The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr.raudah, 2021-09-04 08:49:00

ISU-ISU DAKWAH MINORITI

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Keywords: Masyarakat minoriti,dakwah minoriti,isu dakwah semasa

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

minggu menerusi peruntukan Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan
(Maiwp).

"Kita bantu beri makanan kepada
mereka setiap Rabu. Kita tidak
menghalang mereka datang ke sini
untuk mendapatkan makanan dan
perlindungan. "Apa yang kita
harapkan supaya mereka menjaga
adab, tingkah laku, menghormati
kawasan masjid dan memelihara
kebersihan persekitaran. Saya juga
berharap gelandangan beragama
Islam bersama-sama menunaikan
solat," kata Syaikh Ismail.10

Menuntut dan Mendalami Ilmu Agama
Ahli Suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah SAW yang
dari mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasawuf. Mereka
dikenal sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda
masjid Rasulullah SAW di kota Madinah. Keperluan mereka
ditanggung oleh orang banyak. Mereka terdiri dari golongan yang
tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan
kehidupan duniawi. Walaupun keadaan ahli suffah yang demikian
kaum Muslimin tidak menganggap mereka sebagai beban. Kaum
Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan
kepada golongan yang lemah itu.

Ketika perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan ahli
suffah sangat penting. Tindakan Rasulullah SAW menyediakan
tempat di beranda masjid baginda SAW untuk menjadi ahli masjid
merupakan satu tindakan yang banyak hikmahnya. Ahli suffah yang
juga ahli masjid Rasulullah SAW merupakan kumpulan yang paling
dekat dengan baginda SAW. Mereka yang pertama mendengar ajaran
Rasulullah SAW. Mereka senantiasa hadir di dalam majlis baginda
SAW. Mereka mempelajari al-Quran secara langsung dari Rasulullah

10 http://www.mstar.com.my

137

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

SAW. Peranan mereka adalah umpama kutub khanah yang
menyimpan segala macam ajaran Nabi Muhammad SAW. Mereka
hanya menekuni satu bidang saja dalam kehidupan ini, yaitu bidang
ilmu Rasulullah SAW. Dari kalangan mereka terdapat orang yang
sangat mendalami pengetahuan mereka tentang agama Islam.
‘Khazanah ilmu agama’ itulah yang memainkan peranan penting
sebagai mubaligh yang menyampaikan ajaran Islam kepada kaum
Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis Rasulullah SAW
dan juga kepada mereka yang baru memeluk agama Islam. Ahli
suffah, ahli masjid Nabi SAW atau ahli sufi pada zaman Rasulullah
SAW merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu
sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar
ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada ahli suffah,
ahli masjid Nabi SAW, ahli sufi. Allah SWT mengakui pentingnya
sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya. Firman Allah
SWT dalam surah al Baqarah ayat 273 yang bermaksud,

(Berinfaqlah) kepada orang fakir yang

terikat (oleh jihad) di jalan Allah;

mereka tidak dapat (berusaha) di bumi;

orang yang tidak tahu menyangka

mereka orang Kaya karena

memelihara diri dari minta-minta.

kamu kenal mereka dengan melihat

sifat-sifatnya, mereka tidak meminta

kepada orang secara mendesak. dan

apa saja harta yang baik yang kamu

nafkahkan (di jalan Allah), Maka

Sesungguhnya Allah Maha

Mengatahui.

Firman Allah SWT dalam surah At Taubah ayat 122 yang bermaksud,

Tidak sepatutnya bagi mukminin itu

pergi semuanya (ke medan perang).

Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap

golongan di antara mereka beberapa

orang untuk memperdalam

138

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

pengetahuan mereka tentang agama
dan untuk memberi peringatan kepada
kaumnya apabila mereka telah kembali
kepadanya, supaya mereka itu dapat
menjaga dirinya.

Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah SAW
merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendak
apa-apa kecuali Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka dikenal sebagai
faqir yang terikat pada jalan Allah SWT. Jalan Allah SWT bukan
semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara al-Quran
dan al-Hadits juga merupakan jihad yang besar. Perkembangan Islam
yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut.
Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus
itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan
pemeliharaan ilmu agama akan terpelihara, sedangkan hal itu
sangatlah penting bagi perkembangan agama. Al-Quran
menganjurkan agar sebagian dari umat Islam tidak keluar berperang.
Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang
itu adalah memperdalam dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan
telah memberikan garis pembagian tugas dalam pembangunan
masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat
senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama
mendapat penghargaan dari Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda
yang artinya, “Manusia yang paling dekat dengan derajat Kenabian
adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang
dibawa oleh Rasul. Ahli jihad juga berjuang dengan pedang mereka
membawa apa yang dibawa oleh Rasul”. Baginda SAW juga
bersabda yang artinya: “Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang
dengan darah syuhada”.

Ahli sufi pada zaman Rasulullah SAW merupakan orang yang
menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah SWT dan Rasul-
Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadits
dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu
tersebut ke seluruh pelosok muka bumi. Inilah dasar yang perlu
diperhatikan dalam menghubungkan ahli suffah dengan ahli sufi yang
datang kemudian.

139

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Oleh karena ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan
mencari rezeki, maka mereka tidak dapat merasakan kemewahan dan
kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada
pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya.
Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang
mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah
SAW mengakui bahwa golongan demikian sebagai kumpulan yang
paling dekat dengan derajat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan
ilmu nabi-nabi. Ruhani mereka adalah cermin jernih yang menerima
pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dikirimkan
Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah
memperbaiki kerusakan yang terjadi pada ilmu agama, terutamanya
dalam perkara akidah.

Kerajaan Islam yang didirikan oleh Rasulullah SAW bermula
di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam semakin besar dan berat
tugas yang dipikul oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW dibantu oleh
empat orang ‘Tangan Kanan’. Mereka adalah Abu Bakar, Umar,
Uthman dan Ali. Siapa pula ‘kakitangan kerajaan’ yang membantu
Rasulullah SAW dan ‘Menteri-menteri’ baginda SAW? Mereka
adalah ahli suffah yang bekerja sepanjang masa untuk Rasulullah
SAW. Kebanyakan dari masa baginda SAW dihabiskan di dalam
masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, kebijakan, wawasan dan
lain-lain keluar dari Rasulullah SAW dan disebarkan oleh ahli suffah.
Mereka menyampaikan berita yang Rasulullah SAW mahu
sampaikan kepada kaum Muslimin. Ahli suffah yang bergerak
mempastikan latihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai
persiapan mempertahankan agama dan negara Islam. Ahli suffah yang
mengatur pembuatan senjata-senjata perang seperti baju besi dan
pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum Muslimin
mempersiapkan unta dan kuda mereka supaya apabila diperlukan
semuanya berada dalam keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah,
ahli masjid Nabi SAW atau ahli sufi itulah yang memudahkan
Rasulullah SAW mentadbir negara Islam dari dalam masjid baginda
SAW. Ketika jumlah tentera Islam masih sedikit, ahli suffah ikut serta
berperang. Jadi, ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif
bekerja untuk Allah SWT dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang
Rasulullah SAW berikan itulah bagian mereka untuk kehidupan
mereka. Mereka ridha dengan yang demikian. Mereka lebih suka

140

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

nama mereka tidak dikenali karena mereka tidak mencari nama dan
kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keridhaan Allah SWT dan
Rasul-Nya.11

Ahli Shuffah mencurahkan segala perhatiannya untuk mencari
ilmu. Mereka beri'tikaf di Masjid Nabawi untuk beribadah dan
membiasakan diri hidup dalam keadaan serba kekurangan. Jika
sedang berdiri, yang mereka lakukan adalah solat, membaca dan
mempelajari Al-Quran, serta berzikir. Sebahagian lagi belajar
membaca dan menulis. Bahkan salah seorang dari mereka
menghadiahkan busur kepada Ubadah bin Ash-Shamith, kerana
mengajari mereka Al-Quran, membaca dan menulis.12 Sehingga
ramai di kalangan mereka yang dikenali sebagai ulama dan ahli
hadits, kerana banyak menghafal hadits-hadits Nabi SAW, seperti
Abu Hurairah r.a dan Hudzaifah ibnul Yaman r.a yang diketahui
banyak meriwayatkan hadits tentang fitnah.

Konsentrasi dan perhatian mereka tertuju pada ilmu agama
dan ibadah, namun bukan bererti mereka tidak berperanan dalam
kegiatan masyarakat dan jihad. Di antara mereka ada yang mati syahid
dalam Perang Badar, seperti Shafwan bin Baidha', Khuraim bin Fatik
Al-Asadi, Khubaib bin Yasaaf, Salim bin Umair dan Haritsah bin An-
Nu'man Al-Anshari. Dan dalam Perang Uhud, di antara mereka yang
mati syahid ialah Handzalah, yang dimandikan jenazahnya oleh
malaikat. Sebahagian lagi mengikuti Perjanjian Hudaibiyyah, seperti
Jurhud bin Khuwailid dan Abu Suraihah Al-Ghifari. Ada juga yang
syahid dalam Perang Khaibar, seperti Tsaqf bin Amr, di Perang Tabuk
seperti Abdullah ibnul Bajadain. Mereka adalah para ahli ibadah di
malam hari dan perajurit yang gagah berani di siang hari.13

Penyediaan Makanan, Minuman dan Pakaian
Kebanyakan makanan mereka adalah kurma. Rasulullah SAW suka
memberikan satu tangkup kurma untuk dua orang dari mereka setiap
hari. Mereka mengatakan bahawa dengan memakan kurma setiap hari
seperti membakar perut mereka. Rasulullah SAW tidak mampu

11 https://rumisufi.blogspot.my
12 Abu Daud dalam Sunannya , jil 2 hal. 237. Ibnu Majjah dalam Sunannya , jil 2
hal. 730.
13 Shahih Sirah Nabi - Dr Akram Dhiya' Al-Umuri , hal. 267.

141

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

memenuhi keperluan mereka selain kurma. Baginda SAW menasihati
mereka agar sentiasa bersabar, dan sentiasa menghiburkan mereka.

Baginda SAW pun sering mengundang mereka untuk makan
bersama di rumah baginda SAW walaupun dengan hidangan yang
sangat sederhana, kerana baginda SAW sendiri tidak berkecukupan.
Biasanya baginda SAW menghidangkan susu, kadang-kadang bubur,
daging, atau kurma yang sudah dimasak. Kadang-kadang juga kurma
yang sudah dihaluskan lalu dicampur dengan tepung dan minyak susu.
Hidangan lain adalah gandum panggang atau roti yang disiram kuah
maraq. Baginda SAW meminta maaf kerana tidak dapat menyajikan
hidangan yang lebih baik.

Ahli Shuffah akan mendapatkan makanan yang lebih baik
ketika ada dermawan dari kalangan sahabat yang mengadakan jamuan
makan, dan ini seringkali dilakukan oleh para sahabat. Tapi biasanya
Ahli Shuffah tidak mendapat makanan yang dapat menahan rasa lapar
mereka. Semua itu sangat berpengaruh pada kehidupan mereka,
sehingga mereka terjatuh ketika melakukan solat kerana menahan
lapar. Sampaikan orang-ramai mengatakan "mereka adalah orang
gila". Abu Hurairah sendiri pernah pengsan antara mimbar masjid dan
rumah Aisyah r.a kerana lapar yang dideritainya. Namun keadaan
sedemikian tidak mendorong mereka berbuat jahat atau berebut
makanan. Mereka tetap menjaga hak-hak saudara sesama Muslim dan
tetap bersikap sopan-santun.

Ahli Shuffah tidak memiliki pakaian yang dapat melindungi
diri mereka dari hawa dingin atau menutupi seluruh anggota tubuh
mereka. Mereka juga tidak memiliki selimut tebal.14 Tidak ada
seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai pakaian lengkap.15
Mereka mengikatkan baju dan selimut ke leher-leher mereka.16
Sebahagian lagi hanya memakai baju dan kain sarung.17 Pakaian
mereka hanya menutup sampai setengah betis, bahkan ada pula yang
tidak sampai pada kedua lutut. Banyak sumber mengatakan bahawa

14 Ibnu Sa'ad dalam Thabaqat al-Kubra , jil 1 hal. 255. Abu Nu'aim dalam
Hilyatul Auliya' , jil 1 hal. 377.
15 Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya' , jil 1 hal. 341.
16 Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya' , jil 1 hal. 377.
17 Shahih Bukhari jil 1 hal. 114. Ibnu Sa'ad dalam Thabaqat al-Kubra , jil 1 hal.
255.

142

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

mereka memakai serban,18 iaitu gulungan kain yang diikatkan di
kepala.19

Selimut yang mereka pakai adalah Al-Hanaf, iaitu selimut
yang menyerupai selimut keluaran Yaman, dibuat dari bahan yang
kasar dari kain terburuk.20 Kadang-kadang mereka malu keluar,
kerana pakaian mereka tidak lengkap dan mudah terbuka auratnya.21
Di samping itu pakaian mereka cepat kotor kerana Shuffah tidak
berdinding, yang mengakibatkan debu dan angin mudah mengenai
mereka, sehingga peluh mereka mudah sekali bercampur dengan debu
dan kotoran.22

Memberi Perhatian Secara Langsung
Rasulullah SAW selalu menjaga, mengawasi dan memerhatikan Ahli
Shuffah. Baginda SAW mengunjungi mereka, memeriksa keadaan
mereka, menjenguk yang sakit di antara mereka. Baginda SAW juga
banyak duduk-duduk bersama mereka. Baginda SAW menasihati,
mengarahkan, mengingatkan dan menganjurkan mereka agar selalu
baca al-Quran, mempelajarinya, berzikir mengingat Allah SAW,
mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat dan tidak perlu
berangan-agan untuk mendapatkan perhiasan dunia. Bila mendapat
sedekah, Baginda SAW mengirimkan kepada mereka dan Baginda
SAW tidak ikut memakannya sedikit pun. Dan kalau mendapat
hadiah, Baginda SAW juga mengirimkan kepada mereka dan ikut
serta menikmatinya.

