The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokkenali2020, 2022-01-11 02:42:20

SINOPSIS_IPGKKB_2021

SINOPSIS_IPGKKB_2021

Bil. Perkara Catatan

Setelah menelaah tentang setiap inti pati yang terkandung dalam
buku ini, para pembaca dilihat tidak akan mengalami keraguan atas
ilmu yang mereka terima berkenaan dengan tugas seorang mukmin.
Kita dapat melihat ramai manusia pada hari ini yang masih keliru
dengan dengan tugas sebenar mereka sebagai makhluk Allah SWT.
Dengan ini, mereka akan mampu untuk memahami dengan
mendalam sekali berkenaan dengan kemenjadian sebagai seorang
muslim. Perkara tersebut mendorong kepada pembetukan muslim
yang lebih berkualiti.

Bukan itu sahaja, pemahaman terhadap isi dalam buku ini, jelas

akan mengukuhkan iman seseorang itu. Setelah mereka menelaah

Manfaat/pengajaran tentang tugas mereka. Mereka akan mempunyai satu nilai iaitu taat
akan perintah Allah SWT dengan berlandaskan setiap syariat yang
6. yang diperoleh telah digariskan. Hal ini membolehkan akan memaksimumkan
daripada buku
tindakan harian mereka dalam memenuhi tugas sebenar seorang
yang dibaca:
muslim. Kesannya, mereka tidak akan berani untuk melakukan

perkara-perkara yang bertentangan garis panduan tugas seorang

mukmin atau muslim di dunia ini.

Akhir sekali, pemberatan terhadap setiap perkara yang
diketengahkan akan melahirkan sikap individu yang mementingkan
agama dalam kehidupan mereka. Pendapat yang diberikan itu akan
memberi kesedaran kepada pembaca terhadap kepentingan Islam
kepada diri mereka. Tugas-tugas yang dinyatakan sudah pasti
merujuk kepada menjaga kepentingan agama Islam. Mereka yang
memanfaatkan ilmu yang difokuskan itu akan mula mencintai agama
Islam dengan lebih mendalam kerana mereka sudah tahu bahawa
Islam itu satu agama yang mulia.

7. Tandatangan: Muhammad Amjad Musyarraf bin Ab Salam

140

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD ASYRAAF BIN
ZAINOL BAKHARI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PANDUAN IBADAH, UMRAH & ZIARAH

2. Pengarang: Hj. Abu Mazaya Al-Hafiz
Disemak oleh: Ust. Muhammad Sabri Sahrir

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Al-Hidayah Publication

5. Sinopsis Buku Buku ini menerangkan panduan ibadah kepada muslim ketika
Yang Dibaca: menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah; i) persediaan menunaikan
Umrah dan Ziarah ii) pelaksanaan Umrah dari tanah air sehingga
selesai, iii) berziarah dan beribadat di Madinah, iv) fadhilat ibadat di
Madinah, v) Umrah, vi) Menziarah tempat bersejarah di Mekah, vii)
Tawaf Wada’

Umrah adalah haji kecil. Berbeza dengan ibadah haji, umrah boleh
dilakukan sepanjang tahun. Sebelum mengerjakan umrah persiapan
yang lengkap juga amat diperlukan khususnya ilmu pengetahuan
berkenaannya. Kehadiran buku panduan ini diharapkan dapat
membantu dan memberikan keyakinan kepada kita dalam
menunaikan ibadah ini. Perkara yang rukun, wajib dan sunat
disusun secara ringkas dan mudah. Ini memudahkan lagi
perjalanan ibadah. Dan amat penting juga adalah hati yang tenang
dan ikhlas semasa menunaikan ibadah kita.

Buku ini sesuai dibaca kepada mereka yang bakal menunaikan

ibadah umrah atau ziarah. Buku ini menerangkan segala rukun ,

Manfaat/pengajaran perkara wajib atau sunat ketika menunaikan ibadah umrah atau
ziarah tersebut. Selain itu, buku panduan ini menggunakan bahasa
6. yang diperoleh yang sangat mudah. Maka, pembaca dapat memahami setiap
daripada buku
konteks sesuatu dengan jelas sekali. Buku panduan ini juga dapat
yang dibaca:
dibawa ke masa sahaja tanpa masalah kerana cirinya yang kecil dan

nipis malah dilengkapi dengan tali. Ciri yang membantu ini bertujuan

bagi memudahkan pembaca untuk menggunakannya ketika

141

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: menunaikan umrah.
Muhammad Asyraaf bin Zainol Bakhari

142

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD BAZZI BIN MOHD ZU

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

2. Pengarang: Keris Mas

3. Tahun diterbitkan: 1982

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Sinopsis Buku Novel ini mengisahkan cita-cita seorang saudagar Melayu bernama
5. Yang Dibaca: Encik Muhammad bin Idris yang mempunyai rancangan
perdagangannya seperti membuka ladang lada hitam di Johor dan
mengusahakan perlombongan di Lembah Tualang. Dia telah
menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang dan berkongsi
dengan Datuk Tan. Encik Muhammad merupakan orang Melayu
yang berdarah dagingkan perniagaan sejak dari datuknya iaitu
Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bendahara Muda
sehinggalah ayahnya Orangkaya Indera Datuk Idris.

Keghairahan Encik Muhammad untuk menjayakan lombong yang
dirancangkannya itu diserahkan kepada Sudin untuk menggunakan
apa cara sekalipun walaupun dengan pelbagai muslihat. Dia
berpegang kepada prinsip untuk menundukkan seekor harimau
hanya seekor ‘kancil bijak’ sahaja yang melakukannya. Segala
muslihat yang licin dan halus mestilah digunakan untuk mencapai
hasratnya itu. Sementara itu, isteri Encik Muhammad iaitu Cik Puan
Tipah pula bercadang mengusahakan ladang orkid di Jeram
Medang.

Encik Muhammad telah berjaya menawan hati Yang Berhormat
Muhd. Yusuf dan abangnya Penghulu Mahmud menyertai hasratnya
itu. Sudin pula memainkan peranannya berselindung di sebalik
matlamat mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
dengan memindahkan mereka ke rancangan FELDA. Walaupun
pada mulanya Sudin bermusuh dengan Mat Akil tetapi dia berjaya
memujuk Mat Akil dan rakan-rakannya menyertai misi yang
dirancangkan oleh Encik Muhammad. Sudin masih menyimpan

143

Bil. Perkara Catatan

hasrat untuk membalas dendam terhadap Mat Akil kerana
permusuhan mereka merebut Gayah.

Sifat tidak jujur Encik Muhammad terhadap orang-orang Kampung
Pulai dapat dihidu oleh Imam Saad, Lebai Maarup serta Rahim.
Rahim anaknya sendiri, Mahani bakal menantunya, Lebai Maarup,
orang yang baru pulang ke kampung setelah sekian lama di
perantauan, juga Muhammad Alif, anak buahnya yang menjadi
pensyarah di Universiti Malaya telah menyedari muslihat Encik
Muhammad hendak menyingkirkan orang-orang kampung dari
kampung halaman mereka sendiri. Kesemua watak tersebut
menentang Encik Muhammad dengan cara yang tersendiri.

Tuk Empat Dahlan berjaya dibeli dengan pangkat penghulu
manakala Imam Saad dilantik sebagai imam menggantikan imam
tua yang dibersarakan. Encik Muhammad terpaksa pulak
berhadapan dengan Tauke Chan. Tauke Chan menyimpan dendam
terhadap Encik Muhammad kerana menggagalkan projek
perumahannya. Dia mengupah Pendekar Omar memusnahkan
ladang orkid Cik Puan Tipah. Akhirnya Pendekar Omar ditangkap
polis. Begitu juga nasib Mat Akil, ditangkap polis kerana
mencederakan Lebai Maarup. Sudin berpuas hati kerana
dendamnya terhadap Mat Akil telah terbalas secara tidak langsung.

Buku ini memberi pengajaran berkaitan dengan kehidupan kita.

Manfaat/pengajaran Novel ini seterusnya membuatkan kita akan lebih yakin dan berani

6. yang diperoleh dalam menentang sesuatu perkara yang tidak adil atau kejahatan
daripada buku yang berlaku. Selain itu, novel ini juga membuatkan kita sedar

yang dibaca: bahawa sikap kasih sayang dan keprihatinan harus ditunjukkan

dalam kehidupan bermasyarakat.

7. Tandatangan: Muhammad Bazzi bin Mohd Zu

144

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD NASIR BIN ABD
HALIM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku:
2. Pengarang: SALINA
3. Tahun diterbitkan:
4. Diterbitkan oleh: A. Samad Said

Sinopsis Buku 1961
5. Yang Dibaca:
Wira Bukit Sdn. Bhd

Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong
kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan
Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 50-an.

"Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar-
benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri,
timbangkanlah cakap kakak ini. Ubahlah cara hidup kau.
Berikhtiarlah supaya jangan terus-menerus sahaja kau men-jalani
kehidupan seperti ini."

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu
di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua.
Novel ini menggambarkan ke-miskinan,keruntuhan moral di kota dan
pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah
kehancuran kehidupan selepas perang.

Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan
masyarakat akibat perang memberi kesan yang cukup kuat dalam
diri Samad yang pada masa itu masih anak-anak lagi. Dia mengutip
kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan
orang Melayu dan orang-orang Indonesia yang hanyut berkelana
dan menjadi buruh di Singapura.

Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam
kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan
kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik
melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia
yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya
yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya.

145

Bil. Perkara Catatan

Memang Samad mempunyai kekuatan dalam hal ini kerana
ketelitiannya mengamati watak-watak orang.

