PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
Hashim, S., & Ismail, R. Psikologi pembelajaran dan personaliti. Pahang: PTS Publications &
Distribution, 2003
Lewin, K. Action Research and Minority Problems. Journal of Social Issues, 2, 34-46. 1946
Neo, M. & Rafi, A. Designing interactive multimedia curricula to enhance teaching and learning
in the Malaysian classroom- from teacher-led to student-centered experiences.
International Journal of Instructional Media. 34(1): 51-59, 2007.
Rosinah, E., Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.,
2015.
246
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
STK: CARTA KEBERKESANAN MAKMUM MASBUK
Nur Aini Amran
SMK Panchor Jalan Seremban Kuala Pilah
Seremban, Negeri Sembilan
[email protected]
Abstrak
Bagi solat berjemaah, seorang makmum tidak terkecuali berada dalam keadaan menjadi makmum
masbuk. Sehubungan itu, penting bagi makmum tersebut mengetahui keadaan dirinya pada ketika
solat berjemaah, kerana dibimbangi jika makmum tidak pasti atau tidak melaksanakan solat
berdasarkan cara yang sepatutnya, solat tersebut menjadi tidak sah kerana kejahilannya mengenai
sesuatu isu (Metro (2019). Pengkaji yang merupakan Guru Pendidikan Islam sekolah menengah
mendapati ada segelintir murid dari kelas lemah yang tiada pengetahuan tentang makmum masbuk.
Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk murid dapat menyempurnakan solat berjemaah jika
menjadi makmum masbuk dan murid dapat melengkapkan kiraan rakaat yang tepat apabila menjadi
makmum masbuk. Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan satu gelungan dengan menggunakan
Model Kemmis & Mc Taggart (1988) melalui intervensi Carta Skrin Tulis Kira. Seramai 5 orang
responden terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan dari kelas 2 Ehsan iaitu
di SMK Panchor terlibat dalam kajian yang diselesaikan dalam tempoh empat bulan. Data dipungut
dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian
menunjukkan intervensi Carta Skrin Tulis Kira ini telah dapat membantu murid menguasai solat
berjemaah bagi makmum masbuk.
Kata kunci: Solat Masbuk, Carta Skrin Tulis Kira, Kajian Tindakan
Pendahuluan
Solat berjemaah ialah solat makmum bersama-sama dengan solat imam dengan sekurang-kurangnya
seorang imam dan seorang makmum mengikut syarat-syarat tertentu. Hukum mengerjakan solat
berjemaah bagi komuniti masyarakat ialah fardhu kifayah. Solat berjemaah adalah lebih baik dari solat
bersendirian (Nawi & Che Seman (2016). Terdapat dua kategori makmum iaitu makmum muafik dan
makmum masbuk. Carta Skrin Tulis Kira memberi penekanan kepada makmum masbuk. Makmum
masbuk adalah makmum yang tidak sempat membaca surah al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama
dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama, makmum masbuk hendaklah
menyempurnakan rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam. Kefahaman berkaitan makmum
masbuk yang jelas perlu diterapkan kepada murid kerana di dalam silibus subjek Pendidikan Islam
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan 2 terdapat satu tajuk iaitu Solat Berjemaah
Pengikat Hati yang mana di dalamnya terdapat sub tajuk tentang makmum masbuk. Justeru itu, sangat
penting untuk membetulkan kekeliruan tersebut supaya solat berjemaah dapat dilaksanakan.
Metodologi
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan yang
diasaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) yang menghuraikan sebuah reka bentuk dalam
melaksanakan proses pelaksanaan kajian tindakan. Rajah di bawah merupakan model kajian tindakan
Kemmis dan McTaggart yang terdiri dari pada proses merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
247
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jadual satu berikut diterangkan setiap fasa melalui satu gelungan kajian yang telah dilakukan dalam
proses penyelidikan tindakan ini:
Gelungan Fasa Huraian
Pertama Merancang Proses merancang adalah berdasarkan refleksi PdPc yang dilakukan.
Bertindak Pengkaji memperkenalkan intervensi Carta Skrin Tulis Kira.
Memerhati Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen.
Mereflek Berdasarkan dapatan kajian:
1. Murid dapat menyempurnakan solat berjemaah jika menjadi
makmum masbuk.
2. Murid dapat melengkapkan kiraan rakaat yang tepat apabila
menjadi makmum masbuk.
Jadual 1: Fasa Dalam Satu Gelungan Kajian Tindakan
Berdasarkan kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, beberapa masalah telah dikenal pasti
iaitu murid tidak dapat menyempurnakan solat berjemaah jika menjadi makmum masbuk. Selain itu,
Murid tidak dapat melengkapkan kiraan rakaat yang tepat apabila menjadi makmum masbuk.
Pengkaji memperkenalkan intervensi kajian tindakan Carta STK. STK ini merupakan singkatan kepada
SKRIN TULIS KIRA bagi menyelesaikan masalah makmum masbuk. Carta STK lebih relevan jika
dilaksanakan secara PdPR berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran secara amali kerana
kekangan pandemik covid-19 yang melanda negara kita. Pengkaji menggunakan bahan bantu mengajar
yang lebih interaktif untuk memudahkan murid mengingat. Penyelesaian kepada masalah makmum
masbuk tidak sesuai hanya menggunakan chalk and talk. Ia juga turut diakui oleh Saidah (2009) bahawa
rangsangan visual dalam proses belajar-mengajar lebih menarik untuk menyuntik motivasi murid dalam
belajar kerana murid akan menikmati proses ini dan ia juga dapat dijelaskan dengan mudah.
Melalui intervensi yang diperkenalkan murid dan guru juga akan berinteraksi secara interaktif dan dua
hala apabila guru memaparkan Carta STK melalui paparan di skrin. Guru akan membantu murid
melengkapkan Carta STK, di mana proses ini amat mudah dilaksanakan menggunakan aplikasi
248
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
pembelajaran secara atas talian seperti Google Meet. Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan
Carta STK yang dilakukan oleh pengkaji:
Langkah 1: Guru menerangkan tentang syarat solat berjemaah terdiri daripada imam dan makmum.
Seterusnya, guru menyoal pengetahuan sedia ada murid bilangan rakaat setiap solat bermula daripada
solat subuh hingga solat isyak.
Solat Bilangan rakaat
Subuh 2 rakaat
Zohor 4 rakaat
Asar 4 rakaat
Maghrib 3 rakaat
Isyak 4 rakaat
Jadual 2: Solat dan Bilangan Rakaat
Langkah 2: Guru berinteraksi dan bersoal jawab bersama murid dengan melengkapkan pengiraan rakaat
solat satu demi satu di Carta STK dan menerangkan teknik cara mengingat bilangan rakaat yang perlu
diganti oleh murid setelah imam memberi salam. Guru memberikan simulasi contoh situasi keadaan
sebenar imam dan makmum semasa solat berjemaah. Apabila murid dapat melengkapkan kiraan rakaat,
dengan itu, sempurnalah solat berjemaah makmum masbuk.
Tindakan yang dijalankan perlulah direkodkan bagi memungut data untuk dinilai secara terperinci
terhadap intervensi Carta STK. Hal ini yang demikian, langkah seterusnya pengkaji perlu melakukan
proses pemerhatian dalam kajian. Beberapa alat pemerhatian (instrumen) yang digunakan bagi
memerhati tindakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
Objektif Alat Pemerhatian
(Instrumen)
1. Murid dapat menyempurnakan solat berjemaah jika menjadi
makmum masbuk. Pemerhatian, Temu bual
2. Murid dapat melengkapkan kiraan rakaat yang tepat apabila Temu bual, Analisis
menjadi makmum masbuk. Dokumen
Jadual 3: Alat Memungut Data (Instrumen)
Dapatan Kajian / Research Finding
Hasil daripada perlaksanaan intervensi yang dijalankan dengan menggunakan Carta STK murid dapat
menguasai tajuk makmum masbuk dan guru dapat menambah baik proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Berikut adalah dapatan melalui kajian yang telah
dilaksanakan. Pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian berdasarkan kepada dua objektif kajian
yang dirangka sebelum ini.
Murid dapat menyempurnakan solat berjemaah jika menjadi makmum masbuk
249
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Berdasarkan analisis temu bual yang dilakukan kepada murid-murid jelas menunjukkan bahawa murid
dapat memahami cara untuk menyempurnakan solat berjemaah jika mereka menjadi makmum
masbuk setelah menggunakan Carta STK yang diperkenalkan oleh pengkaji dalam kajian ini. Buktinya,
pelajar 1 ada menyatakan, bahawa Carta STK menarik dah mudah difahami walaupun cara
melaksanakan solat berjemaah jika menjadi makmum masbuk tidak ditunjukkan secara amali oleh
guru. Berikut adalah petikan temu bual tersebut:
...Menarik dan mudah untuk difahami. (TBP1B3)
Manakala berdasarkan analisis pemerhatian yang dijalankan oleh guru, murid tampak
berkeyakinan apabila menjawab soalan spontan daripada guru selepas guru menggunakan carta STK
(PMP1SPSTK). Murid memberikan maklum balas faham kepada guru. Ini membuktikan keberkesanan
carta STK yang dilakukan oleh guru berjaya membantu murid.
Bagi mengukur kefahaman murid dengan lebih tepat, guru memberi tugasan kepada murid. Melalui
analisis pemerhatian hasil video pendek yang dihantar oleh 3 orang murid melalui atas talian kepada
guru, ia menyokong lagi kefahaman bahawa murid dapat melaksanakan solat berjemaah jika menjadi
makmum masbuk pada masa akan datang. Ini menunjukkan penguasaan murid terhadap tajuk ini
berjaya dipertingkatkan sehingga pada tahap amali (PMP1SPSTK). Walaupun tugasan tersebut hanya
fokus kepada satu solat sahaja iaitu solat subuh dan solat maghrib. Tetapi murid berjaya melaksanakan
tugasan ini. Video pendek tersebut merupakan tugasan yang diberikan oleh guru kepada murid supaya
murid dapat mempraktikkan Carta STK bersama dengan ahli keluarga mereka. Secara tidak langsung,
tugasan ini membantu murid mencapai tahap penguasaan yang tinggi iaitu dapat mempraktikkannya
secara amali.
Disamping itu, guru juga telah membuat analisis dokumen melalui tugasan video pendek yang
diberikan kepada murid, murid dapat melakukan praktikal solat makmum masbuk di rumah bersama
keluarga setelah mempelajari cara menyempurnakan solat makmum masbuk. Misalnya 3 orang murid
menghantar video lengkap cara menyempurnakan solat makmum masbuk.
(ADTVM1)
Murid melakukan amali solat subuh bagi makmum masbuk. Murid menyempurnakan solat subuh
selepas imam memberi salam kerana tertinggal rakaat pertama. Murid dapat menyempurnakan solat
dengan baik setelah diberi pendedahan oleh guru cara solat makmum masbuk menggunakan Carta
STK.
250
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
(ADTVM2)
Murid melakukan amali solat subuh bersama keluarga. Murid menyempurnakan solat subuh selepas
imam memberi salam kerana tertinggal rakaat pertama.
(ADTVM3)
Seterusnya, di dalam video ini, murid melakukan amali solat maghrib makmum masbuk, video
jelas menunjukkan pengetahuan murid meningkat dengan lebih baik apabila melakukan amali solat
makmum masbuk 3 rakaat. Murid dapat menyempurnakan solat maghrib dengan sempurna dan
lengkap.
Dapatan-dapatan melalui pemerhatian dan analisis dokumen ini jelas menunjukkan keberkesanan
carta skrin tulis kira kepada murid.
