Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Antara faktor mengapa nasyid kontemporari mudah diterima
oleh ramai masyarakat Melayu adalah kerana konsepnya termasuk
lirik dan iramanya yang lebih kepada ciri-ciri keMelayuan. Dengan
ini ia mudah diterima dan sekaligus menjiwai masyarakat Melayu.
Dalam hal ini, Jaffary Awang mengatakan bahawa:
Nilai-nilai Melayu dapat dikesan dan
diterjemahkan dalam pelbagai bentuk
termasuk nasyid. Ini kerana nasyid membawa
mesej terhadap pendengar. Gabungan antara
unsur-unsur ajaran Islam yang dimasukkan
dalam seni kata lagu kemudian dipandankan
dengan adat dan budaya kehidupan Melayu.47
Industri nasyid sukar berkembang maju tanpa ada sokongan
daripada media. Dalam hal ini kewujudan Radio IKIM.fm menjadi
peneraju utama kepada industri nasyid. Radio saluran utama kepada
perkembangan dakwah di Malaysia ini menyajikan lagu-lagu nasyid
dalam rancangan yang disiarkan. Antara program penting yang
mendapat sambutan ramai ialah Anugerah Carta Nasyid. Program
yang baru diperkenalkan pada tahun 2004 ini menjadi medan penting
kepada penggiat nasyid untuk mempromosi dan mengetengahkan
bakat mereka. Pada akhir tahun 2005 diadakan anugerah kali kedua.
Selain sokongan Radio IKIM.fm penggiat nasyid juga mengambil
pelbagai pendekatan untuk menjaga industri nasyid berkembang
maju. Antaranya menubuhkan persatuan iaitu Persatuan Penggiat
Industri Nasyid (PIN) Malaysia.48
Jelas di sini bahawa radio merupakan nadi penggerak utama
bagi kumpulan-kumpulan nasyid. Perkara ini dinyatakan oleh encik
Abu Bakar yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Raihan.
Beliau menyatakan:
Kalau ikutkan kumpulan Raihan sudah agak
tenat. Kami tidak mempunyai ruang untuk
terus berkarya dan memperjuangkan genre
nasyid. Bayangkan stesen radio tidak lagi
47 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 198.
48 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 208-209.
187
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
memutarkan lagu nasyid, malah banyak
kumpulan nasyid terpaksa ‘gulung tikar’
selepas tiada ruang lagi. Jika tiada ruang,
bagaimana kami nak terus berjuang? Tiada
gunanya menghasilkan album atau single
terbaru jika lagu nasyid tidak diputarkan di
stesen radio. Kami sangat memerlukan
kerjasama pelbagai pihak terutama radio dan
media massa untuk mempromosikan karya
kami.49
Merujuk kepada kenyataan tersebut, stesen radio yang
dimaksudkan oleh beliau adalah stesen radio berbahasa Melayu selain
daripada Radio IKIM.fm. Ini berasaskan kepada wawancara beliau
dalam rancangan Warna Pagi di Radio IKIM.fm yang menyatakan
bahawa penyiaran lagu nasyid di stesen radio selain daripada Radio
IKIM.fm adalah amat kurang sekali.50
Berdasarkan kepada sejarah perkembangan nasyid di
Malaysia, ia bermula dengan nasyid irama Padang Pasir dan diikuti
oleh nasyid kontemporari. Antara faktor mengapa nasyid
kontemporari mudah diterima oleh ramai masyarakat Melayu adalah
kerana konsepnya termasuk lirik dan iramanya yang lebih kepada
ciri-ciri kemelayuan. Dengan ini ia mudah diterima dan sekaligus
menjiwai masyarakat Melayu. Ia bukan sahaja diminati oleh golongan
dewasa, malah mendapat sambutan yang cukup baik dari kalangan
generasi muda termasuk kanak-kanak dan remaja. Dalam konteks
lain, perkembangan nasyid di Malaysia memerlukan sokongan padu
daripada pihak media terutama radio. Hal ini kerana radio merupakan
nadi penggerak utama bagi kumpulan-kumpulan nasyid.
Penerimaan Nasyid di Kalangan Saudara Baru di Malaysia
Istilah saudara baru merujuk kepada orang-orang yang baru menganut
agama Islam. Selain daripada istilah ini, terdapat juga istilah lain yang
49 Berita Minggu, 26 Julai 2009, “Raihan Bakal Dibubar?”
50 Berdasarkan pemerhatian penulis dalam rancangan Warna Pagi di Radio IKIM.fm
pada 14 April 2010 jam 8.50 pagi.
188
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
digunakan seperti mualaf, Muslim Convert dan saudara kita.51
Perkataan saudara baru bukanlah terjemahan kepada Bahasa Arab
tetapi ia disesuaikan kepada perkataan ‘muallaf’, bererti orang yang
dijinakkan hatinya.
Menurut Abd. Aziz Mohd Zin, istilah bagi golongan saudara
baru diterjemahkan daripada istilah mualaf berdasarkan istilah Arab
seperti yang dinyatakan dalam al-Quran “al-mu’allafah Qulubuhum”
yang bermaksud orang yang dipujuk hatinya atau dijinakkan supaya
cenderung kepada agama Islam.52
Menurut Hamka pula, mualaf ialah orang yang dijinakkan hati
mereka agar mereka tidak berasa asing lagi dengan agama Islam
setelah memeluk Islam. Ini kerana Islam tidak membezakan antara
penganutnya melainkan ketakwaan kepada Allah swt. Tidak mengira
sama ada Islam asal keturunan atau baru memeluk Islam. Walaupun
masyarakat tersebut terdiri daripada pelbagai rumpun dan bangsa,
namun mereka tetap diiktiraf sebagai saudara seagama dalam
masyarakat Islam.53
Dalam konteks Malaysia, saudara baru telah disama ertikan
dengan mualaf. Ini berdasarkan beberapa definisi atau pengertian
yang telah dikemukakan mengenai istilah mualaf atau saudara baru di
Malaysia. Menurut Kamus Dewan, mualaf adalah orang yang baru
memeluk agama Islam, atau saudara baru.54
Akta Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)
1993, Bahagian IX Masuk Islam perkara 86 menyatakan:55
51 Mualaf atau saudara baru dikenali juga sebagai Muslim Convert di kalangan
masyarakat Malaysia. Lihat kertas kerja bertajuk “Masalah dan Cabaran yang
dihadapi oleh Muslim Converts”, Seminar Dakwah Saudara-saudara Baru, 7
November 1982, Kuala Lumpur. Lihat juga Norhayati bt Mohd Noor (2000),
Program Dakwah Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan Terhadap Saudara Baru:
Kajian Tentang Sambutannya, Latihan Ilmiah Jabatan Dakwah dan Pembangunan
Insan APIUM, h. 25.
52 Abd Aziz Mohd Zin (2006), Dakwah Islam di Malaysia, c. 1, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, h. 112.
53 Hamka (1981), Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, Kuala Lumpur:
Pustaka Melayu Baru, h. 191.
54Hajah Noresah bt. Baharom (2007), op.cit., h. 1046.
55 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993),
Akta 505, Bahagian 10 (85).
189
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Seseorang itu masuk Islam dan menjadi
seorang Islam sebaik-baik sahaja dia habis
mengucap dua kalimah syahadah dengan
syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen
85 adalah dipenuhi, dan orang itu hendaklah
selepas itu disebut sebagai seorang mualaf.
Pengertian ini mempunyai perbezaan dengan pengertian
mualaf menurut syarak. Mualaf menurut syarak mempunyai konotasi
yang lebih luas iaitu meliputi sama ada orang yang sudah Islam
mahupun yang belum lagi Islam tetapi berjinak-jinak dengan Islam.56
Oleh itu, menyamakan mualaf dengan orang-orang yang baru
memeluk Islam adalah kurang tepat jika ditinjau pengertiannya dari
sudut syarak. Sehubungan itu, penilaian semula ke atas penggunaan
istilah ini perlu dilakukan khususnya dalam konteks masyarakat
Malaysia.
Dalam hal ini, kajian ini tidak akan membincangkan isu istilah
saudara baru, malah ingin mendapat pandangan saudara baru tentang
nasyid di Radio IKIM.fm. Bagi tujuan analisis, pengkaji telah
melakukan proses pengekodan semula (recode) dengan
menggabungkan jawapan “Sangat tidak setuju”, “Tidak setuju” dan
“Kurang setuju” kepada kod baru iaitu “Tidak setuju”, manakala bagi
jawapan “Agak setuju”, “Setuju” dan “Sangat setuju” kepada kod
baru iaitu “Setuju”. Hasil kajian adalah seperti Graf 5.15.
56 Abdul Ghafar Hj Don (1998), “Permasalahan dan Cabaran Saudara Baru” (
Kertas Kerja Seminar Sehari Penghayatan Islam Saudara Baru, UKM Bangi, 7
November 1998), h. 2.
190
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Graf 1 : Pengaruh Nasyid di Radio IKIM.fm Terhadap Saudara
Baru
(N = 94)
Soalan: Nasyid di Radio IKIM.fm amat berpengaruh
kepada orang baru memeluk Islam
(N = 94)
92.6
100
peratus 50 7.4
0 TIDAK SETUJU
SETUJU
Sumber: Borang Soal Selidik 2009
Graf 1 di atas menunjukkan majoriti responden di kalangan
saudara baru bersetuju dengan nasyid di Radio IKIM.fm amat
berpengaruh kepada orang baru memeluk Islam iaitu sebanyak 92.6%
(n = 87). Ini menggambarkan bahawa nasyid bukan sahaja sekadar
hiburan alternatif malah ia memainkan peranan penting sebagai
media dakwah khususnya kepada golongan saudara baru. Manakala
hanya sebahagian kecil sahaja yang tidak bersetuju iaitu sebanyak
7.4% (n = 7).
Hasil kajian ini menunjukkan pengaruh Radio IKIM.fm
kepada golongan saudara baru melalui nasyid adalah amat berkesan.
Selain itu dapatan kajian ini membuktikan bahawa dakwah Radio
IKIM.fm melalui nasyid telah berjaya diterima baik oleh sebahagian
golongan sasarannya. Dalam Laporan Tahunan 2001 dan laporan
Tahunan 2002 Institut Kefahaman Islam Malaysia, dinyatakan secara
khusus golongan sasaran Radio IKIM.fm iaitu ahli-ahli korporat,
wanita, remaja, kanak-kanak daripada masyarakat Islam dan bukan
191
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Islam.57 Kenyataan tersebut diperkukuhkan lagi dengan kenyataan
dalam Laporan Tahunan 2007 iaitu Radio IKIM.fm terus memainkan
peranan sebagai alat menyebar pengetahuan berguna kepada
masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.58
Jadual 1 : Pengaruh Nasyid di Radio IKIM.fm Terhadap
Saudara Baru
Jantina (N = 94)
Jantina
(N = 94)
Lelaki Perempuan
(n = 40) (n = 54)
K%K %
Setuju 39 97.5 48 88.9
Tidak 1 2.5 6 11.1
Setuju
Jumlah 40 100% 54 100%
Sumber: Borang Soal Selidik 2009
Jika dilihat dari sudut hubungan antara jantina dengan soalan
yang dikemukakan, Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa majoriti
responden lelaki iaitu sebanyak 97.5% (n = 39) bersetuju dengan
nasyid di Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada orang baru
memeluk Islam. Manakala responden perempuan yang bersetuju ialah
sebanyak 88.9% (n = 48). Responden saudara baru perempuan
mencatatkan jumlah yang tidak bersetuju paling ramai iaitu 11.1% (n
= 6) berbanding responden saudara baru lelaki iaitu 2.5%(n = 1). Hasil
kajian ini menunjukkan bahawa nasyid di Radio IKIM.fm lebih
berpengaruh ke atas responden saudara baru lelaki berbanding
responden saudara baru perempuan.
57 Laporan Tahunan 2001, Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 23. Lihat juga
Laporan Tahunan 2002, Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 32.
58 Laporan Tahunan 2007, Institut Kefahaman Islam Malaysia, h. 21.
192
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Jadual 2: Pengaruh Nasyid di Radio IKIM.fm Terhadap
Saudara Baru
Umur (N = 94)
Setuju Tidak Setuju
K % K%
< 18 THN 7 7.45 0 0
18-20 18 19.14 2 2.13
THN
Umur 21-30 43 45.74 4 4.25
THN
31-40 8 8.51 0 0
THN
41-50 7 7.45 0 0
THN
>51THN 4 4.3 1 1.06
Jumlah 87 92.6 7 7.4
Sumber: Borang Soal Selidik 2009
Hubungan antara soalan yang dikemukakan dengan umur
pula, Jadual 2 menunjukkan bahawa responden saudara baru berusia
21-30 tahun mencatatkan peratusan tertinggi yang bersetuju mengenai
nasyid di Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada orang baru
memeluk Islam iaitu sebanyak 45.74% (n = 43) dan diikuti oleh
responden berusia 20 tahun ke bawah iaitu sebanyak 26.6% (n = 25).
Kemudiannya responden berusia 31-40 tahun mencatatkan sebanyak
8.51% (n = 8). Daripada keseluruhan responden yang berusia antara
18 hingga 40 tahun (n = 75), hanya 8% (n = 6) sahaja yang tidak
bersetuju, manakala majoritinya iaitu sebanyak 92 % (n = 69) adalah
bersetuju. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa nasyid di Radio
IKIM.fm berjaya mempengaruhi saudara baru terutama dari kalangan
remaja dan belia.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, terdapat sebilangan kecil
responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa nasyid di
Radio IKIM.fm amat berpengaruh kepada mereka. Dalam hal ini,
Encik Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir selaku Penolong Pengarah
Dakwah di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyatakan:
193
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Antara faktor yang menyebabkan lagu nasyid
yang disiarkan menerusi Radio IKIM.fm
kurang berpengaruh kepada sebahagian
kecil saudara baru adalah disebabkan faktor
bahasa dan faktor usia. Dari sudut faktor
bahasa, ada di kalangan mereka yang tidak
mampu menguasai bahasa Melayu dengan
baik. Justeru amat sukar bagi mereka
memahami lagu nasyid yang kebanyakannya
menggunakan bahasa Melayu. Tambahan
pula, tidak didapati setakat ini nasyid dalam
bahasa Tamil dan bahasa Orang Asli.
