3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini melibatkan sembilan (9) aspek amalan tadbir urus korporat
termasuk pengurusan kewangan bagi tempoh tahun 2016 hingga bulan Februari 2020.
Bagi pengurusan aktiviti, pengauditan dijalankan terhadap pengurusan program latihan
dan akreditasi BIM yang dilaksanakan bagi tempoh tahun 2016 hingga bulan Februari
2020. Berdasarkan penilaian risiko, aktiviti pengurusan program latihan dan akreditasi
BIM dipilih kerana ia merupakan aktiviti utama syarikat dan memberi impak kepada
industri pembinaan Malaysia. Aktiviti ini juga selaras dengan program CITP 2016-2020.
Selain itu, program latihan dan akreditasi BIM juga menyokong perkembangan Revolusi
Industri 4.0 (IR4.0).
3.2. Dua (2) bidang utama yang dinilai bagi pengurusan aktiviti ialah prestasi
pengurusan program latihan dan akreditasi BIM serta pelaksanaan aktiviti tersebut. Bagi
prestasi aktiviti, dua (2) perkara yang dinilai ialah pencapaian output dan outcome.
Manakala lima (5) perkara yang dinilai dalam pelaksanaan aktiviti utama syarikat ialah
prestasi perbelanjaan geran, pengurusan pengambilan peserta, pengurusan akreditasi,
pentauliahan latihan BIM dan pengurusan satelit myBIM. Selain aktiviti utama, aspek lain
yang dinilai ialah prestasi pengurusan kutipan hutang. Aspek kedudukan kewangan pula
meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2016, 2017 dan 2018.
3.3. Pengauditan telah dijalankan di pejabat CIDBEC yang terletak di Pejabat
Pengurusan MyBIM Centre, Menara Sunway Putra, Kuala Lumpur. Manakala lawatan
fizikal telah dilaksanakan di sembilan (9) satelit myBIM yang terletak di Akademi Binaan
Malaysia (ABM) Wilayah Selatan, ABM Wilayah Tengah, ABM Sarawak, ABM Wilayah
Utara, ABM Wilayah Timur, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Swinburne,
Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang.
4. METODOLOGI PENGAUDITAN
4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang
dikemukakan oleh pengurusan CIDBEC serta menganalisis data berkaitan. Lawatan ke
satelit myBIM juga dilaksanakan pada bulan Januari dan Februari 2020 berdasarkan
sampel yang terpilih. Sampel satelit dipilih berdasarkan pencapaian sebenar jumlah
peserta program latihan dan akreditasi BIM pada tahun 2019 bagi menilai perbelanjaan
geran, kemudahan pusat latihan BIM dan pematuhan terhadap Standard Operating
Procedures (SOP). Perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat juga telah
dijalankan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
LapLoarpaonraKneKteutauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 33- -55
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveicseSs dSnd. nB. hBdh. d.
4.2. Bagi kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan berdasarkan penyata
kewangan CIDBEC yang telah diaudit oleh Tetuan Afrizan Tarmili Khairul Azhar (AFTAAS)
bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018. Penilaian ini melibatkan analisis trend pendapatan,
perbelanjaan dan untung rugi; analisis trend aset dan liabiliti; analisis nisbah kewangan
serta analisis aliran tunai.
5. RUMUSAN AUDIT
5.1. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2019 hingga Februari 2020
merumuskan perkara berikut:
a. Tadbir Urus Korporat
Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat CIDBEC adalah memuaskan.
Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu penambahbaikan dalam aspek
pelantikan Pengerusi, komposisi dan Piagam Lembaga Pengarah, peranan
Setiausaha Syarikat, pematuhan SOP, keahlian Jawatankuasa Audit, fungsi Audit
Dalam serta penubuhan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. Ini adalah
supaya selaras dengan amalan tadbir urus korporat yang disarankan.
b. Pengurusan Aktiviti
i. Prestasi Aktiviti Program Latihan dan Akreditasi BIM
Pencapaian Output
Secara keseluruhannya, pengurusan aktiviti syarikat berada pada tahap
yang cekap bagi tahun 2017 dan 2018 dengan pencapaian Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) 100% dan 196.3% masing-masing. Namun,
pencapaian sebenar pada tahun 2016 dan 2019 tidak mencapai sasaran
yang ditetapkan.
Pencapaian Outcome
Penggunaan BIM di Malaysia pada tahun 2019 menunjukkan peningkatan
sebanyak 31.3% berbanding tahun 2015. Peratus penggunaan BIM
tertinggi adalah di negeri Selangor. Edaran soal selidik mendapati peserta
program latihan dan akreditasi BIM memberi penilaian yang tinggi
terhadap kriteria kursus, tenaga pengajar dan kemudahan pusat latihan
pada tahun 2019.
3 -36- 6 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
ii. Pelaksanaan Aktiviti Program Latihan dan Akreditasi BIM
Pengambilan peserta dalam bidang arkitek, kejuruteraan dan pembinaan
didapati belum mencapai tahap kecekapan yang tinggi berdasarkan peratus
pengambilan peserta. Berdasarkan 530 sampel peserta, 67.5% peserta
merupakan pekerja dalam bidang arkitek, kejuruteraan dan pembinaan.
Pengurusan Akreditasi telah dilaksanakan dengan berkesan. Hanya 12.6%
tidak mematuhi Manual Prosedur Pentauliahan Latihan BIM. Program
pentauliahan latihan BIM telah diuruskan dengan kurang cekap berbanding
sasaran CITP 2016–2020. Hanya 53.4% peserta berjaya dilatih dan
diakreditasi bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019. Pengurusan satelit myBIM
didapati tidak cekap berdasarkan pencapaian sebenar peserta yang dilatih,
pengurusan kutipan yuran latihan dan tuntutan subsidi. Satelit myBIM hanya
melatih 54.3% berbanding 600 peserta yang disasarkan pada tahun 2019.
c. Kedudukan Kewangan
Kedudukan kewangan CIDBEC berada pada tahap kukuh. CIDBEC mencatatkan
keuntungan sebelum cukai bagi tiga (3) tahun berturut-turut. Jumlah aset
melebihi jumlah liabiliti yang menunjukkan syarikat mampu untuk menampung
obligasinya. Baki tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun 2018 berjumlah
RM7.83 juta.
5.2. Penemuan utama Audit yang perlu diberi perhatian dan tindakan adalah seperti
berikut:
i. surat lantikan Pengerusi Lembaga Pengarah tidak dinyatakan tempoh jawatan
serta tugas dan tanggungjawab; kesemua ahli Lembaga Pengarah berstatus
bukan bebas dan bukan eksekutif; Piagam Lembaga Pengarah belum diluluskan;
Setiausaha Syarikat tidak memainkan peranan sepenuhnya dalam menasihati
Lembaga Pengarah; ketidakpatuhan terhadap SOP; keahlian Jawatankuasa Audit
berstatus tidak bebas dan tiada latar belakang kewangan; tiada pengauditan
dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam pada tahun 2017 dan 2019 serta
Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan tidak ditubuhkan;
ii. pencapaian output jumlah peserta dilatih bagi tahun 2016 dan 2019 tidak
mencapai sasaran yang ditetapkan;
iii. pengambilan peserta program latihan dan akreditasi BIM hanya merangkumi
67.5% peserta dalam bidang arkitek, kejuruteraan dan pembinaan;
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- 7- 7
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
iv. bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019, hanya 53.4% daripada keseluruhan peserta
berjaya dilatih dan diakreditasi; dan
v. pencapaian sebenar peserta yang dilatih di satelit myBIM gagal mencapai sasaran
bilangan peserta yang ditetapkan. Pengurusan kutipan yuran latihan dan tuntutan
subsidi tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
6. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT
Perkara yang ditemui dan maklum balas CIDBEC telah dibincangkan dalam exit
conference pada 10 Jun 2020 serta pengesahan fakta melalui confirmatory letter diterima
daripada CIDBEC bertarikh 6 Ogos 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan yang
dinyatakan dalam rumusan Audit adalah seperti berikut:
6.1. Tadbir Urus Korporat
6.1.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan
kecekapan dalam mencapai objektifnya. Ia membolehkan operasi syarikat diurus
dengan lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Sebagai subsidiari CIDB,
pengurusan CIDBEC perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan
di bawah Akta Syarikat 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perlembagaan
Syarikat, SOP serta peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Selain itu, rujukan boleh
dibuat terhadap amalan terbaik daripada Malaysian Code on Corporate Governance
(MCCG) 2017, The Green Book - Enhancing Board Effectiveness April 2006
(Green Book), Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan
(Diperbadankan) Disember 2014 (MKD Handbook) dan panduan tadbir urus mengenai
fungsi Audit Dalam daripada Chartered Institute of Internal Auditors.
6.1.2. Pengurusan CIDBEC diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif bersama
empat (4) pegawai kanan iaitu Pengurus Operasi, Pengurus Pembangunan
Perniagaan, Pengurus Projek serta Pengurus Kanan Sumber Manusia, Pentadbiran dan
Kewangan. Sehingga 29 Februari 2020, CIDBEC mempunyai 33 kakitangan. Struktur
organisasi pengurusan CIDBEC setakat 29 Februari 2020 adalah seperti dalam
Carta 2 manakala fungsi setiap jabatan adalah seperti dalam Jadual 1.
3 -38- 8 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
CARTA 2
STRUKTUR ORGANISASI CIDBEC PADA 29 FEBRUARI 2020
Sumber: Carta Organisasi, CIDBEC
NAMA JABATAN JADUAL 1
Operasi FUNGSI SETIAP JABATAN DI CIDBEC
Pembangunan FUNGSI
Perniagaan
Mengkoordinasi aktiviti bagi setiap projek yang terlibat serta merancang strategi dan
Pengurusan Projek melaksanakan pelan tindakan bagi operasi projek.
Sumber Manusia,
Pentadbiran dan Menyenggara sistem dan laman sesawang.
Kewangan Mengurus fasiliti dan aset pusat myBIM dan pejabat CIDBEC (perkakasan, perisian,
server dan kelengkapan pejabat).
Penyediaan laporan berkaitan dengan Unit Operasi.
Mengurus helpdesk Pusat myBIM.
Merancang aktiviti pemasaran berdasarkan rancangan organisasi.
Bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan organisasi dalam melaksanakan pelbagai
program mengikut keperluan setiap jabatan dan organisasi.
Menyebarkan maklumat yang tepat, betul dan mencukupi kepada sasaran.
Melaporkan dan mendokumen semua aktiviti dan statistik.
Pemasaran
Menyediakan cetakan, mengelola dan mengagihkan bahan promosi berkaitan
latihan.
Merancang, menyedia, mengelola dan menyiapkan aktiviti promosi seperti yang telah
dirancang oleh syarikat.
Mengumpul dan menyebar maklumat daripada pelbagai sumber dan sasaran
berdasarkan hala tuju strategi syarikat.
Menyediakan sokongan dan bantuan dalam menjana pendapatan seperti yang
dikehendaki oleh syarikat.
Latihan
Merancang, menyedia, mengurus serta mengelola latihan dan akreditasi.
Mengurus serta menyenggara pusat latihan yang disediakan serta memastikan
kemudahan yang disediakan mencukupi dan berkualiti.
Merancang dan memperoleh pelanggan untuk memaksimumkan kapasiti latihan.
Bekerjasama dengan jurulatih, organisasi latihan, agensi Kerajaan dan mana-mana
organisasi lain untuk memastikan latihan dan akreditasi yang disediakan setaraf atau
lebih baik daripada pasaran.
Menyokong pengurusan projek.
Menyelidik dan memberi bantuan keperluan perniagaan.
Memastikan penghantaran semua obligasi kontrak tepat pada waktunya.
Kawalan bajet.
Pentadbiran kontrak.
Sumber Manusia
Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi, berkualiti dan berintegriti dengan
bilangan kakitangan mengikut keperluan perjawatan yang ditetapkan.
Memberi peluang kepada kakitangan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan kemajuan.
Melahirkan kakitangan yang berkualiti, kompeten, berdisiplin dan berintegriti.
Memastikan urusan pembayaran gaji dan bayaran berkanun Kerajaan diuruskan
dengan cekap dan berkesan.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -9 9
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
NAMA JABATAN FUNGSI
Pentadbiran
Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti pentadbiran dengan cekap, tepat dan
sempurna.
Mengurus semua perkara yang berkaitan dengan mesyuarat.
Kewangan
Merancang, melaksana dan mengurus kewangan syarikat secara cekap, ekonomik
dan dibelanjakan secara optimum.
Memastikan pengurusan kewangan dan akaun dilaksanakan mengikut Akta Prosedur
Kewangan, pekeliling kewangan dan pekeliling berkaitan.
Sumber: Jabatan Sumber Manusia, CIDBEC
6.1.3. Berdasarkan artikel penubuhan syarikat, Lembaga Pengarah hendaklah tidak
kurang daripada dua (2) orang dan tidak lebih daripada 15 orang. Sehingga
29 Februari 2020, CIDBEC mempunyai enam (6) Lembaga Pengarah termasuk
Pengerusi. Komposisi Lembaga Pengarah CIDBEC adalah kesemua ahli berstatus
bukan bebas dan bukan eksekutif. Lembaga Pengarah juga telah menubuhkan tiga (3)
jawatankuasa di peringkat Lembaga Pengarah iaitu Jawatankuasa Sebut Harga,
Jawatankuasa Tender dan Jawatankuasa Audit.
6.1.4. Semakan Audit mendapati CIDBEC hanya mengamalkan dua (2)
daripada sembilan (9) aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu
Ketua Pegawai Eksekutif serta Pelan Strategik dan KPI. Bagaimanapun,
tujuh (7) aspek amalan terbaik tadbir urus korporat yang lain didapati tidak diamalkan
sepenuhnya iaitu aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, SOP,
Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.
