The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr.raudah, 2021-09-04 08:49:00

ISU-ISU DAKWAH MINORITI

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Keywords: Masyarakat minoriti,dakwah minoriti,isu dakwah semasa

ISU-ISU SEMASA

DAKWAH

DAN

GOLONGAN MINORITI



ISU-ISU SEMASA

DAKWAH

DAN

GOLONGAN MINORITI

Penyunting
Nor Raudah Hj Siren
Yusmini Md Yusoff
Muhammed Yusof
Fakhrul Adabi Abdul Kadir
Ashraf M Zedan

2016

Diterbitkan oleh
Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
http://apium.um.edu.my/

© Nor Raudah Hj Siren, Yusmini Md Yusoff, Muhammed Yusof, Fakhrul Adabi
Abdul Kadir, Ashraf M Zedan 2016

Cetakan Pertama, 2016

Semua hak terpelihara

Tiada mana-mana bahagian jua boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam
bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan
apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain
tanpa mendapat izin daripada Penerbit Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.

Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti/ Nor Raudah Hj Siren, Yusmini
Md Yusoff, Muhammed Yusof, Fakhrul Adabi Abdul Kadir, Ashraf M Zedan

ISBN 978-967-5534-68-3

1. Isu-isu semasa dakwah
2. Golongan minoriti – religious aspects- Islam

I.Judul

Dicetak oleh
Penerbit Universiti Malaya

Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Prolog

ISLAM
Itu

SELAMAT



KANDUNGAN 1- 27

PRAKATA
Sumbangan Organisasi Cina-Muslim dalam

Keharmonian Beragama di Malaysia: Tinjauan

terhadap Peranan & Cabaran PERKIM dan MACMA
- Mohd Faridh Hafez Mhd Omar, Sharifah
Hayaati Syed Ismail

Tahap Pengetahuan dan Penghayatan Agama dalam 29- 50

Kalangan Pekerja Seks (Sex Worker) di Kuala Lumpur
- Khairul Hamimah Mohd Jodi, Faridah Che
Husain

Dakwah Komuniti Kemboja di Kampung Belukar, 51- 63

Kelantan
- Badlihisham Mohd nasir, Nor Raudah Hj Siren,
Masitoh Mahasan

Dakwah kepada Orang Cina di Pulau Ketam: Halangan 65- 81

dalam Konteks Komunikasi Dakwah
- Siti Fadhilah Zakaria, Nurmaisarah Abdullah,
Nor Raudah Hj Siren, Muhammed Yusof

Peranan Institusi Masjid terhadap Proses Transisi 83- 101

Mualaf dalam Komuniti Muslim di Selangor
- Mohammad Zaidi Abdul Rahman, Nor Raudah
Hj Siren, Siti Arni Bashir

Pendekatan Dakwah kepada Pelancong Bukan Islam di 103- 117

Masjid-masjid Sekitar Lembah Klang
- Erny Izatun Salwa Kamaruddin, Muhammed
Yusof

Keperluan Dakwah kepada Golongan Gelandangan: 119- 151

Satu Penelitian Awal
- Mohammad Sabran Harun, Muhammed Yusof,
Yusmini Md Yusoff

Metode Dakwah dalam Program Halaqah Terhadap 153- 163

Banduan di Penjara Malaysia
- Mohd Norjefri Mat Midin, Nor Raudah Hj
Siren, Siti Jamiaah Abdul Jalil

Dakwah kepada Orang Kurang Upaya 165- 174
- Nor Raudah Hj Siren, Ab Aziz Mohd Zin,
Juwairiah Hassan

Perkembangan Nasyid di Malaysia: Satu Penelitian 175- 196

Awal terhadap Penerimaannya di Kalangan Saudara

Baru
- Muhammed Yusof

Pelaksanaan Uslub Dakwah Bi al-Lisan terhadap 197- 227

Saudara Baru di PERKIM, Kuala Lumpur
- Siti Zakiah Tahir, Muhammed Yusof

Guru sebagai Murabbi: Tumpuan terhadap Peranan 229- 240

Guru Pendidikan Khas
- Muhammed Yusof, Mohamad Shukri Mat Husin

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Proses Penerapan 241- 261

Nilai Islam dalam Pendidikan Anak Remaja

Bermasalah Pembelajaran
- Azura Awang, Yusmini Md Yusoff

Pendekatan Dakwah Bil Hal terhadap Kanak-kanak 263- 290

melalui Filem Animasi Siri Ummi, Ceritalah Pada

Kami
- Siti Aisyah Yap Abdullah

Sumbangan Pusat Persatuan Tadika Narathiwat 291-299

(PUSAKA) dalam Perkembangan Dakwah di

Narathiwat, Thailand
- Nuh Ismail

Program Tarbiyah Parti Islam Se-Malaysia di Kawasan 301- 331

Tanjong Malim, Perak
- Khaled Mat, Fakhrul Adabi Abdul Kadir

Pelaksanaan Modul Sumur menerusi Program 333- 351

Mutadayyin di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
- Khaled Mat, Fakhrul Adabi Abdul Kadir

Tanggungjawab Ibu bapa terhadap Pendidikan Akhlak 353- 366

Anak-anak dari Perspektif Islam
- Fakhrul Adabi Abdul Kadir, Kamarul Hazani
Yusof

Celik Alam Sekitar sebagai Unsur Dakwah Kreatif 367- 378

- Abd Aziz Rekan, Tengku Sarina Aini Tengku
Kasim, Yusmini Md Yusoff

Pengaruh Wacana (Discourse) Dalam Konteks 379- 389
391- 402
Kaunseling: Satu Kajian Kes Transgender
- Dr Yusmini Md. Yusoff, Dr Tengku Sarina Aini
Tengku Kasim
-

Dakwah Dan Golongan Minoriti: Pendekatan Dan

Strategi
- Prof. Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin (KIAS)

Mesej Pendidikan Islam Di Dalam Filem Dalam 403- 425

Mihrab Cinta
- Mohd Nazri Bin Abdullah, Dr Rahimin Affandi
Bin Abd Rahim, Dr Nor Raudah Bt Hj Siren

‫ أثر الاسلام في رعاية وحماية حقوق المعاقين ودمجهم في المجتمع‬429- 454
‫ محمد بن يوسف‬.‫ د‬,‫ عبير امحمد الزين‬-

‫المعصية أسبابها ودوافعها وعلاجها المشروع‬ ‫‪455- 469‬‬
‫‪ -‬تأليف الدكتور‪ /‬عبد الوهاب عامر‬ ‫‪471- 504‬‬
‫عنوان (حفظ القران الكريم فوائده ومعوقاتة عند الاطفال)‬ ‫‪505- 530‬‬

‫‪ -‬قدرية عمر فضيل الشريف‬ ‫‪531- 557‬‬
‫دعوةكبار السن‪ :‬موجباتها الشرعية وأهميتها الاجتماعية‬ ‫‪559- 570‬‬

‫وأساليبها‬
‫‪ -‬أ‪.‬فاطمة محمد علي واسلي رمضان ‪ ,‬د‪ .‬أشرف محمد‬

‫زيدان ‪ ,‬د‪ .‬محمد بن يوسف‬
‫دور مؤسسات الإصلاح والتأهيل في تأهيل السجناء‬

‫وإدماجهم في المجتمع بمدينة سبها‬
‫‪ -‬زينب عبدالله سالم سعد للوه‬
‫فقه دعوة المرضى في المستشفيات أفكار ووسائل‬

‫‪ -‬حسام الدين مخلوف‬

PRAKATA

Dakwah merupakan satu usaha yang berterusan dan
memerlukan strategi serta pendekatan yang sesuai dengan
mad’u yang menjadi sasaran. Umat Islam masa kini, ada yang
termasuk dalam kelompok majoriti apabila menjadi
sebahagian terbesar dalam sesebuah negara atau kerajaan, dan
menjadi kelompok minoriti apabila menjadi sebahagian
terkecil dalam sesuatu masyarakat dan negara. Mengikut
Sardar (1989) umat Islam majoriti menempati 46 buah negara
dengan 900 juta orang atau dikatakan sepertiga penduduk
dunia, sementara umat Islam minoriti terdapat di sejumlah
negara yang jumlahnya sekitar 300 juta orang atau seperempat
seluruh umat Islam di dunia.

Walaupun jumlah umat Islam begitu
memberangsangkan, namun masih ramai dalam kalangan
mereka tidak mampu memahami Islam secara menyeluruh.
Islam bukan difahami dengan cara menjelaskan teks al-Quran
dan al-Hadith sahaja, tetapi sejauhmana mereka mampu
melaksanakan ajaran Islam secara dinamik.

Dari Tsauban Ra. berkata Rasulullah SAW bersabda;
“Hampir tiba suatu zaman apabila bangsa-bangsa dari
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang yang kelaparan mengerumuni talam hidangan
mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah
kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi Rasulullah SAW
menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi
kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut
rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan
Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit
‘wahan’. Seorang sahabat bertanya: “Apakah ‘wahan’ itu,
hai Rasulullah?”. Rasulullah menjawab: “Cinta dunia dan
takut mati“. (HR. Abu Daud).

Hadis tersebut menjelaskan tentang keadaan umat
Islam pada hari ini yang digambarkan umpama buih kerana
pada masa ini keadaan
umat Islam yang berpecah, gagal, sering berkonflik, tidak
produktif dan tidak berdaya saing terutama mempertahankan

diri dari serangan musuh sama ada secara fizikal mahupun
mental. Menurut Ali Syari’ati (1988) umat Islam sampai hari
ini masih lagi menjadi korban penjajahan secara ekonomi,
intelektual dan moral.

Oleh itu, pendakwah, penyelidik dan institusi dakwah
perlu bergabung untuk berbincang dan menyelesaikan isu
ummah secara menyeluruh. Lantaran itu, buku ini
mengandungi sejumlah perbincangan para ilmuan Islam yang
menyelami isu-isu dakwah di samping membincangkan
strategi dan pendekatan yang terbaik dan berkesan untuk
menangani isu umat Islam yang terdiri dari kelompok umat
Islam minoriti di negara majoriti bukan Islam atau kelompok
minoriti umat Islam di negara majoriti Islam seperti orang asli,
orang kurang upaya, warga tua, LGBT, banduan dan
sebagainya agar golongan ini diberi kekuatan untuk bersama-
sama menerajui kemajuan umat Islam di dunia ini.

Buku ini merupakan kumpulan kertas kerja yang
dibentangkan dalam International Da’wah Conference On
Minority Group yang dilaksanakan oleh Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan pada 10 November 2016 di Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya. Himpunan kertas kerja
yang membincangkan pelbagai isu dakwah terhadap golongan
minoriti ini merupakan buku pertama diterbitkan di pasaran.
Semoga ia bermanfaat kepada masyarakat awam, khususnya
umat Islam.

