Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
lebih baik…dengan cara yang lebih halus. Namun,
terpulang kepada klien bagaimana klien mahu
membincangkan atau berkongsi tentang perkara
(agama) tersebut…”
Pernyataan Alias di atas, menunjukkan beliau kekal dengan
gaya penerokaan dan curious (ingin tahu). Alias menjadi saksi
kepada Zie apabila kliennya bercakap tentang hasrat menjadi seorang
muslim yang baik dengan memenuhi tanggungjawabnya menunaikan
solat. Hasrat murni sebegitu (bagi seorang transgender) merupakan
sesuatu yang bermakna bagi kaunselor seperti Alias kerana ia
merupakan nilai spiritual yang penting untuk membawa klien
memperkukuhkan aspek diri yang mempunyai kaitan dengan agama
dan ketuhanan. Sebagai kaunselor muslim, Alias melihat hasrat klien
itu sebagai peluang untuk memberi sokongan kepada klien
meneruskan perkara wajib yang perlu ditunaikan seterusnya
memperkukuhkan hubungannya dengan tuhan. Pendekatan yang
diambil oleh Alias boleh diterjemahkan sebagai a transgender-
friendly religious stance iaitu suatu pendekatan yang mesra
transgender dalam konteks mendekatkan diri dengan hal-hal agama
dan spiritual. Pendekatan sebegini membolehkan isu-isu agama yang
dianggap sensitif oleh golongan transgender dapat diluahkan dan
dibincangkan dengan “cara yang lebih halus” seperti yang dinyatakan
oleh Alias. Alias seterusnya melaporkan bahawa menjadi perkara
utama dan penting kepada dirinya untuk menyuburkan nilai-nilai
spiritual dalam diri klien transgender. Beliau menegaskan:
“Apabila klien memulakan topik berkaitan agama dan
spiritualiti, saya fikir tidak menjadi kesalahan kepada
kaunselor untuk membincangkan perkara ini. Sebagai
contoh, saya kata kepada klien, “Tadi awak kata solat
sangat penting untuk awak…bagaimana perkara ini
penting untuk awak…bagaimana komitmen
menjalankan tanggungjawab ini penting kepada Allah
dan hubungan awak dengan Allah?”. Dalam situasi
ini, saya ingin memahami kenapa klien berfikiran
sebegitu? Kenapa klien membawa contoh tersebut?
387
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Kemungkinan pada saat itu beliau mengharapkan
sesuatu daripada hubungannya dengan tuhan…”
Membina dan mengekalkan hubungan dengan tuhan
merupakan sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan oleh
transgender kerana kedua-dua wacana dan identiti diri ini saling
bercanggah. Kebanyakan transgender beragama Islam sering
mengalami konflik yang serius dalam usaha mengharmonikan
identiti transgender dan identiti beragama dalam kehidupan mereka.
Sebahagian daripada mereka mungkin berjaya menggabungkan
kedua-dua identiti ini dengan baik, namun ada sebahagian yang
dipinggirkan malah disingkirkan oleh masyarakat hanya disebabkan
mereka bukan tergolong dalam sistem masyarakat sedia ada15.
Keadaan ini menyebabkan sebahagian transgender menjauhkan diri
dari aspek-aspek yang melibatkan agama kerana diselubungi oleh
perasaan tidak diterima dan dikhianati16.
Langkah yang dilakukan Alias dalam contoh di atas adalah
untuk memperkasakan nilai-nilai agama yang telah sedia ada
tertanam dalam diri klien. Dari perspektif dakwah, tindakan ini
adalah usaha yang dituntut supaya sasaran dakwah terus kekal berada
dalam pegangan akidah yang betul iaitu kepercayaan kepada tuhan.
Tindakan Alias menjalinkan pengetahuan agamanya dan kemahiran
kaunseling dalam membantu Zie berkaitan soal ini merupakan suatu
tanggungjawab dalam memastikan harapan Zie untuk kekal percaya
kepada tuhan dan menjalankan amalan beragama terus subur dalam
dirinya. Bagi klien seperti Zie, sokongan dan penerimaaan Alias
terhadap nilai-nilai agama dan spiritual yang ada pada dirinya adalah
elemen penting untuk beliau terus bertahan sebagai individu
transgender yang masih mempunyai akidah, dan dalam masa yang
sama menghadapi pelbagai cabaran hidup sebagai golongan minoriti.
15 S. Hammoud-Beckett, “Azima ila hayati – An Invitation Into My Life: Narrative
Conversations about Sexual Identity, The International Journal of Narrative
Therapy and Community Work, Vol. 1 (2007), 29-39.
16 O. Minwalla, B.R.S. Rosser, J. Feldman & C. Varga, Identity Experience among
Progressive Gay Muslims in North America: A Qualitative Study within al-Fatiha,
Culture, Health & Sexuality, Vol. 7(2) (2005), 113-128.
388
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Rujukan
I. Parker, “Deconstruction and Psychotherapy”, In I. Parker (Ed.),
Deconstructing Psychotherapy, (London: Sage Publications,
1999)
V. Burr, Social Constructionism, (London: Routledge, 2003)
G. Corey, Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, 7th.
Ed., (USA: Thomson Brooks/Cole, 2005)
B. Davies, “Women’s Subjectivity and Feminist Stories”. In C. Ellis
& M.G. Flaherty (eds.), Investigating Subjectivity: Research
on Lived Experience (pp. 53-76), (California: Sage
Publications, 1992).
B. Davies, “Psychology’s Subject: A Commentary on the
Relativism/Realism Debate”. In I. Parker (ed.), Social
Constructionism, Discourse and Realism (pp.133-145),
(California: Sage Publications, 1998).
J. Potter & M. Wetherell, Discourse and Social Psychology: Beyond
Attitudes and Behavior, (London:Sage Publications, 2005)
J.R. Corsini & D. Wedding, Current Psychotherapies, 7th. Ed., (USA:
Thomson Brooks/Cole, 2005)
M. Buchanan, K. Dzelme, D. Harris & L. Hecker, “Challenges of
Being Simultaneously Gay or Lesbian and Spiritual and/or
Religious: A Narrative Perspective”, The American Journal
of Family Therapy, Vol 29 (2001): 435-449
S. Hammoud-Beckett, “Azima ila hayati – An Invitation Into My Life:
Narrative Conversations about Sexual Identity, The
International Journal of Narrative Therapy and Community
Work, Vol. 1 (2007), 29-39
T. Strong, N. R. Pyle, C. deVries, D.N. Johnston, A. J. Foskett,
“Meaning-Making Lenses in Counselling: Discursive,
Hermeneutic-Phenomenological, and Autoethnographic
Perspectives”, Canadian Journal of Counselling, Vol. 42 no.
2 (2008):117-130
Yusmini Md. Yusoff, “Sikap dan Kecekapan Budaya Pendakwah
Terhadap Golongan Transgender”. Dlm. Norrodzoh Hj. Siren,
et.al., Isu-Isu Semasa Media dan Dakwah (pp. 115-128),
(Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, 2013)
389
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
390
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
DAKWAH DAN GOLONGAN MINORITI: PENDEKATAN
DAN STRATEGI
Prof. Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin (KIAS)
Pengertian Dakwah
Dakwah ialah usaha menarik dan mempengaruhi seseorang supaya
menerima Islam bagi kebaikan di dunia dan di akhirat.
1. Usaha yang dimaksudkan di sini terkandung dalam ruang
lingkup yang luas, iaitu menyampaikan (tabligh), mengajar,
menasihat, memberi teladan, memandu, mengarah, menunjuk,
mendidik, melatih dan malah mengadakan peraturan.
2. Menarik dan mempengaruhi seseorang bererti, sesuatu
usaha yang dapat menarik dan mempengaruhi. Maka, dakwah
memerlukan pendekatan dan strategi, untuk tujuan tersebut.
3. Menerima Islam bererti, Islam yang diperkenalkan melalui
pelbagai pendekatan dan strategi itu dapat difahami dan
diterima untuk amalan.
4. Kebaikan di dunia dan di akhirat bererti, tujuan dan faedah
dakwah yang dilakukan adalah untuk mendapat kebaikan di
dunia dan di akhirat, sama ada oleh pihak pendakwah atau
kumpulan sasarnya.
MATLAMAT DAKWAH
Tujuan dakwah ialah untuk kebaikan manusia di dunia dan di akhirat
melalui penghayatan agama ini. Maka, dakwah kepada orang bukan
Islam itu bertujuan untuk;
1. Memperkenalkan Islam,
2. Memberi kefahaman tentang Islam,
3. Diterima Islam untuk dianuti,
4. Mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
Manakala dakwah kepada orang Islam bertujuan untuk;
1. Menambahkan kefahaman,
2. Membangun penghayatan yang syumul,
3. Membina kekuatan bagi menghadapi cabaran dan masalah,
4. Menjadi umat yang kuat dan sebaik-baiknya untuk menjadi
umat contoh,
391
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
5. Mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
Pembangunan Dakwah
Dakwah membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia
dan di akhirat. Dengan itu, dakwah membangun kekuatan dunia dan
membangun kekuatan akhirat. Dakwah membina potensi dan
kekuatan manusia supaya tercapai kebaikan pada kedua-duanya.
Maka, dakwah membangun kedudukan orang Islam supaya berada
pada tempat yang tertinggi, sebagaimana kedudukan agama Islam
yang tertinggi (Hadith dalam Sunan al-Bayhaqi al-Kubra). Ia
membangun umat terbaik untuk menjadi umat contoh, sebagaimana
yang telah dilakukan terdahulu.
Contoh yang pernah berlaku, dari sudut kekuatan fizikal
dalam pertahanan, kekuatan orang Islam itu ialah seorang Islam
melawan sepuluh orang pihak lawan yang menentang dan akhirnya
diringankan kepada seorang melawan dua orang (al-Anfal (8): 65-66).
Dari sudut amalan kebaikan, hendaklah lebih banyak daripada amalan
penganut agama lain, contohnya berpuasa pada hari ‘Asyura
digandakan menjadi dua hari berbanding dalam agama Nasrani dan
Yahudi hanya sehari sahaja. Dari sudut kebersihan, lebih daripada
orang Yahud sebagaimana maksud sabda Rasulullah SAW, “Maka
bersihkanlah halaman rumah kamu dan janganlah menyerupai
halaman rumah orang Yahudi” (Hadith al-Tirmidhi). Maka, orang
Islam itu perlu bekerja berterusan tanpa henti, untuk mencapai kedua-
duanya, (al-Syarh (94): 7), (al-Jumu’ah (62): 10).
