The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mizan Gme, 2020-08-24 21:16:46

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

bilangan kakitangan untuk melancarkan proses pemantauan masih dalam
perbincangan berdasarkan keperluan semasa.

Kertas cadangan dan strategi baharu EPC akan diperkemaskan dengan mengambil kira
input ahli Lembaga Pengarah dan akan dibentangkan selewat-lewatnya sebelum
31 Julai 2020. Pasukan strategik khas untuk EPC juga dicadang ditubuhkan bagi
mengenal pasti peluang dan menilai semula kelangsungan strategi sedia ada.
Formalisasi penubuhan akan diselesaikan sebelum 31 Julai 2020.

Pendapat Pelaksanaan penyenggaraan fasiliti EPC adalah kurang cekap
Audit kerana terdapat lot kilang kosong dan tidak disewakan yang
tidak disenggara serta dijaga dengan sewajarnya.

6.3. Kedudukan Kewangan

6.3.1. Penyata kewangan SME Bank bagi tahun kewangan 2017, 2018 dan 2019
telah diberi laporan tanpa teguran oleh Tetuan Deloitte PLT. Analisis terhadap
kedudukan kewangan SME Bank bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 telah dilaksanakan
merangkumi pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; aset dan liabiliti; serta tunai
dan kesetaraan tunai seperti dalam Jadual 15.

JADUAL 15

KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

BUTIRAN 2017 2018 2019
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Pendapatan daripada Perniagaan Perbankan Islam 539.17 562.65 529.69
79.69
Pendapatan Operasi Islam Lain 96.63 46.46 18.86
8.92
Pendapatan Faedah 31.87 23.27
637.16
Pendapatan Operasi Lain 15.82 8.32 (180.31)
(251.09)
JUMLAH PENDAPATAN 683.49 640.70
8.10
Perbelanjaan Operasi Lain (203.86) (201.91) (423.30)

Perbelanjaan Faedah/Keuntungan (294.11) (281.45) 213.86
(6.22)
(Peruntukan)/Masuk Kira Semula Bagi Kerugian Rosot Nilai (71.33) (652.89) (1.43)

JUMLAH PERBELANJAAN (569.30) (1,136.25) 206.21
37.00
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI DAN ZAKAT 114.19 (495.55)
(383.15)
(Belanja)/Kredit Cukai (35.47) 0.05 9,872.79
8,367.27
Zakat (4.69) (4.00) 1,505.52
9,872.79
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SELEPAS CUKAI DAN ZAKAT 74.03 (499.50) 1,112.69

Dividen 33.30 -

KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) TERKUMPUL 145.13 (589.36)

JUMLAH ASET 10,649.43 9,831.84

JUMLAH LIABILITI 8,664.45 8,565.78

JUMLAH EKUITI 1,984.98 1,266.06

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 10,649.43 9,831.84

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 418.98 481.62
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2017, 2018 dan 2019

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -289- 89

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

6.3.2. Sebagai sebuah DFI Berasaskan Prinsip Islam, pendapatan utama SME Bank
sebahagian besarnya disumbangkan oleh perniagaan perbankan Islam. SME Bank
juga menerima pendapatan faedah melalui aktiviti pembiayaan secara konvensional
serta pendapatan operasi lain. SME Bank merekodkan jumlah pendapatan yang
menurun sejak tahun 2017 sehingga 2019. Pada tahun 2019, SME Bank merekodkan
penurunan pendapatan sejumlah RM3.54 juta (0.6%) berbanding pendapatan tahun
2018. Bagi tahun 2018, jumlah pendapatan SME Bank menurun sejumlah
RM42.79 juta (6.3%) berbanding tahun 2017. Penurunan pendapatan sebahagian
besarnya dipengaruhi oleh pengurangan pendapatan diterima daripada pembiayaan
Islamik dan konvensional selaras dengan penurunan portfolio pada tahun 2019. Selain
itu, jumlah pendapatan diterima daripada penempatan deposit dengan bank dan
institusi kewangan lain juga menurun sejumlah RM18.27 juta selaras dengan
pengurangan penempatan deposit berjumlah RM151.88 juta pada tahun 2018
berbanding RM182.01 juta pada tahun 2017. Trend pendapatan bagi tiga (3) tahun
berkaitan seperti dalam Jadual 15 dan Carta 9.

6.3.3. Perbelanjaan utama SME Bank meliputi perbelanjaan operasi lain seperti
perbelanjaan kakitangan, promosi dan pemasaran serta pentadbiran dan
perbelanjaan am. SME Bank juga menanggung perbelanjaan faedah daripada
pinjaman berjangka yang diambil daripada Kerajaan Malaysia dan agensi Kerajaan
yang berkaitan. Selain itu, pengiktirafan kerugian rosot nilai bagi aset kewangan
mempengaruhi jumlah perbelanjaan tahunan SME Bank.

6.3.4. Pada tahun 2018, SME Bank mencatatkan jumlah
perbelanjaan tahunan tertinggi iaitu peningkatan ketara sejumlah
RM566.95 juta (99.6%) berbanding tahun 2017. Peningkatan ini sebahagian
besarnya disumbangkan oleh pengiktirafan peruntukan kerugian
rosot nilai bagi aset kewangan berjumlah RM652.89 juta berikutan
pemakaian tahun pertama Piawaian Pelaporan Kewangan MFRS 9.
Bagaimanapun, jumlah perbelanjaan pada tahun 2019 menunjukkan penurunan
ketara sejumlah RM712.95 juta (62.7%). Penurunan ini disumbangkan oleh
peningkatan kualiti aset kewangan SME Bank yang menyebabkan peruntukan
kerugian rosot nilai telah dimasuk kira semula dan menurunkan perbelanjaan SME
Bank. Trend perbelanjaan seperti dalam Jadual 15 dan Carta 9.

6.3.5. SME Bank menunjukkan peningkatan prestasi kewangan
memberangsangkan apabila merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat
berjumlah RM213.86 juta pada tahun 2019 berbanding kerugian sebelum cukai dan
zakat pada tahun 2018 berjumlah RM495.55 juta. Keuntungan ini menjadikan

2 -29-090 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnet nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay s Bi aerBheardh a d

kerugian terkumpul pada tahun 2019 berjumlah RM383.15 juta iaitu penurunan
sejumlah RM206.21 juta (35%) berbanding tahun 2018. Prestasi kewangan yang
bertambah baik ini disumbangkan oleh kerugian rosot nilai aset kewangan yang
dimasuk kira semula dan menurunkan perbelanjaan tahunan SME Bank. Prestasi
kewangan yang lebih baik membolehkan SME Bank mengisytiharkan dividen
berjumlah RM37 juta bagi tahun kewangan 2019 iaitu dengan kadar 2 sen sesaham.
Namun, keputusan ini masih tertakluk kepada persetujuan pemegang saham pada
Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. Trend keuntungan/(kerugian) sebelum
cukai dan keuntungan/(kerugian) terkumpul bagi tiga (3) tahun berkaitan adalah
seperti dalam Jadual 15 dan Carta 10.

CARTA 10
TREND KEUNTUNGAN/(KERUGIAN)
CARTA 9
TREND PENDAPATAN SEBELUM CUKAI/ZAKAT SERTA
DAN PERBELANJAAN KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) TERKUMPUL
BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019
BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019
RM Juta
RM Juta

1200 250 145.13 213.86
1000 100 114.19
683.49
569.3

640.7
1,136.25

637.16
423.3
800 (50)

600 (200)
400
200 (350) (383.15)
(500) (495.55)
0 (650)
(589.36)

2017 2018 2019 2017 2018 2019

Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai/Zakat

Pendapatan Perbelanjaan Keuntungan/(Kerugian) Terkumpul

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2017, 2018 dan 2019

6.3.6. Analisis Audit mendapati SME Bank mempunyai sumber yang mencukupi dan
mampu menampung obligasinya pada masa yang diperlukan. Jumlah aset melebihi
jumlah liabiliti bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 iaitu masing-masing berjumlah
RM1.985 bilion (22.9%), RM1.266 bilion (14.8%) dan RM1.506 bilion (18%). Melalui
analisis nisbah kewangan, tahap kecairan syarikat pada tahun 2019 didapati pada
kadar 2.14:1 menunjukkan syarikat mampu memenuhi obligasi jangka pendeknya.

6.3.7. Analisis Audit juga dijalankan terhadap aliran tunai SME Bank bagi menilai
keupayaan syarikat menjana aliran tunai daripada aktiviti operasi, pelaburan dan
pembiayaan untuk menampung keperluan perbelanjaan syarikat. Pada akhir tahun
kewangan 2019, SME Bank mempunyai tunai dan kesetaraan tunai berjumlah
RM1.113 bilion iaitu peningkatan ketara sejumlah RM631.07 juta (131%) berbanding
tahun 2018. Peningkatan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh penebusan

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -291- 91

S m a l l MSemd ai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp meveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

kertas komersial Islamik berjumlah RM1.870 bilion yang menyebabkan aliran tunai
masuk bersih daripada aktiviti pelaburan berjumlah RM552.90 juta. SME Bank berjaya
meningkatkan aliran tunai masuk bersih daripada aktiviti operasi sejumlah
RM74.38 juta (26.7%) daripada RM278.30 juta pada tahun 2018 kepada
RM352.68 juta pada tahun 2019. Peningkatan ini menunjukkan SME Bank mampu
menjana aliran tunai yang positif daripada aktiviti operasinya tanpa bergantung
terhadap aktiviti pembiayaan. Aliran tunai keluar bersih daripada aktiviti pembiayaan
sejumlah RM274.51 juta disebabkan oleh pembayaran prinsipal dan faedah atau
keuntungan untuk pinjaman dan Nota Jangka Sederhana Islamik.

Pendapat Secara keseluruhannya kedudukan kewangan SME Bank adalah

Audit stabil.

7. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, SME Bank telah mencapai objektif penubuhannya untuk
menawarkan bantuan pembiayaan dan menjangkaui pembiayaan kepada PKS
berdasarkan pengurusan aktiviti utama yang dipilih. Perkara ini disumbangkan oleh tadbir
urus korporat SME Bank yang baik. Selain itu, kedudukan kewangan syarikat pula adalah
stabil berdasarkan peningkatan kualiti dan pemulihan aset pembiayaan pada tahun 2019
serta mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat. Namun, aktiviti pembangunan
EPC belum mencapai objektif sepenuhnya kerana pencapaian bagi pengembangan
usahawan PKS melalui graduan EPC adalah kurang cekap.

8. SYOR AUDIT

Bagi meningkatkan prestasi dan memantapkan amalan tadbir urus korporat, pihak
pengurusan dan Lembaga Pengarah SME Bank perlu mengambil langkah yang proaktif
dan berkesan untuk menambah baik perkara yang dibangkitkan dalam laporan ini.
Sehubungan itu, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat memberi pertimbangan
terhadap perkara berikut:

i. menambah baik kawalan dalaman sistem pembiayaan bagi memastikan integriti
data pembiayaan terjamin;

ii. mengambil langkah proaktif dan melaksanakan pemantauan serta tindakan
berterusan untuk meningkatkan kutipan bayaran balik daripada PKS bagi
mengurangkan tunggakan;

2 -29-292 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay s Bi aerBheardh a d

iii. menetapkan polisi pencapaian graduan EPC mengikut beberapa kategori
pengukuran dimasukkan sebagai indikator Petunjuk Prestasi Utama Korporat
di bawah peranan pembangunan;

iv. meningkatkan kawalan dalaman Standard Operating Procedures dan pemantauan
bagi pengurusan perjanjian sewa dan kutipan hasil sewa bagi meningkatkan
pendapatan;

v. merangka pelan penyenggaraan yang komprehensif terhadap kilang EPC
termasuk aspek keselamatan bagi memastikan EPC berada dalam keadaan sesuai
untuk disewa; dan

vi. membuat pakej pembiayaan yang lebih baik dan kompetitif untuk menarik lebih
ramai usahawan.

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNiteNgaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -29-3 93

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlotpBmaennkt MBaalnaky sMi aalaByesrihaa Bd erhad



TECHNOLOGY PARK
MALAYSIA CORPORATION
SDN. BHD.



RINGKASAN EKSEKUTIF

TECHNOLOGY PARK MALAYSIA
CORPORATION SDN. BHD.

Perkara Utama

Apa yang  Mandat Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM)
diaudit? ialah mempromosikan pertumbuhan dan pembangunan industri
teknologi tinggi. Selaras dengan mandat, TPM melaksanakan
aktiviti sewaan premis perniagaan yang ditawarkan kepada saintis,
penyelidik, teknousahawan serta perusahaan kecil dan sederhana
(PKS).

 Penilaian terhadap sembilan (9) amalan tadbir urus korporat
meliputi aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat,
Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Operating Policies and
Procedures, Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama,
Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan
dan Imbuhan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019.

 Dua (2) bidang utama Audit ialah prestasi dan pelaksanaan aktiviti
pembangunan industri teknologi tinggi melalui perkhidmatan
sewaan premis perniagaan. Bagi prestasi aktiviti syarikat,
dua (2) perkara yang dinilai ialah pencapaian output berdasarkan
KPI; dan prestasi outcome sewaan premis perniagaan.

 Pelaksanaan aktiviti sewaan premis perniagaan dinilai melalui
kadar penghunian; pengurusan hasil sewaan; pengurusan
penghutang sewaan premis perniagaan; tindakan undang-undang
terhadap penghutang; dan prestasi kewangan syarikat subsidiari.

 Analisis terhadap tiga (3) tahun penyata kewangan beraudit iaitu
2016, 2017 dan 2018 merangkumi analisis pendapatan,
perbelanjaan, aset, liabiliti serta aliran tunai.

Mengapa ia  TPM merupakan syarikat milikan penuh Menteri Kewangan
penting (Diperbadankan) dengan suntikan modal ekuiti berjumlah
untuk RM59.69 juta.
diaudit?
 Peranan TPM kepada negara bagi aktiviti utama pembangunan
industri teknologi tinggi melalui perkhidmatan sewaan premis
perniagaan.

