (2017), 4.79%
(2018) dan 4.71% (2019). Bagaimanapun, jumlah agihan pendapatan
yang dibayar kepada pendeposit amanah didapati melebihi
pendapatan bersih yang diterima. Perkara ini diperincikan dalam
perenggan Pengurusan Dana Kumpulan Wang Bersama 6.2.3.
b. Pengurusan Amanah dan Pusaka
i. Berdasarkan Akta 532, dua (2) objektif utama syarikat ialah untuk
menjalankan tanggungjawab sosial kepada komuniti Malaysia dan mencapai
keuntungan. AmanahRaya telah menetapkan prestasi kewangan (Financial)
sebagai indikator pengukuran outcome kumpulan syarikat. Bagaimanapun,
tiada pengukuran outcome ditetapkan bagi menilai
pelaksanaan tanggungjawab sosial AmanahRaya.
ii. Analisis Audit mendapati prestasi kewangan menunjukkan trend peningkatan
bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019. Pencapaian pada tahun 2018 dan 2019
adalah sebanyak 93.3% dan 96% masing-masing berbanding sebanyak
64.8% (2016) dan 68% (2017).
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa Tahhuunn 22001199SiSrir1i 1 2 2- 2-323
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
iii. AmanahRaya menjelaskan pengukuran outcome bagi tanggungjawab sosial
selaras objektif penubuhan AmanahRaya sukar untuk dipantau secara
kualitatif dari segi impak kepada umum. Bagaimanapun, sejak dikorporatkan
syarikat telah menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial yang memberi
manfaat kepada masyarakat. Antaranya tiada bayaran fi dikenakan bagi nilai
harta pusaka kurang daripada RM5,000 namun hanya bayaran proses
minimum yang tidak melebihi RM150; memberi sumbangan tahunan
membantu komuniti berjumlah RM0.96 juta dalam tempoh tahun 2016 hingga
2019; serta melaksanakan aktiviti jejak waris dan lawatan sosial sejak tahun
2014.
iv. AmanahRaya menetapkan indeks kepuasan pelanggan sebagai indikator
dalam KPI dengan sasaran pencapaian tahunan antara 85% hingga 100%.
AmanahRaya telah mewujudkan prosedur Borang Maklum Balas Perkhidmatan
AmanahRaya bagi mengumpul sekurang-kurangnya 25% maklum balas
pelanggannya pada setiap bulan, mengambil tindakan atas maklum balas
pelanggan serta menyediakan analisa laporan. Semakan Audit mendapati
pencapaian indeks kepuasan pelanggan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019
adalah tercapai dan melebihi sasaran iaitu antara 85% hingga 100%.
v. Di samping itu, pihak Audit telah mengedarkan borang soal selidik kepada
seramai 117 pelanggan secara rawak yang hadir berurusan di empat (4)
kaunter cawangan AmanahRaya iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan
Pulau Pinang pada tempoh lawatan Audit. Tujuan soal selidik adalah untuk
mendapatkan maklum balas pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang
disediakan oleh AmanahRaya. Secara keseluruhannya, analisis Audit
mendapati AmanahRaya telah memberikan perkhidmatan yang baik di mana
seramai 110 pelanggan (94%) berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.
vi. Antara syor penambahbaikan kepada perkhidmatan AmanahRaya yang
dicadangkan oleh pelanggan ialah menyemak semula kadar fi perkhidmatan;
menambah baik borang yang perlu diisi oleh pelanggan; menyediakan aplikasi
penyerahan dokumen permohonan secara dalam talian; dan menambah
bilangan kaunter perkhidmatan supaya lebih menjimatkan masa.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
AmanahRaya akan menerapkan elemen tanggungjawab sosial dalam KPI Persekitaran
dan Komuniti serta Kepuasan Kakitangan dengan memfokuskan tiga (3) aktiviti utama
sebagai pengukuran prestasi outcome bermula tahun 2021.
2 -22-424 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
Pendapat Pelaburan dana KWB telah memberi pulangan sebanyak 4.71%
Audit hingga 4.89% kepada pendeposit dalam tempoh tahun 2016
hingga 2019. Pencapaian outcome daripada aspek prestasi
kewangan syarikat pula semakin meningkat daripada 64.8%
pada tahun 2016 kepada 96% pada tahun 2019. Manakala
tahap perkhidmatan AmanahRaya adalah berkesan dengan
pencapaian hingga 100% indeks kepuasan pelanggan serta
94% bagi tahap kepuasan perkhidmatan yang disediakan.
6.2.3. Pengurusan Dana Kumpulan Wang Bersama
Setakat 31 Disember 2019, modal dana KWB berjumlah RM5.898 bilion terdiri
daripada dana amanah institusi atau agensi berjumlah RM4.3 bilion (72.9%); dana
daripada bukan institusi berjumlah RM1.198 bilion (20.3%); dan dana tertangguh
(harta pusaka dan amanah yang masih belum dituntut) berjumlah RM399 juta (6.8%).
Ringkasan adalah seperti dalam Carta 5.
