202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jadual 4: Korelasi Spearman Hubungan Antara Jangkaan Pelajar Terhadap Pencapaian PB
Kursus DE023 pada Akhir Semester Dengan Jangkaan Gred PB untuk DE023
Hubungan Jangkaan gred PB Interpretasi
Jangkaan pencapaian Sangat kuat
r Sig.
0.828 0.000
Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 pada akhir semester dengan jangkaan gred PB untuk DE023 dengan nilai r
= 0.828 dan sig = 0.000 (p<0.05). Tahap kekuatan hubungannya ialah positif dan sangat kuat. Ini
membawa maksud bahawa, semakin tinggi jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023, maka
semakin tinggi jangkaan gred PB untuk DE023. Dengan ini, ia menunjukan bahawa hipotesis nol (Ho3)
adalah ditolak.
Nota Interaksi (interaksi antara penyelidik dan pelajar SES secara tidak bersemuka melalui
aplikasi Telegram)
Sepanjang proses PdP yang berlangsung pada semester dua sesi 2020/2021 yang dilaksanakan secara atas
talian, didapati ramai pelajar telah meluahkan rasa bimbang dan tidak selesa berkaitan norma baharu
pembelajaran yang terpaksa ditempuh. Perkara ini terjadi ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan
terpaksa menutup pengoperasian semua sekolah dan institusi secara serta merta pada Mac 2021. Namun
demikian, proses PdP perlu diteruskan seperti biasa tetapi secara atas talian.
Kebanyakan pelajar dan pendidik masih berusaha untuk membiasakan diri dengan norma baharu
dalam dunia pendidikan di mana penggunaan alat komunikasi dan teknologi telah digunakan secara
optimum dalam proses PdP termasuk penggunaan telefon pintar, komputer riba, rangkaian internet dan
bahan pengajaran berbentuk salinan digital. Kesemua ini telah memberi impak yang besar bukan sahaja
kepada pelajar dan pendidik, malah kepada pihak KPM juga. Maka, satu perubahan transformasi dalam
pendidikan harus dilaksanakan secara berperingkat bersesuaian dengan norma baharu dalam pendidikan.
Walau bagaimanapun, penggunaan alat teknologi dalam pendidikan telah mula diperkenalkan
lebih awal sebelum berlakunya pandemik ini, cuma penggunaannya adalah sebagai pilihan, bukan
kewajipan. Namun kini, ia telah bertukar menjadi satu keutamaan bagi meneruskan proses PdP
disepanjang tempoh negara masih dilanda pandemik. Oleh itu, pelajar khususnya masing-masing telah
mempunyai telefon pintar beserta rangkaian internet dan ia telah dapat memudahkan proses PdP
berlangsung. Hanya segelintir pelajar sahaja yang mengalami kesukaran untuk mengikuti kelas secara
atas talian kerana mereka tinggal di kawasan yang agak pedalaman.
96
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Namun, dari segi kebimbangan pelajar terhadap kursus DE023 dalam norma pembelajaran digital
adalah tidak terlalu merisaukan kerana mereka telah mahir dalam menggunakan alat teknologi tersebut.
Apa yang lebih membimbangkan para pelajar adalah jangkaan terhadap pencapaian dengan gred kursus
tersebut pada akhir semester dua memandangkan tahap kemampuan pelajar untuk fokus serta memahami
kandungan kursus yang diajar adalah sedikit terganggu berbanding dengan cara pembelajaran secara
bersemuka (fizikal) di dalam kelas. Ini telah membuktikan bahawa para pelajar amat menitik beratkan
pencapaian PB mereka pada akhir semester nanti.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, hasil dapatan bagi kajian tersebut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 pada akhir semester berdasarkan
jantina. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan jangkaan
pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 dengan kebimbangan terhadap kursus DE023 pada akhir
semester. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara jangkaan pelajar terhadap
pencapaian PB kursus DE023 dengan jangkaan gred PB untuk DE023 pada akhir semester.
97
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Implikasi Kajian
Berdasarkan daripada hasil dapatan kajian, ia menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB kursus DE023 pada akhir semester berdasarkan
jantina dan juga tahap kebimbangan mereka dalam kursus DE023. Oleh yang demikian, dapatan ini dapat
memberikan maklumat kepada tenaga pengajar bahawa jangkaan pencapaian dalam kalangan pelajar
terhadap kursus DE023 adalah hampir sama. Oleh itu, beberapa usaha perlu dilaksanakan oleh tenaga
pengajar kursus DE023 bagi mempertingkatkan lagi jangkaan pencapaian PB kursus DE023 dalam
kalangan pelajar.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah dari segi penglibatan pelajar dalam pelbagai
aktiviti samaada secara berkumpulan atau individu sehingga mampu mewujudkan pesepsi yang lebih
positif dikalangan pelajar terhadap kursus DE023 ini walaupun sesi PdP terpaksa dilaksanakan secara atas
talian atau pembelajaran digital. Tambahan lagi, faktor proses dan kaedah pengajaran yang dijalankan
juga perlu dititikberatkan kepentingannya di mana, tenaga pengajar adalah disarankan untuk melakukan
pendekatan atau kaedah pengajaran ke arah digital yang lebih pelbagai serta menarik terhadap pelajar
sehingga dapat mengetahui kaedah pengajaran yang paling sesuai dijalankan secara atas talian
bersesuaian dengan keadaan global pada masa ini di mana musibah pandemik Covid-19 yang melanda
seluruh negara.
Cadangan Kajian
i. Kajian ini hanya melibatkan demografi jantina dan kumpulan etnik. Adalah diharapkan agar kajian
yang seterusnya akan dijalankan dengan kajian yang sama dengan melibatkan demografi kajian
yang lebih pelbagai seperti lokasi, umur, pelbagai program, pelbagai kursus dan tahun pengajian.
ii. Kajian ini hanya mengkaji jangkaan pelajar terhadap pencapaian PB dan kebimbangan terhadap
kursus DE023. Adalah diharapkan agar kajian yang seterusnya dapat dijalankan dengan
melibatkan pembolehubah yang lebih banyak sehingga mampu untuk mendapatkan maklumat
yang lebih jelas dan terperinci.
iii. Kajian ini melibatkan jumlah pelajar yang tidak ramai. Adalah diharapkan agar kajian yang
seterusnya dapat dijalankan dengan melibatkan jumlah bilangan pelajar yang lebih ramai agar
dapatan kajian yang bakal diperolehi dapat mewakili populasi yang lebih besar.
98
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
Creswell, J. W. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among 5 Approaches (2nd
ed.). (online)
http://community.csusm.edu/pluginfile.php/21115/mod_resource/content/1/Creswell_J.W._2007_._
Designing_a_Qualitative_Study_Qualitative_inquiry_and_research_design-
_Choosing_among_5_approaches_2nd_ed._Thousand_Oaks_CA-_SAGE.pdf
Dickinson, L. (1987). Self-instruction in Language Learning. Cambridge: Cambridge University Press.
Mishra, P., Koehler, M. J., & Henriksen, D. (2011). The Seven Trans-Disciplinary Habits of Mind:
Extending the TPACK Framework for 21st Century Learning. Educational Technology, 51 (2), 22-
28. http://www.jstor.org/stable/44429913
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bahasa
Inggeris. 115-116 (online) https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/pelan-pembangunan-
pendidikan-2013-2025
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Pembelajaran Abad Ke-21 – Blended Learning,113-114 (online)
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025
99
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
i- KAD CEPAT
Kamarulmutminah Yusof, Zaleha Manaf 1 , Zainuddin Lateh 2
1 Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, Kuala Nerus, Terengganu.
2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‘ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu murid dalam kemahiran cara menyucikan najis di
kalangan murid Tahun 4 dengan menggunakan kad “i-KAD CEPAT”. Kemahiran memahami isi
kandungan adalah penting kerana sekiranya murid sukar untuk memahami dan mengingati sesuatu
pembelajaran dengan hanya sekadar mendengar penerangan daripada guru semata-mata di samping
bantuan buku teks yang disediakan murid tersebut tidak mampu mempraktikkan apa yang dipelajari.
Murid yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 4. Pengumpulan data awal dilakukan melalui
penerangan buku teks dan pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Hasil dapatan awal menunjukkan murid bermasalah untuk memahami cara menyucikan najis. Masalah
yang sama dilakukan oleh kebanyakan murid disebabkan kurang mahir membaca tulisan jawi yang
terdapat di dalam buku teks. Satu perancangan tindakan dilakukan bagi mempercepatkan kefahaman cara
menyucikan najis dengan menggunakan i-KAD CEPAT. Bimbingan secara intervensi dijalankan bagi
melihat peningkatan penguasaan murid dalam memahami cara menyucikan najis dengan betul, cepat dan
mudah. Maklumat daripada ujian bertulis, ujian pra dan pos serta pemerhatian mendapati terdapat
peningkatan dalam kemahiran cara menyucikan najis. Secara keseluruhannya, i-KAD CEPAT dapat
membantu murid menguasai kemahiran cara menyucikan najis dengan baik, cepat dan tepat.
Kata Kunci : Kad i-KAD CEPAT, murid Tahun 4, menyucikan najis, ujian pra dan pos serta
pemerhatian.
Pendahuluan
Profil Sekolah Dan Murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Wan (SKBW) diberi nama berdasarkan nama Kampung Bukit Wan. Sekolah
ini terletak di atas sebidang tanah yang agak tinggi berbanding tanah di sekelilingnya. Jaraknya ialah kira-
kira 25 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 12 kilometer dari Pejabat Pendidikan Kuala Nerus.
Murid-murid sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal di Kampung Bukit Wan, Kampung
Lingai, Kampung Bukit Nenasi, Kampung Pondok Lalang dan beberapa buah kampung kecil.
Kebanyakan pekerjaan penduduk adalah bekerja sebagai petani dan pekebun.
Sejarah kewujudan sekolah ini bermula daripada cetusan idea oleh Tun Haji Abu Bakar bin Salleh
seorang guru agama dari Kelantan pada pagi Jumaat 16 April 1948. Beliau mengadakan perbincangan
dengan beberapa rakan pada tarikh itu dan bersepakat menubuhkan sebuah sekolah di Kampung Bukit
Wan untuk memberi pendidikan formal kepada kanak-kanak di persekitaran. Pada minggu berikutnya
terdirilah sebuah bangsal bertiang kayu dan beratap daun nipah. Bangsal tersebut didirikan di atas
sebidang tanah seluas 2.206 hektar. Penduduk kampung bersetuju melantik Tuan Haji Abu Bakar bin
Salleh menjadi guru untuk mengajar seramai 30 orang kanak-kanak kampung.
100
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Setahun demi setahun, bilangan murid semakin bertambah dan bagi menampung keperluan itu
pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mendirikan beberapa bangunan tambahan. Pada tahun
1960 sebuah bangunan separuh kekal dibina. Pada tahun 1968 sebuah lagi bangunan dua bilik darjah
dibina untuk menampung seramai hampir 100 orang murid. Pada tahun 2010, sekolah menerima sebuah
bangunan separuh kekal iaitu prasekolah berikutan bangunan lama yang dirobohkan. Hingga kini,
Sekolah Kebangsaan Bukit Wan mempunyai dua blok bangunan blok tingkat, sebuah bangunan separuh
kekal yang mengandungi satu bilik darjah dan bilik akses, sebuah makmal komputer, bangunan
prasekolah dan sebuah kantin. Sekolah ini juga telah berjaya diterajui oleh seramai 16 orang guru besar
Sekolah ini termasuk dalam kategori sekolah Gred A dengan jumlah keseluruhan murid seramai
332 orang murid yang terdiri daripada aliran perdana seramai 307 orang dan murid prasekolah berjumlah
25 orang. Manakala bilangan guru yang berkhidmat di sekolah ini seramai 30 orang dengan dibantu oleh
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) seramai 5 orang (Buku Pengurusan SKBW 2020).
Sekolah ini telah menempa nama dalam pelbagai peringkat seperti di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Antaranya Nurul Husna Binti Mohd Khairul Amir yang mencipta kejayaan dalam Inovasi
peringkat Kebangsaan pada April 2019 di IPG Kampus Mizan Terengganu dan Antarabangsa pada Mac
2020 di Vietnam. Selain itu, pada tahun 2021, Siti Aisyah Mohd Ghazali berjaya memenangi pingat Emas
dalam International Digital Innovation and Invention Challenge 2021 di bawah bimbingan Cikgu Siti
Rohaizalina Mohd Jalaluddin.
