Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
merupakan benteng penghalang manusia daripada melakukan
maksiat.31 Berikut respon daripada perkara tersebut;
“….saya ni kalau tak fikir umur ..lama
dah saya ‘selak kain’ semula tau..”32
“entahla dik…sampai bila nak jadi
gini, tahu Tuhan tu… tak payah tanya
lagi”33
Berdasarkan pengakuan responden di atas menunjukkan
bahawa mereka masih tidak rasa kebertuhanan (God-consciousness)
dalam diri mereka, dan tidak timbul keyakinan wujudnya sesuatu
yang maha berkuasa di luar diri mereka sehingga mereka masih kekal
dengan pekerjaan lama. Akidah memberi pengaruh yang signifikan
terhadap kehidupan dan sikap individu itu sendiri.34 Ini dibuktikan
dengan kajian Khairul Hamimah (2006) mendapati bahawa
kefahaman akidah yang lemah menyebabkan individu terlibat dengan
masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, sumbang mahram,
mencuri dan sebagainya.35
ii. Pengetahuan dan penghayatan ibadah
Responden mempelajari tajuk solat dalam kelas ibadah. Mereka
diterangkan tentang rukun solat, syarat sah solat, perkara yang
membatalkan solat, perbuatan dalam solat, jumlah solat fardu dan
kewajipan menunaikannya. Mereka dijelaskan juga tentang solat
sunat, solat ketika uzur dan solat berjemaah. Semua responden
menyatakan bahawa mereka tidak menunaikan solat kerana tidak ada
keinginan untuk menunaikannya. Responden juga tidak mengingati
31 Surah Taha: 14.
32 Responden C, “Kak Munah” (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 1 Jun 2014.
33 Responden A, ‘Amelina’ (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 20 Julai 2014.
34 Ahmad Munawar Ismail. (2012). Aqidah as a Basis of Social Tolerance: The
Malaysian Experience. International Journal of Islamic Thought. Vol. 1. hal.1.
35 Khairul Hamimah Mohamad Jodi. (2006). Masalah Akhlak dan Hubungannya
Dengan Akidah di Kalangan Pelajar Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR)
Cawangan Kuala Lumpur. Disertasi Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya. hal. 130.
37
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
niat, bacaan, bilangan rakaat, rukun solat dan tidak mengetahui cara-
cara solat ketika sakit dan perkara sunat berkaitan solat. Walaupun di
rumah perlindungan tersebut ada menunaikan solat berjemaah selepas
habis kelas pengajian, penulis melihat ketiga-tiga responden ini tidak
menunaikannya.
Solat mengandungi zikir yang dibaca dengan khusyuk mampu
mendamaikan hati36 ketika berhadapan dengan pelbagai situasi.37
Solat juga merupakan terapi psikologi yang membantu jiwa menjadi
lebih tenang dan menghilangkan tekanan perasaan yang disebabkan
oleh pelbagai masalah dalam kehidupan.38 Selain itu solat berupaya
mengurangkan tekanan darah, menghilangkan stress dan mampu
menghalang individu daripada berkelakuan keji.39 Malah,
menunaikan solat menghasilkan keadaan tenang dalam otak manusia,
justeru solat amat baik untuk mengekalkan tahap kesihatan, kestabilan
mental dan emosi seseorang.40 Dalam situasi ini sewajarnya pekerja
seks ini perlu menunaikan solat untuk ketenangan jiwa dan
mendapatkan keampunan daripada Allah SWT.41
Hasil daripada temubual pemerhatian yang dilakukan jelas
tahap pengetahuan dan penghayatan responden sangat lemah dan
tidak berkeinginan untuk belajar semula cara menunaikan solat. Ini
dibuktikan oleh responden:
“sembahyang ke..mmm buat masa ni
rasa takde nak buat..entahla takde nak
buat pun..”42
36 Danial Zainal Abidin. (2009). Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Kuala
Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd., hal.50.
37 Al-Krenawi & Graham, JR. (2000). Islamic Theology and Prayer-Relevance for
Social Work Practice. International Social Work. Vol. 43. Issue 3. hal.289.
38 Nor Azah Abdul Aziz. (2011). Kaedah Menangani Stress Dengan Solat. Journal
of Islamic and Arabic Education. 3 (2). hal.6.
39 Fazilah Idris et al. (2012). Influence of Ritual Behavior on Religious Delinquent
Behavior among Youth: A Path Analysis Approach. Procedia – Social and
Behavioral Sciences. Vol. 59, hal. 51; Lihat juga Surah al-Ankabut :45.
40 Fatimah Ibrahim et al. (2008). Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya, hal.3.
41 Surah al-Baqarah :153.
42 Responden A, ‘Amelina’ (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 19 Julai 2014.
38
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
“lama dah tinggal oiiii!!..niat pun tak
ingat, baca pun tak reti (sambil
ketawa)…takde rasa apalah, betul tak
de rasa apa-apa…(apabila ditanya
perasaannya meninggalkan solat)43
iii. Pengetahuan dan penghayatan akhlak
Dalam kelas akhlak, responden dijelaskan sifat sabar, taubat, takut
akan Allah, tidak tamak, menjaga adab dalam pergaulan, memelihara
aurat, bahaya zina dan menjauhi dadah. Tajuk tersebut diajar kerana
ia berkaitan dengan “jenayah” yang mereka lakukan sehingga kini. Ini
kerana dua daripada responden terlibat dengan penyalahgunaan
dadah. Terdapat juga pekerja seks yang terlibat lebih daripada tiga
“jenayah” iaitu mengedar/mengambil dadah, melacur, pembawa HIV
positif dan lesbian. Justeru dalam kelas akhlak, topik takutkan Allah
diberi penekanan untuk memberi kesedaran dan memantapkan
keyakinan terhadap balasan yang bakal diterima oleh mereka di
akhirat nanti.
Kelas akhlak ini diharapkan mampu membangunkan insan
umumnya dan pekerja seks khususnya secara menyeluruh dengan
memperkasa identiti dan jati diri mereka melalui Tauhid,
meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperkasa moral.44 Malah,
akhlak itu bermula daripada intipati tauhid kepada Allah demi
melahirkan generasi yang mulia, mempunyai ketahan diri (mental dan
fizikal) dan berupaya menghadapi cabaran hidup.45 Realitinya
kepentingan pendidikan akhlak telah diakui oleh semua masyarakat
sepanjang sejarah sejak zaman Greek sehingga kini.
Hasil daripada temubual dan pemerhatian mendapati akhlak
pekerja seks ini masih tidak berubah. Ini dibuktikan mereka tidak
mahu mencari pekerjaan lain, kembali kepada dunia pekerjaan seks
walaupun telah memasuki penjara beberapa kali, sukar untuk
melepaskan “gian” dadah dan pelacuran dalam kehidupan. Seorang
43 Responden C, “Kak Munah” (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 1 Jun 2014.
44 Khalif Muammar, (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran Dari
Masa Lalu. Jurnal Islam Hadhari. Bil. 2. hal. 15.
45 Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama dalam
Pembentukan Masyarakat Madani. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 11 (2). hal. 69-82.
39
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
pekerja seks mengakui telah pulang ke kampung halaman dan berjaya
menjauhi dadah selama empat tahun, namun dia kembali semula ke
Kuala Lumpur kerana tidak mampu melupakan dadah dan seks. Ini
dijelaskan oleh responden A:
“Pernah balik kampung dulu..tengok
anak, cucu. Masa tu saya nak berubah.
Lama juga duk kampung, tak ambik
dadah, tak langgan orang pun…tapi
sekarang kat sini (Chow Kit) balik.
Susahla dik nak lupa benda-benda
ni…..”46
Pemerhatian penulis pada malam hari mendapati seorang pekerja seks
menjalankan “urus niga” bersama pelanggan, sedangkan pada waktu
petang hari yang sama, pekerja seks tersebut menghadiri program
keagamaan yang dijalankan oleh pusat perlindungan.47 Jelas di sini
penghayatan responden terhadap akhlak masih lagi lemah.
iv. Pengetahuan dan penghayatan al-Quran
Kelas pengajian tajwid, Iqra dan al-Quran di adakan pada seminggu
sekali. Untuk permulaan pekerja seks didedahkan dengan asas tajwid
yang mudah seperti sebutan huruf hijaiyyah dan mad asli. Tujuann
bagi membolehkan mereka membaca Iqra yang lebih baik. Kaedah ini
bertepatan dengan peringatan Allah SWT yang menghendaki manusia
mempelajari al-Quran secara beransur-ansur serta membaca ayat-ayat
yang paling mudah terlebih dahulu supaya ia mudah difahami dan
dihayati.
Seterusnya pekerja seks akan membaca Iqra mengikut tahap
pengetahuan mereka. Majoriti tahap bacaan Iqra pekerja seks yang
menghadiri kelas ini berada di tahap paling rendah iaitu Iqra 1. Ini
termasuklah tiga responden yang bersetuju menjadi bahan kajian
penulisan ini. Tujuan diadakan kelas mengaji ini agar mereka
46 Responden A, ‘Amelina’ (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 19 Julai 2014
47 Hasil observasi penulis pada waktu malam dari 10-21 Ogos 2014 pada jam
12.00pm bersama “Kak Ida” yang merupakan pemilik rumah perlindungan untuk
membantu pekerja seks dan gelandangan di Chow Kit.
40
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
berupaya mengenal huruf dan mampu membaca Iqra dengan baik.
Berikut merupakan temubual penulis dengan beberapa orang
responden berkaitan dengan bacaan Iqra:
“….memang makcik tak tahu langsung
membaca jawi ini. Membaca rumi
bolehla sikit. Dulu-dulu pernah la
baca..hmmm..masa kecik
rasanya…(sambil berfikir). Itu pun dah
baca banyak kali cuba..ulang-ulang
pun, tak ingatlah, masih salah jugak.
Dah berumur ni..tapi tak tua tau
(sambil ketawa), susah la nak ingat
sebutan, otak tak jalan…”48
“..minta maafla kak, saya tak tahu
mengaji…saya ikut kelas ni pun tak
faham..”49
“….apa?? mengaji? Jawi pun tak
lepas, ni la belaja balik, nak
paham...”50
Daripada temubual di atas, dapat disimpulkan bahawa tahap
pengetahuan asas jawi/Iqra mereka adalah tidak memuaskan dan
lemah. Kebolehan membaca jawi amat penting bagi membaca buku
berkaitan agama khususnya berkaitan dengan solat. Ini kerana buku-
buku tersebut mengandungi bacaan doa, niat yang kebanyakannya
ditulis dalam tulisan jawi. Kajian yang dilakukan oleh Nik Rosila Nik
Yaacob51 mendapati hubungan yang signifikan antara penguasaan
48 Responden C, “Kak Munah” (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 1 Jun 2014.
49 Responden B, ‘Nurliza’ (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 21 Jun 2014.
50 Responden A, ‘Amelina’ (bukan nama sebenar), pekerja seks dalam temubual
bersama penulis pada 19 Julai 2014.
51 Nik Rosila Nik Yaacob (2007), “Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan
Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam”, Jurnal Pendidik Dan
Pendidikan. Jil 22. Jurnal diakses melalui Google Scholar:
41
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
bacaan jawi memberi kesan terhadap minat kepada bahan bacaan
pendidikan Islam. Individu yang tidak dapat menguasai bacaan dan
tulisan jawi akan semakin ketinggalan dalam memahami ilmu
pendidikan Islam. Ini secara tidak langsung mempunyai kaitan
dengan bacaan dalam solat yang mana buku-buku berkaitan dengan
solat banyak meletakkan doa-doa dan niat yang ditulis dalam jawi.
Persoalannya ialah bagaimana mahu melakukan solat fardu atau sunat
sekiranya doa, niat dan bacaannya tidak dapat dibaca dan difahami
dengan baik?
Peranan Dakwah Terhadap Golongan Pekerja Seks di Kuala
Lumpur
Dakwah berperanan penting untuk mengajak pekerja seks ke arah
kebaikan dan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang. Lebih-
lebih lagi responden yang terlibat ini adalah daripada wanita Melayu
yang beragama Islam. Kajian mendapati, kebanyakan pekerja seks
adalah mempunyai tahap pengetahuan agama yang lemah, bukan
sahaja penganut Islam, malah kajian mengenai pelacur dalam
kalangan penganut agama Hindu mendapati 90 peratus yang terlibat
mempunyai pengetahuan agama yang lemah.52
Peranan dakwah amat penting untuk mengajak dan
memimpin individu lain kepada jalan Allah oleh pendakwah kepada
mad’unya (sasaran) dengan maksud segala perlakuan dan
tindakannya akan mendapat keredhaan daripada Allah. Ajakan itu
seterusnya membawa kepada kesejahteraan hidup mad’u.53 Oleh itu,
segala usaha yang berupa ajakan ke arah kesejahteraan dan
kebahagian pekerja seks dengan berteraskan Islam adalah dianggap
sebagai berdakwah.