CARTA 5
MODAL DANA KWB SETAKAT TAHUN 2019
Dana Amanah - Dana Tertangguh
Bukan Institusi 6.8%
20.3%
Dana Amanah -
Institusi
72.9%
Sumber: Bahagian Kewangan AmanahRaya
a. Prestasi Pelaburan Kumpulan Wang Bersama
i. Seksyen 24 Akta 532 membenarkan AmanahRaya selaku pemegang amanah
melaburkan wang dalam KWB. Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] pula
memperuntukkan kuasa kepada AmanahRaya menjalankan aktiviti pelaburan
yang dibenarkan terhadap dana KWB. AmanahRaya juga telah mendapatkan
kelulusan Menteri di JPM pada 27 Oktober 2005 dan 11 September 2006 bagi
memperluaskan skop pelaburan yang dibenarkan kepada pelaburan hartanah,
alternatif, tabung amanah, ekuiti persendirian, sekuriti hutang, sekuriti asing
dan saham tersenarai yang tidak termasuk dalam pelaburan dibenarkan
mengikut Akta 208.
LapLaopraonranKeKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa Taahhuunn 22001199SiSrir1i 1 2 2- 2-525
A mAamn aanh aRhaRy aayBaeBr hearhdad
ii. Semakan Audit mendapati Jawatankuasa Pelaburan AmanahRaya telah
meluluskan siling agihan pelaburan mengikut kelas dan tactical deviation pada
18 Februari 2014. Sehingga 31 Disember 2019, sejumlah RM4.874 bilion nilai
pasaran aset KWB telah dilaburkan dalam Fixed Income Securities, tunai dan
pasaran wang, hartanah, ekuiti serta pelaburan alternatif selaras dengan
Akta 208 dan kelulusan Menteri. Pelaburan tertinggi adalah dalam Fixed
Income Securities berjumlah RM2.431 bilion (49.9%) dan pelaburan terendah
pula dalam ekuiti berjumlah RM442.19 juta (9%) daripada keseluruhan
pelaburan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 9.
JADUAL 9
AGIHAN DANA MENGIKUT JENIS ASET PELABURAN
PADA 31 DISEMBER 2019 BERBANDING AGIHAN DILULUSKAN
JENIS ASET KOS NILAI AGIHAN AGIHAN TACTICAL
PELABURAN BERSIH PASARAN ASET PADA DILULUSKAN DEVIATION
(RM Juta) (RM Juta) 31.12.2019 DILULUSKAN
(%)
(%)
Fixed Income Securities 2,423.60 2,430.61 49.9 50 +5%
(maksimum 55%)
Hartanah 1,082.81 707.95 14.5 20 Tiada
Tunai dan Pasaran Wang 799.81 822.24 16.9 2 Minimum 2%
Alternatif (pinjaman kepada 471.23 471.48 9.7 5 +5%
syarikat subsidiari dan 456.03 442.19 9 (maksimum 10%)
pelaburan dalam Goldman
Sach Notes) 23 +5%
(maksimum 28%)
Ekuiti
JUMLAH 5,233.48 4,874.47 100 100
Sumber: Laporan Aktiviti Pelaburan KWB setakat 31 Disember 2019 kepada Jawatankuasa Pelaburan
iii. Analisis Audit secara keseluruhannya mendapati agihan dana pelaburan telah
dibuat mengikut siling yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaburan. Pihak
Audit turut mendapati pengagihan pelaburan yang rendah berbanding siling
iaitu pelaburan ekuiti hanya 9% berbanding 23% dan pelaburan hartanah
sebanyak 14.5% berbanding 20% siling yang diluluskan. Berdasarkan analisis
pengurus dana AmanahRaya, situasi ekonomi Malaysia yang tidak menentu
telah memberi kesan secara terus kepada pelaburan ekuiti dan hartanah.
Ketidakstabilan pasaran ekuiti Malaysia dicatatkan melalui prestasi Bursa
Malaysia yang ditutup pada 30 April 2020 dengan kadar 1,408 mata iaitu
penurunan 20% berbanding 31 Disember 2014 (1,761 mata). Manakala
penurunan pendapatan sewa daripada pelaburan hartanah sejajar dengan
pasaran hartanah yang lemah sejak lima (5) tahun kebelakangan ini termasuk
lambakan hartanah baharu di pasaran. Oleh itu, AmanahRaya telah
mengurangkan peratusan agihan pelaburan bagi kedua-dua instrumen
tersebut.
2 -22-626 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
iv. Berdasarkan Laporan Aktiviti Pelaburan KWB yang dikemukakan kepada
Jawatankuasa Pelaburan setakat 31 Disember 2019, didapati 68.1% pelaburan
dana KWB berada dalam kategori baik atau memberi pulangan. Manakala
7.8% pelaburan menerima pulangan rendah dan 12.8% pelaburan tidak
mendapat pulangan. Pelaburan yang memberi pulangan rendah ialah Goldman
Sach Notes dan pelaburan hartanah yang melibatkan sewaan bangunan.
Manakala pelaburan tanpa pulangan ialah pelaburan hartanah dalam syarikat
bersekutu dan penjualan bangunan; serta pinjaman kepada satu (1) syarikat
bersekutu dan dua (2) syarikat subsidiari AmanahRaya. Ringkasan prestasi
pelaburan adalah seperti dalam Carta 6.
v. Analisis Audit mendapati sebanyak 11.3% (RM664.24 juta) daripada
RM5.898 bilion dana modal pula merupakan kerugian nyata (berdasarkan
jumlah diimbang antara modal amanah dan kos pelaburan untuk tempoh
tertentu). Jumlah ini merekodkan 64.9% daripada RM1.023 bilion kerugian
terkumpul KWB pada tahun 2019 seperti dalam Carta 7. Punca utama
kerugian nyata ini adalah daripada kerugian pelaburan dalam pasaran wang
selama 12 tahun, pelaburan dalam Goldman Sach Notes dan pinjaman kepada
satu (1) syarikat bersekutu berjumlah RM475.89 juta (71.6%). Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 10.
