BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AHMAD NAJMI BIN MAT PIAH
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PDPP JUN 2020
(c) Opsyen : TAHFIZ
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PSIKOLOGI SI KECIL
2. Pengarang: Dr Rozanizam Zakaria
3. Tahun diterbitkan: 2021
4. Diterbitkan oleh: WhiteCoat Group Sdn. Bhd, Malaysia
Sinopsis Buku Buku ini memberitahu bagaimana kita dapat membantu
5. Yang Dibaca: perkembangan setiap bahagian otak anak. Setiap bahagian otak
ada cara ransangannya. Sebagai contoh, membaca, bercerita,
bernyanyi bersama, memeluk, bermain dengan pelbagai suasana
dapat membantu perkembangan bahagian otak sisi atas anak.
Dengan membiarkan anak bergerak, meneroka, berguling,
melompat, meniarap dan merangkak membantu perkembangan
bahagian otak belakang anak.
Seterusnya, melalui buku ini Dr Rozanizam menitipkan pesan
kepentingan peranan seorang bapa kepada anak dengan
membuatkan anak berasa bapa sentiasa ada untuknya. Sudah tentu
dengan tidak hanya membelikan susu, permainan, baju dan
sebagainya. Keperluan untuk seorang bapa benar-benar hadir
dalam kehidupan anaknya tidak boleh diganti dengan kebendaan
apatah lagi wang ringgit. Bapa yang baik bukan yang belikan banyak
mainan tapi yang bermain dengan anak walaupun tanpa alat
permainan.
Buku ini juga menekankan untuk ibu dan bapa membiasakan quality
time bersama setiap anak sejak anak kecil sehingga remaja, dewasa
pada masa yang berbeza. Jika tiga anak, ibu dan bapa perlu
peruntukkan tiga masa berbeza. Buku ini juga mengandungi pesan
tentang kesalahan dalam mendisiplinkan anak, menangani anak
suka berbohong, bergaduh, mengatasi cabaran emosi hari pertama
persekolahan, bantu anak lebih fokus dan pelbagai isu lain lagi.
6. Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh suami isteri yang baru membina
yang diperoleh keluarga dan baru mempunyai anak kecil. Ibu bapa hari ini perlu
590
Bil. Perkara Catatan
daripada buku
yang dibaca: mempersiapkan diri dengan ilmu asas tentang psikologi anak-anak
supaya pendekatan kita kepada mereka bukan lagi berdasarkan
7. Tandatangan: percubaan, tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman. Buku ini juga
amat sesuai buat guru-guru dan semua profesyen yang terlibat
secara langsung dengan kanak-kanak.
Ahmad Najmi bin Mat Piah
591
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NOR AMINA AFIFAH BINTI YUBA
MADIAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PDPP JUN 2020
(c) Opsyen : DINI
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: TEKNIK TERHEBAT MENGURUS MASA DENGAN BERKESAN
2. Pengarang: Martin Manser
3. Tahun diterbitkan: 2011
4. Diterbitkan oleh: PTS Publications & Distributors
5. Sinopsis Buku Buku yang berjudul “Teknik Terhebat Mengurus Masa dengan
Yang Dibaca: Berkesan” yang mempunyai 128 halaman bercetak ini adalah buku
yang mengajak para pembaca untuk menjadi lebih bijak dalam
menguruskan masa dengan berkesan.
Apa yang lebih menarik dari buku yang ditulis oleh Martin Manser
ini, buku ini juga telah disyorkan oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah
Bin Kamsah yang mana tidak asing lagi merupakan pakar motivasi
yang terkenal. Jelaslah, buku ini benar-benar patut dibaca oleh kita
semua untuk lebih bijak dalam menguruskan masa dan kita hanya
menjadi hebat sekiranya mengamalkan teknik terhebat yang
disyorkan oleh pakar.
Dalam buku ini, terdapat beberapa teknik terhebat mengurus masa
dengan berkesan. Antaranya, ialah menyiapkan kerja yang susah
dengan cepat, melakukan kerja yang betul pada masa yang betul,
melakukan kerja yang betul dengan betul dari mula,mengatakan
TIDAK kepada perkara yang remeh dan menjimatkan masa dengan
keputusan yang tepat dalam masa yang singkat.
Teknik-teknik ini begitu menarik minat saya untuk membaca huraian
dengan lebih jelas bagi setiap teknik yang disyorkan dan mudah
untuk diamalkan. (123) 1 teknik, 2 muka surat, 3 minit untuk dibaca
adalah formula yang ringkas untuk merangsang minat para
pembaca untuk membaca buku ini.
