The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mizan Gme, 2020-08-24 21:16:46

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

LKAN 2019 Siri 1 – Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

meninggal dunia bagi fail pusaka. Semakan Audit terhadap laporan Akaun
Dana Tertangguh mendapati sejumlah RM153.12 juta telah dibayar kepada
benefisiari amanah dan pusaka bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019.

iv. Semakan Audit selanjutnya terhadap pengumuran Akaun Dana Tertangguh
setakat 31 Disember 2019 mendapati dana tertinggi direkodkan bagi fail kes
yang dibuka di JPDT bagi tempoh tahun 2010 hingga 2019 berjumlah
RM359.02 juta (89.9%). Selain itu, tempoh pengumuran bagi dana berjumlah
RM8.68 juta (2.2%) daripada keseluruhan dana tertangguh tidak dapat
ditentukan disebabkan tarikh pembukaan fail kes tersebut tidak direkodkan
dalam Sistem Amanah dan Pusaka. Perkara ini menyebabkan pengumuran
dana tertangguh tidak dapat ditentukan dengan lebih tepat. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 13.

JADUAL 13
PENGUMURAN AKAUN DANA TERTANGGUH SETAKAT 31 DISEMBER 2019

TEMPOH AKAUN AMANAH PUSAKA JUMLAH
DIBUKA
RM BILANGAN RM BILANGAN RM BILANGAN
AKAUN AKAUN AKAUN

1950 - 1959 -- 11,203 7 11,203 7

1960 - 1969 -- 8,228 12 8,228 12

1970 - 1979 -- 52,961 58 52,961 58

1980 - 1989 -- 237,458 58 237,458 58

1990 - 1999 -- 1,026,824 781 1,026,824 781

2000 - 2009 -- 30,315,730 5,354 30,315,730 5,354

2010 - 2019 134,191,433 11,404 224,830,281 16,101 359,021,714 27,505
8,675,631 2,232
Tarikh tidak dapat -- 8,675,631 2,232 36,007
ditentukan 399,349,749

JUMLAH 134,191,433 11,404 265,158,316 24,603

Sumber: Laporan Pengumuran Akaun Dana Tertangguh Setakat 31 Disember 2019

v. AmanahRaya memaklumkan pada peringkat awal pengurusan dana
tertangguh, pembukaan akaun dilaksanakan secara manual. Namun, projek
pengemaskinian data dan maklumat berkenaan Akaun Dana Tertangguh telah
dilaksanakan pada tahun 2015. Setakat 31 Disember 2019, hanya sebanyak
2,232 akaun berjumlah RM8.68 juta tidak dapat ditentukan tempoh
pengumuran daripada jumlah keseluruhan RM399.35 juta.

vi. Berdasarkan SOP Pelaksanaan Lawatan Sosial dan Jejak Waris, aktiviti jejak
waris dilaksanakan bagi mengesan penerima yang berhak menerima bayaran
daripada Akaun Dana Tertangguh. Pada tahun 2016 dan 2017, aktiviti ini
dilaksanakan oleh JPDT manakala bermula tahun 2018, aktiviti telah diambil
alih oleh Care Unit, Jabatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Semakan
Audit terhadap Laporan Aktiviti Jejak Waris bagi tempoh tahun 2016 hingga

LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SiSriir1i 1 2 2- 3-939
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad

2019 mendapati sebanyak 611 aktiviti jejak waris telah dilaksanakan. Daripada
jumlah tersebut, seramai 473 (77.4%) waris berjaya dikesan. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 14.

JADUAL 14
AKTIVITI JEJAK WARIS YANG DILAKSANAKAN

BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2019

JEJAK WARIS DILAKSANAKAN WARIS BERJAYA DIKESAN/DITEMUI

TAHUN BILANGAN BILANGAN PERATUS
2016 63 56 (%)

88.9

2017 265 208 78.5

2018 211 152 72.0

2019 72 57 79.2

JUMLAH 611 473 77.4

Sumber: Laporan Aktiviti Jejak Waris oleh Jabatan Pengurusan Dana Tertangguh dan Care Unit

vii. Temu bual bersama pegawai Care Unit, Jabatan Pengurusan Perhubungan
Pelanggan juga mendapati unit tersebut hanya mampu menetapkan sasaran
tahunan aktiviti jejak waris dan lawatan sosial sebanyak 300 kes berbanding
36,007 waris bagi Akaun Dana Tertangguh pada tahun 2019. Keupayaan
liputan lawatan mengambil kira bilangan kakitangan iaitu hanya empat
(4) orang yang melaksanakan kedua-dua aktiviti tersebut. Semakan Audit
mendapati Care Unit telah melaksanakan aktiviti jejak waris dan lawatan sosial
melebihi sasaran iaitu sebanyak 327 (109%) dan 310 (103.3%) aktiviti atau
lawatan masing-masing pada tahun 2018 dan 2019.

viii. AmanahRaya menjelaskan aktiviti jejak waris dilaksanakan bertujuan menjejak
waris yang tidak dapat dikesan dan berhak kepada wang yang disimpan dalam
Akaun Dana Tertangguh. Berbeza dengan lawatan sosial yang lengkap dengan
alamat, aktiviti jejak waris adalah lebih rumit dan proses pencarian mengambil
masa beberapa jam hanya untuk mengesan seorang waris menyebabkan kos
yang lebih tinggi. Kos bagi pengendalian kedua-dua aktiviti ini ditanggung
sepenuhnya oleh AmanahRaya sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Maklum balas AmanahRaya yang diterima pada 15 Jun dan 5 Ogos 2020

Maklumat tarikh pembukaan fail bagi kesemua 2,232 akaun yang tidak dapat
ditentukan tempoh pengumuran telah berjaya diperoleh. Tindakan pengemaskinian
data tersebut dalam sistem dijangka selesai pada bulan September 2020. Selain
aktiviti Care Unit, pengesanan waris dilaksanakan melalui laman sesawang

2 -24-040 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd

AmanahRaya. Hal ini kerana untuk membuat lawatan bagi 36,007 kes akan
memerlukan kos yang sangat tinggi dan tenaga kerja yang terlalu ramai.

AmanahRaya juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan akses kepada
MyIdentity bertujuan untuk menyemak dan mendapatkan alamat terkini
benefisiari/penerima yang berhak bagi membolehkan mereka dihubungi oleh
AmanahRaya. Bagaimanapun, permohonan AmanahRaya masih belum dipenuhi oleh
Jabatan Pendaftaran Negara.

Pendapat Pengurusan dana tertangguh adalah kurang cekap dengan

Audit peningkatan dana tersebut sehingga 59.8% bagi tempoh tahun

2016 hingga 2019. Bagaimanapun, aktiviti jejak waris yang

dilaksanakan adalah berkesan kerana telah berjaya mengesan

dan menyalurkan harta kepada waris yang berhak.

6.3. Kedudukan Kewangan

6.3.1. Penyata kewangan AmanahRaya bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 telah
diaudit dan diberi laporan tanpa teguran dengan emphasis of matters oleh Tetuan
Ernst & Young. Pendapat tersebut diberikan kerana ketidakpastian material dalam
usaha berterusan syarikat berkaitan keupayaan kedudukan aset bersih AmanahRaya
selaku pemegang amanah (Seksyen 28 Akta 532) untuk membayar tuntutan daripada
Akaun KWB yang mempunyai rizab negatif. Bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018,
MOF selaku pemegang saham telah mengeluarkan surat sokongan kewangan kepada
AmanahRaya sebagai jaminan KWB mampu meneruskan operasi dan
AmanahRaya sebagai pemegang amanah dapat menjalankan
fungsinya secara berterusan (going concern) pada masa hadapan.

6.3.2. Analisis terhadap kedudukan kewangan syarikat AmanahRaya bagi tahun
2016, 2017 dan 2018 telah dilaksanakan merangkumi pendapatan, perbelanjaan dan
untung rugi; aset dan liabiliti; serta tunai dan kesetaraan tunai seperti dalam
Jadual 15.

LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa Tahhuunn 22001199SiSrir1i 1 2 2- 4-141
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad

JADUAL 15

KEDUDUKAN KEWANGAN AMANAHRAYA

BAGI TEMPOH TAHUN 2016, 2017 DAN 2018

BUTIRAN 2016 2017 2018
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Pendapatan Operasi 70.25 70.73 68.64
40.23
Pendapatan Lain 20.52 23.88 108.87

JUMLAH PENDAPATAN 90.77 94.61 (33.17)
(37.26)
Perbelanjaan Operasi (31.09) (34.09)
(2.84)
Kos Kakitangan (31.74) (36.51) (22.97)
(96.24)
Perbelanjaan Pentadbiran (2.75) (2.71) 12.63

Perbelanjaan Lain (2.13) (3.44) (0.48)
(0.51)
JUMLAH PERBELANJAAN (67.71) (76.75) 11.64

KEUNTUNGAN SEBELUM ZAKAT DAN CUKAI 23.06 17.86 -
54.22
Zakat - (0.26) 85.71
25.48
Cukai (0.24) (0.17) 60.23
85.71
KEUNTUNGAN SELEPAS ZAKAT DAN CUKAI 22.82 17.43 19.94

Dividen (0.60) (3.00)

KEUNTUNGAN TERKUMPUL 28.15 42.58

JUMLAH ASET 62.52 75.65

JUMLAH LIABILITI 28.36 27.07

JUMLAH EKUITI 34.16 48.58

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 62.52 75.65

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 4.72 19.52
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

6.3.3. Pendapatan operasi utama AmanahRaya terdiri daripada hasil kutipan fi
melalui pengurusan dana KWB, perkhidmatan perwarisan dan pengurusan lain.
Fi pengurusan dana KWB merupakan penyumbang utama
pendapatan operasi AmanahRaya iaitu antara 35.6% hingga 38.3%
daripada keseluruhan pendapatan operasi bagi tahun 2016 hingga 2018. Jumlah fi
yang dikutip adalah bergantung kepada jumlah pelaburan dana pada setiap tahun
berdasarkan kadar 0.5% hingga 0.55% dalam tempoh berkenaan. Pendapatan kedua
tertinggi pula disumbang daripada kutipan fi perkhidmatan bagi pengurusan pusaka,
diikuti pengurusan amanah dan wasiat serta fi pengurusan lain. Fi pengurusan lain
merupakan hasil diperoleh daripada pengurusan Akaun Pusat Pusaka, tabung dan
yayasan di mana AmanahRaya bertindak sebagai pemegang amanah. Fi berkenaan
mengalami penurunan pada tahun 2018 sebanyak 33.8% berbanding tahun 2017
selepas pengkelasan fi pengurusan akaun dana tertangguh digabungkan di bawah
KWB. Analisis Audit mendapati secara keseluruhannya, pendapatan operasi
AmanahRaya merekodkan peningkatan dan penurunan yang tidak ketara bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2018 iaitu antara 0.7% hingga 2.9%.

2 -24-242 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd

6.3.4. Pendapatan lain pula antaranya ialah terimaan dividen daripada syarikat
subsidiari dan bersekutu, faedah pelaburan, hasil sewaan dan yuran pentadbiran.
Terimaan dividen daripada subsidiari menunjukkan peningkatan ketara pada tahun
2018 sejumlah RM18.58 juta (106%) berbanding tahun sebelumnya disebabkan
peningkatan keuntungan terkumpul dua (2) syarikat subsidiarinya iaitu AmanahRaya
Trustees Berhad dan AmanahRaya Investment Management Sdn. Bhd.. Trend
pendapatan keseluruhan bagi tahun berkaitan adalah seperti dalam Jadual 15
dan Carta 9.

6.3.5. Perbelanjaan keseluruhan syarikat pula terdiri daripada belanja operasi, kos
kakitangan, belanja pentadbiran dan belanja lain. Perbelanjaan syarikat bagi tempoh
tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan trend peningkatan terutamanya pada tahun
2018 iaitu sejumlah RM19.49 juta (25.4%) berbanding tahun sebelumnya.
Peningkatan utama adalah melibatkan perbelanjaan lain iaitu rosot nilai terhadap
pinjaman syarikat subsidiari berjumlah RM21.27 juta. Peruntukan rosot nilai yang
tinggi ini berdasarkan jangkaan keupayaan membayar balik pinjaman oleh syarikat
agar selari dengan pemakaian standard perakaunan Malaysian Financial Reporting
Standard bermula tahun 2018. Trend perbelanjaan bagi tempoh tiga (3) tahun
berkaitan adalah seperti dalam Jadual 15 dan Carta 9.

6.3.6. Jumlah pendapatan yang melebihi perbelanjaan telah menyumbang kepada
keuntungan sebelum zakat dan cukai bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut
namun menunjukkan trend penurunan pada setiap tahun. Peruntukan rosot nilai
terhadap pinjaman syarikat subsidiari pada tahun 2018 memberi kesan utama kepada
penurunan keuntungan syarikat. Bagaimanapun, keuntungan terkumpul syarikat
masih menunjukkan trend peningkatan bagi tempoh yang dinilai kepada sejumlah
RM54.22 juta pada akhir tahun 2018. Trend keuntungan AmanahRaya bagi tempoh
tiga (3) tahun berkaitan adalah seperti dalam Jadual 15 dan Carta 10.

LapLaopraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa Tahhuunn 22001199SiSrir1i 1 2 2- 4-343

A mAamn aanhaRhaRy aayBaeBr hearhdad

CARTA 9 CARTA 10
TREND PENDAPATAN DAN TREND KEUNTUNGAN SEBELUM
PERBELANJAAN BAGI TEMPOH ZAKAT & CUKAI DAN KEUNTUNGAN
TAHUN 2016, 2017 DAN 2018 TERKUMPUL BAGI TEMPOH TAHUN

RM Juta 2016, 2017 DAN 2018
120
RM Juta 54.22
100 60

80 50

60

40

20
90.77 42.58
67.71
40 17.86
94.61 28.15
76.75
30
108.87
96.24 20 23.06
10
12.63

0 0
2016
2017 2018 2016 2017 2018

Keuntungan Sebelum Zakat dan Cukai

Pendapatan Perbelanjaan Keuntungan Terkumpul

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

6.3.7. Analisis Audit seterusnya terhadap kedudukan aset dan liabiliti mendapati
AmanahRaya mempunyai sumber yang mencukupi bagi memenuhi obligasinya pada
masa diperlukan. Jumlah aset adalah melebihi liabiliti bagi tempoh tahun 2016 hingga
2018. Pada tahun 2018, nilai aset syarikat melebihi liabiliti iaitu sejumlah
RM60.23 juta (70.3%). Komponen utama aset syarikat ialah aset bukan semasa
(50.3% hingga 66.7%) yang terdiri daripada pelaburan syarikat subsidiari, hartanah
dan peralatan serta goodwill. Manakala sebanyak 99% liabiliti syarikat adalah liabiliti
semasa iaitu pinjaman kepada syarikat subsidiari, pemiutang dagangan, perbelanjaan
terakru dan liabiliti manfaat kakitangan.