Manakala nasyid dalam bahasa Cina pula
amat kurang sekali. Manakala dari sudut
faktor usia pula, kebanyakan lagu-lagu
nasyid yang ada pada masa ini kurang
diminati oleh saudara baru yang sudah
berusia. Perkara sedemikian berlaku kerana
kebanyakan lagu nasyid tersebut termasuk
liriknya dikatakan tidak menjiwai golongan
mereka malah lebih menjiwai golongan
remaja dan belia.59
Selain itu, laporan hasil kajian bertajuk “Profil dan Masalah
Saudara Baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” menyatakan
bahawa faktor penguasaan Bahasa Melayu merupakan salah satu
bentuk cabaran dan masalah kepada saudara baru selain sukar mencari
buku-buku panduan tentang agama dalam bahasa selain Bahasa
Melayu.60
Menurut Jaffary Awang, memang diakui bahawa majoriti
nasyid dipersembahkan dengan menggunakan Bahasa Melayu.
Namun sejak kebelakangan ini, hasil daripada kemunculan
kumpulan-kumpulan yang sebahagian ahlinya berkelulusan dari
59 Nik Mohd Nizam bin Mohd Nasir, Penolong Pengarah Dakwah, Ketua Unit
Penyelaras Mubaligh, PERKIM. Temubual pada 15 Ogos 2009.
60Fakhrul Adabi Abdul Kadir et al. (2009), “Profil dan Masalah Saudara Baru di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” (Laporan Penyelidikan JAWI), h. 32.
194
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
institusi pengajian tinggi mula menghasilkan senikata nasyid dalam
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Arab. Kepelbagaian ini
berkemungkinan untuk:61
i. Pertama, untuk menyebarkan mesej Islam melalui nasyid
kepada kalangan masyarakat bukan Melayu, khususnya
masyarakat Cina. Ini merupakan satu trend yang menarik
dalam menjadikan nasyid sebagi media hiburan dan
dakwah. Umpamanya kumpulan nasyid Raihan yang
cukup popular, pernah mengadakan kerjasama dengan
Persatuan Cina Muslim Malaysia (Malaysian Chinese
Muslim Association atau MACMA) menterjemahkan
beberapa buah lagu ke dalam bahasa Mandarin.62
ii. Kedua, untuk memastikan pasaran lagu-lagu nasyid tidak
hanya tertumpu di Malaysia, sebaliknya boleh
mengjangkau hingga ke luar negara. Ini kerana terdapat
beberapa kumpulan nasyid yang turut membuat
persembahan di Indonesia. Ini menunjukkan kumpulan
nasyid kontemporari di Malaysia bersifat global dari
sudut pendekatan pemasaran.
Berdasarkan kepada fenomena tersebut, maka terdapat kumpulan
nasyid yang meletakkan nama kumpulan masing-masing dengan
nama yang kelihatan lebih bersifat antarabangsa dan bukan lagi terlalu
‘keMalaysiaan’. Ini dapat dilihat umpamanya dengan kemunculan
kumpulan-kumpulan seperti Now See Heart, In Team dan Rabbani.
Hal ini kerana sudah menjadi semacam satu trend penggunaan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Arab sebagai satu penunjuk kepada nilai
keantarabangsaan bagi sesuatu perkara.63
Kesimpulannya, lagu nasyid yang disiarkan melalui Radio
IKIM.fm amat berpengaruh kepada majorti responden saudara baru
terutama di kalangan remaja dan belia. Hal ini menggambarkan
bahawa dakwah melalui hiburan nasyid di Radio IKIM.fm berjaya
61 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 201.
62 Buletin MACMA, April 2004. Bil. 2.
63 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 201.
195
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
mempengaruhi saudara baru. Selain itu, terdapat beberapa faktor
yang menjadikan nasyid kurang berpengaruh kepada sebahagian kecil
saudara baru. Antaranya disebabkan faktor bahasa lagu nasyid yang
kebanyakannya dalam bahasa Melayu.
196
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
PELAKSANAAN USLUB DAKWAH BI AL-LISAN
TERHADAP SAUDARA BARU DI PERKIM KEBANGSAAN,
KUALA LUMPUR1
Siti Zakiah Tahir2 dan Muhammed bin Yusof3
Pendahuluan
Golongan saudara baru adalah di antara golongan yang perlu diberi
perhatian kerana keadaannya yang masih lagi melalui proses
mengenali keindahan dan kesyumulan agama Islam disamping
menjernihkan kembali pelbagai persepsi buruk yang sering menjadi
silap faham dalam kalangan mereka dan golongan bukan Islam yang
lain lebih-lebih lagi Islam dikatakan agama yang paling banyak
berlakunya silap faham dalam kalangan bukan Islam dan hanya
sedikit usaha yang telah dilakukan untuk memperbetulkan silap
faham ini4. Saudara baru merujuk kepada golongan Mualaf yang
membawa maksud individu atau kumpulan yang baru memeluk
agama Islam5.
Pendekatan dan uslub dakwah yang bersesuaian amat
diperlukan bagi memastikan proses pemahaman tentang Islam dalam
kalangan mereka bertepatan dengan keadaan yang masih baru
mengenali dan memahami tentang Islam memandangkan saudara
baru berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan psikologi
seperti tekanan spiritual untuk mencari dan memiliki kebenaran
agama yang benar, tekanan untuk menyesuaikan diri dengan suasana
serta keperluan untuk menjadikan diri sebagai model yang terbaik6
1Makalah ini dibentangkan di seminar dakwah terhadap golongan minoriti-
peringkat antarabangsa anjuran jabatan dakwah dan pembangunan Insan universiti
Malaya di Akademi Pengajian Islam pada 27 oktober 2016.
2 Calon Sarjana Usuluddin Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti
Malaya.
3 Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya.
4 Osman Abdullah Chuah Hock Leng , “Non Muslim Response Towards Islam In
Malaysia: A Case Study In Kuala Lumpur” (Tesis, Universiti Islam Antarabangsa,
Selangor,1991).
5Kamus Dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005),
1046, entri “mualaf”.
6 Nur Athiroh Masyail Tan , Prof Madya Dr. fariza Md Sham, dan khadijah Aini,
“Pendekatan dakwah Islamiah menangani cabaran psikologi saudara kita: ke arah
197
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
dan tekanan spiritual penghayatan agama bahkan peratusan tinggi
cabaran psikologi yang dialami oleh saudara baru adalah menghadapi
keinginan kuat untuk mendalami agama dan tertekan apabila disoal
mengenai hal-hal agama yang belum difahaminya7.
Oleh itu, pelbagai aktiviti perlu giat dijalankan dengan
mengambil berat setiap elemen yang menyumbang ke arah
keberkesanan dakwah samada dari sudut strategi, pendekatan, uslub,
saluran dan sebagainya bagi memastikan perjalanan dakwah kepada
golongan ini mencapai matlamat dan terus meningkat dari semasa ke
semasa dalam proses menambah bilangan umat Islam serta
memperkukuhkan agama Islam dari pelbagai aspek. Dalam
kepelbagaian dakwah yang dilakukan, dakwah secara lisan
merupakan cara yang sangat sesuai bagi mereka memperoleh asas
pengetahuan mengenai Islam8 disamping ia merupakan satu metod
yang digunakan bagi menerangkan asas kefahaman tentang Islam bagi
mereka yang baru memeluk agama Islam seperti mana yang telah
dilakukan oleh Rasulullah pada zaman awal kebangkitan Islam.
Konsep Uslub Dakwah Bi Al-Lisan
Uslub berasal dari perkataan Arab iaitu ‘ ’سلبyang bererti buang
sesuatu daripada yang lain mengikut cara sesuatu. Ia juga membawa
maksud jalan, seni9 atau kaedah yang diperjuangkan oleh Islam10.
Manakala dari sudut percakapan, uslub membawa makna seni yang
pelbagai, wasilah dan jalan untuk sampai kepada apa yang di tuntut11.
Dakwah menurut Syaikh Abdullah Ba’alawi12 pula adalah mengajak,
membimbing, dan memimpin orang yang belum mengerti atau sesat
jalannya dari agama yang benar untuk dialihkan ke jalan ketaatan
pembentukan saudara kita yang lestari dan berdikari”, (Makalah, Seminar
Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu Dan Cabaran Semasa,Pulau Pinang,
Universiti Sains Malaysia,9-10 oktober 2010), 113.
7Ibid.,114-115.
8 Prof. Madya Redzuwan Mohd Yunus, Metodologi Dakwah di Malaysia, (Open
University Malaysia, 2011), 170.
9http://uqu.edu.sa/page/ar/25692#_ftn4 dipetik pada 10.2.2016
10Kamus Dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005),
1783, entri “uslub”.
11 http://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/أساليب/ dipetik pada 17.2.16.
12 Wahidin Saputra, Pengantar Ilmu Dakwah, (Jakarta: Rajawali Pers, 2012),2.
198
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
kepada Allah, menyuruh mereka berbuat baik dan melarang berbuat
buruk agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Berdasarkan pengertian yang tersebut, uslub dakwah kepada Allah
boleh ditakrifkan sebagai suatu jalan yang tinggi, sama ada perbuatan
atau ucapan yang digunakan oleh pendakwah untuk menyampaikan
dakwahnya serta menghilangkan sesuatu yang boleh menyebabkan
terhalangnya penerimaan dakwah.
Mengikut pengistilahan dakwah pula, uslub dakwah adalah
penyampaian kandungan dan isi dakwah dengan ibarat dan bentuk
yang tertentu manakala manhaj atau mihaj juga satu perkataan arab
yang beerti jalan atau cara13. Daripada pengertian tersebut, uslub dan
manhaj mempunyai erti yang sama dan kedua-duanya sama dengan
pengertian metode dalam bahasa Melayu iaitu cara melakukan sesuatu
dan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘a particular way of doing
something’14. Oleh itu, metode, uslub dan manhaj mempunyai ikatan
yang rapat antara satu sama lain kerana ketiga-tiganya membawa
maksud yang sama15.
Menurut Abd. Aziz (2003)16 , Dakwah bukan semata-mata
mengajak manusia kepada agama Allah tetapi ia mestilah disertakan
dengan uslub dan tatacara yang baik bagi mempengaruhi orang yang
diajak itu. Asas uslub ataupun metodologi dakwah diambil daripada
ayat al-quran dalam surah an-Nahl iaitu:
13 Abd. Aziz Md. Zin, Psikologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, 1999), 38.
14 Dr. Abdullah Muhammad Zin, “Dakwah Kepada Non Muslim: Konsep Dan
Metod”, (Makalah Seminar Dakwah dan Kepimpinan 2 Peringkat Kebangsaan
Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam,
UKM dengan kerjasama Institut Dakwah & latihan Islam Jabatan Perdana
Menteri, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2-3. Oktober 1993),8.
15Op.cit., Abd. aziz md zin, 39.
16 Abd. Aziz. Md. Zin , Pengantar Dakwah Islamiah, (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya), 4.
199
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)
Dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang
baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang engkau serukan
itu) Dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia
lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang mendapat hidayah petunjuk.
(An-Nahl 16 : 125)
Berdasarkan ayat di atas, asas uslub dakwah terbahagi kepada tiga
iaitu al-hikmah, al-maui’zah hasanah dan al-mujadalah. Ulama
mufassirin mempunyai pentafsiran yang tersendiri berkaitan tiga
uslub dakwah yang terdapat dalam ayat ini. Ketiga-tiga uslub dakwah
ini menjadi asas dalam pelaksanaan dakwah dalam pelbagai wasilah.
1. Al-Hikmah
Menurut ibn Abbas17 yang dimaksudkan dengan dakwah bil hikmah
adalah dengan al-Quran. Hal yang sama disebut oleh al-Suyuti18 . Al-
Khazin19 pula dalam tafsirnya mengatakan maksud menyeru ke jalan
Tuhan dengan al-hikmah di dalam al-Quran adalah menyeru kepada
agama Islam dengan perkataan yang mantap lagi sahih berpandukan
kepada dalil yang jelas dalam menegakkan kebenaran yang mampu
menangkis segala syubhat dan penyelewengan. Menurut Fakhruddin
al-Razi20 dalam Tafsir al-Kabir pentafsiran al-hikmah yang terdapat
di dalam al-Quran mempunyai 4 bentuk iaitu pengajaran yang
terkandung dalam al-Quran, kefahaman dan ilmu, kenabian, dan al-
Quran. Al-Razi menegaskan bahawa setelah diteliti berdasarkan
semua definisi hikmah tersebut al-hikmah adalah merujuk kepada
ilmu pengetahuan.
17 Al-Andalusi, Abu Hayyan, Tafsir Bahrul Muhith, (Beirut:Percetakan Dar al-
Fikr), 5: 449
18 Al-Suyuti, Jalaluddin Bin Abu Bakar dan al-Mahalli, Jalaludin Muhammad Bin
Ahmad, Tafsir al-Jalalain, (Qaherah:Percetakan Dar al-hadith), 1:363.
19 Al-Khazin, ‘Alauddin Bin Ali Bin Muhammad Bin Ibrahim, Bab al-Takwil Fi
Maani al-Tanzil, (Beirut:Percetakan Dar al-Fikr), 4:124.
20 Al-Razi, Muhammad Bin Umar Bin al-Husain, Mafatih al-Ghaib, (percetakan
Dar ihyak al-Turath al-^Arabi, Beirut- Lubnan), jld 1 hlm 324.
