The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokkenali2020, 2022-01-11 02:42:20

SINOPSIS_IPGKKB_2021

SINOPSIS_IPGKKB_2021

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : UMMU MAISARAH BINTI ZULKIFLI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: DARI LEMBAH KE PUNCAK

2. Pengarang: Ghazali Lateh

3. Tahun diterbitkan: 2009

4. Diterbitkan oleh: Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Sinopsis Buku Novel Dari Lembah ke Puncak bertemakan kegigihan seorang
5. Yang Dibaca: remaja menempuh cabaran dan dugaan untuk menunaikan amanat
arwah bapanya bagi menebus hak milik tanah mereka. Jalil telah
menerima amanah daripada bapanya untuk mengusahakan tanah
sawah pusaka bapanya. Pak Teh telah mengajar pelbagai selok-
belok untuk mengusahakan sawah berdasarkan pengalamannya.
Pak Teh juga berpesan agar meneruskan usaha untuk mendapatkan
geran tanah tersebut. Pak Teh sudah banyak kali berurusan dengan
Pejabat Tanah di Pendang sejak membuka tanah sawah yang
berasal dari hutan paya itu, tetapi tidak berhasil. Pak Teh berasa
kecewa sekiranya usaha itu gagal kerana tanah sawah itu sahajalah
pusaka yang ditinggalkan kepada Jalil.

Setelah kematian bapanya iaitu Pak Teh, Jalil menempuh pelbagai
halangan untuk menebus hak milik tanah tersebut. Jalil ditinggalkan
oleh keluarganya yang tidak tahan dengan cercaan dan ancaman
penduduk kampung akibat fitnah terhadap Muhsin. Hal ini
menyebabkan tanah sawah itu berpindah milik setelah dijual oleh
Mak Teh kepada Pak Amat. Jalil terpaksa membuat janji mulut
dengan Pak Amat untuk membayar harga tanah itu pada suatu
masa nanti. Namun, Jalil tidak berputus asa dengan cabaran untuk
menebus tanah itu. Sebaliknya, cabaran itu menjadi pembakar
semangat kepadanya untuk terus mencari jalan bagi memenuhi
amanat arwah bapanya itu.

Akhirnya, Jalil bukan sahaja dapat membeli dan memiliki semula
tanah sawah itu, malah memiliki keseluruhan kampung tersebut
untuk dimajukan sebagai taman tema yang terunggul di kawasan

340

Bil. Perkara Catatan
tersebut.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang baru berjinak-jinak

Manfaat/pengajaran dengan hobi membaca kerana penggunaan kata dan ayat yang

yang diperoleh senang untuk difahami. Buku ini banyak memberi pengajaran
6. daripada buku kepada para pembaca supaya tidak mudah putus asa dalam apa jua

yang dibaca: yang dilakukan sehingga apa yang kita lakukan itu membuahkan

hasil.

7. Tandatangan: Ummu Maisarah binti Zulkifli

341

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAFA HANNAH BINTI
ARZUKARNAIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: WACANA PENULISAN

2. Pengarang: Husin Fateh Din

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Sasbadi Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dalam wadah penulis untuk
Yang Dibaca: melihat generasi seterusnya mantap dengan wacana dalam setiap
penulisan. Menerusi konsep wacana yang diaplikasikan dalam
penulisan, buku ini melontarkan harapan agar pembudayaan
wacana dalam penulisan dijadikan amalan setiap orang pada masa
akan datang.

Buku ini memberikan panduan kepada pembaca tentang asas
utama dalam penulisan sesebuah wacana yang berkesan. Buku ini
juga merangkumi prinsip asas penulisan wacana iaitu seperti; i) ciri-
ciri wacana bermakna, ii) pelbagai jenis penulisan akademik , iii)
panduan penulisan rujukan yag betul dan tepat, iv) penggunaan
penanda wacana yang pelbagai dalam penulisan, v) keutuhan
wacana, vi) struktur-struktur dalam penulisan, dan vii) kemahiran
pelaporan.

Penulis juga memberikan pendedahan kepada pembaca tentang
penulisan sesebuah ulasan, resensi dan kritikan terhadap sesebuah
penghasilan karya.

Pada bahagian penutup, penulis juga mengetengahkan tentang nilai
kepatuhan terhadap etika dalam penulisan supaya tidak didedahkan
dengan gejala plagiat yang ketara. Antara perkara yang disentuh
oleh penulis di dalam bukunya yang menarik minat saya adalah
tentang etika plagiat iaitu kesan buruk yang mana apabila seseorang
melibatkan diri dalam tindakan menggunakan perkataan dan idea
seseorang (ciplak) tanpa hak dan mendokumentasikan sumbernya.

342

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca dengan masa yang singkat

kerana pemilihan perkataan yang tepat, padat dan ringkas. Namun,

pembaca tidak perlu mencari dan membuat kajian dalam jurnal

Manfaat/pengajaran berkaitan wacana penulisan di laman web serta dapat menjimatkan
masa. Info yang dipersembahkan secara ringkas dan padat
yang diperoleh
6. daripada buku berupaya memberi kefahaman kepada pembaca tentang apakah

yang dibaca: yang dimaksudkan dengan wacana dalam sesebuah penulisan.

Penggunaan peta minda banyak didedahkan untuk merangkumi isi

keseluruhan topik tersebut. Penulis juga mahir dengan

menggunakan bahasa standard yang menepati piawaian tatabahasa

dan sintaksis Bahasa Melayu dengan betul.

7. Tandatangan: Wafa Hannah binti Arzukarnain

343

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAFIQ HAZIM BIN RAMLI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TIVI

2. Pengarang: Shahnon Ahmad

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Buku ini seperti tajuk yang diberikan ianya berkisar tentang sebuah
Yang Dibaca: telebisyen yang telah mengubah kehidupan keluarga Chah dengan
sangat drastic. Penulisan buku ini sesungguhnya sukar untuk
difahami dan bagi untuk membacanya, pembaca harus pergi luar
daripada fikiran dengan seolah-olah berkhayal tentang latar tempat
yang dinyatakan di dalam karya ini. Contohnya di dalam karya ini
setuasinya seperti sebuah kampung sebagai contoh kangpung di
dalam negeri Kedah, Sika tau Yan yang disutu terdapat bendang
padi seperti tempat yang dinyatakan di dalam novel ini.

Susana kampung amat berbeza dengan suasana dunia luar,
sampailah seorang anak perempuan hasil daripada Mat Isa dan
Jeha iaitu Chah telah Berjaya mendapatkan kerja di Kawasan
bandar besar. Setelah lama Chah telah bekerja di bandar sebagai
seorang pekerja membuat skru Chah telah Berjaya mengumpul
wang dan telah membawa sebuah tv yang bernilai kepada
keluarganya di kampung.

Pendeknya, dengan kehadiran tv di dalam keluarga Chah ianya bagi
mencapai kemajuan namun sebaliknya hanya kerosakan dan
kehancuran yang berlaku. Selain itu, mereka pada masa itu, hanya
menganggap semua maklumat yang keluar dari tv merupakan
kebenaran atau mereka menganggap sebagai dalil yang paling kuat
bagi keluarga Chah.

Namun secara tidak sedar, kehadiran tv di dalam rumah mereka
telah membawa perubahan secara keseluruhan kehidupan sosial
keluarga Chah. Dahulunya mak ayah Chah, yang sangat rajin dari
pagi sehingga malam membuat kerja di bendang, mengembala

344

Bil. Perkara Catatan

lembu dan kerbau serta memotong rumput di halaman, kini makin
banyak menghabiskan masa mereka di hadapan tv.

Akhirnya, kesan daripada menonoton tv, ianya telah memberi kesan
negative yang telah menyebabkan keluarga mereka sanggup
melanggar batas agama. Secara kesimpulanya, pengarang ingin
mengatakan bahawa, tv yang mampu membawa kemajuan daripada
hidup yang mundur namun pada akhirnya ia telah membawa
kehancuran yang besar kepada Chah dan sekeluarga.

Manfaat/pengajaran Pengajarannya, janganlah sesekali menyampaikan berita yang tidak
baik kepada masyarakat. Seterusnya kita haruslah menapis dahulu
6. yang diperoleh setiap apa yang hendak apa dilakukan. Akhirnya janganlah sesekali
daripada buku
putus iman dan kepercayaan kepada tuhan kerana ianya mampu
yang dibaca:
membawa kita kepada arah kemusnahan.

7. Tandatangan: Wafiq Hazim bin Ramli

345

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAN NUR SYAZWANI BINTI WAN
HASNOR

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: MANHAJ RASM UTHMANI

2. Pengarang: Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Abd. Ghani

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Telaga Biru Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang sejarah penulisan Al-Quran yang
Yang Dibaca: merupakan salah satu cabang ilmu yang jarang diperkenalkan
dalam kalangan masyarakat Islam. Antara pengisian menarik dalam
buku ini adalah:

i) Mendedahkan para pembaca agar mengetahui dan
mendalami Al-Quran, sejarahnya dan metod pembacaannya.

ii) Menerangkan kaedah pengumpulan Al-Quran pada zaman
para sahabat.

iii) Menjelaskan makna disebalik simbol-simbol tertentu dalam
Al-Quran.

iv) Menerangkan sebab sesetengah perkataan dalam Al-Quran
boleh dibaca lebih daripada satu cara bacaan.