6.3.8. Kedudukan nisbah semasa turut menunjukkan peningkatan dalam kecairan
syarikat pada kadar 0.7:1 bagi tahun 2016 kepada 1.7:1 bagi tahun 2018 disebabkan
peningkatan penghutang dagangan dan pinjaman daripada syarikat subsidiari.
Keadaan ini menunjukkan keupayaan syarikat menampung obligasinya dalam jangka
pendek. Selain itu, kedudukan nisbah hutang atas aset AmanahRaya adalah semakin
cekap dengan trend aset syarikat yang dibiayai hutang mengalami penurunan
daripada 45.4% (2016) kepada 29.7% (2018). Kedudukan ini menunjukkan syarikat
tidak bergantung kepada liabiliti jangka panjang dan mempunyai sumber kewangan
dalaman yang mencukupi untuk melaksanakan operasi syarikat.

6.3.9. Analisis nisbah keuntungan pula mendapati margin keuntungan syarikat bagi
tempoh tahun 2016 hingga 2018 mengalami penurunan setiap tahun. Pada tahun
2018, margin keuntungan ialah 17% berbanding 24.6% pada tahun 2017 dan 32.5%

2 -24-444 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901S9iriS1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd

pada tahun 2016. Nisbah pulangan atas aset dan ekuiti syarikat turut menunjukkan
trend penurunan bagi tempoh berkenaan. Pulangan atas aset pada tahun 2018 ialah
14% berbanding 37% pada tahun 2016. Manakala pulangan atas ekuiti hanya 19%
pada tahun 2018 berbanding 67% pada tahun 2016. Penurunan nisbah ini
menunjukkan AmanahRaya semakin kurang cekap dalam penggunaan aset dan ekuiti
yang dilaburkan.

6.3.10. Analisis Audit juga telah dijalankan terhadap kedudukan aliran tunai
AmanahRaya bagi menilai keupayaan syarikat menjana aliran tunai daripada operasi,
pelaburan dan pembiayaan untuk menampung keperluan perbelanjaan syarikat. Pada
keseluruhannya, baki tunai dan kesetaraan tunai AmanahRaya pada akhir tahun 2018
berjumlah RM19.94 juta menunjukkan peningkatan ketara sejumlah RM15.22 juta
(322.5%) berbanding pada tahun 2016. Peningkatan utama ini disumbangkan oleh
terimaan dividen daripada syarikat subsidiari berjumlah RM36.51 juta pada
tahun 2018.

Pendapat Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan AmanahRaya
Audit adalah stabil. Bagaimanapun, AmanahRaya sebagai pemegang
amanah bergantung kepada jaminan Kerajaan bagi
menampung rizab KWB yang berada pada kedudukan negatif
apabila dituntut oleh pemegang dana.

7. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

Secara keseluruhannya, objektif penubuhan AmanahRaya telah dicapai berdasarkan
pencapaian prestasi output dan outcome dalam tempoh pengauditan iaitu tahun 2016
hingga 2019. Amalan tadbir urus korporat AmanahRaya secara keseluruhannya adalah
memuaskan. Manakala pengurusan amanah dan pusaka secara keseluruhannya adalah
kurang cekap. Terdapat kelemahan terhadap aspek pengurusan fail serta maklumat
amanah dan pusaka serta pengurusan dana tertangguh yang perlu ditambah baik.
Walaupun pelaburan dana Kumpulan Wang Bersama (KWB) telah memberi pulangan
antara 4.71% hingga 4.89% kepada pendeposit, pengurusan dana oleh AmanahRaya
didapati tidak cekap kerana dana telah mengalami defisit sejak tahun 2008 sehingga
tahun 2019. Pendapatan bersih tahun semasa tidak dapat menampung jumlah agihan
pendapatan dan prestasi pelaburan dana KWB juga adalah tidak cekap. Bagaimanapun,
AmanahRaya sedang dalam tindakan pemulihan dana KWB bermula pada tahun 2019.
Meskipun kedudukan kewangan AmanahRaya bagi tempoh tahun 2016 hingga 2018
adalah stabil, AmanahRaya perlu bergantung kepada jaminan Kerajaan atas
ketidakupayaannya sebagai pemegang amanah untuk menampung defisit dana KWB
berjumlah RM1.023 bilion apabila terdapat tuntutan.

LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa Tahhuunn 22001199SiSrir1i 1 2 2- 4-545
A mAamn aa nhaRhaRy aayBaeBr hearhdad

8. SYOR AUDIT

Bagi meningkatkan lagi pencapaian objektif penubuhan AmanahRaya serta memantapkan
keupayaan tadbir urus korporat, pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah AmanahRaya
perlu mengambil langkah yang proaktif dan berkesan bagi menangani kelemahan yang
dibangkitkan dalam laporan ini. Sehubungan itu, pihak Audit mengesyorkan pihak yang
terlibat memberi pertimbangan terhadap perkara berikut:

i. menetapkan Petunjuk Prestasi Utama bagi prestasi pelaburan dan pemulihan
Kumpulan Wang Bersama (KWB) di peringkat syarikat bagi tujuan pemantauan
oleh Lembaga Pengarah;

ii. mengkaji semula kadar agihan pendapatan yang munasabah mengambil kira
kemampuan kewangan KWB, pandangan dan kelulusan Lembaga Pengarah
sebelum kelulusan Menteri bagi memastikan kemapanan dana terjamin;

iii. memastikan polisi pelaburan disemak semula dan dikemas kini secara berkala
dengan mengambil kira keadaan semasa bagi tujuan pematuhan dan pemantauan
pelaburan yang lebih jelas;

iv. mewujudkan task force bagi menyelesaikan kes fail backlog akaun pusaka dan
amanah yang terlalu lama sejak tahun 1900;

v. menetapkan spesifikasi dan menambah baik bilik penyimpanan fail yang sesuai
bagi menjamin keselamatan maklumat akaun amanah dan pusaka; dan

vi. memantau pelaksanaan Sistem Wasiat Amanah Pusaka dan pembangunan Sistem
Pengurusan Dokumen bagi memastikan penyelesaian kes dan penyimpanan
maklumat akaun amanah dan pusaka lebih berkesan dan efektif.

2 -24-646 LLaappoorraann KKeettuuaaAAuuddititNeNgeagraarTaaThauhnu2n012901Si9ri S1iri 1
AAmmaannaahh RRaayyaa BBeerrhhaadd

SMALL MEDIUM ENTERPRISE
DEVELOPMENT BANK
MALAYSIA BERHAD

2 - 48 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Amanah Raya Berhad

RINGKASAN EKSEKUTIF

SMALL MEDIUM ENTERPRISE
DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD

Perkara Utama

Apa yang  Bagi memenuhi mandat yang diberikan oleh Kerajaan serta
diaudit? melaksanakan peranannya sebagai Institusi Kewangan
Pembangunan (DFI), Small Medium Enterprise Development Bank
Malaysia Berhad (SME Bank) menawarkan pembiayaan kepada
perusahaan kecil dan sederhana (PKS). SME Bank juga
melaksanakan aktiviti pembangunan Entrepreneur Premises
Complex (EPC). EPC merupakan inisiatif khas untuk membantu
usahawan PKS Bumiputera mengendalikan perniagaan mereka
di lot kilang pada kadar sewa yang berpatutan dengan lokasi dan
infrastruktur yang baik.

 Penilaian terhadap sembilan (9) aspek tadbir urus korporat
meliputi aspek Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha
Syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Operating
Procedures, Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama,
Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan
dan Imbuhan bagi tempoh tahun 2017 hingga bulan
Februari 2020.

 Penilaian terhadap aktiviti pembiayaan dan pembangunan bagi
tempoh tahun 2017 hingga bulan Februari 2020 yang meliputi dua
(2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan pelaksanaan aktiviti
tersebut.

 Analisis terhadap tiga (3) tahun penyata kewangan beraudit iaitu
2017, 2018 dan 2019 merangkumi analisis pendapatan,
perbelanjaan, aset, liabiliti serta aliran tunai.

Mengapa ia  SME Bank mempunyai kedudukan portfolio pembiayaan kasar
penting berjumlah RM6.380 bilion pada tahun 2019 dengan penguasaan
untuk pasaran pada kadar 47.8% berbanding DFI lain.
diaudit?
 Sehingga 31 Disember 2019, SME Bank menyediakan 26 buah EPC
dengan 463 lot kilang yang terletak di seluruh negara. Kerajaan
telah meluluskan peruntukan geran bagi membiayai pembinaan
dan pembelian lot kilang di bawah Rancangan Malaysia Keempat
(RMKe-4) sehingga Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9)
berjumlah RM234.80 juta. Kos sebenar perolehan berjumlah
RM239.80 juta manakala nilai pasaran berjumlah RM362.76 juta.

 Pada tahun 2018, PKS menyumbang 37.4% kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK), menjana 66.2% peluang pekerjaan
dan menyumbang 17.5% kepada nilai eksport negara.

LapLoapraonraKneKteutauaAAuuddititNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199SSiriir1i 1 2 2- -4749
S m aSl lmMaelldMi uemdiuEmn t eErnptreirsperiDsee vDeel oveplmopemn tenBta nBkanMka Ml aaylsaiyasiBae Br hearhdad

Apa yang  Amalan tadbir urus korporat SME Bank adalah baik tetapi terdapat
ditemui keperluan untuk penambahbaikan dalam pematuhan Standard
Audit? Operating Procedures agar selaras dengan amalan terbaik tadbir
urus korporat yang disarankan.

 Prestasi pencapaian output aktiviti pembiayaan dalam perspektif
kewangan, pembangunan serta inovasi dan pembelajaran adalah
berkesan. Bagaimanapun, sasaran pertumbuhan portfolio
pembiayaan masih belum tercapai kerana mencatatkan defisit
pada tahun 2018 dan 2019 yang dipengaruhi oleh penebusan
akaun pembiayaan kepada institusi kewangan lain.

 Pelaksanaan aktiviti pembiayaan adalah kurang cekap kerana
wujud isu integriti data yang berisiko menjejaskan ketepatan
pelaporan dana pembiayaan. Kutipan bayaran balik pembiayaan
bagi dana bukan geran direkodkan pada kadar kurang daripada
40% berbanding dana geran. Tempoh tunggakan pembiayaan
juga direkodkan sehingga 109 bulan.

 Prestasi pencapaian output aktiviti pembangunan EPC masih
belum mencapai tahap optimum berdasarkan pencapaian bagi
pengembangan usahawan PKS melalui graduan EPC yang kurang
cekap. KPI kewangan tidak mencapai sasaran bagi tahun 2018.
Selain itu, kadar penghunian dan bilangan penyewa EPC juga
menunjukkan penurunan.

 Pelaksanaan aktiviti pembangunan EPC adalah kurang cekap dari
aspek pengurusan perjanjian sewa, kutipan hasil sewa,
penyenggaraan premis dan pemantauan.

24- -5048 LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNiteNgaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1
SSmmaallll MMeeddiiuumm EEnntteerrpprriissee DD eevveellooppmmeenntt BBaannkk MMaallaayyssiai a BBeerhr haadd

MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN)

2. SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD

FAKTA UTAMA SME BANK

03.10.2005 47.8% RM6.380 bilion

Memulakan operasi sebagai sebuah Penguasaan pasaran DFI Kedudukan portfolio pembiayaan
kasar SME Bank pada tahun 2019
Institusi Kewangan Pembangunan pada tahun 2019

Objektif penubuhan Menawarkan bantuan pembiayaan dan menjangkaui pembiayaan kepada
Perusahaan Kecil dan Sederhana
Aktiviti utama Aktiviti pembiayaan dan pembangunan
Kementerian berkaitan Kementerian Kewangan Malaysia
Jenis syarikat Syarikat berhad menurut syer
Modal berbayar
RM1.850 bilion

1. LATAR BELAKANG

1.1. Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
merupakan syarikat berhad menurut syer dan telah memulakan operasi pada
3 Oktober 2005. Pada peringkat awal penubuhannya, SME Bank dikenali sebagai Bank
Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad. Ia ditubuhkan susulan proses
penggabungan dan rasionalisasi antara Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad (BPIM) dengan Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad (BITM) pada tahun
2005. Namanya ditukar kepada SME Bank pada 11 Jun 2013 melalui proses penstrukturan
semula syarikat. SME Bank mempunyai modal berbayar berjumlah RM1.850 bilion dengan
semua modal saham dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD], kecuali satu
(1) saham dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. SME Bank diselia oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Selain itu, sebagai sebuah
Institusi Kewangan Pembangunan (DFI), SME Bank juga dikawal selia oleh Bank Negara
Malaysia (BNM).

1.2. Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, objektif penubuhan SME Bank adalah
seperti berikut:

a. menjalankan perniagaan perbankan bagi menggalakkan pembangunan ekonomi
dan sosial serta membantu perusahaan di Malaysia;

b. untuk memberi bantuan modal, kredit dan bantuan lain yang diperlukan oleh
Kerajaan atau kerajaan negeri, atau pihak berkuasa tempatan, orang awam,

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -251- 51
S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

orang perseorangan atau badan politik atau korporat, atau perbadanan, syarikat
sama ada swasta atau awam, atau pertubuhan, firma, usaha sama atau individu
dalam pelaksanaan sesuatu kerja, projek atau perusahaan; dan

c. untuk menjalankan perniagaan perbankan termasuk meminjam, mengumpul atau
mengambil modal, pinjaman atau pendahuluan wang.

1.3. Bagi memenuhi mandat yang diberikan oleh Kerajaan serta melaksanakan
peranannya sebagai DFI, SME Bank menawarkan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS). SME Bank juga melaksanakan aktiviti pembangunan melalui
beberapa program seperti Entrepreneur Premises Complex (EPC) dan Best Exporters
Programme (BEP).

1.4. Setakat 31 Disember 2019, sejumlah RM2.116 bilion pembiayaan baharu telah
diluluskan oleh SME Bank kepada 529 PKS. Kedudukan portfolio pembiayaan kasar SME
Bank pada tahun 2019 adalah berjumlah RM6.380 bilion (2018: RM6.470 bilion) dengan
penguasaan pasaran pada kadar 47.8% berbanding DFI lain. Model perniagaan SME Bank
memfokuskan kepada lima (5) strategic thrust, aktiviti pembiayaan dan menjangkaui
pembiayaan (beyond financing) serta disokong oleh lima (5) nilai teras. Nilai teras
merupakan nilai utama yang perlu diamalkan oleh kakitangan SME Bank bagi menyokong
pelaksanaan inisiatif dalam strategic thrust. Model perniagaan ini menyokong visi dan misi
SME Bank yang baharu dalam melaksanakan pelan strategik melalui SME Bank Two–Year
Accelerated Programme (2019-2020). Model perniagaan SME Bank mulai bulan
Januari 2019 adalah seperti dalam Carta 1.

