The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokkenali2020, 2022-01-11 02:42:20

SINOPSIS_IPGKKB_2021

SINOPSIS_IPGKKB_2021

Bil. Perkara Catatan

bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu
masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan dalam
permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu
kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan
menanamkan minat komitmen sosial yang baik.

Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita
motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil
untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa
yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat
diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak
positif berjaya.

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-
anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri

individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira
agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat
menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai

kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita
sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu,

manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu

Manfaat/pengajaran menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk

6. yang diperoleh memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang
daripada buku terikat kepadaNya.

yang dibaca: Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada

ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa
positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana
jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum

anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu
kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu

bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau
Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

7. Tandatangan: Asyrani Ardini binti Othman

240

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ENGKU NUR NABIHAH BINTI
TUAN SANUSI ASMADI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENDIDIKAN ISLAM TERAS

2. Pengarang: Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad dan Nur Aida Binti
Muhammad.

3. Tahun diterbitkan: 2020

4. Diterbitkan oleh: Pustaka Al-Ehsan

5. Sinopsis Buku Buku ini memberi penekanan pembelajaran meliputi semua aspek
Yang Dibaca: pendidikan dari segi akidah, sirah, muamalat dan munakahat. Di
dalam buku ini terdapat sembilan topik yang menjelaskan tentang
pembelajaran asas dalam pendidikan Islam iaitu Al-Quran dan Al-
Sunnah Panduan Hidup, Akidah Islamiyah, Fiqh Solat, Fiqh
Muamalat, Fiqh Munakahat, Fiqh Jinayah, Akhlak, Sirah dan akhir
sekali ialah Peranan Manusia Sebagai Khalifah.

Ilmu-ilmu yang terkandung di dalam ini sedikit sebanyak
memberikan kepentingan yang sangat penting dalam kehidupan
umat Islam pada setiap peringkat. Penulis dalam buku ini turut
menyarankan bahawa pembaca seperti pelajar dan orang awam
untuk mengatahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang
peranan sebagai seorang khalifah di atas muka bumi Allah ini
adalah untuk menyembah-Nya,, bukan untuk membuat sebarang
kerosakan. Setiap topik ada disertakan dengan potongan ayat Al-
Quran supaya isi yang hendak disampaikan itu lebih jelas untuk
dilihat oleh para pembaca.

Buku ini seharusnya dibaca oleh semua penganut agama Islam bagi

Manfaat/pengajaran membantu dalam menambah kefahaman serta menghayati dan
mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Ia bukan
6. yang diperoleh sahaja digunakan sebagai rujukan malah ia dapat dijadikan sebagai
daripada buku
panduan hidup sebagai salah seorang umat Islam kerana setiap
yang dibaca:
topik yang dibicarakan dalam buku ini memberikan manfaat kepada

diri dalam mengaplikasikan dalam kehidupan.

241

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
Buku ini juga amat sesuai bagi para pembaca seperti pensyarah,
pendidik, pelajar dan masyarakat yang ingin menjadikan ia sebagai
rujukan utama dalam pengajian supaya lebih memahami secara
mendalam asas-asas utama dalam Pendidikan Islam ini serta
memberi impak yang positif dalam dunia pendidikan Islam.

Engku Nur Nabihah binti Tuan Sanusi Asmadi

242

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : KHAIRUL BARIAH BINTI ISMAIL

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: KUMPULAN CERPEN : USIA

2. Pengarang: Mohalim Ghozali PK

3. Tahun diterbitkan: 2012

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Usia emas bukan satu anugerah tetapi satu pinjaman. Usah
Yang Dibaca: berbangga kerananya. Hargailah orang tua yang telah menjaga dan
mendidik kita. Akhirnya kita perlu menerima hakikat bahawa ajal
akan sampai juga akhirnya. Usia emas sememangnya hanya
menunggu masa ajal kita akan sampai kerana usia nabi Muhammad
hanya sekitar 62 tahun sahaja. Cikgu Baharum sudah bersara. Usia
emasnya dipanjangkan Allah. Beliau pernah menjadi penulis dan
tulisan beliau disiarkan di dalam Warta Malaya (sejenis akhbar yang
popular di tanah Melayu suatu ketika dahulu).

Pada masa tuanya beliau memenuhi kehidupan dengan bangun
pagi dan bersenam. Digambarkan kisah hidupnya ketika bergelar
guru. Beliau bangun pagi dan datang kerja awal. Beliau sentiasa
membimbing anak muridnya. Banyak ilmu pengetahuannya kerana
banyak membaca. Suka berbincang dalam pelbagai perkara
termasuk ekonomi, politik dan sosial.

Bicara soal hari tua bukan masa untuk mendapat bermacam
anugerah. Anugerah sudah tidak releven lagi buat warga tua, lebih-
lebih lagi apabila sudah mati. Pemergiannya tidak perlu diratap dan
merasa kehilangan kerana tugas manusia sudah tamat pada masa
itu. Doakan sahaja untuk simati dengan kebaikan dan pohonkan
pengganti yang lebih baik.

Orang tua-tua beragama Islam hanya perlukan kasih sayang anak-
anak. Jangan jadi seperti di tempat lain yang menghantar orang tua-
tua di rumah kebajikan sebagaimana yang berlaku di Jepun. Berilah
mereka peluang melanjutkan ibadahnya dan jangan anggap mereka
sebagai golongan tidak berguna. Akhirnya mendapat penulis

243

Bil. Perkara Catatan
mendapat khabar cikgu Baharum telah kembali ke Rahmatullah.

1. Sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada

Manfaat/pengajaran kita.

6. yang diperoleh 2. Kita perluah menghormati dan mengasihi ibu bapa yang lebih tua
daripada buku dari kita.

yang dibaca: 3. Kita mestilah bersabar ketika menerima ujian dan dugaan yang

didatangkan oleh tuhan adalah untuk

7. Tandatangan: Khairul Bariah binti Ismail

244

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD AIRIEL FAREEZ BIN
MAZLAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: MUDAHNYA COACHING & MENTORING

2. Pengarang: Dr. Shaker Mustafa

3. Tahun diterbitkan: 2012

4. Diterbitkan oleh: Inteam Publishing Sdn. Bhd.

Sinopsis Buku Buku ini memberitahu kepada pembaca maksud sebenar coaching
5. Yang Dibaca: dan mentoring setelah tamat mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran kepada diri .Buku ini sesuai untuk dibaca kepada pekerja
di peringkat eksekutif mahupun penyelia dalam membawa protege
ke ara yang lebih unggul.Buku ini mendedahkan kepada pembaca
dalam meningkatkan kekompetenan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah mahupun cabaran yang berlaku di tempat kerja.Tambahan
lagi,latihan praktikal juga telah disediakan bagi setiap modul yang
memberikan contoh dan gambaran yang jelas kepada pembaca
melalui huraian fakta yang padas serta ringkas oleh
pengarang.Dalam memudahkan pembaca dalam menguasai dalam
menjadi mentor yang efektif,pengarang menggunakan perkataan
yang dapat membantu pembaca dalam memberikan pemerhatian
dan bimbingan yang cekap.Dalam buku ini juga diberikan panduan
yang dapat digunakan seperti prinsip-prinsip Coaching dan tips-tips
sebagai mentor yang berkesan.

Perolehan daripada pembacaan buku ini,saya dapat mengetahui

kaedah yang berkesan dalam menjadikan diri saya sebagai seorang

Manfaat/pengajaran pelajar yang mampu untuk menjadi pemimpin dengan kemahiran

6. yang diperoleh membimbing dan kempimpinan yang tinggi.Apabila saya diberikan
daripada buku tugasan dalam bentuk kumpulan,sudah pasti saya dapat melakukan

yang dibaca: dengan sebaik mungkin apabila saya mampu untuk melibatkan diri

dan memperkembangkan tugasan kerja yang dapat mencorak ahli

kumpulan dengan berpengetahuan dan berkemahiran.

7. Tandatangan: Muhammad Airiel Fareez bin Mazlan

245

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NAJMI KHAIRI BIN HANAFIAH

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: MOTIVASI BERANI DAN BERJAYA: STRATEGI MENCAPAI
KEYAKINAN DIRI DAN BERSEMANGAT POSITIF

2. Pengarang: Z. Ahmad Ismail

3. Tahun diterbitkan: 2001

4. Diterbitkan oleh: Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur

Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang cara-cara atau jalan untuk mendirikan
5. Yang Dibaca: pendirian kita. Pada hari ini, ramai diantara kita masih tidak
menemui sifat berani, oleh itu buku ini menceritakan tentang cara
untuk mendapatkan sifat tersebut. Buku ini juga menyarankan
kepada kita untuk memiliki pendirian teguh agar kita dapat
menggerunkan musuh. Secara keseluruhan buku ini mempunyai
bukti-bukti di dalam al quran atau hadis yang berkait dengan nilai-
nilai murni. Suatu penghalang untuk maju adalah perasaan takut.
Sifat takut ini mampu memberi ancaman yang teruk terhadap diri
sendiri. Konsep buku ini juga sangat bermakna kerana
mencadangkan beberapa cara untuk berani lalu menggunakan
konsep tawakkal kepada tuhan. Di akhir bab ini, terdapat satu bab
iaitu menyentuh dengan konsep orang beriman. Oleh itu, kita perlu
berusaha dan berserah kepada tuhan dalam motivasi diri kita.

