The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:30:06

KAF (HIJAIYAH SERIES)

KAF (HIJAIYAH SERIES)

ELVROSETH KAF | 197 Kaf memagut dagu aku dan serentak itu sepasang mata aku yang berkaca, bertemu dengan mata Kaf. Wajah Kaf berubah. Ibu jarinya menyentuh pipi aku yang basah. “Kenapa ini, Mim….” “Kau tengok perempuan kau itu! Aku pijak ais krim pun nak menangis! Lembik!” Lelaki asing tadi masih ada di situ. Lembik? Mungkin ya. Aku lembik. Aku tak dapat kawal emosi aku dan fikiran aku. Aku selalu overthinking tetapi perkara yang aku fikir kadangkadang benar-benar terjadi… aku… “Kau pijak ais krim isteri aku?” Kaf pandang lelaki tadi, tajam. “Oh, isteri?” Lelaki itu ketawa kecil. “Ingatkan budak lima tahun. Ais krim hancur pun nak menangis. Kau patut cari perempuan lain yang la…” “KAF!” Jeritan aku bergema apabila Kaf terus menyerang lelaki tadi dan sebiji penumbuk sampai ke wajahnya! BUK! Bergema padu bunyi penumbuk Kaf yang sampai ke batang hidung lelaki itu. Aku tergamam apabila dengan satu tumbukan, darah


ELVROSETH KAF | 198 memancut dari hidung lelaki itu. Kaf masih menindih lelaki itu dan penumbuk kedua, ketiga dan seterusnya sampai ke wajah lelaki itu tanpa henti! Aku menekup mulut aku. Terkejut. Kaf selalunya tenang dan aku tak pernah nampak dia marah sampai macam ini. “Apa dah jadi ini?” Seorang wanita datang menegur aku. Baru aku perasan yang ramai orang mula mengelilingi Kaf dan lelaki tadi. Bibir aku terkatup rapat, tak mampu nak menjawab soalan wanita tadi. Aku terlalu terkejut melihat perubahan emosi Kaf. “Kau minta maaf dekat dia, sekarang?!” tengking Kaf. Wajahnya menyinga. “Kau dah kenapa, bodoh?! Tumbuk aku sebab ais krim isteri kau?! Macam budak kecik! Kau ini memang….” BUK! Tak sempat lelaki itu sambung patah perkataan yang mahu keluar dari mulutnya, Kaf tumbuk mata dia pula. Kemudian, bola mata lelaki itu mula bergerak ke atas. Kaf bangun dari


ELVROSETH KAF | 199 menindih lelaki itu tadi dan kepala lelaki itu diheret dengan kasar ke arah aku. Kaf hentak kepala lelaki itu ke tanah, di hadapan hujung kasut aku. “Kau minta maaf dengan dia, sekarang!” Lelaki itu menggeleng. Tangan Kaf ditolak kuat. Walaupun tubuhnya lembik, masih ada kudrat untuk melawan. Dia menjeling aku dan Kaf, tajam. “Buat apa aku nak minta maaf?! Kau tumbuk aku sebab benda bodoh!!!” “CEPATLAH, SETAN! KAU MINTA MAAF DEKAT DIA SEKARANG!!!” Kaf menempik kuat dan kepala lelaki itu ditarik ke belakang, mendongak menghadap wajah aku. Aku tergamam. Kaf nampak lain…. “Kaf, ta… tak apa….” Bibir aku bergetar. Kepala menggeleng. Tangan Kaf, aku sentuh lembut. “Kaf, jangan macam ini. Kita balik ya?” “Mim, dia buat awak menangis. Saya….” “Sayang.” Aku memujuk. Jari jemari aku mencengkam lengan Kaf. Mata bundar aku merenungnya, hangat. “Jom, balik ya?”


ELVROSETH KAF | 200 Kaf seperti tergamam dengan apa yang keluar daripada bibir aku. Sayang. Tetapi wajahnya yang menyinga tadi bertukar lembut. Lantas, kepala lelaki itu yang dipegang, dia lepaskan. Kaf tak pandang kiri dan kanan lagi tetapi hanya wajah aku. Dia bagaikan fokus hanya untuk aku. Tangan Kaf terus menggenggam jari jemari aku dan dibawa ke bibirnya tanpa rasa malu apabila ramai yang melihat. Mata Kaf terpejam rapat. Aku dapat dengar keluhan beratnya. “Okey,” Kaf menjawab. Mata terbuka. Wajah automatik berubah tenang. Bibirnya tersenyum manis untuk aku. “Jom balik.” Tanpa memandang apa yang terjadi kepada lelaki yang dibelasahnya tadi, Kaf terus menarik tubuh aku pergi dari situ. Bahu aku dipeluk erat. Kuat. Sentuhannya... dominan. Sampai saja di kawasan tempat letak kereta yang jauh dari orang ramai, Kaf tolak aku pada jasad kereta. Tangan kiri dan kanan mengunci tubuh aku. Wajahnya menunduk, wajah aku


ELVROSETH KAF | 201 mendongak dan Kaf tolak dahi aku menyandar pada pintu kereta dengan tindihan dahinya. Kaf tarik nafas, dalam. Dadanya berombak. Mata Kaf terpejam. “Mim Maryam….” Kemudian, Kaf peluk erat pinggang aku dan wajahnya jatuh pada bahu aku. Aku dapat rasakan dia seperti menghirup haruman tubuh aku. Kaf ketawa kecil sebelum sambung, “Awak buat saya tenang semula. Saya suka haruman awak.” Aku terdiam. “You’re my everything, Mim.” Bisiknya. Perlahan-lahan, tangan aku membalas pelukannya. “My,” Kaf berbisik lagi. Pelukan dieratkan. “Everything.” Mata aku tertutup rapat. Kaf Ar Ra’d…. Manis dan aneh.


