Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Secara keseluruhannya, slot tayangan bagi video klip pembuka,
penutup, paparan logo Ummi dan penaja beserta dengan syarikat
HHM tidak melebihi dari 1 minit. Ini menunjukkan bahawa walaupun
paparan tersebut adalah singkat, ia bertujuan kepada pemberitahuan
kepada penonton sebagai pengetahuan umum. Manakala isi utama
dalam perjalanan siri UCPK ini bagi slot pengenalan cerita, kisah dan
teladan surah al fatihah dan pengakhiran cerita mempunyai paparan
masa yang terbanyak antara minit kedua hingga menghampiri minit
yang ketujuh. Untuk hiburan secara muzikal seperti slot lagu utama
siri UCPK, lagu Erti Al Fatihah dalam bentuk animasi dan klip
muzikal beserta dengan lagu yang bertajuk Bagus Punya Bagus
adalah berdurasi secara sederhana antara minit satu sebelum minit
yang kedua.
Kesimpulan
Hasil penelitian terhadap keseluruhan episod yang terdapat dalam siri
Ummi musim pertama ini didapati mempunyai mesej dakwah bil hal
di dalam persembahan animasinya dengan mengajak para penonton
untuk mempelajari, memahami dan menghayati ajaran Islam dalam
bentuk yang mudah difahami untuk dicontohi. Cara penyampaian
yang diterapkan dilihat mengandungi unsur-unsur psikologi untuk
merangsang visual, pendengaran dan pemikiran penonton melalui
watak, lokasi dan strateginya yang bersifat hiburan muzikal, motivasi,
jenaka, penceritaan dan model kelakuan melalui rekaan watak-watak
yang bersifat positif beserta susunan masa yang sesuai bagi setiap slot
tayangan. Disamping itu juga, siri UCPK musim pertama ini turut
memenuhi kriteria asas ajaran Islam yang terdiri dari unsur akidah,
syariat dan akhlak. Secara tidak langsung, produk animasi terbitan
HHM ini merupakan produk tempatan animasi yang mempunyai nilai
dan prinsip yang jelas untuk mendidik kanak-kanak dalam
penghasilan animasinya.
287
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Rujukan
Ab Aziz Mohd Zin. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2001.
Dr. Abdul Karem Zaidan. Dasar-Dasar Ilmu Da’wah (Jilid 2).
Terjemahan: H.M Asywadi Syukur Lc. Selangor: Dewan
Pustaka Fajar, 2007.
Ahmad Izham Omar (CEO Primeworks Studios Sdn Bhd), dalam
temubual DVD Video Siri Animasi: Ummi Ceritalah Pada
Kami. Malaysia: Hud Hud Media Sdn Bhd, 2011.
Albert Bandura. Social Learning Theory. Standford University. New
York: General Learning Press, 1971.
Amyrhead, "Case Study of Animation Pioneers", laman sesawang
wordpress.com, dikemaskini 21 September 2012, dicapai 25
Mac 2015,
https://amyrheadaca.wordpress.com/2012/09/21/peter-mark-
roget-persistence-of-vision/
Anna Hall. The Philosophy Book. New York: DK Publishing, 2011.
Catherine Collin et. al. The Psychology Book. London: Dorling
Kindersley Limited, 2012.
Committee on Physical Activity, Health, Transportation and Land
Use. 2005. Does the Built Environment Influence Physical
Activity? Examine The Evidence. Washington D.C:
Transportation Research Board.
Dr. Danial Zainal Abidin. Quran Saintifik. Selangor: PTS Millennia
Sdn Bhd. 2014.
Daniel R. Anderson, Aletha C. Huston, Kelly L. Schmitt, Deborah L.
Linebarger, John C. Wright, Reed Larson. 2001. “Early
Childhood Television Viewing and Adolescent Behavior: The
Recontact Study”. Monographs of the Society for Research in
Child Development, Vol. 66, No. 1.
Prof Dato’ Dr. Haron Din et al. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur:
Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd, 1985.
Heather L. Kirkorian, Ellen A. Wartella, and Daniel R. Anderson.
Media and Young Children’s Learning. Vol. 18 / No. 1 / Spring
2008.
Hud Hud Media Sdn Bhd, "UMMI.. more stories please!" Season 1 -
English - THE POWER OF AL-FATIHAH", laman sesawang
288
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
You Tube, dikemaskini 6 September 2015, dicapai 27 Januari
2016, https://www.youtube.com/watch?v=lnHwjVt2qgA
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami.
Mukaddimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Terjemahan Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2002.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Garis Panduan Hiburan
dalam Islam. Edisi kedua. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, 2015.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. Multimedia dalam Pendidikan.
Bentong: PTS Publcations, 2003.
Kamus Dewan Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2015.
L. Rowell Huesmann. An Information Processing Model for the
Development of Aggression. Aggressive Behavior. Volume 14.
Department of Psychology, University of Illinois at Chicago,
1988.
M. Abdul Ghoffar E.M dan Abu Ihsan al-Atsari. Lubaabut Tafsiir Min
Ibni Katsiir. Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 6). Cetakan kelima.
Indonesia: Mu-assasah Daar al-Hilaal Kairo, 2008.
Manshur Zikri, "Salah satu teori tentang konten televisi yang
mempengaruhi penonton", laman sesawang wordpress.com,
dikemaskini 5 Oktober 2011, dicapai 9 Mei 2016,
https://manshurzikri.wordpress.com/2011/10/05/teori-tentang-
konten-tv-yang-mempengaruhi-penonton/,
Dr. Mansor Ibrahim, Dr. Puteri Shireen Jahnkassim, Dr Maisarah Ali,
Nurul Syala Abdul Latip, NorZalifa Zainal Abidin. Virtual
Reality in Heritage Studies and Historical Reconstruction
through Animation - A Case Study of a 16th World Century
University Complex in the Ottoman World. IIUM: 7th
International Conference on Construction Applications of
Virtual Reality. (IIUM: Kulliyyah of Architecture and
Environmental Design, 0ctober 22-23, 2007).
Merriam-Webster. Online Dictionary. United States: An
Encyclopedia Britannica, 1996. dicapai 25 Mac 2015,
http://www.merriam-
webster.com/dictionary/animated%20cartoon
Mok Soon Sang. 2012. Prinsip Teras Pengajaran dan Pembelajaran
II. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, 2012.
289
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
______________. Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-
Pembelajaran. Cetakan keempat. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd, 2014.
Muhammad Akhmal Hakim. Kecerdasan Membentuk Muslim
Superior. Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd, 2013.
Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid. Didik Anak Cara Rasulullah
SAW. Kuala Lumpur: Klang Book Centre, 2006.
Muhammad Shamsul Abd Ghani, “Masih kanak-kanak Walaupun
Berusia 18 Tahun?”, laman sesawang Sinar Harian,
Dikemaskini 5 Ogos 2014, dicapai 14 Ogos 2016,
www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/masih-kanak-
kanak-walaupun-berusia-18-tahun-1.305075
Nazneen Ismail. Psikologi Islam. Selangor: Must Read Sdn Bhd,
2014.
Nora Ariffin (Pengarah Syarikat, Hud Hud Media Sdn Bhd) dalam
temubual dengan penulis, 8 Januari 2016.
Prof. Datin Nor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), melalui Muhammad Shamsul Abd Ghani, “Masih
kanak-kanak Walaupun Berusia 18 Tahun?”, laman sesawang
Youtube Sinar TV, diterbitkan 24 Julai 2014, dicapai 14 Ogos
2016, https://youtu.be/cbFmw26O23w
Sam Atkinson. The Business Book. New York: DK Publishing, 2014.
Samsul Munir Amin. Ilmu Dakwah. Jakarta: Penerbit Amzah, 2009.
Sayyid Quthb, "Tafsir Fi Zilalil Quran", laman sesawang
wordpress.com, dicapai 21 Ogos 2016,
https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi lengkap/,
al-asr-melayu.pdf841272767.pdf.
Yusuf Qaradhawi. Fiqh Hiburan dan Rekreasi. Selangor: PTS
Islamika Sdn Bhd, 2014.
__________________. Seni & Hiburan dalam Islam. Cetakan ketiga.
Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications, 2008.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawir Ismail, Noranizah Yusuf. 2012.
Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan
Pembentukan Jati Diri. Edisi Khas Jurnal Hadhari. Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari UKM.
Zawiyah Mohammad Yusof. Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.
290
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
SUMBANGAN PUSAT PERSATUAN TADIKA
NARATHIWAT (PUSAKA) DALAM PERKEMBANAGAN
DAKWAH DI NARATHIWAT, THAILAND
Nuh Bin Ismail1
Pendahuluan
Wilayah Muslim di Selatan Thailand ialah satu kawasan yang terletak
bersempadan dengan Utara Malaysia. Di sebelah timurnya
bersempadan dengan laut Cina Selatan, di sebelah barat bersempadan
dengan Lautan India. Di sebelah utara pula bersempadan dengan
wilayah-wilayah yang diduduki oleh orang–orang Buddha, seperti
wilayah Trang, Phatalong dan Nakhon Sri Thamarat. Narathiwat
merupakan kawasan yang paling selatan sekali dalam peta negara
Thailand.2
Masyarakat Islam di wilayah-wilayah Selatan ini iaitu wilayah
Patani, Yala, Narathiwat, Setun dan sebahagian dari wilayah Songkla
adalah berketurunan Melayu yang dianggarkan berjumlah 1,423,310
orang.3 Mereka masih lagi menggunakan Bahasa Melayu dalam
pergaulan seharian mereka sebagaimana bahasa ini dijadikan bahasa
pengantar di institusi pengajian pondok dan sekolah-sekolah agama
rakyat bagi subjek-subjek yang berkaitan dengan agama Islam.4
Kegiatan penyebaran agama Islam di kawasan ini berterusan sejak
beberapa abad yang lalu sehinggalah ke hari ini. Bermula dengan
lahirnya institusi pengajian pondok dan sekolah-sekolah agama yang
memainkan peranan penting dalam menyebarkan syiar Islam melalui
kelas-kelas pengajian secara formal. Selain daripada institusi
pengajian pondok dan sekolah-sekolah agama, tidak ketinggalan juga
wujudnya sekolah-sekolah Melayu yang terkenal pada hari ini dengan
1 Calon Sarjana Usuluddin, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
2 Mohd Husin Ahmad, Muyskilah Taalim al-Luhgah Arabiah fi al-Maahid al-
Islamiah Bin Janub Thailand, (Jamiah Afrika,Khartum,Sudan, 2004), h. 37.
3 Ahmad Omar Chapakia, Politik Thailand dan Masyarakat Islam Selatan Thailand,
(Pustaka Darussalam, Alor Setar, Kedah, 2000).
4 Temubual bersama Ustaz Abdul Wahab Saud (Timbalan Ketua PUSAKA,
Wilayah Narathiwat), 18 Ogos 2013.
291
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
nama “Taman Didikan Kanak-kanak” atau nama singkatannya
(TADIKA).
Perkembangan pendidikan peringkat TADIKA mula
berkembang di Narathiwat, Selatan Thailand sejak tahun 60an lagi.
Wujudnya pendidikan ini hasil kesedaran sebahagian tokoh
masyarakat untuk meningkatkan taraf anak bangsa ke arah
kecemerlangan dan membina jati diri Melayu. Golongan ini
merupakan bekas pelajar yang tamat pembelajaran mereka di
peringkat sijil Thanawiyah dari sekolah agama rakyat. TADIKA
merupakan model pendidikan bagi kanak-kanak Islam yang
sistematik dan berperanan dalam wilayah-wilayah majoriti Islam
seperti Narathiwat, Patani, Yala, Satun dan sebahagian dari wilayah
Songkla.5
Kedudukan TADIKA di kampung-kampung menjadi lambang
kebudayaan Melayu. Bermula dengan bentuk binaan sekolah yang
terletak di tepi Masjid dan cara berpakaian yang dipakai pelajar-
pelajar TADIKA menjadi satu simbolik bahawa kawasan Narathiwat,
Selatan Thailand adalah kawasan yang diduduki oleh orang-orang
Melayu Islam. Kegiatan pembelajaran TADIKA semakin lama
semakin pesat sehingga institusi ini tumbuh bertaburan di seluruh
desa dan kampung. Ini adalah hasil daripada kesedaran yang tinggi di
kalangan warga masyarakat yang terdiri daripada golongan intelek
dan bijak pandai serta kerjasama ibubapa yang menghantar anak-anak
mereka ke kelas fardu ain di TADIKA.
Pengenalan TADIKA
Perkataan TADIKA ialah satu istilah ringkas yang berasal dari huruf
“TA” singkatan daripada perkataan “taman”, “DI” singkatan daripada
perkataan “didik” dan “KA” singkatan daripada perkataan “kanak-
kanak”. TADIKA di Selatan Thailand membawa maksud pusat atau
kelas fardu ain bagi kanak-kanak Muslim yang diasaskan oleh
penduduk setempat dan bernaung di bawah masjid atau musalla.
TADIKA merupakan tempat mempelajari ilmu-ilmu agama bagi
kanak-kanak yang masih belajar di sekolah rendah kerajaan dan
5 Ahmad Omar Chapakia, Politik Thailand dan Masyarakat Islam Selatan Thailand,
(Pustaka Darussalam, Alor Setar, Kedah, 2000), h. 284.
292
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Masa belajarnya ialah pada
hari Sabtu dan Ahad.6
Di TADIKA. murid-murid dapat mempelajari asas-asas ilmu
agama termasuk mempelajari al-Qur’an. Ia berperanan dalam
mengurangkan bebanan harian ibu bapa dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan berbentuk agama terhadap anak-anak mereka. Walaupun
pembelajaran di institusi TADIKA adalah terbatas dalam konteks
jumlah waktu dan hari belajar berbanding pembelajaran di sekolah
rendah kerajaan, namun kesannya sangat menggalakkan kerana ia
berkait rapat dengan keperluan harian masyarakat setempat iaitu
pengetahuan agama. Murid-murid diasuh berpakaian menutup aurat,
mengerjakan solat berjamaah dan lain-lain. Dari segi komunikasi dan
penyampaian ilmu, guru dan pendidik merupakan mereka yang terdiri
daripada bangsa Melayu sendiri serta beragama Islam.7
Penubuhan Pusat Persatuan TADIKA Narathiwat (PUSAKA)
Memandangkan kepada kepesatan dan kemajuan yang dicapai oleh
institusi TADIKA, satu persatuan berpusat ditubuhkan untuk
mengabungkan gerak kerja institusi pendidikan ini. Ia bertujuan
untuk membantu dan menyelesaikan beberapa masalah yang timbul
dalam institusi–institusi TADIKA seperti wujudnya ketidaksatuan
dalam urus tadbir institusi berkenaaan. Sebagai contoh, terdapat
beberapa TADIKA di peringkat mukim yang tidak selaras dari sudut
pelaksanaan kurikulum dan penggunaan buku-buku teks. Contoh
yang ketara ialah penggunaan bahan Buku Bacaan Melayu yang
berbeza isi kandungannya untuk pelajar tahun satu. Sebahagian
TADIKA menggunakan buku yang kandungannya menyatakan
‘Alif’sebagai memberi maksud emak, ‘Baa’ bermaksud bapa, dan
‘Taa’ bermaksud tangan.8 Manakala TADIKA lain pula
menggunakan buku yang menyatakan ‘Alif’ bermaksud ayam, ‘Baa’
bermaksud baju, dan ‘Taa’ bermaksud tali.9
6 Buku Panduan PUSAKA Narathiwat, (t.t), (Bahasa Thailand), tidak diterbitkan.
7 Temubual bersama Ustaz Abdul Wahab Saud, (Timbalan Ketua PUSAKA
Wilayah Narathiwat) pada 18 Ogos 2013.
