The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr.raudah, 2021-09-04 08:49:00

ISU-ISU DAKWAH MINORITI

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Keywords: Masyarakat minoriti,dakwah minoriti,isu dakwah semasa

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

tidak baik.10 Azhar dan Ab. Halim (2005) melalui kajiannya
menunjukkan hanya sekitar 16 peratus pelajar sahaja yang menaikan
ibadat solat lima waktu sehari semalam.11Othman dan Norazmah
(2010) pula membuktikannya dalam kajian bertajuk “Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial di
Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka“bahawa penglibatan
remaja dalam masalah sosial adalah disebabkan kurangnya amalan
kerohanian seperti solat, asas agama dan nilai-nilai rohani yang
lemah.12

2. Kurang Kasih Sayang dan Perhatian Ibu Bapa
Menurut Maizatul Akmam (2007), hubungan kekeluargaan yang baik
akan mendorong kecerdasan pelajar dan seterusnya menghalang
mereka daripada terlibat dengan krisis akhlak. Hubungan
kekeluargaan yang baik adalah berkait rapat dengan perhatian dan
kasih sayang. Situasi ini menuntut keperluan masa yang bukan sedikit
daripada ibu bapa, tambahan pula dalam keadaan ibu bapa terpaksa
memberikan komitmen yang tinggi pada kerjaya masing-masing dan
pada masa yang sama terpaksa berhadapan pula dengan masalah
ekonomi yang merudum. Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkerjaya
maka ibu bapa akan kurang berperanan dalam membentuk sahsiah
anak-anak. Kesibukan bekerja menyebabkan kurang komunikasi
antara ibu bapa dengan anak-anak, dan seterusnya terbatasnya tugas
mendidik.13Kebanyakan remaja yang hamil anak tidak sah taraf
memberikan alasan ketandusan kasih sayang keluarga. Kesempatan
ini digunakan sepenuhnya oleh rakan sebaya dalam mempengaruhi

10Husin Junoh, “Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Luar Bandar di Daerah
Kota Tinggi , Johor” (Tesis Kedoktoran, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2011), 18.
11Azhar Ahmad dan Ab. Halim Tamuri, Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah
Menengah (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005).
12Othman Md Johan dan Norazmah Mohamad Roslan, Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial di Sekolah Tunas Bakti,
Sungai Lereh, Melaka (Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, 2010).
13Maizatul Akmam Abu Bakar, Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh
Rakan Sebaya dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkal Laku Delinkuen Pelajar
(Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, 2007), 7.
13 Salamatussaadah Abd. Ghadur et. al, Hubungan Romantik dan Remaja Hamil
Luar Nikal di Pusat Pemulihan, Jurnal e-Bangi, Bil. 1, 2009), 4: 106-113.

337

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

untuk terjebak dalam kancah perzinaan sehingga menyebabkan
kehamilan. Begitu juga budaya lepak dan pergaulan bebas sehingga
terjebak dalam kegiatan merempit adalah rentetan daripada kurang
pengawalan sosial sehingga mereka mampu membina sub-budaya
tersendiri dan menolak budaya masyarakat umum kerana ingin
mencari gaya hidup alternatif.

3. Kurang Keserataan Tanggungjawab Antara Ibu Bapa
Amla Salleh (2010) menegaskan bahawa bapa kurang berperanan
dalam membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak. Berdasarkan
dapatan kajian, bapa kurang berkomunikasi dan mendidik anak-anak
kerana kesibukan bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga.
Keadaan yang sama turut berlaku sekiranya ibu juga turut bekerja.
Jika keadaan ini berlaku, maka ketidakserataan antara ibu bapa dalam
mendidik anak-anak akan berlaku, iaitu ketidakseimbangan dalam
tanggungjawab mendidik.14 Walau pun tugas mencari nafkah
keluarga adalah tanggungjawab bapa, namun tidaklah bermakna bapa
boleh melepaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, bahkan ia
tetap sebagai pembimbing keluarga. Tugas tersebut tidak harus
diserahkan kepada ibu semata-mata. Ibu bapa mestilah berkolaborasi
antara satu sama lain dalam mendidik anak-anak dan menguruskan
rumah tangga. Kegawatan dalam keluarga dan masalah dalam
hubungan suami isteri akan berlaku apabila suami atau isteri saling
menyalahkan antara satu sama lain, terutamanya berkaitan
tanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga. Lebih-lebih lagi
masing-masing keletihan seharian bekerja dan mendakwa
ketidakadilan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap
keluarga.

4. Pengaruh Luaran
Selain daripada faktor di atas, krisis akhlak juga berpunca daripada
faktor luaran, seperti hiburan yang melalaikan, ketagihan dengan
dunia siber, pengaruh daripada rakan sebaya dan inginkan
keseronokan. Kegagalan ibu bapa dalam mengawal anak-anak atau
memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mereka menyebabkan

14Amla Salleh et. al, Peranan Bapa Dalam Pembangunan Sahsiah Remaja dan
Implikasinya Terhadap Nilai Kekeluargaan, Jurnal Pendidikan Malaysia35, 2
(2010), 9-17.

338

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

banyak masa terbuang dan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah.

Metodologi Kajian

1. Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah kajian deskriptif bersifat tinjauan, di mana kajian
bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan program Mutadayyin di
SMKA. Kajian menggunakan soal selidik untuk mengumpulkan data
daripada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar di SMKA
dalam negara. Responden ini dipilih kerana mereka telah melalui
proses pelaksanaan program SUMUR di SMKA sejak berada di
tingkatan satu lagi. Dalam kajian ini, pelaksanaan kajian ini meliputi
perancangan, pembinaan soal selidik, pengumpulan data, dan analisis
data.

2. Lokasi Kajian
Daripada 57 buah SMKA di seluruh negara, hanya 5 buah sekolah
sahaja yang dipilih sebagai lokasi kajian. Pemilihan lokasi kajian
dibuat mengikut metode persampelan berkelompok mengikut zon dan
pemilihan dijalankan secara rawak mudah. Lima zon yang dikenal
pasti ialah Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon
Malaysia Timur. Zon Utara terdiri daripada tiga buah negeri, iaitu
negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Zon Timur pula terdiri
daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Zon Tengah
terdiri daripada negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Manakala Zon Selatan terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan
Johor, dan seterusnya Zon Malaysia Timur yang hanya melibatkan
negeri Sabah dan Sarawaksebagaimana yang ditunjukkan di Jadual 1.

339

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Jadual 1: Kaedah Persampelan Berkelompok Mengikut Zon

Zon Zon Timur Zon Tengah Zon Selatan Zon M.
Utara Timur
Perlis Kelantan Perak N. Sembilan Sabah
Kedah Terengganu Selangor Melaka Sarawak
P. Pinang Johor
Pahang W. -
Persekutuan

Jadual 2 di bawah adalah pemilihan sampel sekolah untuk lima zon:

Jadual 2: Pemilihan Sampel Sekolah Untuk Lima Zon

Zon Negeri yang Jum. Sekolah Yang

Mewakili Zon Sekolah Dipilih

Utara Pulau Pinang 4 SMKA Al-Irshad

Timur Kelantan 6 SMKA Naim Lil

Banat

Tengah Perak 3 SMKA Slim

River

Selatan Negeri Sembilan 2 SMKA Sheikh

Haji Mohd Said

Malaysia Timur Sarawak 8 SMKA Tun

Ahmad Zaidi

JUMLAH: 23 5 Buah SMKA

Data SMKA Jan 2016, Unit HEM, Sektor Kemajuan Sekolah

Agama (SKSA) BPI KPM.

3. Populasi dan Sampel
Pemilihan sampel bagi data kuantitatif yang memenuhi tahap
kepercayaan (confidence level) adalah penting. Dalam kajian ini,
tahap kepercayaan yang digunakan ialah 95% (0.95), iaitu 5% (0.05)
kemungkinan berlakunya kesilapan persampelan (sampling error).
Krejcie dan Morgan telah menggariskan bilangan sampel yang perlu
digunakan berdasarkan tahap kepercayaan 95%. Populasi pelajar
SMKA pada Januari 2016 berjumlah seramai 39,078 orang, maka
jumlah sampel yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan adalah
seramai 380 orang. Namun, kajian ini mengambil sampel yang lebih

340

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

daripada jumlah yang dicadangkan, iaitu seramai 400 orang supaya
tahap kepercayaan adalah lebih tinggi.

4. Instrumen Kajian
Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam
penyelidikan pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan
maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak
dan sebagainya. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai
instrumen utama memperoleh data-data daripada responden. Soal
selidik adalah instrumen yang paling sesuai digunakan kerana ia lebih
praktikal dan dan berkesan digunakan dalam populasi yang besar serta
mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan cara lain dalam
usaha untuk mendapatkan maklumat kuantitatif. Soal selidik juga
dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek
terhadap rangsangan soalan yang diberi.

Secara spesifik, instrumen kajian terbahagi kepada dua
bahagian, di mana Bahagian A memfokuskan kepada demografi
responden dan Bahagian Bpula berpusatkan kepada soalan-soalan
berkaitan pelaksanaan program Mutadayyin. Perincian setiap
bahagian adalah sebagaimana di Jadual 3:

i. Bahagian A : Demografi Kajian
ii. Bahagian B : Pelaksanaan Program Mutadayyin di

SMKA

Jadual 3: Jumlah Item Mengikut Bahagian

Bahagian Maklumat Jumlah Item

A Latar Belakang Responden 10

B B1 : Program Mutadayyin

- Solat Berkualiti 6

- Amalan Zikir dan Doa 6

- Tadarus al-Quran 6

Jumlah Keseluruhan Item 28

Sumber: Soal Selidik Program SUMUR (Kajian Rintis Okt 2015)

341

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

5. Kajian Rintis
Kajian rintis ini telah dijalankan pada 10 Oktober 2015 di SMKA
Slim River, Perak. Respondennya terdiri daripada pelajar-pelajar
Tingkatan Empat. Kesemua responden ini tidak terlibat dalam kajian
yang sebenar. Hasil ujian Alpha Cronbach yang dijalankan ke atas 60
orang responden adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4di bawah:

Jadual 4: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan

Item Kebolehpercayaan Alpha
Solat Berkualiti 0.674
Amalan Zikir dan Doa 0.782
Tadarus al-Quran 0.711
Alpha Keseluruhan 0.858

Sumber: Soal Selidik Program SUMUR (Kajian Rintis Okt 2015)

Dapatan Kajian

1. Demografi Responden

Jadual 5 di bawah menerangkan latar belakang responden

berdasarkan aspek jantina, tempat tinggal pelajar dan tahap

pendidikan keluarga.

Jadual 5: Latar Belakang Responden

Aspek Kekerapan Peratusan

Lelaki 132 33.0

Jantina Perempuan 268 67.0

Jumlah: 400 100

Asrama 245 61.3

Tempat Tinggal Pelajar Rumah 155 38.8

Jumlah: 400 100

Rendah 6 1.5

Menengah 76 19.0

Tahap Pendidikan Sijil/Diploma 100 25.0

Keluarga BA 125 31.3

Sarjana 87 21.8

Ph.D 6 1.5

Jumlah: 400 100

Sumber: Soal Selidik Program SUMUR (Kajian Sebenar 2016)

342

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Sampel yang dikaji terdiri daripada pelajar lelaki yang hanya 33.0 %
(132 orang), manakala pelajar perempuan mendominasi jumlah
responden ini iaitu 67.0 % (268 orang). Majoriti responden tinggal di
asrama, iaitu 61.3 % (245 orang) berbanding pelajar yang berulang
alik dari rumah sebanyak 38.8 % (155 orang). Selain itu, kebanyakkan
responden adalah datang dari keluarga berlulusan ijazah sarjana muda
sebanyak 31.3 % (125 orang), dan diikuti keluarga berkelulusan
sijil/diploma sebanyak 25.0 % (100 orang), sarjana sebanyak 21.8 %
(87 orang), Menengah sebanyak 19.0 % (76 orang) dan bakinya 12
orang lagi (3.0 %) dari keluarga berpendidikan rendah dan lulusan
Ph.D.

2. Pelaksanaan Solat Berkualiti

Daripada kajian yang dijalankan, dapatan mengenai solat berkualiti
ditunjukkan di dalam Jadual 6 di bawah.15

Jadual 6:Pelaksanaan Solat Berkualiti

Bil. Pernyataan Tahap Ker Per Min SP
B1 Saya menunaikan solat STS 0 0.0
TS 15 3.8
fardu di awal waktu. TP 79 19.8 3.93 0.737
S 226 56.5
B2 Saya menunaikan solat SS 80 20.0
fardu secara berjamaah. STS 2 0.5
TS 20 5.0
B3 Saya menyempurnakan TP 76 19.0 4.00 0.863
sunat-sunat solat. S 179 44.8
SS 123 30.8
B4 Saya memelihara tertib- STS 1 0.3
tertib solat. TS 32 8.0
TP 134 33.5 3.63 0.824
S 179 44.8
SS 54 13.5
STS 0 0.0
TS 0 0.0
TP 45 11.3 4.29 0.658

15 Petunjuk: Ker = Kekerapan, Per = Peratusan, STS = Sangat Tidak Setuju, TS =
Tidak Setuju, TP = Tidak Pasti, S = Setuju, SS = Sangat Setuju.

