PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
memutuskan rantaian penularan jangkitan virus Covid-19. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) atau Home-based Learning diteruskan mengikut kesesuaian guru dan murid agar proses
pembelajaran tidak terhenti. Ini juga bermakna proses pentaksiran harus diubahsuai. Guru perlu menjadi
kreatif dalam menjalankan pentaksiran (Abdul Halim, 2021). Kini, pentaksiran terarah kepada e-
pentaksiran. Portal pengurusan pembelajaran KPM iaitu Digital Educational Learning Initiative
Malaysia.atau DELIMA menjadi semakin penting. Kajian oleh Choirunnisa dan Mandasari (2021)
mendapati bahawa pandangan murid terhadap penggunaan Google Classroom (GC) sebagai alat
pentaksiran semasa pandemik adalah positif dan baik. Murid melihat bahawa menggunakan GC sebagai
alat tugasan dalam talian sangat bermanfaat untuk murid semasa pandemik, kerana melakukan tugasan
dalam talian dengan GC adalah mudah, praktikal dan fleksibel.
SMK Taman Semarak juga menghadapi isu pengesanan tahap pembelajaran murid sepanjang
proses PdPR. Maka, suatu pentaksiran telah dirancang iaitu pelaksanaan pentaksiran pertengahan tahun
(PPT) secara atas talian menggunakan Google Classroom semasa negara dilanda pandemik Covid-19.
Pentaksiran ini dijenamakan sebagai e-PPT 2021 berperanan sebagai pentaksiran sumatif atas talian yang
tidak dapat dijalankan secara konvensional atau bersemuka akibat wabak yang melanda. Model kitaran
Deming melalui langkah Plan-Do-Check-Adjust (PDCA) iaitu kaedah sistematik perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan tindakan diadaptasi untuk memperoleh pengetahuan dan pembelajaran penting
bagi peningkatan berterusan pengembangan produk atau proses (Nursuhana & Yamada, 2019).
Fasa sebelum pentaksiran
Google Classroom Pentaksiran Berpusat iaitu sistem e-PPT 2021 diwujudkan. Satu kelas khas untuk
pentaksiran sahaja bagi setiap kelas. Guru kelas memasukkan semua guru mata pelajaran dan murid ke
dalam kelas GC Pentaksiran ini. Maka, segala aktiviti pentaksiran dijalankan melalui platform tersebut.
Bimbingan dan pementoran penggunaan GC dan Google Forms (GF) diberikan kepada semua guru di
peringkat bidang. Guru menyediakan soalan dalam dua format iaitu Google Forms atau Portable
Document Format (pdf). Templat Google Form PPT 2021 telah distandardkan dan disediakan bagi setiap
tingkatan beserta dengan nama pelajar. Guru mata pelajaran menerima softcopy soalan berbentuk pdf atau
pautan Google Forms dari penggubal soalan dan meng‟assign‟soalan dalam sistem Pentaksiran PPT 2021
mengikut kelas masing-masing. Guru Tingkatan perlu memastikan semua soalan telah sedia sehari
sebelum pentaksiran di dalam Google Classroom Pentaksiran kelas masing-masing (Rajah 1). Penggubal
soalan dikehendaki memastikan soalan-soalan pentaksiran disemak dan disahkan oleh Ketua Panitia dan
Guru Kanan Mata Pelajaran. Penggubal soalan perlu mengedar soalan kepada guru mata pelajaran empat
(4) hari sebelum pentaksiran. Guru mata pelajaran perlu meng‟assign‟ soalan ke dalam GC Pentaksiran
tiga (3) hari sebelum pentaksiran di mana soalan boleh diakses 15 minit sebelum pentaksiran. Satu set
soalan perlu diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk Bank Soalan. Jadual pentaksiran disusun
tidak bertindih bagi mengatasi masalah murid yang berkongsi peranti dengan ibu bapa atau adik beradik
yang lain. Guru-guru diminta melatih murid dengan memberi tugasan melalui GC semasa PdPR
terutamanya dalam proses penghantaran jawapan. Memo pemberitahuan atau poster ‗reminder notes‘
dikemaskini setiap hari di dalam telegram rasmi sekolah.
47
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 1: Google Classroom Pentaksiran mengikut kelas
Fasa Semasa Pentaksiran
Murid bersedia dengan peranti masing-masing. Murid mengisi kehadiran dalam link e-hadir sekolah dan
di dalam GC Pentaksiran mengikut mata pelajaran (Rajah 2). Guru mata pelajaran perlu merekodkan
kehadiran murid. Bagi murid yang tidak dapat melayari platform GC, guru mata pelajaran boleh
menggunakan aplikasi telegram secara individu. Guru mata pelajaran perlu bertindak mengawas
sepanjang pentaksiran berlangsung secara dalam talian menggunakan medium telegram. Guru mata
pelajaran akan meminta murid memuat turun soalan 10 minit sebelum pentaksiran bermula. Murid perlu
menyemak soalan, jika ada sebarang masalah berkaitan soalan, boleh terus bertanya kepada guru mata
pelajaran masing-masing. Kemudian, murid menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan. Guru mata
pelajaran perlu memaklumkan kepada murid sesi pentaksiran sudah tamat. Murid dikehendaki memuat
naik jawapan di GC dalam tempoh 30 minit selepas tamat sesi menjawab soalan pentaksiran. Bagi soalan
pdf, murid akan memuat naik jawapan yang telah diimbas terlebih dahulu. guru mata pelajaran perlu
mengingatkan murid agar memastikan bilangan jawapan sama dengan bilangan soalan. Guru mata
pelajaran mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Hanya murid yang sakit (dengan surat doktor)
dan mempunyai masalah internet atau peranti (maklumkan kepada guru) akan menduduki ujian ulangan
mengikut jadual yang ditetapkan.
Rajah 2 : Topik di dalam Google Classroom Pentaksiran mengikut mata pelajaran
Fasa Selepas Pentaksiran
Guru mata pelajaran perlu memastikan semua murid telah menghantar jawapan dan pastikan tiada
keciciran. Guru mata pelajaran perlu menghapus soalan untuk mengelakkan ianya bocor kepada yang
belum mengambilnya. Bagi jawapan berbentuk GF, guru mata pelajaran perlu menyemak semula
kesahihan jawapan murid dan memberi penilaian markah yang bersesuaian sekiranya terdapat kesilapan
48
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
yang dibuat oleh sistem auto marking. Guru mata pelajaran hendaklah memberi kepada murid salinan
jawapan murid yang telah dibuat semakan dan pemarkahan (selewat-lewatnya 2 minggu selepas
pentaksiran) dan murid boleh memohon kepada guru mata pelajaran untuk semakan semula sekiranya
terdapat kesilapan dari segi permarkahan dan guru mata pelajaran perlu mengambil tindakan dan
memaklumkan kepada murid berkaitan hal semakan. Analisa markah dipamerkan melalui dashboard
yangdibina oleh unit penilaian dan peperiksaan menggunakan Google Data Studio (Rajah 3).
Justeru itu, berdasarkan pelaksanaan kali pertama e-pentaksiran berpusat diadakan di sekolah
ini,maka objektif kajian ini adalah untuk mengesan persepsi guru terhadap pelaksanaan e-PPT. Kajian
ini juga ingin melihat sejauh manakah persepsi murid terhadap penggunaan Google Classroom
sebagai platform pentaksiran. Hasil kajian ini dapat memandu pentaksiran yang akan dijalankan di
masa akan datang agar lebih diyakini dan boleh dipercayai.
Rajah 3 : Paparan dashboard pelaporan markah dan analisa Pentaksiran Pertengahan Tahun
Metodologi
Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan reka bentuk tinjauan (McDevitt & Melby, 2015).
Responden guru dan murid dipilih melalui pensampelan bertujuan (purposive sampling) (Mweshi &
Sakyi, 2020). Respon guru diperolehi melalui instrumen borang soal selidik di atas Google Forms
dengan tiga item respon terbuka. Soal selidik murid mengandungi 10 item dengan skala Likert 1
(Paling kurang bersetuju) hingga 4 (Paling bersetuju) dengan 5 item respon terbuka. Item-item yang
ditadbir kepada murid diadaptasi melalui kajian Choirunnisa dan Mandasari (2021). Analisis
deskriptif melibatkan peratusan, min dan sisihan piawai dijalankan. Respon terbuka dikelompokkan
kepada kategori yang sesuai.
Dapatan Kajian
Responden guru adalah seramai 20 orang terdiri daripada 5 responden lelaki dan 15 responden
wanita. Jumlah responden murid seramai 176 orang terdiri daripada murid lelaki seramai 64 orang
mana kala murid perempuan seramai 112 orang. Bagi kategori murid menengah rendah (Peralihan,
Tingkatan 1 dan2) adalah seramai 129 responden murid dan bagi murid menengah atas (Tingkatan 4
dan 5) bilangan responden adalah seramai 47 orang.
49
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Persepsi Guru terhadap pelaksanaan e-PPT
Dapatan menunjukkan daripada item ‗Apakah isu yang dihadapi oleh guru di peringkat persediaan
pentaksiran ini?‘, mendapati isu paling utama dalam pelaksanaan e-PPT ialah kekurangan pengalaman
guru dalam pengendalian aspek teknikal Google Classroom dan Google Forms. Guru juga prihatin dengan
pengawasan semasa pentaksiran yang akan dijalankan. Perkara-perkara ini dinyatakan melalui respon-
respon di bawah :
“Pengalaman guru dalam pengendalian peperiksaan atas talian masih baharu”.
“Perlu memberi perhatian kepada aspek kesahan muka instrumen misalnya paparan muka item yang lebih
kemas dan profesional”.
“Murid berada di luar kawalan guru kerana mengikuti pentaksiran secara maya”.
Dalam situasi yang lain, dapatan bagi item ―Apakah pengalaman guru semasa fasa pelaksanaan
menggunakan Google Classroom sebagai platform pentaksiran?‖ mendapati bahawa guru menghadapi
masalah teknikal selain pengurusan dan pengawasan kelas. Situasi ini telah dapat diatasi melalui
bimbingan dan kerjasama daripada guru-guru tingkatan dan unit penilaian dan pentaksiran. Respon-
respon adalah seperti berikut :
“Agak mencemaskan tapi guru diberi pendedahan awal penggunaan Google Classroom”.
“Kurang memahami fungsi teknikal Google Forms pentaksiran secara terperinci bagi bertindak segera
sekiranya berlaku masalah teknikal dan harus mendapatkan bantuan unit peperiksaan”.
“Guru mempunyai kelas yang banyak dalam satu-satu masa semasa PPT menyebabkan ketidaklancaran
dalam pengendalian semua murid serentak dan timbul sedikit kekalutan dalam memastikan semua murid
menjawab dan menghantar jawapan”.
“Guru subjek bekerjasama dengan guru kelas bagi memastikan murid-murid mengikuti pentaksiran
dengan lancar”.
Bagi item ‗Bagaimakah sikap murid dalam melaksanakan e-PPT ini?‖, didapati bahawa ada
murid kurang memberi penekanan menjalani pentaksiran secara atas talian.
“Masih ada murid yang kurang memberi penekanan kepentingan pentaksiran”.
“Terdapat murid yang bekerja dan menjawab soalan di tempat kerja menyebabkan hilang fokus semasa
menjawab soalan”.
Selain daripada itu, sokongan ibu bapa dan kemudahan ICT yang baik dan stabil di rumah dan
kesedaran murid terhadap kepentingan pentaksiran itu sendiri menjadi faktor penglibatan murid di dalam
e-PPT. Beberapa kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) murid iaitu kecekapan
memuatnaik jawapan dan kemahiran menggunakan scanner turut dikesan.
“Murid mendapat kerjasama dan dorongan daripada ibu bapa untuk menjalankan Ujian Pentaksiran
Pertengahan Tahun”.
“Sebahagian pelajar mempunyai minat dan semangat belajar yang tinggi serta mempunyai pengetahuan
tentang IT”.
“90% murid mempunyai kesedaran yang tinggi kepentingan peperiksaan sebagai kayu ukur pemahaman
mereka”
“Murid cekap memuatnaik jawapan di dalam google form”.