Dakwah mempunyai peranan yang penting untuk mengubah
sikap pekerja seks di Kuala Lumpur ke arah kehidupan yang lebih
mulia. Walaupun sikap seseorang boleh dipengaruhi, namun
mengubah sikap bukanlah suatu perkara yang mudah. Menurut Fariza,
satu pendekatan untuk mempengaruhi sikap ialah melalui pendekatan
http://web.usm.my/education/publication/jpp%20nik%20rosila%20art%2010%20
%28161-172%29.pdf, 24/6/2015.
52Saraswathy a/p Veloo. op.cit. hal. 39.
53 ‘Ali ‘Abd al-Halim Mahmud. (1992). Fiqh al-Dakwah al-Fardiyah. Dar al-
Wafa’. hal.25.
42
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
psikologi.54 Dalam konteks ini, pendakwah perlu menguasai
kemahiran psikologi tertentu yang bersesuaian untuk menyampaikan
dakwah yang berkesan kepada golongan pekerja seks. Antaranya
ialah:
i. Kemahiran berkomunikasi dan membina hubungan yang baik
dengan pekerja seks
Untuk membina kemahiran komunikasi dan hubungan yang baik
dengan pekerja seks, pendakwah perlu mengetahui psikologi pekerja
seks seperti emosi, akal, moral dan sosial mereka. Apabila kemahiran
komunikasi dan hubungan baik antara pendakwah dan pekerja seks
telah terjalin, maka mudah bagi pendakwah untuk memahami sebab
mereka terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Pendakwah juga
dapat menentukan pendekatan dan langkah-langkah dakwah yang
bersesuaian dengan mereka. Muhammad al-Ghazali menjelaskan
dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang
kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang
diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup
dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada
mereka.55
ii. Kemahiran memahami emosi pekerja seks
Emosi merupakan suatu keadaan yang kompleks dalam diri manusia.
Pelbagai bentuk emosi manusia banyak digambarkan oleh al-Quran
seperti emosi takut,56 emosi marah,57 emosi sedih atau berdukacita,58
emosi benci,59 emosi cinta dan kasih sayang60 dan sebagainya.
Kesemua emosi ini akan dirasai oleh manusia hasil tindak balas
daripada suatu keadaan atau peristiwa tertentu yang dialami dalam
kehidupannya.
54 Fariza Md Sham. (2015). Kemahiran Psikologi Dakwah kepada Golongan
Remaja.Al-Hikmah. 7(1). hal.96.
55 Muhammad al-Ghazali. (1981). Ma’a Allah. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-
“Arabi. hal.17.
56 Surah al-An’am:15, al-Zumar:14
57 Surah Ali-‘Imran:134
58 Surah Yusuf:86, Surah al-Qasas:13
59 Surah al-Baqarah:216, Surah al-Taubah:54
60 Surah al-A’raf:188; Surah al-‘Adiyat:8; Surah al-Hisr:9
43
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Kebanyakan pekerja seks mempunyai alasan sendiri mengenai
penglibatan mereka dalam pekerjaan ini. Bagi pekerja seks yang
terlibat secara sukarela, mereka mempunyai emosi yang yang
bersedia dengan kehadiran pelbagai risiko yang bakal mereka tempuh
dan sanggup menerimanya dengan hati terbuka. Tetapi bagi setengah
pekerja seks yang ‘tidak sengaja’ terjebak dalam dunia pekerja seks
atau terlibat secara dipaksa disebabkan oleh dijual suami, lari dari
rumah dan mangsa penderaan rumahtangga kebanyakannya sukar
menyesuaikan dengan perubahan tersebut. Mereka akan
menunjukkan gangguan psikologi pada diri seperti perubahan emosi,
tekanan, kebimbangan dan kerisauan terutama yang berkaitan risiko
yang akan dihadapi seperti penyakit dan sebagainya.
Dakwah terhadap pekerja seks dilakukan secara berencana
bergantung kepada tahap emosi yang mereka alami. Menurut Ariffin,
dakwah merupakan sebagai suatu kegiatan mengajak manusia dalam
bentuk lisan yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha
mengajak orang lain, sama ada secara individu atau kelompok supaya
timbul dalam diri suatu pengertian, kesedaran, sikap, penghayatan
serta pengalaman terhadap ajaran yang disampaikan kepada mereka
dengan menolak unsur-unsur paksaan.61 Berdasarkan definisi ini,
terdapat beberapa elemen yang mempunyai hubungan rapat dengan
peranan dakwah terhadap pekerja seks iaitu:
Berlakunya kegiatan ajakan dalam proses ini yang melibatkan
pendakwah dan pekerja seks.
Adanya suatu bentuk tertentu dalam kegiatan ini sama ada
melalui lisan, tulisan dan tingkahlaku.
Kegiatan tersebut dilakukan secara sedar dan berencana.
Kegiatan tersebut dilakukan untuk mempengaruhi pekerja
seks secara sukarela.
Bertujuan untuk menimbulkan kesedaran, penghayatan dan
perubahan diri pekerja seks ke arah kehidupan yang diredhai
oleh Allah S.W.T.
Ia dilakukan tanpa adanya unsur-unsur paksaan terhadap
pekerja seks.
61 H.M. Ariffin. (1991). Psikologi Dakwah Suatu Pengantar Studi. Jakarta. hal. 6.
44
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Berdasarkan kepada elemen-elemen di atas, dakwah yang
berkesan merupakan salah satu cara untuk mempengaruhi pekerja
seks ke arah ketenangan hati dan penjernihan jiwa. Ketenangan hati
daripada kegelisahan dan penyakit hati dapat diubati dengan
memantapkan keimanan seseorang kepada Allah S.W.T.Kemuliaan
dan kehinaan martabat seseorang manusia adalah dinilai daripada
hubungannya dengan Allah S.W.T., hubungannya dengan sesama
manusia, pelaksanaan tanggungjawabnya sebagai khalifah di atas
muka bumi dan kesedarannya terhadap matlamat dan tujuan
kehidupannya. Di dalam menangani masalah kegelisahan, dakwah
melalui pendekatan Islam melihat seseorang individu daripada sudut
fizikal dan spiritual sekaligus dan bukannya mengasing-
asingkannya.62
Antara tugas dakwah adalah menyuruh (al-amru)
melaksanakan apa yang disukai Allah dan rasul-Nya akan perkara
yang wajib dan sunat, zahir dan batin. Tugas dakwah juga terdiri
daripada menegah (an-nahyu) segala larangan Allah dan rasul-Nya
sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah kiranya tidak ke
arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan
apa yang tidak disukai-Nya, sama ada dari perkataan atau perbuatan
zahir.63 Hal ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud,
"Dan hendaklah ada di antara kamu
segolongan yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada makruf
dan mencegah dari yang mungkar,
merekalah orang yang beruntung".64
Pendekatan dalam berdakwah adalah berasaskan manhaj
Rabbani yang berpandukan al - Qur'an, sebagai sumber paling
berautoriti diikuti sabda Rasulullah S.A.W dan ijmak ulama dan qias
yang menjadi panduan utama yang perlu dirujuk oleh setiap Muslim.
62 Hairunnaja Najmuddin. (2002). Psikologi Ketenangan Hati. Pahang: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd. hal. 61-62.
63 Abu 'Urwah. (1999). Konsep-konsep Umum Islam. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam. hal: 124.
64 Surah Ali-Imran:104
45
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Di dalamnya, Allah S.W.T menggariskan uslub dakwah dengan jelas
dan terang iaitu:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai
Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran
yang baik, dan berbahaslah dengan
mereka (yang Engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik;
Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalannya, dan Dia lah
jua yang lebih mengetahui akan orang
yang mendapat hidayah petunjuk."65
Rumusan
Penglibatan masyarakat sebagai pekerja seks di kawasan Chow Kit,
Kuala Lumpur dan kawasan lain di Malaysia mempunyai modus
operandi yang sama iaitu untuk mendapat pulangan wang yang
lumayan, pendapatan sampingan dan sebagainya. Kegiatan ini telah
lama wujud dan amat sukar dibendung kerana terdapat permintaan
dari orang tengah seperti hotel, kelab malam, spa, pusat kesihatan,
salon, pusat kesihatan (urut), dan pusat snooker. Tempat-tempat ini
merupakan antara premis yang membuka laluan untuk kegiatan
melanggan pelacuran dan pekerja seks, walaupun tidak semua premis
menjalankan perniagaan terkutuk ini.
Selain itu, promosi pelacuran ini dijalankan melalui iklan di
internet, akhbar harian, pemandu teksi, dan broker di jalanan
khususnya di tempat tumpuan ramai pada sebelah malam. Mereka
yang terlibat dengan perniagaan pelacuran ini mengutip keuntungan
yang tinggi setiap hari. Perniagaan mereka ini pastinya terlepas
daripada cukai pendapatan yang dikutip jabatan hasil dalam negeri.
Hasil kajian yang dilakukan terhadap pekerja seks di Chow
Kit memperlihatkan kebanyakan yang terlibat dalam kegiatan ini
mempunyai tahap pengetahuan dan penghayatan agama yang rendah.
65 Surah al-Nahl: 125
46
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Jadi tidak hairanlah jika mereka masih lagi meneruskan kegiatan ini
walaupun umur sudah semakin tua.
Justeru, bagi membendung gejala ini, dakwah terhadap
golongan pekerja seks amat perlu dilakukan secara konsisten oleh
pihak kerajaan, NGO dan individu. Pekerja seks bukan sahaja
menawarkan perkhidmatan seks, malah ada yang terlibat dengan
jenayah dan gejala sosial lain seperti dadah dan sebagainya. Proses
dakwah terhadap golongan ini perlu mengambilkira kepentingan
aspek agama, akal, keturunan, nyawa dan harta supaya segala
kemungkaran dan keburukan dalam masyarakat dapat dikurangkan
dan dihapuskan secara berperingkat.
Rujukan
Al-Quran
Abdul Hadi Zakaria. (1978). “Pelacuran Sukarela Sebagai Women
Liberation”. Manusia dan Masyarakat. Jilid 1. Universiti
Malaya: Jabatan Antropologi dan Sosiologi.
Abdul Hadi Zakaria. (1980). Pelacur dan Pelacuran di Malaysia.
Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Munshi Abdul Kadir. (1961). Kesah Pelayaran Abdullah.
Singapura: Sidang Pengarang Malaya Publishing House LTD.
Abu 'Urwah. (1999). Konsep-konsep Umum Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Ahmad Munawar Ismail. (2012). Aqidah as a Basis of Social
Tolerance: The Malaysian Experience. International Journal of
Islamic Thought. Vol. 1.
Al-Krenawi & Graham, JR. (2000). Islamic Theology and Prayer-
Relevance for Social Work Practice. International Social Work.
Vol. 43. Issue 3.
‘Ali ‘Abd al-Halim Mahmud. (1992). Fiqh al-Dakwah al-Fardiyah.
Dar al- Wafa’.
Ang Saw Yee. (1998/99). Kongsi Gelap Cina Dan Selangor Sejarah
Awal Hingga Tahun 1990. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah,
Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Ares & Norhalim Ibrahim. (1992). Pelacur Oh Pelacur: Satu Analisis.
Kajang: Masa Enterprise.
A.S. Mathur dan B.L.Gupta. (1965). Prostitute and Prostitution. Agra
(India): Asia Press.
47
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Asmawati Suhid. (2005). Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama
dalam Pembentukan Masyarakat Madani. Jurnal Pendidikan
Islam. Jil. 11 (2).
Danial Zainal Abidin. (2009). Perubatan Islam dan Bukti Sains
Moden. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd.
David L. Sills. (t.t). International Encyclopedia of the Social Sciences.
Vol.12. The Macmillan Company and the Free Press.
Fariza Md Sham. (2015). Kemahiran Psikologi Dakwah kepada
Golongan Remaja. Al-Hikmah. 7(1). Fatimah Ibrahim et al. (2008).
Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Fazilah Idris et al. (2012). Influence of Ritual Behavior on Religious
Delinquent Behavior among Youth: A Path Analysis Approach.
Procedia – Social and Behavioral Sciences. Vol. 59.
Hairunnaja Najmuddin (2002). Psikologi Ketenangan Hati. Pahang:
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
H.M. Ariffin. (1991). Psikologi Dakwah Suatu Pengantar Studi.
Jakarta.
Howitt & Cramer. (2008). Introduction to Research Methods in
Psychology. Harlow: Pearson.
Laman sesawang Dictionary Merriam Webster:
(http://www.merriam-webster.com/dictionary/sex%20worker).
Diakses pada 1 Ogos 2015.
Laman sesawang World Health Organization
(www.who.int/hiv/topics/vct/sw_toolkit/115solution.pdf).
Diakses pada 1 Ogos 2015.