200
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
2. Al-Maw^izah al-Hasanah
Perkataan Maw^izah dari sudut bahasa bererti memberi peringatan,
pengajaran, petunjuk21 , menasihat atau memberi nasihat22 manakala
al-Hasanah pula membawa maksud yang baik. Oleh itu al-Maw^izah
al-hasanah bermaksud nasihat yang baik atau pengajaran yang baik.
Menurut ibn al-Jauzi23 dalam kitabnya Zad al-Masir terdapat dua
pendapat mengenai mau^izah hasanah iaitu pengajaran-pengajaran
daripada al-Quran24 dan adab yang cantik yang menyebabkan
manusia mengenalinya25 . Al-Baghawi26 pula dalam tafsirnya ketika
mentafsirkan makna mau^izah hasanah mengatakan bahawa
mau^izah hasanah bermaksud pengajaran-pengajaran al-Quran. Ada
pendapat yang mengatakan mau^izah hasanah bermaksud mengajak
manusia kepada Allah dengan targhib dan tarhib. Ada pendapat lain
mengatakan ia adalah perkataan yang lembut tanpa kasar dan keras.
Menurut Dr. Ahmad Redzuwan, antara perkara yang perlu dititik
beratkan oleh seorang pendakwah dalam pelaksanaan al-Maw’izah
hasanah adalah 27 :
i. Menuturkan kata-kata yang baik, perkataan yang
berfaedah dan nasihat yang berguna. Ucapan yang kasar akan
menunjukkan kebodohan pendakwah dan sasaran dakwah
akan menjauhkan diri.
ii. Mengandungi isi kandungan yang sesuai seperti cerita,
pepatah, contoh-contoh kes lain, kata-kata hikmah
termasuklah ayat-ayat al-Quran dan Hadith.
iii. Mengandungi gaya bahasa yang berlapik iaitu bahasa
yang tidak menyinggung mana-mana pihak serta menjaga
21Al-Munjid fi al-Lughat (Beirut: Dar al-Masyriq, 1973), 908.
22 Muhammad Idris Al-Marbawiyy, Kamus al-Marbawiy (Kuala Lumpur: Dar al-
Fikr, 1990), 393
23 Al-Jauzi, Abdur Rahman Bin Ali Bin Muhammad, Zad al-Masir fi al-^lmi al-
Tafsir, (cet. 3, percetakan al-Maktab al-islami, Beirut-Lubnan) jilid 4, 506.
24 Pendapat ini disebut oleh Abu Soleh daripada ibn Abbas
25 Pendapat ini disebut oleh Abu Soleh daripada ibn Abbas
26 Al-Baghawi, Abu Muhammad Husain bin Mas^ud, Ma^alim al-Tanzil Fi tafsir
al-Quran, ( Cet . 4, Percetakan Dar Thayyibah lin Nayr Wat Tauzi^) Jilid 5, hlm
52.
27 Op.cit., Metodologi dakwah di Malaysia, 70-71.
201
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
perasaan orang yang mendengar nasihat tersebut. Kiasan
adalah wajar digunakan dalam usaha ini.
iv. Nada suara juga mestilah dengan intonasi yang sesuai.
Selain itu, suara tidak dinaikkan serta setiap tutur bicara
mestilah dengan kelembutan dan kesopanan. Jangan sesekali
mengherdik ataupun menjerit kepada orang yang dinasihati
itu.
v. Penggunaan kata nama diri juga penting agar orang
yang mendengar nasihat tidak terasa bahawa pendakwah
tersebut hanya memfokuskan kepadanya sahaja. Oleh yang
demikian, kata ganti nama diri yang sesuai ialah ‘kita’ bagi
menunjukkan kedua-dua belah pihak.
vi. Setiap kata-kata mestilah perkara mengandungi faedah
tentang sesuatu amalan atau keburukan sesuatu perkara. Ianya
bertujuan agar mudah difahami dan menyatakan di sebalik
sesuatu nasihat samada ia berbentuk suruhan atau larangan
3. Al-Mujadalah
Manakala mujadalah atau mengadakan perdebatan dengan cara yang
terbaik dalam ayat tersebut pula adalah dari sudut kelembutan tanpa
ada sebarang kekerasan. Menurut al-Khazin28 lagi manusia berbeza
antara satu sama lain. Al-Razi29 pula mengatakan mujadalah dalam
Islam melibatkan tiga aspek utama iaitu mnegikut manhaj Rasulullah,
memiliki ilmu pengetahuan yang luas serta penelitian dan kajian.
Ab.Aziz30 meringkaskan bahawa asas uslub dakwah adalah
merangkumi penjelasan yang nyata dan jelas , berperingkat-peringkat,
mudah, menjinakkan, adanya sebab di sebalik sesuatu suruhan dan
larangan dan bersesuaian dengan keadaan sasaran.Dakwah bi al-lisan
menurut prof. Madya Redzuwan Yunus31 dari sudut bahasa adalah
merujuk kepada tiga makna iaitu bahasa yang digunapakai atau yang
diucapkan oleh manusia, Menyifatkan sifat lisan itu sendiri serta
28 Al-Khazin, ‘Alauddin Bin Ali Bin Muhammad Bin Ibrahim, Bab al-Takwil Fi
Maani al-Tanzil, (Beirut:Percetakan Dar al-Fikr), 4:124
29 Al-Razi, Muhammad Bin Umar Bin al-Husain, Mafatih al-Ghaib, percetakan
Dar ihyak al-Turath al-^Arabi, Beirut- Lubnan, jld 1 hlm 324
30 Abd. Aziz Md. Zin, Psikologi dakwah, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, 1999), 41.
31Op.cit., Metodologi Dakwah di Malaysia, 170-171.
202
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
bentuk fizikal lidah yang dijadikan oleh Allah kepada semua manusia
yang bertanggugjawab menjalankan tanggungjawab sama ada dalam
bidang keagamaan ataupun perkara duniawi.
Dari sudut istilah pula, dakwah bi al-lisan bermaksud suatu
anugerah Allah kepada manusia melalui kata-kata yang dapat
didengar dan difahami serta menjadikannya bahasa perantaraan
kepada komunikasi antara sesama manusia. Penyampaian dakwah
dilakukan secara langsung kepada masyarakat dengan cara lisan dan
ini merupakan cara yang paling baik dan utama seperti yang telah
digunakan oleh Rasulullah dalam mengembangkan risalah Islamiah.
Berdasarkan pentafsiran berkaitan asas uslub dakwah yang terdapat
dalam surah an-Nahl ayat 125, uslub dakwah bi al-lisan mengandungi
makna ilmu pengetahuan, nasihat yang baik, perkataan yang lemah
lembut dan berfaedah, isi kandungan yang sesuai, mujadalah dalam
ilmu pengetahuan untuk menjelaskan kebenaran dan sebagainya.
USLUB DAKWAH BI AL-LISAN TERHADAP SAUDARA
BARU
Dakwah melalui lisan merupakan suatu penyampaian dakwah yang
melibatkan pengucap dan pendengar untuk mencapai matlamat
tertentu. Dakwah bi al-lisan adalah salah satu pendekatan yang
penting dalam membimbing dan mengukuhkan penghayatan Islam
dalam kalangan masyarakat memandangkan masyarakat yang wujud
pada hari ini terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.
Oleh itu, seseorang pengucap perlulah menggunakan pendekatan dan
gaya penyampaian yang bersesuaian dengan diri sasaran. Sesebuah
pengucapan mempunyai matlamat untuk dicapai. Antara tujuan
pengucapan adalah untuk memberi maklumat iaitu bertujuan untuk
memberitahu atau menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu
konsep, perkara, proses, fenomena, idea dan sebagainya.
Pengucapan juga bertujuan untuk memujuk dan
mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari segi
sikap, kepercayaan dan tindakan. Ucapan jenis ini banyak dilakukan
oleh pendakwah untuk mengubah sikap kumpulan sasarannya. Untuk
mencapai tujuan-tujuan ini uslub yang bertepatan dengan sasaran
sangat mempengaruhi penerimaan mereka terhadap dakwah melalui
pengucapan atau melalui lisan tersebut.
203
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Daripada pentafsiran asas uslub dakwah yang dilakukan oleh para
ulama mufassirin dan juga pentafsiran yang dilakukan dalam kajian
lepas uslub dakwah bil lisan terhadap golongan saudara baru
dibahagikan kepada 8 elemen utama iaitu:
1. Bahasa yang Indah dan Fasih
Dakwah memerlukan satu usaha yang menarik perhatian sasaran
supaya mendengar dan menerima isi dakwah. Antara usaha tersebut
adalah persembahan yang cantik, hal ini kerana menjadi tabiat
manusia untuk menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah. Oleh
itu dakwah perlu dipersembahkan dalam bentuk yang paling cantik
bahasanya, gaya persembahannya, logik mesejnya, jalinan ceritanya
dan lain-lain32. Antara persembahan yang cantik dalam rangka untuk
menarik perhatian sasaran kepada Islam adalah kecantikan cara
penyampaian dengan menggunakan uslub yang sesuai33. Penggunaan
bahasa yang baik adalah pemilihan perkataan-perkataan atau istilah-
istilah yang baik dan tepat supaya jelas, menarik, sesuai dengan
sasaran dan berkait dengan sesuatu keadaan34.
Perkataan yang ‘kotor’ perlu dielakkan seumpama cacian atau
cercaan kerana perkataan ini menunjukkan kita tidak menghormati
audiens disamping menggambarkan akhlak yang rendah35. Antara
permasalahan yang menjadi punca tawarnya hati saudara baru untuk
menguruskan pegangan mereka dan sekali gus memberikan imej yang
buruk dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai mereka
adalah perkara yang melibatkan bahasa dan kebudayaan. Hal ini
merupakan isu yang sensitif yang perlu difahami bahawa setiap
individu bangga dengan bangsa, bahasa dan kebudayaanya. Jadi
prasangka yang berkaitan hal ini perlu dielakkan kerana Islam
menerima apa jua bangsa, bahasa dan kebudayaan yang bertepatan
32 Ab.Aziz Md. Zin, “Minhaj Dakwah Masakini:Suatu Pengenalan” Jurnal
Usuluddin, APIUM, 91,1995, bil.3.
33 Abd. Aziz Md.zin, Psikologi Dakwah, 62.
34 Anita Abdul Rani, 2002, “ Ceramah Dakwah: Kajian Tentang Faktor
Tarikannya Di Kuantan”, disertasi Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,
Universiti Malaysia.75-76.
35 Abdullah Hassan, et.al, 59.
204
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
dengan Islam. Pemaksaan terhadap mereka untuk menerima melayu
atau kebudayaan melayu perlu dielakkan36.
Selain itu, pengucap perlu menguasai kemahiran berbahasa
yang dapat difahami oleh sasarannya. Penggunaan bahasa yang
selaras dengan sasaran membentuk pemahaman yang baik. Sebaiknya
mereka diberi peluang untuk mempelajari pengetahuan agama dengan
bahasa cina, tamil, Inggeris dalam bahasa yang mereka fasih37. Hal
ini demikian kerana manusia didekati dengan baik melalui bahasa
mereka kerana mereka dapat merasakan keakraban dan penghargaan
apabila mereka didekati dengan bahasa mereka sekaligus dapat
membina hubungan dan menanam kepercayaan dalam diri mereka38 .
Oleh itu, sesetengah pelajaran memerlukan terjemahan
sekiranya penyampai tidak fasih dalam menuturkan bahasa yang
difahami oleh sasaran. Seruan terhadap Islam turut memfokuskan
penterjemahan sama ada dalam dakwah bi al lisan mahupun dakwah
bi al-kitabah sebagai salah satu metod dakwah dan ia merupakan
suatu perkara penting terhadap pembangunan spiritual dalam diri
seorang mualaf 39.
2. Mudah
Willbur Schramm menyatakan ‘availiability’ iaitu mudah difahami
merupakan suatu tarikan dalam pengucapan40 . Pengucap yang
berkesan bercakap menggunakan bahasa audiensnya. Istilah-istilah
sukar dan teknikal hendaklah dielakkan. Sekiranya perlu
menggunakan istilah-istilah tersebut perlulah diberikan takrif dengan
36 Dr, Zaini Hamzah, Respon Masyarakat Bukan Islam Terhadap Gerakan Dakwah
Di Malaysia: Suatu Analisis, dalam symposium gerakan dakwah dan perubahan
social anjuran angkatan belia islam malaysa (ABIM),17-18 NOV 1989 di
Universiti Islam Antarabangsa,6.
37 Memahami masalah-masalah yang rumit yang dihadapi oleh saudara baru di
Malaysia dan keperluan kebajikan, dalam seminar kesedaran umat islam untuk
berdakwah kepada masyarakat belum Islam di Malaysia. Anjuran bersama al-
Rahmaniah, PERKIM, dan Islamic Outreach ABIM dengan kerjasama Pusat
Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 21 ogos 1988, 2.
38 Noor Shakirah Mat Akhir , Wan Rose Eliza Abdul Rahman, (Makalah, seminar
kebangsaan dakwah saudara kita: isu dan cabaran semasa, 9-10 oktober 2010,
Universiti sains Malaysia, Pulau Pinang), 44.
39Ibid., 42.
4040 Wilbur Schramm (1995), The process and effect of Mwess communication,
University of Illinois Pres:Urbana. H.3
205
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
bahasa yang mudah difahami audiens41 . Pemilihan perkataan yang
mudah juga sangat penting untuk membantu kefahaman dengan cepat.