ELVROSETH KAF | 202 Izrail ZRAIL merenung dokumen yang ada di atas tangannya. Profil tentang mangsa seterusnya buat dia tersenyum. Sebenarnya, dia tak mahu bunuh lelaki ini. Tetapi dia tak sangka… hari ini dia bertemu dengan lelaki yang memang ada dalam black-list senarai penjenayah Hijaiyah. Umur: 40-an. Jenayah: Dadah, Jual lesen kereta secara haram, Perdagangan wanita dan…. Izrail menggeleng kepala. Banyak betul kerenah lelaki ini. Macam-macam ‘bisnes’ dia buat. Patutlah rumah yang tersergam indah di hadapan Izrail saat ini, tak ubah seperti istana. Besar. Kereta-kereta sport ada di merata-rata. Izrail terus campak dokumen profil mangsanya kali ini ke I


ELVROSETH KAF | 203 dalam kereta. Lalu, Izrail terus langkahkan kakinya masuk ke kawasan rumah itu. Mudah. Izrail tekan earpiece yang dia pakai di celah telinga. “Macam mana dengan CCTV?” soalnya pada orang di sebelah sana. “Aku dah godam. Semua mati,” jawab orang di dalam talian. “Kau kena masuk gelangsar dekat bahagian tepi rumah dia yang dekat dengan kebun kecil. Aku dah cek petang tadi, dekat situ sekuriti lemah.” “Bagus.” Izrail memuji ‘anak buahnya’. Sambil kakinya melangkah masuk ke halaman tepi rumah banglo mangsanya, dia menyoal orang dalam talian, “Kau buat apa itu? Dah siap lab report yang aku bagi?” Orang dalam talian ketawa mengekek. “Bodoh lah kau, masa tengah misi ini la kau tanya aku soalan macam itu. Esoklah aku buat. Hari ini jumaat. Aku main game aje ni sambil perhatikan sekuriti sekeliling kau. Aku nak tanya ini, kenapa kau nak bunuh lelaki ini?” “Dia hancurkan ais krim isteri aku, Jibril.”


ELVROSETH KAF | 204 “Aik? Pasal ais krim aje?” Jibril naik pelik. “Kau tak faham emosi isteri aku itu lain. Bukan macam orang biasa.” Sambil Izrail menggerudi pintu gelangsar, dia berbisik pada Jibrail. “I just want to make her happy.” “You’re lucky that no one knows you’re married to your own student. If anyone in our batch knows about this, you and your wife… I don’t know, Izrail.” Jibril mengeluh. Di kampus sana, sedang dia duduk memerhatikan skrin komputer dan tangannya menaip sesuatu untuk menyemak sekuriti yang ada di sekeliling Izrail, Jibrail mula memerhatikan teman sebiliknya yang sedang tidur lena bertemankan buku phamarcology. “And if anyone knows that you’re a contract killer, Jibril, you’re dead too. You won’t be able to finish your medical school.” Izrail membalas. Dia menyeringai suka apabila dia berjaya masuk ke dalam rumah mangsanya. Kemudian, kaki melangkah naik ke tangga rumah. “Tingkat berapa bilik dia?” “Tiga.” Jibrail mula membuka tab baru pada komputer untuk memerhatikan plan rumah mangsa Izrail. Pada plan yang berwarna hijau, ada


ELVROSETH KAF | 205 titik merah di tingkat tiga. Di titik merah itu, ada tulisan warna putih yang kecil yang bertulis, ‘Delta wave’. “Delta wave, your enemy is in deep sleep. Heart beat lower than 60 bpm.” Jibril memberitahu Izrail melalui talian. Izrail sebernarnya sudah pun sampai ke di hadapan pintu bilik. Baru saja dia nak menerjah masuk, Jibril dalam talian sambung memberi maklumat, “Dalam bilik itu, aku detect ada titik merah lagi satu, theta waves. Kau kena hati-hati sebab dia hanya drowsy saja.” “Siapa lagi seorang?” “Aku agak, perempuan simpanan dia.” Izrail kemudian berhati-hati masuk. Glock yang berada di belakang tubuh, dia keluarkan. Kakinya melangkah dengan penuh berhati-hati ke arah sisi mangsanya yang tidur sambil dipeluk seorang wanita yang tidak berbaju tidak hanya berselimut. Izrail sengih, penutup muka warna hitam dinaikkan hingga ke batang hidungnya. Glock terus dirapatkan di hadapan batang hidung lelaki yang sedang tidur itu.


ELVROSETH KAF | 206 Seperti yang dia jangka, wanita yang sedang memeluk lelaki itu terjaga! Hampir saja wanita itu ternganga besar dan mahu menjerit tetapi tak jadi apabila Izrail halakan muncung glock ke arah kepala wanita itu. Jari telunjuk Izrail dibawa merapat ke hadapan wajahnya sendiri tanda, ‘diam’ sebelum jari telunjuk yang sama dihalakan ke arah pintu bilik tanda, ‘keluar’. Wanita itu masih terkejut tetapi perlahanlahan kepalanya terangguk-angguk laju. Izrail hanya memerhatikan wanita itu yang turun dari katil tanpa seurat benang dengan tergopoh-gopoh sebelum keluar dari bilik. Mungkin, perempuan itu hanya perempuan simpanan lelaki ini kerana perempuan itu langsung tak cuba melawan dan selamatkan lelaki yang sedang tidur ini. Begitulah kalau banyak musuh, kau mati pun… orang tak kisah untuk tolong. “Jibril, kau settle kan perempuan itu. Kasi dia diam.” Izrail berbisik kepada Jibril dalam talian. “Roger that. Nanti aku hantar orang,” sambut Jibril dalam talian. Kemudian, Izrail mula sambung buat kerja. Dia terus naik atas katil dan menindih lelaki tadi.


ELVROSETH KAF | 207 Automatik, lelaki itu terjaga dan matanya membulat bila dia nampak Izrail. Dia cuba bergelut dengan Izrail tetapi Izrail lebih tangkas, mencengkam kedua-dua belah tangannya dan… Zap! Digari pada tiang katil! “Kau siapa, hah?!” Mangsanya menjerit kuat. Peluh membasahi dahi. Izrail suka melihat wajah pucat lelaki ini. “Aku datang nak tuntut dendam.” Jawab Izrail. Hujung glock dihalakan ke arah mulut lelaki itu yang sedang ternganga. “Dendam apa?! Aku… aku tak kenal kau?!” “Kau suka makan….” Izrail sumbat hujung glock ke dalam mulut mangsannya. Rahang mangsa, dia cengkam. “Ais krim?” Mata lelaki itu membulat. Jeritan cuba dia lepaskan tetapi hujung glock sudah sampai ke anak tekaknya. Izrail menyeringai suka. Ketakutan mangsanya membuatkan dia lebih kenyang! “Aku nak hancurkan mulut kau yang kurang ajar dan sakitkan orang yang aku sayang.” Izrail tekan hujung glock lebih kuat pada tekak mangsanya sehingga lelaki itu tak boleh bernafas


ELVROSETH KAF | 208 dan mula tercekik. “Sekarang ini, kau kena faham aku siapa.” “Aku, Izrail. Putera maut.” Sambungnya lagi. Klak! Picu ditarik. Mata lelaki itu membulat besar. BOM! Tembakan dilepaskan. BOM! Lagi. BOM! Lagi. Lagi. Lagi. Lagi. Izrail melihat lelaki di hadapannya mati dalam keadaan matanya terbuka luas. Izrail sengih. “Jibril, dah settle. Kau selesaikan yang ini juga,” beritahu Izrail untuk Jibril dalam talian. “Right away, sir.” Jibril ketawa kecil. Seolaholah suka dengan aktiviti ‘membersihkan’ ini. Kemudian, Izrail terus keluar dari rumah itu dan bergerak ke satu destinasi lagi.


