Bil. Perkara Catatan
demi cinta-Nya. Itulah cinta sebenar yang perlu kita cari dan pelajari.
Mulakan langkah dengan kembali kepada pencipta dan mengenali
kekasih-Nya.
Nescaya keletihan dan derita kita selama ini akan terbayang bahkan
mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang ingin bertaubat kepada
Allah subhanahu wa Ta'ala. Menganggap dirinya yang hina di
hadapan Allah subhanahu wa Ta'ala. Dan paling khusus buat sang
Manfaat/pengajaran pencari cinta yang hakiki dalam hidup ini akan tetapi masih tidak
yang diperoleh
6. daripada buku mengenali cinta sebenar buat dirinya. Bahkan selalu melukai
kekasihnya yang hakikat nya mencintai dirinya dengan sebenar nya.
yang dibaca:
Buku ini juga memberi banyak manfaat kepada kita dan
mendekatkan lagi diri kita dengan pencipta. Buku ini juga amat
berharga bagi sesiapa yang ingin mencari Tuhan yang sebenar.
7. Tandatangan: Muhammad Asyraf Fikri bin Muhamat
390
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD FALIQH BIN
MOKHTAR
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PENAKLUK
KONSTANTINOPEL
2. Pengarang: Abdul Latip Talib
3. Tahun diterbitkan: 2008
4. Diterbitkan oleh: PTS Litera Utama Sdn. Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini mengisarkan tentang kejayaan kerajaan Islam Turki atau
Yang Dibaca: lebih dikenali sebagai Turki Uthmaniyyah yang berjaya menakluk
kota Konstantinopel yang merupakan benteng atau kerajaan Rom
yang sekian lama berdiri dengan gah dibawah pemerintahan
maharaja Rom. Seperti yang kita maklum, kota Konstantinopel ini
merupakan kota yang sekian lama umat Islam ingin takluki bermula
zaman Saidina Umar al-Khattab lagi kerajaan Islam ingin menakluki
kota tersebut akan tetapi kesemuanya menemui kegagalan. Hal ini
dikatakan demikan kerana, nabi Muhammad SAW ada bersabda
yang bermaksud, ”Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan
seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik”.
Kebenaran hadis ini dapat dibuktikan apabila Sultan Muhammad Al-
Fateh yang merupakan pemerintah ketujuh kerajaan Turki
Uthmaniyyah berjaya menakluki kota konstantinopel yang gah itu. Ini
menunjukkan bahawa baginda merupakan sebaik-baik raja serta
mempunyai sebaik-baik rakyat dan tentera.
Ahli Sejarah Byzantine: ”Tidaklah kami pernah melihat ataupun
mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh sudah
menukarkan darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak
gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad
Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The
Great”.
Semasa pemerintahan Bani Ummaiyah, seorang sahabat nabi telah
syahid dan dikuburkan dibawah dinding kubu kota Konstantinpel.
391
Bil. Perkara Catatan
Sahabat nabi tersebut adalah Abu Ayub Al-Ansari. Apabila
ditanyakan kepada beliau mengapa ingin dimakamkan disitu seraya
beliau berkata, ”Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki
kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa
mereka membebaskan Konstantinnopel”.
Buku ini adalah sesuai untuk dibaca oleh semua golongan
terutamanya umat Islam. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat
banyak tauladan, contoh dan pengajaran yang boleh kita ambil
daripada buku ini. Sebagai contoh, kita boleh mencontohi Sultan
Muhammad Al-Fateh yang merupakan seorang hamba Allah yang
sangat baik dan warak serta sentiasa beribadat kepada Allah
Manfaat/pengajaran walaupun beliau adalah seorang raja. Hal ini menunjukkan bahawa
6. yang diperoleh semua manusia ciptaan Allah adalah sama disisi Allah secara tidak
daripada buku angsung ia akan menimbulkan kesedaran kepada diri kita sendiri
yang dibaca: dan boleh menjadi asbab untuk kita berubah.
Selain itu, kita juga boleh mengambil semangat perjuangan sultan
Muhammad Al-Fateh dan aplikasikannya dalam kehidupadan
seharian kita pada waktu kini seperti semangat dalam mempelajari
ilmu pengetahuan, semangat dalam beribadat, semangat dalam
berdakwah, semangat dalam membantu saudara sesama Islam dan
sebagainya.
7. Tandatangan: Muhammad Faliqh bin Mokhtar
392
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD FARHAN BIN
MUHAMMAD SHAWKHIE
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: RIMBA HARAPAN
2. Pengarang: Kamaluddin Muhamad (Keris Mas)
3. Tahun diterbitkan: 1998
4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa Pustaka
5. Sinopsis Buku Ceritanya sangat menarik dan dimulai dimana penulis
Yang Dibaca: membangkitkan isu berkenaan keadaan sosio ekonomi masyarakat
melayu di ambang sebelum kemerdekaan sekitar tahun 30an dan
40an. Kisah berlatar belakangkan kawasan sekitar Bentong dan
Janda Baik, Pahang berkisarkan cara hidup masyarakat melayu
pada masa itu yang dihimpit kesusahan selepas kampung mereka
dilanda banjir besar dan dijajah oleh pihak Inggeris
Kisah bermula bila mana watak utama terpaksa membuat pilihan
sama ada mempertahankan tanah warisan keluarganya atau
berpindah masuk ke hutan untuk membuka kampung baru. Semua
itu disebabkan bencana alam yang berlaku yang telah
memusnahkan tanah sawah orang kampung serta dasar penjajah
Inggeris yang mahukan tanah kampung mereka untuk ditanam
getah dan dijadikan lombong bijih. Disebabkan pengaruh dan kuasa
inggeris pada masa itu, orang melayu terpaksa berpindah ke hutan
belantara untuk membuka kawasan baru.
Kesedihan dan kesukaran hidup pada masa itu digambarkan sejara
jelas oleh penulis di dalam karyanya. Kesukaran hidup juga
digambarkan melalui penyekatan anak perempuan daripada
mendapat pendidikan asas dari sekolah-sekolah melayu yang telah
wujud pada masa itu. Bertapa tertekannya seorang anak bila mana
ayahnya memaksa dia untuk tidak ke sekolah untuk membantu
membuka kawasan baru.
Pemulaan hidup baru di kawasan baru juga tidak semudah seperti
disangka ada yang tepaksa menebang pokok-pokok hutan dan
393
Bil. Perkara Catatan
membersihkan Kawasan tak kurang juga musuh semulajadi seperti
babi, harimau dan gajah semua cabaran terpaksa ditempuh untuk
menjadikan sebuah kampung. Tapak rumah perlu disediakan dahulu
sebelum mula membuka tanah sawah dan dusun. Serangan haiwan
liar semasa padi dan buah-buahan mula membesar menyukarkan
lagi kehidupan mereka pada masa itu. Namun dengan semangat
yang kental akhirnya sebuah kampung dapat dibina, tanaman padi
dan buah-buahan semakin menjadi.
Pembaca akan dapat melihat bagaimana perubahan hidup
masyarakat melayu yang terpaksa ke hutan membuka kampung dan
masyarakat cina kekal di pekan. Semua itu disebabkan dasar pecah
dan perintah penjajah inggeris. Selain itu juga akan dapat mengenali
amalan dan kepercayaan orang melayu pada masa itu seperti dukun
dan pawang yang amat berkait rapat dengan kehidupan seharian
mereka.
Novel yang berlatar belakangkan Ketari, Bentong dan Janda Baik
dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Betapa tergugatnya kehidupan
sosial, ekonomi dan kepercayaan orang Melayu oleh dasar
penjajahan memaksa peluasan penanaman getah dan industri
perlombongan bijih secara besar-besaran selepas Perang Dunia
Pertama dan betapa bencana alam membantu dasar Inggeris ini
mempengaruhi dan menghancurkan ketenteraman cara hidup orang
Manfaat/pengajaran Melayu hingga lari meneroka hidup baru ke hutan-hutan. Janda Baik
yang diperoleh diteroka dan dibuka dengan kegigihan dan penderitaan orang
6. daripada buku Melayu. Semuanya membuka mata dan fikiran tentang tafsiran
yang dibaca: sejarah yang penting yang mengubah cara berfikir dan sikap orang
Melayu.
Pemikiran yang diketengahkan oleh Keris Mas ialah tentang
ketidakadilan sosial dalam masyarakat. Membaca cerpen-cerpen
beliau di zaman persekolahan telah banyak membentuk pemikiran
dan tanggapan terhadap hidup dan perjuangan. Kisah suka-duka
menuntut kemerdekaan juga keadilan banyak disajikan dalam cerita
tersebut.
7. Tandatangan: Muhammad Farhan bin Muhammad Shawkhie
394
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD NIZAR BIN
MUKHRIZAM
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SONGKET BERBENANG EMAS
2. Pengarang: Khairuddin Ayip
3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Sinopsis Buku Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang
5. Yang Dibaca: murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun,
Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga menganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepada keluarganya. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai,dia
terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan
bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong
oleh jirannya.
Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walaubagaimanapun, Dahlia tetap tabah
menghadapi dugaan.
Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah
kejayaannya yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua pelajar kerana terdapat banyak
Manfaat/pengajaran nilai murni yang dapat dipraktikkan di dalam kehidupan sebagai
seorang pelajar. Buku ini juga dapat membuatkan para pelajar
6. yang diperoleh bersemangat untuk terus belajar tanpa mengenal erti putus asa.
daripada buku
Akhir sekali, dugaan dan cabaran yang dihadapi semasa belajar
yang dibaca: adalah pengalaman hidup untuk seseorang pelajar sebelum
mencapai kejayaan.
