kolaborator dalam usaha menyelesaikan beberapa perkara dalaman dan berhasrat
untuk memulakan operasi fasiliti setelah isu diselesaikan. Bagi projek MSI 17044
penanaman cendawan melati ditangguhkan kerana masih baharu di Malaysia dan
kurang dikenali. Ia digantikan dengan cendawan tiram sebagai langkah menjana
pendapatan untuk meneruskan operasi. Sebagai langkah penambahbaikan, Bahagian
Pengurusan NIBM akan membuat sesi pemantauan projek pada setiap suku tahun bagi
memantau pelaksanaan dan kesinambungan projek. Terma dan syarat bersama pihak
kolaborator juga akan diperketatkan dan NIBM/Kerajaan mempunyai hak untuk
mengambil semula fasiliti/kemudahan jika tidak beroperasi. Urus setia MSI di MOSTI
pada 19 Jun 2020 telah menyokong penambahbaikan yang ingin dilaksanakan oleh
NIBM.
Pendapat Projek MOSTI Social Innovation yang tidak diteruskan selepas
Audit tamat tempoh siap merupakan kerugian kepada pihak
Kerajaan kerana ia tidak dapat memberi manfaat secara
berterusan kepada kumpulan sasaran. Seterusnya ia
menyebabkan objektif program untuk meningkatkan
kesejahteraan hidup masyarakat tidak tercapai.
b. Perolehan Peralatan Makmal Menggunakan Geran Pembangunan
Penyelidikan Bioteknologi
Daripada keseluruhan geran pembangunan penyelidikan bioteknologi berjumlah
RM37.91 juta, NIBM telah diberikan peruntukan berjumlah RM27.28 juta bagi
RMKe-10 - RP5, RMKe-11 - RP1 dan RMKe-11 - RP2 untuk melaksanakan perolehan
peralatan makmal dan perbelanjaan lain yang berkaitan. Ia merupakan sebahagian
daripada aktiviti bioteknologi yang dipilih sebagai sampel pengauditan melibatkan
105 peralatan makmal di MGI dan iPHARM. Sejumlah RM26.87 juta telah
dibelanjakan dengan baki peruntukan berjumlah RM410,000 masih berada di NIBM.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12. Penemuan Audit berkaitan
peralatan makmal yang disemak adalah dalam perenggan selanjutnya di bawah
pengurusan peralatan makmal.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 55- -6677
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
JADUAL 12
PERUNTUKAN RMK UNTUK PEROLEHAN PERALATAN MAKMAL
TAHUN AKTIVITI BIOTEKNOLOGI PERUNTUKAN PERUNTUKAN BAKI
DAN RMK YANG DILAKSANAKAN DITERIMA DIBELANJAKAN PERUNTUKAN
(RM Juta)
Perolehan Peralatan Makmal 15.48 (RM Juta) (RM Juta)
15.08 0.40
berjumlah RM7.2 juta di MGI 4.90
4.90 -
2015 Perolehan Peralatan Saintifik 6.90
6.89 0.01
(RMKe-10 - RP5) untuk Farmaseutikal dan
Nutraseutikal Fasa 2 berjumlah
RM8.28 juta di iPHARM
Establishment of A Technology
Platform For Pharmaceuticals,
2016 Nutraceuticals And Cosmeceuticals
(RMKe-11 - RP1) Product Development And National
Natural Product Repository di
iPHARM
Establishment of A Technology
Platform For Pharmaceuticals,
2017 Nutraceuticals And Cosmeceuticals
(RMKe-11 - RP2) Product Development And National
Natural Product Repository di
iPHARM
JUMLAH 27.28 26.87 0.41
Sumber: Bahagian Kewangan NIBM dan Pegawai Aset Institut MGI serta iPHARM
c. Penyelidikan Bioteknologi Yang Masih Dalam Peringkat Pelaksanaan
i. Daripada keseluruhan RM20.83 juta geran penyelidikan berkaitan bioteknologi,
sebanyak lapan (8) penyelidikan bioteknologi berjumlah RM2.02 juta masih
dalam peringkat pelaksanaan untuk tempoh 12 bulan hingga 32 bulan sehingga
31 Disember 2019.
ii. Semakan lanjut terhadap aliran tunai NIBM menunjukkan syarikat
dalam keadaan kewangan yang tidak mampu menampung
perbelanjaan operasi syarikat dengan baki tunai berjumlah
RM3.78 juta. Mengambil kira purata perbelanjaan gaji bermakna baki tunai
yang ada hanya mampu menampung pembayaran gaji sehingga bulan
Mac 2020 berjumlah RM3.24 juta dan berbaki RM0.54 juta. Baki ini tidak mampu
menampung lapan (8) geran penyelidikan daripada MESTECC dan KPT yang
perlu disambung pada tahun 2020 berjumlah RM0.89 juta. Selain itu, terdapat
baki perbelanjaan akruan berjumlah RM0.77 juta seperti pembayaran sewaan
mesin penyalin, bil telefon dan insurans yang belum diselesaikan sehingga
31 Disember 2019. Butiran penyelidikan bioteknologi yang masih dalam
peringkat pelaksanaan sehingga 31 Disember 2019 adalah seperti dalam
Jadual 13.
5 - 68 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 68
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
JADUAL 13
PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI YANG MASIH
DALAM PERINGKAT PELAKSANAAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2019
TAHUN NAMA GERAN DAN INSTITUT TEMPOH GERAN GERAN BAKI
KELULUSAN DITERIMA DIBELANJA GERAN
Program Pembangunan Mampan Januari 2018
2018 hingga Disember (RM) (RM) (RM)
2018 Benih Rumpai Laut Bagi Industri 2020 (36 bulan) 500,000 499,993 7
2018
2019 Akuakultur (ABI) Januari 2019 50,200 26,304 23,896
2019 hingga Disember
Identification The Novel Features 2021 (36 bulan) 68,000 40,341 27,659
2019 900,000 536,366 363,634
of LGT Membrane Enzyme In The Januari 2019
2019 hingga Disember 131,300 - 131,300
2019 Leptospirosis Causing Bacteria 2020 (24 bulan)
139,200 - 139,200
(MGI) Januari 2018
hingga Disember 160,300 1,418 158,882
Determination of The Effects of 2020 (36 bulan) 66,536 14,940 51,596
Indegineous Sileage Bacteria and September 2019
hingga Ogos
Its Associated Bacterial
2021 (24 bulan)
Communities (ABI)
September 2019
Program Pembangunan Mampan hingga Ogos
Benih Rumpai Laut Bagi Industri 2021 (24 bulan)
Akuakultur (ABI) September 2019
hingga Ogos
Isolation and Structure Elucidation
2022 (36 bulan)
of Bioactive Compound from
Julai 2019
Khaya Senegalensis (Desr.) A. hingga Januari
2021 (19 bulan)
Juss. Leaves With Wound Healing
Activity (iPHARM)
Mechanistic Studies on The Mode
of actions of Standardised Blimpy
Fractions and Its Natural
Compounds In Brown Fat
Differentiation Program.