8 Jamaah Pengarang Pustaka, Badan Pelajaran Majlis Agama Islam Patani, Asas
Bacaan Melayu Tulisan Jawi B, (Pattani: Saudara Press, 1990), h. 5-7.
9 Aziz Anwar, Asas Bacaan Jawi untuk Sekolah-Sekolah Rendah, (Teman Pustaka
Press, Patani, 1974), h. 2.
293
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Selain masalah tersebut, kedudukan TADIKA di bawah
persatuan-persatuan kecil di peringkat mukim juga tidak kukuh
kerana ia tidak berdaftar dengan mana-mana badan kerajaan secara
sah. Akibatnya pihak kerajaan mula memandang serong berikutan
banyaknya persatuan di setiap kawasan dan daerah.
Pembentukan persatuan TADIKA secara berpusat di
peringkat wilayah berperanan dalam menyelaraskan institusi
TADIKA di peringkat daerah dan mukim. Dalam ertikata lain,
persatuan induk ini dapat menyatukan semua persatuan supaya berada
di bawah satu pentadbiran yang membawa satu matlamat pendidikan
yang ditetapkan.
Perkataan PUSAKA adalah ringkasan daripada Pusat Persatuan
TADIKA wilayah Narathiwat. Ia ditubuhkan hasil daripada
mesyuarat dan kerjasama ketua-ketua persatuan TADIKA peringkat
mukim dan daerah dalam wilayah tersebut. PUSAKA didaftar dengan
kerajaan pada 22/09/199410 dengan nombor pendaftaran 763/2537. Ia
diusahakan oleh seorang ahli politik Muslim terkenal dan
berpengaruh iaitu Encik Hj. Najmuddin bin Hj.Omar. Beliau dipilih
sebagai ketua Pengarah Pusat Persatuan pertama kerana sokongan
yang diberikan dalam soal moral dan kewangan.11 Haji Najmuddin b.
Haji Omar pernah beberapa kali menjadi wakil rakyat wilayah
Narathiwat sejak tahun 1992. Beliau diberi kepercayaan oleh
parlimen Thailand sebagai timbalan setiausaha penasihat polis dalam
sidang parlimen.12 Berasas kepada pengalaman tersebut beliau
diangkat mengetuai PUSAKA dengan tujuan penubuhan seperti
berikut:
1. Mempelajari Ilmu-Ilmu Agama.
Konsep pembelajaran di TADIKA adalah tertumpu kepada
ilmu-ilmu agama seiring kepentingannya dengan pengajian
akademik di sekolah-sekolah kerajaan. Hal ini adalah kerana
sekolah kerajaan pada ketika itu belum mempunyai dasar yang
10 Prasit Chai thung Pan, Khau hawa (So.So Najmuddin) Pen Kebut Plon Pean
(Bangkok: Sai yai
PracaTham, 2009), h.121.
12 Ibid, h. 156.
294
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
jelas dalam menerapkan subjek-subjek agama di sekolah
rendah kerajaan.
2. Menyalurkan Sumbangan Kepada Pelajar-Pelajar Yatim Dan
Miskin.
Akibat pergolakan yang berlaku di Selatan Thailand pada
tahun 2004 di mana adegan tembak-menembak antara gerakan
pemisah dan tentera kerajaan, letupan bom di tepi jalan,
pembunuhan dan penculikan telah menyebabkan ramai
wanita menjadi ibu tunggal dan kanak-kanak menjadi yatim
piatu. PUSAKA dengan kemampuan yang ada membantu
memberi sumbangan moral dan material kepada golongan ini
melalui pengedaran buku-buku pengajian secara percuma dan
pengecualian yuran persekolahan kepada golongan ini.
3. Mengadakan Kegiatan Sempena Hari-Hari Kebesaran Islam
Hari kebesaran Islam yang dimaksudkan ialah hari Maulid al-
Rasul, malam israk mikraj, malam nisfu sya’ban dan lain-lain
lagi. PUSAKA amat menggalakkan supaya persatuan di
bawahnya meraikan majlis-majlis sempena hari tersebut
dengan mengadakan sesi ceramah, perarakan, pertandingan
dan sebagainya.
4. Mempertahankan Adat Istiadat Melayu Dan Budaya
Tempatan
Dalam hal mempertahankan adat dan budaya tempatan,
penerapan kurikulum dan buku pengajian dalam Bahasa
Melayu merupakan tujuan utama PUSAKA. Oleh yang
demikian, semua mata pelajaran yang diajar di TADIKA
menggunakan Bahasa Melayu sama ada dalam tulisan jawi
atau rumi kecuali bagi subjek-subjek yang berkaitan Bahasa
Arab seperti Nahu, Soraf, Mutalaah dan Insyak .13
5. Melaksanakan Kegiatan-Kegiatan Umum Dan Bekerjasama
Dengan Badan-Badan Lain
Terdapat banyak badan dan persatuan bukan kerajaan (NGO)
di Selatan Thailand. Hal ini berikutan kebebasan yang
diberikan oleh undang-undang kerajaan Thailand. Badan-
badan ini dapat dilihat seperti Persatuan Muslim, Persatuan
13 Prasit Chai thung Pan, Khau Hawa (So.So Najmuddin) Pen Kebut Plon Pean
(Bangkok: Sai yai
PracaTham , 2009), h. 118.
295
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Guru-Guru Sekolah Swasta, Persatuan Ahli Perniagaan dan
lain-lain. PUSAKA pada dasarnya menjalinkan kerjasama
dengan badan-badan bebas tersebut.14
Sumbangan PUSAKA dalam Mengembangkan Dakwah di
Narathiwat
Perkembangan dan kegiatan dakwah di Selatan Thailand khususnya
di Narathiwat bergerak mengikut panduan yang digariskan oleh
badan-badan yang menjalankan kegiatan dakwah itu sendiri. Badan-
badan dakwah ini menjalankan kegiatan dakwah dalam rangka
memperkukuhkan kedudukan akidah umat Islam di samping
menyekat anasir-anasir luar yang boleh mengganggu kedudukan
agama mereka. Antara badan-badan dakwah yang aktif bergerak ialah
gerakan Jamaah Tabligh, Institusi Pengajian Pondok, Institusi
Sekolah–Sekolah Agama Rakyat. Persatuan Pemuda Muslim dan
sebagainya. Pusat Persatuan TADIKA Narathiwat (PUSAKA) juga
merupakan badan dakwah yang berganding bahu dalam menyumbang
dakwah melalui kaedah pendidikan. Sasaran badan ini ialah berusaha
menyatukan persatuan TADIKA yang jumlahnya lebih dari 23
buah15persatuan supaya berada dalam satu barisan melalui satu sistem
pendidikan bersepadu bagi seluruh daerah dalam wilayah Narathiwat.
Sumbangan PUSAKA dalam mengembangkan dakwah melalui
sistem pendidikan ini dapat dilihat melalui kurikulum yang diterapkan
dalam institusi TADIKA. Sumbangan ini dapat dilihat melalui jenis-
jenis matapelajaran yang diajar seperti rajah di bawah:
14Ahmad Omar Chapakia, Politik Thailand dan Masyarakat Islam Selatan
Thailand, (Pustaka Darussalam, Alor Setar, Kedah, 2000), h. 280.
15 Temubual bersama Ustaz Abdul Wahab Saud (Timbalan Ketua PUSAKA
Wilayah Narathiwat) pada 18 Ogos 2013.
296
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Bil Mata Pelajaran Kelas yang di ajar
1 Asas Tadika A
2 Asas Ugama B
3 Asas bacaan Melayu A,B,1,2,3,4
4 (Jawi) A,B,1,2,3,4
5 Asas Baccan A,B,1,2,3,4
6 Melayu(Rumi) 1,2,3,4
7 Asas Pelajaran Al-Quran 1,2,3,4
8 Asas Pelajaran Tauhid 1,2,3.4
9 Asas Pelajaran Fiqah 1,2,3,4
10 Asas Pelajaran Sejarah 1,2,3,4
11 Asas Pelajaran Akhlaq 1,2,3,4
Pelajaran Khat
Nasakh,Raah
Al-Qiraah wal Mutalaah
Sumber: Buku kurikulum peringkat Pusat Persatuan TADIKA
Narathiwat (1998)
Bahasa pengantar bagi semua matapelajaran adalah dalam
Bahasa Melayu kecuali bagi subjek al-Qiraah dan al-Quran. Pada
awal tahun 2012, dasar pendidikan PUSAKA diubahsuai dengan
memasukkan beberapa subjek baru dalam mata pelajaran wajib iaitu
subjek-subjek al-Hadis, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan
Matematik. Selain menyelaraskan kurikulum dan penyediaan buku
teks secara bersepadu, PUSAKA juga mengadakan kursus tahunan
kepada staf TADIKA di semua peringkat wilayah atau daerah. Ini
juga merupakan satu kegiatan dakwah dalam penyampaian ilmu dan
penerapan nilai-nilai akhlak al-Karimah dalam dunia pendidikan dan
pengajaran. Selain dua program utama tersebut, program perayaan
tahunan TADIKA anjuran PUSAKA adalah program ketiga yang
menyumbang kepada perkembangan dakwah di Narathiwat.
Kandungan aktiviti dalam program perayaan membantu dalam
melahirkan kader-kader dakwah. Syiar Islam disampaikan melalui
tema-tema dalam perayaan-perayaan berkenaan. Contoh tema-tema
297
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
yang dimaksudkan ialah seperti16 Tadika Melebar Agama Tersebar
(2001), Menyemai Benih Menabur Jasa (2002), Merintis Jalan Meniti
Arus (2003), Lunas Berteras Tunas Bernafas (2004), Kesantunan
Adalah Budaya Kita (2005), Pendidikan Asas Kejayaan (2006),
Ilmu Menyinari Hidup (2007), Ilmu Asas Kemajuan (2008), Rajin
Usaha Tangga Kejayaan (2009), Ilmu Nadi Dewasa (2010), Tadika
Cemerlang Bangsa Gemilang (2011), Membaca Budaya Kita (2012),
Caknakan Bahasa Julangkan Budaya (2013), dan Memupuk Budaya
Menyatukan Umat (2014).17
Kesimpulan
Kewujudan Pusat Persatuan TADIKA Narathiwat (PUSAKA) di
Narathiwat Selatan Thailand sebagai satu badan pendidikan
membantu dalam mengembangkan dakwah Islamiah bagi umat Islam
di sana. Sasaran badan ini adalah pelajar-pelajar Muslim yang
mungkin terdedah kepada anasir-anasir luar yang tidak berasaskan
kepada ajaran agama Islam. PUSAKA melalui kurikulum
bersepadunya telah berjaya memantapkan ajaran Islam kepada kanak-
kanak Muslim dan amalan agama yang ditunjukkan mereka menjadi
bukti kukuh atas kejayaan itu. PUSAKA juga melahirkan kader-kader
yang berilmu dan berdaya saing serta mampu menjadi pendakwah
yang berkaliber. Pendidikan PUSAKA dapat mengekalkan jati diri
bangsa dan Bahasa Melayu kepada masyarakat Muslim setempat
sesuai dengan pendirian mereka yang ingin melihat Bahasa Melayu
menjadi lambang kepada masyarakat majoriti Islam Selatan Thailand.
Rujukan
Ahmad Omar Chapakia, Politik Thailand dan Masyarakat Islam
Selatan Thailand, (Pustaka Darussalam, Alor Setar, Kedah,
2000).
Aziz Anwar, Asas Bacaan Jawi untuk Sekolah-Sekolah Rendah,
(Teman Pustaka Press, Patani, 1974).
Buku Panduan PUSAKA Narathiwat, (t.t), (Bahasa Thailand), tidak
diterbitkan.
16 Majalah Tahunan PELITA, Bil.4, (Pusat Penyelarasan Tadika Selatan
Thailand, 2007)
17 Http:///www.wahab ipth@ yahoo.co.th, dicapai pada 1 Februari 2014.
298
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Http:///www.wahab ipth@ yahoo.co.th, dicapai pada 1 Februari 2014.
Jamaah Pengarang Pustaka, Badan Pelajaran Majlis Agama Islam
Patani, Asas Bacaan Melayu Tulisan Jawi B, (Pattani:
Saudara Press, 1990).
Majalah Tahunan PELITA, Bil.4, (Pusat Penyelarasan Tadika
Selatan Thailand, 2007).
Mohd Husin Ahmad, Muyskilah Taalim al-Luhgah Arabiah fi al-
Maahid al-Islamiah Bin Janub Thailand, (Jamiah Afrika,
Khartum, Sudan, 2004).
Prasit Chai thung Pan, Khau hawa (So.So Najmuddin) Pen Kebut
Plon Pean (Bangkok: Sai yai PracaTham, 2009).
Temubual bersama Ustaz Abdul Wahab Saud, (Timbalan Ketua
PUSAKA Wilayah Narathiwat) pada 18 Ogos 2013.
299
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
300
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
PROGRAM TARBIYAH PARTI ISLAM SE-MALAYSIA
DI KAWASAN TANJONG MALIM, PERAK
Khaled Mat1, Dr Fakhrul Adabi Abdul Kadir2
Pendahuluan
Tanah Melayu dijajah sejak tahun 1511. Penjajahan ini menyebabkan
negara ini kehilangan kekayaan hasil bumi, berlaku serangan
pemikiran dan pemesongan akidah terhadap umatnya. Matlamat
utama penjajahan Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, Jepun dan
Perancis ke atas tanah jajahan ialah Gold, Glory dan Gospel.3Situasi
ini membangkitkan kesedaran di kalangan para ulama, cendikiawan
Islam dan guru agama bagi mengajak umat Islam menghayati al-Din
yang sebenar sehingga tertubuhnya PAS di Tanah Melayu. PAS yang
berasal daripada Hizbu al-Muslimīn4 telah ditubuhkan pada 14 Mac
1948, namun diharamkan oleh British pada bulan Ogos 1948. Walau
bagaimanapun, perjuangannya telah diteruskan oleh PAS yang
merupakan antara gerakan Islam (harakah Islāmiyyah) terawal di
Malaysia yang diasaskan di Gunung Semanggol, Perak.
1Khaled Mat, MUs. adalah calon Ph.D di Jabatan Dakwah dan Pembangunan
Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. E-mel:
[email protected]
2Fakhrul Adabi Abdul Kadir, adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
E-mel: [email protected]
3Perang Salib yang berlangsung di Eropah selama beberapa abad menyebabkan
Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jepun mula menjajah negara
umat Islam. The Glory, The Gold dan The Gospel yang menjadi pegangan mereka
bermaksud penjajahan ke atas bumi umat Islam, mengumpul kekayaan bumi yang
dijajah secara maksimum, dan penyebaran agama Kristian di seluruh tanah jajahan.
