ELVROSETH KAF | 297 semakin risau. Matanya tidak berkelip merenung aku. Maka, aku jawab jujur. “Dr. Nun, Kaf. Kakak saya.” Kaf terus terdiam. “Jom pergi hospital.” Kaf mengusap wajahnya. Panik. Ada getaran dalam suaranya. “Saya… saya tak boleh tengok awak macam ini. Muka awak pucat sangat. Awak ada sakit dekat mana-mana ke, Mim? Saya tak percaya Nun. Saya tak percaya dekat dia. Cakap, Mim… awak ada sakit dekat mana-mana lagi?” soal Kaf bersungguhsungguh. Aku pandang Kaf, dengan mata yang berkaca. Bibir aku terkunci seolah-olah diri ini sedang menyimpan jawapan yang sengaja aku biar sepi. Kaf mencengkam jari jemari aku, lebih kuat. “Cakap, Mim… jangan diam macam ini. Saya rasa nak mati ini, sayang.” Kaf mengucup tangan aku berkali-kali. “Sakit… Sa… kit.” Aku jatuhkan tangan aku pada kawasan peranakan aku. Basah. Air mata aku
ELVROSETH KAF | 298 semakin mengalir laju. Kaf terus tengok pada bahagian yang aku tunjuk. Matanya membulat, besar. Esakan aku, pecah. “Mim, cakap dengan saya! Cakap dengan saya, kakak awak ada bagi apa-apa ubat?!” Kaf berubah, menyinga. Wajah aku dipagut. Sepasang mata Kaf, mula berkaca. Namun, dia tetap menyinga. “Cakap, Mim! Apa dia bagi?!” Aku tunjuk ubat yang aku letak atas meja. Keadaan aku semakin lemah. Sakit…. Kaf terus ambil ubat tersebut dan dia belek. Wajahnya bertukar pucat dan… PCRR! Bekas ubat dia campakkan ke lantai. “JAHANAM KAU, NUN!”
ELVROSETH KAF | 299 Izrail ULUT perempuan itu, dia buka seluasluasnya. Perempuan itu mula bergelut dan menjerit minta tolong. Izrail geram, terus saja dia cekik perempuan itu sehingga tak boleh bernafas mangsanya kali ini buat beberapa saat sebelum Izrail lepaskan. Ubat yang berada di tangannya, Izrail sumbat masuk ke dalam mulut perempuan itu dengan secara paksa. Kemudian, Izrail ambil batang paip yang sudah dia pasang airnya laju-laju, Izrail sumbatkan ke dalam mulut mangsanya. Sepasang mata perempuan itu, terbeliak besar. Ubat sudah pun masuk ke dalam kerongkongnya. M
ELVROSETH KAF | 300 Izrail tarik batang paip tadi, keluar. Kemudian, dia terdengar perempuan itu terbatukbatuk dan muntah. Malangnya, perempuan itu tak boleh larikan diri lagi. Tangannya sudah digari, kiri dan kanan. Kakinya diikat juga. “Kau… uhuk! Kau….” Terbatuk-batuk mangsa Izrail kali ini, tetapi tetap berdegil untuk terus bercakap. Mata merah perempuan itu yang penuh dengan air mata, menikam ke arah wajah Izrail. “Kau gila! Aku tak pernah ingat muka baik macam kau ini sebenarnya… psiko!” BANG! Izrail campak kerusi ke arah mangsanya kali ini! Tetapi tidak. Izrail tidak sekejam itu untuk Nun Maryam. At least, not yet. Kerusi tadi hanya terkena dinding tepi Nun. Jeritan Nun bergema. Perempuan itu mula mengeluarkan muntah, gemuruh. Saat ini, wajah bengis Izrail amat menakutkannya. “Sekarang, kau cakap dengan aku. Kenapa kau tipu?! Kenapa kau bagi ubat untuk gugurkan kandungan dekat adik kau, Nun?!” Izrail cengkam
ELVROSETH KAF | 301 wajah Nun, kuat. Sepasang mata Nun, dipaksa untuk merenungnya. Hari ini, Putera Maut ini tak sabar mahu hancurkan seorang lagi mangsanya. “Aku… aku mi… minta maaf, Kaf…..” Nun menangis, tubuh menggigil ketakutan. Air matanya jatuh berderai ke pipi, tak berhenti. “Aku cemburu. Adik aku mula ada segalagalanya lepas kau datang. Dia gembira, dia pandai dan dia cantik. Aku sentiasa cemburu dengan adik aku. Dari dulu, orang selalu kata Mim lagi cantik dan baik daripada aku. Mim lembut… Mim hormatkan orang tua dan Mim sentiasa kerja keras. Aku benci, Kaf! Benci! Kau datang ke rumah kami beberapa tahun lepas untuk melamar Mim! Bukan aku!” “Jadi, sebab bodoh ini semua….” Izrail tak dapat meneruskan patah perkataan yang mahu diucapkannya. Wajahnya sendiri, dia raup. Tawa perit, dia lepaskan. “Sebab ini semua kau pilih untuk tipu adik aku yang dia sebenarnya mengandung dan kau bagi dia ubat untuk gugurkan kandungan?”
ELVROSETH KAF | 302 “To… tolonglah, Kaf. Aku minta maaf… lepaskan aku, aku… aku minta maaf!” Nun Maryam menangis tak berhenti. Tiba-tiba dia rasa menyesal buat semua ini. Dia tak sangka dia akan dilayan begini oleh Kaf. Dia tak sangka yang lelaki ini sanggup mahu bunuh dia. “Aku tak boleh maafkan kau, Nun. Aku akan bunuh sesiapa saja yang sakitkan isteri aku. Aku juga yang sebenarnya bunuh abang kau. Aku potong tangan dia sampai dia hembuskan nafas terakhir.” Izrail halakan hujung pistol ke arah kepala Nun. “Aku potong tangan dia sebab tangan itu yang sentuh Mim dengan jijik! Aku puas tengok dia menjerit, Nun. Puas.” Hatinya saat ini, menjadi sangat keras. Mim Maryam ialah segala-galanya bagi Izrail. “Kau… ka… kau bunuh abang?!” Mata Nun terbelalak besar. Wajah serta merta pucat. Masakan lelaki yang bantu untuk mandikan jenazah abang dan yang bantu untuk kebumikan abang ini… sebenarnya pembunuh kepada abang?! Bulu roma Nun semakin merinding.
