ELVROSETH KAF | 347 Indah. Terlalu. Dan aku bersyukur kerana aku tak pernah berputus asa suatu ketika dahulu.
ELVROSETH KAF | 348 BAB 26 Hari graduasi Universiti Hijaiyah. KU menarik nafas yang sesak. Kaf di tepi aku, memegang tangan aku. Barangkali dia tahu yang aku sedang ketakutan, Kaf terus kucup kedua-dua belah tapak tangan aku. Kemudian, Kaf rapatkan dahinya pada dahi aku. Pucuk hidung kami bertemu. Tangan Kaf jatuh pada perut aku yang membesar. Diusapnya perlahan dan kami sama-sama tersenyum apabila ada tendangan bayi muncul tiba-tiba. “Mim, takut?” Tanya Kaf. Aku merenung lembut wajah suami yang sentiasa ada bersama aku selama empat tahun ini. Kaf yang lembut dan baik… Kaf yang tersenyum A
ELVROSETH KAF | 349 indah sentiasa dan Kaf yang selalu melindungi aku. Kaf juga mengajar aku erti hidup. Ya Tuhan, aku sangat mencintai lelaki ini. “Takut.” Jawabku. “Kenapa nak takut? Sepatutnya bangga. Isteri saya hari ini jadi Valedictorian.” Kaf mengusap pipi aku. Mata coklat terangnya memberikan aku ketenangan yang indah. “Terima kasih, Kaf….” Suara aku bergetar. Tangannya, aku tarik dan aku kucup berkali-kali. Air mataku tumpah juga akhirnya. “Saya dekat sini sebab awak. Saya dekat sini sebab awak yang tolong saya belajar bersungguh-sungguh. Awak lap air mata saya ketika saya sedih dan tak percaya dekat diri saya sendiri. Awak lindungi saya dan awak ajar saya untuk lindungi diri sendiri. Awak ajar saya untuk percaya dekat diri sendiri. Saya….” Semakin kabur lensa mata ini… Kerongkong aku memberat. Ya Tuhan… emosi yang hadir dalam dada aku, tak terucap indahnya.
ELVROSETH KAF | 350 “Saya cintakan awak sangat-sangat, Kaf.” Aku angkat wajah, merenung Kaf yang menunduk. Biarlah kalau siapa-siapa nak kata aku jiwang ke apa, tetapi aku perlu buat Kaf tahu yang… dia patut tahu semua ini. Jangan pernah biarkan orang yang kita cinta, rasa keliru atau tak tahu sama ada kita cintakan mereka atau tidak. Kerana kita tak tahu, bila kita akan pergi dulu…. “Kenapa sedih-sedih ini….” Kaf ketawa kecil. Namun, suaranya juga bertukar serak. Bibirnya nampak bergetar dan pucuk hidungnya bertukar merah. Tangan Kaf jatuh mengusap perut aku. “Nanti baby kita sedih, Mim….” Mata Kaf berkaca. “Saya bangga.” Kaf terus menunduk dan ambil tangan aku semula. Tapak tangan aku, dia buka dan wajahnya sendiri, dia tutup dengan tapak tangan aku. “Saya bangga dengan isteri saya. Dia kuat dan dia pandai sebab dia berusaha. Isteri saya cantik dan baik… Saya cintakan isteri saya sangat-sangat….”
ELVROSETH KAF | 351 Tapak tangan aku basah. Aku tersenyum tetapi air mata ini masih menjulur jatuh ke pipi. Tak tunggu lama, aku tarik leher Kaf dan aku peluk suami aku erat-erat. Kaf sembamkan wajahnya ke bahu aku. Kami… Hahah… Kami menangis sama-sama. “Kaf, ingat tak lagi dulu awak pernah kata, awak akan buat saya berjaya sampai naik ke atas pentas itu?” soalku. Emosi masih menggigit jiwa aku. Aku mahu menangis gembira bersama Kaf. Kaf, cintaku. Kaf Ar Ra’d…. Kaf tak menjawab. Kepalanya yang disembamkan pada bahu aku, terangguk-angguk. “Awak dah berjaya juga Kaf….” sambungku dengan senyum di bibir. Kaf ketawa dan kemudian, dia tolak wajahku sedikit. Matanya yang masih merah bertemu dengan sepasang mataku yang berkaca. Ibu jari Kaf naik, mengusap pipi aku yang basah.
ELVROSETH KAF | 352 Kami hanya berpandangan, antara satu sama lain buat seketika. Tak bersuara tapi… momen ini indah. “Mim?” Suara Dr. Halaqah muncul dari belakang. Serentak dengan itu, kami sama-sama berpaling merenung Dr. Halaqah yang muncul dari langsir pentas. Baru aku tersedar yang aku berada di belakang pentas saat ini. Dr. Halaqah tersenyum padaku. “Ready, Mim?” Aku dapat rasakan Kaf mengenggam jari jemari aku. Erat. Untuk Dr. Halaqah, aku tersenyum lebar sambil menjawab yakin! “Ready! Bring it on!” MIM MARYAM. Student of Medical Bachelor and Bachelor of Sugery. Pelajar Perubatan yang cemerlang di tahun Clinical. Pemilik Golden Award
ELVROSETH KAF | 353 Of Education di Empayar Hijaiyah. Pelajar yang aktif dalam kokurikulum universiti. Di tahun keempat, Mim Maryam mewakili Fakulti Perubatan Hijaiyah dalam acara Taekwondo dan mendapat Naib Johan. Mim Maryam juga mewakili fakulti perubatan dalam acara debat dan kumpulannya memenangi pingat gangsa. Mim Maryam juga menyertai banyak lagi acara ketika beliau di tahun ketiga dan di tahun kelima, beliau hanya menyertai dua sahaja pertandingan sebagai wakil Universiti Hijaiyah—pertandingan Sudoku dan pertandingan Chess. Siapakah Mim Maryam? Mim Maryam ialah aku dan hari ini… Aku suka nama aku. Terlalu suka. Oh, Tuhan, indahnya nama itu. “Hari ini… saya berdiri di sini, berdua.” Aku mulakan bicara aku dan mataku tertumpu ke arah beribu-ribu pelajar dalam Dewan Canselor Hijaiyah. Aku menarik nafas dan cuba mengawal debaran yang menggila di dada. “Saya berdiri di sini, bersama anak dalam kandungan saya,” sambungku dan lelucon aku
ELVROSETH KAF | 354 disambut oleh tawa pelajar-pelajar di hadapan aku. Baby, please be proud of your mommy okey? “Hari ini, saya berdiri di sini dengan debaran di dada yang menggila. Berdiri di hadapan beriburibu pelajar Hijaiyah yang akan keluar dari Universiti ini dan menghadapi cabaran di luar sana yang lebih lagi. Lebih berdebar lagi, apabila di saat saya sedang bercakap ini, beratus-ratus stesen televisyen sedang merakam saya. Saya masih berdebar… hingga ke saat ini tetapi saya tahu, ada sebab kenapa saya yang dipilih untuk berdiri di sini.” “Saya dipilih untuk berdiri di sini kerana pencapaian saya. Jujurnya, demi Allah, saya tak sangka saya akan dapat berdiri di hadapan kamu semua dan dikenali sebagai Mim Maryam yang berjaya dalam pelajarannya. Hari ini… saya nak bercerita tentang kisah seorang gadis yang sentiasa gagal berkali-kali dan hampir berputus asa, saya mahu bercerita tentang seorang gadis yang menangis sebelum masuk ke dewan peperiksaannya kerana bisikan-bisikan dalam kepala kata….”