Pada pandangan saya, buku ini sesuai dibaca oleh individu yang

masih tidak mempunyai motivasi diri. Buku ini sangat membantu diri

Manfaat/pengajaran kita untuk berani melakukan keputusan dengan baik. Buku ini

6. yang diperoleh mengajar untuk kita mestilah sentiasa berusaha dan tidak mengenal
daripada buku kenal erti penat. Setelah kita sudah berusaha, buku ini juga

yang dibaca: mengajar agar kita berserah kepada tuhan. Hal ini bertetapan

dengan konsep kerohanian. Oleh itu, motivasi kita perolehi di sambil

menambahkan keyakinan kepada tuhan.

7. Tandatangan: Najmi Khairi bin Hanafiah

246

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NAJWA NABILA BINTI MOHD
JUMARY

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SONGKET BERBENANG EMAS

2. Pengarang: Khairuddin Ayip

3. Tahun diterbitkan: 1991

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sinopsis Buku Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan
5. Yang Dibaca: enam Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu
Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya seperti
Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan
STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke
Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang
ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital
Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu
Bakar tidak mendengar kata/bersikap degil setelah tersilap memilih
rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi
mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan
masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki
tunggal dalam keluarga Dahlia.

Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa
nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka
berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding
anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara
Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya
yang diduduki/ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu,
Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan
balasan atau ganjaran. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan
STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia
terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah

247

Bil. Perkara Catatan

pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di
Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental.
Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya
dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai,
malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah
kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang terdiri daripada pelajar

Manfaat/pengajaran sekolah, golongan remaja dan dewasa. Info yang dipersembahkan

6. yang diperoleh berpotensi memberi kefahaman kepada pembaca tentang pelbagai
daripada buku nilai murni dan pengalaman yang wajar dijadikan teladan. Pelajar

yang dibaca: dapat menimba pengalaman yang berguna seperti yang

disampaikan oleh penulis.

7. Tandatangan: Najwa Nabila binti Mohd Jumary

248

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NOOR SHAHIRAH BINTI ROSLAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TAMADUN ISLAM

2. Pengarang: Hj. Ahmad Fauzi Murad & Ahmad Tarmizi Talib.

3. Tahun diterbitkan: 1997

4. Diterbitkan oleh: UPM Press

5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan tentang keunggulan tamadun Islam dan
Yang Dibaca: membincangkan beberapa asas bagi membentuk tamadun tersebut.
Ia mengandungi 14 Bab. Pengarang menampilkan erti agama Islam
serta konsep asas tamadun Islam. Contohnya pengarang
menyatakan bagi membentuk sesebuah tamadun yang unggul
sebuah tamadun iu hendaklah mempunyai sikap keterbukaan,
kesejagatan dan toleransi.Malah buku ini juga turut menceritakan
keunikan tamadun Islam serta konsep kesederhanaan dalam Islam.
Malahan, buku ini turut menerangkan tentang konsep Allah, manusia
serta alam di mana, bagaimana penganut agama Islam mengikuti
konsep agama Islam dalam memajukan sesebuah tamadun.
Sebagai contoh, seperti konsep Huquq Allah iaitu hak-hak terhadap
Allah di mana manusia perlulah menunaikan kewajipan mereka
sebagai seorang hamba Allah dengan beribadah kepada
Allah,mengikuti ajarannya serta menjauhi larangan-Nya.

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh seluruh masyarakat, bukan sahaja yang
beragama Islam malahan bukan beragama Islam juga. Hal ini
yang diperoleh
6. daripada buku kerana, buku ini dapat mengubah persepsi buruk masyarakat

yang dibaca: terhadap agama Islam atau masyarakat yang mempunyai

Islamphobia.

7. Tandatangan: Noor Shahirah binti Roslan

249

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR SYAHIRAH BINTI NASRUDIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENDIDIKAN ISLAM TERAS

2. Pengarang: Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Said dan Nur Aida binti
Muhammad

3. Tahun diterbitkan: 2017

4. Diterbitkan oleh: Pustaka Al-Ehsan, Selangor, Malaysia

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dalam kehidupan umat Islam iaitu
Yang Dibaca: Al-Quran dan Al-Sunnah, Aqidah, Fiqh solat, Muamalat, Munakahat,
Jinayah, Sirah dan Akhlak. Terdapat pelbagai topik yang menarik
yang dikemukakan di dalam buku ini. i) Pengenalan al-Quran & al-
Sunnah untuk panduan hidup manusia ii) Asas Aqidah Islamiyah
dan langkah pencegahan dan pengukuhan akidah iii) Falsafah solat,
kepentingan solat dalam kehidupan muslim dan solat dari perspektif
sains dan kesihatan iv) Asas muamalat dalam Islam dan perbezaan
muamalat Islam dan Konvensional v) Pembentukan Keluarga
Muslim dan Peranan lelaki dan wanita dalam institusi keluarga vi)
Pengertian jenayah Islam vii) Definisi dan konsep akhlak dalam
Islam, sifat mahmudah dan mazmumah dan adab-adab perjuangan
viii) Kronologi Peristiwa Hijrah Rasulullah dan Piagam Madinah ix)
Peranan Manusia sebagai Khalifah

Buku ini menceritakan tentang kehidupan seorang muslim dalam
mengikut syariat Islam seperti peranan al-Quran dalam kehidupan
seseorang. Di dalam Al-Quran menceritakan tentang bidang
ekonomi, bidang politik, bidang sosial, bidang kebajikan dan bidang
pendidikan menurut al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu, buku ini
juga menyentuh tentang asas aqidah umat Islam seperti dua
kalimah syahadah, rukun iman dan langkah pencegahan dan
pengukuhan akidah dengan mengamalkan amalan rohani (roh)
seperti sentiasa berzikir, amalan fizikal (jasmani) seperti berpuasa
dan amalan hati (akhlak) seperti bersifat mahmudah. Seterusnya,
buku ini menceritakan tentang falsafah solat dan kepentingan solat
dalam kehidupan muslim kerana solat merupakan tiang agama

250

Bil. Perkara Catatan

kepada muslim. Asas muamalat Islam juga disentuh iaitu jual beli
dalam islam, saham, pinjaman, hutang, riba, sewaan dan gadaian.
Perbezaan mualamat antara Islam dan Konvensional juga dijelaskan
di dalam buku ini iaitu umat Islam tidak menggunakan amalan riba
manakala konvensional mempunyai unsur-unsur riba. Fiqh
munakahat menyentuh tentang peranan seorang suami dan isteri
serta anak di dalam pembentukan keluarga muslim untuk
membentuk keluarga yang harmoni. Fiqh jenayah pula menyentuh
tentang hudud, jenayah qisas, jenayah takzir dan hikmah pelaksaan
hukuman tersebut dalam Islam. Di samping itu, buku ini
menceritakan tentang sifat-sifat mahmudah yang perlu ada di dalam
umat Islam seperti sabar, redha, istiqamah dan sebagainya
manakala sifat mazmumah patut dijauhi dalam kalangan umat Islam
seperti zalim, sombong, hasad dan sebagainya. Bagi topik Sirah
pula, terdapat pengertian hijrah, hikmah pensyariatan hijrah, strategi
dakwah rasulullah secara rahsia dan terang-terangan. Piagam
Madinah menyentuh tentang isi piagam madinah dan hikmah dan
pelajaran daripada piagam madinah. Akhir sekali, peranan manusia
sebagai khalifah iaitu tanggungjawab manusia terhadap Allah, diri,
keluarga, masyarakat, negara dan alam. Terdapat pelbagai
tanggungjawab untuk menjadi khalifah di muka bumi ini seperti
menjaga agama, menegakkan amar makruf dan nahi munkar dan
sebagainya.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah
peranan khalifah di muka bumi ini terutamanya tanggungjawab diri
kepada Allah. Hal ini demikian kerana, kita sebagai hamba Allah
perlu melakukan semua suruhan Allah seperti solat, berpuasa,
membaca al-Quran dan meninggalkan larangan-Nya seperti berzina,
berjudi dan sebagainya. Sebagai umat Islam, mereka perlu tahu
peranan mereka di muka bumi ini bagi mendapat keberkatan hidup
di dunia dan akhirat.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang beragama Islam

terutamanya individu yang ingin menambah ilmu pengetahuan

Manfaat/pengajaran tentang agama Islam. Ilmu dan isi yang dipersembahkan secara

6. yang diperoleh ringkas dan padat berupaya memberi kefahaman kepada pembaca
daripada buku tentang pengenalan al-Quran dan al-Sunnah, aqidah islamiyah, fiqh

yang dibaca: solat, fiqh muamalat, fiqh munakahat, akhlak dan sirah. Umat Islam

perlu membaca buku ini bagi memantapkan iman sesuatu individu

dan ilmu yang diperoleh dapat dikongsikan kepada orang lain.