ELVROSETH KAF | 303 Kaf Ar Ra’d bukan lelaki seperti yang dia sangka. Kaf ialah Izrail, Putera Maut yang tak patut orang mencari nahas dengannya. Kaf… luarannya, dia nampak lembut dan sopan. Apabila Kaf bersama Mim, Nun jadi cemburu kerana perhatian lelaki itu hanya tertumpu kepada Mim. Senyuman manis lelaki itu… tawa lelaki itu dan kucupkan lembut lelaki itu pada tangan Mim, semuanya menghangatkan jiwa siapa-siapa saja yang melihatnya. Tetapi Kaf tetap Izrail. Si Putera Maut yang melindungi Puteri kesayangannya dalam diam. Mystery. Dangerous. Deadly. “Please….” Nun menangis teresak-esak. Kalau Izrail benarkan dia bersujud di hadapan kaki lelaki itu supaya Izrail tidak bunuh Nun, maka itu lebih baik dan Nun sanggup lakukan apa saja demi nyawakan. “Please, Kaf. I’m begging you,” sambung Nun. Bahunya terenjut-enjut, menahan tangisan. Izrail halakan muncung ke kepala Nun. “Otak ini. Mesti otak ini kan yang suruh kau bagi
ELVROSETH KAF | 304 Mim ubat gugur itu? Aku akan hancurkan otaknya dulu. Selamat tinggal…..” “Kaf! Tolonglah! Tolonglah! Lepaskan aku!” Nun teriak. Tubuhnya menggigil ketakutan. Izrail sengih. Na… Na… Naa… don’t talk. Picu ditarik. Klak! Peluru dilepaskan. BANG! Mata Nun terbelalak besar dan dadanya berhenti berombak. “Selamat tinggal, kakak iparku,” sambung Izrail. Klak! Bang! Lagi, kepala Nun, Izrail tembak tanpa simpati. Bang! Lagi. Bang! Lagi. Bang! Dan lagi. Sehingga seratus kali, Putera Maut itu puas.
ELVROSETH KAF | 305 Mayat Nun dibiarkan menjadi daging kejal atas lantai. Izrail tahan rasa benci yang terkumpal dalam kepala dan jiwa. Tak cukup dengan tembak Nun, Izrail cungkil bola mata Nun. Kemudian, Izrail sumbat bola mata Nun dalam mulut perempuan itu. Kau bunuh anak aku. Kau sakitkan isteri aku. Kemudian, Izrail tarik telefon yang disimpannya dalam poket. Nombor ‘Penolong Misteri’ nya, dia dail. Dia tak simpan nombor lelaki itu. Bahaya. Izrail merenung mayat Nun dengan hati yang… tak rasa apa-apa. Izrail langsung tak rasa apa-apa apabila dia bunuh Nun. Dia buat ini semua, demi Mim Maryam. “Izrail.” Suara garau dalam talian, menegurnya. “Kau dah selesaikan yang seorang lagi?” “Aku dah bunuh anak kedua dia. Nun Maryam,” jawab Izrail. “Lepas ini siapa?” tanya Penolong Misteri.
ELVROSETH KAF | 306 “Mak mertua aku,” jawab Izrail. “Isteri kau? Kau jangan jatuh cinta pula dengan isteri kau, Izrail. Kau ingat aku tak tahu? Cara kau pandang isteri kau… kau jatuh cinta dekat Mim Maryam, kan?” tanya Penolong Misteri lagi. Sangat. Aku terlalu cintakan dia…. Izrail diam. Tak dapat jawab soalan itu. “Lepas isteri kau lahirkan anak kau suatu hari nanti, aku nak kau bunuh dia. Aku tak mahu ada keturunan dia di muka bumi ini, Izrail. Kau tak ingat apa yang bapak dia buat dekat ayah kau?! Bapak dia bunuh ayah kau, Izrail! Bapak dia paksa semua orang dekat hospital untuk bagi rawatan paling teruk dekat ayah kau semasa dia sakit! Bapak dia yang upah orang untuk tikam ayah kau! Bapak dia yang upah orang untuk rogol dan bunuh mak kau, Izrail!” tengking ‘Penolong Misteri’. Hati Izrail berdetak perit. Satu persatu, memori lampau itu kembali. Ya Tuhan, sakitnya…. “Bapak dia kerja dengan Maharaja Hijaiyah, Izrail! Maharaja Hijaiyah yang suruh bapak dia buat semua itu kerana bapak dia Menteri
ELVROSETH KAF | 307 Kesihatan Diraja Hijaiyah! Dan kau jangan lupa satu benda ini… kau kena dapatkan pewaris sebelum anak lelaki dia dapat.” Penolong Misteri mendengus kasar. “Jibril… Jibril berkawan dengan Sod Al-Fateh, kan? Aku bagi dia misi ini, supaya dia bunuh Putera Sod! Bukan berkawan rapat dengan budak itu!” Izrail terdiam. Sod Al- Fateh. Pelajarnya yang merupakan ketua batch Mim, sebenarnya seorang Putera yang lari dari istana kerana tak mahu tunaikan tanggungjawab dia sebagai Putera Mahkota Hijaiyah. Sod Al-Fateh tak mahu jadi Putera Mahkota. Dia ingin menjadi seorang doktor. Maka… masuk ke universiti Hijaiyah, Sod pun menyamar menjadi seperti orang biasa. Dan Jibril merupakan Ghain Az-Zumar. Lelaki itu berketurunan penolong atasan di istana Tashkeel tetapi kedua ibu bapanya dulu yang bekerja di istana, mati akibat dibunuh oleh Maharaja Hijaiyah. Kerana dendam… Jibril dan Izrail bersetuju untuk menjadi ‘contract killer’.
ELVROSETH KAF | 308 “Kau dengan Jibril, sama saja! Buat kerja macam orang bodoh!” tengking si Penolong Misteri. “Bagi aku masa. Isteri aku baru saja keguguran,” beritahu Izrail Nada suaranya bertukar sendu. Teringat pada tangisan Mim yang terlantar di atas katil selama seminggu, dia jadi… sedih dan tidak tentu arah juga. Mim tak makan, dia juga tak makan. Hari ini, Izrail berpuas hati kerana dapat bunuh Nun. Puas sangat. “Aku bagi dia masa sampai dia habis belajar. Aku nak kau buat dia mengandung dan pastikan kau ada pewaris. Bukannya susah, kan? Kau lelaki kan, Izrail? Mim itu cantik. Takkan kau tak….” “Diam sebelum kau yang aku bunuh.” Suara Izrail bergetar. Pistol di tangannya, dia genggam. Dia tak suka lelaki lain ada imaginasi liar tentang Mim. Benci. Mim Maryam hanya miliknya. Lagi pun, Izrail tidak sentuh Mim hanya semata-mata nafsu dan mendapatkan pewaris. Izrail menjadikan Mim haknya…
ELVROSETH KAF | 309 Kerana perasaan hormat dan cinta. Wanita yang bernama Mim Maryam itu, segala-galanya bagi dia. “Cepat buat kerja, Dr. Kaf.” Lelaki itu mengejek nama Izrail. Tawa kejinya berdering dalam telinga Izrail melalui dalam talian. “Atau… aku sendiri yang akan upah orang untuk bunuh isteri kau. Saat itu, kau akan menyesal, Dr. Kaf….” Talian dimatikan. Izrail pandang nombor pada skrin telefonnya. “Dr. Halaqah.” Izrail mendengus kasar. Telefon disimpan ke dalam poket. Dia mengeluh sendiri. “Semua orang tak boleh dipercayai.” Termasuk dirinya. Semua orang di Hijaiyah… Izrail merenung semula mayat Nun. …tak boleh dipercayai.
