The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr.raudah, 2021-09-04 08:49:00

ISU-ISU DAKWAH MINORITI

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Keywords: Masyarakat minoriti,dakwah minoriti,isu dakwah semasa

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk
mencapai target yang sepatutnya daripada sekolah aliran perdana46.

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan kanak-kanak luar
biasa, iaitu kanak yang dari segi intelek, fizikal, social atau emosi,
tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan
mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan
sekolah biasa47.

Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina
berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi
kumpulan murid ini lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran
bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu menekankan
akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) disediakan mata pelajaranAsas 3M, Pengurusan
Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan48.

Peranan Guru Pendidikan Khas Sebagai Murabbi
Pendidikan khas di Malaysia berkembang pesat sejak bermulanya
kesederan terhadap keperluan pendidikan untuk murid-murid kurang
upaya. Kesedaran tentang pendidikan ini bermula semenjak tahun
1920an dan diselaraskan dengan moto “pendidikan untuk semua”.
Melalui motor tersebut, murid-murid kurang upaya juga dianggap aset
yang boleh menyumbang pada pembangunan negara dan hak mereka
dalam pendidikan adalah satu kemestian49. Pendidikan untuk
golongan ini harus selari dengan aliran biasa, cuma berbeza dari segi
kaedah dan cara sahaja.

46Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad , Pengantar pendidikan Khas, (Pulau
Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011) 1
47Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon , Pendidikan Khas Dan Pemulihan, (Kuala
Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia, 1992) 6
48(http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&i
d=311&Itemid=477&lang=en&limitstart=8) (dicapai pada 11 feb 2014)
49Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad,Op.cit,, 4

237

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan guru di
aliran perdana.Sifat dan ciri seorang guru yang murabbi ada pada guru
pendidikan khas. Mereka berusaha dengan bersungguh-sunguh untuk
melahirkan pelajar-pelajar pendidikan khas yang cemerlang dari segi
akademik dan sahsiah Islam.Pengetahuan akidah, ibadat dan akhlak
sentiasa diterapkan kepada golongan ini. Usaha ini dilakukan kerana
pelajar-pelajar pendidikan khas juga merupakan aset penting kepada
Negara.

Kesimpulan
Setiap individu bergelar guru harus mempunyai sifat dan ciri seorang
murabbi.Seorang murabbi mampu melahirkan pelajar bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik malah mampu membentuk pelajar yang
mempunyai asas agama dan bersahsiah mulia.Guru di program
pendidikan khas juga tidak boleh mengabaikan peranan sebagai
seorang murabbi.Kecacatan dan kekurang pelajar tidak boleh
dijadikan alasan untuk memberi pendidikan secara sambil lewa dan
bersikap ambil mudah. Golongan ini juga merupakan aset kepada
negara yang mampu menonjol sekiranya diberi pendidikan yang
sempurna dan sistematik. Akhlak dan sahsiah mereka mampu
dibentuk sekiranya semua tenaga pengajar golongan ini mengamalkan
sifat dan ciri seeorang murabbi.

Senarai Rujukan
Ab. Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya,1997)
Abdullah Nasih Ulwan, (terj: Syed Ahmad Semait) , Pendidikan

Anak-Anak dalam Islam, (Singapura: Pustaka Nasional 2001)
Abd Rahman Nahlawi, Usul At-Tarbiyah Al-Islamiyah wa Asalibiha,

(Damsyiq: Darul fikri 1996)
Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid, Islam Agama Rabbani Dasar

Pendidikan Islam Teras,( Selangor: Oxford Fajar, 2008)
Al-Baidhowi Nasiruddin abi Said Abdullah, Anwar Tanzil wa Asrar

Takwil, (Kaherah: Maktabah Jumhuriyah Almisriyah, tanpa
tarikh)
Al-Ghazali, 1999, Minhaj al- Abiding, terj: Engku Ali bin Engku
Endut, (Kuala Terengganu: Aspirasi Teras)

238

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Al-Maghribi bin As-Said P: Zainal Abidin, Begini Seharusnya
Mendidik Anak, (Jakarta: Darul Haq 2004)

Amdun Husain, Kamus Pelajar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur:
DBP, 1987)

Ayub Dakholallah, At-Tarbiyah Al-Islamiyah inda Alimam al-
Ghazali, (Beirut : al-Maktabah al-Asriyah, 1996)

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, Pendidikan Khas dan Pemulihan,
(Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1992)

Dr Yusof al Qaradawi, al- Ibadah fi al-Islam, (Kaherah:Maktabah
Wahbah, 1995 Cetakan 25)

Fathiyah MohdFakhruddin, Peranan & Cabaran Guru dalam
Pengajaran pendidikan Islam, (Serdang: Univesiti Putra
Malaysia)

Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, (Kuala Lumpur:
Utusan Publications 2001)

Ibrahim Mustafa, al-Mukjam al-Wasit, (Istanbul: Darul
Dakwah,1989)

Jamil Saliban, al-Mukjam al-Falasafi, (Beirut: Darul Kitab Lubnani,
1982)

Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Halim Tamuri, Pendidikan Islam
Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, (Johor Bahru: Penerbit
UTM Press, 2013)

Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, Pengantar Pendidikan
Khas, (Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia,
2011)

Mok Soon Sang, Pendidikan di Malaysia, (Subang Jaya: Kumpulan
Budiman 1996)

Noresah binti Baharom (Ed.) et.al. (2007), Kamus Dewan, Edisi 4,
Cet.2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan, Pendidikan dan Pembangunan Satu
Perspektif Bersepadu, (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise,
1988)

Salasiah Hanin Hamjah, ZainabIsmail, Noor Shakirah Mat Akhir,
Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling, (59(2012)87–
92|www.jurnalteknologi.utm.my|eISSN2180–722|ISSN0127–
9696)

Syed Najmuddin Syed Hassan et al., “Kajian Persepsi Pelajar
Terhadap Tahap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

239

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
MRSM”, Journal of Islamic and Arabic Education 1(2),
(2009)
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&vie
w=article&id=311&Itemid=477&lang=en&limitstart=8)
(dicapai pada 11 Feb 2014)

240

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES
PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM PENDIDIKAN ANAK

REMAJA BERMASALAH PEMBELAJARAN

Azura Binti Awang1, Dr Yusmini Binti Md. Yusoff2

Pendahuluan
Kesyumulan Islam terjelma dalam proses penerapan nilai-nilai Islam
melalui sistem pendidikan anak-anak. Pendidikan atau tarbiah Islam
dilaksanakan adalah untuk mengembangkan kefahaman terhadap
kehidupan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah di dalam jiwa
mereka. Menurut Abdullah Nasih ‘Ulwan,3 tujuan penerapan nilai-
nilai Islam dalam pendidikan anak-anak termasuk juga anak remaja
bermasalah pembelajaran adalah untuk menyelamatkan fitrah
manusia yang sentiasa cintakan kebaikan dan membenci kejahatan.

Bagi menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja
bermasalah pembelajaran, ibu bapa perlu memahami konsep celik
iman.4 Konsep celik iman ini merangkumi persediaan ibu bapa iaitu
tentang ilmu akliah, jasmaniah dan rohaniah. Persediaan akliah adalah
merangkumi pengetahuan ibu bapa terhadap kepentingan dan
matlamat penerapan nilai-nilai Islam. Persediaan jasmaniah
melibatkan kekuatan fizikal diri, sokongan suami isteri dan ahli
keluarga ibu bapa tersebut serta sumber kewangan mereka dalam
usaha menerapkan nilai-nilai Islam ini. Manakala persediaan rohaniah
meliputi kebergantungan ibu bapa kepada Allah S.W.T dengan
sentiasa memohon petunjuk dan keampunan dalam mendidik anak-
anak remaja bermasalah pembelajaran.

Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai
Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran dapat
menanamkan semangat cintakan kebaikan, menyemai keimanan yang
kukuh serta penghayatan Islam sebagai agama yang dianuti. Walau

1Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru,
Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.
2 Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya.
3‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, terj,
Jil.1, (Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998), 2
4 Fuad Sam, Anakku: Didiklah Hati Mencintai-Nya, (Selangor : Karya Bestari Sdn
Bhd, 2010), 15-33.

241

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

bagaimanapun, setiap ibu bapa mempunyai set nilai mereka sendiri
yang mempengaruhi pemahaman, pemikiran, kesediaan dan tahap
penerimaan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Perbezaan
ini adalah kerana beberapa faktor yang mempengaruhi penerapan
nilai-nilai Islam ibu bapa, iaitu latar belakang pendidikan ibu bapa
yang merangkumi sikap dan minat mereka terhadap usaha ini, tahap
sosio-ekonomi ibu bapa, faktor masa, sokongan sosial dan masyarakat
serta sifat peribadi dan ciri-ciri khusus anak-anak remaja bermasalah
pembelajaran itu sendiri.

Latar Belakang dan Permasalahan Kajian
Persepsi masyarakat yang melihat anak-anak istimewa ini sebagai
liabiliti iaitu beban dan bukan sebagai asset, adalah cabaran besar bagi
ibu bapa dalam proses penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak
kurang upaya. Ada sebilangan kecil masyarakat yang berpandangan
golongan ini tidak perlu diberikan pendidikan Islam yang sewajarnya
atau berbuat apa-apa kerana mereka ‘cacat’, menyusahkan dan
membebankan.5 Oleh yang demikian, kajian ini akan cuba meneroka
dan menyelami cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa dalam usaha
menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah
pembelajaran.

Persoalan mengenai asuhan secara Islam oleh ibu bapa yang
memiliki anak-anak bermasalah pembelajaran dibangkitkan kerana
terdapat ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan agama
sehingga mengambil sikap tidak peduli, menganggap anak itu
menyusahkan dan membiarkan sahaja mereka di rumah.6 Menurut
Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi, ibu bapa juga menghadapi
masalah dan bingung berkaitan pengetahuan untuk membantu
pembelajaran anak mereka di rumah kerana mendidik anak-anak
bermasalah pembelajaran di rumah agak sukar berbanding mendidik

5 Azmi Shaari, Noor Hayati Che Harun dan Tengku Noaswita Tengku Besar,
“Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Keluarga Penjaga di Sekolah dan
Kesannya ke atas Pencapaian Akademik Anak Cacat Penglihatan”, Jurnal
Pembangunan Sosial, Jil.4&5, Jun & Disember (2002)15-26..
6 Ibid.

242

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

anak-anak normal yang lain.7 Oleh itu, pandangan kajian Liew Ping
Yee dan Manisah Mohd. Ali bahawa penglibatan keluarga dalam
pendidikan anak-anak autisme masih tidak menyeluruh berikutan
faktor sikap dan pengetahuan ibu bapa mesti dikenal pasti.8

Ibu bapa dan ahli keluarga yang mementingkan kehidupan
material sehingga tidak memberi fokus kepada akhlak adalah faktor
utama yang melemahkan peranan akhlak dalam kehidupan anak-
anak.9 Menurut Hamidah Sulaiman dan Salina Farah Dina, isu
ketidakprihatinan ibu bapa seperti kurangnya perhatian terhadap
perkembangan anak-anak remaja, kesibukan dalam kerjaya,
keghairahan mencari kemewahan dan sebagainya juga adalah faktor
yang memberi kesan terhadap pembentukan peribadi dan akhlak
anak-anak.10 Tahap disiplin pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran
yang teruk pula seperti merokok, ponteng sekolah dan sebagainya
menuntut peranan ibu bapa yang lebih efisien di rumah dalam
menangani masalah tingkah laku di samping membantu anak
meningkatkan prestasi dalam pendidikan sejak di sekolah rendah
lagi.11 Disebabkan itu, kajian ini akan cuba melihat peranan ibu bapa

7 Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi Mohd Yasin, “Strategi Menjayakan
Penglibatan Ibu bapa di Sekolah Pelajar Berkeperluan Khas”, (makalah, Seminar
Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI Siri II 2012), 665.
8 Liew Ping Yee dan Manisah Mohd. Ali, Amalan Program Intervensi Awal
Kanak-kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa, Jurnal Pendidikan, Jil..33
(2008), 31.
9 Baharom Mohamad, Ali Surudin, Zaaba Helmi, “Peranan Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti”, (makalah,
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan, Universiti Teknologi
Malaysia, 22-23 Oktober 2008),9
10Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah & Farrah Dina Yusop, “Peranan Ibu bapa
dan Guru dalam membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian
Akademik”, Jurnal Masalah Pendidikan, Jil.27. (2012), 77. Lihat juga Che Rohani
Hashim, “Permasalahan Remaja di Malaysia Masa Kini: Pengabaian dan Cabaran
Pendidikan Islam”, dalam Pendidikan Islam Malaysia Membangun Gagasan Baru,
ed. Azrin Ab. Majid, (Selangor : Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan
Tinggi dan Pembangunan Modal Insan),90.
11 Siti Wan Nor et al., “Menangani Isu Disiplin dalam Kalangan Murid Program
Pendidikan Khas Intergrasi Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah ”, Prosiding
Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI, Siri 4 ,ed.
Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,2014),
53-60. Lihat juga Nurul Salwana, Mohd Mokhtar dan Mohd Tahar, “Kemahiran
Guru Pendidikan Khas dalam Mengurus Disiplin Pelajar Bermasalah

243

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja
bermasalah pembelajaran. Ini kerana menurut kajian Norliza Hussin,
Fahimah Ali Hasan dan Khadijah Abdul Razak, ibu bapa yang
menitikberatkan pengajian solat dan al-Quran di rumah, mampu
membentengi diri anak-anak daripada aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat.12

Metodologi Kajian
Kaedah pensampelan yang dipilih dalam menjalankan kajian ini ialah
kaedah pensampelan bertujuan. Pengkaji memilih kaedah
pensampelan bertujuan (purposive sampling) yang merujuk kepada
kumpulan informan ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri yang sama
iaitu memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran sebagai
responden kajian ini.13 Kajian kualitatif bersifat deskriptif ini
menggunakan instrumen temubual mendalam (in-depth) bagi
memahami bagaimana ibu bapa iaitu informan kajian bertindak,
berinteraksi dan menjalankan kehidupan seharian bersama anak
remaja bermasalah pembelajaran melalui media elektronik dalam
aspek penerapan nilai-nilai Islam.