(iPHARM)
Elucidation of Crystal Structure
and Function of Enzyme with
Phenol Removing Activity From
Geobacilius (MGI)
Rapidraw Screening Technology
Fake Honey Detection (MGI)
JUMLAH 2,015,536 1,119,362 896,174
Sumber: Bahagian Kewangan NIBM dan Research Management Section Institut MGI, ABI dan iPHARM
Maklum balas NIBM yang diterima pada 8 Jun 2020
Pembayaran gaji dan perbelanjaan lain yang berlaku pada 2020 akan menggunakan
Geran Mengurus 2020 yang diluluskan MOSTI. Bayaran balik GST berjumlah RM1.6 juta
diterima daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 2 Jun 2020 akan digunakan
untuk menyelesaikan tunggakan akruan dengan pembekal. Oleh itu saintis di MGI, ABI
dan iPHARM akan terus menjalankan penyelidikan yang masih belum selesai dengan
menggunakan baki geran/peruntukan diluluskan. Jawatankuasa Kewangan dan Akaun
akan ditubuhkan bagi mengambil tindakan terhadap pemerhatian audit dan
bermesyuarat setiap suku tahun mulai bulan Julai 2020.
Pendapat Terdapat kelemahan daripada segi pengurusan aliran tunai
Audit kerana baki tunai tidak dapat menampung perbelanjaan
Penyelidikan bioteknologi yang masih belum selesai
disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang tinggi.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 5 5- -6969
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
6.2.5 Pengurusan Peralatan Makmal
Berdasarkan senarai aset dalam penyata kewangan beraudit, sehingga tahun 2019 nilai
keseluruhan aset NIBM adalah berjumlah RM44.60 juta. Peralatan makmal merangkumi
RM19.82 juta (44.4%) daripada keseluruhan aset di NIBM. Terdapat beberapa
penemuan Audit dibangkitkan bagi ketiga-tiga institut yang dilawati seperti perenggan
berikut:
a. Peralatan Makmal Yang Tidak Digunakan
i. Semakan fizikal terhadap 21 sampel peralatan makmal mendapati sembilan
(9) peralatan (42.9%) berjumlah RM1.58 juta di iPHARM tidak
digunakan sepenuhnya sejak perolehan dibuat sepanjang
tempoh tahun 2016 hingga 2018. Peratusan yang tinggi berdasarkan
sampel yang disemak ini menunjukkan peralatan makmal berpotensi untuk
pembaziran kerana tidak digunakan. Semua peralatan ini sedang menunggu
kelulusan pensijilan GMP daripada NPRA bagi kilang iPHARM-NIBM GMP. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 14. Antara peralatan GMP adalah seperti
dalam Gambar 7 dan Gambar 8.
JADUAL 14
PERALATAN DIBELI YANG TIDAK DIGUNAKAN SEPENUHNYA DI iPHARM
BIL. NAMA PERALATAN TARIKH TERIMA NILAI
BEKALAN PEROLEHAN
(RM)
1. High Speed Mixer 29.12.2016 372,060
2. Blending Machine 29.12.2016 210,940
3. Fluid Bed Dryer 19.12.2016 370,470
4. Automatic Liquid Filler And Bottle Capping 26.09.2017 111,300
5. Vacuum Emulsifying Mixer 11.10.2017 133,560
6. Stability Chamber, termasuk GST 21.09.2017 129,320
15.11.2017 41,276
7. KAL Fischer Volumetric Titrator, KF Ti-Touch, Methrohm
USA 15.11.2017 49,078
29.06.2018 159,000
Peralatan Tambahan Untuk Liquid & Semi Solid Line:
Movable Sanitary Centrifugal Pump (3 units), Movable
8. Rotary Lobe Pump (1 unit), Single Bag Filter (1 unit),
Stainless Steel Tank 200L (1 unit), Stainless Steel Tank
300L (1 unit)
9. Automatic Capsule Filling Machine
JUMLAH 1,577,004
Sumber: Senarai Peralatan Makmal yang Dibeli di Bawah RMKe-10-RP5, RMKe-11-RP1 dan RMKe-11-RP2
5 - 70 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 70
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
GAMBAR 8
GAMBAR 7
Institut iPHARM Pulau Pinang Institut iPHARM Pulau Pinang
- Fluid Bed Dryer Yang Tidak Digunakan - Vacuum Emulsifying Mixer Yang Tidak
Sejak Diterima Pada 19 Disember 2016
Digunakan Sejak Diterima
(12.02.2020) Pada 29 Disember 2016
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (12.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
Maklum balas NIBM yang diterima pada 8 Jun dan 18 Jun 2020
Baki Geran Pembangunan perolehan peralatan di bawah RMK masih di NIBM dan akan
dipulangkan kepada kementerian. Lanjutan daripada laporan NPRA pada
12 Disember 2019 menunjukkan peralatan ini memenuhi keperluan GMP (Acceptable).
Tindakan penambahbaikan perlu diambil untuk fasiliti ini dan masih menunggu
keputusan pensijilan GMP dari NPRA. Fasiliti ini telah menerima tawaran kontrak
penyelidikan daripada sebuah syarikat yang menggunakan enam (6) daripada sembilan
(9) peralatan makmal. Tiga (3) peralatan makmal lain akan mula digunakan pada
22 Jun 2020 bagi menghasilkan produk prototaip.
Pendapat Perolehan peralatan makmal yang tidak digunakan
Audit menyebabkan NIBM terpaksa menanggung kos penyenggaraan
yang tinggi selain tiada sebarang pendapatan diterima
daripada peralatan makmal tersebut.
ii. Semakan Audit terhadap 41 peralatan (3.8%) daripada keseluruhan 1,084
peralatan makmal di ABI mendapati enam (6) jenis peralatan tidak pernah
digunakan sejak perolehan peralatan dibuat. Manakala Photo Bioreactor Biostat
pula hanya digunakan dua (2) kali sahaja pada tahun 2017. Peralatan ini tidak
digunakan kerana terdapat peralatan makmal lain yang boleh menjalankan
fungsi yang sama dalam penyelidikan. Semakan terhadap buku log
penggunaan enam (6) jenis peralatan tersebut mendapati tiada
rekod penggunaan dicatatkan walaupun ia masih berfungsi. Nilai
LapoLarapnoraKnetKueatuAauAduitdiNt eNgeagraaraTTaahhuunn22001199 SSiirrii 11 5 5- -7171
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
perolehan bagi keseluruhan tujuh (7) jenis peralatan tersebut berjumlah
RM5.56 juta. Butirannya adalah seperti dalam Jadual 15 serta Gambar 9
dan Gambar 10.