4Penubuhan PAS sinonim dengan perjuangan Hizbu al-Muslimīn yang diharamkan
pada tahun 1948 oleh British. Hizbu al-Muslimīn ditubuhkan di Gunung
Semanggol, Perak dengan nasihat daripada tokoh-tokoh politik seperti Dr.
Burhanuddin al-Helmī dan Kiyai Masyhur Azahari (pemimpin kanan Majlis Syura
Islam atau Masyumi). Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah
pimpinan Abu Bakar al-Baqir dan bekas pimpinan Hizbu al-Muslimīn yang
diharamkan serta didokong oleh pimpinan agama tradisional, seperti guru dan
pelajar agama.
301
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Sebagai sebuah gerakan Islam terulung di Malaysia, PAS
banyak menerima pengaruh daripada gerakan Islam lainnya seperti
Ikhwān al-Muslimīn, Majlis Syura Islam (Masyumi), Jamā’ati Islamī
dan Parti Refah telah menjadikan tarbiyah5 sebagai wadah utama
perjuangannya. Bagi menjayakan agenda yang besar itu, PAS
mewujudkan satu sistem tarbiyah yang terancang dan tersusun.
Hasilnya, PAS berjaya melahirkan ahli yang benar-benar komited
dengan perjuangan Islam dan berkemampuan memimpin masyarakat
ke jalan yang benar. Aktivis yang dilahirkan daripada program
tarbiyah ini pula dapat mengorbankan jiwa raga, tenaga, wang ringgit,
masa dan fikrah untuk jamaah. Kekuatan tarbiyah juga telah
menambahkan lagi keyakinan masyarakat untuk memilih PAS
sebagai wadah perjuangan mereka.
Konsep Tarbiyah Dalam Islam
Tarbiyah ialah satu proses pendidikan berteraskan ilmu dan pemikiran
Islam agar hasil tarbiyah dapat menjadikannya sebagai amalan dalam
kehidupan. Tarbiyah bukan pada aspek teori sahaja, malah
merangkumi aspek amali, iaitu mengamalkan Islam secara
sempurna.6Menurut ‘Āli Abdul Halim Mahmud, tarbiyah bererti
uslub yang terbaik7dalam proses berinteraksi dengan fitrah
kemanusiaan dalam bentuk pengucapan secara langsung8 atau secara
tidak langsung9 agar masyarakat dapat mengikutinya berdasarkan
manhaj atau garis panduan dan wasilah-wasilah yang khusus yang
5Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab, Rabbā-Yurabbī-Tarbiyah. Tarbiyah
adalah prosespembentukanmuslim yang wujud dalamharakahIslāmiyyah yang
bermatlamat mewujudkan “baldatuntayyibatunwarabbunghafūr”. Oleh itu, PAS
sebagai sebuah harakahIslāmiyyah menekankan tasawwur Islam yang jelas kepada
ahlinya di pelbagai peringkat, sama ada ansār, ‘āmilīn, nuqabā’ dan nawāb.
6Rujuk definisi tarbiyah dalam laman web
http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita1-98/desk.html.
7Uslub yang terbaik ialah uslub yang paling utama, bermanfaat dan sesuai. Annuar
Salleh, Konsep Siyasah Syar’ieyah Dalam Harakah Islamiah (Selangor: Penerbitan
Teras bakti, 2000), 137.
8Pengucapan secara langsung dilakukan dengan cara mengajar, mendidik dan
membuat persiapan yang bersifat langsung kepada manusia melalui perkataan.
9Pengucapan secara tidak langsung dilakukan dengan memberikan contoh
perbuatan dan teladan melalui perlakuan kebaikan, tingkah laku yang terpuji dan
akhlak yang tinggi,
302
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
tidak bertentangan dengan syariat Allah s.w.t untuk menghasilkan
perubahan di dalam diri ke arah yang lebih baik.10
Tarbiyah bertujuan untuk mendidik manusia agar menjadikan
Islam sebagai cara hidup dan pegangan mereka serta
mengaplikasikannya dalam masyarakat sehingga terserlah sahsiah
Islamiyah dalam semua keadaan. Berdasarkan pernyataan tersebut,
dapatlah dibuat kesimpulan bahawa matlamat tarbiyah terbahagi
kepada dua bentuk, iaitu matlamat umum dan khusus. Antara
matlamat tarbiyyah secara umum ialah beribadah kepada Allah s.w.t
berpandukan syariat yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w,
menjadi khalifah Allah s.w.t di bumi, saling berta’aruf dan mengenali
antara satu sama lain, memimpin manusia untuk memerintah dunia
dengan Islam, dan menghukum atau menjalankan syariat Allah s.w.t
di bumi.
Manakala matlamat tarbiyah secara khusus ialah untuk
melahirkan ahli yang memahami atau bersedia untuk memahami
Islam dan perjuangannya (dari aspek keahlian), membekalkan jamaah
dengan sumber manusia yang berkemampuan untuk meneruskan
survival jamaah kepada generasi akan datang (dari sudut jamaah) dan
mendidik ahli agar dapat mencurahkan khidmat bakti dan menjadi
contoh teladan yang baik kepada masyarakat (dari sudut
kemasyarakatan).11
Tarbiyah dalam Islam mempunyai ciri-ciri khusus berpandukan
kepada pandangan para ulama dan dalīl naqlī, seperti bersifat
ketuhanan, sempurna, seimbang, persaudaraan, sejagat, realistik,
tetap dan fleksibel, kemanusiaan, tajarrud dan membangun. Tarbiyah
ketuhanan ()الررررربررررانرررريررررةbersumberkan kepada Allah swt, manakala
manusia hanyalah sebagai pelaksana segala ketentuan yang
ditetapkan oleh Allah s.w.t.12 Menurut Abdul Karim Zaidan, ciri-ciri
istimewa yang terdapat pada tarbiyah ini menjadikannya berbeza
dengan fahaman atau ideologi ciptaan manusia. Sumber bagi fahaman
10‘Ali Abdul Halim Mahmud, Wasā’il al-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwān al-Muslimīn :
Dirāsah Tahlīliyyah Tārīkhiyyah, cet. ke-6 (Mesir: Dār Wafā’ li al-Tibā’ah wa al-
Nasyri wa al-Tauzi’, 1993), 15.
11Rujuk matlamat khusus tarbiyah dalam laman web
http://pemudapasseremban.net/v4/modules/ tarbiyyah/ prinsip.htm
12Ibid.,2.
303
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
atau ideologi ciptaan manusia ialah manusia, sebaliknya sumber
perundangan bagi tarbiyah Rabbāniyyah ialah Allah swt.13 Sempurna
dan lengkap ( )التكامل والشرررررمولpula bermaksud agama Islam bersifat
syumul. Syumul bukan sahaja dari aspek rohani dan akhlak, atau
aspek teori atau ‘aqliyyah sahaja, sebaliknya merangkumi segala
aspek yang berkaitan dengan Islam. Syumul juga bermakna tarbiyah
itu sesuai direalisasikan sepanjang zaman untuk mana-mana generasi
dan tidak terhenti kepada suatu generasi atau sesuatu zaman sahaja.
Sementara kesederhanaan dan keseimbangan ()الإعتدال والتوازن
yang dikenali juga sebagai al-wasatiyyah atau al-ta’ādulmembawa
maksud seimbang dan sederhana. Kesederhanaan bermaksud tidak
menokok tambah dan sentiasa melaksanakan sesuatu dengan cara
yang betul. Sifat sederhana banyak memberikan manfaat kepada
manusia. Daripada sifat inilah, maka lahirlah pelbagai sifat
mahmudah dalam diri manusia. Sementara persaudaraan dan jamaah
( )الأحوة والجماعةmerupakan kurniaan atau anugerah Allah s.w.t kepada
hambanya yang ikhlas dan suci.14Al-ukhuwwah dalam Islam
bermaksud persaudaraan dan kasih sayang yang bermatlamatkan
mardhātillah. Melalui ukhuwwah yang saling cinta-mencintai antara
satu sama lain inilah, maka akan tertegaknya daulah Islāmiyyah.
Melalui ukhuwwah juga akan lahirlah rijal al-dīn atau pemuda yang
berpegang teguh kepada Islam.15 Islam juga menfokuskan
kesejagatan16 ( )العالميةyang bermaksud Islambukan untuk satu
golongan atau satu bangsa sahaja, sebaliknya sesuai untuk masyarakat
dunia yang berbangsa Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa
lain, seperti bangsa Inggeris, Sepanyol, Portugis atau Red Indian yang
tinggal di benua Asia, Eropah, Afrika, Amerika dan Australia. Islam
juga sesuai untuk semua tempat, samada di iklim Khatulistiwa, Kutub
Utara, Kutub Selatan dan sebagainya. Islam juga sesuai untuk semua
zaman sejak daripada zaman Rasulullah s.a.w lagi sehinggalah pada
zaman teknologi moden dan sains yang serba canggih dan seterusnya
hingga hari Kiamat kelak.17
13Abdul Karim Zaidan, Islam dan Dakwah, trj. Solehan Ayub (Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd. 2002), 55.
14Rujuk kertas kerja Kepentingan Ukhuwwah Dalam Islam, 3
15Ibid., 5.
16Abdul Karim Zaidan, Islam dan Dakwah, 66.
17Rujuk Silibus Quranic Group Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PMIUM, 3.
304
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Selain itu, tarbiyah dalam Islam juga lebih bersifat realistik
( )الواقعيةkerana pelaksanaannya sesuai pada bila-bila masa di mana-
mana tempat, dan bersifat tetap ( )الثباتdari segi prinsip dan hukum,
tetapi fleksibel dan anjal ( )المرونةdari segi pelaksanaannya. Islam juga
lebih bersifat kemanusiaan ( )الإنسانيةkerana ia adalah dīn al-insān atau
agama manusia. Justeru itu,tarbiyahnya lebih dekat kepada manusia,
sebagaimana Allah s.w.t melantik para Rasulnya dari kalangan
manusia untuk menjadi contoh teladan dan petunjuk kepada manusia,
dan seterusnya dapat diikuti oleh manusia seluruhnya. Tarbiyah
dalam Islam juga bersikap tajarrud, iaitu bebas daripada sebarang
prinsip, ideologi, isme dan fahaman selain Islam kerana ditegakkan di
atas keruntuhan jahiliyah ()الإنقلابية.18Selain itu, hukum hakam dalam
Islam pula bersifat positif dan membangun ( )الإيجابيات والبناءkerana
bukan hanya mengandungi nasihat dan tunjuk ajar sahaja, malah turut
mengandungi ganjaran atau balasan berbentuk pahala atau dosa.
Bentuk tarbiyah dalam Islam adalah berbeza-beza mengikut
fokus kepada aspek berkaitan kehidupan manusia. Antaranya ialah
tarbiyah iman ()تربية إيمانية, tarbiyah roh ()تربية روحية, tarbiyah sosial
atau kemasyarakatan ()تربية إجتماعية, tarbiyah akal ()تربية عقلية, tarbiyah
fizikal ()تربية جسمية أو بدنية, tarbiyah politik ()تربية سياسية, tarbiyah ilmu
( )تربية ثقافيةdan tarbiyah akhlak ()تربية خلقية. Melalui bentuk tarbiyah
yang pelbagai ini, maka lahirlah wasilah tarbiyah yang tertentu,19
seperti program usrah, usrah gabungan (madrasah), qiamullail
(katībah), lawatan atau ziarah (rehlah tarbawiyyah), latihan
perkaderan (tamrīn tarbawī), perkhemahan atau jambori (mukhayyam
tarbawī), kursus (daurah tadrībiyyah), berbuka puasa secara
berjamaah (ifthār jamā’i), perhimpunan bulanan (ijtimā’ tarbawī),
18Rujuk kertas kerja Fikrah Perjuangan Islam oleh Dato’ Yahya Othman, 10.
19Wasilahberasal daripada perkataan Arab iaitu wasala, kata jama’ bagi wasīlah
ialah wasāil, wasil dan wusūl yang bermaksud sebab yang mendekatkan kepada
orang lain, perantaraan atau jalan. Hussin Unang, Qamus al-Tullab: Arabi-
Malayuwiy (Kuala Lumpur: Dar al-Fikr, 1994), 1112. Wasilah ialah ikatan,
perhubungan, pertalian. Kamus Dewan, ed. ke-4, 1803, entri
”wasilah”.MenurutRōhīBa’albakī, wasilahbermaknawasīthah, adatatausabīl yang
bermaksudmeans, medium, agency, instrumentality, instrument, agent, device,
implement, tool, expedient, resource, way, accessdanchannel.Rohi Baalbaki, al-
Mawrid: A Modern Arabic-English Dictionary, ed. ke-18 (Beyrut: Dar al-Ilm Lil
Malayin, 2004), 1234.
305
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
seminar atau konvensyen (nadwah tadrībiyyah), solat berjamaah,
pemantapan ilmu (liqā’ al-fikri), perhimpunan agung (muktamar),
kelas pengajian agama (tafaqquh fī al-dīn) dan lain-lain lagi.
Ringkasnya, Islam telah menggariskan kaedah yang sesuai
untuk mendidik manusia untuk menjadi muslim yang sempurna.
Proses pendidikan dalam Islam atau lebih dikenali sebagai tarbiyah
mempunyai matlamat yang jelas dalam mendidik masyarakat. Ini
dapat diperhatikan kepada ciri-ciri tarbiyah itu sendiri yang bersifat
rabbani, syumul, sederhana, sejagat, persaudaraan, realistik, fleksibel
dan lain-lain lagi. Tarbiyah dapat dicapai melalui bentuk-bentuknya
yang berbeza, seperti tarbiyah iman, roh, sosial dan kemasyarakatan,
akal, fizikal, politik, ilmu dan akhlak, dan seterusnya dilaksanakan
melalui pelbagai program atau aktiviti seperti usrah, lawatan, latihan,
perhimpunan dan sebagainya.
Tarbiyah Dalam Parti Islam Se-Malaysia
PAS ditubuhkan selepas Hizbu al-Muslimīn diharamkan oleh British
pada bulan Ogos 1948. Penubuhan PAS berkaitan dengan pengaruh
para ulama yang besar dalam kalangan masyarakat Melayu beragama
Islam dan pergolakan dalam UMNO pimpinan Dato’ Onn Jaafar
ketika itu. Pemimpin UMNO yang menyedari kekuatan pengaruh para
ulama dalam kalangan orang Melayu telah menubuhkan Biro Agama
UMNO bagi menarik sokongan golongan tersebut. Namun
pergolakan yang berlaku dalam UMNO menyebabkan para ulama
perlu memilih jalan sendiri dalam menentukan masa depan agama
Islam dan umatnya di Tanah Melayu. Pada 23 Ogos 1951, para ulama
telah bersidang di Kuala Lumpur bagi menubuhkan sebuah persatuan
yang dinamakan sebagai Persatuan Ulama Se-Malaya.20
Kemudiannya dalam persidangan alim ulama ketiga yang
berlangsung di Bagan Pinang, Butterworth, Seberang Prai pada 24
November 1951, para ulama sebulat suara bersetuju menamakan parti
yang ditubuhkan sebagai Persatuan Islam Se-Malaya atau PAS.