“Capaian internet yang tidak stabil menyebabkan sebilangan murid terganggu ketika menjawab
peperiksaan dan terdapat juga murid yang tidak dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan”.
50
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Persepsi Murid terhadap pelaksanaan e-PPT
Berdasarkan Jadual 1, dapatan menunjukkan 89.3% responden murid bersetuju „Saya suka
menggunakan Google Classroom untuk menjalani pentaksiran‟. 81.2% responden bersetuju mereka
belajar lebih baik menggunakan Google Classroom untuk menjalani pentaksiran. Walaupun terdapat
kurang 12% responden yang berpendapat sukar menjalani pentaksiran di atas Google Classroom namun
88% responden merasakan menjalankan pentaksiran di atas Google Classroom adalah lebih mudah. Lebih
daripada 90% responden bersetuju menjalankan pentaksiran di atas Google Classroom lebih
menjimatkan masa. 75.6 % responden menyatakan pentaksiran di atas Google Classroom membuatkan
mereka lebih fokus. Mana kala 81.3% responden bersetuju menjalankan pentaksiran di atas Google
Classroom membuatkan mereka lebih berkeyakinan. 87.5% responden didapati menjalankan pentaksiran
di atas Google Classroom adalah menarik dan hampir 88% responden yang menjalankan pentaksiran di
atas Google Classroom berasa tenang selepas menghantar kertas jawapan. 85% responden mempunyai
matlamat menjalankan pentaksiran di atas Google Classroom membuatkan mereka ingin mencapai gred
yang lebih baik. Namun, dalam situasi menjalankan pentaksiran di atas Google Classroom mengurangkan
isu penipuan, hanya 75% murid bersetuju tentang kenyataan ini.
51
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jadual 1: Min Persepsi Murid terhadap Penggunaan Google Classroom sebagai Alat Pentaksiran
AtasTalian
Item Sangat 2 3 Sangat Min (sisihan piawai)
Tidak Bersetuju Bersetuju
4
1
1. Saya suka menggunakan Google 6 9 58 99 3.42
Classroom untuk menjalani (3.4%) (7.4%) (33.0%) (56.3%) (0.77)
pentaksiran.
2. Saya belajar lebih baik 10 23 56 87 3.25
menggunakan Google Classroom (5.7%) (13.1%) (31.8%) (49.4%) (0.89)
untuk menjalani pentaksiran.
3. Menjalankan pentaksiran di atas 6 15 61 94 3.38
Google Classroom lebih mudah. (3.4%) (8.5%) (34.7%) (53.4%) (0.78)
4. Menjalankan pentaksiran di atas 3 13 44 116 3.55
Google Classroom lebih (1.7%) (7.4%) (25.0%) (65.9%) (0.71)
menjimatkan masa.
5. Menjalankan pentaksiran di atas 13 30 55 78 3.13
Google Classroom membuatkan (7.4%) (17.0%) (31.3%) (44.3%) (0.95)
saya lebih fokus.
6. Menjalankan pentaksiran di atas 11 22 63 80 3.20
Google Classroom membuatkan (6.3%) (12.5%) (35.8%) (45.5%) (0.89)
saya lebih berkeyakinan.
7. Menjalankan pentaksiran di atas 6 16 54 100 3.41
Google Classroom adalah menarik.
52
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
8. Menjalankan pentaksiran di atas (3.4%) (9.1%) (30.7%) (56.8%) (0.80)
Google Classroom membuatkan 7 13 52 103 3.44
saya tenang selepas menghantar (4.0%) (7.4%) (29.5%) (58.5%) (0.81)
kertas jawapan.
7 20 48 101 3.88
9. Menjalankan pentaksiran di atas (4.0%) (11.4%) (27.3%) (57.4%) (0.84)
Google Classroom membuatkan
saya ingin mencapai gred yang 18 26 54 78 3.09
lebih baik. (10.2%) (14.8%) (30.7%) (44.3%) (1.00)
10. Menjalankan pentaksiran di
atas Google Classroom
mengurangkan isu penipuan.
Bagi item respon terbuka yang pertama iaitu „Apakah pengalaman peribadi kamu menggunakan Google
Classroom sebagai platform Pentaksiran Pertengahan Tahun?, didapati murid seronok dengan kaedah
pentaksiran norma baharu walaupun berhadapan masalah teknikal.
“Satu pengalaman baharu dan menarik apabila dapat menjawab soalan secara atas talian”.
“Sangat menakutkan pada mulanya tetapi dapat diatasi dengan baik, dan keyakinan diri lebih tinggi”.
“Saya rasa ia mudah dan senang untuk difahami walaupun baru pertama kali menjawabnya secara atas
talian (Google Classroom dan google form)”
“Ada waktunya jawapan boleh dihantar dengan cepat dan berjaya, tetapi ada kalanya tidak berjaya
disebabkan capaian Internet yang tidak bagus dan saya terpaksa menghantarnya berkali-kali sehinggalah
berjaya dihantar”.
Bagi item kedua iaitu „Apakah masalah yang dihadapi semasa menjalani pentaksiran pertengahan tahun?”,
didapati murid menghadapi masalah internet dan teknikal selain kurang fokus kerana memberi perhatian
kepada tugasan yang lain.
“Internet slow”.
“Soalan ada ketika lambat kelauar”.
“Saya tidak boleh log in atas ID Delima”.
“Masalah Internet, kadang kala ibu atau bapa panggil suruh buat kerja rumah”.
Bagi item „Di manakah kamu menjalani pentaksiran?”, responden lebih bebas mengakses soalan di ruang
tamu, di dalam bilik belajar atau bilik sendiri. Ini menunjukkan responden diberi kebebasan lokasi semasa
menjalankan pentaksiran.
“Di ruang tamu”.
“Di bilik belajar”.
“Di dalam bilik sendiri”.
“Di ruang tamu, rumah nenek saya”.
Item „Apakah kesan kepada diri kamu setelah menjalani pentaksiran pertengahan tahun atas talian?‟
menunjukkan bahawa terdapat rasa kerisauan timbul namun terdapat juga peningkatan keyakinan dan
fokus responden dalam pembelajaran.
“Saya rasa semakin fokus untuk belajar”.
“Bertambah baik untuk mempelajari kelas secara atas talian”.
“Sangat gementar setelah menjalani pentaksiran atas talian”.
“Lebih mahir menggunakan platform atas talian”.
53
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Bagi item „Apakah penambahbaikan yang ingin dicadangkan dalam pentaksiran atas talian akan
datang?‟mendapati murid mencadangkan pelaksanaan pentaksiran atas talian dibuat dengan lebih
teliti dan telus selain mencadangkan pentaksiran alternatif berasaskan permainan.
“Semasa waktu yang berikan untuk memeriksa kertas soalan sebelum permulaan peperiksaan
dipanjangkan sedikit sebab bukan semua orang sempat buka dan periksa”.
“Melakukan pentaksiran lebih awal sedikit seperti pukul 9 hingga 10 pagi dan menambah sedikit
masa lagi”.
“Pentaksiran dalam medium Google Classroom diawasi oleh guru dengan google meet dan meminta
pelajar untuk buka camera untuk mengelakkan peniruan”.
“Sesetengah pentaksiran boleh diolah dalam bentuk permainan interaktif”.
Perbincangan
Dapatan kajian ini mempersembahkan maklumat yang berguna dari segi penambahbaikan
pelaksanaan pentaksiran atas talian yang dijalankan. Tiga aspek penting yang menjadi perhatian
kepada kedua-dua pihak guru dan murid iaitu pengurusan teknikal, pematuhan kepada kesahan dan
ketelusan ujian serta penglibatan murid terhadap pentaksiran.
Pertama, dari aspek pengurusan teknikal, platform yang bukan menjadi kelaziman kepada
bentuk pentaksiran murid seperti pentaksiran bersemuka menggunakan kertas dan pensil memberi
impak psikologi yang berbeza. Pentaksiran atas talian agak mencabar bagi kedua-dua pihak guru dan
murid kerana e-PPT ini disediakan secara berstruktur dan sistematik secara atas talian. Tambahan
pula, masalahteknikal yang berlaku menimbulkan kerisauan kepada guru dan murid sekiranya tidak
dapat ditangani dalam tempoh pentaksiran diberikan. Di dalam hal ini, Guru sentiasa diberi bimbingan
oleh Unit Penilaiandan Peperiksaan bagi mengatasi isu tersebut. Dalam hal ini, guru dan murid dapat
mengurangkan tekanandari segi tidak menghantar atau menerima jawapan murid.
Kedua, dari aspek kesahan instrumen dan pentaksiran itu sendiri harus diberi perhatian.
Misalnya bagaimana peniruan dapat dikurangkan melalui kawalan tempoh masa pentaksiran, fungsi
tidak menerima lagi respon dalam Google Forms, atau membuka Google Meet atau aplikasi yang
dapat mengurangkan peniruan seperti AutoProctor.
Ketiga, dari aspek penglibatan murid. Murid didapati lebih suka dan selesa serta kurang
mengalami kebimbangan terhadap teknologi, sesuai dengan generasi mereka yang terlazim dengan
dunia ini. Masih ada murid yang kurang kesedaran kepada peranan pentaksiran yang melengkapkan
pembelajaran mereka. Pentaksiran dirasakan komponen terasing daripada pembelajaran, sedangkan
„pentaksiran sebagai pembelajaran‟ dan „pentaksiran atas pembelajaran‟. Namun, perlu diingat,
pentaksiran ini dijalankan semasa pandemik. Justeru, kesejahteraan mental dan emosi murid perlu
juga diberi perhatian.
Kajian akan datang boleh meneroka persepsi pemegangtaruh lain seperti ibu bapa atau
komuniti terhadap pentaksiran ini, menambahkan item-item soal selidik yang lebih menjurus kepada
bentuk pentaksiran atas talian yang lain atau melengkapkan kajian dengan dapatan kualitatif seperti
temubual dan pemerhatian. Kesimpulannya, pentaksiran atas talian norma baharu adalah alternatif
kepada pentaksiran konvensional di mana kedua-dua pihak, guru dan murid, masih perlu mematuhi
54
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
akauntabiliti pentaksiran walaupun dalam platform yang berbeza. Akhirnya, perlu untuk
guru-guru
membayangkan dan meneroka bentuk pentaksiran alternatif yang lebih kreatif dan inovatif di mana
memenuhi ciri-ciripentaksiran pendidikan masa hadapan.
Penghargaan
Penghargaan dan terima kasih di atas bantuan dan sokongan oleh Pengetua SMK Taman Semarak,
Puan Hajah Dalyana Mohd Yacob. Juga kepada Ahli Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan,
Puan Norfaeizah Jamhari, Puan Nur Shahida Sapuan, Puan Noorasikin Nen, Puan Kalshom Sutaji dan
Puan Aniza Omar serta semua pihak yang menjayakan kajian ini.
55
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
Abdul Halim Abdullah. (2021). Guru perlu kreatif taksir murid dalam norma baharu. Berita Harian,
January.
Biggs, J. (1996). Enhancing teaching through constructive alignment. Higher Education, 32, 347–364.
http://link.springer.com/article/10.1007/BF00138871
Choirunnisa, M. R., & Mandasari, B. (2021). Secondary students‟ views towards the Use of Google
Clasroom as an online assessment‟s tools during Covid-19 pandemic. Journal of Arts and Education,
1(1), 1–9.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pemakluman pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
rumah.
McDevitt, J., & Melby, V. (2015). An evaluation of the quality of Emergency Nurse Practitioner services
for patients presenting with minor injuries to one rural urgent care centre in the UK: A descriptive
study. Journal of Clinical Nursing, 24(3–4), 523–535. https://doi.org/10.1111/jocn.12639
Mweshi, G. K., & Sakyi, K. (2020). Application of sampling methods for the research design. Archives
of Business Research, 8(11), 180–193. https://doi.org/10.14738/abr.811.9042
Nursuhana Alauddin, & Yamada, S. (2019). Overview of Deming criteria for total quality management
conceptual framework design in education services. Journal of Engineering and Science Research,
3(5), 12–20. https://doi.org/10.26666/rmp.jesr.2019.5.3
56
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
PENGGUNAAN KAEDAH PROMATS DALAM MEMAHAMI MITOSIS
Che Zunaidah Che Hassan¹ & Hairul Faiezi Lokman²
¹SMK Seri Paka, Dungun,Terengganu.
²Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,Cheras, Kuala Lumpur
[email protected]
Abstrak
Mata pelajaran Biologi merupakan mata pelajaran elektif yang diambil oleh murid-murid aliran Sains
Tulen bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan refleksi yang dilakukan oleh pengkaji dalam
memahami mitosis, terdapat dua isu utama yang timbul iaitu murid tidak dapat menyusun dan menyatakan
perlakuan kromosom serta murid tidak dapat melukis dan melabel struktur sel dan kromosom dalam setiap
peringkat mitosis. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid supaya dapat menyusun
dan menyatakan perlakuan kromosom dalam peringkat-peringkat mitosis mengikut turutan serta
membantu murid untuk melukis dan melabel struktur sel dan kromosom dalam setiap peringkat mitosis
dengan tepat. Pengkaji telah menjalankan kajian menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc
Taggart (1988) sebanyak satu kitaran menggunakan intervensi Kaedah Promats. Seramai 11 orang murid
telah melaksanakan kajian selama 2 minggu. Data dipungut menggunakan analisis dokumen dan temubual.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah Promats telah berjaya membantu murid
memahami proses mitosis dengan menyatakan perlakuan kromosom dalam setiap peringkat serta melukis
dan melabel gambarajah setiap peringkat dalam mitosis dengan betul.
Kata Kunci : Mitosis, Kromosom, Kajian Tindakan
Pendahuluan
Pembahagian Sel merupakan salah satu bidang pembelajaran di bawah tema Asas Biologi dalam mata
pelajaran Biologi tingkatan 4. Topik ini merupakan topik yang sering kali disoal dalam peperiksaan SPM
sama ada Kertas 1 atau Kertas 2. Dalam bab ini murid perlu mengingati dan menerangkan peringkat-
peringkat dalam pembahagian sel secara terperinci. Murid juga perlu menerangkan perlakuan kromosom
serta melukis setiap peringkat pembahagian sel dengan gambarajah berlabel (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2018). Bagaimanapun menurut Jaswardi (2017), pemahaman konsep murid bagi topik
pembahagian sel berada pada tahap kurang memuaskan sehingga kini. Dalam kajian oleh Aziz & Ami
Norliyana ,2011 menyatakan bahawa jumlah murid yang berada di tahap kurang memuaskan adalah lebih
tinggi berbanding jumlah murid yang berada di tahap yang baik. Ini membuktikan bahawa terdapat ramai
murid yang mengalami masalah ketidakfahaman konsep pembahagian sel ini. Murid masih keliru tentang
istilah berkaitan pembahagian sel. Hal ini berlaku kerana terdapat banyak konsep yang abstrak serta
57
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
hubung kait antara satu konsep dengan konsep yang lain bagi memahami fenomena yang berlaku dalam
pembahagian sel (Sadiah,2008). Oleh yang demikian, dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains,
seorang guru mempunyai tanggungjawab besar dalam merungkaikan konsep-konsep Sains yang
kompleks kepada keadaan yang lebih memudahkan murid untuk memahaminya (Aziz & Ami,2011). Guru
seharusnya memenuhi kehendak murid dengan memperbanyakan penggunaan model ataupun alat
bantu mengajar yang berkesan dalam kelas (Elangovan,2014).
Melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temubual yang dilakukan oleh guru, terdapat beberapa
masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai bidang ini iaitu:
1) Murid tidak dapat menyusun dan menyatakan perlakuan kromosom dalam peringkat-peringkat
dalam mitosis mengikut turutan.
2) Murid tidak dapat melukis dan melabel struktur sel dan kromosom dalam setiap peringkat mitosis.
Rajah 1 di bawah menunjukkan ringkasan isu-isu yang timbul dalam refleksi pengajaran dan
pembelajaran yang lalu:
TIDAK DAPAT MASALAH TIDAK DAPAT MELUKIS
MENYUSUN DAN YANG DAN MELABEL
MENYATAKAN DIHADAPI STRUKTUR SEL DAN
PERLAKUAN OLEH MURID KROMOSOM DALAM
KROMOSOM DALAM SETIAP PERINGKAT
PERINGKAT MITOSIS
MENGIKUT TURUTAN MITOSIS
Rajah 1
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bidang pembelajaran
Pembahagian Sel Biologi SPM dan guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran Biologi. Objektif kajian tindakan ini pula ialah seperti berikut:
i. Murid dapat menyusun dan menyatakan perlakuan kromosom dalam peringkat-
peringkat dalam mitosis mengikut turutan.
ii. Murid dapat melukis dan melabel struktur sel dan kromosom dalam setiap peringkat mitosis.
Metodologi
Kajian ini melibatkan 11 orang murid tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka. Peserta
kajian ini melibatkan murid yang mendapat markah yang rendah dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
serta mendapat 0 atau 1 markah sahaja untuk soalan berkaitan topik yang dikaji. Keputusan mengadakan
kajian tindakan ke atas 11 orang murid tersebut adalah untuk membantu murid ini menguasai soalan
berkaitan tajuk Pembahagian Sel dan Mitosis.
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan yang
diasaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) yang menghuraikan sebuah reka bentuk dalam
58
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
melaksanakan proses pelaksanaan kajian tindakan. Rajah di bawah merupakan model kajian tindakan
Kemmis dan McTaggart yang terdiri dari pada proses merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
1.
MERANCANG
4. 2.
MEREFLEK BERTINDAK
3.
MEMERHATI
Rajah 2 : Proses Kajian Tindakan
Sumber : Kemmis & Mc Taggart (1988)
Pengkaji memperkenalkan intervensi kajian tindakan rumus PROMATS iaitu singkatan kepada 4
peringkat dalam proses Mitosis dan 1 peringkat susulan. PROMATS mewakili “Profasa, Metafasa,
Anafasa, Telofasa dan Sitokinesis”. Kaedah mneumonik ini dapat membantu murid mengingat turutan
nama peringkat dalam proses Mitosis dengan betul. Bakken dan Simpson (2011) menyatakan bahawa
mneumonik adalah pendekatan yang tersusun untuk meningkatkan memori dan membuat pengetahuan
menjadi lebih bermakna.Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai kemampuan mengingat yang
berbeza di mana terdapat murid yang mempunyai ingatan yang kiat tetapi terdapat murid yang perlu
bekerja keras untuk mengingat walaupun pengetahuan yang mudah (Zaida Torman, 2002). Dengan
menggunakan singkatan PROMATS ini murid dapat mengingat peringkat-peringkat tersebut mengikut
turutan yang betul.
Dalam masa yang sama, untuk menyelesaikan masalah murid tidak dapat menerangkan perlakuan
kromosom dalam setiap peringkat mitosis, pengkaji menggunakan kaedah analogi empat batang pen yang
mewakili dua kromosom. Kaedah ini dapat membantu murid supaya lebih senang faham tentang
pergerakan susunan dan pergerakan kromosom di dalam nukleus. Analogi telah digunakan oleh
penyelidik seperti ahli saintis, psikologi dan pendidik sebagai alat komunikasi dan merekacipta
pengetahuan baru sejak 40 tahun yang lalu (Harrison,2006). Analogi akan berlaku dengan lebih mudah
apabila pelajar mempunyai cukup pengalaman berkaitan perkara baru yang dipelajari serta mempunyai
motivasi kendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran (Mak Soon Sang,2003). Sekiranya murid tidak
dapat menjawab soalan semasa peperiksaan, murid boleh menggunakan pen di mejanya sahaja sebagai
bahan bantu.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan analogi seperti dalam Rajah 3 di bawah bagi
menerangkan peringkat dan perlakuan kromosom iaitu menggunakan 4 batang pen iaitu 2 pen merah dan
2 pen hitam serta 2 getah untuk mengikat pen.
59
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 3 : Analogi Pen Mewakili Kromosom Dalam Proses Mitosis dan Sitokinesis
Dua pen yang bersilang mewakili kromosom kembar dan berwarna sama bermaksud ia adalah
kromosom homolog yang membawa sifat yang sama.Getah yang mengikat pen mewakili sentromer yang
memegang kromosom tersebut. Buku pula mewakili sel yang sedang membahagi. Dengan cara ini dapat
membantu murid mengenalpasti gambarajah dalam soalan malah murid juga boleh melukis semula
gambarajah setiap peringkat dengan bilangan kromosom yang tepat. Murid akan menyusun dan
menjalankan aktiviti dan dapat dapat membantu mereka supaya senang faham pergerakan dan perlakuan
kromosom. Salah satu masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah isi
kandungan yang abstrak sehingga boleh menyebabkan murid kurang faham topik tersebut (Sharifah
Maimunah,2003). Untuk itu pengkaji cuba mengetengahkan kaedah analogi ini supaya dapat memberi
gambaran yang lebih mudah difahami oleh murid.
Seterusnya pula murid perlu menerangkan perlakuan kromosom dalam setiap peringkat dengan
menggunakan kaedah 5 jari. Pengkaji menggunakan kata kunci yang sesuai bagi menunjukkan perlakuan
kromosom seperti yang ditunjukkan oleh pergerakan pen dalam Rajah 3. Setiap jari mewakili 1 peringkat
bermula dari Profasa, Metafasa, Anafasa , Telofasa dan Sitokinesis. Setiap jari mempunyai kata kunci
yang dapat memberi klu untuk menceritakan sifat dan pergerakan kromosom semasa mitosis. Penerangan
bagi kaedah 5 jari tersebut seperti dalam Rajah 4.
60
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 4 : Kaedah 5 Jari Untuk Mitosis dan Sitokinesis
Jadual 2 : Penerangan Maksud 5 Jari Peringkat-peringkat Mitosis
Jari Penerangan Analogi Nama Perlakuan Kromosom
Ibu Jari Jari Peringkat Kromosom Tebal Dan Pendek
Jari Telunjuk
Ibu Jari Gemuk Dan Profasa
Pendek
Metafasa Kromosom Tersusun Di Satah
Telunjuk = Tersusun Khatulistiwa
Anafasa
Jari Tengah Tengah=Terpisah Dan Kromosom Terpisah Dan
Tertarik Telofasa Tertarik
Jari Manis Sitokinesis
Jari Kelingking Ring = Reach=Sampai Kromosom Sampai Di Kutub
Kecil=Anak Menjadi 2 Sel Anak
Kajian Tindakan yang dilakukan ini dilaksanakan selama 2 minggu bermula 25 Julai 2020
sehingga 5 Ogos 2021. Ianya dilaksanakan semasa waktu PdPr Biologi pada hari Ahad dan Rabu. Berikut
adalah jadual pelaksanaan yang dirancang oleh pengkaji.
Beberapa alat pemerhatian (instrumen) yang digunakan bagi memerhati tindakan dalam kajian ini
adalah seperti berikut:
61
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jadual 5: Alat Memungut Data (Instrumen)
Objektif Alat Pemerhatian
(Instrumen)
Murid dapat menyusun dan menyatakan Temubual
perlakuan kromosom dalam peringkat-
peringkat dalam mitosis mengikut turutan Analisis Dokumen
Murid dapat melukis dan melabel struktur sel
dan kromosom dalam setiap peringkat mitosis. Analisis Dokumen
Dapatan Kajian
Hasil daripada pelaksanaan intervensi Kaedah PROMATS menggunakan analogi 5 jari dan pen ini, murid
telah dapat menguasai bidang pembelajaran Pembahagian Sel Biologi SPM dan tajuk Mitosis dengan
lebih baik dan guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Biologi. Berikut adalah dapatan melalui kajian yang telah dilaksanakan ini.
1. Murid dapat menyusun dan menyatakan perlakuan kromosom dalam peringkat-peringkat dalam
mitosis mengikut turutan.