Murid dapat melengkapkan kiraan rakaat yang tepat apabila menjadi makmum masbuk
Berdasarkan analisis temu bual yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa Carta STK dapat
membantu murid mengingati bilangan rakaat solat dan memudahkan murid untuk melengkapkan
kiraan rakaat solat dengan tepat. Buktinya, semasa pembelajaran secara atas talian, guru telah
menguji kefahaman murid seorang demi seorang cara pengiraan rakaat solat subuh, zohor, asar,
maghrib dan isyak menggunakan Carta STK. 5 orang murid dapat melengkapkan bilangan rakaat yang
perlu diganti dengan tepat tanpa kesalahan. Berikut adalah petikan temu bual tersebut:
...Kalau di carta tu tiada bulat-bulat, saya keliru ustazah. (TBP1B5)
...Ye ustazah, senang kira. (TBP1B7)
Seterusnya berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji sebelum dan selepas
menggunakan Carta STK jelas menunjukkan 5 orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan
oleh guru semasa menggunakan Carta STK dengan tepat dan murid lebih berkeyakinan menjawab
251
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
pengiraan kiraan rakaat solat tanpa ada kesalahan (PMP1SPSTK). Murid juga berjaya mengingat dan
mengira rakaat dengan tepat semasa sesi soal jawab secara lisan bersama guru bermula dengan solat
subuh sehingga solat isyak. Bukti menunjukkan murid dapat melengkapkan kiraan rakaat yang tepat
apabila menjadi makmum masbuk.
Perbincangan
Kajian berbentuk kajian tindakan ini, merupakan kajian yang telah dipilih oleh pengkaji bagi
melaksanakan penyelidikan ini. Kajian ini telah memperbaiki dan mempertingkatkan amalan PdPR
guru. Kajian yang dilakukan ini telah menunjukkan beberapa implikasi penting khususnya kepada
murid, guru serta pengajaran dan pembelajaran pengkaji.
Fokus penulisan dalam bahagian ini adalah:
1. Refleksi murid
2. Refleksi guru
3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Refleksi terhadap murid
Penggunaan Carta STK telah memberikan impak yang baik kepada murid kelas lemah dalam
menyempurnakan dan melengkapkan kiraan solat berjemaah jika murid berada dalam situasi makmum
masbuk. Murid juga dapat berkongsi ilmu dengan ahli keluarga di rumah dengan memberi penerangan
kepada ahli keluarganya cara untuk melaksanakan solat berjemaah untuk makmum masbuk, seterusnya
melahirkan keluarga yang mempunyai asas ilmu fardhu kifayah yang kukuh. Di samping itu, Carta STK
membantu murid kelas lemah memahami topik pembelajaran ini dengan lebih mudah dan pantas kerana
Carta STK mempunyai ciri-ciri bahan bantu mengajar yang menarik, jelas dan mudah difahami.
Refleksi terhadap guru
Membantu guru menjadikan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) lebih menarik. Dalam pada
itu, proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih interaktif dan praktikal kerana mempunyai bahan
bantu mengajar bagi memudahkan proses murid belajar dan mengingat dengan baik. Menurut Ilias, M.
F., Ismail, M. F., Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2013) guru harus
mengoptimumkan penggunaan bahan bantu mengajar kerana ia memberikan impak positif terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
Refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Melalui Carta STK, wujudnya komunikasi dua hala di antara guru dan murid atau murid dengan murid
berkongsi ilmu yang difahami bersama dengan rakan-rakan yang lain. Carta STK bertanggungjawab
menjadi penyumbang kepada pendidikan. Seterusnya ia dapat memperbagai kajian tindakan dalam
subjek Pendidikan Islam. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini lebih relevan dan mudah
dilaksanakan secara atas talian oleh guru kerana kekangan pandemik covid-19 yang melanda dunia
sekarang.
Kajian tindakan yang dilakukan ini diharap dapat menyelesaikan dua isu utama dalam subjek
Pendidikan Islam iaitu di Bidang Fikah. Dengan menggunakan intervensi Carta STK diharap murid
dapat menyempurnakan solat berjemaah jika menjadi makmum masbuk dan dapat melengkapkan kiraan
rakaat yang tepat apabila menjadi makmum masbuk.
Konklusinya, Carta STK sangat mudah dan menarik untuk digunakan. Selain itu, Carta STK
mempunyai fungsi dual yang memudahkan guru dan murid serta ia sangat sinonim untuk diaplikasikan
sewaktu pengajaran dan pembelajaran sama ada secara atas talian atau secara bersemuka.
252
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Rujukan
Hairul Faiezi Lokman. (2021, Ogos 12). Kajian Tindaan FAIZI: Pengutipan Data, Penggunaan Instrumen
Kajian dan Menulis Dapatan. [Video]. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=o6m7DUWGdKs&t=4666s (Hairul Faiezi Lokman, 2021,
durasi penuh).
Ilias, M. F., Ismail, M. F., Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2013). Faktor dorongan
dan halangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah
bestari. In 3rd International Conference on Islamic Education (pp. 943-953).
Jasmi, K. A., Tamuri, A. H., & Hamzah, M. I. M. (2011). Kajian kes penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) sekolah bandar dan luar bandar: Satu
kajian perbandingan. Jurnal Teknologi, 179-198.
Kenmis, S & McTaggart, R.1988. The Action Research Planner, Edisi Ke 3. Victoria Australia: Deakin
University Press.
Nawi, A.T, & Che Seman, Z. (2016). Muafik Dan Masbuk: Satu Analisis Fiqh Dan Maqasid As Shariah.
Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference, 22 & 23 November.
Saidah, N. (2009). Kajian Psikologis Terhadap Stimulasi Visual Alam Pembelajaran PAI untuk Anak Usia
Sekolah Dasar/MI. Al-Bidayah: Jurnal Pendidikan Dasar Islam, 1(1). (2019, 15 Mei). Fahami
makmum muafik, masbuk.
Metro. https://www.google.com.my/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/addin/2019/05/455
987/fahami-makmum-muafik-masbuk
253
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
KEBERKESANAN WEBQUEST DALAM PENEROKAAN FUNGSI
TRIGONOMETRI MATEMATIK TAMBAHAN KE ATAS PENCAPAIAN MURID
TINGKATAN 5
Nur Aziah Nasir
SMK Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan
[email protected]
Abstrak
Pembelajaran jarak jauh merupakan suatu keperluan di dalam situasi pandemik yang melanda
dunia pada masa kini. Pembelajaran Matematik Tambahan memerlukan pendekatan yang
menarik dalam pembelajaran jarak jauh di samping dapat meningkatkna pencapaian murid.
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan
WebQuest dalam meningkatkan pencapaian murid Tingkatan 5 dalam lakaran graf Fungsi
Trigonometri di samping menghasilkan projek bagi topik tersebut. Seramai 27 orang murid
Tingkatan 5 di sebuah sekolah di daerah Seremban telah dipilih sebagai responden dalam kajian
ini. Instrumen yang digunakan ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan
setelah pemerhatian dilakukan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa penggunaan
WebQuest berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid Tingkatan 5 dalam kaedah lakaran
graf Fungsi Trigonometri. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan WebQuest
membantu murid dalam menghasilkan projek dan meningkatkan pencapaian mereka di dalam
topik Fungsi Trigonometri. Para murid juga berjaya menjalani pembelajaran yang bermakna di
dalam Matematik Tambahan.
Kata Kunci: WebQuest, Fungsi Trigonometri, projek ,Matematik Tambahan
Pendahuluan
Latar Belakang kajian
Pengajaran Matematik Tambahan, seperti mata pelajaran lain kepada pelajar milenial, harus
ditingkatkan melalui alat digital, kerana mereka adalah pengguna digital dalam persekitaran
pembelajaran abad ke-21. Persekitaran Pembelajaran Abad ke-21 adalah sistem sokongan yang
mengatur keadaan di mana manusia belajar dengan sebaik-baiknya, memenuhi keperluan
pembelajaran unik setiap pelajar dan menyokong hubungan manusia positif yang diperlukan
untuk pembelajaran aktif. Persekitaran pembelajaran adalah struktur, alat, dan komuniti yang
memberi inspirasi kepada pelajar dan pendidik untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran
yang dituntut oleh abad ke-21.
Penggunaan alat digital untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut visi Pendidikan 4.0 di
Malaysia masih berkembang. Menurut Aziz (2018), perubahan yang berlaku dalam Pendidikan
4.0 menggambarkan pilihan pembelajaran pelajar dan guru Gen Z kerana mengintegrasikan
teknologi yang lebih terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran akan
lebih berkesan kerana cara penyampaiannya selari dengan pilihan pelajar Gen Z. Dalam trend
dan keperluan semasa dalam Pendidikan 4.0, penerokaan lebih banyak ke arah teknik terbaik
dan berkesan perlu diselaraskan dengan pilihan pelajar abad ke-21. Guru atau pengajar perlu
mempelajari semula dan melengkapkan diri mereka dengan alat digital untuk memenuhi
pilihan pembelajaran pelajar Gen Z.
254
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Menurut pakar pendidikan neurosains Dr David Sousa, penglibatan pelajar dapat didefinisikan
sebagai "jumlah perhatian, minat, rasa ingin tahu, dan hubungan emosi positif yang dimiliki
oleh pelajar ketika mereka belajar, sama ada di dalam kelas atau mereka sendiri" (Sousa, 2016).
Berdasarkan definisi tersebut, penglibatan murid sangat penting supaya murid tersebut
mempunyai lebih banyak motivasi untuk menyertai kelas, berasa seronok dalam mencapai
matlamat pembelajaran mereka, lebih cenderung bertahan melalui cabaran dalam pembelajaran
dan seterusnya termotivasi secara intrinsik untuk memperoleh pemahaman baru dan mendalam.
Strategi penglibatan yang didorong oleh murid boleh menjadi jauh lebih berkesan daripada
yang didorong oleh guru. WebQuest memfokuskan kepada tugas pembelajaran yang mencabar,
peranan dan tanggungjawab murid yang aktif, dan struktur rakan sebaya yang kolaboratif.
Permasalah Kajian
Dewasa kini terdapat beberapa laporan di keratan akhbar bahawa banyak murid menjadi lebih
pasif, mempunyai rasa sosial yang lebih rendah, dan merasa terlepas dari pembelajaran mereka
setelah beberapa bulan belajar dalam pembelajaran jarak jauh(Mahpar, 2021). Ini disokong
dengan data yang diperolehi melalui responden di mana skala sikap terhadap subjek Matematik
Tambahan terutamanya bagi topik Fungsi Trigonometri adalah rendah. Isu utama yang perlu
ditangani ialah tiada penglibatan yang aktif sewaktu pembelajaran Fungsi Trigonometri
terutamanya semasa pembelajaran jarak jauh.
Pertama sekali, isu lain yang turut terkesan akibat penglibatan yang tidak aktif di kalangan
murid tingkatan lima yang mengambil Matematik Tambahan ialah murid menunjukkan sikap
tidak meminati Matematik Tambahan terutamanya topik yang sukar seperti Fungsi
Trigonometri. Mereka berpendapat latih tubi sahaja yang boleh membantu untuk memahami
topik tersebut. Kesan daripada sikap yang pasif ini ialah kebanyakan murid tidak memberi
kerjasama apabila guru membuat pentaksiran berasaskan sekolah. Selain itu juga, sikap yang
baik merupakan faktor untuk ke arah pencapaian subjek yang baik (Arnawa, I. M., Ginting, B.,
& Nita, 2020). Maka, guru menggunakan WebQuest untuk menarik minat murid terhadap topik
tersebut dan seterusnya mengubah sikap mereka.
