The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-17 03:13:29

Prosiding Kolokium Penyelidikan dalam Pendidikan PPP KPM Tahun 2021

prosiding-kpdp2021

202
PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Program Matrikulasi di KML. Tambahan lagi, kajian penggunaan bilik breakout dengan
menggunakan aplikasi perisian persidangan video Google Meet masih terbatas berbanding dengan
perisian seperti Zoom‘s breakout room dan Blackboard Collaborate. Perisian ini lebih sinonim dengan
para pendidik di kolej matrikulasi kerana ianya sebahagian daripada pakej aplikasi Google for
Education yang telah di langgan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh sebab itu, meneroka
keberkesanan strategi pembelajaran koperatif dan bilik breakout menggunakan alat Google Meet
Breakout Rooms extension di dalam konteks pembelajaran kursus Biologi Pra-universiti Program
Matrikulasi amat bermakna sekali. Dapatan kajian boleh dijadikan sebagai panduan para pendidik di
kolej-kolej matrikulasi untuk mentransformasikan amalan pedagogi dengan lebih kreatif dan inovatif
agar proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Sejurus itu, kajian ini berhasrat untuk menjawab persoalan kajian iaitu apakah faedah strategi
pembelajaran koperatif dan bilik breakout menggunakan alat Goolge Meet Breakout Room extension
sebagai amalan pedagogi kursus Biologi Pra-universiti semasa tutorial segerak dalam talian?

146

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Metodologi

Kaedah penyelidikan yang digunapakai adalah jenis kualitatif kerana menurut Crawford dan Irving (2009)
ianya bersesuian dengan kajian yang bersifat penerokaan bertujuan untuk memahami secara mendalam
dan terperinci berkenaan sesuatu isu. Jenis penyelidikan pula adalah kajian kes kerana fokus kajian ini
dipilih atas sebab-sebab tertentu oleh penyelidik untuk menjawab persoalan kajian dan bukan secara
rawak (Rashid et al., 2019). Peserta kajian adalah terdiri daripada 24 orang pelajar daripada kelas tutorial
penyelidik sendiri. Pelajar-pelajar tersebut sedang mengikuti kursus Biologi semester satu di Kolej
Matrikulasi Labuan untuk sesi 2021/2022. Kesemua pelajar tersebut sedang mengikuti PdPR sepenuhnya
dari awal semester dan tidak pernah berinteraksi sesama rakan sekelas dan juga dengan penyelidik secara
bersemuka.

Kaedah pengumpulan data pula ialah kombinasi pemerhatian melalui peranan serta penuh dan
juga borang maklum balas soalan terbuka. Kaedah pemerhatian peserta digunapakai kerana kaedah ini
akan memberikan maklumat deskriptif mengenai tingkah laku dan pengalaman pelajar ketika mengikuti
proses pembelajaran koperatif dan bilik breakout dalam talian (Solomon et al., 2018). Pemerhatian dibuat
ketika kelas tutorial segerak dalam talian sedang berlangsung dan juga dengan menonton semula rakaman
video. Tutorial segerak dalam talian menggunakan bilik breakout telah dilaksanakan sebanyak empat sesi
yang berlangsung selama dua jam untuk setiap sesi. Di akhir sesi tutorial segerak dalam talian, pelajar
diminta untuk melengkapkan borang maklum balas soalan terbuka berkenaan pengalaman mereka
mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Penggunaan borang maklum balas soalan terbuka digunakan kerana
ianya sesuai dengan kajian penerokaan untuk membenarkan peserta memberikan maklumat dengan kata-
kata mereka sendiri. Seterusnya, membolehkan penyelidik melihat secara menyeluruh mengenai isu-isu
yang dikaji termasuk mengungkap aspek baru, sub-tema, atau isu lain yang tidak diketahui sebelum ini
(Biemer et al., 2011).

Dapatan dan Perbincangan

Pembelajaran koperatif dan bilik breakout menggalakkan pelajar untuk berinteraksi
Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat berubahan terhadap tingkah laku pelajar semasa mereka
berada di dalam bilik breakout jika dibandingkan dengan kelas tutorial segerak yang besar. Pengkaji
mendapati, pelajar lebih santai dan bersedia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Mereka lebih
cenderung untuk bercakap dengan menggunakan mikrofon berbanding menulis di ruangan sembang.
Selain daripada itu, beberapa kumpulan pelajar telah menetapkan agar semua ahli untuk membuka kamera

147

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

web semasa sesi perbincangan berlangsung di dalam bilik breakout. Tambahan lagi, pengkaji mendapati
beberapa orang pelajar yang sering mengatakan bahawa mereka mempunyai masalah dengan mikrofon
atau kamera web peranti, dilihat sedang menggunakan mikrofon dan kamera web untuk berinteraksi
dengan rakan-rakan di dalam bilik breakout.

Dapatan ini selari dengan kajian oleh Martin dan Parker (2014) yang juga mendapati penggunaan
bilik breakout boleh menggalakkan interaksi antara pelajar semasa sesi pembelajaran segerak dalam talian.
Perubahan tingkah laku tersebut boleh dikaitkan dengan bilik breakout menyediakan persekitaran yang
membuatkan pelajar merasa selamat dan selesa. Hal ini kerana pelajar sedar bahawa mereka hanya
berkomunikasi dan berinteraksi dengan ahli kumpulan dalam skala kecil sahaja. Ini membuatkan para
pelajar terutamanya mereka yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah berinteraksi
dengan ahli kumpulan lain dan bertanyakan soalan berkenaan apa-apa topik perbincangan yang belum
dikuasai. Perkara ini disokong oleh maklum balas pelajar pada akhir aktiviti di dalam bilik breakout:

“Ini salah satu cara yang bagus, sebab kalau hendak bertanya tentang perkara
yang tidak difahami saya tidak seberapa janggal”
“boleh berkongsi pendapat secara terbuka tanpa merasa risau”
“Boleh berbincang secara terus dan merasa selesa dalam berkongsi jawapan
antara satu sama lain kerana berada dalam kumpulan kecil”
Peningkatan interaksi di kalangan pelajar di dalam bilik breakout boleh juga dikaitkan dengan aktiviti
pembelajaran koperatif menyediakan suasana pembelajaran berbeza dari yang biasa mereka alami.
Setelah empat minggu sesi kelas tutorial segerak atas talian dilaksanakan, pelajar hanya mengikuti aktiviti
pembelajaran gaya kuliah. Maka, dengan perubahan suasana pembelajaran, pelajar berasa lebih seronok
dan akan lebih terbuka untuk berinteraksi dengan rakan-rakan sekumpulan. Pelajar telah menyatakan
penghargaan dalam maklum balas mereka kerana berpeluang mengerjakan aktiviti kumpulan:
“Sebenarnya, ini adalah pengalaman baru bagi saya membuat perbincangan
kumpulan dalam platform dalam talian kerana saya lebih suka melakukannya
secara bersemuka”
"Saya memperoleh pengalaman baru. Ini kali pertama saya melakukan
perbincangan kumpulan dengan rakan sekelas saya (saya tidak pernah bertemu
sebelumnya)”
“Ini adalah pengalaman yang luar biasa bagi saya, kerana saya mendapat peluang
untuk berbincang dengan rakan sekelas mengenai topik tertentu”

Selain daripada itu, maklum balas pelajar turut menunjukkan bahawa, pembelajaran koperatif yang
dilaksanakan di dalam bilik breakout telah meningkatkan interaksi pelajar melalui proses interaksi
promotif.

“Perbincangan berjalan dengan baik dan rakan sekumpulan saya sangat
membantu saya memahami lebih lanjut mengenai topik yang kami bincangkan”
“ketua kumpulan berusaha untuk membawa kami berbincang dan dia terangkan
setiap soalan dengan perlahan-lahan supaya kami faham”
“Boleh belajar daripada satu sama lain dan mengenali rakan sekelas”
Johnson dan Johnson (2009) menerangkan ciri-ciri interaksi promotif sebagai bentuk interaksi di mana
ahli kumpulan menggalakkan dan memudahkan usaha ahli kumpulan yang lain untuk menyelesaikan
tugasan. Hal ini merangkumi perbuatan saling mendukung kejayaan berjaya dengan menolong, membantu,
menyokong, mendorong, dan memuji usaha masing-masing.

148

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Interaksi dikalangan pelajar amatlah berharga untuk pembelajaran dalam talian terutamanya untuk
menggalakkan penglibatan pelajar. Di sini kita boleh lihat kemampuan pembelajaran koperatif segerak di
dalam bilik breakout sebagai sebuah aktiviti untuk membantu pelajar merasa terhubung dan mewujudkan
rasa komuniti yang dinamik. Perkara ini selari dengan saranan oleh Banna et al. (2015) yang
menyarankan penggunaan aktiviti segerak seperti persidangan video dan perbincangan untuk
meningkatkan interaksi antara pelajar.

Pembelajaran koperatif dan bilik breakout membina sokongan rakan sebaya (Peer to peer
support)

Melalui pemerhatian yang dibuat, selepas empat sesi pembelajaran koperatif dilaksanakan di dalam bilik
breakout, secara amnya, terdapat perubahan dari segi topik perbualan di kalangan pelajar. Pada awalnya,
hanya berkaitan tugasan yang perlu mereka selesaikan dan selepas selesai tugasan, setiap ahli kumpulan
terus meninggalkan bilik breakout. Pada minggu ketiga dan keempat sesi ini dilaksanakan, topik
perbualan pelajar telah ditambah dengan perbincangan berkenaan masalah lain yang mereka hadapi.
Sebagai contoh, ada yang bertanyakan kepada ahli kumpulan tentang cara untuk menyelesaikan tugasan
untuk mata pelajaran lain. Terdapat pelajar yang meminta pandangan rakan sekumpulan berkenaan teknik
untuk mengingat. Perbualan tersebut berlaku pada awal sesi iaitu semasa menunggu ahli kumpulan lain
untuk menyertai bilik breakout dan juga pada akhir sesi selepas mereka menyelesaikan tugasan. Selain
dari itu, sekali sekala, terdapat beberapa kumpulan dimana anggota kumpulan tersebut berbual mengenai
kehidupan mereka seharian sambil menyelesaikan tugasan. Namun harus ditekankan bahawa, perbualan
tidak formal tersebut tidak menganggu fokus pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Maklumbalas pelajar juga menyatakan bahawa mereka berasa seronok apabila mendapat peluang untuk
berinteraksi dengan rakan sebaya yang mereka tidak kenali.

“Seronok dapat berbincang dengan kawan”
“Saya boleh belajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan baharu”
“Ini adalah pengalaman yang luar biasa bagi saya, kerana saya mendapat
peluang untuk berbincang dengan rakan sekelas”
Disini kita boleh lihat peranan bilik breakout untuk dalam memudahkan pelajar untuk menjalin hubungan
sosial yang akan menjadi asas kepada pembinaan sokongan rakan sebaya. Sokongan rakan sebaya
merujuk kepada sokongan yang wujud diantara individu yang berada di dalam kumpulan tidak kira dalam
bentuk perkongsian pengetahuan atau pengalaman (Solomon, 2004). Sokongan rakan sebaya sangat
bermanfaat dalam menangani serta mencegah masalah psikologi seperti tekanan, kemurungan, dan
keletihan (Peterson et al., 2008). Dengan adanya sokongan rakan sebaya, boleh mewujudkan hubungan
sosial dan rasa kekitaan di dalam diri pelajar yang boleh membantu mereka mengatasi perasaan kesunyian
(Stracke & Kumar, 2014). Ini amat berharga untuk pembelajaran jarak jauh pelajar, yang tidak
mempunyai berpeluang untuk bertemu rakan sebaya mereka secara bersemuka (Chandler, 2016).

Pembelajaran koperatif pula boleh dikaitkan dengan pembinaan sokongan rakan sebaya melalui
ketergantungan positif. Ketergantungan positif merujuk kepada persepsi bahawa kejayaan setiap individu
adalah saling bergantung dengan kejayaan orang lain dan hasil kerja ahli kumpulan akan memanfaatkan
ahli yang lain dan sebaliknya (Johnson et al., 1992). Perkara ini dapat dilihat melalui kecenderungan
rakan sebaya untuk berkongsi maklumat dan kemahiran diantara satu sama lain demi mencapai matlamat
bersama (Ghaith et al., 2007). Menurut Johnson, Johnson dan Smith (2014), ketergantungan positif amat
penting untuk membentuk komuniti pembelajaran. Manakala, sokongan rakan sebaya akan menjadikan

149

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

pelajar sebahagian daripada komuniti pembelajaran lantas menanamkan rasa kekitaan dan
keakraban yang menjadikan pelajar untuk terus terlibat dan bermotivasi tinggi di sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian(Geer & Wing, 2002).

Pembelajaran koperatif dan bilik breakout meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal
Kemahiran komunikasi interpersonal merujuk kepada kebolehan seseorang itu berinteraksi dengan
individu lain secara lisan, bukan lisan ataupun bertulis (Johnson et al., 1992). Kemahiran ini akan
memboleh seseorang itu mengecapi pelbagai matlamat komunikasi seperti memaklumkan, memujuk, dan
memberikan sokongan emosi kepada orang lain (Berger, 2010). Li dan Lam (2013) mengatakan bahawa
aktiviti pembelajaran koperatif berupaya untuk meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal
pelajar melalui pendekatan pembelajaran berkumpulan. Aktiviti sedemikian akan meningkatkan
keupayaan pelajar untuk bekerja dengan orang lain, berunding untuk mencari jalan penyelesaian yang
terbaik, berkomunikasi dan mendengar dengan berkesan bagi menyelesaikan konflik yang mungkin
timbul (Ballantine & McCourt Larres, 2009).

Perkara ini telah dilihat melalui pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji semasa aktiviti
pembelajaran koperatif di dalam bilik breakout dimana, ahli-ahli kumpulan bergilir-gilir untuk
memberikan cadangan jawapan kepada soalan tugasan. Kemudian semua ahli kumpulan bersama-sama
membincangkan kekuatan dan kelemahan setiap cadangan jawapan tersebut dan seterusnya memilih atau
membina jawapan yang terbaik. Ini boleh dilihat sebagai contoh kemahiran pengurusan konflik yang
positif dalam kalangan pelajar. Selain daripada itu, jika cadangan mereka pernah ditolak sebelum ini,
pelajar masih yakin untuk berkongsi cadangan dan pandangan mereka semasa sesi yang seterusnya. Ini
bermakna setiap ahli kumpulan tidak berasa segan atau takut untuk mengeluarkan idea, pendapat dan juga
padangan mereka walaupun terdapat kemungkinan perkara yang diutarakan akan ditolak oleh ahli
kumpulan lain.
Hal ini dapat disimpulkan dari maklum balas pelajar seperti berikut:

“.... ahli kumpulan boleh berbincang masalah mereka pada soalan itu secara
terbuka, dan kami berkongsi pendapat, kemudian membincangkan jawapan
bersama-sama”
“Kami mendengar pendapat masing-masing dan kami berkongsi jawapan”
“.... boleh berkongsi pendapat secara terbuka tanpa merasa risau”

150

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Seperti yang telah dijelaskan oleh Johnson dan Johnson (2009), salah satu elemen penting dalam
pembelajaran koperatif ialah kemahiran interpersonal dan kepemimpinan kumpulan kecil di mana ahli
kumpulan perlu membuat keputusan, membina kepercayaan, berkomunikasi, dan menguruskan konflik.
Kajian oleh Majid et al. (2012) melaporkan empat jenis halangan utama dalam pengembangan kemahiran
komunikasi interpersonal pelajar iaitu keyakinan diri, perasaan gementar, perasaan malu dan kurang
latihan yang betul. Pembelajaran koperatif dipercayai boleh meningkatkan kemahiran komunikasi secara
umum kerana ianya meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar dengan mengurangkan keresahan
(Zainalipour, Zarei & Heydari, 2013). Keresahan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran
untuk menyampaikan maklumat penting semasa berkomunikasi secara lisan lantas membantutkan proses
komunikasi berkesan (Baizura, Fauziah & Tina, 2019).
Keresahan dalam kalangan pelajar dapat dilihat melalui maklum balas mereka selepas mengikuti
pembelajaran koperatif di dalam bilik breakout:

“Saya sangat gementar tadi. tapi semua ahli kumpulan beri kerjasama yang
baik. ”
“Takut, pada mulanya, tapi ahli kumpulan membantu”
“Pada mulanya ada rasa kekok, tetapi ketua kumpulan berusaha untuk membawa
kami berbincang”

151

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Secara amnya, suasana pembelajaran jarak jauh telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama pelajar
mengalami tahap keresahan yang tinggi (Ferrel & Ryan, 2020). Hal ini disebabkan oleh kekurangan
interaksi rakan sebaya selain daripada isu gadget, capaian internet dan screen time berlebihan (Walton,
2021). Melalui pembelajaran di dalam kumpulan kecil, tahap keresahan dapat dikurangkan dengan
mewujudkan keterhubungan emosi berpanjangan di antara ahli kumpulan (Srivastava et al., 2021).
Tambahan lagi aktiviti dalam kumpulan kecil akan mewujudkan suasana yang lebih santai, kompetitif,
dan bebas tekanan di mana pelajar akan lebih berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
perbincangan (Sadeghi & Ganji, 2020). Maka boleh disimpulkan bahawa melalui kaedah pembelajaran
koperatif di dalam bilik breakout yang menyediakan persekitaran pembelajaran dalam kumpulan kecil,
boleh mengurangkan keresahan pelajar, lantas boleh menyumbang kepada peningkatan kemahiran
komunikasi interpersonal.