ELVROSETH KAF | 355 Aku terhenti sejenak. Memori lampau menggamit kembali. “…‘Kau akan gagal lagi’,” sambung aku. “Gadis ini, sentiasa diherdik kerana kekurangan yang ada padanya. Dia gagal di tahun pertama sebagai pelajar perubatan dan dia harus ulang semula tahun. Di tahun kedua, dia pernah gagal juga. Setiap kali dia mahu buka telefon dan semak keputusan peperiksaannya, tangannya akan menggigil ketakutan. Dia seperti tahu apa yang akan terjadi. Dia tak ada sesiapa ketika itu untuk pujuk dia di saat dia bersedih hati. Barangkali kerana itu… gadis ini belajar untuk memujuk dirinya sendiri dan bisik pada jiwanya, ‘Jangan putus asa’.” Aku tersenyum hambar. Tiba-tiba, sebak menyentuh jiwa. “Gadis itu belajar untuk bersyukur di saat dia tak dapat pun apa yang dia mahu. Tapi, tipulah kalau dia kata yang dia langsung tak pernah merungut dekat Tuhan dan tanya, ‘Kenapa?’ Kerana, kita semua manusia biasa yang tak kuat mana. Saat diuji, pasti akan ada kata-kata kecil yang berbisik dalam diri dan menyoal kehendak
ELVROSETH KAF | 356 illahi. Gadis itu, tidak kuat mana. Kadang-kadang dia rasa dia tak layak jadi seorang doktor. Berkalikali gagal? Layakkah dia? Kalau di sini pun dia tak mampu buat, bagaimana pula apabila dia bekerja di Hospital sebagai doktor yang sebenar? Persoalan itu semua… ada dalam kepalanya.” Tubir mata aku panas. “Tapi dalam hidup ini, sebanyak mana pun kita dikeji dan dicaci… berapa kali pun kita jatuh dan jatuh dan jatuh dan sakit… sampai kita rasa tak mampu bangkit, jangan pernah berputus asa. Jangan pernah berhenti melangkah ke hadapan dan terus berusaha bermati-matian. Kita dibenarkan menangis dan berasa lemah tetapi itu tidak bermakna kita berhenti berjuang.” Aku mengeraskan nada suara aku. Kita. Jangan. Berhenti. Berjuang. “Itu apa yang gadis ini faham. Dia tak berhenti berjuang walaupun dia lemah. Dia tak berhenti mencuba lagi dan lagi. Gadis ini hanya gadis biasa yang tak ada apa-apa. Jika kita membaca buku fiktif, pastinya kita lebih suka heroin yang berani dan tegas tetapi… jika gadis ini menjadi heroin dalam karya fiktif, dia tak rasa dia
ELVROSETH KAF | 357 akan digemari orang. Dia lemah dan kuat menangis apabila dia gagal….” “Tetapi dia tetap kuat untuk mara ke hadapan.” Aku tersenyum bangga. “Kemudian, dia berjumpa dengan seorang lelaki yang aneh. Seorang lelaki yang mengajar dia tentang kehidupan. Seorang lelaki yang bantu dia untuk bangkit semula. Seorang lelaki yang sentiasa ada di sisi dia saat dia menangis… seorang lelaki yang melindungi dia dalam diam dan lelaki ini… lelaki yang paling teristimewa dalam hidup gadis ini. Lelaki ini yang berikan dia kekuatan. Lelaki ini yang menjanjikan kepadanya yang suatu hari nanti, gadis ini akan mampu naik ke pentas ini sebagai pelajar cemerlang. Lelaki ini yang tidak tidur ketika gadis ini belajar di tepinya. Lelaki ini juga yang ajar gadis ini tentang….” Jeda. Air mata aku jatuh. Bibir aku bergetar. “Tentang gagal yang dulu itu indah dan berjaya itu mudah.” Wajah Kaf terbayang di mataku.
ELVROSETH KAF | 358 “Semasa gadis ini di tahun keempat, dia telah mengalami keguguran. Seorang pelajar perubatan… keguguran?” Aku ketawa kecil. Kepala menggeleng sendiri. Air mata yang jatuh, aku lap dengan hujung jari. “Penat kan? Penat kan hidup ini? Penat bila kita harus hadapi banyak perkara dan terlalu penat apabila kita harus rasa… semua benda.” “Tetapi, kerana lelaki ini sentiasa ada di samping gadis ini, pegangkan buku Orthopaedic supaya gadis itu dapat baca di saat dia terbaring lemah… gadis ini terus kuat dan tidak berputus asa. Si gadis ingat yang dia cukup kuat untuk ‘kuat seorang diri’ tetapi… rupa-rupanya dia lebih kuat apabila sentiasa berada di samping lelaki ini.” Aku ketawa kecil. Air mata semakin menjulur jatuh ke pipi. “He turned his girl… from a failure into the best student. He turned his girl, from a very insecure girl who’s always scared of talking in front of everyone… into a debater. He turned his girl, from a very defenseless girl… into a Taekwondo-girl who won the second place in Medical Sports Tournament.” Aku senyum bangga. Aku mahu Kaf dengar semua ini.