Penemuan Audit diterangkan dalam perenggan berikut:
a. Pengerusi
i. Berdasarkan Seksyen 212 Akta Syarikat 2016 dan MCCG 2017 amalan 1.2,
Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah dilantik di kalangan ahli Lembaga
Pengarah dan tempoh jawatan hendaklah ditetapkan.
ii. Pihak Audit mendapati surat pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah CIDBEC
bertarikh 16 Mac 2016 dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif CIDB. Pelantikan
tersebut telah diluluskan melalui Resolusi Lembaga Pengarah bertarikh
7 April 2016. Bagaimanapun, semakan lanjut Audit mendapati surat
lantikan tersebut tidak menyatakan tempoh jawatan, tugas
dan tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh Pengerusi
Lembaga Pengarah. Ketiadaan penetapan tugas dan tanggungjawab
Pengerusi Lembaga Pengarah boleh menyebabkan Pengerusi tidak dapat
memainkan peranan sepatutnya. Pengerusi berperanan memastikan Lembaga
3 -31-010 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
Pengarah dan jawatankuasa di peringkat Lembaga Pengarah berfungsi
dengan berkesan serta menurut terma rujukan dan amalan terbaik.
iii. Berdasarkan MKD Handbook perenggan 2.2(d), Pengerusi hendaklah tidak
menganggotai jawatankuasa lain di peringkat Lembaga Pengarah syarikat
yang boleh menimbulkan konflik kepentingan. Semakan Audit terhadap Minit
Mesyuarat Lembaga Pengarah bertarikh 2 Mei 2017 mendapati Pengerusi
Lembaga Pengarah CIDBEC juga merupakan Pengerusi bagi
Jawatankuasa Tender CIDBEC. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Tender CIDBEC boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat
dan menimbulkan konflik kepentingan serta memberi kesan kepada keputusan
mesyuarat yang dibuat.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, Pengerusi Lembaga Pengarah yang dilantik
ditentukan oleh pemegang saham CIDBEC. Sehubungan itu, tempoh lantikan tidak
dinyatakan kerana lantikan bergantung kepada tempoh perkhidmatan pihak yang
dilantik. Piagam Lembaga Pengarah telah disediakan oleh CIDBEC yang turut
menyatakan tempoh dan peranan Pengerusi. Piagam tersebut telah dibentangkan
untuk kelulusan Lembaga Pengarah pada 5 Jun 2020.
Pengerusi Lembaga Pengarah CIDBEC telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Tender berkuat kuasa pada 30 April 2020.
Pendapat Tugas dan tanggungjawab Pengerusi hendaklah didokumenkan
Audit secara bertulis dan jelas bagi mengelakkan Pengerusi
mengambil tindakan atau membuat keputusan di luar bidang
kuasanya dalam melaksanakan pengawasan kolektif terhadap
hal ehwal pengurusan syarikat.
b. Lembaga Pengarah
i. Berdasarkan MCCG 2017 amalan 4.1, sekurang-kurangnya separuh daripada
komposisi Lembaga Pengarah merupakan Pengarah berstatus bebas.
Semakan Audit mendapati kesemua ahli Lembaga Pengarah CIDBEC
berstatus bukan bebas dan bukan eksekutif. Perkara ini disebabkan
oleh kesemua ahli Lembaga Pengarah CIDBEC juga merupakan pegawai CIDB.
LapLoarpaonraKneKteutauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 33- -1111
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveicseSs dSnd. nB. hBdh. d.
Keadaan ini boleh menimbulkan risiko konflik kepentingan dalam membuat
keputusan yang terikat dengan keputusan dasar dalam syarikat induk.
ii. Berdasarkan MCCG 2017 amalan 2.1 panduan 2.1, Lembaga Pengarah perlu
mempunyai Piagam Lembaga Pengarah yang jelas menyatakan peranan dan
tanggungjawab Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga Pengarah, ahli
Lembaga Pengarah secara individu dan pengurusan syarikat serta isu dan
keputusan yang tertakluk kepada Lembaga Pengarah. Semakan Audit
mendapati peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
dinyatakan dalam Perlembagaan Syarikat yang diperbadankan
pada 21 Februari 2001 namun tidak dinyatakan secara
terperinci. Pihak Audit dimaklumkan oleh Setiausaha Syarikat bahawa
Piagam Lembaga Pengarah masih dalam peringkat penyediaan.
iii. Berdasarkan MCCG 2017 amalan 2.1 dan Green Book perenggan 1.2.2,
Lembaga Pengarah hendaklah menyedia dan meluluskan terma rujukan bagi
setiap jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Lembaga Pengarah dengan
menyatakan peranan dan tanggungjawab dengan jelas. Semakan Audit
mendapati tiada terma rujukan yang telah diluluskan di
peringkat Lembaga Pengarah bagi Jawatankuasa Audit.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Piagam Lembaga Pengarah telah disedia dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah pada 5 Jun 2020. Berdasarkan perenggan 2.1.3, Lembaga Pengarah boleh
berstatus bebas tetapi ia dilantik oleh Ketua Eksekutif CIDB. Terma Rujukan
Jawatankuasa Audit juga telah disedia dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah pada 5 Jun 2020.
Pendapat Komposisi Lembaga Pengarah yang berstatus bukan bebas
Audit mewakili kepentingan CIDB sebagai agensi induk boleh
menimbulkan konflik dalam membuat keputusan untuk
syarikat.
c. Setiausaha Syarikat
i. Berdasarkan MCCG 2017 amalan 1.4, Setiausaha Syarikat berperanan
menasihati Lembaga Pengarah mengenai peranan dan tanggungjawab
mereka. Setiausaha Syarikat berperanan memantau perkembangan tadbir
3 -31-212 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
urus korporat dan membantu Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tadbir
urus untuk memenuhi keperluan Lembaga Pengarah dan jangkaan pihak
berkepentingan. Perkara D: Kod Kelakuan No. (4) dan (10) Kod Etika
Setiausaha Syarikat yang dikeluarkan SSM menyatakan Setiausaha Syarikat
seharusnya mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat dan tujuan
syarikat serta kuasa dan sekatannya seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Syarikat. Setiausaha Syarikat juga perlu membantu dan
menasihati pengarah bagi memastikan pada setiap masa syarikatnya
menyenggara suatu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyimpan
daftar dan rekod perakaunan yang sepatutnya.
ii. Semakan Audit mendapati Setiausaha Syarikat tidak melaksanakan
peranannya dalam menasihati Lembaga Pengarah berkaitan
amalan tadbir urus yang baik. Antaranya berkenaan komposisi
Lembaga Pengarah dan penyediaan Piagam Lembaga Pengarah.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Setiausaha Syarikat telah menasihati syarikat terutamanya perkara berkaitan statutori
berdasarkan Akta Syarikat dan garis panduan serta arahan rasmi daripada CIDBEC dan
CIDB. Bagaimanapun, tugas Setiausaha Syarikat terhad terutamanya bagi perkara
berkaitan operasi dan kawalan dalaman syarikat.
Peranan dan tanggungjawab Setiausaha Syarikat akan dikaji semula. Setiausaha
Syarikat juga perlu mendapatkan pandangan daripada Bahagian Dasar atau Penasihat
Undang-undang CIDB bagi perkara berkaitan tadbir urus syarikat.
Pendapat Peranan Setiausaha Syarikat dalam menasihati Lembaga
Audit Pengarah adalah tidak selaras dengan perkembangan semasa.
Peranan yang dilaksanakan sepenuhnya dapat membantu
Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tadbir urus yang
berkesan bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pihak
berkepentingan.
d. Standard Operating Procedures
i. Seksyen 246, Akta Syarikat 2016 menyatakan Pengarah bagi sebuah syarikat
awam hendaklah mempunyai suatu sistem kawalan dalaman bagi melindungi
daripada kerugian dan memastikan semua transaksi yang direkodkan adalah
betul. Manakala MKD Handbook perenggan 1.9(c), perenggan 2.2(f),
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -1313
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
perenggan 3.25 hingga 3.28 menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah
memastikan SOP merangkumi proses, prosedur dan polisi yang lengkap dan
menyeluruh terhadap aspek kewangan dan aktiviti dalam menguruskan
syarikat bagi mencapai objektifnya. Semakan semula terhadap SOP perlu
dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan dan perubahan dalam operasi
syarikat. SOP dan sebarang perubahannya perlu mendapat kelulusan
Lembaga Pengarah.
ii. Berdasarkan senarai SOP CIDBEC, sebanyak 34 SOP telah disediakan meliputi
polisi, prosedur dan arahan kerja berkaitan sumber manusia, pentadbiran dan
pembangunan, pengurusan kewangan, operasi syarikat, latihan serta
pengurusan projek. Semakan Audit terhadap minit Mesyuarat Lembaga
Pengarah bagi tahun 2016 hingga bulan Oktober 2019 mendapati hanya tujuh
(7) SOP iaitu berkaitan kewangan dan pengurusan sumber manusia
dibentangkan di peringkat Mesyuarat Lembaga Pengarah. Manakala baki
27 SOP yang lain tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga
Pengarah.
iii. Di samping itu, pihak Audit mendapati SOP kewangan yang disediakan
tidak lengkap dan menyeluruh merangkumi aktiviti utama syarikat
serta tidak merangkumi polisi kutipan hutang. Keadaan ini menyebabkan
purata tempoh kutipan hutang syarikat pada tahap tidak cekap iaitu antara
21 hari hingga 79 hari. Penemuan terperinci Audit berkaitan kutipan hutang
diterangkan dalam perenggan 6.2.3. Semakan Audit juga mendapati
pelaksanaan aktiviti syarikat tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Penjelasan lanjut diterangkan dalam perenggan 6.2.2.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Baki 27 SOP telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah pada
5 Jun 2020. Polisi kewangan berkaitan kutipan hutang juga telah diwujudkan dan
dibentangkan dalam mesyuarat yang sama.
Pendapat Penyediaan SOP kewangan CIDBEC yang lengkap dan
Audit menyeluruh serta pematuhan terhadap SOP diperlukan bagi
mengelak kelemahan seperti ketidakcekapan dalam kutipan
hutang. Penglibatan Lembaga Pengarah bagi memastikan
pematuhan SOP syarikat juga dapat membantu meningkatkan
3 -31-414 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahauhnun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
amalan tadbir urus korporat dalam menjalankan operasi
syarikat.
e. Jawatankuasa Audit
i. Berdasarkan MCCG 2017 amalan 8.5, kesemua ahli Jawatankuasa Audit (JKA)
hendaklah mempunyai pengetahuan dalam bidang kewangan dan dapat
memahami perkara di bawah bidang kuasa JKA termasuk proses pelaporan
penyata kewangan. Manakala Green Book perenggan 1.2.3 menyatakan
keanggotaan JKA hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) ahli dan tidak
melebihi empat (4) ahli sama ada di kalangan Lembaga Pengarah atau orang
luar yang memiliki kepakaran kewangan.
ii. Semakan Audit mendapati Pengerusi dan seorang ahli JKA tidak
mempunyai latar belakang kewangan. Perkara ini boleh
menyebabkan perihal kewangan tidak dibincangkan dengan mendalam.
Antaranya kelemahan berkaitan pengurusan kutipan hutang yang
dibangkitkan dalam Mesyuarat JKA bertarikh 30 Januari 2019 lambat diambil
tindakan. Isu terperinci berkaitan dengan pengurusan kutipan hutang
diterangkan dalam perenggan 6.2.3.
iii. Berdasarkan MCCG 2017 amalan 8.1 serta Green Book perenggan 1.2.3 pula,
Pengerusi JKA hendaklah Pengarah Bebas dan bukan Pengerusi Lembaga
Pengarah. Berdasarkan MCCG 2017 amalan 8.4, JKA hendaklah terdiri
daripada Pengarah Bebas sahaja. Semakan Audit terhadap keahlian JKA
CIDBEC mendapati kesemua ahli JKA merupakan pengarah bukan
bebas dan merupakan pegawai CIDB. Ketiadaan ahli bebas dalam
JKA boleh mempengaruhi ketelusan dan penilaian yang bebas terhadap proses
pelaporan kewangan syarikat.
iv. Seksyen 212 Jadual Ketiga perenggan (20) Akta Syarikat 2016 menetapkan
setiap jawatankuasa hendaklah melantik Pengerusinya dan menentukan
tatacaranya. Semakan Audit mendapati sehingga 29 Februari 2020,
tiada terma rujukan yang telah diluluskan di peringkat
Lembaga Pengarah bagi JKA. Semakan lanjut Audit terhadap minit
Mesyuarat Lembaga Pengarah bertarikh 17 Ogos 2018 mendapati Lembaga
Pengarah telah menyarankan JKA CIDBEC mengguna pakai terma dan rujukan
subsidiari CIDB yang lain iaitu Akademi Binaan Malaysia. Namun sehingga
bulan Februari 2020, terma dan rujukan tersebut masih belum disediakan dan
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -1515
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
diluluskan di peringkat Lembaga Pengarah. Ketiadaan terma rujukan tersebut
telah menyebabkan tiada penetapan terhadap perancangan jadual mesyuarat
JKA dan laporan JKA tidak dapat dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah selaras dengan amalan terbaik dalam Green Book Appendix 3.
v. Berdasarkan Chartered Institute of Internal Auditors, What Every Director
Should Know - How To Get The Most From Your Internal Audit, muka surat 5,
JKA hendaklah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Audit Dalam
sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa kehadiran pengurusan syarikat.
Pihak Audit mendapati tiada perjumpaan antara JKA dengan Ketua
Audit Dalam kerana CIDBEC tidak mempunyai Unit Audit Dalam (UAD)
dalam struktur organisasinya.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Terma Rujukan JKA telah disedia dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah
pada 5 Jun 2020. Komposisi dan keahlian JKA telah dinyatakan dalam perenggan 2.0,
Terma Rujukan JKA.