Persidangan ini turut disertai oleh badan-badan Islam, seperti Jamaah
Masjid Telaga Ayer Butterworth, wakil Ma’ahad Ihyā’ al-Syarīf dan
Persatuan Ihyā’ al-Syarīf.
20Menurut Nabil Abdullah, orang yang mencadangkan nama Persatuan Ulama ialah
bekas pimpinan Hizbu al-Muslimīn, iaitu Osman Hamzah.
306
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Tarbiyah dalam PAS bermula sejak jamaah tersebut di bawah
kepimpinan Ahmad Fuad Hassan pada tahun 1951 lagi.21 Baharuddin
Abdul Latif menyatakan bahawa PAS ditubuhkan dalam
perhimpunan alim ulama, badan-badan Islam dan pertubuhan
Islam.22Tempoh lima tahun kepimpinan Ahmad Fuad Hassan dan Dr.
Abbas Alias merupakan tempoh pengenalan kepada Islam
sehinggalah PAS yang dianggotai oleh ramai bekas ahli Hizbu al-
Muslimīn, seperti Khaidir Khatib, Othman Hamzah dan Mohd Asri
Hj. Muda, dan beberapa ulama muda, seperti Hassan Adli dan Dr.
Zulkifli Mohamad berjaya menggerakkan PAS menepati kriteria
sebagai sebuah gerakan Islam. Dalam persidangan ulama pimpinan
Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada
1951, mereka mengeluarkan fatwa pengharaman judi loteri anjuran
Umno. Dengan pelbagai konflik yang dihadapi oleh para ulama dan
situasi politik semasa yang tidak membawa kepada keredhaan Allah
swt, maka para ulama membuat pendirian untuk menubuhkan PAS.
Ahmad Badawi, seorang ulama di Seberang Perai telah mengeluarkan
satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawī’23 dengan tema
”Ulama ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk
menubuhkan PAS pada 24 November 1951.24
Pada awal penubuhannya, PAS berkembang pesat di Perak
Utara dan Seberang Perai, Pulai Pinang. Ini kerana kewujudan banyak
sekolah agama rakyat dan sekolah pondok di rantau itu. Namun PAS
berkembang dengan pesatnya di negeri Kelantan setelah Amaluddin
Darus menubuhkan PAS di Pasir Mas yang merupakan cawangan
pertama di pantai Timur pada tahun 1953.25 Kedudukan PAS di negeri
Kelantan bertambah kukuh apabila didokongi oleh para guru pondok
yang mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat
21Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Ulama Se-Malaysia
dalam Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaysia pada 24 November 1951 sebelum
dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS yang pertama.
22Riduan Mohamad Nor, Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti
Islam Se-Malaysia (PAS), cet. ke-2, Selangor: Penerbitan Hemah, 2005), 1.
23Baharuddin Abdul Latif menyatakan bahawa Manifesto al-Badawī “Ulama ke
Jalan Allah” menggambarkan azam dan tekad para ulama pada ketika itu untuk
menegakkan Islam di Tanah Melayu.
24Dewan Ulama PAS Pusat (2009), op.cit., cetakan pertama, hlm. 58.
25Beliau iaitu seorang anggota bamba yang menubuhkan PAS kawasan Pasir Mas,
iaitu kawasan pertama yang ditubuhkan di negeri Kelantan.
307
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
dan ratusan buah institusi pondok yang terkenal, seperti Pondok
Lubok Tapah, Pondok Pasir Timboh, Pondok Sungai Durian, Pondok
Kenali, Pondok Kubang Bemban dan lain-lain lagi.26 Negeri Kelantan
sejak dahulu hingga sekarang terkenal dengan jolokan Serambi
Mekah kerana tradisi pengajian ilmu agama yang luas dan para ulama
yang ramai.27 Kepimpinan PAS pada peringkat awal diterajui oleh
Ahmad Fuad Hassan28 sebelum diambil alih oleh Dr. Abbas Alias.29
Hassan Adli30kemudiannya membawa Dr. Burhanuddin al-Helmī31
untuk menyertai dan memimpin PAS.32 PAS terus mengorak langkah
sebagai sebuah gerakan Islam terulung apabila Zulkifli Mohamad33
memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semasa Dr.
Burhanuddin al-Helmī ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) dan ditahan dalam penjara pada tahun 1965.
PAS terus mengalami perubahan ketara pada zaman Dato’
Mohd Asri Hj. Muda34 yang mengambil alih kepimpinan parti
26Riduan Mohamad Nor, Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti
Islam Se-Malaysia, 121.
27Tokoh guru pondok yang terkenal di negeri Kelantan ialah Tok Kenali, Tok
Padang Jelapang, Tok Selehong, Tok Bachok, Tok Pulau Chondong, Haji Daud
Bukit Abal, Haji Nor Bot, Haji Abdullah Tahir, Haji Hussein Rahimi, Haji Abdul
Ghani Abdul Rahman, Haji Abdul Rahman, Haji Ahmad Batu 3, Haji Zakaria
Banggol Setol, Pok Su Wil dan ramai lagi.
28Ahmad Fuad Hassan adalah Yang Dipertuan Agung PAS pada 1951-1953.
29Dr. Abbas Alias dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada tahun 1953
hingga1956.
30Beliau ialah mantan Ketua DPPP.
31Dr. Burhanuddin al-Helmī ialah seorang tokoh ulama intelektual dan nasionalis
Melayu yang memimpin PKMM dan pemidato serta pemikir yang hebat (Rujuk
Mustapha Hussain: 1990: 443-447).
32Riduan Mohd Noor, Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden, cet.
ke-2 (Kuala Lumpur: Jundi Resources, 2009), 122.
33Zulkifli Mohamad berkelulusan dari Universiti al-Azhar, Mesir. Dilantik sebagai
Timbalan Yang Dipertua Agung PAS Pusat selepas muktamar PAS di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur pada tahun 1956. Beliau tewas kepada Dr. Burhanuddin
al-Helmī dalam pertandingan jawatan Yang Dipertua Agung. Berkhidmat sebagai
pensyarah di Kolej Islam Malaya.
34Beliau adalah seorang tokoh PAS berfahaman nasionalis kanan. Berpendidikan
agama dari Madrasah Muhammadiyah di Kota Bharu, Kelantan. Beliau menyertai
PAS setelah menerima pelawaan daripada Othman Abdullah.
308
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
daripada Dr. Burhanuddin al-Helmī pada tahun 1969 sehingga
tercetusnya slogan kepimpinan ulama pada tahun 1982.35 Menurut
Riduan Mohd Noor, peristiwa 13 Mei 1969 telah mengubah landskap
politik dan sosio-ekonomi negara, di mana insiden perkauman politik
paling dahsyat dalam sejarah negara itu telah meragut ratusan jiwa
dan mencederakan ribuan yang lain. PAS menyertai pelan politik
perpaduan sebagai permuafakatan politik Barisan Nasional yang
diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1971. Beberapa
perubahan ke arah penerapan nilai Islam, seperti memperkenalkan
kesenian Islam, menghapuskan arak dalam majlis rasmi kerajaan dan
Parlimen, memperkenalkan kuliah agama di jabatan-jabatan kerajaan,
badan-badan dakwah seperti YADIM dan PERKIM digerakkan,
tentangan terhadap judi dan arak dipertingkatkan, mengadakan seruan
Islam kepada kakitangan kerajaan, meningkatkan prasarana
Pendidikan Islam, menanamkan semangat Tauhid dan keimanan
sebagai asas disiplin anggota tentera, menggesa rakyat dengan
semangat al-Qur’ān, menambah rancangan bercorak Islam di radio
dan televisyen dan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan
Islam dan Bank Islam.36
Tarbiyah dalam PAS mencapai kemuncaknya apabila
Muktamar PAS Pusat meluluskan pindaan perlembagaan parti dan
memilih Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua Agung PAS Pusat pada
1 Mei 1983.37 Harun Din menyifatkan slogan ”kepimpinan ulama”
adalah merujuk kepada konsep dan bukannya kepada fizikal.38
Seseorang ulama tidak kekal, sebaliknya konsep yang akan
berkekalan walaupun pemimpinnya bertukar ganti. Konsep juga
35Mohd Fadli Ghani, Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap
Perkembangan Organisasi Dalam Era Bertindak, 1975-2003 (Tesis Sarjana Sastera,
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, 2003), 27.
36Riduan Mohd Noor, Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden, 132.
37Gabungan kepimpinan Yusof Rawa (Yang Dipertua Agung), Dato’ Fadzil Mohd
Noor (Timbalan Yang Dipertua Agung), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Naib Yang
Dipertua Agung) dan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (Ketua Dewan Ulama PAS
Pusat) telah mengubah PAS ke arah kepimpinan ulama. Riduan Mohamad Nor,
Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti Islam Se-Malaysia, 58.
38Fadzil Mohd Noor menjelaskan bahawa kepimpinan ulama dalam PAS bermaksud
mereka yang memahami Islam dan hukumnya dari sumber-sumber Islam seperti al-
Qur’ān, al-Sunnah, al-Ijmā’ dan al-Qiyās, dan bukan dilihat dari segi pakaian
lahirnya. Ibid., 64.
309
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
boleh diinstitusikan menjadi suatu gagasan yang didokong oleh ramai
pendokong. Pemimpin boleh bertukar tetapi kepimpinan tidak boleh
bertukar apabila diterima menjadi konsep yang telah diinstitusikan.
Slogan kepimpinan ulama di dalam PAS adalah merujuk kepada
Majlis Syura Ulama yang keanggotaannya terdiri daripada para ulama
seperti termaktub dalam Perlembagaan PAS (4)(a).39
PAS menerima pemikiran Ikhwān al-Muslimīn sejak tahun
1950-an apabila tokoh-tokoh PAS seperti Zulkifli Mohamad
menerima tarbiyah secara tidak langsung melalui buku-buku
karangan Hassan al-Bannā, Syed Qutb dan lain-lain lagi semasa
belajar di sana.40 Selain itu, Jais Anwar41 juga pernah mendapat
pendidikan dari Mesir.42 Menurut Jais Anwar, Syeikh Taqiyuddin43
telah melarikan diri ke tanah Melayu kerana bimbang ditangkap oleh
regim Mesir dan telah berkhidmat di sebuah sekolah agama di Kedah.
Beliau mengambil kesempatan untuk mentarbiyah pelajar-pelajar
melalui program usrah pada tahun 1957. Sementara itu, Yusof Rawa
yang mendapat pendidikan di Mekah dan pernah memimpin Kesatuan
Pelajar Malaya–Indonesia turut mendapat tarbiyah secara tidak
langsung daripada Ikhwān al-Muslimīn melalui pembacaan buku-
buku tokoh Ikhwān al-Muslimīn, walau pun mendapat larangan
daripada Kerajaan Arab Saudi, dan menerbitkan majalah al-Islām
yang terkandung di dalamnya terjemahan Tafsir Fī Zilāl al-Qur’ān44
setelah kembali ke Malaysia sehingga ramai pelajar dari Malaysia
39Penubuhan Majlis Syura Ulama membuktikan organisasi PAS dipimpin oleh para
ulama yang memandu gerak kerja jamaah. Ibid., 63, 67.
40Riduan Mohamad Nor, Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti
Islam Se-Malaysia, 60.
41Jais Anwar pernah menjawat jawatan sebagai Ketua DPPP sesi 1968-1970. Beliau
berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Hassan Shukri memangku jawatan
Ketua DPPP pada tahun 1970 kerana Jais Anwar melanjutkan pelajaran ke London.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1969. Sila rujuk
di http://www.harakahdaily.net/ index.php. http://dewanulamapasperak.
blogspot.com /2009/07/ ustaz-jais-anwar.html.
42Riduan Mohamad Nor, Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti
Islam Se-Malaysia, 60.
43Beliau ialah mantan Setiausaha Ikhwān al-Muslimīn di Qāhirah, Mesir.
44TafsirFīZilāl al-Qur’ān adalah kitab tafsir karangan Syed Qutb.
310
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
seperti Wan Mustapha Rusdi, Omar Mohamad dan lain-lain lagi yang
menuntut di Indonesia terpengaruh dengan gerakan ini.45
Haji Hassan Shukri menyatakan bahawa PAS diberikan
peluang untuk menghantar sepuluh orang pelajar melanjutkan
pelajaran ke Baghdad pada tahun 1963.46 Pelajar tersebut mendapat
bimbingan secara langsung daripada tokoh Ikhwān al-Muslimīn di
Īraq. Sebahagian daripadanya menjadi aktivis PAS samada di
peringkat negeri atau pusat.47 Yazid Jaafar pula menambahkan
bahawa semenjak tahun 1960-an, PAS memanfaatkan buku-buku
tokoh Ikhwān al-Muslimīn, seperti buku ”arahan dan peraturan”
karangan Hassan al-Bannā dan ’Tafsir Fī Zilāl al-Qur’ān’ karangan
Syed Qutb.48 Pada tahun 1970-an pula, kemunculan Islamic
Representative Council (IRC) dan Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM)49 banyak membantu penyebaran pemikiran Ikhwān al-
Muslimīn di Malaysia. IRC dan ABIM telah melakukan
penambahbaikan terhadap sistem tarbiyah yang telah dirintis oleh
45Riduan Mohamad Nor, Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti
Islam Se-Malaysia,61.
46Pelajar tersebut ialah Hassan Shukri, Mohamad Daud, HashimJasin, Abdul Rahim
Md Zin, Hasbullah Kasban, Abdul Ghani Kasa, Dahlan Muhammad Zain, Azmi
Ahmad, Isamuddin Haji Ahmad dan Abdul Halim Yahya. Peluangmelanjutkan
pelajaran adalah atas ihsan PerdanaMenteri Īraq pada ketika itu, iaitu Muhammad
Arif al-Salām.Ibid., 61.
47Riduan Mohamad Nor, Ibid., 61.
48Ibid., 62.
49Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah persatuan belia Islam yang
ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Pengerusi penaja ialah Abdul Wahab Abdullah dan Fauzi Abd.
Rahman sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah NGO Islam yang
berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta
Pertubuhan 1966. Muktamar ABIM pertama diadakan pada tahun 1972 di mana
Razali Nawawi telah dipilih sebagai Presiden ABIM pertama manakala Anwar
Ibrahim pula dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974, Anwar Ibrahim
telah dilantik sebagai Presiden ABIM ke-2. Siddiq Fadzil dilantik sebagai
pemangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM ke-3 selepas kemasukan Anwar
Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Dr. Muhammad Nur Manutyd ilantik
sebagai Presiden ke-4 pada tahun 1991. Pada September 1997, Ahmad Azam Abdul
Rahman dipilih sebagai Presiden ABIM ke-5 pada Muktamar Sanawi ABIM ke-26
di Alor Setar, Kedah. Sila rujuk sejarah ABIM di http://www.abim.org.my/profil-
abim.html.