Novel Salina boleh dianggap sebagai sebuah karya yang unggul

kerana mempunyai nilai estetik yang tinggi dari aspek

kepengarangannya. Ciri-ciri karya yang hebat terdapat dalam novel

Salina memperlihatkan keunggulan pengarang dalam

Manfaat/pengajaran menyampaikan mesej kepada pembaca. Dalam hal ini, novel ini

6. yang diperoleh mampu mencetuskan pemikiran, nilai dan pegangan dan
daripada buku menceritakan keadaan hidup bangsa Melayu selepas perang dunia

yang dibaca: kedua yang hidup dalam keadaan yang terdesak dan terpaksa

melacurkan diri demi ingin terus hidup. Di samping itu juga,

pengarang turut banyak menerapkan nilai serta pengajaran yang

boleh pembaca teliti dan ambil sebagai panduan dalam menjalani

kehidupan seharian menerusi novel ini

7. Tandatangan: Muhammad Nasir bin Abd Halim

146

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NOOR MAISARAH BINTI MOHD
ZAINI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: KISAH SEORANG PERAJURIT

2. Pengarang: Mejar (B) Ismail Babu

3. Tahun diterbitkan: 1988

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Buku ini menyingkap kembali detik-detik peristiwa suka duka Ismail
Yang Dibaca: Babu seorang pewira negara. Selama tiga dasawarsa beliau
mengharungi onak dan duri demi negara tercinta. Darah yang
mengalir dalam tubuhnya ialah darah perwira. Darah yang diwarisi
dari datuknya yang berasal dari Phatan, Afghanistan. Ayahnya
seorang tentera berpangkat kapten dari Regiment Punjab dan
meninggal dunia dalam Peperangan Dunia Pertama di Somme,
Perancis.

Kalau ayahnya terlibat dalam Peperangan Dunia Pertama, beliau
pula terlibat dalam Peperangan Dunia Kedua menentang Jepun di
Tanah Melayu dan Singapura. Keberanian dan ketangkasannya
terbukti di sini. Dalam usahanya menyekat kemaraan Jepun di
Singapura beliau bertindak dengan berani tanpa menghiraukan
keselamatan diri. Beliau pernah dilaporkan sebagai sudah
meninggal dunia kepada pasukannya, tetapi ternyata Tuhan masih
menyayanginya.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang meminati sejarah

pahlawan negara. Info yang dipersembahkan secara ringkas dan

Manfaat/pengajaran padat berupaya memberi kefahaman kepada pembaca tentang apa

6. yang diperoleh yang berlaku tentang Perang Dunia Pertama dan Kedua dan
daripada buku peristiwa tentang betapa susahnya mereka harungi demi negara

yang dibaca: tercinta. Kecintaanya terhadap tanah air begitu tinggi, terbukti

apabila beliau sanggup meninggalkan kemewahan hidup sebagai

pegawai tentera Jepun di zaman pemerintahan Jepun. *

7. Tandatangan: Noor Maisarah binti Mohd Zaini

147

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NOR AZURA BINTI RAZALI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: MEMBONGKAR RAHSIA KEJADIAN

2. Pengarang: Azlina Hazamy

3. Tahun diterbitkan: 2007

4. Diterbitkan oleh: Sejati Books, Selangor

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek pembongkaran misteri dalam
Yang Dibaca: fakta mendedahkan pelbagai keunikan yang terdapat di alam
semesta ini. Alam ini dihuni oleh pelbagai makhluk sama ada yang
dapat dilihat dengan mata kasar atau tidak. Namun begitu, semua
makhluk yang terdapat di alam semesta ini adalah ciptaan Yang
Maha Esa. Kehidupan manusia sejak dahulu lagi telah didedahkan
dengan kaedah perubatan purba dalam mengubati pelbagai
penyakit. Kini, walaupun dunia maju dengan penciptaan teknologi
canggih namun kemujaraban perubatan purba tidak boleh dilupakan
kerana kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain.
Walaupun masyarakt kini hidup dalam dunia moden, namun masih
wujud rahsia kejadian alam yang terus menjadi misteri kepada
mereka. Mereka juga tidak dapat menolak segala ketentuan
keajaiban alam yang berlaku di muka bumi ini. Walau
bagaimanapun, yang pasti manusia akan tetap menjalani proses
sosialisasi dalam meneruskan kehidupan mereka dengan selesa.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang baru berjinak-jinak dalam

kehidupan berasaskan logik akal kajian sains. Fakta yang

dipersembahkan secara ringkas, padat dan tepat berupaya memberi

Manfaat/pengajaran kefahaman kepada pembaca tentang apakah yang dimaksudkan

6. yang diperoleh dengan entiti paranormal yang berkisar tentang kewujudan makhluk
daripada buku selain daripada manusia yang menghuni dan berada di luar realiti

yang dibaca: sebenar dalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata dalam

pembongkaran ini, terdapat juga khasiat pelbagai kaedah perubatan

tradisional pelbagai kaum yang menjadi alternative kepada

perubatan moden. Selain itu, terdapat juga rahsia kejadian yang

148

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: menjadi misteri masyarakat. Maka, masyarakat sewajarnya
menerima kejadian dengan reda. Hal ini demikian kerana setiap
kejadian yang berlaku terdapat hikmah disebaliknya.

Nor Azura binti Razali

149

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURIN DAMIA BINTI KAMARUN
ARIFFIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BAGAIMANA HENDAK MENDAPAT KAWAN &
MEMPENGARUHI SESEORANG

2. Pengarang: Dale Carnegie

3. Tahun diterbitkan: 2009

4. Diterbitkan oleh: Wholesale-Mart Business Point Sdn.Bhd

Sinopsis Buku Buku ini akan membantu pembaca untuk menghilangkan
5. Yang Dibaca: kerunsingan serta mendapatkan lebih ramai kawan dengan cara
yang cepat dan mudah. Hal ini kerana, buku ini akan menerangkan
prinsip-prinsip asas apabila berhadapan dengan seseorang. Dengan
ini, pembaca akan mengetahui perkara-perkara yang perlu dilakukan
apabila berhadapan dengan individu. Selain itu, salah satu cara
untuk mendapatkan lebih ramai kawan dengan mudah adalah
dengan membuatkan seseorang suka kepada anda. Oleh itu,
pengarang telah menerangkan enam perkara yang dapat membantu
seseorang suka kepada pembaca. Antaranya ialah cara mudah
untuk menjadi pembicara yang baik serta bagaimana cara untuk
menarik perhatian seseorang.

Selain itu, buku ini turut membantu pembaca untuk menarik
perhatian orang lain kepada cara pemikiran anda. Hal ini kerana,
buku ini telah menjelaskan bagaimana cara untuk meyakinkan
seseorang mengikut kemahuan pembaca yang dapat dilihat pada
bahagian 3. Bahagian ini memberitahu pembaca bahawa
seandainya mereka melakukan kesilapan maka mereka perlu akui
kesilapan tersebut serta pujukan yang disukai oleh setiap orang.
Seterusnya, buku ini juga membantu pembaca meningkatkan
pengaruh dan martabat serta membolehkan pembaca memperoleh
kuasa. Buktinya, pada bahagian 4 pengarang menggalakkan
pembaca untuk menjadi seorang pemimpin dengan memberitahu
pembaca tentang bagaimana untuk mengubah sikap seseorang

150

Bil. Perkara Catatan
tanpa menimbulkan perbalahan.

Terdapat banyak manfaat yang dapat diperoleh daripada buku ini

iaitu buku ini dapat membebaskan pemikiran pembaca daripada

masalah mental, membentuk cara pemikiran yang baru,

memperolehi sudut pandangan yang baru dan menemui cita-cita

baru. Selain itu, buku ini turut membantu pembaca menjalin

persahabatan dengan cepat serta mudah dan secara tidak langsung

dapat meningkatkan popularity pembaca dalam khalayak umum.

6. Manfaat/pengajaran Buku ini juga dapat mempengaruhi seseorang agar mengikut arah
yang diperoleh pemikiran pembaca dengan mempertingkatkan pengaruh, prestij,
daripada buku dan kebolehan pembaca dalam melaksanakan sesuatu perkara.
yang dibaca: Seterusnya, buku ini dapat menjadikan seseorang pembaca yang

membaca buku ini menjadi seseorang pemimpin. Perkara ini dapat

dilihat menerusi isi kandungan buku ini yang menerangkan cara

melayani sesuatu aduan dengan baik, mengelakkan perbalahan,

memelihara supaya perhubungan kemanusiaan anda berjalan

dengan lancar dan menyenangkan malah memberitahu pembaca

untuk menjadi seorang pemidato yang baik, seorang pembicara

yang menyenangkan serta menaikkan semangat di kalangan rakan

pembaca.

7. Tandatangan: Nurin Damia binti Kamarun Ariffin

151

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL ATHIRAH BINTI AZMAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SEBUAH PERJALANAN

2. Pengarang: Abdullah Hussain

3. Tahun diterbitkan: 1985

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sinopsis Buku
Sebuah Perjalanan’ begitulah judul novel yang dikarang oleh
5. Yang Dibaca: sasterawan negara, Abdullah Hussain. Melalui tajuknya sahaja
telah mengendong seribu satu maka yang tersirat. Menyelak
helaian pertama daripada 547 halaman kesemuanya membuatkan
pembaca akan benar-benar disuntik kesegaran nilai-nilai murni
melalui bait-bait bahasa yang disusun begitu adiwarna dan menarik.
Apakah faktor yang julung menjadikan karya sastera ini dapat
diminati oleh pembaca?

Hal ini demikian kerana sarwa cetusan idea yang ditulis dalam
penulisan karya sastera waima puisi tradisional dan puisi moden
mudah difahami oleh pembaca disebabkan penulisan wacana itu
menepati dalam kriteria penghasilan keutuhan wacana yang efektif.
Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang
diadaptasikan daripada situasi yang sering berlaku marcapada ini.
Melalui judul pada kulit novelnya sahaja sudah jelas menyelak
sedikit demi sedikit rahsia intipati novel ini.

