BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR AIN ZULAIKHA BINTI NOR
AZRI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MENERUSKAN PERJALANAN
2. Pengarang: Zurinah Hassan
3. Tahun diterbitkan: 1987
4. Diterbitkan oleh: Kuala Lumpur DBP
5. Sinopsis Buku Buku ini mengandungi satu cerpen yang bertajuk Anita. Anita
Yang Dibaca: merupakan seorang pelajar yang terkenal di sekolah menengah.
Kehandalannya adalah disebabkan beliau mempunyai paras rupa
yang sangat cantik serta pelajarannya cukup cemerlang. Selain itu
juga, Anita seorang yang aktif dalam sukan seperti bola jaring. Sikap
peramah dan pandai bergaul juga menjadi salah satu daripada
sebab mengapa Anita seorang yang terkenal semasa berada di
sekolah menengah.
Anita mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tiada seorang pun lelaki
pun yang berjaya menarik minat Anita. Beliau juga seorang yang
berani melontarkan hujah dan menegakkan kebenaran. Semasa di
universiti, Anita tidak ketinggalan untuk menonjolkan kebolehannya
sebagai pemimpin pelajar yang terbaik serta terkemuka.
Selepas tamat pelajaran di universiti, Anita telah menerima tawaran
untuk bekerja di salah sebuah sekolah. Oleh kerana keberaniannya
dan tiada teman lelaki, Anita telah difitnah untuk mengambil seorang
suami kepada Rosli, iaitu seorang Penolong Ketua Persatuan Belia
Kampung kerana isterinya sering melihat Rosli dengan Anita keluar
bersama. Walhal, mereka keluar bersama untuk memberikan
pertolongan dan bekerjasama dalam aktiviti hal ehwal masyarakat.
Anita juga di label sebagai anak dara tua kerana masih tidak
berumahtangga walaupun sudah berusia. Pada suatu hari, cikgu
Bakar memarahi Anita kerana mengadu tentang kesalahannya
kepada guru besar. Kejujuran Anita telah dibenci oleh masyarakat
sekelilingnya.
440
Bil. Perkara Catatan
Buku ini sesuai untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan.
Walaupun seseorang itu selalu menjadi tokoh dan pemimpin yang
baik, dia akan tetap akan dikeji dan dihina oleh masyarakat
Manfaat/pengajaran sekeliling apabila dia mengambil tindakan yang betul. Namun begitu,
yang diperoleh Anita tidak memperbesarkan hal tersebut dan sentiasa cuba untuk
6. daripada buku membuat kebaikan semampunya. Oleh itu, pengajaran yang besar
yang dibaca: dalam cerpen Anita ini ialah, walaupun kita dibenci, dihina dan dikeji
kerana sifat kita yang baik, kita perlu sentiasa meneruskan kebaikan
itu kerana manusia tidak akan berpuas hati walaupun kita
melakukan perkara baik ataupun perkara yang buruk.
7. Tandatangan: Nur Ain Zulaikha binti Nor Azri
441
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR AQILAH FITRIAH BINTI
ZUKIMAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: Kisah Orang Menang
2. Pengarang: Saiful Nang
3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Puteh Press
Sinopsis Buku Buku ini menyentuh mengenai kisah sebenar penulis tentang jalan
5. Yang Dibaca: hidupnya. Penulis menyentuh semua isu yang wujud dalam hidup
seseorang dan cara serta kaedah dalam mengatasi masalah tanpa
melibatkan tekanan. Muka depan buku ini agak unik dengan
meletakkan gambar penulis dengan berlatar belakangkan kuning.
Untuk menarik minat pembaca, penulis turut memasukkan ilustrasi
dan gambar-gambar yang pelbagai dalam hasil nukilan beliau.
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang mempunyai masalah
dalam hidupnya. Buku ini secara langsung menceritakan
Manfaat/pengajaran pengalaman hidup, masalah dan cara menghadapi penulis.
Pembaca yang mempunyai masalah dalam hidup kadang kala sukar
6. yang diperoleh untuk membuat keputusan dengan rasional dan bersikap impulsif.
daripada buku
Dalam nukilan beliau kali ini, beliau menekankan kecantikan dan
yang dibaca: keindahan alam semula jadi dalam membantu menenangkan dan
menyegarkan fikiran seseorang. Beliau juga memekankan
kepentingan dan betapa bernilai hidup seseorang.
7. Tandatangan: Nur Aqilah Fitriah binti Zukiman
442
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR LIYANA BINTI RUHAIZAD
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PENGUCAPAN di SEKOLAH Menjana Kecemerlangan
2. Pengarang: Khailani A Jalil
3. Tahun diterbitkan: 2009
4. Diterbitkan oleh: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dalam pengucapan di sekolah; i)
Yang Dibaca: pengucapan khas ii) pengucapan berkenaan akademik, iii)
pengucapan tentang kokurikulum, iv) pengucapan tentang sahsiah
dan disiplin, v) pengucapan tentang pembangunan sumber manusia,
vi) pengucapan pada minggu khas, vii) pengucapan untuk program
dan sambutan khas, viii) pengucapan pada hari kebesaran Islam,
dan ix) pengucapan semasa program asrama, program warga dan
komuniti, ixx) pengucapan tentang isu-isu semasa dan dasar.
Dalam buku ini telah menyediakan contoh-contoh pengucapan bagi
setiap kategori yang telah dinyatakan di atas. Panduan pengucapan
turut dinyatakan bagi memudahkan pembaca mengambil isi dan
membuat rujukan. Ucapan yang baik dan mempunyai impak jangka
panjang kepada yang mendengar sama ada guru atau pelajar
memerlukan persediaan rapi, rujukan yang tepat, tema yang sesuai
dengan isu semasa, menarik dan mempunyai mesej yang jelas.
Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah Isu-
isu semasa dan dasar. Saya sedar bahawa seorang pengetua atau
guru besar perlu mengambil tahu semua isu semasa agar dapat
dijadikan satu modal pengucapan pada setiap minggu semasa
perhimpunan rasmi di sekolah bagi mengingatkan pelajar dan
memberi teladan kepada pelajar akan isu-isu semasa yang berlaku.
Dalam buku ini terdapat beberapa contoh isu-isu semasa dan dasar
seperti Intervensi Buli, Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan
(RIMUP), pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),
Pembestarian Sekolah, dll.
443
Bil. Perkara Catatan
Buku ini sesuai untuk membantu dan menjadi rujukan kepada
semua pengetua atau penolong-penolong kanan dalam
menyediakan ucapan. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan buat
semua umat manusia yang ingin mengetahui dan belajar cara
menyediakan ucapan. Bagi pelajar Institusi perguruan Guru, buku ini
Manfaat/pengajaran amat membantu kerana seorang bakal guru perlu mempunyai
banyak pengetahuan dalam pengucapan. Ucapan juga menjadi
yang diperoleh
6. daripada buku mekanisme penting untuk seseorang pemimpin menyampaikan
yang dibaca: mesej kepada khalayaknya. Oleh itu, buku ini dapat membantu guru
dan pelajar merancang ucapan yang bertema dan bersiri yang perlu
disampaikan sepanjang tahun kerana buku ini dapat membawa guru
dan pelajar menelusuri pemikiran, idea dan visi pengetua. Pemikiran
dan luahan rasa melalui pengucapan tersebut kemudiannya boleh
diterjemahkan dalam tindakan di peringkat pengurusan
kepengikutan.
7. Tandatangan: Nur Liyana binti Ruhaizad
444
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR MARDHIYAH BINTI IDERIS
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MISTERI PADANG MAHSYAR
2. Pengarang: Abu Fatiah Al Adnani
3. Tahun diterbitkan: 2016
4. Diterbitkan oleh: Granada Mediatama, Indonesia
5. Sinopsis Buku Buku ini membincangkan dan menyentuh berkaitan Padang
Yang Dibaca: Mahsyar di mana ia merupakan tempat berkumpulnya semua
makhluk Allah SWT di akhirat kelak. Antara perkara yang
dibahaskan adalah tiupan sangkakala, seluruh makhluk bangkit ke
padang Mahsyar, syafaat kubra, soal jawab manusia dengan Allah
SWT dan banyak lagi.
Pengolahan isi-isi sangat baik kerana pengarang mengemukakan
bukti dan hujah daripada al-quran dan al-hadis. Ayat –ayat dan
huraiannya juga mempunyai kohesi dan koheren menyebabkan
saya sebagai pembaca memahami tentang apa yang disampaikan.
Pada permulaan penceritaan, pengarang telah menggambarkan
keadaan semasa berlakunya kiamat sebelum seluruh makhluk
menuju ke padang Mahsyar. Ketika menuju ke padang Mahsyar,
orang yang beriman akan dikumpulkan dengan menaiki kenderaan
yang dihiasi dengan emas manakala orang yang kafir,munafik dan
banyak berbuat dosa akan dikumpulkan dalam keadaan hina iaitu
dengan muka yang muram,buta,tuli,bisu dan mereka berjalan
dengan kaki sambil diseret muka mereka.
Di padang Mahsyar pula, matahari didekatkan kepada seluruh
makhluk hingga berjarak satu mil (sejengkal) di atas kepala. Semua
makhluk akan berhadap dan ditanya oleh Allah tentang apa yang
mereka lakukan di dunia.