7. Tandatangan: Muhammad Nizar bin Mukhrizam
395
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NABIHAH BINTI MOHAMAD
SCOBRI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: WACANA PENULISAN
2. Pengarang: Husin Fateh Din
3. Tahun diterbitkan: 2016
4. Diterbitkan oleh: Sasbadi Sdn. Bhd.
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dalam wacana penulisan;
Yang Dibaca:
i) Pengenalan yang merangkumi definisi dan perbahasan berkaitan
wacana penulisan berdasarkan beberapa pendapat ahli bhasa yang
membahaskan mengenainya, serta ciri-ciri wacana dan tujuan
penggunaan wacana dalam lisan dan penulisan.
ii) Aspek keutuhan wacana yang merangkumi keutuhan semantik,
keutuhan leksikal, keutuhan gramatikal, dan keutuhan fonologi.
iii) Penanda wacana yang terdiri daripada jenis-jenis, contoh, fungsi,
dan kepentingannya dalam sesebuah penulisan.
iv) Kemahiran membuat rujukan berdasarkan Sistem APA, format
menulis rujukan atau Bibliografi menggunakan gaya APA sistem
rujukan American Psychological Association (APA), Kemahiran
membuat rujukan APA, Kaedah penulisan rujukan dan
peraturannya, serta autoriti dan kredibiliti sumber maklumat.
v) Penulisan akademik yang merangkumi definisi, jenis, ciri-ciri,
kejelasan, dan gaya penulisan akademik. Selain itu, penulisan
akademik yang biasa ditemui, perkembangan idea secara logik serta
langkah-langkah dalam penulisan akademik.
vi) Struktur dalam penulisan yang mengandungi definisi struktur
dalam penulisan, pemerengganan yang berkesan, pemerengganan
dalam karangan, dan penanda wacana
vii) Etika dalam penulisan dan plagiat yang merangkumi konsep,
kepentingan, dan isu-isu berkaitan etika. Selain itu, membincangkan
tentang plagiat dan harta intelek.
396
Bil. Perkara Catatan
viii) Kemahiran membuat pelaporan yang terdiri daripada definisi,
tujuan, ciri-ciri, kategori, dan format menulis pelaporan.
Penulisan wacana yang menarik sepatutnya memiliki perkaitan atau
hubungan antara bahagian (kohesif), kepaduan (koheren) dan
bermakna yang digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks
sosial. Isi kandungan penulisan wacana pula mestilah mengandungi
aspek, ciri-ciri, serta contoh penulisan bagi mengukuhkan lagi hujah
bagi sesebuah topik yang diterangkan.
Antara perkara yang menarik minat saya dalam buku tersebut
adalah panduan penulisan yang menarik bgi seseorang penulis atau
penutur yang dapat difahami dengan jelas oleh setiap pendengar
ataupun pembaca.
Buku ini sesuai dibaca oleh penulis yang baru berjinak-jinak dalam
bidang penulisan, pelajar semester 2 yang mengambil kursus
wacana penulisan di Institut Pendidikan Guru, serta golongan yang
ingin menambah ilmu pengetahuan dan penguasaan berkaitan
penulisan yang menarik. Maklumat yang diterangkan adalah sangat
6. Manfaat/pengajaran ringkas dan padat dapat memberikan kefahaman kepada pembaca
yang diperoleh tentang apakah yang dimaksudkan dengan wacana penulisan dan
daripada buku bagaimana menghasilkan sebuah penulisan yang menarik serta
yang dibaca: dapat difahami oleh pembaca. Penulisan akdemik yang menarik dan
berkesan memerlukan latihan berterusan bagi menarik meminat
pendengar atau pembaca tentang apa yang ingin disampaikan oleh
penulis atau penutur. Selain itu, penulis perlu menghasilkan sebuah
penulisan yang lebih menarik bagi meningkatkan lagi daya
ketertarikan dan keterfahaman pembaca terhadap sesebuah
penulisan yang dihasilkan.
7. Tandatangan: Nabihah binti Mohamad Scobri
397
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR AIN SYAFIQAH BINTI
MAZLAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: REVISI KOMPREHENSIF TASAWWUR ISLAM
2. Pengarang: Aman Daima Md. Zain, Suhaila Haji Ismail, Mariani Che Man,
Nasirah Mat Isa, Khomsah Mutalib
3. Tahun diterbitkan: 2016
4. Diterbitkan oleh: Pustaka Ilmi, Selangor
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dalam kehidupan seseorang yang
Yang Dibaca: bergelar muslim terutama melibatkan perkara yang ingin dilakukan
dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah konsep ketuhanan,
islam dan harta, sistem pemerintahan islam, kaedah bagi
menyelesaikan sesuatu masalah mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh hukum syarak, hukum-hukum berkenaan jual beli
dan sebagainya lagi yang jelas membantu seorang muslim agar
menjalani kehidupan mengikut syariat islam yang sebenar.
Bahkan pada bab seterusnya, penulis telah menerangkan
berkenaan elemen yang menjadi perkara asas dalam kehidupan
seseorang muslim iaitu melibatkan konsep tauhid yang meliputi
berkenaan pengabdian diri kepada Allah SWT, khalifah di bumi,
alam dunia dan alam akhirat dan sebagainya.
Antara perkara yang paling menarik perhatian saya ialah pada akhir
buku ini dimana penulis telah mengajak pembaca agar mengubah
diri kearah kehidupan insan yang lebih baik dengan menyelitkan
beberapa isi kandungan berkaitan aktiviti seharian yang boleh
dilakukan oleh setiap pembaca sebagaimana contoh bersedekah
pada waktu subuh dan sebagainya lagi.
Manfaat/pengajaran Buku ini sangatlah sesuai kepada semua lapisan masyarakat islam
6. yang diperoleh tanpa mengambil kira had umur dan sangatlah disyorkan terutama
daripada buku kepada pelajar universiti. Bahkan, penggunaan bahasa yang mudah
yang dibaca: difahami juga memudahkan para pembaca untuk memahami setiap
perkara yang ditulis dengan mendalam. Buku ini juga sangatlah
398
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
disyorkan kepada setiap muslim yang ingin melakukan suatu
perubahan dalam kehidupan seharian disamping ingin
menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Info yang
dipersembahkan secara ringkas tetapi padat ini sedikit sebanyak
telah membantu semua pembaca memahami konsep islam yang
sebenar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Daripada
buku ini, ternyata masih terlalu banyak perkara yang perlu
dititikberatkan untuk mencapai tahap seorang muslim yang sejati.
Oleh itu, seorang muslim perlulah sentiasa menambahkan ilmu
pengetahuan yang sedia ada bagi memastikan mereka dapat
mencapai keredhaan Allah SWT sepanjang masa.
Nur Ain Syafiqah binti Mazlan
399
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR ARINA NADHIRAH BT AZMAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MUDAHKAN JANGAN SUSAHKAN
2. Pengarang: Syed Alwi Alatas
3. Tahun diterbitkan: 2014
4. Diterbitkan oleh: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh semua aspek dari manusia yang lebih menyukai
Yang Dibaca: kepada kemudahan. Jika ada dua pilihan di hadapan, manusia akan
cenderung untuk memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu
ketika manusia mempunyai pilihan yang sukar untuk dilakukan,
maka mereka akan mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi
lebih mudah untuk dilakukan. Oleh itu, mereka dapat menghindari
kesukaran itu dengan berusaha menghindarinya
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang mempunyai masalah
untuk diselesaikan. Terdapat banyak kandungan yang telah ditulis
Manfaat/pengajaran untuk memberikan inspirasi kepada pembaca supaya dapat
memberi sesuatu yang baik kepada pembaca. Buku ini juga
6. yang diperoleh menggunakan ayat yang lebih ringkas dan padat supaya pembaca
daripada buku
dapat memahami dengan lebih mendalam. Ternyata setiap masalah
yang dibaca: yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaian. Kita sebagai manusia
perlulah berusaha untuk mencari kemudahan bagi diri kita sendiri
supaya dapat memudahkan urusan orang lain.
7. Tandatangan: Nur Arina Nadhirah bt Azman
400
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR ATIQAH BINTI MUHAMAD
RAZALI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: AKU DAN AL QURAN
2. Pengarang: Syaurah Ishak
3. Tahun diterbitkan: 2021
4. Diterbitkan oleh: Nasyrah Consultant
5. Sinopsis Buku Buku yang bertajuk ‘Aku Dan Al Quran’ menceritakan tentang
Yang Dibaca: pengalaman penulis sendiri mengenai perjalanan yang beliau
tempuhi dalam usaha untuk menghafal Al Quran. Bukanlah mudah
untuk menghafal kalam Allah ini, tetapi ia tidak juga terlalu susah
sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kesibukan
urusan seharian bukanlah sebuah alasan untuk tidak mendekatkan
diri dengan Al Quran. Bahkan, penulis sendiri masih merupakan
seorang mahasiswi dan pada waktu yang sama sibuk berulang alik
untuk mengajarkan Al Quran kepada orang lain. Namun, satu
pesanan Ulama’ ini sentiasa menjadi penguat dirinya untuk terus
berjuang. Pesanan tersebut berbunyi: “Kamu akan dimatikan
dengan apa yang kamu sibukkan ketika hidup”.
Selain itu, terdapat juga tips-tips untuk menghafal dan mengulang Al
Quran yang disediakan di dalam buku ini. Penulis turut mengisahkan
tentang keberkatan dan keajaiban apabila sentiasa mendampingi Al
Quran. Semasa beliau berada di semester lima, dirinya telah diuji
dengan masalah kesihatan ketika musim peperiksaan dan
menyebabkan waktu ulangkaji sangat terhad. Namun, takdir Allah
mengatasi segala-galanya. Beliau telah berjaya mendapat
keputusan cemerlang yang berada di luar jangkaannya sendiri, yakni
dengan mendapat pointer sebanyak 3.98. Tiada apa yang mustahil
jika Allah menghendaki sesuatu perkara itu untuk berlaku, bahkan
Allah tidak akan mensia-siakan orang yang berbuat kebaikan di jalan
Nya.