Seringkali Baginda SAW menjamu mereka di salah sebuah
rumah isteri Baginda SAW. Nabi SAW tidak pernah lalai sedikit pun
tentang keadaan mereka. Bahkan sewaktu Hasan bin Ali r.a lahir ,
Baginda SAW meminta anaknya Fatimah r.a untuk memberikan
sedekah kepada mereka dengan perak seberat rambut kepala Hasan.
Pernah Baginda SAW mendapat tawanan perang lalu Fatimah r.a
meminta seorang pembantu, kerana merasa lelah dalam mengerjakan
tugas-tugas rumahtangga, Baginda SAW menjawab; "Patutkah aku

18 Ahmad dalam Musnadnya , jil 14 hal. 128.
19 Ibnu Mandzur dalam Lisanul Arab.
20 Ahmad dalam Musnadnya , jil 3 hal. 487. Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya' ,
jil 1 hal. 374. As-Samhudi dalam Wafa-ul Wafa , jil 1 hal. 323.
21 Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya' , jil 1 hal. 342.
22 Abu Nu'aim dalam Hilyatul Auliya' , jil 1 hal. 341.

143

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

memberi kalian berdua pembantu dan meninggalkan Ahli Shuffah
kelaparan?"

Baginda SAW menjelaskan bahawa Baginda SAW akan
menjual tawanan tersebut, dan akan menginfakkan hasil penjualannya
untuk Ahli Shuffah. Nampaknya Fatimah r.a meminta wang juga,
sebab ketika Rasulullah SAW mengunjungi Ali r.a, Baginda
mendapati alas tidur keduanya sangat pendek dan tidak cukup.
Baginda SAW mengajarkan kepada mereka berdua satu doa, dan
mendahulukan kepentingan Ahli Shuffah, seraya bersabda, "Aku tidak
akan memberikan kalian sementara Ahli Shuffah melilit perutnya
kerana lapar." [Musnad Imam Ahmad , jil 1 hal. 79, 106.]

Rasulullah SAW mewasiatkan para sahabat agar
menginfakkan harta mereka kepada Ahli Shuffah. Maka para sahabat
pun berlumba-lumba berbuat baik kepada Ahli Shuffah. Para
hartawan dari kalangan sahabat mengirimkan makanan kepada
mereka. Rasulullah SAW membahagikan Ahli Shuffah kepada para
sahabat selepas solat 'Isya' agar mereka dijamu di rumah para sahabat
tersebut. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Barangsiapa
di rumahnya ada makanan yang cukup untuk dua orang, hendaklah
mengajak orang ketiga untuk makan, kalau cukup bagi empat orang,
maka hendaklah mengajak orang kelima atau keenam."

Para sahabat r.a mulai mengajak mereka, sampai yang tersisa
ikut ke rumah Rasulullah SAW untuk makan malam bersama Baginda
SAW. Kejadian di atas nampaknya terjadi di awal-awal Hijrah.
Setelah Allah SWT mencukupkan mereka kemudiannya, maka tidak
perlu lagi mengajak mereka untuk makan di rumah para sahabat.

Ada 70 orang sahabat dari kalangan Anshar yang dikenali
sebagai ahli Qiro-ah (mereka yang mati syahid dalam Peperangan
Bi'ru Ma'unah) yang merasa prihatin dengan keadaan Ahli Shuffah.
Mereka lalu membaca dan mempelajari Al-Quran di malam hari, dan
di siang hari mereka mengambil air untuk diletakkan di masjid.
Mereka mencari kayu bakar yang kemudiannya dijual, dan hasilnya
untuk Ahli Shuffah dan Faqir Miskin.

Muhammad ibnu Maslamah Al-Anshari dan para sahabat
lainnya mengusulkan kepada Rasulullah SAW, agar setiap orang dari
kaum Anshar mengeluarkan setandan kurma dari kebun masing-
masing untuk Ahli Shuffah dan Faqir miskin. Rasulullah SAW lalu
bersetuju dengan usul tersebut, dan meletakkan tali di antara dua

144

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

ruangan bahagian atas masjid. Mulailah para sahabat mengikat
tandan-tandan kurma tersebut pada tali itu. Jumlah yang terkumpul
lebih kurang 20 tandan.

Mu'adz bin Jabal bertugas menjaga tandan-tandan kurma itu.
Dalam riwayat lain menyebutkan bahawa yang mengusulkan hal
tersebut adalah Rasulullah SAW sendiri, dengan tujuan agar Allah
SWT menghilangkan gangguan yang menimpa kebun-kebun mereka,
maka mereka pun melaksanakannya.

Pernah Rasulullah SAW menolak setandan kurma yang
kering, Baginda SAW ingin agar sedekah bagi Ahli Shuffah diberikan
dari kurma yang lebih baik dari itu. Dalam riwayat yang dipaparkan
oleh As-Samhudi disebutkan, bahawa kebiasaan menggantungkan
tandan kurma di Masjid Nabawi terus berlangsung, sekurang-
kurangnya, sampai abad ke 2 Hijrah.

Semoga Allah SWT merahmati Ahli Shuffah yang merupakan
ahli ibadah, puasa, para Mujahid yang zuhud. Jauh berbeza dengan
kaum faqir miskin jahiliyyah yang tidak lain membentuk kumpulan
pencuri, pembunuh dan segala bentuk jenayah yang telah
melenyapkan ketenangan dan rasa aman dalam masyarakat. Ini adalah
perbezaan yang menonjol antara generasi didikan Rasulullah SAW
dengan generasi didikan jahiliyyah. Perbezaan antara Undang-undang
Allah SWT dengan Undang-undang ciptaan manusia.23

Rondaan Waktu Malam Secara Diam
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab berlaku suatu
peristiwa beliau sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyatnya pada
waktu malam secara diam dan beliau juga dalam keadaan menyamar
sehinggakan rakyatnya sendiri tidak mengenali dirinya. Sepertimana
kisah yang masyhur iaitu peristiwa seorang ibu sedang memasak ketul
batu sahaja untuk memujuk anak-anaknya yang sedang kelaparan.
Kisahnya seperti berikut,“Wahai Aslam, malam ini temankan saya
keluar malam. Saya tidak dapat tidur sekiranya belum menjalankan
tanggungjawab saya,” kata Khalifah Umar al-Khattab ketika mereka
dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan
sembahyang isyak di masjid Nabi. “Baiklah tuan,” sahut Aslam yang
tidak pernah membantah arahan tuannya. Dahulu dia seorang hamba

23 Shahih Sirah Nabi - Dr Akram Dhiya' Al-Umuri , hal. 267-271.

145

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

tetapi dimerdekakan oleh Umar al-Khattab. Kemudian dia terus
berkhidmat kepada khalifah.

Tengah malam itu ketika orang lain sedang asyik tidur,
Khalifah Umar al-Khattab dengan ditemani Aslam, keluar dari rumah
bagi menjaga keselamatan rakyat. Mereka terus berjalan meredah
kedinginan malam hingga sampai ke daerah Murrah yang terletak di
luar kota Madinah. “Di hujung kelihatan unggun api. Mungkin ada
pengembala yang bermalam ataupun tersesat jalan. Mari kita temui
mereka. Mungkin mereka memerlukan bantuan,” kata Khalifah Umar
al-Khattab. “Baik tuan.” Aslam akur dengan arahan khalifah.

Mereka berdua berjalan menuju ke arah unggun api itu.
Apabila didekati kelihatan seorang wanita sedang menjerang sebiji
periuk. Empat orang kanak-kanak sedang menangis. Khalifah Umar
al-Khattab mendekati mereka. “Assalamualikum, wahai orang yang
sedang menyalakan api,” ucap Khalifah Umar al-Khattab. Perempuan
itu terkejut tetapi segera manjawab salam. “Boleh saya mendekati
puan?” tanya Umar al-Khattab. “Sekiranya kedatangan kamu dengan
niat yang baik, silalah ke mari. Tetapi sekiranya sebaliknya jauhi
sahaja tempat kami. Sesungguhnya Tuhan sentiasa melihat apa yang
kamu lakukan,” jawab perempuan itu.

Khalifah Umar al-Khattab dan Aslam menghampiri mereka
lalu bertanya, “Boleh saya tahu mengapa kanak-kanak ini menangis?”
“Mereka kelaparan….,” jawab perempuan itu. “Apa yang puan
masak?” tanya Umar al-Khattab lagi. “Cuma air dan ketul batu,”
jawab perempuan itu. “Mengapa?” tanya Umar hairan. “Kami
kehabisan makanan sedangkan anak-anak saya kelaparan. Lalu saya
jerang air dan batu bagi mendiamkan tangisan mereka kerana
menyangkakan saya sedang memasak makanan. Apabila letih nanti
mereka pasti tertidur,” jawab perempuan itu.

Khalifah Umar al-Khattab terkejut mendengar jawapan
perempuan itu. Dia membuka penutup periuk bagi memastikan
kebenarannya. Memang benar di dalam periuk itu ada beberapa ketul
batu. “Kami simpati dengan kesusahan puan. Semoga Allah
merahmati kata. Mengapa tidak mengadu kepada Khalifah Umar al-
Khattab? Tentu dia tidak tahu kesusahan puan,” kata Khalifah Umar
al-Khattab.

“Dia tidak pernah ambil tahu keadaan kami. Adakah patut dia
memegang jawatan khalifah tetapi melalaikan tanggungjawabnya

146

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kepada kami? Orang yang menjadi khalifah sepatutnya mengetahui
keadaan setiap rakyatnya.” Perempuan itu meluahkan rasa tidak puas
hatinya. “Semoga Tuhan mengampuni kelalaian Khalifah Umar al-
Khattab. Puan tunggu di sini dan saya pergi mencari makanan,” kata
Khalifah Umar al-Khattab. “Terima kasih tuan kerana mahu
menolong kami. Tuan lebih baik daripada Umar al-Khattab.
Sepatutnya tuan yang menjadi khalifah,” kata perempuan itu.

Kemudian Umar al-Khattab mengajak Aslam pulang ke kota
Madinah lalu terus ke Baitulmal. Dia mengisi sebuah karung dengan
tepung, buah kurma, minyak dan pakaian. Dia juga mengeluarkan
sedikit wang bagi diberikan kepada perempuan itu. Selepas karung itu
penuh, Umar al-Khattab meminta Aslam meletakkan karung itu di
belakangnya. “Wahai Amirul Mukminin, biar saya yang
memikulnya,” kata Aslam. “Apakah kamu sanggup memikul dosa
saya di akhirat kelak?” marah Umar al-Khattab. Dengan hati yang
berat Aslam mengangkat karung itu lalu diletakkan di belakang
Khalifah Umar al-Khattab. Kemudian mereka pergi semula ke
Murrah.

“Apakah yang kamu bawa wahai lelaki yang baik hati?” tanya
perempuan itu sebaik sahaja melihat kedatangan Umar dan Aslam.
“Kami bawakan tepung, minyak, buah kurma dan pakaian kepada
puan,” jawab Khalifah Umar al-Khattab.
“Alangkah pemurahnya hati tuan. Sepatutnya tuan yang paling layak
menjadi khalifah. Bukan Umar al-Khattab,” ujar perempuan itu
sambil mengucapkan syukur.

Khalifah Umar al-Khattab tidak tersinggung dengan ucapan
perempuan itu. Malah dia rasa bersalah kerana perempuan itu dan
anak-anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. “Wahai
puan, boleh saya bertanya di mana suami puan?” tanya Aslam pula.
“Khalifah Umar al-Khattab memerintahkan suami saya pergi
berperang. Selepas dia gugur syahid, kami kehilangan tempat
bergantung hidup. Sejak itu kami hidup dalam kesusahan. Umar al-
Khattab dan pegawainya tidak pernah mengambil tahu keadaan
kami,” jawab perempuan itu.

Semakin tersentuh hati Umar al-Khattab mendengarnya.
Dalam hati dia berjanji membantu balu-balu yang ditinggalkan oleh
tentera yang syahid di medan perang. Mereka yang tua dan tidak
mampu lagi membuat kerja juga diberikan sara hidup. Begitu tekad

147

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Umar al-Khattab. “Wahai puan, sementara saya memasak tepung,
puan berikan buah kurma itu kepada anak-anak puan. Selimutkan
mereka dengan kain yang saya bawa,” kata Khalifah Umar al-
Khattab.

Kemuadian dia sendiri yang menguli dan memasak tepung itu
sehingga mukanya berpeluh terkena asap. Selepas tepung itu masak,
Umar al-Khattab sendiri yang menghidangkan makanan itu.
Perempuan itu dan anak-anaknya menikmati makanan itu hingga
kenyang. Khalifah Umar al-Khattab tersenyum puas apabila melihat
kanak-kanak itu tertawa serta bermain-main selepas berasa kenyang.
Kemudian barulah Umar al-Khattab meminta izin mahu pulang.