Isu, Pemerhatian Dan Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Ilmu Pendidikan Islam bukan sahaja membantu murid-murid untuk memahami sukatan Pendidikan Islam
yang diajar malah penting bagi meneruskan kehidupan mereka dalam kegiatan seharian terutama
bahagian ibadah. Asas penerimaan sesuatu amalan diterima oleh Allah SWT adalah adakah betul dan
menepati seperti yang disyariatkan. Kajian ini dilaksanakan kerana kesedaran pentingnya cara penyucian
najis dalam kalangan murid bukan sahaja sekadar menepati sukatan yang ditetapkan tetapi sebagai
pedoman dan kegunaan pada masa depan mereka sebagai seorang Muslim yang setiap masa melakukan
ibadah kepada Allah sehingga akhir hayat. Topik penyucian najis adalah asas kepada semua amalan
ibadah yang lain seperti solat, puasa, haji dan lain-lain lagi.
Berdasarkan pengalaman pengkaji mengajar di sekolah ini sejak 2016, pengkaji menemui
beberapa isu atau masalah daripada kelas Tahun 4 yang diajar. Antaranya kurang memahami cara-cara
menyucikan najis dengan betul dan cepat disebabkan oleh tajuk yang diberikan dalam buku teks mereka
menggunakan tulisan jawi dan fakta yang hampir sama antara ketiga-tiga jenis najis tersebut. Melalui
pemerhatian pula semasa menjalankan P&P di Tahun 4 Iman, pengkaji mendapati topik ini menjadi agak
keliru kerana terdapat tiga jenis najis yang berbeza dan cara menyucikannya juga berbeza. Keterangan
dan penjelasan yang terdapat dalam buku teks Tahun 4 pula dijelaskan menggunakan tulisan Jawi dan ini
menjadikan murid kurang berminat untuk mengetahui isi kandungan. Cara menyucikan najis ini bukan
sahaja sekadar memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam tetapi yang lebih penting adalah ia
melibatkan penerimaan sah atau batal sesuatu amalan yang dilaksanakan dan pengamalan yang berterusan
dalam kehidupan seseorang Muslim.
101
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Fokus Kajian
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi Pendidikan Islam terdiri daripada tujuh bidang utama,
iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi. Seseorang murid perlu menguasai semua
tujuh bidang yang terdapat dalam mata murid dan Pendidikan Islam tersebut. Antara bidang yang perlu
dikuasai dengan baik adalah bidang ibadah kerana ia melibatkan sah atau tidak sesuatu amalan ibadah
yang dilakukan. Salah satu tajuk bidang ibadah yang sering menjadi kekeliruan dan kurang jelas untuk
difahami serta diingati adalah cara menyucikan najis. Menerusi isi kandungan dalam bidang ibadah, murid
dibekalkan dengan konsep asas ibadah sehingga mereka dapat merumus dan mengamalkan konsep ibadah
secara istiqamah dalam kehidupan harian. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran setiap bidang dalam
Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid akan dipastikan dapat mencapai beberapa standard penguasaan
yang telah ditetapkankan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
Keseluruhan murid sekolah ini beragama Islam. Latar belakang masyarakat kuat berpegang
dengan ajaran Islam berdasarkan kewujudan aktiviti agama di Masjid Kampung Bukit Wan. Namun
mungkin tahap pengetahuan dan pengamalan segelintir masyarakat terhadap agama Islam masih berada
di tahap yang sederhana dan masih kurang mampu untuk membimbing keluarga mereka walaupun hal
yang melibatkan masalah fardhu ain di samping kekurangan masa untuk bersama. Pembelajaran murid
banyak bergantung kepada perkongsian ilmu di sekolah daripada para guru.
Oleh itu, kaedah guru di dalam bilik darjah memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran
terutama di peringkat sekolah rendah. Kajian Che Zanariah & Fadzilah (2011) menunjukkan guru sangat
berperanan dalam menyampaikan pengajaran malah memerlukan strategi yang lebih kreatif dan inovatif
dalam menarik minat murid. Guru juga merupakan faktor penting dalam menjamin kelangsungan
pembelajaran dan pengajaran (Abdul Razif Zaini, et. al 2019). Daya mengingat antara seseorang individu
dengan individu juga berbeza. Malah terdapat murid yang mampu mengingat sesuatu yang diajar
walaupun hanya sekali disebut dan setengah murid yang perlu diulang beberapa kali semata-mata untuk
mengingati sesuatu.
Punca utama masalah adalah didapati kebanyakan murid lemah atau menghadapi masalah untuk
membaca tulisan Jawi yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam termasuk tajuk Cara Menyucikan
Najis. Namun apa yang penting adalah ditambah pula dengan penerangan dan huraian yang agak panjang
dalam teks menambahkan lagi rasa sukar untuk memahaminya dan terkeliru dengan 3 cara menyucikan
najis yang kerana teorinya hampir sama. Tajuk cara menyucikan najis yang terdapat dalam sukatan buku
teks, didapati kebanyakan murid tidak mampu untuk memahami, mengingati dan mempraktikkan cara
menyucikan najis dengan cepat dan betul. Apabila dijelaskan kepada murid, kebanyakan mereka keliru
dan bercelaru cara menyucikan najis yang diajar kepada mereka kerana cara menyucikan najis adalah
hampir sama walaupun jenis najis cara menyucikannya adalah berbeza.
Permasalahan tersebut boleh diatasi dengan memperkenalkan penggunaan “i-Kad Cepat” semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi tajuk tersebut. Kaedah ini sangat sesuai digunakan
semasa pengajaran. Kaedah penggunaan kad tersebut mampu membantu murid untuk memahami,
mengingati dan mempraktikkan cara menyucikan najis dengan lebih mudah, cepat dan tepat tanpa
mengelirukan. Pengaplikasian kaedah ini akan dapat mempelbagaikan kaedah P&P kepada murid dan
juga guru.
102
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Justeru, dalam kajian ini pengkaji memilih penggunaan kad “i-Kad Cepat” sebagai bahan
sokongan yang boleh digunakan dalam P&P Pendidikan Islam Tahun 4. Ilmu Pendidikan Islam bukan
sahaja membantu murid-murid untuk memahami sukatan Pendidikan Islam yang diajar malah penting
bagi meneruskan kehidupan mereka dalam kegiatan seharian terutama bahagian ibadah. Asas penerimaan
sesuatu amalan diterima oleh Allah SWT adalah adakah betul dan menepati seperti yang disyariatkan.
Kajian ini dilaksanakan kerana kesedaran pentingnya cara penyucian najis dalam kalangan murid bukan
sahaja sekadar menepati sukatan yang ditetapkan tetapi sebagai pedoman dan kegunaan pada masa depan
mereka sebagai seorang Muslim yang setiap masa melakukan ibadah kepada Allah sehingga akhir hayat.
Topik penyucian najis adalah asas kepada semua amalan ibadah yang lain seperti solat, puasa, haji dan
lain-lain lagi. Dalam kajian ini, fokus utamanya adalah untuk membantu murid mengatasi masalah dalam
memahami dan mengingati cara menyucikan najis dengan betul, cepat dan tepat.
Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut.
Objektif Umum
Kaedah penggunaan “i-Kad Cepat” mampu membantu murid untuk memahami, mengingati dan
mempraktikkan cara menyucikan najis dengan lebih mudah, cepat dan tepat tanpa mengelirukan. Juga
dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap kemahiran menyuci najis dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam.
Objektif Khusus
i. Meningkatkan kemahiran murid dengan menggunakan kad “i-Kad Cepat” yang lebih mudah dan
praktikal dalam mempraktikkan cara menyucikan najis bagi murid tahun 4.
ii. Meningkatkan minat murid dalam memahami dan mengingati cara menyucikan najis dengan
menggunakan kad “i-Kad Cepat” bagi murid tahun 4.
Kumpulan Sasaran
Peserta kajian adalah terdiri daripada lima orang murid Tahun 4, terdiri daripada 2 orang lelaki 3 orang
perempuan. Peserta kajian yang dipilih daripada murid yang mempunyai pencapaian yang lemah dalam
mata pelajaran Jawi secara konsisten bagi setiap kali ujian dijalankan. Peserta dan lokasi kajian peserta
bagi kajian ini terdiri daripada murid yang telah mengikuti sukatan pelajaran Pendidikan Islam KSSR
dalam tajuk Cara Menyucikan Najis.
Metodologi
Pelaksanaan Tindakan
Tinjauan Awal Masalah
Tajuk Cara Menyucikan Najis adalah salah satu daripada subtopik Ibadah dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam Tahun 4. Tajuk ini menerangkan 3 jenis bahagian najis yang berbeza iaitu najis
Mukhaffafah (ringan), Mutawasitah (sederhana) dan Mughallazah (berat). Tiga jenis najis ini dijelaskan
oleh guru menggunakan bantuan buku teks yang disediakan. Murid-murid belajar memahami dan
mempraktikkan apa yang dipelajari daripada guru.
Pada peringkat awal tinjauan masalah, pengkaji telah menjelaskan konsep dan teori menyucikan
tersebut beberapa kali dengan menggunakan kaedah penerangan biasa dan latihan amali. Beberapa contoh
telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid memahami konsep
penyucian najis tersebut. Penjelasan yang jelas tentang maksud dan konsep telah pun pengkaji berikan.
103
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Setelah diajar dan diberi pendedahan berdasarkan sukatan buku teks tersebut, hasil yang diperolehi
adalah seperti berikut :
Jadual 1. Pencapaian Murid Tahun 4 Iman dalam Tajuk Cara Menyucikan Najis
Penguasaan Markah (%) Sebelum Penggunaan Kaedah
80 – 100 0
60 – 79 0
40 – 59 1
0 – 39 4
Selepas sesi penerangan dan edaran ujian pra serta berbincang dengan rakan-rakan guru yang menghadapi
masalah yang sama, pengkaji mendapati murid-murid masih lagi kurang memahami konsep menyucikan
najis ini disebabkan :
a. Kurang mahir membaca teks tulisan Jawi yang menjelaskan cara menyucikan najis.
b. Tidak dapat membezakan antara ketiga-tiga jenis najis tersebut.
c. Kekeliruan terhadap cara-cara menyucikan najis yang hampir sama.
Oleh itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan “i-Kad Cepat” iaitu kaedah
cepat faham dan cepat ingat dalam pengajaran. Kaedah inkuiri “i-Kad Cepat” membolehkan murid-murid
meneroka pengalaman baru secara kendiri. Dengan ini, pengkaji berharap dapat meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam konsep penyucian najis.
Analisis Tinjauan Masalah
Setelah meneliti analisa yang dibuat dengan terperinci berdasarkan markah yang diperolehi oleh 5 orang
murid, didapati kebanyakan murid mengalami masalah dalam memahami tajuk cara menyucikan najis
dengan cepat dan tepat. Berdasarkan ujian pra yang dijalankan menunjukkan murid tidak dapat menulis
cara-cara untuk menyucikan najis dengan tepat dan mengambil masa yang agak lama untuk memberikan
jawapan. Hanya seorang murid yang dapat menjawab dengan hampir tepat tetapi mengambil masa yang
agak lama. Seramai 4 orang murid yang tidak menjawab dengan tepat.
Oleh yang demikian, pengkaji menerangkan semula kepada murid cara menyucikan najis serta
meminta murid-murid menyebutnya. Pengkaji mendapati masih terdapat murid yang tidak lancar dan
malah tergagap-gagap untuk menyebut cara-cara menyucikan najis. Ini jelas menunjukkan mereka masih
keliru dan kurang faham tajuk cara menyucikan najis yang diajar. Pengkaji telah memilih untuk
menjalankan triangulasi antara kaedah iaitu menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengumpul data
daripada peserta kajian yang telah dinyatakan iaitu kaedah temu bual separa struktur, nota lapangan, ujian
pra dan ujian pos. Ekoran daripada itu, kebolehpercayaan terhadap data kualitatif yang dikumpulkan ini
mampu dipertingkatkan dengan adanya sokongan data daripada beberapa kaedah tersebut.
Tindakan (Rawatan / Intervensi)
Berdasarkan tinjauan awal melalui ujian pra, pengkaji telah menjalankan beberapa langkah bagi
mengurangkan masalah yang dihadapi. Pengkaji telah memperkenalkan satu kaedah yang mampu
membantu murid untuk memahami, mengingati dan mempraktikkan cara menyucikan najis dengan
104
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
lebih mudah, cepat dan tepat tanpa mengelirukan. Juga dapat meningkatkan kefahaman dan minat
murid terhadap kemahiran menyuci najis dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kaedah yang akan
diperkenalkan ialah Kaedah penggunaan “i-Kad Cepat”.
“i-Kad Cepat” adalah kad yang direka cipta khas untuk menjelaskan cara menyucikan najis
sepertimana dalam sukatan Pendidikan Islam Tahun 4. Cara menyucikan najis adalah antara tajuk yang
asas dan penting dalam ibadah seseorang Muslim. Sesuatu amalan seseorang Islam akan menjadi tidak
sah dan tidak diterima sekiranya penyucian najis tidak dilaksanakan dengan sempurna.