Informan yang menjadi sampel kajian ini adalah ibu bapa
beragama Islam yang memiliki anak bermasalah pembelajaran
kategori slow learner. Kesemua anak remaja bermasalah
pembelajaran informan ditempatkan dalam Program Integrasi
Pendidikan Khas, di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya.
Sampel ini bukan merupakan sampel rawak tetapi dipilih sendiri oleh
pengkaji. Sepanjang proses mendapatkan data, teknik pensampelan
bertujuan ini dikembangkan kepada pensampelan bola salji (snow ball
sampling). Persampelan ini berlaku apabila seorang informan yang

Pembelajaran : Kajian di Daerah Sabak Bernam”, Prosiding Seminar
Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI, Siri 4 ,ed. Mohd
Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,2014), 37-44.
12 Norliza Hussin, Fahimah Ali Hasan dan Khadijah Abdul Razak, “Isu dan
Cabaran Terhadap Perlaksanaan Program j-Qaf di Sekolah”. (makalah, Seminar
Kebangsaan Penyelidikan j-Qaf 2013, 19-20 Jun 2013, Puri Pujangga, Universiti
Kebangsaan Malaysia), 285-294.
13 Chua Yan Piaw, Kaedah Penyelidikan, Siri Kaedah dan Statistik
Penyelidikan,Buku 1, Edisi 2, (Selangor:Mc Graw Hill (Malaysia) Education,
2011),226.

244

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

menjadi sampel kajian pengkaji telah mencadangkan seorang
informan lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai dan menepati
kriteria yang diperlukan oleh kajian.

Pengkaji menggunakan teknik analisis data tematik dengan
meneliti tema-tema utama daripada data-data yang diperoleh.
Penganalisisan data kajian ini adalah dengan menggunakan proses
tematik induktif dan deduktif. Pengkaji menganalisis transkripsi temu
bual dengan pencarian tema-tema utama dan melakukan proses-
proses pengekodan. Untuk tujuan itu, perisian Atlas.ti versi 7 telah
digunakan untuk menganalisis kandungan transkrip temu bual
tersebut.

Faktor Proses Penerapan Nilai Islam kepada Anak-anak Remaja
Bermasalah Pembelajaran
Kajian ini mengenal pasti bahawa pengaruh ibu bapa dalam proses
penerapan nilai Islam dalam pendidikan anak-anak remaja
bermasalah pembelajaran adalah disebabkan oleh faktor latar
belakang pendidikan dan penghayatan agama ibu bapa, faktor tahap
sosio-ekonomi, minat dan penerimaan ibu bapa, serta sikap dan gaya
asuhan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan
proses penerapan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah
pembelajaran adalah disebabkan faktor-faktor yang berkisar tentang
ibu bapa seperti berikut:

1. Faktor latar belakang pendidikan dan penghayatan
agama ibu bapa

Latar belakang pendidikan dan penghayatan agama ibu bapa adalah
elemen terpenting dalam mempengaruhi anak remaja bermasalah
pembelajaran untuk mengamalkan nilai-nilai Islam. Latar belakang
pendidikan dan penghayatan agama ibu bapa merujuk kepada taraf
pendidikan ibu bapa yang boleh merangsang pemupukan nilai-nilai
Islam dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai latar
belakang pendidikan dan penghayatan agama yang tinggi akan
memiliki kesedaran yang mendalam terhadap penerapan nilai-nilai
Islam tersebut.14

14 Mohd Sharani Ahmad, Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, (Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors, 2004),185.

245

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Dapatan kajian menunjukkan semua informan
menitikberatkan pendidikan agama kepada anak remaja bermasalah
pembelajaran masing-masing kerana disebabkan oleh latar belakang
pendidikan terdahulu dan juga lahir daripada kesedaran diri sendiri.
Informan A melatih anaknya bersolat dan berpuasa seawal usia empat
tahun lagi. Informan ini cuba memberi didikan yang sama seperti
yang diterimanya melalui pernyataan berikut:

“Kesedaran pendidikan itu adalah dengan sendiri.
Sepertimana ibu bapa mengajar kita, seperti itu juga
saya mengajar anak saya, Mila dan abangnya.
Sepertimana bapa saya ajar saya, saya didik anak
daripada 4 tahun. Dia sudah mengenal huruf, saya
ajar dia sembahyang. Ketika umur 5 tahun, dia sudah
belajar berpuasa. Dahulu, saya memberontak juga
dan mencari sebab apa bapa saya buat seperti ni.
Sekarang ini, baru kita tahu sebab bapa kita didik kita
seperti itu. Jadi, begitu jugalah saya terapkan kepada
anak-anak.”(Informan A)

Dapatan ini menyokong pendapat Noran Fauziah Yaakub dan
Zahyah Hanafi;15 Amran Hassan, Fatimah Yusooff dan Khadijah
Alavi16 yang menyatakan bahawa penerapan sesuatu nilai daripada
seseorang ibu bapa kepada anaknya biasanya dipengaruhi oleh gaya
pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa sebelumnya. Dapatan juga
mengukuhkan kajian Rahimin Affandi Abdul Rahim17 yang
menyebut bahawa ibu bapa yang mempunyai latar belakang yang

15 Noran Fauziah Yaakub dan Zahyah Hanafi, “Memahami Perhubungan Anak
dan Ibu Bapa di Kalangan Pelajar Melayu dari Sebuah Universiti,” (makalah,
Seminar Za'ba Mengenai Alam Melayu (Nilai-nilai Peradaban Melayu),UPSI, 12-
14 Ogos 2003), 3.
16 Amran Hassan, Fatimah Yusooff, dan Khadijah Alavi. "Keluarga Sihat
Melahirkan Komuniti Sejahtera: Satu Ulasan", Malaysia Journal of Society and
Space Bil.8 Issue 5, Themed Issue: Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar
(MATRA), GEOGRAFIA OnlineTM, (2012), 54.
17 Rahimin Affandi Abd. Rahim, Paizah Ismail dan Norhayati Mohd Dahlal,
“Reformasi Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia: Satu Analisis Terhadap
Gagasan Konsep Fiqh Semasa”, Jurnal Syariah, Jil.16, Bil.2, (2008).186-187.

246

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

berteraskan agama lebih mementingkan kerukunan hidup secara
Islam di samping menentang sebarang elemen negatif dari meresap ke
dalam jiwa ahli keluarganya.

Seorang informan lain (informan C) pula berpendapat,
kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan adalah
menjadi faktor galakan terhadap usaha penerapan nilai-nilai Islam
kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Informan C
beranggapan bahawa motivasi yang tinggi dalam diri ibu bapa adalah
penting tatkala anak yang kekurangan dari segi pemikiran ini mampu
mengamalkan nilai-nilai Islam dengan sempurna seperti dapatan temu
bual berikut:

“Saya sentiasa fikir tentang masa depan anak saya ini.
Saya tidak fikir untuk hari esok sahaja. Saya fikir apa
dia hendak jadi apabila besar nanti. Kesedaran diri
itu perlu ada supaya saya tidak terlampau kecewa.
Kalau sudah ada anak remaja bermasalah
pembelajaran seperti ini, sesetengah orang tidak tahu
perkara yang perlu dibuat. Mereka simpan anak itu
dalam rumah. Kadang-kadang saya lihat golongan
miskin, susah, mereka ada anak kurang upaya 2 atau
3 orang, bagaimana mereka boleh uruskan anaknya
seperti itu? Saya yang mempunyai kemudahan, kenapa
saya tidak boleh? Saya memotivasikan diri saya
sendiri sebenarnya. Apabila anak saya didiagnos
sebagai Autisme, saya cari maklumat. Contohnya di
hospital, ada macam-macam risalah berkenaan
Autisme, disleksia dan lain-lain lagi. Kita cari, tengok
dan kita baca supaya kita faham.”(Informan C)

Dapatan di atas menunjukkan bahawa informan sentiasa
memastikan dirinya mendalami dan mempertingkatkan ilmu
mengenai cara-cara mendidik anak dengan membaca dan mencari
maklumat. Informan berusaha menggunakan kemudahan yang ada
seperti bantuan dan sokongan pihak kerajaan, kemudahan internet dan
sebagainya ke arah meningkatkan jati diri anak yang sangat dituntut
oleh agama. Beliau semakin bermotivasi apabila membandingkan
keadaan ibu bapa lain yang lebih sukar menguruskan anak istimewa

247

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dengan kecacatan yang lebih teruk. Informan juga sentiasa berusaha
mempertingkatkan motivasi diri untuk mengelak daripada perkara
yang menunjukkan kelemahan atau kegagalan dengan tidak
mempedulikan pandangan negatif masyarakat.

Informan E berikut juga mempunyai kesedaran yang tinggi
dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak. Pada pandangan
beliau, faedah pengamalan nilai-nilai Islam oleh anaknya itu akan
berbalik semula kepadanya. Menurut informan, beliau akan turut
menguasai bacaan Al-Quran sekiranya beliau melatih dan mendidik
anak remaja bermasalah pembelajarannya juga menguasai Al-Quran:

“Saya mendapat pendidikan di Sekolah Convent.
Suami saya bersekolah biasa di Johor iaitu sekolah
agama. Ayahnya suka solat berjemaah di surau. Jadi,
kami solat sendiri di rumah. Kadangkala dia bawa
anaknya ini ke surau, kadangkala tidak bawa. Jika dia
tidak bawa anaknya itu, saya berjemaah dengan anak
di rumah. Saya cuba didik anak ini. Jika anak ini
mengaji Al-Quran, bacaan Al-Quran saya pun akan
bagus. Saya tidak kejar dunia sebaliknya saya mahu
kejar akhirat.”(Informan E)

Walaupun tanpa latar belakang pendidikan agama, motivasi
dan kesedaran yang tinggi juga penting dalam usaha penerapan nilai
yang mulia ini. Dapatan ini menyokong pendapat Rusli Ahmad dan
Abang Ishar Abang Yaman18 yang menyatakan bahawa ibu bapa yang
mempunyai motivasi dan penghayatan agama yang tinggi mempunyai
keinginan yang kuat dalam mendidik anak-anak bukan sahaja untuk
kejayaan di dunia, malah kejayaan yang lebih hakiki di akhirat.

Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min19 menyatakan, latar
belakang pendidikan yang baik membolehkan ibu bapa mendapat
jenis pekerjaan yang baik serta memperoleh pendapatan yang

18 Rusli Ahmad dan Abang Ishar Abang Yaman, Kata-kata Pujian dan
Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar, (Sarawak: Penerbit UNIMAS, Universiti
Malaysia Sarawak, 2010), 6.
19 Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. "Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah:
Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri." Jurnal Kemanusiaan 18
(2011), 14-16.

248

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

lumayan. Dapatan seterusnya membincangkan bagaimana faktor
sosial dan ekonomi ibu bapa turut mempengaruhi proses penerapan
nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak remaja bermasalah
pembelajaran.

2. Faktor tahap sosio-ekonomi ibu bapa
Semua informan dalam kajian ini mempunyai kewangan yang baik
kerana dapat menyediakan segala keperluan pendidikan anak dengan
sempurna. Dengan memiliki sumber kewangan yang baik, informan
A sering memberikan anaknya, Aira (bukan nama sebenar) yang
digelar adik dengan sesuatu hadiah atau belanja makan yang istimewa
untuk kejayaan dalam penglibatan aktiviti keagamaan di sekolah iaitu
memenangi pertandingan nasyid. Galakan ini menyebabkan anak
beliau berasa dihargai dan disayangi di samping merangsang minat
anak remaja bermasalah pembelajaran terhadap aktiviti keagamaan:

“Kita ada anak seperti ini, semangatnya lain.
Tambahan jika anak kita yang terlibat dalam aktiviti
di sekolah seperti nasyid, lagilah kita rasa seronok
dan bangga walaupun kadangkala Aira rasa malas,
malu dan sebagainya. Selalunya, jika dia menang,
saya akan bagi ganjaran padanya. Kita bagi apa-apa
hadiah yang dia mahu sebagai galakan. Doktor pun
nasihat kita perlu bagi galakan pada anak-anak
seperti ini.”