JADUAL 15
STATUS PERALATAN YANG TIDAK DIGUNAKAN SEPENUHNYA DI ABI
BIL. NAMA PERALATAN TARIKH KUANTITI NILAI
PEROLEHAN (UNIT)
PEROLEHAN
(RM)
1. Super-critical Fluid Extraction (SFE) SFT-150 20.12.2012 1 333,500
2. Nuclear Magnetic Resonance (NMR) Spectroscopy 08.03.2013 1 2,700,000
(Agilent 600MHz NMR Spectrometer) 29.11.2013 1 425,000
3. Integrated Centrifugal Pertition Chromatography –
Preparative HPLC System (Armen Instrument)
4. High Pressure Freezing Machine 17.12.2012 1 798,000
5. Bio Bank 22.01.2013 1 465,000
6. Thermo Water Distiller 23.09.2013 9 295,200
3 540,650
7. Photo Bioreactor Biostat PBR 2S dan 300L 20.12.2012 dan 17 5,557,350
19.09.2014
JUMLAH
Sumber: Senarai Peralatan di ABI
GAMBAR 9 GAMBAR 10
Institut ABI Institut ABI
- Super-critical Fluid Extraction (SFE) SFT-150 - High Pressure Freezing Machine Yang Tidak
Digunakan Sejak Diterima Pada 17 Februari 2012
Yang Tidak Digunakan Sejak Diterima
(06.03.2020)
Pada 20 Februari 2012 (Sumber: Jabatan Audit Negara)
(06.03.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara)
Maklum balas NIBM yang diterima pada 8 Jun 2020 dan 5 Ogos 2020
Penggunaan peralatan Nuclear Magnetic Resonance terpaksa diberhentikan oleh sebab
kekangan kewangan bagi penyenggaraan peralatan tersebut. Penggunaan peralatan
ini telah menghasilkan beberapa penerbitan.Thermo Water Distiller ini masih digunakan
setiap hari tetapi penggunaan peralatan ini tidak direkodkan oleh saintis dalam buku
log makmal. Bagi lima (5) peralatan makmal selebihnya dalam pertimbangan untuk
projek kajian di masa akan datang. SOP bagi ABI-LP03 Procedure on Equipment
5 - 72 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 72 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 aS iri 1
National Institutes of Biotechn ology Malaysi
National Institutes of Biotechnology Malaysia
Management yang menggariskan proses pengurusan peralatan makmal ini akan
dibentangkan kepada BOT pada 25 Jun 2020 untuk kelulusan.
Pendapat Perolehan peralatan makmal yang tidak digunakan telah
Audit menyebabkan berlakunya pembaziran. Tindakan menyewakan
atau menjual semula peralatan tersebut kepada pihak luar
yang berminat dapat mengelakkan pembaziran yang
berterusan di institut kerana kos penyenggaraan peralatan
adalah tinggi.
b. Pelupusan Peralatan Makmal
i. Semakan Audit terhadap senarai keseluruhan peralatan makmal di MGI
mendapati 112 peralatan telah rosak dan usang serta dilabelkan
di bawah status pelupusan tetapi tidak dapat dilupuskan kerana
melibatkan kos yang tinggi. Semakan lanjut mendapati 29 (25.9%)
daripada 112 peralatan tersebut yang bernilai RM8.33 juta sudah rosak dan
usang. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 16.
JADUAL 16
SENARAI PERALATAN YANG ROSAK DAN USANG DI MGI
BIL. NAMA PERALATAN DAN NOMBOR ASET STATUS TARIKH NILAI
PERALATAN TERAKHIR PEROLEHAN
DIGUNAKAN
ASAL
1. Automated DNA Sequencer (S6201) Rosak dan Usang 06.05.2003 (RM)
09.08.2014
2. Automated DNA Sequencer (S6202) Rosak dan Usang 15.05.2012 591,750
20.05.2016 591,750
3. Bead Technology Array System (B2003) Rosak dan Usang 21.09.2017 710,000
2,650,000
4. Next Generation Sequencer (H032160) Rosak dan Usang 2010 185,000
2010
5. Real time PCR machine (H027017) Rosak dan Usang 2010 98,000
2010 98,000
6. Thermal cycler (E1602) Rosak 98,000
06.01.2020 123,600
7. Thermal cycler (E1603) Rosak
25.08.2013 185,000
8. Thermal cycler (E1604) Rosak
30.05.2017 192,800
9. Thermal cycler (E1605) Rosak
Rosak 30.11.2015 48,160
10. High Performance Liquid Chromatograph Rosak dan Usang 2015
(MOSTI/MGI/HM/2011/15(2) ) Rosak 2017 158,000
Rosak dan Usang 2018 193,298
11. Dynamic Light Scattering Device (H027999) 2016
41,000
12. Bioreactor 5L 03.05.2016 21,000
(MGI/KEMASKINI/2018/PEB/HM/24) 668,000
13. Sorvall Highspeed Centrifuge (H025380) 18,800
14. Imaging System (H027005) Rosak dan Usang
15. Freezer -80°C (MGI/KEMASKINI/2018/LS/HM/11) Rosak
16. Water Purification System (H026104) Rosak
17. Industrial Autoclave (H0036579) Rosak
Rosak
18. Autoclave machine 50L
(MGI/KEMASKINI/2018/LS/HM/16)
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 5 5- -7373
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
BIL. NAMA PERALATAN DAN NOMBOR ASET STATUS TARIKH NILAI
PERALATAN TERAKHIR PEROLEHAN
19. PP Damper System (H031005) DIGUNAKAN
Rosak ASAL
20. Freezer Ducting System Rosak 2011 (RM)
(MGI/KEMASKINI/2018/GBB/HM/15) Rosak 2011
Rosak 2015 47,000
21. Brady IP Series Printer (H030370) Rosak 03.11.2015
Rosak 2017 101,900
22. Insitu GC (MOSTI/MGI/HM/2011/15(3) ) Rosak 2010
Rosak 2018 25,920
23. MicroCal DSC /ThermoVac Rosak 2018 249,900
(MOSTI/MGI/HM/2011/9 ) Rosak 2018
2018 428,000
24. Bioreactor 5L (H025843) Rosak
2018 55,150
25. Fully motorized digital research microscope
(MOSTI/MGI/HM/2011/17(1) ) 409,130
26. Fluorescent stereomicroscope (H025198) 130,990
95,000
27. Gel Imager (MGI/KEMASKINI/2018/MOL/HM/13)
17,500
28. Freezer -20⁰C
(MGI/KEMASKINI/2018/HM/GBB/11) 95,000
29. Multicolor Flourescent & Chemiluminescent 8,327,648
(MGI/KEMASKINI/2018/MOL/HM/13)
JUMLAH
Sumber: Senarai Aset MGI
ii. Semakan Audit terhadap senarai keseluruhan peralatan makmal di ABI
pula mendapati tiada tindakan untuk melaksanakan proses
pelupusan peralatan yang rosak serta usang dibuat. Semakan
fizikal terhadap 41 (3.8%) daripada keseluruhan 1,084 peralatan makmal
mendapati 11 peralatan makmal berstatus rosak dan usang dengan nilai
keseluruhan RM1.70 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 17.
JADUAL 17
SENARAI PERALATAN YANG ROSAK DAN USANG DI ABI
BIL. NAMA PERALATAN STATUS TARIKH HARGA
TERAKHIR (RM)
DIGUNAKAN
46,500
1. Plant Growth Chamber Jeio tech/GC-300TLH Rosak 2015 120,469
2. Stirred Tank Bioreactor 2L-Fermentor Biostat B Rosak 05.11.2018 9,993
168,429
3. "Primo Star" HAL Microsope Rosak 13.03.2014 113,280
197,000
4. High Speed Refrigerated Centrifuge Rosak 15.10.2015 156,420
5. Anaerobic Chamber Workstation with Incubator Rosak 09.11.2018 27,800
205,000
6. Automated Cage and Bottle Washer for Rodents Rosak 29.05.2019 300,500
356,000
7. Multimode Mircoplate Reader Rosak 02.08.2017 1,701,391
8. Nano Bio Spectrophotometer Rosak 23.08.2018
9. Fourier Transform Infra-Red Spectrometer Rosak 12.01.2016
10. Malvern Zetasizer Nano ZS Rosak 24.03.2014
11. Rheometer Rosak 14.01.2014
JUMLAH
Sumber: Senarai Aset ABI
5 - 74 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 74
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
iii. Pelupusan terhadap peralatan yang telah rosak dan usang di MGI dan ABI yang
bernilai RM10.03 juta tidak dilaksanakan disebabkan oleh NIBM tidak
mempunyai peruntukan pelupusan terutamanya yang melibatkan peralatan
makmal. Ketiadaan SOP pelupusan aset yang seragam untuk kesemua institut
menyebabkan peralatan makmal ini masih belum dibuat pelupusan.