Dalam buku ini ,terdapat hadis yang menarik perhatian saya iaitu ia
menyatakan 7 golongan yang dinaungi Allah SWT di akhirat kelak
iaitu (1) pemerintah yang adil (2) pemuda yang tekun beribadah (3)
seorang yang hatinya sentiasa memakmurkan masjid (4) seorang
445
Bil. Perkara Catatan
lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita namun ia menolak
kerana takut kepada Allah (5) dua orang lelaki yang saling mencintai
kerana Allah (6) seorang yang bersedekah secara bersembunyi (7)
seorang yang sentiasa berzikir saat sedang sendirian hingga
menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Buku ini sangat sesuai untuk dibaca kerana ia memberikan
pendedahan tentang kiamat dan Padang Mahsyar secara
Manfaat/pengajaran mendalam. Informasi dan perkongsian ayat al-quran dan hadis
menambahkan lagi pengetahuan kita tentang agama. Semoga kita
6. yang diperoleh dapat memperbaiki diri dan menambahkan amal soleh di akhir
daripada buku
zaman ini agar kita termasuk dalam kalangan orang beriman dan
yang dibaca: mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Akhir sekali, pengarang
hendaklah memberikan huraian yang lebih mendalam lagi supaya
pembaca mendapat kefahaman yang menyeluruh.
7. Tandatangan: Nur Mardhiyah binti Ideris
446
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURUL HAIDA FITRIAH BINTI
RUSYDAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: TANGISAN YANG TERAKHIR
2. Pengarang: Farah Fakhira binti Fakhrurazi
3. Tahun diterbitkan: 2020
4. Diterbitkan oleh: Allegiant Global
5. Sinopsis Buku Buku ini membincangkan tentang penulis iaitu seorang wanita yang
Yang Dibaca: berusia 23 tahun yang telah berkahwin dengan lelaki yang tidak
menghargainya. Dalam kehidupannya yang boleh dikatakan serba
sempurna iaitu mempunyai kemewahan dari segi harta benda,
kereta dan sebagainya. Walaupun demikian, dia tetap berusaha
untuk menyelamatkan rumahtangganya. Contoh yang telah
diberikan oleh penulis ialah menghadiahkan sebuah bangunan untuk
dijadikan tempat bekerja yang lebih selesa kepada suaminya.
Penulis bukan sahaja berhadapan dengan pelbagai ujian dalam
rumahtangga, malah juga turut diuji dengan kemalangan yang telah
menyebabkan kakinya patah dan anggota badan yang lain
mengalami keretakan. Penulis berusaha untuk tidak melayan
perasaan sakitnya sehinggakan penulis memaksa dirinya untuk
berjalan bagi menyara dirinya serta menyelamatkan bisnesnya yang
telah diuruskan olehnya sendiri tanpa pertolongan suaminya pun.
Ibu penulis yang diuji dengan penyakit kanser tahap empat pula
telah kembali kepada penciptaNya sebulan kemudian. Beberapa
bulan kemudian, mereka pun berpisah. Penulis membina semula
empyar perniagaannya dan memutuskan semua perkara yang
mempunyai kaitan dengan suaminya yang melibatkan perniagaan.
Penulis bertindak untuk menjual semula bangunan yang berniat
untuk dihadiahkan kepada suaminya itu. Pada akhirnya, seorang
lelaki yang bernama Zaidul ariff yang merupakan kawan rapat ketika
di universitinya hadir untuk menjaga dirinya sehidup semati. Penulis
dan pasangan barunya bahagia dan hasrat penulis untuk
mendapatkan suami yang bertanggungjawab, soleh dan baik telah
447
Bil. Perkara Catatan
dikabulkan oleh Allah SWT. Penulis juga berharap itulah tangisan
yang terakhir untuknya.
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca-pembaca yang ingin
mengetahui bahawa masih ramai lagi masyarakat yang mempunyai
Manfaat/pengajaran masalah yang perlu ditanggung oleh mereka. Melalui pembacaan
6. yang diperoleh ini, saya dapat menginsafi diri dengan kita hendaklah sentiasa
daripada buku bersyukur dengan setiap perkara yang kita ada. Contohnya ialah
yang dibaca: nikmat kasih sayang, harta, ketenangan hati dan banyak lagi. Saya
juga menyedari dan meyakini bahawa semua masalah yang berat itu
mesti ada jalan penyelesaiannya yang tersendiri.
7. Tandatangan: Nurul Haida Fitriah binti Rusydan
448
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURUL SALLYZA BINTI MOHD
FAISAL
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: TASIK SYAHDU
2. Pengarang: Abdul Samad Bin Muhammad Said (A. Samad Said)
3. Tahun diterbitkan: 2012
4. Diterbitkan oleh: PTS Pop Sdn. Bhd
Sinopsis Buku Buku ini mengumpulkan beberapa cerpen pendek yang menerapkan
5. Yang Dibaca: pelbagai aspek penulisan berwacana yang baik di samping jalan
penceritaan yang menarik serta bermanfaat. Cerpen yang sangat
menarik minat saya sebagai pembaca adalah yang bertajuk Dari
Tanah ke Tanah.
Cerpen berbentuk fiksyen yang bertajuk Dari Tanah ke Tanah ini
menceritakan perihal seorang pemuda yang bernama Hasyim
meninggalkan isteri bersama ibunya dan berhijrah ke Singapura
untuk mencari pekerjaan bagi membebaskan keluarganya dari
sengsara kehidupan yang terlalu daif pada Zaman Darurat.
Dengan dibelenggu rasa yang sayu, Hasyim berasa sangat berat
hati untuk meninggalkan isteri tercinta lebih-lebih lagi apabila dia
mendapat perkhabaran bahawasanya isterinya sudah disahkan
mengandung anak pertama mereka setelah 3 tahun mendirikan
rumah tanga. Pada suatu hari, Hasyim menerima mesej melalui
telegram yang menyatakan bahawa isterinya sedang tenat dan
meminta dirinya untuk pulang dengan kadar yang segera.
Namun begitu pemuda itu mengalami kesukaran untuk meminta izin
daripada orang atasannya supaya membenarkan dirinya untuk
pulang ke tanah air bagi menjenguk sang isteri sehinggakan
menimbulkan konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Hasyim
seterusnya bertekad untuk pulang ke pangkuan isterinya dan di
dalam perjalanan pulang, suatu mesej melalui telegram dihantar ke
bilik Hasyim di Singapura yang menyatakan bahawa isterinya telah
meninggal dunia selepas selamat melahirkan cahaya mata mereka.
449
Bil. Perkara Catatan
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca daripada pelbagai peringkat
umur disebabkan oleh penggunaan Bahasa Melayu yang mudah
untuk difahami dan jalan penceritaan yang ringkas serta padat.
Manfaat/pengajaran Karya A. Samad Said ini banyak mengamalkan aspek keutuhan
yang diperoleh wacana yang mantap di dalam penulisan beliau. Penerapan unsur
6. daripada buku atau ciri-ciri keutuhan wacana adalah amat penting bagi
yang dibaca: menghasilkan sebuah karya yang berkualiti tinggi dan diiktiraf
keutuhan wacananya di samping mempamerkan penulisan yang
penuh makna serta berupaya memberikan pengajaran kepada para
pembaca.
7. Tandatangan: Nurul Sallyza binti Mohd Faisal
450
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : SAIFUL AZRIN BIN SAIDI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SEJARAH PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
2. Pengarang: Zulkifli bin Dahalan, Sofwan bin Hasbullah, Halipah binti Hamzah,
Ramawan Ab. Rahman, Mohd. Hapiz bin Mahaiyadin, Mohd Adib
Shujaa’ bin Ahmad dan Roshaimizam bin Suhaimi
3. Tahun diterbitkan: 2009
4. Diterbitkan oleh: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM
5. Sinopsis Buku Penulisan di dalam buku ini menampilkan 5 bab yang membicarakan
Yang Dibaca: tentang pelbagai perkara berkaitan dengan pemikiran dan tamadun
Islam. Bab yang pertama menyentuh tentang konsep ketamadunan
dan peradaban Islam. Bab kedua mengetengahkan kepada
pembaca berkaitan sumbangan tamadun Islam kepada peradaban
dunia. Bab ketiga pula mengimbas kembali sejarah kedatangan
Islam di Alam Melayu serta ketamadunan Melayu. Bab keempat
membincangkan mengenai Islam dalam sistem kemasyarakatan dan
kenegaraan di Malaysia. Bab yang terakhir iaitu bab 5 menyentuh
berkenaan dunia Islam dan cabaran kontemporari.
Kandungan buku ini amat bermanfaat kepada semua pembaca
terutamanya kepada para peminat sejarah Melayu dan Islam.
Penulisan ini menggunakan laras bahasa yang baik dan dapat
difahami dengan jelas. Setiap bab yang diceritakan juga amat
terperinci dengan menggunakan sumber-sumber yang sahih
berkenaan dengan Sejarah lampau. Seperti mana yang terkandung
dalam bab 1, konsep ketamadunan dapat dijelaskan dengan sebaik
mungkin bersumberkan fakta-fakta yang boleh dipercayai. Dalam
bab 2, kita boleh memahami bagaimana Islam boleh mencorak
sebuah masyarakat dunia dari sudut yang pelbagai bermula dengan
zaman pemerintahan Rasullah SAW. Untuk bab 3 pula, proses
penempatan Islam di tanah Melayu turut dihuraikan dengan sebaik
mungkin apabila ianya bermula dengan penjelaskan 3 teori
kedatangan Islam ke tanah Melayu. Penerangan sistem masyarakat
yang berlandaskan Islam turut dibicarakan bermula dengan institusi
451
Bil. Perkara Catatan
asas masyarakat iaitu keluarga dan dimulakan dengan perkara
berkenaan perkahwinan yang perlu kita tahu sebagai umat Islam.