Perkataan atau istilah yang hanya difahami oleh pengucap jangan
digunakan walaupun istilah tersebut betul atau tepat dari sudut ilmu
serta gunakan gaya bahasa peribadi iaitu gaya yang kita gunakan
untuk percakapan seharian seperti “kita suka cara ini” bukan “cara ini
adalah kesukaan kebanyakan orang 42. Penyampaian yang jelas dan
fasih serta penggunaan lafaz dan bahasa yang mudah dapat
meningkatkan kefahaman sasaran terhadap mesej pengucapan
dakwah43. Dalam sebuah hadis yang mafhumnya:
Dari ‘Anas daripada Nabi bersabda: “hendaklah
kamu mempermudahkan dan jangan
memayahkan dan berilah khabar yang baik-baik
dan menggembirakan dan jangan menjadikan
mereka lari44.
Pesanan ini menggambarkan kepada kita bahawa dakwah Islam
hendaklah digambarkan dalam keadaan mudah supaya menarik
perhatian dan mengelakkan merasakan ia suatu yang membebankan.
3. Berperingkat dan Beransur
Penyampaian yang berkesan adalah penyampaian yang dilakukan
tepat pada waktunya dan memenuhi keperluan sasaran. Bagi
memastikan keberkesanan penggunaan uslub yang sesuai, latar
belakang dan kecenderungan sasaran perlu dikaji terlebih dahulu
sebelum sesuatu program dimulakan dan seharusnya pendakwah
41 Abdul Mua’ti@zamri Ahmad, 2002, Panduan Pengucapan Awam, cet.4, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, xvii.
42 Abdullah Hassan, Ainin Mohd, 2004, Teori Dan Teknik Ucapan Berpengaruh,
kuala lumpur:pts publications&distributor sdn.bhd.32
43 Sharifah Mazni Syed Mustaffa, (2003), Faktor Tarikan Pengucapan Dakwah
Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim di kalangan Pekerja Wanita Islam di Herba Penawar,
latihan ilmiah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, 77.
44Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, AL-jami’al-Musnad as
SohehAl Mukhtasor Min Umuri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam wa
sunanuhu wa ayyamuhu, Dar tuuq annajah, Juz.9, Jil 1,1422H, 73.
206
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
mempunyai strategi untuk memenuhi keperluan sasaran45. Ucapan
perlu sesuai didengar oleh hadirin.
Analisis awal perlu dilakukan untuk mengetahui apakah
perkara yang mereka sudah tahu, perkara yang mereka ingin tahu
lebih lagi, sikap dan kepercayaan mereka sekarang, kumpulan usia
mereka jantina, bangsa serta pekerjaan mereka. Bentuk penerangan
yang diberi di dalam berdakwah pula hendaklah dengan
menggunakan kata-kata yang biasa, senang diterima akal sesuai
dengan keadaan pendengar. Ahmad Von Deffer46 menyatakan tidak
memadai sekiranya seseorang pengucap hanya menyampaikan
maklumat sahaja tanpa memastikan apa yang disampaikan tersebut
dapat difahami dengan betul. Terdapat dua perkara asas dalam
sesebuah komunikasi dakwah yang bagus iaitu menyampaikan
maklumat yang hanya diperlukan oleh sasaran dan memastikan
bahawa maklumat tersebut diterima dan difahami dengan betul. Oleh
itu penerangan yang dilakukan perlu mengikut tahap sasaran.
4. Membuka ufuk pemikiran
Nabi Muhammad menyampaikan dakwah disertai dengan dalil dan
hujah yang kuat. Hujah yang kuat merujuk kepada perkara-perkara
yang terang yang boleh diterima akal yang sejahtera dan perasaan
yang sihat dan tidak berlawanan dengan apa yang berlaku sebenarnya.
Ayat al-Quran mengandungi penerangan yang jelas dan dikuatkan
dengan dalil-dalil yang logik dan kuat yang memberi peluang kepada
manusia menggunakan akal yang sihat dan bebas47. Sudah menjadi
dasar dalam Islam bahawa penerimaan Islam hendaklah berasaskan
kepada kefahaman dan keyakinan bukan sekadar ikutan membuta tuli.
Untuk mendapatkan kefahaman dan keyakinan, akal
memainkan peranan dalam pencarian dan penyelidikan supaya
sesuatu itu boleh diterima dan meyakinkan. Oleh sebab itu di antara
ucapan yang berkesan adalah topik tersebut disertai dengan sokongan
45 Abdullah Hassan, Ainin Mohd, 2004, Teori Dan Teknik Ucapan Berpengaruh,
kuala Lumpur:PTS publications&distributor sdn.bhd, 48.
46 Ahmad Von Denffer, 1988, key issues for Islamic dawah,Delhi:Hisdustan
publication,10.
47Prof. Madya Dr. Wan Hussein Azmi, Cara Nabi Muhammad
Berdakwah,Seminar dakwah Islamiah kebangsaan, anjuran Jabatan Pengajian
Dakwah Dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM, 1-2 dis 1984, 17-18.
207
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
definisi, huraian, bukti, dalil dan alasan sama ada menggunakan data,
fakta, statistik, kes, peta, rajah, carta dan sebagainya48. Al-Quran dan
hadith banyak mendesak manusia supaya memikirkan sesuatu sama
ada perkara yang berhampiran dengan mereka mahupun perkara yang
jauh.
5. Penerangan Yang Nyata Dan Jelas
Dakwah bi al-lisan adalah dakwah yang menggunakan bahasa verbal
sebagai medium. Oleh itu, bahasa yang jelas dan difahami sasaran
sangat memainkan peranan yang penting agar mesej dakwah dapat
difahami sebagaiman para Nabi mampu menyampaikan mesej dengan
mudah, fasih dan jelas49. Sesuatu perkara yang jelas dan terang
sehingga dapat difahami dengan mudah dapat menarik perhatian
kerana perkara tersebut tidak membebankan50. Segala pengajaran atau
mesej yang hendak disampaikan kepada sasaran mestilah jelas
sehingga tidak membawa kepada kekaburan dan salah faham.
Antara kriteria yang membantu untuk menyediakan pemilihan
bahasa dan frasa yang lebih baik adalah kejelasan iaitu mesej yang
diberikan menjadi lebih jelas sekiranya pengucap memilih perkataan
yang difahami maknanya oleh audiens51. Seorang pendakwah juga
perlu menyatakan maksud bagi perkataan yang boleh membawa
makna yang banyak untuk mengelakkan berlaku silap faham bagi
pendengar52. Selain itu, penggunaan ayat yang ringkas juga turut
membantu sasaran memahami sesuatu mesej dengan jelas. Rasulullah
menyampaikan Khutbatul wida dengan menggunakan ayat yang
ringkas dan tidak panjang supaya sahabat tidak jemu53. Dari sudut
kejelasan suara, setiap perkataan dalam ucapan hendaklah disebut
dengan betul dan tepat. Kesilapan dalam penyebutan boleh
48 Abdullah Hassan, et.al, 2004,32.
49 Noor Shakirah Mat Akhir , Wan Rose Eliza Abdul Rahman, dalam prosiding
seminar kebangsaan dakwah saudara kita: isu dan cabaran semasa, 9-10 oktober
2010, Universiti sains Malaysia, Pulau Pinang, 42-43.
50 Ab. Aziz Mohd. Zin, Psikologi Dakwah (Kuala Lumpur: jabatan Kemajuan
Islam Malaysia,1999),84.
51 David E. Axon, richard l/stine1993, the public speaking process computer-
assisted speech organization and development,usa:harcout brace jovanovich
publishers,171.
52Op cit.,Noor shakirah Mat Akhir et al, 43.
53 Op cit., Sharifah Mazni Syed Mustaffa, 49.
208
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
menghilangkan maksud sesuatu istilah. Sekiranya istilah tersebut
merupakan istilah yang penting , hal ini boleh mencacatkan ayat dan
seterusnya sesebuah pengucapan. Suara yang kuat tidak memberi
kesan tanpa sebutan yang jelas54.
6. Berulang-ulang
Pengulangan dalam dakwah bi al-lisan dapat membantu sasaran
mengingati mesej penting yang disampaikan oleh pengucap55.
Pengulangan juga diperlukan untuk mengukuhkan kefahaman sesuatu
perkara. Pengulangan dalam pengucapan turut menunjukkan
penekanan terhadap sesuatu perkara. Namun pengulangan merupakan
sesuatu kemahiran yang memerlukan latihan kerana tidak semua
perkataan boleh diulang-ulang. Oleh itu, pengulangan memerlukan
pemilihan perkataan dengan teliti dan hanya perkataan yang penting
dan penuh bermakna perlu diulang56.
Nabi Muhammad mengulangi perkara apa yang disebutkan
kepada sahabatnya supaya pengertiannya tersemai di hati
pendengarnya57 dan dimaklumi bahawa Rasulullah apabila baginda
menyatakan tentang sesuatu yang penting, baginda akan mengulang
dan menyatakannya sebanyak tiga kali58. Berkata al-Khatabbi59 Nabi
membuat pengulangan sebanyak tiga kali adalah kerana sama ada
dalam kalangan pendengar yang hadir lemah dari sudut kefahaman
maka diulang untuk memahamkan mereka atau terdapat dalam
perkataan nabi perkara yang sukar difahami maka dijelaskan maknana
dengan penjelasan dan berkata Abu al-Zanad Nabi mengulang
pengucapannya agar pembelajaran tersebut sampai kepada hadirin
serta membuat larangan ketika membuat nasihat.
54 Abdul Mua’ti@Zamri Ahmad, 2002, Panduan Pengucapan Awam, cet.4, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,86-87.
55 Hybels, Saundra, Weaver , Richard L., Communicating Effectively, (McGraw
Hill:New York,2001), 534.
56Op cit., Abdul Mua’ti@zamri Ahmad, 86.
57 Abd. Aziz Md.Zin, psikologi dakwah, 67.
58 Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, AL-Jami’al-Musnad as
SohehAl Mukhtasor Min Umuri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam wa
sunanuhu wa ayyamuhu, Dar Tuuq an-Najah, Juz.9, Jil 1,1422H, 98.
59 Badr al-din al^Aini al-Hanafi, ^Umdatul Qaari Syarah Sahih Bukhari, Jilid 3,
2006, 175.
209
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Oleh itu, dakwah memerlukan ulangan pada fakta-fakta yang
penting kerana ia bukan sahaja dapat menarik perhatian tetapi boleh
meneguhkan mesejnya dalam hati sasaran60 khususnya bagi saudara
baru yang masih baru untuk memahami Islam maka terdapat beberapa
perkara yang penting perlu diulang samada melibatkan teori atau
praktikal.
7. Menjinakkan
Dr. Abdullah Muhammad Zain mengatakan bahawa sekiranya
memerlukan dakwah dengan lisan, maka hendaklah berdakwah
menggunakan ‘bahasa’ mereka dan menjauhi dari menyebut perkara-
perkara yang tidak diingini oleh mereka dan memperkenalkan Islam
sebagai agama yang sederhana , mudah, praktikal supaya tidak
meliarkan mereka dari agama Islam61. Pengucapan secara lemah
lembut dan tidak kasar lebih menarik manusia dekat dengan seseorang
kerana ia mampu menyenangkan hati seseorang manakala sifat kasar
dan keras pula boleh meliarkan serta menjauhkan seseorang. Adam
Abdullah Aluri62 menyifatkan bahawa pendekatan dakwah yang
digunakan Nabi Ibrahim dalam surah Maryam ayat 41-45 adalah
penuh beradab , lembut, dan kasih sayang disertai hujah yang jelas
lagi jitu.
Bagi saudara baru yang sedang melalui pelbagai konflik dan
merasa terasing, pendakwah perlu mendekati sasaran dengan penuh
kasih sayang dan menggunakan tutur kata yang baik. Sifat kasar dan
kemarahan menyebabkan mereka menjauhkan diri dari menerima
kebenaran. Hal ini demikian kerana, dalam dakwah sikap berjinak-
jinak, layanan yang baik dan tidak mudah marah sangat diperlukan
terutama terhadap golongan yang lemah dan jahil. Dengan adanya
sikap tersebut membuatkan sasaran tertarik kepada dakwah yang
dikemukakan63.
60Op.cit., Abd. Aziz Md.zin.
61 Dr. Abdullah Muhammad Zin, dakwah kepada non muslim: konsep dan metod,
dalam seminar dakwah dan kepimpinan II peringkat kebangsaan anjuran Jabatan
pengajian Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia.
62 Al-Aluri, Adam Abdullah, Tarikh al- Da’wah Ila Allah Baina al-Ams wa al-
Yaum, (al-Qahirah: Maktabah Wahdah, 1979), 54.
63Op.cit.,Psikologi dakwah, 74.
210
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
8. Al-targhib dan al-tarhib
Pendekatan tabshir, tandhir, targhib,dan tarhib dikira satu
pendekatan yang perlu dan berupaya menggoncang serta
melembutkan hati manusia untuk tunduk kepada perintah Allah.
Gabungan pendekatan menggembirakan dan menakutkan adalah
suatu kaedah al-Quran yang telah dilaksanakan oleh para Rasul ulul
azmi dan Rasul yang lain yang boleh diaplikasikan dalam konteks
semasa. Uslub dorongan ini sangat sesuai apabila apabila kita hendak
mempengaruhi mereka supaya mengambil tindakan dan melakukan
seperti yang kita mahu.
Uslub ini boleh digunakan dengan menarik minat dan
mengajak mereka menggambarkan sesuatu keadaan, membayangkan
faedah yang didapati serta mengajak mereka untuk memikirkan cara
bertindak64. Hal ini kerana, Uslub al-targhib dan al-tarhib
mempunyai hubungan secara langsung dengan naluri dan
kecenderungan manusia yang merupakan unsur utama jiwa manusia.
Naluri manusia seperti takut, marah, ingin tahu dan
sebagainya merupakan emosi jiwa yang yang boleh diarahkan kepada
motif yang baik sebagaimana yang dikehendaki agama.