Kemahiran komunikasi interpersonal yang baik boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar
kerana pembelajaran boleh berlaku semasa pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan tugas yang
diberikan (Johnson, Johnson, & Smith, 2014). Kiuru et al. (2020) juga menyatakan bahawa kemahiran
komunikasi interpersonal yang berkualiti tinggi akan menggalakkan tahap pencapaian akademik yang
lebih tinggi. Hal ini kerana, kemahiran interpersonal boleh bertindak sebagai mekanisme untuk mengatasi
tekanan berkaitan proses pembelajaran seperti perubahan drastik kepada persekitaran akibat pandemik.
Tambahan lagi, kemahiran komunikasi interpersonal yang baik memudahkan seseorang untuk
mendapatkan maklumat yang betul dan mengelakkan tersalah faham ketika pemindahan maklumat
diantara individu sedang berlaku (Mahmudah & Fatimah, 2021).

Kesimpulan

Pengkaji telah mengenalpasti faedah-faedah penggunaan strategi pembelajaran koperatif dan bilik
breakout sebagai amalan pedagogi mengendalikan kelas tutorial segerak dalam talian. Kajian ini serba
sedikit telah menyumbangkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan penggunaan teknologi dalam
pendidikan secara inovatif. Terutamanya dari segi peranan teknologi pendidikan untuk mengubah amalan
pedagogi kelas tutorial segerak daripada berbentuk kuliah kepada pembelajaran interaktif berpusatkan
pelajar. Tambahan lagi, melalui kajian ini, strategi pembelajaran tersebut dilihat mampu untuk
mentransformasi gaya pembelajaran dalam talian iaitu peralihan daripada gaya pembelajaran menghafal
kepada pembelajaran bermakna dengan memberikan pelajar autonomi untuk membuat penemuan
akademik itu sendiri. Terakhir sekali, kajian ini juga telah mengetengahkan sebuah amalan pedagogi yang
memperkasakan peranan pendidik sebagai fasilitator. Pendidik tetap boleh memainkan peranan sebagai
pemudah cara semasa melaksanakan pembelajaran dalam talian untuk mengembangkan potensi pelajar
secara menyeluruh pada tahap optimum.

Rujukan

Baizura, H., Fauziah, I., & Tina, A. (2019). Oral Communication Apprehension in a Small Group
Discussion. International Journal of Recent Technology and Engineering 8(2), 2277-3878.

Ballantine, J., & McCourt Larres., P. (2009). Accounting Undergraduates' Perceptions of Cooperative
Learning as a Model for Enhancing their Interpersonal and Communication Skills to Interface
Successfully with Professional Accountancy Education and Training. Accounting Education,
18(4-5), 387–402. doi:10.1080/09639280902719366

152

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Banna, J., Lin, M.-F.G., Stewart, M., & Fialkowski, M. K. (2015). Interaction matters: Strategies to
promote engaged learning in an online introductory nutrition course. Journal of Online Learning
and Teaching, 11(2), 249–261.

Berger, C.R. (2010). Interpersonal Communication. In The International Encyclopedia of
Communication. (W. Donsbach, Ed.) (1). John Wiley & Sons, Ltd.
https://doi.org/10.1002/9781405186407.wbieci077

Biemer, P.P., Groves, R.M., & Lyberg, L.E. (2011). Measurement Errors in Surveys. New York: John
Wiley & Sons. 173.

Carliner, S. (2004). An overview of online learning. Armherst MA: Human Resource Development Press.
Chandler, K. (2016). Using Breakout Rooms in Synchronous Online Tutorials. Journal of Perspectives

in Applied Academic Practice. 4(3), 16-23. Doi: 10.14297/jpaap.v4i3.216.
Crawford, J. & Irving, C. (2009). Information literacy in the workplace: A qualitative exploratory study.

Journal of Librarianship and Information Science, 41(1), 29-38. doi:10.1177/0961000608099897
Ellingson, D. A., & Notbohm, M. (2012). Synchronous distance education: using Web-conferencing in

an MBA accounting course. American Journal of Business Education (AJBE), 5(5), 555-562.
Ferrel M.N., & Ryan J.J. (2020) The impact of COVID-19 on medical education. Cureus, 12(3), e7492.
Geer, R. & Wing Au, (2002). International Conference on Computers in Education. Proceedings. The

online learning community: strategies, problems and issues, 1, 376–377.
doi:10.1109/cie.2002.1185951
Ghaith, G.M., Shaaban, K.A. & Harkous, S.A. (2007). An investigation of the relationship between forms
of positive interdependence, social support, and selected aspects of classroom climate. Science
Direct, 35(2), 0–240. doi:10.1016/j.system.2006.11.003
Hsiao, B., Zhu, Y.Q., & Chen, L. Y. (2017). “Untangling the Relationship between Internet Anxiety and
Internet Identification in Students: The Role of Internet Self-Efficacy”. Information Research: An
International Electronic Journal, 22(2), 753.
Johnson, D.W., Johnson, R.T., & Dudley, B. (1992). Effects of peer mediation training on elementary
school students. Mediation quarterly, 10(1), 89-99.
Johnson, D.W. & Johnson, R.T. (2009). An Educational Psychology Success Story: Social
Interdependence Theory and Cooperative Learning. Educational Researcher, 38(5), 365–379.
doi:10.3102/0013189x09339057
Johnson, D.W., Johnson, R.T., & Smith, K.A. (2014). Cooperative learning: Improving university
instruction by basing practice on validated theory. Journal on Excellence in University Teaching,
25(4), 1-26.
Kirkwood, A. & Price, L. (2014). “Technology-Enhanced Learning and Teaching in Higher Education:
What Is „Enhanced‟ and How Do We Know? A Critical Literature Review. Learning, Media and
Technology, 39(1), 6–36. doi:10.1080/17439884.2013.770404
Kiuru, N., Wang, M.-T., Salmela-Aro, K., Kannas, L., Ahonen, T., & Hirvonen, R. (2020). Associations
between adolescents‟ interpersonal relationships, school well-being, and academic achievement
during educational transitions. Journal of Youth and Adolescence, 49(5), 1057-1072.
Kohnke, L., & Moorhouse, B. L. (2020). Facilitating Synchronous Online Language Learning through
Zoom. RELC Journal. https://doi.org/10.1177/0033688220937235
Li, M.P., & Lam, B.H. (2013). Cooperative learning. The Hong Kong Institute of Education, 1-33.
Mahmudah, U., & Fatimah, S. (2021). Bootstrap Approach for Analyzing the Influence of Interpersonal
Communication Skills on Science Performances. International Journal of Social Sciences &
Educational Studies, 8(1), 137-148.
Majid, S., Liming, Z., Tong, S., & Raihana, S. (2012). Importance of soft skills for education and career

153

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

success. International Journal for Cross-Disciplinary Subjects in Education, 2(2), 1037-1042.

Martin, F., & Parker, M. A. (2014). Use of synchronous virtual classrooms: Why, who, and how? Journal
of Online Learning and Teaching, 10(2), 192–210.

Ngalimun (2017). Strategi Pembelajaran Dilengkapi dengan 65 Strategi Pembelajaran. Yogyakaryta:
Parama Ilmu.

Perveen, A. (2016). Synchronous and Asynchronous E-Language Learning: A Case Study of Virtual
University of Pakistan. Open Praxis 8, 21–39. doi: 10.5944/openpraxis.8.1.212.

Peterson, U., Bergstom, G., Samuelsson, M., Asberg, M., & Nygren, A. (2008). Reflecting peer‐
support groups in the prevention of stress and burnout: Randomized controlled trial. Journal of
advancednursing, 63(5), 506-516.

Ragupathi, K. (2018). Facilitating effective online discussions: Resource guide. Centre for Development
of Teaching and Learning (CDTL).

Rashid, Y., Rashid, A., Warraich, M.A., Sabir, S.S., & Waseem, A. (2019). Case Study Method: A Step-
by-Step Guide for Business Researchers. International Journal of Qualitative Methods.
doi:10.1177/1609406919862424

Roseth, C. J., Johnson, D. W., & Johnson R. T. (2008). Promoting early adolescents‟ achievement and
peer relationships. Psychological Bulletin, 134, 223–246.

Sadeghi, E., & Ganji, M. (2020). The Effects of Cooperative Learning on Iranian University Students‟
Class-engagement, Self-esteem, and Self-confidence. Journal of Modern Research in English
Language Studies, 7(4), 89-109. doi: 10.30479/jmrels.2020.12867.1590

Sekhri, A. & Kaur, K. (2021). Cooperative Learning and Breakout Rooms in Online Classrooms:
Increasing Student Engagement and Developing Creativity. PalArch‘s Journal of Archaeology of
Egypt / Egyptology, 18(08), 3463-3469.

Sharoff, L. (2019). Creative and innovative online teaching strategies: Facilitation for active participation.
Journal of Educators Online, 16(2).

Stracke, E., & Kumar, V. (2014). Realising graduate attributes in the research degree: the role of peer
support groups. Teaching in Higher Education, 19(6), 616-629.

Solomon, P. (2004). Peer support/peer provided services underlying processes, benefits, and critical
ingredients. Psychiatric rehabilitation journal, 27(4), 392.

Solomon, E.D., Repice, M.D., Mutambuki, J.M., Leonard, D.A., Cohen, C.A., Luo, J., & Frey, R.F. (2018).
A mixed-methods investigation of clicker implementation styles in STEM. CBE—Life Sciences
Education, 17(2), ar30.

Hrastinski, S. (2008). Asynchronous and synchronous e-learning. Educause quarterly, 31, 51–55.
Srivastava, S., Jacob, J., Charles, A. S., Daniel, P., Mathew, J. K., Shanthi, P., & Rabi, S. (2021).

Emergency remote learning in anatomy during the COVID-19 pandemic: A study evaluating
academic factors contributing to anxiety among first year medical students. Medical Journal
Armed Forces India, 77, 90–98. doi:10.1016/j.mjafi.2020.12.012
Walton, H. (1997). Small group methods in medical teaching. Med Educ., 31(6), 459-464.
Zainalipour, H., Zarei, H., & Heydari, H. (2013). Survey the effect of cooperative learning on confidence.
Journal of Educational and Management Studies, 3(4), 360-36

154

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN:
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN

ATAS TALIAN BAGI MURID TAHAP 2
SEKOLAH KEBANGSAAN SERIHARTAMAS

SEMASA PANDEMIK COVID-19
Mohd Nizamudin bin Mohd Pauzi
Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas
[email protected]

Abstrak

Dunia dikejutkan dengan penularan Pandemik Covid-19 tidak terkecuali dengan negara kita Malaysia.
Pandemik Covid-19 telah menjejaskan pelbagai sektor antaranya adalah sistem pendidikan negara.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa Covid -19 merebak secara meluas
dengan kadar yang cepat (UN News, 2020). Berdasarkan laporan ABC News pada 7 Mac 2020, penutupan
sekolah telah berlaku di lebih daripada puluhan negara kerana wabak COVID-19. Menurut data
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terdapat
sekurang-kurangnya 290.5 juta pelajar di seluruh dunia yang aktiviti pembelajarannya terganggu kerana
sekolah ditutup dan 39 buah negara telah melaksanakan penutupan sekolah (UNESCO, 2020).
Implikasinya, landskap pendidikan di seluruh dunia telah berubah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang telah menjadi amalan selama ini telah berubah digantikan dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran atas talian. Perubahan ini perlu diterima dalam memastikan agenda pembangunan
pendidikan negara dapat diteruskan demi masa depan anak bangsa dan negara. Melalui kajian deskriptif
ini, pengkaji ingin melihat sejauh manakah kesediaan dan keberkesanan para guru dan murid dalam
menghadapi perubahan baharu ini. Kajian ini berfokuskan murid tahap 2 di Sekolah Kebangsaan SK Seri
Hartamas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam
menentukan tahap serta hubungan dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu tahap kesediaan dan motivasi
murid terhadap pembelajaran atas talian.

155

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Kata Kunci: Pembelajaran atas talian, Pentaksiran, Motivasi
Pendahuluan
Dalam menangani wabak ini, kerajaan telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi
mengawal penularan wabak ini. Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 adalah perintah
kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan Persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik
koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020 yang dilaksanakan di seluruh negara (MKN, 2020).
Kesannya, sekolah-sekolah ditutup. Namun, timbulnya beberapa persoalan kesan daripada langkah
kerajaan menjalankan PKP ini iaitu bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku? Bagaimana
pula kemajuan murid diukur? Cabaran ini tentunya telah meninggalkan kesan terhadap pembelajaran,
pengajaran serta pentaksiran murid-murid.

Justeru, di Malaysia proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) serta pentaksiran bilik darjah (PBD)
terus dilakukan melalui ‗e-learning‘ dan ‗e-assessment‘. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan
pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat
tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan
sumatif iaitu sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Persoal yang timbul
bagaimanakah PBD dapat dilaksanakan diluar bilik darjah? Hal ini kerana proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku di rumah.

Secara umumnya, ‗e-learning‘ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau
pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah
sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Jaya Kumar, 2011).

Manakala, ‗e-assessment‟ pula melibatkan penggunaan peranti digital untuk membantu dalam
pembinaan, penghantaran, penyimpanan atau pelaporan tugas penilaian murid, tindak balas atau
maklum balas mengenai pencapaian murid. „E-assessment‘ boleh diakses dengan pelbagai peranti,
seperti komputer desktop atau komputer riba, dan telefon. Melalui „e-assessment‘ juga, pelbagai kaedah
pentaksiran dapat dibina dalam mengenalpasti bakat serta kebolehan murid. (John Orlando, 2011).

156

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

„E-assessment‟ juga menawarkan pelbagai potensi, peluang dan kelebihan untuk guru, murid dan
institusi antaranya adalah keberkesanan, kesahihan, dan kecekapan seperti menjimatkan masa. Suasana
pentaksiran ‗e-assesment‘ akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam
pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar membuat
perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri.

Pada 15 Jun 2020, KPM telah mengorak langkah dengan memperkenalkan „DELIMa‟ iaitu suatu
platform pembelajaran digital yang menggabungkan „Google‘, „Microsoft‘ dan „Apple‘ dalam satu
platform yang satu bertujuan untuk mempelbagaikan sumber dan kaedah pembelajaran digital.
„DELIMa‟ bermaksud ‗Digital Educational Learning Intiative Malaysia‘. Selaras dengan tema
‗ Malaysia Towards Digital Learning in the New Normal‘. „Platform DELIMa‟ ini merupakan suatu
cara baharu dalam pembelajaran digital yang melibatkan tiga pihak iaitu guru, murid dan ibu bapa.
Melalui „DELIMa‟pelbagai aplikasi dan perkhidmatan akan ditawarkan dan ia juga merupakan platform
perkongsian sumber pengajaran dan pembelajaran. KPM berharap dengan wujudnya platform ini dapat
mewujudkan budaya baharu iaitu pembelajaran sepanjang hayat (KPM, 2020). Jika pengajaran dan
pembelajaran semasa pandemik Covid-19 adalah melalui „e-learning‟ sudah tentu cara pentaksiran juga
harus sejajar iaitu melalui „e-assessment‟. Ini perlu menjadi agenda utama dalam transformasi
pendidikan masa kini yang berdepan dengan Pandemik Covid-19.
Objektif Kajian

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:
i. Mengenalpasti tahap kesediaan dan motivasi murid terhadap proses pembelajaran dan
pentaksiran atas talian.
ii. Mengenalpasti hubungan antara kesediaan murid terhadap proses pembelajaran dan
pentaksiran atas talian.

iii. Mengenalpasti hubungan antara motivasi murid terhadap proses pembelajaran dan pentaksiran
atas talian

157

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk bagi kajian ini adalah jenis kuantitatif yang dijalankan dalam bentuk tinjauan. Pengkaji akan
mengedarkan satu set soal selidik kepada murid-murid tahap dua bagi tujuan pengumpulan data. Soal
selidik ini direka dengan menggunakan aplikasi Google Form. Ujian rintis telah dilaksanakan berujuan
untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Seramai 30 orang murid tahap dua telah
terlibat dalam ujian rintis ini. Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan mendapat tahap kebolehpercayaan
berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.798 iaitu berada pada tahap baik dan boleh diterima.
Kaedah Persampelan
Kaedah persampelan iaitu persampelan bertujuan iaitu sampel yang ada kriteria tertentu dan sesuai
dengan fokus penyelidikan yang ingin dilakukan oleh pengkaji. Antara kriteria yang telah ditetapkan
adalah murid sekolah rendah dan tahun 4, 5 dan 6. Sampel yang terlibat adalah murid tahap 2 SK Seri
Hartamas.
Kaedah Kajian
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menghuraikan secara keseluruhan. Penyelidik akan
menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Data yang dikumpulkan melalui instrumen soal selidik
akan dianalisis menggunakan pakej analisis statistik SPSS 26 (Statistical Package For Social Science).

