The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tokkenali2020, 2022-01-11 02:42:20

SINOPSIS_IPGKKB_2021

SINOPSIS_IPGKKB_2021

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : LUQMAN HAKIM BIN ZAMRI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TIVI

2. Pengarang: Dato' Haji Shahnon bin Ahmad

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Saya tidak boleh mengabaikan Shahnon Ahmad dari sastera
Yang Dibaca: Malaysia. Tulisannya abadi, menjangkau semua aspek dalam
kehidupan manusia termasuk sumbang mahram dikalangan
keluarga.

Tivi oleh Shahnon Ahmad boleh dianggap sebagai karya ghairah
pada pendapat saya. Menceritakan kisah tentang seorang gadis
kampung bernama Chah yang bekerja di tempat lain. Dia sering
pulang ke kampungnya dan menjadi gosip terpanas di kampung.
Kainnya terlalu pendek atau rias wajahnya terlalu mencolok. Dia
terlalu seksi untuk orang-orang di kampung itu.

Perubahan yang dia bawa pulang juga secara tidak langsung
mengubah keluarganya. Ayah Cha / Mat Isa dan Mak yang terkenal
dengan menyertai setiap aktiviti kampung dan pemuja Islam yang
baik telah meninggalkan shalat -Islam berdoa setelah Cha membeli
rumah TV. Hasannah- Kakak Cha dan Hassan- saudara juga sama.
Aktiviti utama mereka adalah menonton TV dan meniru apa yang
telah mereka lihat di TV dalam kehidupan seharian mereka. Melalui
TV, keluarga Cha mula melihat filem beruap yang tidak seharusnya
mereka tonton. Bapa kemudian mula berhasrat (secara seksual)
Cha dan adiknya. Begitu juga ibu kepada adik lelaki Cha. Dato
Shahnon Ahmad tidak pernah menyebut hubungan seks dengan
jelas sebaliknya dia menggunakan beberapa kiasan untuk
menggambarkan adegan seksual antara Chah dan ayahnya; dan
ayahnya dengan Hasannah. Cha bukan sahaja membawa TV
pulang tetapi malapetaka!

290

Bil. Perkara Catatan

Apabila kita membaca novel Tivi, Shahnon Ahmad menggambarkan

satu peristiwa iaitu keluarga yang mengamalkan gaya hidup Melayu-

Islam yang baik boleh dibobrokkan hanya dengan hiburan dan

budaya asing daripada luar. Kehidupan Mat Isa dan keluarnya

berubah apabila anak perempuannya Chah membawa televisyen ke

rumah sehingga teknologi itu memberikan kesan kepada ahli

keluarganya. Kebijaksanaan Shahnon Ahmad dalam

mengembangkan imaginasi beliau hanya dengan satu objek

Manfaat/pengajaran kebendaan yang boleh melalaikan seterusnya mengkritik pemikiran

yang diperoleh yang rendah dimiliki oleh sesetengah masyarakat dan mudah
6. daripada buku terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. Hal ini juga merupakan suatu

yang dibaca: usaha beliau menggesa pembaca supaya mengekalkan tradisi

nusantara yang penuh dengan nilai-nilai Islam.

Kesimpulanya, pengaruh yang dibawa oleh sesuatu zaman atau
masa harus ditangani dengan bijak agar tidak terjerumus dengan
melakukan kesalahan. Sesuatu tindakan yang perlu diambil oleh
pemimpin seharusnya matang dan boleh dijadikan ikutan oleh
ahlinya dan bukan sebaliknya. Maka, pembaca perlulah menhayati
apa yang ingin diasampaikan oleh penulis dengan sebaiknya agar
dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan sebenar.

7. Tandatangan: Luqman Hakim bin Zamri

291

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD AMINUR RAHMAN
BIN KASSIM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: PENDEKATAN KAUNSELING SPIRITUAL MENURUT AL-
GHAZALI

2. Pengarang: Salasiah Hanin Hamjah

3. Tahun diterbitkan: 2018

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Aspek spiritual merupakan elemen penting yang perlu diterapkan
Yang Dibaca: dalam kaunseling kerana kebanyakan masalah yang dihadapi oleh
manusia berpunca daripada spiritual (hati). Oleh itu, aspek spiritual
tidak boleh diabaikan semasa membantu klien mengatasi masalah
dalam kehidupan mereka. Menyedari kepentingan ini, buku ini ditulis
bagi memberikan panduan dari aspek spiritual melalui pendekatan
mujahadah al-nafs, riyadah al-nafs dan tazkiyahal-nafs menurut
perspektif al-Ghazali dalam kaunseling. Perkara ini merupakan
antara kekuatan buku ini kerana masih belum ada penulisan yang
mengupas secara terperinci mengenainya. Buku ini boleh
dimanfaatkan oleh masyarakat umum sebagai panduan bagi
menghadapi pelbagai ujian kehidupan. Selain itu juga, buku ini
sangat berguna kepada kaunselor Muslim, pelajar pada peringkat
pengajian tinggi, pendakwah serta sesiapa sahaja yang terlibat
secara langsung dalam kaunseling atau bimbingan bagi membantu
masyarakat melestarikan kesejahteraan hidup. Penerapan aspek
spiritual dalam kaunseling berupaya meningkatkan keberkesanan
kaunseling semasa membantu klien khususnya dan masyarakat
amnya untuk menempuhi kehidupan masa kini yang semakin
mencabar dari semasa ke semasa.

Manfaat/pengajaran Buku ini banyak memberi penerangan dan penjelasan yang lebih

6. yang diperoleh mendalam kepada saya tentang kaunseling spiritual yakni lebih
daripada buku menjerumus kepada aspek kerohanian yang dapat dipraktikkan

yang dibaca: menurut kaedah-kaedah tertentu yang telah dinyatakan oleh para

292

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
ilmuan islam yang salah satunya yang bernama Abu Hamid
Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali atau lebih dikenali dengan
gelaran Imam Ghazali atau Ghazali.

Daripada buku ini juga saya dapat mengetahui dan menambah
pengetahuan saya tentang punca-punca dan permasalahan yang
berlaku serta inisiatif logik yang kukuh dan munasabah kerana
dalam penerangan yang dinyatakan dalam buku ini, banyak hujah
yang disokong dengan dalil naqli dan aqli yakni bersumberkan al-
Quran dan Hadith Nabawi yang menunjukkan bahawa setiap
persoalan atau permasalahan yang timbul dalam kehidupan,
segalanya telah disebutkan dan dijelaskan dalam agama, Cuma
hanya segelintir manusia yang menelaa’h dan mengkaji untuk
mengetahuinya.

Muhammad Aminur Rahman bin Kassim

293

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD AMIRUL BIN
MOHAMAD SAUFI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SAMPAH

2. Pengarang: Shannon Ahmad

3. Tahun diterbitkan: 2018 (cetakan kedua)

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sinopsis Buku Novel berjudul Sampah yang ditulis oleh sasterawan negara iaitu
5. Yang Dibaca: Shannon Ahmad ini menceritakan tentang liku kehidupan seorang
pengemis yang menghabiskan sisa kehidupan dengan penuh tabah
dengan mengemis di tempat letak kereta. Kisah seorang pengemis
di tempat letak kereta ini menunjukkan sikap manusia yang sering
memandang luaran dan latar belakang sedangkan tiada sebarang
kasta yang wujud di antara manusia kerana setiap manusia memiliki
hala tuju yang sama meskipun haluannya berbeza. Dalam pada
masa yang sama, novel ini turut mengandungi falsafah hidup
manusia di mana setiap manusia yang dihidupkan akan melalui satu
fasa yang pasti iaitu fasa kematian yang digambarkan oleh penulis
sebagai “keabdian”.

Manfaat/pengajaran Novel ini mengangkat martabat mereka yang tidak bernasib baik

6. yang diperoleh seperti watak Dia yang diceritakan oleh Shannon Ahmad.
daripada buku

yang dibaca:

7. Tandatangan: Muhammad Amirul bin Mohamad Saufi

294

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAZAK

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SAMPAH

2. Pengarang: Shahnon Bin Ahmad

3. Tahun diterbitkan: 1974

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Sinopsis Buku Novel ini menceritakan tentang seorang watak yang dikenali sebagai
5. Yang Dibaca: Dia. Dia merupakan seorang pengemis yang sentiasa memerhatikan
keadaan masyarakat sekeliling dan melihat perubahan masyarakat
dari semasa ke semasa. Dia melihat bahawa kehidupan masyarakat
adalah semakin lama semakin berubah ke arah keburukan.
Kehidupan masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat yang
menjalankan kegiatan ataupun aktiviti harian tanpa menghiraukan
ataupun mengendahkan keadaan sekeliling. Perkara ini dilakukan
kerana masyarakat lebih menyibukkan diri mereka terhadap kerja
dan terlalu menginginkan kenikmatan dalam kehidupan.

Masyarakat mengatakan bahawa sandaran yang paling nikmat dan
memuaskan ialah khayalan. Hal ini kerana, hanya khayalan dalam
kematian menunggu keabadian sahaja yang mampu mereka
lakukan ketika tidak berdaya melakukan apa-apa tetapi hanya
terdaya untuk meneruskan degupan jantung yang terus berdegup
kencang.Kini manusia hanya memikirkan kewujudan sendiri. Tidak
pernah memikirkan kewujudan orang lain.