Buku ini sebenarnya menelusuri perjalanan hidup yang dialami oleh
Abdullah Hussain pada masa 50 tahun daripada umur beliau.
Perjalanan hidup yang diceritakan adalah mengenai pengalaman
melibatkan jangka masa yang sangat lama dengan memberikan
implikasi kepada fizikal dan mentalnya disebabkan dua
peperaangan dunia. Sewaktu beliau dalam lingkungan umur remaja
atau sewaktu muda, beliau kerap melibatkan diri dalam sesuatu
pentadbiran iaitu sebagai anggota Fujiwara Kikan yang merupakan
badan tentera Jepun. Beliau juga telah berjaya membuka tirai
kemerdekaan kepada negara Indonesia dan telah menjawat

152

Bil. Perkara Catatan
beberapa jawatan di Aceh.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua pembaca yang terdiri daripada

pelbagai lapisan umur sama ada remaja atau orang tua kerana

cerita ini mengisahkan tentang peperangan bagi setiap individu

Manfaat/pengajaran untuk mempertahankan negara daripada diancam oleh negara luar.

6. yang diperoleh Cerita ini cengki memberikan pengajaran dan nilai murni yang boleh
daripada buku diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Perkara yang baik

yang dibaca: diceritakan di dalam naskhah ini perlulah diambil iktibar dan

diamalkan manakala perkara yang tidak baik itu perlulah tidak

diaplikasikan dan dicontohi kerana akan membinasakan diri sendiri

kelak.

7. Tandatangan: Nurul Athirah binti Azman

153

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL HUDA BINTI YUSOF

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PETUNJUK TATABAHASA MELAYU

2. Pengarang: Haji Mohd.Asraf bin Haji Abdul Wahab

3. Tahun diterbitkan: 2007

4. Diterbitkan oleh: Sasbadi Sdn.Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini menyetuh tentang penggunaan kata dan ayat dalam
Yang Dibaca: bahasa Melayu yang terdapat beberapa topik antaranya
i)penggolongan kata, ii)pembentukan kata imbuhan dan majmuk,
iii)pembentukan ayat dan akhir sekali iv)sebutan baku dan intonasi.

Bahagian-bahagian subtopik di atas merupakan asas untuk
mempelajari bahasa Melayu secara beringkat-ringkat hingga mahir
dalam penulisan dan pertuturan. Selain itu, daripada buku ini jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang
kompleks dan lengkap menjadi satu makna yang jelas seperti
terbentuknya kata nama, kata kerja, kata sendi, kata adjektif dan
lain-lain yang digunakan dalam situasi tertentu iaitu kehidupan
harian. Setiap bentuk kata yang terbentuk juga mempunyai tugas-
tugas yang tertentu dalam setiap ayat. Walau bagaimanapun. Dalam
pembetukan ayat pula terdapat beberapa komponen atau struktur
ayat yang berbeza seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat songsang,
ayat perintah, ayat penegas dan sebagainya yang mempunyai
subjek, predikat, pelengkap, keterangan, penerangan dan objek.
Akhir sekali ia akan membentuk satu sebutan dan intonasi yang baik
dan menarik.

Buku ini amat bersesuaian bagi pelajar sekolah menengah, universiti

Manfaat/pengajaran dan para pendidik yang ingin mempelajari bahasa Melayu baku atau
sebagai bahan rujukan bagi mengenal pasti sistem ejaan yang lebih
yang diperoleh
6. daripada buku tepat berbanding ejaan bahasa Melayu pada masa kini yang banyak

yang dibaca: dipengaruhi oleh bahasa pasar (bahasa rojak) dan bahasa asing.

Selain itu, melalui buku ini juga ia dapat meningkatkan ilmu

pengetahuan bagi masyarakat yang membacanya dan secara tidak

154

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
langsung penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat
Malaysia akan menjadi lebih kukuh dan dapat meningkatkan
martabat kedudukan bahasa Melayu diperingkat antarabangsa.
Lantaran itu, kita juga dapat mengekalkan warisan dan keunikan
asal usul bagi kaum Melayu hingga kini.

Nurul Huda binti Yusof

155

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ROBIATUL ADAWIYAH BINTI
SAIDIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: DEWAN BAHASA EDISI KETIGA

2. Pengarang: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid
Mahmood

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pusataka

5. Sinopsis Buku Buku ini merangkumi bidang linguistik bahasa Melayu yang betul.
Yang Dibaca: Pengarang menyentuh elemen bahasa dengan membahagikan
aspek bahasa kepada tiga bahagian iaitu :

i) Sejarah dan variasi bahasa

ii) Morfologi bahasa

iii) Sintaksis bahasa

Bahagian (i) berfokuskan kepada pengenalan sejarah
perkembangan bahasa mengikut peredaran zaman kerajaan di
Tanah Melayu dan jenis-jenis bahasa secara umum kepada
pembaca.

Bahagian (ii) pula bertumpu kepada pembentukan kata bermula
daripada kata dasar dikembangkan lagi dengan penerapan elemen
terbitan dan gandaan. Golongan kata juga disentuh dalam bahagian
ini bagi mengetahui fungsi setiap golongan kata dengan lebih
terperinci sama ada golongan kata kerja, kata nama, kata adjektif
mahupun kata tugas.

Bahagian (iii) adalah bahagian terakhir yang memberi penekanan
kepada proses pembentukan frasa dan ayat berdasarkan analisis
yang dibuat terhadap setiap golongan kata yang telah diterangkan
dalam bahagian (ii). Bahagian ini menerangkan satu persatu
langkah dan kompenan bagi sesebuah ayat terbentuk. Jenis ayat
juga diterangkan dengan lebih mendalam pada bahagian ini.

156

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sangat membantu dalam usaha memantapkan penggunaan

bahasa Melayu yang betul dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Penggunaan rajah pohon lebih memudahkan pembaca untuk

Manfaat/pengajaran memahami isi yang ingin disampaikan oleh pengarang. Demi
memelihara martabat bahasa Melayu pada masa kini, buku ini
yang diperoleh
6. daripada buku perlulah diketengahkan sebagai rujukan utama masyarakat dalam

yang dibaca: memantapkan lagi kemahiran berbahasa. Penggunaan ayat yang

ringkas dan tepat mempamerkan tujuan sebenar pengarang untuk

memudahkan pembaca mendalami kemahiran berbahasa yang betul

agar bahasa Melayu tidak dipengaruhi dengan bahasa-bahasa asing

seperti bahasa slanga.

7. Tandatangan: Robiatul Adawiyah binti Saidin

157

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SITI NUR AISYAH TUL ADAWIAH
BINTI MOHD KAMARULZAMAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TEORI DAN TEKNIK KEPIMPINAN PANDUAN APLIKASI DI
TEMPAT KERJA

2. Pengarang: Ainon Mohd

3. Tahun diterbitkan: 31 Disember 2003

4. Diterbitkan oleh: PTS Publishing House

5. Sinopsis Buku Buku ini telah menyentuh semua aspek dalam kepimpinan sama
Yang Dibaca: ada dalam bentuk teori dan teknik kepimpinanan. Sebagai
contohnya, ciri-ciri, pemimpin yang mudah diterima, memahami
kepimpinan, pengurus sebagai pemimpin, teori pemimpin besar,
gaya kepimpinan tradisional, teori pemimpin tranformasi, teori
pemimpin mengikut keadaan, teori pemimpin sebagai penunjuk
jalan, teori pemimpin pasukan, teori pemimpin sebagai pembuat
keputusan, teori pemimpin karismatik, pemimpin sebagai pelerai
konflik, kredibiliti dan pemimpin, mengambil keputusan, pemimpin
dan kuasa, menyelesaikan masalah, kesilapan pemimpin dan
bacaan tambahan.

Ciri-ciri kepimpinan yang terbaik adalah pemimpin yang
menampilkan personaliti yang positif dan berkredibiliti tinggi. Ciri-ciri
pemimpin yang dapat disenangi ramai serta mudah diterima ialah
pemimpin yang menerapkan sikap Kerjasama tanpa dimintaa,
mempunyai sikap baik hati, sabar mendengar, harapan yang
banyak, mempraktikkan Bahasa positif, berminat pada orang lain,
senang bersetuju, bersikap positif serta afirmatif. dalam bahagian ini
juga turut disentuh mengenai sikap dan tingkah laku pemimpin yang
sangat penting seperti memberikan tanggungjawab dan kuasa serta
kebebasan yang secukupnya terhadapbpimpinannya agar setiap
tugas dan amanat yang disandang dapatbdijalankan seikhlas hati
dan memenuhi objektif yang diberikan.

Antara perkara yang disentuh yang telah menarik minat saya adalah

158

Bil. Perkara Catatan

mengenai gaya kepimpinanan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
ramai individu yang ingin menjadi pemimpin namun, segelintir
pemimpin sahaja yang mampu menjadi pemimpin yang berjaya. Ini
menunjukkangaya kepimpinan yang ditonjolkan tidak menepati gaya
kepimpinan professional di tempat kerja.

Manfaat yang dapat saya perolehi daripada pembacaan buku ini

Manfaat/pengajaran ialah saya dapat meningkatkan lagi kemahiran untuk menjadi

6. yang diperoleh pemimpin lebih-lebih lagi di tempat kerja. Buku ini juga sangat
daripada buku sesuai dan digalakkan kepada individu yang menginginkan jawatan

yang dibaca: pemimpin supaya setiap gaya dan personaliti yang dipraktikkan

dalam menunjukkan kita sebagai pemimpin yang berjaya.

7. Tandatangan: Siti Nur Aisyah Tul Adawiah binti Mohd Kamarulzaman

159

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAN NUR AISYAH BINTI WAN
SYAMSUDDIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: JUARA

2. Pengarang: S. Othman Kelantan

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Juara isalah istilah yang digunakan merujuk kepada ‘pengarah’ atau
Yang Dibaca: ‘jurulatih’ lembu yang sedang beradu. Karya ini sarat dengan budaya
hidup Melayu Selatan Thai dengan situasi konflik politik yang tidak
menentu yang telah digambarkan oleh pengarang dengan tidak
berkuat kuasanya undang-undang dengan adil lalu kejadian
pembunuhan merajalela di Selatan Thai. Juara mengisahkan Mamat
dan anak-anak buahnya yang terdiri daripada Mat San, Jali, Seli,
Sani dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka, iaitu
Abang Lazim ayah kepada Sani dan Salim kerana ditembak mati
selepas mereka memenangi laga lembu.