Kedua, isu yang menjadi kebimbangan semua guru yang mengajar Matematik Tambahan ialah
pencapaian yang rendah di kalangan murid yang memilih untuk mengambil subjek ini.
Impilaksinya sangat besar di peringkat pra universiti kerana kepentingan menguasai asas
trigonometri dan fungsi trigonometri adalah amat krikitikal. Penggunaan Fungsi Trigonometri
penting dalam pengenalan kepada Matematik pra universiti di peringkat universiti kelak. Maka,
dengan menggunakan Webquest, guru dapat menggalakkkan murid membuat penerokaan
Fungsi Trigonometri dan seterusnya murid menghasilkan projek yang dapat mengasah
kemahiran berfikir aras tinggi mereka.
Ketiga, isu yang selalu dialami oleh guru mengajar matematik Tambahan ialah masa yang tidak
mencukupi untuk memastikan murid menguasai sesuatu topik.Tambahan pula, guru perlu
menerapkan elemen PAK 21 di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini memberi
tekanan kepada guru kerana perlu membuat kelas tambahan untuk mengajar semula topik
namun murid tetap tidak menguasai topik tertentu. Dengan menggunakan Webquest, guru
dapat menjimatkan masa pengajaran kerana perlu mengakses kepada satu pautan sahaja dan
255
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
boleh mendapatkan dan memberi maklum balas dengan pantas kepada murid. Pentaksiran
sahih (authentic assessment) juga mudah direka melalui penggunaan Webquest.
Kesimpulannya, guru mencadangkan penggunaan Webquest sebagai alat yang dapat mengatasi
isu utama iaitu penglibatan murid secara aktif di dalam proses pdpr secara jarak jauh.
Tambahan pula, selain daripada menangani isu sikap dan pencapaian murid, Webquest juga
dapat membantu guru mengasah kemahiran yang perlu diterapkan seperti kreatif dan inovatif
di dalam pembelajaran topik ini.
Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan Webquest dalam meningkatkan
pencapaian murid dalam topik Fungsi Trigonometri.
Objektif kajian
a) Menilai keberkesanan Webquest dalam meningkatkan pencapaian murid bagi
kemahiran melakar graf Fungsi Trigonometri.
b) Meningkatkan pencapaian murid dalam lakaran Fungsi Trigonometri dalam
menjawab soalan Tahap Penguasaan 5.
Soalan Kajian
a) Adakah penggunaan Webquest dapat meningkatkan pencapaian murid bagi
kemahiran melakar graf Fungsi Trigonometri?
b) Bagaimana penggunaan Webquest dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
lakaran Fungsi Trigonometri dalam menjawab soalan Tahap Penguasaan 5?
Metodologi Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan mengumpulkan data awal yang melibatkan tinjauan sikap dan
analisis dokumen semasa pentaksiran bilik darjah bagi bab ini diadakan. Melalui tinjauan yang
telah dijalankan, murid telah memberi respon bahawa bab ini merupakan suatu yang sukar bagi
mereka.Melalui semakan pentaksiran bilik darjah bagi soalan TP 5, didapati murid tidak dapat
melakar graf dengan tepat.
Webquest
Penggunaan Webquest didapati sangat bersesuai untuk pembelajaran jarak jauh pada masa
pandemik ini. Penggunaan Webquest boleh digunakan sebagai kit pembelajaran yang dapat
memenuhi „online modality‟ dan „modular modality‟. Namun, pengunaan Webquest adalah
memenuhi model yang diterapkan oleh (Erdogan Halat, 2008) . Didalam model
tersebut,terdapat lima bahagian yang perlu murid membuat penemuan iaitu Pengenalan,
Tugasan, Proses(terdapat 7 langkah), Penilaian,dan Kesimpulan(lihat Lampiran A).
Prosedur Kajian
Guru menggunakan reka bentuk kajian tindakan berdasarkan kepada reka bentuk Model Kajian
Tindakan McTaggart, R., & Kemmis (1988) iaitu mengandungi aspek merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek. Ini adalah kerana model reka bentuk ini adalah amat sesuai untuk
membantu guru mengatasi masalah Matematik Tambahan yang sukar dicapai oleh guru dan
murid.
Langkah pertama dalam menghasilkan kajian tindakan ini adalah merancang. Guru
mendapatkan maklumat daripada murid berkenaan sikap terhadap pembelajaran Matematik
256
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Tambahan terutamanya di dalam tajuk Fungsi Trigonometri. Instrumen sikap telah
menunjukkan skala minat terhadap topik ini pada tahap yang rendah.Guru juga mendapatkan
cadangan untuk meningkatkan minat terhadap subjek Matematik Tambahan daripada
responden dan guru-guru Matematik Tambahan di sekolah sendiri dan sekolah luar.
Guru membuat penilaian berdasarkan keputusan ujian pra dan instrumen sikap . Guru
menyenaraikan beberapa beberapa penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi murid. Dalam
melaksanakan pentaksiran semasa pandemik COVID 19, terdapat banyak kaedah berkesan dan
menggunakan kelebihan pembelajaran dalam talian. Salah satu cara untuk melakukannya
adalah melalui WebQuest. Medium WebQuest menawarkan guru peluang yang belum pernah
terjadi sebelumnya untuk melibatkan diri dan menilai pelajar. Secara khusus, WebQuest
memberi kesan positif terhadap pembelajaran pelajar dalam matematik (Erdoğan Halat, 2013;
Yenmez et al., 2017).Minat dan rasa ingin tahu adalah pengaruh utama WebQuest pada murid
semasa proses pembelajaran. Ia meningkatkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dalam belajar
dengan berinteraksi secara aktif dengan komputer dan internet. Ia dapat memotivasi dan
meningkatkan kemahiran murid (Göktepe, 2014).Murid yang mengambil bahagian bermula
dengan kemahiran yang ada pada semua peringkat yang sesuai.
Dalam kajian tindakan ini, guru mencadangkan pembelajaran berasaskan projek melalui
WebQuest yang membolehkan pelajar sekolah menengah pertama meneroka aplikasi
kehidupan sebenar Fungsi Trigonometri.Projek ini menawarkan murid peluang belajar yang
menggabungkan konsep matematik dengan pengalaman dunia nyata mereka. Dunia dan kisah
nyata telah menarik dan menarik perhatian murid.
Langkah kedua ialah melaksanakan. Pelaksanaan yang dibuat adalah berdasarkan penyelesaian
yang telah dipilih di mana penyelesaian tersebut bersesuaian dengan keadaan semasa. Guru
memilih menggunakan Google Site kerana ia menggunakan data yang rendah dan percuma
serta boleh dicapai oleh murid dengan mudah. Selain itu prototaip tersebut juga boleh
digunakan secara offline dan dicetak sebagai modul. Ini bersesuaian dengan situasi semasa
pandemik.
Guru mengambil masa selama seminggu untuk mengubahsuai mengikut standard kurikulum
baharu Matematik Tambahan bagi topik Fungsi Trigonometri dan latar belakang murid. Guru
mencipta cerita yang bersesuaian untuk diterapkan supaya WebQuest tersebut menjadi lebih
menarik.
Langkah ketiga ialah memerhati, iaitu melakukan ujian terhadap keberkesanan penggunaan
Webquest. Pelaksaan pembelajaran untuk 90 minit diuji dengan menggunakan rancangan
pengajaran mengikut waktu tersebut. Pentaksiran secara gabungan(lisan,pemerhatian dan
penulisan) juga diperolehi. Data Ujian pos juga diperolehi dan dianalisis .
Langkah keempat ialah membuat refelksi iaitu dengan mengemaskini Webquest sebelum
dikongsi dengan rakan guru lain. Guru juga telah berkongsi video dan mendapatkan maklum
balas daripada guru di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan. Analisis dapatan daripada murid
juga diperolehi daripada penghasilan jurnal pembelajaran dan maklum balas yang
diberikan(lihat lampiran).
257
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Dapatan Kajian
Penggunaan Webquest berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid bagi kemahiran
melakar graf Fungsi Trigonometri
Berdasarkan analisis dokumen yang dijalankan, didapati terdapat perubahan dalam kaedah
menjawab murid. Berbanding dengan ujian pra, sebagai contoh, responden telah memberikan
jawapan yang lebih baik.
Contoh soalan:
Sebelum
Selepas
Penggunaan Webquest berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam lakaran Fungsi
Trigonometri dalam menjawab soalan Tahap Penguasaan 5.
258
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Ujian Pra dan Ujian pos
RESPONDEN UJIAN PRA UJIAN POS PERATUS(%) PENINGKATAN
PENCAPAIAN
RESPONDEN 1 78 100
RESPONDEN 2 72 100 22
RESPONDEN 3 56 100 28
RESPONDEN 4 44 50 44
RESPONDEN 5 0 44 6
RESPONDEN 6 0 61 44
RESPONDEN 7 83 89 61
RESPONDEN 8 78 94 6
RESPONDEN 9 83 89
RESPONDEN 10 56 89 16
RESPONDEN 11 56 72 6
RESPONDEN 12 67 72 33
RESPONDEN 13 94 100 16
RESPONDEN 14 0 78 6
RESPONDEN 15 50 89 6
RESPONDEN 16 50 89 78
RESPONDEN 17 61 67 39
RESPONDEN 18 50 78 39
RESPONDEN 19 83 100 6
RESPONDEN 20 78 89 28
RESPONDEN 21 89 100 17
RESPONDEN 22 28 56 11
RESPONDEN 23 83 100 11
RESPONDEN 24 33 78 28
RESPONDEN 25 17 83 17
RESPONDEN 26 56 61 44
RESPONDEN 27 61 94 67
5
33
Berbanding dengan ujian pra yang telah dijalankan terhadap peserta kajian pada minggu satu,
terdapat peningkatan markah bagi setiap soalan TP 5. Terdapat peningkatan markah yang
ketara iaitu secara purata daripada 56% kepada 82% iaitu sebanyak 26%. Berdasarkan graf
markah tersebut(Lampiran B), murid telah menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah
selain juga dapat menghasilkan projek selepas satu minggu selepas menggunakan Webquest
tersebut.
Berdasarkan contoh jurnal pembelajaran yang terbaik antara yang dihasilkan oleh murid
(Lampiran C), didapati murid dapat meneroka Fungsi Trigonometri dengan bimbingan minima
oleh guru.
Refleksi Kajian
Selepas melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji merasakan bahawa kajian tindakan
merupakan suatu amalan keguruan yang terbaik untuk memahami dan menyelesaikan masalah
pembeajaran murid. Oleh itu, pengkaji mengharapkan kajian ini dimanfaatkan secara optimim
259
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
oleh diri sendiri, guru-guru bidang Matematik guru-guru lain dan individu lain dalam pdp dan
PdPR. Hasil analisis bagi persoalan pertama dan kedua telah menunjukkan peningkatan markah
min ujian pra dari 56 kepda 82 markah dalam ujian pos.Hasil kajian bagi persoalan ketiga
menunjukkan bahawa pengetahuan murid dalam membuat lakaran graf fungsi trigonometri
meningkat ketika murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran kolaboratif. Hasil dari kajian guru
menyimpulkan bahawa penggunaan Webquest yang digunakan dalam pengajaran Matematik
tambahan;(1) memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar untuk belajar dengan cara yang
menyeronokkan dan bermakna,(2) mewujudkan hubungan persahabatan yang kuat, (3)
persekitaran pembelajaran atas talian yang lebih baik dan (4)sikap pelajar yang lebih positif,
dan (5) mendorong kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
Kesimpulan
Hasil yang dicapai menambah literatur yang ada yang menyokong menggabungkan GeoGebra
dalam pembelajaran meningkatkan penglibatan murid, sikap murid, dan kemahiran sosial;
kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Murid terlibat dengan pembelajaran dengan
penuh keseronokan dan kegembiraan. Oleh itu, penggunaan Webquest disarankan untuk
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mendidik murid-murid dalam
proses pembelajaran yang bermakna ke arah membangunkan negara masa depan yang lebih
baik.