Laman sesawang Urban Dictionary
(http://www.urbandictionary.com/define.php?term=sex%20wo
rker). Diakses pada 1 Ogos 2015.
J.M Gullick. (1970). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Joseph Julian. (1973). Social Problems: Sexual Devience. New York:
Meredith Corp.
Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dwibahasa. (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
48
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Khairul Hamimah Mohamad Jodi. (2006). Masalah Akhlak dan
Hubungannya Dengan Akidah di Kalangan Pelajar Institut
Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Cawangan Kuala Lumpur.
Disertasi Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Khalif Muammar, (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam:
Pengajaran Dari Masa Lalu. Jurnal Islam Hadhari. Bil. 2.
Mahani Musa. (1998). “Kaum Wanita Di Zaman Kesultanan Melayu
Melaka: Antara Batasan Tradisi Dan Realiti”. Jurnal Jabatan
Sejarah Universiti Malaya. No.6.
Moradila Abd. Moris. (2004). Perkembangan Pelacuran: Tumpuan
Di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah. Jabatan Sejarah, Fakulti
Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Muhammad al-Ghazali. (1981). Ma’a Allah. Beirut: Dar Ihya’ al-
Turath al-“Arabi.
Nik Rosila Nik Yaacob (2007), “Penguasaan Jawi Dan Hubungannya
Dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan
Islam”, Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. Jil 22. Jurnal di akses
melalui Google Scholar:
http://web.usm.my/education/publication/jpp%20nik%20rosila
%20art%2010%20%28161-172%29.pdf. Diakses pada 24 Jun
2015.
Nor Azah Abdul Aziz. (2011). Kaedah Menangani Stress Dengan
Solat. Journal of Islamic and Arabic Education. 3 (2).
Nurul Asnida Abu Bakar. (2010). Kegitan Pelacuran di Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, 1896-1930. Disertasi Jabatan
Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Observasi penulis bersama “Kak Ida” yang merupakan pemilik rumah
perlindungan untuk membantu pekerja seks dan gelandangan di
Chow Kit pada waktu malam dari 10-21 Ogos 2014 pada jam
12.00 pm.
Ruslan bin Katib. (1966). Pelacuran Melayu di Kuala Lumpur.
Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya.
Saraswathy a/p Veloo. (1997). Pelacuran di Kalangan Masyarakat
India di Malaysia: Satu Kajian di Lembah Klang. Latihan
Ilmiah (B.A.). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
49
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Shyamala Nagaraj dan Siti Rohani Yahya. (1995). The Sex Sector and
An Unenumerated Economy. Serdang: UPM.
Tan Lan Lan. (1989). Dasar-dasar Pemerintahan Inggeris Terhadap
Pelacuran Di Tanah Melayu Pada Tahun 1930: Satu Penilaian.
Latihan Ilmiah. Pusat Pengajian Kemanusiaan, Universiti Sains
Malaysia.
Temubual bersama Responden A, ‘Amelina’ (bukan nama sebenar),
pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 20 Julai
2014.
Temubual bersama Responden B, ‘Nurliza’ (bukan nama sebenar),
pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 22 Jun 2014.
Temubual bersama Responden C, “Kak Munah” (bukan nama
sebenar), pekerja seks dalam temubual bersama penulis pada 1
Jun 2014.
(t.p). (2006). Akta kanak-kanak 2001. Pesuruhjaya Penyemak
Undang-Undang Malaysia.
(t.p) (1885). (SSF/691/85). Report of His Visiting the Pudu, Petaling
High Street and the Fifthy State of the Brothels.
Universiti Sains Malaysia. (1974). “Prostitutes and Prositution in
Malaya Between the 1980’s and 1930’s”. Kajian Kes. Universiti
Sains Malaysia.
Vern Bullough & Bonnie Bullough. (1987). Women and Prostitution:
A women History. New York: Prometheus Books.
Yusran Yusup. (1995). Pelacuran Indonesia dan Filipina di Tawau,
Sabah: Satu Kajian Perbandingan. Latihan Ilmiah (B.A.).
Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya.
50
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
DAKWAH KOMUNITI KEMBOJA DI KAMPUNG
BELUKAR KELANTAN
Dr Badlihisham Mohd Nasir1, Dr Nor Raudah Hj Siren2,
Masitoh Mahasan
Pengenalan
Sejak dahulu lagi perkembangan dakwah telah menghubungkan
secara langsung negara Kampuchea dan Malaysia. Terdapat teori
yang mendakwa bahawa Islam pada asalnya dikembangkan ke Tanah
Melayu oleh mubaligh China menerusi Kemboja. Laluan sejarah yang
berbeza akhirnya menenggelamkan jalinan dakwah yang sedia wujud
sejak sekian lama itu. Namun jalinan dakwah yang sedia ada itu
bertaut kembali setelah berlakunya penindasan Komunis di Kemboja,
di mana Malaysia khususnya negeri Kelantan menjadi tumpuan umat
Islam dari negara itu menyelamatkan diri.
Kesempatan berada di Tanah Melayu ini bukan sahaja
digunakan bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang sedia
terjalin, memperbaiki status sosial-ekonomi tetapi juga dimanfaatkan
bagi perkembangan Islam. Kedatangan mereka yang membentuk
komuniti Kemboja di beberapa buah kampung di Kelantan bukan
sahaja membentuk fenomena baru bahkan turut sama menggerakkan
dakwah di lokasi terlibat justeru Islam yang menjadi anutan komuniti
itu kini dapat diamalkan dengan lebih teratur berbanding dengan
kekangan Komunis di negara sendiri.
Dakwah dalam amalan komuniti ini bukan sahaja melibatkan
kegiatan yang bersifat individu dan ritual tetapi meluas sehingga
mampu menubuhkan beberapa institusi yang berperanan memajukan
lagi komuniti berkenaan dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Perkembangan ini memberi gambaran bahawa komuniti Kemboja
bukan sahaja mampu menjaga identitinya sebagai umat Islam yang
patuh kepada agama tetapi juga memberi isyarat bahawa mereka
sebenarnya mempunyai peranan yang sangat penting dalam
pembangunan dakwah semasa. Artikel ini menyorot sejarah
1 Profesor, Fakulti Ketamadunan Islam, Universiti Teknologi Malaysia
2 Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya
51
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
kedatangan komuniti Kemboja Kelantan, khususnya di Kampung
Belukar dan menghuraikan dakwah mereka di kampung berkenaan.
Sejarah Kedatangan dan Penempatan Komuniti Kemboja di
Kelantan dan Kampung Belukar
Sejarah hubungan di antara Campa dengan Alam Melayu khususnya
negeri Kelantan sangat erat. Ia dapat dibuktikan melalui perkara-
perkara seperti banyaknya ‘toponym’ atau peninggalan Kelantan yang
berhubung dengan Campa seperti Kampung Chepa, Gong Chepa dan
sebagainya, wujudnya pertalian darah di antara Raja Kelantan dengan
seorang Tengku Mahkota Campa (Raja Po Rome) dan kecenderungan
orang Cam untuk merantau ke Kelantan apabila mereka menghadapi
kesulitan di negara mereka selepas perang di Kemboja dan menetap
di sini sehingga kini. (Nik Mohamed 1989: 26). Latarbelakang ini
dapat dijadikan panduan dalam menerangkan tahap kedatangan
komunti Kemboja di Kelantan yang umumnya boleh dibahagikan
kepada tiga peringkat iaitu period sebelum, semasa dan selepas perang
(1975-1979).
Penghijrahan awal orang Kemboja ke Kelantan dikesan
berlaku selepas kekalahan besar di dalam peperangan dengan
Vietnam dalam abad ke 18 dan 19 Masihi. Mereka berpindah dengan
kapal-kapal dan perahu menuju ke Pantai Timur Semenanjung seperti
Patani, Kelantan, Terengganu dan Johor. Ada yang terus menjadi
rakyat negara ini dan ada pula yang pulang ke tanah air mereka semula
apabila keadaan berubah atau dengan kata lain menuju ke Kemboja
untuk meneruskan perjuangan menebus kembali negara mereka yang
terjajah itu dengan melancarkan serangan dari sempadan Kemboja.
(Nik Mohamed 1989: 8)
Hubungan tradisi yang sedia terjalin di antara Kelantan dan
Kemboja telah menyediakan ruang bagi kedatangan orang Kemboja
ke Kelantan khususnya bagi menuntut ilmu di negeri Serambi Mekah
itu. Selain daripada institusi pondok, beberapa pusat pengajian rasmi
kerajaan seperti Sekolah Menengah Banggol Kulim, Rantau Panjang
dan sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu dan ke Nilam Puri juga
menjadi tempat orang Kemboja menuntut ilmu. Hal ini kerana
Kelantan sudah di kenali di Kemboja lagi iaitu terkenal sebagai pusat
ilmu agama Islam secara meluas di Kemboja serta buku-buku agama
adalah berpunca dari hasil usaha oleh para alim ulamak dari Kelantan.
52
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Terdapat ramai juga di kalangan ‘alim ulamak tersebut yang
meninggal dunia di Kemboja dan di kuburkan di sana. (Ali Yusuf :
2001)
Peperangan yang berlaku justeru penguasaan Komunis di
bawah pimpinan Pol Pot telah mengubah matlamat kedatangan orang
Kemboja kepada faktor meyelamatkan diri dari kekejaman di negara
Khmer itu. Umat Islam, terutamanya yang berada di kawasan Pol-pot
telah ditangkap, dipenjarakan diseksa dan dibunuh dengan kejam
(Salleh Musa, 2001). Suara azan tidak lagi berkumandang di masjid-
masjid sebaliknya masjid-masjid ini di bakar dan orang Islam disiksa
dan di bunuh setiap hari. Sebelum jatuh ke tangan komunis awal tahun
1975, orang Islam di Kemboja berjumlah lebih kurang tujuh ratus ribu
orang, satu ratus empat puluh buah masjid dan beratus sekolah agama
dengan beribu-ribu orang murid. Dengan kekurangan pemimpin
(ketua-ketua Islam seperi qadhi, ustaz, imam dan lain-lain lagi),
adalah sukar bagi orang Islam untuk hidup sebagai sebuah masyarakat
yang bersatu dan teratur seperti dahulu. (Suara PERKIM, 1990: 8-9)
Sejurus kejatuhan ke tangan Komunis pada Mac 1975, orang
Kemboja seramai lebih kurang seribu orang telah melarikan diri ke
negara jiran dengan menaiki kapal laut. Di Thailand terdapat ahli
jawatankuasa khusus untuk menguruskan masalah pelarian, serta
mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Sikap positif
ini mendorong lebih ramai orang Kemboja ke Malaysia di mana
Kelantan telah dipilih sebagai negara perlindungan yang utama. (Nik
Mohamed 1989: 6). Pada Jun 1975, orang Kemboja lebih kurang
empat ratus orang telah di bawa masuk oleh Haji Abdul Majid
(seorang rakyat Kemboja yang mendapat kerakyatan Thailand) ke
Malaysia hasil kerjasama beliau dengan kerajaan Malaysia dan juga
Duta Thailand. Di Malaysia, mereka memilih Kelantan sebagai
destinasi dan rombongan ini telah berlabuh di Kampung Tujuh,
Tumpat. Trak-trak askar membawa mereka ke Rumah Orang- orang
Tua, Pengkalan Chepa dan ada yang di bawa oleh sanak saudara
mereka di beberapa daerah di negeri Kelantan. (Abdul Rahman, 2001)
Sebaik sahaja peperangan di Kemboja diisytiharkan tamat
pada bulan Ogos 1991, ramai orang Kemboja menyimpan hasrat
untuk berhijrah ke Kelantan. Tambahan pula kehidupan yang sukar di
Kampuchea berbanding dengan keluarga mereka yang menetap di
53
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Kelantan telah menjadi faktor utama bagi penghijrahan itu. Kelantan
dianggap sebagai negeri yang aman makmur dan mengamalkan dasar-
dasar Islam dilihat mampu mengubah keadaan ini. (Mohd Daud,
September 2001) Kelantan juga dilihat sebagai sebuah negeri Islam
yang kaya dengan sumber ilmu agama.
Kitab-kitab keagamaan mudah di dapati dan di miliki dan juga
alim ulama’ ramai di sini. Hal ini berbeza dengan keadaan di negara
Kemboja yang susah untuk belajar agama kerana kurang cendekiawan
Islam serta kitab-kitab keagamaan. Semasa di Kemboja mereka
terpaksa menulis semua kandungan kitab yang di ajar untuk
mendapatkan maklumat serta ilmu (Fauzi Yusof, September 2001).
Kekurangan kitab-kitab agama ini amat dirasai seperti yang dialami
oleh guru agama yang mengajar di Madrasah Nurul Ehsan Kampung
Bhun, Kemboja. Di Madrasah ini hanya terdapat beberapa buah kitab
sahaja yang di gunakan dan para pelajar terpaksa menyalin dalam
buku catatan, kitab-kitab agama dianggap lebih berharga daripada
emas kerana ia menentukan masa depan keimanan generasi Islam.