7. Tandatangan: Nur Syahirah binti Nasrudin

251

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR SYAHIRAH BINTI ROZHAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

2. Pengarang: Keris Mas

3. Tahun diterbitkan: 1982

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Novel ini ditulis oleh salah seorang sasterawan negara tersohor.
Yang Dibaca: Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaludin Muhammad ialah
tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan di Malaysia.
Cerpen, novel, dan esei beliau telah mendapat perhatian yang
meluas. Pada tahun 1981, belian menjadi tokoh pertama yang
menerima Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan Malaysia.

Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memaparkan persoalan
tentang kemunculan saudagar-saudagar Melayu dan giatnya
Gerakan dakwah islamiah di kalangan generasi muda.Menerusi
novel ini, Keris Mas menyimpulkan bahawa dalam usaha mencari
kekayaan dan kemajuan , asas keagamaan harus dikuatkan supaya
arah kemajuan yang hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa
dan agama.

Novel ini merupakan salah satu sumbangan besar dan bermakna
daripada Sasterawan Negara ini kepada dunia kesusasteraan
Melayu.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang menggemari buku yang

Manfaat/pengajaran menggunakan bahasa Melayu lama dan sesuai untuk pelajar yang

6. yang diperoleh ingin mengkaji penggunaan wacana penulisan dari novel. Pelajar
daripada buku atau pembaca perlu membuat kajian terperinci berkaitan wacana

yang dibaca: penulisan sebelum membuat kajian kerana hal ini akan

meningkatkan lagi kemahiran pelajar.

7. Tandatangan: Nur Syahirah binti Rozhan

252

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR SYAZANA BINTI ABDUL
HAMID

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: THE SPLENDOR OF ISLAMIC CALLIGRAPHY

2. Pengarang: Abdelkebir Khatibi and Mohammed Sijelmassi

3. Tahun diterbitkan: 2001

4. Diterbitkan oleh: Thames and Hudson

Sinopsis Buku Seni khat, seni yang menggabungkan imej penglihatan dan
5. Yang Dibaca: perkataan yang ditulis, merupakan seni yang paling cemerlang
dalam kesenian Islam. Kaligrafi Islam mengikut tradisi telah
mengambil inspirasinya daripada kepercayaan Islam dalam
permulaan cemerlang tulisan Arab, melalui medium al-Quran yang
telah di wahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Pada awal Islam penggunaan tulisan Arab adalah suci, teks-teks
rasmi telah memartabatkan lagi seni khat ini dan satu tradisi seni
khat yang mempunyai berbunga selama lebih seribu tahun. Seni
khat tidak sahaja dalam hiasan manuskrip tetapi dalam seni bina,
seramik, dan lukisan.

Dengan bab-bab mengenai penggunaan seni khat dalam seni bina
dan lukisan kontemporari, The Splendor of Islamic Calligraphy
menyediakan satu kajian yang komprehensif dan mempesonakan. Ia
menjelaskan geometri dan prinsip-prinsip hiasan seni khat dengan
bantuan lukisan-lukisan garis banyak, dan memeriksa saling
bergantungan skrip dan muka surat hiasan.

Ia memberi satu gambaran keseluruhan perbezaan-perbezaan
kompleks dan banyak bentuk grafik kebanyakan ini tulisan dan bakat
evolusinya sehingga arus elektriknya ungkapan dalam lukisan-
lukisan artis-artis seperti Shakir Hassan. Akhirnya, dan mungkin
paling penting, ia mengandungi contoh yang utama tulisan-tulisan
kufi, thuluth, naskhi, dan maghribi dan lain-lain dalam satu siri
pengeluaran semula indah halaman-halaman manuskrip, lukisan-
lukisan, dan karya-karya seni lain. 232 gambaran, 98 dalam warna.

253

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin mendalami ilmu

seni khat. Info yang dipersembahkan secara ringkas dan padat

Manfaat/pengajaran berupaya memberi kefahaman kepada pembaca tentang sejarah
dan jenis-jenis khat. Buku ini juga dapat memberi satu gambaran
6. yang diperoleh keseluruhan perbezaan-perbezaan kompleks dan banyak bentuk
daripada buku
yang dibaca: grafik dengan 232 gambaran dan 98 dalam warna. Buku ini juga

dapat menggalakkan minat masyarakat dalam mengembangkan

tulisan khat dan meneruskan seni khat seiring dengan peredaran

zaman.

7. Tandatangan: Nur Syazana binti Abdul Hamid

254

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL ANIS ADIBAH BINTI
AHAMAD FAHAZIL

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: DIVINE BLESSING

2. Pengarang: Norhafsah Hamid

3. Tahun diterbitkan: 2020

4. Diterbitkan oleh: Iman Publication

5. Sinopsis Buku Dalam bab terakhir dari siri 'Letters To God', Norhafsah Hamid
Yang Dibaca: membawa Anda pada perjalanan terakhir cinta yang lembut,
persahabatan yang tulus, dan menegaskan kembali iman melalui
berkat Ilahi.

Cerita dimulakan dengan bagaimana Sarah dan Jonah berkembang
dalam kehidupan dan karier mereka. Menariknya kali ini, terdapat
antagonis yang benar-benar mahu mereka berpisah. Pasangan itu
harus menanggung kehilangan orang yang disayangi dan itu
menguji kepercayaan mereka kepada Allah.

Perjalanan ini juga berkisar pada persahabatan antara tiga
pasangan cantik; Sarah dan Jonah, Linda dan Jaws dan Mat Bond
dan Amelia. Persahabatan telah melalui banyak pasang surut, dan
akhirnya diuji oleh tragedi yang menimpa kumpulan itu, tetapi ketika
itulah penulis berjaya menggambarkan persahabatan dengan begitu
indah - untuk selalu mendapat sokongan antara satu sama lain,
dalam kesulitan atau kemudahan. " Melalui naik turun, persahabatan
mereka terus kukuh. Tetapi dalam hidup, cinta dan kebahagiaan
memerlukan kerja keras dan pengorbanan.

Bagi beberapa orang, hidup akan menuju ke lingkaran penuh yang
indah - membuktikan bahawa kebahagiaan abadi adalah untuk
semua orang, walaupun seseorang itu pernah, jauh dari Tuhan.

Sangat mudah untuk melepaskan segala-galanya ketika seseorang
lemas dalam kesusahan. Tetapi ada berkat ilahi dalam hidup, jika
seseorang mencarinya dengan mata belas kasihan dan rasa syukur.

255

Bil. Perkara Catatan

Manfaat/pengajaran Buku ini mengajar kita untuk tidak mudah berputus asa menghadapi
yang diperoleh
6. ujian kehidupan. Kebahagian dan kemanisan akan muncul setelah
daripada buku
berpenat lelah berdepan ujian tersebut.
yang dibaca:

7. Tandatangan: Nurul Anis Adibah binti Ahamad Fahazil

256

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUSSYIFA BINTI MOHD HAIRI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: WACANA PENULISAN

2. Pengarang: Dr. Faridah Nazir, Dr. Hjh Hashimah Ibrahim, Norhiza Mohd Salleh
dan Zairinah Mohd Shukur

3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Yes Print & Pack Sdn. Bhd

Sinopsis Buku Buku ini memfokuskan kepada wacana dalam penulisan,
5. Yang Dibaca: merangkumi tiga tajuk, iaitu pengenalan wacana, penulisan
akademik dan wacana dalam kritikan.

Kursus ini bertujuan mengembangkan dan memperluas
pengetahuan tentang wacana dalam pelbagai bahan penulisan.
Selain itu, kursus ini juga membolehkan pelajar mengaplikasikan
kemahiran menulis dan menghasilkan penulisan dalam pelbagai
disiplin mengikut format tertentu.

Kandungan buku ini amat membantu untuk memahami dengan lebih
mendalam tentang pengenalan kepada wacana, keutuhan wacana,
penanda wacana, kemahiran membuat rujukan, penulisan
akademik, aplikasi penulisan akademik, struktur dalam penulisan,
etika dalam penulisan dan plagiat, kemahiran membuat pelaporan
dan ulasan, resensi dan kritikan.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah
bahagian pengenalan wacana. Wacana merupakan kesatuan
lengkap yang paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan yang
menunjukkan kesinambungan fikiran. Terdapat pertautan atau
perkaitan semantik dalam wacana yang meliputi aspek koheran dan
kohensi. Secara khususnya, aspek kohesi dan koheren dalam
penulisan karangan adalah sangat penting. Hal ini kerana setiap
idea yang dihuraikan dalam suatu ayat dan perenggan mempunyai
kesinambungan dan pertautan antara satu dengan yang lain.