Amalan pengajaran guru juga beralih dari berpusatkan guru kepada berpusatkan murid
walaupun dilaksanakan secara jarak jauh. Guru dan pelajar berkongsi fokus iaitu merubah sikap
dan pencapaian ke arah yang lebih positif. Daripada guru memberikan semua pengetahuan,
murid menjana pemikiran mereka secara maksimum untuk memperoleh pengetahuan tersebut.
Guru juga menjadi lebih yakin untuk menyediakan bahan pdpr dari segi arahan yang diberikan
di dalam aktiviti dan yang paling penting adalah objektif pembelajaran yang boleh dicapai
dengan baik. Pembelajaran tidak hanya memberi pengetahuan kepada murid-murid tetapi lebih
dari itu.
Rujukan
Göktepe, S. (2014). A WebQuest Example for Mathematics Education. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 116, 2175–2179. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.01.539
Halat, Erdogan. (2008). A Good Teaching Technique: WebQuests. The Clearing House: A
Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas, 81(3), 109–112.
https://doi.org/10.3200/tchs.81.3.109-112
Halat, Erdoğan. (2013). Experience of Elementary School Students with the Use of WebQuests.
Mevlana International Journal of Education, 3(2), 68–76.
https://doi.org/10.13054/mije.13.18.3.2
McTaggart, R., & Kemmis, S. (Eds. . (1988). The action research planner. Deakin university.
Yenmez, A. A., Özpinar, İ., & Gökçe, S. (2017). Use of WebQuests in Mathematics Instruction:
Academic Achievement, Teacher and Student Opinions. Universal Journal of
Educational Research, 5(9), 1554–1570. https://doi.org/10.13189/ujer.2017.050913
260
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Lampiran A(Model WebQuest)
Lampiran B(Graf Ujian Pra dan Pos)
UJIAN PRA DAN POS BAGI 27 RESPONDEN
100 100 100 89 94 8839 89 100 89 89 100 100 100 83 94
83 78 56 94 50 50 89 89 83 78 61
78 72 7627 78
56 50 72 78 83 78
44 56
61 67 50 56 61
61 56
44
28 33
17
00 0
UJIAN PRA UJIAN POS
261
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Lampiran C(Jurnal pembelajaran murid)
262
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH MANUAL DAN PENGGUNAAN „SMART
WATCH‟ DALAM MENGAMBIL BACAAN NADI 9 ORANG MURID 1 BESTARI
SELEPAS AKTIVITI NAIK TURUN BANGKU DALAM UJIAN SEGAK.
Nur Hanani Radiman & Mazni Nadzirah Mahmood
SMK Desa Cempaka, 71800 Nilai
[email protected]
Abstrak
Ujian SEGAK merupakan ujian yang wajib dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac
dan Ogos yang dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun
hingga 17 tahun. Salah satu Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat
dalam SEGAK ialah aktiviti Naik Turun Bangku 3 minit. Isu yang sering dihadapi dalam
aktiviti ini ialah pengiraan kadar denyutan nadi yang kurang tepat. Justeru, kaedah penggunaan
„Smart Watch‟ dilakukan bagi menambahkan ketepatan pengiraan kadar denyutan nadi ini.
Kajian ini melibatkan seramai 9 orang murid yang dikenalpasti mempunyai „Smart Watch‟. 9
orang murid ini melakukan aktiviti naik turun bangku 3 minit untuk kali pertama dan
mengambil kadar denyutan nadi secara manual selama 1 minit. Selepas itu mereka melakukan
aktiviti naik turun bangku 3 minit dan mengambil kadar denyutan nadi dengan manggunakan
„Smart Watch‟ selama 1 minit. Dapatan kajian menunjukkan 78% murid dapat memberikan
ketepatan kadar denyutan nadi dengan penggunaan „Smart Watch‟.
Kata kunci: penggunaan ‘Smart Watch’, kadar denyutan nadi, aktiviti naik turun bangku,
SEGAK
Pendahuluan
Menurut Wee Eng Hoe (1994), matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan
mata pelajaran teras dan ianya wajib diajar sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan
masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan
keperluan negara. Guru memainkan peranan yang amat penting agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan tiada masalah yang timbul. Guru juga perlu
meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pendidikan agar mereka dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas yang semakin mencabar. Dalam kajian ini,
masalah yang ingin dikaji adalah tentang penggunaan teknologi iaitu „Smart Watch‟ dalam
aktiviti pengajaran dan kesannya terhadap keputusan bacaan nadi selepas aktiviti naik turun
bangku. Kajian ini perlu dilakukan dengan harapan dapat memudahkan murid dan
mengelakkan daripada berlakunya ketidaktepatan semasa mengambil kadar denyutan nadi
selepas aktiviti yang dijalankan dalam Ujian SEGAK.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah
satu ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan murid berdasarkan
kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan
263
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah. Rekod penilaian kecergasan memberi
maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu
diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat.
Berdasarkan pemerhatian, murid tidak dapat mengambil bacaan nadi dengan tepat selepas
aktiviti naik turun bangku dijalankan. Berdasarkan teori, bacaan nadi boleh diambil dengan
memusingkan tapak tangan dengan cara menghadap ke depan. Letakkan dua atau empat jari ke
pergelangan tangan sekurang-kurangnya seinci di bawah tapak tangan. Tekan jari ke bawah
antara gugusan tendon tengah dan luaran dan akan merasa denyutan nadi. Selain itu, bacaan
nadi juga boleh diambil dengan cara meletakkan jari di leher. Akan tetapi, murid tidak dapat
mengambil bacaan nadi yang betul selepas melakukan aktiviti naik turun bangku kerana tidak
dapat merasa dengan tepat denyutan nadi.
Denyutan nadi normal untuk usia remaja adalah antara 60 - 100 denyutan per minit dan
kebanyakannya adalah 80 denyutan per minit. Oleh itu, satu alternatif kaedah yang lebih
berkesan telah dirancang bagi membantu murid dalam mengambil bacaan nadi mereka.
Isu Keprihatinan
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati terdapat segelintir murid yang
bermasalah dalam mengambil bacaan nadi mereka sendiri. Kesimpulan awal ini dicapai hasil
perbualan tidak formal bersama-sama murid selain daripada merujuk kepada keputusan aktiviti
naik turun bangku dalam Ujian SEGAK sebelum ini. Isu ini turut dibincangkan oleh rakan-
rakan guru, baik di waktu santai mahupun ketika perbincangan profesional. Oleh itu, pengkaji
berpendapat bahawa perlunya diperkenalkan penggunaan „Smart Watch‟ dalam melaksanakan
aktiviti naik turun bangku yang mana akan memudahkan murid untuk mendapatkan bacaan
nadi mereka selain dapat mengelakkan daripada mendapat bacaan nadi yang tidak tepat.
Objektif Kajian
Objektif Am
Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan khususnya dalam aktiviti SEGAK yang wajib dijalankan 2 kali setiap tahun.
Objektif khusus
Menyediakan situasi pembelajaran yang menyeronokkan dengan penglibatan murid secara
aktif dalam proses PdP.
Menyediakan satu kaedah yang sesuai dalam mengambil bacaan nadi murid semasa naik
turun bangku Ujian SEGAK.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 9 orang murid tingkatan 1 Bestari SMK Desa
Cempaka, Nilai.
Pelaksanaan Kajian
Menyemak hasil kerja murid
Semakan dilakukan terhadap hasil kerja murid dalam Ujian SEGAK didapati bahawa hampir
60% murid masih tidak dapat mengambil bacaan nadi dengan baik dan tepat.
264
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Temubual secara lisan
Temubual juga telah dilaksanakan secara rawak dalam kalangan murid yang terlibat bagi
meninjau pengetahuan mereka dalam mengambil bacaan nadi dan hasil yang temubual
mendapati bahawa masih ramai yang kurang tahu cara mengambil bacaan nadi dengan baik
dan tepat.
Tindakan Yang Dijalankan
Setiap murid diminta untuk melakukan aktiviti naik turun bangku untuk mendapatkan bacaan
nadi dengan menggunakan kaedah merasa denyutan nadi dan dengan menggunakan „Smart
Watch‟. Langkah-langkah di dalam tindakan ini dijelaskan secara lebih terperinci seperti di
bawah.
Aktiviti 1: Aktiviti Naik Turun Bangku Kali Pertama
CARA PELAKSANAAN :
Secara individu,murid diminta untuk melakukan aktiviti naik turun bangku selama 3 minit
tanpa berhenti. Murid perlu mengambil kadar denyutan nadi mereka sebelum aktiviti
dijalankan. Selepas tamat aktiviti, murid dikehendaki duduk dengan serta merta. Selepas 5 saat,
murid perlu mengira kadar denyutan nadi dengan cara meletakkan jari di leher atau di
pergelangan tangan. Kadar denyutan nadi tersebut perlu diambil dalam jangka masa 1 minit.
Aktiviti 2: Aktiviti Naik Turun Bangku Kali Kedua
CARA PELAKSANAAN:
Selepas berehat selama 30 minit, murid diminta untuk melakukan sekali lagi aktiviti naik turun
bangku selama 3 minit tanpa henti. Murid perlu mengambil kadar denyutan nadi mereka
sebelum aktiviti dijalankan. Setelah tamat, murid diminta untuk duduk dengan serta merta dan
selepas 5 saat, murid perlu mengambil bacaan nadi dengan menggunakan „Smart Watch‟.
Bacaan nadi tersebut perlu diambil dalam jangka masa 1 minit.
Dapatan Kajian
Hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan, didapati bahawa murid-murid menunjukkan
ketepatan dalam mengambil bacaan nadi mereka dengan menggunakan „Smart Watch‟. Data-
data yang diperolehi menerusi aktiviti naik turun bangku kali pertama dan aktiviti naik turun
bangku kali kedua telah dibandingkan bagi mengenal pasti prestasi yang dicatatkan oleh murid-
murid.
Temubual yang dijalankan juga mendapati bahawa mereka berpendapat bahawa aktiviti naik
turun bangku dengan menggunakan „Smart Watch‟ lebih menyeronokkan dan memudahkan
untuk mendapatkan bacaan nadi. Secara rumusannya, aktiviti yang dilaksanakan berjaya
membantu murid dalam aspek-aspek yang berikut:
i. Menguasai cara mengambil bacaan nadi dengan tepat.
ii. Menambah keyakinan murid
iii. Mengikuti aktiviti PdP dengan lebih seronok.
265
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Jadual 1: Perbandingan bacaan nadi murid dalam Ujian Naik Turun Bangku Kali Pertama
dan Kedua
Rumusan, Perbincangan dan Cadangan Penambahbaikan
Penggunaan „Smart Watch‟ dalam mengambil kadar denyutan nadi untuk aktiviti naik turun
bangku yang telah dijalankan mendapat maklum balas yang positif daripada subjek kajian.