Borang Soal Selidik
Borang soal selidik terdiri daripada 4 bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Soalan pada Bahagian A
adalah mengenai maklumat individu manakala pada Bahagian B pula adalah berkaitan dengan tahap
kesediaan murid terhadap pembelajaran dan pentaksiran atas talian, Bahagian C pula adalah tahap
motivasi murid terhadap pembelajaran dan pentaksiran atas talian dan Bahagian D pula adalah Tahap
Pembelajaran atas talian. Item soalan dalam kajian ini dibina menggunakan Skala Likert 5. Soalan- soalan
yang dibina terlebih dahulu diuji kesahan oleh pakar dalam bidang pengukuran dan penilaian.

Dapatan Kajian
Berikut merupakan analisis bagi demografi responden yang melibatkan:

i. Jantina

Jadual 1: Taburan responden mengikut jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 56 43.4
Perempuan 73 56.6
Jumlah 129 100.0

Jadual 1 menunjukkan 129 orang responden yang terdiri daripada tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Bilangan
responden adalah seramai 56 orang lelaki yang diwakili 43.4% manakala responden perempuan pula
adalah seramai 73 orang yang diwakili 56.6%.

158

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

ii. Tahap

Jadual 2: Taburan responden mengikut tahun

Tahun Bilangan Peratus

Tahun 4 80 62.0
Tahun 5 40 31.0
Tahun 6 9 7.0
Jumlah 129 100.0

Jadual 2 pula menunjukkan taburan murid mengikut tahun yang terdiri daripada tahun 4, 5, dan 6.
Responden tahun 4 adalah seramai 80 orang murid yang diwakili 62%. Responden tahun 5 adalah seramai
40 orang yang diwakili 31% manakala tahun 6 adalah 9 orang yang diwakili 7%.

iii. Peranti yang digunakan semasa pembelajaran atas talian

Jadual 3: Taburan responden mengikut peranti yang digunakan semasa pembelajaran atas talian

Jenis Peranti Bilangan Peratus
Laptop 58 45.0
PC 22 17.1
Tablet 33 25.6
Telefon mudah alih 16 12.4

Jumlah 129 100.0

Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut peranti yang digunakan semasa pembelajaran atas
talian. Bagi peranti laptop hasil dapatan menunjukkan 58 responden menggunakan laptop yang diwakili
45%, PC seramai 22 orang yang diwakili 17%, Tablet seramai 33 orang yang diwakili 25.6%, telefon
mudah alih pula seramai 16 orang-orang yang diwakili 12.4%. Berdasarkan taburan ini dapat
disimpulkan bahawa penggunaan laptop pada masa kini sangat penting dalam proses pembelajaran
kerana ianya mudah dibawa ke mana sahaja.

iv. Peranti yang digunakan dalam memyiapkan tugasan

Jadual 4: Taburan responden mengikut peranti yang digunakan
dalam memyiapkan tugasan

Jenis Peranti Bilangan Peratus

Laptop 59 45.7
PC 17 13.2
Tablet 35 27.1
Telefon Mudah Alih 17 13.2
Meminjam peranti 1 .8
Jumlah 129 100.0

159

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut peranti yang digunakan dalam memyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru. Murid-murid lebih gemar menggunakan laptop dengan peratusan 45.7% (59
responden). Seterusnya adalah peranti tablet dengan 27.1% (35 responden), PC dan telefon mempunyai
peratusan yang sama iaitu 13.2% (17 responden) dan yang terakhir adalah hanya 1 orang yang meminjam
peranti.

v. Platform komunikasi pembelajaran utama pilihan murid.

Jadual 5: Taburan responden mengikut platform komunikasi

pembelajaran utama pilihan murid

Platform Bilangan Peratus

Zoom 1 0.8

Google Classroom 28 21.7

Google Meet 98 76.0

WhatsApp 2 1.6
Jumlah 129 100.0

Jadual 5 menunjukkan taburan responden mengikut platform komunikasi pembelajaran utama pilihan
murid. Seramai 98 responden memilih Google Meet yang diwakili 76%. 28 responden dengan peratus
21.7% memilih Google Classroom. 2 responden memilih WhatsApp dengan 1.6% dan Zoom seramai 1
orang dengan peratus 0.8%.

Objektif 1: Tahap kesediaan dan mengenalpasti tahap kesediaan dan motivasi murid terhadap proses
pembelajaran dan pentaksiran atas talian.

Jadual 6: Skor Min Tahap Kesediaan Murid Terhadap Pembelajaran dan
Pentaksiaran Atas talian

Item Sisihan Min Tahap
Piawai
A1 Saya mempunyai kemahiran ICT 0.97 3.77 Tinggi
0.95 4.22 Tinggi
A2 Saya mempunyai peranti yang sesuai dan
menyokong bagi tujuan pembelajaran 1.20 3.04 Sederhana

A3 Saya lebih bersedia memilih kaedah 1.00 4.06 Tinggi
pembelajaran atas talian berbanding
bersemuka 0.97 4.04 Tinggi

A4 Saya mempunyai kemudahan internet
sendiri untuk tujuan pembelajaran.

A5 Guru mempelbagaikan kaedah pembelajaran
bagi mengukuhkan kefahaman saya

160

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Min Keseluruhan 3.80

Jadual 6 menunjukkan skor min bagi setiap item bagi tahap kesediaan murid terhadap pembelajaran dan
pentaksiaran atas talian. Dapatan yang diperolehi empat daripada lima item menunjukan nilai min berada
pada tahap yang tinggi. Hanya item A3 sahaja mempunyai tahap sederhana dengan nilai min 3.04.

Jadual 7: Skor Min Tahap Motivasi Murid Terhadap Pembelajaran dan Pentaksiran

Atas talian

Item Sisihan Min Tahap
Piawai

B1 Saya mendapat dorongan daripada ibu bapa 1.09 4.11 Tinggi
dalam menjalani pembelajaran atas talian

B2 Saya suka menggunakan platform 0.97 4.13 Tinggi
pembelajaran secara atas talian. (Cth:
Quiziz, Google Meet, Kahoot)

B3 Saya sentiasa melakukan ulang kaji sendiri 0.93 3.36 Sederhana
setelah selesai sesi pembelajaran atas talian

B4 Keyakinan diri saya lebih tinggi ketika 1.15 3.19 Sederhana
pembelajaran atas talian berbanding secara
bersemuka

B5 Saya kurang selesa dengan penggunaan 1.31 2.79 Rendah
platform pembelajaran atas talian

Min Keseluruhan 3.51

Jadual 7 pula menunjukkan skor min tahap motivasi murid terhadap pembelajaran dan pentaksiaran atas
talian. Item B2 iaitu “Saya suka menggunakan platform pembelajaran secara atas talian. (Cth: Quiziz,
Google Meet, Kahoot)‖ merupakan item yang paling tinggi nilai min iaitu 4.14. Manakala, Item B5 ―Saya
kurang selesa dengan penggunaan platform pembelajaran atas talian‖ adalah item yang mempunyai
nilai min yang rendah iaitu 2.79.

Jadual 8: Skor Min Tahap Pembelajaran dan Pentaksiaran Atas talian

Item Sisihan Min Tahap
Piawai Tinggi
C1 Guru sentiasa bertanya maklum balas berkaitan
kelas atas talian yang dijalankan setiap kali sesi 0.88 4.08 Tinggi
pembelajaran. ( Cth: Adakah kamu faham?)
0.83 3.94
C2 Penilaian atas talian (Kuiz/Ujian) yang
dilakukan guru adalah sangat berkesan

161

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

C3 Saya sentiasa bertanya kepada guru jika tidak 1.06 3.71 Tinggi
faham atau keliru mengenai pembelajaran pada 1.01 3.15 Sederhana
sesi tersebut. 1.18 3.14 Sederhana

C4 Saya sendiri membuat ulang kaji sebelum 3.60
kelas
bermula.

C5 Teknik pembelajaran atas talian memberikan
kelebihan berbanding teknik pembelajaran
bersemuka.
Min Keseluruhan

162

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Jadual 8 menunjukkan skor min bagi tahap pembelajaran dan pentaksiran terhadap responden. Daripada
lima soalan yang diberikan, tiga daripada memperolehi min pada tahap yang tinggi iaitu C1, C2 dan C3.
Manakala C4 dan C5 menunjukkan skor min pada tahap yang sederhana.

Objektif 2: Mengenal pasti hubungan antara kesediaan murid terhadap proses pembelajaran dan
pentaksiran atas talian.

Jadual 9: Hubungan antara kesediaan murid terhadap proses pembelajaran dan

pentaksiran atas talian.

Kolerasi Pearson Sig.(2-Tailed) Kekuatan Kolerasi

Kesediaan 0.625 0.00 Sederhana

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

Jadual 9 menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kesediaan murid terhadap proses
pembelajaran dan pentaksiran atas talian berada pada tahap yang sederhana iaitu nilai pekali r adalah
0.625. Nilai signifikan pula adalah 0.00 yang menunjakkan nilai lebih kecil daripada nilai yang telah
ditetapkan iaitu p < 0.01.

Objektif 3: Mengenalpasti hubungan antara motivasi murid terhadap proses pembelajaran dan pentaksiran
atas talian.

Jadual 10: Hubungan antara motivasi murid terhadap proses pembelajaran dan
pentaksiran atas talian.

Kolerasi Pearson Sig.(2-Tailed) Kekuatan Kolerasi

Motivasi 0.55 0.00 Sederhana

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

Jadual 10 menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara dua pemboleh ubah berdasarkan nilai
signifikan yang diperolehi iaitu 0.00 lebih kecil daripada nilai signifikan yang ditetapkan. Manakala
pekali r pula menunjukkan tahap kekuatan kolerasi berada pada sederhana dengan nilai 0.55.

Perbincangan

Objektif 1: Mengenalpasti tahap kesediaan dan motivasi murid terhadap proses pembelajaran dan
pentaksiran atas talian.

163

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Berdasar kajian yang telah dijalankan, murid-murid didapati mempunyai tahap kesediaan murid terhadap
proses pembelajaran dan pentaksiran atas talian dengan nilai skor min secara keseluruhan adalah 3.80.
Manakala min keseluruhan untuk tahap motivasi murid terhadap proses pembelajaran dan pentaksiran
atas talian adalah 3.51 berada tahap yang sederhana. Bagi tahap keputusan skor min keseluruhan tahap
pembelajaran dan pentaksiran atas talian pula adalah 3.80. Keputusan ini diperolehi hasil daripada 129
responden yang terdiri daripada murid tahap 2. Antara faktor skor min berada pada tahap yang tinggi pada
bahagian kesediaan murid adalah lokasi sekolah yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di
mana murid-murid mendapat internet secara mudah dan meluas. Kepelbagaian teknik penyampaian dan
pentaksiran juga antara punca yang menyumbang kepada ibu bapa dan murid-murid lebih bersedia untuk
mengikuti pembelajaran atas talian. Menurut Faridah & Afham Zulhusni (2019), penggunaan aplikasi
Kahoot dapat menarik minat murid untuk belajar terutama apabila melibatkan permainan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Syed Lamsah & Muhammad (2020) turut berpendapat bahawa
pembelajaran melalui WhatsApp dan telegram mampu membantu murid-murid untuk berinteraksi dalam
pembelajaran.

Seterusnya bagi skor motivasi pula menunjukkan pada tahap yang sederhana iaitu 3.51. Berita
Harian (2020) menyatakan kaedah pembelajaran atas talian memberi cabaran yang besar terhadap ibu
bapa dan murid-murid. Kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian merupakan suatu pendekatan
yang baharu yang memerlukan masa bagi para ibu bapa, murid-murid untuk menguasai kaedah ini. Bagi
murid yang kurang berkemampuan, mungkin mereka tidak berminat dengan pendekatan seperti ini.
Dorangan ibu bapa dan hubungan baik dengan guru antara langkah yang perlu dilakukan untuk
memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Skor min bagi tahap skor min tahap pembelajaran dan pentaksiaran atas talian juga menunjukkan
nilai sederhana 3.60. Nilai ini dapat memberikan gambaran bahawa pembelajaran dan pentaksiran atas
talian juga mempunyai kekurangan disebalik kelebihan yang ada. Melalui pembelajaran di atas talian,
murid-murid perlu berdikari dan berusaha untuk tidak ketinggalan dalam pelajaran. Keperluan peranti
dan akses internet yang baik sangat diperlukan supaya menjadi motivasi dan dorang kepada murid untuk
belajar disamping sokongan ahli keluarga. Fran & Daniel (2010) berpendapat persekitaran yang kondusif
dapat memberi dorangan murid untuk berinteraksi dengan baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
Objektif 2: Mengenalpasti hubungan antara kesediaan murid terhadap proses pembelajaran dan
pentaksiran atas talian.

Terdapat hubungan positif antara kesediaan murid terhadap proses pembelajaran dan pentaksiran atas
talian. Dapatan ini juga menunjukkan murid masih berminat dan berusaha untuk belajar walaupun
terdapat cabaran yang dihadapi. Hasil dapatan ini juga menunjukan terdapat interaksi yang positif semasa
proses pengajaran yang berlaku. Pendapat ini turut disokong oleh Zeliha & Mehmet (2013) berpendapat
tedapat peningkatan hubungan positif antara kesediaan dan interaksi semasa pembelajaran atas talian.
Kesediaan ini meliputi peranti yang baik, akses internet, kawalan murid, dan motivasi untuk belajar
berdasarkan penggunaan teknologi.

Objektif 3: Mengenalpasti hubungan antara motivasi murid terhadap proses pembelajaran dan pentaksiran
atas talian
Hubungan antara motivasi murid terhadap proses pembelajaran dan pentaksiran atas talian juga berada
pada tahap sederhana dengan nilai 0.55. Faktor utama adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa
dalam menyediakan kemudahan peranti dan akses internet. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk

164

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

meningkatkan motivasi murid untuk tidak ketinggalan dalam pelajaran. Nirfayanti & Nurbaeti (2019)
berpendapat terdapat pengaruh yang signifikan antara penggunaan Google Classroom terhadap motivasi
dalam kalangan murid.
Penutup
Adalah diharapkan hasil kajian ini akan dapat memberikan input-input bagi penambahbaikan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran menggunakan kaedah „e-assessment‟ di sekolah - sekolah
kebangsaan dalam persekitaran norma baharu. Ini penting supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara atas talian „e-learning‟ melalui platform „DELIMa‟ yang baru diperkenalkan pada 15 Jun 2020
sejajar hasrat kerajaaan.