Berdasarkan analisis temubual yang dijalankan terhadap murid, jelas menunjukkan bahawa Kaedah
PROMATS dapat membantu murid menyusun dan menyatakan perlakuan kromosom dalam peringkat-
peringkat dalam mitosis mengikut turutan yang betul. Buktinya, murid 1 menyatakan bahawa melalui
Kaedah PROMATS ini beliau lebih senang memahami dan mengingati proses yang berlaku dalam mitosis
berbanding sebelum mempelajari kaedah ini. Selain itu, beliau juga dapat memahami nama-nama setiap
peringkat, apa yang berlaku dalam setiap proses dan cara melukis setiap fasa dengan baik. Murid 2 pula
menyatakan bahawa beliau dapat memahami tajuk mitosis dengan lebih mudah melalui proses
penghasilan dua sel anak dan pergerakan kromosom dalam fasa-fasa mitosis. Berikut adalah petikan
temubual murid-murid tersebut :
Sekarang saya lebih faham dan dapat ingat proses dalam mitosis dengan
lebih mudah cikgu berbanding sebelum ni. (TBM1B7)
Saya dapat faham nama-nama peringkat, apa yang berlaku dalam setiap
proses dan cara melukis setiap fasa tu cikgu. (TBM1B11)
Saya dapat memahami tajuk mitosis dengan lebih baik. (TBM2B8)
Saya faham tentang proses penghasilan dua sel anak dan pergerakan
kromosom semasa dalam fasa-fasa mitosis. (TBM2B11)
Murid tersebut juga dapat menyebut susunan peringkat-peringkat yang berlaku dalam mitosis
dengan betul apabila pengkaji bertanyakan adakah beliau mengingati susunan peringkat-peringkat setelah
menggunakan kaedah tersebut. Selain itu murid tersebut juga dapat menerangkan perlakuan kromosom
dalam peringkat-peringkat itu dengan tepat menggunakan singkatan istilah yang diberikan dalam analogi
62
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
5 jari. Ini menunjukkan bahawa intervensi yang telah diperkenalkan oleh pengkaji ini memberi impak
yang sangat baik dan berkesan terhadap daya ingatan dan pemahaman murid dalam menguasai tajuk yang
difokuskan dalam kajian ini. Berikut adalah petikan temubual bersama murid tersebut:
Ye cikgu…contohnya mitosis bermula dengan profasa, metafasa, anafasa
dan telofasa. .dulu saya selalu tertukar nama-nama ni cikgu sebab
keliru. (TBM1B15)
Saya dapat ingat pergerakan kromosom seperti semasa profasa, kromosom
menebal dan memendek..kemudian kromosom akan tersusun di tengah-
tengah dan terpisah….lepas tu dia akan tertarik dan bergerak ke kutub sel
dan menjadi 2 sel anak yang baru. (TBM1B20)
Ya, saya dapat menyusunnya seperti Pro untuk profasa, M untuk metafasa,
A untuk anafasa dan T untuk telofasa..dan S pula sitokinesis selepas tu.
(TBM2B15)
Ya, boleh ingat perlakuan kromosom tu sebab kaedah ni guna jari dan
keyword yang saya senang ingat…macam profasa,saya ingat kita guna ibu
jari kan..jadi kromosom jadi tebal dan pendek sebab ibu jari tu besar dan
pendek (TBM2B20)
Selain itu, melalui analisis dokumen iaitu soalan latihan yang diberikan oleh pengkaji, semua murid
seramai 11 orang telah menjawab semua soalan latihan yang diberikan berkaitan tajuk mitosis berbanding
sebelum ini di mana terdapat 8 orang murid yang tidak menjawab langsung semua soalan tajuk ini semasa
Peperiksaan Pertengahan Tahun dijalankan. Selain itu, berdasarkan analisis dokumen juga,didapati
bahawa murid juga dapat menyusun peringkat-peringkat dalam mitosis dengan betul. Murid juga dapat
menyatakan perlakuan kromosom menggunakan istilah yang betul dalam peringkat yang dinyatakan
dalam soalan. Contohnya murid 1 dapat menjawab soalan susunan fasa-fasa dalam mitosis menggunakan
Kaedah PROMATS seperti dalam tangkap layar di bawah:
(ADLTM1)
Seterusnya murid juga dapat menamakan peringkat-peringkat dalam mitosis dengan nama dan
ejaan yang betul serta menerangkan perlakuan kromosom menggunakan istilah yang tepat berdasarkan
analogi yang telah diterangkan dalam kaedah PROMATS ini. Contoh tersebut seperti tangkap layar di
bawah:
63
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
(ADLTM2)
(ADLTM3)
Murid-murid juga mendapat markah penuh bagi soalan-soalan tersebut. Hasil analisis dokumen
ini jelas menunjukkan bahawa intervensi yang diperkenalkan menunjukkan keberkesanan dalam
membantu murid mengingat setiap peringkat dalam mitosis serta menerangkan perlakuan kromosom
dengan sangat mudah berbanding sebelum ini.
2. Murid dapat melukis dan melabel struktur sel dan kromosom dalam
setiap peringkat mitosis.
Berdasarkan analisis dokumen iaitu soalan latihan yang diberikan juga, didapati bahawa murid
dapat melukis dan melabel struktur sel dan kromosom dengan baik dan kemas. Murid menggunakan
analogi pen berwarna merah dan biru bagi mewakili kromosom dan dapat mengaplikasikan kaedah
tersebut dengan melukis gambarajah peringkat telofasa dengan mendapat markah penuh. Contoh hasil
analisis dokumen adalah seperti tangkap layar di bawah:
64
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
(ADLTM2)
(ADLTM4)
Perbincangan
Kajian ini telah memperbaiki dan mempertingkatkan amalan PdPc dalam bilik darjah. Dalam kajian ini,
pengkaji telah menjadikan penguasaan murid dalam memahami tajuk pembahagian sel iaitu Mitosis bagi
subjek Biologi sebagai medium penilaian kajian tindakan. Hal ini yang demikian kajian yang dilakukan
ini telah dapat menunjukkan beberapa implikasi penting khususnya kepada murid, kepada guru dan juga
terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran subjek Biologi itu sendiri. Ini ditunjukkan seperti dalam
Rajah 5 di bawah :
REFLEKSI
KAJIAN
Refleksi Terhadap Refleksi Terhadap Refleksi Terhadap
Murid Guru Pengajaran dan
Pembelajaran
Rajah 5
65
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Penggunaan intervensi PROMATS telah memberikan impak yang baik kepada murid semasa
mempelajari topik pembahagian sel iaitu Mitosis dalam subjek Biologi. Kaedah ini telah membantu murid
untuk menguasai topik mitosis dengan lebih berkesan dan murid dapat menjawab soalan struktur yang
diberikan dengan lebih baik. Murid juga dapat menerangkan setiap peringkat dalam mitosis menggunakan
kata kunci yang sesuai berdasarkan rumus yang diberi serta dapat melukis gambarajah dengan jelas dan
tepat. Jika sebelum ini, murid hanya menghafal proses yang berlaku tanpa menggunakan kaedah yang
khusus. Pelaksanaan yang dilakukan telah menyumbang kepada peningkatan penguasaan dan pencapaian
murid dalam subjek Biologi.
Kajian yang dijalankan ini juga telah dapat menambah baik kemahiran guru dalam membantu
penguasaan murid. Guru dapat menambah baik kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam
subjek Biologi. Kajian ini telah memberikan idea kepada pengkaji untuk memilih kaedah pengajaran yang
sesuai dan lebih menarik. Pengkaji dapat mengetahui cara terbaik yang boleh diaplikasikan untuk menarik
minat murid dan mencabar kebolehan murid serta merangsang suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Biologi.
Kajian tindakan ini juga telah menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang
sepatutnya diamalkan oleh seorang guru. Melalui kaedah yang menarik, murid tidak mudah bosan belajar
dan objektif suatu pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Melalui kaedah
konvensional, kelas bukan sahaja membosankan malahan topik yang dipelajari juga sukar diingati untuk
satu jangka masa panjang. Subjek Biologi pula merupakan subjek yang agak sukar dan sering menjadi
„killer subject‟ untuk murid-murid kelas Sains Tulen. Oleh yang demikian, kepelbagaian kaedah
pengajaran dapat membantu menarik minat murid sekaligus memberikan impak yang positif terhadap
pencapaian SPM.
Kaedah kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini merupakan kajian pertama yang dihasilkan
berkaitan penggunaan kaedah formula mneumonik dalam mengingat proses yang berlaku dalam tajuk
mitosis Biologi Tingkatan 4. Kaedah ini boleh disebarluaskan kepada semua murid kelas Sains Tulen
yang lain bagi membantu calon-calon SPM menjawab soalan struktur Kertas 2 dengan lebih baik.
Pengkaji juga merasakan perlunya satu kajian yang berkesinambungan selepas penghasilan
kaedah ini kepada murid. Memandangkan pengkaji menskopkan kajian awal untuk tajuk Mitosis sahaja,
berkemungkinan pada masa akan datang pengkaji akan mengembang luaskan kaedah ini untuk tajuk
pembahagian sel yang kedua iaitu Meiosis. Ini kerana terdapat dua subtopik utama dalam tajuk
pembahagian sel iaitu Mitosis dan Meiosis. Selain itu, skop asal kaedah kajian ini diaplikasikan untuk
membantu murid menjawab soalan struktur sahaja. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa pada masa
akan datang, pengkaji akan mengembang luaskan penggunaan kaedah ini untuk membantu murid
menjawab soalan esei Kertas 2 Biologi pula. Pengkaji juga bercadang untuk menghasikan video rakaman
kaedah PROMATS yang boleh dimuatnaik ke aplikasi Youtube supaya lebih memudahkan pelaksanaan
intervensi dan menjadi sumber rujukan guru dan murid.
66
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Kajian tindakan yang dilakukan ini telah dapat menyelesaikan dua isu utama dalam bidang
pembelajaran Pembahagian Sel Biologi SPM. Dengan mengaplikasikan Kaedah PROMATS
Menggunakan 5 Jari dan Pen ini, murid telah dapat menyusun dan menyatakan perlakuan kromosom
dalam peringkat-peringkat dalam mitosis mengikut turutan yang betul. Selain itu, murid juga telah dapat
melukis dan melabel struktur sel dan kromosom dalam setiap peringkat mitosis dengan tepat. Kajian ini
telah membantu meningkatkan penguasaan murid dalam bidang pembelajaran Pembahagian Sel Biologi
SPM dan guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Biologi.
67
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
Aziz Nordin & Ami Norliyana Shamsu Kamar.2011. Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap
Konsep Pembahagian Sel Dalam Mata Pelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat.
Universiti Teknologi Malaysia.
Bakken, J. P. and Simpson, C. G. 2011. Mnemonic Strategies: Success for
The Young-Adult.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. 2018. Kementerian Pendidikan
Malaysia. Putrajaya.
Harrison a.g, Aubusson, P.J. and Ritchie M.S. eds. 2006. Metaphor and analogy
in science education. Vol. 30. Springer.
Jaswardi Anwar Md. Yaacob. 2017. Kesan pembelajaran 5E secara kontekstual
terhadap pemahaman konsep pembahagian sel, penaakulan saintifik dan motivasi. Universiti
Sains Malaysia.
Mak Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur. Seasons
Sdn. Bhd.
Sharifah Maimunah Syed Zin. 2003. Reforming the science technology
curriculum: the smart school initiative in Malaysia. Prospect. XXXIII :39-50
dalam Pengajaran & Pembelajaran Sains Pelajar Terpinggir. T. Subahan Mohd Meerah dan Lilia
Halim. 2012. Universiti Kebangsaan Malaysia.
T. Elangovan. 2011. Kesan Simulasi Komputer Terhadap Pencapaian dan Ketekalan Ingatan
Pelajar Biologi Tingkatan Empat Bagi Topik Pembahagian Sel. 2014. Universiti Sains Malaysia.