ELVROSETH KAF | 310 PULANG ke rumah, Izrail mandi di bilik air bawah. Dia tak mahu esok pagi, Mim dapat detect bau darah dari tubuhnya. Izrail ambil masa tiga jam untuk mandi dan bersihkan bilik air yang ada bau darah. Izrail hapuskan semua bukti juga. Selesai mandi, Izrail naik ke atas. Rindunya dekat Mim, walaupun baru beberapa jam berpisah. Mim baru saja habis pantang dua minggu lepas. Tetapi emosi Mim masih tak stabil dan Mim hanya banyak berdiam. Izrail rindukan Mim yang dulu. Tetapi Izrail tahu, tidak mudah bagi Mim untuk hadapi semua ini. Sudahlah Mim seorang pelajar perubatan, seorang isteri dan… suatu hari nanti, Mim akan jadi seorang ibu kalau ada rezeki mereka lagi. Hebatnya Mim. Izrail bangga sangat dengan isterinya yang seorang itu. Dean’s list student for every year since year three Medical Bachelor and Bachelor Of Surgery University Hijaiyah.
ELVROSETH KAF | 311 Sampai saja di bilik mereka, Mim tak ada. Izrail mengerling ke arah jam di dinding. Pukul empat pagi dah. Tapi Mim masih tak ada di bilik mereka. Izrail terus langkahkan kaki ke bilik belajar. Tekaannya betul, Mim sedang tidur atas meja belajar. Buku Forensic Science bersepah atas meja. Nota-nota Mim… flash card dan soalan yang dia buat, ada yang jatuh sehingga ke lantai. Izrail tersenyum lucu. Tangannya mula mengusap sisi wajah isterinya yang tidak sedarkan diri. Tiba-tiba dia teringat dekat apa yang Nun kata. Nun cemburu sebab orang kata Mim lebih cantik dan lembut daripadanya? Aneh. Sedangkan Mim pula, sentiasa cakap yang semua orang beritahunya… Nun lebih cantik dan pandai. “Different point of view.” Izrail berbisik sendiri. Begitulah hidup. Kadang-kadang, definisi cantik yang ada pada kita, lain untuk semua orang. Jadi, kita tak perlu risau kalau orang kata kita tak cantik, kita tak pandai dan mereka tak suka perangai kita. Mereka mendefinisikan itu semua dengan lain cara. Walhal, ada saja manusia di luar sana yang
ELVROSETH KAF | 312 rasa kita ini cantik, kita ini pandai dan suka dengan perangai kita kerana itu definisi mereka. Semuanya berubah-ubah. Pendapat manusia, berubah-ubah seperti hati mereka. Pendapat mereka tentang kita? Pasti boleh berubah juga. Tapi itu tak penting, kerana apa yang penting ialah pendapat kita tentang diri kita dan kita fokus hanya untuk majukan diri sendiri. Orang hanya mampu bising, tapi tak mampu nak menolong sangat. Tolong sakitkan hati… mungkin hanya itu yang mereka mampu. Tapi, semakin kita dewasa, semakin kita belajar untuk menjadi matang perlahan-lahan dalam segala hal…. Cara kita berfikir, cara kita bergaul dan cara kita menerima penolakkan dari orang lain. Bagi Izrail, perkara matang yang Mim semakin lama… semakin ada dalam dirinya ialah, Mim belajar untuk ‘berhenti’ berfikir benda yang tak sepatutnya sangat. Mim selalu ‘ignore’ kalau ada orang kutuk dia. Apa yang Izrail nampak dekat Mim, Mim ‘ignore’ bukan kerana dia ignorance…
ELVROSETH KAF | 313 Tetapi kerana Mim dah bawa ‘banyak sangat beban’ dalam kepala. Perkara yang sebaiknnya apabila kita bawa banyak sangat beban ‘dalam kepala’ ialah kita jangan menambah lagi beban. Kalau ada orang benci? Ignore. Kalau ada orang kutuk? Ignore. Kalau ada orang kritik mereka tak suka perangai kita sebab kita selalu ignore orang? Ha, mudah. Ignore, ignore, ignore. Bukan semua orang faham asbab kita buat itu dan ini. Mereka boleh fikir apa yang mereka nak fikir. Itu hak mereka. Hak yang utama dalam diri kita, untuk kita… ialah kita cari jalan untuk maju ke hadapan dan tinggalkan suara-suara itu di belakang. “Macam Mim.” Izrail mengusap pipi isterinya. Senyum di bibir Izrail melebar. “Mim selalu tidak hiraukan lagi Abi dan Umi yang selalu kata Mim sombong sebab jarang pulang ke rumah. Mereka kata, Mim gugur pun sebab balasan dosa Mim yang ‘sombong’. Padahal mereka tak tahu pun, Mim sedang merawat diri sendiri dan jauhkan diri daripada mereka kerana mereka punca Mim sangat tak ada keyakinan diri dulu….”
ELVROSETH KAF | 314 Mereka tak tahu apa-apa tentang struggle Mim. Dalam kepala mereka, ada cerita mereka tentang Mim. Cerita sebenar Mim, ada bersama Izrail…. Bersama seorang Kaf Ar Ra’d, suami yang sangat-sangat mencintai isterinya ini.
ELVROSETH KAF | 315 BAB 24 ELOPAK mata aku terbuka luas apabila aku dapat rasakan yang tubuh aku diangkat. Wajah Kaf meneduh aku. Dia tersenyum melihat aku yang terjaga. Kemudian, tubuh aku diletakkan di atas katil. Kaf usap keduadua belah kelopak mata aku. “Tidur, Mim,” ujarnya, lembut. Mata aku tertutup rapat semula. Tetapi aku tak boleh tidur dah. Buka mata semula, aku nampak Kaf duduk di hujung kaki aku. Dia pakai sleeveless shirt warna hitam. Sepasang matanya membelek kaki aku. Kemudian, entah mengapa… Kaf urut kaki aku. “Penat berjalan dekat hospital?” tanya Kaf. Agaknya, dia tahu yang aku tak tidur lagi. K
ELVROSETH KAF | 316 Aku angguk. “Tapi saya okey.” Kaf senyum. “Hari itu Mim buat end of posting exam dekat hospital masa gugur. Tapi Mim tetap lulus dengan cemerlang. Saya dah cek result Mim dengan Dr. Halaqah. Saya bangga dengan Mim.” Aku senyum hambar. Kemudian, aku bangun dari baring. Tangan aku mengusap wajah Kaf. Pandangan mata kami berserobok. Bibir aku mula meligih, air mata bertakung di tubir dan akhirnya… “Kaf, maafkan saya.” Aku pejam mata dan mengalir laju buliran titisan air mataku ke pipi. Wajah ini, aku sembamkan ke dadanya. “Anak kita dah tak ada. Maafkan saya. Saya gagal lagi. Jangan benci saya, Kaf….” “Macam mana saya nak benci awak, Mim?” Kaf tolak wajah aku, menjauhi dadanya dengan lembut. Air mata yang membasahi pipi ini, dia lap. “Bukan rezeki kita lagi. Lagi pun, ada hikmah, kan? Mim tengah belajar lagi. Nanti, lepas Mim habis belajar, kita rancang lagi. Tapi saya risau dengan Mim sebab tak nak Mim sakit. Jangan percaya dekat siapa-siapa lagi, faham?”
