The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Khairina Huda, 2023-12-07 10:30:06

KAF (HIJAIYAH SERIES)

KAF (HIJAIYAH SERIES)

ELVROSETH KAF | 97 Segulung ijazah, dibayar dengan lahirkan anak dia? Gila! DENDA? Aku kena temankan dia buat kerja di perpustakaan. Sampai saja di perpustakaan, aku labuhkan punggung ke kerusi dan duduk di tempat yang diberitahunya. Sambil menunggu dia, aku selak buku teks microbiology yang aku bawa. Tak sampai seminit pun menunggu, Dr. Kaf muncul di hadapan aku. “Assalamualaikum, Mim.” Tegurnya. “Waalaikumussalam, Dr. Kaf.” Aku menjawab. Lelaki itu tarik kerusi dan duduk di hadapan aku. Dia terus letakkan sekotak memopad yang akhirnya ditolak ke arah aku. Aku angkat kening. “Apa ini?”


ELVROSETH KAF | 98 Dr. Kaf menyandar pada kerusinya. Mata melekat pada wajahku, tak berkelip. Aku mula rasa tak selesa dengan renungannya itu. Lagi sekali. “Flash card. Saya buat untuk awak sejak dari semalam. Ambil la. Yang ini untuk awak study sebelum EOM. Hari ini, saya akan ajar awak macam mana awak nak guna flash card ini. Pernah guna, Mim?” Dr. Kaf menarik satu flash card dari kotak. Aku geleng. “Tak ada masa. Saya baca buku teks dan nota pensyarah… saya buat nota saya sendiri. Saya rasa, itu semua memadai.” “Memadai? Tapi awak tetap gagal.” Aku tersentap dan akhirnya, bibir aku terkunci. “Boleh saya tengok contoh nota yang awak dah buat, Mim?” Dr. Kaf soal aku. Selamba, tangannya menarik kertas yang terselit dalam buku teks aku. Aku mahu membentak tetapi akhirnya, terdiam sekali lagi apabila mata Dr. Kaf membulat setelah nota aku, dia baca. Mesti dia kata aku ini teruk, kan? Itu sebab aku gagal dan gagal dan gagal!


ELVROSETH KAF | 99 “Mim, ini bukan nota. Awak tak buat nota, tapi awak salin semula nota dalam lecture notes dan buku teks. Tak tersusun nota ini, Mim. Awak campur adukkan The Learning Outcomes dengan benda lain juga. Dekat sini, awak tak guna ayat yang ringkas. Awak buat karangan juga sampai penuh satu kertas A4 ini. Nota yang awak buat ini… Awak faham tak, Mim?” soal Dr. Kaf. Matanya merenung aku, lembut. “Dr. Kaf tahu kan yang saya tolak tawaran itu? Jadi kenapa nak tolong saya lagi?” Aku mendengus kasar. “Saya nak tolong awak sebagai student saya dan awak ingat saya nak tolong awak untuk dekati awak?” Dr. Kaf buat wajah serius. “Tapi Dr. Kaf boleh tolong pelajar lemah yang lain juga.” “I’m your year coordinator, Mim. And for your information, your position in our batch, is the lowest, Mim.” Kata-katanya menyakitkan hati aku dan mendiamkan aku juga. Aku mula rasa yang diri aku tak berguna lagi…. “Tapi itu tak bermakna, awak tak boleh jadi hebat,” sambungnya lagi. Kertas nota aku, dia


ELVROSETH KAF | 100 gumpal macam sampah dan dicampakkan ke tepi. Selamba! “Dr. Kaf! Itu nota yang saya dah buat!” Hampir melengking suara aku. Nasib baik aku teringat yang kami ini masih di perpustakaan. “Now, I’m going to help you. At least, for this EOM, you have to get C and pass.” Dr. Kaf tak layan amarah aku tadi. Dia mula tarik satu kepingan memopad. “Ini, cara study yang betul. Awak boleh cuba.” Aku diam. Hanya mendengar. “Contoh, ini memopad untuk Pathology;urinology. Saya buat ini untuk awak semasa waktu rehat tengah hari tadi. Macam biasa, ini sebenarnya bukan step pertama untuk study dalam bidang perubatan. Flash Card ini… hanya sampingan. Contoh, ketika awak baca lecture notes, awak kena tengok keypoint yang penting untuk faham soalan. Tadi, awak jawab soalan Dr. Mislain tentang Minimal Change Disease, bukan?” soalnya. Aku angguk. Kali ini, aku cuba fokus dekat apa yang lelaki di hadapan aku ini cuba beritahuku.


ELVROSETH KAF | 101 “Setiap penyakit, ada kata kunci, Mim. Contoh, Minimal Change Disease Nephrotic syndrome… the keywords is…” Dia mula menerangkan satu persatu cara untuk faham Flash Card yang dia buat untuk aku. Cantiknya Flash Card ini. Aku mula rasa terharu dengan usaha dia. Paling aku rasa pelik, aku dapat faham setiap penerangannya. Setiap penyakit, ada keypoint yang harus aku ingat. Katanya, apabila aku jumpa soalan objektif… aku hanya perlu cari keypoint penyakit yang sudah aku hafal dan faham, dan seterusnya aku akan dapat jawapan. Satu jam dia ajar aku guna flash card. Satu jam seterusnya, dia bagi aku soalan. Dan… aku semakin selesa dengan Dr. Kaf sehingga aku tak sedar, kami duduk di perpustakaan itu selama tiga jam tanpa bangun dari kerusi. Kadang-kadang, ketika buat soalan aku perasan yang dia pandang aku tanpa berkelip. Mula-mula aku rasa tak selesa tetapi lamalama, aku rasa ada perasaan aneh yang menguasai hati. Aku rasa semakin takut dengan rasa ini.