311
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
PAS. Sistem tarbiyah IRC dan ABIM digunapakai di pusat-pusat
pengajian tinggi. Riduan Mohd Noor menyatakan bahawa
Muhammad Natsir50 pernah menasihatkan kepimpinan PAS agar
memperkukuhkan kepimpinan jamaah itu apabila berlaku pergolakan
pada tahun 1978. Implikasinya, beberapa ulama dan pimpinan ABIM
seperti Fadzil Mohd Noor, Abdul Hadi Awang, Nakhaie Ahmad, Syed
Ibrahim Syed Abdul Rahman dan Abdul Ghani Abdul Rahman telah
memasuki PAS.51 PAS melakukan rombakan besar-besaran dalam
jamaah termasuk sistem tarbiyah apabila kepimpinannya diterajui
oleh para ulama pada tahun 1983.
Tarbiyah dalam PAS mencapai kemuncak dengan kehadiran
tokoh-tokoh muda yang berlatarbelakang agama, berpendidikan
tinggi dan ditarbiyah, seperti Yahya Othman,52 Harun Taib,53 Abdul
50Muhammad Natsir dilahirkan pada 17 Julai 1908 di Sumatera Barat, Indonesia.
Beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal dalam politik Islam Indonesia.
Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Biro Pendidikan Islam Kota madya Bandung,
wakil Ketua Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP), Menteri Penerangan
Republik Indonesia dan pada tahun 1949, beliau dilantik sebagai Ketua Umum
Majlis Syura Islam (Masyumi). Dalam pilihanraya Pemilu 1956, beliau dipilih
sebagai anggota DPR. Beliau pernah diberikan mandat sebagai Perdana Menteri
Indonesia, tetapi ditangkap dan dipenjarakan antara tahun1962-1966 di Rumah
Tahanan Milter (RTM) Keagungan Jakarta. Pada awal regim Order Baru, beliau
dibebaskan tetapi dilarang daripada berpolitik. Namun, beliau aktif dalam aktiviti
antarabangsa, seperti Konfres Muslim Sedunia dan Rābitah al-’Ālam al-Islāmī.
Riduan Mohd Noor, Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden, 53.
51Riduan Mohamad Nor, Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti
Islam Se-Malaysia, 63.
52Beliau ialah mantan Exco Pendidikan dalam kerajaan PAS Kelantan antara tahun
1990-1995 dan lebih dikenali sebagai Murabbī PAS.
53Beliau ialah mantan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat selama beberapa penggal dan
kembali menyandang jawatan tersebut pada tahun 2008 hingga kini.
312
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Hadi Awang,54 Idris Ahmad,55 Ya’cob Muhammad Hussin56 dan
ramai lagi. Yahya Othman, iaitu tokoh paling menonjol dan
berpengalaman luas dalam gerakan Islam telah diberikan mandat
sebagai murabbi PAS sejak tahun 1983. Kehadiran beliau yang
dibantu oleh beberapa orang pimpinan PAS yang lain banyak
membantu PAS merancang agenda tarbiyah sehingga program-
program tarbiyah seperti usrah diwujudkan secara terancang dan
sistematik. Perkembangan ini berterusan walau pun kepimpinan
jamaah diambilalih oleh Fadzil Mohd Noor pada 30 Mac 198957 dan
Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2002.58 Kini, PAS mempunyai
ramai pimpinan pelapis yang berkebolehan menggerakkan tarbiyah,
seperti Idris Ahmad, Nasrudin Hassan al-Tantāwī, Zulqarnain Hj.
54Menerima tarbiyah Secara langsung daripada Syeikh Sa’īd Hawwā dan Dr.
Muhammad al-Wakīl. Semasa belajar di Universiti al-Azhar, beliau sekali lagi
menerima tarbiyah daripada gerakan tersebut.
55Beliau mendapat pendidikan di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah (1978-1979),
Kolej Islam Kelang (1980-1983), Universiti Kebangsaan Malaysia (1984-1988) dan
ijazah Sarjana pada tahun 1994. Dilantik sebagai Exco DPPP sejak tahun 1991,
Setiausaha DPPP (1999-2001), Timbalan Ketua DPPP dan Penerangan PAS Pusat
merangkap Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat. Sejak tahun 2015 dipilih
sebagai Naib Presiden PAS. Idris Ahmad, Panduan usrah, cet. ke-5 (Kuala Lumpur:
Sarjana Media, 2005).
56Beliau dilantik sebagai Ajk Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat
selama beberapa penggal.
57Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum
melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir atas tajaan biasiswa kerajaan
Kedah pada tahun 1963 hingga 1967. Sekembalinya dari Mesir beliau berkhidmat
di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Beliau pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia
(PUM) pada tahun 1974-1976, Setiausaha Penerangan ABIM pada tahun 1973-
1974 dan Timbalan Presiden ABIM pada tahun 1974-1978. Rujuk riwayat Fadzil
Mohd Noor di laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Fadzil_Mohd_Noor.
58Beliau memangku jawatan Presiden PAS selepas kematian Dato’ Fadzil Mohd
Noor pada tahun 2002. Seorang tokoh yang memiliki karisma sebagai pimpinan
gerakan Islam. Beliau mendapat tarbiyah secara langsung daripada gerakan Ikhwān
al-Muslimīn semasa menuntut di Mesir dan Madinah. Sejak tahun 2016, dilantik
sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.
313
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Hassan, Mussodaq Ahmad, Muhammad Zawawi Abu Hassan, Mohd
Asri Mat Daud, Zaharudin Mohamed, Nazri Chik dan lain-lain lagi.59
Kesimpulannya, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang
mempunyai acuan tarbiyah yang tersendiri lagi terancang. Pengaruh
daripada gerakan Islam seluruh dunia seperti Ikhwān al-Muslimīn,
Majlis Syura Islam (Masyumi) dan Jamā’ati Islāmī turut memberikan
impak yang positif kepada perkembangan tarbiyah dalam PAS
sehingga jamaah tersebut terus mantap sebagai sebuah gerakan Islam.
PAS juga turut menerima idea Ikhwān al-Muslimīn, apabila
mengadakan beberapa program tarbiyah yang boleh meningkatkan
lagi kemantapan organisasi jamaah dan melahirkan ahli yang patuh
kepada jamaah, khususnya untuk golongan ansār, ‘āmilīn, nuqabā’
dan nawāb. Antaranya ialah program usrah, usrah gabungan
(madrasah), qiamullail (katībah), lawatan dan ziarah (rehlah
tarbawiyyah), latihan perkaderan (tamrīn tarbawī), perkhemahan atau
jambori (mukhayyam tarbawī), kursus (daurah tadrībiyyah), berbuka
puasa secara berjamaah (ifthār jamā’ie), perhimpunan bulanan
(ijtimā’ tarbawī), seminar atau konvensyen (nadwah tadrībiyyah),
solat berjamaah, pemantapan ilmu (liqā’ al-fikri), perhimpunan agung
(muktamar), kelas pengajian agama (tafaqquh fī al-dīn), program
tarbiyah untuk belia dan remaja, dan institusi pendidikan, seperti
sekolah Pasti, sekolah atau ma’ahad kendalian YIK dan program
ILHAM.
Tarbiyah Parti Islam Se-Malaysia di Kawasan Tanjong Malim
Sejarah awal PAS kawasan Tanjong Malim bermula sejak tahun 1960.
Beberapa orang tokoh yang menjadi aktivis gerakan ini pada
peringkat awal ialah Ustaz Alias, Ustaz Haris, Razak, Osman Salikin,
Omar Baki dan Cikgu Junid. Sebahagian besar daripada pengasas
PAS di kawasan Tanjong Malim bukanlah warga tempatan,
sebaliknya mereka menetap buat sementara waktu atas faktor
pekerjaan di kawasan Tanjong Malim. Senario yang berlaku setengah
abad yang lalu masih berterusan sehingga sekarang kerana sebahagian
59Dewan Ulama PAS Pusat, 25 Tahun Kepimpinan Ulama, cet. pertama (Kuala
Lumpur: Nufair Street Sdn. Bhd, 2009), 191, 195; Zulqarnain Hj. Hassan dan
Mohamad Zaidi Abdul Rahman, Wanita Sebagai Calon Pilihan Raya: Suatu
Perbahasan Dari Sudut Siyāsah Syar’iyyah, cet. pertama (Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2008).
314
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
besar aktivis dan pendokong PAS adalah penjawat awam yang
berkhidmat sebagai guru, pegawai Felda, pegawai Risda, pensyarah
UPSI, pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), staf KTM dan
ahli perniagaan di Tanjong Malim. Walau pun mereka tidak lama
berkhidmat di Tanjong Malim, namun Allah swt membantu PAS
kawasan ini dengan pertambahan aktivis-aktivis yang meneruskan
kesinambungan perjuangan Islam di kawasan ini.60 Bagaimana pun,
sokongan padu daripada tokoh veteran PAS tempatan terhadap
perjuangan PAS seperti Khalili Kasim,61 Zainal Asmawi,
Kamaruddin Inin, Sharudin Hussin, Nopiah Tokoromo dan beberapa
orang lagi tetap utuh. Berkat kelangsungan tarbiyah PAS, maka
lahirlah golongan pelapis gerakan ini di kawasan Tanjong Malim
seperti Zulqarnain Hj. Hassan,62 Mohd Tarmizi Abdul Rahman,63
Hasyim Hamud64 dan Aminuddin Zulkifli.65
Menurut Mohd Tarmizi Abdul Rahman, PAS kawasan
Tanjong Malim pada asalnya berpusat di kampung Slim Village pada
60Zainal Asmawi (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim), dalam temubual
dengan penulis, 10 November 2009.
61Beliau ialah bekas imam Masjid Felda Besout 3, Sungkai, Perak. Namun
meletakkan jawatan imam kerana lebih cenderung untuk bekerja sendiri. Sejak
tahun 2015, telah mendaftar menjadi ahli Parti Amanah Negara (AMANAH).
62Beliau ialah mantan Setiausaha Dewan Ulama PAS Negeri Perak dan mantan
YDP PAS kawasan Tanjong Malim. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua DPPK
Tanjong Malim selama beberapa penggal dan pernah menjadi calon PAS bagi N.58
Slim, Perak dalam pilihanraya umum ke-12. Selepas berhijrah ke Kelantan, beliau
diamanahkan sebagai Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan dan Ketua Urusan
Ulama PAS Kubang Kerian. Kini bertugas sebagai Ketua Jabatan Syariah di Kolej
Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan pada akhir
tahun 2008.
63Beliau ialah mantan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Perak dan YDP PAS
Kawasan Tanjong Malim. Beliau pernah menjadi calon PAS dalam pilihanraya
umum di N.58 Slim pada tahun 2004 dan 2013. Beliau merupakan penceramah dan
pendakwah bebas di Perak. Sekarang menjawat jawatan sebagai Ajk Lujnah Tanah
PAS Pusat dan Pengerusi Lujnah Tanah PAS Perak.
64Beliau ialah mantan ketua Urusan Ulama PAS kawasan Tanjong Malim antara
tahun 2003 hingga 2013.
65Beliau ialah mantan Ketua Penerangan DPPN Perak. Pernah diamanahkan sebagai
Ketua DPPK Tanjong Malim (2004-2008) dan YDP PAS kawasan Tanjong Malim
(2010-2015). Kini sebagai Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan
Tanjong Malim. Zainal Asmawi (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim),
dalam temubual dengan penulis, 10 November 2009.
315
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
zaman Dr. Burhanuddin al-Helmī dan Zulkifli Mohamad.66 Kampung
Slim Village dan Sungai Dara yang terletak di jalan lama yang
menghubungkan antara bandar Slim River dan Tanjong Malim
merupakan kubu kuat pembangkang pada ketika itu, sementara
UMNO pula berpusat di UPSI, Tanjong Malim, Perak. Di Slim
Village pernah tertegaknya sekolah agama rakyat (SAR) yang
menjadi lambang perjuangan parti itu. Kini lokasi tersebut telah
didirikan kuarters guru SK. Slim Village dan kelas KAFA Slim
Village. Beliau juga menjelaskan bahawa markaz tarbiyah PAS
kawasan Tanjong Malim telah berpindah sebanyak 7 kali sejak
penubuhannya hingga sekarang.67
Sebagai sebuah parti dan jamaah Islam, PAS kawasan
Tanjong Malim tidak ketinggalan dalam melaksanakan tuntutan parti
dan jamaah. Agenda tarbiyah menjadi keutamaan bagi PAS kawasan
ini selaras dengan tuntutan PAS Pusat dan PAS Perak. Selain daripada
peranan yang dimainkan oleh Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan dan
Urusan Ulamak PAS kawasan, tarbiyah juga diperkasakan lagi
dengan dokongan padu Dewan Pemuda PAS kawasan (DPPK) dan
Dewan Muslimat PAS kawasan (DMPK) Tanjong Malim dalam
melaksanakan program tarbiyah, khususnya untuk ahli dan
masyarakat. Antaranya ialah program usrah cawangan; program usrah
pimpinan kawasan; usrah gabungan (madrasah);liqa’ fikri; liqa’
nuqaba’; qiamullail (katībah); lawatan dan ziarah (rehlah
tarbawiyyah); latihan perkaderan (tamrīn tarbawī); perkhemahan
atau jambori (mukhayyam tarbawī); kursus (daurah tadrībiyyah);
berbuka puasa secara berjamaah (ifthār jamā’ie); perhimpunan
bulanan (ijtimā’ tarbawī); seminar atau konvensyen (nadwah
tadrībiyyah); solat berjamaah; pemantapan ilmu (liqā’ al-fikri);
perhimpunan agung (muktamar); kelas pengajian agama (tafaqquh fī
al-dīn);program tarbiyah untuk belia dan remaja; kuliah
politik;munaqasyah ucapan dasar Presiden dan tarbiyah melalui
institusi pendidikan, seperti penubuhan sekolah-sekolah Pasti Pra
Tahfiz, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) al-Mu’allim,
66Nama Prof. Zulkifli Mohamad diabadikan pada SMK. Dato’ Zulkifli Mohamad di
Slim River, Perak.
67Mohd Tarmizi Abdul Rahman (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan
mantan Ketua Penerangan PAS Perak), dalam temubual dengan penulis, 23 Jun
2010.
316
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Maahad Tahfiz Bandar Behrang 2020, Maahad Tahfiz Nur Ramadani
dan Maahad Tahfiz Al-Hasyimiah Lil Banat.
Metodologi Kajian
Kajian ini menggabungkan beberapa kaedah untuk mendapatkan data,
iaitu melalui kajian perpustakaan, temu bual, pemerhatian dan
dokumentasi. Penyelidik melakukan temu bual ke atas informan yang
terpilih dalam kalangan beberapa orang pimpinan dan aktivis PAS
kawasan yang terlibat secara langsung dalam tarbiyah dengan tujuan
untuk mengetahui sejauh mana pelaksanaan program tarbiyah yang
dijalankan di kawasan Tanjong Malim secara lebih dekat, di samping
mengetahui maklum balas yang diterima daripada program
berkenaan. Temu bual terperinci melibatkan 10 orang informan yang
terdiri daripada pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim, khususnya
Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan, DPPK dan DMPK Tanjong Malim
yang terpilih. Informan dipilih dengan menggunakan persampelan
bertujuan. Teknik ini digunakan untuk mendapatkan responden yang
boleh memberikan maklumat bersesuaian dengan objektif kajian.