“Semoga Tuhan memberi ganjaran di atas kebaikan tuan
kepada orang miskin seperti kami. Sesungguhnya tuan lebih layak
memegang jawatan khalifah daripada Umar,” kata perempuan itu.
Aslam ingin memberitahu perempuan itu bahawa lelaki yang berada
di hadapannya ialah Umar al-Khattab. Tetapi Umar segera memberi
isyarat supaya dia tidak berbuat demikian. Aslam terpaksa
mematuhinya.

Sebelum beredar dari tempat itu, Khalifah Umar al-Khattab
berpesan kepada perempuan itu, “Esok puan bawa anak-anak puan
datang ke rumah Khalifah Umar al-Khattab. Puan berhak mendapat
bantuan daripad khalifah.” “Saya bimbang kedatangan saya tidak
dipedulikannya,” kata perempuan itu. “Puan mesti datang kerana saya
berada di sana. Saya beri jaminan puan dan anak-anak puan pasti
dibantu oleh khalifah,” kata Umar al-Khattab.

Malam itu Khalifah Umar al-Khattab tidak dapat tidur
nyenyak kerana terkenangkan nasib malang perempuan itu. Dia
bertekad membantu bukan sahaja perempuan itu, malah semua rakyat
miskin di bawah pemerintahannya. Keesokan harinya perempuan itu
datang ke rumah Khalifah Umar al-Khattab dengan membawa empat
orang anaknya. Dia terkejut apabila mendapati lelaki yang datang
membawakan makanan malam tadi adalah Khalifah Umar al-Khattab.
“Wahai Amirul Mukminin. Maafkan saya keran tidak kenal tuan…’”
kata perempuan itu. “Saya juga meminta maaf kerana selama ini tidak
dapat membantu puan,” kata Khalifah Umar al-Khattab pula.24

24 Abdul Latip Talib, Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam (Kuala Lumpur: PTS
Millennia Sdn. Bhd., 2009), 285-289.

148

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Rumah dan Tempat Tinggal
Anjung Singgah berkonsepkan asrama serba lengkap memberi
perlindungan sementara kepada golongan gelandangan terutama bagi
gelandangan yang ingin berubah. Maka, Anjung Singgah bukan
sekadar menjadi tempat penginapan tetapi ia juga merupakan pusat
intervensi sosial. Ini bagi mengelak mereka terus terpinggir.

Empat buah Anjung Singgah telah dikendalikan oleh Yayasan
Kebajikan Negara (YKN) iaitu di Kuala Lumpur (Jalan Hang Lekiu),
Sarawak (Kuching), Johor (Jalan Segget) dan Pulau Pinang (George
Town) sejak April 2011. Makanan percuma 3 kali sehari, set
kebersihan diri dan tempat tidur yang diberikan maksimum 2-minggu
bagi seorang gelandangan di Anjung Singgah.

Anjung Singgah turut menyediakan sesi kaunseling kepada
golongan tersebut dan membantu mereka mencari kerja yang sesuai
atau menggalakkan mereka berniaga secara kecil-kecilan setelah
berdaftar dengan Anjung Singgah.

Sejak ia dibuka pada April 2011, 46% daripada 2,008 orang
mendaftar di 4 pusat khidmat bantuan sosial iaitu 1,237 orang di
Kuala Lumpur, 312 orang di Sarawak, 400 orang di Johor dan 59
orang di Pulau Pinang telah berjaya mendapatkan pekerjaan.
Petikan berita Sinar Harian tarikh 6 Julai 2015, Timbalan Menteri
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datin
Paduka Chew Mei Fun berkata, dasar kemasukan ke Anjung Singgah
juga akan diubah iaitu wajib melalui proses intervensi dan kaunseling
dalam tempoh penginapan mereka di situ selepas kementerian
menerima hasil kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti
permasalahan gelandangan.

1. Anjung Singgah YKN Kuala Lumpur, Jalan Hang Lekiu.
Kebanyakan yang menggunakan fasiliti Anjung Singgah
adalah mereka yang baru sampai ke bandar besar ini bagi
mencari pekerjaan. Walaupun tempoh maksimum adalah 2
minggu sahaja, ia boleh dilanjutkan atas budi bicara YKN.

Antara yang pernah mendapat bantuan dan fasiliti di Anjung Seri
Kuala Lumpur ialah seorang OKU berusia 33 tahun berasal dari
Johor. Beliau yang lumpuh tangan dan kaki sebelah kiri dan berkerusi
roda pernah bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Klang, Selangor.

149

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

2. Anjung Singgah YKN Johor Bahru, Jalan Segget. Sasaran
Anjung Singgah di Johor Bahru agak berbeza dengan Anjung
Singgah di Kuala Lumpur dan Sarawak.
Di Johor Bahru ia dibina di Bangunan M. C. A. Johor bagi

membantu kira-kira 50 orang gelandangan tegar yang ‘menginap’
kaki lima terutama berhampiran pintu masuk ke Singapura sebagai
tempat tinggal mereka.

Mereka adalah golongan pekerja yang tidak mahu menyewa
rumah kerana berasa tiada keperluan untuk tujuan itu. Majoriti
memberikan alasan keluar seawal pukul 6 pagi setiap hari dan bekerja
hingga pukul 11 malam. Maka, mereka hanya balik ke Johor Bahru
pada tengah malam dan berehat di kaki lima sehinggalah pukul 5 pagi
untuk kembali bekerja.

Kos operasi setiap Anjung Singgah bagi setiap bulan ialah
antara RM30,000 hingga RM60,000. Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat membelanjakan sebanyak
RM1.5juta setahun bagi menampung kos-kos operasi 4 Anjung
Singgah.

Kedai Makan Asnaf 1Malaysia
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan
Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia bermula pada 1 Januari 2013
bertempat di No. 25, Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Antara objektif program ini adalah bagi membantu golongan
asnaf untuk mendapatkan keperluan asas makanan dan meningkatkan
kefahaman Islam melalui program-program yang diadakan. Program
ini berbentuk pemberian makan tengahari secara percuma kepada
golongan asnaf fakir, miskin, saudara baru, gelandangan dan terbuka
kepada mana-mana kakitangan kerajaan/ swasta yang berpendapatan
di bawah had kifayah.

Masa pengedaran makanan adalah mulai jam 12.45 tengahari
hingga 4.00 petang setiap hari. Menu makanan yang disediakan
adalah variasi makanan seimbang dan ia boleh dinikmati di premis ini
atau dibungkus mengikut keperluan pengunjung. Selain daripada
makan tengahari percuma, program ini juga mengadakan kelas-kelas
pengajian Islam yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terpilih
untuk memberi pengetahuan asas al-Quran, fardhu ain, akhlak dan

150

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

motivasi. Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Isnin hingga
Khamis sepanjang tahun. Selain itu, urusetia JAWI yang dilantik akan
memantau secara harian dan memberi khidmat nasihat kepada
golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

Program Kedai Makan Asnaf 1Malaysia ini merupakan usaha
dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui
pelaksanaan dakwah bil hal iaitu bukan sahaja pengisian jasmani
malah pengisian rohani bagi golongan asnaf sekitar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. No. 25, Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan
Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.25

Penutup
Masalah gelandangan perlu diambil perhatian oleh semua pihak
terutama kerajaan dan dibantu oleh badan-badan bukan kerajaan dan
masyarakat umum. Golongan gelandangan ini adalah golongan yang
susah dan miskin bandar, mereka perlukan bantuan yang sewajarnya.
Jika ia tidak ditangani dengan baik mungkin masalah ini akan
berterusan dan akan menjadi lebih sukar untuk diselesaikan.

25 http://www.jawi.gov.my/my

151

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
152

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

METODE DAKWAH DALAM PROGRAM HALAQAH
TERHADAP BANDUAN DI PENJARA MALAYSIA.

Mohd Norjefri Mat Midin1, Dr Nor Raudah Hj Siren, Siti Jamiaah
Abdul Jalil

Pengenalan Program Halaqah
Institusi penjara adalah sebuah institusi koreksional yang berusaha
untuk memulihkan banduan-banduan apabila kembali kepada
masyarakat kelak. Proses pemulihan banduan ini melalui pelbagai
peringkat sehinggalah wujud satu sistem iaitu Proses Penggubalan
Peraturan Penjara pada tahun 1953 dengan memperkenalkan konsep
moden terhadap pemulihan banduan. Konsep ini telah
memperkenalkan beberapa program pemulihan iaitu vokasional,
pelajaran, kegiatan masa lapang, kebajikan rohani, kaunseling dan
rawatan khas.2

Di dalam program pemulihan yang diperkenalkan oleh Jabatan
Penjara Malaysia (JPM) ini, program keagamaan kepada para
banduan adalah antara agenda yang turut dilaksanakan. Pelbagai
pengisian agama diadakan dan penglibatan para sukarelawan agama
juga menyumbang terhadap kejayaan program agama ini. Bagi
memantapkan perjalanan program keagamaan bagi banduan, pada
tahun 1996 pihak JPM telah menyusun dan mempertingkatkan lagi
pengisian program agama banduan dengan menyediakan latihan
pemantapan kepada guru-guru agama dalam kalangan kakitangan
JPM sendiri.3Selain itu, pihak JPM juga menggubal dan menyusun
semula kurikulum pengajian agama banduan serta menghasilkan buku
khas Kurikulum Pendidikan Agama Islam sebagai garis panduan
proses pengajaran guru agama kepada para banduan.4

Hasil dari pelaksanaan program agama ini, Program Halaqah
telah diwujudkan. Para banduan yang terlibat dengan Program
Halaqah akan menyertai pendidikan agama secara intensif agar

1 [email protected]
2 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia 1973, (Kajang : Jabatan Penjara
Malaysia 1973), 28.
3 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, 1996, (Kajang : Jabatan Penjara
Malaysia 1996), 24.
4 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, 1996, 24.

153

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

manfaat ilmu yang diperolehi dapat membantu diri dan dapat diajar
semula kepada banduan-banduan lain. Secara tidak langsung program
ini mampu menyumbang ke arah mengatasi masalah kekurangan
guru-guru agama di penjara.

Perkembangan Pendidikan Islam banduan di penjara sekali
lagi melalui proses revolusi yang semakin baik apabila pada tahun
2002, pihak JPM telah melaksanakan program agama yang lebih
sistematik dengan merangka dan melaksanakan program Pelan
Pembangunan Insan atau PPI5. Di dalam program PPI ini, modul
Halaqah telah diletakkan dalam fasa ke-2 bagi program pembangunan
sahsiah banduan6.

Modul PPI dirangka dengan matlamat melancarkan proses
pemulihan banduan dan mereka perlu melalui empat peringkat fasa.
Fasa pertama berkaitan program pembinaan disiplin atau orentasi
selama dua bulan. Kemudian fasa kedua iaitu program pembangunan
sahsiah iaitu selama enam bulan. Selanjutnya fasa ketiga iaitu
program latihan dan kemahiran sosial dan akhir sekali ialah fasa
keempat iaitu pra bebas7. Komponen Halaqah terletak dalam fasa dua
modul PPI iaitu program pengukuhan sahsiah banduan. Program ini
bertujuan membina jatidiri dan membentuk sikap positif bagi
melahirkan insan yang bertaubat dan kembali kepada amalan
beragama yang dituntut oleh agama Islam.

5 Laporan Tahunan Jabatan Penajara Malaysia, 2002, (Kajang : Jabatan Penjara
Malaysia 2002),24.
6 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia, 1996,24.
7 Laporan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia,1996,24.

154

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Fasa Satu : Pembinaan Fasa Dua : Pembanguan Sahsiah
Disiplin 1. Modul Therapeutic Community
1. Modul Informasi 2. Modul Halaqah
2. Modul Fizikal dan 3. Modul Kaunseling
Pembentukan
Fasa Tiga : Program Latihan
Disiplin dan Kemahiran Sosial
3. Modul Sivik dan Motivasi 1. Modul Kemahiran Bersijil
4. Modul Kenegaraan 2. Modul Perusahaan
5. Modul Kaunseling 3. Modul Usahasama dalam
6. Modul Kerohanian penjara
7. Modul Sukan dan Rekreasi 4. Modul Pertanian dan

Fasa Empat : Pra Bebas Penternakan
1. Modul Usaha Sama Luar 5. Modul Kaunseling
Penjara 6. Modul Kecemerlangan Sukan
2. Modul Kerja luar 7. Modul Sukan dan Rekreasi
3. Modul Pendidikan Pencegahan

Rajah 1 : Model Kerangka Pelan Pembangunan Insan (PPI) dan
Senarai Modul Mengikut Fasa8.

Berdasarkan kerangka rajah 1 di atas, Modul Halaqah berada
dalam fasa kedua Pelan Pembanguan Insan (PPI). Para banduan yang
terlibat dengan program halaqah adalah beragama Islam dan tidak
terlibat dengan kes dadah. Modul ini wajib disertai banduan selama
enam bulan dan berkonsepkan sistem pondok. Matlamat modul ini
diwujudkan bagi melahirkan para banduan muslim yang menghayati
serta mengamalkan syariat Islam serta menjadikan Islam sebagai cara
hidup.9

8, Ab.Aziz Mohd Zin,Nor Raudah Hj.Siren,Siti Jamiaah Abd.Jalil dan Juwairiah
Hassan, “Program Keagamaan Terhadap Golongan Devian di Malaysia” (makalah
Prosiding Seminar Serantau Pengajian Usuluddin di Institusi Pengajian Tinggi
Abad 21 : Cabaran dan Prospek, Anjuran Fakulti Usuluddin Universiti Islam
Sultan Sharif Ali Negara Brunei Darussalam, 2011),287.
9“Pelan Pembangunan Insan”, http/www.prison.gov.my dicapai pada 14 Februari
2011, 5.