Mamat merupakan ahli politik yang meletak jawatan setelah gagal
dalam pilihan raya sebanyak dua kali walaupun beliau merupakan
antara orang kuat yang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Beliau meletak jawatan disebabkan oleh masyarakat sudah tidak
memerlukan lagi khidmatnya dan terdapat persaingan dengan parti
lain. Mamat yang licik ini sebenarnya banyak bermain ‘trick’
berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas seorang ahli politik.

Setelah kalah dalam politik di Kelantan, Mamat berpindah ke Siam
dan mula mendekati laga lembu melalui Abang Lazim. Kehebatan
Mamat dalam bidang laga lembu memang tidak dapat disangkal lagi
kerana beliau dapat menilai lembu dan menjadikannya dihormati
dalam kalangan anak buahnya. Mamat sebenarnya ingin menuntut
bela atas kematian sahabatnya, Abang Lazim.Dipercayai dilakukan
oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan kumpulan mereka yang tidak
berpuas hati dengan kemenangan Calet dengan lembu mereka, iaitu

160

Bil. Perkara Catatan

Langsat. Kemenangan yang dicapai oleh Abang Lazim dan Mamat
melalui lembunya bernama Calet, diakhiri dengan pembunuhan
tragis yang dilakukan oleh Dolah Mundok (orang kanan Pak Isa).
Semuanya akibat perasaan tidak puas hati kerana merasakan
Mamat telah melakukan banyak penipuan dalam pertandingan
tersebut.

Selepas Calet mati ditembak bersama Abang Lazim, Mamat mula
melatih Aral yang merupakan lembu muda. Setahun telah berlalu
selepas peristiwa berdarah itu, Aral akan beradu dengan seekor
lembu dari Pulau Lonel yang merupakan lembu Pak Isa. Sebelum
berlaku pertarungan juara tersebut, Pak Isa telah membuat
persediaan yang rapi terhadap lembunya dengan membaluti tanduk
lembu dengan besi agar lebih tajam dengan tujuan ingin membunuh
Aral. Namun, yang berlaku pada hari tersebut bukanlah laga lembu,
tetapi pertarungan hebat antara Pak Isa dengan Mamat. Hal ini
disebabkan oleh Pak Isa yang masih tidak berpuas hati dan
berdendam kerana kalah pada suatu waktu dahulu manakala Mamat
pula berdendam disebabkan kematian Abang Lazim.

Dalam pertelingkahan yang berlaku telah diakhiri dengan kematian
Pak Isa yang mati ditembak oleh Mamat di hadapan semua
penyokong laga lembu. Suasana politik yang tidak menentu di
Selatan Thai dan juga hubungan erat antara masyarakat Melayu
Kelantan dan Selatan Thai tidak boleh disangkal. Penulis berusaha
mengingatkan para pemuda bahawa wilayah Selatan Thai seperti
Pattani, Narathiwat dan Yala adalah wilayah Melayu yang
sepatutnya bersama Kelantan.

Antara nilai yang terdapat dalam novel Juara ini ialah nilai

perjuangan dalam diri. Semangat perjuangan dlam diri ditunjukkan

dalam novel ini menerusi watak Mamat. Semangat perjuangan

Manfaat/pengajaran danlam diri seseorang mendorong individu tersebut dalam mencapai
sesuatu yang diingini. Dalam novel ini, Mamat berjuang habis-
yang diperoleh
6. daripada buku habisan dalam mencari Pak Isa yang membunuh Abang Lazim. Dia
sanggup pergi mencari ke Kelantan untuk menjejaki Pak Isa dalam
yang dibaca:
misi membalas dendam. Hal ini, menunjukkan semangat perjuangan

untuk menuntut bela. Oleh itu, jelas di sini menunjukkan bahawa

novel ini mampu melahirkan semangat juang yang tinggi dalam

kalangan pembaca.

7. Tandatangan: Wan Nur Aisyah binti Wan Syamsuddin

161

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : AIDA ALIAH BINTI MOHAMAD
IDRIS

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku:
2. Pengarang: BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
3. Tahun diterbitkan:
4. Diterbitkan oleh: Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi
Ayub, Faiziah Shamsudin, Abd. Rahim Ismail dan Maria Mansur
Sinopsis Buku
5. Yang Dibaca: 2012

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Buku ini menyentuh semua aspek berdasarkan kursus Bahasa
Melayu Kontekstual yang ditawarkan dalam Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara. Buku ini bukan sahaja
membimbing pelajar memahami konsep dan ciri-ciri tentang tajuk
yang dibincangkan malah juga sesuai sebagai bahan rujukan kendiri
kerana dilengkapi dengan contoh serta huraian yang mesra
pembaca. Buku ini mengandungi tiga belas bab serta soalan-soalan
latihan untuk tujuan pengukuhan. Kandungan buku ini termasuklah;

i) Bab 1 menerangkan kemahiran komunikasi, merangkumi takrif
dan ciri-ciri komunikasi interpersonal dan intrapersonal serta
halangan komunikasi. Turut dijelaskan tentang ejaan dan kesilapan
umum yang sering dilakukan.

ii) Bab 2 menjelaskan kemahiran menyampai melibatkan sub-tajuk
seperti konsep dan cara menyampai maklumat, penyampaian yang
berkesan serta kredibiliti alat bantu yang sesuai.

iii) Bab 3 khusus menerangkan cara menyampaikan pengumuman
merangkumi sub-tajuk seperti takrif dan jenis pengumuman, format
menulis pengumuman, ciri-ciri pengumuman yang baik serta strategi
penyampaian pengumuman yang berkesan.

iv) Bab 4 menerangkan kemahiran membentangkan kertas kerja
yang merangkumi sub-tajuk takrif dan jenis kertas kerja, format dan
ciri-ciri menulis kertas kerja, serta strategi menulis kertas kerja yang
berkesan dan betul.

162

Bil. Perkara Catatan

v) Bab 5 menjelaskan kemahiran pengacaraan majlis merangkumi
tajuk seperti takrif pengacara majlis, jenis-jenis pengacaraan majlis,
format teks pengacaraan majlis, ciri-ciri pengacaraan majlis yang
baik dan strategi pengacaraan majlis yang berkesan.

vi) Bab 6 pula menerangkan pembentangan laporan melibatkan sub-
tajuk seperti takrif laporan, jenis-jenis laporan, format menulis
laporan yang betul, ciri-ciri pembentangan laporan yang berkesan,
penggunaan alat bantu yang sesuai semasa membentangkan
laporan dan imej pembentangan yang meyakinkan.

vii) Bab 7 menerangkan definisi pengucapan awam, jenis-jenis
pengucapan awam, pengucapan awam dan kerjaya perguruan serta
kelebihan menguasai ilmu pengucapan awam.

viii) Bab 8 membincangkan penyampaian pidato. Bab ini
menerangkan takrif pidato, jenis-jenis pidato, format menulis teks
pidato yang betul, ciri-ciri penyampaian pidato yang baik, strategi
penyampaian pidato yang berkesan, penggunaan alat bantu yang
sesuai semasa berpidato dan paling penting imej pemidato yang
meyakinkan.

ix) Bab 9 menerangkan kemahiran menyampaikan ucapan
manakala bab 10 membincangkan kemahiran menyampaikan
syarahan. Bab 11 pula menerangkan tentang kemahiran
menyampaikan taklimat manakala bab 12 menerangkan kemahiran
menyampaikan ceramah

x) Bab 13 merupakan bab terakhir yang menerangkan prosedur
menulis rujukan dan merakam kutipan dalam bahasa Melayu
mengikut sistem APA.

Buku Bahasa Melayu Kontekstual sesuai digunakan untuk rujukan

para pensyarah dan pelajar. Buku ini bukan sahaja dapat membantu

Manfaat/pengajaran para pelajar program persediaan semester 2 dalam memahami
sukatan pelajaran malah dapat membantu pelajar dalam menyedari
6. yang diperoleh dan memperbaiki kesalahan-kesalahan umum tatabahasa yang
daripada buku
sering dilakukan. Oleh itu, jelaslah bahawa buku ini memiliki banyak
yang dibaca:
manfaat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan pelajar agar

menjadi individu yang berilmu pengetahuan dan berkebolehan

dalam semua aspek.

7. Tandatangan: Aida Aliah binti Mohamad Idris

163

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : AMYLIA ASHIKIN BINTI ZAINI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TATABAHASA DEWAN

2. Pengarang: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid
Mahmood

3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur, Malaysia

5. Sinopsis Buku Buku ini merupakan hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang
Yang Dibaca: komprehensif. Buku ini menjadi panduan buat para guru, pensyarah,
penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin
mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa
Melayu.

Buku ini mengandungi topik-topik berkaitan Morfologi dan Sintaksis.
Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi
pola, bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya.

6. Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin menguasai bahasa
yang diperoleh Melayu dengan lebih mendalam malah buku ini dapat membantu
daripada buku siswa-siswa guru bahasa Melayu untuk menjadikan rujukan dan
yang dibaca: panduan mereka supaya dapat menjadi Pendidik Bahasa Melayu

yang sempurna.