ELVROSETH KAF | 317 Aku angguk. Masih tersedu-sedu menangis. ‘Saya ini, asyik menangis saja kan, Kaf?” “Memanglah menangis, Mim. Takkan awak nak ketawa pula lepas awak gugur. Itu namanya gila.” Kaf ketawa kecil. Bibirnya jatuh pada dahi aku sebelum dia kembali berbisik ke telinga ini…. “Thank you for carrying my baby for one month, Mim. We’re going to make more babies in the future when you’re ready.” Puisi cinta Kaf yang berlagu di telinga ini membuat aku tersenyum semula. KEESOKAN harinya, umi telefon aku dan kata yang kakak meninggal dunia. Aku dan Kaf terus pulang ke rumah abi dan umi. Sampai di rumah itu, aku terdengar bunyi umi menjerit menangis seperti orang gila. Sama seperti saat abang pergi meninggalkan kami semua, jika dulu… Abang yang dibaringkan di tengah ruang tamu itu tetapi saat ini, yang baring di tengah ruang tamu itu ialah kakak, Nun Maryam. Laporan polis mengatakan
ELVROSETH KAF | 318 bahawa tempurung kepala kakak pecah kerana ditembak berkali-kali. Siasatan masih dijalankan dan pembunuh sebenar, tidak diketahui. “Ya Tuhan! Anak aku! Dua-dua anak aku dah pergi!” Umi mengongoi lemah di sisi jenazah kakak. Abi menarik tubuh umi, menjauhi jenazah itu. Belakang tubuh umi, abi usap, memujuk barangkali. Aku yang sedang berdiri di sebalik tiang rumah, merenung jenazah di hadapan aku dengan pandangan kosong. Orang ramai masih membacakan yasin untuk jenazah. Tiba-tiba, jari jemari aku dipagut Kaf dari sisi. Aku mendongak, merenung wajah Kaf. Suami aku merenung mayat di hadapannya tanpa berkelip. “Mim, takut mati tak?” Aku mengusap tangannya. “Lepas saya dah bagi Kaf apa Kaf mahu, mungkin saya tak akan takut untuk mati.” Kaf terus merenung aku tajam. “Apa maksud Mim.” Aku berikan Kaf senyuman manis aku. “Suatu hari nanti, Kaf tahu.”
ELVROSETH KAF | 319 Kemudian, aku lepaskan genggaman tangan Kaf dan kaki aku melangkah mendekati jenazah Nun. Kain putih yang menutupi wajahnya, aku buka. Nun Maryam sudah bertemu dengan Izrail, malaikat yang mengambil nyawa. Apa rasanya ya, Nun? Apa rasanya mati itu, Nun? Nun Maryam… Aku merenung lama wajah pucat di hadapan aku. …selamat tinggal. UMI ada masalah depresi. Semenjak kakak pergi, umi sentiasa menjerit memanggil abang dan kakak. Umi menangis tak henti. Abi panggil aku untuk jaga umi kerana dia sudah tidak sanggup lagi mahu menghadap masalah umi. Abi sedang sibuk bekerja di istana dengan Maharaja Hijaiyah. Kata abi, Raja Hijaiyah kami tak sihat. Jadi, abi yang kena uruskan kesihatan Raja Hijaiyah.
ELVROSETH KAF | 320 Menjaga umi, bukanlah perkara yang mudah. Pulang saja daripada hospital atau pun kampus, aku terus ke rumah keluarga aku. Umi, aku jaga seperti bayi. Aku bagi dia makan dan aku mandikan dia. Kami ada orang gaji tetapi… aku tak benarkan mereka buat sangat kerja yang berkaitan dengan umi. Aku anak umi. Ini tanggungjawab aku. “Sakitlah, bodoh!” Umi marah aku apabila aku sikat rambutnya yang kusut. “Sabarlah, umi. Sekejap saja ini. Rambut umi ini kusut sangat….” Aku mengeluh berat. Menahan sabar. Semenjak aku jaga umi, aku rasa bacaan diastolik jantung aku boleh menjadi lebih tinggi. “Mana Nun? Mana Nun?! Kenapa bukan dia yang jaga aku?! Kenapa bukan dia?!” Umi mula meracau-racau lagi. Dia menangis teresak-esak sambil memukul dirinya sendiri. Aku terdiam. Aku tahu, Nun memang anak kegemaran umi. Nun rapat dengan umi. Abang rapat dengan abi dan aku? Aku sendirian….