Keadaan umat Islam akhir-akhir ini menyedihkan. Ia
berhadapan dengan pelbagai masalah. Masalah kesatuan, dengan
perselisihan, perpecahan, perbalahan, pembunuhan dan peperangan
yang berterusan. Masalah ekonomi, politik, sosial, pelajaran,
penyakit, pengangguran dan pelarian yang berpanjangan. Pelbagai
masalah, besar dan kecil dihadapi oleh umat Islam sekarang. Maka,
tiada lagi kemuliaan, ketinggian, kekuatan, kegerunan dan ikutan
teladan, pada orang Islam. Ia tidak sebagaimana kehendak agamanya.
Dengan itu, Islam dikatakan agama yang bermasalah dan membawa
masalah kepada dunia hari ini.
Maka, usaha dakwah masa kini lebih diperlukan. Ia satu tugas
yang sungguh besar dan sangat penting. Ia menentukan manusia untuk
selamat di dunia dan di akhirat. Oleh itu, ia tidak boleh dipandang
392
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
mudah dan kerja sampingan sahaja. Ia menjadi tanggungjawab utama
ke atas setiap orang Islam mengikut kemampuan masing-masing.
Dengan itu, dakwah hendaklah dilakukan mengikut pendekatan
(manhaj) dan strategi yang bersesuaian. Dalam hal ini, Allah
menyebut antaranya: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah,
nasihat yang baik dan perbahasan cara terbaik” (al-Nahl (16): 125).
Manakala Nabi (saw) menyebut antaranya: “Sesungguhnya Allah
membangkitkan aku supaya aku menyeru manusia ke jalan-Nya
dengan hikmah dan nasihat yang baik. Sesiapa yang menyalahi
demikian, maka dia tergolong ke dalam golongan yang binasa”
(Hadith al-Haytami).
Asas Dakwah
1) Al-Balagh al-Mubin (Penyampaian yang jelas nyata)
Dakwah hendaklah disampaikan kepada kumpulan sasar dengan jelas
dan nyata (al-balagh al-mubin). Dalam sejarah dahulu, untuk
mempastikannya, Nabi (saw) melakukan dengan pelbagai bentuk,
sama ada dengan lisan, perbuatan, keadaan atau sebagainya. Contoh
penyampaian dengan keadaan ialah seperti Perang Badar (2H),
dengan jumlah tentera musuh tiga kali ganda ramainya di samping
kelengkapan yang berganda-ganda lebihnya, tetapi kemenangan
berpihak kepada orang Islam. Kemenangan tersebut menarik
perhatian seluruh orang Arab di Semenanjung Tanah Arab atas
peristiwa yang menghairankan itu. Kekuatan orang Islam yang luar
biasa itu memberitahu seluruh orang Arab tentang keadaan orang
Islam yang sebenar. Mereka mula faham keadaan tersebut.
Untuk mencapai tahap al-balagh al-mubin, maka dilakukan
dengan;
1. Percakapan yang jelas dan mudah difaham (“Percakapan
Rasulullah adalah suatu percakapan yang jelas nyata yang
boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya”)
(Hadith Abu Daud).
2. Diselitkan dengan faedah segera, maqasid, berita gembira dan
berita yang menakutkan.
3. Diadakan perbandingan (“Sesungguhnya perbandingan Isa di
sisi Allah samalah seperti Adam”. (Ali ‘Imran (3): 59).
4. Kelakuan dan peristiwa yang dapat dilihat dan didengar.
393
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
5. Disesuaikan dengan keadaan kumpulan sasar dan masa.
2) Hala Tuju Yang Mudah Difahami
Dakwah memerlukan hal tuju yang jelas. Apa yang hendak dicapai
melalui dakwah dan ke mana yang hendak dibawa oleh dakwah dapat
difahami dengan mudah. Kekaburan hala tuju dalam dakwah
mutakhir ini membawa kepada ramai orang terkeliru dengannya
sehingga beranggapan dakwah tidak penting, terutamanya dalam
kepelbagaian badan-badan dakwah masa kini yang tidak dapat
difahami dengan jelas tentang hala tuju masing-masing. Keadaan
tersebut menjadi tohmahan bahawa setiap badan dakwah terdapat
kesamaran dalam hala tujunya, maka keperluan kepadanya dianggap
tidak begitu ada.
Walaupun berbeza nama dan pendekatan gerak kerja pada badan-
badan dakwah, matlamat dan hala tujunya hendaklah sama dan mudah
difahami pula. Walau apa sekalipun aktiviti yang dilakukan, adalah
menuju kepada arah yang sama, seperti anggota-anggota pada satu
tubuh badan, membawa kepada hala tuju yang sama. Walaupun
bentuk kerja yang berbeza, semua kerja yang dilakukan oleh setiap
anggota membawa kepada satu matlamat dan satu hala sahaja. Hala
tuju dakwah adalah membawa kepada kebaikan, keselamatan dan
kesejahteraan bagi manusia di dunia dan di akhirat.
3) Kesatuan Umat
Islam agama yang satu, datang dari sumber yang satu, dibawa oleh
rasul utusan yang satu dan dengan syariat yang satu (al-Anbiya` (21):
92). Di samping itu, diarah supaya umatnya sentiasa bersatu padu dan
sangat dilarang berpecah-belah, melalui berpegang teguh kepada
agama ini (Ali ‘Imran (3): 103). Islam adalah agama ukhuwwah
(persaudaraan) antara seluruh umat Islam, malah hubungan berbaik-
baik, hormat-menghormati dan bertolongan dalam kalangan seluruh
manusia. Walaupun terdapat perubahan dan perbezaan dalam Islam
tetapi itu pada bahagian-bahagian furu’ (cabang-cabang yang bukan
pokok) sahaja, untuk keperluan dan kebaikan manusia. Ia
menunjukkan agama ini sentiasa sesuai dengan masa dan tempat,
yang memerlukan perubahan demikian. Kesatuan umat menjadi satu
asas dalam dakwah yang perlu diusahakan.
394
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
4) Usaha Yang Berterusan
Dakwah untuk membangun manusia ke arah kebaikan dunia dan
akhirat. Ia tidak mencukupi dengan sekali dua sahaja. Ia perlu
dilakukan berterusan malah perlu dipertingkatkan dari semasa ke
semasa. Dengan itu, usaha dakwah tidak berkesudahan, walaupun
terhadap kumpulan sasar tertentu. Hal ini terutamanya apabila dilihat
bahawa agama Islam itu adalah agama yang membangun dan umat
Islam itu adalah umat yang membangun. Maka, unsur-unsur
pembangunan itu perlu diserapkan setiap masa, yang utamanya
melalui usaha dakwah, dalam bentuk-bentuk yang bersesuaian.
Golongan Minoriti
Apa yang dimaksudkan dengan golongan minoriti ialah golongan
yang kecil dalam masyarakat dan negara, sama ada dari sudut jumlah,
pengaruh atau kekuatannya. Mereka ialah golongan orang kurang
upaya (OKU), warga emas & orang tua, anak yatim, ibu tunggal,
banduan, mualaf, orang Islam di negara bukan Islam, LGBT (Lesbian,
Gay, Bisesexual, Transgender), gelandangan, asnaf, pesakit dan
golongan kanak-kanak.
Golongan minoriti sering dikaitkan dengan keadaan diri yang
berada dalam kekurangan dan kelemahan, disebabkan keadaan
mereka yang biasanya sama ada terhad dari sudut pergerakan dan
kebebasan, kehilangan tonggak pergantungan atau disebabkan
kekurangan kekuatan. Sebahagian mereka berhadapan dengan
kekurangan dalam kestabilan diri dan kekosongan diri. Selalunya,
golongan ini terasa diri mereka agak tersepit, kurang dipedulikan,
dibiarkan, kurang diberikan hak, tidak diberikan keadilan dan kurang
mampu untuk mencapai kemajuan seperti golongan lain yang
dianggap kuat dan sempurna. Mereka menjadi sering lupa kepada hala
tuju dalam kehidupan, yang ramai dalam kalangan mereka kabur
melihat masa depan. Ramai antara mereka beranggapan bahawa umur
yang dimiliki hanya sekadar meneruskan sisa-sisa hidup dan sentiasa
mengharapkan bantuan dan simpati orang lain.
Dengan itu, mereka memerlukan bantuan, pertolongan dan
kebergantungan kepada sesuatu pihak, disebabkan kelemahan diri
yang dirasainya. Di samping itu, mereka perlu dipantau, tidak boleh
dibiarkan menyelesaikan masalah bersendirian, kerana kurang
berkemampuan tentangnya.
395
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Golongan minoriti dianggap golongan yang berada di pinggir
arus perdana dan sebahagian besarnya dianggap membawa masalah.
Dalam dakwah, golongan ini hendaklah diberikan perhatian yang
lebih, kerana golongan ini agak sukar untuk mencapai matlamat
dakwah.
Pendekatan
Kenapa perlu ada usaha menarik dan mempengaruhi dalam dakwah?
Sebabnya ialah:
1. Keadaan manusia yang dibekalkan dengan tabiat baik dan
tabiat buruk, iaitu tabiat yang membawa kepada keuntungan
dirinya dalam jangka panjang dan tabiat yang membawa
kepada kerugiannya (al-Syams (91): 8). Maka, ia perlu
sentiasa ditarik ke arah kebaikannya dan dijauhkan daripada
terpengaruh kepada keburukannya.
2. Keadaan manusia yang mudah tertarik dan terpengaruh
dengan keuntungan segera (al-A’la (87): 16). Maka ia
hendaklah sentiasa ditarik ke arah keuntungan jangka panjang
yang faedahnya berpanjangan.
Sepertilah syaitan yang menarik Adam dan Hawa supaya keluar dari
syurga dan tarikannya berjaya. Adam dan Hawa terpengaruh dengan
penjelasan yang dikemukakan oleh syaitan, sehingga kedua-duanya
tersingkir darinya (Taha (20): 120-123). Maka, lebih-lebih lagi untuk
kebaikan, perlu ada tarikan kepadanya. Untuk membawa manusia ke
arah Islam supaya selamat di dunia dan di akhirat memerlukan tarikan
dan pengaruh yang lebih dan ia tidak sesuai dilakukan dalam kadar
biasa sahaja, bagi manusia yang berkeadaan demikian.
Apa yang hendak dikemukakan dalam dakwah kepada golongan
minoriti ini? Pada asasnya ia adalah menyeru mereka kepada Islam,
supaya dikenali, difahami dan dihayatinya, sama ada melakukan yang
baik atau meninggalkan yang buruk, melalui pendekatan yang
bersesuaian. Maka, penekanan yang diperlukan bagi tujuan tersebut
adalah seperti berikut:
1. Membina keyakinan terhadap Pencipta – Iaitu agama ini
adalah dari Allah yang disampaikan melalui Rasul-Nya. Ia
perlu diterima, kerana ia datang dari Allah dan pembalasan
bagi yang menerima dan yang menolak tetap ada. (al-Kahf
(18): 29).