Zaida Torman. 2002. Amalan teknik mengingat di kalangan pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Johor. Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kolej
Univ
68
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
PENGGUNAAN APLIKASI TEKNOLOGI BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID
TINGKATAN 3 DALAM MENGGUNAKAN KATA PEMERI
Fatimah Razita binti Sulong @ Wan Sulong
SMK Desa Cempaka, 71800 Nilai
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membantu para murid yang berkemahiran sederhana dalam penggunaan dan
penguasaan kata pemeri yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1,
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sampel kajian melibatkan seramai 31 orang murid dan seorang guru
terlibat dalam kajian ini. Saya telah memfokuskan kepada penggunaan kata pemeri dalam soalan objektif.
Tinjauan awal telah dibuat melalui praujian yang menunjukkan murid mencapai keputusan
sederhana dalam menjawab soalan objektif. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati murid menghadapi
masalah membezakan penggunaan dan penguasaan kata pemeri iaitu ialah dan adalah. Oleh itu, Inovasi
Formula Ringkas ia dan ada diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah
membezakan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Diharapkan murid dapat memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam Kertas 1 (PT3) dan seterusnya dapat menuturkan penggunaan kata pemeri dengan
betul dalam urusan seharian murid-murid.
Kata kunci : kemahiran penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam ayat
Pendahuluan
Dalam menghadapi era maklumat di hujung jari, pendidikan berkualiti yang dapat meningkatkan daya
pemikiran murid-murid ke satu tahap tinggi amat dituntut. Era globalisasi telah banyak membawa
perubahan terhadap ekologi pembelajaran pelajar (Arifin, 2003). Mutu pendidikan berkualiti amat
didambakan dalam menghadapi cabaran alaf baharu dunia siber dan keperluan membentuk generasi yang
pandai menggunakan sumber maklumat sangat mencabar. Generasi akan datang perlu dibentuk agar tahu
menggunakan sumber maklumat untuk menjadi generasi berilmu pengetahuan tinggi. Zaman ledakan dan
aplikasi teknologi maklumat merentasi sempadan negara sedia ada kini, para pendidik perlu menggalas
tanggungjawab membentuk genarasi akan datang yang berilmu pengetahuan tinggi setanding dengan
murid-murid di negara-negara maju yang lain. Lantaran itu, iklim pembelajaran murid yang berkesan dan
seiring dengan perkembangan zaman perlu difikirkan bagi mencapai kecemerlangan pendidikan. Namun
demikian, perkara yang membimbangkan kini ialah berlakunya kemerosotan kualiti pembelajaran murid
berdasarkan pencapaian murid dalam menguasai kata pemeri yang kebiasaannnya disoal dalam Kertas 1
Pentaksiran Tingkatan 3(PT3). Mudah-mudahan kajian tindakan ini sedikit sebanyak dapat membantu
para murid dan pengguna bahasa Melayu menjadi lebih peka akan kepada aturan menggunakan kedua-
dua kata pemeri ini. Dalam hal ini, penggunaannya berdasarkan aturan dan bukannya secara sewenang-
wenangnya perlu ditegaskan oleh para pendidik kita kepada murid-murid terutamanya supaya kekhilafan
ini dapat diperbetul. Marilah kita bersama-sama memantapkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita
dengan menguasai penggunaan kata pemeri.
Pengkaji mendapati bahawa banyak murid yang kurang menguasai penggunaan kata pemeri
dengan betul semasa menjawab soalan berbentuk objektif mahupun subjektif. Kesimpulan awal ini
dicapai hasil penyemakan hasil kerja murid dan hasil daripada keputusan ujian serta peperiksaan
pertengahan tahun. Banyak murid yang berpendapat bahawa penggunaan kata pemeri di dalam sesuatu
69
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
ayat amat mengelirukan semasa membuat pilihan jawapan yang betul. Hal ini menyebabkan murid banyak
kehilangan markah apabila menjawab soalan kata pemeri ini. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa
pendekatan yang menyeronokkan serta mengikut arus zaman ini perlu dilakukan untuk menarik minat
murid dan memberikan kefahaman yang jelas untuk membezakan kedua-dua kata pemeri ini. Di samping
itu, pendekatan ini akan meningkatkan kemahiran lisan dan kolaborasi antara murid bagi memastikan
semua input sumber maklumat dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan. Penglibatan murid juga akan
menjadi lebih aktif dan pembelajaran berpusatkan murid juga akan lebih efektif. Dalam melaksanakan
kajian ini, dua objektif utama telah dikenal pasti iaitu:
a. Menyediakan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dengan penglibatan murid
secara aktif dalam proses PdPc.
b. Meningkatkan minat murid dalam membezakan penggunaan kata pemeri dalam
menjawab soalan berbentuk objektif.
70
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Metodologi
Dalam melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah telah dilakukan menerusi kaedah pengajaran dan
pembelajaran bersemuka dan juga dalam talian. Namun begitu akibat daripada kekangan masalah internet
dan data rangkaian semasa PDPR dilaksanakan, murid-murid menghadapi masalah untuk masuk ke kelas
dan seterusnya menyebabkan murid kurang berminat untuk terus belajar menerusi aplikasi teknologi
terkini akibat pandemik covid-19 menular. Bertitik tolak daripada itu, guru telah mendapat beberapa idea
untuk melaksanakan PDPR dalam yang pelbagai dan menyeronokkan murid-murid. Guru telah
menggunakan sepenuhnya ruang waktu PDPR ini dengan memperkenalkan pelbagai medium aplikasi
teknologi baharu bagi memahami murid-murid dalam mengenal pasti penggunaan kata pemeri ialah dan
adalah. Murid telah didedahkan dengan pelbagai pembelajaran yang menyeronokkan melalui beberapa
medium seperti Telegram Voice Chat, Quizizz, Poll, Wordwold Quiz dan Inovasi Formula Ringkas
melalui Youtube dan Power Point.
Dapatan Kajian
Bagi memperoleh jawapan kepada objektif kajian yang pertama, data-data yang diperoleh daripada
jawapan melalui google form murid telah digunakan. Seramai 31 orang murid telah berjaya menjawab 31
soalan yang berbentuk objektif.
Jumlah Bilangan murid Peningkatan/
markah pengurangan
Praujian Ujian pos
21-31 +8 peningkatan
13(42%) 21(68%)
11-20 18(58%) 10(32%) -8 peningkatan
0-10 0 0 0
Dalam menjawab
soalan ini, murid-murid telah menunjukkan peningkatan dari segi jumlah markah yang diperolehi apabila
guru telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran apabila tercetusnya pengajaran dan
pembelajaran norma baru iaitu melalui aplikasi teknologi semasa. Praujian telah dilaksanakan semasa
guru mengajar hanya menggunakan kaedah Google meet sahaja dimana ramai murid yang tidak dapat
masuk ke dalam talian disebabkan penggunaan data yang tinggi dan juga murid kurang berminat dan
berasa bosan dengan kaedah PDPc yang digunakan. Hal ini menyebabkan murid hanya menjawab ala
71
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
kadar sahaja tanpa berfikir untuk mendapatkan jawapan yang tepat memandangkan pilihan jawapan yang
telah disediakan oleh guru. Apabila jumlah markah diperoleh, ini amat-amat mengecewakan guru kerana
murid belum dapat menguasai sepenuhnya penggunaan kata pemeri yang telah diajar. Rentetan itu guru
telah mendapat idea untuk menarik murid-murid merasa seronok malah memahami apa yang diajarkan
adalah dengan menggunakan pelbagai aplikasi teknologi maklumat. Guru telah menggunakan pelbagai
kaedah PDPR seperti menggunakan Telegram Voice Chat, Quizizz, Poll, Wordwold Quiz, Inovasi
Formula Ringkas melalui Youtube dan Power Point. Selama 2 minggu berturut-turut guru telah
menggunakan pelbagai aplikasi ini. Selepas pembelajaran yang menyeronokkan itu telah dilaksanakan,
guru telah memberikan 30 soalan kata pemeri dan hasilnya seramai 21 murid telah berjaya menjawab
soalan kata pemeri dengan betul dan berlakunya peningkatan jumlah murid iaitu sebanyak 8 orang telah
berjaya menguasai penggunaan kata pemeri yang betul. Di samping itu juga, guru telah mempelkenalkan
satu Inovasi Formula Ringkas bagi mengukuhkan ingatan murid-murid. Satu Inovasi Formula Ringkas
telah dipelkenalkan agar murid senang dan mudah membezakan penggunaan kata pemeri. Kata Pemeri
ialah diringkaskan ke ia dimana hanya digunakan untuk orang sahaja, manakala kata pemeri adalah
digunakan selain daripada kata nama iaitu untuk kata adjektif dan kara kerja sahaja. Rujuk Lampiran.
Perbincangan
Berdasarkan dapatan hasil kajian yang diterima daripada murid, ternyata penggunaan aplikasi teknologi
dalam memahami kata pemeri amat memberangsangkan. Dengan penggunaan pelbagai aplikasi teknologi
ternyata kaedah ini telah menarik minat dan kefahaman murid untuk membezakan penggunaan kata
pemeri yang betul. Guru berharap murid-murid akan terus mendapat manfaat daripada aplikasi yang telah
dan akan digunakan ini. Walau bagaimanapun, beberapa isu berkaitan dapat dikenalpasti. Antaranya,
terdapat kekangan seperti murid-murid terpaksa bergantung kepasa akses internet dan data yang cukup
untuk menjawab dan mengikuti PdPR dalam talian. Selain itu, kekangan waktu juga kerana tempoh PdPR
telah tamat dan pembelajaran bersemuka sepenuhnya diteruskan mengikut penggiliran yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Pengkaji berharap kaedah inovasi formula dan aplikasi teknologi ini dapat
diteruskan pada masa akan datang kepada murid-murid lain.
Rujukan
Kajian Tindakan: Mohamad Yusof bin Omar dan Nur Aliya Asyura binti Harun,Masalah Kekeliruan
Penggunaan Kata Pemeri „adalah‘ dan ‗ialah‟ dalam Kalangan Pelajar.
Kata Pemeri ialah dan adalah, posted in Artikel, Pelbagai, Untuk guru dan pelajar by MAB.
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1982). Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kata Pemeri Ialah dan Adalah: Analisis Pragmatik, Khairul Taufiq Abu Bakar dan Nor Hashimah
Jalaluddin.
Mikro Pengajaran dan Refleksi, Azriza Azwa bt Zakaria.
72
Lampiran PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Hasil Pengumpulan bahan daripada Murid
Contoh maklumat yang dikumpulkan melalui Google Form
Dapatan Markah Soalan Praujian
Dapatan Markah Soalan Ujian Pos
Sumber maklumat yang telah dimodulkan dalam bentuk salinan lembut dan berbentuk cetakan.
73
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
74
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
75
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
76
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jumlah Bilangan Murid Peningkatan/Pengurangan
Markah
Praujian Ujian Pos +8 peningkatan
21-31 13 21 -7 peningkatan
11-20 18 10
0-10 0 0 0
PrestasiMurid Dalam
77
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Praujian Dan Ujian Pos
20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Bilangan murid Ujian Pra Bilangan murid Ujian Pos
78
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
79
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
80
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
PENGUKUHAN JIWA REMAJA ERA PANDEMIK COVID 19: IBRAH DARI TARBIAH
SAIDATINA MARYAM A.S.
Hamidah binti Abu Hassan @ Abd Rahman.1
1 SMK Taman Semarak,Nilai Negeri Sembilan.
[email protected]
Abstrak
Penularan wabak Coronavirus Disease 2019 yang melanda dunia telah memberi kesan yang mendalam
bukan sahaja terhadap ekonomi, kehidupan sosial, emosi malah cara berfikir dan bertindak masyarakat
terutama golongan remaja. Manusia secara fitrahnya akan mengalami kemelut yang dahsyat apabila
berhadapan ujian besar dalam hidup. Maryam a.s adalah contoh seorang remaja yang telah berjaya
mengatasi kemelut dengan cemerlang hasil dari tarbiah yang diterima sepanjang hidupnya. Kajian ini
bertujuan merungkai aspek-aspek tarbiah yang mempengaruhi pembentukan jiwa dan kekuatan spiritual
Maryam sebagai contoh ikutan untuk para remaja. Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan yang
menggunakan metod kajian perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa tarbiah Maryam a.s yang
merangkumi aspek akidah, akhlak,ibadah dan suasana persekitaran dapat memberikan kesan yang
mendalam ke arah mengukuhkan jiwa remaja dengan mengutamakan keyakinan dan penggantungan yang
mutlak kepada Allah S.W.T. Seterusnya kajian ini mempunyai kepentingan terhadap guru,ibu bapa dan
masyarakat dalam menambah baik penerapan nilai Pendidikan Islam ke arah melahirkan generasi muda
Islam yang beriman dan berakhlak.
