The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:30:06

KAF (HIJAIYAH SERIES)

KAF (HIJAIYAH SERIES)

HAK CIPTA TERPELIHARA© KAF (HIJAIYAH SERIES) Tidak dibenarkan mana-mana bahagian di dalam e-book ini disalin, dicetak, diedar kepada pihak lain, diterbitkan semula atau ditukar ke dalam sebarang bentuk atau apa jenis alat sekalipun tanpa keizinan penulis. Dilarang menyebar dan berkongsi e-book ini tanpa pengetahuan dan keizinan daripada pihak penulis. Sebarang penyebaran atau perkongsian adalah haram sama sekali. Penulis: Elvroseth Meja muka kulit buku: Elvroseth EBOOK MAC 2022 / ELVROSETH


-ELVROSETHA/N: Kaf, terlalu manis dan aneh. Hati-hati KAF


Don’t trust anyone in Hijaiyah


ELVROSETH KAF | 1 Izrail ANGAN dia mengoyakkan kepak ramarama di tangannya sehingga serangga itu tak ada sayap, dia campakkan serangga itu ke tanah. Serangga tersebut dipijak-pijaknya. Mati! Mati! Mati! Dia sengih puas. Dia bosan. Hari ini, dia ponteng sekolah. Sekolah baginya… bosan! Semua benda dia dah tahu. Cikgu… tak ada otak! Kawan-kawannya lembab! Biologi yang mudah itu pun tak boleh hafal? Terkedek-kedek kawan-kawannya yang lain belajar tentang namanama tulang di badan sedangkan dia? Dia dah tahu semuanya. Dia juga sudah hafal semua otot-otot yang melekat pada tulang-tulang tersebut. T


ELVROSETH KAF | 2 “Bangang betul.” Dia merengus. Dipijakpijaknya lagi rama-rama yang sudah mati tadi. Ada cecair keluar. Dia tak kisah serangga itu nak hidup ke nak mati… dia nak lepaskan marah! “Aku nak kau mati.” Beritahu dia pada serangga yang sudah mati itu. Kepalanya yang gatal, dia gosok kasar. “Aku… aku bosan. Aku minta maaf sebab bunuh kau, rama-rama. Tapi kau cantik dan nampak tenang. Aku benci. Aku tak suka. Aku tak pernah tenang macam kau. Aku….” Lantas, air matanya mengalir ke pipi. Izrail menyeka kasar air mata di pipi. Dia terduduk ke tanah. Dia sedih tiba-tiba. Dia teringat dekat ayahnya sendiri… Doktor Iqlab yang baru menghembuskan nafasnya buat kali terakhir beberapa hari lepas. Doktor Iqlab ditikam berkalikali oleh lelaki misteri dan apabila dikejarkan ke hospital, Doktor Iqlab tidak mendapat rawatan yang selayaknya. Doktor Iqlab kehilangan banyak darah dan akhirnya dijangkiti Sepsis. Sepsis… sebut sahaja sepsis, ada tiga perkara yang kita perlu tahu. TIME. Temperature. Beberapa hari selepas Doktor Iqlab dirawat, dia mula terkena demam panas.


ELVROSETH KAF | 3 Tetapi orang di hospital kata… Doktor Iqlab demam biasa. Izrail tahu, mereka menipu. Infection. Doktor Iqlab mula menggigil seperti orang kesejukan padahal suhunya naik mendadak. Dia mula muntah-muntah dan mengalami mental confusion. M for Mental Decline. Doktor yang merawat Doktor Iqlab kata… itu semua normal. Bodoh apa?! Izrail mendengus kasar sekali lagi apabila dia teringatkan semua itu! “That’s the sign of infection you, idiot!!!” Izrail menjerit kuat. Nasib baik tiada siapa yang ada di situ. Kalau tak mesti orang ingat Izrail gila. Extremely in pain. Doktor Iqlab mula sesak nafas dan macam-macam lagi. Sungguh! Izrail yang tengok ayahnya begitu pun dapat rasa sakit. Malam kejadian… dia cuba panggil jururawat yang ada di situ tetapi masing-masing membuat kerja sambil lewa dan Doktor yang merawat Doktor Iqlab pun datang lewat sedangkan pesakitnya sedang nazak! “Arghhh!” Izrail terduduk di atas lantai. Dia menangis teresak-esak. Tubuhnya menggigil. Kejam! Kenapa doktor-doktor di hospital itu kejam-kejam semuanya?!


ELVROSETH KAF | 4 “Hello?” Izrail yang sedang menangis itu berhenti menangis apabila mendengar ada suara lembut menegurnya. Sambil menyeka air mata di pipi, dia berpaling ke arah datangnya sumber suara tadi. Seorang kanak-kanak sekolah rendah, perempuan… sedang berdiri di tepinya. Dahi gadis itu berkerut seribu. “Awak okey?” tanya si gadis. Berani, dia labuhkan punggung di tepi lelaki itu dan mata ditala ke arah kawasan perumahan di hadapannya. Ketika ini, mereka sedang duduk di atas bukit sebenarnya. Tanpa memandang Izrail, budak perempuan itu soal, “Kenapa awak menangis? “Kau sibuk nak tahu, kenapa?” “Tak tahulah kenapa.” Gadis itu menjawab selamba. Bahu diangkat. Kemudian, dia pandang Izrail. “Nama awak siapa?” “Izrail.” Izrail tak tahu kenapa dia layan juga budak kecil ini. “Nama saya Mim.” “Ada aku tanya?” Sinis lagak si Izrail.


ELVROSETH KAF | 5 “Saya pun sedih sebenarnya.” Memang budak kecil perempuan ini, jenis tiba-tiba! Tibatiba nak masuk cerita tanpa salam! Tiba-tiba tegur Izrail! Tiba-tiba duduk di tepinya! Izrail mengerutkan dahi. Apa bendalah minah ini… dia tak takut stranger ke apa? Sudah la sekarang ini banyak pedofilia. “Saya sedih sebab hari ini saya dapat Math dekat sekolah 85% sahaja.” Budak kecil itu mula mengalirkan air mata. Dia tidak merenung Izrail di tepi. Entah kenapa, dia rasa macam nak luahkan juga. Air mata yang menjulur jatuh, dia kesat dengan belakang tangannya. “Abang dengan kakak selalu dapat 90% dan lebih. Saya dapat 80% saja. Nanti balik ini… Abi dengan umi mesti tanya. Lepas itu, saya kena pukul macam selalu.” Dahi Iqlab berkerut. “Kau kena pukul sebab tak dapat 90%? Biar betul kau ini?” “Abi saya… dia pakar bedah yang terkenal. Dia nak semuanya sempurna. Salah sikit, dia marah. Saya… sayalah anak paling bodoh dan malang sebab selalu dapat paling rendah. Itu apa yang abi saya kata,” luah gadis itu.