 TPM juga memberikan khidmat latihan dan bimbingan kepada
syarikat penyewa dengan mewujudkan fasiliti yang menyokong
pembangunan industri teknologi tinggi.

LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahauhnun2021091S9irSi i1ri 1 2 2- -9797
T e c h nToelcohgnyolPoagryk PMarakl aMy sailaayCsoiar pCoorraptoi orantiSodnnS. dBnh. dB. hd.

Apa yang  Tiada penyelarasan Standard Operating Policies and Procedures
ditemui antara aktiviti utama, kewangan dan perjanjian sewaan bagi
Audit? memastikan operasi syarikat dapat dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan.

 Pemantauan menyeluruh terhadap syarikat penyewa melalui
program keusahawanan tidak dilaksanakan. Kadar syarikat yang
bergraduasi ialah antara 0% hingga 14.3% berbanding syarikat
tidak berjaya bergraduasi pada kadar antara 14.3% hingga 45.8%
bagi tempoh empat (4) tahun yang dinilai.

 Kadar penghunian premis perniagaan oleh syarikat penyewa
menunjukkan trend penurunan iaitu 77.2% bagi tahun 2016
kepada 59% pada tahun 2019.

 Deposit sewaan yang tidak seragam antara sebulan hingga
tiga (3) bulan tidak menjamin kepentingan TPM. Pada tahun 2019,
sebanyak 157 syarikat penyewa merekodkan baki tunggakan
sewaan premis perniagaan berjumlah RM4.36 juta.

 Kesemua tiga (3) syarikat subsidiari TPM merekodkan kerugian
pada tahun 2018 dan dua (2) syarikat subsidiari pula berada dalam
keadaan potential going concern.

2 -39-898 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
TTeecchhnnoololgoyg yPaPrakr kMMalaalyasyias i aCoCropropraotriaotni oSndSnd. nB.hBd.h d .

MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN)

3. TECHNOLOGY PARK MALAYSIA CORPORATION SDN. BHD.
FAKTA UTAMA TPM

10.02.1996 RM59.69 juta RM23.67 juta

TPM ditubuhkan Modal berbayar Hasil sewaan premis perniagaan
pada tahun 2019
Objektif penubuhan
Aktiviti utama Mempromosikan pertumbuhan dan pembangunan industri teknologi tinggi
Jenis syarikat Sewaan premis perniagaan kepada syarikat berasaskan teknologi
Syarikat berhad menurut syer

1. LATAR BELAKANG

1.1. Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM) ialah sebuah syarikat
berhad menurut syer milikan penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD].
TPM telah ditubuhkan pada 10 Februari 1996 dengan modal berbayar berjumlah
RM59.69 juta. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dahulunya
dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim (MESTECC) merupakan agensi yang mengawal selia TPM. Objektif penubuhan
TPM berdasarkan Perlembagaan Syarikat adalah untuk mempromosikan pertumbuhan
dan pembangunan industri teknologi tinggi. Mandat ini dilaksanakan dengan
memberikan dorongan kepada sektor awam dan swasta dalam penyelidikan serta
pembangunan termasuk pengkomersialan hasil penyelidikan dan inovasi.

1.2. TPM juga bertanggungjawab menyediakan latihan dengan mewujudkan fasiliti
yang menyokong pembangunan industri teknologi tinggi. Mengikut perjanjian
pengkorporatan bertarikh 12 April 2004, TPM perlu melaksanakan lima (5) bidang
utama iaitu master centre, property, bioteknologi termasuk kejuruteraan, teknologi
maklumat dan akademik. Aktiviti utama TPM ialah menyediakan premis perniagaan
untuk disewakan kepada saintis, penyelidik, teknousahawan serta perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) di bawah bidang master centre dan property.

1.3. Selain itu, TPM juga menyediakan perkhidmatan latihan, rundingan dan
pembangunan produk teknousahawan serta pajakan lot tanah untuk syarikat
berasaskan teknologi. Aktiviti sokongan TPM pula ialah menyediakan perkhidmatan
sokongan antaranya dua (2) stesen minyak Petronas termasuk Kedai Mesra serta

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNiteNgaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 - 299- 99

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

dua (2) kedai runcit iaitu I-Shoppe dan Skymart. TPM melaksanakan operasinya
di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan kawasan tanah seluas 686 ekar.

1.4. Pada tahun 2019, TPM mempunyai tiga (3) syarikat subsidiari masing-masing
melaksanakan aktiviti dalam bidang bioteknologi [TPM Nexus Sdn. Bhd. (dahulu dikenali
sebagai TPM Biotech Sdn. Bhd.)], kejuruteraan (TPM Engineering Sdn. Bhd.) dan
teknologi maklumat (TPM IT Sdn. Bhd.). Bagaimanapun, pengkhususan dalam bidang
akademik melalui penubuhan syarikat subsidiari TPM College Sdn. Bhd. tidak diteruskan
dan syarikat tersebut berstatus dorman mulai tahun 2018. Model pengurusan syarikat
TPM adalah seperti dalam Carta 1.

CARTA 1
MODEL PENGURUSAN TPM

MKD PTP

Pemegang Pemegang Saham/
Modal Ekuiti (RM1)
Saham/Modal Ekuiti
(RM59.69 Juta)

Agensi Kawal CMyabneargcietyr TPM ENGINEERING
Selia
SDN. BHD.
Sumber: TPM dan Jabatan Audit Negara
TPM IT SDN. BHD.

TPM NEXUS SDN. BHD.
Syarikat Subsidiari

1.5. TPM tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965 bagi melaksanakan aktiviti
pajakan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dengan tempoh pajakan
kepada syarikat selama 99 tahun. Selain itu, TPM telah mendapat pengiktirafan status
Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia Cybercity oleh Kerajaan pada
19 Januari 1998 melalui perjanjian dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia
(MDEC).

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan TPM melalui
aktiviti utama pembangunan industri teknologi tinggi iaitu sewaan premis perniagaan
yang cekap, berkesan dan berhemat; amalan tadbir urus korporat yang baik; serta
kedudukan kewangan syarikat yang kukuh.

2 2- 1-01000 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini melibatkan sembilan (9) aspek tadbir urus korporat dan
pengurusan kewangan syarikat bagi tahun 2016 hingga 2019. Pengauditan juga
dijalankan terhadap aktiviti utama syarikat iaitu sewaan premis perniagaan bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2019. Melalui penilaian risiko, aktiviti ini dipilih kerana merupakan
mandat utama syarikat selain menyumbang hasil tertinggi bagi aktiviti utama syarikat.
Aspek kedudukan kewangan pula meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun
2016, 2017 dan 2018.

3.2. Dua (2) bidang utama Audit yang dinilai bagi pengauditan aktiviti pembangunan
industri teknologi tinggi melalui sewaan premis perniagaan adalah prestasi dan
pelaksanaan aktiviti tersebut. Bagi prestasi aktiviti syarikat, dua (2) perkara dinilai iaitu
pencapaian output berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan prestasi outcome
sewaan premis perniagaan. Manakala perkara yang dinilai dalam pelaksanaan aktiviti
sewaan premis perniagaan ialah kadar penghunian; pengurusan hasil sewaan;
pengurusan penghutang sewaan premis perniagaan; tindakan undang-undang
terhadap penghutang; dan prestasi kewangan syarikat subsidiari.

3.3. Pengauditan telah dijalankan di ibu pejabat TPM yang terletak di Bukit Jalil,
Kuala Lumpur. Pemeriksaan fizikal Audit ke 13 premis telah dibuat mengikut kategori
syarikat yang dipilih merangkumi saintis, penyelidik, teknousahawan dan PKS di lokasi
yang sama.

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang
dikemukakan oleh pengurusan TPM serta menganalisis data berkaitan. Pemeriksaan
fizikal Audit terhadap aktiviti sewaan premis perniagaan telah dijalankan pada
10 Februari 2020. Pemeriksaan fizikal ini bertujuan untuk menilai fasiliti premis
perniagaan TPM termasuk ke premis perniagaan yang mempunyai kadar penghunian
terendah. Lawatan Audit bagi mengesahkan status syarikat penyewa sama ada telah
ditamatkan atau masih meneruskan operasi. Selain itu, perbincangan dan temu bual
dengan pegawai terlibat juga telah dijalankan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

4.2. Bagi kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan berdasarkan penyata
kewangan TPM yang telah diaudit oleh Tetuan Khairuddin Hasyudeen & Razi (2016)
dan Tetuan MNZWAJA (2017 dan 2018). Penilaian ini melibatkan analisis trend

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 -29-7101

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; analisis trend aset dan liabiliti; analisis
nisbah kewangan; serta analisis aliran tunai.

5. RUMUSAN AUDIT

5.1. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2019 hingga Februari 2020
merumuskan perkara seperti berikut:

a. Tadbir Urus Korporat

Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat TPM adalah memuaskan.
Penambahbaikan perlu dilaksanakan dalam aspek Lembaga Pengarah, Standard
Operating Policies and Procedures (SOPP), Pelan Strategik Perniagaan serta
Jawatankuasa Audit dan Risiko (JAR) selaras dengan amalan terbaik.

b. Pengurusan Aktiviti

i. Prestasi Aktiviti Syarikat dan Sewaan Premis Perniagaan

 Pengukuran KPI TPM pada tahun 2019 merangkumi indikator kewangan;
proses perniagaan dalaman; pelanggan; inovasi dan pembelajaran;
kepuasan kakitangan; serta persekitaran dan komuniti. Secara
keseluruhannya, prestasi pencapaian output berdasarkan KPI adalah
kurang cekap kerana menunjukkan trend penurunan kadar daripada
90% pada tahun 2016 kepada 67.8% pada tahun 2019. Penurunan ini
disebabkan KPI kewangan yang tidak berjaya dicapai sepenuhnya dalam
tempoh yang dinilai.

 Prestasi outcome melalui perkhidmatan pembangunan teknousahawan
adalah kurang berkesan kerana pemantauan menyeluruh terhadap
syarikat penyewa melalui program keusahawanan tidak dilaksanakan.

ii. Pelaksanaan Aktiviti Sewaan Premis Perniagaan

 Prestasi penghunian premis perniagaan adalah tidak cekap kerana
menunjukkan trend penurunan bilangan syarikat penyewa iaitu dengan
kadar 77.2% bagi tahun 2016 kepada 59% pada tahun 2019. Trend
penghunian keseluruhan termasuk TPM pula merekodkan kadar antara
65.1% hingga 82.5% bagi tempoh yang sama.

2 2- 1-0928 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

 Pengurusan hasil sewaan premis perniagaan menunjukkan tahap
kecekapan yang boleh dipertingkatkan dengan kadar purata yang dicapai
sebanyak 84.7% bagi tempoh yang dinilai.

 Pengurusan penghutang sewaan premis perniagaan adalah kurang
cekap kerana hutang tidak dapat dikutip sepenuhnya sejak tahun 2013
dan wujud jumlah lebihan bayaran yang belum dibuat bayaran balik
sejak tahun 2011 kepada penghutang.

 Tindakan undang-undang terhadap penghutang yang ingkar adalah
kurang berkesan kerana TPM perlu mengambil kira kos litigasi dan
jumlah penghakiman.

 Prestasi kewangan tiga (3) syarikat subsidiari TPM adalah kurang stabil
kerana dua (2) syarikat subsidiari berada dalam keadaan potential going
concern dan kesemua syarikat merekodkan kerugian pada tahun 2018.

c. Kedudukan Kewangan

Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan TPM adalah stabil berdasarkan
aset TPM melebihi jumlah liabiliti berjumlah RM103.47 juta (18.8%) bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2018. Pada tahun 2018, baki tunai dan kesetaraan tunai TPM
berjumlah RM24.44 juta yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun
sebelumnya. Tahap kecairan TPM dengan kadar nisbah 2.67:1 hingga 4.56:1
menunjukkan syarikat mampu untuk menampung obligasi jangka pendeknya.
Pada tahun 2018, TPM merekodkan keuntungan terkumpul berjumlah
RM43.76 juta.

5.2. Penemuan utama Audit yang perlu diberi perhatian dan tindakan adalah seperti
berikut:

i. Standard Operating Policies and Procedures antara aktiviti utama, kewangan
dan perjanjian sewaan tidak diselaraskan serta syarikat juga tidak menyediakan
Pelan Strategik Perniagaan Jangka Panjang;

ii. pemantauan syarikat penyewa yang menyertai program keusahawanan tidak
dibuat secara menyeluruh. Kadar syarikat yang bergraduasi ialah antara 0%
hingga 14.3%. Selain itu, syarikat tidak berjaya bergraduasi pula direkodkan

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 -29-9103

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

dengan kadar antara 14.3% hingga 45.8% bagi tempoh empat (4) tahun yang
dinilai;

iii. kadar penghunian penyewa direkodkan antara 59% hingga 77.2% bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2019. Premis perniagaan jenis Biotechnology Incubation
Centre merekodkan penurunan kadar penghunian paling ketara iaitu 36.4%
pada tahun 2019 berbanding 81.8% bagi tahun 2016; dan

iv. sebanyak 157 syarikat penyewa merekodkan tunggakan sewa berjumlah
RM4.36 juta sehingga tahun 2019. Tindakan undang-undang hanya dapat
mengutip sejumlah RM40,000 (2.6%) daripada RM1.56 juta yang dituntut.

6. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Perkara yang ditemui dan maklum balas TPM telah dibincangkan dalam exit conference
pada 19 Jun 2020 serta pengesahan fakta melalui confirmatory letter diterima daripada
TPM bertarikh 6 Ogos 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan yang dinyatakan
dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:

6.1. Tadbir Urus Korporat

6.1.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat
mempertingkatkan kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan
syarikat diurus dengan lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Sebagai
syarikat MKD, pengurusan TPM perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan menurut Akta Syarikat 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
Perlembagaan Syarikat, Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri
Kewangan (Diperbadankan) [MKD Handbook] Disember 2014, Standard Operating
Procedures (SOP) dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Selain itu, antara
rujukan amalan terbaik tadbir urus korporat ialah Malaysian Code on Corporate
Governance (MCCG) 2017 dan The Green Book - Enhancing Board Effectiveness
(Green Book) April 2006.