Penggunaan „Smart Watch‟ telah membantu subjek kajian untuk mendapatkan kadar denyutan
266
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
nadi dengan mudah. Kaedah ini membolehkan murid dibimbing dan dibantu semasa aktiviti
dijalankan. Selain itu, melalui kajian tindakan yang dijalankan mampu meningkatkan
pengetahuan profesional dan refleksi kendiri guru. Guru mampu berinovatif, mencuba pelbagai
pendekatan baharu, mentaksir dan menilai kejayaan pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang positif, pengkaji bercadang untuk menggunakan
teknik yang sama bagi murid-murid dalam kelas-kelas lain untuk mengenalpasti kesesuaian
aktiviti ini secara lebih meluas.
Rujukan
Khairul Anuar bin Ismail, Fatimah Binti Mustaffa, Gopal a/l Raman, Kok Mong Lin,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Aras Mega (m) Sdn. Bhd: 2016.
Astimex. (2020). Pengiraan Kadar Nadi [Online]. Available:
http://astimexkajang.blogspot.com/2015/04/pengiraan-kadar-nadi.html
Tcer Nora. (2016). Buku Panduan SEGAK [Online]. Available:
https://www.academia.edu/36207900/BUKU_PANDUAN_SEGAK
Tcercollection. (2021). Pelaksanaan Ujian SEGAK Tahun 2021 [Online]. Available:
https://www.tchercollection.com/pelaksanaan-ujian-segak-2021/
267
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
KONSEP KASIMA DALAM PENGAJARAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF
PERNIAGAAN TINGKATAN EMPAT
Nurul Illyana Mohamad
SMK Terusan Lahad Datu
[email protected]
Abstrak
Mata pelajaran Perniagaan bertujuan untuk menyediakan murid sebagai modal insan yang
menjadikan perniagaan sebagai peluang kerjaya, mengurangkan kebergantungan kepada
kerajaan serta mampu bersaing hingga ke peringkat global. Pengkaji mendapati masih terdapat
banyak masalah yang dihadapi murid dalam menguasai mata pelajaran ini kerana kaedah yang
digunakan dalam menyampaikan isi mata pelajaran masih kurang disebabkan mata pelajaran
ini baharu diperkenalkan. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk
menguji keberkesanan kaedah yang diperkenalkan dalam proses Pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) subtopik bab 3 tingkatan empat iaitu Visi, misi dan objektif perniagaan.
Pengkaji telah menggunakan model Kemmis & Mc Taggart (1988) sebanyak satu kitaran
menggunakan intervensi yang diperkenalkan iaitu Konsep KASIMA. Seramai lima orang
murid tingkatan lima telah dipilih sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini. Kajian
dilaksanakan selama satu bulan dan data dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian,
soal jawab dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan keputusan yang positif selepas
intervensi konsep KASIMA diperkenalkan bagi isu yang dikesan oleh pengkaji.
Kata kunci: Perniagaan, VMO Perniagaan, Kajian Tindakan
Pengenalan
Mata pelajaran Perniagaan telah diperkenalkan pada tahun 2016 oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan mula dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah menengah
bermula tahun 2017 berdasarkan surat pekeliling ikhtisas bilangan 9 tahun 2016. Mata
pelajaran ini menggantikan mata pelajaran Perdagangan yang telah diajar di sekolah menengah
sejak sekian lama. Mata pelajaran ini mempunyai kesinambungan dengan mata pelajaran
Pengajian Perniagaan jika murid melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Perniagaan merupakan suatu bidang yang sangat menguntungkan dalam
dunia pada hari ini. Oleh sebab itu, tujuan utama mata pelajaran ini diperkenalkan adalah untuk
menyediakan murid sebagai modalinsan yang menjadikan perniagaan sebagai satu kerjaya,
mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dan mampu bersaing di peringkat global.
Murid yang mengambil bidang Perniagaan bukan sahaja boleh menjadikan perniagaan sebagai
kerjaya malah mereka mudah mendapat peluang pekerjaan daripada mana-mana organisasi
perniagaan. Hal yang lebih menguntungkan, murid yang terlibat dalam dunia perniagaan pada
masa akan datang boleh menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
268
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Dalam mata pelajaran Perniagaan, terdapat 11 bab yang perlu dikuasai murid iaitu empat bab
di tingkatan empat dan tujuh bab di tingkatan lima. Salah satu bab yang dipelajari murid di
tingkatan empat ialah Penetapan Visi, misi dan objektif (VMO) perniagaan. VMO perniagaan
wajib dikuasai oleh murid kerana jika murid ingin menjadi seorang usahawan perkara utama
yang perlu dilakukan oleh murid ialah menetapkan dengan terperinci VMO perniagaan mereka.
Tanpa VMO yang baik, agak mustahil untuk sesebuah perniagaan berjaya.
Pernyataan Masalah
Sepanjang empat tahun mengajar mata pelajaran Perniagaan, pengkaji mendapati murid sukar
untuk memahami dan menguasai tajuk VMO perniagaan. Melalui pemerhatian, temubual dan
analisis dokumen yang dilakukan pengkaji, terdapat beberapa masalah penguasaan yang
dihadapi oleh murid bagi tajuk ini iaitu murid tidak dapat menerangkan maksud VMO
perniagaan berdasarkan kata kunci yang betul. Melalui pemerhatian yang dilakukan semasa
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di dalam kelas, guru mendapati murid tidak
dapat memahami secara tepat berkaitan dengan maksud VMO. Apabila murid disoal, murid
lebih cenderung untuk membaca apa yang tertulis dalam buku teks berbanding menjawab
pertanyaan guru mengunakan ayat dan idea sendiri. Melalui analisis dokumen juga, didapati 3
daripada 5 murid yang dipilih sebagai responden kajian menjawab soalan ini dengan tidak tepat.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid sukar untuk menguasai tajuk VMO ini.
Bukan itu sahaja, murid juga tidak dapat menulis VMO perniagaan sendiri dengan tepat semasa
menyediakan kertas 3 rancangan perniagaan. Melalui analisis dokumen iaitu semakan
rancangan perniagaan yang dihasilkan, 3 daripada 5 murid cenderung salah dalam membina
VMO perniagaan mereka. Hal ini menyebabkan rancangan perniagaan yang dihasilkantidak
sempurna dan tidak mematuhi panduan penskoran yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. Kesannya, murid terpaksa mengambil masa yang panjang hanya untuk menulis
VMO perniagaan yang tepat seperti kehendak soalan.
Sorotan Kajian
Mengingati fakta dalam sesuatu mata pelajaran adalah suatu keperluan bagi murid dalam usaha
untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Walau bagaimanapun, murid sering berhadapan
dengan masalah mengingati isi pelajaran. Salah satu faktor yang menyebabkan masalah
mengingat dalam kalangan murid adalah disebabkan oleh kesilapan dalam memilih strategi
kognitif yang berkesan. Berkait dengan permasalahan ini, satu kaedah yang telah lama
dipraktikkan dalam kalangan pendidik sama ada di peringkat sekolah mahupun peringkat yang
lebih tinggi untuk menyelesaikan permasalahan ini ialah kaedah mnemonik. Menurut Yanti,
M., teknik mnemonik secara efektif mampu meningkatkan kemampuan memori jangka
panjang seseorang. Teknik ini dapat membantu otak melakukan proses encoding dan retrieval
dengan mudah. Masa yang diperlukan untuk mengingati lebih singkat dan ingatan akan
tersimpan dalam ingatan dalam jangka masa yang panjang. Hal ini seterusnya dapat membantu
murid mengingati isi pelajaran.
269
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Objektif Kajian
Kajian tindakan ini diharapkan dapat mencapai objektif di bawah:
i. Murid dapat menerangkan maksud visi, misi dan objektif perniagaan dengan tepat
berdasarkan kata kunci yang betul.
ii. Murid dapat menulis visi, misi dan objektif perniagaan yang tepat dalam rancangan
perniagaan.
Metodologi
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan yang
diasaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988) yang menghuraikan sebuah reka bentuk dalam
melaksanakan proses pelaksanaan kajian tindakan. Rajah di bawah merupakan model kajian
tindakan Kemmis dan McTaggart yang terdiri daripada proses merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek.
Rajah 1 : Proses Kajian Tindakan
Sumber : Kemmis & Mc Taggart (1988)
Kajian tindakan ini dilaksanakan selama sebulan iaitu bermula 19 Julai 2021 sehingga 14 Ogos
2021 dan melibatkan seramai lima orang murid tingkatan lima Tekun 2021 Sekolah Menengah
Kebangsaan Terusan Lahad Datu sebagai responden. Data kajian dikutip dan dinilai secara
terperinci terhadap intervensi yang diperkenalkan iaitu dengan menggunakan analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual berfokus.
Pengkaji memperkenalkan intervensi Konsep KASIMA bagi menyelesaikan masalah murid tidak
dapat menerangkan secara tepat berkaitan maksud VMO perniagaan mengikut kata kunci yang
betul dan menulis VMO perniagaan sendiri semasa menyediakan rancangan perniagaan bagi
kertas 3 SPM Perniagaan. Konsep ini merupakan salah satu daripada teknik mnemonik akronim
iaitu kata kunci bagi tiga perkara wajib yang perlu diingati oleh murid semasa belajar dan
270
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
menjawab soalan bagi tajuk ini. Rush juga menyatakan dalam kajiannya bahawa teknik
mnemonik cukup efektif dalam membantu seseorang untuk mengingat. Konsep KASIMA ini
dibentuk melalui gabungan tiga perkataan iaitu kata kunci, siapa dan masa. Ketiga-tiga
perkataan ini adalah perkara yang wajib ada semasa murid belajar, menulis dan menjawab
soalan berkaitan VMO perniagaan.
Kajian ini juga turut diakui oleh Jamil, U. F. M., & Ab Halim, F. (2018) bahawa minat dan daya
ingatan murid setelah menggunakan kaedah mnemonik akronim berada pada tahap yang tinggi.
Ini bermakna, murid-murid boleh menerima kaedah tersebut dalam pengajaran dan
pembelajaran sama ada dibilik darjah mahupun luar bilik darjah.
Rajah 3 : Konsep KASIMA
Jadual 2 : Penerangan Konsep KASIMA
271
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Hasil Kajian
Setelah intervensi kajian tindakan dilakukan, satu gelung kajian tindakan menggunakan kaedah
Kemmis & Mc Taggart (1988) digunakan dalam kajian ini. Jadual dua berikut diterangkan
setiap fasa melalui satu gelungan kajian yang telah dilakukan dalam proses penyelidikan
kajian tindakan ini:
Gelungan Fasa Huraian
Pertama Merancang
Proses merancang adalah berdasarkan refleksi yang
Bertindak dilakukan selepas PdPC dilakukan pengkaji dimana
Memerhati pengkaji dapat mengesan isu.
Pengkaji memperkenalkan intervensi bagi isu yang
Mereflek telah dikesan iaitu Konsep KASIMA.
Pemerhatian telah dilaksanakan oleh pengkaji
melalui pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen.
Berdasarkan dapatan kajian:
1. Murid dapat menerangkan maksud visi, misi dan
objektif perniagaan dengan tepat berdasarkan kata
kunci yang betul.
2. Murid dapat menulis visi, misi dan objektif
perniagaan yang tepat dalam rancangan
perniagaan.
Jadual 2: Fasa Dalam Satu Gelung Kajian Tindakan
Hasil daripada pelaksanaan intervensi menggunakan Konsep KASIMA dalam PdPC penghasilan
VMO perniagaan, pengkaji mendapati murid lebih mudah untuk memahami, mengingati dan
seterusnya menguasai subtopik ini. Guru juga dapat meningkatkan kaedah pengajaran bagi bab
3 mata pelajaran Perniagaan. Berikut merupakan dapatan yang diperolehi melalui kajian
yangtelah dilaksanakan. Seterusnya pengkaji akan menerangkan dapatan kajian kepada dua
objektif kajian yang telah dirangka sebelum ini.