396
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
2. Membina kefahaman tentang kedudukan hidup di dunia –
Manusia di dunia berada dalam suatu peringkat perjalanan
yang panjang merentasi beberapa peringkat. Ia merentasi
peringkat sebelum di dunia, peringkat dunia, peringkat kubur
dan peringkat akhirat, yang sangat panjang masanya pada
setiap peringkat untuk berakhir di akhirat nanti, sama ada di
syurga atau di neraka. Dunia tempat ujian untuk menentukan
seseorang itu berjaya atau gagal pada peringkat selanjutnya.
Kalaulah diberikan kebahagiaan di dunia ini hanya sedikit
sahaja berbanding di akhirat dan sebaliknya kesengsaraan di
dunia hanya sedikit sahaja berbanding dengan akhirat.
Manusia di dunia sedang menghadapi ujian, maka perlu
difahami untuk merebut peluang ini.
3. Keperluan mengikuti sunnah ketentuan Allah - Penekanan
bahawa orang yang tidak mengikuti sunnah Allah dan
panduan-Nya, iaitu menolaknya akan berhadapan dengan
kesusahan bermula di dunia, manakala di akhirat nanti
berganda-ganda kesusahannya (al-Zumar (39): 25-26).
Mengamalkan akhlak yang baik dalam kehidupan, seperti baik
hati, persaudaraan, rajin dalam kebaikan, sukakan kebaikan
dan bencikan keburukan, taat dalam perkara yang baik,
berusaha pada kebaikan dan sebagainya memberi keuntungan
kepada diri sendiri dan orang lain. Sebaliknya, melakukan
akhlak yang buruk, seperti hasad dengki, jatuh menjatuh,
tamak haloba, tipu menipu, rasuah, monopoli, zalim
menzalim, tidak mempedulikan orang lain dan sebagainya
memberi keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Maka,
beruntunglah mengikuti agama Islam.
4. Islam penting untuk selamat - Maka, antara penekanan yang
perlu diberikan ialah Islam sangat penting, kerana ia untuk
menyelamatkan diri dari bencana kesusahan dan
kesengsaraan. Manusia berhadapan dengan kesusahan dan
kesengsaraan, kecuali dengan menerima Islam dan
mengamalkannya, pada keseluruhannya (Ali ‘Imran (3): 85
dan “Masuklah Islam! Nanti kamu selamat” (Hadith al-
Bukhari no. 4553).
5. Memberi harapan dan janji yang menarik - Memberi harapan
dan janji yang menarik antara cara persembahan yang perlu
397
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
diberikan penekanan dalam kandungan dakwah yang
disampaikan kepada kumpulan sasar. Harapan dan janji
tersebut untuk mempengaruhi kumpulan sasar melalui tarikan
yang ada padanya. Namun, hendaklah diawasi bahawa jika
janji dan harapan itu mengenai perkara-perkara yang tidak
disebut secara jelas dalam al-Quran dan hadith janganlah
mudah melakukannya. Ia hendaklah pada perkara yang boleh
terjadi. Ia jangan sekali-kali pada yang tidak menentu, tidak
jelas dan apa lagi janji kosong (al-Mujadalah (58): 22 dan
“Bersabarlah Al Yasir! Janji bagi kamu adalah syurga” al-
Hakim dan al-Tabarani).
6. Mencapai kemenangan dan kejayaan - Penonjolan kepada
kemenangan dan kejayaan yang akan dicapai yang sedia
menunggu di hadapan adalah satu daripada cara persembahan
mengenai Islam yang perlu diberikan penekanan. Ia perlu
ditekankan bahawa usaha yang dilakukan akan membawa
kepada kemenangan dan kejayaan (Luqman (31): 5, al-Nisa`
(4): 13, al-Mu`minun (23): 1).
7. Kesenangan masa depan diri sendiri - Ajaran Islam yang perlu
diikuti adalah satu ajaran untuk kesenangan masa depan diri
sendiri. Sesiapa yang menerima dan mengamalkannya adalah
untuk faedah dan kesenangan dirinya sendiri, bukan untuk
orang lain. Kalaulah faedahnya untuk diri sendiri, kenapa ada
yang cuba mengelakkannya? (al-Ankabut (29): 6, al-Jathiyah
(45): 15, Muhammad (47): 38).
8. Waktu yang sesuai - Seseorang akan tertarik kepada sesuatu
apabila ia berlaku pada waktu yang berkenaan. Makanan,
minuman, ubat, payung, pakaian dan sebagainya menjadi
tertarik apabila berada pada waktunya. Gerakan sekularisme
pimpinan Mustafa Kamal Ataturk (1881-1938) mendapat
sambutan masyarakat Islam Turki kerana dilakukan pada
masanya yang sesuai bagi gerakan ini disebabkan rakyat Turki
telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Islam melalui
sistem khilafah (berakhir pada 1924) yang dianggap gagal
pada ketika itu. Gerakan komunisme mendapat sambutan
masyarakat pada suatu ketika dahulu apabila dilakukan pada
masa yang sesuai, iaitu kemiskinan rakyat di bawah golongan
atasan yang kaya-raya dan golongan masyarakat yang
398
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
berkelas-kelas dengan tindas-menindas ke atas golongan
bawah yang lemah. Waktu yang sesuai sangat penting dalam
sesuatu pemikiran dan gerakan.
9. Penekanan maqasid - Secara mudah, maqasid ialah perkara-
perkara yang hendak dicapai atau tempat yang hendak dituju.
Islam keseluruhannya mempunyai maqasidnya, iaitu untuk
kesenangan dan kebaikan manusia di dunia dan di akhirat
melalui perhambaan diri kepada Allah. Ia adalah pencapaian
kebaikan dan maslahah bagi manusia dan terhindarnya
keburukan, kerosakan dan kemudaratan ke atasnya di dunia
dan di akhirat, yang dengan itu tercapailah kebahagiaan yang
sebenar dalam kehidupan di kedua-dua tempat tersebut.
Segala peraturan dalam Islam yang perlu ditaati adalah untuk
mencapai maqasid tersebut. Maka, setiap perintah dalam
Islam dan setiap larangannya mempunyai maqasidnya, yang
perlu ditaati untuk mencapainya.
Strategi
Secara mudah, strategi bererti muslihat untuk mencapai sesuatu
maksud. Untuk mencapai maksud dakwah, muslihat dengan cara
tertentu diperlukan. Maka, dakwah hendaklah menggunakan
strateginya yang bersesuaian dengan golongan ini, iaitu:
1. Mengguna peluang kerjasama dengan pihak-pihak yang
bersesuaian – Ia bererti mengambil peluang untuk bergerak
dalam keadaan bersepadu atau berkerjasama yang rapat
dengan badan-badan lain yang berhubungan, dengan tugas
mengikut pengkhususan dan kepakaran masing-masing.
Dengan itu, penyelesaian masalah boleh diusahakan oleh
pihak-pihak yang berkenaan dengan lebih cepat. Namun, ia
dengan hala tuju yang sama, iaitu untuk membawa manusia ke
arah kebaikan di dunia dan di akhirat, melalui pelaksanaan
tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
2. Misi bantuan yang menguntungkan - Bertindak sebagai misi
pembawa bantuan untuk keuntungan dan faedah, melalui
Islam. Ini, kerana Islam agama yang mengarah pengikutnya
supaya berada dalam kebaikan di dunia dan di akhirat. Dengan
itu, segala ajaran Islam yang perlu diikuti adalah untuk
kepentingan bersepadu. Islam mengajak kepada kebaikan dan
399
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
keuntungan, terutamanya keuntungan masa depan. Tiada
apapun yang rugi dengan Islam, malah sebaliknya.
3. Misi kasih sayang - Menonjolkan kasih sayang untuk
menolong, di samping persamaan dalam Islam, yang semua
orang adalah sama dan masing-masing saling lengkap-
melengkapi.
4. Gerakan perubahan dan pembaikan diri – Menjadi ejen kepada
keperluan perubahan dan memperbaiki diri, dengan bahaya-
bahaya jika berterusan dalam keadaan yang ada di samping,
memberi kefahaman bahawa setiap perubahan yang lebih baik
memerlukan sedikit pengorbanan.
5. Misi penyelamat – Ia adalah bertujuan untuk menyelamatkan
mereka daripada bahaya yang sedang menunggu, dengan
sebaliknya bukan sekali-kali untuk merosakkan mereka.
Dengan itu, wajar dilahirkan dengan perkara-perkara yang
menakutkan terhadap bahaya-bahaya di hadapan, supaya
berusaha keluar daripada keadaan sekarang.
6. Penyertaan golongan yang berpengaruh - Menggunakan
individu-individu yang berpengaruh dalam kalangan
masyarakat untuk bersama-sama berada dalam usaha ini
seperti telah dilakukan dakwah supaya wanita memakai
tudung yang bersesuaian dengan wanita Islam dan ia didapati
sangat berjaya. Antaranya, disebabkan penonjolan golongan
yang dikatakan berpengaruh dalam masyarakat, seperti
golongan artis dan yang rupawan.
7. Mengadakan contoh perubahan - Membina individu-individu
yang boleh menjadi contoh tentang perubahan dan kemajuan
yang boleh dicapai dalam penghidupan seperti orang lain.
8. Hanya penyelesaian Islam – Sebagai agama suci yang
membawa rahmat kepada seluruh alam, maka segala
kesusahan, kepayahan, kesempitan hidup dan masalah yang
dihadapi perlu diselesaikan melalui Islam, kerana ia lebih
terjamin pencapaiannya. Jaminan pencapaiannya, jika tidak
diberikan di dunia akan didapatinya di akhirat nanti.
Kesimpulan
Islam yang dibawa melalui Nabi terakhir (SAW) tidak akan sampai
kepada masyarakat untuk diterimanya tanpa usaha dakwah yang
400
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
bersesuaian, dengan kepelbagaian golongannya. Perkembangan
ajaran agama ini bergantung kepada usaha dakwah, sama ada kuat,
lemah, bersesuaian atau tidak, dengan hasilnya yang dapat dilihat.
Dakwah mempunyai manhajnya, yang melahirkan konsep,
pendekatan dan strategi yang bertujuan untuk mempengaruhi
kumpulan sasar dengan pelbagai golongan supaya memahami,
menerima dan menghayati agama ini. Pendekatan dan strategi yang
sesuai dalam dakwah bagi masyarakat minoriti hari ini kian melebar
dan ia perlu digunakan untuk tujuan tersebut. Dakwah perlu diberikan
kekuatan dalam penyebarannya melalui pendekatan dan strategi yang
bersesuaian dengan kumpulan sasarnya untuk menarik dan
mempengaruhi sasaran kepada agama ini.