ELVROSETH KAF | 321 “Nun dah tak ada, umi.” Aku berbisik perlahan. Aku faham, umi masih trauma selepas melihat keadaan kakak mati. Mengerikan. “Siapa yang bunuh, Nun?! Siapa?! Biar Umi bunuh dia semula!” Umi menjerit kuat. Dia bangun daripada katil. Mula-mula, aku biarkannya kerana aku ingat yang umi nak pergi ke jendela seperti biasa kerana umi selalu berdiri di tepi jendela bilik sambil memanggil nama Nun. Tetapi kali ini tidak. Umi ambil tali pinggang abi yang berada di atas sofa dan kemudian, dia berpaling ke arah aku. Dahi aku berkerut apabila umi terus berlari ke arah pintu bilik dan dia kunci pintu itu. Kenapa dengan umi? Apa yang dia nak buat dengan tali pinggang itu? Akhirnya, jawapan aku terjawab. Umi berlari, menuju ke arah aku. Tubuh aku ditolak ke katil sebelum…. ZAP! Tubuh aku dilibas dengan tali pinggang. “KAU YANG BUNUH, NUN! KAU YANG BUNUH, NUN!” Jeritan umi pecah. Marah. Libasan
ELVROSETH KAF | 322 demi libasan mengena tubuh aku dan umi menggunakan kekuatannya untuk mencekik leher aku supaya aku tak bernafas dan aku tak boleh lari! Aku bergelut, mahu melepaskan diri aku dari umi yang sedang mencekik aku. Tetapi akhirnya…. Tubuh aku mula longlai. Umi cekik aku, lagi kuat. Kaf. Hati aku memanggil. Kaf…. Mata aku terbeliak, merenung siling di atas sebelum… Kaf. …pandangan aku menjadi gelap sepenuhnya. Help me, Kaf. KAF yang tadi tidur di sisi katil aku, terjaga apabila aku usap rambut lebatnya. Sepasang matanya… merah, merenung aku tajam. Kemudian, tangannya terus mencapai tangan aku,
ELVROSETH KAF | 323 mengenggam kuat sebelum tangan ini, dia kucup berkali-kali. “Mim, saya risau. Ya Tuhan, saya betul-betul risau ini, Mim.” “Saya dah okey, kan?” soalku. “Awak tak sedarkan seharian. Awak kena pukul dengan umi dan kena cekik sampai tak boleh bernafas. Tapi keadaan awak stabil. Saya yang rawat awak. Sebelum itu,” Kaf bangun dari kerusi dan cawan di sisi katil, dia ambil dan dia isi dengan air masak. Kemudian, dia hulurkan gelas itu kepada aku, “Nah, minum ini Mim.” Aku patuh pada arahannya. Tekak aku juga kering sebenarnya. “Mim, berapa kali nak masuk keluar hospital ini?” Kaf mengeluh berat. Cawan kosong yang dihulur aku, dia ambil dan letak ke tepi. “Bukan saya yang mahu ini semua berlaku,” jawabku, perlahan. “Lain kali, saya nak ajar awak ilmu mempertahankan diri.” Kaf duduk di sebelah aku. Pinggang aku dirangkul dengan sebelah tangan. Rambut yang jatuh ke sisi pipi aku, dia tolak ke belakang telinga. “Tolong jangan biarkan sesiapa
ELVROSETH KAF | 324 buli awak lagi, Mim. Awak buat saya sakit jantung setiap kali awak masuk hospital. Mim, awak nak tinggalkan saya ke, Mim?” Aku geleng. Senyum hambar. “Maafkan saya….” “Mulai dari hujung minggu ini, saya akan buat jadual baru untuk awak. Awak kena belajar seni mempertahankan diri. Saya sendiri akan ajar awak. Saya akan ajar awak guna pistol dan senjata juga.” Kaf memagut dagu aku, memaksa aku yang tadi menunduk untuk merenungnya semula. Matanya merenung aku tajam. “Faham, Mim?” “Tapi saya sibuk dengan exam,” jawabku. “Mim, biar saya beritahu awak sesuatu. Antara menjadi pelajar cemerlang yang belajar dua puluh empat jam tanpa menguasai apa-apa ilmu lain semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan dengan pelajar yang sederhana dan luangkan masa mereka untuk buat benda yang mereka suka dan luangkan masa mereka untuk study biasa-biasa juga, Mim… Pelajar yang kedua, yang saya sebut itu mungkin boleh survive dengan lebih kuat lagi di luar sana.”
ELVROSETH KAF | 325 “Tapi, itu bukan bermakna saya mahu awak jadi pelajar yang sederhana. Terpulang dekat awak. Nak jadi cemerlang atau sederhana, tetapi saya akan pastikan awak still on the right track dalam pembelajaran awak dan bantu awak lulus exam dengan baik. Tapi, dalam pada masa yang sama, saya masih mahukan awak kuasai ilmu lain sedikit demi sedikit. Saya nak awak kurang stres juga. Jadi, saya buat keputusan untuk ajar awak ilmu mempertahankan diri.” Kaf menerangkan kepada aku, panjang lebar. “Saya ini… lembik, kan? Saya tak kuat macam perempuan lain. Badass.. kuat melawan… I’m not that kind of person.” Aku mengeluh. Mungkin pasal itu dia nak aku belajar semua ini. “Ada saya cakap awak ini lembik, Mim? Tak ada. Awak manusia yang paling kuat yang saya pernah jumpa. Awak belajar bersungguh-sungguh dan awak sentiasa tak berputus asa lawan insecurity awak, Mim.” Suara Kaf yang tadi tegas, bertukar lembut. Kemudian, dia tarik kepala aku, berehat dalam dakapannya dadanya. “But I want you to be stronger physically.” “Kaf, awak dah banyak tolong saya,” beritahu aku.
ELVROSETH KAF | 326 “Awak pun dah banyak tolong saya.” Balas Kaf. Aku mendongak, merenung Kaf dengan dahiku yang berkerut. “Tolong apa, Kaf? Saya mana pernah tolong awak.” Kemudian, Kaf tersenyum. Dagu aku dipagut. Perlahan-lahan, dia merapatkan wajahnya dan…. “You help me to fall in love again and now I wanna read a poem. And it’s written on your lips with two words.” “Two words?” “Kiss me.” Kaf tarik belakang leher aku ke arahnya. Waktu terhenti dan nafas aku seperti hilang. Manis dan anehnya lelaki ini…. Oh, now. Whose air I’m breathing?
ELVROSETH KAF | 327 Izrail ALI pinggang, dia ikatkan ke leher wanita tua itu. Sepasang mata Izrail bersinar di saat wanita tua bergelut dengannya. Izrail ketawa suka apabila wanita itu mula membeliakkan matanya ke atas sebelum…. “Dah sempat mengucap?” perli Izrail. Wanita tua jatuh ke lantai, terkulai layu. Wajah pucat. Izrail duduk berjongkok di hadapan mayat mangsanya kali ini. Kemudian, dia rapatkan dua jadinya yang bersarung dengan sarung tangan ke lengan wanita tua tadi. Mampus dah. Izrail sengih puas. T
ELVROSETH KAF | 328 “Settle, Jibril.” Izrail berbisik pada Jibril yang menunggu arahan seterusnya dalam talian melalui earpiece yang disumbat pada telinga. Izrail bangun dan berjalan ke arah meja yang berdekatan. Kemudian, Izrail keluarkan parang yang panjang. “Kau nak buat apa lepas itu, Izrail?” soal Jibril. “Aku nak bagi hadiah dekat suami dia.” Izrail berjalan semula ke arah mangsanya. Kemudian, tangan wanita itu, dia kerat. “Tangan dia inilah yang cekik leher isteri aku. Lepas itu, dia pukul isteri aku.” “Kau gila, Izrail.” Jibril ketawa suka. Darah mengalir, memenuhi lantai. Izrail kerat lagi jari jemari si tua yang memukul isterinya ini. Kerat… kerat… kerat…. “Berapa keratan?” soal Jibril dalam talian. Dia seperti dapat membayangkan apa yang dibuat Izrail saat ini. “Seratus. Nanti aku nak simpan dalam kotak dan bagi dekat suami dia. Balut cantik-cantik.” Sambil Izrail bercakap, dia angkat tinggi-tinggi jari
ELVROSETH KAF | 329 orang tua itu yang dipotongnya. Buruk, desis hatinya. Izrail ketawa sendiri. “Lepas ini kau nak bunuh lelaki tua itu pula, kan?” soal Jibril. “Ya. Lepas ini dia.” Izrail sengih. Tangan membuat kerja. Kerat… Kerat… Kerat… Kau berani lukakan kulit isteri aku? Izrail berdesis dalam hati. Dia merenung mayat di hadapannya, tajam. Kau tengok apa yang dah jadi dekat kau? Aku buat kau berganda-ganda sakitnya, Syamsi. “Lepas itu… isteri kau pula ke?” soal Jibril, berhati-hati. Tangan yang sibuk mengerat halus-halus daging mangsanya terhenti. Izrail mendengus kasar. “Tak, lepas itu aku.” “Apa maksud kau?” Izrail tersenyum hambar untuk dirinya sendiri. “Aku nak bunuh diri.” “Izrail….”
