PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Perbincangan.
Hasil dapatan mendapati pendekatan yang kerap dilakukan dalam pengajaran adalah dengan
menggunakan kaedah atau Teknik Metod Kebitaraan Rasulullah termasuk Teknik bercerita dan
metafora, Teknik komunikasi yang jelas dan mudah, Teknik suruhan dan tegahan, Teknik memuji,
Teknik menegur dan menerangkan, Teknik syarahan, Teknik galakkan dan ancaman, Teknik
penyampaian berdasarkan Al-Quran dan As Sunah dan Teknik penyelesaian masalah. Ini diikuti oleh
Teknik Teori Behaviorisme, Konstruktivisme dan Kognitif. Dapatan turut menunjukkan proses
pengajaran berkesan dengan menggunakan modul, bahan bantu mengajar dan kaedah atau strategi
yang sesuai untuk memudahkan pelajar mengingat dan memahami pelajaran. Manakala ciri-ciri
guru yang mempunyai pendekatan pengajaran yang berkualiti adalah guru teladan dengan sifat
peribadi terpuji, professional dan berilmu tinggi.
Hasil dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan pendekatan pengajaran guru-guru subjek
Tasawwur Islam berdasarkan opsyen Pendidikan Islam dan bukan opsyen Pendidikan Islam kerana
majoriti guru menjadi Ketua Panitia, telah mengikuti kursus-kursus subjek tasawwur Islam,
mempunyai minat yang mendalam dan telah pun mencapai prestasi yang tinggi di dalam pengajaran
masing-masing. Secara keseluruhannya kajian ini sangat bermanfaat untuk para guru Tasawwur
Islam menggunakan pendekatan yang betul, sesuai dan tepat bagi melahirkan pelajar muslim dan
non muslim yang cemerlang dari segi rohani, jasmani, rohani danintelek.
Rujukan
Abd Hamid, M. Z., & Hamzah, M. I. (2021). Kaedah Pujian Dan Penghargaan Dalam Pembelajaran
Al-Quran Bagi Kanak-Kanak Pra Sekolah [Praise And Appreciation Method In Learning
Al-Quran For Pre-School Children]. QALAM International Journal of Islamic and
Humanities Research, 1(2), 109-117.
Abdullah, W. A. A. W., Razak, K. A., & Hamzah, M. I. (2020). Pengurusan Masa Guru Inovatif
Pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 8(2), 33-39.
Ahmad, A., Abd Rahman, S. H., & Abdullah, N. A. T. (2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru
Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah (The
relationship between history teachers’ level of capability and students’ performance in low
performance schools). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 34(1),
53-66.
Ahmad, N. L., & Azman, N. (2020). Tahap Amalan Pengajaran Berkesan Guru Prinsip Perakaunan
Berasaskan Model Slavin. Malaysian Journal of Education, 45(1).
Ajmain, M. T., & Mohamad, A. M. (2020). Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menurut
Ibnu Khaldun dalam Konteks Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc). Jurnal Dunia
Pendidikan, 2(2), 146-157.
Ali, A., Idrus Ahmad, S. A. A. S., & Shahab, S. A. (2008). Pendidikan Islam: falsafah pedagogi dan
metodologi. In: Kuala Lumpur: fajar Bakti Sdn Bhd.
Alias, Z., & Uzir, M. M. (2006). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam
Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah Akademik: satu Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit guntong Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, kuala Terengganu. Universiti
Teknologi Malaysia,
315
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Awi, N. A. L., & Zulkifli, H. (2021). Amalan Kreativiti Guru Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran
Abad Ke-21. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization
(Acer-J). eISSN2600-769X, 4(1), 40-54.
Batjo, N., & Ambotang, A. S. (2019). Pengaruh Pengajaran Guru Terhadap Kualiti Pengajaran Guru.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(2), 30-42.
Adam, N. A., & bt Halim, L. (2019). Cabaran pengintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum
Malaysia.
Chear, S. L. S., & Nor, M. Y. M. (2020). Intervensi pembelajaran di portal e-pembelajaran melalui
aplikasi WhatsApp dan Telegram berdasarkan model lima fasa Needham. Evaluation
Studies in Social Sciences, 9(1), 11-27.
Chew, F. P., & Ismail, M. F. (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan, 9(1), 14-25.
Embong, R., Noruddin, N., Sulaiman, A. A., Abdullah, W. I. W., & Lateh, H. M. (2018). Amalan
Kurikulum Bersepadu bagi Sekolah Islam di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari, 17(1), 27-40.
Hamat, W. N. W. (2017). Pengaruh media massa terhadap penampilan akhlak pelajar Islam Politeknik
Malaysia. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 1(1).
Hanapi, M. S., & Mokthar, W. K. A. W. (2016). Pengaplikasian Kaedah Hadith Al-Mawdu „iy Dalam
Penyelidikan Berkaitan Islam. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 1(3), 132-142.
Hashim, A. (2017). Latar belakang guru tahfiz dan amalan kaedah pengajaran tahfiz al-Quran di
Malaysia. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 1(1).
Hashima, N. A. C., Yasinb, M. H. M., & Taharc, M. M. Mengubahsuai Tingkah Laku Makan
Menggunakan Tangan Kiri Melalui Teknik Peneguhan Sosial.
Hassan, C. Z. C., & Rahman, F. A. (2021). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 67-87.
Hisham, N. F. A. B., & Kutty, F. M. (2021). Hubungan antara Tahap Penglibatan Guru Novis di Negeri
Melaka dalam Pembelajaran Tidak Formal Melalui Media Sosial dengan Pengurusan Bilik
Darjah dan Pengurusan Emosi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 6(7), 246-257.
Hua, A. K. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian
Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(2), 17-24.
Hussin, R. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual
(PSV). KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 1.
Ibrahim, Z., Yusof, M., & Harun, K. (2017). Analisis lakuan bahasa direktif guru pelatih dalam
komunikasi di bilik darjah. Jurnal Melayu, 16(2).
Ismail, A., Muda, F. L., Sulaiman, A., Nizah, M. A. M., Latiff, L. A., Sulaiman, M., . . . Kandil,
H. M. T. E. (2020). Pembentukan Pemikiran Kreatif dan Kritis: Hubungannya Dalam Menyelesaikan
Masalah: Formation of Creative and Critical Thinking: Its Relationship in Problem Solving.
Sains Insani, 5(1), 43-47.
Jailani, N., Ning, C. T. S., Latih, R., Ismail, A., Muda, Z., Bakar, M. A., . . . Yatim, N. M. (2021).
Reka Bentuk Aplikasi Multimedia Berasaskan Kinect Untuk Pembelajaran Peribahasa
Melayu. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education (AJTLHE), 12(2),
152-176.
316
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jamil, U. F. M., & Ab Halim, F. (2018). Kaedah mnemonik akronim dalam mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing. Online
Journal for TVET Practitioners, 3(1).
Jasin, Z. M., & Shaari, A. S. (2016). Keberkesanan Model Konstrukktivisme Lima Fasa Needham
dalamPengajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1),
79-92.
Jasmi, K. A. (2010). Guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia: satu
kajiankes. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jasmi, K. A. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif. Fakulti Tamadun
Islam.
Universiti Teknologi Malaysia.
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H., & Hamzah, M. I. M. (2011). Amalan penggunaan bahan
bantumengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah
di Malaysia.Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.
Kasim, T. S. A. T., Abdurajak, F. S., Yusoff, Y. M., & Baharuddin, M. (2017). Pendekatan
Konstruktivisme Di Malaysia Dan Brunei Darussalam: Satu Tinjauan Awal Terhadap
Pengalaman Guru Pendidikan Islam. E-ISSN:0128-2069, Vol. 2 (2017): 2017
Kasim, T. S. A. T., & Mansor, F. (2021). Pedagogi Berasaskan Pendekatan Induktif Dan
Deduktif: Praktis Dalam Pendidikan Kewangan Islam. Online Journal of Islamic
Management and Finance (OJIMF), 1(1), 63-77.
Kaviza, M. (2020). Pembelajaran Berasaskan Bahan dalam Mata Pelajaran Sejarah. Social
Sciences and Humanities(MJSSH).
Khamaruddin, S. R., & Muhamad, N. A. F. (2021). Keberkesanan Kaedah Tahfiz Akhyar dalam
Meningkatkan Tahap Penguasaan Hafazan Quran bagi Remaja Pekak: The
Effectiveness of Tahfiz Akhyar Method in Increasing the Level of the Quran
Memorization for Deaf Youths.Journal of Quran Sunnah Education & SpecialNeeds,
5(1), 89-99.
Kurikulum, B. P. (Ed.) (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tasawwur
Islam.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lasan, R., Noh, A. C., & Hamzah, I. (2017). Pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Tinta
ArtikulasiMembina Ummah, 3(1), 15-28.
Lasan, T. R. T., Noh, M. A. C., & Hamzah, M. I. (2017). Pengetahuan, sikap dan kesediaan
murid terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Tasawwur
Islam. TintaArtikulasi Membina Ummah, 3(1), 15-28.
317
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Lubis, M. A., bin Kamis, M. S., MPd, Z., Usiono, M., Taib, S. H., & Ikwan Lubis SE, M. (2021). Isu
Terkini Pendidikan Islam Di Era Pandemik Covid 19 Di Malaysia. Asean Comparative
Education Research Journal On Islam And Civilization (Acer-J). eISSN2600-769X, 4(1), 75-
91.
Mahyidin, T. N. T., & Othman, N. (2020). Peringkat Keprihatinan Guru Prinsip Perakaunan Terhadap
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kes. International Journal of Education and
Pedagogy, 2(3), 27-36.
Mamat, A., & Ismail, S. (2010). Kaedah Pengajaran dan pembelajaran guru pemulihan Jawi di
Malaysia. Paper presented at the Proceedings of the 4th International Conference on Teacher
Education: Join Conference UPI & UPSI.
Mohamed, N. N., & Jaafar, A. N. M. (2020). Penggunaan modul pembelajaran inkuiri berasaskan
projek terhadap kanak-kanak berumur 4 tahun. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan, 9, 73-90.
Mustaffa, A., & Sawari, S. S. M. (2015). The Student Perspective on Using Graphic Assessment
Management (GAM) in Learning Tasawwur Islam.
318
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Nair, S. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa needham dalam pembelajaran sejarah.
Malaysian Journal of Educators and Education, 20, 21-41.
Nasohah, U. N., Gani, M., & Shaid, N. (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul
pengajaran: Bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh.
Paper presented at the Makalah disajikan dalam Proceedings of the International Seminar on
Language Teaching tanggal.
Nawi, A., Zakaria, G. A. N., & Hashim, N. (2020). Komunikasi Berkesan Menerusi Pembelajaran
Berasaskan Masalah dalam Kursus Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(1).
Nawi, N. H. M., & Daud, B. C. (2019). Kaedah penyelidikan Islam bersepadu: pencarian kebenaran
dan keberkatan ilmu. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED),
4(19), 84-96.
Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan
penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Sains Humanika, 2(4).
Rahim, M. M. A., & Hashim, A. (2017). Pendekatan pengajaran dalam kalangan pensyarah tahfiz al-
Quran di Malaysia. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9(3), 79-88.
Rahman, M. N. A., Darus, R., & Mansor, M. A. (2019). Pendekatan Bercerita Berasaskan Kurikulum
Berkepelbagaian Budaya Untuk Pembelajaran Literasi Awal Kanak-Kanak. JuKu: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(3), 28-34.
Rashed, Z. N., Tamuri, A. H., Ihwani, S. S., Ilias, M. F., & Yahaya, M. (2020). Model Kurikulum Integrasi
dalam Kurikulum Pendidikan Islam. Islāmiyyāt, 42, 51-58.
Rosele, M. I., Harun, M. S., Meerangani, K. A., & Ariffin, M. F. M. (2020). Integrasi Metodologi
Penyelidikan Hukum Islam Dengan Penyelidikan Kualitatif: Satu Tinjauan Awal. Jurnal
Maw'izah, 3(1), 28-34.
Subri, M. R., Yaakub, R., & Nudin, A. B. (2021). Pelaksanaan Pengajaran Guru Cemerlang dalam
Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: Satu Kajian Kes. PENDETA:
Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 21-32.