ELVROSETH KAF | 209 IZRAIL halakan muncung glock yang kering dengan darah musuhnya tadi ke arah lelaki di hadapannya. Terketar-ketar tangan lelaki itu yang sedang memegang wafel. Masakan tidak takut apabila tiba-tiba, sedang dia tidur di atas katil dengan nyenyak, dia diserbu oleh seorang lelaki aneh yang menutup separuh muka dengan penutup muka hitam. Lelaki aneh itu suruh dia buatkan ais krim pada pukul dua pagi?! “Cepat sikit!” Jerkah Izrail. Lelaki tua itu terangguk-angguk. “Okey, sa… saya buat!” “Sedap-sedap!” “Baik, Encik.” Nak terkencing rasanya apabila dirinya diugut. Izrail sengih. Terima kasih kepada Jibril juga, dia dapat tahu di mana alamat rumah lelaki yang buat ais krim ini. Nasib baik dekat saja dengan hotel tempat dia menginap. Sebenarnya, dia kesian juga dengan lelaki tua si pembuat ais krim ini, pasti penat kerana berniaga petang tadi. Tiba-tiba… malam ini, terpaksa ‘bekerja lebih’ lagi.


ELVROSETH KAF | 210 “Kau ada bekas tak nak letak ais krim ini supaya tak rosak dan cair?” soal Izrail dan kali ini suaranya mengendur. Kesian tengok tangan orang tua itu yang menggigil ketakutan. Takut ais krim yang dibuatnya tak cantik pula…. Lelaki tua itu, angguk. “Hmm! Ada! Ada! Saya boleh bagi kotak besar itu. Nanti saya letak banyak-banyak ais.” “Bagus. Aku nak kau buat ais krim paling sedap. Letak strawberry sikit,” arah Izrail. Lelaki tua itu menurut perintah. Akhirnya, ais krim pun siap. Ais krim diletakkan dalam sebuah kotak yang penuh dengan ais. Untuk Izrail, dia siap bagi ‘ice-cream holder’ untuk pegang kon ais krim itu supaya tidak jatuh bila letak dalam kotak. Akhirnya, Izrail serahkan beberapa not duit Hijaiyah untuk si orang tua. Terbeliak mata orang tua itu kerana duit yang diberikan lebih banyak daripada yang sepatutnya. Baru saja dia nak buka mulut untuk berterima kasih dekat Izrail, kelibat putera maut itu sudah hilang dari pandangan matanya.


ELVROSETH KAF | 211 Si orang tua penjual ais krim yang popular di Tashkeel itu mengerutkan dahinya. Aneh betul Putera Maut yang melawatnya malam ini.


ELVROSETH KAF | 212 BAB 17 UBUH aku ditepuk lembut. Aku terus terjaga dari tidur. Wajah Kaf muncul di hadapan aku. Lelaki itu duduk di sisi katil dan tersenyum manis untuk aku. Dahi aku berkerut. Tadi, pukul sepuluh malam tadi, dia keluar dari bilik hotel ini kerana dia kata ada hal yang harus dia selesaikan. Sekarang, dia muncul semula. Bola mata aku mengerling ke arah jam yang berada di sisi katil. Pukul 3 pagi. “Erm… Kaf?” Aku bangun dari baring. Mata yang masih mengantuk, aku gosok. “Awak baru balik?” Kaf angguk. “Maaf, saya kejutkan awak pagi buat ini. Tapi saya nak awak makan ais krim ini. Saya belikan untuk awak. Saya tak mahu ais krim T


ELVROSETH KAF | 213 ini cair, Mim. Minta maaf sebab kejutkan awak tapi… saya harap awak boleh makan ais krim ini.” Aku terkedu. Mata aku jatuh pada ais krim di tangan Kaf. “Tapi bukan kedai dah tutup?” Kaf geleng. Belakang tengkuk, dia garu. “Err… tadi Pak Cik Ais Krim itu buka sekejap!” Aku terangguk-angguk mendengar jawapannya. Sebenarnya, aku rasa terharu kerana Kaf sanggup belikan aku ais krim walaupun dah pagi buta macam ini. Aku tak rasa pun nak makan, tapi disebabkan wajah Kaf macam mengharap, akhirnya, aku ambil juga ais krim kon yang dihulurkannya. Kaf tersenyum suka. Hatiku jadi suam dan perut ini penuh dengan rama-rama tiba-tiba. Akhirnya, aku jilat ais krim coklat yang ditaburi dengan kacang badam di atas. Ditambah pula dengan strawberry yang dipotong halushalus. Akhirnya, aku tak boleh berhenti makan ais krim ini. Sedap! Wafel yang ada, aku gigit. Kaf tidak cakap apa-apa, hanya memerhatikan aku makan.


ELVROSETH KAF | 214 “Nak sikit?” Aku cubitkan wafel dan calitkan ais krim untuk Kaf. Kaf geleng. “Saya nak awak makan. Saya bawa awak ke sini untuk makan ais krim ini, Mim. Ais krim ini, ais krim paling sedap di Tashkeel dan popular di Hijaiyah. Manis kan?” Aku angguk dan senyum nakal. Sengaja, wafel yang aku cubitkan sedikit tadi, aku dekatkan ke bibir Kaf. “Makanlah Kaf. Manis tau. Macam awak.” Tawa Kaf pecah akhirnya. Keningnya terangkat nakal. “Oh yeah?” Aku angguk dengan bersungguh-sungguh! “Macam awak!” Akhirnya, Kaf makan juga wafel yang aku suapkan untuknya. Sengaja, aku usap bibir Kaf dengan kesan coklat yang masih ada di jari aku. Kaf menjeling aku tajam sebelum jari aku dimasukkan ke dalam mulutnya. Pipi aku berubah hangat tetapi aku tak menolak dan aku langsung tak rasa geli. “Thank you for the ice-cream, Kaf,” ucapku, ikhlas. Ais krim, sudah habis aku makan. Tangan aku comot. Bibir aku pun.