1. Murid dapat menerangkan maksud visi, misi dan objektif perniagaandengan
tepat berdasarkan kata kunci yang betul.
Berdasarkan temu bual yang dilakukan terhadap murid, jelas menunjukkan
konsep KASIMA memudahkan murid memahami dan menguasai subtopik VMO
perniagaan. Konsep ini memudahkan murid mengingati kata kunciyang perlu ada ketika
272
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
menjawab soalan dan membina VMO perniagaan. Buktinya murid 1 menyatakan bahawa
melalui Konsep KASIMA ini, murid telah memahami subtajuk VMO perniagaan.
… ya cikgu… saya sangat seronok dapat belajar Konsep KASIMA ini kerana
melalui konsep inilah saya dapat memahami VMO dengan lebih jelas…
(TBKTM1)
...Pada pendapat saya konsep kasima ni dapat banyak membantu & senang
untuk di ingat terutamanya dalam pembuatan VMO...
(TMKTM2)
...Pada pendapat saya , konsep KASIMA dapat membantu saya memahami dan
membuat VMO dengan lebih mudah..
(TMKTM3)
Selain itu, daripada analisis dokumen yang dilakukan juga, jelas menunjukkan 3 daripada 5
murid dapat menerangkan maksud VMO perniagaan dengan tepat berdasarkan kata kunci
dalam Konsep KASIMA bagi soalan struktur.
ADKTO1M1
273
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
ADKTO1M2
Bagi soalan objektif pula, kelima-lima murid memperolehi markah melebihi 6 daripada 10
soalan subtopik VMO perniagaan yang diberikan oleh pengkaji.Dapatan analisis dokumen
adalah seperti jadual di bawah:
MURID MARKAH
MURID 1 9/10
MURID 2 6/10
MURID 3 9/10
MURID 4 8/10
MURID 5 7/10
Jadual 3: Markah Soalan Objektif
274
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
ADKTO1M4
ADKTO1M3
275
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
2. Murid dapat menulis visi, misi dan objektif perniagaan yang tepat dalam
rancangan perniagaan.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati setelah pelaksanaan
intervensi Konsep KASIMA, empat daripada lima murid yang dipilih sebagai sasaran kajian lebih
tenang dan bersedia ketika pengkaji mengarahkan untuk menghasilkan VMO perniagaan
sendiri dalam tugasan RancanganPerniagaan Kertas 3 SPM 2021. Murid tidak banyak bertanya
dan terus bertindak menghasilkan VMO perniagaan yang telah dipilih. Hal ini menunjukkan
bahawa Konsep KASIMA ini memberi kesan pemahaman yang baik dalam kalangan murid.
Selain itu, melalui analisis dokumen yang dibuat, kelima- lima murid yang dipilih sebagai
sasaran kajian dapat menulis VMO perniagaan sendiri dengan sedikit pembetulan daripada
pengkaji. Hal ini menunjukkan murid dapat menguasai subtajuk VMO perniagaan ini seperti
gambar di bawah .
ADKTO2M1
276
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
ADKTO2M3
ADKTO2M
277
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
Perbincangan
Kajian berbentuk kajian tindakan ini merupakan kajian yang telah dipilih oleh pengkaji
bagi melaksanakan penyelidikan. Kajian yang telah dijalankan ini memberi fokus kepada
subtopik bab 3 mata pelajaran Perniagaan tingkatan empat. Melalui kajian tindakan ini,
beberapa implikasi penting berjaya dikesan oleh pengkaji. Pengkaji telah membahagikan
implikasi kajian tindakan ini kepada tiga bahagian seperti yang berikut :
Rajah 2 : Refleksi
Refleksi murid
Melalui penggunaan Konsep KASIMA dalam PdPC subtopik bab 3 Perniagaan tingkatan
empat, murid dilihat lebih mudah memahami berkaitan VMO perniagaan. Hal ini
demikian kerana konsep ini menggunakan gambar rajah dan penerangan yang lebih
ringkas dan mudah diingati. Ini selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Halim (2012)
iaitu teknik mnemonik akronim merupakan satu bentuk mengingat yang menukarkan
ingatan jangka pendek kepada jangka panjang. Murid tidak perlu membaca nota yang
panjang dalam buku teks dan buku rujukan sebaliknya murid hanya perlu mengingati tiga
kata kunci yang digunakan dalam Konsep KASIMA iaitu kata kunci, siapa yang buat dan
masa. Gambar rajah segi tiga yang digunakan dalam konsep ini juga dilihat lebih mesra
murid kerana berhubung secara langsung dengan tahap pengurusanorganisasi. Apabila
murid diberi tugasan dalam bentuk soalan objektif mahupun soalan esei, murid dilihat
lebih yakin semasa menjawab soalan
Refleksi guru
Bagi guru pula, pengkaji mendapati Konsep KASIMA ini dilihat dapat membantu
menyelesaikan masalah guru semasa menyampaikan PdPC berkaitansubtopik ini. Konsep
ini juga menjadikan guru mempunyai kaedah ataupun cara baharu semasa
menyampaikan isi pelajaran. Bukan itu sahaja, KonsepKASIMA ini menjadikan guru lebih
kreatif dalam menjadikan prosesPdPC menjadi lebih menarik serta mencapai objektif
yang ditetapkan dalamDSKP KSSM Perniagaan.
Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Perniagaan
Seperti yang telah dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini dibahagian refleksi kajian, subtopik bab
3 mata pelajaran Perniagaan tingkatan empat ini merupakan topik yang wajib ditanya dalam
soalan peperiksaan SPM sama adadi kertas 1 dan kertas 2. Jika murid menguasai topik ini,
potensi murid untuk cemerlang dalam mata pelajaran Perniagaan SPM adalah lebih tinggi.
Perkara ini juga diakui oleh Abu (2017) yang mana terdapat hubungan yang signifikan antara
278
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
pengajaran guru dengan pencapaian murid. Masalah utama yang dihadapi oleh murid bagi
subtopik ini adalah kesukaran untuk mengingati kata kunci. Akantetapi, melalui Konsep KASIMA
ini murid telah dapat menguasai subtopik dan secara tidak langsung konsep ini dapat mengubah
persepsi murid yang beranggapan bahawa mata pelajaran Perniagaan ini susah dan bosan.
Rumusan
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini diharapkan dapat menyelesaikan dua masalah yang
dihadapi oleh murid semasa belajar subtopik Bab 3 iaitu VMO perniagaan dalam mata
pelajaran Perniagaan tingkatan empat. Dengan menggunakan konsep KASIMA, pengkaji
berharap agar murid dapat menerangkan maksud VMO perniagaan dengan tepat
berdasarkan kata kunci yang betul dan menulis VMO perniagaan yang tepat dalam
rancangan perniagaan. Pengkaji juga berharap agar konsep ini dapat digunakan oleh
guru Perniagaan tingkatan empat dan lima dalam menyampaikan proses pengajaran
berkaitan subtopik ini. Pengkaji juga komited untuk melaksanakan penambahbaikan dari
masa ke masa agar konsep yang diperkenalkan ini memberi manfaat bukan sahaja kepada
murid malah kepada guru. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada
semua murid dan guru.
Rujukan
Abu, N. E. B., & Eu, L. K. (2017). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan
pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan tingkatan 4. JuKu:
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik,2(1), 1-10.
Amin, M. S. (2018). Perbedaan struktur otak dan perilaku belajar antara pria
danwanita; Eksplanasi dalam sudut pandang neuro sains dan filsafat. JurnalFilsafat
Indonesia, 1(1), 38-43. Mat, M., & Asasi, p. Teknik mnemonik sebagai strategi kognitif
dalam meningkatkan keupayaan ingatan pelajar peringkat pengajian pra-u: sorotan
kajian lepas.
Halim, M. A. (2012). Keefektifan teknik mnemonic untuk meningkatkan memori jangka
panjang dalam pembelajaran biologi pada siswa kelasVIII SMPAl-Islam 1 surakarta.
Jamil, U. F. M., & Ab Halim, F. (2018). Kaedah mnemonik akronim dalam
matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu
Mersing. Online Journal for TVET Practitioners, 3(1).
Kemmis, S & McTaggart, R.1998. The Action Research Planner, Edisi ke 3. Victoria Australia:
Deakin University Pres Yanti, M. Keefektifan mnemonik untuk meningkatkan memori jangka
panjang. Rush, S. I. P. S. Model Pembelajaran Mnemonik bantu Siswa Mengingat Sejarah
Hairul Faiezi Lokman.(2021, Ogos 12). Kajian Tindakan FAIZI: Pengutipan
Data,Penggunaan Instrumen Kajian dan Menulis Dapatan.[Vedio].
Youtube.
http:/www.youtube.com/watch?v=06m7DUWGdKs&t=46
66s(Hairul Faiezi Lokman, 2021, durasi penuh)
Hairul Faiezi Lokman, (2021, Julai 4). Asas Menulis Kajian Tindakan. [Vedio]. Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=eOouy2ATihY&t=4085s
(Hairul Faiezi Lokman, 2021, DurasiPenuh
279
PROSIDING KOLOKIUM P
PANDANGAN MURID DAN GURU SMK DESA CEMPAKA TERHADA
KOKURIKULUM SECARA DAL
Shahril Sabudin1, Nor Asmah Pa
SMK Desa Cemp
shahrilbpk@
Abst
Pengurusan rekod dan data-data kokurikulum merupakan aspek penting bagi pe
kurang berkesan menyebabkan keputusan-keputusan berdasarkan data menjadi
keahlian unit-unit kokurikulum secara dalam talian menggunakan sistem DCv1
ini bahkan memudahkan pengisian rekod kokurikulum murid di dalam sistem
murid dan 52 orang guru menerusi respons melalui borang soal selidik yang tela
keseluruhan 4.79 menunjukkan bahawa sistem tersebut memudahkan mereka d
Di samping itu, 94.2% guru dengan nilai min keseluruhan 4.47 turut menunjukk
mengenal pasti dan merekod keahlian unit-unit kokurikulum mereka. Dap
kokurikulum yang tekal merupakan langkah pertama yang penting dalam pelaks
Kata kunci: Kokurikulum, PAJSK, pendaftaran kokurikulum dalam talian, re
Pendahuluan
Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian aktiviti yang termaktub di dalam
Tujuan utamanya ialah untuk pembangunan kemanusiaan yang menyeluruh dan
ciri insan seimbang dan cemerlang, serta sanggup memberi sumbangan kepad
Wahab, 2004). Kegiatan kokurikulum bertujuan untuk menambah, mengukuh
bilik darjah (Nor Aslan Mohd. Yusoff, 2019) disamping mengembangkan po
Darling-Hammond (2000) dan Day (2013), guru-guru memainkan peranan ya
diajar seterusnya meningkatkan pencapaian murid dan dalam konteks kokuri
pengetahuan, kemahiran, sikap dan minat murid-murid dalam aktiviti kokurikul
PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
AP APLIKASI SISTEM DCv1.0 BAGI PENDAFTARAN KEAHLIAN
LAM TALIAN TAHUN 2021
aiman2 & Nur Hanani Radiman3
paka, 71800 Nilai
@gmail.com
trak
elaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah. Seringkali pengurusan data yang
kurang tepat dan gagal mencapai hasrat yang diingini. Pelaksanaan pendaftaran
1.0 telah dapat membantu dalam pengurusan rekod dan data-data kokurikulum
PAJSK KPM. Dalam kajian ini, data-data telah diperolehi daripada 369 orang
ah disediakan. Analisis data mendapati sejumlah 76.42% murid dengan nilai min
dalam proses mendaftar keahlian unit-unit kokurikulum seperti yang ditetapkan.
kan bahawa sistem DCv1.0 yang dibangunkan ini memudahkan para guru untuk
patan kajian ini menunjukkan bahawa penghasilan rekod keahlian unit-unit
sanaan aktiviti kokurikulum yang tersusun di peringkat sekolah.
ekod keahlian unit kokurikulum.
m sistem pendidikan negara (Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]).
n berterusan demi melahirkan murid-murid yang mewarisi dan menghayati ciri-
da usaha memajukan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara (Ramlan Abd.