Buku ini sesuai dibaca oleh remaja ataupun orang dewasa yang

Manfaat/pengajaran minat terhadap sastera. Hal ini dikatakan demikian kerana, buku ini
dikarang oleh seorang sasterawan Negara yang terkenal iaitu
6. yang diperoleh Shahnon Ahmad. Buku ini tidak sesuai untuk dibaca oleh kanak-
daripada buku kanak. Ini kerana bahasa yang digunakan agak sukar untuk
yang dibaca:
difahami. Buku ini juga mengandungi banyak mesej ataupun

pengajaran yang sangat berguna untuk digunakan dalam kehidupan.

7. Tandatangan: Muhammad Firdaus bin Razak

295

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN
ANUAR

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: KEMUSYKILAN IBADAH 300 SOAL JAWAB

2. Pengarang: Dr. Fauzi Deraman, Mohd Ali Hj. Mohd Noor

3. Tahun diterbitkan: 2005

4. Diterbitkan oleh: Karya Bestari Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Pelbagai persoalan yang pernah dilontarkan oleh sebahagian orang
Yang Dibaca: dan kebanyakannya yang merupakan soalan yang mendalam dan
jarang difikirkan orang. Soal jawab agama seperti cara
mengurangkan sikap baran, cara mendapatkan doa yang makbul,
hukum tidak bertegur sapa dalam masa tiga hari dan sebagainya
merupakan antara persoalan menarik yang terkandung dalam buku
ini.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah
panduan dan jawapan bagi setiap persoalan berkaitan ibadah
khususnya dan panduan kehidupan seorang muslim secara
umumnya.

Saya mendapati bahawa apabila saya membaca buku ini, saya
mendapat beberapa manfaat seperti berikut:

1. Banyak persoalan dalam kehidupan seorang Islam telah
dinyatakan jawapan di dalam buku ini.

Manfaat/pengajaran 2. Buku ini juga boleh digunakan untuk memantapkan ilmu
pengetahuan, untuk diamalkan dan disebar luaskan agar
6. yang diperoleh semua umat Islam terhindar daripada melakukan kesilapan
daripada buku
berkaitan Ibadah dan masalah dalam kehidupan seharian
yang dibaca:
seorang Muslim.

3. Menjadi pemudah cara bagi mendapatkan jawapan bagi setiap

persoalan khususnya buat seseorang yang malu bertanya
kepada para guru, ustaz dan ustazah, wali dan para ulama’.

4. Menyelesaikan ketidakfahaman dan perselisihan pendapat

296

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: dalam kalangan umat Islam.

5. Menjadikan umat Islam sebagai umat yang bersedia, berhati-
hati dan bijaksana dalam menjalani kehidupan seharian
berteraskan syariat dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Muhammad Luqman Hakim bin Anuar

297

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD NAQIYUDDIN BIN
GHAZALI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: ASAS-ASAS FARDHU AIN

2. Pengarang: Ustaz Sulaiman Endut

3. Tahun diterbitkan: 2011

4. Diterbitkan oleh: Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd.

5. Sinopsis Buku Kandungan buku ini berkisarkan tentang asas-asas dalam fardhu ain
Yang Dibaca: yang wajib diketahui oleh setiap orang muslim. Tajuk dan perkara
dalam buku ini disusun dengan susunan tersendiri sesuai dengan
tuntutan kepentingan dalam menjadi seorang muslim. Adalah buku
ini akan dapat sedikit sebanyaknya membantu kita memahami dan
menghayati ajaran Islam. Sebagai penganut Islam kita wajiblah
mengetahui asas-asas ajaran Islam.

Antara perkara yang disentuh ialah merangkumi dari permulaan
islam iaitu tentang akidah dan keimanan islam, ibadah solat, zakat
dan lain-lain lagi yang menjadi hal terpenting dalam islam.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang baru berjinak-jinak dalam

mendalami fardhu ain dan baru mahu mengenal islam. Info yang

dipersembahkan secara ringkas dan padat berupaya memberi

kefahaman kepada pembaca tentang apakah yang dimaksudkan

Manfaat/pengajaran ibadah dalam islam serta cara melakukannya dan perkara penting
yang harus dilaksanaka dalam menjadi seorang muslim.Manfaat
yang diperoleh
6. daripada buku dalam membaca buku ini terhadap diri saya ialah saya dapat
yang dibaca: mempersiapkan diri saya dalam beramal perkara fardhu dalam fasa

kehidupan yang seterusnya dan yang sekarang serta

mengajarkannya kepada orang lain. Dismping itu juga manfaatnya

saya dapat beramal dengan ibadah fardhu dengan yakin dan

berpengetahuan yakni bukan sekadar ikut sahaja akan masyarakat

di sekeliling.

7. Tandatangan: Muhammad Naqiyuddin in Ghazali

298

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD SAAD BIN HUSSEIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: AGAMAMU DALAM BAHAYA

2. Pengarang: Al Allamah Abu Abdullah Alawi Al Yamani

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: Koperasi As Sofa

Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dalam hukum-hukum di dalam
5. Yang Dibaca: agama Islam. Ianya merangkumi beberapa bab berkaitan tauhid,
bid’ah, solat, kubur dan sebagainya.

Persoalan yang menarik diterangkan dengan jelas menggunakan
bahasa yang mudah difahami oleh pelbagai peringkat masyarakat.
Persoalan dan jawapan yang diberikan sesuai dengan isu semasa
zaman kini dalam permasalahan hukum dalam kalangan ummat.
Jawapan disertakan dengan dalil dan sokongan yang kukuh beserta
hadis.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang mempunyai banyak

kekeliruan dalam fahaman Islam. Hal ini adalah kerana

Manfaat/pengajaran percampuran pelbagai mazhab dan menerusi era globalisasi kini

6. yang diperoleh menyebabkan ilmu islam yag diaduk menjadi tiada kata seragam.
daripada buku Buku ini menjelaskan hukum-hukum Islam dan persoalan yang

yang dibaca: boleh dipercayai kerana ianya disertakan dengan dalil al-quran dan

hadis kerana pegangan umat islam ialah al-quran dan sunnah nabi

Muhammad SAW dan bukannya secara akal semata-mata.

7. Tandatangan: Muhammad Saad bin Hussein

299

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NORHASNITA BINTI HASHIM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: USTAZ, BERAPAKAH UMUR AHLI SYURGA?

2. Pengarang: Muhammad Abdul Kadir Sahak

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: PTS Millennia

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh aspek akidah, kekeluargaan, ibadah dan juga
Yang Dibaca: berkaitan dengan hadis serta lain-lain lagi. Buku ini merupakan
himpunan jawapan penulis kepada soalan-soalan yang diajukan
menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Perlis, talian hukum
Jabatan Mufti Perlis, e-mail peibadi dan facebook.

Oleh itu dapat dikatakan bahawa buku ini memuatkan himpunan
soal jawab bersifat semasa dan yang sering menjadi kekeliruan
dalam masyarakat. Dalam usaha memberi jawapan dan penjelasan
itu pula, penulis berusaha menjawab setiap soalan yang dilontarkan
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yang sahih. Juga dengan
panduan daripada hasil-hasil penulisan para ulama Ahlu As-Sunnah
wa Al-Jamaah.

Buku ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat khususnya

umat Islam dalam usaha memahami persoalan-persoalan semasa

berkaitan agama Islam. Dengan membaca buku ini juga dapat

memantapkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan Islam yang mulanya
Manfaat/pengajaran kita sendiri tidak tahu. Selain itu, kaedah soalan jawab yang
yang diperoleh
6. daripada buku digunakan dalam penulisan buku ini memudahkan lagi pembaca
untuk memahami setiap perkara penting yang ingin disampaikan.
yang dibaca:
Jawapan yang dipersembahkan secara ringkas dan padat berupaya

memberi kefahaman kepada pembaca tentang soalan-soalan yang

diajukan. Jawapan juga dikukuhkan lagi dengan sokongan hadis-

hadis yang dapat menguatkan jawapan bagi setiap persoalan.

7. Tandatangan: Norhasnita binti Hashim

300

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR FARHANA BINTI ZAIDI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: HATIMU AISYAH: SASTERAWAN NEGARA ZURINAH HASSAN -
EDISI MALAYSIA MEMBACA

2. Pengarang: Zurinah Hassan

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa Pustaka

5. Sinopsis Buku Hatimu Aisyah adalah novel yang akan membawa pembaca
Yang Dibaca: menyelusuri perjalanan kehidupan Aisyah dan juga masyarakat
Melayu pada zaman 1930an dan seterusnya.

Novel ini menceritakan perjalanan hidup watak utama iaitu Aisyah
dari seorang kanak-kanak perempuan, sehingga meningkat umur
menjadi seorang anak gadis, seterusnya dilamar dan berkahwin,
kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu dan seterusnya
bagaimana beliau meniti hari-harinya sebagai seorang nenek,
menghabiskan sisa-sisa hidupnya di muka bumi ini.

Novel ini menggambarkan jurang generasi antara dua keturunan.
Aisyah telah dididik secara tradisional yang segala-galanya mesti
akur dengan norma-norma masyarakat dan orang tua-tua. Dua
orang anak perempuannya "terkorban" kerana tidak dapat melawan
norma masyarakat ini. Apabila membina keluarganya sendiri,
suasananya sudah berubah. Anak-anaknya menyanggah
"kebenaran" yang dipelajarinya dahulu, bersoal jawab mengenai
sesuatu yang meragukan, membantah peraturan adat yang mereka
anggap usang dan lapuk. Pada mulanya, sangat sukar untuk dia
menerima perubahan ini. Akan tetapi, akhirnya dia terpaksa akur
mengikuti arus permodenan itu.