155

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Konsep Program Halaqah
Program halaqah merupakan “core treatment” banduan muslim yang
mempunyai tahap pengetahuan agama yang cetek. Dilaksanakan
selama enam bulan dan berkonsepkan sistem pondok. Program ini
adalah satu sistem pembelajaran agama secara intensif dan
mempunyai silibus lengkap serta buku rujukan khas yang dihasilkan
dari golongan intelektual universiti tempatan. Program halaqah ini
adalah sebagai alternatif untuk memulihkan banduan muslim di
penjara dengan harapan agar banduan muslim dapat menambah ilmu
pengetahuan agama secara lebih mendalam serta mempaktikkan
dengan lebih berkesan dalam kehidupan harian mereka. Selain itu
program halaqah ini berperanan melahirkan banduan-banduan yang
berpotensi menjadi pembimbing kepada banduan-banduan lain dari
aspek pemulihan pengetahuan agama Islam khususnya ilmu fardhu
ain10.

Pendekatan Metod Dakwah Dalam Program Halaqah Terhadap
Banduan.
Pendekatan dalam menyampaikan mesej dakwah terhadap banduan
perlu perancangan yang sangat rapi agar mesej yang ingin
disampaikan kepada mereka dapat diterima dan difahami dengan
sebaik mungkin. Terdapat tiga uslub dakwah yang utama yang
digunakan dalam usaha menyampaikan dakwah terhadap banduan
iaitu dengan cara Bil-Hikmah, Maw’zah al-Hasanah dan al-
Mujadalah.

1. Pendekatan Bil-Hikmah
Pemahaman guru-guru agama di penjara untuk mengenali khalayak
adalah suatu yang amat penting agar pendekatan yang digunakan
dapat mempengaruhi banduan yang menerima mesej dakwah.
Banduan ini adalah kelompok istimewa yang perlu dikenali diri
mereka dengan serapat mungkin kerana mereka ini adalah kelompok

10“Program Pemulihan Insan di Kalangan Banduan Melayu di Penjara Sungai
Udang, Melaka”,2011. Zaizul bin Ab.Rahman, Ab.Aziz Mohd Zin, Fakhrul Adabi
Abdul Kadir dan Norrodzoh Hj. Siren,“Program Pemulihan Insan di Kalangan
Banduan Melayu di Penjara Sungai Udang, Melaka” (Makalah International
Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011 ( ICICMI 2011) ,
Bangi : Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011), 165.

156

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

manusia yang perlu ditarbiyyah setiap hari khususnya sepanjang
mereka dalam program halaqah11. Dalam pendekatan bil-hikmah ini
guru-guru agama dilihat mengunakan kaedah dakwah secara keras
dan lembut.

Keras : Situasi berhadapan dengan golongan banduan perlu persedian
mental dan fizikal rapi khusunya bagi guru-guru agama yang baru
bertugas. “Ketegasan guru agama penting bagi menyampaikan mesej
dakwah terhadap banduan kerana cara pemikiran dan watak
banduan yang pelbagai ini boleh mewujudkan pelbagai situasi yang
menghalang proses penyampaian mesej dakwah terhadap mereka”12.

Pernah berlaku sekelompok banduan yang sering berbual-bual
walaupun telah ditegur beberapa kali oleh guru agama dalam program
tazkirah. Guru agama memberi nasihat bahawa dilarang bercakap
semasa majlis ilmu berlangsung dibimbangi tidak faham maklumat
atau tidak mendapat manfaat dari majlis ilmu yang disertai. Namun
perlakuan itu masih dilakukan banduan sehingga guru agama
mengancam dengan nada suara yang tinggi untuk melemparkan
pemadam papan putih kepada kelompok banduan tersebut sehingga
suasana menjadi senyap seketika. Situasi ini mungkin jarang berlaku
dalam kelompok orang awan tetapi kadang-kala perlu dalam
kelompok banduan, “Kadang-kala guru agama terpaksa
menggunakan kaedah yang agak keras kerana berpunca dari sikap
banduan sendiri yang kadang-kadang sukar dibimbing secara
lembut”.13

Dalam situasi yang lain, pernah berlaku situsi banduan
mengerjakan solat berjemaah dalam keadaan yang begitu cepat. Ustaz
memanggil banduan yang menjadi imam solat berjemaah tersebut dan
bertanya, mengapa solat begitu cepat?, banduan tersebut menjawab
jika dia tidak berbuat sedemikian, dia akan dimarahi oleh rakan-rakan

11Ustaz Razali bin Jacsoan (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan
dan Rawatan , Penjara Kota

Kinabalu), dalam temubual, 30 April 2016 .
12Koperal Muhd Fazli bin Ab.Rahman, (Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara
Bentong) dalam temubual,

06 Disember 2011.
13Mohamad Shukri bin Osman, (Pembantu Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan
Rawatan, Penjara Bentong)

dalam temubual, 13 Disember 2011.

157

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

banduan lain apabila balik ke blok asrama nanti. Keesokan harinya
ustaz berjumpa dengan semua banduan halaqah, memberi nasihat atas
perbuatan mereka tersebut dan memberi amaran akan menjemurkan
mereka semua di padang apabila situasi ini berlaku lagi.14

Lembut : Apabila berada dalam kelompok banduan, tidak semestinya
pendekatan keras digunakan, kerana mereka juga insan biasa yang
mempunyai jiwa ingin didekati dengan baik. Kebiasaan guru agama
sering menggunakan kaedah ajakan dan galakan dalam kaedah lembut
terhadap banduan ini.

Misalnya, dalam mata pelajaran al-Quran kaedah memudahkan
tanpa menyusahkan digunakan terhadap banduan. Banduan yang
tidak menguasai al-Quran akan diajar mengenal huruf al-Quran
terlebih dahulu dan proses penguasaan al-Quran dijalankan
berperingkat dan dalam masa yang sama mereka diterangkan tentang
hikmah dan kebaikan yang bakal diperolehi oleh orang yang beramal
dengan al-Quran. “Mereka juga diterangkan tentang maksud dan
pengertian ayat al-Quran yang dipelajari agar jiwa mereka hidup
dalam proses mendekatkan diri pada Allah SWT.”15

Galakan juga diberikan kepada banduan dengan mewujudkan
proses bimbingan rakan sebaya. Banduan yang menguasai bacaan
dengan baik akan membimbing rakan lain membaca al-Quran. Bagitu
juga bagi banduan yang telah menguasai bacaan al-Quran dengan
baik. “Mereka akan diajar ilmu tarannum al-Quran dan seterusnya
dilatih hingga mampu menjadi wakil penjara menyertai pertandingan
tilawah al-Quran peringkat penjara”.16

2. Pendekatan Maw’izah al-Hasanah
Dalam usaha menyampaikan mesej dakwah terhadap banduan,
pendekatan Maw’izah al-Hasanah amat penting, kerana perlu
difahami bahawa banduan ini lahir dari pelbagai latar belakang seperti
kejahilan diri dan keluarga, taraf pendidikan yang amat rendah, hidup
dalam kalangan rakan taulan yang tidak mempedulikan suruhan

14 Ustaz Razali bin Jacsoan, dalam temubual, 30 April 2016.
15 Ustaz Mohd Syakir bin Zulkafli, (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit
Pemulihan dan Rawatan , Penjara

Bentong) dalam temubual 13 Disember 2011.
16 Ustaz Razali bin Jacsoan, dalam temubual, 30 April 2016.

158

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

agama dan sebagainya17. Peranan pendekatan Maw’izah al-Hasanah
atau nasihat yang baik berlaku dalam dua keadaan iaitu secara tidak
langsung dan secara langsung.

Kaedah secara tidak langsung : Dalam kaedah ini, ia mengandungi
kata-kata yang tersirat yang dizahirkan dalam bentuk kiasan, analogi
dan penceritaan18 misalnya berkaitan dengan perjuangan Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat baginda yang sentiasa berjuang
membawa dan menyebarkan agama Islam ke pelusuk dunia.

Dalam contoh lain, misalnya pelajaran akidah, “penceritaan
tentang kisah pembunuhan Habil dan Qabil yang merupakan satu
tragedi yang amat menyedihkan tetapi dalam masa yang sama
dikaitkan dengan konsep qadak dan qadar. Perkara ini diterangkan
dengan jelas agar banduan faham bahawa segala yang berlaku pada
mereka adalah ketentuan Allah SWT dan di sebalik ketentuan itu
tersirat hikmah yang perlu kita selami agar mutiara hikmah yang
diperolehi itu menjadi benteng kekuatan dan pembangkit motivasi
bagi mengharungi hari-hari mendatang dengan perancangan dan
perubahan hidup yang lebih baik”19.

Juga dikaitkan kisah Rasulullah SAW dan para sahabat yang
berjuang menyebarkan seruan suci Islam dan menerima pelbagai
dugaan yang mencabar seperti kisah dakwah Rasulullah SAW kepada
masyarakat di Thaif. Ketabahan semangat Rasulullah ini menjadi
perangsang kepada mereka bermujahadah melatih dan mendidik diri
menjadi insan yang digelar khaira ummah. Pengalaman seorang
banduan yang bersemangat, bermujahadah menjadi insan yang taat
perintah Allah SWT setelah menyelami sirah perjuangan Rasulullah
SAW dan membuat perbandingan dengan situasi dirinya. Beliau
menyatakan bahawa perjuangan Rasulullah jauh lebih berat

17 Tuan Mohd Talhah bin Hasim, (Timbalan Penguasa Penjara, Ketua Unit
Pemulihan dan Rawatan, Penjara

Bentong) dalam temubual, 13 November 2012.
18 Dr.Norrodzoh binti Hj.Siren (Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya) dalam temubual, 13 Mac 2016.
19 Mohd Syakir bin Zulkafli, dalam temubual 13 Disember 2011.

159

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

berbanding dirinya dan beliau akan mencontohi semangat perjuangan
Rasulullah untuk membuat perubahan diri20.

Begitu juga kiasan bagi golongan banduan yang cuba
mengabaikan ibadah wajib solat lima waktu. Ustaz Mohd Fatta
Ibrahim menyatakan bahawa : “Jika ingin meninggalkan solat perlu
cari tempat lain yang bukan milik Allah SWT. Carilah dunia lain yang
selain milik Allah. Di sana kamu boleh buat apa yang kamu mahu”21.
Walaupun penyataan ini agak keras tetapi ia mampu menyentap jiwa
banduan yang keras hatinya.22

Kaedah secara langsung: Kaedah secara langsung atau berterus-
terang adalah cara yang paling baik dalam usaha memberi kefahaman
kepada para banduan. Berterus-terang adalah kaedah yang mudah
difahami berbanding kaedah secara tidak langsung atau kiasan23.

Kaedah secara langsung banyak digunakan dalam kelas
pengajian Ilmu Feqah. Tuan Mohd Mazlan bin Hj. Dollah
menyatakan bahawa, bersuci adalah perkara yang paling penting
dalam Islam sebab itu dalam kitab Feqah perkara pertama yang diajar
adalah bersuci. Jika tidak betul cara bersuci misalnya mandi junub,
kemudian selepas itu solatnya dilakukan dengan sempurna maka
amalan solat itu tidak diterima oleh Allah SWT kerana kesan amalan
bersuci tidak mengikut syariat Islam. Begitu juga amalan beristinjak,
sikap ambil mudah ketika beristinjak boleh menyebabkan najis tidak
dicuci bersih dan ain najis tersebut masih berada di tubuh. Perkara ini
boleh menyebabkan amal ibadah ditolak dan menjadi sia-sia24.

Oleh itu, guru agama menggunakan kaedah penegasan
berkaitan kefahaman dan amalan ilmu Feqah. “Penegasan amat
penting dalam keadaan tertentu, agar banduan faham dengan jelas

20 Khairul Hamimah, Mohammad Jodi, Hadenan Towpek, “Nilai-Nilai Islam
Dalam Program Pemulihan

Banduanita di Penjara”, Jurnal Usuluddin 35, (Januari-Jun 2012), 99-116.
21 Ustaz Mohd Fatta Ibrahim, (Pembantu Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan dan
Rawatan, Penjara Bentong),

dalam temubual,13 Jun 2013.
22 Mohd Syakir bin Zulkafli, dalam temubual, 13 Disember 2011.
23 Dr Norrodzoh binti Hj.Siren, dalam temubual, 13 Mac 2016.
24Tuan Mohd Mazlan bin Hj. Dollah, (Pegawai Unit Pemulihan dan Rawatan,
Penjara Bentong), dalam

temubual, 10 Disember 2011.

160

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

maksud yang disampaikan agar amal ibadah khususnya ibadah
harian dapat dilakukan berlandaskan syariat yang betul”25.

3. Pendekatan al-Mujadalah.
Al-Mujadalah bermaksud berbicara dengan cara paling sesuai. Juga
disebut perbincangan secara bersemuka dan dilakukan dengan
menjaga adab-adabnya supaya kesannya untuk mendapat kebenaran
tercapai.26 Pembujukan mujadalah dilakukan berdasarkan dua kaedah
iaitu pendalilan rasional dan pendalilan emotif. Norrodzoh binti
Hj.Siren menyatakan bahawa pendalilan rasional bermaksud hujah
yang berkaitan dengan logik akal manakala pendalilan emotif
merujuk kepada hujah yang berkaitan dengan perasaan.27

Pendalilan rasional : Kaedah ini digunakan bagi memberi
kefahaman jelas dan dapat diterima oleh akal yang waras.
Berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri oleh guru agama
bersama seorang banduan. Banduan itu menyatakan bahawa hukum
hudud itu mempunyai ciri-ciri menzalimi manusia. Lantas ustaz
menjawab dengan satu soalan “Adakah kamu tahu bahawa hukum
hudud itu datangnya dari Allah? dan bukan undang-undang ciptaan
dari tangan manusia. Kita nafikan perkara yang ditetapkan Allah
sedangkan kita sendiri menumpang di bumi milik Allah. Sedarlah
bahawa Allah menetapkan hukum-hakam pada manusia kerana
hanya Dia Pencipta yang Maha Mengetahui akan keperluan
makhluk-makhlukNya.”28 Lantas banduan itu menyatakan pada ustaz
: “Saya mahu belajar dari ustaz tentang hukum-hukum Allah sebab
saya tidak tahu..”.