ELVROSETH KAF | 215 Kaf angguk. Tangannya yang lagi satu mengusap wajah aku. Aku dapat rasakan ibu jarinya mengusap sisi bibirku. “As long as you’re happy, Mim.” “Maafkan saya pasal petang tadi….” Suara aku merendah. “Tak apa, bukan salah Mim. Saya dah belikan ais krim baru. Saya harap awak suka. Akhirnya, awak dapat makan juga. Itu pun dah cukup buat saya bahagia, Mim,” ucap Kaf. Matanya berubah kuyu. “You’re my everything, Mim.” “I don’t deserve that, Kaf.” “I shall treat my wife as a queen, Mim. I can kill anyone just to protect you, Mim.” Kaf tarik tangan aku yang comot dengan ais krim tanpa jijik. Kemudian, kedua-dua tapak tangan aku dikucup berkali-kali. “Mim Maryam, thank you.” “Thank you?” Kening aku terangkat. Dia sengih. “Terima kasih sebab sanggup bangun pada pukul tiga pagi dan makan ais krim untuk saya….” Akhirnya tawa kecil aku pecah dan dada bidangnya aku pukul lembut.


ELVROSETH KAF | 216 Haih, Kaf. Anehnya lelaki ini. So sweet… So strange.


ELVROSETH KAF | 217 BAB 18 EPERIKSAAN besar, Professional Exam 2 ada lagi sebulan. Aku semakin stres dan cemas. Kaf sentiasa ada bersama aku setiap malam. Jika dulu aku belajar dua jam sehari, kali ini… Kaf naikkan syarat yang aku kena belajar empat jam sehari supaya aku dapat berehat apabila masuk study week nanti. Setiap hari, Kaf akan bagi aku nota yang dia buatkan untuk aku, tanya aku soalan tentang flash card yang kami buat sama-sama dan kemudian, dia suruh aku jawab soalan objektif untuk kuatkan lagi ingatan aku tentang asas yang perlu aku tahu dalam setiap modul. “Mim, awak kena tahu. Apa pun yang awak belajar, asas paling penting. Kalau awak tak faham asas, awak tak akan faham semua benda yang seterusnya. Ingat Mim, kalau awak kuatkan asas P


ELVROSETH KAF | 218 awak dengan sangat kukuh, awak belajar last minute pun, awak boleh pass exam,” beritahunya kepadaku. Ketika ini, kami sama-sama di bilik belajar. Kaf tarik kerusi belajarnya ke arah aku. Dari tadi, dia perhatikan aku buat nota ringkas dalam kertas kecil. “Patutlah dulu saya fail. Mungkin sebab saya skip yang asas dan saya baca bahagian yang susah. Saya pun mulalah tak faham dengan apa yang saya baca. Akhirnya, saya pun ambil masa yang lama baca benda itu banyak kali dan tak dapat habiskan silibus.” Aku buat pengakuan. Kaf tiba-tiba tarik tangan aku yang sedang buat nota. Aku terkejut. Lalu, dia letakkan pen dan highlighter aku ke tepi. Aku pandang dia dengan dahi yang berkerut. Kaf sengih. Kemudian, dia tarik kedua-dua belah tangan aku. “Apa awak nak buat, Kaf?” soalku. “Bangun sekejap,” arahnya. Maka, aku bangun. Kaf tolak kerusi aku menjauh dari meja belajar. Kemudian, dia sorongkan kerusinya ke belakang tubuh aku yang sedang berdiri dan bahu


ELVROSETH KAF | 219 aku ditarik! Punggung aku terus berlabuh di atas pehanya. Nafas aku jadi sesak tiba-tiba. Kaf terus tolak kerusi tempat kami duduk, merapat ke meja! Kedua-dua belah tangannya, mengunci tubuh aku kiri dan kanan. Dagunya dilabuhkan pada bahu aku. Tangannya mula menarik kertas yang dia bawa ke meja aku tadi. Kemudian, kertas itu dia selak. Kaf terus tarik kotak kecil yang dia bawa ke meja aku juga. Dari tadi, dia tak bagi aku buka kotak itu. Mungkin ini sebabnya…. “Okey, mari kita jawab soalan, Mim. Dalam satu muka surat kertas ini, ada lima soalan. Kalau awak dapat jawab empat betul daripada lima soalan atau pun semua betul, awak boleh makan coklat.” Kaf buka kota misteri tadi. Di situ, ada banyak coklat. Mata aku bersinar cerlang. Coklat! “I know you’re a sweet tooth, darling.” Tawa kecil Kaf bergema di tepi telinga aku. Darling? “Okey, jom jawab soalan.” Kaf ambil pen dan letak di atas kertas tadi.


ELVROSETH KAF | 220 Aku angguk laju. Bersemangat! Pen atas kertas, aku ambil. Buat seketika, aku berpaling ke sisi, merenung Kaf yang merenung aku semula. Wajah kami rapat tetapi aku masih rasa selesa. “Kalau saya tak dapat score macam yang awak mahu?” “Coklat itu, saya punya dan awak kena suap saya. Sweet, kan?” Kaf sengih. Aku julingkan mata ke atas. Menyempat! Beberapa minit seterusnya, aku mula jawab soalan! “Baca kuat-kuat soalan itu, sayang,” arah Kaf. Aku tahu, dia dah menyandar ke belakang kerana aku dapat rasakan tubuhnya menjauh. Sayang? Aku mahu tampar mulut aku yang ukir sengih gatal. Argh, sejak bila aku jadi macam ini?! Fokus, Mim! Fokus! “A 60 years old lady complains of vaginal bleeding for the last two months. Clinical examination reveals a mass of the posterior wall of upper one-third of the vagina. Biopsy-section confirms a primary squamous cell carcinoma of the vagina. Which of the following infection is most


ELVROSETH KAF | 221 strongly associated with this neoplasm as its etiology?” Aku baca soalan kuat-kuat. “Okey, Mim. Ambil highlighter. Benda pertama awak kena buat, tengok jawapan tapi jangan cari jawapan dulu. Benda kedua, kena buat apa, Mim? Saya dah ajar, kan?” soalnya. Lembut tetapi tegas. “Cari kata kunci,” jawabku. “Sebutkan kata kunci dalam soalan itu untuk saya dan kemudian, warnakan kata kunci yang awak rasa penting dengan highlighter yang sudah saya sediakan,” arah Kaf. Tegas. Aku angguk laju! “Vaginal bleeding since the last two months, mass in the posterior wall of upper one-third of the vagina, biopsy-section confirms a primary squamous cell carcinoma… that’s all, maybe?” Aku gigit pen. Macam mana dengan umur pula? Bukan ke umur memainkan peranan. “Tengok jawapan. Kalau rajin, dekat setiap tepi setiap jawapan objektif yang disediakan, semasa awak buat latihan… tulis maklumat yang awak tahu tentang jawapan itu walaupun jawapan