343

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

B5 Saya memakai pakaian S 193 48.3
yang bersih ketika SS 162 40.5
menunaikan solat. STS 0 0.0
TS 0 0.0
B6 Saya memakai pakaian TP 14 3.5 4.57 0.562
yang sesuai ketika S 143 35.8
menunaikan solat. SS 243 60.8
STS 0 0.0
TS 0 0.0
TP 16 4.0 4.62 0.562
S 119 29.8
SS 265 66.3

Jadual 6 boleh dirumuskan sebagai menunjukkan sebanyak
226 orang (56.5 %) setuju bahawa solat yang berkualiti perlu
ditunaikan di awal waktu. Manakala sebanyak 179 orang (44.8 %)
setuju bahawa solat fardu perlu dilakukan secara berjamaah dan
disempurnakan sunatnya. Sementara 243 dan 265 orang (60.8 % dan
66.3 %) sangat setuju untuk memakai pakaian yang bersih ketika
menunaikan solat dengan pakaian yang bersesuaian. Min paling tinggi
iaitu 4.62 bahawa solat yang berkualiti hendaklah dengan memakai
pakaian yang sesuai ketika menunaikan solat. Hanya satu item tentang
menyempurnakan sunat-sunat solat mendapat min sederhana tinggi
iaitu 3.63.

3. Pelaksanaan Amalan Zikir dan Doa
Seterusnya, dapatan mengenai amalan zikir dan doa ditunjukkan
dalam Jadual 7 di bawah.

Jadual 7:Pelaksanaan Amalan Zikir dan Doa

Bil. Pernyataan Tahap Ker Per Min SP
B7 Saya membiasakan diri STS 4 1.0
TS 17 4.3
membaca bacaan wirid TP 82 20.5 3.98 0.873
selepas solat. S 179 44.8
SS 118 29.5
B8 Saya berdoa setiap kali STS 1 0.3
selepas solat. TS 2 0.5
TP 15 3.8 4.67 0.598

344

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

B9 Saya memahami S 93 23.3
kandungan doa yang SS 289 72.3
dibaca. STS 3 0.8
TS 7 1.8
B10 Saya mengamalkan TP 131 32.8 3.88 0.843
adab-adab berdoa. S 155 38.8
SS 104 26.0
B11 Saya mengamalkan STS 1 0.3
adab-adab berzikir. TS 1 0.3
TP 69 17.3 4.10 0.694
B12 Saya membaca doa S 215 53.8
dalam setiap amalan SS 114 28.5
harian. STS 1 0.3
TS 4 1.0
TP 94 23.5 3.97 0.725
S 210 52.5
SS 91 22.8
STS 2 0.5
TS 23 5.8
TP 154 38.5 3.67 0.861
S 146 36.5
SS 75 18.8

Jadual 7 boleh dirumuskan sebagai menunjukkan sebanyak
179 orang (44.8 %) setuju dengan membiasakan diri dengan bacaan
wiridselepas solat. Malah sebanyak 289 orang (72.3 %) sangat setuju
bahawa sentiasa berdoa setiap kali selepas solat. Sementara sebanyak
155 orang responden (38.8 %) setuju bahawa mereka memahami
kandungan doa yang dibaca. Walau bagaimana pun dalam jumlah
yang hampir sama iaitu sebanyak 154 orang (38.5 %) pula
menyatakan tidak pasti mereka membaca doa dalam setiap amalan
harian. Manakala masing-masing 215 orang (53.8 %) dan 210 orang
(52.5 %)setuju bahawa mereka mengamalkan adab-adab berdoa dan
berzikir. Min paling tinggi iaitu 4.67 bahawa berdoa menjadi amalan
responden apabila mereka melaksanakannya setiap kali selepas solat.
Hanya satu item tentang membaca doa dalam setiap amalan harian
mendapat min sederhana tinggi iaitu 3.67.

345

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

4. Pelaksanaan Tadarus al-Quran
Seterusnya, dapatan mengenai tadarus al-Quran ditunjukkan dalam
Jadual 8 di bawah.

Jadual 8:Pelaksanaan Tadarus al-Quran

Bil. Pernyataan Tahap Ker Per Min SP

B13 Saya membaca al-Quran STS 0 0.0

setiap hari. TS 17 4.3

TP 58 14.5 4.21 0.842

S 151 37.8

SS 174 43.5

B14 Saya menghafaz ayat- STS 1 0.3

ayat lazim. TS 5 1.3

TP 42 10.5 4.22 0.696

S 211 52.8

SS 141 35.3

B15 Saya membaca al-Quran STS 3 0.8

dengan memelihara TS 4 1.0

hukum tajwid. TP 49 12.3 4.25 0.763

S 179 44.8

SS 165 41.3

B16 Saya bertadarus al-Quran STS 6 1.5

secara halaqah atau TS 38 9.5

berpasangan. TP 166 41.5 3.49 0.904

S 133 33.3

SS 57 14.3

B17 Saya mentadabbur STS 7 1.8

makna ayat yang dibaca. TS 13 3.3

TP 171 42.8 3.56 0.792

S 167 41.8

SS 42 10.5

B18 Saya meneliti tafsiran STS 7 1.8

ayat yang dibaca. TS 11 2.8

TP 123 30.8 3.80 0.863

S 175 43.8

SS 84 21.0

Jadual 8 boleh dirumuskan sebagai menunjukkan sebanyak
174 orang (43.5 %) sangat setuju bahawa responden membaca al-

346

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Quran setiap hari. Malah sebanyak 211 orang (52.8 %) turut setuju
bahawa mereka menghafal ayat-ayat lazim. Sementara sebanyak 179
orang responden (44.8 %) setuju bahawa mereka membaca al-Quran
dengan memelihara hukum tajwid. Walau bagaimana sebanyak 166
orang (41.5 %) menyatakan tidak pasti sama ada mereka bertadarus
al-Quran secara halaqah atau berpasangan. Begitu juga sebanyak 171
orang (42.8 %) menyatakan tidak pasti sama ada mereka mentadabbur
makna ayat yang dibaca atau tidak. Manakala sebanyak 175 orang
(43.8 %) setuju bahawa mereka meneliti tafsiran ayat yang dibaca.
Terdapat 3 item tentang aspek ini dan dapatan menunjukkan
pelaksanaan tadarus al-Quran berada di antara min yang tinggi iaitu
membaca al-Quran dengan memelihara hukum tajwid (4.25),
menghafaz ayat-ayat lazim (4.22) dan membaca al-Quran setiap hari
(4.21). Manakala 3 min lagi berada pada tahap sederhana tinggi, iaitu
masing-masing bertadarus al-Quran secara halaqah atau berpasangan
(3.49), mentadabbur makna ayat yang dibaca (3.56) dan meneliti
tafsiran ayat yang dibaca (3.80).

Cadangan
Daripada hasil kajian ini, penyelidik ingin memberikan beberapa
cadangan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
pengurusan sekolah, Guru Pendidikan Islam (GPI), semua guru, ibu
bapa, Jawatankuasa BADAR, semua pelajar dan kepada pihak yang
berminat dengan kajian ini.

KPM yang dimaksudkan di sini adalah semua bahagian yang
terlibat dalam KPM yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan
program SUMUR seperti Bahagian Pendidikan Islam, Sektor
Pendidikan Islam, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Bahagian
Pendidikan Guru, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan lain-lain.
Pertama, penyelidik menyarankan agar maklumat dan informasi yang
terkini hendaklah sentiasa disebarkan kepada pihak sekolah, guru,
pelajar dan masyarakat tentang perjalanan program SUMUR dan
modul-modul yang telah dirangka sepanjang tahun. Pemantauan
pelaksanaan hendaklah diadakan secara berkala di semua sekolah.

Penerangan yang jelas juga hendaklah dipastikan sampai
kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kaunselor, guru disiplin
dan GPI sendiri, termasuklah jawatankuasa badan pengawas sekolah,

347

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

jawatankuasa pengurusan asrama, jawatankuasa BADAR sekolah dan
jawatankuasa surau. Semua guru di sekolah mestilah mengambil
maklum, mengetahui perkembangan dan pelaksanaan program
SUMUR sepanjang tahun. Di samping program keagamaan, program-
program berbentuk motivasi dan kursus hendaklah diadakan dari
masa ke semasa khususnya kepada guru penyelaras SUMUR,
penasihat BADAR dan surau sekolah.

Penampilan dan bina upaya GPI pula hendaklah diperkasakan
selaras dengan tuntutan semasa melaluitaklimat, kursus dan seminar
berkaitan pelaksanaan program-program berbentuk keagamaan.
Pengambilan para GPI yang baru pula perlulah dilihat secara
menyeluruh terutamanya dari aspek sahsiah yang terpuji dan
mempunyai kompetensi yang mampu mendidik pelajar ke arah
kecemerlangan akhlak dan sahsiah yang terpuji. GPI juga hendaklah
berwibawa memimpin dan membimbing pelajar-pelajartermasuklah
boleh tempat rujukan dan bertindak sebagai fasilitator, di samping
boleh menjadi qudwah hasanahataurole model kepada pelajar, seperti
berkebolehan menjadi imam, bertarannum, hafal ayat al-Quran,
berkebolehan memimpin halaqat al-Quran, membaca khutbah,
menyampaikan ceramah dan lain-lain.

Guru-guru yang dilantik menjadi sebahagian daripada ahli
jawatankuasa SUMUR sekolah dan program-program keagamaan
pula hendaklah sentiasa belajar dan mempertingkatkan lagi
kemahiran dan pengalaman sedia ada yang diperlukan untuk menjadi
seorang guru yang bersahsiah unggul. Kemahiran tentang
pengetahuan keagamaan, jati diri, penampilan diri, psikologi
pendidikan, bimbingan dan kaunseling, serta hal ehwal pelajar amat
penting dalam mempengaruhi akhlak dan sahsiah pelajar. Oleh itu,
guru perlu bersedia dengan kemahiran ICT, kemahiran komunikasi,
kemahiran sukan dan kesenian, kemahiran menyelesaikan masalah,
kepimpinan guru dan sebagainya.

Selain itu, pihak sekolah dan pentadbir sekolah hendaklah
sentiasa memberi bimbingan, bantuan dan sokongan padu kepada
Penyelaras dan guru SUMUR dalam melaksanakan tugas ini. Adalah
kurang sesuai sekiranya beban membentuk akhlak dan sahsiah pelajar
diletakkan sepenuhnya kepada hanya GPI dan guru moral semata-
mata. Ini kerana tugas para guru bukan untuk melahirkan insan yang
cemerlang dari aspek akademik dan sukan semata-mata, bahkan

348

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

adalah mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang duniawi dan
ukhrawi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jelas
menggariskan bahawa objektif utama pendidikan di sekolah adalah
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonisdengan
berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan.

Ibu bapa juga memainkan peranan utama dalam memastikan
anak-anak mempunyai akhlak yang mulia. Ibu bapa menjadi contoh
teladan kepada anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Oleh itu, ibadat
solat dan membaca al-Quran perlulah disemai oleh ibu bapa di rumah.
Anak-anak yang mendirikan solat fardu lima waktu dan berkebolehan
membaca al-Quran kebiasaannya memiliki akhlak yang terpuji.
Anak-anak yang terbiasa dengan amalan keagamaan tersebut lebih
mudah dibentuk dan dididik di sekolah, bahkan mereka tidak
mendatangkan masalah disiplin sama ada kepada diri sendiri atau
kepada pelajar lain.

Akhirnya kepada semua pelajar, sedar dan insaflah bahawa
solat lima waktu yang didirikan itu sebenarnya banyak membantu kita
untuk mencapai impian yang dicita-citakan. Pelajar yang mutadayyin
lebih dekat kepada Allah s.w.t dan lebih fokus kepada pembelajaran.
Ilmu pengetahuan yang dipelajari itu seumpama cahaya, dan cahaya
Allah s.w.t tidak diberikan kepada orang yang melakukan dosa seperti
meninggalkan solat, tidak membaca kitabullah dan tidak mahu berdoa
kepada Allah s.w.t.

Penutup
Hasil perbincangan yang telah dilakukan dalam kajian ini, beberapa
rumusan dapat diambil. Pertama, krisis akhlak melibatkan para pelajar
mutakhir ini bertambah parah dengan pengabaian aspek-aspek
keagamaan dalam kehidupan. Kedua, terdapat banyak faktor yang
menyebabkan berlakunya krisis akhlak terutamanya dalam kalangan
para pelajar, remaja dan belia. Ketiga, para pelajar SMKA
mempunyai akhlak yang baik kerana mereka melaksanakan tuntutan
agama seperti ibadat solat dengan sempurna, cuma masih terdapat
pelajar yang kurangmenyempurnakan sunat-sunat solat. Keempat,
pelajar SMKA mendapat min yang tinggi dalam amalan zikir dan doa,
namun segelintir daripadanya dilihat masih kurang mengamalkan doa
dalam setiap amalan harian berbanding bacaan doa selepas solat.
Kelima, kebanyakkan pelajar SMKA menjalani kehidupan harian

349

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

mereka berdasarkan tugasan harian yang telah ditetapkan, seperti
menghafal ayat-ayat lazim dan bertadarus dalam halaqah al-Quran.