401
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
402
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
MESEJ PENDIDIKAN ISLAM DI DALAM FILEM DALAM
MIHRAB CINTA
Mohd Nazri Bin Abdullah, Dr Rahimin Affandi Bin Abd Rahim, Dr
Nor Raudah Bt Hj Siren
Pendahuluan
Dalam konteks Islam, pendidikan merupakan satu pelajaran atau
pendidikan bagi kognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan
yang berperikemanusiaan. Definisi falsafah ini menumpu kepada
pembentukan individu sehingga menjadi seorang manusia yang
benar-benar sempurna bukan sahaja dari segi pertambahan ilmu
bahkan dari segi pembentukan akhlak dan rohani1. Menurut Thoha2,
pendidikan Islam adalah pendidikan yang falsafah dan tujuan serta
teori-teorinya dibangunkan untuk melaksanakan praktik pendidikan
yang didasarkan kepada nilai-nilai Islam yang terkandung dalam al-
Quran dan hadis Nabi. Manakala al-Attas3 pula memberikan
pengertian bahawa pendidikan Islam adalah usaha yang dilakukan
oleh pendidik terhadap anak didik untuk pengenalan dan pengakuan
tempat-tempat yang benar dari segala sesuatu dari aturan penciptaan
sehingga membimbing mereka ke arah kebaikan. Filem adalah salah
satu dari sumber belajar, ditetapkan sebagai informasi yang
disajikan dalam bentuk media, yang dapat membantu pelajar dalam
belajar sebagai perwujudan dari kurikulum.4 Sebagai sebuah karya
seni, filem merupakan produk yang mudah untuk mendekati
masyarakat kerana filem merupakan hasil idea manusia yang
diilhamkan daripada kehidupan seharian mereka. Ia jua antara
neraca yang boleh digunakan untuk melihat sejauhmana trend dan
1 Kurshid Ahmad. 1975. Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia
2 Thoha, Chabib H.M. 1996. Kapita Selekta Pendidikan Islam. Yogyakarta:
Pustaka Pelajar.
3 al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam.
Samsudin Jaapar (ptjh.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4 Abdul Majid, Perencanaan Pembelajaran, Bandung : PT Remaja Rosdakarya,
2006, hlm. 170
403
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
perkembangan sesuatu masyarakat dalam menangani sesuatu
situasi.5
Peranan Media Filem Dalam Pendidikan Islam
Fungsi media pengajaran pembelajaran memang penting dalam
pendidikan. Alat dan bahan teknologi ini dapat menolong atau
membantu pencapaian sesuatu objektif pembelajaran. Dengan ini
tugas mengajar lebih berkesan atau berjaya. Keberkesanan yang
tinggi juga boleh menghasilkan kecekapan yang tinggi. Pemilihan
media yang dilakukan dengan bijak dan sistematik dapat membantu
mencapaikan objektif pengajaran dengan lebih berkesan.6
Penggunaan media telah menjadi satu daripada cara yang boleh
mendatangkan banyak faedah dan membantu dalam menyampaikan
maklumat pada era ini. Jika media seperti filem digunakan untuk
mengajak manusia kepada Allah SWT dan mengamalkan sunnah
Rasulullah s.a.w maka ini adalah sesuatu yang amat berfaedah kepada
umat islam khususnya.
Cara ini akan memberi peluang kepada orang bukan Islam
untuk mengenali Islam dan membuka hati umat Islam untuk lebih
memahami Islam secara mendalam. Menjadi tugas manusia yang
diamanahkan menyebarkan Islam untuk menguasai pelbagai cara
media masa kini supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan
teknologi maklumat dalam menyampaikan mesej kebenaran. Mesej
kebenaran itu perlu disampaikan menerusi apa sahaja bentuk media
yang terdapat pada masa kini dan perlu diperluaskan dalam pelbagai
bahasa masyarakat dunia. Semua media perlu digunakan mengikut
kemampuan kita dan kemudahan yang ada. Penyampaian maklumat
yang berkesan perlu menepati kemajuan teknologi media semasa,
sesuai dengan zaman semasa serta perlu disalurkan dengan cara yang
paling berhikmah.7 Untuk menentukan sebuah filem menepati filem
5 Rahimin Affandi Abd. Rahim (2006),”Filem Malaysia: Di antara Patriotisme dan
Liberalisme”. (Seminar Media Seni dan Warisan Ke II, Kuala Lumpur, 22
September), h.2
6 Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000), Media Pengajaran : Penghasilan Bahan
Pengajaran Berkesan, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang, hlm.
4-5
7 Noor Shakirah Mat Akhir (2006), “Dakwah dan Cabaran Teknologi Maklumat”,
dalam Mohamad Md. Yusoff et al. (eds), Isu dan Cabaran Media di Malaysia,
Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 2.
404
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
pendidikan Islam plot, babak, dialog, watak, pelakon, audio, latar
tempat dan sebagainya hendaklah disandarkan kepada Islam dan perlu
mengandungi serta merangsang kepada mesej-mesej berikut 8 iaitu ke
arah pengabdian diri kepada Allah dengan akidah dan tauhid yang
kukuh, membawa kepada tunduk dan patuh kepada semua perintah
Allah dalam sedar, membimbing ke jalan yang diredhai Allah iaitu
jalan yang lurus, menekankan kepada pengamalan cara hidup Islam,
menerapkan nilai-nilai Islam dan nilai murni sejagat, mengimbangi
kehidupan duniawi dan ukhrawi dalam keredhaan Illahi, Ingat
mengingatkan kearah kebaikan dan kearah tempat kembali iaitu
akhirat, pemangkin kepada keselamatan dan kesejahteraan ummah
dan seluruh alam dan juga hendaklah berpandu kepada al Quran dan
al Sunnah.
Kesimpulannya, Filem dan drama menjadi sangat penting
dalam mengembangkan ajaran Islamiah bahkan ianya merupakan satu
wasilah yang digunakan untuk menyebarkan pelbagai corak dakwah
kepada masyarakat melalui susunan ceritanya, nilai-nilai baik yang
ada di dalamnya, unsur pengajaran, pembalasan, dialog, imej-imej,
latar belakang, mesej dan watak-watak yang berperanan. Namun
begitu metodologi dakwah juga tidak dapat diketepikan
memandangkan ianya merupakan unsur yang sangat penting dalam
menentukan keberkesanan terhadap dakwah yang disampaikan. Oleh
itu, filem yang terbaik ialah sebuah filem yang perlu dikombinasikan
dengan uslub dakwah agar sesuai dengan golongan sasaran dalam
usaha mencapai kejayaan yang sewajarnya.9 Filem dan drama dalam
media dakwah dianggap sebagai satu penggerak dalam proses
pembangunan masyarakat melalui maklumat-maklumat yang
bersesuaian untuk membina, memupuk dan menyuburkan nilai-nilai
murni insan dalam masyarakat.10 Filem dan drama juga dijadikan
sebagai alat sastera yang bertanggungjawab mengenalkan hakikat
insan, ilmu dan amal dengan pandangan Tauhid. Penerbit bukan
8 Naim Ahmad (2010), Drama/Filem Berunsur Islam, Bengkel Fiqh penyiaran
IKIM, Bangi Selangor anjuran bersama JAKIM, TV al Hijrah dan FDAM, 21 Jun
2010 ( lihat dalam Utusan online, http://www.utusanonline.com.my, 22 Jun 2010 )
9 Nabilah Binti Mohd Razif (2012), “Unsur unsure Islam Dalam Drama TV Bersiri
: Kajian Terhadap Drama Nur Kasih”, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 51.
10 Rahman Hashim (1998), Ilmu Komunikasi, Kaedah dan Teknik dalam Dakwah
Islamiah. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 141.
405
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
sahaja mempersembahkan buah fikiran, idea atau gagasan yang baik
tetapi turut menguasai teknik persembahan karyanya.11 Sastera
mestilah berteraskan kerana Allah dan berhikmah untuk manusia.
Seni sastera termasuklah filem dan drama hendaklah membawa
kemanfaatan dan kebaikan kepada manusia di dunia dan juga di
akhirat.12
Mesej Pendidikan Islam Dalam Filem
Mana Sikana telah mencirikan beberapa sifat-sifat filem yang
diterima oleh Islam, antaranya ialah13 Filem yang tidak bertentangan
dengan akidah, syariat dan prinsip hidup Islam, Filem yang
menghargai hidup, mengajak manusia menilai diri dan fungsinya
mengarah manusia kepada kebaikan serta memancarkan sikap dan
nilai hidup Islam, Filem harus menentang segala bentuk kezaliman
dan penzaliman. Ahmad Ghalwash (1978), merumuskan konsep
da’wah pendidikan Islamiyyah yang membawa ajaran Islam sebagai
mesej utama menerusi tiga intipati. Pertama, ia merupakan suatu
peraturan yang lengkap yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
Kedua, mengandungi uslub berkaitan tingkahlaku dan akhlak yang
diajar menerusi tatacara dan akhlak yang dibawa oleh baginda Nabi
Muhammad SAW kepada umat manusia dan akhirnya ia juga
mengandungi kesan dan akibat dari tatacara dan kelakuan manusia
dalam kehidupan mereka sama ada berhak menerima pahala atau
hukuman di akhirat kelak.14 Definisi yang dibawakan ini, jelas
menunjukkan dakwah Islam mengandungi mesej Islam yang
merangkumi tiga aspek utama iaitu akidah, syariah dan akhlak.
11 Mohd Affandi Hassan (2005), Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan
Tauhid, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 29
12 Shahnon Ahmad (1987), “Sastera Islam Berteraskan Pandangan Hidup Islam”,
polemik Sastera Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 28
13 Mana Sikana (1996), Falsafah dan seni Kreatif Melayu, kuala Lumpur : dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 147 - 148
14 Ghalwash, Ahmad Ahmad (1978), al-Da’wah al-Islamiyah: Osuluha wa-
Wasa’iluha, al-Qahirah: Dar al-Kitab al-Misri, h. 13
406
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
MESEJ DALAM PENDIDIKAN ISLAM
AKIDAH 1) Menimbulkan pengetahuan terhadap kewujudan Allah,
SYARIAH Malaikat, Para Nabi dan Rasul, Hari Akhirat dan Qada’ dan
Qadar.
AKHLAK 2) Menggerakkan kesedaran dan keyakinan kepada Allah,
Malaikat, Para Nabi dan Rasul, Hari Akhirat dan Qada’ dan
Qadar.