Manfaat/pengajaran Perkara yang menarik didalam novel ini adalah cara kehidupan dan
adat tradisi yang dipaparkan secara terperinci sehingga seolah-olah
yang diperoleh
6. daripada buku kita yang membacanya ini turut berada dilokasi terbabit. Novel ini

yang dibaca: merakam adat, kebiasaan dan kepercayaan orang-orang tua dahulu

dan bagaimana anak perempuan dididik adalah sesuatu yang

301

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
sangat berharga untuk dihayati oleh generasi yang hidup dalam
zaman yang serba mahu cepat dan mudah. Adat dan kebiasaan
yang baik dan tidak menyalahi hukum agama sebaik-baiknya
diwarisi kerana ia akan menggambarkan budaya Melayu pada
sebarang zaman.

Turut diselitkan juga bagaimana penerimaan masyarakat Melayu
terhadap arus kemodenan. Bagaimana sukarnya sesebuah keluarga
yang mempunyai anak perempuan. Banyak adat, kebiasaan dan
kepercayaan ini semakin memudar apabila kebanyakan anak-anak
perempuan mahupun yang lelaki mula mendapat pendidikan tinggi.
Begitu juga apabila banyak peralatan yang memudahkan kerja dan
kemudahan elektrik dan air mendekati masyarakat, secara perlahan-
lahan budaya dan kebiasaan masyarakat dulu berubah.

Nur Farhana binti Zaidi

302

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR LAILI BINTI MAZUKI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SOLAT 60 TAHUN TAPI TIDAK DITERIMA
2. Pengarang: Fahrur Mu’is

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: Grup Buku Kraftangan Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia

5. Sinopsis Buku Solat adalah amalan yang penting dalam islam. Jika solat seseorang
Yang Dibaca: itu baik, maka baik pula seluruh amalannya. Sebaliknya, jika solat
seseorang itu buruk, maka urusannya yang lain pun akan menjadi
semakin buruk. Dengan maksud lain, solat yang dilaksanakan
merupakan tanda ukur keislaman seseorang.

Fenomena yang terjadi sekarang menunjukkan bahawa ramai orang
yang solat tetapi tidak menghadirkan kekhusyukan. Mereka hanya
solat dengan sebutan bacaan dan gerakan tanpa memahami dan
menghayatinya. Jadi, akan lahirlah seseorang yang rajin solat, tetapi
turut melakukan dosa kepada Allah SWT. Pengaruh solat bagi
seseorang hamba dapat dilihat daripada kualiti solat yang
didirikannya.

Buku ini memberi kesedaran kepada pembaca bahawa pentingnya

melaksanakan solat dalam kedaan paling sempurna dengan cara

mencontohi solat Rasulullah SAW agar ianya tidak menjadi sia-sia di

mata Allah SWT. Seseorang yang solat dengan cara mengabaikan

Manfaat/pengajaran tuntutan Rasulullah SAW maka solatnya tidak diterima meskipun

yang diperoleh niatnya sudah ikhlas. Saya juga telah mempelajari tentang solat-
6. daripada buku solat yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dengan lebih

yang dibaca: mendalam dan perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum

melaksanakan solat. Selain itu, buku ini juga merungkaikan segala

persoalan mengapa solat yang kita laksanakan selama ini tidak

memberi kesan yang baik kepada kita. Begitu juga faktor-faktor yang

boleh menyebabkan solat menjadi sia-sia dan tidak diterima.

7. Tandatangan: Nur Laili binti Mazuki

303

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL AIMI BINTI ABD WAHID

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI GENERASI BARU

2. Pengarang: Hilal Asyraf

3. Tahun diterbitkan: 2017

4. Diterbitkan oleh: Perpustakaan Negara Malaysia

5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Ariki. Ariki
Yang Dibaca: merupakan anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang
menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, Ariki sudah membunuh
Wirawan ayahandanya ketika mahu membantu orang yang dizalimi.
Oleh kerana takut untuk dihukum, Ariki telah lari meninggalkan
istana dan ayahandanya yang zalim.

Di tengah pelarian, Ariki ditakdirkan bertemu seorang srikandi
bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada
bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer telah mengarahkan Ariki
untuk bekerja dan melakukan beberapa rutin yang aneh, tetapi rupa-
rupanya ia hanyalah latihan untuk Ariki menjadi seorang satria.
Ketika itulah baru Ariki sedar, Kabeer ialah salah seorang dari
kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya
satu masa dahulu.

Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi,
menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan
ayahandanya sendiri.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang meminati kisah

perjuangan para pejuang Islam. Kisah yang dipersembahkan secara

Manfaat/pengajaran ringkas dan padat berupaya memberi pengetahuan kepada
pembaca tentang sejarah kebangkitan Islam. Terdapat juga selitan
yang diperoleh
6. daripada buku beberapa kisah Nabi seperti Nabi Yusuf bagi menarik minat

yang dibaca: pembaca disamping menambah pengetahuan. Oleh itu, berdasarkan

nilai-nilai yang diterapkan di dalam buku ini dapatlah pembaca

hayati dan semat di dalam diri. Pengajaran yang diperoleh daripada

buku yang dibaca ini ialah, kita mestilah menghargai jasa para

304

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: pejuang Islam yang telah syahid bagi menegakkan dan
mengembangkan syiar Islam.

Nurul Aimi binti Abd Wahid

305

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL AMANI BINTI AZAHAR

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: KARYA SEJARAH Pendekatan dan Persoalan

2. Pengarang: Qasim Ahmad

3. Tahun diterbitkan: 1991

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

5. Sinopsis Buku Buku ini membicarakan beberapa aspek penting pensejarahan; i)
Yang Dibaca: Pengenalan yang mencakupi latar belakang ringkas berkaitan
sejarah iaitu penceritaan, peristiwa, fakta, pentafsiran, andaian
sebalik pentafsiran dan matlamat penulisan, ii) Kaedah kuantifikasi,

iii) Penyeluruhan dalam sejarah, iv) Pengadilan moral, v)
Machiavellianisme, vi) Pemikiran kesedaran, vii) Undi wanita.

Pembicaraan ini sentiasa menjadi pokok perbincangan serius dalam
kalangan para sejarawan seperti soal kuantifikasi, penyeluruhan dan
pengadilan moral. Liku-liku perdebatan diteliti dengan cermat oleh
penulis. Penilaian serta rumusannya juga dikemukakan dengan
padat dan berkesan. Setiap bab di dalam buku ini merupakan suatu
pendedahan dan penghasilan yang dapat dan mudah dinikmati
secara tersendiri.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah isu
zaman berzaman di dalam sejarah Barat yang masih segar dan
penuh kontroversi seperti Machiavellianisme, Pemikiran Kesedaran
dan Hak Wanita.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh mereka yang terlibat di dalam

pengajaran dan pembelajaran sejarah khasnya dan peminat sejarah

Manfaat/pengajaran amnya. Pelbagai maklumat dipersembahkan secara menyeluruh dan
padat berupaya memberi kefahaman kepada pembaca tentang
6. yang diperoleh apakah yang dimaksudkan dengan sejarah dan perkara yang
daripada buku
berkaitan dengan penulisan sejarah. Bidang sejarah ternyata
yang dibaca:
memerlukan pembacaan yang banyak dan berterusan supaya dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah seterusnya

dapat disampaikan kepada masyarakat sejagat. Selain itu, kajian

306

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: terperinci juga perlulah dilakukan terhadap setiap penulisan sejarah
agar dapat difahami dengan baik.

Nurul Amani binti Azahar

307

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL IZZAH BINTI SAHRIN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: #HilalAsyraf KOLEKSI STATUS FACEBOOK TERBAIK

2. Pengarang: Hilal Asyraf

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: PTS Publishing House, Malaysia

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang nilai- nilai murni yang perlu diterapkan
Yang Dibaca: dalam kiriman status di facebook oleh masyarakat pada hari ini.
Penulis banyak memberikan penegasan tentang kepentingan
menitipkan perkara yang berfaedah seperti ilmu agama dan
sebagainya serta tidak berkongsi perkara yang buruk kerana
sesungguhnya Allah swt mengetahui segala tindakan atau
perbuatan kita di dunia.

Facebook merupakan aplikasi media sosial yang menjadi pilihan
ramai dalam menerima suapan berita atau menjadi medium untuk
berkongsi sesuatu maklumat. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya
penggunaannya seringkali disalahgunakan oleh sesuatu pihak.
Dengan kesedaran yang diberikan dalam buku ini mampu untuk
menyedarkan serta mengetahui apa yang lebih baik berkongsi dan
apa yang tidak wajar dikongsikan.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca daripada golongan remaja

sehingga golongan yang berusia kerana ianya ditujukan kepada

Manfaat/pengajaran pengguna- pengguna media sosial seperti facebook. Buku tersebut

yang diperoleh menyedarkan kita tentang kelebihan berkongsi perkara yang baik
6. daripada buku serta menjadikan seorang yang lebih berhati-hati agar tidak

yang dibaca: melanggar batasan dalam berkongsi sebarang isu atau perkara

yang mungkin akan mengguris hati atau menyebabkan mengalirnya

dosa secara sengaja atau tidak sengaja.