Dr Nor Raudah Hj Siren
Ketua Penyunting
2016

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

SUMBANGAN ORGANISASI CINA-MUSLIM DALAM
KEHARMONIAN BERAGAMA DI MALAYSIA: TINJAUAN

TERHADAP PERANAN DAN CABARAN PERKIM DAN
MACMA

Mohd Faridh Hafez Mhd Omar1, Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail
al-Qudsy2

Pendahuluan
Gerakan dakwah Islamiyyah di Malaysia telah berkembang pesat
sehingga kini. Menurut laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas
Demografi di Malaysia untuk tahun 2010, bangsa Cina merupakan
kumpulan bangsa kedua terbesar dengan 24.6% selepas Bumiputera
sebanyak 67.4%3. Jika dianalisa dari sudut keagamaan, direkodkan
Cina-Muslim di Malaysia sebanyak 42,028 orang berbanding
5,341,687 orang beragama Buddha, 706,479 beragama Kristian dan
218,261 orang yang beragama Konfusianisme, Taoisme dan agama
tradisi. Menurut MACMA4, dari angka tersebut ia bersamaan dengan
tidak sampai dua peratus dari keseluruhan masyarakat Cina di
Malaysia yang telah memeluk agama Islam5. Persoalan yang wajar
dibincangkan selepas 50 tahun kemerdekaan ialah; Apakah faktor
utama yang menyumbang atau menghalang mereka dari menerima
Islam sebagai cara hidup? Apakah faktor tersebut berjaya dikenalpasti
dan dijayakan oleh dua organisasi dakwah bukan kerajaan (ODBK)
iaitu MACMA dan PERKIM? Cabaran utama yang dihadapi setelah
memeluk Islam? Apakah kekuatan yang membolehkan kedua-dua
organisasi dakwah bukan kerajaan (ODBK) ini memainkan peranan
mereka dengan jayanya khasnya dalam mewujudkan keharmonian
beragama di Malaysia. Serta apakah cabaran yang mereka hadapi
dalam merealisasikan matlamat keharmonian beragama melalui
pengurusan ODBK.

1 Felo Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan calon
PhD di Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
2 Profesor Madya, Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya
3Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Taburan Penduduk dan Ciri Asas Demografi.
Ms.5
4 Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
5 Nicholas Sylvester. 2008. Jom Berdakwah. JIMedia: Kuala Lumpur. Ms. 6-7

1

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Sejarah Masyarakat Cina-Muslim Di Malaysia
Pertamanya, artikel ini akan memperincikan sejarah awal
latarbelakang masyarakat Cina-Muslim di Malaysia. Ia bertujuan
untuk memberi kefahaman asas akan asal-usul mereka dan
menjelaskan keberadaan mereka di dalam masyarakat majoriti
Melayu-Muslim. Walaupun begitu, artikel ini masih mengekalkan
ODBK seperti MACMA dan PERKIM sebagai fokus utama
perbincangan dari aspek kekuatan dan permasalahan yand dihadapi
sepanjang usaha mereka dalam medan dakwah kepada masyarakat
Cina dan Cina-Muslim.

Masyarakat Cina-Muslim di Terengganu
Kedatangan Islam di Terengganu dan negeri-negeri lain adalah
sezaman dengan perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab.
Antaranya dibuktikan oleh Abdul Rauf (1966) di dalam kitabnya al-
Malayu Wasf wa Intiba’at telah menjelaskan bahawa peristiwa
kedatangan Islam ke Tanah Melayu bermula pada awal kurun ke-15
Masihi.1 Manakala menurut Wan Hussin Azmi2, gerakan dakwah
Islamiyah khususnya di Terengganu datang dari Timur (Cina). Beliau
menegaskan dengan pembuktian kesan-kesan sejarah kewujudan
kerajaan Islam terawal di Terengganu yang telah bertapak sebelum
Islam tiba di Pantai Barat atau Melaka pada tahun 1416M dengan
kenyataan seperti berikut:3

“…kewujudan kerajaan Islam terawal di sini
(Terengganu) yang telah bertapak dalam
tempoh yang panjang sebelum Islam tiba di
pantai Barat, iaitu negeri Melaka yang
menerima Islam pada tahun 1416M. Ini
terkemudian daripada kerajaan Islam
Kelantan selama dua ratus tiga puluh lima

1 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi & Yunus Abdullah Ma Zhengbin. 2010. “Gerakan
Dakwah Islam di kalangan Masyarakat Cina Terengganu” di dalam Dakwah Multi
Etnik. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Bangi: UKM. Ms.228
2 Wan Hussin Azmi, Harun Din. 1985. Al-Da’wah al-Islamiyyah fi Maliziyya
Zuhuruha wa Intisyaruha. Kuala Lumpur: Penerbit Haji Jaafar Siddiq bin Haji
Salam. Ms.61.
3 Ibid. ms.229”

2

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

tahun (325 tahun) dan kerajaan Terengganu
selama seratus tiga belas tahun (113 tahun).”

Menurut Alcoh Wong Yahow, penduduk Fulo An (kini
dikenali dengan Kuala Berang) adalah merupakan penduduk terawal
yang memeluk Islam sejak kurun ke-13 Masihi1. Diketahui bahawa
kota Quan Zhou yang terletak di pinggir sungai Jinjiang yang
menghala ke Laut Cina Selatan, merupakan pelabuhan yang sibuk
dengan aktiviti perdagangan dan keagamaan. Di samping itu, Fulo An
juga merupakan sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang penting
pada masa pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M).2 Ini memberi
gambaran yang jelas hubung kait antara Cina dan Terengganu dalam
agenda penyebaran agama Islam. Direkodkan bukan hanya pedagang,
bahkan berkemungkinan pendakwah Islam dari Cina juga turut
belayar dan berdagang seterusnya menyebarkan ajaran Islam kepada
penduduk setempat. Selain itu, nama tempat yang terletak di pinggir
sungai Terengganu juga membuktikan pengaruh kedatangan Cina ke
Terengganu seperti Kampung Kuala Ping, Kampung Pueh, Kampung
Pauh dan Kampung Bukit Bieu3. Nama-nama tempat ini menjadi
bukti kepada proses Islamisasi di Terengganu. Di samping itu, istilah
“orang Yunan4” yang diterima pakai oleh penduduk Melayu di
Terengganu bagi merujuk kepada masyarakat Cina juga membuktikan
bahawa wujud hubung kait yang kuat tentang kedatangan Islam ke
Terengganu.5

1 Siti Hajar Alwi. “Chinese Muslims in Malaysia: Past and Present”. <
http://islaminchina.info/the-great-mosque-of-xian/> Diakses pada 6 Ogos 2016.
Begitu juga boleh lawat Alias Mohamed “Kuala Berang’s History”
<http://interesting-place-in-terengganu.blogspot.my/2008/10/kuala-berangs-
history.html>
2 Op.cit.
3 Tan Chee Beng. 1991. A Note on the Orang Yunnan in Terengganu. Archipel.
Vol.42. ms.93-120. Diakses < http://www.persee.fr/docAsPDF/arch_0044-
8613_1991_num_42_1_2750.pdf> pada 6 Ogos 2016.
4 “Orang Yunan” ialah gelaran yang diberikan oleh penduduk Melayu kepada orang
Cina kerana bersangkaan kesemua orang Cina-Muslim dari China berasal dari
Yunnan, sedangkan sebahagian mereka dari Guangzhou. Rujuk Wan Kamal Mujani
dan et.al.
5 Wan Kamal Mujani et.al. 2012. “The Chinese Muslim Community: Their
Economic, Political and Social Involvement in Malaysia”. Journal of Advance in
Natural Applied Sciences. 6(3). pp.417-422

3

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Rosey Wang Ma dalam artikelnya “Shifting Identities:
Chinese Muslims in Malaysia” telah berjaya mengesan keluarga Cina-
Muslim Yunan di Terengganu.1 Dalam buku yang bertajuk Warisan
Keluarga Ke arah Silaturrahim2 telah menceritakan tujuh orang Cina
berketurunan Hui yang datang dari Guangdong dan seterusnya
menetap di Terengganu pada awal kurun ke-20. Buku tersebut dengan
terperinci memaparkan susur galur keturunan tujuh orang Cina
berketurunan Hui dan menariknya kesemua mereka beragama Islam.
Kerana ada orang Yunan yang telah menetap di Terengganu lebih
awal, nama Terengganu Darul Iman dan pengembaraan Panglima
Cheng Ho (Zheng He) ke Terengganu antara sebab utama mengapa
tujuh orang ini memilih belayar ke Terengganu3.

Berdasarkan dapatan literatur di atas, maka jelaslah
bagaimana perkembangan Islam dan dakwah orang Cina di
Terengganu. Ditambah dengan kemahiran mereka mengukir,
berniaga dan menggali lombong, secara tidak langsung membantu
dan memudahkan perkembangan Islam khasnya di kalangan
masyarakat Cina di Terengganu. Namun, menurut laporan penduduk
2010, seramai 26,429 orang berbangsa Cina di Terengganu, tetapi
hanya 369 orang sahaja yang berdaftar sebagai Cina-Muslim. Ia
merupakan kumpulan keempat terkecil berbanding dengan agama-
agama lain seperti; Cina-Hindu (16), Cina-lain agama (77), Cina-tiada
agama (138), Cina-Konfusianisme, Taoisme, tradisi (433), Cina-
Kristian (1,234) dan Cina-Buddhisme (24,162).4

Masyarakat Cina-Muslim di Pulau Pinang
Masyarakat Cina-Muslim di Pulau Pinang berasal dari generasi
“Koay”. Mereka diakui mempunyai keunikan kerana mempunyai

1 Rosey Wang Ma. 2005. “Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia” in
Asian Ethnicity. Vol.6, No.2, pp.89-107
2 Buku “Warisan Keluarga Ke Arah Silaturrahim” boleh diakses di
<http://www.islam.org.hk/eng/malaysia/ChineseMuslim_in_Malaysia.asp#The
Yunnani Family of Terengganu>
3 Tan Chee Beng. 1991. A Note on the Orang Yunnan in Terengganu. Archipel.
Vol.42. ms.93-120. Diakses < http://www.persee.fr/docAsPDF/arch_0044-
8613_1991_num_42_1_2750.pdf> pada 6 Ogos 2016.
4Laporan Penduduk. Ms.95

4

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

pertalian darah dengan bangsa Arab dari generasi asal Hui di China.1
Bahkan sebahagian dari mereka sejak dari awal telah beragama Islam
disebabkan proses pengislaman yang berlaku di China. Disebabkan
tekanan dan peperangan bersilih ganti dari satu dinasti ke dinasiti
yang lain, di bawah pemerintahan kerajaan Manchurian, aktiviti
perlautan tidak dibenarkan. Demi meneruskan kelangsungan hidup,
beberapa keluarga Koay telah belayar dan selamat tiba di Pulau
Pinang pada akhir abad ke-19. Sebahagian dari mereka telah
berpindah ke Singapura dan Indonesia dan membina salasilah
keluarga di sana.

Di Pulau Pinang, mereka telah menetap di Koay Jetty dan
telah menemui beberapa kumpulan pendatang yang lain dari Fujian,
China. Bahasa dan budaya yang sama memudahkan mereka untuk
berinteraksi dan mengurus walaupun berada di kawasan baru.
Walaupun bangsa Koay dan Fujian adalah Muslim, namun mereka
mendapati kesukaran untuk bergaul dengan penduduk Muslim
tempatan. Perbezaan bahasa, budaya dan sebahagian amalan
keagamaan telah menyebabkan mereka terus terpinggir dan gagal
untuk beradaptasi dengan budaya masyarakat Melayu-Muslim yang
dominan. Sebaliknya, mereka berasa lebih mudah untuk berinteraksi
dengan bangsa mereka walaupun berbeza agama, berbanding dengan
Melayu-Muslim atau bangsa India.2

Contohnya di kalangan masyarakat Koay Islam, wujud
beberapa perbezaan pengetahuan dan budaya dengan masyarakat
Melayu-Muslim pada ketika itu. Antaranya, mereka tidak mengetahui
tentang simbol “bintang” atau “bulan sabit” melambangkan Islam.
Sebahagian mereka beranggapan kubah masjid di alam Melayu yang
berbentuk seperti “bawang” itu kelihatan pelik.3 Selain itu, proses
pengurusan jenazah yang dibalut kain kapan putih, kemudian jenazah
ditanam juga merupakan sesuatu amalan yang pelik buat mereka.
Untuk memudahkan, kebanyakannya mengupah yang lebih berumur
untuk menguruskan dan membaca ayat-ayat Al-Qur’an. Dalam

1Ong Seng Huat, “Koay Jetty: The Social Evolution of the Hui People in Penang”.
http://www.penangstory.net.my/mino-content-paperong.html Dicapai pada 3 April
2016.
2 Rose Wang Ma. “Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia”. p.90.
3 Rose Wang Ma. “Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia”. pp.91-93 dan
Ong Seng Huat. “Koay Jetty: The Social Evolution of the Hui People in Penang”.