Bagi saya, dunia Islam dan cabaran kontemporari menjadi bab yang
agak menarik apabila ianya berkaitan dengan isu semasa yang tidak
berpenghujung. Sebagai contoh, isu Palestin dan Israel turut
menjadi isi penulisan buku ini seiring dengan cabaran yang
sememangnya kita sedang lalui sehingga ke hari ini. Perkara ini
memberikan impak positif kepada pembaca untuk lebih sedar
bahawa kita perlu lakukan sesuatu untuk mempertahankan Islam
walaupun hanya melalui hati dan doa.
Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua individu terutamanya
pengkaji-pengkaji Sejarah yang ingin memantapkan lagi kefahaman
sebenar tentang tamadun Islam. Selain daripada pengetahuan
tamadun Islam yang dapat diperoleh daripada pembacaan buku ini,
kita juga boleh mengubah minda dan pemikiran kita kepada lebih
terbuka dan berpandangan jauh terhadap sesuatu perkara. Hal ini
Manfaat/pengajaran kerana, kita mungkin tidak sedar yang umat Islam pada waktu ini
sedang dijajah. Walaupun kita tidak dijajah secara fizikal seperti
6. yang diperoleh rakyat di Palestin namun, kita sedang dijajah secara halus melalui
daripada buku
teknologi dan media sosial. Perkara ini perlu dititik beratkan kerana
yang dibaca: ianya boleh melemahkan pemikiran kita sebagai umat Islam. Buku
ini memberikan kesedaran kepada pembaca supaya bangkit untuk
menghadapi perkara yang sedang berlaku seperti mana yang
dibincangkan dalam bab dunia Islam dan cabaran kontemporari.
Selain daripada pengetahuan yang bermanfaat berkenaan sejarah
pemikiran dan tamadun Islam, semangat dan motivasi juga dapat
dipupuk melalui pembacaan buku ini.
7. Tandatangan: Saiful Azrin bin Saidi
452
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AFIQAH LIYANA BINTI HARIS
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MASALAH PEMBACAAN KANAK-KANAK DISLEKSIA;
BAGAIMANA TEKNOLOGI BOLEH MEMBANTU
2. Pengarang: Husniza Husni, Zulikha Jamaludin
3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
5. Sinopsis Buku Buku ini cuba mengetengahkan ilmu teknologi Pengecaman
Yang Dibaca: Percakapan Automatik dalam membantu kanak-kanak yang
menghadapi disleksia.
Buku ini menyasarkan pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut
konteks perbincangan teknologi ASR (Pengiktirafan Pengucapan
Automatik) dan perkaitannya dengan disleksia dan Bahasa Melayu.
Buku ini juga sesuai untuk mereka yang ingin belajar dan
berkecimpung dalam dunia teknologi ASR dan seterusnya berhajat
untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Selain ASR, buku ini juga turut memberi informasi dan maklumat
menarik tentang disleksia dan masalah pembelajaran mereka untuk
dikongsi bersama, terutama kepada ibu bapa dan guru-guru
pendidikan khas disleksia yang terlibat secara langsung dalam
pendidikan anak-anak istimewa ini.
Buku ini disediakan khusus kepada pembaca terutama Ibu bapa dan
pendidik (guru MBK masalah pembelajaran disleksia) agar mereka
boleh mengambil banyak strategi untuk membantu kanak-kanak
Manfaat/pengajaran dengan disleksia meningkatkan kemahiran literasi mereka sebagai
6. yang diperoleh satu persediaan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan
daripada buku berinteraksi dengan pelbagai pihak bagi memastikan kelangsungan
yang dibaca: dan keberkesanan organisasi. Justeru, dengan bantuan teknologi,
sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak masalah disleksia
dengan lebih awal, mereka dapat mengatasi banyak masalah dan
mampu berkomunikasi dan menjalankan hidup seperti orang biasa.
7. Tandatangan: Afiqah Liyana binti Haris
453
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AHMAD HAKIMI BIN AZMAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: ASAS FARDU AIN LENGKAP
2. Pengarang: Abu Bakar Bin Omar Al-Hafiz
3. Tahun diterbitkan: 2018
4. Diterbitkan oleh: Penerbit Pustaka Ilmuan
Sinopsis Buku Buku ini amat membantu kita dalam ajaran Agama Islam. Buku ini
5. Yang Dibaca: merupakan panduan asas ibadat bagi setiap muslim didalam
kehidupan seharian. Sebagai pengamal ajaran Islam, kita wajib
mengetahui asas-asas ajaran Islam bagi memastikan ibadat yang
kita lakukan tidak sia-sia.
Dalam buku ini juga ada menerangkan secara ringkas mengenai
Rukun Islam, Rukun Iman dan beberapa perkara yang menjadi asas
penting dalam melakukan ibadat sehari seperti bersuci, solat, puasa,
zakat, haji, nikah dan beberapa doa yang biasa diamalkan.
6. Manfaat/pengajaran Buku ini disediakan sebagai satu panduan kepada pembaca dengan
yang diperoleh memberi manfaat dan bimbingan kepada sekalian muslimin dan
daripada buku muslimat agar memperoleh ilmu untuk menghadapai cabaran bagi
yang dibaca: meneruskan kehidupan di dunia serta mendapat keredhaan Allah di
akhirat kelak.
7. Tandatangan: Ahmad Hakimi bin Azman
454
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AINA MARDIAH BINTI RUZLAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
2. Pengarang: Zhaharulnizam Shah Z.A.
3. Tahun diterbitkan: 2010
4. Diterbitkan oleh: Penerbit Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini merupakan rujukan berkaitan pengurusan bagi kanak-kanak
Yang Dibaca: pendidikan khas yang ternyata istimewa itu. Buku ini juga
mengandungi aspek-aspek pengusan dan pentabiran yang
sistematik dalam mendidik kanak-kanak pendidikan khas di sekolah.
Seseorang guru harus menitikberatkan dalam memahami secara
menyeluruh mengenai persekitaran umum kanak-kanak pendidikan
khas ini. Hal ini dikatakan kerana setiap kanak-kanak itu jelas sekali
mempunyai masalah yang berbeza dan tahap-tahap yang tertentu.
Maka, langkah yang perlu diambil dalam mendekati mereka juga
adalah berbeza. Antara kumpulan masalah yang berbeza ialah
hiperaktif, austisme, sindrom Down dan masalah dalam
berkomunikasi. Inti pati pengurusan pendidikan khas ini juga adalah
selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap
kanak-kanak istimewa ini demi meningkatkan kualiti hidup dan tahap
pemikiran kognitif serta kreaitiviti mereka pada masa hadapan.
Sejurus dengan itu, panduan dalam pengurusan pendidikan amat
penting supaya barisan pendidik anak-anak istimewa ini dapat
mencapai objektif-objektif tertentu bagi mereka.
Buku ini membuktikan bahawa pendidikan amat penting kepada
setiap individu termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas yang
Manfaat/pengajaran memerlukan bantuan dan sokongan yang berbeza berbanding
6. yang diperoleh kanak-kanak normal bagi menjalani proses pembelajaran. Oleh itu,
daripada buku buku ini adalah sebagai satu panduan untuk pembaca khususnya
yang dibaca: guru bagi melaksanakan tanggungjawab dalam pdpc supaya
berjalan dengan sistematik dan berkesan. Hal ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak
455
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: berkeperluan khas.
Aina Mardiah binti Ruzlan
456
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : FATIN FAZZIERA BINTI
ZULKAHARAZI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM
ORGANISASI
2. Pengarang: Che Hasniza Che Noh
3. Tahun diterbitkan: 2011
4. Diterbitkan oleh: Penerbit Umt Universiti Malaysia Terengganu
5. Sinopsis Buku Buku ini mengenai cara mengurus organisasi dengan berbincang,
Yang Dibaca: berhujah, mengemukakan pandangan, menyediakan dan
membentang laporan kepada pelbagai pihak dari dalam dan luar
organisasi.
Melaluinya akan memungkinkan kita menyampai dan memperoleh
mesej dengan baik, memilih saluran yang paling berkesan, tepat
pada masa dan sasarannya.
Perlu disedari bahawa kegagalan kita bertindak sedemikian akan
menyebabkan berlakunya percanggahan pandangan yang akan
membenihkan kekeliruan, konflik, kekecewaan, ketidakpuasan dan
salah faham.
Sebaliknya kemahiran berkomunikasi yang dimiliki bakal
meningkatkan produktiviti organisasi sama ada dalam bentuk
kuantiti dan kualiti.
Seterusnya, kecekapan dan kelicinan cara berkomunikasi bakal
menyuntikkan dorongan kerja, mempereratkan semangat kerja
berpasukan, meningkatkan komitmen dan mewujudkan persekitaran
yang saling mempercayai dan menghormati.
Buku ini disediakan khusus kepada pembaca sebagai satu
Manfaat/pengajaran persediaan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan
6. yang diperoleh berinteraksi dengan pelbagai pihak bagi memastikan kelangsungan
daripada buku dan keberkesanan organisasi. Oleh itu, kejayaan dalam
yang dibaca: melaksanakan semua ini bergantung kepada kemahiran dan
kemampuan berkomunikasi kerana ia merupakan nadi kepada
457
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: kehidupan dan kejayaan sesebuah organisasi.