CARTA 6 CARTA 7
PRESTASI PELABURAN PERINCIAN KERUGIAN TERKUMPUL
SETAKAT TAHUN 2019
SETAKAT TAHUN 2019
RM664.24 juta RM754.48 juta
11.3% 12.8%
RM462.91 juta RM5.898 Pasaran wang
7.8% bilion 19.9%
RM4,016.09 juta Peruntukan atas Kerugian Goldman Sach
68.1% pinjaman Nyata Notes
15.5%
subsidiari/rosot nilai 64.9%
pelaburan syarikat Pinjaman syarikat
Pelaburan tidak menjana pendapatan bersekutu/untung bersekutu 11.2%
Pelaburan menguntungkan pelaburan belum
Pelaburan dengan pendapatan rendah Lain-lain
Kerugian nyata direalisasikan 18.4%
35.1%
Sumber: Bahagian Kewangan AmanahRaya
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SiSriir1i 1 2 2- 2-727
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
JADUAL 10
PUNCA UTAMA KERUGIAN PELABURAN DANA KWB
PUNCA KERUGIAN JUMLAH BUTIRAN
KERUGIAN
NYATA
SETAKAT
31.12.2019
Pelaburan dalam RM203.34 juta Kadar kos dana tahun 2008 hingga 2019 antara 4.71% hingga 5.2%
pasaran wang setahun.
selama 12 tahun
Kadar efektif pulangan pelaburan bagi tempoh yang sama pula antara
1.96% hingga 3.53%.
Pelaburan dalam pasaran wang adalah tinggi pada tahun 2007. Namun
sekitar 2007 hingga 2009, keadaan ekonomi tidak begitu stabil memberi
impak negatif kepada pulangan pelaburan. Bagaimanapun, pengurus
dana sejak tahun 2009 berusaha melabur dalam pelaburan yang lebih
stabil untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi dari pasaran wang.
Pelaburan dalam RM158.21 juta Mesyuarat khas Jawatankuasa Pelaburan pada 21 Jun 2007 meluluskan
Goldman Sach Notes pelaburan dalam Goldman Sach Notes (structured product) dengan
jumlah kos USD100 juta dan pulangan kadar kupon rendah iaitu
1.2% setahun.
Kadar kos dana tahun 2008 hingga 2019 antara 4.71% hingga
5.2% setahun.
Pinjaman kepada RM114.34 juta Rosot nilai pinjaman terhadap syarikat bersekutu di Singapura dengan
satu (1) syarikat pegangan saham sebanyak 50%. Jumlah rosot nilai sehingga
bersekutu tahun 2019 berjumlah RM101.62 juta (40.4%) daripada jumlah
pinjaman RM251.80 juta.
Peruntukan rosot nilai disebabkan berlaku kemerosotan nilai hartanah
kerana kadar penghunian kondominium di kawasan Keppel Bay dan
Sentosa mengalami penurunan. Penurunan ini berikutan persaingan
harga sewa kondominium dan kesannya saham syarikat menurun
kepada negatif SGD65.13 juta pada tahun 2018.
Penjualan aset disasarkan sebanyak tujuh (7) unit setahun dan dijangka
dapat menjual kesemua hartanah kondominium ini dalam tempoh lima
(5) hingga tujuh (7) tahun.
Sumber: Bahagian Kewangan AmanahRaya
Nota: USD – US Dollar SGD – Singapore Dollar
vi. Pada tahun 2012, AmanahRaya telah mendapatkan khidmat Tetuan
PricewaterhouseCoopers untuk melaksanakan pengauditan forensik terhadap
pelaburan kumpulan AmanahRaya yang mengalami kerugian. Laporan
pengauditan berkenaan merumuskan kegagalan pelaburan oleh dua (2)
syarikat subsidiari AmanahRaya berpunca daripada kelemahan tadbir urus
pelaburan. Antaranya kelemahan proses due diligence projek iaitu tiada kajian
terhadap kedudukan rakan usaha sama, status tanah, kajian pasaran, kos
pembangunan, tempoh projek dan sumber dana serta kelemahan pengurusan
akaun projek. Selain itu, wujud kelemahan pemantauan dan penilaian oleh
Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat tersebut dan salah nyataan oleh
pengurusan syarikat tersebut berkaitan prestasi projek kepada Lembaga
Pengarah. Keadaan ini telah mengakibatkan syarikat subsidiari tidak mampu
membayar balik pinjaman dan menjejaskan nilai pelaburan alternatif KWB.
2 2- 2-828 LLaappoorraann KKeettuuaaAuAduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n01290S1i9ri 1Siri 1
AA mm aannaahh RR aayyaa BBeerrhhaadd
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
AmanahRaya akan menilai semula agihan dana pelaburan KWB. Pelaburan alternatif
tidak lagi dibenarkan bagi mendapatkan pulangan maksimum sebaik sahaja pelaburan
dalam Goldman Sach Notes matang pada 14 Julai 2022 dan setelah pemulihan
pinjaman subsidiari AmanahRaya.