CARTA 1
MODEL PERNIAGAAN SME BANK

Sumber: Jabatan Perancangan Korporat, SME Bank

2 -25-252 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan SME Bank sebagai
Institusi Kewangan Pembangunan yang menawarkan pembiayaan dan menjangkaui
pembiayaan kepada PKS melalui pengurusan aktiviti pembiayaan dan pembangunan
dengan cekap, berkesan dan berhemat; amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
kedudukan kewangan syarikat yang kukuh.

3. SKOP PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini melibatkan sembilan (9) aspek tadbir urus korporat bagi tahun
2017 hingga bulan Februari 2020. Bagi pengurusan aktiviti, berdasarkan penilaian risiko,
pengauditan dijalankan terhadap aktiviti utama syarikat iaitu pembiayaan dan
pembangunan EPC bagi tahun 2017 hingga bulan Februari 2020.

3.2. Dua (2) bidang utama yang dinilai bagi pengurusan aktiviti ialah prestasi dan
pelaksanaan aktiviti. Prestasi aktiviti pembiayaan dan pembangunan EPC dinilai daripada
aspek pencapaian output dan outcome. Lima (5) perkara yang dinilai dalam pelaksanaan
pengurusan aktiviti pembiayaan ialah pengurusan prestasi dana pembiayaan, pengurusan
data dalam sistem pembiayaan, kutipan bayaran balik, tunggakan dan rosot nilai
pembiayaan serta hapus kira hutang lapuk pembiayaan. Bagi aktiviti pembangunan pula,
penilaian dibuat terhadap pengurusan aktiviti EPC meliputi pengurusan perjanjian dan
kutipan sewa serta pengurusan penyenggaraan EPC. Aspek kedudukan kewangan pula
meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2017, 2018 dan 2019.

3.3. Pengauditan telah dijalankan di Ibu Pejabat SME Bank yang terletak di Menara
SME Bank, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Manakala lawatan fizikal telah dilaksanakan
di dua (2) Pusat Wilayah iaitu di Kuching, Sarawak dan Seberang Jaya, Pulau Pinang serta
lima (5) Kompleks Premis Usahawan SME Bank iaitu di Sarawak (Kota Padawan dan Muara
Tabuan), Kedah (Sungai Petani) dan Seberang Jaya (SP1 dan SP2).

4. METODOLOGI PENGAUDITAN

4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang
dikemukakan oleh pengurusan SME Bank serta menganalisis data berkaitan pembiayaan.
Pihak Audit juga telah melaksanakan lawatan fizikal bagi pengesahan keadaan fizikal dan
operasi penyewa EPC. Sampel EPC dipilih berdasarkan penilaian risiko terhadap faktor
lokasi, kadar penghunian dan jenis EPC.

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -253- 53

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

4.2. Perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat juga telah dijalankan bagi
mendapatkan penjelasan lanjut. Soal selidik telah dikemukakan kepada usahawan PKS
yang terlibat dengan aktiviti pembiayaan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh SME
Bank bagi mendapatkan maklum balas berkaitan program dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh SME Bank.

4.3. Bagi kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan berdasarkan penyata
kewangan SME Bank yang telah diaudit oleh Tetuan Deloitte PLT bagi tahun 2017, 2018
dan 2019. Penilaian ini melibatkan analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung
rugi; analisis trend aset dan liabiliti; analisis nisbah kewangan; serta analisis aliran tunai.

5. RUMUSAN AUDIT

5.1. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2019 hingga Februari 2020
terhadap SME Bank merumuskan perkara berikut:

a. Tadbir Urus Korporat

Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat SME Bank adalah baik.
Namun, terdapat ketidakpatuhan Standard Operating Procedures (SOP) yang
perlu ditambah baik agar selaras dengan saranan amalan terbaik tadbir urus
korporat.

b. Pengurusan Aktiviti

i. Prestasi dan Pelaksanaan Aktiviti Pembiayaan

Secara keseluruhannya, prestasi pencapaian output aktiviti pembiayaan dalam
perspektif kewangan, pembangunan serta inovasi dan pembelajaran adalah
berkesan. Bagaimanapun, sasaran pertumbuhan portfolio pembiayaan masih
belum tercapai kerana mencatatkan defisit pada tahun 2018 dan 2019 yang
dipengaruhi oleh penebusan akaun pembiayaan kepada institusi kewangan
lain. Pelaksanaan aktiviti pembiayaan adalah kurang cekap kerana wujud isu
integriti data yang berisiko menjejaskan ketepatan pelaporan dana
pembiayaan. Selain itu, SME Bank juga merekodkan kutipan bayaran balik
pembiayaan bagi dana bukan geran pada kadar kurang daripada 40%
berbanding dana geran. Tempoh tunggakan pembiayaan juga direkodkan
sehingga 109 bulan.

2 -25-454 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnet nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay s Bi aerBheardh a d

ii. Prestasi dan Pelaksanaan Aktiviti Pembangunan Entrepreneur
Premises Complex

Secara keseluruhannya, prestasi pencapaian output aktiviti pembangunan
EPC masih belum mencapai tahap optimum. Pencapaian bagi pengembangan
usahawan PKS melalui graduan EPC adalah kurang cekap serta KPI kewangan
tidak mencapai sasaran bagi tahun 2018. Selain itu, kadar penghunian dan
bilangan penyewa EPC juga menunjukkan penurunan. Pelaksanaan aktiviti
EPC juga kurang cekap daripada aspek pengurusan perjanjian sewa, kutipan
hasil sewa, penyenggaraan premis dan pemantauan.

c. Kedudukan Kewangan

Kedudukan kewangan SME Bank berada pada tahap stabil. Prestasi kewangan
SME Bank pada tahun 2019 meningkat dengan merekodkan keuntungan sebelum
cukai dan zakat berjumlah RM213.86 juta berbanding kerugian sebelum cukai dan
zakat pada tahun 2018. Selain itu, jumlah aset melebihi jumlah liabiliti bagi
tempoh yang sama. Tahap kecairan aset semasa juga baik iaitu pada kadar 2.14:1
yang menunjukkan kemampuan SME Bank menampung liabiliti semasanya.
Namun, SME Bank masih merekodkan kerugian terkumpul sehingga
31 Disember 2019 berjumlah RM383.15 juta. Bagaimanapun, baki tunai dan
kesetaraan tunai SME Bank pada akhir tahun 2019 berjumlah RM1.113 bilion.

5.2. Penemuan utama Audit yang perlu diberi perhatian dan tindakan adalah seperti
berikut:

i. ketidakpatuhan SOP bagi aktiviti pembangunan EPC;

ii. isu integriti data dalam sistem pembiayaan iaitu maklumat program tidak
direkodkan dengan tepat mengikut dana dibiayai;

iii. kutipan bayaran balik pembiayaan bagi dana bukan geran pada kadar kurang
daripada 40% berbanding dana geran serta tempoh tunggakan pembiayaan
melebihi sembilan (9) tahun iaitu sehingga 109 bulan;

iv. perjanjian sewa EPC yang belum dan tidak disediakan melibatkan tunggakan sewa
berjumlah RM1.44 juta; dan

v. kelemahan penyenggaraan fasiliti EPC iaitu lot kilang kosong dan tidak disewakan
yang tidak disenggara serta dijaga dengan sewajarnya.

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -255- 55

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

6. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT

Perkara yang ditemui dan maklum balas SME Bank telah dibincangkan dalam exit
conference pada 9 Jun 2020 serta pengesahan fakta melalui confirmatory letter diterima
daripada SME Bank bertarikh 6 Ogos 2020. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan yang
dinyatakan dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:

6.1. Tadbir Urus Korporat

6.1.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan
kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan
lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Sebagai syarikat Kerajaan milikan MKD,
pengurusan SME Bank perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan di bawah Akta Syarikat 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
Perlembagaan Syarikat, Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri
Kewangan (Diperbadankan) Disember 2014 (MKD Handbook), SOP serta peraturan
yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

6.1.2. Selain itu, SME Bank juga perlu mematuhi Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002 [Akta 618], Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)
2015 [Akta A1502], Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Garis Panduan Bank
Negara Malaysia yang berkaitan, Tatawujud dan Tataurus Bank serta dokumen dasar
yang dikeluarkan oleh BNM atau pihak berkuasa Kerajaan sebagaimana yang disemak
dari semasa ke semasa. Rujukan juga boleh dibuat terhadap amalan terbaik daripada
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2017 dan panduan tadbir urus
daripada Chartered Institute of Internal Auditor.

6.1.3. Pengurusan SME Bank diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)
merangkap Presiden Kumpulan yang dibantu oleh 10 pengurusan kanan. SME Bank
mempunyai 13 bahagian dan jabatan. Struktur organisasi SME Bank pada
29 Februari 2020 adalah seperti dalam Carta 2 manakala peranan serta fungsi setiap
bahagian dan jabatan adalah seperti dalam Jadual 1.

2 -25-656 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

CARTA 2
STRUKTUR ORGANISASI SME BANK PADA 29 FEBRUARI 2020

Sumber: Jabatan Sumber Manusia, SME Bank

JADUAL 1
PERANAN SERTA FUNGSI BAHAGIAN DAN JABATAN DI SME BANK

BIL. BAHAGIAN/JABATAN PERANAN DAN FUNGSI

Membangun dan menguruskan pelaksanaan keseluruhan Skim Perbankan Islam

1. Syariah (IBS) di SME Bank dan memastikan proses tersebut mematuhi kehendak Syariah

dan keperluan pengawal selia (BNM).

2. Pengurusan Perbankan Menguruskan semua urusan strategik di Bahagian Perbankan di bawah seliaan
Ketua Pegawai Perbankan (CBO).

3. Pengurusan Kewangan Memastikan pelaporan kewangan yang boleh dipercayai dan tepat pada
masanya kepada pengurusan, penyedia dana dan pengawal selia (BNM).

4. Pemulihan dan Bertanggungjawab membangunkan perancangan untuk memaksimumkan
Pengurusan Aset pemulihan bagi akaun yang distress dan telah dihapus kira bagi mengurangkan
kadar kegagalan serta rosot nilai.

Mengurus, memantau dan menyelia Jabatan Pengurusan Fasiliti dan operasi

5. Operasi Strategik cawangan SME Bank dan EPC serta memastikan semua aset bank dilindungi

sepanjang masa.

Mengenal pasti keperluan dan penyelesaian perniagaan melalui perancangan

6. Transformasi Digital dan dan pelaksanaan sistem IT dan pendigitalan untuk menyokong operasi

Teknologi perniagaan bagi meningkatkan keberkesanan kos, kualiti perkhidmatan dan

pembangunan perniagaan.

Menyediakan hala tuju dalam pembangunan dan pelaksanaan inisiatif strategik

7. Strategi dalam pelbagai fungsi perniagaan untuk menyokong pelaksanaan mandat

SME Bank kepada Kerajaan, pelanggan dan komuniti.

8. Pengurusan Modal Bertindak sebagai agen perubahan dan peningkatan berterusan dalam aspek
Insan keseluruhan keperluan modal insan.

9. Undang-undang dan Memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan syarikat
Kesetiausahaan berkaitan dengan perkara Lembaga dan Korporat.

Merancang secara strategik, menganjurkan dan menyelia Program Pematuhan

10. Pematuhan dan Integriti yang berkesan untuk menyokong objektif strategik bank ke arah
pematuhan yang kukuh dan mantap, etika perniagaan dan budaya integriti,

sejajar dengan amalan terbaik.

11. Risiko Menjalankan penilaian risiko dan analisis yang berkualiti kepada jawatankuasa
yang berkaitan bagi meningkatkan profil risiko dan pengurusan risiko bank.

12. Kredit Merangka dan melaksanakan strategi kredit, selaras dengan profil risiko bank
bagi memelihara kualiti aset dan kemampanan aliran tunai masa hadapan.

13. Audit Mengawasi, mengurus dan melaksanakan tugasan audit mengikut Rancangan
Audit yang diluluskan.

Sumber: Bahagian Pengurusan Modal Insan, SME Bank

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 - 57
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
2 - 57
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad

6.1.4. Sehingga bulan Disember 2019, SME Bank mempunyai seramai lapan (8)
ahli Lembaga Pengarah. Komposisi Lembaga Pengarah SME Bank terdiri daripada
enam (6) orang Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif serta dua (2) orang Pengarah
Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif.

6.1.5. Semakan Audit mendapati SME Bank telah mengamalkan sepenuhnya lapan
(8) daripada sembilan (9) amalan tadbir urus korporat yang baik iaitu dalam aspek
Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif, Pelan
Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Jawatankuasa Audit, Audit Dalam
serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. Bagaimanapun, aspek tadbir urus
korporat berkaitan Standard Operating Procedures (SOP) didapati tidak diamalkan
sepenuhnya. Penemuan Audit diterangkan dalam perenggan berikut:

a. Standard Operating Procedures

i. MKD Handbook perenggan 1.9(c) dan 2.2(f) menyatakan Lembaga Pengarah
hendaklah memastikan SOP merangkumi proses, prosedur dan polisi yang
lengkap serta menyeluruh terhadap aspek kewangan dan aktiviti dalam
menguruskan syarikat bagi mencapai objektifnya. Semakan semula terhadap
SOP perlu dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan dan perubahan dalam
operasi syarikat. SOP dan sebarang perubahannya perlu mendapat kelulusan
Lembaga Pengarah.

ii. Semakan Audit mendapati SOP ada disediakan tetapi pelaksanaan aktiviti
EPC tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Selanjutnya, EPC:
Entreprenuer Premises Complex Procedure (SP-EPC-0001) ada menetapkan
proses kerja bagi penyediaan perjanjian sewa serta pengurusan kutipan
hutang. Bagaimanapun, proses kerja sedia ada telah tidak dipatuhi seperti
perjanjian sewa belum dan tidak disediakan yang mengakibatkan tunggakan
sewa tinggi berjumlah RM4.38 juta dengan tempoh pengumuran sehingga
55 bulan. Penemuan Audit berkaitan SOP diperincikan dalam perenggan 6.2.3.
Selain itu, polisi berkaitan graduan EPC juga tidak disemak
secara berkala oleh SME Bank bagi memastikan pengukuran
pencapaian program EPC kekal relevan. Penjelasan lanjut diterangkan dalam
perenggan 6.2.1.b.

2 -25-858 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 15 Jun 2020

Tunggakan yang masih belum diselesaikan oleh penyewa menyebabkan perjanjian
sewa lewat dan belum disediakan. Pengurusan EPC telah berhubung dengan penyewa
untuk membincangkan mengenai sewa tertunggak dan cadangan penyelesaian
bayaran sewaan tertunggak. Pengurusan EPC telah melaksanakan pematuhan lebih
ketat terhadap SOP EPC. Pemantauan tunggakan sewa juga diperketatkan dengan
pengeluaran notis penamatan berdasarkan SOP yang ditetapkan melalui peguam yang
dilantik oleh SME Bank. Dalam aspek jumlah graduan EPC, seramai 11 usahawan PKS
telah berjaya mengembangkan perniagaan dan berpindah dari kompleks kilang EPC
ke bangunan sendiri sepanjang tempoh tahun 2017 sehingga 2019.