(Al-Qiadah, Oktober, 1991: 1).
Kadar buta huruf di kampung-kampung tradisional Kemboja
pula adalah tinggi, di samping ketiadaan pemimpin-pemimpin yang
berpendidikan tinggi untuk memajukan kampung. Justeru, ia
meninggalkan kesan buruk apabila mentaliti penduduk kampung
masih lagi di tahap pemikiran tradisional yang tidak terdedah kepada
perkembangan kemajuan moden. Dikatakan bahawa sejurus selepas
perang hanya tinggal kira-kira lima belas orang Islam lulusan pusat
pengajian tinggi. Jumlah ini cuba ditingkatkan dengan kepulangan
pelarian seperti Amerika Syarikat yang berusaha membangunkan
masyarakat mereka yang malang dan dhaif itu. (Badlihisham Mohd
Nasir, 2000:37-38).
Secara umumnya penghijrahan orang Kemboja bertumpu di
kawasan yang padat penduduknya. Berdasarkan kajian yang dibuat
oleh Salleh bin Isa, umumnya komuniti Kemboja di Kelantan tinggal
di kawasan pinggir bandar dan pekan kecil. Ini boleh dilihat daripada
jadual taburan komuniti berkenaan di bawah.
54
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Jadual 1 : Taburan Penduduk Kemboja Kawasan Bandar Dan
Pekan Kecil
Bil Kawasan Keluarga Jumlah
1 Sekitar Kota Bharu 8 50
2 Pasir Tumboh 14 75
3 Pasir Puteh 11 50
4 Pasir Mas 10 50
5 Tanah Merah 11 60
6 Machang 4 15
7 Ketereh 5 25
Jum. 63 325
Berdasarkan jadual 1, jumlah penduduk yang paling ramai ialah di
Pasir Tumboh, iaitu sebanyak 14 keluarga yang terdiri dari 75 orang.
Mereka lebih tertumpu di kawasan ini kerana wujudnya institusi
pengajian pondok yang memudahkan meeka belajar agama.
Manakala mereka yang tinggal di bandar Kota Bharu, Pasir Puteh,
Pasir Mas dan Tanah Merah menunjukkan jumlah yang sama iaitu
seramai 50 orang di setiap satu tempat. Kurangnya penumpuan di
kawasan ini mungkin disebabkan kesukaran mendapat tempat tinggal.
Jumlah yang paling kecil pula ialah di sekitar Machang yang hanya
berjumlah 15 orang. Ini mungkin disebabkan kerana mereka baru
menetap di kawasan tersebut. Jumlah keseluruhan mereka yang
tinggal di bandar dan pekan kecil ialah seramai 315 orang dengan 63
buah keluarga.
Berdasarkan jadual 2.3.2 pula, kawasan pinggir bandar yang
mempunyai jumlah orang Kemboja yang paling tinggi terdiri daripada
39 keluarga yang berjumlah 250 orang ialah di Kampung Bunga Mas.
Kawasan ini menjadi tumpuan utama kerana ia adalah satu kawasan
tanah milik Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang di
amanahkan kepada komuniti berkenaan. Tambahan pula masyarakat
tempatan tidak berminat untuk tinggal di sini di sebabkan hal-hal
tertentu, maka ia di jadikan penempatan oleh orang Kemboja.
55
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Jadual 2 : Taburan Penduduk Kemboja di Kawasan Pinggir
Bandar
Bil Kawasan Keluarga Jumlah
1 Jalan Bayam 36 160
2 Berek 12 32 150
3 Bunga Mas 39 250
4 Banggol 10 50
5 Atas Paloh 7
6 Langgar 6 50
7 Pasir Hor 5 25
8 Kampung Sireh 6 25
141 30
Jumlah 740
Jumlah tertinggi penduduk Kemboja di Kawasan Pinggir Bandar ialah
bertumpu di Jalan Bayam iaitu seramai 160 orang, dan dikuti di Berek
12 seramai 150 orang manakala kawasan lain seperti Banggol dan
Atas Paloh, masing-masing berjumlah 50 orang. Kawasan yang
menunjukkan jumlah penduduk yang tinggi mungkin kerana di antara
keluarga ini ada yang telah bermastautin di tempat tersebut sekian
lama sehingga mereka berkembang pesat. Kawasan pinggir bandar
yang agak kecil jumlah penduduknya ialah di Kampung Langgar iaitu
seramai 25 orang, Pasir Hor 25 orang dan 30 orang di Kampung Sireh.
Orang Kemboja kurang tertumpu ke kawasan ini mungkin kerana
sukar untuk mendapatkan penempatan. Ringkasnya, orang Kemboja
paling ramai jumlahnya ialah 740 orang dari 141 buah keluarga
berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar, terutama bandar-
bandar kecil dan pekan-pekan kecil di seluruh negeri Kelantan.
Walaupun Kampung Belukar berada dalam Mukim Gunong
yang terkeluar dari bandar Kota Bharu, ia adalah kawasan strategik
justeru terdapat pelbagai kemudahan asas bagi kemudahan penduduk.
Jalanraya yang baik memudahkan orang yang tinggal di sini untuk
bergerak dari satu tempat ke satu tempat terutamanya ke Kota Bharu,
Pasir Puteh, Bachok dan daerah- daerah lain. Jarak dari Kota Bharu
tidaklah begitu jauh iaitu kira-kira 27km dari Pasir Puteh pula sejauh
8km manakala dari Bachok berjarak 16km. Penempatan komuniti
56
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Kemboja di Kampung ini pada asalnya di dalam kebun getah yang
dijual kepada mereka oleh penduduk tempatan di sana. Akhirnya ia
berkembang pesat setelah dibangunkan sekolah pondok iaitu Pusat
Pendidikan Islam (PPI).
Penubuhan sekolah ini adalah dikelolakan oleh orang
Kemboja sendiri. Peluang yang sedia ada ini menjadi faktor
masyarakat Kemboja itu datang ke kampung kajian. Selain itu,
prestasi yang ditunjukkan oleh Pusat Pendidikan Islam menjadi
pendorong masyarakat Kemboja datang ke kampung Belukar di
samping dorongan faktor ekonomi dan sosial yang lain. (Lokman Bin
Yussof: Oktober 2001) Kecenderungan minat orang Kemboja
berhijrah ke Kelantan di atas faktor pendidikan ini sebenarnya boleh
dikaitkan dengan kenyataan Prof. Dr. M.A Jaspan dari Belanda yang
melawat Kemboja pada awal tahun 1970 yang menyatakan
kekagumannya bila mengetahui ramai orang Cam berdoa supaya
anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran agama di Kelantan.
(Nik Mohamed Nik Salleh, 1989:17-20)
Kegiatan Dakwah di Kalangan Komuniti Kemboja Kampung
Belukar
Penonjolan komuniti Kemboja di Kampung Belukar dalam usaha
dakwah secara asasnya boleh dirujuk kepada peranan Sekolah pondok
(Pusat Pendidikan Islam) merupakan sebuah Pusat Pendidikan Islam
swasta yang mendapat kerjasama daripada orang Melayu tempatan
bagi tujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kemboja. Idea
penubuhan Pusat Pendidikan Islam ini adalah ekoran daripada
kewujudan kelas agama di Jalan Bayam, Kota Bharu pada tahun 1977
yang diberi nama Maktabah Al-Aqsa. Selaras dengan perkembangan,
ia pindahkan ke suatu institusi yang lebih besar di Kampung Belukar.
Penubuhan sekolah pondok PPI ini juga adalah sebagai jalan untuk
menyatukan dua buah pertubuhan untuk masyarakat Kemboja iaitu
Maktabah Al-Aqsa di Jalan Bayam dan Pertubuhan Khairat Kematian
Islam. Dua buah pertubuhan tersebut adalah berlainan kerana langkah
dan tujuannya berbeza. Tetapi pada masa itu masyarakat Kemboja
lebih menumpukan perhatian kepada Maktabah Al-Aqsa kerana ini
adalah lebih mustahak kepada mereka. Untuk mengelakkan daripada
wujudnya dua buah pertubuhan maka mereka mengambil keputusan
untuk menggabungkan dua buah pertubuhan ini, lalu dinamakan
57
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Muhajir Al-Islami, tetapi kemudiannya ditukar kepada Pusat
Pendidikan Islam yang dibina dalam tahun 1989 dan siap pada tahun
1990. (Yaakub Haji Isa, 2001)
Penubuhan sekolah pondok PPI ini telah mendapat sokongan
kerajaan dan masyarakat tempatan. Majlis Agama Islam Kelantan
umpamanya menyumbangkan dana sebanyak RM 4000 bagi
pembinaan sekolah berkenaan, manakala masyarakat tempatan juga
turut memberi derma semampu mungkin. Pertolongan mereka ikhlas
berdasarkan hubungan persaudaraan sesama Islam. Selain itu mereka
juga memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka
belajar agama di sana. Secara tidak langsung ia memberi kefahaman
dan penambahan ilmu agama kepada anak-anak penduduk tempatan,
selain mendapat menimba ilmu dari sekolah biasa. Dengan cara ini
secara tidak langsung dakwah dapat disebarkan dan dapat diserapkan
kepada pelajar-pelajar di sini. (Harun Mat Dalin, 2001)
Motif pembangunan Islam dan dakwah dapat dilihat daripada
objektif penubuhan PPI yang bertujuan memberi pelajaran agama
kepada anak-anak muda yang tidak berpeluang belajar di mana-mana
sekolah, meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dan agama Islam,
memupuk kesedaran menghayati Islam dan tanggungjawab sebagai
seorang muslim serta membentuk generasi muda Islam yang
berpotensi untuk memikul tanggungjawab dakwah Islam di rantau
Indo-China di masa depan. Bagi melahirkan seorang pendakwah yang
berwibawa, pelajar PPI didedahkan dengan tradisi pengajian pondok
serta diberi peluang mengambil sijil peperiksaan di bawah Yayasan
Islam Kelantan (YIK), di mana pelajar di PPI berpeluang
menyambung pelajaran mereka ke Timur Tengah dengan biasiswa
tajaan YIK. Penghantaran pelajar ke Timur Tengah juga dibiayai oleh
beberapa negara Arab yang berminat. Setakat ini lebih sepuluh orang
pelajar telah berjaya dihantar ke Madinah, Mesir dan Jordan. (Salleh
Musa, 2001).
Keberkesanan penglibatan dakwah di kalangan komuniti
Kemboja secara asasnya dapat dinilai melalui persepsi penduduk
tempatan terhadap mereka. Melalui observasi serta temubual rawak
yang dijalankan, kedatangan orang Kemboja umumnya mendapat
reaksi positif. Mereka dianggap sebagai orang yang baik budi,
bersopan santun dan mereka tidak pernah mengganggu dan
melakukan kekacauan di sana. (Temubual Arifin Samah, Julai 2001).
58
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Hubungan orang Kemboja dengan penduduk kampung adalah baik.
Mereka mudah mesra walaupun timbul masalah untuk berinteraksi
kerana kurang fasih berbahasa Melayu. Mereka tidak sombong, malah
mudah menolong orang ramai. Orang kampung sekitar juga sering
mengambil berat terhadap kepentingan orang Kemboja seperti
menjemput mereka ke kenduri dan sebagainya. Ada di antara mereka
yang bermurah hati menghulurkan sedekah dan zakat seperti beras,
wang dan sebagainya kepada golongan miskin dalam komuniti ini.
(Mariam Suariah, 2001) Suasana ini pastinya membina suatu landasan
dakwah yang baik bagi komuniti Kemboja di kampung Belukar.
Walau bagaimanapun, perkembangan Islam dan dakwah di
kalangan komuniti Komboja turut menghadapi cabaran getir apabila
institusi PPI yang ditubuhkan itu menghadapi masalah kewangan dan
kekurangan guru. Sebagai contoh, kekurangan tenaga pengajar
mengakibatkan pelajar kurang bersemangat untuk belajar justeru
ketiadaan guru untuk mengisi ruang masa belajar. Masalah ini timbul
kerana gaji yang ditawarkan kepada mereka adalah terlalu rendah
sehingga mereka yang telah sedia ada berkhidmat mencari peluang
mengajar di tempat-tempat lain yang lebih terjamin. Gaji yang
ditawarkan tidak cukup untuk menyara hidup berkeluarga. (Saleha
Abdullah Oktober: 2001)
Walaupun diakui penubuhan Pusat Pendidikan Islam
mendatangkan faedah yang besar kepada orang Kemboja dan
penduduk tempatan, pentadbiran sekolah yang tidak stabil dan
kelengkapan yang tidak mencukupi menyebabkan orang kampung
tidak berminat menghantar anak mereka sekolah ini. (Harun Mat
Dalin, 2001). Oleh itu, jika mereka ingin memajukan sekolah ini
sebagai pusat Islam dan dakwah, mereka mestilah menubuhkan
sebuah Jawatankuasa dengan melibatkan penduduk tempatan.