ELVROSETH KAF | 222 yang lain itu salah. Dengan cara ini, awak boleh ingat apa yang awak belajar dengan lebih mudah disamping mengukuhkan lagi asas awak. Faham, Mim?” “Faham!” “Boleh awak sebutkan dekat saya, apa jawapan yang ada dekat situ?” “Epstein-Barr Virus infection, Human Papilloma Virus infection, Vaginal candiasis and Trichomoniasis,” jawabku sambil menulis setiap maklumat asas yang kena mengena dengan jawapan yang diberi. “Okey, macam biasa, bila dah tulis maklumat asas. Apa yang perlu awak buat seterusnya, Mim? Masih ingat lagi apa yang saya ajar, sayang?” soal Kaf dan aku dapat rasakan tangannya naik memeluk erat pinggang aku. Eh, dah kenapa dia ini? Nak mengajar ke nak mengawan? Aku berdeham. Fokus, Mim… Fokus. “Awak pernah kata, lepas kita dah tulis maklumat asas tepi pilihan jawapan, kita kaitkan dengan keypoint dalam ayat. Seterusnya, kita buat


ELVROSETH KAF | 223 annihilation method,” jawabku sambil mengetuk hujung pen pada dagu. “Good job, my beautiful wife. Now, please proceed.” Kaf puji aku. Aku angguk. Akhirnya, aku dapat jawapan. “Human Papilloma Virus Infection.” “Excellent. Now, at the blank space on the paper, near the question, draw a small box over there. Write a conclusion to your answer. Give justification. This method will help you to answer your essay question.” Beritahu Kaf. Aku angguk dan ikut arahannya. Seterusnya, aku buat soalan yang lain dengan mudah dan ikut cara yang Kaf ajar. Walaupun cara ini melambatkan aku untuk siap semua soalan, tetapi cara ini sangat membantu aku untuk kukuhkan asas aku. Aku tak menafikan yang cara Kaf ajar aku, sangat sesuai dengan keupayaan aku. Kertas demi kertas, aku habiskan tanpa rasa mengantuk. Ada yang aku betul semua dan ada yang aku salah kurang daripada empat soalan. Setiap kali aku berjaya jawab semua kelimalima soalan dengan betul, Kaf akan bukakan


ELVROSETH KAF | 224 plastik dan sumbat mulut aku dengan coklat. Manis! “Jangan mengantuk. Tak boleh tidur selagi tak siap semua,” beritahu Kaf, tegas. Jari jemarinya mengusap hujung bibir aku yang comot dengan kesan coklat. “Kalau mengantuk, berdiri dan buat tekan tubi.” Kaf tak main-main dengan ayatnya. Apabila aku mula tersengguk walaupun dalam mulut aku ada coklat, Kaf paksa aku bangun. Rambut aku yang aku ikat tocang senget, dia buka dan dia sikat semula. Kemudian, dia ikat rambut aku tinggi-tinggi. Tengkuk aku, dia urut sehingga aku rasa mahu suruh dia jangan berhenti. Kemudian, barulah dia suruh aku buat tekan tubi lima puluh kali. Kejam. Akhirnya, aku tak tahan sangat mengantuk selepas aku berjaya siapkan beberapa kertas soalan. Mata aku sudah terkatup rapat dan kepala aku sudah menyentuh meja. Pen terlepas dari tangan. Aku tak tidur lagi, hanya mata saja tertutup. Penat.


ELVROSETH KAF | 225 “Mim Maryam….” Kaf seru nama aku dan dia ketawa kecil. “Hmm, mengantuk.” Aku mengumam perlahan Aku tidak buka mata. Aku dapat rasakan yang tubuh aku diangkat dan mata aku terbuka sedikit. Wajah Kaf sangat dekat denganku. Aku mamai dan aku tak tahu apa yang aku buat. Hujung tangan aku merangkul lehernya dan sebelah lagi menarik cermin matanya. Aku suka dia tanpa cermin mata. Dia nampak macam handsome villain yang... kejam kerana tersakiti tetapi baik dengan orang yang dia sayang. Ha, apa aku merepek ini? Kaf ketawa dan geleng kepala seraya cermin mata yang berada di tangan aku, dia ambil dan letakkan atas meja. Tubuh aku dirangkul dengan bridal-style. Mata aku terpejam dan wajah aku sembamkan ke dadanya. Ada kucupan hangat jatuh di atas ubunubun aku dan aku senyum malu. Wajah aku sembamkan lagi ke dadanya. Tangan aku merangkul erat lehernya dengan lebih lagi. Kaf


ELVROSETH KAF | 226 bawa aku ke bilik. Aku hampir dihanyut mimpi sebelum tubuh aku diletakkan di atas katil. Mata aku terbuka sedikit. Kaf mengusap wajah aku, dia menunduk dan bibirnya jatuh mengucup pucuk hidung aku. “Selamat malam, Mim Maryam.” Aku capai tangan Kaf. “Jangan pergi.” Kening Kaf terangkat. “Hmm?” “Tidur dengan saya.” Wajah Kaf berubah dan tubuhnya kaku. “Mim….” “Not that. Not what’s in your mind, Kaf Ar Ra’d.” Aku ketawa. Aku tahu apa yang ada dalam kepala dia. “I want to sleep with you. Under my blanket, just roll over for a cuddle, with my hand on your chest and your arms around me.” Sepasang pandangan mata kami berserobok. Lama. Akhirnya, Kaf angguk. Dia panjat ke atas katil aku dan masuk ke dalam selimut. Tubuh aku ditarik menghadapnya dan pinggang aku dipeluk.


ELVROSETH KAF | 227 Belakang tangannya mengusap rambut aku. Aku mendongak dan dia menunduk. Senyumannya menghangatkan jiwa. Kaf kucup kedua-dua belah kelopak mata aku sehingga mata aku tertutup. “Selamat malam, Mim Maryam.” “Selamat malam…” aku mengumam perlahan. Tubuh sasanya, aku peluk erat. “Kaf Ar Ra’d.” Bersamanya, aku rasa lebih hangat dan selamat. HARI Ahad, aku memasak. Kaf bagi cuti dekat orang gaji kerana aku yang suruh. Aku mahu buat sesuatu untuk Kaf kerana dia banyak tolong aku. Pagi-pagi lagi, ruang katil di sebelah aku sudah kosong apabila aku bangun. Barangkali, ketika aku tidur semula lepas solat subuh, Kaf sudah keluar. Dia ada tinggalkan nota untuk aku yang ditampal pada pintu. Dia kata, dia pergi jogging.