Pendapat Keahlian JKA yang berstatus bebas dan dianggotai Lembaga
Audit Pengarah yang berkelayakan penting bagi menjaga ketelusan
JKA memantau kawalan dalaman dan risiko perniagaan
syarikat.
f. Audit Dalam
i. MCCG 2017 panduan 10.1 menyatakan Audit Dalam hendaklah melaksanakan
pengauditan bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan
risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus serta menyarankan penambahbaikan
yang dapat membantu nilai tambah aktiviti syarikat.
ii. Semakan Audit mendapati fungsi Audit Dalam CIDBEC telah dijalankan oleh
UAD CIDB. Namun tiada pengauditan dilaksanakan terhadap
CIDBEC pada tahun 2017 dan 2019.
iii. Ketiadaan pengauditan terhadap syarikat menyebabkan pengesanan
kelemahan kawalan dalaman tidak dapat dilaksanakan secara berkala dan
menyeluruh terhadap aktiviti yang berisiko. Ketiadaan UAD juga menyebabkan
kelemahan aspek kewangan dan aktiviti syarikat tidak dapat dikenal pasti.
3 -31-616 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
Antara kelemahan yang ditemui semasa pengauditan ini ialah berkaitan
prestasi perbelanjaan geran, pengurusan pengambilan peserta, pengurusan
akreditasi, pentauliahan dan pengurusan satelit myBIM. Selain itu, CIDBEC
tidak menyediakan arahan bertulis/garis panduan yang jelas berkaitan kutipan
yuran untuk rujukan satelit myBIM. Penjelasan terperinci berkaitan dengan
kelemahan tersebut diterangkan dalam perenggan 6.2.2.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
CIDBEC merupakan syarikat bersaiz sederhana dengan kapasiti pekerja yang terhad.
Syarikat akan mengguna UAD CIDB bagi melaksanakan pengauditan dalaman
sekiranya perlu. Pengauditan pada tahun 2018 yang dijalankan telah merangkumi skop
semakan bagi tempoh tiga (3) tahun iaitu 2016, 2017 dan 2018. UAD CIDB akan
menjalankan pengauditan setiap tiga (3) tahun ke atas CIDBEC dengan skop
tiga (3) tahun. Pengauditan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2022 bagi skop
pengauditan tahun 2019, 2020 dan 2021.
CIDBEC akan melantik kakitangan syarikat untuk melaksanakan audit kendiri terhadap
operasi syarikat. Pengauditan tersebut akan dikoordinasi dengan UAD CIDB dan hasil
pengauditan akan dilaporkan kepada JKA secara tahunan. Perkara ini dijangka selesai
sebelum 31 Ogos 2020.
Pendapat Perancangan pengauditan yang dijalankan secara berterusan
Audit akan membantu meningkatkan keberkesanan proses
pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus serta
memberi nilai tambah terhadap aktiviti syarikat.
g. Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan
MCCG 2017 amalan 4.7 menyarankan Lembaga Pengarah menubuhkan
Jawatankuasa Pencalonan yang bertanggungjawab dalam pemilihan dan
penilaian ahli Lembaga Pengarah. Berdasarkan MCCG 2017 amalan 6.2 pula,
Jawatankuasa Imbuhan diwujudkan bagi mengkaji dan mengesyorkan perkara
berkaitan imbuhan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan syarikat.
Pemilihan Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai daripada kalangan Pengarah
Bukan Eksekutif dan majoritinya bebas serta dipengerusikan oleh Pengarah Bebas.
Pihak Audit mendapati kedua-dua jawatankuasa tersebut tidak
diwujudkan sejak penubuhan syarikat.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -1717
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 12 Jun dan 6 Ogos 2020
Penubuhan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan telah diluluskan dalam Mesyuarat
Lembaga Pengarah pada 5 Jun 2020. Surat lantikan telah dikeluarkan pada 27 Julai
2020 dan Terma Rujukan jawatankuasa telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah pada 21 Julai 2020.
Pendapat Penubuhan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dapat
Audit memastikan kawalan dalaman terhadap pelantikan ahli
Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif. Jawatankuasa ini juga mengkaji dan mengesyorkan
perkara berkaitan imbuhan Lembaga Pengarah dan pengurusan
kanan syarikat.
6.2. Pengurusan Aktiviti
Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, objektif penubuhan CIDBEC ialah mempromosikan
dan menggalakkan produktiviti dalam industri pembinaan dengan menerapkan elemen
ICT. Pihak Audit telah memilih aktiviti pengurusan program latihan dan akreditasi BIM
kerana ia merupakan aktiviti utama syarikat dan memberi impak kepada industri
pembinaan Malaysia. Aktiviti ini juga selaras dengan program Transformasi Industri
Pembinaan (CITP) 2016-2020. Program latihan dan akreditasi BIM ini juga menyokong
Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Selain aktiviti utama, aktiviti lain yang dinilai ialah prestasi
pengurusan kutipan hutang. Hasil semakan Audit terhadap aktiviti tersebut adalah seperti
berikut:
6.2.1. Prestasi Aktiviti
a. Pencapaian Output
i. Perjanjian geran bagi pelaksanaan program latihan dan akreditasi BIM antara
CIDB dengan CIDBEC, menetapkan jumlah sasaran peserta yang perlu dilatih
oleh CIDBEC seramai 2,600 peserta bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019.
Sasaran ini ditetapkan melalui empat (4) perjanjian yang berasingan pada
tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019. Namun, sasaran pada tahun 2019
dikurangkan daripada seramai 1,600 kepada 800 peserta melalui surat
pemakluman daripada CIDB kepada CIDBEC bertarikh 20 Ogos 2019. Faktor
pengurangan sasaran berdasarkan surat tersebut adalah keadaan ekonomi
yang tidak memberangsangkan. Oleh itu secara keseluruhannya, jumlah
sasaran bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019 ialah seramai 1,800 peserta.
3 -318- 18 LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraaTTaahhuunn20210919SirSii1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntrsutcrtu cSteSrveicr veisc eSsdnS.d nB.hdB.h d .
ii. Pada tahun 2017 dan 2018, CIDBEC telah mencapai sasaran yang ditetapkan
dengan pencapaian sebenar 100% dan 196.3%. Pencapaian sebenar yang
tinggi pada tahun 2018 disebabkan oleh sambutan peserta bagi kursus yang
ditawarkan oleh CIDBEC terutamanya kursus BIM Concept and Theory. Namun
sasaran CIDBEC pada tahun 2016 dan 2019 hanya mencapai
51.7% dan 69.6%. Maklumat pencapaian sebenar jumlah peserta yang
dilatih berbanding sasaran adalah seperti dalam Jadual 2.
JADUAL 2
PENCAPAIAN SEBENAR JUMLAH PESERTA YANG DILATIH
BERBANDING SASARAN BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019
TAHUN SASARAN JUMLAH PESERTA CAPAI (%)
SEBENAR
2016 300 155 51.7
2017 300 300 100
2018 400 785 196.3
2019 800 557 69.6
Sumber: Laporan Geran Pelaksanaan Program BIM, CIDBEC
iii. Menurut CIDBEC, sasaran tahun 2016 tidak dapat dicapai kerana teknologi
BIM baru diperkenalkan dalam industri pembinaan Malaysia dan penerimaan
masih di tahap yang rendah. Semakan lanjut terhadap Laporan Akhir Program
Latihan dan Akreditasi BIM 2019 mendapati sasaran latihan pada tahun 2019
tidak dicapai disebabkan kurang penyertaan daripada syarikat dalam industri
pembinaan, syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) tidak
mengiktiraf latihan BIM untuk tujuan tuntutan semula dan strategi pemasaran
yang kurang berkesan.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Pada tahun 2020, CIDBEC telah merangka beberapa strategi pemasaran dan penjualan
untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Antara strategi pemasaran dan penjualan
adalah mendaftar syarikat sebagai penyedia latihan di bawah HRDF,
memperbanyakkan promosi program latihan melalui media sosial, program seminar
atas talian, mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi modul latihan dan
menawarkan diskaun. Di samping itu, syarikat juga telah menambah kakitangan dan
menyusun semula strategi bahagian jualan dan pemasaran.
Pendapat Secara keseluruhannya, pencapaian output CIDBEC
Audit berbanding sasaran adalah cekap bagi tahun 2017 dan 2018
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriiri1 1 33- -1199
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnrsutcrtucSte Sr veircveicsesS dSnd.nB. hBdh.d.
kerana berjaya mencapai 100% dan 196.3%. Namun,
pencapaian output pada tahun 2016 dan 2019 tidak mencapai
sasaran yang ditetapkan berikutan senario industri semasa dan
kelemahan strategi pemasaran.
b. Pencapaian Outcome - Penggunaan BIM di Malaysia
i. CIDBEC tidak menetapkan sebarang pengukuran outcome bagi membolehkan
penilaian secara kualitatif terhadap pelaksanaan program latihan dan
akreditasi BIM. Bagaimanapun, pihak Audit telah meneliti kajian yang
dilaksanakan oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) bagi
menilai tahap penggunaan BIM dalam industri pembinaan Malaysia bagi
tempoh empat (4) tahun selaras dengan pelaksanaan program latihan dan
akreditasi BIM oleh CIDBEC.
ii. CREAM merupakan satu (1) daripada subsidiari CIDB. CREAM menjalankan
fungsi CIDB yang berkaitan dengan penyelidikan. Antara kajian yang telah
dilaksanakan oleh CREAM ialah penggunaan BIM di Malaysia pada tahun 2015.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji status penggunaan BIM untuk dijadikan
asas penentuan kemajuan penggunaan BIM di Malaysia. Laporan tersebut
telah dikeluarkan pada tahun 2016.
iii. Berdasarkan Laporan BIM 2016, peratus penggunaan BIM di Malaysia masih
rendah iaitu 17%. Bagaimanapun, hasil kajian tersebut juga menjangkakan
penggunaan BIM dalam industri pembinaan akan berkembang. Berdasarkan
profil demografi, kajian tersebut menjangkakan 18.6% syarikat akan
menggunakan BIM dalam tempoh satu (1) tahun, 39.3% dalam tempoh tiga
(3) tahun dan 37.5% dalam tempoh lima (5) tahun.
iv. Pada tahun 2019, CREAM telah melaksanakan satu (1) kajian lagi bagi
mengukur tahap penggunaan BIM di Malaysia. Berdasarkan Laporan BIM
2020, sehingga bulan April 2020 peratus penggunaan BIM di Malaysia adalah
48.3% dengan peratus penggunaan BIM tertinggi mengikut zon ialah di zon
tengah. Manakala negeri Selangor menunjukkan peratus penggunaan BIM
tertinggi berbanding negeri lain di Malaysia iaitu 34.4%. Keputusan ini
menunjukkan peningkatan dalam kadar penggunaan BIM di Malaysia.
Pendapat Penggunaan BIM di Malaysia menunjukkan perkembangan yang
Audit baik kerana terdapat peningkatan dalam penggunaan BIM
sebanyak 31.3% dalam tempoh empat (4) tahun. Peningkatan
3 -32-020 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
ini selaras dengan objektif penubuhan CIDBEC untuk
mempromosi dan menggalakkan produktiviti dalam industri
pembinaan dengan menerapkan elemen ICT.
c. Pencapaian Outcome - Penilaian Terhadap Program Latihan
dan Akreditasi BIM
i. Bagi menilai keberkesanan program latihan dan akreditasi BIM, Unit Latihan
CIDBEC menyediakan borang maklum balas atas talian bagi mendapatkan
maklum balas peserta mulai bulan Januari 2019. Kriteria soal selidik tersebut
antaranya berkenaan kursus, tenaga pengajar dan kemudahan pusat latihan.
ii. Hasil soal selidik tersebut telah dilaporkan secara bulanan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pentauliahan Program Sektor Pembangunan Teknologi,
Program Latihan BIM. Semakan Audit mendapati seramai 448 (80.4%) peserta
telah menjawab soal selidik tersebut berbanding 557 jumlah keseluruhan
peserta tahun 2019.
iii. Analisis Audit terhadap laporan maklum balas peserta latihan bagi tempoh
bulan Januari hingga November 2019 mendapati majoriti peserta latihan BIM
memberi skala cemerlang dan baik bagi kriteria kursus, tenaga pengajar dan
kemudahan pusat latihan. Bagi kriteria kursus, 58.7% dan 38.2% daripada
jumlah peserta memberi skala cemerlang dan baik. Manakala bagi kriteria
tenaga pengajar, 67.6% dan 28.8% daripada jumlah peserta memberi skala
cemerlang dan baik. Bagi kriteria kemudahan pusat latihan, 72.8% dan
22.8% peserta memberi skala cemerlang dan baik.
Pendapat Aktiviti latihan dan akreditasi BIM yang dilaksanakan oleh
Audit CIDBEC adalah berkesan. Secara keseluruhannya peserta
memberi penilaian yang tinggi terhadap kriteria kursus, tenaga
pengajar dan kemudahan pusat latihan.
6.2.2. Pelaksanaan Aktiviti
BIM merupakan proses mereka bentuk berasaskan model pintar 3 Dimensi (3D) yang
membolehkan pekerja profesional dalam seni bina dan pembinaan untuk merancang,
mereka bentuk, membina serta mengurus bangunan dan infrastruktur dengan cekap.
Bagi mencapai inisiatif P4, satu (1) pusat rujukan ditubuhkan bagi membantu
pembangunan dan penggunaan BIM. Antara inisiatif P4 adalah melatih dan
mengakreditasi minimum 1,000 peserta, menubuhkan Pusat myBIM, membangunkan
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -2121
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
perpustakaan objek BIM dan menubuhkan portal rujukan BIM secara online. Pihak
Audit telah memilih program latihan dan akreditasi BIM untuk diaudit. Semakan Audit
terhadap aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
a. Prestasi Perbelanjaan Geran
i. Berdasarkan perjanjian program antara CIDB dan CIDBEC, sehingga
31 Disember 2019 CIDB telah memperuntukkan sejumlah RM42.35 juta
kepada CIDBEC melalui 65 geran untuk melaksanakan operasi syarikat dalam
program peningkatan ICT dan BIM. Peruntukan ini termasuk 20% kos
pengurusan kepada CIDBEC. Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah
RM33.91 juta (80.1%) telah dibelanjakan bagi tempoh tahun 2016 hingga
2019. Butiran jumlah geran yang diterima dan dibelanjakan bagi tempoh
tersebut adalah seperti dalam Jadual 3.