ELVROSETH KAF | 102 BAB 10 OM hanya satu hari sahaja. Semalam. Lusa atau hari ini, keputusan akan keluar. Aku semakin berdebar-debar. Tetapi hari ini, aku datang kelas macam biasa. Cuma bezanya, hari ini… aku rasa lain. Sebelum aku pergi kelas, aku pilih baju yang warna sedikit terang daripada warna yang biasa aku pakai… warna pink crystal yang dipadankan dengan tudung warna yang lebih kurang sama. Bibir, aku oleskan dengan pelembab bibir dan matte lipstick. Hari ini, aku pakai bedak sikit dan mascara. Apabila aku masuk ke dewan kuliah, Ba orang pertama yang menegur aku. “Mim, you look…” Ba pandang aku dari atas hingga bawah. Bular matanya membesar. “You look sweet and… beautiful.” E


ELVROSETH KAF | 103 “Oh, aku pakai baju lama ni. Lipstick ini pun, aku pakai main-main je.” Aku menunduk, tak merenung wajahnya. Malu. Pipi aku mula panas semacam bila dipuji. Lantas, aku labuhkan punggung di sisinya. “Ke sebab pagi ini kelas Dr. Kaf?” Aku tersentak mendengar soalan Ba. Kepala aku menggeleng laju tanpa pandang Ba. Tergopohgopoh, aku keluarkan buku nota dan pen dari beg aku. “Aku… saja pakai macam ini. Aku rasa macam over pula. Aku rasa nanti habis kelas aku nak tukar.” “Mim…” “Hmm, sekarang pukul berapa ya, Ba?” Aku kerling jam di tangan. Lagi sepuluh minit pukul lapan. Satu keluhan berat, aku lepaskan. Lantas, aku berpaling merenung Ba. “Aku rasa nak cuci make up ini. Aku rasa over sangat-sangat! Kau ada make-up removal tak?” “Mim, don’t. You look super nice, Mim!” Ba memegang kedua-dua belah lenganku. Matanya dijegilkan. “Kau jangan basuh make-up, Mim. Nanti aku cekik kau karang.”


ELVROSETH KAF | 104 “Tapi kau cakap aku nampak sweet dan beautiful. Aku rasa macam pelik. Aku tak biasa macam ini. Bodohnya aku sebab pakai macam ini!” Aku menepuk kepala aku sendiri. Kenapalah aku pakai macam ini? Betul ke aku pakai sebab pagi ini ada kelas dengan Dr. Kaf? Oh, Mim… kau ini memang memalukan dan teruk. “Mim, enough with your insecurity. Jangan tanggalkan make-up. Tak teruk pun la. Kau nampak lain sebab bibir kau hari ini warna terang sikit, nampak muka kau lagi berseri dan comel. Lepas itu biasanya kau pakai baju gelap-gelap. Baju hitam… baju kelabu… hari ini, kau pakai baju cerah macam ini. Cantik, Mim! Aku tengok, Ghain yang kaki perempuan itu pun kemain mata terbeliak tengok kau tadi, Mim… ha, itu maksudnya cantik la itu!” Puji Ba dengan bersungguh-sungguh. Aku terdiam. Sesekali, aku pandang Ghain yang duduk di baris kerusi belah kanan aku yang dipisahkan dengan tangga. Tapi, aku masih nak cuci make-up ini. Macam mana kalau Dr. Kaf nampak aku dan dia rasa aku ini pelik macam alien?


ELVROSETH KAF | 105 “Assalamualaikum, semua. Good morning.” Suara Dr. Kaf. Waalaikumussalam…. Aku alihkan perhatian aku pada Dr. Kaf yang sedang meletakkan laptop-nya di atas podium. Kemudian, dia kembali merenung kami semua. Hujung jari menolak cermin mata ke batang hidung. Mata Dr. Kaf berhenti pada aku. Aku telan liur. Matanya tak berkelip. Aku mula resah. Ba yang berada di sebelah aku ketawa kecil. Sepasang mata kami berserobok lagi, aku terus pura-pura menyibukkan diri dengan buku nota di atas meja. “Mim Maryam.” Kenapa cara dia sebut nama aku, bagaikan melodi yang indah dan bersahaja? Apabila dia sebut nama aku, automatik kepalaku terangkat, merenung kembali wajahnya yang menenangkan hati.... Ya Tuhan, sejak bila aku pandai berjiwang macam penulis novel cinta ini?


ELVROSETH KAF | 106 “Yes, Dr. Kaf?” jawabku. Bibir menggeletar sedikit. Dia boleh ke dengar suara aku tadi? Macam tak. Ah, entah. Aku mula panik dan senyuman yang melebar di bibirnya, buat aku rasa suam di hati. Ya Tuhan, kenapa dengan aku ini? Something wrong with my head and my... heart. “You look beautiful, Mim. Crystal pink.” Selamba, Dr. Kaf memuji aku di hadapan orang lain. Aku tergamam. Ba di sebelah aku mula menyenggol bahuku lagi. Beberapa orang batchmates aku, sudah berdeham dan ada yang bersiul nakal. Ergh, kenapa dengan mereka semua ini? “Dr. Kaf, bila keputusan EOM keluar?” Terima kasih kepada Alif yang rajin menyoal dan ubah topik. Akhirnya, aku rasa aku terselamat! Yas! “Mungkin hari ini. Jangan risau, kami dah semak dah kertas soalan kamu semua.” Dr. Kaf memberitahu. Aku naik pelik dengan lelaki ini. Asyik senyum saja. Tak penat ke? Aku yang tengok ini pun, jadi penat tiba-tiba.


ELVROSETH KAF | 107 Sekali lagi, pandangan mata kami bertemu. Dr. Kaf kenyit mata. Allah! Berderau darah aku naik ke pipi. Automatik aku jatuhkan pandangan aku pada buku nota aku semula. Aku tidak tahu mereka yang lain perasan atau tidak, tetapi aku harap-harap mereka semua tak perasan. Sepanjang kelas berlangsung, Aku cuba fokus, tapi aku rasa otak aku dah tak betul. Hari ini, Dr. Kaf terang sedikit sebanyak tentang ubat yang digunakan untuk pesakit diabetes dan dimasukkan sedikit tentang pathogenesis of diabetes. DMT-1, Diabetes type 1 dan DMT-2, Diabetes type 2. “I know that you have learned about both DMT-1 and DMT-2 in pathology. Alright, Muhammad Ghain Az-Zumar. Please stand up and tell us a little bit… what do you understand about Diabetes Type 1.” Dr. Kaf barwajah serius. Dia labuhkan punggung di atas pentas. Tangan kekarnya memeluk tubuh sendiri dan tangan di silang. “And Mr. Ghain? Please, your voice... a little louder like a real man, okey?”