Fatin Fazziera binti Zulkaharazi
458
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MOHAMAD FIRKRI FIRHAQ BIN
AB GHANI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONALISME
2. Pengarang: Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon
3. Tahun diterbitkan: 2014
4. Diterbitkan oleh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. , Malaysia
5. Sinopsis Buku Buku ini menjelaskan keseluruhan aspek pengajian profesionalisme
Yang Dibaca: dalam bidang pendidikan; i) pengenalan mencakupi definisi serta
konsep pendidikan dan bidang pengajian profesionalisme, ii)
perkembangan keguruan termasuk perkembangan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN), iii) aspirasi dan kepentingan pendidikan,
iv) Pembinaan Negara Bangsa termasuk implikasi kepada peranan
guru sebagai Pembinaan Negara Bangsa, v) profesionalisme
keguruan seperti konsep profesionalisme keguruan dan
pembelajaran sepanjang hayat, vi) kod etika keguruan serta
kepentingannya, dan vii) Sekolah dan permuafakatan komuniti.
Pendidikan mencakupi segala bentuk aktiviti yang memudahkan
kehidupan masyarakat dan seterusnya membawa kepada
perubahan hasil daripada penyertaan seseorang individu dalam
kegiatan tersebut. Pendidikan juga adalah untuk kepentingan
awam. Peranan sistem pendidikan amat penting dalam
pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang
merupakan wahana usaha membangunkan generasi bangsa yang
akan datang dalam menjulang nama negara pada masa akan
datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha
strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya pada tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat
menangani cabaran pada era globalisasi ini.
Antara perkara lain yang disentuh yang menarik minat saya adalah
berkaitan pembelajaran sepanjang hayat. Pendidik atau guru di
sekolah disarankan melangkah keluar dari dunia kanak-kanak dan
459
Bil. Perkara Catatan
perlu terus menerus mempelajari perkara-perkara baharu dan
seterusnya cuba menyebarkan ilmu kepada golongan yang pelbagai
dalam komuniti setempat untuk memantapkan lagi keterampilan
sebagai seorang guru dan membina keyakinan dalam diri mereka.
Guru-guru juga perlu memastikan diri mereka sentiasa berkembang
dari aspek pengetahuan dan kemahiran walaupun sudah berada
dalam organisasi pembelajaran.
Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar Institut Pendidikan Guru
(IPG) untuk meneruskan pengajian secara berkesan. Kita sedia
maklum bahawa pelajar di IPG merupakan bakal guru maka buku ini
6. Manfaat/pengajaran banyak memberi pemahaman berkaitan konsep pendidikan dan info-
yang diperoleh info yang berkaitan dengan bidang pendidikan dalam negara.
daripada buku Sebenarnya, banyak lagi perkara yang tidak saya ketahui terutama
yang dibaca: berkaitan dengan pendidikan dalam negara kita termasuklah
Falsafah Pendidikan Negara dan juga Kod Etika Keguruan. Kedua-
dua perkara berkenaan amatlah penting untuk diketahui dan
diamalkan oleh bakal-bakal guru dalam menyiapkan diri untuk
menghadapi cabaran dunia keguruan.
7. Tandatangan: Mohamad Firkri Firhaq bin Ab Ghani
460
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD IMRAN HAZEM BIN
AHMAD NAZARI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: NOKTAH TERJAHIT
2. Pengarang: Nik Nur Madihah
3. Tahun diterbitkan: 2021
4. Diterbitkan oleh: Jejak Tarbiah
Sinopsis Buku Buku ini merupakan karya pertama Nik Nur Madihah, iaitu pelajar
5. Yang Dibaca: terbaik SPM 2008 yang pernah menggemparkan Malaysia dengan
keputusan 20A. Beliau menulis refleksi peribadi yang terhasil
selepas pengalaman demi pengalaman yang dilalui merentasi ranjau
kehidupan yang masih baru. Ada yang berkait emosi, ada juga
tentang kemiskinan, kebebasan, kedewasaan, pencarian kebenaran
dan sudah pasti berakait keperempuanan.
Buku ini amatlah sesuai dengan untuk dibaca terutama dalam
kalangan pelajar sekolah. Antara pengajaran yang dapat diambil
Manfaat/pengajaran ialah kemiskinan bukan penghalang kepada kejaayaan malahan
yang diperoleh kemiskinan ini adalah titik permulaan ke arah kejayaan sebagai
6. daripada buku pembakar semangat untuk terus belajar. Selain itu, kejayaan tidak
yang dibaca: akan datang bergolek selagi usaha yang muncul dari diri sendiri
tidak ada. Akhir sekali, kemiskinan sebagai pemangkin untuk diri
terus bersemangat.
7. Tandatangan: Muhammad Imran Hazem bin Ahmad Nazari
461
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NAJWA FARIHAH BINTI CHE
MOHD NASIR
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
2. Pengarang: Nooraini Ismail Dan Yushiana Mansor
3. Tahun diterbitkan: 2017
4. Diterbitkan oleh: PENERBIT ITBM Institut Terjemahan 2017
5. Sinopsis Buku Buku Asas Pengurusan Perpustakaan ini menceritakan tentang cara
Yang Dibaca: pengurusan Perpustakaan yang baik dan jenis-jenis perpustakaan.
Jenis-jenis perpustakaan yang disebut didalam buku tersebut adalah
Perpustakaan Negara atau Nasional, Perpustakaan Akademik,
Perpustakaan Awam, Perpustakaan Khas dan Perpustakaan
Sekolah. Setiap jenis perpustakaan ini mempunyai fungsi dan
kaedah pengendalian yang berbeza. Selain itu, di dalam buku
tersebut juga ada menghuraikan mengenai peranan Pengurus
Perpustakaan iaitu sebagai perancang, pengorganisasian,
memimpin dan memantau. Peranan seorang Pustakawan yang
melibatkan tiga aspek kerja iaitu perkhidmatan pengguna,
perkhidmatan teknikal atau perkhidmatan pentadbiran. Seterusnya,
jenis-jenis koleksi yang ada di perpustakaan juga ada dinyatakan
dalam buku asas pengurusan perpustakaan ini.
Lain dari itu, terdapat 3 bahagian perkhidmatan yang disediakan di
perpustakaan yang dinyatakan dalam buku tersebut iaitu
perkhidmatan untuk orang awam, perkhidmatan untuk penerbit dan
perpustakaan. Buku ini menceritakan dengan jelas mengenai
perkhidmatan sesebuah perpustakaan dan fungsinya kepada
masyarakat serta buku ini memberi penekanan bagaimana
memproses koleksi bahan perpustakaan.
Manfaat/pengajaran Manfaat yang diperoleh daripada buku yang dibaca adalah, dapat
6. yang diperoleh mengetahui peranan dan fungsi setiap jenis perpustakaan itu. Saya
daripada buku juga dapat mengetahui dengan jelas mengenai skop tugas bagi
yang dibaca: setiap pekerjaan di perpustakaan. Di samping itu, dengan
462
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
pembacaan buku ini, saya dapat mengetahui apakah jenis koleksi-
koleksi yang perlu ada si sesebuah perpustakaan beserta dengan
cara penyusunannya. Dan akhir sekali, pengajaran yang diperoleh
ialah, dalam menguruskan perpustakaan perlu mengambil berat
tentang semua perkara supaya sistem pengurusan sentiasa
sistematik dan tersusun dan setiap jenis perpustakaan mempunyai
kos dan cara pengurusan yang berbeza-beza.
Najwa Farihah binti Che Mohd Nasir
463
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR AMIRAH BINTI MOHAMED
NASIR
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: KAEDAH MENJADI GENERASI CEMERLANG
2. Pengarang: Zuleikha Fereizya
3. Tahun diterbitkan: 2013
4. Diterbitkan oleh: Penerbit E1 Publication Sdn.Bhd.
5. Sinopsis Buku Intipati dalam buku ini mengisahkan tentang kecemerlangan dalam
Yang Dibaca: kehidupan adalah impian setiap manuasia. Kecemerlangan tersebut
bukanlah cemerlang dalam aspek material semata-mata malah
cemerlang dalam aspek spiritual. Apabila cemerlang spiritual, maka
seseorang itu dapat menjana kecemerlangan material yang
diimpikan dengan lebih tersusun dan sistematik.
Usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan intelektual juga perlu
bermula pada peringkat awal remaja agar mereka dapat menjurus
ke arah membina kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan
kecenderungan.
Penghasilan buku ini boleh berfungsi sebagai landasan yang
menjadi pedoman para remaja untuk membina semangat dan
ketahanan fizikal dan mental demi memburu kecemerlangan yang
selama ini diimpikan.
Buku ini boleh dijadikan rujukan di samping menilai diri di tahap
Manfaat/pengajaran manakah pencapaian yang telah diperolehi setakat ini. Hakikatnya,
kecemerlangan intelektual tidak dapat diperolehi dengan mudah
6. yang diperoleh tanpa adanya usaha dan kesungguhan yang berterusan. Oleh itu,
daripada buku buku ini dapat memberi motivasi dalam diri pembaca khususnya
yang dibaca:
pelajar untuk tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang diimpikan.