Kecenderungan dan minat yang mempunyai peranan penting dalam
mempengaruhi perasaan boleh diarah mengikut kehendak yang dituju
ataupun kepada matlamat yang jujur sejajar dengan tuntuan agama.
Dalam usaha pengarahan ini, maka penonjolan unsur-unsur al-targhib
dan al-tarhib sangat diperlukan65.
Penggunaan uslub ini secara serentak memberi pengaruh yang
lebih kuat daripada menggunakan salah satu daripadanya kerana
penggunaan uslub al-targhib semata-mata akan membuatkan manusia
hanya bercita-cita untuk mendapatkan keampunan Allah dan
berangan-angan dapat masuk ke syurga dan mereka lebih cenderung
untuk bertawakal sahaja tanpa memberi keutamaan kepada kewajipan
64 Abdullah Hassan, Ainin Mohd, Teori Dan Teknik Ucapan Berpengaruh, (kuala
lumpur:PTSpublications&distributor sdn.bhd. 2004), 48-50.
65 Ahmad Asmadi Sakat, Mohd. Najib Abdul Qadir dan Aroma Abd Wahid,
“perbandingan antara teori motivasi barat dengan metod al-targhib dan al-tarhib
menurut al-quran dan al-sunnah: pelaksanaan nya dalam konteks dakwah
serantau”,(Makalah, seminar antara bangsa pengajian dakwah Malaysia-indonesia,
18 mei 2002 anjuran jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan fakulti pengajian
Islam Ukm, bangi), 10-12.
211
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
yang telah ditetapkan66. Uslub ini sangat penting digunakan untuk
mengukuhkan keimanan dalam hati saudara baru.
Pelaksanaan Uslub Dakwah Bi Al-Lisan Di Kelas Pengajian Islam
(Kip) Di PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur
Penggunaan uslub dakwah bi al-lisan merupakan di antara aspek yang
mempengaruhi penerimaan saudara baru terhadap ilmu yang
disampaikan. Hal ini dibuktikan berdasarkan soal selidik yang
dilakukan di JAWI yang mendapati bahawa kefahaman golongan
saudara baru terhadap perkara asas dalam agama masih lemah
walaupun sesetengah daripada mereka menuntut di kelas-kelas
bimbingan Islam selama lebih 15 tahun67 dan terdapat juga
sebahagian daripada saudara baru yang mengambil keputusan untuk
tidak mengikuti kelas disebabkan kesukaran untuk memahami al-
Quran dan membantut minat mereka kerana faktor bahasa68.
Hal ini menunjukkan bahawa uslub dalam penyampaian
melalui lisan memberi suatu kesan terhadap penerimaan mereka
terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan. Berdasarkan kajian yang
dilakukan untuk mengukur keberkesanan program dalam pemahaman
ilmu Islam di PERKIM Kebangsaan, didapati program dakwah hanya
memberi kesan yang sederhana kepada ilmu tauhid, fekah, akhlak,
alquran dan sirah69. Daripada 265 responden yang diberikan borang
soal selidik didapati sebahagian daripada mereka menyatakan tidak
pasti terhadap item soalan yang diberi. Hal ini menunjukkan terdapat
permasalahan dari sudut penerimaan saudara baru dalam proses
pembelajaran mereka.
Oleh itu, penulis mengkaji dari aspek pelaksanaan uslub
dakwah bi lisan yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar sebagai salah
66 Jamiah Minhaj, Kedudukan Uslub Targhib Dan Tarhib Dalam Dakwah,
(Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya:
Kuala lumpur, 1997) ,20.
67 Muhammad Bin Hashim, “Aktiviti Dakwah Terhadap Saudara Baru : Kajian Di
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kuala Lumpur”. (Tesis Kedoktoran,
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 2013), 195.
68Ibid., 131.
69 Nur A’thiroh Masyail Tan Abdullah, “Program Dakwah Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (PERKIM) Kepada Saudara Muslim : Kajian Tentang Persepsi
Dan Keberkesanannya”, ( Tesis Kedoktoran, Universiti Malaya, 2013), 224.
212
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam mempengaruhi
penerimaan mereka terhadap ilmu yang disampaikan.
Terdapat 8 item yang digunakan bagi mengukur pelaksanaan
uslub dakwah bi al-lisan di kelas pengajian Islam PERKIM
Kebangsaan pada setiap tahap kelas berdasarkan subjek yang telah
ditentukan. Hasil daripada temubual yang dilakukan terhadap
responden berkaitan pelaksanaan uslub dakwah bi al-lisan dikumpul
dan dilakukan pengkodan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk
transkrip. Setelah itu, kenyataan yang dikodkan disemak melalui
hasil senarai semak yang diukur melalui frekuensi dan peratus.
Seterusnya dapatan kajian dikukuhkan lagi melalui temubual yang
dilakukan terhadap saudara baru yang mengikuti kelas pengajian
tersebut dan informan yang lain serta dokumen yang berkaitan
sebagai bahan rujukan.
1. Bahasa yang indah dan fasih
Responden keseluruhannya menyatakan bahawa bahasa yang indah
dan fasih merupakan suatu uslub yang sangat diperlukan oleh saudara
baru pada setiap tahap khususnya bagi mereka yang baru memeluk
agama Islam dan baru mempelajari agama Islam terutama dalam
mempelajari mengenai syahadah dan asas fekah seperti bab taharah
dan asas solat. Dalam temubual yang dilakukan terdapat beberapa
perbualan yang menunjukkan tenaga pengajar melaksanakan uslub
bahasa yang indah dan fasih. Dalam senarai semak yang dilakukan
oleh penulis hasil kajian menunjukkan peratusan yang tinggi bagi
penggunaan uslub tersebut oleh responden di dalam kelas. Terdapat
elemen yang menunjukkan peratusan yang penuh dalam uslub
tersebut seperti menggunakan istilah yang baik dan tepat ,tidak
menggunakan kata cacian, menghormati sasaran, menggunakan
bahasa yang difahami oleh sasaran,lancar dan tidak gagap, pengajar
mempunyai kemahiran dalam subjek yang diajar serta penghuraian
yang jelas.
Namun terdapat beberapa elemen yang menunjukkan lebih
50% daripada responden tidak melakukannya dalam kelas
pembelajaran seperti menggunakan bait-bait syair, menggunakan
penterjemahan serta menggunakan kepelbagaian bahasa yang
213
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
difahami. Menurut Dr.Aisyah70 penggunaan penterjemahan dan
kepelbagaian bahasa tidak diperlukan bagi peringkat pertengahan dan
lanjutan kerana kebanyakan daripada mereka memahami bahasa
Malaysia namun bagi peringkat pra asas dan asas memerlukan
penterjemahan bagi sebahagian perkataan yang tidak difahami dan
kepelbagaian bahasa agar mereka dapat memahami pembelajaran
yang diajarkan kerana faktor kepelbagaian bangsa dan bahasa yang
difahami.
Bagi penggunaan puisi dan syair pula kebanyakan daripada
pengajar tidak menggunakan perkara tersebut kerana mereka tidak
melihat keperluan penggunaan puisi namun pada pemerhatian penulis
terdapat guru yang menggunakan kata-kata hikmah dari pepatah Arab
yang indah dari sudut bahasa dan makna untuk dikongsi sebagai
pengajaran.
2. Mudah
Uslub mudah sangat perlu dilaksanakan pada setiap tahap saudara
baru kerana tanpa uslub ini proses pemahaman saudara baru terhadap
ilmu yang disampaikan menjadi sukar71. Dalam temubual yang
dilakukan, hampir keseluruhan responden menyatakan penggunaan
uslub mudah dalam kelas pembelajaran mereka di kelas pengajian
PERKIM pada setiap tahap. Berdasarkan senarai semak peratusan
dalam pelaksanaan uslub ini mendapatkan peratusan yang penuh
namun terdapat peratusan yang kecil iaitu sebanyak 12.5% aspek yang
tidak dilakukan oleh responden seperti membuat rumusan awal bagi
setiap pembelajaran, tidak menggunakan bahasa yang rumit difahami,
menggunakan bahasa secara berterus terang supaya dapat digarap
dengan mudah, tidak menggunakan istilah atau perkataan yang tidak
difahami dan tidak menggunakan bahasa audiens.
Terdapat segelintir daripada tenaga pengajar memulakan kelas
dengan subjek yang baru tanpa membuat penjelasan awal tentang
topik yang akan dipelajari pada hari tersebut dan terdapat dalam
kalangan pengajar yang menggunakan istilah dan perkataan yang
sukar difahami. Hal ini kerana terdapat dalam kalangan pengajar yang
70 Dr. Aishah Jamian, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM
Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016.
71 Ustaz Amir Ng, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan,
Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 13 april 2016.
214
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
dilantik merupakan golongan yang baru dari sudut pengalaman
mengajar saudara baru dan terdapat sesetengah daripada mereka yang
sudah biasa dengan pengajian umum kepada golongan yang tinggi
dari sudut tahap pendidikan. Oleh itu mereka terbawa-bawa dengan
kaedah pengajaran mereka72.
3. Berperingkat
Uslub berperingkat sangat diperlukan bagi setiap tahap pembelajaran
saudara baru supaya mereka mendapat ilmu yang sesuai dengan tahap
dan tidak membebankan mereka dalam memahami ilmu. Hal ini
dilaksanakan oleh pihak PERKIM namun terdapat beberapa perkara
yang masih belum dilakukan secara meluas seperti menggunakan al-
Jadal bagi yang ingkar dengan bertukar fikiran secara lembut,
memilih, menyusun dan menggunakan topik yang ada dalam
pengetahuan sedia audiens, memastikan maklumat tersebut diterima
dan difahami sebelum beralih topik, menggunakan bukti yang kukuh
bagi mereka yang cerdik pandai.
Berdasarkan analisis senarai semak pula, dapatan
menunjukkan bahawa kesemua elemen berperingkat yang
dilaksanakan oleh tenaga pengajar tersebut mendapat peratusan penuh
namun terdapat beberapa elemen yang tidak dipenuhi iaitu
menggunakan al-jadal bagi yang ingkar dengan bertukar fikiran
secara lembut sebanyak 25%, pemilihan mesej yang menarik dan
bersesuaian, tidak menyusun dan menggunakan topik yang ada dalam
pengetahuan audiens 50% dan tajuk yang bertepatan dengan tahap
pengetahuan mereka serta tidak menggunakan penerangan yang
mendalam bagi tajuk yang baharu sebanyak 12.5%.
Pada pemerhatian penulis, pada tahap pra asas dan asas
kebanyakan daripada pelajar hanya memerhati dan mendengar
pengajaran guru namun pada tahap pertengahan dan lanjutan al-jadal
berlaku namun bukan disebabkan pengingkaran namun untuk
mendapatkan kepastian dan perkara tersebut berlaku dalam keadaan
yang harmoni. Hal ini disebabkan kerana pelajar pada tahap ini telah
lama mengikuti kelas di PERKIM dan banyak membaca buku-buku
agama serta banyak mengikuti kelas luar seperti kelas anjuran JAWI
72 Pn. Fatimah Ladda, (pembantu penyelia dan tenaga pengajar kelas pengajian
Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 3
mei 2016
215
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
dan MAIS. Terdapat pengajar yang tidak mampu menyusun dan
menggunakan topik yang bersesuaian dengan dengan tahap
pengetahuan saudara baru. hal ini kerana pengajar hanya mengajar
berdasarkan kurikulum yang diberikan dan sistem pengkelasan kelas
baru diadakan menyebabkan pengajar tidak dapat mengesan tahap
pemahaman pelajar sepenuhnya73.
4. Menjinakkan
Berdasarkan temubual yang dilakukan kepada 8 responden, didapati
uslub menjinakkan sememangnya dilaksanakan terhadap saudara
baru bagi setiap tahap di PERKIM. Hal ini adalah bertujuan supaya
mereka tidak menjauhkan diri daripada kelas pengajian. Oleh itu,
mereka memanfaatkan sepenuhnya kehadiran pelajar daripada
saudara baru.
Hal ini dibuktikan dengan senarai semak yang mendapat
peratusan penuh bagi setiap elemen menjinakkan dalam borang
senarai semak seperti memberikan nasihat yang baik yang
melunakkan hati-hati manusia yang keras, pengucapan yang sopan
dan lemah lembut, tidak menggunakan bahasa kasar, melayan
persoalan dengan baik, mengucapkan kata positif, tidak berkasar dan
mudah marah, nada suara yang tidak mengguris hati, menggunakan
kata-kata mesra, memberi ruang melontarkan pandangan serta tidak
menyentuh kekurangan dari sudut peribadi seseorang. Perkara ini
turut diakui oleh saudara baru yang ditemubual. Mereka mengatakan
bahwa kebanyakan guru tidak menggunakan bahasa yang kasar dan
melayan setiap persoalan pelajar dengan baik disamping sentiasa
memberi nasihat yang berguna untuk kehidupan di luar74.
5. Berulang-ulang
Bagi uslub berulang-ulang pula, terdapat kenyataan daripada pihak
responden yang menunjukkan bahawa mereka menggunakan uslub
berulang-ulang dalam kelas pembelajaran mereka seperti mengulang
perkataan yang penting dan bermakna, mengulang permasalahan
yang sukar seperti mengulang pelajaran terdahulu, menguji
73 Dr. Aishah Jamian, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM
Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016.
74 Nur Faiqah (Pelajar , PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual
dengan penulis, 16 April 2016.
216
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
kefahaman pelajar tentang pengajaran lalu. Namun terdapat dalam
kalangan mereka tidak menyaran hafalan tentang sesuatu teks dan
ayat dan tidak menggunakan apa-apa teknik pengulangan. Hal ini
bertepatan dengan senarai semak yang dilakukan oleh penulis yang
menunjukkan peratusan yang tinggi pengajar menggunakan uslub
mengulang namun terdapat peratusan kecil iaitu 12.5% yang tidak
menyarankan hafalan tentang sesuatu teks atau ayat dan sebanyak
25% yang tidak menggunakan teknik pengulangan melalui pelbagai
cara. Hanya segelintir daripada mereka yang tidak meyarankan untuk
hafalan supaya pada peringkat awal supaya mereka tidak merasa
terbeban dengan kalimah-kalimah yang sukar daripada bahasa Arab
namun mereka cuba menekankan kefahaman terlebih dahulu sebelum
melakukan hafalan.