ELVROSETH KAF | 108 “DMT-1, from what I’ve learned, Dr. Kaf… It’s caused by the breakdown of self-tolerance, for example… from viral infection. It will activate the autoreactive T-cell that will cause the T-cell to break down Beta Cells that are found in the pancreas within clusters of cells known as Islets. As the body’s immune system mistakenly destroys the beta cells, this will cause progressive decline or total absence of insulin,” jelas Ghain panjang lebar. “And what might be the complication, Ghain?” Dr. Kaf soal lagi. “Diabetic Ketoacidosis.” “How to test patient with ketonuria?” “Urine dipstick test,” jawab Ghain, mudah. Aku agak terpegun dengan dia. Pandainya dia… Dr. Kaf angguk. Berpuas hati. “Bagus. Duduk. Next, Mim!” Hah! Mampus. Aku ternganga bila namaku disebut. Dr. Kaf pandang aku tajam. “Beritahu saya apa yang awak faham tentang Diabetes Mellitus Type 2.”


ELVROSETH KAF | 109 Aku bangun. Jantung aku mula berdebardebar. Ya Allah. Tiba-tiba aku rasa menyesal pakai baju warna merah jambu hari ini. Kepala aku mula dibedil dengan bisikan-bisikan insecurity aku. Aku rasa lebih tak yakin dengan diri sendiri. Dengan bibir yang menggeletar... aku menjawab, “Erm… It can be caused by genetic factor or environmental factor.” “Explain more. Suara kuat sikit! Kenapa slow sangat macam suara orang yang berbisik bisikan cinta ini, Mim?” Usikan Dr. Kaf untuk aku disambut tawa pelajar-pelajar lain. Aku membulatkan mata. Bisikan cinta? Apa dia merepek ini? “Err… for example, a patient with obesity has a high amount of free fatty acid in his body. The free fatty acid will stimulate the production of proinflammatory cytokines in islet cells and adipocytes… err…” Aku garu pipi yang tak gatal. Aku tak ingat apa jawapan lepas itu! “Err, apa? Saya tak mahu err… err!” Tegas, Dr. Kaf memberitahuku.


ELVROSETH KAF | 110 “I don’t remember, Dr. Kaf….” Aku mengeluh dan menunduk malu. Pipi aku panas. Bodohnya aku! “Hah, denda! Macam biasa, lepas kelas jumpa saya.” Dr. Kaf menjeling aku tajam. Aku ternganga. Denda lagi?! DENDA hari ini, keluar makan dengan Dr. Kaf. Aku reda betul dengan dia ini. Bila orang lain salah jawab atau tak jawab, dia tak kenakan denda. Kalau dengan aku? Mesti ada saja dendanya. Melihat dia makan, aku pun turut sama berselera makan. Tak apalah, dah orang nak belanja…. “Awak nampak cantik hari ini.” Dr. Kaf memecah kesunyian di antara kami. Aku tak menjawab apa-apa tetapi pipi aku hangat kerana dipujinya. Cait. Tak suka! Aku terus sambar air mineral yang ada atas meja dan aku teguk rakus. Panasnya muka ini. Tak guna punya muka! Stupid vasodilation!


ELVROSETH KAF | 111 “Nanti saya buatkan flash card untuk awak supaya awak ingat tentang diabetes,” beritahu Dr. Kaf. Aku hanya angguk dan mengintai senyuman lelaki itu. Dr. Kaf sambung lagi, “By the way… you did great for your EOM.” Aku tersentak. “Keputusan dah keluar ke?” “Belum. Tapi saya tahu keputusan awak, Mim,” jawabnya dengan wajah tenang. Pin! Bunyi mesej masuk. Aku pandang skrin telefon aku. Mesej group batch. Ibu jari aku terus menekan pada notifikasi tersebut. Di situ, ada mesej daripada Sod, ketua batch kami. Ah, aku tak tahulah kenapa… kalau dia bagi mesej dalam group… mesti jantung aku berdebar-debar. Dia kan ketua batch? Apa-apa mesej yang diberikannya, mesti berkenaan dengan batch dan antaranya ialah… keputusan exam. Macam sekarang ini, mataku jatuh pada mesej Sod. ‘Assalamualaikum semua, keputusan EOM dah keluar. Tak masuk dekat Laman Web Hijaiyah, tapi Dr. Kaf ada hantar PDF result kau orang dekat aku tadi. Sila cek.’ -Sod. Aku terus angkat wajah, merenung Dr. Kaf yang sedang tersenyum-senyum sambil merenung


ELVROSETH KAF | 112 makanan dalam pinggannya. Tertanya aku, sejak bila pula dia sempat hantar PDF dekat Sod. Bukan sejak dari tadi, dia makan dengan aku? Dan, kenapa dia senyum dekat pinggan itu? Apa yang ada dekat pinggan itu? Aku berdeham. “Keputusan dah keluar.” “Hmm, cek lah.” Dr. Kaf tak pandang aku. Sibuk mengacau air orennya sambil senyum sendiri. Aku terus buka dokumen PDF yang dihantar Sod dengan hati yang berdebar. Di situ, tersenarai nombor matrik dan keputusan kami semua. Ibu jari aku yang menyentuh skrin telefon, mula menggeletar. Hanya tuhan saja yang tahu… betapa takutnya aku saat ini. MATRIC NUMBER: HYH114-24434-65 RESULT: C+, PASS. Mata aku tak berkelip. Tiba-tiba aku rasa dunia aku terhenti. Berkali-kali aku baca keputusan aku dan aku cek nombor matrik aku. Takut aku salah


ELVROSETH KAF | 113 tengok tapi memang betul ini nombor matrik aku! Aku tatap perkataan PASS itu tanpa berkelip. Tangan aku yang memegang telefon, mula meligih. PASS. Mataku kabur dan panas. PASS. Aku pandang Dr. Kaf di hadapan aku dengan beberapa titis air mata yang mula jatuh ke pipi. “Dr. Kaf…” Kerongkong aku memberat. Hati aku sebak. Dr. Kaf senyum manis. “Tahniah, Mim. I’m so proud of you. You’re beautiful, hard-working and a good student. You will be a great doctor, Mim Maryam.” Buat pertama kalinya, ada orang ucapkan ayat itu untuk aku dan ucapannya buat buliran air mataku jatuh tak henti ke pipi. Tapak tangan menekup ke mulut. Telefon, terlepas ke atas meja. Aku pass…. Alhamdulillah, Ya Allah.


ELVROSETH KAF | 114 Tanpa rasa malu, di hadapan Dr. Kaf, aku menangis teresak-esak.