Pendalilan emotif : Kaedah ini digunakan bagi menyentuh perasaan
terhadap hujah yang disampaikan. Juga berkaitan banduan yang

25Ustaz Mohd Fedzuan bin Mohamed, (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit
Pemulihan dan Rawatan,

Penjara Bentong) dalam temubual, 13 Disember 2011.
26Ab.Aziz Mohd Zin,Metodologi Dakwah, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya, 2001,11.
27 Dr.Norrodzoh binti Hj.Siren, temubual pada 12 Mac 2016.
28 Ustaz Ahmad Alim bin Marhaban, (Pembantu Hal Ehwal Islam, Unit Pemulihan
dan Rawatan, Penjara Kota

Kinabalu) dalam temubual, 27 Mac 2016.

161

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

menyatakan bahawa berdasarkan hukum hudud, mengapa pencuri
dipotong tangan? Perkara ini nampak zalim dan menyiksa. Ustaz
menyatakan bahawa “Hukuman potong tangan ini bukanlah satu
hukuman yang dilakukan sewenang-wenangnya, terdapat peraturan
dan syarat berdasarkan syariat sebelum dijatuhkan hukuman. Bukti
jelas menunjukkan bahawa tempat yang menjalankan hukum hudud
ini mempunyai kadar jenayah yang sangat rendah, kerana hukuman
ini adalah bersifat mendidik bukan menghukum manusia. Misalnya
jika kita pergi ke Makkah, apabila masuk waktu solat semua pekedai
akan meninggalkan kedai untuk menunaikan solat. Namun tidak
berlaku kecurian kerana manusia terdidik dengan hukum Allah.
Bayangkan jika kamu pemilik kedai tersebut, tidakkah kamu berasa
aman dan tenteram dengan suasana tersebut atau kamu lebih suka
barang jualan kamu sentiasa dicuri?29”

Lantas banduan tersebut mengungkapkan ucapan terima kasih
pada ustaz. Pendalilan emotif di atas sebenarnya mampu memberi
kefahaman yang baik pada banduan walaupun ia mempunyai unsur
sindiran namun ia berkeupayaan membezakan antara perkara baik dan
buruk.

Namun terdapat juga soalan-soalan yang diutarakan kepada
ustaz atas dasar menguji ilmu serta ingin menyesatkan kefahaman
banduan lain terhadap agama Islam. Situasi ini berlaku dalam
kalangan banduan yang terlibat dengan jenayah ajaran sesat. Mereka
ini memanipulasikan ayat-ayat al-Quran dan Hadis mengikut logik
pemikiran mereka dan bertujuan mempengaruhi orang lain agar sesat
seperti mereka. Kebiasaan golongan ini tidak dilayan segala persoalan
yang diutarakan kerana bimbang berlaku kekeliruan kefahaman
agama terhadap banduan lain, khususnya banduan yang baru
mengenali Islam30.

29 Mohd Mikdad bin Md.Salim, (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit
Pemulihan dan Rawatan, Penjara

Bentong) dalam temubual, 13 Disember 2011.
30Ustaz Abdullah bin Hashim, (Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pemulihan
dan Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ibu Pejabat Penjara Kajang, Selangor)
dalam temubual, 24 Disember 2015.

162

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Kesimpulan
Usaha Jabatan Penjara Malaysia bagi melahirkan modal insan dalam
kalangan banduan bukan tugasan yang mudah. Antara kaedah yang
digunakan dalam proses pemulihan banduan ialah mewujudkan
program halaqah. Dalam usaha dakwah terhadap banduan dalam
program halaqah, pemilihan metodologi dakwah yang bersesuaian
dengan banduan merupakan aspek penting bagi memastikan mesej
dakwah yang ingin disampikan dapat diterima dengan baik. Namun
berpandukan ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh guru-guru
agama bersama para pembantu guru agama yang terdiri daripada
kakitangan berunifom penjara, mereka mampu melakukan pelbagai
strategi dakwah dengan baik terhadap banduan walaupun terpaksa
mengharungi pelbagai cabaran demi merealisasikan matlamat Jabatan
Penjara Malaysia bagi melahirkan banduan yang mampu menjadi
insan berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dibebaskan
kelak.

163

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
164

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

DAKWAH KEPADA ORANG KURANG UPAYA

Dr Nor Raudah Hj Siren, Dr Ab Aziz Mohd Zin1, Juwairiah Hassan

Pendahuluan
Manusia diciptakan sebagai khalifah yang mentadbir dan
menguruskan makhluk lain di muka bumi ini. Manusia adalah
makhluk paling baik yang diciptakan kerana dikurniakan akal fikiran.
Walau bagaimanapun, di sebalik penciptaan tersebut, masih terdapat
kekurangan yang dijadikan oleh Allah SWT agar manusia dapat
memikirkan mengenai kekuasaan-Nya. Hal ini disebutkan dalam
surah al-Hajj (22:5) yang bermaksud;

“Hai manusia, jika kamu dalam
keraguan tentang kebangkitan (dari
kubur), sesungguhnya Kami telah
menjadikan kamu dari tanah,
kemudian dari setitis mani, kemudian
dari segumpal darah, kemudian dari
segumpal daging yang sempurna
kejadiannya dan yang tidak sempurna
agar Kami jelaskan kepada kamu dan
Kami tetapkan dalam rahim, apa yang
Kami kehendaki sampai waktu yang
telah ditetapkan, kemudian Kami
keluarkan kamu sebagai bayi,
kemudian dengan (beransur-ansur)
kamu sampailah kepada kedewasaan,
dan ada antara kamu yang diwafatkan
dan ada pula yang dipanjangkan
umurnya, supaya dia tidak mengetahui
lagi sesuatupun yang dahulunya
telah diketahuinya. Dan kamu lihat
bumi ini kering, dan apabila telah
Kami turunkan air di atasnya, hiduplah
bumi itu dan suburlah dan

1 Profesor, CEO Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu,
Kelantan

165

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

menumbuhkan pelbagai tumbuh-
tumbuhan yang indah.”

Ayat tersebut telah menjelaskan tentang penciptaan manusia
yang tidak semuanya sempurna. Kecacatan dan ketidaksempurnaan
yang diciptakan menyebabkan kurang keupayaan golongan ini
berbanding insan yang lain yang normal dan terdapat juga golongan
yang lahir normal tetapi menjadi golongan kurang upaya selepas
berlaku kemalangan atau mengidap penyakit tertentu. Walau
bagaimanapun, setiap manusia perlu bersyukur dan sentiasa reda
dengan qadak dan qadar Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT
tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah di
sebalik penciptaan-Nya, agar manusia dapat memikirkan tentang
kekuasaan Allah SWT yang Maha Bijaksana.

Konsep Orang Kurang Upaya di Malaysia
Kecacatan adalah keadaan kurang lengkap atau kurang sempurna2.
Menurut Kamus Dewan, cacat ialah kekurangan atau keadaan kurang
sempurna (lengkap, baik) pada badan (benda, perbuatan, akhlak,
batin), kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna,
kekurangan atau keadaan (yang menjejaskan sesuatu). Individu yang
ditimpa kecacatan pula dikenali sebagai Orang Kurang Upaya
(OKU)3.

Istilah kurang upaya lazimnya boleh dinyatakan sebagai
kurang mampu atau lemah untuk melakukan pekerjaan atau aktiviti
hidup harian yang biasa dilakukan oleh orang yang normal4. Walau
bagaimanapun ada saranan agar penggunaan kurang upaya digantikan
dengan istilah lebih tepat iaitu kelainan upaya.

Golongan OKU di Malaysia khususnya dibahagikan kepada
dua kelompok masyarakat iaitu kelompok golongan kanak-kanak
istimewa atau kanak-kanak khas dan golongan istimewa dewasa dan
warga tua. Kanak-kanak khas atau kanak-kanak istimewa ini boleh
didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-

2 Yusri Abd Malik & Siti Paujiah (1995) Kecacatan Anggota. Selangor: Penerbit
Setiamas, hal. 3
3 Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 234
4 Blaxter, Mildred (1976) The Meaning of Disability. London: Heinemann
Educational Books Ltd, hal. Introduction

166

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kanak normal dalam beberapa aspek. Antaranya adalah menerusi ciri-
ciri keupayaan mental, sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku
sosial dan ciri-ciri fizikal5.

Terdapat tiga kategori hak asasi yang telah diberikan oleh
kerajaan Malaysia kepada golongan OKU ini, antaranya adalah6;

1. Hak untuk mendapatkan rawatan perubatan, pemulihan sosial,
bimbingan dan kaunseling, pelajaran, alat-alat otopedik
seperti kaki palsu, kerusi roda dan sebagainya. Kesemua ini
adalah perlu bagi membolehkan golongan ini
mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran mereka kepada
suatu tahap yang maksimum dan seterusnya proses integrasi
sosial dapat dilaksanakan.

2. Hak kebebasan bersuara dan mendapatkan pekerjaan. Hal ini
penting bagi mengelakkan mereka daripada diskriminasi insan
normal selain melahirkan semangat untuk berjaya seiring
dengan insan normal, berdikari dan mencari nafkah tanpa
bergantung hidup pada orang lain.

3. Hak mengundi apabila mencapai umur yang ditetapkan.

Kedudukan OKU dari Sudut Hukum Syarak
Hukum syarak telah menetapkan bahawa wajib bagi setiap umat Islam
yang mukalaf melaksanakan ibadat yang diwajibkan. Mukalaf ialah
individu yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk
melaksanakan segala perintah-Nya. Namun, tidak semua individu
muslim mampu memikul amanah ini kerana kelemahan-kelemahan
tertentu yang berlaku pada diri mereka sehingga menjejaskan syarat
mukalaf dan menyebabkan mereka terkecuali sebahagian atau
keseluruhan tanggungjawab yang disyariatkan.

Seseorang itu dianggap mukalaf apabila telah memenuhi dua
syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu pertama mampu memahami
dalil taklif7 iaitu nas al-Quran atau al-Sunnah supaya dengan
kefahaman tersebut, mereka boleh mengamalkan segala yang

5 Jamila K.A Mohamed (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.
Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Hal. 24
6 Akta Orang-orang Cacat 2002,
http://www.epekak.net.my/info/aoc_2002_malay.htm, hal. 5-6, 9- 14, 17, 21, 27
7 Al-Zuhayli, Wahbah (2004) Usul al-Fiqh al-Islami. J. 1, C. 2. Damsyik: Dar al-
Fikr, hal. 158

167

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

diperintahkan. Lantaran itu, untuk memahami dalil tersebut, kesihatan
akal diperlukan. Syarat kedua ialah mempunyai kelayakan (ahliyyah)
untuk taklif8 iaitu kelayakan untuk menerima (ahliyyah al-wujud) dan
kelayakan untuk melaksana (ahliyyah al-ada’). Kedua-dua kelayakan
itu pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu kelayakan sempurna dan
tidak sempurna.

Walau bagaimanapun, seseorang yang mencapai kelayakan
yang sempurna dalam kelayakan menerima dan melaksanakan,
kadang kala kehilangan semua kelayakan atau sebahagiannya apabila
terhadap halangan yang boleh menjejaskan kelayakannya. Halangan-
halangan tersebut dikenali sebagai halangan kelayakan (al-awarid al-
ahliyyah). Terdapat dua bahagian halangan kelayakan iaitu;

1. Halangan semula jadi (al-awarid al-samawiyyah)
2. Halangan mendatang (al-awarid al-muktasabah)

Halangan semula jadi bermaksud halangan yang berlaku
tanpa melibatkan daya usaha manusia kerana halangan tersebut terjadi
di luar kemampuan manusia. Antara yang termasuk dalam kategori
halangan-halangan ini ialah gila, terencat akal, lupa, tidur, pengsan,
sakit dan mati. Halangan mendatang pula merujuk kepada halangan
yang dilakukan oleh manusia dengan pilihan sendiri seperti jahil,
bodoh, mabuk, bergurau dan tersilap dan halangan yang terjadi kerana
orang lain iaitu secara paksaan. OKU merupakan manusia yang
memiliki halangan yang boleh menyebabkan kelayakan mereka
sebagai mukalaf terjejas. Antara halangan yang dibahaskan ialah gila,
terencat akal, jahil dan bodoh.

Orang gila tidak memiliki kelayakan melaksanakan kerana
gila merosakkan akal dan menghilangkan ciri-ciri tamyiz. Mereka
tidak diwajibkan ke atasnya segala bentuk ibadat dan hukuman fizikal
seperti solat, puasa, qisas serta hudud. Begitu juga segala akad, ikrar
dan tindakannya adalah tidak sah sekalipun dilakukan dengan izin
walinya.