6. Membuka ufuk pemikiran
Daripada temubual yang dilakukan terhadap responden didapati
bahawa mereka melaksanakan menggunakan uslub membuka ufuk
pemikiran pelajar dalam kelas pembelajaran mereka pada setiap
tahap. Hal ini menggalakkan pelajar untuk berfikir tentang sesuatu
perkara dan membuat perbandingan di samping mendapat
pendedahan tentang sesuatu perkara.
Menurut hasil melalui borang senarai semak pula kesemua
kriteria uslub membuka ufuk pemikiran mencapai peratusan yang
penuh seperti membantu pelajar membezakan baik dan buruk
berlandaskan syarak, menggunakan dalil daripada al-quran untuk
direnungi maknanya, menyatakan fakta, data, kes, statistik, rajah carta
dan sebagainya, menggalakkan murid mengeluarkan idea baru,
memberi ransangan kepada sasaran bercakap mengenai sesuatu
perkara dan memberi contoh dan gambaran terhadap sesuatu isu.
Namun pada elemen membandingkan perkara baik dan buruk untuk
dihimpunkan dan mengajak pelajar untuk memikirkan sesuatu
sebanyak 12.5% tidak menggunakan uslub ini dalam kelas
pembelajaran mereka.
Berdasarkan pemerhatian penulis pula, hampir semua kelas
yang dimasuki membangkitkan isu-isu untuk difikirkan dan meminta
respon daripada saudara baru terhadap isu tersebut. Sesetengah
pengajar mula bertanya perkara yang mereka kurang faham dan ada
yang menyampuk dengan pengalaman-pengalaman hidup mereka.
217
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Hal ini menunjukkan isu yang disentuh mendapat perhatian daripada
kalangan pelajar.
7. Jelas
Berdasarkan kenyataan responden daripada temubual yang dilakukan
didapati mereka menggunakan uslub jelas dalam kelas pengajian
mereka seperti mengemukakan dalil dan bukti, penerangan yang jelas
tentang sesuatu isu, bahasa dan frasa yang digunakan jelas dan tidak
kabur, ayat dan penggunaan huruf yang difahami, sebutan huruf yang
jelas, menyatakan penjelasan disebalik suruhan dan larangan, mesej
yang disampaikan jelas, menyatakan maksud bagi perkataan yang
tidak diketahui atau istilah baru didengari atau bagi yang mempunyai
makna yang banyak, penggunaan ayat-ayat yang ringkas dan tidak
terlalu panjang , sebutan yang betul dan tepat.
Hal ini bertepatan dengan hasil senarai semak yang dilakukan
melainkan elemen menggunakan teknik penyampaian tertentu seperti
penceritaan mengikut kronologi terdapat sebanyak 12.5% yang tidak
digunakan oleh pengajar. Kebanyakkan saudara baru yang
ditemubual menyatakan pengajar menggunakan penghuraian yang
jelas dalam pembelajaran mereka. Oleh sebab itu mereka hadir secara
berterusan ke PERKIM kerana bagi mereka PERKIM merupakan
tempat yang sesuai untuk mendapatkan Ilmu75.
8. al-Tarhib dan al-Targhib
Bagi uslub ini, responden menggunakan samada secara langsung atau
tidak langsung. Namun terdapat dalam kalangan mereka lebih suka
menggunakan uslub al-targhib seperti menceritakan perkara yang
berbentuk kenikmatan dan janji-janji baik berbanding uslub al-tarhib
menerangkan tentang azab bagi yang beriman yang ingkar. Daripada
hasil senarai semak yang dilakukan keseluruhan pengajar
menggunakan pada elemen menyebut mengenai nikmat Allah atas
manusia, menggalakkan sasaran untuk beramal, mengajak mereka
mengambarkan sesuatu keadaan, menyatakan faedah yang banyak
diperolehi daripada amalan yang dilakukan,menceritakan janji-janji
baik dan ganjaran pahala kepada orang soleh berdasarkan sumber al-
75 Mariam Glenda, (Pelajar pertengahan kelas pengajian Islam, PERKIM
Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016.
218
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Quran dan hadis, menggalakkan supaya sentiasa ikhlas dalam amalan,
menggunakan nada yang sesuai serta menggunakan emosi yang betul.
Namun pada elemen mengajak mengambil tindakan untuk
bertindak, menceritakan kisah teladan, mengajak sasaran
meninggalkan kejahatan dan dosa serta menerangkan tentang azab
bagi orang yang beriman yang ingkar sebanyak 12.5% tidak
menggunakan elemen ini dalam pembelajaran mereka. Pada
pemerhatian penulis, kadar yang kecil ini hanya disebabkan subjek
yang diajar memerlukan fokus terhadap pembelajaran seperti
bahagian fekah bab haji dan umrah. Dalam tempoh yang diberikan
untuk mengajar, masa digunakan sepenuhnya untuk menerangkan
istilah yang sukar dan menjawab persoalan yang tidak difahami oleh
pelajar.
Permasalahan Dalam Pelaksanaan Uslub Dakwah Bil-Lisan
Dalam apa juga bentuk aktiviti dakwah pasti terdapat cabaran dan
permasalahan yang perlu diberi perhatian. Walaupun kajian
menunjukkan penggunaan uslub dakwah bil lisan digunakan dalam
kelas pengajian Islam di PERKIM dan namun terdapat beberapa
masalah yang merencatkan pelaksanaan uslub dakwah bi al-lisan
dilakukan secara berkesan dan memberi kesan dalam penerimaan
saudara baru terhadap penyampaian ilmu tersebut. Permasalahan
tersebut terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Tenaga Pengajar
i. Masalah dalaman
Terdapat dalam kalangan pengajar yang tidak memahami keadaan
saudara baru kerana kerana mereka tidak ada pengalaman berhadapan
dengan saudara baru dan menggunakan cara yang sesuai dengan
saudara baru menyebabkan tiada jalinan hati dalam proses
pembelajaran yang dilakukan76, selain itu, terdapat juga kalangan
mereka menggunakan bahasa yang tinggi disebabkan guru yang biasa
dengan pendidikan tinggi. Hal ini menyebabkan saudara baru jemu
dan kurang minat kerana tidak memahami sebahagian perkara yang
76 Ustazah Munirah, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM
Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 3 mei 2016
219
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
diajar77. Di samping itu, kurang persediaan78 dan inisiatif dari pihak
guru juga merupakan masalah yang yang memberi kesan terhadap
pemahaman saudara baru. Seharusnya inisiatif yang lebih seperti
melakukan kelas secara individu atau melakukan follow up bagi
pelajar yang lemah seerta penyediaan bahan yang membantu pelajar
perlu diusahakan oleh pihak pengajar79 .
ii. Masalah luaran
Selain masalah kekurangan dari diri tenaga pengajar, terdapat faktor
luaran seperti sistem yang baru menyebabkan tenaga pengajar tidak
boleh mengesan permasalahan pelajar untuk melakukan terapi
tersusun80. Hal ini menyebabkan mereka sukar mengesan tahap
pemahaman pelajar melainkan subjek tertentu seperti pengajian
muqaddam yang mengajar secara individu81. Di samping itu, terdapat
dalam kalangan mereka tiada pendedahan asas tentang metodologi
kerana guru bukan daripada jalur pendidikan untuk memahami
kaedah pengajaran berkesan82.
2. Saudara Muslim
i. Latar Belakang
Menurut temubual yang dilakukan terdapat permasalahan yang
berpunca daripada diri pelajar dalam memahami ilmu yang
disampaikan antaranya adalah tahap pengetahuan pelajar yang
berbeza disebabkan latar belakang yang pelbagai. Terdapat
sesetengah pelajar yang datang tidak tahu membaca dan menulis83.
Hal ini menjadi cabaran bagi tenaga pengajar untuk
memastikan ilmu yang disampaikan mampu difahami oleh setiap
77 Ustazah Fatimah (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan,
Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 3 mei 2016.
78Ibid.
79 Us. Jais Mariappan (penyelia dan tenaga pengajar kelas pengajian Islam,
PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 21 April
2016.
80 Dr. Aishah Jamian, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM
Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016.
81Op.cit., temubual bersama Ustazah fatimah
82 Dr. Aishah Jamian, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM
Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016
83Op.cit., temubual bersama ustazah Fatimah.
220
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
pelajar84. Usia juga turut menjadi permasalahan yang menyebabkan
pelajar tidak boleh atau masih lemah atau kurang pemahaman85 dan
membezakan proses penerimaan ilmu86. Di samping itu, perbezaan
latar pendidikan juga mempengaruhi masalah penerimaan ilmu87.
Terdapat sesetengah pelajar yang lambat dari sudut hafalan terutama
surah-surah kerana ianya dalam bahasa arab .
ii. Masalah Peribadi
Walaupun begitu, faktor usia bukanlah suatu masalah yang utama
dalam proses pembelajaran namun didapati kurangnya dorongan
dalam diri saudara muslim dan usaha mereka untuk terus
meningkatkan ilmu turut menjadi faktor penghalang bagi mereka
memahami perkara asas mengenai Islam. Hal ini kerana terdapat
pelajar yang baru memasuki kelas tersebut sudah mampu untuk pergi
ke tahap seterusnya namun terdapat yang sudah lama memasuki Islam
namun masih berada pada tahap yang sama88.
Antara masalah peribadi yang dihadapi oleh keperluan yang
tidak mencukupi. Bagi bangsa cina sekiranya keperluan mereka tidak
dipenuhi mereka agar sukar untuk komited dalam menghadiri kelas
kerana perlu memenuhi keperluan89 . Menurut Nurfaiqah masa jadual
kelas yang ditetapkan menyebabkan dia sukar untuk menghadiri kelas
secara berterusan menyebabkan banyak pembelajaran kelas yang
tertinggal dan membantut pemahaman tentang sesuatu perkara90.
Selain itu, terdapat sebahagian daripada saudara baru berada dalam
kalangan yang tidak mengamalkan Islam sebenarnya seperti kawan-
kawan persekitaran, suami dan sebagainya menyebabkan berlakunya
84 Us.Saiful Hafiz, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan,
Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 16 April 2016.
85 Us.Farhan, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan,
Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 15April 2016.
86 Ustazah Suariza, (tenaga pengajar kelas pengajian Islam, PERKIM
Kebangsaan, Kuala Lumpur), dalam temubual dengan penulis, 21 april 2016.
87Op.cit,. Temubual ustaz Amir Ng 15 mei 2016
88Op.cit,. Temubual ustaz Farhan 15 Mei 2016
89Op.cit., Ustaz Amir.
90 Temubual bersama Nur Faiqah,(pelajar dari kalangana saudara baru di KIP
PERKIM,Kuala Lumpur), 2 Mei 2016.
221
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
kekeliruan dan membantut minat untuk mendalami ilmu kerana
berlaku percanggahan91.
iii. Sikap Individu
Pelaksanaan uslub dakwah bi al lisan terhadap saudara baru di kelas
pengajian Islam PERKIM juga terencat dengan sikap pelajar yang
tidak berdisiplin mematuhi peraturan yang ditetapkan. Mereka hanya
memasuki kelas yang mereka suka tanpa mengikut tahap yang
ditetapkan. Hal ini dibuktikan dengan borang kehadiran kelas yang di
perhatikan oleh penulis sepanjang bulan Mac yang menunjukkan
mereka tidak memasuki kelas yang telah ditetapkan. Hal ini kerana
terdapat sebahagian mereka hanya datang untuk memenuhi syarat
kehadiran untuk elaun yang disediakan oleh pihak PERKIM92. Selain
itu, mereka juga tidak memberi tumpuan sewajarnya dalam kelas
untuk perkara penting. Mereka lebih banyak berbual, tidur dan
melayani telefon bimbit daripada diam mendengar dan memerhatikan
guru yang sedang mengajar. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
memahami perkara yang asas walau sudah memeluk Islam dalam
tempoh yang lama. Selain itu, sikap tidak menepati waktu kehadiran
juga merencat aspek keberkesanan dan keberkatan93 dalam
mendapatkan ilmu.
3. Pengurusan
i. Dalaman
Pihak pengurusan telah berusaha sebaiknya untuk menyediakan kelas
pembelajaran sama ada untuk saudara baru mahupun orang luar yang
ingin mempelajari ilmu agama namun terdapat beberapa
permasalahan dari sudut memastikan saudara baru mendapat
kefahaman sewajarnya daripada kelas tersebut. Hal ini disebabkan
tiada paksaan bagi pelajar untuk menghadiri kelas setelah mereka
memasuki Islam menyebabkan kehadiran pelajar tidak menentu.
Keadaan ini menyukarkan pihak pengurusan untuk membuat sistem
yang tersusun sebagai rujukan para tenaga pengajar untuk pengajaran
kelas. Terdapat kalangan mereka yang datang hanya sebelum kahwin
91Op.cit., Temubual Ustazah Fatimah.
92 Bhavani (pelajar kelas pengajian Islam, PERKIM Kebangsaan, Kuala Lumpur),
dalam temubual dengan penulis, 5 mei 2016.
93Op.cit., Temubual Ustaz Jais Mariappan.
222
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
namun menghilangkan diri selepas itu. Ada juga dalam kalangan
mereka yang menghilangkan diri dalam tempoh lebih 10 tahun
kemudian datang semula untuk menghadiri kelas94 .