Pendapat Prestasi pelaburan KWB adalah tidak cekap kerana telah
Audit mengakibatkan kerugian nyata terkumpul KWB mencapai
64.9% pada tahun 2019. Kelemahan pengurusan tadbir urus
pelaburan pada peringkat awal juga telah menyumbang kepada
kegagalan pelaburan KWB.
b. Agihan Pendapatan daripada Kumpulan Wang Bersama
i. Seksyen 27 Akta 532 menyatakan agihan pendapatan yang dibayar kepada
pemegang dana hendaklah pada kadar munasabah dengan kelulusan Menteri.
Bayaran ini hendaklah mengambil kira pendapatan KWB yang boleh
dibahagikan dan kemampuan KWB. Semakan Audit mendapati pada
11 Januari 2006, Menteri di JPM telah meluluskan siling kadar tertinggi agihan
KWB terhad kepada 7.5% setahun selepas mengambil kira fi penerimaan,
fi pendapatan dan margin comfort AmanahRaya. Semakan Audit mendapati
kadar terkini agihan pendapatan adalah 7.2% setahun iaitu masih berada di
bawah kadar siling yang diluluskan.
ii. Analisis Audit terhadap agihan pendapatan bagi tempoh tahun 2008 hingga
2019 mendapati agihan pendapatan kepada pemegang dana telah
melebihi pendapatan bersih bagi tujuh (7) tahun kewangan
iaitu tahun 2008, 2013, 2014, 2015, 2016, 2018 dan 2019. Walaupun KWB
mengalami kerugian bersih pada tahun 2008 (RM352.75 juta) dan 2018
(RM34.90 juta), agihan pendapatan kepada pemegang dana telah dibayar
masing-masing berjumlah RM366.63 juta dan RM231.79 juta. Analisis ini
menunjukkan agihan pendapatan yang dibayar kepada pemegang dana tidak
mengambil kira kemampuan KWB selaras dengan akta. Tindakan ini
seterusnya meningkatkan kerugian terkumpul KWB sehingga mencapai
RM1.023 bilion pada tahun 2019. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Carta 8.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa Tahhuunn 22001199SiSrir1i 1 2 2- 2-929
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
CARTA 8
AGIHAN PENDAPATAN KWB BERBANDING PENDAPATAN/KERUGIAN BERSIH
TAHUN SEMASA BAGI TEMPOH TAHUN 2008 HINGGA 2019
1,000
500
0
RM JUTA
-500
-1,000
-1,500 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
(352.75) 443.97 566.25 327.70 813.57 259.97 128.92 212.52 205.08 268.05
Pendapatan/(Kerugian) Bersih 366.63 303.69 330.84 326.38 313.23 309.52 294.06 241.39 242.86 244.06 (34.90) 57.36
Jumlah Agihan Pendapatan (596.01) (478.72) (355.35) (1,002.54) (770.15) (724.01) (825.60) (785.13) (774.51) (805.18)
Kerugian Terkumpul 231.79 230.73
(1,053.56) (1,023.25)
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit KWB Bagi Tempoh Tahun 2008 hingga 2018 dan Akaun Pengurusan Bagi Tahun 2019
iii. AmanahRaya menjelaskan keadaan ini berlaku kerana kadar agihan
pendapatan telah dijamin kepada pemegang dana semasa dana didepositkan.
Semakan Audit mendapati penentuan kadar agihan pendapatan yang tidak
mengambil kira prestasi pelaburan pernah dilaporkan dalam Jawatankuasa
Pelaburan pada 18 Ogos 2017. Pada 23 Mei 2019, Jawatankuasa Aset dan
Liabiliti telah bersetuju menurunkan kadar agihan kepada pemegang dana
mengikut produk antara 0.25% hingga 1.6% berkuat kuasa pada 1 Jun 2019.
Penurunan ini sejajar dengan pengumuman penurunan Kadar Dasar
Semalaman oleh Bank Negara Malaysia daripada 3.25% kepada 3% pada
7 Mei 2019. Perubahan ini menjadikan kadar keuntungan produk yang
ditawarkan ialah antara 3.5% hingga 4.75% serta keuntungan bagi dana
tertangguh sebanyak 1%.
iv. Namun, semakan Audit mendapati tiada bukti menunjukkan adanya
kelulusan dan pertimbangan Jawatankuasa Pelaburan atau
Lembaga Pengarah dalam memastikan kadar agihan pendapatan yang
dibayar adalah munasabah dan mengambil kira kemampuan kewangan KWB.
AmanahRaya menjelaskan penetapan kadar agihan pendapatan merupakan
tugasan pentadbiran yang lebih cekap ditetapkan oleh Jawatankuasa Aset dan
Liabiliti (peringkat pengurusan) bagi tindakan segera mengikut pergerakan
pasaran dan kepentingan perniagaan. Laporan bulanan pelaburan yang
merangkumi maklumat terkini kos dana KWB juga dimaklumkan kepada
Jawatankuasa Pelaburan atau Lembaga Pengarah pada setiap bulan.