Berkaitan dengan dapatan ini, kajian menyokong pandangan
Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min bahawa peneguhan positif yang
diberikan oleh ibu bapa seperti ini dapat membina konsep kendiri
seseorang anak terutama bagi anak yang mengalami
ketidakupayaan.20 Pembinaan konsep kendiri yang positif penting
untuk menghindarkan anak remaja bermasalah pembelajaran daripada
melakukan perbuatan salah laku yang dikeji dalam Islam.21
Peneguhan positif berbentuk material seperti ini menunjukkan ibu

20 Ibid.
21 Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. "Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah:
Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri." Jurnal
Kemanusiaan, Bil.18 (2011), 16.

249

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

bapa perlu mempunyai sumber kewangan yang baik kerana ia menjadi
faktor yang mempengaruhi usaha penerapan nilai-nilai Islam.

Semua informan bersetuju bahawa kehidupan dan pendidikan
yang baik sangat memerlukan kepada sumber kewangan yang kukuh.
Informan-informan ini berusaha menyediakan segala keperluan anak
remaja mereka supaya tidak ketinggalan menikmati kehidupan secara
Islamik sama seperti individu normal yang lain.

“Apa-apa kehendaknya, kita cuba adakan. Tidaklah
hebat seperti anak-anak orang kaya. Saya tidak mahu
dia ketinggalan. Sama seperti anak orang lain.
Walaupun dia istimewa, tetapi saya rasa, semua benda
yang dia mahu, dia dapat dan saya berikan. Kebetulan
kita sedikit berkemampuan.”(Informan B)

Seorang informan ada menghantar anak remaja bermasalah
pembelajarannya mengikuti satu pusat pengajian Al-Quran yang
dikenali sebagai Al-Baghdadi22 pada setiap hujung minggu. Ini
menggambarkan bahawa informan ini juga mempunyai kedudukan
kewangan yang baik kerana mampu menyediakan kemudahan
pendidikan Islam yang berkualiti:

“Apa-apa yang saya usahakan untuk pendidikan
agama anak saya ini, jika ada rezeki, boleh saya
usahakan. Jika ingin mencari perkara yang baik pun
semua perlukan duit. Saya pernah hantar dia ke kelas
mengaji Al-Quran menggunakan teknik Al-Baghdadi
di Prima Saujana iaitu berdekatan dengan rumah
kami. Saya pun belajar sekali dengan dia. Tidak
mengapa, saya pun boleh belajar sekali. Seronok
teknik itu.”(Informan E)

22 Al-Baghdadi ialah Pusat Pembelajaran Siri Mudah Belajar dan Mengajar Al-
Quran Teknik Al-Baghdadi iaitu sebuah pusat pengajian Al-Quran Teknik Al-
Baghdadi yang diikhtiraf oleh Al-Baghdadi Method Sdn Bhd untuk menjalankan
program-program Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Pusat Pembelajaran ini
ditubuhkan pada bulan Julai 2011. Setakat ini telah mengendalikan lebih dari 20
kelas untuk orang dewasa dan remaja.

250

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Penglibatan dengan program pengajian Al-Quran seperti ini
adalah untuk memastikan diri dan keluarga mendalami ilmu-ilmu
berkaitan pendidikan iman, syariah dan akhlak. Dapatan
membenarkan kenyataan Rohaya Hashim,23 Maznah Ali dan Zakiah
Zakaria24 serta Norazlinda Saad25 yang menyatakan bahawa
kedudukan kewangan ibu bapa yang baik adalah penting dalam
menentukan kualiti sesuatu pendidikan yang diberikan kepada anak-
anak. Dapatan-dapatan di atas turut menyokong kajian Mohamad
Johdi Salleh et al.,26 yang menyatakan bahawa status ekonomi
keluarga berkait rapat dengan pencapaian anak dalam bidang
pendidikan. Dalam kajian ini, ibu bapa muslim yang mempunyai
status sosio-ekonomi yang baik dapat memberi galakan kepada anak
ke arah sesuatu pencapaian atau peningkatan diri berlandaskan syariat
Islam.

Selain faktor ekonomi yang baik, faktor sosial ibu bapa juga
memainkan peranan yang penting dalam proses penerapan nilai-nilai
Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Dua orang
informan mengambil langkah meninggalkan kerjaya demi memberi
tumpuan terhadap kebajikan dan pendidikan anak remaja bermasalah
pembelajaran masing-masing. Faktor ini membolehkan informan-
informan ini menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak yang
menjadi asas seorang mukmin.

“Lebih baik saya tidak bekerja. Jika saya bekerja,
saya tidak boleh memberi komitmen dalam pendidikan

23Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. "Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah:
Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri." Jurnal
Kemanusiaan, Bil.18 (2011), 14-30.
24 Maznah Ali dan Zakiah Zakaria, “Persediaan Ibu Bapa dalam Pendidikan
Rohani Terhadap Anak-anak : Kajian di Taman Batu Permai, Kuala Lumpur”,
(Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2010), 5
25Norazlinda Saad, “Meritokrasi: Faktor Sosio Ekonomi dan Peluang Pendidikan
Tinggi,” (Universiti Utara Malaysia, Sintok, 2007), 1-8.
26 Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen, dan Amir
Hasan Dawi. "Satus Sosio Ekonomi dan Komitmen Ibu bapa Terhadap Pencapaian
Pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia." (makalah, 14th
International Conference on Education (ICE 2009), University Brunei
Darussalam, 21 - 24 May 2009), 1-23.

251

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

anak saya. Jika saya bekerja, apa akan jadi padanya,
siapa hendak pantau dia? Belum tentu lagi orang lain
dapat didik dia. Itulah sebab saya berhenti kerja. Saya
tidak bekerja kerana mahu tumpu pada dia. Saya rasa
seronok.”(Informan C)

Tambahan pula, kajian turut mendapati dua daripada informan
lain yang berkerjaya terus bersemangat mendidik dan membesarkan
anak remaja bermasalah pembelajaran mereka tanpa mempedulikan
peningkatan kemajuan dalam bidang kerjaya. Seorang informan
menceritakan bahawa beliau tidak mengendahkan sebarang pangkat
yang bakal dianugerahkan dan memilih tempat kerja yang berdekatan
manakala seorang informan lagi memilih untuk bersara awal semata-
mata untuk memberi perhatian terhadap pendidikan anak. Biar pun
informan pernah dimarahi oleh ketua di tempat kerja kerana tidak
menyandang jawatan penting, penjelasan perlu diberikan bagi
menerangkan hal anak remaja bermasalah pembelajaran yang
dialami:

“Anak saya ini tidak boleh berdikari. Saya memang
habis-habisan menjaga, mendidik, mengasuh dia
sehingga saya perlu mengambil pencen awal. Padahal
saya masih muda lagi. Saya mengambil pencen ketika
umur 43 tahun. Perkhidmatan saya sehingga 21 tahun
sahaja. Tetapi, alhamdulillah saya mendapat duit
pencen.”(Informan D)

“Banyak tempat kerja saya tukar untuk mencari
keselesaan saya dengan dia. Walaupun jauh, tetapi
pada waktu malam, saya mesti berada di rumah. Saya
bekerja malam ini, sekali sekala sahaja on call. Saya
pernah ditawarkan jawatan yang baru, saya tidak
mahu semua itu kerana saya ada tanggungjawab ini.
Saya ada matlamat saya. Saya pernah juga dimarahi
bos. “Kalau begini sampai bila kamu tidak akan
maju.” “Tidak mengapa,” saya kata. “Maju bagi saya
dalam istilah lain. Maju bagi istilah kamu lain. Jika
anak saya dapat satu ‫ ا ب ت‬, itu adalah maju bagi saya.

252

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Dia sembahyang lima waktu pun sudah kejayaan
besar untuk saya.” (Informan E)

Pengorbanan kedua-dua informan dalam bidang kerjaya
mereka harus dipuji dalam mendidik dan mengasuh anak-anak
berlandaskan syariat Islam. Perhatian terhadap keperluan pendidikan
amat dititikberatkan kerana kedua-dua informan ini mempunyai
waktu yang berkualiti dalam mendidik anak tanpa menjadikan kerjaya
sebagai halangan. Dapatan kajian seterusnya meneliti faktor minat
dan penerimaan ibu bapa juga mempengaruhi usaha ibu bapa dalam
menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah
pembelajaran.

3. Faktor minat dan penerimaan ibu bapa
Tanggungjawab sebagai ibu bapa perlu digandakan khasnya kepada
ibu bapa yang memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran bagi
menjaga amanah Allah S.W.T yang sangat bernilai ini.27 Berdasarkan
dapatan temu bual, semua informan kajian ini didapati menerima
kehadiran anak remaja bermasalah pembelajaran yang dianugerahkan
Ilahi setelah melalui beberapa keadaan. Keadaan tersebut ialah sedih
dan berusaha mencari alternatif untuk rawatan dan pendidikan.
Namun, kenyataan dianugerahkan anak bermasalah pembelajaran
perlu dihadapi dengan tabah. Dapatan turut menemui, perkara lain
yang diberi perhatian ke arah penerimaan informan ibu bapa terhadap
anak ini ialah sabar dan redha dengan ketentuan takdir serta
berkeyakinan tinggi terhadap potensi anak remaja bermasalah
pembelajaran tersebut:

“Semasa mula-mula doktor diagnos anak kita, susah
sikit kita sebagai ibu bapa hendak menerima
kenyataan bahawa dia tidak sempurna kerana pada
pandangan kita, dia seorang yang sempurna.
Perbezaannya sedikit sahaja. Anak-anak lain, satu

27Mohd. Sharani Ahmad dan Ismail Maakip “Kanak-kanak Istimewa dan
Penerimaan Ibu bapa” dalam Perkembangan Kanak-kanak Teori, Isu dan

Cabaran, ed. Khaidir Ismail, Lukman Z.M dan Hanina Hamsan, (Shah

Alam,Selangor: Arah Publication 2008) ,271

253

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

tahun setengah sudah boleh bercakap. Dia tidak boleh
lagi dan masih lasak.”(Informan C)

“Mula-mula dahulu, kita tidak boleh terima. Kita rasa
seperti tidak tahu perkara yang perlu dibuat padanya,
perkara yang perlu dimulakan dan perkara yang perlu
diajar. Jika kita tidak menerima pemberian Tuhan,
nanti hidup susah.Saya sudah redha. Mungkin awal-
awal dulu kita tidak redha, kita mencari pelbagai
alternatif, hendak buat pelbagai perkara. Kelihatan
seperti kita tidak redha. Kita hendak mengubah
keputusan Tuhan itu. Tetapi, sekarang saya bukan
seperti itu lagi.”(Informan E)

Dapatan-dapatan ini menyokong pandangan Mohd. Sharani
Ahmad28 bahawa ibu bapa yang memiliki anak remaja bermasalah
pembelajaran akan melalui tahap kekecewaan iaitu perasaan sedih
dengan kelahiran anak istimewa namun ibu bapa ini akan mula
menerima kenyataan setelah pelbagai usaha dilakukan dalam
memenuhi segala keperluan anak tersebut. Penerimaan ibu bapa
terhadap kekurangan anak bukan sahaja menunjukkan keakuran insan
di atas takdirnya malah ibu bapa menjadi lebih tenang dan teratur
menguruskan kehidupan bersama anak remaja bermasalah
pembelajaran masing-masing.

Lima daripada enam orang informan menceritakan bahawa
mereka kini berasa sangat bersyukur dan bertuah setelah
dianugerahkan dengan anak remaja bermasalah pembelajaran.
Seorang informan mengakui bahawa beliau tidak menganggap anak
remaja bermasalah pembelajaran ini sebagai satu bebanan, malah
menganggap anak ini merupakan punca rezeki bagi diri beliau
sekeluarga. Limpahan rezeki dari Allah S.W.T membuatkan beliau
cuba mendidik keluarga menghayati agama dan mengamalkan
ajarannya:

“Alhamdulillah, setakat ini Tuhan sentiasa memberi
kemudahan kepada kami walaupun ada masalah.