1)Kewajipan fardhu (syariat yang perlu):
Tanggungjawab utama yang perlu dijalankan ialah
mengabdikan diri pada Allah SWT dan melaksanakan
perintahnya seperti menunaikan solat, berpuasa, membayar
zakat dan menunaikan haji.
2)Fardhu kifayah (syariat yang dikehendaki):
Perkara-perkara yang dapat mengatur kehidupan manusia
dalam seluruh aspek yang berkaitan sosial, politik,
ekonomi, pertanian, pendidikan.
Mengandungi unsur baik dan buruk;
Kriteria Pengukur:
1)Syariat
(Kewajipan Fardhu dan Fardhu kifayah)
-akhlak yang baik: tindak tanduk yang bertepatan syariat.
-akhlak yang buruk: tindak tanduk yang menyalahi syariat.
2)Akal
-akhlak yang baik: perbuatan yang diterima baik oleh akal
manusia sekalipun tidak diperhalusi penerangannya
menerusi syariat Islam.
-akhlak yang buruk: menyalahi perbuatan yang baik yang
diterima akal manusia walaupun tidak diperhalusi
penerangannya dalam syariat Islam.
Rajah 1: Mesej Pendidikan Dalam Islam
Mesej Pendidikan Akidah
Akidah ialah suatu ikatan simpulan erat dalam hati dan jiwa. Secara
objektifnya, akidah Islam ialah bahan asas dan dasar yang semestinya
diyakini dan diimani manakala secara subjektifnya ia adalah nilai atau
kualiti yang berhubung dengan rasa sehingga meresap dan sebati
dalam jiwa dan hati dan tidak begitu mudah untuk terurai dan
407
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
terhakis.15 Abdullah Muhammad Zin (1997), menjelaskan akidah
boleh difahami sebagai suatu ‘dimensi teori’. Ia tidak lebih dari
sekadar suatu pengakuan dan kesedaran yang terbit dari hati manusia
agar mereka meyakini atas perkara yang wajib mereka yakini. Konsep
ini terbit sebelum lahirnya dimensi-dimensi lain yang menggerakkan
tingkah laku manusia dalam melaksanakan suruhan Allah dan
menjauhi larangan Nya. Sebagai sebuah dimensi berasaskan teori,
akidah mempunyai hubungan dengan urusan hati yang tugasnya
membenarkan keyakinan tersebut muncul dari hati manusia lantas
redha dan merasa selesa terhadap keyakinan yang wujud itu.16
Mohd. Fauzi Hamat (2007), menjelaskan bahawa hilangnya
akidah penganut agama samawi selain dari Islam apabila mereka
menolak untuk mentauhidkan Allah dan mengikuti ajaran yang
dibawa oleh Rasulullah SAW. Maka, aspek akidah ini perlu
dijelaskan dengan sebaiknya sebelum syariat atau hukum Islam
diperjelaskan.17 Ciri penting yang terkandung dalam akidah ialah
iman. Ia merupakan persoalan asas dalam akidah. Bahasa al Quran
atau lughah yang digunakan dalam memperkatakan persoalan akidah
ialah iman.18 Iman dari sudut bahasanya ialah membenarkan dengan
hati, mengucapkan dengan perkataan dan melakukan dengan
perbuatan terhadap aspek-aspek yang wajib diimani. Asas utama
dalam akidah ialah keimanan yang didasarkan kepada Allah,
malaikat, al Kitab, para rasul, hari kiamat dan Qada’ dan Qadar tanpa
wujud sebarang prasangka, tanpa menidakkan dan membohonginya.19
Terdapat pelbagai kisah yang berkaitan isu-isu akidah yang
dinyatakan dalam al Quran. Antaranya dapat dilihat menerusi ayat-
15 Mohd. Sulaiman Yasin (1997), Ahli Sunnah wa al-Jamaah (Aqidah, Penamaan,
Manhaj, Dasar-dasar Dan Aliran-alirannya). Selangor : Yayasan Salman, Bangi,
hlm. 1-5
16 Abdullah Muhammad Zin (1997), “Akidah Asas Kesempurnaan Insan” dlm.
Che Yussof Che Mamat (Eds.) Dinamika Dakwah Dalam Masyarakat. Kuala
Lumpur : Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 1-4
17 Mohd Fauzi Hamat (2007), “Pendekatan Epistemologi Dalam Menangani
Pluralisme Agama” dlm. Konsep Asas Islam dan Hubungan antara Agama, Wan
Sulaimi Wan Abdullah (Eds.) Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 105-106
18 Ibid, h. 4
19 Salam, Ahmad (1994), Muqaddimah fi Fiqh Usul al Da’wah : Sharh Hadith
Jibril (al Islam wa al Iman wa al Ihsan). Bayrut : Dar Ibn Hazm, h. 78-79
408
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
ayat yang menyentuh kisah perjuangan dan cara atau kaedah dakwah
Nabi Ibrahim dalam menyeru kaumnya. Isu akidah dijadikan subjek
utama yang diperjuangkan baginda a.s agar umatnya tidak
mempersekutukan Allah serta kembali meyakiniNya sebagai Pencipta
Yang Agung.
Firman Allah :
Maksudnya : “Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap,
ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu berkata : “inikah
Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula
: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
( Surah
al An’am, (6):76)
Analisis Mesej Pendidikan Akidah
Pendidikan akidah ialah dapat menimbulkan pengetahuan terhadap
kewujudan Allah, malaikat, para nabi dan rasul, hari akhirat dan qada’
dan qadar. Menggerakkan kesedaran dan keyakinan kepada Allah,
malaikat, para nabi dan rasul, hari akhirat dan qada’ dan qadar. Di
dalam filem Dalam Mihrab Cinta, pengkaji mendapati banyak mesej-
mesej akidah yang telah digarapkan dengan kemas dan teratur oleh
penulis skrip. Antara mesej pendidikan akidah dalam filem ini ialah :
1. Mesej pendidikan akidah : mengingati Allah dengan lafaz
zikir.
Lafaz zikir sering diungkapkan oleh watak dalam filem ini antaranya
ialah :
Subhanallah.
Zizi : ”Subhanallah. Saya juga santriwati Mas. Saya nyantri di
Pesantren Tahfiz Manabiul Quran, Pakis Putih, Pekalongan”20
20Minit 3:34
409
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Astaghfirullah
Syamsul : “Ya Rabbi apakah kau mau menerima solat hamba-
hamba-Mu yang diimami seorang pencopet.?
Astaghfirullahaladhim…”21
Lafaz InsyaAllah
Nadia : ”Bu, ibu jangan nangis lagi. Mas Syamsul insyaallah
kembali…insyaallah kembali”22
Lafaz Lailaha ilallah
Syamsul : ”Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadz
zalimiin”23
Lafaz sumpah
Syamsul : ”Sumpah demi Allah aku Cuma korban fitnah, aku tidak
pernah mencuri di pesantren atau dimanapun wallahi. Demi Allah”
24
Lafaz Alhamdulillah
Pak Broto : ”Alhamdulillah…terima kasih Ustaz ya?”
Syamsul : ”Sama-sama pak…kalau begitu saya pamit dulu”
Pak Dody : ”Subhanallah Ustaz ceramahnya luar biasa”
Syamsul : ”Alhamdulillah terimakasih Pak”25
Ucapan salam (Assalamualaikum)
Syamsul : ”Assalamualaikum”
Pak Broto : ”Wa‟alaikumsalam…silahkan duduk Ustaz” 26
Lafaz Innalillahi
Pak Heru : ”Pak Broto, Pak Yahya, Ustaz. Anak saya si Silvi kelmarin
kena musibah Pak”
Pak Broto : ”Innalillah…”
21Minit 46:58
22 Minit 35:23
23 Minit 52:47
24 Minit 10:55
25 Minit ke 59:35
26 Minit ke 43:42
410
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Pak Yahya : ”Innalillah…”
Syamsul : ”Innalillah…”
Syamsul : ”Musibah apa pak?”
Pak Heru : ”Gara-gara mobilnya mogok dia nekat naik kopaja,
sekalinya naik kopaja malah kecopetan. Ya dompetnya hilang27
2. Mesej pendidikan akidah beriman dengan qada dan qadar
Allah.
Qada ialah ketetapan terhadap segala sesuatu yang berkenaan dengan
makhluk Allah sejak azali lagi. Manakala makna qadar ialah
pelaksanaan atau takdir Allah SWT yang berlaku bagi semua
makhluk hidup samada yang telah, sedang ataupun yang akan terjadi.
Di dalam filem ini terdapat beberapa watak yang digambarkan
sebagai beriman dengan qada dan qadar Allah iaitu :
Watak Syamsul.
Syamsul sebagai watak utama dalam filem ini digambar sebagai
watak yang percaya kepada ketentuan Allah. Antara adegan yang
dapat dilihat ialah adegan ketika Syamsul memberi tazkirah tentang
hanya orang yang beriman dan bertaubat serta menerima segala
ketentuan Allah dengan redha adalah antara mereka yang akan
selamat di hari akhirat.
Syamsul :”Saya merasa bingung….saya merasa tidak pantas…tapi
saya nekat, saya menjadi orang yang nekat yang ingin mendapat
kebaikan. Hadirin sekalian…marilah kita nekat, nekat menjadi
orang-orang baik. Orang-orang baik kepada siapa saja, karena
hanya orang-orang baiklah yang beriman yang akan selamat di
akhirat nanti. Kalau kita pernah merasa menjadi orang yang tidak
baik, maka berhentilah dan bertaubatlah. Rasullah SAW pernah
mengingatkan aisyah, beliau berkata : wahai aisyah sesungguhnya
orang yang paling buruk dihadapan Allah di akhirat nanti adalah
orang-orang yang dihindari orang lain karena takut akan
kejahatannya”28
27 Minit ke 48:05
28 Minit ke 58:22
411
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Watak Zizi
Watak Zizi digambarkan sebagai watak yang tabah dan amat yakin
tentang ketentuan Allah. Ini dapat dilihat ketika Zizi memberi
semangat kepada ibu Syamsul setelah Syamsul melarikan diri dari
rumah.
Zizi : ”Sabar ya bu, semoga Mas Syamsul baik-baik saja. Jika kita
menjaganya dengan doa, insyaallah dia tak kurang satu apa pun” 29
3. Mesej pendidikan akidah : ujian memupuk ketakwaan
kepada Allah.
Beriman dengan Allah dengan percaya bahawa segala ujian menimpa
manusia adalah sebagai bentuk ujian untuk meningkatkan keimanan
dan ketakwaan kepada Allah. Dalam filem ini, terdapat beberapan
watak digambarkan oleh penulis skrip sebagai seorang yang bertakwa
kepada Allah.