ELVROSETH KAF | 6 Dahsyat betul keluarga budak ini. Perfectionist! Izrail menggeleng kepala. “Awak pernah dapat abi macam abi saya?” soal gadis kecil itu dan kali ini, matanya menatap sepasang mata Izrail. Izrail terdiam. Ayahnya bukan seorang yang begitu. Ayah dia baik sangat. Ayah dia ialah sahabat baiknya sehinggakan Izrail tak dapat terima kematian Doktor Iqlab. Teringat hembusan nafas terakhir Doktor Iqlab, mata Izrail mula berair kembali. “Kenapa menangis?” soal si gadis kecil. “Ayah aku… dah meninggal. Baru aje.” Si gadis kecil itu mula-mula terdiam. Kemudian, dia tersenyum. “He’s a good father.” “Kenapa kau cakap macam itu?” soal Izrail. Tak faham. Macam mana budak ini boleh kata ayah dia baik sedangkan jumpa pun tak pernah? “Dia buat awak menangis bila dia dah meninggal dunia.” Mim tersenyum kecil untuk Izrail. Lantas, sepasang matanya terangkat merenung langit yang biru. “Kalau saya… abi mati pun, mungkin saya lebih gembira.”


ELVROSETH KAF | 7 Izrail terkedu. “Nama awak Izrail.” Ayat penyata yang keluar dari bibir Mim. Mim sambung, “Sebelum saya datang sini, saya nampak awak bunuh rama-rama. Awak pijak dia sampai mati. Awak sesuai dengan nama awak, Izrail…. Malaikat Maut. Maut, indahnya.” “Malaikat maut? Indah? Kau gila ke?” Izrail mendengus. Mim angguk. “Saya teringin nak jumpa dia. Saya nak tanya dia, boleh tak dia tolong ambilkan nyawa abi dan umi saya? Saya tak tahan asyik kena marah dan pukul. Saya tak boleh tidur setiap malam kerana abi suka pukul saya bila saya tak dapat keputusan cemerlang. Dia nak saya jadi doktor, Izrail. Saya nak… tetapi untuk menjadi seorang doktor, perlukah semua kesempurnaan itu, Izrail?” Izrail yang mendengar, terkedu. “Makin hari, saya makin tak rasa saya boleh jadi diri sendiri.” Gadis berusia sebelas tahun itu memberitahunya. Setitis air mata yang jatuh ke


ELVROSETH KAF | 8 pipi, disentuh dengan hujung jari jemari. “Saya tak boleh jadi anak yang mereka mahukan.” “Jadi… kau tak kisah kalau mak dan ayah kau mati?” soal Izrail. Mim geleng kepala. “Tak kisah.” Izrail angguk. Dalam fikirannya, dia terfikir sesuatu. Izrail dan maut.... SEMENJAK hari itu, setiap kali Mim pulang dari sekolah, dia singgah di bukit itu untuk bersembang dengan Izrail yang sedang ponteng sekolah. Izrail pula, dia memang ponteng sebab nak jumpa Mim. Izrail enam belas tahun dan Mim sebelas tahun. Mereka berkawan dan bersahabat seperti orang biasa. Izrail tak ada apa-apa perasaan dekat budak kecil itu. Baginya, Mim sebelas tahun tapi cara bercakap, macam budak enam belas tahun. Anehnya… Mim juga benda yang sama. Dia rasa itu kali pertama dia ada seorang sahabat.


ELVROSETH KAF | 9 Izrail pula, dia rasa yang dia sentiasa mahu lindungi Mim. Tanpa Mim sedar, Izrail selalu tunggu Mim depan sekolah rendah. Kalau ada budak yang buli Mim di luar sekolah... bila Mim tak tahu, Izrail akan ‘pukul’ budak-budak itu. Esoknya, akan masuklah surat khabar yang budak-budak pembuli Mim dipukul teruk dan ada... diantara mereka yang... Mati. Izrail jadi obses untuk lindungi Mim. Sehinggakan, kucing yang gigit kaki Mim juga, Izrail bunuh. Genap setahun mereka berkawan, Mim akhirnya berumur 12 tahun dan Izrail 17 tahun. Izrail akan masuk Kolej Perubatan dan Mim akan masuk Kolej Junior. Suatu hari, Mim dan Izrail melepak atas bukit seperti selalu. “Mim.” Izrail memanggil gadis itu. “Iya?” Mim menjawab acuh tak acuh. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya. “Kau masih tak kisah kalau Izrail bunuh ibu bapa kau suatu hari nanti?” soal Izrail.


ELVROSETH KAF | 10 Mim angguk dan senyum kecil. “Tak kisah….” Izrail diam dan tak menjawab apa-apa. Itu adalah kali terakhir mereka berjumpa. Selepas hari itu, Izrail langsung tak jumpa Mim. Tetapi gadis itu masih berani duduk seorang diri di atas bukit. Gadis itu rindukan Izrail. Kadangkadang, Mim menangis seorang diri di situ. Mim rasa yang dirinya teruk. Baru saja dapat kawan baik, kawan dah lari. Mim rasa dia tak layak berkawan dengan siapa-siapa lagi…. Tanpa Mim sedar, Izrail selalu memandangnya dari jauh. Izrail sentiasa ‘bunuh’ apa saja yang menyakiti gadis itu. Izrail sentiasa mengintai gadis itu sehinggalah Mim tumbuh dewasa. Fitur Mim semakin berubah. Izrail terfikir, apakah Mim masih ingat padanya lagi? Izrail tak berani mendekati Mim. Izrail menunggu masa untuk ‘muncul’ semula... di hadapan gadis itu.