7. Tandatangan: Amylia Ashikin binti Zaini

164

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : FATIN NADIA BINTI ISHAK

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

2. Pengarang: Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi Ayub, Faiziah
Shamsudin, Abd. Rahim Ismail, Maria Mansur

3. Tahun diterbitkan: 2012
4. Diterbitkan oleh: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek berdasarkan kursus Bahasa
Yang Dibaca: Melayu Kontekstual dalam Pendidikan di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) seluruh negara. Topik yang dibincangkan dalam
buku ini termasuklah Kemahiran Komunikasi, Kemahiran
Menyampai, Penyampaian Pengumuman, Pembentangan Kertas
Kerja, Pembentangan Laporan, Pengucapan Awam, Penyampaian
Pidato, Penyampaian Ucapan, Penyampaian Syarahan,
Penyampaian Taklimat dan Penyampaian Ceramah. Dalam bab
terakhir pula, disediakan Panduan Menulis Rujukan mengikut sistem
APA.

Komunikasi amat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang
manusia.Manusia selaku agen perubahan sosial biasanya tidak
dapat hidup secara bersendirian dan memerlukan manusia lain
untuk berinteraksi dalam melakukan setiap urusan harian sama ada
yang bersifat formal ataupun tidak formal. Komunikasi penting pada
masa kini kerana melalui komunikasi,manusia boleh mengutarakan
pendapat ,menyampaikan maklumat dan informasi dan komunikasi
ini juga merupakan eleman penting dalam menjalinkan perhubungan
berbentuk komunikasi antara manusia. Kejayaan dalam sistem
pendidikan sesebuah negara dikaitkan tahap komunikasi seorang
guru yang perlu mempunyai skill untuk berkomunikasi dengan baik.
Isi kandungan buku ini diolah dan disampaikan menggunakan
bahasa yang mudah difahami dan mesra pembaca. Malahan buku
ini dapat membantu para pelajar khususnya semester 2 dan 3
program persediaan dalam subjek Bahasa Melayu Kontekstual.

165

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sangat bersesuaian untuk dijadikan kepada para siswa dan

siswi guru IPG khususnya dalam program persediaan. Malahan para

pensyarah juga boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan dalam

pengajaran dan lain-lain. Segala maklumat berkenaan penyampaian

Manfaat/pengajaran maklumat, syarahan, taklimat dan sebagainya didapati dalam buku

6. yang diperoleh ini. Secara umumnya, para pelajar boleh menjadikan buku ini
daripada buku sebagai rujukan khususnya sekiranya terdapat program yang

yang dibaca: diadakan di IPG. Bagi mereka yang bakal melangkah ke alam

pekerjaan sebagai seorang pendidik, buku ini menjelaskan secara

terperinci cara untuk berkomunikasi malahan cara untuk

memastikan komunikasi dapat berlaku dan diterima atau difahami

dengan baik.

7. Tandatangan: Fatin Nadia binti Ishak

166

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : HALIMAH AL SAADIYYAH BINTI
HAIDIL MUSTAFA

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PERANG-PERANG YANG BENAR

2. Pengarang: Abdul Latip Talib

3. Tahun diterbitkan: 2011

4. Diterbitkan oleh: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu
Yang Dibaca: menunjukkan kegagahan, tidak dimulakan hanya kerana mahu
mengaur kekayaan, dan tidak dimulakan kerana mahu membalas
dendam.

Perang adalah suci, dan perang bermula pada ketika mahu
mempertahankan akidah kerana mahu menegakkan kalimah Allah,
dan kerana mahu memenangkan yang benar.

Inilah novel, yang menghimpunkan antara kisah-kisah perang
terawal dalam sejarah Islam. Perang yang tidak dimulakan atas
sebab palsu dunia, tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar.

Perang Badar, Uhud, Khandaq, dan Khaibar adalah Perang-Perang
yang Benar.

Buku ini menceritakan kisah-kisah benar tentang peperangan yang

berlaku dalam sejarah Islam. Keberanian pahlawan Islam dalam

menempuh cabaran membuktikan tujuan peperangan bukanlah

Manfaat/pengajaran untuk melawan kekuatan fizikal semata-mata. Berdasarkan kisah-

6. yang diperoleh kisah peperangan ini saya dapat mengetahui strategi yang
daripada buku digunakan dalam peperangan Islam. Segala peperangan yang

yang dibaca: terjadi adalah untuk mempertahankan hak umat Islam dan menjaga

nama baik agama dan kesuciannya. Ketabahan umat Islam pada

zaman tersebut membangkitkan semangat saya untuk sentiasa

menjaga nama baik agama.

7. Tandatangan: Halimah Al Saadiyyah binti Haidil Mustafa

167

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MOHAMMAD DANISH BIN MOHD
YUSRI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: DEMI TANAH QALHA

2. Pengarang: Salina Ibrahim

3. Tahun diterbitkan: 2021

4. Diterbitkan oleh: (DBP) Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Kandungan buku ini cuba memaparkan tempoh getir kerajaan

Kedah. Permulaannya menyaksikan persahabatan dengan Siam

dilihat retak menanti belah. Inggeris pula bijak menangguk di air

keruh, mengintai peluang ketika politik negeri Kedah kian goyah.

Wilayah milik tanah Qalha satu per satu jatuh ke tangan kuasa

asing. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah hilang takhta angkara

5. Sinopsis Buku permainan kuasa yang dicatur pihak luar. Saudara sedarah ibarat
Yang Dibaca: gunting dalam lipatan demi kuasa dan harta. Lalu apa lagi yang

dipertahankan. Namun, bangkit anak Melayu yang berjiwa besar,

pantang berundur apatah lagi menyerah kalah. Tunku Kudin

memimpin pasukan kecilnya untuk membebaskan Kedah daripada

belenggu Siam dan Inggeris. Biar perit, biar bermandi darah, mereka
mara berperisai tekad – tanda taat setia pada pemerintah negeri,

Tanah Qalha mesti dipulangkan ke tangan yang berhak.

Pengajaran yang boleh kita ambil ialah kita mestilah bersedia

mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk serangan

daripada penjajah. Janganlah kita menjadi pengkhianat bangsa

Manfaat/pengajaran sendiri kerana kepentingan harta dan pangkat. Biarlah kita menjadi
bangsa yang bermaruah daripada membuka penjajahan asing. Kita
6. yang diperoleh juga perlu mengambil iktibar daripada anasir jahat kuasa luar yang
daripada buku
ingin menguasai tanah air kita. Perjuangan harini adalah demi masa
yang dibaca: depan generasi kita sendiri. “Pantang berundur sebelum berjuang.”

Akhir sekali, kepada para pejuang yang tidak pernah mati semangat,

terima kasih kerana memercikkan inspirasi dan meminjamkan

semangat. Al-Fatihah.

7. Tandatangan: Mohammad Danish bin Mohd Yusri

168

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD ADAM DANIEL BIN
ZAINAL

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Membongkar di sebalik misteri MH370

2. Pengarang: Mejar ( B ) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: Casamas Resources Sdn.Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini merungkaikan kisah kehilangan pesawat MH370 yang telah
Yang Dibaca: hilang sejak 2014 dan sehingga ke hari ini pesawat ini masih belum
dijumpai. Pesawat MH370 ini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur
ke Beijing hilang pada pagi 8 Mac 2014. Penerbangan tersebut
membawa 277 penumpang dari 15 buah negara termasuk 2 orang
bayi dan 12 anak kapal. Pesawat MH370 ini terputus hubungan
daripada pusat kawalan udara Subang sekitar pukul 2.40 pagi iaitu
hanya 2 jam setelah berlepas. Usaha mencari dan menyelamat
dilakukan oleh pelbagai agensi dan melibatkan beberapa buah
negara. Operasi mencari dan menyelamat ini dilakukan meliputi luas
30,000 km2 (12000 batu).

Penerbangan ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16 : 41
UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac).
Walaupun operasi mencari dan menyelamat dilakukan secara besar-
besaran sehingga melibatkan lebih 30 pesawat dan 40 kapal namun
tiada sebarang petunjuk atau kesan yang dijumpai.

Terdapat pelbagai kemungkinan dan teori yang dikeluarkan daripada
pelbagai pihak termasuk untuk memberi indikasi pencarian pesawat
tersebut. Namun, sehingga ke hari ini segala persoalan kekal misteri
dan tiada jawapan yang dapat diberikan. Adakah kehilangan
pesawat MH370 ini merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi
dari mana-mana negara atau pihak tertentu ? Adakah kehilangan
pesawat ini merupakan satu tragedi yang melibatkan alam mistik ?

169

Bil. Perkara Catatan

Tidak dapat menolak kemungkinan adakah kelonggaran sistem
pemeriksaan telah menyebabkan penumpang dapat menaiki
pesawat dengan passport curi? Mungkinkah tragedi ini merupakan
satu permainan perang teknologi yang menjadikan pesawat MH370
sebagai mangsa keadaan. Jelas sekali, buku ini sangat menarik
untuk dibaca kerana pengarang merungkaikan kehilangan pesawat
ini secara terperinci bermula kronologi penerbangannya sehingga ke
saat kehilangannya. Bukan itu sahaja malah buku ini turut
mendedahkan beberapa teori yang logik dan boleh menjadi
kemungkinan yang besar terhadap kehilangan ini.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan sesuai untuk

dijadikan rujukan bagi menghadapi kemungkinan tragedi akan

datang. Terdapat pelbagai ilmu yang dapat kita peroleh melalui

pembacaan ini terutamanya ilmu-ilmu mengenai penerbangan dan

pesawat. Selain itu, kita juga dapat menyedari keadaan dunia

sekarang yang mempunyai pelbagai muslihat dan tujuan demi

kepentingan diri sendiri dengan memudaratkan orang lain. Oleh itu,
Manfaat/pengajaran kita perlu sedar bahawa pentingnya menguasai pelbagai bidang ilmu
yang diperoleh
6. daripada buku agar tidak mudah ditindas atau diperlekehkan orang lain atau mana-
mana pihak.
yang dibaca:
Pada masa yang sama, para pemimpin juga perlu bersikap bijak dan

tegas dalam sebarang situasi yang melibatkan kedaulatan dan

keselamatan negara agar negara tidak mudah terperangkap dengan

tipu muslihat pihak lain yang sekadar ingin mengambil kesempatan.