257

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sesuai dibaca dan relevan untuk siswa guru Institut

Pendidikan Guru (IPG), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP), Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO), Program

Pensiswazahan Guru (PPG), peserta kursus dalam cuti (KDC),

kumpulan pelajar Sekolah Agama Bukan Kerajaan (SABK) opsyen

Bahasa Melayu, guru-guru sekolah rendah, pengawai-pengawai

Manfaat/pengajaran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan negeri (JPN) serta semua

6. yang diperoleh warga pendidik.
daripada buku Info yang dipersembahkan secara ringkas dan padat berupaya

yang dibaca: memberi kefahaman kepada pembaca tentang apakah yang

dimaksudkan dengan wacana penulisan dan bagaimana untuk

mengaplikasikannya dengan berkesan.

Struktur penulisan adalah suatu cara menyusun idea dalam
penulisan supaya bentuk penulisan lebih menarik, tersusun dan
sistematik serta memudahkan pembaca dalam proses penyampaian
idea dan malumat melalui penulisan.

7. Tandatangan: Nurussyifa binti Mohd Hairi

258

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SITI KHADIJAH BINTI ZAHARI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,

PERKAMUSAN & PENTERJEMAHAN

2. Pengarang: Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail, Mastura Mohamed Berawi

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Sasbadi Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang sejarah perkembangan bahasa Melayu,
Yang Dibaca: perkamusan dan penterjemahan. Buku ini mengandungi 15 bab dan
setiap bab telah ditulis serta dihurai dengan menggunakan bahasa
yang mudah difahami. Bab 1 menjelaskan falsafah bahasa Melayu
manakala Bab 2 menjelaskan sejarah perkembangan bahasa
Melayu. Bab 3 menjelaskan kajian teks bahasa Melayu klasik dan
peralihan, manakala Bab 4 tentang bahasa Melayu pramerdeka dan
pascakolonial. Bab 5 tentang pemodenan dan perancangan bahasa
Melayu.

Seterusnya, Bab 6 menerangkan masa depan dan cabaran bahasa
Melayu, Bab 7 tentang susur galur perkembangan penulisan
tatabahasa bahasa Melayu, dan Bab 8 tentang aliran dan tokoh
dalam tatabahasa Melayu. Bab 9 hingga Bab 15 pula menghuraikan
sejarah ejaan Jawi, sejarah dan perkembangan ejaan Rumi, isu
bahasa terkini, korpus bahasa, perkamusan, terjemahan dan kaedah
terjemahan, manakala tajuk terakhir tentang teknik terjemahan dan
penterjemahan.

Buku ini sesuai digunakan sebagai sumber rujukan pelajar dan

pensyarah di IPTA dan IPTS yang mengikuti kursus ini. Buku ini juga

Manfaat/pengajaran sesuai untuk bacaan dan rujukan guru-guru di sekolah menengah

6. yang diperoleh dan rendah. Buku ini telah banyak membantu saya dalam
daripada buku menyelesaikan tugasan serta memudahkan saya untuk memahami

yang dibaca: topik yang berkaitan dengan sejarah bahasa Melayu. Buku ini juga

banyak membantu saya dalam menghafal dan memahami sejarah

bahasa Melayu denga lebih mndalam kerana pengarang telah

259

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
menggunakan pelbagai visual untuk menggambarkan perkara dan
isi yang ingin disampaikan. Buku ini sangat berguna untuk masa
yang lama kerana saya merupakan pelajar bagi opsyen Bahasa
Melayu.

Siti Khadijah binti Zahari

260

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SITI NUR AMIRAH BINTI AZMIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENDEKAR SUFI

2. Pengarang: Hashim Latiff

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Novel Pendekar Sufi ini mengisahkan Sufi Jalis, seorang pesilat
Yang Dibaca: muda yang gigih berusaha untuk menghadapi pertandingan silat
olahraga sedunia. Sufi Jalis dibimbing oleh Abang Qari iaitu seorang
pesilat handal yang telah bersara daripada pertandingan
antarabangsa. Sufi Jalis akan berhadapan dengan pesilat dari
Dosnia Kerzogovina yang handal bernama Mahmudic. Setelah
masing-masing menjalani latihan dan mengharungi pertarungan,
Sufi Jalis dan Mahmudic bertemu dalam satu pertandingan yang
hebat. Dalam pertandingan tersebut, Sufi Jalis berjaya menewaskan
Mahmudic. Selepas pertandingan itu, Mahmudic tidak melepaskan
peluang untuk menuntut ilmu persilatan. Dia datang ke Malaysia
untuk mempelajari ilmu persilatan dengan Abang Qari dan Sufi Jalis.
Namun, kedatangan Mahmudic tidak disenangi oleh beberapa orang
pesilat tempatan kerana mereka tidak mahu ilmu persilatan Melayu
diambil oleh orang asing. Walau bagaimanapun, Abang Qari dan
Sufi Jalis tetap mempertahankan niat murni Mahmudic untuk
mempelajari ilmu persilatan di Malaysia.

Buku ini sesuai untuk dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini

kerana, buku ini mengandungi banyak nilai murni yang boleh

Manfaat/pengajaran dicontohi dan diamalkan dalam kehidupan kita. Sikap tidak putus
asa watak utama dapat mengajar kita untuk terus berusaha
yang diperoleh
6. daripada buku sehingga mencapai objektif yang kita inginkan dalam hidup. Nilai

yang dibaca: keagamaan turut diterapkan dalam novel agar pembaca dapat

meningkatkan nilai keagamaan dalam diri. Novel ini turut mengajar

kita agar tidak berburuk sangka dengan orang lain. Sikap rendah

hati dan berani mencuba juga perlu diamalkan demi memperoleh

261

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: ilmu pengetahuan yang baru.
Siti Nur Amirah binti Azmin

262

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : UMI BALQIS BINTI ZAMRI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: CERPEN MENJADI TUA (JIKA ESOK TIBA)

2. Pengarang: Anwar Ridhwan

3. Tahun diterbitkan: 2012

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sinopsis Buku Cerpen Menjadi Tua mengisahkan tentang watak Hassan yang yang
5. Yang Dibaca: belajar di luar negara, University Of New York. Walaupun berada
agak lama di Manhattan, Hassan sentiasa terimbau zaman kecil
suatu ketika dahulu di tanah air. Hassan kemudiannya mula
mengenali seorang gadis berkulit putih bernama Laura apabila
menghadiri kelas Critics On The Art. Mereka bersabahat dan
akhirnya menjadi rapat. Sehinggalah pada suatu ketika, Hassan
seakan terikat dengan budaya Barat apabila terlalu rapat dengan
Laura. Hassan mula keluar ke restoran-restoran mahal, menonton
pertunjukan seni yang mahal, berciuman, berpegangan tangan
dengan Laura seolah tiada batasan antara mereka. Sampai suatu
masa, Laura menyatakan rasa cintanya pada Hassan. Hassan mula
berbelah bahagi untuk menerima Laura kerana teringat akan pesan
ibunya supaya tidak berkahwin dengan orang putih. Walaupun
begitu, Hassan meminta sedikit masa daripada Laura untuk
memberikannya ruang berfikir.

Cerpen ini memaparkan pelbagai tema dan persoalan merentas

Manfaat/pengajaran pertembungan budaya dalam masyarakat majmuk yang kaya
dengan unsur budaya dan sosial. Karya ini berjaya mengungkap
yang diperoleh
6. daripada buku rakaman persekitaran dan citra tamadun bangsa, sejalur dengan
yang dibaca: gelora perjalanan sejarah tanah air. Justeru itu, cerpen Menjadi Tua

sangat sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja agar dapat

menjadi teladan.

7. Tandatangan: Umi Balqis binti Zamri

263

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAFA THAHIRAH BINTI
MOHAMAD NAYAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

2. Pengarang: Dr. Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Sasbadi Sdn. Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini merupakan sumber rujukan untuk para pendidik amnya dan
Yang Dibaca: khas bagi para pelajar yang sedang mengikuti kursus ilmu
pendidikan di Institut Pendidik Guru (IPG) serta Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA). Buku ini mengandungi 8 bab yang mesra
pembaca dan membantu bakal guru dan guru terlatih dalam
menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran dunia perguruan.