Walaupun sekolah ini tidak ditadbir di bawah pentadbiran Yayasan
Islam Kelantan (YIK), persepakatan dengan orang Melayu dari
Kampung Belukar dan Kampung Keting mungkin dapat mengatasi
masalah ini. (Zakaria Ramli, 2001)
Seperti praktis yang berlaku di dalam masyarakat Islam,
aktiviti dakwah secara tradisinya berpusat di masjid. Masjid adalah
sebuah institusi penting bagi masyarakat Islam kerana ia berfungsi
untuk mendidik dan membangunkan ummah. Selain menjadi tempat
beribadat dan mendengar kuliah agama, masjid adalah pusat ilmu dan
59
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
perpaduan umat Islam. Masjid merupakan tempat mereka berkumpul
dan berperanan sebagai tempat untuk meyatukan dan mempereratkan
ukhuwah antara satu sama lain. Komuniti Kemboja di kampung ini
menjadikan masjid sebagai pusat bagi memilih kader dakwah dan
melakukan proses tarbiah kepada mereka.
Menyedari peripentingnya fungsi masjid inilah, orang
Kemboja di Kampung Belukar telah berusaha dan bertungkus-lumus
membina sebuah masjid bagi bertujuan menjadikan ia sebagai tempat
mengadakan mesyuarat di kalangan mereka, tempat pengajian dan
tempat memperkembangkan ilmu pengetahuan untuk menjalani
kehidupan yang lebih sempurna di dunia. Menurut Ustaz Musa Isa,
pembinaan masjid di kampung ini menelan belanja kira- kira RM
9500, ia di bina pada tahun 1990. Perbelanjaan untuk pembinaan
masjid ialah hasil kutipan derma dan sumbangan dari bantuan orang
ramai, orang perseorangan (Kemboja), bantuan dari kerajaan Negeri
Kelantan dan juga bantuan dari kerajaan Kuwait. Ia di bina secara
bergotong-royong antara orang Kampung Belukar dan juga orang
Kemboja yang tinggal di kawasan sekitar bandar Kota Bharu. Mereka
ini mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Masjid di
kampung di kawasan ini sebenarnya tidak mempunyai struktur
organisasi yang kemas ataupun organisasi yang teratur, ia cuma
dipengerusikan oleh Ustaz Musa selaku pengarah dan juga imam.
Selain itu imam tidak dilantik secara khusus sebaliknya mereka secara
bergilir-gilir menjadi imam dengan tujuan untuk melatih mereka yang
belajar di sini. Azan juga dilaungkan secara bergilir-gilir tanpa
disuruh oleh ustaz.
Menyedari hakikat bahawa masjid mempunyai fungsi dakwah
yang luas, komuniti Kemboja di kampung menjalankan aktiviti-
aktiviti yang bercorak keagamaan dan mengembangkan dakwah di
kalangan mereka dan masyarakat setempat. Matlamat ini dapat
dicapai dengan melaksanakan aktiviti usrah di kalangan komuniti
berkenaan. Lazimnya mereka mengadakan usrah selepas solat isya’
pada kekerapan seminggu sekali dengan dikendalikan oleh beberapa
orang ustaz Musa. Bahasa yang di gunakan ialah bahasa ibunda
mereka. Dengan adanya usrah yang berterusan ini, ia diharap dapat
melahirkan insan yang berkualiti dan mampu melaksanakan tugasan
dakwah dengan cemerlang. Ia juga diharap berupaya membentukkan
peribadi sakhsiah syumul yang merangkumi akidah, ibadah, aspek
60
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
pemikiran dan keilmuan. Di samping itu, ia juga dapat
memperkukuhkan ukhuwah termasuk berkasih sayang sesama
anggota, perkenalan yang mantap, nasihat menasihati dan berlapang
dada, berpesan antara satu sama lain dengan al-haq dan sabr,
persefahaman, tolong menolong antara satu sama lain dan melatih
anggota mentarbiah dirinya sendiri dalam mengembangkan potensi
masing-masing.
Sesuai sebagai nadi kepada sistem pondok, masjid di kampong
ini mewajibkan para pelajar PPI bersembahyang secara berjemaah di
masjid. Kuliah bermula selepas solat Maghrib dengan berbekalkan
bahan-bahan seperti Kitab Riyadul Salihin serta kitab-kitab fiqh
seperti Kifayatul Akhyar. Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-
pelajar Kemboja ini bangun pada pukul 5.30 pagi untuk solat Subuh.
Azan akan di laungkan oleh pelajar-pelajar Kemboja secara bergilir-
gilir. Mereka melaungkan azan secara sukarela tanpa di beri arahan
oleh ustaz. Selepas sahaja sembahyang Subuh, kuliah Subuh akan di
mulakan dengan membaca Mathurat dan doa-doa yang sentiasa di
amalkan oleh Rasulullah. Di samping itu, ustaz akan mengajar kitab-
kitab lama dan buku-buku tafsir seperti Tafsir Ibn Khathir dan Fi Zilal
al-Quran karangan Syed Qutb dan lain-lain. Pengajaran ini di hentikan
pada pukul 6.30 pagi. Manakala pada malam Jumaat pula, pelajar-
pelajar ini di galakkan membaca Surah Yassin secara halaqah selepas
solat Maghrib dan disusuli dengan surah-surah yang lain selepas solat
Isyak. Surah-surah selain surah Yassin yang di baca adalah mengikut
ketetapan yang di buat oleh tenaga pengajar. Selesai membaca Al-
Quran, pelajar-pelajar ini akan mengalunkan zikir munajat secara
beramai-ramai hingga pukul 10.00 malam (Musa Isa, 2001).
Penutup
Kesimpulannya, walaupun Komuniti Kemboja hanya merupakan
golongan pendatang di negeri kelantan, mereka berjaya menampilkan
keperibadian Islam yang tinggi serta mampu menyambung
kesinambungan tugas dakwah yang telah bersebati dalam hidup
mereka di negara asal. Walaupun kedatangan mereka ke negeri
Kelantan mungkin boleh dikaitkan dengan hambatan masalah
ekonomi dan sosial justeru kejatuhan Kemboja di tangan Komunis,
sebenarnya telah wujud hubungan kekeluargaan dan faktor menimba
ilmu di negeri berkenaan. Ini memberi asas yang kuat kepada
61
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
penglibatan mereka dalam perkembangan Islam dan dakwah di negeri
kelantan. Kegigihan dalam menempuh hidup diperantauan dan
keperibadian tinggi yang ditonjolkan menyebabkan mereka diterima
oleh penduduk tempatan yang juga dapat memanfaatkan usaha-usaha
dakwah komuniti berkenaan. Justeru, cita-cita murni
mengembangkan Islam di Kelantan dan seterusnya di negara asal
mereka wajar disokong oleh umat Islam di seluruh dunia, samada
moral mahupun material.
Rujukan dan Bacaan Lanjut
Abdul Rahman Bin Abdullah, 2001. Penduduk Kampung Bunga
Mas, Penambang. Kota Bharu, Kelantan: Mei.
Ali Bin Yusof. 2001. Penduduk Kampung Bunga Mas Penambang.
Kota Bharu, Kelantan: September.
Arifin Bin Samah.2001. Penduduk Kampung Belukar. Kota Bharu,
Kelantan: Julai.
Badlihisham Mohd Nasir. 2000. Umat Islam Kemboja perlu
bantuan. Tamadun, Januari.
Ecole D’ Extreme Orient. 1981. Kerajaan Campa. Jakarta: Penerbit
Balai Pustaka.
Fauzi Bin Yusof. 2001. Penduduk Kampung Belukar. Kota Bharu,
Kelantan: Jun.
Harun Mat Dalin. 2001. Penduduk Kampung Belukar, Kota Bharu,
Kelantan: Oktober.
Hisham al-Talib. 1992. Panduan latihan bagi petugas Islam.terj.
Wan Izzuddin Wan Sulaiman . Kuala Lumpur: Nuria
Enterprise.
Jaafar Salleh .1991. Al-qiadah. September-Oktober.
Lokman Bin Yusoff. 2001. Penduduk Kampung Bunga Mas
Penambang. Kota Bharu, Kelantan: Jun.
Mariam Suariah Binti Zakaria. Penduduk Kampung Belukar. Kota
Bharu, Kelantan: Oktober.
Mohamad Bin Daud.2001. Penduduk Kampung Bunga Mas
Penambang. Kota Bharu: Julai.
Musa Bin Isa. 2001. Pengetua Pusat Pendidikan Islam, Kampung
Belukar Kota Bharu
Nik Mohamed Nik Mohd Salleh, Dato’1989. Warisan Kelantan viii.
Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
62
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Roff, W. R. 1974. Kelantan religion, society and politics in a Malay
state, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Saleha Binti Abdullah.2001. Penduduk Kampung Belukar. Kota
Bharu, Kelantan: Oktober.
Salleh Bin Musa.2001. Penduduk Kampung Belukar. Kota Bharu
Kelantan: Oktober.
Suara PERKIM. 1977. Tahun 1, Keluaran 2, Julai/Ogos
63
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
64
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
DAKWAH KEPADA ORANG CINA DI PULAU
KETAM: HALANGAN DALAM KONTEKS
KOMUNIKASI DAKWAH
Siti Fadhilah Binti Zakaria, Nurmaisarah Binti Abdullah,
Dr Nor Raudah Hj Siren, Dr Muhammed Bin Yusof
Pengenalan
Komunikasi dakwah merupakan satu proses menyampaikan
kebenaran agama Islam yang berterusan kepada khalayak sasaran
dengan merujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah menggunakan
perantaraan medium umum atau khusus sama ada secara langsung
atau tidak langsung bagi melahirkan pandangan yang betul berasaskan
kebenaran agama seterusnya meninggalkan kesan kepada diri
seseorang terutamanya dari aspek akidah, ibadah dan
muamalah.1Komunikasi dakwah terdiri daripada beberapa elemen
yang penting seperti penyampai dakwah, mesej dakwah, saluran
dakwah dan penerima dakwah. Setiap elemen ini mempunyai hubung
kait antara satu sama lain dalam memastikan proses komunikasi
dakwah yang dijalankan mencapai matlamat yang digariskan.
Dalam dakwah kepada masyarakat Cina, komunikasi dilihat
sebagai wasilah yang berkesan untuk menarik masyarakat Cina
kepada mengenali, mendekati, dan memahami Islam. Hal ini kerana
Rasulullah S.A.W sendiri telah mengaplikasikan komunikasi dakwah
sebagai salah satu pendekatan asas dalam membina hubungan yang
erat antara Muslim dan non-Muslim sebelum menyampaikan intipati
ajaran Islam. Kehidupan baginda di Mekah sudah semestinya
memerlukan interaksi dengan orang ramai tambahan pula baginda
diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan Islam kepada
penduduk Mekah yang mana pada ketika itu kebanyakan penduduk
terdiri daripada golongan non-Muslim yang memegang pelbagai
kepercayaan dan fahaman.2
1 Zulkiple Abd Ghani. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, (Utusan
Publication and Distributors. Selangor. 2001), 4.
2 Abdul Aziz Mohd Zin. Strategi Berdakwah Dalam Sirah Nabi, (Kuala Lumpur:
Tech Production. 2012), 110.
65
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Proses komunikasi dakwah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah
S.A.W bukan memakan masa sehari dua tetapi bertahun-tahun
lamanya dan terbukti komunikasi baginda telah memberi kesan yang
begitu positif sehingga ramai yang tertarik untuk memeluk Islam
kerana terpesona dengan keindahan komunikasi dan akhlak mulia
yang ditonjolkan oleh baginda S.A.W3. Walaupun komunikasi
dakwah dilihat mampu memberi kesan namun ia berbeza pula dengan
situasi di Malaysia. Pelaksanaan komunikasi dakwah di Malaysia
dilihat lesu dan terdapat beberapa halangan yang wujud dalam proses
komunikasi tersebut terutamanya dalam konteks dakwah kepada
masyarakat Cina.
Halangan atau dikenal juga sebagai gangguan dalam proses
komunikasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ia
kadangkala menjadi satu masalah yang menimbulkan kerumitan dan
memerlukan kepada penyelesaian. Sesuatu kerumitan yang dihadapi
jelas menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah suatu keadaan
yang di luar kemampuan dan tidak diduga berlaku. Dalam sesuatu
usaha dakwah yang dilakukan, tidak dapat tidak akan muncul pelbagai
masalah jika dakwah tidak dilakukan dengan baik.4
Terdapat pelbagai halangan yang dikenal pasti wujud dalam
dakwah kepada masyarakat Cina pada masa kini tetapi penulis hanya
ingin memfokuskannya daripada aspek komunikasi dakwah sahaja
iaitu aspek penyampai dakwah, mesej dakwah, saluran dakwah dan
penerima dakwah.