28Ibid, 272

254

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Kehidupan saya tidak pernah ada masalah yang
membebankan. Kami tidak pernah mengalami
kesempitan wang, suami dapat kenaikan pangkat.
Sebab itu, suami saya sayangkan anak ini. Jadi, kami
sentiasa menganggap dia pembawa tuah dalam
keluarga ini dan saya akan terus didik dia dengan
agama.”(Informan A)

Tambahan pula, seorang informan yang lain pula mengatakan,
beliau bertambah bersemangat mendidik anak remaja bermasalah
pembelajarannya selepas mendengar satu ceramah motivasi yang
dihadiri. Menurut penceramah agama itu, anak remaja bermasalah
pembelajaran perlu diterima dan dididik dengan baik kerana anak-
anak ini dapat memberi jaminan syurga kepada ibu bapa di akhirat
kelak. Kata-kata penceramah itu dapat membina kekuatannya untuk
terus mendidik anaknya itu tanpa rasa putus asa walaupun perlu
menghadapi pelbagai cabaran:

“Saya pernah sertai satu program motivasi, ustaz itu
berkata, “Tuan-tuan jangan risau, tuan-tuan yang ada
di sini, tuan-tuan sudah ada wakil. Sudah ada sedikit
yang boleh tolong tuan-tuan di sana.” Air mata saya
meleleh juga ketika itu. Saya dengar perkara itu dan
tidak tertahan menangis. Kita jaga dia walaupun
cabaran itu memang ada.”(Informan D)

Mohd. Sharani Ahmad dan Abdul Razak Zakaria berpendapat,
penerimaan ibu bapa terhadap anak remaja bermasalah pembelajaran
juga dikenal pasti apabila banyak perkembangan positif yang
ditonjolkan oleh anak-anak.29 Perkembangan positif anak remaja
bermasalah pembelajaran membawa erti kemajuan dan kebolehan
yang boleh dilihat, dibanggakan dan disyukuri oleh kedua ibu bapa
ini. Perkembangan anak remaja bermasalah pembelajaran yang positif

29Mohd Sharani Ahmad, Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, (Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors, 2004), 187. Lihat juga Abdul Razak
Zakaria, “Hubungan Konteks Keluarga dengan Penglibatan Ibu bapa dan
Pencapaian Akademik Anak-anak di Sekolah Menengah”, (Tesis ph.D, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, 2011),16

255

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

mampu mengurangkan kebimbangan, membina kepercayaan
terhadap potensi anak dan tahap motivasi ibu bapa untuk menerapkan
nilai-nilai Islam kepada mereka.30 Salah seorang informan
menceritakan potensi anaknya Zali seperti berikut:

“Bagi kami, Zali boleh kuasai sesuatu kemahiran yang
diajar. Jadi, kami teruskan kepada kemahiran yang
lain. Contohnya kalau kami ajar Zali membaca Surah
Al-Fatihah tetapi Zali tidak boleh menguasainya, kami
tidak teruskan dengan kemahiran yang
baru.”(Informan E)

Minat dan penerimaan ibu bapa merupakan sikap yang
menunjukkan ibu bapa menerima keadaan anak remaja bermasalah
pembelajaran dan memberi maklum balas terhadap pendidikannya.
Kesediaan ibu bapa pula adalah dengan memberi ruang dan peluang
kepada anak remaja bermasalah pembelajaran untuk mengamalkan
nilai-nilai Islam. Dua orang informan didapati memberi peluang
kepada anak remaja itu mengamalkan nilai-nilai Islam adalah dengan
mencungkil kebolehan mereka. Kedua-dua informan ini juga
berharap agar anak-anak mereka mampu memperoleh sesuatu
pekerjaan apabila dewasa kelak:

“Saya perlu memotivasikan diri saya sendiri. Saya
tidak boleh mengharapkan orang lain. Sekurang-
kurangnya, anak saya ini boleh uruskan dirinya dan
dia tahu baik buruk, itu sudah cukup. Sekurang-
kurangnya, anak saya ini ada pekerjaan dan boleh
tampung hidup sendiri. Saya mahu anak saya jadi
seperti budak biasa.” (Informan C)

30Mohamed Anwar Bin Mohamed Jamil, Nur Ain Binti Muin dan Zakaria Bin
Mustafa. "Adaptasi Sistem Kaizen dalam Konsep Pengurusan Kendiri : Satu
Kajian Kes di Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya", (makalah,
Proceeding of the Internasional Conference on Social Science Research, ICSSR,
Penang, Malaysia, 4-5 June 2013),473

256

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

“Saya juga kena fikir dan berusaha mencari usaha
yang saya perlu buat untuknya. Saya sentiasa
memikirkan masa depannya. Esok, dia boleh tinggal di
kampung kerana neneknya membuka kilang menjahit.
Sekurang-kurangnya, dia bekerja sebagai tukang
sapu, melipat baju di bengkel menjahit baju.(Informan
A)

Tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak
bermasalah pembelajaran sangat bergantung pada penerimaan ibu
bapa terhadap anak tersebut. Penerimaan ini meliputi perkara-perkara
seperti mendoakan anak, bercakap sesuatu yang baik kepada anak,
memuji perkara baik yang dilakukan, menghargai mereka dan
memberi rasa kegembiraan kepada anak remaja bermasalah
pembelajaran ini.31 Berbangga dengan potensi anak remaja
bermasalah pembelajaran merupakan bentuk sokongan positif yang
menunjukkan rasa penerimaan ibu bapa kepada anak ini.

Empat daripada enam orang informan menyatakan perasaan
bangga dan bertuah kerana memiliki anak remaja bermasalah
pembelajaran. Salah seorang informan menceritakan bahawa beliau
sangat terharu dan turut berbangga melihat ketekunan anak remaja
bermasalah pembelajarannya menunaikan solat. Anaknya yang tidak
pernah meninggalkan solat lima waktu serta solat pada awal waktu itu
memberi keinsafan kepada beliau dan anak-anak normal yang lain:

“Anak saya ini, dia banyak memberi pengajaran
kepada saya. Keikhlasan dan ketulusannya pergi
sembahyang itu, masya Allah, kadang-kadang saya
pun bertangguh. Tetapi dia tidak bertangguh. Saya
berkata dalam diri, “Tuhan bukan jadikan anak aku
sempurna pun, tetapi dia tidak pernah mengabaikan
solat. Kenapa kita yang sempurna ini sering
mengabaikan solat?”(Informan E)

Selain berdisiplin dalam menunaikan solat, informan ini
sangat berbangga dengan anak remaja bermasalah pembelajarannya

31Ibid, 184.

257

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

yang suka mendoakan kesejahteraan orang lain, mengasihi haiwan
dan tidak mudah terpengaruh dengan tingkah laku buruk dan dilarang
agama. Tiga orang informan lain pula menceritakan bahawa mereka
berbangga dengan pencapaian anak remaja bermasalah pembelajaran
masing-masing dalam bidang akademik. Ada di antara mereka yang
telah menguasai kemahiran membaca dengan baik, penerima
anugerah pelajar cemerlang aliran Pendidikan Khas setiap tahun dan
ada yang sudah boleh menguruskan diri di tandas dengan baik.

Rentetan daripada faktor minat dan penerimaan terhadap anak
remaja bermasalah pembelajaran, seorang informan turut merancang
dan memikirkan masa hadapan anaknya. Melalui penerapan nilai-
nilai Islam yang diusahakan, beliau berharap agar satu hari nanti
anaknya mampu melaungkan azan untuk mengajak insan menunaikan
solat ataupun berkhidmat membersihkan kawasan surau berhampiran
rumah apabila dewasa kelak. Informan ini juga menyimpan hasrat
untuk menghantar anaknya ke Pusat Hafazan Al-Quran. Melalui
penerapan nilai-nilai Islam yang mulia ini, beliau sangat berharap
anaknya mempunyai masa depan yang lebih terjamin dengan wang
pencennya yang bakal diterima kemudian hari:

“Saya mengajar anak saya perkara yang saya tahu
kerana dia akan menghadapi dunia luar. Tamat
persekolahan nanti, saya mahu hantarnya ke pusat
tahfiz. Dia tidak perlu bekerja.Saya mahu hantar dia
mengaji dahulu. Dia dapat melaungkan azan di surau,
itu pun sudah baik. Dia pun suka. “Saya mahu bekerja
di surau itu, ibu,” dia beritahu saya. Saya didik dia ke
arah keagamaan. Saya mahu dia mengaji sebab saya
tahu dia boleh. Jadi, tidak mengapalah. Saya tidak
kisah kerana dia ada duit pencen saya. (Informan E)

Berdasarkan dapatan-dapatan di atas, pengkaji mendapati
bahawa tiga orang informan sangat menitikberatkan penerapan nilai-
nilai Islam dalam pendidikan anak-anak remaja bermasalah
pembelajaran dengan penuh minat dan kesungguhan ekoran daripada
sikap penerimaan terhadap anak remaja tersebut. Tujuannya adalah
untuk memenuhi keperluan anak-anak remaja itu sebagaimana anak

258

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

yang normal agar mereka tidak tersasar daripada sesuatu nilai, etika
dan kerohanian.

Kesimpulan
Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada informan,
pengkaji merumuskan faktor yang menyebabkan ibu bapa tersebut
sangat berminat dalam mendidik dan mengasuh anak-anak dengan
nilai-nilai Islam adalah kerana mereka mempunyai matlamat
tersendiri iaitu untuk membentuk pemikiran yang sihat dan rasional
sesuai dengan kemampuan akal mereka. Kajian turut mendapati,
faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa terhadap proses penerapan
nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak-anak remaja ini ialah faktor
latar belakang pendidikan dan penghayatan agama mereka.
Kebanyakan informan memiliki latar belakang keluarga yang sangat
menitikberatkan pendidikan agama. Tahap sosio-ekonomi ibu bapa
juga mempengaruhi proses penerapan nilai-nilai Islam ini. Semua
informan mempunyai kewangan yang baik dan dapat menyediakan
anak dengan keperluan asas yang mencukupi. Faktor minat dan
penerimaan ibu bapa terhadap pendidikan anak pula sangat
menggalakkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai yang sangat mulia
ini. Para informan didapati sangat berbangga dengan pencapaian anak
dari dahulu hingga kini. Mereka sangat bersyukur dan rasa bertuah
dikurniakan anak remaja bermasalah pembelajaran, menganggap
anak sebagai rakan karib dan bukan bebanan. Malahan, para informan
ibu bapa ini tidak membezakan cara didikan atau asuhan anak remaja
bermasalah pembelajaran dengan anak normal dalam usaha
melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa dan diredhai Allah
S.W.T.

Rujukan
Ab. Aziz Mohd Zain, Metodologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya, 2001).Ab. Halim Tamuri,"Hubungan Antara
Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas
Remaja Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009).
‘Abd Al-Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, cet.7, (Beirut:
Mu’assasah al-Risalah, 2001).

259

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut
Pandangan Islam, terj, Jil.1, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, 1998).

‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mujallad
Awwal), terj. Mohd Ikhwan Abdullah, Jil.1, (Selangor:
Publishing House Sdn Bhd, 2015).

Abdullah Sulung dan Mawaddah Abdullah. "Pengaruh Media
Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar." (Skudai,
Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2010).

Abdul Razak Zakaria, “Hubungan Konteks Keluarga dengan
Penglibatan Ibu bapa dan Pencapaian Akademik Anak-anak di
Sekolah Menengah”, (Tesis ph.D, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya, 2011).

Amran Hassan, Fatimah Yusooff, dan Khadijah Alavi. "Keluarga
Sihat Melahirkan Komuniti Sejahtera: Satu Ulasan", Malaysia
Journal of Society and Space Bil.8 Issue 5, Themed Issue:
Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA), GEOGRAFIA
OnlineTM, (2012).

Azura Awang, Yusmini Md. Yusoff, Siti Fadhilah Zakaria dan
Norhana Mohd Salleh, “Peranan Ibu bapa Terhadap Pengaruh
Media Elektronik Kepada Anak Remaja Bermasalah
Pembelajaran,” dalam Isu-isu Semasa Media dan Dakwah, peny.
Yusmini Md Yusoff, Nor Raudah Hj. Siren, Muhammed Yusof
dan Fakhrul Adabi Abdul Kadir, (Kuala Lumpur : Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015), 51-50.

Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd Rahim, "Penerimaan
Media Sosial: Kajian dalam Kalangan Pelajar Universiti di
Palembang." Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of
Communication, Bil.29, no. 2 (2013), 125-140.

Mohamed Anwar Bin Mohamed Jamil, Nur Ain Binti Muin dan
Zakaria Bin Mustafa. "Adaptasi Sistem Kaizen dalam Konsep
Pengurusan Kendiri : Satu Kajian Kes di Jabatan Pengajian Asia
Timur, Universiti Malaya", (makalah, Proceeding of the
Internasional Conference on Social Science Research, ICSSR,
Penang, Malaysia, 4-5 June 2013).

Mohd Sharani Ahmad, Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar,
(Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors, 2004).