2 2- 3-030 LLaappoorraann KKeettuuaaAuAduidtiNt eNgeagraarTaahTuanhu2n01290S1i9ri 1Siri 1
AA mm aannaahh RR aayyaa BBeerrhhaadd
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
Hampir kesemua sektor pelaburan memberikan pulangan memuaskan dalam tempoh
tahun 2016 hingga 2019 kecuali pelaburan bagi sektor hartanah (sewaan bangunan
dan faedah pembiayaan). AmanahRaya mengambil inisiatif berterusan sejak tahun
2017 untuk menjual hartanah yang tidak memberikan pulangan yang baik. Hasil
jualan dan keuntungan (sekiranya ada) akan dilaburkan ke dalam sektor lain yang
dijangka dapat menjana pulangan pelaburan lebih baik. Manakala keuntungan atau
kerugian pelaburan KWB setiap tahun bergantung pada keadaan ekonomi semasa dan
sebarang pemulihan pelaburan yang bermasalah.
Pendapat Pengurusan agihan pendapatan kepada pemegang dana adalah
Audit tidak cekap. Pembayaran agihan pendapatan yang berterusan
melebihi pendapatan bersih KWB secara langsung telah
meningkatkan kerugian terkumpul mencecah RM1.023 bilion
pada tahun 2019 seterusnya menyebabkan nilai modal dana
KWB merosot.
c. Pelan Tindakan Pemulihan Kumpulan Wang Bersama
i. Pelan tindakan pemulihan KWB diwujudkan bagi mengurangkan kerugian
terkumpul KWB dan pemulihan sepenuhnya dijangka dapat dicapai pada tahun
2032. Pelan ini tertumpu kepada jenis pelaburan antaranya menjual hartanah
dengan pulangan yang rendah serta menjual hartanah dengan segera dalam
syarikat subsidiari bagi membayar semula pinjaman kepada KWB.
AmanahRaya juga akan mengambil alih aset syarikat subsidiari bagi tujuan
pembayaran semula pinjaman serta menjana hasil sewaan daripada aset
tersebut. Berdasarkan kertas pembentangan Lembaga Pengarah pada
30 September 2019, AmanahRaya menyasarkan penurunan kerugian
terkumpul KWB kepada RM492.86 juta (51.5%) dalam tempoh lima (5) tahun
dari tahun 2019 hingga 2023.
ii. Analisis Audit mendapati pencapaian pelan tindakan pemulihan bagi tempoh
bulan Oktober hingga Disember 2019 ialah sebanyak 5.4% berbanding
anggaran pemulihan keseluruhan sehingga tahun 2023 sebanyak
RM523.73 juta. Pembayaran balik pinjaman oleh syarikat subsidiari telah
mengurangkan kerugian terkumpul KWB sebanyak 2.9% kepada RM1.023
bilion pada akhir tahun 2019 berbanding RM1.054 bilion pada tahun
sebelumnya. AmanahRaya memaklumkan tindakan pemulihan sepenuhnya
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SiSriir1i 1 2 2- 3-131
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
mengambil tempoh dan prosedur yang panjang kerana melibatkan penjualan
aset oleh subsidiari bagi membayar balik pinjaman.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
Pelan tindakan pemulihan KWB mula dibentangkan pada bulan Januari 2020
merangkumi senarai aset di bawah pemulihan dan status aktiviti pemulihan yang
dilaksanakan. AmanahRaya juga memastikan pelaporan akaun beraudit bagi dana
KWB dikemukakan kepada MOF setiap tahun dan Bank Negara Malaysia setiap
enam (6) bulan.
Tindakan pemulihan dana KWB termasuklah pemulihan projek hartanah, penjualan
pelaburan KWB yang menjana pulangan rendah dan merancang aktiviti pemulihan
dalam tempoh lima (5) tahun akan datang. Di samping itu, kos dana KWB akan
diturunkan termasuk tawaran produk amanah yang mempunyai tempoh amanah yang
lebih pendek kepada pelanggan amanah institusi sebagai tarikan untuk menyambung
semula simpanan akaun amanah setelah matang. Tempoh amanah lebih pendek
memudahkan syarikat menyelaraskan kadar pulangan akaun amanah dengan kadar
pencapaian kewangan semasa KWB. Kos dana KWB menunjukkan trend menurun
sejak enam (6) tahun daripada 5.14% (2013) kepada 4.71% (2019). Saiz dana KWB
akan ditingkatkan supaya kadar peratusan pelaburan yang tidak memberikan
pulangan yang memuaskan akan mengecil.
Pendapat Tahap keberkesanan sebenar pelan tindakan pemulihan KWB
Audit hanya dapat diukur pada tahun 2023. Namun, pelan tindakan
ini telah mencapai 5.4% bagi tempoh tiga (3) bulan
pelaksanaannya. Pemantauan rapi pelaksanaan pelan tersebut
penting bagi memastikan rancangan pemulihan KWB
direalisasikan dan mengurangkan beban jaminan Kerajaan.