165

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Rujukan
Abu Bakar, B. (2007). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Pustaka Salam
Ali, Z. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah

Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Aniza Ahmad & Zamri Mahamod (2015). Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah menengah

dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat
mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1): 18-29.
Berita Harian. (2020, Mei 16). COVID-19. Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baru buat guru.
Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan . Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Mc Graw Hill
Education.
Geoffrey Crisp (2011). Teacher‟s Handbook on e-assessment. Australian Learning and Teaching Council
Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2 ed. Vol. 371.26).Skudai: Penerbit
UTM Press.
Faridah, C., Afham Zulhasmi A. (2019) Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan
Aplikasi Kahoot. Online Journal For TVET Practitioners, 1-11
Hamzah, M. D. (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.
John Orlando (2011). How to Effectively Assess Online Learning. A Magna Publications White Paper.
Jaya Kumar C . Koran (2011). Aplikasi ‗E-Learning‘ dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah Malaysia: Bahagian Teknologi Pendidikan KPM.
Kaviza, M. (2019). Analisis keperluan terhadap pembangunan modul aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sejarah berasaskan penggunaan sumber-sumber sejarah. e-Bangi, 16(6).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025.
Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2020). Malaysia Towards Digital Learning in the New Normal
„DELIMa‟ Webinar
Lorna R. Kearns (2012) Student Assessment in Online Learning: Challenges and Effective Practices
MERLOT. Journal of Online Learning and Teaching.
Majlis Keselamatan Negara (2020). Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : MKN. Diakses daripada
https://www.mkn.gov.my/web/ms/covid-19/
Nor Zaiton Hanafi & Jamaludin Badusah. (2016). Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Pembelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Kelima, 539-546. Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nirfayanti & Nurbaeti. (2019) Pengaruh Media Pembelajaran Google Classroom Dalam Pembelajaran
Analisis Real Terhadap Motivasi Belajar Mahasiswa. Jurnal Penelitian Matemetika dan Pendidikan
Matematika, 50-59

166

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Noraini Bidin & Zamri Mahamod. (2016). Kesediaan murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 6 (1): 64-76

Rohaya Talib (2008). Pembinaan dan Pengesahan Instrumen Ujian Literasi Pentaksiran.Universiti
Teknologi Malaysia.Tesis PhD

Sue Wilkinson, Online learning, teaching and education continuity planning for schools (2020),
International Baccalaureate Organization (UK) Ltd

Tuan Azlyna Tuan Soh. (2013). Kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah Bahasa
Melayu di sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia

News (2020). Coronavirus leading to ‗desperately unequal‘ learning levels: UNICEF. Retrieved from
https://news.un.org/en/story/2020/06/1065672

167

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

PENGLIBATAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SALAH SEBUAH PUSAT TINGKATAN
ENAM DI DAERAH PENAMPANG DALAM AKTIVITI FIZIKAL DAN SENAMAN SEMASA

PANDEMIK COVID-19. SATU KAJIAN KES.

Mohd Nordin Khadis¹
Pusat Tingkatan 6 SMK Limbanak, Penampang. Sabah

[email protected]

Abstrak

Pandemik global COVID-19 tahun 2020 di seluruh dunia telah mengubah corak aktiviti tingkah laku
manusia dan tahap penglibatan individu dalam aktiviti fizikal dan senaman. Terdapat penurunan yang
serius penglibatan remaja dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Kekurangan informasi berkaitan
dengan penglibatan pelajar tingkatan enam dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman mendorong
pengkaji menjalankan kajian ini. Pendekatan kajian ini adalah kajian penyelidikan kualitatif dalam bentuk
kajian kes. Empat orang peserta kajian telah dipilih secara bertujuan, dari kalangan pelajar tingkatan enam
yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) > 30, berumur 18 hingga 19 tahun. Teknik temu bual separa
berstruktur digunakan untuk mengutip data. Kajian mendapati, peserta kajian mempunyai keinginan yang
tinggi untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman untuk menurunkan berat badan, sikap pelajar untuk
melakukan aktiviti fizikal dan senaman turut berkait rapat dengan halangan kepada penglibatan pelajar
dalam aktiviti fizikal dan senaman secara aktif.
Kata kunci: obesiti, aktiviti fizikal, senaman, halangan, pelajar tingkatan enam, indeks jisim badan,
kualitatif, kajian kes

Pendahuluan

Pandemik global penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah diisytiharkan sebagai kecemasan global
pada tahun 2020 (Sohrabi et al., 2020). COVID-19 juga telah memberi implikasi yang besar ke atas
kesihatan, ekonomi (Cutler, 2020), dan gaya hidup manusia (Thomson, 2020). Berbagai badan termasuk
Badan Kesihatan Sedunia (WHO), mengesyorkan agar tidak melakukan perjalanan ke kawasan berisiko
tinggi, bersentuhan dengan individu yang mengalami gejala (World Health Organization, 2020), dan di
Malaysia, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membatasi pergerakan
mereka dengan menyekat individu untuk keluar dari rumah (Tang, 2020). Selain itu, hampir semua
institusi pendidikan di seluruh dunia ditutup akibat penyebaran penyakit berjangkit ini (Viner et al., 2020).
Ini secara tidak langsung menghasilkan kekangan yang signifikan untuk melakukan aktiviti fizikal dan
bersenam secara bebas dan aktif (Ammar et al., 2020). Langkah-langkah kesihatan awam yang
dilaksanakan oleh pemerintah untuk mengawal pergerakan dan aktiviti harian semasa perintah kawalan
pergerakan dalam konteks COVID-19 telah menimbulkan kesukaran bagi individu untuk melakukan
aktiviti fizikal dan bersenam (Jiménez-Pavón, Carbonell-Baeza, & Lavie, 2020). Keperluan untuk terus
aktif dan kerap melakukan aktiviti fizikal dan senaman semasa berlakunya pandemik COVID-19 sangat
penting dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan (Woods et al., 2020). Duduk di rumah untuk jangka
masa yang panjang seperti duduk, berbaring, bersandar, berehat semasa pandemik COVID-19 akan
menurunkan jumlah pergerakan sebenar biasa, dan berpotensi menyebabkan peningkatan risiko untuk
mengalami masalah kesihatan (Owen, Sparling, Healy, Dunstan, & Matthews, 2010).

168

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Penglibatan individu, terutamanya remaja bersekolah dalam aktiviti fizikal dan senaman sangat
penting untuk menjaga tahap kesihatan dan kecergasan serta usaha untuk meningkatkan kualiti hidup
(Hemphill, Kuan, & Harris, 2020). Semasa pandemik COVID-19 yang berlangsung selama lebih dari
sepuluh bulan ketika kerajaan mengisytiharkan PKP dengan mengeluarkan arahan kepada semua untuk
tidak keluar dari rumah, penutupan sekolah, stadium, gim, taman, pengasingan dan kuarantin kumpulan
berisiko tinggi telah menimbulkan cabaran yang signifikan terhadap kebiasaan dan rutin dalam
melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang berterusan (MKN, 2020). Halangan dan cabaran semasa
pandemik COVID-19 menunjukkan hubungan yang signifikan dengan corak penglibatan individu,
terutamanya remaja dalam melakukan aktiviti fizikal dan bersenam selain daripada halangan dan cabaran
lain yang akan dijelaskan lebih lanjut dalam kajian ini (Dwyer, Pasini, De Dominicis, & Righi, 2020).

Objektif kajian dijalankan adalah untuk menjelaskan perkaitan sikap pelajar Tingkatan 6 ke atas
halangan untuk melibatkan diri dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman di salah sebuah Pusat
Tingkatan 6 di daerah Penampang, Sabah. Selain itu, kekurangan informasi berkaitan dengan sikap pelajar
tingkatan enam dan penglibatan pelajar tingkatan enam dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman
mendorong pengkaji menjalankan kajian ini.

Di Malaysia, dalam tempoh 20 tahun ini, banyak penyelidikan mendapati bahawa kadar obesiti
meningkat secara dramatik, dan telah menjadi isu kesihatan awam yang kritikal (Pell et al., 2016) dan
menjadi bidang penyelidikan yang menjadi keutamaan di kalangan penyelidik (MOH, 2016). Berat badan
berlebihan dan kegemukan berkembang menjadi salah satu masalah kesihatan terbesar di seluruh dunia
dan di Malaysia disebabkan oleh perubahan gaya hidup seperti penurunan aktiviti fizikal dan senaman,
peningkatan tingkah laku tidak aktif, dan tabiat makan yang tidak sihat. Hasil kajian menunjukkan bahawa
aktiviti fizikal rendah atau sederhana dikaitkan secara signifikan dengan peratusan individu yang
berlebihan berat badan atau gemuk daripada mereka yang aktif melakukan aktiviti fizikal dan bersenam
(Cheah, 2011). Sebilangan besar kajian baru-baru ini memberikan maklumat mengenai hubungan antara
aktiviti fizikal dan indeks jisim badan. Ini menunjukkan bahawa tahap penglibatan aktiviti fizikal yang
lebih rendah dikaitkan dengan risiko lebih tinggi berat badan atau obesiti. Kajian sebelumnya,
menggunakan standard WHO, mendapati bahawa berat badan wanita berlebihan lebih tinggi pada lelaki
(Pell et al., 2016). Data dari Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional Ketiga Malaysia (NHMS III) pada
tahun 2006 mendapati bahawa faktor sosio-demografi dan ketidakaktifan fizikal pada orang dewasa
berumur 18 tahun ke atas mengikut jantina adalah antara faktor utama yang mempengaruhi penglibatan
mereka dalam aktiviti fizikal dan senaman. Kajian menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung tidak
aktif secara fizikal dan menunjukkan bahawa obesiti lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki, yang
mempunyai tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal dan senaman yang lebih tinggi berbanding dengan
wanita (Chan et al., 2017).

Berdasarkan kajian lepas, mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara sikap dan
halangan remaja untuk melibatkan diri dalam melakukan aktiviti fizikal dan bersukan. Dapatan kajian
mendapati bahawa, kekangan yang dihadapi boleh mencabar individu untuk membentuk atau
menghasilkan sikap positif untuk terlibat dalam aktiviti fizikal seperti aktiviti fizikal dan bersukan. Antara
tujuan melakukan aktiviti fizikal adalah untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan,
mengurangkan tekanan, mengisi masa dan mengamalkan gaya hidup sihat (Lim et al., 2016). Kekangan
dalam melakukan aktiviti fizikal berdasarkan Teori Kekangan, dalam kajian ini didefinisikan sebagai
batasan yang akan menyebabkan sebarang bentuk masalah yang dapat mengelakkan individu terlibat
dalam sebarang aktiviti fizikal atau sukan. Kekangan tersebut diklasifikasikan kepada tiga bentuk

169

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

kekangan, iaitu kekangan struktur, interpersonal dan intrapersonal (Godbey, Crawford, &
Shen, 2010).

Berdasarkan teori yang sama, kekangan berdasarkan dari aspek struktur adalah seperti kemudahan
sukan, kenderaan, lokasi yang tidak strategik (Deelen, Ettema, & Dijst, 2016), kewangan, kekangan masa,
medan, dan peralatan sukan. Manakala kekangan intrapersonal merangkumi elemen psikologi individu
seperti tekanan, faktor agama, budaya, adat resam, persepsi peribadi, motivasi dan konsep kendiri, dan
seterusnya kekangan intrapersonal adalah seperti pengaruh oleh keluarga (Brown et al., 2016),
keselamatan (Rees- Punia, Hathaway, & Gay, 2018), status individu dan ketiadaan rakan (Godbey et al.,
2010).

Kajian lepas juga mendapati elemen motivasi mendorong menggerakkan individu bagi memenuhi
keperluan diri seseorang individu sebagai elemen yang dikenal pasti sebagai pendorong seseorang itu
membentuk sikap positif dengan usaha membina matlamat, menetapkan matlamat (Deci & Ryan, 1985).
Motivasi tersebut bentuk autonomi utama dalam diri individu untuk membangunkan kesedaran,
kepentingan dan kebolehan seseorang individu untuk mencapai matlamat, keperluan untuk melakukan
aktiviti fizikal dan bersenam (Ten Hoor et al., 2020). Berpandukan WHO, mendapati bahawa berat badan
wanita berlebihan lebih tinggi pada lelaki (Pell et al., 2016). Kajian lepas juga menunjukkan bahawa
wanita tidak aktif melakukan aktiviti fizikal dan senaman dan berisiko mengalami obesiti berbanding
lelaki (Chan et al., 2017). Berdasarkan tinjauan kajian yang dilakukan di Malaysia mendapati bahawa,
salah satu sebab penurunan penglibatan remaja dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman adalah dari
sikap remaja itu sendiri, yang lebih memfokuskan pada pencapaian akademik yang baik (Rozita, Maizan,
Mohd Sofian, Abdul Razak, & Faridah, 2011). Tinjauan turut mendapati peranan ibu bapa dalam
menetapkan sasaran akademik anak-anak sebagai salah satu keutamaan tertinggi mempunyai kesan yang
signifikan terhadap tahap penglibatan anak-anak untuk bersenam (Syed Kamaruzaman, Mohd Akbar,
Rahmad Sukor, & Wee, 2014). Namun, terdapat kajian yang menyatakan bahawa remaja yang persepsi
tidak berpuas hati dengan berat badan mereka mempunyai kecenderungan untuk melibatkan dalam
aktiviti fizikal berbanding dengan individu yang mengalami berlebihan berat badan atau obes berbanding
(Sampasa-Kanyinga, Hamilton, Willmore, & Chaput, 2017).

170

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Metodologi
Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif untuk menjelaskan fenomena yang berlaku (Hatch, 2002)
secara keseluruhan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada informan dan keinginan penyelidik
untuk mengenal pasti punca sesuatu berlaku agar dapat memperoleh pemahaman tentang kekangan yang
dihadapi oleh pelajar secara aktif terlibat dalam aktiviti fizikal dan senaman (Yin, 2009). Penyelidikan
kualitatif adalah kaedah yang sesuai digunakan dalam kajian ini kerana menggunakan pendekatan inkuiri
untuk memahami masalah dan kerumitan untuk mengetahui keseluruhan gambaran melalui maklumat
yang diperoleh dari pemberi maklumat dalam keadaan nyata dan semula jadi (Creswell, 2014). Oleh itu,
seramai empat orang pelajar (2 lelaki dan 2 perempuan) pelajar Tingkatan Enam berumur 18 - 19 tahun
dipilih menggunakan pensampelan bertujuan berdasarkan populasi pelajar Tingkatan Enam di salah satu
Pusat Tingkatan Enam di daerah Penampang. Sejajar dengan objektif kajian, wawancara separa
berstruktur telah digunakan, dan dilakukan tidak kurang dari 30 minit untuk membolehkan para peserta
menerangkan pengalaman mereka menggunakan penerangan yang mudah dan bermakna dalam bentuk
pernyataan yang menggunakan kata-kata mereka sendiri (Denzin & Lincoln, 2005). Para peserta
mengambil bahagian dalam temu ramah separa berstruktur untuk mengakses penglibatan mereka dalam
aktiviti fizikal dan senaman. Temu ramah dirakam dan ditranskripkan dengan sewajarnya. Mereka
dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti versi 8 sesuai dengan kod tema, sub-tema, dan menghasilkan
memo. Tema-tema dianalisis kata demi kata, baris demi baris, ayat demi ayat dan ayat demi perenggan
untuk memastikan bahawa tidak ada maklumat yang tersisa untuk digunakan sebagai penemuan
penyelidikan dan kemudian dibahas sebagai penemuan penyelidikan (Creswell, 2014).

171

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Semakan rakan sebaya digunakan untuk meningkatkan ketepatan, kebolehpercayaan, dan kesahan data
untuk mengukuhkan kestabilan data yang diperoleh (Merriam, 2002).

Dapatan Kajian

Data antropometrik peserta diambil untuk menentukan komposisi badan berdasarkan norma Indeks Jisim
Tubuh (BMI) untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahan data yang diambil. Peserta dengan indeks
jisim badan (BMI)> 30 diklasifikasikan sebagai obes. Norma pengukuran standard digunakan
berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO,
2010). Penentuan klasifikasi BMI berdasarkan persamaan pada Rajah 1.

= ( )
( )

Rajah 1: Pengukuran BMI

BMI kemudian diklasifikasikan mengikut empat kategori berat badan; kurang berat badan, berat badan
normal, berat badan berlebihan, dan gemuk (WHO, 2010), seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.

Jadual 1: Klasifikasi badan berdasarkan BMI

BMI Klasifikasi Badan
<15 - 18.5 Kurang berat
>18.5 - 25 Normal
>25 - 30 Lebihan berat
Obes
>30

Secara amnya, semua peserta telah memberikan maklum balas seperti yang dikehendaki oleh
penyelidik. Data dari wawancara dianalisis secara menyeluruh untuk memastikan tidak ada maklumat
yang tertinggal. Penyelidik telah membahagikan penemuan ini kepada tiga bahagian utama: data
antropometrik dan latar belakang kesihatan umum, aktiviti fizikal dan penglibatan senaman, dan sikap
dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Latar belakang antropometrik dan kesihatan peserta
diringkaskan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Latar belakang antropometrik dan kesihatan

Peserta Demografi BMI Latar belakang kesihatan
1 Perempuan, 39.7
19 tahun (obes) Tidak merokok, tidak pernah mengambil dadah, atau
minum alkohol. tidak menghadapi masalah kesihatan
2 Perempuan, 37.7 tetapi alah kepada makanan laut. Peserta mengalami
19 tahun (obes) patah kaki kanan kerana kemalangan motosikal semasa
di sekolah rendah.

Tidak merokok, tidak pernah mengambil dadah, atau
minum alkohol. Peserta didiagnosis mempunyai tumor di

172

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

3 Lelaki, 35.7 kepala, namun masih kecil, tidak berbahaya. Hanya
19 tahun (obes) perlukan pembedahan jika tumor semakin besar. Peserta
mengadu sakit kepala dan pening.
4 Lelaki, 33.8
19 tahun (obes) Tidak merokok, tidak pernah mengambil dadah, atau
minum alkohol. Peserta sihat. Namun, peserta
mempunyai sejarah kecederaan dislokasi pada sendi
bahu.