Pantang-larang utama dalam perjalanan seseorang untuk menghafal
401
Bil. Perkara Catatan
Al Quran adalah menjauhkan diri daripada segala maksiat, di
samping berusaha mengelakkan makan makanan yang tidak sihat
yang dapat menganggu daya ingatan.
Buku ini sangat memberi manfaat yang besar kepada para
pembaca, terutamanya mereka yang berkeinginan untuk menghafal
Manfaat/pengajaran Al Quran dan menguatkan tekad mereka dalam meneruskan dan
menjaga hafalannya. Kehadiran buku ini bagaikan memberi satu
6. yang diperoleh nafas baru kepada mereka yang hampir berputus asa dan hendak
daripada buku
mengalah dalam perjuangan menghafal Al Quran. Motivasi yang
yang dibaca: disuntik oleh penulis akan menghadirkan semula semangat para
penghafal Al Quran mahupun mereka yang baru berjinak-jinak
dengan Al Quran.
7. Tandatangan: Nur Atiqah binti Muhamad Razali
402
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR MAIZATUL AKMA BINTI
HAMIDI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: KETIKA CINTA MENYENTAP
2. Pengarang: Ahmad Adnin Bin Roslan dan Siddiq Bin Mohd Amin.
3. Tahun diterbitkan: 2017
4. Diterbitkan oleh: Sentap Press Sdn Bhd.
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh isu yang sering hangat diperkatakan sejak dulu
Yang Dibaca: sehingga kini iaitu isu “couple”. Isu ini sering dikaitkan dengan
golongan remaja lebih-lebih lagi di usia yang semakin meningkat
naik. Watak utama di dalam buku ini ialah Samdul. Samdul seorang
yang sudah bekerjaya tetapi fikirannya sering diganggu dengan
masalah “couple”. Dia pernah bercinta dengan seorang gadis yang
cantik, sopan peribadinya tetapi malang perwatakkannya tidak
seindah yang disangka. Gadis tersebut dikenali sebagai Siti
Mutannajis. Samdul dikhianati oleh Siti kerana sikap curangnya yang
sering keluar dengan lelaki lain sehingga menjadi buah mulut orang
kampung. Selepas tiga bulan menjalin hubungan cinta, Samdul
mengambil keputusan untuk putus dan membawa haluan masing-
masing.
Siti Mutannajis bukanlah perempuan pertama yang berjaya memikat
hati Samdul tetapi sudah menjadi orang yang keempat. Samdul
yang tidak pernah bertuah dalam percintaan merenung diri
mengingat kisah silam bahawa dia sudah tiga kali gagal dalam
menjalin hubungan cinta. Dia mempersoalkan bahawa “couple“
sebelum nikah ini sebenarnya membawa kepada keseronokan atau
memandu ke arah kehancuran diri. Bukan itu sahaja, Samdul juga
sedar bahawa apabila dia hidup dalam hubungan yang belum halal,
dirinya lebih banyak menangis dan kecewa berbanding bahagia.
Samdul dikurniakan seorang sahabat yang sering mengingatkannya
tentang kebaikkan terutamanya berkenaan “couple” sehinggakan
Samdul berasa rimas dan benci terhadapnya. Jejaka tersebut
403
Bil. Perkara Catatan
dikenali sebagai Omar yang juga merupakan tenaga pengajar di
sebuah pusat tahfiz. Di saat Samdul duduk bersendirian terkenang
diri leka dalam kemaksiatan dan kelekaan dunia, dia teringatkan
akan kata-kata Omar yang mengatakan bahawa Omar bahagia
kerana tidak couple. Oleh sebab itu, Omar tidak perlu bazirkan air
matanya kerana seorang Wanita yang belum pasti menjadi miliknya.
Dia lebih perlu menggunakan air matanya untuk menagih cinta Allah
yang kekal abadi. Sejak daripada itu, Samdul sedikit demi sedikit
memperbaiki diri untuk ke arah yang lebih baik dan menjadi manusia
yang diredhai Allah.
Buku ini amat sesuai untuk mereka yang bergelar remaja. Hal ini
dikatakan demikian kerana zaman sekarang, remaja seawal umur
13 tahun sudah mula berjinak-jinak dalam perbuatan couple. Oleh
itu, Novel Ketika Cinta Menyentap ini menjadi sebuah novel kritikan
sosial terhadap realiti anak muda pada masa kini. Novel ini bukan
sahaja mengandungi ayat-ayat sentap sahaja yang mampu
Manfaat/pengajaran membuka mata dan hati anak muda tetapi juga terkandung
perasaan sedih, gembira kelakar, hambar dan insaf. Manfaat yang
6. yang diperoleh boleh diambil daripada novel ini ialah tidak perlu terlalu mengejar
daripada buku
cinta manusia yang belum yakin menjadi milik kita. Tidak perlu
yang dibaca: bersedih atau meratapi cinta yang pergi dan tidak perlu
mempersoalkan sebab diri ditinggalkan. Tidak perlu mencintai
seseorang yang tidak mencintai diri kita. Berdoa pada Allah supaya
dipertemukan dengan jodoh yang baik dan boleh membimbing diri
kita ke arah yang diredhai. Yakin bahawa jodoh yang terbaik itu
akan hadir apabila diri sudah bersedia dan bertandang pada waktu
yang sangat tepat.
7. Tandatangan: Nur Maizatul Akma binti Hamidi
404
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURUL AIDA FAQIHAH BINTI
ABDUL HADI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: TENTANG KEMELUT DAN AMBIGUITI
2. Pengarang: Baha Zain
3. Tahun diterbitkan: 2019
4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang kemelut-kemelut yang melanda di
Yang Dibaca: dunia sejak dua dekad pertama abad ke-21 disebabkan oleh
kepentingan diri sendiri. Antaranya ialah kes rasuah semakin
meningkat di mana manusia sekarang lebih mementingkan pangkat,
kuasa dan harta. Selain itu, Bahasa Kebangsaan dan visi budaya
nasional yang selama ini dipertahankan semakin lama semakin
diabaikan seolah-olah dasar-dasar pendidikan nasional mundur
kembali ke zaman penjajahan Inggeris 60 tahun lalu.
Terdapat bermacam-macam kemelut yang muncul sejak manusia
menjadi semakin tamak. Kesannya juga telah terjadi seperti
kerosakan alam. Contohnya, gempa bumi yang terjadi disebabkan
berlakunya penebangan dan pembakaran hutan secara berleluasa.
Tambahan pula sikap pemimpin yang gilakan kuasa sehingga
sanggup menjatuhkan maruah bangsa dan negara. Sikap-sikap
begini telah menyebabkan bumi semakin tenat.
Antara perkara yang menyentuh perhatian saya ialah buku ini
menyedarkan manusia tentang keadaan yang berlaku sekarang
amat menyedihkan. Manusia perlu sedar tentang keburukan yang
berlaku jika terlalu pentingkan diri sendiri.
Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh semua masyarakat agar mereka sedar
yang diperoleh
6. dan mencari jalan penyelesaian untuk melakukan perubahan yang
daripada buku
positif terhadap negara dan dunia.
yang dibaca:
7. Tandatangan: Nurul Aida Faqihah binti Abdul Hadi
405
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURUL WAFA BINTI IZHAR
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SIRI PENDIDIKAN GURU: BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
2. Pengarang: Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi
Ayub, Faiziah Shamsudin, Abd. Rahim Ismail, Maria Mansur.
3. Tahun diterbitkan: 2012
4. Diterbitkan oleh: Oxford Fajar Sdn. Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini mengandungi topik-topik yang membincangkan mengenai
Yang Dibaca: Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Menyampai, Penyampaian
Pengumuman, Pembentangan Kertas Kerja, Pengacaraan Majlis,
Pembentangan Laporan, Pengucapan Awam, Penyampaian Pidato,
Penyampaian Ucapan, Penyampaian Syarahan, Penyampaian
Taklimat dan Penyampaian Ceramah. Tambahan pada bab akhir
dalam buku ini juga turut diselitkan mengenai Panduan Menulis
Rujukan. Dalam bab ini diberikan panduan cara menulis rujukan dan
memetik kutipan dalam Bahasa Melayu mengikut sistem APA.
Fokus penulisan buku ini lebih menekankan tentang cara-cara
dalam penyampaian pengucapan awam yang betul dan lebih
berkesan. Selain itu, buku ini juga sesuai dijadikan sebagai buku
teks atau buku rujukan bagi pelajar Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) terutama bagi kursus Bahasa Melayu Kontekstual
yang ditawarkan dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP).
Perkara yang menarik perhatian saya mengenai buku ini adalah
para penulisnya adalah merupakan tujuh orang pensyarah
berpengalaman dalam bidang masing-masing berdasarkan sukatan
pelajaran (praforma) kursus Bahasa Melayu Kontekstual itu sendiri.
Keseluruhan isi kandungan ini telah diolah dengan baik dan
disampaikan menggunakan bahasa yang sangat mudah difahami
serta mesra pembaca.
406
Bil. Perkara Catatan
Kandungan buku ini sangat sesuai untuk para individu yang masih
lagi belum terdedah dengan teknik komunikasi yang berkesan serta
masih kurang berpengalaman dalam sebarang pengucapan awam.
Buku ini mengandungi banyak penjelasan yang sangat membantu
individu bagi menambah pengetahuan mengenai cara
berkomunikasi dengan berkesan dan menjadikan pendengar lebih
berminat dan mengambil perhatian kepada perkara yang ingin kita
Manfaat/pengajaran sampaikan. Informasi yang disampaikan dalam buku ini jelas dapat
yang diperoleh membantu bagi individu yang masih kurang mahir dalam
6. daripada buku berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling mengikut kepada
yang dibaca: tahap kesesuaian situasi. Malah, buku ini juga mempersembahkan
beberapa topik pengucapan awam begitu juga dengan penulisan
pembentangan kertas kerja yang merupakan suatu pengetahuan
yang menjadi keperluan bagi setiap individu terutama kepada para
pelajar kuasai. Di samping itu, buku ini juga menerangkan beberapa
teknik-teknik dan cara penyampaian ucapan awam dengan
berkesan dan berjaya menarik perhatian para pendengar kepada
setiap informasi yang disampaikan sepanjang pengucapan
berlangsung.