6.1.2. Pengurusan TPM diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE). Bilangan
perjawatan yang diluluskan sehingga akhir tahun 2019 adalah seramai 289 orang
dengan 40 (13.8%) jawatan masih kosong berdasarkan carta organisasi dan
perjawatan TPM. Selain itu, kekosongan perjawatan di dua (2) jabatan melibatkan
Integriti dan Tadbir Urus serta Jaminan Korporat masih belum diisi kerana fungsi
tersebut baharu diwujudkan masing-masing pada bulan Julai dan November 2019.

2 2- 1-01400 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Carta organisasi TPM pada 31 Disember 2019 adalah seperti dalam Carta 2
manakala fungsi setiap bahagian adalah seperti dalam Jadual 1.

CARTA 2
CARTA ORGANISASI TPM PADA 31 DISEMBER 2019

LEMBAGA PENGARAH

Jawatankuasa
Audit & Risiko

Pengerusi

Ketua Pegawai Eksekutif

Jabatan Pengurusan & Jabatan Kewangan Jabatan Jabatan
Perkhidmatan Taman Korporat Kumpulan Jaminan Integriti &
Korporat Tadbir Urus

Jabatan Pembangunan Jabatan Perundangan & Syarikat
Perniagaan & Hal Ehwal Subsidiari
Perkhidmatan Korporat
Korporat Kumpulan Kumpulan

Sumber: Carta Organisasi, TPM

JADUAL 1
FUNGSI UTAMA JABATAN MENGIKUT CARTA ORGANISASI TPM

BUTIRAN FUNGSI UTAMA

Jabatan Pengurusan & Pengurusan Sewaan & Penyewaan Ruang Pejabat; Pusat Inovasi &
Inkubasi; Pengurusan Keselamatan; Pengurusan Kemudahan & Fasiliti; dan
Perkhidmatan Taman Pengurusan Tempat Letak Kereta.
Kewangan Korporat; Operasi Perniagaan Runcit; dan Pentadbiran &
Jabatan Kewangan Korporat Pengurusan Aset.
Perancangan & Strategi Korporat; Pengembangan & Usaha Perniagaan
Kumpulan Baharu; Komunikasi Korporat; dan Pembangunan Tanah & Pengurusan
Projek.
Jabatan Pembangunan Pengurusan Perolehan; Pengurusan Perundangan & Kontrak; Penyewaan
Tanah & Urusan Tanah; dan Perkhidmatan Kesetiausahaan.
Perniagaan & Hal Ehwal Korporat
Fungsi diwujudkan pada bulan Julai 2019 namun belum dilaksanakan.
Kumpulan

Jabatan Perundangan &

Perkhidmatan Korporat Kumpulan

Jabatan Integriti & Tadbir Urus

Jabatan Jaminan Korporat Fungsi diwujudkan pada bulan November 2019 namun belum dilaksanakan.

Sumber: Carta Organisasi - Functional Responsibilities, TPM

6.1.3. Sehingga bulan Disember 2019, TPM mempunyai seramai lapan (8) orang
Lembaga Pengarah yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan tujuh (7) ahli
Lembaga Pengarah. Komposisi Lembaga Pengarah syarikat TPM terdiri daripada
enam (6) orang Pengarah berstatus bebas dan dua (2) orang Pengarah berstatus
bukan bebas. Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili Kerajaan pula seramai
dua (2) orang iaitu daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Selain itu, sebanyak tiga (3) jawatankuasa
ditubuhkan di peringkat Lembaga Pengarah iaitu Jawatankuasa Audit dan Risiko;

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 210-5105

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan; serta Jawatankuasa Perolehan bagi
memastikan keberkesanan fungsi Lembaga Pengarah.

6.1.4. Semakan Audit mendapati TPM mengamalkan lima (5) daripada
sembilan (9) aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu aspek Pengerusi,
Setiausaha Syarikat, KPE, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan
Imbuhan. Empat (4) amalan terbaik tadbir urus korporat yang lain
didapati tidak diamalkan sepenuhnya iaitu aspek Lembaga
Pengarah, SOPP, Pelan Strategik Perniagaan dan JAR. Penemuan Audit
diterangkan dalam perenggan seperti yang berikut:

a. Lembaga Pengarah

i. Lembaga Pengarah bertanggungjawab memastikan syarikat beroperasi
selaras dengan objektif penubuhannya melalui penyediaan strategi, pelan
perniagaan yang mantap dan rangka kerja tadbir urus yang berkesan.
Semakan Audit mendapati ahli Lembaga Pengarah TPM telah dilantik
berdasarkan kepelbagaian kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian
dengan perniagaan syarikat selaras dengan MCCG 2017 amalan 4.4.

ii. MKD Handbook perenggan 2.5(d) menyatakan semua keputusan perniagaan
yang material atau signifikan perlu dibuat melalui mesyuarat Lembaga
Pengarah dan bukan secara Resolusi Lembaga Pengarah (DCR).

iii. Semakan Audit mendapati tiga (3) DCR telah dibuat bagi kelulusan
aktiviti utama TPM melibatkan pembangunan dan sewaan
pajakan tanah antara tahun 2017 dan 2018. Namun, hanya
satu (1) DCR telah dibawa semula ke mesyuarat Lembaga
Pengarah untuk tujuan pengesahan daripada tiga (3) DCR
tersebut. TPM memaklumkan satu (1) DCR yang dibawa semula ke
mesyuarat Lembaga Pengarah kerana mempunyai perkara berbangkit dan
bukan merupakan amalan syarikat untuk mengesahkan semula DCR yang
telah dibuat.

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020

DCR diedarkan untuk perkara yang memerlukan kelulusan segera Lembaga
Pengarah. Pengesahan DCR akan mula diamalkan oleh TPM.

2 2- 1-01606 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Pendapat Keputusan yang dibuat melalui DCR bagi aktiviti utama
Audit syarikat menyebabkan perkara yang material dan signifikan
tidak dapat dibahaskan, diperhalusi dan diputuskan dengan
berkesan.

b. Standard Operating Policies and Procedures

i. Seksyen 246, Akta Syarikat 2016 menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah
memastikan sistem kawalan dalaman syarikat dapat menjamin aset syarikat
dilindungi daripada kerugian dan hanya transaksi dibenar dijalankan serta
direkod untuk menyediakan penyata kewangan yang benar.

ii. Manakala MKD Handbook perenggan 1.9(c), perenggan 2.2(f) dan
perenggan 3.25 hingga 3.28 menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah
memastikan SOP syarikat merangkumi proses, prosedur dan polisi yang
lengkap serta menyeluruh. Semakan semula terhadap SOP perlu
dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan dan perubahan dalam operasi
syarikat. SOP dan sebarang perubahannya perlu mendapat kelulusan
Lembaga Pengarah.

iii. TPM mengguna pakai SOPP meliputi manual, pekeliling, garis panduan,
prosedur dan arahan kerja berkaitan pengurusan, sumber manusia, operasi
serta kewangan syarikat. Semakan Audit mendapati SOPP aktiviti
utama dan kewangan TPM bagi sewaan premis perniagaan
yang disediakan tidak jelas, tidak menyeluruh dan tidak
diselaraskan dengan kontrak perjanjian sewaan melibatkan
syarikat penyewa. SOPP yang lengkap dan menyeluruh bagi aspek
kewangan serta aktiviti dapat membantu pengurusan syarikat untuk
mencapai objektifnya. Penemuan Audit tersebut diperincikan dalam
perenggan 6.2.3., 6.2.4. dan 6.2.5.

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020

SOPP aktiviti utama dan kewangan TPM yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah
sebelum tahun 2015 adalah berdasarkan sistem manual. Mulai 1 Mei 2015, TPM
mula menggunakan sistem bersepadu/integrasi (SAP) sepenuhnya untuk hampir
kesemua aktiviti utama dan kewangan. TPM telah melantik Tetuan Afrizan Tarmili
Khairul Azhar (AFTAAS) untuk mengemas kini SOPP sedia ada dengan mengambil
kira proses dalam sistem SAP. Berdasarkan penemuan Audit, TPM juga akan meneliti

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 210-7107

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

sekiranya terdapat keperluan untuk mengemas kini SOPP bagi proses aktiviti
syarikat.

Pendapat Penyelarasan SOPP aktiviti utama yang tidak menyeluruh dan
Audit bersepadu dengan SOPP kewangan memberi kesan kepada
kecekapan pelaksanaan dan pencapaian prestasi aktiviti
utama syarikat.

c. Pelan Strategik Perniagaan

i. MCCG 2017 amalan 1.1, panduan 1.1 menyarankan Lembaga Pengarah
menetapkan sasaran strategik syarikat dan memastikan sumber syarikat
yang diperlukan sedia ada untuk syarikat mencapai objektifnya. Lembaga
Pengarah juga perlu memastikan pelan strategik syarikat membantu
pembentukan nilai jangka panjang yang menyokong kemampuan syarikat.

ii. Semakan Audit mendapati TPM tidak menetapkan sasaran Pelan
Strategik Perniagaan Jangka Panjang tetapi ada menyediakan
Pelan Strategik Perniagaan bagi semua aktiviti TPM termasuk syarikat
subsidiari dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah secara tahunan. Pihak
Audit mendapati penyediaan Pelan Strategik Perniagaan
Jangka Panjang bagi TPM termasuk syarikat subsidiarinya
tidak pernah dibincangkan oleh Lembaga Pengarah bagi
tempoh yang diaudit. Pelan Strategik Perniagaan Jangka Panjang yang
tidak disediakan telah memberi kesan kepada prestasi syarikat subsidiari
yang tidak berdaya saing seperti diperincikan dalam perenggan 6.2.6.

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020

TPM mengambil maklum keperluan menetapkan sasaran strategik perniagaan
jangka panjang untuk memastikan sumber syarikat sedia ada bagi mencapai objektif
dan mencorak hala tuju TPM untuk memenuhi mandat Kerajaan.

Pendapat Ketiadaan Pelan Strategik Perniagaan Jangka Panjang
Audit menyebabkan hala tuju syarikat bagi mencapai misi, visi dan
objektif tidak jelas terutamanya perancangan jangka
panjang TPM untuk menghadapi cabaran utama syarikat
yang berasaskan teknologi.

2 - 108 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

d. Jawatankuasa Audit dan Risiko

i. Berdasarkan MKD Handbook perenggan 2.2, antara jawatankuasa peringkat
Lembaga Pengarah yang dicadang perlu ditubuhkan bagi syarikat di bawah
MKD ialah Jawatankuasa Audit, Risiko dan Integriti. Fungsi jawatankuasa ini
adalah bagi memastikan Unit Audit Dalam dan Integriti ditubuhkan. TPM
telah menubuhkan JAR sejak 2 Jun 2006. Pihak Audit mendapati JAR masih
belum mengambil kira fungsi integriti kerana perjawatan bagi Jabatan
Integriti dan Tadbir Urus masih belum diisi setakat bulan Disember 2019.

ii. MCCG 2017 amalan 8.5 menyatakan kesemua ahli Jawatankuasa Audit (JKA)
hendaklah mempunyai pengetahuan dalam bidang kewangan dan dapat
memahami perkara dalam bidang kuasa JKA termasuk proses pelaporan
penyata kewangan. MCCG 2017 amalan 8.4 pula menyatakan JKA hendaklah
terdiri daripada Pengarah Bebas sahaja.

iii. Terma rujukan JAR menetapkan keanggotaan jawatankuasa terdiri
sekurang-kurangnya empat (4) ahli Lembaga Pengarah dengan sekurang-
kurangnya seorang ahli mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan.
Penetapan kriteria status komposisi keahlian bagi membentuk jawatankuasa
tidak dinyatakan dalam terma rujukan. Namun, terma rujukan ada
menetapkan keahlian terdiri daripada majoriti bukan eksekutif dan
mempunyai pelbagai pengetahuan kerja yang luas dalam aktiviti serta
persekitaran syarikat.

iv. Semakan Audit mendapati JAR diwakili oleh dua (2) ahli yang mempunyai
kepakaran dalam bidang kewangan manakala Pengerusi JAR dan seorang
ahli yang mewakili MOF bukan daripada bidang kewangan. Setakat bulan
Disember 2019, keahlian JAR terdiri daripada Pengerusi dan
dua (2) ahli berstatus bebas serta seorang ahli bukan bebas.
Pelantikan dan komposisi keahlian ini selaras dengan terma rujukan yang
ditetapkan namun masih belum mengikut amalan terbaik seperti yang
disarankan MCCG 2017.

Maklum balas TPM yang diterima pada 6 Ogos 2020

TPM mempunyai kekangan untuk melantik ahli JAR yang mempunyai pengetahuan
dalam bidang kewangan daripada kalangan ahli Lembaga Pengarah. Keadaan ini

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 210-9109

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

disebabkan hanya dua (2) ahli Lembaga Pengarah merupakan Akauntan bertauliah
yang telah dilantik sebagai ahli JAR.