ELVROSETH KAF | 228 Aku ambil kesempatan itu untuk memasak. Mungkin terlalu awal di pagi hari untuk aku masak pasta carbonara tetapi aku teringin nak makan sebenarnya. Bukan saja aku masak carbonara, aku juga ada sediakan wafel coklat dan telur rebus untuk Kaf kalau dia tak mahu makan pasta aku. Sambil aku memasak, aku letak nota di tepi dapur. Aku baca dan menyoal diri sendiri sambil tangan membuat kerja. Peperiksaan semakin dekat dan aku tak boleh main-main lagi. Aku harus belajar bersungguh-sungguh! Sedang aku memasukkan hotdog yang telah aku potong kecil-kecil ke dalam pasta, sepasang tangan kekar menjalar pada pinggang aku. Hampir terlepas senduk yang aku pegang dan mata aku menegak, merenung ke dinding depan. Ada dagu tajam yang berlabuh pada bahu aku. “Hello, beautiful. Study ke memasak?” Suara Kaf. “Kaf….” Aku mengeluh dan wajah, aku palingkan ke sisi. Wajah Kaf tanpa cermin mata dan berpeluh, menghiasi ruang retina mataku ini. “Awak buat saya terkejut, Kaf. Awak mahu jadi


ELVROSETH KAF | 229 duda awal sebab buat saya mati terkena myocardial infarction tiba-tiba ke?” Kaf senyum nakal. “Tak mahulah mati lagi, Mim. Anak pun tak ada lagi ni....” Pipi aku jadi merah dan terus saja aku tolak dadanya, kasar! “Eee, gatal!” Kaf ketawa berdekah-dekah. Kemudian, dia mengalihkan tubuhnya, menyandar di tepi aku. Tangan Kaf mengambil buku yang aku letak tepi dapur. Wajahnya yang nakal tadi, bertukar serius apabila dia belek buku aku. Aku menggaul kuah pasta aku sambil mengintai Kaf yang menyelak buku nota aku. Hari ini Kaf nampak lain. Dia tak kemas macam selalu. Hari ini, dia lebih santai. Hari ini, dia pakai sleeveless shirt warna hitam. Kaf tak pakai cermin mata. Rambutnya tak disikat kemas seperti selalu tetapi dibiarkan nampak kusut masai seperti baru bangun dari tidur. Lama aku tenung wajah Kaf… aku suka. Aku suka bila dia pakai macam ini. Dia nampak lebih muda dan bebas.


ELVROSETH KAF | 230 “Okey!” Pap! Kaf tutup buku nota aku di tangannya. Dia campakkan buku nota aku ke tepi. Berpeluk tubuh sendiri, Kaf merenung aku tajam dan dagunya terangkat pongah ke atas. “Awak masak, saya tanya soalan.” Aku angguk laju. Tadehal! “A 54-year-old male is diagnosed with chronic hepatitis B. Liver biopsy from the patient shows loss of normal hepatic architecture with the formation of regenerating nodules of hepatocytes separated by bridging fibrous septae. What cells in the liver are activated to produce the morphological changes seen in this patient, Mim?” soalnya dan sepasang mata coklat terang itu merenung aku tajam. “Stellate cell,” jawabku sambil mencampakkan bawang Holland ke dalam kuali. “Good.” Kaf memuji aku dan kepalanya terangguk-angguk. “Next. A 58-year-old chronic smoker presents to the clinic with epigastric pain and bloating sensation for the past 4 months. Oesophagp-gastro-duodenoscopy biopsy shows Helicobacter pylori infection. He is started with omeprazole and the other 2 drugs. What is


ELVROSETH KAF | 231 pharmacological actions best describe the mechanism of action of the above-mentioned drug given to this patient?” tanya Kaf. “Supression of gastric acid,” jawabku. Pasta sudah siap aku masak dan aku letakkan ke dalam dua buah mangkuk. Kaki bergontai ke arah kitchen’s island di tengah dapur. Kaf ikut aku dari belakang. “What is mode of action for omeprazole, Mim?” soalnya. “Proton pump inhibitor. It suppresses gastric acid secretion by inhibition of hydrogen ion and potassium ion pump, decreases the hydrogen ion secretion and final decrease the acid secretion, Kaf.” Aku letakkan sebuah mangkuk di hadapan aku dan satu lagi, aku letakkan dekat dengan aku. Wajah serius Kaf yang sedang sibuk tanya aku soalan, aku jeling. “Makan, Kaf.” Kaf angguk dan dia bergerak ke tempat duduknya. Garfu dan sudu, dia letakkan ke dalam mangkuk aku dan mangkuknya. “Thank you, Mim. Next.” “Masa makan pun tanya soalan?” Aku mengeluh.


ELVROSETH KAF | 232 Kaf angguk. Sengih. “What might be the other two drugs?” “Amoxicillin for cell wall synthesis inhibitor and Clarithromycin for protein synthesis inhibitor for the Helicobactor pylori eradication, Kaf.” Aku menjawab mudah. “Excellent, Mim.” Kaf senyum bangga untuk aku. “Saya doakan awak pass examdengan berjaya, Mim.” Aku balas senyumannya. “Terima kasih, Kaf. Sedap tak saya masak?” Kaf masih kunyah pasta dalam mulut dia. Bibirnya tersenyum nakal. “Tak pasti sebab saya suka benda manis je. Manis macam awak. Awak letak patut letak cheese lebih banyak. Saya pun suka benda cheesy macam awak, Mim. Sweet and cheesy….” “Kaf! Sejak bila saya cheesy? Awak yang cheesy!” Aku merenungnya dengan mata yang dikecilkan. Geram! Kaf ketawa terbahak-bahak. “Hmm, mungkin semenjak semalam? Awak suruh saya cuddle awak dan awak peluk saya kuat-kuat.


ELVROSETH KAF | 233 You’re cheesy and sweet and I like it. Keep it up, darling. You pass your exam to be a good wife. I’ll give you C plus.” C plus sahaja? Hmm.... Aku julingkan mata ke atas, tanda menyampah tetapi senyuman aku tak tahan daripada terus melebar di bibir. Haih, Kaf… Kaf… Ada saja cara dia buat aku senyum macam kerang busuk. “Alright, Mim. Enough of lovey-dovey moment. Now, answer my question. A 43-year-old drug addict is found to be HIV-positive. His CD4 count is 550 per mu Liter with a viral RNA load of 9,000 copies per mL. He is treated with a three-drug antiretroviral combination including zidovudine. What is the mode of action best describes zidovudines?” “Kalau saya betul, saya dapat apa?” soal aku. “Awak dapat kasih sayang saya.” Aku julingkan mata ke atas lagi. Sakit mata aku ini! Bibir tetap ukir senyum nakal. “Hmm, competitive inhibiton of HIV-reverse transcriptase?”