ELVROSETH KAF | 115 BAB 11 ALIK ke rumah kerana dipanggil abi. Seperti biasa, kalau keputusan peperiksaan aku keluar, abi akan panggil aku pulang ke rumah. Seperti saat ini, aku sedang berdiri menghadap abi dan umi. Abang duduk di sebelah umi. Sejak bila entah dia balik ke rumah ini? Bukankah dia sepatutnya sibuk dengan Klinik nya? Entah macam mana, abi boleh dapat slip keputusan aku walaupun tak keluar dekat Laman Web Hijaiyah. Barangkali kerana abi ‘orang besar’ untuk Universiti Hijaiyah, jadi… abi dapat buat apa saja. Aku ingat, abi akan bangga dengan aku sepertimana Dr. Kaf bangga dengan aku tapi… PANG! Satu penampar sampai ke pipi aku. B


ELVROSETH KAF | 116 “Kau dapat C, Mim?!” Abi koyak slip peperiksaan aku dan dia campakkan ke wajahku. Dia merengus kasar. “Kau tahu tak, Mim… ini memalukan. Abang dengan kakak kau tak pernah dapat C pun, Mim! Kau ingat kau dah pass exam, aku suka lah ya? Tapi ini C, Mim! Macam Professional Exam 1 hari itu, kau dapat C juga. Memalukan, Mim!” Aku menunduk, merenung lantai. Aku sudah tak mampu menangis lagi. Aku tak faham macam mana nak buat umi dan abi mengerti yang aku sedang berusaha sedikit demi sedikit. Aku tidaklah pandai mana untuk terus pecut mendapat A…. Kenapa? Kenapa aku tak pernah dihargai dalam keluarga ini? Pipi yang sakit kerana ditampar, aku usap. “Ma… maafkan, Mim. Mim janji Mim akan berusaha lagi, abi.” “Kau tahu tak yang kawan-kawan abi pun tahu keputusan kau? Kau tahu kan yang Deputy Dean kau kawan dengan abi? Memalukan la macam ini! Kenapalah kau ini tak sebijak abang dengan kakak kau! Kau buat apa dekat medical school, Mim?! Kau belajar main-main ke?!”


ELVROSETH KAF | 117 “Tak, abi… Mim… Mim belajar betul-betul tapi otak Mim lambat. Mim kena baca banyak kali dan faham banyak kali. Mim tak macam orang lain. Tapi hari-hari Mim berusaha, abi.” Kali ini, lensa mataku panas. Macam mana nak buat umi dan abi faham tentang daya ‘otak’ aku? Aku tak boleh jadi terus seperti apa yang mereka harapkan. Aku bukan abang dan kakak aku. “Hah, itulah alasan kau, kan?! Tak, Mim. Kau ini sebenarnya pemalas nak study! Membazir duit aku bayar itu ini untuk kau masuk sekolah perubatan. Tapi ini saja yang kau mampu bagi dekat aku?! C?! Hesy! Memalukan! Kau memang memalukan!!!” Aku mengesat air mataku dengan belakang tangan. Ya, aku memang memalukan…. “Dah la, abi. Jangan macam ini. Nanti darah tinggi abi naik lagi.” Abang menyampuk dan aku dapat rasakan lengan aku ditarik abang, menjauhi abi dan umi di ruang tamu. “Jom, Mim. Masuk bilik.” Aku angguk dan kaki mengikut langkah abang yang mengheret aku ke bilik aku.


ELVROSETH KAF | 118 Di bilik aku, abang tutup pintu dan aku ditolak untuk duduk di atas katil. Aku yang sedang berusaha untuk mengelap air mataku, hanya mengikut saja. Kemudian, abang duduk sebelah aku. Tangan aku yang di atas peha, dia pegang. “Dah, Mim. Jangan menangis. Bukan salah Mim pun.” Abang memujuk aku. Jari jemari aku, dia urut-urut. Aku tak tahu apa yang patut aku rasa tentang pujukannya saat ini. Abang dan kakak jarang bercakap dengan aku kerana aku sentiasa disisihkan daripada mereka semua. Aku kan tak pandai? Tetapi entah kenapa, hari ini… Abang rajin mahu bercakap dengan aku. Air mata aku jatuh tak henti. Inilah aku. Asyik menangis saja yang aku tahu. Tapi kenapa? Kenapa susah benar abi dan menghargai usaha aku. Nak dapat C pun, bagi aku susah. Aku bukannya pandai macam orang lain. “Mim… jangan menangis, ya?” pujuk abang. Aku dapat rasakan yang tangannya mula meliar ke punggung aku dan saat itu, aku tersentak!


ELVROSETH KAF | 119 “Abang!” Aku tolak tangan dia dan aku cuba duduk jauh dari dia. Abang senyum tajam. “Mim cantik. Abang nak sentuh sikit je. Nanti abang boleh pujuk kawan abang dekat kolej Mim itu. Dia pensyarah bahagian jaga kertas peperiksaan ini, Mim. Nanti… Abang boleh tolong Mim pass exam.” “Jangan sentuh, Mim!” Aku tolak tangan dia. Kasar! Air mata aku berhenti mengalir. Aku mahu bangun dari katil tetapi tiba-tiba, abang memeluk aku dari belakang! Jeritan mahu aku lepaskan sebelum abang tutup mulut aku dengan tapak tangannya! “Diam! Diam! Aku nak sentuh sikit saja! Faham?!” Dia berbisik tajam ke telinga aku. Kali ini, aku cuba sepak kakinya! Tetapi abang terus hayunkan tamparan kasar ke wajah aku! PANG! Pipi aku rasa berpijar! “Eee! Lepaslah!” jerit aku. Abang aku gila! “Diam! Sikit aje. Aku janji aku sentuh sikit saja!” Abang ambil kain tudung aku yang terbentang atas katil dan mulut aku terus ditutup


ELVROSETH KAF | 120 dengan kain tadi. Kaki aku ditindih dengan kakinya. Abang mencekik leher aku. Aku tak boleh bernafas. Sakit. Air mata aku mengalir semula ke pipi. “Aku sentuh sikit….” Tangan abang mula masuk ke dalam baju aku dan bibirnya jatuh ke telinga aku. Mulut aku ditekan kuat dengan tapak tangannya. “Jangan bagi tahu abi dengan umi, okey?” Ya Tuhan…. Kenapa nasib aku macam ini? 12 TENGAH MALAM. Aku merenung ke luar jendela. Hujan. Langit menangis sedangkan air mata aku sudah kering. Aku merenung kosong ke arah bumantara yang gelap. Tangan kanan aku memegang telefon. Sejak dari tadi, aku teragakagak untuk mengubungi seseorang tetapi saat ini… hanya nama dia yang muncul dalam kepala aku.