Pendapat Pelantikan ahli JAR yang dilantik sepenuhnya daripada
Audit bidang kewangan mampu meningkatkan amalan terbaik
tadbir urus korporat syarikat.

e. Pengurusan Kewangan

i. Akta Syarikat 2016, Seksyen 246 menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah
memastikan sistem kawalan dalaman syarikat dapat menjamin aset syarikat
dilindungi daripada kerugian. Selain itu, hanya transaksi dibenarkan
dijalankan serta direkod untuk menyediakan penyata kewangan yang benar.

ii. MKD Handbook perenggan 3.5, KPE hendaklah dilantik oleh pemegang
saham/Menteri/agensi yang bertanggungjawab. Pelantikan dan syarat
perkhidmatan KPE juga hendaklah dinyatakan dengan jelas serta dipatuhi.
Berdasarkan Terma dan Syarat Perkhidmatan bagi mantan KPE lantikan MKD
menetapkan bayaran maksimum elaun telefon sejumlah RM500 sebulan
atau RM6,000 setahun.

iii. Semakan Audit terhadap penyata gaji mantan KPE mendapati beliau telah
menerima elaun telefon bulanan berjumlah RM500. Namun, semakan lanjut
mendapati TPM juga ada membuat bayaran bil telefon mantan KPE
berjumlah RM43,864 bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018. Kesemua
bayaran tersebut telah diluluskan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan
dan dibayar terus kepada dua (2) syarikat telekomunikasi. Bagaimanapun,
pihak Audit mendapati pembayaran tersebut tidak selaras dengan
Terma dan Syarat Perkhidmatan mantan KPE. Berlaku
bayaran elaun telefon melebihi kelayakan berjumlah
RM43,864 bagi tempoh tersebut. Butiran bayaran adalah seperti
dalam Jadual 2.

2 2- 1-11010 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

JADUAL 2

BAYARAN BIL TELEFON MANTAN KPE BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2018

TAHUN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI SYARIKAT TELEKOMUNIKASI JUMLAH
PERTAMA KEDUA (RM)

(RM) (RM)

2016 10,053 4,970 15,023

2017 9,432 5,447 14,879

2018 9,762 4,200 13,962

JUMLAH 29,247 14,617 43,864

Sumber: Senarai Tuntutan KPE dan Baucar Bayaran

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020 dan 6 Ogos 2020

Penggunaan telefon bimbit yang tinggi oleh mantan KPE adalah munasabah kerana
banyak melakukan perjalanan ke luar daerah yang memerlukan komunikasi secara
mudah alih dengan pihak syarikat. Selain itu, mantan KPE telah membuat bayaran
balik bil telefon berjumlah RM43,864 pada 20 Mei dan 5 Ogos 2020.

Pendapat Wujud bayaran melebihi kelayakan kerana SOPP syarikat
Audit sedia ada tidak merangkumi elaun dan kemudahan untuk KPE
lantikan MKD.

6.2. Pengurusan Aktiviti

Aktiviti utama TPM yang menyumbang hasil pendapatan tertinggi syarikat ialah sewaan
premis perniagaan kepada saintis, penyelidik, teknousahawan dan PKS. Penemuan
Audit terperinci berkenaan prestasi output dan outcome serta pelaksanaan aktiviti
utama yang dipilih adalah seperti berikut:

6.2.1. Prestasi Aktiviti

a. Pencapaian Output

i. Berdasarkan MKD Handbook, penetapan KPI perlu dimuktamadkan oleh
Lembaga Pengarah dan dikemukakan untuk makluman MKD.
TPM menetapkan lapan (8) sasaran output berdasarkan KPI bagi tahun 2016
dan 2017. Bagaimanapun mulai tahun 2018, MOF menetapkan enam (6) KPI
menggunakan kaedah Balanced Scorecard yang perlu dicapai oleh TPM iaitu
kewangan; proses perniagaan dalaman; pelanggan; inovasi dan
pembelajaran; kepuasan kakitangan; serta persekitaran dan komuniti.
Pengukuran KPI tersebut dibuat berdasarkan 14 sasaran bagi tahun 2018.
Pada tahun 2019, bilangan tersebut telah ditambah kepada 17 sasaran

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 211-1111

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

dengan memperincikan hasil pendapatan syarikat mengikut aktiviti yang
dilaksanakan.

ii. Pencapaian output berdasarkan KPI oleh TPM diukur melalui lima (5) tahap
pencapaian iaitu Melangkaui Sasaran (90%-100%), Melebihi Sasaran
(80%-89.99%), Capai Sasaran (70%-79.99%), Dalam Sasaran (60%-
69.99%) dan Bawah Sasaran (50%-59.99%). Selain itu, MOF telah
menetapkan syarikat MKD memperoleh pencapaian KPI tahunan sekurang-
kurangnya 80%.

iii. Semakan Audit mendapati TPM mencapai sasaran output yang dirancang
antara 67.8% hingga 90% berdasarkan weightage ditetapkan bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2019. Pencapaian KPI bagi tahun 2016 berada pada
tahap Melangkaui Sasaran, Melebihi Sasaran bagi tahun 2017, Capai Sasaran
bagi tahun 2018 dan Dalam Sasaran bagi tahun 2019. Namun, kadar
pencapaian KPI ini menunjukkan trend penurunan setiap tahun bagi tempoh
yang dinilai. Semakan Audit selanjutnya mendapati TPM tidak dapat
mencapai kadar KPI minimum yang ditetapkan oleh MOF
pada tahun 2018 (77%) dan 2019 (67.8%). KPI ini tidak berjaya
dicapai kerana penurunan hasil pendapatan bagi setiap aktiviti utama TPM.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3

PENCAPAIAN OUTPUT BERDASARKAN KPI BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

TAHUN/PENGUKURAN WEIGHTAGE PENCAPAIAN

(%) (%)

TAHUN 2016

Bilangan Syarikat Permulaan/Teknousahawan Yang Telah 45.0 45.0
Dibangunkan/Dibantu

Keuntungan Sebelum Cukai 10.0 6.0

Kadar Penghunian 5.0 4.0

Penyertaan Perolehan Bumiputera 10.0 10.0

Penggunaan Aset/Fasiliti 10.0 8.0
5.0 5.0
Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sains Teknologi dan Inovasi 8.0
yang Dijalankan 10.0 4.0
Bilangan Perkhidmatan Teknikal serta Pembangunan Sains Teknologi dan 5.0
Inovasi

Pembayaran Dividen

JUMLAH 100.0 90.0

TAHAP PENCAPAIAN MELANGKAUI SASARAN

TAHUN 2017 Yang Telah 45.0 45.0
10.0 2.0
Bilangan Syarikat Permulaan/Teknousahawan
Dibangunkan/Dibantu

Keuntungan Sebelum Cukai

Kadar Penghunian 5.0 4.0

Penyertaan Perolehan Bumiputera 10.0 10.0

2 2- 1-11212 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

TAHUN/PENGUKURAN WEIGHTAGE PENCAPAIAN

Penggunaan Aset/Fasiliti (%) (%)
Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sains Teknologi dan Inovasi
yang Dijalankan 10.0 10.0
Bilangan Perkhidmatan Teknikal serta Pembangunan Sains Teknologi dan
Inovasi 5.0 5.0
Pembayaran Dividen
10.0 10.0
5.0 3.0

JUMLAH 100.0 89.0

TAHAP PENCAPAIAN MELEBIHI SASARAN

TAHUN 2018

Kewangan 15.0 7.0

Proses Perniagaan Dalaman 15.0 10.0

Pelanggan 45.0 36.0

Inovasi dan Pembelajaran 5.0 4.0

Kepuasan Kakitangan 5.0 5.0

Persekitaran dan Komuniti 15.0 15.0

JUMLAH 100.0 77.0

TAHAP PENCAPAIAN CAPAI SASARAN

TAHUN 2019

Kewangan 40.0 19.0

Proses Perniagaan Dalaman 15.0 13.0

Pelanggan 25.0 19.0

Inovasi dan Pembelajaran 4.0 2.4

Kepuasan Kakitangan 4.0 3.2

Persekitaran dan Komuniti 12.0 11.2

JUMLAH 100.0 67.8

TAHAP PENCAPAIAN DALAM SASARAN

Sumber: KPI Tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019
Nota: KPI Bagi Tahun 2019 Berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit (Kewangan)

iv. Semakan Audit mendapati 10 (58.8%) daripada 17 sasaran output telah
dicapai pada tahun 2019 melibatkan KPI bagi proses perniagaan dalaman,
inovasi dan pembelajaran, kepuasan kakitangan serta persekitaran dan
komuniti. Sebanyak lima (5) sasaran yang tidak dicapai pula melibatkan KPI
kewangan bagi hasil pendapatan setiap aktiviti utama TPM termasuk
keuntungan sebelum cukai. Selain itu, baki dua (2) sasaran yang tidak
dicapai merupakan KPI pelanggan iaitu bilangan usahawan baharu
(start-up) dibangunkan atau dibantu dan kadar penghunian. Pada tahun
2018, sebanyak 11 (78.6%) daripada 14 sasaran output berdasarkan KPI
dapat dicapai berbanding tujuh (7) (87.5%) daripada lapan (8) sasaran
output pada tahun 2016 dan 2017.

v. Secara keseluruhannya, bagi tempoh tahun 2016 hingga
2019, TPM tidak mencapai sasaran KPI kewangan yang
ditetapkan kecuali hasil bagi aktiviti perkhidmatan sokongan

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 210-9113

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

untuk tempoh tersebut dan pembayaran dividen kepada MOF
(2016 hingga 2018). KPI kewangan lain tidak berjaya dicapai
sepenuhnya kerana hasil daripada aktiviti utama tidak mencapai sasaran
yang ditetapkan. Pihak Audit mendapati pencapaian output mengikut KPI
juga menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tersebut. Pencapaian KPI
syarikat ini telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah setiap
empat (4) bulan sekali. Antara tindakan diambil Lembaga Pengarah bagi
meningkatkan pencapaian KPI kewangan ialah memperkenalkan bayaran
insentif kepada kakitangan dan penyewa sedia ada yang berjaya membawa
masuk setiap penyewa baharu di premis perniagaan TPM. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
BILANGAN SASARAN OUTPUT DAN PENCAPAIAN KPI

BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

BUTIRAN/
TAHUN

KEWANGAN
PROSES

PERNIAGAAN
DALAMAN

PELANGGAN
INOVASI &
PEMBELAJARAN
KEPUASAN
KAKITANGAN
PERSEKITARAN
& KOMUNITI
JUMLAH/

(%)

2016

Sasaran 2 2 2 TB TB 2 8

Capai 1 2 2 TB TB 2 7

(%) 50.0 100.0 100.0 TB TB 100.0 87.5

2017

Sasaran 2 2 2 TB TB 2 8

Capai 1 2 2 TB TB 2 7

(%) 50.0 100.0 100.0 TB TB 100.0 87.5

2018

Sasaran 333 113 14

Capai 033 113 11

(%) 0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 78.6

2019

Sasaran 633 113 17

Capai 131 113 10

(%) 16.7 100.0 33.3 100.0 100.0 100.0 58.8

Sumber: KPI 2016 dan 2017 (Sasaran Individu) serta KPI 2018 dan 2019 (Balanced Scorecard)
Nota: KPI Tahun 2016 dan 2017 Berdasarkan Pengelasan Oleh JAN; Kadar Pencapaian Sasaran Dibuat

Bukan Berasaskan Weightage (Perkiraan Audit)
TB - Tidak Berkenaan

vi. Berdasarkan Jadual 4, kadar pencapaian KPI terendah bagi
empat (4) tahun yang dinilai merupakan KPI kewangan iaitu antara sifar
hingga 50% akibat hasil pendapatan tidak berjaya dicapai. Bagi tahun 2019,
selain daripada KPI kewangan, TPM juga hanya mencapai 33.3% dalam KPI
pelanggan yang turut menunjukkan trend penurunan berbanding

2 2- 1-11410 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

tiga (3) tahun sebelumnya. Penurunan ini disebabkan bilangan usahawan
baharu (start-up) dibangunkan atau dibantu dan kadar penghunian tidak
mencapai sasaran yang dirancang.

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020

Trend KPI yang menurun disebabkan cabaran TPM untuk mengimbangi aktiviti
penjanaan pendapatan dan pembangunan teknousahawan. Antara peranan utama
TPM ialah untuk membantu pembangunan syarikat start-up berasaskan teknologi
melalui program inkubator. Proses pembangunan produk berteknologi oleh syarikat
start-up memerlukan masa dan berisiko tinggi terutama dalam tempoh permulaan
beroperasi hingga syarikat dapat menjana pendapatan. Dalam persekitaran
ekonomi semasa yang mencabar, TPM berusaha untuk membantu syarikat PKS di
bawah program TPM walaupun terpaksa memberi keistimewaan harga
perkhidmatan berbanding harga pasaran.