6.2.4. Pengurusan Amanah dan Pusaka
AmanahRaya menyediakan dua (2) jenis produk pengurusan amanah iaitu Amanah
Sukarela dan Amanah Mandatori. Amanah Sukarela ditadbir menurut peruntukan
terma dan syarat Surat Ikatan Amanah manakala Amanah Mandatori ditadbir
sehingga tamat tempoh ditetapkan menurut dokumen peramanahan. Pentadbiran
pusaka diuruskan di bawah peruntukan Seksyen 17(1), 17(2) dan 13 Akta Perbadanan
Amanah Raya 1995 [Akta 532] serta Seksyen 8 Akta Harta Pusaka Kecil
2 -23-232 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
(Pembahagian) 1955 melibatkan harta alih dan tak alih. Hasil semakan Audit adalah
seperti berikut:
a. Perekodan dan Penyimpanan Maklumat Amanah dan Pusaka
i. Prosedur Pengurusan Fail Pusaka dan Amanah menetapkan Ketua Jabatan
Pentadbiran Kumpulan bertanggungjawab memastikan setiap cawangan
mempunyai bilik fail yang selamat dan berkunci mengikut spesifikasi yang
ditetapkan. Sehingga bulan Disember 2019, AmanahRaya telah
menyelenggara sebanyak 50,723 fail akaun amanah dan pusaka aktif di
seluruh cawangan.
ii. Semakan Audit terhadap data amanah (pelanggan individu) bagi fail aktif
sehingga bulan Disember 2019 mendapati tempoh matang bagi
10,165 (28.2%) daripada 35,986 benefisiari adalah melebihi tempoh 20 tahun.
Analisis Audit terhadap data fail pusaka backlog pula mendapati sebanyak
233 (4.3%) daripada 5,367 fail melibatkan harta berjumlah RM267.85 juta.
Fail pusaka backlog yang masih belum diselesaikan sehingga bulan
Disember 2019 merupakan fail lama dari tahun 1950 hingga 2010. Keadaan
ini menyebabkan terdapat fail yang usang dan sukar dibaca.
iii. Semakan Audit mendapati tiada spesifikasi bilik fail ditetapkan
dalam mana-mana prosedur. Bagaimanapun, AmanahRaya
menjelaskan secara amalannya, bilik fail disediakan mengikut keluasan yang
diperlukan bergantung kepada bilangan fail, rak fail atau compactor. Semua
pintu bilik fail mempunyai kunci malahan beberapa bilik fail yang baru
diubah suai di Ibu Pejabat telah ditambah dengan access card untuk merekod
pegawai yang keluar dan masuk bilik fail tersebut. Lawatan Audit ke bilik fail
amanah di Jabatan Pentadbiran Amanah dan bilik fail pusaka di cawangan
Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang mendapati bilik fail
dilengkapi pintu berkunci.
iv. Namun, lawatan Audit turut mendapati ada bilik fail tidak dilengkapi
dengan sistem kawalan keselamatan seperti tiada CCTV dan alat
pencegah atau pengesan kebakaran. Selain itu, penggunaan sistem semburan
air automatik didapati tidak sesuai kerana semburan air boleh
merosakkan fail kertas yang disimpan di rak. Pihak Audit juga mendapati
ruang pejabat cawangan Johor Bahru terletak bersebelahan dengan dapur
memasak restoran di mana terdedah kepada risiko kebakaran. Pemeriksaan
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriiri1 1 2 2- -3333
A mAamnaanhahR aRyaayaB eBrehrahdad
fizikal Audit di cawangan Pulau Pinang juga mendapati akses ke ruang pejabat
tidak dilengkapi dengan sebarang sistem kawalan keselamatan dan papan
tanda keselamatan kawasan terhad. Keadaan ini mendedahkan kepada risiko
pencerobohan oleh pelanggan AmanahRaya atau pihak luar.
v. Semakan lanjut mendapati dokumen berkaitan tindakan yang diambil
sepanjang proses penyelesaian kes amanah dan pusaka hanya disimpan
secara hardcopy dalam fail masing-masing. Tindakan penyelesaian kes
termasuklah pengesahan akaun dengan pihak bank, penerimaan surat akuan
mahkamah dan permohonan perintah pembahagian pusaka oleh JKPTG.
AmanahRaya tidak mempunyai kaedah penyimpanan dokumen secara digital
sebagai back up. Selain itu, pihak Audit mendapati maklumat kronologi dan
status tindakan penyelesaian fail hanya diketahui oleh pegawai
bertanggungjawab bagi fail terlibat kerana tiada perekodan yang sistematik.
vi. Pihak Audit mendapati AmanahRaya mengguna pakai Sistem Amanah dan
Pusaka sejak tahun 1997. Bagaimanapun, sistem tersebut tidak
mempunyai fungsi penyimpanan dokumen secara digital serta
tidak merekodkan maklumat kronologi dan status tindakan penyelesaian fail.
Penyelenggaraan fail fizikal dalam tempoh yang lama menyebabkan dokumen
menjadi usang dan rosak. Selain itu, ketiadaan maklumat kronologi dan status
tindakan fail menyukarkan pemantauan terhadap penyelesaian kes dan
tindakan susulan terutama apabila berlaku pertukaran pegawai. Lawatan Audit
di Ibu Pejabat AmanahRaya dan cawangan Johor Bahru mendapati fail lama
yang masih aktif disimpan telah usang dan sukar untuk dibaca
seperti di Gambar 1 dan Gambar 2.
GAMBAR 1 GAMBAR 2
Ibu Pejabat AmanahRaya AmanahRaya Cawangan Johor Bahru
- Fail Amanah Aktif Telah Usang - Fail Pusaka Aktif Telah Usang yang Dibuka
(18.12.2019) pada Tahun 1969
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (21.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
2 -23-434 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
vii. Semakan Audit selanjutnya mendapati AmanahRaya sedang membangunkan
Sistem Wasiat Amanah Pusaka (SWAP) secara dalaman bermula tahun 2016.
Sistem ini dibangunkan bagi menambah baik Sistem Amanah dan Pusaka
dengan spesifikasi baharu termasuk double entry dan centralized banking
serta modul lengkap bagi accounting module dan distribution module.