Tidak merokok, tidak pernah mengambil dadah, atau
minum alkohol. Secara amnya, para peserta tidak
menghadapi masalah kesihatan dan tidak pernah
mengalami kecederan serius.

Berdasarkan temu bual tersebut, aktiviti fizikal peserta dan penglibatan latihan diringkaskan seperti dalam
Jadual 3.

Jadual 3: Penglibatan dalam aktiviti fizikal dan senaman

Peserta Penglibatan dalam aktiviti fizikal Data Temu Bual

& senaman

1 Tidak konsisten dalam melakukan “Sejauh ini, dalam sebulan, saya melakukan

aktiviti fizikal atau bersenam. latihan tiga atau empat kali. Tetapi saya

biasanya bersenam hanya pada hujung

minggu, terutamanya ketika saya pulang ke

rumah pada hujung minggu. "

2 Mula menjadi kurang aktif sejak dia "Doktor tidak menghalang saya melakukan

berhenti terlibat dalam gimnastik senaman dan saya tidak diberi ubat untuk

dan setelah didapati ada ketumbuhan tumor saya".

di kepala oleh doktor.

“Selama 12 bulan yang lalu, saya tidak

terlibat dalam aktiviti sukan di luar atau di

dalam sekolah. Selalunya, saya berada di

rumah. ”

3 Lebih aktif berbanding peserta 1 dan “Tahun ini, saya tidak menghadiri

2, tetapi lebih rendah berbanding pertandingan sukan atau acara sukan amal

peserta 4. Tidak konsisten dalam seperti maraton dan sebagainya. Kali

melakukan aktiviti fizikal atau terakhir saya bersenam dalam minggu ini

senaman. adalah sehari yang lalu. "

4 Lebih aktif berbanding peserta 1, 2, "Tahun lalu saya berehat dari bermain ragbi

dan 3. Walaupun dia melakukan kerana saya cedera, dan saya mula berlatih

senaman secara konsisten. Namun lagi bulan lalu."

penurunan penglibatan disebabkan

oleh kecederaan lampau.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan ke atas peserta, terdapat empat bentuk dorongan yang membentuk

sikap peserta untuk menghasilkan tingkah laku dalam keadaan sedar, sehingga membentuk kepercayaan

atau perasaan, berkenaan penglibatan aktiviti fizikal boleh memberi kesan positif kepada kecenderungan

untuk menangani masalah obesiti yang dialami oleh peserta. Ia dapat diringkaskan seperti dalam Jadual

173

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

4.

Jadual 4: Sikap dan penglibatan peserta dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman.

Dorongan Sikap Data Temu Bual
Imej
“...saya menimbang berat badan baru-baru ini saya,
saya rasa terkejut sebab berat badan makin
bertambah, terus rasa tersedar, takut, risau, rasa
tidak mahu tengok badan sendiri, sedih, kecewa,
kalau boleh saya mahu sendiri sahaja yang tengok
berat badan dan tidak mahu orang tengok, semualah
saya rasa.” (Peserta 1)

Kesihatan “...saya paling risaukan bahagian pinggul. Saya
Sokongan keluarga pernah juga exercise tapi saiz bahagian pinggul saya
tidak dapat juga turun. Kalau boleh bahagian
pinggul tu yang paling utama untuk dikecilkan.”
(Peserta 2)
“Selain dari perut dan pinggang saya risaukan
bahagian paha juga sebab susah mahu cari seluar
kalau paha terlalu besar. Pendek kata dari bahagian
perut, pinggul dan paha perlu di kecilkan sedikit.”
(Peserta 3)
“..saya terdorong untuk bersenam adalah kerana
untuk memperbaiki penampilan saya agar tidak
gemuk, senang untuk mencari pakaian yang
bersesuaian.” (Peserta 4)

“...saya exercise hanya untuk menurunkan badan
saya dan sihat, yang penting berpeluh, bergerak dan
dapat turunkan berat badan.” (Peserta 1)
“Perkara yang paling saya bimbang kalau berat
badan saya semakin meningkat ialah tentang
kesihatan saya, takut ada kencing manis, darah
tinggi, obes semua tu. Sebab itulah saya berusaha
untuk menurunkan berat badan saya.” (Peserta 2)
“...saya bersenam dan bersukan adalah untuk
menjaga kesihatan saya di samping saya dapat
bergiat aktif sebagai pemain utama dalam pasukan
ragbi yang saya wakili.” (Peserta 3)
“Tujuan saya hendak menurunkan berat badan saya
ialah semata-mata hendak jadi lebih sihat, senang
buat kerja, boleh bergerak aktif, tidak cepat penat,
kalu pergi ke sekolah pun senang badan pun lebih
ringan.” (Peserta 4)

“Ibu sayalah yang sangat menggalakkan saya
bersukan...” (Peserta 1).

174

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

“...saya perlukan bantuan orang lain untuk
membantu saya untuk menurunkan berat badan
saya. Saya perlukan orang lain untuk ingatkan dan
nasihatkan saya tentang jadual-jadual pemakanan
dan exercise saya, sebab saya selalu lupa.” (Peserta
2)
“Kalau keluarga saya, apa yang baik saya lakukan
mereka sentiasa mendorong saya untuk
melakukannya contohnya bersenam atau melibatkan
diri dalam sukan ragbi.” (Peserta 3)

Keseronokan “Saya tidak arif sangat macam mana hendak
menurunkan berat badan tetapi saya banyak
mengikut tunjuk ajar dan nasihat dari bapa saya”.
(Peserta 4)

“Setakat ini saya tidak rasa stres kalau buat exercise
dan saya memang enjoy walaupun penat.” (Peserta
1).
“Senaman membuatkan saya dapat mengurangkan
stres belajar.” (Peserta 2)
“Saya merasa seronok dan puas apabila saya dapat
bersenam.” (Peserta 3)
“Saya lebih kerap bersenam semasa hari cuti lebih-
lebih lagi jika bapa saya cuti”. (Peserta 4).

Berdasarkan temu bual Peserta, terdapat sepuluh bentuk kekangan penglibatan dalam aktiviti fizikal
dan latihan. Kekangan yang dihadapi oleh peserta dalam mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal
dan latihan diringkaskan seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5: Kekangan melakukan aktiviti fizikal dan senaman

Kekangan Sub Tema Data Temu bual
Struktur
"Saya mungkin dapat bersenam lebih banyak

Kemudahan sukan sekiranya saya mempunyai treadmill di rumah”

(Peserta 1).

"Saya mendapati bahawa sekolah ini

kekurangan guru yang mempunyai pengalaman

dan kursus dalam sukan dan senaman, serta

kekurangan peralatan sukan" (Peserta 3).

“Di sekolah, kemudahan sukan tidak

mencukupi. Contohnya, tidak ada cukup ruang

untuk berjoging, padang sekolah juga penuh

dengan pelajar setiap petang untuk bersukan,

terutamanya dengan budak lelaki sesi petang

yang mengikuti ragbi latihan sukan. Saya juga

berlari ke kawasan taman berdekatan, tetapi

saya merasa tidak selesa. Sekiranya boleh, saya

175

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Struktur Masa lebih suka berjoging di tempat yang luas dan
tenang” (Peserta 4).
Struktur Pengangkutan / “Sejauh ini, pakaian, kemudahan untuk
kenderaan bersenam, kewangan, pengangkutan, dan
keselamatan tidak menjadi penghalang untuk
Struktur Kewangan saya berolahraga. Saya tidak mempunyai cukup
masa untuk melakukan aktiviti fizikal atau
Interpersonal Tanggungjawab bersenam” (Peserta 1).
rumah tangga "Sangat sukar untuk mencari masa untuk
bersenam. Saya selalu sibuk dengan kerja rumah
kerana ibu bapa saya jarang berada di rumah,
jadi saya bertanggungjawab untuk melakukan
kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian,
membasuh pinggan, membersihkan rumah, dan
menjaga adik saya” (Peserta 2).
Saya hanya bersenam di rumah jika mempunyai
masa” (Peserta 2).

"Saya menghadapi masalah pengangkutan,
terutama jika saya ingin pergi ke tempat-tempat
seperti Taman Perdana atau kawasan rekreasi
lain. Tidak ada bas untuk sampai ke tempat itu,
dari rumah, saya harus turun di perhentian bas
dan menaiki bas lain untuk sampai ke tempat
itu, jadi sukar, malas, mahu menukar bas. Saya
sangat ingin bersenam di sana kerana orang
mengatakan bahawa kawasan itu baik” (Peserta
1).

"Saya sangat terpengaruh oleh iklan untuk
menurunkan berat badan di televisyen atau di
Internet dan saya benar-benar ingin membeli,
tetapi saya tidak dapat membeli kerana alasan
kewangan. Saya tidak mempunyai cukup wang
untuk membeli pakaian sukan ”(Peserta 1).

"Ibu saya tidak suka saya bermain sukan.
Terutama ketika saya bermain bola sepak
dengan budak lelaki, dan ibu saya berkata
kepada saya, "Kamu perempuan, jangan terlalu
banyak bermain bola sepak dengan budak lelaki.
Ibu tidak suka saya bermain bola sepak dan
terlalu banyak bergaul dengan budak lelaki"
(Peserta 1).
“Cukup sukar untuk mencari masa untuk
bersenam. Saya selalu sibuk dengan kerja rumah
kerana ibu bapa saya jarang berada di rumah,
jadi saya bertanggungjawab untuk kerja-kerja
rumah seperti mencuci pakaian, membasuh

176

Interpersonal Pencapaian PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
akademik PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Interpersonal Kecederaan pinggan, membersihkan rumah, dan menjaga
Intrapersonal Keselamatan adik saya” (Peserta 1).
"Perkara-perkara yang menghalang saya untuk
bersenam ialah saya terpaksa melakukan aktiviti
sekolah saya hingga petang dan juga melakukan
kerja-kerja rumah" (Peserta 3).
"Faktor yang menghalang saya untuk melakukan
aktiviti fizikal ialah saya terpaksa
menyelesaikan tugas sekolah secepat mungkin"
(Peserta 4).
"Pada pendapat saya, buat masa ini, lebih baik
belajar. Bersenam, adalah menjadi nombor dua.
Perkara yang menghalang saya bersenam
biasanya adalah masa saya, saya memerlukan
lebih banyak masa untuk belajar ” (Peserta 1).
"Saya berhenti bersukan ketika saya berada di
kelas enam kerana ibu bapa saya mahu saya
fokus pada peperiksaan UPSR" (Peserta 2).
"Saya mahu fokus pada pelajaran saya tahun ini.
Semasa saya berada di tingkatan lima, saya tidak
mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti
sukan kerana ingin menumpukan perhatian pada
pelajaran saya. Boleh dikatakan bahawa sejak
saya berada di tingkatan empat hingga enam,
sekarang saya benar-benar fokus pada pelajaran
saya” (Peserta 2).
"Saya tidak lagi aktif dalam aktiviti sukan, saya
hanya fokus pada pelajaran saya” (Peserta 3).

“Saya memberi penekanan pada pelajaran saya,
dan ia menjadi keutamaan dari bersenam”
(Peserta 4).

“Terburuk saya mengalami kecederaan
hamstring dan selama itu saya terpaksa berehat
selama enam bulan atas nasihat doktor.
Kecederaan hamstring sangat menyakitkan dan
membimbangkan saya sebagai ahli sukan kerana
bimbang tidak pulih dan saya terpaksa berhenti
bersukan” (Peserta 4).
“Kadang-kadang rasanya tidak selamat untuk
bersenam sendiri, terutama pada waktu malam.
Saya jarang bersenam sendiri. Biasanya, adik
saya menemani saya pergi bersenam di mana
sahaja, dan saya akan bersenam tetapi mesti ada
kawan. Sekiranya tidak dengan abang, saya
bersenam dengan rakan-rakan saya” (Peserta 1).

177

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

“Sejauh ini, saya tidak pernah bersenam di luar.
Saya berasa lebih selamat untuk bersenam di
dalam rumah” (Peserta 2).

“Tentang keselamatan, saya selalu memikirkan
keselamatan di luar. Saya lebih memilih untuk
bersenam di kawasan padang yang lapang,
berbanding bersenam di kawasan lalu lintas
yang padat ” (Peserta 3).

"Biasanya, saya bersenam dengan ayah saya.
Saya jarang-jarang bersenam bersendirian di
luar. Saya selalu merasa bimbang dengan
keselamatan saya, bimbang sesuatu akan berlaku
di luar jika saya bersenam sendiri. Saya berasa
gembira apabila ayah menemani saya semasa
bersenam. Saya mempunyai teman untuk
bercerita ketika bersenam, dan berasa lebih
seronok, dan kadang-kadang saya bersaing
dengan ayah saya untuk melihat siapa yang
paling pantas ketika berjoging” (Peserta 4).

Intrapersonal Guru bukan opsyen "Faktor keselamatan menghalang saya daripada
Intrapersonal Hiburan bersenam lebih kerap. Contohnya, pemandu
kereta selalu memandu dengan laju, saya tidak
akan membahayakan diri sendiri” (Peserta 4).

“Sejak saya berada di tingkatan 1-5, saya jarang
terlibat dengan kelas Pendidikan Jasmani (PJ),
kerana kami jarang mempunyai kelas PJ.
Biasanya, guru PJ saya akan meminta kami
berada di kelas sahaja. Saya tidak tahu mengapa.
Semasa mata pelajaran PJ, guru PJ saya akan
meminta kami membaca buku atau melakukan
kerja sendiri. Situasi itu berlaku dari saya berada
di tingkatan 1-5 dan itulah sebabnya saya tidak
tahu banyak mengenai PJ” (Peserta 1).

"Terdapat banyak rancangan televisyen yang
menarik menyebabkan saya memilih untuk
menonton televisyen dari bersenam. Selain itu,
permainan dalam talian membuat saya
menghabiskan banyak masa di depan komputer
dan berasa malas” (Peserta 3).

Perbincangan

BMI keempat-empat peserta berkisar antara 33.8 hingga 39.7 dan diklasifikasikan sebagai obes. Namun,
mereka pada umumnya sihat walaupun seorang peserta didiagnosis menghidap tumor di kepala. Semua

178

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

peserta tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Terdapat hubungan yang kuat antara kekangan dan
penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal dan latihan. Ia secara tidak langsung meningkatkan risiko pelajar
mengalami kegemukan dalam jangka masa panjang, dan ketidakaktifan menjadi lebih serius, terutamanya
apabila pelajar telah tamat sekolah. Kajian ini mendapati bahawa remaja perempuan yang melakukan
aktiviti fizikal dan bersenam masih rendah berbanding dengan penglibatan aktiviti fizikal di kalangan
remaja lelaki (Oluyinka & Endozo, 2019). Ini bertepatan dengan penemuan kajian sebelumnya yang
menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung tidak aktif secara fizikal dan obesiti lebih tinggi pada wanita
berbanding lelaki (Chan et al., 2017).

Kajian ini mendapati kekangan dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman merupakan elemen
yang membawa kepada penurunan penyertaan pelajar dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman
(Givaudan, Barriga, García, Valdez, & Silver, 2020). Berdasarkan Teori Kekangan mempunyai perkaitan
yang kuat dengan usaha pelajar melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Kajian ini menemui 10 bentuk
sub tema kekangan yang dapat diklasifikasikan kepada tiga bentuk tema kekangan utama, iaitu kekangan
struktur, interpersonal dan intrapersonal (Godbey, Crawford, & Shen, 2010). Antaranya ialah kekangan
tersebut ialah kekangan dari aspek struktur seperti kemudahan sukan, kenderaan / pengangkutan, lokasi
(Deelen et al., 2016), kewangan dan kekangan masa (Cheah, 2011). Manakala kekangan intrapersonal
terdiri daripada tanggungjawab rumah tangga (Garg & Raman Kutty, 2019), pencapaian akademik (Syed
Kamaruzaman et al., 2014) dan kecederaan (Cai et al., 2018). Seterusnya kekangan intrapersonal adalah
seperti, keselamatan (Rees-Punia et al., 2018), ketiadaan guru opsyen (Behzadnia, Adachi, Deci, &
Mohammadzadeh, 2018), ketiadaan rakan (Godbey et al., 2010) dan pengaruh media (Keadle, Arem,
Moore, Sampson, & Matthews, 2015) walaupun terdapat kajian yang menyatakan bahawa media hiburan
seperti permainan video atau permainan video aktif boleh menjadi alat yang berguna untuk meningkatkan
penyertaan remaja dalam aktiviti fizikal (Williams & Ayres, 2020). Oleh itu, pengkaji dapat membuktikan
bahawa kesemua 10 kekangan yang dinyatakan dalam kajian ini adalah faktor utama penurunan aktiviti
fizikal, senaman, dan sebagai penghalang dalam mempromosikan gaya hidup aktif di kalangan pelajar
Tingkatan 6.