Pendapat Prestasi pencapaian output TPM adalah kurang cekap
Audit terutama KPI kewangan. Hasil aktiviti utama syarikat tidak
mencapai tahap yang disasarkan pada tahun 2018 dan 2019
kerana TPM perlu mengimbangkan pelaksanaan aktiviti yang
dimandatkan di samping menjana pendapatan.

b. Pencapaian Outcome Aktiviti Sewaan Premis Perniagaan

i. Mandat penubuhan TPM ialah untuk mempromosikan pertumbuhan dan
pembangunan industri teknologi tinggi dengan penyertaan syarikat awam
atau swasta. Antara usaha mencapai mandat tersebut, TPM telah
menyediakan perkhidmatan sewaan premis perniagaan kepada saintis,
penyelidik, teknousahawan serta PKS. Semakan Audit mendapati TPM tidak
menetapkan outcome yang perlu dicapai oleh syarikat. Namun, pihak Audit
mengambil kira aspek pencapaian perkhidmatan pembangunan
teknousahawan kepada syarikat penyewa selaras dengan mandat TPM bagi
menyokong pembangunan industri teknologi tinggi.

ii. Selain daripada menyediakan premis perniagaan untuk disewakan kepada
syarikat berasaskan teknologi, TPM juga menyediakan khidmat latihan dan
bimbingan kepada syarikat luar dan syarikat penyewa melalui program
keusahawanan. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada syarikat penyewa
premis perniagaan Innovation Incubation Centre (IIC) melibatkan usahawan

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 211-5115

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

start-up, saintis, penulis perisian dan inovator. Tujuan utama perkhidmatan
ini ialah untuk mendorong perkembangan syarikat teknologi terutamanya
melibatkan syarikat start-up selaras dengan mandat syarikat. Program
keusahawanan ini dipantau oleh Bahagian IIC di bawah Jabatan Pengurusan
& Perkhidmatan Taman. Selain itu, berdasarkan SOPP sewaan premis
perniagaan, syarikat penyewa perlu bersedia untuk mengikuti program
keusahawanan.

iii. Program keusahawanan yang dilaksanakan oleh IIC terbahagi kepada dua
(2) program iaitu jangka pendek dan panjang. Program IIC jangka pendek
melibatkan tempoh masa antara separuh hari hingga lima (5) hari
merangkumi latihan dan bengkel, sesi mentor-mentee, pitching serta
roundtable discussion. Program jangka panjang pula merupakan program
berstruktur melibatkan tempoh masa antara tiga (3) hingga empat (4) bulan
merangkumi aktiviti seperti coaching berkumpulan, lawatan ke premis, one-
to-one coaching, pre and post score Audit dan final presentation. TPM
menetapkan bilangan program keusahawanan yang perlu dilaksanakan
antara 105 hingga 135 program setiap tahun bagi tempoh tahun 2016
hingga 2019.

iv. Berdasarkan Laporan Programme Compilation daripada Bahagian IIC,
sebanyak 636 program keusahawanan yang terdiri daripada 394 program
jangka pendek dan 242 program jangka panjang telah dilaksanakan bagi
tahun 2016 sehingga 2019. Semakan Audit mendapati kesemua program
telah berjaya dilaksanakan dengan kadar melebihi 100% bagi setiap tahun
tersebut. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5
PRESTASI PELAKSANAAN PROGRAM KEUSAHAWANAN

BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

BILANGAN BILANGAN PROGRAM PENCAPAIAN
PESERTA
TAHUN DIRANCANG DILAKSANA (%)
(a) (b) (c) = (b)/(a)*100

2016 1,068 105 106 101.0

2017 1,455 115 132 114.8

2018 1,805 130 160 123.1

2019 6,232 135 238 176.3

JUMLAH 10,560 485 636 131.1

Sumber: KPI Program IIC - Bahagian IIC

v. Semakan lanjut mendapati Bahagian IIC tidak memantau status
penyertaan sama ada daripada syarikat luar atau syarikat
penyewa bagi kesemua 10,560 peserta yang hadir untuk

2 2- 1-11616 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

tempoh empat (4) tahun yang dinilai. Hanya senarai kehadiran
keseluruhan peserta program disimpan sebagai rekod. Kelemahan ini
menyebabkan impak keberkesanan program keusahawanan bagi peserta
melibatkan syarikat penyewa tidak dapat diukur. Perkembangan syarikat
start-up juga tidak dipantau secara menyeluruh.

vi. Berdasarkan SOPP (Incubation and Technopreneurs Development
Programs), usahawan atau syarikat penyewa yang tidak lagi memerlukan
bantuan IIC dikira berjaya dan akan bergraduasi selepas mencapai kriteria
yang telah ditetapkan. Perenggan 5.1 SOPP yang sama menyatakan
tiga (3) kriteria graduasi bagi Exit Criteria ialah tempoh masa, kematangan
syarikat dan pembangunan modal insan. Bagaimanapun, didapati Bahagian
IIC tidak menetapkan sasaran tahunan syarikat penyewa yang patut
bergraduasi. Sasaran tahunan penting bagi tujuan pemantauan dan
penilaian tahap pencapaian sebenar syarikat yang bergraduasi. Semakan
Audit mendapati hanya tujuh (7) syarikat yang telah bergraduasi bagi
tempoh tahun 2016 hingga 2019. TPM memaklumkan faktor utama sasaran
tahunan tidak ditetapkan kerana sukar untuk memastikan kejayaan sesuatu
perniagaan mengikut tempoh masa terutama perniagaan atau produk
berasaskan teknologi.

vii. Semakan lanjut mendapati kadar syarikat yang bergraduasi ialah
antara 0% hingga 14.3%. Selain itu, syarikat tidak berjaya
bergraduasi pula direkodkan dengan kadar antara 14.3%
hingga 45.8% bagi tempoh empat (4) tahun yang dinilai.
Faktor syarikat tidak berjaya bergraduasi disebabkan masalah kewangan
dan penamatan operasi. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.

JADUAL 6
PENCAPAIAN GRADUASI UNTUK PROGRAM LATIHAN DAN

BIMBINGAN IIC BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

BUTIRAN 2016 2017 2018 2019 JUMLAH
SYARIKAT

Menamatkan Operasi (a) - - -1 1

Masalah Kewangan (b) 11 4 2 4 21

Mengembangkan Perniagaan/Graduasi (c) 3 - 22 7

Pelanggaran Kontrak 111 - 3
Faktor Tidak Dikenal Pasti 9 8 9 11 37

JUMLAH (d) 24 13 14 18 69

KADAR SYARIKAT TIDAK BERJAYA (%) 45.8 30.8 14.3 27.8 31.9
(e) = (a)+(b)/(d)*100 12.5 - 14.3 11.1 10.1

KADAR SYARIKAT GRADUASI (%)
(f) = (c)/(d)*100

Sumber: List Incubatee Exit - Bahagian IIC

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 211-3117

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

viii. Semakan Audit selanjutnya mendapati walaupun tidak menetapkan sasaran
kadar graduasi, namun Bahagian IIC ada menyasarkan 20 kisah kejayaan
syarikat penyewa yang perlu dicapai setiap tahun bagi tempoh tahun 2016
hingga 2019. Berdasarkan KPI Bahagian IIC, kisah kejayaan syarikat
penyewa IIC dinilai melalui kriteria pembiayaan diperoleh, pasaran berjaya
diceburi, harta intelek didaftarkan dan pengiktirafan yang diperoleh.
Pihak Audit mendapati sasaran ini telah dicapai bagi tempoh tahun 2016
hingga 2019.

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020

Tindakan penambahbaikan akan diambil dengan tempoh jangka selesai pada bulan
Ogos 2020. TPM akan mula merekod dan menyenggara daftar kehadiran syarikat
yang menyertai program keusahawanan. Pemantauan menerusi report card akan
dibuat secara menyeluruh dan interaksi tidak formal direkod melalui coaching note.

Pendapat Walaupun pencapaian pelaksanaan program keusahawanan

Audit IIC telah melebihi sasaran, namun prestasi outcome

berdasarkan aktiviti pembangunan teknousahawan kepada

syarikat penyewa adalah kurang berkesan kerana

mekanisme pemantauan menyeluruh tidak dilaksanakan.

6.2.2. Kadar Penghunian Premis Perniagaan

a. Premis perniagaan yang disediakan kepada syarikat penyewa ialah pejabat,
makmal atau kubikel yang disewa dengan kadar yang berbeza. TPM mempunyai
enam (6) jenis pilihan premis dengan 332 unit untuk disewa iaitu Innovation
House & Incubator (Incubation Unit); Incubator House (Non-Incubation Unit);
Enterprise House; Innovation Incubation Centre (IIC); Biotechnology Incubation
Centre (BIC); serta Computer Numerical Control (CNC). Pengkelasan premis
tersebut dibuat berdasarkan kategori syarikat penyewa, keluasan lantai premis
(kaki persegi) dan fasiliti yang disediakan. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 7.

2 2- 1-11814 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

JADUAL 7

PREMIS PERNIAGAAN YANG DITAWARKAN OLEH TPM

JENIS KATEGORI SAIZ PURATA CAJ PER KAKI FASILITI DITERIMA
PREMIS SYARIKAT PENYEWA PERSEGI BAGI CAJ SEWAAN

Innovation

House & Usahawan, saintis dan 313 hingga 1,100 RM2 hingga
Incubator RM2.40
(Incubation syarikat start-up kaki persegi

Unit) - Cukai Tanah

Usahawan/syarikat yang - Penyaman Udara

Incubator berkembang daripada 1,200 hingga RM3 hingga - Bekalan Elektrik dan
House (Non- peringkat prototaip dan 3,000 kaki persegi RM3.45 Air
Incubation Unit) pra-pengeluaran sehingga
ujian pengeluaran dan - Insurans Bangunan
- Bayaran Keselamatan

pasaran Bangunan

Syarikat bersaiz - Penyenggaraan
Bangunan dan
sederhana/besar

Enterprise tempatan atau 3,000 hingga RM2.45 Landskap
House multinasional yang 6,000 kaki persegi hingga
melaksanakan RM4.70

penyelidikan dan

pembangunan (R&D)

Pejabat dengan

kelengkapan - Penyaman Udara

pejabat (penuh) - Bekalan Elektrik dan

Air

Innovation Syarikat start-up, saintis, i. Kubikel A - RM450 - Kemudahan Internet
Incubation penulis perisian dan seorang hingga hingga - Sistem Telefon
Centre (IIC) – inovator dua (2) orang RM3,060
Aras Satu Berpusat
ii. Kubikel B - tiga - Pembersihan Pejabat
(3) hingga
Secara Harian

empat (4) orang - Akses Kepada

iii. Kubikel C - lima Kemudahan Bilik

(5) hingga Mesyuarat dan

enam (6) orang Persidangan

- Bekalan Elektrik dan

Air

- Kemudahan Internet

Innovation Accelerator programme Pejabat dengan RM1,415 - Sistem Telefon
Incubation kelengkapan hingga Berpusat
Centre (IIC) – RM1,950
Aras Dua pejabat (separa) - Pembersihan Pejabat
Secara Harian

- Akses Kepada

Kemudahan Bilik

Mesyuarat dan

Persidangan

- Penyaman Udara

- Bekalan Elektrik dan

Pejabat dengan Air

kelengkapan - Kemudahan Internet

Biotechnology Syarikat start-up pejabat (penuh) & RM1,231 - Sistem Telefon
Incubation makmal: hingga Berpusat
Centre (BIC) RM1,783
i. Makmal sahaja - Pembersihan Pejabat
Secara Harian

ii. Makmal & - Akses Kepada

Pejabat Kemudahan Bilik

Mesyuarat dan

Persidangan

- Bekalan Elektrik dan

Air

Computer Syarikat bersaiz Sehingga 30,000 RM1 hingga - Insurans Bangunan
Numerical kaki persegi RM2.50 - Bayaran Keselamatan
Control (CNC) sederhana dalam sektor
Bangunan
pembuatan - Penyenggaraan

Bangunan dan

Landskap

Sumber: Office Options & Rental Information - Jabatan Pengurusan & Perkhidmatan Taman

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 211-5119

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

b. Semakan Audit mendapati kadar penghunian premis perniagaan yang
disewakan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019 menunjukkan
trend penurunan antara 59% hingga 77.2%. Semakan Audit
selanjutnya mendapati trend penurunan ini juga disebabkan kadar penghunian
yang berkurangan setiap tahun bagi empat (4) jenis premis perniagaan iaitu
Incubation Unit, Non-Incubation Unit, IIC dan BIC. Bagaimanapun, premis
perniagaan jenis CNC mencapai kadar penuh bagi tempoh yang sama.

c. Pada tahun 2019, kadar penghunian penyewa premis perniagaan mengikut jenis
direkodkan antara 36.4% hingga 100%. Semakan Audit selanjutnya mendapati
premis perniagaan jenis BIC merekodkan penurunan kadar
penghunian paling ketara kepada 36.4% pada tahun 2019
berbanding 81.8% bagi tahun 2016. Selain itu, kadar penghunian oleh
TPM pula direkodkan antara 5.3% (18 unit) hingga 6% (20 unit) melibatkan
premis perniagaan jenis Enterprise House dan BIC bagi tempoh yang dinilai.
Walaupun premis perniagaan jenis Enterprise House dan BIC turut diduduki
TPM, unit di premis perniagaan tersebut masih mempunyai kekosongan masing-
masing pada kadar 31.9% dan 54.5% bagi tahun 2019. Secara keseluruhannya,
trend penghunian keseluruhan termasuk TPM merekodkan kadar antara 65.1%
hingga 82.5% bagi tempoh yang sama. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 8.

JADUAL 8
KADAR PENGHUNIAN PREMIS PERNIAGAAN TPM

BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

BUTIRAN
TAHUN

INCUBATION
UNIT

NON-INCUBATION
UNIT

ENTERPRISE
HOUSE
IIC
BIC
CNC
JUMLAH
(Unit)

Unit Keseluruhan 2016 23 67 165 59 11 13 338
2017 23 67 165 59 11 13 338
Unit Disewa 2018 20 67 166 59 11 13 336
2019 20 67 166 59 11 9 332
PERATUS 2016 22 60 112 45 9 13 261
PENGHUNIAN 2017 20 55 93 45 8 13 234
OLEH PENYEWA 2018 17 47 102 38 5 13 222
2019 17 37 94 35 4 9 196
(%) 2016 95.7 89.6 67.9 76.3 81.8 100.0 77.2
2017 87.0 82.1 56.4 76.3 72.7 100.0 69.2
2018 85.0 70.1 61.4 64.4 45.5 100.0 66.1
2019 85.0 55.2 56.6 59.3 36.4 100.0 59.0

2 2- 1-21016 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

BUTIRAN
TAHUN

INCUBATION
UNIT

NON-INCUBATION
UNIT

ENTERPRISE
HOUSE
IIC
BIC
CNC
JUMLAH
(Unit)

2016 - - 17 - 1 - 18
- 20
Unit Diduduki TPM 2017 - - 19 - 1 - 20
2018 - - 19 - 1 - 20
- 5.3
2019 - - 19 - 1 - 5.9
- 6.0
PERATUS 2016 - - 10.3 - 9.1 - 6.0
PENGHUNIAN 2017 - 13 279
2018 - - 11.5 - 9.1 13 254
OLEH TPM 2019 - 13 242
- 11.4 - 9.1 9 216
(%) 100.0 82.5
- 11.4 - 9.1 100.0 75.1
100.0 72.0
JUMLAH 2016 22 60 129 45 10 100.0 65.1
KESELURUHAN UNIT 2017 20
2018 17 55 112 45 9
DISEWA DAN 2019 17
DIDUDUKI TPM 47 121 38 6

37 113 35 5

PERATUS 2016 95.7 89.6 78.2 76.3 90.9
PENGHUNIAN 2017 87.0 82.1 67.9 76.3 81.8
KESELURUHAN 2018 85.0 70.1 72.9 64.4 54.5
2019 85.0 55.2 68.1 59.3 45.5
(%)

Sumber: Daftar Status Penyewaan - Jabatan Pengurusan & Perkhidmatan Taman

d. TPM memaklumkan penurunan kadar penghunian bagi premis perniagaan jenis
BIC disebabkan syarikat penyewa yang telah menyempurnakan projek kajian
yang bersifat jangka pendek. Bagaimanapun, penurunan keseluruhan bagi
kesemua jenis premis perniagaan disebabkan oleh faktor kewujudan syarikat
pesaing bertaraf MSC lain yang menawarkan fasiliti yang lebih moden dengan
harga yang kompetitif. Persaingan ini menyebabkan TPM terus
merekodkan penurunan hasil sewaan premis perniagaan
sebanyak 25.8% pada tahun 2019 berbanding tahun 2016.
Lawatan Audit pada 10 Februari 2020 terhadap premis perniagaan jenis BIC
mendapati keseluruhan premis perniagaan tersebut tidak disewa seperti dalam
Gambar 1 dan Gambar 2.