7. Tandatangan: Nur Amirah binti Mohamed Nasir
464
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR FARAHIN BINTI MOHD
SAKIAM
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SENTUHAN AL-AKH
2. Pengarang: Inspektor Saahab
3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Penerbit Wahai
Buku ini mengajar kita menguruskan kehidupan dengan cara yang
baik dan damai. Buku ini akan membawa kita menelusuri kehidupan
dari kaca mata seorang al-akhdi atas jalan dakwah ini ,mengharungi
norma-norma kehidupan yang penuh dengan bermacam ragam
5. Sinopsis Buku manusia, Buku ini berbicara dari sudut pandangan seorang al-akh
Yang Dibaca: yang sering terkesan dan tergugah jiwanya, dek sentuhan jiwa
ikhwah dan manusia -manusia di luar sana
Melaluinya akan memungkinkan kita memperoleh mesej dan
pengalaman yang baik, memilih jalan kehidupan yang paling tepat
pada masa hadapan. Buku ini menunjukkan jalan dakwah yang baik
dalam mengajar kita erti kehidupan.
Buku ini disediakan khusus kepada pembaca sebagai satu
pengetahuan tentang pengalaman dakwah yang menyentuh hati dan
jiwa pembaca. Buku ini memberi pengajaran kepada pembaca
tentang kehidupan yang penuh dengan cabaran dan ragam manusia
yang pelbagai. Pengalama penulis menulis buku ini membuka minda
Manfaat/pengajaran dan jiwa pembaca untuk kental dalam menjalani kehidupan. Banyak
6. yang diperoleh kata- kata yang dapat dijadikan kata semangat untuk pembaca.
daripada buku Antaranya ialah kata semangat untuk meneruskan kehidupan seperti
yang dibaca: kata- kata di bawah.
"Tidak ada manusia yang mampu berbicara dengan baik perihal
istiqomah sedang dia masih hidup, selagi roh dan jasadnya masih
menyatu kerana kualiti istiqomah paling agung hanya dapat
dibuktikan tatkala aku dan kalian, saat kita mati dan diarak ke
perkuburan, kita mati atas jalan juang ini.
7. Tandatangan: Nur Farahin binti Mohd Sakiam
465
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR SHAFIEZA ALYAA BINTI
SUHADAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: BELAJAR MELALUI BERMAIN
2. Pengarang: Sharifah Nor Puteh
3. Tahun diterbitkan: 2013
4. Diterbitkan oleh: Penerbit Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
5. Sinopsis Buku Buku Belajar Melalui Bermain adalah prinsip utama dalam
Yang Dibaca: pendidikan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana buku
mengandungi 11 bab berkaitan bermain dalam konteks pendidikan
dan setiap-setiap bab dikupas dengan terperinci. Selain itu, terdapat
juga 27 cadangan aktiviti yang dimuatkan didalam buku ini yang
boleh dicuba oleh para warga Pendidikan mahupun ibu bapa. Aktiviti
yang dicadangkan adalag sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia
di antara 4 - 6 tahun sama ada secara individu atau pun
berkumpulan.
Buku ini mengemukakan pengetahuan yang mendalam tentang
pendekatan bermain. Salah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak adalah belajar
melalui bermain. Kaedah ini amat sesuai digunakan kepada murid-
murid di peringkat prasekolah kerana bermain merupakan
sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Bermain juga bukanlah
satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semula jadi
kanak-kanak. Melalui teknik ini sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan akan mendatangkan keseronokan dan
kepuasan.kepada murid-murid. Contohnya, pembelajaran melalui
bermain seperti aktiviti bercerita, mendengar cerita dan bernyanyi.
Kesemua aktiviti bermain yang dicadangkan didalam buku ini dapat
menggalakkan perkembangan fizikal, kognitif dan afektif dalam diri
murid-murid. Ini sangat bersesuaian bagi perkembangan hidup
mereka. Buku ini turut sesuai dimiliki oleh ibu bapa yang tercari-cari
idea untuk membina minda anak-anak melalui permainan.
466
Bil. Perkara Catatan
Buku ini adalah sebagai satu panduan untuk pembaca khususnya
guru bagi melaksanakan tanggungjawab dalam pdpc supaya
Manfaat/pengajaran berjalan dengan sistematik dan berkesan. Hal ini demikian kerana di
dalam buku ini banyak mengandungi idea-idea dan cara-cara yang
6. yang diperoleh berkesan untuk menjalankan proses pdpc kursus kepada pendidikan
daripada buku
yang dibaca: awal kanak-kanak dan pendidikan prasekolah. Secara tidak
langsung, bakal-bakal guru yang membaca buku ini dapat
memperoleh ilmu yang dapat diadaptasi proses pdpc di sekolah
kelak mengikut keperluan murid-muridnya.
7. Tandatangan: Nur Shafieza Alyaa binti Suhadan
467
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURUL FATIN FATIRAH BINTI
ADNAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SELUAS PENGETAHUAN SEJUTA ILMU
2. Pengarang: Fatmawati Akip
3. Tahun diterbitkan: 2017
4. Diterbitkan oleh: Penerbit Sinar Cemerlang
5. Sinopsis Buku Buku Seluas Pengetahuan Sejuta Ilmu tulisan Fatmawati Akip ini
Yang Dibaca: dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada
setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan fakta,
pengumuman dan info sejarah sebagai rujukan ringkas dan mudah
difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh pencarian info
sejarah.
Tambah Ilmu Terokai Dunia merupakan koleksi buku yang
mengandungi unsur Sains, Geografi, Sejarah dan pelbagai bidang.
Buku ini memaparkan pelbagai kejadian alam yang tidak pernah
dilihat, peristiwa bersejarah yang pernah berlaku, para pencipta
yang mengubah dunia ini dan banyak lagi.
Selain pengetahuan yang pelbagai, buku ini juga digarap dengan
bahasa yang mudah berserta gambar yang menarik.
Buku dalam siri ini amat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur
6. Manfaat/pengajaran khususnya pelajar-pelajar sekolah kerana dapat memberikan ilmu
yang diperoleh pengetahuan yang meluas tentang dunia yang bukan hanya
daripada buku menfokuskan kepada satu aspek atau satu bidang sahaja. Oleh itu,
yang dibaca: pemikiran pembaca akan menjadi lebih terbuka, kreatif, kritis dan
berpengetahuan luas bagi mengemukakan pendapat, mengkaji serta
mentafsir sesuatu perkara dalam kehidupan seharian.
7. Tandatangan: Nurul Fatin Fatirah binti Adnan
468
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : SARAH HAZAMI BINTI
HISHAMUDIN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: JEJAK SEORANG PEMIMPIN: SEJARAH LISAN
2. Pengarang: Tun Dr. Mahathir Mohamad
3. Tahun diterbitkan: 2014
4. Diterbitkan oleh: MPH Group Publishing Sdn Bhd, Malaysia
Sinopsis Buku Buku ini mengandungi wawancara sejarah lisan yang dijalankan
5. Yang Dibaca: oleh Yayasan Kepimpinan Perdana bersama Dr Mahathir. Transkrip
mengandungi kehidupan peribadinya serta pandangan beliau
mengenai peralihan ke negara maju dan pelbagai pelaksanaan
dasar yang penting. Buku ini diolah untuk penyelidik serta rakyat
Malaysia dengan intipati wawasan pemikiran pemimpin yang paling
berpengaruh di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang
paling lama berkhidmat dari 1981 hingga 2003. Sebagai Perdana
Menteri, beliau telah berjaya memimpin dan mengurus pelbagai
usaha untuk mentransformasi negara dari tahap pertanian yang
tidak menyerlah kepada sebuah ‘gedung janakuasa' perindustrian.
Sepanjang perjalanan, Dr Mahathir berjaya mengatasi pelbagai
cabaran, politik serta ekonomi, domestik dan luar negara. Memang
hampir mustahil untuk menyebut pencapaian Malaysia tanpa
mengaitkan beberapa kejayaan itu kepada kejayaan kepimpinan Dr
Mahathir.
Setelah membaca kandungan buku tersebut, maka dapat dilihat
kebijaksanaan seorang pemimpin dalam menguruskan masalah
Manfaat/pengajaran yang timbul dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
6. yang diperoleh bangsa dan agama. Bukan itu sahaja, beliau telah membangunkan
daripada buku negara Malaysia dari segi ekonomi domestik dan luar negara.
yang dibaca: Walaupun berdepan dengan pelbagai tanggapan dan cabaran,
beliau tetap tenang memberikan idea yang bernas serta boleh
diterima pakai oleh semua pihak.
469
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
Beliau tetap memikiran masa hadapan negara dalam jangka masa
yang panjang. Oleh itu, beliau percaya wawasan negara akan
segera dicapai sekiranya rakyat bersatu padu untuk membangunkan
negara. Dalam urusan ekonomi pula, pelbagai usaha kerjasama
telah dilakukan oleh beliau dengan negara-negara maju dan
cemerlang ekonominya seperti negara China dan Jepun.
Selain itu, buku tersebut telah mengajar saya erti tanggungjawab
yang sebenar dalam melaksanakan tugas. Wawancara ini adalah
salah satu cara beliau untuk mengajak masyarakat untuk lebih minat
untuk menyelidik daripada hanya mengambil ilmu daripada pendidik.
Kesungguhan dan langkah bijak yang dilakukan oleh beliau telah
meletakkan beliau sebagai salah seorang individu yang berpengaruh
di Malaysia.