Jika dirujuk dakwah pada zaman rasul, masalah pada diri
pendakwah tidak timbul kerana mereka merupakan utusan Allah SWT
yang telah disempurnakan sifatnya untuk menjadi pendakwah.
Namun pada masa kini pendakwah bukanlah daripada kalangan nabi-
nabi dan rasul-rasul. Mereka hanyalah orang yang meneruskan
tanggungjawab menyebarkan dakwah dan para pendakwah ini banyak
terdedah kepada pelbagai kelemahan dan kekurangan tertentu.5
Kajian mendapati bahawa memang terdapat gangguan dalam
3 Abdul Aziz Mohd Zin. Strategi Berdakwah Dalam Sirah Nabi, (Kuala Lumpur:
Tech Production. 2012), 110.
4 Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Seruan Tauhid: Checklist Buat Para Daie,1st ed.
(Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. 2011), 78.
5 Ibid. 78.
66
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
pelaksanaan komunikasi dakwah kepada masyarakat Cina di Pulau
Ketam dalam beberapa aspek, iaitu:
i. Fenomena Touch n Go
Budaya touch n go ini memang wujud dalam pelaksanaan komunikasi
dakwah di Pulau Ketam. Menurut Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah:
“kebanyakan pendakwah yang pergi Pulau Ketam,
macam ni la. Mereka touch kemudian go. Maksudnya
mereka buat program, lepas tu balik kemudian senyap.
Mereka ingat bila buat program sekali dua bermakna
telah selesai tanggung jawab dakwah mereka.”6
Hal ini kerana para pendakwah mempunyai kesibukan dan tugasan
hakiki masing-masing, “Tapi kita faham la sebab mereka pun sibuk
dan ada kerja, tak de masa follow-up.”7 Walau bagaimanapun
pendakwah touch n go diakui menimbulkan masalah dalam proses
komunikasi dakwah. Hal ini turut diakui oleh Ahmad Fauzi Siva:
“pendakwah touch n go boleh menambahkan masalah
kepada penduduk Pulau Ketam sebab mereka on-off
(kadang timbul, kadang tak timbul-timbul). Bila kita
tanya mana yang minat masuk Islam, pendakwah touch n
go, akan cakap, entahlah ustaz, saya pergi hantar hamper
ja.”8
Perkara sebegini dilihat membazirkan masa, tenaga dan wang
yang telah dilaburkan ke dalam program dakwah yang dianjurkan
sedangkan terlalu ramai sasaran dakwah yang perlu diberi perhatian
dan didekati secara berterusan oleh pendakwah.
6 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID,Klang pada 28 Mei 2014 di Pulau Ketam.
7 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 28 Mei 2014 di Pulau Ketam.
8 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID,Klang pada 28 Mei 2014 di Pulau Ketam.
67
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Faktor ini juga menyebabkan sasaran dakwah orang Cina terlepas
pandang sedangkan kebanyakan saudara baru di sana memerlukan
pentarbiahan dan bimbingan yang berterusan untuk memimpin
mereka ke jalan yang benar. Hal ini diakui oleh Daniel Tan:
“pendakwah touch n go memang tak tinggal di sana.
Bila tak duduk sana, ramai yang datang kemudian lepas
tangan macam tu. Apa apa masalah penduduk pun
mereka tak ambil tahu dah.”9
Apabila pendakwah mengambil sikap lepas tangan tanpa
mempedulikan keadaan sasaran dakwah maka hal ini menyebabkan
ramai saudara baru Cina yang terumbang ambing di tengah-tengah
lautan akidah yang masih tidak kukuh. Akibat yang lebih buruk, ada
yang memeluk Islam tanpa memahami apa sebenarnya agama Islam
itu dan ada yang mengambil jalan untuk murtad kerana ketiadaan
bimbingan agama yang berterusan daripada pendakwah.
i. Bidang tugas yang banyak
Pendakwah dari institusi dakwah kerajaan juga perlu memikul
pelbagai tanggungjawab sama ada berkait dengan tugasan pejabat
atau tugasan dakwah di lapangan. Menurut Ahmad Fauzi Siva Bin
Abdullah:
“tugas banyak dibebankan kepada seseorang individu
sehingga kadang-kadang tak termampu nak buat. Yang
lain lepas tangan. Dengan kita kena buat kerja ofis lagi
yang banyak tak settle, pastu kena turun lapangan
lagi.”10
Kekangan tugas yang terlalu banyak ini dalam keadaan
kakitangan yang tidak mencukupi memberikan satu tekanan yang
agak hebat pada diri pendakwah kerana sikap lepas tangan pihak
9 Temu bual dengan Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam,
MAIS, Klang pada 24 Februari 2015 di PAID, Klang.
10 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
68
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
atasan dan memberikan tanggungjawab yang berat hanya pada
seseorang individu yang dilantik untuk mengendalikannya.
Tambahan pula, di institusi dakwah tiada jawatan yang khusus
dengan bidang tugas yang khusus selaras dengan kemampuan
pendakwah yang terhad dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah
kepada masyarakat. Hal ini diakui oleh Ahmad Fauzi Siva:
“kita terpaksa ambil tanggungjawab banyak kerana
tidak cukup orang. Semua urusan kita kena buat,
pegawai lain hanya tunggu dan luluskan apa yang
mereka rasa sesuai. Jadi, sulit, bila terpaksa handle
sorang sorang.”11
Dalam erti yang lain, pendakwah bukan hanya dibebankan
dengan tugasan pejabat yang sentiasa bertimbun malah turut
dipertanggungjawabkan dengan aktiviti-aktiviti dakwah di lapangan
di mana ia sentiasa memerlukan proses follow-up yang berterusan.
Kepelbagaian tanggungjawab ini menyebabkan mereka terpaksa
memainkan semua peranan dalam masa yang sama. Apabila hal ini
berlaku, maka tidak banyak aktiviti dakwah yang boleh disusun dan
difokuskan secara khusus terutamanya dakwah kepada masyarakat
Cina di Pulau Ketam.
ii. Kekurangan man power
Isu ini menjadi antara halangan yang menjejaskan proses
perkembangan dakwah di Pulau Ketam. Menurut Ahmad Fauzi Siva:
“kekurangan man power menjadi isu besar untuk buat kerja dakwah.
Kita tidak ada sukarelawan yang tetap di situ dan membantu gerak
kerja dakwah kita di sana.”12Ini disebabkan tidak semua aktiviti
dakwah yang dianjurkan mempunyai tenaga sukarelawan yang
mencukupi. Hal ini turut diakui oleh Daniel Tan: “memang man
power tak cukup. Kalau awak nak buat program, pastikan ada man
power, saya provide. Saya selesaikan di sini. Saya akan pastikan ada
11 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
12 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
69
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
orang hadir.”13 Apabila usaha dakwah mula dirintis di Pulau Ketam,
para pendakwah terpaksa pula berhadapan dengan masalah
kekurangan sukarelawan yang sudi turun membantu projek dakwah
yang sedang dilaksanakan.
Apabila tenaga sukarelawan tidak mencukupi maka usaha
dakwah yang telah mula menampakkan hasil terpaksa dihentikan, “di
pihak kita sendiri pun, memang sudah ada strategi, tetapi tak de
orang yang nak bantu laksanakannya. Saya sorang tak mampu nak
buat semua. Tambah saya ada masalah kesihatan. Terpaksa pencen
awal.”14 Pegawai dakwah yang diamanahkan pula berhadapan dengan
masalah kesihatan yang memerlukan beliau untuk bersara lebih awal
dalam lapangan dakwah di Pulau Ketam.
Kebanyakan aktivis dakwah yang datang ke Pulau Ketam pula
kebanyakan melaksanakan dakwah dalam jangka masa yang sangat
pendek. Menurut Daniel Tan: “bila ada sesapa yang datang nak buat
program, saya jadi risau sebab program itu sekejap sekejap
sahaja.”15 Ini menimbulkan kebimbangan di hati pendakwah jika ada
organisasi lain yang ingin meneruskan usaha dakwah tetapi tidak
mempunyai pasukan yang istiqamah untuk memikul tugas dakwah
secara konsisten. Hal ini diakui oleh Muhammad Yasser Bin Abdul
Ghani: “pendakwah-pendakwah yang datang selalunya on-off, on off
begitu. Kejap ada yang turun, kejap tak de yang turun. ”16
Pelbagai perancangan dan strategi dakwah juga telah dirangka
dan dilaksanakan tetapi kerana situasi sebegini ia telah memberikan
kesan yang tidak baik dan membantutkan gerak kerja dakwah. Oleh
sebab itu, dakwah Islam tidak dapat disebarkan dengan lebih meluas
dan pantas memandangkan keupayaan dan kemampuan tenaga
pendakwah yang amat terhad di sana.
iii. Masalah kewangan
13 Temu bual bersama Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam,
MAIS,Klang pada 24 Februari 2015 di PAID,Klang.
14 Temu bual bersama Danie Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam,
MAIS, Klang pada 24 Februari 2015 di PAID,Klang.
15 Temu bual bersama Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam,
MAIS,Klang pada 24 Februari 2015 di PAID,Klang.
16 Temu bual dengan Mohammad Yasser Bin Abdul Ghani. Pegawai Dakwah
(Bahagian Non-Muslim).Majlis Agama Islam Selangor, Klang pada 13 Februari
2015 di MAIS, Klang.
70
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Rata-rata pendakwah yang berkhidmat dalam dakwah di Pulau Ketam
bukanlah daripada kalangan pendakwah yang mempunyai ekonomi
yang mantap dan pendapatan yang stabil. Menurut Ahmad Fauzi Siva
Bin Abdullah:
“memang kita akui masing-masing ada masalah
kesempitan kewangan. Tambah lagi, ada tanggungan
keluarga yang ramai. Jadi bukan selalu dapat turun
membantu usaha-usaha dakwah di sana. Lagipun kos nak
ke sana juga agak tinggi daripada aspek makan minum,
penginapannya, ulang aliknya.”17
Masalah ini telah mendorong pendakwah berbincang dengan
pihak atasan institusi dakwah agar menaikkan gaji pendakwah kerana
gaji yang pernah diberikan oleh institusi dakwah sebagai panel
dakwah mualaf, mubaligh dakwah atau guru agama adalah tidak
mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan berulang-alik
menaiki bot ke Pulau Ketam, makan minum dan sebagainya, “kerana
itu, saya pernah mencadangkan dalam meeting bersama Mais agar
para pendakwah ini diberi elaun yang sewajarnya dan dinaikkan gaji
mereka.”18 Kos sara hidup di Pulau Ketam juga semakin meningkat
memandangkan Pulau Ketam akan dinaik taraf menjadi sebuah
tempat pelancongan serta terletak jauh daripada bandar Klang. Bagi
Azlan Sharif pula, masalah kewangan menyebabkan aktiviti dakwah
kepada masyarakat Cina terpaksa dihadkan. Menurut beliau:
“inilah masalahnya bila nak buat dakwah kat Pulau
Ketam. Kita tidak ada sponsor. Semua kena guna duit
poket sendiri. Nak mohon sponsor, makan masa lama,
kena buat kertas kerja, jumpa orang tu, orang ni, mohon
sana, mohon sini. Bukan senang. Jadi kerja dakwah yang
17 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
18 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
71
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
dibuat pun tertakluk pada tajaan kewangan yang kita
dapat. ”19
Bagi pendakwah yang sukarela pula tidak ada peruntukan
kewangan, penajaan atau elaun diberi kepada mereka bagi
melancarkan gerak kerja dakwah di Pulau Ketam. Oleh sebab itu,
tidak ramai sukarelawan dakwah yang sanggup tinggal menetap di
Pulau Ketam dalam jangka masa yang lama kerana berdepan dengan
masalah kewangan yang agak runcing bagi meneruskan projek
dakwah di sana.
iv. Halangan birokrasi
Kelemahan pentadbiran institusi dakwah juga merupakan antara
halangan yang mengganggu gugat proses pelaksanaan dakwah di
Pulau Ketam. Menurut Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah:
“kami di pihak pengurusan dakwah mualaf bawa masalah
yang berlaku di Pulau Ketam dan perancangan dakwah
di sana untuk dibincangkan dalam mesyuarat, tapi
sampai di peringkat atasan, pengerusi Mais banyak tak
setuju dan cakap ini tak sesuai, itu tak sesuai sedangkan
kita dah banyak buat kajian dan pemerhatian. Banyak tak
lulus,tak beres kita terpaksa cari saluran lain.”20
Pentadbiran yang terlalu mementingkan prosedur tidak sesuai
diamalkan dalam gerakan dakwah. Hal ini kerana proses membuat
keputusan untuk meluluskan perancangan dan penyusunan aktiviti
dakwah mengambil masa yang lama dan terpaksa melalui mesyuarat
di pelbagai peringkat.