7. Tandatangan: Nurul Izzah binti Sahrin

308

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL NABILAH BINTI
MOHAMAD JASMI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: ISLAM DAN PLURALISME AGAMA

2. Pengarang: Khalif Muammar A. Harris

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Agama tidak boleh bersandarkan spekulasi dan andaian tetapi
Yang Dibaca: mestilah bersandarkan ilmu dan kepastian. Ilmu dan kepastian ini
ialah anugerah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala
sebagai hidayah dan petunjuk kepada orang yang beriman. Oleh
sebab itu, para ilmuwan Islam sejak dahulu kala bersikap tegas
terhadap golongan Sufasta'iyyah (Sophists), yang terdiri daripada
golongan agnostik (al-la adriyyah) yang menafikan kemungkinan
manusia memperoleh ilmu dan kebenaran; kelompok subjektivis (al-
indiyyah) yang menjadikan ilmu dan kebenaran bergantung pada
kehendak manusia; dan kelompok yang keras kepala (al-'inadiyyah)
yang berkeras menolak kebenaran meskipun ia terang dan jelas.
Golongan Sufasta'iyyah ini jugalah, dalam wajahnya yang baharu,
yang kini mencanangkan faham pluralisme agama dan menolak
kebenaran mutlak agama Islam. Tujuan utama penulisan buku ini
adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan oleh faham
pluralisme agama ini, dan meletakkan kembali sikap tegas dan jelas
dalam mempertahankan Tauhid yang mencirikan agama Islam
sebagai agama yang sebenar di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh setiap masyarakat yang ingin

6. yang diperoleh mengetahui tentang agama dengan lebih mendalam. Info yang
daripada buku terdapat dalam buku ini sangatlah bermanfaat terhadap setiap

yang dibaca: masyarakat.

7. Tandatangan: Nurul Nabilah binti Mohamad Jasmi

309

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SITI SARAH BINTI MOHD
SHAHARMI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: 25 RASUL PEMBAWA RAHMAT

2. Pengarang: Ummi As Syiqah

3. Tahun diterbitkan: 2020

4. Diterbitkan oleh: Darul Mughni Trading, Hulu Selangor

Sinopsis Buku Buku ini menyentuh kisah-kisah nabi bagi 25 orang Rasul yang wajib
5. Yang Dibaca: kita ketahui; 1) Nabi Adam 2) Nabi Idris 3) Nabi Nuh 4) Nabi Hud 5)
Nabi Salleh 6) Nabi Ibrahim 7) Nabi Lut 8) Nabi Ismail 9) Nabi Ishak
10) Nabi Yaakob 11) Nabi Yusuf 12) Nabi Ayub 13) Nabi Syuib 14)
Nabi Musa 15) Nabi Harun 16) Nabi Zulkifli 17) Nabi Daud 18) Nabi
Sulaiman 19) Nabi Ilyas 20) Nabi Ilyasa 21) Nabi Yunus 22) Nabi
Zakaria 23) Nabi Yahya 24) Nabi Isa 25) Nabi Muhammad SAW

Buku ini menghimpunkan 25 kisah rasul yang wajib diketahui
sebagai teladan kepada anak-anak. Bentuk penceritaan yang
mudah disamping penerapan nilai-nilai murni perjuangan dan
keperibadian diharapkan dapat dihayati oleh mereka. Buku ini
sesuai dijadikan asas dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah ayat-
ayat yang berfokuskan suku kata berwarna beserta gambar-gambar
yang berkaitan dengan jalan penceritaan.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang baru berjinak-jinak

Manfaat/pengajaran dengan pembacaan iaitu golongan kanak-kanak. Setiap ayat yang
menggunakan suku kata berwarna itu membantu untuk melancarkan
6. yang diperoleh dan memudahkan pembacan mereka. Seterusnya, segala imej dan
daripada buku
gambarajah yang disertakan dapat menguatkan lagi ingatan
yang dibaca: pembaca akan kisah-kisah yang diceritakan di samping menambah

ilmu pengetahuan tentang keagamaan.

7. Tandatangan: Siti Sarah binti Mohd Shaharmi

310

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SYARAH ADLINA BINTI ZUL FADLI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: LETTERS TO GOD

2. Pengarang: Norhafsah Hamid

3. Tahun diterbitkan: 2018

4. Diterbitkan oleh: Iman publication

Sinopsis Buku Buku ini menceritakan mengenai seorang perempuan yang bernama
5. Yang Dibaca: sarah yang baru menjejak ke alam universiti. Dalam masa yang
sama dia terpaksa berpisah dengan rakan baiknya kerana mereka
ditawarkan ke unversiti yang berlainan. Sepanjang perjalanan
hidupnya ini di alam universiti, banyak perkara yang perlu dia
hadapi. Namun dia menemui satu jalan untuk meluahkan
perasaannya iaitu melauhkan kepada Penciptanya iaitu Allah.
Banyak liku-liku kehidupan yang dia hadapi.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang baru berjinak-jinak dalam

memantapkan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana buku ini adalah

dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu, bahasa yang digunakan

sangat mudah difahami oleh sesiapa yang kurang mahir dalam

Manfaat/pengajaran Bahasa Inggeris walaupun terdapat beberapa perkataan yang perlu

6. yang diperoleh dicari di dalam kamus. Pengajaran yang saya dapat dalam buku ini
daripada buku ialah jika kita hadapi sesuatu masalah jangan kita segan silu untuk

yang dibaca: meluahkan kepada pencipta kita kerana Dia sentiasa mendengar

luahan hati kita dan di samping itu juga, kita hendaklah bertindak

dengan tindakan yang wajar bukannya bertindak dengan melulu

atau ikut hati sahaja. Sebaliknya bertindak dengan menggunakan

akal fikiran yang waras ini.

7. Tandatangan: Syarah Adlina binti Zul Fadli

311

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAN A'ISYAH FATINI BINTI WAN
MAHISWANDI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku:
MUSA VS FIRAUN PERTARUNGAN PALING HEBAT DALAM
SEJARAH

2. Pengarang: Amanullah Halim

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: PTS Publication & Distributors Sdn.

5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan kisah Nabi Musa a.s dan Firaun, menurut
Yang Dibaca: perspektif Al-quran dan taurat. Ia juga menjawab persoalan-persolan
kritikal berkaitan Nabi Musa a.s, Firaun, tokoh-tokoh yang wujud di
zamanya, serta lokasi-lokasi sejarah yang penting. Kisah Nabi Musa
a.s mengandungi pelbagai pengajaran. Pengajaran yang baik untuk
diteladani, pengajaran yang buruk untuk dihindari.

Kisah-kisah di dalam Al-quran boleh dilihat sebagai satu karya
sastera yang agung dan mulia, mempunyai tema, tujuan, bahan, dan
memberi refleksi ajaran asas agama. Tetaplah kisah-kisah Al-Quran
bukan hanya sekadar karya sastera bebas.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin mengetahui dengan

lebih mendalam bekenanan Nabi Musa a.s. Iaitu sejak bermulanya

dari peristiwa kelahiran Nabi Musa a.s sehingga wafatnya baginda.

Secara tidak langsung saya juga dapat mengetahui berkenaan

sejarah Bani Israel dan bumi Palestin. Saya juga dapat mengetahui

Manfaat/pengajaran mengapa kaum ini yang pada mulanya mengikut jejak langkah Nabi

6. yang diperoleh Musa a.s namun selepas kewafatan baginda mereka menjadi
daripada buku bangsa dilaknat.

yang dibaca: Akhir sekali, saya juga dapat mengetahui bagaimana peritnya dan

bersusah payah Nabi Musa a.s ingin menyebarkan dakwah kepada

penduduk di Mesir pada ketika itu. Bagaimana bersusah payahnya

Nabi Musa a.s untuk menentang Firaun yang sombong dan bongkak

dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Dan tugas untuk

berdakwah tidaak hanya terhenti sehingga kewafatan Nabi

312

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: Muhammad s.a.w bahkan kita juga mempunyai tanggungjawab bagi
meneruskan menyebarkan dakwah sehingga tiba saatnya kematian
kita nanti.

Wan A'isyah Fatini binti Wan Mahiswandi

313

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : WAN MUHAMMAD AMINUDDIN
BIN WAN AZIZ

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 1

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu

2. Pengarang: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3. Tahun diterbitkan: 2019 (Cetakan Kelima)

4. Diterbitkan oleh: PUSTAKA CAHAYA KASTURI SDN.BHD.

5. Sinopsis Buku Buku ini adalah nasihat kepada penuntut ilmu dalam aspek ilmu,
Yang Dibaca: adab dan sahsiah seorang penuntut ilmu.

Pembaca akan memperolehi ilmu dalam aspek cara beradab

6. Manfaat/pengajaran dengan individu yang lain dan juga mengetahui sahsiah penuntut
yang diperoleh ilmu yang cemerlang. Pembaca akan mengetahui ilmu utama yang
daripada buku patut dipelajari. Pembaca juga akan mengetahui syarat-syarat ilmu.

yang dibaca: Dan manfaat yang paling utama adalah pembaca akan memperolehi
ciri-ciri bagaimana ingin menjadi seorang penuntut ilmu yang

cemerlang.