ELVROSETH KAF | 359 Tolong sayang.... Tolong dengar semua ini. “And today, ladies and gentleman….” Aku kuatkan suara aku. “His girl is standing in here, in front of you and as the best student for Hijayah Medical’s Faculty and the best student in Hijaiyah University. That girl is Mim Maryam and that girl is me.” Tepukan gemuruh bergema dan ada sorakan yang kedengaran dari bawah sana. “Saya bukan sesiapa dan saya pernah gagal.” Aku sudah bersiap sedia untuk mengakhiri ucapan aku hari ini. “Tetapi saya percaya, gagal yang pernah ada itu indah dan berjaya yang akan kita kecapi akan mudah.” Aku tunjuk jari aku ke atas. “Ini semua… kehendak-Nya, Pengatur Takdir yang membuatkan diri ini sentiasa kerdil apabila dahi bersujud untuk-Nya.” Tepukan gemuruh berbunyi lagi. Untuk masa lalu, hari ini dan seterusnya… Terima kasih, Allah.
ELVROSETH KAF | 360 Izrail ENDENGAR ucapan isterinya, air mata Izrail mengalir. Namun, cepat-cepat dia seka. Hari ini, dia sangat bangga dengan Mim. Akhirnya, Mim dapat apa yang dia mahukan. Bulan depan, Mim akan lahirkan anak mereka berdua. Izrail rasa sangat bahagia dengan apa yang dia ada saat ini. Dia tak sabar mahu melihat wajah anaknya. Bagaimana rupa anaknya nanti? Wajah dia atau wajah Mim? Izrail tak sabar mahu jadi ayah. Izrail tak sabar mahu melihat Mim jadi seorang ibu. Tiba-tiba, bunyi mesej masuk muncul. M
ELVROSETH KAF | 361 Dia mengerling ke arah telefon di tangannya. Dahi Izrail berkerut. Nombor Dr. Halaqah muncul. Bola mata Izrail terus terangkat, mengintai Dr. Halaqah yang sedang bersembang dengan beberapa orang besar Universiti Hijaiyah yang duduk di belakang podium, tempat Mim sedang berdiri dan memberi ucapan. Aneh. Lelaki ini bagi mesej apa tengahtengah sibuk macam ini? Izrail terus buka mesej yang diberi. ‘Aku nak kau selesaikan Dr. Halqi hari ini juga. Kalau tak, aku akan suruh sniper aku yang buat kerja.’ Izrail tergamam. Dia mengintai Mim yang sedang memberi ucapan dengan penuh bersemangat. Mim, I’m sorry…..
ELVROSETH KAF | 362 MALAM itu, ketika Mim tidur, Izrail keluar dari rumah pada pukul tiga pagi untuk pergi ke rumah Abi Mim. Sebelum dia keluar dari rumah, Izrail mengusap wajah Mim yang sedang tidur lena. Hujung jarinya menyentuh bibir Mim sebelum jari yang sama jatuh ke perut Mim yang semakin membesar. Izrail tersenyum sendiri. Dia tak sangka dia akan ada anak bersama dengan gadis ini. Dahi… kelopak mata dan bibir Mim dikucup lembut sebelum Izrail menjauh dari situ, untuk bersiap. Kemudian, Izrail terus bergerak keluar dari rumah untuk ke rumah Dr. Halqi. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah ini. Dr. Halqi tinggal seorang diri. Tanpa anak dan isteri. Anak yang dibanggai sudah pergi, isteri yang dicintai juga begitu dan tinggalkan seorang anak lagi yang dahuluinya acapkali dimarahi. Izrail tahu yang isterinya tidaklah kejam sangat untuk membiarkan ayah kandung sendiri terbiar… kadang-kadang, Mim melawat rumah ini tetapi wanita itu susah untuk bersembang dengan ayah sendiri.
ELVROSETH KAF | 363 Janggal. Sedang Izrail berdiri di sisi katil Dr. Halqi yang sedang tidur, dia mula terfikir sesuatu. Mim… Mim akan sedih kah kalau Dr. Halqi mati? Izrail tak mahu melambatkan tugasnya. Lantas, tangan yang memegang glock, dia angkat tepat ke arah jantung lelaki itu. Memori Izrail bersama ayahnya sendiri, berulang dalam kepala berkali-kali dan lelaki di hadapannya ini… Telah merampas kebahagiaan Izrail. Hari ini… Izrail akan hancurkan… lelaki ini. Klak! Bom! Peluru tepat menembus ke arah jantung Dr. Halqi. Klak! Bom! Izrail tergamam melihat darah yang mengalir. Klak! Bom! Glock di tangan Izrail terjatuh ke lantai. Klak! Bom!
ELVROSETH KAF | 364 Sepasang mata Izrail terangkat, merenung manusia di hadapannya. Klak! Bom! Kerana saat ini, bukan Izrail yang sedang menembak Dr. Halqi. Klak! Bom! Darah, darah dan darah lagi. Mengalirlah darah seperti lautan di atas katil itu. Izrail yakin yang Dr. Halqi sudah mati. Tubuh Izrail kejal, di tempat dia berdiri. Masih terkejut melihat kemunculan manusia di hadapannya yang tibatiba. “Dia dah mati. Kerja kau, aku dah buat. Dr. Halaqah kata, buat sementara waktu ini, kita kena sorokkan mayat dia. Dalam sebulan, biar orang tak tahu keberadaannya. Esok, orang-orang kita akan datang dan kemas bukti.” Suara seorang perempuan. Wajahnya bertutup separuh. Tetapi melalui pandangan mata, Izrail kenal ini siapa. “Siapa suruh kau buat?! Ini kerja aku! Ini mangsa aku!” Izrail menahan tangannya yang menggigil, marah. Penumbuk digenggam. Argh! Kenapa perempuan ini masuk campur?!