Oleh itu, dengan adanya buku ini dapat membantu para pembaca
membaca dan memahami kandungan Al-Quran dengan tepat dan
benar.

Buku ini secara khususnya banyak membicarakan sejarah penulisan

al-Quran bermula daripada pengumpulan al-Quran sehingga

Manfaat/pengajaran dijadikan dalam satu mushaf yang lengkap. Penulis membawakan
pelbagai jenis rujukan dalam menghasilkan manuskrip ini yang
6. yang diperoleh sangat membantu pembaca untuk mengkaji dan mendapatkan
daripada buku
maklumat-maklumat tambahan.
yang dibaca:

Buku ini sangat sesuai untuk setiap lapisan masyarakat, lebih-lebih

lagi kepada mereka yang sentiasa ingin mempelajari Al-Quran.

Adanya karya ini merupakan salah satu usaha yang baik dalam

346

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
mengetengahkan ilmu yang penting ini kepada masyarakat serta
mendedahkan peri pentingnya ilmu ini untuk diketahui. Semoga
dengan adanya buku ini dapat menjadikan diri kita gologan yang
dekat dengan Al-Quran dan mengamalkannya.

Wan Nur Syazwani binti Wan Hasnor

347

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ANIS SYUHADA BINTI MOHAMAD
ALWI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: WANITA DI BAWAH NAUNGAN ISLAM
2. Pengarang: Sa’id Muhammad Al Jundul

3. Tahun diterbitkan: 1994
4. Diterbitkan oleh: Thinker’s Library Sdn Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang nilai sebenar golongan wanita selepas
Yang Dibaca: kedatangan Islam. Kaum wanita merupakan kaum yang disifatkan
sebagai insan yang lemah dan seringkali menjadi mangsa
keruntuhan moral yang menyebabkan memberi keuntungan kepada
golongan kapitalis. Taraf hidup sebagai seorang wanita sebelum
kedatang Islam sering dipandang rendah sehingga para wanita
ketika itu tidak dapat merasai haknya sebagai manusia sedikit pun
seperti wanita dijadikan sebagai tempat kepuasan nafsu semata-
mata. Namun begitu, martabat dan maruah terus diangkat tinggi
setelah kedatangan Islam yang telah memberi jaminan semua hak
wanita serta memberi pembebasan daripada semua penderitaan
dan kekejaman yang dialami pada masa yang lampau.

Islam sangat mementingkan darjat seseorang wanita dengan
mengangkat martabat dan maruah wanita berdasarkan kepimpinan
Islam. Malah, para wanita bukan lagi golongan yang lemah seperti
yang dilihat pada zaman sebelum terbitnya sinar Islam kerana
wanita mendapat haknya sebagai manusia dan wanita sejati. Islam
telah mendedahkan akhlak, moral serta ajaran yang sebenarnya
untuk menaikkan taraf sebagai wanita yang kaya dengan nilai
sahsiah yang tinggi.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah cara
yang dibolehkan untuk wanita berdandan, keutamaan lelaki ke atas
wanita, pergaulan yang dibolehkan wanita serta hak wanita untuk
bekerja.

348

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca wanita mahupun lelaki untuk

memahami nilai sebenar wanita dalam Islam. Para wanita dapat

mempelajari dengan secara mendalam untuk menjadi seorang

Manfaat/pengajaran wanita Islam yang diredhai Allah melalui penerangan dalam soal

yang diperoleh ibadah mahupun hak sebagai seorang isteri serta untuk mendidik
6. daripada buku anak perempuan dengan akhlak yang perlu ada dalam diri seorang

yang dibaca: wanita. Pembaca lelaki pula mampu membimbing para wanita dalam

kehidupannya seperti ibu, isteri, adik perempuan supaya dapat

menjadi Muslimah yang sejati kerana lelaki merupakan pemimpin

dan pelindung bagi wanita.

7. Tandatangan: Anis Syuhada binti Mohamad Alwi

349

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : DANISH ASLAM BIN GHAZALI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: CHOT

2. Pengarang: Azizi Bin Haji Abdullah

3. Tahun diterbitkan: 2006

4. Diterbitkan oleh: Al-Ameen Serve Holdings, Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Alias
Yang Dibaca: yang mempunyai seekor beruk yang bernama Chot. Alias tinggal
bersama ibunya yang lumpuh di sebuah kampung. Alias masih
belajar iaitu dia berada di tahun 5. Dengan adanya beruk
kesayangannya, Chot, Alias dan ibunya dapat meneruskan
kehidupan dengan mengambil upah memetik kelapa menggunakan
khidmat Chot. Pada suatu hari, Chot telah hilang pada waktu pagi.
Jadi, Alias mencari Chot dengan sangat tekun sehinggakan dia tidak
hadir ke sekolah walaupun telah dipujuk berkali-kali oleh kawan-
kawan dan ibunya sendiri. Setelah bertungkus-lumus mencari Chot
tetapi tidak juga ditemui, dia membuat keputusan untuk pergi ke
sekolah walaupun dia menyedari bahawa sudah lewat jika dia pergi
ke sekolah pada waktu itu. Chot telah dijumpai oleh Alias pada jalan
pulangnya dari sekolah, Chot bersembunyi di pokok cenerai. Alias
berasa sangat gembira atas penemuan Chot itu. Pada hari
seterusnya, Alias telah dimarahi oleh Cikgu Sunan. Cikgu Sunan
telah menengkingnya sehingga dia terkejut dan telinganya terkena
pada bucu meja. Akibat daripada kejadian itu, Alias tidak hadir ke
sekolah buat beberapa hari bagai proses pemulihan.

Sepanjang Alias tidak hadir ke sekolah, dia menemani Chot untuk
mengambil upah memetik kelapa di kawasan sekitar. Ibunya
menanya kepada Alias tentang alasan kenapa dia tidak hadir ke
sekolah, Alias memberikan alasan bahawa bekalan beras sudah
habis dan memerlukan hasil pencarian yang lebih bagi menampung
keluarganya. Ternyata pernyataan itu adalah alasan semata-mata
untuk mengelakkan dirinya daripada pergi ke sekolah. Hal ini kerana
Alias takut diejek oleh kawan-kawannya kerana berbau busukiaitu

350

Bil. Perkara Catatan

telinganya bernanah. Sakit telinga Alias ini adalah satu rahsia yang
disimpan olehnya kepada orang luar. Cikgu Sunan bertanya kepada
Som tentang alasan ketidakhadiran Alias ke sekolah. Apabila Cikgu
Sunan tahu tentang sebab mengapa Alias tidak hadir ke sekolah,
beliau membuat keputusan untuk melawat rumah Alias. Ibu Alias
menyambut kedatangan Cikgu Sunan dengan sangat baik, namun,
Chot sangat tidak senang dengan kehadiran Cikgu Sunan. Apabila
Cikgu Sunan berborak dengan Alias tentang hal sekolah, beliau
memeriksa telinga Alias yang bernanah. Tiba-tiba, Chot menerkam
dan menyerang Cikgu Sunan. Chot menggigit lengan Cikgu Sunan
dan tidak mahu melepaskannya. Untuk menyelamatkan gurunya,
Alias terpaksa menikam Chot. Cikgu Sunan merasa sangat bersalah
dan beliau berjanji untuk membiayai pendidikan Alias sehingga
peringkat unversiti.

Buku ini banyak mengajar kita tentang nilai-nilai murni. Antaranya,

kasih sayang seorang kawan. Ianya sangat jelas apabila Alias

Manfaat/pengajaran sanggup menghabiskan masa sekolahnya untuk mencari Chot yang

yang diperoleh telah hilang. Walaupun Chot itu adalah seekor kera, namun, kera
6. daripada buku juga dapat menjadi seekor haiwan yang sangat setia lebih daripada

yang dibaca: manusia. Hal ini dapat ditunjukkan apabila Chot menerkam Cikgu

Sunan yang dianggap serangan terhadap Alias berdasarkan

tanggapan Chot.

7. Tandatangan: Danish Aslam bin Ghazali

351

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : KHADIJAH NURUL ANIS BINTI
CHE HALIPA

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PELIHARALAH DIRIMU DUHAI WANITA
2. Pengarang: Sya’wana Aziz

3. Tahun diterbitkan: 2012

4. Diterbitkan oleh: Pustaka Al-Ehsan, Selangor

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang; i) Kedudukan wanita dalam islam, ii)
Yang Dibaca: Perkahwinan menurut al-quran dan as-sunnah, iii) Isteri yang ideal di
dalam islam, iv) Hubungan antara suami dan isteri, v) Ciri-ciri isteri
solehah, vi) kewajipan hijab terhadap wanita, vii) amalan jahiliah dan
kaum wanita, viii) hikayat Rabiatul Adawiyah, dan ix) etika seorang
wanita Islam.