5

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

upacara yang dinamakan `jin you’ atau ‘forbidding oil’, iaitu suatu
upacara keagamaan mempersembah makanan kepada nenek moyang,
mereka meneruskannya tetapi tidak menggunakan daging khinzir.
Sebaliknya menggantikan dengan menggunakan set memasak yang
bersih. Tradisi Qigong umpamanya merupakan salah satu kaedah
penjagaan kesihatan yang terkenal dalam masyarakat Cina dan masih
kekal diamalkan.1 Upacara sebegini dianggap sebagai upacara
tradisional yang diwarisi, dan ia bukanlah upacara keagamaan yang
disandarkan kepada agama Islam.2

Disebabkan faktor kesukaran untuk bergaul dengan
masyarakat Melayu-Muslim dan selesa bergaul dengan kaum sendiri,
menyebabkan beberapa permasalahan timbul. Antaranya, kesukaran
untuk melaksanakan perkahwinan campur antara Cina-Muslim dan
Melayu-Muslim, serta desakan keperluan mengekalkan pertalian
darah nama keluarga, telah menyebabkan sebahagian mereka
berkahwin di antara bangsa mereka sahaja tanpa mempedulikan
kewajipan mengekalkan agama Islam itu sendiri3. Justeru, proses
menukar agama kepada Islam bagi pasangan yang bukan Muslim
untuk berkahwin dengan pasangan Muslim telah diabaikan.4
Kesannya, generasi kemudian terabai dari sudut pemahaman dan
pengamalan ajaran Islam dan meninggalkannya, tetapi tidak kepada
amalan tradisional nenek moyang dalam pertalian kekeluargaan
mereka.5 Walaupun begitu, masih ada juga sebahagian antara mereka
yang kembali memeluk agama Islam dan berbangga dengan sejarah
kekeluargaan mereka yang pada asalnya adalah Cina-Muslim.6

1 Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
Dalam Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi. Ms.404-
437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan
Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2 Rose Wang Ma.“Shifting Identities : Chinese Muslims in Malaysia”. pp.93-95
3 Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
Dalam Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi. Ms.404-
437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan
Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4 Ibid.
5 Rose Wang Ma. Op.cit
6 Rose Wang Ma.Ibid.

6

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Berdasarkan laporan asal-usul masyarakat Muslim-Cina di
Pulau Pinang, Koay Jetty sebagai contoh, seharusnya wajar bilangan
masyarakat Muslim-Cina meningkat saban tahun. Merujuk kepada
laporan penduduk 2010, keseluruhan masyarakat Cina di Pulau
Pinang berjumlah 670,400 orang. Dari jumlah itu, hanya 1290 yang
dilaporkan Muslim, selebihnya beragama lain dengan pecahan
berikut; Kristian (59,096), Buddhisme (532,811), Hinduisme (881),
Konfuianisme, Tao, agama tradisi (70,327), lain-lain agama (774) dan
tiada agama (3,209).1

Berikut merupakan jadual taburan peduduk Muslim dan Cina-
Muslim di Malaysia berdasarkan laporan pada tahun 2010.

Muslim Cina- L P%

Muslim

MALAYSIA 17,375,794 42,048 25,108 16,940 0.24

NEGERI

Johor 1,949,393 4,074 2,476 1,598 0.21

Kedah 1,504,100 1,003 518 485 0.07

Kelantan 1,465,388 1,525 1,105 426 0.11

Melaka 542,483 868 483 385 0.16

N. Sembilan 615,235 1,848 1,313 535 0.30

Pahang 1,124,909 1,002 595 407 0.09

Perak 1,301,931 1,367 716 615 0.15

Perlis 203,541 369 251 118 0.18

P. Pinang 696,846 1,290 700 590 0.19

Sabah 2,096,153 9,591 5,152 4,439 0.31

Sarawak 796,239 4,039 2,087 1,950 0.51

Selangor 3,161,994 10,241 6,602 3,639 0.32

Terengganu 3,004,152 369 238 131 0.01

W.P Kuala 776,958 3,838 2,524 1,314 0.49

Lumpur

W.P Labuan 66,065 522 275 247 0.79

W.P Putrajaya 70,522 104 73 31 0.15

Jadual 1: Taburan Jumlah Cina-Muslim di Malaysia

1 Laporan Penduduk dan Ciri Asas Demografi. Ms.91

7

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Organisasi Dakwah Bukan Kerajaan (ODBK) Di Malaysia
Merujuk kepada data senarai pertubuhan yang aktif dari laman
sesawang Pertubuhan Persatuan Malaysia (ROS), jumlah pertubuhan
bukan kerajaan yang berorientasikan organisasi dakwah di Malaysia
sangat banyak bilangannya1. Walaupun tidak menggunakan nama
Islam, terdapat juga ODBK yang membawa misi dakwah kearah
penghayatan beragama. Kesemua organisasi tersebut mempunyai
pelbagai objektif yang berbeza antara satu sama lain. Walaupun
berbeza secara dasarnya, namun ia melengkapi segala bentuk
kekurangan secara tidak langsung. PERKIM dan MACMA adalah
antara contoh organisasi dakwah bukan kerajaan yang berbeza
objektif penubuhannya, tetapi mempunyai persamaan sasaran iaitu
Cina-Muslim dan gerak kerja, serta memberi sumbangan yang besar
dalam keharmonian beragama di Malaysia.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan
pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu
YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Di samping itu, Haji
Ibrahim Ma Tian Yin juga merupakan tokoh penting kepada
penubuhan PERKIM bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman.2
Di antara tujuan asal penubuhan PERKIM ialah untuk
mengembangkan dakwah Islam kepada orang bukan Muslim terutama
kepada golongan yang tidak beragama, dan membantu saudara-
saudara baru yang memeluk Islam untuk mempelajari, menghayati
dan mempraktikkan ajaran agama Islam di dalam kehidupan seharian.
Ia turut menyediakan perlindungan dan bersedia membantu
menyelesaikan sebarang kesulitan yang dihadapi oleh saudara baru
samada disebabkan kesakitan atau masalah kekeluargaan akibat
memeluk Islam. Tidak terhad hanya kepada usaha dakwah, PERKIM
juga menitikberatkan elemen pendidikan dan kebajikan yang meliputi

1 Senarai Pertubuhan Yang Aktif Sehingga Mac 2016.
http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-pertubuhan-berdaftar-yang-
aktif/resource/ad24c22e-d2f2-4494-9524-2c81c67d5d0d Diakses pada 5 Ogos
2016. Organisasi yang menggunakan perkataan “Dakwah” sebanyak 67, manakala
menggunakan istilah “Islam” berjumlah 1,215.
2 Engku Ahmad Zaki Engku Alwi & Yunus Abdullah Ma Zhengbin. 2010. “Gerakan
Dakwah Islam di kalangan Masyarakat Cina Terengganu”. Ms.231

8

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

memberi, mengadakan dan menguruskan serta menjalankan kelas
pendidikan agama Islam menerusi media dan kaedah yang lain.1

Berbeza dengan Rosey, beliau menambah Tunku Abdul
Rahman merasakan bahawa usaha penyatuan antara kaum
terutamanya Melayu dan Cina, adalah elemen terpenting kepada
kestabilan dan keamaan negara. Tunku Abdul Rahman mempercayai
bahawa penyatuan antara kepelbagaian kaum dan bangsa hanya boleh
dicapai melalui menghormati dan memahami antara agama. Bahkan
Tunku sangat mengalu-alukan masyarakat Cina untuk memeluk Islam
dengan menyatakan2:

“In a country like Malaysia, more efforts should
be made to win adherents to our faiths, for
Muslims will stand together and would give
their undivided allegiance to the country of their
birth. Islam transcends barrier of race and
colour. We need more men to add to the number
of our loyal citizens and these new followers of
Islam are a sure asset to the population of this
country.”

Berasaskan kepercayaan itu, maka Tunku Abdul Rahman
telah menubuhkan PERKIM dan ia mestilah bertindak sebagai wadah
pertemuan dan perbincangan kepada saudara baru yang memeluk
Islam. Kemudian, dengan perlantikan sebahagian Cina-Muslim
berketuruan Hui ke dalam PERKIM, secara rasminya PERKIM
merupakan penaung kepada Persatuan Cina-Muslim Malaysia
(MACMA), dan ia bertanggungjawab menjadi pusat dakwah yang
aktif menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat Cina.

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah, PERKIM telah
menggariskan matlamat utama penubuhannya seperti berikut3:

1 Anuar Puteh, et.al. “Komitmen Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Dalam Mengurus Saudara Baru Warga Asing.” Kertas kerja Seminar Serantau
Dakwah dan Etnik, Universiti Malaysia Sabah pada 20-21 November 2014.
2 Rosey Wang Ma. “Shifting Identities: Chinese Muslims in Malaysia”. pp101.
3 Ahamd Redzuan Mohd Yunus. 2008. Dakwah Masyarakat Orang Asli: Negeri
Pahang. Karisma Publications Sdn.Bhd: Selangor. Ms. 86-87

9

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

1. Dakwah: menjalankan dakwah Islamiah kepada orang Islam
dan bukan Muslim dengan cara positif dan berkesan.

2. Pelajaran: memberi, mengadakan, mengurus dan menjalankan
pelajaran dan pendidikan Islam menerusi segala media dan
dengan cara yang sah di sisi undang-undang.

3. Kebajikan: menjalankan semua kerja-kerja kebajikan
termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa
kepada mereka yang berkelayakan serta menjalankan kerja-
kerja amal jariah kepada golongan yang sakit, susah, miskin
serta kepada sauda-saudara baru.

4. Kerjasama dalam bidang agalam Islam: menubuhkan
perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan
dan badan-badan Islam lain demi kemajuan agama Islam.

5. Lain-lain: menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan
dan kemajuan agama Islam.
Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian dari objektif

penubuhan PERKIM ialah, sejak dari awal, YTM Tunku Abdul
Rahman sangat jelas dengan visi PERKIM bahawa fokus
mengetengahkan Cina-Muslim sangat penting. Ini dapat dilihat
sehinggakan masalah yang timbul diperingkat awal penubuhan
PERKIM ialah ketiadaan orang Cina-Muslim di Malaysia yang layak
bertugas sebagai guru atau daie yang boleh menyampaikan risalah
Islam kepada golongan sasaran warga Cina.1 Kesungguhan YTM
Tunku terhadap proses pengislaman kepasa warga Cina terlihat
bilamana jawatankuasa kerja PERKIM memutuskan untuk
menjemput beberapa tokoh Cina-Muslim dari Taiwan dan membuka
kelas di Malaysia, namun permasalahan bahasa Melayu dalam
komukasi di peringkat pentadbiran merencatkan usaha ini.2

Daya usaha murni YTM Tunku akhirnya terbalas dengan
PERKIM telah dikenali sebagia badan Islam yang berpengaruh luas
di negara Islam dan menjadi anggota di Badan Muktamar Islamiah
Sedunia pada tahun 1962. Sehingga kini PERKIM terus relevan di
persada dunia dan nasional dengan kepimpinan bekas tokoh-tokoh
negara. Kini, PERKIM diketuai oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia keempat.

1 Anuar Puteh. “Komitmen Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Dalam Mengurus Saudara Baru Warga Asing.” Ms.2
2 Ibid.