Hal ini diakui oleh Nurfaiqah yang mengatakan walaupun dia
telah memasuki Islam hampir 15 tahun namun dia baru mula
mempelajari asas di PERKIM sejak dua tahun yang lalu kerana
menghadapi masalah peribadi95. Di samping itu, penyelarasan
pembelajaran sukar dilakukan kerana pihak tenaga pengajar
mempunyai komitmen luar kerana ramai daripada tenaga pengajar
adalah dalam kalangan penjawat awam dan pengajar di IPTA
tempatan96 .
ii. Luaran
Sistem kelas yang teratur seperti pengkelasan setiap tahap baru mula
dilakukan pada tahun 2016 dan ianya masih dalam peringkat penilaian
kerana pihak perkim baru mendapat tempat yang dijadikan kelas
sepenuhnya untuk kelas pengajian PERKIM. Hal ini disebabkan
sebelum ini, bangunan PERKIM adalah milik Libya Malaysia dan
pihak PERKIM dan hanya memiliki tapak bangunan tersebut. Namun
pada tahun 2016 Perkim mendapat hak sepenuhnya pada bangunan
tersebut lalu kelas pengajian PERKIM diwujudkan secara rasmi pada
tingkat 23 bermula tahun 2016 dan dibahagikan kelas mengikut 4
tahap iaitu pra asas, asas, pertengahan dan lanjutan97.
Selain itu, pertindihan kelas dengan institusi dakwah yang lain
dibawah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) menyebabkan pelajar tidak dapat
memenuhi kehadiran kelas yang telah ditetapkan. Sepanjang
pemerhatian penulis mendapati terdapat sebahagian daripada saudara
baru terpaksa meninggalkan kelas PERKIM untuk menghadiri kelas
anjuran JAWI dan MAIS. Menurut Mariam98, keadaan ini adalah
disebabkan pemberian elaun kepada pelajar menyebabkan mereka
terkejar-kejar untuk menghadiri semua kelas.
94Op.cit.,Temubual bersama Ustazah Fatimah Ladda.
95Op.cit., Temubual Nur Faiqah.
96Op.cit., Temubual bersama Ustazah Munirah .
97 Temubual bersama Pn.Suariza, (pegawai aset dan pengurusan PERKIM) pada
21 April 2016.
98 Temubual bersama pn. Mariam (pelajar KIP PERKIM) pada 12 Mei 2016.
223
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Kesimpulan
Berdasarkan dapatan kajian didapati pelaksanaan uslub dakwah bi al-
lisan dilakukan oleh tenaga pengajar di PERKIM namun masih
terdapat pelajar yang belum mendapat kefahaman ilmu yang
sepatutnya dan keberkesanan pelaksanaan uslub dakwah bi al-lisan di
kelas pengajian tersebut tergamggu disebabkan beberapa
permasalahan sama ada dari sudut pengurusan, tenaga pengajar
mahupun dari sudut pelajar sendiri. Hal ini perlu diambil berat serta
mendapatkan jalan penyelesaian bagi menambahbaik kualiti kelas
pengajian PERKIM dari semasa ke semasa dalam memastikan
penyampaian dakwah Islamiah mencapai objektif dakwah. Pelbagai
bentuk kajian perlu berhubung golongan minority khususnya saudara
baru perlu diperbanyak untuk membantu merungkai permasalahan
dakwah dan mencari jalan penyelesaian agar penambahbaikan dapat
dibuat bagi mencapai objektif dasar dakwah Negara99 iaitu
meningkatkan kefahaman Islam sebagai cara hidup dalam kehidupan
bermasyarakat, menyelesaikan salah faham terhadap agama Islam
serta mengukuhkan kefahaman dan toleransi antara masyarakat Islam
dan bukan Islam.
Rujukan
Abdullah Hassan, Ainin Mohd. 2004. Teori Dan Teknik Ucapan
Berpengaruh. Kuala Lumpur: PTS Publications &Distributor
Sdn.Bhd.
Abd. Aziz Md. Zin.1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya),
Abd. Aziz Md. Zin. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.
Ab.Aziz Md. Zin. 1995. Minhaj Dakwah Masakini: Suatu
Pengenalan. Jurnal Usuluddin, APIUM. bil.3.
Abdul Mua’ti@zamri Ahmad. 2002. Panduan Pengucapan Awam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, AL-jami’al-Musnad
as SohehAl Mukhtasor Min Umuri Rasulullah sallallahu alaihi
99 Bahagian Dakwah Jakim, Dasar Dakwah Negara Memperkasakan Agenda
Transformasi Dakwah Negara Ke arah Pembentukan Khaira Ummah, (Kuala
Lumpur: JAKIM,2015), 6.
224
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
wasallam wa sunanuhu wa ayyamuhu, Dar tuuq annajah, Juz.9,
Jil 1,1422H, 73.
Ahmad Asmadi Sakat, Mohd. Najib Abdul Qadir dan Aroma Abd
Wahid. Perbandingan Antara Teori Motivasi Barat Dengan
Metod Al-Targhib Dan Al-Tarhib Menurut Al-Quran Dan Al-
Sunnah: Pelaksanaan Konteks Dakwah Serantau. (Makalah,
Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia-Indonesia,
18 Mei 2002 anjuran Jabatan Pengajian Dakwah Dan
Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Ukm, Bangi.
Ahmad Von Denffer. 1988. Key Issues for Islamic Dawah. Delhi:
Hisdustan Publication.
Al-Aluri, Adam Abdullah. 1979. Tarikh al- Da’wah Ila Allah Baina
al-Ams wa al-Yaum. al- Qahirah: Maktabah Wahdah.
Al-Andalusi, Abu Hayyan. (t.t) Tafsir Bahrul Muhith. Beirut:
Percetakan Dar al-Fikr.
Al-Baghawi, Abu Muhammad Husain bin Mas^ud. (t.t). Ma^alim al-
Tanzil Fi tafsir al-Quran, Percetakan Dar Thayyibah lin Nayr
Wat Tauzi^.
Al-Jauzi, Abdur Rahman Bin Ali Bin Muhammad. (t.t) Zad al-Masir
fi al-^lmi al-Tafsir. Beirut: Percetakan al-Maktab al-Islami.
Al-Khazin, ‘Alauddin Bin Ali Bin Muhammad Bin Ibrahim. (t.t). Bab
al-Takwil Fi Maani al-Tanzil. Beirut: Percetakan Dar al-Fikr.
Al-Razi, Muhammad Bin Umar Bin al-Husain. (t.t). Mafatih al-
Ghaib. Beirut: Percetakan Dar Ihyak al-Turath al-^Arabi.
Al-Suyuti, Jalaluddin Bin Abu Bakar dan al-Mahalli, Jalaludin
Muhammad Bin Ahmad. (t.t) Tafsir al-Jalalain. Qaherah:
Percetakan Dar al-hadith.
Anita Abdul Rani. 2002. Ceramah Dakwah: Kajian Tentang Faktor
Tarikannya Di Kuantan. Disertasi Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, Universiti Malaysia.
Badr al-din al^Aini al-Hanafi. 2006. ^Umdatul Qaari Syarah Sahih
Bukhari.
David E. Axon, Richard l/stine. 1993. The Public Speaking Process
Computer-Assisted Speech Organization and Development.
USA: Harcout Brace Jovanovich Publishers.
Dr. Abdullah Muhammad Zin. Dakwah Kepada Non Muslim: Konsep
Dan Metod. Makalah Seminar Dakwah dan Kepimpinan 2
Peringkat Kebangsaan Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan
225
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama
Institut Dakwah & latihan Islam Jabatan Perdana Menteri,
Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2-3. Oktober 1993.
Dr, Zaini Hamzah. Respon Masyarakat Bukan Islam Terhadap
Gerakan Dakwah Di Malaysia: Suatu Analisis. Symposium
Gerakan Dakwah Dan Perubahan Social, Anjuran Angkatan
Belia Islam Malaysa (ABIM), 17-18 NOV 1989 di Universiti
Islam Antarabangsa,6.
Hybels, Saundra, Weaver, Richard L. 2001. Communicating
Effectively, McGraw Hill: New York.
Jamiah Minhaj. 1997 Kedudukan Uslub Targhib Dan Tarhib Dalam
Dakwah. Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Kamus Dewan. 2005. ed. Ke-4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Bin Hashim. 2013. Aktiviti Dakwah Terhadap Saudara
Baru: Kajian Di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
kuala Lumpur”. Tesis Kedoktoran, Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
Muhammad Idris Al-Marbawiyy. 1990. Kamus al-Marbawiy. Kuala
Lumpur: Dar al-Fikr.
Noor Shakirah Mat Akhir, Wan Rose Eliza Abdul Rahman. Seminar
Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu Dan Cabaran Semasa,
9-10 oktober 2010, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Nur A’thiroh Masyail Tan Abdullah. 2013. Program Dakwah
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kepada
Saudara Muslim: Kajian Tentang Persepsi Dan
Keberkesanannya. Tesis Kedoktoran, Universiti Malaya.
Nur Athiroh Masyail Tan, Prof Madya Dr. Fariza Md Sham, Dan
Khadijah Aini. Pendekatan Dakwah Islamiah Menangani
Cabaran Psikologi Saudara Kita: Ke Arah Pembentukan
Saudara Kita Yang Lestari Dan Berdikari. Makalah, Seminar
Kebangsaan Dakwah Saudara Kita: Isu Dan Cabaran Semasa,
Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 9-10 oktober 2010.
Osman Abdullah Chuah Hock Leng. 1991. Non Muslim Response
towards Islam in Malaysia: A Case Study In Kuala Lumpur.
Tesis, Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.
226
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Prof. Madya Dr. Wan Hussein Azmi, Cara Nabi Muhammad
Berdakwah, Seminar dakwah Islamiah kebangsaan, Anjuran
Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan Fakulti Pengajian
Islam, UKM, 1-2 dis 1984.
Prof. Madya Redzuwan Mohd Yunus, 2011. Metodologi Dakwah di
Malaysia, Open University Malaysia.
Sharifah Mazni Syed Mustaffa. 2003. Faktor Tarikan Pengucapan
Dakwah Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim di kalangan Pekerja
Wanita Islam di Herba Penawar, latihan ilmiah Jabatan Dakwah
dan Pembangunan Insan,
Wahidin Saputra. 2012. Pengantar Ilmu Dakwah. Jakarta: Rajawali
Pers.
Wilbur Schramm. 1995. The process and effect of Mwess
communication. University of Illinois Pres: Urbana.
227
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
228
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
GURU SEBAGAI MURABBI: TUMPUAN TERHADAP
PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS
Mohamad Shukri Bin Mat Husin1, Muhammed bin Yusof2
Pendahuluan
Tugas dakwah adalah satu tugas yang cukup mulia sebagaimana
firman Allah dalam Surah al- Fussilat ayat 33 yang bermaksud,
dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi
perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang
soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari
orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada
Allah)!"
Tanggungjawab dakwah adalah terlalu besar, ia bukan setakat
fardhu ain ke atas setiap orang Islam malah fardhu kifayah ke atas
seluruh orang Islam mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah
merupakan usaha-usaha yang disusun dengan baik untuk mengubah
fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak
Allah dan RasulNya.3
Guru atau pendidik sememangnya tidak terlepas daripada
menyampaikan dakwah. Guru merupakan anggota sekolah yang
melibatkan diri secara langsung dalam perlaksanaan kurikukulum dan
program pendidikan di sekolah4. Guru merupakan tenaga ikhtisas di
dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik
murid-murid di sekolah5.Guru adalah penyampai ilmu kepada murid.
1 Calon Sarjana Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan APIUM
2Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
3Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur:Penerbit
Universiti Malaya,1997) 29
4 Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, (Subang Jaya: Kumpulan Budiman
1996)155
5Ibid,170
229
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Guru perlu menyampaikan ilmu secara berkesan melalui kemahiran,
teknik dan kaedah mengajar yang sesuai dalam setiap pengajaran6.
Guru seharusnya mencapai tahap seorang murabbi. Allah
berfirman dalam surah Ali Imran (3:79) yang bermaksud,
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah
berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta
pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan
kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-
orang yang menyembahku dengan meninggalkan
perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia
berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang
Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan
ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa
mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu
mempelajarinya.
Untuk itu semua guru di semua peringkat harus menjadi
seorang murabbi.Murabbi mengikut kamus dewan bermaksud orang
yang mendidik atau membimbing7. Seorang murabbi secara
ringkasnya merealisasikan pembinaan insan, pembetukan dan
pemasyarakatan seorang individu selaras dengan dasar yang
digariskan oleh sesuatu falsafah yang setiap individu dapat
menunjukkan keperibadian yang tinggi dalam setiap perilaku8.
Menurut Syed Najmudin murabbi adalah peranan guru di
dalam bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurah kasih
sayang, mendidik,mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para
pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri
mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik
selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut.9
6 Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri, Pendidikan Islam Kaedah
Pengajaran & pembelajaran, (Johor Bahru:Penerbit UTM Press, 2013)75
7Noresah binti Baharom (Ed.) et.al. (2007), Kamus dewan, Edisi 4, Cet.2,( Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)1056
8 Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri,Op.cit,(2013)81
9 Syed Najmuddin Syed Hassan et al., “Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Tahap
Profesionalisme Guru Pendididkan Islam MRSM”, Journal of Islamic and Arabic
Education 1(2), (2009), 35
230
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Konsep Guru Sebagai Murabbi
Menurut Kamus Pelajar, guru memberi maksud orang yang mengajar,
pendidik, pengajar10. Manakala kamus dewan memberi maksud yang
sama cuma menambah perkataan pengasuh11. Terdapat gelaran-
gelaran lain yang digunakan untuk guru seperti cikgu dan pendidik12.
Manakala ustaz digunakan untuk guru agama lelaki dan ustazah untuk
guru agama perempuan13.
Al-Ghazali menyebut dalam kitab Minhajul Abidin bahawa
sesunguhnya guru adalah pembuka jalan dan pemudah yang rumit.