ELVROSETH KAF | 121 Aku mahu mengadu kepada seseorang tetapi kenapa nama dia yang muncul dalam kepala aku? Mengapa bukan Ba? Nombornya, aku tekan. Tak sampai satu saat, panggilan bersambung. “Mim?” Suara garau Dr. Kaf masuk menyentuh gegendang telinga aku. Bibir aku terus terkunci. Kerongkong aku memberat lagi. Dada rasa sesak tiba-tiba. “Mim? Kenapa call saya? Mim, okey ke?” Dr. Kaf tanya. “Dr. Kaf….” Suara aku menggeletar. Air mataku mengalir ke pipi. Lutut aku jatuh ke lantai. Akhirnya, aku peluk lutut aku sendiri sambil menangis teresak-esak. “Dr. Kaf, saya takut… saya takut….” “Mim? Kenapa ini? Awak takut apa, Mim?” Dr. Kaf bersuara panik. “Dia… dia….” Aku menggigit bibir bawah aku. Wajah abang dan sentuhannya terbayang di mataku. “Dia se… sentuh sa… saya.”


ELVROSETH KAF | 122 Dr. Kaf diam. Esakan aku semakin kuat. “Siapa?” tanyanya. Suara keras. “Abang….” “Tangan mana? Sentuh dekat mana?” Aku diam dan tak mampu jawab. Air mata, aku seka kasar dengan belakang tangan. Kenapa dia tanya soalan ini? Aku tak mampu nak ingat memori pahit yang berlaku beberapa jam tadi. Abang tak ‘tidur’ dengan aku tetapi abang ‘sentuh’ aku dan itu membuatkan aku rasa… jijik dengan diri aku sendiri. “MIM! JAWAB?! TANGAN MANA DAN DIA SENTUH MANA?!” Aku tersentak apabila ditengking. Bibir aku menggigil. “Dua… dua-dua belah tangan. Dia... dia sentuh dekat... dekat....” Aku tak dapat menjawab. Esakan aku pecah. Tap! Talian dimatikannya.


ELVROSETH KAF | 123 Izrail IA ikat lelaki itu pada kerusi. Lelaki itu bergelut seperti minta dilepaskan. Izrail mendengus kasar. Penat dia bagi ubat tidur untuk mangsanya kali ini dan tarik mangsa ke gudangnya. Izrail ambil barang atas meja. Kemudian, Izrail berdiri di hadapan mangsanya yang sedang merenung parang di tangannya dengan mata yang terbelalak. “Hmmph! Hmmph!” Mangsa Izrail menjerit dalam keadaan mulutnya terutup. “Kau ini, bodoh!” Izrail meludah ke muka mangsanya. Kemudian, tangan mangsa yang diikat dengan tali, dia letakkan di atas meja. Izrail terus ikat tangan itu pada meja pula. Maka, meja itu pun bergoyang-goyang dek si mangsa yang bergelut minta untuk dilepaskan. D


ELVROSETH KAF | 124 “Diam!” Izrail menengking. “Hmmph! Hmmph!” Mangsanya masih berdegil. “Kau sentuh dia dengan dua-dua belah tangan ini, ya?” Izrail mengusap tangan mangsanya. Parang di tangannya, dia genggam kuat. Kemudian, rambut mangsa dijambak dan ditarik ke belakang. Pandangan tajam Izrail berserobok dengan bular mata mangsanya yang terbelalak besar. “Kau ini… memang nak mampus, kan?” Air mata mangsanya mengalir. “Dia hak aku!” Izrail menengking. Gigi digetap. “Kau sentuh hak aku! Sepatutnya, bukan kau yang aku bunuh dulu! Sepatutnya bapak kau! Tapi kau dah melebih! Kau sentuh dia! Bangang punya manusia! Jijik betul aku dengan nafsu kau ini! Jijik!” Kemudian… Parang diangkat. “Hmph!” Jeritan mangsanya. Parang dijatuhkan.


ELVROSETH KAF | 125 ZAP! Darah memercik ke wajah Izrail. Izrail jilat darah mangsa yang terkena bibirnya sebelum dia ludahkan ke tanah! Mangsanya sedang menggeletar kesakitan. Air mata mengalir deras lagi. Izrail tak puas hati. Parang diangkat lagi. ZAP! ZAP! ZAP! Demi kesayangannya, Putera maut itu sanggup buat apa saja….


ELVROSETH KAF | 126 BAB 12 KU lihat, dahi abi berkerut apabila dia merenung skrin telefonnya. Kemudian, dia merenung aku dan kakak yang sedang bantu umi mengemas meja makan. Hari ini, abi kata ada tetamu nak datang ke rumah. Abi suruh aku balik ke kampus malam saja. Aku mula risau… aku takut kalau aku tak sempat siapkan lab report aku yang kena hantar lusa. “Kenapa, abi?” Kakak soal. “Abang kau orang ini. Dia tak jawab telefon sejak dari semalam. Lepas itu, tiba-tiba tadi ada mesej kata yang dia kena pergi outstation tibatiba.” Abi menggaru kepalannya. “Betul lah itu kot. Nak pelik apanya, bang. Anak lelaki abang itu memang sibuk sekarang ini… A


ELVROSETH KAF | 127 iyalah, dia kan nak jadi specialist?” Umi tersenyum bangga. Aku diam. Tak berani nak menjawab apaapa. Andailah mereka semua tahu apa yang anak lelaki mereka buat dekat aku…. Entah. Bagi aku, lelaki itu bukan lagi abang aku. Kalau dia mati pun, aku tak kisah dan aku tak akan menangis. Saat ini, aku terlalu bencikan dia. Kerana dia, aku semakin jijik dengan diri aku sendiri dan rasa aku memang tak guna. Kalau aku beritahu umi dan abi tentang apa yang berlaku, mereka tak akan percaya dekat aku. Siapa saja yang nak percaya dekat aku? Tak ada. Tiba-tiba, ada bunyi loceng rumah bergema. “Kakak, pergi sambut tetamu.” Lembut saja, abi menyuruh kakak aku ke pintu. Kakak senyum malu. Aku semakin pelik. Kenapa ini? Bakal suami kakak nak datang meminang ke? “Baik abi….” jawab kakak. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya…


ELVROSETH KAF | 128 “Assalamualaikum.” Satu suara garau yang sangat aku kenal muncul dari belakang aku. Jantung aku berdetak kuat. Mata aku terbeliak apabila umi dan abi yang berdiri di hadapan aku, merenung ke arah ‘seseorang’ yang berada di belakang aku. Umi dan abi tersenyum lebar. Aku boleh nampak renungan mereka yang cerlang apabila mereka merenung manusia di belakang aku. “Waalaikumussalam, Dr. Kaf,” jawab abi. Abi ketawa kecil. “Hai, tak sangka ya? The youngest and the genius doctor nak melawat rumah kami!” Dr. Kaf? Aku berpaling ke belakang. Dan sepasang mata aku berserobok dengan sepasang mata Dr. Kaf yang merenung aku….. Lelaki itu tersenyum, misteri.