10

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Menurut fakta yang direkodkan dari laman sesawang PERKIM1,
berikut ialah senarai Yang DiPertua PERKIM:

1. Tan Sri Dato’ SOK Ubaidullah (1960-1964)
2. Tan Sri Haji Yusoff Hj Ibrahim (1964-1968)
3. Tan Sri Abd. Aziz Haji Mohd Zain (1969-1971)
4. Tan Sri Haji Yusoff Hj Ibrahim (1972-1974) [lantikan semula]
5. YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1974-1989)
6. Y.A.B Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Hj. Abdul Taib Mahmud

(1989-2006)
7. Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamd (2006-kini)

PERKIM juga mewujudkan kepimpinan pentadbiran di
peringkat negeri seluruh Malaysia, kecuali Sabah, dan ia dikenali
dengan PERKIM Bahagian. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai
oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat
Agung PERKIM Bahagian. Manakala Urusetia PERKIM Kebangsaan
akan menyalurkan peruntukan kewangan untuk penggajian
kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat
PERKIM Bahagian. PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang
dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf
dengan PERKIM Bahagian. Di peringkat bahagian pula terdapat
entity cawangan di setiap daerah dan diuruskan oleh Pengerusi
Daerah yang dipilih melalui proses di dalam Mesyuarat Agung
PERKIM Cawangan. Setiap cawangan bertanggungjawab
melaporkan segala aktiviti kepada PERKIM Bahagian bagi
memastikan ia selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.2

Jelas dari objektif penubuhan dan gerak kerja aktiviti yang
dimainkan oleh PERKIM sehingga kini, menurut Badlihisham Mohd
Nasir seperti petikan dari Perlembagaan PERKIM ia berorientasikan
penyebaran dakwah kepada Muslim dan bukan Muslim serta
pengurusan kebajiakan saudara baru. Justeru, wajarlah peranan
PERKIM dalam pendekatana dakwah yang sistematik dan berkesan
terus diperkasakan dari masa ke masa sesuai dengan keadaan

1http://www.perkim.net.my Dicapai pada 1 April 2016
2Nur Aithiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah. Program Pertubuhan Dakwah
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Kepada Saudara Muslim: Satu
Tinjauan Dari Segi Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah dan
Etnik. Rujuk juga laman sesawang <http://www.perkim.net.my> dicapai pada 15
April 2016

11

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

perkembangan Islam di Malaysia umumnya, dan antarabangsa
khususnya. Menambahbaik sistem penyampaian melalui medium
pendidikan, kebajikan dan jaringan dengan organsasi-organisasi lain
demi kepentingan penyebaran Islam haruslah menjadi fokus utama
dalam mendepani abad 21 ini.

Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
Perkembangan usaha dakwah yang berkesan secara tidak langsung
telah menyumbang kepada peningkatan bilangan masyarakat bukan
Muslim untuk menjadi Muslim termasuk masyarakat Cina di
Malaysia. Walaupun pertambahan bilangan masayarakat Cina
memilih agama Islam menunjukkan tanda positif yang
memberangsangkan, aspek yang perlu diberi keutamaan adalah
negara memerlukan Cina Muslim yang berkualiti dan bersama-sama
menggerakkan usaha dakwah Islamiah di Malaysia.1 Atas kesedaran
ini di kalangan professional Cina Muslim di Malaysia, maka
Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) telah ditubuhkan.
Golongan professional ini merasakan akan keperluan kepada sebuah
persatuan berasaskan bangsa Cina Muslim yang beridentitikan sosio
budaya masyarakat Cina yang tidak bertentangan dengan prinsip dan
ajarana agama Islam untuk mendekati masyarakat Cina yang lain. Ini
secara tidak langsung memudahkan proses penyebaran dakwah dan
memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat Cina, dan
dalam masa yang sama dapat mengelakkan dari menyinggung
perkara-perkara yang sensitive berkaitan dengan adat dan
kepercayaan mereka.

Dengan sokongan dan persetujuan yang ditunjukkan oleh YB
Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
maka secara rasmi pertubuhan ini telah didaftarkan pada 8 September
1994 dengan nama Persatuan China Muslim Malaysia (Malaysian
Chinese Muslim Association) atau singkatannya MACMA.2

1Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). http://macma.my/main/ Dicapai
pada 3 April 2016.
2 Roslieza Rosli dan Nur Aithiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah. “Aplikasi
Metodologi Dakwah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan
Pada Muallaf: Kajian Awal.” di dalam Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke
Arah Pemantapan Ummah. Laman sesawang <http://www.ukm.my/skim> dicapai
pada 14 Mac 2016

12

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Selaras dengan penubuhannya, MACMA telah menetapkan
visi iaitu “Mengambil bahagian dan menyumbang ke arah
pembentukan Khairul Ummah atau The Best of Nations” dan misi
“menjadi NGO Islam yang cemerlang organisasinya dan menjalan
kegiatan Islam sedaya upaya untuk menyumbang kepada
pembentukan Khairul Ummah”. Antara lapan objektif penubuhan
MACMA seperti mana termaktub di dalam perlembagaan
pertubuhannya ialah:

i. Memberi penerangan dan mengembangkan ajaran Islam.
ii. Melaksanakan aktiviti Islam serta berkerjasama dengan

NGO-NGO Islam lain.
iii. Membina dan membangunkan masyarakat Muslim

berwibawa.
iv. Mengeratkan hubungan sesama Muslim di Malaysia.
v. Menjalankan kajian, seminar dan latihan untuk meningkatkan

penghayatan Islam kepada ahli.
vi. Menyokong dan membina pusat Islam atau masjid

bersenibina Cina.
vii. Merancang, menyusun dan menjalankan kegiatan ekonomi

Islam, tabung amanah dan kebajikan.
viii. Membina dan membangunkan masyarakat Cina Muslim

berwibawa.
Menurut maklumat yang boleh dicapai di laman rasmi
www.macma.my, MACMA telah berjaya menubuhkan sebanyak 17
buah cawangan di seluruh Malaysia; 13 cawangan negeri, tiga
cawangan daerah dan tiga cawangan baru dalam proses pendaftaran.1
Bagi sesi 2015-2017, MACMA dipimpin oleh Prof. Dr. Taufiq Yap
Yun Hin. Beliau merupakan seorang pensyarah di Unversiti Putra
Malaysia, yang berkepakaran dalam bidang biodiesel. Menurut
statistik, ahli MACMA seluruh negara pada tahun 2014 seramai 2586,
bertambah dari tahun 2013 (2560) dan 2012 (2432).2

Konsep Keharmonian Beragama Di Malaysia
Keharmonian beragama di Malaysia melalui kefahaman dan amalan
menghormati kepercayaan agama antara etnik di Malaysia telah

1http://macma.my/main/index.php/macma-branches/ dicapai pada 13 April 2016
2http://macma.my/main/index.php/membership/ dicapai pada 13 April 2016

13

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

wujud sebelum merdeka lagi. Bahkan ia menjadi kunci terpenting
kepada keberadaan dan kejayaan Malaysia sekarang.1

Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majoriti Muslim
dengan peratusan hampir 61%2, tanpa keharmonian beragama, usaha
mempereratkan hubungan antara Muslim dan bukan Muslim akan
terbantut dan seterusnya menyumbang kepada kegagalan proses
pembinaan kehidupan yang harmoni di Malaysia. Seperti yang
dijelaskan oleh Khadijah3 konsep keharmonian beragama di Malaysia
adalah berasaskan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan
yang menyebut:

Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya sendiri tertakluk kepada
Fasal (4) menyebarkan agamanya. Perkara 12(2)
menyatakan bahawa, tiap-tiap kumpulan agama
berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-
institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama
masing-masing; tetapi ia adalah undang-undang bagi
Persekutuan atau Negeri untuk menubuhkan atau
mentadbir institusi Islam atau mengadakan atau
membantu dalam ajaran Islam atau perbelanjaan
dana seperti yang dikehendaki oleh maksud itu.
Bagaimanapun ia menegaskan bahawa, seperti yang
dinyatakan dalam artikel 12(3) bahawa tiada siapa
yang dibenarkan untuk meminta atau memaksa mana-
mana individu untuk mengikuti mana-mana ajaran
agama tertentu atau meraikan apa-apa perayaan atau

1 Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Ahmad F.
Yousif, Osman Chuah Abdullah, Munira Abdul Mutalib.2016.”Studies on Inter-
Faith Relations: Latest Input for Authority Management Review (AMR) in
Malaysia”.Journal of Religious & Theological Information. Volume 15, Issue 1-
2:pp.47-59
2 Laporan Penduduk dan Ciri Asas Demografi. Ms.82
3 Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. 2008.
“Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11
Perlembagaan Malaysia”. Jurnal Usuluddin, 27, pp.81-92 dalam Nur Farhana
Abdul Rahman & Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2013. Religious Tolerance
in Malaysia: Problems and Challenges. International Journal of Islamic Thought.
Vol.3. pp.81-91.

14

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

aktiviti yang dianjurkan oleh agama-agama tertentu
selain dari sendiri.

Hak untuk bebas beragama di Malaysia sejak dahulu lagi
menjadi kerangka utama kepada kesatuan etnik dan kehidupan
harmoni di Malaysia. Kesinambungan kehidupan yang harmoni
hanyalah mampu dicapai sekiranya kesedaran dalam aspek toleransi
budaya dapat dihayati dan dihargai oleh generasi muda sekarang.1
Konsep keharmonian beragama dianjurkan oleh setiap agama yang
ada di Malaysia; Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh.2

Islam telah mendatangkan tiga langkah dalam penganjuran
konsep keharmonian beragama seperti yang terdapat di dalam Al-
Quran; pertama tiada paksaan dalam beragama (Al-Baqarah:2:256),
kedua mempraktikkan tiga kaedah dakwah (Al-Nahl:16:125) dan
ketiga menghormati pilihan hak beragama (Al-Kafirun:109:6).
Manakala bagi penganut Buddha (majoriti warga Cina beragama
Buddha), dalam kitab agama bernama Udana-Varga (5:18)
menyatakan; “hurt not others in ways that you yourself would find
hurtful”. Pernyataan ini disokong dengan 10 perkara yang dilarang
untuk dilakukan demi menjamin kehidupan yang harmoni dan aman
bersama masyarakat setempat. Menurut ajaran agama Kristian pula,
konsep love adalah elemen terpenting. Setiap penganut Kristian wajib
menyebarkan konsep love kepada semua samada musuh atau kawan.
Seperti disebut di dalam Luke (6:30-31) “give to everyone who asks
of you. And from him who takes away your goods do not ask them
back. And just as you want men to do to you, you also do to them
likewise.”

Justeru, melihat kepada ajaran utama setiap agama seperti di
atas, jelaslah bahawa konsep keharmonian beragama menjadi syarat
terpenting kepada kehidupan yang harmoni dengan syarat ia saling
difahami dan dihormati. Seperti yang dirumuskan oleh Arena Che
Kassim, hidup toleransi beragama telah tersedia diterima terutamanya
apabila berlaku dalam aspek kebudayaan, bahasa dan pemikiran.
Berbeza dengan pemakaian dan pemakanan yang telah berasimilasi

1 Nurfarhana & Khadijah. Ibid.
2 Ibrahim Abubakar. 2013. “The Reigious Tolerance in Malaysia: An Exposition”.
Journal of Advance in Natural and Applied Sciences.7(1). pp.90-97.

15

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

secara sendirinya dan berkekalan selamanya diterima.1 Menghormati
perbezaan dan menerima persamaan yang wujud di antara entik dan
agama adalah kunci utama. Tanpa kefahaman tersebut,
kesalahfahaman dan salah sangka antara agama akan berterusan tanpa
kesudahan. Namun, ia bukanlah bermaksud ajaran Islam menerima
ajaran agama yang lain sebagai setara dengannya kerana prinsip Islam
adalah jelas bahawa satu-satunya agama di sisi Allah SWT adalah
Islam.