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 212-1121

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

GAMBAR 1 GAMBAR 2

Biotechnology Incubation Centre
- Premis Perniagaan Kosong Kerana Tiada Penyewa

(10 Februari 2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)

e. Semakan lanjut mendapati TPM juga telah mengenal pasti faktor mempengaruhi
hasil aktiviti sewaan premis perniagaan melalui analisis SWOT
(kekuatan/peluang/kelemahan/cabaran) yang dibentangkan dalam Pelan
Perniagaan tahunan. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah premis
perniagaan TPM merupakan bangunan yang lama dan fasiliti yang disediakan
memerlukan pembaikan. Selain itu, peningkatan ruang sewaan pejabat yang
ditawarkan di kawasan sekitar dengan harga yang kompetitif turut memberi
kesan kepada TPM.

f. Berdasarkan penghunian premis perniagaan, TPM telah menyewakan premis
perniagaan kepada 165 syarikat berasaskan teknologi termasuk dua (2) PKS.
Teknousahawan dikategorikan bagi perniagaan yang berkaitan dengan
komputer atau teknologi berkaitan. Semakan Audit mendapati TPM telah
menyewakan premis perniagaan kepada 93 (56.4%) syarikat penyewa kategori
teknousahawan daripada jumlah keseluruhan 165 syarikat setakat
20 Februari 2020. Daripada 165 syarikat penyewa tersebut,
70 (42.4%) syarikat penyewa walaupun tidak dikategorikan
sebagai teknousahawan, namun aktiviti utama kesemua
syarikat tersebut berasaskan teknologi.

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020

Antara usaha yang sedang dijalankan bagi meningkatkan kadar penghunian di BIC
adalah menukar konsep BIC kepada Living Lab Centre di mana ianya tidak lagi
mengkhususkan kepada satu (1) jenis kluster sahaja iaitu Bioteknologi. Selain itu,
TPM dalam proses akhir bagi mendapatkan penyewa baharu di BIC dengan
jangkaan 90% kadar penghunian bagi tahun 2020.

2 2- 1-21222 LLaappoorraann Ketuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1

TTeecchhnnoololgoyg yPaPrakr kMMalaalyasyias i aCoCropropraotriaotni oSndSn.d nB.hBd.h d .

Pendapat Pencapaian kadar penghunian premis perniagaan TPM tidak
Audit cekap kecuali untuk premis perniagaan jenis CNC. Penurunan
kadar penghunian yang direkodkan setiap tahun
menunjukkan aktiviti sewaan premis perniagaan TPM tidak
berdaya saing.

6.2.3. Pengurusan Hasil Sewaan

a. Berdasarkan kertas kerja mesyuarat Lembaga Pengarah tahunan, TPM telah
menetapkan hasil sewaan premis perniagaan bagi kesemua premis perniagaan
yang patut dikutip (budgeted) berjumlah RM127.32 juta bagi tempoh tahun
2016 hingga 2019. Semakan Audit terhadap penyata kewangan beraudit TPM
mendapati hasil sewaan premis perniagaan yang sebenar dikutip bagi tempoh
tersebut berjumlah RM108.01 juta (84.8%) daripada penyewa. Analisis hasil
sewaan premis perniagaan menunjukkan trend penurunan dan peningkatan
walaupun TPM telah menurunkan sasaran setiap tahun berdasarkan trend kadar
penghunian syarikat. Semakan Audit mendapati kadar kutipan hasil sewaan
sebenar berjaya dikutip antara 80.5% hingga 92.5% bagi tempoh yang dinilai.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 9.

JADUAL 9
PENCAPAIAN HASIL SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN

BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

BILANGAN PATUT KUTIP KUTIPAN SEBENAR
PENYEWA UNIT DISEWA (RM Juta)
TAHUN

(RM Juta) (%)

2016 117 261 34.48 31.90 92.5

2017 122 234 33.80 27.21 80.5

2018 124 222 30.81 25.23 81.9

2019 122 196 28.23 23.67 83.8

JUMLAH 127.32 108.01 84.8

Sumber: Kertas Kerja Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2016
hingga 2018, KPI 2019 serta Laporan Office Units Occupied By Building

b. Semakan Audit mendapati masalah kewangan yang dihadapi oleh
syarikat penyewa menyebabkan hasil sewaan premis
perniagaan yang tidak berjaya dikutip berjumlah RM19.31 juta.
Faktor utama mempengaruhi keadaan antaranya disebabkan syarikat penyewa
premis perniagaan TPM juga termasuk syarikat start-up yang baharu menceburi
bidang perniagaan.

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati SOPP (Tenancy of Office Premises)
perenggan 1.2.3 (c) ada menetapkan kriteria syarikat penyewa yang diterima

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 211-9123

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

perlu memiliki status kewangan yang baik. Syarikat yang ingin menyewa
dikehendaki untuk mengemukakan penyata bank tiga (3) bulan terkini dan
penyata kewangan beraudit sebelum diluluskan. Bagaimanapun, pihak Audit
mendapati SOPP ini tidak menetapkan secara jelas kriteria penilaian status
kewangan yang baik bagi syarikat yang boleh diluluskan. Antara penetapan
penilaian status kewangan yang tidak dinyatakan adalah berkenaan jumlah
minimum bagi pendapatan tahunan syarikat dan simpanan di bank. Perkara ini
secara tidak langsung menyebabkan berlaku tunggakan hasil sewaan premis
kerana syarikat penyewa tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
bagi tempoh jangka panjang. Penetapan status kewangan yang lebih jelas
dengan kriteria yang tidak membebankan syarikat penyewa boleh menjamin
kepentingan kedua-dua pihak seterusnya meningkatkan prestasi kutipan hasil
TPM kepada tahap yang disasarkan.

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020

Antara peranan utama TPM adalah membantu syarikat start-up berasaskan
teknologi melalui program inkubator. Namun, penambahbaikan dalam SOPP
berkaitan status kewangan akan ditetapkan. Syarikat penyewa mesti mempunyai
kemampuan untuk membayar sewa selama enam (6) bulan bagi syarikat non
start-up dan tiga (3) bulan sewa bagi syarikat start-up. Tenancy Committee juga
akan diberi mandat untuk mempertimbangkan sebarang pengecualian daripada
syarat tersebut untuk melancarkan operasi penyewaan ruang pejabat.

Pendapat Pengurusan hasil sewaan premis perniagaan adalah pada
Audit tahap kecekapan yang boleh dipertingkatkan kerana berjaya
mengutip hasil secara purata 84.7% dalam tempoh
empat (4) tahun yang dinilai.

6.2.4. Pengurusan Penghutang Sewaan Premis Perniagaan

a. Tunggakan Penghutang

i. Mengikut surat tawaran dan kontrak perjanjian sewaan antara TPM dengan
syarikat penyewa, bayaran sewa perlu dibayar pada hari pertama bekerja
setiap bulan. Kegagalan penyewa menjelaskan bayaran dalam tempoh yang
ditetapkan akan menyebabkan tunggakan hasil sewaan kepada TPM. Polisi
kutipan kredit TPM juga menetapkan hutang patut dikutip daripada syarikat
penyewa selepas tamat tempoh 30 hari. Berdasarkan SOPP Kewangan dan

2 2- 1-21420 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Undang-undang, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya syarikat
penyewa gagal membuat bayaran.

ii. Semakan Audit terhadap Laporan Pengumuran Penghutang mendapati
tunggakan sewaan premis perniagaan sehingga tahun 2019
berjumlah RM4.36 juta melibatkan seramai 157 penghutang
syarikat penyewa. Semakan selanjutnya mendapati TPM merekodkan
123 penghutang yang melebihi 180 hari berjumlah RM2.37 juta walaupun
SOPP telah menetapkan hutang patut dikutip selepas tamat tempoh 30 hari
daripada tarikh patut bayar. Daripada jumlah tersebut, RM0.53 juta (22.4%)
melibatkan 15 penghutang berstatus aktif manakala RM1.84 juta
(77.6%) ialah 108 penghutang berstatus tamat. Status tamat
bermaksud syarikat penyewa yang telah menamatkan operasi di TPM.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10
TUNGGAKAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN SEHINGGA TAHUN 2019

TUNGGAKAN SEWA

TEMPOH TUNGGAKAN PENGHUTANG JUMLAH
(Hari) SYARIKAT PENYEWA* (RM Juta)

0 - 30 88 0.75

31 - 60 71 0.46

61 - 90 67 0.18

90 - 180 74 0.60

>180 123 2.37

JUMLAH 4.36

JUMLAH 157
KESELURUHAN PENGHUTANG

Sumber: Laporan Pengumuran Penghutang - Jabatan Kewangan Korporat Kumpulan serta Jabatan

Pengurusan & Perkhidmatan Taman

Nota: (*) Jumlah Penghutang Syarikat Penyewa Berdasarkan Tempoh dan Bukan Menggambarkan

Keseluruhan Penghutang

iii. Semakan Audit mendapati setiap surat peringatan oleh Jabatan Kewangan
Korporat Kumpulan disalinkan kepada Jabatan Pengurusan & Perkhidmatan
Taman melalui Bahagian Pengurusan Sewaan & Penyewaan Ruang Pejabat
untuk tujuan pemantauan. Namun, didapati Bahagian Pengurusan Sewaan
& Penyewaan Ruang Pejabat tidak membuat pemantauan kemajuan bayaran
balik penghutang syarikat penyewa kerana dilaksanakan oleh Jabatan
Kewangan Korporat Kumpulan. Selain itu, SOPP (Tenancy of Office
Premises) juga tidak menyeluruh iaitu tidak merangkumi tindakan yang akan
dibuat bagi setiap peringatan yang disalinkan kepada Bahagian Pengurusan
Sewaan & Penyewaan Ruang Pejabat. Keadaan ini menunjukkan tiada

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 212-1125

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

penyelarasan aktiviti utama melalui kerjasama antara jabatan
bertanggungjawab. Selain itu, pemantauan syarikat penyewa tidak dapat
dibuat dengan berkesan kerana SOPP antara jabatan dan kontrak perjanjian
sewaan tidak diselaraskan.

iv. Semakan Audit mendapati sebanyak 46 syarikat penyewa yang
merekodkan baki tunggakan RM10,000 ke atas mempunyai
tempoh hutang melebihi enam (6) bulan berjumlah
RM2.10 juta. Semakan lanjut mendapati 36 (78.3%)
daripada 46 kontrak perjanjian sewaan tersebut telah
ditamatkan sepenuhnya antara tahun 2013 hingga bulan
Mei 2020. Keadaan ini menunjukkan syarikat penyewa tersebut tidak
mematuhi syarat ditetapkan dalam surat tawaran dan kontrak perjanjian
sewaan untuk membuat bayaran sewa pada tarikh patut bayar.

v. Semakan Audit terhadap surat tawaran dan kontrak perjanjian sewaan
mendapati penamatan perkhidmatan boleh dibuat jika syarikat penyewa
gagal membuat bayaran selepas 14 hari daripada tarikh patut bayar dengan
notis dikeluarkan tujuh (7) hari sebelumnya. SOPP Kewangan (Credit Control
& Debt Recovery Management) pula menetapkan empat (4) peringatan
bayaran akan dibuat oleh Jabatan Kewangan Korporat Kumpulan sebelum
tindakan undang-undang diambil. Namun, SOPP Kewangan ini tidak
menetapkan tempoh masa maklum balas patut diterima
daripada syarikat penghutang selepas tamat tempoh 51 hari
(Peringatan Keempat) daripada tarikh patut bayar untuk
proses tindakan undang-undang dilaksanakan. Selain itu, klausa
penamatan perjanjian menetapkan tempoh masa minimum sehingga 14 hari
berbanding tindakan yang digariskan dalam SOPP Kewangan yang akan
memberi peringatan sehingga 51 hari daripada tarikh sewa patut bayar.

vi. SOPP Kewangan (Credit Control & Debt Recovery Management) menetapkan
cadangan hapus kira kepada Lembaga Pengarah akan dikemukakan oleh
pengurusan TPM sekiranya kesemua langkah yang diambil tidak berjaya
mengutip balik hutang syarikat. Semakan Audit mendapati TPM pernah
membuat hapus kira terhadap penghutang lapuk berjumlah RM2.76 juta
pada tahun 2013. Namun, TPM masih merekodkan hutang lapuk
penghutang syarikat penyewa berjumlah RM7.78 juta setakat tahun 2019.