ELVROSETH KAF | 234 “Good. Nanti saya bayar kasih sayang dekat awak.” “Macam mana?” Aku layankan saja. “Melalui doa kepada tuhan, supaya isteri saya berjaya menjadi seorang doktor, seorang isteri dan seorang ibu yang disayangi….” Kaf tarik tangan aku yang lagi sebelah di atas meja. Matanya bertemu dengan mata aku. Renungan Kaf, lembut. “I will be there for you, Mim. Whenever you’re in need.” Aku terharu. Senyum. Genggaman tangannya, aku balas semula. He looked at her, The way she needed to be looked at, Like the whole world could crumble, And he wouldn’t blink. - Atticus.


ELVROSETH KAF | 235 BAB 19 UDAH lama aku tak jejakkan kaki ke sini, ke rumah abi dan umi. Semenjak aku berkahwin dengn Kaf, tak pernah dalam fikiran aku… aku terfikir untuk ke sini. Berat kaki melangkah untuk masuk ke dalam rumah, tetapi Kaf ada di sisi aku, memegang erat tangan aku, seolah-olah dia sedang menyalurkan sedikit kekuatan. “Jom masuk, Mim.” Kaf menegur aku yang masih tidak bergerak di muka pintu. Aku angguk. Mata aku merenung ke dalam rumah. Ada mayat yang diletakkan di tengahtengah ruang tamu. Abi merenung lama ke arah mayat yang berbalut kain putih itu sementara umi berpelukan dengan kakak, menangisi pemergian S


ELVROSETH KAF | 236 anak sulung mereka. Aku rasa… tempat aku bukan di sini. Aku rasa, mereka bukan keluarga aku. Keluarga aku ialah lelaki yang sedang memegang tangan aku ini. “Mim, duduk dulu.” Kaf tolak tubuh aku untuk duduk berhampiran dengan kakak. Aku ikut. Kemudian, lelaki itu mula pergi ke arah abi dan beberapa tetamu yang lain, bersalaman mesra dan bersembang tentang arwah. Kaf memang cepat dapat menyesuaikan diri dengan orang lain. Sungguh terbalik dengan aku. Aku tak salam pun kakak dan umi yang duduk di sebelah aku sambil menangis. Aku hanya salam mak cik dan pak cik yang ada di sekeliling aku. Janggal. Entah siapalah mereka ini? Aku tak kenal. Barangkali jiran. “Itu suami kamu, ya?” soal mak cik di tepiku. Aku angguk dan senyum kecil. “Segak orangnya. Muka macam orang Tashkeel. Tapi bila tengok semula, macam muka kerabat diraja Tashkeel yang berebut takhta untuk jadi Putera Mahkota Hijaiyah. Biasanya, muka kerabat diraja Tashkeel ini, macam itulah. Mata


ELVROSETH KAF | 237 coklat terang, alis mata dan bulu mata pekat, badan sasa dan biasanya mereka ada tanda dekat dada,” beritahu mak cik itu dan aku tersentak. Pertama, aku hairan kenapa mak cik ini bercakap tentang semua ini di hari kematian abang aku. Kedua, aku hairan macam mana mak cik ini boleh tahu detail tentang kerabat diraja Tashkeel dan… memang betul yang Kaf orang Tashkeel. “Haih, kau ini, Ya! Orang meninggal, kau sibuk nak cerita tentang kerabat diraja Tashkeel.” Seorang lagi mak cik, menepuk peha wanita yang menegur aku tadi. Mak cik yang lagi seorang itu, kemudiannya memandang aku dengan senyum hambar. “Takziah ya, Mim? Moga arwah abang Mim berada dalam kalangan orang yang beriman.” Tak, aku harap dia masuk neraka. Pada mak cik tadi, aku senyum saja. “Terima kasih atas doa itu, mak cik.” Dia angguk dan aku fokuskan kepada mayat yang tertutup di sebalik kain putih di hadapan aku tadi. Petang tadi, lepas aku habis kelas… Kakak ada telefon Kaf dan kata yang mayat abang dijumpai di Bandar Shadda. Tidak tahu mengapa mayat abang


ELVROSETH KAF | 238 berada di situ tetapi abang mati akibat dibunuh. Menurut laporan polis, abang dibunuh dengan keadaan tangannya dipotong menjadi seratus bahagian kecil. Mayatnya dibungkus dalam plastik hitam dan dicampakkan ke sungai. Akhirnya, mayat itu berhenti di sungai Bandar Shadda. Hasil siasatan polis, abang mati akibat dibunuh kerana berhutang dengan seorang lelaki yang tinggal di Tashkeel. Lelaki tersebut telah pun mati akibat bunuh diri dalam bilik tidurnya. Laporan mengatakan bahawa lelaki Tashkeel itu ada kena mengena dengan Abang. Lelaki itu juga merupakan samseng di Tashkeel…. Paling aneh, lelaki yang dikatakan bunuh abang itu ialah lelaki yang pijak ais krim aku tempoh hari. Gambar lelaki itu tersebar dalam internet kerana orang mengutuk dirinya yang sering kurang ajar dengan orang awam di Tashkeel. Masing-masing berpuas hati kerana dia mati bunuh diri. Di sini, ada beberapa titik asing dan misteri yang tidak dapat aku sambungkan untuk menjadi garis yang menyambungkan satu misteri dengan misteri yang lain.


ELVROSETH KAF | 239 Pertama, mayat abang dijumpai di sungai Bandar Shadda yang berhampiran dengan Tashkeel. Kedua, polis menyatakan bahawa lokasi asal mayat itu dibunuh merupakan di sebuah gudang di Tashkeel. Ketiga, apabila disemak oleh polis, gudang itu merupakan gudang milik lelaki Tashkeel tadi. Keempat, DNA darah abang ada di rumah lelaki Tashkeel tadi dan parang yang digunakan untuk kerat tangan abang juga, ada di belakang rumah lelaki Tashkeel itu. Adakah aku berjumpa dengan lelaki Tashkeel itu semasa dia langgar aku, merupakan satu kebetulan? Anehnya…. “Arwah anak yang baik dan sentiasa tolong kami semua.” Hujung telinga aku menangkap perbualan abi dengan semua orang yang berada di situ. Esakan tangis umi kedengaran lebih kuat apabila Abi menyambung bicaranya, “Arwah seorang doktor yang baik juga. Selalu mendapat pencapaian yang bagus dalam pelajarannya….” “Dia seorang abang yang mulia. Dia selalu tolong saya.” Kakak menyampuk.