Kesemua aspek pengajian profesional seperti konsep pendidikan,
aspirasi pendidikan dan penghayatan kepada profesionalisme
keguruan digabungkan dalam sebuah buku. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) turut berhubung kait dengan
pengantar pengajian profesional. Cabaran, perubahan dan inovasi
yang berlaku memberi kesan yang agak ketara kepada profesion
keguruan. Para pendidik harus mengatur langkah dan bersedia bagi
menghadapi cabaran dan krisis yang kian mencabar serta
mengekalkan imej baik sebagai seorang guru. Kepentingan
permuafakatan dan hubungan baik sesama masyarakat juga
ditekankan dalam usaha membentuk insan berkualiti dan
membangunkan negara pada masa akan datang.

Antara perkara yang menarik minat saya adalah isi-isi yang padat
berkaitan setiap topik dan ringkasan beserta yang terkandung dalam
buku ini. Idea yang disusun juga amat jelas dan lengkap.

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar yang menjadi kumpulan

6. yang diperoleh sasaran iaitu mereka yang belajar dalam bidang ilmu pendidikan ini
daripada buku bukan sahaja dalam kalangan pelajar IPG malah turut boleh

yang dibaca: digunakan oleh pelajar IPTA yang lain. Penjelasan yang ringkas dan

264

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
padat beserta grafik yang disertakan amat menarik minat pembaca
terutamanya pelajar dalam menyiapkan tugasan atau memahami
konsep kursus. Bagi melahirkan seorang pelajar yang berkualiti,
golongan pendidik perlu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi
serta tahap kesediaan yang baik untuk berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan krisis yang bakal berlaku dalam bidang pendidikan.
Seorang pendidik perlu mendalami ilmu pedagogi secara meluas
bagi mengatur strategi dalam mendidik generasi baharu.

Wafa Thahirah binti Mohamad Nayan

265

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ZAKIAH BINTI SULAIMAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: HENSHIN HERO

2. Pengarang: BONDA NOR

3. Tahun diterbitkan: 2017

4. Diterbitkan oleh: Inspirasee International Sdn.Bhd
5. Sinopsis Buku
“Henshin Hero” ialah sebuah novel dakwah yang berinspirasikan
Yang Dibaca: perjalanan dan proses perjuangan memartabatkan kalimah Allah
ta’ala. Novel ini bukan sahaja membawa para pembaca untuk
menghayati kehidupan sebuah keluarga yang bermatlamatkan
semangat juang Islam yang tinggi, malah ia juga menerapkan
pelbagai pedoman agama seperti paparan ayat-ayat suci Al-Quran,
hadith-hadith Rasulullah SAW dan juga kata-kata hikmah Islami
sebagai pengajaran yang sangat berguna.

Novel ini merupakan hasil adaptasi daripada sebuah kisah benar
yang telah mencetuskan fenomena “Ahmad Ammar”. Kisah
bagaimana seorang anak muda biasa yang diangkat kisahnya oleh
Allah secara luar biasa. Ammar dikatakan syahid dan diberikan
penghormatan oleh kerajaan Turki untuk dimakamkan di
permakaman sahabat-sahabat Rasulullah. Dunia mula
memperkatakan tentang anak muda ini. Jutaan manusia di seluruh
dunia melayari video pemakaman jenazahnya. Beratus-ratus ribu
naskhah buku yang membicarakan mengenainya laris terjual. Ia
seolah-olah satu isyarat yang memberi petanda bahawa ada
sesuatu yang istimewa mengenainya.

Penulis bestseller, Bonda Nor telah mengkaji kisah ini dan
mendapati memang ada sesuatu yang unik dan sangat menarik
mengenai keluarga ini. Ia dinukilkan dalam bentuk fiksyen tetapi
masih mengekalkan keaslian cerita ini secara umumnya. Di sebalik
fenomena Ahmad Ammar, ternyata ada kisah cinta agung yang
begitu sukar untuk ditemui pada masa kini. Apa sebenarnya yang
berlaku di sebalik Henshin Hero?

266

Bil. Perkara Catatan

Membaca novel Henshin Hero ini membuatkan saya menginsafi

tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Sesungguhnya Dia

memberikan kemuliaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan

Manfaat/pengajaran Dia juga berhak untuk menariknya kembali. Novel dakwah ini juga

yang diperoleh selayaknya menjadi inspirasi bagi mereka yang mendambakan
6. daripada buku kehidupan bahagia yang berteraskan syariat Allah SWT, bahkan ia

yang dibaca: mampu menjadi motivasi kepada sesiapa yang ingin memecahkan

kebuntuan dan mencari sinar dalam pendidikan keluarga agar dapat

menjadi insan yang berjasa kepada diri, keluarga, masyarakat dan

umat.

7. Tandatangan: Zakiah binti Sulaiman

267

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : AMIRAH ARIFAH BINTI
MOHAMMAD KHAIRUDDIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TATABAHASA DEWAN

2. Pengarang: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid
Mahmood

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh dari segi aspek Bahasa Melayu yang
Yang Dibaca: menyeluruh yang terbahagi kepada tiga bahagian. Antaranya
termasuklah bahagian pertama menerangkan tentang sejarah dan
variasi bahasa. Selain itu, bahagian kedua pula menerangkan
tentang morfologi yang merangkumi pengenalan, pembentukan
kata, golongan kata, kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata tugas
dan pembentukan perkataan baharu. Akhir sekali, bahagian yang
terakhir pula menerangkan tentang sintaksis Bahasa Melayu. Antara
tajuk yang disentuh dalam bahagian ini termasuklah pengenalan,
frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama, ayat, ayat
tunggal, ayat majmuk dan proses penerbitan ayat.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang menuntut sebagai pelajar

bahasa Melayu terutama yang ingin menjadi seorang warga

6. Manfaat/pengajaran pendidik. Info yang dipersembahkan secara ringkas dan padat
yang diperoleh berupaya memberi kefahaman kepada pembaca tentang setiap
daripada buku bahagian dalam buku dan tajuk-tajuk yang diterangkan. Ternyata

yang dibaca: buku ini amat berguna bagi saya yang ingin menjadi seorang warga
pendidik terutama dalam bidang bahasa Melayu kerana buku ini

amat membantu saya dalam merujuk sesuatu tajuk dalam bahasa

Melayu.

7. Tandatangan: Amirah Arifah binti Mohammad Khairuddin

268

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : FATIN NAJIHAH BINTI SAMSARI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SAHABAT DUNIA AKHIRAT
2. Pengarang: Ustazah Asma’ Harun

3. Tahun diterbitkan: 2020

4. Diterbitkan oleh: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh sahabat dunia akhirat. Pengarang buku ini iaitu
Yang Dibaca: Ustazah Asma’ Harun menyampaikan kata-kata atau madah secara
santai berkenaan suatu nasihat dari seorang sahabat kepada
sahabatnya yang dikasihi. Kata-kata yang ditulis dalam buku ini
adalah bagi mengalakkan seseorang menjadi sahabat yang baik dan
memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu
dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat.

Buku ini juga ayat-ayat indah dan diserikan dengan ayat Al-Quran
dan hadis berkaitan.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah isi
kandungannya yang sangat banyak dan ayat-ayat yang digunakan
sangat ringkas dan mudah difahami.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang menginginkan keindahan

Manfaat/pengajaran dalam sesebuah persahabatan. Buku ini terdapat pelbagai manfaat

6. yang diperoleh dan pengajarannya. Hal ini kerana, ditambah dengan ayat-ayat suci
daripada buku Al-Quran yang dapat memberikan pengajaran yang bagus. Selain

yang dibaca: itu, buku ini juga banyak menyentuh tentang agama Islam dan

pentingnya solat.

7. Tandatangan: Fatin Najihah binti Samsari

269

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : HANAN KHADIJAH BINTI
KAMARUL HISHAM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: MEMBACA MOTIVASI & KAEDAH

2. Pengarang: Zaini Ujang

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad

Buku ini menyentuh semua aspek dalam membaca. I) Masyarakat

membaca masyarakat berilmu. ii) Motivasi membaca iii) mitos
tentang membaca iv) Memahami tabii membaca v) Masa

membaca vi) Rintangan membaca vii) Kaedah membaca viii)

5. Sinopsis Buku Yang Membaca pantas ix) Kaedah membaca x) Pengalaman membaca

Dibaca: buku

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya ialah
betapa pentingnya mempunyai tabiat membaca. Dengan
membaca, kita akan memahami ilmu dan membantu kita berfikir

dengan lebih tenang, mendalam dan proaktif.

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin menetahui
dengan lebih mendalam mengenai ‘Membaca’. Banyak motivasi
yang diperoleh
6. daripada buku yang dan kaedah yang boleh kita dapati di dalam buku ini sebagai suatu
yang boleh dijadikan sebagai inspirasi terhadap pengalaman
dibaca: penulis terhadap pembacaan ini.

7. Tandatangan: Hanan Khadijah binti Kamarul Hisham

270

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD FARIS BIN MOHD
MUSTAFIRIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

2. Pengarang: Dr. Khairuddin Mohamad, Dr. Ghazali Ismail & Mastura Mohamed
Berawi

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Sasbadi Sdn. Bhd.