2 2- 1-21622 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Keadaan ini menunjukkan TPM masih belum berjaya mengutip tunggakan
hutang daripada syarikat penyewa yang terlibat.

b. Bayaran Deposit

i. Kontrak perjanjian sewaan menetapkan syarikat penyewa hendaklah
membuat bayaran deposit selepas menerima dan menandatangani surat
tawaran bagi menjamin kepentingan TPM. Semakan Audit terhadap 51 fail
penghutang mendapati tempoh deposit sewaan dalam surat tawaran dan
kontrak perjanjian yang dikenakan tidak seragam antara penyewa. Tempoh
deposit antara sebulan hingga tiga (3) bulan ditetapkan kepada syarikat
penyewa mengikut jenis bangunan dan keluasan ruang premis yang disewa.

ii. SOPP (Tenancy of Office Premises) pula menetapkan bayaran balik deposit
kepada syarikat penyewa akan dibuat selepas proses reinstatement oleh
syarikat penyewa iaitu dengan memastikan keadaan premis dikembalikan
kepada asal. Seterusnya, pemeriksaan bersama antara TPM dan syarikat
penyewa akan dilaksanakan bagi tujuan pengesahan. Selain itu, kontrak
perjanjian sewaan pula menetapkan pemulangan deposit selepas sebulan
tamat tempoh kontrak atau sekiranya kontrak ditamatkan lebih awal.
Berdasarkan Laporan Pengumuran Penghutang, semakan Audit mendapati
seramai 138 penghutang berstatus tamat merekodkan lebihan bayaran
berjumlah RM2.15 juta. Antara faktor lebihan bayaran berlaku disebabkan
deposit sewaan yang belum dibayar balik kepada syarikat penyewa yang
tamat kerana perlu melalui proses reinstatement dan pengesahan oleh TPM.

iii. Semakan Audit terhadap Laporan Pengumuran Penghutang juga mendapati
25 penghutang melebihi enam (6) bulan yang berstatus
tamat merekodkan lebihan bayaran deposit RM10,000
ke atas belum dibuat bayaran balik oleh TPM berjumlah
RM1.07 juta. Lebihan ini menunjukkan bayaran deposit yang dibuat oleh
syarikat penyewa telah melebihi jumlah hutang sebenar mereka. Semakan
lanjut mendapati penghutang syarikat penyewa telah berstatus tamat antara
tahun 2011 hingga bulan Mei 2020. Keadaan ini menunjukkan terdapat
deposit sewaan yang tidak dibuat bayaran balik kepada syarikat penyewa
selepas tamat tempoh sebulan kontrak perjanjian. Antara sebab penamatan
kontrak pula ialah sama ada penyewa mempunyai masalah kewangan,
penempatan semula lokasi pejabat dan dalam tindakan undang-undang.

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 212-3127

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

iv. Pihak Audit telah menjalankan lawatan terhadap 13 penghutang syarikat
penyewa untuk mengesahkan status sewaan sama ada telah ditamatkan
atau masih berstatus aktif. Daripada lawatan tersebut, didapati lapan (8)
syarikat yang ditamatkan kontrak perjanjian sewaan telah menamatkan
operasinya di premis perniagaan TPM. Selanjutnya, baki lima
(5) syarikat penyewa didapati masih berstatus aktif dan
menjalankan perniagaan di premis disewa walaupun
mempunyai tunggakan berjumlah RM468,382 setakat
tahun 2019.

v. Temu bual dengan pegawai TPM semasa lawatan Audit mendapati antara
sebab syarikat penyewa yang masih berhutang tetapi meneruskan operasi
di premis perniagaan TPM adalah kerana budi bicara TPM untuk
mengekalkan penyewa yang berpotensi. Pihak Audit mendapati walaupun
syarikat penyewa telah membuat bayaran deposit sewaan sebelum
diluluskan perjanjian sewaan, namun tempoh hutang mereka yang
melebihi deposit sewaan tidak menjaga kepentingan TPM.
Selain itu, pengenaan tempoh deposit sewaan yang tidak seragam sehingga
minimum hanya sebulan juga didapati turut memberi kesan kepada bayaran
balik hutang yang boleh dikutip.

Maklum balas TPM yang diterima pada 25 Jun 2020

TPM sedang menyemak penghutang melebihi tempoh enam (6) bulan dan telah
mewujudkan terma khusus yang dipersetujui bersama bagi bayaran balik
tunggakan. Lima (5) penghutang telah menjelaskan tunggakan sewaan sepenuhnya
pada tahun 2020. Selain itu, lima (5) penghutang telah melanggar terma khusus
menyebabkan kontrak perjanjian ditamatkan pada tahun 2019 dan 2020. TPM akan
mula menyeragamkan tempoh deposit sewaan kepada dua (2) bulan. TPM juga
dalam proses semakan lanjut untuk tindakan pemulangan semula deposit atau
lebihan bayaran.

Pendapat Pengurusan penghutang sewaan premis perniagaan adalah
Audit kurang cekap. Kutipan balik hutang yang melebihi tempoh
enam (6) bulan tidak dapat dibuat sepenuhnya dengan
tempoh penamatan kontrak perjanjian paling lama sejak
tahun 2013.

2 2- 1-21824 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

6.2.5. Tindakan Undang-Undang Terhadap Penghutang

a. Berdasarkan SOPP (Legal & Contract Management Department) perenggan 3.3,
Letter of Demand (LOD) akan dikeluarkan kepada syarikat penyewa yang
berhutang setelah menerima dokumen yang lengkap daripada jabatan
bertanggungjawab. Syarikat penyewa yang berhutang akan diberikan tempoh
14 hari atau satu (1) tempoh yang akan ditentukan oleh jabatan untuk membuat
bayaran tunggakan. SOPP (Credit Control & Debt Recovery Management) pula
menetapkan kutipan bayaran balik hutang akan dibuat melalui Jabatan
Perundangan & Perkhidmatan Korporat Kumpulan. Ejen kutipan hutang akan
dilantik bagi kes melibatkan kos litigasi yang melebihi jumlah hutang. Namun,
kos litigasi tidak ditetapkan dalam SOPP (Legal & Contract Management
Department) disebabkan kos yang dikenakan boleh berubah.

b. Semakan Audit mendapati SOPP tersebut tidak menyatakan dengan
jelas tempoh hutang yang akan diambil tindakan LOD. Selain itu,
TPM juga tidak menyenggara rekod dan memantau penghutang
yang perlu dikenakan tindakan LOD. Namun, semakan Audit
selanjutnya mendapati TPM telah mengambil tindakan undang-undang terhadap
syarikat penyewa yang gagal membayar tunggakan sewa bagi tempoh tahun
2016 hingga 2019. Bagi tempoh tersebut, TPM telah mengeluarkan 54 LOD dan
enam (6) saman kepada syarikat penyewa yang berhutang. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 11.

JADUAL 11
TINDAKAN UNDANG-UNDANG OLEH TPM BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

TINDAKAN PENGHAKIMAN

TAHUN LETTER OF HUTANG KUTIPAN
2016 DEMAND DITUNTUT
BILANGAN (RM Juta) (RM Juta) (%)
17 1
(a) (b) (c) = (b)/(a)*100

0.68 0.04 5.9

2017 4 2 0.18 - -

2018 23 - TB TB TB

2019 10 3 0.70 - -

JUMLAH 54 6 1.56 0.04 2.6

Sumber: Laporan Pengumuran Penghutang dan Maklumat Jabatan Perundangan & Perkhidmatan Korporat
Kumpulan

Nota: TB - Tidak Berkenaan

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati tindakan penghakiman telah dikeluarkan
bagi enam (6) kes saman berjumlah RM1.56 juta dengan bayaran balik yang
diterima sejumlah RM40,000 (2.6%).

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 212-5129

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Maklum balas TPM yang diterima pada 25 Jun 2020 dan 6 Ogos 2020

Tindakan penghakiman yang dikeluarkan tidak menjamin TPM untuk mendapat
kembali bayaran hutang kerana masih perlu mengambil tindakan pelaksanaan
penggulungan syarikat. Tindakan ini juga tidak menjamin TPM mendapat semula
jumlah penghakiman kerana TPM merupakan pemiutang tidak bercagar. Selain itu,
tempoh masa hutang yang akan diambil tindakan LOD tidak dapat ditetapkan
kerana semakan dan pengesahan rekod oleh TPM memerlukan tempoh masa yang
berbeza mengikut kes. Namun, usaha menyeragamkan tempoh masa bagi
memuktamadkan setiap kes akan dibuat dan diambil kira dalam SOPP.

Pendapat Tindakan undang-undang terhadap penghutang adalah
Audit kurang berkesan kerana TPM perlu mengambil kira kos
litigasi dan jumlah penghakiman bagi mengelakkan kerugian
kepada syarikat.

6.2.6. Prestasi Kewangan Syarikat Subsidiari

a. Pada tahun 2019, TPM mempunyai tiga (3) syarikat subsidiari iaitu TPM
Nexus Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai TPM Biotech Sdn. Bhd.) yang
melaksanakan aktiviti dalam bidang bioteknologi, TPM Engineering Sdn. Bhd.
dalam bidang kejuruteraan dan TPM IT Sdn. Bhd. dalam bidang teknologi
maklumat. Penubuhan kesemua syarikat subsidiari bertujuan untuk mencapai
objektif pengkorporatan TPM dengan pelaksanaan aktiviti berasaskan teknologi.

b. Semakan Audit terhadap penyata kewangan beraudit TPM bagi tahun 2018
mendapati TPM Engineering Sdn. Bhd. dan TPM Nexus Sdn. Bhd. merekodkan
baki hutang berjumlah RM16.25 juta dengan TPM. Hutang oleh syarikat
subsidiari mencatatkan peningkatan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018.
Semakan Audit selanjutnya mendapati TPM pula merekodkan jumlah terhutang
kepada syarikat subsidiari TPM IT Sdn. Bhd. sejumlah RM2.25 juta pada tahun
2018. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.

2 2- 1-31026 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

JADUAL 12

HUTANG ANTARA SYARIKAT SUBSIDIARI DAN TPM

BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2018

PENGHUTANG - SYARIKAT SUBSIDIARI PENGHUTANG -
TPM
TAHUN TPM ENGINEERING TPM NEXUS JUMLAH
2016 SDN. BHD. SDN. BHD. (RM Juta) TPM IT
(RM Juta) (RM Juta) SDN. BHD.
(RM Juta)

4.36 7.00 11.36 5.55

2017 5.78 8.37 14.15 5.58

2018 6.93 9.32 16.25 2.25
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

c. Semakan Audit mendapati TPM Engineering Sdn. Bhd. dan
TPM Nexus Sdn. Bhd. tidak pernah membuat bayaran balik hutangnya kepada
TPM setakat tahun 2019. TPM memaklumkan pada 17 April 2020, jumlah hutang
syarikat subsidiari antaranya disebabkan perbelanjaan operasi yang belum
dapat dituntut oleh TPM. Baki hutang yang belum dibuat bayaran balik oleh TPM
kepada TPM IT Sdn. Bhd. pula ialah berkenaan perkhidmatan teknologi yang
dibekalkan antaranya melibatkan penyenggaraan perisian dan perkakasan bagi
sistem yang diguna pakai TPM.

d. TPM memaklumkan bayaran balik hutang akan dibuat melalui perekodan urus
niaga antara syarikat dengan mengambil kira prestasi kewangan syarikat.
Berdasarkan penyata kewangan beraudit, kesemua syarikat subsidiari
TPM merekodkan kerugian pada tahun 2018. Selain itu, TPM
Nexus Sdn. Bhd. pula merekodkan kerugian sejak tahun 2016
hingga 2018. Pihak Audit mendapati kerugian ini disebabkan oleh penurunan
hasil syarikat akibat daripada aktiviti syarikat yang tidak berdaya saing dan tiada
hala tuju yang jelas ditetapkan oleh TPM. Setakat bulan Disember 2019, TPM
juga didapati tidak menyediakan Pelan Strategik Perniagaan Jangka Panjang
bagi syarikat termasuk syarikat subsidiarinya. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 13.

JADUAL 13
PENYATA UNTUNG/RUGI SYARIKAT SUBSIDIARI

BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2018

UNTUNG/(RUGI) SELEPAS CUKAI

TAHUN TPM ENGINEERING TPM IT SDN. BHD. TPM NEXUS SDN. BHD.
2016 SDN. BHD. (RM Juta) (RM Juta)
(RM Juta)

0.07 0.83 (3.94)

2017 0.07 0.95 (1.97)

2018 (0.06) (0.24) (2.03)

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 212-7131

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

e. Semakan Audit mendapati Lembaga Pengarah memantau prestasi kewangan
syarikat subsidiari melalui pembentangan akaun pengurusan yang dibincangkan
secara berkala. Lembaga Pengarah juga turut merancang penyusunan semula
syarikat subsidiari TPM Engineering Sdn. Bhd. dan TPM Nexus Sdn. Bhd. dengan
melantik perunding pada 16 Mei 2019 bagi mengatasi masalah kerugian yang
direkodkan oleh dua (2) syarikat tersebut. Namun, berdasarkan minit mesyuarat
Lembaga Pengarah bertarikh 26 Julai 2019, perbincangan hala tuju dua (2)
syarikat subsidiari tersebut belum dimuktamadkan kerana menunggu pelantikan
KPE yang hanya dibuat pada 1 Oktober 2019. Semakan lanjut terhadap
laporan juruaudit bagi tahun kewangan 2016 mendapati kedua-

dua syarikat ini juga dilaporkan berada dalam keadaan potential
going concern. Keadaan ini berlaku apabila syarikat dijangka tidak mampu

untuk meneruskan operasi kerana kedudukan kewangan yang tidak stabil.

Maklum balas TPM yang diterima pada 23 Jun 2020

Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 24 Februari 2020 telah memutuskan untuk
membubarkan dua (2) syarikat subsidiari tersebut. Aktiviti utama yang dijalankan
oleh syarikat tersebut seperti pengilangan akan diselia oleh Jabatan Inkubasi
Perniagaan Teknologi, Pengkomersialan & Pembangunan Teknoprenur (TecBIC),
TPM yang ditubuhkan dengan kelulusan Lembaga Pengarah. Namun, pembubaran
tersebut ditangguhkan oleh Lembaga Pengarah pada 30 April 2020 berikutan
penularan pandemik COVID-19.