260

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Mohd. Sharani Ahmad dan Ismail Maakip “Kanak-kanak Istimewa
dan Penerimaan Ibu bapa” dalam Perkembangan Kanak-kanak
Teori, Isu dan Cabaran, ed. Khaidir Ismail, Lukman Z.M dan
Hanina Hamsan, (Shah Alam,Selangor: Arah Publication 2008).

Mustafa Daud, “Pendidikan Keibubapaan: Satu Pengenalan”,
(makalah, Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca
Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City
Bayview Langkawi).

Nazri Abdul Wahab, “Penglibatan Ibu bapa dalam Pencapaian
Akademik Pelajar di Daerah Hulu Langat”, (Tesis Ijazah Sarjana
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007).

Noran Fauziah Yaakub dan Zahyah Hanafi, “Memahami
Perhubungan Anak dan Ibu Bapa di Kalangan Pelajar Melayu
dari Sebuah Universiti,” (makalah, Seminar Za'ba Mengenai
Alam Melayu (Nilai-nilai Peradaban Melayu), UPSI, 12-14 Ogos
2003).

Norliza Hussin, Fahimah Ali Hasan dan Khadijah Abdul Razak, “Isu
dan Cabaran Terhadap Perlaksanaan Program j-Qaf di Sekolah”.
(Makalah, Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-Qaf 2013, 19-20
Jun 2013, Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia),

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Paizah Ismail dan Norhayati Mohd
Dahlal, “Reformasi Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia:
Satu Analisis Terhadap Gagasan Konsep Fiqh Semasa”, Jurnal
Syariah, Jil.16, Bil.2, (2008), 186-187.

Rohaya Hashim dan Ruhani Mat Min. "Pelajar Melanggar Disiplin
Sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri,"
Jurnal Kemanusiaan, Bil.18 (2011), 14-30.

Rusli Ahmad dan Abang Ishar Abang Yaman, Kata-kata Pujian dan
Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar, (Sarawak: Penerbit
UNIMAS, Universiti Malaysia Sarawak, 2010).

Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman dan Manisah Mohd Ali,
“Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar
Pekak: Kajian Kes Retrospektif”, Jurnal MJLI, Bil.5 (2008), 79-
98.

261

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
262

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

PENDEKATAN DAKWAH BIL HAL TERHADAP KANAK-
KANAK MELALUI FILEM ANIMASI SIRI UMMI,
CERITALAH PADA KAMI.1

Siti Aisyah Yap binti Abdullah2

Pengenalan
Keperluan para daie menguasai ilmu multimedia merupakan fardhu
kifayah bagi umat Islam berikutan dari perubahan teknologi yang
semakin canggih pada masa ini. Usaha mengajak manusia kepada
Allah dan menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, memerlukan
contoh akhlak yang nyata dengan pacuan akidah dan syariat. Usaha
ini menjadikan dakwah bil hal iaitu melalui contoh teladan yang baik3
boleh dizahirkan secara realiti melalui penggunaan teknologi
walaupun berlakunya perubahan zaman dan keadaan dalam budaya
kehidupan masyarakat. Antara contoh dakwah bil hal dalam
multimedia ialah dengan menerapkan akhlak Islam melalui hiburan
secara sederhana.

Secara fitrahnya, manusia memerlukan hiburan sebagai
penenang jiwa dan meringankan bebanan fikiran serta ubat kepada
keletihan.4 Aktiviti hiburan melalui filem animasi misalnya
membolehkan dakwah bil hal disampaikan kepada sasaran penonton.
Secara tidak langsung ia juga merupakan agen pendidikan dalam
menyampaikan nilai-nilai Islam kepada penonton khususnya
golongan kanak-kanak yang beragama Islam.

Kanak-kanak secara umumnya di negara Malaysia ditakrifkan
sebagai di bawah umur 18 tahun menurut akta kanak-kanak 2001

1 Kertas Kerja dibentangkan dalam International Da’wah Conference on Minority
Group (ID-COM ‘16) pada 27 Oktober 2016 di Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
2 Mahasiswa Calon Sarjana (IGB130044), Jabatan Usuluddin: Dakwah dan
Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
Malaysia. Email: [email protected]
3 Ab Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya. h, 222.
4 Dr. Yusuf al-Qaradhawi. 2014. Fiqh Hiburan dan Rekreasi. Selangor: PTS
Islamika Sdn Bhd. h, 4-5.

263

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dalam akta 611.5 Walaupun demikian, terdapat segelintir masyarakat
awam yang berkefahaman bahawa kanak-kanak adalah mereka yang
di bawah umur 12 tahun.6 Manakala menurut perundangan Islam,
definisi kanak-kanak untuk lelaki adalah mencapai baligh dan bagi
perempuan pula adalah keluar haid (boleh hamil).7 Keperluan
pendidikan kepada golongan kanak-kanak amat penting kerana
mereka merupakan golongan dalam peringkat perkembangan
kesedaran minda yang antaranya berkaitan dengan pemikiran,
pemahaman, pembelajaran dan ingatan.

Terdapat pelbagai teori pendidikan yang dikemukakan
berkaitan dengan kanak-kanak. Jean Piaget (1896-1980) melalui teori
perkembangan kognitif dalam peringkat pra-operasi bagi kanak-
kanak antara umur 2 hingga 7 tahun menyatakan bahawa pemikiran
kanak-kanak pada peringkat ini menganggap pengalaman dan
pandangan orang lain adalah serupa dengannya kerana mereka
percaya semua objek mempunyai jiwa serta tidak boleh membezakan
antara angan-angan dan kenyataan.8 Dari sudut pembelajaran kanak-
kanak dalam penontonan berdasarkan teori isi kandungan (Content-
based theory) yang dikemukan oleh Anderson et. al,9 baik atau buruk
kesan dari tayangan media adalah bergantung kepada isi kandungan
penerbitannya.

5 Muhammad Shamsul Abd Ghani, “Masih kanak-kanak Walaupun Berusia 18
Tahun?”, laman sesawang Sinar Harian, Dikemaskini 5 Ogos 2014, dicapai 14
Ogos 2016, www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/masih-kanak-kanak-
walaupun-berusia-18-tahun-1.305075
6 Prof. Datin Nor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), melalui Muhammad Shamsul
Abd Ghani, “Masih kanak-kanak Walaupun Berusia 18 Tahun?”, laman sesawang
Youtube Sinar TV, diterbitkan 24 Julai 2014, dicapai 14 Ogos 2016,
https://youtu.be/cbFmw26O23w
7 Ibid
8 Mok Soon Sang. 2014. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran.
Cetakan keempat. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. h, 21.
9 Manshur Zikri, "Salah satu teori tentang konten televisi yang mempengaruhi
penonton", laman sesawang wordpress.com, dikemaskini 5 Oktober 2011, dicapai
9 Mei 2016, https://manshurzikri.wordpress.com/2011/10/05/teori-tentang-konten-
tv-yang-mempengaruhi-penonton/, melalui Daniel R. Anderson, Aletha C. Huston,
Kelly L. Schmitt, Deborah L. Linebarger, John C. Wright, Reed Larson. 2001.
“Early Childhood Television Viewing and Adolescent Behavior: The Recontact
Study”. Monographs of the Society for Research in Child Development, Vol. 66,
No. 1, h, 28-29.

264

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Hal ini turut dikemukakan oleh Bandura dan Huesmann dalam
teori pembelajaran (Learning Theory)10 dan model memproses
maklumat (Information Processing Model)11 mendapati bahawa isi
kandungan yang ditayangkan oleh televisyen mampu mempengaruhi
golongan kanak-kanak dengan mudah kerana beranggapan ia adalah
sebahagian dari realiti kehidupan yang boleh dicontohi. Keupayaan
animasi dalam menyelitkan rangsangan deria yang melibatkan audio,
video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium komunikasi12
menyebabkan peranan dakwah bil hal dalam filem animasi terhadap
kanak-kanak adalah penting untuk membina psikologi yang positif.

Pendekatan Dakwah Bil Hal Dalam Filem Animasi UCPK
UCPK ialah produk terbitan Hud Hud Media Sdn Bhd (HHM) yang
menyasarkan golongan kanak-kanak13 sebagai penonton secara
majoriti. Dengan menerapkan nilai-nilai Islam sebagai prinsip utama
dalam penerbitannya, HHM juga turut menggunakan nyanyian
sebagai daya tarikan kepada kanak-kanak untuk menikmati siri
animasi ini.”14 “Untuk menjadikan konsep bercerita tersebut lebih
dekat lagi dengan kanak-kanak, HHM menggunakan suara latar
kanak-kanak yang sebenar.”15

Secara keseluruhannya, perjalanan siri UCPK ini
mengandungi tiga segmen utama yang terbahagi kepada bahagian
pengenalan dan penutup, segmen kisah teladan dan segmen kalimah
pilihan. Siaran Animasi UCPK yang berdurasikan selama 22 minit
secara purata ini menampilkan kisah sekumpulan kanak-kanak yang
gemar mendengar cerita dari pendidik mereka yang bernama Ummi.

10 Albert Bandura. 1971. Social Learning Theory. Standford University. New York:
General Learning Press. h, 1 - 46.
11 L. Rowell Huesmann. 1988. An Information Processing Model for the
Development of Aggression. Aggressive Behavior. Volume 14. Department of
Psychology, University of Illinois at Chicago. h, 13-24.
12 Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan.
Bentong: PTS Publcations. h, 4.
13 Nora Ariffin (Pengarah Syarikat, Hud Hud Media Sdn Bhd) dalam temubual
dengan penulis, 8 Januari 2016.
14 Ahmad Izham Omar (CEO Primeworks Studios Sdn Bhd), dalam temubual DVD
Video Siri Animasi: Ummi Ceritalah Pada Kami. Malaysia: Hud Hud Media Sdn
Bhd, 2011. Masa: 0:51:57 - 0:52:21.
15 Nora Ariffin (Pengarah Syarikat, Hud Hud Media Sdn Bhd), Ibid.

265

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Setiap episod yang dipaparkan mempunyai mesej yang boleh
dicontohi dan sarat dengan pengajaran yang bermanfaat.

Gambar 1: Segmen utama yang terdapat dalam animasi siri
UCPK, pengenalan, kisah teladan dan kalimah pilihan

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

Perjalanan cerita yang ditayangkan dalam UCPK dimulakan
dengan bahagian pengenalan yang dikendalikan oleh Puan Nora
Ariffin dalam bentuk video. Setiap episod mempunyai tajuk yang
berlainan. Selepas itu, segmen kisah teladan yang dikendalikan oleh
watak Ummi secara suara latar belakang sarat dengan kisah-kisah
yang berkait dengan tajuk cerita untuk anak-anak didiknya iaitu Alif,
Hana, Aiman, Atan dan Putri. Segmen kalimah pilihan yang
dikendalikan oleh watak Ustaz Syakir kemudiannya menyusul
sebagai petanda di penghujung jalan cerita bagi setiap episod UCPK.
Kebiasaannya Ustaz Syakir akan memberikan beberapa perkataan
yang mudah dan ringkas beserta dengan contoh penerangan isi yang
lengkap dan mudah difahami oleh penonton. Watak Pengacara yang
juga dikendalikan oleh Puan Nora Ariffin akan muncul membuat
kesimpulan untuk seluruh cerita tersebut.

Secara umumnya pula, konsep animasi merupakan suatu
gambaran ciptaan yang digerakkan mengikut hasil daya kreativiti
manusia melalui alatan teknologi berkomputer.16 Bagi filem animasi,
proses penerbitannya memerlukan elemen watak dan lokasi yang
disertai dengan strategi supaya mampu menghasilkan sebuah

16 Merriam-Webster. Online Dictionary. United States: An Encyclopedia
Britannica, 1996. dicapai 25 Mac 2015, http://www.merriam-
webster.com/dictionary/animated%20cartoon

266

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

persembahan yang menarik minat penonton. Manakala konsep filem
animasi dakwah bil hal memerlukan nilai akhlak Islam sebagai contoh
teladan yang berpandukan kepada unsur akidah dan syariat.
Cerminannya adalah menerusi watak, lokasi dan strategi dalam
persembahan yang mampu memberikan kesan positif kepada
penonton.

Rajah 1: Konsep pembentukan Filem Animasi Dakwah Bil Hal

Watak
Watak merupakan tokoh atau pelaku dalam karya17 filem animasi
yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan jalan cerita yang direka
oleh kumpulan penerbitan. Dalam erti yang lain, ia juga merujuk
kepada sifat seseorang secara zahir dan batin dengan merangkumi
budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya
dan sebagainya.18 Setiap watak yang diwujudkan mempunyai identiti
yang tersendiri supaya ia mudah untuk dikenali dan dibezakan dengan
watak yang lain mengikut peranan masing-masing sama ada baik atau
jahat. Antara contoh watak utama dalam sesebuah penceritaan adalah
terdiri dari watak antagonis,19 watak protagonis20 dan watak
pembantu. Butiran lanjut bagi ciri-ciri watak filem animasi dakwah
bil hal adalah seperti berikut:

17 Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. h, 1803.
18 Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Ibid.
19 Antagonis ialah orang atau pihak yang kuat menentang orang atau pihak lain.
Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Ibid. h, 65.
20 Protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama atau lain-lain dan
merupakan penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya.
Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Ibid. h, 1236.