7. Tandatangan: Nurul Wafa binti Izhar
407
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : SITI NOORHAFIZAH BINTI KHALIL
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
2. Pengarang: Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, Anisah Hashim
3. Tahun diterbitkan: 2017
4. Diterbitkan oleh: Oxford Fajar Sdn.Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh berkaitan tentang profesion keguruan di mana
Yang Dibaca: meliputi pelbagai aspek terutamanya berkaitan pendidikan. Buku ini
mempunyai 10 bab keseluruhannya. Bermula daripada definisi
konsep pendidikan sehingga cabaran profesionalisme keguruan.
Setiap bab menyentuh dan menerangkan dengan terperinci
mengenai profesion keguruan. Sebagai contoh, laluan kerjaya guru
dijelaskan dengan lebih mendalam bagi membuka mata pembaca
berkaitan dengan kerjaya guru.
Individu yang berminat dengan kerjaya guru seharusnya mengetahui
dengan lebih jelas berkaitan profesion tersebut. Guru yang
cemerlang adalah guru yang memahami kod etika keguruan serta
tidak melanggar setiap garis panduan yang telah ditetapkan dalam
kod etika profesion. Guru yang berintegriti pula haruslah bijak dalam
mengendalikan organisasi dan menempuh cabaran profesionalisme
keguruan dengan berani.
Buku ini menyentuh satu perkara yang menarik minat saya iaitu
berkaitan penglibatan guru dalam persatuan profesional. Di dalam
buku ini ada menerangkan tentang beberapa persatuan yang boleh
disertai oleh para guru di masa hadapan. Guru yang ingin maju dan
terus cemerlang dalam profesion ini boleh melibatkan diri dalam
persatuan-persatuan tersebut kerana ianya mendatangkan banyak
manfaat dan faedah yang bakal diperolehi oleh guru.
Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh mahasiswa/wi yang mengambil jurusan
yang diperoleh perguruan terutamanya bagi menambahkan ilmu mereka dalam
6. daripada buku bidang yang diceburi. Malah ianya membantu mereka lebih
yang dibaca: memahami berkaitan profesion keguruan. Buku ini ditulis dalam
408
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
bentuk yang sangat mudah difahami dan disertai dengan peta i-
think. Di dalamnya terdapat nota kaki yang boleh dirujuk oleh pelajar
dalam masa yang singkat. Di akhir setiap topik pula terdapat
rumusan di mana rumusan ini boleh dijadikan nota untuk pelajar
mengulangkaji pada saat akhir sebelum peperiksaan.
Siti Noorhafizah binti Khalil
409
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : SITI NOORHUDA BINTI MOHAMAD
HISHAM
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PI 4
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK
2. Pengarang: Maryam Azlan, Mujahid Bakar, Rohani Ismail, Nurhidanatasha Abu
Bakar
3. Tahun diterbitkan: 2018
4. Diterbitkan oleh: Penerbit Universiti Sains Malaysia
5. Sinopsis Buku Buku ini diterbitkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar
Yang Dibaca: tentang penulisan akademik peringkat Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) di Malaysia. Penilaian prestasi pelajar di IPT dinilai melalui
penulisan akademik mereka. Dengan itu, buku ini diterbitkan untuk
memperlihatkan kepada pelajar kaedah yang menepati penulisan
akademik yang dimahukan.
Buku ini merangkumi pengenalan tentang penulisan akademik, jenis
dan format, panduan dan langkah sistematik dalam penulisan esei
dan laporan amali, kaedah menulis rujukan dan sebagainya.
Selain itu, buku ini juga menerangkan tentang jenis kesalahan
penulisan akademik yang mempunyai unsur, plagiarism, Pakatan
atau komplot yang perlu dielakkan oleh semua pelajar.
Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai untuk pelajar IPT yang dinilai prestasi mereka
dengan penulisan akademik. Kaedah dan langkah yang diberikan
6. yang diperoleh sesuai digunakan bagi semua jenis penulisan akademik tidak
daripada buku
mengira subjek. Info yang dikongsi juga padat dan mudah difahami
yang dibaca:
oleh pembaca.
7. Tandatangan: Siti Noorhuda binti Mohamad Hisham
410
PISMP JUN 2021
PENDIDIKAN KHAS
IPG KAMPUS KOTA BHARU
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(k) Nama : ABDUL SYIRAZI BIN ZOLKIFLI
(l) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(m) Opsyen : PK 1
(n) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(o) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: BIOGRAFI: DALAM RIBUAN MIMPI GELISAH
2. Pengarang: Said Zahari
3. Tahun diterbitkan: 2006
4. Diterbitkan oleh: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini buku memori keduanya selepas Meniti Lautan Gelora, kita
Yang Dibaca: mengenali jati diri Said Zahari sebagai wartawan dan aktivis politik
yang kontroversi.
Memori ini menceritakan bagaimana Said Zahari mengharungi
lautan hidupnya dalam penjara dan juga menceritakan pengorbanan
isterinya yang terpaksa berjuang bersama-samanya di luar dalam
mengharungi hidup tanpa sang suami.
Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang mahukan pengajaran
yang mendalam tentang pengorbanan seseorang walaupun ianya
6. yang diperoleh perit dan buku ini mendidik seseorang agar tidak mudah berputus
daripada buku asa kerana semua orang mempu menghadapi masalah yang
yang dibaca:
dihadapinya itu.
7. Tandatangan: Abdul Syirazi bin Zolkifli
412
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AIMAN RIZWAN BIN AMIR
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: BIOGRAFI A.SAMAD SAID: MEMBERI HATI NURANI
2. Pengarang: Rosnah Baharudin
3. Tahun diterbitkan: 2012
4. Diterbitkan oleh: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh perjalanan seni, pengalaman peribadi dan
Yang Dibaca: cetusan nurani A.Samad Said. Ia dipersembahkan sebagai sebuah
citrawarsa dan warisan negara kepada zaman muka untuk semua
golongan pembaca.
Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah di
mana kehidupan A.Samad Said dalam dunia seninya yang mampu
memberikan pelbagai impak yang baik terhadap generasi muda
seperti saya. Hal ini kerana kita boleh lihat ketabahannya
menghadapi rintangan dalam dunia seni ini. Buku ini juga
menyenaraikan segala karya yang pernah dicipta oleh A.Samad
Said.
6. Manfaat/pengajaran Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang baru hendak
yang diperoleh berkecimpung dalam bidang seni kerana kita boleh ambil banyak
daripada buku iktibar tentang kehidupan A.Samad Said ini. Hal ini juga
yang dibaca: membuktikan yang kita mampu mengikuti jejak langkahnya yang
dapat mengharumkan nama negara Malaysia.
7. Tandatangan: Aiman Rizwan bin Amir
413
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AISYAH NADHIRAH BINTI ZAINUZI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: ANAK TITIWANGSA
2. Pengarang: Kamaluddin Muhamad ( Keris Mas )
3. Tahun diterbitkan: 2019
4. Diterbitkan oleh: Dewan Bahasa Dan Pustaka
5. Sinopsis Buku Buku Anak Titiwangsa karya Keris Mas membawa pembaca
Yang Dibaca: menghayati kisah perjalanan hidup dua anak remaja yang sedang
giat membesar dalam mengenal erti kehidupan yang sebenar.
Watak dominan adalah Sudin dan Karim. Mereka merupakan dua
orang budak kampung yang nakal. Berasal dari kampung yang
sama, membesar dan sering melakukan aktiviti bersama akhirnya
mambuahkan persahabatan yang akrab antara mereka. Namun
begitu, kedua-duanya gagal dalam Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran. Akibat kegagalan ini, Sudin dibawa oleh pak ciknya ke
Kuala Lumpur dan diasuh dengan displin yang ketat. Manakala
Karim pula terus membesar di kampung tetapi kurang mendapat
perhatian daripada orang tuanya.
Kedua-dua orang sahabat itu mula menjalani dan mendepani lorong
kehidupan yang berbeza. Sudin lebih bernasib baik kerana dia
tinggal bersama dengan pak ciknya di Kuala Lumpur. Dengan
adanya pak ciknya itu, dia telah menjadikan Sudin sebagai seorang
yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Sudin juga turut
digambarkan sebagai seorang anak muda yang memiliki cita-cita
dan impian yang tinggi iaitu untuk menjadi seorang petani moden
seperti idolanya, Francisco Rabat. Namun berlainan pula dengan
Karim, perjalanannya hidupnya menjadi tidak menentu dan berliku.
Akibat daripada kesilapannya dalam memilih kawan, dia terus-
menerus melakukan jenayah dan kehidupannya sering tidak tenang
dengan setiap dosa yang telah dilakukannya itu.
414
Bil. Perkara Catatan
Melalui buku Anak Titiwangsa ini, Keris Mas menunjukkan sebab
dan akibat mengapa soal pemilihan kawan itu sangat penting dalam
hal mendidik diri kita sendiri untuk menjadi insan yang berguna
kepada masyarakat dan negara. Buku ini membuka mata pembaca
mengenai betapa pentingnya untuk kita mencari dan memilih kawan
yang baik akhlaknya bagi membolehkan mereka membawa kita
Manfaat/pengajaran bersama ke arah kebaikan itu. Bukan itu sahaja, peranan ibu bapa
yang diperoleh juga harus dimainkan sebaiknya dalam mengambil tahu dengan
6. daripada buku siapa anak-anaknya berkawan bagi mengelakkan anak-anak
yang dibaca: terpengaruh dengan sikap-sikap negatif rakan sebaya.
Penceritaannya begitu langsung sehingga membolehkan mesej
yang cuba disampaikan Keris Mas melalui buku ini cukup mudah
untuk difahami. Apabila membaca buku ini, saya juga begitu
mengagumi pengalaman beliau yang pandai bermain dengan mata
penanya sehingga berjaya menghasilkan sebuah buku yang begitu
bermakna.