ELVROSETH KAF | 240 “Semoga arwah tenang,” ucap salah seorang Imam yang ada di sini. Mereka semua mengaminkan. Kecuali aku. Aku pandang mayat di hadapan aku dengan jiwa yang kosong. Aku teringat semula pada sentuhannya di tubuh aku, menjijikkan. Tangannya dikerat seratus bahagian? Aku tak kisah. Ya Tuhan, aku tahu aku salah kerana berdendam seperti ini tetapi… aku tak boleh memaafkan arwah dengan mudah. Segalagalanya… apa yang dia buat masih menempel dalam kepalaku. Kemudian, sepasang mata aku terangkat untuk mengintai Kaf. Lelaki itu, rupa-rupanya sedang merenung aku juga. Dia tersenyum hambar untuk aku. Aku balas semula, tetapi senyuman manis. Tak kiralah siapa yang bunuh abang, aku harus berterima kasih padanya.


ELVROSETH KAF | 241 “MIM, OKEY?” soal Kaf dan dia letakkan cawan atas meja belajar aku. Kepala aku dongak, merenung Kaf dengan senyuman. Haruman bau susu coklat yang dia buat, membuatkan mataku lebih segar dan cerlang. Melihat aku yang tersenyum Kaf senyum juga. Lantas, dia berdiri di belakang aku dan menunduk. Tangan Kaf mengunci tubuh aku, kiri dan kanan. Wajahnya mendekat ke sisi. Aku palingkan ke sisi, arah yang sama dengan tempat wajahnya mendekat. Pucuk hidung kami bersentuhan. “Saya nampak macam tak okey ke?” soal aku. Kaf geleng kepala. “Tak. Awak nampak sangat okey dan itu membuatkan saya rasa awak tak okey.” Aku ketawa kecil. “Saya perlu menangis ke kalau abang meninggal?” Kaf terdiam. Wajahku diperhatikannya dari dekat. Hujung Jari Kaf menyebak rambut depan


ELVROSETH KAF | 242 aku hingga ke belakang telinga sebelum jari yang sama menyentuh sisi wajahku. “Kita hanya akan jatuhkan air mata kalau orang yang kita sayang meninggal, bukan?” Aku selesa dengan sentuhan jarinya pada wajah aku. “Ya, saya hanya akan menangis kalau saya sayang orang itu.” Pandangan mata kami berserobok. Saya sayang awak, Kaf. “Kalau kakak… Abi dan umi awak mati, awak sedih?” soalnya. Wajah serius. “Kakak? Saya tak sedih sebab kakak tak pernah layan saya macam adik dia. Umi? Mungkin saya sedih. Walaupun umi selalu cakap benda negatif dekat saya, tapi umi tetap manusia yang lahirkan saya dan susukan saya. Abi? Mungkin saya… entah. Saya tak ada rasa apa-apa. Tetapi sedih untuk mereka, hanya sedih. Saya tak banyak memori indah dengan mereka, Kaf. Saya tak pernah rasa disayangi… kalau mereka pergi dari hidup saya, saya tak rasa apa-apa,” jawabku panjang lebar tetapi jujur.


ELVROSETH KAF | 243 Kaf terus terdiam dan tak menjawab apaapa. Dia seperti berfikir sesuatu apabila pandangan matanya diarahkan pada kertas soalan yang ada di atas mejaku. “Macam mana kalau saya yang pergi, Kaf?” soalku. Automatik, Kaf pandangan aku dengan renungan seriusnya. “Apa maksud awak?” “Macam mana kalau saya yang mati dulu, Kaf?” Aku senyum hambar. Jari jemari aku naik mengusap rambutnya yang lebat. Orang Tashkeel memang ada rambut yang cantik ke? Sambung aku lagi, “Awak akan sedih tak? Macam mana kalau saya… saya terpaksa pergi dulu? Tak apa kan, Kaf? Awak handsome! Awak boleh cari isteri yang lagi cantik dan pandai.” Kaf terus tangkap tangan aku yang berada atas ubun-ubunnya. Tangan aku dicengkam kuat. Dominan. Sebelah tangannya yang satu lagi menarik leher aku dari belakang, merapati wajahnya yang menunduk. Sepasang mata coklat terang tuju ke dalam anak mata aku… ke dalam ruhi aku yang seperti sedang dia selam….


ELVROSETH KAF | 244 Dalam. Dalam. Terlalu Dalam. “I,” Kaf mendengus kasar. “Will wake you up from death.” Aku tergamam. “I will find you in the afterlife too, Mim.” Kaf berbisik keras dan dahinya dirapatkan pada dahi aku. Matanya tertutup. Keluhan berat, dia lepaskan. “Please, don’t ever dare to think….” Aku tersentak apabila ada air mata yang mengalir ke pipinya. Kaf…. “…about dying and leaving me alone!” Tengkingnya tiba-tiba sehingga bahu aku terenjut. “DAMN IT, MIM!!!” Tangan aku dilepaskan dan dia menjauh. Aku tergamam apabila Kaf terus keluar dari bilik ini dengan keadaan pintu bilik dihempasnya kuat! BUM!


ELVROSETH KAF | 245 Tiba-tiba, aku rasa tak boleh bernafas. Ya, Tuhan. Apa yang dah jadi tadi? Kenapa Kaf tiba-tiba macam itu?


ELVROSETH KAF | 246 BAB 20 ARI ini, peperiksaan besar bagi aku tahun ini bermula. Aku bangun awal pagi supaya aku dapat jumpa dengan Kaf dan minta maaf kalau aku ada buat salah. Berdiri di hadapan pintu bilik Kaf, perlahan-lahan aku ketuk permukaan pintu. Senyap. “Kaf?” Suara aku sedikit bergetar. Hati aku jadi resah. Kenapa dia marah aku semalam? Aku cakap main-main je. Bukannya betul pun…. Aku beranikan diri aku untuk buka pintu bilik Kaf. Langsung tak berkunci. Rasa beku dari pendingin hawa, buat bulu roma aku merinding. Bilik Kaf kemas dan bersih. Ini kali pertama aku masuk bilik dia. Wanginya…. H


Click to View FlipBook Version