Sulaiman, N. A. A., & Hassan, S. A. (2020). Penyelidikan Etno-Falak Dalam Aktiviti Maritim
Berdasarkan Konsep Antropologi Islam. Journal of Islamic, 5(30), 104-114.
Tamuri, A. H., & Ajuhary, M. K. A. (2010). Amalan pengajaran guru pendidikan Islam berkesan
berteraskan konsep mu „allim. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(1), 43-56.
Yahaya, A., & Chu, S. P. (2010). Teori-Teori Pembelajaran. Teori-Teori Pembelajaran, 1-4. Yusof, M.
F. M., & Romli, N. (2019). Aplikasi Program Atlas. Ti Dalam Penyelidikan Kualitatif
Pengajian Pascasiswazah Bidang Pengajian Islam: Suatu Cadangan Awal.Al-Hikmah, 11(1),
3-21.
Zahir, M. Z. M., Saper, M. N., & Bistamam, M. N. (2019). Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul
Kelompok Bimbingan Integrasi REBT-Tazkiyah An-Nafs. Journal of Research, Policy &
Practice of Teachers and Teacher Education, 9(1), 58-69.
Zaitun, H. (2015). Manifestasi citra alam dalam novel Ombak Bukan Penghalang: Suatu penelitian
firasat Melayu. Universiti Utara Malaysia,
Zin, S. M. M., Azizan, N. I., Ismail, S., & Mansor, F. N. (2021). Pendekatan Komunikasidalam Pengajaran
dan Pembelajaran Hafazan Al-Quran Antara Dua Institusi Pra Tahfiz di Selangor. Jurnal
Pengajian Islam, 74-89.
319
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
AKTIVITI LUKISANKU IMAGINASIKU SEBAGAI KAEDAH MENINGKATKAN
PENGUASAAN BAHASA KLASIK DALAM PROSA TRADISIOANAL HIKAYAT
PELANDUK JENAKA DALAM KALANGAN PELAJAR 6 BAWAH TEKUN
Ruhana @ Venel Natasha Nasir
Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran,
Peti Surat 30, 90107 Beluran, Sabah, Malaysia.
[email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa klasik pelajar bagi prosa
tradisional menerusi kaedah grafik yang digunakan sebagai aktiviti dalam kelas. Sampel kajian
melibatkan seramai 15 orang pelajar di dalam kelas 6 Bawah Tekun. Tinjauan awal telah dibuat
melalui ujian 1 yang diberikan menunjukkan pelajar gagal menjawab soalan disebabkan tidak
memahami bahasa klasik yang terdapat pada prosa tradisional. Kajian tindakan ini berfokus
kepada meningkatkan penguasaan bahasa klasik pelajar bagi teks prosa tradisional. Justeru,
pelajar telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara grafik sebagai usaha
meningkatkan penguasaan bahasa klasik. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan
prestasi pelajar. Melalui kaedah grafik ini pelajar dapat menggabungjalinkan kemahiran
kognitif, afektif dan psikomoto mereka menerusi penghasilan lukisan grafik dan memindahkan
bahasa klasik kepada bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Tuntasnya, hasil dapatan telah
menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa klasik pelajar telah meningkat dan sekaligus
mencapai objektif kajian yang disasarkan.
Pendahuluan
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Pada tahun 2016, pengkaji telah mengajar kelas Tingkatan Enam Bawah Tekun. Pengkaji
mendapati pelajar dalam kelas 6 Bawah Tekun begitu bersikap pasif dalam pengajaran dan
pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif terutama apabila teks yang digunakan
adalah teks prosa tradisional. Sikap pelajar akan bertukar menjadi pasif dan tidak memberi
respon yang aktif apabila disoal secara lisan berkaitan karya tradisional. Paling menyedihkan
apabila pelajar “berlakon” sibuk melakukan kerja lain apabila ditanya oleh guru mengenai
cerita prosa tradisional tersebut seolah-olah mengelak daripada ditanya oleh pengkaji.
Perbualan secara tidak rasmi dengan beberapa orang pelajar dalam kelas 6 Bawah
Tekun mendapati bahawa mereka tidak memahami bahasa klasik yang terdapat pada cerita
Hikayat Pelanduk Jenaka. Apabila tidak memahami bahasa klasik tersebut telah menyebabkan
pelajar tidak berminat untuk membaca kerana bahasa klasik bagi mereka ini ialah bahasa yang
penuh kiasan, berbelit-belit bahasanya dan adanya percampuran kosa kata Bahasa Arab,
Sanskrit serta bahasa klasik lain menambahkan lagi rencah kesukaran bahasa tersebut. Hal ini
mendorong pelajar untuk tidak berminat membaca teks berunsurkan prosa tradisional.
Selain itu, apabila ujian dibuat untuk prosa tradisional tersebut pelajar gagal. Prosa
tradisional dalam peperiksaan STPM merupakan soalan yang muncul dalam bahagian B untuk
penggal 1 dan sememangnya topik yang penting kerana wajib dijawab. Oleh yang demikian,
320
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
sekiranya pengkaji sebagai guru tidak membetulkan keadaan ini, pasti pelajar tidak dapat
menjawab soalan ini dengan baik dalam peperiksaan STPM nanti.
Terdetik dihati pengkaji, adakah prosa tradisional ini terlalu susah buat pelajar sehingga
mereka tidak mampu untuk menjawab secara lisan apabila ditanya begitu juga soalan ujian
yang diberikan. Oleh yang demikian, pengkaji menyedari masalah yang pelajar hadapi dan
terfikir apakah cara yang pengkaji gunakan selama ini untuk mengajar prosa tradisional dapat
membantu meningkatkan tahap pemahaman pelajar? Apakah ada kaedah lain yang boleh
pengkaji gunakan untuk menimbulkan minat pelajar untuk belajar prosa tradisional ini?
Perlukah pengkaji memperkenalkan atau menggunakan cara baru yang lebih baik dan menarik
untuk mengajar prosa tradisional ini.
Fokus Kajian
Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan bahasa klasik pelajar dalam prosa tradisional. Merupakan salah satu langkah
pengkaji untuk mengatasi masalah pelajar yang dapat markah yang baik dalam bahagian prosa
tradisional. Maka dengan ini, satu aktiviti yang dapat melibatkan pelajar secara aktif untuk
meningkatkan tahap ingatan pelajar pelajar terhadap plot cerita dalam Hikayat Pelanduk
Jenaka. Malahan menerusi kajian ini juga maka akan dapat mewujudkan satu persekitaran
pembelajaran yang lebih kondusif dan menyeronokkan. Keadaan ini disebabkan, apabila
pembelajaran membawa keseronokan berlaku dalam diri pelajar melalui pelaksanaan aktiviti
ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa klasik pelajar terhadap prosa tradisional
Hikayat Pelanduk Jenaka dapat dipertingkatkan selepas kajian tindakan ini.
Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharap pelajar-pelajar dapat mencapai objektif berikut :
Objektif Umum
Meningkatkan prestasi pelajar 6 Bawah Tekun dalam prosa tradisional Hikayat Pelanduk
Jenaka.
Objektif Khusus
i. Meningkatkan markah pelajar pada bahagian B iaitu prosa tradisional.
ii. Meningkatkan penguasaan bahasa klasik pelajar dalam prosa tradisional.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri daripada 15 orang pelajar sahaja. Perincian pelajar mengikut jantina
seperti berikut:
Kelas / Jantina Lelaki Perempuan Jumlah
6 Bawah Tekun 9 orang 6 orang 15 orang
Jadual 1: Perincian pelajar mengikut jantina
321
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pelaksanaan Kajian
Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan ujian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan ujian Pra.
Pemerhatian
Pengkaji telah meninjau masalah yang dihadapi oleh pelajar menerusi pemerhatian secara tidak
berstruktur. Selama seminggu pengkaji memerhati pelajar dalam kelas 6 Bawah Tekun apabila
prosa tradisional yang diajar mereka akan tidak memberi tumpuan terhadap teks tersebut.
Malahan apabila diajukan soalan didapati pelajar tidak memberi jawapan dan ada yang
bersikap pasif dalam pengajaran guru. Hal membuatkan pengkaji tercari-cari apakah masalah
pelajar tersebut terhadap teks prosa tradisional. Hasil pemerhatian dan temubual secara tidak
langsung dengan pelajar 6 Bawah Tekun telah mendapati pelajar tidak memahami bahasa
klasik yang terdapat pada teks tradisional tersebut. Lantaran bahasa yang berbelit-belit dan
berulang serta banyak kiasan membuatkan pelajar tidak memahami seterusnya menghilangkan
minat mereka untuk membaca dengan tekun teks prosa tradisional.
Ujian Pra
Ujian Pra merupakan satu set soalan yang mengandungi 1 soalan esei. Ujian Pra ini telah
dijalankan untuk mengesan sejauh mana tahap pemahaman pelajar terhadap jalan cerita
Hikayat Pelanduk Jenaka. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengenal pasti masalah serta
mengukuhkan pandangan dan pemerhatian yang telah pengkaji buat dalam refleksi pengajaran
dan pembelajaran yang lepas semasa penggunaan kaedah konvensional untuk mengajar topik
ini.
Dapatan Kajian
Tinjauan Masalah
Analisis Keputusan Ujian Pra
Markah Bilangan Pelajar (orang)
1–5
10
6 – 10
11 – 15 4
16 – 20 1
21 – 25 0
0
Jadual 2: Ujian pra skor pelajar 6 Bawah Tekun
Setelah ujian Pra dilaksanakan, pengkaji telah berjaya mengumpulkan data seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 1. Berdasarkan dapatan ujian Pra jelas menunjukkan bahawa seramai
10 orang pelajar mendapat markah 1 hingga 10 markah. Data ini menunjukkan bahawa 66.7%
pelajar tidak membaca teks prosa tradisional iaitu cerita Hikayat Pelanduk Jenaka dan tidak
mengingati peristiwa iaitu plot cerita. Berdasarkan jadual juga didapati, hanya 4 orang sahaja
atau 26.7% pelajar mendapat markah 6 hingga 10 markah. Kemudian, seorang pelajar atau 6.7%
mendapatkan markah diantara 11 hingga 15 markah. Dapat disimpulkan markah 16 hingga 25
tidak ada sesiapa pun mendapat markah dengan jumlah tersebut. Menerusi data tersebut, dapat
322
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
disimpulkan bahawa pelajar 6 Bawah Tekun menghadapi masalah untuk membaca teks
bahagian prosa tradisional dan mengingati plot cerita.
Secara purata pelajar mendapat markah 1 hingga 15 markah. Dalam Ujian Pra tersebut
didapati pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik iaitu dari aspek gagal untuk
memberikan peristiwa pada plot cerita dengan baik dan secara kronologi.Terdapat juga pelajar
yang lansung tidak menjawab soalan pada bahagian teks prosa tradisional disebabkan tidak
membaca teks tersebut. Hal ini sangat menyedihkan apabila pelajar gagal dalam ujian malahan
ada yang tidak memberikan apa-apa jawapan pada kertas jawapan.
Rajah 1: Hasil kerja pelajar
Pengkaji telah mengambil beberapa langkah untuk mendalami punca sebenar masalah
ini berlaku dengan menemubual pelajar, menyemak semula nota dan latihan mereka. Akhirnya,
pengkaji menemui masalah utama pelajar iaitu pelajar tidak memahami bahasa klasik yang
terdapat dalam prosa tradisional. Alasan yang pengkaji dapat ialah:
―saya tidak faham kerana bahasanya susah‖
―Cerita prosa itu membosankan kerana berbelit-belit bahasanya‖
―Saya malas membaca‖
Ekoran hal tersebut telah menyebabkan pengkaji ingin merawat masalah yang dihadapi
oleh para pelajar. Keadaan ini disebabkan mata pelajaran KMK merupakan mata pelajaran
yang menuntut para pelajar agar membaca teks sastera dan tidak ada jalan pintas untuk lulus
selain membaca teks tersebut. Malahan skop soalan pada peringkat STPM juga mengkhendaki
pelajar untuk mengingati plot pada cerita.