ELVROSETH KAF | 11 BAB 1 Tahun pertama. UJUNG mata merenung ambal. Satu keluhan berat, aku lepaskan. Air mata, cubaku tahan. Tubuh sendiri menjadi kejal sembari hujung mata menjuju ke arah skrin telefon. Laman Web Universiti Hijaiyah, aku tatap tanpa berkelip. Lama kelamaan, mataku kabur. Hati berdetak dengan satu soalan. MIM MARYAM BINTI MUHAMMAD HALQI MATRIC NUMBER: HYH114-24434-65 FIRST-YEAR MBBS BATCH 702 H


ELVROSETH KAF | 12 PROFESSIONAL EXAM 1: F, FAIL. REPEAT PROFESSIONAL EXAM 1: F, FAIL. RESULT: TO UNDERGO REPEAT YEAR AND KINDLY LIAISE WITH YOUR BATCH COORDINATOR, DR HALAQAH. THIS RESULT IS SUBJECTED TO UNIVERSITY SENATE ENDORSEMENT, DR HALAQAH. Ya Tuhan, kenapa? Lutut aku lemah. Lantas, tersembam aku jatuh ke lantai. Menangis. Aku menangis tak berhenti. Bibir meligih. Aku mula menyandar pada meja. Telefon di tangan, aku campak kasar ke dinding! PRANG! Pecah! Jeritan aku bergema. Esakan aku membingit telinga. Aku jarang menangis. Tetapi saat ini, aku tak tahan lagi! Tak tahan! Kertas yang berselerak di atas meja, nota yang tertampal pada dinding… apa ertinya semua ini?! Tak bermakna


ELVROSETH KAF | 13 apa-apa! Penat aku tahan mengantuk setiap malam, ini yang aku dapat? Aku bodoh! Aku…. Wajah kecewa umi dan abi terbayang di mata. Herdikan abi mula menari di ruang telinga ini. Aku anak yang bodoh! Aku tak patut lahir! Aku kecewakan ibu bapa aku! AKU berdiri kaku di hadapan Abi. Air mataku sudah kering. Tekak aku sakit setelah berjam-jam aku menjerit seorang diri dalam bilik. Saat ini, aku hanya mampu merenung abi yang mengurut kepalanya sambil mengeluh berat. Umi hanya terdiam sama. Masing-masing mempamerkan raut kecewa. Aku? Aku lebih kecewa.


ELVROSETH KAF | 14 Aku kecewa dengan semua benda dekat dunia ini. Aku kecewa dengan diri aku. Mungkin, Tuhan tak sayang aku…. Aku berusaha banyak mana pun, keputusan aku tetap sama. Aku… aku tak tahu kenapa? Apa salah aku? Apa salah aku? Apa salah aku? Kenapa orang lain boleh? Kenapa aku tak boleh? Kenapa aku kena study banyak, baru boleh faham? Kenapa orang lain study sikit, boleh faham? Kenapa aku susah payah bangun tahajud tengah malam… berdoa dan solat berpuluh-puluh rakaat, keputusan aku tetap sama? Kenapa kawan-kawan aku study sikit, keputusan mereka bagus? Kenapa, Ya Allah? Apa salah aku? “Apa ini… Mim? Kenapa sampai dua kali fail?!” tengking abi. Dia terus campak slip keputusan yang dicetak dari laman web Universiti Hijaiyah, ke wajahku! Kasar. Bahuku terenjut sedikit. Abi bangun dari kerusi dan dia mula bercekak pinggang.


ELVROSETH KAF | 15 “Mim, Maryam?! Kau ini dah kenapa, hah? Kau tahu tak yang abi ini Menteri Kesihatan Kerajaan Hijaiyah ini?! Abi ini ketua pakar bedah, Mim?! Abi tak pernah gagal dalam peperiksaan banyak kali macam ini, Mim! Tak pernah! Abi tak pernah malukan kedua ibu bapa abi! Kau ingat senang ke abi nak sampai ke tahap ini?! Kau….” Abi terus sentap rambut aku! “Kau buat apa dekat universiti itu, Mim?! Aku suruh kau belajar! Belajar, Mim?! Kau tak cukup belajar ke, Mim?! Kau belajar main-main ke, Mim?! Kenapa kau tak macam abang dan kakak kau, Mim?! Kenapa?!!!” Amukan abi bergema lagi. “Abi…” Air mataku yang kering tadi, mula mencair di bening mata dan melimpah laju ke pipi. Aku pandang wajah abi yang bertukar bengis. “Mim dah study, abi. Mim dah study… Mim tak tahu kenapa jadi macam ini, abi….” “Kalau study kenapa masih gagal?! Aku tak lahirkan anak-anak yang bodoh la, Mim!” Kali ini suara umi melengking menimpali nada suara abi. Dia turut bangun dari kerusi. Tangan abi yang menarik rambut aku, dia tolak. “Sudah, bang! Jangan buat macam ini. Nanti orang ingat kita dera anak kita. Memang salah dia sebab tak study betul-


ELVROSETH KAF | 16 betul. Kalau dia study betul-betul, tak ada jadi macam ini!” Tangan abi yang menjambak rambutku dari belakang tadi, dilepaskannya. Abi mendengus kasar dan langsung memalingkan wajahnya ke sisi tanpa merenung aku lagi. Umi terus menyentuh lembut lengan abi, barangkali memujuk lelaki itu kerana kekecewaannya untuk aku. Aku… aku? Siapa yang mahu pujuk aku? Kecewakah dia lebih dari aku yang menanggung semua ini? Aku menunduk ke lantai. Belakang tangan mengesat air mata yang membasahi pipi. Bibir bawah, aku gigit. Esakan yang mahu dibunyikan, aku tahan. Aku tak mahu menangis lagi depan umi dan abi. Nanti aku kena marah… nanti mereka kata aku…. “Yang kau nak menangis macam ini, kenapa Mim?” Aku dapat rasakan umi menolak bahuku. “Hei, Mim! Mim kena sedar tau siapa Mim? Mim ini anak kepada Doktor Halqi, Professor Diraja dan Ketua Pakar Pembedahan Hijaiyah! Umi ini… umi ini, Mim! Umi ini surgeon! Mana nak letak muka kalau kawan-kawan umi tanya, anak bongsu umi