ELVROSETH KAF | 129 RASA seperti ada benda yang tak kena dengan Dr. Kaf hari ini. Hari ini, pakaiannya macam biasa. Pakai cermin mata tanpa bingkai, baju kemeja warna hitam yang lengannya dilipat hingga ke siku dan rambutnya kemas. Dr. Kaf… sentiasa kemas. Tetapi kedatangannya di rumah aku, buat aku rasa lain macam. Ada apa dia sampai ke sini? Paling aneh, abi kenal Dr. Kaf. Apa yang aneh, Mim? Hatiku berdesis sendiri. Dr. Kaf kan popular kerana dia doktor yang ‘genius’? Kepala aku terangguk-angguk sendiri. Kini, kami semua sedang duduk di ruang tamu selepas selesai makan malam. Kakak sedang sibuk letak air di atas meja kopi di tengan ruang tamu. Kami hanya memerhatikan. Kakak aku, dari tadi tersenyum-senyum. Hmm… Dr. Kaf mahu masuk meminang kakak ke? Tiba-tiba, ada rasa tak enak membedil hati aku. “Maaf saya datang mengejut hari ini, Dr. Halqi.” Sopan dan lembut bicara Dr. Kaf. Kakak hulurkan cawan berisi teh yang dibuatnya.


ELVROSETH KAF | 130 “Haih, tak apalah! Kamu nak datang harihari pun tak apa. Bangga saya sebab Dr. Kaf yang genius dan popular sanggup datang rumah saya yang biasa-biasa saja ini. Tapi ada apa kamu telefon saya pagi tadi untuk datang rumah saya? Katanya… ada hajat besar?” Abi ketawa suka. Dr. Kaf angguk. “Ya, saya ada hajat. Saya nak pinang anak Dr. Halqi untuk jadi isteri saya.” Aku tergamam. Umi dan abi menyeringai suka. Kakak yang duduk di tepi aku, menunduk malu. “Kalau boleh, saya nak bernikah dalam minggu ini juga,” jelas, Dr. Kaf menyatakan dengan tegas. Wajahnya serius. “Kalau esok pun, tak apa. Saya akan sediakan semuanya.” Aku semakin terkejut. Dia nak kahwin dengan kakak ke? Tapi baru beberapa hari lepas, dia kata nak kahwin dengan aku? “Boleh sangat!” Umi menyampuk. Lengan abi ditampar. Kemudian, dia pandang kakak aku. “Nun setuju, kan?”


ELVROSETH KAF | 131 Aku menahan rasa sakit yang menggigit hati. Kepala aku menunduk, mata merenung jari jemari yang aku sulam sesama sendiri. “Setu…” Kakak baru mahu bersuara. “Maaf, saya rasa… Dr. Syamsi dah salah faham. Saya bukan nak masuk meminang Nun. Tetapi saya nak pinang Mim Maryam sebagai isteri saya yang sah. Saya nak jadikan dia isteri saya secepat mungkin dan saya akan bawa dia duduk dengan saya. Saya akan tanggung pakai dan minum dia apabila lafaz akad sudah sah, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas pelajaran dia juga.” Titik, itu pengakhir bicaranya membuatkan kami semua tergamam serta merta. Terpanar! Dunia aku terhenti tiba-tiba. Jantung aku… Ya Tuhan, lelaki ini sungguh berani buat jantung aku mahu tercabut macam ini. “Mim?” Dahi abi berkerut. Matanya merenung aku tajam sebelum dia merenung semula Dr. Kaf. “Dr. Kaf nak jadikan Mim sebagai


ELVROSETH KAF | 132 isteri? Tapi Mim sedang belajar dan Mim tak sehebat kakak dia.” “Bagi saya, Mim Maryam seorang gadis yang hebat, cantik dan kuat.” Dr. Kaf merenung tepat ke arah abi tanpa berkelip matanya. Dia kelihatan bersungguh-sungguh dan itu membuatkan aku rasa… Sesuatu. “Maka, benarkan saya halalkan Mim jadi isteri saya. Saya janji, saya akan bantu dia dalam pelajaran juga. Kalau bukan Mim, bukan orang lain. Itu kehendak hati saya, Dr. Halqi.” Setiap bait patah kata yang diucapkannya, membuatkan aku bungkam. Lelaki ini… sungguh, telah menyentuh sesuatu yang bahaya dalam jiwa aku. HANYA dengan satu lafaz, dia membuatkan segala-galanya menjadi mudah. Aku masih berdebar-debar. Aku tak percaya yang aku setuju


ELVROSETH KAF | 133 untuk menjadi isteri. Mungkin kerana aku takut dengan Abang aku sendiri dan aku mahu dilindungi. Tetapi dalam masa yang sama… aku rasa lelaki ini memang ‘sesuatu’. Aneh, macam mana aku boleh senang percaya dekat dia? Atau aku dalam keadaan desperate untuk dilindungi sekarang ini? Dr. Kaf buat segala-galanya jadi mudah. Urusan nikah dia uruskan sepenuhnya dalam masa dua puluh empat jam. Seolah-olah, dia memang sudah merancang lama ini semua. Baju nikah, dia sediakan dan kenduri nikah kami hanya dibuat secara kecil-kecilan. Dr. Kaf juga upah orang untuk angkat barang-barang aku dalam rumah dan kampus, ke rumahnya. Aku rasa berdebar untuk tinggal serumah dengan dia. Tetapi dalam pada waktu yang sama, aku rasa selamat kerana aku tak akan jumpa Abang sangat. “Mim, kita dah sampai.” Suara Dr. Kaf. Aku tersentak. Baru aku perasan yang kami berdua dah sampai di rumahnya. Bola mataku