Tindakan Yang Dijalankan
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa klasik pelajar 6 Bawah Tekun
untuk memahami cerita prosa tradisional iaitu Hikayat Pelanduk Jenaka menerusi aktiviti
Lukisanku Imaginasiku. Tambahan cerita prosa tradisional ini merupakan bahagian yang wajib
yang keluar dalam peperiksaan sebenar STPM. Bagi mengatasi masalah ini, aktiviti Lukisanku
Imaginasiku telah saya gunakan bagi melaksanakan kajian ini. Berikut adalah langkah-langkah
menggunakan kaedah Lukisanku Imaginasiku :
323
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Bil Rajah Huraian
1. Pelajar dibahagikan kepada 3
kumpulan dan dalam
kumpulan terdapat 5 orang
pelajar. Pelajar disusun dalam
kumpulan mengikut kriteria
yang ditetapkan oleh guru.
Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4
324
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
2. Rajah 5 Kumpulan pelajar tersebut
3. diminta untuk membaca
4. cerita prosa tradisional yang
bertajuk Hikayat Pelanduk
325 Jenaka dan mengenal pasti
cerita mengikut kronologi
iaitu permulaan cerita,
perkembangan peristiwa,
puncak cerita, peleraian cerita
dan penutup.
Setiap pelajar dalam
kumpulan diminta untuk
menghasilkan komik bagi
cerita Hikayat Pelanduk
Jenaka secara individu.
Rajah 6 Kumpulan pelajar tersebut,
Rajah 7 setiap kumpulan perlu
memindahkan maklumat
tersebut kepada lukisan
komik. Aktiviti Lukisanku
Imaginasiku merupakan
kaedah pelajar harus melukis
komik berdasarkan cerita
Hikayat Pelanduk Jenaka.
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
5. Setiap kumpulan tersebut
diwajibkan untuk membuat
pembentangan secara
bercerita di depan kelas
dihadapan rakan-rakan
mereka.
Rajah 8
6. Kumpulan pelajar digalakkan
untuk menghasilkan
melukiskan komik yang
menarik dan kreatif.
Rajah 9
Pelaksanaan Tindakan dan Penilaian
Pelaksanaan aktiviti Lukisanku Imaginasiku.
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 8 minggu iaitu tempoh 2 bulan dari bulan Ogos
hingga September. Kesusasteraan Melayu Komunikatif diperuntukan masa selama lapan waktu
seminggu. Pengkaji memperuntukkan 2 waktu untuk melaksanakan aktiviti ini selebihnya
waktu untuk mengajar sepenuhnya dan bagi membincangkan hasil kerja pelajar dalam kelas.
Langkah pertama
Pengkaji memperkenalkan aktiviti Lukisanku Imaginasiku dalam kelas 6 BawahTekun dengan
menerangkan pelaksanaan aktiviti tersebut dalam kelas. Guru mengedarkan juga manual
pelaksaan aktiviti Lukisanku Imaginasiku kepada setiap pelajar agar pelajar maklum mengenai
aktiviti yang dilakukan dan mengetahui bagaimana aktiviti ini dilaksanakan.
326
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pemerhatian:
Pemilihan waktu dalam kelas merupakan waktu yang sesuai untuk pengkaji menyampaikan
maklumat dan penerangan kepada pelajar berkaitan dengan aktiviti Lukisanku Imaginasiku.
Apabila pengkaji menyampaikan
penerangan mengenai aktiviti
Lukisanku Imaginasiku didapati
pelajar mengambil perhatian
sepenuhnya dengan penerangan pengkaji.
Pengkaji memberi peluang kepada
pelajar untuk bertanya soalan
sekiranya ada cara pelaksanaan aktiviti
Lukisanku Imaginasiku yang
mereka tidak faham. Para pelajar aktif
bertanya soalan yang berkaitan dengan
pelaksanaan seperti berapa lama perlu
disiapkan komik tersebut dan berapa peristiwa harus dimasukkan dalam komik. Melihat
keadaan tersebut pengkaji mendapati pelajar menunjukkan minat terhadap aktiviti yang bakal
dilakukan.
Refleksi:
Penerangan diberikan mengenai manual pelaksanaan aktiviti Lukisanku Imaginasiku adalah
untuk memfokuskan secara khusus usaha meningkatkan tahap penguasaan para pelajar
terhadap bahasa klasik bagi teks prosa tradisioanal iaitu Hikayat Pelanduk Jenaka. Pengkaji
dapat simpulkan memberi pengenalan kepada pelaksanaan kajian tersebut penting disebabkan
memberi ruang kepada pelajar memahami pelaksanaan aktiviti tersebut. Selain itu juga,
memberi peluang pelajar untuk bersiap sedia dari segi penyediaan bahan dan mental emosi
mereka sepanjang melaksanakan aktiviti Lukisanku Imaginasiku. Oleh itu, aktiviti Lukisanku
Imaginasiku telah menarik perhatian para pelajar 6 Bawah Tekun untuk memulakan aktiviti ini.
Rajah 10
Manual pelaksanaan aktiviti
Lukisanku Imaginasiku
Rajah 11
327
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Langkah kedua
Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar.
Proses pembahagian kumpulan ialah pelajar diberikan kebebasan untuk memilih ahli kumpulan
mereka sendiri. Tujuanya, agar pelajar dapat berkerjasama tanpa wujud masalah dan selesa
berinteraksi antara satu dengan lain sepanjang aktiviti ini dilakukan.
Rajah 12
Pemerhatian :
Apabila pelajar dibahagikan mengikut kumpulan, didapati pelajar boleh berinteraksi antara
satu dengan lain dengan baik. Secara langsung dapat berkerjasama disebabkan pelajar selesa
dengan rakan-rakan yang ada dalam kumpulan malahan mereka sudah mengenali rakan mereka
dengan baik.
Refleksi :
Oleh yang demikian, pelajar ini akan dikekalkan dalam kumpulan untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran akan datang kerana tidak ada masalah yang berlaku.
Langkah ketiga
Kumpulan pelajar tersebut diminta untuk membaca cerita prosa tradisional yang bertajuk
Hikayat Pelanduk Jenaka dan mengenal pasti cerita mengikut kronologi. Membaca
merupakan elemen yang penting dalam proses pembelajaran kerana membaca merupakan asas
kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran utama yang diperlukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembacaan, seseorang individu dapat memamah ilmu
dan memahami kenapa sesuatu peristiwa itu berlaku. Malahan menerusi pembacaan,
membolehkan pembaca menghasilkan idea baru dan meransang kreativiti seterusnya pembaca
akan dibawa bersama ke dimensi yang baru melalui imaginasi mereka, Antara perkara pelajar
harus kenal pasti iaitu permulaan cerita, perkembangan cerita, kemuncak cerita, peleraian dan
penutup pada cerita tersebut.
Pemerhatian :
Setiap ahli dalam kumpulan membaca teks prosa iaitu Hikayat Pelanduk Jenaka. Pelajar tekun
membaca dan mencari isi penting iaitu mengenal pasti peristiwa mengikut plot cerita. Semasa
proses membaca, pelajar menyenaraikan peristiwa mengikut plot dan perkataan yang tidak
328
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
difahami akan disenaraikan oleh pelajar. Kemudian diperhatikan pelajar berinisiatif mencari
maksud bagi perkataan bahasa klasik tersebut di kamus.
Refleksi :
Pendekatan ini membuatkan pelajar dapat memahami maksud perkataan yang terdapat dalam
bahasa klasik menerusi prosa tradisional. Apabila perbincangan dilakukan dan ada usaha
pelajar untuk mencari makna bahasa klasik tersebut telah membuatkan pelajar memahami teks
bacaan secara perlahan-lahan. Pada mulanya pelajar tidak berminat mendalami dan memahami
cerita berunsur prosa tradisional kerana pada pemikiran mereka bahasa klasik tersebut sebagai
halangan. Setelah membaca dan menyenaraikan perkataan yang tidak diketahui maksud
kemudian mencarinya pada kamus, barulah wujud kesedaran pelajar bahawa hal ini tidaklah
sesusah yang mereka fikirkan.
Rajah 13
Langkah keempat
Setelah kumpulan pelajar membaca dan berbincang dalam kumpulan mengenal pasti plot
cerita tersebut, maka pengkaji akan meminta para pelajar memindahkan maklumat tersebut
dalam bentuk komik pada kertas. Komik tersebut akan memuatkan peristiwa penting yang
menjelaskan plot pada cerita Hikayat Pelanduk Jenaka.
Rajah 14
329
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pemerhatian :
Pengkaji mendapati pelajar berbincang dalam kumpulan mereka. Perbincangan mereka ini
meliputi mencari isi penting kepada peristiwa cerita prosa tradisional dan mencari perkataan
klasik yang mereka tidak faham sepanjang pembacaan mereka. Selain itu, pelajar dalam
kumpulan juga mula untuk memindahkan peristiwa penting tersebut kepada komik.
Refleksi :
Kumpulan yang diwujudkan didapati aktif, pelajar berkerjasama mengenal pasti peristiwa
penting dalam teks kajian. Malahan, setiap pelajar dalam kumpulan juga didapati berkerjasama
mencari perkataan yang mereka tidak ketahui maksud dalam kamus. Setelah pelajar memahami
cerita Hikayat Pelanduk Jenaka tersebut maka secara langsung mereka dapat berimaginasi
sudah dalam memindahkan fakta tersebut kepada media berbentuk komik.
Langkah kelima
Sepanjang pelajar memindahkan maklumat tersebut dalam bentuk komik, pelajar digalakkan
untuk berbincang dalam kumpulan. Kaedah berbincangan ini diterapkan bertujuan untuk
menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar berkaitan dengan
topik yang sudah ditentukan oleh pengkaji. Beberapa perkara yang dititikberatkan sepanjang
komik tersebut dihasilkan ialah :
Elemen Lukisanku Imaginasiku :
Bil Elemen Contoh
1 Tema / konsep cerita Humor, perihal atau aksi
2 Watak-watak Watak utama, watak tambahan
3 Kostum Pakaian yan sesuai (Jika berkaitan)
4 Lokasi Hutan, tepi sungai, bawah pokok
5 Probs Seperti pokok, meja dan lain-lain yang sesuai
6 Jalan cerita Pengenalan, perkembangan, kemuncak, peleraian
dan penutup
7 Skrip Komik Bahagian tulisan yang disiarkan ialah bahagian
dialog (bubble, ballon) dan sudut info.
Jadual 3
Peralatan membuat komik :
i. Kertas A4
ii. Pensil 2B
iii. Pembaris (lurus / bulat tigasegi)
iv. Pen lukisan / GP pen untuk lakaran semula
v. Warna dan pen marker
330
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
P&P melalui aktiviti Lukisanku Imaginasiku
Proses pembelajaran dilaksanakan secara tidak langsung melalui aspek-aspek berikut:
i. Peristiwa Hikayat Pelanduk Jenaka diterjemahkan dalam bentuk watak
Peristiwa dalam Hikayat Pelanduk Jenaka disampaikan melalui watak dalam
bentuk karektor. Namun begitu imej wajah watak seperti harimau, beruang,
pelanduk dan Raksasa haruslah boleh dikenali. Watak karektor ini memudahkan
pelajar mengingati peranan dan peristiwa penting yang berkaitan dengan watak
tersebut.
ii. Maklumat cerita Hikayat Pelanduk Jenaka diterjemahkan dalam bentuk gambar.
Peristiwa dalam Hikayat Pelanduk Jenaka disamppaikan melalui gambar seperti
aksi berlari, bergelut, mencakar dan terguling dan lain-lain lagi. Sebagai contoh
aksi Pelanduk semasa mencakar mata raksasa apabila raksasa telah terikat
menggunakan simpai. Sehubungan itu, pelajar akan dapat memahami dan
mengingat maklumat degan hanya melihat gambar adalah aktiviti pembelajaran
yang menarik.
iii. Fakta dan maklumat didapati daripada dialog.
Dialog yang dilontar oleh setiap watak mengandungi fakta berdasarkan peritiwa
pada teks prosa Hikayat Pelanduk Jenaka. Namun begitu, fakta disampaikan
dalam Bahasa yang mudah dan berbentuk humor. Melalui pendekatan ini,
pelajar akan dapat mengingati fakta atau peristiwa dengan santai tanpa tekanan.