Pendapat Prestasi kewangan syarikat subsidiari adalah kurang stabil
Audit berdasarkan keadaan potential going concern dua (2)
daripada tiga (3) syarikat subsidiari dan kesemua subsidiari
TPM mengalami kerugian pada tahun 2018. Perancangan
TPM untuk membubarkan dua (2) syarikat subsidiari
menunjukkan objektif pengkorporatan asal syarikat tidak
tercapai sepenuhnya.

6.3. Kedudukan Kewangan

6.3.1. Penyata kewangan TPM bagi tahun 2016 telah diaudit oleh Tetuan
Khairuddin Hasyudeen & Razi manakala pada tahun 2017 dan 2018 telah diaudit
oleh Tetuan MNZWAJA. Bagi tahun kewangan 2016 hingga 2018, TPM telah
memperoleh laporan tanpa teguran. Analisis terhadap kedudukan kewangan TPM
bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 telah dilaksanakan merangkumi pendapatan,

2 2- 1-31228 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

perbelanjaan dan untung rugi; aset dan liabiliti; nisbah kewangan; serta tunai dan
kesetaraan tunai seperti dalam Jadual 14.

JADUAL 14

KEDUDUKAN KEWANGAN TPM BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018

BUTIRAN 2016 2017 2018
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Pendapatan 87.59 94.31 92.25

Lain-lain Pendapatan Operasi 6.13 3.72 4.51

JUMLAH PENDAPATAN 93.72 98.03 96.76

Kos Jualan (60.40) (64.35) (67.29)

Lain-lain Perbelanjaan Pentadbiran dan Operasi (28.22) (30.57) (81.77)

Kos Kewangan (0.06) (0.05) (0.06)

JUMLAH PERBELANJAAN (88.68) (94.97) (149.12)
5.04 3.06 (52.36)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN ) SEBELUM ZAKAT (0.15) (0.13) -
DAN CUKAI

Zakat

Cukai (0.99) (0.85) (0.77)
3.90 2.08 (53.13)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SELEPAS ZAKAT (2.51) (1.95)
DAN CUKAI (1.04)

Dividen

KEUNTUNGAN TERKUMPUL 97.80 97.93 43.76

JUMLAH ASET 728.99 729.94 653.62

JUMLAH LIABILITI 571.50 572.31 550.15

JUMLAH EKUITI 157.49 157.63 103.47

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 728.99 729.94 653.62
9.00 24.44
TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR 32.07
TAHUN

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

6.3.2. Pendapatan operasi TPM bagi tahun 2016 hingga 2018 terdiri daripada
hasil sewaan premis perniagaan kepada saintis, penyelidik, teknousahawan dan
PKS, pajakan lot tanah untuk syarikat yang berasaskan teknologi serta
perkhidmatan sokongan TPM. Pendapatan operasi pada 2018 berjumlah
RM92.25 juta mengalami penurunan sebanyak 2.2% (RM2.06 juta) berbanding
tahun 2017. Penurunan ini disebabkan pengurangan hasil sewaan premis
perniagaan dan pajakan lot tanah yang diterima. Pendapatan operasi bagi tahun
2017 berjumlah RM94.31 juta mengalami peningkatan sebanyak
7.7% (RM6.72 juta) berbanding sejumlah RM87.59 juta pada tahun 2016.
Peningkatan tersebut disumbangkan melalui hasil perkhidmatan sokongan,
perkhidmatan pengkomersialan dan konsultasi serta hasil pajakan tanah yang
meningkat namun sewaan premis perniagaan merekodkan penurunan hasil bagi
tempoh tahun 2016 hingga 2018. Pendapatan operasi TPM menunjukkan trend
peningkatan dan penurunan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018 seperti dalam
Jadual 14 dan Carta 3.

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 212-9133

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

6.3.3. Perbelanjaan TPM terdiri daripada kos jualan, perbelanjaan pentadbiran
dan operasi serta kos kewangan. Kos jualan merupakan perbelanjaan utama yang
berkaitan dengan pengurusan operasi TPM antaranya kos bekalan dan bahan api
untuk aktiviti sokongan TPM, penyenggaraan serta utiliti. Pada tahun 2018, jumlah
perbelanjaan meningkat sebanyak 57% (RM54.15 juta) kepada sejumlah
RM149.12 juta berbanding sejumlah RM94.97 juta pada tahun 2017. Perbelanjaan
tahun 2017 menunjukkan sedikit peningkatan sejumlah RM6.29 juta (7.1%) iaitu
berjumlah RM94.97 juta berbanding RM88.68 juta pada tahun 2016.

6.3.4. Peningkatan perbelanjaan yang berlaku pada 2016 dan 2017 disebabkan
peningkatan kos kakitangan iaitu pembayaran gaji dan elaun. Namun,
peningkatan perbelanjaan yang ketara pada tahun 2018
disebabkan rosot nilai penghutang dagangan, pelaburan dalam
syarikat bersekutu dan syarikat subsidiari serta rosot nilai baki
antara syarikat. Rosot nilai yang dicatatkan secara keseluruhan adalah
berjumlah RM50.77 juta. Antara faktor utama rosot nilai disebabkan
faktor prestasi kewangan syarikat subsidiari yang tidak stabil telah
mempengaruhi kedudukan kewangan TPM dan perlu diiktiraf selaras dengan
Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS). Perbelanjaan TPM menunjukkan
trend peningkatan bagi tahun 2016 hingga 2018 seperti dalam Jadual 14
dan Carta 3.

6.3.5. Trend jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan telah menyebabkan
kerugian sebelum cukai direkodkan pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 dan
2016 yang merekodkan keuntungan sebelum cukai. Kerugian sebelum cukai pada
tahun 2018 berjumlah RM52.36 juta menyebabkan keuntungan terkumpul menurun
kepada RM43.76 juta berbanding RM97.93 juta pada tahun 2017. Antara tindakan
yang diambil oleh Lembaga Pengarah bagi mengatasi kerugian syarikat ialah dengan
melantik perunding bagi mengenal pasti hala tuju dua (2) syarikat subsidiari TPM
yang mengalami potential going concern. Prestasi kewangan syarikat subsidiari
tersebut didapati memberi kesan yang signifikan kepada kedudukan kewangan TPM.
Trend keuntungan terkumpul bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah seperti dalam
Jadual 14 dan Carta 4.

2 2- 1-31430 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

CARTA 3 CARTA 4
TREND PENDAPATAN TREND KEUNTUNGAN/(KERUGIAN)
SEBELUM ZAKAT DAN CUKAI SERTA
DAN PERBELANJAAN
BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018 KEUNTUNGAN TERKUMPUL
BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018

RM Juta 149.12 RM Juta 97.80 97.93
150 120

120 90

60
90
93.72 98.03 96.76
88.68 94.97 30 5.04 3.06 43.76

60 0

30 (30) (52.36)

0 (60)
2016
2017 2018 2016 2017 2018

Pendapatan Perbelanjaan Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Zakat & Cukai

Keuntungan Terkumpul

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2016, 2017 dan 2018

6.3.6. Aset bukan semasa TPM terdiri daripada aset hartanah, loji dan peralatan
serta pelaburan. Jumlah aset bukan semasa pada tahun 2018
mengalami penurunan sebanyak 2.8% (RM15.84 juta) kepada
RM549.73 juta berbanding RM565.57 juta pada tahun 2017.
Penurunan ini disebabkan peruntukan kemerosotan pelaburan dalam syarikat
bersekutu iaitu TPM College Sdn. Bhd. dengan 25% pegangan saham serta
pelaburan dalam dua (2) syarikat subsidiari pegangan 100% yang mengalami
kerugian iaitu TPM Engineering Sdn. Bhd. dan TPM Nexus Sdn. Bhd..

6.3.7. Aset semasa utama TPM pula terdiri daripada inventori, kerja dalam
kemajuan, penghutang dagangan dan pelbagai penghutang, deposit dan tunai,
cukai boleh tuntut, pelaburan lain serta tunai dan kesetaraan tunai. Jumlah
pelaburan lain iaitu baki simpanan tetap ialah kategori aset semasa tertinggi bagi
tempoh tahun 2016 hingga 2018. Pada tahun 2018, pelaburan lain berjumlah
RM44.80 juta (43.1%) daripada jumlah keseluruhan aset semasa telah direkodkan.
Analisis Audit mendapati kedudukan nisbah hutang atas aset TPM adalah
tidak memuaskan iaitu antara 78.4% hingga 84.2%. Trend peningkatan ini
menunjukkan TPM terlalu bergantung pada liabiliti terutama geran yang diterima
daripada Kerajaan yang dicatatkan dalam penyata kewangan syarikat bagi tujuan
pembangunan projek.

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 213-5135

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

6.3.8. Liabiliti bukan semasa TPM terdiri daripada geran Kerajaan dan
pendapatan tertunda. Pendapatan tertunda ialah hasil pajakan tanah yang melebihi
tempoh 12 bulan. Liabiliti semasa TPM pula terdiri daripada pemiutang dagangan
dan lain-lain, pelbagai pemiutang, jumlah terhutang kepada syarikat subsidiari serta
cukai yang perlu dibayar. Pemiutang dagangan dan lain-lain merupakan komponen
tertinggi bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018. Pada tahun 2018, pemiutang
dagangan dan lain-lain berjumlah RM31.06 juta atau 79.9% daripada jumlah
keseluruhan liabiliti semasa. Analisis Audit mendapati tahap kecairan TPM
mencatatkan kadar melebihi 2 iaitu antara 2.67 hingga 4.56 menunjukkan syarikat
masih mampu untuk menampung obligasi jangka pendeknya. Secara
keseluruhannya, jumlah aset TPM melebihi liabiliti sejumlah RM103.47 juta (18.8%)
bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018.

6.3.9. Pada keseluruhannya, baki tunai dan kesetaraan tunai mengalami
penurunan pada tahun 2017 sejumlah RM23.07 juta berbanding RM32.07 juta pada
tahun 2016. Penurunan ini disebabkan pelaburan simpanan tetap sejumlah
RM17 juta yang dibuat pada tahun tersebut. Namun, baki tunai dan kesetaraan
tunai meningkat pada tahun 2018 sejumlah RM15.44 juta (171.6%) berbanding
tahun sebelumnya disebabkan penjualan pelaburan menjadikan baki tunai dan
kesetaraan tunai TPM berjumlah RM24.44 juta.

Pendapat Secara keseluruhannya kedudukan kewangan TPM adalah
Audit stabil. Walaupun TPM mengalami kerugian selepas cukai
pada tahun 2018, keuntungan terkumpul syarikat masih
positif. Jumlah aset syarikat pula melebihi jumlah liabiliti
bagi tiga (3) tahun berturut-turut. Baki tunai dan kesetaraan
tunai pada tahun 2018 adalah positif dan mengalami
peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

7. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan TPM belum
dicapai sepenuhnya. Prestasi pelaksanaan aktiviti utama TPM belum mencapai tahap
yang disasarkan. Prestasi kewangan dua (2) syarikat subsidiari yang ditubuhkan bagi
membantu melaksanakan mandat pengkorporatan TPM juga didapati kurang stabil dan
berada dalam keadaan potential going concern. Selain itu, syarikat subsidiari yang
ditubuhkan bagi melaksanakan mandat TPM dalam bidang akademik juga telah
menamatkan operasinya. Kewujudan syarikat pesaing yang menawarkan fasiliti lebih
moden serta dasar budi bicara TPM kepada syarikat penyewa secara tidak langsung

2 2- 1-31636 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

memberi kesan kepada kedudukan kewangan TPM namun masih pada tahap stabil.
Tadbir urus korporat yang tidak diamalkan sepenuhnya dalam aspek Lembaga
Pengarah, SOPP, Pelan Strategik Perniagaan dan JAR memberi kesan kepada prestasi
aktiviti utama syarikat.

8. SYOR AUDIT

Bagi membolehkan objektif penubuhan TPM dicapai serta memantapkan keupayaan
tadbir urus korporat, pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah TPM perlu mengambil
langkah yang proaktif dan berkesan bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan
dalam laporan ini. Sehubungan itu, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat
memberi pertimbangan terhadap perkara berikut:

i. memastikan amalan tadbir urus korporat dipertingkatkan dari semasa ke semasa
terutamanya dalam aspek penyelarasan SOPP antara aktiviti utama, kewangan
dan perjanjian sewaan bagi memastikan operasi syarikat dapat dilaksanakan
dengan cekap dan berkesan;

ii. menetapkan hala tuju syarikat melalui penyediaan Pelan Strategik Perniagaan
Jangka Panjang bagi meningkatkan prestasi aktiviti TPM dan syarikat
subsidiarinya;

iii. menambah baik SOPP bayaran elaun dan kemudahan KPE bagi meningkatkan
kawalan dalaman syarikat;

iv. membuat penilaian semula sasaran output sedia ada dengan mengambil kira
TPM sebagai sebuah syarikat yang perlu menjana pendapatan dan mandat yang
diberikan oleh Kerajaan;

v. mewujudkan mekanisme pemantauan yang lebih berkesan terhadap pencapaian
syarikat penyewa yang menyertai program keusahawanan terutama syarikat
start-up untuk terus kekal berdaya saing dalam bidang teknologi yang baharu
diceburi;

vi. mengambil langkah proaktif dan berkesan untuk mengutip balik baki tunggakan
hutang dengan syarikat penyewa termasuk mengemas kini SOPP bagi tempoh
hutang yang akan diambil tindakan Letter of Demand; dan

vii. menyeragamkan tempoh deposit patut dikutip, tempoh penamatan kontrak dan
tempoh pemulangan deposit sewaan kepada syarikat penyewa antara surat
tawaran, kontrak perjanjian serta SOPP yang berkuat kuasa.

LapoLraapnoKraentuKaeAtuudaitANuedgiat rNa eTgaahruan T2a0h1u9nSi2ri0119 Siri 1 2 - 213-3137

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version