Di samping itu, buku tersebut juga bermanfaat kepada saya dalam
menyusun strategi pengurusan. Susunan projek yang diketuai oleh
beliau sangat menarik minat saya. Melihat tahap pertanian yang
tidak menyerlah kepada sebuah ‘gedung janakuasa' sangat
membuatkan saya bangga. Tidak mudah untuk meningkatkan
bidang yang kurang digemari oleh masyarakat Malaysia pada waktu
itu, namun dia telah mengubah pandangan itu, malahan beliau telah
meletakkan bidang pertanian ke puncak kecemerlangan.
Seterusnya, pengajaran yang saya dapat daripada pembacaan saya
adalah mengenai pentingnya ilmu pengetahuan. Kejayaan-kejayaan
beliau dan penghormatan yang diberikan kepada beliau bukan
mudah untuk dimiliki. Penulisan mengenai jawapan wawancaranya
menunjukkan kebijaksanaan jawapan beliau. Malahan buku ini
sendiri telah membuktikan keluasan ilmu pengetahuan beliau.
Tuntasnya, semangat untuk mengubah Malaysia ke arah negara
maju telah membangkitkan semangat pelajar-pelajar serta pelbagai
lapisan masyarakat. Hal ini juga berlaku kepada saya. Buku beliau
ini telah menjadikan beliau sebagai idola saya dalam
membangunkan diri saya untuk cemerlang. Hal ini memberikan
pengajaran untuk saya menambah ilmu dan berani mencuba dan
belajar ilmu baru.
Sarah Hazami binti Hishamudin
470
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : TUAN AHMAD ADHAM BIN TUAN
AHMAD SUKRI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 3
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MOTIVASI MINDA: MEMBINA JATI DIRI CEMERLANG
2. Pengarang: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
3. Tahun diterbitkan: 2004
4. Diterbitkan oleh: Karya Bestari Sdn.Bhd.
Sinopsis Buku Secara ringkasnya, buku ini menceritakan berkaitan Dr. HM Tuah
5. Yang Dibaca: Iskandar Al-Haj dengan formula 3EM iaitu extra mile, extra mild dan
extra mind berjaya menampilkan satu kaedah motivasi yang
tersendiri khususnya bagi orang melayu.
Walaupun dari satu sudut dilihat hanya suatu kaedah yang selamba
tetapi kaedah ini amat berguna bagi membangkitkan keupayaan
berfikir, bertindak. Secara tidak langsung, ianya dapat membentuk
semangat dan jati diri demi kegemilangan. Sasaran motivasi penulis
adalah menumpukan satu gerakan di hati yang boleh mencetuskan
aliran pemiukiran minda yang tepat selain dapat mempengaruhi
segala tindak tanduk kesuruhan tubuh.
Secara umumnya, terdapat pelbagi kisah-kisah menarik yang telah
dimasukkan di dalam buku ini yang ianya dialami sendiri oleh
penulis. Kisah-kisah tersebut sebenarnya memberi pelbagai
pengajaran seperti motivasi hidup dan lain-lain. Terdapat juga
pelbagai nilai-nilai murni kehidupan yang diselitkan dalam dalam
kisah-kisah yang tersebut.
Dalam buku ini juga dijelaskan secara jelas tentang sifat-sifat yang
perlu dihindari oleh seseorang individu dalam menjalani kehidupan
terutamanya sebagai anggota masyarakat. Perkara – perkara yang
perlu kita tahu dalam kehidupan bermasyarakat amnya begitu
banyak disentuh di dalam buku ini. Hal ini bertujuan menyedarkan
masyarakat tentang perkara biasa yang tidak dititikberatkan oleh
segelintir mereka yang akhirnya dapat meruntuhkan institusi
kemasyarakatan di negara kita.
471
Bil. Perkara Catatan
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang sedang mencari motivasi
hidup terutama bagi pemuda pemudi negara. Hal ini kerana pelbagai
teori kehidupan dan pedoman hidup yang mana boleh dirujuk oleh
golongan ini bagi memotivasikan diri mereka. Hal ini penting kerana
Manfaat/pengajaran seseorang yang mempunyai jati diri ataupun motivasi diri yang utuh
6. yang diperoleh dan baik sudah pasti dapat mencorakkan masa depan masing-
daripada buku masing dengan lebih baik.
yang dibaca: Sebagai individu yang betanggungjawab kita perlu sentiasa
mengamalkan keperibadian yang baik dan dapat menyenangkan
pelbagai pihak lain. Perkara ini teramatlah penting demi memelihara
keharmonian dan kedamaian diri, keluarga, masyarakat dan negara
kita.
7. Tandatangan: Tuan Ahmad Adham bin Tuan Ahmad Sukri
472
PISMP JUN 2021
TESL
IPG KAMPUS KOTA BHARU
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AIDA NUR ATHILAH BT MAT SOH
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PENGANTAR PENGAJIAN PROFFESIONAL
2. Pengarang: Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, Anisah Hashim
3. Tahun diterbitkan: 2017
4. Diterbitkan oleh: Oxford Fajar
5. Sinopsis Buku Buku Pengantar Pengajian Professional ini merupakan buku baharu
Yang Dibaca: yang menjadi rujukan utama pensyarah dan pelajar yang terlibat
dengan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP), Institut Perguruan Malaysia, semester dua. Buku ini
dilengkapi semua tajuk yang dipelajari oleh pelajar PPISMP
sepanjang semester. Ia mengandungi 10 bab yang menyentuh
secara menyeluruh tentang profesionalisme keguruan. Bab 1
membincangkan konsep pendidikan dalam konteks perkembangan
pendidikan di Malaysia. Bab 2 pula menghuraikan ruang lingkup
beberapa bidang utama dalam bidang pendidikan. Bab 3 menyentuh
tentang perkembangan falsafah pendidikan barat, timur serta Islam.
Bab 4 menerangkan tentang aspirasi dan kepentingan pendidikan;
dapat mengenal pasti pengertian dan konsepnya. Seterusnya, bab 5
pula membincangkan secara terperinci tentang konsep dan
pembinaan negara bangsa.
Selain itu, bab 6 mengupas isu berkenaan profesionalisme keguruan
secara jelas dan terperinci. Menerusi bab 7 pula, pelajar didedahkan
tentang pengertian dan konsep etika keguruan. Bab 8 pula
mengetengahkan tajuk Personaliti Guru Cemerlang. Bab 9
menjelaskan konsep permuafakatan antara sekolah dan komuniti.
Akhir sekali, bab 10 adalah berkenaan tajuk Cabaran
Profesionalisme Keguruan yang membincangkan isu-isu keguruan.
Manfaat/pengajaran Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh daripada buku ini,
6. yang diperoleh antaranya termasuklah, para pelajar dapat menguasai semua bab
daripada buku dalam buku ini dengan mudah. Hal ini demikian kerana berdasarkan
yang dibaca: pengalaman saya dalam peperiksaan lepas, saya berjaya menjawab
474
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: peperiksaan subjek GPP 1063 dengan lancar hasil rujukan buku
pengantar pengajian professional ini.
Aida Nur Athilah bt Mat Soh
475
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AINUR MARDHIAH AZMAN BINTI
MOHD OTHMAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: CERITA CINTA AHMAD AMMAR
2. Pengarang: Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)
3. Tahun diterbitkan: 2014
4. Diterbitkan oleh: Karangkraf
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Ahmad Ammar yang
dikarang oleh orang yang dekat dengan dirinya seperti ahli keluarga
dan sahabatnya. Buku ini bermula dengan tulisan daripada ibu yang
tercinta. Melalui warkah ibunya, pembaca dapat mendekati sisi
peribadi Ammar semasa kecil. Kisah Ammar yang dititipkan dari
perspektif rakan-rakannya jelas menunjukkan Ammar bukan sahaja
Sinopsis Buku mempunyai budi pekerti yang baik namun juga kukuh dari segi
5. Yang Dibaca: akademik. Ammar kemudiannya menyambung pelajaran dalam
bidang Daulah Uthmaniah di Turki. Kehidupan Ammar walaupun
singkat hanya selama 20 tahun namun pemergiannya begitu
istimewa. Ammar meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan untuk
menyampaikan ilmu dan disembahyangkan oleh ratusan orang Turki
serta disemadikan di kawasan perkuburan Abu Ayyub Al-Ansari iaitu
sahabat Rasulullah yang turut dikebumikan di bumi Konstantinopel
itu.
Buku ini sarat dengan pengajaran yang boleh diambil. Banyak
pengajaran yang dapat diambil daripada sikap Ahmad Ammar yang
merupakan anak yang taat kepada ibu bapanya serta melayan
Manfaat/pengajaran rakan-rakannya dengan baik. Buku ini memberikan saya kesedaran
6. yang diperoleh dan membuatkan diri saya tertunduk malu dengan sifat Ahmad
daripada buku Ammar yang penuh dengan nilai-nilai murni. Buku ini dapat
yang dibaca: memberikan impak kepada pembaca. Hal ini demikian kerana buku
ini dapat menjentik hati kita untuk berubah ke arah kebaikan. Buku
ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja dan merupakan buku yang
dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca.