ELVROSETH KAF | 17 dah ambil medik tahun ke berapa? Tak ke mereka pelik dengan Mim yang kena repeat year?! Mak bapak doktor, tapi anak macam ini.” “Mim dah study, umi… Mim dah study hard. Mim tak tahu kenapa….” Terketar-ketar bibir aku mengucapkan setiap patah perkataan itu. “Mim tengok abang dengan kakak Mim! Dua-dua dah jadi doktor, Mim! Mereka siap dapat Medical Award lagi! Mereka tak pernah gagal! Never!” Suara abi naik seoktaf. Buliran air mata jatuh ke pipi lagi. Murah sungguh. “Ha, itulah, Mim! Sikit-sikit menangis, kan? Kalau Mim belajar betul-betul, tak adanya jadi macam ini, Mim! Kita ini, Mim… kalau nak menangis sebab tak study hard, tak payahlah, Mim! Kita tak layak pun, Mim! Buat apa nak menangis? Umi dengan abi dan bayar yuran belajar Mim mahal-mahal, tau! Mim dah la tak dapat biasiswa macam abang dengan kakak! Umi dengan abi ini yang terpaksa tanggung semua! Sebab kami sayang, Mim! Tapi Mim balas macam ini?!” Katakata umi menyentap jiwaku. Ya Tuhan, jahatkah aku?


ELVROSETH KAF | 18 Betulkah aku tak cukup belajar lagi? Betulkah aku belajar main-main? Betulkah aku ini menyusahkan kedua orang tua aku? Betulkah aku ini… aku ini memalukan mereka? Jadi, apa ertinya aku tahan tidur selama hari ini? Jadi, apa ertinya aku korbankan masa aku lapang aku dengan kawan-kawan aku selama hari ini? “Mim aje anak kita yang paling kurang pandai.” Aku tahu, abi sedang bercakap dengan umi tentang aku, seolah-olah aku tiada di situ. “Abang tak tahu nak buat macam mana lagi. Dari Kolej Senior lagi… Mim dapat 8A saja. Sedangkan, abang dengan kakak Mim… semua dapat 10A. Tak pernah tak cukup. Masa foundation… Mim dapat 3.8 CGPA. Sedangkan abang dengan kakak dia… 4.0 CGPA. Tak pernah tak cukup.” “Dah abang…” Umi memujuk abi. Bahu abi ditepuk lembut. “Bukan salah kita.” Ya, semuanya salah aku. Aku tak pandai macam abang dan kakak. Tetapi aku masih nak jadi doktor kerana aku


ELVROSETH KAF | 19 minat. Aku juga tak peramah macam abang dan kakak. Semua orang suka abang dan kakak kerana mereka peramah dan mereka anak kebanggaan Dr. Halqi dan Dr. Syamsi. Aku? Aku ialah anak yang paling memalukan. “Hah, berdiri tercegat apa dekat sini?!” tengking abi. “Maafkan Mim, umi… abi….” Aku mengeluh berat. “Pergi masuk bilik! You’re not allowed to eat anything until tomorrow!” jerkah umi. Aku angguk dan kaki melangkah pergi dari situ. I can never be their perfect daughter, hatiku berdesis pedih.


ELVROSETH KAF | 20 BAB 2 Tahun kedua, Cuti akhir semesta pertama. MUR aku genap 23 tahun. Ketika kawankawan aku yang sebaya dengan aku sudah berada di tahun ketiga, aku masih menjadi seorang gadis yang lembab tak tidak tentu arah di tahun kedua. Aku semakin kurang bercakap dan aku tak ada kawan. Aku selalu menyendiri kerana bagiku, menyendiri itu lebih mudah. Tak adalah kawan-kawan satu batch dengan aku sekarang akan tanya soalan, ‘Kenapa kau gagal dulu?’ atau ‘Macam mana kau boleh gagal dulu?’ Berkawan rapat dengan orang lain, bererti… aku telah menyediakan ruang untuk mereka tahu U


ELVROSETH KAF | 21 masa silam aku dan apa-apa sahaja kelemahan aku. Membuka pekungan tentang diri aku sendiri, bererti mereka yang lain akan mudah menyentuh titik sensitif dan trauma aku tanpa sensitivity dan seterusnya… aku akan disakiti. Aku tak mahu ada kawan rapat. Aku tak mahu ada kekasih hati. Aku tak mahu ada siapa-siapa yang rapat dengan aku lagi. Nanti aku akan bergantung dengan mereka, seterusnya… aku akan mendedahkan kelemahan aku dan mereka akan mula benci aku atau rasa jengkel dengan aku. Kemudian, mereka akan tinggalkan aku. Aku tak suka rasa kehilangan seperti itu. Tak suka. Sungguh menyakitkan rasa itu. Sungguh. Seperti semasa aku di tahun pertama sebelum aku gagal pertama kali dulu… kawankawan rapat aku yang tak gagal, terus memandang serong terhadapku. Mungkin mereka tak cakap atau tak kutuk depan-depan. Tetapi, aku sendiri


ELVROSETH KAF | 22 dapat baca air muka mereka dan aku dapat rasakan… mereka menjauhi aku. Saat itu, aku sedar. Dalam kumpulan ‘kawan’ aku itu, akulah paling lemah dan tak pandai. Aku sayang mereka sangat-sangat. Tapi, bila mereka buat macam itu… hati aku berkecai dan pecah seribu kali. Aku kembali rasa akulah orang paling teruk di muka bumi ini. Aku rasa aku tak patut disayangi siapa-siapa. Abi dan umi pun kata aku ialah anak mereka yang paling bodoh. Aku sayang sangat dengan umi dan abi. Tapi… orang yang paling aku sayanglah yang merendah-rendahkan aku. Aku sudah tak percaya siapa-siapa lagi. Aku sudah tak percaya dekat diri aku lagi. Aku sentiasa gagal banyak kali. Tapi aku tetap teruskan perjuangan ini. Mengapa? Barangkali kau yang membaca ini akan menyoal aku soalan begitu. Mengapa aku tetap meneruskan perjuangan aku?