Walau bagaimanapun kajian ini mendapati turut mendapati semua peserta mempunyai sikap
positif terhadap senaman, dan terdapat usaha untuk menjaga pemakanan dan melakukan senaman untuk
menurunkan berat badan (Pearson & Hall, 2013). Imej kurus dan langsing menjadi dorongan pelajar untuk
menurunkan berat badan di samping untuk mendapatkan faedah kesihatan hasil dari melakukan senaman
(Homan & Tylka, 2014). Dapatan kajian mendapati ke empat-empat pelajar terdorong untuk melakukan
aktiviti fizikal untuk mencapai keperluan imej dan penampilan. Imej dan penampilan yang baik dapat
menaikkan semangat dan keyakinan pelajar (Portela-Pino, López-Castedo, Martínez-Patiño, Valverde-
Esteve, & Domínguez-Alonso, 2020). Imej badan yang tidak menarik yang dikaitkan dengan saiz badan
yang besar, berkait rapat dengan aktiviti fizikal dan penyertaan sukan yang lebih rendah (Sampasa-
Kanyinga et al., 2017). Imej badan yang positif dikaitkan dengan penyertaan yang lebih tinggi dalam
aktiviti fizikal dan sukan (Sabiston, Pila, Vani, & Thogersen-Ntoumani, 2019).

Kajian ini juga mendapati sikap positif pelajar banyak didorong oleh motivasi intrinsik yang kuat
seperti inginkan imej yang lebih baik dan menarik. Motivasi intrinsik mempunyai pengaruh yang rapat
dengan membentuk sikap positif seseorang dalam mengerakkan individu untuk memenuhi keperluan diri
seseorang individu (Panão & Carraça, 2020). Aspek motivasi intrinsik sebagai satu bentuk dorongan
khusus membentuk suatu kuasa yang banyak mempengaruhi tindakan seseorang khususnya subjek dalam
mencapai matlamat untuk kurus bagi mendapatkan imej yang dikehendaki. Pelajar merasa puas, dapat

179

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

memenuhi matlamat peribadi, membentuk pengalaman yang berkualiti tinggi, menimbulkan rasa seronok
dan membantu pelajar memperoleh kesejahteraan hidup (Deci & Ryan, 1985).

Sikap positif dan tindakan peserta untuk melakukan senaman sekerap yang boleh, menguatkan
hasil kajian ini apabila menyatakan bahawa motivasi intrinsik mendorong seseorang untuk memenuhi
sebahagian besar keperluan psikologi dalam konteks untuk menikmati keseronokan dan kepuasan dalam
hidup, penglibatan subjek dalam aktiviti fizikal memberikan kepuasan dalam hidup dan akan
membolehkan remaja berusaha untuk menghasilkan tindakan yang bermakna (Ng et al., 2012). Pelajar
mendapati bahawa, bersenam akan memberi impak yang positif kepada tahap kesihatan mereka,
mengurangkan stres semasa belajar dan dapat memberikan kepuasan dari segi keseronokan sosial semasa
melakukan senaman seperti merasa gembira, dihargai dan selamat apabila bersenam dengan ahli keluarga
dan rakan-rakan (Gallé et al., 2020). Sokongan dari ibu bapa membolehkan remaja memperoleh
pengetahuan dan asas yang baik dalam pembangunan kemahiran, pemahaman kognitif, dan sikap positif
terhadap diri mereka sendiri untuk mendapat manfaat daripada aktiviti fizikal dan cara hidup sihat
(Ntoumanis et al., 2020).

Selaras dengan kajian lain, kesan pengalaman merasa seronok dalam melakukan aktiviti fizikal,
memberi kesan kepada peningkatan keupayaan diri, menyedari lebih banyak faedah persaingan, dan dapat
mengurangkan persepsi negatif bahawa individu yang mengalami masalah obesiti tidak mampu untuk
merasakan keseronokan yang sama seperti individu normal (Deforche, Bourdeaudhuij, Tanghe, Hills, &
Bode, 2004). Kajian ini didapati peserta terdorong untuk melakukan aktiviti fizikal apabila pelajar
mempunyai masa yang cukup untuk melakukan senaman khususnya di hujung minggu, cuti umum dan
semasa cuti persekolahan dengan konsisten. Sikap pelajar secara positifnya didorong secara intrinsik
dengan melakukan aktiviti yang membawa faedah positif ke atas diri pelajar untuk melibatkan diri dalam
sukan melalui pengisian masa lapang dengan melakukan aktiviti fizikal dengan lebih kerap dan konsisten
(Emm-Collison et al., 2019). Walaupun terdapat halangan yang cukup besar selain dari pandemik
COVID-19 ke atas penglibatan pelajar dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman, namun kajian ini
dapat membuktikan bahawa peranan dorongan berbentuk motivasi seperti keperluan imej, kesihatan,
sokongan keluarga dan keseronokan memainkan peranan utama dalam membentuk sikap positif terhadap
penglibatan peserta untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Kajian ini juga turut membuktikan
bahawa pelajar Tingkatan Enam mempunyai persepsi tidak berpuas hati yang dengan berat badan mereka
yang kuat serta mempunyai kecenderungan usaha yang tinggi untuk melibatkan dalam aktiviti fizikal
walaupun dikategorikan mengalami berlebihan berat badan atau obes. Sehubungan dengan itu, kajian
yang menyatakan individu yang mengalami berlebihan berat badan atau obes mempunyai kecenderungan
yang rendah untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman (Sampasa-Kanyinga et al., 2017) tidak berlaku
dalam kajian ini. Oleh itu, pelajar tingkatan enam sebenarnya tidak malas untuk melakukan aktiviti fizikal
dan senaman namun mereka perlukan dorongan untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara
berterusan dan konsisten.

Kajian ini mendapati bahawa dorongan pelbagai seperti imej, kesihatan, sokongan keluarga dan
keseronokan memainkan peranan utama dalam membentuk sikap positif terhadap penglibatan peserta
dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman. kajian ini juga mendapati peserta lelaki mempunyai tahap
penglibatan yang lebih tinggi dalam aktiviti fizikal dan senaman daripada wanita. Hasil kajian ini
mendapati pelajar tingkatan enam berisiko tinggi untuk mengalami masalah obesiti selepas mereka tamat
persekolahan dan juga pelajar tingkatan enam sebenarnya tidak malas untuk melakukan aktiviti fizikal
dan senaman namun mereka perlukan dorongan untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara
berterusan dan konsisten.

180

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Kajian ini dilakukan di pusat Tingkatan Enam di daerah Penampang, Sabah, yang melibatkan
pelajar lelaki dan perempuan berusia antara 18 hingga 19 tahun. Kajian ini tidak mempertimbangkan
persepsi ibu bapa dan pandangan masyarakat. Juga, kajian ini tidak mempertimbangkan latar belakang
budaya, tahap pendidikan ibu bapa, sikap sosio-ekonomi, dan tabiat makan pelajar. Hasilnya hanya terhad
untuk mewakili populasi pelajar sekolah menengah di daerah Penampang, dan mungkin ada penemuan
lain dari pusat Tingkatan Enam di daerah lain. Walau bagaimanapun, para penyelidik akan berusaha
memperbaiki kekurangan kajian ini untuk kepentingan kajian yang berkaitan pada masa akan datang.
Penyelidik mencadangkan kajian mengenai masalah pandemik COVID-19 harus dilakukan secara
mendalam dan kaitannya dengan penglibatan pelajar Tingkatan Enam dalam aktiviti fizikal dan senaman
pada masa akan datang.

Rujukan

Ammar, A., Brach, M., Trabelsi, K., Chtourou, H., Boukhris, O., Masmoudi, L., Driss, T. (2020). Effects
of COVID-19 Home Confinement on Eating Behaviour and Physical Activity: Results of the ECLB-
COVID19 International Online Survey. Nutrients, 12. https://doi.org/10.3390/nu12061583

Behzadnia, B., Adachi, P. J. C., Deci, E. L., & Mohammadzadeh, H. (2018). Associations between
students‟ perceptions of physical education teachers‟ interpersonal styles and students‟ wellness,
knowledge, performance, and intentions to persist at physical activity: A self-determination theory
approach. Psychology of Sport and Exercise, 39, 10–19.
https://doi.org/10.1016/j.psychsport.2018.07.003

Brown, H. E., Atkin, A. J., Panter, J., Wong, G., Chinapaw, M. J. M., & van Sluijs, E. M. F. (2016).
Family-based interventions to increase physical activity in children: A systematic review, meta-
analysis and realist synthesis. Obesity Reviews, Vol. 17, pp. 345–360.
https://doi.org/10.1111/obr.12362

Cai, W., Gao, Y., Yang, W., Cheng, F., Tang, D., & Li, L. (2018). Physical activity-related injury and its
associated factors among middle school students in Southern China. International Journal of
Environmental Research and Public Health, 15(6). https://doi.org/10.3390/ijerph15061244

Chan, Y. Y., Lim, K. K., Lim, K. H., Teh, C. H., Kee, C. C., Cheong, S. M., … Ahmad, N. A. (2017).
Physical activity and overweight/obesity among Malaysian adults: Findings from the 2015 National
Health and morbidity survey (NHMS). BMC Public Health, Vol. 17. https://doi.org/10.1186/s12889-
017-4772-z

Cheah, Y. K. (2011). Influence of socio-demographic factors on physical activity participation in a sample
of adults in Penang, Malaysia. Malaysian Journal of Nutrition, 17(3), 385–391.

Creswell, J. . (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. In
Research design Qualitative quantitative and mixed methods approaches.
https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2

Cutler, D. (2020). How Will COVID-19 Affect the Health Care Economy? JAMA - Journal of the
American Medical Association, 323(22), 2237–2238. https://doi.org/10.1001/jama.2020.7308

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985). Conceptualizations of Intrinsic Motivation and Self-Determination.
In Intrinsic Motivation and Self-Determination in Human Behavior (pp. 11–39).
https://doi.org/10.1007/978-1-4899-2271-7

Deelen, I., Ettema, D., & Dijst, M. (2016). Too busy or too far away? The importance of subjective
constraints and spatial factors for sports frequency. Managing Sport and Leisure, 21(4), 239–264.
https://doi.org/10.1080/23750472.2016.1255563

181

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Deforche, B., Bourdeaudhuij, I. De, Tanghe, A., Hills, A. P., & Bode, P. De. (2004). Changes in physical
activity and psychosocial determinants of physical activity in children and adolescents treated for
obesity. Patient Education and Counseling, 55(3), 407–415.
https://doi.org/10.1016/j.pec.2003.07.012

Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S. (2005). The SAGE handbook of qualitative research. In Library (Vol.
3rd). https://doi.org/10.1016/j.lisr.2006.05.004

Dwyer, M. J., Pasini, M., De Dominicis, S., & Righi, E. (2020, July 16). Physical Activity: Benefits and
Challenges During The COVID-19 Pandemic. Scandinavian Journal of Medicine and Science in
Sports, Vol. 30, pp. 1291–1294. https://doi.org/10.1111/sms.13710

Emm-Collison, L., Lewis, S., Reid, T., Matthews, J., Sebire, S., Thompson, J., & Jago, R. (2019). Physical
Activity during the School Holidays: Parent Perceptions and Practical Considerations. International
Journal of Environmental Research and Public Health, 16(10), 1697.
https://doi.org/10.3390/ijerph16101697

Gallé, F., Marte, G., Cirella, A., Dio, M. Di, Miele, A., Ricchiuti, R., … Liguori, G. (2020). An exercise-
based educational and motivational intervention after surgery can improve behaviors, physical
fitness and quality of life in bariatric patients. PLoS ONE, 15(10 October).
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0241336

Garg, S., & Raman Kutty, V. (2019). “Do I need exercise?” A Qualitative Study on Factors Affecting
Leisure-Time Physical Activity in India. Qualitative Report, 24(5), 1065–1082. Retrieved from
http://search.proquest.com/openview/0d339325238a8a80fce36dccd77fab02/1?pq-
origsite=gscholar&cbl=55152

Givaudan, M., Barriga, M., García, G., Valdez, I., & Silver, C. (2020). School-Based Life Skills Program
to Reduce Psychosocial Barriers to Achieving Child Nutrition and Obesity Prevention. 9(5), 131–
139. https://doi.org/10.11648/j.ajap.20200905.11

Hatch, J. A. (2002). Doing qualitative research in education settings. In Research in Education (Vol. 22).
https://doi.org/10.1097/01.JPN.0000311869.00334.06

Hemphill, N. M., Kuan, M. T. Y., & Harris, K. C. (2020). Reduced Physical Activity During COVID-19
Pandemic in Children With Congenital Heart Disease. Canadian Journal of Cardiology, 36(7),
1130–1134. https://doi.org/10.1016/j.cjca.2020.04.038

Homan, K. J., & Tylka, T. L. (2014). Appearance-based exercise motivation moderates the relationship
between exercise frequency and positive body image. Body Image, 11(2), 101–108.
https://doi.org/10.1016/j.bodyim.2014.01.003

Keadle, S. K., Arem, H., Moore, S. C., Sampson, J. N., & Matthews, C. E. (2015). Impact of changes in
television viewing time and physical activity on longevity: A prospective cohort study. International
Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, 12(1), 1–11. https://doi.org/10.1186/s12966-
015-0315-0

Lim, C. K., Yusof, M. M., Fauzee, M. S. O., Othman, A. T., Aman, M. S., Elumalai, G., & Ali, H. M.
(2016). Examining sport and physical activity participation, motivations and barriers among young
Malaysians. Asian Social Science, 12(1), 159–171. https://doi.org/10.5539/ass.v12n1p159

Merriam, S. B. (2002). Qualitative research in practice: Examples for discussion and analysis. In The
JosseyBass higher and adult education series (Vol. 44). https://doi.org/10.1177/0741713604263057

MKN. (2020). Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures Within Infected Local Areas (No.
7) Regulations 2020. In Federal Government Gazette (pp. 1–12). Retrieved from
https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/06/9.6.2020-Peraturan-Peraturan-
Kompaun-No.-7.pdf

MOH. (2016). Nutrition Research Priorities in Malaysia for 11th Malaysia Plan (2016-2020). Retrieved
from http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2016/12/FA_Buku_NRP.pdf

182

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Ng, J. Y. Y., Ntoumanis, N., Thogersen-Ntoumani, C., Deci, E. L., Ryan, R. M., Duda, J. L., & Williams,
G. C. (2012). Self-Determination Theory Applied to Health Contexts: A Meta-Analysis.