7. Tandatangan: Ainur Mardhiah Azman binti Mohd Othman
476
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(p) Nama : ALIYA HUSNA BINTI ABDUL
RAHMAN
(q) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(r) Opsyen : TESL 1
(s) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(t) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: BERTEMU JANJI ALLAH
2. Pengarang: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
3. Tahun diterbitkan: 2010
4. Diterbitkan oleh: Kemilau Publika Sdn Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dalam kehidupan. Buku ini juga
Yang Dibaca: mempunyai banyak 38 bab, antaranya mengenai i) sanggup terjun
ke dalam neraka, ii) sehari di Mahsyar menyamai 50 ribu tahun di
dunia, iii) golongan yang aman daripada kegemparan besar, iv)
keredhaan Allah lebih lazat daripada nikmat syurga, v) kiamat
merendah dan meninggikan darjat manusia, vi) pemimpin di dunia
dan pemimpin di akhirat, vii) pemimpin wajib seru rakyat kepada
hidayah, viii)manusia saling menyalahkan orang lain di akhirat, dan
ix) empat golongan yang menjadi saksi di akhirat.
Manusia disisi Islam tidak diukur semata hanya kerana kejayaan
mereka menguasai kehidupan di dunia, tetapi kejayaan hakiki
adalah sejauh mana mereka berusaha menyingkap segala
keperluan hidup yang abadi iaitu akhirat.
Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri
oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah
mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebagai panduan
untuk seluruh umat manusia.
Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan
menimpalah azab daripadaNya. Keresahan di mahsyar tidaklah
dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat akan terbeliak
dengan azab tersebut. Meminta tolong pun tidak berguna lagi
kerana pada masa itu hanya diri kita sahaja. Oleh itu, selagi kita
hidup di dunia ini hendaklah kita beramal soleh dengan sebaiknya,
supaya amal soleh yang kita lakukan dapat membantu kita di hari
kelak. Sesungguhnya janganla kita menjadi manusia yang sombong
477
Bil. Perkara Catatan
di muka bumi milik Allah ini.
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca kerana buku ini mengajak
Manfaat/pengajaran pembaca menelusuri jejak-jejak menuju mahsyar. Ia cukup
menyentuh dan menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang
yang diperoleh
6. daripada buku hari kiamat dan alam sekitar. Tok Guru cuba mendorong kita untuk
yang dibaca: menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat., justeru disanalah
hidup kita yang sebenar, dunia keabadian dalam pertemuan yang
pasti disisi Allah SWT.
7. Tandatangan: Aliya Husna binti Abdul Rahman
478
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD ASHRAFI BIN MOHD
NASIR
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: THE NEW SOCIAL LEARNING
2. Pengarang: Tony Bingham
3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Alexandria
5. Sinopsis Buku "Pembelajaran sosial adalah pergeseran mendasar dalam
Yang Dibaca: bagaimana orang bekerja memanfaatkan bagaimana kita selalu
bekerja, sekarang dengan alat baru yang lebih berperikemanusiaan,
mempercepat jangkauan individu dan kolektif, memberi kita sumber
untuk membuat organisasi, dan dunia, kita ingin hidup."
Dalam edisi The New Social Learning yang baru disemak dan
diperbaharui ini, Tony Bingham dan Marcia Conner menghilangkan
mitos dan ketakutan organisasi mengenai media sosial. Dengan
berkongsi kisah kejayaan syarikat dan orang yang terlibat secara
sosial, edisi kedua yang dinanti-nantikan secara persuasif
menjadikan penggunaan media sosial untuk mendorong
pemindahan pengetahuan dan pembelajaran masa nyata dengan
cara yang berkaitan dan menarik.
Seperti yang dinyatakan oleh Steve LeBlanc, "Pembelajaran sosial
berkembang dalam budaya layanan dan keajaiban. Ini diilhami oleh
para pemimpin, diaktifkan oleh teknologi, dan dinyalakan oleh
peluang yang baru saja terungkap. Kajian kes baru mengenai
organisasi inovatif seperti Boston Children’s Hospital, National
Australian Bank, LAZ Parking, Sanofi Pasteur, Cigna, CENTURY 21,
dan Roche Pharmaceuticals menggambarkan pendekatan
pembelajaran sosial canggih yang memupuk persekitaran di mana
orang hebat dapat melakukan yang terbaik bekerja. Pembelajaran
Sosial Baru meletakkan asas untuk meningkatkan cara anda
berinteraksi dengan rakan sekerja, berkolaborasi dengan pasukan di
mana saja di dunia, dan membina kemampuan tenaga kerja.
479
Bil. Perkara Catatan
Lakukan langkah seterusnya untuk menghubungkan kemahiran dan
pengetahuan dan memajukan organisasi anda sendiri semasa anda
menuntut semula dan merevolusikan pembelajaran di tempat kerja.
Buku ini menerangkan tentang aspek sosial baru atau lebih dikenali
Manfaat/pengajaran sebagai aspek sosial moden. Segala interaksi di dalam sesebuah
6. yang diperoleh dinamik sosial juga turut diperjelaskan dan kesannya kepada
daripada buku masyarakat yang akan datang. Manfaatnya ialah pelajar dapat
yang dibaca: mempelajari dinamik dan interaksi sosial ini untuk memahami
peranan mereka di dalam sesebuah pertubuhan sosial.
7. Tandatangan: Muhammad Ashrafi bin Mohd Nasir
480
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD IKMAL HAFIZUDDIN
BIN ROSLAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MALAYSIA MELANGKAH KE HADAPAN: PENGAJIAN
MALAYSIA SEJAK 1945
2. Pengarang: Nadzan Haron
3. Tahun diterbitkan: 2010
4. Diterbitkan oleh: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Sinopsis Buku Buku Malaysia Melangkah ke Hadapan merupakan sebuah buku
5. Yang Dibaca: yang di tulis mengikut keperluan objektif kursus Pengajian Malaysia
yang diwajibkan bagi Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Secara khususnya buku ini dihasilkan oleh penulis-penulis yang
terlibat secara langsung dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
Kursus Penhagija Malaysia.
Buku ini mengandungi 7 bab iaitu :
Latar-belakang sejarah negara dan pembentukan
persekutuan tanah Melayu
Pembentukan negara Malaysia
Perlembagaan persekutuan
Pembinaan negara bangsa : perpaduan dan integrasi
nasional
Globalisasi dan pembangunan
Malaysia dan dunia antarabangsa
Alam sekitar dan isu-isu semasa masyarakat.
6. Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat di negara
yang diperoleh kita kerana buku tersebut menceritakan perihal sejarah-sejarah
daripada buku negara yang perlu diketahui dan dipelajari. Ini kerana, setiap rakyat
yang dibaca: perlulah mempunyai sifat cinta terhadap tanah air dan sepatutnya
mengetahui sejarah-sejarah terciptanya negara kita ini.
7. Tandatangan: Muhammad Ikmal Hafizuddin bin Roslan
481
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD ZUL AIMAN BIN
ABDUL HALIM
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: BILA HATI DIJENTIK
2. Pengarang: Ain Al’adiyat
3. Tahun diterbitkan: 2019
4. Diterbitkan oleh: Must Read Sdn. Bhd.
5. Sinopsis Buku
Novel Ketika Hati Dijentik karya penulisan Ain Al’ Adiyat
Yang Dibaca: mengisahkan tentang kehidupan penulis itu sendiri yang mengalami
pelbagai rintangan dalam kehidupannya. Penulis mengisahkan
perkara yang berlaku sepanjang kehidupannya yang bermula
daripada bangku sekolah sehingga ke alam dewasa. Watak utama
dalam buku ini ialah penulis sendiri yang menggantikan namanya
dengan nama panggilan Asma.
Perwatakan Asma ialah dia seorang yang sangat menjaga ilmu
agamanya kerana dia sentiasa istiqamah dalam membuat solat
sunat taubat, solat sunat tahajjud, menghafal Al-Quran serta berguru
dengan alim ulama’. Dalam buku ini juga mengisahkan bagaimana
ketika hati Asma telah di jentik dengan perasaan cinta kepada
seorang lelaki yang bernama Ammar. Tetapi apakan daya,
perancangan Allah itu Maha Adil. Perancangan-Nya adalah lebih
baik daripada perancangan kita. Hal ini kerana, Asma telah
mengalami pelbagai ujian serta dugaan terutamanya berkaitan
dengan perkara yang melibatkan hatinya. Walaupun Asma seorang
yang solehah, hatinya juga tersentuh seperti wanita lain sekiranya
timbulnya perasaan cinta terhadap seseorang. Pada akhirnya, Asma
memilih untuk mengejar cinta Allah swt daripada mengejar cinta
hambanya.
Manfaat/pengajaran Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang telah
6. yang diperoleh sedar bahawa semakin hari semakin rosak akhlak anak muda
daripada buku bangsa kita.ini jelas dapat dibuktikan apabila seks bebas
yang dibaca: sememangnya semakin membarah dalam mahasiswa negara kita
482
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
dan generasi muda. Kita dapat mengambil iktibar daripada kisah ini
kerana ianya dapat membuka mata para pembaca bahawa gejala-
gejala tersebut adalah berpunca daripada keterlibatan kita dalam
perkara ini. Jika seseorang itu menjaga nafsu dan perasaan
cintanya, maka sudah tentu perkara ini dapat dielakkan. Watak
Asma dipertemukan dengan pelbagai ragam manusia menjadi
pengajaran buat kita semua. Semoga lebih ramai mahasiswa boleh
mencontohi peribadi Asma'
Muhammad Zul Aiman bin Abdul Halim
483
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR ADILAH FATHIAH BINTI
AZMAL
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: JIKA ESOK TIBA
2. Pengarang: Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan
3. Tahun diterbitkan: 2019
4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur
5. Sinopsis Buku Novel istimewa ini mengandungi 15 buah cerpen yang dikarang di
Yang Dibaca: dalamnya hasil karya beliau. Novel ini memaparkan pelbagai tema
dan persoalan yang merentas pertembungan budaya dalam
masyarakat majmuk yang kaya dengan unsur budaya dan sosial.