Situasi ini akan menjadikan aktiviti membaca dan mengulangkaji amat
menyeronokkan.
iv. Fakta dan maklumat didapati daripada sudut info. Sudut info menjelaskan
renteten cerita dan maklumat atau fakta yang tidak terkandung dalam dialog.
Pemerhatian:
Setelah membaca cerita prosa tradisional iaitu Hikayat Pelanduk Jenaka maka pelajar
dalam setiap kumpulan mula berbincang untuk melakar lukisan. Proses ini
menyebabkan pelajar dalam kumpulan mula memindahkan peristiwa penting tersebut
kepada lakaran komik. Didapati pelajar dalam kumpulan menterjemahkan watak dan
peristiwa kepada bentuk lukisan komik. Pelajar sudah diingatkan untuk
menterjemahkan watak dan peristiwa tersebut menyerupai dan boleh dikenal pasti
watak dan peristiwa apabila dilukis. Refleksi :
Sepanjang pelajar berbincang dalam kumpulan, didapati mereka melukis dengan tekun
dan hasil lukisan mereka cantik serta kemas. Mereka juga ada meletakkan fakta penting
dalam bentuk dialog. Pelajar juga berkerjasama sepanjang aktiviti melakar dan melukis.
Hasil lakaran yang dibuat maka terhasil lukisan komik yang cantik. Namun, terdapat
juga beberapa lukisan yang perlu diperbaiki apabila pengkaji mendapati lukisan
tersebut mempunyai dialog yang panjang. Selakin itu, terdapat juga lukisan yang tidak
kemas apabila sudah diwarnahkan. Tindakan perlu dibuat ialah melukis semula lukisan
yang tidak kemas dan haruslah menggunakan warna yang sesuai semasa mewarna.
Begitu juga dengan dialog yang dibuat diminta untuk dipendekkan dan penggunaan
331
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
bahasa dalam dialog diminta untuk mengalih bahasa klasik kepada bahas moden yang
mudah.
Rajah 15
Rajah 16
332
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 17
Rajah 18
Langkah kelima
Setelah pelajar menyelesaikan komik iaitu Lukisanku Imaginasiku, maka sesi seterusnya ialah
menceritakan semula pada rakan-rakan mereka di dalam kelas mengenai cerita Pelanduk
Jenaka. Penyampaian secara bercerita. Keadaan ini, adalah bertujuan untuk melatih kemahiran
mendengar dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar akan mengulang sebut peristiwa
daripada cerita yang mereka baca, terjemahkan kepada komik dan disampaikan secara lisan
kepada rakan mereka. Penceritaan tersebut disampaikan secara berkumpulan iaitu secara
pelajar dalam kumpulan akan bersambung-sambung menceritakan cerita tersebut sehingga
selesai. Guru akan memastikan cerita yang disampaikan oleh pelajar adalah kronolgi
peristiwanya.
333
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pemerhatian :
Kumpulan pelajar yang diminta untuk bercerita dalam kelas. Mereka bercerita dengan cara
menyambungkan cerita antara satu dengan yang lain. Sambil bercerita mereka memperlihatkan
hasil lukisan mereka kepada rakan-rakan lain.
Refleksi :
Pelajar yang bercerita didapati mereka boleh mengingat cerita tersebut sungguhpun cerita itu
disambung oleh rakan mereka. Malahan didapati juga pelajar dapat menyampaikan cerita
secara kronologi dan mereka begitu yakin sepanjang mereka menyampaikan cerita tersebut
dalam kelas. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang lupa dan salah memberi
peristiwa yang lain, namun dibantu oleh rakan mereka membetulkan peristiwa tersebut.
Rajah 19
Langkah keenam
Pengkaji juga menggunakan modul soalan bagi mengukuhkan tahap penguasaan bahasa pelajar
bagi prosa tradisional menerusi Hikayat Pelanduk Jenaka. Modul soalan tersebut terdiri
daripada 2 set soalan berstruktur dan 1 set soalan ujian berbentuk esei berkaitan dengan
peristiwa yang terdapat dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. (Rujuk lampiran)
Pemerhatian :
Pelajar diminta menjawab soalan setelah selesai aktiviti Lukisanku Imaginasiku.
Refleksi :
Apabila set soalan diedarkan kepada pelajar maka didapati bahawa pelajar menjawab soalan
dengan lancar. Terutama, apabila pelajar menjawab latihan pengukuhan iaitu dua set soalan
struktur. (Rujuk lampiran)
Pelajar mampu menjawab soalan latihan tersebut setelah faham cerita Hikayat Pelanduk Jenaka.
Pelajar akhirnya gembira mereka mampu menjawab soalan pengukuhan tersebut.
334
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rajah 20
Langkah ketujuh
Selepas semua langkah tersebut telah dilakukan maka pelajar akan diuji dengan ujian. Ujian
tersebut berkaitan dengan cerita Hikayat Pelanduk Jenaka.
Pemerhatian:
Pelajar diuji sekali lagi dalam ujian Pasca. Tujuannya memastikan objektif tercapai setelah
menggunakan aktiviti Lukisanku Imaginasiku ini mampu membantu pelajar meningkatkan
tahap penguasaan mereka terhadap bahasa klasik.
Refleksi:
Pelajar bersungguh-sungguh menjawab soalan ujian yang diberikan. Pengkaji mendapati
semua pelajar menjawab penuh soalan tersebut tidak seperti sebelum ini pelajar ada yang tidak
menjawab soalan malahan ada yang menjawab soalan tetapi separuh sahaja.
Rajah 21
Langkah kelapan
Kemudian pengkaji akan menanda ujian yang diberikan dan menganalisis data.
335
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Pemerhatian:
Pengkaji menanda kertas ujian. Semua pelajar menjawab soalan ujian dan hadir ke sekolah.
Refleksi :
Pengkaji mendapati bahawa pelajar membaca teks prosa iaitu cerita Hikayat Pelanduk Jenaka
dan mampu menerangkan serta mengingat setiap isi utama yang disampaikan kerana pelajar
berjaya menghurai soalan ujian. Bukan itu sahaja, hasil dapatan mendapati terdapat
peningkatan pada markah ujian.
Penilaian
MARKAH UJIAN PRA UJIAN PASCA
(Orang) (Orang)
1–5 10 0
6 – 10 4 0
11 – 15 1 3
16 – 20 0 9
21 – 25 0 3
Jadual 3: Skor Pelajar 6 Bawah Tekun
Berdasarkan Jadual 3, jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah skor bagi
ujian yang dijalankan. Jumlah pelajar yang memperolehi skor 1 hingga 5 markah telah
menunjukkan penurunan dari 10 orang kepada 0. Manakala jumlah pelajar yang mendapat skor
6 hingga 10 markah 4 orang pada mulanya kemudian menjadi 0 orang. Selain itu, markah 11
hingga 15 pula menunjukkan peningkatan daripada 1 orang kepada 3 orang. Di samping itu,
bagi markah 16 hingga 20 pula data menunjukkan daripada 0 orang akhirnya terdapat 9 orang
yang mampu mendapat markah dalam skala tersebut. Bagi markah 21 hingga 25 pula pada
336
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
mulanya tidak ada seorang pun mendapat markah dalam skala tersebut akhirnya terdapat 3
orang yang dapat markah dalam skala tersebut.
Rajah 23
Perbincangan
Refleksi Tindakan
Objektif kajian yang ditetapkan iaitu meningkatkan prestasi pelajar Tingkatan 6 Bawah Tekun
dalam prosa tradisional Hikayat Pelanduk Jenaka melalui aktiviti Lukisanku Imaginasiku telah
tercapai. Pengkaji berpuas hati dengan peningkatan positif yang ditunjukkan oleh pelajar.
Malahan pelajar akhirnya membaca teks prosa apabila mereka menguasai bahasa klasik
tersebut dan melukis komik untuk cerita Hikayat Pelanduk Jenaka. Malahan dalam ujian Pasca,
pelajar dapat menjawab dengan baik dan mampu mengingat peristiwa disebabkan mereka
membaca teks tersebut dan pelajar dapat menjelaskan dengan mendalam peristiwa pada cerita
berbanding jawapan pelajar pada ujian pra. Hal ini disebabkan pelajar menguasai bahasa klasik.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti Lukisanku Imaginasiku banyak membantu
pelajar dalam menguasai bahasa klasik yang sebelum ini menjadi penghalang kepada para
pelajar untuk memahami teks tersebut. Malahan hasil ujian Pasca sangat memberansangkan
disebabkan berlaku peningkatan prestasi pelajar menerusi markah.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, aktiviti Lukisanku Imaginasiku ini boleh digunakan
sebagai satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa klasik pelajar Tingkatan 6 Bawah
Tekun untuk menguasai bahasa klasik. Tidak dinafikan, aktiviti ini merupakan salah satu cara
untuk menarik minat pelajar membaca teks sastera. Seterusnya, memberi motivasi kepada diri
para pelajar agar meminati mata pelajaran KMK sebagai mata pelajaran yang menyeronokkan
dan mudah. Selain itu, pengkaji mendapati juga bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan cepat dan berpusatkan kepada pelajar.
Pembelajaran menggunakan aktiviti Lukisanku Imaginasiku gaya pembelajaran yang
santai dan „relax‟. Keadaan ini disebabkan, komik ialah sebuah teknik penerbitan melalui teks
kepada gambar lukisan yang jelas dan menarik. Kreativiti pelajar dalam menghasilkan skrip,
dialog dan gambar sendiri. Sungguhpun suasana kelas dalam keadaan ceria dan ketawa ria,
maklumat daripada teks sastera masih boleh dikuasai oleh pelajar dalam gaya pembelajaran
337
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
yang santai dan “relax”. Walau bagaimanapun, penggunaan kaedah ini hendaklah dirancang
dengan teliti supaya tidak membazirkan masa dalam kelas.
Rajah 24
Kesimpulan
Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Kajian ini diharap dapat memberikan manfaat dan panduan sebagai sumber inspirasi kepada
kajian-kajian yang lain. Pengkaji merasakan bahawa pelaksanaan aktiviti menggunakan kaedah
Lukisanku Imaginasiku ini wajar diperluaskan dan diteruskan bagi membantu mempelbagaikan
kaedah P&P dalam kelas serta membantu para pelajar untuk mengingat peristiwa pada cerita
apabila bahasa klasik tersebut dikuasai. Walau bagaimanapun pada masa akan datang aktiviti
Lukisanku Imaginasiku ini boleh diterjemahkan dalam bentuk perisian atau multimedia serta
lukisan pelajar lebih dikemaskan lagi. Dialog pada komik juga diringkaskan lagi agar tidak
terlalu panjang.
Rujukan
Abdul Rahman Abdul Maijd Khan. (2009). Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur,
PTS Professional :Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Bin Esa, Anizam Binti Mohamed Yusof, Zurina Binti Yasak, Siti Khatijah Binti
Mohamad dan Kamarulzaman Md Jidi. (2009) Hubungan Antara Jenis Bahan Bacaan
Dengan Gaya Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Teknik. 14th International
Conference on Education , 21-24 May 2009, Universiti Brunei Darussalam.
Azalina Abdul Wahap. (2013). Konteks, Input, Proses dan Hasil Penggunaan Kadah Ilustrasi
Komik Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah
Di Salah Sebuah Sekolah Di Daerah Papar : Satu Kajian Kes. Seminar Pendidikan
Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013.
Atik Rokhayani dan Aisyah Ririn Perwikasih Utari. (2014). The Use of Comic Strips As An
English Teaching Media For Junior High School Students. Language Circle Journal of
Language and Literature vol. VII/2 April 2014.
338
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Cynthia Bolton Gary. (2012). Connecting Through Comics : Expanding Opportunities for
Teaching and Learning. US-China Education Review B 4 (2012) 389-395.
Lee Bih Ni. (2013) ICT dan Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Seminar
Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS 29-30 Ogos 2013).
Lee Kim Hong. (2005) Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran Cina
KDPM. Diperoleh pada 1 November 2016, dari
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/leeMPRM.pdf
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad dan Mohd Muhaimi Abdul Rahman.
(2014). Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah.
Jurnal Pendidikan Malaysia 39 (2) (2014) : 95-100.