ELVROSETH KAF | 23 Aku juga tak tahu. Barangkali kerana secebis diriku yang terpendam dalam ruhi yang paling dalam… sedar yang aku mampu. Aku mampu. Tuhanku, aku mampu. Umi… Abi… Mim mampu. “Mim!” Satu suara memanggil aku dari tepi ketika aku sedang termenung merenung kosong buku Pathology. Bahu aku ditepuk dari sebelah. Aku angkat kepala dan sepasang mataku berserobok dengan sepasang mata bundar Ba. Nurul Ba An-Nisaa, dia… hanya satu-satunya kawan aku tahun ini. Itu pun tak rapat sangat. Tapi Ba sentiasa layan aku dengan baik. “Ya, Ba….” Aku tersenyum nipis merenung gadis itu. Dia tersengih ceria hingga ke telinga. Aku naik hairan. Ada apa pula dengan dia ini? Tiba-tiba sengih begini? “Mim! Kau tak tahu ke?” Ba terus melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan aku. Kini, kami sama-sama duduk di kerusi batu depan kafe kolej kediaman Hijaiyah. Ba mula


ELVROSETH KAF | 24 tunjuk sesuatu pada skrin telefonnya. “Ini, Mim! Keputusan End of Semester dah keluar!” Mataku jatuh pada skrin telefon Ba. Ada nama dia dan nama nombor matrik dia dan ada keputusan dia yang ditayang dengan bangga di situ. NURUL BA AN-NISAA BINTI MUHAMMAD IQLAB MBBS, SEMESTER ONE EXAMINATION: C+, PASS. “Ya Allah, Mim!” Ba menjerit suka sambil kakinya dihentak-hentak ke tanah tanda gembira betul dia. Dua tangan meraup wajahnya. “Ya Allah! Aku pass! Aku pass! Padahal aku tak belajar sangat pun, Mim! Kau tengok, aku banyak tidur kan?! Kau stay up, aku ternganga tidur sambil peluk buku pharmacology! Kau pergi bilik lecturer tanya soalan, aku mampu tunggu luar ajelah sebab aku tak tahu nak tanya apa sebab aku tak faham apa aku nak tanya! Hahah! Tapi… Ya Allah, Mim! Aku rasa Allah selamatkan aku. Alhamdulillah… syukur.” Ba meraupkan wajahnya beberapa kali dan sebut Alhamdulillah. Aku ketawa melihat dia yang


ELVROSETH KAF | 25 bergembira. Tetapi sedikit sebanyak, hati aku terluka mendengar setiap patah perkataan yang terbit dari bibirnya hasil daripada rasa gembira yang dia ada. Dia tak stay up macam aku. Dia tak rajin pergi ke bilik pensyarah macam aku. Tapi… aku? “Mim! Kau dapat apa, Mim?! Hah, aku tak mahu tanyalah! Aku tahu, kau mesti pass punya….” Bahunya menyenggol bahu aku sembari kening Ba terangkat-angkat nakal. “Mesti kau dapat A, Mim! Kau rajin gila siot! Dalam kelas, asyik kau aje tanya soalan. Kerja lab report… semua aku tiru kau aje, Mim! Fuh, tak mahu aku tanya result kau. Mesti kau A dan pass punya!” Aku senyum kecil. Bahu angkat. “Entah, aku tak check lagi.” Aku tipu. “Hah! Kau mahu aku cek untuk kau?” Ba sengih suka. Yakin betul dia yang aku pass.


ELVROSETH KAF | 26 “Tak apa, nanti… aku semak sendiri.” Aku mengalihkan pandangan mataku, merenung jari jemari yang aku sulam antara satu sama lain. Satu keluhan berat, aku lepaskan. “Hmm, aku balik dulu ke bilik ya, Ba? Esok, kita jumpa lagi. By the way, tahniah. Aku… happy untuk kau, Ba. Kau cantik dan kau pandai. Aku doakan kau berjaya lagi, Ba! Aku… aku doakan kau berjaya daripada aku! Okey?” Di saat aku ucapkan setiap patah perkataan itu, entah mengapa air mataku bertakung. Tak mahu Ba nampak aku mahu menangis, aku tarik Ba ke dalam pelukan aku. Ikhlas, aku mengusap belakang tubuhnya. “Ba, you deserve to get this kind of result. If you ever… want to ask anything from me, I will be there for you, Ba. If you want my help, just call me, Ba. I will come right away. I’m…” Jeda. Gusar di hati, aku tutup dengan tawa kecil. Lantas, aku sambung, “I’m so proud of you, Ba.” Pelukan dirungkaikan Ba. Dia menangis, teresak-esak. Senyum pun ada juga. Bahuku ditampar. “Kau ini! Suka buat aku syahdu! Eee! Geramlah aku!”


ELVROSETH KAF | 27 Aku ketawa juga akhirnya. Air mata Ba yang mengalir ke pipi, aku usap. “Doa aku sentiasa untuk kau….” Sentiasa, doaku untuk mereka yang menyayangi aku dan buat aku gembira. Balik ke bilik aku, tubuh aku rebahkan ke katil. Aku duduk di bilik single. Maka, aku tak ada roomates. Abi sewakan khas bilik ini untuk aku supaya aku dapat belajar dengan fokus lagi, itu kata abi. Fokus? Aku ketawa sendiri. Ya, aku fokus. Tetapi keputusannya bagaimana? Aku menghela nafas berat, entah buat berapa kali. Tetapi dalam dadaku, masa terasa ada perit yang berdempuk kuat, bertalu-talu. Akhirnya, dengan kekuatan yang ada… aku ambil telefon aku. Lantas, aku buka keputusan peperiksaan yang sudah aku screenshot petang tadi sebelum Ba menegurku. MIM MARYAM BINTI MUHAMMAD HALQI


ELVROSETH KAF | 28 MBBS, SEMESTER ONE EXAMINATION: G, FAIL. Aku menggigit bibir bawahku. Sekali lagi, hati ini beratma sendiri, menyoal pada Tuhan yang mendengar…. Ya Tuhan, kenapa? Tiada air mata yang dirembeskan buat saat ini. Langkah longlai aku hayunkan ke arah bilik air. Azan maghrib sudah bergema. Ambil wuduk, solat maghrib dan aku mula berteleku di atas sejadah… membaca Quran. Jika aku mahu memujuk diriku, aku akan baca satu ayat ini. Surah Al-Baqarah, ayat ke 286.Di sini, tertulislah bait yang memujuk hatiku yang lelah…. ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.’- Al-Baqarah, 286. Lantas, aku menutup Quran apabila aku selesai membacanya. Jiwaku lebih tenang, tetapi rasa sedih masih terkumpal. Namun, aku tak boleh