Segala info dan maklumat yang dipersembahkan oleh pengarang

sangat ringkas dan padat lalu berupaya memberi kefahaman kepada

para pembaca mengenai isi yang disampaikan.

7. Tandatangan: Muhammad Adam Daniel bin Zainal

170

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD FADHIL BIN MAT
ZUKI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: UMMUL MUKMININ KHADIJAH
2. Pengarang: Abdul Mun’im Muhammad

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Karya Bestari

5. Sinopsis Buku Buku yang berjudul Ummul Mukminin Khadijah adalah tentang
Yang Dibaca: perjalanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam
menyebarkan agama Islam dengan menempuhi onak dan duri
namun di setiap perjuangan baginda ditemani oleh wanita yang
hebat iaitu Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid.

Kisah Khadijah, Ummul Mukminin selalu meninggalkan kesan
mendalam. Seluruh umat islam tidak kira sebesar apa pun
perbezaan fahaman di antara mereka pasti akan mencintai Khadijah
sepenuh hati. Khadijah, isteri pertama Rasulullah SAW yang
menjadi rakan saat susah dalam hidup baginda, isteri yang selalu
menawarkan cinta dan kasih sayang dalam apa jua keadaan pun.
Selain itu, Khadijah juga merupakan seorang pedagang yang
berjaya. Pasangan ini hidup bersama selama 15 tahun sebelum
Muhammad diangkat menjadi Rasul. Mereka bahagia melayari
rumah tangga yang berlandaskan keikhlasan, rasa hormat dan
saling mencintai. Allah SWT berkenan menganugerahkan zuriat
yang soleh buat mereka.

Khadijah memiliki pemikiran yang cerdas, perilaku yang mulia,
ketabahan yang luar biasa dan tidak pernah mundur. Seluruh jiwa
raga, usaha dan harta benda nya dipersembahkan bagi perjuangan
menegakkan Islam. Walaupun semasa usia tuanya, kekuatan fizikal
Khadijah semakin menurun dan kecantikannya semakin pudar,
tetapi ada sesuati yang tidak pernah berubah dalam dirinya iaitu
kekuatan spritualnya serta ketulisan cintanya. Khadijah selamanya
beriman kepada Allah SWT serta meyakini kebenaran risalah

171

Bil. Perkara Catatan

suaminya.

Setiap kali Rasulullah SWT mengalami ujian atau penghinaan,
Khadijah menjadi orang pertama yang menghibur, menemani dan
meyakinkan baginda. Hal itu terus berlangsung sehingga Khadijah
meninggal dunia pada usia 65 tahun, tepat 10 tahun setelah baginda
diangkat menjadi rasul. Rasulullah SAW tidak pernah berkahwin
dengan perempuan lain sewaktu hidup bersama-sama dengan
Khadijah. Allah SWT pun menghormati Khadijah. Pada suatu hari,
Malaikat Jibril datang menemui baginda dan berkata, “Wahai
Muhammad! Sebentar lagi Khadijah akan membawa makanan dan
minuman untukmu. Kalau dia datang, sampaikan kepadanya salam
dari Allah dan daripada-Ku”.

Baginda pun menyampaikannya. Khadijah menjawan dengan rasa
syukur, “Allah adalah pemilihara kedamaian dan sumber segala
damai. Salamku untuk Jibril”. Jawapan itu menunjukkan kecerdasan
dan kesucian Khadijah yang mengagungkan Allah SWT dan berdoa
agar dianugerahkan kedamaian dan keselamatan.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada buku ini, adalah kita

haruslah sentiasa menghargai setiap perjuangan yang telah

dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu dengan selalu mempraktikkan

sunnah-sunnah dan menjadikan selawat sebagai zikir harian yang

wajib diamalkan setiap hari. Dalam pada itu juga, kita mestilah

Manfaat/pengajaran sentiasa tabah dalam menghadapi ujian dalam kehidupan dan

6. yang diperoleh meletakkan sepenuhnya pertolongan dan pengharapan daripada
daripada buku Allah SWT kerana sesungguhnya tiada tempat yang boleh kita

yang dibaca: meminta pertolongan melainkan Allah SWT. Akhir sekali, kita

haruslah menjadikan akhlak Khadijah sebagai contoh untuk

diamalkan dalam kehidupan contohnya sebagai isteri yang selalu

menyokong suaminya dalam semua aspek kerana disebalik

kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita hebat di

belakangnya.

7. Tandatangan: Muhammad Fadhil bin Mat Zuki

172

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NASYITA AQILAH BINTI ABDUL
RAZAK

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BERUCAP DENGAN YAKIN

2. Pengarang: Md Izuddin Ali, Zetty Zahureen Mohd Yusoff

3. Tahun diterbitkan: 2008

4. Diterbitkan oleh: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Sinopsis Buku Buku ini menerangkan bagaimana cara menyampaikan sesuatu
5. Yang Dibaca: ucapan dengan baik. Seperti yang kita sedia maklum bahawa ada
pengucap yang mempunyai idea yang baik untuk dikongsi bersama
dengan audiens tetapi cara penyampaiannya kurang bersesuaian.
Oleh itu, mesej yang ingin disampaikan tidak berlaku dan matlamat
yang hendak dicapai mungkin tidak dapat direalisasikan. Buku ini
menyentuh beberapa bahagian dalam penyampaian ucapan yang
berkesan iaitu kepentingan dan proses pengucapan awam, strategi
persiapan berucap yang tersusun, strategi latihan berucap yang
dinamik, strategi berucap yang dikagumi, petua menangani masalah
gemuruh dan perkara yang perlu dielakkan oleh pengucap
cemerlang.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang ingin meningkatkan

keyakinan diri dalam menyampaikan ucapan di hadapan khalayak

ramai. Terdapat banyak petua yang diberikan oleh pengarang yang

boleh kita ikuti dan penggunaan bahasa dalam buku ini juga bersifat

santai, jadi pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam.
Manfaat/pengajaran Saya menyukai satu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu
yang diperoleh
6. daripada buku Daud yang terdapat dalam buku ini iaitu
’Dan sesiapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan ia
yang dibaca:
membenarkannya, maka didirikan rumah baginya di tengah-

tengah syurga. Dan sesiapa yang baik akhlaknya, maka
dibangunkan rumah baginya di atas syurga’

Oleh itu, buku ini dapat membuatkan pembaca lebih yakin untuk
memberi ucapan dan berjaya menyampaikan perkara-perkara yang

173

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: benar kepada khalayak ramai.
Nasyita Aqilah binti Abdul Razak

174

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NOR FAIZATULAKMA BINTI
ZULKFLI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: MOTIVASI ALIHAN PELAJAR

2. Pengarang: Tengku Asmadi, Ph.D

3. Tahun diterbitkan: 2011

4. Diterbitkan oleh: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan semua pengalaman penulis iaitu Tengku
Yang Dibaca: Asmadi selama lebih 12 tahun mengabdikan diri dalam
mengendalikan program Motivasi Alihan Pelajar untuk para pelajar.
Ia adalah buah tangan untuk semua masyarakat terutamanya para
pelajar yang selama ini tercari-cari rahsia pembelajaran dan
kecemerlangan. Selepas lebih 50 ribu pelajar telah mengikuti
program yang dijalankan beliau, maka beliau telah mengambil
keputusan untuk mengabdikan sebahagian daripada pengisian
motivasi itu ke dalam buku ini.

Di dalam buku ini banyak perkara yang dibincangkan antaranya
ialah masalah pelajar dalam kehidupan mereka, rahsia pelajar
cemerlang, gaya pembelajaran, cara mengurus masa, tips atasi
kemalasan dan banyak lagi topik-topik yang menarik. Buku ini
menjadi lebih menarik kerana setiap topik yang dibincang adalah
mengenai perkara yang sangat rapat dengan kehidupan seorang
pelajar. Penulis juga ada menyelit banyak kejayaan yang telah
dicapai oleh para pelajar yang menyertai motivasi ini.

Di samping itu, penulis juga berkongsi tentang teknik, strategi dan
pendekatan yang telah diuji kepada para pelajar. Jadi, beliau yakin
dengan adanya teknik-teknik yang dikongsi ini akan dapat memberi
keberkesanan kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang
cemerlang. Setidak-tidaknya cemerlang dari sudut sahsiah mereka.

Antara perkara yang disentuh di mana dapat menarik minat saya
adalah pada bab 17 iaitu berkaitan pengurusan masa. Hal ini kerana
bagi saya dalam kehidupan, perkara yang paling mencabar adalah

175

Bil. Perkara Catatan

pengurusan masa lebih-lebih lagi ingin membahagikan masa untuk
belajar, masa rehat dan masa untuk hiburan. Oleh hal demikian,
banyak tip-tip yang telah dibicarakan oleh penulis di mana saya
dapat gunakan dalam kehidupan saya. Dr Tengku Asmadi juga
memberi pepatah berkaitn masa iaitu masa lebih berharag daripada
emas. Ia adalah degupan jantung kita. Ia juga kehidupan kita.

Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar yang bercita-cita ingin

menjadi pelajar yang cemerlang. Maklumat yang dipersembahkan

secara ringkas dan padat berupaya memberi kefahaman kepada

Manfaat/pengajaran pembaca tentang apakah strategi untuk berjaya dan bagaimanakah
cara untuk mengatasi kekangan untuk berjaya. Ternyata untuk
6. yang diperoleh menjadi seorang yang berjaya bukanlah satu perkara yang mudah
daripada buku
kerana ia memerlukan pengorbanan dan semangat yang kental
yang dibaca:
dalam mencapai sesuatu yang diimpikan. Oleh itu, dengan adanya

buku ini pelajar mungkin sedikit demi sedikit akan tahu bagaimana

haluan untuk berjaya iaitu apabila menggunakan tips yang dikongsi

oleh penulis.