267

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

1. Penampilan
Penampilan bermaksud perihal tindakan atau usaha mengemukakan
seseorang atau sesuatu21 secara terperinci. Ia mempunyai ciri-ciri
butiran peribadi secara khusus yang direka secara khas sama ada
berdasarkan imaginasi ataupun realiti yang diadaptasi supaya watak
mudah dikenali secara visual. Antara contoh ciri-ciri penampilan bagi
watak manusia boleh dilihat dari sudut jantina, paras rupa fizikal,
umur, status sosial, budaya, material dalam berpakaian, perhiasan
pada tubuh watak dan tema warna yang menarik bagi setiap individu
watak yang berlainan.

Manakala contoh ciri-ciri penampilan melalui dakwah bil hal
adalah seperti identiti jantina yang jelas, penutupan aurat pada tubuh
watak dan pakaian yang kemas, rapi serta kesederhanaan dalam
perhiasan. Hal ini turut sama seperti yang digariskan oleh pihak
Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam bahagian
penampilan terhadap artis yang ditafsir sebagai mempamerkan
profession mereka untuk tontonan ramai sama ada penampilannya
atau hasil karyanya termasuklah pelakon, pemuzik, penyanyi,
pelawak, penari, penggubah lagu, penulis lirik, penyajak, penyair,
penulis skrip dan pengacara.22 Penampilan yang baik adalah penting
untuk menjaga imej agama Islam dan contoh yang baik ini juga
berupaya merangsang penglihatan untuk menjana kepercayaan yang
positif daripada pihak penonton. Contoh penampilan watak-watak
menerusi siri UCPK pula adalah seperti berikut:

Gambar 2: Penampilan watak yang direka dalam siri animasi
UCPK

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

21 Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Ibid. Op. Cit, 1589.
22 JAKIM. 2015. Garis Panduan Hiburan dalam Islam. Edisi kedua. Putrajaya:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. h, 5.

268

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Gambar 2 memaparkan watak-watak yang direka oleh
kumpulan penerbitan HHM dalam siri animasi UCPK. Watak-watak
tersebut ditampilkan dengan seekor kucing, 3 orang dewasa dan lima
orang kanak-kanak. Kucing peliharaan di dalam Pondok Ummi
dinamakan Jojo dengan penampilan berwarna oren dan memakai baju
mini berwarna biru. Untuk watak 3 orang dewasa menampilkan
Ummi, Ustaz Syakir dan Uncle Maideen. Ummi merupakan seorang
wanita melayu muslim yang memegang penampilan sebagai seorang
pendidik di dalam rumah transit yang bernama Pondok Ummi,
berpakaian jubah dan bertudung yang berwarna hijau dan merah
jambu. Ustaz Syakir pula ditampilkan sebagai seorang lelaki melayu
muslim yang juga memegang penampilan sebagai seorang pendidik
dengan dipakaikan serban dan berbaju melayu oren. Uncle Maideen
pula digambarkan sebagai lelaki india Muslim yang berperanan
sebagai penjual roti di kawasan perumahan pondok Ummi dan
ditampilkan dengan pemakaian t-shirt dan kopiah putih serta berkain
pelekat coklat.

Manakala untuk watak 5 orang kanak-kanak adalah terdiri
daripada Aliff, Hana, Putri, Aiman dan Atan. Pakaian untuk watak
kanak-kanak tersebut adalah sopan dan mempunyai identiti yang
tersendiri. Watak Aliff berpenampilan secara sederhana dengan tema
warna putih dan biru, kemas dan memakai cermin mata. Hana pula
adalah sebaya dengan Aliff, memakai tudung dan turut berpenampilan
secara sederhana yang bertemakan warna ungu. Putri pula adalah adik
kepada watak Aliff, tidak ditampilkan dengan tudung tetapi hanya
sekadar menutup kepalanya sahaja dan ditemakan dengan warna
merah jambu. Aiman pula watak yang ditampilkan dengan gaya yang
bertenaga dengan warna oren, memakai topi dan mempunyai headset
yang selalu tergantung di lehernya. Atan ditampilkan dengan watak
yang bertemakan warna hijau, mempunyai mantel ala super hero dan
bersimbolkan kitar semula pada bajunya.

2. Personaliti
Personaliti merujuk kepada keperibadian23 watak yang diwujudkan
sama dengan sifat manusia yang sebenar. Ia bertujuan untuk
menjadikan watak tersebut hidup, mempunyai pemikiran dan ekspresi

23 Kamus Dewan Edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 1194.

269

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

yang tersendiri bagi menjadikan sesebuah persembahan kelihatan
unik dan menarik perhatian penonton. Dalam Islam, personaliti boleh
dikaitkan dengan akhlak iaitu budi pekerti24 bagi individu yang
mengamalkan ajaran agama Islam dengan mengikut panduan al-
Quran dan Sunnah. Antara ciri-ciri kandungan akhlak yang baik
menurut panduan al quran ialah segera melakukan kebaikan, bersifat
ikhlas, benar atau jujur dan amanah.25 Manakala akhlak Islam yang
baik menurut pandangan daripada Dr Abdul Karim Zaidan pula ialah
dengan sifat berlaku benar, sabar, kasih sayang, merendah diri dan
mudah untuk didekati.26

Watak-watak hasil rekaan kumpulan penerbitan HHM
diberikan personaliti yang berbeza untuk menghidupkan cerita
animasi dalam siri UCPK. Berikut merupakan antara gambaran
personaliti bagi watak-watak tersebut:

Gambar 3: Personaliti watak-watak dalam siri animasi UCPK

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

24 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 25.
25 Prof Dato’ Dr. Haron Din et al. 1985. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur:
Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd. h, 165-203.
26 Dr. Abdul Karem Zaidan. Dasar-Dasar Ilmu Da’wah (Jilid 2). 2007.
Terjemahan: H.M Asywadi Syukur Lc. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. h, 64-108.

270

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Kualiti positif yang terdapat dalam personaliti yang baik
berkeupayaan menjana perlakuan yang positif terhadap pemerhati.
Dari sudut dakwah bil hal, Rasulullah SAW merupakan contoh akhlak
yang terbaik sepanjang zaman sebagai seorang individu lelaki, suami,
bapa, sahabat mahupun pemimpin negara. Keunggulan peribadi
Rasulullah SAW dalam perkataan, perbuatan dan perilakunya27
dinukilkan dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab 33: 21
yang bermaksud:

Terjemahan: Sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(iaitu), bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah
dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah (23)

Ummi ialah watak utama yang akan bercerita dalam setiap
episod siri UCPK. Manakala watak Alif, Hana, Aiman, Atan dan Putri
pula merupakan anak didik yang gemar dan setia mendengar setiap
cerita yang dibawakan oleh Ummi. Watak bagi Uncle Maideen dan
Jojo (kucing) pula akan muncul mengikut keperluan untuk mewarnai
jalan cerita. Manakala watak bagi Ustaz Syakir akan muncul bagi
setiap episod di dalam segmen kalimah pilihan untuk memberikan
penerangan beberapa perkataan baru beserta dengan contoh yang
ringkas dan mudah difahami.

Di samping watak utama dalam siri UCPK ini, terdapat watak-
watak lain yang turut direka bagi segmen kisah teladan. Berikut
merupakan antara contoh watak yang diwujudkan dalam episod satu
yang berjudul Erti Al Fatihah:

27 M. Abdul Ghoffar E.M dan Abu Ihsan al-Atsari. 2008. Lubaabut Tafsiir Min Ibni
Katsiir. Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 6). Cetakan kelima. Indonesia: Mu-assasah Daar
al-Hilaal Kairo. h, 461.

271

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Gambar 4: Watak-watak yang terdapat dalam Episod 1,
Erti al Fatihah

Sumber: Diolah dari Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

Terdapat lima peranan bagi watak dalam Episod Erti al
Fatihah ini. Watak dua sahabat nabi digambarkan mempunyai misi
untuk menyebarkan agama Islam di sebuah perkampungan. Di
kampung tersebut mempunyai watak Penasihat Ketua Kampung yang
berperanan sebagai wakil ketua kampung apabila ketua kampung
jatuh sakit. Anak-anak Ketua Kampung bergembira dan
mengucapkan syukur setelah ayah mereka sembuh. Ketua Kampung
yang pulih dari sakit selepas dibacakan surah al Fatihah oleh salah
seorang sahabat Nabi kemudiannya beriman dengan Allah SWT.
Watak Penduduk Kampung pula berperanan sebagai pemerhati yang
gembira dengan kesihatan Ketua Kampung mereka yang telah pulih
turut beriman dan meraikan dua sahabat nabi tersebut.

Lokasi
Lokasi merupakan kedudukan28 tempat atau persekitaran yang
menggambarkan keselarian antara watak dengan perbuatannya yang
sesuai mengikut keadaan tema penceritaan. Struktur lokasi empayar
zaman kegemilangan Islam pada abad ke-16 dalam bentuk animasi
misalnya bukan sahaja untuk mendalami ilmu pembinaannya, tetapi
juga turut merangkumi pemahaman sejarah dan sudut kehidupan
sosial yang terkandung di dalamnya.29 Ini menunjukkan bahawa

28 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 952.
29 Dr. Mansor Ibrahim, Dr. Puteri Shireen Jahnkassim, Dr Maisarah Ali, Nurul Syala
Abdul Latip, NorZalifa Zainal Abidin. Virtual Reality in Heritage Studies and
Historical Reconstruction through Animation - A Case Study of a 16th World
Century University Complex in the Ottoman World. IIUM: 7th International
Conference on Construction Applications of Virtual Reality. (IIUM: Kulliyyah of
Architecture and Environmental Design, 0ctober 22-23, 2007). h, 233.

272

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

pembinaan lokasi dalam filem animasi juga berperanan sebagai
perlambangan kepada cara hidup, budaya masyarakat dan Negara luar
serta berupaya melangkaui pelbagai zaman mengikut imaginasi
kumpulan penerbitan filem animasi. Keadaan yang demikian adalah
memetik dari Boarnet (2004)30 menyatakan bahawa lokasi atau
persekitaran mempunyai peranan untuk mengubah tahap aktiviti
manusia. Lokasi terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu lokasi
dalaman dan lokasi luaran. Contoh bagi lokasi luaran ialah melibatkan
pemandangan alam sekitar, keadaan luar bangunan dan kawasan
kediaman untuk memberikan gambaran secara menyeluruh kepada
penonton untuk memahami situasi cerita. Manakala lokasi dalaman
mempunyai paparan yang lebih jelas dan dekat untuk
menggambarkan watak yang sedang melakukan perbuatannya
berdasarkan persekitaran yang sesuai mengikut peranannya untuk
mengukuhkan mesej dalam penyampaian cerita.

Dari sudut pembinaan psikologi manusia, lokasi atau
persekitaran merupakan antara faktor utama dalam membentuk jati
diri individu. Menurut Ibnu Khaldun,31 fitrah hidup manusia
memerlukan kepada persekitaran yang baik untuk menghasilkan
akhlak yang baik. Oleh itu, sesiapa yang mendapati dirinya berada
dalam persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah
kebaikan, maka dia lebih cenderung untuk menjadi golongan yang
baik dan begitu juga sebaliknya.32

Di dalam siri filem animasi UCPK, HHM telah mereka
beberapa lokasi untuk menggambarkan suasana penceritaannya
dengan lebih terperinci menerusi lokasi luaran dan dalaman. Selain
dari itu, terdapat juga beberapa lakaran lokasi utama yang
menggambarkan babak penting yang terdapat dalam segmen kisah

30 Committee on Physical Activity, Health, Transportation and Land Use. 2005.
Does the Built Environment Influence Physical Activity? Examine The Evidence.
Washington D.C: Transportation Research Board. h, 134.
31 Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. 2002.
Mukaddimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Melalui Zakaria Stapa, Ahmad Munawir Ismail, Noranizah Yusuf. 2012. Faktor
Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Edisi Khas
Jurnal Hadhari. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari UKM.
h, 157.
32 Zakaria Stapa, Ahmad Munawir Ismail, Noranizah Yusuf. 2012. Faktor
Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Ibid.

273

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

teladan. Berikut merupakan beberapa gambaran lokasi utama dalam
siri penceritaan UCPK dalam episod Erti Al Fatihah:
Gambar 5: Lokasi Utama untuk keseluruhan cerita siri UCPK

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

Lokasi utama dalam siri UCPK ialah Pondok Ummi. Ia
merupakan sebuah rumah persinggahan dan pendidikan tidak formal
antara watak Ummi dengan anak didiknya. Suasana Pondok Ummi
digambarkan dengan lebih terperinci apabila dipaparkan keadaan
dalaman rumah tersebut lengkap dengan peralatan belajar seperti
meja, kerusi dan buku-buku yang bersusun seperti perpustakaan. Hal
ini menggambarkan bahawa ia adalah lokasi yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran. Segmen Kalimah Pilihan juga
turut menggunakan lokasi yang sama apabila memaparkan gambaran
Ustaz Syakir yang berlatarkan lokasi dalaman rumah bahagian ruang
tamu.