Idea dan cadangan rekaan “i-kad Cepat” adalah sebagai kesimpulan kepada penyucian ketiga-tiga
najis di dalam Islam. “i-Kad Cepat” dihasilkan daripada gabungan manila kad-manila kad yang tertulis
nota ringkas tulisan rumi dan jawi seperti Rajah 1 di bawah.
Rajah 1 : Contoh “i-Kad Cepat” dan mini “i-Kad Cepat”
Cara Pelaksanaan
Beberapa langkah telah diambil seperti diperincikan di bawah :
Langkah 1 : Menjelaskan Cara Menyucikan Najis Menggunakan Buku Teks
Strategi pertama yang diambil adalah membaca dan memberi penerangan tajuk Cara Menyucikan Najis
yang terdapat di dalam buku teks Pendidikan Islam Tahun 4. (Rajah 2).
105
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 2 : Guru sedang memberi penerangan dan penjelasan tajuk Menyucikan Najis
Pengkaji menjelaskan satu persatu tajuk tersebut termasuk menunjukkan bahan-bahan maujud yang
berkait dengan cara menyucikan najis bagi menambahkan lagi kefahaman bagi tajuk tersebut (Rajah 3).
Rajah 3 : Guru menunjukkan alat-alat maujud yang berkait tajuk Menyucikan Najis
Langkah 2 : Menguji Tahap Ingatan bagi tajuk Cara Menyucikan Najis
Pengkaji menguji tahap kefahaman dan ingatan murid terhadap tajuk tersebut. Hanya seorang murid yang
dapat menjawab dengan hampir tepat tetapi mengambil masa yang agak lama. Seramai 4 orang murid
yang menjawab dengan kurang yakin dan teragak-agak. Pengkaji telah menentukan kumpulan sasaran
yang menghadapi masalah dalam tajuk ini (Rajah 4).
Oleh itu pengkaji telah merancang untuk membina satu kad yang dapat membantu murid
meningkatkan kefahaman dan ingatan cara menyucikan najis iaitu yang diberi nama “i-Kad cepat”. Kad
ini adalah satu alternatif bagi membantu murid yang bermasalah dalam memahami dan mengingati cara
menyucikan najis dengan cepat dan tepat.
106
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 4 : Guru sedang menguji tahap kefahaman dan ingatan murid tajuk Menyucikan Najis
Langkah 3 : Menjelaskan Cara Menyucikan Najis Menggunakan i-KAD CEPAT
Langkah seterusnya pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan kad “i-Kad Cepat”
sebagai alat bantu mengajar secara online dan offline. Sebelum itu pengkaji menerangkan satu persatu
cara menyucikan najis bermula daripada najis ringan (mukhafafah), najis pertengahan (mutawasittah) dan
najis berat (mughallazah) dengan bantuan “i-kad cepat”. Keistimewaan kad ini adalah ia merupakan
himpunan gabungan fakta reka bentuk modul yang berasaskan kepada asas penggunaan peta pemikiran
i-THINK dan ianya juga boleh diakses secara digital dan atas talian secara percuma.
Kad cara menyucikan najis mukhaffafah ialah terdiri daripada 3 keping kad dibuka arah ke atas
menunjukkan najis yang paling ringan. Manakala kad cara menyucikan najis Mutawassitah pula
mengandungi 2 keping kad dibuka ditengah-tengah secara melintang menunjukkan sederhana antara najis
berat dan ringan. Najis muqhallazoh, iaitu najis berat mengandungi 3 keping kad dibuka arah ke bawah
bagi menunjukkan najis berat. (Rajah 5).
Rajah 5 : Gabungan kad cara menyucikan najis terkandung dalam “i-Kad Cepat”
Setiap perkembangan murid-murid direkodkan dan dijadikan bukti untuk melihat keberkesanan kad
tersebut dalam tajuk Cara Menyucikan Najis. Pengkaji menunjukkan cara menggunakan “i-Kad Cepat”
kepada murid-murid dan mereka menunjukkan minat serta bersemangat untuk memahami tajuk tersebut
(Rajah 6).
107
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 6 : Guru sedang menunjukkan cara menyucikan Najis menggunakan
“i-Kad Cepat”
Langkah 4 : Murid Menyebut Cara Menyucikan Najis Menggunakan Mini i-KAD
CEPAT
Selepas aktiviti penerangan menggunakan kad “i-Kad Cepat”, murid diberi peluang untuk memegang
sendiri mini “i-Kad Cepat” (Rajah 7) agar mereka dapat memahami cara menyucikan najis dengan lebih
jelas. Murid seterusnya dapat menyebut cara menyucikan najis dengan lebih tepat dan cepat berbanding
dengan sekadar membaca dan mendengar penerangan daripada guru semata-mata.
Rajah 7 : Murid sedang memahami cara menyucikan najis menggunakan mini
“i-Kad Cepat”
Langkah 5 : Murid kurang faham diberikan mini “i-Kad Cepat” untuk belajar di
rumah bagi menambahkan lagi cepat faham sepanjang pdpr
108
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 8 : Murid sedang menggunakan mini “i-Kad Cepat” di rumah dengan bantuan
guru secara maya
Selain dibekalkan mini “i-Kad Cepat”, guru juga memberikan imbasan qr code kepada murid-
murid sepanjang pdpr sebagai langkah yang dapat membantu murid-murid di rumah masing-masing
seperti rajah 9 di bawah.
Rajah 9 : Qr code yang boleh diimbas oleh murid dengan bantuan guru secara maya
Dapatan Kajian
Dalam pelaksanaan kajian ini beberapa kaedah untuk mengumpul data telah dijalankan berdasarkan
objektif kajian yang hendak dicapai serta cara penggunaan “i-Kad Cepat”.
i. Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra telah diberikan kepada peserta kajian pada peringkat ujian awal bagi menguji murid untuk
memahami, mengingati dan mempraktikkan cara menyucikan najis dengan lebih mudah, cepat dan tepat
tanpa mengelirukan. Juga dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap kemahiran menyuci
najis dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Item ujian pra merupakan soalan yang berkaitan dengan
cara-cara menyucikan najis dalam tempoh masa 30 minit dengan menjawab 6 soalan. Selepas pengkaji
menyemak hasil jawapan murid, pengkaji mendapati skor markah sangat lemah dan tidak menjawab
dengan tepat.
Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah tersebut, murid telah diperkenalkan dengan kad “i-Kad
Cepat” dan cara menggunakannya dengan betul. Pengkaji telah memberikan 6 soalan yang sama dengan
ujian pra yang mana ujian pra murid belum diperkenalkan dengan ikad cepat. Pengkaji telah membuat
pemerhatian dan analisis dokumen terhadap ujian yang diedarkan. Dapatan kajian dirumus dan
dikategorikan mengikut ujian pra dan pos seperti jadual di bawah.
Jadual 2. Pencapaian Murid Tahun 4 Iman dalam Tajuk Cara Menyucikan Najis sebelum dan selepas
menggunakan “i-kad cepat”
109
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Penguasaan Sebelum Selepas Penggunaan
Markah (%) Penggunaan Kaedah Kaedah
80 - 100 0 1
60 - 79
40 - 59 0 3
0 - 39 1 1
4 0
ii. Pemerhatian dan temu bual
Pengkaji juga telah melakukan temubual dengan 5 orang murid tersebut mengenai penggunaan “i-Kad
Cepat”. Hasil temubual tersebut adalah seperti berikut :
Murid 1 : ―Senang faham, cantik, menarik dan mudah‖
Murid 2 : ―Menarik, mudah faham, comel, seronok, kecil dan senang‖
Murid 3 : ―Mudah faham, cantik, comel, menarik, sangat seronok dan mudah dibawa‖
Murid 4 : ―Senang, cantik, kemas, berbaloi dan mudah dibawa ke mana-mana‖
Murid 5 : ―Senang dibaca, kecil dan cantik dan mudah dilipat‖
Setelah memastikan murid dapat memahami, mengingati dan menyebut cara menyucikan najis
dengan baik, pengkaji meminta murid-murid menulis ulasan terhadap penggunaan “i-Kad Cepat”. Hampir
kesemua murid menyatakan sokongan dan pendapat positif terhadap penggunaan kad tersebut.
Rajah 10 : Pendapat murid terhadap “i-Kad Cepat”
Perbincangan
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa cara serta teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan
buku teks semata-mata adalah agak sukar berbanding sifat “i-Kad Cepat” yang lebih ringkas, mudah dan
menarik. Perbandingan hasil kajian dapat dilihat dalam jadual 3 di bawah:
Jadual 3. Perbezaan penerangan tajuk Cara Menyucikan Najis
Buku Teks i-Kad Cepat
Ayat yang panjang meleret Hanya patah perkataan sahaja
Sukar untuk mengingati Senang mengingati kerana ringkas
110
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Gambar rajah grafik yang Hanya gambar grafik yang berkaitan
bercampur aduk sahaja
Kurang menarik
Menarik kerana saiz gambar yang
Bersifat individu kerana masing- besar dan mini “i-Kad Cepat” yang
masing memegang buku masing- bersaiz kecil
masing
Bersifat tolong menolong kerana
saling bantu memegang kad “ i-Kad
Cepat”
Penggunaan “i-Kad Cepat” turut mendapat sokongan dan pengesahan daripada
Yayasan Islam Terengganu. Penyelidik turut menyatakan keizinan “i-Kad Cepat” boleh digunakan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas KAFA.
Rajah 11: Surat Kebenaran penggunaan “i-Kad Cepat” di kelas KAFA
Yayasan Islam Terengganu
Selain itu, beberapa pendapat lain turut menyokong dan bersetuju dengan penggunaan “i-kad cepat”
ini seperti gambar di bawah.
111
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
112
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 12 : Pandangan agensi luar terhadap “i-Kad Cepat”
Kekuatan “i-Kad Cepat” ini juga adalah telah mendapat hak cipta terpelihara April 2019 yang
lalu oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Rajah 13 : Hak cipta terpelihara “i-Kad Cepat”
Selain itu, “i-Kad Cepat” telah memenangi beberapa anugerah inovasi di pelbagai peringkat
seperti daerah, kebangsaan dan antarabangsa di samping telah dibentangkan dalam beberapa persidangan
sebagai langkah untuk penambahbaikan yang lebih mantap seiring dengan perkembangan era globalisasi
ict yang semakin berkembang pesat.
113
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 14 : Beberapa pencapaian “i-Kad Cepat”
Cadangan Kajian Lanjutan
Penyelidikan lanjutan mengenai cara menyucikan najis perlu dikaji dengan lebih mendalam dengan
melakukan penambahbaikan terhadap “i-Kad Cepat” yang digunakan pada masa kini. Beberapa tindakan
yang perlu diambil bersesuaian dengan PdPr yang dijalankan terhadap murid. Kajian juga menggunakan
pelantar media sosial sebagai medium perantaraan dengan murid bagi memberi penjelasan tentang tajuk
tersebut. Bagi langkah 1-3, pengkaji masih bergantung kepada buku teks dan langkah seterusnya pengkaji
menunjukkan kad “i-Kad Cepat” sebagai bahan yang akan membantu murid memahami dan mempraktik
dengan lebih mudah. Kajian juga boleh dilakukan terhadap cara yang lebih mudah dan cepat memahami
serta mengingati teknik menyucikan najis dengan gabungan “i-Kad Cepat” bersama aplikasi-aplikasi yang
terkini dengan memasukkan lebih banyak unsur-unsur menarik berbentuk permainan yang menghiburkan.
Namun kini, pada masa pandemik ketika ini, sekolah tidak dapat beroperasi seperti sedia kala.
PdPc dilakukan secara tidak bersemuka, iaitu dalam talian sahaja antara guru dan murid. Isu ini akan
menjadi bertambah rumit kerana amalan menyucikan najis ini perlu dilaksanakan mengikut tertib yang
telah ditetapkan. Murid perlu dibimbing dengan sebaiknya agar pelaksanaannya mengikut syarak yang
ditetapkan. Oleh yang demikian, suatu intervensi telah direka oleh pengkaji berilhamkan pembacaan
pengkaji terhadap beberapa sumber yang diyakini releven untuk mengatasi masalah ini. Maka adalah satu
keperluan untuk membantu murid mengatasi masalah dalam memahami dan mengingati cara menyucikan
najis dengan betul, cepat dan tepat walau pun dalam suasa PdPr kini. Oleh yang demikian, satu kaedah
alternatif baru yang bersistematik dan teratur diperkenalkan kepada murid walau pun tanpa bimbingan
guru, seperti menggunakan apps yang lebih menarik agar murid lebih memahami tajuk menyucikan najis
dengan lebih seronok, menarik, cepat faham dan tepat.
Diharapkan kajian ini memberi input bagi penambahbaikan kepada pemahaman cara menyucikan
najis di kalangan murid-murid Tahun 4 khasnya dan kepada masyarakat umumnya.
114
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
1. Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Bukit Wan 2021.