ELVROSETH KAF | 365 “Ini amaran daripada bos, Izrail,” ujar perempuan itu. Suaranya tenang-tenang saja walaupun baru bunuh orang beberapa saat tadi. Perempuan itu bergerak ke arah tingkap yang terbuka. Bayu membuatkan langsir, menampar jendela. Bunyi hujan rintik-rintik jatuh, mencumbui bumbung rumah, bergema. Perempuan misteri itu, berpaling ke arah Izrail yang masih terkaku. “Ini amaran untuk kau…. Jangan lambatlambatkan bunuh isteri kau, Izrail. Kalau tidak, bos akan suruh aku buat. Lepas dia beranak, kau kena bunuh dia. Kalau kau lambat, segala-galanya akan hancur,” jelas perempuan misteri itu lagi. Kemudian, perempuan itu melompat keluar dari jendela dan…. Hilang. “Damn it!” Izrail mendengus kasar. Rambutnya sendiri dijambak dengan tangan. “Bodoh betul Halaqah ini, dia hantar budak Sniper itu untuk buat kerja aku?! Argh!” Izrail terus keluar dari rumah itu dan pulang ke rumahnya pula.
ELVROSETH KAF | 366 Sebelum dia masuk ke bilik tidur dia dengan Mim, seperti biasa dia akan tukar baju dan mandi dulu. Walaupun Izrail tidak ‘bermain dengan darah’ hari ini, tetapi dia masih rasa yang dia perlu mandi. Selesai semuanya, Izrail masuk ke kamar. Mim Maryam masih tidur lena. Dan malam itu, Izrail hanya terus berdiri di sisi katil isterinya tanpa buat apa-apa. Sepasang mata merenung lama wajah Mim. Tak puas. Izrail mahu tenung lagi buat selama-lamanya. Izrail mahu wanita ini…. Hidup dan mati bersama-samanya. Selama-lamanya. Izrail…. Tak sangka, dia jatuh cinta kepada wanita yang harus dia hapuskan, sedalam ini. Dalam. Dalam. Terlalu Dalam. Dalam lagi. Izrail lemas.
ELVROSETH KAF | 367 BAB 27 KU mengeluh selesa apabila aku dapat rasakan kaki aku diurut lembut. Mata aku terbuka. Lena tidur aku seperti diganggunya tetapi aku suka. Mata aku mengerling ke arah Kaf yang berada di hujung kaki aku. Dia sedang mengurut otot kaki aku dan naik ke peha. Mata aku mengerling ke arah jam yang berada di meja tepi. Pukul empat tiga setengah pagi. “Saya ganggu awak tidur?” Kaf menyoal, tersedar yang aku sudah terjaga agaknya. “Tak apa, saya suka,” jawabku dengan senyum di bibir. Mataku melekat pula pada T-shirt tanpa lengan warna putih yang dia pakai. “Awak mandi semula?” A
ELVROSETH KAF | 368 Kaf angguk tetapi matanya hanya tertumpu pada kaki aku yang diurut. “Mesti penat kan bercakap atas pentas?” Aku sengih. “Penat tapi suka.” Kaf berhenti mengurut. Kemudian, dia bergerak ke ruang sebelah aku. Tangan Kaf mengusik jari jemari aku yang berada di atas peha. Kemudian, dia terus teduhkan kepalanya di atas wajahku yang sedang baring. Wajah Kaf merapat.... Aku tahan bibirnya dengan tapak tangan aku. Pandangan mata kami berserobok. Disebalik tanganku yang menutup bibirnya, Kaf tersenyum nakal. Tapak tangan aku, dikucup dan dipegang kuat sebelum dia bawa ke belakang lehernya. Aku membiarkan. Suka dengan momen begini. “Your love language is physical touch,” beritahuku. “And yours, words of affirmation.” Kaf mengusik rambutku yang jatuh ke sisi wajah.
ELVROSETH KAF | 369 “Mim, kalau saya… buat sesuatu yang jahat untuk lindungi awak, awak tetap maafkan saya ke, Mim?” soalnya tiba-tiba. Aku angguk. “Saya tetap maafkan awak.” “Walaupun benda itu, sangat jahat?” Aku terdiam. Aku tak mahu terus menjawab. “Kaf, lepas saya dah lahirkan baby, boleh awak buat sesuatu untuk saya?” “Anything…” Kaf senyum. Jeda. Matanya terkelip lemah. “Anything for you, Mim.” Anything for you too, Kaf. “Dekat meja belajar saya, ada satu kotak kayu. Dalam kotak kayu itu, ada surat. Lepas saya lahirkan baby, awak baca surat itu ya, Kaf? Jangan baca depan saya. Baca jauh-jauh bila saya dah tak ada. Saya tuliskan surat cinta untuk awak.” Aku ketawa kecil. “Surat cinta? Ada bedak tak?” Kaf mengusik. “Hmm, nanti tengoklah.” Aku senyum malu. “Tak sabarnya nak baca.” Kaf rapatkan wajahnya pada wajah aku dan aku tahan bibirnya dengan tapak tangan aku lagi.
ELVROSETH KAF | 370 Kaf ketawa suka. Sekali lagi, tapak tangan aku dikucup dan dibawa ke belakang lehernya. “Mim, saya ini selalu buat awak cringe tak? Saya ini romantik, kan? Awak suka lelaki romantik, Mim?” “Dulu saya tak suka. Saya suka lelaki yang beku dan tak banyak cakap. Tapi possessive. Tapi… ah, itu hanya angan-angan seorang budak yang banyak baca novel cinta. Tapi sekarang, saya suka lelaki yang tahu hormat saya. Itu saja saya minta. Tak romantik pun tak apa. Tapi kalau ya, itu bonus untuk buat rama-rama dalam perut saya berterbangan….” “Tapi dalam perut awak ada anak saya. Hmm, jadi dialah rama-rama yang mengepak kalau saya buat awak melting?” “Tak, dia tendang.” “Tendang?” “Itu bahasa dia. Dia nak tendang awak sebenarnya.” Kaf ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan aku. Terus saja dia baring di sisi aku. Kemudian, kami baring menghadap satu sama lain.