ELVROSETH KAF | 29 menangis. Air mataku seolah-olah kering tetapi hatiku… masih sakit. Fahamkah kau rasa ini? Seolah-olah kau lemas dalam lautan, tetapi kau tak mati. Akhirnya, kau berada di situ, terapung tanpa mengerti mengapa… kau tak mampu berenang. Kau rasa lemas.... Terlalu lemas. Tetapi kau tak mati. Sakit. Rasa ini sungguh menyeksakan. Menggeleng kepala, aku membuang bayangan aku lemas di lautan yang bergentayangan di layar mata. Nafas, aku jujut sedalam-dalamnya sehingga memenuhi paruparu. Hembus. Aku cuba mengawal getaran gemuruh yang menderu masuk ke adrenalina aku. “Ya Allah,” ucapku sepatah. Aku angkat kepala, merenung siling. Moga sakitku ini, Kau pandang, Tuhanku. Aku bangun, berdiri dalam posisi bersedia mengangkat takbir. Renungan mataku terjunam jatuh, melekat utuh pada sejadah. Keputusan peperiksaan semester satu aku, kembali menjengah ke ruang memori yang tak indah.


ELVROSETH KAF | 30 Aku gagal lagi, Ya Allah. Pejam mata sejenak. Hati berdesis, mengumam niat yang ikhlas yang datang dari takwa seolah yang gagal seperti aku. ‘Sahaja aku solat sunat syukur dua rakaat kerana Allah Taala.’ Takbir diangkat. Allah Maha Besar. Aku bersyukur dengan keputusan peperiksaan aku. Aku solat sunat syukur buat segala nikmat yang aku dapat hari ini. Hari ini, aku masih dapat makan makanan yang sedap. Syukur, Tuhan. Hari ini, aku masih bisa berjalan. Syukur, Tuhan. Hari ini, aku masih bernafas apabila aku bangun tidur. Syukur, Ya Tuhan. Hari ini, aku masih mampu tersenyum dan paling penting… Aku gagal dalam peperiksaan banyak kali. Tetapi Tuhan tak ambil nikmat yang satu ini…. Sedang aku membaca surah dalam solatku, lensa mataku kabur dengan air mata. …Tuhan tak ambil nikmat solat aku.


ELVROSETH KAF | 31 Aku masih mampu berdiri di atas sejadah ini pada saat ini dan aku masih seorang islam. Syukur Ya Allah. Syukur…. Aku masih tak gagal, untuk terus bersyukur.


ELVROSETH KAF | 32 BAB 3 Di rumah keluargaku…. LIP keputusan peperiksaan aku dikoyakkan selamba di hadapan mataku. Abi merenung aku dengan bengis dan menakutkan. Umi menggeleng kepala dan menjeling aku tajam dengan hujung matanya. Abang dan kakak yang duduk di atas sofa ruang tamu, hanya membekukan diri mereka, bibir terkunci rapat tanpa sebarang kata. Cebisan kertas slip keputusan peperiksaan aku yang dikoyakkan abi di hadapan mata, akhirnya dicampakkan ke wajahku! “Jijik la aku!” getus abi. Kepala menggeleng. Dengkusan tajam dilepaskannya. Menjeling ke arahku, abi menolak kepalaku, kasar! S


ELVROSETH KAF | 33 “Mim! Abi dah kasi kau bilik single yang besar! Bayar sebulan mahal itu, Mim! Siap ada pendingin hawa! Aku suruh kau belajar bersungguh-sungguh, Mim! Kau ini dah kenapa? Asyik gagal aje?! Apa yang kau nak jadi ini, Mim?” Aku tiada jawapan untuk soalannya. Maka, aku diam. “Kau tengok kakak kau itu, Mim! Dah nak habis houseman dah! The best houseman! Kau tengok abang kau itu! Dia nak sambung belajar jadi specialist tak lama lagi! Dua-dua buat aku bangga. Kau? Kau ini asyik gagal aje! Dah la kau itu anak Menteri Kesihatan… Ya Tuhan! Malulah aku macam ini!” Abi menggosok kepalannya. Aku buntu. Bagaimana lagi perlu aku buat untuk dia berasa bangga denganku? Aku ini… hanya mampu gagal setiap masa. “Jawablah, Mim! Yang kau diam macam orang bodoh itu, kenapa?!” Hujung jarinya menunjal kepalaku. Aku menahan rasa. “Maafkan… Mim, Abi. Mim dah belajar bersungguh-sungguh. Mim masih mencari apa


ELVROSETH KAF | 34 silap Mim. Mim janji, lepas ini… Mim akan cuba buat abi dan umi bangga. Gagal yang ada dengan Mim sekarang ini, Mim jadikan sebagai penguat semangat supaya Mim da….” PANG! Satu penampar sampai ke pipiku. Aku tergamam. “Itu ajelah yang kau tahu kan, Mim? Konon gagal yang sekarang ini buat kau maju… tapi tak maju-maju juga. Kalau kau belajar, tak adanya gagal sampai macam ini! Anak orang lain boleh, kenapa kau tak boleh?! Hesy! Pelik aku! Keturunan aku tak pernah ada yang gagal lagi, tahu?! Tak pernah, Mim! Nanti siapa nak kahwin dengan perempuan gagal macam kau ini? Tak ada. Ha, merempatlah kau kahwin dengan penyangak dekat luar sana.” Panjang lebar bebelan abi. Aku mengusap bahagian pipi aku yang dia lempang. Kepala menunduk, merenung lantai. Tak betah mahu melawan, dia abi aku. Lagi pun, barangkali apa yang dia cakap… memang ada benarnya. Aku gagal….