7. Tandatangan: Wan Muhammad Aminuddin bin Wan Aziz

314

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ANIS FARHANA BINTI BADRUL
HISAM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA

2. Pengarang: Azaharuddin Mohamed Dali

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Buku yang bertajuk Sejarah Perisikan di Malaysia mengandungi 16
Yang Dibaca: bab secara keseluruhan. Ia merangkumi pendahuluan sehingga
kesimpulan di mana ia telah membincangkan mengenai tindakan
atau kegiatan perisikan yang berlaku di negara ini sewaktu era
Perang Dunia Pertama (PD1), Perang Dunia Kedua (PD2),
pemberontakan (Insurgensi) Parti Komunis Malaya (PKM) dan
Konfrontasi Indonesia – Malaysia. Kegiatan perisikan tersebut telah
wujud semenjak zaman tamadun awal manusia di muka bumi lagi.
Hasil karya seni peperangan oleh Sun Tzu telah tersebar luas lalu
mempengaruhi dunia perisikan Tamadun China dan juga Tamadun
Jepun. Selain itu, Tamadun India juga telah merujuk hasil tulisan
Kautilya iaitu Arthasastra yang menjadi rujukan terpenting bagi
mereka.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan dan koleksi oleh

individu atau pembaca yang berminat tentang kisah perisikan,

agensi dan kegiatan perisikan mereka sejak era PD1 sehingga

6. Manfaat/pengajaran Konfrontasi Indonesia – Malaysia. Tambahan pula, buku ini juga
yang diperoleh sesuai dijadikan rujukan utama kepada pelajar-pelajar, individu yang
daripada buku terlibat dengan bidang sejarah, keselamatan dan pertahanan, dan
yang dibaca: hubungan antarabangsa serta strategik. Setiap pembaca akan

memahami dengan jelas terhadap segala maklumat dan info yang

telah diberikan kerana isi kandungan dan ayat yang amat jelas dan

baik serta mudah untuk difahami dan dihayati. Selain itu, rasa cinta

terhadap sejarah juga dapat disemai dan dalam diri pembaca.

7. Tandatangan: Anis Farhana binti Badrul Hisam

315

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : HASYA QISTINA BINTI
RHOZISHAM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SENI DALAM PENDIDIKAN

2. Pengarang: Mohd. Jamel Bin Hj. Ismail, Manan Bin Sarbani, Zalila Binti Nasir,
Mohd Taslim Bin Abdul Rahman, Johar Bin Hj. Jonid, Ismail Bin
Saiman

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang seni dalam pendidikan yang terdiri
Yang Dibaca: daripada matapelajaran Pendidikan Seni Visual, Muizk dan Seni
Pergerakan. Ilmu seni dalam pendidikan merupakan kemahiran-
kemahiran seni yang membolehkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berjalan lancar .

Seni dalam pendidikan adalah penting kerana kanak-kanak
membesar melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativitinya yang mennyerlahkan potensi dan jati diri mereka . Guru
dapat memperkukuhkan lagi gaya pengajaran manakala murid dapat
meningkatkan gaya pembelajaran mereka .

Antara perkara menarik yang disentuh adalah teori-teori
pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum Seni dalam
Pendidikan. Teori yang dinyatakan ialah teori konstruktivisme, teori
kecerdasan manusia, teori Howard Gardner, teori Hermann, teori
Einstein dan teori Leonardo da Vinci.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh siswa siswi yang mengikuti

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Info yang

Manfaat/pengajaran diberikan mampu memberi kefahaman kepada pembaca tentang

6. yang diperoleh kepentingan seni dalam pendidikan dan panduan untuk pembaca
daripada buku mengaplikasikannya. Seni dalam pendidikan ternyata bermatlamat

yang dibaca: untuk membentuk keperibadian seorang pelajar yang celik,

berestetika, berimaginasi, kritis, kreatif dan inovatif. Ia merupakan

gabungan tiga matapelajaran iaitu pendidikan seni visual, muzik dan

316

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: seni pergerakan.

Hasya Qistina binti Rhozisham

317

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : IKMAL FAUZI BIN ISMAIL

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: JANTUNG ANTARA HIDUP DAN MATI

2. Pengarang: Jamilah Jamaludin

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sinopsis Buku Buku ini menyentuh tentang penjagaan kesihatan jantung kerana
5. Yang Dibaca: terdapat pelbagai penyakit yang boleh dihadapi manusia jika
kesihatan jantung tidak terjaga.

Penulis telah membicarakan bahagian-bahagian terperinci tentang
jantung manusia. Antara perkara yang dibahaskan dalam buku
tersebut ialah bagaimana jantung bekerja, penyakit jantung
kongenital, penyakit injap jantung, penyakit jantung koronari,
penyakit darah tinggi, kegagalan jantung dan jantung terhenti serta
penjagaan jantung.

Antara cara penjagaan jantung yang ditulis penulis ialah
mengamalkan kawalan berat badan, pemakanan, berhenti daripada
tabiat merokok, melakukan senaman, mengurangkan rasa tekanan
dan stres serta perubahan gaya hidup. Penulis juga menggalakkan
pengambilan makanan yang sihat dan sesuai terhadap jenis
pekerjaan tersendiri supaya mendapat zat dan nutrien yang
mencukupi.

Penulis juga memberitahu bahawa penyakit jantung selalunya terjadi
kerana berkait rapat dengan penyakit darah tinggi. Hal ini kerana
penyakit darah tinggi menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih
keras untuk mengepam darah.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang mengutamakan

Manfaat/pengajaran kesihatan diri dan keluarga agar menjaga jantung terutamanya

yang diperoleh golongan tua. Namun golongan muda juga tidak terkecuali kerana
6. daripada buku penyakit datang tanpa mengira usia jika pemakanan dan gaya hidup

yang dibaca: yang diamalkan tidak sihat. Kesimpulannya, buku ini mengajak

pembaca untuk sama-sama menjaga jantung dan mengetahui fungsi

318

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan: dan cara gerak jantung agar lebih mengenali jantung sendiri. Buku
ini juga telah menerangkan kaedah-kaedah penjagaan jantung
secara jelas dan berkesan. Oleh itu jika kita masih mengabaikan
kesihatan jantung pasti kita akan menyesal di kemudian hari.

Ikmal Fauzi bin Ismail

319

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : KHAIRUNNISA BINTI NAZLI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU (EDISI KEEMPAT)

2. Pengarang: Profesor Madya Mohd Taib Ariffin, Norsaliza Mohd Shuhaini,
Abdullah Yusof, Rohaiza Ab. Karim, Dr. Hj. Mohd Rashid Md Idris,
Ahmad Khair Mohd Nor, Abdullah Yusoff, Nik Hassan Basri Nik Ab.
Kadir, Dr Seri Lanang Jaya Rohani, Anida Sarudin, Rohaizah Ab.
Karim, Dr Zukeflee Hj Yaacob, Dr Adenan Ayob

3. Tahun diterbitkan: 2011

4. Diterbitkan oleh: Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd, Malaysia.

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek wacana sama ada dalam
Yang Dibaca: penulisan dan lisan seperti Pengucapan Awam, Analisis dan
Penilaian Pengucapan Awam, Mengakses dan Memproses
Maklumat, Penulisan Ilmiah, Bahasa dalam Penulisan Ilmiah,
Pemerengganan, Penyuntingan, Projek Ilmiah dan Penilaian dan
Pendokumentasian Projek Ilmiah. Oleh itu, saya akan memberi
penekanan terhadap pengucapan awam; i) pengenalan dan sejarah
dan kepentingan pengucapan awam dalam kerjaya, serta bentuk
dan tujuan pengucapan awam, ii) proses komunikasi, iii) struktur
ucapan, iv) proses penyediaan, v) teknik persembahan, vi) masalah
dalam pengucapan awam, vii) etika pengucapan awam, viii) etiket
dalam pengucapan awam, dan ix) alat bantuan visual.

Pengucapan awam merupakan satu kegiatan yang penting dalam
kehidupan manusia. Kerana itu kita dapat melihat kegiatan ini
diadakan di mana- mana sahaja seperti di sekolah, pejabat-pejabat
kerajaan, badan-badan swasta, NGO dan sebagainya lagi.
Walaupun begitu, kemahiran melakukan pengucapan awam tidaklah
datang dengan sendiri. Ia perlu dipelajari dan diasuh. Orang yang
mahir melakukan pengucapan awam sudah pasti mendapat tempat
istimewa dalam kalangan masyarakat.

6. Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat dan
yang diperoleh khususnya kepada pembaca yang mengambil bidang wacana sama

320

Bil. Perkara Catatan
daripada buku
yang dibaca: ada penuntut univerisiti atau pensyarah itu sendiri kerana semua
info yang dipersembahkan adalah ringkas dan padat berupaya
7. Tandatangan: memberi kefahaman kepada pembaca yang meliputi semua aspek
wacana sama ada dalam penulisan dan juga lisan.

Khairunnisa binti Nazli

321

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMAD ZULFADLI BIN ROMLI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SOAL JAWAB FIQH COVID-19

2. Pengarang: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3. Tahun diterbitkan: 2020

4. Diterbitkan oleh: Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

5. Sinopsis Buku Buku Soal Jawab Fiqh COVID-19 setebal 204 halaman
Yang Dibaca: menghimpunkan pelbagai soalan lazim yang sering dikemukakan
berkaitan hukum dan permasalahan yang dihadapi masyarakat
dalam suasana wabak COVID-19 yang sedang berlaku.