Oleh itu amat mudah dan menyenangkan untuk memperoleh imu
apabila bersama guru14.
Guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara
langsung dalam perlaksanaan kurikukulum dan program pendidikan
di sekolah15.Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang
perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik murid-murid di
sekolah16. Guru perlu menyampaikan ilmu secara berkesan melalui
kemahiran, teknik dan kaedah mengajar yang sesuai dalam setiap
pengajaran17.
Guru berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan yang
digariskan dalam kandungan sukatan pelajaran, meluaskan maklumat
yang diketahui, mendidik pelajar tentang cara untuk menyampaikan
maklumat, memudahkan cara mencari maklumat dan menggalakkan
pelajar untuk sentiasa mencari maklumat baru18.
10 Amdun Husain, Kamus Pelajar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: DBP, 1987)224
11 Hajah Noresah Bt. Baharom, Kamus dewan (edisi 3),(Ampang: DBP, 1998)420
12 Kamus dewan 240
13 Kamus dewan 1532
14Alghazali, 1999, Minhaj al abiding, terj: Engku Ali bin Engku Endut, (kuala
Terengganu: aspirasi teras)53
15 Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, (Subang Jaya: Kumpulan Budiman
1996)155
16 Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia 170
17 Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri, Pendidikan Islam Kaedah
Pengajaran & pembelajaran, (Johor Bahru:Penerbit UTM Press, 2013)75
18 Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri, Pendidikan Islam Kaedah
Pengajaran & pembelajaran, (Johor Bahru:Penerbit UTM Press, 2013)76
231
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Pengertian Murabbi
Dari segi bahasa perkataan murabbi merupakan perkataan asal Bahasa
Arab yang memberi maksud orang yang mendidik atau membimbing,
pendidik, pembimbing19. Murabbi isim fail asal dari rabba yarubbu
( )رب يربdengan wazan madda yamuddu yang bermaksud
mengelokkan, mengambil tahu, menjaga dan membesar20.Kata
terbitan kepada rabba ( )ربadalah tarbiyah. Ulama Bahasa Arab
menjelaskan ada perkataan asal lain untuk tarbiyah iaitu raba yarbu
( )ربا يربوdan rabiya yarba()ربي يربى. Raba yarbu memabawa maksud
tumbuh manakala rabiya yarba membawa maksud berkembang dan
membesar21.
Murabbi adalah kata terbitannya tarbiyah. Di sini pengkaji
akan mengunakan perkataan tarbiyah dalam menjelaskan dari segi
istilah.Al-Baidhowi dalam tafsirnya menyatakan tarbiyah bermaksud
menyampaikan sesuatu sehingga sampai kesempurnaannya satu
persatu22.Di dalam Al-Mukjam Al-falsafi menyatakan tarbiyah
bermaksud meyampaikan sesuatu sehingga sampai tahap
kesempurnaannya dengan mengembangkan usaha dengan latihan
sehingga mencapai tahap kesempurnaannya23.Alghazali mengatakan
tarbiyah adalah menjaga dan membina kanak-kanak sehinga menjadi
seorang yang soleh dalam masyarakat24.
Abdul Rahman An-Nahlawi membuat kesimulan dalam
bukunya sesungguhnya tarbiyah ada 4 asas.25Pertama amalan tarbiyah
mestilah bermatlamat dan mempunyai tujuan tertentu, Kedua murabbi
yang sebenar adalah Allah yang mencipta sekelian makhluk.Allah
menjadikan fitrah, bakat, memberi kehidupan dan perkembangannya
dan memberi syariat untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Ketiga sesungguhnya tarbiyah memerlukan kepada perancangan dan
19Hajah Noresah Bt. Baharom (2013), Op.cit,1056
20Ibrahim Mustafa ,Al-Mukjam Al-Wasit, , (Istanbul: Darul Dakwah,1989)321
21Ibid,326
22 Al-BAidhowi nasiruddin abi said Abdullah, anwar tanzil wa asrar takwil,
(qaherah: maktabah jumhuriyah almisriyah, tanpa tarikh) j:1ms:3
23 Jamil Saliban, Al-mukjam Al-Falasafi, (Beirut:darul kitab lubnani, 1982) j : 1 ms:
266
24 Ayub Dakholallah, At-Tarbiyah Al-Islamiyah inda alimam Al-ghazali, (Beirut :
Al-maktabah Al-Asriyah, 1996)ms 136
25 Abd Rahman Nahlawi, Usul At-Tarbiyah Al-Islamiyah Wa Asalibiha, (damsyiq:
darul fikri 1996) 14
232
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
displin yang baik dan akan berkembang dari satu fasal ke satu
fasal.Keempat seorang murabbi wajib berlandaskan dan mengikut
syariat Allah.
Peranan Guru Sebagai Murabbi
Guru sebagai murabbi perlu melaksanakan aspek-aspek penerapan
Islam dalam proses pengajaran dan pembelajarannya iaitu;
a. Menerapkan Unsur Ketauhidan
Tauhid membawa maksud keesaan dan ketunggalan Allah26.Tauhid
ialah perkara paling utama dalam Islam.Tauhid mendahului ibadah
dan akhlak.Ibadah dan akhlak seseorang tidak bernilai sekiranya
tauhidnya tidak berada pada landasan yang betul.Persoalan tauhid
atau ketuhanan yang menekankan Allah sebagai pencipta dan satu-
satunya yang layak disembah menocorakkan pengertian pendidikan
Islam sehingga matlamat tertinggi pendidikan ialah penyembahan
atau ubudiyah kepada Allah27.
Pendidikan akidah adalah antara pendidikan teras yang perlu
diajar sebelum seseorang pelajar mempelajari subjek lain. Perlu juga
diingatkan bahawa pendidikan akidah menjadi asas keimanan dan
keyakinan manusia terhadap keesaan Allah yang merupakan asas bagi
segala ilmu. Jika ilmu tauhid ini telah ditanam di akal dan sanubari
seseorang maka ilmu-ilmu lain yang akan dipelajarinya nanti akan
bernaung di bawahnya. Dengan lain perkataan ilmu tauhid menjadi
asas dan paksi kepada pelbagai jenis ilmu28.
Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anaka-
Anak Dalam Islam menjelaskan diantar ilmu yang perlu disampaikan
adalah ilmu yang berkaitan keimanan.Yang dimaksudkan dengan
pendidikan keimanan adalah mengenalkan kebenaran dan hakikat
keimanan dan perkara ghaib seperti beriman kepada Allah, malaikat,
kitab, rasul, syurga, neraka dan sebagainya29.
26Hajah Noresah Bt. Baharom (2013), Op.cit,1616
27 Fathiyah MohdFakhruddin, Peranan & Cabaran Guru dalam Pengajaran
pendidikan Islam,( Serdang:Univesiti Putra Malaysia)9
28 Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, (kuala lumpur: utusan
publications 2001)289
29 Abdullah Nasih Ulwan,P:Syed Ahmad Semait, Pendidikan Anak-Anak dalam
Islam,( Singapura:Pustaka Nasional 2001)j:1 Ms 9
233
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
b. Menggalakkan Ibadah Kepada Allah
Ibadat dari segi bahasa bermaksud bakti atau khidmat kepada
tuhan30.Dari segi syarak ibadat beerti taat, tunduk, patuh dan
merendah diri kepada Allah s.w.t. Jelaslah ibadat ialah pengabdian
diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t 31 Yusof al-Qaradawi menyatakan
ibadah adalah tunduk patuh kepada Allah bertujuan kecintaan kepada
Allah32.
Ibadah dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu ibadah umum dan
khusus. Ibadah umum merangkumi setiap amalan yang dilakukan
untuk mencapai keredaan Allah S.W.T. seperti berakhlak mulia,
menghormati ibubapa dan sebagainya. Ia juga bermaksud perbuatan
hamba yang dilakukan dengan niat dan bertepatan dengan kehendak
Allah S.W.T. Ibadah khusus pula bermaksud amalan-amalan khusus
tertentu yang dipertanggungjawabkan keatas hamba untuk
dilaksanakan sebagai satu latihan amali bagi membuktikan kepatuhan
yang sempurna seperti rukunIslam yang lima iaitu mengucap
syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Ia juga merangkumi kewajipan
agama yang diketahui kebanyakan manusia seperti sedekah, umrah
dan tilawah al-Quran33.
Ibadat khusus telah ditentukan pertauran dan cara perlaksanaanya
dengan tujuan untuk membina batin dan dalaman manusia dalam
hubungannya dengan Allah s.w.t dan hukum-hukumnya. Ibadat
khusus bertujuan untuk melatih manusia hidup berdisplin walaupun
di mana sahaja ia berada kerana dalam amalan ibadat itu manusia
secara berterusan dilatih untuk menghormati dan menjaga peraturan
dan masa. Ibadat ini juga memberi keluhuran jiwa dan ketenangan
hati34.
Persoalan ibadat penting kepada setiap pelajar, oleh itu guru perlu
menerapkan perkara ini kepada pelajar secara langsung atau tidak.
30Hajah Noresah Bt. Baharom (2013), Op.cit,556
31 Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid , Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan
Islam Teras,( Selangor:Oxford Fajar, 2008)87
32 Dr Yusof al Qaradawi, Al Ibadah Fi Al Islam,( Kaherah:Maktabah Wahbah, 1995
Cetakan 25)36
33SalasiahHaninHamjah,ZainabIsmail, NoorShakirahMatAkhir,
KaedahPenerapan Ibadah dalam Kaunseling, (59(2012)87–
92|www.jurnalteknologi.utm.my|eISSN2180–3722|ISSN0127–9696)
34 Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid , Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan
Islam Teras,( Selangor:Oxford Fajar, 2008)87
234
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
c. Menerapkan Akhlak Islamiah
Akhlak adalah budi pekerti, kelakuan atau tabiat.35Membina tingkah
laku dan etika anak merupakan sesuatu kewajipan agama yang lazim
bagi setiap pendidik36.Akhlak termasuk di antara perkara yang
terpenting dalam hidup ini untuk individu, masyarakat dan negara dan
tujuan tertinggi agama dan akhlak ialah menciptakan kebahagian
dunia akhirat37.
Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan pendidikan Islam uang
utama ialah membekalkan individu dengan kemantapan akidah dan
amalan ibadah, membentuk akhlak yang mahmudah dan menjauhi
perlakuan yan mazmumah, melatih diri menjauhi perkara-perkara
yang shubhah dan haram, berani menghadapi rintangan hidup ketika
belajar serta mengutamakan nilai-nilai kerohanian38.Ibnu Khaldun
pula meletakkan mempersiapan diri dengan akhlak merupakan tujuan
kedua pendidikan selepas mempersiapkan diri dengan agama39.
A.Athiyah al-Abrasyi menyatakan di antara matlamat
pendidikan adalah membentuk akhlak yang sempurna40.Abdul Halim
menjelaskan matlamat pendidikan itu mestilah bertujuan untuk
membentuk sahsiah baik, akal yang sempurna dan dapat digunakan41.
Ghazali Darusalam telah menyenaraikan beberapa kepentingan
akhlak dalam kehidupan manusia42:
i) Ia merupakan roh bagi bagi Islam. Agama tanpa akhlak
samalah seperti jasad yang tidak bernyawa.
ii) Ia merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana
lambang kesempurnaan iman, ketinggian takwa dan
kealiman seseorang manusia yang berakal.
35Hajah Noresah Bt. Baharom (2013), Op.cit,25
36 Al-Maghribi bin As-Said P: Zainal Abidin , Begini Seharusnya Mendidik Anak,
(Jakarta: Darul Haq 2004)201
37Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan,Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif
Bersepadu, (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1988) 62
38 Ghazali Darusalam, Op.cit,21
39Ibid,23
40Ibid,33
41Ibid,33
42 Ghazali Darusalam,Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah , (kuala lumpur: utusan
publications 2003) 62
235
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
iii) Kekalnya sesuatu ummah kerana kukuhnya akhlak dan
sebaliknya runtuh sesuatu ummah kerana lemah
akhlaknya.
Mohd Kamal Hasan menyarankan beberapa perkara mengenai
peranan akhlak dalam pendidikan antaranya43:
i) Akhlak dalam pendidikan tidak harus diberi tempat yang
tersisih dan terpisah daripada tujuan pendidikan.
ii) Ilmu akhlak diajar sebagai suatu cara praktikal untuk
mendekatkan diri kepada Allah.
iii) Pendidikan akhlak yang berkesan mampu melahirkan
generasi bakal pemimpin masyarakat dan negara yang
tidak tamak kuasa atau harta, amanah, jujur dan adil
d. Bermatlamat Rabbani
Rabbani bermaksud perkara berkaitan ketuhanan.44Seorang murabbi
hendaklah menjadikan matlamat, tingkahlaku dan pemikiran bersifat
rabbani iaitu semua perkara bersandarkan kepada Allah s.w.t.Seorang
murabbi wajib mentaati segala perintah Allah dengan melakukan
segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya dan
memperbanyakkan amal soleh.Di samping itu murabbi hendaklah
berusaha menjadikan pelajarnya bersifat rabbani. Guru harus
mengaitkan pengajarannya dan pembelajarannya dengan kebesaran
Allah dan menanamkan perasaan takut kepada Allah kepada
pelajarnya.45
Guru Pendidikan Khas
Guru pendidikan khas merupakan guru yang mengajar di program
pendidikan khas. Pendidikan khas ialah satu program yang dibentuk
untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang
berkeperluan khas.Pendidikan khas juga merujuk pada satu
pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk
43Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan,Op.cit,) 64
44 Hajah Noresah Bt. Baharom, Op.cit,1268
45Abd Rahman Nahlawi, Usul At-Tarbiyah Al-Islamiyah Wa Asalibiha, (damsyiq:
darul fikri 1996) 172
236