JADUAL 3
GERAN YANG DITERIMA DAN DIBELANJAKAN
BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2019
BILANGAN GERAN GERAN PERATUS
BELANJA
TAHUN GERAN DITERIMA DIBELANJAKAN
2016 (%)
DITERIMA (RM Juta) (RM Juta) 112.7
7 4.58 *5.16 100
2017 20 8.04 8.04 67.6
2018 19 20.12 13.6 74
2019 19 9.61 7.11 80.1
JUMLAH 65 42.35 33.91
Sumber: Bahagian Kewangan, CIDBEC
Nota: (*) - Lebihan Perbelanjaan Menggunakan Sumber Pendapatan Lain Syarikat
ii. Sehingga 31 Disember 2019, semakan Audit terhadap prestasi perbelanjaan
geran CIDBEC mendapati sebanyak 54 geran (83.1%) telah dibelanjakan
sepenuhnya. Empat (4) geran pula mempunyai baki berjumlah RM6.46 juta
selepas program tamat dan telah dipulangkan kepada CIDB berikutan
penjimatan kos, penamatan program oleh CIDB dan program tidak mendapat
sambutan atas faktor ekonomi. Manakala tujuh (7) geran masih belum
dibelanjakan sepenuhnya. Butiran lanjut bagi tujuh (7) geran yang
masih belum dibelanjakan sepenuhnya adalah seperti dalam Jadual 4.
3 -32-222 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
JADUAL 4
MAKLUMAT GERAN BELUM DIBELANJAKAN SEPENUHNYA
SEBAB BELUM
BIL. PROGRAM DIBELANJAKAN SEBAB PELANJUTAN MASA
SEPENUHNYA
Menaik Taraf
1. Prototaip Sistem Tarikh siap pada Tidak Berkaitan
IBS Virtual 30 Jun 2020
Warehouse
Program Skim
2. Insentif Tarikh siap pada Tidak Berkaitan
Transformasi BIM 14 November 2020
2019
Pembangunan Pelanjutan Masa Penglibatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
30 Jun 2020 (JBPM) adalah tidak memberangsangkan. Kesukaran
3. NBeS Fasa II
Keperluan Bomba mendapatkan tarikh mesyuarat bagi sesi penerangan
NBeS kepada pihak JBPM.
Penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf
Pembangunan bandaraya adalah tidak memberangsangkan.
Kesukaran mendapatkan tarikh mesyuarat sesi
4. NBeS Bagi Pihak Pelanjutan Masa penerangan NBeS kepada Datuk Bandar yang terlibat.
Berkuasa Tempatan 30 Jun 2020
Hanya satu (1) PBT yang telah bersetuju untuk
Bertaraf Bandaraya melaksanakan inisiatif NBeS pada tahun 2019 iaitu
Dewan Bandaraya Kuching Utara.
Terdapat beberapa perkara tidak dapat disiapkan pada
Pelaksanaan Aktiviti Pelanjutan Masa 2019 iaitu:
26 Februari 2020 Tiga (3) video pendek Pusat myBIM.
5. Promosi Pusat
myBIM 2019 Bahan pameran model 3D.
Video myBIM Library.
Kelewatan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk
Program menghantar spesifikasi komponen kepada
modeller.
Penambahan Kelewatan menerima maklum balas untuk
semakan komponen daripada JKR.
6. Komponen BIM Pelanjutan Masa Modeller tidak dapat menyiapkan keseluruhan
(Bomba dan 31 Januari 2020 model komponen sebelum 31 Disember 2019
disebabkan kesuntukan masa kerana lewat
Jabatan Kerja
Raya)
menerima spesifikasi objek.
Terdapat perubahan tajuk projek dan skop kerja
hasil daripada pembentangan kemajuan kerja
Pembangunan BIM Pelanjutan Masa semasa Mesyuarat Kemajuan Kerja Bagi Projek
7. Legal Guide – 29 Februari 2020 Melebihi RM500,000 Bilangan 3 Tahun 2019
1st Edition bertarikh 20 November 2019.
Terdapat penambahan serta pembetulan pada
skop kerja dan cara penulisan (write-up) secara
keseluruhan.
Sumber: Bahagian Kewangan, CIDBEC
Nota: NBeS – National BIM eSubmission
IBS – Industrialised Building System
iii. Semakan lanjut Audit mendapati CIDB telah meluluskan pelanjutan masa bagi
geran yang terlibat tanpa kos tambahan. Pelanjutan masa akan menyebabkan
program tidak dapat dimanfaatkan bagi mencapai objektif program mengikut
tempoh yang dirancang.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Setakat 31 Mei 2020, dua (2) daripada geran yang masih belum dibelanjakan
sepenuhnya telah mendapat kelulusan pelanjutan masa kali kedua sehingga
30 Jun 2021. Tiga (3) geran telah dibelanjakan sepenuhnya pada 31 Januari 2020,
20 Februari 2020 dan 29 Februari 2020.
LapLoarapnoraKnetKueatuAauAduitdiNt eNgeagraaraTTaahhuunn22001199 SSiirrii11 33--2233
C I CDIBDBE - CE-oCnosnt rsutrcutctS eSrevrivcieces sS Sd dnn. .BBhhdd. .
Pendapat Geran yang diterima telah dibelanjakan dengan berhemat.
Audit Sebanyak 83.1% telah dibelanjakan sepenuhnya bagi mencapai
objektif penubuhannya dan terdapat 3.1% penjimatan geran.
b. Pengurusan Pengambilan Peserta
i. Berdasarkan skop kerja dalam perjanjian geran bagi pelaksanaan program
latihan dan akreditasi antara CIDB dan CIDBEC, CIDBEC perlu melatih pekerja
industri pembinaan dalam pelbagai modul yang dijalankan.
ii. Pihak Audit telah menjalankan semakan terhadap latar belakang pekerjaan
peserta bagi tahun 2018 dan 2019 di pusat myBIM dan sembilan (9) satelit
myBIM. Semakan ini bagi menentukan sama ada peserta yang menyertai
program latihan dan akreditasi BIM terdiri daripada pekerja industri
pembinaan. Namun semakan tidak dapat dijalankan terhadap peserta tahun
2016 dan 2017 kerana borang permohonan program pentauliahan latihan BIM
belum digunakan pada tahun tersebut. Semakan dijalankan terhadap
530 sampel peserta (53.9%) daripada jumlah keseluruhan 984 peserta (kursus
modeller) pada tahun 2018 dan 2019 termasuk sembilan (9) sampel peserta
yang merupakan peserta bukan warganegara Malaysia.
iii. Semakan Audit mendapati 358 peserta (67.5%) terdiri daripada pekerja dalam
bidang arkitek, kejuruteraan dan pembinaan. Manakala 117 peserta
(22.1.%) daripada bidang pendidikan, 15 peserta (2.8%)
merupakan pelajar dan 11 peserta (2.1%) daripada bidang
lain. Pihak Audit tidak memperoleh maklumat pekerjaan bagi 29 peserta
(5.5%) kerana tiada maklumat berkenaan dalam borang pentauliahan.
iv. Temu bual Audit dengan pegawai CIDBEC dan ABM mendapati peserta yang
mempunyai latar belakang selain pekerja profesional dalam industri
pembinaan juga dibenarkan menyertai program latihan dan akreditasi BIM.
Penyertaan peserta dari bidang selain industri pembinaan ini mempengaruhi
peratusan peserta lulus dalam ujian kompetensi. Maklumat lanjut mengenai
pentauliahan BIM diterangkan dalam perenggan 6.2.2.d. Semakan Audit
terhadap keputusan ujian kompetensi bagi 11 peserta yang mempunyai
latar belakang selain daripada pekerja profesional dalam
industri pembinaan mendapati hanya empat (4) peserta lulus
dalam ujian kompetensi seperti dalam Jadual 5.
3 -32-424 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
JADUAL 5
KEPUTUSAN UJIAN KOMPETENSI
BAGI PESERTA DARI BIDANG SELAIN INDUSTRI PEMBINAAN
PESERTA PEKERJAAN/BIDANG KEPUTUSAN UJIAN MARKAH
KOMPETENSI (%)
Peserta 1 Decor paint Gagal 35
Peserta 2 Kerani Gagal 15
Peserta 3 Pengangkutan/pemandu lori Gagal 0
Peserta 4 Kerani Gagal 32
Peserta 5 Seni layar Gagal 55
Peserta 6 Pengusaha rumah inap Gagal 30
Peserta 7 Penyelia pengeluaran Gagal 56
Peserta 8 Kerani akaun Lulus 71
Peserta 9 Pereka grafik Lulus 93
Peserta 10 Penyelidik Lulus 96
Peserta 11 Pembantu eksekutif Lulus 83
Sumber: Unit Latihan, CIDBEC
v. Bagaimanapun, semakan lanjut Audit mendapati Manual Prosedur
Pentauliahan Latihan BIM telah dikeluarkan pada 3 Jun 2019 sebagai garis
panduan bagi prosedur pentauliahan latihan BIM. Berdasarkan Manual
Prosedur Pentauliahan Latihan BIM, perenggan 4.1, Jadual 1, Kriteria
Kelayakan Pentauliahan Latihan BIM, kriteria kelayakan bagi pengambilan
peserta BIM Modeller terbuka kepada pekerja profesional dalam bidang
arkitek, kejuruteraan dan pembinaan.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Skop kerja melatih pekerja industri (400 peserta) hanya tertakluk kepada perjanjian
geran tahun 2018 sahaja. Walaupun sasaran utama adalah tertumpu kepada industri
pembinaan, latihan ini tidak menghalang mana-mana individu atau industri lain yang
berminat untuk pendedahan kepada teknologi BIM kerana ianya boleh melibatkan
pelanggan, pengilang, penyelenggara, pembekal dan kontraktor.
Surat peringatan berkaitan pengambilan peserta telah diedarkan kepada satelit myBIM
pada 15 Mei 2020. Tapisan pendaftaran peserta akan diperketatkan sebelum
pembayaran dibuat oleh peserta. Pembangunan sistem pendaftaran dan tapisan atas
talian akan bermula pada suku tahun pertama tahun 2021 namun tertakluk kepada
bajet daripada CIDB.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -2525
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
Pendapat Pengurusan pengambilan peserta belum mencapai tahap
Audit kecekapan yang tinggi kerana pengambilan hanya merangkumi
67.5% peserta dalam bidang arkitek, kejuruteraan dan
pembinaan. Pengambilan peserta yang tidak memenuhi kriteria
kelayakan yang ditetapkan mempengaruhi peratusan lulus.
Peserta yang dilatih tetapi tidak dapat mencapai tahap
kompetensi yang ditetapkan untuk mengendalikan BIM tidak
dapat menyumbang dalam perkembangan industri pembinaan.
c. Pengurusan Akreditasi
i. Sebelum sesi akreditasi (hari terakhir kursus), peserta perlu melengkapkan
borang permohonan program pentauliahan latihan BIM. Berdasarkan Manual
Prosedur Pentauliahan Latihan BIM, perenggan 4.0, borang permohonan
program pentauliahan latihan BIM perlu diisi dengan lengkap oleh peserta.
Seterusnya borang tersebut akan disemak oleh pegawai CIDBEC bagi
menentukan sama ada peserta tersebut layak menyertai program akreditasi
bagi kursus BIM. Senarai dokumen yang perlu disertakan ialah satu (1) salinan
kad pengenalan, salinan sijil akademik dan salinan sijil lain yang berkaitan
(jika ada).
ii. Pihak Audit telah membuat semakan terhadap 342 sampel borang
pentauliahan bagi peserta yang menghadiri kursus selepas 3 Jun 2019 bagi
menentukan pematuhan terhadap Manual Prosedur Pentauliahan Latihan BIM.
Semakan Audit mendapati 43 peserta (12.6%) tidak menyediakan
borang permohonan pentauliahan yang lengkap dengan
dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan dan sijil
akademik. Bagaimanapun, kesemua 43 peserta tersebut dibenarkan
menjalani ujian kompetensi.
iii. Temu bual dengan pegawai CIDBEC mendapati peserta dibenarkan menjalani
sesi akreditasi dengan syarat sijil tidak akan diserahkan sehingga peserta
mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap kepada CIDBEC. Semakan
lanjut Audit mendapati sijil telah diserahkan kepada 20 peserta yang telah
berjaya ditauliahkan. Manakala baki 23 peserta yang gagal tidak mendapat
sijil.
3 -32-626 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Borang permohonan pentauliahan manual telah ditukar kepada borang digital dan
proses pembangunan ini telah berlaku pada pertengahan bulan Mac 2020 dan dijangka
siap sebelum akhir bulan Jun 2020.
Pendapat Secara keseluruhannya, pengurusan program akreditasi telah
Audit diuruskan dengan berkesan. Namun terdapat ruang untuk
penambahbaikan terhadap pematuhan kepada Manual
Prosedur Pentauliahan Latihan BIM.
d. Pentauliahan Latihan BIM
i. CITP 2016-2020 di bawah inisiatif P4 - Roll out technology advantages across
project life-cycles menetapkan minimum 1,000 peserta perlu dilatih dan
diakreditasi bagi tempoh lima (5) tahun. Program pentauliahan dijalankan bagi
menilai dan mengakreditasikan peserta latihan yang menjalani latihan BIM
supaya kompeten untuk menjalankan projek berteraskan BIM. Program
pentauliahan ini juga mengiktiraf peserta BIM dan dapat menyediakan
platform bagi mengakreditasi peserta BIM.
ii. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengurus Besar Sektor Pembangunan
Teknologi, CIDB dan dibantu oleh dua (2) ahli panel. Markah lulus yang
ditetapkan bagi program akreditasi ialah 70%.
iii. Semakan Audit mendapati 722 peserta telah menjalani sesi akreditasi pada
tahun 2018 dan 2019. Seramai 534 peserta (74%) telah lulus dan
ditauliahkan. Maklumat lanjut pentauliahan latihan BIM adalah seperti dalam
Jadual 6.