7. Tandatangan: Aisyah Nadhirah binti Zainuzi
415
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : HAMIZATUL AQILAH BINTI FARIT
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: AL-MUHADDITHAT: THE WOMEN SCHOLARS IN ISLAM (BAB 2)
2. Pengarang: Mohammad Akram Nadwi
3. Tahun diterbitkan: 2007
4. Diterbitkan oleh: Interface Publications Ltd
5. Sinopsis Buku
Dalam Bab Kedua yang bertajuk “Wanita sebagai Penuntut dan
Yang Dibaca: Pelajar Hadis”, penulis memulakannya dengan peranan Rasulullah
SAW sebagai pendidik dan baginda berpeluang mendidik wanita
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ibu bapa juga
berperanan utama untuk memberi peluang pendidikan yang sama
rata kepada anak lelaki dan anak perempuan. Galakkan perlu
diberikan kepada wanita untuk menuntut ilmu, dan banyak hadis
yang menyokong kepentingan pendidikan terhadap wanita. Penulis
memberikan beberapa contoh bahawa Rasulullah SAW sabar dalam
menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh wanita atas dasar
menuntut ilmu. Disebabkan ini juga, wanita menggunakan peluang
untuk meriwayatkan hadis dan berkongsi apa yang diperolehinya
kepada mereka yang tidak dapat menyertai kelas-kelas ilmu. Penulis
juga memberikan contoh bahawa bapa mempunyai peranan yang
sangat besar untuk mendidik wanita, seperti Sa’id ibn al-Musayyab
yang mengajarkan hadis kepada anak perempuannya; Malik ibn
Anas mengajarkan isi kandungan Muwatta’ kepada anak
perempuannya; dan lain-lain. Di samping itu, penulis membawa
beberapa contoh muḥaddithāt yang mendidik diri mereka sendiri
tanpa pengaruh sesiapa melainkan diri mereka sendiri, seperti Umm
Ayman, Umm Salamah, dan Fatimah binti Qays yang bersungguh-
sungguh mencari peluang untuk menuntut ilmu daripada Rasulullah
SAW. Sikap berani bertanya dan berani bersuara adalah
keistimewaan yang dimiliki khasnya oleh wanita berketurunan Ansar.
Malu mereka tidak menghalang mereka untuk belajar lebih banyak
dari Nabi, seperti yang dinyatakan oleh 'Aisyah: “Wanita yang terbaik
adalah wanita Anṣār; malu tidak menghalang mereka daripada
416
Bil. Perkara Catatan
menjadi beragama tentang agama mereka” (Sahih al-Bukhari). Pada
akhir bab ini, penulis menekankan bahawa wanita berjaya
memelihara hadis melalui dua cara iaitu hafazan dan juga penulisan.
Wanita menghafal hadis-hadis Nabi SAW sebagaimana yang
dilakukan oleh kaum lelaki. Isteri Nabi dan wanita lain yang
mendengar dan menyimpannya di dalam akal dan hati mereka, dan
terdapat banyak contoh wanita yang menghafal sejumlah besar
hadis, terutamanya Aisyah. Wanita turut mengambil bahagian dalam
usaha menulis hadis. Nabi sendiri mengarahkan Shifa binti Abdullah
untuk mengajar menulis kepada isterinya Hafsah. Begitu juga
dengan Aisyah dan Umm Salamah, dan ramai wanita lain yang
terkenal dengan kebolehan untuk menulis. Antara contoh ulama
wanita yang menulis kitab mereka sendiri ialah Fatimah binti al-
Hasan bin Ali al-Attar, Umm Muhammad Shuhdah, dan Umm
Karimah al-Marwaziyyah.
Manfaat/pengajaran Buku ini menunjukkan bahawa wanita telah terlibat dalam tradisi
6. yang diperoleh ilmu dalam Islam secara langsung mahupun tidak langsung, dan
daripada buku penglibatan mereka bukan terbatas di dalam ilmu hadis dan agama
yang dibaca: semata-mata, malah merangkumi bidang ilmu yang pelbagai.
7. Tandatangan: Hamizatul Aqilah binti Farit
417
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : HAWA NUR FARHANAN BINTI
MUSTAPHA
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: NOVEL PANTAI KASIH
2. Pengarang: Azmah binti Nordin
3. Tahun diterbitkan: 2014
4. Diterbitkan oleh: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. Dengan kerjasama Oxford Fajar
Sd. Bhd.
5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan pergolakan hidup yang berlaku antara
Yang Dibaca: petugas-petugas yang berkhdimat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Penulis mengambarkan konflik yang berlaku dalam novel ini dengan
begitu menarik di mana penulis mengabungkan pelbagai corak
perjalanan yang perlu dihadapi oleh seseorang manusia. Dengan
kisah yang berlatarkan masa silam yang lalu oleh watak utama
dalam novel ini, Doktor Raiha cekal meneruskan kehidupan
walaupun telah mengalami pergolakan rumah tangga yang begitu
dahsyat ditambah pula dengan kematian anaknya, Rohayu yang
sungguh menghayat hati. Selain itu, terdapat lagi watak-watak lain
yang diceritakan oleh penulis di mana setiap watak tersebut
menpunyai konflik tersendiri dan perkara ini amat perlu diketahui
oleh semua pembaca.
Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya ialah
bagaimana kehidupan yang Doktor Raiha hadapi setelah melalui
peristiwa hitam dalam kehidupannya dan punca sebenar yang
berlaku akibat pergolakan rumah tangganya serta tragedi kebakaran
yang berlaku ke atas anaknya Rohayu. Saya juga tertarik dengan
cara bagaimana penulis mengaitkan setiap cerita watak-watak lain
yang unik untuk dibaca. Contohnya, seorang pesakit yang bernama
Unong Siron yang menghidapi penyakit sendi pinggul yang dimana
dia mendapatkan rawatan pembedahan yang sudah dilakukan
sebanyak lima kali oleh doktor pakar, Doktor Uwang. Di sini, ia
menimbulkan saspen kepada saya, bagaimana dan punca apa yang
sebenarnya berlaku kepada Unong Siron yang menyebabkan dia
418
Bil. Perkara Catatan
perlu mengambil pembedahan kali keenam oleh dilakukan oleh
Doktor Raiha. Ramai lagi watak-watak lain yang menarik perhatian
saya seperti Doktor Sadiz, Felicia Londosi dan Ibu Unong Siron di
mana kesemua watak tersebut mempunyai corak kehidupan sendiri
serta kenangan silam yang perlu dirungkaikan oleh para pembaca.
Buku ini amat sesuai dibaca oleh pembaca bahkan ia ]juga telah
dipilih untuk dijadikan sebagai novel komsas bagi
Pelajar Tingkatan 4. Ternyata novel ini banyak mengisahkan konflik
yang berlaku dalam kehidupan manusia di mana saya sendiri tifak
Manfaat/pengajaran pernah menyangka konflik ini mungkin ada yang terjadi atau dialami
oleh manusia dalam dunia realiti. Kecekalah seorang wanita iaitu
6. yang diperoleh Doktor Raiha sendiri banyak memberi inspirasi kepada saya tentang
daripada buku
bagaimana malah mengapa kesabaran dan ketabahan perlu
yang dibaca:
diletakkan sebagai perkara utama dalam kehidupan kita. Kisah ini
juga mengajar saya bahawa kita perlu menerima keadaan dengan
hati yang tebuka dan lapang supaya kita dapat meneruskan langkah
untuk maju ke arah yang lebih baik justeru demi kebaikan masa
depan kita sendiri.
7. Tandatangan: Hawa Nur Farhanan binti Mustapha
419
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD AZIM BIN MAZLAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: HEBATNYA RASULULLAH: TELADANI PERIBADI &
PENGURUSAN KEKASIH ALLAH
2. Pengarang: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
3. Tahun diterbitkan: 2013
4. Diterbitkan oleh: Karya Bestari
Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan tentang gaya hidup Rasulullah SAW
5. Yang Dibaca: sepanjang kehidupannya. Dalam buku ini mempunyai pelbagai kisah
yang menarik dimana ia dapat mengajar gaya kehidupan yang lebih
baik terhadap kita. Perkara yang disentuh termasuklah pandangan
Barat terhadap Rasulullah, sistem pengurusan dan pentadbiran,
kebijaksanaan dalam pengurusan ketenteraan, urusan rumah
tangga, keperibadian Rasulullah dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, kepelbagaian hadis juga ditunjukkan dalam
buku ini membolehkan setiap individu menjadikan ia sebagai satu
pedoman kehidupan. Hal ini membuatkan sesorang mengetahui
cara melakukan dan membuat sesuatu keputusan mengikut
keadaan semasa.
Perkara yang menarik minat saya untuk membaca buku ini adalah
gaya penulisan dalam menceritakan sesuatu peristiwa. Hal ini
kerana setiap aspek diceritakan dengan sebegitu detail dan tepat
serta menarik. Contoh peristiwa yang menarik dan diceritakan dalam
buku ini adalah kisah asal mula Piagam Madinah.
Manfaat/pengajaran Buku ini sangat berguna dan bermanfaat bagi setiap individu yang
ingin mengubah keterampilan dan personaliti yang lebih baik. Hal ini
6. yang diperoleh kerana buku ini mengajarkan kita untuk bersikap seperti orang yang
daripada buku
mulia iaitu Rasulullah SAW. Hal ini berlandaskan kepelbagaian
yang dibaca:
hadis yang ditulis dalam buku tersebut.
7. Tandatangan: Muhammad Azim bin Mazlan
420
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD IZUDDIN BIN MAT
HASAN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: BAGAIMANA HENDAK MENDAPAT KAWAN DAN
MEMPENGARUHI SESEORANG
2. Pengarang: Dale Carneige
3. Tahun diterbitkan: 1937
4. Diterbitkan oleh: Wholesale-Mart Business Point Sdn.Bhd
5. Sinopsis Buku Buku Bagaimana mencari kawan dan mempengaruhi orang lain
Yang Dibaca: adalah buku klasik dan buku terbaik yang mengulas tentang
hubungan di antara manusia.