Golongan terencat akal pula dilihat dari aspek tahap kecacatan
akal yang dialami. Bagi golongan terencat akal yang masih
mempunyai daya faham serta dapat membezakan antara yang baik
dan buruk tetapi beupayaan mereka ini tidak seperti keupayaan orang
normal, mereka dihukumkan seperti kanak-kanak mumayyiz iaitu

8 Al-Zuhaily, Wahbah (2004) hal. 162

168

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

memiliki kelayakan melaksanakan tidak sempurna (ahliyyah al-ada’
al-naqisah)9.

Bagi golongan OKU fizikal, penglihatan dan pendengaran
pula ditaklifkan dengan semua kewajipan syarak tanpa ada
pengecualian termasuklah dalam ibadat solat. Walau bagaimanapun,
bagi OKU yang mengalami dua kecacatan pancaindera serentak iaitu
buta dan pekak sejak lahir, tidak wajib menunaikan solat kerana tiada
taklif. Mereka dianggap sebagai orang yang tidak sampai dakwah
Islam kepadanya10. Mereka tidak ditaklifkan kerana tidak memahami
dalil taklif khususnya suruhan solat seterusnya menyebabkan mereka
tidak dapat mengerjakannya. Tetapi jika mereka mengalami
kecacatan tersebut sebelum mumayyiz dan sempat mengetahui
hukum-hukum syarak sebelumnya, maka wajib ke atas mereka
menunaikannya sekadar mengikut kemampuan11. Namun begitu,
teknologi yang dicipta seperti alat bantuan pendengaran, jika
membolehkan mereka mampu mendengar sehingga mengetahui
tentang kewajipan solat, maka mereka dikira mukalaf.

Keperluan Dakwah Kepada OKU
Secara keseluruhannya, pelaksanaan dakwah terhadap OKU di
Malaysia berjalan dengan baik sama ada secara formal mahupun
secara tidak formal. Pelaksanaan dakwah secara formal termasuk
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah khas dan Integrasi
serta kelas agama bagi bengkel latihan OKU. Dakwah secara informal
pula dilakukan mengikut keperluan semasa dan mengikut pengisian
oleh pendakwah yang terlibat.

Walau bagaimanapun, terdapat masalah yang dihadapi oleh
pihak sekolah apabila silibus pendidikan Islam yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sama seperti pelajar normal.
Lantaran ketidakupayaan OKU dalam menerima proses
pembelajaran, guru-guru agama hanya melakukan proses pengajaran
hanya sekadar untuk memberi pengetahuan agama sahaja. Malah

9 Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1970). Al- Mustasfa min
‘Ilm al-Usul. J. 1. Beirut: Dar Ihya’ al0’Arabi, hal. 156
10 Syihab al-Din, al-Ramli, Syams al-Din Muhammad bin Abi al-‘Abbas Ahmad
bin Hamzah Ibn Syuhab al-Din (1967). Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj.
Jil. 1. Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi, hal. 388
11 Syihab al-Din al-Ramli (1967)

169

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

sebahagian guru-guru agama sekolah menyatakan pelajar OKU gagal
dalam mata pelajaran pendidikan Islam, terutama pelajar pekak.
Program-program agama yang dilaksanakan di sekolah integrasi pula
kurang efektif apabila pelajar pekak menjalani program bersama
dengan pelajar normal, sedangkan mereka memerlukan bantuan
jurubahasa isyarat untuk memahami ceramah yang disampaikan.

Kemampuan OKU dalam menerima sesuatu pembelajaran
biasanya tidak sama dengan golongan normal. Hal ini lebih ketara
terutamanya OKU yang cacat pendengaran yang terlalu terhad dalam
menerima ilmu-ilmu yang bersifat abstrak. Mereka sukar memahami
persoalan abstrak seperti ketuhanan, perkara-perkara sam’iyyat,
qadak dan qadar, hari akhirat, syurga dan neraka. Bahasa isyarat yang
terhad tidak mampu menjelaskan atau menggambarkan perkara
abstrak tersebut dalam bentuk yang boleh difahami oleh OKU. Hal ini
menimbulkan berkemungkinan terdapat salah tafsir dalam kalangan
pelajar daripada bahasa isyarat yang digunakan oleh guru. Lantaran
itu, guru-guru agama biasanya akan mengulang sesuatu topik yang
diajar dan menyebabkan silibus yang ditetapkan tidak sempat
dihabiskan sehingga akhir tahun. Hal ini telah menjejaskan keputusan
peperiksaan utama seperti Sijil pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam..

Di bengkel-bengkel terlindung pula, aktiviti keagamaan hanya
dijalankan apabila terdapat pendakwah sukarela disediakan atau
bergantung pada guru agama yang dihantar oleh pihak tertentu seperti
Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Disebabkan oleh alasan tertentu, terdapat pula bengkel
yang tidak menyediakan kelas agama. Bagi mengatasi masalah
kelemahan pemahaman agama dalam kalangan OKU di bengkel
terlindung, guru-guru agama mensasarkan hanya satu topik sahaja
diajarkan bagi setiap sesi pengajian terutama dengan menggunakan
metode penceritaan.

Pendekatan dakwah terhadap Orang Kurang Upaya
OKU merupakan golongan yang lemah dan terhad dalam melakukan
sesuatu. Mereka sangat memerlukan bimbingan dan perhatian lebih
daripada manusia yang normal. Oleh itu, pendekatan dakwah yang
sesuai untuk dilakukan terjadap OKU ialah sebagaimana berikut;

170

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

1. Menggunakan konsep mudah
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Hendaklah
engkau permudahkan dan janganlah memayahkan.12”
Konsep ini juga disebut berdasarkan ayat al-Quran dalam
Surah al-Maidah (5:6) yang bermaksud, “Allah tidak hendak
menyulitkan kamu..” dan firman Allah SWT dalam surah al-
Baqarah (2:185) yang bermaksud, “…Allah mengehendaki
kemudahan bagi kamu dan tidak mengehendaki kesukaran
bagi kamu..” Daripada keterangan ayat tersebut menunjukkan
bahawa pada asasnya agama Islam itu adalah agama mudah
yang kemudahannya itu boleh dilakukan oleh setiap orang.

2. Konsep rahmat dan syafaqah (kasihan belas dan simpati)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “agama yang
paling dicintai Allah ialah agama yang paling benar dan
bertimbang rasa”13. Al-Quran juga ada menyebutkan dalam
surah al-Fatihah ayat pertama bermaksud, “Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.” Ayat
tersebut menjelaskan bahawa Islam bermula dengan kasih
sayang dan rahmat. Justeru itu, Rasulullah SAW tidak
menggemari orang yang membebankan manusia atau tidak
mengambil perhatian terhadap keadaan mereka yang berbeza-
beza.

3. Konsep hidup sebagai ujian
Allah berfirman dalam surah al-Mulk (67:2) yang bermaksud,
“(Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji
kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” Ayat tersebut
menunjukkan bahawa hidup di dunia ini sebagai ujian untuk
dibalas bagi sesiapa yang berjaya menghadapi ujian tersebut.
Walau bagaimanapun, setiap ujian tersebut perlu dilalui
dengan usaha dan ikhtiar untuk melakukan yang terbaik
sehingga mereka mampu memperoleh kenikmatan hidup yang
berkualiti sama ada di dunia mahupun di akhirat.

4. Konsep mempengaruhi

12 Ibn Hajar (t.t), Fath al-Bari. J. 1, hal. 163
13 Diriwayatkan oleh Ahmad dan Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan al-
Tabarani daripada Ibn Abbas, lihat al-Jami’ al-Saghir, hal. 160

171

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Perkara utama dalam dakwah ialah mempengaruhi kumpulan
sasar supaya menerima dakwah yang disampaikan. Dengan
itu, usaha mempengaruhi perlu dilakukan agar sasaran
menerima dakwah dengan lebih baik dan berkesan. Rasulullah
SAW dalam hal ini telah memperlihatkan keperibadian yang
baik untuk mempengaruhi sasarannya sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah al-Ahzab (33:21) yang bermaksud,
“Sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik.” Ayat tersebut menunjukkan bahawa hubungan
Rasulullah SAW dengan umatnya adalah hubungan contoh
teladan yang baik sebagai metode mempengaruhi sasarannya.
Konsep kelebihan orang cacat
Allah SWT telah menciptakan manusia dengan pelbagai
kelebihan walaupun setiap manusia mempunyai kelemahan
yan tersendiri sebagai sifat makhluk. Oleh itu, OKU
terutamanya tidak perlu risau atau sedih dengan kekurangan
yang diberikan oleh Allah SWT kerana di sebalik kekurangan
tersebut, terdapat hikmah di sebaliknya. Firman Allah SWT
dalam surah al-Baqarah (2:216) yang bermaksud,

“mungkin kamu membenci sesuatu
perkara sedangkan ia membawa
kebaikan kepadamu dan mungkin kamu
menyukai sesuatu sedangkan ia
membawa keburukan kepada kamu,
dan Allah mengetahui sedangkan kamu
tidak mengetahui.”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa tidak semua
perkara yang pada zahirnya dibenci atau disukai
mendatangkan keburukan atau kebaikan kerana ada hikmah
tertentu yang belum diketahui. Dalam konteks OKU,
walaupun mereka tidak menyukai atau berat menerima
kecacatan yang dialami, tetapi kecacatan tersebut sebenarnya
membawa kelebihan dan kebaikan kepada mereka.

Dalam kitab Madarij al-Salikin, Imam Ibn al-Qayyim
mengatakan sesetengah ulama berpendapat pahala yang
diterima dalam ibadat bergantung pada tingkat kesulitan yang

172

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kita lakukan. Mereka meriwayatkan hadis yang maksudnya
amal ibadat yang paling afdal ialah yang paling sulit dan sukar
dilakukan14. Oleh itu, golongan yang lemah seperti OKU akan
diletakkan di tempat yang istimewa dari sudut pelaksanaan
ibadat, walaupun mereka melakukannya dengan serba
kekurangan dan kelemahan.

Berdasarkan konsep-konsep di atas, maka pelaksanaan
pendekatan dakwah terhadap OKU sewajarnya difokuskan
kepada perkara berikut iaitu;

i. Membina motivasi dan pegangan hidup
ii. Pelaksanaan tanggungjawab, mengutamakan

dalam bentuk amalan dan praktikal tanpa
membanyakkan penerangan lisan
iii. Menggunakan bahasa hubungan yang sesuai dan
mudah difahami.

Kesimpulan
OKU merupakan insan yang memerlukan lebih perhatian berbanding
orang normal dalam keperluan penyampaian dakwah. Gabungan dan
perancangan bersama dalam meningkatkan pelaksanaan dakwah
terhadap OKU wajar dilakukan oleh semua institusi agama kerajaan
dan badan agama bukan kerajaan. Ia merangkumi perancangan
dakwah khas OKU, penyediaan dana khas untuk dakwah OKU dan
pelantikan penggerak dakwah khas OKU agar pelaksanaannya lebih
bersifat menyeluruh dan berkesan. Para pendakwah pula perlu
mendekati mereka berdasarkan pendekatan yang sesuai sebagaimana
yang disarankan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Senarai Rujukan
Akta Orang-orang Cacat 2002,

http://www.epekak.net.my/info/aoc_2002_malay.htm
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1970). Al-

Mustasfa min ‘Ilm al-Usul. J. 1. Beirut: Dar Ihya’ al0’Arabi
Al-Zuhayli, Wahbah (2004) Usul al-Fiqh al-Islami. J. 1, C. 2.

Damsyik: Dar al-Fikr

14 Lihat Kasyf al-Khafa. J. 1, hal. 155

173

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Blaxter, Mildred (1976) The Meaning of Disability. London:

Heinemann Educational Books Ltd
Ibn Abas, al-Adab al-Mufrad dan al-Tabarani
Ibn Hajar (t.t), Fath al-Bari. J. 1
Jamila K.A Mohamed (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak

Istimewa. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kasyf al-Khafa. J. 1
Syihab al-Din, al-Ramli, Syams al-Din Muhammad bin Abi al-

‘Abbas Ahmad bin Hamzah Ibn Syuhab al-Din (1967).
Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj. Jil. 1. Kaherah:
Mustafa al-Babi al-Halabi
Yusri Abd Malik & Siti Paujiah (1995) Kecacatan Anggota.
Selangor: Penerbit Setiamas

174

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

PERKEMBANGAN NASYID DI MALAYSIA: SATU
PENELITIAN AWAL TERHADAP PENERIMAANNYA DI

KALANGAN SAUDARA BARU

Dr Muhammed bin Yusof

Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan, nasyid adalah lagu (biasanya dinyanyikan
secara kumpulan) yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam.1
Ia merupakan kesenian berunsurkan Islam berasal dari Timur Tengah
dan tersebar ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Seni
katanya merupakan puji-pujian terhadap Rasulullah SAW dan para
sahabat seperti juga Marhaban2 dan Qasidah. 3 Nasyid juga adalah
sejenis lagu yang berasal dari bahasa Arab yang dinyanyikan dengan
muzik atau tanpa muzik.4

Aziz Deraman mendefinisikan nasyid sebagai perkataan yang
berasal daripada kata dasar nashada yang membawa maksud menyeru
atau menyampaikan berita atau memberi maklumat serta merapatkan
atau mengingatkan para pendengar. Nasyid juga boleh diertikan
sebagai melagukan satu-satu rangkap puisi atau menyampaikan bait-
bait sajak dalam bentuk nyanyian atau lagu. Ia bertujuan memuji Nabi
Muhammad SAW, menceritakan akhlak yang baik dan mengingatkan
para pendengarnya supaya taat kepada perintah Allah SWT.5

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Mohamad Shahir Abdullah
berpendapat bahawa nasyid bukan sahaja sebagai hiburan tapi juga
sebagai media dakwah yang berkesan. Melalui lirik, lagu nasyid boleh
menyampaikan mesej-mesej yang positif. Nasyid juga boleh

1Hajah Noresah Baharom (2007), op.cit., h. 1072.
2 Marhaban dan Qasidah ialah sejenis nyanyian yang mengandungi perutusan ajaran
atau puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW yang dilagukan dalam bahasa Arab
dan kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Pada Kebiasaan
kedua-duanya dipersembahkan dalam upacara-upacara keagamaan.
3 Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad (1994), Muzik dan Nyanyian
Tradisi Melayu, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, h. 21.
4 Mohd Jamil Mukmin (1994), Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara,
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, h. 167.
5 Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad (1994), op.cit., h. 22.