JADUAL 6
PENTAULIAHAN LATIHAN BIM PADA TAHUN 2018 DAN 2019
TAHUN JUMLAH LULUS BILANGAN PESERTA PESERTA
PESERTA (b) LULUS
2018 GAGAL
2019 (a) 146 (c) (b/a x 100)
388 (%)
197 51
525 137 74.1
73.9
JUMLAH 722 534 188 74
Sumber: Laporan Akhir Program Latihan dan Akreditasi BIM 2019
Laporan Siap Kerja Pelaksanaan Program Latihan dan Akreditasi BIM 2018
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -2727
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
iv. Analisis Audit mendapati peratus peserta yang menjalani ujian kompetensi
meningkat sebanyak 166.5% pada tahun 2019 berbanding tahun 2018.
Peningkatan ini disebabkan penambahan sebanyak tiga (3) bidang kursus
untuk peserta menjalani ujian kompetensi pada tahun 2019. Pada tahun 2018,
peratus peserta lulus adalah antara 71.9% hingga 80% bagi empat (4) kursus
yang ditawarkan. Manakala pada tahun 2019, peratus peserta lulus bagi tujuh
(7) kursus yang ditawarkan adalah antara 58.1% hingga 87.3%.
v. Analisis Audit mendapati bagi mencapai sasaran CITP 2016-2020, CIDBEC
perlu mencapai sekurang-kurangnya sasaran peserta dilatih dan diakreditasi
seramai 800 peserta (80%) sehingga bulan Disember 2019. Semakan Audit
mendapati secara keseluruhannya sehingga 31 Disember 2019
seramai 534 peserta (53.4%) berjaya dilatih dan diakreditasi.
Perkara ini disebabkan tiada sesi akreditasi pada tahun 2016 dan 2017.
Di samping itu, 188 peserta (26%) gagal dalam ujian kompetensi pada tahun
2018 dan 2019.
vi. Kelemahan pengurusan pengambilan peserta dan sesi akreditasi BIM akan
menjejaskan pencapaian sasaran CITP 2016-2020 jika tindakan
penambahbaikan tidak dibuat dengan segera.
vii. Semakan lanjut Audit mendapati satu (1) Memorandum of Understanding
(MOU) telah ditandatangani antara CIDBEC dan satu (1) syarikat
perkhidmatan latihan pada 13 Februari 2020 untuk tempoh dua (2) tahun.
Antara objektif MOU ini ditandatangani ialah seperti berikut:
mengadakan program pensijilan bersama bagi sesi latihan dan bengkel
BIM yang dijalankan untuk membolehkan pelajar dan penggiat industri
pembinaan mendapat nilai mata Continuous Contractor Development;
mengenal pasti program yang akan dilaksanakan bersama;
membangunkan penerbitan yang sesuai bersama; dan
syarikat akan menjemput CIDBEC dalam sesi ceramah/seminar/latihan/
forum yang akan memberi manfaat kepada CIDBEC.
viii. Syarikat ini juga telah bersetuju untuk meluluskan semua modul latihan BIM
melalui Memorandum of Agreement (MOA) yang dijadualkan ditandatangani
pada bulan April 2020. Bagaimanapun, perancangan untuk menandatangani
3 -32-828 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
MOA tidak dapat dilaksanakan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Pada tahun 2016 dan 2017, modul BIM masih dalam proses penyediaan dan hanya
boleh digunakan pada tahun 2018 setelah mendapat kelulusan daripada CIDB. Pada
tahun 2019, penyertaan daripada peserta kurang disebabkan kejatuhan ekonomi.
Pada tahun 2020, penularan virus COVID-19 yang melanda Malaysia secara tidak
langsung telah menggugat keseimbangan ekonomi Malaysia. CIDBEC sedang
membangunkan sistem latihan atas talian (e-learning) dan menaik taraf modul latihan
yang sesuai secara berperingkat bagi menggantikan latihan konvensional.
Pembangunan sistem ini akan mengambil masa selama enam (6) bulan dan dijangka
akan siap pada 31 Disember 2020.
Pendapat Program pentauliahan latihan BIM yang diuruskan adalah
Audit kurang cekap kerana hanya 53.4% peserta telah lulus dan
ditauliahkan walaupun terdapat pertambahan tiga (3) kursus
yang ditawarkan pada tahun 2019.
e. Pengurusan Satelit myBIM
Sebanyak enam (6) universiti telah dilantik sebagai satelit myBIM universiti iaitu
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Swinburne. Satu (1) MOU telah
ditandatangani antara CIDBEC dengan UNIMAP, UMP, UTM, UMS dan USM pada
15 November 2017 serta 7 Julai 2018 dengan Universiti Teknologi Swinburne
untuk tempoh tiga (3) tahun. CIDB telah menyalurkan geran berjumlah
RM445,200 pada 4 Disember 2017 bagi pelaksanaan Program Bantu Mula Satelit
myBIM Universiti. Pada 12 Jun 2018 pula, CIDBEC telah menerima geran
berjumlah RM5 juta (termasuk kos pengurusan) bagi menyediakan makmal
latihan, perkakasan dan perisian latihan BIM di Akademi Binaan Malaysia (ABM).
Enam (6) satelit myBIM ABM telah dibangunkan di ABM Wilayah Utara, ABM
Wilayah Tengah, ABM Wilayah Selatan, ABM Wilayah Timur, ABM Sabah dan ABM
Sarawak. Pembinaan satelit myBIM ABM telah siap sepenuhnya pada 11 Februari
2019.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -2929
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
i. Pencapaian Sebenar Peserta yang Dilatih
Berdasarkan taklimat Pengurusan KPI dan Modul Operasi Satelit Pusat
myBIM pada 10 Januari 2019, CIDBEC telah menetapkan sasaran peserta
yang perlu dilatih bagi setiap satelit ABM seramai 100 peserta bagi tahun
2019. Sasaran ini dikurangkan kepada 50 peserta bagi setiap satelit ABM
selaras dengan surat pemakluman daripada CIDB kepada CIDBEC
bertarikh 20 Ogos 2019. Faktor pengurangan disebabkan oleh keadaan
ekonomi yang tidak memberangsangkan seperti yang dinyatakan dalam
surat tersebut. Sehubungan itu, CIDBEC telah memaklumkan melalui
e-mel bertarikh 20 Ogos 2019 kepada enam (6) satelit myBIM universiti,
berhubung penetapan 50 peserta yang perlu dilatih bagi tahun 2019.
Semakan Audit mendapati secara keseluruhannya satelit myBIM
universiti dan ABM hanya berjaya melatih seramai
326 peserta (54.3%) berbanding 600 peserta yang
disasarkan bagi tahun 2019. Maklumat pencapaian sebenar peserta
yang dilatih berbanding sasaran adalah seperti dalam Jadual 7.
JADUAL 7
PENCAPAIAN SEBENAR PESERTA YANG DILATIH BERBANDING SASARAN
DI SATELIT myBIM UNIVERSITI DAN ABM BAGI TAHUN 2019
BILANGAN PESERTA
BIL. SATELIT myBIM SASARAN SEBENAR CAPAI
(%)
1. USM 50 0 0
2. UTM 50 8 16
3. UMP 50 63 126
4. UMS 50 0 0
5. UNIMAP 50 0 0
6. Universiti Teknologi Swinburne 50 21 42
7. ABM Wilayah Utara 50 60 120
8. ABM Wilayah Tengah 50 16 32
9. ABM Wilayah Selatan 50 90 180
10. ABM Wilayah Timur 50 14 28
11. ABM Sabah 50 49 98
12. ABM Sarawak 50 5 10
JUMLAH 600 326 54.3
Sumber: Unit Latihan, CIDBEC
Analisis Audit terhadap pencapaian sebenar berbanding sasaran yang
ditetapkan mendapati tiga (3) satelit myBIM universiti tidak
melatih peserta. Satelit tersebut adalah USM, UMS dan UNIMAP.
3 -33-030 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
Manakala lima (5) satelit melatih antara 10% hingga 42% peserta, satu
(1) satelit berjaya melatih 98% peserta dan tiga (3) satelit berjaya melatih
antara 120% hingga 180% peserta.
Semakan Audit mendapati walaupun UMP berjaya melatih 126% peserta
berbanding sasaran yang ditetapkan, namun UMP tidak
menggunakan makmal latihan yang ada di kampusnya. UMP
telah menyewa pusat myBIM di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur bagi
melatih peserta.
Perkara ini suatu pembaziran kerana 40 lesen perisian Autodesk bernilai
RM273,480 di empat (4) satelit universiti tersebut tidak digunakan untuk
melatih peserta.
Berdasarkan terma pembelian perisian Autodesk, lesen perisian tersebut
hanya boleh digunakan selama satu (1) tahun dan perlu diperbaharui
semula. Semakan Audit pada bulan Februari 2020 mendapati lesen
perisian tersebut telah tamat pada 14 April 2019. Bagi satelit
myBIM universiti, kos untuk memperbaharui lesen perisian tersebut perlu
ditanggung oleh pihak universiti. Temu bual pihak Audit dengan wakil
universiti mendapati pihak universiti mempunyai kekangan kewangan
untuk memperbaharui semula lesen perisian tersebut. Perkara ini
disebabkan oleh satelit myBIM universiti gagal menjana pendapatan
melalui program latihan dan akreditasi BIM pada tahun 2019. Anggaran
kos yang diperlukan ialah RM8,800 bagi satu (1) lesen perisian. Jumlah
kos yang dianggarkan untuk memperbaharui 10 lesen perisian tersebut
berjumlah RM88,000 bagi satu (1) satelit myBIM universiti.
Temu bual pihak Audit dengan pegawai satelit myBIM universiti dan ABM
mendapati sasaran gagal dicapai kerana kesukaran mendapatkan
penyertaan daripada pekerja profesional dalam industri pembinaan.
Maklum balas yang diperoleh daripada syarikat menyatakan teknologi BIM
masih belum digunakan dalam projek pembinaan syarikat mereka.
ii. Pengurusan Kutipan Yuran Latihan
Berdasarkan taklimat pengurusan KPI dan modul operasi satelit pusat
myBIM pada 10 Januari 2019, CIDBEC telah menetapkan satelit myBIM
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -3131
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
dibenarkan mengutip yuran latihan antara RM1,200 hingga RM1,500 bagi
seorang peserta mengikut jenis kursus Modeller.
Pihak Audit mendapati dua (2) satelit myBIM iaitu ABM Wilayah Selatan
dan Wilayah Utara telah memberi pengecualian dan pengurangan yuran
berjumlah RM31,080 kepada 45 peserta bagi tahun 2019. Sehingga bulan
Februari 2020, pengecualian dan pengurangan yuran ini belum
mendapat kelulusan daripada CIDBEC. Maklumat lanjut berkaitan
pengecualian dan pengurangan yuran adalah seperti dalam Jadual 8.
JADUAL 8
PENGECUALIAN DAN PENGURANGAN YURAN
OLEH SATELIT ABM WILAYAH SELATAN DAN WILAYAH UTARA
ABM/ YURAN YURAN PENGECUALIAN/ SEBAB
JUMLAH SEPATUTNYA SEBENAR PELEPASAN PENGECUALIAN
PESERTA/TARIKH DIKUTIP YURAN
KURSUS DIKUTIP DAN
(RM) (RM) PENGURANGAN
(RM)
YURAN
Yuran ditaja oleh
ABM dan
pengecualian yuran
Wilayah Selatan 14,400 - 14,400 kepada
kakitangan/pelajar
(12 peserta)
17 - 20 Jun 2019 institut pengajian
5 - 8 Ogos 2019 awam/swasta. Surat
memohon pelepasan
telah dikemukakan
kepada CIDBEC pada
17 Oktober 2019.
Pengurangan
diberikan sebagai
promosi
Wilayah Utara 39,600 22,920 16,680 memperkenalkan
(33 peserta) latihan BIM. Surat
13 - 16 Mei 2019 pemakluman
7 - 10 Julai 2019 pengurangan kadar
19 - 22 Ogos 2019 yuran telah
dikemukakan kepada
CIDBEC pada 19 Jun
2019 dan 22
September 2019.
JUMLAH 31,080
Sumber: Surat Permohonan Pelepasan Yuran ABM Wilayah Selatan dan Surat Pemakluman Pengurangan
Kadar Yuran ABM Wilayah Utara
Pihak Audit mendapati sehingga bulan Oktober 2019, CIDBEC tidak
menyediakan arahan bertulis/garis panduan yang jelas
berkaitan kutipan yuran untuk rujukan satelit myBIM.
Perkara ini menyebabkan satelit myBIM cenderung memberi
pengecualian/pengurangan yuran kepada peserta dalam usaha mencapai
sasaran peserta yang dilatih dan mendapatkan subsidi. Penerangan lanjut
berkenaan subsidi adalah seperti dalam perenggan 6.2.2.e.iii.
3 -33-232 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
Bagaimanapun, CIDBEC telah mengedarkan surat berkaitan pengurangan
yuran latihan BIM kepada satelit myBIM pada 26 November 2019. Arahan
tersebut menghendaki satelit myBIM mengemukakan permohonan secara
bertulis kepada CIDB dan pusat myBIM sebelum membuat pengurangan
harga kepada peserta latihan BIM.
iii. Pengurusan Tuntutan Subsidi
Berdasarkan taklimat Pengurusan KPI dan Modul Operasi Satelit pusat
myBIM pada 10 Januari 2019, satelit myBIM ABM dibenarkan menuntut
subsidi daripada CIDB melalui CIDBEC berjumlah RM1,500 bagi seorang
peserta yang berjaya dilatih. Satelit myBIM universiti juga dibenarkan
menuntut subsidi seperti yang dimaklumkan melalui e-mel bertarikh
20 Ogos 2019. Tuntutan subsidi pada tahun 2019 oleh 12 satelit myBIM
berjumlah RM453,000.