ELVROSETH KAF | 35 “Menyampah aku tengok muka kau ini, Mim! Kalau kau gagal lagi tahun ini, aku tak mahu bayarkan yuran kau belajar lagi! Kau keluar daripada rumah aku dan kau merempatlah duduk dekat tepi jalan sana!” jerit abi sehingga bingit telingaku. Tetapi setiap patah perkataannya, menyakitkan lagi hati aku. “Dah! Masuk bilik!” jerkah abi lagi. Aku angguk laju dan kaki melangkah masuk ke dalam bilik aku. Pintu bilik, aku tutup dan kunci. Kaki aku bergontai menuju ke bilik air. Seperti biasa, aku ambil wuduk. Seterusnya, sejadah aku hamparkan ke lantai. Pakai telekung, sembari itu sepasang mata naik melekat pada jam dinding. Sempat lagi solat duha ini…. Niat, aku bisikkan perlahan. Takbir aku angkat. Allah maha besar. Selesai solat duha, aku buka Al-Quran. Entah mengapa, saat itu… tangan ini mula menggigil


ELVROSETH KAF | 36 ketakutan. Nafas celas-celus menerombos ruang nasal. Bola mataku mula melilau ke kiri dan ke kanan. Adrenalina mencengkam pembuluh darah. Gemuruh. Tubuhku jadi daging kejal serta merta. AlQuran jatuh ke paha. Mataku terbuka dan tertutup. Serangan gemuruh ini, selalu datang tiba-tiba. Lantas, aku alihkan mata ke satu arah…Al-Quran di atas paha. Tangan aku mula menggeletar, mengangkat Quran supaya menyamai atas dadaku. Aku mula fokus. Al-Quran ini warnanya merah, Mim. Al-Quran ini sederhana besar, Mim. Al-Quran ini dalam genggaman tangan kau, Mim. Setelah beberapa lama begitu, aku sudah berjaya fokus dan dalam pada masa yang sama aku berjaya mengawal diriku semula. Tetapi penatnya masih ada. Aku lelah. Lalu, belakang tubuh terlentang baring di atas sejadah. Quran, aku peluk ke dada. Aku… penat. Aku mahu muntah. Gemuruh.


ELVROSETH KAF | 37 Tetapi aku terlalu penat untuk ke tandas. Lalu, bibir ini membisikkan doa kepada Tuhan…. “Ya Allah, lindungilah aku dari perasaan takut dan sedih, jauhi aku dari sikap lemah dan malas….” Mataku tertutup, layu. Namun, aku sedar ada titisan jernih yang mengalir ke pipi. Berapa kali mahu gagal ini, Mim? Ya Allah, bantulah aku.


ELVROSETH KAF | 38 BAB 4 Semester kedua bermula. UDUK termangu seorang diri di atas kerusi, mataku tertumpu ke arah skrin projector di hadapan. Seperti biasa, dalam dewan kuliah, aku duduk di bahagian tengah supaya aku tak perlu mengangkat kepala dan leherku sakit apabila aku mendongak, seperti jika aku duduk di hadapan. Duduk di belakang? Aku tak suka kerana aku tahu… nanti aku terlena. Kalau mahu duduk tengah, kena datang awal kerana nanti tempat duduk dikebas orang. Ba duduk di tepiku. Sejak peristiwa yang aku ucap tahniah untuknya dan dia menangis terharu, dia seperti mahu rapat dengan aku. Aku mula takut dan rasa yang aku perlu jauhi dia tetapi… aku tak D


ELVROSETH KAF | 39 tahu bagaimana. Ba seorang gadis yang ceria dan selalu buat aku tersenyum. Dia baik… sehingga aku sendiri tak tahu macam mana nak menjauhi dia. Tapi, kalau dia tahu yang aku ini tak pandai… mesti dia akan jauhi aku, bukan? Tak ramai pelajar dalam dewan kuliah ini tahu yang aku pelajar, ‘repeat year’. Keputusan peperiksaan kami pun, semuanya rahsia. Kecuali jika peperiksaan Professional, biasanya keputusan peperiksaan akan ditampal di board examination department. Kalau pelajar yang rajin, dia akan naik ke Examination Department Faculty Of Medicine, untuk tengok keputusan. Tetapi ramai aje pelajar yang malas. Mereka lebih suka menunggu keputusan peperiksaan keluar di Laman Web Rasmi Universiti. Tap! Lamunan aku terhenti apabila terasa bagaikan ada jari di petik di hadapan wajahku. Terkebil-kebil aku jadinya. “Mim! Kau dengar tak apa aku cakap ini?” Ba menegurku. Jarinya yang dipetik tadi, ditarik semula menjauhi hadapan muka aku. Aku angkat


ELVROSETH KAF | 40 kening, tanda ‘Apa dia?’ Ba mengeluh berat. Kepala menggeleng perlahan. “Penat aku membebel, Mim….” “Sorry.” Aku senyum manis untuknya. “Nasib baiklah kau ini comel bila cakap sorry sambil senyum macam itu! Terpujuk sikit hati aku ini. Ini… aku nak cakap sikit, Mim! Kau tahu tak aku dengar apa tadi? Aku dengar yang semester baru ini, kita ada pensyarah baru. Paling gila! Pensyarah itu muda lagi! Baru umur 28 tahun! Dia jadi pensyarah muda sebab dia graduate MBBS awal semasa dia umur 21 tahun! Lepas itu, dia sambung Master of Pharmacy, Clinical Pharmacy sebelum dia sambung houseman sebab katanya, dia nak belajar banyak-banyak dulu sebelum jadi kuli hospital! Tapi dia houseman… empat bulan aje, beb! Fuh… orang lain dua tahun, dia empat bulan? Gila!” Dahi aku berkerut seribu. Siapa pula lelaki ini? Pensyarah baru? Macam mana Ba boleh kenal sampai tahu semua benda ini? “Lepas itu kan, beb… kau tahu?” Ba dah bersedia nak sambung dengan penuh bersemangat.


ELVROSETH KAF | 41 “Tak tahu.” Jawabku selamba sambil kemas buku di atas meja. Bilalah pensyarah ini nak sampai? Pap! Lengan aku ditampar Ba. Gadis itu mendengus kasar. “Kau ini, kan? Aku rasa nak tarik pipi kau yang merah itu sampai kau menjerit! Aku punyalah bersemangat nak bercerita, kau macam tak mahu dengar saja.” Aku sengih. “Iyalah, Ba… aku dengar ini. Kau ceritalah.” “Bagus! Kau dengar apa aku nak cerita!” Bossy betul Ba ini! Aku angguk laju. Kini, wajahku hadapkan sepenuhnya pada Ba. Reda sajalah dengar minah ini bercerita…. “Cerita dia begini. Okey, lepas itu… lepas dia habis houseman semua itu, dia ini terlalu hebat! Dia digelar Doktor Genius! Hebat gila sampai seawal umur 25 tahun, ada Master In Surgery! Mamat ini skip jadi....” Ba sambung bercerita dengan bersemangat dan aku tak dengar sangat apa dia cerita. Dah boleh jadi macam satu hikayat dah ceritanya ini.