Tan Geok Ling. (2005). Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta Sejarah
dengan Menggunakan Kaedah Mneumonik. Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan Tahun 2005.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmini Md. Yusoff. (2007). Kaedah mengajar
dan kemahiran interpersonal guru. Kuala Lumpur, PTS Professional:
Publishing Sdn. Bhd.
339
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
PENGUASAAN BAHASA ARAB DAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB
MURID-MURID DI SEKOLAH RENDAH:
KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGGU PASIR MAS KELANTAN
Wan Norul Huda Wan Mahmood
Guru Cemerlang Bahasa Arab
Sekolah Kebangsaan Penggu, Pasir Mas, Kelantan
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengusaan bahasa arab dan kemahiran bertutur bahasa arab di
kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini dijalankan secara kajian kualitatif menggunakan borang
soal selidik, temubual dan soalan tahap penguasan terhadap subjek Bahasa Arab. Peserta kajian yang
terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 3 dan tahun 5 Sekolah Kebangsaan Penggu,
sekolah kluster kecemerlangan . Ianya melibatkan
135 orang murid. Data kajian diperoleh menerusi hasil temubual tidak berstruktur, pemerhatian dan
dokumen yang berkaitan. Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati salah satu kejayaan
peningkatan penguasaan bahasa arab di kalangan pelajar ialah melalui keberkesanan kaedah
pembelajaran inovasi e-HUDA ARABIC yang digunakan iaitu penggunaan laptop ajaib, hibur didik,
latihan perbualan mudah Bahasa Arab, permainan bahasa dan penggunaan Qamusi .Justeru itu, usaha
penambahbaikan untuk penerapan kaedah ini akan diperluaskan agar dapat dimanfaatkan bersama
oleh semua guru dan murid
Kata kunci: Penguasaan Bahasa arab , kemahiran bertutur Bahasa arab
Pendahuluan
Bahasa Arab pada masa kini sudah menjadi salah satu Bahasa utama dunia dan setanding
dengan Bahasa-bahasa utama. Antara faktor utama yang menyumbang kepada penerimaan
masyarakat dunia ialah peranannya sebagai Bahasa rasmi bagi umat Islam dan menjadi Bahasa
perantaraan Al Quran dan Al Hadis yang merupakan sumber perundangan utama agama Islam.
Kini Bahasa Arab adalah subjek Elektif yang wajib dipelajari oleh semua murid sekolah rendah
kebangsaan di seluruh Malaysia.
Objektif Kajian
i. Keinginan yang tinggi untuk melihat murid-murid meminati, memahami serta
menguasai Bahasa Arab dengan baik.
ii. Harapan yang tinggi supaya murid-murid Berjaya dengan cemerlang dalam subjek
Bahasa Arab.
iii. Bahasa Arab di angkat martabatnya sebagai Bahasa antarabangsa dan bahasa
perantaraan di kalangan umat Islam suatu hari nanti
iv. Memupuk perasaan gembira dalam diri murid-murid di saat belajar bahasa Arab.
v. Mendaulatkan bahasa syurga ini di mata dunia.vi. Menolak tanggapan bahawa
belajar Bahasa arab itu susah.
340
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Kronologi Penyelidikan
Kajian pertama – 2019
Kajian pertama telah dijalankan untuk mengenal pasti permasalahan murid - murid dalam
pembelajaran Bahasa Arab dan cuba mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan
penguasaan mereka dalam subjek Bahasa Arab. Kajian pertama ini telah dibuat terhadap murid
3 Bijak pada tahun 2019 yang mana kebanyakan murid yang lemah dalam subjek Bahasa Arab
adalah berpunca daripada kurangnya perbendaharaan dan kosa kata Bahasa Arab dalam diri
mereka. Mereka juga tidak dapat mengingati dengan baik tajuk-tajuk dan perkataan yang telah
mereka pelajari
Dapatan dari kajian pada tahun 2019, penulis telah berjaya mencipta satu inovasi yang di beri
nama e-HUDA ARABIC
Apakah itu e- HUDA ARABIC?
E – HUDA ARABIC ialah satu inovasi yang telah saya cipta dalam usaha menangani isu dan
masalah murid-murid saya dalam menguasai Bahasa arab.
Kenapa E- HUDA ARABIC?
Hasil kajian dan pemerhatian saya selama 14 tahun mengajar subjek Bahasa Arab, saya telah
mengambil inisiatif untuk membuat sesuatu yang boleh memberi impak kepada anak- anak
didik yang di kasihi iaitu belajar Bahasa Arab menggunakan kaedah E– HUDA ARABIC
E - Elektronik
Belajar Bahasa Arab menggunakan Laptop Ajaib iaitu laptop THOUGHBOOK, laptop yang boleh di
gunakan untuk menulis di permukaan skrinnya dan hasil tulisan di paparkan di layar skrin dan dapat
dipertontonkan untuk semua murid. Murid dapat praktik kaedah penulisan Bahasa Arab yang betul
dengan bimbingan guru. Dan yang terkini ialah penggunaan I pad PRO melalui aplikasi goodnotes.
H – Hibur didik
Belajar dengan seronok dan ceria (metode Fun learning). Dengan cara ini murid- murid dapat
belajar dengan gembira tanpa tekanan dan pelajaran akan mudah difahami samada dengan
nasyid, nyanyian, kalam jamaei dan sebagainya. Cara ini dapat meningkatkan minat murid
mempelajari Bahasa Arab dan membantu murid mengingati perkataan -perkataan baru dengan
cepat .
U - Ulat Kamus.
Belajar Bahasa Arab menggunakan kamus sendiri dan mencatatkan perbendaharan kata yang telah
diingati didalam buku kecil “ Qamusi “ yang bererti “ kamusku “. Kalau sebelum ini murid hanya
menggunakan kamus bergambar atau kamus poket untuk memahami dan mengetahui maksud
perkataan yang baru tetapi kini murid diberi satu lagi kamus khas yang mana kamus tersebut di tulis
sendiri oleh murid-murid. Satu
341
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
buku kamus khas disediakan oleh guru dan murid dikehendaki menulis semua perkataan -perkataan
baru yang dipelajari setiap hari di dalam kamus tersebut. Penggunaan kamusi ini dapat meningkatkan
jumlah perbendaharaan kata setiap murid kerana menggalakkan murid menulis sendiri perkataan yang
telah dipelajari, difahami dan diingati.
Qamusi –
Bermaksud kamus saya.Guru menyediakan sebuah kamus peribadi kepada setiap murid. Kamus
itu adalah kamus kosong yang perlu murid-murid isi sendiri perkataan yang telah dipelajari, di
hafaz dan di ingati dengan cara menulis dan merekodkan di dalam Qamusi tersebut. Murid-murid
akan teruja dan gembira dapat memiliki kamus bahasa arab hasil tulisan sendiri dan boleh di
bawa hingga ke peringkat Menengah dan Universiti. Dengan cara ini murid akan mengingati
perkataan baru bahasa arab dengan cepat dan dapat mengingatinya dalam jangka masa yang
panjang seterusnya dapat memperbanyakkan kosa kata bahasa arab dalam diri murid-murid.
D – Damista Arabic
Permainan DAM yang pelbagai mengikut tajuk dan murid-murid dapat bermain dalam kumpulan yang
mana permainan Bahasa ini adalah permainan yang menyeronokkan dan menggalakkan murid
mengingat perkataan –perkataan bahasa arab yang baru. Namun dalam tempoh pandemic covid 19 ini,
murid-murid berpeluang mengikuti permainan ini melalui digital dengan kepelbagaian permainan
bahasa yang lebih menarik.
A - األلعاباللغوية
Permainan bahasa – Kuiz , teka silangkata dan sebagainya .Dalam tempoh pandemic covid 19
ini , terdapat pelbagai permainan Bahasa yang boleh
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kahoot, quizziz dan sebagainya:
Gabungan E- HUDA ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan, minat
dan kemahiran murid-murid dalam mendalami dan menguasai Bahasa Arab, Alhamdulillah. Semoga
inovasi ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat dikembangkan lagi di masa akan datang.
Pengajaran Bahasa arab menggunakan kaedah inovasi e -HUDA ARABIC telah memberi
semangat yang baru kepada para murid sekolah terutamanya sekolah penyelidik iaitu Sekolah
Kebangsaan Penggu. Namun begitu terdapat juga beberapa kekurangan yang perlu dibuat
penambahbaikan. Justeru itu penyelidik menjalankan kajian yang seterusnya untuk meneliti
keberkesanan inovasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab lebih-lebih lagi di
musim pandemik Covid 19 ini. Maka terhasillah kajian kali ke dua ini:
Kajian kedua -2021
Kajian ke dua di laksanakan pada tahun 2021 bagi mengesan keberkesanan penggunaan inovasi yang
dimplementasikan kepada murid-murid tahun 3 dan tahun 5 Sekolah Kebangsaan Penggu, Pasir Mas,
Kelantan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) sepanjang tempoh pandemic covid
19.
342
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Metodologi
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa metod seperti:
i. soal selidik
ii. temubual
iii. pemerhatian
iv. Pentaksiran Bilik Darjah
Soal selidik
Pengkaji telah meyediakan satu borang khas menggunakan google form untuk di jawab oleh
murid-murid tahun 3 dan tahun 5 Sekolah Kebangsaan Penggu.
Temubual
Metod ini pengkaji jalankan Bersama murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dari
rumah (PDPR) sepanjang tempoh pandemic covid 19 ini. Pelbagai platform yang digunakan
sebagai perantaraan temubual ini seperti telegram chat , zoom , google meet dan juga voice
wassap .Alhamdulillah hasil tembual secara atas talian ini penyelidik dengan beberapa orang
respondan dapat mengetahui tahap penguasaan bertutur murid-murid dalam bahasa arab .
Pemerhatian
Metod ini dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa arab murid-murid dari
kelas 3 Bijak, 3 Pintar, 5 Bijak dan 5 Pintar.Pemerhatian ini merangkumi kerjasama, respon,
kesungguhan murid – murid dan keupayaan mereka melaksanakan latihan dan tugasan yang
diberikan oleh penyelidik.
Pentaksiran bilik darjah (PBD)
Pentaksiran bilik darjah dijalankan secara berterusan bagi 4 kelas ini iaitu 3 Bijak, 3 Pintar ,
5 Bijak dan 5 Pintar untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam Bahasa arab sepanjang
pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR). Dengan PBD juga penyelidik dapat mengenal
pasti murid-murid yang masih lemah dalam penguasaan Bahasa arab seterusnya dapat
mengadakan program intervensi bagi mereka. Skala pengukuran tahap penguasaan murid adalah
dari Band 1, 2, 3 , 4 , 5 dan 6.
Dapatan Kajian
343
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
PENDAPAT ANDA TENTANG SUBJEK BAHASA ARAB
100 responses
SAYA SANGAT
SUKA BELAJAR
BAHASA ARAB
BAHASA ARAB
SUBJEK YANG
SUSAH
KELEBIHAN ANDA
1 00 responses
344
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
MUDAH MENGINGATI PERKATAAN
BAHASA ARAB
MUDAH MEMAHAMI APA YANG
USTAZAH AJAR
BOLEH MEMBACA BAHASA ARAB
BOLEH BERCAKAP DALAM BAHASA
ARAB
345
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
SUSAH BERTUTUR DALAM BAHASA
ARAB
SUSAH MENGINGATI MAKSUD
PERKATAAN BAHASA ARAB
SUSAH MENJAWAB LATIHAN
BAHASA ARAB
SUSAH MENULIS DALAM BAHASA
ARAB
346
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Perbincangan dan Cadangan
Hasil daripada cetusan inovasi ini telah menampakkan minat dan kesungguhan murid-murid dalam
mendalami ilmu Bahasa Arab. Kalau sebelum ini Bahasa arab di anggap sebagai subjek yang susah dan
payah namun kini subjek Bahasa arab amat di minati dan semakin senang untuk di pelajari dan murid-
murid pun semakin seronok dan gembira.
Bahasa arab merupakan bahasa asing bagi kita dan anak-anak melayu yang berbahasa Melayu,
namun begitu sebagai seorang Islam kita selalu menyebut Bahasa arab ini dalam solat kita , ketika
mengaji Al Quran dan membaca hadis Nabi Muhammad SAW.