2. http://pkiskbw.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html
3. Buku Teks Pendidikan Islam KPM.
4. Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011), Pelaksanaan dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, vol.
1, Bil 1, 67-87.
5. Abdul Razif Zaini, Noorshasinar Zakaria, Hasmadi Hamdan, Muhammad Redzaudin
Ghazali, & Muhd Rufian Ismail.( 2019). Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia: Permasalahan
dan Cabaran. Jurnal Pengajian Islam, Bil 12, Isu 1, hal 46-57.
115
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
KAEDAH „POINT‟ UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN
LIMA DALAM TOPIK FUNGSI TRIGONOMETRI
MATEMATIK TAMBAHAN SEMASA PANDEMIK
MA CHI NAN
SM St. Michael, Penampang, Sabah
[email protected]
Abstrak
Pelajar Tingkatan lima di sekolah penyelidik sentiasa tidak dapat menguasai graf fungsi trigonometri.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pencapaian pelajar dalam ujian pencapaian graf fungsi
trigonometri Matematik Tambahan dengan penggunaan kaedah „Point‟ semasa pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan kaedah
penyelidikan kuasi eksperimental. Populasi kajian ini ialah semua pelajar menengah atas sebuah sekolah
menengah kerajaan di daerah Penampang, yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan pada
tahun 2020 dan tahun 2021, iaitu seramai 146 orang pelajar. Penyelidik memilih semua pelajar daripada
5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2021 yang berjumlah 52 orang pelajar sebagai kumpulan eksperimen yang
diajarkan dengan penggunaan „Point‟, dan semua pelajar daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2020
yang berjumlah 46 orang pelajar sebagai kumpulan kawalan kajian ini yang diajarkan dengan kaedah
pengajaran tradisional sahaja, dengan menggunakan pensampelan purposif. Penyelidik menggunakan
ujian yang terdiri daripada satu soalan graf fungsi trigonometri dengan jumlah tujuh markah yang
memerlukan 18 minit. Kertas ujian tersebut ditadbirkan ke atas kedua-dua sampel kajian itu. Analisis data
kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferensi (Ujian Mann-Whitney U). Nilai signifikan
0.03 dari ujian Mann-Whitney U menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor purata yang signifikan
secara statistic bagi pencapaian ujian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Oleh itu,
disimpulkan bahawa penggunaan „Point‟ dalam proses PDP adalah berkesan untuk membantu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam graf fungsi trigonometri Matematik Tambahan.
Kata Kunci: Kaedah „POINT‟, Fungsi Trigonometri, Matematik Tambahan, kuasi eksperimental,
ujian Mann-Whitney U
Pendahuluan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tambahan adalah mata pelajaran elektif
yang ditawarkan di sekolah menengah atas di Malaysia, bermatlamat untuk mempertingkatkan lagi fikrah
matematik murid agar mereka berupaya menghayati dan menggunakan matematik secara
bertanggungjawab dan berkesan serta dapat menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Ini bertujuan
untuk bertujuan memenuhi keperluan pelajar yang cenderung ke arah kerjaya dalam bidang sains dan
teknologi seperti kejuruteraan, perubatan dan arkitek atau dalam bidang pentadbiran perniagaan seperti
ahli statistik, aktuari dan juru ukur bahan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).
Fungsi Trigonometri merupakan salah satu topik dalam Pakej Teras bagi KSSM Matematik
Tambahan yang wajib dipelajari oleh semua murid yang mengambil mata pelajaran tersebut. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), fungsi trigonometri adalah berguna dalam mencari hubungan
antara panjang sisi dan ukuran sudut dalam segi tiga, dan penting dalam kajian-kajian berkenaan segitiga,
116
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
serta mempunyai aplikasi dalam bidang kejuruteraan, fizik, astronomi, navigasi dan sebagainya.
Tambahan pula, graf fungsi trigonometri sentiasa digunakan dalam semua bidang sains dan kejuruteraan.
Graf fungsi trigonometri sering digunakan untuk memodelkan banyak fenomena semula jadi dan
mekanikal yang berlainan, termasuk populasi, gelombang, mesin, akustik, elektronik, intensiti UV,
pertumbuhan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, dan sebagainya (Bourne, 2021).
Pernyataan Masalah
Jadual 1.1 menunjukkan skor purata, gred purata dan peratus kelulusan bagi pelajar Tingkatan lima
sekolah penyelidik dalam percubaan SPM pertama dari tahun 2018 hingga tahun 2020.
Jadual 1.1: Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan Lima dalam Percubaan SPM Pertama
Sekolah Tahun 2018 hingga 2020
Tahun Skor Purata Gred Purata Peratus kelulusan (%)
2018 42.07 7.24 52.73
2019 25.87 6.85 50.00
2020 27.55 8.23 47.62
Fungsi Trigonometri merupakan salah satu topik Matematik Tambahan yang penting dan sentiasa
ditanya dalam kedua-dua kertas SPM. Soalan kertas dua sentiasa meminta pelajar melakarkan graph
fungsi trigonometri, dan soalan ini juga merupakan soalan wajib dijawab pada Bahagian A. Namun
demikian, kebanyakkan pelajar biasanya tidak dapat menguasai kemahiran melakar graf Fungsi
Trigonometri dengan baik. Jadual 1.2 menunjukkan skor purata soalan Fungsi Trigonometri (jumlah tujuh
markah) dalam Peperiksaan Excel SPM bagi pelajar Tingkatan Lima Amanah dan Lima Bestari dari tahun
2018 sehingga tahun 2020. Soalan Fungsi Trigonometri yang diuji merupakan soalan yang sama untuk
tahun-tahun tersebut.
Jadual 1.2: Keputusan Pelajar dalam Soalan Fungsi Trigonometri Peperiksaan Excel SPM dari Tahun
2018 sehingga Tahun 2020
Tahun Skor Purata (Jumlah 7 markah)
2018 5 Amanah 5 Bestari
2019 4.59 4.40
2020 5.33 3.57
5.42 5.36
117
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Berdasarkan kepada Jadual 2.1, penguasaan kemahiran melakar graf Fungsi Trigonometri bagi kedua-
dua kelas Tingkatan Lima sekolah penyelidik adalah amat tidak memuaskan. Salah satu masalah
yang didapati ialah kebanyakan pelajar tidak begitu mahir dalam menentukan tempoh bagi suatu fungsi
triginometri yang diberi.
Persoalan Kajian
Daripada masalah yang telah dinyatakan, maka timbulnya soalan yang akan dilihat dan dibincangkan
dalam kajian ini, iaitu: Adakah terdapat perbezaan skor purata yang signifikan bagi pencapaian ujian
antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan?
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pencapaian akademik pelajar dalam ujian pencapaian graf Fungsi
Trigonometri mata pelajaran Matematik Tambahan dengan penggunaan kaedah „Point‟ semasa pengajaran
dan pembelajaran sub-topik tersebut
118
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan skor purata yang signifikan bagi pencapaian ujian
antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.
Hipotesis Kajian
Kajian ini menggunakan hipotesis nol, yang diuji untuk penolakan yang mungkin di bawah anggapan
bahawa ia adalah benar.
H0 Tidak terdapat perbezaan skor purata yang signifikan secara statistik bagi pencapaian ujian antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Kajian literatur
Teori pemprosesan maklumat kognitif melihat peranan tiga tahap ingatan (deria, jangka pendek, dan
jangka panjang) dalam mengambil maklumat dan memindahkannya untuk menyimpan serta mengingat
kembali. Memori deria membolehkan pelajar mengatur kumpulan maklumat atau corak di persekitaran
mereka; pelajar mengenali dan memproses patter tersebut. Ingatan jangka pendek membolehkan pelajar
menyimpan dan memahami sejumlah kecil maklumat. Sekiranya maklumat itu dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada mereka dengan berkesan, ia akan disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ingatan
jangka panjang membolehkan pelajar mengingat dan menerapkan pengetahuan di seluruh persekitaran
pembelajaran, serta mengingatkan maklumat yang banyak selepas dipelajari. Pengekodan dan
pengambilan kembali juga memainkan peranan penting dalam teori pemprosesan maklumat kognitif
(Reiser & Dempsey, 2007).
Pemprosesan maklumat kognitif memberi tumpuan kepada aspek pengajaran yang berbeza dan
bagaimana aspek-aspek tersebut dapat memudahkan atau menghalang pembelajaran dan ingatan. Teori
pemprosesan maklumat kognitif menekankan penggunaan strategi yang memusatkan perhatian pelajar,
mempromosikan pengekodan dan pengambilan kembali, dan menyediakan praktik yang bermakna dan
berkesan di seluruh persekitaran pembelajaran dan kurikulum. Teori pemprosesan maklumat kognitif juga
menekankan penggunaan penyusun grafik dan perkataan yang penting dalam teks (Reiser & Dempsey,
2007).
Dalam kajian ini, kaedah merupakan suatu produk yang dihasilkan dalam bentuk model
pengajaran. Model pengajaran ialah salah satu cara yang membantu pelajar memahami dan mengingati
konsep atau hubungan dengan mudah. Otak pelajar dapat menyimpan maklumat dengan mudah dalam
model pengajaran disebabkan susunan maklumat dan kata kunci, serta maklumat tersebut akan disimpan
dalam ingatan jangka pendek kita untuk diproses. Maklumat akan disimpan dalam ingatan jangka panjang
jika pelajar melakukan lebih latihan.
119
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Metodologi
Populasi
Populasi merupakan kumpulan yang menarik bagi penyelidik, kumpulan bagi keputusan kajian yang akan
digeneralisasikan secara ideal (Gay & Airasian, 2003). Lokasi kajian ini adalah di sekolah menengah
kerajaan (SMK) di Penampang, Sabah. Populasi kajian ini ialah semua pelajar menengah atas sebuah
sekolah menengah kerajaan di Daerah Penampang, yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan
pada tahun 2017 dan 2018, iaitu seramai 146 orang pelajar. Pada mulanya, penyelidik mendapatkan
maklumat tentang semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan di sekolah-
sekolah tersebut, dan menentukan pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam kajian ini. Penyelidik mendapat
maklumat tentang kelas dan pelajar yang tepat untuk setiap kelas kerana ini mungkin akan mempengaruhi
keputusan kajian ini.
Pensampelan
Pensampelan merupakan proses untuk memilih sebilangan peserta bagi suatu kajian dengan sebegitu rupa
di mana mereka mewakili kumpulan yang lebih besar daripada apa yang telah mereka pilih. Tujuan
pensampelan adalah untuk mendapatkan informasi tentang suatu populasi yang lebih besar (Gay &
Airasian, 2003). Oleh itu, pensampelan adalah penting untuk memilih sampel kajian dengan
menggunakan kaedah pensampelan yang betul.
Penyelidik akan memilih dua jenis sampel daripada populasi kajian ini. Sampel jenis pertama ialah
sampel atau kumpulan yang akan diajar dengan penggunaan kaedah „Point‟ semasa PDP graf fungsi
trigonometri di dalam bilik darjah, iaitu berfungsi sebagai kumpulan eksperimen; dan sampel jenis kedua
ialah sampel atau kumpulan yang hanya diajar dengan kaedah pengajaran konvensional sahaja (tanpa
penggunaan kaedah „Point‟), iaitu berfungsi sebagai kumpulan kawalan. Oleh sebab adalah sukar bagi
penyelidik memilih sampel secara rawak, maka penyelidik menggunakan teknik pensampelan purposif
(purposive sampling) untuk memilih sampel kajian ini.
Dalam pensampelan purposif atau pensampelan bertujuan (purposive sampling), penyelidik tidak
semestinya mempunyai kuota yang harus dipenuhi daripada beberapa strata tertentu, seperti dalam
pensampelan kuota (quota sampling). Dia juga tidak hanya memilih orang yang terdekat dengannya
seperti dalam pensampelan secara kebetulan. Menurut Chua Yan Piaw (2006), pensampelan bertujuan
merujuk kepada prosedur pensampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu
dipilih sebagai responden kajian. Penyelidik mengambil sampel bertujuan untuk mendapatkan data dan
maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan kajian.
Dalam kajian ini, penyelidik terus memilih sampel kajian daripada sekolah yang tempat
bertugasnya, dan daripada semua kelas yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan, penyelidik
memilih semua pelajar daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2021 yang berjumlah 52 orang sebagai
kumpulan eksperimen, dan semua pelajar daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2020 yang berjumlah
46 orang sebagai kumpulan kawalan kajian ini.
Menurut Azizi Yahya (2007), 30% daripada sampel sebenar daripada jumlah populasi adalah
mencukupi. Saiz sampel yang besar adalah penting kerana saiz sampel melambangkan kebolehpercayaan
120
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
keputusan kajian. Saiz sampel yang lebih besar adalah lebih mantap kerana dapat mengurangkan ralat
keputusan kajian. Ini adalah untuk memastikan bahawa keputusan kajian yang didapati daripada sampel
yang dipilih dalam kajian boleh mewakili populasi yang besar itu.