Kata Kunci: Pandemik covid 19. Ibrah. psikologi. Tarbiah. Akidah.
Pendahuluan
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020 telah banyak mengubah norma
kehidupan manusia bukan sahaja di dunia malah di negara Malaysia juga tidak terkecuali. Statistik
menunjukkan golongan remaja merupakan antara golongan yang paling ramai menghadapi masalah
kemurungan yang luar biasa akibat daripada situasi pandemik yang melanda. Lebih menyedihkan apabila
para remaja ini mengambil jalan singkat dengan membunuh diri kerana tidak mampu mengawal tekanan
dalam diri. (Berita Harian Online: 28/11/2019). Kegagalan menguruskan tekanan dan mengawal pelakuan
diri berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati, jiwa, nafsu dan akal. Kelemahan hati yang
menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT.
Di samping itu, keperluan pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PDPR) telah menuntut para
remaja mendampingi peranti ICT seperti telefon bimbit dan komputer riba hampir setiap masa. Fenomena
ini telah membolehkan para remaja memiliki “kebebasan sosial” yang tersendiri. Mereka bebas menonton
video dan melayari media sosial tanpa kawalan ibu bapa. Sebanyak 29 % remaja dari 85 peratus remaja
81
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
mengalami ketagihan internet.Manakala Malaysia mencatatkan ip pencarian porno tertinggi iaitu
sebanyak 20,000 pencarian setiap hari.(Astro Awani 16/6/2021).
Justeru remaja perlu jelas tentang jati diri muslim yang perlu dicerna sebaiknya agar jiwa mereka
tidak mudah goyah dalam apa jua keadaan. (Nur zatil Ismah : 2018). Di samping itu mereka mempunyai
kawalan diri sendiri agar tidak terjebak dalam perkara-yang negatif. Sudah pasti aspek tarbiah untuk
melahirkan remaja yang sebegini berjalan seiring dan sewajarnya dititipkan sejak dari kecil. Maryam
adalah contoh terbaik remaja yang mendapat tarbiah yang sempurna sehingga al-Quran mengiktirafnya
sebaik-baik wanita. Oleh itu, segenap lapisan masyarakat Islam wajar menelusuri aspek tarbiah Maryam
untuk melahirkan remaja yang kukuh jiwa dengan keimanan dan berkeperibadian tinggi walau dalam apa
jua keadaan dan cabaran yang dihadapi.
Metodologi
Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan yang menggunakan metod kajian perpustakaan. Sumber
rujukan utama ialah tafsir al-Quran dan kitab-kitab hadis disamping buku-buku, artikel, kamus dan akhbar.
Pengertian Ibrah
Artikel ini akan membincangkan mengenai aspek pengukuhan jiwa di dalam al-Quran dengan meneliti
kisah Maryam a.s sebagai panduan asas pengukuhan jiwa seorang remaja muslim.. Pendekatan
mengambil panduan dan menganalisis kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran ini merupakan
perkara utama yang menerangkan betapa bernilainya al Quran dan kepentingannya terhadap individu,
masyarakat dan ummah.Al-Quran sarat dengan segala panduan yang bermanfaat, pengajaran yang
menjadi petunjuk dan sejarah generasi lalu yang boleh dijadikan iktibar seterusnya dijadikan sebagai
manhaj dalam kehidupan. Kisah-kisah dari al-Quran ini perlu diteliti dalam memperoleh sebanyak
mungkin aspek tarbiah dalam membentuk jati diri dan mengukuhkan jiwa seorang hamba. Tidak ada
sesuatu yang bersangatan kesannya ke atas jiwa daripada uslub pengisahan atau penceritaan yang
dikemukakan oleh al-Quran. Al-Quran membentangkan kisah-kisah yang menjadi panduan yang nyata
dan dapat dilihat dan dirasai bagi mereka yang mendengarnya sehingga ia membawa kesan yang besar
kepada jiwa. ( Mustafa:2008)
Pengenalan Maryam
Maryam adalah anak perempuan kepada „Imran bin Mathan dari keturunan Sulayman bin Daud bin Aisya
bin Yahuza bin Ya„qub bin Ishak bin Ibrahim. (Ar -Razi: t.t) Ibu Maryam pula ialah Hannah bin Faquz
bin Qabil. (Tabari: 1968) Kedua-duanya adalah dari kalangan ahli ibadat yang terkenal. „Imran
merupakan pemimpin bani Israil yang menjadi tempat rujukan berkaitan urusan keagamaan. Kisah
Maryam diceritakan dalam dua surah iaitu surah „Ali Imran dan surah Maryam. Dinamakan satu surah
dengan nama Maryam menunjukkan betapa besarnya ibrah dan pengajaran yang terkandung dalam
kisahnya untuk diteladani oleh umat manusia. Maryam a.s adalah seorang gadis sunti yang masih perawan
yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengandungkan dan melahirkan Isa a.s dalam keadaan tidak berbapa.
Maryam terkenal sebagai wanita yang solihah sehingga Allah mengiktiraf beliau sebaik-baik wanita pada
zamannya.
Aspek Tarbiah Maryam
Maryam a.s adalah contoh remaja yang berjaya menguruskan tekanan yang dihadapi dengan keimanan
dan sepenuh penggantungan terhadap Allah S.W.T. Maryam tatkala menghadapi ujian besar dalam
82
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
hidupnya ketika beliau melahirkan anak bersendirian dan dalam keadaan tidak bersuami juga merasai
tekanan yang hebat sehingga bercita-cita untuk mati.Ini kerana beliau tidak sanggup untuk menghadapi
penghinaan kaumnya yang sudah pasti akan mencemuhnya kerana kelahiran tersebut. (As-Sabuni: t.t).
Maryam dikenali sebagai wanita yang terhormat dan lahir dari keturunan yang solih,mana mungkin
wanita sebaik itu akan melahirkan anak tanpa bapa. Oleh yang demikian, beliau mengharapkan kematian
kerana manusia tidak akan mempercayai apa yang berlaku ke atasnya merupakan ketentuan dan kehendak
Allah.
SURAH MARYAM AYAT 23
Kata-kata Saidatina Maryam yang direkodkan dalam al-Quran ini menunjukkan bahawa manusia
yang sedang diuji secara fitrahnya akan merasa putus asa ke tahap bercita- cita untuk mati atau lenyap. Ia
adalah terjemahan sakit emosi yang tidak jelas di mata kasar. Islam melalui kalam Allah mengiktiraf
perasaan ini.(Natasya: 2021). Walau bagaimanapun hasil tarbiah yang telah diterima Maryam di
sepanjang hidupnya bermula dari dikandungi ibu sehinggalah menerima tarbiah dan didikan dari nabi
Zakaria menjadikan wanita ini mempunyai keutuhan jiwa yang luar biasa sehingga berjaya melalui semua
ujian dengan cemerlang. Justeru, sewajarnya para remaja menjadikan Maryam sebagai suri teladan dalam
membina keutuhan jiwa menghadapi segala ujian kehidupan agar mereka tidak melakukan perkara yang
sia-sia dan merugikan diri sendiri. Di samping itu para remaja juga mesti memelihara maruah diri dengan
pengawalan kendiri agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak bermoral dan jauh dari anasir negatif
yang merosakkan minda dan rohani. Para ibu-bapa, guru dan masyarakat boleh mengambil ibrah dan
pengajaran daripada aspek tarbiah Maryam agar generasi muda yang beriman dapat dilahirkan dan
dipandu ke arah memahami tugas mereka sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.
Proses membentuk jati diri remaja sangat berkait rapat dengan tarbiah yang diterima dalam
kehidupan seharian. Tarbiah boleh diertikan dari sudut istilah ialah penyampaian ilmu sedikit demi sedikit
sehingga mencapai kesempurnaan. Ia merangkumi aspek pembaikan, pengislahan, pembangunan dan
pembentukan insan dalam semua aspek demi mencapai kebahagian dunia dan akhirat sejajar dengan
manhaj Islam. (Khalid al-Hamizi: 2000) Berikut merupakan aspek pendidikan yang dibentangkan al-
Quran melalui kisah Maryam a.s.
Pendidikan berteraskan akidah.
Pegangan akidah yang betul merupakan asas kepada pengukuhan jiwa seorang muslim ketika menghadapi
sebarang ujian dan musibah kehidupan. Akidah merupakan ruh bagi setiap individu. Akidah akan
menatijahkan kehidupan yang baik. Pengabaian kepada akidah akan mematikan jiwa kerana ia umpama
cahaya yang apabila manusia buta daripadanya, ia akan membawa kepada kesesatan sepanjang hidup dan
menyimpang dari kebenaran. (Sayyid Thabit :2011) Individu yang mempunyai akidah yang mantap akan
memperoleh ketenangan walaupun berhadapan dengan peristiwa dahsyat yang berlaku sekitarnya. Akidah
akan menjaga rohani dan mengukuhkan jiwanya serta menciptakan suasana kejiwaan yang penuh dengan
ketenangan dan harapan walaupun ia hidup dalam lingkungan yang sukar dan menakutkan.
83
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pendidikan akidah ini sewajarnya disemai oleh ibu bapa ke dalam jiwa anak-anak sedari mereka
masih dalam kandungan, Keimanan yang lahir dari akidah yang benar yang ditanam ke dalam jiwa anak-
anak di sepanjang peringkat kehidupan mereka akan memungkinkan kemenjadiaan seorang anak,
membentuk rasa taqwa dan berserah diri serta sentiasa mengingati Allah S.W.T.Keimanan yang luhur ini
akan dapat menghindarkan diri mereka dari gejala yang merosakkan masyarakat, hambatan nafsu dan
kepincangan akhlak seterusnya memberi kesan yang mendalam kepada pengukuhan jiwa dan jati diri .
Maryam a.s mewarisi agama Tauhid daripada kedua ibu bapanya yang patuh beribadat kepada Allah
S.W.T. Sepanjang Maryam dalam kandungan ibunya yang sudah lanjut usia, beliau diperdengarkan
dengan alunan zikir dan dinazarkan untuk diserahkan kepada Baitul Maqdis. (al-Razi: t.t) Keyakinan dan
kesolihan seorang ibu yang sentiasa meletakkan harap dan pergantungan terhadap Allah S.W.T ternyata
mempengaruhi anak yang dikandunginya.
Tambahan pula beliau dididik oleh nabi Zakaria yang merupakan seorang rasul yang diutuskan
membawa ajaran Tauhid. Sudah pasti Maryam suci akidahnya daripada sebarang bentuk pengabdian
selain daripada Allah S.W.T. Keutuhan akidah Maryam juga dapat dibuktikan berdasarkan tindak balas
beliau ketika malaikat Jibril diutuskan membawa perkhabaran mengenai kelahiran Isa a.s melaluinya.
Maryam mempersoalkan bagaimana ia akan berlaku sedangkan dirinya masih seorang dara yang tidak
pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Setelah Jibril meyakinkan beliau bahawa perkara tersebut adalah
ketentuan Allah S.W.T, Maryam menerima kehendak Allah dengan redha.
84
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Sekiranya dilihat dari pandangan mata kasar manusia, apa yang berlaku kepada Maryam sesuatu
yang amat berat untuk ditanggung oleh seorang remaja sepertinya. Beliau terkenal dengan kewarakan ,
ahli ibadat, berasal dari keturunan yang baik dan dididik oleh seorang nabi yang terkemuka tiba-tiba
berlaku perkara yang menterbalikkan keadaan iaitu mengandung tanpa berkahwin, sudah tentu beliau
tidak dapat menanggung perkara tersebut. Namun oleh kerana ia kehendak Allah, maka beliau
menerimanya dengan rela hati dan penuh keimanan.Maryam meyakini sekiranya Allah menghendaki
sedemikian maka Dialah yang juga akan memeliharanya dari apa jua kemungkinan yang akan
timbul.Pendirian ini adalah satu contoh kekuatan jiwa Maryam hasil dari didikan akidah yang diterimanya.