Analisis
Penulisan ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks melalui
kajian literatur dan dokumen rasmi berkaitan sumbangan PERKIM
dan MACMA sebagai organisasi dakwah bukan kerajaan (ODBK)
kepada keharmonian beragama di Malaysia. Dokumen rasmi meliputi
Laporan Tahunan, risalah dan resolusi meja bulat Cina Muslim 20162.
Analisis mendapati tiga faktor utama yang mempengaruhi
kemampuan ODBK ini dalam menjalankan peranan kea rah
keharmonian beragama iaitu; kepimpinan, kefahaman budaya dan
komitmen. Manakala dalam masa yang sama terdapat tiga cabaran
utama yang dihadapi sepanjang keterlibatan mereka dalam
mengukuhkan keharmonian beragama terutama dikalangan Cina-
Muslim. Iaitu kefahaman, faktor keserasian antara budaya dan
kewangan.

Peranan Dan Sumbangan PERKIM Dan MACMA Kepada Cina-
Muslim

i- Faktor Kepimpinan
Faktor kepimpinan sekurang-kurangnya merujuk kepada ketokohan
pemimpin, halatuju dan nilai yang didokong serta pencapaian

1 Arena Che Kassim. 2006. Pemikiran Masyarakat Cina dan Toleransi Beragama:
Satu Tinjauan Literatur. Ms.175-184 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah
Zainal Abidin. Budaya dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan
Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2 Satu Persidangan Meja Bulat untuk membincangkan isu berkaitan Cina Muslim
telah dianjurkan oleh Majlis Dakwah Negara, Macma, Perkim, Kumpulan
Penyelidik (Contemporary Fiqh Research Unit) & Jakim pada 11 Ogos 2016. Ia
telah berjaya dihadiri oleh Cina Muslim dari pelbagai latarbelakang.

16

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

organisasi1. Berdasarkan objektif penubuhan PERKIM dan MACMA,
kedua-dua pertubuhan ini diakui mempunyai halatuju yang jelas
dalam mengurus organisasi. Seperti PERKIM, cetusan idea YTM
Tunku Abdul Rahman begitu signifikan dan memberi impak yang
tinggi dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan PERKIM pada
hari ini. Kesemua Yang DiPertua PERKIM Kebangsaan yang dilantik
merupakan tokoh yang tidak asing samada di peringkat nasional dan
antarabangsa. Dengan ketokohan yang ada serta kepimpinan mereka
telah memajukan pergerakan organisasi dengan perancangan
program, dan aktiviti yang mendapat sambutan menggalakkan dari
masyarakat. Ini terbukti melalui usaha mereka dalam mengurus dan
menjaga hal ehwal kebajikan setiap masyarakat yang memeluk Islam
meliputi pendidikan, sokongan moral dan pekerjaan.

MACMA juga mendapatkan keyakinan dari masyarakat
awam bilamana ia dipimpin oleh tokoh yang kompeten dan
profesional. Dengan ketokohan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin selaku
Presiden yang baru, dilihat sebagai anjakan kepada kekuatan
MACMA. Ini membantu dalam kelancaran mengurus organisasi
dengan lebih baik dan efisien. Peranan kepimpinan MACMA
terdahulu sehingga kini samada di peringkat kebangsaan dan negeri
mendapat perhatian dan pengiktirafan khasnya dengan terbinanya
masjid-masjid yang bercirikan pembinaan senibina Cina. Sehingga
kini, terdapat empat buah masjid berkonsepkan senibina Cina berjaya
dibina di Rantau Panjang, Kelantan (2009), Ipoh, Perak (2013),
Seremban, N. Sembilan (2012) dan Melaka (2014).2

Selain itu, PERKIM dan MACMA melalui kepimpinan di
pelbagai peringkat jawatankuasa negeri dan daerah berjaya
mewujudkan program bersifat kolaborasi antara PERKIM dan
MACMA. Seperti mengadakan kelas pengukuhan agama Islam dan
sambutan majlis-majlis tertentu yang melibatkan Cina-Muslim di
Malaysia. Melalui sokongan kepimpinan yang bersepatu, jurang
perbezaan yang wujud antara Cina-Muslim dengan Melayu-Muslim

1 Syed Muhammad Naquib Al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud. 2007. The
ICLIF Leadership Competency Model (LCM): An Islamic Alternative. ICLIF:
Kuala Lumpur. Ms.5-7.
2 < http://macma.my/main/index.php/media/masjid-jubli-perak-kelantan/> diakses
pada 1 Ogos 2016.

17

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dan non-Muslim berjaya dikecilkan dengan mengangkat tema-tema
persamaan dan kefahaman antara mereka.1

ii- Faktor Kefahaman Budaya
Faktor kefahaman budaya juga memainkan peranan penting dalam
menyumbang kepada kelestarian kedua-dua organisasi PERKIM dan
MACMA sehingga kini. Menjadikan Cina-Muslim sebagai sasaran
dakwah utama, PERKIM dan MACMA tidak mempunyai pilihan
selain memahami dan mengetahui segala bentuk budaya yang
melingkari masyarakat Cina. Ia bertujuan agar usaha dakwah yang
dijalankan bertepatan dengan kehendak budaya sasaran dakwah
tersebut. Diketuai oleh Cina Muslim sendiri membolehkan
kepimpinan benar-benar memahami kumpulan sasaran organisasi. Ini
dilihat sebagai satu kelebihan yang memberikan kekuatan kepada
ODBK ini.

Setelah berumur lebih 50 tahun bagi PERKIM dan 20 tahun
bagi MACMA, permasalahan kefahaman budaya ini berjaya
ditangani dengan baik. Tidak lagi mengimpot kemahiran tokoh-tokoh
Cina-Muslim dari China, sebaliknya fokus melahirkan tokoh Cina-
Muslim yang membesar di tanah air Malaysia dan mendapat
pendidikan Islam menjadi antara agenda terpenting kepimpinan
ODBK ini. Nama-nama seperti Haji Sharin (Pengusaha rangkaian
Restoran Cina Muslim), Xifu Naser (pendakwah bebas), Prof.Madya
Dr. Osman Chuah (ahli akademik), Profesor Dr. Ridhuan Tee (ahli
akademik), Dr. Athiroh (ahli akademik), Prof. Dr. Taufiq Yap (ahli
akademik dan pakar biodiesel), Chan Abdullah (ahli perniagaan),
Albeit Liew (pendakwah bebas) memperkukuhkan usaha kedua-dua
ODBK ini.

Selain daripada itu, usaha kerjasama antara ODBK dengan
pihak berkuasa agama di Malaysia juga adalah bertujuan untuk
mewujudkan keharmonian antara penganut Islam dan bukan Islam
berbilang kaum.Contohnya, PERKIM, MACMA dan beberapa
persatuan yang lain dengan kerjasama JAKIM menganjurkan Majlis
Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2016 bertempat di Kuala
Lumpur pada 14 Februari 2016.2 Tujuan majlis ini adalah sebagai
medan memberi faham kepada saudara baru CIna-Muslim dan ahli

1 Rose Wang Ma. ms.109
2 Berita PERKIM. Edisi 1/2016. Ms.15-16

18

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

keluarganya bahawa Islam tidak memisahkan hubungan kekeluargaan
dan membenarkan menyambut perayaan selagi ia tidak bercanggah
dengan ajaran Islam.1 Selain itu, MACMA pada November 2015 juga
menganjurkan Kursus Penghayatan Islam Saudara Kita sebagai
medan memberi kefahaman yang jelas berkenaan Islam kepada
saudara baru Cina-Muslim dan ahli keluarganya.2 Fenomena ini
adalah sesuatu yang membanggakan dan wajar disokong untuk
diteruskan.

iii- Faktor Komitmen
Faktor komitmen organisasi dakwah bukan kerajaan (ODBK) seperti
PERKIM dan MACMA amatlah penting dalam memastikan
keharmonian beragama di Malaysia. MACMA dan PERKIM
konsisten dengan komitmennya menawarkan kelas pengajian hal
ehwal Islam kepada Cina-Muslim yang baru memeluk Islam dalam
bahasa ibunda mereka seperti Tiong Hua dan Kantonis. Sebagai
contoh, PERKIM mengadakan “Kelas Pengajian Fardu Ain dan Al-
Qur’an” untuk saudara baru Muslim setiap hari dan sepanjang tahun.
Kelas tersebut dibahagikan kepada tiga kategori; prasasas, asas,
pertengahan dan lanjutan mengikut tahap kefahaman. Tenaga
pengajarnya terdiri dari kakitangan PERKIM dan juga jemputan luar.3
Selain itu, kelas-kelas pengajaran yang disediakan oleh PERKIM
kepada saudara baru Cina-Muslim dianggap berjaya berdasarkan
kadar kefahaman mereka terhadap Islam meningkat.4

Pada peringkat awal peranan PERKIM, ia telah menawarkan
saguhati kepada saudara baru yang memeluk Islam. Saguhati ini

1 Ibid
2 < http://macma.my/main/index.php/kursus-penghayatan-islam-saudara-kita/>
diakses pada 1 Ogos 2016.
3 http://www.perkim.net.my/kelas-perkim/ diakses pada 1 Ogos 2016.
4 Abdul Rahim dan et.al. Dakwah PERKIM Kepada Etnik Cina Di Malaysia.
Islamiyyat: International Journal of Islamic Studies. 2014. Vo.36. Issues 1. Ms.63-
69. Dicapai pada 5 Ogos 2016.
<http://web.a.ebscohost.com/abstract?direct=true&profile=ehost&scope=site&aut
htype=crawler&jrnl=02165635&AN=98992693&h=M6moMwYCQUR6Kb7k7F
2gNyVw3oKr0RYU4lxAVCqqHkMSbQPYvGPhZ7nMWmla00hYYGbTcQAzY
vecslfL%2fbEP8g%3d%3d&crl=c&resultNs=AdminWebAuth&resultLocal=ErrC
rlNotAuth&crlhashurl=login.aspx%3fdirect%3dtrue%26profile%3dehost%26scop
e%3dsite%26authtype%3dcrawler%26jrnl%3d02165635%26AN%3d98992693>

19

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

bertujuan sebagai bantuan awal kewangan sekiranya timbul
kesukaran. Namun, niat murni bantuan kewangan ini telah disalah
anggap oleh sebahagian saudara baru sehinggakan ada segelintir yang
hanya ingin memeluk Islam kerana duit, bukan ikhlas kerana agama
Islam itu sendiri dan Allah. Atas faktor ini juga telah menyebabkan
kesyumulan Islam itu tidak kelihatan kerana terlindung dengan faktor
birokrasi dan perlu menjadi Melayu setelah memeluk Islam.1 Bagi
MACMA, pemberian saguhati berbentuk wang masih diteruskan
kepada pasangan pengantin baru Cina-Muslim yang baru memeluk
Islam. Tindakan ini dilihat sebagai bantuan sokongan kewangan
kepada pasangan terbabit di peringkat awal perkahwinan.2

Dari sudut pendidikan, PERKIM sangat komited
menyediakan kelas pengajian harian dan juga pusat-pusat latihan buat
saudara baru. Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) di Pengkalan
Chepa, Kelantan sebagai contoh keseriusan PERKIM dalam
memastikan semua saudara baru mendapat tunjuk ajar dan memahami
setiap ajaran Islam dalam keadaan yang kondusif dan berkesan.3

MACMA turut komited meneruskan pelbagaikan bentuk
program dalam pelbagai bahasa pertuturan dan penyampaian.
Komitmen ini menjadikan program MACMA dapat menarik minat
golongan Cina.4 Kebiasaannya tiga jenis bahasa digunakan oleh
MACMA mengikut kepada sasaran audien seperti Bahasa Mandarin,
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Perbezaan Bahasa ini berkait
rapat dengan kawasan tempat tinggal dan latar belakang pendidikan5.
MACMA juga konsisten dalam penganjuran seminar, forum dan

1 Rose Wang Ma. Ms. 15
2 Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
dalam “Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi”. Ms.404-
437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya dan
Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
3Nur Aithiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah, et.al. “Program Pertubuhan Dakwah
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Kepada Saudara Muslim: Satu
Tinjauan Dari Segi Pendidikan.”Ms.7.
4 Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim Association
(MACMA) Dalam Pengekalan Identiti Cina Muslim di Malaysia: Analisis
Sosiologi. Ms.404-437 dalam Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal
Abidin. Budaya dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan Cina.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5 Ibid.