Dalam kajian ini, saiz populasi ialah 146 orang pelajar, dan saiz sampel yang diperlukan dalam
kajian ini ialah sekurang-kurangnya 44 orang pelajar. Jumlah pelajar 5 Amanah dan 5 Bestari pada tahun
2020 dan 2021 ialah 101 orang, ini menunjukkan bahawa saiz sampel kajian ini adalah mencukupi sebagai
sampel kajian untuk mewakili populasi kajian ini.
Pendekatan Dan Reka Bentuk Kajian
Pendekatan kajian dan reka bentuk kajian adalah sangat penting untuk memastikan kaedah yang
digunakan bersesuaian dengan objektif dan keperluan kajian, demi membantu penyelidik menjalankan
penyelidikan dengan lebih teratur (Rasidah binti Mokhtar, 2006).
Pendekatan Kajian
Dalam kajian ini, data-data yang dikumpul oleh penyelidik adalah berbentuk nombor, iaitu skor purata
pelajar daripada ujian pencapaian. Oleh itu, pendekatan kajian ini adalah pendekatan kuantitatif.
Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini, penyelidikan memilih semua pelajar daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2018
sebagai kumpulan eksperimen, dan semua pelajar daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2017 sebagai
kumpulan kawalan. Ini dilakukan supaya ciri-ciri bagi kedua-dua kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan akan lebih kurang sama. Dengan itu, reka bentuk eksperimental yang digunakan dalam kajian ini
ialah reka bentuk kuasi eksperimental yang paling kerap digunakan dalam kaedah penyelidikan.
Instrumentasi Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan satu jenis kaedah sebagai proses pengumpulan data, iaitu
melalui ujian. Ujian berfungsi untuk mengkaji perbezaan skor purata yang signifikan bagi pencapaian
ujian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Instrumen kajian ini adalah diperlukan
untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah „Point‟ semasa proses PDP graf fungsi trigonometri di
bilik darjah. Contoh penggunaan kaedah „Point” telah dilampirkan di
LAMPIRAN A.
Ujian dilakukan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah „Point‟ semasa proses PDP graf
fungsi trigonometri terhadap kumpulan eksperimen. Ujian dijalankan pada kedua-dua kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Selepas ujian dijalankan, perbezaan skor purata bagi pencapaian ujian
antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan akan dikaji secara deskriptif. Soalan yang diuji
adalah diadaptasikan daripada Peperiksaan Excel 2011 kertas dua soalan tiga dengan jumlahnya tujuh
markah. Ujian pencapaian ini akan dijalankan selama 18 minit.
Kertas soalan ujian pencapaian dan skema pemarkahan adalah seperti yang dilampirkan di
LAMPIRAN B dan LAMPIRAN C masing-masing.
Kesahan Instrumen Kajian
Menurut Chua Yan Piaw (2006), kesahan merujuk kepada keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan
untuk mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis. Kesahan instrument kajian adalah penting untuk
121
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
memastikan bahawa instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah benar-benar dapat menguji apa
yang sebenarnya ingin diuji dalam kajian ini demi mencapai objektif kajian.
Kesahan ujian boleh ditentukan dengan adanya jadual spesifikasi ujian yang digunakan untuk
melihat dan mengawal tahap-tahap soalan yang diuji. Kesahan ujian yang digunakan dalam kajian ini
adalah amat tinggi, hal ini disebabkan soalan-soalan yang diuji dalam ujian kajian ini adalah dipilih
daripada kertas-kertas Matematik Tambahan percubaan SPM negeri Sabah tahun 2011, maka jadual
spesifikasi ujian sudah disediakan bersama dengan kertas peperiksaan percubaan tersebut. Jadual
spesifikasi ujian itu adalah ditunjukkan di LAMPIRAN D. Tambahan pula, bagi meningkatkan kesahan
ujian kajian ini lagi, soalan-soalan bagi ujian ini akan juga disemak dan dikomen daripada beberapa guru-
guru Matematik Tambahan yang lain.
Analisis Kajian
Dapatan data bagi ujian pencapaian dianalisis secara deskriptif dengan mengira skor purata, dan juga
secara inferensi dengan menjalankan ujian Mann-Whitney U.
Pelaksanaan Kajian
Kajian ini mula dilaksanakan selepas percubaan SPM pertama tahun 2018. Kaedah „Point‟ diajar selama
dua waktu PdP di dalam bilik darjah, dan pelajar-pelajar diminta untuk menggunakan kaedah tersebut
semasa membuat latihan-latihan graf fungsi trigonometri yang diberi. Jadual proses pelaksanaan kajian
(berpusatkan kepada pelajar) telah dilampirkan seperti yang ditunjukkan di LAMPIRAN E.
Selepas itu, ujian pencapaian yang selama 18 minit diberikan kepada pelajar untuk menguji
penguasaan mereka dalam graf fungsi trigonometri Matematik Tambahan. Soalan ujian penguasaan yang
digunakan dalam kajian ini adalah diadaptasikan daripada Kertas Percubaan Excel negeri Sabah tahun
2011. Ujian pencapaian yang diberikan kepada kumpulan eksperimen adalah sama dengan ujian
pencapaian yang diberikan kepada kumpulan kawalan pada tahun 2017, pada tarikh yang lebih kurang
sama.
Selepas ujian pencapaian dijalankan, markah-markah pelajar telah dianalisis secara deskriptif dan
inferensi. Skor purata bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dikira dan dibandingkan.
Perbezaan antara kedua-dua kumpulan tersebut dicatatkan. Selain itu, data-data tersebut akan dianalisis
dengan menggunakan ujian Mann-Whitney U dari Statistical Package for Social Science (SPSS). Ujian
Mann-Whitney U merupakan ujian non-parametric yang berguna untuk menentukan sama ada min bagi
dua kumpulan adalah berbeza daripada satu sama lain jika taburan data tidak memenuhi anggapan-
anggapan ujian-t. Jika nilai p adalah lebih kecil daripada tahap signifikan (sig-p < α = 0.05), maka dapat
disimpulkan bahawa hipotesis nol H0 telah ditolak, dan hipotesis alternative H1 akan diterima, dan
sebaliknya (Elvers, 2016).
Dapatan Kajian
Maklumat Responden
Sample kajian ini terdiri daripada 101 orang pelajar menengah atas daripada sebuah sekolah menengah di
Daerah Penampang pada tahun 2017 dan tahun 2018 yang mengambil mata pelajaran Matematik
Tambahan, dan terdiri daripada 44 orang lelaki dan 57 orang perempuan.
122
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Bagi ujian pencapaian, kelas 5 Amanah dan 5 Bestari bagi tahun 2017 dan tahun 2018 telah dipilih
secara pensampelan purposif, daripada semua kelas yang mengambil mata pelajaran matematik tambahan
di sebuah sekolah menengah di Daerah Penampang pada tahun 2017 dan tahun 2018, sebagai kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan masing-masing. Kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
tersebut mempunyai 52 dan 46 orang responden masing-masing. Berdasarkan kepada keputusan ujian
pencapaian yang dijalankan, skor purata bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan ialah 6.10
dan 5.39 masing-masing.
Dapatan Data
Dapatan Analisis Deskriptif
Jadual 3.1 menunjukkan perbandingan pencapaian ujian antara kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan.
Jadual 3.1: Perbandingan Pencapaian Ujian bagi Kumpulan Eksperimen dan Kawalan
Pencapaian Sampel kajian (Jumlah 7 markah)
Eksperimen Kawalan
Skor purata 6.10 5.39
Sisihan Piawai 1.67 1.84
Berdasarkan kepada Jadual 3.1, didapati bahawa pencapaian keseluruhan kumpulan eksperimen
adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan walaupun pada asalnya kumpulan kawalan
memperoleh keputusan yang lebih baik dalam soalan graf fungsi trigonometri percubaan pertama SPM.
Skor purata kumpulan eksperimen adalah melebihi kumpulan kawalan sebanyak 0.71 markah, ini
bermaksud secara keseluruhannya setiap pelajar dalam kumpulan eksperimen telah mendapat markah
yang lebih tinggi daripada pelajar dari kumpulan kawalan sebanyak 10.14%. Di samping itu, sisihan
piawai bagi kumpulan eksperimen (1.67) juga lebih kecil jika berbanding dengan kumpulan kawalan
(1.84), ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya jurang antara semua pelajar dari kumpulan
eksperimen dengan skor purata adalah lebih kecil jika berbanding dengan kumpulan kawalan. Dapatan
data bagi ujian pencapaian bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan rawatan telah dilampirkan seperti
yang ditunjukkan di LAMPIRAN F.
Dapatan Analisis Inferensi
Jadual 3.2 menunjukkan keputusan ujian kenormalan yang didapati dengan menggunakan SPSS. Nilai
signifikan 0.000 dari ujian Kolmogorov-Smirnov menunjukkan bahawa taburan data kajian ini adalah
tidak normal. Selain itu, keputusan ujian Levene di Jadual 3.3 pun menunjukkan bahawa nilai signifikan
(0.04) lebih kecil daripada tahap signifikan 0.05, iaitu varians adalah tidak sama. Oleh sebab kedua-dua
anggapan ini tidak dipenuhi, maka ujian Mann-Whitney U telah digunakan untuk mengkaji hipotesis nol.
Jadual 3.2: Keputusan Ujian Kenormalan
Sample Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk
Statistic df Sig.
Eksperimen Statistic df Sig.
Kawalan .609 52 .000
Score .359 52 .000 .812 46 .000
123
.287 46 .000
202 PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
a. Lilliefors Significance Correction
Jadual 3.3: Keputusan Ujian Levene
Levene Statistic df1df2 Sig.
4.354 1 96 .040
Jadual 3.4 menunjukkan keputusan ujian Mann-Whitney U. Nilai signifikan 0.03 adalah lebih
kecil daripada tahap signifikan, α 0.05, maka hipotesis nol kajian ini (H0) telah ditolak, dan hipotesis
alternatif (H1) diterima. Dengan penolakan hipotesis nol, terdapat eviden yang cukup untuk
menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan skor purata yang signifikan secara statistik bagi pencapaian
ujian antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, signifikan pada tahap signifikan 5%.
Jadual 3.4: Keputusan Ujian Mann-Whitney U
Score
Mann-Whitney U 921.000
Wilcoxon W 2002.000
Z -2.177
Asymp. Sig. (2-tailed) .030
a. Grouping Variable: Sample
124
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Perbincangan, Rumusan Dan Cadangan Kajian
Keputusan analisis ujian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah „Point‟ semasa PDP di bilik darjah
adalah amat berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam graf fungsi trigonometri
Matematik Tambahan. Teori pemprosesan maklumat kognitif telah menjelaskan keberkesanan kaedah
„POINT‟terhadap penguasaan pelajar melukis graf fungsi trigonometri setelah pelaksanaan kajian. Dalam
kajian ini, guru telah mendapat perhatian pelajar, memperkenalkan kaedah „POINT‟kepada mereka, serta
menerangkan konsep dan mengajar pelajar bagaimana menggunakan kaedah ini. Pelajar menyimpan
maklumat yang diterima dalam ingatan jangka pendek mereka, dan konsep lakaran grafik yang telah
mereka pelajari dan gunakan akan disimpan dalam ingatan jangka panjang mereka setelah melakukan
lebih banyak latihan. Situasi yang dinyatakan di sini adalah selari dengan empat proses pembelajaran teori
pemprosesan maklumat kognitif, iaitu pengekodan, penyimpanan, pengambilan, dan lupa (Anderson, Qin,
Jung, & Carter, 2007). Proses pembelajaran ini telah memperkuat dan meningkatkan pemahaman dan
penguasaan pelajar dalam melukiskan graf fungsi trigonometri.
Walau bagaimanapun, dicadangkan bahawa penambahbaikan boleh dilakukan ke atas kaedah
„Point‟supaya kaedah ini akan lebih membantu dalam kefahaman pelajar tentang graf fungsi trigonometri.
Kajian tindakan ini dicadangkan untuk diteruskan dengan mengambil tindakan susulan, iaitu gelungan
kedua yang melibatkan sampel kajian yang berlainan. Selain itu, kajian tindakan ini dicadangkan untuk
diperluaskan kepada kelas-kelas lain yang membabitkan guru-guru yang mengajar kelas lain.
125
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
Anderson, J. R., Qin, Y., Jung, K. J., & Carter, C. S. (2007). Information-processing modules and their
relative modality specificity. Cognitive Psychology, 54(3), 185 – 217.
https://doi.org/10.1016/j.cogpsych.2006.06.003
Azizi Hj. Yahya. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Proffessional
Publishing Sdn.Bhd.