Buku karangan Dale Carnegie adalah buku terbaik yang membahas
cara berhubung dengan orang lain. Penulisannya yang begitu
sederhana, nyata, dan hidup membuatkan pembaca tidak akan
mudah konfius untuk memahami apa yang ingin di sampaikan.
Sekalipun buku ini ditulis dan diterbitkan pada tahun 1937, prinsip-
prinsipnya masih tetap berlaku hingga saat ini dan mungkin sampai
kiamat nanti.
Bagi Dale, manusia itu mudah. Mereka hanya ingin dipuji dan
membenci kritik. Dua hal inilah yang disebutnya sebagai teknik
dasar berhubungan dengan manusia. Carilah hal-hal baik, positif,
dan pujilah mereka. Jika anda akan mengritik orang lain, kritiklah
sebagaimana anda ingin dikritik!
Satu-satunya cara untuk membuat orang lain menyukai kita adalah
menyukai mereka terlebih dulu.
Manfaat/pengajaran 1. Menghilangkang kerungsingan dan mendapatkan lebih ramai
yang diperoleh kawan dengan cara cepat dan mudah
daripada buku
6. 2. Menarik perhatian orang lain kepada cara pemikiran anda
yang dibaca: 3. Meningkatkan pengaruh dan martabat anda serta membolehkan
anda memperoleh kekuatan
7. Tandatangan: Muhammad Izuddin bin Mat Hasan
421
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NABILAH BINTI ISHAK
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: KERANA MANISNYA UKHUWAH
2. Pengarang: Wan Nadzipah Maharah
3. Tahun diterbitkan: 2014
4. Diterbitkan oleh: Iman Publications
5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang ukhuwah yang bermaksud saudara,
Yang Dibaca: kawan, teman dan sahabat. Kita semua merupakan satu keluarga.
Ukhuwah telah terjalin di mana gelisah saat mahu berpisah namun
tidak berasa jemu saat bertemu.
Terdapat juga kisah tentang Rasulullah SAW yang menahan diri
daripada marah untuk menjaga ukhuwah yang terjalin. Kisahnya
Rasulullah SAW pulang ke rumah dalam keadaan yang letih, penat
dan lapar. Isteri Nabi iaitu Aisyah R.A menyambut kepulangan
baginda dan menghidangkan bubur buat baginda. Rasulullah SAW
makan dengan enak sekali lalu baginda berkata, “ Sesungguhnya
inilah bubur yang paling sedap yang pernah aku makan, wahai
Khadijah”. Aisyah R.A yang cemburu terus melemparkan mangkuk
buburnya ke lantai. Melihatkan reaksi Aisyah itu, baginda menahan
dirinya daripada marah dan bersabar dengan tindakan Aisyah yang
tidak sopan dan berkelakuan begitu dengan suaminya sendiri.
Namun baginda tetap berlembut dan meminta maaf daripada Aisyah
atas kesilapannya itu. Pengajaran dari kisah ini jelaslah, kita tidak
boleh bertindak terburu-buru kerana ia mungkin akan memberi
kesan buruk kepada sesuatu hubungan yang terjalin.
Ukhuwah ini rencahnya pelbagai. Selalunya ia akan manis kerana
rasa gembira. Sesekali ia terpalit rasa sepahit kopi di kala
berlakunya salah faham dan pergaduhan. Ada ketikanya ia juga
terasa masin dan masam. Walaupun rasanya terkadang bercampur,
namun rasa inilah yang mengharmonikan sesuatu ukhuwah dan
perhubungan.
Banyak hadis dan firman Allah diselitkan di dalam buku ini yang
422
Bil. Perkara Catatan
mengukuhkan lagi kefahaman dan keyakinan terhadap isi-isi yang
dilontarkan.
Buku ini sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur sama ada kanak-
Manfaat/pengajaran kanak, remaja atau orang dewasa. Maklumat dan setiap
6. yang diperoleh perkongsian yang dikongsikan dapat mendidik diri menjadi seorang
daripada buku yang lebih sempurna, baik dan lebih menghargai insan lain.Segala
yang dibaca: isi juga dihuraikan dengan lebih jelas dan dapat difahami dengan
mudah kerana bahasa yang digunakan ringkas dan mudah.
7. Tandatangan: Nabilah binti Ishak
423
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : VARSHINI A/P R DINESH
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: HOW TO TALK SO KIDS WILL LISTEN & LISTEN SO KIDS WILL
TALK (EDISI BAHASA MELAYU)
2. Pengarang: Adele Faber & Elaine Mazlish (diterjemah oleh Nora Herni Abd.
Rahim)
3. Tahun diterbitkan: 2003
4. Diterbitkan oleh: PTS Publishing Sdn. Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini menyentuh aspek berkaitan kaedah yang betul bagi ibu
Yang Dibaca: bapa untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anak. Kandungan di
dalam buku ini termasuklah; i) membantu anak mengendalikan
perasaan mereka, ii) mewujudkan kerjasama, iii) alternatif selain
hukuman, iv) galakan berdikari, v) pujian, v) bebaskan anak
daripada memainkan peranan, dan vi) menggabungkan semuanya
bersama.
Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa seharusnya mengambil
langkah bijak dengan menggunakan kaedah-kaedah didikan yang
terbaik untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik.
Pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking dan
sebagainya sering dianggap sebagai pendekatan yang efektif tanpa
memikirkan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi seseorang
kanak-kanak.
Antara perkara yang disentuh yang menarik minat saya adalah
membantu anak mengendalikan perasaan mereka yang terdapat
dalam bab 1 buku ini. Penulis menekankan bahawa satu-satunya
cara untuk mengubah tingkah laku anak-anak adalah dengan
memahami perasaan mereka. Ia mengajar kita cara berkomunikasi
dengan anak dan membantu mereka memahami emosi mereka
sendiri. Ini kerana kanak-kanak tidak mahir dalam meluahkan
perasaan mereka dengan baik. Perkara ini lah yang menyebabkan
mereka memendam perasaan mereka dan salah satu cara meeka
meluahkan perasaan adalah dengan memberontak dan mengamuk.
424
Bil. Perkara Catatan
Ibu bapa juga perlulah bijak mengawal amarah apabila
berkomunikasi dengan anak-anak supaya tidak mewujudkan
suasana yang tegang dan dapat mewujudkan persefahaman dan
rasa hormat.
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca dari semua lapisan
masyarakat terutamanya para pendidik dan ibu bapa. Info yang
dipersembahkan secara ringkas dan padat berupaya memberi
Manfaat/pengajaran kefahaman kepada pembaca tentang kaedah-kaedah yang perlu
6. yang diperoleh dikuasai dalam mendidik anak-anak dengan baik. Pembacaan buku
daripada buku ini dapat membantu pembaca dalam mengenal pasti kemahiran
yang dibaca: komunikasi pembaca. Manusia sewajarnya berkomunikasi dengan
individu lain sebagaimana mereka mahu dilayan dengan baik dan
memahami bahawa setiap individu layak mendapat kasih sayang
dan layanan yang baik semasa berinteraksi antara satu sama lain.
7. Tandatangan: Norjanatul Athirah binti Mohd Hezri
425
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NUR ATHIRAH BINTI RIFIN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PERJUANGAN SYURGAMU
2. Pengarang: Bonda Nor
3. Tahun diterbitkan: 2019
4. Diterbitkan oleh: Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang seseorang hamba yang diuji berkali-
5. Yang Dibaca: kali oleh Alah S.W.T di mana ujian ini menjadi seeseorang itu lebih
kuat dan cekal. Ujian mereka datang dalam pelbagai bentuk iaitu,
ditimpa sakit, dijauhkan rezeki, tiada harta dan sebagainya. Ujian ini
adalah asbab untuk mendekatkan diri pada Allah. Tanpa ujian, kita
akan sentiasa lalai dan lupa pada Allah.
Terdapat kisah benar mengenai ujian yang dialami oleh beberapa
orang hamba Allah di mana ujian ini memotivasikan mereka sendiri.
Terdapat juga kisah tentang Rasul dan Nabi di mana mereka juga
pernah mengalami pelbagai ujian. Dalam buku ini juga, diselitkan
dalil-dalil dan hadis Al-quran mengenai ujian Allah yang memberikan
kefahaman yang lebih mendalam kepada mereka.
Oleh itu, pembaca dapat mengambil iktibar dan memanfaatkannya
sebagai satu motivasi yang cukup baik untuk kita melepasi ujian
hidup kita sendiri. Akhir kata, ujian ini beerti perjuangan, di mana
perjuangan inilah yang dipandang dan dinilai oleh Allah melalui cara
kita menerima ujian tersebut. Perjuangan ini sangat mahal kerana
perjuangan ini adalah perjuangan menuju syurga dan jalan yang
diredhai oleh Allah.
Buku ini sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur sama ada kanak-
Manfaat/pengajaran kanak, remaja atau orang dewasa. Maklumat dan setiap
6. yang diperoleh perkongsian yang dikongsikan dapat mendidik diri menjadi seorang
daripada buku yang lebih sempurna, baik dan lebih menghargai insan lain.Segala
yang dibaca: isi juga dihuraikan dengan lebih jelas dan dapat difahami dengan
mudah kerana bahasa yang digunakan ringkas dan mudah.