Buku ini menceritakan mengenai sejarah atau asal usul bahasa

Melayu dan bagaimana perkembangannya di Kepulauan

Nusantara. Dalam pada itu, buku ini turut menerangkan mengenai

5. Sinopsis Buku Yang bukti-bukti yang dapat dijadikan satu contoh yang kukuh
Dibaca: berdasarkan kajian-kajian yang dapat dipercayai. Bukti tersebut
telah membenarkan kajian yang dibuat oleh para pengkaji yang

telah dinyatakan namanya dalam buku ini. Tidak dilupakan juga

bahawa ia turut menerangkan tentang cabaran dan isu yang

dihadapi oleh bahasa Melayu kita sebagai bahasa kebangsaan.

Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan kerana ia

Manfaat/pengajaran memang khas ditulis sebagai sumber rujukan pelajar dan

6. yang diperoleh pensyarah di IPTA, IPTS dan IPG yang mengambil kursus bahasa

daripada buku yang Melayu sebagai opsyen mereka. Jadi ianya telah terbukti sangat

dibaca: bersesuaian untuk digunakan kerana turut melengkapi dari isi dan

maklumat yang mendalam dalam kursus tersebut.

7. Tandatangan: Muhammad Faris bin Mohd Mustafirin

271

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NABIHAH BINTI AHMAD FAIZUL

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SURAT-SURAT DARI MANINJAU

2. Pengarang: Hafizul Faiz

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Jejak Tarbiah

Sinopsis Buku Di surat-surat dari Maninjau ada cinta yang utuh, impian yang
5. Yang Dibaca: terpaksi dan kejujuran yang menjahit segala wacana. Sesiapa
sahaja boleh temui dirinya di dalam surat-surat dari maninjau,
seperti saya yang menemui diri saya setelah menoktahkannya.

Kepada pencinta sejarah, kepada sejarawan yang jatuh cinta,
kepada yang tak pasti, kepada yang memilih untuk pergi, semoga
surat-surat dari maninjau yang tiba di tangan-tangan, kalaupun tidak
mengubah apa-apa, cukulah andainya bisa membawa kalian ke
daerah yang paling indah, iaitu daerah ‘diri sendiri’.

Surat-Surat dari Maninjau bagi saya sebuah naskhah yang amat
mengesankan. Buku ini berpeluang menjadi naskhah yang
evergreen. Dalam buku ini, penulis menghidangkan fakta-fakta
ilmiah sejarah penyebaran agama Islam ke Nusantara dengan cara
tersendiri, iaitu melalui surat– surat yang diutus Qhuzeil kepada
Asyfa dan Natrah.

Manfaat/pengajaran Nilai yang dibawakan dalam buku ini amat penting, iaitu keghairahan

6. yang diperoleh dan kesungguhan menuntut ilmu. Lihat sahaja bagaimana
daripada buku ketekunan Qhuzeil dan Asyfa dalam mendalami sejarah. Natrah pula

yang dibaca: yang tidak jemu-jemu mencari maklumat, malah berani membuat

pembentangan walaupun masih seorang pelajar. Ketika saya sorang

pelajar, pembentangan ialah sesuatu perkara yang saya sentiasa

mahu elak, kerana tidak yakin dengan ilmu dan penyampaian

sendiri. Sebab itu saya jadi kagum kepada orang-orang yang yakin

dengan pendapat mereka dan mahu membuat pembentangan idea,
dan mahukan kritikan bagi penambahbaikan.. Fakta – fakta ini

tersusun dan diterangkan dengan baik dan seperti memanggil-

272

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
manggil kita untuk segera mencari dan mentelaah sumber-sumber
yang penulis nyatakan dalam buku ini. Penceritaan sejarah dengan
cara ini amat baik dan langsung tidak membosankan ketika sesi
pembacaan. Saya seperti tidak mahu berhenti setiap kali
meneruskan pembacaan. Sebagai seorang siswa, ketekunan
menggali ilmu Qhuzeil, Asyfa, Nubhah dan Natrah amat saya
kagumi. Qhuzeil sebagai siswa dan masih muda, pastinya tidak lari
daripada perkara fitrah. Beliau jatuh suka kepada sahabat
seperjuangan belajar sejarahnya, Asyfa. Namun begitu, tidak semua
kisah cinta berakhir dengan bahagia. Seperti mengingatkan saya
kepada novel Buya Hamka, iaitu Di Bawah Lindungan Kaabah,
begitulah juga yang terjadi kepada Qhuzeil. Saya jadi jatuh kasihan.
Dia memendam rasa seperti Hamid, cuma cinta Hamid itu berbalas
walaupun tidak bersatu, tetapi Qhuzeil malah ditolak mentah-mentah
oleh Asyfa.

Kisah cinta tiga segi berada di mana-mana pun, tetapi olahan
penulis ini membuatkan kisah itu nampak lebih unik dan lain
daripada yang lain. Cinta itu berlegar dalam perjalanan mencari
ilmu, bukannya hanya sibuk berkasih dan melupakan perkara lain.

Nabihah binti Ahmad Faizul

273

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR AFIQAH BINTI MOHD LAHURI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BENCANA 2020

2. Pengarang: Hadi Fayyadh

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang Kronologi bencana akhir zaman dan
Yang Dibaca: masih kabur bahawa sebenarnya ia sedang berlaku secara
beransur-ansur melalui petanda yang disebutkan Nabi SAW. Buku
ini juga menyedarkan bahawa alam ini dan manusia sedang melalui
proses “pengakhiran peradaban” yang sangat drastik dan dahsyat
sejak akhir-akhir ini. Bencana 2020 akan mengupaskan dan
membincangkan tentang 20 bencana dahsyat yang sedang terjadi
dan 20 bencana yang terlalu menyeramkan dan menggerunkan
yang bakal dilalui oleg umat manusia.

Manfaat/pengajaran Manfaat daripada buku ini dapat menyedarkan manusia bahawa hari

yang diperoleh kiamat itu semakin dekat dan dalam masa yang sama dapat
6. daripada buku menyedarkan umat manusia tentang bencana yang telah berlaku di

yang dibaca: sekeliling kita yang telah dinyatakan dalam Al-Quran.

7. Tandatangan: Nur Afiqah binti Mohd Lahuri

274

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR ALANI FATINI BINTI MOHD
ADNAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: JEJAK MONPUS

2. Pengarang: Zulaiha Paikon

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd

5. Sinopsis Buku Novel Jejak Monpus mengisahkan Zahar, seorang mahasiswa Sains
Yang Dibaca: Kaji Hayat dan juga seorang pencinta serangga yang dilema dengan
ulat bulu spesies Pus Pus kesayangannya kerana hampir pupus.
Zahar bernasib baik kerana menemui Monarch, ulat bulu spesies
baru, di sebuah pulau terpencil. Zahar berjaya mencantumkan
spesies Monarch dengan Pus Pus, dan menghasilkan spesies baru,
Morgan. Pada masa yang sama, Kampung Maju Jaya, kampung
tempat Zahar tinggal, dilanda wabak. Penduduk kampung menuduh
Zahar penyebabnya. Untuk membersihkan namanya, Zahar pun
menyiasat. Dia akhirnya mengetahui bahawa wabak itu
sebahagiannya berpunca daripada kilang kelapa sawit yang
beroperasi di kampung itu. Zahar bertekad untuk mencari penawar.
Belum sempat penawar dihasilkan, bahan eksperimennya dicuri oleh
Arifin, samseng kampung yang sangat memusuhinya. Masalah
akhirnya selesai apabila Arifin ditangkap oleh pihak. Zahar
meneruskan misi mencipta penawar, dan akhirnya berjaya
menghasilkan MONPUS, sejenis racun serangga biologi.

Manfaat/pengajaran Novel Jejak Monpus ini memberi manfaat kepada pembaca kerana
dapat belajar cara untuk mencapai sesuatu kejayaan. Contohnya,
yang diperoleh
6. daripada buku dalam novel tersebut, Zahar sentiasa sabar dan tabah dalam

yang dibaca: mencapai sesuatu kejayaan iaitu dia sabar dalam melakukan

penyelidikan dan Berjaya menghasilkan formula racun serangga.