Semoga dengan ini kita semua lebih mencintai Bahasa arab dan berusaha bercakap dengan Bahasa
arab dalam kehidupan seharian dan memudahkan untuk kita lebih faham apa yang kita bacakan dan
doakan di dalam solat kita.
Kesimpulan
Hasil daripada dapatan kajian tersebut , beberapa penambahbaikan perlu
dilaksanakan segera iaitu:
i. Meningkatkan pengajaran kaedah menulis Bahasa arab dengan kaedah yangbetul
kepada semua murid.
ii. Meningkatkan lagi usaha kemahiran membaca dan bertutur ayat-ayat mudah di
kalangan murid.
iii. Menyediakan kamus bersuara kepada murid agar mereka dapat menyebut perkataan
bahasa arab dengan intonasi yang tepat
iv. Mengaktifkan dan menyebarluaskan lagi penggunaan kamusi di kalangan para murid
v. Memperbanyakkan video pengajaran kaedah menulis yang tepat kepada murid-
murid.
vi. Memperbanyakkan lagi kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid
vii. Kemahiran-kemahiran berbahasa yang asas dapat ditonjolkan secara berterusan di
samping unsur kemahiran menaakul dapat diterapkan dari semasa ke semasa. Melalui
kemahiran mendengar dan bertutur contohnya, murid yang mendengar perkataan yang
tepat dan sebutan yang betul daripada gurunya akan menuturkan perkataan tersebut
berdasarkan apa yang didengar. Sebutan yang berulang mampu dirakamkan oleh murid
dan seterusnya mengeluarkannya apabila tiba masanya semasa berinteraksi.
viii. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat diaplikasi oleh murid melalui kepelbagaian
penggunaan perkataan dan membina ayat secara spontan. Pengalaman sebegini sangat
berharga kepada murid untuk digunakan pada masa lain.
Guru berperanan untuk memotivasikan murid-muridnya untuk berinteraksi sesama sendiri.
Secara tidak langsung guru telah mempraktik latihan berkesan dalam memperoleh kemahiran-
kemahiran bahasa Arab.
347
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Penutup
Bahasa Arab adalah Bahasa syurga dan Bahasa Al Quran. Harapan ingin melihat murid-murid dapat
menguasai Bahasa ini sejak di sekolah rendah sehinggalah mereka bekerja nanti .Sebagai pendidik
marilah sama-sama kita memberi sokongan dan dokongan dengan mencipta beberapa inovasi baru
untuk kebaikan anak-anak didik kita semua .
Hakikatnya, mendengar dan bertutur adalah kunci utama kepada interaksi dan komunikasi. Penutur
yang baik ialah penutur yang mampu memahamkan perkataan yang dituturnya kepada orang lain.
Bagi guru bahasa Arab pula, mereka boleh membantu murid-murid memperbaiki cara bertutur dan
mempertingkatkan kecekapan lisan mereka. Ini bertepatan dengan pandangan Thompson dan Rubin
(1994) bahawa terdapat pelbagai cara boleh digunakan jika kita ingin berjaya dalam pembelajaran,
salah satunya adalah melalui kepelbagaian penggunaan strategi belajar bahasa. Jelaslah bahawa
tanggungjawab murni ini harus dipikul sebaik- baiknya oleh guru bahasa Arab bagi memastikan
kelangsungan pendidikan nasional seperti yang diharapkan. Dengan kata lain, memahami dan
meningkatkan dinamik proses pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama intipati tranformasi
pendidikan. Justeru, komitmen guru amatlah diharapkan dalam menjayakan setiap anjakan dalam
pelan pembangunan pendidikan negara.
Rujukan
AL Quran Al karim
Chua Yan Piaw, 2006.Kaedah dan statistic Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn.Bhd.
Abd. Ghaffar Md. Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Salam Mohamed Ibrahim. (2008). Pendekatan komunikatif dalam pembelajaran bahasa
arab komunikasi sekolah menengah: persepsi guru bahasa arab di Melaka. Disertasi
Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Allwright, R. L. (1984). The importance of interaction in classroom language learning. Applied
Linguistics 5:2. 156-171
Atan Long. (1982). Pedagogi kaedah am mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Blackburn. Barbara R. (2005). Classroom motivation from A to Z: how to engage your students
in learning. Larchmont, New York: Eye On Education.
Chua Yan Piaw, 2006.Kaedah dan statistic Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn.Bhd.
Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian kemahiran mendengar dan
bertutur dalam bilik darjah di sekolah menengah: punca, masalah dan kesannya di
Malaysia. Sosiohumanika 1(1) 2008. Hlm 1-26.
Dunkin, M. J. & Biddle, B.J. 1974. The study of teaching. New York: Holt, Rinehrt and
Winston, Inc.
348
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Ibrāhīm, Majdī cAzīz. (2002). al-Tadrīs al-faccāl: māhiyatuh, mahārātuh, idārath. Kaherah:
Maktabah al-Anjlou al-Maṣriyyah.
Izuddin Muhammed. (2013). Kesediaan mengajar bahasa arab dalam kalangan pelajar DPLI j-QAF: satu
kajian kes. Jurnal IPG KBA Jld 5: 2013. Kuala Lumpur: IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 2020. Buku teks Bahasa Arab tahun 5, Dewan Bahasa dan
pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia 2018.Buku teks Bahasa arab tahun 3, Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia 2020. Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen Penjajaran
Kurikulum Bahasa Arab Tahun 5, Edisi 2
Kementerian Pendidikan Malaysia 2020.Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Dokumen
Penjajaran Kurikulum , Bahasa Arab Tahun 3, Edisi 2
al-Khūliy, Muḥammad CAlī. (1982). Asālīb tadrīs al-lughah al-carabiyah. Riyadh: Maṭābic
al-Farazdaq al-Tijjarāt.
Majdah Mohammad. (2010). Kajian keberkesanan pelaksanaan bahasa arab komunikasi
dalam program j-QAF di sekolah rendah. Disertasi Sarjana Pengajian Islam. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mat Taib Pa. (2006). Dasar-dasar umum pengajaran bahasa Arab di Malaysia. hlm 1-14. Pengajaran
dan pembelajaran bahasa arab di Malaysia. Editor: Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Nik Mohd Zaim Ab Rahim. (2006). Minat berkomunikasi bahasa arab di kalangan pelajar:
kajian di sekolah menengah tinggi sultan salehuddin abdul aziz shah, sabak bernam,
selangor. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5). Bangi. Pusat Penerbitan dan
Pencetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-
Konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kertas kerja ini
dibentangkan dalam Kongres Pengajaran Dan Pembelajaran UKM 2011 pada 18-20
Disember di Hotel Vistana Pulau Pinang.
Rubin, J. (1975). Whats the good language learner can teach us. TESOL Quartely, 9.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi pendidikan.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan
berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Siti Ikbal Sheikh Salleh. (2006). Masalah penguasaan pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar
sekolah menengah agama di Selangor, hlm 61-87. Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab
di Malaysia. Editor: Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Thompson, I. & Rubin, J. (1994). How to be more succesful languange
learner.Boston: Hienle & Hienle.
349
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Tucaymah, Rushdiy Aḥmad. (2006). al-Mahārāt al-lughawiyyah: mustawayātuhā, tadrisūhā,
ṣucūbātuhā. Kaherah: Dar al-Fikr al-cArabiy.
Zamri Mahamood, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohamed Amin Embi. (2006). Strategi
pembelajaran kemahiran lisan yang berkesan di dalam kelas bahasa arab sebagai bahasa
kedua: satu cadangan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5). Bangi. Pusat Penerbitan
dan Pencetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif & Wan Nordin Wan Abdullah. (2009). Pengenalan
pendidikan bahasa arab. Selangor: Meoter Doc. Sdn. Bhd.
Zawawi Ismail. (2008). Penilaian pelaksanaan kurikulum kemahiran bertutur bahasa Arab
komunikasi di sekolah menengah kebangsaan agama. Tesis Doktor Falsafah Fakulti
Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
al-Zuwāwiy, Khālid Muḥammad. (2006). Iksāb wa tanmiyat al-lughah. Iskandariyah:
Mu‟assah Hawris al-Dawliyyah.
350
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
KESAN PENDEDAHAN MAKLUMAT KERJAYA DALAM SESI KELOMPOK
TERHADAP MOTIVASI PEMBELAJARAN MURID
Nur Nazifa Binti Mohd Fauzi1, Noorazura Mohd Makhtar2
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan terhadap murid tahap dua yang menghadiri sesi kaunseling kelompok
untuk menentukan tahap skor min antara pendedahan maklumat kerjaya dan motivasi
pembelajaran kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pos dan mengenal
pasti perbezaan skor min antara penggunaan Spin N Know dan kaedah tradisional terhadap
motivasi pembelajaran murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini berbentuk
kuantitatif (kuasi-eksperimen) sepenuhnya yang melibatkan 20 orang murid umur 12 tahun
yang dibahagikan kepada dua kumpulan secara sama rata iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min antara pendedahan
maklumat kerjaya dan motivasi pembelajaran bagi kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding
kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pos. Malah, penggunaan Spin N Know dalam
pendedahan kerjaya pula menunjukkan nilai signifikan ialah .000 iaitu p<0.05 yang
membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan
pos bagi murid kumpulan rawatan. Berpandukan dapatan keseluruhan, kajian mencadangkan
pendedahan maklumat kerjaya diberikan kepada murid di sekolah supaya motivasi
pembelajaran mereka dapat ditingkatkan.
Kata kunci: maklumat kerjaya, motivasi pembelajaran, kuasi-eksperimen.
Pendahuluan
Kerjaya merupakan satu perjalanan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan di mana ia
dijadikan sebagai bidang profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai satu cara untuk mencari
nafkah (Sidek Mohd Noah, 2015). Pemilihan kerjaya yang tepat merupakan perkara yang
penting dalam kehidupan seseorang sebelum melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Namun
begitu, pendedahan mengenai kerjaya kepada murid sekolah rendah kurang dititikberatkan
kerana selalunya ia diberikan kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej sahaja.
Menurut Amir Awang (1975), menegaskan bahawa pemilihan kerjaya merupakan kategori
masalah yang terbesar yang sering dikemukakan oleh remaja dan antara sebabnya adalah
351
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
mereka tidak mengenali dunia pekerjaan iaitu kurang pengetahuan dan maklumat tentang
sesuatu pekerjaan tersebut. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan pengetahuan murid tentang kerjaya antaranya adalah Guru Bimbingan dan
Kaunseling menjalankan sesi kaunseling kelompok bersama murid di sekolah. Kajian ini
berfokus kepada pengurusan kerjaya murid dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini yang pertama adalah Spin N
Know iaitu sebuah inovasi yang dibina oleh pengkaji bagi membantu dan memudahkan murid
mengetahui maklumat tentang pekerjaan yang mereka ingin ceburi suatu hari nanti dengan baik
serta dapat mengetahui laluan kerjaya dengan jelas sebelum mereka melangkah ke tahap
seterusnya. Antara maklumat yang diberikan adalah dari segi deskripsi tugas, bidang-bidang
yang boleh diceburi dalam sesuatu pekerjaan, tempat pekerjaan, aliran sekolah yang boleh
diikuti, dan senarai universiti. Kaedah kedua pula adalah kaedah tradisional iaitu murid hanya
diberikan tugasan untuk mencari maklumat berkaitan cita-cita mereka melalui laman sesawang
dan kemudian maklumat tersebut dipindahkan ke dalam peta minda. Disebabkan negara
dilanda Covid-19 dan PdPR dilaksanakan, sesi kaunseling kelompok tidak dapat dijalankan
secara bersemuka. Maka dengan itu, ia dilaksanakan melalui platform Google Meet manakala
ujian pra dan pos juga diberikan dalam bentuk Google Form.