Wanita yang mempunyai kasih sayang yang tinggi, kelembutan yang
luar biasa dan kemesraan yang sangat kuat di hatinya, ia
merupakan anugerah Allah kepada kaum Wanita. Namun, hanya
merekalah yang perlu melengkapkan diri mereka dengan
kesopanan, ciri-ciri budi pekerti yang penuh dengan keindahan yang
memaparkan satu pancaran cahaya seperti bidadari syurga yang
mekar sebagai bunga idaman yang menghiasi taman syurga. Wanita
solehah akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran.
Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak yang taat kepada
kedua ibubapanya. Jika dia menjadi isteri maka jadilah dia seorang
isteri yang patuh dan taat kepada suaminya. Jika dia seorang ibu
maka jadilah seorang ibu yang berkasih sayang terhadap anak-anak
dan mendidik mereka menjadi seorang anak yang soleh dan
solehah.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah kisah
Rabiatul Adawiyah, yang mana amat membantu saya dalam
mengenali srikandi agung dalam Islam yang terkenal dengan sifat
wara’ dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai.

6. Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh seluruh pembaca wanita yang ingin

352

Bil. Perkara Catatan
yang diperoleh
daripada buku mendalami tentang ketinggian darjat wanita di dalam Islam. Info
yang dibaca: yang dipersembahkan secara ringkas dan padat berupaya memberi
kefahaman kepada pembaca tentang apakah yang dimaksudkan
7. Tandatangan: dengan penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. dan bagaimana
menjadi wanita yang solehah.

Khadijah Nurul Anis binti Che Halipa

353

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMAD ADIB AQIL BIN MOHD
RAZALI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: 40 AMALAN MUDAH MENURUT SUNNAH

2. Pengarang: Dr. Muhamad Rozaimi Ramle

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Grup Buku Karangkraf,

Sinopsis Buku Mengamalkan Sunnah Nabi SAW merupakan antara nikmat terbesar
5. Yang Dibaca: yang Allah SWT kurniakan kepada seorang Muslim. Oleh itu, ulama
silam sanggup mengembara jauh semata-mata mahu mencari
sepotong hadis.

Buku ini menghimpunkan 40 amalan mudah berdasarkan hadis
Rasulullah SAW. Penulis menghimpunkan amalan-amalan harian
yang mudah untuk diamalkan agar setiap pembaca dapat
mengamalkan Sunnah setiap hari dalam kehidupan.

Manfaat yang diperolehi daripada buku ini ialah, para pembaca

didedahkan dengan amalan-amalan harian yang mudah yang

dilakukan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, para pembaca akan dapat

mengetahui bahawa ada amalan-amalan yang pada zahirnya

kelihatan mudah untuk diamalkan namun pada hakikatnya amalan

tersebut mendatangkan ganjaran pahala yang besar bagi sesiapa

Manfaat/pengajaran sahaja yang mengamalkannya. Hal ini demikian kerana, setiap
Muslim mengetahui bahawa mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW
6. yang diperoleh itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut dan disukai oleh
daripada buku
syarak. Justeru itu, buku ini amatlah sesuai untuk dimiliki dan dibaca
yang dibaca:
oleh setiap orang Islam terutamanya di Malaysia kerana terkandung

kebaikan yang banyak didalamnya. Selain itu, penulis juga

menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami bagi

membolehkan orang awam memahami dengan baik setiap perhasan

yang dikemukakan di dalam buku tersebut. Hal ini kerana, jika

diperhatikan kita akan mendapati bahawa kebanyakan buku yang

terkandung di dalamnya perbahasan mengenai amalan atau hukum-

354

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
hakam Islam menggunakan bahasa yang hanya mampu difahami
dengan baik oleh para ilmuan sahaja. Inisiatif yang diambil oleh
penulis ini telah memberikan manfaat yang banyak kepada setiap
pembaca kerana membolehkan mereka untuk mengetahui,
memahami dan seterusnya mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW
dalam kehidupan seharian mereka.

Muhamad Adib Aqil bin Mohd Razali

355

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD ALIF AZRAN BIN
AZIZ

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

2. Pengarang: Kamaludin Muhammad

3. Tahun diterbitkan: 2018

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur memaparkan persoalan
Yang Dibaca: tentang kemunculan saudagar-saudagar melayu dan giatnya
gerakan dakwah islamiah di kalangan generasi muda. Menerusi
novel ini, Keris Mas menyimpulkan bahawa dalam usaha mencari
kekayaan dan kemajuan, asas keagamaan harus dikuatkan supaya
arah kemajuan yang hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa
dan agama.

Novel ini meruapakan salah satu sumbangan besar dan bermakna
daripada Sasterawan Negara ini kepada dunia kesusasteraan
Melayu.

Mengetahui serta menyedarkan diri akan perihal bangsa Melayu

Manfaat/pengajaran yang bercita-cita tinggi dalam membangunkan bangsa dan negara
selepas mencapai kemerdekaan untuk setanding dengan bangsa
6. yang diperoleh lain di dunia. Tidak lupa cerpen ini sarat dengan ideologi negara
daripada buku serta berlatarkan dunia korporat.Seterusnya ia memerihalkan
yang dibaca:
pentingnya corak pembangunan yang dicita-citakan, seimbang dari

segi material dan rohani

7. Tandatangan: Muhammad Alif Azran bin Aziz

356

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR AFIFAH BINTI JOHANI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SEMUANYA SOAL HATI

2. Pengarang: Pahrol Mohamad Juoi

3. Tahun diterbitkan: 2013

4. Diterbitkan oleh: Telaga Biru Sdn. Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang kebahagiaan apabila memiliki hati yang
Yang Dibaca:
tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan.Inilah erti

bahagia yang sebenarnya selaras dengan petunjuk Allah seperti
yang disebut dalam al-Quran iaitu , firman Allah dalam Surah al-
Ra’du ayat 28 yang bermaksud ” Ketahuilah dengan mengingati
Allah, hati akan menjadi tenang.” Rasulullah S.A.W juga bersabda
yang bermaksud ”Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada
seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi

apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia
adalah hati. ”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup
dengan apa yang dimiliki iaitu bersyukur dengan apa yang ada dan

sabar dengan apa yang tiada.Kemuncak kebahagiaan adalah

apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan
dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam

dengan mudah . Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta
perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali,” Inilah hakikat
akhlak mulia”

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin sentiasa mengubah

diri untuk menjadi lebih baik. Ilmu tentang hati dipersembahkan

Manfaat/pengajaran secara ringkas dan padat berupaya memberi kefahaman kepada

6. yang diperoleh pembaca tentang apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan
daripada buku
memiliki hati yang tenang. Hati perlu dibersihkan serta dipulihara
yang dibaca: ’kesihatannya’ agar lahirnya sifat-sifat mahmudah seperti amanah,

sabar, ikhlas, syukur, qanaah, redha dan sebagainya dan terhindar

dari penyakit-penyakit seperti takabbur, riak , hasad dan bakhil.

7. Tandatangan: Nur Afifah binti Johani

357

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR ALWANI BINTI AHAMAD

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENDIDIKAN ISLAM TERAS

2. Pengarang: Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad, Nur Aida Binti Muhammad

3. Tahun diterbitkan: 2020

4. Diterbitkan oleh: Pustaka Al-Ehsan

5. Sinopsis Buku Buku Pendidikan Islam Teras ini diterbitkan berdasarkan kursus
Yang Dibaca: Pendidikan Islam dalam pendidikan yang menjadi kursus di Institut
Pendidikan Guru Maaysia(IPGM) seluruh negara. Buku Pendidikan
Islam Teras ini juga memberi penekanan pembelajaran meliputi
Akidah, Fekah, Akhlak, Sirah, Muamalah dan Munakahat.
Pendidikan dan pembelajaran teras ini sangat penting dalam
kehidupan umat Islam pada setiap peringkat.

Buku ini mengandungi sembilan bab, iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah
panduan hidup, Aqidah Islamiyah, Fiqh Solat, Fiqh Muamalat, Fiqh
Muanakahat, Fiqh Jinayah, Akhlak, Sirah dan Peranan Manusia
sebagai Khalifah.

Buku Pendidikan Islam Teras ini amat sesuai bagi para pensyarah,

pelajar-pelajar dan penuntut universiti, Kolej Universiti, Institut

Manfaat/pengajaran Pengajian Tinggi dan juga Institusi Pendidikan Guru untuk dijadikan

6. yang diperoleh rujukan utama dalam pengajian untuk lebih memahami secara
daripada buku mendalam asas-asas utama dalam Pendidikan Islam ini. Buku ini

yang dibaca: juga amat sesuai untuk bahan rujukan serta bacaan masyarakat

umum kerana ia boleh memberi suatu impak yang positif dalam

dunia pendidikan Islam.