Pendapat SOP yang tidak dipatuhi dan polisi yang tidak disemak secara
Audit berkala memberi kesan kepada pelaksanaan aktiviti dan
kedudukan kewangan syarikat.

6.2. Pengurusan Aktiviti

Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, aktiviti utama SME Bank ialah menjalankan
perniagaan perbankan bagi menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial serta
membantu perusahaan di Malaysia. Bagi memenuhi mandat yang diberikan oleh Kerajaan
serta melaksanakan peranannya sebagai DFI, SME Bank menawarkan pembiayaan
kepada PKS. SME Bank juga menawarkan perkhidmatan menjangkaui pembiayaan
meliputi aktiviti pembangunan. Aktiviti pembangunan yang dipilih untuk diaudit ialah
Entrepreneur Premises Complex. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

6.2.1. Prestasi Aktiviti

a. Pencapaian Output Aktiviti Pembiayaan

i. Berdasarkan KPI Korporat SME Bank, sasaran KPI yang ditetapkan bagi aktiviti
pembiayaan adalah berdasarkan tiga (3) perspektif iaitu perspektif kewangan,
pembangunan serta inovasi dan pembelajaran. Seterusnya, penilaian KPI
dilaksanakan mengikut indikator khusus bagi setiap perspektif. Perspektif
kewangan dinilai berdasarkan lima (5) indikator iaitu pertumbuhan portfolio,
nisbah rosot nilai kasar, keuntungan sebelum cukai dan zakat, cost to income
ratio serta risk-weighted capital ratio (RWCR). Perspektif pembangunan dinilai
berdasarkan dua (2) indikator iaitu creation of SME champion (unicorn
companies) dan financing approval to government identified sectors.

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -259- 59

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

Perspektif inovasi dan pembelajaran pula dinilai berdasarkan produk atau
program baharu.

ii. Pihak Audit telah membuat analisis terhadap pencapaian KPI Korporat SME
Bank bagi tempoh tiga (3) tahun iaitu tahun 2017 hingga 2019. Semakan Audit
mendapati SME Bank telah mencapai sepenuhnya dua (2) daripada lima (5)
indikator bagi perspektif kewangan iaitu cost to income ratio dan RWCR. Selain
itu, SME Bank juga telah mencapai sepenuhnya sasaran yang ditetapkan bagi
perspektif pembangunan serta inovasi dan pembelajaran. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 2.

JADUAL 2

SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI AKTIVITI

PEMBIAYAAN BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

PERATUS

BIL. PERSPEKTIF INDIKATOR TAHUN SASARAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN

(%)

Pertumbuhan 2017 500 548.8 109.8
1. Kewangan Portfolio 2018 600 (33.4) (5.6)
2019 (121.5) (186.9)
(RM Juta) 65

2. Kewangan Nisbah Rosot Nilai 2017 12.5 12.1 *
Kasar (%) 2018 9.3 22.4 **
2019 19.5
20.5 *

Keuntungan 2017 41.8 86.8 207.7
70.5 (103.0) (146.1)
3. Kewangan Sebelum Cukai dan 2018 57.0
Zakat 207.5 364.0
*
(RM Juta) 2019 *
*
4. Kewangan Cost to Income 2017 0.59 0.49
Ratio (%) 2018 0.60 0.54 144.4
2019 0.67 0.48 154.4
121.9
Risk-Weighted 2017 Tidak 23.1
5. Kewangan Capital Ratio 2018 kurang 24.7 TB
2019 daripada 19.5 TB
(%) 16.0% 280.0
125.2
Creation of SME 2017 TB TB TB
2018 TB TB TB
6. Pembangunan Champion (Unicorn 2019 14 TB
Companies) 5 220.0
150.0
(Bilangan Syarikat)

Financing Approval 2017 65.0 81.4
2018 TB TB
7. Pembangunan to Government 2019 TB TB
Identified Sectors

(NKEA/ETP) (%)

8. Inovasi dan Produk atau 2017 TB TB
Pembelajaran Program Baharu 2018 5 11
(Bilangan) 2019 2
3

Sumber: Laporan Pencapaian KPI SME Bank Bagi Tahun 2017, 2018 dan 2019
Nota: TB - Tidak Berkenaan

NKEA - National Key Economic Areas
ETP - Economic Transformation Programme
(*) - KPI Dicapai Apabila Pencapaian Kurang Daripada Sasaran
(**) - KPI Tidak Mencapai Sasaran Apabila Pencapaian Melebihi Sasaran

2 -26-060 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

iii. Semakan Audit bagi perspektif kewangan mendapati indikator
pertumbuhan portfolio merekodkan penguncupan yang lebih
besar pada tahun 2019 dengan defisit berjumlah RM121.5 juta
berbanding tahun 2018. SME Bank memaklumkan pertambahan defisit
portfolio pembiayaan SME Bank sebahagian besarnya disebabkan oleh
penebusan akaun pembiayaan kepada institusi kewangan lain. Seterusnya,
SME Bank juga memaklumkan sebanyak 35 PKS telah berjaya mendapatkan
pembiayaan daripada institusi kewangan lain pada tahun 2019 dengan amaun
penebusan berjumlah RM256.82 juta.

iv. Pihak Audit telah mendapatkan data penebusan pembiayaan daripada SME
Bank dan mendapati sebanyak 29 PKS (82.9%) telah mendapat pembiayaan
daripada bank perdagangan berjumlah RM95.23 juta. Sebanyak empat (4)
PKS (11.4%) mendapat pembiayaan daripada bank Islam berjumlah
RM85.32 juta manakala baki dua (2) PKS (5.7%) mendapat pembiayaan
daripada DFI berjumlah RM76.27 juta. Analisis Audit mendapati kesan
daripada penebusan pembiayaan ini secara tidak langsung menunjukkan SME
Bank telah berjaya membangunkan usahawan PKS sedia ada sehingga
berupaya memperoleh pembiayaan daripada institusi kewangan lain.

v. Semakan lanjut bagi perspektif kewangan mendapati indikator nisbah
rosot nilai kasar direkodkan lebih tinggi daripada sasaran bagi
tahun 2018 pada kadar 22.4%. Bagaimanapun, nisbah rosot nilai kasar
pada tahun 2019 adalah lebih baik dengan merekodkan penurunan sebanyak
2.9% berbanding tahun 2018. SME Bank memaklumkan penurunan ini
disebabkan hapus kira hutang lapuk serta pertambahan amaun portfolio
pembiayaan yang lebih besar berbanding peruntukan rosot nilai.

vi. SME Bank juga merekodkan kerugian sebelum cukai dan zakat bagi
perspektif kewangan pada tahun 2018 disebabkan pemakaian
standard rosot nilai baharu melalui kaedah Piawaian Pelaporan Kewangan
MFRS 9 Financial Instruments. Bagaimanapun, prestasi kewangan SME Bank
bertambah baik pada tahun 2019. SME Bank memaklumkan keadaan ini
disumbangkan oleh kerugian rosot nilai aset kewangan yang telah dimasuk
kira semula berikutan peningkatan kualiti dan pemulihan aset pembiayaan.

vii. Semakan Audit bagi perspektif pembangunan pula mendapati indikator
creation of SME champion (unicorn companies) telah diwujudkan pada tahun
2019 bagi menggantikan market driven outreach programme. SME Bank

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -261- 61

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

memaklumkan pewujudan indikator ini penting bagi mengukur peranan SME
Bank sebagai Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dalam memastikan
bank berupaya membangunkan usahawan PKS yang berimpak tinggi dan
berdaya maju. SME Bank mencatatkan pencapaian indikator ini melebihi
sasaran pada tahun 2019 iaitu pada tahap 280%.

viii. Semakan Audit juga mendapati indikator financing approval to government
identified sectors (NKEA/ETP) tidak diteruskan bagi tahun 2018 dan 2019.
SME Bank memaklumkan keadaan ini berikutan teguran Bank Dunia mengenai
sub-indikator KPI yang terlalu banyak serta MOF tidak lagi menetapkan
NKEA/ETP berkenaan. Pencapaian pada tahun 2017 adalah melebihi sasaran
iaitu 125.2%.

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 15 Jun 2020

Bagi tahun 2020, SME Bank masih mengekalkan lima (5) indikator di bawah perspektif
kewangan seperti yang telah ditetapkan oleh MOF. Manakala bagi perspektif
pembangunan, SME Bank telah meletakkan tiga (3) indikator baharu iaitu approved
financing to underserved, increased in clients income, additionality – contribution to
economy dan mengekalkan upward migration of clients. Penambahbaikan ini
mengambil kira saranan MOF selaras dengan Performance Measurement Framework
(PMF) yang dikeluarkan oleh BNM.

SME Bank juga mencatatkan kadar rosot nilai kasar melebihi satu (1) digit yang secara
langsung dipengaruhi oleh profil pelanggan yang sebahagian besarnya terdiri
daripada golongan usahawan underserved dan unserved yang mempunyai risiko
kredit yang tinggi. Namun, menerusi usaha berterusan intervensi dan pembangunan
usahawan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) iaitu
anak syarikat milik penuh SME Bank, pihak Bank berharap kadar ini dapat ditambah
baik dari semasa ke semasa.

Pendapat Prestasi pencapaian output aktiviti pembiayaan dalam
Audit perspektif kewangan, pembangunan serta inovasi dan
pembelajaran adalah berkesan berdasarkan pencapaian KPI
yang lebih baik pada tahun 2019. Bagaimanapun, sasaran
pertumbuhan portfolio masih belum tercapai kerana
mencatatkan defisit pada tahun 2018 dan 2019 yang
dipengaruhi oleh penebusan akaun pembiayaan kepada
institusi kewangan lain.

2 -26-262 LLaappoorraann KKeetua AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

b. Pencapaian Output Aktiviti Pembangunan Entrepreneur Premises
Complex

i. Berdasarkan KPI Korporat SME Bank, sasaran yang ditetapkan bagi EPC
meliputi indikator pendapatan sewaan kasar bagi perspektif kewangan.
Semakan Audit mendapati pencapaian pendapatan sewaan kasar EPC melebihi
sasaran bagi tahun 2017 dan 2019 masing-masing pada kadar 101.1% dan
101.6%. Namun, pencapaian didapati kurang daripada sasaran
bagi tahun 2018 pada kadar 97.9%.

ii. SME Bank memaklumkan penurunan pencapaian ini dipengaruhi oleh prestasi
bayaran penyewa yang tidak memuaskan menyebabkan kontrak sewaan
terpaksa ditamatkan. Selain itu, terdapat lot kilang yang masih kosong dan
tidak dibaik pulih akibat daripada kes kecurian kelengkapan asas kilang serta
faktor lokasi yang tidak strategik seperti terletak di kawasan tinggi kegiatan
jenayah harta benda. Penemuan Audit berkaitan lot kilang kosong dan tidak
dibaik pulih diperincikan dalam perenggan 6.2.3.b. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 3.

JADUAL 3

SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI EPC BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

PERSPEKTIF INDIKATOR TAHUN SASARAN PENCAPAIAN PERATUS
(RM Juta) (RM Juta) PENCAPAIAN

(%)

2017 8.89 8.99 101.1

Kewangan Pendapatan Sewaan Kasar 2018 9.48 9.28 97.9

2019 9.20 9.35 101.6
Sumber: Bahagian Operasi Strategik, SME Bank

iii. Selain pencapaian KPI Korporat, terdapat aspek lain yang dinilai bagi EPC
tanpa sasaran iaitu bilangan penyewa, kadar penghunian1 dan bilangan
graduan2 EPC. Semakan Audit mendapati bilangan penyewa menunjukkan
peningkatan paling sedikit pada tahun 2018 iaitu sebanyak dua (2) syarikat
(0.8%) tetapi berkurang sebanyak lima (5) syarikat (2%) pada tahun 2019.
Bilangan penyewa yang tidak lagi menyewa di EPC bagi tempoh tahun 2017,
2018 dan 2019 masing-masing berjumlah 56, 67 dan 43 syarikat. Bilangan
penyewa yang menamatkan sewaan diimbangi dengan penyewa baharu
di EPC.

1 Kadar penghunian merujuk kepada nisbah penyewa EPC berbanding bilangan keseluruhan lot kilang EPC
2 Graduan EPC ialah penyewa EPC yang berjaya membina kilang sendiri atau menyewa lot kilang komersial

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTrahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -263- 63
S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

iv. Kadar penghunian bagi EPC pula menunjukkan penurunan
berterusan dan sejumlah 11 syarikat boleh dikategorikan sebagai graduan
EPC sepanjang tempoh tiga (3) tahun diaudit. Semakan lanjut mendapati
penurunan kadar penghunian disebabkan prestasi penyewa yang tidak
memuaskan. SME Bank memaklumkan keadaan ini memberi kesan tunggakan
sewa yang tinggi seterusnya menyebabkan kontrak sewaan terpaksa
ditamatkan atas permintaan penyewa atau arahan SME Bank. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 4.

JADUAL 4
PENCAPAIAN EPC TANPA SASARAN KPI BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

INDIKATOR EPC 2017 PENCAPAIAN 2019
2018

Bilangan Penyewa 246 248 243

Kadar Penghunian 83.3% 80.8% 77.8%

Bilangan Graduan 1 55

Sumber: Bahagian Operasi Strategik, SME Bank

v. Berdasarkan maklumat daripada SME Bank, model perniagaan EPC adalah
untuk membantu usahawan Bumiputera dengan menyediakan lot kilang bagi
tempoh sewaan selama sembilan (9) tahun. Selepas tempoh tersebut,
usahawan sepatutnya telah bersedia untuk bergraduasi dan menyewa
di kompleks kilang komersial atau membina kilang sendiri. Namun, disebabkan
pelaburan modal besar telah dibuat oleh usahawan di EPC sedia ada dalam
tempoh sewaan menyebabkan kos yang besar perlu ditanggung jika
berpindah. Kesannya, usahawan memilih untuk terus menyewa
di EPC berbanding menyewa di luar.

vi. Semakan Audit selanjutnya mendapati SME Bank tidak menetapkan
kategori tambahan bagi pengukuran prestasi graduan EPC
selain daripada penyewa yang berjaya keluar daripada EPC.
Kesannya, bilangan graduan sebenar yang dihasilkan melalui program EPC
tidak menggambarkan pencapaian program dengan tepat.

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 5 Jun 2020

SME Bank mengambil pendekatan hanya usahawan berkualiti sahaja dibenarkan
menyewa. Langkah ini terbukti apabila kutipan sewa EPC masih tinggi pada tahun
2019 dan pendapatan sewa EPC meningkat kepada RM4.60 juta walaupun tahap
penghunian menurun. Penyewa yang ditamatkan sememangnya tidak mampu
membayar sewa dan gagal dalam perniagaan. Tindakan ini memberi peluang kepada

2 -26-464 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

usahawan baharu yang berminat dan mempunyai potensi untuk menyewa kilang.
Pada tahun 2020, SME Bank telah mengenal pasti usahawan Bumiputera yang
berpotensi untuk ditawarkan sewaan dengan harga berpatutan. SME Bank juga
mengambil kira jumlah pelaburan yang telah dikeluarkan oleh penyewa untuk
mengubah suai lot kilang yang disewa. Oleh itu, kadar sewaan akan dikenakan
berdasarkan nilai pasaran sebagai kaedah untuk mengraduasikan usahawan.