7. Tandatangan: Nur Alani Fatini binti Mohd Adnan

275

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR EMILYN NABILA BINTI
MAZIHAR

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PELUKIS JALANAN

2. Pengarang: Teme Abdullah

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Iman Publication

5. Sinopsis Buku Buku Pelukis Jalanan ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang
Yang Dibaca: mendapat keputusan SPM yang cemerlang dan dia juga telah
mendapat tawaran untuk menyambung pelajarannga di luar negara.
Sebelum dia menyambung di luar negara, dia perlu memasuki
universiti di negara sendiri sebagai persediaan. Dia memang benar-
benar bersemangat untuk ke luar negara kerana dia memang minat
dengan kursus yang ditawarkan. Tetapi, sepanjang dia berada di
universiti tempatan, dia telah sedar bahawa belajar ini merugikan
kehidupan dia dan menyebabkan dia tidak fokus di dalam kelas. Dia
memutuskan untuk tidak ingin pembelajaran tetapi dia tetap belajar
di universiti itu dan ingin menjadi seorang ustaz kerana ingin
mengejar akhirat. Tetapi, sebulan sebelum peperiksaan besar itu,
dia sedar bahawa itu semua silap. Dia sudah mensia-siakan peluang
dia untuk meneruskan pengajian ke luar negara. Dia sedar bahawa
sudah terlambat untuk dia belajar mengulang kaji tetapi dia tetap
mengulang kaji. Untuk lulus peperiksaan besar itu, dia sekurang-
kurangnya mendapat 12 mata daripada 15 mata. Tetapi, keputusan
yang dia perolehi hanya 11 mata dan menyebabkan dia tidak dapat
belajar di luar negara.

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Dengan

6. yang diperoleh membaca buku ini, kita dapat perolehi pelbagai pengajaran yang kita
daripada buku dapat belajar iaitu kita janganlah mudah hilang semangat ketika

yang dibaca: belajar walaupun sesusah mana ujian yang kita hadapi.

7. Tandatangan: Nur Emilyn Nabila binti Mazihar

276

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR KHAIRINA IRDINA BINTI MD
KHALID

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENULISAN TEKS PENGACARAAN MAJLIS

2. Pengarang: Ab. Rahim Md. Yasin & Zaleha Fadzil

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Sasbadi Sdn. Bhd., Petaling Jaya

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua perkara yang perlu diketahui oleh
Yang Dibaca: seseorang untuk menulis sebuah teks yang sesuai bagi sebuah
majlis. Buku ini juga mengajar pembacanya tentang bagaimana
untuk menghasilkan sebuah pengacaraan majlis yang sempurna. Ia
juga menyentuh perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika
menghasilkan teks pengacaraan majlis. Di dalam buku ini juga,
pengarang juga memberikan pelbagai contoh teks pengucapan
majlis bagi pelbagai majlis kepada para pembaca.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin menghasilkan

Manfaat/pengajaran sebuah teks pengacaraan majlis yang cemerlang. Info yang terdapat
di dalam buku ini adalah ringkas dan mudah untuk difahami oleh
6. yang diperoleh pembaca. Pembaca bukan sahaja mampu menghasilkan sebuah
daripada buku
teks pengacaraan majlis yang cemerlang malah pembaca juga
yang dibaca: dapat mempelajari bagaimana untuk menyampaikan teks tersebut

dengan baik.

7. Tandatangan: Nur Khairina Irdina binti Md Khalid

277

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURIN ATIQAH BINTI YUSRI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TATABAHASA DEWAN

2. Pengarang: Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid
Mahmood

3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Buku ini mempunyai sembilan belas bab dan terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu Sejarah dan Variasi Bahasa, Morfologi dan
Sintaksis. Buku ini merangkumi topik-topik bahagian dengan baik,
lengkap dan menerangkannya dengan terperinci.

Senarai singkatan atau lambang disenaraikan dengan baik. Isi

kandungan adalah amat jelas kerana buku ini menyenaraikan

semua subtopik setiap bab dengan baik. Selain itu, setiap bab

mengandungi pendahuluan, yang mana dapat memberikan

penjelasan ringkas kepada pengguna terhadap sesuatu bab yang

akan dibaca. Glosari Istilah juga disenaraikan sekaligus dapat

membantu pengguna sekiranya tidak faham maksud sesuatu

Sinopsis Buku Yang perkataan yang digunakan dalam buku ini.

5. Dibaca: Bukan itu sahaja, walaupun buku ini tebal, ayat yang digunakan

sangat mudah difahami. Saya dapat merujuk buku ini semasa

membuat latihan yang diberikan kepada pensyarah dengan baik.

Saya juga dapat menggunakan buku pada setiap semesta dan

semesta akan datang sebagai rujukan.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah
pada bab terakhir iaitu Proses Penerbitan Ayat yang tergolong
dalam bahagian Sintaksis. Hal ini demikian kerana, buku ini
menjelaskan secara terperinci proses-proses tersebut iaitu dengan
membina banyak rajah pohon dan contoh-contoh ayat yang
sesuai. Oleh itu, buku ini amat membantu mengurangkan
kekeliruan kepada ramai pengguna dan dapat meningkatkan
keyakinan pengguna untuk menggunakan buku ini.

278

Bil. Perkara Catatan

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin penerangan lanjut
yang diperoleh dalam Sejarah dan Variasi Bahasa, Morfologi atau Sintaksis. Ayat
6. daripada buku yang dan isi yang digunakan tidak tinggi dan mudah untuk difahami bagi
dibaca: mahasiswa, guru-guru, pensyarah dan ramai lagi. Setiap helaian
halaman muka surat dipenuhi dengan ayat yang padat tetapi
7. Tandatangan: ringkas. Pembaca haruslah baca dengan teliti dan memahami
dengan betul untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik. Hal
ini demikian kerana, sekiranya pembaca mengabaikannya,
pembaca boleh mengalami kekeliruan kerana Morfologi dan
Sintaksis adalah saing berkait isinya.

Nurin Atiqah binti Yusri

279

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL NIEYSHA HANIS BINTI
MOHD TARMIZI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

2. Pengarang: Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi
Ayub, Faiziah Shamsudin, Abd. Rahim Ismail, Maria Mansur

3. Tahun diterbitkan: 2012

4. Diterbitkan oleh: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dalam bahasa Melayu
Yang Dibaca: Kontekstual; i) kemahiran komunikasi, ii) kemahiran menyampai, iii)
cara penyampaian pengumuman, iv) kemahiran pembentangan
kertas kerja, v) kemahiran pengacaraan majlis, vi) pembentangan
laporan, vii) proses pengucapan awam, viii) penyampaian pidato, ix)
penyampaian ucapan, x) penyampain syarahan, xi) penyampaian
taklimat, xii) penyampaian ceramah dan xiii) panduan menulis
rujukan.

Subjek ini memfokuskan kepada pengembangan kebahasaan dan
keterampilan berkomunikasi selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Buku ini menerangkan kemahiran
komunikasi yang merangkumi takrifan dan ciri komunikasi
interpersonal dan intrapersonal serta halangan komunikasi. Bukan
itu sahaja, buku ini juga menjelaskan kemahiran menyampai yang
melibatkan sub-tajuk seperti konsep dan cara menyampai maklumat,
elemen dalam kemahiran menyampai, proses pencerapan dan
analisis khalayak, penyediaan awal sebelum menyampaikan
maklumat.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah
panduan menulis rujukan dan merakam kutipan dalam bahasa
Melayu mengikut Sistem APA. Perkara ini dapat membantu para
pelajar dalam menulis dan mengikut sistem APA yang betul.

280

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar di IPG, kegunaan dan rujukan

para pensyarah dan pelajar universiti. Info yang dipersembahkan

secara ringkas dan padat berupaya memberi kefahaman kepada

Manfaat/pengajaran pembaca tentang Bahasa Melayu Kontekstual. Ternyata buku ini

yang diperoleh mampu memberikan kefahaman yang tinggi kepada para pembaca.
6. daripada buku Buku ini juga memudahkan para pembaca kerana telah

yang dibaca: menyediakan beberapa contoh bahan penulisan sebagai rujukan.

Bukan itu sahaja, buku ini juga memberikan maklumat yang tepat,

ringkas dan padat mengenai tajuk pembelajaran yang terdapat

dalam sukatan pelajaran tersebut.

7. Tandatangan: Nurul Nieysha Hanis binti Mohd Tarmizi

281

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SITI NUR AISYAH BINTI AZALAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: 40 HADIS AMALAN SEDIKIT PAHALA BERGANDA

2. Pengarang: Muhadir Haji Joll

3. Tahun diterbitkan: 2018

4. Diterbitkan oleh: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Selangor

5. Sinopsis Buku Buku ini mempunyai kandungan yang terperinci mengenai 40 Hadis
Yang Dibaca: yang menceritakan tentang amalan yang sedikit tetapi berlipat
ganda ganjarannya; i) pengenalan yang menumpukan kelebihan
mengajar dan menuntut imu agama ii) kelebihan wudhuk iii)
kelebihan azan iv)kelebihan bacaan Al-quran v) kelebihan selawat
vi) kelebihan hauqalah vii) kelebihan bacaan menggandakan
amalan.