175

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

mengambil alih peranan ceramah agama kerana lirik lagu sudah
mencakupi apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat.6

Dalam pemahaman masyarakat tempatan, nasyid merupakan
nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi
kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan seumpamanya.
Pada awalnya nasyid membawa alunan bercorak padang pasir, tetapi
kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak
bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan
lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam
bidang seni.7

Nasyid sebagai satu saluran seni mempunyai pengaruh dalam
masyarakat Melayu di Malaysia. Hal ini kerana nasyid bukan sekadar
bait-bait lagu, akan tetapi melibatkan penampilan kumpulan yang
menyampaikan lagu tersebut. Dengan itu kepekaan penulis,
penggubah, penyanyi dan penganjur terhadap persoalan nilai yang
wujud bersama-sama nasyid itu amatlah mustahak.8 Dengan kata lain,
nasyid menggabungkan elemen seni kata muzik dan gaya penampilan
kumpulan penyanyi.9

Berdasarkan huraian definisi nasyid di atas, dapatlah difahami
bahawa nasyid merupakan salah satu bentuk kesenian yang berunsur
Islam yang menggabungkan elemen seni kata muzik dan gaya
penampilan kumpulan penyanyi. Tujuan utama lagu nasyid ialah
untuk berdakwah. Ini termasuk menyampaikan mesej-mesej yang
positif, unsur-unsur nilai yang baik seperti mengingati Allah SWT
dan Nabi Muhammad SAW, meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap ajaran Islam, menghormati golongan ibu bapa dan orang
yang lebih dewasa, kegigihan dalam menuntut ilmu, mensyukuri
nikmat Allah SWT dan lain-lain tema yang kebanyakannya bersifat
positif dan bermanfaat kepada para pendengar. Nasyid juga bukan
sekadar memberi mesej yang bersifat pengajaran namun ia tetap
mempunyai sifat berbentuk hiburan.

6 Utusan Malaysia, 26 Mac, 2002, “Lagu Nasyid Medium Dakwah”.
7 Farid Mat Zain (2006), Dari Padang Pasir Kepada Pop Kontemporari: Akar umbi
Nasyid di Malaysia dalam Anuar Puteh et al. Prosiding Seminar Serantau Dakwah
dan Kesenian, Selangor: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 206.
8 Jaffary Awang (2006), Perkembangan Nasyid dan Penataran Nilai Islam di
Malaysia, dalam Anuar Puteh et al. Ibid., h. 197.
9 Ibid., h. 199.

176

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Perkembangan Nasyid di Malaysia
Nasyid merupakan salah satu bentuk seni suara dan wahana seni yang
kian popular di Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Melayu.
Ia bukan sahaja digemari oleh generasi yang agak berumur malah
turut mendapat sambutan dan sokongan dari kalangan remaja
termasuk kanak-kanak.

Kedatangan Islam telah membawa bersama seni suara dan seni
muzik. Banyak seni suara dan seni muzik Melayu telah dipengaruhi
oleh seni Arab dan Parsi yang berunsurkan Islam.10

Pada awal perkembangan Islam di Tanah Melayu orang
Melayu tidak mengetahui apa yang diistilahkan sebagai nasyid. Tapi
ini tidak bermakna mereka tidak berhibur atau anti hiburan. Hiburan
mereka lebih bercorak lagu-lagu rakyat yang datang dari rumpun dan
budaya setempat dan ada yang didatangkan dari pengaruh luar tetapi
telah disesuaikan dengan keadaan masyarakat Melayu. Antara yang
masyhur seperti Mak Yong dan Dikir Barat di Kelantan, Gamelan di
Johor, Ulik Mayang di Terengganu dan Boria di Pulau Pinang.
Walaupun dikategorikan sebagai nyanyian rakyat yang
dipersembahkan kepada masyarakat pada musim-musim tertentu,
tetapi permainan tersebut bercampur baur dengan amalan dan budaya
yang bertentangan dengan nilai agama.11 Upacara pemujaan untuk
membangkitkan semangat dikatakan terpengaruh daripada
kepercayaan Hindu-Budha.12

Perkembangan nasyid di Malaysia dapat dibahagikan kepada
dua peringkat iaitu:

10 Mohd Jamil Mukmin (1994), op.cit., h. 167.
11Terdapat banyak lagi jenis-jenis hiburan di Kelantan sama ada berbentuk nyanyian
dan juga permainan seperti tarian Asyek, Joget Melayu, Silat, Wayang Kulit,
layang-layang, gasing dan rebana. Untuk keterangan lanjut sila lihat Hamidah bt
Yaakob (1982), “Hiburan Tradisional Kelantan” dalam Prof Khoo Kay Kim,
Beberapa Aspek Warisan Kelantan II, Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan, h. 53-54.
12Pengaruh Hindu-Budha dalam permaian tradisi Melayu boleh dilihat dengan lebih
lanjut dalam R. Winstedt (1982), The Malay Magician, Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

177

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Nasyid Irama Padang Pasir
Kemunculan nasyid di Malaysia bermula dengan irama Padang Pasir.
Dikenali dengan nama demikian kerana lagu dan muziknya berkait
rapat dengan pengaruh dari Timur Tengah khususnya Mesir dan
Syiria. Timur Tengah dijadikan sebagai model dalam perkembangan
Islam dan menerima segala apa yang di bawa oleh mereka sama ada
dalam amalan Islam mahupun hiburan.13

Sebelum muncul irama Padang Pasir, masyarakat Melayu
mempunyai seni nyanyian tersendiri yang dilaksanakan dalam
masyarakat khususnya untuk mengisi upacara-upacara agama.
Bersesuaian dengan ajaran agama yang tidak membenarkan muzik,
maka perkembangan nyanyian bercorak agama pada peringkat awal
tidak disertai muzik. Andoi atau Dendang Siti Fatimah dan Ulik Anak.
Endoi atau Dendang Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan. Sementara Ulik Anak menjadi popular di
Terengganu. Nyanyian ini dilagukan dalam adat istiadat yang
bercorak Islam seperti menyambut kelahiran anak, upacara bercukur
dan majlis kesyukuran.14

Di beberapa buah negeri, nyanyian bercorak agama ini disebut
dengan pelbagai istilah tetapi mempunyai bentuk dan amalan yang
hampir sama antara satu sama lain. Nazam atau Naban, sebuah puisi
yang dilagukan dikenali di Terengganu, Pahang dan Melaka.
Marhaban dan Qasidah merupakan lagu-lagu pujian kepada Nabi
Muhammad SAW terkenal di sebahagian besar negeri-negeri di
semenanjung Malaysia. Selain itu Ghazal dan Hadrah antara
permainan awal yang bercorak keagamaan. Ghazal muncul di Pantai
Barat dan Utara berkembang dengan pesat ke negeri-negeri lain
khususnya di negeri Johor. Disebutkan bahawa setiap daerah di Johor
mempunyai kumpulan Ghazal tersendiri.15

Perkembangan nasyid pada peringkat awal juga boleh
dikenalpasti menular masuk dalam masyarakat Melayu melalui

13 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 206.
14 Ismail Hamid (1988), Masyarakat dan Budaya Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, h. 150.
15 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 206. Lihat juga Mohd. Yusof Hussain et al.
(2008), “Media in Traditional Malay Society”, dalam Mohd. Yusof Hussain, Media
and Muslim Society, c. 2. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia,
h. 82-83.

178

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

graduan daripada Timur Tengah. Pada awal abad ke 20, sudah ada
beberapa kumpulan pelajar Melayu yang menamatkan pengajian telah
kembali ke tanah air. Mereka menerapkan nasyid kepada murid-murid
sekolah yang diajar. Pada masa ini nasyid dinyanyikan di sekolah-
sekolah agama sama ada semasa perhimpunan pagi dan juga di majlis-
majlis keraian. 16

Masyarakat pada era sekitar 60-an tergila-gila dengan
kumpulan muzik yang dikenali dengan Pop Yeh-Yeh. Muda mudi
meniru cara berpakaian dan gaya rambut serta penampilan yang
dibawa.17 Dalam kerancakan muzik tanah air akhirnya muncul
beberapa buah kumpulan nasyid iaitu al-Mizan, Hidayah dan Jawahir.
Al-Mizan antara yang terkenal ditubuh pada tahun 1977 diketuai oleh
penyanyi utama iaitu Faridah M.Amin. Antara lagu popularnya ialah
Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon, Bersyukur, Alhamdulillah, Demi
Masa, Junjungan Mulia, Empat Dara dan Solatullah.18

Berasaskan kepada situasi kemunculan kumpulan nasyid
tersebut maka perkembangan nasyid di Malaysia dikatakan bermula
semenjak 1960. Tiga nama besar kumpulan nasyid iaitu al-Mizan,
Hidayah dan Jawahir dikaitkan sebagai pejuang irama nasyid pada
ketika itu. Kesemuanya dianggotai oleh kaum hawa. Suara mereka
sering berkumandang di radio dan menjadi pilihan utama sebagai
penyeri sebelum satu-satu majlis dimulakan. Dapatlah disimpulkan
bahawa pada peringkat awal perkembangan irama nasyid di Malaysia
ia dipelopori oleh kumpulan nasyid yang terdiri daripada kaum wanita
yang terlebih dahulu bertindak mengangkat martabat irama padang
pasir di tanah air.19

Nasyid Kontemporari
Nasyid irama Padang Pasir tidak bertahan lama. Tidak sampai satu
dekad, kumpulan-kumpulan nasyid rentak Padang Pasir itu menyepi
diri. Di katakan kumpulan al-Jawahir sempat merakamkan tiga album
dan kumpulan lain tidak lebih dari itu. Kebanyakan ahli mendirikan

16 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 206-207.
17 Ibid., h. 207.
18 Utusan Malaysia, 28 November 2001.
19 Mohd Zaini Mokhtar (2001), “3 Dimensi Kumpulan Nasyid Wanita Terbaik”,
An Nasyid, November, h. 38.

179

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

rumahtangga dan menumpukan perhatian kepada pembangunan
keluarga dan soal-soal rumahtangga.20

Masyarakat mencari-cari hiburan atau nyanyian bercorak
Islami sebagai sebahagian daripada memenuhi naluri hidup seorang
insan. Mereka inginkan sebuah kehidupan yang murni dan diberkati
oleh Allah SWT dunia dan akhirat. Untuk mencapai tujuan tersebut
mereka perlu mengatur kehidupan harian selaras dengan nilai-nilai
agama termasuk aspek hiburan. Kemunculan kumpulan nasyid irama
Padang Pasir memenuhi citarasa sebahagian masyarakat akan tetapi
masih ada yang tidak menerima penampilan mereka. Alasannya suara
wanita adalah aurat dan ada sebahagian ahli nasyid yang tidak
menutup rambut sepenuhnya.21

Perkembangan nasyid turut diwarnai dengan penganjuran
pelbagai pertandingan nasyid sekitar tahun 1980-an, dimana RTM
turut mengendalikan pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan.
Sementara pada tahun 1991 Festivel Nasyid Kebangsaan telah
diurusetiakan oleh Bahagian Hal-Ehwal Islam (BHEAIS) Jabatan
Perdana Menteri yang kini di kenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). JAKIM telah mengurusetiakan Festival ini
(1991-2006) sebanyak 17 kali disamping menguruskan Festival
nasyid peringkat MABIMS (ASEAN) yang diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1996. Kategori nasyid yang dipertandingkan pada
masa ini secara umumnya di bahagikan kepada kategori tradisi dan
moden.22

Lagu-lagu nasyid kontemporari sudah muncul sejak tahun-
tahun 1980-an. Lagu-lagu ini cukup popular kepada pencinta-
pencinta Islam terutama kepada pengikut al-Arqam yang masih belum
diharamkan ketika itu. Kumpulan Nada Murni, The Zikr dan Kanak-
Kanak Sofwan adalah antara kumpulan nasyid yang cukup dikenali.23
Kumpulan Nada Murni muncul dengan rentak dan konsep baru dalam
dunia nasyid. Satu pembaharuan dilakukan ialah ahli kumpulan terdiri

20 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 207.
21 Ibid.
22 Lihat artikel bertajuk “Sejarah Perkembangan Nasyid Di Nusantara Dan
Sumbangannya Sebagai Medium Dakwah, Noordianah binti Alwi, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, http://www.islam.gov.my/portal, 12 Januari 2008.
23Massa, 28 Jun 1997, “Lagu Nasyid Kontemporari Cabaran Kepada Kumpulan
Baru”

180

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

daripada lelaki dan menggunakan beberapa alat muzik sebagai

iringan.24

Format yang diperkenalkan oleh Nada Murni turut

mempengaruhi anak muda khususnya penuntut institusi pengajian

tinggi untuk menubuhkan kumpulan nasyid masing-masing. Dengan

itu lahirlah Badarudin yang lebih dikenali dengan Badar, di Universiti

sains Malaysia (USM), Shoutul Shabab di Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) dan Nahwan Nur (kini Mestica) di Universiti Putra