Gambar 6: Babak utama yang melibatkan beberapa lokasi
dalam episod Erti Al Fatihah

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

274

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Permulaan cerita dalam siri episod ini digambarkan dalam
suasana Ruang Belajar sebagai pencetus bermulanya minat untuk
sekumpulan kanak-kanak yang terdiri dari Aliff, Hana, Putri, Aiman
dan Atan untuk menghafal dan mempelajari terjemahan erti surah Al
Fatihah. Lokasi yang berlatarkan pemandangan Masjid dan Bunga
Mawar seperti di dalam Taman pula digambarkan secara khusus
untuk mewakili imaginasi watak Putri dan rakan-rakan yang berusaha
untuk menghafal erti Fatihah dalam bentuk nyanyian. Manakala
lokasi pengakhiran episod ini menggambarkan Aiman yang pengsan
akibat dari kejutan elektrik di bilik tidur ini cuba dipulihkan oleh Aliff
dan rakan-rakan melalui bacaan surah Al Fatihah.

Gambar 7: Beberapa babak utama yang terdapat dalam segmen
kisah teladan dalam episod Erti Al Fatihah

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

Terdapat beberapa lokasi utama yang dipaparkan dalam
segmen Kisah Teladan dalam episod erti Al Fatihah ini. Antaranya
ialah suasana perkampungan yang dimasuki oleh 2 sahabat Nabi
dalam misi menyebarkan dakwah Islam, suasana yang
menggambarkan seorang dari sahabat Nabi berikhtiar
menyembuhkan Ketua Kampung dengan bacaan Surah Al Fatihah dan
suasana halaman rumah Ketua Kampung yang menggambarkan
dirinya diraikan oleh penduduknya ketika sembuh dari sakit.

Strategi
Strategi ialah rancangan atau pendekatan yang utama yang
dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu33 dalam sesuatu
pengurusan yang berkaitan dengan usaha kerja yang tertentu sama ada

33 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 1525.

275

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

secara individu atau berkumpulan. Penyusunan strategi dalam
penerbitan filem animasi adalah penting untuk memastikan segala
gerak kerja berjalan dengan lancar untuk menjayakan sesebuah
persembahan yang menarik. Ia merupakan sejenis ilmu pengurusan
yang menurut Henry Mintzberg34 sebagai suatu amalan yang
melibatkan pertembungan antara seni, sains dan artistik. Proses
penerbitan filem animasi yang terbahagi kepada kumpulan kerja pra
penerbitan, penerbitan dan pasca penerbitan ini boleh diistilahkan
sebagai kejuruteraan serentak (simultaneous engineering)35 untuk
tujuan penjimatan masa dan memerlukan kerjasama antara ahli
kumpulan melalui kesepakatan dalam interaksi untuk menentukan
hala tuju sesebuah karya filem animasi dihasilkan. Zawiyah
Mohammad Yusof36 turut berpandangan bahawa persembahan yang
berkesan memerlukan struktur yang jelas dan saling berhubung untuk
memudahkan pemahaman dalam penyampaiannya.

Untuk mencapai tujuan dakwah bil hal dalam filem animasi,
strategi perlu diambil kira dari sudut penglibatan daya tarikan dan
susunan masa yang sesuai dengan memerlukan imaginasi sebagai
penentu hala tuju sesebuah persembahan. Hal ini adalah kerana
menurut ahli falsafah Perancis yang bernama Blaise Pascal (1623-
1662),37 menyatakan bahawa imaginasi adalah sesuatu yang amat
berkuasa ke atas manusia dan merupakan faktor yang berpotensi
kepada berlakunya kesilapan kerana ia melibatkan nilai sesebuah
kepercayaan. Secara tidak langsung, ia menggambarkan bahawa
imaginasi melalui strategi yang berkesan mampu membina
kepercayaan kepada sasaran dakwah mengikut autoriti dan faktor
yang tertentu.

Penerbitan siri animasi di syarikat HHM memiliki prinsip asas
yang menitikberatkan konsep nilai-nilai Islam dalam
penyampaiannya. Menurut Puan Nora Ariffin yang turut menjaga
bahagian kualiti isi kandungan dalam penerbitan siri Ummi
menyatakan “Penyampaian dikehendaki teliti melalui skrip, maka

34 Sam Atkinson. 2014. The Business Book. New York: DK Publishing. h, 112
35 Strategi kerja ini melibatkan seluruh gerak kerja dijalankan secara serentak. Sam
Atkinson. 2014. The Business Book. Ibid. h, 326-327.
36 Zawiyah Mohammad Yusof. 2009. Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. h, 187 -200.
37 Anna Hall. 2011. The Philosophy Book. New York: DK Publishing. h, 124.

276

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dakwah boleh disampaikan dengan mudah beserta dengan campuran
pendidikan dan hiburan supaya penonton tidak bosan. Ini disebabkan
sasaran utama adalah kanak-kanak, maka ada sedikit cabaran dari
sudut ini yang memerlukan sedikit humor yang tidak keterlaluan
dalam masa yang sama bahasa juga dijaga dengan baik.”38 Antara
strategi yang dilaksanakan dalam penerbitan filem animasi UCPK
adalah seperti berikut:

1. Daya Tarikan
Daya tarikan membawa kepada maksud kekuatan39 dalam perihal
menarik40 yang berkaitan dengan persembahan filem animasi. Ia
bertujuan untuk memastikan pengekalan pandangan penonton
terhadap persembahan tersebut adalah berterusan sehingga jalan
cerita tamat dari paparan skrin. Secara fitrahnya manusia mudah
tertarik kepada objek bergerak dan menurut kajian Peter Roget41,
retina mata manusia berkemampuan memproses 1/10 saat sebelum
diganti dengan imej yang lain. Dalam filem animasi dakwah bil hal,
daya tarikan boleh diserlahkan melalui hiburan yang antaranya
melalui bentuk penceritaan, muzikal nyanyian, bunyi-bunyian, jenaka
dan motivasi yang menarik. Strategi ini memberikan kesan yang
mendalam kerana panca indera yang melibatkan perasaan dan fikiran
dikerjakan secara serentak42 untuk menerima mesej yang
disampaikan.

Rangsangan psikologi yang melibatkan sistem rangsangan
terhadap pendengaran dan penglihatan serta mampu mempengaruhi
pemikiran manusia yang di mana menurut Dr. Danial Zainal Abidin,
kedua-duanya memberi kesan yang besar kepada akal dan hati43
dalam membentuk peribadi manusia. Cetusan dari rangsangan
psikologi tersebut berkebolehan sebagai penyebab kepada golongan

38 Nora Ariffin (Pengarah Syarikat, Hud Hud Media Sdn Bhd), Op. Cit.
39 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 321.
40 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Ibid. h, 1610.
41 Amyrhead, "Case Study of Animation Pioneers", laman sesawang
wordpress.com, dikemaskini 21 September 2012, dicapai 25 Mac 2015,
https://amyrheadaca.wordpress.com/2012/09/21/peter-mark-roget-persistence-of-
vision/
42 Samsul Munir Amin. 2009. Ilmu Dakwah. Jakarta: Penerbit Amzah. h, 104.
43 Dr. Danial Zainal Abidin. 2014. Quran Saintifik. Selangor: PTS Millennia Sdn
Bhd. h, 123-124.

277

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kanak-kanak mudah untuk meniru perlakuan yang berdasarkan
kepada penontonan terhadap filem animasi. Hal tersebut adalah turut
sama seperti kajian yang dikemukan oleh Albert Bandura dalam teori
proses pembelajaran melalui pemerhatian dan permodelan yang
terdiri dari empat proses utama iaitu perhatian (attention), mengingati
(retention), reproduksi (reproduction) dan peneguhan
(reinforcement).44 Berikut merupakan beberapa daya tarikan yang
terdapat dalam siri penceritaan UCPK:
Lagu: Lagu ialah gubahan muzik pada kebiasaannya beserta dengan
seni kata45 dalam bentuk lirik yang membawa mesej tertentu untuk
menghiburkan pendengar. Selain dari penggunaannya sebagai bahan
hiburan, ia juga boleh dijadikan untuk tujuan pendidikan kerana
terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa muzik bermanfaat
kepada manusia dari sudut kesihatan dan kesejahteraan.46

Gambar 8: Contoh lagu yang terdapat dalam siri UCPK
yang mengandungi adab dengan Allah, sesama manusia dan

makhluk alam yang lain

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

44 Mok Soon Sang. 2012. Prinsip Teras Pengajaran dan Pembelajaran II. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. h, 144-145.
45 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 867.
46 Muhammad Akhmal Hakim. 2013. Kecerdasan Membentuk Muslim Superior.
Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd. h, 176.

278

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Dalam setiap siri UCPK, lagu merupakan gaya persembahan
utama yang dipaparkan sebagai daya tarikan kepada penonton. Antara
komposer lagu, artis dan penulis lirik yang terlibat ialah Encik Johan
Nawawi, Puan Nora Ariffin, Bringgo, Ustazah Faizah, Amran Omar
dan ahli kumpulan Voices of Ummi (VOU). Setiap lagu-lagu yang
disampaikan mempunyai nilai-nilai mesej dakwah kepada penonton
mengikut tema tajuk.

Selain dari memiliki alunan melodi yang menarik,
keseluruhan lirik yang terdapat dalam lagu juga mudah difahami. Ia
merangkumi unsur-unsur akidah, seruan syariat dan akhlak dalam
menjaga adab dengan Tuhan, sesama manusia dan makhluk ciptaan
Allah SWT seperti flora dan fauna. Gambar 8 A antaranya merupakan
contoh lagu yang paling tepat dalam seruan akidah dengan
menggunakan terjemahan surah Al-Fatihah. Ia merupakan lirik yang
mengagungkan Allah SWT sebagai Tuhan yang berhak untuk
disembah dan menyatakan kesyukuran kita sebagai makhluk
ciptaanNya.

Gambar 8 B bagi lagu yang bertajuk Rakan Sejati merupakan
hubungan sesama manusia dalam bersahabat. Ia juga memberikan
gambaran bahawa antara ciri-ciri sahabat sejati adalah dengan
kesanggupan untuk bersama walaupun dalam keadaan susah dan
senang. Ia juga merupakan lagu yang bersempena dengan tema cerita
yang bertajuk rakan sejati.

Manakala lagu yang terdapat dalam gambar 8 C merupakan
pesanan untuk kita sebagai manusia supaya menyayangi makhluk
ciptaan Allah SWT walaupun ia kecil ataupun besar yang
merangkumi flora dan fauna. Lagu pembuka ini merupakan tema
untuk cerita bagi episod Lebah Membawa Manfaat.

Motivasi: Motivasi ialah sesuatu yang membuat atau mendorong
seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat47
secara positif untuk melipatgandakan usaha dalam mencapai tujuan
tertentu.48 Targhib dan Tarhib iaitu mendorong dan menakuti49

47 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 1044.
48 Nazneen Ismail. 2014. Psikologi Islam. Selangor: Must Read Sdn Bhd. h, 57.
49 Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid. 2006. Didik Anak Cara Rasulullah SAW.
Kuala Lumpur: Klang Book Centre. h. 674.

279

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

merupakan contoh motivasi yang digunakan dengan tujuan kebaikan
dan menjauhkan keburukan. Rangsangan ini merupakan suatu bentuk
dakwah yang memberikan galakan untuk melakukan kebaikan dengan
menjanjikan ganjaran yang disukai oleh sasaran.50 Antara babak yang
terdapat dalam siri UCPK berkenaan dengan motivasi adalah seperti
berikut:
Gambar 9: Sebahagian dari paparan yang mengandungi unsur-

unsur motivasi

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

Unsur-unsur motivasi yang terkandung dalam kesemua episod
ini mengandungi pelbagai cara seperti galakan, pujukan dan cabaran
untuk berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak-anak
didik Ummi. Kaedah motivasi yang diterapkan dalam pelbagai situasi
menunjukkan bahawa motivasi yang dijana dengan pelbagai keadaan
merupakan pengulangan secara langsung untuk membina cara berfikir
dan menerapkan ia menjadi suatu kebiasaan kepada para penonton.
Antara contoh unsur motivasi galakan terdapat dalam gambar 9 A
yang menunjukkan watak Atan memberikan galakan kepada rakan-
rakannya yang kelihatan kurang bersemangat untuk menghafal surah
al fatihah disebabkan pelbagai prejudis sebelum melakukannya.