Bourne, M. (2021). Graphs of the trigonometric functions. Diambil pada September 15, 2021, dari
https://www.intmath.com/trigonometric-graphs/trigo-graph-intro.php
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Buku 1 kaedah penyelidikan. Malaysia:
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Elvers, G. C. (2016). Using SPSS for ordinally scaled data: Mann-Whitney W, sign test, and Wilcoxon
tests. Diambil daripada http://academic.udayton.edu/gregelvers/psy216/spss/ordinaldata.htm
Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis and applications
(7th Eds). New Jersey: Merill Prentice Hall.
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. (2011). Sijil Pelajaran Malaysia Excel 2: Additional mathematics paper
2, http://www.mediafire.com/download/9vloie2svzwxriy/add+mat+2+spm+2011+sabah. rar.
Diambil 5 March 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum standard sekolah menengah: Matematik
Tambahan: Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tingkatan 4 dan 5. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
McMillan, J. H. (1992). Educational research. New York: Harper Collins Publishers.
Rasidah binti Mokhtar. (2006). Portal pengetahuan zakat kajian kes: unit pungutan dan agihan zakat
majlis agama islam negeri Johor. (Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia). Diambil
daripada http://eprints.utm.my/2383/1/RashidahMokhtarMCD2006TTT.pdf
Reiser, R.A. & Dempsey, J.V. (2007). Trends and issues in instructional design (2nd ed.). Upper Saddle
River, NJ: Pearson Education, Inc
126
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
LAMPIRAN A: CONTOH PENGGUNAAN KAEDAH „POINT‟
Example: Sketch the following graphs. Step 1: Sine/cosine/tangent?
1. y = sin 2x for 0 x 3 . Step 2: Cycle? Angles?
Step 3: Amplitude? Positive/negative?
2 Step 4: Shift? Modulus?
Ste5p 5: Range given?
Amplitude = 1 2 cycles × 4 = 8 points 2
y The points stop at
3 1 x
0 1 1 3 π 5 3 7 2π
-1 4 2 4 42 4
1 Sine graph begins
from the middle
2. y = 2 cos 3 x for 0 x 2 . Movement of the Points:
2
Amplitude = 2 cycles × 4 = 6 points Sine: UP DOWN DOWN UP
y 2 Cosine: DOWN DOWN UP UP
2
3 Tangent: POINT ASYMPTOTE
0 1 2 π 4 alternate x
-2
33 3 5 2π
3
Cosine graph begins 5 The points stop at x = 2π
1 from the top
127
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
LAMPIRAN B: UJIAN PENCAPAIAN
SM ST. MICHAEL PENAMPANG
UJIAN PENCAPAIAN 2021 3472/2
ADDITIONAL MATHEMATICS
Lapan belas minit
18 minit
[4 marks]
1 (a) Sketch the graph of y = │3 cos 2x │ + 1 for 0 x 2. [4 markah]
Lakar graf bagi y = │3 kos 2x │ + 1 untuk 0 x 2.
(b) Hence, using the same axes, sketch a suitable straight line to find the number of solutions for
the equation │3 cos 2x│ 2 = 0 for 0 x 2.
State the number of solutions. [3 marks]
Seterusnya, dengan menggunakan paksi yang sama, lakar satu garis lurus yang sesuai untuk
mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan │3 kos 2x│ 2 = 0 untuk 0 x 2.
Nyatakan bilangan penyelesaian itu. [3 markah]
LAMPIRAN C: SKEMA PEMARKAHAN
UJIAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN, TAHUN 2021
No. Solution and Mark Scheme Sub Total
1 (a) Marks Marks
y
4 y=3
3
1
x
O 90 180 270 360
3
Shape of cos x (P1) 4
Amplitude 3 and 2 periods for 0 x 2. (P1)
Modulus cos x (P1)
(Modulus cos x) + 1 (P1)
(b) y = 3 (K1)
128
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
draw the straight line y = 3 (K1) 3
No. of solutions = 8 (N1) 7
LAMPIRAN D: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
UJIAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 2, TAHUN 2018
QUESTION NUMBER TOPICS MARKS LOW MEDIUM HIGH
1 Simultaneous Equations 5/
SECTION A 2 Integration/Differentiation 7 /
[40 MARKS]
3 Trigonometry Functions 7 /
4 Progression 6/
5 Statistics 8 /
6 Vectors 7/
7 Linear law 10 /
SECTION B 8 Circular measure 10 /
[40 MARKS]
9 Coordinate Geometry 10 /
10 Probability distribution 10 /
11 Differentiation 10 /
SECTION C 12 Motion in straight line 10 /
[20 MARKS]
13 Solution of triangles 10 /
14 Linear programming 10 /
15 Index number 10 /
129
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
LAMPIRAN E: PROSES PELAKSANAAN KAJIAN
Aktiviti / Keterangan Pelaksanaan Gambar Semasa Pelaksanaan
Proses (Berpusatkan Kepada Pelajar)
1 Guru menerangkan penggunaan kaedah
„POINT” dalam melakarkan graf fungsi
2 trigonometri dan meminta murid untuk
mencadangkan beberapa fungsi untuk
lakaran.
Langkah 1: Tentukan bentuk graf.
Langkah 2: Tentukan kitaran graf.
Langkah 3: Tentukan amplitude graf, dan
samada positif atau negative.
Langkah 4: Tentukan samada graf beralih,
dan juga samada fungsi tersebut terdapat
modulus atau tidak.
Langkah 5: Lakarkan graf mengikut julat
yang diberikan.
Murid memberikan beberapa cadangan
berkenaan amplitud, kitaran, translasi
fungsi trigonometri.
3 Murid menunjukkan lakaran graf mereka
dalam kumpulan whatsapp untuk
perbincangan.
4 Murid memberi respons terhadap beberapa
lakaran graf tersebut dan memberi
cadangan bagaimana untuk melakarkan
graf-graf secara langkah demi langkah.
130
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
5 Guru menunjukkan lebih soalan SPM dan
meminta respons murid terhadap lakaran
graf tersebut.
6 Sesi menjawab soalan berdasarkan lakaran
graf fungsi trigonometri.
131
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
LAMPIRAN F: KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN
KUMPULAN EKSPERIMEN KUMPULAN KAWALAN
5 Amanah 2021 5 Bestari 2021 5 Amanah 2020 5 Bestari 2020
No Nama Skor No Nama Skor No Nama Skor No Nama Skor
1 Pelajar 1 7 1 Pelajar 25 4 1 Pelajar 1 7 1 Pelajar 25 5
2 Pelajar 2 7 2 Pelajar 26 7 2 Pelajar 2 7 2 Pelajar 26 4
3 Pelajar 3 0 3 Pelajar 27 5 3 Pelajar 3 5 3 Pelajar 27 7
4 Pelajar 4 7 4 Pelajar 28 7 4 Pelajar 4 7 4 Pelajar 28 7
5 Pelajar 5 7 5 Pelajar 29 7 5 Pelajar 5 4 5 Pelajar 29 7
6 Pelajar 6 7 6 Pelajar 30 5 6 Pelajar 6 2 6 Pelajar 30 7
7 Pelajar 7 4 7 Pelajar 31 7 7 Pelajar 7 7 7 Pelajar 31 4
8 Pelajar 8 7 8 Pelajar 32 4 8 Pelajar 8 7 8 Pelajar 32 7
9 Pelajar 9 7 9 Pelajar 33 0 9 Pelajar 9 3 9 Pelajar 33 5
10 Pelajar 10 7 10 Pelajar 34 7 10 Pelajar 10 4 10 Pelajar 34 5
11 Pelajar 11 7 11 Pelajar 35 7 11 Pelajar 11 7 11 Pelajar 35 7
12 Pelajar 12 7 12 Pelajar 36 7 12 Pelajar 12 4 12 Pelajar 36 7
13 Pelajar 13 7 13 Pelajar 37 6 13 Pelajar 13 7 13 Pelajar 37 6
14 Pelajar 14 7 14 Pelajar 38 7 14 Pelajar 14 7 14 Pelajar 38 3
15 Pelajar 15 7 15 Pelajar 39 6 15 Pelajar 15 7 15 Pelajar 39 7
16 Pelajar 16 5 16 Pelajar 40 7 16 Pelajar 16 7 16 Pelajar 40 2
17 Pelajar 17 6 17 Pelajar 41 7 17 Pelajar 17 4 17 Pelajar 41 3
18 Pelajar 18 2 18 Pelajar 42 7 18 Pelajar 18 0 18 Pelajar 42 4
19 Pelajar 19 7 19 Pelajar 43 6 19 Pelajar 19 6 19 Pelajar 43 4
20 Pelajar 20 7 20 Pelajar 44 7 20 Pelajar 20 4 20 Pelajar 44 7
21 Pelajar 21 7 21 Pelajar 45 5 21 Pelajar 21 7 21 Pelajar 45 6
22 Pelajar 22 7 22 Pelajar 46 5 22 Pelajar 22 7 22 Pelajar 46 4
23 Pelajar 23 6 23 Pelajar 47 4 23 Pelajar 23 7
24 Pelajar 24 7 24 Pelajar 48 7 24 Pelajar 24 3
25 Pelajar 49 7
26 Pelajar 50 7
27 Pelajar 51 7
28 Pelajar 52 6
Skor Purata 6.21 Skor Purata 6.00 Skor Purata 5.42 Skor Purata 5.36
1.65
Sisihan Piawai 1.79 Sisihan Piawai 1.59 Sisihan Piawai 2.04 Sisihan Piawai 5.39
1.84
Skor Purata Keseluruhan 6.10 Skor Purata Keseluruhan
Sisihan Piawai Keseluruhan 1.67 Sisihan Piawai Keseluruhan
132
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TAHUN 5 KAMBAR
MENULIS CERPEN BAHASA TAMIL MENGGUNAKAN TEKNIK
„CREATOR‟
Magendiran a/l Manogaran
SJK(T) Mukim Pundut
Abstrak
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan dan minat pelajar dalam penulisan cerpen Bahasa
Tamil. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan. Seramai 9 orang murid dari Tahun 5 Kambar, SJK(T)
Mukim Pundut, Perak telah dipilih sebagai responden. Tinjauan awal dilaksanakan melalui kaedah
menganalisis dokumen. Analisis dokumen telah dijalankan dengan penyemakan latihan pelajar semasa
kelas PdPR . Tinjauan kedua dilaksanakan dengan menjalankan pra-ujian. Hasil daripada kedua-dua
tinjauan yang dilakukan mendapati semua pelajar gagal untuk menyiapkan latihan dalam jangkamasa
yang ditetapkan oleh guru. Malahan dapatan pra-ujian juga menunjukkan pelajar tidak memahami
bagaimana teknik dan kaedah serta cara untuk menulis dan menghasilkan sebuah Cerpen dalam Bahasa
Tamil. Pelaksanaan tindakan difokuskan kepada inisiatif guru memperkenalkan Teknik „Creator‟. Teknik
„Creator‟ ini membantu pelajar agar menjana idea dan kreativti tersendiri untuk menghasilkan sebuah
cerpen. Pasca-ujian telah dilaksanakan. Hasil kajian menunjukkan 7 daripada 9 orang pelajar dapat
menulis cerpen dengan idea yang baru dan lebih kreatif. Pelajar juga menunjukkan sikap yang positif
terhadap pembelajaran. Penggunaan kaedah ini memberi impak yang positif dalam penulisan cerpen.
Justeru, kajian ini mencadangkan agar Teknik „Creator‟ diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran penulisan cerpen Bahasa Tamil.
Kata Kunci : Teknik Creator, Cerpen Bahasa Tamil, Kreatif
Pendahuluan
Pada abad yang ke 21 ini, pelbagai perubahan berlaku di bidang pendidikan khususnya untuk
matapelajaran Bahasa Tamil. Penulisan cerpen dalam Bahasa Tamil merupakan bahagian penting yang
perlu dikuasai oleh pelajar di tahun 5. Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) bertujuan untuk
menghasilkan pelbagau jenis penulisan (DSKP Semakan 2017). Aspek penulisan cerpen ini memainkan
peranaan penting untuk mencungkil idea-idea murid supaya melahirkan generasi karyawan pada masa
akan datang.
Namun, segelintir pelajar yang mempunyai masalah ataupun kurang menguasai kemahiran
penulisan menghadapi cabaran untuk menghasilkan kreativiti mereka dalam bentuk penulisan. Seperti
yang dijelaskan oleh Noorazman Abd Samad, Nizamuddin Razali, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad,
Fatimah Jaafar, Affero Ismail, Erfy Ismail & Hairuddin Harun (2018), tindakan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai salah satu alat bantu
mengajar sememangnya tepat dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Penggunaan teknologi dan maklumat dalam proses pengajaran dan pelajaran adalah perlu dan telah
memberi satu anjakan paradigma kepada teknik-teknik baharu dalam pedagogi guru. Malahan juga,
Nuradilah Abdul Wahab, Mohd Sani Ismail, Nor Asmawati Ismail dan Norliana Abd Majid (2020) turut
133
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
berpendapat bahawa kemudahan ICT memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaksanaan proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara berkesan pada abad ke-21 ini.