Temu bual telah dirakam melalui pita rakaman. Kemudian kandungan
temu bual telah disusun semula kata demi kata.
Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas, pengkaji
menggunakan kaedah dokumentasi bagi mendapatkan maklumat
berkaitan. Kaedah dokumentasi ialah satu cara untuk mendapat dan
mengumpulkan data-data dengan melakukan penyelidikan terhadap
dokumen-dokumen yang berhubungkait dengan permasalahan kajian.
Dokumen ialah benda-benda bertulis yang dapat memberi keterangan
tertentu terhadap sesuatu.68 Abdul Halim Mat Diah pula menyatakan
ia merupakan satu cara pengumpulan data dengan melakukan kajian
terhadap dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang diteliti.69
Menurut Idris Awang, dokumen ialah bahan yang tidak diterbitkan
tetapi pihak yang menghasilkan dan tarikhnya diketahui dengan jelas
atau boleh dikenalpasti melalui proses tertentu.70 Ia termasuklah hasil
68Imam Bernadib, Erti dan Metode Sejarah Pendidikan, cet. pertama (Yogarkarta:
Yayasan Penerbit FIP-IKIP, 1982), 52.
69 Abdul Halim Mat Diah, Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi (Kuala
Lumpur: Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya, 1987), 117.
70Beliau ialah mantan Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Penyelidikan)
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Mendapat pendidikan di Universiti
317
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
penyelidikan yang tidak diterbitkan, seperti tesis dan disertasi, minit
mesyuarat, laporan tahunan, fail-fail rasmi, manuskrip yang
tersimpan di arkib dan juga catatan peribadi.71 Termasuk dalam
dokumen ialah benda bertulis yang dapat memberi pelbagai
keterangan antaranya gambar-gambar, kumpulan undang-undang,
peraturan dan buku cenderamata.72 Kaedah ini digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang aktiviti tarbiyah dalam PAS di
kawasan Tanjong Malim, Perak.
Sebagai pelengkap kepada temubual dan analisis sumber
dokumen, pemerhatian atau pengamatan juga telah digunakan oleh
penyelidik. Ini kerana pemerhatian adalah gambaran langsung yang
didapati oleh penyelidik tanpa perantaraan orang tengah.
Pengumpulan data adalah tidak lengkap tanpa pemerhatian, kerana
temu bual hanyalah merupakan pengumpulan laporan kendiri
individu atau kumpulan individu tertentu. Dengan itu, adalah penting
bagi seseorang penyelidik untuk membuat triagulasi maklumat yang
dikumpulkan dengan pemerhatian.73
Program Tarbiyah PAS di Kawasan Tanjong Malim
Kesungguhan PAS untuk menjadikan tarbiyah sebagai agenda utama
jamaah tersebut dapat dinilai melalui pelaksanaan program-program
tarbiyah di pelbagai peringkat, khususnya di kawasan Tanjong Malim
yang dipilih menjadi lokasi kajian. Rumusan kepada program-
program tarbiyah di kawasan Tanjong Malim adalah seperti berikut :
Baghdad, manakala Sarjana serta Doktor Falsafah di Universiti Malaya.
Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang penyelidikan dan penyeliaan tesis
serta disertasi. Malah, beliau turut menjadi pemeriksa latihan ilmiah pelajar,
disertasi pada peringkat sarjana dan tesis doktor falsafah.
71Idris Awang, Penyelidikan Ilmiah: Amalan Dalam Pengajian Islam (Selangor:
Kamil & Shakir Sdn. Bhd, 2009), 69.
72Noraini Zainuddin, Sumbangan Dewan Muslimāt PAS Terhadap Pembangunan
Sosial Masyarakat di Kawasan Bukit Gantang (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2006), xxxii.
73Suseela Malakolunthu, “Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif: Satu
Imbasan”, dalam Marohaini (ed), Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja
Lapangan (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2001), 126.
318
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
1. Program Usrah
Program usrah ialah satu perjumpaan khusus yang diadakan secara
tertutup dan dihadiri oleh ahli dalam bilangan yang kecil. Ia bertujuan
untuk melahirkan golongan yang unggul dari segi peribadi dan agresif
dalam melaksanakan kerja jamaah.74 Usrah merupakan program
tarbiyah paling utama yang dilaksanakan oleh PAS kawasan Tanjong
Malim. Ia dijalankan dalam pelbagai peringkat, iaitu usrah pimpinan
kawasan, usrah cawangan, usrah pemuda dan Jabatan Amal, usrah
muslimat, dan usrah MGP. Usrah cawangan dilaksanakan sebanyak
dua kali sebulanpada setiap hari Isnin minggu kedua dan keempatdi
semua cawangan dalam kawasan Tanjong Malim dengan
dikendalikan oleh naqib yang dilatih oleh Lujnah Tarbiyah dan
Kepimpinan PAS kawasan. Manakala usrah DPPK dan DMPK pula
diadakan sekali sebulan pada setiap hari Rabu secara bergilir-gilir di
rumah ahli. Sementara usrah pimpinan kawasan dijalankan sekali
dalam dua bulan, iaitu pada setiap hari Selasa minggu pertama. Bagi
usrah pimpinan ini, naqib diketuai sendiri oleh YDP dan Setiausaha
Lujnah Tarbiyah dan Kepimpinan bagi menyampaikan pengisian
tentang sesuatu tajuk yang dibincangkan.75
Walau bagaimana pun, terdapat beberapa kelemahan dalam
pengurusan program usrah di kawasan Tanjong Malim yang berpunca
daripada kekurangan golongan berpendidikan tinggi dan berkelulusan
agama, dan jarak yang jauh antara sesebuah cawangan dengan
cawangan yang lain76
2. Usrah gabungan (Madrasah)
Madrasah ialah satu program ilmiah yang diadakan secara tertutup
dan mempunyai pengisian fikrah Islamiyah dengan tajuk yang
tertentu yang dikhususkan untuk penyokong dan ahli sahaja. Ia juga
boleh dikategorikan sebagai program usrah gabungan, tetapi
mempunyai agenda dan pengisian yang berbeza daripada usrah-usrah
biasa. PAS kawasan Tanjong Malim melaksanakan program
74Idris Ahmad, Panduan usrah, 25.
75Abdul Salam Abdullah (mantan Timbalan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim),
dalam temubual dengan penulis, 22 Jun 2010.
76Mohd Tarmizi Abdul Rahman (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan
mantan Ketua Penerangan PAS Perak), dalam temubual dengan penulis, 23 Jun
2010.
319
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
madrasah setiap dua atau tiga bulan sekali pada setiap hari Isnin
minggu pertama mengikut zon, iaitu zon Trolak, Sungkai, Slim,
Tanjong Malim dan Besout. Usrah ini tidak memfokuskan kepada 10
slot pengisian utama yang sepatutnya dilalui oleh ahli PAS pada
peringkat takrīf, takwīm dan tanfīz.77Sebaliknya pengisian adalah
bergantung kepada sesuatu isu yang diputuskan oleh pimpinan PAS.78
Di peringkat PAS Perak, Lujnah Tarbiyah dan Perkaderan
mengadakan madrasah al-Nuqaba’ pada setiap hari Jumaat minggu
keempat bertempat di Maahad Dar al-Salam, Tambun, Perak dan
penyampaian oleh Tuan Guru Shuib Din.
3. Qiamullail(Katībah)
Katībah ialah satu program tarbiyah yang menghimpunkan beberapa
usrah sebagai satu pasukan jamaah bagi mempersiapkan diri dengan
bekalan tambahan tentang perjuangan, ketahanan dan kesabaran.
Katībah diadakan sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sekali, di
mana eleman ruhiyah diterapkan ke dalam program PAS kawasan
Tanjong Malim. Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PAS kawasan dan
PAS cawangan memainkan peranan penting bagi memastikan
program Katībah menjadi sebahagian daripada program rutin di
kawasan ini. Katībah juga dilaksanakan secara gabungan,
terutamanya pada bulan Ramadhan atau musim pilihanraya. Program
ini turut dijadikan sebahagian daripada pengisian dalam program
tamrīn qiyādī yang telah dijalankan di Kem Ansor,79 Kem Sabar
77Sepuluh slot pengisian utama dalam program madrasah ialah keutamaan ilmu,
Islam sebagai al-Dīn, syahādatain, tazkiyah al-nafs, fiqh al-Dakwah, khilāfah
Islāmiyyah, sejarah perkembangan gerakan Islam sedunia, sejarah perjuangan PAS,
kewajipan intimā’ dengan jemaah Islam dan kenapa saya bersama PAS. Lajnah
Tarbiyah dan Perkaderan PAS Perak, Manual Tarbiyah Ahli-Ahli PAS Perak
(MATAR) (Perak: Badan Perhubungan PAS Perak, 2008), 18.
78Zulqarnain Hj. Hassan (mantan Ketua DPPK Tanjong Malim, mantan YDP
Kawasan Tanjong Malim dan mantan Setiausaha DUPN Perak), dalam temubual
dengan penulis, 17 Jun 2010.
79Kem ini terletak berhampiran dengan kem PRCC di Sungkai, Perak. Lokasi ini
menjadi tumpuan ramai, khususnya PAS kawasan Tanjong Malim kerana
kedudukannya yang strategik dan sesuai untuk program berbentuk kem,
perkhemahan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.
320
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Jaya80 dan Pusat Tarbiyah Ustaz Hasyim Hamud.81 Malah, pimpinan
PAS kawasan diwajibkan menyertai program katībah yang diadakan
di Masjid Jamek Sungkai, masjid Sultan Idris Shah 11 atau Masjid
bandar Behrang 2020 pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
4. Lawatan dan Ziarah (Rehlah Tarbawiyyah)
Rehlah tarbawiyyah ialah program tarbiyah jamā’iyyah yang menjadi
program tahunan PAS kawasan Tanjong Malim. Bagi rehlah
tarbawiyyah yang sederhana jaraknya, iahanya mengambil masa
selama satu hari sahajabermula pada waktu pagi dan berakhir pada
waktu petang serta disertai oleh beberapa kumpulan usrah daripada
pelbagai peringkat. Terdapat jugarehlah tarbawiyyahyang diadakan
selama beberapa hari dan bermalam.82Contohnya lawatan ke negeri
Kelantan sempena program Fastaqim yang diadakan di Stadium
Sultan Muhammad Ke-IV, program Kongres Rakyat di Bangunan
SUK Shah Alam dan ziarah mahabbah ke rumah Pesuruhjaya PAS
Perak sempena perkahwinan serentak empat orang anak beliau.
5. Latihan Perkaderan (Tamrīn Tarbawī)
Tamrīn Tarbawī adalah program tarbiyah yang diwajibkan kepada
pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim, termasuklah pimpinan
DPPK, DMPK dan PAS cawangan. Ia bertujuan untuk menghadam
dan mencernakan isi kandungan pengisian program usrah, disamping
menguji dan memantapkan pencapaian ahli menerusi kuliah dasar,
latihan amali dan modul yang bersesuaian. Tamrīn tarbawī biasanya
dijalankan selama dua hari dan bermalam. Di peringkat PAS kawasan
Tanjong Malim, tamrīn biasanya diadakan di Sabar Jaya, Pusat
Tarbiyah Ustaz Hashim di Rasau, muara Tesong dan markaz tarbiyah
PAS Serigala. Selain itu, beberapa tamrīn lain turut diadakan, seperti
tamrīn nuqabā’, tamrīntarbawī dan tamrīn qiyādī. Namun, kekadang
program tamrīnini digabungkanbersama dengan diadakan serentak
80Kem ini terletak di pinggir sungai Sabar Jaya berdekatan dengan Felcra Changkat
Sulaiman, Sungkai, Perak. Kedudukannya agak ke pendalaman berbanding dengan
Kem Ansor.
81Hjh. Harisah Sidek (mantan Ketua DMPK Tanjong Malim), dalam temubual
dengan penulis, 22 Jun 2010.
82Zulqarnain Hj. Hassan (mantan Ketua DPPK Tanjong Malim, mantan YDP
Kawasan Tanjong Malim dan mantan Setiausaha DUPN Perak), dalam temubual
dengan penulis, 17 Jun 2010.
321
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
pada tarikh, masa dan tempat yang sama.83DPPK pernah beberapa
kali mengikuti program tamrin anjuran DPPN Perak. Begitu juga
dengan DMPKyang menyertaiprogram tamrīnanjuran DMPN Perak
di Taiping, bahkan turut menjadi tuan rumah kepada program tamrīn
qiyādī yang dijalankan dengan jayanya di Sungkai, Perak pada tahun
2007.
6. Perkhemahan, Perkelahan, Hari Keluarga atau Jambori
(Mukhayyam Tarbawī)
Mukhayyam tarbawī atau mu’askar adalah kemuncak program
tarbiyah. PAS kawasan Tanjong Malim dengan kerjasama PAS
cawangan, DPPK dan DMPK biasanya mengadakan program tahunan
tersebut di Kem Ansor, Sungkai, Perak. Program mukhayyam
tarbawīadakalanya diadakan serentak dengan program tamrīn
tarbawī dan diwajibkan kepada para pimpinan peringkat kawasan.
Mukhayyam tarbawījuga pernah diadakan di Sabar Jaya, pusat
tarbiyah Ust. Hashim Hamud di Kampung Rasau, muara Tesong
taman Perhilitan (Rusa) dan markaz tarbiyah PAS Serigala.
Penggabungan program rehlah tarbawiyyah, tamrīn tarbawī dan
mukhayyam tarbawīmemberikan sedikit kelainan kepada kawasan ini
untuk menghasilkan satu program baru yang lebih menarik dan
bermanfaat. Keluarga pimpinan dan ahli PAS digalakkan hadir
bersama bagi memeriahkan suasana, bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan sesama ahli jamaah bahkan juga turut melibatkan ahli
keluarga.84Diperingkat DPPK, jambori Amal sentiasa menjadi
program tahunan dewan tersebut dan sasarannya ialah para pelajar,
belia dan remaja. Pengisiannya lebih terarah kepada mukhayyam,
kerana mempunyai manhaj mukhayyam, seperti tajmī’
(pengumpulan), tarbiyah (didikan) dan tadrīb (latihan).
83Mohd Tarmizi Abdul Rahman (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan
mantan Ketua Penerangan PAS Perak), dalam temubual dengan penulis, 23 Jun
2010.
84Zulqarnain Hj. Hassan (mantan Ketua DPPK Tanjong Malim, mantan YDP
Kawasan Tanjong Malim dan mantan Setiausaha DUPN Perak), dalam temubual
dengan penulis, 17 Jun 2010.
322
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
7. Kursus dan Bengkel (Daurah Tadrībiyyah)
Program daurah tadrībiyyah ialah kursus atau seminar kefahaman
dan latihan kemahiran yang diadakan sebagai nilai tambah kepada
program tarbiyah sedia ada. Ia bertujuan untuk meningkatkan
kefahaman Islam dan memahami isu semasa serta melatih kemahiran
ahli, khususnya pelapis kepimpinan.85 Daripada dokumentasi yang
penyelidik perolehi mendapati terdapat beberapa kursus yang pernah
dianjurkan atau disertai oleh PAS kawasan Tanjong Malim.