ELVROSETH KAF | 42 “Bukan mamat, Ba.” Aku menegurnya. “Dia kan bakal pensyarah kita seperti yang kau cakap tadi… jadi, kalau itu betul, bukan ‘mamat’. He has a name, right?” Ba sengih malu. “Yeah. Nama dia handsome macam orangnya….” “Eh? Kau dah pernah jumpa dia?” Aneh, keningku bertaut. “Yup!” Ba angguk laju. Matanya merenung aku dengan cerlang. “Nama dia…. Dr Kaf Ar-Ra’d. Dia popular la! Banyak kali masuk TV tau! Dia masuk TV dan cerita kisah perjalanan dia berjaya sampai macam itu! Nama dia hot macam orangnya.” “Aku jarang tengok TV.” “Itulah kau, belajar aje. Lain kali cuba lagha sikit.” Ketawa Ba pecah berderai dan aku ikut sama ketawa kecil. Bergegar tubuh kami kerana tawa hasil daripada lelucon Ba. “Hoi! Kau ketawa macam setan, dah kenapa?” Satu suara menegur dari belakang. Serentak itu, sepasang mata kami berpaling ke arah sumber suara tersebut. Jim sedang menjeling


ELVROSETH KAF | 43 tajam ke arah Ba. Mencerucup renungannya tertumpu pada gadis di tepiku sebelum beralih pada wajahku. “Ha… Mim, kau berkawan rapat dengan pontianak sebelah kau ini, nanti kau sekali jadi pontianak suatu hari nanti. Dari elok jadi gadis anak dara dari pingitan batch kita, kau jadilah pontianak harum sundal malam macam Ba ini. Ngeri aku! Nasihat aku, baik kau jauhkan diri dari dia.” Err… what? Aku tak tahu mahu balas apa tetapi aku dapat rasakan yang mungkin kepala Ba di sebelah aku mula berasap. “Hei! Jim si Jin toncet!” Ba membalas garang! Aku lihat, dia sudah mula berdiri dari tempat duduk dan menghadap Jim di belakang kami. Hujung jari telunjuknya diarahkan di hadapan batang hidung Jim. “Kau panggil aku pontianak! Habis? Kau itu apa? Jin toncet!” Melihat Ba yang mengamuk dengan selamba di tengah-tengah dewan kuliah yang hampir penuh ini, sepasang mata mereka yang lain mula tertumpu ke arah kami. Pipiku mula merah kerana malu. Iyalah, memang Ba yang sedang bergaduh


ELVROSETH KAF | 44 tapi aku duduk di sebelahnya. Aku… tak selesa menjadi tumpuan. “Ha, kau tengok ini, Mim!” Jim merenung aku bersilih ganti dengan Ba. “Sebab inilah aku kata yang kau kena jauhi minah ini! Aku yang hensem ini dikatakan Jin toncet? Sah, kawan kau ini, Mim… dia buta!” Ba mula melibaskan rambutnya ke kiri dan ke kanan sambil bercekak pinggang. Dagunya diangkat angkuh ke atas! Aku nak tergelak apabila dia mula macam nak buka langkah gusti untuk mendebik Jim. “Kau jangan macam-macam dengan aku, Jim… aku boleh tumbuk oculus kau sampai lebam dan sampai kau yang betul-betul buta! Nanti, aku hancurkan semua six innervation of your cranial nerves!” Aku telan liur. Aik? Nak gaduh pun masuk terminologi medik? Jim ketawa sinis. Matanya terjuling ke atas. “Penumbuk kau pun kecik. Ada hati nak tumbuk oculus aku. Hek eleh! Aku harap-haraplah malam ini kau terkena dysphasia! Kasi susah nak bercakap! Paling helok kalau kau punya Broca’s area dekat otak mampus! Wernicke’s area kau


ELVROSETH KAF | 45 tercabut dari tempat asalnya! Kasi mulut yang banyak cakap itu susah nak bercakap sampai tak boleh bercakap dan kurang membebel. Haaa… padan!” “Dasar kau Jim! Mulut macam fecal urobilinogen!” Balas Ba semula. Aku ternganga. Erm… bila nak habis gaduh ini? “Hei! Kau orang ini gaduh macam anjing dengan kucing dah kenapa?” Alif yang tadi tidur tutup muka dengan buku Pharmacology di tepi Jim mula terjaga dan merenung Ba bersilih ganti dengan Jim di tepinya. Dia menguap besar sebelum sambung membebel, “Kau orang ini, jangan gaduhgaduh macam ini. Kau orang pernah dengar tak… orang tua pernah kata, kalau lelaki dan perempuan selalu bergaduh, maksudnya… mungkin suatu hari nanti mereka akan berkahwin. Kau, Ba… kau nak ke kahwin dengan Jim ini? Muka dia memang handsome tapi spender dia dalam bakul dekat bilik itu, aku yang jadi tukang membasuhnya tau!” Mataku membulat. Cerita apa yang Alif cerita ini? Ke sebab dia tengah mamai?


ELVROSETH KAF | 46 Jim merenung kawannya tajam dan Ba di tepiku sudah terdiam tetapi pipinya bertukar merah. Hujung telingku menangkap tawa Ghain dan Sod yang duduk di hujung barisan kerusi dewan kuliah, bersebelahan Alif. Mereka sedang tekan perut mereka sambil bertepuk tampar ketawa. “Eee… apa kau ini, Sod. Ceritalah benda senonoh sikit!” Jim menolak kepala Alif yang tengah mamai itu dari tepi. “Mulai hari ini, Alif! Aku ceraikan kau daripada menjadi kawan aku dengan talak tiga!” Tawa kami semua pecah berderai sekali lagi. Ba yang tadi mengamuk dengan Jim, mula tersenyum seronok kembali. Tiba-tiba, dia mula bersembang merepek-repek dengan si Jim dan aku yang tak tahu nak cakap apa, kembali beralih menghadap meja di hadapan aku. Aku memang begini… aku janggal dengan lelaki. Aku tak tahu nak cakap apa dengan lelaki. Barangkali, aku akan buat suami aku bosan dengan aku. Paling bagus, aku tak kahwin-kahwin! Mengeluh, aku bangkit dari kerusi dan mula turun dari tangga dewan kuliah. Jam menunjukkan


Click to View FlipBook Version