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam
otensi murid-murid dalam bidang pengetahuan, kemahiran & sikap. Menurut
ang penting dalam usaha memupuk minat murid terhadap mata pelajaran yang
ikulum, guru-guru turut memainkan peranan yang sama dalam meningkatkan
lum.
280
PROSIDING KOLOKIUM PENY
Kepentingan penglibatan murid di dalam aktiviti kokurikulum menjadi s
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) mulai tahun 20
murid di dalam kokurikulum perlu dikunci masuk dalam sistem PAJSK yang d
setiap murid akan diperolehi dan seterusnya membolehkan nilai GPS sekolah b
prestasi utama bagi mengukur prestasi sekolah di dalam aktiviti kokurikulum (P
Justeru itu, kaedah pengambilan dan merekodkan data keahlian kokurikulum
lengkap dapat dikunci masuk dalam sistem PAJSK KPM. Oleh itu, sistem pend
dibangunkan menerusi sistem pendaftaran unit kokurikulum secara dalam talian
a. Mewujudkan sistem pendaftaran keahlian kokurikulum dalam talian yan
b. Memudahkan guru penasihat mengenal pasti dan merekod ahli-ahli unit
Metodologi
Dalam melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah telah dilakukan menerusi kaed
terdiri daripada fail induk kokurikulum dan juga fail induk setiap unit kokurik
rawak turut dilakukan terhadap beberapa orang guru dan hasilnya mendapati b
sekolah ini. Berdasarkan dapatan awal itu, sistem pendaftaran keahlian kokurik
sistem pendaftaran unit kokurikulum secara dalam talian yang melibatkan semu
lelaki & 883 perempuan).
Berdasarkan keputusan tersebut, maka pangkalan data keahlian kokuri
Microsoft Excel / spreadsheet. Pembangunan pangkalan data ini memakan m
kesemua maklumat murid yang diperlukan dikenalpasti. Dalam usaha membina s
ialah, langkah-langkah diambil bagi memastikan sistem tersebut berupaya m
dengan jantina mereka. Sebagai contoh, untuk keahlian unit Pergerakan Puteri I
mendaftar manakala bagi sukan bola sepak dan takraw, hanya dibuka untuk mu
kira seorang murid hanya dibenarkan mendaftar untuk satu unit bagi setiap ka
persatuan berdasarkan konsep “siapa cepat, dia dapat”. Selanjutnya, sistem ini
mencapai kuota keahlian yang ditetapkan, maka pendaftaran keahlian untuk un
unit kokurikulum lain yang belum mencapai kuota yang ditetapkan. Seterusnya,
muktamad dan mereka tidak dibenarkan untuk mengubah pendaftaran yang tela
melakukan semakan terhadap pendaftaran yang telah dibuat bagi memastikan m
281
YELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
semakin penting apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan
014 (Zulkifli Hassan dan Norazilawati Abdullah, 2016). Data-data penglibatan
dibangunkan oleh KPM dan menjelang akhir tahun, prestasi kokurikulum bagi
bagi kokurikulum turut dijana. Nilai GPS PAJSK sekolah ini menjadi petunjuk
Pekeliling KPM, 2019)
murid-murid ini menjadi fokus utama bagi memastikan data-data murid yang
daftaran keahlian kokurikulum bagi tahun 2021 yang sistematik dan tekal wajar
n. Dalam melaksanakan program ini, dua objektif utama telah dikenal pasti iaitu:
ng mudah digunakan oleh murid-murid.
t kokurikulum mereka.
dah analisis dokumen dengan meneliti isi kandungan fail-fail kokurikulum yang
kulum bagi mendapatkan data-data yang terperinci. Selain itu, temubual secara
bahawa terdapat isu berkaitan dengan data-data keahlian kokurikulum murid di
kulum bagi tahun 2021 yang sistematik dan tekal wajar dibangunkan menerusi
ua murid SMK Desa Cempaka tahun 2021 iaitu seramai 1713 orang murid (830
ikulum murid SMK Desa Cempaka mula dibangunkan menggunakan perisian
masa selama hampir sebulan (sepanjang bulan Januari 2020) bagi memastikan
sistem pendaftaran yang sesuai ini, beberapa faktor telah diambil kira. Antaranya
membenarkan murid-murid mendaftar unit-unit kokurikulum yang bersesuaian
Islam serta Pandu Puteri, hanya murid perempuan sahaja yang dipastikan boleh
urid lelaki. Selain itu, sistem DCv1.0 ini turut dibangunkan dengan mengambil
ategori kokurikulum iaitu badan beruniform, sukan & permainan serta kelab &
turut mengambil kira faktor kuota iaitu apabila keahlian satu-satu unit tersebut
nit tersebut akan dipadamkan dan murid-murid perlulah mendaftar dalam unit-
sistem ini hanya membenarkan murid membuat pendaftaran sekali sahaja secara
ah mereka lakukan. Akhir sekali, sistem DCv1.0 ini turut membenarkan murid
mereka mengingati unit-unit yang telah mereka daftar.
PROSIDING KOLOKIUM P
Setelah siap dibangunkan, fasa seterusnya adalah untuk membangunka
secara dalam talian. Untuk tujuan tersebut, borang pendaftaran menggunakan g
murid mendaftar unit-unit yang mereka ingin sertai. Dalam fasa ini juga, prose
DCv1.0 ini beroperasi sepertimana yang diharapkan. Bagi memastikan maklum
warga sekolah, maka inisiatif telah diambil untuk menyediakan poster-poster mak
makluman ini telah disebarkan secara maya menerusi platform-platform rasmi s
rasmi sekolah. Promosi pendaftaran ini telah dilakukan selama seminggu sebel
Proses pendaftaran telah dibuka bagi tempoh 15 hingga 21 Februari 2021 dan
berjaya mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas selesai tempoh pen
seterusnya, pangkalan data keahlian murid yang lengkap telah dapat dibina. Ba
keanggotaan unit kokurikulum menggunakan pautan (link) telah disebarkan ke
bagi membolehkan murid-murid menyemak status keahlian mereka.
Bagi memenuhi keperluan objektif kajian, maka dua jenis borang maklu
respons murid-murid berkenaan kesesuaian aplikasi pendaftaran tersebut mana
ahli-ahli unit masing-masing. Kedua-dua borang tersebut telah diedarkan secara
adalah seperti di Lampiran 1.
Dapatan Kajian
Bagi mendapatkan jawapan kepada objektif kajian yang pertama, data-data yan
murid telah memberikan maklum balas berkenaan penggunaan DCv1.0 bagi t
terdapat 6 item yang digunakan bagi memenuhi objektif kajian yang pertama. R
ITEM 1 2 Skor 4 5
3
1. saya mengetahui tentang 2 13 145 11
(0.5%) (3.5%) 96 (39.3%) (30.
keperluan pendaftaran (26.0%)
kokurikulum secara dalam talian
menerusi poster-poster makluman
yang disebarkan.
PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
an antara muka (interface) yang sesuai bagi proses pendaftaran keahlian murid
google form telah disediakan dan penetapan masa selama seminggu bagi semua
es percubaan pendaftaran turut dilaksanakan bagi meninjau kemampuan sistem
mat berkenaan pendaftaran keahlian unit kokurikulum ini diketahui oleh seluruh
kluman serta video penerangan berkenaan proses pendaftaran tersebut. Kesemua
sekolah seperti kumpulan whatsapp dan telegram kelas, telegram dan Facebook
lum tempoh pendaftaran keahlian tersebut dibuka iaitu mulai 9 Februari 2021.
dalam tempoh tersebut, seramai 1629 orang murid SMK Desa Cempaka telah
ndaftaran secara dalam talian, analisis keahlian setiap unit telah dilakukan dan
agi membolehkan murid menyemak keahlian mereka, borang semakan keahlian
laman sosial rasmi sekolah seperti kumpulan whatsapp, facebook dan telegram
um balas telah disediakan. Borang maklum balas pertama adalah untuk mendapat
akala bagi guru-guru, tumpuan maklum balas adalah berkenaan mengenalpasti
a dalam talian. Secara ringkasnya, perincian gerak kerja pelaksanaan kajian ini
ng diperolehi daripada maklum balas murid telah digunakan. Seramai 369 orang
tujuan pendaftaran unit-unit kokurikulum ini. Dalam maklum balas murid ini,
Respons murid bagi setiap item adalah seperti perincian dalam Jadual 1.
5 min s.p.
13 3.96 0.87
.6%)
282
PROSIDING KOLOKIUM PENY
ITEM 1 2 Skor 4 5
3
2. Video penerangan pendaftaran 5 19 159 11
kokurikulum membantu saya (1.4%) (5.1%) 71 (43.1%) (31.
memahami langkah-langkah yang (19.2%)
perlu diambil dalam mendaftar 6 15 146 12
keahlian kokurikulum. (1.6%) (4.1%) 74 (39.6%) (34.
(20.1%)
3. saya tidak menghadapi masalah 6 24 135 12
ketika mendaftar keahlian (1.6%) (6.5%) 80 (36.6%) (33.
kokurikulum seperti yang (21.7%)
ditetapkan.
4. saya selesa menggunakan sistem
pendaftaran secara dalam talian
ini.
5. sistem yang digunakan 2 11 74 143 13
memudahkan saya untuk (0.5%) (3.0%) (20.1%) (38.8%) (37.
mendaftar unit-unit kokurikulum
yang ingin saya sertai. 8 16 86 137 12
(2.2%) (4.3%) (23.3%) (37.1%) (33.
6. saya mudah menyemak semula
pendaftaran keahlian saya.
Nota: Keseluruhan
(1) – sangat tidak setuju, (2) – tidak setuju, (3) – tidak pasti, (4) – setuju, (
Jadual 1: Respons bagi item-ite
Dalam soal selidik untuk murid ini, item 1 dan 2 adalah bertujuan untuk menda
bagi membantu mereka dalam proses pendaftaran kokurikulum secara dalam ta
murid untuk menggunakan sistem DCv1.0 ini dalam membuat pendaftaran dan
min bagi setiap item menunjukkan bahawa item 5 mencatatkan nilai min yang pa
dengan pandangan bahawa sistem DCv1.0 ini mudah digunakan dalam proses
soal selidik murid ini mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu 4.79 dengan nilai
mendapati bahawa sistem DCv1.0 yang dibangunkan ini memudahkan mereka un
mereka.
283
YELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
5 min s.p.