Maklum balas NIBM yang diterima pada 8 Jun 2020
Pada masa ini pelupusan aset mengguna pakai Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
sebagai panduan di institut. Satu task force yang dianggotai oleh wakil daripada
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan NIBM, institut serta pelaksana ISO di setiap
institut akan diwujudkan bagi memperhalusi SOP Pelupusan Aset Alih NIBM yang telah
dibangunkan. Mesyuarat task force akan dimulakan pada 15 Jun 2020. SOP dijangka
dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan NIBM pada 30 Jun 2020 dan kelulusan BOT
pada 27 Ogos 2020. Kesemua 29 peralatan di MGI dan 11 peralatan di ABI yang
disemak oleh JAN masih belum melalui proses pelupusan. Senarai peralatan tersebut
akan diangkat untuk kelulusan BOT pada 25 Jun 2020 bagi tujuan pelupusan.
Pendapat Pelupusan peralatan makmal adalah tidak cekap disebabkan
Audit oleh SOP pelupusan aset yang seragam di peringkat NIBM
tidak diwujudkan untuk memantau peralatan makmal yang
tidak boleh digunakan.
6.2.6 Pelaksanaan Pengiklanan dan Pemasaran
Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Analitik NIBM ialah bahagian yang
bertanggungjawab untuk menjalankan promosi. Promosi yang dijalankan adalah melalui
pameran, media cetak, media elektronik dan kaedah promosi lain bagi meningkatkan
pengetahuan tentang aktiviti dan penyelidikan bioteknologi. Bahagian ini diketuai oleh
Ketua Pegawai Inovasi dan dibantu oleh tiga (3) pegawai. Bagi pelaksanaan pengiklanan
dan pemasaran, terdapat dua (2) perkara yang disemak iaitu pengurusan aktiviti
pengiklanan dan pembinaan kilang iPHARM-NIBM GMP bagi menyokong pemasaran
produk yang dihasilkan. Semakan Audit terhadap pelaksanaan pengiklanan dan
pemasaran oleh NIBM mendapati perkara seperti berikut:
a. Pengurusan Aktiviti Pengiklanan dan Pemasaran
i. Bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019, NIBM telah membelanjakan sejumlah
RM206,623 untuk aktiviti pengiklanan dan pemasaran serta pameran. Namun,
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 5 5- -7575
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
didapati NIBM tidak mempunyai SOP berkenaan pengiklanan dan
pemasaran. Butirannya adalah seperti dalam Jadual 18.
JADUAL 18
PERBELANJAAN PENGIKLANAN DAN PEMASARAN SERTA PAMERAN
JENIS PERBELANJAAN 2016 2017 2018 2019 JUMLAH
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Pengiklanan dan Pemasaran 13,784 13,065 18,734 9,116 54,699
Pameran (Exhibition) 15,446 1,863 131,085 3,530 151,924
JUMLAH 206,623
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit 2016, 2017, 2018 dan Penyata Kewangan Belum Beraudit 2019
ii. Semakan Audit mendapati NIBM menggunakan kaedah elektronik dalam
memasarkan perkhidmatan mereka melalui laman web dan juga media sosial
seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Semakan Audit terhadap kaedah
pengiklanan tersebut mendapati laman web sentiasa dikemas kini dengan
aktiviti dan program yang dianjurkan NIBM, peralatan makmal yang digunakan
serta produk yang dihasilkan. NIBM tidak pernah menggunakan
kaedah pengiklanan berbayar melalui Facebook dan Instagram
untuk mempromosi aktiviti, ruang pejabat dan penyelidikan
bioteknologi yang dijalankan. Pengiklanan dalam media sosial pula
adalah seperti berikut:
Pengiklanan melalui Facebook tentang aktiviti dan kemudahan yang
ditawarkan NIBM tidak kerap dilakukan akan tetapi NIBM sentiasa memuat
naik iklan berkaitan program, gambar dan video berkaitan aktiviti yang
dijalankan oleh NIBM dan juga MESTECC. Sehingga bulan Februari 2020,
Facebook NIBM mempunyai seramai 1,335 followers;
Pengiklanan melalui Instagram juga dilaksanakan tetapi tidak aktif. Kali
terakhir post dimuatnaik adalah pada 15 Oktober 2018. Sebanyak 66 post
berkaitan aktiviti NIBM telah dimuat naik. Sehingga bulan Februari 2020,
pengikut Instagram NIBM hanya seramai 35 followers; dan
Pengiklanan melalui Twitter juga tidak kerap kerana hanya 725 tweet yang
dimuatnaik. Kali terakhir tweet dimuatnaik adalah pada 18 Oktober 2018.
Sehingga bulan Februari 2020 pengikut Twitter NIBM hanya seramai
111 followers.
iii. Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) merupakan
program yang diwujudkan untuk mempromosi, meningkatkan daya saing dan
5 - 76 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 76
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains dan teknologi.
Kedua-dua aktiviti STEM@School iaitu Science Bootcamp 2017 di Melaka dan
Sabah dengan peruntukan RM320,000 merupakan aktiviti bioteknologi yang
dipilih sebagai sampel pengauditan. Semakan Audit mendapati program ini telah
dijalankan mengikut arahan yang ditetapkan. Kos sebenar yang dibelanjakan
adalah berjumlah RM246,375. Sehingga kini baki perbelanjaan berjumlah
RM73,625 tidak dipulangkan kepada MESTECC kerana tiada arahan untuk
berbuat demikian.
Maklum balas NIBM yang diterima pada 8 Jun 2020
Satu jawatankuasa yang dianggotai wakil Bahagian Perolehan dan Bahagian Sumber
Manusia akan diwujudkan bagi membina SOP Pengiklanan dan Pemasaran. Mesyuarat
dimulakan pada 15 Jun 2020 dan SOP dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan
NIBM pada 30 Ogos 2020. Social Media Marketing Plan diwujudkan merangkumi pelan
komunikasi dan promosi, jenis dan kekerapan hantaran dan lain-lain perkara akan
dibentangkan pada Pengurusan Tertinggi NIBM pada 30 Ogos 2020. Hebahan dan
kemunculan juga dilakukan melalui beberapa segmen melalui televisyen dan podcast.
Proses pemulangan geran aktiviti STEM tidak diusul oleh Ketua Projek yang telah
meletakkan jawatan menyebabkan baki projek masih belum dipulangkan. Semakan
lanjut akan dibuat terhadap projek ini dan pemulangan akan diproses dalam waktu
terdekat.