ELVROSETH KAF | 330 “Aku tak boleh bunuh isteri aku.” “Macam mana dengan rancangan kita?” “Aku akan tolong kau bunuh Dr. Halaqah. Kemudian, aku akan pertemukan kau dengan orang-orang aku yang aku dah kumpul dari dulu. Aku dah rancang semuanya dengan teliti. Kita akan dapat rampas takhta Hijaiyah semula, Jibril. Cuma, aku nak kau jaga isteri dan anak aku suatu hari nanti. Jadikan anak aku… pewaris sebenar.” Jibril yang dalam talian, tergamam. “I… can’t….” Nada suara Izrail bertukar, sebak. Lelaki itu terduduk di sisi mangsanya. Kemudian, tanpa dia sedar, air mata jantan miliknya, jatuh ke pipi. “I can’t kill my wife. She is… she is….” Tubuh Izrail menggigil, menahan rasa. Parang yang dipegang dalam genggaman tangannya, jatuh ke sisi. “She is,” Izrail berbisik. Mata terpejam. Nafas ditarik, namun bau darah yang mengisi ruang nasalnya. “She is my everything, Jibril.” Mim Maryam, segala-galanya untuk dia.
ELVROSETH KAF | 331 BAB 25 Tahun lima. Medical Bachelor and Bachelor of Surgery. ARI ini aku melawat fakulti perubatan Hijaiyah buat kali terakhir. Ba dan Syin ada bersama aku. Kami sama-sama berjalan, mengelilingi fakulti ini. Pagi tadi, kami pergi ke bilik pensyarah kami dan jumpa dengan semua pensyarah yang pernah ajar kami terutama sekali semasa zaman pre-clinical dahulu. Untuk pensyarah-pensyarahh clinical, mereka tak ada sangat di kampus. Biasanya mereka ada di hospital. Kami juga melawat kafe yang sering dikunjungi pelajar fakulti perubatan. Akhirnya, H
ELVROSETH KAF | 332 aku, Syin dan Ba terserempak dengan Sod, Ghain, Alif dan Jim. Budak lelaki berempat itu sedang main UNO. Haih, sempat lagi main UNO?! “Kau orang ini, main tak ajak pun!” Ba menyergah mereka berempat dan serentak dengan itu, sengaja dia cari pasal dengan Jim. Kad UNO yang ada di hadapan meja Jim, Ba sepahkan. Apa lagi? Menjerit marahlah mamat yang bernama Jim Al-Furqaan itu. Akhirnya, kami semua menyaksikan Jim dan Ba bertekak. “Dah la, jangan gaduh. Kita kan dah habis exam ini… kau orang ingat kalau kita semua pass exam, kita jumpa lagi ke tahun depan? Tak. Jumpa masa graduation day je tau. Nanti masing-masing kena campak entah ke hospital mana nanti. Jangan gaduh-gaduh. Dah… Dah… Jim kau duduk. Ba, Syin dan Mim… kau orang duduk dekat hujung sana. Jangan dekat-dekat sangat. Jom kita main UNO,” Sod seperti biasa, dia akan jadi manusia yang mengamankan dunia. Akhirnya, kami semua mengangguk setuju. Kecuali aku, aku tak main UNO tetapi aku hanya melihat mereka main sambil makan. Lapar.
ELVROSETH KAF | 333 Dah dua pinggan nasi aku makan. Entah bila aku nak kenyang ini. Baby dalam perut ini pun satu, asyik lapar je. Tak boleh bertenang betul. “Tak sangka, aku nak jadi Pak Cik dah.” Alif menyampuk sambil menjeling ke arah aku. Sengihnya melebar sembari tangan Jim sibuk menyusun kad yang diagihkan kepada kawankawan yang lain. “Kau mengandung berapa bulan dah? Ada nak masuk lima? Dulu kau start mengandung masa EOP posting mana entah, aku lupa. Terkejut betul aku kau pengsan masa exam…” Tawa mereka yang lain pecah. “Iye do, dah lah Dr. Kaf yang jaga exam masa itu.” Syin menyampuk. “Aku ingat lagi, do. Laki Mim punyalah panik gila sampai kertas soalan yang dekat tangan dia, dia campak kat lantai.” Ghain ketawa sambil geleng kepala dan dia letak kad warna hitam di tengah. “Ha, tambah empat kad!” “Kau mengandung berapa bulan, Mim? Betul kan lima?” Alif soal lagi.
ELVROSETH KAF | 334 “Baru enam bulan hari ini….” Aku senyum malu. Perut sendiri, aku usap. “Tapi betul la, orang mengandung ini memang cantik.” Ba mencelatuk. Dia letak kad di tengah. Pipi aku berubah hangat serta merta. “Mim ini, dah lah pandai… cantik… ada suami baik, hensem dan genius!” Syin pandang aku dan ibu jarinya diangkat. “Mantap Pak Abu!” Tawa mereka yang lain pecah. Aku sengih. Tapi dalam hati aku berbisik, kalaulah mereka tahu apa yang aku lalui…. Sambil merenung nasi dalam pinggan, aku kembali teringat kepada memori lama yang dah berlaku beberapa tahun lepas. Gagal… gugur dan kematian abang, kakak dan Umi dalam keadaan yang sangat tragis. Sekarang ini, hanya ada Abi saja yang tinggal. Abi selalu telefon aku, suruh aku pulang ke rumah dan luangkan masa bersamanya… Tetapi hati aku rasa tawar. Jahatkah aku?