ELVROSETH KAF | 371 Kaf peluk pinggang aku dan aku rangkul lehernya. Kami berpandangan, lama. Tanpa bicara… kami hanya begitu. “Mim, thank you.” Kaf berbisik, lembut. “Thank you for?” Kening aku terangkat. “For not giving up for anything in your life. I’m so proud of you, Mim.” Kaf kucup dahi aku dan akhirnya, dia biarkan bibirnya di tempat yang sama. “I love you Mim… to the point if you die, I will bring you back from death.” Aku terkedu. “Even… if…” Kaf kucup dahi aku lagi. Kuat. “Even if your heartbeat stops, I will find you in the afterlife, Mim. I will… bring you back from death. I will do anything for you.” Tiba-tiba, aku nampak ada titisan jernih yang jatuh ke dagu Kaf. Aku angkat wajah, merenung Kaf yang sedang menutup matanya. Wajahnya bertukar merah. Tapak tangan aku ditarik ke bibirnya, dikucup. Kaf… menangis? “Kaf….”
ELVROSETH KAF | 372 “I’m sorry, Mim.” Kaf terus tarik aku erat ke dalam pelukan. “I’m so sorry, Mim….” Aku hanya diam. Ya Tuhan, adakah waktunya sudah dekat? AKU belek gambar graduasi aku. Gambar pertama, gambar aku, Ba dan Syin sama-sama tersengih lebar. Gambar kedua, tiba-tiba ada Jim dengan Ghain masuk dalam gambar kami sambil buat aksi jelir lidah dan dalam gambar itu, Ba sedang bersiap sedia nak tumbuk Jim manakala Ghain pula duduk di hadapan aku, jelir lidah sambil tunjuk ‘peace’ dekat perut aku yang membesar. Syin sibuk tarik rambut Ghain, menjauhi aku. Aku ketawa berdekah-dekah melihat gambar itu. Gambar seterusnya, gambar aku diapit oleh Alif dan Sod. Alif dan Sod lebih sopan berbanding Ghain dan Jim. Sod pegang bunga dan dihulurkan kepada aku, manakala Alif pegang teddy bear
ELVROSETH KAF | 373 sambil tunjuk perut aku. Melihat gambar ini, hati aku dipenuhi rama-rama… sweet-nya kawankawan aku ini! Kemudian, aku belek banyak lagi gambar. Ada gambar kami bertujuh, buat macammacam aksi. Ada gambar Sod, Ghain, Jim dan Alif berpelukan sambil menangis. Gambar ini gambar candid, memang mereka berempat betul-betul menangis. Aku yang tengok pun, rasa sebak. Alahai, comelnya budak-budak lelaki ini. Siapalah isteri-isteri mereka nanti…. Ada juga gambar Ba dengan Jim. Gambar candid lagi. Ba sedang sepak punggung Jim kerana Jim kata Ba tak cantik hari itu. Aku ketawa berdekah-dekah melihat perangai mereka berdua. Seterusnya, ada gambar Sod dan Syin. Mereka berdua berdiri jauh sedikit, halal gap. Sod senyum skema dan pipinya merah. Syin sengih skema sambil tunjuk ‘love’ dengan jari telunjuknya dirapatkan pada ibu jari. Seterusnya, ada gambar Ghain dan Alif. Sama-sama pura-pura nak bercium antara satu sama lain. Aku ingat lagi, semasa aku tangkap
ELVROSETH KAF | 374 gambar mereka ini, mereka kata… mereka single jadi apa salahnya mereka jadi gay sekejap. Aku tahu, mereka hanya bergurau saja. Gambar yang paling aku suka… gambar Kaf dan gambar aku. Kaf peluk pinggang aku dari belakang dan matanya pandang wajah aku sementara aku pandang kamera. Semasa ini, Kaf tak tahu yang aku sedang tangkap gambar seorang diri. Photo bomb! Tetapi… gambar ini sangat cantik. Renungan Kaf untuk aku…. Ah, hot-nya suami saya. Aku mengusap wajah Kaf dalam gambar ini. “Astaghfirullah.” Aku tepuk dahi tetapi kemudian, aku tersenyum sendiri. “Hello.” Satu suara menegur aku dari sisi telinga. Pinggang aku dirangkul dari belakang dan satu kucupan jatuh pada bahu aku. “Mommy, kenapa sengih seorang-seorang ini?” Tangan Kaf mengusap perut aku. Aku berpaling ke sisi, merenung Kaf yang menunduk, memeluk aku dari belakang kerusi. Wajahnya ada sedikit jambang halus. Mungkin dia terlupa mahu
ELVROSETH KAF | 375 bersihkan. Kemudian, aku ambil tangan Kaf, aku belek kukunya yang sederhana panjang. “Mim buat apa?” soalnya. Dahi berkerut. “Jom? Saya bersihkan awak hari ini. Saya nak mandikan awak, boleh?” Aku tersengih, konon comel. Sisi wajahnya, aku usap. “Saya… saya nak tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri hari ini. Esok saya dah nak bersalin. Mana tahu saya….” Kaf tutup bibir aku dengan ibu jarinya. Wajah lelaki itu bertukar bengis. “Don’t.” Aku senyum hambar. Kepala angguk. “Tapi boleh, kan? Saya nak kemaskan dan bersihkan awak?” Kaf terdiam sebentar. Kemudian, dia bergerak, melutut di hadapan aku. Kedua-dua belah tangan aku, dia bawa ke pipi. “Okey, tapi awak kena bersihkan saya dan saya kena bersihkan awak juga.” “Tapi saya dah mandi….” Aku tarik muncung. “Saya nak buat sesuatu untuk awak, Kaf. Saya nak layan awak macam raja hari ini. Saya nak buat awak gembira. Tak boleh ke?”