Menurut Ahmad Fauzi Siva lagi: “berapa banyak kertas kerja
yang diberi, banyak tak lulus sebab tak menepati format.”21Sesuatu
projek dakwah yang ingin dilaksanakan memerlukan perbincangan
19 Temu bual bersama Azlan Sharif. Ketua Aktivis Unit Alam Sekitar. ABIM pada
18 November 2014 di Pulau Ketam.
20 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
21 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawi Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID,Klang pada 15 Mac 2015 di PAID, Klang.
72
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
yang rapi dan teliti dengan pihak atasan sesebuah institusi dakwah
serta penyediaan kertas kerja yang mantap. Kadang kala hanya kerana
sebuah kertas kerja yang begitu berformat ia mengambil masa yang
cukup lama untuk diluluskan oleh pihak atasan dan diperbaiki berkali-
kali.
Karenah orang atasan yang kurang memahami dan kurang
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang cabaran dan situasi
dakwah di lapangan juga menyebabkan perancangan aktiviti dakwah
tidak diluluskan. Hal ini diakui oleh Ahmad Fauzi Siva: “berapa
banyak projek-projek dakwah yang dicadangkan, idea-idea yang
diketengahkan dalam mesyuarat, strategi-strategi dakwah, Mais tak
layan. Susah. Apabila tak layan, kita pun malas la. Mereka hanya
pentingkan KPI (key perfomance indicator).”22 Kesannya, banyak
aktiviti dakwah tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan terpaksa
ditangguh.
Pentadbiran yang terlalu terikat dengan prosedur kewangan
juga menjadi halangan dalam meneruskan kerja-kerja dakwah di
Pulau Ketam. Hal ini diakui oleh Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah,
“kena ikut prosedur kewangan, tak boleh begini. Macam-macam
alasan diberi. Leceh setiap kali berurusan, beginila jawapannya.”23
Karenah birokrasi sebegini melembapkan usaha dakwah
terutamanya jika berkait dengan program-program dakwah yang
melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Sungguhpun wujud
kerjasama antara sesebuah institusi dakwah dengan institusi dakwah
yang lain namun perancangannya juga terlalu mengambil masa yang
lama untuk direalisasikan sekali gus menyebabkan para pendakwah
tidak cukup masa kerana turut terikat dengan bebanan kerja lain.
v. Masalah komunikasi pendakwah
Para pendakwah yang datang ke Pulau Ketam terdiri daripada mereka
yang pelbagai latar belakang dan pelbagai institusi dakwah yang
disertai. Kepelbagaian ini sebenarnya adalah suatu kelebihan dan
manfaat yang berguna untuk perkembangan dakwah Islam. Namun,
tidak semua pendakwah ini mempunyai niat yang suci, matlamat yang
22 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
23 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
73
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
jelas dan terdedah dengan pelbagai kelemahan yang ada. Menurut
Ahmad Fauzi Siva:
“ada NGO yang tak pernah masuk ke Pulau ketam, tiba-
tiba dia masuk, ia memberi satu gambaran tidak baik,
contohnya mereka akan cakap pada NGO lain, apala
NGO ni tak bantu NGO lain, NGO lain buat program
takde masalah apa pun daripada situlah munculnya
masalah komunikasi antara pendakwah dan
menimbulkan salah faham.”24
Sikap pendakwah yang mendabik dada ini telah menimbulkan
fitnah yang tidak baik terhadap pendakwah daripada institusi dakwah
lain. Akibatnya, “hubungan jadi tidak baik apabila setiap pihak
saling salah menyalahkan, engkau buat tak jadi, aku buat baru jadi,
engkau tak tolong, aku sahaja yang tolong.”25 Hal ini akan
memberikan gambaran yang tidak baik tentang diri pendakwah dan
akan memberi kesan yang lebih buruk dalam hubungan komunikasi
dan ukhuwah yang telah dibina.
Walau bagaimanapun, sikap tidak baik aktivis dakwah ini
segera dibendung oleh pendakwah agar ia tidak menjadi barah dan
nanah dalam perjuangan dakwah di Pulau Ketam. Menurut Ahmad
Fauzi Siva:
“kita terus cut off apabila wujud sikap tidak baik dalam
kalangan pendakwah dari NGO tersebut. Pimpinan NGO
pun jadi pening dengan kerenah ahli-ahli NGO. Sebab
sukarelawan dakwah ni memang dia nak membantu,
tetapi dia tak sedar dalam masa yang sama dia sedang
memusnahkan usaha dakwah yang orang lain telah
buat.”26
24 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
25 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
26 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
74
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Ini menunjukkan tugas dakwah tidak mudah dan terpaksa berdepan
dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang menguji ketahanan mental
dan fizikal pendakwah. Cabaran yang wujud ini perlu ditangani oleh
para pendakwah dengan pemikiran yang matang dan bijaksana.
vi. Perbezaan bahasa
Perbezaan bahasa juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan
komunikasi dakwah terhalang. Menurut Che Noor Mat Lee,
“pendakwah tidak boleh berbahasa Cina dan bertutur dalam dialek
yang mereka faham. Bila guna bahasa tak sama, mereka nampak
blur.”27 Apabila ramai pendakwah tidak boleh menguasai bahasa
masyarakat Cina dengan fasih dan lancar maka ini menyebabkan
mereka tidak dapat berkomunikasi secara lancar melalui lisan.
Hal ini turut diakui oleh Amin Lum Siew Mun, “pendakwah
yang datang ke Pulau Ketam ramai tidak pandai berbahasa
Mandarin, Hokkien atau Teochew.”28Perbezaan bahasa ini
menyebabkan penyampaian mesej dakwah tidak begitu difahami
dengan baik oleh masyarakat Cina di Pulau Ketam dan sekali gus
menghalang komunikasi berkesan.
vii. Pandangan negatif terhadap mubaligh dakwah
Pada beberapa tahun yang lalu rata-rata dalam kalangan saudara baru
Cina apabila diziarahi oleh beberapa orang mubaligh dakwah yang
baru kebanyakan mereka menolak untuk diziarahi dan bertemu mata
dengan pendakwah. Menurut Daniel Tan,“masa saya datang ke sana,
saya pernah kena marah masa pergi rumah mualaf. Kena marah
tanpa sebab. Sampai sahaja saya di hadapan pintu rumah mereka,
terus saya kena halau.”29 Sikap mualaf yang negatif ini menyebabkan
pendakwah tertanya-tanya sebab di sebalik kemarahan saudara baru
Cina terhadap pendakwah. Daniel Tan menjelaskan lagi:
27 Temu bual dengan Che Noor Mat Lee. Bekas mubaligh dakwah di Pulau Ketam
dan pegawai Dakwah (seksyen pendaftaran dan pengislaman mualaf) di Majlis
Agama Islam Selangor,Klang pada 2 Januari 2015 di MAIS,Klang.
28 Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam
dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 17 Mei
2015 di Pulau Ketam.
29 Temu bual dengan Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau
Ketam.Majlis Agama Islam Selangor pada 24 Februari 2015 di PAID, Klang.
75
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
“saya biarkan mereka memarahi saya sehingga hati
mereka puas. Bila dah reda kemarahan, saya pun tanya
mereka, boleh bagitahu apa silap saya?. Kemudian
mereka terdiam dan barulah bercerita kepada saya.
Bukan saya yang buat silap, orang dulu yang buat
silap.Tipu mereka suruh masuk Islam.”30
Apabila ditanya mengapa mereka bersikap negatif
sedemikian, barulah ada dalam kalangan mualaf memberitahu
bahawa sebelum ini pernah ada mubaligh yang datang bertandang ke
rumah mereka dan menawarkan pelbagai tawaran istimewa apabila
memeluk Islam. Apabila mereka sudah memeluk Islam tawaran
tersebut hanyalah sebuah penipuan dan kedustaan semata-mata dan
orang Cina merasa sangat marah apabila diketahui diri mereka
dipermainkan sedemikian rupa. Oleh sebab peristiwa silam dan
pengalaman pahit ini, mereka merasa serik untuk menerima kehadiran
dan bergaul dengan pendakwah Islam yang datang ke Pulau Ketam.
viii. Masalah Cina non-Muslim
Masyarakat Cina non-Muslim di Pulau Ketam masih mempunyai
gambaran yang salah mengenai Islam. Menurut Ahmad Fauzi Siva:
“mereka masih tak faham secara jelas apa itu Islam
sampai satu tahap apabila kita nak bercakap dengan
mereka, mereka akan terus cakap, nanti dia jadi orang
Islam ataupun kalau kita minta apa-apa alamat rumah ke
tandatangan, mereka takut nak bagi sebab nanti diiktiraf
sebagai orang Islam.”31
Masyarakat Cina masih beranggapan bahawa jika seseorang
itu berkawan dengan orang Melayu bererti seseorang itu telah masuk
Islam maka secara automatiknya dia telah menjadi seorang Melayu.
Di sini jelas mereka masih tidak dapat membezakan antara agama
dengan bangsa.
30 Temu bual dengan Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau
Ketam.Majlis Agama Islam Selangor pada 24 Februari 2015 di PAID, Klang.
31 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
76
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Keadaan menjadi bertambah rumit apabila sebahagian
daripada masyarakat Cina bertindak memulau dan memberhentikan
saudara baru Cina yang bekerja dengan mereka. Hal ini turut diakui
oleh Ahmad Fauzi Siva: “seseorang Cina yang memeluk Islam itu
bukan lagi dalam kalangan mereka dan akan dipulau, tidak diambil
bekerja kerana sanggup meninggalkan agama dan
keturunan.”32Salah anggap ini menyebabkan masyarakat Cina
memulau saudara baru Cina dengan memutuskan hubungan keluarga
dan silaturahim serta bertindak memberhentikan mualaf yang bekerja
di bawah seliaan mereka. Situasi ini menjadi bertambah sukar kepada
mualaf untuk meneruskan kelangsungan hidup di Pulau Ketam
selama beberapa tahun yang lalu.
Selain itu, masalah yang ada pada diri masyarakat Cina non-
Muslim ialah mereka tidak berminat untuk berbincang dan
memikirkan hal ehwal mengenai agama. Menurut Ahmad Fauzi Siva
Bin Abdullah:
“orang Cina ni matlamat hidup mereka adalah kekayaan
dan mereka sangat takut keturunan mereka hidup susah.
Jadi mereka bekerja keras siang dan malam mencari
rezeki dan tiada masa nak fikir soal agama. Lagipun
mereka tidak nampak kepentingan agama dalam
kehidupan mereka melainkan sebuah ritual semata-
mata.”33
Bagi masyarakat Cina di Pulau Ketam kekayaan, kesenangan
dan kebahagian keluarga adalah menjadi matlamat utama mereka
dalam kehidupan ini. Oleh sebab itu, hal agama tidak diberikan
penekanan. Mereka memandang agama hanyalah sebagai satu ritual
dan budaya hidup kaum masing-masing.
Tambahan pula, tidak ada gambaran baik yang mereka boleh
lihat pada diri orang Islam secara berterusan, “sikap pendakwah yang
kurang baik dahulu telah begitu menebal diingati dalam hati mereka.
Kesilapan orang Islam dahulu diingati sehingga sekarang. Orang
32 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
33 Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah. Pegawai Dakwah (Unit
Pembangunan Insan), PAID, Klang pada 7 September 2014 di Pulau Ketam.
77
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Islam tidak menunjukkan sikap dan identiti Islam yang sebenar.”34
Jadi bila disampaikan kepada masyarakat Cina bahawa Islam begini
baiknya maka mereka sukar untuk mempercayai apa yang
disampaikan kerana melihat kepada umat Islam yang berada di
hadapan mata mereka. Oleh sebab itu orang Cina ini dilihat bersikap
pragmatik iaitu lebih suka menilai sesuatu perkara melalui pandangan
mata mereka tanpa melihat kepada ajaran yang dibawa.
ix. Masalah mualaf
Masalah mualaf di Pulau Ketam juga turut memberi cabaran yang
besar kepada para pendakwah Islam dalam pelaksanaan komunikasi
dakwah di sana. Menurut Amin Lum Siew Mun, “bila elaun dah tak
bagi, maka mereka pun tak nak datang belajar. Bila tak datang
belajar, nak solat, nak baca qur’an pun tak pandai. Yang datang
belajar pula, susah nak faham sebab mereka sekolah pun tak tinggi.
Kena berkali-kali ulang.”35 Mualaf memeluk Islam adalah
disebabkan oleh faktor kebendaan. Oleh sebab itu mualaf akan datang
ke kelas agama apabila ada elaun belajar. Apabila elaun belajar ditarik
balik, maka ramai yang menarik diri untuk tidak hadir ke kelas agama
secara berterusan.
Ini juga menjadi punca ramai dalam kalangan mualaf yang
menunjukkan sikap tidak berminat untuk mendalami Islam dengan
lebih lanjut dan lebih banyak menguzurkan diri daripada menghadiri
kelas asas fardu ain yang diadakan pada setiap minggu di Balai Islam
Pulau Ketam. Akibatnya, golongan saudara baru Cina masih lemah
dalam memahami agama Islam dengan baik dan ini menyebabkan
mereka sukar mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan.