Antaranya ialah kursus pemantapan usrah, kursus dakwah fardiyah,
kursus pemantapan organisasi dan kursus kepimpinan,. Selain
daripada kursus dalaman, PAS juga turut menyertai kursus-kursus
luaran, seperti public speaking siri 1 dan 2 anjuran PAS Pusat di
Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak, Selangor dan
kursus public speaking di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning, Taiping,
Perak.86 Kursus berkenaan diadakan bertujuan untuk melahirkan
penceramah dan pemidato yang dapat menyampaikan dakwah kepada
masyarakat. Kursus-Kursus lain termasuklah kursus melibatkan gerak
kerja pilihanraya, kursus penerangan dan lain-lain lagi.
8. Majlis Berbuka Puasa Secara Berjamaah (Ifthār Jamā’ie)
Ifthār jamā’ieatau majlis berbuka puasa secara berjamaah merupakan
sebahagian daripada aktiviti tarbiyah PAS kawasan Tanjong Malim
yang diadakan sepanjang bulan Ramadhān. Mohd Tarmizi Abdul
Rahman menyatakan bahawa Lujnah Tarbiyah dan Kepimpinan PAS
kawasan bertanggungjawab menyusun jadual ifthār jamā’iedan
diadakan secara bergilir-gilir di setiap cawangan. Program tersebut
bukan sahaja melibatkan pimpinan kawasan, DPPK dan DMPK,
sebaliknya turut melibatkan ahli PAS cawangan-cawangan di
Tanjong Malim.87 Pimpinan PAS mengambil kesempatan untuk
menunaikan solat fardhu dan solat sunat terawih secara berjamaah
serta menyampaikan tazkirah Ramadhan. Kemuncaknya ialah majlis
85Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Perak, Manual Tarbiyah Ahli-Ahli PAS
Perak (MATAR), 13.
86Sulaihan Saari (mantan Ketua Nisa’ PAS Kawasan Tanjong Malim), dalam
temubual dengan penulis, 10 Ogos 2010.
87Mohd Tarmizi Abdul Rahman (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan
mantan Ketua Penerangan PAS Perak), dalam temubual dengan penulis, 23 Jun
2010.
323
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
berbuka puasa beramai-ramai secara besar-besaran (ifthār
jamā’ieperdana) diadakan di Markaz Tarbiyah PAS kawasan Tanjong
Malim.
9. Pemantapan Ilmu (Liqā’ al-Fikri)
Liqā’ al-fikri ialah program pertemuan atau perjumpaan yang
menghimpunkan para pimpinan, ulama, ahli akademik, para nuqabā’,
penceramah dan sebagainya untuk membincangkanatau
membahaskan sesuatu persoalan atau tema ilmiah.88Liqā’ al-fikri
adalah program tarbiyah yang diadakan secara bulanan oleh Lajnah
Tarbiyah dan Perkaderan PAS Perak di Dewan Tuan Haji Abdul
Samad Noh, Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning, Taiping, Perak. Liqa’
tersebut diadakan pada setiap malam Jumaat, minggu pertama setiap
bulan dan dihadiri oleh pimpinan dari seluruh kawasan dalam negeri
Perak, termasuklah dari kawasan Tanjong Malim. Program tersebut
bermula dengan solat Maghrib secara berjamaah dan berakhir sekitar
jam 11.30 malam. Di peringkat kawasan Tanjong Malim pula, liqā’
al-fikri dijalankan pada setiap hari Jumaat, minggu kedua di Markaz
Tarbiyah Serigala. Program tersebut bermula dengan solat maghrib
secara berjamaah, bacaan al-Mathurat dan sedikit pengisian yang
disampaikan oleh YDP atau Setiausaha Lujnah Tarbiyah dan
Kepimpinan kawasan. Penceramah luar yang mewakili PAS Perak
atau PAS Pusat juga turut dijemput bagi menyampaikan pengisian
kepada ahli berkaitan sesuatu tajuk atau isu.
10. Perhimpunan Bulanan (Ijtimā’ Tarbawī dan Nuqabā’)
Ijtimā’ialah satu perhimpunan yang diadakan secara tetap dan
berkala, seperti ijtimā’ Aidilfitri yang diadakan sempena sambutan
Aidilfitri, ijtimā’ korban sempena Hari Raya Korban dan ijtimā’
tarbawīyang bertujuan menghimpunkan semua ahli PAS peringkat
ta’rīf, takwīn dan tanfīz. PAS kawasan Tanjong Malim biasanya
mengadakan ijtimā’ tarbawīpada setiap hari Ahad, iaitu pada minggu
pertama setiap bulan di markaz tarbiyah PAS Serigala, Slim River,
Perak mulai jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
PAS kawasan akan menjemput beberapa orang penceramah undangan
dari luar kawasan Tanjong Malim. Program ijtimā’ tersebut dihadiri
88Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Perak, Manual Tarbiyah Ahli-Ahli PAS
Perak (MATAR), 39.
324
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
oleh pimpinan dan ahli PAS dari kawasan ini sehingga mencecah
antara 50 hingga 70 orang. Namun pada tahun 2010, PAS kawasan
telah mengubah masa program ijtimā’ tarbawī apabila
melaksanakannya pada waktu malam dalam bentuk usrah gabungan
di cawangan-cawangan terpilih secara bergilir-gilir.89 Antara
pengisian dalam program ijtimā’ tarbawīialah ucapan pimpinan PAS
kawasan atau PAS Perak dan diskusi kitab-kitab haraki, seperti kitab
Feqh Sīrah, Feqh Harakah dan ’Āmal Jamā’ie oleh beberapa orang
penceramah jemputan, iaitu Zaharuddin Mohamad,90 Siddiq Noor,91
Shuib Din, Misbahul Munir Masduki dan Abdul Ghani Shamsuddin.
Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari.92
11. Seminar, Konvensyen atau Kongres(Nadwah Tadrībiyyah)
Nadwah merupakan satu ijtimā’ yang terdiri daripada para ulama,
pakar atau cendekiawan tertentu dalam bilangan yang tertentu untuk
berkongsi dan memberikan pandangan dalam sesuatu tajuk atau
masalah, di mana seseorang itu berhak menyuarakan pandangannya
berpaksikan kepada dalil dan bukti. Di peringkat PAS kawasan
Tanjong Malim, program nadwah tadrībiyyah tidak pernah
dianjurkan oleh PAS kawasan ini kerana ia melibatkan tokoh agama
yang berwibawa dan jumlah penyertaan yang ramai, di samping
kekangan kewangan, masa dan tenaga. Sebaliknya PAS kawasan ini
hanya mengadakan kursus atau bengkel yang berbentuk dalaman
kerana skopnya yang lebih kecil berbanding nadwah. Walau
bagaimanapun, PAS kawasan tidak pernah melepaskan peluang untuk
turut serta menghadiri seminar, konvensyen atau kongres yang
dianjurkan oleh PAS Pusat atau PAS Perak, seperti Ijtima’ Nuqaba’
Ulama Kebangsaan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad
(KUIZM), Kongres Rakyat di Bangunan SUK Shah Alam,
Konvensyen PAS Perak di D’Hotel Seri Iskandar dan Hotel Perdana
89Mohd Tarmizi Abdul Rahman (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan
mantan Ketua Penerangan PAS Perak), dalam temubual dengan penulis, 23 Jun
2010.
90Beliau berpendidikan dari Universiti al-Azhar, Mesir. Pada sesi 2015-2017, beliau
diamanahkan sebagai Ajk Kerja PAS Pusat dan YDP PAS kawasan Subang.
91Beliau ialah Ketua DUPN Perak sesi 2017-2017.
92Zulqarnain Hj. Hassan (mantan Ketua DPPK Tanjong Malim, mantan YDP
Kawasan Tanjong Malim dan mantan Setiausaha DUPN Perak), dalam temubual
dengan penulis, 17 Jun 2010.
325
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Taiping, Tarbiyah PAS Perak di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning
dan Konvensyen Tarbiyah PAS Pusat di KUIZM.
12. Perhimpunan Agung (Muktamar)
PAS kawasan Tanjong Malim tidak pernah menganjurkan muktamar.
Muktamar yang dimaksudkan dalam manhaj tarbiyah harakiyyah
ialah satu perhimpunan yang diadakan sempena sesuatu isu dan
bukannya muktamar membawa maksud mesyuarat agung.93
Berdasarkan realiti ini, maka penyelidik berpendapat bahawa
program muktamar hanya berhak dianjurkan oleh PAS Perak atau
PAS Pusat sahaja sempena sesuatu isu, seperti isu tuntutan royalti
Petronas oleh kerajaan negeri Kelantan, isu projek perumahan
generasi kedua Felda,isu hudud, isu Rang Undang-Undang
Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah dan isu negara Islam.
13. Kelas Pengajian Agama (Tafaqquh fī al-Dīn)
Kelas pengajian agama adalah sebahagian daripada program
pengajian ilmu-ilmu Islam yang dilaksanakan dalam bentuk kuliah
pengajian, samada secara terbuka atau tertutup. Di kawasan Tanjong
Malim, kelas pengajian ini dijalankan di markaz tarbiyah PAS atau
masjid. Arman Yusop menyatakan bahawa PAS kawasan Tanjong
Malim bernasib baik kerana mempunyai sebilangan besar golongan
berpendidikan agama atau bergelar ustaz, walau pun mereka bukan
berasal dari kawasan ini. Namun pengorbanan golongan ini banyak
membantu menggerakkan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PAS
kawasan Tanjong Malim. Mohd Tarmizi Abdul Rahman sendiri
mengajar di masjid seluruh negeri Perak, terutamanya semasa
menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS negeri Perak.
Namun apabila diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah JPN Perak
sejak tahun 2008, beliau menghadapi kekangan masa untuk
menjelajah ke seluruh pelosok kawasan. Lantaran itulah, kelas
pengajian agama yang disampaikan oleh beliau lebih tertumpu di
93‘Ali Abdul Halim Mahmud, Wasā’il al-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwān al-Muslimīn :
Dirāsah Tahlīliyyah Tārīkhiyyah, 312. Zulqarnain Hj. Hassan (mantan Ketua DPPK
Tanjong Malim, mantan YDP Kawasan Tanjong Malim dan mantan Setiausaha
DUPN Perak), dalam temubual dengan penulis, 17 Jun 2010.
326
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
masjid-masjid besar sahaja.94 Namun, kelas pengajian beliau kembali
meriah apabila dilantik sebagai YDP dan selalu turun padang ke
cawangan-cawangan. Beliau seorang yang istiqamah dalam
menyampaikan kuliah-kuliah agama, seperti kuliah subuh yang
diadakan di masjid Slim River pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Beliau selalu menyampaikan kuliah dan ceramah di sekitar Tanjong
Malim, Besout, Trolak, Bidor, Behrang dan Tapah.95 Selain itu, kelas
pengajian agama yang dianjurkan di Masjid Slim River dan PAS
cawangan Besout 2 juga mendapat sambutan dengan baik daripada
masyarakat tempatan sehingga turut dikunjungi oleh wanita UMNO
dan golongan atas pagar.96 Selain beliau, terdapat ramai lagi golongan
berpendidikan agama yang menjalankan amanah menyampaikan
ilmu. Antaranya Baharudin Ishak, Sayed Zamzuri, Asuad Lodin,
Januar Ali Burhanuddin, Mohd Zulfadli Zainal, Nik Asri Ahmad Ali,
Nik Abdul Hadi Raja Abdullah, Arman Yusop dan lain-lain.
14. Program Tarbiyah Untuk Golongan Pelajar, Belia dan
Remaja
Program pelajar, belia dan remaja biasanya diadakan pada hujung
minggu atau musim cuti persekolahan. Program ini bertujuan untuk
mendidik golongan pelajar yang terdiri dari kalangan belia dan remaja
bagi memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan
berfaedah serta mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam
kancah gejala sosial. Sasaran program adalah khususnya untuk
golongan belia dan remaja di kawasan bandar, luar bandar dan Felda.
Antara program dan aktiviti yang diadakan seperti kelas tarannum,
kelas tajwid, kelas marhaban atau berzanji, kem tahfiz al-Qur’ān, kem
kepimpinan belia dan remaja, pertandingan memancing, pertandingan
pidato, musabaqah tilawah al-Qur’ān, pertandingan azan, sukaneka
belia dan beliawanis, dan pertandingan berkaitan ICT, seperti
94Mohd Tarmizi Abdul Rahman (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan
mantan Ketua Penerangan PAS Perak), dalam temubual dengan penulis, 23 Jun
2010.
95Badiuzzaman Ahmad (mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Tanjong
Malim), dalam temubual dengan penulis, 20 September 2010.
96Muhammad Asri Abdul Hamid (mantan Exco DPPK Tanjong Malim), dalam
temubual dengan penulis, 28 Oktober 2010.
327
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
pertandingan blog paling menarik dan merekacipta perisian
komputer.
15. Pendidikan Melalui Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam
dan Pasti Pra Tahfiz
Tarbiyah di Tanjong Malim juga berlangsung menerusi institusi
pendidikan seperti Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan
pasti pra tahfiz. Berdasarkan statistik Januari 2016, bilangan pelajar
SRITI Mu’allim adalah seramai 105 orang, iaitu masing-masing 39
orang (Tahun 1), 38 orang (Tahun 2) dan 28 orang (Tahun 3) dengan
guru seramai 10 orang.97 Manakala jadual 1 menunjukkan bilangan
murid Pasti Pra Tahfiz di kawasan Tanjong Malim yang berjumlah
552 orang dan 46 orang guru pada Januari 2016:98
Jadual 1: Jumlah Murid Pasti Pra Tahfiz di Kawasan Tanjong
Malim
Penutup
Bil Nama Pasti Lokasi Bil Bil
1. Pasti Al-Ansār Sungkai Guru Murid
4 57
2. Pasti Al-Barakah Slim River 6 71
3. Pasti Nur al-’Ain Felda Trolak Utara 5 62
4. Pasti Al-Hilāl Felda Besout 2 2 21
5. Pasti Al-Mawaddah Behrang 2020 12 138
6. Pasti Al-Firdaus Tanjong Malim 7 83
7. Pasti Al-Nisa’ Proton City 4 52
8. Pasti Al-Falah Sekiah Makmur 6 68
Daripada perbincangan yang dilakukan, dapatlah dirumuskan bahawa
tarbiyah adalah proses pembentukan individu ke arah persediaan
menjadi mujahid yang sedia berkorban demi perjuangan Islam. PAS
kawasan Tanjong Malim mempunyai sistem tarbiyah yang tersusun
sebagaimana tarbiyah PAS Pusat dan PAS Perak. Namun
pelaksanaannya adalah fleksibel sesuai dengan tahap pendidikan
masyarakat di kawasan ini. Program tarbiyah yang dilaksanakan oleh
97BukuLaporanMesyuaratAgung PIBG SRITI Mu’allim bertarikh Mac 2016.
98Rujuk Minit Mesyuarat Bulanan DPPK Tanjong Malim bertarikh 26 Januari 2016.