Pendapat Prestasi pencapaian output aktiviti pembangunan EPC masih
Audit belum mencapai tahap optimum. Pencapaian bagi
pengembangan usahawan PKS melalui graduan EPC adalah
kurang cekap serta KPI kewangan tidak mencapai sasaran
bagi tahun 2018. Selain itu, kadar penghunian dan bilangan
penyewa EPC juga menunjukkan penurunan bagi tahun 2017
hingga 2019.

c. Pencapaian Outcome SME Bank

i. Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN 2030) yang dilancarkan pada bulan
Julai 2019 telah menggariskan sasaran jangka masa sederhana dan panjang
untuk memastikan pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara
keusahawanan menjelang tahun 2030. Sasaran yang telah ditetapkan adalah
seperti dalam Carta 3.

CARTA 3
SASARAN DASAR KEUSAHAWANAN NEGARA 2030 BAGI PKS

Sumber: Dasar Keusahawanan Negara 2030

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -265- 65

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

ii. DKN 2030 telah digubal dengan penglibatan semua pihak berkepentingan
dalam bidang keusahawanan termasuk SME Bank. Dasar ini diterima pakai
oleh SME Bank dalam melaksanakan peranannya bagi pembangunan
usahawan PKS. Antara empat (4) sasaran yang ditetapkan dalam DKN 2030
bagi PKS, hanya tiga (3) sasaran yang dinilai oleh SME Bank di dalam KPI
Korporatnya iaitu sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK), pekerjaan yang dijana oleh PKS dan sumbangan PKS kepada nilai
eksport. Ia diukur melalui indikator sumbangan kepada ekonomi bagi
perspektif pembangunan. Pengukuran bagi sumbangan PKS kepada KDNK
dinilai secara tidak langsung berdasarkan pertumbuhan jualan atau
pendapatan dan keuntungan yang dijana usahawan PKS. Pengukuran bagi
pekerjaan yang dijana oleh PKS dan sumbangan PKS kepada nilai eksport pula
dinilai secara langsung.

iii. Semakan Audit mendapati SME Bank telah mencapai semua sasaran KPI yang
ditetapkan bagi indikator sumbangan kepada ekonomi dengan pencapaian
tertinggi direkodkan pada tahun 2019 pada kadar 144%. SME Bank juga
merekodkan peningkatan dalam pencapaian sumbangan kepada ekonomi
pada tahun 2018 dan 2019 masing-masing sebanyak 35.1% dan 74%.

iv. Peningkatan ketara ini disebabkan pencapaian pada tahun 2019 diukur
berdasarkan bilangan pencapaian berbanding tahun sebelumnya yang
mengguna pakai bilangan syarikat. SME Bank memaklumkan perubahan asas
ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha syarikat PKS untuk
mengembangkan perniagaan secara berterusan. Pengukuran ini juga
mencerminkan keberkesanan peranan pembangunan yang dilaksanakan oleh
SME Bank. Penetapan KPI 2019 telah diluluskan melalui Mesyuarat Lembaga
Pengarah Bilangan 10 Tahun 2018 pada 19 Oktober 2018. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 5.

JADUAL 5

SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI SUMBANGAN KEPADA EKONOMI

SASARAN PENCAPAIAN PERATUS

PERSPEKTIF INDIKATOR TAHUN (Bilangan (Bilangan PENCAPAIAN

Syarikat) Syarikat) (%)

Pembangunan Sumbangan 2017 210 245 116.7
kepada ekonomi 2018 300 331 110.3
2019 400* 576* 144.0

Sumber: Laporan Pencapaian KPI SME Bank Bagi Tahun 2017, 2018 dan 2019
Nota: (*) - Sasaran dan Pencapaian Diukur Melalui Bilangan Pencapaian Parameter

2 -26-666 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 5 Jun 2020

Proses penetapan pengukuran pencapaian sumbangan kepada ekonomi telah melalui
proses urus tadbir yang terperinci melibatkan pengurusan kanan dan diluluskan oleh
Lembaga Pengarah semasa perbincangan KPI Korporat CEDAR dan SME Bank.
Pencapaian KPI Korporat disemak dan dinilai pada suku tahunan di peringkat
pengurusan kanan dan ahli Lembaga Pengarah.

Pendapat Secara keseluruhannya, prestasi pelaksanaan peranan
Audit pembangunan oleh SME Bank adalah berkesan kerana telah
berjaya membangunkan usahawan PKS melalui pencapaian
sasaran yang ditetapkan.

d. Pencapaian Outcome Usahawan PKS

i. Pihak Audit dengan kerjasama SME Bank telah mengedarkan soal selidik
kepada 396 (8.1%) daripada 4,913 usahawan PKS yang terlibat dengan aktiviti
pembiayaan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh SME Bank. Objektif
soal selidik ini adalah bagi menilai tahap keberkesanan pencapaian program
SME Bank, kepuasan pelanggan SME Bank serta mengenal pasti keperluan
dan harapan usahawan PKS terhadap program yang diberikan oleh SME Bank.
Sebanyak 96 (24.2%) maklum balas telah diterima terhadap soal selidik Audit.

ii. Analisis terhadap maklum balas usahawan PKS mendapati 92.9% responden
bersetuju bahawa program SME Bank membantu perniagaan mereka
manakala 7.1% sebaliknya. Daripada 92.9% yang bersetuju, sebanyak 42.9%
berjaya meningkatkan pendapatan syarikat, manakala 39.3% berupaya
meningkatkan peluang pekerjaan dan 10.7% berjaya mengeksport produk
atau perkhidmatan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 4.

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -267- 67

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

CARTA 4 CARTA 5
TAHAP KEBERKESANAN TAHAP KEPUASAN
TERHADAP PROGRAM SME BANK
PROGRAM SME BANK

81.2%

7.1% 92.9% 42.9%
Berkesan
39.3%
10.7% 18.8%

Pendapatan Meningkat Ya, Akan Memilih Progam Lain SME Bank
Syarikat Meningkatkan Peluang Pekerjaan Tidak Akan Memilih Progam Lain SME Bank
Syarikat Berjaya Mengeksport Produk atau Perkhidmatan Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara
Tidak Membantu Perniagaan

Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara

iii. Analisis selanjutnya mendapati 81.2% responden memaklumkan akan memilih
program lain yang ditawarkan oleh SME Bank manakala 18.8% sebaliknya.
Antara sebab tidak memilih semula program SME Bank ialah wujud pilihan
lebih kompetitif daripada institusi kewangan lain, tiada program yang sesuai
bagi kemudahan pembiayaan import dan eksport, tempoh lama bagi
memproses permohonan dan penilaian tahunan serta kakitangan bank yang
tidak proaktif dan kompeten. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 5.

iv. Analisis Audit juga mendapati 39.6% responden masing-masing
berpandangan kesesuaian program dengan aktiviti syarikat serta kesesuaian
terma pembiayaan atau sewa merupakan kelebihan program di SME Bank.
Namun hanya 6.3% bersetuju terhadap kecekapan proses (pemilihan
program, permohonan secara atas talian, tapisan kredit, kelulusan, bayaran
balik dan pemantauan) dan kemudahan khidmat nasihat, bimbingan dan
latihan yang ditawarkan di SME Bank. Manakala 37.5% responden
berpandangan SME Bank perlu menambah baik kecekapan proses (pemilihan
program, permohonan secara atas talian, tapisan kredit, kelulusan, bayaran
balik dan pemantauan). Seterusnya diikuti kesesuaian terma pembiayaan atau
sewa (27.1%), kemudahan khidmat nasihat, bimbingan dan latihan (20.8%),
kesesuaian program dengan aktiviti syarikat (10.4%) serta lain-lain (4.2%).
Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 6 dan Carta 7.

2 -26-868 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay s Bi aerBheardh a d

CARTA 6 CARTA 7
KELEBIHAN PROGRAM DI SME BANK ASPEK YANG PERLU DITAMBAH BAIK

BAGI PROGRAM DI SME BANK

37.5% 27.1%

39.6% 39.6%

4.2% 10.4% 20.8%

8.2% 6.3% 6.3%

Kesesuaian Program Dengan Aktiviti Syarikat Kecekapan Proses
Kesesuaian Terma Pembiayaan atau Sewa Kesesuaian Terma Pembiayaan atau Sewa
Kecekapan Proses Kemudahan Khidmat Nasihat, Bimbingan dan Latihan
Kemudahan Khidmat Nasihat, Bimbingan dan Latihan Kesesuaian Program Dengan Aktiviti Syarikat
Lain-lain Lain-lain

Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 5 Jun 2020

SME Bank mengambil maklum berkenaan soal selidik yang dijalankan oleh pihak
Jabatan Audit Negara, di mana 18.8% responden memberi maklum balas akan beralih
ke bank lain kerana wujud pilihan lebih kompetitif daripada institusi kewangan lain
serta ketiadaan program yang sesuai bagi kemudahan pembiayaan import dan
eksport. SME Bank yakin pakej pembiayaan yang ditawarkan sekarang adalah
kompetitif berdasarkan maklum balas positif daripada 81.2% responden.

Secara praktisnya, sebelum melancarkan sebarang pakej pembiayaan, SME Bank akan
membuat perbandingan (benchmarking) dengan industri bagi memastikan pakej yang
ditawarkan kompetitif dan memenuhi kehendak pelanggan. Namun, SME Bank akan
terus berinovasi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah dan
kompleks.

Pendapat Berdasarkan analisis terhadap maklum balas daripada
Audit usahawan PKS, SME Bank telah melaksanakan tanggungjawab
selaras dengan objektif penubuhannya.

6.2.2. Pengurusan Aktiviti Pembiayaan

Sumber dana pembiayaan diperoleh daripada geran Kerajaan, pinjaman Kerajaan dan
agensi, pengeluaran Nota Jangka Sederhana Islamik serta sumber dana dalaman
bank. Pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan program yang diwujudkan

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -269- 69

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

dengan objektif khusus yang ditetapkan oleh penyedia dana dan sasaran peminjam
PKS yang berbeza mengikut sektor, industri dan mandat yang ditetapkan oleh
Kerajaan. Pencapaian KPI tidak ditetapkan secara khusus mengikut program tetapi
dinilai secara komprehensif melalui beberapa perspektif KPI Korporat SME Bank.

a. Pengurusan Prestasi Dana Pembiayaan

i. Dana pembiayaan daripada sumber geran terdiri daripada geran yang diterima
melalui pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan. Sehingga
31 Disember 2019, dana pembiayaan geran SME Bank meliputi 10 geran
dengan saiz dana berjumlah RM651.97 juta. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 6.

JADUAL 6

DANA PEMBIAYAAN GERAN PADA 31 DISEMBER 2019

BIL. NAMA DANA STATUS SEBAB TARIKH TARIKH SAIZ
TIDAK KELULUSAN DANA DANA
AKTIF TIDAK (RM Juta)
DANA AKTIF
34.40
1. Skim Pinjaman Mudah Aktif TB 16.12.1992 TB 75.84
33.00
2. Skim Modal Asas Aktif TB 05.11.1993 TB
124.23
3. Dana Usahawan Aktif TB 09.01.2002 TB
Negeri Terengganu Aktif TB 147.50
Aktif TB
4. Skim Pinjaman Aktif TB 31.12.2002/ TB 120.00
Ekonomi Desa 08.08.2017 50.00
5.00
5. SME CORP BAP TB 12.05.2011/ 22.60
10.04.2017 39.40

6. Skim Anjakan TB 31.05.2016 651.97
Usahawan

7. Facilitation Fund Aktif TB 18.01.2017 TB

8. Skim Modal Asas Kraf Aktif TB TM TB

9. SPM_TUS Tidak Aktif Rosot nilai 20.12.2013 TM
Tidak Aktif tinggi 23.10.2002 31.04.2017
10. Tabung Usahawan
Siswazah RMKe-8

JUMLAH KECIL

Sumber: Bahagian Pengurusan Liabiliti dan Aset, SME Bank

Nota: TM - Tiada Maklumat TB - Tidak Berkenaan

ii. Semakan Audit juga mendapati geran yang diterima daripada
Kerajaan dan agensi Kerajaan menunjukkan penurunan ketara
pada tahun 2019 iaitu sejumlah RM75 juta (78.9%)
berbanding tahun 2018. SME Bank memaklumkan penurunan ini
dipengaruhi oleh pengurangan penyaluran geran Kerajaan kepada agensi
Kerajaan dalam Belanjawan 2019. Penurunan ini juga menyebabkan SME Bank
bergantung kepada sumber dana bukan geran bagi menjalankan peranannya
untuk memberikan pembiayaan kepada PKS. Sumber dana bukan geran
termasuklah pinjaman daripada Kerajaan dan agensi lain, pengeluaran Nota

2 -27-070 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

Jangka Sederhana Islamik serta sumber dana dalaman bank. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 7.

JADUAL 7

JUMLAH GERAN DITERIMA BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

NAMA DANA PENYALUR DANA 2017 2018 2019
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

SME CORP BAP SME Corporation Malaysia 12.50 5.00 -

Skim Anjakan Kementerian Perdagangan 40.00 40.00 20.00
Usahawan Antarabangsa dan Industri

Facilitation Fund TERAJU Bumiputera Corporation - 50.00 -

JUMLAH 52.50 95.00 20.00
Sumber: Bahagian Pengurusan Liabiliti dan Aset, SME Bank

iii. Dana pembiayaan bukan geran sehingga 31 Disember 2019 terdiri daripada
42 dana. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8.