7. Tandatangan: Nur Athirah binti Rifin
426
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : NURUL NAJIHAH BT HASAN
BASRI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS CINTA
2. Pengarang: ADNIN ROSLAN
3. Tahun diterbitkan: 2017
4. Diterbitkan oleh: Sentap Press Sdn Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini menceritakan tentang nasihat-nasihat dan motivasi yang
Yang Dibaca: diberikan oleh Ustaz Adnin Roslan ini kepada pembaca-pembaca
yang mudah berputus asa, depresi, putus asa dalam taubat, agama,
musibah, rezeki, jodoh, dan doa dengan memasukkan kisah-kisah
nabi, kisah-kisah para ulamak, hadis, ayat-ayat al-Quran yang
mampu memberi semangat dan pengajaran kepada pembaca yang
ingin mencari jalan keluar dari kegelapan dan kesunyian hidup.
Buku ini juga menceritakan pelbagai keadaan dan situasi yang mana
dapat menjadi punca seseorang manusia itu boleh untuk berputus
asa untuk hidup atau sebagainya, seperti situasi orang putus cinta,
situasi orang malas menuntut ilmu dan sebagainya. Situasi yang
amat menyentap hati saya adlah situasi menuntut ilmu, di mana
buku ini menyelitkan kisah Abu Hatim Al- Razi dalam menuntut ilmu,
dari kisah itu dapat menyedarkan saya betapa bersungguhnya dan
kuatnya beliau untuk menuntut ilmu, di mana beliau sanggup
berjalan kaki 6000km selama 7 tahun untuk mencari ilmu ikhlas
kerana Allah. Melalui kisah tersebut, saya berasa malu dan juga
membuatkan saya memikirkan niat asal saya dalam menuntut ilmu
yang menyebabkan saya rasa malas untuk belajar dan perkara
tersebut menjadikan ilmu yang saya dapat tidak bermutu. Buku ini
memberi kesan yang besar kepada saya.
Segala kata-kata semangat yang diselitkan di dalam buku tersebut
amat bermakna dan sangat membantu kepada pembaca yang ingin
berputus asa dalam hidup. Mereka akan merasakan mereka
dihargai dan disayangi oleh pencipta dan berusaha untuk bangkit
427
Bil. Perkara Catatan
dan membetulkan niat sebenar mereka hidup dalam muka bumi ini.
Buku ini sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur sama ada remaja
atau orang dewasa. Setiap pengajaran, nasihat-nasihat dan motivasi
yang disampaikan oleh penulis amat kena dengan situasi dan
Manfaat/pengajaran keadaan kita sekarang, yang mana ramai pelajar-pelajar dan
6. yang diperoleh masyarakat kita sekarang yang mudah untuk berputus asa oleh
daripada buku kerana norma baharu ini. Buku ini sangat istimewa kerana dengan
yang dibaca: adanya kisah- kisah nabi dan kisah-kisah ulamak terdahulu dapat
mengajar kita untuk terus kuat dan semangat, kerana ujian-ujian
berat yang ditimpa oleh para Nabi amat memberi kesan yang
mendalam kepada setiap pembaca.
7. Tandatangan: Nurul Najihah binti Hasan Basri
428
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : ZULZAKIR BIN ZAMARUDIN
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 1
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: LEFTENAN ADNAN: WIRA BANGSA
2. Pengarang: Abdul Latip Talib
3. Tahun diterbitkan: 2008
4. Diterbitkan oleh: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
5. Sinopsis Buku Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu
Yang Dibaca: menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di
mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen
Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang
terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42
orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah
prolifik Abdul Latip Talib, memaparkan kisah serangan terakhir askar
Jepun di Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar Melayu
yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang hendak menginjak ke
alam dewasa. Info yang dipersembahkan secara ringkas dan padat
Manfaat/pengajaran berupaya memberi kefahaman kepada pembaca tentang apakah
6. yang diperoleh yang dimaksudkan dengan perjuangan untuk mempertahankan
daripada buku maruah negara kita dan cinta akan negara kita sendiri . Buku ini
yang dibaca: mampu menaikkan semangat anak muda di negara kita kerana
didalam buku ini terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil
dan praktikkan didalam kehidupan seharian kita.
7. Tandatangan: Zulzakir bin Zamarudin
429
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AKMAL ARIF BIN ABDUL RASHID
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: DOA & WIRID AMALAN MUKMIN
2. Pengarang: Mustaffa Suhaimi
3. Tahun diterbitkan: 2006
4. Diterbitkan oleh: Progressive Publishing House Sdn. Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini mengandungi pelbagai jenis doa yang boleh dijadikan
Yang Dibaca: sebagai panduan mengikut jenis-jenisnya seperti mengandungi doa
untuk belajar, doa taubat, doa penyembuh penyakit, doa penerang
hati dan doa murah rezeki. Buku ini juga mengandungi mengenai
solat-solat sunat dan juga salawat, zikir dan juga wirid yanfg turut
diisertakan.
Buku ini merupakan salah satu buku yang saya minat kerana
adanya panduan doa yang mudah untuk dipelajari dan boleh
dijadikan panduan untuk berdoa bagi sesuatu keadaan. Contohnya,
bertepatan dengan bulan ramadan ini, doa mengenai solat sunat
tarawih, witir dan juga wirid dan zikir sememangnya boleh merujuk
buku ini.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua yang bertepatan dengan bulan
Manfaat/pengajaran ramadan ini yang semua orang akan terlibat dengan solat sunat
6. yang diperoleh tarawih, solat sunat witir serta wirid dan zikir yang boleh dilakukan
daripada buku pada bulan yang mulia ini. Buku ini sememangnya akan dapat
yang dibaca: membantu kerana isi-isi yang terkandung mudah untuk dibaca dan
difahami oleh semua.
7. Tandatangan: Akmal Arif bin Abdul Rashid
430
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AMIRA HANIS NABILAH BINTI
MOHD ALIAS
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM DAN STPM
BERPANDUKAN BORPIKA
2. Pengarang: Nawi Ismail dan Raminah Hj Sabran
3. Tahun diterbitkan: 2018
4. Diterbitkan oleh: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Buku ini menyediakan panduan tentang penulisan karangan yang
betul, khususnya kepada pelajar STPM dan SPM, selain
memberikan panduan kepada guru Bahasa Melayu (BM) untuk
mengajarkan karangan. Kandungannya memberikan tumpuan
kepada persembahan isi karangan. Berdasarkan tajuk yang
diberikan, pelajar perlu meneliti persembahan isi berdasarkan
maklumat BORPIKA. Maklumat tersebut digunakan untuk
5. Sinopsis Buku Yang menghasilkan karangan yang lengkap seperti yang terkandung
dalam Bab 2. Dalam Bab 3 pula, pelajar diberikan tajuk berserta
Dibaca:
dengan BORPIKA yang bermaklumat. Pelajar dikehendaki
menggunakan maklumat tersebut untuk menulis sebuah karangan
yang lengkap. Pada bab yang terakhir, 26 soalan karangan
disediakan. Sebagai latihan, para pelajar hendaklah memilih tajuk
karangan dan mengisi ruangan tertentu dalam BORPIKA. Dalam
pada itu, turut disertakan dalam buku ini berkenaan penggunaan
BORPIKA dalam pemahaman bacaan kritis dan analitis,
khususnya dalam menjawab soalan ulasan.
Berdasarkan tajuk buku ini, sudah semestinya adalah bertujuan
Manfaat/pengajaran untuk melatih para pelajar untuk menghasilkan sebuah karangan
atau penulisan yang cemerlang dan berkualiti. Buku ini amat
yang diperoleh
6. daripada buku yang sesuai dibaca oleh pembaca yang terdiri daripada golongan
pelajar tanpa mengira peringkat umur. Hal ini kerana penghasilan
dibaca:
karangan dan penulisan akademik ini sentiasa diperlukan
sehingga ke peringkat universiti. Dalam buku ini juga telah
431
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
diterangkan dengan jelas maksud istilah BORPIKA itu sendiri serta
ditunjukkan langkah demi langkah untuk menghasilkan penulisan
karangan ini. Oleh itu, para pelajar dapat mengikuti formula
karangan ini dengan mudah di samping diberikan banyak contoh
karangan yang berkualiti.
Amira Hanis Nabilah binti Mohd Alias
432
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AMMAR YASIR BIN SUZAMRI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PENDIAM?
2. Pengarang: Aiman Amri & Aqila Masri
3. Tahun diterbitkan: 2020
4. Diterbitkan oleh: Iman Publication, Selangor
5. Sinopsis Buku Buku ini membincangkan berkaitan dua personaliti yang berlawanan
Yang Dibaca: ciri mereka yang kini tidak asing lagi meniti di bibir masyarakat.
Kedua-dua personaliti ini, introvert dan ekstravert sering
dibandingkan oleh sesetengah masyarakat sehingga ada yang
beranggapan bahawa individu yang berpersonaliti ekstravert lebih
tangguh berbanding individu yang berpersonaliti introvert.
Dalam buku ini, penulis menyentuh keseluruhan bab berkaitan
kedua-dua personaliti ini dan dalam masa yang sama, penulis
menyelitkan situasi dan senario yang pernah dialami sendiri oleh
salah seorang penulis. Situasi yang didatangkan saling berkaitan
dengan kedua-dua personaliti ini lebih-lebih lagi personaliti introvert.
Saya, sebagai pembaca amat tertarik dengan pengakuan salah
seorang penulis yang menyatakan bahawa beliau seorang yang
introvert. Senario yang diolah adalah berkisarkan pengalaman beliau
sebagai seorang introvert yang kemudiannya dihuraikan oleh fakta
dan huraian berkaitan kedua-dua personaliti ini.
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang baru berjinak-jinak dalam
bidang psikologi manusia. Info yang dipersembahkan secara ringkas
dan padat berupaya memberi kefahaman kepada pembaca tentang
Manfaat/pengajaran apakah yang dimaksudkan dengan introvert dan ekstravert sekaligus
6. yang diperoleh mengenali dan memahami bagaimana introvert dalam dunia
daripada buku ekstravert. Ternyata bahawa kedua-dua personaliti ini mempunyai
yang dibaca: kelebihan masing-masing dan stigma mengenai introvert hanyalah
sekadar buah mulut yang tidak bersandarkan fakta sama sekali.