Pendapat Pengiklanan dan promosi yang dijalankan oleh NIBM bagi
Audit menarik golongan sasaran adalah kurang cekap. Capaian
pengiklanan secara media sosial khususnya yang ditaja
(sponsored) melalui Facebook dan Instagram berbayar
sewajarnya digunakan secara optimum agar dapat
memberikan jaringan luas dalam memperkenalkan aktiviti
yang dijalankan oleh NIBM. Aktiviti STEM@School pula secara
tidak langsung membantu mempromosikan aktiviti
bioteknologi NIBM dan memberi pendedahan kepada pelajar
sekolah rendah tentang sains, teknologi, kejuruteraan dan
matematik.
b. Pembinaan Kilang iPHARM-NIBM GMP
i. Tujuan utama penubuhan kilang iPHARM-NIBM GMP adalah membantu para
penyelidik di Institut Pengajian Tinggi memasarkan hasil kajian produk,
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 5 - 77
National Institutes of Biotechnology Malaysia
membangunkan prototaip skala kecil serta mendaftarkan produk dengan NPRA,
KKM. Hasil kajian produk juga akan dipasarkan kepada syarikat yang berminat.
Selain itu, iPHARM juga akan mendapat manfaat daripada projek ini melalui
pengkomersialan produk prototaip hasil kajian mereka dari geran penyelidikan
yang diperolehi.
ii. Kos pembinaan kilang iPHARM-NIBM GMP adalah berjumlah RM6.8 juta
di bawah peruntukan RMKe-11. Senarai perolehan adalah seperti dalam
Jadual 19.
JADUAL 19
KOS PEMBINAAN KILANG iPHARM-NIBM GMP
BIL. BUTIRAN KOS PEMBINAAN (RM Juta)
2016 2017 JUMLAH
Kelengkapan
- Pembuatan pilot skala, peralatan Quality Control dan
1. repositori kebangsaan bagi pemerolehan peralatan 2.50 1.00 3.50
penyimpanan semulajadi
2. Pembaikan Kecil 1.50 - 1.50
- Naiktaraf fasiliti makmal untuk kemudahan GMP
Kelengkapan
- Juruperunding dan kemudahan yuran pensijilan Good
3. Manufacturing Practice, Good Storage Practice, Good 0.20 0.20 0.40
Laboratory Practice dan sebagainya.
Lain-lain 0.70 0.70 1.40
4. - Perolehan bahan tumbuhan, bahan farmaseutikal dan bahan
analisis
JUMLAH 4.90 1.90 6.80
Sumber: Fail Projek dan Minit Mesyuarat Kilang iPHARM-NIBM GMP
iii. Kilang iPHARM-NIBM GMP telah siap pada 6 April 2017. Mengikut syarat
prapelesenan premis pengilangan produk tradisional, fasiliti ini perlu melalui
proses pemeriksaan (Pre-Licensing Inspection) oleh pihak NPRA. Tujuan
pemeriksaan prapelesenan adalah untuk melayakkan pendaftaran dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah, KKM. Kelulusan juga perlu diperolehi daripada
beberapa agensi kerajaan seperti kerajaan tempatan iaitu Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
iv. Lawatan Audit pada 25 hingga 29 November 2019 dan 10 hingga
14 Februari 2020 di bangunan iPHARM mendapati kilang ini berfungsi seperti
sebuah kilang mini pemprosesan dan dilengkapi fasiliti pengeluaran, penstoran
dan kawalan kualiti. Antara produk yang boleh dihasilkan adalah dos cecair oral
seperti ubat batuk dan mouth wash, krim sapu seperti salap dan losen serta
5 - 78 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
National Institutes of Biotechnology Malaysia
dos ubat dalam bentuk pepejal seperti tablet, kapsul dan ubat-ubatan dalam
bentuk serbuk. Antara fasiliti kilang iPHARM-NIBM GMP yang telah siap dibina
adalah seperti dalam Gambar 11 dan Gambar 12.
GAMBAR 11 GAMBAR 12
iPHARM, Pulau Pinang iPHARM, Pulau Pinang
- Purified Water System Penggunaan - Automatic Capsule and Tablet Counting Machine –
Dalam Industri Farmaseutikal Mesin Penghasilan Ubat Kapsul dan Tablet
(27.11.2019) (27.11.2019)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
v. Menurut pegawai teknikal Kilang iPHARM-NIBM GMP dan pegawai fasiliti
bangunan iPHARM, MBPP telah membuat lawatan tapak pada 28 Januari 2019.
Sehingga kini kelulusan pelan lantai daripada arkitek luar untuk
keseluruhan tingkat kepada MBPP belum dibuat. Pada
28 November 2019, pihak NPRA telah membuat pemeriksaan prapelesenan
GMP dan hasil laporan pemeriksaan tersebut mendapati tahap pematuhan
premis Kilang iPHARM-NIBM GMP adalah memenuhi keperluan GMP
(Acceptable). Lesen Mengilang pula dijangka diperolehi pada bulan Disember
2020 sekiranya syarat berkaitan agensi kerajaan lain dipatuhi.
v. Semakan Audit selanjutnya mendapati fasiliti ini masih belum boleh digunakan
untuk menjana pendapatan kepada NIBM kerana memerlukan kelulusan pihak
berwajib sebelum boleh beroperasi. Bagaimanapun ia memerlukan kos
penyenggaraan yang tinggi bagi memastikan penyaman udara beroperasi
sehingga lapan (8) jam sehari untuk mengelakkan peralatan kilang daripada
terkena kulat dan bakteria lain. Penggunaan elektrik juga adalah tinggi untuk
lampu, seluruh peralatan Purified Water System, tekanan udara dan peralatan
lain yang digunakan. Selain itu, keseluruhan peralatan sebanyak
21 unit yang dibeli pada tahun 2016 dan 2017 telah tamat
tempoh jaminan antara dua (2) bulan hingga 15 bulan. iPHARM
juga berisiko menanggung kos pembaikan yang tinggi pada masa akan datang
jika peralatan yang digunakan rosak selepas tamat tempoh jaminan.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 5 - 79
National Institutes of Biotechnology Malaysia
Maklum balas NIBM yang diterima pada 8 Jun 2020
Pihak pelaksana projek tidak berjaya mendapatkan sijil GMP dalam tempoh ditetapkan
kerana terdapat kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan di samping dua (2)
kakitangan yang terlibat dalam perlaksanaan Fasiliti GMP tidak lagi berkhidmat bersama
NIBM. Sijil GMP untuk traditional medicine yang dijadualkan sebelum 30 Mac 2020 telah
tertangguh disebabkan oleh Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kekangan
kewangan yang dihadapi menyebabkan ia ditunda pada 11 Jun 2020 bagi mendapatkan
tarikh baru dengan NPRA. NIBM telah mengadakan sesi perbincangan semula dengan
MBPP pada 9 Jun 2020 dan memulakan proses melantik arkitek bagi pengubahsuaian
kecil fasiliti GMP berdasarkan ulasan MBPP dan penguatkuasa tempatan berkaitan.
Langkah diambil mengurangkan kos penyenggaraan peralatan makmal ialah merangka
jadual penyenggaraan. Perkhidmatan pembaikan dan kerosakan hanya dilaksanakan
apabila diperlukan dan mempromosi perkhidmatan pengeluaran prototaip bagi
menjana pendapatan menampung kos penyenggaraan fasiliti GMP.