ELVROSETH KAF | 376 “Awak bukan orang gaji saya. Awak memang dah buat saya gembira sangat-sangat, Mim. Awak cantik… awak baik dan awak pandai. Awak isteri yang lembut dan buat saya yang dulu keras ini, jadi lembut juga. Awak dah buat saya gembira. Awak tak perlu buat saya gembira lagi. Awak kena berehat. Kalau tak nanti baby dalam perut itu pun sama-sama pe….” Tak sempat dia sambung, aku rapatkan bibir aku pada bibirnya. Sekejap. Kaf tergamam. “Diam sekejap.” Aku senyum dan dahi, aku sandarkan pada dahinya sebelum aku jauhkan wajah aku. “Awak banyak cakap, Kaf. Anak kita dalam perut ini tengah tutup telinga.” “Awak goda saya ke ini, Mim?” Kaf senyum nakal. “Berani ya? Sekejap, mana awak tahu anak kita tutup telinga?” “Awak yang ajar saya jadi sweet.” Aku menjawab selamba. Sengih lagi. “Saya tahulah anak kita tutup telinga, Kaf. Sebab saya kan mak dia? Saya boleh rasa….” Kaf julingkan matanya ke atas. Kemudian, dia terus bangun. Tangan, dihulurkan untuk aku.
ELVROSETH KAF | 377 “Jom, saya benarkan awak bersihkan saya hari ini. Tapi jangan paksa diri awak, okey?” Rama-rama berterbangan dalam perut aku. Kepala aku terangguk laju. Ibu jari, aku angkat. “Okey!” Tangannya, aku sambut. Kaf tersenyum dan kami sama-sama menuju ke bilik air di bilik kami. Hari ini, aku bersihkan jambang Kaf dan aku mandikan dia. Aku syampu rambut dia dan aku gosokkan badan Kaf. Kemudian, tak cukup dengan itu, aku gosokkan gigi Kaf. Lelaki itu pada awalnya mengeluh sebab dia kata, gosok gigi pun dia boleh buat tapi aku berdegil juga. Aku nak jadikan Kaf bayi hari ini. Selesai buat semuanya, aku potongkan kuku Kaf. Kemudian, kami keluar dari bilik air dan aku paksa Kaf duduk atas kerusi di hadapan meja solek. Aku keringkan rambut Kaf sambil menyanyi kecil. Gembira! “Sayang, kenapa buat semua ini?” Kaf menyoal tiba-tiba. Dia memeluk pinggang aku yang sedang berdiri di hadapannya sambil menyikat rambut Kaf.
ELVROSETH KAF | 378 Aku berhenti menyikat. Sepasang mata jatuh merenung mata coklat Kaf. “Saya rasa nak buat sesuatu. Nanti… jangan lupakan hari ini, ya?” Aku mengusap wajah suami aku. Senyum manis, aku berikan padanya. “One day, please tell our son that I love his papa so much and I love him so much.” Tiba-tiba mata aku berair. Kaf terdiam sebentar. Tapak tangannya mengusap perut aku. “We will… tell him together.” “Thank you, Kaf.” Aku memagut dagu, Kaf. Buliran air mataku jatuh ke pipi. “Terima kasih sebab ajar saya menjadi manusia yang lebih baik selama empat tahun ini. Paling penting… terima kasih beri saya peluang untuk jadi ibu.” Kaf tersenyum hambar. Tangannya mengusap air mata aku. “Kenapa menangis ini….” “Sebab saya happy.” Aku tarik tangan dia yang berada di pipi aku dan aku kucup jari jemari Kaf satu persatu. “Saya happy sebab ada peluang dapat suami hot….” Kaf terus tarik hidung aku!
ELVROSETH KAF | 379 Aku ketawa kecil. Air mata masih jatuh ke pipi. “Jangan lupakan saya, ya Kaf?” Aku usap pipinya, lembut. “Saya akan sentiasa ada dengan awak, Kaf. Ingat itu, Kaf.” Kami bertatapan mata. Kaf merenung aku, marah. Bibirnya terkunci dan akhirnya... “Stop,” Kaf tarik wajah aku ke arahnya dan kedua-dua belah sisi wajah ini dicengkam. “Talking nonsense!” ....nafas kami bersatu lagi. Air mata aku jatuh. Everything about him, So sweet, so strange— And this feeling Full of angst
ELVROSETH KAF | 380 Oh dear, I wish I could tell you How I feel you— Flowing deep in my vein But darling— How do I begin? I’m lost In that bright brown eyes, Turning me into— A beautiful poetry... That was once dead, And now, come alive Though I’m buried down deep— Under cemetry... My dear Kaf,
ELVROSETH KAF | 381 You made me saw Beautiful phosphenes... Phosphenes And more— More Phosphenes. Mim —Phosphenes.
ELVROSETH KAF | 382 BAB 28 UNYI bayi kedengaran jelas di telinga. Peluh membasahi dahi aku. Namun, bibir aku sempat mengucapkan Alhamdulillah. Air mata aku mengalir laju ke pipi. Kaf ada, setia di samping aku. Aku tidak dengar apa yang dia cakap tetapi dahi aku dikucup berkali-kali. Air mata Kaf jatuh ke pipi. Ah, Kaf… kenapa hatinya lembut benar sekarang ini? “Mim berjaya.” Kaf berbisik ke telinga aku, rapat. Aku tersenyum lemah. Entah kenapa, pandangan mata aku jadi berbalam-balam…. “Sayang, tengok anak kita. Tengok ini.” Bisikan suara Kaf. Aku dapat rasakan ada jasad kecil yang diletakkan atas dada aku. Mata aku hampir tertutup lemah tetapi aku masih cuba… B
ELVROSETH KAF | 383 sedaya upaya menggerakkan tangan aku, memeluk bayi yang ada di sisi. Pandangan aku kabur. Tetapi wajah bayi aku, jelas di mata ini. Aku dapat tengok wajah dia. Aku… gembira. “Kaf, jari dia ada berapa? Boleh kirakan?” Aku ketawa kecil sambil menyoal soalan pelik itu. Mata aku terbuka dan tertutup. Bunyi bayi menangis, membingitkan telinga tetapi tetap aku rasa indah sangat-sangat. “Ada sepuluh, Mim. Sepuluh.” Suara Kaf, bergetar. Dahi aku dikucup berkali-kali. “Terima kasih, Mim.Terima kasih sangat-sangat….” BAM! Bunyi letupan. Degupan jantung aku berdetak kuat sejenak dan bunyi tangisan anak aku semakin menjadijadi. Aku mendongak, merenung Kaf yang membulatkan mata, merenung ke arah pintu yang diletupkan tadi. Kemudian, aku pandang ke arah pintu pula. Dunia aku berhenti buat seketika.