328
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
PAS kawasan Tanjong Malim berjaya melahirkan pimpinan dan ahli
PAS yang komited dengan perjuangan jemaah tersebut dan memiliki
sahsiah Islamiyah yang terpuji. Ini dapat dibuktikan dengan
kesungguhan mereka dalam menjayakan program yang dirancang.
Daripada temu bual yang dilakukan menunjukkan program tarbiyah
PAS di kawasan Tanjong Malim berjalan secara sederhana. Keadaan
ini adalah berpunca daripada beberapa faktor, seperti kedudukan
geografi kawasan Tanjong Malim yang luas, kawasan Tanjong Malim
bukanlah zon ilmu, masyarakat tempatan yang berbilang kaum dan
agama, kekurangan murabbī dan tenaga penggerak, kekurangan pusat
pengajian agama dan institusi pendidikan tinggi Islam yang boleh
membentuk masyarakat agar menjadi warga yang berilmu.
Rujukan
‘Ali Abdul Halim Mahmud.Wasā’il al-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwān al-
Muslimīn : Dirāsah Tahlīliyyah Tārīkhiyyah, cet. ke-6. Mesir: Dār
Wafā’ li al-Tibā’ah wa al-Nasyri wa al-Tauzi’, 1993.
Abdul Halim Mat Diah. Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi.
Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya, 1987.
Abdul Karim Zaidan. Islam dan Dakwah, trj. Solehan Ayub. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 2002.
Abdul Salam Abdullah (mantan Timbalan YDP PAS Kawasan
Tanjong Malim), dalam temubual dengan penulis, 22 Jun 2010.
Annuar Salleh. Konsep Siyasah Syar’ieyah Dalam Harakah Islamiah.
Selangor: Penerbitan Teras bakti, 2000.
Badiuzzaman Ahmad (mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan
Tanjong Malim), dalam temubual dengan penulis, 20 September
2010.
Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG SRITI Mu’allim bertarikh
Mac 2016.
Dewan Ulama PAS Pusat. 25 Tahun Kepimpinan Ulama, cet.
pertama. Kuala Lumpur: Nufair Street Sdn. Bhd, 2009.
Harisah Sidek (mantan Ketua DMPK Tanjong Malim), dalam
temubual dengan penulis, 22 Jun 2010.
Hussin Unang. Qamus al-Tullab: Arabi-Malayuwiy. Kuala Lumpur:
Dar al-Fikr, 1994.
Idris Ahmad. Panduan usrah, cet. ke-5. Kuala Lumpur: Sarjana
Media, 2005.
329
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Idris Awang. Penyelidikan Ilmiah: Amalan dalam Pengajian Islam.
Selangor: Kamil & Shakir Sdn. Bhd, 2009.
Imam Bernadib. Erti dan Metode Sejarah Pendidikan, cet. pertama.
Yogarkarta: Yayasan Penerbit FIP-IKIP, 1982.
Kamus Dewan.Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005.
Kertas Kerja Fikrah Perjuangan Islam oleh Dato’ Yahya Othman.
Kertas Kerja Kepentingan Ukhuwwah Dalam Islam.
Kertas Kerja Silibus Quranic Group Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan
PMIUM.
Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Perak. Manual Tarbiyah Ahli-
Ahli PAS Perak (MATAR). Perak: Badan Perhubungan PAS
Perak, 2008.
Laman Web di http://ms.wikipedia.org/wiki/Fadzil_Mohd_Noor.
Laman Web di http://pemudapasseremban.net/v4/modules/
tarbiyyah/ prinsip.htm
Laman Web di http://www.abim.org.my/profil-abim.html.
Laman Web di http://www.harakahdaily.net/ index.php.
http://dewanulamapasperak. blogspot.com /2009/07/ ustaz-jais-
anwar.html.
Laman Web di http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita1-
98/desk.html.
Majalah Dunia Islam (Kuala Lumpur: Penerbitan Zin, 1991).
Minit Mesyuarat Bulanan DPPK Tanjong Malim bertarikh 26 Januari
2016.
Mohd Fadli Ghani. Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap
Tahap-tahap Perkembangan Organisasi Dalam Era Bertindak,
1975-2003. Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik
dan Strategi UKM, 2003.
Mohd Tarmizi Abdul Rahman (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong
Malim dan mantan Ketua Penerangan PAS Perak), dalam temubual
dengan penulis, 23 Jun 2010.
Muhammad Asri Abdul Hamid (mantan Exco DPPK Tanjong
Malim), dalam temubual dengan penulis, 28 Oktober 2010.
Noraini Zainuddin. Sumbangan Dewan Muslimāt PAS Terhadap
Pembangunan Sosial Masyarakat di Kawasan Bukit Gantang.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006.
330
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Panel Pengkaji Sejarah Pusat Penyelidikan PAS. PAS Dalam Arus
Perjuangan Kemerdekaan. Selangor: Angkatan Edaran ENT Sdn.
Bhd, 1999.
Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (Pindaan 2009), cet.
pertama. Kuala Lumpur: Pejabat Agung PAS, 2010).
Riduan Mohamad Nor. Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn
Terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS), cet. ke-2. Selangor:
Penerbitan Hemah, 2005.
_________________. Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam
Abad Moden, cet. ke-2. Kuala Lumpur: Jundi Resources, 2009.
Rohi Baalbaki.al-Mawrid: A Modern Arabic-English Dictionary, ed.
ke-18. Beyrut: Dar al-Ilm Lil Malayin, 2004.
Sulaihan Saari (mantan Ketua Nisa’ PAS Kawasan Tanjong Malim),
dalam temubual dengan penulis, 10 Ogos 2010.
Suseela Malakolunthu. “Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif:
Satu Imbasan”, dalam Marohaini (ed), Penyelidikan Kualitatif:
PengalamanKerja Lapangan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2001.
Zainal Asmawi (mantan YDP PAS Kawasan Tanjong Malim), dalam
temubual dengan penulis, 10 November 2009.
Zulqarnain Hj. Hassan (mantan Ketua DPPK Tanjong Malim, mantan
YDP Kawasan Tanjong Malim dan mantan Setiausaha DUPN
Perak), dalam temubual dengan penulis, 17 Jun 2010.
Zulqarnain Hj. Hassan dan Mohamad Zaidi Abdul Rahman. Wanita
Sebagai Calon Pilihan Raya: Suatu Perbahasan Dari Sudut Siyāsah
Syar’iyyah, cet. pertama. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd, 2008.
331
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
332
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
PELAKSANAAN MODUL SUMUR MENERUSI PROGRAM
MUTADAYYIN DI SMKA
Khaled Mat, Dr Fakhrul Adabi Abdul Kadir
Pendahuluan
Program Sahsiah Unggul Murid atau ringkasnya SUMUR adalah di
antara program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program SUMUR terdiri
daripada empat modul utama, iaitu modul Mutadayyin, Berbudi
Bahasa, Jati Diri dan Penampilan Diri. Program SUMUR ialah sejenis
program sahsiah yang memfokuskan kepada aspek pembangunan
sahsiah dan akhlak pelajar, khususnya di SMKA dan SABK, serta
dikendalikan di bawah Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak,
Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM.
Menurut Asming Yalawae dan Ahmad Farid Ibrahim (2007),
akhlak bermaksud satu kelakuan yang baik yang mengambarkan
seseorang itu beragama yang lahir dari watak dan tingkahlaku yang
baik. Dari sudut istilah bermaksud satu ibarat dari kelakuan diri yang
tetap dan terkeluar daripadanya beberapa perbuatan dengan mudah
serta tenang tanpa memerlukan kepada pemikiran dan
riwayat.1Firman Allah S.W.T dalam al-Quran surah Al-Isra’ (17: 23-
24) yang bermaksud,
Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak
menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan
hendaklah kamu berbuat baik terhadap kedua ibu
bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang
dari keduanya, atau kedua-duanya sampai kepada
usia yang lanjut dalam jagaan dan pemeliharaanmu,
maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada
keduanya "ah", dan janganlah kamu membentak
mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan
yang sopan dan mulia. Dan hendaklah kamu
merendahkan diri kepada keduanya kerana belas
1 Asming Yalawae dan Ahmad Farid Ibrahim, “Akhlak Warisan Rasulullah s.a.w
Membawa Kemuliaan Umat”, Jurnal Usuluddin 26 (Julai - Disember 2007), 72-73.
333
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
kasihan, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada
mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil".
Firman Allah s.w.t lagi dalam al-Quran dalam Surah al-Qalam ayat 4
yang bermaksud, Dan sesungguhnya Engkau (Muhammad)
mempunyai akhlak yang mulia.
Demikianlah ayat al-Quran di atas menghuraikan tentang
akhlak Islamiah. Allah s.w.t telah mengutuskan Rasulullah s.a.w
kepada umat ini dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada-Nya
dan memperbaiki akhlak umatnya. Kemuliaan dan penghormatan
sesuatu bangsa atau umat adalah bergantung kepada ketinggian
akhlaknya.
Krisis Akhlak Dalam kalangan pelajar
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri
melaporkan bahawa bangsa Melayu merupakan penagih paling ramai
yang dikesan sepanjang bulan hingga Mac 2012, iaitu sebanyak 1808
orang (79.26%) bersamaan dengan 0.02% daripada jumlah unjuran
penduduk etnik Melayu di negara ini yang berusia 15-64 tahun
(9,583,100 orang).2
Maryani Mohd Nor dan Hamidah Sulaiman menjelaskan
dalam kes hubungan seks luar nikah pula begitu berleluasa sama ada
di bandar mahupun di kampung.Kajian oleh Gabungan Pelajar
Melayu Semanjung (GPMS) Kedah menunjukkan 5% daripada 127
orang pelajar perempuan di sebuah sekolah luar bandar di negeri
Kedah yang berusia 14 tahun telah melakukan hubungan seks luar
nikah secara sukarela, 30% daripada responden pula mengakui sudah
terdedah kepada bahan pornografi atau unsur seks melalui telefon
2 Zulkifli Abd. Ghani, ”Mendepani Krisis Akhlak: Solusi Dakwah” dalam Koleksi
Kertas Kerja Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2005–2012 Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan Ke-77, edisi khas, cetakan pertama (Ipoh: Jabatan Mufti Negeri Perak,
2012), 284.
334
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
bimbit atau cekera padat video (vcd).3 Manakala kajian terhadap
pelajar lelaki tingkatan satu pula mendapati 43% daripada mereka
sudah terdedah kepada filem lucah, manakala 61% daripada 67 orang
pelajar lelaki tingkatan dua didapati telah menonton filem lucah dan
terdedah kepada gejala seks bebas.4 Ini berpunca daripada bahan
pornografi yang mudah dibeli dan diakses, trend penggunaan telefon
bimbit yang berleluasa dan penjualan video lucah di tempat awam
secara terbuka.
Ahmad Nawawi (2005) menyatakan berdasarkan 2004 Durex
Global Sex Survey secara puratanya rakyat Malaysia telah melakukan
hubungan seks pada usia 19 tahun dan kajian soal selidik oleh News
Straits Times Youth Quake April 2002 terhadap 200 remaja yang
berusia antara 15 tahun hingga 19 tahun menunjukkan 44 peratus
sekurang-kurangnya sekali pernah melakukan hubungan seks.5
Sejak tahun 2008 hingga bulan Jun 2010, terdapat seramai 768
remaja seawal usia 13 tahun telah melahirkan anak. Sebahagian besar
daripada mereka ialah anak luar nikah. Kebanyakkan remaja bawah
umur ini tidak mengetahui bahawa hubungan seks boleh
menyebabkan kehamilan. Mereka melakukannya kerana ingin
mencuba dan atas dasar suka sama suka. Bahkan kebanyakkan mereka
adalah dalam kalangan remaja Melayu dari keluarga berpendapatan
rendah serta kurang ilmu tentang sistem reproduktif manusia.6
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi
2000 hingga 2008, seramai 257,000 orang kanak-kanak yang
didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi
tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak
3 Maryani Mohd Nor dan Hamidah Sulaiman, Seks Bebas: Mengenalpasti Punca
Kelakuan, dalam Malaysia Isu-Isu Sosial Semasa, ed. Roziah Omar & Sivamurugan
Pandian (Kuala Lumpur: Unit Penerbitan Institut Sosial Malaysia, 2005), 45.
4“Seks Luar Nikah”, Utusan Malaysia, 16 Februari 2010.
5 Ahmad Nawawi Yaakob, Pendedahan Seks di Kalangan Remaja Institut Pengajian
Tinggi dan Remaja bandar (Kertas Kerja Seminar Seksual Kebangsaan, anjuran
Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya, 30 Julai 2005), 5.
6Hafizah Iszahanid, Kes Remaja Hamil Kronik, Berita Harian, dicapai 25 Julai
2010, http:// www. bharian. com.my/ bharian/articles/Kesremajahamil
kronik/Article/print.html.
335
Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam, iaitu berjumlah
30,978 orang daripada 70,430 orang yang didaftarkan di JPN.7
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie dalam tempoh 2004 hingga
2010, sebanyak 571 kes pembuangan bayi dilaporkan dan
kebanyakkan status bayi yang dibuang adalah bayi luar nikah. Ini
termasuk 99 kes sepanjang tahun 2010. Negeri Selangor didapati
mencatatkan jumlah kes tertinggi.8
Ringkasnya, krisis akhlak dan kebejatan sosial dalam
kalangan pelajar berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Banyak
program pembangunan insan dan sahsiah telah dirangka oleh pihak
berkuasa untuk menangani masalah dan krisis tersebut. Di SMKA dan
SABK khususnya, kerajaan melalui KPM telah memperkenalkan
program Mutadayyin yang merupakan satu daripada empat modul
utama program SUMUR.
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Krisis Akhlak
Menurut Kamus Dewan, faktor ialah sebab, unsur atau punca yang
menyumbang kepada sesuatu hasil.9Berhubung dengan gejala
keruntuhan akhlak pelajar mutakhir ini, terdapat beberapa faktor yang
menjadi berpunca kepada krisis tersebut. Antaranya berpunca
daripada pengabaian tanggungjawab oleh ibu bapa, pengaruh rakan
sebaya, pengaruh dunia siber, ceteknya pengetahuan agama Islam,
kurang perhatian dan kasih sayang, tanggungan bebanan ekonomi,
hiburan yang melalaikan, dan lain-lain lagi.
1. Kurang Pengetahuan Agama
Husin Junoh (2011) menyatakan bahawa kesedaran agama dan
spiritual adalah faktor penting yang perlu dimiliki oleh setiap individu
di usia remaja supaya dapat menghindarkan diri daripada gejala yang
7 Rozita @ Uji Mohammed, Kertas Kerja Kajian Empirikal Keterlibatan Belia
Tempatan Dalam Gejala Sosial, Sempena Kolokium Pemantapan Program
Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) (Sabah: Fakulti Pengurusan Perniagaan,
UiTM Cawangan Sabah, 2014), 55.
8 Sharizat Abdul Jalil, Kempen Kesedaran di Peringkat Cegah Jenayah Negatif
Menular, dalam Rohaniza Idris, Berita Harian, 9 Januari 2011.
9Kamus Dewan, ed. ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 348,
entri “faktor”.
336