JADUAL 8

DANA PEMBIAYAAN BUKAN GERAN PADA 31 DISEMBER 2019

BIL. NAMA DANA STATUS SEBAB TARIKH TARIKH SAIZ DANA KOS
TIDAK KELULUSAN DANA TIDAK (RM Juta) DANA
1. AKTIF (%)
2. DANA AKTIF
3. 4.8
4. EPF 300 SFT2 Aktif TB 16.03.2004/ TB 300.00 5.0
5. 14.05.2010 2.7
6. 2.7
7. EPF 500 SFT2 Aktif TB 29.08.2007 TB 500.00 1.5
8. 2.0
9. JBIC SMI Ex Bank Aktif TB 24.06.1999 TB 96.81 1.5
10. Industri 1.0
11. 1.0
JBIC SMI Ex BPMB Aktif TB 24.06.1999 TB 139.21 1.0
12. 1.0
13. Pendidikan Aktif TB 17.12.2009 TB 29.37
14. RMKe-9 1.5
TM
15. SFT2 MOF Recycle Aktif TB 08.10.2002 TB 400.00
16. -
17. Third Window 2 Aktif TB 19.08.2009 TB 95.00
18. RMKe-9 -
19.
20. TPPA 1 Aktif TB 14.03.2007 TB 200.00 TM
1.5
21. TPPA 2 Aktif TB 22.04.2010 TB 40.00 1.5
3.9
22. TPPA 3 Aktif TB 27.11.2012 TB 50.00 3.9
Aktif 27.11.2012 TB 50.00
Usahawan Kraf Aktif TB 19.06.2017 TB 3.9
RMKe-9 Aktif TB N3
SME - All Tidak Aktif TB TM 30.06.2015 TM -
Economic Sectors Tidak Aktif 26.01.2015 31.05.2018 500.00
Deposit Fund Tidak Aktif TB 08.11.2017 TM 500.00
BNM Special Relief Tidak Aktif Dana atau 19.06.2017 TM
Facility 2015 Tidak Aktif program TM 19.06.2017 N3
Disaster Relief TM N3
Facility 2017 tamat TM
tempoh atau
DEPIC I-Cash
tidak
NEF2B Islamic diteruskan

SMI2A Islamic Diganti dana
baharu

Sukuk Fund Tidak Aktif Dana 10.07.2012 TM 500.00
Tidak Aktif digunakan 10.07.2012 TM 1,000.00
Sukuk2 - Second Tidak Aktif sepenuhnya 10.07.2012 TM
Tranche Tidak Aktif 23.10.2002 31.04.2017 600.00
Sukuk3 - Third Rosot nilai 25.00
Tranche tinggi
Tabung Usahawan
Siswazah RMKe-9

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -271- 71

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

BIL. NAMA DANA STATUS SEBAB TARIKH TARIKH SAIZ DANA KOS
TIDAK KELULUSAN DANA TIDAK (RM Juta) DANA
23. AJDF EX BPMB Tidak Aktif AKTIF (%)
Tidak Aktif DANA AKTIF N1
Tidak Aktif Tempoh 19.12.1988 3.5
Tidak Aktif dana 20.12.2013
Tidak Aktif TM
24. NEF2A Tidak Aktif matang TM N3 1.5
Conventional Tidak Aktif TM
Tidak Aktif TM
25. NEF2A Islamic Tidak Aktif TM N3 1.5
Tidak Aktif 18.07.2005
26. NEF2B Tidak Aktif TM N3 1.5
Conventional TM
18.05.1992/
27. Skim Pinjaman 28.05.1992 16.03.2015 50.00 1.0
Filem Cereka
TM
28. SMI2A TM N3 1.5
Conventional TM

29. SMIPP Ex BPMB 30.06.2017 20.05.2017 N2 3.0

30. Tanmiah 1 Third 30.06.2017 TM TM TM
Window

31. Tanmiah 2 TM TM TM
Strategik

32. Bioteknologi TM 15.00 -
RMKe-9

33. Halal Hub TM 20.00 -

34. Outsourcing 1 Tidak Aktif 30.06.2017 TM 30.00 -

35. Outsourcing 2 Tidak Aktif 30.06.2017 TM 50.00 -
30.06.2017
Program Dana ditukar
kepada 30.06.2017
36. Usahawan Tidak Aktif modal 30.06.2017 TM 20.00 -
Tidak Aktif
Agro-Based

37. Selenggara TM 50.00 -
Bangunan

38. Smartbiz RMKe-9 Tidak Aktif TM 130.00 -

39. Strategik RMKe-9 Tidak Aktif 30.06.2017 TM 50.00 -
30.06.2017
40. Third Window 1 Tidak Aktif TM 100.00 -
RMKe-9 TM

41. General Fund Tidak Aktif TM TM TM TM
TM TM TM
42. SPI Tidak Aktif TM TM

Sumber: Bahagian Pengurusan Liabiliti dan Aset, SME Bank

Nota: TM - Tiada Maklumat TB - Tidak Berkenaan

N1 - JPY16,147,335,168 N2 - JPY9,320,000,000 N3 - Maksima RM5 juta/pelanggan

iv. Semakan lanjut mendapati dua (2) daripada 10 dana pembiayaan
geran (20%) berstatus tidak aktif berikutan dana mencatatkan kadar
rosot nilai yang tinggi. Keadaan ini disebabkan profil PKS bersaiz mikro dan
kecil dengan model perniagaan yang kurang stabil. Sebanyak 29 (69%)
daripada 42 dana pembiayaan bukan geran pula berstatus
tidak aktif disebabkan oleh dana atau program telah tamat atau tidak
diteruskan, tempoh dana telah matang, ditukarkan kepada modal, diganti
dengan dana baharu, digunakan sepenuhnya dan kadar rosot nilai yang tinggi.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6 dan Jadual 8.

v. Semakan Audit juga mendapati kos dana bagi pembiayaan bukan geran adalah
antara 0% hingga 5% iaitu kos bagi bayaran balik faedah atau keuntungan
daripada pinjaman yang diterima. Tiada kos dana direkodkan bagi geran
berikutan dana yang diterima tidak dikenakan pembayaran balik faedah atau

2 -27-272 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnet nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay s Bi aerBheardh a d

keuntungan. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat
seperti tarikh kelulusan dana, tarikh dana tidak aktif, sebab
dana tidak aktif, saiz dana dan kos dana yang tidak dapat
disahkan. Keadaan ini berikutan bilangan dana yang banyak serta maklumat
terperinci berkaitan dana yang telah lama antaranya sejak tahun 2003 tidak
dapat dikesan.

vi. Semakan Audit mendapati RM2.712 bilion dana telah digunakan pada tahun
2019, meningkat sejumlah RM254.98 juta (10.4%) berbanding tahun 2018.
Bagaimanapun, perbelanjaan dana menunjukkan penurunan pada tahun 2018
sejumlah RM355.09 juta (12.6%) berbanding tahun 2017. Trend perbelanjaan
dana bergantung kepada penawaran program dan ketersediaan dana yang
diterima oleh SME Bank daripada penyedia dana. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 9.

JADUAL 9

PERBELANJAAN DANA BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

SUMBER DANA 2017 2018 2019
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

Geran 55.39 66.48 83.45

Bukan Geran 2,757.06 2,390.88 2,628.89

JUMLAH 2,812.45 2,457.36 2,712.34

Sumber: Bahagian Pengurusan Liabiliti dan Aset, SME Bank

vii. Semakan lanjut terhadap perbelanjaan dana mendapati dua (2) dana
geran (Facilitation Fund dan Skim Modal Asas Kraf) dan empat (4) dana
bukan geran (EPF 300 SFT2, JBIC SMI Ex BPMB, Pendidikan RMKe-9 dan
Usahawan Kraf RMKe-9) yang berstatus aktif tetapi tiada
perbelanjaan dana. SME Bank memaklumkan bahawa dana EPF 300 SFT2
telah digunakan sepenuhnya. Selain itu, terdapat kesalahan tagging bagi dana
Facilitation Fund dalam sistem dan proses pembetulan sedang dilaksanakan.
Bahagian Asset Liability Management (ALM), SME Bank telah melaksanakan
penyesuaian secara manual dan melaporkan perbelanjaan dana tersebut.

viii. Semakan Audit juga mendapati dua (2) dana geran dan 20 dana
bukan geran yang berstatus tidak aktif tetapi masih
merekodkan perbelanjaan dana. SME Bank memaklumkan bahawa
walaupun dana tersebut sudah tidak aktif, namun masih terdapat baki
pembiayaan yang masih aktif. Selain itu, semakan Audit mendapati dana
BNM Special Relief Facility 2015 (SRF15) telah tamat pada
30 Jun 2015 tetapi rekod pembiayaan SME Bank menunjukkan

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -273- 73

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

satu (1) permohonan pembiayaan telah diluluskan pada tahun
2017 berjumlah RM0.50 juta. SME Bank memaklumkan bahawa
terdapat kesilapan pemilihan dana untuk direkodkan ke dalam sistem di mana
sepatutnya pembiayaan direkodkan di bawah Disaster Relief Facility 2017 dan
bukan SRF15. Bahagian ALM telah melaksanakan penyesuaian secara manual
untuk mitigasi.

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 15 Jun 2020

Kebanyakan dana merupakan dana sebelum kewujudan SME Bank yang diselia oleh
Bank Pembangunan dan Infrastruktur serta Bank Teknologi dan Industri. SME Bank
telah berhubung dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan MOF
berkenaan maklumat terperinci mengenai dana yang tidak aktif tetapi tiada maklum
balas diterima sehingga kini. Sumber dana geran yang diperoleh SME Bank amat
bergantung kepada belanjawan negara.

Pendapat Prestasi perbelanjaan dana pembiayaan adalah memuaskan
Audit kerana perbelanjaan dana telah meningkat sejumlah
RM254.98 juta (10.4%) pada tahun 2019 walaupun jumlah
geran yang diterima berkurang sejumlah RM75 juta (78.9%).

b. Pengurusan Data Dalam Sistem Pembiayaan

i. Perjanjian pembiayaan bagi setiap dana telah menetapkan kriteria bagi
program yang boleh dibiayai. Manual Prosedur OA: Operations Administration
SP-OA-0001, Section B: Operational Guidelines and Procedures Bil. 18
menyatakan semua input pembiayaan perlu disemak ketepatannya.

ii. Semakan Audit terhadap data pembiayaan yang dikemukakan oleh SME Bank
mendapati hanya 119 (37.8%) daripada 315 program telah
direkodkan dengan tepat dalam sistem pembiayaan mengikut dana
yang dibiayai. Semakan lanjut mendapati medan input bagi program dalam
data pembiayaan juga mengandungi maklumat program yang tidak tepat atau
tidak diisi (Non Programme/Non Applicable/blank). Perkara ini berlaku
disebabkan kelemahan kawalan input dan pengesahan data dalam sistem
pembiayaan SME Bank. Isu integriti data ini berisiko menyebabkan pelaporan
tidak tepat kepada pemegang taruh (stakeholders) berkenaan dana dan
program yang terlibat di bawah aktiviti pembiayaan.

2 -27-474 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnet nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay s Bi aerBheardh a d

iii. Semakan lanjut mendapati isu integriti data dalam sistem pembiayaan telah
dibangkitkan oleh Jabatan Audit Dalam SME Bank melalui pengauditan Review
on Core Banking System (CBS). Penemuan tersebut telah dibentangkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Audit Bilangan 7 Tahun 2019 bertarikh
17 Oktober 2019. Antara penemuan yang dibangkitkan termasuk kesalahan
data disebabkan kualiti input data dan migrasi data daripada sistem legasi
serta kelemahan penilaian dan pengesahan terhadap data retrospektif
sebelum dilancarkan (deployment). Laporan tersebut juga menyatakan pihak
pengurusan SME Bank dalam proses melaksanakan data cleansing secara
menyeluruh bagi CBS melalui Data Integrity Project. SME Bank juga sedang
mengenal pasti penyelesaian yang kekal untuk meminimumkan isu berulang
berkaitan CBS.

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 15 Jun 2020

Pemantauan pematuhan SOP sedia ada akan diperketatkan bagi menjamin
keberkesanan pengurusan rekod dana pembiayaan yang lebih cekap.
Penambahbaikan akan dilaksanakan selaras dengan cadangan Jabatan Audit Dalam
SME Bank.

Pendapat Pengurusan data dalam sistem pembiayaan adalah kurang
Audit cekap kerana wujud isu integriti data yang berisiko
menjejaskan ketelusan pelaporan dana pembiayaan kepada
pemegang taruh.

c. Pengurusan Kutipan Bayaran Balik

i. Manual Prosedur Recovery (SP-REC-0001) menjelaskan proses pengurusan
kutipan bayaran balik pembiayaan. Setiap PKS hendaklah membuat bayaran
balik pembiayaan mengikut tempoh yang telah dipersetujui dalam perjanjian
pembiayaan. Kaedah kutipan bayaran balik oleh SME Bank meliputi pelbagai
saluran pembayaran pembiayaan seperti perbankan internet, kaunter bank
dan mesin deposit tunai atau cek. Selain itu, SME Bank juga telah
melaksanakan tindakan kutipan bayaran balik melalui memo kutipan, notis
amaran, notis guaman, tindakan saman serta program penjadualan semula
dan penstrukturan semula pembiayaan bagi pembiayaan yang layak.

ii. Semakan Audit mendapati bayaran balik pembiayaan seperti dalam data
SME Bank yang sepatutnya dikutip bagi tempoh tiga (3) tahun berjumlah
RM7.301 bilion (2017), RM7.361 bilion (2018) dan RM7.681 bilion (2019).

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -275- 75

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

Bagaimanapun, jumlah kutipan sebenar yang berjaya dikutip
daripada PKS hanya RM2.725 bilion (37.3%) bagi tahun 2017,
RM2.943 bilion (40%) bagi tahun 2018 dan RM3.092 bilion
(40.3%) bagi tahun 2019.

iii. Semakan selanjutnya mendapati jumlah kutipan bayaran balik dana geran3
lebih tinggi berbanding dana bukan geran. Pegawai SME Bank memaklumkan
perkara ini disebabkan prestasi perniagaan PKS yang mudah dipengaruhi oleh
persekitaran ekonomi yang tidak menentu serta kekurangan kontrak yang
diperoleh daripada Kerajaan atau agensi Kerajaan. Kutipan yang rendah
menyebabkan dana pembiayaan pusingan untuk disalurkan kepada PKS yang
lain berkurangan dan berpotensi meningkatkan kadar pembiayaan tidak
berbayar. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 10.

JADUAL 10

KUTIPAN BAYARAN BALIK DANA

PEMBIAYAAN BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

SUMBER PATUT KUTIP KUTIPAN SEBENAR PENCAPAIAN SEBENAR
DANA (RM Bilion) (RM Bilion) BERBANDING PATUT
[a] [b] KUTIP (%)
[c]=(b/a X 100)

2017 2018 2019 2017 2018 2019 2017 2018 2019

Geran 0.078 0.078 0.094 0.083 0.078 0.080 *106.4 100.0 85.1

Bukan Geran 7.223 7.283 7.587 2.642 2.865 3.012 36.6 39.3 39.7

JUMLAH 7.301 7.361 7.681 2.725 2.943 3.092 37.3 40.0 40.3

Sumber: Bahagian Pengurusan Liabiliti dan Aset, SME Bank
Nota: (*) - Pencapaian Sebenar Melebihi 100% Kerana Terimaan Daripada Akaun Yang Telah Dihapus Kira

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 5 Jun 2020

SME Bank sentiasa komited meningkatkan kecekapan pengurusan kutipan bayaran
pembiayaan dari semasa ke semasa. Langkah yang diambil termasuklah arahan
pembayaran secara automatik daripada akaun pelanggan di bank komersial terus
kepada akaun pelanggan SME Bank dan arahan pembayaran terus daripada pihak
ketiga kepada akaun pelanggan di SME Bank melalui Penyerahan Hak Pembayaran.