Pelbagai media (seperti grafik, audio, video, animasi, teks) semakin mendapat tumpuan dalam
kajian pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan (Che Soh Said, Irfan Naufal Umar, Balakrishnan
Muniandy & Shakinaz Desa, 2015). Integrasi pelbagai media ini merujuk kepada konsep multimedia.
Menurut Vaughan (2004), multimedia merupakan integrasi berbagai-bagai jenis media antaranya teks,
suara, grafik, animasi dan video yang disampaikan dengan menggunakan teknologi komputer atau
dimanipulasi secara digital serta dapat disampaikan atau dikawal secara interaktif. Multimedia terbahagi
kepada tiga, iaitu multimedia interaktif, multimedia hiperaktif dan multimedia linear. Dalam kajian ini,
skop multimedia yang akan difokuskan ialah multimedia interaktif, iaitu jenis multimedia yang
membolekan pengguna mengawal elemen multimedia yang dipaparkan (Iwan Binanto, 2010).
Refleksi PdPc yang lalu
Dalam norma baru ini kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah diamalkan di seluruh negara. Setelah
menjalankan sebanyak tiga topik berkaitan penulisan cerpen. Semasa menjalankan pdpc, mendapati hasil
pemerhatian terdapat kebanyakan murid amat keliru dan kurang faham tentang kehendak penulisan
cerpen ini. Mereka seringkali menyoal tentang cara penulisan cerpen ini.
Hasil memeriksa lembaran kerja Tahun 5 Kambar didapati hampir 80% pelajar tidak menghantar
tugasan penulisan cerpen dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Mereka juga merupakan pelajar yang lemah
dalam akademik khususnya kurang menguasai kemahiran menulis. Kebanyakan murid sukar memahami
konsep sebenar penulisan cerpen Bahasa Tamil. Setiap kali cikgu mengajar dan menjelaskan cara
penulisan cerpen namun para pelajar menulis cerpen tersebut dalam bentuk karangan. Mereka menulis
hanya beberapa ayat dan menulis balik dialog dan panduan yang diberikan sahaja. Hal ini menyebabkan
objekktif pembelajaran tersasar atau tidak mencapai.
Setelah berusaha untuk memelbagaikan kaedah PdPc namun masih terdapat pelajar yang gagal
menyiap tugasannya. Sekiranya tidak memperbetulkan keadaan ini, pasti murid-murid berkenaan tidak
dapat menulis cerpen dengan baik yang akhirnya menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian
matapelajaran Bahasa Tamil.
Fokus kajian
Walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar, penyelidik hanya akan fokuskan kajian ini kepada
masalah mencipta idea untuk mereka cerita bagi penulisan cerpen ini. Walaupun lemah dalam penulisan,
namun mereka boleh mencipta idea dengan berpandukan gambar yang diberinya. Namun, mereka tidak
berbuat demikian. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
i. Menulis cerpen kurang daripada 5 ayat
ii. Tiada unsur cerita
iii. Menggulangi ayat yang sama
Dengan membantu pelajar teknik ‗creator‘ ini, saya yakin pelajar boleh mencipta cerita dan menulis
cerpen dengan kreativiti dan idea tersendirinya yang akan membantu pelajar lulus dengan baik dalam
matapelajaran Bahasa Tamil.
Teknik „Creator‘ bermaksud pencipta atau pengarah sesebuat karya. Dengan menggunakan
gambarajah yang diberikan murid perlu mencipta suatu cerita dengan kreativiti masing-masing. Oleh
itu, saya menggunakan dua apps dari play store iaitu „Tweencraft‘ dan „Plotagon Story‘ yang boleh
muat turun menerusi gajet android. Proses muat turun aplikasi ini amat mudah dan ia sesuai digunakan
oleh kanak-kanak. Tambahan lagi, apps ini mesra digunakan dan tidak ada apa-apa bayaran untuknya.
134
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa
Tamil
Objektif Khusus
i. Meningkatkan tahap pemahaman murid terhadap konsep penulisan cerpen Bahasa Tamil dengan
menggunakan kaedah ‗Creator‘.
ii. Menarik minat murid mempelajari Cerpen Bahasa Tamil dengan kaedah „Creator‘ selaras dengan
pembelajaran abad ke 21.
iii. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berpusatkan murid.
iv. Meningkatkan tahap prestasi murid dalam penulisan cerpen Bahasa Tamil dengan menggunakan
kaedah ‗Creator‘
Persoalan kajian
i. Adakah terdapat peningkatkan tahap pemahaman murid terhadap konsep penulisan cerpen Bahasa
Tamil dengan menggunakan kaedah „Creator‟?
ii. Adakah kaedah ‗Creator‘ ini dapat meningkatkan minat murid mempelajari Cerpen Bahasa Tamil
selaras dengan pembelajaran abad ke 21?
iii. Adakah kaedah ini mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berpusatkan
murid?
iv. Adakah terdapat peningkatan prestasi murid dalam penulisan cerpen Bahasa Tamil dengan
menggunakan kaedah „Creator‘?
Kumpulan sasaran
Peserta kajian ini akan melibatkan Tahun 5 Kambar yang terdiri daripada 9 orang murid India iaitu 5
orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Pemilihan pelajar tersebut kerana mereka mempunyai
pencapaian akademik yang rendah.
Reka bentuk kajian
Kajian ini telah menggunakan Model Kemmis & McTaggart iaitu refleksi, merancang, bertindak dan
memerhati. Model ini telah dipilih untuk kajian ini kerana bersesuaian dan memberi kesan terhadap
keberkesanan kaedah yang saya gunakan.
Refleksi
Pra-ujian dijalankan untuk menguji tahap penguasaan kemahiran penulisan cerpen. Sebanyak 9 orang
responden dipilih untuk kajian ini. Tempoh masa yang digunakan untuk menguji kemahiran menguasai
fakta adalah selepas selesai sesi PdPR. Pra-ujian diberikan terlebih dahulu kepada responden bagi
mengetahui tahap ingatan mereka terhadap isi pelajaran yang baharu.
Pengkaji telah membuat analisis terhadap pemerhatian tingkah laku pelajar dalam pdpr. Pelajar
dilihat tidak menyiap dan melaksanakan tugasan yang diberikan. Kebanyakan pelajar tidak menulis
cerpen yang diberikan. Pengkaji percaya bahawa faktor lemah dalam kemahiran menulis turut
menyumbang kepada masalah ini. Walaupun mempunyai idea untuk mereka cerita namun sikap malu dan
merendah diri menjadi penghalang.
135
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pengkaji turut menganalisis praujian yang diberikan kepada pelajar. Hasil dapatan melalui
praujian yang diadakan boleh dilihat melalui jadual 1.
Jadual 1: Markah pra-ujian
Peserta 1 0
Peserta 2 0
Peserta 3 2
Peserta 4 0
Peserta 5 0
Peserta 6 2
Peserta 7 0
Peserta 8 0
Peserta 9 3
Markah pelajar tertinggi adalah 2 markah untuk 2 orang pelajar manakala 7 orang pelajar mendapat
markah kurang dari 2 markah. Hasil markah ini menggambarkan pelajar tidak dapat menulis cerpen
dengan baiknya. Hal ini merisaukan kerana praujian dilakukan sebaik sahaja topik tersebut diajar.
Pra-ujian
Merancang
Pengenalan Teknik „Creator‘
Teknik ‗Creator‘ diperkenalkan setelah pengkaji menguji kefahaman pelajar dengan praujian.
Penerangan berkaitan penggunaan applikasi ‗TweenCraft‘ dan ‗Plotagon‘ dengan jelas. Responden akan
melalukan aktiviti yang diberikan oleh guru secara teratur. Justifikasi pemilihan Teknik ‗Creator dibuat
kerana :
i. Berpusatkan pelajar. Pelajar diberikan peluang untuk mencipta cerita sendiri mengikut kreativiti
mereka. Cerpen yang dicipta pastinya lebih dekat dengan pelajar. Biasanya cerita yang dihasilkan
merupakan asil idea tersendiri.
ii. Sesuai digunakan bagi tahap perkembangan fizikal dan mental pelajar
iii. Menyerenokkan. Elemen penggunan aplikasi ict pasti menyeronokkan penglibatan aktif semua
pelajar
iv. Penghargaan dan pemberian ganjaran. Guru memberikan penghargaan kepada pelajar yang
cemerlang dalam aktiviti
136
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
v. Mesra dengan guru dan menarik bagi pelajar. Teknik ini mesra dengan guru kerana Teknik ini
sebenarnya sudah lama wujud cuma melalui Teknik „Creator‘.
Bertindak
Langkah 1 Melihat gambar yang diberikan
Langkah 2
Langkah 3 Pilih watak-watak utama
Langkah 4 Manghasilkan cerita dengan menggunakan
aplikasi „TweenCraft‘ dan ‗Plotagon‘
Penutup
Menulis cerita tersebut dalam bentuk
cerpen
Menghantar tugasan kepada guru
Memahami kandungan gambar Memilih latar belakang
Merakam suara Memilih watak
137
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Menghasilkan cerita Simpan dan hantar
Pemerhatian
Pasca-ujian
Setelah aktiviti PdPR menggunakan Teknik ‗Creator dilaksanakan, pengkaji memberi pelajar
pasca ujian. Hasil dapatan itu membolehkan pengkaji menilai keberksesanan Teknik ini. Jadual 2
menunjukkan perbandingan markah pra ujian dan pasca ujian yang telah dianalisis.
Jadual 2: Markah pra ujian dan pasca ujian
Peserta Markah pra Markah Pasca Peningkatan/ pengurangan
Peserta 1 0 8 8
Peserta 2 0 6 6
Peserta 3 2 8 6
Peserta 4 0 7 7
Peserta 5 0 7 3
Peserta 6 2 8 6
Peserta 7 0 8 8
Peserta 8 0 6 6
Peserta 9 3 7 4
138
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pra-ujian dan Pasca-ujian
9
8
7
6
4
3
2
1
0
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9
Praujian Series 2
Soal selidik
139
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Selain itu, item berbentuk soal selidik jiga disediakan untuk mengetahui tanggapan mereka dan kesan
pendekatan ini terhadap kemahiran mereka menguasai penulisan cerpen. Borang soal selidik diedarkan
untuk mendapatkan maklum balas pelajar berhubung Teknik pembelajaran yang dilaksanakan sedia ada.
Soal selidik ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat tambahan berkenaan tanggapan pelajar
berkenaan pembelajaran penulisan cerpen. Hasil soal selidik boleh dilihat dalam Jadual 3.
Melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh responden pula, semua responden mengatakan
bahawa penggunaan Teknik „creator‘ memberikan kesan yang positif ke atas strategi pengajaran dan
pembelajaran mereka terutama suasana PdPR menjadi ceria, hidup dan menyoronokkan. Terdapat
responden yang mengatakan Teknik ini mampu merangsang minat dan sikap inkuiri mereka terhadap ini
kandungan dan memperbaiki daya fikiran mereka.
Jadual 3: Soal selidik
BIL SOALAN RESPON MURID
YA TIDAK
1 Adakah anda suka dengan kaedah penggunaan Apps? 9
2 Adakah kaedah ini membantu anda untuk berfikir secara 9
kreativiti?
3 Adakah applikasi ini mudah muat turun? 9
4 Adakah applikasi ini mudah digunakan oleh anda? 9
5 Adakah kaedah ini memberi keyakinan kepada anda? 9
6 Bolehkah anda mencipa dan menulis cerpen dengan 9
menggunakan aplikasi ini tanpa bimbingan guru?
7 Adakah pdpc ini menyeronok? 9
8 Pada pandangan anda adakah sesuai jika apps sebagai ini 9
didunakan dalam PdP?
9 Adakah cara ini memberi kesan positif kepada anda? 9
10 Bolehkah anda tampil kehadapan untuk bercerita? 9
Perbincangan
Keberkesanan Teknik ini dapat dilihat daripada dapatan pasca ujian yang telah pengkaji dijalankan.
Perbandingan dapatan markah daripada praujian dan pascaujian boleh dijadikan kayu pengukur
keberkesananya. Melalui dapatan markah pascaujian didapati 9 orang pelajar mencatat peningkatan
markah daripada markah pra ujian yang dijalankan. Peningkatan ini dapat dilihat dalam julat yang agak
membanggakan sehingga peningkatan 100% markah. Melalui pemerhatian ini, pengkaji dapat
menyimpulkan peningkatan ini berlaku kerana penglibatan pelajar ini dapam aktiviti PdPr dan
pengaplikasian Teknik ‗Creator‘ dalam pembelajarannya. Pelajar ini telah mengambil pendekatan
140
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
bertanya pengkaji apabila selesai PdPR kerana beliau mencatatkan markah yang agak lemah dalam
dapatan markah praujian.