Gambar 9 B pula menggambarkan motivasi secara pujukan
oleh watak Ummi terhadap anak didiknya, Atan dan Hana selepas
merasa bersalah kerana telah membunuh semut. Pujukan ini
merupakan suatu cara untuk mendorong anak didiknya agar tidak
melakukan lagi kesilapan yang sama pada masa akan datang.

50 Ab Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya. h, 160.

280

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Motivasi kaedah cabaran yang terdapat dalam gambar 9 C
pula memaparkan watak Alif cuba memberikan semangat positif
kepada Hana melalui perbandingan dengan dirinya agar tidak
tenggelam dalam perasaan keletihan dan berusaha sebaik mungkin
dalam melakukan sesuatu perkara. Kesemua bentuk motivasi yang
dipaparkan bertujuan untuk memupuk minat terhadap perkara positif,
mengulangi amalan-amalan yang baik, dan tidak mengenal erti putus
asa serta menjadikan elemen-elemen tersebut sebagai sebahagian dari
sifat jati diri individu terdapat dalam dalam semua episod UCPK.

Jenaka: Jenaka ialah perbuatan atau kata-kata yang membuat orang
ketawa.51 Ia merupakan antara daya tarikan yang terdapat dalam gaya
persembahan supaya penonton tidak bosan. Walaupun ia adalah
rekaan, jenaka tidak dianggap sebagai pembohongan yang
diharamkan.52 Ini kerana secara fitrahnya manusia dikurniakan
perasaan untuk ketawa disamping berupaya untuk menjana peribadi
yang positif dan menambah seri53 dalam kehidupan semasa. Berikut
merupakan babak-babak jenaka yang terdapat dalam jalan cerita
tersebut:

Gambar 10: Contoh paparan jenaka yang terdapat dalam siri
UCPK

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

51 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 623.
52 Dr Yusuf Qaradhawi. 2014. Fiqh Hiburan dan Rekreasi. Selangor: PTS
Islamika Sdn Bhd. h, 45.
53 Dr Yusuf Qaradhawi. 2008. Seni & Hiburan dalam Islam. Cetakan ketiga. Kuala
Lumpur: Al-Hidayah Publications. h, 170.

281

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Elemen jenaka yang didapati dalam keseluruhan siri episod
UCPK berfungsi menjadikan jalan ceritanya menarik dan membina
sifat postif dengan merangsang emosi ceria dan gembira. Rangsangan
jenaka yang dipaparkan juga didapati sederhana dan tidak keterlaluan
untuk membolehkan mesej utamanya disampaikan dengan berkesan
kepada para penonton. Terdapat beberapa jenis jenaka yang antaranya
berbentuk pujian, sindiran dan perhatian. Gambar 10 A misalnya
adalah jenaka berbentuk pujian dengan memaparkan watak Putri yang
menyatakan Jojo memberitahu Alif kelihatan sedikit kurus apabila
Alif meminta Ummi, Hana dan Putri untuk meneka kelainan yang
terdapat pada dirinya pada hari itu.

Jenaka berbentuk sindiran pula seperti dalam paparan gambar
10 B yang menunjukkan Jojo (Kucing) tidak tahan mendengar suara
sumbang nyanyian Putri yang sedang berlatih untuk sambutan hari
guru. Jojo kemudiannya bertindak menutup telinganya dengan
headset sebagai penyelesaian walaupun secara realitinya kucing akan
lari apabila terdengar suara yang terlalu kuat dan menyakitkan
telinganya.

Bagi jenaka yang berbentuk perhatian seperti dalam paparan
gambar 10 C, kelihatan watak Atan yang mengusik Atan dan Hana
yang kelihatan berusaha untuk menghafal rukun Islam. Walaupun
demikian, usikan tersebut adalah tidak keterlaluan apabila Atan juga
dilihat cuba untuk membantu rakannya agar tidak terlalu menekan diri
selain dari turut serta dalam mendengar cerita Ummi. Kesemua jenaka
dalam siri UCPK didapati selari dengan jalan cerita dan turut
mempunyai unsur pendidikan dan motivasi secara tidak langsung.

Model: Model ialah sesuatu atau seseorang yang dapat dijadikan
contoh untuk ditiru atau diteladani.54 Albert Bandura menyatakan
bahawa kebiasaan tingkah laku bagi manusia dipelajari melalui
contoh model dalam empat perkara iaitu perhatian, pengekalan,
perkembangan dan motivasi.55 Peniruan tidak sekat lakuan
merupakan antara satu dari pelbagai jenis model yang boleh

54 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 1039.
55 Catherine Collin et. al. 2012. The Psychology Book. London: Dorling Kindersley
Limited. h, 288-289.

282

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

ditonjolkan dalam semua situasi56 seperti berbudi bahasa dalam
kehidupan harian. Ia juga merupakan suatu kaedah pengulangan
dalam proses pembelajaran secara praktikal yang berkesan untuk
membentuk kebiasaan dalam diri manusia57 selain dari bertujuan
untuk mengukuhkan ingatan.

Gambar 11: Contoh model hasil pembelajaran yang terdapat
dalam siri UCPK

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

Watak Alif, Aiman, Hana, Atan dan Putri dalam bentuk
kanak-kanak dilihat sebagai model utama yang mempraktikkan ilmu-
ilmu yang telah dipelajari dari watak Ummi. Ini menunjukkan bahawa
watak-watak yang dicipta dalam siri ini bertujuan untuk mewujudkan
perasaan yang sama melalui personaliti yang dipaparkan kepada
penonton sendiri terutamanya terhadap golongan kanak-kanak.
Bentuk model yang dipaparkan adalah didasari dengan akidah, syariat
dan akhlak.

Gambar 11 A merupakan contoh bagi model kelakuan dalam
menjaga adab dengan Tuhan seperti watak Atan yang sudah tidak
peduli lagi akan ejekan budak-budak nakal setelah mendengar kisah
Bilal bin Rabah yang lebih mengutamakan iman dari segala hal dunia.
Gambar 11 B pula memaparkan kelakuan Putri yang membantu Hana

56 Mok Soon Sang. 2014. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan

Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. h, 287.
57 Nazneen Ismail. 2014. Psikologi Islam. Op. Cit. h, 61.

283

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dalam latihan larian amal yang dianjurkan oleh sekolah. Nilai utama
yang ingin ditonjolkan bukanlah untuk memenangi pertandingan
dalam larian, tetapi kepada keikhlasan dalam melakukan ibadah
menjaga kesihatan dan perhubungan sesama manusia kerana Allah
SWT.

Model bagi gambar 11 C pula menggambarkan contoh agar
sentiasa dalam keadaan berlapang dada untuk memohon dan memberi
maaf apabila melakukan kesilapan dalam kehidupan harian. Secara
jelas, penyampaian watak-watak tersebut dalam bentuk perbualan,
kelakuan dan pemakaiannya boleh ditiru dan menjadi rujukan dalam
membina identiti individu yang dilihat mempunyai sifat-sifat yang
positif selain dari bertujuan untuk menjadikan cerita tersebut difahami
dengan mudah.

Penceritaan: Cerita ialah karangan atau lakonan yang mengisahkan
sesuatu peristiwa sama ada secara rekaan atau berdasarkan kejadian
yang sebenar.58 Pendekatan ini berupaya menarik perhatian,
mengajak sasaran untuk berfikir dan mengambil iktibar dari cerita
masa lalu59 supaya boleh menjadikannya sebagai panduan dalam
kehidupan. Berikut merupakan cerita-cerita yang terkandung dalam
setiap episod siri UCPK:

Gambar 12: Contoh kandungan cerita yang mengandungi
manfaat, pengajaran dan ilmu pengetahuan dalam siri UCPK

Sumber: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.

58 Kamus Dewan Bahasa edisi keempat. 2015. Op. Cit. h, 272.
59 Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid. 2006. Didik Anak Cara Rasulullah
SAW. Ibid. h, 694.

284

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Konsep utama yang dibawakan dalam siri UCPK ini adalah
berkenaan cerita-cerita yang dipaparkan mempunyai manfaat, teladan
dan ilmu pengetahuan bagi para penonton. Antara contoh kisah yang
membawa manfaat adalah seperti dalam gambar 12 A yang
membawakan kisah al-Fatihah sebagai tonggak utama bagi setiap
Muslim untuk mengamalkannya dalam solat, doa dan lain-lain amalan
beserta dengan bacaan tajwid yang betul.

Gambar 12 B pula merupakan contoh kisah yang memaparkan
teladan dari Umar al Khattab yang boleh dicontohi oleh para penonton
apabila menjadi pemimpin. Antara kualiti kepimpinan yang terdapat
dalam diri Umar al-Khattab dalam episod ini ialah bersifat merendah
diri, bertanggungjawab, prihatin dengan keadaan pengikut yang
dipimpin dan sentiasa membantu pihak yang memerlukan
pertolongan.

Bagi episod Telaga Zam Zam yang dipaparkan dalam gambar
12 C pula merupakan antara contoh kisah yang memberikan ilmu
pengetahuan kepada para penonton. Selain dari memaparkan sejarah
kewujudan Kota Mekah yang berpunca dari Telaga Zam Zam, ia juga
memberikan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Rukun Islam
dan inspirasi kecekalan Siti Hajar dalam bertawakal kepada Allah
SWT.

Susunan Masa
Masa ialah jangka waktu yang tertentu60 bagi penyiaran sesebuah
persembahan filem animasi. Ia memerlukan strategi dan pengurusan
yang rapi untuk susunan isi kandungan supaya kelihatan teratur dalam
persembahannya. Dalam proses penerbitan filem animasi, masa
dikaitkan dengan kelajuan gerakan bagi watak atau objek untuk tujuan
menyampaikan emosi atau berdasarkan saiz berat yang sebenar. Dari
sudut psikologi, masa turut dikaitkan dengan faktor tumpuan kanak-
kanak61 yang cepat bosan sekiranya imej tayangan untuk satu babak
terlalu lama. Jika masa di dalam sesebuah urusan perniagaan adalah
penting sehingga diibaratkan nilainya seperti emas kerana mampu
menjana keuntungan, maka memanfaatkan masa juga adalah penting
dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat bagi seseorang Muslim

60 Kamus Dewan edisi keempat. 2015. Ibid. h, 1000.
61 Heather L. Kirkorian, Ellen A. Wartella, and Daniel R. Anderson. Media and
Young Children’s Learning. Vol. 18 / No. 1 / Spring 2008. h, 43.

285

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

menerusi pengamalan untuk sentiasa melakukan kebaikan dengan
amalan yang soleh, saling berpesan menjunjung agama yang benar
dan saling berpesan supaya bersikap sabar.62

Secara purata susunan masa bagi seluruh episod dalam siri
UCPK musim pertama mempunyai sebanyak 22 minit. Keseluruhan
bagi setiap episod cerita mempunyai susunan masa yang melibatkan
segmen slot tayangan secara berbeza. Berikut merupakan contoh
Susunan masa bagi tayangan episod Erti Al Fatihah:

Rajah 2: Catatan masa tayangan setiap plot dalam episod Erti

Al Fatihah

Masa: Minit/

Saat Slot Tayangan Jumlah Masa

00:00 - 01:26 Lagu Pembuka Cerita UCPK 01 minit 26 saat

01:27 - 02:12 Video Klip pembuka cerita 00 minit 46 saat

02:13 - 04:51 Pengenalan episod erti al Fatihah 02 minit 38 saat

04:52 - 06:15 Lagu: Erti Al-Fatihah 01 minit 24 saat

06:16 - 06:48 Kelebihan surah al-Fatihah 00 minit 33 saat

06:49 - 06:52 Paparan Logo Ummi 00 minit 04 saat
Segmen Kisah dan Teladan: Surah al 04 minit 39 saat

06:53 - 11:31 Fatihah

11:32 - 11:34 Paparan Logo Ummi 00 minit 03 saat

11:35 - 12:18 Segmen Kalimah Pilihan 00 minit 44 saat

12:19 - 12:22 Paparan Logo Ummi 00 minit 04 saat

12:23 - 13:44 Lagu: Bagus Punya Bagus 01 minit 22 saat

13:45 - 19:05 Pengakhiran episod erti al Fatihah 06 minit 21 saat

19:06 - 19:43 Video Klip penutup cerita 00 minit 38 saat

19:44 - 21:01 Video Klip Muzikal Erti Al Fatihah 01 minit 18 saat

21:02 - 21:34 Lagu Penutup Cerita UCPK 00 minit 33 saat

21:35 - 21:56 Logo Penaja dan Syarikat HHM 00 minit 22 saat

Rajah 2 di atas menunjukkan setiap slot tayangan mempunyai
durasi yang tertentu berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan.

62 Sayyid Quthb, "Tafsir Fi Zilalil Quran", laman sesawang wordpress.com, dicapai
21 Ogos 2016, https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi lengkap/, al-
asr-melayu.pdf841272767.pdf. h, 410.

286


Click to View FlipBook Version