20

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

bengkel-bengkel yang membincangkan isu-isu semasa berkaitan
ekonomi, agama, perundangan dan lain-lain. Ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada Cina-Muslim dan memaklumkan hak-
hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia sebagai
warganegara.1

Komitmen besar yang telah berjaya diusahakan juga oleh
MACMA kepada Cina-Muslim ialah kejayaan memohon kepada
pihak JAKIM untuk melonggarkan syarat penukaran nama asal dalam
Bahasa Cina kepada nama Islam dalam Bahasa Melayu untuk
diletakkan di dalam kad identiti Muslim mereka.2 Komitmen ini telah
berjaya membantu MACMA mengekalkan ahli dan menambah ahli-
ahli baru.

Cabaran Dakwah PERKIM Dan MACMA Kepada Cina-Muslim
Pelbagai cabaran dihadapi oleh ODBK ini untuk bertahan
melaksanakan misi dan visi. Antaranya dalam memberikan
kefahaman yang jelas kepada penganut Islam di kalangan bangsa Cina
bahawa memeluk Islam bukan bererti menukar budaya hidup menjadi
bangsa yang lain khasnya bangsa Melayu. Faktor kefahaman bahawa
memeluk Islam bererti menjadi orang Melayu antara yang masih
berlegar dalam kefahaman masyarakat Cina. Tidak dinafikan bahawa
ada di kalangan mereka yang memandang sinis terhadap Islam kerana
imej agama ini yang sering dikaitkan dengan keganasan dan
mundur.3Menurut Osman Abdullah@Chuah Hock Leng (2009),
masalah utama mengapa peratusan memeluk agama Islam di kalangan
bangsa Cina rendah adalah kerana Islam dan Melayu dilihat terikat
dari sudut definisi4 dan tidak dapat dipisahkan, serta semangat
kebangsaan Melayu yang sangat dominan di kalangan masyarakat
Melayu-Muslim di Malaysia.5 Selain itu, Osman Abdullah juga telah

1 Roslieza Rosli dan Nur Aithiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah. “Aplikasi
Metodologi Dakwah Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kelantan
Pada Muallaf: Kajian Awal.” Ms.5-6.
2 Rose Wang Ma.Ms.89
3 Pandangan daripada perbincangan meja bulat Cina Muslim di Kuala Lumpur 11
Ogos 2016.
4 Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
5 Osman Abdullah@Chuah Heck Long (2009) Da’wah to Non-Muslim Chinese in
Malaysia: Some Preliminary Thoughts in Readings in Islamic Da’wah. Kuala
Lumpur: IIUM Press. Ms.250

21

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

menyenaraikan enam sebab umum mengapa bukan Muslim (terutama
Cina) di Malaysia menolak ajaran Islam1;

1. Bukan Muslim menganggap hak mereka dalam ekonomi,
politik dan sosial telah dirampas secara perlahan-lahan selepas
Malaysia mendapat kemerdekaan dengan penerapan nilai-
nilai Islam sebagai alat penyatuan antara kaum dan menafikan
peranan kepercayaan agama yang mereka anuti.

2. Tidak banyak usaha yang dijalankan dalam memberi
penerangan dan penjelasan tentang Islam yang sebenar
sebagai cara hidup kepada masyarakat bukan Muslim, bahkan
mereka juga wajar dipersalahkan kerana malu dan
menjauhkan diri dari mengikuti program-program berkaitan
Islam yang dianjurkan oleh pihak-pihak persendirian
mahupun organisasi bukan kerajaan.

3. Tiada penerangan dan maklumat berkenaan status bukan
Muslim dan tanggungjawab mereka terhadap negara seperti
hak sebagai warganegara, pembayar cukai, pemimpin atau
rakyat dari perspektif Islam dalam bahasa ibunda mereka.

4. Perseteruan politik antara UMNO dan PAS yang tiada
kesudahan dan mengheret isu agama Islam yang
mengakibatkan salah faham di kalangan bukan Muslim.2

5. Bukan Muslim juga tidak menunjukkan minat untuk
memahami dan mempelajari ajaran-ajaran Islam, bahkan
agenda kerajaan berkaitan Islam telah dikaitkan secara tidak
adil sebagai agenda Melayu.

6. Tiada nilai positif berkaitan Islam yang berjaya diketengahkan
di media cetak mahupun media elektronik. Hanya konflik dan
perseteruan antara penganut agama yang sering dipaparkan
dan mengakibatkan perasaan takut di kalangan bukan Muslim
terhadap Islam.
Selain itu, secara khusus ada beberapa sebab utama mengapa

bangsa Cina di Malaysia menolak untuk menerima Islam sebagai
agama dan cara hidup. Sebagai contoh, bilamana seorang Cina
memeluk Islam di Malaysia, mereka ini akan dianggap sebagai
pengkhianat kepada bangsa Cina dari sudut hubungan kekeluargaan,

1 Ibid. ms.250-251
2 Sejak 2015, bibit perdamaian politik antara UMNO-PAS kelihatan dalam beberapa
rangka persetujuan terutama berkaitan hal ehwal Islam.

22

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

budaya, tamadun, tradisi dan warisan nenek moyang. Bahkan,
sebahagian mereka akan dibuang atau tidak diterima oleh ahli
keluarga sendiri selepas memaklumkan status mereka sebagai seorang
Muslim.1 Kes sebegini hanya terjadi jika mereka memeluk Islam.
Namun berbeza layanan yang diterima jika mereka memilih agama
lain seperti Kristian, Hinduisme, Buddhisme atau untuk tidak
beragama.2

Lanjutan dari itu, asas penolakan golongan Cina terhadap
Islam di Malaysia, Osman Abdullah berpendapat mereka gagal
memahami ajaran Islam yang universal berdasarkan Al-Qur’an dan
Sunnah, sifat berbangga dengan sejarah tamadun Cina yang berumur
5000 tahun dan lebih hebat dari yang lain, mempunyai tokoh guru
yang hebat seperti Lao-tze dan Confucius berbanding agama lain,
pencapaian yang hebat dalam ekonomi dan pendidikan berbanding
kaum-kaum lain di Malaysia dan limitasi halal dan haram dalam
urusan keduniaan adalah merupakan faktor terpenting penolakan
bangsa Cina terhadap Islam.3

Secara kesimpulannya, cabaran yang dihadapi oleh PERKIM
dan MACMA berada dalam lingkungan yang sama. Ia merangkumi
tiga elemen utama iaitu factor kefahaman, faktor keserasian antara
budaya Cina dan Melayu dan faktor kewangan bagi ODBK dan
saudara baru itu sendiri. Ramai di kalangan peserta meja bulat Cina
Muslim juga mengakui bahawa apabila memeluk Islam, ramai di
kalangan mereka yang menjadi malas dan mudah meminta-minta
sedangkan masyarakat Cina terkenal dengan budaya hidup mereka
yang rajin.4 Justeru, satu pelan gerak kerja yang menyeluruh amatlah
diperlukan agar setiap cabaran dapat diatasi di masa hadapan.

1 Osman Abdullah. Da’wah to Non-Muslim Chinese in Malaysia: Some Preliminary
Thoughts in Readings in Islamic Da’wah,Ms.253
2 Mohd Faridh Hafez Mhd Omar. 2015. “Christian Federation of Malaysia (CFM)
and National Evangelical Christian Fellowship (NECF) and Their Responses to
Contemporary Issues: An Objective Study From A Muslim
Perspective”.Unpublished Master thesis at IIUM. Ms.88-93
3 Osman Abdullah. Ms.254-255
4 Pandangan daripada perbincangan meja bulat Cina Muslim di Kuala Lumpur 11
Ogos 2016.

23

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Kesimpulan
PERKIM dan MACMA merupakan ODBK yang banyak menjalankan
tugas dakwah dengan baik dan sistematik berdasarkan keperluan
sasaran sejak awal penubuhannya. Kejayaan mengekalkan usia
ODBK ini sehingga kini adalah salah satu indikator kejayaan yang
didapati terhasil daripada tiga faktor utama iaitu kepimpinan yang
berkesan, komitmen yang berterusan dan keupayaan memahami
budaya masyarakat Cina itu sendiri. Indikator lain adalah dengan
kejayaan penubuhan masjid Cina Muslim, pengekalan nama cina
setelah memeluk Islam, hubungan yang harmoni dengan masyarakat
Cina dan bangsa yang lain termasuk Melayu dan India, penganjuran
pelbagai aktiviti kebudayaan yang melibatkan semua kaum di
Malaysia dan kerjasama yang erat dengan penguasa agama di
pelbagai peringkat telah Berjaya menjadikan dua ODBK ini sebagai
contoh. Berdasarkan kepada keupayaan memahami perbezaan latar
belakang budaya, jumlah bilangan bahagian dan cawangan di seluruh
Malaysia, serta kekuatan kepimpinan dan komitmen, langkah
memperhebat dan memperkemas gerak kerja dakwah melalui semua
saluran seperti pendidikan, nasihat, sokongan adalah bukti
sumbangan terbesar mereka dalam memastikan keharmonian
beragama di kalangan Cina-Muslim dan non-Muslim di Malaysia
terhasil. Justeru, sumbangan dua organisasi dakwah ini wajar
diiktiraf. Namun tidak dapat dinafikan sebagai ODBK kedua-dua
organisasi ini memerlukan kepada dana yang mencukupi untuk terus
bergerak aktif dalam mempromosikan keharmonian antara agama dan
kaum di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengumpul dana
agar tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan kerajaan melalui
Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Negeri dan Jakim, dua ODBK
ini banyak terlibat dalam mencari tajaan dari pihak industry dan
korporat. Mereka berjaya mendapatkan kepercayaan dari golongan
cina bukan Islam dalam melaksanakan peranan ini. Cabaran
meningkatkan kefahaman masyarakat bahawa memeluk Islam tidak
bererti meninggalkan budaya bangsa selama mana ia tidak
bertentangan dengan akidah dan menjalinkan hubungan baik demi
mewujudkan keserasian hidup bermasyarakat sentiasa ada
cabarannya. Justeru cabaran ini perlu dihadapi dan diatasi dengan
membina kekuatan baru melalui jaringan kerjasama antara ODBK dan

24

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kerajaan serta masyarakat setempat dari pelbagai kaum dan anutan
agar keharmonian beragama di Malaysia terus terjamin.

RUJUKAN

Ahmad Redzuan Mohd Yunus. 2008. Dakwah Masyarakat Orang
Asli: Negeri Pahang. Selangor: Karisma Publications
Sdn.Bhd.

Ahmad Redzuan Mohd Yunun, et.al. 2010. Dakwah Multi Etnik.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ammar Fadzil. 2011. Religious Tolerance in Islam: Theories,
Practices and Malaysia’s Experiences as a Multi Racial
Society. Journal of Islam in Asia. No.3

Anuar Puteh, et.al. “Komitmen Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) Dalam Mengurus Saudara Baru Warga Asing.”
Kertas kerja Seminar Serantau Dakwah dan Etnik, Universiti
Malaysia Sabah pada 20-21 November 2014.