Berdasarkan SOP Tuntutan Latihan di satelit myBIM, satelit myBIM
dikehendaki menghantar borang tuntutan latihan, senarai kehadiran dan
resit pembayaran kepada pusat myBIM bagi tujuan tuntutan subsidi.
Tuntutan subsidi tidak akan diproses jika satelit myBIM gagal
menyerahkan dokumen sokongan.
Pihak Audit mendapati tuntutan subsidi oleh ABM Wilayah
Selatan tetap diproses walaupun tidak mengemukakan resit
pembayaran peserta. Perkara ini disebabkan peserta tersebut
diberikan pengecualian yuran oleh ABM Wilayah Selatan. ABM Wilayah
Selatan hanya mengemukakan surat permohonan pelepasan yuran.
CIDBEC pula tidak menyediakan arahan bertulis/garis panduan yang jelas
berkaitan tuntutan subsidi untuk rujukan satelit myBIM. Keadaan ini
menyebabkan pembayaran subsidi kepada ABM Wilayah Selatan
berjumlah RM18,000 tidak mematuhi SOP Tuntutan Latihan di satelit
myBIM.
Bagaimanapun, CIDBEC telah mengambil tindakan penambahbaikan
dengan menetapkan tuntutan semula subsidi hanya dibenarkan sekiranya
jumlah kutipan yuran selaras dengan jadual harga yang telah ditetapkan
oleh CIDBEC. Perkara ini telah dimaklumkan kepada satelit myBIM ABM
seperti dalam surat bertarikh 26 November 2019.
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -3333
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Di samping bantuan lesen perisian kepada satelit myBIM, CIDBEC turut memberi
bantuan dari segi pemasaran seperti program jelajah BIM ke setiap negeri, promosi
melalui medium media sosial dan pertanyaan oleh peserta yang berminat.
CIDBEC telah memberi taklimat berkaitan SOP dan sasaran yang perlu dicapai kepada
semua satelit myBIM pada 14 Januari 2020. Lesen perisian Autodesk yang telah tamat
tidak diperbaharui oleh syarikat disebabkan oleh satelit myBIM gagal mencapai
sasaran yang ditetapkan.
Bermula tahun 2020, satelit myBIM perlu menyerahkan hasil penuh kutipan yuran
latihan seperti yang telah ditetapkan oleh CIDBEC dalam surat pemakluman yang
bertarikh 26 November 2019 sebelum dibenarkan menuntut subsidi.
Pendapat Usaha membangunkan satelit myBIM di seluruh Malaysia
Audit adalah baik dan wajar diteruskan. Bagaimanapun, pengurusan
pelaksanaan satelit myBIM di universiti dan ABM adalah tidak
cekap dalam pencapaian output, pengurusan yuran latihan dan
tuntutan subsidi oleh satelit myBIM.
6.2.3. Prestasi Pengurusan Kutipan Hutang
a. Seksyen 246 (1) Akta Syarikat 2016 menetapkan syarikat hendaklah mempunyai
suatu sistem kawalan dalaman yang memberi jaminan munasabah supaya
syarikat dilindungi daripada kerugian dan semua transaksi perlu direkodkan.
b. Hutang dagangan CIDBEC terdiri daripada sewaan, perkhidmatan pembangunan
portal dan yuran latihan yang belum diterima. Berdasarkan laporan pengumuran
penghutang dagangan sehingga 31 Disember 2018, penghutang syarikat
berjumlah RM319,960. Hutang yang melebihi tempoh 30 hari berjumlah
RM47,499 melibatkan sembilan (9) penghutang.
c. Semakan Audit mendapati sebelum tahun 2020 CIDBEC tidak
mewujudkan sebarang polisi berkaitan kutipan hutang. CIDBEC
tidak menetapkan tempoh bayaran oleh pelanggan dalam invois.
Berdasarkan analisis nisbah kewangan, purata bilangan hari yang diambil oleh
syarikat untuk mengutip hutang antara 21 hingga 79 hari bagi tempoh tahun 2016
hingga 2018. Penghutang dagangan turut menyumbang kepada peningkatan
3 -33-434 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
jumlah aset pada tahun 2018 yang berjumlah RM279,810 seperti yang
diterangkan dalam perenggan 6.3.5.
d. Semakan lanjut Audit mendapati kelemahan pemantauan kutipan hutang telah
dibangkitkan dalam Laporan Pengauditan Khas Anak Syarikat CIDB ke atas
Pengurusan Kewangan CIDBEC bertarikh 31 Disember 2018. Laporan ini telah
dibentangkan dalam Mesyuarat JKA CIDBEC pada 30 Januari 2019. Namun,
tindakan penambahbaikan tidak diambil dengan segera setelah
Mesyuarat JKA. Temu bual dengan pegawai Unit Kewangan dan Akaun
mendapati CIDBEC sedang membuat penambahbaikan terhadap SOP kewangan
berkaitan pengurusan kutipan hutang. Bermula bulan Januari 2020, CIDBEC telah
menetapkan tempoh bayaran oleh pelanggan dalam invois iaitu pembayaran perlu
dilakukan 30 hari sebelum atau pada hari latihan bermula (invois latihan) dan
30 hari selepas tarikh invois (invois selain latihan).
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Pada suku pertama tahun 2019, sejumlah RM287,391 (90%) telah berjaya dikutip
daripada jumlah keseluruhan hutang tertunggak pada tahun 2018. CIDBEC telah
menjalankan usaha kutipan hutang melalui telefon dan e-mel. Syarikat juga
membekukan sijil penyertaan dan pentauliahan peserta sehingga bayaran penuh
diperoleh. Polisi kutipan hutang telah disediakan dan diluluskan dalam Mesyuarat
Lembaga Pengarah pada 5 Jun 2020.
Pendapat Prestasi pengurusan kutipan hutang adalah tidak cekap kerana
Audit ketiadaan SOP kutipan hutang. CIDBEC mengambil masa antara
21 hingga 79 hari untuk mengutip hutang. Pemantauan tidak
dilaksanakan terhadap tunggakan hutang dan tindakan lewat
diambil terhadap penghutang berikutan tiada SOP yang
berkaitan.
6.3. Kedudukan Kewangan
6.3.1. Penyata kewangan CIDBEC bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 telah diaudit dan
diberi laporan juruaudit tanpa teguran oleh Tetuan Afrizan Tarmili Khairul Azhar.
Analisis Audit terhadap kedudukan kewangan syarikat CIDBEC bagi tahun 2016, 2017
dan 2018 telah dilaksanakan berdasarkan trend pendapatan, perbelanjaan dan untung
rugi; aset dan liabiliti; serta tunai dan kesetaraan tunai seperti dalam Jadual 9.
LapLoarapnoraKnetKueatuAauAduitdiNt eNgeagraaraTTaahhuunn22001199 SSiirrii11 33--3355
C I CDIBDBE - CE-oCnosnt rsutrcutctS eSrevrivcieces sS Sd dnn. .BBhhdd. .
JADUAL 9
KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TEMPOH TAHUN 2016 HINGGA 2018
BUTIRAN 2016 2017 2018
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
Pendapatan Operasi 0.71 0.32 0.83
Geran Diterima 2.23 8.84 14.65
Lain-lain Pendapatan 0.11 0.23 0.17
JUMLAH PENDAPATAN 3.05 9.39 15.65
Kos Langsung 1.68 6.28 12.0
Perbelanjaan Pentadbiran 0.96 2.26 2.26
JUMLAH PERBELANJAAN 2.64 8.54 14.26
KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI 0.41 0.85 1.39
Cukai 0.01 (0.01) (0.05)
KEUNTUNGAN SELEPAS CUKAI 0.42 0.84 1.34
KEUNTUNGAN TERKUMPUL 0.53 1.37 2.71
JUMLAH ASET 13.13 12.38 19.09
JUMLAH LIABILITI 7.96 6.37 11.74
JUMLAH EKUITI 5.17 6.01 7.35
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 13.13 12.38 19.09
TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 7.43 7.47 7.83
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018
6.3.2. Jumlah pendapatan CIDBEC terdiri daripada pendapatan geran, pendapatan
operasi dan lain-lain pendapatan. Pendapatan operasi CIDBEC menunjukkan trend
penurunan dan peningkatan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018. Pendapatan
operasi pada tahun 2018 berjumlah RM0.83 juta iaitu meningkat sejumlah RM0.51 juta
(159.4%) berbanding tahun 2017. Peningkatan ini disumbangkan oleh hasil
pendapatan daripada yuran latihan dan sewaan fasiliti. Perkara ini disebabkan oleh
modul latihan telah siap sepenuhnya pada tahun 2018 dan fasiliti pusat myBIM juga
telah mula menerima penyewaan daripada pihak luar. Manakala pendapatan
operasi pada tahun 2017 menurun sejumlah RM380,509 (54.9%)
berbanding tahun 2016. Penurunan ini disebabkan tiada tuntutan hasil bagi
bayaran perkhidmatan kakitangan CIDBEC yang dipinjamkan ke CIDB bagi bulan
Januari hingga Mac 2016 berjumlah RM219,856 dan tiada pendapatan bagi
pembangunan portal. Trend pendapatan adalah seperti dalam Jadual 9 dan Carta 3.
6.3.3. Perbelanjaan CIDBEC terdiri daripada kos langsung dan perbelanjaan
pentadbiran. Perbelanjaan CIDBEC menunjukkan trend peningkatan bagi tahun 2016
hingga 2018. Pada tahun 2018, perbelanjaan CIDBEC mencatatkan peningkatan
sejumlah RM5.72 juta (67%) berbanding pada tahun 2017. Manakala pada tahun
2017, perbelanjaan meningkat sejumlah RM5.9 juta (223.5%) menjadi RM8.54 juta
berbanding tahun 2016. Peningkatan perbelanjaan bagi tempoh tiga (3) tahun
berturut-turut disebabkan oleh peningkatan dalam pelunasan geran, kos kakitangan
dan belanja susut nilai. Trend perbelanjaan adalah seperti dalam Jadual 9
dan Carta 3.
3 -33-636 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
6.3.4. Keuntungan sebelum cukai bagi tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan trend
peningkatan. Pada tahun 2018 dan 2017, keuntungan sebelum cukai CIDBEC
meningkat sejumlah RM0.54 juta (63.5%) dan RM448,889 (107.3%). Manakala
keuntungan terkumpul CIDBEC pada tahun 2018 dan 2017 meningkat sejumlah
RM1.34 juta (97.8%) dan RM0.84 juta (158.5%). Trend keuntungan sebelum cukai
serta keuntungan terkumpul bagi tiga (3) tahun berkaitan adalah seperti dalam
Jadual 9 dan Carta 4.
CARTA 3 CARTA 4
TREND PENDAPATAN TREND KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI
DAN PERBELANJAAN DAN KEUNTUNGAN TERKUMPUL
BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018 BAGI TAHUN 2016, 2017 DAN 2018
RM Juta RM Juta 2.71
18 3.00
3.05
15 2.64 2.50
12 9.39 2.00
8.54 1.50
9 1.00 1.37
15.65 0.50
6 14.26 0.00 1.39
3 0.53 0.85
0.41
0
2016 2017 2018 2016 2017 2018
Pendapatan Perbelanjaan Keuntungan Sebelum Cukai
Keuntungan Terkumpul
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018
6.3.5. Analisis Audit terhadap kedudukan aset dan liabiliti syarikat mendapati CIDBEC
mempunyai sumber yang mencukupi bagi memenuhi obligasinya kerana kedudukan
aset syarikat melebihi liabiliti bagi tempoh tiga (3) tahun. Nisbah hutang atas aset bagi
tahun 2016 hingga 2018 mencatatkan kadar lebih daripada 50% iaitu antara 51.5%
hingga 61.5% jumlah aset yang dibiayai oleh liabiliti. Nisbah semasa pada tahun 2018
adalah memuaskan iaitu pada nisbah 1.54:1. Peningkatan jumlah aset pada tahun
2018 turut disumbangkan oleh peningkatan penghutang dagangan berjumlah
RM279,810. Purata tempoh kutipan yang mengambil masa antara
21 hingga 79 hari untuk mengutip hutang adalah lemah kerana berikutan
tiada polisi kredit ditetapkan seperti yang diterangkan dalam perenggan 6.2.3.
6.3.6. Analisis terhadap kedudukan liabiliti CIDBEC menunjukkan trend
penurunan dan peningkatan bagi tahun 2016 hingga 2018. Jumlah
liabiliti CIDBEC mencatatkan peningkatan pada tahun 2018 sejumlah RM5.37 juta
(84.3%) berbanding tahun 2017. Peningkatan jumlah liabiliti pada tahun 2018
disebabkan oleh peningkatan dalam pemiutang perdagangan dan geran yang belum
dilunaskan. Sehingga 31 Disember 2018, sejumlah RM8.98 juta geran masih belum
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -3737
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
dilunaskan kerana terdapat program yang masih belum dijalankan dan pelunasan aset
yang belum diiktiraf. Pada tahun 2017, jumlah liabiliti mencatatkan penurunan
sejumlah RM1.59 juta (20%) berbanding tahun 2016 disebabkan oleh penurunan
dalam pemiutang dagangan dan geran yang belum dilunaskan.