ELVROSETH KAF | 134 mengitari kawasan rumah Dr. Kaf dari bahagian depan. Rahang aku hampir terjatuh lagi buat entah berapa kali. Rumahnya lebih besar daripada rumah aku. Tiang luar rumahnya, besar-besar dan tinggi. Di hadapan kawasan tempat letak kereta, ada water fountain yang sangat cantik. Tiba-tiba, cermin pintu kereta dari sebelah sisi aku, diketuk! Dr. Kaf tersenyum sambil menunduk, mengintai aku disebalik cermin. Kemudian, dia buka pintu untuk aku. Bayu dari luar, menyambut wajah aku. Dr. Kaf hulurkan tangannya untuk aku. “Jom?” “Jom?” Aku telan air liur. Apa yang Jom? “Jom masuk rumah kita. Mulai hari ini, rumah ini rumah Mim juga. Saya dah sediakan semuanya untuk Mim. Mari, saya tunjuk. Sebelum itu, awak tak nak sambut tangan saya ini ke, Mim? Penat saya hulur….” Dr. Kaf buat muka sedih. Aku ketawa kecil dan dengan teragak-agak, aku sambut tangannya. Serentak dengan itu, aku dapat rasakan jari jemarinya mencengkam jari jemari aku, erat. Satu


ELVROSETH KAF | 135 renjatan listrik, menguasai hati aku. Sepasang mata kami, berserobok, hangat. Kilig, menganggu perut aku. Dr. Kaf mengusap belakang tangan aku. “Nervous?” Dia mengusik. Kening terangkat. Aku alihkan pandangan aku ke arah lain. “Sikit.” “Panggil saya Kaf. Jangan panggil Dr. Kaf. Awak dah jadi isteri saya.” Dr. Kaf tarik tangan aku untuk merangkul lengannya. Pintu kereta, dia tutup sembari dia mengheret aku masuk ke rumah. “Tapi saya dah biasa….” Suara aku mengecil. Layakkah aku jadi isteri dia? “Kaf. Cuba sebut… Kaf,” arahnya. Kami berhenti di tengah-tengah pintu rumah. Dr. Kaf menunduk, merenung aku tepat pada mata. Sebelah tangannya naik, mengusap pipi aku sebelum ibu jarinya jatuh pada dagu aku yang dipagut. “Panggil saya, Kaf, Mim. Panggil saya.” Aku bagaikan terhipnotis. Sentuhan ibu jarinya pada dagu aku, membuatkan aku rasa dia mendominasi perasaan aku. Lantas, bibir ini menyebut….


ELVROSETH KAF | 136 “Kaf.” Kaf tersenyum lebar. “Lagi. Sebut lagi nama penuh saya, Mim Maryam.” “Kaf Ar Ra’d.” “Whenever you feel you’re alone, Mim Maryam… call my name and I will be there for you, Mim Maryam. I will be your protector, Mim Maryam.” Kaf rapatkan wajahnya pada wajahku. Dahinya jatuh, menyentuh dahi aku. “I will do anything for my wife, Mim Maryam.” Nafas aku sesak. “If I need to destroy the world just to make my Mim Maryam smile again, I will do it.” Kaf mengusik pucuk hidungnya pada pucuk hidung aku. “Saya dah sediakan istana ini untuk awak, Mim. Sekarang, saya nak buat awak rasa seperti seorang pemaisuri.” Kemudian, tangan aku ditarik masuk ke dalam rumah besar ini. Cengkaman tangannya pada tangan aku, kuat. Ada banyak rasa yang dia berikan kepada aku melalui sentuhan tangannya dan kata-katanya. Possessive….


ELVROSETH KAF | 137 So sweet…. Yet, so strange.


ELVROSETH KAF | 138 BAB 13 KU RINDU DENGAN KAU!” Ba memeluk leher aku setelah aku labuhkan punggung di atas kerusi. Aku senyum lebar dan lengan Ba yang merangkul leherku, aku peluk semula. Ba menggeselkan kepalanya pada bahu aku. Alahai, manja betul minah ini. “Baru satu hari aku tak datang, Ba.” Aku mengusap kepalanya. “Eee, lesbian! Ba lesbian!” Jim mengejek dari belakang. Ba terus angkat wajahnya dari bahuku dan dia hadiahkan Jim yang duduk di belakang kami dengan satu das jelingan maut Ba yang terulung. Aku ketawa suka melihat perangainya yang ceria dan lucu. Marah pun comel. Kemudian, dia “A


ELVROSETH KAF | 139 sambung bergaduh dengan Jim di belakang dan aku tidak hiraukan mereka. Kelas pagi ini, Kelas Kaf. Kaf. Bukan Dr. Kaf lagi. Aku tersenyum lebar. Tiba-tiba, ada rasa suam yang menjalar ke hati. Semalam, aku dengan Kaf tak tidur ‘sama-sama’ pun. Dia sediakan aku satu bilik lain dan dia bilik lain. Katanya, bila aku sudah bersedia, baru dia akan suruh aku pindah ke biliknya. Kaf ucapkan semua itu dengan bersahaja tetapi aku mula rasa berdebar-debar macam orang gila. Aku tak bersedia lagi untuk jadi isterinya dalam erti kata sebenar. Tapi Kaf tak paksa aku. Kaf kata, “We will take this slowly. I don’t want to hurt you.” Kaf buat aku rasa… tenang dan damai bersamanya. Seperti pagi tadi, Kaf bersetuju dengan cadangan aku untuk berhentikan aku di tempat lain selain di hadapan Fakulti Perubatan Hijaiyah. Jadi, dia berhentikan aku di tempat yang tersorok.


ELVROSETH KAF | 140 Hubungan kami, tak ada siapa yang tahu. Buat masa ini, biarlah rahsia dulu. Kaf hormat aku. Kaf dengar pendapat aku. Kaf bantu aku dalam pelajaran. Kaf… buat aku rasa lain. “Yang kau ini tersenyum seorang-seorang macam pengantin baru ini, kenapa?” tegur Ba tibatiba. Aku tersentak! Pengantin baru? Kepalaku menggeleng laju. Pipi aku naik merah. “Tak… tak ada apa-apa. Aku nak pergi tandas kejap.” Ba pandang aku dengan kerutan di dahi. Aku bangun dari duduk, kaki melangkah keluar dari dewan kuliah. Aku tak terus pergi ke tandas tetapi kaki ini berjalan ke arah kawasan koridor fakulti yang terdedah dengan angin. Tempat ini agak sunyi. Aku mahu tenangkan fikiran aku yang dari tadi hanya ada wajah Kaf. Aku tak dapat tahan rasa panas yang menggigit roman pipi. Ya Allah, apa yang jadi dengan aku ini? Aku tepuk-tepuk pipi aku.