Watak Syamsul
Sekian lama Syamsul bersabar menghadapi masalah demi masalah
akhirnya terbukti bahwa dia tidak bersalah melainkan Burhan yang
telah bertindak kejahatan. Tidak hanya Syamsul yang difitnah
melainkan banyak korban yang telah ditipu salah satunya adalah Silvi.
Dalam penjelasan ini dibalik kesabaran akan mendapatkan hikmah.
Syamsul yakin dengan bertambahnya ujian bererti bertambahlah
ketakwaan kepada Allah.
Syamsul menitiskan air mata. Hatinya sangat sakit, rasa sakit hatinya
melebihi seluruh seluruh sakit di sekujur tubuhnya yang berdarah.
Setelah Pak Kiai pergi, Syamsul berteriak-marah kerana ia merasa
dianiayai dan dizalimi.
Syamsul : ”Burhan…Burhan….,kamu ingat Burhan Allah tidak buta!
Allah tidak tuli Burhan…!”30
Namun setelah Syamsul benar – benar bertaubat dan menginsafi
kesilapan lalu, Syamsul berusaha untuk menjadi insan yang diredhai
Allah hasil daripada ujian yang membentuk ketakwaan dalam diri
Syamsul, akhirnya Syamsul telah berjaya menjadi seorang
penceramah yang disukai ramai.
Pak Broto : ”Bagus sekali Ustaz ceramahnya”
29 Minit ke 35:12
30 Minit ke 12:24
412
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Syamsul : ”Terima kasih Pak”
Pak Broto : ”Mari Ustaz, mari Ma…”
Silvi : ”Sangat mengesankan Ustaz”
Syamsul : ”Terima kasih…”
Bu Broto : ”Ceramah disini lagi ya Ustaz?”31
Mesej Pendidikan Syariah
Syariah ialah jalan yang digariskan untuk dijalani di atasnya dan apa
yang dimaksudkan dengannya ialah kewajipan yang zahir yang
dilaksanakan oleh anggota tubuh. Ia mengandungi kewajipan dalam
konteks fardhu ain dan fardhu kifayah. Abdullah Muhammad Zin
(1997), menterjemahkan syariah kepada suatu dimensi amali. Berbeza
dengan konsep akidah yang menjurus pada dimensi teori, syariah
membincangkan persoalan berkaitan peraturan yang disyariatkan
Allah SWT bagi mengatur hidup manusia serta menjadi suatu cara
bagi manusia berinteraksi dengan Allah, sesame manusia dan alam
sekeliling.32
Konsep syariah dikenali sebagai “amal soleh” apabila ia
nyatakan dalam al Quran. Ia mempunyai hubungan yang signifikan
dengan akidah yang dikenali sebagai “iman” dalam al Quran.
Terdapat banyak ayat yang menyebut kedua-dua dimensi secara
bersama bagi menggambarkan hubungan yang kuat antara keduanya
dan peri pentingnya kepada umat Islam untuk difahami dan dihayati.33
Firman Allah :
Maksudnya : “Demi masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian (2) Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-
31 Minit ke 59:21
32 Abdullah Muhammad Zin (1997), op. cit., h. 2
33 NurSyazrin Nazee Mudeen (2012), Mesej Dakwah dan Metode al Mau’izah al
Hasanah Dalam Filem My Name Is Khan dan Jodhaa Akbar, Disertasi Sarjana
Usuluddin, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, h. 103
413
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
pesan dengan sabar (3)”. (Surah al Asr
(103) : 1-3)
Syariat Islam mengandungi hukum dan peraturan Islam.
Peraturan-peraturan tersebut dibuat bertujuan membawa manusia
untuk terus hidup dalam kebahagian. Sebagai contoh, hukuman bagi
pesalah zina dibuat bertujuan untuk memelihara akhlak manusia dan
mencegah mereka dari kerosakan yang boleh membinasakan bukan
sahaja individu malah keluarga dan masyarakat. Ini kerana perlakuan
zina yang tidak dicegah boleh mendatangkan mudarat yang akhirnya
menjadi wabak bagi pelbagai penyakit. Zina juga menyebabkan
kondisi dan institusi kekeluargaan menjadi kucar kacir dan boleh
menghancurkan kebahagian sesebuah keluarga34. Syariah bukan
sahaja merangkumi peraturan Islam malah ia merupakan suatu system
etika dan nilai serta suatu metodologi yang bertindak lebih pragmatic.
Oleh itu, ciri-ciri keislaman dalam peradaban muslim boleh diukur
menerusi keberhasilan perlaksanaan syariah yang dituruti35.
Kesimpulannya, syariah Islam yang perlu disampaikan kepada
sasaran dakwah bukan hanya tertumpu pada persoalan ibadah semata-
mata, malah perlu mencakupi hal ehwal ekonomi, mu’amalah, siasah,
tatacara kehidupan dan berkaitan undang-undang serta perlaksanaan
hukum Islam.
Analisis Mesej Pendidikan Syariah
Pengkaji telah membuat analisis tentang mesej pendidikan Syariah
terhadap filem Dalam Mihrab Cinta, dan hasil kajian tersebut
mendapati bahawa, dalam filem ini terdapat mesej pendidikan Syariah
dipersembahkan dengan baik oleh penulis skrip dan penerbit filem
antaranya ialah :
1. Mesej pendidikan syariah mengerjakan amalan fardhu iaitu dengan
melaksanakan solat samada secara individu ataupun berjemaah.
Adegan i
Syamsul : ”Tolong sofnya diluruskan dan dirapatkan. Meluruskan
dan merapatkan sof adalah bagian dari kesempurnaan solat, tolong
34 Zaydan, Abd Karim (1980), Dasr-dasar Ilmu Dakwah (terj. Asywadi Syukur).
Jakarta ; Media Dakwah, h. 82-83
35 Syari’ati, Ali (1982), Tentang Sosiologi Islam (terj. Saifullah Mahyuddin).
Yogyakarta : Ananda, h. 113
414
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
yang belakang diisi lagi” ketika ia meluruskan barisan ia kaget
sepintas ia melihat burhan yang ikut berjama‟ah di masjid 36.
Adegan ii
Ketika waktu maghrib tiba, Pak Yahya yang mengalunkan azan dan
iqamat. Ketika ingin menyempurnakan solat Pak Yahya meminta
Syamsul menjadi imam. Syamsul pada mulanya menolak, namun
menerima setelah diminta oleh hadirin..
Pak Yahya : ”Silakan Pak Ustaz”
Syamsul : ”Saya makmum saja Pak, yang biasa jadi imam saja”
Pak Broto : ”Kebetulan yang biasa jadi imam dia sedang
berhalangan, ayo silahkan”
Syamsul : ”Tolong pak jangan saya”
Pak Broto : ”Ustaz jangan sungkan-sungkan, ayo Ustaz silakan”37
2. Mesej pendidikan syariah tentang melaksanakan amalan fardhu
kifayah iaitu menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu itu kepada orang
lain. Dalam filem ini, terdapat beberapa adegan yang menunjukkan
mesej pendidikan syariah :
Adegan i
Syamsul sebagai guru al Quran kepada anak Pak Broto iaitu Della
telah melaporkan pencapaian dan perkembangan kemajuan pelajaran
yang dikuasai oleh Della.
Syamsul : ”Kini Della sudah bisa membaca Al-Quran dengan baik
bahkan sudah hafal beberapa surat pendek”
Pak Broto : ”Alhamdulillah…terima kasih Ustaz ya?” 38
Adegan ii
Syamsul bukan sahaja mempelajari ilmu agama, bahkan
menyampaikan pula kepada masyarakat setempat dengan memberi
kuliah agama di masjid. Semua jemaah terpesona dengan ceramah
Syamsul yang disampaikan oleh Syamsul kerana Syamsul sering
mengajak hadirin yang hadir untuk berbuat kebaikan dan bertaubat.
Syamsul :”Saya merasa bingung….saya merasa tidak pantas…tapi
saya nekad, saya menjadi orang yang nekad yang ingin mendapat
36 Minit 1:05:25
37 Minit 46:19
38 Minit 50:14
415
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
kebaikan. Hadirin sekalian…marilah kita nekad, nekad menjadi
orang-orang baik. Orang-orang baik kepada siapa saja, karena
hanya orang-orang baiklah yang beriman yang akan selamat di
akhirat nanti. Kalau kita pernah merasa menjadi orang yang tidak
baik, maka berhentilah dan bertaubatlah. Rasullah SAW pernah
mengingatkan aisyah, beliau berkata : wahai aisyah sesungguhnya
orang yang paling buruk dihadapan Allah di akhirat nanti adalah
orang-orang yang dihindari orang lain karena takut akan
kejahatannya”39
3. Mesej pendidikan syariah dalam filem ini ialah tuntutan mencari
nafkah dengan pekerjaan yang halal. Mencari pekerjaan yang halal
adalah dituntut di dalam Islam kerana rezki yang halal datangnya
daripada pekerjaan yang diredhai oleh Allah. Dalam filem Dalam
Mihrab Cinta ini, terdapat beberapa watak mencari rezki dengan
pekerjaan yang halal. Antaranya ialah :
Syamsul : Syamsul sedang mencari pekerjaan yang halal, beliau telah
berkunjung ke rumah Pak Broto untuk memohon untuk menjadi guru
al Quran kepada anaknya Della.
Syamsul : ”Ya insyaallah saya bisa jadi guru ngajinya Della Pak, tapi
itu juga kalau Dellanya mau” 40.
Silvi : Silvi digambarkan seorang watak yang menjadikan
pekerjaanya sebagai guru tuisyen bagi matapelajaran Matematik.
Silvi juga menjadi guru kepada anak Pak Broto iaitu Della.
Pak Broto : ”Itu Silvi, guru private matematika Della” 41.
4. Mesej pendidikan syariah tuntutan dalam menegakkan undang-
undang Islam dan menghukum dengan hukuman yang setimpal
terhadap pelaku yang telah disabitkan dengan kesalahan dan jenayah.
Dalam filem ini, badan disiplin di pusat pengajian pasentren telah
menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada pencuri. Sebelum
hukuman dijatuhkan, Pak Kiai ketua pusat pasentern telah melakukan
siasatan dan mendapati bahawa Syamsul telah disabitkan jenayah
39 Minit 58:25
40 Minit 45:46
41 Minit 45:52
416
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
mencuri. Beliau dihukum dengan menggondolkan kepala dan dibuang
dari pusat pasentren.
Ketua Keamanan :”Ini Pak Kiai pencuri yang selama ini menjarah
barang-barang para santri. Baru tadi siang tertangkap basah oleh
bagian keamanan”
Pak Kiai :”Sopo jenengmu?”