Selain itu, penulis juga meyakinkan para pembaca bahawa
sesebuah organisasi perlu mengenal status personaliti setiap
433
Bil. Perkara Catatan
7. Tandatangan:
individu, adakah introvert atau ekstravert? Ini kerana setiap individu
mempunyai potensi diri masing-masing dan unsur Big Five Traits
yang berbeza dimana ia merupakan penggerak kepada tingkah laku
mereka tersendiri.
Ammar Yasir bin Suzamri
434
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : AMRU ARSHAD BIN MOHD
ZAHARI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: MURTAD
2. Pengarang: Hasrul Rizwan
3. Tahun diterbitkan: 2015
4. Diterbitkan oleh: Vinlin Press Sdn Bhd
5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan dua orang adik-beradik kembar iaitu Adam
Yang Dibaca: dan Akhil yang menjadi pembunuh kepada orang-orang murtad atau
orang yang keluar daripada agama islam dengan sengaja di negara
malaysia. Adik-beradik kembar, Adam dan Akhil yang berniat ingin
mengubah nasib dengan mencari pekerjaan di bandaraya
metropolitan, Kuala Lumpur dikejutkan dengan panggilan telefon
yang nombornya dirahsiakan oleh si pemanggil yang hanya mahu
memperkenalkan diri sebagai Mr. T dan seterusnya menawarkan
pekerjaan sebagai pembunuh upahan. Bukan calang-calang
pekerjaan yang ditawarkan. Malahan, upah dan ganjaran yang
diterima juga amat lumayan. Kedua-dua beradik itu menghadapi
dilema dalam membuat keputusan kerana sememangnya mereka
tidak akan sekali-kali meragut nyawa manusia yang tidak berdosa.
Akan tetapi, mereka tetap menerima tawaran itu. Tawaran yang
diterima itu bukanlah bertunjangkan nafsu yang inginkan kekayaan
atau kesenangan, tetapi diterima atas dasar jihad sebagai seorang
muslim yang ingin memerangi gejala murtad yang semakin
berleluasa. Telah ramai orang-orang murtad dibunuh oleh mereka
berdua. Namun demikian, kegiatan pembunuhan oleh dua beradik
ini dapat dihidu oleh seorang lelaki kaya yang juga merupakan
seorang murtad. Lelaki tersebut merupakan ayah kepada kekasih
hati antara dua orang beradik itu. Oleh itu, dengan menggunakan
kesempatan itu lelaki tersebut membuat perancangan untuk
membunuh kembar tersebut sebelum kembar itu membunuhnya.
435
Bil. Perkara Catatan
Terdapat beberapa pengajaran yang dapat diambil hasil daripada
pembacaan buku tersebut. Antaranya adalah kita berpegang teguh
dengan ajaran islam yang sebenarnya dengan menuntut semua ilmu
Manfaat/pengajaran agama agar tidak berlakunya perbuatan yang ingin keluar daripada
yang diperoleh Agama Islam walaupun dengan niat. Selain itu, melakukan
6. daripada buku pembunuhan merupakan perbuatan yang salah di sisi undang-
yang dibaca: undang jika undang-undang tersebut dibina tanpa berdasarkan
syariat islam. Seterusnya, pemimpin-pemimpin islam seharusnya
mengambil tindakan kepada mereka yang murtad agar perbuatan ini
tidak sebati dengan jiwa umat islam.
7. Tandatangan: Amru Arshad bin Mohd Zahari
436
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMAD KHAIRIL HAZIM BIN
HUSAINI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PENDIDIKAN ISLAM
2. Pengarang: Bani Hidayat Mohd Shafie dan Nor Hayati Fatmi Talib
3. Tahun diterbitkan: 2020
4. Diterbitkan oleh: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
5. Sinopsis Buku Pendidikan Islam merupakan kursus generik yang ditawarkan
Yang Dibaca: kepada siswa guru yang menjalani Program Persediaan Ijazah
Sarjan Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru di seluruh
Malaysia. Setiap sukatan pelajaran yang ditulis dalam buku ini
adalah menepati sukatan kursus Ringkasan Maklumat Kursus
Pendidikan Islam yang diwajibkan untuk siswa pendidik guru.
Berdasarkan pembacaan saya dalam buku Pendidikan Islam ini
mempunyai lapan bab yang perlu dipelajari oleh pelajar PPISMP di
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Lapan bab yang perlu dipelajari
tersebut adalah Peranan Al-Quran dan Sunah sebagai Panduan
Hidup, Akidah, Fiqah Solat, Fiqah Muamalat, Fiqah Munakahat,
Akhlak, Sirah dan Peranan Manusia sebagai Khalifah. Kesemua
lapan bab ini adalah sangat bagus untuk dipelajari bai memantapkan
akidah serta menambahkan lagi ilmu-ilmu berkaitan agama Islam.
Setiap umat Islam diwajibkan untuk menuntut ilmu kerana ia
merupakan suruhan Allah dan dalam wahyu pertama yang diterima
oleh Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut berkaitan menuntu
ilmu. Dalam buku ini ia menjelaskan beberapa perkara seperti
peranan Al-Quran serta beberapa ibadah lain iaitu berkaitan solat,
hukum jual beli, pembentukan keluarga Islam, akhlak dan penghijran
Nabi Muhammad SAW. Setiap bab ini menyentuh berbagai perkara
yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar yang beragama Islam,
sekaligus penyediiaan soalan di akahir bab adalah bertujuan melihat
sejauh mana kefahaman pembaca berkaitan bab tersebut. Selain
itu, sebelum mendalami lebih jauh sesuatu pelajaran dalam buku ini
437
Bil. Perkara Catatan
ia akan menerangkan konsep serta definisi agar dapat difahami oleh
pembaca serta saya sendiri.
Selepas menelusuri bab-bab yang terdapat dalam buku Pendidikan
Islam ini, tajuk yang menarik minat saya adalah fiqah munakahat.
Tajuk ini memberikan penerangan awal berkaitan pembentukan
keluarga Islam. Daripada bab ini ia menerangkan secara mendalam
bagaimana ciri-ciri keluarga Islam serta peranan-peranan setiap ahli
keluarga. Jadi perkara ini dapat membantu saya untuk mengetahui
serba sedikit tentang pembentukan keluarga Islam serta dapat
merancang awal sebelum memasuki kea lam perkahwinan supaya
dapat membentuk sebuah instittusi keluarga yang bahagia.
Pengajaran yang saya perolehi daripada pembacaan buku ini adalah
saya dapat mencontohi segala ajaran dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian. Sebenarnya terdapat banyak pengajaran yang
diterapkan dalam setiap satu bab kerana ia menekankan tajuk
berkaitan agama Islam. Pendidikan Islam sudah pasti menerapkan
pengajaran yag positif serta dapat diteladani oleh umat Islam. Hal ini
kerana pengajaran agama islam adalah penting untuk memastikan
Manfaat/pengajaran generasi yang akan datang bukan sahaja tinggi dalam ilmu agama
6. yang diperoleh tetapi mempunyai akhlak serta budi pekerti yang tinggi. Salah satu
daripada buku pengajaran yang dapat saya berikan berkaitan buku ini adalah
yang dibaca: daripada tajuk akhlak. Pengajarannya adalah setiap umat Islam
perlu diterapkan dengan akhlak dalam diri mereka sama ada akhlak
terhadap benda hidup dan benda bukan hidup kerana ia akan
membawa kepada pembentukan sebuah komuniti yang harmoni.
Selain itu, pada pendapat saya buku ini adalah sangat bersesuaia
kepada pensyarah di Institut Pendidikan Guru serta siswa siswi guru
yang berminat untuk menguasai Pendidikan Islam sebagai
pembelajaran sepanjang hayat.
7. Tandatangan: Muhamad Khairil Hazim bin Husaini
438
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
(a) Nama : MUHAMMAD AFIF SYAAMIL BIN
AHMAD SABRI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : PISMP JUN 2021
(c) Opsyen : PK 2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIDAK BERKAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil. Perkara Catatan
1. Tajuk Buku: PERINGATAN UNTUK MANUSIA AKHIR ZAMAN MENJELANG
KIAMAT
2. Pengarang: Mohd Isa Bin Abdul Jalil
3. Tahun diterbitkan: 2004
4. Diterbitkan oleh: Syarikat Nurulhas
Sinopsis Buku Buku ini menyentuh berkaitan perkara-perkara yang akan berlaku
5. Yang Dibaca: sewaktu hari kebangkitan kelak. Buku ini menceritakan kisah empat
golongan yang berbeza nasib ketika dibangkitkan dari kubur.
Perbezaan ini disebabkan oleh segala amal kebaikan yang telah
dilakukan ketika kehidupan di dunia.
Golongan pertama dibangkitkan berupa orang yang tiada kaki dan
bertangan kerana mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
Golongan kedua dibangkitkan dari kubur berupa seekor khinzir
kerana mempermudahkan solat iaitu tidak mengambil berat akan
solat.
Golongan ketiga merupakan kumpulan manusia yang dibangkitkan
dengan perut buncit seperti bukit di mana dalamnya terkdapat ular
dan kala jengking kerana mereka tidak mengeluarkan zakat.
Golongan keempat pula dibangkitkan dengan mulut mengeluarkan
darah disebabkan menipu ketika urusan jual beli.
Buku ini sesuai dibaca oleh pembaca kerana mengandungi mesej
Manfaat/pengajaran berbentuk peringatan sebagai persediaan menghadapi alam akhirat.
6. yang diperoleh Selain itu, buku ini mendorong pembaca untuk menginsafi diri
daripada buku dengan memaparkan bayangan seksaan kehidupan selepas mati
yang dibaca: akibat daripada perbuatan buruk sewaktu di dunia. Pembaca juga
akan tertarik dengan teknik penceritaan yang menarik.
7. Tandatangan: Muhammad Afif Syaamil bin Ahmad Sabri
439