ELVROSETH KAF | 141 “Hello, beautiful,” bisikan nakal menampar pipi aku dari sisi dan sepasang tangan kekar, mula mendominasi pinggang dan belakang tubuh aku. Ada dagu tajam yang jatuh pada bahu aku. “Thinking of me, beautiful?” Aku tergamam. “Kaf….” Jantung aku mahu pecah dengan kehadirannya yang tiba-tiba. Tangannya yang memeluk pinggang aku, aku sentuh. “Kaf, kita dekat fakulti.” “Dekat sini tak ada orang, Mim. Saya nak peluk awak sekejap. Saya sedih sebab tak dapat peluk awak sangat walaupun awak dah jadi isteri saya. Pagi ini, bukan kelas saya. Dr. Mislain minta ganti dengan kelas dia esok.” Kaf semakin mengunci tubuh aku daripada belakang, merapat pada tubuhnya. “Hari ini, saya tak boleh tengok muka awak dalam kelas, jadi saya peluk awak dulu macam ini. Boleh ya, Mim?” Ah, dia ini… manalah dia belajar buat suara mendayu macam ini? Akhirnya, aku terdiam. Kulit aku jadi panas. Sentuhan Kaf pada tubuh aku, tak buat aku rasa teringat kembali pada trauma aku semasa aku di


ELVROSETH KAF | 142 ‘sentuh’ Abang. Aku tak rasa jijik lagi. Kaf buat aku rasa nyaman dan hangat. Kaf buat aku rasa…. ….tolong, jangan lepaskan pelukan ini. Ya Tuhan… sejak bila aku pandai jiwang karat macam ini. “Saya harap, jantung awak tak kena tachycardia, Mim. Tapi saya suka tengok vasodilation dekat kulit awak bila saya dekat dengan awak atau bila saya pandang tepat pada mata awak. Saya suka… tengok bibir awak yang tiba-tiba terkena aphasia bila awak jumpa saya.” Kaf ketawa kecil. Kemudian, dia pusing tubuh aku untuk menghadapnya. Aku mendongak, ibu jarinya memaut dagu aku. Dia menunduk, matanya merenung wajah aku. “Mim, boleh awak sebut nama saya?” “Sebut nama awak?” “Saya suka bila awak sebut nama saya.” Kaf senyum kecil.


ELVROSETH KAF | 143 Tubuh aku jadi daging kejal. Ya Tuhan, lelaki ini memang manis macam ini ke? “Mim Maryam…” Suaranya bergetar. Mengarah dengan sentuhan tangannya pada dagu aku yang dominan. Aku menarik nafas. Kenapa nak sebut nama dia pun dada aku jadi semput? Hesy, sejak bila aku pandai rasa benda-benda pelik ini? This is not normal.... “Kaf.” Aku menyebut sepatah. Kaf senyum. “Kaf Ar Ra’d….” Jujurnya, aku suka nama penuh Kaf. Indah. Senyumannya melebar. Kemudian, Kaf tarik belakang tangan aku dan bibirnya jatuh di situ. Matanya mengintai wajahku. Kening terangkat nakal. “Selamat belajar, isteriku yang cantik….” Kilig. Membunuh. Aku. Masuk ke dalam kelas, aku sendiri tidak tahu berapa lama aku duduk di luar dewan kuliah kerana Dr. Mislain sudah sampai. Aku juga tak tahu


ELVROSETH KAF | 144 apa yang merasuk aku kerana bibir aku tak boleh berhenti tersenyum sehinggakan sepanjang kelas pagi itu, aku hanya tersenyum macam orang gila. Kaf. Kaf. Kaf. Ubat apa yang dia bagi dekat aku ini sehingga aku mabuk macam ini? “Mim Maryam!” Dr. Mislain memanggil aku dari depan. Aku senyum lebar. “Yes, doctor?” “Are you okay?” Dahi Dr. Mislain berkerut. “Yes?” “You keep smiling at something I said. I don’t know what makes you smile because if you’re smiling that widely because of the gross histology of nephroblastoma on the screen….” Dr. Mislain tunjuk gambar Nephroblastoma pada skrin projector dengan laser merah di tangannya. Keningnya terangkat ke atas. “That’s so weird of you.” Aku ketawa kecil tetapi aku tak menjawab soalan doktor dan seterusnya, doktor sambung mengajar.


ELVROSETH KAF | 145 Ba di tepi aku, menyiku lengan ini. Aku pandang dia dengan senyuman manis. Kening Ba bertaut lebih teruk. “Kau demam ke Mim?” Aku geleng. Sengih. “Aku rasa kau tak sihat.” Ba letak belakang tangannya pada dahi aku. Dia mula mendiagnos aku. “Aku rasa kau terkena satu penyakit ini….” “Penyakit apa?” Ha? Aku sakit? “Penyakit angau, Mim!” Aku tergamam. MALAM itu, Kaf panggil aku untuk ke bilik belajarnya. Tangan aku ditarik masuk. Mata aku membulat merenung bilik ini. Ya Tuhan! Cantiknya. Almari buku bersusun memenuhi dinding dan dalam bilik ini, ada dua meja ofis. Sebuah meja, penuh dengan buku dan sebuah stethoscope yang diletakkan di atas meja itu. Aku pasti, itu meja Kaf. Sebuah lagi meja, kemas seperti


ELVROSETH KAF | 146 meja baru. Buku-buku bersusun atas meja itu. Ada flash card…. “Itu meja awak, Mim.” Kaf seperti dapat baca apa yang ada dalam kepala aku. Tangan aku ditarik ke arah meja kayu itu. Klasik. Vintage. Aku suka suasana di sini. Kaf terus tarik kerusi dan tekan bahu aku untuk duduk. “Duduk, mulai sekarang, awak belajar dekat sini. Saya buat kerja dekat sana.” “Terima kasih, Kaf….” Suara aku mengecil. Sungguh! Aku terharu. “Awak boleh ambil mana-mana buku dalam almari dekat sini. Almari dekat dinding belakang awak ini, semua buku untuk awak sampai awak belajar perubatan ke tahun lima nanti. Saya dah sediakan semuanya untuk awak. Bila awak masuk clinical nanti, awak perlukan stethoscope. Saya dah belikan untuk awak.” Kaf tarik drawer meja aku. Mata aku membulat. Ada lima stethoscope! Aku pandang Kaf. “Kaf! Banyaknya ini?” “Yeah, ini semua untuk awak, Mim. Kalau awak nak warna merah jambu, ada warna merah jambu. Kalau awak nak warna lain pun ada. Saya


Click to View FlipBook Version