Bibliografi
Al-Qur’an
Ahmad Nawawi Yaakob, Pendedahan Seks di Kalangan Remaja

Institut Pengajian Tinggi dan Remaja Bandar. Kertas Kerja
Seminar Seksual Kebangsaan, anjuran Pusat Pembangunan
Keluarga Universiti Malaya, 30 Julai 2005..
Amla Salleh et. al, Peranan Bapa Dalam Pembangunan Sahsiah
Remaja dan Implikasinya Terhadap Nilai Kekeluargaan, Jurnal
Pendidikan Malaysia 35, 2, 2010.
Asming Yalawae dan Ahmad Farid Ibrahim, “Akhlak Warisan
Rasulullah s.a.w Membawa Kemuliaan Umat”, Jurnal
Usuluddin 26, Julai - Disember 2007.
Azhar Ahmad dan Ab. Halim Tamuri, Penghayatan Akhlak Pelajar
Sekolah Menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,
2005.
Data SMKA Jan 2016, Unit HEM, Sektor Kemajuan Sekolah
Agama (SKSA) BPI KPM.
Hafizah Iszahanid, Kes Remaja Hamil Kronik, Berita Harian, dicapai
25 Julai 2010, http:// www. bharian. com.my/
bharian/articles/Kesremajahamil kronik/Article/print.html.
Husin Junoh, “Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Luar Bandar
di Daerah Kota Tinggi , Johor”. Tesis Kedoktoran, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2011.
Kamus Dewan, ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005.
Maizatul Akmam Abu Bakar, Perkaitan Antara Hubungan Keluarga,
Pengaruh Rakan Sebaya dan Kecerdasan Emosi Dengan
Tingkal Laku Delinkuen Pelajar. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia, 2007.
Maryani Mohd Nor dan Hamidah Sulaiman, Seks Bebas:
Mengenalpasti Punca Kelakuan, dalam Malaysia Isu-Isu Sosial

350

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Semasa, ed. Roziah Omar & Sivamurugan Pandian. Kuala
Lumpur: Unit Penerbitan Institut Sosial Malaysia, 2005.
Othman Md Johan dan Norazmah Mohamad Roslan, Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial di
Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia, 2010.
Rozita @ Uji Mohammed, Kertas Kerja Kajian Empirikal
Keterlibatan Belia Tempatan Dalam Gejala Sosial, Sempena
Kolokium Pemantapan Program Mengubah Destini Anak
Bangsa (MDAB). Sabah: Fakulti Pengurusan Perniagaan,
UiTM Cawangan Sabah, 2014.
Salamatussaadah Abd. Ghadur et. al, Hubungan Romantik dan
Remaja Hamil Luar Nikal di Pusat Pemulihan, Jurnal e-Bangi,
jil. 4, Bil. 1, 2009.
“Seks Luar Nikah”, Utusan Malaysia, 16 Februari 2010.
Sharizat Abdul Jalil, Kempen Kesedaran di Peringkat Cegah Jenayah
Negatif Menular, dalam Rohaniza Idris, Berita Harian, 9 Januari
2011.
Soal Selidik Program SUMUR, Kajian Rintis Okt 2015.
Soal Selidik Program SUMUR, Kajian Sebenar 2016.
Zulkifli Abd. Ghani, ”Mendepani Krisis Akhlak: Solusi Dakwah”
dalam Koleksi Kertas Kerja Muzakarah Ulama dan
Cendekiawan Islam 2005–2012 Sempena Sambutan Ulang
Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan Ke-77, edisi khas, cetakan pertama. Ipoh:
Jabatan Mufti Negeri Perak, 2012.

351

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
352

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN
AKHLAK ANAK-ANAK DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dr Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir, Kamarul Hazani binti Yusof

Pendahuluan
Institusi keluarga merupakan kelompok kecil dalam kehidupan
manusia. Ia juga merupakan institusi pertama yang dikenali oleh
anak-anak dan suasana di dalamnya memberikan pengaruh yang besar
terhadap pembinaan peribadi dan akhlak mereka. Keutuhan dan
persefahaman sesebuah institusi keluargan akan membawa kepada
keutuhan, kemantapan, kemajuan dan keharmonian sesebuah negara.
Institusi ini juga merupakan aset utama dalam membentuk sahsiah
dan peribadi generasi akan datang. Sehubungan dengan itu, Islam
amat menitik beratkan tanggungjawab ibu bapa dalam mewarna dan
mencorak kehidupan kekeluargaan selari dengan tuntutan Islam.
Islam sendiri telah menggariskan dengan lengkap tentang dasar-dasar
pendidikan akhlak anak agar sesebuah keluarga itu berjaya
melahirkan anak-anak yang patuh, berbudi luhur, berdisiplin serta
menyedari kewajipan mereka terhadap Penciptanya. Amanah untuk
melahirkan generasi sedemikian tidak dapat tidak perlu dipikul oleh
mereka yang bergelar ibu dan bapa.

Walaupun keluarga merupakan unit terkecil dalam
masyarakat, tetapi ia mampu mempengaruhi pembentukan
keseluruhan negara. Bagi merealisasikan fungsinya, keluarga perlu
wujud sebagai institusi yang perkasa. Keluarga sebagai tunjang
masyarakat memegang amanah besar dalam memastikan anak-anak
dididik sesempurna mungkin dengan akhlak-akhlak yang terpuji.
Kekukuhan ikatan kekeluargaan yang dinaungi kasih sayang dan
keimanan sebenarnya mampu menghindari anak-anak dari
terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang ada di persekitaran
mereka (Fadilah Zaini & Hamidah Abd Rahman, 2006).

Konsep Akhlak Dalam Islam
Akhlak merupakan suatu keadaan yang sebati dalam diri serta akan
melahirkan tingkah laku secara spontan tanpa perlu merenung dan
berfikir (Abdul Karim Zaidan, 2002). Peranan akhlak amat penting

353

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dalam mengatur semua tingkah laku manusia yang mana ia akan
diatur selari dengan nilai atau sifat yang sebati dalam diri seseorang.

Akhlak juga adalah suatu kesan bibit yang tumbuh di dalam
jiwa individu yang menghasilkan tindak balas lahiriah tanpa
memerlukan kawalan dari akal fikiran. Jika tindak balas itu baik dan
terpuji pada pandangan syarak dan akal maka ianya dinamakan akhlak
mahmudah atau terpuji. Sebaliknya jika hasil tindak balas itu buruk
pada pandangan syarak dan akal maka ianya dinamakan akhlak
mazmumah atau dikeji (Mohd Yusoff, 1995)

Dalam Islam akhlak juga merupakan intipati bagi segala
ibadat. Tanpa akhlak, ibadat hanyalah merupakan adat resam dan
gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah (Fathi Yakan,
1986). Kesempurnaannya merupakan matlamat asasi bagi kehidupan
manusia di atas muka bumi ini, seperti mana yang telah dinyatakan
oleh Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Dari segi bahasa Arab, akhlak disebut khuluk yang bererti budi
pekerti, perangai, tingkah laku dan adat kebiasaan seseorang. Menurut
Imam Ghazali rahimahullah, akhlak yang baik dan terpuji itu lahir
dari jiwa yang mantap dan bersih. Ia ibarat bunga yang lahir dari benih
yang ditanam di dalam jiwa.

Zakiyah Daradjat menegaskan akhlak atau moral ialah
kelakuan yang sesuai dengan ukuran (nilai-nilai) masyarakat, yang
timbul dari hati dan bukan paksaan dari luar, yang disertai pula oleh
rasa tanggungjawab atas kelakuan tersebut. Ahmad Muhammad Al-
Hufi pula menyatakan bahawa akhlak itu boleh menjadi baik dan
boleh menjadi buruk.

Disiplin akhlak yang hanya bersumber kepada akal dan
kehendak manusia semata-mata akan sentiasa terdedah kepada
perubahan. Apa yang dianggap baik oleh seseorang belum tentu juga
dianggap baik oleh orang lain, dan apa yang dianggap baik pada masa
sekarang, mungkin pada masa akan datang berubah menjadi buruk.
Justeru, dalam Islam akhlak tidak didasarkan kepada perasaan
semata-mata tetapi ia didasarkan kepada tauhid serta keimanan
seseorang kepada Allah swt. Asas tauhid serta keimanan inilah yang
dapat menjadi sumber tenaga bagi akhlak dan sumber daya kerja yang
utama bagi manusia untuk berbuat segala kebaikan bagi dirinya,

354

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

keluarganya, masyarakatnya dan negaranya (Muhammad Zuhair,
1995).

Konsep Tanggungjawab
Tanggungjawab amat sukar untuk ditakrifkan. Ia mengandungi dua
dalam satu, iaitu seseorang yang dikatakan bertanggungjawab dinilai
dari segi hubungannya dengan pekerjaan dan hubungan dengan orang
yang mengawal pekerjaan tersebut. Pada hakikatnya, tanggungjawab
ialah suatu persediaan yang sedia ada pada tiap-tiap individu. Ini
bererti setiap individu dengan sendirinya perlu mewajibkan dirinya
untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan terhadap dirinya mengikut
lumrah sebagai langkah pertama. Kemudian ia perlu pula
menjalankan tanggungjawab yang lain dengan menggunakan usaha
dan tenaga yang ada pada dirinya (Muhammad Abdullah Darraz,
1987).

Menurut Abdullah Darraz lagi, tanggungjawab terbahagi kepada
tiga bahagian:

1) Tanggungjawab yang semestinya ditanggung oleh diri sendiri.
2) Tanggungjawab itu daripada orang lain.
3) Tanggungjawab yang datang daripada pihak kuasa atas iaitu

Yang Maha Bertanggungjawab (Allah swt).
Walau bagaimana atau dari mana tanggungjawab itu datang, sama ada
tanggungjawab terhadap diri sendiri, kepada masyarakat atau kepada
Allah swt, kesemuanya adalah dari satu sumber yang asal. Firman
Allah swt dalam al-Quran bagi menerangkan ketiga-tiga
tanggungjawab tersebut dalam sepotong ayat yang bermaksud, “Hai
orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah swt dan
Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-
amanah yang diamanahkan kepadamu sedang kamu mengetahuinya.”

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak
Anak-anak merupakan amanah kepada kedua ibu bapanya. Ia
dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci, dan bersih dari segala corak
sama ada baik atau buruk. Kedua ibu bapa mempunyai tanggung
jawab yang besar dalam memastikan anak-anak mereka membesar
dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt (Mustaffa Tahhan,
2006).

355

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Menurut Muhammad Zuhair (1995), di antara tanggungjawab
terpenting ibu bapa terhadap anak-anaknya adalah seperti berikut:

a) Memilih nama yang baik bagi anaknya. Hal ini amat
penting kerana nama yang baik itu mempunyai
pengaruh positif atas keperibadian serta tingkah laku
anak tersebut. Sehubungan perkara ini Rasulullah saw
telah bersabda, “Hak anak kepada orang tuanya ada
tiga, memberinya nama yang baik, mengajarkan
menulis dan mengahwinkannya bila ia telah baligh”.

b) Memperbaiki adab dan akhlak anak-anak serta menyemai
akidah yang betul dan kukuh dalam jiwa mereka. Ibu bapa
juga perlu mengajar mereka prinsip-prinsip dan hukum-
hakam agama serta melaksanakan suruhan agama dalam
waktunya yang tepat dengan cara yang betul. Ibu bapa juga
perlu mengamalkan nilai-nilai agama dan akhlak dalam
kehidupan seharian. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,
“Sebahagian hak anak terhadap ayahnya adalah memilih
nama yang baik baginya dan memperbaiki adabnya”.

c) Memuliakan anak-anaknya dengan berlaku adil dan
melakukan apa sahaja yang mendatangkan kebaikan kepada
mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
“Dampingilah anak-anakmu dan baikilah adabnya”.

d) Mengembangkan bakat, keupayaan serta potensi dan minat
anak-anak. Sehubungan dengan itu, ibu bapa haruslah
memberikan keizinan dan menggalakkan anak-anak untuk
menyertai aktiviti-aktiviti yang berfaedah sama ada di dalam
atau di luar rumah.

e) Melindungi mereka dari segala yang membahayakan fizikal
dan akal mereka. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu
bekerjasama dengan anggota masyarakat yang lain dalam
usaha menyedarkan dan memelihara kesihatan, akhlak dan
sosial mereka.

f) Ibu bapa memberikan contoh yang baik dan tauladan yang
soleh atas segala yang diajarkannya. Mereka juga harus
menyediakan suasana rumahtangga yang soleh, penuh dengan
budaya kasih sayang, perasaan kemanusiaan yang yang mulia,
bebas dari kerisauan dan perasaan tidak selamat serta

356

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

mengelakkan ketidaksefahaman antara ibu bapa terutama
dalam soal pendidikan anak.

Secara umumnya ibu bapa mestilah membantu anak-anak dalam
membina keperibadian watak yang dinamik. Ibu bapa juga harus
membantu mereka membina kekuatan dalam diri berasaskan perintah
Allah swt. Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak akan
menyebabkan anak-anak itu berperangai tidak mengendahkan
kepentingan orang lain. Cara tersebut juga akan melahirkan anak yang
tidak bertanggung jawab dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.
Sebaliknya, ibu bapa yang terlalu mengongkong pula akan
merosakkan personaliti serta memusnahkan potensi anak tersebut.
Oleh itu cara yang sederhana sebagaimana yang diajar oleh Islam
merupakan cara yang terbaik untuk diikuti (Muhammad Abdul Rauf,
1997).

Menurut Imam Ibn Hanbal, anak-anak mesti diberi layanan
dengan penuh kasih sayang, lemah lembut serta sentiasa memahami
keperluan mereka. Rasulullah saw sendiri telah menunjukkan kepada
umatnya bagaimana cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Baginda
bermain dengan penuh kemesraan bersama cucu-cucu baginda bukan
sahaja di rumah, malah di tepi jalan dan juga di masjid. Baginda
meriba mereka dan membiarkan mereka menunggang di atas
belakang semasa sujud ketika mendirikan sembahyang. Contoh yang
ditunjuk oleh Rasulullah saw ini membuktikan bahawa perlunya
bersifat kasih sayang terhadap anak lebih-lebih lagi terhadap anak
sendiri.

Tanggungjawab Ibu Bapa Semasa Anak di dalam Kandungan
Tanggungjawab ibu bapa sebenarnya telah wujud sebelum
terbentuknya janin. Oleh yang demikian, kedua-dua suami isteri
hendaklah memberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya untuk
memastikan anak tersebut dilahirkan dalam keadaan yang baik
dengan harapan supaya anak tersebut menjadi anak yang soleh. Oleh
yang demikian kedua-dua pasangan suami isteri perlu sama-sama
bertanggungjawab untuk menjaga kandungan tersebut dari segi
kesihatan mental, fizikal, pemakanan yang seimbang dan amalan-
amalan kerohanian.

357

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Bagi menjaga kesihatan mental anak dalam kandungan, para
ibu disaran supaya memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan
kejiwaan. Mereka mestilah menghindari diri dari perkara-perkara
yang boleh mengganggu emosi. Kebanyakan hasil kajian telah
membuktikan masalah emosi anak adalah berpunca dari konflik
kejiwaan yang ditanggung oleh ibu ketika mereka berada dalam
kandungannya (Mustaffa Tahhan, 2006).

Bagi menjaga kesihatan fizikal anak dalam kandungan pula,
makanan ibu semasa mengandung juga mestilah mengandungi zat
protein, karbohidrat, garam mineral, vitamin dan air dengan
secukupnya. Zat protein penting untuk membina tisu dan otot bayi
yang semakin membesar. Ia juga memberikan tenaga untuk
menjalankan setiap aktiviti dalam tubuh bayi dan juga tubuh ibu
seperti pernafasan dan penyerapan zat makanan (Wan Azmi Ramli,
1987).

Islam adalah agama yang amat mementingkan aspek
keselamatan fizikal dan spiritual umatnya. Oleh itu, ibu yang hamil
perlu mempertingkatkan lagi ibadat sunat yang dituntut oleh Islam
dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dengan
memperbanyakkan sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir,
berselawat, bersedekah dan sebagainya yang meliputi semua aspek
amalan kebajikan dan kebaikan yang digalakkan oleh Islam
(BAHEIS. 1994).

Ibu-ibu yang sedang mengandung juga hendaklah mengawal
diri mereka dari sebarang tingkah laku dan amalan yang buruk supaya
potensi anak dalam kandungan tidak terjejas. Gaya berpakaian
hendaklah dalam lingkungan menutup aurat, sentiasa berhati-hati dari
mengeluarkan kata-kata yang keji, mengumpat, menghasut dan
sebagainya. Makanan yang halal juga perlu diberi perhatian kerana ia
memberi kesan langsung kepada kesihatan rohani anak dalam
kandungan ( Syaikh Ahmad al-Qattan, 1998).

Menurut Muhammad Thalib (1997), kesolehan yang
dicerminkan ibu bapa dalam berdoa ketika berjimak mempunyai
pengaruh terhadap roh si anak yang akan dilahirkan. Walaupun ibu
bapa meninggal dunia sebelum sempat mendidik anak-anaknya
menjadi orang soleh, namun pengaruh kesolehan ibu bapa sebelum
kelahiran anak akan diwarisi ke dalam jiwa mereka. Oleh itu,
hendaklah para ibu bapa menyedari bahawa usaha menjadikan anak-

358

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

anak sebagai manusia soleh, benar-benar terletak pada kesolehan dan
kejernihan jiwa ibu bapa sendiri.

Tanggungjawab Ibu Bapa Selepas Kelahiran
Menurut Abdullah Nasih Ulwan, perkara-perkara penting yang wajib
dilaksanakan oleh para ibu bapa pada masa kelahiran ialah:
1. Memberikan ucapan selamat dan rasa turut gembira ketika

seseorang melahirkan anak. Hal ini bertujuan untuk
memperkuat ikatan persaudaraan dan kecintaan di antara
keluarga muslim. Allah swt berfirman dalam kisah Zakaria
dalam surah Al-Imran ayat ke 39 yang bermaksud, “Kemudian
malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri
solat di mihrab, (katanya); Sesungguhnya Allah swt
menggembirakan kamu dengan kelahiran.”
2. Islam mensyariatkan untuk anak yang dilahirkan adalah
menyuarakan azan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud:“Sesiapa yang melahirkan
anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di
telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada
penyakit ummu shibyan (gangguan syaitan).”
3. Tahnik atau membelah mulut bayi yang baru dilahirkan dengan
buah kurma ataupun dari benda-benda yang manis adalah dituntut
dan termasuk sunnah Rasulullah saw Caranya ialah dengan
mengunyah kurma tersebut kemudian letakkannya di hujung jari
lalu memasukkan perlahan-lahan hujung jari tersebut ke dalam
mulut anak yang baru dilahirkan, sehingga meresap kemanisan
tersebut ke dalam badannya. Ini bersesuaian dengan hadith
Rasulullah saw yang bermaksud:

“Daripada Aisyah, isteri Nabi saw, apabila anak-anak
yang baru dilahirkan dibawa kepada Rasulullah saw
maka baginda akan berdoa dan mengusap rambut mereka
serta baginda mengusap langit-langit bayi tersebut
dengan buah tamar yang telah dilembutkan.”
4. Mencukur rambut bayi adalah sunnah Rasulullah saw yang
dilakukan ketika bayi berusia tujuh hari, dan disedekahkan wang
perak kepada fakir miskin seberat timbangan rambut bayi,
sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Timbanglah
rambut Hussain dan sedekahlah seberat timbangan rambut

359

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

tersebut dengan wang perak dan berikanlah daging peha aqiqah
kepada bidan.”
5. Antara tugas dan tanggungjawab ibubapa setelah anak dilahirkan
ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik
sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: “Tugas dan
tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan
nama anaknya dan juga adabnya.”
6. Di antara tanggungjawab ibubapa setelah mendapat anak ialah
melakukan aqiqah. Aqiqah pada istilah syarak ialah menyembelih
kambing untuk anak pada hari ketujuh kelahirannya. Tetapi
sebahagian ulama’ berpendapat bahawa keterikatan dengan hari
ketujuh itu bukan merupakan suatu kemestian, ia hanya merupakan
suatu anjuran. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Setiap
anak tergadai dengan aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari
ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama.”
7. Mengkhatankan anak juga termasuk tanggungjawab ibubapa dan
termasuk dalam sunnah Rasulullah saw, sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang bermaksud, “Lima perkara yang menjadi
sunnah nabi-nabi iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan,
mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

Konsep Pendidikan Akhlak Dalam Islam
Sesungguhnya hakikat pendidikan akhlak dalam pandangan Islam
adalah membentuk anak-anak supaya menjadi manusia yang berbudi
luhur dan berakhlak sempurna. Akhlak sempurna tersebut akan
menjadi pendorong untuk melakukan kebaikan dalam perjalanan
hidupnya, serta penghalang dari terseret ke dalam arus kemaksiatan
dalam setiap situasi dan suasana yang ia hadapi (Muqdad Yaljan,
1986).

Menurut Abdullah Nasih Ulwan, maksud pendidikan akhlak
ialah pendidikan mengenai dasar-dasar moral, budi pekerti, perangai,
tabiat yang harus dimiliki dan dijadikan kebiasaan oleh anak sejak
kecil sehingga ia menjadi seorang mukallaf. Tidak diragukan lagi
bahawa moral, budi pekerti, perangai dan tabiat yang baik merupakan
salah satu intipati iman mendalam yang mencetuskan tindakan-
tindakan yang seiring dengan kehendak syarak.

360

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Pendidikan akhlak dalam Islam boleh dilakukan dengan berbagai
cara. Antara cara yang disarankan oleh Abdul Karim Zaidan dalam
tulisannya yang bertajuk Usul Dakwah iaitu:

1. Mengekang dan tidak terlalu menurut kehendak serta tuntutan
hawa nafsu.

2. Mendidik dan membuang unsur tidak baik yang mencemari
sesuatu akhlak yang sedia ada, seterusnya menghalakan
akhlak ini ke arah yang diredhai oleh syariat Islam.

3. Mengubah sifat yang buruk kepada sifat yang baik. Ia boleh
dilakukan dengan cuba sedaya upaya melaksanakan amalan
yang berlawanan dengan sifat yang ingin diubah itu.

Ciri-Ciri Akhlak Mahmudah
Menurut Azimi Hamzah (1995), ciri-ciri akhlak mahmudah yang
lebih menyeluruh ialah keseluruhan akhlak Nabi Muhammad saw.
Akhlak Nabi Muhammad saw ialah akhlak anjuran al-Quran. Nabi
Muhammad saw diutuskan adalah bertujuan membentuk budi pekerti
dan akhlak manusia supaya dapat menjadi insan soleh yang diredhai
Allah swt. Ini dinyatakan oleh Rasulullah saw dari riwayat Bukhari yang
bermaksud, “Aku diutuskan oleh Allah swt untuk memperbaiki budi
pekerti dan akhlak”.

Di samping itu, keseluruhan sunnah Nabi Muhammad saw
adalah merupakan sifat-sifat mahmudah dan pintu-pintu hidayah.
Kehidupan Nabi Muhammad saw semestinya ditanamkan oleh ibu
bapa kepada anak-anak agar sentiasa di bawah naungan Rahim Allah
swt.

Kaedah Pendidikan Yang Berkesan
Menurut Abdullah Nashih Ulwan, pendidik atau ibu bapa yang sedar
akan terus mencari berbagai metode yang lebih efektif, mencari
kaedah-kaedah pendidikan yang menyeluruh dalam mempersiapkan
anak secara mental dan moral, spritual dan sosial, sehingga anak dapat
mencapai kematangan yang sempurna. Kaedah pendidikan yang
berkesan dapat disimpulkan dalam lima kaedah iaitu:

1) Pendidikan dengan tauladan.
2) Pendidikan dengan adat kebiasaan.
3) Pendidikan dengan nasihat.
4) Pendidikan dengan memberikan perhatian dan ganjaran.

361

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

5) Pendidikan dengan memberikan hukuman.
Menurut Ahmad Mohd. Salleh (1998), dalam melaksanakan
pendidikan terhadap para sahabat, selain daripada keutuhan peribadi
Baginda sendiri sebagai contoh teladan, terdapat metode tertentu yang
dilaksanakan oleh Baginda sehingga pendidikannya benar-benar
berjaya. Antara metode tersebut ialah:

1) Kuliah dan khutbah.
2) Dialog atau perbincanngan.
3) Bersoal jawab.
4) Hafalan.
5) Cerita tauladan.
6) Menggunakan gaya dan isyarat.
7) Menggunakan lukisan.
8) Pengajaran secara praktikal atau demonstrasi.
9) Galakan mempelajari bahasa asing.
10) Menggunakan statistik.
11) Perancangan ilmiah.
Mohammad Qutb (1987), telah menyenaraikan kaedah Islam
dalam pendidikan untuk mendidik diri manusia iaitu:
1) Pendidikan dengan qudwah (contoh tauladan).
2) Pendidikan dengan peringatan.
3) Pendidikan dengan hukuman.
4) Pendidikan dengan cerita.
5) Pendidikan dengan adat kebiasaan.
6) Pendidikan dengan peristiwa yang berlaku.

Faktor-Faktor Penyimpangan Akhlak Anak-Anak

Menurut Abdullah Nasih Ulwan, beberapa faktor yang menyebabkan

penyimpangan akhlak anak-anak adalah seperti berikut:

1. Ibu bapa atau pendidik membiarkan anak-anaknya bergaul

dengan sahabat-sahabat yang berperangai buruk dan jahat.

2. Ibu bapa atau pendidik membenarkan anak-anaknya

menonton filem-filem porno yang mengarahkan

penyimpangan adab dan filem-filem jenayah yang mengarah

pada timbulnya keganasan.

3. Ibu bapa memberikan kemudahan kepada anak-anak untuk

menyaksikan pemandangan-pemandangan yang

362

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

merangsangkan, drama-drama cinta dan iklan-iklan cabul dari
layar televisyen.
4. Ibu bapa memperkenankan anak-anaknya untuk membeli
majalah-majalah tidak bermoral, membaca novel-novel cinta
dusta yang cenderung untuk menghampiri zina serta
menyimpan gambar-gambar tidak sopan, maka tidak
diragukan lagi bahawa mereka akan menuju pada arah
kekejian dan kemungkaran.
5. Ibu bapa yang lalai dalam memberi kefahaman tentang batas
aurat kepada puteri-puterinya, bersolek serta bertabarruj,
bergaul bebas serta memberikan kebebasan kepada mereka
untuk keluar dengan pakaian yang merangsangkan maka tidak
diragukan lagi bahawa kelak mereka akan terbiasa dengan
kehidupan yang penuh dosa dan maksiat.
Pergantungan ibu bapa hanya terhadap sekolah semata-mata
dalam mendidik anak-anak adalah satu kesalahan paling besar kerana
biasanya institusi ini tidak mampu untuk memberi pendidikan
keseluruhan yang diperlukan oleh seorang anak. Institusi ini hanya
berupaya memberikan pendidikan akademik yang lebih
berorentasikan peperiksaan sahaja disebabkan oleh kekurangan
tenaga dan faktor lain lagi. Ia lebih terbatas kepada usaha untuk
menyampai dan memastikan murid-murid menghafal apa yang
terkandung dalam buku (Mahmud Mahdi Istanbuli, 1988).
Para ibu bapa harus menyedari bahawa asas pembentukan akhlak
adalah pendidikan agama. Kerana itu, ibu bapa yang terlanjur tidak
menyampaikan didikan agama kepada anak-anaknya dan anak pun
sudah terlanjur rosak, bukan sesuatu yang mudah untuk memperbaiki
kesalahan dan kecuaiannya terhadap anak. Namun begitu, ibu bapa
tidak boleh berputus asa untuk berusaha sekalipun terlambat, iaitu
mengajak anaknya dan dirinya sendiri kembali kepada agama Allah
swt dan RasulNya dan sama-sama bertaubat dan berdoa agar
hidupnya pada masa hadapan selamat dari kerosakan (Muhammad
Thalib, 1997).

Penutup
Tanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna dan
menyeluruh kepada anak-anak bukanlah satu tanggungjawab yang
mudah untuk dilaksanakan. Lantaran itu, Islam telah memberikan

363

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

panduan yang lengkap untuk diikuti dan dipraktikkan oleh para ibu
bapa bagi memastikan mereka dapat menunaikan tanggungjawab ini
dengan sempurna. Kegagalan ibu bapa dalam menunaikan amanah
Allah swt ini dengan sempurna akan membawa kepincangan kepada
pembinaan peribadi dan akhlak anak-anak. Akhirnya anak-anak akan
terjerumus ke lembah kebinasaan seperti mana senario yang yang
berlaku pada masa kini. Sekiranya gejala ini dibiarkan terus berleluasa
sudah pasti ia bukan sahaja memberi kesan kepada sesebuah keluarga,
bahkan turut memberikan impak negatif kepada generasi serta
masyarakat seluruhnya. Sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk
menyedarkan para ibu bapa tentang betapa besar dan beratnya
tanggungjawab ini juga perlu dilakukan. Mereka perlu sedar,
kelalaian mereka akan mengakibatkan kepincangan ini terus berlaku
dalam masyarakat. Sudah cukup masyarakat dikejutkan dengan berita
demi berita yang menggambarkan betapa ramai manusia dalam
masyarakat kini yang ketandusan akidah, akhlak dan sifat-sifat
perikemanusiaan sehingga sanggup melakukan apa sahaja perbuatan
salah laku dan jenayah. Sekiranya para ibu bapa kembali kepada
petunjuk dan panduan mendidik anak sebagaimana yang telah
disarankan dalam Islam, sudah pasti generasi akan datang akan
menjadi generasi yang cemerlang di dunia dan bahagia di akhirat.

Rujukan
Abdullah Nasih U’lwan (1989), Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam.

(Terjemahan). Singapura: Pustaka Nasional.
Abdul Wahid Baharon (1992), Ciri-ciri Keibubapaan Yang Berjaya.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Al-Qattan (1998), Pendidikan Anak Cemerlang Menurut Al-

Quran dan Al-Sunnah. (Terjemahan). Selangor: Pustaka Ilmi.
Ahmad Mohd Saleh (1998), Pendidikan Islam Dinamika Guru, Jilid

11. Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Ali Abd. Halim (1992), Tarbiyyah An-Nashi’ Al- Muslim. Kaherah:

Darul Wafa’.
Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996), Peranan Ibu

Bapa. Selangor Darul Ehsan: Makruf Publisher & Distributors
Sdn. Bhd.

364

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Azimi Hamzah (1995), Kertas Kerja: Kursus Peningkatan

Kecemerlangan Keluarga Peringkat Negeri Sabah.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

BAHEIS (1994), Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak Menurut Al-

Quran dan Sunnah. Kuala Terengganu: Yayasan Islam

Terengganu.

Fadilah Zaini & Hamidah Ab Rahman (2006), Institusi Keluarga Dan

Masalah Sosial Remaja di Johor Darul Takzim dalam Krisis

& Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributitors Sdn Bhd.
Fathi Yakan (1986), Maza Ya’ni Intimai Li Al-Islam. Beirut:

Muassasah al-Risaalah.

Mahmud Mahdi Istambuli (1988), Ke arah Pembentukan Keluarga

Muslim. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Mohd. Hashim Yahya (1987), Tanggungjawab Ibubapa dan Anak

Menurut Islam. Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur.

Mohd. Yusof (1995), Bimbingan Akhlak Mulia yang Murni dan

Terpuji. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

Mohammad Qutb (1987), Minhaj al-Tarbiyah al-Islamiyah. Kaherah:

Dar al-Sharq.

Muhamad Al- Jabari (1985), Identiti Rumahtangga Muslim.

Terjemahan. Kuala Lumpur: Penerbitan Hizbi.

Muhammad Abdul Rauf (1997), Wanita dan Keluarga dari

Pandangan Islam. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Thalib (1997), Ibu Bapa Mithali. Kuala Lumpur: Darul
Nu’man.

Muhammad Zuhair (1995), Pendidikan Iman dan Akhlak dalam

Kekeluargaan. Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa.

Mustafa Haji Daud (1997), Institusi Kekeluargaan Islam. Kuala

Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustaffa Tahhan (2008), Al-Tarbiyyah Wadauruha Fi Tasykil Al-
Suluk. Al-Mansuroh: Darul Wafa’.

Sayed Abdul Rahman Mohd (1994), “Pengasuhan Keibubapaan Yang
Positif”. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 17(1), 23-37.

Wan Azmi Ramli (1987), Membina Keluarga Sejahtera. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

365

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Wan Halim Othman (1990), Asas Bimbingan Individu dan Keluarga.

Kuala Terengganu: Yayasan Pembangunan Keluarga
Terengganu.

366

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

CELIK ALAM SEKITAR SEBAGAI UNSUR DAKWAH
KREATIF: PENGALAMAN BERSAMA GOLONGAN

GELANDANGAN

Abd. Aziz Bin Rekan1, Dr Yusmini Binti Md Yusoff2, Dr Tengku
Sarina Aini Binti Tengku Kasim3

Pendahuluan
Terserlahnya kegemilangan tamadun Islam lampau adalah
disebabkan empayar dakwah yang utuh lebih-lebih lagi dalam
mencitrakan keunggulan warna-warni alam sekitar. Pencapaian ini
kelihatan jelas apabila pemerintahan generasi pada zaman pra-Islam,
awal Islam sehingga pemerintahan al-khulafa ar-rasyidin telah
menitikberatkan konsep al-hima iaitu mengazetkan sesuatu tempat
sebagai kawasan perlindungan bagi memelihara flora dan fauna yang
terdapat di dalamnya daripada diancam kepupusan.4

Peranan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar telah
banyak diungkap dan dihuraikan secara jelas dalam al-Quran dan al-
Hadis. Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa sedikit sebanyak
dalam kalangan masyarakat kini ada yang tidak mengamalkan gaya
hidup lestari termasuklah golongan minoriti yang mungkin antaranya
disebabkan desakan hidup dan faktor aksesibiliti pendidikan lestari.
Walau bagaimanapun, perbezaan agama, darjat, fizikal dan taraf
pendidikan tidak boleh dijadikan alasan oleh seseorang individu
untuk membelakangkan dirinya daripada melestarikan alam sekitar.

1 Abd. Aziz Bin Rekan, calon Ijazah Doktor Falsafah dan Felo SLAI, Program
Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mel:
[email protected].
2 Yusmini Binti Md. Yusoff, Phd, merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah
Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mel:
[email protected]
3 Tengku Sarina Aini Binti Tengku Kasim, Phd, merupakan Pensyarah Kanan,
Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mel:
[email protected].
4 Mohd Istajib Mokhtar & Raihanah Abdullah, Konservasi Biodiversiti Menurut

Etika-Perundangan Islam: Kajian
Terhadap Kawasan Perlindungan Di Malaysia (Tesis Ph.D, Malaysia, Universiti

Malaya, 2015), 81-104.

367

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Sesungguhnya sama ada Melayu, Cina atau India serta yang
kaya mahupun miskin adalah mempunyai kebergantungan yang
mustahak antara satu sama lain terhadap persekitarannya. Jika asas
kebergantungan ini disandarkan kepada formasi seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak mengendahkan
hak alam sekitar, maka hal ini akan membawa kepada kehancuran
penghayatan perpaduan yang hakiki. Konsep perpaduan sebenarnya
bukan hanya terfokus kepada muamalat antara manusia sahaja bahkan
interaksi terhadap alam sekitar juga terkandung dalam dimensi
perpaduan harmoni yang dituntut. Kesedaran perpaduan murni inilah
yang patut disebarluaskan kepada masyarakat untuk dijana dalam
kehidupan seharian.

Sehubungan itu, artikel ini cuba untuk mempopularkan idea
bahawa medan dakwah pada abad ke-21 ini perlu kreatif dan proaktif
menunjangi dakwah celik alam sekitar sebagai salah satu alternatif
pembangunan insan yang beradab dan berakhlak sekaligus
memanifestasikan suruhan Tuhan dan meninggalkan segala
laranganNya. Selain itu juga, artikel ini akan mempersembahkan satu
perkongsian yang menarik daripada pengalaman individu dalam
menjejaki status kecelikan golongan gelandangan (homeless)
terhadap alam sekitar di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur
sebagai satu aplikasi dakwah kotemporari. Justeru, implikasi
penulisan artikel ini akan membawa para daie untuk berfikiran
terbuka dan cakna akan permasalahan ummah yang membabitkan isu
kritikal alam sekitar lantas mendedahkan kepada para daie tentang
pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk dikongsikan bersama
masyarakat.

Konsep Celik Alam Sekitar
Celik alam sekitar dalam Bahasa Inggeris adalah environmental
literate yang membawa maksud pengetahuan, kefahaman, sikap,
kesedaran, motivasi yang optimis terhadap segala pendekatan dan
tanggungjawab terhadap isu dan aspek alam sekitar.5 Dalam kata erti
lain, celik alam sekitar boleh dikatakan literasi alam sekitar atau
mesra alam sekitar. Salwati Yaakub menyatakan terdapat empat

5 Rozita Ibrahim, “Literasi Alam Sekitar Menurut Paradigma Agama,” Jurnal
Pengajian Umum, 3 (2002):137-148; Moseley, M., “Teaching for Environmental
Literacy. Clearing House,” Clearing House, 74(1) (2000): 23-24.

368

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

konstruk literasi alam sekitar iaitu pengetahuan, kemahiran, afektif
dan tingkah laku dan 11 komponen di bawah konstruk tersebut iaitu
ekologi, sains alam sekitar, kepekaan, sikap, kawalan lokus,
tanggungjawab individu, kesanggupan terlibat, pengurusan eko,
tindakan memujuk, tindakan pengguna dan tindakan undang-undang
yang diperolehi.6 Roth pula memasukkan unsur sistem kesihatan
dalam definisi celik alam sekitar sepertimana yang dinyatakan
olehnya:

“Environmental literacy builds on an ecological
paradigm. Environmental literacy is the capicity to
perceive and interpret to relative health of
environmental systems and to take appropriate action
to mantain, restore or improve the health of those
systems.”7
Moseley menjelaskan bahawa celik alam sekitar berada dalam
satu kontinum yang bermula dengan peringkat kesedaran (peringkat
nominal), kefahaman (peringkat fungsi) dan akhirnya kelakuan
(peringkat operasi).8 Sebagai contoh celik alam sekitar terhadap
haiwan bukan sahaja dipupuk secara teori akan tetapi di peringkat
operasi perlu selari dengan etika terhadap haiwan tersebut. Hasil
kajian Mohd Istajib Mokhtar mendapati bahawa dimensi etika
penggunaan/konsumsi (al-Intifa'/al-Isti'mal) mana-mana haiwan
terdiri daripada enam aspek iaitu memburu (al-Istiyad), menyembelih
(al-Dhabh), membunuh (Al-Qatl), membawa (Al-Haml),
menunggang (al-Rukub) dan eksperimen (al-Tajarub). Manakala dari
segi dimensi etika pemuliharaan (al-Hifz/al-Himayah) terbahagi
kepada tiga aspek iaitu makan, minum dan habitat (al-Infaq),
mengurung (al-Habs) dan perubatan (al-'Ilaj). Kedua-dua dimensi
etika ini adalah diambil daripada Hadis yang mempertimbangkan

6 Salwati Yaakub, Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Literasi Alam Sekitar
Pelajar Sekolah Menengah, (Tesis PhD, Malaysia, Universiti Sains Malaysia,
2013), 125-167.
7 Roth, C., Environmental Literacy: Its Roots, Evolution and directions in the 1990s.
(Columbus, OH: ERIC Clearinghouse for Science, Mathematics adn Environmental
Education, 1992), 17.
8 Moseley, M., “Teaching for Environmental Literacy. Clearing House,” 23-
24..Rozita Ibrahim, “Literasi Alam Sekitar Menurut Paradigma Agama,” 137-148;
Moseley, M., “Teaching for Environmental Literacy. Clearing House,” 23-24..

369

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

status halal dan haram, suruhan berlembut (al-Rifq) dan larangan
menyakiti (al-Iza’).9

Keperluan Kepada Celik Alam Sekitar Dalam Dakwah Semasa
Menyepadukan unsur celik alam sekitar dalam dakwah semasa
merupakan satu gelombang yang positif untuk mengatasi dan
mengurangkan masalah-masalah alam sekitar seperti pemanasan
global dan perubahan iklim.10 Interpretasi dakwah kini perlu
diperluaskan dengan mengambil kira aspek pembangunan lestari iaitu
kelestarian sosial, ekonomi, politik dan alam sekitar. Walau
bagaimanapun, kandungan dakwah berkaitan kelestarian alam sekitar
buat masa ini adalah kurang memberangsangkan. Seolah-olah
kurangnya pemfokusan dalam mana-mana sisipan kuliah agama,
ceramah dan rancangan Islamik di kaca TV. Sedangkan pendidikan
spiritual seperti ini perlu merentasi hal-hal kesejagatan.11 Oleh yang
demikian, dakwah celik alam sekitar perlu menghala kepada tiga
pendekatan asas sebagaimana berikut:

1. Al-Taujîh, iaitu dakwah celik alam sekitar yang berupaya
mendorong ahli masyarakat memupuk rasa cinta kepada
Tuhan dan menghargai segala ciptaan kejadianNya.

2. At-Taghyîr, iaitu dakwah celik alam sekitar yang berperanan
mendidik ahli masyarakat untuk mengislah gaya hidup supaya
lebih mampan berasaskan ajaran Islam yang syumul.

3. At-Tarjii, iaitu dakwah celik alam sekitar yang memotivasikan
ahli masyarakat dengan janji-janji dan ganjaran Allah kepada
insan yang melestarikan alam sekitar.12

Abraham Maslow merupakan antara sarjana barat yang
mengutarakan teori motivasi manusia. Beliau menekankan lima
keperluan asas individu mengikut hierarki iaitu keperluan fisiologi,
keselamatan, sosial, nilai diri dan pencapaian hasrat diri yang perlu

9 Mohd Istajib Mokhtar & Raihanah Abdullah, Konservasi Biodiversiti Menurut
Etika-Perundangan Islam: Kajian
Terhadap Kawasan Perlindungan Di Malaysia, 81.
10 H. Asep Muhyiddin, “Dakwah Lingkungan Perspektif Al-Qur`An,” Jurnal Ilmu
Dakwah, 4(15) (2010): 809-825.
11 Seyyed Hossein Nasr, The Garden of Truth; Mereguk Sari Tasawuf, (Bandung,
Mizan, 2010), 43.
12 Erwin Jusuf Thaib, “Konsepsi Dakwah Islamiyah Dalam Konteks Konservasi
Alam Dan Lingkungan,” Jurnal Al- Ulum, 11(1) (2011): 139-150.

370

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dipenuhi kesemuanya bagi memastikan kesejahteraan hidup.13
Sekiranya salah satu keperluan asas tersebut tidak dipenuhi maka
akan berlaku beberapa konflik dalam diri.14 Beranjak kepada konteks
dakwah celik alam sekitar, perkaitan keperluan asas pertama iaitu
keperluan fisiologi menuntut agar keperluan seperti tempat tinggal,
pakaian, makanan dan minuman perlu diutamakan kerana elemen
fisiologi ini merupakan asas penting dalam mendasari kelestarian
alam sekitar. Keperluan kedua adalah keselamatan. Dalam soal
keselamatan ini termasuklah aspek kesihatan dan kebersihaan diri.
Sekiranya kedua-dua aspek ini tidak dititikberatkan, maka sudah tentu
komitmen terhadap keceriaan dan kebersihan persekitarannya tidak
akan ditekankan.

Seterusnya keperluan ketiga iaitu sosial. Keperluan ini menjurus
kepada perhubungan antara individu dengan individu yang lain.
Kesepakatan dan iltizam dalam mewujudkan persekitaran yang
kondusif akan menyemarakkan lagi semangat diri untuk melestarikan
alam sekitar. Keperluan keempat iaitu nilai diri. Apabila kesedaran,
sikap dam tingkah laku positif terhadap alam sekitar sudah terbenih,
satu bentuk ganjaran perlu diberi sebagai pengukuhan terhadap
komponen psikologi tersebut sama ada ganjaran berbentuk lisan atau
material. Kemudian keperluan asas yang terakhir iaitu pencapaian
hasrat diri. Individu telah berada pada tahap yang tinggi dalam
konteks efikasi kendiri. Memiliki idea inovasi dengan mencipta alat-
alat yang mengurangkan kesan negatif terhadap manusia dan alam
sekitar serta menonjolkan pelbagai bakat kepimpinan dengan
mengadakan program-program yang berskala besar seperti karnival
alam sekitar di pelbagai peringkat. Daripada kelima-lima asas
keperluan tersebut memaparkan bahawa transmisi dakwah celik alam
sekitar adalah wajar disokong oleh seluruh masyarakat supaya
penghayatan memelihara alam sekitar berasaskan pendekatan
spiritual itu mampu dijelmakan secara konsisten.

13 Robert S. Feidman, Essential Of Understanding Psychology, Fith Editon. (USA,
McGraw Hill Higher Education, 2003), 254-255.
14 Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Fadilah Mansor, Keperluan Motivasi
Dalam Pengurusan Kerja Berkualiti Dari Perspektif Pemikiran Islam, Jurnal
Usuluddin, 25 (2007):103-124.

371

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Pengalaman Peribadi Dalam Menerapkan Celik Alam Sekitar
Sebagai Usaha Dakwah Kreatif
Satu program yang diberi nama streetsmart telah dijalankan selama
empat hari iaitu pada 25 sehingga 27 April 2015 dan disambung pada
2 Mei 2015. Program ini dirangka khas oleh sekumpulan mahasiswa
dan mahasiswi tahun satu dari program Pendidikan Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya bagi memenuhi keperluan kursus
jalinan masyarakat yang dipantau selia oleh penulis. Streetsmart yang
bertemakan “tangan dihulur, kasih ditabur, budi disemai” merupakan
program pertemuan bersama komuniti gelandangan berkonsepkan
dakwah celik alam sekitar dengan kerjasama NGO Homeless Hope di
tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman,
Masjid Negara dan Puduraya.

Pelbagai tema pengisian telah direncanakan dalam streetsmart
ini seperti pemberian kit kebersihan yang mengandungi sabun buku,
sikat, minyak angin, kain pelikat dan minuman. Selain itu, kit ibadah
juga turut diberikan yang mengandungi buku ma’thurat (gelandangan
muslim), reminder card yang tertulis kata-kata motivasi, roti dan air
mineral. Pemberian kit-kit tersebut bukan semata-mata sebagai misi
bantuan kemanusian sahaja, tetapi sebagai strategi dakwah untuk
mendekatkan diri peserta program dengan para gelandangan bagi
mengkoreksi status gaya hidup lestari mereka. Pergerakan peserta
program adalah dalam beberapa kumpulan kecil yang mana setiap
kumpulan terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Sebelum menjalankan gerak kerja, beberapa etika dan langkah
keselamatan yang perlu dipatuhi oleh peserta streetsmart setelah
dijelaskan oleh wakil pihak NGO Homeless Hope iaitu:

1) Pastikan peralatan sumbangan mencukupi.
2) Tidak mengganggu gelandangan apabila mereka tidur.
3) Tidak mengambil gambar atau rakaman video tanpa

persetujuan gelandangan.
4) Berkomunikasi secara berhemah dan bertingkah laku

sopan.
5) Tidak membawa barangan yang dikategorikan sebagai

barang terlarang seperti rokok, benda-benda tajam dan
yang seumpamanya.
6) Tidak mendekati gelandangan yang diyakini boleh
mengancam keselamatan diri.

372

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Hasil penglibatan, pemantauan dan temubual penulis di awal
sesi pertemuan bersama beberapa orang gelandangan lelaki
warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan India yang berumur
antara 30-an sehingga 50-an, mendapati faktor yang mendorong
mereka menjadi gelandangan adalah disebabkan penceraian,
ketidakpedulian ahli keluarga, tidak mempunyai dana sara hidup yang
mencukupi untuk menyewa rumah, hidup sebatang kara dan mangsa
penipuan dalam peminjaman wang. Berdasarkan luahan gelandangan
tersebut, umumnya mereka redha akan takdir yang menimpa dan
berusaha untuk meneruskan kehidupan selagi bernafas. Melihat
situasi dan keadaan sebahagian gelandangan, didapati ada
gelandangan yang tidak terurus, fizikal badan yang kurus kering,
patah kaki, luka-luka pada anggota tubuh badan, berpenyakit kulit dan
asma.

Setelah mengenalpasti faktor-faktor di atas, penulis cuba
memahami gaya hidup seharian beberapa gelandangan yang terbabit.
Didapati mereka mandi di mana-mana tandas masjid berdekatan atau
tandas awam dan kekerapan mandi ada yang hanya dua kali dalam
seminggu. Majoriti gelandangan tidur beralaskan kotak dan kain
pelikat. Mereka tidak tidur tetap di sesuatu tempat kerana bergantung
kepada keadaan cuaca. Hasil pendapatan mereka adalah daripada
sedekah orang ramai atau menunggu bantuan dari mana-mana pihak.
Ada dalam kalangan mereka yang bekerja sebagai pembersih kedai
makan dengan memperolehi gaji sekadar mampu membiayai makan
dan minum seharian. Beberapa orang gelandangan juga mencari
kotak-kotak, surat khabar lama, tin-tin dan botol terbuang untuk dijual
kepada pengusaha kitar semula.

Berdasarkan amalan hidup seharian gelandangan di atas,
penulis mendapati bahawa sebahagian mereka memiliki kecelikan
alam sekitar yang positif. Amalan mengutip barang-barang kitar
semula untuk dijadikan sumber pendapatan merupakan usaha yang
sangat dipuji. Amalan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri
sendiri dari sudut kewangan, malah membantu pihak berwajib untuk
mentadbir urus sisa buangan pengusaha kedai atau peruncit secara
efisen. Walau bagaimanapun, dari aspek penjagaan persekitaran
tempat tidur, sebahagian gelandangan membuang bekas sisa makanan
dan meninggalkan kotak yang menjadi alas tidur mereka begitu
sahaja. Perkara ini patut dibendung kerana ia mencemarkan imej

373

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

sesuatu kawasan seperti perkarangan masjid, bangunan dan dataran
yang menjadi tumpuan orang ramai.

Di penghujung setiap sesi pertemuan, penulis melaksanakan
sesi bimbingan dan perkongsian celik alam sekitar. Penulis telah
menjelaskan tentang kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan diri
dan kawasan persekitaran yang pasti memberi kesan kepada
masyarakat setempat. Penulis juga telah berkongsi beberapa prinsip
Islam terhadap pemeliharaan alam sekitar agar menepati
kelangsungan dakwah celik alam sekitar yang diharapkan. Selain itu,
penulis juga menjelaskan apakah peranan dan sumbangan yang boleh
mereka jelmakan dalam melestarikan diri dan alam sekitar. Penulis
juga telah mendapat maklumbalas yang baik daripada gelandangan
bagi sesi ini. Mereka mengajukan semula soalan kepada penulis
berkenaan peluang untuk mengubah nasib mereka di akhir sesi.

Kesimpulan
Diskriminasi terhadap golongan minoriti terutama gelandangan tidak
patut dilakukan oleh mana-mana individu atau kumpulan. Golongan
elit atau marhaen mempunyai layanan yang sama di sisi
Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahawa setiap rakyat
Malaysia mempunyai hak untuk menjalani kehidupan dengan aman
dan selamat.15 Walaupun stratifikasi sosial wujud dalam kalangan
penduduk Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi, namun amalan
tolong-menolong antara satu sama lain dilihat masih kekal sehingga
sekarang. Usaha bagi memastikan golongan minoriti memiliki
keperluan asas hidup yang mencukupi adalah penting. Oleh itu,
penyaluran bantuan menerusi program-program yang dianjurkan oleh
agensi kerajaan, swasta organisasi mahupun pihak individu perlu
diteruskan.16

Merujuk kembali kepada pengalaman peribadi yang
dikongsikan sebelum ini, dakwah celik alam sekitar merupakan
cebisan bantuan ringan yang boleh diberikan kepada golongan
gelandangan. Berhadapan dengan kehidupan yang daif dengan

15 Abdul Aziz Bari, “Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup
dan Masalahnya,” Jumal Syariah, 10(1) (2002):53-70.
16 Mohd Suhaimi Mohamad et al., Hubungan di antara Kesihatan Mental dengan
Minat Kerjaya dalam kalangan Gelandangan di Kem Desa Bina Diri, Akademika
86(1) (2016):11-19.

374

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

ketiadaan tempat berteduh yang tetap, golongan ini perlu didedahkan
dengan pendidikan alam sekitar supaya mereka dapat menjalani
kehidupan tanpa mengganggu infrastruktur dan kemudahan sekeliling
serta mampu menyumbang kepada persekitaran lestari. Tambahan
pula pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah
tanggungjawab yang wajib digalas oleh seluruh rakyat Malaysia
termasuk golongan gelandangan itu sendiri.

Oleh itu, dakwah celik alam sekitar perlu terus dilaksanakan
kepada semua golongan masyarakat. Sebagai seorang muslim, setiap
individu perlu celik akan peranan diri sebagai daie untuk mengajak
manusia kepada melestarikan alam sekitar dan mencegah daripada
melakukan kerosakan. Atas kesedaran ini seseorang muslim patut
berusaha untuk menjadi agen yang sentiasa berada di barisan hadapan
dalam meleraikan isu alam sekitar sesuai dengan laungan Islam itu
sebagai agama universal, rahmat untuk semua dan relevan sepanjang
zaman.

Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Zuria Mahmud dan Safani Bari. “Permasalahan

pelajar-pelajar fakir miskin di daerah Sabak Bernam. Jurnal
Pendidikan Malaysia,” 30 (2005)
Abdul Aziz Bari. “Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Ruang
Lingkup dan Masalahnya”, Jumal Syariah, 10(1) (2002)
Aizat Khairi. Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke
Arah Pemantapan Perpaduan sebuah Negara-Bangsa,”
SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 4(1) (Mei, 2011)
Amaludin Ab. Rahman, Zaid Ahmad, Sarjit Singh Darshan Sing, Lee
Yok Fee, Muhamad Nazri Lokman dan Noor Asyikin Harun.
“Persepsi Dan Kefahaman Masyarakat Bukan Islam Terhadap
Islam Hadhari”. Jurnal Hadhari, 3(2) (2011).
Bradley, Steve, Mirko Draca, Colin Green, and Gareth Leeves. "The
magnitude of educational disadvantage of indigenous
minority groups in Australia," Journal of Population
Economics, 20(3) (2007)
Dewan Bahasa dan Pustaka, “Pusat Rujukan Persuratan Melayu”,
dicapai pada 21 Ogos 2016,
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=minoriti.

375

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Erwin Jusuf Thaib. “Konsepsi Dakwah Islamiyah Dalam Konteks
Konservasi Alam Dan Lingkungan,” Jurnal Al- Ulum, 11(1)
(2011)

H. Asep Muhyiddin. “Dakwah Lingkungan Perspektif Al-Qur`An.”
Jurnal Ilmu Dakwah, 4(15) (2010)

Ministry of Natural Resources and Environment. Fifth National
Report to the Convention on Biological Diversity. (Putrajaya:
Biodiversity and Forestry Management Division, 2014).

Mohammad Redzuan Othman dan Amin Fadlillah. “Perspektif Badan
Bukan Kerajaan (Ngo) Islam Terhadap Dasar Penerapan
Nilai-Nilai Islam Dan Pendekatan Islam Hadhari,” Jurnal
Hadhari 4(1) (2012)

Mohd Istajib Mokhtar & Raihanah Abdullah. Konservasi Biodiversiti
Menurut Etika-Perundangan Islam: Kajian Terhadap
Kawasan Perlindungan Di Malaysia. (Tesis Ph.D, Malaysia,
Universiti Malaya, 2015).

Mohd Shafiee Hamzah dan Mohd Azrul Hisham Mohamad.
Pendekatan Rasulullah S.A.W Dalam Mentarbiah Golongan
Kelainan Upaya. In: Sunnah Asas Wasatiyyah, Pencetus
Transformasi Ummah. (Nilai, Universiti Sains Islam
Malaysia, 2014).

Mohd Suhaimi Mohamad, Khaidzir Ism ail, Nasrudin Subhi & Nik
Hairi Omar. “Hubungan di antara Kesihatan Mental dengan
Minat Kerjaya dalam kalangan Gelandangan di Kem Desa
Bina Diri, Malaysia, Akademika 86(1) (2016)

Moseley, M. “Teaching for Environmental Literacy,” Clearing
House, 74(1) (2000)

Muhamat-Kawangit, Razaleigh and Saringat, Salawati. “Dakwah
Among Indian Mualaf in Malaysia,” Islamiyyat, 36(2) (2014)

Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod dan Zahara Aziz. “Pengajaran
Kemahiran Komunikasi Bagi Murid-Murid Bermasalah
Pembelajaran Teruk,” Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
2(2) (November, 2012)

Pue Giok Hun dan Charanjit Kaur. “Identiti Etnik Minoriti di
Malaysia: Antara Realiti Sosial Tafsiran Autoriti dan Tafsiran
Harian,” Akademika 84(1&2) (2014)

376

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Raihanah Abdullah. Pembelaan Kumpulan Minoriti: Isu dan
Cabaran. (University of Malaya, Center for Civilizational
Dialogue, 2009).

Robert S. Feidman. Essential Of Understanding Psychology. Fifth
Editon. (USA, McGraw Hill Higher Education, 2003).

Rozita Ibrahim. “Literasi Alam Sekitar Menurut Paradigma Agama.”
Jurnal Pengajian Umum, 3 (2002)

Sabah Biodiversity Centre. “Legislation” laman sesawang Sabah
Biodiversity Centre Official Website, dicapai pada 25 Julai
2016,
http://www.sabah.gov.my/sabc/index.php?option=com_conte
nt&view=article&id=49&Itemid=57.

Sabitha Marican, Mahmood Nazar Mohamed dan Rosnah Ismail.
“Trend Dan Punca Penggunaan Dadah Di Kalangan Penagih
Dadah Wanita Di Negeri Sabah: Implikasi Kepada Rawatan
Dan Pemulihan Dadah,” Jurnal Antidadah Malaysia, (2014)

Salwati Yaakub. Pembinaan Dan Pengesahan Instrumen Literasi
Alam Sekitar Pelajar Sekolah Menengah. (Tesis PhD,
Malaysia, Universiti Sains Malaysia, 2013).

Seyyed Hossein Nasr. The Garden of Truth; Mereguk Sari Tasawuf.
(Bandung, Mizan, 2010).

Siti Fatimah Salleh dan Syh Noorul Madihah Syed Husin. “Analisis
Amalan Pemberian Nafkah Warga Kelainan Upaya: Kajian Di
Taman Rahmat,” Journal of Business and Social
Development, 2(1) (March, 2014)

Stall, Ron, Derrick D. Matthews, M. Reuel Friedman, Suzanne
Kinsky, James E. Egan, Robert WS Coulter, John R. Blosnich,
and Nina Markovic. "The Continuing Development of Health
Disparities Research on Lesbian, Gay, Bisexual, and
Transgender Individuals," American Journal of Public Health,
106(5) (2016)

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Fadilah Mansor, Keperluan
Motivasi Dalam Pengurusan Kerja Berkualiti Dari Perspektif
Pemikiran Islam, Jurnal Usuluddin, 25 (2007).

Uddin, Sayed Mohammad Nazim, Vicky Walters, J. C. Gaillard,
Sanjida Marium Hridi, and Alice McSherry. "Water,
sanitation and hygiene for homeless people," Journal of Water
and Health 14(1) (2016)

377

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
Williams, Natasha D., Angelique Foye, and Florence Lewis.

"Applying Structural Family Therapy in the Changing
Context of the Modern African American Single Mother,"
Journal of Feminist Family Therapy, 28(1) (2016)
Zuhda Husain. Keberkesanan Modul Kaunseling Pemulihan
Terhadap Masalah Psikososial Orang Kurang Upaya (Oku)
Fizikal Akibat Kemalangan. (Tesis PhD, Malaysia, Universiti
Sains Malaysia, 2014).
Roth, C. Environmental Literacy: Its Roots, Evolution and directions
in the 1990s. (Columbus, OH: ERIC Clearinghouse for
Science, Mathematics adn Environmental Education, 1992).

378

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

PENGARUH WACANA (DISCOURSE) DALAM KONTEKS
KAUNSELING: SATU KAJIAN KES TRANSGENDER

Dr Yusmini Md. Yusoff1, Dr Tengku Sarina Aini Tengku Kasim2

Pendahuluan
Istilah discourse atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai wacana
merupakan satu konsep yang dipopularkan oleh Foucault3. Konsep
ini digunakan secara meluas dalam menganalisis isu-isu berkaitan
manusia yang merangkumi bidang linguistik, sosial, pendidikan,
politik, ekonomi dan undang-undang. Secara asasnya, discourse atau
wacana adalah berkait dengan keteraturan atau pola/gagasan
pemikiran individu yang diekspresikan melalui lisan atau tulisan.4
Oleh yang demikian, penggunaan bahasa (language) dan teks oleh
individu atau sesuatu masyarakat dilihat mengandungi dan membawa
konteks-konteks sosial seperti budaya, gender, etnik, status
kedudukan, sosio-ekonomi, nilai, agama, sistem kepercayaan dan
lain-lain aspek yang mempunyai hubungan rapat dengan manusia dan
lingkungan sosial mereka. Dalam erti kata lain, apabila individu
berkomunikasi secara lisan, bukan lisan atau teks ia secara tidak
langsung membawa bersama konteks-konteks sosial tersebut melalui
medium-medium berkenaan. Selain itu, wacana bukan sahaja tentang
apa yang ditutur dan difikirkan tetapi ia juga boleh membentuk dan
menentukan siapa yang layak bercakap, bila, di mana dan apakah
kedudukan/status seseorang yang menyatakan sesuatu5. Justeru,
wacana yang mengandungi maksud-maksud tertentu boleh

1 Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya.
2 Pensyarah Kanan, Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

3J. Potter & M. Wetherell, Discourse and Social Psychology: Beyond Attitudes and

Behavior, (London:Sage Publications, 2005).
4 V. Burr, Social Constructionism, (London: Routledge, 2003).

5 I. Parker, “Deconstruction and Psychotherapy”, In I. Parker (Ed.), Deconstructing

Psychotherapy, (London: Sage
Publications, 1999).

379

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dipengaruhi oleh siapa yang melontarkannya dan kedudukan yang
dipegang oleh individu tersebut.

Wacana dalam Konteks Kaunseling
Dalam konteks kaunseling, pengaruh wacana juga tidak terkecuali.
Malah, kaunseling sebagai suatu profesion memberi ‘kuasa’ atau
kelayakan kepada kaunselor bagaimana untuk menjalankan sesuatu
sesi. Kedudukan ini membolehkan kaunselor menjalankan tugas
berdasarkan kepada garis panduan profesion dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh institusi di mana kaunselor tersebut ditempatkan. Ini
termasuk juga nilai-nilai dan kepercayaan yang dipegang oleh
kaunselor ketika berhadapan dengan klien. Semua elemen ini
mempengaruhi bagaimana sesuatu proses kaunseling dijalankan.
Sebagai contoh, jika seseorang kaunselor ditempatkan di setting
pendidikan seperti sekolah, sudah tentu tugas dan peranannya lebih
tertumpu kepada proses pendidikan yang mementingkan kepada
pencapaian murid, dan pembentukan serta perkembangan personaliti
pelajar. Situasi ini sudah pasti jauh berbeza jika individu kaunselor
ditempatkan di jabatan penjara, pusat pemulihan juvana atau pusat
serenti yang orientasinya lebih kepada program pemulihan penghuni.
Justeru, tugas kaunselor akan melibatkan kaedah intervensi yang lebih
serius. Dalam kaunseling, perbezaan bentuk institusi, dasar dan
polisi, kelayakan dan pengetahuan kaunselor serta masalah unik klien
adalah gabungan situasi yang membentuk suatu ‘wacana’ bagaimana
kaunselor memainkan peranan.

Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan sebelum ini,
wacana bukan sahaja dibawa oleh kaunselor tetapi ia juga dibawa oleh
klien sebagai individu sosial yang terbentuk hasil daripada nilai,
kepercayaan dan pengalaman tersendiri. Apabila klien masuk ke
dalam sesi, klien secara tidak langsung membawa makna tertentu
terhadap pengalaman hidup yang dilaluinya. Ini termasuk cara klien
melihat sesuatu peristiwa, konflik yang berlaku, perkembangan diri,
masalah hidup, pencapaian dan sebagainya. Kesemua ini memberi
implikasi kepada siapa diri klien dan mereka yang berada di
sekelilingnya.

Disebabkan salah satu proses yang berlaku dalam hubungan
kaunseling ialah memahami isu yang dibawa dalam sesi, maksud atau

380

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

makna sebenar di sebalik sesuatu isu yang disampaikan oleh klien
adalah sangat penting. Ini selari dengan kenyataan Strong et.al yang
menyatakan proses ini sebagai6:

...focusing in increasing ways on how to make sense of
clients’ experiences, including experiences of
counselling itself. (Therefore) counselling can be seen
as a context or process for meaning-making where
clients and counsellors actively interpret and
construct meaning. (pp.117-118)

Apabila makna pengalaman menjadi fokus perbincangan,
bentuk wacana yang menjadi asas kepada pengalaman tersebut turut
dikenalpasti. Keadaan klien hasil daripada pengaruh sesuatu wacana
memposisikan klien bagaimana beliau mengalami sesuatu isu.
Sebagai contoh yang dibawa oleh Davies7:

When I talk about experience of being ‘a woman, I
refer to the experience of being assigned to the
category female, of being discursively, interactively,
and structurally positioned as such, and of taking up
as one’s own those discourses through which one is
constituted as female. (p. 54)

Dalam konteks di atas, Davies menjelaskan bahawa wacana
sebagai wanita membentuk perwatakan dan tingkahlaku tertentu
apabila individu wanita tersebut berinteraksi dengan persekitarannya.
Kedudukan wanita sebagai ibu, anak, rakan, pekerja dan sebagainya
memperlihatkan corak pemikiran, emosi dan tindakan yang pelbagai
bergantung kepada situasi di mana wanita itu berada. Oleh yang
demikian sifatnya, maka wacana boleh “mis(shape) them (the

6 T. Strong, N. R. Pyle, C. deVries, D.N. Johnston, A. J. Foskett, “Meaning-Making
Lenses in Counselling: Discursive, Hermeneutic-Phenomenological, and
Autoethnographic Perspectives”, Canadian Journal of Counselling, Vol. 42 no. 2
(2008):117-130
7 B. Davies, “Women’s Subjectivity and Feminist Stories”. In C. Ellis & M.G.
Flaherty (eds.), Investigating Subjectivity: Research on Lived Experience (pp. 53-
76), (California: Sage Publications, 1992).

381

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

subjects) in any number of ways” (p.134)8, dan makna yang pelbagai
boleh diberikan tertakluk di mana posisi wacana itu berada.

Dalam artikel ini, perkara yang akan dibincangkan ialah
bagaimana kaunseling sebagai satu wacana membentuk sesi
perbualan antara seorang kaunselor dan klien berkenaan isu
transgender yang mempunyai hubung kait dengan nilai-nilai agama,
spiritual dan ketuhanan. Kajian kes di bawah merupakan sebahagian
hasil kajian penulis yang diperolehi daripada temubual mendalam.
Dapatan dianalisis menggunakan kaedah wacana (discourse analysis).
Kaedah ini membantu untuk melihat dengan lebih terperinci
bagaimana sesuatu wacana mempengaruhi bentuk percakapan,
deskripsi dan penjelasan serta pendekatan kaunseling sama ada di
pihak kaunselor atau klien. Transkripsi di bawah merupakan
sebahagian petikan dapatan temubual dan ia tidak mengambarkan
keseluruhan perjalanan sesi kaunseling yang dijalankan. Semua nama
yang dicatat dalam transkripsi bukanlah nama sebenar tetapi ditukar
kepada nama lain dengan kebenaran informan.

Kajian Kes Transgender
Dalam bahagian ini, beberapa petikan perbualan kaunseling antara
seorang kaunselor dengan klien transgender akan dibincangkan.
Kaunselor dalam kajian ini merupakan seorang lelaki Muslim yang
bertugas di sebuah institusi kerajaan, berlatar belakangkan pengajian
Islam dan merupakan seorang kaunselor berdaftar. Bagi maksud
artikel ini, kaunselor berkenaan dinamakan sebagai Alias (bukan
nama sebenar). Petikan perbualan kaunseling berikut akan
memperlihatkan bagaimana Alias memposisikan dirinya atau/dan
diposisikan apabila berhadapan dengan seorang klien yang bercakap
tentang kehidupannya sebagai seorang transgender. Berikut adalah
petikan perbualan kaunseling antara Alias dan kliennya (seorang yang
fizikalnya adalah lelaki) yang dipanggil sebagai Zie:

Zie: Encik mesti terfikir sesuatu bila encik tengok saya
macam ni kan…? (Zie memakai pakaian wanita).

8 B. Davies, “Psychology’s Subject: A Commentary on the Relativism/Realism
Debate”. In I. Parker (ed.), Social Constructionism, Discourse and Realism (pp.133-
145), (California: Sage Publications, 1998).

382

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Alias: Mengapa awak cakap macam tu? Boleh awak
beritahu saya apa yang awak fikir saya akan cakapkan
kepada awak?

Zie: Yelah…saya ni jahat…saya ni banyak sangat
buat dosa…saya ni GRO dulu.
Alias: Kenapa awak kata awak ni jahat…GRO jahat?
Zie: Yelah…benda ni (mata Zie melihat ke arah
pakaiannya) kan tak betul.

Petikan perbualan di atas menunjukkan bahawa klien Zie
sedar dan bimbang dengan pandangan Alias terhadap perwatakan
dan cara berpakaian beliau. Kebimbangan ini terhasil akibat
daripada pandangan dominan masyarakat yang lazim diterima oleh
golongan transgender. Apabila berhadapan dengan isu-isu
transgender atau yang berkait dengannya iaitu lesbian, gay atau
biseksual (lebih dikenali dengan panggilan LGBT), golongan ini
biasanya dilabelkan sebagai abnormal, tidak bermoral, tersisih, kotor
dan berdosa9. Pandangan dominan ini bukan sahaja terjadi dalam
masyarakat setempat di Malaysia tetapi juga di sebahagian besar
negara-negara dunia. Disebabkan pandangan sebegitu, kebanyakan
transgender memilih untuk hidup dalam kalangan mereka sahaja atau
menyembunyikan identiti sebenar daripada pengetahuan umum.

Apabila klien Zie menyebut “benda ni (merujuk kepada
transgender) tak betul”, “saya ni jahat” dan “saya ni banyak sangat
buat dosa”, beliau cuba menimbulkan kesan pengaruh wacana
transgender dan seksualiti terhadap dirinya kepada Alias. Dalam
situasi ini, klien Zie melihat Alias sebagai salah seorang anggota
masyarakat dalam persekitarannya. Justeru, Alias – seorang
kaunselor Muslim, lelaki ‘normal’, mendapat latihan dan pendidikan
formal dalam pengajian Islam dan berorientasikan seksualiti
heteroseksual – mungkin mempunyai pandangan prejudis yang sama
terhadap golongan transgender seperti beliau. Dalam tanggapan
sebegitu, klien Zie memposisikan Alias sebagai individu yang akan

9 Yusmini Md. Yusoff, “Sikap dan Kecekapan Budaya Pendakwah Terhadap
Golongan Transgender”. Dlm. Norrodzoh Hj. Siren, et.al., Isu-Isu Semasa Media
dan Dakwah (pp. 115-128), (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, 2013).

383

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

memberi maklumbalas bersifat homophobic10 disebabkan penampilan
beliau. Menurut Buchanan, individu yang mengidentifikasikan
dirinya sebagai lesbian, gay, biseksual atau transgender sering
merasakan dirinya ‘berbeza’ dengan individu yang mempunyai
orientasi jantina yang sama dengannya11. Oleh itu, golongan ini
memilih untuk sentiasa berhati-hati apabila berkomunikasi dengan
individu-individu yang tidak sama dengan mereka, dan dalam kes ini
Alias tidak terkecuali.

Sebaliknya, bertentangan dengan tanggapan dan kebimbangan
klien, maklumbalas Alias dalam petikan perbualan di atas lebih
bersifat menerima dan cuba memahami. Dalam kedudukannya
sebagai kaunselor, Alias berasa tidak selesa dengan tanggapan
stereotaip klien Zie terhadapnya berkaitan wacana transgender dalam
perbualan mereka. Dalam situasi ini, Alias sedar bahawa tanggapan
sebegitu boleh menjejaskan proses kaunseling dan ia tidak akan
membantu klien untuk terus menyuarakan masalahnya. Jika Alias
menerima sahaja kedudukan stereotaip tersebut seperti yang
disampaikan klien Zie, hubungan awal kaunseling mungkin tidak
dapat dibina dengan baik antara beliau dengan klien. Hubungan yang
baik dalam kaunseling dan hubungan yang dibina di atas rasa percaya
serta hormat menghormati merupakan salah satu asas kepada
kejayaaan sesuatu sesi12. Ini kerana kaunseling adalah usaha yang
dilakukan secara kolaboratif dan memerlukan kerjasama yang baik
antara kedua belah pihak. Oleh yang demikian, dalam usaha
membina hubungan tersebut, Alias kekal dalam posisi ingin tahu
(curious) - Alias melaporkan maklumbalas beliau kepada klien
dengan bertanya, “Apa yang ada dalam fikiran awak yang awak ingin
sampaikan kepada saya bila awak menyatakan hal ini?”. Dalam posisi
itu, Alias secara praktis mengetengahkan kemahiran meneroka dalam

10 Pemikiran dan tingkahlaku yang diekspresikan secara negatif kepada golongan
homoseksual atau mereka yang diidentifikasikan sebagai lesbian, gay, transgender
dan biseksual (LGBT).
11 M. Buchanan, K. Dzelme, D. Harris & L. Hecker, “Challenges of Being
Simultaneously Gay or Lesbian and Spiritual and/or Religious: A Narrative
Perspective”, The American Journal of Family Therapy, Vol 29 (2001): 435-449.
12 J.R. Corsini & D. Wedding, Current Psychotherapies, 7th. Ed., (USA: Thomson
Brooks/Cole, 2005).

384

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kaunseling13. Pada ketika ini, Alias berminat untuk mengetahui
konteks yang berlaku dalam hidup klien sebagai seorang transgender.
Alias menjelaskan tujuan mengapa beliau bertanya klien soalan
berkenaan:

“Apabila klien kata apa yang dia buat tu tak betul,
satu dosa…pada saat itu, perhatian saya adalah untuk
fokus kepada pengalamannya…untuk faham tentang
kesukaran yang dia lalui sebagai transgender”.

“Saya perlu tahu bagaimana dia menjalani kehidupan
atau berhadapan dengan orang di
sekeliling…penghinaan yang diterima…bila terpaksa
terus bekerja sebagai petugas seks kerana hanya itu
sahaja yang dia boleh lakukan…”

“Jadi pada ketika itu, saya cuba pandu Zie untuk
sama-sama meneroka dan memahami pengalamannya
sendiri…supaya dia sendiri lebih mengerti tentang isu
ini…dan apakah pandangannya terhadap
pengalamannya sendiri? Ia menggerakkan saya untuk
memberi ruang kepada Zie merasai pengalaman
tersebut”.

Jika diperhatikan dalam kenyataan di atas, Alias tidak memilih
untuk mengetengahkan wacana agama ketika memberi maklumbalas
kepada Zie. Pada saat itu, Alias memutuskan bahawa wacana agama
hanya akan memposisikan Zie sebagai orang yang berdosa kerana
amalan sebagai petugas seks dan transgender adalah dilarang dalam
Islam. Alias memposisikan dirinya dalam kedudukan exploratory
(penerokaan). Dalam kedudukan tersebut, Alias membawa klien
untuk memahami orientasi seksualnya sendiri, dan dalam masa yang
sama Alias memperlihatkan sikap menghormati dunia klien yang unik
dan tersendiri. Posisi kaunselor yang ditunjukkan Alias memberi
ruang secukupnya kepada klien untuk bercakap tentang seksualiti dan

13 G. Corey, Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, 7th. Ed., (USA:
Thomson Brooks/Cole, 2005).

385

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

isu berkaitan dengannya. Situasi ini selaras dengan peranan
kaunseling yang perlu menyediakan peluang dan ruang kepada klien
untuk bebas bersuara tentang sebarang perkara yang mengganggu
diri, yang mana ruang tersebut mungkin tidak dapat diperolehi dalam
setting lain14.

Dalam fasa kaunseling seterusnya bersama Zie, Alias
melaporkan bahawa Zie menyentuh topik yang dipandang penting
oleh dirinya iaitu hubungan dengan tuhan. Sebagai pengkaji, penulis
tidak pasti bagaimana proses kaunseling yang dijalankan oleh Alias
telah membawa Zie ke topik tersebut; iaitu ekspresi diri tentang
transgender dan transeksualti kepada percakapan berkaitan agama dan
tuhan. Namun, melalui refleksi yang dilakukan oleh Alias, beliau
menyatakan perasaan dan hubungan Zie dengan tuhan adalah kuat dan
bermakna. Dari perspektif Alias, Zie melihat tuhan sebagai ‘rakan’
dan ‘tempat’ beliau boleh mendapat panduan dan ketenangan.
Hubungan antara identiti agama dan identiti transgender dalam diri
Zie seperti yang dilaporkan Alias kekal utuh walaupun Zie mengalami
konflik atau percanggahan antara kedua-dua identiti diri ini –
memegang akidah sebagai muslim dan menjalani kehidupan
transgender. Dalam perbualan kaunseling antara Alias dan Zie di
bawah, Zie menyatakan rasa bersalahnya apabila beliau tidak
menunaikan solat:

Alias: Apa yang berlaku apabila awak tidak solat?
Zie: Pastinya pada ketika itu saya telah melupakan tuhan.

Tanpa menerangkan dengan lebih terperinci konteks perbualan
kaunseling tersebut, Alias menyatakan kepada penulis:

“Dalam keadaan ini (identiti transgender Zie), saya
tidak akan gopoh untuk menjelaskan hal-hal agama
kepada klien sebab saya bimbang klien tidak bersedia
untuk mendengar atau menerimanya. Tetapi, bila
klien sudah menyentuh tentang agama, dia sudah mula
membuka pintu untuk saya melihat perkara ini dengan

14 O. Minwalla, B.R.S. Rosser, J. Feldman & C. Varga, Identity Experience among
Progressive Gay Muslims in North America: A Qualitative Study within al-Fatiha,
Culture, Health & Sexuality, Vol. 7(2) (2005), 113-128.

386


Click to View FlipBook Version