Sebagai seorang mukmin yang cemerlang, kita seharusnya
mempraktikkan kehidupan berlandaskan rukun Islam dan
mendekatkan diri dengan Allah. Pelbagai cara yang dapat dilakukan.
Amalan solat, sedekah, ibadah perlulah dilakukan dengan sempurna
supaya kita sentiasa diberkati. Isi kandungan di dalam buku ini
mempunyai pelbagai hadis yang menunjukkan bukti kelebihan setiap
amalan yang dilakukan. Oleh itu, kita perlulah mengetahui, segala
amalan kebaikan yang kita lakukan pasti akan mendapat ganjaran
pahala yang berlipat ganda.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin menambahkan ilmu

pengetahuan dalam bidang agama Islam seterusnya mendekatkan

Manfaat/pengajaran diri dengan Allah SWT. Buku ini juga amat mudah difahami
seterusnya dapat membuatkan kita lebih sedar terdapatnya pelbagai
6. yang diperoleh amalan yang ringan tetapi mampu mendapat ganjaran pahala yang
daripada buku
berganda. Justeru, buku ini sangat penting untuk semua pembaca
yang dibaca: menghayati setiap isi kandungannya kerana terdapat pelbagai hadis

yang dapat kita rujuk dan membuatkan kita lebih bersemangat untuk

melakukan amalan kebaikan serta beramal soleh ke jalan Allah.

7. Tandatangan: Siti Nur Aisyah binti Azalan

282

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SITI NUR ATHIRAH BINTI MOHD
NAWI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SAMPAH

2. Pengarang: Shahnon Ahmad,Dato

3. Tahun diterbitkan: 1974

4. Diterbitkan oleh: Hazrah Enterprise

5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang isu kemiskinan di bandar.Buku ini
Yang Dibaca: menceritakan tentang si miskin yang tinggal di bandar yang mana
bercita-cita untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan tempat
yang dikatakan banyak pekerjaan,selesa dan besar rumahnya serta
makanan dan hiburan.

Buku ini menceritakan si pengemis dianggap sebagai sampah
masyarakat.Buku ini menceritakan tentang luahan perasaan
seorang pengemis.Buku ini menceritakan tentang pengemis yang
cuba menghulur tangan sekali lagi.Sekurang-kurangnya dia dapat
bersandarkan harapan.Tetapi,dia tidak lagi berharap kerana
sandaran tidak pernah dimakbulkan.Manusia pada zaman sekarang
hanya memikirkan diri sendiri dan tidak pernah memikirkan
kewujudan orang lain.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca kerana dapat menyedarkan

Manfaat/pengajaran pembaca bahawa seorang pengemis perlu dihargai dan sedari
kewujudannya.Sebagai seorang manusia kita tidak boleh
yang diperoleh
6. daripada buku memandang rendah kepada orang yang di bawah kita.Walaupun
yang dibaca: kita berada di atas kita perlu menghormati orang yang di bawah

kita.Sepatutnya kita patut menolong orang yang berada di bawah

kita untuk bangkit dan berjaya seperti kita.

7. Tandatangan: Siti Nur Athirah binti Mohd Nawi

283

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SURAYA BINTI ABU SAMAH

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SONGKET BERBENANG EMAS

2. Pengarang: Khairuddin Ayip

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik
Yang Dibaca: dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi
masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap
peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah
pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di
Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental.
Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama
beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-
kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah
menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.
Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah
menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan. Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh generasi muda untuk dijadikan

yang diperoleh pengajaran kepada mereka. Biarpun hidup yang susah, ia bukanlah
6. daripada buku penghalang untuk seseorang meanjutkan pelajarannya. Oleh itu,

yang dibaca: cerita ini memberi inspirasi kepada mereka agar tidak berputus asa.

7. Tandatangan: Suraya binti Abu Samah

284

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAN NUR HARIFAH BINTI TON
JAMAL

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 5

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: RAMADHAN MILIK KITA (BULAN MENSUCIKAN DIRI)

2. Pengarang: Syeikh Haris Al-Haras

3. Tahun diterbitkan: 2008

4. Diterbitkan oleh: Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek berkaitan dengan bulan ramadan.
Yang Dibaca: Buku ini berkisarkan tentang bulan Ramadan yang penuh rahmat
dan keberkatan. Semua maklumat penting yang berkaitan dengan
Ramadan terdapat dalam buku ini. Antaranya ialah syarat-syarat sah
puasa, kewajipan umat islam untuk menunaikan ibadah puasa ini,
perkara-perkara sunat, perkara-perkara makruh dan juga perkara
yang membatalkan puasa ini serta terdapat banyak lagi. Buku ini
sudah lengkap menceritakan tentang bulan Ramadan ini. Tidak
ketinggalan, buku ini juga menyentuh berkaitan ilmu malam laillatur
qadar dan amalan-amalan yang boleh dilakukan. Seterusnya, buku
ini memberi maklumat berkaitan bacaan niat, doa untuk solat terawih
dan banyak lagi. Buku ini dilengkapi dengan hadis-hadis Rasulullah
SAW yang sahih dalam menerangkan kemaslahatan yang timbul.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca terutamanya pada bulan

Manfaat/pengajaran Ramadan ini kerana buku ini dapat menyelesaikan persoalan yang

6. yang diperoleh timbul berkaitan dengan ibadah puasa. Info yang dipersembahkan
daripada buku secara ringkas dan padat berupaya memberi kefahaman kepada

yang dibaca: pembaca. Buku ini juga sesuai dibaca oleh semua lapisan

masyarakat.

7. Tandatangan: Wan Nur Harifah binti Ton Jamal

285

PISMP JUN 2021
PENDIDIKAN ISLAM

IPG KAMPUS KOTA BHARU

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : AISHAH BINTI ABDULLAH

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

2. Pengarang: Mohd Firdaus bin Mat Saad

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Dakwah Global Enterprise, Selangor

5. Sinopsis Buku Buku Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang ini ditulis khas oleh
Yang Dibaca: Saudara Firdaus kepada para pelajar yang inginkan kecemerlangan
dalam pelajaran. lanya disusun berdasarkan pengalaman beliau
menjadi pelajar cemerlang baik di peringkat menengah mahupun di
peringkat universiti. Segala rahsia beliau dicurahkan di dalam buku
ini dengan hasrat untuk membantu anak bangsa tercinta
mengungguli kecemerlangan.

Setiap pelajar memerlukan panduan dan bimbingan yang berkesan
agar perjalanan kehidupan akademik mereka dapat dilalui dengan
jayanya meskipun dunia kehidupan sebagai seorang pelajar
semakin mencabar, disorotkan lagi dengan sistem merit yang
merancakkan lagi saingan keupayaan dalam kalangan pelajar.
Mereka yang cemerlang akan diberi keutamaan baik dari segi
bantuan kewangan mahupun peluang kerjaya pada masa hadapan.
Pelbagai panduan untuk cemerlan dinyatakan di dalam buku ini buat
mereka yang dahagakan kecemerlangan. Dengan kecemerlangan
yang dimiliki segala bantuan pembelajaran akan mudah diperolehi
bahkan lebih dari itu peluang bekerja turut disediakan.

Saudara Firdaus ini juga menceritakan pengalamannya menjadi
pelajar cemerlang di University of Sheffield United Kingdom dan
ingin menjadi contoh terbaik kepada mereka di luar sana dalam
bidang kecemerlangan akademik.

Manfaat/pengajaran Buku ini telah memaparkan pelbagai tips untuk berjaya yang boleh

yang diperoleh dijadikan pengajaran buat semua pelajar. Tips yang dikongsi juga
6. daripada buku bersifat praktikal dan diolah dengan baik berdasarkan pengalaman

yang dibaca: saudara Firdaus itu sendiri. Kaedah pembelajaran yang dijelaskan

287

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: adalah sangat realistik dan mudah untuk saya praktikkan bagi
membolehkan saya berjaya seperti mereka diluar sana.

Aishah binti Abdullah

288

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : AMIRUL ASYRAF BIN AZALAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: MAHAR CINTA CINDERELLA

2. Pengarang: Maya Iris

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: PTS Litera Utama Sdn.Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan tentang pertemuan pertama Nur Sayang dan
Yang Dibaca: Andrew bagaikan dongeng Cinderalla. Doktor berbangsa Cina itu
menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan menggunakan
sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi,
namun dia membenci Andrew kerana sering menggelarnya ‘Islam
Celup’.

Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan
Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu
Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan
berakhir seperti nasib ibunya.

Ehsan muncul dalam hidup Nur Sayang selepas Andrew gagal
memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam,
Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak gadis itu. Ehsan kemudian
membawa rajuknya ke Palestin

Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang
bagi memperbaiki diri, Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam
Revolusi Mesir menggulingkan presiden.

Manfaat/pengajaran 1. Janganlah kita terlalu mudah terpedaya dengan nafsu dan cinta

6. yang diperoleh sehingga boleh terpesong dengan ajaran islam
daripada buku 2. Kita haruslah berhati berhati dalam memilih pasangan supaya

yang dibaca: menjamin kehidupan yang bahagia.

7. Tandatangan: Amirul Asyraf bin Azalan

289


Click to View FlipBook Version