Berita PERKIM. Edisi 1/2016
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi & Yunus Abdullah Ma Zhengbin.

2010. Gerakan Dakwah Islam di kalangan Masyarakat Cina
Terengganu. Dakwah Multi Etnik. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Taburan Penduduk dan Ciri-ciri
Asas Demografi. Kuala Lumpur
Jabatan Perdana Menteri. 2010. Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia: The Commissioner of Law Revision.
Jaffary Awang. 2006. Peranan Malaysian Chinese Muslim
Association (MACMA) Dalam Pengekalan Identiti Cina
Muslim di Malaysia: Analisis Sosiologi. Ms.404-437 dalam
Wan Abd. Hamid Wan Teh dan Anisah Zainal Abidin. Budaya
dan Pemikiran Dalam Masyarakat Global Malaysia dan
Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Abubakar. 2013. The Reigious Tolerance in Malaysia: An
Exposition. Journal of Advance in Natural and Applied
Sciences. 7(1).
Mohd Faridh Hafez Mohd Omar. 2015. “Christian Federation of
Malaysia (CFM) and National Evangelical Christian

25

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Fellowship (NECF) and Their Responses to Contemporary
Issues: An Objective Study From A Muslim Perspective”.
Unpublished Master thesis of IIUM. Kuala Lumpur: IIUM
Mohd Roslan Mohd Nor. 2011. Religious Tolerance in Malaysia: An
Overview. Middle-East Journal of Scientific Research. 9 (1).
Nicholas Sylvester. 2008. Jom Berdakwah. Kuala Lumpur: JIMedia.
Nur Aithiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah. Program Pertubuhan
Dakwah Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan
Kepada Saudara Muslim: Satu Tinjauan Dari Segi Pendidikan.
Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah dan Etnik,
Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2014.
Nur Farhana Abdul Rahman & Khadijah Mohd Khambali @
Hambali. 2013. Religious Tolerance in Malaysia: Problems
and Challenges. International Journal of Islamic Thought.
Vol.3.
Osman Abdullah@Chuah Heck Long. 2009. Da’wah to Non-Muslim
Chinese in Malaysia: Some Preliminary Thoughts. Kuala
Lumpur: IIUM Press.
_______________ dan Abdul Salam Muhamad Shukri. 2008. Muslim
Converts in Malaysia: The Problem of Cultural Adjustment.
Kuala Lumpur: IIUM Press.
Ong Seng Huat, “Koay Jetty: The Social Evolution of the Hui People
in Penang”. Dicapai pada 3 April 2016.
http://www.penangstory.net.my/mino-content-paperong.html
Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Dicapai pada 1
April 2016. http://www.perkim.net.my
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Dicapai pada 3 April
2016. http://macma.my/main/
Rosey Wang Ma. 2005. “Shifting Identities: Chinese Muslims in
Malaysia” in Asian Ethnicity. Vol.6, No.2, USA: Routledge
Taylor & Francis Group.
Roslieza Rosli. “Aplikasi Metodologi Dakwah Malaysian Chinese
Muslim Association (MACMA) Kelantan Pada Muallaf:
Kajian Awal.” Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah
Pemantapan Ummah. Dicapai pada 14 Mac 2016.
<http://www.ukm.my/skim>
Siti Rugayah Tibek, et.al. 2014. Pembangunan Dakwah Mualaf.
Bangi: Institut Islam Hadhari UKM.

26

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy,Mahmood Zuhdi Abdul

Majid,Ahmad F. Yousif, Osman Chuah Abdullah, Munira
Abdul Mutalib.2016.”Studies on Inter-Faith Relations: Latest
Input for Authority Management Review (AMR)in
Malaysia”.Journal of Religious & Theological Information.
Volume 15,Issue 1-2:pp.47-59
Syed Muhammad Naquib Al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud.
2007. The ICLIF Leadership Competency Model (LCM): An
Islamic Alternative. ICLIF: Kuala Lumpur
Wan Hussin Azmi, Harun Din. 1985. “Al-Da’wah al-Islamiyyah fi
Maliziyya Zuhuruha wa Intisyaruha”. Kuala Lumpur:
Penerbit Haji Jaafar Siddiq bin Haji Salam.

27

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
28

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGHAYATAN AGAMA
DALAM GOLONGAN PEKERJA SEKS (SEX WORKER)
DI KUALA LUMPUR

Dr Khairul Hamimah Mohd Jodi, Faridah Che Husain

Pengenalan
Pekerja seks dianggap sebagai profesion tertua di dunia1 dan sukar
untuk menentukan di mana profesion ini bermula. Hal ini disebabkan
dalam tamadun awal manusia seperti tamadun Mesopotamia, Mesir,
Greek dan Rom telah wujud kegiatan ini. Namun, apa yang
membezakannya ialah konsep dan pengertian pekerja seks itu sendiri.
Misalnya bagi masyarakat Babylon kuno, mereka mewajibkan gadis-
gadis sebagai untuk melacurkan diri di kuil-kuil pada zaman itu.2
Manakala masyarakat Rom telah mewujudkan kuil pelacur yang
dikenali sebagai lupanaria yang merujuk kepada mereka yang
berkerja di rumah pelacuran.3 Bagi masyarakat India pula, mereka
beranggapan penari-penari di kuil yang digelar betairae adalah
pelacur kelas tinggi dalam masyarakat.4

Perihal melacur dalam kalangan masyarakat Melayu
tradisional masih kabur dan hanya dijadikan sebagai sebahagian tugas
lain yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh golongan hamba
dan gundik yang terkenal dalam kalangan golongan raja dan pembesar
tidak dianggap sebagai pelacur kerana lazimnya gundik didefinisikan
sebagai isteri tidak sah.5

1 Shyamala Nagaraj dan Siti Rohani Yahya. (1995). The Sex Sector and An
Unenumerated Economy. Serdang: UPM. hal.1; Abdul Hadi Zakaria. (1978).
“Pelacuran Sukarela Sebagai Women Liberation”. Manusia dan Masyarakat. Jilid
1. Universiti Malaya: Jabatan Antropologi dan Sosiologi. hal.44.
2 Ares & Norhalim Ibrahim. (1992). Pelacur Oh Pelacur: Satu Analisis. Kajang:
Masa Enterprise. hal.5.
3 Vern Bullough & Bonnie Bullough. (1987). Women and Prostitution: A women
History. New York: Prometheus Books. hal.18.
4 Abdul Hadi Zakaria. (1980). Pelacur dan Pelacuran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. hal.28-29.
5 Gundik bermaksud seorang perempuan yang dijadikan teman untuk berzina;
kendak; dua isteri secara tidak rasmi. Lihat Kamus Dwibahasa. (1999). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.239; Kamus Dewan (2005). Edisi
Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.490.

29

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Pelacuran juga dikaitkan dengan unsur-unsur kegiatan yang
menjurus kepada jenayah. Sesetengahnya bukan sahaja sebagai
pekerja seks malah turut terlibat dalam masalah dadah, gelandangan,
pembawa penyakit HIV positif, lesbian dan sebagainya.6 Hal ini juga
ditegaskan oleh Saraswathy a/p Veloo (1997)7 iaitu:“In ancient times,
female prostitution in many society was related to religious practices,
while in “modern” times it is primarily related to promiscuity and
crime.”

Definisi Pekerja Seks
Pekerja seks merujuk kepada kegiatan pekerjaan yang melibatkan
aktiviti seksual8 untuk mendapatkan wang saku dan ganjaran tertentu.
Hal ini juga dinyatakan oleh The International Encyclopedia of the
Social Science sebagai:“…is the granting of sexual access on a
relatively indiscriminate basis for payment either in money or in
goods, depending on the complexity of the local economic system”.9

Manakala Joseph Julian mendefinisikan pekerja seks sebagai
“…sexual intercourse on a promiscous and mercenary basis, with no
emotional attachment.” Menurut beliau lagi, “…sell sexual favors, to
anyone who will pay, as a way of making living.”10 Sementara Abdul
Hadi Zakaria pula telah membahagikan tiga aspek penting dalam
mendefinisikan pekerja seks iaitu dari segi sewaan, perkhidmatan
seksual (dapat memberi perkhidmatan seksual selain suami) dan
pembayaran jenis wang.11

6 Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang telah dilakukan dengan pekerja
seks di Chow Kit, Kuala Lumpur.
7 Saraswathy a/p Veloo. (1997). Pelacuran di Kalangan Masyarakat India di
Malaysia: Satu Kajian di Lembah Klang. Latihan Ilmiah (B.A.). Jabatan
Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
hal.13.
8 Dictionary Merriam Webster: http://www.merriam-
webster.com/dictionary/sex%20worker.
9 David L. Sills. (t.t). International Encyclopedia of the Social Sciences. Vol.12.
The Macmillan Company and the Free Press. hal.592.
10 Joseph Julian. (1973). Social Problems: Sexual Devience. New York: Meredith
Corp. hal.239.
11 Abdul Hadi Zakaria. (1980). Pelacur dan Pelacuran di Malaysia. Utusan
Publications & Distributors: Kuala Lumpur. hal. 25-28.

30

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 pindaan
200112, memperjelaskan pengertian pekerja seks sebagai:

“…perbuatan seseorang perempuan
menawarkan tubuhnya untuk
perbuatan jenis secara sembarangan
kerana sewa sama ada berupa wang
atau barang; dan ‘pelacur’ hendaklah
ditafsirkan dengan sewajarnya.”

Pekerja seks juga terdiri daripada golongan perempuan, lelaki dan
transgender.13 Golongan ini dikenali juga sebagai pelacur,14 jalang
atau sundal yang melacur atau menjual diri dalam menjalinkan
hubungan kelamin secara haram.15 Namun terdapat juga pekera seks
daripada kalangan lelaki yang dikenali sebagai gigolo atau hustler.16

Ciri-ciri utama dalam menentukan maksud sebenar pelacuran
ialah perkhidmatan seks secara haram antara lelaki dan perempuan
tanpa ikatan sah, wujud ganjaran seperti harta benda atau wang
ringgit, tidak melibatkan emosi dan melibatkan penindasan emosi
dalam kalangan wanita (yang dipaksa menjadi pelacur).

Umumnya terdapat pelbagai definisi mengenai pekerja seks
yang bergantung kepada faktor masa seperti masa kini dan masa lalu;
faktor kebudayaan seperti budaya Barat dan Timur serta faktor
penentuan polisi negara.17

12 (t.p). (2006). Akta kanak-kanak 2001. Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang
Malaysia. hal 17.
13http://www.merriam-webster.com/dictionary/sex%20worker; World Health
Organization (www.who.int/hiv/topics/vct/sw_toolkit/115solution.pdf): Urban
Dictionary (http://www.urbandictionary.com/define.php?term=sex%20worker).
Diakses pada 1 Ogos 2015.
14http://www.merriam-webster.com/dictionary/sex%20worker. Diakses pada 1
Ogos 2015.
15 Kamus Dewan. (2005). Edisi Empat. hal.172.
16 Yusran Yusup. (1995). Pelacuran Indonesia dan Filipina di Tawau, Sabah: Satu
Kajian Perbandingan. Latihan Ilmiah (B.A.). Jabatan Pengajian Asia Tenggara,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, hal 4.
17 A.S. Mathur dan B.L.Gupta. (1965). Prostitute and Prostitution. Agra (India):
Asia Press.hal.2.