Antara isu yang dikupas dalam buku setebal 204 muka surat itu
adalah berkaitan solat Jumaat dan solat fardu, azan, kenduri kahwin,
hukum bersalaman dan solat jenazah.

Buku ini mengemukakan dalil-dalil yang menyatakan perkara yang
dibincangkan sahih dan tepat.

Buku itu juga dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna
kepada masyarakat amnya dan petugas barisan hadapan
khususnya dalam melaksanakan tugas menangani wabak Covid-19
ini

Manfaat/pengajaran Manfaat dari buku ini, ianya menambahkan lagi tentang ilmu islam
yang diperoleh
yang saya kurang fahami dan menjelaskan lagi fakta dan masalah

6. daripada buku yang dihadapi ketika musim covid-19 ini. Selain itu buku ini turut

yang dibaca: mengajar saya erti tidak mengaku kalah dan berjuang berhabis-
habisan menetang pandemik ini.

7. Tandatangan: Muhamad Zulfadli bin Romli

322

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD FATEH BIN MOHD
A'LIM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: HIKAYAT SATRIA-SATRIA SEJATI 1: GENERASI BARU

2. Pengarang: Hilal Asyraf

3. Tahun diterbitkan: 2017

4. Diterbitkan oleh: Hilal Asyraf Resources

5. Sinopsis Buku Hikayat Satria-Satria Sejati ialah karya bergenre epik fantasi.
Yang Dibaca: Berlatarkan dunia post-apokalips yang menyaksikan bentuk mukai
bumi berubah akibat hujan meteor beradiasi. Kejadian itu mengubah
struktur genetik sebahagian manusia, memberikan mereka potensi
mengawal unsur-api, air, angin, tanah dan elektrik.

Hikayat ini mengisahkan Ariki, anak angkat kepada Lutello,
Maharaja Zall yang memerintah 2/3 dunia. Akibat satu peristiwa
berdarah, Ariki terpaksa lari dari Istana bagi menyelamatkan diri
daripada kemurkaan ayahandanya. Bertemu dengan Aifer dan
Kabeer, hidupnya bertemu dengan Islam dan perjuangan
menegakkan kebenaran. Perjuangan yang memerlukan dirinya
menentang ayahanda angkatnya itu.

Ariki perlu mengembara mengumpul kekuatan bagi
menyempurnakan misi tersebut, dan ini merupakan kisah
sekumpulan pemuda-pemudi mengharungi mehnah dan tribulasi
sebuah perjuangan, penuh dengan aksi fantasi, disulami pengajaran
pengajaran bernilall

Buku ini sangat memberi inspirasi kepada golongan remaja

terutamanya kerana alur cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan

Manfaat/pengajaran remaja yang menentang kezaliman yang berlaku. Dalam perjalanan

6. yang diperoleh mereka menuju ke arah pembebasan daripada kezaliman, mereka
daripada buku telah melalui pelbagai ujian yang boleh kita contohi. Mereka berguru

yang dibaca: dengan guru yang sangat hebat.

Buku ini berkonsepkan alur cerita yang mempunyai nasihat yang
diambil daripada al-Quran dan Hadith Nabi. Ia dapat menarik

323

Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
perhatian saya kerana buku-buku yang telah ada sebelum
kebanyakannya berdasarkan daripada buku jenis non-fiksyen, tetapi
buku ini walaupun fiksyen tetapi tetap menyelit fakta-fakta yang
menarik untuk diambil dan dicontohi.

Muhammad Fateh bin Mohd A'lim

324

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD HAZIM BIN JEFFRI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TIVI

2. Pengarang: Profesor Emeritus Dato' Dr. Haji Shahnon bin Ahmad

3. Tahun diterbitkan: 1995

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Karya ini menceritakan kisah sebuah keluarga Melayu yang terletak
Yang Dibaca: di kawasan pedalaman. Digambarkan rumah mereka terletak di
kawasan sawah, masih lagi menggunakan perigi untuk
mendapatkan keperluan air. 'Tivi' menceritakan sebuah keluarga
yang berubah keadaannya dengan kehadiran sebuah televisyen
yang dibeli oleh anak mereka. Setelah ahli keluarga (anak mereka
iaitu Zainab) berhijrah ke kota dan membawa balik sebuah
televisyen, rutin keluarga tersebut berubah dengan drastik. Antara
perubahan yang berlaku seperti bapanya tidak lagi ke surau seperti
kebiasaan, halaman rumah dihiasi semak, kerana tidak lagi rajin
menebas dan membersihkan halaman akibat sibuk menonton 'tivi'.

Manfaat/pengajaran Apa yang menarik pada penulisan penulis ini adalah, beliau mampu

6. yang diperoleh untuk membakukan bahasa kampung yang jarang kita gunakan
daripada buku dalam penulisan kecuali apabila kita bercakap-cakap sesama

yang dibaca: kawan.

7. Tandatangan: Muhammad Hazim bin Jeffri

325

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD IRFAN BIN IBRAHIM

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TARBIAH SENTAP

2. Pengarang: Ahmad Adnin b. Roslan

3. Tahun diterbitkan: 2015

4. Diterbitkan oleh: Little Caliph Enterprise

Sinopsis Buku Bagi saya buku ini merupakan satu kalam dakwah yang paling
5. Yang Dibaca: sentap abad ini. Kadang-kadang ummah hari ini perlu diberi
sentapan agar mereka yang lalai dibuai mimpi kembali bangkit
menjadi singa. Buku ini amat sesuai untuk orang yang merasakan
dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum
hanya Rasulullah, juga orang yang merasakan dirinya tak pernah
bertaubat. Mungkin dia lupa, Rasulullah pun setiap hari bertaubat
tak kurang dari 100 kali sehari.

Buku ini juga dapat memberi sentapan kepada orang yang
merasakan umur dia masih muda sedangkan dia lupa, ajal boleh
datang bila-bila. Seterusnya orang yang terlalu over confident
bahawa taubatnya pasti diterima sepatutnya membaca buku ini
kerana mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident
adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa
mereka akan masuk syurga. Mereka hanya berpada dengan ilmu
yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu mempunyai
rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu.
Mereka seolah-olah merasakan taubat adalah perkara remeh,
sedangkan, taubat adalah fardhu ain ke atas setiap makhluk yang
bernama manusia

Selain itu, buku juga boleh ditujukan kepada mereka-mereka yang
nak bebas dari maksiat dan dosa, namun mereka masih kabur
tentang hakikat dosa, dan apakah cara untuk
meninggalkannya.Tambahan pula, buku ini juga sesuai untuk
mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah,
namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui

326

Bil. Perkara Catatan

dakwah dan tarbiah ini juga mereka yang dambakan kebahagiaan
dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan
perlukan bimbingan secara terperinci.

Mengapa pada hari kita sangat memerlukan dakwah yang sentap?
Adakah hikmah bermaksud dakwah dengan cara lembut? Jika
hikmah ialah lembut bermakna adalah nabi dan sahabat tidak
hikmah kerana mereka berperang. Adakah Abu Bakar tidak hikmah
kerana menampar Umar Al Khattab. Hakikatnya, hikmat ialah
menegur mengikut suasana dan keadaan. Jika keadaan ketika itu
perlu lembut, kita lembut. Kalua ketika perlu agresif, kita agresif,
kalau ketika perlu diam, kita diam, kalau time tu perlu kasar dan
tegas, kita kasar dan tegas.

Sepanjang pembacaan dalam buku ini, saya juga dapat rumuskan
bahawa kita janganlah mendefinisikan orang ‘Bodoh’ sebagai orang

6. Manfaat/pengajaran yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Namun, bodoh ialah
yang diperoleh
daripada buku orang yang tidak mahu mentaati Allah, walaupun ilmunya luas dan
yang dibaca: cendekiawan ternama. Adapun yang dikatakan ‘tokoh’ bukanlah
mereka-meraka yang memimpin manusia dan berpidato ditengah

forum, sedangkan dirinya tenggalam dibiarkan kubangan dosa.

Hakikatnya yang dikatakan tokoh adalah mereka-mereka yang

memperbaiki diri dan insaf dari kelalaian untuk taat kepada Allah.

7. Tandatangan: Muhammad Irfan bin Ibrahim

327

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MUHAMMAD IZZAT BIN RAZALI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BENCANA 2020

2. Pengarang: Hadi Fayyadh

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang bencana-bencana iaitu tanda-tanda
Yang Dibaca: hari Qiamat yang bakal dihadapi oleh umat manusia; bencana I -
apakah kamu tidak perhatikan, bencana II – dua puluh isyarat
bencana akhir zaman, bencana III – amaran dua puluh bencana
semakin dekat ,masihkah punya waktu ?, bencana IV – persediaan
terbesar hadapi hari menakutkan.

Buku bencana 20:20 ini menyingkap segala tabir dunia yang kian
pantas menyajikan satu persatu kebenaran plot-plot akhir zaman
melalui Al-Quran dan sabda Nabi Saw. Tiada sesiapapun tahu
bilakah dunia ini akan menginjak tiba menuju kepada
pengakhirannya. Jika mengikut perkiraan kronologi yang berlaku,
kemungkinan kita sudah berada di era permulaan kebangkitan Imam
Al Mahdi. Bibit bibit kemunculannya dilihat hampir semakin kencan.
Sepatutnya kita sedar bahawa Tentera Dajjal seramai 70,000 itu
telah bersiap siaga menanti penzahirannya.