Bagaimanapun, semakan lanjut terhadap kronologi pembangunan SWAP
mendapati sistem ini lewat disiapkan selama dua (2) tahun
berbanding perancangan asal. Sistem ini sepatutnya diguna pakai
sepenuhnya pada 31 Disember 2017.
viii. AmanahRaya menjelaskan kelewatan pembangunan SWAP disebabkan
pelaksanaan projek secara tidak terancang dan prestasi pembangunan
dilaporkan tidak tepat pada peringkat awal. Unit yang dipertanggungjawabkan
telah mereka bentuk sistem dengan mengambil kira kesemua ciri
penambahbaikan melibatkan tempoh pembangunan melebihi tiga (3) tahun.
AmanahRaya juga menghadapi kekangan sumber tenaga mahir bagi
membangunkan sistem tersebut yang rumit dan unik dalam industri.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun dan 5 Ogos 2020
Polisi Pengurusan Bilik Fail AmanahRaya akan diwujudkan selewat-lewatnya pada
31 Disember 2020 bagi tujuan keseragaman spesifikasi bilik fail. AmanahRaya akan
menambah baik bilik fail dan mendapatkan Sijil Perakuan Bomba dengan mematuhi
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
Jangkaan penyelesaian tindakan adalah pada 31 Disember 2020.
SWAP telah berjaya dibangunkan sepenuhnya pada bulan Ogos 2020 dan sedang
dalam proses penstabilan sistem. Sistem Pengurusan Dokumen iaitu sistem yang
menyimpan semua dokumen penting secara digital sedang giat dibangunkan dan
dijangka dapat disiapkan pada tahun 2021. Sistem ini akan dihubungkan terus ke
dalam SWAP yang baharu selesai dibangunkan.
Pendapat Pengurusan fail dan maklumat AmanahRaya masih belum
Audit mencapai tahap kecekapan yang optimum. Namun,
pelaksanaan SWAP dan Sistem Pengurusan Dokumen secara
berkesan oleh AmanahRaya dapat membantu mengelakkan
risiko kehilangan maklumat dan kesukaran memantau
kemajuan penyelesaian kes.
LapLaopraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SiSriir1i 1 2 2- 3-535
A mAamn aanhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
b. Aktiviti Pengesanan Benefisiari Bagi Pengeluaran Akaun Amanah
i. Berdasarkan SOP Pelaksanaan Lawatan Sosial dan Jejak Waris, aktiviti lawatan
sosial dilaksanakan bagi mengesan penerima yang berhak bagi tujuan
pembayaran wang dari akaun amanah. SOP Pembayaran untuk Kes Amanah
pula menetapkan wang amanah boleh dikeluarkan bagi perbelanjaan seperti
bayaran nafkah, persekolahan, perayaan dan apa-apa keperluan lain
benefisiari.
ii. Lawatan sosial telah dilaksanakan oleh Care Unit, Jabatan Pengurusan
Perhubungan Pelanggan mulai tahun 2018. Pihak Audit dimaklumkan lawatan
sosial juga telah dilaksanakan sebelum tahun 2018 mengikut keperluan namun
maklumat lawatan tidak diselenggara secara sistematik kerana tiada SOP
khusus ditetapkan pada ketika itu. Semakan Audit terhadap Laporan Lawatan
Sosial bagi tahun 2018 hingga 2019 mendapati sebanyak 354 lawatan telah
dilaksanakan melibatkan kategori seperti akaun amanah telah matang, OKU,
benefisiari bawah umur dan akaun amanah yang tidak pernah dibuat
pengeluaran. Analisis Audit terhadap laporan tersebut mendapati 131 (37%)
benefisiari pernah dan 223 (63%) tidak pernah mengeluarkan wang amanah
bagi tujuan nafkah. Hasil lawatan sosial oleh AmanahRaya mendapati
10 daripada 131 benefisiari tersebut memerlukan perbelanjaan atau tambahan
nafkah. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11.
JADUAL 11
PENGELUARAN AKAUN AMANAH BAGI TUJUAN PERBELANJAAN NAFKAH
LAWATAN SOSIAL TIDAK PERNAH PERNAH
DILAKSANAKAN MENGELUARKAN NAFKAH MENGELUARKAN NAFKAH
TAHUN TIDAK PERLU PERLU TIDAK PERLU PERLU
NAFKAH (Bil.)
Bil. NAFKAH TAMBAHAN TAMBAHAN
(Bil.) NAFKAH (Bil.) NAFKAH (Bil.)
2018 116 40 0 70 6
2019 238 183 0 51 4
JUMLAH 354 223 0 121 10
Sumber: Care Unit, Jabatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Jabatan Pengurusan Dana Tertangguh
iii. Analisis Audit terhadap data amanah aktif hingga tahun 2018 mendapati
setakat 31 Disember 2019, seramai 15,905 benefisiari dengan baki akaun
berjumlah RM331.59 juta tidak pernah membuat pengeluaran wang amanah.