7. Tandatangan: Nor Faizatulakma binti Zulkfli

176

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NOR NAEMAH BINTI
KAMARUDDIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

2. Pengarang: Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, Anisah Hashim

3. Tahun diterbitkan: 2017

4. Diterbitkan oleh: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek berdasarkan kursus Pengantar
5. Yang Dibaca: Pengajian Profesional dalam Pendidikan di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) seluruh negara. Buku ini meliputi kesemua aspek
pengajian profesional seperti konsep pendidikan, aspirasi
pendidikan dan penghayatan kepada profesionalisme keguruan.
Kandungan buku ini termasuklah; i) Definisi Konsep Pendidikan, ii)
Bidang Pengajian Profesional, iii) Perkembangan Keguruan, iv)
Aspirasi dan kepentingan Pendidikan, v) Pembinaan Negara
Bangsa, vi) Profesionalisme Keguruan, vii) Etika Keguruan, viii)
Personaliti Guru Cemerlang, ix) Sekolah dan Permuafakatan
Komuniti, dan x) Cabaran Profesionalisme Keguruan.

Setiap individu, bermula dari lahir hinggalah akhir hayatnya telah,
sedang dan akan melalui proses Pendidikan sama ada disedari atau
tidak disedarinya. Pendidikan yang diperoleh mungkin secara
langsung atau tidak langsung dan secara formal atau tidak formal.
Kejayaan dalam sistem pendidikan sesebuah negara dikaitkan
dengan kecemerlangan kepimpinan sekolah dan tahap kualiti
profesionalisme guru di sesebuah sekolah tersebut. Pada bahagian
awal isi kandungan buku ini banyak membincangkan mengenai
perkembangan pendidikan di Malaysia serta menghuraikan pelbagai
aspek dalam bidang pendidikan. Pada bahagian ini juga
menerangkan mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pada Bahagian pertengahan, banyak membincangkan mengenai
kepentingan pendidikan mengikut Sistem Pendidikan Malaysia serta
menerangkan mengenai profesionalisme perguruan juga fungsi
sekolah sebagai sebuah organisasi, laluan kerjaya guru dan

177

Bil. Perkara Catatan

peranan guru untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
Pada bab-bab pbahagian akhir pula banyak membincangkan
mengenai personaliti guru yang cemerlang serta muafakatan antara
komuniti dan sekolah dalam mewujudkan hubungan baik. Bahagian
ini juga membincangkan mengenai isu-isu keguruan dalam bidang
pendidikan.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang baru memasuki dunia

perguruan. Ia juga boleh dijadikan rujukan kepada para pendidik

bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam diri masing-masing.

Segala cabaran guru juga dinyatakan bagi menambah pengetahuan

6. Manfaat/pengajaran pembaca bagi mencari jalan penyelesaian mahupun cara untuk
yang diperoleh mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Bagi mereka yang bakal
daripada buku melangkah ke alam pekerjaan sebagai seorang pendidik, buku ini

yang dibaca: memberi garis panduan mengenai personaliti, kod etika dan
sebagainya mengenai sahsiah sebagai seorang penyampai ilmu.

Selain itu, buku ini juga banyak menerangkan mengenai definisi-

definisi yang berkaitan profesionalisme perguruan oleh tokoh-tokoh

pendidikan negara yang mudah untuk difahami dengan jelas dan

terperinci.

7. Tandatangan: Nor Naemah binti Kamaruddin

178

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR AFFIFI NASUHA BINTI MOHD
BUMAIDIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: ABC PENDEKATAN PENGAJARAN BERASASKAN OTAK

2. Pengarang: Salmiza Salleh

3. Tahun diterbitkan: 2018

4. Diterbitkan oleh: Universiti Sains Malaysia

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh berkaitan strategi yang dilaksanakan
Yang Dibaca: berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan otak yang
dibangunkan daripada teori serta penemuan terkini kajian berkaitan
otak.Pendekatan ini direka bentuk agar serasi dengan
struktur,kecenderungan serta fungsi optimum otak manusia bagi
memastikan keberkesanan proses pembelajaran individu pelajar.
Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak dirancang khusus untuk
lebih menghargai serta memberi pertimbangan yang menyeluruh
terhadap kemampuan otak dalam sesuatu proses
pembelajaran.Sehingga kini belum ada buku yang membincangkan
tentang konsep Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak dalam
versi Bahasa Melayu.

Pengajaran secara tradisonal yang bersifat pasif menyebabkan
pembelajaran di sekolah dianggap susah oleh pelajar lebih-lebih lagi
subjek Sains.Dalam situasi pendidikan di Malaysia,kajian
menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang tidak berkesan
menyebabkan kurang minat belajar bagi pelajar.Pendekaatan
Pengajaran Berasaskan Otak merupakan strategi yang dilaksanakan
berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan otak yang
dibangunkan daripada teori serta penemuan terkini kajian berkaitan
otak.Ia direka bentuk agar serasi dengan struktur,kecenderungan
serta fungsi optimum otak manusia bagi memastikan keberkesanan
proses pembelajaran individu.

179

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sesuai dibaca oleh golongan umur yang suka menerokai

bidang sains.Buku ini bermanfaat dalam membantu individu

Manfaat/pengajaran mengaplikasikan pendekatan ini dalam proses pengajaran dan

6. yang diperoleh pembelajaran,bahkan yang berminat untuk meneroka potensi otak
daripada buku serta potensi diri dalam konteks kehidupan seharian.Buku ini juga

yang dibaca: menjelaskan tentang otak manusia yang mengandungi berjuta-juta

sel sel saraf yang menyelaras pemikiran, emosi, tingkah laku,

pergerakan dan sensasi individu.

7. Tandatangan: Nur Affifi Nasuha binti Mohd Bumaidin

180

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR ALYA NAJWA AZMIR IRWAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BERFIKIR GAYA CHAMPION

2. Pengarang: Hizamnuddin Awang

3. Tahun diterbitkan: 2013

4. Diterbitkan oleh: Petaling Jaya : Galeri Ilmu

5. Sinopsis Buku Buku setebal 190 halaman ini merupakan sebuah buku yang sangat
Yang Dibaca: menarik dan sesuai dibaca oleh golongan remaja mahupun dewasa.
Isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini ditulis secara
bersahaja dan ianya amat untuk difahami oleh para pembaca.
Penulis telah menyeru dan mendorong semua pembaca untuk
bangkit dalam memperbaiki diri, kerjaya dan seterusnya
menggandakan rezeki masing-masing.

Permulaan buku ini membincangkan tentang siapakah juara, adakah
juara dilahirkan atau boleh dididik untuk menjadi juara? Contoh juara
umat Islam dan akan terus kekal sebagai juara adalah junjungan
besar, Nabi Muhammad S.A.W. Usaha dan ketabahan baginda
haruslah dicontohi dan diikuti bagi membolehkan kita menjadi juara.

Dalam setiap bab yang diceritakan dalam buku ini, penulis juga turut
memuatkan pengalaman dan kisah hidup beliau tersendiri seperti
pada zaman persekolahan, zaman berada di kampung halaman dan
juga pengalaman dalam alam perniagaan. Buku ini lebih
menekankan kepada cara dan strategi bagaimana untuk menjadi
seorang juara di samping turut memasukkan elemen contoh
keperibadian beberapa tokoh terkenal seperti Datuk Nik Aziz Nik
Mat, Datuk Haji Hadi Awang dan banyak lagi.

Buku ini cukup berkesan kerana pembaca dapat membentangkan

Manfaat/pengajaran formula-formula yang menjadi pegangan penulis dalam mencapai

6. yang diperoleh sesuatu kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburinya
daripada buku termasuklah bidang perniagaan. Kaedah menggunakan pengalaman

yang dibaca: dan sejarah hidup diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling

telah menguatkan lagi topik dan hujah-hujah beliau.

181

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
Secara keseluruhannya, buku Berfikir Gaya Champion merupakan
hasil penulisan yang baik dan efektif kerana mempunyai unsur-unsur
keislaman dan pedoman kepada para pembaca dalam melakukan
apa-apa jua perbuatan.

Nur Alya Najwa Azmir Irwan

182

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR ASILAH BT AB RAHIM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TIKAMAN MADAH

2. Pengarang: ANDABAKRI

3. Tahun diterbitkan: 2006

4. Diterbitkan oleh: ESastera Enterprise, Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Kata-kata falsafah hanya percubaan untuk memberi pelbagai makna
Yang Dibaca: kepada fenomena,” Potong-potong wahyulah pedang yang
memancung kesahihannya”. Itulah kata-kata penulis buku Tikaman
Madah ini.

Madah ialah kata-kata hikmat atau fatwa pujangga yang terlalu seni
untuk diertikan. Jika dipinjam percubaan orang Inggeris dalam
memahami madah, ia disebut dalam perkatan-perkataan yang
berlainan bunyi seperti “wise sayings, proverbs, epigrams, adages,
truisms, mottoes. Buku Tikaman Madah merupakan sebuah buku
yang mengumpulkan kata-kata hikmat berkaitan kehidupan seperti
adab dan agama. Tikaman Madah mengajar kita bahawa setiap apa
yang ada di sekeliling kita merupakan kata kunci kepada kehidupan
seperti ungkapan pembalasan. Disebalik ungkapan itu membawa
maksud yang sebenar iaitu kau asyik menggangguku. Mungkin kau
terlupa yang aku ada Tuhan yang Amat Berkusa mengganggumu.

Penulis juga menyentuh fenomena keruntuhan akhlak Al Ein hiyqr
hulugi atau disebut moral decadence yang berpunca resebar
daripada faham secular tanpa sekatan berpadanan. Kata-kata
hikmat yang terdapat dalam buku Tikaman Madah ini sangat sebati
dengan kehidupan seharian sebagai manusia. Buku ini lebih
kepada mengingatkan manusia tentang erti kehidupn. Apa pun
yang berlaku dalam diri kita mahupun keliling kita ialah ketentuan
Allah SWT. Kata-kata hikmat dalam buku Tikaman Madah ini
sangat tajam dan menusuk ke jiwa bagi sesiapa sahaja yang
membacanya.