7. Tandatangan: Nur Alwani binti Ahamad

358

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR ANIS RADHWA BINTI ISMAIL

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: MEREMANG

2. Pengarang: Ninie Othman

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku Meremang ini mengisahkan seorang gadis bernama Zamia
Yang Dibaca: Izaiqa yang kematian tunang yang bakal dinikahinya. Kematian
tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan satu titik
hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Mohd Azriq,
Zamia Izaiqa sering diganggu dengan kejadian-kejadian pelik.
Banyak kejadian pelik yang kian menghantui alam lena dan jaganya.
Akhirnya, Zamia Izaiqa bertindak melarikan diri ke banglo biru yang
terletak jauh di Terengganu untuk menenangkan perasaannya yang
terseksa. Banglo biru tersebut ternyata dapat memberikan
ketenangan yang dicari-cari dan memulihkan semangat yang
semakin pergi dari hidupnya. Kehadiran Mak Tam pula
menambahkan perasaan bahagia selama dia berada di situ. Namun,
di sebalik kebahagiaan itu, terselit sejuta rahsia dan mula terbongkar
satu demi satu.

Buku meremang ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan umur. Manfaat

yang diperoleh ketika membaca buku ini adalah sebagai orang

Manfaat/pengajaran Islam, kita hendaklah percaya dan redha akan kehendak Allah swt.

6. yang diperoleh Seharusnya kita tidak bertindak di luar batasan seorang manusia.
daripada buku Sebagai contoh, menggunakan bomoh dan juga memuja makhluk

yang dibaca: halus bagi memuaskan nafsu diri. Sesungguhnya, setiap

ketenangan dan perlindungan datang daripada Allah swt bukannya

sebarang makhluk halus yang hanya memberi janji palsu.

7. Tandatangan: Nur Anis Radhwa binti Ismail

359

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR SYAFIQAH BINTI MUHAMAD

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI UNTUK KERJAYA

2. Pengarang: Wan Khuzaimah Wan Mamat

3. Tahun diterbitkan: 2008

4. Diterbitkan oleh: Internasional Islamic University Malaysia

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh pelbagai aspek serta topik tentang komunikasi
Yang Dibaca: lisan dan tulisan yang merangkumi ; i) asas komunikasi, ii)
pengucapan umum, iii) protokol panggilan hormat dan susunan
keutamaan persekutuan, iv) surat rasmi, v) resume, vi) mesyuarat,
vii) laporan, viii) kertas kerja, ix) memorandum, x) temuduga ,dan xi)
wawancara.

Didalam buku ini terdapat juga penerangan tentang asas komunikasi
yang menjelaskan secara lebih terperinci mengapa manusia perlu
berkomunikasi dan keperluannya terhadap pelbagai aspek seperti
kesihatan fizikal dan mental, identiti, sosial dan keperluan untuk
mencapai maklumat. Selain itu, ianya juga menjelaskan tentang
kaedah untuk menyediakan jenis surat yang mengikut format yang
betul dan tepat.

Antara perkara menarik yang terkandung di dalam buku ini adalah
terdapat satu set contoh soalan latihan pada akhir setiap topik.

Buku ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur khususnya bagi

pelajar-pelajar yang mememerlukan bimbingan untuk

mengembangkan lagi kemahiran mereka dalam komunikasi lisan

Manfaat/pengajaran dan tulisan. Hal ini kerana buku ini memberikan penjelasan dengan
lebih mendalam dan info yang diberikan didalam buku ini sangat
6. yang diperoleh mudah untuk difahami oleh pembaca kerana isi kandungannya yang
daripada buku
tidak terlalu padat dan hanya meletakkan isi-isi yang penting sahaja.
yang dibaca:
Bukan itu sahaja, para pembaca juga boleh mengembangkan lagi

kemahiran mereka dengan membuat latihan yang telah disediakan

di dalam buku ini.

Meskipun komunikasi lisan dan tulisan ini sememangnya telah ada

360

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
pada diri seseorang, namun penguasaan yang lebih mendalam
dalam bidang ini harusah dikembangkan lagi kerana seseorang
yang telah menguasai bahasa dengan baik belum tentu lagi dapat
berkomunikasi dengan berkesan sama ada dalam urusan rasmi atau
tidak rasmi. Justeru itu, buku ini amat sesuai bagi setiap individu
yang ingin mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sama
ada secara lisan atau tulisan. Bukan itu sahaja, para pembaca juga
boleh mengembangkan lagi kemahiran mereka dengan membuat
Latihan yang telah disediakan didalam buku ini.

Nur Syafiqah binti Muhamad

361

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURLIYANA BINTI ALIAS

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BEAUTIFUL TARBIAH FOR MUSLIMAH

2. Pengarang: Muhammad Mahmud

3. Tahun diterbitkan: 2017

4. Diterbitkan oleh: Jasmin Publications

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang bimbingan serta nasihat-nasihat agama
Yang Dibaca: kepada muslimah agar menjadi wanita dambaan syurga. Buku ini
banyak mengembalikan semangat para wanita muslimah di luar
sana agar dapat kembali bersemangat dan kekal beristiqomah
dalam apa sahaja ujian yang menimpa mereka.Antara nasihat yang
ada di dalam buku ini ialah nasihat tentang i)melewati masa-masa
susah dengan senyuman ii)Kendalikan emosi iii)Jangan leka dalam
kesediahan dan lain-lain

Saya sering kali membaca buku ini ketika saya merasakan dunia ini
tidak adil terhadap insan yang bergelar wanita, daripada saya
membaca buku ini ia dapat membuatkan saya bersangka baik atas
Allah SWT kepada kaum wanita.

Saya amat mecadangkan muslimah di luar sana untuk membaca
buku ini kerana ia akan memberikan kita aura yag positif lantas
memberikan kita ketenangan namun, haruslah kita ingat bahawa
ketengan yang hakiki itu akan datang apabila kita mendekatkan diri
dengan ALLAH SWT serta membaca Al-Quran AlKarim.

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh para wanita di luar sana terutamanya
yang diperoleh para Muslimah lebih-lebih lagi mereka yang sedang berduka dan

6. daripada buku menginginkan semangat mereka Kembali. Hal ini adalah kerana
yang dibaca: buku ini mempunyai bait-bait kata yang menyenangkan hati serta

penuh motivasi.

7. Tandatangan: Nurliyana binti Alias

362

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL AMRINA BINTI AYUB

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BANGKIT DARIPADA SEDIH

2. Pengarang: Inche Lebah

3. Tahun diterbitkan: 2020

4. Diterbitkan oleh: The Hamare Project Collection (Hamare Publication)

Sinopsis Buku Buku ini memaparkan kata-kata motivasi yang disampaikan oleh
5. Yang Dibaca: penulis khusus buat insan-insan yang sedang bersedih atau sedang
menghadapi masalah supaya mereka terus kuat dan terus tabah
untuk berjuang serta mampu bangkit daripada kesedihan atau
kegagalan yang dihadapi. Penulis juga turut berkongsi langkah-
langkah untuk bangkit daripada terus dibelenggu kesedihan. Selain
itu, penulis turut menggunakan beberapa analogi bagi memantapkan
lagi pemahaman pembaca.

Buku ini juga merupakan kompas untuk mereka yang hilang arah
dan buku ini adalah kitab panduan untuk mereka yang mahu
menyerah. Terdapat beberapa kisah yang dipaparkan oleh penulis
supaya dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada para
pembaca.

Terdapat pelbagai pengajaran dan intipati menarik yang boleh

diambil oleh para pembaca terutamanya bagi mereka yang hilang

Manfaat/pengajaran arah dan mempunyai rasa untuk berputus asa. Antaranya ialah kita
tidak boleh berputus asa dan terus dibelenggu kesedihan kerana
6. yang diperoleh kita masih mempunyai Allah. Kita perlu meletakkan sepenuh
daripada buku
pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah serta tidak
yang dibaca: boleh menyalahkan takdir sebaliknya kita perlu belajar berdiri dan

bangkit untuk terus maju melangkah ke hadapan kerana hakikat

kehidupan ini ialah sebuah pelayaran yang sering dihempas badai.

7. Tandatangan: Nurul Amrina binti Ayub

363

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL ATIYYAH BINTI TAJUDIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SIRI PENDIDIKAN GURU : PENGANTAR PENGAJIAN
PROFESIONAL

2. Pengarang: Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, Anisah Hashim

3. Tahun diterbitkan: 2017

4. Diterbitkan oleh: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Sinopsis Buku Buku Pengantar Pengajian Profesional dihasilkan berdasarkan
5. Yang Dibaca: kursus Pengantar Pengajian Profesional dalam Pendidikan yang
menjadi kursus teras di Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
seluruh negara. Kandungan buku ini meliputi kesemua aspek
pengajian profesional seperti konsep pendidikan, aspirasi
pendidikan dan penghayatan kepada profesionalisme keguruan.

Buku ini mengandungi sepuluh bab, iaitu Definisi Konsep
Pendidikan, Bidang Pengajian Profesional, Perkembangan
Keguruan, Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan, Pembinaan
Negara Bangsa, Profesionalisme Keguruan, Etika Keguruan,
Personaliti Guru Cemerlang, Sekolah dan Permuafakatan Komuniti
serta Cabaram Profesionalisme Keguruan.

Selain dijadikan buku teks para pelajar IPGM, buku ini juga sesuai
untuk digunakan sebagai bahan rujukan para pensyarah, guru
dalam perkhidmatan, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan
Swasta serta mereka yang berminat dalam bidang profesionalisme
keguruan.

Buku ini sesuai dibaca oleh guru dalam perkhidmatan, pelajar

institusi dan mereka yang berminat dengan profesionalisme
Manfaat/pengajaran keguruan. Maklumat serta info yang dipersembahkan secara ringkas

6. yang diperoleh dan padat dapat memberi kefahaman yang baik kepada pembaca
daripada buku tentang pelbagai perkara yang berkait rapat dengan profesionalisme

yang dibaca: keguruan. Buku ini juga dapat memberi pengetahuan tentang dasar

pendidikan negara. Selain itu, di dalam buku ini juga, pembaca

dapat mengetahui hala tuju kerjaya profesionalisme keguruan

364

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
bermula dari pendidikan sehingga perkhidmatan. Buku ini juga
menerangkan etika keguruan dan ciri-ciri guru cemerlang yang
jelasnya boleh digunapakai oleh guru-guru dalam perkhidmatan
mereka. Akhir sekali, buku ini juga menceritakan serba sedikit
cabaran dalam profesionalisme keguruan dan cara untuk
mengatasinya.

Nurul Atiyyah binti Tajudin

365

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(f) Nama : NURUL FATIHAH BINTI DUSUKI

(g) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(h) Opsyen : PI 3

(i) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(j) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PANDUAN SOLAT TERAWIH

2. Pengarang: Haji Johari Haji Alias

3. Tahun diterbitkan: 1995
4. Diterbitkan oleh: Darul Nu’man

5. Sinopsis Buku Buku ini memberitahu perkara-perkara tentang yang berkaitan
Yang Dibaca: dengan solat tarawih. Buku ini memberikan pandua atau cara untuk
melakukan solat tarawih melalui penerangan yang sangat terperinci.

Perenggan dan bahasa yang digunakan amat mudah untuk
difahami. Ia menerangkan tentang apa amalan dan perkara yang
perlu dibuat di dalam sepanjang melakukan solat tarawih. Ia juga
turut memberikan ayat-ayat bacaan seperti surah-surah al-quran
dan doa-doa bagi memudahkan pembaca untuk mengetahuinya
tanpa perlu mencarinya di tempat lain. Penerangannya juga amat
ringkas dan padat tanpa mempunyai penerangan yang panjang dan
banyak yang boleh memyebabkan pembaca keliru dan malas untuk
membacanya

Buku ini amat sesuai dibaca oleh pelajar terutama sekali bagi pelajar

Manfaat/pengajaran yang beragama islam kerana ianya mengajarkan tentang panduan

6. yang diperoleh solat yang sunat dilakukan oleh umat islam khas di dalam bulan
daripada buku Ramadan sahaja. Ia juga memberikan motivasi dan semangat untuk

yang dibaca: pembaca untuk mempelajari dan mengetahui tentang amalan yang

dapat memberikan pahala yang sangat banyak.

7. Tandatangan: Nurul Fatihah binti Dusuki

366

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL NABILAH SOFIA BINTI
MOHD NAZARI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SULALATUS SALATIN

2. Pengarang: Samad Ahmad

3. Tahun diterbitkan: 2006

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

5. Sinopsis Buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah
Yang Dibaca: mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman
Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang
pengarah Melayu. Namun terdapat pendapat yang mendakwa
apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah
dibawa ke Goa.

Sulalatus Salatin menguraikan silsilah dari para raja di kawasan
Melayu, bermula dari kedatangan Sang Sapurba keturunan Iskandar
Zulkarnain di bukit damn Siguntang, Palembang. Sang Sapurba
diminta untuk menjadi suatu pemerintah bergelar Maharajadiraja di
tanah Minangkabau; dari tokoh inilah raja-raja di kawasan Melayu
diturunkan. Selanjutnya terdapat kisah salah seorang putera Sang
Sapurba dari perkahwinannya dengan Wan Sundaria, puteri
Demang Lebar Daun, penguasa Palembang yang bernama Sang
Nila Utama bergelar Sri Tri Buana yang mendirikan mendirikan
kerajaan Singapura mankala seorang lagi puteranya Sang Mutiara
disebutkan menjadi raja di Tanjungpura; sementara gelar Sang Nila
Utama tersebut mirip dengan gelar Srimat Tribhuwanaraja Mauli
Warmadewa dalam Prasasti Padang Roco yang bertarikh 1286,
merupakan Maharaja di Bumi Melayu yang mendapat kiriman
hadiah Arca Amoghapasa dari Kertanagara Maharajadiraja
Singhasari. Kemudian pada tahun 1347, Adityawarman menambah
pahatan aksara pada bahagian belakang Arca Amoghapasa
tersebut yang tertulis memulihkan kerajaan sebelumnya kemudian
dinamainya Malayapura, serta dia sendiri menyandang gelar

367

Bil. Perkara Catatan

maharajadiraja.

Perkara yang menarik dalam cerita ini adalah mengenai kisah Hang
Tuah yang mana menceritakan tentang pertikaman antara Hang
Tuah dengan Hang Jebat, bukannya dengan Hang Kasturi.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang sangat berminat dengan

6. Manfaat/pengajaran sastera. Hal ini kerana buku ini dapat menjelaskan beberapa tanda
yang diperoleh Tanya dan keraguan yang timbul oleh pembaca mengenai sejarah
daripada buku Melayu. Bahkan, buku ini juga turut membongkarkan beberapa
yang dibaca: perkara yang seolah-olah tersembunyi dan tidak sampai ke

pengetahuan orang lain. Pembacaan buku ini dapat menjelaskan

dengan lebih jelas, terperinci dan terang mengenai sejara Melayu.

7. Tandatangan: Nurul Nabilah Sofia binti Mohd Nazari

368

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SYAFIRA BINTI ROSLIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PERANG BADAR PERANG PENENTUAN

2. Pengarang: Abdul Latip Talib

3. Tahun diterbitkan: 2010

4. Diterbitkan oleh: PTS Litera Utama Sdn. Bhd

Sinopsis Buku Buku ini menceritakan secara lengkap tentang Perang Badar iaitu
5. Yang Dibaca: perang pertama yang dilalui oleh umat Islam pada zaman baginda
Muhammad SAW. Peperangan ini berlaku pada 17 Ramadan tahun
ke-2 hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. Umat Islam dituntut
untuk berpuasa buat pertama kali di bulan Ramadan pada siang
hari, kemudian mereka diuji pada bulan yang sama untuk keluar
berperang bersama Nabi Muhammad SAW ketika mereka sedang
berpuasa.

Kisah Perang Badar yang berkisah secara terperici berkenaan
Perang Badar ini bermula daripada kekejaman orang Quraisy di
Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad
SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW disambut
dengan baik oleh penduduknya dan baginda juga dilantik menjadi
ketua yang dihormati serta baginda berjaya menjadikan Madinah
sebagai sebuah wilayah yang berdaulat. Konflik bermula apabila
kafir Quraisy di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di
Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa
kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta
izin daripada pihak Madinah. Namun begitu, pihak Islam Madinah
tidak berdiam diri. Mereka turut mengetatkan kawalan di kawasan
sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.

Perang ini merupakan perang pertama yang berlaku bagi menguji
keimananan umat Islam di Madinah. Para bangsawan kafir Quraisy
Mekah bersama dengan tentera-tentera yang gagah telah mencabar
kekuatan umat Islam pada ketika itu. Namun, umat Islam yang
dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW tidak berundur malah dengan

369

Bil. Perkara Catatan

angkatan seramai 305 orang tentera Islam setia menunggu di Badar
berjuang demi agama mereka.

Buku ini sangat bermanfaat dan sesuai dibaca oleh setiap golongan

lapisan masyarakat kerana banyak menceritakan tentang

perjuangan dan kesabaran umat Islam pada zaman dahulu.

Penceritaan yang ditulis adalah secara terperinci dan jelas

Manfaat/pengajaran menjadikan pembaca lebih mudah fahami serta hayati berkaitan

6. yang diperoleh sirah nabi. Antara pengajaran yang dapat saya perolehi daripada
daripada buku buku ini ialah tentang kesabaran dan kesetiaan umat Islam dalam

yang dibaca: usaha memperjuangkan agama mereka sehingga sanggup

berkorban harta dan nyawa demi agama dan rasul mereka. Selain

itu, ianya turut menunjukkan betapa kuatnya keimanan mereka

terhadap agama Islam dan utusan Allah iaitu Nabi Muhammad

SAW.

7. Tandatangan: Syafira binti Roslin

370

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : TUAN NOOR FATEN BINTI TUAN
RAZANI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: KELUAR DARI TEMPURUNG: PEMBENTUKAN DIRI KE ARAH
KECEMERLANGAN

2. Pengarang: Ahmad Faizal Mohamed Yusup

3. Tahun diterbitkan: 2002

4. Diterbitkan oleh: Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini merangkumi pelbagai aspek yang positif terutama sekali
Yang Dibaca: berkaitan kehidupan dan pembelajaran bagi seseorang individu
bergelar remaja.Bahkan buku ini memfokuskan kepada kehidupan
seorang remaja yang harus bertindak dalam mengendalikan
kehidupannya di alam remaja yang kian mencabar di era globalisasi
ini.Tambahan pula buku ini mempersembahkan gaya ucapan dalam
bentuk gaya motivasi bagi memotivasikan remaja bagi meneruskan
liku kehidupan dengan cara mereka tersendiri secara kreatif dan
inovatif.

Namun sebenarnya buku ini memfokuskan mengenai daya
pemikiran remaja yang seharusnya melangkaui kotak.Sebagai
contoh,remaja tersebut seharusnya mempunyai perancangan yang
teliti dan teratur bagi menjalani kehidupan yang semakin mencabar
memandangkan mereka akan melangkah ke alam dewasa.Antar
aspek yang disentuh dalam perbincangan kandungan buku ini ialah
tentang pembahagian masa,isu pendidikan dan panduan merancang
matlamat hidup.Hal ini tidak lain bagi membantu menyediakan
seseoarang individu agar menjadi seorang individu yang berguna
buat masa akan datang.

Manfaat/pengajaran Buku ini amat digalakkan kepada remaja sebagai pembaca
utama.Hal ini kerana perkara yang dibincangkan adalah mengenai
yang diperoleh
6. daripada buku nasihat bagi remaja dalam menjalani kehidupan mereka.Namun

yang dibaca: begitu, buku ini juga boleh pelajar sekolah dan ibubapa sebagai

panduan bagi membantu mereka memahami dan mendalami

371

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
perjalanan sebagai seorang remaja. Dalam masa yang sama,
perbincangan buku ini amat bertepatan dengan keadaan golongan
remaja pada masa kini. Hal ini kerana, sifat intelektual dan kerajinan
golongan remaja pada era globalisasi kini kian merosot lantaran
dihidangkan dengan kecanggihan teknologi yang sangat canggih
seiring dengan kemajuan negara bagi mencapai pembangunan yang
seiring dengan negara Barat. Oleh itu setiap perkara yang diingini
dapat diperolehi dalam sekelip mata tanpa memerlukan usaha yang
berlebihan. Contoh yang boleh diketengahkan ialah pemerolehan
maklumat mengenai isu-isu semasa atau maklumat mengenai
pembelajaran amatt mudah didapati secara atas talian, remaja tidak
perlu lagi bersesak-sesak di perpustakaan bagi mendapatkan bahan
pembelajaran atau rujukan, mereka boleh sahaja mendapatkan
maklumat yang diingini dengan mudah tanpa sebarang batasan.

Buku ini amat digalakkan bagi remaja untuk menyedarkan mereka
bahawa daya pemikiran mereka perlu bertindak dengan lebih jauh
bagi menjamin masa depan yang cerah dan berkualiti. Di samping
itu juga, buku ini membantu dari segi pengisian dan kesedaran yang
tinggi mampu membawa kepada perubahan ke arah hidup yang
lebih baik. Dalam masa yang sama, buku ini menyatakan bahawa
ilmu merupakan hal yang penting dalam kehidupan bagi seseorang
dan mampu mengubah diri seseorang individu tersebut.

Tuan Noor Faten binti Tuan Razani

372

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAN AMIRA SYAMIMI BINTI WAN
MARZUKI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: DI SEBALIK 114 NAMA-NAMA SURAH

2. Pengarang: Bushra binti Talib

3. Tahun diterbitkan: 2018

4. Diterbitkan oleh: Pacu Publishing, Selangor, Malaysia

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh sinopsis setiap surah yang terkandung dalam
Yang Dibaca: Al-quran. Dalam penulisan buku ini, penulis menceritakan tentang
sejarah penurunan ayat, peristiwa menarik yang diceritakan dalam
surah tersebut, doa-doa yang berkaitan dan sebagainya yang
mendidik pembaca untuk memahami nilai isi kandungan Al-quran.

Penggunaan bahasa yang ringkas menjadikan pembaca lebih
memahami walaupun setiap kandungan Al-quran itu panjang
penerangannya. Di samping itu, dalam buku ini juga telah diselitkan
beberapa fakta sains dan sejarah melayu yang berkaitan yang
menjadikan bukti bahawa kandungan Al-quran sangat relevan untuk
digunakan sepanjang zaman sehingga kiamat. Penggabungan ayat
Al-quran dan hadis dalam buku ini membuktikan kedua-duanya
sumber agama Islam yang penting.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya dalam buku
ini ialah penulis menggabungkan isu semasa dengan ayat Al-quran
yang menjadikan saya bukan sahaja dapat menambah ilmu tentang
Al-quran malahan dapat membantu saya lebih terbuka pemikiran.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan pembaca yang ingin

memahami ayat Al-quran dengan lebih jelas. Info yang

Manfaat/pengajaran dipersembahkan secara ringkas dan padat berupaya memberi

6. yang diperoleh kefahaman kepada pembaca tentang apakah yang sebenarnya yang
daripada buku terkandung dalam ayat-ayat Al-quran. Ternyata jika difahami ayat-

yang dibaca: ayat Al-quran ini sebenarnya segala yang berlaku sama ada

peristiwa atau masalah atas dunia ini sebenarnya telah diceritakan

oleh Allah SWT. Buku ini dapat membantu kita lebih menghayati Al-

373

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: quran serta isi kandungan ajarannya. Grafik yang menarik dan
penerangan yang ringkas sangat sesuai dibaca oleh semua
golongan sama ada dewasa atau kanak-kanak.

Wan Amira Syamimi binti Wan Marzuki

374

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAN MUHAMMAD AMIN HAKIMI
BIN WAN SABRI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PANTAI KASIH

2. Pengarang: Azman Binti Nordin

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Novel ini dihasilkan bertujuan untuk merakamkan kisah kehidupan
Yang Dibaca: manusia berdasarkan imaginasi seseorang penulis. Setiap penulis
mempunyai cara yang berbeza untuk mempamerkan corak
perjalanan kehidupan manusia.

Cerita ini mengisahkan pergolakan hidup petugas petugas di Pusat
Rawatan Pantai Kasih yang diburu keresahan dan ketakutan
sebagau akibat terjadinya kes oenyamaran seorang lelaki yang
kurang siuman sebagai doktor di Pusat rawatan itu. Dua orang
doktor iaitu Riaha dan Uwang juga mempunyai masalah peribadi
yang tersendiri. Raiha diburu kegelisahan setelah kematian anak
dan suaminya. Doktor Uwang pula tersepit antara desakan kata
hatinya untuk memburu keuntungan dengan keinginan untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakitnya.
Namun begitu, kegagalan menyelamatkan seorang pesakit remaja
setelah menjalani Lima kali pembedahan di pusat rawatan tersebut
juga telah menyebabkan berlakunya konflik antara mereka.

Meskipun padat dengan beberapa masalah semasa, namun penulis
cuba mengetengahkan hal ini untuk dijadikan sebagai panduan
kepada para pembaca. Semoga isu yang cuba dikupas oleh penulis
dalam buku ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca
dan murid sekolah amnya, dalam meneruskan kehidupan yang
penuh cabaran pada masa kini.

Manfaat/pengajaran Buku ini dapat memberi pengajaran kepada orang yang tidak

6. yang diperoleh mempunyai matlamat diri. Hal ini kerana setiap watak di dalam buku

daripada buku ini banyak menunjukkan satu sifat yang bermatlamat. Di samping, ia

375

Bil. Perkara Catatan
yang dibaca:
juga memberi pengajaran bahwa kita perlu mempunyai sifat prihatin
7. Tandatangan: dalam kehidupan ini. Dan akhir sekali yang paling terkesan kepada
pembaca ialah kita mestilah tabah dalam menghadapi kesukaran
hidup.

Wan Muhammad Amin Hakimi bin Wan Sabri

376

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ZUL IQBAL ANIQ BIN ZAINUDIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 3

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: FORMULA TERMODINAMIK

2. Pengarang: Obasiah binti Haji Usman

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung
Yang Dibaca: yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis
zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah
bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun
dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan
manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir
di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah
menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma.

Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian
mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi
memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh
Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi
memastikan kejayaan projek tersebut.

Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2
dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka.
Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan
mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di
belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan
robot.

Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir
sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain
itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada

377

Bil. Perkara Catatan

data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang
berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal
kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk
menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf
kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula
Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan
Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut
mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar
negara.

Daripada sinopsis yang telah dibaca terdapat beberapa pengajaran

yang kita dapat amalkan. Antaranya ialah kita haruslah memiliki

kreativiti dan inovasi selari dengan peredaran zaman. Hal ini telah

ditonjolkan oleh usamah dan amir yang mana mereka telah

mencipta mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai mesin potong

rumput dan mencangkul tanah. Inovasi mereka berdua sedikit
Manfaat/pengajaran sebanyak dapar memudahkan dalam bidang pertanian.
yang diperoleh
6. daripada buku Selain itu, kita juga hendaklah meminta maaf apabila melakukan

yang dibaca: kesilapan. Sebagai contoh, Tindakan aswan yang memohon maaf

dan mengaku bahawa dialah yang mencuri Formula Termodinamik

tersebut. Tindakaan yang dilakukan oleh aswan ini sewajarnya

dijadikan contoh lebih-lebih lagi dalam kehidupan bermasyarakat.

Tambahan pula, meminta maaf bukanlah perkara yang mudah

kerana ia memerlukan keberanian yang agak tinggi bagi melafazkan
sepatah perkataan “maaf” kerana ia datang dari hati yang ikhlas.

7. Tandatangan: Zul Iqbal Aniq bin Zainudin

378

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ADINDA DEWI AWRA BINTI
BAHAROLISHAM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENJARA

2. Pengarang: Najmi Fetih

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Sentap Press SDN BHD

5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan tentang keikhlasan seorang sahabat yang
Yang Dibaca: dilupakan dan perilaku berfikir sebelum bertindak. Penulisan buku ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu penceritaan, puisi dan mutiara
cinta. Setiap bab menceritakan peristiwa berbeza yang saling
bergantungan. Setiap watak yang digunakan mempunyai kebaikan
dan keburukan sendiri yang dapat dinilai oleh pembaca. Watak
utama, Rid, mempunyai sifat antagonis yang akhirnya berubah ke
jalan yang benar selepas hatinya diketuk berkali-kali oleh setiap
watak baru yang hadir dalam hidupnya.

Watak sampingan yang diceritakan juga sangat menarik kerana
mempunyai jalan cerita kehidupan tersendiri. Contohnya, watak
sampingan sepasang kembar lelaki dan perempuan yang
dibesarkan oleh ibu bapa yang sibuk mengejar hal duniawi dan harta
sehingga sanggup mengabaikan kedua-dua anaknya itu. Lalu
mereka disedarkan apabila anak perempuan mereka bertarung
nyawa dan hampir mati kerana berlaku satu tragedi di asrama
perempuan. Tambahan pula, watak Mahdi yang mempunyai peribadi
mulia dan mempunyai kuat pegangan agamanya, telah mengejutkan
sahabat baiknya, Rid, apabila Mahdi ditangkap basah bersama
ketua badar muslimat di dalam sebuah bilik.

Buku ini mampu membuatkan pembaca berasa sedih, marah dan
berfikir tentang pengakhiran cerita tersebut kerana elemen- elemen
penting seperti hubungan diantara adik- beradik, kekeluargaan dan
sahabat disatukan di dalam buku ini. Penceritaan sangat baik
dengan penulisan bahasa yang sesuai dengan jiwa pembaca. Akhir

379

Bil. Perkara Catatan

sekali, setiap ungkapan dan cara teguran yang digunakan sangat
sarkastik dan mendalam.

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan terutama sekali

anak muda yang ingin berubah ke arah kebaikan. Penceritaan buku

ini sangat berkait rapat dengan jiwa golongan muda sekarang yang

Manfaat/pengajaran sering melakukan perkara tanpa mengkaji terlebih dahulu dan

yang diperoleh bertindak hanya mengikut hawa nafsu. Setiap peristiwa membawa
6. daripada buku mesej tertentu yang sentiasa bergantungngan antara satu bab

yang dibaca: kepada bab seterusnya. Terdapat juga ayat Al-Quran dan potongan

hadis yang disampaikan oleh penulis. Akhir sekali, pengajaran yang

paling jelas ditunjukkan adalah keikhlasan dalam berkawan dan

istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan.

7. Tandatangan: Adinda Dewi Awra binti Baharolisham

380

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : AMIRATUL WAFA' BINTI MOHD
SUMADI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: LARAS BAHASA ILMIAH

2. Pengarang: S.Nathesan

3. Tahun diterbitkan: 2008

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Buku ini berkaitan dengan aspek laras bahasa. Ia juga
Yang Dibaca: membincangkan aspek sosiolingustik. Ia menerangkan tentang
bahasa dengan lebih mendalam. Seterusnya, buku ini telah
menggunakan analisis linguistik. Tiga aspek yang ditekankan di
dalam buku ini ialah perbendaharaan kata, tatabahasa dan
ketenunan. Selain itu, korpus ilmiah juga digunapakai di dalamnya.

Laras bahasa sangat penting dalam komunikasi bagi menghasilkan
sebuah interaksi yang berkesan. Oleh itu, buku ini menekankan
beberapa ciri-ciri penanda laras bahasa yang menarik dan sesuai
yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan.

Setelah membaca buku ini, saya dapat mengenal pasti gaya atau
laras bahasa yang sesuai digunakan mengikut situasi yang sesuai.
Buku ini juga dapat membantu pembaca untuk mengetahui laras
bahasa melayu yang semakin hari semakin berlaku penngkatan dari
hari ke hari.

Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin menguasai penggunaan

laras bahasa. Laras bahasa sangat penting bagi memastikan

6. Manfaat/pengajaran sesuatu maklumat itu dapat disampaikan dengan betul dan
yang diperoleh sempurna. Ia juga dapat membolehan proses penyampaian
daripada buku maklumat itu dapat dijalankan dengan berkesan, dan lebih pantas.

yang dibaca: Melalui buku ini juga, pembaca boleh mengenal pasti jenis laras
bahasa yang sesuai digunakan. Pembaca juga dapat memilih laras

bahasa yang sesuai dengan situasi dan konteks bagi memastikan

proses komunikasi berjalan dengan lancar.

7. Tandatangan: Amiratul Wafa' binti Mohd Sumadi

381

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ANIS KHADIJAH BT
KHASAMSURANI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: KEPELBAGAIAN LARAS BAHASA MELAYU

2. Pengarang: Ab. Razak Ab. Rahim

3. Tahun diterbitkan: 2008

4. Diterbitkan oleh: Akademi Pengajian Melayu, UM

Sinopsis Buku Buku ini membincangkan beberapa jenis laras berlainan yang sering
5. Yang Dibaca: digunakan oleh anggota masyarakat. Turut dibincangkan juga
konsep serta definisi laras menurut pandangan beberapa pakar
Bahasa terkenal dari luar negara dan juga tempatan agar pembaca
dapat memahami konsep dan definisi laras dengan lebih mendalam.
Ciri-ciri linguistik seperti aspek kota kasa kata, aspek ayat dan aspek
ketenunan sesuatu laras itu dibincangkan secara terperinci kerana
setiap laras mempunyai kelainan dalam aspek ini.

Dapat mengetahui dengan lebih baik tentang laras bahasa yang

merupakan sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan

oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa

boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu

bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah

Manfaat/pengajaran berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras

6. yang diperoleh menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur
daripada buku ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Contoh

yang dibaca: laras bahasa yang sering digunakan dalam kehidupan seharian

adalah laras Bahasa agama, laras bahasa iklan dan laras bahasa

sains. Seseorang yang ingin mempromosikan produk atau barangan

yang dijual akan menggunakan laras bahasa iklan. Manakala pelajar

yang mempelajari subjek sains seperti fizik, kimia dan biologi sering

menggunakan laras bahasa sains semasa pembelajaran mereka.

7. Tandatangan: Anis Khadijah bt Khasamsurani

382

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ARIF FARHAN BIN ZAMRON

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: JENDELA MENGHADAP JALAN
2. Pengarang: Rohaini MatDarin
3. Tahun diterbitkan: 2009
4. Diterbitkan oleh: Utusan Publication, Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--
Yang Dibaca: sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin
menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun
Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan
perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti
bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa
yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ.
Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka
kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin
berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden
disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka
yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda
dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada
perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid
baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara
pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan
masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu,
iaitu keluarga Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering
dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat
dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari

383

Bil. Perkara Catatan

bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu
kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka.
Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia
mempunyai pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia
tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana
baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah
yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang
kebetulan datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che
Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih.
Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah
menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela
yang menghadap jalan.

Buku ini sangat memberi pengajaran kepada pembaca agar kita

mestilah sentiasa prihatin terhadap apa jua masalah yang dihadapi

di sekitar kita supaya masalah tersebut dapat diatasi sehingga

menjadi seperti sedia kala. Misalnya, penduduk kampong prihatin

Manfaat/pengajaran terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti
kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya.
6. yang diperoleh Selain itu, buku ini juga mengajar kita untuk sentiasa menghargai
daripada buku
dan menyayangi ahlu keluarga supaya sebuah keluarga yang
yang dibaca: bahagia dan harmoni dapat dilahirkan serta membesar dengan

penuh kasih sayang. Contohnya, Lili tetap dilayan baik oleh datuk

dan neneknya walaupun ibunya itu tidak ingin mendengar nasihat

datuk dan neneknya. Ini menunjukkan sifat kasih sayang yang tinggi

terhadap Lili supaya Lili bahagia pada masa akan datang.

7. Tandatangan: Arif Farhan bin Zamron

384

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : FAHDA NUR BINTI ISHAK

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: ABU BAKAR AS-SIDDIQ KHALIFAH AL-RASYIDIN PERTAMA

2. Pengarang: Talib Samat

3. Tahun diterbitkan: 2004

4. Diterbitkan oleh: Karisma Publications Sdn Bhd, Selangor

5. Sinopsis Buku Buku ini membicarakan tentang biografi, perjuangan dan suka duka
Yang Dibaca: Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang berperwatakan pemurah.
Sebahagian daripada sifat-sifat mulia, positif, takwa, sabar, prihatin,
sedia berkorban, dermawan, tegas dan sentiasa mengutamakan
Allah dan Rasul-Nya dalam perjuangan hidupnya dalam
memperjuangkan agama Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah pertama umat Islam dan detik
kematiannya dikisahkan semula dalam buku ini. Baginda merupakan
pejuang kebenaran yang sentiasa teguh keperibadiannya dalam
semua masa yang menguji kewibawaannya sama ada sebelum atau
semasa menjadi Khalifah Al-Rasyidin yang pertama yang sentiasa
dikenang oleh umat Islam dahulu, kini dan selamanya.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat,

khususnya pelajar yang mengikuti kursus sejarah Islam sama ada di

peringkat sekolah, maktab perguruan, universiti dan para pencinta

Manfaat/pengajaran ilmu. Info yang dipersembahkan secara ringkas dan padat berupaya

6. yang diperoleh memberi kefahaman kepada pembaca tentang perjuangan,
daripada buku kehidupan, keutamaan dan ketakwaan Khalifah Abu Bakar as-

yang dibaca: Siddiq, Khalifah al-Rasyidin yang pertama. Abu Bakar as-Siddiq

adalah seorang tokoh pemimpin dan penganjur Islam terbesar

selepas Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan pembawa

kebenaran dan kemanusiaan yang tidak ada taranya.

7. Tandatangan: Fahda Nur binti Ishak

385

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MAHFUZ BIN MD SAHMILIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TRAVELOG HIDAYAH

2. Pengarang: Muhammad Rashidi Abdullah

3. Tahun diterbitkan: 2011

4. Diterbitkan oleh: PTS Islamika Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Membaca kisah suka duka, pahit manis insan bernama Rashidi
Yang Dibaca: Abdullah ini, seorang yang sejak remaja kehidupannya pernah
menjadi buruh, ditahan sebagai banduan dan akhirnya terkun belajar
hingga layak dipanggil ustaz. Ianya juga mengenai perjalanan hidup
para sahabat Rasulullah SAW dalam mencari iman.

Melalui buku ini penulis merungkai persoalan-persoalan

berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui beliau.

Menyedari dirinya tidak memiliki tahap pengajian yang tinggi seperti

penulis-penulis lain, beliau sentiasa memohon agar Allah

mempermudahkan penulisan ini, justeru berkatinya. Namun,

keinginan yang terlalu kuat bagi berdakwah membuatkan beliau

Manfaat/pengajaran menjadikan penulisansebagai medan bagi meneruskan misi sebagai
hamba Allah dan khalifah di muka bumi dengan hanya mengharap
yang diperoleh
6. daripada buku reda daripada Allah.

yang dibaca: Persoalan-persoalan yang dikongsikan bukan sahaja patut

dipertanyakan oleh insan seperti beliau dan para pendakwah yang

lain, namun perkara ini terlalu penting bagi manusia bertanyakan

kepada diri masing-masing. Perhalusi pertanyaan tersebut dan cari

formula bagi menyelesaikannya menurut kadar kemampuan dan

kuasa kendiri yang terbatas. Perkara yang lebih penting setiap

individu dan institusi perlu berusaha.

7. Tandatangan: Mahfuz bin Md Sahmilin

386

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMAD AFIQ IKRAM BIN
MOHD KAMIL

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENGANTAR SYARIAT ISLAM

2. Pengarang: Mohd Saleh Haji Ahmad

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Pustaka Haji Abdul Majid, Selangor Darul Ehsan

5. Sinopsis Buku Buku ini mengandungi 8 bab yang menjelaskan tentang pengajian
Yang Dibaca: Islam yang meliputi syariat Islam, fiqh Islam, sumber perundangan
islam dan qawaid fiqhiyyah. Dalam buku ini juga penulis turut
menyatakan kaedah-kaedah fiqhiyyah yang digunakan oleh ulama
mujtahidin terdahulu sebagai metod dalam berijtihad untuk
menetukan sesuatu

Buku ini juga membicarakan sejarah perundangan Islam di Tanah
Melayu tempat terawal petapakan Islam, pelaksanaan undang-
undang Melaka dan pengaruh pelaksanaannya di Nusantara.
Kedudukan undang-undang Islam dalam Perlembagaan
Persekutuan juga turut disentuh untuk menerangkan keadaan
sebenar undang-undang Islam selepas kemerdekaan Tanah
Melayu, dan sejarah ringkas penubuhan serta bidang kuasa
mahkamah syariah di Malaysiahukum.

Penulis juga memberikan pelbagai contoh permasalahan fiqh yang
timbul dalam setiap permasalahan fiqh yang timbul dalam setiap
kaedah fiqh yang dinyatakan. Menurut penulis, beliau sangat
berharap buku ini dapat membantu seluruh pelajar yang mengambil
kursus pengajian Islam untuk lebih memahami dan mendalami asas
ilmu Syariah.

Sekiranya saya menyatakan bahawa buku ini asas kepada
pengajian Islam secara umum, ia juga boleh merujuk kepada buku
Muqaddimah Pengajian Islam. Maka, saya boleh mengatakan
bahawa asas kepada pengajian syariah secara umum antaranya
ialah buku ini. Ini kerana, penulisnya bukanlah calang-calang orang

387

Bil. Perkara Catatan
dan mempunyai ketokohan di dalam bidang ini.

Alhamdulillah, buku ini sedikit sebanyak membantu saya memahami

pengajian syariah dengan lebih baik. Ini kerana buku ini mempunyai

kekuatannya yang tersendiri antaranya Bahasa yang digunakan

sangat santai. Ia memudahkan proses pemahaman tentang isi dan

penerangan yang disampaikan disamping penggunaan dalil sokongn

Manfaat/pengajaran yang jelas untuk mengukuhkan lagi hujah yang diberi.

6. yang diperoleh Lantaran itu, kedudukan fiqh dalam Pendidikan pada umat Islam
daripada buku mempunyai pengaruh dan peranan yang signifikan. Fiqh merupakan

yang dibaca: insturumen hukum yang mengatur pola kehidupan yang mendidik

akhlak dan perilaku masyarakat dan khusunya para pembaca.

Justeru itu, bagi memperkasakan pendidikan negara yang

berlandaskan prinsip islam yang benar dan tepat, maka pendidik

yang memahami literasi fiqh dalam buku ini mampu menerapkan

pembudayaan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam diri sendiri

dan juga diri pelajar mereka.

7. Tandatangan: Muhamad Afiq Ikram bin Mohd Kamil

388

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD ASYRAF FIKRI BIN
MUHAMAT

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 4

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku:
2. Pengarang: AJARI AKU MENCINTAI TUHAN
3. Tahun diterbitkan:
4. Diterbitkan oleh: Syed Salahuddin bin Syed Ayub

Sinopsis Buku 2020
5. Yang Dibaca:
Sentap Press Sdn. Bhd, Selangor

Buku ini menyentuh semua aspek dalam mencintai tuhan; i) cinta
Allah SWT. ii) cinta nabi. Antara isi kandungannya adalah bab 1;
cinta Allah, dalam bab tersebut ia memperincikan lagi tentang cinta
tuhan iaitu 1) pendosa yang tidak mahu kembali, 2) penghalang
daripada cahaya Allah, 3) ketidakjelasan matlamat membawa
kehancuran, 4) taubat – suatu pencerahan, 5) taubat yang diterima
dan ditolak, 6) apa selepas taubat, manakala dalam bab 2; cinta
nabi, ia memperincikan lagi iaitu 1) manusia paling baik rupa
parasnya, 2) manusia paling baik akhlaknya, 3) manusia paling
berani dan tegas dengan musuh, 4) Al-Quran mukjizat agung
baginda SAW.

Buku ini mengisahkan tentang Cinta adalah segala-galanya bagi
manusia. Cintalah yang menggembirakan manusia, cintalah yang
menghidupkan hati manusia dan dengan cinta lah manusia mula
berkorban dan berjuang kerananya.

Tapi sedarkah kita kepada siapa kita mencintai. Adakah hanya
sekadar mencintai sesama manusia yang akhirnya akan
ditinggalkan bila sampai masanya? Atau sekadar mencintai harta
yang hartanya itu akhirnya tidak berguna di kala sakit dan kematian
menyapanya?

Atau dia sedang bercinta dengan Hawa nafsunya yang akhirnya
memakan dirinya, sakit dan sesalan dengan akibatnya?

Cinta sebenar adalah cinta kepada Tuhan pencipta. Yang
menciptakan cinta dan perasaan cinta itu sendiri. Yang menjaga
kesucian cinta hingga manusia mampu berkorban dan berjuang

389


Click to View FlipBook Version