Kategori OKU adalah golongan tertinggi iaitu seramai 15,635 (98.3%)
benefisiari. Pihak Audit telah membuat lawatan terhadap 15 benefisiari OKU
di bawah kategori Amanah Mandatori yang belum pernah membuat
pengeluaran wang amanah setakat bulan Disember 2019. Bagaimanapun,
pihak Audit terpaksa mengehadkan bilangan sampel lawatan kepada
2 -23-636 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd
15 benefisiari sahaja berikutan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan di Malaysia bermula pada 18 Mac 2020. Daripada data
amanah sehingga 30 November 2019, baki akaun 15 OKU tersebut adalah
berjumlah RM0.71 juta. Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklum balas
dan mengenal pasti sama ada benefisiari memerlukan wang amanah atau
sebaliknya.
iv. Lawatan Audit mendapati secara keseluruhannya, benefisiari telah dijaga
dengan baik sama ada oleh penjaga atau penjaga rumah kebajikan. Daripada
15 lawatan, pihak Audit mendapati penjaga dan benefisiari tiada di rumah
untuk lima (5) lokasi. Pihak Audit berjaya menemui kedua-dua penjaga dan
benefisiari di lapan (8) lokasi dan hanya berjaya menemui benefisiari di
dua (2) lokasi. Hasil temu bual Audit mendapati penjaga mengetahui
berhubung hak akaun amanah yang diuruskan oleh AmanahRaya bagi
benefisiari. Selain itu, semasa lawatan dua (2) penjaga memaklumkan mereka
memerlukan pengeluaran wang amanah untuk keperluan benefisiari termasuk
bagi perbelanjaan makan dan minum, bayaran persekolahan di rumah,
fisioterapi dan pembantu. Manakala baki enam (6) penjaga tidak memerlukan
pengeluaran wang amanah kerana masih berkemampuan untuk menampung
perbelanjaan yang diperlukan oleh benefisiari.
Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun 2020
Penambahbaikan terhadap penyelenggaraan rekod lawatan telah dibuat sejak
2018 iaitu dengan proses mengimbas setiap laporan dan disimpan di One Drive
for Business. Laporan kes masih boleh disemak atau dimohon pada masa akan
datang kerana ianya tidak disimpan di komputer peribadi pegawai seperti amalan
sebelum ini.
Jumlah data yang tinggi bagi akaun amanah yang tidak pernah membuat
pengeluaran adalah antara faktor skop lawatan telah diperluaskan pada tahun
2019. AmanahRaya dari semasa ke semasa akan sentiasa membuat hebahan
umum di media elektronik dan media sosial meminta benefisiari atau penjaga
untuk tampil membuat semakan kewujudan fail amanah di pejabat atau cawangan
AmanahRaya di seluruh negara.
Pendapat Aktiviti pengesanan benefisiari melalui lawatan sosial
Audit adalah berkesan kerana berjaya mengenal pasti benefisiari
yang memerlukan pengeluaran akaun amanah.
LapLaopraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SiSriir1i 1 2 2- 3-737
A mAamn aanhaRhaRy aayBaeBr hearhdad
c. Pengurusan Dana Tertangguh
i. Berdasarkan SOP Pengurusan Dana Tertangguh, pengurusan dana tertangguh
wujud apabila tiada maklumat lanjut berkenaan aset pusaka atau amanah dan
waris. Keadaan ini berlaku apabila maklumat benefisiari tiada dalam rekod
atau tidak dibekalkan kepada AmanahRaya; waris tidak dapat dikesan; atau
waris dapat dikesan tetapi waris tidak memberi kerjasama untuk AmanahRaya
meneruskan pentadbiran pusaka atau amanah. Dana pusaka atau amanah
bagi kes sedemikian akan diuruskan di bawah Akaun Dana Tertangguh
sehingga waris berjaya dikesan atau tuntutan dibuat oleh waris di bawah
tanggungjawab Jabatan Pengurusan Dana Tertangguh (JPDT).
ii. Sehingga 31 Disember 2019, sebanyak 24,603 (68.3%) daripada 36,007
Akaun Dana Tertangguh terdiri daripada akaun pusaka dan baki 11,404
(31.7%) adalah akaun amanah. Semakan Audit terhadap kedudukan Akaun
Dana Tertangguh mendapati jumlah dana menunjukkan trend
peningkatan daripada sejumlah RM249.94 juta pada tahun
2016 kepada sejumlah RM399.35 juta pada tahun 2019.
Peningkatan sejumlah RM149.41 juta (59.8%) selari dengan pertambahan
bilangan waris yang tidak dapat dikesan atau tidak memberi kerjasama. Dana
ini seterusnya diuruskan melalui Kumpulan Wang Bersama untuk pelaburan
jangka pendek bagi menjana pendapatan pelaburan yang kemudiannya akan
diagihkan semula kepada Akaun Dana Tertangguh yang terlibat. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 12.
JADUAL 12
JUMLAH AKAUN DANA TERTANGGUH
BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
TAHUN BILANGAN JUMLAH DANA
2016
WARIS (RM Juta)
32,287 249.94
2017 28,347 308.91
2018 31,446 331.65
2019 36,007 399.35
Sumber: Bahagian Kewangan AmanahRaya
iii. AmanahRaya memaklumkan usaha mengesan benefisiari amanah
dipergiatkan dengan memberi tumpuan kepada akaun yang bernilai kecil serta
penutupan akaun dorman dan backlog. Usaha tersebut telah berjaya
menurunkan backlog akaun amanah sebanyak 3,307 akaun (RM178.05 juta)
dalam tempoh empat (4) tahun. Usaha yang sama juga telah membolehkan
AmanahRaya membuat pembayaran kepada waris tidak dapat dikesan atau
2 -23-838 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd