The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr.raudah, 2021-09-04 08:49:00

ISU-ISU DAKWAH MINORITI

Pelbagai isu dakwah Islamiah ke atas kepelbagaian masyarakat minoriti

Keywords: Masyarakat minoriti,dakwah minoriti,isu dakwah semasa

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

undang-undang peribadi dan keluarga - yang mempunyai bidang
kuasa khusus kepada muslim sahaja.9

Namun perubahan telah berlaku pada fatwa yang dikeluarkan
pada tahun 2013. Dalam fatwa kali ini cakupan asnaf dari mualaf telah
diluaskan bukan terhad kepada orang yang baru masuk Islam tetapi
boleh juga kepada bukan Islam sebagaimana berikut:

i. Adalah orang yang baru memeluk Islam sama ada imannya
daif ataupun imannya sudah kuat.

ii. Orang bukan Islam yang cenderung dan boleh dijinakkan
hatinya kepada Islam.

iii. Orang bukan Islam harus menerima agihan zakat (dengan
syarat mempunyai kecenderungan dan boleh dijinakkan
hatinya kepada Islam berdasarkan kepada siasah dan maslahah
secara hikmah bagi tujuan dakwah)10.
Perluasan kategori ini selari dengan tujuan fatwa ini

dikeluarkan iaitu menyentuh “hukum menggunakan peruntukan asnaf
mualaf untuk program dan hal ehwal yang berkaitan dengan aktiviti
dakwah kepada bukan Islam”. Namun ia masih tidak keluar dari skop
pandangan fuqaha sebagaimana dalam rajah 1 di atas. Lantaran itu
Lembaga Zakat Selangor11 menggunakan maksud fatwa itu bagi
mendefinisikan mualaf sebagai:

Mualaf adalah seseorang yang baru
memeluk Islam atau seseorang yang
dijinakkan hatinya dalam kalangan
mereka yang belum memeluk agama
Islam atau yang perlu ditarik
simpatinya kepada Islam atau diharap
dapat membela orang Islam atau yang

9 Kuasa ini diiktiraf dalam perlembagaan melalui Jadual 9 Senarai 2, Senarai

Negeri, Perlembagaan Persekutuan. Senarai bidang kuasanya jelas menyebut

tentang “hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam”.

10 Lihat Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil.66. no.21, bertarikh 17 Oktober 2013

dapat dicapat: http://www.e-

fatwa.gov.my/sites/default/files/sel.p.u.142_hukum_menggunakan_peruntukan_as

naf_mualaf_0.pdf

11 http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/

87

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

perlu diamankan kejahatannya
terhadap orang Islam.

Penentuan identiti mualaf dalam bentuk ini kelihatan
mempertimbangkan tentang usaha pengekalan, potensi pemelukan
serta mengurangkan risiko konflik dengan orang bukan Islam. Secara
tidak langsung, perkembangan ini mula mengambil realiti kehidupan
masyarakat yang bersifat majmuk mewarnai kehidupan rakyat di
Malaysia. Malahan Selangor berdasarkan - banci 2000 - mencatatkan
peratusan yang tinggi bukan Melayu iaitu 47.8% dimulai dengan etnik
China (30.7), India (14.6%) dan lain-lain (2.5%).12 Tambahan pula,
Selangor sejak Pilihanraya Umum ke-12 dan ke-13 telah memberikan
kepercayaan kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti
berteraskan etnik China (DAP), Campuran (PKR) dan Islam (PAS)
menampakkan lagi sifat kemajmukan negeri Selangor.

Identiti Mualaf: Antara Budaya dan Agama serta tuntutan
Undang-undang
Seawal pemelukan Islam, mualaf di Malaysia dituntut secara birokrasi
untuk mendaftarkan namanya di Jabatan Agama Islam negeri. Ini
kerana ia adalah keperluan dari segi undang-undang pentadbiran
Islam untuk memperolehi kad Islam. Namun, proses ini pada
umumnya turut mengungkapkan sisi sosial dalam masyarakat. Ini
kerana penamaan dari sudut sosiologi memberi indikasi makna
budaya, sejarah dan politik dalam sesuatu masyarakat hingga
menimbulkan sempadan pengenalan antara Muslim-bukan Muslim13
dan Melayu-bukan Melayu atau bumiputera-bukan bumiputera.

Pembentukan identiti tersebut dalam konteks Malaysia
membawa implikasi sosio-ekonomi dan perundangan yang tertentu.
Sebagai Muslim, mereka terikat dengan set perundangan tambahan di
bawah kelolaan bidang kuasa negeri – urusan kekeluargaan, jenayah

12 Swee-Hock Saw, "Population Trends and Patterns in Multiracial Malaysia," in
Malasyia Recent Trends and Challanges, ed. Swee-Hock Saw and K. Kesavapany
(Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2006).
13 Wai Weng Hew, "Penamaan Dan Identiti Cina Muslim: Pensempadanan,
Perundingan Dan Kacukan Identiti Di Malaysia" (kertas dibentangkan di the
Conference 4th International Malaysian Studies Conference; 3-5 August 2004,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004).

88

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

syariah - dengan rujukan pertikaian kepada Mahkamah Syariah.
Menjadi muslim juga diwarnai dengan aura “masuk Melayu” yang
berkait pula dengan takrifan Melayu dalam perlembagaan14 yang
boleh menerima etnik lain dengan diiringi pula keistimewaan tertentu
yang dijamin di bawah perlembagaan di samping Bumiputera.15

Kesan terakhirnya mencabar identiti mualaf khususnya bukan
Bumiputera kerana terpaksa membuat pilihan tentang identiti baru di
samping salah faham berkaitan etnik asal. Hal ini ditambah pula salah
tanggap etnik Melayu yang melihat ada ruang matlamat keduniaan
melebihi keikhlasan memeluk Islam itu sendiri. Pertembungan antara
dua perspektif ini menjadikan kehidupan mualaf dalam dilema.

Sehubungan dengan itu, dalam persekitaran muslim Malaysia,
keadaan dilema itu sebahagiannya hasil daripada penamaan semula
yang membentuk identiti baru. Nama yang dipengaruhi budaya Arab
Islam telah diterima secara rasmi dan meluas di Malaysia. Ini dapat
dikesan melalui Garis Panduan Penamaan Saudara Baru JAKIM
tahun 199816 yang merekodkan:

Nama orang Islam dan bukan Islam
adalah berbeza. Ia merupakan
pengenalan diri seseorang, sama ada
dari segi bangsa, keturunan dan
agamanya. Saudara baru atau mualaf
yang sebelum itu mempunyai nama
asal agamanya ditukarkan kepada satu
nama yang membuktikan agama baru
yang dianutinya. Penamaan adalah
penting, khususnya kepada saudara
baru bagi memudahkan dalam urusan
kehidupan ataupun kematian.

Rumusan ini selaras dengan keputusan Muzakarah Fatwa kali
ke-44 tahun yang sama mencadangkan agar nama asal mualaf sama
ada ditukar atau ditambah. Pengekalan pula dalam skop yang lebih

14 Perkara 160 tafsiran Melayu
15 Perkara 153
16 Hew, "Penamaan Dan Identiti Cina Muslim: Pensempadanan, Perundingan Dan
Kacukan Identiti Di Malaysia."

89

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kecil khususnya membabitkan mualaf bumiputera mengikut kes
tertentu. Sandaran nama selepas bin atau binti kepada Abdullah turut
dicadangkan kepada mereka.17

Namun, keputusan tersebut bukan diterima secara sepenuhnya
di Malaysia. Perlis misalnya cuba memberikan fatwa sebaliknya.
Fatwa di Perlis menekankan tentang “Dilarang menukar nama kepada
bin atau binti Abdullah. Mereka wajib mengekalkan nama bapa atau
keturunan mereka”.18 Mufti Perlis ketika itu mengaitkan perakuan
biologi sebagai hak keluarga yang perlu dikekalkan dengan andaian
menolak prasangka buruk ke atas imej Islam.19

Sekalipun isu ini nampak kecil tetapi ia turut mengandungi
nilai sejarah konflik sosial masyarakat Muslim–bukan Muslim di
Malaysia. Pada akhir 1980an dan awal 1990an banyak kes perebutan
mayat berlaku antara jabatan agama dan ahli keluarga apabila mualaf
memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya. Memburukkan
keadaan, konflik ini diangkat dalam perjuangan parti politik serta
dikemukakan ke mahkamah dengan mendapat liputan luas surat
khabar utama.20 “Isu rebutan mayat mualaf” contohnya, antara Majlis
Agama Islam dan keluarga si mati menjadi pertaruhan di muka
keadilan21. Hal ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pembinaan
persepsi negatif oleh masyarakat bukan Islam terhadap isu pemelukan
Islam daripada kalangan etnik mereka.

Realitinya pembawa identiti mualaf lazimnya menjalani suatu
proses transisi sosio-budaya yang sulit. Ini diakui Rosey Ma melalui
pengalamannya bergelumang dengan mualaf yang menyatakan:

17 Garis Panduan Penamaan Saudara Baru dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
MKI Kali Ke 44 25 Jun 1998.
18 Lihat juga http://drmaza.com/home/?p=2337 iaitu laman Prof Madya Dato’ Dr
Mohd Asri Zainul Abidin yang menjawat jawatan Mufti Perlis ketika itu.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0311&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
19 Ibid.
20 Hew, "Penamaan Dan Identiti Cina Muslim: Pensempadanan, Perundingan Dan
Kacukan Identiti Di Malaysia."
21 Antara kes yang terkenal adalah Koperal Mohamed Abdullah Moorty yang
dituntut isterinya dengan dakwaan beliau masih beragaman Hindu. Lebih lanjut
lihat Kaliammal a/p Sinnasamy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(2005) 1 CLJ 75.

90

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Conversion is not just a simple, straighforward
transition from one spritual belief to another. At the
very least, it is major change of the core identity of an
individual that involves a redefinition of self-identity.
For the Chinese convert in Malaysia, it is observed
that it is not just Islam that he is undertaking to
embrace, but to some extent, also the Malayness that
comes with it. Therefore, the redefining and
construction of the new identity takes place within two
dimensions: religious and ethnic/cultural.22

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj juga memuatkan gambaran
cabaran mualaf dalam kehidupannya. Beliau menyatakan:

Now that many of these people have embrace Islam.
They find themselves in new surrounding and also
adilemma. Or only they are lost in the society to which
they belonged and also lost in the society they now
belong.23

Dua petikan di atas, pada umumnya selari dengan dapatan
kajian lain yang mengungkapkan sisi pergolakan hidup mualaf
daripada dua kelompok iaitu masyarakat asal termasuk keluarganya
dan masyarakat Melayu.24 Sikap keterbukaan dari kalangan bukan
Muslim di Malaysia untuk menerima ahli keluarga atau etniknya
memeluk Islam masih dalam bentuk negatif. Dalam hal ini mualaf
lazimnya akan berhadapan dengan tekanan mental dan fizikal seperti
berikut:

i. Dimarahi dan disindir oleh ahli keluarga.
ii. Dipulau oleh ahli keluarga.

22 Rosey Ma, "Being Muslim and Chinese in Malaysia," in Malaysian Chinese:
Recent Developments and Prospects, ed. Lee Hock Guan and Leo Suryadinata
(Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2012).
23 Dipetik dari Iran Herman, "Nilai, Persepsi Jangkaan Saudara Baru Cina Terhadap
Masyarakat Dan Agama Islam," dalam Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia:
Konsep, Metode Dan Pengalaman, ed. Abdul Ghafar Don, Berhanudin Abdullah,
and Zulkiple Abd. Ghani (Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,
1998).
24 Ibid.

91

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

iii. Tidak dibenarkan beribadat cara Islam oleh ahli keluarga.
iv. Diberi makan benda-benda haram secara rahsia.
v. Tidak disertakan dalam kegiatan harian seperti makan

bersama.
vi. Diberhentikan dari sekolah.
vii. Dihantar tinggal di kuil-kuil atau tempat-tempat ibadah lain.
viii. Dikasari seperti dipukul dan dilukai dan dihalau dari rumah.
ix. Diugut bunuh.25

Dari senarai di atas, jelaslah bahawa usaha mereka
mengembalikan mualaf kepada agama asal dilakukan dalam pelbagai
bentuk daripada tingkahlaku yang ringan hinggalah kepada ugutan
bunuh. Ini mencerminkan masyarakat Malaysia masih belum
sepenuhnya menerima kebebasan memilih agama mengikut kehendak
individu. Dalam suasana tersebut mualaf pastinya memerlukan
tempat bergantung dan mengadu tentang kehidupan barunya. Justeru,
ada keperluan untuk melihat isu tersebut melalui institusi tertentu
sebagai suatu jambatan penghubung antara mualaf dan masyarakat.

Pengurusan Mualaf di Selangor
Isu identiti mualaf sebagaimana dibincangkan di atas turut memberi
kesan kepada penggunaan bentuk nama yang sesuai di Jabatan Agama
Islam Selangor. Sekalipun bahagian yang menguruskan mualaf ini
terletak di Bahagian Pengurusan Dakwah, namun unit yang khusus
mentadbir mualaf sering dijenamakan semula. Selepas merdeka, unit
ini dikenali dengan nama Unit Muallaf, kemudian ditukar kepada Unit
Ukhwah. Seterusnya unit ini ditukar kepada Unit Saudara Baru diikuti
pula Unit Dakwah Saudara Kita yang dikuatkuasakan pada 15 Januari
2001.26

Terkini pengurusan mualaf di Selangor meneruskan
kesinambungannya dengan memperuntukkan suatu Bahagian
Pengurusan dan Pembangunan Mualaf yang terletak di bawah Sektor
Pengurusan Sosial. Peranan bahagian ini adalah untuk:

25 Abdul Ghani Abdullah, "Permasalahan Saudara Baru Dan Penyelesaiannya Di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur" (Universiti Malaya, 2013).
26 Mohammad Hasni Abu Bakar, "Peranan Unit Saudara Kita Jabatan Agama
Islam Selangor Dalam Menangani Hak Dan Kedudukan Mualaf" (Universiti
Malaya, 2004), 35-6.

92

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

1. Mengurus, merekod, menyelenggara, mengemaskini dan
mengawal pendaftaran mualaf.

2. Merancang dan melaksanakan program-program pendidikan
mualaf.

3. Mengenal pasti, mengurus dan menjaga hal ehwal kebajikan
mualaf; dan

4. Mengurus dan melaksanakan program Dakwah Kefahaman
Islam kepada Non Muslim.27

Tugas yang dipikul oleh bahagian ini jelas berkait rapat
dengan hal pentadbiran mualaf baik dari segi pendaftaran, pengisian
dan kebajikan. Malah, tugas untuk menambah bilangan bukan Islam
juga menjadi tumpuan skop kerja mereka. Untuk membantu
melicinkan lagi kerja bahagian ini, MAIS menawarkan perkhidmatan
Muslim Care untuk membantu mualaf dalam aspek:

1. Memberi pendedahan dan kefahaman tentang. perkara-
perkara berkaitan mualaf (pendaftaran, penjagaan &
pengajaran) di Selangor.

2. Mendedahkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi selaras
dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003.

3. Mewujudkan komunikasi mesra antara mualaf dengan
Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Mualaf (MAIS) di
peringkat awal pengislaman.28

Muslim Care menyediakan dua perkhidmatan utama iaitu
rumah perlindungan mualaf dan pengurusan pendidikan mualaf
melalui bantuan dan biasiswa. Ini memberikan petanda bahawa
mualaf di Selangor telah mendapat perhatian serius dari pihak Majlis
Agama Islam Selangor. Aspek kebajikan dan pendidikan telah diberi
perhatian besar. Usaha bahagian ini pada asasnya telah mendapat

27 Lihat http://www.mais.gov.my/organisasi/sektor-pembangunan-sosial/bahagian-
pengurusan-dan-pembangunan-mualaf diakses 15-8-2016
28 http://www.mais.gov.my/perkhidmatan/muallaf-care/pengenalan-muallaf-care di
akses 15-8-2016

93

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

respons positif dari mualaf dengan majoriti memberi penilaian 80%
ke atas.29
Selain itu, terdapat organisasi berbentuk pertubuhan bukan kerajaan
NGO yang bekerjasama dalam mewujudkan hubungan khusus dengan
golongan mualaf seperti Hidayah Centre, ABIM, HALUAN,
PERKIM dan lain-lain. Pertubuhan ini lazimnya menjadi pusat
sokongan dalam membantu menjaga kebajikan saudara baru.

Masjid dan Pembangunan Mualaf
Selangor mempunyai bilangan masjid sebanyak 401 buah, dengan
1832 surau untuk memenuhi keperluan masyarakat muslim. Institusi
ini merupakan pusat pembangunan masyarakat Islam yang menjadi
lokasi utama rujukan dan keselamatan umat Islam. Ia merupakan
jambatan yang dapat memperkukuhkan ukhuwah, kesefahaman,
kesatuan, keharmonian, keadilan, keilmuan dan syiar umat Islam.30
Institusi yang menjadi lambang keutuhan umat Islam ini memiliki
pelbagai fungsi dan peranan yang penting bagi memastikan
masyarakat setempat dapat memantapkan keimanan dan
ketakwaannya melalui aktiviti pengimarahan masjid sama ada sebagai
pusat ibadah, pusat pendidikan dan pembelajaran, pusat pentadbiran
dan pemerintahan mahupun sebagai pusat kegiatan sosial.31

Cabaran masjid pada masa ini semakin berat apabila
berhadapan dengan era ledakan maklumat. Masyarakat terdedah
dengan pelbagai maklumat hanya dengan menggunakan hujung jari
tanpa perlu menghadirkan diri dalam majlis ilmu terutama yang
dilaksanakan di masjid. Hal ini memaksa masjid perlu bergerak lebih
proaktif bagi menangani isu umat Islam semasa dan menangani isu

29 Aidit Ghazali and Zulkifli Abdul Hamid, "Kajian Berkaitan Kepuasan Responden
Terhadap Program Bantuan Kepada New Converts Di Selangor" (kertas
dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf, KUIS Bangi,
2013).
30 Azhar Muhammad, et.al, “Menjana Pengurusan Masjid Inovatif: Satu Keperluan
Era Globalisasi”, dalam Mohd Ismail Mustari et.al, Menginovasi Masjid
Mensejahtera Ummah, (Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2013), h.
1
31 Nor Raudah Hj Siren & M. Zaidi A. Rahman, Strategi Mengurus Masjid ,
(Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya,
2006), h.2.

94

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dakyah musuh-musuh Islam serta maklumat yang salah dan tidak
bertanggungjawab tentang Islam.

Kewujudan mualaf dalam sesuatu kariah turut menambah
cabaran sedia ada sebagaimana di bincangkan pada bahagian atas.
Dengan masalah yang dihadapi mualaf, kesediaan masjid
menyediakan ruang-ruang sokongan dan bantuan menjadi semakin
signifikan. Walau bagaimanapun, sejauhmanakah pusat
pembangunan masyarakat Islam ini mampu menangani golongan
mualaf seterusnya membimbing mereka untuk memiliki jiwa yang
kental, utuh dan teguh dalam Islam?

Masjid Dan Tanggungjawab Terhadap Mualaf
Kewujudan pelbagai institusi yang menawarkan perkhidmatan
kepada mualaf, kadang kala menunjukkan sikap lepas tangan. Perkara
ini dapat dilihat melalui kajian yang dilakukan oleh Mohamad Zaidi,
Nor Raudah dan Musayyadah ke atas 106 masjid yang mengambil
bahagian dalam kajian tinjauan bertajuk Penglibatan Komuniti Islam
Dalam Pengurusan Mualaf. Ini menyebabkan ada persepsi dalam
kalangan pentadbir masjid yang menyatakan bahawa perancangan
program untuk mualaf adalah di bawah tanggungjawab MAIS.

Penyerahan tanggungjawab kepada pihak lain, mungkin
dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada akan kewujudan bahagian
khas mualaf di bawah kendalian MAIS atau PERKIM yang mengurus
secara profesional mengenai hal ehwal mualaf termasuklah program
peningkatan pemahaman Islam sebagaimana di atas. Mereka
menyarankan antara lain:

i- MAIS perlu mengadakan pemantauan yang berterusan
kepada golongan mualaf.

ii- MAIS boleh mewujudkan kumpulan usrah kepada
golongan mualaf dan dibimbing oleh pakar agar mereka
tidak terasa tersisih daripada masyarakat.

iii- MAIS perlu menempatkan pegawai khas mualaf di setiap
daerah bagi memantau dan membimbing mualaf.32

Cadangan di atas memberi indikasi secara tidak langsung bahawa
pihak masjid beranggapan pihak luar yang patut mengurus hal ehwal
mualaf di kariah mereka. Idea ini mempromosikan institusi masjid

32 A. Rahman M.Zaidi, Nor Raudah Siren, and Musaiyadah Ahmad, "Penglibatan
Komuniti Islam Dalam Pengurusan Muallaf," (MAIS, 2014).

95

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

sebagai satu institusi sosial yang pasif dalam melayan keperluan
golongan minoriti di persekitaran mereka. Secara tidak langsung ia
boleh merenggangkan hubungan mualaf dengan komuniti Muslim.

Walau bagaimanapun dalam kajian yang sama, terdapat
sekitar 20-30 peratus pihak pengurusan masjid yang memasukkan
pengisian program khas kepada golongan mualaf. Ini menunjukkan
pengisian kepada mualaf bergantung kepada inisiatif pihak masjid.
Hal ini dikuatkan lagi dengan komitmen pihak pengurusan yang
masih belum memperuntukkan pengisian program berhasrat mahu
memasukkannya dalam takwim perancangan masjid masing-
masing.33

Program berbentuk pengisian ilmu agama menjadi pilihan
mereka. Ini mungkin sesuai dengan gambaran umum dan title
“saudara baru” lazimnya dikatakan memerlukan pergisian ilmu
agama. Justeru, langkah pengisian ilmu dalam berbagai bentuk (kelas
dan ceramah), tajuk yang pelbagai (berbentuk ilmu dan peristiwa
Islam), mengambil tempat yang besar dalam perancangan AJK
masjid34 yang akan diperincikan di bawah.

Masjid Dan Kecenderungan Program Terhadap Mualaf
Umumnya dalam kajian yang dilaksanakan di Selangor, pihak masjid
menunjukkan hasrat positif bagi melibatkan mualaf dalam aktiviti
berpusat di Masjid. Ada gesaan daripada mereka agar golongan
mualaf terlibat sebagai ahli jawatankuasa masjid tambahan dan juga
aktif membantu masjid. Pembabitan mualaf dalam bentuk tersebut,
secara tidak langsung - menurut satu pandangan responden - berfungsi
untuk memantau keterlibatan mereka dalam hal-hal agama. Malahan
ada responden percaya dengan menjalankan program bersungguh-
sungguh dan berterusan ia dapat memikat hati mualaf untuk istiqamah
dengan agama Islam.

Tidak sekadar menjadi ahli jawatankuasa tambahan atau
penyertaan dalam aktiviti, ada pihak masjid yang sangat prihatin akan
kebajikan mualaf. Antara keprihatinan itu dapat dikesan sebagaimana
cadangan berikut:
i. Penginapan dan kemudahan-kemudahan lain yang sesuai perlu

disediakan bagi memudahkan golongan mualaf untuk datang ke

33 Ibid.
34 Ibid.

96

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

masjid bagi mempelajari ilmu agama supaya mereka merasa
selesa dan terjaga kebajikan.
ii. Beri peluang kepada mualaf untuk berniaga di sekitar masjid
agar mereka dapat berdikari dan mengurangkan budaya
meminta-meminta.
iii. Persepsi negatif masyarakat terhadap mualaf haruslah
dibersihkan supaya mualaf tidak merasa terpinggir dan takut
untuk pergi ke masjid.
iv. Perbanyakkan program khas untuk mualaf di masjid.
v. Wujudkan tabung khas untuk mualaf.
vi. Anak-anak golongan mualaf perlu diberikan perhatian khusus
seperti memberi mereka pendidikan agama yang cukup.

Keprihatinan mereka dapat dirumuskan kepada aspek
pemantapan ilmu, bantuan ekonomi dan sokongan psikologi. Aspek
bantuan ekonomi agak banyak diperkatakan. Cadangan tersebut
mungkin terhasil daripada pengalaman mereka berinteraksi dengan
golongan mualaf ini. Ini dapat dilihat melalui misalnya cadangan
memberi ruang untuk berniaga (perkara ii) kerana pengalaman
berhadapan dengan kekerapan permohonan bantuan kewangan
daripada mualaf.

Persepsi ini juga dapat dilihat melalui cadangan mereka
kepada pihak MAIS untuk menyediakan pekerjaan yang sesuai untuk
golongan mualaf. Cadangan ini disertakan alasan supaya
permasalahan meminta-minta oleh mualaf akan berkurangan. Hal ini
dikuatkan pula dengan perkongsian maklumat yang dipetik dalam
blog Suara Mualaf mengenai masalah meminta bantuan kewangan
yang diajukan oleh mualaf kepada mereka. Masjid dalam blog ini
dicadangkan sebagai tempat praktikal menguruskan hal tersebut.35

Masjid Sebagai Pemangkin Transisi Sosial Mualaf
Dalam kajian yang sama program yang dirancang oleh pihak masjid
ke atas mualaf ada pelbagai. Namun begitu, ia didapati bersifat
stereotype biasanya berbentuk aktiviti membabitkan jumlah yang
ramai. Program berteraskan ilmu diikuti agihan bantuan menjadi
pilihan mereka. Program bercorak interaksi sosial sekalipun ada tetapi

35 Lihat http://suaramualaf.com/index.php?limitstart=15 di akses pada 10
November 2014.

97

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

cenderung ke arah sambutan hari kebesaran Islam sahaja. Tidak
dinafikan kepentingan program tersebut memberi penambahan ilmu
kepada golongan mualaf, dan usaha ini juga dilakukan oleh pihak luar
seperti MAIS dan PERKIM.

Penerokaan ke atas program yang bersifat sosial bagi mengisi
transisi mualaf masih dilihat dalam keadaan longgar. Sedangkan
program berbentuk demikian pada asasnya dapat meluaskan ruang
interaksi antara mualaf dan komuniti muslim setempat. Justeru,
program anak atau saudara angkat sebagaimana yang telah dilalui
oleh Natrah pada tahun 1950an boleh dijadikan panduan. Peristiwa ini
dapat menyediakan tapak transisi mualaf ke dalam kelompok majoriti
muslim melalui sistem keluarga angkat. Tambahan pula, cabaran hasil
daripada peminggiran keluarga asal mualaf dapat diminimakan
melalui bantuan sokongan kelurga angkat tersebut.

Masjid juga boleh mengusahakan program bersifat tidak
formal. Misalnya masjid boleh mengambil inisiatif berpakat dengan
beberapa keluarga seperti menjemput mualaf makan bersama
keluarga tersebut mengikut keselesaan masing-masing.36 Selain itu
lawatan atau ziarah, melancong bersama dan sebagainya boleh
dirancang secara berkala bagi menghilangkan trauma penolakan
keluarga dan etnik asal terhadap mualaf. Perancangan berskala kecil
begini tidak membabitkan kos yang tinggi tetapi tepat pada sasaran
lantaran ianya membentuk program sokongan kepada mualaf.

Program seumpama ini, dari segi luarannya tidak bersifat
formal namun ada nilai tertentu dalam memenuhi tanggungjawab
sosial berbentuk penyediaan ruang dalam membina hubungan
silaturrahim antara mualaf dan masyarakat muslim. Namun pemilihan
keluarga atau karakter yang sesuai juga wajar dipertimbangkan. Ini
diambil kira agar mualaf boleh menjadikan keluarga angkat atau
kenalan baru muslimnya sebagai batu loncatan menjadi sebahagian
komuniti muslim setempat yang besar. Transisi ini pada asasnya
mengambil kira hasil temu bual dengan beberapa orang mualaf
mengatakan masih wujud masalah persepsi negatif dan sikap ‘double

36 Pengalaman pengkaji, ketika melanjutkan pelajaran di Wales berinteraksi dengan
mualaf boleh dikongikan. Kami pelajar Malaysia di sana, menjamu muallaf setiap
Jumaat dengan beberapa sahabat secara giliran. Ini dapat mendekatkan mereka
dengan komuniti Muslim. Mereka merasa dihargai dan menunjukkan minat untuk
mendalami Islam.

98

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

standard’ antara mualaf dengan komuniti Melayu Muslim.

Ketidakselesaan mereka menyebabkan penyertaan terhadap sesuatu

program anjuran masjid adalah rendah.

Usaha demikian pada asasnya selaras dengan penggunaan

perkataan mualaf di dalam al-Quran. Istilah mualaf dari akar kata
hamza lām fā (‫ )أ ل ف‬yang digunakan dalam al-Quran sebanyak 22

kali melalui empat bentuk penggunaannya iaitu:
a. Lima kali37 dalam bentuk penggunaan kata kerja (fi’l) allafa
(‫ )أَ َّل َف‬dengan makna menyatu atau menyatupadukan atau

mengumpulkan.
b. Empat belas kali38 dalam bentuk kata nama (Isim) alf (‫)أَ ْلف‬

dengan makna ribu.

c. Sekali39 dalam bentuk isim maf’ul (passive participle) mu-
allafat (‫) ُم َؤ َّلفَة‬.
Dmuasadkaarlii4l0āfd(a‫ف‬la‫َل‬mَٰ ِ‫)إ‬
d. bentuk kata benda verbal (verbal noun) atau
aman tenteram.

Penggunaannya sebagaimana dalam al-Quran khususnya
bahagian dari surah al-Imran 103 dan al-Anfal, 63 memang
mempunyai kaitan dengan aspek emosi manusia dalam membina
persefahaman berdasarkan iman. Kedua-dua surah tersebut bagi Ibn
Kathir terkait antara satu sama lain bagi menggambarkan keadaan
jahiliyah terhapus dengan mewujudkan persamaan akidah yang
menyatukan antara golongan Aus dan Khazraj. Tambahan pula,
perkataan itu digandingkan dengan hati yang mencerminkan aspek
psikologi perakuan dan penerimaan satu pihak dengan pihak yang lain
dalam bentuk aktif.

Rumusan Dan Penutup
Perubahan pegangan agama pada asasnya memerlukan suatu
kekuatan dalaman yang kuat. Ini kerana perubahan itu lazimnya
diiringi dengan penyesuaian gaya hidup (kepercayaan dan peraturan)

37 3:103, 8:63, 8:63, 8:63 dan 24:43. Dalam surah al-Anfal sahaja ada tiga akar kata
tersebut digunakan.
38 2:96, 2:243, 3:124, 3:125, 8:9, 8:65, 8:66, 8:66, 22:47, 29:14, 32:5, 37:147, 70:4
dan 97:3.
39 3:60
40 106:1 dan 106: 2

99

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

agama lama kepada tuntutan agama baru. Cabaran ini menjadi
masalah mualaf yang membawa identiti baru. Namun, dengan
menggalas identiti ini, bermaksud mereka bersedia menempuh
halangan dan cabaran. Kesanggupan mereka melalui perubahan
menjadi satu tanggungjawab institusi Islam di Selangor iaitu Jabatan
Agama Islam Selangor. Mualaf juga turut mendapat tempat dalam
kalangan Badan Bukan Kerajaan Islam (NGI) yang khusus
ditubuhkan untuk berhadapan dengan isu-isu mualaf.

Walau bagaimanapun, peranan masjid patut diteroka dengan
lebih jauh bagi menyediakan tapak transisi sosial dalam masyarakat
jika golongan mualaf berada dalam kawasan kariah mereka.
Hubungan kedekatan kawasan menjadi kunci utama untuk pihak
masjid mengadakan program memperkasakan identiti mualaf dengan
membina transisi sosial yang lebih bermakna berbanding di peringkat
pusat yang jauh dan memerlukan masa.

Rujukan
Abdullah, Abdul Ghani. "Permasalahan Saudara Baru Dan

Penyelesaiannya Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur."
Universiti Malaya, 2013.
Azman, AR, MS Irwan, MD Nuradli Ridzwan Shah, Rose Irnawaty
Ibrahim, and Norlina Ismail. "Indeks Pengukuran Penentuan
Had Tempoh Mualaf Di Malaysia." Jurnal Pengurusan dan
Penyelidikan Fatwa 6 (2015).
Bakar, Mohammad Hasni Abu. "Peranan Unit Saudara Kita Jabatan
Agama Islam Selangor Dalam Menangani Hak Dan
Kedudukan Mualaf." Universiti Malaya, 2004.
Ghazali, Aidit, and Zulkifli Abdul Hamid. "Kajian Berkaitan
Kepuasan Responden Terhadap Program Bantuan Kepada
New Converts Di Selangor." Kertas dibentangkan di
Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf, KUIS
Bangi, 2013.
Herman, Iran. "Nilai, Persepsi Jangkaan Saudara Baru Cina Terhadap
Masyarakat Dan Agama Islam." Chap. 4 dalam Dakwah
Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode Dan
Pengalaman, Abdul Ghafar Don, Berhanudin Abdullah and

100

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Zulkiple Abd. Ghani eds., 25. Bangi: Jabatan Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan, 1998.
Hew, Wai Weng. "Penamaan Dan Identiti Cina Muslim:
Pensempadanan, Perundingan Dan Kacukan Identiti Di
Malaysia." Kertas dibentangkan di the Conference 4th
International Malaysian Studies Conference; 3-5 August
2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004.
M.Zaidi, A. Rahman, Nor Raudah Siren, and Musaiyadah Ahmad.
"Penglibatan Komuniti Islam Dalam Pengurusan Muallaf."
MAIS, 2014.
Ma, Rosey. "Being Muslim and Chinese in Malaysia." Chap. 2 In
Malaysian Chinese: Recent Developments and Prospects,
edited by Lee Hock Guan and Leo Suryadinata, 26. Singapore:
Institute of Southeast Asian Studies, 2012.
Saw, Swee-Hock. "Population Trends and Patterns in Multiracial
Malaysia." Chap. 1 In Malasyia Recent Trends and
Challanges, edited by Swee-Hock Saw and K. Kesavapany, 1-
25. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2006.
Siren, Nor Raudah Hj, and M. Zaidi A. Rahman. Strategi Mengurus
Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan
Insan, Universiti Malaya, 2006.

101

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
102

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

PENDEKATAN DAKWAH KEPADA PELANCONG BUKAN
ISLAM DI MASJID-MASJID DI SEKITAR LEMBAH KLANG

Erny Izatun Salwa Kamaruddin1, Dr Muhammed Yusof2

Pendahuluan
Dakwah adalah satu tugas mulia yang wajib dilaksanakan oleh setiap
Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Tugas
dakwah adalah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan oleh
seorang pendakwah yang benar-benar memahami isi pelaksanaan
dakwah yang sebenar. Tambahan pula ianya dilaksanakan dengan hati
yang penuh keikhlasan dan kesabaran.

Islam menuntut kita menyampaikan dakwah kepada semua
umat manusia termasuklah kepada orang bukan Islam. Dakwah
terhadap orang bukan Islam perlulah mengambil pendekatan
memujuk berasaskan prinsip hikmah agar tidak berlaku fitnah kepada
agama Islam.3 Pendekatan ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-
Nya di dalam surah an-Nahl ayat 125 yan bermaksud;

“Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran
yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat petunjuk.”

Dari ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa dakwah perlu
dilaksanakan dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik agar

1 Erny Izatun Salwa Bt Kamaruddin, calon Sarjana Usuluddin, Jabatan Dakwah
dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
2 Muhammed Bin Yusof, Phd, Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
3 Abdul Ghafar Don, Nurul Nazuha Hazizan, Razaleigh Muhamat @ Kawangit.
(2011). Dakwah kepada Non-Muslim: Sorotan Pendekatan Rasul Ulu al-’Azmi. The
International Journal of Islamic Studies. Islamiyyat 33. M/s 45-52.

103

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dakwah dapat diterima oleh semua mad’u lebih-lebih lagi bukan
Islam.

Melihat skop di Malaysia, perkembangan dan kemajuan
masyarakat Islam di negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama
ini membuatkan masyarakat luar tertarik untuk datang ke Malaysia.4
Sehingga kini, telah ramai pelancong datang ke Malaysia untuk
melihat dan merasai sendiri keamanan rakyat dan masyarakat disini.

Statistik kedatangan pelancong ke Malaysia dari tahun 2010
sehingga 20145 menunjukkan peningkatan yang sangat
memberangsangkan dimana sebanyak 27.4 juta pelancong telah
masuk ke Malaysia pada tahun 2014 berbanding seramai 25.72 juta
pelancong pada tahun 2013 dan seramai 25.03 juta pelancong pada
tahun 2012 serta 24.71 juta pelancong dan 24.58 juta pelancong
masing-masing bagi tahun 2011 dan 2010. Peningkatan setiap tahun
bagi tahun 2010 hingga 2014 adalah antara 0.5% sehingga 6.7%.
Walaubagaimanapun, statistik untuk tahun 2015 menunjukkan sedikit
penurunan dengan jumlah penurunan sebanyak 6.2% iaitu kepada
25.7 juta pelancong.6

Pendapatan hasil dari aktiviti pelancongan mencatatkan
pertumbuhan hampir 10 peratus iaitu RM72 bilion pada tahun 2014
berbanding RM65.4 bilion pada tahun 2013.7 Ini menunjukkan
bahawa sektor pelancongan mampu menyumbang kepada
peningkatan ekonomi Malaysia.

Melihat kepada jumlah kedatangan pelancong yang ramai
serta dapat membantu mempertingkatkan ekonomi negara,
membuatkan JAKIM tertarik untuk menyebarluaskan dakwah melalui
institusi masjid. Lantaran itu, satu persidangan meja bulat telah
diadakan anjuran pihak JAKIM sendiri pada 23 Febuari 2016 yang
bertujuan untuk menjadikan masjid sebagai pakej pelancongan di
negara ini.8 Ini adalah satu usaha murni JAKIM apabila melihat
masjid menjadi tempat tumpuan dan mendapat sambutan dari setiap
pelancong luar negara apabila datang melancong ke Malaysia.

4 Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn Bhd. H.1.
5 http://www.tourism.gov.my/statistics. Di akses pada 19 April 2016.
6 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jumlah-pelancong-dijangka-naik-30-5-
juta-1.506775. Diakses pada 8 April 2016.
7 http://www.hmetro.com.my/node/58578?m=1 . Diakses pada 1 April 2016.
8 www.bernama.com. Diakses pada 26 Febuari 2016.

104

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Dengan menjadikan masjid sebagai satu pakej pelancongan,
ianya secara tidak langsung membuka ruang kepada masjid untuk
dijadikan sebagai pusat penyebaran dakwah kepada pelancong bukan
Islam yang datang ke Malaysia. Inilah peluang yang harus
dimanfaatkan oleh para pendakwah dan tidak terlepas juga pihak
Islamic Outreach Abim untuk terus lebih aktif berdakwah kepada para
pelancong yang datang ke Malaysia.9

Islamic Outreach Abim telah mewujudkan satu program
dakwah yang dilaksanakan terhadap pelancong bukan Islam yang
datang ke masjid. Program ini telah mula dilaksanakan tahun 2003 di
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Salah satu destinasi
pelancong utama adalah masjid semenjak ia telah dibuka kepada
pelancong bukan Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam di seluruh negara.10

Kini, Islamic Outreach Abim telah mempunyai kira-kira lebih
100 orang pendakwah yang aktif dan sanggup mengorbankan masa
dan tenaga untuk menyampaikan mesej Islam kepada para pelancong
yang bukan Islam di dalam perkarangan masjid. Hasilnya, ramai
pelancong yang telah memeluk Islam secara sukarela11 setelah datang
berkunjung ke Masjid Negara.12

Pendekatan Dakwah Kepada Pelancong Bukan Islam Di Masjid
Terdapat beberapa pendekatan yang telah dilaksanakan oleh pihak
masjid di sekitar Lembah Klang iaitu:
1. Menjawab atau Membalas Salam Dengan Baik.13
2. Penggunaan Bahasa Yang Mudah Difahami14

9 Temubual bersama Ustaz Mohd Sofian bin Mat Ludin, penolong pengarah
bahagian keluarga, sosial dan komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Putrajaya. Di Jakim, Putarajaya, pada 3 Mac 2016, jam 10.00 pagi - 12.00
tengahhari.
10http://www.ioacentre.com/index.php/2014-03-17-04-04-53/program-dakwah-
pelancong-masjid-masjid-tour-guide-mtg. di akses pada 13 Mac 2016.
11http://www.ioacentre.com/index.php/2014-03-17-04-04-53/program-dakwah-
pelancong-masjid-masjid-tour-guide-mtg
12 Nurul Akma Ghazali. (2010). Dakwah Terhadap Pelancong Non-Muslim: Suatu
Kajian di Masjid Negara Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. h.99.
13 Mohamad Nidzam Abd kadir. (2009). Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim.
Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur. h. 3.
14 Ab.Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. Penerbit Universiti Malaya.
H. 12-19.

105

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

3. Mengajak Bukan Islam Berbicara Mengenai Agama15
4. Akhlak Sebagai Contoh Teladan Yang Baik16
5. Peramah dan Pandai Mengambil Hati17
6. Komunikasi Dalam Bentuk Penjelasan Yang Nyata dan Terang18
7. Memberi layanan yang baik19
8. Penampilan-Berpakaian Yang Kemas dan Sesuai20
9. Toleransi dan tiada paksaan21
10. Mencari persamaan berasaskan akidah22
11. Dakwah dengan tulisan23
12. Risalah24

Masjid Negara Kuala Lumpur
Masjid Negara adalah sebuah masjid yang telah disenaraikan sebagai
masjid pelancong bermula pada tahun 2010 ketika JAKIM
menyenaraikan masjid-masjid yang dapat menarik perhatian dan

15 Mohamad Nidzam Abd kadir. 2009. ibid. h.3.
16 Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot. Prinsip dan
Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi. (1998). h. 80-90. Lihat juga Abdul Karim Zaidan.(
1980). Dasar-dasar Ilmu Dakwah(2). Alih bahasa oleh H.M. Asywadi Syukur Lc.
Penerbit Media Da’wah. Dewan Pustaka Islam Kuala Lumpur. h. 280-290.
17 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h. 230-235.
18 Ab.Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h. 12-19.
19 Mohd Yazid bin Saad. (2012). Aplikasi Ilmu Perbadingan Agama Dalam
Pendekatan Dakwah Non-Muslim: Kajian Terhadap Program Islamic Outreach
ABIM. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya. H. 66-68.
20 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. H. 230-235.
21 Abdullah Muhammad Zin & Padzal Hj. Mokhtar. Metodologi Dakwah Kepada
Masyarakat Orang Asli: Pengalaman Pengislaman di Sungai Berua, Hulu
Terengganu. Dalam Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode
& Pengalaman. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM,
Bangi. (2009). h. 81-90.
22 Danial Zainal Abidin. (2003). Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden. Edisi
Kedua. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. h.68-71.
23 Abdul Karim Zaidan. (1980). Usul al-Da’wah. Penterjemah: H.M. Asywadi
Syukur Lc. Dasar-dasar Ilmu Dakwah (2). Penerbit Media Da’wah. Dewan
Pustaka Islam Kuala Lumpur. h. 280-283.
24 Ibid h. 280.

106

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

menjadi tumpuan pelancong ketika datang melawat Malaysia.25
Masjid Negara merupakan masjid yang terletak di kawasan strategik
iaitu ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan lebih
memudahkan pelancong untuk datang melawat.

Statistik pelancong yang datang melawat ke Masjid Negara
pada tahun 2015 adalah seramai 281,601 orang pelancong dari dalam
dan luar negara.26 Anggaran pelancong yang datang setiap hari adalah
seramai 771 orang. Dengan jumlah kedatangan pelancong yang ramai
ini adalah sangat rugi jika pendakwah tidak memanfaatkan peluang
dengan menyampaikan dakwah dan penerangan tentang Islam kepada
beberapa orang pelancong walaupun hanya dengan sedikit
penerangan ringkas.

Dalam menjalankan dakwah di perkarangan masjid, dakwah
secara tidak langsung27 perlu dipraktikkan agar pelancong yang
datang tidak terasa terganggu dan tidak selesa. Ketika menjalankan
dakwah, sudah tentunya terdapat pelbagai pelancong datang dari latar
belakang bangsa dan agama yang berbeza. Ada dikalangan mereka
yang datang dengan memberi salam dan sebahagiannya memberi
salam hormat ketika memasuki perkarangan masjid. Sesetengah dari
kalangan pelancong memberi salam hormat adalah sebagai satu tanda
penghormatan kepada masjid sebagai tempat ibadah orang Muslim.
Maka para pendakwah perlulah menjawab dan membalas salam
dengan baik dan sopan28 agar para pelancong tidak terasa hati dan
wujud salah faham.

Selain dari itu, pendakwah juga perlu bersifat ramah dan
mesra agar pelancong berasa senang dan selesa untuk berinteraksi.29
Sifat ramah dan mesra sangat penting dalam menyampaikan dakwah
kerana pendekatan ini adalah satu cara untuk pendakwah menarik
hati30 pelancong bukan Islam. Seorang pendakwah yang peramah dan

25 Temubual bersama Ustaz Mohd Sofian bin Mat Ludin, Penolong Pengarah
Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Putrajaya. Pada 3 Mac 2016, jam 10.00pagi - 12.00 tengahhari.
26 Ibid. h.5
27 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h. 170.
28 Mohamad Nidzam Abd kadir. 2009. Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim.
Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur. h.2.
29 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h. 230-235.
30 Berhanundin Abdullah. Satu Kajian Konseptual Menurut al-Quran dan al-
Sunnah. Dalam Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan

107

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

pandai mengambil hati akan mendapat perhatian dari golongan orang
yang mendengar dakwah. Apabila mereka sudah tertarik dan berminat
untuk berinteraksi maka penerangan tentang Islam akan lebih senang
dan mudah untuk disampaikan. Pendekatan ini juga boleh
merangsang mereka untuk bertanya lebih lanjut tentang Islam dan
menjadi pengaruh yang besar untuk mengubah persepsi negatif orang
bukan Islam terhadap agama Islam.

Selain itu, pendekatan dakwah secara tidak langsung dengan
memperlihatkan akhlak dan tingkah laku yang baik31 juga merupakan
satu pendekatan yang sangat baik. Ini kerana, setiap pelancong yang
datang akan melihat seseorang dari luaran terlebih dahulu sebelum
mula mengenali seseorang dengan lebih dekat. Jika tingkah laku dan
akhlak yang buruk yang ditonjolkan maka tidak akan ada sesiapa yang
akan mendekati pendakwah dan dakwah tidak akan dapat dijalankan
dengan baik. Ianya akan menjadi lebih merosakkan jika akhlak yang
buruk ditonjolkan ditempat ibadah seperti diperkarangan masjid.

Selain daripada akhlak dan tutur kata yang berperanan
sebagai ejen penyampaian dakwah tidak langsung, penampilan32 yang
bersesuaian sebagai seorang pendakwah juga dituntut agar memenuhi
syariat Islam. Seorang pendakwah perlulah berpakaian kemas dan
menutup aurat agar para pelancong yang datang tidak memberikan
persepsi yang kurang baik terhadap agama Islam. Pendakwah
mestilah mengenakan pakaian yang melambangkan seorang muslim
yang sejati dan taat pada agama Islam. Penampilan bercirikan Islam
dan patuh syariat Islam sangat dititik beratkan supaya orang bukan
Islam akan tertarik dan akan memberi impak positif terhadap
keseluruhan agam Islam. Ini juga merupakan satu jalan dakwah yang
secara tidak langsung boleh menarik minat orang bukan Islam
terhadap Islam.

Malaysia. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat, Ideris Endot.
(1998). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. H. 63-72.
31 Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot. Prinsip dan
Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi. 1998. h. 80-90. Lihat juga Abdul Karim Zaidan.
(1980). Dasar-dasar Ilmu Dakwah(2). Alih bahasa oleh H.M. Asywadi Syukur
Lc. Penerbit Media Da’wah. Dewan Pustaka Islam Kuala Lumpur. h. 280-290.
32 Ab. Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. h. 230-235.

108

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Masjid Wilayah adalah masjid termoden di Malaysia yang telah siap
dibina pada tahun 2000 yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Masjid yang mempunyai keluasan 47,000 meter persegi ini mampu
menampung jemaah seramai 17,000 orang pada satu-satu masa.33
Masjid moden ini mempunyai rekabentuk kombinasi tradisi Melayu
Malaysia dan Timur Tengah yang berkonsepkan ‘masjid dalam
taman’ membuatkan pelancong tertarik untuk datang melawat ke
masjid ini.

Konsep atau pendekatan dakwah yang dilakukan oleh
pendakwah Masjid Wilayah persekutuan agak berlainan dan
mempunyai cara tersendiri dalam mengendalikan aktiviti dakwah
kepada pelancong bukan Islam yang datang melawat ke Masjid
Wilayah. Para pendakwah menggunakan pendekatan toleransi dan
tiada paksaan34 dalam menyampaikan dakwah dengan
mengaplikasikan beberapa bentuk dan teknik yang lebih kepada
menarik perhatian pelancong. Pendekatan ini selaras dengan Firman
Allah dalam surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud;

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki)
agama (Islam), sesungguhnya telah jelas
jalan yang benar dari jalan yang salah”

Pendekatan yang juga selari dengan konsep dakwah ini ialah
dengan pendekatan yang mencari persamaan berasaskan akidah35
antara agama Islam dan bukan Islam. Ianya boleh dimulakan dengan
beberapa persoalan mudah. Antara contoh persoalan yang dapat
menarik dan membuka minda pelancong bukan Islam yang berkaitan
akidah adalah seperti persoalan; Siapa pencipta anda? Pencipta saya
dan pencipta anda adalah pencipta yang sama bukan?. Persoalan
begini adalah satu bentuk persoalan bagi membuka minda pelancong

33 http://masjidwilayah.gov.my/v1/ diakses pada 20 Sept 2016.
34 Abdullah Muhammad Zin & Padzal Hj. Mokhtar. Metodologi Dakwah Kepada
Masyarakat Orang Asli: Pengalaman Pengislaman di Sungai Berua, Hulu
Terengganu. Dalam Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode
& Pengalaman. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM,
Bangi. (2009). h. 81-90.
35 Danial Zainal Abidin. (2003). Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden. Edisi
Kedua. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. h.68-71.

109

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

bukan Islam tentang asas kejadian manusia yang mana ianya
membuatkan mereka berfikir dan lebih tertarik untuk mengetahui
tentang Islam.36 Ianya secara tidak langsung akan membuatkan
pelancong bukan Islam akan mula memberi pertanyaan yang lebih
mendalam tentang agama Islam. Dari sini, para pendakwah akan
menyelitkan unsur-unsur dakwah dengan memberi penerangan yang
sebenar tentang asas-asas dalam agama Islam.

Selain dari itu, terdapat juga pendekatan seperti memberi
layanan37 yang sebaik mungkin kepada para pelancong yang datang
dan ianya merupakan satu tuntutan agama Islam untuk kita melayan
tetamu yang datang. Layanan yang diberi adalah seperti menerima
dan menyambut kedatangan pelancong dengan ucapan selamat datang
dalam bahasa ibunda mereka mengikut kemampuan pendakwah itu
sendiri.38 Contohnya seperti pelancong yang datang itu dari negara
Jepun, maka para pendakwah akan memberi ucapan selamat datang
dalam bahasa Jepun iaitu Koniciwa dan begitu juga negara-negara
lain mengikut kemahiran bahasa yang ada pada setiap para
pendakwah.

Terdapat juga pendekatan seperti memulakan bicara dengan
mengetahui latar belakang agama para pelancong dan mengajak
mereka berbicara mengenai agama39 mereka. Pendekatan ini
digunakan ketika para pelancong sudah mula tertarik untuk
mengetahui tentang Islam setelah para pendakwah dapat memberi
layanan yang baik dan mereka rasa lebih selesa dengan sikap dan
keterbukaan para pendakwah.40 Dalam hal berbicara mengenai
agama ini sikap dan pendekatan keterbukaan dan menerima pendapat

36 Temubual bersama Encik Bob Borhanuddin iaitu Pengasas Masjid Tour
Program Masjid Wilayah, di Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, pada 22 Sept 2016, jam 3ptg - 4.30ptg.
37 Mohd Yazid bin Saad. (2012). Aplikasi Ilmu Perbadingan Agama Dalam
Pendekatan Dakwah Non-Muslim: Kajian Terhadap Program Islamic Outreach
ABIM. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya. h. 66-68.
38 Temubual bersama Puan Nor Azizan Ahmad sebagai pendakwah Di Masjid
Wilayah Persekutuan, pada 22 Sept 2016, jam 3-4.30ptg.
39 Mohamad Nidzam Abd kadir. (2009). Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim.
h. 3.
40 Temubual bersama Encik Bob Borhanuddin iaitu Pengasas Masjid Tour
Program Masjid Wilayah, di Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, pada 22 Sept 2016, jam 3ptg - 4.30ptg.

110

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

pelancong bukan Islam mengenai agama mereka adalah sangat
penting supaya tidak wujud salah faham dan perselisihan pendapat.

Ketika para pendakwah menyampaikan penerangan
mengenai agama Islam kepada pelancong bukan Islam, hendaklah
dilakukan dengan penuh keyakinan41 dan tidak was-was supaya ianya
tidak menampakkan bahawa orang Islam juga tidak yakin dengan
agama yang dipegang.42 Dalam menyampaikan dakwah, keyakinan
adalah sangat penting dan bagi meningkatkan keyakinan hendaklah
seseorang pendakwah itu melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan43 yang tinggi tentang Agama Islam dan meningkatkan
kemahiran44 dalam menyebarkan ilmu tersebut.

Masjid Putra, Putrajaya
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan
salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah
bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik
Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta
diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2
tahun. Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Masjid ini menjadi
daya tarikan pelancong kerana masjid ini terletak dipusat pentadbiran
kerajaan persekutuan Malaysia iaitu di Putrajaya. Statistik pelancong
yang datang melawat Masjid Putra bagi tahun 2015 adalah seramai
545,56545 orang pelancong dan purata anggaran kedatangan sehari
adalah seramai 1490 orang.

41 Ahmad Mahmud Abu Yazid. (1996). Minhaj ad-Da’iah. Rabitah Al-Alam AL-
Islami, Makkah. Penterjemah: Usamah bin Hussein. Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia. Kuala Lumpur. h. 120-123.
42 Temubual bersama Encik Bob Borhanuddin iaitu Pengasas Masjid Tour
Program Masjid Wilayah, di Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, pada 22 Sept 2016, jam 3ptg - 4.30ptg.
43 Ab. Aziz Mohd. Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Penerbit Universiti
Malaya. h. 136-137.
44 Ibid. h.136.
45 Temubual bersama Ustaz Mohd Sofian bin Mat Ludin, penolong pengarah
bahagian keluarga, sosial dan komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Putrajaya. Di Jakim, Putarajaya, pada 3 Mac 2016, jam 10.00 pagi - 12.00
tengahhari.

111

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Konsep dan pendekatan dakwah yang dilaksanakan di
Masjid Putra Putrajaya ini menggunakan konsep memberi penerangan
yang jelas dan nyata dalam penyampaian dakwah.46 Konsep ini
diaplikasikan dalam komunikasi antara pendakwah dan pelancong
yang datang ke masjid. Komunikasi dalam bentuk yang jelas dan
terang dapat menghilangkan kekaburan dan salah faham para
pelancong terhadap agama Islam.47 Konsep ini bersesuaian dengan
Firman Allah dari surah an-Nahl ayat 35 yang bermaksud;

Maka tiada kewajipan ke atas Rasul-rasul,
selain dari menyampaikan agama Allah
dengan terang.

Selain itu, konsep ini juga harus selari dengan pendekatan
menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh para pelancong.48
Komunikasi yang berkesan adalah dimana kedua-dua pihak
berinteraksi dalam bahasa yang boleh difahami oleh kedua-dua pihak,
dalam konteks penyelidikan ini adalah pendakwah dan pelancong.
Pendakwah perlu menguasai sekurang-kurang dua jenis bahasa selain
dari bahasa Melayu.49 Ini kerana penguasaan bahasa selain dari
bahasa ibunda sangat penting bagi menyampaikan dakwah kepada
para pelancong yang datang dari pelbagai negara. Dengan penguasaan
bahasa, seorang pendakwah akan sentiasa yakin untuk berinteraksi
dengan pelancong bagi menerangkan tentang masjid dan ibadah yang
dilakukan oleh Muslim kepada pelancong sekaligus menerapkan
unsur-unsur dakwah didalamnya.50

Terdapat juga pendekatan dakwah dengan cara menunjukkan
sifat peramah dan pandai mengambil hati51 pelancong. Bersikap
peramah dan pandai mengambil hati juga adalah satu cara dakwah
dengan perbuatan yang dapat menarik hati pelancong bukan Islam
untuk mendekati Islam. Sifat peramah adalah satu sifat dimana

46 Ab.Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. h. 12-19.
47 Nurul Akma Ghazali. 2010. Dakwah Terhadap Pelancong Non-Muslim: Suatu
Kajian di Masjid Negara Kuala Lumpur. h.88-95.
48 Ab.Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h 12-19.
49 Temubual bersama encik Raja di Masjid Putra, Putrajaya pada 3 Mac 2016, jam
3.00- 4.00petang.
50 ibid. H.11.
51 Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. h 230-235.

112

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

seorang pendakwah pandai menyusun kata dan pandai menyapa setiap
orang bagi mendapatkan perhatian untuk mereka terus mendengar
dakwah yang hendak disampaikan. Selain itu, sapaan dalam bentuk
yang sesuai dengan situasi dan keadaan52 pelancong juga akan
memudahkan mereka untuk mendekati para pendakwah dan
menghilangkan rasa ruang yang jauh diantara seorang bukan Islam
dengan seorang Islam yang baru dikenali.

Dakwah dengan tulisan53 juga adalah satu daripada bentuk
pendekatan dakwah yang dapat menarik perhatian pelancong. Di
setiap masjid didalam penyelidikan ini terdapat al-Quran yang
diterjemahkan dengan pelbagai bahasa antaranya Bahasa Jepun,
Bahasa Korea, Bahasa Cina, Bahasa Thailand, Bahasa Italy, Bahasa
India dan pelbagai lagi. Para pelancong yang datang berkesempatan
untuk melihat, menyentuh dan membaca sendiri al-Quran yang
diterjemahkan ini. Para pendakwah akan membantu mereka untuk
menceritakan kisah-kisah yang terdapat didalam al-Quran tersebut.54

Ada di kalangan pelancong yang ingin mengetahui lebih lanjut
tentang isi kandungan al-Quran sehingga sanggup untuk membeli al-
Quran tersebut. Dari sini para pendakwah berpeluang untuk
menyampaikan sedikit penerangan tentang Islam dan jika pelancong
lebih berminat mereka akan diterangkan lebih lanjut tentang Rukun
Islam, Rukun Iman dan lain-lain perkara asas dalam Islam.

Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis risalah55 dan brocure
yang disediakan untuk rujukan para pelancong yang datang melawat.
Bahan-bahan ini disediakan oleh beberapa buah organisasi
termasuklah JAKIM56 sendiri, antara organisasi yang menyediakan
bahan bercetak yang diletakkan di setiap masjid adalah seperti

52 Nor Patimah Abd Rahim. (1990). Islamic Outreach ABim. Pendekatan Dakwah
Terhadap Non-Muslim dan Saudara Baru Di Wilayah Persekutuan. Latihan
Ilmiah Universiti Malaya. h.74-77.
53 Abdul Karim Zaidan. (1980). Usul al-Da’wah. h. 280-283.
54 Pengalaman penyelidik sendiri ketika melawat ke Masjid Putra di Putrajaya,
pada 20 Sept. 2016, jam 3.00-4.00petang.
55 Abdul Karim Zaidan. (1980). Usul al-Da’wah. h. 280.

56 JAKIM adalah singkatan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang terletak
di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Laman sesawang:
www.islam.gov.my

113

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

PERKIM57, Islamic Outreach ABIM, dan lain-lain. Risalah ini juga
ditulis dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, antaranya
Inggeris, Rusia, Jepun, China, Korea, Italy, India dan banyak lagi.58

Ada dikalangan para pelancong yang tidak fasih berbahasa
Inggeris, maka mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai Islam
dengan membaca risalah berkaitan Islam dalam bahasa yang mereka
fahami.59 Risalah-risalah ini akan diberi kepada para pelancong yang
berminat untuk mengetahui tentang Islam dengan lebih lanjut dan
para pendakwah akan berpeluang untuk menerangkan tentang Islam
kepada mereka.

Pendekatan Dakwah yang Dilaksanakan oleh Ketiga-Tiga Buah
Masjid kepada Pelancong Bukan Islam
Kesimpulannya, terdapat beberapa pendekatan yang telah
dilaksanakan oleh ketiga-tiga buah masjid iaitu:
1. Dakwah secara tidak langsung
2. Menjawab dan membalas salam dengan baik
3. Bersifat ramah dan mesra
4. Memperlihatkan akhlak dan tingkah laku yang baik
5. Penampilan yang bersesuaian.
6. Toleransi dan tiada paksaaan
7. Mencari persamaan berasaskan akidah
8. Memberi layanan yang baik
9. Mengajak bukan Islam berbicara mengenai agama
10. Memberi penerangan yang jelas dan nyata
11. Menggunakan bahasa yang mudah difahami
12. Berdakwah dengan tulisan seperti risalah dan al-Quran yang
diterjemahkan didalam pelbagai bahasa.

57 PERKIM adalah singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia yang
beroperasi di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Kuala
Lumpur. Laman sesawang: www.perkim.net.my
58 Pemerhatian penyelidik sendiri ketika melawat Masjid Putra, Putrajaya, Masjid
Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan.
59 Temubual bersama encik Raja di Masjid Putra, Putrajaya pada 3 Mac 2016, jam
3.00- 4.00petang.

114

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Kesimpulan
Konsep dan pendekatan yang digunapakai oleh para pendakwah
adalah pelbagai dan antara yang paling mudah untuk dilaksanakan
dalam menarik perhatian para pelancong untuk mendekati Islam
adalah dengan sifat keterbukaan pendakwah dalam menyampaikan
dan mendengar pendapat pelancong mengenai agama mereka. Selain
itu juga, pendekatan yang paling selalu digunakan oleh para
pendakwah dalam menyampaikan dakwah secara tidak langsung ialah
dengan memberi layanan yang baik, peramah dan mesra serta pandai
mengambil hati para pelancong seperti membantu mereka untuk
mengambil gambar, membawa mereka untuk melihat kawasan dan
pemandangan yang menarik dari beberapa sudut di sekitar kawasan
masjid dan sebagainya.

Selain itu juga para pendakwah tidak menggunakan paksaan
dan desakan untuk pelancong mendengar dakwah yang hendak
disampaikan sebaliknya para pendakwah pandai mempelawa dan
mengajak mereka untuk berbicara mengenai agama Islam dan agama
mereka sendiri secara terbuka. Setiap pendekatan yang digunakan
berlandaskan kepada keyakinan dan cara penyampaian yang jelas dan
nyata supaya tidak wujud kontrovesi dan salah faham kerana tujuan
dakwah adalah untuk menyampaikan kebenaran agama Islam kepada
semua manusia.

Oleh itu, pendekatan-pendekatan yang telah digunakan oleh
para pendakwah dalam berdakwah kepada pelancong seperti yang
telah dijelaskan dapat menarik minat pelancong untuk mengetahui
dan mengenali Islam dengan lebih dekat. Pendekatan tersebut juga
dapat memberi ruang kepada pendakwah untuk menyampaikan
dakwah kepada pelancong melalui penjelasan yang jelas walaupun
dalam waktu dan masa yang singkat. Oleh itu, tujuan dan objektif
dakwah untuk menyampaikan risalah dan kebenaran Islam terjadi
dengan secara tidak langsung.

115

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

RUJUKAN

Abdul Ghafar Don, Nurul Nazuha Hazizan, Razaleigh Muhamat @
Kawangit. (2011). Dakwah kepada Non-Muslim: Sorotan
Pendekatan Rasul Ulu al-’Azmi. The International Journal of
Islamic Studies. Islamiyyat 33. M/s 45-52.

Abdul Karim Zaidan. (1980). Usul al-Da’wah. Penterjemah: H.M.
Asywadi Syukur Lc.Dasar-dasar Ilmu Dakwah (2). Penerbit
Media Da;wah. Dewan Pustaka Islam Kuala Lumpur.

Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. Penerbit Universiti
Malaya. Kuala Lumpur. Page 230-235.

Ab. Aziz Mohd. Zin. (1997). Pengantar Dakwah Islamiah. Penerbit
Universiti Malaya.

Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot.
Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan
Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
(1998). Page 80-90.

Abdullah Muhammad Zin & Padzal Hj. Mokhtar. Metodologi
Dakwah Kepada Masyarakat Orang Asli: Pengalaman
Pengislaman di Sungai Berua, Hulu Terengganu. Dalam
Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Konsep, Metode
& Pengalaman. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti
Pengajian Islam UKM, Bangi. 2009.

Abdurrahman AL-Baghdadi, t.t. Menghayati Dakwah Rasulullah Di
Era Globalisasi. Serambi Timur Sdn Bhd.

Ahmad Mahmud Abu Yazid. (1996). Minhaj ad-Da’iah. Rabitah Al-
Alam AL-Islami, Makkah. Penterjemah: Usamah bin
Hussein. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kuala
Lumpur.

Berhanundin Abdullah. 1998. Satu Kajian Konseptual Menurut al-
Quran dan al-Sunnah. Dalam Prnsip dan Kaedah Dakwah
dalam Arus Pembangunan Malaysia. Abdullah Muhammad
Zin, Che Yusoff Che Mamat, Ideris Endot. 1998. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Danial Zainal Abidin. 2003. Bahan Berdakwah Untuk Remaja
Moden. Edisi Kedua. PTS Publications & Distributors Sdn
Bhd. H.68-71.

116

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Mohamad Nidzam Abd kadir. 2009. Fiqah Berinteraksi Dengan Non-

Muslim. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur. h.2.

Mohd Yazid bin Saad. 2012. Aplikasi Ilmu Perbadingan Agama

Dalam Pendekatan Dakwah Non-Muslim: Kajian Terhadap

Program Islamic Outreach ABIM. Jabatan Akidah dan

Pemikiran Islam Universiti Malaya. H. 66-68.

Nor Patimah Abd Rahim. 1990. Islamic Outreach ABim. Pendekatan

Dakwah Terhadap Non-Muslim dan Saudara Baru Di

Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah Universiti Malaya.

Nurul Akma Ghazali. 2010. Dakwah Terhadap Pelancong Non-

Muslim: Suatu Kajian di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Latihan Ilmiah Universiti Malaya. H.99.

Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn

Bhd. H.1.

http://www.ioacentre.com/index.php/2014-03-17-04-04-53/program-

dakwah-pelancong-masjid-masjid-tour-guide-mtg

http://masjidwilayah.gov.my/v1/ diakses pada 20 Sept 2016.

http://www.tourism.gov.my/statistics. Di akses pada 19 April 2016.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jumlah-pelancong-dijangka-

naik-30-5-juta-1. 506775. Diakses pada 8 April 2016.

http://www.hmetro.com.my/node/58578?m=1 . Diakses pada 1 April

2016.

www.bernama.com. Diakses pada 26 Febuari 2016.

Temubual bersama Encik Bob Borhanuddin iaitu Pengasas Masjid
Tour Program Masjid Wilayah, di Masjid Wilayah, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, pada 22 Sept 2016, jam 3ptg -
4.30ptg.

Temubual bersama Puan Nor Azizan Ahmad sebagai pendakwah Di
Masjid Wilayah Persekutuan, pada 22 Sept 2016, jam 3-
4.30ptg.

Temubual bersama Ustaz Mohd Sofian bin Mat Ludin, Penolong
Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya. Pada 3 Mac 2016, jam
10.00pagi - 12.00 tengahhari.

Temubual bersama encik Raja di Masjid Putra, Putrajaya pada 3 Mac
2016, jam 3.00- 4.00 petang

117

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti
118

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

KEPERLUAN DAKWAH KEPADA GOLONGAN
GELANDANGAN: SATU PENELITIAN AWAL

Mohammad Sabran Harun, Dr Muhammed Yusof,
Dr Yusmini Md. Yusoff

Pendahuluan
Sejarah gelandangan telah muncul sejak zaman Nabi Muhammad
SAW dan golongan ini dikenali dengan istilah Banu Mudhar
(golongan melarat). Berdasarkan riwayat, Nabi Muhammad SAW
pernah terlihat kelibat Banu Mudhar ketika melintasi kawasan masjid
pada suatu ketika. Melihat kepada kumpulan tersebut, Rasullullah
SAW naik ke mimbar dan berseru kepada penduduk agar
memperbanyak sedekah.

Pengajaran ini memberikan kita bahawa Islam tidak
membenci “golongan melarat” bahkan mereka wajar dibantu untuk
keluar daripada kehidupan yang serba daif dan kekurangan itu. Kaum
yang melarat diminta supaya berusaha untuk berubah dan bertakwa
kepada Allah SWT agar dimurahkan rezeki. Golongan yang melarat
itu sebenarnya ujian Allah SWT kepada manusia lain yang
kedudukannya lebih baik agar sentiasa membantu.

Menurut perspektif sosiologi, kaum gelandangan adalah
mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai
tempat tinggal. Orang miskin, walaupun mereka tidak mempunyai
pekerjaan tetap, masih mempunyai tempat tinggal walaupun amat
sederhana. Fenomena gelandangan turut meningkatkan jumlah orang
miskin di bandar-bandar besar. Kemunculan gelandangan dalam era
moden dikaitkan dengan pelbagai faktor, tetapi yang paling besar
ialah perbandaran.1

Kenyataan Media isu gelandangan oleh Dato’ Sri Rohani
Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat pada 3 Jun 2014. Sejak isu gelandangan ini menjadi isu
sosial di negara kita, ia telah menjadi isu bersama dengan semua pihak
baik agensi kerajaan, agensi swasta, NGO, masyarakat dan orang
awam. Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan
agensi seperti PBT, PDRM, AADK, Imigresen, Jabatan Kesihatan,

1 http://www.dakwah.com.my

119

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan
Agama Islam telah pun berlaku bagi mengatasi masalah gelandangan
ini. Hubungan kerjasama ini amat penting bagi memastikan
kesejahteraan sosial negara. Golongan gelandangan ini terdiri
daripada pelbagai latar belakang antaranya warga emas, penagih
dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat, orang yang
bekerja tapi tidak berumah dan lain-lain.

Operasi terhadap gelandangan dan pengemis ini dilaksanakan
berdasarkan tanggungjawab di bawah JKM bagi menyelamatkan
orang papa dan pengemis seperti yang dinyatakan di bawah Akta
Orang Papa 1977. Lazimnya selepas operasi dijalankan, proses
saringan akan dijalankan oleh agensi yang terlibat bagi mengenalpasti
permasalahan dan keadaan pengemis tersebut. JKM hanya berperanan
untuk menyelamatkan pengemis tempatan sahaja. Bagi pengemis
warga asing pula, mereka yang ditahan semasa operasi menyelamat
akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan
selanjutnya. Begitu juga sekiranya ada dalam kalangan pengemis
yang ditahan itu terlibat dengan pengambilan dadah, maka AADK
akan membantu menguruskan mereka.

Bagi pengemis yang berada di bawah tindakan JKM, Jabatan
akan mendapatkan Perintah Tahan Sementara di bawah Seksyen 3(2)
Akta Orang Papa 1977 (AOP) bagi membolehkan melalui mahkamah
pengemis tersebut ditahan selama tempoh tidak melebihi 30 hari
untuk tujuan siasatan. Bagi yang mempunyai kelaurga dan sanggup
memberi jagaan mereka akan dikembalikan kepada keluarga.
Sekiranya di dapati mereka memang benar-benar miskin, daif dan
tiada keluarga maka mereka akan ditempatkan di Rumah Seri
Kenangan (RSK) bagi pengemis yang berumur 60 tahun ke atas
ataupun Desa Bina Diri (DBD) bagi pengemis yang berumur 18-59
tahun untuk diberi perlindungan dan menjalani pemulihan. Tempoh
perlindungan dan pemulihan adalah 3 tahun mengikut Seksyen 3(4)
AOP.

Di DBD dan RSK berkenaan, mereka akan menjalani
pemulihan, perlindungan dan latihan kerjaya dalam bidang
vokasional, pertanian dan kraftangan. Pendidikan kerohanian dan
rekreasi, rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan juga turut
disediakan.

120

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Isu gelandangan ini berkait rapat dengan Akta Orang Papa
1977. Kebanyakan mereka yang bergelandangan adalah daripada
kategori khalayak ini. Justeru, KPWKM kini dalam proses meminda
Akta Orangorang Papa 1977 yang sedia ada dengan cadangan
memasukkan elemen penguatkuasaan di dalam akta berkenaan.
Pindaan tersebut perlu dilaksanakan sebagai langkah membasmi
kegiatan mengemis yang dilihat semakin serius dan mempunyai unsur
penipuan.

Buat masa ini, akta yang sedia ada hanya bersifat untuk
memberi perlindungan dan pemulihan terpakai untuk memberi
perlindungan serta pemulihan terhadap pengemis yang diselamatkan
setiap kali operasi diadakan.

Jadi sukar bagi Kementerian mengambil tindakan
penguatkuasaan terhadap sindiket yang mengekploitasi individu lain
untuk mengemis atau seseorang yang menjadikan mengemis ini
sebagai karier sehingga mereka dapat mengaut keuntungan mencecah
ribuan ringgit sebulan walaupun mereka ini sihat tubuh badan atau
mampu bekerja mencari pendapatan sendiri.

Akta sedia ada juga hanya terpakai untuk memberi
perlindungan serta pemulihan terhadap pengemis yang berumur 60
tahun ke atas dan berumur 18 – 59 tahun yang jatuh di bawah kategori
miskin tegar, daif dan tiada keluarga.

Justeru, pindaan yang dicadangkan adalah berkaitan hukuman
untuk dimasukkan kepada akta berkenaan ialah mengenakan
kompaun, denda khidmat masyarakat ataupun hukuman penjara
kepada individu yang mengekploitasi orang lain untuk mengemis atau
individu yang menjadikan mengemis ini sebagai karier sehingga
mereka dapat mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit sebulan
walaupun mereka ini sihat tubuh badan atau mampu bekerja mencari
pendapatan sendiri.2

Takrif Gelandangan
Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau Dewan Bahasa dan Pustaka
mengertikan perkataan gelandangan iaitu orang yang pekerjaannya

2 Kenyataan Media oleh Dato’ Sri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 3 Jun 2014

121

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

atau tempat tinggalnya tidak tetap. Tidak tentu tempat kediamannya
atau pekerjaannya.3

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gelandangan
bermaksud orang yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan
norma-norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat serta
tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap atau layak
dalam wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum.4

Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan
memulihkan orang papa dan bagi mengawal kutu rayau.

[Semenanjung Malaysia—15 November 1977,
P.U. (B) 678/1977; Sarawak—27 Januari 1995,
P.U. (B) 33/1995]

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan
Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan
dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa: 1. (1) Akta ini bolehlah
dinamakan Akta Orang Papa 1977 dan hendaklah terpakai bagi
seluruh Malaysia.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta dan tarikh
yang berlainan boleh ditetapkan bagi Negeri yang berlainan dalam
Malaysia, dan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran: 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain—

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat,
dan termasuklah seseorang Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
dan Pengarah Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan;

3 http://prpm.dbp.gov.my
4 http://prpm.dbp.gov.my

122

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

“mengemis” ertinya apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong
pemberian sedekah, sama ada atau tidak terdapat apa-apa perbuatan
pura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk
jualan atau selainnya;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi
perkhidmatan kebajikan;

“orang papa” ertinya—
(a) seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam
dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin
menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazim mengunjungi
tempat itu atau pun hingga menimbulkan kacau ganggu; atau
(b) seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama
ada atau tidak dia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian
pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan
hal dirinya dengan memuaskan;

“Penguasa” ertinya seseorang yang mengurus atau mengawal sesuatu
rumah kebajikan;

“rumah kebajikan” ertinya sesuatu institusi, atau sebahagian
daripadanya, yang ditubuhkan di bawah Akta ini untuk menerima,
menjaga dan memulihkan orang papa.

Kuasa bagi menghendaki seseorang orang papa tinggal di rumah
kebajikan: 3. (1) Mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan
sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan
yang bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah atau mana-mana
pegawai kebajikan masyarakat boleh mengambil ke dalam jagaannya
manamana orang papa dan mengemukakan orang itu ke hadapan
seseorang Majistret dalam tempoh dua puluh empat jam:

Dengan syarat bahawa jika orang papa itu tidak mahu diambil
atau memberikan apa-apa tentangan kepada pegawai yang disebut
dalam subseksyen ini, pegawai itu boleh meminta mana-mana
pegawai polis untuk membantu menjalankan kuasanya, dan menjadi
kewajipan tiap-tiap pegawai polis untuk mematuhi permintaan itu.

123

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

(2) Jika Majistret itu mempunyai sebab yang munasabah untuk
mempercayai bahawa seseorang yang dibawa ke hadapannya itu ialah
orang papa, dia boleh memerintahkan supaya orang itu dimasukkan
sementara ke dalam suatu rumah kebajikan sementara menunggu
suatu laporan oleh pegawai kebajikan masyarakat.
(3) Laporan itu hendaklah disiapkan dalam tempoh satu bulan dari
tarikh orang itu dimasukkan ke dalam suatu rumah kebajikan.
(4) Seseorang Majistret dalam Kamar jika berpuas hati daripada suatu
laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat
bahawa orang itu seorang orang papa, boleh dengan waran yang
ditandatangani sendiri olehnya memerintahkan supaya orang itu
tinggal dalam suatu rumah kebajikan selama tempoh yang tidak boleh
melebihi tiga tahun:

Dengan syarat bahawa seseorang Majistret dalam Kamar
boleh, jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh
seseorang pegawai kebajikan masyarakat, melanjutkan Perintah itu
selama suatu tempoh selanjutnya yang difikirkannya patut dan
tempoh itu tidak boleh melebihi tiga tahun.
(5) Penguasa rumah kebajikan itu hendaklah menjaga orang papa
yang telah dimasukkan sementara atau yang telah diperintahkan
supaya tinggal dalam suatu rumah kebajikan.
(6) Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang berumur di bawah
lapan belas tahun.