Salah satu ungkapan dalam buku Tikaman Madah, “Mungkin kerana

183

Bil. Perkara Catatan

lessen ‘L’ tidak digantung di leher lembu, maka mereka pun anggap
mereka bebas melepak di jalan-jalan raya. Jika ungkapan ini dibaca
di sekitar bibir sahaja, ianya hanyalah satu ungkapan sahaja tetapi
jika dibaca dengan mata hati dan lubuk hati maknanya menusuk ke
jiwa sanubari kita. Itulah Tikaman Madah yang diperkatakan.

Buku ini sesuai dibaca bagi mereka yang suka akan sastera dan

mereka yang suka akan Bahasa. Hal ini kerana buku ini sangat

Manfaat/pengajaran begitu banyak menyatakan ungkapan-ungkapan yang sukar
difahami oleh orang-orang biasa seperti pelajar-pelajar sekolah,
6. yang diperoleh kanak-kanak dan mereka yang kurang mahir dalam bidang Bahasa
daripada buku
Melayu Buku ini juga sangat sesuai untuk guru-guru, pakar motivasi
yang dibaca: dan juga para sasterawan. Justeru itu, ramai pakar motivasi

menggunakan buku ini kerana ianya sangat berkait rapat dengan

psikologi seseorang.

7. Tandatangan: Nur Asilah binti Ab Rahim

184

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR FARRAH HANIM BINTI
JUNAIDI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TAWANAN COMANDER CAUSASUS

2. Pengarang: Ruzaini Yahya

3. Tahun diterbitkan: 2010

4. Diterbitkan oleh: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Novel ini berkisahkan tentang kegigihan seorang pelajar yang
Yang Dibaca: bernama Farhani serta rakan-rakannya dalam usaha untuk pulang
ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan yang
selamat. Cerita ini bermula apabila penduduk kampung dan warga
sekolah Sekolah Menengah Seri Kencana digemparkan dengan
berita kehilangan Kim Yong yang mencari kumbang di pinggir hutan.
Sebagai rakan-rakannya, Farhani, Mira, Haikal, Chea Mei, Wei dan
Devnath turut bersedih dan bersimpati ke atas kehilangan Kim Yong.

Bagi melengkapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Salimah,
Farhani mengajak rakan-rakannya pergi mencari kumbang di dusun
datuknya. Oleh disebabkan Farhani tiba awal di tempat tersebut, dia
mencari kumbang bersendirian terlebih dahulu sehingga
pencariannya itu telah membawanya jauh kedalam dusun dan
menemukan sebuah rumah usang. Farhani memasuki rumah lama
tersebut lalu memasuki dimensi kerajaan kumbang tanpa sengaja.
Tidak lama kemudian, rakan-rakannya yang lain turut memasuki
dimensi tersebut.

Kesilapannya memasuki dimensi tersebut mengakibatkan dia telah
ditangkap oleh tentera Comander Caucasus dan telah dibawa untuk
berjumpa dengan Maharaja Tanduk di sebuah istana oleh kumbang
Bara. Kemudian, Farhani dikurung di dalam sebuah tabung uji besar
di dalam sebuah makmal rahsia Comander Caucasus untuk
dijadikan bahan ujikaji agar Comander Caucasus dapat mencapai
matlamatnya iaitu menguasai dunia manusia. Dalam makmal rahsia
tersebut juga, Farhani telah bertemu dengan Kim Yong yang telah

185

Bil. Perkara Catatan

dilaporkan hilang selama sebulan itu.

Setelah pelbagai cabaran telah mereka berjaya tempuhi, Farhani
dan empat orang rakannya berjumpa dengan kumbang Bara.
Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, mereka semua
akhirnya Berjaya Menjadi manusia asal semula dan kembali ke
pangkuan keluarga masing-masing dengan selamatnya.

1. Kita haruslah gigih serta tabah menghadapi segala cabaran,
dugaan dan ritangan hidup. Contohnya, watak utama iaitu
Farhani gigih menghadapi dengan pelbagai cabaran seperti
peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada Menjadi
tawanan tentera Caucasus.

Manfaat/pengajaran 2. Kita mestilah rajin membuat kajian dan rujukan terlebih dahulu
sebagai persediaan awal menghadapi tugasan. Contohnya,
yang diperoleh
6. daripada buku Farhani gigih mengkaji maklumat tentang spesies kumbang
yang dibaca: melalui pelbagai sumber sebagai persediaan awal untuk

memudahkan proses melaksanakan tugasan yang diberi iaitu

mengenal pasti kepelbagaian speseis kumbang tersebut kelak.

3. Kita perlulah saling menyayangi ahli keluarga kita. Misalnya, ibu
Kim Yong iaitu Puan Lee berasa sangat sedih dengan
kehilangan anak tunggalnya yang telah hilang semasa mencari
kumbang di kawasan pinggir hutan yang berada di kampungnya.

7. Tandatangan: Nur Farrah Hanim binti Junaidi

186

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR INTAN AQILAH BINTI MOHD
ARIF

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : BM 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: KEWANGAN HARIAN KITA HALAL @ HARAM

2. Pengarang: Muhamad Zuhaili Saiman

3. Tahun diterbitkan: 2013

4. Diterbitkan oleh: Grup Buku Karangkraf

5. Sinopsis Buku Buku ini membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang
Yang Dibaca: menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi
Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang
sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak
menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki
kita lebih halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-Nya. Antara
perkara yang menarik dibincangkan dalam buku 10 bab ini adalah
mengenai pengurusan wang dan kewajipan memastikan sumber
rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan menepati
piawaian syariat Islam. Antara lain perbelanjaan mestilah bersih
daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan
dan menghormati hak orang lain.

Sebagai pengenalan kepada kandungannya, adalah mengenai
pengenalan pengurusan kewangan Islam meliputi definisi dan garis
panduan asas di sisi syarak berkaitan muamalat yang menjadi asas
dalam pengurusan ekonomi. Seterusnya adalah berkenaan harta,
yang mana dari perspektif Islam, tidak pernah melarang umatnya
mencari harta atau kekayaan selagi tidak melampaui batasan yang
ditetapkan. Intipatinya adalah menyatakan harta hendaklah
diuruskan dan dilakukan dengan baik kerana pengurusan yang
salah akan mengakibatkan berlakunya perbalahan dan perpecahan
dalam masyarakat Islam khususnya.

Keistimewaan sistem ekonomi Islam di era moden adalah sangat
penting kerana sistem ekonomi menjadi asas kepada pembangunan

187

Bil. Perkara Catatan

dan kemajuan sesebuah negara bukan semata-mata mencari
keuntungan dan kekayaan sahaja bahkan ia berbentuk fleksibel dan
sesuai dipraktikkan sepanjang zaman.

Aspek akad dan kontrak di dalam buku ini yang bermaksud janji dan
perjanjian atau sinonim dengan istilah kontrak merupakan salah satu
elemen dalam urusan jual beli dalam Islam. Garis panduan dalam
berakad atau mengikat kontrak juga digariskan di dalam buku ini,
justeru boleh menjadi rujukan agar kontrak yang dimeterai berjalan
di atas landasan syarak yang sah. Penulis membincangkan
mengenai kewajipan mencari pekerjaan. Ini kerana bekerja mencari
rezeki adalah satu keperluan untuk memenuhi kehidupan. Antara isu
lain berkenaan kewajipan mencari pekerjaan adalah berkenaan
kesilapan memahami konsep mencari rezeki. Kesilapan-kesilapan
utama umat Islam dalam mencari rezeki dan kepentingan mencari
rezeki yang halal serta kesan buruk menjalankan pekerjaan yang
haram sebagai punca rezeki.

Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan dan banyak ayat dan
hadis yang menggalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan.
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjurkan dan digalakkan dalam
Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara
perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin
kehidupan manusia terpelihara, Islam telah mengharamkan
beberapa perkara dalam aktiviti perniagaan iaitu riba. Buku ini
menerangkan tentang definisi dan dalil pengharaman riba serta
perkara yang berkaitan dengannya termasuk perbezaan riba dan
keuntungan, pembahagian riba, cara bermuamalat dengan
barangan berunsur riba dan jenis barangan dan riba.

Jual beli telah disyariatkan dalam Islam berdasarkan al-Quran,
sunnah, ijma‟ dan dalil aqli. Allah SWT membolehkan jual-beli agar
manusia dapat memenuhi keperluannya selama hidup di dunia ini.
Namun dalam melakukan jual-beli, tentunya ada ketentuan ataupun
syarat-syarat yang harus dipatuhi dan tidak boleh dilanggar.

Seterusnya buku ini membincangkan mengenai aplikasi hukum ke
atas kontrak kontemporari yang menjadi kebiasaan dalam
kehidupan. Di antaranya ialah kad kredit, insurans, wang simpanan,
faedah bank dan caj perkhidmatan. Topik ini dibincangkan
memandangkan kontrak ini sudah menjadi kebiasaan dalam
kehidupan dan adalah satu tanggungjawab untuk pembaca
mengetahui disiplin dan garis panduan yang betul agar harta yang
diperolehi bersih dan suci.

Pengurusan kewangan yang terbaik secara tidak langsung dapat
membantu pembaca memperolehi keredhaan Ilahi. Oleh itu amatlah
penting pembaca memahami konsep, disiplin dan protokol dalam
mengurus wang menurut syarak.

188

Bil. Perkara Catatan

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat khususnya
yang diperoleh umat Islam. Seperti yang kita sedia maklum mualamat dalam Islam

6. daripada buku ada garis panduannya tersendiri. Selain itu, melalui buku ini

yang dibaca: masyarakat dapat mempelajari kaedah pengurusan harta
berlandaskan syariat Islam

7. Tandatangan: Nur Intan Aqilah binti Mohd Arif

189


Click to View FlipBook Version