Persekitaran yang baik dan sihat Faktor persekitaran telah membentuk pendidikan Maryam.
Beliau dibesarkan di Baitul Maqdis iaitu tempat ibadat, perhimpunan dan perbincangan bagi ahli-ahli
ibadat. Dengan ini Maryam sentiasa terdedah kepada unsur-unsur positif yang mempengaruhi
pendidikannya. Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan anak-anak. Ini kerana
anak-anak sangat mudah untuk dipengaruhi oleh persekitarannya. Anak-anak yang berada dan membesar
dalam persekitaran yang baik akan membentuk akhlak untuk menjadi generasi yang baik. Di samping itu,
keberadaan anak-anak dalam persekitaran di luar keluarganya juga perlu diambil berat termasuk
pergaulannya sesama rakan sebaya, guru dan jiran tetangga. Kesemua faktor ini memberikan pengaruh
yang kuat dalam pembentukan akhlak dan pembinaan jati diri dan pengukuhan jiwa setiap anak.
Pengamalan Ibadah
Ibadah yang dikerjakan dengan penuh ketulusan semata-mata kerana Allah S.W.T akan membuahkan
manfaat yang begitu besar kepada pelakunya. Anak-anak sewajarnya dididik agar melaksanakan ibadat-
ibadat yang bukan sahaja menjadi kefarduan malah ibadat-ibadat sunat agar ibadat-ibadat ini dapat
mempengaruhi sifat positif dalam menghadapi dan mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi.Kelalaian
yang disengajakan dalam melaksanakan ibadat boleh menjadi penyebab utama kepada perlakuan maksiat.
Maryam menghabiskan masa remajanya di dalam mihrab dengan menumpukan sepenuh perhatian dan
mengerjakan ibadat kepada Allah. Beliau menjadi hamba Allah yang taat dan kuat beribadat.
Diriwayatkan beliau hanya keluar daripada mihrab apabila didatangi haid.(Tahmaz:1990) Maryam
melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan, jauh daripada sifat riak dan takbur semata-mata kerana
mencari keredaan-Nya.
85
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pendidikan Akhlak
Maryam memiliki himpunan akhlak yang mulia seperti sabar, tabah, berani dan menjaga kehormatan diri.
Akhlak mulia ini lahir dari kepatuhan serta keyakinan beliau kepada Allah yang tidak berbelah bagi. Ia
telah menjadi benteng kepada beliau dari melakukan perkara-perkara keji dan melanggar batasan
agama.Akhlak ini tentunya lahir dari amalan dan ibadat yang dilakukan saban hari dan kemurniaan akidah
beliau yang sentiasa menyandarkan pergantungan diri yang mutlak kepada Allah. Ia menjadi gambaran
bahawa segala amalan yang telah dilakukannya diterima Allah dan memberikan kesan kepada peribadi
dan akhlak beliau. Sesungguhnya ibadat yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan
bersungguh-sungguh serta berterusan mampu mencegah berlakunya perbuatan mungkar dan keji
seterusnya melahirkan keperibadian yang unggul.
Rezeki yang halal sumber pembesaran
Rezeki yang diterima dan dimakan oleh Maryam juga terjamin bersih dan suci serta jauh daripada perkara-
perkara shubhah dan haram. Allah mengurniakan kepada Maryam makanan yang didatangkan terus dari
sisi-Nya. Ternyata kesucian dan halalnya makanan ini tidak boleh dipertikaikan. Makanan inilah yang
menjadi darah dagingnya. Makanan yang halal menjamin pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan
spiritual yang baik. Makanan juga mempengaruhi keperibadian seseorang hamba dan hubungannya
dengan Tuhan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s. a. w. yang menekankan kepentingan menjaga
makanan yang masuk ke dalam perut kerana makanan yang haram akan menjejaskan pembentukan
peribadi manusia. Malah lebih buruk lagi, ia akan menyebabkan si pemakannya dimasukkan ke dalam
neraka Allah s.w.t.
Al-Quran memaparkan kisah Maryam yang wajar dijadikan panduan dalam tarbiah untuk
membentuk jati diri dan mengukuhkan jiwa remaja. Antara panduannya ialah dengan keteguhan keimanan
kepada Allah SWT yang dengannya akan menjadikan remaja melalui proses membentuk jati diri dan
mengukuhkan jiwa seperti yang dikehendaki oleh syariat.Aspek yang perlu dititikberatkan oleh semua
lapisan masyarakat dalam mendidik para remaja ialah akidah, ibadah, akhlak, persekitaran,menjaga batas
syariat dan sumber rezeki yang menjadi darah daging. Aspek-aspek tersebut akan menjadikan remaja
tidak terlibat dengan perkara yang sia-sia dan memahami tugas utama sebagai khalifah Allah S.W.T di
atas muka bumi ini.
86
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
Nurzatil Ismah Azizan, Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff dan Nazneen Ismail, “Pembentukan jati diri
remaja dalam aspek ruhiyyah menurut perspektif al-Quran: Analisis terhadap ikon remaja dalam al-
Quran”.Jurnal Pengajian Islam,bil 11,isu 1,ms 64-74,2018
Al-Razi, al-Tafsir al-Kabir,juzuk 8,cet 1,Kaherah: Muassasah al Matbu‟ah. t.t.
Al-Tabari, Jami‟ al-Bayan „an ta‟wil ayy al-Qur‟an,juz. 1, cet 3,Mesir : Mustafa al-Babi al-Halabi .1968.
As-Sabuni,Muhammad Ali,Safwah al-Tafasir,jilid 1,Beirut : Dar al-Fikr.t.t.
As-Sayyid Thabiq, al-‟Aqaid al-Islamiyyah,Beirut : Dar al-Kitab al-‟Arabi.2011.
Khalid al-Hazimi, Usul al-Tarbiyyah al-Islami, Madinah: Dar „alam al-kutub.2000.
Mustafa Rajab,Fi Huwiyyah al-Tarbiyyah al-Islamiah wa Manhajituha. Medan: tp .2008.
Tahmaz,‟Abd al-Hamid Mahmud,al-Tawhid wa al-Tanzih fi Surah Maryam,Damsyiq : Dar al-
Qalam.1990.
Hamidah binti Abu Hassan @ Abd Rahman, M.S Thesis, “ Kesucian Mary menurut Bible dan al-Quran :
Kajian Perbandingan, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, APIUM,
Universiti Malaya,Kuala Lumpur.2003.
Nor Hatina binti Shuib.(2019). Kemurungan dorong tindakan bunuh diri. (632914)
(Online)Available:https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/11/632914/kemurungan-
dorong-tindakan-bunuh-diri
Prof Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul. (2018).Fenomena bunuh diri remaja ( 1.893218). (Online)
Available: https://archive.sinarharian.com.my/sihat-aktif/fenomena-bunuh-diri-remaja
AstroAwani(2021),Teknologi .29 peratus remaja alami ketagihan internet. (1909317) (Online). Available:
https://www.astroawani.com/video-malaysia/teknologi-29-peratus-remaja-alami-ketagihan-internet.
Natasya Noh (2021).Bingkisan buat mereka yang tertekan sehingga ingin membunuh diri.(236) (Online).
Available: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/4860-bayan-linnas-siri-ke-
236-bingkisan-buat-mereka-yang-amat-tertekan-hingga-bercadang-membunuh-diri
87
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
KAJIAN TINJAUAN
JANGKAAN PELAJAR SES PROGRAM MATRIKULASI TERHADAP PENCAPAIAN PB
KURSUS DE023 DAN KEBIMBANGAN TERHADAP
KURSUS DE023 DALAM NORMA BAHARU PEMBELAJARAN DIGITAL
Izyani binti Mistar
Unit Bahasa Inggeris, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
[email protected]
Abstrak
Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji jangkaan pelajar Sistem Empat Semester (SES) Sesi
2020/2021 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) terhadap pencapaian Penilaian Berterusan (PB)
kursus Bahasa Inggeris (DE023) dan kebimbangan mereka terhadap kursus DE023 dalam norma baharu
pembelajaran digital. Instrumen yang digunakan adalah melalui Borang Soal Selidik untuk mengukur
faktor-faktor yang dinyatakan tersebut dan telah dilaksanakan bermula pada perjumpaan pertama kursus
DE023. Soal selidik yang sama dilaksanakan sekali lagi pada akhir semester kedua yang bertujuan untuk
melihat perubahan (sekiranya ada) berdasarkan jangkaan terhadap pencapaian PB kursus DE023 dan
kebimbangan terhadap kursus DE023 setelah 18 minggu menjalani kursus tersebut. Dapatan mendapati
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan jangkaan terhadap pencapaian PB kursus DE023 pada
akhir semester berdasarkan jantina. Kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang
signifikan jangkaan terhadap pencapaian PB kursus DE023 dengan kebimbangan terhadap kursus DE023
pada akhir semester serta terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan terhadap pencapaian PB
kursus dengan jangkaan gred PB untuk DE023.
Kata Kunci: jangkaan, kebimbangan, Sistem Empat Semester (SES), Penilaian Berterusan (PB),
norma baharu pembelajaran digital
Pengenalan
Lazimnya, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus-kursus Program Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh Malaysia adalah dijalankan secara bersemuka.
Walau bagaimanapun, ia terpaksa diubah kepada kaedah pembelajaran secara atas talian bermula sesi
2020/2021 sehingga sekarang berikutan Pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh negara. Oleh
yang demikian, para pensyarah telah berusaha untuk meneroka dan mempelajari kaedah pengajaran secara
atas talian serta turut diberi pendedahan awal tentang kaedah pengajaran atas talian yang pelbagai dan
menarik daripada rakan pensyarah yang berkemahiran dalam penggunaan aplikasi serta alat berteknologi
masa kini seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyeru kepada semua warga
pendidik untuk memperkasakan diri dengan pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu
pembelajaran digital. Pelbagai inisiatif lain telah diambil oleh pihak Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
(KMNS) dan Unit Bahasa Inggeris (ELU) khasnya bagi menganjurkan kursus dan bengkel penyediaan
bahan PdP secara digital sebagai persediaan para pensyarah bagi memulakan sesi pengajaran dalam norma
baharu ini.
88
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pada dua minggu pertama sesi PdP secara atas talian berlangsung, kebanyakan pelajar menyatakan
kerisauan dan kebimbangan mereka terhadap kursus Bahasa Inggeris (DE023) dan keputusan Penilaian
Berterusan (PB) kursus DE023 yang bakal diperoleh pada akhir semester nanti memandangkan sesi PdP
tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka, sebaliknya hanyalah melalui pembelajaran secara atas talian
atau lebih dikenali dengan istilah „pembelajaran digital‟. Kebanyakan pelajar lebih cenderung untuk
mengikuti sesi PdP secara bersemuka kerana lebih mudah paham dan fokus terhadap pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah berbanding secara atas talian.
89
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Latar Belakang Kajian
Peningkatan taraf sosio telah melibatkan banyak aspek termasuk sistem pendidikan di mana Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menganggap bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran
yang perlu lulus mulai tahun 2016 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Ini melibatkan
isi kandungan subjek yang diajar bersama dengan kaedah pengajaran yang dijalankan. Dunia pengajaran
pada masa lalu adalah tidak sama seperti hari ini di mana zaman telah berubah kearah penggunaan bahan
digital serta penyampaian pengajaran secara atas talian telah pun mengambil tempat. Selain itu tidak
dinafikan bahawa pencapaian pelajar dalam pelajaran selalu menjadi perhatian ibu bapa, pelajar dan
warga pendidik. Oleh itu, terdapat beberapa strategi baharu yang dilaksanakan oleh sekolah dan institusi
untuk melahirkan pelajar yang lebih matang, mampu berdikari di samping berkebolehan mencapai
pencapaian yang lebih tinggi di dalam era yang serba moden serta digital ini. Salah satu strategi adalah
dengan menjalani sesi pembelajaran secara self-mode yang dianggap sebagai norma baharu dalam bidang
pendidikan. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan bagi para pendidik untuk melihat kembali kaedah
serta strategi pengajaran mereka kerana kita sekarang hidup dalam pendedahan yang luas terhadap
pelbagai teknologi. Ramai pendidik melihat pentingnya mempunyai strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam mencapai matlamat pendidikan, tidak kira apa jua kaedah penyampaian PdP yang diguna pakai
(Dickinson, 1987). Oleh itu, merancang semula strategi pengajaran kepada pelajar dengan integrasi
teknologi telah menjadi keutamaan terutama dalam pembelajaran bahasa dan terdapat banyak usaha yang
dilakukan untuk meningkatkan strategi pembelajaran bahasa (LLS) dalam kalangan pelajar di seluruh
dunia.