Masuk secara sukarela ke rumah kebajikan: 4. Mana-mana orang
papa yang secara sukarela meminta supaya dimasukkan ke suatu
rumah kebajikan dikehendaki mengaku janji bahawa, jika diterima
masuk, dia akan patuh kepada syarat masuk yang dikenakan di bawah
Akta ini atau kepada apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya.

Menteri boleh menubuhkan rumah kebajikan: 5. (1) Menteri
boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan rumah
kebajikan di mana-mana tempat yang difikirkannya patut.
(2) Menteri boleh melantik penguasa bagi mengurus rumah
kebajikan.

Lembaga Pelawat: 6. Menteri boleh melantik suatu Lembaga
Pelawat bagi tiap-tiap rumah kebajikan untuk melaksanakan

124

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

kewajipan dan fungsi sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh
Menteri melalui kaedah kaedah dan untuk memberikan nasihat dan
membuat syor kepada Ketua Pengarah mengenai apa-apa perkara
yang dirujukkan kepadanya oleh Ketua Pengarah.

Kaedah-kaedah bagi mengurus rumah kebajikan: 7. Menteri
boleh membuat kaedah-kaedah—
(a) bagi mengawal selia pengurusan rumah-rumah kebajikan dan
penerimaan masuk orang ke dalamnya dan bagi menjaga, mengawal,
mendisiplinkan dan memulihkan orang yang tinggal di dalamnya;
(b) bagi menetapkan penubuhan dan fungsi Lembaga Pelawat; dan
(c) pada amnya bagi menguatkuasakan Akta ini.

Dilepaskan dari rumah-rumah kebajikan: 8. (1) Mana-mana orang
yang diterima masuk ke sesuatu rumah kebajikan, sama ada atas
permohonannya sendiri atau selainnya, boleh dilepaskan oleh
Penguasa—
(a) jika ia berpuas hati bahawa penghuni itu telah mendapat pekerjaan
yang sesuai untuk menyenggara dirinya; atau
(b) kepada jagaan seseorang yang mahu dan berkebolehan menjaga
dan menanggung penghuni itu dengan sepatutnya.

Orang yang tinggal di rumah kebajikan boleh dikehendaki
mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai: 9. Mana-mana
orang yang tinggal di sesuatu rumah kebajikan boleh dikehendaki
mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang sesuai, sama ada
dengan tujuan untuk melayakkan dia untuk pekerjaan di luar rumah
kebajikan itu atau dengan tujuan untuk membolehkan dia memberikan
sumbangan kepada penyenggaraannya dalam rumah kebajikan itu.

Orang yang tinggal di rumah kebajikan boleh dihantar ke
hospital: 10. Mana-mana orang yang tinggal di sesuatu rumah
kebajikan boleh dihantar ke sesuatu hospital atau institusi perubatan
lain untuk dirawat, jika diarahkan sedemikian oleh pegawai
perubatan, dan hendaklah disifatkan semasa menerima rawatan itu
sebagai seorang penghuni rumah kebajikan itu.

125

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Penalti: 11. Mana-mana orang yang—
(a) tidak mahu diambil, atau yang memberikan apa-apa tentangan
kepada pengambilannya, ke dalam jagaan seseorang pegawai yang
diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak
berkuasa tempatan dan yang bertindak di bawah arahan Ketua
Pengarah atau seseorang pegawai kebajikan masyarakat di bawah
Akta ini;
(b) lari dari seseorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya
secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan yang
bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai
kebajikan masyarakat semasa diletakkan dalam jagaannya di bawah
Akta ini;
(c) tanpa kebenaran Penguasa meninggalkan rumah kebajikan tempat
dia dikehendaki tinggal di bawah seksyen 3 atau tempat dia telah
diterima masuk atas permohonannya sendiri di bawah seksyen 4; atau
(d) setelah dibenarkan meninggalkan sesuatu rumah kebajikan bagi
sesuatu masa yang ditentukan tidak kembali tanpa sebab yang
munasabah apabila tamat masa yang ditentukan itu, melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihantar ke suatu rumah
kebajikan atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan.

Menangkap orang papa yang lari: 12. Seseorang pegawai polis
boleh menangkap tanpa waran manamana orang yang dipercayainya
dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah
seksyen 11.

Memendekkan tempoh tinggal: 13. Menteri boleh memendekkan
tempoh tinggal dan melepaskan mana-mana orang dari rumah
kebajikan jika Menteri berpuas hati bahawa adalah adil dan patut
berbuat demikian kerana sebab istimewa mengenai kebajikan orang
itu.

Pemansuhan:14. Akta Kutu Rayau 1965 [Akta 19 tahun 1965]
adalah dimansuhkan.

Peruntukan peralihan:15. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa,
semua orang yang tinggal di Pusat yang ditubuhkan di bawah Akta
Kutu Rayau 1965 hendaklah terus tinggal di rumah kebajikan.

126

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Penyeliaan setelah dilepaskan: 16. Jika seseorang itu dilepaskan
dari rumah kebajikan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia
hendaklah diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai kebajikan
masyarakat selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

Dakwah Kepada Golongan Gelandangan
Dakwah kepada golongan gelandangan adalah suatu yang perlu
dihayati dan diambil kira dari sejarah silam zaman Rasulullah SAW
dan para sahabat menangani dan mengatasi masalah yang dihadapi
oleh golongan gelandangan agar mereka akan dapat mengubah diri
dan kehidupan mereka dari berkeadaan merempat kepada keadaan
kehidupan yang normal.

Agihan Zakat Kepada Golongan Asnaf
Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 60 menjadi dalil
k‫ي‬eِ‫وف‬pَ a‫ َن‬d‫مي‬aِ ‫ ِر‬t‫َٰ َغ‬a‫ۡل‬k‫ َوٱ‬ri‫ ِب‬f ‫ا‬aَ‫رق‬tِ a‫ٱل‬u‫ي‬d‫ ِف‬e‫ َو‬f‫م‬iۡ n‫بُ ُه‬i‫و‬sُ‫ل‬iُ‫ق‬٦A‫ ِة‬٠َ‫ف‬s‫َمؤ َّل‬nٞ ‫ك ُمي‬aِ‫حٱۡل‬fَ‫ َو‬Z‫َيهاٌم‬a‫َۡعي ِل‬k‫ َع َل‬aُ‫َّلل‬tّ‫إِ ّنََس َبِميا ِلٱلٱََّّلَّصلِدَ ََٰقَوٱ ۡبُت ِنِلۡلٱفُل َق ََّسربِاي ِءِِۖل َوَفٱِۡلر َيم َٰ َس َضِك ٗية ِنِم ََنوٱۡلٱَََّٰعَّلۗلِِم ِل َيوٱ;ََن‬
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang
fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang
muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang
hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan)
dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)
sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di
Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan
takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum
Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

1. Fakir: Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau
pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain
yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan
harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50
peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup
sederhana dan orang tanggungan.

127

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

2. Miskin: Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil
usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya
tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian
dan juga menampung orang tanggungannya.

3. Amil: Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi
zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan
mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan,
urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf: Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang
diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam
atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya)
dibahagi kepada dua iaitu :
a) Beragama Islam
- Baru memeluk agama Islam
- Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan
ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf
dengannya.
- Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi
masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
- Orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran
dengan negara musuh.
b) Bukan beragama Islam
- Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
-Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang
Islam.

5. Al-riqab: Memerdekakan orang Islam daripada cengkaman
perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman
fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan
terbelenggu di bawah kawalan orang tertentu.

6. Al-gharimin: Golongan yang berhutang untuk memenuhi
keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga
tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan
penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabilillah: Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan
diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak,
mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta
kebajikannya.

128

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

8. Ibnu sabil: Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-
maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri
atau negara yang memerlukan bantuan.5
Wang kutipan zakat yang mencecah ratusan juta ringgit malah

berbilion saban tahun sering menjadi perbualan yang tidak pernah
sunyi dipertikaikan oleh segelintir masyarakat di negara ini. Masakan
tidak, negara sering kali dihebohkan dengan pelbagai kejadian yang
menyayat hati disebabkan kemiskinan sehingga bahan buangan
dijadikan sumber makanan dan sekeluarga tinggal di bawah jambatan
kerana tidak mampu menanggung kehidupan. Malangnya, majoriti
golongan kurang berkemampuan itu adalah dalam kalangan bangsa
Melayu dan beragama Islam yang sepatutnya dilindungi oleh institusi
zakat sebagaimana yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW dan
para sahabat.

Hal ini secara tidak langsung menyebabkan umat Islam mula
hilang keyakinan terhadap kredibiliti pusat zakat yang
bertanggungjawab menguruskan perkara ini, sekali gus memastikan
kebajikan umat Islam terbela. Hakikatnya kemiskinan yang berlaku
mustahil untuk dihapuskan sepenuhnya selagi dunia belum kiamat.
Kerana kemiskinan merupakan sunnatullah iaitu peraturan atau
perjalanan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam kehidupan
manusia di muka bumi selain fitrah kepada kejadian manusia.

Pusat zakat perlu memainkan peranan penting dalam
membantu menangani kemiskinan, khususnya kepada umat Islam
dengan disokong oleh pertubuhan lain dan juga pemerintah. Pusat
zakat di setiap negeri perlu bijak dalam menangani kemiskinan yang
berlaku dengan mengambil contoh dan mempelajari daripada
kejayaan yang ditunjukkan oleh pusat zakat di negeri lain. Pusat zakat
yang dipertanggungjawabkan menguruskan kutipan dan agihan zakat
perlu sentiasa bersedia menerima perubahan. Definisi zakat juga perlu
diperluaskan mengikut keperluan zaman bagi menjadikan peranan
pusat zakat lebih berkesan.

Bilangan kakitangan zakat yang kecil tidak mampu untuk
mengenal pasti kesemua golongan asnaf yang terdapat di seluruh
pelosok negeri. Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat
terdapatnya golongan asnaf di kawasan sekeliling mereka diharap

5 http://www.maiwp.gov.my

129

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dapat melaporkan kepada pusat zakat di negeri masing-masing untuk
diberikan bantuan.6

Dalam fenomena serba naik, kalangan rakyat khususnya yang
tinggal di bandar dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di
bawah RM2,000 paling berasa kesannya. Ini kerana, kos sara hidup
purata pendapatan perindividu (pendapatan:tanggungan) adalah
tinggi di bandar besar.

Islam sebagai agama sejahtera mempunyai pakej penyelesaian
yang komprehensif. Memang tidak dapat disangkal, antara punca
berlakunya ketidakseimbangan ekonomi hingga membentuk jurang
kaya-miskin yang terlalu luas, adalah dek kerana gagalnya umat Islam
melaksanakan sistem ekonomi Islam secara total.

Namun, dalam proses ke arah sistem ekonomi mengikut
Islam, kita tidak wajar berpeluk tubuh. Sekadar menjadi pemerhati
pasti gagal menatijahkan apa-apa dan ia adalah tabiat yang ditegah
dalam Islam.
Untuk menangani gejala kenaikan harga hingga menjebakkan kaum
fakir miskin ke kancah kemelut hutang yang sadis, maka di sinilah
peranan zakat dapat diaktifkan. Zakat adalah instrumen khusus yang
diwahyukan Allah SWT sebagai senjata serampang dua mata. Zakat
mengambil peranan menjadi tempat penyaluran dana bagi si kaya
membersihkan diri dan zakat pada masa yang sama menjadi sumber
dana bagi pembangunan umat. Inilah cantiknya syariat zakat di dalam
Islam.

Zakat dapat didefinisikan dalam bahasa mudah adalah badan
kebajikan kepada umat Islam. Zakat yang dijana dengan baik dan
menepati falsafah syariat, dapat berperanan untuk menstabilkan
ekonomi umat Islam. Konsep zakat dalam menstabilkan ekonomi
hendaklah dilihat dalam konteks yang luas, tidak hanya terbatas
sekadar mengutip dan mengagihkan wang zakat dalam konteks yang
konservatif.

Hakikatnya zakat dapat digembeleng sebagai instrumen
memperkasakan ekonomi umat Islam. Sifirnya mudah, seandainya
umat Islam dapat mendominasi ekonomi negara, maka kawalan atau
keseimbangan terhadap penawaran dan permintaan yang
memungkinkan ketidakstabilan harga barangan atau perkhidmatan

6 http://www.utusan.com.my

130

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

dapat dikawal. Umat Islam sendirilah yang mengawalnya dan tidak
membiarkan para peniaga yang mengamalkan sistem kapitalis tajaan
Barat daripada memonopolinya.