Karya ini telah berjaya mengungkapkan rakaman persekitaran dan
citra tamadun bangsa, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah
tanah air. Novel ini mengandungi 15 karya cerpen yang sangat
menarik dan kaya dengan nilai dan maksud tersendiri. Ia mampu
memberi pengajaran yang baik kepada setiap pembacanya.
Manfaat/pengajaran Novel ini sangat sesuai untuk dibaca oleh semua pelajar IPTA
mahupun IPTS kerana novel ini banyak menceritakan tentang realiti
6. yang diperoleh dunia. Oleh itu, ia dapat membantu pelajar agar lebih bersedia untuk
daripada buku
mengharungi cabaran pada masa hadapan. Secara keseluruhannya
yang dibaca: novel ini sangat baik untuk dibaca.
7. Tandatangan: Nur Adilah Fathiah binti Azmal
484
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR ADRIANA HUMAIRA BINTI
MOHD SANI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SEJARAH ISLAM
2. Pengarang: Karen Armstrong
3. Tahun diterbitkan: 2002
4. Diterbitkan oleh: Mizan
5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang sejarah Islam dari masa kelahiran
Yang Dibaca: nabi pada akhir abad keenam hingga ke hari iaitu awal abad-21.
Ianya tidak setanding dan sebagus buku-buku yang lain kerana
ianya tidak menceritakan secara terperinci sejarah-sejarah
Islam.Oleh itu, jika ingin belajar sejarah Islam maka sebaiknya
membaca buku Sirah nabwiyah yang dikarang oleh Syaikh
Shafiyurrahman Mubarakfuri.
Buku sejarah Islam karangan Karen Armstrong sangat berbeza
dengan buku karangan barat lain yang menceritakan sejarah Islam,
buku ini secara umum menyampaikan nilai-nilai murni dalam
memahami Islam dan sejarah Islam terutama pada zaman
khulafa’Al- rasyidin. Pada masa perkembangan Islam iaitu pada
masa kekhalifahan, Karen Armstrong lebih banyak mengambil
tokoh-tokoh syiah dalam ceritanya. Selain itu, bahasan tentang para
imam khas syiah juga turut dibahas di dalam buku ini. Walaupun
begitu, Karen Armstrong masih berpandangan positif terhadap
Islam, caranya yang berbeza dengan para penulis lain terutamanya
di barat.Ianya disampaikan dalam format bahasa yang baku.
Buku ini lebih banyak membahas berkaitan dengan kronologi
sejarahnya bukan pada kisah-kisah menarik dari tokoh-tokoh
peradabannya. Ianya menceritakan tentang rentetan kejadian dalam
peradaban Islam masa kekhalifahan Abbasiyah, Umayyah hingga
keruntuhan Turki Utsmani. Pada akhir buku, Karen Armstrong
menceritakan tentang peristiwa 11 September yang diklaim oleh
barat akibat daripada perbuatan orang Islam. Karen Armstrong
485
Bil. Perkara Catatan
mengganggap ini sebagai perbuatan dari fundamentalis Islam yang
hanya sekelompok orang yang pada dasarnya bertentangan dengan
nilai yang diajarkan oleh islam itu sendiri.
Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh semua pembaca dari kanak-kanak
yang diperoleh
hingga ke dewasa tidak mengira agama.Ianya juga sesuai untuk
6. daripada buku pembaca yang ingin berjinak-jinak tentang agama Islam kerana
yang dibaca: ianya menceritakan beberapa cabaran yang dihadapi oleh umat
Islam.
7. Tandatangan: Nur Adriana Humaira binti Mohd Sani
486
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR AMIERA BINTI ZULKIFLI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MENERUSKAN PERJALANAN
2. Pengarang: Zurinah Hasan
3. Tahun diterbitkan: 1987
4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sinopsis Buku Berdasarkan pembacaan yang telah saya lakukan terhadap novel
5. Yang Dibaca: pilihan saya iaitu Meneruskan Perjalanan, novel ini terdiri daripada
12 cerpen pendek yang ditulis oleh Zurinah Hassan sejak tahun
1972. Kesemua cerpen yang ditulis ini mengangkat cerita dan
keadaan yang dialami oleh kehidupan bermasyarakat terutamanya
dalam kalangan kaum wanita yang mengharungi hari-hari mereka
seiring dengan pembangunan negara yang semakin pesat. Di dalam
novel ini, beliau mengetengahkan peranan wanita sebagai karakter
utama dan membincangkan bagaimana dan usaha-usaha yang
dilakukan oleh para wanita ini dalam menggapai matlamat dalam
sesuatu perkara.
Konflik yang timbul di dalam novel ini tercetus apabila berlakunya
pertembungan budaya dan nilai-nilai baharu di dalam novel ini.
Watak-watak yang ditonjolkan di dalam novel ini terdiri daripada
beberapa orang wanita yang mempunyai cita-cita dan azam yang
tinggi dalam meneruskan profesion mereka sama ada sebagai
seorang pelajar, suri rumah, wanita bekerjaya, pendidik dan
sebagainya. Namun, bagi mencapai azam dan matlamat mereka
tersebut terdapat beberapa halangan dan permasalahan yang perlu
mereka hadapi. Walaupun menerima pelbagai pandangan negatif
dari kalangan masyarakat, mereka tetap berusaha dan tidak patah
hati kerana mereka yakin bahawa pasti ada sinar di hujung
perjalanan yang sukar dalam mengejar impian yang diimpikan.
Manfaat/pengajaran Pada pendapat saya, buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat
6. yang diperoleh masyarakat kerana buku ini telah mengetngahkan isu-isu dan konflik
daripada buku yang berlaku sebelum abad ke 21 dimana, pada zaman ini peluang
487
Bil. Perkara Catatan
yang dibaca:
Wanita di dalam masyarakat adalah sangat tipis dan mereka tidak
7. Tandatangan: mempunyai peluang yang sama seperti kaum lelaki.
Manfaat yang saya perolehi melalui pembacaan naskhah ini ialah,
buku ini menjadi platform suara kepada wanita pada Ketika itu
sebagai menunjukkan bagaimana kehidupan seorang Wanita dalam
menghadapi liku-liku kehidupan dan bagaiman mereka harus
mengorbankan impian dan cita-cita demi masyarakat. Buku ini juga
memberi gambaran tentang bagaimana kehidupan menjadi seorang
Wanita yang gigih untuk menepati diri setaraf seperti kaum lelaki di
dalam masyarakat ketika itu. Dengan adanya penghasilan buku
seperti ini dapat membuka mata masyarakat tentang betapa
pentingnya kaum Wanita ini bukan sahaja dalam institusi
kekeluargaan malah dalam mencapai cita-cita dan pembangunan
negara kerana wanita juga mampu melakukan peranan seperti kaum
lelaki jika diberi peluang dan ruang kepada mereka.
Nur Amiera binti Zulkifli
488
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR SARAH AQILA BINTI AB
RAHMAN ZAKI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : TESL 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: FALSAFAH HIDUP
2. Pengarang: Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)
3. Tahun diterbitkan: 1940
4. Diterbitkan oleh: PTS Media Group
Sinopsis Buku Setiap bab menyentuh pelbagaikan hal dan rahsia kehidupan serta
5. Yang Dibaca: tingkah laku manusia dalam pelbagai aspek. Sepertimana luasnya
makna falsafah, seluas fikiran manusia sejak ia pandai berfikir, Pak
Hamka juga mengakui sendiri bagaimana beliau yang masih muda
ketika itu sudah berani menuliskan buku dengan memakai perkataan
yang besar; “falsafah.” Namun inti utama yang ingin beliau
sampaikan dalam buku ni adalah memahami makna falsafah seperti
makna yang telah dipermudahkan oleh Socrates; “hikmat”/ hikmah.
Sebahagian besar tulisan Pak Hamka dalam buku ni mengupas
tentang hikmah dan pedoman dalam menjalani kehidupan melalui
pendekatan falsafah berdasarkan pada ketentuan dan isi yang ada
di dalam Al-Quran dan Hadis. Disebabkan karya ni mengupas
sebahagian besar permasalahan kehidupan berdasarkan Al-Quran
dan Hadis, maka kebanyakan perbahasan yang termuat di
dalamnya sangat relevan dengan perkembangan zaman sehingga
hari ni. Kadang ada persoalan-persoalan hidup yang mudah tetapi
dirungkai dengan sangat mendalam.
Buku ini sesuai dibaca oleh setiap pembaca. Buku ni mampu
menjadi panduan kepada pembaca tidak kira sama ada dalam
Manfaat/pengajaran mencari falsafah hidup atau dalam merenung kembali falsafah hidup
6. yang diperoleh yang sedang kita jalani hari ni, sudahkah berada di landasan yang
daripada buku benar? Memetik satu kata-kata di akhir buku ni, “Intinya yang sejati,
yang lebih tinggi dari Syurga adalah satu, iaitu redha Allah.” Itulah
yang dibaca:
seharusnya yang menjadi tujuan dalam hidup seorang hamba,
mendapatkan redhaNya. Sedangkan Syurga hanyalah sebahagian
489