ELVROSETH KAF | 384 Jasad manusia berdiri di hadapan aku, memakai topeng hitam dan memegang senjata. “Kau siapa?!” Doktor yang bantu aku semasa melahirkan tadi menjerit panik. “Nurse! Panggil security! Panggil…” Bum! Peluru menembus kepala doktor tadi. Jeritan semua jururawat bergema. Bum! Bum! Bum! Tembakan demi tembakan, dia lepaskan, mengena tepat ke arah kepala jururawat yang ada di situ. Aku semakin panik apabila bayi di tangan aku menangis kuat. Kaf yang berdiri di sisi katil aku tergamam dan wajahnya bertukar pucat. Jeritan yang datang dari luar bilik, bergema. Bunyi tembakan, memenuhi udara. “Kaf! Ambil dia… ambil dia…” Tangan aku menggigil, menarik lengan Kaf ke arah bayi yang ada di tangan aku. Air mata aku mengalir deras ke pipi. Kaf merenung aku dengan sepasang matanya yang kosong. Aku menggoyangkan lagi lengannya, cuba menyedarkan dia. “Tolong, Kaf! Ambil anak kita! Bawa lari! Tinggalkan saya! Tolong….”
ELVROSETH KAF | 385 “Mim! Mim…” Kaf menyebut nama aku berkali-kali. Bayi di tangan aku, tetap diambil apabila aku memaksanya. Wajah Kaf panik. Tangisan bayi bergema. Dia mengerling ke arah aku bersilih ganti dengan penembak tadi. Bum! Bunyi tembakan lagi! Pcrr! Kaca pecah. Darah memancut. Beberapa orang jururawat yang ada di sini sudah tumbang. Kaf masih memeluk erat tubuh kecil anak kami dan berdiri di sisi aku. Dia bagaikan terkedu dan saat yang sama itu juga, aku nampak hujung senjata penembak tadi diarahkan kepada kami dan… Klak! Picu ditarik…. Aku menjerit ke arah Kaf. “KAF! GET OUT OF HERE WITH OUR BABY!!!” Bum! Bum! Bum! Peluru menembus tiga kali, tepat mengena dada aku.
ELVROSETH KAF | 386 Bum! Bum! Bum! Mata aku bertemu dengan sepasang mata Kaf yang membulat dan tergamam. Bum! Peluru menembus ke kepala aku. Darah mengalir. Air mata aku jatuh. Bunyi tangisan bayi kedengaran. Dan kemudian, jeritan Kaf…. “MIM!!!” Pandangan aku kabur dan bola mata tertumpu ke atas. Tubuh aku terbaring atas katil. Sakit. Kejal. Sejuk. Gelap. Kaf, sunyinya maut ini.
ELVROSETH KAF | 387 When death takes my hand, I will hold you with the other And promise to find you, In every lifetime. -commitment.
ELVROSETH KAF | 388 Izrail Seminggu seterusnya… ANGAN memegang botol susu. Si kecil yang berada atas katil, dia pandang dengan senyum manis. Izrail membuka cermin mata, diletakkan ke tepi. Pipi merah si kecil, dia usap dengan hujung jari sebelum keduadua belah pipi itu digomol. Si kecil merengek dalam bedungnya. Izrail tersenyum, lucu. Kemudian, susu disumbatkan ke dalam mulut anaknya. “Kaf, baru balik?” Izrail berpaling ke belakang apabila ada suara Mim menegurnya. Mim sedang pakai baju satin yang dihadiahkan Izrail pada hari mereka bersatu buat kali pertama empat tahun lepas. Wanita itu T
ELVROSETH KAF | 389 tersenyum lebar. Cantik. Rambut panjang disanggul. Mim berjalan ke arahnya. “Saya rindu, Kaf.” Mim rangkul leher Izrail. “Saya pun. Baru pergi kerja sekejap, saya dah rindukan, Mim.” Izrail ambil tangan isterinya. Tapak tangan Mim, dia buka dan dia kucup berkalikali. Rindunya, Ya Tuhan. “Mim, cantiknya hari ini.” “Kaf ingat tak baju ini?” Mim soal. Izrail tersenyum lebar. Merenung lembut ke arah wajah kekasihnya. “Ingat. Empat tahun lepas. Lepas Mim lulus PRO-2. That is the best day in my life, Mim….” “That is,” Mim tarik tangan dia dari genggaman tangan Izrail. Wajah Izrail, dia usap. “That is the best day in my life too, Kaf. Thank you for everything, Kaf. You’re the best thing that has ever happened to me.” “Mim, Mim tak akan tinggalkan saya, kan?” Izrail tersenyum hambar. Kepala mendongak, merenung Mim yang masih menunduk. “Tak, Kaf. Saya sentiasa ada dengan awak. Saya dah kata, Kaf. Saya sentiasa dengan awak… saya sentiasa….” Mim mendekatkan wajahnya ke
ELVROSETH KAF | 390 wajah Izrail. “Kaf, if my heartbeat stops, would you stay be mine?” Izrail angguk. Leher Mim, dia tarik merapat ke wajahnya. “I will find you in afterlife, Mim. I will bring you back from death.” Izrail berbisik di hadapan wajah isterinya. “Kaf Ar Ra’d.” Mim menyebut namanya, merdu. “Mim Maryam….” Izrail sebut nama isterinya. Dan kemudian, leher isterinya ditarik merapat, bibir mereka hampir bertemu sebelum…. Will death be our last kiss, my love? Bunyi tangisan bayi bergema. Izrail buka mata. Mim di hadapannya, tak ada.