Seandainya kita melihat kepada skop agihan zakat secara
makro, maka Allah SWT telah menggariskan lapan kumpulan
manusia yang layak menerima wang zakat. Kumpulan manusia atau
asnaf itu ialah fakir, miskin, mualaf, amil, gharim, riqab, fisabilillah
dan ibnu sabil. Namun perspektif secara mikro membolehkan kita
menerokai ruang baru dalam penjanaan wang zakat. Inilah yang
diistilahkan membuka ruang baru atau ijtihad. Bukankah ruang ijtihad
sentiasa terbuka. Andaikan tiada seorang pun yang mampu
memberikan ijtihad kini, namun umat Islam masih mempunyai
kesepakatan ulama’ yang boleh menghasilkan kesepakatan pendapat
sama ada dalam bentuk fatwa yang jumhur sifatnya.

Saya melihat, wang zakat sepatutnya dapat digunakan bagi
menangani simptom kemiskinan dalam bentuk pencegahan. Hal ini
sesuai dengan kaedah Islam yang lebih mengutamakan pencegahan
daripada perawatan.

Hari ini, majoriti pengamalan zakat ialah memberikan bantuan
kepada fakir dan miskin yang telah pun terjebak ke dalam kancah
kemiskinan. Ia bermula dengan mengenal pasti tahap kemiskinan dan
diikuti dengan pelbagai mekanisme demi membina kembali
kehidupan mereka.

Sungguhpun membina kembali kehidupan fakir miskin adalah
pekerjaan mulia, namun membiarkan mereka terjebak dahulu
kemudian baru dipulihkan adalah satu perkara yang tidak begitu tepat.
Sepatutnya, umat Islam perlu dielakkan daripada jatuh miskin terlebih
dahulu. Kisah Rasulullah SAW memberikan kapak dan seutas tali
kepada seorang peminta sedekah mungkin patut dijadikan model
dalam mengiktiraf pendapat ini.

Hakikatnya, wang zakat dapat dimanfaatkan di sini dengan
mengutamakan kualiti kehidupan yang menyeluruh di kalangan umat
Islam. Salah satu kaedah meningkatkan kualiti menyeluruh umat
Islam ialah menerusi dominasi perniagaan.

Bukankah sejarah juga pernah menunjukkan, semasa hijrah
umat Islam ke Madinah, maka Abdul Rahman Auf telah meminta
ditunjukkan pasar dan kehadiran umat Islam di pasar Yathrib akhirnya
telah membantutkan perniagaan Yahudi yang bersifat cekik darah dek

131

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

pengamalan riba. Roh perniagaan inilah yang perlu dihidupkan
kembali.

Menerusi pengagihan wang zakat khususnya dalam penjanaan
modal, maka umat Islam perlu diberikan prasarana lengkap agar
menjadi peniaga yang jujur dan tinggi kompetensinya. Setiap
lapangan perniagaan menyaksikan ada umat Islam yang mengambil
bahagian, sama ada perkhidmatan, pertanian, makanan, pengangkutan
hatta pembinaan. Umat Islam juga mesti terlibat sebagai pembekal
atau pengedar, ayam dan sayur-sayuran misalnya. Apabila umat Islam
aktif dalam bidang pengedaran dan pemasaran, maka wujudlah
rangkaian yang bersifat A Z, iaitu rangkaian pembekal, pengedar,
penyedia dan pengguna yang kukuh. Maka umat Islam tidak lagi
khuatir andai ada pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab cuba
memanipulasikan harga barangan, khususnya menjelang musim-
musim perayaan saban tahun.

Wang zakat dapat dijana dengan baik melalui kaedah
membiayai perniagaan umat Islam maka nasib umat Islam lebih
terjamin. Hari ini, hanya sektor perbankan dan agensi kerajaan
tertentu sahaja yang memberikan bantuan kepada mereka yang
berminat untuk menjalankan perniagaan. Tidak dinafikan, ada
sesetengah institusi zakat yang turut menyediakan pakej modal
perniagaan kepada umat Islam, namun ia bersifat terhad kepada
segelintir penerima sahaja, iaitu golongan fakir, miskin dan mualaf.
Bagaimana pula dengan umat Islam lain, yang belum jatuh ke tahap
miskin tetapi kehidupannya betul-betul di sempadan garis
kemiskinan. Mereka mungkin mempunyai minat untuk berniaga demi
mengelakkan diri daripada garis kemiskinan itu, tetapi sukar
memperoleh bantuan modal sama ada daripada pihak bank, agensi
kerajaan terbabit termasuklah juga dari institusi zakat kerana masih
tidak layak (belum diiktiraf kemiskinannya).

Zakat memang dapat berperanan secara aktif seandainya ia
diaktifkan secara optimum. Sekiranya pengagihan wang zakat dapat
dijana dengan baik, maka ia sudah memadai menjadi pemangkin yang
mampu memacu kutipan zakat selaju yang mungkin.7

7 http://www.utusan.com.my

132

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

Mewujudkan Penempatan di Masjid
Ulasan beberapa bulan lalu, Masjid Negara menjadi perbincangan
ramai apabila pekerja amal Syed Azmi mencadangkan perkarangan
masjid dibuka untuk gelandangan pada waktu malam. Harapan ramai
adalah yang pihak Masjid Negara akan berbesar hati untuk memberi
tempat berteduh kepada golongan yang kurang bernasib ini. Malah,
sekian lama kami menunggu, pihak Masjid Negara menolak
permintaan untuk membuka perkarangan mereka kepada
gelandangan.

Pihak Masjid Negara berkata yang mereka hendak
mengelakkan daripada situasi di mana golongan gelandangan “tidak
menjaga adab” di rumah Allah S.W.T. Malah ditambah lagi di akhir
mesej tersebut untuk tidak memburukkan pihak Masjid Negara di
mata masyarakat melalui sosial media. Bagi saya, kesimpulannya
senang: yang memburukkan imej Masjid Negara adalah pihak mereka
sendiri.

Apakah hak mereka sebagai hamba Allah S.W.T. untuk
menghakimi siapa mereka rasa layak memasuki rumah Allah S.W.T?
Bukankah agama Islam mengutamakan kita membantu orang yang
dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan? Dalam karya Sheikh
Omar Bakri Muhammad, The Role of the Mosque, peranan masjid
tidak hanya terhad kepada beribadah. Malah, wacana berkenaan isu
ini menekankan bahawa masjid juga menjadi tempat untuk
membangunkan ummah dari segi komuniti dan ekonomi.

Sudah pasti pihak Masjid Negara pernah ke tanah suci
Madinah dan Mekkah. Tidakkah mereka nampak kepelbagaian
manusia yang menggunakan ruang Masjid al-Nabawi dan Masjid al-
Haram untuk berteduh? Lagi-lagi mereka yang tidak ada rezeki untuk
bermalam di hotel di sekitar kawasan tersebut. Beri betis hendak
peha? Saya tidak nafikan bahawa bagi pihak Masjid Negara, ini
menjadi kes di mana “diberi betis hendak peha”. Takut nanti kebaikan
mereka diambil kesempatan dan tempat yang sepatutnya suci-bersih
menjadi kotor dan sebagainya.

Tetapi sebagai wakil agama dan penjaga kunci kepada rumah
Allah S.W.T, tidakkah kebajikan komuniti juga menjadi
tanggungjawab mereka? Saya yakin ramai tidak ada masalah jika
Masjid Negara memulakan inisiatif sebagai “halfway home” agar

133

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

menjadi platform untuk menolong golongan gelandangan untuk
berintegrasi kembali dengan masyarakat.

Islam agama belas kasihan. Walaupun puncanya berbeza,
secara kesimpulannya kebanyakan daripada mereka memerlukan
sokongan daripada komuniti yang menolak mereka atas sebab
“malas” tanpa mengetahui punca sebenar mereka menjadi
gelandangan pada mulanya. Janji tak berceramah dan menunjukkan
diri mereka lebih alim, sudah. Pihak Masjid Negara ada peluang untuk
menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menunjukkan belas
kasihan. Malah setiap orang Islam ada tanggungjawab untuk
menolong sesama manusia, tidak kira ras, rupa dan latar belakang.
Jangan kerana kita rasa kita pegang kunci kepada rumah Allah S.W.T
dan warak, kita terselamat pada hari Akhirat kelak. Kerana itu hanya
Allah S.W.T yang tahu. Allahu A’lam.8

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada
dasarnya sedia memberi kerjasama kepada badan bukan kerajaan
(NGO) untuk menempatkan kemudahan di masjid bagi membantu
golongan gelandangan. Ketua Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata,
bagaimanapun NGO tersebut diminta tampil untuk berbincang lebih
terperinci dengan jabatan itu bagi mengemukakan cadangan dan
mekanisme pelaksanaannya.

"Dari segi dasarnya, insyaAllah Jawi
sudi beri kerjasama, tak ada halangan.
Tetapi dari segi pelaksanaannya NGO
berkaitan perlu berbincang dengan
Jawi. "Kita kena berbincang dengan
NGO berkenaan mengenai bentuk
pelaksanaan untuk menempatkan
kemudahan-kemudahan itu di masjid.
"Bila kita letak kemudahan itu, kita
perlu melihat perkara itu dari segi
kawalan, keselamatan dan, waktu
penggunaan dan pengurusannya,"
katanya ketika dihubungi mStar
Online.

8 https://www.malaysiakini.com

134

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

mStar Online pada minggu lalu melaporkan Pertiwi Soup
Kitchen mencadangkan supaya ruang untuk menempatkan
kemudahan mesin basuh, pengering baju dan lokar menyimpan
barang buat golongan gelandangan dapat disediakan di masjid-masjid
di sekitar ibu negara. Paimuzi turut berkata, Jawi juga perlu
mendapatkan persetujuan dari masjid-masjid berkaitan bagi
menempatkan kemudahan itu buat golongan gelandangan.
"Walaupun masjid-masjid di Kuala Lumpur di bawah pengawalan
Jawi tetapi saya juga perlu mendapatkan persetujuan daripada masjid-
masjid itu terlebih dahulu,"katanya.

Terdahulu, Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul
Hamid berkata, kemudahan itu dapat mengubah persepsi mengenai
gelandangan yang sering dilihat sebagai pengotor, selekeh dan
berbau. Menurut Munirah, ia juga turut memberi keselesaan kepada
golongan itu terutama di kalangan mereka yang bekerja selain dapat
menyimpan barangan berharga dan dokumen peribadi. "Banyak
perkara yang boleh dibincangkan seperti penglibatan sukarelawan
dalam memantau keadaan gelandangan yang menggunakan
kemudahan itu dan menghadkan waktu penggunaannya," katanya.9

Cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk
mendapatkan ruang di kawasan masjid bagi kemudahan gelandangan
akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian, kata Imam Besar Masjid
Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Beliau berkata, sebelum
sebarang keputusan dibuat, NGO terbabit diminta untuk
mengemukakan cadangan supaya ia dapat dibincangkan dengan pihak
pengurusan masjid itu. Tambahnya, pertimbangan itu turut
mengambil faktor masjid berkenaan sebagai kawasan tumpuan
pelancong dalam dan luar negara.

"Kita sedia mempertimbangkan
cadangan itu mengikut kesesuaian.
Kita kena lihat pelbagai segi
memandangkan Masjid Negara
menjadi tumpuan pelancong.
"Kesesuaian tempat ini untuk

9 http://www.mstar.com.my

135

Isu-isu Semasa Dakwah dan Golongan Minoriti

gelandangan perlu dipertimbangkan.
Di pihak sana (NGO), dia kata
mungkin sesuai buat di masjid tetapi
mungkin bagi kita tak sesuai atau
sebagainya. "Masjid Negara jadi
tumpuan pelancong, kebanyakannya
dari luar, oleh itu, kita kena lihat sama
ada patut atau tidak dedahkan mereka
(gelandangan) di tempat awam,"
katanya kepada mStar Online, sambil
menambah bahawa mungkin ada
alternatif berhubung cadangan itu.

Sebelum ini mStar Online melaporkan Pertiwi Soup Kitchen
mencadangkan supaya masjid sekitar Kuala Lumpur menyediakan
ruang untuk menempatkan kemudahan mesin basuh, pengering baju
dan lokar menyimpan barang buat gelandangan terutama yang
bekerja. Pengasasnya, Munirah Abdul Hamid ketika menyuarakan
hasrat itu turut menyebut Masjid Negara sebagai antara masjid yang
boleh dicadangkan untuk menempatkan kemudahan tersebut. Syaikh
Ismail berkata, cadangan yang dikemukakan NGO terbabit akan
dibincangkan bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) bagi mendapatkan pandangan mengenainya.

"Kita perlu bincang dengan Jakim.
Kalau tulis surat (kemuka cadangan),
boleh kita bawa kepada Jakim,"
katanya sambil menambah Masjid
Negara adalah salah satu daripada
tiga masjid utama di bawah
pentadbiran Jakim. Difahamkan,
secara purata kira-kira 250,000
pengunjung dalam dan luar negara
melawat Masjid Negara setiap tahun.
Mengenai gelandangan, beliau
berkata, Masjid Negara telah
bekerjasama memberi bantuan
makanan kepada golongan itu setiap

136


Click to View FlipBook Version