Syamsul : ”Nama saya Syamsul…Syamsul Hadi, Pak Kiai”
Pak Kiai : ”Nama yang sangat bagus. Benar kamu yang mencuri?”
Syamsul menggelengkan kepala.
Ketua Keamanan :”Dia tidak mau mengaku, tapi kami menangkap
basah dia sedang membuka lemari Burhan. Di kamar itu sudah dua
orang kehilangan uang.”
Pak Kiai : ”Benarkah kamu membuka lemari Burhan?”
Syamsul : ”Benar Pak Kiai. Tapi tidak untuk mencuri”
Ketua Keamanan : ”Lantas untuk apa?!!”
Syamsul menceritakan kronologisnya yang sebenarnya42.
Mesej Pendidikan Akhlak
Abdul Karim Zaydan (1980), menjelaskan bahawa akhlak memberi
pengaruh yang sangat besar dalam membentuk perbuatan manusia.
Tindak tanduk manusia pula bertepatan dengan pembawaan dan sifat
yang ada dalam jiwa dan hati mereka43. Asming Yalawae (2007),
berpendapat bahawa Nabi Muhammad SAW bukan hanya diturunkan
untuk menyeru umat manusia agar mereka mengabdikan diri kepada
Allah SWT malah, baginda turut diutuskan sebagai penyelamat umat
dalam memperbaiki akhlak-akhlak buruk yang merosakkan. Natijah
pengutusan baginda menunjukkan bahawa akhlak merupakan satu
perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia bahkan
kemuliaan dan penghormatan pada satu-satu bangsa juga bergantung
pada akhlak ahlinya44.
Akhlak secara asasnya terbahagi kepada dua unsur iaitu
akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Akhlak yang baik adalah
sopan dan mulia. Ia akan dapat dipancarkan menerusi perkataan dan
42Minit 8:19
43 Zaydan, Abd Karim (1980), op. cit., h. 99
44 Yalawae, Asming (2007), “Akhlak Warisan Rasulullah SAW Membawa
Kemuliaan Umat”, Jurnal Usuluddin, bil. 26, Kuala Lumpur ; Bahagian Pengajian
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. H. 74
417
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
kelakuan yang baik. Manakala akhlak yang buruk adalah adab yang
buruk yang akan dipancarkan menerusi kata-kata dan kelakuan yang
buruk45. Dalam hal ini, akhlak dilihat sebagai suatu dimensi
kerohanian yang merujuk pada bahagian dalaman iaitu kejiwaan
manusia yang dipancarkan atau dimanifestasikan dari bahagian luaran
iaitu perbuatan. Akhlak yang baik akan merealisasikan perbuatan
yang baik manakala akhlak yang jahat akan merealisasikan perbuatan
yang keji46. Abd Karim Zaydan (1980), telah menggariskan beberapa
cara yang dapat digunakan untuk memperbaiki dan membentuk
akhlak yang mulia. Antaranya ialah dengan menguasai ilmu
pengetahuan agar mampu mengetahui konsep akhlak dengan baik.
Kaedah ini dilakukan agar manusia dapat mendekatkan diri
pada Allah, sering berwaspada dan berhati-hati dalam setiap tindakan,
tidak terdorong untuk melakukan akhlak yang keji dan mampu
menyelami maksud akidah Islamiah ke dalam jiwa dan merealisasikan
tuntutan syariat dengan sempurna kerana akhlak mempunyai kaitan
dengan konsep akidah dan syariat Islam.47 Konsep akhlak Islam
tidaklah bersandarkan pada konsep beribadatan atau yang berkaitan
dengan tingkahlaku dan pergaulan dengan masyarakat sahaja. Bahkan
ruang lingkup akhlak Islam itu jauh lebih syumul dan merangkumi
kedua-duanya. Ia melibatkan ruhaniyyah, jasmaniyyah, agama, dunia,
akal, perasaan, peribadi dan masyarakat. Kesemuanya ini telah
digariskan sebagai kaedah dan cara hidup yang mulia48.
Analisis Mesej Pendidikan Akhlak
Berikut adalah hasil kajian tentang mesej pendidikan akhlak yang
diaplikasikan ke dalam adegan dan dialog dalam filem Dalam Mihrab
Cinta. Bagi memastikan mesej pendidikan akhlak terdapat dalam
filem tersebut, pengkaji telah mengkaji tentang tanda-tanda
menunjukkan tentang mesej pendidikan akhlak terdapat dalam filem
45 Abd Latif Muhammad (1985), Al Akhlaq fi al Islam. Qahirah : Maktabat Dar al
Ulum, h. 7-8
46 Mohd. Nasir Omar (2010), Falsafah Akhlak, Bangi : Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia, h. 84
47 Zaydan, Abd Karim (1980), op. cit., h. 132-144
48 Muhammad yusuf Qardhawi (1983), islam Dakwah yang Syumulk (terj. Mohd
Rivai Batubara). ABIM : Angkatan belia Islam Malaysia,
http://www.muslimdiary.com/downloads/islam%20da’wah%20yg%20syumul.pdf.
Di ambil 6 Jan 2014
418
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
ini, tanda atau isyarat mesej pendidikan akhlak telah disampaikan di
dalam filem Dalam Mihrab Cinta adalah seperti berikut:
1. Mesej pendidikan akhlak adalah mesej akhlak terhadap diri sendiri
iaitu menggunakan baju muslimah atau baju kurung dan bertudung
untuk menutupi aurat bagi kaum wanita dalam filem Dalam Mihrab
Cinta. Gaya berpakaian pelakon yang memegang watak dalam filem
Dalam Mihrab Cinta ini menggunakan baju muslimah atau baju
kurung dan menggunakan jilbab atau penutup kepala khusus para
pelakon wanita, manakala pelakon lelaki terjaga aurat dan
tatasusilanya. Adegan yang jelas menampilkan para pelakon dalam
filem Dalam Mihrab Cinta menggunakan busana muslimah yang
sesuai dan mengikut adab islam serta menepati syariatnya. Ini dapat
dikesan pada adegan pada watak Silvi dan masyarakat tempat
Syamsul memberi ceramah di Masjid Komplek dan adegan Zizi dan
masyarakat pesantren Al-Furqan mendengar ceramah dari Syamsul di
masjid pondok tersebut.
2. Mesej pendidikan akhlak iaitu akhlak menuntut ilmu dan
mengajarkannya kepada orang lain. Mesej ini jelas ketika Syamsul
mengajar Della anak Pak Broto untuk membaca al Qur’an di rumah
Pak Broto. Juga keadaan di mana Syamsul mengajar anak-anak
muridnya membaca Al Qur’an di musalla tempat di mana Syamsul
memberi ceramah agama. Mesej ini juga terdapat ketika Silvi
mengajar Della pelajaran matematik di rumah Pak Broto. Dan terakhir
pada saat Nadia dan murid-murid lainnya belajar di sekolah dengan
gurunya.
3. Mesej bekerjasama dalam mengerjakan kebaikan seperti solat
berjamaah dalam filem Dalam Mihrab Cinta. Hasil kajian mendapati
bahawa mesej ini terdapat ketika syamsul dan para pelakon lainnya
mendirikan solat berjama’ah di masjid. Syamsul diminta Pak Yahya
untuk mengimami solat berjama’ah tersebut. Syamsul tidak dapat
menolak kerana imam masjid tidak dapat hadir dan sebagai gantinya
Pak Yahya meminta Syamsul sebagai gantinya kerana Syamsul
dianggap sebagai seorang ustaz.
4. Mesej mulianya amalan bersedekah dengan menyumbangkan
sebahagian harta yang dimiliki untuk diinfakkan atau disedekahkan.
Mesej ini didapati dalam filem ini ketika Syamsul pulang dari mencuri
dan mengambil sebahagian wang hasil mencurinya itu tadi untuk
dimasukkan kedalam tabung masjid.
419
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
5. Mesej berserah kepada Allah SWT setelah berusaha dan berikhtiar
untuk mencari jalan mengatasi kekusutan masalah yang menimpa.
Dalam filem ini jelas terbukti tentang kebergantungan kepada Allah
ketika Syamsul mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT
mohon petunjuk dan menyerahkan semua masalahnya kepada-Nya.
masalah pertama ialah musibah fitnah dari teman karibnya Burhan
sehingga dia dihukum dan dikeluarkan dari pondok pesantren dan
kesan fitnah itu juga menyebabkan keluarganya tidak
mempercayainya lagi. Yang kedua masalah hati dan ketaqwaan
kepada Allah SWT setelah orang ramai menganggapnya sebagai
seorang ustaz dan di percayai. Ketiga ialah masaalah memilih
pasangan hidup.
6. Mesej menyebarkan agama Allah SWT dalam filem Dalam Mihrab
Cinta . Mesej ini jelas kelihatan ketika Syamsul diberi kepercayaan
untuk menyampaikan ilmu agama yang dimilikinya kepada
masyarakat. Syamsul pada mulanya hanya mengisi slot santapan
rohani atau tazkirah di masjid yang ada di komplek Villa Grasia,
kemudian kerana ceramah dan tazkirah yang disampaikan memberi
impak dan menyebabkan semua hadirin terpesona dengan mesej-
mesej yang disampaikan menyebabkan Syamsul dilamar oleh pihak
TV untuk mengisi slot agama disalah satu acara televisyen swasta
Jakarta, kemudian di jemput untuk memberi ceramah di masjid
pondok pesantren Al-Furqon, tempat di mana Syamsul menuntut
ilmu.
7. Mesej menjaga kehormatan isteri ketika berjalan bersama dalam
filem Dalam Mihrab Cinta. Ketika Pak Broto bersama Ibu Broto
berjalan menuruni tangga rumahnya untuk menyambut Syamsul
sebagai tetamu. kemudian pada saat Pak Heru bersama Ibu Heru
berjalan menuju rumah sewa Syamsul untuk berkunjung dengan
tujuan meminta Syamsul untuk menjadi suami kepada anak
kandungnya (Silvi).
8. Mesej berjabat tangan ketika bertemu dan juga ketika mengakhiri
pertemuan dalam filem Dalam Mihrab Cinta. Pada saat Syamsul
bertemu dengan Pak Abbas dan pemilik rumah sewa untuk meminta
izin tinggal di rumah tersebut, mereka mengakhiri pertemuan dengan
bersalaman dan memghulurkan salam. Kemudian pada saat Syamsul
bertemu dengan pimpinan perusahaan ditempat dia memohon
pekerjaan. Kemudian pada saat Pak Yahya, Pak Broto dan Syamsul
420
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
mengakhiri pertemuan di depan masjid setelah selesai melaksanakan
solat. Kemudian pada saat Syamsul, Pak Broto dan Pak Dody bertemu
di depan masjid setelah selesai mendengar ceramah. Kemudian pada
saat Syamsul, Pak Bambang bertamu ke pondok pesantren dan
bertemu dengan Kiai Miftah.