Selain itu, saudara baru Cina juga kebanyakan mereka adalah
berpendidikan rendah dan mempunyai sejarah hidup yang sangat
teruk pada satu masa dahulu. Hal ini diakui oleh Amin Lum Siew
34 Temu bual bersama Daniel Tan. Bekas panel dakwah mualaf di Pulau Ketam.
Majlis Agama Islam Selangor, Klang pada 24 Februari 2015 di PAID,Klang.
35 Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam
dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 7
September 2014 di Pulau Ketam.
78
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Mun, “mualaf sekolah pun tak tinggi”36, “ramai gangster macam-
macam buat perkara tak baik dulu sebelum masuk Islam. Bila dah
masuk Islam, barulah mereka berubah. Itupun sebab kahwin dengan
orang Islam. Orang Cina pun fikir Islam tu tak baik sebab ada orang
macam ni.”37Perkara ini memberikan gambaran yang negatif
mengenai Islam oleh masyarakat Cina di Pulau Ketam bahawa
kebanyakan mualaf yang memeluk Islam bukanlah daripada kalangan
orang-orang yang mulia dan terpelajar. Masyarakat Cina juga
beranggapan Islam ini kebanyakan dianuti oleh golongan sebegini
sahaja.
Kesimpulannya dakwah kepada masyarakat Cina juga perlu
dijalankan secara berhati-hati. Hal ini supaya tidak timbul spekulasi
yang lebih buruk mengenai Islam. Dalam hal ini, pendakwah digesa
untuk mengenali dan memahami secara lebih mendalam mengenai
masyarakat Cina yang didekati terutamanya dari aspek latar belakang,
keadaan ekonomi, cara bersosial, tahap pendidikan, pegangan agama,
cara pemikiran dan sebagainya. Hal ini penting supaya komunikasi
dakwah yang dilaksanakan ke atas masyarakat Cina adalah
bersesuaian dengan keadaan dan diri mereka. Pendakwah yang
berjaya adalah pendakwah yang mampu mempengaruhi mad’u ke
arah kehidupan dan pegangan agama yang lebih baik iaitu Islam.
Justeru, sebelum usaha dakwah dilaksanakan kepada masyarakat
Cina, pendakwah perlu mengetahui cabaran dan halangan dakwah
yang mungkin akan berlaku dalam proses dakwah sekali gus
mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapinya.
Kesimpulan
Proses komunikasi dakwah kepada masyarakat Cina memerlukan
masa yang panjang dan usaha dakwah yang berterusan serta menuntut
kebijaksanaan dan semangat juang yang tinggi daripada pendakwah
dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Dalam proses komunikasi
antara manusia dengan manusia pasti terselit halangan dan gangguan
36 Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam
dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 7
September 2014 di Pulau Ketam.
37 Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di Pulau Ketam
dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) pada 7
September 2014 di Pulau Ketam.
79
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
yang menyebabkan proses komunikasi tergugat dan menjadi tidak
efektif. Tetapi gangguan ini akan dapat diatasi jika semua pihak
menyedari gangguan yang wujud dan seterusnya berusaha membaiki
kelemahan yang mengganggu gugat proses interaksi antara
penyampai dan penerima dakwah tersebut.
Corak berkomunikasi dengan masyarakat Cina pula perlu
melalui transformasi dan pelaksanaannya hendaklah diselarikan
dengan ajaran Islam supaya halangan-halangan yang timbul ini dapat
dikurangkan dari semasa ke semasa. Secara jelasnya, masyarakat Cina
hendaklah di dakwah dengan cara yang inovatif. Pendakwah
hendaklah sentiasa memperbaiki cara berkomunikasi semasa
menyampaikan Islam kepada golongan ini supaya tidak timbul
pelbagai isu dan masalah di kemudian hari. Di samping itu,
masyarakat Cina hendaklah disedarkan bahawa penerimaan Islam itu
bukanlah satu perubahan baru tetapi sebenarnya adalah fitrah yang
sesuai dengan jiwa manusia.
Rujukan
Abdul Aziz Mohd Zin. Strategi Berdakwah Dalam Sirah Nabi,
(Kuala Lumpur: Tech Production), 2012.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. Seruan Tauhid: Checklist Buat
Para Daie. 1st ed., (Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn.Bhd), 2011.
Zulkiple Abd Ghani. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat,
(Utusan Publication and Distributors. Selangor), 2001.
Temu Bual
Temu bual bersama Azlan Sharif. Ketua Aktivis Unit Alam Sekitar.
Angkatan Belia Islam Malaysia pada 18 November 2014 di
Pulau Ketam.
Temu bual dengan Ahmad Fauzi Siva Bin Abdullah (Unit
Pembangunan Mualaf) pada 7 September 2014 di Balai Islam
Pulau Ketam, Selangor.
Temu bual dengan Che Noor Mat Lee (bekas panel dakwah mualaf)
pada 25 November 14 di Majlis Agama Islam Selangor.
Temu bual bersama Daniel Tan (panel dakwah mualaf) pada 24
Februari 2015 di Pejabat Agama Islam Daerah Kelang.
80
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Temu bual dengan Mohammad Yasser Bin Abdul Ghani. Pegawai
Dakwah (Bahagian Non-Muslim).Majlis Agama Islam
Selangor, Kelang pada 13 Februari 2015 di Majlis Agama
Islam Selangor,Cawangan Klang.
Temu bual dengan Amin Lum Siew Mun. Panel Dakwah Mualaf di
Pulau Ketam dan Mubaligh MACMA (Malaysian Chinese
Muslim Association) pada 7 September 2014 di Pulau Ketam
81
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
82
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
PERANAN INSTITUSI MASJID TERHADAP PROSES
TRANSISI MUALAF DALAM KOMUNITI MUSLIM DI
SELANGOR1
Dr Muhammad Zaidi Abdul Rahman2, Dr Nor Raudah Hj Siren3,
Dr Siti Arni Bashir4
Pengenalan
Kertas kerja ini mengupas isu peranan yang boleh dimainkan oleh
institusi masjid terhadap mualaf. Ia dibahagikan kepada pertama,
istilah mualaf yang wujud dalam al-Quran kemudian diwacana
melalui fiqh. Kemudian dilihat pemakaiannya dalam konteks
Selangor. Kedua, mengupas isu identiti mualaf dan diikuti dengan
perbincangan ke tiga yang menjelaskan tentang peranan institusi
berkaitan Islam dan Badan Bukan Kerajaan yang ada hubungan
dengan mualaf. Peranan masjid juga diulas dalam bahagian ini dengan
memperincikan peranan sosial yang patut diteroka dengan lebih giat.
Istilah Mualaf: Penjelasan Quran, Fiqh dan Wacana Setempat
Dalam al-Quran istilah mualaf digunakan hanya sekali dalam surah
at-Tawbah: 60. Ayat tersebut merujuk kepada golongan yang
diperuntukkan bahagiannya dari pengagihan zakat. Dalam ayat
tersebut Allah menyenaraikan lapan golongan yang berhak mendapat
zakat termasuklah mualaf, melalui terjemahannya:
Sesungguhnya sedekah-sedekah
(zakat) itu hanyalah untuk orang faqir,
dan orang-orang miskin, dan amil-amil
yang mengurusnya, dan orang mu’allaf
yang dijinakkan hatinya, dan untuk
hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang
1 Artikel ini adalah sebahagian hasil penyelidikan dari geran yang disumbangkan
oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor yang bertajuk Penglibatan Komuniti
Islam Dalam Pengurusan Mualaf.
2 Ketua Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
3 Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya.
4 Pensyarah Kanan Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya.
83
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
yang berhutang, dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
orang-orang musafir (yang keputusan)
dalam perjalanan. (Ketetapan hukum
yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.5
Perkataan orang mualaf yang dijinakkan hatinya itu menjadi titik
perbincangan fuqaha bagi menentukan identiti mereka. Penentuan ini
penting bagi memastikan pengagihan zakat diserahkan kepada pihak
yang sah menerimanya. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwatiyyah
misalnya memberikan definisi Muallaf Qulubuhum dengan merujuk
kepada tiga keadaan iaitu i) golongan yang mahu dilembutkan hatinya
yang cenderung kepada Islam ii) golongan yang hendak dikukuhkan
keislaman mereka dan iii) golongan yang hendak dijauhkan kejahatan
mereka dari kaum muslimin, atau golongan yang dibantu untuk
memerangi musuh.6 Definisi tersebut membawa status mualaf kepada
dua kategori besar iaitu i) orang baru masuk Islam dan ii) kafir dalam
keadaan ada peluang untuk memeluk Islam atau ada potensi
membantu muslim. Hal ini terjadi kesan daripada perbahasan fuqaha
dalam menentukan golongan yang termasuk dalam asnaf zakat.
Rumusan ini dapat dilihat dalam rajah di bawah:
5 Lihat Tafsir Pimpinan Rahman, h. 443.
6 Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwatiyyah jld. 36, 12
84
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Rajah 1. Kategori Golongan Mualaf Menurut Mazhab
Mazhab Hanafi Maliki Syafi‘i Hambali
Status
Kafir - x x
- -
Pemimpin Quraisy dan -
pahlawan Arab
Orang yang baru - -
memeluk Islam
Orang atau pemimpin
Islam yang ada kemuliaan
dan kedudukan
diharapkan pengikutnya
akan ikut memeluk Islam
Orang atau pemimpin - -
Islam yang diberikan
zakat dengan harapan
pengikutnya akan
menentang orang kafir
dan golongan yang
enggan membayar zakat.
Sumber: Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa7
Pembahagian sebagaimana di atas mencerminkan tentang
wujudnya perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha. Dua
daripada status di atas masih lagi dianggap bukan Islam (Kafir dan
Pemimpin Quraisy dan Pahlawan Arab) berbanding yang selebihnya.
Perkara ini berlaku hasil daripada penelitian yang dilakukan fuqaha
berpandukan kepada latar belakang penurunan ayat tersebut dan
kajian perincian sabab musabab (illat) yang menimbulkan potensi
berlakunya khilaf (perbezaan pandangan). Untuk itu, pengaruh kesan
individu terhadap diri sendiri - seperti dalam kes orang yang baru
7 AR Azman et al., "Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf Di
Malaysia,"Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa 6, (2015).
85
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
memeluk Islam - atau implikasi terhadap masyarakat Muslim turut
menjadi titik penting pengkategorian tersebut.
Di Malaysia, perkataan mualaf digunakan dengan catatan
sumbernya daripada Bahasa Arab sebagaimana dalam Kamus Dewan
Edisi Keempat. Ia diertikan “orang yg baru memeluk agama Islam,
saudara baru” dengan ditulis satu lam sahaja (mualaf). Makna ini
mencakupi satu kategori daripada kategori mualaf yang dinyatakan di
atas. Makna inilah yang popular digunakan dalam masyarakat muslim
di Malaysia. Malahan makna ini telah menyerap dalam pentadbiran
agama Islam negeri-negeri lanjutan daripada keperluan institusi ini
mengurus zakat di bawah bidang kuasanya sebagaimana kehendak al-
Quran di atas.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 di
bawah Seksyen 2 mentafsirkan muallaf sebagai “Seseorang yang baru
memeluk agama Islam”. Fatwa negeri Selangor tahun 1994 mengenai
sistem agihan zakat Selangor pada Jadual Bab XII memberi maksud
mualaf sebagai:
a) seseorang yang masuk Islam dan imannya daif, maka adalah
diharapkan pemberian agihan ini boleh menguatkan imannya.;
atau
b) seseorang yang masuk Islam dan imannya sudah kuat dan ia
dipandang mulia oleh kaumnya, maka adalah diharapkan
pemberian agihan ini dapat menarik orang lain masuk Islam
atau agihan ini dapat mempertahankan kejahatan orang kafir
di sekelilingnya.
Kedua-dua kategori di atas mempunyai satu titik persamaan
iaitu merujuk kepada orang yang baru menerima Islam sebagai
agamanya. Kategori ini dipisahkan bagi memperjelaskan lagi status
mereka yang baru memeluk Islam itu sama ada daif dan kuat imannya
sesuai dengan tujuan fatwa itu dibuat bagi mengagihkan zakat kepada
asnafnya. Tambahan pula asas takrifan itu adalah petikan dari kitab
Iqna’ dan Bajuri yang berpegang kepada mazhab Syafii.8 Seperkara
lagi, pengamalan ini mungkin juga dipengaruhi oleh model dual
system berkaitan pentadbiran agama Islam di Malaysia - dalam
8 Lihat http://www.muftiselangor.gov.my/ms/fatwa-tahunan/pewartaan/1990-
1994/129-fatwa-tentang-sistem-agihan-zakat-negeri-selangor
86