Malaysia (UPM).25

Pada tahun 1997, Kumpulan Arqam diharamkan oleh pihak

kerajaan. Ketuanya Ustaz Ashaari Muhammad dan beberapa

pemimpin kanan ditahan dibawah ISA. Ini memberi kesan kepada

Nada Murni yang bernaung di bawah pertubuhan itu. Pada tahun itu

juga Nada Murni dibubarkan. Nada Murni berjaya menghasilkan tiga

album dan album terakhirnya ialah Untukmu Rasulullah II.26

Apabila al-Arqam diharamkan muncul pula kumpulan nasyid

kontemporari yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar universiti seperti

al-Wadi (Universiti al-Azhar), Nahwan Nur (UPM) dan Suara Firdaus

(UTM). Kumpulan-kumpulan nasyid ini sudah menerbitkan banyak

album namun tidak berupaya menembusi pasaran industri muzik

tempatan.27

Di tengah-tengah masyarakat tercari-cari nasyid

kontemporari, muncul kumpulan Raihan dan telah kembali

menyemarakkan industri hiburan tanah air dengan dendangan lagu-

lagu dakwah atau lebih dikenali sebagai nasyid28. Ahlinya terdiri

daripada bekas kumpulan The Zikr berjaya menjadi terkenal lebih

daripada Nada Murni. Kumpulan Raihan29 ditubuhkan pada Oktober

24 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 208.
25 Ibid.
26 Ibid.
27 Massa, op.cit, 28 Jun 1997.
28 Noorzila Jamaludin (2002), “Nasyid, Genre Muzik Terlaris”, Al-Islam, Januari,
h. 30.
29 Pada peringkat awal penubuhan kumpulan Raihan, ia dianggotai oleh lima orang
ahli iaitu Nazrey Johari, Azahari @ Zairee Ahmad, Abu Bakar Md. Yatim, Che
Amran Idris dan Amran Ibrahim. Muncul dengan penampilan kopiah hitam ada
tangkai di atas.

181

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

1996 oleh Mohd Farihin Abdul Fattah yang bertindak sebagai
pengurus kumpulan dan penerbit.30

Kemunculan kumpulan Raihan memberi nafas baru dan
menghangatkan nasyid tanah air. Ini terbukti apabila album ‘Puji-
Pujian’ terjual sebanyak 650,000 unit. Dengan jualan yang luar biasa
itu, Raihan dianugerahkan Artis Baru Terbaik, Album Nasyid
Terbaik, Vokal Terbaik dan album Puji-Pujian juga dianugerahkan
Album of The Year pada Anugerah Industri Muzik 1988.31 Raihan
turut memecah rekod jualan album nasyid melalui album-album lain.
Album ‘Syukur’ terjual sebanyak 200,000 unit, ‘Senyum’ 300,000
unit. ‘Koleksi Nasyid Terbaik 400,000 unit. Album ini bukan sahaja
laris di pasaran tempatan malah jualan yang tinggi di Indonesia,
Singapura dan Brunei.32

Walaupun nasyid sudah bertapak lama dalam industri muzik
tempatan namun lagu tersebut mula mendapat perhatian ramai sejak
kemunculan kumpulan Raihan.33 Sambutan yang menggalakkan
terhadap Kumpulan Raihan telah membuka tirai kepada kemunculan
kumpulan-kumpulan nasyid lain untuk turut sama menyemarakkan
industri hiburan tanah air, sehingga berjaya membentuk satu
kelompok artis yang mempunyai kedudukan yang mampan ditengah-
tengah kelompok artis-artis lain.34

Pada 10 Januari 1997 bersamaan 1 Ramadhan 1417 muncul
pula kumpulan Hijjaz. Idea untuk menubuhkan kumpulan Hijjaz
tercetus dengan kemunculan kumpulan Raihan yang mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Malaysia. Nama

30Untuk keterangan lanjut lihat Noor Ariza binti Zakaria (2003), “Penekanan Unsur
Akidah Dalam Nasyid: Satu Kajian Tentang Lirik Lagu Raihan” (Latihan Ilmiah
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya),
h. 45-47.
31 Salman Alfarisi Syahrul (2004), “Nasyid Menurut Perspektif Imam al-Ghazali
dan Kumpulan Raihan” (Disertasi Sarjana Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi),
h. 91. Lihat juga Bart Barendregt (2007), “Cyber-nasyid Transnational soundscapes
in Muslim Southeast Asia”, dalam Todd Joseph Miles Holden et.al. Medi@sia
Global Media/tion in and out of Context, New York: Routledge, h. 181. Lihat juga
Noorzila Jamaludin (2002), op.cit., h. 30.
32 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 208.
33 Utusan Malaysia, op.cit., 26 Mac 2002.
34 Sabariah Sulaiman (2002), “Pengaruh Nasyid Kumpulan Rabbani Terhadap
Masyarakat di Malaysia” (Kertas Projek Program Pengajian Islam, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya 2002), h. 44.

182

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kumpulan Hijjaz sebenarnya telah diilhamkan oleh Mahyuddin
Azhari. Pada awalnya nama Hijjaz adalah He-Just, tetapi
memandangkan mesej yang ingin disampaikan adalah bermotokan
lagu-lagu dakwah maka mereka telah menetapkan agar meletakkan
nama yang sesuai dengan imej dan penyampaian lagu dakwah yang
dibawa. Pemilihan ini juga berdasarkan antara jenis lagu dalam al-
Quran iaitu hijjaz.35

Kumpulan Hijjaz ini dengan penampilan kopiah tajam ‘ke
bawah’ yang dianggotai oleh bekas kumpulan Nada Murni kecuali
Saleh Ramli. Sejak ditubuhkan kumpulan ini berjaya menghasilkan
lebih sepuluh buah album dan mempunyai peminat tersendiri. Antara
lagu yang popular ialah Rindu, Rasul Junjungan, Fatamorgana,
Rintihan dan Senandung Pujian.36

Selain itu, kumpulan Rabbani muncul pada 1 Mac 1997.
Rabbani bermaksud yang arif dan yang soleh atau tafsiran secara
umumnya ialah ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada
kebaikan. Bertolak daripada landasan tersebut tujuh anggotanya ingin
merealisasikan maksud tersebut terhadap diri mereka. Kumpulan
Rabbani adalah berasal daripada kumpulan Nada Murni yang
ditubuhkan pada tahun 1986 dengan keahlian seramai 20 orang.
Perpecahan Nada Murni kemudiannya membentuk dua kumpulan
iaitu Hijjaz dan Rabbani. Rabbani kekal dengan 11 orang ahli iaitu
suatu penampilan yang melibatkan ahli yang ramai dengan tujuan
untuk mencipta suatu kelainan dari segi penampilan, imej dan
persembahan.37

Kumpulan Rabbani menampilkan konsep yang tersendiri iaitu
bermula dengan lagu-lagu berkonsepkan nasyid klasik, irama-irama
yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian
diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era terkini.
Di samping itu, Rabbani juga menampilkan lagu dengan adunan
muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik
Timur Tengah.38

35 Sakinah binti Bujang (2003), “Berdakwah Melalui Nasyid: Kajian Terhadap
Kumpulan Hijjaz (Latihan Ilmiah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 50-52.
36 Farid Mat Zain (2006), op.cit., h. 208.
37 Sabariah Sulaiman (2001), op.cit., h. 49-50.
38 Ibid., h. 51.

183

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Perkembangan genre muzik nasyid telah melahirkan pelbagai
nama yang mewakili kumpulan-kumpulan nasyid seperti Saujana,
Saf-One, Aura dan Nur Irsyad yang bernaung di bawah Telaga Biru
Sendirian Berhad. Manakala kumpulan-kumpulan lain pula ialah In-
Team dan Ae-Man yang merupakan anak didik bagi kumpulan Hijjaz.
Now See Heart, U.N.I.C, Harakat Madani, Diwani, Brothers, Wildan,
Ali Ila Ya, Alif Ba Ta dan sebagainya yang terdiri daripada kaum
Adam. Kumpulan nasyid yang dianggotai oleh kaum hawa masih
sedikit, misalnya kumpulan Huda dan Solehah sahaja yang agak
menonjol.39

Nasyid di Malaysia khususnya di kalangan masyarakat
Melayu bukan lagi hanya menjadi tatapan dan seni bagi kalangan
yang dewasa, malah mendapat sambutan yang cukup baik dari
kalangan generasi muda. Bentuk-bentuk penganjurannya juga
semakin menarik dari sudut bentuk hebahan dan dipersembahkan juga
dalam Majlis-majlis rasmi kerajaan. Ini tentunya akan memberi
semacam satu bentuk kekuatan tambahan kepada industria nasyid di
Malaysia. Selain itu, sokongan daripada syarikat swasta atau penerbit
yang menjadikan kumpulan nasyid lebih terkehadapan setanding
dengan kumpulan pemuzik lain.40

Sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda juga
disebabkan kebanyakan kumpulan nasyid terdiri dari generasi muda
yang sebahagiannya adalah berkelulusan dari universiti tempatan dan
terdapat juga dari luar negara yang bergabung tenaga mewujudkan
kumpulan nasyid. Penampilan golongan remaja dalam industri nasyid
tentunya menjadi daya penarik yang cukup baik khususnya kepada
kalangan penuntut universiti.41

Dari sudut pendekatan bahasa nasyid pula, memang diakui
bahawa majoriti nasyid dipersembahkan dengan menggunakan
bahasa Melayu. Namun sejak kebelakangan ini hasil daripada
kemunculan kumpulan-kumpulan yang sebahagian ahlinya
berkelulusan dari institusi pengajian tinggi mula menghasilkan seni
kata nasyid dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Arab.
Kepelbagaian ini berkemungkinan untuk:42

39Ibid., h. 45.
40 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 198.
41 Ibid., h. 199.
42 Ibid., h. 201.

184

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

i. Menyebarkan mesej Islam melalui nasyid kepada
kalangan masyarakat bukan Melayu khususnya
masyarakat Cina. Ini merupakan satu trend yang menarik
dalam menjadikan nasyid sebagai media hiburan dan
dakwah. Umpamanya kumpulan nasyid Raihan yang
cukup popular, pernah mengadakan kerjasama dengan
Persatuan Cina Muslim Malaysia (Malaysian Chinese
Muslim Association atau MACMA) menterjemahkan
beberapa buah lagu ke dalam bahasa Mandarin.43
Contohnya lagu nasyid bertajuk Cing Ai Ching Ai oleh
Kumpulan Raihan dalam album Gema Alam:44
Cing ai, ching ai
Wei tak tik Allah
Yi che ai, wei foo chong sen
Islam sherai ai tik chen siang

Sin chong she ser ser ker yiu Allah
Allah ping fook wo men tek cha niyen
Siau soon foo moo woo ching ter kwan hwai
Wo men yau who ai whu chuu

Selalulah mengingati Allah
Masalah kembali pada Allah
Hormati ibu bapa kerna kasihnya
Tolong menolong sesama kita

Mohammotek sher Allah tek ser che
Yi cher ai tui tai cang pei her siau hai
Wei siaw she tha thi mei tek
Ying wei siau sher yik cung sher sher

Muhammad itu pesuruh Allah
Sayang kepada yang tua dan muda

43 Buletin MACMA 2004, Bil. 2.
44 Lirik Nasyid, http://www.liriknasyid.com, 6 Februari 2011.

185

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Akhlak mulianya mudah tersenyum
Kerna senyuman itu sedekah

Cintakan Allah kasihkan Allah
Allah maha besar
Melindungi kita dengan rahmatnya
Islam ajaran yang berkasih sayang

Laa Ilaahailallohu Muhammadurrosululloh

Allah shertu yi ter chu
Muhammotek sher Allah ter ser che

ii. Memastikan pasaran lagu-lagu nasyid tidak hanya
tertumpu di Malaysia, sebaliknya boleh menjangkau
hingga ke luar negara. Ini kerana terdapat beberapa
kumpulan nasyid yang turut membuat persembahan di
Indonesia. Ini menunjukkan kumpulan nasyid
kontemporari di Malaysia kelihatan bersifat global dari
sudut pendekatan pemasaran.

Berdasarkan kepada fenomena tersebut, maka terdapat
beberapa kumpulan nasyid yang meletakkan kumpulan masing-
masing dengan nama yang kelihatan lebih bersifat ‘antarabangsa’ dan
bukan lagi terlalu ‘keMalaysiaan’. Ini dapat dilihat umpamanya
dengan kemunculan kumpulan-kumpulan seperti Now See Heart, In
Team dan Rabbani sendiri. Ini kerana sudah menjadi semacam satu
trend, penggunaan Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab sebagai
penunjuk kepada nilai ‘keantarabangsaan’ bagi sesuatu perkara.45

Menurut Ahmadi Hassan yang merupakan penyanyi nasyid
sekitar tahun 1970-an, beliau berpandangan bahawa perkembangan
irama nasyid sekarang adalah satu petanda baik untuk meletakkan
irama nasyid seiring dengan irama lain. Prembaharuan dalam irama
nasyid yang telah dapat diterima ramai akan meninggikan martabat
irama tersebut.46

45 Jaffary Awang (2006), op.cit., h. 201.
46 Mohd Zaini Mokhtar (2002), “Ahmadi Hassan Batal Hajat Kerana Petanda
Buruk”, An Nasyid, Januari.

186


Click to View FlipBook Version