ELVROSETH KAF | 335 Kadang-kadang aku terfikir adakah begini rasanya anak-anak yang dikatakan ‘derhaka’ kerana menghantar orang tua mereka ke Pusat Jagaan Warga Tua? Kita selalu kata mereka ini semuanya derhaka sebab tak kisah tentang orang tua mereka, padahal… kita tak tahu pun kisah yang sebenar tentang apa yang orang tua mereka pernah buat anak-anak mereka ini lalui suatu ketika dahulu. Mungkin, lebih teruk daripada aku. ‘Iyalah, tapi mereka masih orang tua kita. Sejahat mana pun mereka, tak boleh kita buat macam itu!’ Pernah dengar tak ada orang akan cakap begini? Ya, apa yang orang begini kata, memang ada betulnya tapi… Judge less, talk less and make no conclusion about someone else life. Kita tak tahu apa yang orang lain lalui. Memang jahat, tidak bisa dibalas dengan jahat. Tetapi dengan menghantar orang tua ke Pusat Jagaan, mungkin mereka masih punya rasa kasih dan simpati, berbanding halau dan biarkan orang tua mereka merempat di tepi jalan. Dan aku… sangat-sangat bangga dengan anak-anak yang masih mampu menjaga kedua
ELVROSETH KAF | 336 orang tua mereka dengan baik walaupun orang tua mereka sudah berikan mereka memori buruk semasa kecil. Sungguh! Mulianya anak begini. Mulianya mereka yang mampu menerima baik dan buruk orang tua mereka. To heal is to let go and accept forgiveness and forgive yourself. Tapi bukan semua orang mampu buat. Kita… rawat diri kita dengan cara yang berbeza. Tak semestinya kita rawat diri kita dengan cara A, orang lain KENA guna cara A untuk rawat diri mereka. Salah itu. Sangat salah. Kaf pernah cakap, semakin kita dewasa dan masuk ke alam universiti, cara kita dan orang lain belajar berbeza-beza. Orang A belajar dengan cara A dan kita nampak dia berjaya. Tapi tak semestinya bila kita guna cara A, kita akan berjaya. Tapi tak salah kalau kita nak cuba. Sentiasa ada trial and error. Kaf kata dulu, “Cubalah apa saja cara, sampai kita jumpa cara yang kena dengan jiwa kita.” Bagaimana aku mencari cara yang sesuai untuk aku belajar, begitu jugalah aku faham yang…
ELVROSETH KAF | 337 kita juga kena cari cara yang sesuai untuk pulihkan mental dan ruhi kita. Tak salah gagal banyak kali dan cuba lagi. Sakit? Ya memang sakit. Tapi tak apa, kita belajar untuk bangkit. Dan suatu hari nanti… kita akan menjadi seseorang yang memberi inspirasi. Barangkali dengan menulis sebuah buku tentang si gagal yang belajar bangkit dan akhirnya berjumpa dengan cinta sejati? Aha! Aku ketawa sendiri dengan monolog hati. Ada-ada sajalah kau ini, Mim… “Kau ini, Mim. Gelak seorang diri. Kau jangan jadi gila sebelum beranak, Mim. Aku takut kalau kau gila sekarang, nanti masa kau beranak, susah doktor nak sambut anak kau kalau kau berjoget atas katil masa beranak….” Ghain tiba-tiba mencelatuk monolog jiwaku. Gegendang telinga menangkap tawa kawankawan yang lain. Mereka semua pandang aku dengan sengih nakal. Aku menjulingkan mata ke atas. Kemudian, aku pandang Ghain dengan mata yang aku kecilkan. Geram! “Kau ini, Ghain… kalau tak kenakan orang, tak sah, kan?!”
ELVROSETH KAF | 338 “Haih, pelik, kan? Macam mana kita semua boleh jadi rapat tiba-tiba?” Alif yang tengah ‘cong’ kad UNO di tangannya, tersenyum kecil. Kemudian, bola matanya mengitari satu persatu wajah kami semua. “Geng aku kenal Mim dengan Ba masa tahun dua dan kemudian, kenal Syin semasa tahun tiga. Lama-lama rapat pulak.” “Aku pun… tak sangka aku ada kawan.” Aku menunduk, merenung pinggan yang sudah kosong. “Dulu, aku tak ada kawan. Aku rasa tak ada siapa nak kawan dengan aku. Sebab… aku pernah fail masa year 1. Lepas itu, kawan-kawan yang rapat dengan aku tinggalkan aku. Kalau jumpa, mereka jeling je. Aku rasa macam aku ini bodoh sangat.” Tiba-tiba aku rasa sebak. “Alolo, mommy….” Jim buat suara gediknya. Kemudian, dia sengetkan kepala, memandang aku dengan mata yang cuba dibundarkan, konon puppy eyes! “Jangan macam itu, mommy! Nanti baby dalam perut sedih. Kau ada kita orang sekarang ini. Ha, kita orang la kawan kau.” “Lagi pun kau dah berjaya kan, Mim? Tengoklah. Masa clinical, kau asyik dapat dean’s list je. Aku tengok, kau makin selalu senyum. Aku
ELVROSETH KAF | 339 pun bangga dengan kau. Sumpah, aku langsung tak rasa cemburu. Kalau kau berjaya dan senyum, aku rasa nak menangis gembira sama-sama,” Ba menyampuk. Kali ini, sepasang mata kami berserobok. Tiba-tiba, mata Ba berkaca dan dia mula julingkan matanya ke atas. Tangan mengipas matanya. “Ah, tak mau nangis! Tak mau nangis! Mascara aku mahal!” Tawa kami semua pecah berdekah. Aku terus tarik pipi Ba dan bahunya aku peluk. Syin juga mahu peluk sama-sama. Nasib aku duduk di tengah, akhirnya aku menjadi ‘sandwich’ mereka. “Aku pun rasa bertuah jumpa kau orang. Terima kasih sudi jadi kawan aku.” Syin kucup pipi aku dan kemudian, dia pandang Ba di sebelah aku. “Sorry, babe. Tak boleh cium. Jauh sangat sebab Mim makin besar.” Ketawalah mereka semua lagi. Haih, hari ini memang aku jadi mangsa bahan perbualan mereka ke? Bertuah betul! Aku cubit lengan Syin dan gadis itu memekik sakit.
ELVROSETH KAF | 340 “Tak apa, Mim. Lepas ini aku akan rindukan cubitan maut kau. Hari ini, aku benarkan kau cubit aku.” Syin sengih sambil mengusap bekas cubitan aku pada lengannya. Kemudian, dia peluk aku dan panjangkan tangannya untuk peluk Ba juga. “Jom la geng, peluk sama-sama. By the way, aku sayang kau orang.” “Aku pun sayang kau orang. Terima kasih sebab sudi belajar sama-sama. Ingat tak lagi kita menangis masa posting Paediatric? Sebab kita nampak ada baby sesak nafas. Mim la orang yang paling kuat menangis masa itu. Aku menangis bukan sebab baby itu, aku menangis sebab Mim menangis, do.” Ba memberitahu kami. Dagunya dilabuhkan pada bahu aku. Dahi aku berkerut. Oh, aku menangis? Tak ingat! “Lah, yeke? Aku menangis sebab aku tengok kau dengan Mim menangis!” Syin pula buat pengakuan. Aku ketawa terbahak-bahak. Empat orang lelaki di hadapan kami menggelengkan kepala mereka.