Pendapat Penubuhan Kilang iPHARM-NIBM GMP adalah baik bagi
Audit membantu penyelidik atau usahawan untuk mengkomersialkan
produk prototaip berskala kecil. Bagaimanapun, segala
perancangan yang telah dibuat tidak dapat dilaksanakan kerana
kelulusan beroperasi tidak diperolehi daripada pihak berwajib.
6.3 Kedudukan Kewangan
6.3.1 Penyata kewangan NIBM bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 telah diaudit dan
diberikan sijil bersih tanpa teguran oleh Tetuan Afrizan Tarmili Khairul Azhar. Analisis
terhadap kedudukan kewangan syarikat NIBM bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 telah
dilaksanakan merangkumi pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi, aset dan liabiliti,
nisbah kewangan serta aliran tunai seperti dalam Jadual 20.
5 - 80 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
National Institutes of Biotechnology Malaysia
JADUAL 20
KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2016, 2017 DAN 2018
BUTIRAN 2016 2017 2018
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Pendapatan daripada Geran 44.22 42.69 35.35
Pendapatan Operasi 2.10 1.33 2.10
JUMLAH PENDAPATAN 46.32 44.02 37.45
Kos Kakitangan (12.96) (14.08) (13.07)
Susut Nilai (6.78) (7.36) (8.28)
Perbelanjaan Operasi (26.06) (21.74) (16.93)
JUMLAH PERBELANJAAN (45.80) (43.18) (38.28)
KEUNTUNGAN /(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI 0.52 0.84 (0.83)
Cukai (0.20) (0.30) 0.08
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SELEPAS CUKAI 0.32 0.54 (0.75)
KEUNTUNGAN TERKUMPUL 1.41 1.95 1.20
JUMLAH ASET 57.14 38.80 28.39
JUMLAH LIABILITI 55.73 36.85 27.19
JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI 57.14 38.80 28.39
TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 31.57 12.57 6.97
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018
6.3.2 Pendapatan utama NIBM diperoleh daripada geran Kerajaan dan pendapatan
operasi iaitu yuran seminar, jualan tender kontrak, pendapatan sewaan bangunan,
perkhidmatan sewaan penggunaan makmal, pendapatan faedah dan lain-lain
pendapatan. Secara keseluruhannya, pendapatan utama NIBM mencatatkan
penurunan pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 iaitu sejumlah RM7.34 juta
(17.2%) disebabkan oleh pengurangan dalam penerimaan geran Kerajaan dengan
jumlah yang sama. Pada tahun 2017, pendapatan utama juga mencatatkan penurunan
sejumlah RM1.53 juta (3.5%) juga disebabkan oleh pengurangan dalam penerimaan
geran Kerajaan dengan jumlah yang sama. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 20 dan Carta 2.
6.3.3 Perbelanjaan NIBM merangkumi kos kakitangan, susut nilai dan perbelanjaan
operasi. Pada tahun 2018, kos kakitangan mencatatkan penurunan sejumlah
RM1.01 juta (7.2%) berbanding tahun 2017. Kos kakitangan pada tahun 2017 pula
mencatatkan peningkatan iaitu sejumlah RM1.12 juta (8.6%) berbanding tahun 2016.
Perbelanjaan operasi pula mencatatkan penurunan sejumlah RM4.81 juta (22.1%)
pada tahun 2018 berbanding tahun 2017. Bagi tahun 2017 juga perbelanjaan operasi
mencatatkan penurunan sejumlah RM4.32 juta (16.6%) berbanding 2016. Faktor
utama penurunan perbelanjaan pada tahun 2018 adalah disebabkan oleh tiada
pengambilan kakitangan baharu setelah pekerja sedia ada berhenti dan pengurangan
perbelanjaan operasi syarikat seperti bil elektrik, bil air dan perbelanjaan
penyenggaraan peralatan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 20
dan Carta 2.
LapoLraapnoKraentuKaetAuuadAitudNiteNgaergaarTaaThauhnun20210919SSiririi 11 55--8811
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
6.3.4 NIBM telah merekodkan kerugian sebelum cukai bagi tahun
2018 berjumlah RM0.83 juta. Antara faktor utama kerugian adalah
pengurangan pendapatan dari geran Kerajaan. Pada tahun 2016 dan 2017
pula NIBM telah merekodkan keuntungan sebelum cukai masing-masing RM0.52 juta
dan RM0.84 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 20 dan Carta 3.
CARTA 2 CARTA 3
TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TREND KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI
BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018 DAN KEUNTUNGAN TERKUMPUL
BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018
RM Juta
RM Juta 1.95
50 2 0.84
1.41
40
1
30 0.52
46.32 1.20
45.8
44.02
43.18
37.45
38.28
20 (0.83)
0
10
0 (1) 2016 2017 2018
2016
2017 2018
Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai
Pendapatan Perbelanjaan Keuntungan Terkumpul
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018
6.3.5 Analisis Audit terhadap kedudukan aset dan liabiliti syarikat mendapati NIBM
mempunyai sumber yang mencukupi bagi memenuhi obligasinya kerana kedudukan
aset syarikat melebihi liabiliti bagi tempoh tiga (3) tahun. Nisbah semasa adalah baik
kerana nisbah melebihi dua (2) untuk dua (2) tahun tetapi sedikit menurun pada tahun
2018 disebabkan pengurangan pelaburan tetap dan peningkatan perbelanjaan terakru.
Purata tempoh kutipan adalah lemah kerana mengambil masa antara 63 hingga
104 hari untuk mengutip hutang kerana tiada polisi kredit ditetapkan. Manakala pusing
ganti aset tetap adalah lemah sepanjang tiga (3) tahun tersebut kerana pendapatan
yang dijana daripada peralatan makmal hanya meningkat dari 6 sen kepada 12 sen
bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset bukan semasa.
6.3.6 Analisis Audit turut dijalankan terhadap aliran tunai bagi menilai keupayaan
syarikat menjana aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan pembiayaan untuk
menampung keperluan perbelanjaan syarikat. Pada akhir tahun kewangan 2018, NIBM
mempunyai tunai dan kesetaraan tunai berjumlah RM6.97 juta yang mencatatkan
penurunan berjumlah RM5.6 juta (44.6%) berbanding tahun 2017. Aliran tunai bagi
aktiviti operasi berbaki negatif untuk tiga (3) tahun berturut-turut disumbangkan oleh
5 - 82 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
5 - 82 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 aS iri 1
National Institutes of Biotechn ology Malaysi
National Institutes of Biotechnology Malaysia
kerugian pada tahun 2018 dan pengurangan geran yang diterima dari tahun 2016
hingga 2018. Manakala baki tunai dan kesetaraan tunai pada tahun 2017 juga menurun
sejumlah RM18.99 juta (60.15%) berbanding tahun 2016. Kedua-dua penurunan
baki tunai dan kesetaraan tunai sepanjang 2016 dan 2017 disebabkan
oleh pengurangan geran yang diterima daripada Kerajaan yang dijana
melalui aktiviti pembiayaan.
Pendapat Secara keseluruhannya kedudukan kewangan NIBM adalah
Audit stabil. Bagaimanapun, NIBM masih bergantung pada geran
Kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi syarikat
yang tinggi.
7. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT
Secara keseluruhannya, NIBM telah mencapai objektif penubuhan syarikat. Tadbir urus
korporat NIBM adalah memuaskan. Pengurusan aktiviti berdasarkan skop yang dipilih iaitu
penyelidikan bioteknologi adalah tidak cekap untuk prestasi KPI pada tahun 2016 hingga
2019 kerana KPI Dalaman hanya dicapai sepenuhnya pada tahun 2018. Pencapaian
tertinggi KPI Kementerian adalah pada tahun 2018 iaitu mencapai 80% berbanding tahun
lain yang lebih rendah. Manakala outcome NIBM adalah berkesan kerana setiap institut
telah menyumbang kepada enam (6) penghasilan outcome dan produk hasil inisiatif
saintis. Bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti penyelidikan bioteknologi adalah kurang cekap
berdasarkan empat (4) bahagian utama aktiviti penyelidikan bioteknologi yang disemak.
Peralatan makmal yang digunakan adalah tidak cekap kerana terdapat peralatan yang
dibeli tetapi tidak digunakan. Pengiklanan dan pemasaran juga tidak cekap kerana tidak
memanfaatkan penggunaan media sosial untuk menarik minat orang awam bagi
mengetahui tentang penyelidikan bioteknologi yang dijalankan. Seterusnya kedudukan
kewangan NIBM pula berada pada tahap stabil tetapi mengalami trend penurunan baki
tunai dan kesetaraan tunai bagi tiga (3) tahun berturut-turut.
8. SYOR AUDIT
Bagi meningkatkan pencapaian aktiviti serta memantapkan tadbir urus korporat, pihak
pengurusan dan Lembaga Pemegang Amanah NIBM perlu mengambil langkah yang
proaktif dan berkesan bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini.
Sehubungan itu, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat memberi pertimbangan
terhadap perkara berikut:
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 5 - 579- 83
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
National Institutes of Biotechnology Malaysia
National Institutes of Biotechnology Malaysia
i. membuat penambahbaikan terhadap tadbir urus syarikat berkaitan aspek
pelantikan ahli Jawatankuasa Audit dan mewujudkan fungsi Audit Dalam;
ii. memastikan setiap peralatan yang dibeli digunakan serta mengambil tindakan
sewajarnya bagi melupuskan peralatan yang telah rosak;
iii. menilai semula strategi pengiklanan dan pemasaran yang lebih berkesan
menggunakan jaringan media sosial dalam meningkatkan pengetahuan
masyarakat mengenai aktiviti dan penyelidikan bioteknologi; dan
iv. mengambil tindakan segera bagi memastikan Kilang iPHARM-NIBM GMP dapat
berfungsi selaras dengan tujuan penubuhannya.
5 - 84 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
National Institutes of Biotechnology Malaysia
PENUTUP
PENUTUP
1. Berdasarkan pengauditan yang telah dijalankan, didapati masih terdapat perkara
yang boleh ditambah baik bagi memastikan tadbir urus dan aktiviti syarikat Kerajaan
diuruskan secara cekap, berkesan dan berhemat selaras dengan objektif penubuhannya.
Tindakan pembetulan telah diambil oleh beberapa syarikat selepas teguran Audit.
Bagaimanapun, langkah pembetulan dan pencegahan perlu diambil secara berterusan.
Selain itu, memandangkan pengauditan adalah berdasarkan pensampelan dan skop
tertentu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perlu mewujudkan sistem semak dan imbang
untuk memastikan pemeriksaan secara menyeluruh dijalankan. Langkah ini adalah
penting bagi memastikan aktiviti syarikat mendapat nilai faedah terbaik.
2. Sehubungan itu, Jawatankuasa Audit dengan kerjasama Unit Audit Dalam syarikat
Kerajaan perlu memainkan peranan yang aktif dalam menilai prestasi kewangan dan
amalan tadbir urus korporat yang baik serta mengukur sejauh mana aktiviti syarikat telah
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam mencapai objektif penubuhan syarikat.
3. Selain itu, kementerian/agensi/badan induk yang merupakan pemegang
saham/penjamin kepada sesebuah syarikat juga perlu memantau aktiviti syarikat
berkenaan secara berkala. Hal ini adalah bagi memastikan syarikat Kerajaan
mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, berdaya saing dan berupaya membayar
dividen serta membayar balik pinjaman kepada Kerajaan.
4. Selain memenuhi kehendak perundangan, saya berharap laporan ini dapat dijadikan
asas untuk memantapkan lagi tadbir urus korporat dalam usaha mengamalkan integriti
dan ketelusan dalam pengurusan syarikat bagi mengurangkan pemborosan, pembaziran
dan penyelewengan wang awam.
Ketua Audit Negara
Malaysia
Putrajaya
7 Ogos 2020
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 B - 1B - 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Penutup
Penutup
AKRONIM
B-2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Penutup
AKRONIM
3D 3 Dimensi
ABI
ABM Agro-Biotechnology Institute Malaysia
AFTAAS
ALM Akademi Binaan Malaysia
ALP
AmanahRaya Tetuan Afrizan Tarmili Khairul Azhar
AmanahRaya Capital
AmanahRaya Development Asset Liability Management
APMM
ARF Ahli Lembaga Pengarah
BAD
Amanah Raya Berhad
BCIC
AmanahRaya Capital Sdn. Bhd.
BEP
AmanahRaya Development Sdn. Bhd.
BFIC
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
BIC
BIM Animal Research Facility
BITM
BNM Bahagian Audit Dalam
Komuniti Komersial dan Perindustrian Bumiputera/
BOT Bumiputera Commercial and Industrial Community
Best Exporters Programme
BPIM Jawatankuasa Lembaga Pembiayaan dan Pelaburan/
BPMB Board Financing and Investment Committee
CBO Biotechnology Incubation Centre
CBS
Building Information Modelling
CC
Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad
CCD
CCP Bank Negara Malaysia
CCTV Lembaga Pemegang Amanah NIBM/
CEDAR Board of Trustee NIBM
Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
CIDB
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
CIDBEC
Chief Banking Officer
CIO
Core Banking System
CITP Commercialisation Committee/
Jawatankuasa Pengkomersialan
CNC Continuous Contractor Development
COL
COVID-19 Career Comeback Programme
CPC Closed-circuit Television
Centre for Entrepreneur Development and Research
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/
Construction Industry Development Board Malaysia
CIDB E-Construct Services Sdn. Bhd.