Pendapat Kecekapan pengurusan kutipan bayaran balik pembiayaan bagi
Audit dana bukan geran masih boleh dipertingkatkan kerana hanya
mencapai peratus kutipan kurang daripada 40% berbanding
kutipan bagi dana geran.

3 Dana geran ialah geran yang diterima oleh SME Bank daripada Kerajaan dan agensi Kerajaan. SME Bank menyalurkan
dana geran dalam bentuk pembiayaan kepada usahawan PKS melalui program khusus.

2 -27-676 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

d. Tunggakan dan Rosot Nilai Pembiayaan

i. Bermula 1 Januari 2018, SME Bank telah mengguna pakai Piawaian Pelaporan
Kewangan MFRS 9 Financial Instruments yang mengkehendaki pengiktirafan
rosot nilai aset kewangan dilaksanakan berdasarkan model expected credit
loss (ECL). Lembaga Pengarah telah meluluskan Manual MFRS9: Malaysian
Financial Reporting Standard 9 (SP-MFR9-0001) pada 26 April 2018. Melalui
polisi rosot nilai terbaharu ini, akaun pembiayaan akan dinilai berdasarkan
kualiti aset bagi menentukan jangkaan risiko kerugian kredit sebelum tempoh
ECL diiktiraf. SME Bank telah menetapkan akaun pembiayaan yang
mempunyai tiga (3) bulan tunggakan akan dikategorikan di peringkat
pengiktirafan penuh kerugian rosot nilai. Bagaimanapun, SME Bank
melaksanakan penilaian kualitatif sebelum akaun pembiayaan dikategorikan
di peringkat ini.

ii. Semakan Audit mendapati jumlah tunggakan pembiayaan bagi dana geran
pada 31 Disember 2019 berjumlah RM74.17 juta melibatkan sebanyak
3,421 akaun PKS dengan tempoh pengumuran antara 0 hingga 80 bulan.
Dana bukan geran pula merekodkan tunggakan sejumlah
RM1.161 bilion yang melibatkan sebanyak 11,762 akaun PKS.
Tempoh pengumuran akaun antara 0 hingga 109 bulan.
Tunggakan yang tinggi ini disebabkan prestasi kewangan PKS yang tidak stabil
menjejaskan aliran tunai syarikat dan tidak mampu menampung keperluan
modal kerjanya. Tunggakan pembiayaan memberi kesan terhadap peruntukan
rosot nilai bagi dana pembiayaan. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 11.

JADUAL 11
TUNGGAKAN PEMBIAYAAN DAN PERUNTUKAN
KERUGIAN ROSOT NILAI PEMBIAYAAN PADA 31 DISEMBER 2019

SUMBER TUNGGAKAN PEMBIAYAAN PERUNTUKAN ROSOT NILAI
DANA
(RM Juta) Bilangan Pengumuran (RM Juta) Bilangan
Geran Akaun (Bulan) Akaun

74.17 3,421 0-80 45.06 625

Bukan Geran 1,161.49 11,762 0-109 1,084.17 2,823

JUMLAH 1,235.66 15,183 1,129.23 3,448

Sumber: Bahagian Pengurusan Liabiliti dan Aset, SME Bank

iii. Semakan Audit mendapati jumlah peruntukan kerugian rosot nilai
yang direkodkan pada 31 Disember 2019 berjumlah
RM1.129 bilion melibatkan sebanyak 3,448 akaun PKS.
Berdasarkan data pembiayaan PKS yang dikeluarkan oleh BNM, DFI

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -277- 77

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

menunjukkan peningkatan dalam pembiayaan terjejas PKS bagi tempoh tahun
2017 hingga 2019. Bank perdagangan, bank Islam serta bank saudagar dan
pelaburan pula menunjukkan penurunan bagi pembiayaan terjejas bagi tahun
2019. Semakan lanjut mendapati kedudukan portfolio pembiayaan terjejas
SME Bank meliputi 37.4% daripada keseluruhan pembiayaan terjejas bagi DFI
pada tahun 2019. Analisis terhadap nisbah rosot nilai kasar pula telah
dibincangkan di perenggan 6.2.1.a. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 11 dan Carta 8.

CARTA 8
TREND PEMBIAYAAN TERJEJAS PKS DARIPADA INSTITUSI KEWANGAN

BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

RM Juta 6,089.86 5,304.15 5,101.49
6,500 3,022.60
5,500 2,060.50 2,621.21
4,500 1,870.71 2,300.08 2,265.03
3,500 43.79
2,500 35.88 9.44
1,500 2017 2018 2019

500
(500)

Bank Perdagangan Bank Islam
Bank Saudagar dan Pelaburan Institusi Kewangan Pembangunan

Sumber: Financial Inclusion Data for Malaysia - Key Statistics on SME Financing by Financial Institutions, BNM

iv. Semakan Audit mendapati pemantauan berkaitan aset kewangan tertunggak
dan terjejas telah dilaksanakan melalui Jawatankuasa Semakan Kualiti Aset.
Semakan Audit mendapati ahli jawatankuasa telah memainkan peranan
dengan memberi cadangan dan mendapatkan penjelasan terperinci daripada
pihak pengurusan berkaitan kualiti aset pembiayaan termasuklah aset
kewangan bagi kategori Restructuring and Rescheduling.

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 5 Jun 2020

SME Bank komited untuk mengukuhkan kedudukan portfolio yang terjejas (impaired)
dengan aktiviti collection/recovery secara bersepadu dan tersusun. Berdasarkan
pencapaian aktiviti pemulihan terhadap portfolio yang terjejas pada tahun 2019, SME
Bank telah mencatatkan jumlah pemulihan sejumlah RM353.7 juta dan nisbah
Non-performing Financing (NPF) pada 31 Disember 2019 ialah 19.5% (2018: 22.4%).

2 -27-878 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnet nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay s Bi aerBheardh a d

Pendapat Prestasi pengurusan tunggakan dan rosot nilai pembiayaan
Audit adalah kurang cekap kerana tempoh tunggakan yang
direkodkan sehingga 109 bulan.

e. Hapus Kira Hutang Lapuk Pembiayaan

i. Lembaga Pengarah SME Bank telah meluluskan Write-Off Policy
(SP-WO-0001) yang baharu pada 30 Ogos 2019. Polisi ini menetapkan kriteria
bagi pelaksanaan hapus kira bagi aset kewangan yang telah mengalami
penjejasan kredit. Selain itu, polisi ini juga menerangkan hapus kira
dilaksanakan selepas tindakan undang-undang dan pertimbangan khas
mengikut kes. Kelulusan bagi hapus kira pula perlu diperoleh daripada
Lembaga Pengarah SME Bank. Tindakan kutipan bayaran balik bagi akaun
yang dihapus kira masih diteruskan sehingga semua usaha pemulihan
terhadap tunggakan pembiayaan ditamatkan.

ii. Semakan Audit mendapati jumlah pembiayaan yang dihapus kira
menunjukkan penurunan pada tahun 2018 sejumlah RM25.15 juta (4.1%)
berbanding tahun 2017. Bagaimanapun, jumlah hapus kira pembiayaan bagi
tahun 2019 meningkat sejumlah RM65.65 juta (11.2%) berbanding tahun
2018. Peningkatan ini berikutan pelaksanaan polisi hapus kira baharu.
Semakan Audit juga mendapati kertas cadangan bagi hapus kira telah
diangkat melalui Jawatankuasa Pelaburan dan Pembiayaan Lembaga (BFIC)
sebelum diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 12.

JADUAL 12

HAPUS KIRA PEMBIAYAAN BAGI TAHUN 2017, 2018 DAN 2019

SUMBER DANA AMAUN BILANGAN AKAUN
(RM Juta)

2017 2018 2019 2017 2018 2019

Geran 86.38 82.10 80.05 1,857 1,802 1,777

Bukan Geran 523.01 502.14 569.84 1,153 1,126 1,222

JUMLAH 609.39 584.24 649.89 3,010 2,928 2,999

Sumber: Bahagian Pengurusan Liabiliti dan Aset, SME Bank

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 5 Jun 2020

Pelbagai usaha untuk mengutip semula hutang yang dihapus kira masih diteruskan.
Pada tahun 2019, sejumlah RM28.80 juta telah berjaya dikutip daripada akaun yang
telah dihapus kira.

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -279- 79

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

Pendapat SME Bank telah mengambil tindakan sewajarnya untuk
Audit mengutip balik amaun yang telah dihapus kira. Bagaimanapun,
jumlah hapus kira pembiayaan telah mencapai 10.2%
berbanding portfolio pembiayaan pada tahun 2019
(2018:9.0%). Peningkatan hapus kira mempengaruhi
kecukupan dana SME Bank untuk menanggung bayaran balik
prinsipal dan keuntungan dana yang dibiayai daripada sumber
bukan geran.

6.2.3. Pengurusan Aktiviti Pembangunan EPC

EPC merupakan inisiatif khas untuk membantu usahawan PKS Bumiputera
mengendalikan perniagaan mereka di lot kilang pada kadar sewa yang berpatutan
dengan lokasi dan infrastruktur yang baik. EPC mula diperkenalkan oleh bank pada
tahun 1984 yang pada masa itu dikenali sebagai Kompleks Kilang Bimbingan.
Kerajaan telah meluluskan peruntukan geran bagi membiayai pembinaan dan
pembelian lot kilang di bawah Rancangan Malaysia Keempat (RMKe-4) sehingga
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) berjumlah RM234.80 juta. Sehingga
31 Disember 2019, SME Bank menyediakan 26 buah EPC dengan 463 lot kilang yang
terletak di seluruh negara. Kos sebenar perolehan berjumlah RM239.80 juta manakala
nilai pasaran berjumlah RM362.76 juta.

a. Pengurusan Perjanjian Sewa dan Kutipan Sewa

i. Berdasarkan EPC: Entreprenuer Premises Complex Procedure (SP-EPC-0001)
dan Surat Tawaran Sewaan/Lanjutan Sewaan Perenggan 7, perjanjian sewa
kilang hendaklah disempurnakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh setuju
terima Surat Tawaran. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 23 sampel fail
penyewa berdasarkan penilaian risiko terhadap tunggakan sewa, profil PKS
serta skop tahun pengauditan. Semakan Audit mendapati enam (6)
perjanjian sewa telah disediakan antara 28 hingga 698 hari
daripada tarikh setuju terima tawaran sewa.

ii. Semakan Audit juga mendapati keenam-enam syarikat tersebut mempunyai
tunggakan sewa berjumlah RM218,472 sehingga bulan
Disember 2019 dengan tempoh pengumuran antara satu (1)
hingga 20 bulan. SME Bank memaklumkan kebanyakan syarikat tersebut
merupakan penyewa bermasalah. Mengikut pandangan Bahagian
Perundangan Kumpulan SME Bank, sewa masih boleh dikutip walaupun tiada

2 -28-080 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnet nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay s Bi aerBheardh a d

perjanjian sewa berdasarkan prinsip Contract by Conduct - the law accept the
conduct of parties. Bagaimanapun, wujud risiko berikutan tiada perjanjian
jaminan dan indemniti terhadap pengarah syarikat bagi menjaga kepentingan
SME Bank sekiranya syarikat penyewa diisytihar muflis atau tidak beroperasi.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 13.

JADUAL 13

TEMPOH PENYEDIAAN PERJANJIAN SEWA DAN SETUJU TERIMA

TARIKH TARIKH TARIKH TEMPOH TUNGGAKAN SEWA
SURAT SETUJU PERJANJIAN (Hari)
SYARIKAT TAWARAN TERIMA (c=b-a) SEHINGGA BULAN
PENYEWA SEWA
(a) (b) DISEMBER 2019

(Bulan) (RM)

Penyewa 1 15.04.2019 29.04.2019 31.10.2019 185 6 4,436

Penyewa 2 20.09.2017 06.10.2017 14.01.2019 465 1 1,827

Penyewa 3 27.12.2017 07.01.2018 06.12.2019 698 20 96,328

Penyewa 4 29.09.2017 07.10.2017 15.08.2018 312 1 14,461

Penyewa 5 09.01.2019 15.01.2019 28.05.2019 133 8 81,854

Penyewa 6 08.11.2018 19.11.2018 17.12.2018 28 7 19,566

JUMLAH 218,472
Sumber: Perjanjian Sewa, Surat Tawaran dan Surat Setuju Terima

iii. Semakan lanjut mendapati perjanjian sewa bagi 12 syarikat masih
belum disediakan walaupun telah diberi kebenaran menduduki
premis kilang. Sebanyak 10 daripada 12 syarikat tersebut telah tamat
tempoh sewaan manakala satu (1) syarikat merupakan penyewa baharu.
Kesemua syarikat tersebut mempunyai tunggakan sewa berjumlah
RM1.44 juta sehingga bulan Disember 2019 dengan tempoh
pengumuran antara dua (2) hingga 55 bulan. Manakala empat
(4) daripada 12 syarikat tersebut tiada perjanjian sewa bagi
tempoh sewaan yang terdahulu. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 14.