Manfaat/pengajaran Terdapat banyak pengajaran ataupun hikmah yang boleh saya ambil
6. yang diperoleh daripada buku ini. Yang pertama, buku ini membuka minda kita
daripada buku untuk kita tahu apa sebenarnya yang kita mahu, apa matlamat kita
592
Bil. Perkara Catatan
yang dibaca:
dalam hidup dan bila atau bagaimana cara kita untuk mencapai
7. Tandatangan: matlamat tersebut dengan berkesan. Bila kita mempunyai peluang
dan masa untuk menjadi yang terhebat dalam setiap perkara dalam
kehidupan. Buatlah yang terbaik. Jadilah yang terhebat. Hidup
terlalu singkat bagi perkara yang biasa-biasa sahaja.
Dalam buku ini, bab yang pertama yang bertajuk “KENALI DIRI”
adalah untuk kita tahu apa matlamat dan impian kita seterusnya
diikuti dengan “KENALI KERJA KITA” iaitu kita kena tahu apa
potensi/tugas/kerja kita. Didalam bab ini, telah dijelaskan secara
tidak langsung bagaimana cara kita untuk melakukan tugas/kerja
kita seperti berhenti bertangguh, kekalkan tumpuan kita, bangkit
dengan motivasi dan sebagainya.
Saya ambil satu iaitu berhenti bertangguh sebagai contoh yang
dekat dengan saya. Jujurnya, sebelum ini kerap kali saya
bertangguh dalam melakukan tugasan dan ini sangat memberi
kesan yang buruk kepada saya selain masa saya dibazirkan begitu
sahaja. Terima kasih untuk penulis buku ini yang membangkitkan
kembali semangat motivasi saya melakukan tugasan/kerja tanpa
bertangguh lagi dan mengajar saya banyak teknik yang berkesan
dalam menguruskan masa seharian.
Saya agak suka untuk berkongsi satu ayat yang dipetik oleh Thomas
Edison, iaitu “Saya tidak gagal. Saya hanya menemui 10 000 cara
yang tidak berkesan.” Jelaslah, bahawa selama ini saya tidak
mempunyai teknik yang berkesan dalam menguruskan masa
sebaiknya.
Buku ini juga menarik kerana menyelitkan kata-kata motivasi kepada
para pembaca termasuk saya. Di samping mempelajari teknik yang
berkesan, saya juga dapat mengembalikan semangat saya jika saya
rasa mudah jatuh ketika itu.
Oleh yang demikian, buku ini sangat sesuai untuk para pembaca
yang ingin mengubah kehidupannya menjadi lebih baik dan terurus
dalam mencapai matlamat dan impian. Pengurusan masa dan
berbagai teknik yang diajar seperti menyediakan jadual yang efisien,
selalu bertanya untuk mencari jalan penyelesaian, jangan
bertangguh adalah antara faktor utama yang menggerakkan kita
menuju matlamat yang ingin dicapai. Terima kasih buat penulis yang
memberikan sesuatu yang manfaat kepada saya dan para pembaca
yang lain melalui penulisan beliau.
Nor Amina Afifah binti Yuba Madian
593
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AHMAD AFIQ IKHWAN BIN
WAMZAH
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PDPP JUN 2020
(c) Opsyen : DINI
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
U1. Tajuk Buku: KEKELIRUAN UMMAT INILAH JAWAPANNYA
2. Pengarang: Ustaz Muhadir Haji Joll
3. Tahun diterbitkan: 2014
4. Diterbitkan oleh: Galeri Ilmu
Sinopsis Buku Buku ini menghuraikan tentang persoalan khilafiah yang sering
5. Yang Dibaca: diperdebatkan dalam masyarakat, contohnya isu Qunut Subuh,
Talqin di kuburan, Tahlil Arwah dan sebagainya. Penulis telah
mendatangkan perbincangan dan huraian yang padat dan tepat
dengan disokong Dalil daripada Al Quran, Hadis dan juga pendapat
Para Ulamak Mazhab. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh para
penuntut ilmu Agama dan juga masyarakat awam agar keharmonian
hidup beragama dapat dipelihara. Antara isi kandungan buku ini
ialah pengertian bid’ah, ‘At Tark’, bentuk ibadah daripada Rasulullah
صلى الله عليه وسلم, Hadis Daif, perbahasan Aqidah dan sebagainya.
Buku ini mengandungi 338 mukasurat dan diakhiri dengan soal
jawab berkaitan isu Khilafiah semasa.
Menambah ilmu pengetahuan tentang pendapat para Ulamak dan
kaedah mereka mengeluarkan hukum berdasarkan Dalil Al Quran
Manfaat/pengajaran dan As Sunnah. Buku ini amat berguna kepada saya sebagai
rujukan dalam subjek Usuluddin dan As Syariah.
6. yang diperoleh Nilai Pengetahuan / Pengajaran:
daripada buku
yang dibaca: Bersungguh menuntut ilmu
Adil dan saksama
Bersatu padu dan hidup harmoni
7. Tandatangan: Ahmad Afiq Ikhwan bin Wamzah
594