Di samping itu, kajian ini juga membawa kepentingan kepada tiga pihak, iaitu murid
sebagai peserta kajian, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan KPM. Kajian ini memberi
kepentingan kepada peserta kajian dalam kumpulan rawatan iaitu maklumat yang diperoleh
melalui Spin N Know membantu mereka menggunakan maklumat yang diberikan untuk
membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya dengan sebaik-baiknya, ini kerana jenis
pekerjaan yang dipilih akan mempengaruhi konsep kendiri, nilai, kesejahteraan dan kepuasan
hidup seseorang individu. Kemudian, GBK pula dapat menggunakan kajian ini sebagai satu
panduan untuk memberi pendedahan maklumat kerjaya kepada murid dalam meningkatkan
motivasi pembelajaran murid yang dilaksanakan dalam sesi kaunseling kelompok. Manakala
bagi pihak KPM, kajian ini dapat menyokong dalam merealisasikan dasar KPM menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Pernyataan Masalah
Kurangnya pendedahan maklumat kerjaya kepada murid akan menyebabkan mereka kurang
bermotivasi untuk belajar (Abd. Hanid, 2007). Seterusnya akan membawa kepada pelbagai
implikasi negatif sepanjang zaman persekolahan dan zaman pekerjaan mereka. Malah mereka
juga cenderung kepada pemilihan pekerjaan yang tidak sesuai. Memilih dan menetapkan
pekerjaan yang sesuai amat penting kepada individu kerana ia boleh mendatangkan kepuasan,
keseronokan dan jaminan pada masa hadapan. Pemilihan terhadap pelbagai kerjaya yang sesuai
dengan minat dan personaliti pelajar juga perlu didedahkan dan dibimbing supaya mereka
dapat membuat pemilihan yang tepat dan betul selari dengan kehendak dan minat dalam diri
352
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
(Mohd Subhan, Salleh Amat & Abu Yazid 2015). Maka dengan itu dapat dilihat bahawa
pendedahan kerjaya ini amat memainkan peranan kerana ia mampu memberi kesan kepada
motivasi pembelajaran murid serta tonggak kepada perjalanan kerjaya murid yang berterusan
(Suradi Salim,2005).
Objektif Kajian
i. Menentukan Tahap Skor Min Antara Pendedahan Maklumat Kerjaya Dan Motivasi
Pembelajaran Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pra Dan Pos.
ii. Mengenal Pasti Perbezaan Skor Min Antara Penggunaan Spin N Know Dan Kaedah
Tradisional Terhadap Motivasi Pembelajaran Murid Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan
Kawalan.
Persoalan Kajian
i. Apakah tahap skor min antara pendedahan maklumat kerjaya dan motivasi pembelajaran
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pos?
ii. Adakah terdapat perbezaan skor min antara penggunaan Spin N Know dan kaedah
tradisional terhadap motivasi pembelajaran murid kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan
Metodologi
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kuasi-eskperimen dengan menggunakan soal
selidik ke atas satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Reka bentuk kuasi-
eksperimen dipilih kerana eksperimen merupakan reka bentuk kajian yang baik untuk
mengukur keberkesanan. Populasi kajian ini ialah murid tahun 6 di salah sebuah sekolah
kebangsaan di Kedah. Jumlah responden bagi kajian eksperimen bergantung kepada pemboleh
ubah eksperimen. Satu kelompok yang mempunyai 10 orang murid diberikan pendedahan
maklumat kerjaya melalui Spin N Know dan satu kelompok lagi, mempunyai 10 orang murid
pula diberikan pendedahan melalui kaedah tradisional. Bagi menjamin keterlibatan semua ahli
kelompok, hubungan pelbagai hala sesama ahli dan keberkesanan kelompok, jumlah ahli
kelompok per kumpulan mestilah tidak melebihi 10 orang (Posthuma, 2002). Menurut
McMillan & Schumacher (2010), sesetengah eksperimen hanya memerlukan 8-10 peserta
kajian sahaja dengan syarat eksperimen tersebut mempunyai kawalan yang tinggi.
353
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Kajian ini menggunakan soal selidik Youth Engagement, Motivation and Beliefs Survey
(YEMBS) yang dibina oleh Youth Development Executives Of King County (YDEKC) yang
telah di terjemah ke dalam Bahasa Melayu dan mempunyai 30 soalan. Untuk semua item yang
ada dalam soalan soal selidik, murid diminta untuk menanda setiap item dengan mengesahkan
salah satu pilihan respons berikut: "Sangat Tidak Setuju"; "Tidak Setuju"; "Setuju"; atau
"Sangat Setuju". Tujuan item-item ini adalah untuk mengukur seberapa baik murid
menggambarkan diri mereka dalam lima bidang utama: (a) akademik, (b) mind set, (c)
pengurusan diri, (d) future dan (e) interpersonal.
Dapatan Dan Perbincangan
Analisis Tahap Skor Min Yang Signifikan Antara Pendedahan Kerjaya Dan Motivasi
Pembelajaran Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pra Dan Pos.
Jadual 1
Tahap skor min antara pendedahan kerjaya dan motivasi pembelajaran kumpulan rawatan
dalam ujian pra dan pos.
Konstruk Min
Sebelum Selepas
Akademik 2.72 3.88
Future 2.6 3.867
Pengurusan Diri 2.371 3.8
Mindset 2.466 3.466
Interpersonal 2.533 3.566
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min sebelum dan selepas pendedahan kerjaya
berdasarkan aspek akademik, future, pengurusan diri, mindset dan interpersonal bagi kumpulan
rawatan. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum pendedahan kerjaya memberikan nilai min
tidak setuju (M=2.72) dan selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju
(M=3.88) terhadap aspek akademik. Bagi aspek future pula dapatan menunjukkan bahawa
sebelum pendedahan kerjaya memberikan nilai min tidak setuju (M=2.6) dan selepas
pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju (M=3.867). Kemudian bagi aspek
pengurusan diri dapatan menunjukkan bahawa sebelum pendedahan kerjaya memberikan nilai
354
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
min tidak setuju (M=2.371) dan selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju
(M=3.8). Dapatan bagi aspek mindset menunjukkan bahawa sebelum pendedahan kerjaya
memberikan nilai min tidak setuju (M=2.466) dan selepas pendedahan kerjaya memberikan
nilai min bersetuju (M=3.466). Akhir sekali bagi aspek interpersonal pula dapatan
menunjukkan bahawa sebelum pendedahan kerjaya memberikan nilai min tidak setuju
(M=2.533) dan selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju (M=3.566).
Jadual 2
Tahap skor min antara pendedahan kerjaya dan motivasi pembelajaran kumpulan kawalan
dalam ujian pra dan pos.
Konstruk Min
Sebelum Selepas
Akademik 3.04 3.08
Future 3.167 3.167
Pengurusan Diri 3.057 3.142
Mindset 2.967 3.067
Interpersonal 3.267 3.033
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min sebelum dan selepas pendedahan kerjaya
berdasarkan aspek akademik, future, pengurusan diri, mindset dan interpersonal bagi kumpulan
kawalan. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum dan selepas pendedahan kerjaya memberikan
nilai min setuju (M=3.04) dan (M=3.08) terhadap aspek akademik. Berdasarkan aspek future,
dapatan menunjukkan bahawa sebelum dan selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min
bersetuju (M=3.167) dan (M=3.167). Manakala nilai min bagi aspek pengurusan diri pula
menunjukkan bahawa sebelum dan selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min
bersetuju (M=3.057) dan (M=3.142). Bagi aspek mindset, dapatan menunjukkan bahawa
sebelum pendedahan kerjaya memberikan nilai min tidak setuju (M=2.967) dan selepas
pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju (M=3.067). Manakala bagi aspek
interpersonal pula menunjukkan bahawa sebelum dan selepas pendedahan kerjaya memberikan
nilai min bersetuju (M=3.267) dan (M=3.033).
Berdasarkan dapatan kajian di atas, konstruk akademik, future, pengurusan diri mindset
dan interpersonal menunjukkan bahawa murid kumpulan rawatan sebelum pendedahan kerjaya
diberikan tidak bersetuju pada semua soalan dalam konstruk akademik, future, pengurusan diri
mindset dan interpersonal dan kemudiannya menunjukkan kesan yang positif iaitu semua
murid dalam kumpulan rawatan bersetuju pada semua item dalam konstruk di atas. Manakala
355
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
berdasarkan dapatan kajian bagi kumpulan kawalan pula, pada konstruk akademik, future,
pengurusan diri dan interpersonal pula menunjukkan bahawa murid kumpulan kawalan tidak
mengalami perubahan dari segi peningkatan motivasi pembelajaran sebelum dan selepas
pendedahan kerjaya diberikan secara tradisional. Namun begitu, terdapat satu konstruk yang
menunjukkan perubahan terhadap motivasi pembelajaran murid iaitu konstruk mindset. Maka
dengan itu, secara kesimpulannya, murid hanya mempunyai perubahan pada satu konstruk
sahaja iaitu mindset dan konstruk selebihnya tiada perubahan yang ditunjukkan oleh murid
dalam kumpulan kawalan. Perkara ini menunjukkan terdapat perubahan yang berlaku pada
kumpulan rawatan iaitu motivasi pembelajaran murid sebelum dan selepas pendedahan
diberikan meningkat. Malah, dapatan ini juga telah menjawab persoalan kajian yang pertama
iaitu “Apakah tahap skor min yang signifikan antara penggunaan Spin N Know dan kaedah
tradisional terhadap motivasi pembelajaran murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.”
Perkara ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Troyer & Rasmussen (2003), yang
menyatakan bahawa aktiviti pendedahan kerjaya yang diberikan kepada murid dapat
mengembangkan pemahaman yang jelas mengenai tujuan kerjaya mereka serta meningkatkan
motivasi pembelajaran dan tahap penglibatan di sekolah.
Analisis Perbezaan Skor Min Yang Signifikan Antara Penggunaan Spin N Know Dan
Kaedah Tradisional Terhadap Motivasi Pembelajaran Murid Kumpulan Rawatan Dan
Kumpulan Kawalan Setelah Mendapat Pendedahan Kerjaya.
a) Kumpulan Rawatan (Spin N Know)
Jadual 3
Perbandingan skor min penggunaan Spin N Know dalam kumpulan rawatan.
Kumpulan N Min D (Beza) Ujian p
Rawatan 0.000
Ujian Pra vs 10 -1.17780 t = -14.961
Ujian Pos
Keputusan di atas menunjukkan nilai signifikan ialah .000 iaitu p<0.05. Ini menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid
kumpulan rawatan. Murid kumpulan rawatan memperolehi min ujian pos yang lebih tinggi
secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Ini membuktikan bahawa penggunaan
kaedah Spin N Know yang digunakan dalam sesi kelompok mendatangkan kesan positif atas
motivasi pembelajaran murid.
356
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
b) Kumpulan Kawalan (Kaedah Tradisional)
Jadual 4
Perbandingan skor min penggunaan kaedah tradisional dalam kumpulan kawalan.
Kumpulan N Min D (Beza) Ujian p
Kawalan
Ujian Pra vs 10 .13561 t = .030 0.978
Ujian Pos
Keputusan di atas menunjukkan nilai signifikan ialah .978 iaitu p>0.05. Ini
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan
pos bagi murid kumpulan kawalan. Murid kumpulan kawalan memperolehi min ujian pos yang
lebih rendah secara signifikan berbanding dengan min ujian pra. Ini membuktikan bahawa
penggunaan kaedah Tradisional yang digunakan dalam sesi kelompok tidak mendatangkan
kesan positif atas motivasi pembelajaran murid.
Dapatan kajian di atas membuktikan bahawa pendedahan kerjaya yang diberikan
melalui Spin N Know kepada murid kumpulan rawatan dalam sesi kaunseling kelompok dapat
meningkatkan motivasi pembelajaran mereka. Dapatan ini berjaya menjawab persoalan kajian
kedua iaitu “Adakah terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara penggunaan Spin N
Know dan kaedah tradisional terhadap motivasi pembelajaran murid kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan setelah mendapat pendedahan kerjaya” yang menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan skor min yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid
kumpulan rawatan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian
pra dan pos bagi murid kumpulan kawalan. Hal ini bermaksud pendedahan kerjaya yang
diberikan melalui Spin N Know dalam sesi kaunseling kelompok kumpulan rawatan berkesan
dalam meningkatkan motivasi pembelajaran murid berbanding pendedahan yang diberikan
secara tradisional. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Kuijpers et al., (2011)
yang menyatakan bahawa pendekatan kerjaya secara tradisional terbukti tidak menyumbang
kepada identiti kerjaya, motivasi belajar, atau pengalaman yang sesuai antara bakat dan pilihan
untuk penempatan kerja dan belajar seseorang murid.