JADUAL 14
PENYEWA TANPA PERJANJIAN SEWA

SYARIKAT TARIKH TEMPOH TARIKH TUNGGAKAN SEWA
PENYEWA PERJANJIAN SEWAAN PERJANJIAN SEHINGGA BULAN
TERAKHIR DISEMBER 2019
Penyewa 7 SEWA SEWA
Penyewa 8 TERAKHIR LANJUTAN (Bulan) (RM)

Penyewa 9 09.12.2016 01.11.2016 - TM 9 16,872
29.09.2017 31.10.2018 TM
Penyewa 10 01.02.2017 - 14 25,541
Penyewa 11 TM 31.01.2019 TM
26.09.2016 01.03.2017 - 13 22,558
13.01.2014 28.02.2019 TM
01.08.2016 - TM 31 165,961
TM 31.07.2019 37 221,533
01.01.2014 -
31.12.2016
01.09.2013 -
31.08.2016

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -281- 81

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

SYARIKAT TARIKH TEMPOH TARIKH TUNGGAKAN SEWA
PENYEWA PERJANJIAN SEWAAN PERJANJIAN SEHINGGA BULAN
TERAKHIR DISEMBER 2019
Penyewa 12 SEWA SEWA
Penyewa 13 TERAKHIR 01.05.2012 - LANJUTAN (Bulan) (RM)
Penyewa 14 30.04.2014
Penyewa 15 TM 01.04.2014 - TM 55 391,646
Penyewa 16 31.03.2017
Penyewa 17* 23.05.2014 01.01.2014 - TM 26 167,108
Penyewa 18** 31.12.2016
29.10.2015 01.09.2015 - TM 37 220,998
31.08.2018
29.09.2015 01.11.2016 - TM 32 172,908
31.10.2018
TM 01.01.2016 - TM 3 9,013
31.12.2017
16.03.2017 TM 2 7,191
TB TB TM 8 18,665

JUMLAH 1,439,994

Sumber: Perjanjian Sewa, Laporan Penyewa EPC
Nota: TM - Tiada Maklumat TB - Tidak Berkenaan

(*) - Lanjutan Sewa Telah Diluluskan Bagi Tempoh 01.01.2018 Hingga 31.12.2020
(**) - Penyewa Baharu dan Sewa Telah Diluluskan Bagi Tempoh 01.06.2018 Hingga 31.05.2021

iv. Semakan Audit mendapati kelemahan ini juga telah dibangkitkan oleh Tetuan
Deloitte PLT semasa pengauditan penyata kewangan SME Bank bagi tahun
kewangan 2018. Penemuan tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Khas Jawatankuasa Audit SME Bank Bilangan 2 Tahun 2019 dan Mesyuarat
Lembaga Pengarah SME Bank Bilangan 3 Tahun 2019 bertarikh 27 Mac 2019.
Pihak pengurusan SME Bank menyatakan tindakan untuk mengukuhkan
pemantauan dan pengurusan proses kerja termasuk melaksanakan Sistem
Pengurusan Sewaan (Tenancy Management System).

v. Sehingga 31 Disember 2019, tunggakan sewa EPC bagi akaun
syarikat yang aktif berdasarkan laporan Sistem Tech One
(sistem pengurusan maklumat sewaan EPC) berjumlah
RM4.38 juta dengan tempoh pengumuran sehingga 55 bulan.
Semakan Audit mendapati sejumlah RM3.47 juta (79.2%) daripada tunggakan
tersebut telah diiktiraf sebagai peruntukan hutang ragu berdasarkan polisi
perakaunan semasa di SME Bank. Bagi akaun tidak aktif yang
melibatkan syarikat yang tidak lagi beroperasi di EPC, jumlah
tunggakan yang direkodkan berjumlah RM6.20 juta dengan
peruntukan hutang ragu yang diiktiraf berjumlah RM5.77 juta
(93.1%).

vi. Semakan lanjut mendapati tiada hapus kira yang diiktiraf bagi penghutang
sewa EPC. Tunggakan sewa yang tinggi disebabkan profil usahawan PKS yang
menyewa adalah bersaiz mikro dan kecil dengan model perniagaan yang
kurang stabil dan sasaran pasaran yang kecil. Semakan Audit juga mendapati

2 -28-282 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

SME Bank telah melaksanakan tindakan kutipan bayaran balik hutang melalui
memo kutipan, notis amaran, notis guaman, tindakan saman dan penjadualan
semula tunggakan melalui bayaran ansuran mengikut kesesuaian aliran tunai
syarikat bagi tujuan lanjutan sewa.

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 5 Jun 2020

Penambahbaikan telah dibuat di mana penyewa diberi tempoh 14 hari untuk menerima
surat tawaran dan menandatangani perjanjian sewa seperti termaktub dalam prosedur
EPC. Kelewatan menerima tawaran dan menandatangani perjanjian sewa akan
menyebabkan tawaran sewaan ditarik balik oleh SME Bank. Bagi kes tunggakan sewa
sejumlah RM218,472, SME Bank telah melantik syarikat guaman berdasarkan negeri
untuk melaksanakan proses tuntutan mahkamah. Bagi kes Syarikat Penyewa 2,
pengarah dan pemilik syarikat telah menandatangani perjanjian sewa sebagai
penjamin bagi perjanjian sewa tersebut. SME Bank telah menghantar notis penamatan
pada 29 Februari 2020 selepas semua sewa tertunggak diselesaikan oleh penyewa
pada 28 Februari 2020.

Daripada 12 perjanjian sewa yang belum disediakan, tujuh (7) perjanjian telah
disempurnakan dan lima (5) perjanjian telah ditamatkan. Sebarang tunggakan telah
dituntut melalui pengeluaran notis tuntutan oleh peguam yang dilantik oleh SME Bank.
SME Bank akan memastikan sistem kutipan sewa dapat dilakukan dengan lebih
berkesan dengan adanya Tenancy Management System yang ditambah baik dan akan
beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2020.

Pengurusan EPC sudah memulakan pelaksanaan pematuhan ke atas SOP EPC dengan
lebih ketat. Pemantauan tunggakan sewa diperketatkan. Pengeluaran notis penamatan
berdasarkan SOP yang ditetapkan juga sedang giat dijalankan oleh pengurusan EPC
melalui peguam yang dilantik. EPC telah dikumpul berdasarkan prestasi ukuran seperti
kadar penghunian, pendapatan sewaan dan tunggakan. Kluster yang terlibat ialah
Kelas A (Performing EPC), Kelas B (Average EPC) dan Kelas C (Watchlist EPC).

Pendapat Pelaksanaan pengurusan perjanjian dan kutipan sewaan
Audit adalah kurang cekap kerana perjanjian sewa yang belum dan
tidak disediakan serta tunggakan sewa yang tinggi.

b. Pengurusan Penyenggaraan EPC

i. EPC: Entreprenuer Premises Complex Procedure (SP-EPC-0001) menyatakan
semua lot kilang EPC hendaklah berada dalam keadaan yang optimum bagi

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -283- 83

S m a l l MSemd ai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp meveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

tujuan sewaan. Bagi tujuan tersebut, lot kilang EPC hendaklah diperiksa secara
berkala dan ketika penyewa berpindah. Kerja senggara lot kilang pula
hendaklah dilaksanakan apabila diperlukan.

ii. Semakan Audit mendapati pada tahun 2019, perbelanjaan pengurusan EPC
berjumlah RM4.72 juta iaitu menurun sebanyak RM0.87 juta (15.6%)
berbanding RM5.59 juta yang direkodkan pada tahun 2018. Bagaimanapun,
perbelanjaan bagi tahun 2018 meningkat sebanyak RM96,000 (1.7%)
berbanding tahun 2017. Perbelanjaan pengurusan EPC meliputi perbelanjaan
senggara, insurans, cukai taksiran, utiliti, kontrak outsourcing, yuran guaman
dan profesional serta kos luar jangka. Penurunan perbelanjaan pengurusan
EPC pada tahun 2019 disumbangkan oleh pengurangan yuran kontrak
outsourcing perkhidmatan penyenggaraan akibat kontrak bagi satu (1)
syarikat penyedia perkhidmatan penyenggaraan telah tamat dan tidak
disambung.

iii. Lawatan Audit telah dilaksanakan di lima (5) EPC meliputi dua (2) di Kuching,
Sarawak, dua (2) di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan satu (1) di Sungai
Petani, Kedah bagi mengesahkan keadaan lot kilang dan kadar penghunian.
Tujuh (7) lot kilang didapati dalam keadaaan rosak akibat
kecurian kelengkapan asas seperti bumbung, pintu, tingkap, kabel
pendawaian, pagar dan pintu pagar utama. Lot kilang tersebut ialah tiga (3)
di EPC Muara Tabuan, Kuching, Sarawak dan empat (4) di EPC Sungai Petani,
Kedah.

iv. Semakan Audit mendapati kecurian berlaku disebabkan tiada kawalan
keselamatan terhadap lot kilang selepas penyewa berpindah keluar serta
lokasi kilang yang tidak strategik seperti terletak di kawasan yang tinggi
kegiatan jenayah harta benda. Berlaku mendapan tanah dan lot
kilang juga didapati tidak bercat di EPC Muara Tabuan. Lokasi
kilang berhampiran tebing sungai serta penggunaan jentera dan kenderaan
berat di kawasan kilang menyebabkan mendapan tanah berlaku. Kilang juga
tidak pernah dicat semula sejak mula disewa pada tahun 2007. Keadaan kilang
di EPC Muara Tabuan, Kuching, Sarawak adalah seperti dalam Gambar 1
hingga Gambar 6 manakala keadaan kilang di EPC Sungai Petani, Kedah
seperti dalam Gambar 7 hingga Gambar 10.

2 -28-484 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

GAMBAR 1 GAMBAR 2

EPC Muara Tabuan, Sarawak EPC Muara Tabuan, Sarawak
- Lot Kilang Tinggal Rangka Selepas Penyewa Berpindah - Tingkap, Pintu, Dinding Dicuri

(15.01.2020) (15.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara

GAMBAR 3 GAMBAR 4

EPC Muara Tabuan, Sarawak EPC Muara Tabuan, Sarawak
- Keadaan Lot Kilang Rosak dan Usang - Bumbung Kilang Dicuri
(15.01.2020)
(15.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 5 GAMBAR 6

EPC Muara Tabuan, Sarawak EPC Muara Tabuan, Sarawak
- Lot Kilang Tidak Bercat - Mendapan Tanah
(15.01.2020) (15.01.2020)

(Sumber: Jabatan Audit Negara (Sumber: Jabatan Audit Negara)

LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNitegNaergaaTraahTuanh2u0n1920S1ir9i 1Siri 1 2 -285- 85

S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

GAMBAR 7 GAMBAR 8

EPC Sungai Petani, Kedah EPC Sungai Petani, Kedah
- Kawasan Sekitar Dipenuhi Semak - Zink Bumbung Rosak
(11.02.2020)
(11.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

GAMBAR 9 GAMBAR 10

EPC Sungai Petani, Kedah EPC Sungai Petani, Kedah
- Keadaan Lot Kilang Usang dan Berkulat - Peralatan Terbiar oleh Penyewa Lama

(11.02.2020) (11.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

v. Lawatan Audit juga mendapati lot kilang kosong di EPC Kota
Padawan tidak sesuai disewakan kerana pelapik zink terkoyak,
penutup shutter terkopek, jalan rosak di tepi lot kilang dan pintu pagar
berkarat serta tidak bercat. Keadaan ini berlaku disebabkan SME Bank hanya
akan membaik pulih lot kilang setelah mendapat penyewa bagi mengurangkan
kos penyenggaraan pencegahan yang berulang. Keadaan kilang adalah seperti
dalam Gambar 11 hingga Gambar 14.

GAMBAR 11 GAMBAR 12

EPC Kota Padawan, Sarawak EPC Kota Padawan, Sarawak
- Pelapik Zink Terkoyak - Penutup Shutter Terkopek
(15.01.2020)
(15.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara

2 -28-686 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1

SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d

GAMBAR 13 GAMBAR 14

EPC Kota Padawan, Sarawak EPC Kota Padawan, Sarawak
- Jalan Rosak di Tepi Lot Kilang - Pintu Pagar Berkarat dan Tidak Bercat

(15.01.2020) (15.01.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara

vi. Temu bual Audit juga mendapati lot kilang di EPC SP1, Seberang
Jaya, Pulau Pinang pernah dipecah masuk sebanyak
dua (2) kali walaupun terdapat perkhidmatan pengawal keselamatan pada
waktu malam. Masalah resapan air juga berlaku di lot yang sama
akibat daripada masalah struktur kilang bersebelahan
menyebabkan limpahan air hujan meresap ke dinding. Keadaan tersebut
menjejaskan kualiti bilik pemprosesan produk yang perlu mematuhi standard
Good Manufacturing Practice (GMP).

vii. Di samping itu, didapati masalah rekahan dinding dan pokok besar
pula membahayakan keselamatan kilang bagi EPC SP2, Seberang
Jaya, Pulau Pinang. Keadaan kilang adalah seperti dalam Gambar 15 dan
Gambar 16.

GAMBAR 15 GAMBAR 16

EPC SP2, Seberang Jaya EPC SP2, Seberang Jaya
- Rekahan Dinding - Pokok Besar Mengancam Keselamatan Kilang
(10.02.2020)
(10.02.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 2 -287- 87
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1
S m a l l MSemdai ullmMEendtiuemr p rEi sneteDrperviseel oDp emveenlot pBmaennkt MBaalnaky sMi aalBayesrihaa dBerhad

viii. Semakan Audit juga mendapati kelemahan pemantauan terhadap lot
kilang di EPC berlaku di peringkat Pusat Wilayah (RC). Keadaan
ini disebabkan hanya seorang kerani yang bertanggungjawab terhadap urusan
harian EPC di setiap RC dengan Ketua RC bertindak sebagai pegawai
pengesah. Selain itu, pemantauan di peringkat ibu pejabat dibuat berdasarkan
laporan yang dikemukakan oleh pegawai bertanggungjawab di RC. Oleh itu,
kekurangan kakitangan dengan bebanan tugas menguruskan lot kilang yang
banyak di EPC menjejaskan keberkesanan pemantauan dan kecekapan
pengurusan EPC. Keadaan ini mempengaruhi pendapatan hasil sewaan EPC.
SME Bank juga perlu menanggung kos tambahan bagi membaik pulih lot kilang
yang rosak dengan anggaran kos oleh SME Bank berjumlah RM500,000 bagi
setiap lot.

ix. Semakan lanjut mendapati SME Bank telah merangka pelan strategik
pengurusan EPC setelah mengambil kira isu utama yang dihadapi. Antara isu
tersebut ialah bilangan graduan yang rendah, tunggakan sewa dan hutang
lapuk yang tinggi serta kadar pulangan yang rendah. Sebanyak tiga (3) kertas
cadangan pelan strategik telah dibentangkan antara tahun 2018 hingga 2019
iaitu satu (1) kepada Lembaga Pengarah SME Bank dan dua (2) kepada
Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) SME Bank. Cadangan yang dikemukakan oleh
pengurusan SME Bank termasuklah outright disposal, sale and lease back,
establish real estate investment trust, securitisation dan outsourcing.

x. Bagaimanapun, kesemua cadangan tersebut tidak mendapat persetujuan
MOF, Lembaga Pengarah dan EXCO. Justifikasi penolakan termasuklah
memelihara kepentingan PKS dan bank, peranan pembangunan DFI oleh SME
Bank, faktor kos dan kadar pulangan. Oleh itu, pengurusan EPC kekal
dilaksanakan secara dalaman oleh Seksyen Perkhidmatan EPC, SME Bank.
Susulan daripada keputusan tersebut, SME Bank sedang dalam proses untuk
menyediakan kertas cadangan untuk dibentangkan di peringkat EXCO bagi
langkah jangka panjang pengurusan EPC.

Maklum balas SME Bank yang diterima pada 5 Jun 2020

Pengurusan EPC telah melantik kontraktor pembersihan dan pengawal keselamatan
di kawasan EPC di mana kos ini ditanggung oleh SME Bank. Sebarang kerosakan
semasa dalam tempoh sewaan juga akan ditanggung oleh SME Bank. Proses membaik
pulih lot kilang yang dibangkitkan sedang dilaksanakan setelah mendapat kelulusan
Mesyuarat EXCO pada 10 April 2020. Tindakan sedang diambil untuk memastikan
pemantauan oleh wakil EPC di RC dilaksanakan dengan berkesan. Penambahan

2 -28-888 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaararaTaThauhnu2n021091S9iriS1iri 1
SmS malal l lMMedeiduimu mEnEtnetreprrpisrei s eDeDveevloepl ompemnte nBtaBnka nMk aMlaaylsaiay sBi aerBheardh a d


Click to View FlipBook Version