9. Mesej meminta maaf kepada ibu dalam filem Dalam Mihrab Cinta.
Adegan Syamsul meminta maaf kepada ibunya dengan cara bersujud
di hadapan ibunya kemudian mencium tangan ibunya diiringi dengan
tangisan. Meminta maaf kepada ibu dengan cara bersujud atau sering
disebut sungkeman merupakan tradisi turun temurun dalam
masyarakat jawa untuk menunjukkan kesungguhan hati dalam
meminta maaf kepada orang tua.
Syamsul : “Aku minta maaf…aku minta maaf, aku tidak pernah kirim
kabar sama ibu…aku selalu bikin ibu susah bikin ibu khawatir.
Harusnya aku yang pulang kepekalongan bukan ibu yang kesini bu”.
10. Mesej akhlak terhadap berlawanan jantina iaitu memberi salam
dengan menangkupkan tangan dalam filem Dalam Mihrab Cinta.
Ketika semua watak dalam filem bertemu dan memberikan salam
kepada lawan jantina yang bukan muhrimnya. Adegan yang jelas
menampilkan memberi salam kepada lawan jenis dalam filem Dalam
Mihrab Cinta adalah pada adegan Syamsul bertamu ke rumah Pak
Broto. Adegan Syamsul bertemu dengan Ibu Heru, Silvi dan Ibu Broto
di depan masjid setelah selesai mendengarkan ceramah. Juga adegan
Syamsul memberi salam kepada para jamaah wanita setelah selesai
mengisi acara ceramah di stesyen televisyen. Juga adegan Pak Heru
dan Ibu Heru ketika bertamu ke rumah sewa Syamsul.
11. Mesej akhlak terhadap lawan jenis iaitu menjaga pandangan
ketika berbicara dengan lawan jenis dalam filem Dalam Mihrab Cinta.
Ketika watak utama bertemu dan berkomunikasi, mereka saling
menjaga pandangan dan menundukkan kepala iaitu ketika Syamsul
berkomunikasi dengan Zizi di keretapi dan di depan gerbang pondok
pesantren. Dan pada saat Burhan berkomunikasi dengan Zizi di depan
pondok. Kemudian pada saat Syamsul bertemu dan menceritakan
semua kebenaran kepada Silvi didepan rumah Pak Broto.
12. Mesej akhlak anak terhadap orang tua iaitu meminta izin kepada
orang tua sebelum melakukan perjalanan dalam filem Dalam Mihrab
Cinta. Ketika Nadia dan Ibu Bambang berada di rumah sewa Syamsul,
Nadia meminta izin untuk pulang kepada ibunya dengan cara
421
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
mencium tangan ibunya. Kemudian pada saat Silvi bersalaman dan
mencium tangan ibunya untuk meminta izin melakukan perjalanan
menghantarkan surat undangan pernikahannya kepada saudaranya
yang berada di Bogor.
13. Mesej menghormati orang yang lebih tua dengan cara bersalaman
dengan mencium tangan mereka dalam filem Dalam Mihrab Cinta.
Adegan menghormati orang yang lebih tua. Didalam filem Dalam
Mihrab Cinta adegan yang jelas menampilkan adegan ini adalah
adegan Della bersalaman dengan Silvi kemudian mencium tangan
Silvi di depan rumah Pak Broto setelah selesai belajar. Adegan
Syamsul bersalaman dengan Kiai Miftah kemudian mencium tangan
Kiai Miftah di depan musolla tempat di mana Syamsul mengajar.
14. Mesej adab belasungkawa atau menziarahi jenazah dalam filem
Dalam Mihrab Cinta. Saat Bapa Bambang, Ibu Bambang, Nadia,
Syamsul, Pak Broto dan Ibu Broto serta watak lainnya mengunjungi
rumah Pak Broto untuk berbelasungkewa kerana Silvi meninggal
dunia.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, hasil kajian dan analisis filem Dalam Mihrab
Cinta mendapati bahawa mesej utama dalam pendidikan Islam iaitu
pendidikan akidah, syariah dan akhlak telah didapati di dalam filem
ini iaitu filem hasil karya Habiburrahman El Shirazy meliputi yang
solat, berdoa kepada Allah, bersyukur, bertawakkal dan yakin kepada
ketentuan Allah. Di dalam filem ini, penonton diajak untuk bertakwa
kepada Allah dalam menjalani kehidupan. Hal ini dapat diwujudkan
dengan cara selalu mengerjakan solat lima waktu, berdoa kepada
Allah, mensyukuri nikmat Allah, bertawakkal, tawadduk dan yakin
bahawa Allah maha esa tiada yang lebih agung selain daripada Nya.
Hasil kajian juga mendapati bahawa filem ini boleh dianggap sebagai
filem Islam dan mampu menjadi salah satu medium dakwah samada
kepada umat Islam mahupun bukan Islam. Filem ini bersih dari
perkara-perkara haram dan shubhah, dan mampu menjadi salah satu
daripada medium dakwah Islam. Mesej-mesej pendidikan akidah,
syariah dan akhlak telah dieksploitasi dengan baik di dalam filem ini
dan mesej-mesej ini juga telah diolah dengan begitu kemas di dalam
setiap dialog yang dipancarkan oleh watak-watak hebat di dalam
filem ini. Hasilnya mesej-mesej tersebut dapat di sampai dengan
422
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
begitu berkesan kepada penonton. Secara kesimpulannya, dalam
filem ini terdapat mesej pendidikan Islam terutamanya mesej
hubungan manusia terhadap sesama manusia antaranya ialah
hubungan dengan keluarga yang tidak berbelah bahagi dan juga
berbakti kepada orang tua serta menyayangi mereka. Hubungan
dengan masyarakat yang utuh menyebabkan keadilan dapat
ditegakkan, amalan amar makruf nahi mungkar, berkasih sayang
sesama masyarakat dan juga bantu membantu. Hasil daripada
menjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan masyarakat adalah
hasil dari keyakinan diri, sabar, memilhara kehormatan diri,
istiqamah, amanah, jujur dan benar. Akhirnya, sebagai saranan dan
cadangan bagi memantapkan filem Islam, ia perlu bermula dari proses
pencarian bahan mentah, pembikinan, penyuntingan, penilaian
sehingga ke peringkat tayangan filem perlu bersih dari perkara-
perkara yang bertentangan dari sudut syariah, akhlak dan akidah
Bibliografi
Al Quran
Abd Latif Muhammad (1985), Al Akhlaq fi al Islam. Qahirah:
Maktabat Dar al Ulum
Abdul Majid, Perencanaan Pembelajaran, Bandung: PT Remaja
Rosdakarya, 2006
Abdullah Muhammad Zin (1997), “Akidah Asas Kesempurnaan
Insan” dlm. Che Yussof Che Mamat (Eds.) Dinamika
Dakwah Dalam Masyarakat. Kuala Lumpur: Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Azhar Arsyad, Media Pembelajaran, Jakarta: PT Raja Grafindo
Persada, 2007
Kurshid Ahmad. 1975. Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia
Mana Sikana (1996), Falsafah dan seni Kreatif Melayu, kuala
Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka,
Mohd Affandi Hassan (2005), Pendidikan Estetika Daripada
Pendekatan Tauhid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Mohd Fauzi Hamat (2007), “Pendekatan Epistemologi Dalam
Menangani Pluralisme Agama” dlm. Konsep Asas Islam dan
423
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Hubungan antara Agama, Wan Sulaimi Wan Abdullah (Eds.)
Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Mohd. Nasir Omar (2010), Falsafah Akhlak, Bangi: Penerbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd. Sulaiman Yasin (1997), Ahli Sunnah wa al-Jamaah (Aqidah,
Penamaan, Manhaj, Dasar-dasar Dan Aliran-alirannya).
Selangor: Yayasan Salman, Bangi
Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000), Media Pengajaran:
Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan, Selangor : Penerbit
Universiti Putra Malaysia Serdang
Muhammad yusuf Qardhawi (1983), Islam Dakwah yang Syumulk
(terj. Mohd Rivai Batubara). ABIM: Angkatan belia Islam
Malaysia,
Nabilah Binti Mohd Razif (2012), “Unsur unsure Islam Dalam
Drama TV Bersiri: Kajian Terhadap Drama Nur Kasih”,
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Naim Ahmad (2010), Drama/Filem Berunsur Islam, Bengkel Fiqh
penyiaran IKIM, Bangi Selangor anjuran bersama JAKIM,
TV al Hijrah dan FDAM, 21 Jun 2010 ( lihat dalam Utusan
online, http://www.utusanonline.com.my, 22 Jun 2010 )
Noor Shakirah Mat Akhir (2006), “Dakwah dan Cabaran Teknologi
Maklumat”, dalam Mohamad Md. Yusoff et al. (eds), Isu dan
Cabaran Media di Malaysia, Pulau Pinang : Penerbit
Universiti Sains Malaysia
NurSyazrin Nazee Mudeen (2012), Mesej Dakwah dan Metode al
Mau’izah al Hasanah Dalam Filem My Name Is Khan dan
Jodhaa Akbar, Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Dakwah
dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2006),”Filem Malaysia: Di antara
Patriotisme dan Liberalisme”. (Seminar Media Seni dan
Warisan Ke II, Kuala Lumpur, 22 September)
Rahman Hashim (1998), Ilmu Komunikasi, Kaedah dan Teknik
dalam Dakwah Islamiah. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia
424
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Salam, Ahmad (1994), Muqaddimah fi Fiqh Usul al Da’wah: Sharh
Hadith Jibril (al Islam wa al Iman wa al Ihsan). Bayrut: Dar
Ibn Hazm
Shahnon Ahmad (1987), “Sastera Islam Berteraskan Pandangan
Hidup Islam”, polemik Sastera Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Syari’ati, Ali (1982), Tentang Sosiologi Islam (terj. Saifullah
Mahyuddin). Yogyakarta: Ananda
Thoha, Chabib H.M. 1996. Kapita Selekta Pendidikan Islam.
Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Yalawae, Asming (2007), “Akhlak Warisan Rasulullah SAW
Membawa Kemuliaan Umat”, Jurnal Usuluddin, bil. 26,
Kuala Lumpur; Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malay
Zaydan, Abd Karim (1980), Dasar-dasar Ilmu Dakwah (terj.
Asywadi Syukur). Jakarta; Media Dakwah
425
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
426