Perspectives on Psychological Science, 7(4), 325–340. https://doi.org/10.1177/1745691612447309
Ntoumanis, N., Ng, J. Y. Y., Prestwich, A., Quested, E., Hancox, J. E., Thøgersen-Ntoumani, C., …

Williams, G. C. (2020). A meta-analysis of self-determination theory-informed intervention studies
in the health domain: effects on motivation, health behavior, physical, and psychological health.
Health Psychology Review. https://doi.org/10.1080/17437199.2020.1718529
Oluyinka, S., & Endozo, A. (2019). Factors Affecting Physical Activity Participation Among University
Students. Journal of Social Science Research, 14, 3161–3170.
https://doi.org/10.24297/jssr.v14i0.8142
Panão, I., & Carraça, E. V. (2020, February 1). Effects of exercise motivations on body image and eating
habits/behaviours: A systematic review. Nutrition and Dietetics, Vol. 77, pp. 41–59.
https://doi.org/10.1111/1747-0080.12575
Pearson, E. S., & Hall, C. R. (2013). Examining body image and its relationship to exercise motivation:
An 18-week cardiovascular program for female initiates with overweight and obesity. Baltic Journal
of Health and Physical Activity, 5(2), 121–131. https://doi.org/10.2478/bjha-2013-0012
Pell, C., Allotey, P., Evans, N., Hardon, A., Imelda, J. D., Soyiri, I., & Reidpath, D. D. (2016). Coming
of age, becoming obese: A cross-sectional analysis of obesity among adolescents and young adults
in Malaysia. BMC Public Health, 16(1), 1082. https://doi.org/10.1186/s12889-016-3746-x
Portela-Pino, I., López-Castedo, A., Martínez-Patiño, M. J., Valverde-Esteve, T., & Domínguez-Alonso,
J. (2020). Gender differences in motivation and barriers for the practice of physical exercise in
adolescence. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(1).
https://doi.org/10.3390/ijerph17010168
Rees-Punia, E., Hathaway, E. D., & Gay, J. L. (2018, June 1). Crime, perceived safety, and physical
activity: A meta-analysis. Preventive Medicine, Vol. 111, pp. 307–313.
https://doi.org/10.1016/j.ypmed.2017.11.017
Rozita, L. A., Maizan, M. N., Mohd Sofian, O. F., Abdul Razak, A., & Faridah, K. (2011). Influence of
recreational facilities among adolescents towards Leisure Time Physical Activity (LTPA). Asian
Journal of Enviroment-Behaviour Studies, 2(5), 37–46. Retrieved from
http://scholar.google.com/scholar?hl=en&btnG=Search&q=intitle:Influence+of+Recreational+Faci
lities+among+Adolescents+towards+Leisure+Time+Physical+Activity+(+LTPA+)#0
Sabiston, C. M., Pila, E., Vani, M., & Thogersen-Ntoumani, C. (2019). Body image, physical activity,
and sport: A scoping review. Psychology of Sport and Exercise, 42, 48–57.
https://doi.org/10.1016/j.psychsport.2018.12.010
Sampasa-Kanyinga, H., Hamilton, H. A., Willmore, J., & Chaput, J. P. (2017). Perceptions and attitudes
about body weight and adherence to the physical activity recommendation among adolescents: the
moderating role of body mass index. Public Health, 146, 75–83.
https://doi.org/10.1016/j.puhe.2017.01.002
Sohrabi, C., Alsafi, Z., O‟Neill, N., Khan, M., Kerwan, A., Al-Jabir, A., … Agha, R. (2020). World Health
Organization declares global emergency: A review of the 2019 novel coronavirus (COVID-19).
International Journal of Surgery, Vol. 76, pp. 71–76. https://doi.org/10.1016/j.ijsu.2020.02.034
Syed Kamaruzaman, S. ali, Mohd Akbar, Z., Rahmad Sukor, A. S., & Wee, A. S. S. . (2014). Faktor
kekangan ibu bapa dan persekitaran sekolah dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani di
sekolah rendah. Jurnal Kurikulum Dan …, 2(April), 1–15. Retrieved from http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/6224/Artikel_1_Bil_2_Isu_2.pdf
Tang, K. H. D. (2020). Movement control as an effective measure against Covid-19 spread in Malaysia:
an overview. Journal of Public Health (Germany), 1. https://doi.org/10.1007/s10389-020-01316-w

183

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Ten Hoor, G. A., Plasqui, G., Kok, G., Schols, A. M. W. J., Ruiter, R. A. C., Kremers, S. P. J., …
Vreugdenhil, A. C. E. (2020). Weight-status Related Differences in Reflective and Impulsive
Determinants of Physical Activity in Youngsters (8–18 years old). Health Psychology Bulletin, 4(1),
29. https://doi.org/10.5334/hpb.14

Thomson, B. (2020). The COVID-19 Pandemic: A Global Natural Experiment. Circulation, Vol. 142, pp.
14–16. https://doi.org/10.1161/CIRCULATIONAHA.120.047538

Viner, R. M., Russell, S. J., Croker, H., Packer, J., Ward, J., Stansfield, C., … Booy, R. (2020, May 1).
School closure and Management Practices During Coronavirus Outbreaks Including COVID-19: A
Rapid Systematic Review. The Lancet Child and Adolescent Health, Vol. 4, pp. 397–404.
https://doi.org/10.1016/S2352-4642(20)30095-X

WHO, W. H. O. (2010). Global Recommendation on Physical Activity for Health. World Health
Organization, 1–60.

Williams, W. M., & Ayres, C. G. (2020). Can active video games improve physical activity in adolescents?
A review of RCT. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(2).
https://doi.org/10.3390/ijerph17020669

Woods, J. A., Hutchinson, N. T., Powers, S. K., Roberts, W. O., Gomez-Cabrera, M. C., Radak, Z., … Ji,
L. L. (2020). The COVID-19 Pandemic and Physical Activity. Sports Medicine and Health Science,
2(2), 55–64. https://doi.org/10.1016/j.smhs.2020.05.006

World Health Organization. (2020). Coronavirus Disease (COVID-19) Advice for The Public. Retrieved
December 9, 2020, from World Health Organization website:
https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public

Yin, R. K. (2009). Case Study Research: Design and Methods. In Essential guide to qualitative methods
in organizational research (Vol. 5). https://doi.org/10.1097/FCH.0b013e31822dda9e

184

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

KEBERKESANAN KAEDAH LATIH TUBI SECARA ATAS TALIAN DENGAN
MENGGUNAKAN APLIKASI QUIZIZZ UNTUK MENINGKATKAN PENGETAHUAN
TEORI PELAJAR DALAM KURSUS AMALAN KESELAMATAN BENGKEL AUTOMOTIF

DI KOLEJ VOKASIONAL

Mohammad Hazrul Bin Md Jori
Program Teknologi Automotif, Kolej Vokasional Taiping

[email protected]

Abstrak

Pada masa kini, penggunaan elemen permainan digunakan dalam pelbagai konteks untuk pelbagai tujuan.
Permainan dalam bentuk talian adalah merupakan salah satu kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran
pelajar pada abad 21 ini. Quizizz adalah merupakan salah satu kaedah di dalam pembelajaran interaktif pada masa
kini dan ia juga merupakan kaedah alternatif yang dapat meningkatkan kefahaman teori pelajar di dalam
pembelajaran di kelas. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah latih tubi dengan
menggunakan aplikasi Quizizz ke atas pelajar-pelajar tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia dalam Program Teknologi
Automotif yang mengambil kursus Amalan Keselamatan Bengkel Automotif. Kajian ini menggunakan rekabentuk
kajian tindakan dan melibatkan 10 orang pelajar sebagai responden kajian ini. Dapatan daripada pemerhatian
terdahulu yang telah dijalankan melalui ujian 1, didapati keputusan yang diperolehi berada pada tahap yang kurang
memuaskan. Walaibagaimana pun, penggunaan aplikasi Quizizz dalam bentuk latih tubi dan ulang kaji dalam talian
telah menunjukkan hasil dapatan yang memberangsangkan. Dapatan kajian ujian 2 (ulangan) bagi 10 orang pelajar
ini telah menunjukan terdapatnya peningkatan. Selain itu, hasil dapatan daripada soal selidik juga mendapati pelajar
menunjukkan kecenderungan serta minat terhadap kaedah pengajaran pembelajaran tersebut. Maka dengan itu,
kaedah latih tubi ini merupakan medium alternatif yang efektif di dalam pengajaran secara lebih meluas khususnya
di dalam kursus Amalan Keselamatan Bengkel Automotif

Kata kunci: Keberkesanan Latih Tubi, Aplikasi Quizizz, Amalan Keselamatan Bengkel Automotif.

Pendahuluan

Pandemik COVID-19 telah memberi cabaran yang besar kepada guru-guru untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik kepada para pelajar disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka
yang telah diamalkan sebelum ini terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (KPM,
2020). Dalam usaha untuk memastikan semua pelajar tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran, guru-guru
disarankan untuk membimbing pelajar dengan menggunakan medium komunikasi dan aplikasi yang boleh di akses
oleh pelajar, antara salah satu daripada aplikasi yang dicadangkan oleh bahagian KPM adalah aplikasi Quizizz yang
boleh diperolehi secara langsung atau melalui medium Google Classroom. Aplikasi Quizizz yang bersifat interaktif
ini selain digunakan sebagai proses PdPC, ia juga boleh digunakan untuk menilai pengetahuan pelajar. Menurut
Deterding (2011), pendekatan yang paling sesuai digunakan oleh guru sebagai alat penilaian pengetahuan pelajar
pada abad ini ialah berasaskan permainan.

Aplikasi quizizz menyokong pada semua peranti seperti komputer, telefon pintar, tablet dan quizizz juga mempunyai
iOS, aplikasi Chrome serta Android. Pelajar yang mempunyai telefon pintar atau komputer riba dengan sambungan
internet yang baik boleh mengaksesnya untuk menjawab soalan melalui aplikasi quizizz (P. Govindasamy et.al,
2019). Aplikasi quizizz direka khas sebagai sebuah aplikasi pendidikan dengan menggunakan konsep gamifikasi
(Z. Fang et.al, 2019). Hal ini kerana aplikasi quizizz mengintegrasikan teknologi maklumat, ilmu pengetahuan dan
konsep permainan yang menyeronokkan untuk menarik minat pelajar dan pengguna melalui pemaparan animasi
serta memes untuk menyatakan betul atau salah. Selain itu, aplikasi quizizz boleh digunakan untuk merancang

185

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

aktiviti kelas dan menyediakan ujian untuk pelajar (MacNamara & Murphy 2017). Quizizz juga menyediakan
jawapan bagi setiap soalan dan pelajar dapat merujuk kembali jawapan mereka selepas menjawab setiap soalan (Y.
Basuki, dan Y. Hidayati, 2019)
Refleksi pengajaran terdahulu dan Isu
Proses ulangkaji yang dikendalikan sebelum ini memiliki beberapa isu yang melibatkan pengendaliannya secara
dalam talian oleh pengkaji. Pertama, proses ini didominasi serta dikawal sepenuhnya oleh pengkaji sendiri tanpa
ada penglibatan secara aktif oleh pelajar. Sebelum ini, pengkaji mengendalikan sesi ulangkaji seperti sesi
pembelajaran biasa dengan menggunakan soalan dalam google form dan pelajar bersedia untuk menjawab soalan
yang dikemukakan. Situasi berpusatkan guru seperti ini dikhuatiri tidak dapat memberikan pengukuhan dalam
pemahaman sedia ada pelajar (Avidov & Iluz 2014) seperti yang diharapkan, memandangkan pelajar hanya melalui
satu lagi prosedur pengajaran biasa yang menjadikan guru sebagai fokus utama (Zohrabi et. al. 2012). Kedua,
kepelbagaian idea dalam aktiviti ulangkaji adalah sangat terhad. Kebanyakan kaedah ulangkaji yang biasa
digunakan ialah menjawab soalan, kuiz serta latihan dalam google form sahaja yang dilihat sangat membosankan.
Dalam hal ini, kreativiti guru terbatas dengan hanya memanfaatkan kemudahan sedia ada, tanpa memikirkan
strategi alternatif untuk menjadikan sesi ulangkaji lebih menyeronokkan (Jasmi et. al 2011). Ketiga, hasil analisis
terhadap markah pra-penilaian akhir teori pelajar dalam kursus amalan keselamatan bengkel automotif
menunjukkan pelajar masih belum mengusai sepenuhnya pengetahuan teori. Rajah 1 menunjukkan keputusan pra
penilaian akhir teori sepuluh pelajar yang secara keseluruhannya sangat lemah.

Rajah 1. Pra-Penilian Akhir Teori

Fokus Kajian
Berpandukan kepada permasalahan yang telah dibincangkan dalam refleksi pengajaran terdahulu dan isu, pengkaji
telah memfokuskan kajian tindakan ini kepada kaedah latih tubi yang lebih berpusatkan pelajar agar sesi yang
dijalankan dalam talian lebih menarik dan menyeronokkan. Sebagai nilai tambah, penerapan teknologi terkini
melalui konsep „pembelajaran berasaskan permainan‟ atau games based learning iaitu dengan menggunakan
aplikasi quizizz diharapkan dapat mengikat keterlibatan pelajar dalam latih tubi serta pembelajaran di dalam talian.
Justeru, objektif kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan kaedah latih tubi secara dalam talian dengan
menggunakan aplikasi quizizz untuk meningkatkan pengetahuan teori pelajar dalam kursus amalan keselamatan
bengkel automotif.

186

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Objektif Kajian
Berikut adalah objektif kajian tindakan:

i. Meningkatkan pengetahuan teori pelajar dalam kursus amalan keselamatan bengkel automotif
dengan kaedah latih tubi dalam talian menggunakan aplikasi quizizz.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kaedah latih tubi dalam talian menggunakan aplikasi
quizizz

Kumpulan Sasaran
Peserta kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 / tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia Program
Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Taiping. Seramai 10 pelajar dipilih sebagai kumpulan sasaran
kerana mereka hadir dan terlibat sepenuhnya dalam sesi latih tubi secara atas talian.
Metodologi Kajian
Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, rekebentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah
berdasarkan model kajian tindakan yang diasaskan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Model kajian
tindakan ini menghuraikan sebuah reka bentuk dalam melaksanakan proses pelaksanaan kajian tindakan.
Rajah di bawah merupakan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart yang terdiri dari pada proses
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Rajah 2. Proses Kajian Tindakan. Sumber: Kemmis & Mc Taggart (1988)
Jadual 1 menunjukkan setiap fasa yang melalui satu gelung kajian yang telah dilakukan dalam kajian
tindakan ini.

187

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Jadual 1

Fasa dalam Satu Gelungan Kajian Tindakan

Gelung Fasa Huraian

Merancang Proses merancang adalah berdasarkan refleksi PdPr
yang dilakukan
Bertindak
Pengkaji memperkenalkan kaedah latih tubi dengan
Pertama Memerhati menggunakan aplikasi quizizz
Merefleks
Pemerhatian dilakukan dengan menggunakan
kaedah analisis dokumen (Pra-Penilaian Akhir Teori
2 ) dan soal selidik (Maklum Balas Pelajar)

Berdasarkan dapatan kajian iaitu pelajar dapat
memahami teori kursus Amalan Keselamatan
Bengkel Automotif

Merancang

i. Tinjauan Masalah

Pengkaji telah melaksanakan Pra-Penilaian Akhir Teori 1 bagi melihat pengetahuan dan kefahaman mereka dalam
kursus amalan keselamatan bengkel automotif. Pra-Penilaian Akhir Teori 1 ini merangkumi 10 item untuk melihat
pengetahuan dan kefahaman pelajar berkenaan kursus yang telah dipelajari. Objektif Pra-Penilaian Akhir Teori 1
yang dijalankan ini adalah untuk memperolehi dapatan awal berkenaan penguasaan pelajar terhadap kursus amalan
keselamatan bengkel automotif sebelum pelaksanaan latih tubi menggunakan aplikasi quizizz. Hasil keputusan Pra-
Penilaian Akhir Teori 1 adalah seperti yang dinyatakan dalam refleksi pengajaran terdahulu dan isu sebelum ini.

ii. Merancang Tindakan

Berdasarkan analisis tinjauan masalah, pengkaji telah merancang tiga aktiviti tindakan yang perlu
dilaksanakan iaitu:

i. Menggunakan aplikasi quiziz secara kaedah latih tubi dalam sesi PdPR. Aplikasi quizizz adalah
merupakan satu kaedah penilaian secara aktif pelajar di dalam kelas. Melalui kaedah latih tubi
interaktif secara atas talian menggunakan aplikasi quizizz ini, pelajar cuba menjawab soalan yang
dikemukan dan jawapan dimaklumkan secara langsung. Terdapat lima (5) sesi dijalankan seperti
dalam jadual pelaksanaan tindakan 2.

ii. Melaksanakan Pra-Penilaian Akhir Teori 2 setelah selesai lima (5) sesi latih tubi secara atas talian
mengguankan aplikasi quizizz bagi mengenalpasti keberkesanannya.

iii. Memberi borang soal selidik kepada pelajar untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap kaedah latih
tubi secara atas talian menggunakan aplikasi quizizz dalam PdPR.

Bertindak – Jadual Pelaksanaan latih Tubi

Proses seterusnya dalam kajian tindakan yang dilakukan oleh pengkaji adalah bertindak. Kajian tindakan
ini telah dilaksanakan 4 minggu dengan melibatkan lima (5) sesi latih tubi dan 1 sesi ulangkaji pada bulan
September 2021. Berikut adalah jadual pelaksanaan tindakan (Jadual 2) yang telah dijalankan:

188

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Jadual 2: Pelaksanaan Tindakan Tarikh
Pelaksanaan
Bil Aktiviti
7/9/2021
1 Mengenal pasti isu / Masalah –Pelaksanaan Pra-Penilaian Akhir Teori 1 8/9/2021
2 Membuat analisis keputusan 9/9/2021
3 Refleksi dan Cadangan Intervensi (Aplikasi quizizz) 10/9/2021
21/9/2021
Pelajar boleh menjawab bagi setiap sesi bermula 9.00 pg sehingga 3.00 ptg 24/9/2021
Pelaksanaan sesi 1 (30Q) 28/9/2021
Pelaksanaan sesi 2 (30Q) 1/10/2021
4 Pelaksanaan sesi 3 (30Q) 5/10/2021
Pelaksanaan sesi 4 (20Q)
Ulangkaji 10/10/2021
Pelaksanaan sesi 5 (20Q) 11/10/2021
5 Pelaksanaan Pra-Penilaian Akhir Teori 1
6 Pemerhatian dan Refleksi Semula

Memerhati

i. Kaedah Pemerhatian

Tindakan yang dijalankan oleh pengkaji dalam langkah ini adalah merekod dan memungut data untuk dinilai secara
terperinci. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menggunakan dua instrumen iaitu Pra-Penilaian Akhir Teori 2
dan soal selidik pelajar. Pelaksanaan pemerhatian ini adalah berdasarkan objektif kajian tindakan dalam jadual
berikut:

Jadual 3: Pelaksanaan Analisis Berdasarkan Objektif Analisis (Instrumen)

Objektif

Meningkatkan kefahaman teori pelajar dalam kursus amalan Analisis Dokumen Dapatan
keselamatan bengkel automotif dengan kaedah latih tubi dalam talian (Pra-Penilaian Akhir Teori 2) Kajian
menggunakan aplikasi quizizz.

Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kaedah latih tubi dalam talian Analisis Dokumen
menggunakan aplikasi quizizz (Soal Selidik Pelajar)

Berdasarkan objektif kajian ini, terdapat dua hasil dapatan kajian tindakan yang telah diperolehi. Berikut
adalah hasil dapatan kajian tindakan yang dihuraikan beradasarkan objektif kajian ini.

189

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

i. Meningkatkan kefahaman teori pelajar dalam kursus amalan keselamatan bengkel automotif
dengan kaedah latih tubi dalam talian menggunakan aplikasi quizizz.

Hasil analisis perbandingan keputusan pra-penilaian akhir teori 1 dan pra-penilaian akhir teori 2 ditunjukkan seperti
dalam jadual 4 dibawah. Hasil perbandingan ini menunjukkan terdapat sembilan orang pelajar meningkat markah.
Pelajar P4 menunjukkan peningkatan yang paling tinggi iaitu 18 markah yang mana sebelum kaedah latih tubi ini
dilaksanakannya hanya memperolehi markah 0. Manakala seorang pelajar iaitu P10 menunjukkan peningkatan
markah yang paling sedikit iaitu 1 markah. Selain itu terdapat juga penurunan markah iaitu pelajar P7 iaitu dari 15
markah turun kepada 13 markah. Rajah 3 pula menunjukkan secara jelas graf bar analisis perbandingan pra-
penilaian akhir teori 1 dan pra-penilaian akhir teori 2. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah latih tubi
dalam talian menggunakan aplikasi quizizz dapat meningkatkan kefahaman teori pelajar dalam kursus amalan
keselamatan bengkel automotif.

Jadual 4: Analisis Perbandingan Keputusan Pra-Penilaian Akhir Teori 1 & 2

BIL PELAJAR PRA-TEORI 1 (20) PRA-TEORI 2 Peningkatan / Penurunan
(20)
1 P1 15 +5
2 P2 8 20 +8
3 P3 15 16 +3
4 P4 0 18 +18
5 P5 11 18 +7
6 P6 10 18 +10
7 P7 15 20 -3
8 P8 13 12 +7
9 P9 8 20 +10
30 P10 15 18 +1
16

190

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Rajah 3. Graf Bar Analisis Perbandingan Pra-Penilaian Akhir teori 1 & 2

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kaedah latih tubi dalam talian menggunakan aplikasi
quizizz

Hasil daripada maklum balas pelajar terhadap kaedah latih tubi dalam talian menggunakan aplikasi quizizz adalah
dutunjukkan seperti dalam jadual 5 dibawah.

Jadual 5: Analisis Soal Selidik Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Quizizz

Bil Item Setuju Tidak Setuju
8 2
1 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz sangat mudah digunakan. 7 3
8 2
2 Latih tubi menggunakan aplikasi quizziz tidak membosankan saya. 9 1
9 1
3 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz sangat menyoronokkan. 6 4
7 3
4 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz meningkatkan motivasi saya 9 1
untuk belajar 6 4
10
5 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz meningkatkan kefahaman
saya

6 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz membantu saya lebih aktif
dalam pembelajaran atas talian

7 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz membantu saya mengingati
semula pengajaran guru yang lepas.

8 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz membantu saya mengusai
pengajaran guru yang belum saya kuasai.

9 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz membantu saya untuk fokus
pada sesuatu tajuk pengajaran guru yang saya lemah

10 Latih tubi menggunakan aplikasi quizizz adalah kaedah efektif yang
membantu saya mengusai pengajaran guru dengan lebih cepat

*S=Setuju dan TS=Tidak Setuju

191

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Hasil analisis daripada maklum balas persepsi pelajar terhadap kaedah latih tubi dalam talian menggunakan aplikasi
quizizz secara keseluruhannya menunjukkan sangat positif. Jika di analisis setiap item dalam persepsi pelajar ini,
item 10 menunjukkan kesemua pelajar bersetuju bahawa latih tubi menggunakan aplikasi quizizz adalah kaedah
efektif yang membantu mereka mengusai pengajaran guru dengan lebih cepat. Selain itu, terdapat sembilan orang
pelajar bersetuju bahawa latih tubi menggunakan aplikasi quizizz dalam talian dapat meningkatkan motivasi mereka,
meningkatkan kefahaman merka dan membantu mereka untuk mengusai pengajaran guru yang belum mereka
kuasai. Manakala jika dilihat pada item 5 dan 9 hanya enam orang pelajar daripada keseluruhan pelajar bersetuju
bahawa kaedah latih tubi dengan menggunakan aplikasi quizizz dalam talian membantu mereka lebih aktif dan
fokus dalam pembelajaran.

Perbincangan

Dalam refleksi pengajaran semula ini, pengkaji akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah diperolehi
daripada pemerhatian. Terdapat dua perkara yang pengkaji akan bincangkan iatu refleksi terhadap pelajar dan
refleksi terhadap kajian tindakan ini.

i. Refleksi Terhadap Pelajar

Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pengetahuan teori pelajar dalam kursus amalan
keselamatan bengkel automotif hasil daripada kaedah latih tubi dalam talian menggunakan aplikasi quizizz.
Walaubagaimana pun, daripada 10 orang pelajar itu terdapat seorang pelajar mendapat markah yang lebih rendah
iaitu penurunan markah. Sebenarnya tahap pencapaian pelajar ini disokong oleh data soal selidik persepsi minat
pelajar di mana kebanyakkan pelajar bersetuju bahawa latih tubi dalam talian dengan menggunakan aplikasi quizizz
ini membantu mereka untuk menguasai pembelajaran dengan lebih cepat serta yang belum dikuasai, meningkatkan
pemahaman teori mereka tentang sesuatu pembelajaran dan juga meningkatkan motivasi mereka. Hasil dapatan ini
sebenarnya sejajar dengan hasil kajian yang dilaksanakan oleh Fang Zhao (2019) terhadap pelajarnya yang
keseluruhan bersetuju bahawa aplikasi quizizz ini membantu mereka untuk mengusai suatu pembelajaran dan lebih
fokus berbanding kuiz biasa yang menggunakan kertas. Menurut Ali et.al (2016, pembelajaran berasaskan
permainan sangat berkesan dan buka sahaja membantu pelajar dalam mengusai sesuatu pembelajaran malah
memberi motivasi kepada pelajr untuk melibatkan diri dalam persiangan yang sihat dan mewujudkan persekitaran
koperatif. Selain itu, mereka juga bersetuju bahawa aplikasi quizizz ini mudah dan sangat menyoronokkan. Hasil
dapatan ini sama seperti pendapat Miller (2020), iaitu penggunaan aplikasi quizziz adalah sebagai medium
ulangkaji yang menyoronokkan dan menjadi tarikan kepada pelajar. Deterding et.al (2011) pula berpendapat
aplikasi quizizz ini dapat meransang serta meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar melalui gabungan teknologi
dan ilmu pengetahuan.

ii. Refleksi Terhadap Kajian Tindakan

Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji berpeluang memantau perkembangan pelajar dalam
pengetahuan teori seterusnya membantu pengkaji untuk mengenalpasti kelemahan sebenar pelajar. Setiap sesi
pelaksanaan latih tubi menunjukkan peningkatan positif walaupun terdapat pelajar yang mengalami sedikit
penurunan markah. Latihan yang berulang-ulang ini adalah bertujuan untuk memastikan pelajar dapat mengusai
kemahiran yang menyeluruh. Hal ini sebenarnya disokong oleh Kamarudin (1988) yang menyatakan bahawa tujuan
latih tubi adalah untuk mencapai taraf peguasaan dan di samping itu menjamin ketekalannya. Secara
keseluruhannya kajian tindakan ini menunjukkan kaedah latih tubi yang sistematik menggunakan aplikasi quizizz
walaupun digunakan secara dalam talian, mampu memberi perubahan yang besar dalam aspek pengetahuan teori
pelajar.

192

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Cadangan kajian
Memandangkan aktiviti yang telah dijalankan ini dapat meningkatkan pengetahuan teori pelajar terhadap kursus
amalan keselamatan bengkel automotif, maka pengkaji mencadangkan untuk mempelbagaikan aplikasi berasaskan
permainan ini seperti Kahoot!, Quizlet, Quiz Maker dan lain-lain lagi. Secara keseluruhanya dapatan kajian yang
diperolehi telah menunjukan impak yang sangat memuaskan dalam perkembangan ilmu pendidikan dewasa kini.
Ini adalah kerana, pendekatan ulangkaji secara interaktif dapat meningkatkan keterlibatan pelajar berbanding
pendekatan tradisional yang berorintasikan pensyarah. Oleh yang demikian, pendekatan ini, membantu pelajar
untuk mengusai sesuatu pembelajaran dan seterusnya terlibat secara aktif di dalam kelas. Maka dengan itu, kaedah
latih tubi dalam talian menggunakan aplikasi quizizz ini telah memberikan banyak kelebihan kepada pelajar dan
pensyarah dan seterusnya memberikan kesan positif dalam prestasi keseluruhan pengajaran di dalam kelas
walaupun secara dalam talian.
Rujukan
Ali, A., & Mahamod, Z. (2016). Pembangunan dan Kebolehgunaan Modul Berasaskan Bermain bagi

Pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
6(1), 16-29
Deterding, S. (2011). Situated motivational affordances of game elements: A conceptual model. Dalam
Gamification: Using game design elements in non-gaming contexts, a workshop at CHI.
Fang Zhao. (2019). Using Quizizz to Integrate Fun Multiplayer Activity in the Accounting Classroom. International
Journal of Higher Education. Vol. 8, No. 1; 2019.
Kamarudin Hj.Husin. 1998. Pedagogi Bahasa Perkeadahan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Kamarudin Hj.Husin. 1988. Pedagogi Bahasa. Selangor Darul Eshan: Longman Malaysia Sdn.Bhd
Miller, M. (2020). Game Show Classroom: Comaparing Kahoot! Quizizz, Quizlet Live & Gimkit.
https://ditchthattextbook.com/game-show-classroom-comparing-kahoot-quizizz-quizlet-live-and-quizalize//.
P. Govindasamy, M. M. Yunus, and H. Hashim, (2019). Mobile assisted vocabulary learning: Examining the
effects on students‘ vocabulary enhancement. Universal Journal of Educational Research, 7(12A), 85-92.
Z. Fang, (2019). Using quizizz to integrate fun multiplayer activity in the accounting classroom. International
Journal of Higher Education, 8(1), 37-43.
Y. Basuki, and Y. Hidayati, (2019). Kahoot! or Quizizz: The Students' Perspectives. In Proceedingsof the
3rd English Language and Literature International Conference, ELLIC. 27th April 2019, Semarang,
Indonesia, 2019.

193

202

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

KIT DIGITAL BAHAYA DADAH (KIT-DBD): MENINGKATKAN PENGETAHUAN
MAKLUMAT DADAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM
Hasan Imran Bin Mahadi1, Zuraida Binti Ahmad2
[email protected]

Abstrak

Kajian ini merupakan usaha untuk meningkatkan pengetahuan murid dalam bimbingan kelompok
berkaitan maklumat dadah dan kesedaran penyalahgunaan dadah menggunakan intervensi Kit
Digital Bahaya Dadah (Kit-DBD). Peserta kajian terdiri daripada empat orang muridtahun enam di
sebuah sekolah rendah. Keempat-empat murid perempuan,berbangsa Melayu dan dilabel sebagai
Murid A, Murid B, Murid C dan Murid D telah dikesan mempunyai pengetahuan maklumat
berkaitan penyalahgunaan dadah yang terhad. Intervensi Kit-DBD dijalankan secara dalam talian
menggunakan pelantar GoogleMeet. Pengumpulan data temu bual, ujian penilaian pengesanan
tahap pengetahuan dan pemerhatian telah ditadbir. Hasil analisis data kajian mendapati objektif
kajian tercapai. Limitasi dan cadangan kajian selanjutnya turut dibincangkan.
Kata kunci: Pengetahuan bahaya dadah, bimbingan kelompok

Pendahuluan
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan golongan dewasa tetapi gejala ini turutmerebak
kepada golongan kanak-kanak. Menurut Mahmood Nazar (2006), seandainya golongan ini telah
dipengaruhi dengan ketagihan dadah, maka harapan untuk melihat negara kita berkembang maju dan
makmur pada masa depan menjadi sia-sia.

Pengumpulan data awal melalui temu bual, ujian penilaian pengesanan tahap pengetahuan
dan pemerhatian mendapati pengetahuan maklumat berkaitan bahaya dadah dan kesedaran
penyalahgunaan dadah adalah terhad. Selain itu, melalui penelitian latar sosio ekonomi kedudukan
geografi sekolah juga menunjukkan terdapat beberapa kawasan ‗black area‘ dalam penyalahgunaan
dadah.

Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (2021), menunjukkan sejumlah 8.1 peratus penagih
dadah terdiri dari masyarakat yang berada pada tahap pendidikan peringkat sekolah rendah iatu
10,456 orang dan manakala pada peringkat sekolah menengah sebanyak 59.4 peratus iatu sejumlah
76,234 orang (Rajah 1). Jelas sekali, isu ini perlu diambil seriusbermula dari peringkat sekolah
rendah lagi supaya tidak meningkat dan berlarutan sehingga peringkat sekolah menengah.

194

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT KEBANGSAAN IPGM

Rajah 1. Statistik penyalah guna dadah bagi kategori Pendidikan peringkat sekolah rendahdan
peringkat sekolah menegah. (AADK, 2021)

Oleh yang demikian, Kit Digital Bahaya Dadah (Kit-DBD) dihasilkan sebagai alat untuk
membantu murid dalam memberi pengetahuan tentang maklumat bahaya dadah. Kit- DBD berbentuk
digital ini boleh digunakan dan diakses dimana sahaja menggunakan aplikasi Zappar. Melalui
aplikasi pengunaan Kit-DBD ini, input-input berkaitan maklumat dadah diperkenalkan supaya dapat
meningkatkan kesedaran peserta kajian akan keburukan gejala negatif ini.

Metodologi

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan. Metodologi kajian ini dipilih
berdasarkan kepentingan membentuk generasi muda yang akan datang dari segi pemikiran supaya
mempunyai pengetahuan dan kesedaran daripada terpengaruh kegiatan penagihan dadah melalui
intervensi Kit-DBD. Menurut Za'im Zainuddin, dan Badaruddin (2018), pencegahan awal dalam
pendidikan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang dari
terlibat dengan penggunaan dadah sebelum ia bermula.

Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah dalam melaksanakan
tanggungjawab dalam memberi pendedahan serta pengetahuan mengenai penyalahgunaan dadah
merupakan sebahagian daripada tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Buku Panduan Pelaksaanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah
Rendah dan Menengah (2015) antaranya memfokuskan Peningkatan Disiplin Diri Murid dibawah
bidang Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok, Inhalan, HIVdan AIDS.

Empat orang murid iaitu Murid A, Murid B, Murid C dan Murid D telah disaring sebagai
peserta kajian melalui skor kuiz pendidikan pencegahan dadah yang dilaksankan oleh Guru
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah. Murid diberikan borang persetujuan termaklum
sebelum mengikuti bimbingan kelompok secara berkala. Intervensi Kit-DBD digunakan untuk
mengukur pengetahuan dan kesedaran peserta kajian terhadap kesedaran dan pengetahuan
penyalahgunaan dadah.

Persoalan kajian yang digariskan ialah seperti berikut:

i- Adakah Kit Digital Bahaya Dadah (Kit-BDB) dapat meningkatkan pengetahuan murid
mengenai maklumat dadah?

ii- Adakah Kit Digital Bahaya Dadah (Kit-BDB) dapat meningkatkan pengetahuan kesedaran
murid mengenai bahaya penyalahgunaan dadah?

Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini dijelaskan melalui persembahan data daripada temu bual, ujian pengesanan tahap
kesedaran dan pengetahuan serta pemerhatian.

Dapatan Persoalan Kajian 1
Temubual

195


Click to View FlipBook Version