Cadangan kajian lanjutan
Setelah mengaplikasi Teknik ini, pengkaji mendapati Teknik ini memang mendatangkan kesan positif
kepada para pelajar. Walaupun teknik ini secara dasarnya ada kekangan bagi kumpulan sasaran ini, namun
keberkesannya terbukti pada kohort sebelum ini. Walaupun hasilnya memberangsangkan, namun jika
dilihat aplikasi Teknik ini pada kumpulan sasaran masih banyak mempunyai kekangan. Jadi, pengkaji
akan meneruskan teknik ini tetapi akan menambahkan lagi beberapa aktiviti penulisan. Sebagai contoh,
aktiviti menulis ayat yang mudah dan pendek. Pengkaji juga menyarankan kajian lanjut dilaksanakan
menggunakan Teknik yang sama tetapi untuk matapelajaran berbeza sebagai contoh matapelajaran TMK.
Kajian ke atas matapelajaran berbeza ini akan dapat membuktikan sejauh mana Teknik „Creator‘ ini boleh
membantu matapelajaran yang berkisarkan fakta. Pengkaji mengharap semoga hasil kajian tindakan ini
dapat dimanfaatkan dan mampu menjadikan sesi PdPr lebih menarik, berkesan dan mampu mengubah
tanggapan negatif terhadap matapelajaran Bahasa Tamil.
141
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
RUJUKAN
Adenan Ayob. (2011). Multimedia dalam pengajaran bahasa Melayu. Selangor: Emeritus Publications.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohammad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa Melayu. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Arihasnida Ariffin, Nora Sakila Abdul Manan, Siti Nur Kamariah Rubani, Norhasyimah Hamzah dan
Tamil Selvan Subramaniam. (2018). Persepsi pelajar wanita memilih kursus binaan bangunan di
FPTV dari aspek dorongan keluarga dan rakan sebaya. Online Journal for TVET Practitioners. Vol.3,
No.1, 1-8
Che Soh Said, Irfan Naufal Umar, Balakrishnan Muniandy & Shakinaz Desa. (2015). Aplikasi teknologi
multimedia dalam pembelajaran sains biologi: Kesan terhadap pelajar berbeza tahap keupayaan
spatial. Journal of ICT in Education (JICTIE),Vol. 2. 15-25
Fauziah Hashim. (2002). Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) berasaskan grafik interaktif: Sistem
tutoran matematik bumi sebagai sfera. Tesis Sarjana Teknologi Maklumat. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Fazillah Mohamed Ismail dan Tengku Nurhudah T. M. Khalib. (2020). Penggunaan ICT dalam
Pembelajaran InteraksiLisan. Muallim Journal of Social Science and Humanities (MJSSH), Vol. 4(2),
137-149
Hanafi Mohd Tahir, Normah Mustaffa & Wan Amizah Wan Mahmud. (2018). Peranan Visual Reka
Bentuk Kulit Bukuterhadap Kemudahbacaan Khalayak. Malaysian Journal of Communication,
Jil.34 (4), 271-284
Hanifah Mahat, Satryani Arshad, Yazid Salleh, Kadaruddin Aiyub, Mohmadisa Hashim & Nasir Nayan.
(2020). Penggunaan dan Penerimaan Bahan Bantu Mengajar Multimedia terhadap Keberkesanan
Pembelajaran Geografi. GEOGRAFIA Onlineᵀᴹ Malaysian Jpurnal of Society and Space, 16(3),
219-234
Iwan Binanto. (2010). Multimedia digital: Dasar teori dan pengembangannya. Yogyakarta: Penerbit
ANDI
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd
Mayer, R. E. (2009). Multimedia learning. New York: Cambridge University Press. Second Edition
142
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Mazihah Othman. (2013). Analisis keperluan pelajar, guru dan kandungan untuk pembangunan e-bahan
instruksional mata pelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan 4: Satu kajian
kes kualitatif. Johor Bharu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Kamran Mohamad. (2005). Pembelajaran online-subjek
geografi tingkatan 4 bagi topik sistem suria. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG. 28-30 Ogos 2005
Pulau Pinang, Malaysia
Najmi Muhammad & Mohd Sani Ismail. (2020). Analisis Keberkesanan Penggunaan ICT dalam
Mendepani Gelombang Revolusi Industri 4.0 dalam Kalangan Pelajar di Negeri Terengganu,
Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(1), 101-109
Nancy Anak Numbang & Zamri Mahamod. (2017). Sikap, minat dan motivasi murid Melanau dalam
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. PENDETA Journal of Malay Language,
Education and Literature, Jilid 8, 47-58
Noorazman Abd Samad, Nizamuddin Razali, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Fatimah Jaafar, Affero
Ismail, Erfy Ismail & Hairuddin Harun. (2018). Penggunaan instruksional teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) terhadap mata pelajaran teras. Online Journal for TVET Practitioners. Vol.3,
No.2, 1-11
Nordin Mamat & Rosmidah Asong. (2014). Penggunaan CD multimedia interaktif dalam
meningkatkankefahaman bahasa Inggeris dan mengubah tingkah laku pembelajaran kanak-kanak
prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Vol.3, No. 1, 79-99
143
202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN BILIK BREAKOUT: MENINGKATKAN INTERAKSI
DALAM KELAS TUTORIAL SEGERAK DALAM TALIAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH
Mohamad Masrizan Bin Abdul Patah
Pensyarah Biologi, Kolej Matrikulasi Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
[email protected]
Abstrak
Kajian ini meneroka kesan pembelajaran koperatif dan bilik breakout semasa tutorial segerak dalam talian
menggunakan alat Google Meet Breakout Room extension sebagai amalan pedagogi pra-universiti. Kajian
ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian dan maklum
balas soalan terbuka untuk meneroka pengalaman pelajar mengikuti pembelajaran koperatif dan bilik
breakout. Kajian ini melibatkan pelajar Program Matrikulasi Kursus Biologi sesi 2021/2022 di Kolej
Matrikulasi Labuan. Hasil dapatan kajian telah mengenal pasti tiga faedah utama pembelajaran koperatif
dan bilik breakout. Pertama, ianya berkesan untuk meningkatkan interaksi pelajar semasa mengikuti kelas
tutorial segerak dalam talian. Justeru menjadi pemangkin kepada penglibatan aktif pelajar semasa
mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR). Kedua, ianya membolehkan pelajar mengalami
pengalaman berinteraksi dengan rakan sebaya, lantas membantu membina sokongan rakan sebaya (peer
to peer support). Ketiga, ianya meningkatkan kemahiran insaniah, seterusnya mengupayakan pelajar
untuk kerja sepasukan, berunding, dan mendengar dengan berkesan bagi menyelesaikan konflik.
Kata kunci: Breakout Room, Pembelajaran Koperatif, Komunikasi Interpersonal, Interaksi Pelajar
Pendahuluan
Penularan wabak Coronavirus 2019 (Covid-19) telah memaksa semua institusi pendidikan termasuk Kolej
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk ditutup dan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) bersemuka telah ditukar kepada proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam
talian. Hal ini dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan pembelajaran semua pelajar disamping
mengekang penularan wabak Covid-19. Pembelajaran dalam talian bukanlah sesuatu yang baharu, ianya
merupakan sebuah format penyampaian pembelajaran dimana teknologi seperti komputer dan internet
dijadikan sebagai alat dan media pemindahan bahan pembelajaran (Carliner, 2004). Secara amnya,
pembelajaran dalam talian tergolong dalam tiga kategori persekitaran; persekitaran pembelajaran segerak,
persekitaran pembelajaran tidak segerak, dan persekitaran pembelajaran hibrid (Perveen, 2016).
Terdapat banyak kajian-kajian lepas yang telah menunjukkan keberkesanan dan faedah strategi
PdP dalam talian, namun strategi tersebut tetap datang dengan cabaran dan kekangan tersendiri (Sharoff,
2019, Hsiao et al., 2017 & Kirkwood dan Price, 2014). Diantara cabaran-cabaran tersebut, cabaran utama
ialah untuk menggalakkan dan mengekalkan penglibatan aktif pelajar (Chandler, 2016). Menurut
Chandler (2016), pelajar boleh mengikuti kelas tutorial dalam talian dan tampak terlibat, namun
hakikatnya dia melakukan perkara lain dan tidak menumpukan perhatian sepenuhnya. Oleh sebab itu,
pendidik adalah disarankan agar sentiasa membuat penambahbaikan terhadap amalan pedagogi mereka
dan tidak kekal dengan amalan pedagogi seperti PdP bersemuka (Sharoff, 2019).
144
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Kolej Matrikulasi Labuan (KML) adalah merupakan salah sebuah kolej matrikulasi di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan. Ini merupakan kali
pertama sesi pembelajaran berjalan sepenuhnya dalam talian di KML. Oleh itu, objektif kajian ini
dijalankan bertujuan untuk meneroka faedah strategi pembelajaran koperatif dan bilik breakout
menggunakan alat Google Meet Breakout Room extension sebagai amalan pedagogi kursus Biologi Pra-
universiti semasa tutorial segerak dalam talian di KML. Diharapkan dengan membuat transformasi secara
inovatif dan kreatif akan dapat mengekalkan motivasi dan menggalakkan pembelajaran aktif pelajar
ketika mereka mengikuti PdPR dalam talian.
Sorotan Literatur
Menurut Hrastinski (2008) dan Ragupathi, (2018) salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan untuk
meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar semasa mengikuti sesi PdPR dalam talian ialah melalui
pelaksanaan pembelajaran berkumpulan secara segerak. Kaedah tersebut membolehkan pendidik
menyediakan dan membina secara langsung persekitaran pembelajaran yang akan mendorong
perkembangan pengetahuan pelajar. Menurut Ngalimun (2017), pengaplikasian strategi pembelajaran
koperatif menggunakan kaedah perbincangan kumpulan boleh mendorong pelajar bekerjasama untuk
saling membantu membina konsep, menyelesaikan masalah, atau inkuiri. Pembelajaran koperatif boleh
diertikan sebagai sebuah strategi pembelajaran melibatkan pelajar bekerjasama untuk mencapai tujuan
bersama, dan rasa saling bergantung yang mendorong ahli kumpulan untuk saling membantu dan saling
menyokong (Johnson et al., 2008). Bagi pembelajaran dalam talian, salah satu alat yang boleh
digunapakai untuk melaksanakan pembelajaran koperatif dalam kumpulan ialah bilik breakout (breakout
room).
Bilik breakout adalah ruang maya dalam talian yang diwujudkan untuk menyerupai suasaan
seperti bilik-bilik tutorial kecil yang membolehkan sekumpulan kecil pelajar masuk kedalam dan
melakukan aktiviti berkumpulan (Chandler, 2016). Apabila berada di dalam bilik braekout, hanya pelajar
tersebut sahaja yang dapat berinteraksi sesama mereka tidak kira dalam bentuk audio visual mahupun
mesej berbual. Diantara kebaikan menggunakan bilik breakout ialah pelajar mendapat pengalaman
berinteraksi sesama ahli kumpulan menyerupai keadaan sekiranya aktiviti berkumpulan tersebut
dilaksanakan secara bersemuka di bilik tutorial fizikal (Ellingson & Notbohm, 2012). Dalam kata lain,
ianya adalah sumber yang berharga terutamanya dalam mendorong pelajar untuk berinteraksi dengan
rakan sebaya dan juga dengan pendidik seperti yang dinyatakan oleh Moore (1993).
Kohnke dan Moorhouse (2020) pula menunjukkan bahawa aplikasi Zoom‘s breakout rooms boleh
manjadi alat untuk memperkasakan pembelajaran berpusatkan pelajar, di mana fokus semasa sesi
pembelajaran telah dialihkan ke dalam kalangan pelajar itu sendiri. Pelajar turut melaporkan mereka
terasa terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan, dan lebih yakin untuk bercakap di dalam kumpulan kecil
(Sekhri & Kaur, 2021). Selain dari meningkatkan interaksi dan penglibatan aktif pelajar, Martin dan
Parker (2014) menyatakan bahawa bilik breakout dapat meningkatkan rasa komuniti dalam kalangan
pelajar. Kajian oleh Tonsmann (2014) berkenaan keberkesanan perisian persidangan video Blackboard
Collaborate mendapati bilik breakout adalah sesuatu yang sangat bernilai, yang mengupayakan pelajar
untuk mengembangkan dan mengaplikasikan pemahaman mereka tentang konsep yang telah dipelajari.
Kajian-kajian lepas berkenaan pembelajaran koperatif dan bilik breakout sebagai amalan
pedagogi semasa tutorial segerak dalam talian adalah terhad terutamanya di dalam konteks kursus Biologi
145