ELVROSETH KAF | 391 SUARA wanita itu bergema di telinganya. “Terima kasih sebab ajar saya menjadi manusia yang lebih baik selama empat tahun ini. Paling penting… terima kasih beri saya peluang untuk jadi ibu.” “Tetapi, kerana lelaki ini sentiasa ada di samping gadis ini, pegangkan buku Orthopaedic supaya gadis itu dapat baca di saat dia terbaring lemah… gadis ini terus kuat dan tidak berputus asa. Si gadis ingat yang dia cukup kuat untuk ‘kuat seorang diri’ tetapi… rupa-rupanya dia lebih kuat apabila sentiasa berada di samping lelaki ini.” Will you love me when my heartbeat stops, Will you promise me you will search for us, Will you find me afterlife? Izrail menjambak rambutnya. Wajah Mim yang dirindui bergentayangan di mata. Mim yang ada bersamanya tadi hanya ilusi semata-mata. Mim yang sebenar sudah berhenti bernafas. Mim yang sebenar sudah berhenti bernyawa. Mim Maryam miliknya…
ELVROSETH KAF | 392 Sudah tak ada. Tak ada. Bunyi tangisan bayi bergema. Izrail terus bangun dari duduk. Wajah anaknya dipandang dengan kasih. Izrail tersenyum lemah. Terketar-ketar tangannya mengambil tubuh si kecil, dibawa rapat ke dada. Dahi si kecil, dia kucup berkali-kali. Air matanya jatuh ke pipi merah bayi itu. “Jangan menangis, sayang.” Izrail memujuk. Rasa sebak bertandang di jiwa. Izrail masih cuba tersenyum untuk bayi di tangannya. “Mommy tak ada… Tapi papa dekat sini… Papa dekat sini….” Bayi di tangannya menangis lebih kuat. Izrail cuba bagi susu tapi dimuntahkannya semula. Izrail buka bedung dan cek lampin, tak apa-apa. Izrail menepuk lembut perut si kecil, tak kembung. Izrail tak tahu mahu buat apa. Tubuh si kecil digendong ke kiri dan ke kanan. Kemudian, dahi dan pipi si kecil, dia kucup berkali-kali. Katakata sayang dan cinta, dibisikkan untuk anaknya. Tetapi anak kecil itu masih menangis. Izrail hampir terduduk ke lantai.
ELVROSETH KAF | 393 “Mim….” Izrail menahan air matanya yang jatuh, murah. Nafas yang menyakitkan, celas-celus keluar dari ruang nasalnya. Anak di tangan, Izrail peluk erat. “Mim, I can’t do this without you. Please, Mim… Please….” Izrail merayu. Entah pada siapa? Hanya ada bayu yang menyentuh lembut pipinya. Hanya ada bayu yang bisu, memujuk hati lelak miliknya. Anak di tangan, masih menangis. Izrail tak tahu mahu buat apa. Nama pun tak diberi lagi. Dia tak tahu mahu berikan nama anaknya apa… Dia mahu Mim yang bagi. Dia sudah berjanji dengan Mim yang anak mereka, Mim yang akan namakan. Dia mahu melihat Mim pegang anak mereka ini. Dia mahu Mim yang menyusukan anak mereka ini. Dia mahu Mim… hanya Mim. Izrail bawa si kecil, mendekati jendela. Kemudian, sepasang mata Izrail merenung langit yang hitam di atas sana. “Sayang, tengok bintang-bintang itu.” Izrail berkata pada anaknya. “They’re beautiful. Just like
ELVROSETH KAF | 394 your mommy. Her smile… her eyes… everything about her is so damn beautiful.” Magis, bayi di tangannya terdiam. Izrail tersenyum lebar. Rindu mommy ke? “I know you miss your mommy…” Izrail merenung ke dalam sepasang mata coklat terang milik anaknya. Hidungnya dirapatkan dengan hidung si kecil. “I miss her too, baby. I miss her so much. I miss her until now… I feel I couldn’t breathe without her, baby. But you give me strength. I want to be like your mommy, baby. She taught me not to give up even when I have failed repeatedly, baby. And I’m gonna be like her… your mommy… stronger than ever….” Tangan kecil bayi di tangannya, menyentuh wajah Izrail. Lensa mata Izrail kabur, hangat dan memberat lagi. Adakah anak kecil ini mengerti apa yang berlaku? “So please, baby.” Izrail merapatkan dahinya pada dahi si anak. Matanya tertutup rapat. “So please, be my strength… to keep on living.”
ELVROSETH KAF | 395 Mim, ini anak kita… Kenapa Mim tak ada dekat sini? Izrail akhirnya memeluk bayi kecil di tangannya, erat lagi dan lagi…. Tak lepas. When my heartbeat stops will you stay mine? “Mim,” Izrail berbisik sendiri. Matanya masih tertutup, tangan memeluk bayi di tangan dan Izrail tersenyum sendiri. “I will bring you back from death, Mim.” Dan aku akan hancurkan semua orang yang hentikan aku. Mata Izrail terbuka luas. Pandangan mata, tertunak merenung langit di hadapan. Mim, wait for me.... - Afterlife, Hailee steinfeild.
ELVROSETH KAF | 396 Surat Untuk Kaf Kaf, sayang. Saya tak pandai tulis surat cinta. Tapi ini kali pertama saya tulis untuk suami saya sebab ini benar-benar surat cinta. Pertama sekali, mungkin Kaf dah selalu dengar saya cakap terima kasih dekat Kaf. Tapi saya nak tulis juga. Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab selalu ajar saya untuk menjadi manusia yang lebih baik. Saya seorang yang insecure dengan semua benda, Kaf. Kalau saya nak meluahkan apa saya rasa dekat orang pun… saya takut. Sebab saya pernah digelar orang yang hanya mahukan perhatian. Saya rasa sedih sangatsangat. Semenjak itu, saya berhenti berkongsi apa saya rasa dengan orang. Kalau saya hantar mesej, saya rasa nak delete. Kalau saya nak tanya orang apa-apa, saya fikir banyak kali. Takut dia rasa saya ini sangat bodoh dan akhirnya dia ignore saya. Saya