Fenomena dahsyat kemarau yang berpanjangan, mengikut telahan
hampir berlaku ini bakal membawa dunia kepada kebangkitan Dajjal
Persiapan demi persiapan, segala isyarat dan lentera akhir zaman
sudah dinyalakan. Dua pertembungan dahsyat, perang Armageddon
bakal mencetus huru hara yang memuncak. Apakah ianya masih
jauh, atau kitakah yang terlena dibuai mimpi Iblis di siang hari.
Tombak dan pedang dijulang, Panji tauhid sedang bergerak
menjalar di seluruh penjuru dunia.

Kesimpulannya, setelah apa yang dikongsikan di dalam buku
BENCANA 20:20 ini adalah suatu bingkisan petunjuk dan peringatan
daripada Allah SWT yang dipetik daripada Al Quran dan Hadis,

328

Bil. Perkara Catatan

kepada para hambaNYA.

Jangan dipersoalkan bilakah terjadinya, dan mengapa ianya tidak
terjadi seperti yang disebutkan dan pelbagai persoalan yang
dilontarkan seolah-olah kita terlalu menunggu dan berharap ianya
berlaku.Semoga kita semua kembali bertaubat dan
memperbanyakkan amalan agar rahmat Allah SWT dijemput dan
akhirnya kaki kita melangkah masuk ke dalam Syurga-Nya.

Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca terutamanya golonagan

pembaca muslim. Hal ini kerana dapat mengetahui perkara-perkara

Manfaat/pengajaran yang berkaitan dengan tanda-tanda kecil dan besar berlakunya hari

6. yang diperoleh kiamat yang bakal kita akan tempuhi. Dengan itu kita dapat
daripada buku membuat persiapan diri kita dengan rapi dengan memperbanyakkan

yang dibaca: amalan ibadah dan amalan soleh yang disyariatkan islam seperti

membaca surah Al-Kahfi supaya kita dapat melindungi diri kita

daripada fitnah dajjal nanti.

7. Tandatangan: Muhammad Izzat bin Razali

329

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR NASRIN AYUNI BINTI
ZANIMAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: AMALAN 24 JAM WANITA HAID

2. Pengarang: Fahrur Muis

3. Tahun diterbitkan: 2012

4. Diterbitkan oleh: PTS Islamika Sdn.Bhd

5. Sinopsis Buku Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas
Yang Dibaca: setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering
mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat,
berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah
tertutup rapat untuk mereka.

Oleh sebab persepsi yang mengelirukan ini aktiviti mereka hanya
berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Walhal,
haid bukan masa bercuti daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan
ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Benarkah dalam
masa 24 jam sehari hanya sedikit ibadah yang boleh dilakukan oleh
wanita dalam keadaan haid?

Manfaat/pengajaran Apabila membaca buku ini, kita akan mengetahui haid pada

6. yang diperoleh pandangan Islam, haid dari sudut perubatan, larangan untuk wanita
daripada buku haid, mengapa berlaku penurunan iman ketika haid dan persediaan

yang dibaca: menghadapi haid, serta amalan pilihan ketika haid.

7. Tandatangan: Nur Nasrin Ayuni binti Zaniman

330

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURIN FARZANA BINTI ROSLI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: AIR MATA PRESIDEN MURSI

2. Pengarang: A.M. Waskito

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: Iman Publications

5. Sinopsis Buku Presiden Muhammad Mursi yang baru saja digulingkan oleh rejim
Yang Dibaca: tentera Mesir merupakan satu-satunya Presiden dari kalangan
awam yang dipilih secara demokrasi. Presiden Mursi juga
merupakan Presiden satu-satunya di dunia yang hafal Al-Quran.
Namun sayang, kekuasaannya begitu cepat diragut oleh kelompok
liberal-sekular, penyokong kuat bekas Presiden Mubarak dan juga
tentera yang dibantu oleh Amerika.

Nampaknya kalangan Islamphobia lebih seronok dipimpin oleh rejim
tentera yang rosak dan menindas daripada dipimpin tokoh Islam.
Buktinya penggulingan Presiden Muhammad Mursi yang baru terjadi
dapat wujud kerana mereka saling membantu. Sayangnya, di
kalangan Islam kesatuan sebegitu tidak muncul. Ada juga kalangan
Islam yang menyokong penggulingan ini dengan berbagai alasan.

Buku ini cuba untuk membela keberadaan Presiden Mursi dari sisi
syariah dan ilmiah. Tragedi kudeta tentera menjadi cacatan hitam
sejarah yang menghalang gerakan politik Islam di Mesir. Namun
kisah ini belum berakhir, kita tunggu saja pengakhirannya.

Manfaat/pengajaran Sebagai pecinta buku yang gemar berburu fakta-fakta yang sarat

6. yang diperoleh ideologi Islam dan perjuangan, buku ini sangat layak dibaca dan
daripada buku menjadi referensi kita akan kebusukan pihak-pihak yang

yang dibaca: menginginkan keruntuhan Islam di muka bumi.

7. Tandatangan: Nurin Farzana binti Rosli

331

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL ATHIRAH BINTI AIDID

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: TAMADUN ISLAM

2. Pengarang: Mohd Nor Jusoh

3. Tahun diterbitkan: 2003

4. Diterbitkan oleh: Nurqurra Trading

Sinopsis Buku Buku ini meliputi dan menyentuh pelbagai aspek.Antaranya ialah
5. Yang Dibaca: tentang Islam,agama dan tamadun, perkembangan tamadun Islam,
manusia dan masyarakat, tentang akhlak, ekonomi Islam, Islam dan
Ilmu pengetahuan, sumbangan Islam dalam bidang Ilmu, kesenian
Islam, sumbangan Islam dalam bidang Pendidikan, tokoh dan
kepakaran, politik dan kenegaraan, pemikiran Islam dan isu-isu
semasa. Dalam buku ini mengupas segalanya tentang sejarah Islam
yang dahulu yang seharusnya diketahui. Bukan itu sahaja, dalam
buku ini juga menerangkan tentang zaman pemerintahan khulafa al-
rasyidin, teori kejadian manusia menurut kajian barat, perbezaan
ekonomi Islam dengan sistem-sistem yang lain serta tamadun Islam
dalam bidang Sains, Matematik, Geografi dan Kejuruteraan.

Manfaat/pengajaran Buku ini memperoleh banyak pengajaran kerana ia dapat

6. yang diperoleh menampung dan menambahkan bahan bacaan umum di dalam
daripada buku aspek Tamadun Islam dan sekali gus untuk membantu generasi

yang dibaca: pelajar mengembangkan ilmu-ilmu tentang islam.

7. Tandatangan: Nurul Athirah binti Aidid

332

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL ATHIRAH BINTI UZIR

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: AKU SAKIT DIA PENYEMBUH

2. Pengarang: Sharhan bin Safie

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: Al- Ruqyah, Thobibi

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh doa-doa amalan untuk kegunaan setiap
Yang Dibaca: manusia mengenai pelbagai penyakit sama penyakit rohani dan
jasmani yakni menggunakan ayat-ayat suci al-quran sebagai satu
amalan dalam kehidupan.

Isi kandungan menerangkan secara jelas mengenai cara
mengendalikan doa ketika rawatan seperti:

 Al-fatihah 3x

 Menggunakan tangan kanan

 Membaca ayat kursi / zikir

Antara perkara yang menarik minat saya ialah buku ini mengandungi
doa-doa bagi setiap penyakit malah dalam bentuk khusus
terutamanya penyakit rohani.

Hal ini dapat membuka mata pembaca bahawa penyakit rohani ini
merupakan penyakit dalaman yang juga perlu diberi perhatian
kerana ia akan mempengaruhi tingkah laku seseorang walaupun
tidak dinampak dengan mata kasar.

Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dijadikan sebagai salah satu rujukan untuk
mengubati sebarang penyakit bermula penyakit yang ringan
6. yang diperoleh sehingga yang berat. Pembaca juga dapat mendekatkan diri kepada
daripada buku
Allah dengan mengamalkan kalam-Nya melalui perubatan atau
yang dibaca: rawatan contohnya memperbanyakkan selawat dan zikir.

7. Tandatangan: Nurul Athirah binti Uzir

333

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NURUL HAFIRAH BINTI HASSAN

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: JANGAN SAMPAI ADA DAN TIADAMU DI DUNIA INI TIDAK ADA
2. Pengarang: BEZANYA

Ahmad Rifa’i Rif’an

3. Tahun diterbitkan: 2019

4. Diterbitkan oleh: Al-Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd

5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh aspek kehidupan manusia. Terdapat jutaan
Yang Dibaca: manusia yang hidup dalam satu generasi akan tetapi tidak semua
orang yang namanya kemudian akan muncul menjadi bintang dan
yang lainnya hidup bertahun-tahun dan meninggalkan dunia tanpa
ada perkara layak dikenang oleh generasi seterusnya.

Dalam bersedekah pula tidak perlu menunggu kaya baru ingin
bersedekah tetapi bersedekahlah mengikut kemampuan kita.
Apabila menghadapi pelbagai masalah misalnya dalam pekerjaan
maka kita hendaklah tulus mencintai pekerjaan tersebut kerana ia
akan membuatkan kita berusaha untuk menyelesaikan masalah
tersebut.