31

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Objektif Kajian
Kajian ini berdasarkan dua objektif yang ingin dicapai iaitu:

1. Mengenal pasti pemahaman agama dalam golongan pekerja
seks

2. Mengenal pasti teknik dakwah yang bersesuaian untuk
golongan pekerja seks

Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan di kawasan sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.
Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala
Lumpur, Malaysia yang terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan
berhampiran dengan Kampung Baru, Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku
Abdul Rahman. Kawasan ini dianggap sebagai salah satu kawasan
yang mempunyai pekerja seks jalanan yang ramai dan mudah didapati
di Kuala Lumpur. Kebanyakan pekerja seks adalah terdiri daripada
pelbagai bangsa dan jantina. Mereka menawarkan perkhidmatan yang
mampu dilanggan oleh pelanggan yang berpendapatan rendah dan
sederhana. Perkhidmatan ditawarkan sepanjang masa dan mereka
juga mudah untuk dihubungi dan dicari kerana sering berlegar di
sekitar kawasan tersebut. Selain itu, terdapat beberapa NGO yang
menjaga kebajikan pekerja seks di kawasan ini seperti PT Foundation,
Sinar Salam dan sebagainya.

Walaupun demikian, untuk kajian ini hanya tiga orang sahaja
pekerja seks yang memberi kerjasama untuk memberikan maklumat.
Manakala yang lain cuba mengelakkan diri dan tidak mahu memberi
kerjasama dengan memberikan pelbagai alasan seperti ‘sibuk
bekerja’, ‘cari makan’ dan sebagainya. Ada juga pekerja seks yang
ditemui berada dalam keadaan separuh sedar di bawah pengaruh
dadah. Keadaan ini menyukarkan penulis untuk mendapatkan data
yang sahih kerana keadaan mereka yang tidak konsisten memberikan
jawapan.

Data yang diperolehi dilakukan dengan menggunakan kaedah
temubual di samping kaedah pemerhatian dan pemerhatian turut serta.
Seramai tiga orang pekerja seks dalam lingkungan umur 35 hingga
55 tahun dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Pemilihan
responden dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan
bertujuan. Bagi melindungi kerahsiaan, nama dan maklumat-
maklumat lain yang boleh menjurus kepada identiti responden ini

32

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

telah ditukar. Kebenaran bagi melaksanakan temubual telah
diperolehi sebelum ia dilaksanakan. Penglibatan para responden
adalah secara sukarela dan mereka perlu mempunyai pengalaman
sebagai pekerja seks melebihi 5 tahun dan pernah mengikuti program-
program di rumah perlindungan.

Data dikumpul secara temubual mendalam dengan melibatkan
pengkaji dan pekerja seks. Responden ditemubual oleh pengkaji
sendiri dengan menggunakan temuduga separa berstruktur. Skrip
temubual dibahagikan kepada lima bahagian utama iaitu latar
belakang, pengetahuan dan penghayatan agama yang meliputi aspek
akidah, ibadah, akhlak dan al-Quran, pengalaman sebagai pekerja
seks, serta perubahan sebelum dan selepas mengikuti program-
program di rumah perlindungan. Temubual mendalam ini dilakukan
bagi membolehkan responden bebas berkongsi pengalaman hidup
yang telah dilalui. Namun, dalam masa yang sama pengkaji akan
memastikan agar perkongsian ini tetap terikat dengan skop kajian
yang hendak dikaji. Data-data yang diperolehi kemudiannya telah
dianalisis secara analisis kandungan bertema,18 iaitu pengasingan data
telah dilakukan berdasarkan kepada tema-tema yang timbul.

Sejarah Perkembangan Pekerja Seks
Sejarah telah membuktikan bahawa kerjaya pekerja seks dianggap
sebagai profesion tertua di dunia dan sukar untuk menentukan bila
kerjaya ini bermula. Al-Quran secara jelas menunjukkan kerjaya ini
dalam kisah kaum Nabi Lut yang hidup sezaman dengan Nabi
Ibrahim. Pada waktu tersebut digambarkan penduduknya gemar
dengan hubungan sejenis (homoseksual) secara terbuka. Walaupun
telah dinasihati oleh Nabi Lut, kaumnya tetap ingkar dan akhirnya
mendapat balasan daripada Allah berbentuk hujan batu yang panas
daripada tanah terbakar.19

18 Howitt & Cramer. (2008). Introduction to Research Methods in Psychology.
Harlow: Pearson. hal 78.
19 Kisah Nabi Lut boleh didapati pada Surah al-Anbiya 21:74-75 (amaran balasan
melakukan hubungan sejenis secara terbuka); Surah al-Syuara 26: 160-175 (Dialog
Nabi Lut dan kaumnya dan akhirnya mereka ditimpa balasan hujan batu); Surah
Hud 11: 77-83 (Kaum Luth meyukai hubungan sejenis dan balasan Allah dalam
bentuk hujan batu dari tanah yg panas terbakar pada waktu subuh); Surah al-Qamar
54: 33-39 (Amaran Nabi Luth kepada kaumnya namun tidak diendahkan akhirnya

33

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Kerjaya pekerja seks didapati telah wujud di Melaka pada
abad ke-16 lagi.20 Ini dibuktikan oleh J.M Gullick bahawa pekerja
seks wujud sebelum kedatangan British dan mereka memberi
perkhidmatan seks kepada golongan atasan, pembesar, askar yang
terdiri daripada golongan hamba, gundik, orang gaji dan dayang yang
mengiringi pembesar dan raja.21 Selain itu, wujud kerjaya pekerja
seks di Tanah Melayu seperti di Pulau Pinang (1780)22, Kuala Lumpur
(1980)23, Kelantan (1838) khususnya kawasan pelabuhan yang
dikenali sebagai “jalang”.24

Sementara dasar British yang menggalakkan rumah pelacuran
pada tahun 1900-1927 tanpa sekatan25 telah mewujudkan rumah
pelacuran di Pudu, PetalingRoad dan High Street,26 malah British juga
telah memperkenalkan lesen operasi secara sah pada tahun 1927-1930
untuk pelacur kelas atasan. Kemasukan imigran asing ke Tanah
Melayu dan ketidakseimbangan jantina penduduk makin
merancakkan lagi kegiatan pekerja seks kerana mendapat permintaan

mereka ditimpa balasan hujan batu pada subuh hari); Surah al-Tahrim 66:10 (isteri
nabi Luth bersekongkol dengan penduduk)
20 Mahani Musa. (1998). “Kaum Wanita Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka:
Antara Batasan Tradisi Dan Realiti”. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
No.6. hal.26.
21 J.M Gullick. (1970). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.166
22 Universiti Sains Malaysia. (1974). “Prostitutes and Prositution in Malaya
Between the 1980’s and 1930’s”. Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia. hal 1.
23 Moradila Abd. Moris. (2004). Perkembangan Pelacuran: Tumpuan Di Kuala
Lumpur. Latihan Ilmiah. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial,
Universiti Malaya.
24 Abdullah Munshi Abdul Kadir. (1961). Kesah Pelayaran Abdullah. Singapura:
Sidang Pengarang Malaya Publishing House LTD. hal 31-35; Ruslan bin Katib.
(1966). Pelacuran Melayu di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. hal.8.
25 Tan Lan Lan. (1989). Dasar-dasar Pemerintahan Inggeris Terhadap Pelacuran
Di Tanah Melayu Pada Tahun 1930: Satu Penilaian. Latihan Ilmiah. Pusat
Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. hal.12.
26 (t.p) (1885). (SSF/691/85). Report of His Visiting the Pudu, Petaling High Street
and the Fifthy State of the Brothels.

34

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

yang tinggi terhadap sektor ini.27 Peranan kongsi gelap yang memberi
perlindungan kepada pekerja seks28 menyukarkan gejala ini
dibendung sehingga menyebabkan aktiviti ini berterusan sehingga
kini.

Hasil Kajian dan Perbincangan
Responden adalah terdiri daripada pekerja seks yang berumur di
antara 35 hingga 55 tahun. Semua responden adalah berbangsa
Melayu dan mendapat didikan sehingga darjah enam serta memiliki
lebih daripada tiga orang anak. Dua responden telah berpisah dengan
pasangan masing-masing, manakala seorang lagi masih berstatus
isteri. Dua responden memiliki cucu, dua responden terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan seorang responden merupakan pembawa
penyakit HIV positif.

Responden mempunyai alasan sendiri mengenai penglibatan
mereka dalam pekerjaan ini, antaranya dijual suami, lari dari rumah,
mangsa penderaan rumahtangga, sukar mendapat pekerjaan tetap dan
‘tidak sengaja’ terjebak dalam dunia pekerja seks. Kesemua
responden pernah mengikuti program keagamaan di rumah
perlindungan di kawasan Chow Kit selama setahun. Penglibatan
mereka dalam program keagamaan tidak secara mingguan, seorang
mengikut program bulanan dan seorang mengikut program jika
mempunyai kesempatan. Ini disebabkan jadual kerja mereka yang
tidak menentu dan lain-lain perkara. Semua responden terlibat dengan
pekerjaan seks melebihi lima tahun, iaitu; seorang responden terlibat
selama 9 tahun dan dua responden lagi selama 20 tahun.

Hasil daripada pemerhatian dan temubual terhadap responden
mengenai tahap pengetahuan dan penghayatan mengenai agama,
penulis membahagikan pengetahuan agama responden kepada akidah,
ibadah, akhlak dan al-Quran. Pengetahuan agama ini diambil
berdasarkan silibus kelas agama yang diikuti dan dijalankan oleh
rumah perlindungan.

27 Nurul Asnida Abu Bakar. (2010). Kegitan Pelacuran di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, 1896-1930. Disertasi Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial,
Universiti Malaya. hal.15.
28 Ang Saw Yee. (1998/99). Kongsi Gelap Cina Dan Selangor Sejarah Awal Hingga
Tahun 1990. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial,
Universiti Malaya. hal.xx.

35

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

i. Pengetahuan dan penghayatan akidah
Dalam tajuk akidah, responden didedahkan mengenai asas rukun
Islam dan rukun iman. Mereka dijelaskan maksud syahadah,
keperluan iman dalam kehidupan manusia, siapa dan peranan
malaikat dalam kehidupan dan kepentingan iman sebagai panduan
kehidupan di dunia dan di akhirat (Surah al-Mu’minun (23):1-11).
Objektif pembelajaran akidah ini diharapkan dapat mendidik
responden kembali mengingati kepada Tuhan-Nya dan tidak lagi
terlibat dengan pekerjaan seks. Hasil daripada temubual terhadap
semua responden, mereka sukar meninggalkan pekerjaan ini kerana
sukar mencari kerja lain, walaupun mereka tahu Tuhan itu Maha
melihat. Dua responden tidak ‘peduli’ soal kematian, siksaan kubur
dan balasan di alam barzah kelak. Seorang responden pernah terfikir
menunaikan haji manakala dua responden menyatakan mereka tidak
layak menjadi ‘tetamu Allah’. Berikut merupakan luahan responden
berkenaan akidah,

“..saya tahu Tuhan tu ada, memang dia
nampak kut..(termenung) tapi tulah
mana nak cari duit. Tak de duit mana
nak makan, minum, tukar baju lagi, nak
beli metadon lagi… semua tu duitla
dik...cakap senang la sebab dik tak rasa
pun…emm soal mati tu tak larat nak
pikir… lantaklah kubur masing-
masing…”29
“saya ni tak layak lah nak pergi sana
(haji) tu. Duit pun takde.
Ermmmmm..kak haji tu wajib ke?”30

Seterusnya, apabila dijelaskan iman sebagai benteng pertahan
diri kerana iman yang mantap menjadikan individu tersebut takutkan
Allah melebihi segala-galanya. Malah responden turut diterangkan
keyakinan kepada Allah SWT dan menyedarkan mereka bahawa iman

29 Responden A, ‘Amelina’ (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 20 Julai 2014.
30 Responden B, ‘Nurliza’ (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 22 Jun 2014.

36


Click to View FlipBook Version