15 3.98 0.91
.2%)
28 4.02 0.93
.7%)
24 3.94 0.98
.6%)
39 4.10 0.86
.7%)
22 3.95 0.97
.1%)
4.79 0.92
(5) – sangat setuju
em dalam maklum balas murid
apatkan maklum balas berkaitan keberkesanan poster dan video yang dihasilkan
alian ini. Item 3 hingga 6 pula memberikan fokus terhadap kemampuan murid-
n juga untuk menyemak keahlian unit kokurikulum mereka. Perbandingan nilai
aling tinggi (4.10) menunjukkan bahawa majoriti responden (76.42%) bersetuju
mendaftar unit-unit kokurikulum pilihan mereka. Secara keseluruhannya pula,
i sisihan piawai 0.92. Oleh itu, adalah jelas bahawa murid SMK Desa Cempaka
ntuk membuat pendaftaran dan juga untuk menyemak keahlian unit kokurikulum
PROSIDING KOLOKIUM PEN
Bagi mendapatkan jawapan kepada objektif kajian yang kedua, data-d
orang guru telah memberikan maklum balas berkenaan penggunaan DCv1.0 ba
terdapat 4 item yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang kedua. Re
ITEM Skor
1. sistem pendaftaran yang 1 23 4
dibangunkan memudahkan saya
merekod keahlian murid. 3 19 3
(5.8%) (36.5%) (57
2. saya mudah mengenalpasti ahli-
ahli unit kokurikulum saya. 5 17 3
(9.6%) (32.7%) (57
3. saya mudah mengakses data 1 6 16 2
keseluruhan ahli-ahli unit (1.9%) (11.5%) (30.8%) (55
kokurikulum saya.
4. saya selesa dalam
menggunakan sistem 1 3 19 2
pendaftaran keahlian (1.9%) (5.8%) (36.5%) (55
kokurikulum ini.
Keseluruhan
Nota: (1) – sangat tidak setuju, (2) – tidak setuju, (3) – tidak pasti, (4) – setu
Jadual 1: Respons bagi item-i
Daripada Jadual 2, didapati bahawa item yang mencatatkan skor paling tinggi ia
rendah pula ialah item 3 (min=4.40, s.p.=0.77). Ini memberikan indakasi bahawa
mereka untuk merekodkan keahlian murid di dalam unit-unit kokurikulum me
yang tinggi iaitu 4.47 dengan nilai sisihan piawai 0.69. Oleh itu, jawapan bagi p
(94.2%) mendapati bahawa sistem DCv1.0 yang dibangunkan ini memudahkan
Perbincangan
Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada guru dan murid, ternyata
pemerolehan data-data keahlian unit kokurikulum di SMK Desa Cempaka. Deng
NYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
data yang diperolehi daripada maklum balas guru telah digunakan. Seramai 52
agi tujuan pendaftaran unit-unit kokurikulum ini. Dalam maklum balas guru ini,
espons guru-guru bagi setiap item adalah seperti perincian dalam Jadual 2.
5 min s.p.
0.61
30 4.52 0.67
7.7%) 0.77
30 4.48
7.7%)
29 4.40
5.8%)
29 4.46 0.70
5.8%)
4.47 0.69
uju, (5) – sangat setuju
item dalam maklum balas guru
alah item 1 (min=4.52, s.p.=0.61) manakala item yang mencatatkan skor paling
a 49 orang responden (94.2%) bersetuju bahawa sistem DCv1.0 ini memudahkan
ereka. Secara keseluruhannya pula, soal selidik guru ini mencatatkan nilai min
persoalan kajian kedua adalah jelas bahawa majoriti guru SMK Desa Cempaka
mereka untuk mengenal pasti dan merekod ahli-ahli unit kokurikulum mereka.
a penggunaaan sistem DCv1.0 ini berupaya untuk menambah baik tatacara
gan adanya sistem data berpusat yang mudah diakses ini juga akan memberikan
284
PROSIDING KOLOKIUM PENY
manfaat kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek pengurusan kokurikulum
keahlian murid mudah diakses, membasmi amalan menukar-nukar unit kokuriku
dan juga JPNS.
Walau bagaimanapun, beberapa isu berkaitan telah dikenal pasti. Antaranya, t
peranti yang sesuai untuk mengakses sistem DCv1.0 ini. Kekangan kedua yan
terhadap internet. Sekiranya akses internet adalah terhad, maka pendaftaran mur
murid-murid melaporkan mereka menghadapi kesukaran dalam proses pendafta
ketiga ialah berkaitan murid-murid yang baharu berpindah masuk ke SMK Desa
di dalam kumpulan ini, mereka tidak mempunyai pilihan yang banyak untuk
kekangan tersebut, guru-guru kelas telah memainkan peranan proaktif dalam
pendaftaran keahlian mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa SMK Desa Cempa
untuk bekerja dalam semangat sepasukan yang tinggi bagi membantu pihak
dengan keperluan semasa. Semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru ini ama
akan menelan kos perbelanjaan yang dijangka tinggi.
Memandang ke hadapan, langkah kajian seterusnya yang boleh dilakukan ialah
guru-guru kelas dalam menguruskan data murid seperti mana yang dikehendaki
juga boleh ditambah baik atau dikembangkan lagi mencakupi keperluan keselu
pelaporan, penyertaan dan pencapaian murid di peringkat daerah, negeri, k
menyesuaikan pembangunan sistem DCv1.0 bagi memenuhi keperluan di dalam
Penghargaan
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada individu-individu berikut yang
Antaranya ialah bekas tuan Pengetua Cemerlang, YM. Tengku Adnan bin Raja
sentiasa memberikan galakan dalam usaha melengkapkan penulisan ini.
Seterusnya adalah kesemua ahli-ahli Jawatankuasa Induk Pengurusan Kokurik
Ummu Ayman Ahmad Kamaludin, Pn Umi Salmah Idris, Pn. Eizani Idris, Pn
Shanti a/p Chandrasekaran dan Pn. Nor Asliza Mohamad Isa. Kesemua mereka i
pendaftaran kokurikulum dalam talian di SMK Desa Cempaka.
285
YELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
m seperti pengurusan data bagi PAJSK yang lebih cekap memandangkan rekod
ulum oleh murid dan turut memudahkan penyaluran data-data kepada pihak PPD
terdapat segelintir murid yang berada di dalam kategori B40 tidak mempunyai
ng dikenal pasti ialah pengoperasian sistem ini amat bergantung kepada akses
rid juga sukar untuk dilakukan. Oleh itu, terdapat juga segelintir kes yang mana
aran tersebut berikutan kehabisan data atau ketiadaan akses internet. Kekangan
a Cempaka selepas tamat tempoh pendaftaran. Bagi murid-murid yang tergolong
mendaftar unit-unit kokurikulum pilihan mereka. Untuk mengatasi kekangan-
menghubungi murid-murid yang terlibat dan membantu mereka dalam proses
aka amat bertuah kerana mempunyai guru-guru yang berkepakaran dan bersedia
pengurusan sekolah dalam melaksanakan pembaharuan-pembaharuan selaras
atlah dihargai kerana jika sistem ini dibangunkan oleh pihak ketiga, pastinya ia
untuk meninjau kemampuan sistem DCv1.0 ini dalam membantu memudahkan
i dalam sistem PAJSK. Selain itu, untuk fasa seterusnya juga, sistem DCv1.0 ini
uruhan unit kokurikulum SMK Desa Cempaka seperti merekod aktiviti-aktiviti,
kebangsaan serta antarabangsa. Selain itu, strategi turut boleh dirangka bagi
m SKPMg2 KPM.
telah memberikan sumbangan bermakna dalam melaksanakan kajian ini.
Daud serta tuan Pengetua SMK Desa Cempaka, En. Johari Jaafar yang
kulum SMK Desa Cempaka yang terdiri daripada Pn. Nooradillah Razali, Pn.
n. Latifah Tahir, Pn. Noor Hayati Mohd. Shah, Pn. Sabariah Md. Hanifah, Pn.
ini telah banyak membantu dalam membangunkan program DCv1.0 bagi tujuan
PROSIDING KOLOKIUM PEN
Rujukan
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih, Internationa
Darling-Hammond, L. (2000). Teacher Quality and Student Achievement. Educ
Day, C. (2013). Teacher Quality in the Twenty First Century: New Lives, Old T
21st Century. Springer, New York.
Green, S.B., Salkind, N. J. dan Akey, T. M. (1997). Using SPSS For Windows,
Minit Mesyuarat Pengurusan SMK Desa Cempaka Bil. 12/2020.
Nor Aslan Mohd Yusoff (2019). 80+5 Kepimpinan Penolong Kanan Kokurikul
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban (2021). Dokumen Ketetapan Pengu
Berpandukan SKPMg2. Seremban, Negeri Sembilan.
Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Penangguhan Prog
Selain Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Bersemuka. (KPM.1
https://www.moe.gov.my/pekeliling?limit=20&limitstart=40
Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Garis Panduan Pen
https://www.moe.gov.my/index.php/pekeliling/kokurikulum-dan-k
Ramlan Abdul Wahab (2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum di Sek
SMK Desa Cempaka (2020). Laporan Tahunan Unit Kokurikulum SMK
Zulkifli Hassan dan Norazilawati Abdullah (2016). Penilaian Guru Sekol
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dalam JBPU Edisi Kha
NYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
al Law Book Services, Kuala Lumpur.
c. Policy Anal Arch 8(1). http://epaa.asu.edu/epaa/v8n1/
Truths dalam Zhu, Xudong dan Zeichner, K. (eds.) Preparing Teachers for the
Analysing & Understanding Data, New Jersey: Prentice-Hall.
lum Berkualiti. IST Resources Sdn. Bhd., Shah Alam.
urusan Kokurikulum: Panduan Lengkap Pengurusan Kokurikulum
gram/Aktiviti Sukan, Kokurikulum, Seminar, Bengkel Serta Aktiviti Lain
100-1/3/1 Jld. 3 (92) bertarikh 21 Oktober 2020).
ntaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Sekolah Menengah.
kesenian-1/895-garis-panduan-pajsk-sekolah-menengah/file
kolah. Banter Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Desa Cempaka.
lah Rendah di Daerah Kinta Utara Terhadap Pentaksiran Aktiviti
as (2016); ms 16-24. (ISSN 1394-7176).
286
PROSIDING KOLOKIUM PENY
Lampiran 1: Fasa-fasa dalam pelaksanaan kajian tindakan pendaftaran
il. Aktiviti
1. Tinjauan awal:
i. Analisis dokumen
(Dokumen Induk Unit Kokurikulum &
keahlian setiap unit kokurikulum 2020)
ii. Temu bual (guru dan murid)
2. Pembentangan & Keputusan Mesyuarat
SMK Desa Cempaka Bil 12/2020.
3. Bengkel Gerak Kerja Penghasilan Kaeda
Keahlian Kokurikulum Sesi 2021.
4. Bengkel Simulasi Penggunaan DCv1.0
5. Penghasilan bahan-bahan promosi aktivi
kokurikulum secara dalam talian
6. Hebahan bahan-bahan promosi aktiviti
kokurikulum secara dalam talian
7. Pelancaran Program Pendaftaran Koku
Desa Cempaka secara dalam talia
persekolahan 2021
8. Proses pendaftaran keahlian kokurikulum
SMK Desa Cempaka dibuka.
9. Tempoh semakan pendaftaran unit-unit k
10. Edaran Borang Soal Selidik
Penggunaaan Sistem DCv1.0 Da
Pendaftaran Keahlian Kokurikulum Sesi
11. Bengkel Analisis Data Keahlian Kokurik
287
YELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM
n kokurikulum secara dalam talian SMK Desa Cempaka 2021.
Tempoh
Sepanjang November 2020
dan awal Disember 2020
& dokumen
Pengurusan 11 Disember 2020
ah Pendaftaran Disember 2020 - Januari
2021
iti pendaftaran
2 - 3 Februari 2021
pendaftaran 4 - 8 Februari 2021
urikulum SMK 9 -14 Februari 2021
an bagi sesi
15 Februari 2021
m dalam talian
15 – 21 Februari 2021
kokurikulum 22 – 28 Februari 2021
Keberkesanan
alam Proses 1 – 5 Mac 2021
i 2021
kulum 1 – 5 Mac 2021