6.3.7. Analisis Audit juga dijalankan terhadap aliran tunai CIDBEC bagi menilai
keupayaan syarikat menjana aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan pembiayaan
untuk menampung keperluan perbelanjaan syarikat. Pada akhir tahun 2018, baki tunai
dan kesetaraan tunai berjumlah RM7.83 juta. CIDBEC mencatatkan peningkatan dalam
baki tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun 2018 sejumlah RM361,182 (4.8%)
berbanding tahun 2017. CIDBEC mengalami defisit dalam aktiviti operasi
dan pelaburan bagi tahun 2016 hingga 2018. Defisit dalam aktiviti operasi
disebabkan oleh syarikat bergantung kepada geran daripada CIDB bagi melaksanakan
operasi syarikat. Manakala defisit dalam aktiviti pelaburan disebabkan oleh perolehan
aset antara RM56,220 hingga RM2.01 juta pada tiga (3) tahun tersebut. Secara
keseluruhannya, aliran tunai CIDBEC menunjukkan kedudukan yang positif bagi
tiga (3) tahun berturut-turut.
Maklum balas CIDBEC yang diterima pada 29 Mei dan 12 Jun 2020
Polisi kutipan hutang telah disediakan dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah pada 5 Jun 2020.
Pendapat Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan CIDBEC adalah
Audit kukuh. Walaupun CIDBEC menerima geran antara RM2.23 juta
(73.1%) hingga RM14.65 juta (93.6%) bagi tempoh tiga (3) tahun
tersebut, namun CIDBEC memperolehi pendapatan operasi dan
mencatatkan peningkatan pada tahun 2018 sejumlah RM0.51 juta
(159.4%) berbanding tahun 2017. CIDBEC juga mempunyai
sumber yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan
operasinya kerana mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi
tiga (3) tahun berturut-turut. Aliran tunai CIDBEC menunjukkan
kedudukan yang positif bagi tiga (3) tahun tersebut.
Bagaimanapun, pengurusan kredit CIDBEC bagi tahun 2016 hingga
2018 adalah tidak cekap kerana syarikat tidak mempunyai polisi
kredit berkaitan kutipan hutang.
3 -33-838 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
7. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT
7.1. Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan
CIDBEC sebagai sebuah syarikat yang mempromosi dan menggalakkan produktiviti dalam
industri pembinaan dengan menerapkan elemen teknologi maklumat dan komunikasi
masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Walaupun amalan tadbir urus korporat CIDBEC
adalah memuaskan, masih terdapat beberapa aspek tadbir urus korporat yang perlu
ditambah baik. Dalam aspek kedudukan kewangan, CIDBEC berada pada tahap kukuh
dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi tiga (3) tahun berturut-turut.
7.2. Bagaimanapun, syarikat masih boleh mencapai objektif penubuhannya selaras
dengan aspirasi Kerajaan untuk memacu transformasi industri ke arah negara
berpendapatan tinggi. Penubuhan syarikat juga dapat memberi sokongan terhadap
Revolusi Industri 4.0.
8. SYOR AUDIT
Bagi memastikan objektif penubuhan CIDBEC dapat dicapai sepenuhnya serta
memantapkan prestasi tadbir urus korporat syarikat, pihak pengurusan dan Lembaga
Pengarah perlu mengambil langkah yang proaktif dan berkesan bagi menangani
kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini. Sehubungan itu, pihak Audit
mengesyorkan agar CIDBEC mempertimbangkan perkara berikut:
i. menambah baik amalan tadbir urus korporat dengan mematuhi komposisi
Lembaga Pengarah seperti dalam Piagam Lembaga Pengarah;
ii. memastikan pematuhan terhadap SOP, komposisi dan latar belakang ahli
Jawatankuasa Audit serta pelaksanaan fungsi Audit Dalam bagi memastikan
operasi syarikat dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan;
iii. memastikan Setiausaha Syarikat memainkan peranan dalam menasihati Lembaga
Pengarah berkaitan amalan tadbir urus korporat terbaik termasuk mengemas kini
profil syarikat berkaitan aktiviti utama bagi memastikan syarikat diurus dengan
baik dan objektif penubuhan syarikat dapat dicapai;
iv. memastikan pengambilan peserta latihan BIM mematuhi kriteria kelayakan yang
ditetapkan bagi memastikan peserta yang dilatih adalah kompeten untuk
mengendalikan BIM seterusnya dapat memberi manfaat terhadap industri
pembinaan;
LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 3 3- -3939
C I DCBIDEB- CEo-nCsotnr ustcrtucSte rSveircveisceSsdSnd. nB.hBdh. d.
v. memastikan syarat akreditasi dipatuhi oleh peserta latihan BIM sebelum sesi
akreditasi dijalankan bagi memastikan hanya peserta yang layak ditauliahkan; dan
vi. melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap pengurusan satelit myBIM
bagi memastikan SOP yang ditetapkan berkaitan pengambilan peserta akreditasi,
kutipan yuran latihan dan tuntutan subsidi dipatuhi supaya sasaran pentauliahan
tercapai serta mengoptimumkan penggunaan perisian Autodesk.
3 -34-040 LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTahahunun2021091S9irSi i1ri 1
CICDIBD BE-EC-oCnosntsrut rcut cSt eSrveircveisc eSsdSn.d nB.hBd.h d .
4 KEMENTERIAN
SUMBER MANUSIA
Talent Corporation Malaysia Berhad
TALENT CORPORATION
MALAYSIA BERHAD
RINGKASAN EKSEKUTIF
TALENT CORPORATION MALAYSIA BERHAD
Perkara Utama
Apa yang TalentCorp ditubuhkan dengan objektif untuk menarik, memupuk
diaudit? dan mengekalkan pakar yang diperlukan bagi mencapai status
negara ekonomi berpendapatan tinggi. Returning Expert Programme
(REP) dipilih untuk diaudit kerana merupakan mandat yang
diberikan kepada TalentCorp bertujuan memudah cara kepulangan
rakyat Malaysia berstatus pakar dan tinggal di luar negara.
Penilaian terhadap lapan (8) aspek tadbir urus korporat yang diaudit
meliputi aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat,
Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Operating Procedures (SOP),
Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama, Audit Dalam serta
Jawatankuasa Audit bagi tempoh tahun 2016 hingga bulan
Februari 2020.
Penilaian pencapaian output dan outcome bagi TalentCorp dan REP
telah dibuat. Begitu juga penilaian terhadap prestasi penggunaan
geran. Manakala penilaian pelaksanaan aktiviti REP merangkumi
pengurusan permohonan REP dan pemantauan peserta REP.
Analisis terhadap tiga (3) tahun penyata kewangan beraudit iaitu
2016, 2017 dan 2018 merangkumi analisis pendapatan,
perbelanjaan, aset, liabiliti serta aliran tunai.
Mengapa ia Pengauditan kali pertama terhadap pengurusan TalentCorp.
penting
untuk Peranan penting TalentCorp kepada negara ke arah mencapai status
diaudit? negara ekonomi berpendapatan tinggi serta mempertingkatkan daya
saing negara di arena antarabangsa.
Kerajaan telah menyalurkan geran pembangunan berjumlah
RM367.57 juta dan geran mengurus berjumlah RM124.85 juta
kepada TalentCorp bagi tempoh tahun 2011 hingga 2019.
Apa yang Amalan tadbir urus korporat adalah kurang memuaskan antaranya
ditemui kerana:
Audit? - TalentCorp beroperasi tanpa Ketua Pegawai Eksekutif sejak
bulan Jun 2018.
- SOP yang digunakan tidak dibentangkan untuk kelulusan
Lembaga Pengarah.
- Tiada Jawatankuasa Audit atau fungsi Audit Dalam sejak
penubuhannya pada tahun 2011 hingga kini.
Wujud kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti REP seperti:
- Pencapaian sasaran/KPI bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019
secara keseluruhannya adalah tidak cekap.
LapoLarapnoraKnetKueatuAauAduitdiNt eNgeagraaraTTaahhuunn22001199 SSiirrii 11 44--11
T a lTeanlet nCtoCr poorproartai otinonM aMlaalyasyisaiaB Be rehrhaadd
- Pengurusan promosi REP melalui aktiviti outreach adalah tidak
berkesan kerana sasaran bilangan REP tidak ditetapkan bagi
setiap sesi aktiviti outreach. Aktiviti ini juga tidak menampakkan
hasil yang menggalakkan.
- Pengurusan permohonan REP adalah tidak cekap kerana SOP
REP yang sedia ada adalah tidak lengkap dan tidak terperinci.
- Pemantauan terhadap peserta REP yang dikekalkan juga tidak
berkesan kerana data/maklumat berkaitan tidak diselenggara.
Kedudukan kewangan berada pada tahap stabil tetapi terdapat
kelemahan seperti trend pendapatan TalentCorp mengalami
penurunan. TalentCorp masih memerlukan bantuan kewangan dari
Kerajaan untuk melaksanakan programnya dan menampung
perbelanjaan operasi syarikat.
44- -22 LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNiteNgaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1
TTaalleenntt CCoorrppoorraattiioonn MMaallaayyssiai a BBeerhr haadd
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
1. TALENT CORPORATION MALAYSIA BERHAD
FAKTA UTAMA TALENTCORP
21.10.2010 RM367.57 juta RM124.85 juta
Diperbadankan di bawah Geran pembangunan diterima Geran mengurus diterima
Akta Syarikat 1965 (2011 hingga 2019)
(2011 hingga 2019)
Objektif penubuhan
Menarik, memupuk dan mengekalkan pakar yang diperlukan bagi mencapai
Tanggungjawab status negara ekonomi berpendapatan tinggi
Kementerian
Jenis syarikat Kementerian Sumber Manusia
Syarikat berhad menurut jaminan
1. LATAR BELAKANG
1.1. Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) diperbadankan sebagai syarikat
berhad menurut jaminan (SBMJ) pada 21 Oktober 2010. Pada awal penubuhannya,
TalentCorp dikawal selia oleh Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun berkuat kuasa
pada 19 Oktober 2018, TalentCorp telah diserah dan dikawal selia oleh Kementerian
Sumber Manusia (KSM). TalentCorp berperanan sebagai titik fokus untuk memahami dan
mencari penyelesaian berkaitan isu modal insan berkemahiran tinggi; pengantara
(bridging) antara industri, akademia dan Kerajaan untuk menambah baik polisi berkaitan
modal insan berkemahiran tinggi; bekerjasama dengan sektor awam dan swasta bagi
menarik, memupuk dan mengekalkan pakar; serta melaksanakan inisiatif pemangkin
yang menyasarkan jurang kemahiran kritikal.
1.2. Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, objektif penubuhan utama TalentCorp ialah
menarik, memupuk dan mengekalkan pakar yang diperlukan bagi mencapai status negara
ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, tiga (3) fungsi utama TalentCorp ialah:
a. Pemangkin: membangun dan memacu inisiatif pengurusan bakat kebangsaan dan
inovatif yang khusus;
b. Pemudah cara: memudah cara usaha industri dan sektor swasta dalam
mewujudkan, memupuk dan mengekalkan tenaga kerja yang mahir; dan
c. Penyampai: memastikan penyampaian inisiatif negara utama ke arah bakat
merentasi pembangunan modal insan.
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -43- 3
T a l e n tTaCleonr pt oCroartpi oonratMioanl a My sailaayBseiar hBaedrhad
1.3. TalentCorp telah menyediakan Talent Roadmap 2020 yang menggariskan
peranan TalentCorp ke arah menarik, memupuk dan mengekalkan pakar selaras dengan
Wawasan 2020 pada 24 April 2012. Roadmap ini merangkumi strategi dan inisiatif yang
memerlukan usaha padu dan saling melengkapi antara sektor awam dan swasta bagi
memastikan talent pool negara memenuhi keperluan industri utama dalam memacu
agenda transformasi ekonomi negara. Sehubungan itu, TalentCorp telah mengenal pasti
dan menggariskan tiga (3) teras strategiknya terdiri daripada 11 program seperti dalam
Jadual 1. Setiap program telah ditetapkan pengenalan/objektif, kumpulan sasaran,
faedah kepada peserta dan organisasi terlibat serta matriks ukuran prestasi yang
berlainan.
JADUAL 1
PROGRAM YANG DISEDIAKAN MENGIKUT TERAS STRATEGIK TALENTCORP
TERAS STRATEGIK PROGRAM TAHUN MULA
PELAKSANAAN
Returning Expert Programme (REP) 2011
Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR)
Menarik dan Mengoptimumkan Bakat Structured Internship Programme (SIP) 2012
Malaysia Career Comeback Programme (CCP)
(Thrust 1: Attract and Optimise Work-Life Practices (WLP)
Malaysian Talent) Critical Occupations List (COL) 2015
Nurturing Expert Talent (NEXT)
MyASEAN Internship (MAI)
Memudah Cara Bakat Antarabangsa Expatriates/Residence Pass-Talent (RP-T) 2011
(Thrust 2: Facilitate Global Talent)
Membina Rangkaian Bakat Terkemuka Perkongsian dengan Industri 2015
(Thrust 3: Build Networks of Top Talent) Knowledge Malaysian Diaspora (KNOWMADS) 2017
Sumber: Annual Review 2018 dan Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2015 Hingga 2019
1.4. TalentCorp telah mengembangkan (evolve) model perniagaannya daripada fungsi
pemudah cara (facilitative) kepada peranan yang saling berkait (connected) dan
konvergen (convergent) dengan menambah baik model perniagaannya mulai
23 Januari 2017 seperti dalam Carta 1.
CARTA 1
MODEL PERNIAGAAN TALENTCORP
Menarik. Memupuk. Mengekal.
Saluran Bakat Institusi Mobiliti Bakat
Pembelajaran
Bakat
Industri Kerajaan
Kepelbagaian Bakat
Sumber: Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Bertarikh 23 Januari 2017
4 4- 4- 4 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaararaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan utama TalentCorp
yang menjalankan fungsi Kerajaan dalam pengurusan bakat dengan menarik, memupuk
dan mengekalkan pakar melalui pengurusan aktiviti Returning Expert Programme secara
cekap, berkesan dan berhemat; amalan tadbir urus korporat yang baik; dan kedudukan
kewangan syarikat yang kukuh.