Tambahan lagi, kita juga hidup di era yang mempunyai peluang dan risiko yang luar biasa, dalam
masyarakat yang menghadapi cabaran perniagaan, politik, ilmiah, teknologi, kesihatan dan persekitaran
yang kompleks, dan juga dalam sistem pendidikan yang didorong oleh inovasi dan pengetahuan. Ini
merupakan faktor-faktor kepada wujudnya Pembelajaran Abad ke-21. Oleh yang demikian, untuk
memperoleh keberkesan pada abad ke-21, seluruh warganegara termasuk pelajar dan pendidik mesti dapat
membuat, menilai dan menggunakan maklumat, media dan teknologi dengan berkesan.
Menurut The Framework for 21st Century Learning, ia merangkumi pelbagai aspek pengetahuan
yang melibatkan input dari guru, pakar pendidikan, dan pemimpin perniagaan untuk menentukan dan
menggambarkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar untuk berjaya dalam
pekerjaan, kehidupan dan kewarganegaraan, serta sokongan sistem yang diperlukan untuk hasil
pembelajaran abad ke-21 (Mishra, Koehler & Henriksen, 2011, pp. 22-28).
Pernyataan Masalah
Kursus DE023 adalah merupakan subjek wajib bagi semua jurusan di kolej matrikulasi dan ia adalah satu
subjek penting sebagai persediaan pelajar bagi menduduki peperiksaan Malaysian University English Test
(MUET) pada masa akan datang lantas melayakkan mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi di universiti. Selain itu, kebimbangan mereka terhadap kursus DE023 adalah
90
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
berkemungkinan disebabkan oleh faktor perubahan silibus kursus Bahasa Inggeris Program Matrikulasi
yang bermula pada sesi 2021/2022 secara menyeluruh serta kriteria aras penilaian PB yang telah berubah
ke arah penilaian berdasarkan pendekatan Common European Framework of Reference (CEFR-alligned).
Aras kesukaran penilaian PB mengikut CEFR-alligned ini adalah lebih tinggi berbanding penilaian
sebelum ini. Kesemua faktor ini telah menyumbang kepada kerisauan dan kebimbangan pelajar terhadap
kursus ini kerana pelajar SES adalah merupakan pelajar yang akan mengikuti sesi pembelajaran selama
dua tahun yang mana ia melibatkan dua sesi pengajian iaitu sesi 2020/2021 serta 2021/2022. Tambahan
lagi, sesi PdP pada permulaan sesi baharu 2021/2022 adalah secara pembelajaran atas talian sepenuhnya
di mana pelajar perlu lebih berdikari dan bertanggung jawab terhadap pelajaran mereka. Ini menyebabkan
kursus DE023 bertambah penting dan dibimbangi para pelajar.
Objektif Kajian
i. Mengenal pasti perbezaan jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 pada akhir
semester dua sesi 2020/2021 berdasarkan jantina.
ii. Mengenal pasti hubungan antara jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 dengan
kebimbangan dalam kursus DE023 pada akhir semester dua sesi 2020/2021.
iii. Mengenal pasti hubungan antara jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 pada
akhir semester dua sesi 2020/2021 dengan jangkaan gred PB kursus DE023 mereka.
Persoalan Kajian
Penyelidik menyediakan 3 persoalan kajian yang merangkumi:
a. Menguji perbezaan min antara dua kumpulan.
Persoalan kajian pertama: Adakah terdapat perbezaan jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 pada akhir semester
berdasarkan jantina?
b. Menguji hubungan (data parametrik).
Persoalan kajian kedua: Adakah terdapat hubungan antara jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 dengan kebimbangan dalam
kursus DE023 pada akhir semester?
c. Menguji hubungan (data bukan parametrik).
Persoalan kajian ketiga: Adakah terdapat hubungan antara jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 dengan jangkaan gred PB
kursus DE023 pada akhir semester?
Kerangka Konseptual
91
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Metodologi Kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah dalam bentuk:
i. Kuantitatif (SPSS 27)
- Analisis deskriptif yang bersesuaian untuk menentukan kekerapan dan peratusan profil
demografi kajian.
- Menggunakan data statistik deskriptif yang diperolehi melalui instrumen soal selidik
bersama pelajar Sistem Empat Semester (SES) Semester II Sesi 2020/2021 dan Laporan
Keputusan PB Semester II subjek Bahasa Inggeris pelajar bagi menjawab ketiga-tiga
persoalan kajian.
ii. Kualitatif
- Melalui pemerhatian ke atas interaksi antara penyelidik yang merupakan pensyarah kursus
DE023 dengan pelajar SES semasa sesi soal jawab di aplikasi Telegram di sepanjang
proses PdP berlangsung (ini dicatatkan dalam nota pemerhatian).
Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan para pelajar Sistem Empat Semester (SES) Semester II Sesi 2020/2021 yang
menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Seramai 147 orang pelajar dipilih untuk kajian ini yang
merupakan pelajar dari Praktikum D1P3, D1P9 dan D1P13. Mereka terdiri daripada 34 orang pelajar
lelaki dan 113 orang pelajar perempuan dari pelbagai kumpulan etnik iaitu Melayu dan lain-lain (pelajar
berasal dari Sabah dan Sarawak).
92
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Instrumen Kajian
Penyelidik menjalankan sesi soal jawab pada setiap akhir aktiviti pembelajaran atas talian melalui aplikasi
Telegram bagi mendapatkan maklum balas pelajar terhadap kursus DE023 yang dipelajari. Oleh itu,
pengumpulan data dilaksanakan secara kuantitatif dan kualitatif. Berikut adalah instrumen yang
digunakan untuk merekod data:
i. Soal Selidik – diisi oleh pelajar SES bermula pada perjumpaan pertama semester kedua sesi
2020/2021 dan borang soal selidik yang sama dilaksanakan sekali lagi pada akhir semester
yang sama bagi melihat perubahan (sekiranya ada) berdasarkan jangkaan terhadap pencapaian
PB kursus DE023 dan kebimbangan terhadap kursus DE023 setelah 18 minggu menjalani
kursus tersebut.
ii. Semakan Laporan Keputusan PB kursus DE023 pelajar SES dalam sistem MIS.KMNS (menu
S3P).
iii. Nota Pemerhatian - interaksi antara penyelidik yang merupakan pensyarah kursus DE023
dengan pelajar SES semasa sesi soal jawab di aplikasi Telegram di sepanjang proses PdP
semester dua sesi 2020/2021 berlangsung.
Dapatan dan Analisis Kajian
Bagi kajian ini, analisis deskriptif yang dijalankan adalah melibatkan kekerapan dan peratusan untuk
menentukan kekerapan dan peratusan profil demografi kajian. Analisis deskriptif yang dijalankan adalah
seperti Jadual 1 berikut.
93
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jadual 1: Profil Demografi Kajian
Demografi Kekerapan Peratusan
Jantina 23.1%
76.9%
Lelaki 34
87.8%
Perempuan 113 12.2%
Kumpulan etnik
Melayu 129
Lain-lain 18
Jadual 1 menunjukkan bahawa berdasarkan jantina, seramai 34 orang (23.1%) adalah pelajar lelaki, dan
seramai 113 orang (76.9%) adalah pelajar perempuan. Seterusnya, berdasarkan kumpulan etnik pula, data
menunjukkan bahawa seramai 129 orang (87.8%) adalah pelajar Melayu, dan 18 orang (12.2%) adalah
pelajar lain-lain etnik yang berasal dari Sabah dan Sarawak.
Analisis Borang Soal Selidik
i) Menguji perbezaan min antara dua kumpulan.
Persoalan kajian pertama: Adakah terdapat perbezaan jangkaan pelajar terhadap pencapaian
PB kursus DE023 pada akhir semester berdasarkan jantina?
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB DE023
kursus DE023 pada akhir semester berdasarkan jantina.
Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus
pada akhir semester berdasarkan jantina.
Bagi persoalan kajian pertama ini, analisis ujian t tidak bersandar dijalankan bagi mengenal pasti
perbezaan jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 pada akhir semester berdasarkan
jantina. Hasil analisis ujian t tidak bersandar adalah seperti Jadual 2 berikut.
Jadual 2: Ujian t tidak bersandar Perbezaan Jangkaan Terhadap Pencapaian PB Kursus
DE023 pada Akhir Semester berdasarkan Jantina
Jantina N Min Sisihan t Df Sig.
piawai
Lelaki 34 5.09 1.00 0.297 145 0.767
Perempuan 113 5.03 1.05
Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 pada akhir semester berdasarkan jantina dengan nilai t = 0.297 dan sig =
0.767 (p>0.05). Dari segi min pula, ia menunjukkan bahawa pelajar lelaki (min = 5.09 dan sp = 1.00)
mempunyai jangkaan terhadap pencapaian yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan (min = 5.03
dan sp = 1.05). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol (Ho1) adalah gagal ditolak dan ia bermakna bahawa
94
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
tidak terdapat perbezaan yang signifikan jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 pada
akhir semester antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.
ii) Menguji hubungan (data parametrik)
Persoalan kajian kedua: Adakah terdapat hubungan antara jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 dengan kebimbangan dalam
kursus DE023 pada akhir semester?
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan pelajar terhadap pencapaian
PB kursus DE023 dengan kebimbangan dalam kursus DE023 pada akhir semester.
Ha2: Terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB
kursus DE023 dengan kebimbangan dalam kursus DE023 pada akhir semester.
Bagi persoalan kajian kedua ini pula, analisis Korelasi Pearson ini dipilih untuk dijalankan bagi mengenal
pasti hubungan antara jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 dengan kebimbangan
dalam kursus DE023 pada akhir semester. Maka, hasil analisis Korelasi Pearson adalah seperti Jadual 3
berikut.
Jadual 3: Korelasi Pearson Hubungan Antara Jangkaan Pelajar Terhadap Pencapaian PB
Kursus DE023 Dengan Kebimbangan Dalam Kursus DE023 pada Akhir Semester
Hubungan Kebimbangan Interpretasi
r Sig.
Jangkaan pencapaian 0.028 0.739 Sangat lemah
Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 dengan kebimbangan dalam kursus DE023 pada akhir semester dengan
nilai r = 0.028 dan sig = 0.739 (p>0.05). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol (Ho2) gagal ditolak.
Dengan ini, ia membawa maksud bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan pelajar
terhadap pencapaian PB kursus DE023 dengan kebimbangan dalam kursus DE023 pada akhir semester.
iii) Analisis Keputusan Penilaian Berterusan (PB) Semester II Sesi 2020/2021- Menguji hubungan
(data bukan parametrik)
Persoalan kajian ketiga: Adakah terdapat hubungan antara jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 dengan jangkaan gred PB kursus
DE023 pada akhir semester?
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan pelajar terhadap pencapaian
PB kursus DE023 pada akhir semester dengan jangkaan gred PB untuk DE023
Ha3: Terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB
kursus DE023 pada akhir semester dengan jangkaan gred PB untuk DE023
Bagi persoalan kajian ketiga ini, analisis Korelasi Spearman dijalankan bagi mengenal pasti hubungan
antara jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 pada akhir semester dengan jangkaan gred
PB untuk DE023. Hasil analisis Korelasi Spearman adalah seperti Jadual 4 berikut.
95