Kesimpulan, Implikasi Dan Cadangan
Kajian kuantitatif ini melibatkan 1 instrumen sahaja iaitu Youth Engagement, Motivation and
Beliefs Survey (YEMBF) yang digunakan semasa ujian pra dan pos. Data kemudiannya
dianalisis menggunakan SPSS Versi 25 untuk menjawab kedua-dua persoalan kajian. Kajian
357
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
ini dijalankan untuk menentukan tahap skor min yang signifikan antara pendedahan maklumat
kerjaya dan motivasi pembelajaran kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra
dan pos dan mengenal pasti perbezaan skor min yang signifikan antara penggunaan Spin N
Know dan kaedah tradisional terhadap motivasi pembelajaran murid kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Berdasarkan kaedah kuasi-eksperimen yang melibatkan 20 orang peserta
kajian menunjukkan bahawa nilai min antara pendedahan maklumat kerjaya dan motivasi
pembelajaran bagi kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Malah,
penggunaan Spin N Know dalam pendedahan kerjaya pula menunjukkan nilai signifikan
ialah .000 iaitu p<0.05 yang membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam
min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid kumpulan rawatan.
Dapatan kajian juga memberikan implikasi kepada beberapa pihak yang terlibat dalam
mempertingkatkan pendedahan kerjaya terhadap murid di sekolah. Melalui Spin N Know yang
mempunyai maklumat kerjaya seperti deskripsi tugas, bidang-bidang yang boleh diceburi
dalam sesuatu pekerjaan, tempat pekerjaan, aliran sekolah yang boleh diikuti, dan senarai
universiti dalam sesi kaunseling kelompok, dapat meningkatkan motivasi pembelajaran diri
murid untuk mencapai cita-cita yang diimpikan oleh setiap murid. Ini kerana murid-murid yang
bermotivasi untuk belajar akan mempunyai sikap berminat kepada ilmu, iaitu ingin mengetahui
secara mendalam sesuatu perkara (Chapman & Vagle, 2011). Selain itu, Secara amnya Spin N
Know ini dapat membantu memenuhi salah satu daripada fokus tugas GBKSM yang telah
tersenarai dalam surat siaran iaitu Pengurusan Kerjaya Murid untuk melahirkan murid yang
tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa depan (Surat Siaran KPM, 16 April 2012).
Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan menggunakan sampel yang lebih besar
berbanding 20 orang dalam kajian ini. Sampel yang lebih besar dan dipilih secara rawak
mungkin boleh digunakan bagi menghasilkan keputusan yang signifikan untuk semua
pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang berbeza seperi reka
bentuk „Solomon Four Group‘ mungkin lebih sesuai digunakan dalam kajian jika mempunyai
sampel yang lebih besar. Selain itu, perubahan pada pemilihan teori juga boleh dilakukan
seperti pengkaji menggunakan Teori Pemilihan Kerjaya Holland atau Teori Perkembangan
Kerjaya Super. Malah perbandingan antara pendekatan Teori dan kumpulan-kumpulan kajian
juga boleh dilakukan bagi melihat teori manakah lebih efektif dalam menjalankan pendedahan
kerjaya kepada murid bagi melihat kesan terhadap motivasi murid. Selain itu, teori yang
diaplikasikan semasa sesi kaunseling kelompok iaitu Teori Pemusatan Klien juga boleh diubah
dengan mengaplikasikan teori kaunseling yang lain pada kajian yang akan datang untuk
melihat sama ada aplikasi teori mempengaruhi penglibatan murid dalam sesi kelompok yang
dijalankan atau tidak. Cadangan yang terakhir adalah kajian dijalankan secara bersemuka
setelah sekolah dapat beroperasi seperti biasa semula untuk melihat keberkesanannya.
358
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
Abd-Hanid, H. (2007). The effectiveness of career exploration stage of career
development in secondary schools in Dungun district of Terengganu.
Unpublished Doctoral Dissertation, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Amir Awang. (1975). A cross-cultural validation study of the Vocational Preference Inventory
and the Work Values Inventory. Desertasi Ph.D. University of Alberta, Canada.
Chapman, C. & Vagle, N. (2011). Motivating students: 25 strategies to light the fire of
engagement. Bloomington: Solution Tree Press.
Kuijpers, M., Meijers, F., & Gundy, C. (2011). The relationship between learning
environment and career competencies of students in vocational education. Journal of
Vocational Behavior, 78, 21–30.doi: 10.1016/j.jvb.2010.05.005.
McMillan, J.H. & Schumacher, S. (2010). Research in Education: Evidence Based
Inquiry. 7th ed. New Jersey: Pearson. Education Incorporated.
Mhd Subhan, Salleh Amat, & Abu Yazid Abu Bakar. (2015). The Concept of Career Choice
among Children. International Counselling Seminar, 1-7.
Posthuma, W. Barbara. (2002). Small Groups in Counseling and Therapy Process and
Leadership, Allyn and Bacon, United States of America, 4th Edt.
Sidek Mohd Noah. (2015). Perkembangan kerjaya: Teori dan praktis. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Suradi Salim. (2005). Hala tuju penyelidikan kaunseling di Malaysia. Jurnal
PERKAMA, 11, 1 - 14.
Surat Siaran KPM Bil. 12 Tahun 2012 bertarikh 16 April 2012. Perekayasaan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Troyer, J.M., & Rasmussen, H.N. (2003). The impact of a career planning course on
retention and graduation rates. Paper presented at the annual meeting of the
American Psychological Association, Toronto.
359
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
MY VOLCANO: MENINGKATKAN KEMAHIRAN REGULASI KENDIRI
MURID TERHADAP PERASAAN MARAH
Auni Maisarah Binti Abd Manaf1 Zuraida Binti Ahmad2
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
[email protected]
Abstrak
Kajian ini merupakan usaha untuk meningkatkan kemahiran regulasi kendiri terhadap
perasaan marah melalui modaliti tambahan dalam kaunseling kelompok iaitu kit My
Volcano. Peserta kajian adalah terdiri daripada dua orang murid tahun lima yang
dikesan mempunyai masalah dalam mengurus tingkah laku kemarahan. Kajian ini
telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Darulaman, Jitra,
Kedah. Kedua-dua peserta kajian berjantina lelaki, berbangsa Melayu dan di gelar
sebagai Murid A dan Murid B. Mereka merupakan individu yang mempunyai ciri-
ciri pemarah. Sebanyak empat sesi telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.
Namun, sesi yang difokuskan ialah sesi kedua sehingga keempat. Kit My Volcano
merupakan intervensi yang bertemakan terapi bermain untuk menangani isu tersebut.
Antara aktiviti yang terkandung di dalamnya adalah My Volcano, My Volcano :
Drama dan My Volcano : Game. Data kajian dikumpulkan melalui kaedah
pemerhatian, temu bual dan tinjauan. Dapatan kajian telah menunjukkan peserta
kajian mengalami perubahan positif dari segi pengetahuan berkaitan emosi marah dan
tingkah laku kemarahan. Pada masa yang sama, pengkaji bermotivasi untuk
menambah baik kit My Volcano dan menghasilkan kajian yang lebih mantap pada
masa akan datang.
Kata kunci: Kemahiran regulasi kendiri, emosi marah, murid sekolah rendah.
Pendahuluan
Institusi sekolah merupakan medan untuk murid mengembangkan potensi termasuklah
mengekspresikan emosi dengan betul. Walaubagaimanapun, terdapat murid yang dilihat
mempunyai masalah pengurusan emosi yang boleh menimbulkan tingkah laku maladaptif iaitu
murid pemarah. Marah dari sudut bahasa bermaksud panas hati, berang, gusar dan murka (Noresah,
360
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
2007). Sifat ini berlaku akibat tekanan darah dalam hati yang meningkat kerana sesuatu yang tidak
disenangi diri (al-Jurjani, 1413M). Oleh yang demikian, pengkaji memilih isu kemahiran regulasi
kendiri murid terhadap perasaan marah. Mengikut model kecerdasan emosi Goleman, regulasi
kendiri bermaksud pengurusan emosi sendiri (Goleman, 2001).
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan, untuk membantu dan menambah baik perkembangan
sesi kaunseling kelompok kepada murid pemarah melalui penggunaan Kit My Volcano dalam
memberi pendedahan berkaitan kemahiran regulasi kendiri, melibatkan bidang Psikososial dan
Kesejahteraan Mental Murid. Ia juga untuk menguji kefungsian kit My Volcano melatih murid
mengawal kemarahan, bersosial dalam suatu kelompok kecil terlebih dahulu sebelum membuat
penyesuaian ke dalam kelompok besar. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah kebangsaan
di Bandar Darulaman, Jitra semasa menjalani praktikum. Pengkaji telah memilih reka bentuk kajian
jenis kualitatif untuk kajian ini kerana ia melibatkan kajian dari titik permulaan sehingga ke titik
penamat (Yin, 2003).
Fokus Kajian
Kajian ini mengambil kira isu kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kolaborasi
dan kawalan serta berfokus kepada dua orang peserta kajian yang memiliki ciri-ciri tingkah laku
kemarahan negative (outward). Kaedah mengumpul data yang digunakan ialah pemerhatian, temu
bual dan ujian tinjauan. Pemerhatian melibatkan pengkaji memerhati aktiviti populasi (Akhiar Pardi
dan Shamsina Shamsuddin, 2011). Pengkaji telah bekerjasama dengan guru kelas untuk melakukan
pemerhatian menggunakan senarai semak terhadap murid pemarah. Senarai semak dibina
berdasarkan ciri-ciri tingkah laku kemarahan merujuk kepada pengalaman lepas. Selain itu, temu
bual digunakan untuk membolehkan maklumat yang mendalam dapat diperolehi (Akhiar Pardi dan
Shamsina Shamsuddin, 2011).
Temu bual berstruktur sesuai dalam proses pengumpulan data awal kerana soalan-soalan
telah dirancang supaya maklum balas yang spesifik dapat diperolehi (Chow dan Jaizah Mahamud,
2011). Terakhir, ujian tinjauan membantu pengkaji untuk menilai masalah yang dihadapi oleh murid
(Mohd Ridzuan, 2012). Ujian ini dibina berdasarkan ciri-ciri murid pemarah dan tingkah laku yang
biasa ditunjukkan selaras dengan pendapat yang pernah dikeluarkan daripada Ghazzali(1920) dalam
Kitab al-arba'in fi usul al-din berkaitan sifat marah. Proses pemilihan peserta kajian dijelaskan
dalam Jadual 1. Sementara proses mengumpul data sepanjang kajian dijelaskan dalam Jadual 2.
361
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jadual 1: Proses pemilihan peserta kajian
Kaedah Proses
Pemerhatia Guru kelas melakukan pemerhatian menggunakan senarai semak
n
Berstruktur terhadap murid yang berisiko pemarah. Semakin tinggi skor,
semakin banyak ciri-ciri pemarah ditunjukkan.
Temu Bual Pengkaji menemu bual guru kelas peserta kajian iaitu dua orang
murid
tahun lima (murid A dan murid B) untuk mendapatkan maklumat
yang lebih lanjut tentang ciri kemarahan.
Dijawab oleh peserta kajian. Mempunyai bahagian A dan
Ujian Tinjauan bahagian B. Diukur melalui skor yang diperolehi.
Jadual 2: Proses pengumpulan data sepanjang kajian
Kaedah Jenis Proses
Berstruktur Guru kelas melakukan pemerhatian menggunakan
senarai semak sebelum dan selepas intervensi.
Pemerhatian
Tidak Pengkaji membuat pemerhatian menggunakan catatan
Berstruktur nota lapangan pada setiap sesi
Pengkaji menemu bual guru kelas sebelum dan selepas
Temu Bual intervensi untuk mendapatkan maklumat peserta kajian
Berstruktur
Pengkaji menemu bual dua orang ahli kelompok (bukan
362