3. SKOP PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini melibatkan lapan (8) aspek tadbir urus korporat termasuk
pengurusan kewangan bagi tahun 2016 hingga bulan Februari 2020. Bagi pengurusan
aktiviti, pengauditan dijalankan terhadap aktiviti Returning Expert Programme (REP) yang
dilaksanakan bagi tahun 2016 hingga bulan Februari 2020. Aktiviti REP dipilih kerana
TalentCorp telah diberi mandat untuk menerajui program ini dengan tujuan memudah
cara kepulangan rakyat Malaysia yang berstatus pakar dan tinggal di luar negara.
3.2. Penilaian pencapaian output dan outcome telah dibuat terhadap TalentCorp dan
REP. Bagi mengukur pencapaian outcome TalentCorp, skop penilaian merangkumi
tempoh tahun 2013 hingga 2020 memandangkan outcome tersebut telah ditetapkan pada
bulan April 2012 melalui Talent Roadmap 2020. Selain itu, prestasi penggunaan geran
juga dinilai dan dua (2) perkara diukur dalam pelaksanaan aktiviti REP ialah pengurusan
permohonan REP dan pemantauan peserta REP.
3.3. Aspek kedudukan kewangan pula meliputi analisis penyata kewangan beraudit
tahun 2016, 2017 dan 2018. Pengauditan ini telah dijalankan di pejabat TalentCorp yang
terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
4. METODOLOGI PENGAUDITAN
4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang
dikemukakan oleh pengurusan TalentCorp serta menganalisis data berkaitan. Pihak Audit
juga telah mengadakan perbincangan dan temu bual dengan pegawai TalentCorp terlibat.
4.2. Selain itu, borang soal selidik atas talian telah diedarkan untuk mendapatkan
maklum balas kepuasan peserta REP terhadap perkhidmatan memudah cara yang
disediakan. Pemilihan sampel berdasarkan kaedah persampelan rawak sistematik. Bagi
pengurusan permohonan REP, sampel sebanyak 112 (15.1%) daripada 743 permohonan
yang diluluskan Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK) bagi tahun 2016 hingga 2019 telah
dipilih untuk menentukan pematuhan Standard Operating Procedures (SOP) permohonan
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -45- 5
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad
REP. Pengesahan dengan pihak ketiga iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah dibuat
bagi tujuan pengesahan status peserta REP.
4.3. Bagi kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan terhadap penyata kewangan
TalentCorp yang telah diaudit oleh Tetuan BDO Malaysia. Penilaian ini melibatkan analisis
trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; analisis trend aset dan liabiliti; analisis
nisbah kewangan serta analisis aliran tunai.
5. RUMUSAN AUDIT
5.1. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2019 hingga Februari 2020
merumuskan perkara seperti berikut:
a. Tadbir Urus Korporat
Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat TalentCorp adalah kurang
memuaskan. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) tidak diisi sejak
bulan Jun 2018, Piagam Lembaga Pengarah tidak disediakan, SOP tidak
dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah serta Jawatankuasa Audit dan
Audit Dalam belum ditubuhkan.
b. Pengurusan Aktiviti
i. Prestasi Output TalentCorp dan Returning Expert Programme
Pencapaian sasaran/Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh TalentCorp bagi
tempoh tahun 2016 hingga 2019 secara keseluruhannya adalah tidak
cekap. Sebanyak 15 (34.9%) daripada keseluruhan 43 KPI tahun 2016
hingga 2019 tidak mencapai sasarannya. Begitu juga analisis berdasarkan
program menunjukkan enam (6) program tidak mencapai sasaran yang
ditetapkan bagi tempoh yang sama.
Pencapaian output REP berdasarkan sasaran bilangan permohonan atau
kepulangan pakar adalah tidak berkesan. Hal ini kerana pencapaian
sasaran berkenaan adalah pada kadar 27.6% hingga 77.3% bagi tahun
2016 hingga 2019. Manakala pencapaian sasaran padanan penempatan
hanya berjaya mencatatkan 9% padanan penempatan.
4 4- 6- 6 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d
ii. Prestasi Outcome TalentCorp dan Returning Expert Programme
Outcome TalentCorp iaitu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pakar
global 20 teratas dalam senarai Global Talent Competitiveness Index
(GTCI) didapati tidak tercapai. Namun, prestasi kedudukan Malaysia dalam
senarai GTCI bagi tahun 2013 hingga 2020 menunjukkan Malaysia menuju
ke arah yang positif dalam konteks persaingan antarabangsa.
TalentCorp tidak menetapkan sebarang mekanisme penilaian outcome
REP dalam konteks Pendapatan Negara Kasar (GNI). Bagaimanapun,
analisis Audit mendapati program ini menyumbang pendapatan berjumlah
RM93.91 juta kepada negara melalui pakar Malaysia yang dibawa pulang
sepanjang tempoh tahun 2016 hingga 2019. Selain itu, sebanyak 67.6%
peserta REP yang menerima SATK dalam tempoh tahun 2016 hingga 2019
berpendapat TalentCorp telah membantu mereka pulang ke Malaysia
dengan lebih mudah.
iii. Prestasi Penggunaan Geran dan Pelaksanaan Aktiviti Returning
Expert Programme
Prestasi penggunaan geran mengikut program tidak dapat dikenal pasti
kerana perbelanjaan geran pembangunan dan geran mengurus
diakaunkan mengikut jenis perbelanjaan dan bukannya jenis program.
Pengurusan promosi REP melalui aktiviti outreach adalah tidak berkesan
kerana sasaran bilangan REP tidak ditetapkan bagi setiap sesi outreach.
Pengurusan permohonan REP adalah tidak cekap disebabkan SOP sedia
ada adalah tidak lengkap dan tidak terperinci menyebabkan pemprosesan
permohonan mengambil masa yang lama. Pemantauan terhadap
pengekalan peserta REP dalam negara adalah tidak berkesan kerana
data/maklumat mengenai bilangan peserta yang dikekalkan tidak
diselenggara. Keadaan ini telah menyebabkan penilaian tidak dapat
dilaksanakan mengenai sejauh mana kejayaan REP dalam mengekalkan
peserta REP dalam negara.
c. Kedudukan Kewangan
Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan TalentCorp adalah stabil.
TalentCorp menerima geran pembangunan dan mengurus daripada Kerajaan dan
didapati syarikat masih memerlukan bantuan kewangan Kerajaan memandangkan
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -47- 7
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad
TalentCorp tidak menjana pendapatan. Perkara ini adalah kerana objektif
penubuhan utama syarikat yang menjalankan mandat Kerajaan melalui fungsinya
yang tidak berteraskan keuntungan.
5.2. Penemuan utama Audit yang perlu diberi perhatian dan tindakan adalah seperti
berikut:
i. kekosongan jawatan KPE sejak bulan Jun 2018;
ii. trend pencapaian KPI tahunan menurun setiap tahun iaitu daripada 70% pada
tahun 2016 kepada 54.5% pada tahun 2017, menurun lagi kepada 36.4% pada
tahun 2018 dan hanya mencatatkan 9.1% pada tahun 2019;
iii. purata pencapaian sasaran keseluruhan 11 program adalah antara 48.3% hingga
435.3% bagi tahun 2016 hingga 2019;
iv. program yang disediakan tidak menjurus kepada pencapaian outcome
TalentCorp;
v. keberkesanan aktiviti REP tidak dapat diukur kerana tiada pengukuran outcome
REP ditetapkan;
vi. promosi REP melalui aktiviti outreach dilaksanakan tanpa perancangan yang
lengkap;
vii. SOP REP yang disediakan adalah tidak lengkap dan tidak terperinci; dan
viii. tiada maklumat diselenggara berkaitan bilangan pakar di kalangan peserta REP
dikekalkan dalam negara.
6. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT
Perkara yang ditemui dan maklum balas TalentCorp telah dibincangkan dalam exit
conference pada 9 Jun 2020 serta pengesahan fakta melalui confirmatory letter diterima
daripada TalentCorp bertarikh 5 Ogos 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan yang
dinyatakan dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:
6.1. Tadbir Urus Korporat
6.1.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan
kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan
4 4- 8- 8 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d
lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Sebagai syarikat berhad menurut
jaminan, TalentCorp perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan
menurut Akta Syarikat 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perlembagaan
Syarikat, Garis Panduan Syarikat Berhad Menurut Jaminan, SOP dan peraturan yang
ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Selain itu, antara amalan terbaik
yang boleh dirujuk ialah Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2017, The
Green Book - Enhancing Board Effectiveness (Green Book) April 2006, Garis Panduan
Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan)
[MKD Handbook] Disember 2014 dan panduan tadbir urus daripada Chartered
Institute of Internal Auditor.
6.1.2. Pengurusan TalentCorp diketuai oleh KPE dan dibantu oleh dua (2) Timbalan
KPE yang masing-masing memainkan peranan dalam Strategi, Pelaksanaan Program
dan Sumber Manusia serta Operasi, Kewangan dan Pentadbiran. Bilangan perjawatan
sehingga 29 Februari 2020 ialah seramai 51 orang. TalentCorp mempunyai sembilan
(9) bahagian seperti dalam Jadual 2. Struktur organisasi TalentCorp pada
31 Disember 2019 adalah seperti dalam Carta 2.
CARTA 2
STRUKTUR ORGANISASI TALENTCORP PADA 31 DISEMBER 2019
Ketua Pegawai
Eksekutif
Timbalan Ketua Pegawai Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif (Strategi, Eksekutif (Operasi,
Pelaksanaan Program dan Kewangan dan Pentadbiran)
Sumber Manusia)
Kewangan
Graduan dan Bakat Baharu
Teknologi Maklumat
Bakat Profesional Malaysia
Komunikasi
Hubungan Industri
Perhubungan dan Fasilitasi
Kerajaan
Sumber Manusia dan Pentadbiran
Penyelidikan, Pembangunan dan
Dasar
Sumber: Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, TalentCorp
LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1 4 -49- 9
T a l e n tTaCleonr tp oCroartpi oonratMioanl aMy sailaayBseiar hBaedrhad
JADUAL 2
FUNGSI DAN PERANAN SETIAP BAHAGIAN TALENTCORP
BAHAGIAN FUNGSI/PERANAN
Graduan dan Bakat Pembangunan graduan dan bakat baharu; hubungan dengan pihak berkepentingan; serta
Baharu projek berkaitan inisiatif strategik dan projek khas.
Bakat Profesional
Malaysia Work-Life Practices Engage; Career Comeback Programme; serta Ageing Workforce.
Hubungan Industri Penglibatan dengan syarikat; pengumpulan maklumat pasaran; serta tanggungjawab
perunding.
Perhubungan dan
Fasilitasi Kerajaan Hubungan sokongan Kerajaan dengan TalentCorp.
Sumber Manusia dan Sumber manusia; perolehan; kebajikan pekerja; perancangan dasar sumber manusia;
Pentadbiran urusan gaji, elaun dan bonus kakitangan; latihan, pembelajaran dan pembangunan;
pengurusan prestasi; laporan sumber manusia dan analisis data; serta perancangan dan
Penyelidikan, penambahbaikan proses kerja.
Pembangunan dan
Dasar Rancangan strategi berkaitan penyelidikan, pembangunan dan dasar; data berkaitan senarai
pekerjaan kritikal; analisis ekonomi makro, pasaran buruh dan kemahiran.
Kewangan Perakaunan dan kewangan.
Projek teknikal IT; operasi IT; sharepoint revamp, call centre system, calendar system;
perlindungan data dan keselamatan rangkaian/sistem; digital IT; pengurusan vendor
Teknologi Maklumat
berkaitan pengemaskinian sistem baharu.
Komunikasi Komunikasi digital; hubungan media; pengurusan penerbitan; komunikasi dalaman dan
konsultan luar.
Sumber: Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, TalentCorp
6.1.3. Bagi tempoh bulan Jun 2018 hingga Februari 2020, kekosongan jawatan KPE
masih belum diisi selepas tamat kontrak dua (2) tahun bagi KPE lantikan sebelumnya.
Lembaga Pengarah pada masa itu telah melantik dua (2) pegawai sebagai Timbalan
KPE pada 1 Jun 2018. Mereka dibantu oleh empat (4) pengurus kanan yang
masing-masing memegang jawatan Ketua Bahagian. Tiga (3) daripadanya mengetuai
satu (1) bahagian masing-masing iaitu Sumber Manusia dan Pentadbiran; Kewangan
dan Teknologi Maklumat. Seorang lagi mengetuai dua (2) bahagian iaitu Perhubungan
dan Fasilitasi Kerajaan serta Graduan dan Bakat Baharu.
6.1.4. Semakan Audit mendapati TalentCorp telah mengamalkan sepenuhnya
dua (2) daripada lapan (8) aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu aspek
Setiausaha Syarikat serta Pelan Strategik Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama.
Bagaimanapun, enam (6) aspek amalan terbaik tadbir urus korporat didapati tidak
diamalkan sepenuhnya iaitu aspek Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga
Pengarah, SOP serta Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam. Penemuan Audit terhadap
aspek tadbir urus korporat oleh TalentCorp adalah seperti perenggan berikut:
a. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif
i. MCCG 2017 amalan 1.2 dan 1.3, MKD Handbook perenggan 2.2(d), serta
Green Book perenggan 1.1.3 dan 2.1.3 menggariskan amalan tadbir urus
korporat berkaitan Pengerusi. Seksyen 212 yang dibaca bersama Jadual Ketiga
perenggan 22 Akta Syarikat 2016 menyarankan Lembaga Pengarah dari
semasa ke semasa boleh melantik seorang Pengarah Urusan bagi suatu
4 4- 1-010 LaLpapoorarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaararaTaThauhnun2021091S9irSi i1ri 1
TaTleanl etnCt oCropropraotriaotni oMn aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d