ELVROSETH KAF | 341 “Inilah perempuan, sikit-sikit menangis. Cubalah menangis itu keluar duit ke? Bolehlah juga aku kutip.” Jim menyampuk. Sod yang dari tadi diam, angguk laju. “Setuju.” “Haih, kau tengok?! Kawan kita paling mulia dekat sini pun setuju!” Ghain menepuk bahu Sod seperti orang bangga. “Ini bermakna, kita kena cipta satu alat yang menukarkan air mata perempuan menjadi duit….” “Habis itu, kalau air mata lelaki jadi apa, Ghain?” Alif soal. “Jadilah air pengasih. Kasi sembur dekat mana-mana perempuan. Barulah bertambah awek aku lagi….” Ghain menjawab selamba. Ba di tepi aku bercekak pinggang. Melayang kad UNO ke muka Ghain akhirnya! Ha, itu dapatnya! Aku tersenyum lucu melihat keletah mereka semua. “Tak sabar nak graduate. Tapi dalam masa yang sama, aku takut nak graduate. Nanti kita
ELVROSETH KAF | 342 hadap dunia perubatan yang lebih mencabar. Aku takut kalau aku berputus asa di tengah-tengah ujian kehidupan.” Sod mula buat cerita sendunya. “Aku pun takut.” Aku mengeluh berat. Sambil tersenyum hambar, aku sambung bicara, “Tapi Allah tak bawa kita hanya sampai sini, untuk sampai sini. Tapi kalau ditakdirkan memang sampai sini, kita kena percaya yang kita dah belajar banyak benda. Tak jadi doktor? Tak apa kalau kita dah cukup belajar susah payah nak jadi doktor. Mungkin… itu yang menjadikan kita lebih ‘manusia’. Kita mungkin akan jadi orang yang merawat dan memberi inspirasi kepada orang lain saat. Dalam pada masa yang sama, kalau memang ada rezeki kita jadi doktor, itu bermakna kita kuat untuk teruskan cita-cita kita.” Mereka yang lain terdiam. Ada yang menanggukkan kepala mereka. Wajah masingmasing serius. “Belajar dekat sekolah perubatan selama beberapa tahun lamanya ini, aku belajar yang ada masanya… aku berhenti belajar untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya, aku belajar untuk ‘survive’ dan kalau cukup-cukup makan pun aku dapat untuk exam, aku boleh menangis
ELVROSETH KAF | 343 bersyukur…. Sedangkan, dekat sekolah dulu, kalau dapat C, memang aku menangis sebab rasa aku orang paling gagal,” Ba di tepi aku memberitahu kami semua. Dia ketawa kecil pula sebelum sambung… “Tapi bila masuk sini, aku belajar yang…aku tak selamanya boleh berada di atas. Aku pun belajar untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Dapat C tambah? Aku pernah menangis meraung sebab bahagia gila!” sambung Ba. “Iyalah do, aku pun pernah.” Jim angguk. Kepalanya, dia garu. “Aku pernah fail dulu. Aku menangis macam budak-budak. Aku tak sangka aku boleh fail sebab dekat High School dulu, aku jadi best student. Mungkin tuhan nak tunjuk kot… aku boleh gagal juga. Kemudian, aku belajar untuk faham orang yang gagal. Aku belajar untuk judge less.” “If you could turn back time? Would you still choose failure or… mend your mistakes? Sebab kalau waktu boleh diundur, kau dah tahu apa yang berlaku dan mungkin kau ingat soalan apa yang dah keluar. Jadi, mungkin kau akan lulus exam dengan cemerlang.” Sod tanya Jim. Kemudian, bola matanya merenung kami semua pula.
ELVROSETH KAF | 344 “Kau orang macam mana pula?” tanyanya kepada kami. Aku orang pertama yang jawab. “Aku masih pilih untuk gagal. Tapi, aku akan gagal dalam keadaan yang lebih baik dan jiwa yang lebih tenang. Tapi… kalau diberi pilihan lagi, aku tak nak undurkan masa. Aku nak teruskan kehidupan aku.” “Kenapa kau pilih gagal juga?” soal Syin di tepi aku. “Sebab bagi aku, kalau dengan gagal di masa lalu itu… aku belajar banyak benda dekat situ, aku jumpa suami aku… aku jumpa kau orang, aku belajar untuk jadi kuat dan kutip diri aku semula, aku rasa… indah sangat pengalaman itu semua walaupun pahit. Tak semestinya, aku ubah masa lalu, masa depan aku jadi lebih baik,” jawabku dengan hati yang ikhlas. “I don’t want to change my past. If I turn back time, I wouldn’t mind feel all the pain again and again if that what makes me learn something greater in life,” sambung aku lagi.
ELVROSETH KAF | 345 Tiba-tiba, aku terdengar bunyi orang tarik hingus. “Eh, Jim! Kau menangis?!” Ghain usap kepala kawannya. Mata Jim berkaca dan dia tak pandang ke arah kami semua. Wajahnya dipalingkan ke sisi. Baju ditarik untuk lap air mata sendiri. “Entahlah, Mim ini memang suka buat orang syahdu.” Aku ketawa kecil. “Mana ada syahdu….” “Mungkin sebab kita semua dah belajar macam-macam dalam tempoh beberapa tahun kita dekat sekolah perubatan ini. Rupa-rupanya, kita dekat sini bukan nak jadi doktor je… tapi kita dekat sini belajar nak jadi manusia yang lebih baik juga.” Sod menyampuk. Sambil itu, dia tarik kepala Jim ke dalam pelukannya. Belakang tubuh sahabatnya, dia usap dengan gaya memujuk. Makin tersedu-sedu lah mamat bernama Jim Al-Furqaan itu. Kami semua tersenyum serentak. Aww, sweet-nya Sod….
ELVROSETH KAF | 346 “Terima kasih untuk hari ini segala-galanya kau orang.” Aku depakan tangan, memeluk Syin dan Ba di kiri dan kanan aku. Kemudian, aku pandang empat orang lelaki di hadapan aku. “Aku doakan, kita lulus PRO-3! Lepas itu, kita graduate sama-sama! Insya-Allah, semoga apa jua perjuangan kita selama kita dekat sini, akan jadikan kita manusia yang lebih bersedia untuk pergi ke luar dan menghadapi benda yang lebih mencabar!” “Fuh! Aku vote Mim untuk jadi wakil pelajar dekat graduation speech nanti!” Alif angkat tangannya. “Siapa vote Mim untuk kasi speech! Angkat ketiak!” Mereka semua ketawa dan angkat tangan sama-sama. Aku menutup hidung aku. “Masam! Masam! Jangan angkat ketiak, baby tak suka!” Mereka ketawa lagi. Apabila sudah berada di sini, aku dapat rasakan yang gagal suatu ketika dahulu, cukup indah. Cukup…