Setiap pekerjaan mempunyai nilainya sendiri. Oleh itu, sifat
meremehkan perkerjaan yang rendah martabatnya tidak harus ada
dalam diri manusia. Mungkin ianya rendah pada pandangan kita
tetapi ianya tinggi pada Allah asalkan perkara yang dikerjakan itu
halal dan sah di sisi undang-undang.

Di dunia ini ada yang pendapatannya berlipat kali ganda, rumahnya
megah, kenderaannya mewah serta simpanannya melimpah tetapi
itu bukanlah tiket dalam mengecapi kebahagiaan dalam hidupnya.
Ini kerana keberkatan tidaka kan hadir pada jiwa yang derhaka.

Antara perkara yang disentuh yang dapat menarik minat saya
adalah kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita
tidak bahagia dan senang melihat orang lain lebih daripada kita.
Walhal hakikatnya, tiada kesudahan apabila kita membandingkan
diri kita dengan orang lain.

334

Bil. Perkara Catatan

Buku ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat kerana ianya

Manfaat/pengajaran mengandungi banyak peristiwa yang dapat dijadikan pengajaran

6. yang diperoleh serta contoh dalam kehidupan seharian kita. Kita hendaklah berbaik
daripada buku sangka terhadap Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui apa yang

yang dibaca: terbaik untuk kita. Kini ramai generasi yang tempang. Contohnya,

otak cemerlang tetapi tidak memiliki keimanan yang mantap.

7. Tandatangan: Nurul Hafirah binti Hassan

335

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SITI NUR AINI BINTI ROSLI

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BAHASA DIRAJA
2. Pengarang: Prof. Emeritus Dato’ Asamah Haji Omar

3. Tahun diterbitkan: 2016

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Buku ini berkenaan Bahasa diraja dan dibahagikan kepada lima bab
Yang Dibaca: utama iaitu Pengenalan Bahasa Diraja, Ciri-ciri Khusus, Sebutan
Ciri, Fungsi Komunikasi Bahasa Diraja dan Kesimpulan.

Takrifan bahasa diraja serta bahasa bukan diraja dan bahasa halus
dijelaskan dalam bab yang pertama iaitu Bab Pengenalan Bahasa
Diraja. Bahasa diraja dikenali juga dengan bahasa istana. Bahasa
diraja merupakan bahasa yang digunakan dalam perhubungan
kebahasaan apabila sekurang-kurangnya salah satu pihak terdiri
daripada keluarga diraja. Juga merupakan bahasa halus kerana
digunakan dengan sopan santun dan adab tertib walau dalam
keadaan apa sekalipun.

Dalam bab 2 pula ditekankan atau dijelaskan ciri-ciri khusus dan
nahu bahasa diraja. Penulis menjelaskan tentang perbezaan antara
bahasa diraja dengan bahasa biasa. Dalam bahsa biasa, ungkapan
dan perbendaharaan tertentu tidak digunakan dalam bahaa biasa.
Dari segi nahu pula, nahu bahasa diraja sama dengan sistem dan
struktur bahasa am. Bahasa diraja ada kecenderungan pengunaan
penambahan dan konteks tertentu seperti penambahan awalan per-
dan akhiran -nda. Contohnya seperti permuliakan, persembahkan,
ibunda, ayahnda dan sebagainya.

Manakala dalam bab tiga iaitu Bab Sebutan diri, dijelaskan tentang
takrifan, konteks penggunaan dan pembahagian sebutan diri.
Penulis menyatakan bahawa sebutan diri merupakan perkataan-
perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sebagai diri pertama
atau diri kedua atau diri ketiga. Dalam bahasa diraja pengguna
bahasa atau pameran hendaklah betul-betul faham konteks yang

336

Bil. Perkara Catatan

dihadapinya. Pemilihan sebutan yang jitu adalah satu kemestian.
Sebaliknya, ia akan menimbulkan salah faham atau anggapan yang
pameran kurang beradab.

Fungsi-fungsi penggunaan komunikasi bahasa diraja pula dijelaskan
dlam Bab 4 iaitu Bab Fungsi Komunikasi Bahasa Diraja. fungsi
komunikasi bahasa diraja ialah fungsi yang dijalankan oleh bahasa
dalam menimbulkan komunikasi atau perhubungan antara para
pemeran bahasa, baik secara lisan mahupun tulisan. Penyampaian
sesuatu komunikasi ada kalanya menimbulkan tindak balas, dan ada
kalanya tidak.

Akhir sekali dalam Bab Kesimpulan, penulis menekankan bahawa
satu ciri penting dalam komunikasi yang menggunakan bahasa
diraja ialah penggunaan gelar-gelar diraja. Tiap-tiap Sultan, mulai
dari Yang di-Pertuan Agong mempunyai gelaran tersendiri dan
gelaran-gelaran itu telah pun dikanunkan oleh negeri masing-masing
dan kerajaan persekutuan. Yang di-Pertuan Agong dirujuk
sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Permaisuri Baginda membawa gelar Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong. Pada amnya, ada keseragaman dalam gelar yang diberikan
kepada Sultan-sultan, iaitu pada asasnya Duli Yang Maha Mulia.
Demikian juga halnya dengan permaisuri. Tengku Mahkota atau
Raja Muda pada amnya dirujuk sebagai Duli Yang Teramat Mulia.

Buku ini sesuai dibaca oleh setiap golongan bagi memantapkan lagi

Manfaat/pengajaran Bahasa diraja . rakyat biasa juga digalakkan membaca buku ini bagi
yang diperoleh meningkatkan ilmu pengetahuan tentang bahasa diraja yang mana

6. daripada buku akan diguna pakai ketika urusan yang melibatkan kerabat diraja.
yang dibaca: Dengan adanya ilmu sebegini individu dapat menggunakan bahasa

yang betul dlam berkomunikasi dengan kerabat diraja atau orang-

orang tertentu.

7. Tandatangan: Siti Nur Aini binti Rosli

337

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : SITI NURIYAH BINTI MUSTAFA

(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021

(c) Opsyen : PI 2

(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: SEJARAH PERISIKAN

2. Pengarang: Azaharudin Mohamed Dali

3. Tahun diterbitkan: 2014

4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sinopsis Buku Dunia perisikan menjadi tidak asing dalam Tamadun Islam. Talhah
Yang Dibaca: bin Ubaidillah dan Said bin Thabit merupakan antara perisik Islam
yang terawal. Tanpa perisikan, Genghis Khan dan para
penggantinya tidak mampu membina empayar Monggol yang
terbentang luas dari Timur hingga Barat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, risik atau risikan bermaksud
ikhtiar secara tersembunyi untuk mengetahui menyiasat sesuatu
yang dilakukan secara diam-diam. Risik turut bermaksud penjelasan
yang diperoleh secara sembunyi. Kegiatan perisikan dijalankan
untuk memperoleh maklumat yang bertujuan untuk menangani
ancaman musuh sama ada berbentuk fizikal atau psikologi.

Oleh sebab itu, bahan bacaan tentang perisikan amat terhad
terutamanya dalam perisikan kontemporari. Dalam buku ini, penulis
berhujah bahawa bidang perisikan kurang mendapat perhatian oleh
pengkaji dan sejarawan. Bidang politik dan sosial lebih mendominasi
terhadap kajian sejarah di Malaysia. Penulis juga membincangkan
tentang perisikan dan keselamatan British di Tanah Melayu ketika
era PD1.

Seterusnya penulis memfokuskan tentang kegiatan perisikan Jepun
dan British ketika era PD2. Hal ini terbukti dengan kegiatan aktif
perisik-perisik Jepun sejak 1930-an. Manakala warga Jepun telah
berada di Tanah Melayu dan Singapura sebelum PD1. Mereka
bekerja sebagai pelacur dan peniaga pelbagai jenis perkhidmatan
seperti kedai gambar, gunting rambut dan klinik. Selain perisikan,
Fujiwara Kikan bertanggungjawab menjalinkan hubungan dengan
pelbagai pihak yang anti-British terutama dalam kalangan orang

338

Bil. Perkara Catatan

Melayu, Cina dan India.

Bagi meraih sokongan orang Melayu yang anti-British, Fujiwara
Kikan menjalinkan hubungan dengan Kesatuan Melayu Muda.
Penulis membincangkan jalinan kerjasama tersebut.

Aspek yang diberi perhatian seterusnya ialah daya Cawangan Khas
memecahkan jaringan rahsia komunikasi PKM. Kisah Haji Abdul
Majid Zainuddin menjadi fokus utama dalam bab seterusnya. Beliau
yang bertugas di dalam Cawangan Khas, Jabatan Polis Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat serta Biro Cerdik
Politik telah diarahkan untuk memerhati dan meneliti jemaah haji
Tanah Melayu bagi mengekang pengaruh Pan-Islamisme.

Manfaat/pengajaran Buku ini harus dijadikan simpanan para pembaca yang berminat
tentang kisah perisikan, agensi dan kegiatan perisikan. Selain itu,
yang diperoleh
6. daripada buku buku ini juga sesuai dijadikan rujukan utama kepada para pelajar
yang dibaca: mahupun individu yang kerjayanya membabitkan bidang sejarah,

hubungan antarabangsa, strategik, keselamatan dan pertahanan.

7. Tandatangan: Siti Nuriyah binti Mustafa

339


Click to View FlipBook Version