Ketua Pegawai Inovasi/
Chief Innovation Officer
Program Transformasi Industri Pembinaan/
Construction Industry Transformation Programme
Computer Numerical Control
Critical Occupations List
Coronavirus Disease 2019
Sijil Perakuan Siap Kerja/
Certificate of Practical Completion
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 C -C1- 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019A kSriroin1i m
Akronim
CREAM Construction Research Institute of Malaysia
DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
DCR Resolusi Lembaga Pengarah
DE
Geran Pembangunan/
DFI Development Expenditure
DKN 2030 Institusi Kewangan Pembangunan/
Development Financial Institution
Dasar Keusahawanan Negara 2030
DSTIN Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara
ECL
EOT Expected Credit Loss
EPC
EPU Tempoh Lanjutan Masa/
Extension of Time
ETP
Entrepreneur Premises Complex
EXCO
Unit Perancang Ekonomi/
F&B Economic Planning Unit
FRGS Program Transformasi Ekonomi/
GDV Economic Transformation Programme
GMC Jawatankuasa Eksekutif/
GMP Executive Committee
Makanan dan Minuman/
GNI Food and Beverages
GPS
Green Book Fundamental Research Grant Scheme
GTCI
HRDF Nilai Pembangunan Kasar/
IBS Gross Development Value
IBS Group Management Committee
ICT
IIC Amalan Pengilangan Yang Baik/
IT Good Manufacturing Practice
iPHARM Pendapatan Negara Kasar/
Gross National Income
Global Positioning System
The Green Book – Enhancing Board Effectiveness
Global Talent Competitiveness Index
Pembangunan Sumber Manusia Berhad/
Human Resource Development Fund
Industrialised Building System
Islamic Banking Scheme
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/
Information and Communication Technology
Innovation Incubation Centre
Teknologi Maklumat/
Information Technology
Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals
IR4.0 Revolusi Industri 4.0
ISO International Organization for Standardization
JAR Jawatankuasa Audit dan Risiko
JARI Jawatankuasa Audit, Risiko dan Integriti
JAS Jabatan Alam Sekitar
JIM Jabatan Imigresen Malaysia
JKA Jawatankuasa Audit
JKAR Jawatankuasa Audit dan Risiko
JKKP Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
JKPTG Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
C - 2C - 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
LAapk rooranni mK etua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
JKR Jabatan Kerja Raya
JPA
JPDT Jabatan Perkhidmatan Awam
JPM
JWC-E Jabatan Pengurusan Dana Tertangguh
KDN
KDNK Jabatan Perdana Menteri
KKM
KNOWMADS Joint Working Committee – Expatriate
KPDNHEP
Kementerian Dalam Negeri
KPE
Keluaran Dalam Negara Kasar
KPI
Kementerian Kesihatan Malaysia
KPT
KSM Knowledge Malaysian Diaspora
KWB
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
LAD Ketua Pegawai Eksekutif/
Chief Executive Officer
LOD Petunjuk Prestasi Utama/
MAI Key Performance Indicator
MATTA Kementerian Pengajian Tinggi
MBPP
MCCG Kementerian Sumber Manusia
MDEC
MEDAC Kumpulan Wang Bersama
Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan/
MESTECC Liquidated and Ascertained Damages
Letter of Demand
MFRS MyASEAN Internship
MGI Malaysian Association of Tour and Travel Agents
MIGHT
MIMOS Majlis Bandaraya Pulau Pinang
MITA
MITI Malaysian Code on Corporate Governance
MKD
Perbadanan Pembangunan Multimedia
MKD Handbook
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
MOA Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim
MOF Malaysian Financial Reporting Standards
MOSTI
Malaysia Genome Institute
MOU
Malaysian Industry-Government Group for High Technology
MSC
MSI Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia
MSTB
MSTH Malaysian Inbound Tourism Association
MYXpats
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri Kewangan (Diperbadankan)
Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan
(Diperbadankan)
Memorandum Persetujuan/
Memorandum of Agreement
Kementerian Kewangan Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Memorandum Persefahaman/
Memorandum of Understanding
Multimedia Super Corridor
MOSTI Social Innovation
Malaysian Software Testing Board
Malaysia Software Testing Hub
Malaysia Expatriate Services Centre Sdn. Bhd.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 C -C3- 3
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019A kSriroin1i m
Akronim
NBeS National BIM eSubmission
NEXT
Nurturing Expert Talent
NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan/
Non-Governmental Organisation
NIBM National Institute of Biotechnology Malaysia
Bidang Ekonomi Utama Negara/
NKEA National Key Economic Areas
Natural Product and Drug Discovery Centre
NPDC
NPF Non-Performing Financing
Bahagian Regulatori Farmasi Negara/
NPRA National Pharmaceutical and Regulatory Authority
Newton-Ungku Omar Fund
NUOF Minyak dan Gas/
Oil & Gas
O&G Kadar Pengisian Bilik/
Occupancy Rate
OCC Geran Mengurus/
Operating Expenditure
OE Orang Kelainan Upaya
OKU Pihak Berkuasa Tempatan
PBT Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan/
Performance Management and Delivery Unit
PEMANDU Perusahaan Kecil dan Sederhana
PKS Performance Measurement Framework
PMF
PR1MA Perbadanan PR1MA Malaysia
PTP
PUK Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
R&D Pengarah Urusan Kumpulan
Penyelidikan dan Pembangunan/
RC Research & Development
Pusat Wilayah/
REIT Regional Centre
REP Real Estate Investment Trust
RIB
RMKe-10 - RP5 Returning Expert Programme
RMKe-11
RMKe-11 - RP1 Research and Innovation Bridges
RMKe-11 - RP2
RP-T Rancangan Malaysia Kesepuluh Rolling Plan 5
RWCR
Rancangan Malaysia Kesebelas
SAP
Rancangan Malaysia Kesebelas Rolling Plan 1
SAP
SATK Rancangan Malaysia Kesebelas Rolling Plan 2
SBMJ
SIP Residence Pass-Talent
SME Bank
SOP Risk-Weighted Capital Ratio
SOPP Panel Penasihat Saintifik/
Scientific Advisory Panel
Systems Application and Products
Surat Akuan Tarikh Kembali
Syarikat Berhad Menurut Jaminan
Structured Internship Programme
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad
Standard Operating Procedures
Standard Operating Policies and Procedures
C - 4C - 4 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
LAapk or oranni mK etua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Akronim
SPPII Sistem Pemantauan Projek II
Syarikat Bertujuan Khas/
SPV Special Purpose Vehicles
BNM Special Relief Facility 2015
SRF15 Suruhanjaya Syarikat Malaysia
SSM Scholarship Talent Attraction and Retention
STAR Science, Technology, Engineering and Mathematics
STEM Sains, Teknologi dan Inovasi
STI Sistem Wasiat Amanah Pusaka
SWAP Talent Corporation Malaysia Berhad
TalentCorp TERAJU Bumiputera Corporation
TERAJU Lembaga Tabung Haji
TH TH Hotel Pulau Pinang
THHP TH Hotel & Residence Sdn. Bhd.
THHR TH Hotel Kelana Jaya
THKJ TH Hotel Kota Kinabalu
THKK THP Sinar Sdn. Bhd.
THPS TH Universal Builders Sdn. Bhd.
THUB Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.
TPM Unit Audit Dalam
UAD UDA Holdings Berhad
UDA UJ Property Management Sdn. Bhd.
UJPM Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.
UJSB UDA Land East Sdn. Bhd.
ULESB UDA Land North Sdn. Bhd.
ULNSB UDA Land South Sdn. Bhd.
ULSSB Universiti Malaysia Pahang
UMP Universiti Malaysia Sabah
UMS Universiti Malaysia Perlis
UNIMAP Universiti Sains Malaysia
USM Universiti Teknologi Malaysia
UTM Work-Life Practices
WLP
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 C -C5- 5
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019A kSriroin1i m
Akronim
DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
KUALA LUMPUR, 2020
www.printnasional.com.my
email: [email protected]
Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773
www.audit.gov.my JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
ARAS 1-9, BLOK F2 & F3, KOMPLEKS F
LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62000 PUTRAJAYA